2 minute read
Perbezaan Antara Jualan Langsung Dan Platform E-Dagang Dalam Talian
KAEDAH JUALAN LANGSUNG
Syarikat-syarikat Jualan Langsung terlibat dalam perniagaan pembuatan, pemasaran dan penjualan produk-produk penjagaan kulit, penjagaan kesihatan, makanan kesihatan dan suplemen dan lain-lain produk dan perkhidmatan yang berkaitan.
Syarikat-syarikat Jualan Langsung menjual produk-produk ini melalui satu sistem di mana penjualan dilakukan melalui Pengedar Bebas yang diberi kebenaran berupa Kontrak Pengedar. Pengedar berjanji memasarkan, mengedar dan menjual produk-produk syarikat berkenaan dan seterusnya memberi perkhidmatan langsung kepada pengguna. Pengedar-pengedar ini disediakan dengan latihan dari semasa ke semasa untuk menjalankan tugastugas tersebut.
Industri Jualan langsung di Malaysia beroperasi mengikut Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (DSAPS). DSAPS telah digubal untuk memberi peraturan kepada industri Jualan Langsung dan kepentingan melindungi pengguna. DSAPS mendefinisi apa itu Jualan Langsung dan memiliki had tertentu untuk melindungi industri dan pengguna, khususnya berikut:
SEKSYEN 19A JUALAN MELALUI URUSNIAGA ELEKTRONIK
1) Tiada sesiapa pun dibenarkan membekal melalui penjualan, atau mengiklankan pembekalan sebarang produk atau perkhidmatan melalui urusniaga elektronik, kecuali menurut Akta ini atau Peraturan-Peraturannya.
SEKSYEN 4 PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG HENDAKLAH DIJALANKAN DI BAWAH SATU LESEN
1) Tertakluk kepada Seksyen 14 dan 42, tiada sesiapa pun dibenarkan menjalankan sebarang perniagaan Jualan Langsung kecuali ia sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan memiliki lesen yang sah di bawah Seksyen 6.
Syarikat-syarikat Jualan Langsung juga menjual melalui saluran-saluran dalam talian menerusi laman sesawang mereka dan lain-lain sumber media sosial.
PLATFORM-PLATFORM E-DAGANG DALAM TALIAN (OECP)
Platform-platform e-Dagang Dalam Talian (OeCP) adalah platform yang disediakan bagi individu-individu untuk memasarkan dan menjual produk mereka. Produk-produk Jualan Langsung dijual di platform-platform ini tanpa kebenaran daripada syarikatsyarikat Jualan langsung.
OeCP menyediakan sokongan logistik, perkhidmatan penghantaran, pintu masuk pungutan, penyenaraian produk, promosi produk dan satu peratusan semua urusniaga. Ini menjadikan OeCP satu bahagian yang perlu dan penting bagi setiap penjualan.
Perbezaan Kedai Dalam OeCP Talian Syarikat Jualan Langsung
1 Produk-produk yang dijual mematuhi sepenuhnya syarat-syarat yang ditetapkan Ya oleh DSAPS dan lain-lain pihak berkuasa yang relevan yang menjadikan jualan itu sah. 2 Harga produk diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ya
Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan tidak boleh ditukar tanpa mendapat kebenaran
Kementerian terlebih dahulu. 3 Produk-produk yang dijual mendapat kebenaran penjualan di Malaysia oleh Ya
KPDNHEP, Kementerian Kesihatan, Pensijilan Halal, SIRIM dan lain-lain 4 Tindakan susulan, keterangan produk, kegunaan produk dan lain-lain, diberi bagi semua pembelian apabila diperlukan. 5 Pelanggaran Cap Dagangan dan Logo bagi jualan setiap produk. Ya Tiada
Tiada
Tiada
Tiada
6 Produk-produk dijual oleh Pengedar Berdaftar Syarikat Jualan Langsung. Ya Tiada 7 Produk-produk mungkin diusik/dirosakkan, dibungkus semula dan lain-lain. Tiada Ada kemungkinan. Terdapat laporan tindakan sedemikian.
8 Perlindungan Pengguna diberikan oleh Pengedar dan Syarikat. 9 Melindungi mata pencarian lebih 4 juta Pengedar Bebas di Malaysia. Ya
Ya Tiada
Tiada