Sekiranya Dunia Akan Berubah di Singapore Biennale 2013

Page 1

22

sekiraNya dunia Berubah di Singapore

Biennale 2013 | Faizal Sidik

Pengenalan Mengimbau kembali semasa mengikuti program Sarjana Seni Rupa (Asia Tenggara) atau Master of Visual Art (Southeast Asia) yang ditawarkan oleh di Universiti Malaya dibawah Pusat Kebudayaan pada sekitar awal tahun 2000 dahulu, hanya saya dan rakan Zahambri Nizar sahaja yang mendaftar sebagai calon program yang terawal ianya dibuka. Kami masih tertanya siapakah yang akan menyelia dan merangkap pensyarah tetap kemanakah hala tuju program ini akan membawa kami. Apabila mendaftar diri di Pusat Pengajian Pasca Siswazah UM, baru kami diberitahu bahawa kami akan berada dibawah penyeliaan oleh Redza Piyadasa. Apabila mendapat tahu beliau akan berada di dalam program ini, riak wajah muka kami mula bertukar seolah-olah langit yang cerah tiba-tiba lindungi oleh awan yang mendung lagi redup seolah-olah hari akan hujan. Itulah perumpamaan ke atas Piyadasa yang terkenal dengan watak agresifnya dengan pelajar.

Zulkifli Yusof (Malaysia) ‘Rukun Negara: Belief In God’ 2013

kanak dan seminar seni lukis serumpun dimana acara beginilah yang merapatkan jurang diantara negara anggota dalam kebudayaan, apabila setiap negara menghantar representasi yang mewakil negara masing-masing di bawah program yang dinamakan Asean COCI atau Committee on Culture and Information. Program yang dibentuk di dalam Asean ini bukan sahaja menaja program kesenian malah kesusasteraan di negara anggota melalui penerbitan. Di bawah acara kebudayaan ini setiap anggota akan bergilir-gilir mengadakan program sama ada di Kuala Lumpur, Jakarta, Bangkok, Manila, mahupun Bandar Seri Bagawan. Inilah satu cara bagaimana program ini boleh merapatkan jurang persahabatan melalui budaya antara anggota dan melupakan sengketa politik lampau. Kembali pula kepada pengajian di Universiti Malaya diajar tentang kesenian Asia Tenggara bukan sahaja seni moden malah sebelum kewujudan seni moden di Barat. Dalam subjek Sejarah Seni Bina Asia Tenggara, rantau Asia Tenggara telah mempunyai keseniannya sendiri iaitu seni berfungsi sebagai seni bina lama seperti candi Borobodor, Prambanan, Angkor Wat. Pengajaran Piyadasa di sini banyak menekankan semula kepada akar masyarakat nusantara iaitu dengan melihat dari sudut geografinya pada beribu-ribu tahun dahulu mengenai bentuk muka bumi di rantau ini adalah bercantum dan apabila air laut mula naik ia memecahkannya kepada tanah

Suzann Victor (Singapura) 'Rainbow Circle: Capturing a Natural Phenomenon', 2013 Audien yang hadir di upacara perasmian di hadapan Singapore Art Museum (SAM)

Biennale Asia Tenggara Piyadasa sebagaimana yang diketahui bukan sahaja seorang pelukis malah juga seorang penulis, pengkritik dan juga pensejarah seni yang mana ilmunya luas merangkumi kawasan rantau ini. Apabila sebut sahaja Redza Piyadasa adalah tidak lengkap jika tidak menyebut juga Sulaiman Esa rakan serangkai beliau dalam Towards Mystical of Reality ataupun T.K Sabapathy rakan sekerja beliau semasa mengajar di Pusat Seni Universiti Sains Malaysia pada suatu masa dahulu, dan kini beliau merupakan Prof Madya yang mengajar sejarah seni di Departmrnt of Architecture di National University of Singapore (NUS) juga merupakan ilmuan sejarah seni Asia Tenggara (Malaysia/Singapura) yang seangkatan dengan Apinan Poshyananda (Thailand) dan Jim Supangkat (Indonesia). Di sekitar tahun 1980 an dan 1990 an negara anggota Asean sering mengadakan pertemuan di negara serantau sama ada simposium, bengkel atau seminar yang melibatkan negara-negara Asia Tenggara seperti simposium estetik, bengkel catan dan fotografi, bengkel catan dan fotografi kanakSharon Chin (Malaysia) ‘Mandi Bunga’ (Flower Bath) 2013


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.