''SAYANGILAH sembahyang dan jangan ia dicuaikan. Mencuaikan sembahyang bermakna menolak rahmat, sedang rahmat itu amatlah mahalnya, sehingga tiada sebarang angka yang dapat menganggarkannya.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1433 Hijrah / 2012 Masihi.
''DAN sesiapa yang tidak menetapkan hukuman mengikut apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Maa-idah, ayat 47).
4.33
TAHUN 62 / BILANGAN 62
4.43
6.06
24 MEI 2017 / 1438
6.30
12.18
27
3.42
6.28
7.42
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Kebawah DYMM berangkat hadiri Arab Islamic American Summit
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bergambar ramai bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud; Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Donald J. Trump serta ketua-ketua negara dan kerajaan dari beberapa negara Arab dan Islam yang lainnya pada Arab Islamic American Summit. - Foto : Mohamad Azmi Awang Damit (Lihat muka 3).
CONPHA sebagai platform tambah baik pengurusan kedermawanan
Muka 4
FAHAMI tugas, tanggungjawab sebagai pemimpin
GADONG, Selasa, 23 Mei. Kemanusiaan adalah salah satu prinsip utama dalam Islam, yang mana melaksanakan kebajikan atau membantu mereka yang dalam kesusahan merupakan kewajiban bagi setiap orang Islam. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof berkata, dalam Islam, melaksanakan kebajikan seperti membayar zakat, wakaf dan bersedekah bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan dalam ketidaksamaan sosial termasuk mengurangkan kemiskinan. Menurut Yang Berhormat, inisiatif
serta aktiviti kebajikan yang proaktif dan mapan menjadi lebih penting sebagai cara untuk berjuang atas krisis kemanusiaan secara domestik serta global. "Kita semua perlu berdiri bersama dan bertindak pantas untuk mencapai matlamat bersama kita bagi mengatasi krisis-krisis berkenaan," jelasnya lagi. Yang Berhormat berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Derma-Bakti bagi Bantuan Kemanusiaan (Conference on Philanthropy for Humanitarian Aid CONPHA) 2017 di Dewan Auditorium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) selaku tetamu kehormat majlis. Beliau menambah, melalui penyelidikan berasaskan dasar, ekonomi dan kewangan Islam mesti lebih bersedia untuk mensejajarkan visi ke arah pembangunan mapan yang lebih adil dan saksama. Ke muka 5
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
Hotline:: 2382891 Hotline 2382891 // 2383400 2383400 Smb: Smb: 217 217
Oleh : Marlinawaty Hussin
Perutusan takziah berikutan serangan letupan di Manchester BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Perdana Menteri United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Puan Yang Terutama The Right Honourable Theresa May berikutan dengan serangan letupan di Manchester baru-baru ini. Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan perasaan terkejut dan amat sedih mengetahui akan kejadian tersebut yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan. Kebawah DYMM bagi mewakili kerajaan serta rakyat Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang amat mendalam kepada Puan Yang Terutama dan rakyat Britain, terutama sekali kepada keluarga yang mengalami kehilangan berikutan dengan serangan yang tidak bertanggungjawab itu.
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn
2
HALUAN
HARI RABU 24 MEI 2017
Martabatkan ketinggian ilmu dalam kehidupan Bismillahir Rahmannir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
A
LHAMDULILLAH, peramba / saya mengambil kesempatan merakamkan mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, dapat kita bersama-sama menghadirkan diri di malam Jumaat, Malam Nisfu Syaaban yang penuh keberkatan ini di Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan, Peringkat Akhir Bagi Tahun 1438H / 2017M yang mencerminkan betapa kita terus tunduk serta patuh mengagungkan kesucian kalamullah, kitab suci Al-Quran yang disanjung dan dijadikan perlembagaan kehidupan di dunia dan di akhirat. Jalan menuju kecemerlangan di dunia dan akhirat memerlukan peta. Peta umat Islam perlu ikuti adalah Al-Quran kerana ia merupakan peta paling lengkap dan selamat. Al-Quran Mukjizat Besar Nabi Kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan peta paling benar, adil dan tepat yang tiada sebarang bengkang-bengkok di dalamnya. Peramba / saya percaya, peringkat akhir musabaqah ini bukan sekadar untuk meraikan kejayaan belia-belia menamatkan acara pertandingan pada malam ini, tetapi apa yang paling penting ialah inti sari ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh para qari dan qariah sepanjang musabaqah berlangsung perlu bersama kita hayati dan ambil iktibar. Penghayatan kepada isi kandungan ayat-ayat suci Al-Quran melalui acara tilawah dan hafazan, akan memberi kita kekuatan dan galakan untuk lebih berusaha mendekatkan diri kepada Allah memohon dan mendapatkan keredaan-Nya serta berupaya menguasai segenap bidang ilmu pengetahuan. Ini kerana Al-Quran banyak mengajak dan menyeru manusia untuk menimba dan memartabatkan ketinggian ilmu dalam kehidupan. Mengambil peluang dalam menjadikan ilmu sebagai satu matlamat kehidupan bagi diri kita dan keluarga adalah mustahak. Ilmu merupakan satu-satunya perkara yang akan kekal bersama seseorang sebagai penyuluh hidup sehingga ke akhir hayat. Justeru adalah tidak wajar perbuatan berhenti mencari dan mengejar ilmu apa lagi berpuas hati dengan ilmu yang ada. Dalam kerancakan dan kepesatan pembangunan dunia moden, generasi muda kini terdedah dengan pelbagai pengaruh dan kemungkinan kerosakan baik dari segi jasmani mahupun rohani. Secara ringkasnya kita melihat perkara ini sebagai miskin kerohanian yang merupakan penyakit sosial yang lebih bahaya. Penekanan dalam membanteras kemiskinan rohani merupakan antara hikmah keujudan agama Islam dan
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa berucap pada Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 2017, pada hari Khamis, 14 Syaaban 1438 Hijrah bersamaan 11 Mei 2017 Masihi, bertempat di Dewan Di-Gadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Al-Quran diturunkan. Sehubungan itu, di samping peranan ibu bapa, semua pihak perlu berganding bahu di dalam memastikan pendidikan sepadu melalui penerapan ilmu Al-Quran dalam program-program atau aktiviti belia. Amat penting ibu bapa mengamalkan pendekatan mendidik dan membimbing. Ini termasuk memberi kebebasan yang bersesuaian. Naluri remaja makin ditahan makin tinggi keinginan mereka melakukan perkara yang ditegah. Anak-anak itu adalah penyeri rumah tangga. Sebelum mereka dapat menyerikan (menyenangkan mata dan hati) ibu bapa dan para keluarga, mereka perlulah diberi didikan yang sempurna terutama dari segi ugama. Soal mendidik anak dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini amat mencabar. Mereka terdedah kepada asakan dari pelbagai sudut. Bagi yang tidak mempunyai firewall atau benteng kukuh amat mudah untuk mereka terutama golongan remaja terpengaruh dengan anasir negatif dan kurang sihat. Ibu bapa perlu mendekati anak-anak dengan berkawan dan bermesra dengan mereka untuk mengetahui apa yang mereka lakukan sebagai kegiatan seharian mereka. Membentuk dan mendidik remaja Islam
MEI
24 25 26 27 28 29 30
24 MEI 2017 BERSAMAAN 1438
supaya mereka tidak mensia-siakan masa muda dengan kegiatan yang tidak sihat adalah tanggungjawab semua. Musabaqah tahunan kelolaan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ini amatlah bermakna kepada umat Islam di negara ini khususnya kepada para belia kita kerana ia menjadi bukti keutuhan agama Islam yang menyumbang ke arah perpaduan umat Islam di seluruh negara terutama di dalam kita berusaha mencapai dan menjayakan Wawasan 2035 negara (seruan tema Hari Kebangsaan Ke-33 pada tahun ini) dan juga Gagasan Negara Zikir. Peramba / saya. amat berbangga dan bergembira dengan penyertaan yang amat menggalakkan dari belia kerana ia menggambarkan semangat perpaduan dan cintakan Al-Quran dengan mempelajari ilmunya yang menjadi panduan dan ikutan umat Islam seluruhnya menuju persada kejayaan di dunia dan akhirat selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran Belia Asia Tenggara Tahun 1436H / 2015M : ''Para belia Muslim perlulah memiliki ilmu khasnya ilmu yang berkaitan dengan dengan Al-Quran dan Al-Hadis. Kerana pada kedua-dua ilmu inilah ditentukan status kita umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagaimana maksud hadis, bunyinya : ''Sebaik-baik kamu ialah siapa yang mempelajari Al-Quran dan Al-Hadis.'' Dengan adanya ilmu Al-Quran dan Al-Hadis itu di dada setiap belia kita insyaaAllah rantau kita ini akan beroleh kekuatan dan keselamatan, Amin.'' Demikian titah baginda. Akhirnya peramba / saya ingin mengambil kesempatan merakam-kan ucapan tahniah kepada pemenang-pemenang musabaqah pada malam ini yang insyaaAllah akan mewakili negara ke Musabaqah Tilawatil Al-Quran Belia ASEAN yang akan diadakan di Negara Brunei Darussalam dalam bulan Oktober nanti. Yang tidak berjaya pula diharapkan akan terus berusaha memperbaiki mutu bacaan dan penghayatan. Ucapan tahniah dan penghargaan juga ditujukan kepada Jawatankuasa Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan dan semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penganjuran program ini. Semoga usaha murni dan berkebajikan ini Allah Subhanahu Wata'ala akan mengurniakan nikmat ganjaran pahala berlipat ganda disertai-Nya dengan kurnia syafaat Al-Quran. Sekian. Wabillahit Taufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
27
TINGKATKAN BACAAN AL-QURAN DI BULAN RAMADAN
T
INGGAL beberapa hari saja lagi umat Islam di seluruh dunia termasuk di Negara Brunei Darussalam akan memulakan ibadat puasa, bulan yang sering dinanti-nantikan oleh Muslimin yang bertakwa, bulan yang penuh kerahmatan. Apabila merenung mengenai bulan Ramadan, sering kali diingatkan untuk mempertingkatkan amalan seperti bersembahyang, amalan-amalan sunat serta amalan berkebajikan seperti bersedekah, menyediakan makanan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, berbuat baik, berlaku ihsan serta bermurah hati terutama kepada ahli keluarga, kaum kerabat dan jiran tetangga. Ini adalah kerana satu kebajikan yang dilakukan di bulan Ramadan adalah afdal berbanding kebajikan yang sama jika dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Salah satu amalan yang dimaksudkan ialah dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran serta iktikaf. Bulan Ramadan sering dikaitkan dengan mempertingkatkan bacaan Al-Quran sama ada secara bersendirian mahupun berhalaqah bertadarus. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita hanya perlu mengamalkannya pada bulan Ramadan sahaja, malahan membaca Al-Quran adalah amat digalakkan untuk dibaca setiap sehari walaupun dalam masa yang singkat kerana sesungguhnya fadilatnya amatlah besar. Telah disebut bahawa Al-Quran akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafaat bagi orang yang membacanya. Menurut riwayat daripada Abu Umamah al-Bahiliyy Radhiallahuanhu: Maksudnya : "Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : ''Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya (Al-Quran) itu datang pada Hari Kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.'' (Hadis riwayat Muslim). Di samping itu, terdapat banyak fadilat apabila membaca Al-Quran seperti: Pembaca Al-Quran dinaungi dengan payung rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan diturunkan Allah Subhanahu Wata'ala kepadanya ketenangan dan kewaspadaan; Pembaca Al-Quran dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan dipelihara-Nya dari kegelapan; Pembaca Al-Quran tidak bergundah hati dan terlepas dari kesusahan-kesusahan di Hari Kiamat, kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah; Pembaca Al-Quran diumpamakan seperti buah utrujjah, sejenis buah yang harum bau dan enak rasanya; Pembaca Al-Quran memperoleh kemuliaan dan diberi rahmat kepada ibu bapanya dan Pembaca Al-Quran memperoleh kedudukan yang tinggi dalam syurga. Berbalik semula kepada bulan Ramadan, inilah peluang untuk menambah ganjaran dan pahala. Adalah disunatkan memperbanyakkan bacaan Al-Quran di bulan penuh kerahmatan ini, lebih-lebih lagi pada 10 hari terakhir bualn Ramadan. Ganjaran hebat dijanjikan kepada orang yang membaca Al-Quran lebih-lebih lagi di bulan Ramadan. Seperti dalam sebuah hadis daripada 'Abdullah bin 'Amru Radhiallahuanhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Maksudnya : ''Puasa dan Al-Quran kedua-duanya itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada Hari Kiamat nanti. Puasa akan berkata : 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menghalangnya dari makanan dan nafsu syahwat sepanjang hari, kerana itu perkenankanlah bagiku untuk memberikan syafaat kepadanya.' Dan Al-Quran pula berkata : ''Aku telah menahannya dari tidur pada malam hari, kerana itu perkenankanlah bagiku untuk memberikan syafaat kepadanya.' Maka syafaat keduanya diperkenankan.'' (Hadis riwayat Ahmad). Justeru, gunakanlah peluang yang diberikan ini untuk menambah amalan, banyakkan bacaan Al-Quran di bulan yang penuh mulia dan penuh keberkatan ini. Semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala jua. - Ketua Penyuntingan (Ss).
SYAABAN
27 28 29 1 Ramadan 2 3 4
4 . 33 4 . 33 4 . 33 4 . 33 4 . 33 4 . 33 4 . 33
4 . 43 4 . 43 4 . 43 4 . 43 4 . 43 4 . 43 4 . 43
6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06
6 . 30 6 . 30 6 . 30 6 . 30 6 . 30 6 . 30 6 . 30
12 . 18 12 . 18 12 . 18 12 . 18 12 . 19 12 . 19 12 . 19
3 . 42 3 . 42 3 . 42 3 . 43 3 . 43 3 . 43 3 . 43
6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 29 6 . 29 6 . 29 6 . 29
7 . 42 7 . 43 7 . 43 7 . 43 7 . 44 7 . 44 7 . 44
3
HARI RABU 24 MEI 2017
Kebawah DYMM berangkat hadiri Arab Islamic American Summit
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berbual mesra bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Arab Saudi (atas), sementara gambar bawah, baginda berbual mesra bersama pemimpin Islam yang berangkat pada acara tersebut.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Arab Islamic American Summit yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa King Abdulaziz di Riyadh.
Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Mohamad Azmi Awang Damit RIYADH, ARAB SAUDI, Ahad, 21 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Arab Islamic American Summit yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa King Abdulaziz di Riyadh. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pusat Persidangan itu dialu-alukan oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Arab Saudi. Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya dijunjung bagi Majlis Santap Tengah Hari yang dihoskan oleh Kebawah DYMM Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud. Selepas Majlis Santap Tengah Hari, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung bagi sesi bergambar ramai bersama Kebawah DYMM Raja
Salman bin Abdulaziz Al-Saud; Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Donald J. Trump, serta ketua-ketua negara dan kerajaan dari beberapa negara Arab dan Islam yang lainnya. Sejurus selepas itu, Kebawah DYMM bersama-sama pemimpin lain beredar ke Dewan Persidangan bagi memulakan sesi Arab Islamic American Summit. Persidangan berkenaan dimulakan dengan titah daripada Kebawah DYMM Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, sebagai Tuan Rumah kepada persidangan berkenaan. Ia diikuti dengan ucapan daripada Presiden Amerika Syarikat, TYT Donald J. Trump dan ucapan daripada beberapa ketua negara dan kerajaan yang lain.
Berangkat meninggalkan Arab Saudi Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Ihsan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan
RIYADH, ARAB SAUDI, Ahad, 21 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat meninggalkan Riyadh, Arab Saudi setelah menghadiri Arab Islamic American Summit. Sebelum berangkat meninggalkan hotel persemayaman baginda, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menadahkan tangan ketika Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned sebelum berangkat meninggalkan Riyadh, Arab Saudi setelah menghadiri Arab Islamic American Summit (kiri sekali dan kiri).
4
HARI RABU 24 MEI 2017
Kebawah DYMM Raja Isteri berkenan menerima mengadap Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya TinggiPesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar Istimewa dan Mutlak dan Isteri Ketua-Ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam. Berangkat sama pada Majlis Mengadap tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam bersama paduka-paduka anakanda berkenan merakamkan bergambar ramai bersama Pesuruhjaya Tinggi-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar Istimewa dan Mutlak dan Isteri Ketua-Ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam.
Fahami tugas, tanggungjawab sebagai pemimpin
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong hadir sama pada Bengkel Kepentingan Kepimpinan di Peringkat Akar Umbi (Leadership Essential for Grass Root Leaders) bertempat di Bangunan ILIA, UBD.
Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri TUNGKU, Isnin, 22 Mei. - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menekankan, betapa pentingnya untuk mengenali nilai-nilai seorang pemimpin dan memahami akan tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin yang setentunya berguna dalam menyumbangkan pada kesejahteraan serta perpaduan rakyat juga
negara. Dalam hal tersebut, Yang Berhormat menyatakan akan kepentingan memahami akan tugas dan tanggungjawab pemimpin pada peringkat akar umbi untuk menjayakan visi negara ke arah menuju Wawasan Negara 2035. Yang Berhormat berucap demikian pada Bengkel Kepentingan Kepimpinan di Peringkat Akar Umbi (Leadership Essential for Grass Root
SERAMAI 40 peserta bengkel dari Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) di keempat-empat daerah yang terpilih daripada 4,000 Ahli MPMK di seluruh negara untuk menyertai bengkel berkenaan.
Leaders) bertempat di Bangunan ILIA, Universiti Brunei Darussalam (UBD), di sini. Yang Berhormat juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada seramai 40 peserta bengkel dari Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) di keempat-empat daerah yang telah terpilih daripada empat ribu (4,000) Ahli MPMK di seluruh negara untuk menyertai bengkel berkenaan. Bengkel tersebut anjuran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dengan kerjasama Institute for Leadership, Innovation
and Advancement (ILIA), UBD. Bengkel yang diadakan selama tiga hari itu bermula 22 Mei sehingga 24 Mei nanti, merupakan bengkel yang julung-julung kali diadakan bagi Ahli-ahli MPMK seluruh negara. Ia bertujuan untuk mengenal pasti pemimpin di peringkat akar umbi yang berpontensi untuk digilap dengan memberikan kefahaman, meningkatkan pengetahuan serta mengukur sejauhmana pengetahuan para peserta tentang kepentingan kepimpinan dalam menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab harian.
Selain itu, bengkel tersebut juga diharapkan dapat membantu keupayaan institusi kepimpinan di akar umbi yang sedia ada dan seterusnya membantu pihak kerajaan dalam pembangunan negara di peringkat mukim dan kampung seluruh negara. Hadir sama ialah Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof; Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Idris bin Haji Ali serta pegawai-pegawai kanan kementerian tersebut.
NASIONAL
HARI RABU 24 MEI 2017
5
Menteri Pendidikan lawat dua buah sekolah rendah Berita dan Foto : Noraisah Muhammed KUALA BELAIT, Selasa, 23 Mei. Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman hari ini mengadakan lawatan ke dua buah sekolah di Kluster 6 Kuala Belait. Sekolah Rendah Melilas menjadi perhatian pertama Menteri Pendidikan yang mempunyai seramai dua murid dan lima guru. Sekolah berkenaan mempunyai seorang calon bagi Penilaian Sekolah Rendah (PSR) tahun ini dan dijangka akan menerima empat orang lagi murid pada pertengahan nanti. Seterusnya Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Dato Maharaja Setia Dian, Kampung Sukang, Ulu Belait. Sekolah tersebut mempunyai seramai 10 pelajar dan lapan tenaga pengajar. Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan kemudiannya menunaikan Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah di Surau Kampung Sukang sebelum bertolak ke Asrama Pelajar sekolah berkenaan dan seterusnya merasmikan bangunan tersebut. Asrama tersebut menempatkan sebanyak 10 pelajar yang terdiri dariapda lima lelaki dan lima perempuan dari Rumah Panjang Penan, Kampung Sukang, Ulu Belait. Penghuni asrama berkenaan merupakan para pelajar di kawasan
berdekatan, yang tinggal berseberangan sungai sekolah yang sebelumnya memerlukan penggunaan perahu untuk hadir bersekolah. Dengan adanya penempatan asrama tersebut, ia dihasratkan bagi memudahkan lagi para pelajar untuk hadir ke sekolah setiap hari dan mengelakkan mereka dari tercicir dalam bidang pendidikan dan pelajaran. Ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei, Yang Berhormat Menteri Pendidikan menyatakan bahawa penempatan pelajar-pelajar di asrama adalah inisiatif Kementerian Pendidikan dengan sokongan Kementerian Kesihatan dan Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU). Menurut Yang Berhormat, penempatan para pelajar di asrama tersebut akan membantu mem'bisai'kan lagi akhlak para pelajar melalui program tertentu dan kemudahan yang disediakan di asrama berkenaan. Semasa mengadakan lawatan di kedua-dua buah sekolah, Yang Berhormat Menteri Pendidikan berkesempatan melawat ke beberapa buah kelas dan melihat sendiri prasarana yang disediakan di sekolah-sekolah berkenaan. Yang Behormat juga mengambil peluang untuk beramah mesra dengan pelajar-pelajar dan guru-guru dari kedua-dua buah sekolah, selain turut memberikan tumpuan pada Pengajaran
dan Pembelajaran yang menjurus pada kemahiran Abad Ke-21 (21st Century Teaching and Learning) juga perkembangan Pembimbing Antarabangsa (International Coach) Literasi yang ditempatkan bagi menyokong pengajaran di sekolahsekolah berkenaan. Turut menyertai rombongan Ketua Pengarah Pendidikan, Awang Haji Abdul Rahim bin Derus dan pegawaipegawai kanan dari Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Pusat Da'wah Islamiah, KHEU. MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan rombongan melawat dan meninjau pembelajaran di Sekolah Rendah Melilas (kanan).
YANG Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan meninjau penempatan asrama yang merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan dengan sokongan Kementerian Kesihatan dan Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
CONPHA sebagai platform tambah baik pengurusan kedermawanan Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas Dari muka 1 Persidangan anjuran UNISSA bersama Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (IRCIEF-KUIS) serta Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Malaysia dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Latihan Islam (IRTI), International Islamic Development Bank (IDB), Arab Saudi ini bertujuan untuk mengumpulkan para penyelidik, pengamal dan pembuat polisi yang berkaitan dengan bantuan kemanusiaan. Ia juga dihasratkan untuk menjadi platform pada perbincangan isu-isu
berkenaan bagi mendapatkan resolusi, idea dan pengongsian pengetahuan serta pengalaman, yang mana diharap dapat mengemukakan cadangan yang boleh dilaksanakan bagi menambah baik pengurusan kedermawanan bantuan kemanusiaan. Lebih 30 kertas kerja dibentangkan pada seminar berkenaan yang membincangkan isu-isu berkaitan ekonomi dan kewangan Islam termasuk zakat, wakaf, infak, hibah, sadaqa, sukuk dan mikro-kewangan. Pembentangan kertas kerja ucaptama didahului oleh Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, UNISSA, Profesor Abdul Ghafar bin Ismail yang
menyampaikan tajuk 'Philanthropy and Humanitarian Aid', diikuti dengan pembentangan oleh Dr. Razali bin Othman dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berjudul 'Waqf for education : Practice, challenges and the way forward'. Majlis diteruskan dengan Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pendidikan dan penyelidikan di antara UNISSA, KUIS dan Universiti Istanbul Sabahattin Zaim, Turki. Penandatanganan MoU itu diwakili oleh Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal bagi pihak UNISSA, manakala KUIS diwaliki rektornya, Profesor Dato' Dr. Ab. Halim bin Tamuri dan Universiti Istanbul Sabahattin Zaim diwakili oleh presidennya, Profesor Dr. Mehmed BULUT. Persidangan itu diadakan selama dua hari, bermula hari ini.
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku tetamu kehormat majlis ketika menyampaikan sijil kepada penyampai kertas kerja ucaptama.
Perubahan waktu bekerja bulan Ramadan Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan Persidangan Derma-Bakti bagi Bantuan Kemanusiaan (Conference on Philanthropy for Humanitarian Aid - CONPHA) 2017 di Dewan Auditorium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Mei. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka adalah dengan ini dimaklumkan bahawa waktu-waktu bekerja di kementerian-kementerian dan jabatanjabatan kerajaan sepanjang bulan Ramadan bagi Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi adalah Isnin hingga Khamis dan Sabtu pada jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Menurut Siaran Akhbar Jabatan Perdana Menteri, bagi kementeriankementerian dan jabatan-jabatan yang bertugas pada Jumaat, waktu bertugas adalah pada jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Sementara pekerja-pekerja yang bergaji hari pula masa bekerja hendaklah dikurangkan selama satu jam dari waktu-waktu bekerja biasa, sementara penentuan memulakan kerja terserahlah pada budi bicara kementerian / jabatan masing-masing.
6
NASIONAL
HARI RABU 24 MEI 2017
Warga TAIB diseru dinamik, profesional dan beretika Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman yang juga selaku Penasihat Perbadanan TAIB (kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang warga Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikat di bawahnya.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Mei. - Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) terus berdepan dengan cabaran besar dalam menubuhkan anak syarikat perbankan Islam dan pada tahun ini, TAIB juga akan mengalami perubahan meliputi landskap perbankan. Perubahan tersebut disebabkan oleh pengenalan beberapa peraturan perbankan baharu dan lebih ketat dari pihak Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD). Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menjelaskan demikian dalam ucapan khasnya pada Majlis Penghargaan dan Makan Malam Tahunan Perbadanan TAIB. "Apa yang lebih penting, saya dan ahli-ahli Lembaga Pengarah TAIB menyeru agar pihak pengurusan dan seluruh warga kerja kerja Perbadanan TAIB mempunyai kerangka minda yang bersedia untuk terus menjalankan tanggungjawab dan tugas masingmasing secara dinamik, profesional,
beretika dan bersungguh-sungguh bagi mencerminkan Perbadanan TAIB sebagai sebuah organisasi Kewangan Islam yang lebih matang sejajar dengan usianya sesuku abad itu dan supaya tahun 2017 ini dapat kita jadikan sebagai tahun yang berjaya," tegasnya pada majlis yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman yang juga selaku Penasihat Perbadanan TAIB. Juga hadir, Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar, selaku Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah Perbadanan TAIB dan Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB serta warga perbadanan dan anak-anak syarikatnya.
Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian sijil kepada 126 pegawai dan kakitangan yang telah memberikan mutu perkhidmatan cemerlang sepanjang berkhidmat di bawah perbadanan dan anak-anak syarikat di bawahnya.
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa menyampaikan ucapan khas pada majlis tersebut.
Peraduan Instagram HKK 2017 tonjol aktiviti kekeluargaan Oleh : Aimi Sani Foto : Azmah Haji Ahad
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (kiri) semasa menyampaikan hadiah kepada pemenang yang menyertai Peraduan Instagram sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2017.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Mei. - Lebih 500 penyertaan diterima oleh pihak penganjur Peraduan Instagram sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) 2017. Daripada jumlah tersebut, hanya 20 penyertaan sahaja terpilih, iaitu lima penerima hadiah utama dan 15 lagi menerima hadiah sagu hati. Peraduan ini merupakan anjuran Brunei Press Sendirian Berhad dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan ditaja oleh Progresif Cellular Sendirian Berhad (PCSB) dan Stesyen Radio Pelangi FM, Radio Televisyen Brunei.
Majlis penyampaian hadiah berlangsung di Dewan Digadong KKBS disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Peraduan selama 14 hari itu bermula pada 21 April dan telah berakhir pada 7 Mei lalu. Pemenang pertama, iaitu Awang Ramli bin Hussin dengan akaun Instagram beliau @amanirizqramli menerima hadiah berupa sebuah telefon bimbit Huawei Nova Plus berserta Kad Prepaid Sim, BND20 kad nilai tambah PCSB dan tiga bulan langganan digital Borneo Bulletin.
Pemenang kedua pula menerima hadiah sebuah telepon pintar Huawei Nova Plus, BND20 kad nilai tambah PCSB dan tiga bulan langganan digital Borneo Bulletin. Sementara itu, pemenang ketiga menerima Kad Prepaid Sim, BND20 kad nilai tambah PCSB dan tiga bulan langganan digital Borneo Bulletin. Peraduan Instagram adalah salah satu usaha Brunei Press, KKBS dan Penaja, PCSB dan juga Pelangi FM bagi memeriahkan lagi Sambutan HKK 2017 dengan harapan agar ia menjadi pendorong kepada semua masyarakat di negara ini untuk menyayangi dan menghargai keluarga melalui aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang dicatat melalui gambar-gambar yang akan memberi makna dalam kehidupan berkeluarga. Turut hadir ialah Pengarah Urusan Brunei Press Sdn Bhd, Reggie See.
Daerah Tutong tawarkan 8 pakej lawatan Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Hernie Suliana Haji Othman TUTONG, Selasa, 23 Mei. - Destinasi Tutong akan menjadi platform bagi mengangkat produk-produk kampung dan kegiatan-kegiatan masyarakat di samping mempromosi industri produk tempatan Daerah Tutong sekali gus mengembangkan lagi industri pelancongan. Menurut Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali, pada masa ini terdapat lapan pakej di bawah program lawatan Tutong sebagai usaha mengembangkan sektor pelancongan Daerah Tutong. Perkara tersebut dijelaskan oleh Awang Wardi semasa Sesi Taklimat Pakej Lawatan Tutong yang diadakan di Kediaman Pegawai Daerah Tutong. Antara pakej pelancongan yang dikenal pasti, jelasnya, iaitu Tutong Tour (Experience Tutong Culture), Tutong Thursday Market, Tutong
Cottage Industry Tour, Tutong Full Day City Tour, Community Based Tourism, Village Explorer, Tutong Leisure Discovery dan Back to Nature. Menurut Timbalan Setiausaha Tetap KSSUP, bagi merealisasikan harapan untuk menjadikan Daerah Tutong sebagai destinasi pilihan, ekosistem pelancongan setempat yang baik harus wujud dan bagi mencapai hasrat itu memerlukan kerjasama yang erat di antara pihak kerajaan termasuk rakan-rakan strategik dan operator pelancongan setempat termasuk dari majlis-majlis perundingan mukim dan kampung melalui kerjasama awam dan swasta. Turut hadir, Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung; Pengarah Pelancongan, Awang Haji Zamree bin Haji Junaidi dan Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong.
TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali (dua, kanan) menyampaikan ucapan pada Sesi Taklimat Pakej Lawatan Tutong yang diadakan di Kediaman Pegawai Daerah Tutong.
MINDA PEMBACA / AGAMA
HARI RABU 24 MEI 2017
Manfaat media massa dalam pembangunan negara
M
EDIA massa yang terdiri daripada media elektronik dan media cetak memainkan peranan penting dalam memberikan maklumat terkini dalam membangun sesebuah negara. Tanpa adanya media massa, rakyat sesebuah negara tidak memperoleh sebarang pengetahuan terutama dalam isu global dan kehidupan tanpa media umpama ‘katak di bawah tempurung’. Oleh itu, media elektronik dan media cetak perlu dimanfaatkan sepenuhnya terutama dalam memperkembangkan kemajuan negara.
Satu daripada peranan media massa adalah sebagai sumber maklumat yang amat berguna kepada sesebuah masyarakat. Media massa boleh dijadikan alat yang berpengaruh terutama dalam bidang pendidikan. Di samping itu, penyebaran ilmu dan maklumat melalui media massa tentang perkembangan ekonomi global dapat memberikan maklum balas dalam perkembangan ekonomi negara. Sebagai contoh, bagi seseorang ahli perniagaan dan maklumat terkini tentang bidang perniagaan dapat membantu ahli
perniagaan tersebut untuk membuat perancangan syarikat dan menyusun strategi serta mengelakkan syarikat daripada mengalami kerugian. Maklumat tentang bidang ilmu pengetahuan pula dapat mendedahkan masyarakat kepada pemikiran baharu dan membuka minda seseorang. Media massa turut berperanan sebagai ejen dalam memperluaskan kebudayaan negara secara global. Melalui media massa, pengetahuan asas budaya, bahasa dan adat resam negara dapat disebarkan secara global dan cepat. kesemua aktiviti kebudayaan seperti tarian, lagu dan cara hidup sama ada masyarakat tempatan atau masyarakat asing dapat diketahui dan difahami di seluruh dunia. Secara tidak langsung, media massa terutamanya media cetak dapat menyemai semangat perpaduan dalam jiwa masyarakat yang berbilang kaum. Semangat bersatu padu
7
dan saling menghormati dapat mewujudkan keharmonian di sesebuah masyarakat. Kesimpulannya, media massa sememangnya memainkan peranan penting dalam proses pembangunan negara. Oleh itu, media seharusnya diberi kebebasan dalam melaksanakan fungsinya secara objektif dan betul. Dengan ini diharapkan tidak ada pihak yang menyalahgunakan keistimewaan yang ada pada media untuk dijadikan sebagai alat propaganda bagi mempengaruhi sesuatu pihak yang lain. Tegasnya, media massa berperanan dalam membantu sesebuah masyarakat untuk mencapai kemajuan negara. Nama : Muhammad Azimulhakim bin Haji Saman No. K/P: 01-058159 (K) Alamat : No.20, Jalan Kilugus, Kampung Lumapas ‘B’, Negara Brunei Darussalam.
TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA : 1. 'Usahawan PKS Tempatan Perlu Pastikan Produk Berdaya Saing'. Tarikh Tutup : 24 Mei 2017 2. 'Ramadan Sedia Peluang Perbaiki Amalan'. Tarikh Tutup : 31 Mei 2017 3. 'Menghayati Makna, Hikmah Peristiwa Nuzul Al-Quran'. Tarikh Tutup : 7 Jun 2017 Terma dan Syarat : 1. Penyertaan dibuka kepada remaja yang berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun, yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kecuali warga Jabatan Penerangan. 2. Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. 3. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon hendaklah disertakan dan dihantar kepada : Sidang Pengarang, Minda Pembaca Bahagian PELITA BRUNEI, Jabatan Penerangan Lapangan Terbang Lama, Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam. atau melalui E-mel : pelita.brunei@information.gov.bn 4. Penyertaan terbaik akan disiarkan dalam Akhbar Rasmi Kerajaan PELITA BRUNEI dan pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND75.00.
Al-Quran sebagai penawar P
ERUBATAN Islam merupakan satu usaha dalam merawat penyakit yang berasaskan wahyu Allah Subhanahu Wata'ala yang dipetik dari sumber utama Islam, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang juga diamalkan oleh Junjung Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Kaedah perubatan Islam atau mudah dikenali dengan perubatan tradisional juga satu jalan bagi seorang pesakit dalam mencari kesembuhan penyakit serta permasalahan emosi atau rohani yang sedang dihidapi. Allah Subhanahu Wata'ala memerintah setiap hamba-Nya berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihidapi sama ada zahir mahupun batin. Usaha tersebut merupakan satu ibadah bagi seorang Muslim yang mencari keredaan Allah Subhanahu Wata'ala. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Israa', ayat 82 yang tafsirnya : ''Dan Kami turunkan daripada Al-Quran suatu penawar (bagi penyakit rohani dan jasmani) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim (orang-orang kafir) selain kerugian.'' Ayat-ayat Al-Quran boleh digunakan untuk menangani penyakit mental yang berkaitan dengan hati, jiwa dan roh seperti kejahilan, kesesatan dan sebagainya. Kesejahteraan fizikal berkait rapat dengan kesejahteraan hati. Dalam Surah Fushshilat, ayat 44, Allah Subhanahu Wata'ala berfirman
yang tafsirnya : ''Katakanlah (wahai Nabi Muhammad) : ''Al-Quran itu menjadi petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman, dan ada pun orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi penyumbat telinga mereka dan juga merupakan kegelapan yang mengaburi (pandangan) mereka. Mereka itu (seumpama) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh.'' Ayat-ayat Al-Quran itu juga sebagai penawar. Ia tiada terhad kepada ayat-ayat mahupun surah tertentu sahaja, malah keseluruhan Al-Quran itu adalah ubat atau penawar. Al-Quran itu 'Kalamullah' (Kata-Kata Allah) dan Dia yang Maha Berkuasa ke atas semua. Dengan rahmat dan kuasa-Nya juga boleh menyembuhkan segala pelbagai penyakit. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Asy-Syu'ara, ayat 78 - 80 yang tafsirnya : ''Tuhan yang menciptakan aku, maka Dialah yang mengurniakan hidayat kepadaku. Dan Dialah yang memberi aku makan dan minum. Dan jika aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan aku.'' Tiada kesembuhan semata-mata dan juga tiada 'afiat dan kesihatan melainkan yang datang daripada Allah Subhanahu Wata'ala jua. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Yunus, ayat 107 yang tafsirnya : ''Dan jika Allah menimpakan engkau dengan sesuatu kemudaratan, maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia, dan jika Dia menghendaki sesuatu kebaikan bagimu,
maka tidak akan sesiapa pun yang dapat menolak limpah kurnia-Nya. Dia melimpahkan kurnia-Nya itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari kalangan hambahamba-Nya. Dan adalah Dia Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.'' Setiap penyakit tu pasti ada ubatnya. Allah Subhanahu Wata'ala menjadikan penyakit dan juga penawarnya. Setiap sesuatu yang terjadi pada manusia tu mempunyai sebab-sebab yang tertentu yang dikaitrapatkan dengan perbuatan atau tingkah laku seseorang. Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan rasul-Nya, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam agar memberitahu kepada sesiapa yang bertanyakan mengenai roh, bahawa roh itu adalah urusan Allah Subhanahu Wata'ala. Setiap sesuatu yang menimpa manusia termasuk penyakit dan permasalahan mempunyai sebab musabab. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Israa', ayat 85 yang tafsirnya : ''Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Nabi Muhammad) tentang (hakikat) roh. Katakanlah : Roh itu adalah daripada urusan Tuhanku dan kamu tidak dikurniakan ilmu pengetahuan melainkan hanya sedikit sahaja.'' Ada satu kisah di mana berdoa dan zikir itu juga sebagai penyembuh penyakit. Kisah itu mengenai Nabi Ayub Alaihissalam yang mendapat ujian daripada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sakit yang amat menderita. Amat luar biasa penyakitnya sehingga sampai tahap kemuncak penderitaan, lalu Nabi Ayub Alaihissalam bermunajat, merendah diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Anbiyaa, ayat 83 yang tafsirnya : ''Dan (ingatlah kisah) Nabi Ayub ketika dia berdoa kepada Tuhannya: ''(Ya Tuhanku)! Sesungguhnya aku ditimpa penyakit dan Engkau adalah Maha Pengasih daripada sekalian yang pengasih.''
Lalu dengan itu Allah Subhanhu Wata'ala berfirman lagi dengan ayat seterusnya yang tafsirnya : ''Maka Kami perkenankan doanya lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kembali kepadanya sejumlah keluarganya seperti sebelumnya dan bahkan Kami lipat gandakan bilangan mereka sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan peringatan bagi orang-orang yang sentiasa beribadat kepada Kami.'' Maka dari ayat tersebut seseorang yang sakit mahupun sihat digalakkan untuk memperbanyakkan doa serta zikir kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan memohon secara bermunajat dan keyakinan bahawa Allah Subhanahu Wata'ala mengabulkan doanya dengan kesembuhan. Kesimpulannya 'Kalamullah', iaitu Al-Quran adalah penyembuh paling sempurna bagi semua penyakit jiwa, tubuh badan dan meliputi segala penyakit. Bukan sahaja sekadar penyembuh malahan juga sebagai pelindung atau pemelihara diri sendiri. Al-Quran sebagai wahyu Allah tidak sekali-kali akan lapuk dan binasa kerana kedudukannya yang agung dan suci serta mulia di sisi-Nya. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Hasyr, ayat 21 yang tafsirnya : ''Kalaulah Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung itu tunduk terpecah belah kerana takutkan Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.''
8
NASIONAL
HARI RABU 24 MEI 2017
Brunei - India eratkan hubungan bidang pertahanan Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pertahanan BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Mei. - Kementerian Pertahanan pada hari ini menerima rombongan pelawat dari Kolej Pertahanan Nasional (National Defence College NDC) India yang berada di negara ini bagi lawatan sambil belajar selama
TIMBALAN Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit menerima kunjungan hormat daripada Senior Directing Staff (Army), NDC selaku ketua rombongan, Mejar Jeneral Sunil Srivastava.
lima hari. Semasa berada di negara ini, delegasi seramai 16 anggota itu dibawa melawat ke beberapa agensi kerajaan sebagai sebahagian daripada program lawatan. Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit telah menerima kunjungan hormat daripada Senior Directing Staff (Army), NDC selaku ketua rombongan, Mejar Jeneral Sunil Srivastava. Semasa kunjungan tersebut, kedua belah pihak menyatakan rasa puas hati di atas hubungan pertahanan yang baik di antara kedua buah negara.
Turut hadir pada kunjungan tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nagma Mohamed Mallick dan Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Abd. Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB. Mejar Jeneral Sunil Srivastava juga membuat kunjungan hormat kepada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd. Tawih bin Abdullah. Pada bulan Februari 2016, Negara Brunei Darussalam dan India telah menandatangani Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Pertahanan yang menubuhkan rangka kerja bagi kerjasama dalam aktiviti-aktiviti seperti pertukaran lawatan dan latihan-latihan.
PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd. Tawih bin Abdullah (empat, kiri) semasa bergambar ramai bersama Senior Directing Staff (Army), NDC, Mejar Jeneral Sunil Srivastava berserta rombongan.
Biodiversiti lestari Gelombang Hijau
PARA pelajar yang terlibat menanam kira-kira 200 pokok di Hutan Simpan Berakas bagi meraikan Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa (atas dan bawah kanan).
Permohonan Gerai Ramadan Jalan Pretty dibukakan 23 Mei Siaran Akhbar : Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Mei. - Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan sedang membukakan Permohonan bagi berjaja Gerai Ramadan bagi Tahun 1438H / 2017M bertempat di kawasan Jalan Pretty yang akan bermula pada 27 Mei atau 28 Mei 2017 (tertakluk kepada penglihatan anak bulan Ramadan). Menurut Siaran Akhbar Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, borang bolehlah diperoleh di Tingkat Bawah, Bangunan Jabatan Bandaran BSB, Jalan Perdana Menteri bermula pada Selasa, 23 Mei ini dan tarikh tutup bagi penghantaran borang ialah pada Khamis, 25 Mei. Permohonan tersebut hanya dibukakan khusus kepada Warganegara serta Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang bermastautin di Daerah Brunei dan Muara sahaja dan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Mei. - Negara Brunei Darussalam hari ini menyertai beribu-ribu anak muda di seluruh dunia dalam mewujudkan Gelombang Hijau (Green Wave) sejagat bagi meraikan Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa. Jabatan Perhutanan bersama 17 buah sekolah menengah telah menanam kira-kira 200 pokok di Hutan Simpan Berakas. Tahun ini menandakan tahun ke-7 Brunei menyertai aktiviti Gelombang Hijau. Gelombang Hijau merupakan projek yang direka untuk menyokong objektif Konvensyen Kepelbagaian Biologi, yang menggalakkan pemuliharaan dan penggunaan lestari biodiversiti dan perkongsian serta faedah yang adil dan saksama yang diperolehi daripada sumber-sumber genetik. Projek ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kesedaran dan mendidik anak-anak muda, pemimpin dan rakyat hari esok mengenai kepupusan biodiversiti yang berlaku di seluruh dunia dan keperluan untuk mengambil tindakan bagi mengekalkan kehidupan di bumi. Gelombang Hijau bermula dengan idea yang kecil dan mudah namun sejak itu ia telah berkembang dan berakar umbi di seluruh dunia dan membantu untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan biodiversiti bumi dan keperluan bagi kita semua untuk mengambil tindakan menghentikan kerugian dan menghargai serta memupuk kepelbagaian kehidupan. Dari situ bermulalah gelombang tersebut di seluruh dunia: Gelombang Hijau bagi biodiversiti. Tahun ini Gelombang Hijau memberi tumpuan kepada tema Biodiversiti dan Pelancongan
Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Mampan. Tema ini dipilih bertepatan dengan peringatan 2017 sebagai Tahun Antarabangsa Pelancongan Mampan bagi Pembangunan yang diisytiharkan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Resolusi 70/193. Biodiversiti, di peringkat spesies dan ekosistem, menyediakan asas penting bagi banyak aspek pelancongan. Pengiktirafan merupakan suatu kepentingan besar kepada ekonomi pelancongan landskap menarik dan biodiversiti yang kaya bagi mendokong kes politik dan ekonomi untuk pemuliharaan biodiversiti. Banyak isu ditangani di bawah Konvensyen Kepelbagaian Biologi yang memberi kesan kepada sektor pelancongan. Sektor pelancongan yang diurus dengan baik jelas boleh
menyumbang kepada pengurangan ancaman dan mengekalkan atau meningkatkan, populasi hidupan liar utama dan nilai-nilai biodiversiti melalui pendapatan pelancongan. Dalam meraikan inisiatif gelombang hijau ini, setiap tahun, kanak-kanak dan remaja di sekolah-sekolah, sektor kerajaan dan swasta, NGO di seluruh dunia yang mengambil bahagian akan menanam pokok pada jam 10.00 pagi waktu tempatan bagi mewujudkan Gelombang Hijau merentasi zon masa. Peserta akan memuat naik foto dan teks mengenai sambutan yang diadakan dalam Laman sesawang Green Wave untuk berkongsi cerita dengan orang lain. Peta interaktif ditayangkan pada waktu 8.10 malam di waktu tempatan bagi mewujudkan maya kedua Gelombang Hijau.
AGAMA
HARI RABU 24 MEI 2017
9
Rebut peluang mempergiatkan tadarus Al-Quran di bulan Ramadan (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
B
ULAN Ramadan, di samping umat Islam melaksanakan ibadat puasa, juga merupakan antara waktu yang sangat dianjurkan untuk mereka meningkatkan ketaatan dan amal ibadat yang lain seperti sembahyang, amalan-amalan sunat serta amalan yang berkebajikan seperti bersedekah, menyediakan makanan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, berbuat baik, berlaku ihsan serta bermurah hati lebih-lebih lagi kepada ahli keluarga, kaum kerabat dan jiran tetangga. Malahan, satu kebajikan yang dilakukan di dalam bulan Ramadan ini adalah afdal (lebih baik) berbanding kebajikan yang sama itu dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Selain itu, sepanjang bulan Ramadan adalah waktu yang dianjurkan untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran serta iktikaf, malahan kita digalakkan untuk mempertingkatkannya dengan lebih bersungguh-sungguh (tekun) pada sepuluh terakhir Ramadan. Anjuran memperbanyakkan membaca Al-Quran tersebut, mengisyaratkan kepada kita bahawa bulan Ramadan merupakan peluang terbaik untuk mempergiatkan bacaan Al-Quran, memperelokkannya atau menghalusinya, sama ada secara bersendirian ataupun halaqah-halaqah tadarus yang diadakan sepanjang bulan Ramadan. Fadilat Membaca Al-Quran Disebutkan dalam Kitab I'anah ath-Thalibin bahawa menurut Sayyid al-Habib 'Abdullah al-Haddad Rahimahullah dalam buku beliau Nasha'ih ad-Diniyyah, membaca Al-Quran al-Karim merupakan seafdal-afdal ibadat, sebesar-besar atau sehebat-hebat taqarrub perbuatan serta amalan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala, setinggi-tinggi ketaatan, perolehan ganjaran yang hebat lagi besar dan pahala yang berlipat ganda beserta kemuliaan. Al-Quran akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat bagi orang yang membacanya, sebagaimana dalam sebuah riwayat daripada Abu Umamah al-Bahiliyy Radhiallahuanhu : Maksudnya : ''Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda : 'Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya (Al-Quran) itu datang pada hari Kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.'' (Hadis riwayat Muslim) Amatlah rugi bagi orang-orang yang kurang gemar membaca Al-Quran kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam banyak menyebut dalam hadis-hadis Baginda tentang faedah dan fadilat membaca Al-Quran, antaranya sepertimana berikut : 1. Pembaca Al-Quran dinaungi dengan payung rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan diturunkan Allah Subhanahu Wata'ala kepadanya ketenangan dan kewaspadaan. 2. Pembaca Al-Quran dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan dipelihara-Nya dari kegelapan. 3. Pembaca Al-Quran tidak bergundah hati dan terlepas dari kesusahan-kesusahan di hari Kiamat, kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah. 4. Pembaca Al-Quran diumpamakan seperti buah utrujjah, sejenis buah yang harum bau dan enak rasanya. 5. Pembaca Al-Quran memperolehi kemuliaan dan diberi rahmat kepada ibu bapanya. 6. Pembaca Al-Quran memperolehi kedudukan yang tinggi dalam syurga. Al-Quran dan Bulan Ramadan Membaca Al-Quran merupakan ibadat yang boleh dilaksanakan dan diamalkan pada bila-bila masa, sama ada di dalam sembahyang mahupun di luar sembahyang. Tidak terdapat waktu-waktu yang makruh mahupun yang
dilarang untuk membaca Al-Quran. Bagaimanapun waktu yang paling afdal untuk membaca Al-Quran adalah membacanya di dalam sembahyang. Menurut ulama Syafi'iyyah dan selain mereka, memanjangkan (tempoh atau masa) berdiri dalam sembahyang kerana membaca Al-Quran adalah afdal berbanding memanjangkan (tempoh atau masa) sujud dan selain sujud dalam sembahyang. Anjuran membaca Al-Quran di luar sembahyang pula boleh dilaksanakan di mana-mana tempat yang bersesuaian sekiranya seseorang itu mampu membacanya dengan tadabbur. Ketika membaca Al-Quran, afdal melihat atau memandang kepada mushaf. Disunatkan juga untuk menghadap Kiblat serta menyaringkan suara ketika membaca Al-Quran, dengan syarat pembacanya terpelihara daripada riyak dan terpelihara daripada mengganggu orang yang sedang sembahyang atau yang sedang tidur. Manakala hubungan Al-Quran dan Ramadan pula antaranya ialah disunatkan memperbanyakkan membaca Al-Quran di bulan Ramadan beserta tadabbur, lebih-lebih lagi pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. Tadarus Al-Quran di Bulan Ramadan Selain itu, dianjurkan juga bertadarus (mudarasah) Al-Quran di bulan Ramadan. Yang dimaksudkan dengan tadarus itu ialah seorang pembaca membacakan dan diperdengarkannya bacaan ayat-ayat Al-Quran kepada pendengar yang lain. Setelah itu, giliran pendengar tadi pula untuk membacakan ayat Al-Quran lalu diperdengarkannya kepada pembaca pertama tadi dan selainnya, sama ada ayat yang dibacakan adalah ayat yang serupa dengan apa yang telah dibacakan oleh pembaca pertama ataupun ayat yang berlainan. Atau membaca Al-Quran secara bergilir-gilir. Cara yang telah disebutkan di atas adalah berdasarkan sebuah hadis sahih bahawa malaikat Jibril Alaihissalam menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada setiap kali datangnya bulan Ramadan pada setiap malam sehinggalah akhir Ramadan untuk membaca Al-Quran bersama Baginda. Ibnu 'Abbas Radhiallahuanhuma meriwayatkan seperti berikut : Maksudnya : ''Bahawasanya Malaikat Jibril Alaihissalam datang menemui Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam pada setiap malam di bulan Ramadan sehinggalah berakhir (Ramadan), Malaikat Jibril Alaihissalam membacakan Al-Quran pada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.'' (Hadis riwayat al-Bukahri) Tadarus juga difahami dalam bentuk yang lebih umum, iaitu semua yang berkaitan dengan mempelajari dan mendalami Al-Quran dan termasuk juga mengajarkannya, seperti para pembaca Al-Quran membaca dan saling memperdengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran sesama mereka, memperbetulkan lafaz-lafaz dan mengetahui (memahami) makna-makna Al-Quran atau mempelajari Al-Quran supaya melatih diri agar tidak lupa dan seumpamanya. Ganjaran Membaca Al-Quran di Bulan Ramadan Orang yang membaca Al-Quran telah dijanjikan dengan ganjaran yang hebat lebih-lebih lagi di bulan Ramadan. Antaranya sepertimana dalam sebuah hadis daripada 'Abdullah bin 'Amru Radhiallahuanhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Maksudnya : ''Puasa dan Al-Quran keduaduanya itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari Kiamat nanti. Puasa akan berkata : 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menghalangnya dari makanan dan nafsu syahwat sepanjang hari, kerana itu perkenankanlah bagiku untuk memberikan syafaat kepadanya'. Dan Al-Quran pula berkata : 'Aku telah menahannya dari tidur pada malam hari, kerana itu perkenankanlah bagiku untuk memberikan syafaat kepadanya.' Maka syafaat keduanya diperkenankan.'' (Hadis riwayat Ahmad) Berdasarkan hadis di atas, Allah Subhanahu Wata'ala memperkenankan permohonan syafaat
tersebut di akhirat kelak lalu hamba tersebut dimasukkan ke dalam Syurga. Membaca Al-Quran Dengan Tadabbur Disebutkan dalam kitab at-Tibyan fi Adab Hamlat Al-Quran karangan Imam an-Nawawi Rahimahullah, adab ketika membaca Al-Quran antaranya ialah disunatkan membacanya dengan khusyuk, tadabbur serta memahami isi kandungannya. Inilah maksud atau tujuan yang paling besar dan perkara paling penting yang dituntut. Membaca Al-Quran dengan cara ini boleh melapangkan dada dan memberi cahaya kepada hati. Di dalam kitab tersebut juga telah dinukilkan kata-kata daripada as-Sayyid Ibrahim al-Khawwash Radhiallahuanhu bahawa membaca Al-Quran dengan tadabbur itu adalah ubat kepada penyakit hati. Menyentuh mengenai adab membaca Al-Quran yang pertama di atas, iaitu membacanya dengan khusyuk. Antara cara untuk mencapainya ialah dengan menghadirkan makna ayat Al-Quran ketika membacanya kerana cara ini boleh membawa kepada khusyuk. Ia juga dikatakan sebagai tadabbur, iaitu merenung dan mengamati dengan menumpukan perhatian pada makna ayat-ayat suci Al-Quran. Adab yang seterusnya, iaitu tadabbur. Antara pengertian tadabbur itu juga ialah melihat dan merenung akan (bagaimana) kesudahan (akibat-akibat) daripada sesuatu perkara. Firman Allah Subhanahu Wata'ala : Tafsirnya : ''(Al-Quran ini ialah) sebuah kitab yang Kami telah turunkan kepadamu (Wahai Nabi Muhammad), yang mengandungi berkat supaya mereka memikirkan dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang mempunyai akal dapat mengambil pengajaran.'' (Surah Saad: 29) Dalam kitab Tafsir Al-Quran al-'Azhim, Ibnu Katsir Rahimahullah menukilkan perkataan al-Hasan al-Basri tentang ayat ini. Beliau (al-Hasan) menegaskan : ''Demi Allah! Tadabbur Al-Quran itu bukanlah dengan menghafal huruf-hurufnya, akan tetapi mengabaikan batasan-batasan hukumnya, sehingga ada yang mengatakan : 'Aku telah membaca Al-Quran keseluruhannya', namun Al-Quran itu tidak nampak dalam akhlak dan amal perbuatannya.'' Kesimpulannya, tadabbur itu ialah menumpukan hati dan fikiran pada makna perkataan atau ayat yang dilafazkan lalu diketahui makna setiap ayat. Memerhatikan segala perintah dan juga larangan, beriktikad untuk menerima dan mentaati perkara-perkara tersebut. Sekiranya perkara yang disebutkan ini sesuatu yang pernah dicuaikan atau dilanggar pada masa lalu, maka dipohonkan keampunan (beristighfar). Apabila dia membaca atau merenung ayat mengenai rahmat, maka dia merasa gembira (sukacita) lalu dia memohon dan meminta; ataupun ayat azab, maka dia merasa takut, gerun dan berta'awwudz memohon perlindungan untuk dijauhkan perkara itu; ataupun ayat tanzih mensucikan Allah Subhanahu Wata'ala dari menyerupai makhluk, maka dia mengagungkan, memuji dan mensucikan Allah Subhanahu Wata'ala; ataupun ayat doa (permohonan) maka dia memohon serta berkehendak (berhajat) kepadanya. Mentafsirkan Al-Quran Berdasarkan Pandangan Sendiri Menyentuh adab yang ketiga daripada adab-adab membaca Al-Quran seperti yang dinukilkan daripada kitab at-Tibyan, iaitu memahami isi kandungannya. Bagi mereka yang bukan (tidak mahir) berbahasa Arab, antara cara untuk memahami isi kandungan Al-Quran itu adalah dengan membaca tafsir ayat yang diambil daripada kitab-kitab tafsir yang muktabar dan boleh dii'timadkan (dipegang). Bagaimanapun semenjak akhir-akhir ini, telah muncul pihak dan individu tertentu yang membaca ayat-ayat Al-Quran lalu mentafsirkan Al-Quran itu dengan pendapat-pendapat mereka sendiri tanpa dalil yang sahih. Dalam kitab at-Tibyan, disebutkan mentafsir Al-Quran tanpa ilmu, dan berbicara (bercakap) tentang makna-makna Al-Quran bagi sesiapa yang bukan ahlinya (tiada ilmu mengenainya) hukumnya adalah haram. Terdapat banyak hadis
larangan mengenai perkara ini dan ulama juga telah sepakat (ijmak) mengenainya. Sementara itu, orang yang bukan ahlinya kerana tidak mempunyai alat-alatnya (kemahiran ilmu-ilmu yang berkaitan), maka haram ke atasnya mentafsirkan makna Al-Quran. Bagaimanapun dia dibolehkan untuk menukil tafsir Al-Quran dari ahlinya yang layak dan muktabar. Mereka yang mentafsirkan Al-Quran dengan pendapat mereka sendiri menggunakan akal dan logik tanpa sebarang dalil yang sahih, boleh dibahagikan kepada beberapa golongan antaranya sepertimana berikut. Pertama : Di antara mereka ada yang berhujah dengan satu ayat untuk membenarkan mazhabnya dan menguatkan pemikirannya (pendapatnya), meskipun tidak kuat pada sangkaannya bahawa itulah yang dimaksud dengan ayat itu. Apapun dia hanya ingin (bermaksud untuk) mengalahkan lawannya. Kedua : Di antara mereka ada yang ingin menyeru (berdakwah) kepada kebaikan, lalu dia berhujjah dengan satu ayat tanpa dia mengetahui bahawa petunjuk atau dalil (sebenar) ayat tersebut adalah sebenarnya berbeza dengan apa yang dibawakannya (dihujjahkannya) itu. Ketiga : Di antara mereka ada yang mentafsirkan lafaz-lafaz bahasa Arab tanpa memahami dan tanpa memeriksa akan makna-makna (pengertian) lafaz tersebut daripada ahlinya. Padahal makna sesuatu lafaz itu tidak mungkin dapat diperolehi dan diambil melainkan dengan mendengar daripada ahli dalam bahasa Arab dan ahli dalam bidang tafsir Al-Quran, yang mana mereka mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam akan makna sesuatu lafaz itu. Ini kerana pengertian atau makna sesetengah lafaz itu adakalanya berbeza daripada lafaz zahirnya (literal). Di samping itu, adalah tidak cukup (memadai) dengan mengetahui bahasa Arab sahaja, akan tetapi mesti mengetahui apa yang telah dikatakan oleh ahli tafsir mengenainya. Ada kalanya mereka telah bersepakat untuk meninggalkan makna yang zahir umpamanya dan mereka bersepakat menentukan makna suatu lafaz itu dengan makna yang lain (berbeza daripada zahirnya) dan perkara-perkara selainnya. Kesemua ini dikira sebagai mentafsir Al-Quran menurut pendapatnya sendiri (tafsir bi ar-ra'yi) berdasarkan akal dan logik dan hukumnya adalah haram. Oleh yang demikian, hendaklah berhati-hati dalam memahami isi kandungan Al-Quran apatah lagi untuk membuat tafsiran sendiri. Hendaklah merujuk kepada sumber yang muktabar, kitab-kitab tafsir daripada ulama yang dii'timadkan keilmuannya dalam bidang tafsir Al-Quran. Sebagai kesimpulan, di samping menitik beratkan dan menjaga kesempurnaan ibadat puasa di siang hari bulan Ramadan, dalam masa yang sama janganlah diabaikan dan dipandang ringan pembacaan Al-Quran. Disunatkan untuk lebih tekun dan memperbanyakkan bacaan Al-Quran dalam bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini, sama ada secara bersendirian ataupun secara bertadarus, lebih-lebih lagi pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. Bertadarus Al-Quran itu tidak terhad dalam bentuk saling memperdengarkan bacaan Al-Quran atau secara bergilir-gilir, akan tetapi ia juga diertikan dalam bentuk yang lebih umum lagi seperti mengajarkannya, mempelajarinya, mendalaminya, mengetahui (memahami) makna-maknanya, memperbetulkan kesilapan bacaan dan seumpamanya.
10
NASIONAL
HARI RABU 24 MEI 2017
Anggota ABDB terima kurma kurnia Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BERAKAS, Isnin, 22 Mei.- Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada pegawai-pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi peringkat Bolkiah Garison diagihkan di Surau Ad Difa', Bolkiah Garison, di sini. Majlis Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd. Tawih
PEMERINTAH ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd. Tawih bin Abdullah ketika menyempurnakan Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada wakil jabatan-jabatan dan unit-unit di bawah Kementerian Pertahanan dan Bolkiah Garison.
bin Abdullah. Hadir sama ialah Pemerintah Angkatan Bersama, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Komandan-komandan, Pengarah-pengarah Tentera, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai ABDB. Sementara itu, Pemerintah ABDB dalam ucapannya mengingatkan agar mereka yang diberikan amanah tersebut untuk memenuhi tanggungjawab mereka dan mengagihkan kurnia peribadi berkenaan ke jabatan-jabatan dan unit-unit masing-masing sebelum menjelangnya bulan Ramadan. Hari pertama bulan Ramadan akan ditentukan dengan acara melihat anak bulan pada 26 Mei ini. Sebagai persiapan bulan Ramadan, ABDB mengendalikan beberapa acara untuk mempersiapkan para anggotanya, seperti seminar mengenai cara-cara yang selamat dan efektif dalam membuat latihan fizikal ketika bulan Ramadan yang telah berlangsung pada 1 Mei 2017 lalu.
NPCC adakan lawatan sambil belajar Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Hamzah Mohidin BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Mei. - Rombongan seramai 35 delegasi dari National Police Cadet Corps (NPCC) Singapura merangkumi 27 orang kadet berserta pegawai-pegawainya tiba di negara ini bagi Program Lawatan Sambil Belajar selama lima hari. Delegasi tersebut diketuai oleh Komandan NPCC, Superintendent Ho Poh Heng. Semasa ditemu bual sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Superintendent Ho Poh Heng menjelaskan lawatan berkenaan bertujuan untuk terus mengukuhkan kerjasama erat antara kedua pasukan kadet serta Pasukan Polis Diraja Brunei dan Polis Singapura. Lawatan Sambil Belajar ini jelasnya, sangat berguna bagi pasukan kadet kerana mereka dapat bertukar amalan-amalan terbaik selain meningkatkan kemahiran komunikasi bersama pasukan dari luar negara. Melalui lawatan ini juga tambahnya, mereka akan melihat bagaimana Pasukan Kadet Polis di negara ini dilaksanakan dan mengongsikan amalan-amalan terbaik mereka, sekali gus ianya akan dapat mening-
katkan kemahiran kepimpinan (leadership skills) dan memberikan peluang kepada mereka untuk belajar menjadi pemimpin dalam suasana yang berbeza. Apa yang diharapkan lawatan ini nanti jelasnya, para ahli kadet akan dapat membawa pulang pengalaman berharga dan mengetahui adat budaya Negara Brunei Darussalam, di samping mempelajari mengenai pelaksanaan kadet di negara ini. Sementara itu, Pegawai Menguasa Pasukan Kadet Polis, Inspektor Kanan Adinin bin Haji Ahmad pula menyatakan, antara tujuan lawatan dari Singapura itu ialah untuk berinteraksi dan mengenal kurikulum yang dilaksanakan dalam Pasukan Kadet negara ini. Pasukan Kadet dari Singapura ini tambahnya, juga akan dibawa melawat ke salah sebuah sekolah menengah di negara ini bagi melihat sendiri bagaimana sekolah tersebut mengendalikan Pasukan Kadet mereka selain mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Polis Diraja Brunei bagi melihat bagaimana latihan kawad dilakukan dan cara para tenaga pengajar melatih dalam berkawad.
ROMBONGAN dari National Police Cadet Corps (NPCC) Singapura tiba di negara ini bagi Program Lawatan Sambil Belajar selama lima hari.
JPI ungkayah Kursus Pemikiran Strategik
KURSUS Pemikiran Strategik disampaikan oleh Haji Ahmad Ray bin Yakub Rizal.
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
PEGAWAI Menguasa Pasukan Kadet Polis, Inspektor Kanan Adinin bin Haji Ahmad.
SUPERINTENDENT Ho Poh Hen.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Mei. - Kefahaman dan kemahiran dalam bidang pemikiran yang strategik adalah perlu dalam pengurusan sesebuah organisasi dengan cara mengaplikasikan teknik dan teknik kaedah pemikiran yang strategik.
Seramai 30 orang pegawai yang terdiri daripada Ketua-ketua Bahagian, Unit dan Pengetuapengetua dari Sekolah-sekolah Arab dan pegawai-pegawai di bawah Jabatan Pengajian Islam (JPI) mengikuti Kursus Pemikiran Strategik yang diadakan selama dua
hari bermula hari ini di Pusat Da'wah Islamiah. Kursus yang akan berlangsung sehingga 23 Mei tersebut diungkayahkan oleh JPI. Objektif kursus tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kejayaan organisasi melalui pengalaman juga menggunakan teknik dan kaedah pemikiran yang strategik.
RENCANA
HARI RABU 24 MEI 2017
11
'Marhaban Ya Ramadan Karim'
KETIKA merukyah anak bulan di beberapa tempat di negara ini bagi menentukan bermulanya awal bulan Ramadan (gambar dahulu dan sekarang).
Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor
H
ANYA tinggal beberapa hari saja lagi, kaum Muslimin di seluruh penjuru dunia dan di Negara Brunei Darussalam khasnya, setiap tahunnya menunggu kedatangan bulan Ramadan. Bulan yang di dalamnya terdapat begitu banyak keberkahan dan kebaikan dan berlumba-lumba untuk melakukan ketaatan di dalamnya, baik itu puasa, sembahyang, membaca Al-Quran, berzikir, bersedekah, bertaubat serta ibadah-ibadah yang lainnya. Bulan yang Allah khususkan dan istimewakan dari bulan-bulan yang lainnya. Sehubungan itu juga, ketetapan bagi merukyah anak bulan Ramadan 1438 Hijrah akan dilakukan pada petang Jumaat, 29 Syaaban 1438 Hijrah bersamaan 26 Mei 2017 Masihi di Menara DST, Bangunan DST Headquarters, Lebuhraya Tungku; Bukit Agok, Jerudong, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Ambok, Daerah Tutong dan Bukit Lumut, Daerah Belait. Amalan merukyah anak bulan sudah menjadi syariat yang dianggap penting dalam kalangan negara-negara Islam. Ini menyebabkan sambutan awal Ramadan dan Hari Raya akan berlaku pada hari yang berlainan dalam kalangan negara-negara Islam. Dalam sebuah negara yang berdaulat dan mempunyai ketua negara, iaitu raja, kita hendaklah akur dan patuh dengan ketetapan dan titah perkenan raja sebagai Ulil Amri. Bukankah Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan hamba-Nya supaya mentaati Ulil Amri. KELEBIHAN Menyentuh mengenai bulan mulia ini bulan
yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam Lailatul Qadar, iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1,000 bulan. Pada bulan tersebut, Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah, di mana yang sunat diberi pahala wajib / fardu dan yang fardu menyamai 70 fardu di bulan-bulan yang lain. Sekarang ini masih berada di bulan Syaaban. Inilah masanya kita menanam azam untuk kita merebut segala kelebihan Ramadan yang dijanjikan Allah. Jika Ramadan tahun lalu
kita lalai dan leka sehingga tanpa disedari Ramadan telah pun berlalu dan kita ketinggalan merebut kelebihannya, maka pada tahun ini kita diberi peluang sekali lagi oleh Allah. Maka janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadan terakhir buat kita. Mati datang tidak menentu. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa bersedia. Rebutlah peluang semasa hayat masih ada ini supaya di akhirat kita tidak menyesal dengan sesalan yang tiada gunanya lagi. Dengan kedatangan bulan Ramadan nanti rebutlah peluang yang ada dan memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya dengan menumpukan dan mempertingkatkan diri untuk beribadat kepada Allah
Subhanahu Wata'ala sebanyak-banyaknya dengan berzikir, membaca Al-Quran, mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat dan sebagainya terutama Sembahyang Sunat Tarawih dan Sunat Witir yang amat dituntut dan afdal dilakukan secara berjemaah dan amalan bersedekah. Mudah-mudahan latihan-latihan dan amalan-amalan yang kita lakukan di bulan Ramadan itu akan diteruskan juga di bulan-bulan lain. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183 tafsirnya : "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
12
NASIONAL
HARI RABU 24 MEI 2017
Tingkatkan pertukaran maklumat kepolisan Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali TUNGKU, Selasa, 23 Mei. Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei (PDB), Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sarawak, Yang Dihormati Datuk Mazlan bin Mansor berserta rombongan. Ketibaan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Bangunan Ibu Pejabat PDB, Tungku Gadong dialu-alukan oleh Pesuruhjaya PDB, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy. Pesuruhjaya Polis Sarawak seterusnya menerima tabik hormat
dan memeriksa perbarisan kawalan kehormatan daripada PDB yang diketuai oleh Timbalan Penguasa Polis, Hamydon bin Ibrahim. Antara tujuan lawatan kerja ini adalah mengadakan mesyuarat dua hala, suai kenal dan berinteraksi dengan para pegawai PDB dan Polis Diraja Malaysia, Kontinjen Sarawak. Mesyuarat tersebut bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama di antara kedua-dua pasukan dan mempertingkatkan pertukaran maklumat dalam semua aspek kepentingan kepolisan serta membincangkan keperluan-keperluan
latihan-latihan bersama yang bersesuaian mengikut kehendak peredaran tugasan kepolisan. Turut hadir pada kunjungan itu ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali dan pengarahpengarah PDB.
PESURUHJAYA Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam (kanan) semasa menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sarawak, Yang Dihormati Datuk Mazlan bin Mansor.
Jerayawara Sijil Halal dan Label Halal diteruskan
PEGAWAI Saintifik, Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah, KHEU, Dayang Wajihah binti Haji Zainuddin semasa menyampaikan menerusi taklimat mengenai Permohonan Sijil Halal dan Permit Halal yang diwajibkan kepada pemilik perniagaan yang berkaitan dengan makanan di Negara Brunei Darussalam (atas). Sementara gambar kanan, antara yang hadir pada jerayawara tersebut.
Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain TEMBURONG, Selasa, 23 Mei. Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah mengadakan Jerayawara Pembarigaan Perintah Sijil Halal dan Label Halal (Pindaan) 2017, yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Utama Bumiputera Pekan Bangar, di sini. Jerayawara tersebut dihadiri
kira-kira seramai 45 pengusaha syarikat makanan dan pemilik-pemilik restoran yang beroperasi di Daerah Temburong. Objektif utamanya adalah bagi memaklumkan kepada orang ramai terutama sekali pengusaha-pengusaha makanan dan pemilik-pemilik restoran mengenai pindaan undang-undang perintah ini. Pegawai Saintifik, Bahagian
Pusat Pendermaan Darah RIPAS beroperasi semasa Ramadan Siaran Akhbar : Kementerian Kesihatan BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Mei. - Waktu perkhidmatan bagi pendermaan darah di bulan Ramadan dibukakan bermula dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam di Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS). Menurut Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan, tarikh dan harinya adalah pada 1 Jun ini (Khamis), 6 Jun (Selasa), 8 Jun (Khamis), 10 Jun (Sabtu) dan 20 Jun (Selasa). Di samping itu, pusat tersebut juga akan mengadakan Kempen Derma Darah bersempena Hari Derma Darah Sedunia 2017 pada Rabu, 14 Jun (9.00 malam hingga 11.00 malam) bertempat di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan dan pada Khamis, 15 Jun (9.00 malam hingga 11.00 malam) di tempat yang sama. Orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir dan menderma darah pada tarikh juga lokasi-lokasi dinyatakan tersebut bagi sama-sama membantu para pesakit yang memerlukan pemindahan darah, di samping membantu pusat berkenaan meningkatkan stok-stok darah bagi kegunaan di sepanjang bulan Ramadan. Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendermaan darah dan kempenkempen derma darah, sila hubungi talian Darussalam 123 atau pusat berkenaan melalui talian +673 2242424 sambungan 5745.
Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah, KHEU, Dayang Wajihah binti Haji Zainuddin, menerusi taklimatnya menerangkan mengenai Permohonan Sijil Halal dan Permit Halal yang diwajibkan kepada pemilik perniagaan yang berkaitan dengan makanan di Negara Brunei Darussalam. Menurutnya, peniaga makanan yang sudah beroperasi, tetapi belum bersijil Halal akan diberikan tempoh peralihan (grace period) selama enam bulan selepas tarikh dikuatkuasakan untuk membuat permohonan. Manakala bagi peniaga yang baru beroperasi akan diberikan masa enam bulan dari tarikh ia mula beroperasi
untuk membuat permohonan Sijil Halal dan / atau Permit Halal. Turut dibarigakan ialah mengenai Pindaan Perintah Sijil Halal dan Label Halal yang akan memperkenalkan penguatkuasaan kesalahan-kesalahan. Selain itu, juga disampaikan ialah mengenai peluasan skop pensijilan halal secara sukarela kepada produk kosmetik, barang gunaan dan perkhidmatan seperti logistik. Pindaan itu telah diwartakan pada 26 Januari tahun ini dan akan dikuatkuasakan pada 26 Mei ini. Antara objektif pindaan tersebut ialah untuk mengukuhkan Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005 dan penguatkuasaannya demi
meningkatkan pengawalan kehalalan makanan bagi premis perniagaan dan memastikan makanan dan produk yang dijual dan perkhidmatan tertentu di negara ini terjamin kehalalannya, yang sudah setentunya akan meningkatkan keyakinan masyarakat di negara ini dalam pemilihan makanan. Bahagian Kawalan Makanan Halal juga akan sentiasa membuat pemantauan ke atas premis-premis yang bersijil halal bagi memastikan pengusaha-pengusaha makanan sentiasa mematuhi kehendak dan syarat sijil halal serta prinsip Halalan Toyyiban sentiasa diamalkan di premis-premis perniagaan.
Warga tempatan didapati bersalah BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Mei. - Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan telah menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh, Awang Mohd. Azam Zaki bin Haji Mohd. Zain, seorang warganegara tempatan dan bekas pekerja Syarikat Brunei Shell Petroleum (BSP) Sdn. Bhd. yang berjawatan Scheduler di Bahagian East Operation Department (EOP). Menurut Siaran Akhbar Biro Mencegah Rasuah (BMR) pada 18 Mei 2017, Awang Mohd. Azam Zaki telah mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan, Dayang Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd. Hussain bagi dua (2) pertuduhan di bawah Bab 420 dibaca bersama Bab 109 Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22). Siasatan yang dijalankan oleh BMR mendedahkan bahawa pada sekitar bulan September 2008, Awang Mohd. Azam Zaki, yang pada masa itu bekerja
Siaran Akhbar : Biro Mencegah Rasuah di Syarikat BSP berjawatan Scheduler di EOP telah bersubahat dengan seorang Pengarah Urusan Syarikat, Voon Hua Hardware Sdn. Bhd., Chieu Vun Thian untuk menipu BSP. Pihak BSP telah ditipu untuk membeli dua puluh dua (22) set Master Toolset Proto 99663 termasuk kabinet sehingga pihak BSP mengeluarkan dua puluh dua (22) Purchase Order kepada Syarikat Voon Hua Hardware Sdn. Bhd. untuk membekalkan set-set tersebut. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut membekalkan set yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Ekoran daripada penipuan tersebut, pihak BSP telah meluluskan dua kali pembayaran yang masing-masing berjumlah BND133,000.00 (Seratus Tiga Puluh Tiga Ribu Ringgit Brunei) juga BND21,000.00 (Dua Puluh Satu
Ribu Ringgit Brunei) kepada Syarikat Voon Hua Hardware Sdn. Bhd. Majistret Kanan menjatuhkan hukuman 14 bulan penjara bagi setiap pertuduhan, yang mana hukuman dijalankan secara serentak berkuat kuasa pada hari ini, 23 Mei 2017. Sementara itu, pada 14 Mei 2017 yang lalu, Chieu Vun Thian telah didakwa atas pertuduhan yang sama, iaitu Bab 420 dibaca bersama Bab 109 Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22) dan mengaku tidak bersalah. Tarikh perbicaraan terhadap Chieu Vun Thian ditetapkan pada bulan September dan Oktober tahun ini. Pihak pendakwaan telah diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dayang Hajah Suriana binti Haji Radin dari Pejabat Peguam Negara.
NASIONAL
HARI RABU 24 MEI 2017
13
Barigakan kefahaman Konvensyen Hak Kanak-Kanak Oleh : Aimi Sani Foto : Hernie Suliana Haji Othman
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Mei. - Bersempena dengan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2017, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Badan Pergerakan Mahasiswa dan Mahasiswi Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS), Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah mengadakan program mengenai hak kanak-kanak yang berlangsung di Kompleks Stadium Tertutup Hassanal Bolkiah, Berakas. Majlis pelancaran program tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad. Seramai 100 pelajar Tahun 3 hingga 6 daripada 10 buah sekolah kerajaan dan sekolah swasta menyertai program tersebut yang berkonsepkan Edutainment. Pelbagai sudut interaktif dan aktiviti diadakan oleh agensi-agensi jemputan, iaitu BruCERT ITPS; Unit Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan
Siasatan Jenayah, Polis Diraja Brunei; Jabatan Peguam Negara dan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan SekolahSekolah. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Khas Institusi Keluarga, Wanita dan KanakKanak, Pengarah-Pengarah di Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan, Pengarah Pendidikan Swasta, Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan juga pegawai-pegawai JAPEM. Sementara itu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy ketika ditemui berkata, beliau amat gembira mengetahui penglibatan belia-belia dari UBD yang tampil sama menjayakan program ini. Manakala Pegawai Pembangunan Masyarakat, Dayang Noor Hidayah binti Haji Osman, selaku Ketua Unit Kanak-Kanak JAPEM berkata program ini antara lain
AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad (dua, kanan) semasa menerima penerangan daripada Pasukan Polis Diraja Brunei pada Majlis Pelancaran Program Kesedaran Hak Kanak-Kanak sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2017.
bertujuan untuk membarigakan dan meningkatkan pengetahuan serta kefahaman para peserta mengenai Konvensyen Hak Kanak-Kanak
atau CRC khususnya artikel 19, iaitu melindungi kanak-kanak dari semua bentuk keganasan sama ada fizikal atau mental,
kecederaan pengabaian, eksploitasi seksual.
atau penderaan, penganiayaan atau termasuk penderaan
Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) menerima kunjungan hormat Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pendidikan
SETIAUSAHA Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh (tiga, kanan) menerima kunjungan hormat daripada rombongan National Defence College, India yang diketuai oleh Senior Directing Staff (Army-1) National Defence College, Mejar Jeneral Sunil Srivastava, VSM (tiga, kiri) berserta rombongan di Kementerian Pendidikan.
BERAKAS, Selasa, 23 Mei. Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh menerima kunjungan hormat daripada rombongan National Defence College, India yang diketuai oleh Senior Directing Staff (Army-1) National Defence College (NDC), Mejar Jeneral Sunil Srivastava, VSM, di Kementerian Pendidikan. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pendidikan, rombongan seramai 16 orang itu berkesempatan mendengarkan taklimat mengenai Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21) daripada Ketua Unit SPN21, Kementerian Pendidikan, Pengiran Hajah Mashayu binti Pengiran Haji Yusof.
Dalam sesi taklimat SPN21 tersebut, beliau mengongsikan evolusi dan kedudukan SPN ke arah mencapai Wawasan Negara 2035. SPN21 merupakan platform untuk mencapai matlamat negara, iaitu mempunyai rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi dengan menyediakan pendidikan kelas pertama, peluang pendidikan yang sama serta pendidikan dan latihan yang memenuhi keperluan ekonomi. Di samping itu, SPN21 juga telah membawa tiga perubahan utama untuk memastikan sistem pendidikan negara tetap relevan dan berkualiti bagi semua, iaitu transformasi dalam struktur pendidikan, kurikulum dan penilaian serta pendidikan teknikal dan vokasional.
Brunei - Singapura erat hubungan menerusi kebudayaan BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Mei. - Program Pertukaran Pelajar di antara Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB) dengan River Valley High School, Republik Singapura diteruskan lagi dengan aktiviti persembahan kebudayaan. Hadir menyaksikan persembahan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke negara ini, Raymond Chow Hee Chung. Aktiviti diadakan di Lecture Hall, SM YSHHB. Turut hadir, Penolong Pengarah Urusan, Dayang Hajah Donnaliza binti Abdullah Puasa; Ketua Eksekutif SM YSHHB, Dayang Noorhaizamdin bin Haji Mosbi; Pengetua SM YSHHB, Chong Li Chen dan Pengetua TASKA, Dayang Hajah Zainab binti Haji Abdul Wahab. Program tersebut diadakan selama lima hari bermula pada 19 Mei lalu dan disertai seramai 20 pelajar bersama empat guru. Melalui program tersebut, para pelajar akan didedahkan dengan dua aktiviti utama, iaitu 'Environmental Education Programme' anjuran Pusat Kajian Luar Kuala Belalong dan Aktiviti Kebudayaan.
Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
Lantikan Ketua Pegawai Eksekutif NiAT Siaran Akhbar : Telekom Brunei Berhad (TelBru)
TIMBALAN Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke negara ini, Raymond Chow Hee Chung (tiga, kanan) hadir menyaksikan persembahan kebudayaan dari Program Pertukaran Pelajar di antara Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan River Valley High School, Republik Singapura.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Mei. - Telekom Brunei Berhad (TelBru) dalam siaran akhbarnya mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Pemasaran, Lim Ming Soon telah ditugaskan untuk mengetuai anak syarikat TelBru Network Integrity Assurance Technologies Sdn. Bhd. (NiAT) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Pelantikan itu akan berkuat kuasa bermula 5 Jun 2017. Dalam hampir dua dekad berkhidmat dengan TelBru, Lim Ming Soon adalah antara pegawai-pegawai kanan yang diamanahkan dalam merealisasikan transformasi syarikat itu bagi menjadikan perkembangan pesat dalam teknologi terkini untuk manfaat rakyat Brunei. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif NiAT, Lim Ming Soon akan memantau operasi satelit komunikasi yang bertindak sebagai penyediaan jalur lebar tinggi, iaitu stesen satelit bumi dua hala dan produk mobiliti satelit untuk perkhidmatan telefon dan internet melalui satelit. NiAT, hasil daripada usaha bersama di antara TelBru dan TS Global Network Sdn. Bhd. berusaha untuk menyediakan penyelesaian bertaraf dunia, memperluaskan jangkauan pelanggan di luar pejabat mahupun di ibu pejabat menerusi teknologi terkini dan penghantaran data yang boleh dipercayai.
14
IKLAN
HARI RABU 24 MEI 2017
PEJABAT PENERBANGAN JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK KEBAWAH DULI YANG MAHA MU-MENTERI JABATAN PERDANA JEMPUTAN UNTUK MEMBERI TAWARAN JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK *** Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam Bilangan Tawaran : JPE / LTK / BP / 015 / 2017 Tajuk Tawaran : SUPPLY AND DELIVERY OF COVRAD VALVE CAGE RADIATOR CORES FOR MAJOR MK3 ENGINES AT BELINGUS POWER STATION, TEMBURONG Tarikh Tutup : 20 JUN 2017 (SELASA, 2.00 PETANG) Yuran Tawaran : BND30.00 (tidak dikembalikan) Tempat Tutup : 'PETI TAWARAN' LEMBAGA TAWARAN KECIL Jabatan Perdana Menteri Jalan Menteri Besar Negara Brunei Darussalam. Kelayakan : PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN BAGI KATEGORI : P01 ATAU P05 KELAS : II ATAU KE ATAS DOKUMEN-DOKUMEN tawaran dan penerangan-penerangan yang lanjut boleh diperoleh di Tingkat Empat (4), Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Elektrik, di atas Pengawasan Bahagian Unit Tawaran. PERHATIAN : Sila bawa salinan Sijil Pendaftaran di Kementerian Pembangunan semasa mengambil dokumen di Kaunter Tawaran, Tingkat Empat (4), Jabatan Perkhidmatan Elektrik.
INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI TAJUK TAWARAN : PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DALAM BANGUNAN INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN TAWARAN : IPA / PENT / SVC / 388 1. TAWARAN adalah dibukakan kepada syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Tawaran hendaklah dimasukkan di dalam Peti Tawaran dan dihadapkan ke alamat berikut : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil (LTK) Jabatan Perdana Menteri Jalan Perdana Menteri Bandar Seri Begawan, BB3913 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan adalah dikira tidak sah dan tidak akan dilayan. 4. Tawaran-tawaran hendaklah dimuatkan dalam sampul surat yang tertutup dan pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis dengan tajuk tawaran, bilangan tawaran dan tarik tutup tawaran seperti yang diiklankan tanpa menunjukkan pengenalan syarikat. 5. Sah laku tawaran selama enam (6) bulan. 6. Dokumen tawaran dan borang tawaran serta keterangan lanjut bolehlah diperoleh di tempat / alamat dan waktu seperti berikut : a. Tempat / alamat : Bahagian Hal Ehwal Korporat, Aras 4 Institut Perkhidmatan Awam Jabatan Kampung Rimba Simpang 256-24 Jalan Kampung Rimba, Gadong, BE3l l9 b. Waktu pada hari-hari bekerja : Isnin hingga Khamis 8.30 Pagi hingga I1.00 Pagi Sabtu 8.30 Pagi hingga 10.30 Pagi 7. Harga dokumen tawaran akan dikenakan bayaran sebanyak BND10.00 (tidak dikembalikan) bagi setiap tawaran. 8. Tarikh tutup mengambil borang tawaran adalah pada Khamis, 15 Jun 2017. 9. Tarikh tutup / menghantar tawaran adalah pada Selasa, 20 Jun 2017, jam 2.00 Petang. 10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau lain-lain tawaran. 11. Salinan sijil pendaftaran perniagaan hendaklah disertakan bersama.
JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
18
TAWARAN BAGI MEMBERSIH DAN MEMELIHARA BANGUNAN DAN KAWASAN IBU PEJABAT JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN BILANGAN TAWARAN : 03 / IMMB / 05 / 2017 Syarat-Syarat Tawaran : 1. TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di alamat yang tersebut di bawah tidak lewat pada 30 Mei 2017, Selasa, jam 2.00 Petang. PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL BANGUNAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI TINGKAT 1, JALAN JAMES PEARCE BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Kelayakan : PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KATEGORI : S02, S03 & KP12 KELAS : II 2. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan di atas tidak akan dilayan. 3. Tawaran hendaklah dihantar dalam dua (2) salinan berserta dengan Borang Pengakuan Penender (Tenderer Declaration) Salinan Pendaftaran Perniagaan (Business Registration). 4. Tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang bertutup rapi (sealed) tanpa menunjukkan identiti penender dengan
menulis di luar sampul surat berkenaan seperti berikut : BILANGAN TAWARAN : 03 / IMMB / 05 / 2017 TAWARAN BAGI MEMBERSIH DAN MEMELIHARA BANGUNAN DAN KAWASAN IBU PEJABAT JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN TARIKH TUTUP : 30 MEI 2017 5. Syarikat atau pengusaha yang berhajat untuk ikut serta hendaklah menyatakan sebut harga bagi kerja-kerja pembersihan dan pemeliharaan termasuk peralatan dan detergent yang digunakan juga menyenaraikan kerja-kerja pembersihan dan pemeliharaan secara harian atau berkala dalam masa seminggu, sebulan dan sebagainya. 6. Syarikat atau perusahan yang berhajat untuk ikut serta bagi tawaran yang tersebut di atas hendaklah membayar yuran tawaran sebanyak BND30.00 (tidak dikembalikan). Dokumen dan pembayaran wang cagaran boleh didapati dan dibuat di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 4, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar pada bila-bila waktu pejabat dibuka. 7. Tawaran ini adalah bagi tempoh dua (2) tahun bermula dari tarikh kontrak perjanjian dipersetujui dan ditandatangani. 8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran.
PERINTAH ACARA MAL MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH, 2005 SAMAN GANTIAN DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI DAERAH BRUNEI DAN MUARA DALAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Saman No. BM / MRS / MAL-B / S017A / 157 / 03-2017. ANTARA SHAH FARINA BINTI SAHAT - Plaintif Pemohon DAN MOHAMMAD NIZAM BIN MOHAMMAD NASRI - Defendan Responden KEPADA : MOHAMMAD NIZAM BIN MOHAMMAD NASRI, NO. KAD PENGENALAN : 31-011601 (PENDUDUK TETAP), BERALAMAT : NO. 4, BLOK 'B', BARIK POLIS RU 'B' COY GADONG, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM . Kamu adalah dengan ini disaman supaya hadir secara sendiri atau melalui Peguam Syari'e kamu di hadapan Mahkamah Rendah Syariah di Daerah Brunei dan Muara pada Selasa, 30 Mei 2017 / 4 Ramadan 1438H, pukul 9.00 Pagi untuk menjawab tuntutan terhadap kamu oleh plaintif yang dinamakan di atas bagi Tuntutan Cerai di Luar Mahkamah. Sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingkar hadir di mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan, mahkamah boleh meneruskan untuk mendengarkan dan memutuskan kes tanpa kehadiran kamu. Dan sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingin membela diri terhadap tuntutan tersebut, kamu hendaklah memfailkan di mahkamah ini dan menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang disebut di atasatau hadir di mahkamah pada tarikh itu. Bertarikh : 25 Rejab 1438H / 22 April 2017M. (METERAI) Daerah Brunei dan Muara Negara Brunei Darussalam.
HARI RABU 24 MEI 2017
IKLAN
JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Bersambung ke muka 16
15
16
IKLAN
HARI RABU 24 MEI 2017
Dari muka 15
KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SYARAT-SYARAT IKLAN SEBUT HARGA Sebelum mengambil borang, setiap Penender hendaklah membayar borang dokumen Sebut Harga, di Tingkat 1, Blok 'B', Kaunter 1, Unit Tunai dan Hasil, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'B', Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. Sila pastikan resit pembayaran borang dokumen sebut harga yang diterima adalah betul. Borang-borang sebut harga boleh diperoleh di Tingkat 1, Blok 'A', Kaunter 6, Unit Tawaran dan Sebut Harga, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'A', Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan resit pembayaran dokumen. SEBUT HARGA hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga, Unit Tawaran dan Sebut Harga, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Blok 'A', Tingkat 1, Bahagian Kewangan 'A', Bangunan Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam.
JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI NOTIS TAWARAN Bilangan Sebut Harga : 01 / MEI / 2017 / JAIN / JE Tajuk Sebut Harga : Membekal Baju Cara Melayu dan Baju Kurung Bilangan Sebut Harga : 02 / MEI / 2017 / JAIN / JE Tajuk Sebut Harga : Membekal Tenunan Brunei Bagi Sinjang, Dastar, Arat dan Kain Kapit Bilangan Sebut Harga : 05 / MEI / 2017 / JAIN / JE Tajuk Sebut Harga : Membekal Barang-Barang Kain Banting Tarikh tutup / jam : 30 Mei 2017 - Selasa (9.00 Pagi) BORANG tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI SEBUT
HARGA, JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA yang ditujukan kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA SEBUT HARGA JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA BANDAR SERI BEGAWAN BS8610 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Bilangan Tawaran : 04 / MEI / 2017 / JAIN / JE Tajuk Tawaran : Membekal Kain-kain Alat-alat Perhiasan Diraja di sepanjang Jalan Perarakan (Bayaran yuran tawaran sebanyak BND10.00 (tidak dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat dengan wang tunai sahaja dalam mata wang ringgit Brunei.)
Tarikh tutup / jam : 6 Jun 2017 - Selasa (9.00 Pagi) Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI LEMBAGA TAWARAN KECIL, JABATAN PERDANA MENTERI yang ditujukan kepada : PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL JABATAN PERDANA MENTERI JALAN PERDANA MENTERI BANDAR SERI BEGAWAN, BB3913 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN : 1. PEMOHON adalah dipelawa dari syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Setiap penender bolehlah mendapatkan borang tawaran serta keterangan lanjut di Jabatan Adat Istiadat Negara pada waktu bekerja. Manakala contoh-contoh Tenunan
Brunei bagi Bilangan Sebut Harga : 02 / MEI / 2017 / JAIN / JE, Bilangan Tawaran : 04 / MEI / 2017 / JAIN / JE dan Kain Banting : Bilangan Sebut Harga : 05 / MEI / 2017 / JAIN / JE boleh dilihat di Jabatan Adat Istiadat Negara pada jam 9.00 Pagi hingga 11.00 Pagi dan 2.00 Petang hingga 3.00 Petang. 3. Borang tawaran hendaklah disertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau pasport pemilik. 4. Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumendokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas menyatakan tajuk dan bilangan sebut harga dan tarikh tutup tawaran tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat / pemborong. 5. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.
HARI RABU 24 MEI 2017
IKLAN
17
18
JAWATAN KOSONG / IKLAN JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA KEMENTERIAN KEWANGAN
1. TAWARAN KASTAM 15 / 2017 BAIK PULIH DUA UNIT RUANG BANGUNAN FLAT POS KUALA LURAH DI BAWAH KAWALAN JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. BIL. SYARAT-SYARAT TAWARAN 1. TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang mempunyai lesen perniagaan 16 / 17 dan mempunyai lesen atau sijil dalam pembinaan bangunan yang disahkan dan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan, Negara Negara Brunei Darussalam yang masih sah. 2. Borang-borang tawaran boleh diperoleh di Bahagian Pengurusan Projek-Projek, Tingkat Dua, Bangunan Ibu Pejabat Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam. 3. Sebut Harga hendaklah dalam mata wang Ringgit Brunei Darussalam (BND). 4. Hendaklah menyatakan tempoh sah laku tawaran yang hendak dihadapkan. 5. Pengalaman syarikat melaksanakan kerja-kerja pembinaan bangunan atau kerja-kerja baik pulih pada kerajaan sebelumnya hendaklah menyertakan dokumen-dokumen yang berkaitan (salinan surat lantikan). 6. Hendaklah menyertakan keterangan dan contoh bahan yang hendak guna pakai. 7. Hendaklah memberikan jaminan (warranty) selama TIGA (3) BULAN dari tarikh pembinaan bangunan disiapkan. 8. Kerja-kerja hendaklah siap dilaksanakan dalam tempoh DUA (2) BULAN sahaja dari tarikh tawaran dibuat. 9. Tawaran hendaklah dimasukkan kedalam Peti Tawaran Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam dalam sampul surat yang tertutup rapat (sealed) pada : Hari : SELASA Tarikh : 6 Jun 2017 Jam : 10.00 PAGI Hendaklah ditulis seperti berikut : SULIT BILANGAN TAWARAN : TAWARAN KASTAM 15 / 2017 BAIK PULIH DUA UNIT RUANG BANGUNAN FLAT POS KUALA LURAH DI BAWAH KAWALAN JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 10. Tarikh bagi membuat pemeriksaan tempat (SITE INSPECTION) bagi tujuan penilaian dan tafsiran adalah pada 24 Mei 2017, Rabu, jam 9.00 Pagi sahaja. 11. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan waktu yang ditetapkan di atas tidak akan dilayan. 2. TAWARAN KASTAM 16 / 2017 MEMBEKAL KOTAK-KOTAK DAN MASKING TAPE BAGI MEMBAWA DOKUMEN DAN BARANG RAMPASAN JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BIL. SYARAT-SYARAT TAWARAN 1. Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang mempunyai lesen perniagaan 16 / 17 yang masih sah . 2. Borang dan maklumat tawaran bolehlah diperoleh di Bahagian Klasifikasi dan Pengurusan Projek-Projek, Tingkat 3, Bangunan Ibu Pejabat, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam. 3. Sebut Harga hendaklah dalam mata wang Ringgit Brunei Darussalam (BND). 4. Hendaklah menyatakan tempoh sah laku tawaran yang hendak dihadapkan. 5. Pengalaman syarikat membuat pembekalan pada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau syarikat-syarikat swasta sebelumnya adalah satu kelebihan dengan menyertakan dokumen-dokumen yang berkaitan (salinan surat lantikan). 6. Hendaklah menyertakan contoh-contoh atau katalog (gambar) KOTAK DAN MASKING TAPE yang hendak di bekalkan. 7. Pembekalan dan hendaklah dilbuat dalam tempoh SATU bulan sahaja. 8. Hendaklah memberikan jaminan (warranty) ke atas peralatan yang telah dibekalkan selama TIGA (3) BULAN dari tarikh pembekalan dan diterima oleh jabatan. 9. Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam dalam sampul surat yang tertutup rapat (sealed) pada : Hari : SELASA Tarikh : 6 Jun 2017 Jam : 10.00 PAGI Hendaklah ditulis seperti berikut : SULIT BILANGAN TAWARAN : TAWARAN KASTAM 16 / 2017 MEMBEKAL KOTAK-KOTAK DAN MASKING TAPE BAGI MEMBAWA DOKUMEN DAN BARANG RAMPASAN JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 10. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan waktu yang ditetapkan tidak akan dilayan.
HARI RABU 24 MEI 2017
UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI Iklan Menurut Peraturan 7(a) UNIVERSITI Teknologi Brunei sukacita mempelawa pemohon-pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah bagi mengisikan jawatan kosong di Universiti Teknologi Brunei : JAWATAN : PEGAWAI KAUNSELOR UNIVERSITI : UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI BAHAGIAN : II KEKOSONGAN : SATU (1) SYARAT-SYARAT AM : 1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Pemohon mempunyai pengetahuan tentang kerasmian ugama Islam, Adat Istiadat Negara dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam. 3. Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Brunei Darussalam. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN : 1. i. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kaunseling (Runding Cara) yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. ii. Mempunyai kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi adalah satu kelebihan. iii. Mempunyai kebolehan menulis dan fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 2. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh tiga (3) tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat daripada Setiausaha Tetap atau Ketua Jabatan merupakan satu kelebihan. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB : Bertanggungjawab kepada Dekan Hal-Ehwal Pelajar dalam perkara-perkara berikut : i. Melaksanakan kerja-kerja kaunseling pelajar termasuk merancang dan melaksanakan programprogam tersebut melalui ceramah, seminar, bengkel, kursus kaunseling, teknik belajar, lawatan kerjaya dan sebagainya yang boleh membantu perkembangan pelajar dalam berbagai aspek. ii. Melaksanakan tugas-tugas seperti yang diaturkan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar dari semasa ke semasa. MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN : Borang permohonan serta keterangan lanjut boleh diperoleh di Pusat Kakitangan & Pelajar (Staff & Student Centre), Universiti Teknologi Brunei atau melayari laman web www.utb.edu.bn. Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan bersama satu (1) Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon, Penilaian Prestasi tiga (3) tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya SANGAT BAIK), salinan Rekod Perkhidmatan dan Rekod Cuti yang lengkap. Permohonan yang diterima lewat dari tarikh tutup iklan tidak akan dilayan. Permohonan yang lengkap diisi bersama-sama dengan kurikulum vitae (C.V.) dan salinan sijil-sijil pencapaian akademik dan surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah hendaklah dihantar kepada : Yang Mulia Pendaftar dan Setiausaha Universiti Teknologi Brunei Jalan Tungku Link, Gadong, BE1410 BRUNEI DARUSSALAM. (UP. : Penolong Pendaftar (Personel)) Hanya pemohon yang disenarai pendek (shortlisted) dan dimaklumkan mengenai dengan proses temu duga. Tarikh tutup iklan dan menghantar permohonan : 17 Jun 2017 Rujukan iklan : UTB / IKLAN / S1.6.6 / 2017 (7a)
sahaja
akan
dihubungi
NASIONAL
HARI RABU 24 MEI 2017
19
117 orang dilantik jadi imam Tarawih
TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Harun bin Haji Junid ketika menyerahkan surat lantikan pada Majlis Penyampaian Surat Lantikan kepada Imam-imam Sembahyang Sunat Tarawih berlangsung di Dewan Serbaguna, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong (kiri dan kanan).
Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah KIARONG, Selasa, 23 Mei. - Dalam beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menunaikan ibadah puasa bulan
Ramadan, iaitu bulan yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan di dalamnya.
Seperti lazimannya umat Islam akan memperbanyakkan amal ibadat pada bulan tersebut dengan mengerjakan Sembahyang Sunat Tarawih Berjemaah di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara.
Seramai 117 orang terdiri daripada pegawai masjid dan tenaga pengajar serta penuntut dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) telah dilantik menjadi imam-imam bagi Sembahyang Sunat Tarawih sepanjang
bulan Ramadan Tahun 1438 Hijrah. Ke arah itu, Majlis Penyampaian Surat Lantikan kepada Imam-imam Sembahyang Sunat Tarawih berlangsung di Dewan Serbaguna, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, di sini yang disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Harun bin Haji Junid selaku tetamu kehormat majlis. Objektif penempatan itu adalah sebagai usaha dalam memantapkan hafazan mereka juga supaya mereka diberikan pengalaman sebagai seorang imam. Terdahulu dari itu, satu sesi taklimat Sembahyang Sunat Tarawih dari kalangan pegawai masjid dan warga ITQSHHB bagi Tahun 1438 Hijrah telah diadakan pada sebelah pagi di dewan yang sama. Taklimat tersebut merupakan kelolaan bersama Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama ITQSHHB yang telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Bimbingan dan Latihan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Suhaimi bin Haji Mohd. Noor dan beberapa tenaga pengajar dari institut tersebut.
Pertandingan Tausyeh eratkan silaturahim KIARONG, Selasa, 23 Mei. Kumpulan Tausyeh dari Pegawai Masjid Daerah Brunei dan Muara Zon 2 diumumkan sebagai johan Pertandingan Tausyeh bagi Kategori Pegawai Masjid dan Jemputan Senegara bagi Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi. Sementara itu, johan bagi Kategori Ahli Jawatankuasa Takmir dan Jemaah Masjid Lelaki dan Perempuan masing-masing disandang oleh Kumpulan Tausyeh Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dan Masjid
Mohamed Bolkiah, Serusop, Brunei dan Muara Zon 2. Menyandang johan bagi Kategori Belia Masjid dan Kategori Beliawanis Masjid masing-masing dimenangi oleh Kumpulan Tausyeh Masjid RPN Kampung Bukit Beruang, Zon 1, Daerah Tutong dan Masjid Hassanal Bolkiah, Zon 1, Daerah Tutong. Sebanyak 44 buah kumpulan tausyeh telah berentap pada Pertandingan Akhir Tausyeh dari kalangan Pegawai Masjid, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid /
Muslimah Masjid, Kumpulan Belia Masjid / Beliawanis Masjid, Pasukan jemputan dari Jabatan Pengajian Islam (JPI) dan Pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) yang telah diadakan selama dua hari bermula 13 hingga 15 Mei lalu. Hadir selaku tetamu kehormat menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Harun bin Haji Junid.
Pertandingan yang diungkayahkan bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan Ahli Jawatankuasa Takmir Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah itu bertujuan sebagai wadah menghidupkan syiar Islam melalui zikir tausyeh dan menjadikan masjid sebagai tempat perkumpulan masyarakat Islam tanpa mengira perbezaan usia. Selain dari mencungkil bakat yang terpendam, pertandingan juga sekali gus merealisasikan dan menyahut tinggi hasrat Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah Negara Zikir. Dengan adanya pertandingan tausyeh seumpama itu juga dapat melahirkan semangat suka mengikuti pelbagai pertandingan yang berbentuk keislaman juga mengekalkan serta menghidupkan lagu-lagu tausyeh dalam kalangan masyarakat Islam agar tidak hilang ditelan zaman.
TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Harun bin Haji Junid ketika hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut. TIMBALAN Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun menyampaikan hadiah kepada juara Pertandingan Tausyeh bagi Kategori Pegawai Masjid dan Jemputan Senegara, iaitu Kumpulan Pegawai Masjid Daerah Brunei dan Muara Zon 2 (atas), sementara gambar bawah, beliau menyampaikan hadiah kepada juara Pertandingan Tausyeh Kategori Beliawanis Masjid, iaitu Kumpulan Beliawanis Masjid Hassanal Bolkiah, Zon 1.
Lima lokasi bagi penglihatan anak bulan Ramadan Siaran Akhbar : Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Negara BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Mei. - Sebanyak lima lokasi telah dipilih bagi penglihatan anak bulan Ramadan Tahun 1438 Hijrah seluruh negara pada petang Jumaat, 29 Syaaban 1438 bersamaan 26 Mei ini. Menurut Siaran Akhbar Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Hakim-Hakim Syar'ie dan pegawai-pegawai Mahkamahmahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana
Menteri (JPM) bersama pegawaipegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan, JPM akan berada di tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk merukyah (melihat anak bulan Ramadan 1438H) adalah seperti berikut : 1. Menara DST, Bangunan DST Headquarters, Lebuhraya Tungku, Daerah Brunei dan Muara, 2. Bukit Agok, Jerudong, Daerah
Brunei dan Muara, 3. Tanjung Batu, Pekan Muara, Daerah Brunei dan Muara, 4. Bukit Lumut, Daerah Belait dan 5. Bukit Ambok, Daerah Tutong. Berikutan dengan itu, pengumuman satu Ramadan (awal puasa Ramadan bagi Tahun 1438H / 2017 Masihi) akan disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei (RTB) sebaik-baik sahaja rukyah pada petang tersebut diperoleh melalui permakluman yang dilakukan melalui siaran RTB. Orang ramai adalah diminta memberikan kerjasama supaya tidak mendekati tempat-tempat tersebut.
20
NASIONAL
HARI RABU 24 MEI 2017
Tahlil Doa Arwah Sekampung MPK Subok
Hari Terbuka C3L, UBD mulai 23 - 25 Mei Siaran Akhbar : Universiti Brunei Darussalam
KETUA Kampung Subok, Awang Mohd. Jais bin Mohd. Salleh (baju biru) antara yang hadir pada Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung kelolaan Majlis Perundingan Kampung Subok.
Siaran Akhbar dan Foto : Majlis Perundingan Kampung Subok
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Mei. - Majlis Perundingan Kampung (MPK) Subok mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung kelmarin. Hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Kampung Subok, Awang Mohd. Jais bin Mohd. Salleh dan penduduk kampung berkenaan. Menurut Siaran Akhbar MPK Subok, majlis berkenaan berlangsung
di kediaman Ketua Kampung Subok yang didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah, dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Belimbing, Subok, Pengiran Haji Mohammad Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar. Majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Awang Hazim bin Sulaiman diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah
yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Belimbing, Subok. Acara kemudiannya diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma kepada 16 anak yatim yang diserahkan oleh Ketua Kampung Subok. Majlis tersebut bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk Kampung Subok, di samping ia juga merupakan aktiviti tahunan MPK Subok bagi sama-sama menyemarakkan lagi kedatangan bulan Ramadan yang akan menjelang.
Pembarigaan Aplikasi InfoDeptBN dilaratkan ke Daerah Tutong
PENGUNJUNG Petani Mall semasa memuat turun Aplikasi Mudah Alih Jabatan Penerangan InfoDeptBN dengan bantuan kakitangan yang bertugas (kiri dan kanan).
Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim TUTONG, Isnin, 22 Mei. - Dalam usaha membarigakan penggunaan Aplikasi Mudah Alih InfoDeptBN
kepada masyarakat khususnya di Daerah Tutong, Jerayawara Aplikasi Mudah Alih InfoDeptBN
dilaratkan ke daerah ini dan mengambil tempat di Ruang Legar, Petani Mall, di sini. Melalui jerayawara yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, satu petak pameran disediakan bagi memudahkan orang ramai di daerah ini mengetahui tatacara memuat turun serta menggunakan aplikasi mudah alih tersebut. Kemudahan tersebut telah
TUNGKU LINK, Isnin, 22 Mei. Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (C3L), Universiti Brunei Darussalam (UBD) akan mengadakan Hari Terbuka bagi yang berminat untuk memohon program dan kursus pendek bagi bulan Ogos ini. Menurut Siaran Akhbar UBD, Hari Terbuka itu bermula dari 23 hingga 25 Mei, bertujuan untuk mereka yang ingin membangunkan kemahiran profesional dan meningkatkan prospek pekerjaan melalui pelbagai kursus jangka pendek. Program dan kursus pendek tersebut merangkumi tempoh 14 minggu, antaranya kursus Kemahiran komunikasi; Tamadun Islam dan Dunia Baharu; Asas Pengaturcaraan; Web dan Aplikasi di Seluruh Dunia; Prinsip Pengurusan Perniagaan; Pengurusan Sumber Manusia; Pengurusan Projek; Kos Perakaunan; Pengenalan pada Perbankan dan Kewangan Islam; Keusahawanan dan Penciptaan Usaha Baharu; Pengenalan pada Perakaunan Amalan; Keberkesanan di Media Baharu; Ekopelancongan serta Pengukuran dan Instrumentasi. Unit kredit dari program tersebut boleh dikumpul dan boleh menjurus pada Diploma atau Program Ijazah Sarjana Muda. Kursus jangka pendek C3L menggunakan kaedah pembelajaran 'Blended Learning' (Pembelajaran Campuran), yang merupakan cam puran penghantaran tradisional, iaitu secara bersua muka serta melalui penggunaan sumber pendidikan dalam talian. Pembelajaran Campuran berkenaan menawarkan fleksibiliti yang membolehkan pelajar untuk belajar dari mana sahaja mereka berada. Kursus-kursus pendek itu akan
dilancarkan pada 9 Mei lalu bersempena memperingati Ulang Tahun Penubuhan Jabatan Penerangan Ke-65 Tahun merupakan salah satu langkah Jabatan Penerangan untuk terus bergerak maju ke hadapan dalam bersaing di dunia tanpa sempadan bagi penyebaran maklumat yang berkesan dengan menggunakan strategi media baharu. Salah seorang pengunjung semasa ditemui oleh Pelita Brunei
dijalankan dengan maksimum 20 pelajar setiap kelas. Melalui C3L, terdapat juga Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi Digital bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai bidang disiplin di empat bidang yang berbeza, iaitu Perniagaan dan Pengurusan; Keusahawanan; Teknologi Digital dan Celik Kewangan. Sarjana Muda Sains dalam Digital ialah program sambilan sehingga tempoh maksimum 10 tahun, di mana ia juga menggunakan pendekatan Pembelajaran Campuran berdasarkan struktur program pembelajaran yang dirundingkan, akan mengikuti peraturan program ijazah GenNext dan peraturan-peraturan tahun penemuan (discovery year). Kurikulum Perdana GenNext UBD termasuk tahun penemuan, di mana pelajar mempunyai peluang untuk memilih salah satu daripada empat pilihan di luar negara atau dalam negara untuk meningkatkan juga meluaskan pengalaman mereka. Mereka yang berminat untuk menghadiri Hari Terbuka bolehlah hadir ke Bilik G1, Tingkat Bawah, Institut Kepimpinan, Inovasi dan Bangunan Kemajuan (ILIA), UBD. Kakitangan C3L berkaitan akan hadir di sepanjang tiga hari berkenaan mulai jam 10.30 pagi hingga 5.30 petang. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai C3L dan kursus yang ditawarkan, sila layari laman sesawang di www.ubd.edu.bn/c3l atau melalui Facebook di Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat atau Instagram di @C3L.ubd atau menghantar e-mel ke C3L@ubd.edu.bn.
yang telah memuat turun aplikasi mudah alih ini menyambut baik pengenalan aplikasi berkenaan dalam memudahkan beliau untuk mendapat maklumat dan sumber rujukan yang tepat dan pantas. Dayang Halinda binti Rejee menjelaskan, dengan menggunakan aplikasi tersebut ia dapat mengurangkan penggunaan kertas dan mudah mendapat berita terkini melalui di hujung jemari anda.
NASIONAL
HARI RABU 24 MEI 2017
21
Pembarigaan Perintah Sijil Halal dan Label Halal dilaratkan Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
KETUA Pegawai Ugama Daerah Tutong, Awang Hasan bin Amat hadir pada Jerayawara Pembarigaan Perintah Sijil Halal dan Label Halal (Pindaan), 2017 yang berlangsung di Dewan Utama, Dewan Kemasyarakatan Tutong.
TUTONG, Isnin, 22 Mei. Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah mengadakan Jerayawara Pembarigaan Perintah Sijil Halal dan Label Halal (Pindaan), 2017 yang berlangsung di Dewan Utama, Dewan Kemasyarakatan Tutong, di sini. Jerayawara tersebut adalah bagi memaklumkan kepada orang ramai terutama sekali pengusaha-pengusaha
makanan dan pemilik-pemilik restoran mengenai pindaan undang-undang perintah yang akan dikuatkuasakan pada 26 Mei ini. Hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Awang Hasan bin Amat serta seramai 81 orang yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha makanan dan pemilik-pemilik restoran. Antara isi kandungan utama dalam pembarigaan tersebut ialah
mewajibkan permohonan sijil halal dan permit halal kepada pemilik perniagaan yang berkaitan dengan makanan di Negara Brunei Darussalam. Peniaga makanan yang sudah beroperasi, tetapi belum mempunyai Sijil Halal akan diberikan tempoh peralihan (grace period) selama enam bulan selepas tarikh dikuatkuasakan untuk membuat permohonan, manakala bagi peniaga yang baru beroperasi akan diberikan masa enam bulan dari tarikh ia mula beroperasi untuk membuat permohonan Sijil Halal dan / atau Permit Halal. Pindaan Perintah Sijil Halal dan Label Halal akan memperkenalkan penguatkuasaan kesalahan-kesalahan. Juga disampaikan mengenai peluasan skop pensijilan halal secara sukarela pada produk kosmetik, barang gunaan dan perkhidmatan seperti logistik. Objektif pindaan tersebut ialah untuk mengukuhkan Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005 dan penguatkuasaannya demi meningkatkan pengawalan kehalalan makanan bagi premis perniagaan dan memastikan makanan serta produk yang dijual dan perkhidmatan tertentu di negara ini terjamin kehalalannya. Bahagian Kawalan Makanan Halal akan sentiasa membuat pemantauan ke atas premis-premis yang bersijil Halal bagi memastikan pengusahapengusaha makanan sentiasa
mematuhi kehendak dan syarat Sijil Halal serta prinsip Halalan Toyyiban sentiasa diamalkan di premis-premis perniagaan.
ANTARA isi kandungan utama dalam pembarigaan tersebut ialah mewajibkan permohonan sijil halal dan permit halal kepada pemilik perniagaan yang berkaitan dengan makanan di Negara Brunei Darussalam.
ANTARA pengusaha-pengusaha makanan dan pemilik-pemilik restoran yang hadir.
22
NASIONAL
HARI RABU 24 MEI 2017
Persatuan Saudara-Saudara Baharu bertahlil di Kubah Makam Diraja Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Mei. - Seramai 100 orang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Saudara-Saudara Baharu Negara Brunei Darussalam dan warga Pusat Da’wah Islamiah (PDI) membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, di sini. Majlis tersebut adalah khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman. Hadir mengetuai rombongan
tersebut ialah Pemangku Pengarah PDI, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh. Juga hadir, Ketua-ketua Unit Dakwah Daerah Tutong, Kuala Belait dan Temburong serta Yang Di-Pertua Persatuan-Persatuan Saudara Baharu di seluruh negara. Majlis dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Mualaf melalui Unit Pengupayaan Mualaf, PDI ini dihasrat dapat memberi pendedahan kepada para mualaf dalam majlis-majlis keugamaan seumpamanya lebih-lebih lagi dalam mengalu-alukan bulan suci Ramadan yang bakal tiba dalam beberapa hari sahaja lagi.
PEMANGKU Pengarah Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh (dua, kanan) ketika mengetuai rombongan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Saudara-Saudara Baharu Negara Brunei Darussalam dan warga PDI pada Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil khusus bagi bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman di Kubah Makam Diraja.
30 sekolah terlibat laksanakan PISA FT Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pendidikan
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Mei. - Kementerian Pendidikan melalui Jawatankuasa Kerja Pendaftaran dan Pelaksanaan PISA (PRIM1) di bawah Jawatankuasa Kerja Kumpulan Bertindak Kementerian Pendidikan (MPTF2) telah pun selesai melaksanakan Computer-Based Assessment (CBA) PISA Field Trial (FT) selama enam minggu bermula 3 April sehingga 12 Mei lalu.
PENOLONG Pengarah Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan, Dr. Ashri bin Haji Ahmad, selaku Ketua Jawatankuasa Kerja Persediaan Penilaian PISA (PISA Assessment Readiness [PAR]) menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya menyampaikan laporan Post Mortem PISA Field Trial (FT).
ANTARA Penyelaras PISA Sekolah dan kakitangan IT dari sekolah-sekolah menengah di bawah Jabatan SekolahSekolah, Kementerian Pendidikan; Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama; sekolah-sekolah swasta; sekolah antarabangsa dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kementerian Pendidikan.
Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pendidikan, sebagai langkah pembaikan berterusan bagi persediaan dan pelaksanaan Penilaian PISA 2018 (Main Survey), satu perjumpaan Post Mortem telah diadakan bersama dengan Penyelaras PISA Sekolah dan kakitangan IT dari sekolah-sekolah menengah di bawah Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pengajian Islam,
Kementerian Hal Ehwal Ugama, sekolah-sekolah swasta; sekolah antarabangsa dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kementerian Pendidikan pada Sabtu, 20 Mei bertempat di Bilik Persidangan Utama P1, Kementerian Pendidikan. Sebanyak 30 buah sekolah telah terlibat dalam pelaksanaan PISA Field Trial (FT) tersebut. Semasa perjumpaan berkenaan, Penolong Pengarah Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan, Dr. Ashri bin Haji Ahmad, selaku Ketua Jawatankuasa Kerja Persediaan
Penilaian PISA (PISA Assessment Readiness [PAR]) telah menyampaikan kata alu-aluan dan seterusnya menyampaikan laporan Post Mortem PISA FT. Secara keseluruhan, perisian kajian, iaitu Student Delivery System, telah dapat dilaksanakan dengan lancar dengan menggunakan komputer desktop dan laptop yang disediakan di sekolah-sekolah dengan mengikut sistem penjadualan yang teratur. Pihak kementerian sangat menghargai kerjasama dan usaha berterusan yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam pelaksanaan PISA FT, termasuk sokongan daripada ibu bapa / penjaga bagi pelajar-pelajar yang mengikuti kajian rintis berkenaan. Dengan adanya PISA FT tersebut, pihak MPTF dan pihak Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) dapat mengumpulkan maklumat penting operasi (survey operations) berserta prestasi keseluruhan platform penghantaran Student Delivery System (SDS) yang digunakan. Maklum balas dan dapatan dari kajian rintis ini diharap dapat membantu meningkatkan kualiti pelaksanaan Penilaian PISA 2018 (Main Survey) yang akan diadakan pada tahun hadapan. Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab, perkongsian buah fikiran dan maklum balas daripada Penyelaras
PISA Sekolah juga kakitangan IT yang hadir. Sesi perjumpaan tersebut juga diharapkan akan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak ke arah mengemas kini dan memperbaiki mutu pelaksanaan Penilaian PISA 2018 (Main Survey) itu nanti. PISA adalah singkatan bagi Program for International Student Assessment (PISA). Ia adalah penilaian antarabangsa bagi pelajar-pelajar yang berumur 15 tahun yang dijalankan sekali setiap tiga tahun dan dapat mengukur pencapaian pendidikan negara, dan bukannya pencapaian pelajar secara individu. Penilaian PISA 2018 (Main Survey) akan dijalankan pada bulan April 2018. Penyertaan Brunei Darussalam dalam penilaian antarabangsa seperti PISA dan PISA Based Test for Schools (PBTS) adalah selaras dengan inisiatif-inisiatif Kementerian Pendidikan dalam menuju ke arah pencapaian Wawasan Brunei 2035 Rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya. Penyertaan tersebut akan membolehkan stakeholders melihat potensi yang ada di dalam Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21). Contoh soalan penilaian PISA boleh didapati di laman sesawang berikut https://nces.ed.gov/ surveys/pisa/educators.asp.
NASIONAL
HARI RABU 24 MEI 2017
23
Pengukuhan institusi keluarga cegah salah guna dadah
YANG Dipertua BASMIDA, Datin Hajah Masni binti Haji Mohammad Ali semasa berucap pada majlis tersebut (kiri), sementara gambar atas, antara yang hadir pada Program Pendampingan Masyarakat anjuran BASMIDA.
KUALA BELAIT, Isnin, 22 Mei. Masalah dadah merupakan masalah global dan pengaruhnya tidak memilih umur, bangsa, jantina, darjat atau kedudukan seseorang, ia boleh terjadi kepada sesiapa saja. Persatuan Basmi Dadah Negara Brunei Darusalam (BASMIDA) kelmarin menganjurkan Program Pendampingan Masyarakat (Community Outreach Programme) 'Misi Pencegahan Penyalahgunaan Dadah melalui Pengukuhan Institusi Keluarga' yang berlangsung di Balai Raya Kampung Sungai Teraban, Mukim Kuala Belait. Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua BASMIDA, Datin Hajah Masni binti Haji Mohammad Ali dan Dayang Hajah Linda Aini binti Abdullah, selaku Pengerusi program berkenaan. Pada majlis itu, Yang Dipertua BASMIDA, Datin Hajah Masni menyampaikan mukadimah mengenai matlamat program yang dianjurkan, iaitu antara lain memberikan pendidikan pencegahan dadah terhadap semua golongan masyarakat tentang ancaman, risiko dan bahaya serta kesan penyalahgunaan dadah. Di samping itu, ia juga untuk mewujudkan kesedaran terhadap peranan setiap individu, ibu bapa, penjaga dan para belia mengenai
Berita dan Foto : Noraisah Muhammed ancaman penyalahgunaan dadah serta risiko-risikonya. Program itu juga dihasratkan untuk memberikan pengetahuan tentang penyalahgunaan dadah serta memberikan semangat dan keyakinan diri selain menghayati serta menikmati cara hidup sihat tanpa dadah juga terhindar daripada unsur-unsur dan perilaku negatif dari gejala penyalahgunaan dadah. Dalam pada itu, BASMIDA juga telah mengadakan Program Pendampingan Masyarakat di beberapa tempat yang lain, antaranya di Kampung Bolkiah, Kampung Menunggol, Kampung Pudak, Kampung Sungai Matan dan Kampung Menengah, Derah Temburong. Selaras dengan tema program, 'Kesejehteraan Masyarakat Tanggungjawab Bersama' sesuai dengan matlamat BASMIDA melakukan yang terbaik dengan mendekati masyarakat. Dalam pada masa yang sama, masyarakat sendiri perlu sedar dan peka dengan keadaan semasa dalam sama-sama menolong serta berperanan sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, baik dalam
institusi keluarga yang memainkan peranan penting, berganding bahu dalam membenteras ancaman penyalahgunaan dadah demi untuk ketenteraman dan kesejehteraan diri sendiri, keluarga, masyarakat juga negara. Ceramah khas bertajuk 'Pencegahan Penyalahgunaan Dadah melalui Pengukuhan Institusi Keluarga' telah disampaikan oleh Dr. Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah. Juga hadir, Ketua Kampung Sungai Teraban, Awang Mohd. Morsidi bin Haji Mohd. Shura yang ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei menjelaskan, ia merupakakan satu keberuntungan yang sangat bermanfaat buat pengetahuan penduduk Kampung Sungai Teraban khasnya sejajar dengan misi dan visi Majlis Perundingan Kampung (MPK) dalam menangani masalah gejala sosial. "Tanggungjawab bukan hanya agensi kerajaan atau pun persatuan, namun ia merupakan tanggungjawab semua pihak secara menyeluruh demi kemakmuran negara yang memiliki masyarakat bebas dari dadah sesuai dalam menuju Wawasan 2035," katanya.
BIBD lancarkan ATM ke-60 di Sungai Liang Siaran Akhbar : Bank Islam Brunei Darussalam KUALA BELAIT, Isnin, 22 Mei. - Untuk memberikan kemudahan tambahan kepada penduduk Sungai Liang, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) meluaskan rangkaian e-Perbankannya dengan menyediakan mesin ATM ke-60 di seluruh negara, di sini. ATM tersebut terletak di Soon Lee Megamart di Lot 2061, Kampung Gana, Jalan Tengah Sungai Liang. Pelancaran ATM BIBD Sungai Liang itu adalah sejajar dengan usaha BIBD untuk menjadi lebih dekat kepada pelanggan. Bersama-sama dengan pelancaran tersebut, BIBD juga sedang mara ke hadapan menerusi perkhidmatan yang ditawarkan di kawasan sedia ada mahupun yang baharu dengan menyediakan lebih banyak perkhidmatan ATM dan CDM (Cash Deposit Machine). Untuk maklumat lanjut mengenai mana-mana perkhidmatan, produk dan promosi BIBD, sila ikuti akaun Instagram BIBD di BIBDBRUNEI, laman Facebook di www.facebook.com/bibdbrunei atau berhubung bersama BIBD Contact Centre melalui talian +673 2238181 atau kunjungi Cawangan BIBD yang terdekat. Orang ramai juga disarankan untuk memuat turun BIBD Mobile Apps bagi mendapatkan tawaran dan promosi terkini BIBD di bawah 'What's New?'.
Majalah Naindung dan Mekar temui pelajar SR OKBI Siaran Akhbar dan Foto : Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas, Subok BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Mei. - Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei (DBP), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) mengadakan jerayawara mengenai Majalah Naindung dan Majalah Mekar kepada pelajar Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas (SR OKBI), Subok, Kluster 4 di Dewan Mini sekolah berkenaan. Penerangan mengenai Majalah Naindung dan Majalah Mekar telah disampaikan oleh Pegawai Bahasa / Penolong Ketua Bahagian Unit Majalah Kanak-Kanak dan Remaja, DBP, Dayang Sharyanty binti Haji Md Sharif, yang antara lain menyatakan tujuan jerayawara unt uk mengenalkan kepada para pelajar mengenai Majalah Naindung yang sepenuhnya dalam tulisan Jawi bagi memberikan galakan yang berterusan kepada para pelajar untuk memudahkan mereka boleh membaca tulisan Jawi dengan lebih lancar dan fasih.
Turut hadir pada jerayawara ialah guru-guru kanan, guru-guru dan para pelajar sekolah berkenaan serta pegawai-pegawai dari DBP. Beberapa aktiviti juga turut diadakan seperti kuiz mengenai Majalah Naindung dan Majalah Mekar, mewarna bagi pelajar Pra dan Tahun 1, melukis serta mewarna bagi pelajar Tahun 2 dan Tahun 3, Menulis karangan juga puisi bagi pelajar Tahun 4 hingga Tahun 6 serta mengambil gambar untuk ruangan TEMAN di dalam Majalah Naindung dan Majalah Mekar. Hadiah-hadiah bagi pemenang aktiviti tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Bahasa / Penolong Ketua Bahagian Unit Majalah Dewasa, Dayang Norhayati binti Haji Yusof bagi pemenang kategori rendah bawah (lower primary). Manakala pemenang bagi kategori rendah atas (upper primary) disampaikan oleh Dayang Sharyanty binti Haji Md. Sharif.
JERAYAWARA mengenai Majalah Naindung dan Majalah Mekar kepada pelajar Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas, Subok.
24
SUKAN
HARI RABU 24 MEI 2017
Pasukan IRK XNP juara Kejohanan Ten-Pin Bowling KHEU
TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud (kiri) semasa menyempurnakan penyampaian hadiah kepada Ketua Pasukan IRK XNP sebagai juara Kejohanan Ten-Pin Bowling Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi Tahun 2017 Masihi.
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Mei. - Pasukan IRK XNP dinobatkan sebagai juara Kejohanan Ten-Pin Bowling Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi Tahun 2017 Masihi apabila berjaya meraih kutipan mata 1,242 setelah
menewaskan 12 pasukan yang lain. Manakala tempat kedua dengan meraih kutipan mata 1,157 disandang oleh pasukan TM Team dan tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan ITQSHHB Bowling dengan kutipan mata 1,072. Hadir selaku tetamu kehormat ialah
TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti semasa bergambar bersama Pasukan IRK XNP, juara Kejohanan Ten-Pin Bowling KHEU dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi Tahun 2017M.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud yang juga menyempurnakan perasmian kejohanan dengan balingan bola boling pertama dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang dan peserta kejohanan. Kejohanan berlangsung di Pusat Ibowl Bowling Utama, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. Sebanyak 13 pasukan berentap pasa Kejohanan Ten-Pin Bowling KHEU
terdiri dari PDI Bowlers; PDI Strikers; ITQSHHB Bowling; Bahrul Ahmar Strikers; Pentadbiran; JPI BSU.2B; IRK XNP; KUPU SB 1; KUPU SB 2; JHEM; TM Team; SENIOR ADMIN dan Jabatan Syariah. Kejohanan dianjurkan bersama oleh Jabatan Pentadbiran, Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) dan adalah dihasratkan bagi menggalakkan pegawai serta kakitangan kementerian ini bergiat aktif dalam sukan demi untuk kesihatan tubuh badan juga
kecergasan fizikal dan mental. Di samping itu, ia dapat menanam dan memupuk semangat kesukanan, semangat silaturahim, bersatu padu, setiakawan, harmoni dan sejahtera serta untuk menimbulkan perasaan ukhuwah dalam kalangan warga kementerian. Turut hadir pada kejohanan tersebut ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid dan Awang Roslan bin Haji Taja'ah; ketua-ketua jabatan dan bahagian serta pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian.
Pasukan lumba perahu negara raih tempat ketiga Berita dan Foto : Ihsan Haji Othman Haji Aliassan BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Mei. - Pasukan Lumba Perahu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berjaya meraih tempat ketiga pada Festival Lumba Perahu Naga Antarabangsa Bali, Republik Indonesia baru-baru ini. Pada peringkat akhir Cabaran Terbuka Antarabangsa 12 Pekayuh 500 Meter, pasukan negara mencatat masa 1 jam 11 minit 78 saat, manakala juara pula telah disandang oleh pasukan tuan rumah, Indonesia dengan catatan masa 1 jam 7 minit 84 saat dan
tempat kedua, iaitu Pasukan Taiwan dengan catatan masa 1 jam 9 minit. Manakala Pasukan Malaysia di kedudukan keempat dengan catatan masa 1 jam 20 minit 43 saat. Festival Lumba Perahu Naga Antarabangsa tersebut buat julung kalinya diadakan dan telah menarik penyertaan dari enam buah negara termasuk Negara Brunei Darussalam. Di samping acara Cabaran Terbuka Antarabangsa 12 Pekayuh 500M, pasukan negara juga menyertai acara 12 Pekayuh Terbuka.
PASUKAN Lumba Perahu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam meraih tempat ketiga bagi Cabaran Terbuka Antarabangsa 12 Pekayuh 500 meter pada Festival Lumba Perahu Naga Antarabangsa Bali, Republik Indonesia.
BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn
SIAPKAN DIRI HADAPI KEDATANGAN BULAN RAMADAN MULIA