7 minute read
Kulit Lai Tek Kean, CEO dan Pengasas SuperLife
SUPERMAN DI SEBALIK SUPERLIFE CEO dan Pengasas Lai Tek Kean berkongsi strategi kejayaan beliau yang berkesan.
membesar dan meningkat dewasa dalam keadaan serba kekurangan, itulah fakta yang mencorak etika dan disiplin kerja CEO dan Pengasas SuperLife Lai Tek Kean sehingga ke hari ini. Semasa awal kerjayanya dalam bidang insurans dan kewangan peribadi, sifat rajin dan tekun beliaulah yang membuatkan Lai berjaya sampai jawatan pengurus penjualan dalam tempoh enam tahun. Dua tahun berikutnya beliau telah berjaya memenangi anugerah Million Dollar Round Table (MDRT) dan itu berjaya mengukuhkan kedudukannya. Dikenali sebagai seorang yang jujur dan berwibawa, Lai mengorak langkah menubuhkan syarikatnya sendiri – SuperLife World Sdn Bhd pada tahun 2017.
Sungguhpun anda membesar dalam keadaan serba kekurangan, anda telah berjaya belajar ke peringkat universiti dan mencapai kejayaan dalam masa yang singkat. Bagaimana itu mencorak gaya pengurusan anda? Saya lahir dalam keluarga yang mempunyai 11 orang adik beradik dan saya sedar untuk berjaya dalam hidup saya perlu kuat bekerja. Ibu bapa saya terpaksa bertungkus lumus untuk membesarkan kami. Bapa saya seorang pemandu teksi dan juga memiliki sebuah kedai runcit, dan ibu saya pula seorang penoreh getah.
Walaupun keluarga tidak mampu menampung kos pelajaran saya di universiti, tetapi saya tidak berputus asa dan tahu betapa pentingnya pelajaran. Jadi, saya bekerja separuh masa untuk membiayai pelajaran saya dan berjaya menjadi graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan memperolehi ijazah sains politik.
Saya memulakan kerjaya saya dalam bidang insurans dan kewangan peribadi. Ia juga memerlukan saya bekerja keras. Seorang insurans biasanya bekerja sendiri. Seseorang itu perlu mempunyai disiplin yang tinggi untuk maju.
Di peringkat awal menjual insurans saya telah berhadapan dengan beribu penolakan dari pelanggan kerana saya masih baru. Walau bagaimanapun, saya
RENCANA MUKA DEPAN
tetap berpegang kepada prinsip tekun dan jujur bekerja adalah kunci kejayaan. Sebaik sahaja hubungan jangka panjang dengan pelanggan terjalin, ia akan disusuli oleh kepercayaan. Ciri-ciri inilah yang saya bawa dengan saya dalam menjadi seorang usahawan.
Pada masa itu, apakah cabaran-cabaran yang anda perhatikan dalam rangkaian industri pemasaran? Beberapa syarikat dalam industri biasanya memberi tumpuan kepada pemegang saham dan bukan kepada orang yang bekerja untuk mereka. Mereka tidak memberi ganjaran yang mencukupi bagi memastikan kebajikan rakan-rakan dalam rangkaian mereka. Oleh kerana syarikatsyarikat ini semata-mata memberi fokus kepada meraih hasil kewangan, kebanyakan di dalam rangkaian tidak diberi latihan, dengan itu memberi maklumat yang tidak betul kepada orang ramai.
Lagipun, kualiti produk-produk tertentu tidak konsisten. Beberapa syarikat tidak mengeluarkan produk menurut piawaian yang sepatutnya, dengan itu kualiti produk adalah rendah.
Sementara itu, ramai orang yang membuat andaian bahawa mereka boleh menjana wang yang banyak tanpa berusaha langsung. Ini membawa kepada
meningkatnya permainan wang dan lainlain skim haram yang memburukkan nama industri.
Apa pendapat anda tentang rangkaian industri pemasaran masakini? Sekarang terdapat lebih banyak lagi persaingan dalam industri ini. Untuk memajukan sesebuah syarikat bukan sesuatu yang mudah, tetapi dengan corak pemikiran dan perwatakan yang betul, saya percaya ia tidak mustahil.
Di SuperLife, kami percaya yang perwatakan seseorang merujuk kepada moral, nilai dan kualiti. Para usahawan lebih cenderung menjalankan perniagaan dengan rakan-rakan kongsi yang jujur.
Anda ada menyatakan bahawa anda berusaha sedaya upaya untuk meringankan kekecewaan mereka yang berada dalam rangkaian industri. Bolehkah anda berkongsi dengan kami bagaimana anda melakukannya? Di SuperLife, kami menjaga kebajikan mereka yang berada dalam rangkaian industri dan menggalakkan mereka mencapai kemakmuran yang mampan.
Kami mempunyai slogan “Satu Dunia Satu Sistem” dan gigih berusaha mewujudkan operasi tempatan pada tahap global, di mana operasi di setiap negara
RENCANA MUKA DEPAN
berjalan lancar, dan ahli-ahli mempunyai asas yang kukuh dan berkesan untuk membina rangkaian perniagaan mereka bersama SuperLife.
Selain itu, pihak pengurusan dan pengarah-pengarah kami terlibat secara proaktif dalam membangunkan perniagaan daan mendidik pengedarpengedar kami dalam pengurusan kehidupan dan kewangan.
Apakah sumbangan anda kepada SuperLife berbanding dengan pengasaspengasas lain? Saya telah berjaya menjadi seorang yang dihormati dan dipercayai rakanrakan kongsi dari seluruh dunia. Bukan itu sahaja, saya berasa bangga menyatakan bahawa saya telah berjaya memberi inspirasi kepada mereka untuk meningkatkan jati diri mereka. Menjadi seorang mentor yang mereka segani dan boleh mereka harapkan adalah benar-benar satu penghormatan bagi saya.
Tanpa pertolongan daripada setiap seseorang di sekeliling saya, tidak mungkin saya akan mencapai apa yang saya kecapi sekarang. Matlamat saya di SuperLife adalah untuk menetapkan wawasan bagi semua usahawan dan mewujudkan persekitaran pekerjaan yang fleksibel.
Bagaimana anda menjalinkan jangkauan perhubungan dengan mereka dalam rangkaian industri melalui aplikasi mobile anda? Untuk berada di barisan hadapan industri, SuperLife bertujuan merevolusikan keseluruhan pengalaman rangkaian pemasaran melalui aplikasi mobile kami. Aplikasi mobile kami sangat mesra pengguna. Dengan aplikasi mobile kami, mudah bagi setiap ahli berhubung dengan SuperLife. Misalnya, aplikasi mobile kami membolehkan mereka terus memproses pendaftaran baru, membeli semula produkproduk, dll. dengan cara yang lebih mudah dan selesa.
Apa bezanya produk-produk SuperLife berbanding dengan produk-produk kesihatan yang lain dalam pasaran? Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan anggota masyarakat dengan mempromosi produk-produk yang telah diuji secara saintifik dan termampu dibeli. Kami mengedar barangan-barangan pemakanan yang dilengkapi dengan nutrien, dan produkproduk SuperLife dikategorikan secara meluas sebagai ‘superfoods’. Produk-produk kami disokong secara saintifik oleh terbitan rencana-rencana perubatan. Kami juga bergabung rapat dengan pertubuhanpertubuhan yang ternama seperti Mibelle Group, iaitu pakar bahan bioteknologi yang berpangkalan di Switzerland.
Produk-produk kami diperbuat di kilang-kilang yang mematuhi keperluan GMP dengan tatacara kawalan mutu yang ketat. Kami juga telah memperolehi pensijilan FDA bagi produk-produk kami di negara-negara kami beroperasi.
Berapa peratuskah daripada hasil pendapatan anda yang anda belanjakan untuk R&D (Penyelidikan & Pembangunan), insentif dan pembangunan perniagaan? Selama ini, kami memperuntukkan 10% hasil kami bagi produk R&D, 20% bagi pembangunan perniagaan dan 30% dibayar untuk komisyen/insentif.
Bagaimana anda memastikan keselamatan produk-produk anda? Untuk memastikan keselamatan produk
produk kami, kami hantar produk kami untuk menjalani ujian makmal SGS untuk tujuan kestabilan produk. Ujianujian MISC juga dijalankan sebelum proses pengeluaran. Selepas itu, kami akan pastikan yang kemudahan-kemudahan penyimpanan berada dalam keadaan baik sebelum meneruskan ke rangkaian pembekalan.
Pengawalan yang bagaimana atau apa SOP yang ditetapkan bagi proses perolehan? Kami menekankan rangkaian pembekalan berautomasi kerana kami memperolehi bahan-bahan dari berbagai pembekal di seluruh dunia. Ini membantu kami memastikan yang bahan-bahan memenuhi piawaian kualiti dan disalurkan ke produkproduk yang tepat. Bahan-bahan mentah disimpan di kemudahan-kemudahan yang mempunyai pensijilan GMP sebelum melalui proses perkilangan.
Kini terdapat fokus yang diberikan kepada kelestarian, apa pendapat anda tentang hal ini? Konsep kelestarian adalah sesuatu yang sangat penting bagi SuperLife dan tertanam dalam setiap sesuatu yang kami lakukan. Misalnya, kami telah menubuhkan The SuperLife Foundation (Yayasan SuperLife) untuk menolong kanak-kanak yang kurang bernasib baik , terutamanya di Afrika. Kami juga menjalankan perkhemahan keusahawanan untuk melatih dan memperkasakan lebih
banyak lagi uasahawan supaya berjaya dalam industri ini.
Di negara-negara manakah anda beroperasi? Dalam jangka masa singkat tiga tahun, kami telah mengembangkan perniagaan kami di seluruh dunia. Kini kami beropersai di Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia, Filipina, Nigeria, Ghana, Ivory Coast, Kenya, Uganda, Afrika Selatan, Cameroon, Zambia, Zimbabwe, Mozambique, Namibia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan banyak lagi di masa depan.
Apakah cabaran-cabaran yang anda hadapi bila cuba memasarkan produk-produk kesihatan di negara-negara ini? Cabaran yang paling sukar dalam perniagaan antarabangsa ialah perundangan. Tanpa perundangan, menjalankan operasi secara produktif dan berkesan adalah mustahil. Pada peringkat permulaan sebelum memulakan syarikat ini, kami telah tanpa henti bekerja dengan berbagai perunding perundangan di banyak negara untuk menyediakan kerjakerja asas.
Proses kerja asas boleh berlangsung sehingga tempoh lapan bulan dan melibatkan banyak perjalanan melawat ke sana sini, kerana setiap negara mempunyai keperluan tersendiri.
Selalunya, kami diperlukan menghantar produk-produk ke negaranegara di mana prosedur kelulusan Kastam tidak begitu kukuh. Tetapi dengan dokumentasi yang betul, kami berjaya menyelesaikan masalahmasalah ini.
Boleh kami tahu apakah produk-produk anda yang paling popular?
• SuperLife STC30: SuperLife
Total Care 30 STC30 menjadi kebanggaan kerana ia merupakan sel stem asal bagi merawat dan mencegah penyakit-penyakit. SuperLife STC30 mengandungi perumusan revolusioner berasaskan sel stem epal dan anggur (PhytoCellTec) yang meningkatkan usia sel stem kulit.
Rumusan ini dicantumkan dengan glisodin (yang dikenali sebagai “enzim hayat”), untuk memulih tekanan oksidatif dan menguatkan sistem antioksidatif semulajadi badan.
• SuperLife SCC15: SuperLife Colon
Care 15 SCC15 merupakan ramuan yang kaya dengan bahan-bahan semulajadi yang terbaik untuk menjaga usus/ kolon dan sistem pencernaan yang sihat. Rumusan yang kuat ini membantu di dalam pembersihan toksin dan kekotoran yang memudaratkan dan membekalkan badan kita dengan nutrien-nutrien yang penting bagi kesihatan yang optimum.
Apa pendapat anda tentang industri jualan langsung di Malaysia? Masa depan industri jualan langsung di Malaysia adalah besar dan luas. Ini adalah kerana wujudnya peraturan dan perundangan yang ketat yang membantu syarikat-syarikat seperti kami untuk mengatasi masalah pemalsuan.
Kami memikul tanggungjawab membina syarikat yang lebih bertenaga positif dan berkembang sihat, dengan itu mewujudkan perkaitan dengan arahan yang tepat.