2 minute read

Jamuan Makan hujung tahun CEO

Next Article
Perutusan Presiden

Perutusan Presiden

Jamuan Makan Hujung Tahun CEO DSAM menjadi tuan rumah kepada jamuan makan tengah hari hujung tahun CEO pada November 2019. Berlangsung di Eastin Hotel dan dihadiri oleh lebih 100 ketua syarikat-syarikat ahli.

Semasa acara tersebut, � Lim Kok Hing, pengasas bersama dan Pengarah Eksekutif iPay88 bercakap mengenai topik ‘Kemajuan dan Peluang Pembayaran Dalam Talian’, sementara Bryant Kooh, Pengasas dan Pengarah Urusan Packtica Sdn Bhd telah berkongsi tajuk ‘‘Menjaga Keselamatan Produk-produk kita’.

Sebagai penyumbang utama solusi pembayaran runcit dalam talian di ASEAN yang berpangkalan di Malaysia, Lim telah berkongsi pandangan tentang transaksi

e-dagang rakyat Malaysia melalui sistem pembayaran dalam talian mereka.

Beliau menyatakan bahawa pada tahun 2018, iPay88 telah merekodkan sejumlah 52.45 juta transaksi pembayaran dalam talian yang berjaya berbanding 287 juta pada 2017. Pada 2011 jumlah transaksi yang direkod hanyalah 0.9 juta. Musim perayaan pada Disember 2018 telah mencatatkan rekod tertinggi, iaitu 6.9 juta transaksi.

“Transaksi ini berjumlah RM7 bilion dari segi jualan”, kat Lim yang berkata bahawa transaksi perbankan dalam talian pun telah melebihi kad kredit. Perbankan dalam talian adalah tiga kali ganda transaksi kad kredit pada suku keempat tahun 2018, merekodkan 13.8 juta transaksi berbanding dengan 3.5 transaksi bagi 2018.

Beliau menambah yang beli-belah dan pembayaran dalam lanskap e-dagang,

pasaran digital dan omnichannel di ASEAN sering berputaran. “Kami sedang bergerak pantas dari kedai fizikal ke yang multi saluran dan kini omnichannel yang menawarkan pengalaman yang berintegrasi dan lancar menjangkau berbagai peranti dan titik sentuhan,” kata Lim.

Bryant Kooh memberi pandangan menyeluruh tentang syarikatnya yang khusus menyumbang rangkaian solusi yang tersusun, daripada produk-produk tamperevident holografik hingga ke CheckNow - sistem pengesahan dalam talian.

Seluruh portfolio produk holografik terdiri daripada lebih 30 jenis label anti-pemalsuan bergabung berbagai jenis teknologi sekuriti, cap meterai bersekuriti tinggi, label dan pembungkusan sekuriti.

Kata beliau, empat masalah terbesar yang dihadapi oleh industri jualan langsung di Malaysia adalah lambakan harga, produk-produk palsu, produkproduk yang tidak boleh dijejaki dan dikesan dan pangkalan data tanpa nama.

Lambakan harga, katanya, menjejas pendapatan agen-agen/ahli-ahli, kehilangan kesetiaan pelanggan dan kehilangan perniagaan sementara produkproduk palsu pula memberi kesan negatif kepada imej jenama.

“Produk-produk dan perkhidmatan kami yang boleh disesuaikan adalah berkecekapan tinggi, terutamanya bagi perlindungan dan pengesahan produk, kebolehkesanan, mengenalpasti aktiviti penipuan seperti pemalsuan, pengimportan selari dan lambakan harga,” kata Bryant yang menambah bahawa sehingga kini Packtica telah menjana 50 juta label kod bagi klien-kliennya.

This article is from: