DIRECT SELLER Malaysia BM|Vol 2|No 1|2020|SuperLife

Page 19

pasaran digital dan omnichannel di ASEAN sering berputaran. “Kami sedang bergerak pantas dari kedai fizikal ke yang multi saluran dan kini omnichannel yang menawarkan pengalaman yang berintegrasi dan lancar menjangkau berbagai peranti dan titik sentuhan,� kata Lim. Bryant Kooh memberi pandangan menyeluruh tentang syarikatnya yang khusus menyumbang rangkaian solusi yang tersusun, daripada produk-produk tamperevident holografik hingga ke CheckNow - sistem pengesahan dalam talian. Seluruh portfolio produk holografik terdiri daripada lebih 30 jenis label anti-pemalsuan bergabung berbagai jenis teknologi sekuriti, cap meterai bersekuriti tinggi, label dan pembungkusan sekuriti. Kata beliau, empat masalah terbesar

yang dihadapi oleh industri jualan langsung di Malaysia adalah lambakan harga, produk-produk palsu, produkproduk yang tidak boleh dijejaki dan dikesan dan pangkalan data tanpa nama. Lambakan harga, katanya, menjejas pendapatan agen-agen/ahli-ahli, kehilangan kesetiaan pelanggan dan kehilangan perniagaan sementara produkproduk palsu pula memberi kesan negatif kepada imej jenama. “Produk-produk dan perkhidmatan kami yang boleh disesuaikan adalah berkecekapan tinggi, terutamanya bagi perlindungan dan pengesahan produk, kebolehkesanan, mengenalpasti aktiviti penipuan seperti pemalsuan, pengimportan selari dan lambakan harga,� kata Bryant yang menambah bahawa sehingga kini Packtica telah menjana 50 juta label kod bagi klien-kliennya.

2020 / Edisi 1 / Malaysia Direct Seller /

17


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.