PSIKOLOGI RAMADAN

Page 1

ANJUNG Minda Buletin

Unit Psikologi

&

Edisi Ramadan : 1

Kaunseling

Psikologi Ramadan Ramadan sememangnya bulan yang dinantikan oleh setiap orang yang beriman. Pada bulan ini Allah menjanjikan pelbagai ganjaran yang menanti hambaNYA yang tekun beribadat. Sehinggakan setiap amalan dijanjikan dengan gandaan yang berlipat kali ganda. Ramadan menjanjikan seribu satu kebaikan kepada orang yang beramal. Terdapat beberapa ibrah penting yang kita boleh kutip daripada medan tarbiah Ramadan yang kita boleh kaitkan melalui kacamata Psikologi ;

NIAT Kebanyakan rukun dalam amal ibadat yang fardhukan kepada kita dimulakan dengan niat, contohnya sembahyang dan puasa itu sendiri. Islam amat menitik beratkan soal niat ini sehinggakan tanpa kehadiran niat, sesuatu perbuatan itu dikira tidak sah. Dalam Psikologi, kita boleh kaitkan Niat ini adalah MATLAMAT, TUJUAN ataupun OBJEKTIF kenapa sesuatu amalan itu dilakukan. Aspek penetapan matlamat ini sangatlah ditekankan dan dianggap sebagai satu perkara yang besar sehinggakan ada istilah yang mengatakan bahawa, “Jika kita gagal untuk merancang (matlamat), maka kita merancang untuk gagal…”. Pada otak kita terdapat satu bahagian yang dipanggil Reticular Activating System (RAS). Bahagian otak ini akan membantu kita lebih fokus kepada MATLAMAT yang mula dibina di minda kita dan mula mengarahkan tindakan. Oleh itu, ibadah puasa ini secara tidak langsung sebenarnya mendidik kita untuk senantiasa memasang NIAT/MALAMAT dalam apa jua yang ingin kita lakukan agar hasilnya kelak menepati perancangan kita.

Disediakan oleh :

Mohamad Hasbullah Kaunselor, PMM

MASA Kedatangan Ramadan sebenarnya mengajar kita untuk lebih menghargai dan menepati masa. Banyak amalan-amalan pada bulan ini yang mengikat kita dari sudut kepatuhan pada masa. Kita disuruh berlapar pada suatu tempoh tertentu iaitu dimulakan dengan waktu sahur dan berakhir dengan saat berbuka. Lihatlah, berapa ramai di kalangan kita yang begitu teruja untuk menunggu saat azan maghrib dilaungkan bagi menyahut seruan sunnah berbuka di awal waktu tanpa melewatkanya sedikitpun. Alangkah indahnya jika sikap menepati waktu ini turut dipraktikan pada waktu yang lain di luar Ramadan ataupun pada amalanamalan lain seperti mesyuarat ataupun memenuhi temujanji. Begitulah cantiknya Ramadan sebagai bulan tarbiah yang ALLAH datangkan kepada kita bagi melatih hambaNYA selama sebulan. Ahli Psikologi pun ada menyebut, “jika sesuatu amalan itu dilakukan secara berulang-ulang selama 21 hari, maka amalan itu akan membawa kepada tabiat kekal...”

Bersambung…


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.