In-A-Book: International Art Book Fair

Page 1

4

IN-A-BOOK:

INTERNATIONAL ART BOOK FAIR 2014 | Faizal Sidik

Susunan pelan lantai gerai-gerai peserta In-A-Book Fair 2014

Majlis Perasmian In-A-Book Fair 2014 oleh YBhg. Dato Mahadzir Lokman iaitu Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara disaksikan oleh Duta Argentina di Malaysia, Ambassador Maria Isabel Rendon dan juga Tuan Hj.Hasan Hamzah iaitu Pengerusi Yayasan Pembangunan Negara Buku Negara (YPBN).

agensi kerajaan, syarikat pengedar buku atau badan bukan kerajaan seperti ‘Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur’, ‘Pesta Buku 1Malaysia’, ‘Big Bad Wolf Book Sale’, ‘Pesta Buku Selangor’, ‘Ekspo Buku Islam Putrajaya’, ‘Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur’, ‘Malaysia Art Book Fair, ‘Pesta Buku Universiti’ dan lain-lain ini adalah dalam usaha galakan kerajaan untuk menjadikan masyarakat kita celik ilmu. Membaca kerana ilmu janganlah disempitkan hanya untuk lulus dalam peperiksaan sahaja tetapi ia hendaklah dijadikan sebagai budaya yang bukan sahaja membaca di bilik darjah atau di rumah namun dimana jua kita berada samada di dalam kereta, pengangkutan awam, kefeteria, menunggu seseorang. Pendek kata buku tidak terlepas dari gengaman masyarakat kita jika kita ingin setanding bangsa Jepun dan Eropah dalam menuju negara maju yang ekonominya berasaskan pengetahuan budaya.

12 Gempak Starz 3 Soka Gakkai Malaysia 4 Sylvia Lee Goh 5 Basheer Graphic 6 Taman Pustaka Enterprise 7 Embassy of Switzerland 8 Embassy of Argentina 9 Fishing Chefs Studio 10 Persatuan Seni Tulis Malaysia 11 Pelita Akal 12 Younie Galerry 13 Embassy of Russia Federation 14 Mr. Uneh 15 Malaysia Book Expo 16 Art Expo Malaysia

17 ASWARA 18 ROGUEISH Enterprise 19 Merpati Jingga 20 Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia 21 JKKN 22 Kraftangan Malaysia 23 Jabatan Muzium Malaysia 24 Perpustakaan Negara Malaysia 25 Dr. Lakshmi Selvaratnam 26 Institut Terjemahan Buku Malaysia 27 Da Tang Fine Arts 28 Malaysia Book Of Record 29 National Gallery Singapore 30 Stephen Ronee Lau (M) Sdn Bhd 31 UM and Nikon

Kelihatan antara gerai-gerai yang mengambil bahagian seperti Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Muzium Negara, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) dan Kraftangan Malaysia.

B

ercambahnya minat membaca dikalangan rakyat Malaysia sejak 10 tahun yang lalu melalui kempen-kempen yang dijalankan sebelum itu dia media-media elektronik yang kerap kempen nasional seperti ‘Mari Membaca’, ‘Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya’, ‘Bulan Membaca’ dilakukan dalam usaha untuk memberi galakan kepada masyarakat supaya membaca. Usaha ini tidak memadai jika hanya sekadar memberi dorongan tanpa menyediakan platfom bagaimana bahan bacaan itu boleh diperolehi dan dimiliki. Oleh itu maka tumbuhlah bak cendawan tumbuh selepas hujan pesta-pesta buku dalam memenuhi permintaan-permintaan ini. Pesta-pesta buku samada peringkat antarabangsa, nasional, negeri atau swasta dilakukan samada

Dalam pesta-pesta buku yang berskala besar saiznya dan tiadanya fragmentasi mengenai genre-genre atau kategori buku dalam sesuatu temasya, pasti menyukarkan dan membantutkan minat pembeli atau pengumpul buku yang mempunyai minat yang lebih menjurus terhadap sesuatu tema buku. Buku yang bertemakan seni lukis atau dalam ertikata yang lebih luas seni visual yang merangkumi pelbagai bidang seperti seni halus, seni bina, senireka grafik, illustrasi, fesyen, seramik, tekstil, reka industri, reka bentuk dalaman dan lain-lain mempunyai peminatpeminat yang tersendiri samada pelajar, pelukis, pereka, pendidik, penyelidik, kolektor atau pecinta seni. Dalam memenuhi permintaan buku dan bahan terbitan yang lebih menjurus inilah maka Balai Seni Visual Negara (BSVN) sejak tahun 2011 mengambil inisiatif mengadakan sebuah pameran dan jualan buku Malaysia Art Book Fair.

Sebagai sebuah penerbit buku seni sejak penubuhannya 56 tahun yang lalu BSVN telah menerbit lebih 500 judul bahan penerbitan samada buku, katalog pameran, kertas kerja seminar, prosiding dan lain-lain. Boleh dikatakan 50 peratus penerbitan seni visual negara diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan BSVN. Kejayaan BSVN bukan sahaja sebagai sebuah penerbit bahan bacaan seni sepanjang 5 dekad usianya. Penerbitan sampingan koleksi promosi pameran, cenderamata seperti reka bentuk poster, poskad, portfolio, diari, t-shirt menjadi buruan kolektor bahan seni sebegini. Setelah 5 tahun penganjuran dan Malaysia Art Book Fair mula menjadi acara tahunan yang ditunggu-tunggu kehadirannya, BSVN merasakan tibalah masanya untuk pergi lebih jauh lagi dengan mengorak langkah maju ke depan untuk menjenamakan semula penganjuran ini kepada International Art Book Fair atau nama popularnya In-A-Book.

Antara hadirin yang hadir pada malam Majlis Perasmian In-A-Book Fair 2014.

In-A-Book adalah sebuah pesta jualan dan promosi buku yang mengambil model pesta buku yang bertaraf antarabangsa yang lain seperti Frankfurt Book Fair dan London Book Fair. Walaupun keduadua pesta itu menghimpunkan pemain-pemain industri dalam pelbagai genre buku namun In-ABook ini memberi kelainan dalam penganjurannya agar lebih terfokus kepada penerbit, pengedar atau penjual buku-buku seni lukis, seni reka, seni bina dan seni budaya. In-A-Book Fair pertama yang diadakan

Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) Dato Mahadzir Lokman menerima hadiah sebuah kamus Rusia-Bahasa Melayu semasa membuat lawatan ke gerai wakil dari Kedutaan Rusia.

Gerai utama In-A-Book Fair 2014 yang memperagakan hasil penerbitan Bahagian Penerbitan BSVN tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.