STRES

Page 1

ANJUNG Minda Buletin

Unit Psikologi

&

Kaunseling

Keluaran : 2 / Julai

Kerjakan STRES Kerja BERES “Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. [ Surah Al-Baqarah 2 ;155]

Stres

didefenisikan sebagai satu stimulus, respon atau natijah daripada sesuatu interaksi antara dua individu di mana dalam interaksi itu terdapat ketidakseimbangan antara individu itu dan persekitaran . Dalam maksud lain juga mungkin boleh dikatakan bahawa stres adalah satu pencetus atau tindak balas yang membawa kepada perubahan di dalam tubuh kesan daripada interaksi antara seseorang itu dengan alam sekeliling.

Perkataan stres berasal daripada perkatan Greek yang membawa maksud “ketat” ataupun “tegang”. Kalat (1999) menyatakan bahawa stres adalah komponen kesihatan emosi. Keadaan emosi yang terganggu boleh mempengaruhi sesorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif, hilang konsentrasi dan kegelisahan. Stres boleh dinyatakan dalam dua bentuk iaitu pertama dikenali sebagai “eustres” yang membawa maksud dapat menyesuaikan diri atau stres yang membina. Yang keduanya adalah “distres” yang membawa maksud tidak dapat menyesuaikan diri atupun dapat merosakkan diri. Statistik WHO menunjukkan bahawa masalah stres dan tingkahlaku telah mencapai 11% daripada jumlah beban penyakit di dunia dan diramalkan peratusan ini akan meningkat kepada 15% menjelang tahun 2020. Kajian yang dibuat pada tahun 2000 oleh WHO juga mendapati bahawa stres menduduki tempat kelapan di antara 10 penyakit-penyakit utama yang ditanggung oleh manusia. Menjelang tahun 2020, WHO menganggarkan stres akan meningkat ke tangga kedua tertinggi, selepas penyakit jantung.

Disediakan oleh :

Mohamad Hasbullah Kaunselor, PMM

Stres memberikan gambaran yang jelas bahawa ianya saling berhubung kait antara dalaman dan luaran seseorang dan ia akan memberikan kesan yang memudaratkan apabila tekanan ataupun stres menimpa seseorang. Kemurungan dan keresahan antara contoh kesan daripada stres yang dialami jika tidak diatasi dengan bijak. Dewasa ini, manusia sedang ketandusan 3K iaitu kewangan, kesuntukan masa dan kasih sayang membuka ruang yang lebih luas lagi untuk terdedah kepada stres yang melampau. Jika halhal ini tidak dikawal dengan baik akan menimbulkan permasalahan lain lagi kepada seseorang. Stres ibarat sebuah bom jangka yang boleh dan akan meletup bila-bila masa sahaja sekiranya keadaan sudah tidak terkawal, emosi sudah menguasai pemikiran dan pertimbangan agama sudah tidak lagi dipedulikan. Untuk menyelesaikan perkara ini, kita kena kembali kepada Pencipta kita untuk bergantung harap kepadanya jalan penyelesaian yang terbaik. Kita sebagai hamba tidak akan terlepas untuk diuji dan terus diuji sehingga kita kembali menemuiNYA. Kembalinya kita kepadaNYA dengan harapan kembali dalam keadaan saling redha meredhai.

Bersambung …


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
STRES by Hasbullah Mustafa - Issuu