6 minute read
Konvensyen Maya 2020, Persatuan Jualan Langsung Malaysia
konvensyen Maya 2020 Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) telah berlangsung pada Disember 2020. Ia telah membentangkan dinamik baharu jualan langsung dalam norma baru dan urusan pendigitalan. Konvensyen tersebut dihadiri oleh Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia. Acara yang bertemakan “Imaginasi Semula, Reka Semula, Definisi Semula Perniagaan Jualan Langsung Anda” itu memaparkan penceramahpenceramah terkemuka dari industri jualan langsung yang bercakap tentang tajuk-tajuk yang berkaitan dengan memperkasakan ahli-ahli
supaya menyesuaikan diri dengan pendigitalan dalam norma baharu.
Dalam ucapan alu-aluan beliau, Datuk Tan Ching Guan, Presiden DSAM, berkata bahawa apabila berhadapan dengan cabaran seperti pandemik Covid19, “Kami menyesuaikan diri dan menjadi lebih baik. Dari sini, kami mempelajari daripada situasi ini dan mengambil kesempatan daripada peluangpeluang baharu yang dicipta oleh pandemik.”
Beliau menambah bahawa di tengah-tengah pandemik, para pengguna menyedari bahawa kesihatan dan kesejahteraan adalah sangat penting, diterjemahkan dengan peluang-peluang baharu bagi syarikat-syarikat jualan langsung yang menawarkan makanan kesihatan dan makanan tambahan yang berkhasiat.
Datuk Tan mengingatkan para delegasi bahawa walaupun ramai yang telah hilang pekerjaan mereka selama tempoh yang penuh ujian ini, industri jualan langsung menawarkan mereka jalan bagi meraih pendapatan tambahan atau alternatif. Pada masa yang sama beliau menggesa para delegasi untuk memanfaatkan kuasa teknologi dan pendigitalan untuk mencapai pasaran sasaran mereka. Beliau meyakinkan mereka bahawa DSAM berusaha dengan gigihnya untuk menangani isu-isu dalam industri sambil memastikan pematuhan kepada peraturan-peraturan dan urus tadbir untuk mewujudkan suasana yang selamat dan sesuai bagi pengguna-pengguna dan penjualpenjual langsung.
Dalam ucaptama beliau kepada para delegasi, Dato’ Sri Alexander berkata, “Sudah semestinya saya mengucapkan tahniah kepada Persatuan Jualan Langsung Malaysia kerana menerima perubahan yang disyorkan kepada kita apabila pandemik melanda tahun ini dengan penganjuran konvensyen maya ini. Ini merupakan contoh yang baik bagi orang ramai dan menunjukkan yang mereka dalam industri ini menghormati keperluan mengamalkan penjarakan sosial dan mengguna pakai norma baharu dalam kegiatan harian kita.”
Dato’ Alexander berkata bahawa persidangan maya ini merupakan landasan terbaik untuk mencapai penglibatan yang lebih luas. Tambahnya industri jualan langsung di Malaysia telah mengalami pertumbuhan yang sihat dalam beberapa tahun ini dengan mencatat jualan RM15.9 bilion pada 2018 dan RM17 bilion pada 2019. Setakat September 2020, jualan telah mencecah RM17 bilion, di mana Malaysia ditempatkan di tangga ke 7 di kalangan industri jualan langsung dunia dari segi jualan, dan ke 4 di rantau Asia Pasifik oleh Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Dunia.
Beliau menekankan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna penuh komitmen menyokong industri terutamanya dalam masa yang sukar ini. Selaras dengan itu, Kementerian telah melakukan inisiatif supaya mereka yang terlibat dalam industri ini lebih senang dan efisien memperbaharui lesen mereka menurut Akta Jualan Langsung.
Dato’ Sri Alexander juga menegaskan bahawa dalam Belanjawan 2021, kerajaan juga bertekad ke arah usaha memulihkan ekonomi sepenuhnya melalui pelbagai skim bantuan dan galakan pencukaian yang ditawarkan kepada syarikat-syarikat yang mendokong Industri 4.0 (IR4.0). “Kami sedang merumuskan satu pelan jualan langsung untuk menetapkan hala tuju yang jelas ke arah pemerkasaan industri dan pembangunan sosio ekonomi yang bermakna,” ujar beliau.
DATO’ DR LIM SIOW JIN, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF DAN PENGASAS DXN HOLDINGS BERHAD
Bercakap dari Langkawi, Dato’ Dr Lim mengingatkan para delegasi tentang bagaimana pesatnya industri berkembang di tengahtengah pendigitilan semula. “Semasa Bachelor Day Sales di China pada November, hasil jualan satu hari sahaja telah berjaya melampaui jumlah jualan sepanjang tahun bagi syarikat-syarikat Jualan Langsung yang utama,” kata beliau.
Beliau menerangkan bahawa Penjual-penjual Langsung muda masakini lebih berminat membeli secara dalam talian dan enggan menghadiri mesyuarat dan sesi latihan secara fizikal. Mengambil kira kecenderungan ini, syarikat beliau telah memulakan mesyuarat secara maya dan webinar, yang terbukti lebih menjimatkan dan diterima baik.
Dengan itu, syarikat berjaya merentasi halangan geografi dan mengembangkan operasi dengan pesat. Setakat in, DXN mempunyai cawangan di lebih 80 negara dan produk keluarannya dipromosi di lebih 100 negara. Walau bagaimanapun, cabaran yang dihadapi termasuklah tindakan para penjual menjual dengan harga yang lebih rendah di dalam talian, sementara penjualan produk palsu juga dilakukan secara terbuka, yang terus mengancam pasaran.
Dato’ Dr Lim menyatakan bahawa perniagaan jualan langsung juga berjaya memberi harapan kepada keluarga-keluarga yang pendapatan mereka telah terjejas, iaitu dengan menyediakan sumber pendapatan alternatif menjual produk-produk.
“Di Malaysia, FELDA dan LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi) telah terlibat dengan DXN dalam membantu menyediakan latihan dan pemprosesan produk, dan juga pemasaran bagi peladangpeladang, kumpulan B40 dan ibu tunggal,” tambah beliau. Ramai ahli mengambil bahagian dalam usaha ini dan membeli produk-produk untuk menunjukkan sokongan mereka.
Selaras dengan perkembangan dunia, Dato’ Dr Lim menasihati penjual-penjual langsung supaya menjual dalam talian dan menghasilkan produk-produk teras mereka sendiri. Beliau menekankan yang apabila terdapat produkproduk yang unik, dan jualan meningkat, syarikat-syarikat jualan langsung boleh menikmati skala ekonomi yang menjurus kepada kadar keuntungan yang lebih. Beliau menambah bahawa kunci kepada kejayaan industri Jualan Langsung hari ini adalah menjual “melalui dalam talian, melalui media sosial dan melalui khidmat produk.”
LAM YU, PENGARAH URUSAN INFINITUS GLOBAL
Ikut serta di alam maya, Lam Yu dari negara China berkata tahun baru telah mencetuskan norma baharu bagi ekonomi dunia dan
semua industri, termasuk jualan langsung. “Di bawah norma baharu ini, beberapa pintu telah ditutup buat sementara, seperti interaksi merentas sempadan, perjalanan merentas sempadan, dan juga kegiatan-kegiatan di luar talian,” beliau menambah.
Lam Yu menekankan yang semua ini cuma halangan sementara. Bagaimanapun pihak industri hendaklah terus memacu ke hadapan untuk menyampaikan produk-produk dan perkhidmatan kepada pelanggan.
ROGER BARNETT, PENGERUSI & KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, SHAKLEE CORPORATION DAN PENGERUSI PERSEKUTUAN PERSATUAN JUALAN LANGSUNG SEDUNIA
Bercakap dari California, Amerika Syarikat, Roger Barnett mengucapkan tahniah kepada penggiat industri jualan langsung di Malaysia kerana memegang rekod cemerlang, diuji masa selama 90 tahun dan terus maju walaupun berhadapan dengan kemelesetan ekonomi dan pandemik serta lainlain peristiwa yang malang.
Beliau menambah bahawa industri jualan langsung kini sedang meningkat dengan cemerlang serta memainkan peranan yang teramat penting dalam suasana pandemik ketika ramai yang bimbang dengan kesihatan dan kesejahteraan mereka.
Roger Barnett menegaskan bahawa jualan langsung dapat membantu semasa kadar pengangguran meningkat, terutamanya di kalangan generasi muda. Dengan situasi pandemik dan penutupan premis-premis fizikal, para pelanggan telah mulai mendokong dan mempercepatkan peralihan kepada pendigitalan. “Saya amat menggalakkan setiap syarikat ahli kita mempercepatkan dan memajukan platform digital anda sendiri,” tambah beliau. SAM HEIN, PENGARAH AUXANO MARKETING AUSTRALIA – PERUNDING DAN JURULATIH JUALAN LANGSUNG
San Hein berkongsi tip dengan para delegasi tentang cara mencapai di luar kelompok sosial biasa untuk mengembangkan perniagaan jualan langsung mereka. Beliau menasihati mereka apabila berhubung dengan orang melalui media sosial, mereka perlu menjadi “diri sendiri” dan berinteraksi dengan orang lain secara peribadi.
Beliau juga menasihati mereka supaya melakukan perubahan positif kecil-kecilan di dalam cara menjalankan perniagaan mereka. Ini banyak menyumbang terhadap membina perniagaan mereka.
“Anda tidak perlu hebat untuk bermula, tapi anda perlu bermula untuk menjadi hebat.” Beliau menambah yang “perjalanan yang mustahill adalah perjalanan yang tidak pernah bermula”.
Semasa konvensyen maya itu, Persatuan Jualan Langsung Malaysia telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM60,000 kepada Kementerian Kesihatan untuk membanteras COVID-19.