Unit Psikologi
&
Kaunseling
Keluaran : 3 / Ogos
Kerjakan STRES Kerja BERES س ِل َ للَّـــ ُه َّم ِا ِّنى اَ ُع ْو ُذ ِب َك مِنَ ا ْل َحـ ِّم َوا ْل َح َز ِن َواَ ُع ْو ُذ ِب َك مِنَ ا ْل َع ْجـِز َو ْال َك ِ ـل َواَ ُع ْو ُذ ِب َك مِنْ َغلَ َب .ال ِّ ت ال َّد ْي ِن َو َقـ ْه ِر ِ الر َج ِ َواَ ُع ْو ُذ ِب َك مِنَ ا ْل ُجـ ْب ِن َوا ْل ُب ْخ “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kerisauan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu dari lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud 4/353)
Stres
boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor selain daripada aspek mental semata-mata. Dalam perspektif Islam stres mungkin berlaku disebabkan oleh lemahnya jiwa, hati yang kotor, banyak kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukan sehingga diri berasa tidak tenang. Daripada doa di atas dapat kita simpulkan terdapat 8 faktor penyumbang kepada stres berlaku. 1. KERISAUAN (AL-HAMM) Perasaan risau yang dimaksudkan ialah terlalu risau terhadap perkara yang akan datang. Terlalu banyak memikirkan perkara yang bukan-bukan (negatif) tentang masa depan sehingga boleh menggangu kehidupanya pada hari ni serta hati tidak tenteram.
2. KESEDIHAN (AL-HAZAN) Perasaan sedih pula lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang telah berlaku. Sekiranya perkara tersebut terlalu buruk ataupun berat ini boleh membawa kepada tekanan perasaan yang berlarutan dan perlu diatasi segera. 3. LEMAH (AL-’AJZ) Lemah bererti tidak mempunyai kemampuan, kekuatan dalam sesuatu perkara. Lemah yang lebih ditakutkan adalah lemah dalam iman dan akhlak. Jika sifat ini menguasai diri, maka kita susah untuk mengambil tindakan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan baik. 4. MALAS (AL-KASAL) Malas adalah sifat syaitan. Kita dituntut bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan. Perasaan malas akan merugikan sesiapa yang tidak dapat membuang tabiat tersebut dalam diri mereka. Perasaan malas juga akan turut membunuh motivasi diri. Disediakan oleh :
Mohamad Hasbullah Kaunselor, PMM
1