1 minute read

Perutusan Presiden

Datuk Tan Chong Guan, Presiden DSAM

Ahli-ahli DSAM yang saya hormati,

Selamat membaca edisi ke 2 Direct Seller Malaysia, majalah yang diterbitkan oleh Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM).

Kami telah menerima banyak maklum balas positif bagi keluaran pertama majalah ini, khususnya versi dalam talian yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina. Ahli-ahli kita dapat berkongsi membacanya bersama-sama dengan para pengedar bebas mereka masing-masing.

Dalam keluaran kali ini, kami telah mendapat penghormatan berbual dengan Datuk Muez, Ketua Pengarah Kementerian Perdanganan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), beberapa hari sebelum beliau menjawat jawatan baru sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Beliau bercakap tentang pandangan KPDNHEP terhadap industri ini dan jalan yang harus ditempuhi untuk kemajuan masa akan datang. Masa depan industri jualan langsung adalah sangat menggalakkan oleh kerana blueprint industri sedang dikaji dengan wujudnya beberapa peningkatan.

Pada masa yang sama, kami mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad sebagai Ketua Pengarah yang baru bagi KPDNHEP. Kami berharap dapat menemui beliau tidak lama lagi untuk memberi maklumat pemasaran terkini industri kami.

Dalam keluaran ini kami juga memuatkan WFDSA Messaging Guidebook (Buku Panduan Pesanan WFDSA) supaya industri ini dapat berbicara dalam satu suara, terutamanya apabila berkomunikasi dengan pihak media, pengatur cara dan masyarakat umum.

Buku panduan tersebut merupakan hasil daripada penyelidikan intensif yang dijalankan di seluruh dunia bagi membantu industri ini dengan kata-kata dan pesanan yang konsisten. Ia bertujuan mempromosi kesedaran dan kefahaman yang lebih mendalam tentang industri ini di peringkat dunia.

Sementara itu, pertumbuhan yang mampan merupakan matlamat bersama berbagai industri di seluruh dunia dan tidak juga kurangnya bagi industri jualan langsung. Sebagai susulan kepada pembentangan mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa jamuan makan CEO baru-baru ini, kami telah memuatkan panduan Deloitte tentang isu tersebut untuk rujukan semua.

DSAM juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli-ahli yang telah memaparkan iklan di dalam keluaran ini. Kami akan terus menyajikan rencana-rencana yang mengandungi nilai tambah dalam keluaran-keluaran yang akan datang dan berharap agar pembaca-pembaca kami akan mendapat manfaat yang lebih mendalam tentang industri jualan langsung.

This article is from: