2 minute read
Faedah-faedah Keahlian
MANFAAT MENJADI AHLI DSAM
1Dikendalikan oleh sekretariat bebas. Kerahsiaan adalah terjamin. 2 Berhak menggunakan logo DSAM berdaftar, pembawa standard bagi industri jualan langsung.
3Bantuan penasihat dalam pelbagai bidang yang luas. 4 Mengamalkan Kod Tatakelakuan yang diiktiraf oleh Persekutuan Dunia Persatuan Jualan Langsung (WFDSA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Ahliahli akan ditanda aras terhadap piawaian global.
5Kod Tatakelakuan DSAM menawarkan perlindungan kepada pengguna, syarikat ahli dan pengedar bebas. Pematuhan kod diawasi oleh pentadbir Kod bebas kami. Kod ini juga termasuk prosedur aduan yang berstruktur.
6Akses yang eksklusif ke laman web “Ahli Sahaja” WFDSA dan DSAM.
7Bantuan khusus apabila berkembang ke pasaran sekutu ASEAN.
8Bantuan dan rujukan kepada lebih 60 persatuan jualan langsung sekutu di dunia apabila berkembang secara global.
9Platform untuk membangkitkan isu berkenaan industri kepada pelbagai kementerian termasuk KPDNHEP, Kementerian Kesihatan, Lembaga Perlindungan Data Peribadi, Tabung Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan lain-lain.
10 Mesyuarat bulanan dengan KPDNHEP untuk membangkitkan isu berkaitan ahli kepada Unit Jualan Langsung.
11 Kerjasama dengan syarikat perundangan antarabangsa terkemuka dan perunding cukai, menyediakan tahap perkhidmatan paling tinggi kepada ahli dalam bidang ini.
12 Mengadakan jamuan makan tengah hari Ketua Pegawai Eksekutif yang berkala serta mesyuarat untuk membincangkan pelbagai isu, bertukar-tukar pandangan, pengetahuan dan pengalaman di peringkat pengurusan tertinggi.
13 e-buletin bulanan menyediakan berita terkini mengenai semua perkara berkenaan dengan industri serta pekeliling memberikan kemas kini segera untuk perkara mustahak.
14 DSAM menjalankan tinjauan tahunan dan menerbitkan laporan industri tahunan, termasuk saiz pasaran, sumbangan segmen produk, dan banyak lagi. Ini membantu ahli kami dalam perancangan dan unjuran mereka.
15 Dan banyak lagi.