2 minute read
Perutusan Presiden
Ahli-ahli DSAM yang dihormati sekelian,
Norma baharu telah banyak memberi kesedaran kepada ramai orang bahawa kita perlu berubah, memperbaiki dan mengadaptasi dengan pantas untuk terus hidup. Industri Jualan langsung kekal berdaya tahan dan kukuh bagi mereka yang bertindak dengan cukup pantas. Ini adalah masa bagi pemain-pemain industri untuk melakukan Rekaan Semula, Definisi Semula dan Imaginasi Semula untuk mengambil kesempatan dan mencapai kecemerlangan dalam masa yang penuh cabaran sambil memberi pilihan keusahawanan kewangan yang terbukti lestari dan boleh dicapai, bagi berjuta-juta pengamal bidang ini di seluruh dunia.
Pada 2019, Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) telah disenaraikan di tempat ke 7 di seluruh dunia dari segi Jualan dan ke 4 di rantau Asia Pasifik oleh Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Dunia (WFDSA). Ini merupakan satu pencapaian yang sangat berkesan mengambil kira nisbah jualan mengikut bilangan punduduk apabila dikaitkan dengan negara-negara lain di dunia. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan bahawa industri Jualan Langsung berada di landasan yang betul, dan pada tahun 2019, telah mencapai jualan RM21.4 bilion, melebihi sasaran RM18.5 bilion. Meskipun dilanda pandemik masa kini, hasil yang jangkakan bagi 2020 adalah sama atau melebihi RM21 bilion.
Jualan Langsung telah wujud di Malaysia sejak awal 1900 an. Industri ini telah menunjukkan kedaya tahanan dan pertumbuhan selama 120 tahun yang lalu membawa produkproduk yang unik dan menerbitkan ramai usahawan yang berjaya. DSAM telah ditubuhkan pada tahun 1978 bertujuan mempromosikan industri Jualan Langsung di peringkat nasional dan antarabangsa, serta bertindak sebagai suara sebenar industri. Sebagai pendokong jualan langsung beretika negara, misi kita adalah untuk memberi sokongan kepada syarikat-syarikat jualan langsung dari segi tadbir urus, perlindungan pengguna, etika, pendidikan, dan komunikasi. Sebanyak 126 syarikat kini menjadi Ahli DSAM dan pada 2020 syarikat-syarikat ini telah menjana jualan yang mencecah hampir RM11 bilion. Ahli-ahli kami terdiri daripada kira-kira 50% syarikat Jualan Langsung tempatan dan multinasional.
Kesan positif daripada pandemik terhadap industri ialah kesedaran ramai orang tentang betapa pentingnya kesihatan yang baik. Suplemen-suplemen kesihatan, yang merupakan 60% daripada jualan industri Jualan Langsung, telah menjadi suplemen makanan ruji selain makanan biasa dan senaman. Dengan berlakunya perintah penutupan dan penyekatan, ramai juga menyedari betapa pentingnya keperluan untuk meraih pendapatan tambahan. Jualan Langsung menjadi pilihan terbaik bagi ramai orang.
Oleh kerana Jualan Langsung adalah berteraskan membina perhubungan, industri terpaksa Mendefinisi Semula nilai terasnya untuk kekal relevan selaras dengan angin perubahan global.
Dengan pendigitalan keperluan untuk hubungan jualan bersemuka menjadi kurang. Kita perlu mendokong teknologi tersebut untuk menggunanya sebagai alat komunikasi yang berkesan dan cekap untuk mencapai ratusan orang dengan mengguna media sosial dalam talian dan secara positif menyentuh kehidupan ramai orang melalui mesej-mesej galakan secara peribadi, mengambil peduli dan mengambil berat.
Pengedar-pengedar Jualan Langsung yang berupaya memainkan peranan mereka dalam norma baharu terus berinovasi mencapai kejayaan baharu dan menjadi makmur. Dengan kesedaran yang lebih betapa perlunya sumber pendapatan tambahan, industri telah mewujudkan Imaginasi Semula tentang erti bekerja dari rumah sambil menjalankan perniagaan jualan langsung. Industri ini telah menjadi cahaya harapan bagai ramai yang terjejas kewangan mereka oleh pandemik. Kini tiba masanya untuk menjadikan Imaginasi Semula Jualan Langsung pilihan mereka.
Penjual-penjual langsung memainkan peranan penting dalam mengekalkan banyak rumah tangga dengan pendapatan perniagaan sedang ekonomi negara lambat laun mengukuh semula. Semua pengedar Jualan Langsung mesti menyahut khidmat bakti kita kepada negara untuk membantu seramai mungkin untuk stabil semula sementara kita memerangi pandemik. Bersama-sama kita akan keluar daripada situasi ini dengan lebih memahami konsep Jualan Langsung dan peranannya dalam pembangunan negara.
Jaga diri!