DIRECT SELLER Malaysia BM|Vol 2|No 1|2020|SuperLife

Page 1

DIRECT SELLER MALAYSIA EDISI 1 / 2020

ANUGERAH USAHAWAN CEMERLANG DSAM 2019 & JAMUAN MAKAN MALAM KE 41

SUPERMAN DI SEBALIK SUPERLIFE

Lai Teck Kean, CEO dan Pengasas SuperLife

RM10

DITERBITKAN OLEH



Kulit Lai Tek Kean, CEO dan Pengasas SuperLife

CERITA KULIT 4

Superman di sebalik SuperLife CEO dan Pengasas SuperLife menceritakan strategi kejayaan beliau yang berkesan.

KANDUNGAN KOLUM 3

Perutusan Presiden

FOKUS 8

Kekal sihat, kekal hijau

20 Faedah-faedah Keahlian

ACARA

10 Malam Kecemerlangan

4

16 Jamuan Makan hujung tahun CEO 18 Jamuan Tahun Baru Cina

10 Vol 1 no 1 / Malaysia Direct Seller /

1


PEMEGANG-PEMEGANG JAWATAN DSAM 2019-2021

DITERBITKAN OLEH

Direct Seller Malaysia diterbitkan oleh Harini Management Services Sdn Bhd untuk Persatuan Jualan Langsung Malaysia. ISBN 978-967-15054-4-1

DATUK TAN CHONG GUAN PRESIDEN

Pengarah Eksekutif, Naib Presiden Asia Forever Living Products (M) Sdn Bhd

KHOR LEE FAN BENDAHARI

Pengurus Besar, Malaysia & Singapura Mary Kay (Malaysia) Sdn Bhd

DAVID CHEONG NAIB PRESIDEN

Pengurus Besar, Malaysia & Brunei Nu Skin (Malaysia) Sdn Bhd

SAM CHEONG AHLI LEMBAGA

Ketua Pegawai Eksekutif CNI Corporation Sdn Bhd

KHAIRUDDIN YAHYA SETIAUSAHA

Pengarah Undang-Undang & Setiausaha Syarikat Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd

WINSTON CHEN AHLI LEMBAGA

Ketua Pegawai Eksekutif PHHP Marketing (M) Sdn Bhd

HARINI MANAGEMENT SERVICES SDN BHD (609031-W) W-9-12, Menara Melawangi, Amcorp Trade Centre, 18, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 603-7932 3259 E-mel: harini.mservices@gmail.com www.harini.com.my Penerbit/Ketua Pegawai Eksekutif V.S. Ganesan Editor Kanan Vimala Seneviratne Editor Khaw Chia Hui Pereka Kreatif Goh Wei Lee Perunding Pengiklanan Faridah Ismail Pengurus Pemasaran Karthik Ganesan Pengurus Operasi G. Revathi Pencetak United Mission Press Sdn Bhd (755329-X)

No.15, Perindustrian BS 9, Jalan BS 9/10, Taman Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Tel: 603-8958 0186 Fax: 603-8945 5168 Pengedar MPH Distributors Sdn Bhd (Malaysia) (5048-A)

LING CHAI FAN AHLI LEMBAGA

Pengurus Besar Perfect Pentagon Sdn Bhd

THAM YOKE LON AHLI LEMBAGA

Pengurus Besar Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd

ZAIHAN ARIFFIN AHLI LEMBAGA

Ketua, Hal Ehwal Korporat & Kerajaan Amway (Malaysia) Sdn Bhd

Tingkat Bawah, Bangunan TH, No 5, Jalan Bersatu 13/4, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 603-7958 1688 Faks: 603-7956 5995 E-mel: distributors@mph.com.my

Semua artikel dalam majalah Direct Seller Malaysia mewakili pandangan peribadi penyumbang dan tidak semestinya pandangan Persatuan Jualan Langsung Malaysia & Harini Management Services Sdn Bhd. Semua penulis bersetuju secara automatik untuk melindungi DSAM dan Harini Management Services Sdn Bhd terhadap sebarang kerugian, kos, perbelanjaan (termasuk fi guaman), ganti rugi dan liabiliti yang mungkin timbul daripada ketidakupayaan, kecuaian, pelanggaran kontrak mereka sendiri atau salah laku sivil yang lain. Kami berhak untuk mengedit semua artikel. Hak cipta terpelihara. Hak cipta Š 2020 oleh Harini Management Services Sdn Bhd. Tiada bahagian dalam penerbitan ini boleh diterbitkan semula dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada penerbit. Persatuan Jualan Langsung Malaysia dan Harini Management Services Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap manuskrip, fotografi, ilustrasi dan bahan editorial yang tidak diminta.

2

/ Malaysia Direct Seller / Edisi 1 / 2020


PERUTUSAN PRESIDEN Datuk Tan Chong Guan, Presiden DSAM

Ahli-ahli DSAM yang saya hormati, Selamat membaca edisi ke 2 Direct Seller Malaysia, majalah yang diterbitkan oleh Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM). Kami telah menerima banyak maklum balas positif bagi keluaran pertama majalah ini, khususnya versi dalam talian yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina. Ahli-ahli kita dapat berkongsi membacanya bersama-sama dengan para pengedar bebas mereka masing-masing. Dalam keluaran kali ini, kami telah mendapat penghormatan berbual dengan Datuk Muez, Ketua Pengarah Kementerian Perdanganan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), beberapa hari sebelum beliau menjawat jawatan baru sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan. Beliau bercakap tentang pandangan KPDNHEP terhadap industri ini dan jalan yang harus ditempuhi untuk kemajuan masa akan datang. Masa depan industri jualan langsung adalah sangat menggalakkan oleh kerana blueprint industri sedang dikaji dengan wujudnya beberapa peningkatan. Pada masa yang sama, kami mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad sebagai Ketua Pengarah yang baru bagi KPDNHEP. Kami berharap dapat menemui beliau tidak lama lagi untuk memberi maklumat pemasaran terkini industri kami. Dalam keluaran ini kami juga memuatkan WFDSA Messaging Guidebook (Buku Panduan Pesanan WFDSA) supaya industri ini dapat berbicara dalam satu suara, terutamanya apabila berkomunikasi dengan pihak media, pengatur cara dan masyarakat umum. Buku panduan tersebut merupakan hasil daripada penyelidikan intensif yang dijalankan di seluruh dunia bagi membantu industri ini dengan kata-kata dan pesanan yang konsisten. Ia bertujuan mempromosi kesedaran dan kefahaman yang lebih mendalam tentang industri ini di peringkat dunia. Sementara itu, pertumbuhan yang mampan merupakan matlamat bersama berbagai industri di seluruh dunia dan tidak juga kurangnya bagi industri jualan langsung. Sebagai susulan kepada pembentangan mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa jamuan makan CEO baru-baru ini, kami telah memuatkan panduan Deloitte tentang isu tersebut untuk rujukan semua. DSAM juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli-ahli yang telah memaparkan iklan di dalam keluaran ini. Kami akan terus menyajikan rencana-rencana yang mengandungi nilai tambah dalam keluaran-keluaran yang akan datang dan berharap agar pembaca-pembaca kami akan mendapat manfaat yang lebih mendalam tentang industri jualan langsung.

2020 / Edisi 1 / Malaysia Direct Seller /

3


SUPERMAN DI SEBALIK SUPERLIFE

CEO dan Pengasas Lai Tek Kean berkongsi strategi kejayaan beliau yang berkesan. 4

/ Malaysia Direct Seller / Edisi 1 / 2020


m

RENCANA MUKA DEPAN

embesar dan meningkat dewasa dalam keadaan serba kekurangan, itulah fakta yang mencorak etika dan disiplin kerja CEO dan Pengasas SuperLife Lai Tek Kean sehingga ke hari ini. Semasa awal kerjayanya dalam bidang insurans dan kewangan peribadi, sifat rajin dan tekun beliaulah yang membuatkan Lai berjaya sampai jawatan pengurus penjualan dalam tempoh enam tahun. Dua tahun berikutnya beliau telah berjaya memenangi anugerah Million Dollar Round Table (MDRT) dan itu berjaya mengukuhkan kedudukannya. Dikenali sebagai seorang yang jujur dan berwibawa, Lai mengorak langkah menubuhkan syarikatnya sendiri – SuperLife World Sdn Bhd pada tahun 2017.

Sungguhpun anda membesar dalam keadaan serba kekurangan, anda telah berjaya belajar ke peringkat universiti dan mencapai kejayaan dalam masa yang singkat. Bagaimana itu mencorak gaya pengurusan anda? Saya lahir dalam keluarga yang mempunyai 11 orang adik beradik dan saya sedar untuk berjaya dalam hidup saya perlu kuat bekerja. Ibu bapa saya terpaksa bertungkus lumus untuk membesarkan kami. Bapa saya seorang pemandu teksi dan juga memiliki sebuah kedai runcit, dan ibu saya pula seorang penoreh getah. Walaupun keluarga tidak mampu menampung kos pelajaran saya di universiti, tetapi saya tidak berputus asa dan tahu betapa pentingnya pelajaran. Jadi, saya bekerja separuh masa untuk membiayai pelajaran saya dan berjaya menjadi graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan memperolehi ijazah sains politik. Saya memulakan kerjaya saya dalam bidang insurans dan kewangan peribadi. Ia juga memerlukan saya bekerja keras. Seorang insurans biasanya bekerja sendiri. Seseorang itu perlu mempunyai disiplin yang tinggi untuk maju. Di peringkat awal menjual insurans saya telah berhadapan dengan beribu penolakan dari pelanggan kerana saya masih baru. Walau bagaimanapun, saya

tetap berpegang kepada prinsip tekun dan jujur bekerja adalah kunci kejayaan. Sebaik sahaja hubungan jangka panjang dengan pelanggan terjalin, ia akan disusuli oleh kepercayaan. Ciri-ciri inilah yang saya bawa dengan saya dalam menjadi seorang usahawan.

Pada masa itu, apakah cabaran-cabaran yang anda perhatikan dalam rangkaian industri pemasaran? Beberapa syarikat dalam industri biasanya memberi tumpuan kepada pemegang saham dan bukan kepada orang yang bekerja untuk mereka. Mereka tidak memberi ganjaran yang mencukupi bagi memastikan kebajikan rakan-rakan dalam rangkaian mereka. Oleh kerana syarikatsyarikat ini semata-mata memberi fokus kepada meraih hasil kewangan, kebanyakan di dalam rangkaian tidak diberi latihan, dengan itu memberi maklumat yang tidak betul kepada orang ramai. Lagipun, kualiti produk-produk tertentu tidak konsisten. Beberapa syarikat tidak mengeluarkan produk menurut piawaian yang sepatutnya, dengan itu kualiti produk adalah rendah. Sementara itu, ramai orang yang membuat andaian bahawa mereka boleh menjana wang yang banyak tanpa berusaha langsung. Ini membawa kepada

meningkatnya permainan wang dan lainlain skim haram yang memburukkan nama industri.

Apa pendapat anda tentang rangkaian industri pemasaran masakini? Sekarang terdapat lebih banyak lagi persaingan dalam industri ini. Untuk memajukan sesebuah syarikat bukan sesuatu yang mudah, tetapi dengan corak pemikiran dan perwatakan yang betul, saya percaya ia tidak mustahil. Di SuperLife, kami percaya yang perwatakan seseorang merujuk kepada moral, nilai dan kualiti. Para usahawan lebih cenderung menjalankan perniagaan dengan rakan-rakan kongsi yang jujur.

Anda ada menyatakan bahawa anda berusaha sedaya upaya untuk meringankan kekecewaan mereka yang berada dalam rangkaian industri. Bolehkah anda berkongsi dengan kami bagaimana anda melakukannya? Di SuperLife, kami menjaga kebajikan mereka yang berada dalam rangkaian industri dan menggalakkan mereka mencapai kemakmuran yang mampan. Kami mempunyai slogan “Satu Dunia Satu Sistem� dan gigih berusaha mewujudkan operasi tempatan pada tahap global, di mana operasi di setiap negara

2020 / Edisi 1 / Malaysia Direct Seller /

5


RENCANA MUKA DEPAN

berjalan lancar, dan ahli-ahli mempunyai asas yang kukuh dan berkesan untuk membina rangkaian perniagaan mereka bersama SuperLife. Selain itu, pihak pengurusan dan pengarah-pengarah kami terlibat secara proaktif dalam membangunkan perniagaan daan mendidik pengedarpengedar kami dalam pengurusan kehidupan dan kewangan.

Apakah sumbangan anda kepada SuperLife berbanding dengan pengasaspengasas lain? Saya telah berjaya menjadi seorang yang dihormati dan dipercayai rakanrakan kongsi dari seluruh dunia. Bukan itu sahaja, saya berasa bangga menyatakan bahawa saya telah berjaya memberi inspirasi kepada mereka untuk meningkatkan jati diri mereka. Menjadi seorang mentor yang mereka segani dan boleh mereka harapkan adalah benar-benar satu penghormatan bagi saya. Tanpa pertolongan daripada setiap seseorang di sekeliling saya, tidak mungkin saya akan mencapai apa yang saya kecapi sekarang. Matlamat saya di SuperLife adalah untuk menetapkan wawasan bagi semua usahawan dan mewujudkan persekitaran pekerjaan yang fleksibel.

6

/ Malaysia Direct Seller / Edisi 1 / 2020

Bagaimana anda menjalinkan jangkauan perhubungan dengan mereka dalam rangkaian industri melalui aplikasi mobile anda? Untuk berada di barisan hadapan industri, SuperLife bertujuan merevolusikan keseluruhan pengalaman rangkaian pemasaran melalui aplikasi mobile kami. Aplikasi mobile kami sangat mesra pengguna. Dengan aplikasi mobile kami, mudah bagi setiap ahli berhubung dengan SuperLife. Misalnya, aplikasi mobile kami membolehkan mereka terus memproses pendaftaran baru, membeli semula produkproduk, dll. dengan cara yang lebih mudah dan selesa.

Apa bezanya produk-produk SuperLife berbanding dengan produk-produk kesihatan yang lain dalam pasaran? Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan

anggota masyarakat dengan mempromosi produk-produk yang telah diuji secara saintifik dan termampu dibeli. Kami mengedar barangan-barangan pemakanan yang dilengkapi dengan nutrien, dan produkproduk SuperLife dikategorikan secara meluas sebagai ‘superfoods’. Produk-produk kami disokong secara saintifik oleh terbitan rencana-rencana perubatan. Kami juga bergabung rapat dengan pertubuhanpertubuhan yang ternama seperti Mibelle Group, iaitu pakar bahan bioteknologi yang berpangkalan di Switzerland. Produk-produk kami diperbuat di kilang-kilang yang mematuhi keperluan GMP dengan tatacara kawalan mutu yang ketat. Kami juga telah memperolehi pensijilan FDA bagi produk-produk kami di negara-negara kami beroperasi.

Berapa peratuskah daripada hasil pendapatan anda yang anda belanjakan untuk R&D (Penyelidikan & Pembangunan), insentif dan pembangunan perniagaan? Selama ini, kami memperuntukkan 10% hasil kami bagi produk R&D, 20% bagi pembangunan perniagaan dan 30% dibayar untuk komisyen/insentif.

Bagaimana anda memastikan keselamatan produk-produk anda? Untuk memastikan keselamatan produk-


Proses kerja asas boleh berlangsung sehingga tempoh lapan bulan dan melibatkan banyak perjalanan melawat ke sana sini, kerana setiap negara mempunyai keperluan tersendiri. Selalunya, kami diperlukan menghantar produk-produk ke negaranegara di mana prosedur kelulusan Kastam tidak begitu kukuh. Tetapi dengan dokumentasi yang betul, kami berjaya menyelesaikan masalahmasalah ini.

Boleh kami tahu apakah produk-produk anda yang paling popular? produk kami, kami hantar produk kami untuk menjalani ujian makmal SGS untuk tujuan kestabilan produk. Ujianujian MISC juga dijalankan sebelum proses pengeluaran. Selepas itu, kami akan pastikan yang kemudahan-kemudahan penyimpanan berada dalam keadaan baik sebelum meneruskan ke rangkaian pembekalan.

banyak lagi uasahawan supaya berjaya dalam industri ini.

Pengawalan yang bagaimana atau apa SOP yang ditetapkan bagi proses perolehan?

Di negara-negara manakah anda beroperasi?

Kami menekankan rangkaian pembekalan berautomasi kerana kami memperolehi bahan-bahan dari berbagai pembekal di seluruh dunia. Ini membantu kami memastikan yang bahan-bahan memenuhi piawaian kualiti dan disalurkan ke produkproduk yang tepat. Bahan-bahan mentah disimpan di kemudahan-kemudahan yang mempunyai pensijilan GMP sebelum melalui proses perkilangan.

Dalam jangka masa singkat tiga tahun, kami telah mengembangkan perniagaan kami di seluruh dunia. Kini kami beropersai di Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia, Filipina, Nigeria, Ghana, Ivory Coast, Kenya, Uganda, Afrika Selatan, Cameroon, Zambia, Zimbabwe, Mozambique, Namibia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan banyak lagi di masa depan.

Kini terdapat fokus yang diberikan kepada kelestarian, apa pendapat anda tentang hal ini?

Apakah cabaran-cabaran yang anda hadapi bila cuba memasarkan produk-produk kesihatan di negara-negara ini?

Konsep kelestarian adalah sesuatu yang sangat penting bagi SuperLife dan tertanam dalam setiap sesuatu yang kami lakukan. Misalnya, kami telah menubuhkan The SuperLife Foundation (Yayasan SuperLife) untuk menolong kanak-kanak yang kurang bernasib baik , terutamanya di Afrika. Kami juga menjalankan perkhemahan keusahawanan untuk melatih dan memperkasakan lebih

Cabaran yang paling sukar dalam perniagaan antarabangsa ialah perundangan. Tanpa perundangan, menjalankan operasi secara produktif dan berkesan adalah mustahil. Pada peringkat permulaan sebelum memulakan syarikat ini, kami telah tanpa henti bekerja dengan berbagai perunding perundangan di banyak negara untuk menyediakan kerjakerja asas.

• SuperLife STC30: SuperLife Total Care 30 STC30 menjadi kebanggaan kerana ia merupakan sel stem asal bagi merawat dan mencegah penyakit-penyakit. SuperLife STC30 mengandungi perumusan revolusioner berasaskan sel stem epal dan anggur (PhytoCellTec) yang meningkatkan usia sel stem kulit. Rumusan ini dicantumkan dengan glisodin (yang dikenali sebagai “enzim hayatâ€?), untuk memulih tekanan oksidatif dan menguatkan sistem antioksidatif semulajadi badan. • SuperLife SCC15: SuperLife Colon Care 15 SCC15 merupakan ramuan yang kaya dengan bahan-bahan semulajadi yang terbaik untuk menjaga usus/ kolon dan sistem pencernaan yang sihat. Rumusan yang kuat ini membantu di dalam pembersihan toksin dan kekotoran yang memudaratkan dan membekalkan badan kita dengan nutrien-nutrien yang penting bagi kesihatan yang optimum.

Apa pendapat anda tentang industri jualan langsung di Malaysia? Masa depan industri jualan langsung di Malaysia adalah besar dan luas. Ini adalah kerana wujudnya peraturan dan perundangan yang ketat yang membantu syarikat-syarikat seperti kami untuk mengatasi masalah pemalsuan. Kami memikul tanggungjawab membina syarikat yang lebih bertenaga positif dan berkembang sihat, dengan itu mewujudkan perkaitan dengan arahan yang tepat.

2020 / Edisi 1 / Malaysia Direct Seller /

7


Fokus

KEKAL SIHAT KEKAL HIJAU

ORIENTAL INCHAWAY, SYARIKAT YANG DITUBUHKAN DI SINGAPURA PADA 2016, MENYARANKAN PEMAKANAN SUPERFOOD SECARA SENTIASA UNTUK MENGEKALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT.

o

riental Inchaway telah mengasaskan perniagaannya di sekitar tanaman renek sederhana Amazon jenis memanjat yang dikenali sebagai Sacha Indi. Tumbuh liar dengan lumayan di Peru terutamanya, kaum pribumi telah meraihnya sebagai pemakanan kesihatan yang unik selama beberapa abad. Menyedari tentang potensinya untuk memanfaatkan lebih ramai orang, syarikat ini telah dengan jayanya memindah dan menanam Sacha Inchi di Asia Tenggara. Ditanam di atas ladang seluar 2,000 ekar di Laos, tanaman ini telah berkembang subur di dalam suasana yang hampir bebas daripada baja dan racun serangga. Ladang ini kini diuruskan oleh seorang profesional dari Taiwan, yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pertanian.

DIBINA SUPAYA KEKAL

MAKANAN ISTIMEWA SACHA INCHI Sacha inchi (Plukenetia volubilis) adalah sejenis tanaman yang mempunyai benih yang besar yang boleh dimakan yang kaya dengan asid berlemak omega-3, Vitamin E dan beta-sitosterol. Ia juga kaya dengan protein, serat, antioksidan dan lebih penting lagi, penuh dengan asid berlemak politidaktepu. Satu kajian yang diterbitkan di dalam Journals of Agriculture and Food Chemistry pada 2002 mendapati yang serbuk sacha inchi mempunyai kandungan tryptophan yang luar biasa tingginya, asid amino yang penting bagi seseorang itu mengeluarkan serotonin (sejenis bahan kimia sistem saraf yang terlibat dalam mengatur selera makan). Tentang Oriental Inchaway pula, ia

8

/ Malaysia Direct Seller / Edisi 1 / 2020

Sementara itu, Aqua X, sejenis campuran minuman botanik, dirumuskan untuk membantu pengekalan air bagi lelaki dan perempuan. Timbunan air berlebihan boleh membawa kepada darah tinggi, diabetes, ateroselrsis, batu empedu dan sebagainya. Aqua X mengandungi ekstrak bahagian atas bunga meadowsweet, benih dandelion, buah-buah fennel manis dan bahagian-bahagian arial goldenrod. Dalam masa beberapa tahun ini, para penyelidik bersama komuniti perubatan telah mengiktiraf betapa pentingnya kesihatan usus kepada kesihatan keseluruhan seseorang. Kira-kira 70% daripada sel imun letaknya di usus. Oleh itu, mempunyai kesihatan usus boleh membantu kita melawan patogen sambil menyimpan bakteria yang baik. Untuk meningkatkan kesihatan usus, syarikat telah memperkenalkan InchaGuard. Dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi, laporan klinikal produk ini menunjukkan nilai keselamatan dan pemakanannya. Produk ini telah kelihatan membantu menghalang memperbaiki persekitaran intestine, yang boleh membawa kepada reaksi yang menurun terhadap alahan dan penyakit umum – demam, selsema, sakit tekak, berhingus dan batuk.

sebuah syarikat yang telah mengguna pakai teknologi tekan-sejuk yang maju bagi mengeluarkan minyak virgin ekstra dari sacha inchi. Dikenali ramai sebagai “Incha Oil�, memakannya boleh membantu melawan kesan sampingan diet yang tak seimbang, sering berlaku kerana gaya hidup yang serba-serbi pantas. Selain daripada kandungan pemakanannya, Incha Oil memiliki pensijilan halal.

LAIN-LAIN PRODUK Syarikat ini juga mengeluarkan Cellpro, yang dianggap sebagai makanan sel pintar generasi baru 5G. Ia dikatakan mengatur detoksifikasi, nutrien dan metabolisme badan.

Oriental Inchaway mempunyai model perniagaan yang fokus terhadap pendidikan dan latihan yang sentiasa dijalankan dengan diiringi banyak lagi peluang-peluang kerjaya dan berkongsi keuntungan. Ia sudah sedia mengembangkan rangkaiannya ke Thailand, Indonesia, Filipina, Kambodia, Taiwan, Australia dan China.



Malam Kecemerlangan Persatuan Jualan Langsung Malaysia menjadi hos Anugerah Usahawan Cemerlang 2019 Malam Pengiktirafan dan Jamuan Makan Malam Tahunan ke 41.

10

/ Malaysia Direct Seller / Edisi 1 / 2020


i

a merupakan satu malam di mana wira-wira keluar bergembira, menyokong satu sama lain selaku ahli-ahli DSAM dan tetamu, tampil bergaya berpakaian “Superhero Kami”, tema Anugerah Usahawan Cemerlangan 2019, Malam Pengiktirafan dan Jamuan Makan Malam Tahunan ke 41 berlangsung di Hotel Dorsett Grand Subang, Subang Jaya, pada 8 November 2019. Kira-kira 650 ahli dan tetapi memakai pakaian ‘Batman’, ‘Captain America’, ‘Aquaman’, ‘Iron Man’, ‘Green lantern’ manakala seorang lagi berpakaian angkasawan kelihatan di ruang legar berposing untuk bergambar, bergaul mesra sesama ahli dengan harapan menikmati malam istimewa menghormati usaha dan pencapaian mereka.

Antara tetamu VIP yang menyerikan majlis itu ialah Ketua Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Muez Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Tuan Muhamad Hanif Asa’ari, Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan (PSCD) MCA yang juga merupakan ahli majlis etika DSAM, Pengerusi Pengelolaan Malam Pengiktirafan DSAM 2019 Muhamad Zaihan Ariffin dan Naib Presiden DSAM David Cheong serta Ahli Majlis DSAM Sam Cheong. Acara malam itu bermula dengan 87 orang penerima Anugerah Usahawan Cemerlang 2019 memasuki dewan dengan penuh gah sambil menerima tepuk sorak penghormatan daripada para hadirin.

Ini diikuti dengan acara pembukaan berupa satu persembahan tarian akrobatik oleh penari-penari yang berlagak superhero bertali arus mempersilakan Kent Tang, juruacara ‘Superhero’ yang berpakaian ala Clark Kent memulakan majlis, dan Kent berjaya membuatkan para hadirin lebih teruja dengan gaya pengacaraan beliau. Suasana perayaan malam itu bertambah gemuruh lagi apabila dalam ucapannya Presiden DSAM Datuk Tan Chong Guan mengingatkan hadirin bahawa industri jualan langsung Malaysia telah berjaya mencatit tempat ke 8 dalam dunia bagi jualan runcit manakala bagi jualan runcit rantau Asia-Pasifik pula ia mencapai tempat ke 4. “Ini menunjukkan betapa hidup dan segarnya semangat keusahawanan di Malaysia,” kata beliau Malaysia

2020 / Edisi 1 / Malaysia Direct Seller /

11


12

/ Malaysia Direct Seller / Edisi 1 / 2020


2020 / Edisi 1 / Malaysia Direct Seller /

13


14

/ Malaysia Direct Seller / Edisi 1 / 2020


Telah juga diumumkan bahawa DSAM sedang berusaha membantu membuka pasaran ASEAN bagi para ahli serta pengedar-pengedar mereka supaya berkembang menjangkaui pesisiran pantai Malaysia. Urusetia tetap Jawatankuasa Kerja Presiden Persatuan Jualan Langsung ASEAN juga berpejabat di Kuala Lumpur. Datuk Tan juga menekankan tentang matlamat DSAM dalam menegakkan serta menyebarkan amalan beretika dalam industri jualan langsung. Beliau menggesa semua ahli, terutamanya para penerima Anugerah Usahawan Cemerlang supaya menyebarkan mesej: “Jualan Langsung adalah berkait dengan penjualan beretika. Ia adalah tentang menjalankan perniagaan dengan baik, menolong orang dan bukan menipu orang,” kata beliau diikuti dengan tepukan gemuruh daripada para hadirin. Beliau secara khusus menyatakan tentang isu mereka yang memaparkan produk dalam internet dan menjual produk-produk tersebut dengan murah sambil memberi diskaun besar. “Percayalah yang melakukan ini adalah yang minoriti. Ini adalah kerana majoriti orang masih bergantung kepada khidmat anda , masih bergantung kepada anda untuk membina perhubungan dan itu adalah intipati jualan langsung,” kata beliau. “Di dalam aspek inilah teknologi tidak dapat menggantikan kita,” isytihar beliau. “Kita masih memerlukan ‘superhero-superhero’ di luar sana untuk keluar menerangkan rancangan pemasaran, untuk berkongsi produkproduk yang hebat dan untuk memberi khidmat kepada orang ramai,” ujar beliau. Beliau juga berkata yang keahlian DSAM bertambah tahun demi tahun, terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang menggalakkan setiap pemegang lesen syarikat jualan langsung yang baru untuk menyertai mana-mana persatuan jualan langsung, dan selalunya mereka akan memilih untuk menyertai DSAM. Dalam ucapan alu-aluannya Datuk Muez berkata yang industri jualan

langsung di Malaysia telah melebihi sasaran RM17 juta pada tahun 2018 di mana ahli-ahli DSAM menyumbang 50% daripada angka jualan. Beliau juga berjanji untuk berbuat sesuatu untuk meminda Akta 1993 yang melibatkan industri jualan langsung supaya “semua mempunyai peluang yang adil dan sama” dan mengaturkan industri dengan lebih baik memandangkan kemajuan masakini seperti e-dagang. “Pindaan itu bertujuan untuk melindungi sebarang penyalahgunaan etika yang dilakukan atas nama industri jualan langsung,” katanya. Dalam nada berseloroh Datuk Muez berkata, “Kami sebagai kerajaan yang penyayang mahu anda buat duit supaya anda boleh membayar cukai.” Lain-lain perkara kemuncak yang diumum oleh Datuk Tan ialah penglibatan DSAM dalam platform e-dagang untuk meningkatkan usaha ahli-ahli DSAM untuk membina pasaran yang lebih baik dalam talian dengan kelebihan berupaya melakukan lebih baik untuk menyusun atur pasaran menerusi Lazada. Sambil para tetamu menikmati jamuan makan malam masakan Cina 9 sajian itu, penerima-penerima Anugerah Usahawan Cemerlang 2019 telah dipanggil seorang demi seorang ke atas pentas untuk menerima sijil mereka. Kumpulan muzik jazz bergelar Kryptonites dengan penyanyi utama Kyle telah mengalunkan irama-irama merdu era Frank Sinatra dan lagu-lagu santai lain. Semasa jamuan sedang dinikmat dua cabutan bertuah telah berlangsung dengan kemuncak cabutan hadiah utama, semuanya tajaan ahli-ahli DSAM yang juga telah menyumbangkan hadiah cenderahati untuk para hadirin. Malam itu juga menyaksikan Anugerah Kostum Terbaik dimenangi oleh “Maleficent” dari Superlife dan “Thor” dari Optimo, sementara komediri persembahan Rizal Van Geyzel membuatkan hadiran riuh rendah dicuit oleh jenaka santai beliau dalam berbagai bahasa. Pada keseluruhannya ia satu malam yang meraikan dan mengiktiraf jati diri semua wira dan wirawati yang hadir.

PENAJA PLATINUM

Amway Malaysia Sdn Bhd BE International Marketing Sdn Bhd Healthy Way (Malaysia) Sdn Bhd Nu Skin (Malaysia) Sdn Bhd Qnet (M) Sdn Bhd

PENAJA EMAS

Am Life International Sdn Bhd Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd Forever Living Products (M) Sdn Bhd Gano Excel Enterprise Sdn Bhd Jeunesse Global Sdn Bhd K-Link International Sdn Bhd Mary Kay (Malaysia) Sdn Bhd Sachaway Sdn Bhd Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd Superlife World Sdn Bhd Sunrider International (Malaysia) Sdn Bhd UHS Essential Health (Malaysia) Sdn Bhd Young Living (Malaysia) Sdn Bhd

PENYUMBANG CENDERAHATI Amway Malaysia Sdn Bhd Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd Forever Living Products (M) Sdn Bhd Gano Excel Enterprise Sdn Bhd Healthy Way (Malaysia) Sdn Bhd Jeunesse Global Sdn Bhd Mary Kay (Malaysia) Sdn Bhd Optimo International Sdn Bhd PHHP Marketing (M) Sdn Bhd Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd Young Living Malaysia Sdn Bhd

PENYUMBANG CABUTAN BERTUAH

Creative Dreams International Sdn Bhd Enagic (Malaysia) Sdn Bhd HDI Network (M) Sdn Bhd K-Link International Sdn Bhd Norwex Malaysia Sdn Bhd Nu Skin (Malaysia) Sdn Bhd Young Living (Malaysia) Sdn Bhd Optimo International Sdn Bhd Tupperware Brands Malaysia Sdn Bhd

2020 / Edisi 1 / Malaysia Direct Seller /

15


ACARA

Jamuan Makan Hujung Tahun CEO DSAM menjadi tuan rumah kepada jamuan makan tengah hari hujung tahun CEO pada November 2019. Berlangsung di Eastin Hotel dan dihadiri oleh lebih 100 ketua syarikat-syarikat ahli.

Semasa acara tersebut, Lim Kok Hing, pengasas bersama dan Pengarah Eksekutif iPay88 bercakap mengenai topik ‘Kemajuan dan Peluang Pembayaran Dalam Talian’, sementara Bryant Kooh, Pengasas dan Pengarah Urusan Packtica Sdn Bhd telah berkongsi tajuk ‘‘Menjaga Keselamatan Produk-produk kita’. Sebagai penyumbang utama solusi pembayaran runcit dalam talian di ASEAN yang berpangkalan di Malaysia, Lim telah berkongsi pandangan tentang transaksi

16

/ Malaysia Direct Seller / Edisi 1 / 2020

e-dagang rakyat Malaysia melalui sistem pembayaran dalam talian mereka. Beliau menyatakan bahawa pada tahun 2018, iPay88 telah merekodkan sejumlah 52.45 juta transaksi pembayaran dalam talian yang berjaya berbanding 287 juta pada 2017. Pada 2011 jumlah transaksi yang direkod hanyalah 0.9 juta. Musim perayaan pada Disember 2018 telah mencatatkan rekod tertinggi, iaitu 6.9 juta transaksi. “Transaksi ini berjumlah RM7 bilion dari segi jualan”, kat Lim yang berkata bahawa transaksi perbankan dalam talian pun telah melebihi kad kredit. Perbankan dalam talian adalah tiga kali ganda transaksi kad kredit pada suku keempat tahun 2018, merekodkan 13.8 juta transaksi berbanding dengan 3.5 transaksi bagi 2018. Beliau menambah yang beli-belah dan pembayaran dalam lanskap e-dagang,


pasaran digital dan omnichannel di ASEAN sering berputaran. “Kami sedang bergerak pantas dari kedai fizikal ke yang multi saluran dan kini omnichannel yang menawarkan pengalaman yang berintegrasi dan lancar menjangkau berbagai peranti dan titik sentuhan,� kata Lim. Bryant Kooh memberi pandangan menyeluruh tentang syarikatnya yang khusus menyumbang rangkaian solusi yang tersusun, daripada produk-produk tamperevident holografik hingga ke CheckNow - sistem pengesahan dalam talian. Seluruh portfolio produk holografik terdiri daripada lebih 30 jenis label anti-pemalsuan bergabung berbagai jenis teknologi sekuriti, cap meterai bersekuriti tinggi, label dan pembungkusan sekuriti. Kata beliau, empat masalah terbesar

yang dihadapi oleh industri jualan langsung di Malaysia adalah lambakan harga, produk-produk palsu, produkproduk yang tidak boleh dijejaki dan dikesan dan pangkalan data tanpa nama. Lambakan harga, katanya, menjejas pendapatan agen-agen/ahli-ahli, kehilangan kesetiaan pelanggan dan kehilangan perniagaan sementara produkproduk palsu pula memberi kesan negatif kepada imej jenama. “Produk-produk dan perkhidmatan kami yang boleh disesuaikan adalah berkecekapan tinggi, terutamanya bagi perlindungan dan pengesahan produk, kebolehkesanan, mengenalpasti aktiviti penipuan seperti pemalsuan, pengimportan selari dan lambakan harga,� kata Bryant yang menambah bahawa sehingga kini Packtica telah menjana 50 juta label kod bagi klien-kliennya.

2020 / Edisi 1 / Malaysia Direct Seller /

17


ACARA

Jamuan Tahun Baru Cina DSAM

Jamuan makan tengah hari Tahun Baru Cina CEO telah diadakan di Sheraton Hotel, Petaling Jaya pada Februari dan dihadiri oleh 30 ketua syarikat-syarikat ahli Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM). Tujuan DSAM adalah untuk mewujud dan mengekalkan persekitaran yang kondusif bagi pertumbuhan dan kestabilan industri jualan langsung di Malaysia. Semasa jamuan itu, Dr Rasyidah Binti Che Rosli, Penolong Pengarah Bahagian Analitik & Statistik Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mencapaikan ucapan mengenai bagaimana syarikat-syarikat dan individu-individu boleh memfailkan bayaran balik cukai mereka secara dalam talian dan kemajuan terkini serta hak pembayar cukai di Malaysia. Ucapan beliau mengandungi maklumat mendalam dan juga memberi perspektif umum mengenai pembayar cukai dan tanggungjawab memfail bayaran balik cukai tahunan bagi individu dan syarikat.

âœ˘

18

/ Malaysia Direct Seller / Edisi 1 / 2020

Tentang memenuhi tanggungjawab, DSAM telah menjemput Pengarah Pengurusan Kelestarian Risiko Deloitte, iaitu Rui Figueiredo untuk bercakap tentang kelestarian perniagaan semasa jamuan makan tersebut. Rui telah bercakap tentang bagaimana Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu berkesan bagi syarikat-syarikat dan organisasi untuk menarik perniagaan. Beliau bercakap tentang talian perkhidmatan Perniagaan Lestari yang meningkatkan Kelestarian Korporat syarikat-syarikat. Ia merangkumi keperihatinan persekitaran, sosial, dan kerajaan (ESG), yang semakin ditempatkan di agenda majlis tertinggi di seluruh dunia. Rui juga menyentuh tentang bukti yang meningkat yang menunjukkan bahawa factor kelestarian mempengaruhi


pulangan kewangan dan memberi kesempatan bagi memacu nila jangka panjang. Hari ini, beberapa organisasi terbesar di dunia sedang mencari jalan untuk mengurus dan melapor secara proaktif tentang risiko ESG mereka dan untuk berakan kongsi atau melabur dalam syarikat-syarikat yang “sedia ESG�. Faktor-faktor kelestarian ada sebahagian daripada perkara asas yang diperlukan untuk mencapai pulangan yang lebih, daya tahan organisasi dan kepercayaan pemegang-pemegang saham. Chow Kuo Seng, Pengarah Eksekutif, Audit & Penyelidikan , Deloitte Tax Services Sdn Bhd juga telah menyampaikan persembahan. Jamuan makan tengah hari itu telah dimulakan dengan melontar yee sang diikuti dengan jamuan lapan sajian. Selaku pendokong etika jualan langsung, misi DSAM ialah untuk menyokong syarikat-syarikat jualan langsung dalam bahagian tadbir urus, pendidikan, komunikasi, perlindungan pengguna dan etika. Persatuan komited mewakili dan memastikan yang ia mewakili serta memastikan persekitaran yang kondusif bagi pertumbuhan dinamik industri jualan langsung di Malaysia, akhirnya kelak mencapai industri yang bertaraf dunia dan kedudukan di kalangan negara-negara jualan langsung tertinggi di dunia. DSAM percaya kepada konsep perniagaan tanpa sempadan dan bahawa jualan langsung adalah sumber pemerkasaan bagi manusia di seluruh dunia.

2020 / Edisi 1 / Malaysia Direct Seller /

19


Fokus

MANFAAT MENJADI AHLI DSAM 4

2

1

Dikendalikan oleh sekretariat bebas. Kerahsiaan adalah terjamin.

Berhak menggunakan logo DSAM berdaftar, pembawa standard bagi industri jualan langsung.

3

Mengamalkan Kod Tatakelakuan yang diiktiraf oleh Persekutuan Dunia Persatuan Jualan Langsung (WFDSA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Ahliahli akan ditanda aras terhadap piawaian global.

5

Kod Tatakelakuan DSAM menawarkan perlindungan kepada pengguna, syarikat ahli dan pengedar bebas. Pematuhan kod diawasi oleh pentadbir Kod bebas kami. Kod ini juga termasuk prosedur aduan yang berstruktur.

Bantuan penasihat dalam pelbagai bidang yang luas.

6

Akses yang eksklusif ke laman web “Ahli Sahaja� WFDSA dan DSAM.

20

/ Malaysia Direct Seller / Edisi 1 / 2020


7

Bantuan khusus apabila berkembang ke pasaran sekutu ASEAN.

8

Bantuan dan rujukan kepada lebih 60 persatuan jualan langsung sekutu di dunia apabila berkembang secara global.

9

Platform untuk membangkitkan isu berkenaan industri kepada pelbagai kementerian termasuk KPDNHEP, Kementerian Kesihatan, Lembaga Perlindungan Data Peribadi, Tabung Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan lain-lain.

10

Mesyuarat bulanan dengan KPDNHEP untuk membangkitkan isu berkaitan ahli kepada Unit Jualan Langsung.

11

Kerjasama dengan syarikat perundangan antarabangsa terkemuka dan perunding cukai, menyediakan tahap perkhidmatan paling tinggi kepada ahli dalam bidang ini.

12

Mengadakan jamuan makan tengah hari Ketua Pegawai Eksekutif yang berkala serta mesyuarat untuk membincangkan pelbagai isu, bertukar-tukar pandangan, pengetahuan dan pengalaman di peringkat pengurusan tertinggi.

13

e-buletin bulanan menyediakan berita terkini mengenai semua perkara berkenaan dengan industri serta pekeliling memberikan kemas kini segera untuk perkara mustahak.

14

DSAM menjalankan tinjauan tahunan dan menerbitkan laporan industri tahunan, termasuk saiz pasaran, sumbangan segmen produk, dan banyak lagi. Ini membantu ahli kami dalam perancangan dan unjuran mereka.

15

Dan banyak lagi.

2020 / Edisi 1 / Malaysia Direct Seller /

21


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.