Unit Psikologi
&
Kaunseling
Keluaran : 4 / NOV
THE POWER OF GIVING
Memberi merupakan satu amalan yang sangat dituntut oleh setiap agama terutama Agama Islam. Banyak ayat Al-Quran mahupun hadis yang menyebut tentang fadhilat memberi ataupun dipanggil sedekah. Kita dianjurkan untuk memberi apa sahaja yang kita miliki sama ada dalam bentuk fizikal ataupun bukan fizikal terutama daripada apa yang paling kita sayang. Sifat Al-Wah’hab (Maha Pemberi) Allah SWT mengajar kita untuk terus memberi kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang mempunyai pertalian dengan kita.
Agama tidak menghadkan untuk memberi dalam bentuk wang ringgit mahupun harta benda sahaja. Semua orang boleh memberi dalam ruang lingkup kemampuan masingmasing seperti kepakaran, ilmu, buah fikiran ataupun tenaga.
Kita tidak diberi oleh Allah untuk membaca apa yang ada di dalam hati manusia. Semua tanggapan yang dibuat berdasarkan telahan tertentu berkemungkinan betul atau tidak. Soal pemberian kita itu akan disalahguna ataupun tidak kita serahkan kepada Allah untuk menilainya. Apa yang kita harapkan adalah pemberian kita tadi tetap dikira sebagai berpahala disisiNYA. Kita tidak mahu dosa memfitnah menimpa kita jika silap membuat telahan kepada mereka yang datang meminta sedekah. Mohamad Hasbullah Kaunselor, PMM
Kadangkala ada yang susah ataupun serik untuk memberi kerana sipenerima tidak membalas kembali pemberian tersebut dengan setimpalnya. Bahkan ada yang langsung tidak berterima kasih setelah menerima. Jika kita diperlihatkan tentang ganjaran di atas pemberian kita itu tadi, nescaya kita tidak menghiraukan perasaan itu semua kerana kita yakin dengan janji Allah kepada mereka yang memberi.
Jika difikirkan dengan logik akal manusia, makin memberi akan makin mengurangkan, tetapi Allah telah menjawab persoalan ini seperti dalam ayat 261 Surah Al-Baqarah. Sifat yakin harus ada kepada setiap hamba tentang ketetapan yang Allah telah janjikan. Menerima untuk terus memberi dan memberi itu dengan niat yang ikhlas keranaNYA.