2 minute read
Jamuan Tahun Baru Cina
Jamuan Tahun Baru Cina DSAM Jamuan makan tengah hari Tahun Baru Cina CEO telah diadakan di Sheraton Hotel, Petaling Jaya pada Februari dan dihadiri oleh 30 ketua syarikat-syarikat ahli Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM).
Tujuan DSAM adalah untuk � mewujud dan mengekalkan persekitaran yang kondusif bagi pertumbuhan dan kestabilan industri jualan langsung di Malaysia.
Semasa jamuan itu, Dr Rasyidah Binti Che Rosli, Penolong Pengarah Bahagian Analitik & Statistik Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mencapaikan ucapan mengenai bagaimana syarikat-syarikat dan individu-individu boleh memfailkan bayaran balik cukai mereka secara dalam talian dan kemajuan terkini serta hak pembayar cukai di Malaysia.
Ucapan beliau mengandungi maklumat mendalam dan juga membri perspektif umum mengenai pembayar cukai dan tanggungjawab memfail bayaran balik cukai tahunan bagi individu dan syarikat.
Tentang memenuhi tanggungjawab, DSAM telah menjemput Pengarah Pengurusan Kelestarian Risiko Deloitte, iaitu Rui Figueiredo untuk bercakap tentang kelestarian perniagaan semasa jamuan makan tersebut.
Rui telah bercakap tentang bagaimana Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu berkesan bagi syarikat-syarikat dan organisasi untuk menarik perniagaan. Beliau bercakap tentang talian perkhidmatan Perniagaan Lestari yang meningkatkan Kelestarian Korporat syarikat-syarikat. Ia merangkumi keperihatinan persekitaran, sosial, dan kerajaan (ESG), yang semakin ditempatkan di agenda majlis tertinggi di seluruh dunia.
Rui juga menyentuh tentang bukti yang meningkat yang menunjukkan bahawa factor kelestarian mempengaruhi
pulangan kewangan dan memberi kesempatan bagi memacu nila jangka panjang. Hari ini, beberapa organisasi terbesar di dunia sedang mencari jalan untuk mengurus dan melapor secara proaktif tentang risiko ESG mereka dan untuk berakan kongsi atau melabur dalam syarikat-syarikat yang “sedia ESG”. Faktor-faktor kelestarian ada sebahagian daripada perkara asas yang diperlukan untuk mencapai pulangan yang lebih, daya tahan organisasi dan kepercayaan pemegang-pemegang saham.
Chow Kuo Seng, Pengarah Eksekutif, Audit & Penyelidikan , Deloitte Tax Services Sdn Bhd juga telah menyampaikan persembahan.
Jamuan makan tengah hari itu telah dimulakan dengan melontar yee sang diikuti dengan jamuan lapan sajian.
Selaku pendokong etika jualan langsung, misi DSAM ialah untuk menyokong syarikat-syarikat jualan langsung dalam bahagian tadbir urus, pendidikan, komunikasi, perlindungan pengguna dan etika.
Persatuan komited mewakili dan memastikan yang ia mewakili serta memastikan persekitaran yang kondusif bagi pertumbuhan dinamik industri jualan langsung di Malaysia, akhirnya kelak mencapai industri yang bertaraf dunia dan kedudukan di kalangan negara-negara jualan langsung tertinggi di dunia. DSAM percaya kepada konsep perniagaan tanpa sempadan dan bahawa jualan langsung adalah sumber pemerkasaan bagi manusia di seluruh dunia.