4thBIENNALE
SINGAPORE
| Faizal Sidik
CURATORIAL TEAM WORKSHOP I
pg/12
PENGENALAN |||||||||||||||||||||||||||||||| Bermula daripada edisi ketiga Singapore Biennale 2011, Singapore Art Museum telah dilantik sekali lagi sebagai penganjur Singapore Biennale 2013 (SB 2013) yang akan diadakan pada 26 Oktober hingga 16 Februari 2014. Justeru satu wokshop Singapore Biennale 2013 Curatorial Team Workshop telah dibentuk di SAM daripada 3 hingga 6 September 2012. Workshop ini diadakan bertujuan mendengar dan berkongsi input oleh kurator jemputan mengenai seni lukis di kawasan mereka. Antara perkara utama yang di perbincangkan adalah pemilihan tajuk dan tema SB 2013 selain membina Kumpulan Kuratorial SB 2013. SINGAPORE BIENNALE |||||||||||||||||||||||||| Penganjuran Singapore Biennale telah bermula pada tahun 2006 sebagai platform negara Singapura berdialog dengan seni kontemporari. Ia dianggap sebagai tempat artis Singapura berdepan dengan konteks global, dan dengan koloborasi dari komuniti seni antarabangsa. Oleh itu Biennale ini telah membuka peluang baru kepada artis visual tempatan, organisasi kesenian dan perniagaan dan memperdalamkan pemahaman seni terhadap masyarakat. Ia adalah sebagai satu usaha melengkapkan satu lagi cabang pencapaian seni dan budaya dan secara kolektifnya memperkenalkan profil Singapura sebagai bandaraya yang ideal untuk di tinggal, bekerja dan berhibur. Pada edisi 2006 dan 2008 Biennale ini di anjurkan oleh National Art Council. Bermula pada 2011 dan akan datang 2013 ianya hoskan pula oleh Singapore Art Museum dibawah National Heritage Board dan di sokong oleh National Arts Council. SB 2013 ||||||||||||||||||||||||||||||||||||| Edisi Keempat pameran seni kontemporari di Singapura, iaitu Singapore Biennale 2013 (SB 2013) kembali lagi pada tahun 2013 dengan tajuk “If The World Change”, akan berlangsung pada 26 Oktober 2013 hingga 16 Februari 2014. Rantau Asia Tenggara dari segi sejarahnya merupakan koridor laluan bagi peradaban utama dunia, sebagai tempat yang kompleks dengan interaksi kebudayaan. Melalui arus pasang surut dalam pertemuan ini telah menghasilkan penambahan dan penolakan yang meninggalkan warisan yang tidak ternilai dalam mewarnai penerapan masyarakat serantau. Melalui rantau ini juga, banyak individu dan populasinya hidup dalam sfera dan realiti sosial, daripada masyarakat laut kepada metropolis bandaran. Dengan terdapat kepelbagaian pengalaman, dari segi kepelbagaian konsep pandang hidup yang merentasi rantau ini. Dalam abad ke 21, Asia Tenggara dan Asia kembali aktif menyertai arus pergerakan globalisasi. Perubahan ini memaksa ia berhadapan dengan isuisu tanah, perairan, persempadanan, sumber bumi, memori silam dan identiti. Walau bagaimanapun, pengalaman perubahan yang berlaku di rantau ini memberikan pelbagai sudut pandang, daripada pelbagai peringkat.
LOKASI SB 2013 ||||||||||||||||||||||||||||||| Berdasarkan sejarah latar belakang lalu dan kesinambungan perubahannya, artis terkesan, memikirkan, membayangkan dan mempunyai pendirian. Tajuk SB 2013, “If The World Changed”, menjemput artis melihat semula dimana mereka berada, dan dunia mana mereka mahu berada. Jika dunia berubah, apakah yang dimahukan dan kemungkinannya? MODEL KURATORIAL SB 2013 ||||||||||||||||||||| Edisi SB 2013 agak berbeza dengan 3 edisi SB yang pernah dijalankan sebelum ini. Pada kali ini ia membawa koloborasi baru struktur kuratorial dalam membentuk kumpulan kurator bersama (co-curator). Sebanyak 27 profesional seni dikalangan negara Asean yang mempunyai kefahaman dan seni lukis setempat dan serantau di pilih dalam memberi sudut pandang mengenai seni lukis mereka. Kurator bersama bagi SB 2013 mengabungkan kurator-kurator dari negara Singapura (hos), Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Myanmar, Laos dan Kemboja. Singapura diwakili oleh Tay Swee Lin, Seng Yu Jin, Tamares Goh, Charmaine Toh, Tan Boon Hui (SAM), Khairuddin Hori (SAM), Joyce Toh (SAM), Tan Siu Li (SAM), Michelle Ho ( SAM), David Chew (SAM), Naomi Wang (SAM), Fairuz Iman Ismail (SAM). Malaysia di wakili oleh Faizal Sidik dan Yee I-Lann. Indonesia mempunyai dua representasi iaitu Muhammad ‘Ucup’ Yusuf dan Mia Maria. Thailand diwakilkan Ark Fongsmut dan Angkrit Ajchariyasophon. Filipina terdapat empat kurator iaitu Claro Ramirez, Kawayan de Guia, Charlie Co dan Abraham Garcia Jr. . Vietnam oleh Tran Luong dan Nguyen Nhu Huy. Laos oleh Misouda Heuangsoukkhoun. Myanmar diwakili Aye Ko manakala dan Erin Gleeson akan melihat negara Kemboja. CADANGAN KARYA SB 2013 ||||||||||||||||||||| Penganjur menjemput cadangan karya untuk Singapore Biennale edisi yang ke-4 bertema ‘If The World Change’ dimana cadang karya itu perlu mengandungi kreteria-kreteria seperti berikut: 1. Karya perlu menyahut dan menjawab tajuk Biennale. 2. Membawa jiwa dan semangat Asia Tenggara dan Asia. 3. Karya sesuai untuk semua peringkat iaitu daripada peminat seni sehinggalah mereka yang pertama kali melihat karya seni kontemporari dan 4. Karya yang dicadangkan mampu mengaktifkan dan menghidupkan lokasi dan ruang dimana Biennale akan diadakan di sekitar kawasan Brash Basah-Bugis Precint.
Terdapat beberapa lokasi cadangan yang telah dikenalpasti oleh pihak pengajur pada pada edisi kali. Ada beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti oleh penganjuran pada edisi 2011 antaranya jarak antara lokasi utama dengan lokasi lain seperti di Merlion di Marina Bay dan Kallang Airport terlalu jauh, ia menyukarkan pergerakan mereka yang datang. Jadi pada kali ini penganjur telah mengadakan penambahbaikan dengan meletakkan SB 2013 diadakan di Brash Basah-Bugis Precint sahaja yang terletak di pusat acara seni dan kebudayaan. Selain lokasi utama Singapore Art Museum (SAM), pada kali ini pembahagian lokasi dibahagikan kepada 3 Cluster. Cluster 1 terdiri daripada SMU Green, National Museum, Substation dan The Peranakan Museum. Cluster 2 adalah Waterloo Centre, Bras Basah Complex dan National Library. Terdapat juga koloborasi yang dilakukan nanti dengan ruang-ruang lain untuk acara sampingan sempena SB 2013 seperti Sculpture Square, Nanyang Academy of Fine Arts, La Salle College dan The Private Museum. A. SINGAPORE ART MUSEUM (SAM) |||||||||||||||| Pada asalnya tapak asal Singapore Art Museum (SAM) adalah sebuah sekolah Katolik lelaki yang bernama St Joseph’s Institution (SJI) yang diketuai oleh La Salle Brothers. Bangunan bersejarah ini telah dibina oleh Father Jean-Marie Beurel pada tahun 1855. Selepas 135 tahun terletak di Bras Basah Road ianya telah dipindahkan bagi memberi laluan kepada SAM. Mempunyai keluasan 10,000 meter lantai persegi, bangunan ini direstorasikan sepenuhnya dengan 18 alat kawalan cuaca untuk setiap galeri, auditorium, dewan sebaguna, kedai muzium, kafe, restoran bagi memastikan kualitinya senibinanya kepada pelawat. SAM akan menjadi lokasi utama SB 2013 dimana ia menawarkan Special Exhibition Gallery di aras 1,2 dan 3 disamping disekitar kawasan SAM mengikut kesesuaian karya. Pada edisi 2011 terdapat empat karya artis yang dipamerkan di L1 Gallery antaranya Simon Fujiwara (Britain), Louie Cordero (Filipina), Julian Gothe (Jerman) dan Ryan Trecartin (Amerika).