Telah juga diumumkan bahawa DSAM sedang berusaha membantu membuka pasaran ASEAN bagi para ahli serta pengedar-pengedar mereka supaya berkembang menjangkaui pesisiran pantai Malaysia. Urusetia tetap Jawatankuasa Kerja Presiden Persatuan Jualan Langsung ASEAN juga berpejabat di Kuala Lumpur. Datuk Tan juga menekankan tentang matlamat DSAM dalam menegakkan serta menyebarkan amalan beretika dalam industri jualan langsung. Beliau menggesa semua ahli, terutamanya para penerima Anugerah Usahawan Cemerlang supaya menyebarkan mesej: “Jualan Langsung adalah berkait dengan penjualan beretika. Ia adalah tentang menjalankan perniagaan dengan baik, menolong orang dan bukan menipu orang,” kata beliau diikuti dengan tepukan gemuruh daripada para hadirin. Beliau secara khusus menyatakan tentang isu mereka yang memaparkan produk dalam internet dan menjual produk-produk tersebut dengan murah sambil memberi diskaun besar. “Percayalah yang melakukan ini adalah yang minoriti. Ini adalah kerana majoriti orang masih bergantung kepada khidmat anda , masih bergantung kepada anda untuk membina perhubungan dan itu adalah intipati jualan langsung,” kata beliau. “Di dalam aspek inilah teknologi tidak dapat menggantikan kita,” isytihar beliau. “Kita masih memerlukan ‘superhero-superhero’ di luar sana untuk keluar menerangkan rancangan pemasaran, untuk berkongsi produkproduk yang hebat dan untuk memberi khidmat kepada orang ramai,” ujar beliau. Beliau juga berkata yang keahlian DSAM bertambah tahun demi tahun, terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang menggalakkan setiap pemegang lesen syarikat jualan langsung yang baru untuk menyertai mana-mana persatuan jualan langsung, dan selalunya mereka akan memilih untuk menyertai DSAM. Dalam ucapan alu-aluannya Datuk Muez berkata yang industri jualan
langsung di Malaysia telah melebihi sasaran RM17 juta pada tahun 2018 di mana ahli-ahli DSAM menyumbang 50% daripada angka jualan. Beliau juga berjanji untuk berbuat sesuatu untuk meminda Akta 1993 yang melibatkan industri jualan langsung supaya “semua mempunyai peluang yang adil dan sama” dan mengaturkan industri dengan lebih baik memandangkan kemajuan masakini seperti e-dagang. “Pindaan itu bertujuan untuk melindungi sebarang penyalahgunaan etika yang dilakukan atas nama industri jualan langsung,” katanya. Dalam nada berseloroh Datuk Muez berkata, “Kami sebagai kerajaan yang penyayang mahu anda buat duit supaya anda boleh membayar cukai.” Lain-lain perkara kemuncak yang diumum oleh Datuk Tan ialah penglibatan DSAM dalam platform e-dagang untuk meningkatkan usaha ahli-ahli DSAM untuk membina pasaran yang lebih baik dalam talian dengan kelebihan berupaya melakukan lebih baik untuk menyusun atur pasaran menerusi Lazada. Sambil para tetamu menikmati jamuan makan malam masakan Cina 9 sajian itu, penerima-penerima Anugerah Usahawan Cemerlang 2019 telah dipanggil seorang demi seorang ke atas pentas untuk menerima sijil mereka. Kumpulan muzik jazz bergelar Kryptonites dengan penyanyi utama Kyle telah mengalunkan irama-irama merdu era Frank Sinatra dan lagu-lagu santai lain. Semasa jamuan sedang dinikmat dua cabutan bertuah telah berlangsung dengan kemuncak cabutan hadiah utama, semuanya tajaan ahli-ahli DSAM yang juga telah menyumbangkan hadiah cenderahati untuk para hadirin. Malam itu juga menyaksikan Anugerah Kostum Terbaik dimenangi oleh “Maleficent” dari Superlife dan “Thor” dari Optimo, sementara komediri persembahan Rizal Van Geyzel membuatkan hadiran riuh rendah dicuit oleh jenaka santai beliau dalam berbagai bahasa. Pada keseluruhannya ia satu malam yang meraikan dan mengiktiraf jati diri semua wira dan wirawati yang hadir.
PENAJA PLATINUM
Amway Malaysia Sdn Bhd BE International Marketing Sdn Bhd Healthy Way (Malaysia) Sdn Bhd Nu Skin (Malaysia) Sdn Bhd Qnet (M) Sdn Bhd
PENAJA EMAS
Am Life International Sdn Bhd Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd Forever Living Products (M) Sdn Bhd Gano Excel Enterprise Sdn Bhd Jeunesse Global Sdn Bhd K-Link International Sdn Bhd Mary Kay (Malaysia) Sdn Bhd Sachaway Sdn Bhd Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd Superlife World Sdn Bhd Sunrider International (Malaysia) Sdn Bhd UHS Essential Health (Malaysia) Sdn Bhd Young Living (Malaysia) Sdn Bhd
PENYUMBANG CENDERAHATI Amway Malaysia Sdn Bhd Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd Forever Living Products (M) Sdn Bhd Gano Excel Enterprise Sdn Bhd Healthy Way (Malaysia) Sdn Bhd Jeunesse Global Sdn Bhd Mary Kay (Malaysia) Sdn Bhd Optimo International Sdn Bhd PHHP Marketing (M) Sdn Bhd Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd Young Living Malaysia Sdn Bhd
PENYUMBANG CABUTAN BERTUAH
Creative Dreams International Sdn Bhd Enagic (Malaysia) Sdn Bhd HDI Network (M) Sdn Bhd K-Link International Sdn Bhd Norwex Malaysia Sdn Bhd Nu Skin (Malaysia) Sdn Bhd Young Living (Malaysia) Sdn Bhd Optimo International Sdn Bhd Tupperware Brands Malaysia Sdn Bhd
2020 / Edisi 1 / Malaysia Direct Seller /
15