''BETA juga berharap usaha-usaha akan diteruskan lagi untuk merealisasikan visi kita menjadikan negara ini sebagai salah sebuah pusat kewangan Islam, setanding dengan pusat-pusat kewangan Islam terkemuka di dunia.Dalam bidang kesihatan, kerajaan beta, selain meningkatkan kapasiti perkhidmatan perubatan di peringkat pakar, usaha-usaha kesihatan secara intensif juga adalah diambil, melalui pencegahan dan kesedaran.'' - Titah Sempena Awal Tahun Baharu Masihi 2011.
''WAHAI orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip (mencari-cari kesalahan) orang dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.'' - (Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al Hujuraat, ayat 12).
4.51
TAHUN 62 / BILANGAN 40
5.01
6.18
3 APRIL 2017 / 1438
6.41
12.25
6
3.25
6.29
7.38
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Brunei DPMM FC menang 2 - 0 ke atas Hougang United FC Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Masri Osman, Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 April. - Pasukan Brunei DPMM FC menang mudah di hadapan penyokong sendiri setelah berjaya menumpaskan pasukan Hougang United FC dengan jaringan 2 - 0 pada Perlawanan Liga Singapura (Liga S) yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini. Berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman. Ke muka 3 DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri ketika berkenan berangkat menyaksikan perlawanan di antara pasukan Brunei DPMM FC menentang pasukan Hougang United FC pada Perlawanan Liga Singapura. Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. - Foto : Masri Osman.
Pusat Kesihatan Pengkalan Batu diiktiraf JCI Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Hamzah Mohidin MUKIM PENGKALAN BATU, Sabtu, 1 April. - Akreditasi 'Joint Commission International (JCI)'
Muka 4
PUSAT Kesihatan Pengkalan Batu diiktiraf JCI
adalah Gold Standard bagi fasilitifasiliti kesihatan yang mengutamakan pemberian penjagaan dan keselamatan
Muka 8
KAJIAN Susulan KBPP bermula 3 April 2017
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
pesakit di tahap yang tertinggi. Proses penilaian akreditasi JCI adalah khusus untuk memupuk budaya keselamatan dan kualiti di pusat-pusat penjagaan asasi serta memberikan jaminan bahawa piawaian, proses-proses serta latihan yang digunakan adalah ditahap penanda aras (benchmark) yang tertinggi di peringkat antarabangsa. Perjalanan ke arah mencapai akreditasi JCI ini bukanlah mudah kerana terdapat 112 piawaian (standard) dan 456 elemen yang perlu dipatuhi dan piawaian ini bukan sahaja melihat kepada penambahbaikan proses tetapi juga melihat kepada hasil klinikal pesakit, keselamatan pesakit, kakitangan dan kemudahan serta latihan, pendidikan dan penilaian kompetensi pekerja (competency assessments of staff) untuk memastikan bahawa mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan dan pengetahuan untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta selamat. Menteri Kesihatan, Yang Berhormat
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi menyatakan demikian semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Akreditasi JCI bagi Pusat Kesihatan Pengkalan Batu yang berlangsung di pusat kesihatan berkenaan, di sini. ''Adalah terbukti apabila kita mengamalkan nilai-nilai teras warga Kementerian Kesihatan, iaitu Pelanggan Diutamakan, Bersepadu, Cemerlang dan Dinamik dan bergerak sebagai satu kementerian, (ONE MoH), kita boleh mencapai apa jua tujuan yang dihasratkan dan menangani apa jua cabaran dengan sebaiknya,'' ujar Yang Berhormat. Dengan adanya akreditasi ini jelas
Faksimile: 2381004
Yang Berhormat, adalah diharapkan Pusat Kesihatan Pengkalan Batu ini akan menjadi benchmark atau penanda aras bagi pusat-pusat kesihatan dan hospital kerajaan lain di negara ini untuk mencapai piawaian antarabangsa dalam memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi lagi selamat. Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah menyempurnakan penyampaian sijil JCI Pusat Kesihatan Pengkalan Batu kepada Pegawai Perubatan Kanan, Dr. Hajah Norafizan binti Haji Hazipin, selaku Ketua Pusat Kesihatan tersebut. Ke muka 4
Layari Layari Laman Laman Web: Web: www.pelitabrunei.gov.bn www.pelitabrunei.gov.bn
2
HALUAN
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
Kembangkan perusahaan dengan tag Buatan Brunei Bismillahir Rahmannir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
A
LHAMDULILLAH, dengan rahmat Allah Subhanahu Wata'ala, kita berada di sini untuk menghadiri Majlis Anugerah Biasiswa pada petang ini. Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan pada Universiti Teknologi Brunei (UTB) kerana menganjurkan majlis ini dan menyaksikan perkongsian yang menggalakkan di antara ahli akademik (UTB), industri (Sesame World Technology) dan Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Saya ingin menarik perhatian awda pada titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Konvokesyen UTB ini (adalah ITB) pada 23 Oktober 2013, di mana baginda menekankan kepentingan UTB dalam membentuk pakatan strategik triple helix dalam kalangan ahli akademik, industri dan kerajaan untuk membawa syarikat multinasional di kampus dan bekerja bersama-sama dalam perkongsian yang menawarkan terkini dalam bidang sains atau kemunculan sains baharu. Sesungguhnya, kedudukan UTB - Sesame World Technology Science, Technology and Innovation Lab (STI Lab) di kampus merupakan contoh kerjasama triple helix dalam kalangan ahli akademik, industri dan kerajaan. Hubungan simbiotik di antara ahli akademik industri di kampus akan memenuhi misi UTB, iaitu 'Untuk memberikan pengalaman pembelajaran meningkatkan penyelidikan dan menggalakkan perkongsian'. Saya faham bahawa penyelidikan, adalah penting pada perkongsian UTB - Sesame World Technology Kerajaan Brunei, di mana kerjasama triple helix akan membantu untuk mengenal pasti tenaga kerja yang berkaitan dengan industri-industri di Negara Brunei Darussalam, mempelbagaikan ekonomi melalui generasi produk-produk baharu, memastikan pemindahan pengetahuan melalui penganugerahan biasiswa dan mewujudkan kekayaan melalui harta intelek. UTB juga mesti berazam untuk memperkembangkan satu perusahaan dengan bekerja bersama Sesama World Technology atau syarikatsyarikat lain untuk membuat produk-produk teknologi tempatan dengan tag 'Buatan Brunei'. Saya dimaklumkan bahawa UTB - Sesame World Technology adalah makmal kedua yang ditubuhkan di bawah kumpulan STI Lab.
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa berucap pada Majlis Anugerah Biasiswa pada hari Khamis, 3 Jamdilakhir 1438 Hijrah bersamaan 2 Mac 2017 Masihi di The Pearl, Universiti Teknologi Brunei.
Terjemahan dari teks asal dalam bahasa Inggeris oleh Hajah Musmariani Haji Mohammed
STI Lab yang pertama ialah ECo-Marathon dan ia berfungsi sebagai asas fizikal untuk
3 APRIL 2017 BERSAMAAN 1438
kenderaan prototaip UTB ini. Saya juga dimaklumkan bahawa peranan STI Labs adalah untuk menyediakan platform untuk kakitangan, pelajar dan pihak berkepentingan bagi mereka untuk datang bersama-sama untuk membuat inovasi, membina prototaip dan atau untuk mencari kreativiti mereka. Saya tidak ragu-ragu bahawa kehadiran Sesame World Technology di kampus akan memberi faedah secara langsung kepada kakitangan dan pelajar UTB. Ia memberi peluang besar bagi mereka untuk bekerja bersama dengan industri di kampus, yang mungkin menjangkaui kerjasama penyelidikan dan pembangunan. Saya juga berharap perkongsian semasa akan menyediakan masa depan yang tamplat standard untuk penglibatan dalam kalangan institusi awam pengajian tinggi, industri dan Kerajaan Brunei Darussalam. InsyaaAllah, Kementerian Pendidikan akan sentiasa menyokong usaha tersebut. Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya ingin mengucapkan tahniah pada UTB, Sesame World Technology dan Kerajaan Brunei Darussalam melalui Bahagian Inovatif Teknologi dan Kreatif Industri, Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri atas usaha baharu ini, komitmen dan kesungguhan dalam mewujudkan kehadiran industri di kampus UTB. Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
KEDUDUKAN UTB - Sesame World Technology Science, Technology and Innovation Lab (STI Lab) di kampus merupakan contoh kerjasama 'triple helix' dalam kalangan ahli akademik, industri dan kerajaan. Hubungan simbiotik di antara ahli akademik industri di kampus akan memenuhi misi UTB, iaitu 'Untuk memberikan pengalaman pembelajaran meningkatkan penyelidikan dan menggalakkan perkongsian'.
APRIL
3 4 5 6 7 8 9
6
KHIDMAT SUKARELAWAN PERLU ATASI KELUARGA BERMASALAH
K
ELEMAHAN nilai keluarga yang menyebabkan berlakunya banyak kepincangan dalam masyarakat mendedahkan institusi kekeluargaan kepada suasana kritikan. Usaha untuk memperbaikinya dan meningkatkan nilai kekeluargaan merupakan satu tugas yang mencabar kerana nilai keluarga sentiasa tergugat oleh pengaruh-pengaruh negatif yang masuk dan menyerap dalam semua aspek kehidupan keluarga. Data-data perangkaan berkaitan kes jenayah umum, kesalahan di bawah undang-undang keluarga, kejadian sumbang mahram, statistik perceraian serta statistik-statistik penderaan kanakkanak, anak-anak yatim yang membimbangkan setentunya sesuatu yang pantas perlu dilakukan bagi memikirkan jalan memperbaiki dan membanteras keadaan. Di sinilah pemikiran yang praktikal untuk mengatasinya amat diperlukan, yang bukan hanya ditumpukan kepada pihak kerajaan sahaja tetapi juga semua organisasi khususnya badan-badan sosial yang juga berperanan dalam memberikan khidmat dan menangani isu-isu keluarga menurut kemampuan, terutamanya keluarga yang bermasalah. Dalam kes-kes tertentu, keluarga yang bermasalah bukan sahaja untuk diberikan nasihat bahkan juga perlu diberikan perlindungan. Hal sedemikian inilah memerlukan kepada lebih ramai tenaga. Dan apa yang lebih praktikal di mana khidmat nasihat keluarga boleh diberikan oleh sukarelawan atau pekerja-pekerja sosial yang aktif dengan program khidmat bantu dan nasihat. Dengan adanya semangat sukarelawan ini, sedikit sebanyak akan dapat mengatasi kes-kes tertentu yang melibatkan keluarga yang bermasalah, iaitu dengan membanyakkan bilangan sukarelawan-sukarelawan pekerja sosial yang dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran yang dipelajari secara teori dan amali seperti ilmu dan kemahiran yang sistematik seperti ilmu ehwal keluarga, Fiqh al-Usrah dalam bidang Al-Ehwal Asy-Syakhsyiah. Perkara ini bertepatan dengan saranan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman semasa berucap merasmikan Seminar Antarabangsa Fiqh Al-Usrah 2017 di Dewan Tarbiyah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) baru-baru ini, di mana badan-badan sosial diseru memeduli ehwal segelintir anggota masyarakat sekeliling yang sedang menghadapi masalah keluarga dengan bekerjasama menyelaras bersama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, juga dengan bantuan dan kerjasama orang-orang perseorangan. Perumpamaan ‘Jangan menjaga tepi kain orang’ mungkin tidak lagi sesuai, kerana demi untuk keselamatan pihak-pihak tertentu ada ketikanya kita perlu menjaga tepi kain orang, sebagai contoh jika melihat atau mendengar penderaan wanita dan kanak-kanak dalam kalangan jiran tetangga kita, perlukan kita terus berdiam sehingga memudaratkan ataupun membahayakan nyawa mangsa-mangsa tersebut? Sebagai manusia yang mempunyai naluri belas kasihan pasti tidak akan sanggup melihat perkara tersebut terjadi. Dalam hal ini, Islam mengajar umatnya agar menjadikan rumah tangga sebagai sebuah institusi yang aman, selamat, sihat, harmoni dan bahagia buat seluruh keluarga. Oleh itu, pembinaan keluarga yang bahagia ini perlu dilihat kepada peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh setiap isi rumah, merangkumi ibu bapa dan anak-anak. Tanggungjawab ini haruslah disemai sejak di awal perkahwinan lagi supaya ibu bapa menjadi orang pertama memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang betul kepada anak-anak. Suami atau ayah sebagai ketua keluarga adalah orang yang berperanan penting dan bertanggungjawab dalam menjaga kemaslahatan, memberikan bimbingan, pimpinan serta didikan kepada isteri, anak-anak dan keluarga agar mereka menjadi orang-orang mukmin yang bertakwa serta hidup bahagia lagi sempurna di dunia dan di akhirat. Ia tidak akan dapat dicapai melainkan suami atau ayah itu sendiri terlebih dahulu menghayati dan mengamalkan ajaran agama Islam kerana pimpinan dan ikutan yang berkesan itu adalah melalui contoh dan teladan. Di sini dapat disimpulkan bahawa keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang. Dari keluarga terpancarnya sinar kasih sayang. Dan daripada keluarga juga lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta kepada insan lain yang memerlukan. Jika perkara ini dapat dipraktikkan insyaaAllah tidak akan timbulnya masalah keluarga. - Ketua Penyuntingan (Zs).
REJAB
6 7 8 9 10 11 12
4 . 51 4 . 51 4 . 50 4 . 50 4 . 49 4 . 49 4 . 48
5 . 01 5 . 01 5 . 00 5 . 00 4 . 59 4 . 59 4 . 58
6 . 18 6 . 18 6 . 18 6 . 17 6 . 17 6 . 16 6 . 16
6 . 41 6 . 40 6 . 40 6 . 40 6 . 39 6 . 39 6 . 38
12 . 25 12 . 24 12 . 24 12 . 24 12 . 24 12 . 23 12 . 23
3 . 25 3 . 26 3 . 26 3 . 27 3 . 27 3 . 28 3 . 28
6 . 29 6 . 29 6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28
7 . 38 7 . 38 7 . 38 7 . 38 7 . 38 7 . 38 7 . 38
3
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
Brunei DPMM FC menang 2 - 0 ke atas Hougang United FC Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Masri Osman, Muhammad Asri Haji Awang Abas
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan anakanda Duli Yang Teramat Mulia, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ketika berkenan menerima junjung ziarah sejurus berangkat tiba di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Dari muka 1 Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah serta anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, iaitu Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah. Pasukan Brunei DPMM FC mempamerkan aksi yang bersemangat pada awal perlawanan apabila pemain importnya, Billy Mehmet berjaya mendahului permainan dengan menyumbangkan jaringan gol pertama bagi pasukan berkenaan pada minit ke-8. Pasukan Brunei DPMM FC sekali lagi mengejutkan pihak lawan, Hougang United FC apabila gawang pasukan itu dibolosi hanya seminit sebelum berakhirnya babak pertama melalui pemain Hendra Azam. Pada babak separuh masa kedua, pasukan Hougang United FC semakin memperkukuhkan pertahanannya sekali gus membuatkan pasukan Brunei DPMM FC hanya mampu mengekalkan kedudukan 2 - 0.
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman bersama anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, iaitu Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah ketika berkenan berangkat menyaksikan Perlawanan Liga S di antara pasukan Brunei DPMM FC menentang pasukan Hougang United FC.
PASUKAN Brunei DPMM FC bergambar ramai sebelum perlawanan menentang pasukan Hougang United FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
PEMAIN pasukan Brunei DPMM FC, Azwan Salleh semasa menyerang kubu lawan, pasukan Hougang United FC.
4
NASIONAL
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
Pusat Kesihatan Pengkalan Batu diiktiraf JCI Dari muka 1 JCI ialah sebuah organisasi yang dikenali dan diiktiraf di peringkat global sebagai peneraju dalam akreditasi yang berperanan untuk memantapkan keselamatan dan kualiti penjagaan kesihatan di peringkat komuniti antarabangsa serta
MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi (kiri) semasa menyampaikan sijil akreditasi JCI bagi Pusat Kesihatan Pengkalan Batu kepada Pegawai Perubatan Kanan, Dr. Dayang Hajah Norafizan binti Haji Hazipin, selaku Ketua Pusat Kesihatan tersebut.
membantu memperbaiki prestasi penyampaian penjagaan kesihatan. Akreditasi JCI ini adalah bertepatan dan mendukung sepenuhnya keutamaan strategik Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan penduduk Negara Brunei Darussalam melalui penyampaian sistem penjagaan kesihatan yang komprehensif,
berkualiti tinggi dan selamat. Selain itu, akreditasi JCI ini juga mendukung nilai - nilai teras Kementerian Kesihatan, iaitu mengutamakan pelanggan, dinamik melalui peningkatan kualiti secara berterusan, bersatu ke arah satu tujuan yang sama dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
KAKITANGAN Pusat Kesihatan Pengkalan Batu semasa sesi bergambar ramai.
Takwa rahsia kejayaan dunia akhirat Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi
TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud (tiga, kanan) dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama semasa hadir mendengarkan tazkirah.
SEMBAHYANG Fardu Subuh Berjemaah diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Mudim Awang Haji Amran bin Haji Mohd. Salleh.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 April. - Setiap jiwa pasti akan merasai mati dan semasa ditanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, siapakah orang yang pintar? Orang paling pintar itu ialah mereka yang sentiasa mengingati mati dan bersiap sedia untuk mati. Ke arah itu, persiapan untuk menghadapi mati hendaklah dipersiapkan dalam mengecapi kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat. Untuk itu, hanya dengan bertakwa dengan sebenar-benar takwa kepada Allah sahaja yang akan dapat memastikan kita memperoleh kejayaan kerana menurut ulama dalam takwa terhimpun segala kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Perkara tersebut dihuraikan dalam sesi tazkirah yang bertajuk Rahsia
Kejayaan Dunia dan Akhirat yang disampaikan oleh Daie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak yang diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di sini. Awang Abdul Rahman menambah, takwa itu menurut ulama adalah terbahagi pada tiga perkara, iaitu melakukan segala perkara yang dituntut / diperintahkan, meninggalkan atau menjauhi segala perkara yang dilarang dan yang terakhir sentiasa mengagungkan Allah Subhanahu Wata'ala. Antara yang hadir semasa sesi tazkirah selepas Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
NASIONAL
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
5
Lebih 250 pemancing sahut Cabaran Joran Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi
AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad (kiri) selaku tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang yang menyertai aktiviti Cabaran Joran.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 April. - Dataran Dermaga Diraja penuh ceria dengan kehadiran pengunjung kaki pancing yang menyertai aktiviti Cabaran Joran yang diadakan di ibu negara, di sini. Aktiviti memancing tersebut berjaya mengumpulkan 262 pemancing yang merupakan acara sempena Bandarku
SALAH seorang peserta semasa memperlihatkan hasil tangkapan beliau.
Ceria anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor Mengkubau, Mukim Mentiri dan Capt Fred's Fishing Supply. Penganjuran aktiviti bertujuan memberikan peluang kepada para penggemar aktiviti memancing untuk beriadah pada hujung minggu dalam suasana keceriaan. Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad selaku tetamu kehormat acara tersebut dalam ucapannya, antara lain menyeru kepada golongan belia agar terus melibatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah tanpa mengabaikan tanggungjawab lain seperti keluarga, pekerjaan dan pembelajaran. Kategori-kategori yang dipertandingkan dalam acara tersebut ialah Kategori Ikan Terberat yang menyediakan tiga hadiah utama dan 10 hadiah sagu hati, Kategori Ikan Terpantas, iaitu enam ekor ikan yang awal sampai ke meja timbangan dan Kategori Khas, iaitu ikan paling ringan, ikan terbanyak perseorangan, ikan terpanjang, peserta senior (warga emas) dan peserta termuda. Pada Cabaran Joran tersebut menyaksikan tangkapan pertama seawal jam 7.15 pagi yang diperoleh melalui peserta Awang Mohd. Zul Azri
bin Haji Abdul Rashid dan ikan terberat dicatatkan seberat 875 gram diperoleh pada jam 9.15 pagi oleh Awang Mohd. Alizan bin Haji Jaafar. Sementara itu, ikan teringan yang berjaya ditangkap ialah seberat 10g. Manakala peserta terbanyak memperoleh ikan pada Cabaran Joran berkenaan ialah Awang Mohd. Asmawi dengan tangkapan sebanyak lima ekor ikan. Pada Cabaran Joran itu turut menyaksikan penyertaan peserta paling senior turut menerima hadiah yang disandang oleh Awang Nawi bin Hassan berusia 68 tahun dan peserta termuda ialah Awang Mohd. Abdul Azim bin Osmandey berusia 6 tahun. Salah seorang pemancing yang ikut serta menyahut baik aktiviti yang dianjurkan oleh MPK RPN Kampung Panchor Mengkubau ini. Semasa ditemui Awang Haji Reduan bin Haji Anwar dan isterinya, Dayang Nurulhuda binti Haji Ibrahim berkata, aktiviti sebegini merupakan pemangkin pada budaya sihat lebih-lebih lagi ia didakan bersempena Bandarku Ceria. Aktiviti Cabaran Joran berakhir pada jam 11.00 pagi dengan penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.
SUASANA sekitar Cabaran Joran anjuran Majlis Perundingan Kampung Rancangan Perumahan Negara Kampung Panchor Mengkubau, Mukim Mentiri dan Capt Fred's Fishing Supply.
Toycon Brunei kembangkan aktiviti usahawan belia
SEBAHAGIAN alat mainan yang terdapat pada Toycon Brunei Ke-3 yang diadakan di Pusat Belia Bandar Seri Begawan.
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad (depan, tengah) semasa menyaksikan salah sebuah petak Toycon Brunei Ke-3.
Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Belia dan Sukan BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 April. - Toycon Brunei yang sinonim dengan penggemarnya dalam mempamerkan kreativiti dan
kemahiran antara satu sama lain berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pelbagai kategori termasuk Gunpla, kereta-
kereta model berskala dan kit ketenteraan. Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penutup Toycon Brunei Ke-3 yang berlangsung di Pusat Belia Bandar Seri Begawan (BSB) itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad yang juga menyampaikan sijil kepada para penjual yang menyertainya. Salah seorang wakil Brunei Hobby Enthusiasts (BHE), Awang Mohd. Nasroul Hizam bin Haji Souyono menyatakan, terdapat beberapa peserta baharu yang turut serta bersaing dalam pertandingan berkenaan. Katanya, itu menunjukkan bahawa di negara ini masih terdapat banyak
bakat tersembunyi untuk diterokai. Pihaknya tambah beliau, berharap akan dapat menggalakkan lebih ramai pereka model bagi meningkatkan permainan mereka dengan meneroka minat dan mempromosi persaingan sihat di samping meneruskan perkembangan diri. Kolaborasi bersama Pusat Belia BSB dan BHE melalui Toycon Brunei diharap dapat menjalinkan para belia daripada berlainan latar belakang dan melibatkan mereka dalam aktivitiaktiviti keusahawanan.
6
NASIONAL
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
Projek Amal Jemaah Masjid dilancarkan Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas MUKIM SUNGAI KEBUN, Ahad, 2 April. - Projek Amal Jemaah Masjid diadakan bagi memberikan kerjasama dalam usaha untuk menjaga kebersihan masjid. Sehubungan itu, majlis pelancaran projek berkenaan dilancarkan oleh Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh di Masjid Al-Muhtadee Billah Kampung Sungai Kebun, di sini. Terdahulu, Pegawai Hal Ehwal Masjid / Ketua Imam, Pengiran Mohd. Amiruddin bin Pengiran Haji Tejuddin, selaku Pengerusi Majlis dalam ucapannya berkata, projek itu merupakan satu projek sepanjang tahun yang memberi penumpuan pada masjid-masjid yang dipilih. Projek tersebut tambahnya, adalah dalam bentuk amal jemaah masjid, iaitu kerja-kerja membersihkan masjid dan sebagainya. "Alhamdulillah, pada tahun 2016, pihak masjid dapat mengungkayahkan Program Erat Silaturahim Jemaah Masjid ke Masjid-masjid Daerah Brunei dan Muara dan Tutong," ujarnya. Beliau menjelaskan, projek itu adalah bagi menjalinkan hubungan kerjasama dan persaudaraan di antara ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid, jemaah masjid, belia-belia masjid, Muslimah masjid dengan masjidmasjid yang dikunjungi.
Di samping itu katanya, ia adalah untuk meningkatkan pahala dalam beramal ibadat. Masjid yang dipilih dalam menjayakan projek tersebut terdiri dari masjid Zon 1A Brunei Muara, iaitu Masjid Pehin Datu Imam Haji Mokti, Kampung Burong Pingai Ayer; Masjid Perdana Wangsa Haji Muhammad Kampung Setia; Masjid Kampung
PEGAWAI Hal Ehwal Masjid / Ketua Imam, Pengiran Mohd. Amiruddin bin Pengiran Haji Tejuddin, selaku Pengerusi Majlis menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.
Menunggol; Masjid Kampung Pintu Malim dan masjid dari Zon 1B Brunei Muara, iaitu Rumah Ibadat Kampung Bebuloh; Masjid Kampung Lumapas, Masjid Kampung Kasat dan Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Majlis diakhiri dengan mengunjungi ke Masjid Pehin Datu Imam Haji Mokti, Kampung Burong Pingai Ayer.
PENGARAH Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh (kanan) semasa hadir bagi merasmikan pelancaran Projek Amal Jemaah Masjid.
ANTARA Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Jemaah Masjid Kampung Sungai Kebun yang hadir semasa Majlis Pelancaran Projek Amal Jemaah Masjid.
Jerayawara kongsi maklumat PKBN Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim TUTONG, Sabtu, 1 April.- Matlamat penubuhan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) antaranya adalah bagi melahirkan generasi belia yang bertanggungjawab dan berdisiplin untuk menyumbang pada pembangunan sosioekonomi negara. Sehubungan itu, Jerayawara PKBN bagi Tahun 2017 yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Bahagian Khidmat Bakti Negara diteruskan lagi bertempat di ruang legar, Aras Bawah, Petani Mall, di sini. Urusetia PKBN (Ibu Pejabat), Dayang Siti Musfairuz binti Haji Mohamad semasa ditemui menjelaskan jerayawara tersebut diadakan selama tiga hari bermula kelmarin dari jam 9.00 pagi sehingga 8.00 malam. Jerayawara tersebut ujarnya,
memberikan maklumat dan mempromosikan mengenai program berkenaan kepada orang ramai dan kepada belia khususnya yang berkeinginan menyertai program berkenaan untuk sesi yang baharu nanti. Sementara itu, lepasan pelatih, 11153 Awang Mohd. Azreen Basheer bin Moh Abdooh dan 11370 Dayang Qurratul'ain Syukriyah binti Haji Shamsul Ariffin ketika ditemui menjelaskan mereka menyertai jerayawara itu secara sukarela. URUSETIA PKBN (Ibu Pejabat), Dayang Siti Musfairuz binti Haji Mohamad (dua, kiri); lepasan Pelatih PKBN, 11153 Awang Mohd. Azreen Basheer bin Mohd Abdooh (kanan) dan 11370 Dayang Qurratul'ain Syukriyah binti Haji Shamsul Ariffin (kiri) semasa ditemui oleh Pelita Brunei.
Tayangan filem tarik ramai pengunjung Jerudong Park Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah JERUDONG, Sabtu, 1 April. Malam Tayangan Filem Jerudong Park menarik lebih 200 penonton yang mengunjungi Jerudong Park Garden, di sini. Dengan hanya bayaran BND2.00, para pengunjung boleh menonton dua filem bermula jam 8.00 malam sehingga 11.30 malam. Tayangan filem merupakan filem animasi mesra keluarga berjudul 'Storks' diikuti filem aksi komedi yang dibintangi oleh Jackie Chan, iaitu bertajuk 'Skiptrace'. Orang ramai juga digalakkan untuk membawa keperluan peralatan yang bersesuaian bagi keselesaan masing-masing semasa menonton
tayangan filem berkenaan. Di samping itu, pelbagai jualan makanan dan minuman juga disediakan seperti Blackball, Real Halo-Halo & Pizza, Tummy Yummy, Simplicious dan sebagainya. Juga dianjurkan pada acara itu ialah pertandingan mewarna bagi memenangi hadiah bernilai BND60.00 yang dibukakan kepada tiga kategori, iaitu 6 hingga 9 tahun, 10 hingga 12 tahun dan 13 tahun ke atas. ORANG ramai berpeluang menyaksikan Jerudong Park (JP) Movie Night yang diadakan di Jerudong Park Garden.
NASIONAL
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
7
Penjualan barangan sentiasa dipantau
TIMBALAN Setiausaha Tetap (Ekonomi dan Kewangan) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dayang Dr. Dayang Hajah May Fa'ezah binti Haji Ahmad Ariffin (kanan) mengetuai lawatan pemeriksaan mengejut di beberapa premis perniagaan di kawasan Gadong.
Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 April. - Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Jabatan Perdana Menteri melalui Bahagian Hal Ehwal Pengguna (BHEP) telah menjalankan pemeriksaan mengejut (spot check) di beberapa premis perniagaan di kawasan Gadong. Lawatan tersebut diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Ekonomi dan Kewangan) di Jabatan Perdana Menteri, Dayang Dr. Dayang Hajah May Fa'ezah binti Haji Ahmad Ariffin. Turut menyertai lawatan ialah Pemangku Timbalan Ketua Pengarah JPKE, Awang Haji Asrul Adrain bin POKSPDSS Dr. Haji Ahmad;
Pemangku Penolong Pengarah BHEP JPKE, Dayang Siti Maisarah bin Haji Majid serta 15 pegawai dan kakitangan BHEP. Objektif lawatan ialah bagi memastikan barangan yang dikawal harga di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 khususnya minyak masak dan susu tepung berformula tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan oleh JPKE. Manakala gula dan beras tidak dijual melebihi harga subsidi yang ditetapkan. Justeru, lawatan ini secara keseluruhan dihasratkan untuk memastikan para peniaga di negara ini mematuhi perundangan Akta Kawalan Harga, Penggal 142.
PIHAK JPKE juga menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan konsep 'Pengguna Bijak', iaitu dengan membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian bagi mendapatkan harga yang berbaloi dan memuaskan.
Peniaga yang didapati tidak mematuhi perundangan Akta Kawalan Harga, Penggal 142 akan dikenakan tindakan yang bersesuaian seperti dikeluarkan Notis Amaran; Dikenakan kompaun tidak melebihi BND1,000; Dikenakan denda sebanyak BND5,000 dan penjara 2 tahun atau Dikenakan denda sebanyak BND20,000 dan penjara 5 tahun bagi kesalahan berulang. Pihak JPKE turut memantau harga-harga barangan yang terkandung di dalam perubahan kadar-kadar duti impot kastam dan duti eksais, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan. Dalam perkara yang sama, lawatan mengejut juga diteruskan ke bengkel-bengkel kereta bagi memantau harga tayar dan spare parts. Dalam kesempatan ini, pihak JPKE menasihatkan para peniaga untuk tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya dan menyarankan untuk meletakkan harga yang berpatutan selaras dengan perubahan pembaruan cukai, melalui SEBARANG pertanyaan atau aduan, orang ramai dinasihatkan untuk berhubung terus dengan JPKE melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak / SmartConsumer atau melalui saluran seperti di bawah dengan memberikan dokumen dan maklumat sokongan seperti resit pembelian dan nama syarikat yang diadukan bagi melancarkan proses penyiasatan. Orang ramai boleh menghubungi talian telefon +673 2230223 semasa waktu pejabat atau e-mel ke 'aduanpengguna@jpke.gov.bn' atau 'consumercomplaint@ jpke.gov.bn' atau Facebook 'www.facebook.com/Aduan PenggunaJPKE' atau terus ke Pejabat BHEP di BHEP, Bilik 3.06, Tingkat 3, West Wing, JPKE, Blok 2A, Jalan Ong Sum Ping, BA1131 Negara Brunei Darussalam.
persaingan yang adil dan sihat. Pihak JPKE juga menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan konsep 'Pengguna Bijak', iaitu dengan membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian bagi mendapatkan harga yang berbaloi dan memuaskan. Sebarang pertanyaan atau aduan, orang ramai dinasihatkan untuk berhubung terus dengan JPKE melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak / SmartConsumer atau melalui saluran seperti di bawah dengan memberikan dokumen dan
maklumat sokongan seperti resit pembelian dan nama syarikat yang diadukan bagi melancarkan proses penyiasatan. Orang ramai boleh menghubungi Talian telefon +673 2230223 semasa waktu pejabat atau e-mel ke aduanpengguna@jpke.gov.bn atau consumercomplaint@jpke.gov.bn atau Facebook www.facebook.com/Aduan PenggunaJPKE atau terus ke Pejabat BHEP di BHEP, Bilik 3.06, Tingkat 3, West Wing, JPKE, Blok 2A, Jalan Ong Sum Ping, BA1131 Negara Brunei Darussalam.
TIMBALAN Setiausaha Tetap (Ekonomi dan Kewangan) di JPM, Dayang Dr. Hajah May Fa'ezah bersama pegawai dari JPKE, memantau harga barang pengguna di premis perniagaan di Gadong (atas dan bawah).
Amalan tadbir urus Islam dibincangkan Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Brunei Darussalam TUNGKU LINK, Sabtu, 1 April. Sebanyak tujuh kertas kerja akademik telah dibentangkan semasa Simposium Tahunan Tadbir Islam Ketiga anjuran Institut Kajian Dasar (IPS), Universiti Brunei Darussalam (UBD), yang diadakan selama sehari bertempat di Bilik Senat, Dewan Canselor, UBD. Simposium tersebut merupakan lanjutan daripada siri simposium yang telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu yang memberi tumpuan khusus pada disiplin dan amalan Tadbir Islam yang baru muncul dan hubungannya dengan dasar, kerajaan, dan masyarakat. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Naib Canselor UBD, Datin Dr. Dayang Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz. Dengan tema 'Mengintegrasikan Fungsi Organisasi dalam Sistem Tadbir Urus Islam, simposium sehari tersebut diisikan dengan perbincangan mengenai bagaimana organisasi, yang terdiri daripada individu, boleh berfungsi sebagai satu kumpulan yang padu dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk beribadah
kepada Allah. Simposium juga menekankan empat komponen utama Tadbir Islam, iaitu pertama, teologi, kedua, perundangan, ketiga nilai-nilai dan keempat, konteks budaya, di mana ia bertentangan dengan latar belakang yang mungkin berbeza perspektif, isu-isu dan cabaran pelaksanaan integrasi peka gender dalam Tadbir Islam boleh dinilai. Tema ini adalah kesinambungan daripada perbincangan yang telah diadakan semasa dua simposium sebelumnya. Simposium Pertama memperkenalkan konsep Tadbir Islam dan pelbagai manifestasi dan menerokai kebanyakan fungsi dan pelbagai aktiviti yang termasuk dalam bidang kuasa Tadbir Islam, manakala pada Simposium Kedua, kertas kerja yang dibentangkan memberi tumpuan pada mengenal pasti peranan dan melindungi hak-hak di bawah Tadbir Islam. Antara kertas kerja yang dibentangkan adalah Evolusi Tadbir Urus 'The Evolution of Islamic Governance' oleh Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos, Menghadapi Teologikal Tadbir Islam 'The Theological Faces of
Islamic Governance' oleh Dr. Azmi bin Haji Mohamad, Faktor Budaya bagi Tadbir Urus Cohesive (Cultural Factors for Cohesive Governance) oleh Profesor Amin Abdul Aziz, Perkhidmatan Awam berteraskan Islam: Melangkah ke hadapan (An Islam-Centric Civil Service : A Way Forward) oleh Dr. Azaharaini Haji Mohd. Jamil, Mengintegrasikan Ideas : Pembelajaran Digital dalam Dunia Islam (Integrating Ideas : Digital Learning in an Islamic World) oleh Professor Abdal-Hakim Hardaker, Muslim dan UndangUndang (The Muslim and the Law) oleh Pengiran Hajah Zabaidah binti Pengiran Haji Kamaludin, dan Gerak Kuasa dinamik : Perlembagaan Brunei 1959 (Manoeuvring Power Dynamics : The Brunei Constitution 1959) oleh Majdey Zawawi. Objektif Simposium Ketiga adalah untuk mendalami pemahaman terhadap prinsip-prinsip Tadbir Urus Islam dan potensinya untuk menyediakan pendekatan yang bersepadu dan sistematik bagi pelaksanaan MIB (Melayu Islam Beraja) serta aplikasinya ke dalam dasar awam. UBD, melalui IPS, kini merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi di dunia yang menawarkan kursus-kursus serta Sarjana dan program Ph.D dalam Tadbir Islam. Melalui program Sarjana dalam
NAIB Canselor UBD, Datin Dr. Dayang Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz (tiga, kanan) hadir pada Simposium Tahunan Tadbir Islam Ketiga anjuran Institut Kajian Dasar (IPS), UBD.
Dasar Awam dan Pengurusan (MPPM), IPS telah membentuk perkongsian dengan beberapa sekolah dasar awam di Amerika
termasuk University Georgetown, University of Maryland, Universiti Duke, dan University of California, Berkeley.
8
NASIONAL
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
Kajian Susulan KBPP bermula 3 April 2017 Berita dan Foto : Haji Ariffin bin Mohd. Noor / Morshidi
PEMANGKU Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Awang Haji Asrul Adrain bin Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Haji Ahmad (kiri) semasa mempengerusikan sidang media berkenaan kajian susulan bagi Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan (KBPP) 2016.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 April. - Ke arah mengemaskini bilangan dan maklumat penduduk yang telah diperolehi semasa Banci Penduduk dan Perumahan (BPP) 2011
dan bagi kegunaan banci dan kajian akan datang, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Jabatan Perdana Menteri telah mengendalikan Kemaskini Banci Penduduk dan
Perumahan (KBPP) 2016. KBPP 2016 tersebut meliputi semua rakyat Negara Brunei Darussalam, penduduk tetap atau sementara termasuk para pekerja asing di negara
ORANG ramai yang memerlukan keterangan lanjut mengenai Kajian Susulan KBPP 2016 boleh menghubungi JPKE melalui talian +673 2230250 atau +673 2230265 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel di alamat 'population.census@ jpke.gov.bn'. Keterangan lanjut juga boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi JPKE di alamat 'www.jpke.gov.bn'. JPKE terletak di alamat Blok 2A, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan.
ini dan hasil dapatan daripada KBPP 2016 akan memberikan penanda aras baharu bagi kegunaan penilaian, perancangan dan pembentukan dasar oleh pihak kerajaan dan pelbagai tujuan penganalisaan dan penyelidikan oleh pengguna-pengguna lain. Berikutan dengan itu JPKE akan menjalankan Kajian Susulan KBPP 2016 di seluruh negara secara berperingkat yang melibatkan tempat-tempat kediaman yang telah dikenalpasti sahaja. Perkara tersebut dijelaskan oleh Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Awang Haji Asrul Adrain bin Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Haji Ahmad semasa mempengerusikan sidang media yang diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 7, JPKE, di sini. Menurutnya, Kajian Susulan KBPP 2016 yang akan bermula pada 3 April 2017 itu bertujuan untuk menilai kualiti data yang telah diperolehi bagi memastikan KBPP 2016 mencapai tahap kualiti yang sewajarnya dari segi liputan yang menyeluruh serta ketepatan dan kandungan yang lengkap bagi setiap maklumat yang diperlukan. Sementara itu Pengarah Perangkaan, Dayang Hajah Mariah binti Haji Yahya menjelaskan pegawai-pegawai banci yang akan menjalankan Kajian Susulan KBPP 2016 akan membawa Kad Pengenalan dan mengenakan vest khas bagi tujuan pengenalan. Beliau juga menyeru orang ramai agar akan dapat memberikan kerjasama kepada pegawai-pegawai banci bagi melancarkan Kajian Susulan KBPP 2016. Ke arah ini ketua-ketua isi rumah turut dipohonkan untuk melaporkan ke JPKE jika sekiranya tempat
kediaman mereka belum dikunjungi bagi KBPP 2016 atau borang tanya banci yang telah diedarkan belum diambil semula oleh pegawai banci. Kajian Susulan yang dijalankan ini adalah di bawah Akta Banci, Bab 78 daripada Undang-Undang Negara Brunei Darussalam yang mewajibkan orang ramai untuk bekerjasama dan mematuhi apa jua keperluan bagi melengkapkan soalan banci. Kegagalan berkerjasama merupakan satu kesalahan dan bab berkenaan turut memperuntukan denda sebanyak BND2,500 dan penjara selama 6 bulan jika sabit kesalahan, jelas beliau lagi.
CONTOH borang banci penduduk dan perumahan (KBPP) 2016 yang digunakan sepanjang tempoh kajian susulan dijalankan.
TelBru berusaha wujudkan masyarakat celik teknologi
KAKITANGAN TelBru menerangkan mengenai teknologi Smart Nation kepada pelajar-pelajar Politeknik Brunei, Kampus Lumut.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 April. - Telekom Brunei Berhad (TelBru) meneruskan usahanya dalam membarigakan lagi inisiatif Smart Nation kepada para pelajar Politeknik Brunei di Kampus Lumut
dan Bandar Seri Begawan. Lebih 1,000 pemimpin muda yang berpotensi telah berkunjung ke Jerayawara bergerak TelBru sepanjang tempoh dua hari ia diadakan dan diperkenalkan kepada kakitangan
TelBru yang bertanggungjawab mempelopori program ini dengan memberikan penekanan terhadap Internet of Things (IOT) dan konsep sumbangan kepada pembangunan masyarakat celik teknologi. Ia merupakan jumlah pelajar terbesar setakat ini dalam usaha TelBru mewujudkan usahawan teknologi muda (young technopreneurs) di Negara Brunei Darussalam. Jerayawara tersebut merupakan sebahagian daripada usaha ke arah menyokong Wawasan Brunei 2035 secara umum dengan memberi penekanan khusus pada pembangunan masyarakat berpendidikan dan berkemahiran tinggi, meningkatkan kualiti hidup melalui ICT dan menyumbang pada penjanaan ekonomi yang dinamik dan mapan. Siri jerayawara bergerak 'TelBru Smart Nation' dijadualkan akan diadakan sepanjang tahun ini dengan memberi tumpuan pada institusi pendidikan tinggi dan sekolah menengah di negara ini. Di samping penerangan mengenai pembangunan berkaitan Internet of Things (IOT) dalam dan di luar negara, jerayawara juga mempamerkan teknologi terkini dalam mencipta masa depan kehidupan yang lebih baik melalui penyelesaian teknologi yang dibolehkan, selain
Siaran Akhbar dan Foto : Telekom Brunei Berhad (TelBru) diisikan dengan mini pameran 'Smart Nation' dan perkhidmatan TelBru. Institusi pendidikan yang berminat untuk menyediakan nilai tambah pengalaman pendidikan dalam
pembangunan ICT Brunei adalah dialu-alukan untuk menghubungi TelBru di ibu pejabatnya, atau melalui pelbagai platform media sosial TelBru untuk maklumat lanjut.
PARA pelajar Politeknik Brunei mendengarkan penerangan mengenai Smart Nation.
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
AGAMA
9
10
RENCANA KHAS
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
Sektor Pertahanan capai transformasi signifikan Oleh : Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Meja Kandungan Khas Pelita Brunei, Jabatan Penerangan
L
EBIH dari 50 tahun yang lalu, berkat semangat kenegaraan dan pandangan jauh paduka ayahanda Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, satu pasukan keselamatan telah berjaya direalisasikan dengan penubuhan Askar Melayu Brunei pada 31 Mei 1961. Organisasi yang diasaskan oleh paduka ayahanda ini telah berkembang pesat pada tahun-tahun awal penubuhannya, sekali gus melakar arah tuju dan merintis laluan bagi perkembangan yang telah dikecapi sehingga sekarang,'' Titah
Perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sempena Penerbitan Khas Buku Jubli Emas ABDB, 31 Mei 2011. SEJARAH RINGKAS KEMENTERIAN PERTAHANAN
Pengisytiharan Kemerdekaan pada 1 Januari 1984 membuka era baharu bagi Negara Brunei Darussalam yang mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menyampaikan titah mengenai penyusunan semula kerajaan dengan penubuhan 10 kementerian termasuk Kementerian Pertahanan. Penubuhan Kementerian Pertahanan menandakan permulaan bagi Negara Brunei Darussalam untuk bertanggungjawab secara langsung bagi menguruskan pertahanan sendiri, yang sebelum ini di bawah Kerajaan British. Dengan penubuhan tersebut, jawatan Menteri Pertahanan dipegang oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, yang ketika itu dikenali sebagai Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Sir Muda Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, ayahanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Pada wafatnya Al-Marhum pada 7 September 1986, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan. Pada penghujung tahun 1986, Kementerian Pertahanan menampilkan transformasi baharu dan moden untuk Negara Brunei Darussalam. Dalam memenuhi keperluan pengurusan pertahanan, Kementerian Pertahanan dipimpin oleh Menteri Pertahanan yang
dibantu oleh Timbalan Menteri Pertahanan dan menubuhkan dua bahagian berasingan yang dianggotai oleh staf awam dan staf tentera. Bahagian staf awam diketuai oleh Setiausaha Tetap, yang bertanggungjawab untuk empat Jabatanarah, iaitu Jabatanarah Kewangan dan Perolehan; Pentadbiran dan Tenaga Manusia; Pembangunan dan Kerja Perkhidmatan; dan Politik dan Organisasi. Manakala bahagian staf tentera diketuai oleh Pemerintah ABDB yang merupakan penasihat utama pertahanan dan hal-hal operasi ketenteraan kepada Menteri Pertahanan yang juga selaku Pemerintah Tertinggi ABDB. Terdapat lima Jabatanarah di bahagian ini, iaitu Gerakan, Perisikan dan Keselamatan, Keanggotaan, Latihan dan Logistik. SEJARAH RINGKAS ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI Semasa Pengisytiharan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Maulana Al-Sultan Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam sebagai Sultan Brunei Ke-28 pada 31 Mei 1961, tarikh tersebut juga merupakan detik penting bagi permulaan penubuhan Askar Melayu Brunei. Pada 31 Mei 1965, gelaran Askar Melayu Brunei telah dianugerahkan dengan gelaran Diraja dan dikenali sebagai 'Askar Melayu Diraja Brunei'. Sejak Hari Kemerdekaan pada 1 Januari 1984, Askar Melayu Diraja Brunei diubah gelaran sebagai ABDB. Selaras dengan perkembangan semasa, pada 17 September 1991, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah bagi penyusunan semula struktur ABDB pada 5 unit utama, iaitu Angkatan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Angkatan Perkhidmatan Bantu ABDB (PB ABDB) dan Pusat Latihan ABDB (PL ABDB).
Ke muka 11
RENCANA KHAS
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
11
Dari muka 10 PERANCANGAN PERTAHANAN Di bawah tampuk kepimpinan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kementerian Pertahanan dan ABDB akan terus maju dan komited dengan peranannya dalam melaksanakan dasar pertahanan, meningkatkan keupayaan pertahanan, meningkatkan diplomasi pertahanan dan menyumbang pada pembangunan negara. Kementerian Pertahanan dan ABDB juga meletakkan penekanan dalam mengekalkan standard disiplin yang tinggi dan nilai-nilai teras seperti ketakwaan, kesetiaan, keberanian dan profesionalisme dalam kalangan anggotaanggotanya. Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa menuntut agar benteng pertahanan negara dilengkapi dengan keupayaan dan kapasiti angkatan tentera yang mencukupi dan berkesan bagi menjamin survival Negara Brunei Darussalam. Justeru itu, Kementerian Pertahanan akan terus mempertingkatkan semangatpadu dan keperwiraan dalam mewujudkan serta membina kapasiti operasi yang efektif dalam mendukung hasrat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk membangunkan sebuah angkatan bersenjata yang bersepadu dan unggul dalam pertahanan. DETIK DAN TRAJEKTORI PENCAPAIAN SEKTOR PERTAHANAN Sejak pelancaran Kertas Putih Pertahanan pertama pada tahun 2004, Kementerian Pertahanan dan ABDB mencapai satu siri mercu tanda transformatif yang signifikan dengan pencapaianpencapaian dilaksanakan secara lutanan bagi memberikan impak positif pada misi, peranan dan tanggungjawab kita dalam mempertahankan negara. Atas berkat kepimpinan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pelbagai detik-detik penting perkembangan telah direalisasikan yang merangkumi pembangunan sumber manusia, keupayaan, kerjasama diplomasi pertahanan, penglibatan dalam operasi serantau dan antarabangsa, serta penubuhan beberapa enablers pada dukungan operasional. Dalam mencapai visi untuk melahirkan angkatan tentera yang robust, responsif dan cekap
dalam penggunaan sumber, sektor pertahanan telah membuat trajektori dan pelaburan keselamatan secara berperingkat dan menyeluruh. Antara pencapaian tersebut termasuk penubuhan Unit Inspektorat (2006), Jabatan Agama ABDB (2006), Pusat Optima Kecergasan (2007), Markas Angkatan Bersama ABDB (2007), Jabatanarah Pembangunan Keupayaan Tentera (2007) dan Akademi Pertahanan ABDB (2010). Namun trajektori Kementerian Pertahanan bukanlah terhad secara perkembangan dalaman sahaja malah juga menjurus pada peningkatan dalam diplomasi pertahanan. Ini termasuk menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus pada tahun 2013 serta buat kali pertamanya menganjur bersama latihan
ADMM-Plus Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) dan Perubatan Tentera (MM) pada tahun 2013 serta Latihan Sekuriti Maritim dan Anti-Pengganasan pada tahun 2016. Manakala Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Pertahanan juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) / Perjanjian Pertahanan dengan 18 buah negara sahabat dengan penandatanganan MoU terkini dengan India pada Februari 2016, dengan Rusia pada Mei 2016 dan dengan Singapura pada Ogos 2016. Negara Brunei Darussalam juga membuka Pejabat Atase / Penasihat Pertahanan di sembilan buah negara, iaitu di China, Indonesia, Malaysia, Republik Filipina, Republik Singapura, Thailand, United Kingdom, United States of America dan Viet Nam.
12
AGAMA
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
Pilih Islam sebagai pegangan hidup Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 April. - Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Da'wah Islamiah (PDI), pada tahun ini sahaja seramai 74 orang telah memilih agama Islam sebagai agama pegangan hidup mereka. Jumlah tersebut telah ditambah lagi setelah seorang lelaki berbangsa Iban, Aliyous Jeram anak Besi melafazkan ikrar pengakuan Islamnya di hadapan pegawai-pegawai dari PDI pada Majlis Pengislamannya bertempat di Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan, di sini. Aliyous Jeram anak Besi, 28, kini dikenali dengan nama Islamnya, Awang Muhammad Arman Jahran
bin Abdullah. Terdahulu, majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramairamai, kemudian diraikan dengan laungan Dikir Marhaban dan acara
menabur bunga rampai kepada saudara baharu yang diraikan. Hadir pada majlis tersebut, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad serta sanak saudara dan penduduk kampung sekitarnya.
ALIYOUS Jeram anak Besi, kini dikenali dengan nama Islamnya, Awang Muhammad Arman Jahran bin Abdullah semasa melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan pegawai Pusat Da'wah Islamiah.
AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad (dua, kanan) semasa hadir pada Majlis Pengislaman bertempat di Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan.
Seorang anggota PDB peluk Islam Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
AWANG Muhammad Hardy Hisyam bin Bujang (dua, kiri) bersama isteri, Dayang Nur Hazlen binti Abdul Hariz (tiga, kiri) dan anak mereka, Awang Muhammad Adam Mikael bin Awang Muhammad Hardy Hisyam (kiri) semasa Majlis Pengislaman.
TUTONG, Ahad, 2 April. - Seorang anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) bersama isteri dan anak lelaki mereka telah melafazkan dua kalimah syahadah pada Majlis Pengislaman di rumah kediaman mereka di Jalan Litad, Kampung Bukit, di sini. Herdey anak Bujang merupakan anggota PDB yang memilih nama Islamnya sebagai Awang Muhammad Hardy Hisyam bin Bujang, sementara isterinya Chen Hazlen memilih nama Islamnya sebagai Dayang Nur Hazlen binti Abdul Hariz dan anak mereka, Hazel Joshua anak Herdey, kini dikenali sebagai Awang Muhammad Adam Mikael bin Awang Muhammad Hardy Hisyam. Hadir menyaksikan Majlis Pengislaman selaku tetamu kehormat ialah Penguasa Kanan PDB, Radin Jofri bin Radin Mas Basiuni. Majlis Pengislaman tersebut diraikan dengan laungan Dikir Marhaban dan acara menabur bunga rampai kepada saudara baharu yang diraikan. Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, selaku Penghulu
PENGUASA Kanan PDB, Radin Jofri bin Radin Mas Basiuni (dua, kanan) semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Pengislaman tersebut. Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, selaku Penghulu Mukim Telisai (kanan).
Mukim Telisai; Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Awang Haji Hassan bin Amat; Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji
Haizul Rizal bin Haji Yahya; Penghulu Mukim Ukong, Awang Haji Omar bin Abdul Aziz serta ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua unit PDB.
Aktiviti keagamaan meriahkan Karnival Cinta Masjid Oleh : Nooratini Hj Abas Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali SENGKURONG, Sabtu, 1 April. Karnival Cinta Masjid yang julung
kali diadakan oleh Masjid Sultan Sharif Ali melalui Kumpulan
Syababul Iman adalah bersempena dengan Penubuhan Kumpulan Belia Syababul Iman Kali Ke-5. Sehubungan itu, aktiviti pada karnival tersebut diteruskan lagi dengan ceramah motivasi 'Inspirasiku'
SEBAHAGIAN belia yang hadir pada Karnival Cinta Masjid yang berlangsung di Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong.
yang disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Awang Muhammad Hamzi bin Omar bertempat di masjid berkenaan. Dalam ceramahnya beliau, antara lain memberikan kesedaran kepada belia-belia dan orang awam mengenai pentingnya penglihatan, di samping menjaga hak asasi bagi masalah-masalah penglihatan. Karnival bertemakan 'Lakastah ke Masjid' tersebut berlangsung selama tiga hari bermula 31 Mac lalu dan berakhir pada 2 April. Karnival tersebut antara lain bertujuan untuk mengimarahkan dan menghidupkan masjid dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan, selain menzahirkan dan memahami fungsi masjid sebagai tempat yang digemari dan tidak asing bagi masyarakat.
TIMBALAN Presiden, Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Awang Muhammad Hamzi bin Omar semasa menyampaikan ceramahnya dengan membawa tajuk 'Inspirasiku'.
NASIONAL
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
13
Ekspo pameran perkenal hasil produk Jabatan Penjara Oleh : Khartini Hamir, Mahirah Haji Mohd. Raduan Foto : Dk . Nur Hafilah Pg. Osman
KETUA Pengajar Jabatan Penjara, Awang Mohd. Hilmi bin Wasli.
RIMBA, Sabtu, 1 April. - Ekspo Pameran dan Jualan Produk Jabatan Penjara sempena memperingati penubuhan jabatan berkenaan Ke-63 Tahun diadakan selama tiga hari bermula 31 Mac hingga 2 April,
bertempat di Giant Hypermart Tasek Rimba, di sini. Melalui temu bual bersama Ketua Pengajar Jabatan Penjara, Awang Mohd. Hilmi bin Wasli berkata, antara aktiviti-aktiviti yang diselenggarakan hari ini ialah pameran dan demonstrasi sebat mengikut jadual serta masa yang ditetapkan oleh bahagian jabatan tersebut dan aktiviti jerayawara bersama Nasional FM yang membuat siaran langsung di petak pameran mereka sendiri. Sementara pada Ahad jelasnya, pertandingan teh tarik akan dianjurkan oleh Sabli Food Industries Sendirian Berhad. Tambahnya, di samping itu, jualan-jualan produk Jabatan Penjara dari ketiga-tiga institusi, iaitu Penjara Jerudong, Penjara Maraburong dan Penjara Wanita diadakan,
antara jenis-jenis produk dari Penjara Jerudong ialah menampilkan pelbagai jenis perabot dan kraf tangan serta seni khat kaligrafi, di mana tahun ini telah mengeluarkan model baharu, iaitu model kaligrafi yang berbentuk tiga dimensi. Manakala Penjara Maraburong katanya, menampilkan pelbagai jenis perabot dan kraf tangan, namun menampilkan kelainannya dari segi menghasilkan perabot dari gabungan besi dan kayu, manakala Penjara Wanita pula telah menghasilkan produk seperti kraf tangan serta jahitan seperti tudung, songkok dan sebagainya. Menurut beliau lagi, produk-produk yang dihasilkan oleh penghunipenghuni Jabatan Penjara itu adalah dilatih dan diajar oleh guru-guru
ANTARA produk yang dijual pada Ekspo Pameran dan Jualan Produk Jabatan Penjara bertempat di Giant Hypermart Tasek Rimba.
serta pegawai dan kakitangan di jabatan berkenaan. Beliau seterusnya menjelaskan, Jabatan Penjara juga menjemput Bahagian Mualaf Pusat Dakwah Islamiah dan Rakan Seliaan, iaitu bekas penghuni yang telah bebas, di mana mereka ini dijemput untuk menjual produk-produk mereka berbentuk kraf tangan, makanan, minuman untuk diperkenalkan kepada masyarakat. Di samping itu katanya, ekspo tersebut juga bertujuan untuk memperkenalkan hasil produk kraf tangan, perabot dan pertanian daripada penghuni-penghuni yang mengikuti program pemulihan, membarigakan kepada masyarakat
akan amalan pemulihan yang dilaksanakan khususnya melalui latihan vokasional dan kemahiran. Mengakhiri temu bual tersebut, beliau berharap dengan adanya ekspo seumpama ini, masyarakat di luar dapat melihat produk-produk yang dihasilkan oleh penghunipenghuni di dalam Jabatan Penjara juga Rakan Seliaan, iaitu penghuni yang telah bebas diharap sama-sama datang beramai-ramai melihat bentuk kualiti buatan produk penghuni dan meyakinkan mana-mana bahagian seperti kerajaan, swasta, NGO untuk sama-sama menyokong dan memberikan sokongan serta pemulihan yang cemerlang di Jabatan Penjara.
ORANG ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi Ekspo Pameran dan Jualan Produk Jabatan Penjara bertempat di Giant Hypermart Tasek Rimba (kiri dan kanan).
Bahagian Perkhidmatan Radio adakan jerayawara rancangan yang berkualiti. Selain itu, objektif jerayawara berkenaan adalah untuk memberikan perkhidmatan penyiaran dan penyebaran maklumat melalui siaran radio ke arah membina serta membentuk sikap, peribadi, pemikiran dan nilai-nilai murni yang sesuai untuk kemajuan juga kejayaan pembangunan sosioekonomi selaras
dengan wawasan negara dan hasrat kerajaan. Dalam pada itu, ulang tahun penubuhan Jabatan Penjara disambut setiap 1 Mac dan dalam mencapai usianya yang genap 63 tahun, Jabatan Penjara terus memainkan peranan dan tanggungjawab bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan negara.
ANTARA tenaga kerja rangkaian Nasional FM, Bahagian Perkhidmatan Radio, Radio Televisyen Brunei (RTB) yang menjayakan jerayawara sempena Ekspo Pameran dan Jualan Produk Jabatan Penjara sempena memperingati penubuhan jabatan berkenaan Ke-63 Tahun yang diadakan Giant Hypermart Tasek Rimba.
Siaran Akhbar dan Foto : Radio Televisyen Brunei BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 April. - Bahagian Perkhidmatan Radio, Radio Televisyen Brunei (RTB) mengadakan jerayawara pada Sabtu, 1 April bertempat di Giant Hypermart Tasek Rimba sempena Memperingati Penubuhan Jabatan
Penjara Ke-63 Tahun. Jerayawara tersebut merupakan projek yang diadakan bertujuan untuk membantu memberikan kesedaran dalam meningkatkan penerimaan dan kesediaan masyarakat untuk memberikan peluang kedua
kepada bekas banduan (rakan seliaan) dalam kehidupan. Menurut Siaran Akhbar RTB, jerayawara berkenaan dikendalikan oleh rangkaian Nasional FM, RTB. Ia adalah sebagai usaha berterusan ke arah mendukung visi RTB, iaitu untuk menjadi media utama yang dinamik dalam pembangunan negara dan misinya, iaitu membentuk masyarakat bermaklumat melalui
SUASANA ketika bertugas pada jerayawara berkenaan.
14
JAWATAN KOSONG / IKLAN
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI JAWATANKUASA PERASMIAN DAN KENANG-KENANGAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENAIKI TAKHTA BILANGAN IKLAN : KHEDN/12/125 TAJUK IKLAN : MENJEMPUT MENGELUARKAN CENDERAMATA KENANGAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENAIKI TAKHTA Tarikh Permohonan Dibuka : Sabtu, 1 April 2017 Tarikh Tutup Permohonan : Sabtu, 22 April 2017 SYARAT-SYARAT dan borang-borang permohonan boleh diperoleh dengan memuat turun melalui Laman Sesawang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri www.moha.gov.bn. Borang hendaklah dikembalikan berserta contoh / cadangan cenderamata tidak lewat pada Sabtu, 22 April 2017, jam 4.30 Petang kepada : SETIAUSAHA URUSETIA CENDERAMATA KENANGAN TINGKAT 3 BANGUNAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI JALAN JAMES PEARCE BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. GARIS PANDU MENGELUARKAN CENDERAMATA KENANGAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENAIKI TAKHTA
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) FOR INVESTMENT PROPOSALS TO DESIGN, BUILD, OPERATE, MAINTAIN AND TRANSFER GERAINEKA SUNGAI LIANG, DAERAH BELAIT
MINISTRY of Home Affairs (MoHA) is seeking a suitable and reputable investor, hereinafter referred to as ''Prospective Investor'' to Design, Build, Operation, Maintain and Transfer (DBOMT) of Geraineka Sungai Liang, Daerah Belait. The MoHA intends to work with Prospective Investor on the basis of a (DBOMT) model as details below : 1) MoHA will provide land on lease for the redevelopment of Geraineka Sungai Liang. The cost of premium including land annual tax will be borne by the Prospective Investor. 2) The Prospective Investor will redevelop the said area which includes public and community facilities. 3) The Prospective Investor will collect revenues from operating and leasing the area including public and community facilities as returns for their investment into the building. In return, the Prospective Investor is required to build and handover shop units and other development in that area by the end of the concession period including necessary infrastructure according to authorise requirement.
4) The Prospective Investor shall Invest, Design, Build, Operate, Maintain and Transfer the shop units for a maximum concession period of twenty (20) years. At the end of the concession period, the complex will be transferred to the MoHA in good conditions. To register for the RFP, interested parties should send an e-mail to rfp.khedn@ moha.gov.bn with the subject heading, DESIGN, BUILD, OPERATE, MAINTAIN AND TRANSFER GERAINEKA SUNGAI LIANG, DAERAH BELAIT and attaching company profile. More detailed information and guideline for submitting proposals will be provided in the Request for Proposal (RFP) document which can be obtained from Ministry of Home Affairs or through e-mail rfp.khedn@moha.gov.bn. Completed proposal shall be sealed and delivered by hand or registered mail no later than Tuesday, 9 May 2017, 2.00 Pm Brunei Darussalam time to :
MINI TENDER BOARD GROUND FLOOR MINISTRY OF HOME AFFAIRS JALAN JAMES PEARCE BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
1. Permohonan dibukakan kepada individu, syarikat-syarikat dan perusahaan-perusahaan dalam dan luar negara seperti matlamat berikut : 1.1 Menghadapkan cadangan dan pengeluaran (production) cenderamata-cenderamata tertentu secara komersial yang beridentitikan keBruneian dan / atau kontemporari khusus bagi memperingati Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta menurut daya kreativiti masing-masing. 1.2 Segala kos pengeluaran cenderamata adalah ditanggung sepenuhnya oleh individu, syarikat atau perusahaan masing-masing. 1.3 Individu, syarikat dan perusahaan yang diberikan hak untuk menjual cenderamatacenderamata yang diluluskan oleh Jawatankuasa Perasmian dan Kenang-Kenangan. 1.4 Jawatankuasa Perasmian dan Peringatan Kenang-Kenangan mempunyai bidang kuasa untuk membuat / meminda sebarang peraturan dan syarat-syarat jika difikirkan bersesuaian. 2. Semua cadangan cenderamata perlulah mengikut garis pandu berikut : 2.1 Hendaklah menggunakan gambar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Perasmian dan Kenang- Kenangan. 2.2 Logo, slogan dan caption yang digunakan dalam cadangan cenderamata hendaklah yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Perasmian dan Kenang-Kenangan. 2.3 Logo dan gambar-gambar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang dibenarkan hendaklah diletakkan di tempat yang mulia dan bersesuaian. 2.4 Borang Penyertaan bolehlah diperoleh dengan melayari laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri www.moha.gov.bn. 2.5 Logo dan gambar-gambar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang di benarkan boleh didapati dalam bentuk softcopy dan pemohon hendaklah membawa pemicu (pendrive) untuk mendapatkannya di Bahagian Penyelidikan Perkembangan dan Komputer, Tingkat 3, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan. 2.6 Borang penyertaan bolehlah dikembalikan bersama sampel cadangan tidak lewat pada Sabtu, 22 April 2017, jam 4.30 Petang di alamat berikut : SETIAUSAHA URUSETIA CENDERAMATA KENANGAN TINGKAT 3 BANGUNAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI JALAN JAMES PEARCE BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. (Untuk Perhatian : AZMI HAJI HAFNEH)
IKLAN
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BIL. SEBUT HARGA KHEU/JPI/JKS/PPR ZON (I)/2017 - 2018 KETERANGAN : PERKHIDMATAN PEMOTONGAN RUMPUT 24 BULAN KONTRAK BAGI ZON 'I', DAERAH TUTONG 1. SEKOLAH UGAMA SENGKARAI 2. SEKOLAH UGAMA KIUDANG 3. SEKOLAH UGAMA LAMUNIN 4. SEKOLAH UGAMA TEMPUAN TELISAI 5. SEKOLAH UGAMA PAP NORAINI 6. SEKOLAH UGAMA PENANJONG 7. SEKOLAH UGAMA TANJUNG MAYA 8. SEKOLAH UGAMA KUPANG) BAYARAN DOKUMEN : Tidak dikenakan sebarang bayaran SYARAT-SYARAT, PANDUAN DAN MAKLUMAT : 1. TAWARAN adalah dipelawa pada syarikat-syarikat / pemborong-pemborong yang berdaftar dan terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Pemohon-pemohon yang berkhidmat dengan kerajaan tidak akan diterima kecuali mendapat SURAT KEBENARAN untuk berniaga dari JABATAN PERDANA MENTERI. 3. Pemohon-pemohon mestilah membawa bersama salinan SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 serta CAP SYARIKAT semasa mengambil borang sebut harga. 4. Borang sebut harga bolehlah diperoleh di : Bahagian Kewangan Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Tingkat 4, Blok 2 I, Jalan Ong Sum Ping Bandar Seri Begawan, BA1311 Negara Brunei Darussalam. 5. TARIKH AKHIR MENGAMBIL BORANG SEBUT HARGA ADALAH PADA : Isnin, 13 Rejab 1438H / 10 April 2017M, tidak lewat jam 4.00 Petang. 6. TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG SEBUT HARGA ADALAH PADA : Rabu, 15 Rejab 1438H / 12 April 2017M, tidak lewat jam 2.00 Petang.
JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI TAJUK : BIL. 1 PERMOHONAN CADANGAN (REQUEST FOR PROPOSAL) TAWARAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN BAGI GERAI RIA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 71 KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1438H / 2017M BILANGAN TAWARAN : JBBSB / SH / 2016-2017 / 32 / UPA TARIKH TUTUP TAWARAN : Khamis, 20 April 2017 Jam 2.00 Petang. BAYARAN menyertai tawaran ini ialah BND12.00 bagi setiap satu tawaran, iaitu caj sebanyak BND2.00 bagi pendaftaran dan BND10.00 bagi yuran pentadbiran dan bayaran ini tidak dikembalikan kepada penenderpenender. Bayaran boleh dibayar di : Bahagian Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan Jalan Perdana Menteri, BA1512 Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam. 5.
Syarat-syarat dan borang tawaran bolehlah didapati di Tingkat 2, Unit Pengurusan Aset, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana Menteri, Bandar Seri Begawan semasa waktu pejabat dibuka dengan menunjukkan bayaran resit asal.
15
JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI TAWARAN JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. NAMA PROJEK 1. JDBM / SH / TAPAU NASI / K / 01 / 2017 TAWARAN MENYEDIAKAN NASI BERPEK (AYAM / DAGING DAN SAYUR) ATAU MEE DAN AYAM GORENG BERSERTA AIR MINUMAN BOTOL KECIL BAGI LATIHAN DAN MAJLIS KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERCEMAR DULI DAN RAMAH MESRA DENGAN RAKYAT DAN PENDUDUK DAERAH BRUNEI DAN MUARA 2. JDBM / SH / TAPAU KUEH / K / 02 / 2017 TAWARAN MENYEDIAKAN / MEMBEKALKAN 3 JENIS KUEH BERSERTA 1 BOTOL KECIL AIR PUTIH DAN 1 OUTER MINUMAN MANIS SEMASA MAJLIS KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERCEMAR DULI DAN RAMAH MESRA DENGAN RAKYAT DAN PENDUDUK DAERAH BRUNEI DAN MUARA (BAGI PENUNTUT PENGIBAR BENDERA) 3. JDBM / SH / BUFFET / K / 03 / 2017 TAWARAN MENYEDIAKAN / MEMBEKALKAN JAMUAN BERSERTA MINUMAN PANAS / MINUMAN BOTOL SEMASA LATIHAN DAN PERSIAPAN MAJLIS KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERCEMAR DULI DAN RAMAH MESRA DENGAN RAKYAT DAN PENDUDUK DAERAH BRUNEI DAN MUARA (BAGI VVIP ) 4 JDBM / SH / BUFFET / K / 04 / 2017 TAWARAN MENYEDIAKAN / MEMBEKALKAN JAMUAN BERSERTA MINUMAN PANAS / BOTOL
SEMASA LATIHAN DAN SEMASA PERSIAPAN MAJLIS KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERCEMAR DULI DAN RAMAH MESRA DENGAN RAKYAT DAN PENDUDUK DAERAH BRUNEI DAN MUARA (BAGI AHLI-AHLI JAWATAN KUASA TERTINGGI, VVIP, VIP, JEMPUTAN KHAS DALAM DAN LUAR DEWAN, PENGHULU-PENGHULU DAN KETUA-KETUA KAMPUNG ) SYARAT-SYARAT TAWARAN 1. TAWARAN adalah dipelawa daripada syarikat, kedai makan atau restoran yang terdapat di Daerah Brunei dan Muara sahaja yang mempunyai lesen perniagaan yang sah. 2. Dokumen tawaran boleh diperoleh di Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Bangunan Baharu Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Negara Brunei Darussalam dengan bayaran BND10.00 bagi tawaran SEBUT HARGA JDBM / SH / TAPAU NASI / K / 01 / 2017, SEBUT HARGA JDBM / SH / TAPAU KUEH / K / 02 / 2017 dan SEBUT HARGA JDBM / SH / BUFFET / K / 03 / 2017 dan BND30.00 bagi tawaran SEBUT HARGA JDBM / SH / BUFFET / K / 04 / 2017 secara tunai bagi setiap satu dokumen tawaran dan pentadbiran (tidak dikembalikan). 3. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang tertutup rapi (sealed) dengan menyatakan nama dan bilangan tawaran, tarikh tutup dan kepada yang ditujukan tanpa menunjukkan identiti atau logo pembekal dan dihantar ke alamat yang dinyatakan dalam dokumen tawaran. 4. Tawaran tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran kepada alamat seperti di bawah : Peti Tawaran Tingkat 1 Bangunan Baharu Jabatan Daerah Brunei dan Muara Lapangan Terbang Lama Berakas Negara Brunei Darussalam. TIDAK LEWAT SELASA, 18 APRIL 2017, JAM 2.00 PETANG. 5. Tawaran mestilah disertakan bersama dengan salinan pendaftaran syarikat, salinan sijil perniagaan (Business Enactment Act Section 16 and 17) dan salinan lesen untuk menjalankan perniagaan agensi pengawal keselamatan. 6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya terikat menerima mana-mana tawaran yang rendah atau sebarang tawaran yang difikirkan tidak munasabah.
JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI KENYATAAN BAGI MENDAPATKAN TAWARAN SEBUT HARGA BILANGAN RUJUKAN : JBBSB / SH / 2017-2018 / 01 / UP TAJUK SEBUT HARGA : QUOTATION FOR OPERATION (SWITCH ON / OFF) AND MAINTENANCE OF DECORATIVE LIGHTINGS AT BANDAR SERI BEGAWAN FOR 71st ROYAL BIRTHDAY CELEBRATION 2017 TARIKH TUTUP : KHAMIS, 27 APRIL 2017, JAM 2.00 PETANG KETERANGAN LANJUT BOLEH DIPEROLEH DARI : UNIT PEMULIHARAAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL
JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN TINGKAT 6 BANGUNAN PUSAT KOMERSIAL & PERDAGANGAN BUMIPUTERA JALAN CATOR BANDAR SERI BEGAWAN. DOKUMEN sebut harga dikenakan bayaran / caj sebanyak BND2.00 (Dua Ringgit Brunei) bagi pendaftaran dan BND10.00 (Sepuluh Ringgit Brunei) bagi yuran pentadbiran dan tarikh tutup bagi mendapatkan dokumen sebut harga berkenaan ialah pada Rabu, 26 April 2017, jam 2.00 Petang. Sampul surat berkenaan hendaklah dimasukkan ke : PETI TAWARAN SEBUT HARGA TINGKAT 3, BANGUNAN JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN JALAN PERDANA MENTERI, BA1512 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
16
IKLAN
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
POLITEKNIK BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN BIL.TAWARAN : JAPEM/CATUAN MAKANAN /2017 PERKARA : PEMBEKALAN BANTUAN CATUAN MAKANAN DAN BARANGAN BAGI MANGSA BENCANA ALAM UNTUK KEGUNAAN SATU (1) MINGGU JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
BAYARAN / YURAN
POLITEKNIK BRUNEI
DOKUMEN TAWARAN : -
BLOK 2E KONDOMINIUM ONG SUM PING
TARIKH TUTUP DAN WAKTU :
JALAN ONG SUM PING BANDAR SERI BEGAWAN
11 April 2017
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
(Sebelum jam 2.00 Petang)
BIL. BIL.TAWARAN : JAPEM/KRRK /2017(POTONG RUMPUT)(ZONE A) PERKARA : PEMOTONGAN RUMPUT DI KOMPLEKS RUMAH KEBAJIKAN, SPG. 421, KAMPUNG BELIMBING, JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT (TEMPOH DUA (2) TAHUN) BIL. TAWARAN : JAPEM/KRRK /2017(POTONG RUMPUT)(ZONE B) PERKARA : PEMOTONGAN RUMPUT DI KOMPLEKS RUMAH KEBAJIKAN & KUARTERS KAKITANGAN, SPG. 421, KAMPUNG BELIMBING, JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT (TEMPOH DUA (2) TAHUN) SYARAT-SYARAT tawaran dan dokumen-dokumen tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperoleh semasa waktu pejabat di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Bandar SeriBegawan, Negara Brunei Darussalam. Bayaran setiap tawaran sebanyak BND10.00 (tidak dikembalikan) akan dikenakan kepada pemborong-pemborong yang memasuki tawaran ini dan hendaklah dijelaskan ke Bahagian Hasil, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam. Waktu bagi menerima bayaran : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi 1.45 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 9.30 Pagi hingga 11.00 Pagi **Tarikh terakhir menerima pembayaran ialah pada Isnin, 17 April 2017. Setiap borang tawaran hendaklah diisikan dengan lengkap dengan disertakan resit pembayaran tawaran, salinan sijil pendaftaran perniagaan dan dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup rapi (sealed) tanpa menunjukkan identiti atau logo syarikat, tetapi hendaklah menyatakan BILANGAN dan TAJUK TAWARAN serta TARIKH TUTUP TAWARAN DENGAN IELAS dan hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN di alamat : PETI SEBUT HARGA, TINGKAT 2 JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT BANGUNANKEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN SIMPANG 336-17, JALAN KEBANGSAAN BANDAR SERI BEGAWAN, BC4415. Tarikh tutup tawaran pada Isnin, 17 April 2017, jam 2.00 Petang. Tawaran hendaklah sampai ke alamat seperti yang dinyatakan tidak lewat pada Isnin, 17 April 2017, jam 2.00 Petang dan tawaran yang lewat diterima dari tarikh seperti yang telah dinyatakan tidak akan dilayan.
JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DI DALAM KELAS : II & III SAHAJA KATEGORI : B01 SAHAJA - KOD BAHARU
TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : 4 April 2017 (Selasa) TARIKH TUTUP : 18 April 2017 (Selasa) tidak lewat dari jam 2.00 Petang BIL. : JKR/DTS/ 03/CQS/2017-T/II
NAMA PROJEK : SUNGAI AKAR SECONDARY SCHOOL RECTIFICATION WORKS TO SIMPANG 204 AND SCHOOL ACCESS ROAD NO. PROJEK : DTS/SAR/D/570(j) YURAN TAWARAN : BND10.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) E-DOKUMEN : SYARAT-SYARAT tawaran dan dokumen-dokumen tawaran bolehlah dilihat dan diperoleh dari Unit Pembahagian Dokumen, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.
Syarat-syarat iklan tawaran dan borang-borang
TAWARAN
BILANGAN TAWARAN : PB/ESTATE/Q/2017-2018/01
tawaran
boleh
Unit
Jabatan
4,
Politeknik
diperoleh
di
Tingkat
Perkhidmatan
Brunei,
Blok
2E,
12,
Kewangan,
Kondominium
Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Negara Brunei
KETERANGAN : SEBUT HARGA BAS SEWA KHAS
Darussalam
dengan
menyertakan
resit pembayaran.
(OUTSOURCE) BAGI TEMPOH 2 TAHUN, UNTUK PERKHIDMATAN ULANG ALIK
Tawaran
hendaklah
PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH SAINS DAN
PETI
TAWARAN,
KEJURUTERAAN DARI KAMPUS ONG SUM
BANGUNAN
dimasukkan POLITEKNIK
POLITEKNIK
ke
dalam
BRUNEI, BRUNEI,
PING KE KAMPUS LUMUT BAGI
BLOK 2E, LOBI, KONDOMINIUM ONG SUM
POLITEKNIK BRUNEI, KEMENTERIAN
PING, BERAKAS, BANDAR SERI BEGAWAN,
PENDIDIKAN, BAGI TAHUN 2017
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN SEBUT HARGA : 002/HQ/2017-QM (LELONG) JUALAN LELONG BAGI 4 UNIT ELECTRONIC TYPEWRITER DI BALAI POLIS BANGAR, TEMBURONG 003/HQ/2017-QM (LELONG) JUALAN LELONG BAGI 62 UNIT PERALATAN DAN PERABOT PEJABAT DI BALAI POLIS BANGAR, TEMBURONG 1. BIL. SEBUT HARGA : 002 / HQ / 2017 - QM (LELONG) Typewritter jenis Brother CX-8250 Electronic No Siri : 1. U53093E4E900778 F4E900778 2. U53093E4E900802 F4E900802 JUMLAH : 2 unit Typewritter jenis Brother CX-8250 Electronic No Siri : F4E900779 JUMLAH : 1 unit Typewritter jenis Alder Universal 275 No Siri : 632439-A12/T16N09F/49/2000 JUMLAH : 1 Unit CAJ BORANG : BND2.00 HARGA INDIKASI : BND25.00 2. BIL. SEBUT HARGA : 003/HQ/2017-QM (LELONG) Besi Stand Papan Tanda Jalan JUMLAH : 7 unit Katil Besi Dua Tingkat single ) JUMLAH : 8 unit Kerusi Pejabat warna coklat JUMLAH : 5 unit Kerusi Pejabat jenis plastik warna biru muda dan hitam (tidak ada meja) JUMLAH : 5 unit
Kerusi Pejabat warna merah dan hitam JUMLAH : 3 unit Kerusi pejabat jenis plastik warna biru muda dan hitam (ada meja) - JUMLAH : 3 unit Kerusi pejabat warna biru dan hitam jenis Dunlop - JUMLAH :2 unit Kerusi pejabat warna biru - JUMLAH : 1 unit Meja Makan ( ukuran 4 x 8 ) - JUMLAH : 2 unit Tilam single - JUMLAH : - JUMLAH : 11 unit Tilam Double - JUMLAH : 3 unit Katil besi warna hitam dua tingkat JUMLAH : 4 unit Katil besi warna merah dua tingkat JUMLAH : 1 unit Almari pakaian - JUMLAH : 6 unit Almari dapur jenis aluminium JUMLAH : 1 unit CAJ BORANG : BND2.00 HARGA INDIKASI : BND80.00 PERHATIAN BAGI PENENDER-PENENDER : Borang tawaran bolehlah didapati di Unit Perbekalan Tingkat Bawah, Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei, semasa waktu bekerja sahaja. Bayaran dokumen tawaran berharga BND2.00 (tidak dikembalikan). Pembayaran bolehlah dibuat di Kaunter Pembayaran, Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei pada waktu bekerja, iaitu Isnin hingga Khamis dari jam 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi dan 2.00 Petang hingga 3.00 Petang dan Sabtu dari jam 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi. Tarikh terakhir mengambil borang pada Khamis, 6 April 2017. Tarikh tutup menghantar borang pada 10 April 2017, Jam : 10.00 Pagi dan tawaran yang lewat diterima tidak akan dilayan. Tarik melihat barang-barang lelongan ialah pada 4 hingga 6 April 2017 (waktu bekerja), jam 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi dan 2.00 Petang hingga 3.00 Petang.
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
IKLAN
17
18
IKLAN
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
IKLAN
19
20
NASIONAL
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
Tingkat hubungan dua hala melalui Program Sua Muka Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin KUALA BELAIT, Sabtu, 1 April. Dalam usaha untuk terus mendekati penduduk kampung di negara ini, Jabatan Penerangan, melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait dan Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan meneruskan lagi Program Sua Muka yang diadakan di kediaman Ketua Kampung Mumong, Mukim Kuala Belait, Awang Haji Mohd. Yusof bin Haji Dulamin. Rombongan Jabatan Penerangan yang diketuai oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar dialu-alukan oleh Ketua Kampung Mumong. Majlis Perundingan Kampung dan penduduk kampung tersebut, antara lain mengongsikan mengenai peluang-peluang pekerjaan serta kesejahteraan mukim dan kampung, sementara pihak jabatan mengongsikan maklumat-maklumat penting dengan lebih terperinci seperti Wawasan Brunei 2035, Perintah
Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013, keusahawanan serta Program Masyarakat Maklumat. Program tersebut adalah landasan Jabatan Penerangan untuk menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan melalui penyampaian taklimat, sesi dialog juga lawatanlawatan mengikut kesesuaian. Program Sua Muka itu adalah salah satu program di bawah strategi kerja jabatan, iaitu Komunikasi Bersemuka, yang dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala di antara pihak kerajaan dan rakyat, selain dijadikan platform untuk menyampaikan dasar dan maksud kerajaan demi memelihara perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat, ke arah cintakan agama, bangsa, raja dan negara. Dengan adanya program sebegini ia akan dapat memupuk semangat kekitaan dan bertanggungjawab terhadap negara serta menyemai hubungan yang erat di antara kerajaan dengan rakyat.
ROMBONGAN Jabatan Penerangan yang diketuai oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar dialu-alukan oleh Ketua Kampung Mumong, Mukim Kuala Belait, Awang Haji Mohd. Yusof bin Haji Dulamin.
Beri pengetahuan kaedah tulisan Jawi BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 April. - Bagi memperkenalkan Seni Khat Jawi yang menjadi salah satu unsur peradaban dan tamadun Islam,
sehubungan itu, Masjid Al-Muhtadee Billah Kampung Sungai Kebun mengadakan Program Semarak Jawi sempena Sambutan Hari Kebangsaan
PARA peserta Program Semarak Jawi sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun.
Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun yang diadakan selama tiga hari. Hadir selaku wakil peribadi tetamu kehormat dan menyempurnakan pelancaran program tersebut ialah Ketua Bahagian Pengembangan Dakwah, Pusat Da'wah Islamiah, Awang Ali Hassan bin Mohd. Said pada majlis yang berlangsung di dewan masjid berkenaan. Awang Ali Hassan dalam ucapannya, antara lain menjelaskan tentang sejarah dan penggunaan tulisan Jawi. Majlis diteruskan dengan penyampaian taklimat oleh Setiausaha Takmir Masjid Al-Muhtadee Billah, Awang Haji Ahad bin Haji Juna bagi memberikan penerangan lebih lanjut mengenai Program Semarak Jawi
kepada para peserta. Imam Masjid Al-Muhtadee Billah, Awang Haji Abu Samah Shukri bin Haji Mohd. Hussin berkata, program tersebut dihadiri seramai lebih 20 peserta, di mana penyertaannya dibukakan kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari tulisan Jawi. "Kami merancang pelbagai acara setiap tahun dalam usaha untuk sama-sama memeriahkan hari kebangsaan dan pada sambutan tahun ini, buat pertama kalinya kami mengadakan Program Semarak Jawi," katanya kepada Pelita Brunei. Beliau menambah, para peserta akan mengikuti Bengkel Tulisan Jawi terlebih dahulu sebelum menyertai Peraduan Tulisan Jawi, di mana Membaca Jawi juga akan
KETUA Bahagian Pengembangan Dakwah, Pusat Da'wah Islamiah, Awang Ali Hassan bin Mohd. Said hadir melancarkan Program Semarak Jawi.
diadakan nanti. Beliau berkata, tujuan program itu diadakan adalah untuk mengembangkan tulisan Jawi kepada generasi kini dan akan datang serta memberikan pengetahuan tentang kaedah-kaedah tulisan Jawi.
Edisi Piawaian Brunei Darussalam 12 : 2017 dikeluarkan Siaran Akhbar : Kementerian Pembangunan
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 April. - Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan telah mengeluarkan Piawaian Brunei Darussalam 12 : 2017 'Building Guidelines and Requirements' sebagai pindaan pada Edisi 2014. Edisi baharu ini memuatkan penyelarasan keperluan kawalan kemajuan dengan keperluan Perintah Kawalan Bangunan, 2014 serta bagi menjamin keselamatan dan kesihatan orang ramai melalui kawalan kemajuan pembangunan. Ia adalah sebahagian daripada usaha untuk mempermudahkan lagi proses mendapatkan kebenaran perancang dan seterusnya kebenaran kemajuan sehingga kebenaran kesiapan kemajuan, yang mana telah dikemaskinikan pada enam langkah sahaja, iaitu Mendapatkan kebenaran perancangan dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa; Mendapatkan kebenaran kemajuan dari ABCi; Mendapatkan kebenaran memulakan kemajuan dari ABCi; Memohon
tarikh pemeriksaan tapak dari ABCi; Pemeriksaan tapak dari ABCi; dan Mendapatkan kebenaran kesiapan kemajuan dari ABCi. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pembangunan itu, Buku Edisi 2017 tersebut boleh diperoleh di ABCi, Tingkat 1, Bangunan Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Jalan Landasan Lama, BB3510, Kementerian Pembangunan. Kaunter Pembayaran dibuka pada Isnin hingga Khamis, dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 1.30 petang hingga 3.00 petang. Adalah juga dimaklumkan permohonan bagi kerja tanah, tambahan dan / atau ubah suai rumah / bangunan termasuk unit kedai tidak perlu dihadapkan ke Jabatan Perancang Bandar dan Desa kecuali jika kemajuan melibatkan 'Change of Use'. Di samping itu, kesemua permohonan berkaitan dengan kemajuan termasuk cadangan untuk membangun rumah atau bangunan, tambahan dan / atau ubah suai rumah atau bangunan, termasuk unit kedai,
ENAM tatacara untuk mendapatkan permit pembinaan.
hanya boleh dibuat oleh orang berkelayakan yang dilantik oleh pemilik tanah / pemaju. Bagi kemajuan kerja tanah seperti
menimbuk, meratakan, meruntuh dan site clearing serta penyediaan pelan struktur rumah atau bangunan, Jurutera Profesional yang berdaftar adalah
dilantik untuk melukis pelan cadangan terlebih dahulu sebelum menghadapkan permohonan ke ABCi bagi kebenaran kemajuan.
RENCANA
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
21
Kem Hafazan Al-Quran usaha tingkat kefasihan pembacaan Al-Quran
AHLI Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Sungai Besar dan Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Al-Huffaz Management, Candas Creative Company dan Syukri ketika mengajurkan Kem Hafazan.
Oleh : Muhd. Nazih Haji Zaini Foto : Ihsan Al-Huffaz Management
M
ENGIMBAS petikan Titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan bagi Tahun 1438H / 2017M pada 9 Mac 2017, dari hasil kajian yang telah dibuat oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) jelas menunjukkan bahawa pelajaran sembahyang dan Al-Quran adalah masih perlu diperhatikan terutama dalam kalangan murid-murid dan pelajar-pelajar di semua peringkat persekolahan dan pengajian. Hanya 41 peratus yang membaca secara konsisten dan 65 peratus masih lagi merasa kurang berkebolehan membaca dengan bertajwid. Pembelajaran Al-Quran adalah Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang membentuk individu itu hidup dengan berakhlakkan Al-Quran apatah lagi Negara Brunei Darussalam menjadikan Islam sebagai ugama rasmi dan teras pada konsep Melayu Islam Beraja. Perintah Pendidikan Agama Wajib 2012 yang telah berkuatkuasa mulai bulan Januari 2013 merupakan satu undangundang yang mewajibkan setiap ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk belajar di sekolah-sekolah ugama di negara ini, yang mana juga merangkumi pembelajaran Al-Quran. Ke arah itu, ramai ibu bapa yang membuat inisiatif mencari guru mengajar mengaji di luar sekolah semata-mata untuk
meningkatkan lagi ilmu agama anak-anak mereka. Bertepatan dengan kata pepatah, ''melentur buluh biar dari rebungnya'', maka pembelajaran ilmu agama perlu diterapkan dari sejak kecil supaya tidak menjadi masalah kepada mereka sesudah meningkat dewasa. KEM HAFAZAN Apa jua usaha yang menjurus pada menegakkan Agama Islam boleh dikategorikan sebagai 'jihad'. Terdapat pelbagai jenis jihad dan antaranya ialah pembelajaran Al-Quran. Justeru itu Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Sungai Besar dan Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Al-Huffaz Management, Candas Creative Company dan Syukri telah menganjurkan Kem Hafazan bertempat di Masjid Kampung Sungai Besar, Mukim Kota Batu. Kem Hafazan Surah Pilihan, iaitu surah Yasiin dan Surah Al-Mulk tersebut berlangsung selama tiga hari, dari 16 hingga 18 Mac 2017 telah disertai oleh 41 orang peserta dari Daerah Brunei dan Muara, iaitu 31 orang belia dan 10 orang beliawanis berumur di antara 13 hingga 20 tahun. Awang Haji Mohammad Loqman Al-Hakim bin Haji Hamdan, pemilik Al-Huffaz Management juga selaku Setiausaha Kem Hafazan menyatakan tujuan utama Kem Hafazan tersebut dianjurkan adalah bagi memupuk kesedaran dalam kalangan belia terhadap penguasaan bacaan surah-surah
pilihan dengan kelancaran dan kefasihan yang baik. ''Hafazan Al-Quran adalah salah satu pentas bagi meningkatkan usaha kefasihan dalam pembacaan surah-surah pilihan, di samping dapat mewujudkan daya saing yang sihat di antara belia bagi menghafaz dengan tajwid yang tepat'', jelas beliau. Al-Huffaz Management berharap agar dengan adanya Kem Hafazan ini akan dapat menyeru lebih ramai belia menyedari kepentingan meningkatkan pengetahuan dalam mempelajari pembacaan Al-Quran yang betul. Menurut beliau lagi, Kem Hafazan Al-Quran ini adalah satu program berkebajikan untuk melahirkan belia yang memiliki akhlak mulia dan sentiasa cemerlang di sisi masyarakat. Melalui program ini juga para peserta diajarkan mengenai nilai-nilai akhlak yang baik untuk melahirkan insan yang mulia di sisi Allah sekali gus menjadi anak-anak yang soleh dan solehah kepada kedua ibu bapa dan generasi berwawasan yang berguna pada ugama, bangsa dan negara. TENAGA PENGAJAR Dalam Titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan bagi Tahun 1438H / 2017M pada 9 Mac 2017 juga ada menyentuh bahawa guru dan sistem adalah ibarat 'acuan', sementara murid dan pelajar pula adalah hasil daripada acuan itu. Kalau acuan bagus, tentu saja yang terhasil akan pasti bagus. Tenaga pengajar memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi belia yang berwawasan dilengkapi dengan ilmu agama
AL-HUFFAZ Management mempunyai seramai 67 orang tenaga pengajar tempatan yang telah mendapat pengiktirafan dari agensi-agensi tertentu untuk menjadi guru Al-Quran di negara ini.
sebagai utap mereka dalam menghadapi apa jua hambatan cabaran di masa mendatang. Pada menjunjung titah baginda tersebut Al-Huffaz Management mempunyai seramai 67 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada anak-anak tempatan daripada kalangan guru-guru dan graduan-graduan lepasan dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, UBD, UNISSA, KUPU SB dan pelbagai peringkat institusi pengajian tinggi yang telah mendapat pengiktirafan dari agensi-agensi tertentu untuk menjadi guru Al-Quran di negara ini. Bukan setakat itu saja, mereka juga memberikan perkhidmatan lain untuk majlis-majlis keagaamaan seperti majlis khatam Al-Quran, pindah rumah dan seumpamanya. Walaupun Kem Hafazan sudah melabuhkan tirainya tidak bermakna pembelajaran para peserta terhenti setakat itu sahaja, bahkan syarikat Al Huffaz Management akan meninjau, memantau bacaan dan hafalan mereka, seterusnya memberikan peluang kepada mereka yang berpotensi untuk menyertai pertandingan. PERANCANGAN MASA DEPAN Bagi perancangan seterusnya Al-Huffaz Management akan mengadakan aktiviti yang dikenali sebagai ''Al-Huffaz Leadrship Camp'' atau Kem Kepimpiman Al-Huffaz. Kem ini bertujuan untuk memberi pendedahan ilmu agama Islam dengan menumpukan sasaran kepada golongan belia. Kem ini juga bertujuan untuk menerapkan akhlak yang baik melalui kepimpinan, di samping memberikan kesedaran pentingnya agama dalam kehidupan seharian. Selain itu, syarikat ini juga merancang untuk memberikan fokus kepada mereka yang kurang berkemampuan melalui projek Fun Leadership Islamic Workshop (FLIW) bersama agensi-agensi dan pihak yang tertentu. Dalam perkembangan arus pembangunan pada masa ini, Al-Huffaz Management tidak ketinggalan untuk memanfaatkan media sosial seperti Whatsapp, Instagram, dan Facebook dalam membarigakan dan menyalurkan maklumat mengenai program-program yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut kepada semua lapisan masyarakat. Al-Huffaz Management telah meraih beberapa kejayaan, juara dalam Pertandingan Keusahawanan Belia anjuran ahli jawatankuasa Eksekutif Keusahawanan, Majlis Perwakilan Pelajar UTB dan baru-baru ini tampil sebagai juara TAIB Entrepreneurship Challenge sempena Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Perbadanan TAIB Ke-25. Awang Haji Mohammad Loqman Al-Hakim juga berhasrat untuk merealisasikan impian beliau menjadikan Al-Huffaz Management sebagai world largest Al-Quran teaching provider dan menjadikan pendudukan Islam di negara ini seratus peratus pandai mengaji.
22
EKONOMI
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
SUKAN
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
23
Hawa FT tewaskan BTC Red Star Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Azmah Haji Ahad BERAKAS, Ahad, 2 April. - Pasukan Hawa FT menewaskan BTC Red Star 2 - 1 dalam perlawanan Liga
Belia Bawah 16 Tahun Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) yang
berlangsung di Padang Bola Sepak NFABD, di sini. Dua gol yang membawa kemenangan buat Hawa FT telah dijaringkan oleh Awang Azka bin Bolhassan dan Awang Syukri bin Sakhawi, manakala gol BTC Red Star dijaringkan oleh Awang
PERLAWANAN sengit di antara pasukan Hawa FT dan pasukan BTC Red Star di Padang Bola NFABD.
Husaini bin Zul Azwan. Sejumlah 11 buah pasukan terpilih untuk menyertai liga berprestij anjuran kali kedua NFABD dan disokong oleh FIFA. Kejohanan itu merupakan liga remaja di Asia pertama mendapat sokongan FIFA sejak 2016 lalu. Setiap pasukan hanya disertai barisan pemain yang lahir pada tahun 2001, 2002 dan 2003. Semua perlawanan liga berkenaan berlangsung pada sebelah pagi
setiap Jumaat dan Ahad di empat lokasi, iaitu Padang 'A' dan 'B', Kompleks Sukan Menglait, Kompleks Sukan Sungai Kebun, Padang Kemasyarakatan Bengkurong dan Padang Astro Turf NFABD. Format kejohanan liga dua pusingan itu menawarkan hadiah untuk direbuti antaranya piala rebutan, piala juara, piala naib juara, pingat-pingat, Anugerah Fair Play, Anugerah Pemain Paling Bernilai dan Anugerah Penjaring Terbanyak.
PEMAIN pasukan Hawa FT (jersi hitam) cuba merampas bola daripada pemain pasukan lawan, BTC Red Star (jersi hijau).
Perlawanan persahabatan tanamkan semangat setia kawan
PASUKAN X.BES Reunited dan pasukan JKR Air Tasek Lama semasa bergambar ramai sebelum Perlawanan Persahabatan bermula.
Berita dan Foto : Ihsan Ahmad Ajeeb
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 April. - Pasukan X.BES Reunited dari bekas penuntut Sekolah
Menengah Berakas (1980 - 1990) telah mengadakan Perlawanan Bola Sepak Persahabatan menentang
pasukan JKR Air Tasek Lama di Padang Kompleks Sukan Menglait baru-baru ini. Perlawanan tersebut merupakan salah satu usaha untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan bekas pelajar sekolah berkenaan dengan pihak Perkhidmatan
Awam khususnya kakitangan Jabatan Perkhidmatan Air di Tasek Lama sebagai wadah amalan gaya hidup sihat selaras dengan visi dan misi negara ke arah melahirkan masyarakat sihat. Dalam perlawanan tersebut, pasukan JKR Air Tasek Lama
berjaya menewaskan X.BES Reunited dengan jaringan 2 - 1. Perlawanan seumpamanya juga turut berperanan untuk mempromosikan sikap saling hormat-menghormati dan juga semangat setia kawan di antara kedua-dua buah pasukan.
24
SUKAN
HARI ISNIN 3 APRIL 2017
Acara sempena WAAD Ke-10 pamer solidariti masyarakat Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (tiga, kanan) bersama Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (tiga, kiri) dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi (dua, kanan) memotong reben bagi merasmikan Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia (WAAD) Ke-10, Tahun 2017.
YANG Berhormat Menteri Pendidikan semasa menyerahkan sumbangan kepada wakil Persatuan SMARTER.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 April. - Lebih 700 peserta mengambil bahagian dalam acara berbasikal dan berjalan kaki anjuran SMARTER Brunei sempena Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia (WAAD) Ke-10. Acara berbasikal dan berjalan kaki itu bermula di Pusat SMARTER EDGE, Kampung Mata-Mata dan berakhir di Pusat BACA SMARTER, Kampung Sungai Hanching, di sini. Menyertai acara tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi. Terdahulu, Yang Di-Pertua SMARTER Brunei, Malai Haji Abdullah bin Haji Malai Othman dalam ucapan alu-aluannya berkata, acara pada hari ini mempamerkan solidariti dan kerjasama erat bukan hanya dari tiga kementerian, tetapi juga daripada masyarakat. Beliau turut mengongsikan bahawa autisme adalah isu di peringkat global, di mana individu
YANG Berhormat Menteri Pendidikan; Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan serta Pengerusi Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya semasa merasmikan Sambutan WAAD Ke-10.
yang didiagnosis autisme semakin meningkat dari 1 setiap 1,000 orang menjadi 1 setiap 68 orang. Pelepasan para peserta berbasikal sejauh 100 kilometer dan berjalan kaki sejauh 16km disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya, Dato Paduka Haji Mohammad Alimin bin Haji Abdul Wahab. Juga menyertai acara berjalan kaki ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Craig Allen dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian. Selepas acara larian tersebut,
Yang Berhormat Menteri Pendidikan kemudian menerima kad sumbangan daripada syarikatsyarikat, kedutaan-kedutaan dan kementerian-kementerian kepada SMARTER Brunei. Sementara itu, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyerahkan Tabung Sumbangan SMARTER kepada Jollibee Brunei yang akan diletakkan di kesemua 14 cawangan Jollibee di negara ini dan seterusnya melancarkan Program Fitness Zone, iaitu Fit4Life. WAAD disambut pada 2 April setiap tahun dan tema pada tahun ini 'Autism is not a Choice, Acceptance is'.
YANG Behormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa menyerahkan tabung sumbangan kepada wakil Jollibee Brunei.
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain ketika mendahului acara berbasikal sejauh 100 kilometer yang berakhir di Pusat SMARTER BACA Kampung Sungai Hanching.
BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn
'PENDIDIKAN KEKELUARGAAN MENJANA GENERASI BERWAWASAN'