2 minute read
Yang Diperlukan Hanya Impian
INI ADALAH YANG PERTAMA DALAM SIRI RENCANA PENDEK MENGENAI PEMIMPINPEMIMPIN ULUNG JUALAN LANGSUNG DAN CABARAN YANG MEREKA LALUI DALAM INDUSTRI. DALAM RENCANA INI, JURAIDAH MOHAMAD BERKONGSI KISAH BELIAU SELAKU PENGEDAR BEBAS DALAM INDUSTRI JUALAN LANGSUNG.
tidak ramai boleh percaya yang Juraidah Mohamad, salah seorang usahawan wanita, yang lebih berjaya dalam industri Jualan langsung. Juraidah atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ju oleh rakan-rakannya dalam perniagaan memulakan kerjayanya sebagai seorang wakil insurans. Juraidah berada dalam jurusan insurans selama 14 tahun dan telah memperolehi pendapatan yang baik dengan gaya hidup yang selesa. Namun, semua itu berubah dek kerana dia tersilap membuat keputusan- keputusan yang tiada kaitan dengan kerjaya insuransnya. Malahan pada satu ketika, beliau hampir diisytihar muflis. Tanpa wang, ditambah pula dengan enam anggota keluarga yang perlu dijaga, Juraidah terpaksa bertindak pantas untuk kembali ke kehidupan yang stabil.
Beliau pernah mendengar tentang Jualan Langsung tetapi agak ragu-ragu untuk menyertainya. Setelah mempelajari mengenainya dengan lebih mendalam dan mendapat semangat daripada keghairahan suaminya, dia membuat keputusan untuk melibatkan diri. Pada awal penglibatannya, tidak semuanya mudah dan indah, malahan ada kalanya dia rasa macam hampir berputus asa. Namun, seperti ramai yang lain dalam industri Jualan langsung, Juraidah tahu bahawa hanya ada satu cara untuk berjaya, iaitu dengan terus menujah ke hadapan dan mendokong sikap yang positif. Berbekalkan kemahirannya di bidang insurans yang terbukti sangat membantu, Juraidah berupaya mencari lebih pelanggan dan meningkatkan perniagaannya dari sehari ke sehari.
Dalam suasana yang serba pantas hari ini, Juraidah mengetahui nilai perkembangan diri. Justeru, Juraidah mengambil inisiatif mengikuti kelaskelas sambilan untuk memperolehi ijazah Sarjana beliau. Setelah berjaya menjadi graduan baru-baru ini, kini Juraidah merancang untuk mendapatkan ijazah kedoktoran (Ph.D). Bercerita tentang pengalaman mempelajari perkara baru pada umur beliau, Juraidah mengakui yang ia bukan sesuatu yang mudah. Walau bagaimanapun, dia sering memberitahu dirinya yang pelajaran tidak berhenti walau berapa umur sekalipun. Selagi ia mempunyai kehendak untuk belajar, dia akan terus belajar.
Bila ditanya tentang media sosial, Juraidah mengaku yang media sosial memainkan peranan di dalam mengembangkan perniagaan jualan langsung seseorang. Namun, sebagai seorang Penjual Langsung, ‘sentuhan peribadi’ dan menghubungi setiap pelanggan secara bersemuka masih merupakan aspek yang sangat penting.
Melalui Jualan Langsung, Juraidah berkata yang beliau telah meraih kenangan-kenangan yang indah. Antaranya adalah pencapaian beliau mendapat pengiktirafan tempatan dan juga dunia. Bagi Juraidah, pengiktirafan di peringkat dunia membuktikan yang para Penjual Langsung Malaysia adalah sama tarafnya dengan mereka di luar negara.
Matlamat beliau sekarang adalah untuk menolong seramai orang yang mungkin. Juraidah percaya dalam mencetuskan impak, dan kini dengan pengaruhnya yang lebih mantap, dia berharap menjadi contoh teladan dan merubah kehidupan ribuan ‘downliners’ di bawah beliau. Kebahagiaan yang paling utama baginya selaku pemimpin ulung dalam Jualan Langsung adalah membimbing orang lain untuk mencapai impian mereka. Ia membuatkannya berasa seperti seorang ibu yang penuh bangga!
Berbalik kepada pengalaman beliau, Juraidah menegaskan bahawa dengan bersikap proaktif, melihat segala-galanya secara teliti dan sentiasa memandang ke hadapan dengan positif adalah ciri yang patut dimiliki oleh seorang Penjual Langsung yang cemerlang.
“Hari ini saya menyedari yang saya benar-benar mengecapi impian saya kerana berjaya meraih pendapatan yang saya perlukan apabila bersara nanti dan bagi anak-anak saya. Anda juga boleh melakukannya. Terdapat banyak peluang yang terluang dalam bidang Jualan Langsung dan inilah masanya untuk orang mengambil tahu tentang industri ini. Sertailah Industri Jualan langsung dan terokai diri anda yang baharu!”
Juraidah bersama Rex Maughan, Presiden dan CEO Forever Living Products.
“Pada satu ketika, saya benar-benar tidak tahu apa lagi yang perlu saya lakukan – pada masa itu, kami tak mampu membeli susu untuk anak
kami pun.” – Juraidah Mohamad