dsb

Page 1

b s d .

.. di nya i i s a s g mu seba n a d ...


C mussidi 2011 Hj.Morshidi Hj.Marsal


b s d a ...

sidi ainy mus sebag n ...da








LIDAH

Aku dirujuk ke hospital besar. Berita buruk bagi diriku. Aku dimasukkan ke wad khas di hospital dan akan ditahan untuk pemeriksaan dan pemantauan dalam jangka masa yang belum ditentukan. Subuh tadi lidahku terasa sedikit kejang dan aku masih boleh bertutur dan cakapku masih boleh difahami isteriku. “Ngapa lain suara kita ane kan?” tanya isteriku. “Antah, karau tia lidahku ani.” Setelah habis waktu subuh suaraku tidak lagi keluar seperti biasa yang keluar hanyalah embekan seperti kambing. “Embeee embae embe ee,” kataku sambil menunujuk-nunjuk lidahku kepada isteriku. “Ea eaa ea.” Aku memang suka berjenaka tapi isteriku tidak pernah tertawa pada jenakaku. Kali ini ia tertawa tapi aku bukan pula berjenaka. Mungkin saja keadaanku yang lucu, masih bertuala mengembekembek keluar dari jamban. Tapi orang tua terhormat sepertiku, kulit sudah kendur, perut labu, berjanggut dan mengembek-embek seperti kambing awal-awal pagi - ini tidak lucu - kalau kaufikir ini lucu maka otakmu perlu diperiksa. Isteriku tertawa terus. “Baiktah cukur janggut atu,” kata isteriku. “Bida tu orang tua bajanggut mengembek macam kambing.” Aku masuk semula ke bilik mandi dan mencukur janggutku. Aku fikir aku nampak lebih muda dan tampan tanpa janggut dan ini menjadikkan aku sedikit gembira. Aku keluar. “Mbaeee baeee bae,” kataku sambil tersenyum-senyum menunjuk-nunjuk daguku yang licin kepada isteriku. “Mbaee ee.” Mendengar suara kambing keluar dari mulutku aku sedar kembali dan berhenti senyum. Aku mengambil telefon bimbit dan menteks isteriku: -ldahku krau nda dpt ckp -bnr bah? -awu ukanku bybun. dgni ku kklinik


-ptg krng pgi ne kuduty -ngpa ko mnteks ku ne bleh jua ko ckp -aw ah Aku menjulurkan lidahku kepada isteriku untuk membuktikan yang aku tidak berbohong tapi ia tidak mau memeriksanya. “Membari gali jua kita ane eh.” Aku mengembek sepanjang pagi di rumah. Aku mengembek menonton televisyen. Aku mengembek selepas membaca suratkhabar yang kubeli kelmarin. Aku mengembek membaca majalah. Semakin banyak yang kulihat semakin besar dan panjang embekanku. Banyak hal yang ingin kucakapkan dan keinginanku ini tidak dapat kukawal-kawal lagi tapi aku hanya mampu mengembek. Di klinik aku mengembek semau-mauku, semua yang kulihat kuembek - nasib baik aku menuruti syur isteriku mencukur janggut pagi tadi. Untuk sekali seumur hidup aku setuju dengan syurnya itu, jika tidak, pasti aku akan nampak lebih buruk lagi. Oleh kerana tidak tahan dengan gangguan embekanku maka aku diberi laluan untuk mendapat layanan awal. Doktor muda anak tempatan memeriksa lidahku. “Entah,” kata doktor. “Macam ada tulang tumbuh dalam lidah kita ani tuan haji.” “Embaeee?” “Lidah kita betulang.” 2 Julai 2011 - 10.29 pagi





ADOI!

Ia mengambil suratkhabar berharga lapanpuluh sen. Sambil memberi wang not limapuluh ringgit ia berkata: “Sori ah taukeh, indada usin pacah.” “Tak apa, tak apa,” kata taukeh. “Telima kasih ah.” “Ya, sama-sama,” katanya baki yang diterimanya berjumlah $99.20 sen. Ia mengiranya semula ya betul $99.20 sen! Ragu-ragu ia berjalan dahinya sedikit berkerut. Sekarang ia tidak yakin apakah ia telah memberikan wang limapuluh ringgit ataukah seratus ringgit. Ia meyakinkan dirinya: ya, memang seratus ringgit. Tak perlu dipulangkan limapuluh ringgit ini. Tak perlu difikirkan lagi. Ia merasa bahawa hari ini adalah hari yang baik sekali. Lalu ia pun berniat akan melakukan kebaikan. Di kedai kopi ia belanja beberapa orang temannya yang kebetulan minum di situ. “Bah odartah apa saja,” katanya, “asal jangan labih limapuluh ringgit!” Keluar dari kedai kopi ini ia menyaksikan seorang lelaki merenggut beg tangan seorang perempuan tua. Ini juga peluang untuknya melakukan kebaikan. “Pencuri! Pencuri!” pekik perempuan tua. “Pencuri!” Ia mengejar pencuri ini diikuti oleh beberpa orang lain yang juga memekik: “Pencuri!Pencuri!” Ia memecut laju masuk lorong keluar lorong. Orang lain jauh ketinggalan. Kakinya tersandul batu ia rebah. Pencuri lepas entah ke mana. Orang yang ikut mengejar menangkapnya. Memayok tangannya ke belakang. Beberapa orang sempat menumbuk mukanya sehingga biru lebam. “Oi! Oi! Adoi!” ia memekik kesakitan. “Bukan aku pencuri!”
















BIBIR

Pada pukul lima pagi posmen berhenti berdekatan dengan katilku. Enjin motosikalnya masih hidup degdegdegdegdegdegdegdeg bising memenuhi ruang bilik tidurku ini. Lampu motosikalnya terus menyala. Cahaya lampu inilah yang menerangi bilik tidurku ketika ini. Cahaya ini cukup terang dan menyilaukan mataku yang baru terjaga. Ia menghulurkan sebuah parcel. Aku bangun, masih memakai selimut. Subuh-subuh begini aku terasa amat sejuk. “Poslaju,” katanya dengan tersenyum. “Bungkusan untuk saudara. Sain sini!” Ia menghulurkan sehelai resit dan sebatang bolpen. Aku menandatangani resit ini. Ia menyerahkan carboncopynya kepadaku kemudian ia memutar-mutar accelerator motosikalnya veroom-vrroom-vrroom, menekan hon dua kali peep-peep, lalu memandu keluar dari bilik tidurku ini. Bunyi motosikalnya semakin lama semakin jauh kemudian terus menghilang dan bilikku ini kembali gelap dan senyap. Aku memasang lampu katil lalu membaca tulisan di atas parcel ini. Namaku tertulis di situ dengan tulisan tangan yang cantik. Ada bau wangi yang keluar dari parcel ini. Dari siapakah agaknya kiriman ini? Jarang sekali – ah tidak pernah aku menerima kiriman seperti ini – dengan tulisan tangan yang cantik dan berbau wangi pula. Selama hidupku yang sudah empat puluh tahun lebih ini aku hanya menerima surat-surat rasmi, bil-bil, dan surat-surat dari syarikat kad kridit menagih hutang yang semuanya menggunakan computer printout. Di bilik no 101-100b, di tingkat seratus satu di rumah pangsa seribu tingkat ini aku tinggal bersendirian. Aku tidak kenal sesiapa dan orang-orang lain di sini pun tidak kenal padaku. Barangkali jika mereka hendak mengumpat tentangku kepada teman wanita atau teman lelaki mereka pastilah mereka cuma akan menamakan aku sebagai orang di bilik 101-100b itu seperti aku juga akan


menamakan mereka dengan nombor bilik mereka Cuma saja aku tidak mempunyai teman wanita teman mengumpat mereka. Aku tidak mempunyai seorang kawan pun atau saudara mara atau sesiapa di sini atau di mana-mana. Aku telah lama membuat keputusan untuk hidup menyendiri, bekerja sendiri sekadar jangan membebankan sesiapa. Hidupku cukup aman selama ini – ya aku ada masalah sedikit dengan seekor buaya yang tiba-tiba muncul dan tidak mahu keluar dari bilik tidurku ini (tapi itu cerita lain). Menerima parcel ini adalah sesuatu yang tidak kuduga sama sekali. Parcel ini sebesar kotak micro floppydisk yang mengandungi sepuluh diskettes 90mm. Aku membuka bungkusan luarnya: kotak kaca – di dalamnya ada sepasang bibir yang manis tersenyumsenyum padaku. Aku membaca surat yang menyertainya. Singkat saja isinya. Saudara, saya sudah lama mencintai saudara. Terimalah bibir saya ini. Jagalah ia baik-baik. Xxx jkplmbt. Cinta! Perkataan inilah yang amat memuakkanku. Cinta itu tidak lebih hanyalah tahi. Cinta membuat orang bermata kuyu dan bercakap-cakap dengan suara yang berlagu seperti pondan yang punggungnya terasa berat yang melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri ‌Aku mengeronyok surat ini dan membuangnya ke dalam bakul sampah. Di situlah ia (dan semua surat cinta) sepatutnya berada untuk selama-lamanya. Kotak kaca yang berisi bibir ini kuletakkan di para jendela. Aku tidak sampai hati pula hendak melemparkannya ke dalam bakul sampah. Sekurang-kurangnya kotak kaca berisi bibir ini boleh kugunakan sebagai penekan kertas nanti. Semasa aku meletakkannya bibir ini sudah tidak senyum lagi seolah-olah ia



merasa sedih. Tidak mungkin ia telah terlihat aku mengeronyok surat yang menyertainya. Bibir tidak boleh melihat, hanya mata yang boleh melihat. Barangkali ia dapat merasakan perbuatanku itu tadi. Sekarang bibir ini mula tersedu-sedu. Kubiarkan ia tersedusedu di para jendela. Ia akan berhenti menangis – tiada sesiapa yang sanggup menangis terus-menerus. Setiap yang bermula akan berakhir juga. Aku mahu menyambung tidurku. Sekarang baru pukul lima setengah pagi – dan sejuk pula. Kupadam lampu katilku. Aku menengkumuskan diriku dari hujung kepal ke hujung kaki. Isk!Isk!Isk! Isk!Isk!Isk! Aku tidak peduli mula-mulanya tapi esakan bibir ini semakin menjadi-jadi. Aku bangun dan menyalakan lampu katil semula dan mengambil kotak kaca ini dari para jendela dan membawanya ke katil. Sekarang kotak kaca berisi bibir ini berada di atas tapak tangan kiriku. Aku membuka tutupnya dan memberitahu bibir ini supaya berhenti menangis dan jangan lagi teresak-esak. “Aku mahu tidur,” kataku. “Aku perlu tidur – kau pun perlu tidur. Bagaimana aku hendak tidur kalau kau teresak-esak dan bagaimana pula kau hendak tidur kalau kau terus teresak-esak. Tiada sesiapa yang boleh tidur dalam keaadan seperti ini.” Esakanya semakin reda dan kemudian terus berhenti. Agaknya ia mendengar juga cakapku atau mungkin saja ia memahami secara telepathi apa yang kumasudkan. Hanya telinga yang boleh mendengar. Apakah orang yang empunya bibir ini mendengar cakapku kerana ia masih memiliki telinga? Barangkali tidak. Barangkali ia hanya mengalami perasaan-perasaan: sedih, gembira, pilu, ria, haru dan sebagainya mengikut apa yang dialami bibir ini ketika ini. Apakah yang dibuatnya sekarang? Aku meneliti bibir ini. Ia kecil dan kelihatan masih mentah. Ada gincu terpalih di atasnya secara kurang sempurna. Aku mengambil tisu dan memalit gincu dari bibir ini – apakah agaknya warna sebenar bibir ini? Merah muda. Tidak mungkin bibir ini kepunyaan seorang wanita kerana bentuknya yang kecil dan warnanya yang masih segar.


Aku percaya ia milik seorang gadis yang masih belia. Aku cuba membayangkan gadis ini dan dari bentuk bibirnya ini pastilah ia seorang gadis yang jelita juga. Bibir ini kuletakkan di atas telapak tanganku, terasa lembut dan rapuh seolah-olah ia akan kemek saja. Kudekatkan ia pada hidungku dan aku tercium bau chewing gum. Gadis remaja ini dari jauh ia sudah tersenyum-senyum seolaholah ia sudah kenal padaku. Ia mengunyah-ngunyah chewing gum. Aku tergesa-gesa hendak buang air kecil dan ia juga tergesa-gesa langkahnya (entah hendak apa?) dan kami bertemu di depan tandas awam. Tandas wanita dan tandas lelaki bersebelahan kedudukannya. “Mau buang air kecil?” katanya. “Saya juga mau buang air kecil.” Terlalu peramah gadis remaja ini. Barangkali umurnya baru enambelas tahun masuk ke tujuhbelas tahun. Ia mengunyahngunyah chewing gum. Aku tidak menjawab. Tidak ada masa untuk melayannya. Ia masuk ke jamban wanita dan aku masuk ke jamban lelaki, menolak pintu dalam masa yang sama dan barangkali buang air kecil pun dalam masa yang sama dan selesai dalam masa yang sama kerana apabila aku menarik pintu jamban untuk keluar ia juga melakukan perbuatan yang sama dan kami bertemu lagi di depan tandas awam ini. “Sudah selesai?” katanya. “Saya juga sudah selesai buang air kecil.” Ia tersenyum-senyum sambil mengunyah-ngunyah chewing gum. Apa yang hendak kujawab atau cakapkan? Beritahu kepadanya tentang air kencingku yang berwarna kuning dan terus berbual-bual tentang air kencing masing-masing yang berbau kimia dan ubat? Aku terus berjalan menuju ke tempatku dan agaknya ia juga berjalan menuju ke tempatnya. “Jumpa lagi,” katanya. Kami berjumpa lagi pada tengah hari di depan tandas awam ini. “Saya mau buang air besar,” katanya masih juga mengunyah-


ngunyah chewing gum. “Saudara juga mau buang air besar?” Haruskah kujawab pertanyaannya ini? Ya, aku mahu berak tapi tidak pula perlu kuheboh-hebohkan untuk pengetahuan orang awam. Aku menolak pintu jamban dan ia juga menolak pintu jamban. Kami keluar sebaya lagi dan bertemu di depan tandas awam ini. Agaknya kami berak serentak dan selesai serentak juga. Ia terus saja tersenyum-senyum padaku sambil mengunyahngunyah chewing gum. Ia memandang ke dalam mataku (kurasa). “Saya selesai buang air besar,” katanya. “Saudara juga selesai buang air besar.” Sebenarnya aku ingin juga hendak melayan cakapnya tapi apakah yang hendak kucakapkan? Hidup ini sudah jadi terlalu rumit sehingga tiada ada apa-apa yang mudah lagi hendak dibicarakan selain dari air kencing dan berak. Haruskah kuberitahu padanya sebagai basa-basi bahawa najisku tadi keras keadaannya dan baunya bau kimia dan ubat? Dan ia juga akan membicarakan hal yang sama dan aku akan memberi komen bahawa keadaan ini normal saja kerana kita semua telah banyak makan bahan-bahan kimia dan ubat-ubatan akibat pupusnya segala binatang dan tanamtanaman sumber makanan asli dan aku akan bertanya pada gadis remaja ini apakah ia pernah buang air besar yang busuk baunya itu – inilah najis asli – dan sudah tentu ia akan menjawab bahawa ia tidak pernah kerana ia dilahirkan ketika makanan-makanan asli sudah keseluruhannya digantikan dengan bahan-bahan kimia. “Air besar saya keras,” katanya. “Tadi saya makan Ph2D3, B4Sc2, BA2 (Hon10). Saudara bagaimana?” Tidak perlu kujawab dan aku melangkah pergi. “Kita jumpa lagi nanti, ya,” katanya dan ia pun melangkah pergi. Kami bertemu lagi di sini di depan tandas awam ini setiap kali kencing atau berak. Jika aku seorang yang berhati rapuh sudah tentu aku akan jatuh cinta padanya tapi aku telah mengeluarkan hati dan jantungku dan meninggalkannya di rumah di dalam freezer, dan kedua-duanya sudah keras dan sejuk seperti ais: aku sudah


bosan dengan hidup ini dan aku sudah tidak mahu merasakan apaapa emosi lagi. Jauh sekali hendak jatuh cinta. Aku memandang bibir di telapak tanganku ini lagi. Ia telah salah pilih orang. Misalnya aku ini seorang yang mudah jatuh cinta, pun ia masih sala pilih. Lihatlah mukaku dan dahiku yang penuh kedut ini, kepalaku yang botak di tengah-tengah, janggutku dan kumisku yang tidak pernah terurus dan jarang-jarang pula tumbuhnya ini, hidungku yang kemek ini. Aku kelihatan lebih tua daripada umurku yang sebenar. Mengapa ia mahu memilihku yang seumur dangan bapanya dan kelihatan tua seperti neneknya? Aku mengambil keputusan untuk tidak menggunakan tandas awam ini lagi dan aku tidak pernah berjumpa ia lagi. Sekarang bibir di telapak tanganku ini kelihatan seperti sedang tidur nenyak. Aku dapat merasakan hembusan nafasnya yang halus keluar masuk dai celah-celah bibirnya yang tidak rapat katupnya. Sekali-sekala ada senyuman seperti melintas di situ. Barangkali ia sedang bermimpi sesuatu yang indah ketika berada di telapak tanganku ini – telapak tangan orang yang dicintainya ini. Aku menyentuh munjung bibir ini dengan hujung jari telunjukku dengan lembut – ia terbuka sebentar kemudian kembali seperti asal. Barangkali ia sedang bermimpi melayang-layang di udara tunggang terbali seperti sehelai kertas nipis, kemudian beransuransur menjadi rama-rama yang berwarna-warni. Barangkali ia seperti aku jug gemar pergi ke bilik bacaan Jabatan Binatangbinatang dan Tumbuh-tumbuhan Pupus, membaca dan melihatlihat gambar-gambar hidup-hidupan yang sudah tidak ada lagi di dunia ini dan ia terbaca tentang rama-rama – mahkluk yang kecil dan molek itu. Barangkali ia selalu terlihat aku berada di bilik bacaan ini pada waktu-waktu rehat lantas ia pun jatuh cinta padaku yang sudah tua ini kerana orang-orang muda tidak gemar datang ke mari. Bilik bacaan Jabatan Binatang-binatang dan Tumbuh-tumbuhan Pupus ini lebih gemar dikunjungi oleh orang-orang tua sepertiku yang merasa kehilangan sesuatu. Generasi muda sepertinya tidak mungkin merasa kehilangan apa-apa kerana mereka tidak


pernah tahu apa sebenarnya yang telah hilang. Mungkin mereka (bilangannya sediktt sekali) datang ke mari hanya sekadar hendak memenuhi kuriositi mereka. Bibir di telapak tanganku ini bergerak seolah-olah ia terbangun dari tidurnya.Aku terasa seperti ia sedang merenungku tapi kemudian ia seperti tidur semula. Sungguh bahagia ia kelihatannya. Ia telah merampas tidurku. Barangkali aku telah melakukan kesilapan besar dengan menolak cintanya. Bibir ini kuletakkan di atas bantalku. Aku bangun lantas menuju ke freezer, mengeluarkan hati dan jantungku. Dengan hatihati aku membuka kertas tisu yang membungkus kedua-duanya dan memasukkan organ-organ ini ke dalam ketuhar glombang mikro. Hanya satu minit yang diperlukan untuk mencairkan keduaduanya. Kubawa hati dan jantungku ke katilku, di sini kumasukkan kedua-duanya semula ke dalam dadaku – hati-hati agar jangan tersalah letak. Dalam dadaku terasa hangat. Sekarang aku terasa seperti seribu emosi menyelinap ke dalam kalbuku. Aku merasa sedih. Aku merasa gembira. Aku merasa pilu. Aku merasa ria. Aku merasa haru dan sebagainya. Aku merasa kasih sayang terhadap sesma manusia. Aku merasa bahawa hidup ini adalah sama-sama memberi dan menerima, dan apabila kupandang bibir di atas bantalku ini aku merasa cinta, cinta yang amat mendalam dan ada manik-manik jernih menitis dari kelopak mataku. �Maafkan aku,� kataku kepada bibir ini. Dadaku mulai sebak dan tidak lama kemudian aku mulai tersedu-sedu dan teresak-esak. Isk! Isk! Isk! Isk! Isk! Isk! Bibir ini terjaga dari tidurnya. Aku mengambilnya dengan lembut dan penuh kasih sayang, meletakkannya di telapak tanganku. Aku memandangnya dengan mata yang kuyu. Hatiku penuh dengan perasaan cinta. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta


padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Mulai sekarang aku akan sentiasa berada di sisimu. Akan kubawa dikau ke sana ke mari. Tidak, pada hari ini daku akan berada di bilik ini bersamamu untuk meraikan cinta kita yang baru berputik ini. Daku mahu dikau sentiasa dekat dengan daku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku tidak dapat kubendungbendung lagi. Dengan segera kutanggalkan bibirku dari mulutku dari mukaku (entah ke mana ia kulemparkan) dan kugantikan dengan bibir gadis remaja ini. Terasa sedikit kejutan apabila darahnya bercampur dengan darahku kemudian semuanya menjadi tenang. Bau lembut chewing gum masuk ke dalam lubang hidungku. Aku merasa bahagia. Aku tertidur dengan nyenyak bermimpi menjadi sehelai kertas nipis yang melayang-layang kemudian bertukar menjadi rama-rama yang berwarna-warni. “Aku wujud,” aku melaung-laung ria. “Aku tidak jadi pupus!” Aku bangun tiga jam kemudian dikejutkan oleh bunyi motosikal. Barangkali poslaju lagi, aku benar-benar berharap ia akan berhenti dan masuk ke bilik tidurku ini – tapi ia jalan terus. Bunyi enjin motosikalnya kian lama kian menjauh. Pun begitu aku tidaklah merasa kecewa. Aku menggeliat menghapuskan sisa kantuk dengan perasaan yang segar dan penuh harapan bahawa hidup ini masih bermakna bagiku, bahawa hidup ini adalah sebuah


senyuman yang panjang. Bibir di mulutku terasa indah. Hatiku penuh perasaan cinta. Aku bangun dan melangkah. Punggungku terasa berat, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri … Aku melihat diriku di dalam cermin besar. Aku melihat mukaku dan dahiku yang masih juga penuh kedut ini. Aku melihat kepalaku yang masih juga botak di tengah-tengah ini. Aku melihat janggutku dan kumisku yang msih juga tidak pernah terurus dan jarangjarang pula tumbuhnya ini. Aku melihat hidungku yang masih jgua kemek ini. Aku masih juga kelihatan lebih tua daripada umurku yang sebenar. Tapi mataku … mataku sudah berubah – kedua-duanya sungguh kuyu sekarang … bibir di mulutku nampak segar dan mentah … dan punggungku … ah ia sudah lebar sedikit! Aku cuba bercakapcakap … suaraku … suaraku kedengaran seperti berlagu. Ah, aku telah jadi pondan! Sial, aku telah jadi pondan! Bibirku, mana bibirku? Aku terlihat bibirku ampai-ampai di atas lantai di satu penjuru, pucat dan kering, di sisi buaya jahanan yang tidak juga mahu keluar-keluar dari bilik tidurku ini. Bahana September 1993






Selain menulis cerpen, saya juga tukang ubat penyakit zahir dan batin yang gagal disembuhi cara konvensional: misalnya dirasuk jin atau terkena pantak. Bawalah sebotol air reverse osmosis untuk saya jampi. InsyaAllah sembuh setelah diminum. Bermacammacam penyakit telah Allah sembuhkan melalui saya. Inilah kali pertama saya menemui penyakit yang tidak masuk akal: seorang pemuda kacak datang kepada saya – umurnya sekitar duapuluh tahun. “Mohon ku diubati,” katanya. “Apa problem si awang kan?”


“Aku inda mau bah muda miani.” “Eh, si awang ani, mengapa pulang?” kata saya. “Semua orang mau muda.” “Umurku sabanarnya lapanpuluh tahun,” katanya. “Dari umur limapuluh tahun kadiaku mengalami reverse ageing process – menjadi muda semula. Mula-mula memanglah suka ati tapi bila sudah batambah muda, my children start treating me like I’m one of their brats. My wife starts to be demanding inda sadar ia sudah tua - mantang-mantang aku jadi muda. And girls, pikir diurang aku ani bujang seumur bisdia...” “Eh kita ani, it is okey jua tu,” kata saya. Saya menggunakan ‘kita’ menyedari ia tua dari saya. “Mau kita kan tua macam kadiaku ani?” Ia mengangis teresak-esak mendengar soalan saya ini. Benarbenar ia tidak mahu jadi muda. “InsyaAllah,” kata saya, “tani bausaha Allahlah yang menyembuhkan. InsyaAllah.” Saya bertafakur – Al-Fatihah boleh dibaca dengan beberapa cara saya memohon petunjuk Allah cara manakah yang selulu untuk masalah ini. Saya tidak tahu apa-apa. Allah tahu segalagalanya. Semasa memberi air yang sudah dijampi saya sempat bertanya: “Kenapakan kita inda mau muda lagi?” “Takutku bah,” katanya. “Karang bila sudah jadi kanak-kanak tapaksa ku basakulah lagi tu.” Ia mula menangis lagi dan meraung: “INDA KUMAU BAH BALIK BASAKULAH ATU!” selasa 15/7/2008




Ketika sudah tua bangka seperti ini - setiap hari yang berlalu saya merasa bertambah kerdil dan kecil. Saya sangat malu pada diri sendiri kerana pernah berani menganggap diri ini seorang penulis dan pernah pula merasa bangga kerana pencapaian yang tidaklah seberapa kerana itu setiap hari saya ingin menghilangkan diri saya, saya semakin mengecil dan terus mengecil dari hari yang sebelumnya hinggalah ketika ini saya sudah menjadi setitik noktah. Jika orang bertanya ke mana hilangnya mussidi? Jawablah begini bagi diri saya: “Anu ya - dalam proses menjadi atom.� khamis 10/7/2008




Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.