1 minute read
Webinar – Sorotan Tahun 2020
permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Kerajaan dan berkuatkuasa 18hb Mac 2020 telah melumpuhkan hampir semua perniagaan di negara ini. Walau bagaimanapun DSAM berterima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atas tindakan pantasnya memberi kebenaran kepada Ahli-ahli DSAM untuk menjalankan perniagaan mereka melalui e-dagang, yang merupakan salah satu sektor yang diiktiraf di bawah perkhidmatan perlu semasa PKP. Urusan di antara DSAM dan KPDNHEP bermula pada hari yang sama PKP dikuatkuasakan dengan kebenaran pertama diterima pada 24hb Mac.
Selama berbagai peringkat PKP, pengenalan dan pindaan secara progresif terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) telah disampaikan kepada Ahli-ahli melalui emel. SOP-SOP ini berkisar dari kelulusan pertama bagi perkhidmatan perlu sehingga ke SOP terbaru untuk menganjurkan mesyuarat, latihan dan seminar.
Dalam menyediakan Ahli-ahli DSAM supaya mengemudi menerusi berbagai peringkat PKP, lebih 20 webinar telah diadakan dengan kerjasama Wong & Partners, Deloitte, dan Ernst & Young. Para profesional dari syarikat-syarikat ini telah berkongsi dengan Ahli-ahli DSAM tafsiran mereka tentang SOP dan memberi maklumat mendalam bagi menyesuaikan diri dengan syarat-syarat PKP yang berubah-ubah.
Beberapa webinar telah juga dianjurkan oleh DSAM untuk memberi alternatif kepada Ahli-ahli bagi membantu mereka melakukan penyesuaian kepada norma-norma baharu selepas tercetusnya COVID-19. Webinar-webinar ini bermula dengan mesyuarat dalam talian bersama Ahli-ahli pada 8hb Mei. BEBERAPA WEBINAR YANG DIJALANKAN ADALAH:
• ‘HAPPY HOUR’ SECARA MAYA OLEH BAHAGIAN SONG Jun • NORMA-NORMA BAHARU BAGI MEDIA SOSIAL, PARTY ALAM MAYA, DAN ACARA-ACARA BAGI SYARIKAT-SYARIKAT JUALAN LANGSUNG oleh Auxano Marketing Jun • BERGERAK KE HADAPAN PASCA COVID-19: ISU-ISU PERUNDANGAN UNTUK DIPERTIMBANGKAN oleh Wong & Rakan-rakan Julai • MENGANJURKAN ACARAACARA BERSKALA BESAR DALAM MASA YANG PENUH MENCABAR oleh Steam Fish Julai