Unit Psikologi
&
Kaunseling
Keluaran : 5 / NOV
MOTIVASI 99 NAMA ALLAH Dalam diri kita ini akan senantiasa ada skrip-skrip yang boleh menguatkan ataupun melemahkan kita apabila hendak memulakan sesuatu tindakan. Sering kali skrip yang lemah itu terlebih kuat dan sering sahaja berjaya mempengaruhi kita sedangkan tindakan masih belum dimulakan lagi. Ibaratnya sudah tewas sebelum berjuang, sudah gagal sebelum menduduki peperiksaan. Saya suka untuk menggelarkan skrip atau cakap-cakap negatif yang ada dalam diri ini sebagai “Pontianak”. Sedikit sebanyak skrip yang sentiasa diulang main ini sebenarnya boleh menggambarkan kekuatan dan sikap bersangka-sangka yang ada pada diri kita. Untuk itu, mari kita memadamkan skrip yang sekian lama menghantui hidup kita ini dengan skrip yang baru dengan menggunakan 99 NAMA ALLAH.
SKRIP; “Saya percaya saya mampu untuk menjadi hamba yang baik dengan tidak menyekutukanNYA dengan sesuatu yang lain”.
SKRIP; “Allah Al-Rahman & Al Rahim. Dia akan sentiasa mendidik saya untuk selalu berfikir positif terhadapNYA dan membantu saya untuk menjalinkan kasih sayang terhadap sesama mahkluk”.
SKRIP; “Allah Al-Malik. Dia adalah berkuasa dalam apa setiap perkara sedangkan makhluk sedikit pun tidak berkuasa melainkan diizinkanNYA. Makhluk tidak dapat melemahkan saya tanpa keizinan Allah Al-Malik”.
Bersambung…
Mohamad Hasbullah Kaunselor, PMM 013 – 996 3639