1 minute read

Siri Maya Pengasas

siri Pengasas merupakan platform bagi para pengasas syarikat-syarikat Jualan Langsung untuk berkongsi antara lain pengalaman mereka yang bertahuntahun, peristiwa-peristiwa yang membuat mereka memulakan syarikat, motivasi bagi syarikat terus berjalan, dan cabaran-cabaran yang mereka hadapi dalam perjalanan perniagaan.

Pada 27hb Ogos 2020, DSAM telah menganjurkan satu acara maya melalui ZOOM, apabila Winston Chen, pengasas PHHP Marketing (M) Sdn Bhd menjadi tumpuan. Dalam usaha menghadkan bilangan peserta kepada satu kumpulan kecil yang selesa untuk melakukan perbincangan, 17 peserta telah menghadiri acara tersebut. Di antara perkara yang disentuh oleh Winston termasuklah nilai-nilai dan kepercayaan PHHP, sejarahnya dan cabaran-cabaran.

PHHP telah ditubuhkan di Johor Bahru pada 1996 dan merupakan syarikat penjagaan kesihatan berasaskan semulajadi dengan falsafah korporat yang menekankan “Orang Bergembira Menolong Orang lain, Bersama-sama Kita Berkongsi Keamanan, Keharmonian, Kesihatan dan Kemakmuran”. Dengan lokasi ibu pejabatnya di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor, syarikat pemenang anugerah itu telah kian berkembang dan kini mempunyai 15 cawangan di seluruh negara untuk memberi perkhidmatan penuh kepada pengedar-pengedar dan para pelanggan secara paling pantas dan efisien.

Ia juga telah menetapkan satu Amalan Baik Pembuatan bagi kilang pembuatan produk makanan untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi.

PHHP juga mempunyai pejabat-pejabatnya di Singapura, Thailand dan Indonesia dan merancang untuk mengembangkan perniagaannya secara stabil ke negara-negara lain di Asia.

Terdapat banyak juga soalan-soalan yang dibangkitkan oleh para peserta tentang PHHP dan perjalanan kerjaya Winston Chen di dalam industri Jualan Langsung.

This article is from: