Pelita Brunei Isnin 06 Feb 2017

Page 1

''DARI keamanan akan wujud kestabilan, dan dari kestabilan, memungkinkan kita lebih rancak untuk menggarap kemakmuran. Oleh itu, semua lapisan rakyat adalah berkewajipan untuk memelihara dan mempertahankan kestabilan tersebut.'' - Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-66 Tahun pada 25 Syaaban 1433 Hijrah / 15 Julai 2012 Masihi.

''DAN berpegang teguhlah kamu dengan tali (Agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan antara hati kamu dengan nikmat agama Islam, maka menjadilah kamu dengan nikmatnya itu (orang-orang Islam) yang bersaudara.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran, ayat 103).

5.07

TAHUN 62 / BILANGAN 16

5.17

6.36

6 FEBRUARI 2017 / 1438

6.59

12.35

9

3.56

6.32

7.44

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Berkenan berangkat sertai Perlawanan Akhir Kejohanan Polo Amal Richard Mille bagi YASKA

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama paduka-paduka anakanda baginda berkenan bergambar ramai bersama warga Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA) ketika Perlawanan Akhir Kejohanan Polo Amal Richard Mille bagi YASKA yang berlangsung di Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong. - Foto : Hamzah Mohidin (Lihat muka 3).

Aplikasi Mudah Alih 'Safety Guide' dilancarkan Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 5 Februari. - Aplikasi mudah alih 'Safety Guide' yang dihasilkan oleh Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dengan kerjasama pelbagai agensi bertujuan untuk mendidik dan memberi panduan asas kepada orang ramai sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang bentuk kecemasan atau bencana.

Sehubungan itu, Aplikasi Mudah Alih 'Safety Guide' telah dilancarkan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di sini. Pelancaran Aplikasi Mudah Alih 'Safety Guide' ini adalah bagi sama-

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

sama memeriahkan lagi Program 'Bandarku Ceria' yang diadakan pada setiap hari Ahad di ibu negara. Antara isi kandungan aplikasi mudah alih tersebut, ialah doa menolak bencana; tatacara memberi pertolongan cemas; tindakan-tindakan yang boleh diambil apabila berlaku kecemasan atau bencana; panduan keselamatan kebakaran dan tindakan-tindakan bagi melindungi diri dari ancaman pengganasan. Aplikasi Mudah Alih 'Safety Guide' boleh dimuat turun secara percuma di App Store bagi pengguna iOS dan Google Play bagi pengguna Android dan ia boleh diakses dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Orang ramai adalah dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi mudah alih berkenaan dan mengambil inisiatif masing-masing untuk mempelajari maklumat yang dikongsikan agar

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

mereka menjadi lebih waspada dan sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof; Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Idris bin Haji Ali; Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Mohammad Sunadi bin Haji Buntar; Pemangku Pengarah NDMC, Awang Abdul Rahim bin Haji Ismail; ketua-ketua jabatan di bawah KHEDN, para pegawai dan kakitangan KHEDN. Sejurus selepas melancarkan Aplikasi Mudah Alih 'Safety Guide', Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyaksikan aktiviti-aktiviti mewarna anjuran NDMC yang disertai oleh pengunjung

Faksimile: 2381004

kanak-kanak serta pengagihan 'Buku Panduan Asas Kecemasan dan Keselamatan Awam' kepada orang ramai. Ke muka 6

Muka 5

TIGA atlet negara terima Pin Penyertaan Sukan Olimpik

Layari Layari Laman Laman Web: Web: www.pelitabrunei.gov.bn www.pelitabrunei.gov.bn


2

HALUAN

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

Industri pelancongan negara terus kukuh Bismillahir Rahmannir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ELAMAT pagi kepada Tuan Karam Chand, Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Royal Brunei (RB), Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran, tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-puan, pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Karam Chand kerana menjemput saya bagi menyampaikan ucapan pada hari ini. Kerana ia adalah kali pertama saya menghadiri Sales and Marketing Forum RB, saya harap pengurus pusat berada dalam semangat yang baik, penuh tenaga, berfikiran terbuka dan bersungguh-sungguh bagi meningkatkan daya saing dan prestasi RB bagi tahun 2017. Saya bukan seorang pakar dalam jualan dan pemasaran. Sebagai orang biasa, saya menganggap ia adalah memperkenalkan, mempromosi, meyakinkan, dan akhirnya mempersetujui perjanjian dengan pembeli berpotensi awda yang ingin membeli produk atau produk syarikat, atau perkhidmatan awda. Apa yang penting yang saya paling ingat tentang pemasaran semasa menuntut di universiti saya adalah untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada klien atau pelanggan-pelanggan kita, dengan cara itu mereka akan datang lagi untuk membeli barang-barang atau perkhidmatan syarikat. Pensyarah saya selalu mengatakan bahawa lebih mudah untuk mengekalkan pelanggan yang sedia ada daripada mendapatkan pelanggan baharu. Saya percaya bahawa awda semua mempunyai tanggungjawab untuk menawarkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan awda, bermula saat mereka berjumpa dengan kamu, membeli produk dan perkhidmatan dan seterusnya mereka menikmati pengalaman yang positif mengenai produk-produk dan perkhidmatan yang anda jual. Tahap perkhidmatan sentiasa dinilai oleh pelanggan anda. Bagi orang-orang yang hadir, misi Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), ialah 'Untuk meningkatkan pertumbuhan jumlah pelancong dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan daya tarikan dan kepelbagaian produk pelancongan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pelancongan'. Dalam konteks ini, kita mensasarkan dua kali ganda jumlah pelancong yang datang melalui udara daripada 218,000 pada tahun 2015 kepada 450,000 menjelang tahun 2020. Strategi utama kami dalam membangunkan pelancongan di negara ini ialah memberi tumpuan kepada pembangunan produk pelancongan dan usaha-usaha untuk menaik taraf dan meningkatkan pakej pelancongan sedia ada yang ditawarkan kepada pelancong. Oleh itu, produk pelancongan yang baik mestilah berpatutan, menguntungkan, menarik, bermutu, menyeronokkan, unik, selamat, bersih dan sebagainya. Dengan produk dan khidmat pelancongan yang baik, kita mampu menarik pelancong untuk datang

S

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong semasa berucap pada Majlis Royal Brunei Sales and Marketing Forum 2017 pada 17 Januari 2017 di Mutiara Ballroom, Hotel Radisson.

Terjemahan dari teks asal dalam bahasa Inggeris oleh Hajah Apsah Haji Sahdan

dan melancong kembali ke Negara Brunei Darussalam. Dalam hal ini, kami telah mengenal pasti tiga kategori produk pelancongan, iaitu 'Utama', 'Baru Muncul' dan berdasarkan aktiviti produk pelancongan. Kita mempunyai beberapa tempat menarik di negara ini, yang boleh ditawarkan kepada pelancong sebagai destinasi utama pelancongan atau produk. Ini termasuk tempat-tempat menarik di sekitar Bandar Seri Begawan seperti Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien dan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja. Tempat lain yang menjadi tumpuan termasuklah Kampong Ayer (water village), mempamerkan keunikan budaya dan warisan yang kaya; dan Ulu Temburong; menawarkan pengalaman keindahan, kekayaan dan kepelbagaian alam semula jadi dan alam sekitar yang tidak dapat dilupakan hutan hujan tropika yang bersih dan habitat semula jadi. Di KSSUP, dalam tempoh 18 bulan lepas, kita telah mencapai beberapa pencapaian dan lebih agresif dalam membuat perubahan untuk industri pelancongan di Negara Brunei Darussalam. Kita memberi tumpuan kepada pembangunan produk dan akan terus melakukannya, untuk kekal berdaya saing di rantau. Kita juga menubuhkan Lembaga Pelancongan Brunei atau BTB, yang merupakan platform penting bagi KSSUP untuk berkomunikasi dengan rakan niaga pihak berkepentingan kerajaan dan sektor swasta. Tujuan utama BTB adalah untuk memberi panduan dasar mengenai aktivitiaktiviti yang berkaitan dengan pelancongan dan menyediakan platform untuk dialog antara sektor awam dan swasta tentang isu-isu berkaitan dengan pelancongan. Kita juga telah dimansuhkan Akta Ejen Pelancongan 1978 dan menggubal Perintah Pelancongan 2016

FEBRUARI

6 7 8 9 10 11 12

untuk mengekalkan rangka kerja undangundang sejajar dengan perkembangan dan hal ehwal semasa pelancongan. Dalam hal ini, saya dapat melihat perlunya syarikat penerbangan negara kita untuk bekerja rapat dengan pihak berkepentingan pelancongan lain termasuk hotel, ejen pelancongan, pengendali pelancongan dan pengangkutan dalam penyediaan yang komprehensif, serta program pelancongan dan harga yang kompetitif untuk pelanggan. Saya amat yakin bahawa apabila anda bekerja untuk syarikat penerbangan negara, Lembaga Pelancongan Brunei juga mengharapkan anda untuk mempromosikan syarikat penerbangan tersebut dan juga mempromosikan Brunei sebagai destinasi pelancongan. Dengan itu, Lembaga Pelancongan Brunei juga berfungsi sebagai platform untuk awda turut sama terlibat dengan pihak berkepentingan yang relevan. Seperti, awda boleh mencadangkan program kerjasama dengan hotel dan ejen pelancongan seperti mengendalikan lawatan suai kenal untuk segmen pasaran anda. Juga melibatkan diri anda dengan agensi kerajaan yang berkenaan bagi isu-isu tertentu yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan industri pelancongan. Berdasarkan kutipan data ketibaan pelancong sejak enam tahun lepas daripada tahun 2010 hingga 2015, jumlah pelancong yang melancong ke negara ini melalui udara terus meningkat walaupun terdapat turun naik disebabkan oleh faktor luaran seperti krisis ekonomi global, pendemik dan lain-lain. Daripada 2010 hingga 2015, pelancong antarabangsa tiba melalui udara telah telah mencapai kadar pertumbuhan kompaun tahunan (CAGR) positif sebanyak 0.4% dengan prospek positif bagi tahun 2016. Namun, industri pelancongan di Negara Brunei Darussalam telah bangkit semula pada tahun 2015 dengan jumlah peningkatan kukuh 8.6% dan dijangka terus kekal dalam beberapa tahun akan datang. Dari Januari hingga September 2016, jumlah keseluruhan pelancong antarabangsa yang tiba ke Negara Brunei Darussalam melalui udara ialah 163,023 berbanding kepada 165,872 dalam tempoh yang sama tahun lepas. Walaupun terdapat penurunan sebanyak 1.7 peratus tahun ke tahun pertumbuhan, pasaran sumber dari Timur Jauh seperti Hong Kong, Korea Selatan, China dan Jepun terus menunjukkan pertumbuhan positif dengan peningkatan peratus masing-masing sebanyak 41.3 peratus, 26.7 peratus, 9.8 peratus dan 2.0 peratus. Lima negara teratas bagi ketibaan pelancong ke Negara Brunei Darussalam dari Januari hingga September 2016 adalah Malaysia kerana laluan udara yang mudah dan berdekatan dengan jumlah 24.2 bagi setiap daripada jumlah ketibaan pelancong. Diikuti dengan Republik Rakyat China sebanyak 7.8 peratus dan Singapura 6.4 peratus. Keseluruhan, lima negara teratas telah menyumbang jumlah majoriti ketibaan antarabangsa ke negara ini bagi Januari hingga September 2016 pada 67.2 peratus daripada jumlah ketibaan pelancong. Ke muka 8

6 FEBRUARI 2017 BERSAMAAN 1438

9

BERSAMA MEMPERKASA KE ARAH PILIHAN SIHAT; 'KITA BOLEH', 'SAYA BOLEH'

S

ETIAP 4 Februari Negara Brunei Darussalam

bersama negara-negara lain di seluruh dunia menyambut Hari Kanser Sedunia yang antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit kanser. Pada tahun ini, sambutan bertemakan 'Kita Boleh, Saya Boleh'. Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi dalam perutusannya menyatakan, secara purata, kira-kira 600 orang di negara ini disahkan menghidap kanser setiap tahun dan ia menyumbang lebih 20 peratus daripada kematian. Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa lebih daripada satu daripada empat orang Brunei akan didiagnosis dengan kanser dalam kehidupan mereka. Dua faktor risiko besar yang terus menimbulkan cabaran kanser di Negara Brunei Darussalam ialah merokok dan obesiti. 20 peratus daripada orang dewasa di negara ini adalah perokok dan merupakan punca utama bagi hampir satu perempat daripada semua kematian akibat kanser. Manakala 61 peratus pula mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti yang merupakan kadar tertinggi di ASEAN. Merokok dan obesiti juga jelas Yang Berhormat, dikaitkan dengan peningkatan risiko bagi beberapa kanser umum iaitu kanser payudara, paru-paru dan usus. Kebanyakan dari kanser tersebut berpotensi untuk dicegah dengan menghentikan tabiat merokok; makan makanan yang sihat seperti pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan serat; mengekalkan berat badan yang sihat serta aktif secara fizikal dalam kadar intensiti sederhana bagi aktiviti fizikal selama 30 minit, lima kali seminggu. Jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan lagi, kunci untuk membanteras kanser adalah dengan pengesanan awal. Alat-alat saringan kini tersedia untuk menguji beberapa jenis kanser termasuk kanser payudara dan kanser serviks untuk mengesan perubahan awal kanser atau pra-kanser sebelum memastikan lebih lanjut akan gejala penyakit serta membuat rawatan lanjut yang lebih berkesan. Semua lapisan masyarakat memainkan peranan masing-masing ke arah memperkasakan individu untuk membuat pilihan yang sihat. Program seperti inisiatif-inisiatif pilihan sihat di pasar-pasar raya dan premis-premis makanan; menu sihat di kantin sekolah dan tempat kerja; menggalakkan sukan serta program-program rekreasi dalam kalangan masyarakat seperti Bandarku Ceria dalam mewujudkan 'health promoting environment' yang membuat pilihan sihat sebagai pilihan yang mudah, ujar Yang Berhormat. Kementerian Kesihatan bersama Pusat Kanser Brunei akan terus meningkatkan perkhidmatan perubatan untuk para pesakit, terutama dalam memastikan pesakit yang disyaki menghidapi kanser dirujuk kepada para pakar sebelum didiagnosis menghidap kanser lebih awal dan memulakan rawatan yang perlu dengan cara yang tepat pada masanya. Ia adalah selaras dengan tiga keutamaan strategik Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan; mencegah serta mengawal penyakit-penyakit tidak berjangkit dan untuk memupuk kesedaran bahawa kesihatan adalah tanggungjawab semua. 'Kita Boleh' memacu untuk melahirkan persekitaran yang sihat. 'Saya Boleh' memilih kehidupan sihat sebagai pilihan dan memperoleh pengetahuan tentang saringan kanser. - Ketua Penyuntingan (Nh).

JAMADILAWAL

9 10 11 12 13 14 15

5 . 07 5 . 07 5 . 07 5 . 07 5 . 07 5 . 07 5 . 07

5 . 17 5 . 17 5 . 17 5 . 17 5 . 17 5 . 17 5 . 17

6 . 36 6 . 36 6 . 36 6 . 36 6 . 36 6 . 36 6 . 36

6 . 59 6 . 59 6 . 59 6 . 59 6 . 59 6 . 59 6 . 59

12 . 35 12 . 35 12 . 35 12 . 36 12 . 36 12 . 36 12 . 36

3 . 56 3 . 56 3 . 56 3 . 56 3 . 56 3 . 56 3 . 55

6 . 32 6 . 32 6 . 33 6 . 33 6 . 33 6 . 33 6 . 33

7 . 44 7 . 44 7 . 44 7 . 44 7 . 44 7 . 44 7 . 44


3

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

Berkenan berangkat sertai Perlawanan Akhir Kejohanan Polo Amal Richard Mille bagi YASKA Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Hamzah Mohidin

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah dan Pasukan Black menjulang piala setelah menjadi johan bagi Kejohanan Polo Amal Richard Mille bagi Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA) (kiri). BERANGKAT menyaksikan perlawanan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam (atas).

JERUDONG, Ahad, 5 Februari. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan

Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyertai Perlawanan Akhir

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah mewakili Pasukan Black menentang Pasukan Grey yang diketuai oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ketika Perlawanan Akhir Kejohanan Polo Amal Richard Mille bagi YASKA.

Kejohanan Polo Amal Richard Mille bagi Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA) yang berlangsung di Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong. Dalam perlawanan akhir itu, Pasukan Black diketuai oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia muncul juara selepas mengalahkan Pasukan Grey yang diketuai oleh paduka adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dengan kiraan 8-5 dalam empat caka. Kebawah DYMM menjaringkan dua gol dalam caka 1 dan caka 3. Berangkat menyaksikan perlawanan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. Juga berangkat, paduka-paduka adinda dan anakanda Kebawah DYMM, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar

Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. Pasukan Black juga disertai oleh paduka anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah. Sebagai juara, Pasukan Black memenangi Piala Richard Mille di mana baginda berkenan menerima piala tersebut yang disembahkan oleh Pegawai Eksekutif Richard Mille bagi Eropah, Timur Tengah dan Afrika, Tuan Peter Harrison. Sementara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah adalah penjaring terbanyak kejohanan dengan lapan jaringan. Naib juara dimenangi oleh pasukan Grey manakala Pasukan Red yang diketuai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka

Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah menduduki tempat ketiga dan Pasukan White, pimpinan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berada tempat keempat. Sebagai raja yang prihatin, baginda seterusnya beramah mesra bersama kanak-kanak dari YASKA. Baginda juga berkenan menerima pesambah berupa jambangan bunga dan seterusnya bergambar ramai bersama warga YASKA yang turut menyaksikan perlawanan tersebut. YASKA merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan untuk memberikan sokongan kepada kanak-kanak yang menghidap kanser dan keluarga mereka ketika menjalani rawatan serta mendidik dan mewujudkan kesedaran awam mengenai kanak-kanak yang mengakami kanser di negara ini.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia bersama paduka-paduka adinda dan anakanda baginda, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan bergambar ramai bersama pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.


4

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

Pasukan Black mara ke Peringkat Akhir Polo Richard Mille Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hernie Suliana Haji Othman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Ali JERUDONG, Sabtu, 4 Februari. Pasukan Black bakal berentap ke pusingan akhir setelah berjaya menewaskan White pada perlawanan Polo Richard Mille yang diadakan di Royal Brunei Polo and Riding Club di sini. Permainan pasukan yang begitu cemerlang diketuai sendiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berjaya menyudahkan 10 gol berbalas enam. Anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah yang juga menyertai pasukan bersama

ayahandanya menjadi wira apabila menghadiahkan sebanyak enam gol dalam kesemua empat caka. Kemaraan Black juga dipastikan ke peringkat seterusnya apabila Farid Abdullah menyumbat empat lagi gol. Pasukan White yang disertai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah juga memberi tentangan yang tidak kurang hebatnya setelah menjaringkan empat gol bagi pasukannya. Gandingan para pemain Black yang disertai Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan puteri baginda serta Farid Abdullah dan Pablo itu dijangka akan beradu tenaga dengan Pasukan Grey.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyertai perlawanan Polo Richard Mille yang berlangsung di Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong.

Juga berangkat menyaksikan perlawanan pada hari pertama di sini ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah serta kerabat diraja yang lain. Terdahulu, Pasukan Grey yang turut disertai oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul 'Ali Yil-Kabier bin Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz,

menumpaskan Pasukan Red dengan jaringan 6-3. Sementara Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal

Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah juga turut beraksi bagi menyertai Pasukan Red. Sebanyak empat pasukan bertanding pada kejohanan yang diadakan setiap tahun itu.

ANTARA aksi Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah semasa perlawanan polo berkenaan (atas). Sementara gambar kanan, Kebawah DYMM bersama paduka adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berbual mesra bersama para pemain polo.

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah bersama Pasukan Grey ketika menentang Pasukan Red yang turut disertai oleh anakanda Duli Yang Teramat Mulia, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar.

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah ketika beraksi menentang Pasukan White.


5

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

Tiga atlet negara terima Pin Penyertaan Sukan Olimpik BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Februari. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Pin Penyertaan Sukan Olimpik, Rio de Janeiro, Brazil 2016 di Bilik Hijau, Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diketuai oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang dan diikuti dengan penyampaian Pin Penyertaan Sukan Olimpik kepada Atlet Sukan Olahraga, iaitu Awang Mohd. Fakhri bin Ismail dan Dayang Maizurah binti Abdul Rahim serta Atlet Sukan Badminton, Jaspar Yu Woon Chai. Acara diakhiri dengan bergambar ramai bersama Presiden BDNOC. Setiap negara mengiktiraf pin penyertaan Sukan Olimpik sebagai peringatan pada penyertaan atlet ke Sukan Olimpik dan sebagai seorang 'Olympian', mereka menjadi Pusat Gerakan Olimpik (Olympic Movement) di Negara Brunei Darussalam. Sukan Olimpik Rio 2016 adalah titik mula perjuangan mereka ke acara sukan bertaraf dunia, yang mana penyertaan mereka di dalam sukan tersebut adalah sesuatu pengalaman unik yang hanya dapat dirasai sebenar-benarnya oleh mereka yang pernah bersaing di persekitaran Sukan Olimpik. Sebagai seorang role model, mereka diseru untuk menjadikan pengalaman semasa di Sukan Olimpik untuk sentiasa membakar / menyala semangat Olimpik di dalam diri dan menegakkan nilainilai Olimpik (Kecemerlangan Excellence, Hormat-Menghormati Respect dan Persahabatan Friendship) untuk menjadi duta Olympism - sebagaimana falsafah kepada pengasas Sukan Olimpik moden, Pierre de Coubertin, iaitu menjadikan sukan sebagai satu

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Pin Penyertaan Sukan Olimpik, Rio de Janeiro, Brazil 2016 dan dijunjung bagi sesi bergambar ramai di Bilik Hijau, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

budaya hidup yang positif. Sukan Olimpik London 2012 menyaksikan Pin Penyertaan Sukan Olimpik diberikan kepada atlet semasa acara sukan itu berlangsung. Kali ini, Pin Penyertaan Sukan Olimpik telah dihantar oleh International Olympic Committee (IOC) ke Majlis Olimpik Kebangsaan di setiap negara termasuklah BDNOC. Adalah menjadi hasrat IOC bagi BDNOC Darussalam untuk mengadakan satu majlis yang sederhana bagi penyerahan pin penyertaan kepada atlet-atlet Sukan Olimpik Rio 2016. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Awang

DYTM berkenan mengurniakan Pin Penyertaan Sukan Olimpik kepada Jasper Yu Woon Chai.

Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Mohd. Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad serta Ahli-ahli BDNOC, Ahliahli Jawatankuasa Pemilihan dan Penilaian Atlet, Ahli-ahli Persatuan Sukan Kebangsaan, para ibu bapa serta ahli keluarga para atlet. Pada majlis itu, Pelita Brunei sempat menemui ketiga-tiga atlet berkenaan, iaitu Awang Mohd. Fakhri bin Ismail yang melahirkan rasa gembira kerana diberi penghargaan. Menurut beliau, antara pengalaman manis yang diperoleh sepanjang berada di Rio de Janeiro, Brazil ialah berjumpa dengan atletatlet terkenal dan bertaraf dunia, di samping mengharumkan nama negara kerana terpilih menyertai sukan olimpik. Sementara itu, Dayang Maizurah binti Abdul Rahim berasa bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk mewakili negara ke Sukan Olimpik yang diadakan pada tahun lalu. "Saranan saya kepada belia-belia di luar sana agar tidak pernah berputus asa dan terus berjuang. Untuk menjadi seorang atlet yang baik dan berdisiplin, tidur juga latihan mestilah cukup serta terus berjuang tanpa pernah ada rasa mengalah," jelasnya. Seorang lagi atlet negara, Jaspar Yu Woon Chai turut berasa berbesar hati kerana diberi penghargaan yang baginya sungguh bernilai. "Apa yang saya usahakan selama ini ternyata tidak sia-sia. Sepanjang berada di Rio de Janeiro, Brazil,

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden BDNOC berkenan mengurniakan Pin Penyertaan Sukan Olimpik kepada Awang Mohd. Fakhri bin Ismail.

DULI Yang Teramat Mulia berkenan mengurniakan Pin Penyertaan Sukan Olimpik kepada Dayang Maizurah binti Abdul Rahim.

rasa tertekan memang ada memandangkan Sukan Olimpik adalah sukan yang berprestij, tetapi saya tahu saya sudah melakukan yang terbaik dan termampu," katanya.

Perancangan ketiga-tiga atlet ini di masa hadapan adalah untuk terus berlatih dan memberikan lebih fokus untuk menyertai sukan-sukan yang akan datang.


6

NASIONAL

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

Berhemah menggunakan masa Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (kiri) semasa menghadiri Program Masjidku Makmur Negara Berkat yang diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 5 Februari. - Aktiviti mingguan Bandarku Ceria diteruskan lagi pada

minggu pertama bulan Februari 2017 ini dengan Program Masjidku Makmur Negara Berkat yang diadakan

di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, di sini. Program yang mengalu-alukan

kehadiran jemaah ke arah memakmurkan masjid dan seterusnya bersama-sama secara istiqamah (berterusan) mendirikan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah merupakan kelolaan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Da'wah Islamiah (PDI) dan Bahagian Kemajuan Syiar Islam. Antara yang hadir bagi sama-sama menjayakan program berkenaan, ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan datin; Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kanan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan KHEU. Program Masjidku Makmur Negara Berkat ini turut diserikan dengan tazkirah pagi yang menyentuh perihal masa dan telah disampaikan oleh Pegawai Da'wah Kanan dari PDI, Awang Haji Ahmad Abdussalam bin

Haji Ahmad. Dalam tazkirah tersebut, beliau turut menghuraikan pengajaran yang diambil daripada Surah Al-'Asr yang menyebutkan perihal masa yang sangat berharga, dan demi masa, umat Islam adalah diseru agar menggunakan masa dengan sebaik-baiknya serta agar terhindar dari tergolong dari orang-orang yang rugi dengan beriman, beramal soleh, menyeru manusia dengan perkara-perkara yang hak dan bersabar. Terdahulu, Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah telah diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Abdul Hamid. Dengan penganjuran program tersebut diharap akan dapat menghidupkan amalan sunnah Baginda Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam rumah Allah dan dapat menimbulkan rasa persamaan di antara umat Islam dalam melaksanakan sembahyang berjemaah dan beramal ibadat bersama-sama.

Aplikasi Mudah Alih 'Safety Guide' dilancarkan

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (depan, tengah) menyertai sesi bergambar ramai sempena Pelancaran Aplikasi Mudah Alih 'Safety Guide' yang diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

Dari muka 1 Sementara itu, Pemangku Pengarah NDMC, Awang Abdul Rahim ketika ditemui berkata, Aplikasi Mudah Alih NDMC ini adalah dihasratkan bagi meningkatkan lagi pengetahuan orang

awam mengenai bencana yang mungkin terjadi dan pernah dialami seperti banjir, tanah susur dan gegaran baru-baru ini. Menurutnya, melalui aplikasi ini, orang ramai dapat mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyaksikan aktiviti mewarna yang dianjurkan bagi memeriahkan lagi Bandarku Ceria.

sebelum, semasa dan selepas kejadian-kejadian tersebut dan melalui program seumpama ini juga, orang ramai akan lebih peka dan mengambil ilmu pengetahuan mengenai bencana-bencana. ''Aplikasi ini akan dapat meningkatkan lagi kesedaran orang awam dan ini juga salah satu untuk menuju ke arah wawasan kami, juga supaya orang awam lebih berpengetahuan,'' ujarnya. Dalam temu bual, beliau juga menyentuh mengenai isi kandungan buku panduan asas yang antaranya menyatakan mengenali jenis-jenis bencana, mengenali keadaan kawasan dan bersedia seperti penyediaan beg kecemasan, membuat perancangan sendiri dan sebagainya. Beliau menambah, orang awam di negara ini menyedari dan sedia maklum akan kejadian-kejadian kecemasan dan bencana seperti gegaran yang berlaku baru-baru ini dan pihaknya akan lebih berusaha meningkatkan lagi kesedaran orang awam melalui anak-anak sekolah, belia-belia dan sebagainya.

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri melancarkan Aplikasi Mudah Alih 'Safety Guide' yang dihasilkan oleh Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan.


NASIONAL

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

7

Risiko tingkah laku dan pemakanan penyebab kanser Oleh : Khartini Hamir Foto : Masri Osman JERUDONG, Sabtu, 4 Februari. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanser adalah penyebab utama kematian dan bebanan di seluruh dunia dan negara ini tidak terkecuali. Di mana lebih daripada 20 peratus punca kematian adalah disebabkan oleh kanser dan kanser adalah suatu penyakit kronik yang boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengenal usia dan jantina. Tahun lalu sahaja, seramai 600 orang di negara ini telah didiagnos menghidapi kanser, penyakit berkenaan pembunuh terbesar di negara ini dan ramai di antara kita secara peribadi mahupun dalam kalangan rakan-rakan serta keluarga kita tahu apa kesan kanser dalam kehidupan kita. Disahkan menghidap kanser boleh menjadi sesuatu yang mengejutkan dan segera segala sumber mental serta fizikal diperlukan dalam melalui pelbagai rawatan intensif dan kebanyakan orang mengalami kebimbangan serta ketakutan sama ada rawatan tersebut berjaya atau tidak dan bagaimana keadaan di masa depan. Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi berucap demikian semasa merasmikan Jerayawara dan Forum Perdana bersempena Sambutan Hari Kanser Sedunia 2017 yang diadakan di ruang Lobi, Pusat Kanser Brunei (TBCC), di sini. Menurutnya, tema Hari Kanser Sedunia tahun ini 'We Can, I Can' menuntut semua untuk pergi lebih jauh lagi mendalami dua aspek utama untuk mengawal penyakit tersebut, iaitu pertama saling bantu-membantu dalam membentuk asas pada strategi negara untuk mengurangkan kematian akibat kanser di Brunei Darussalam. Hampir separuh daripada semua jenis kanser, jelas Yang Berhormat, adalah disebabkan oleh empat risiko tingkah laku dan pemakanan utama, iaitu merokok, berat badan berlebihan, tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan cukup dan tidak melakukan aktiviti fizikal dengan mencukupi. Kita mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan yang dapat menyelamatkan nyawa serta mengurangkan kesan bahawa kanser ada pada diri individu, keluarga dan masyarakat. "Kita boleh melakukan ini dengan mengamalkan serta mempromosikan tingkah laku amalan kesihatan dan menggalakkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama. Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini bahawa 'Health is Everyone's Business' dan saya tidak berasa bersalah kerana perlu menimbulkan isu penting tersebut sekali lagi pada hari ini," ujar Yang Berhormat. Di samping itu, beliau turut

menyarankan agar setiap orang perlu membuat ikrar untuk melakukan satu atau dua atau secara ideal amalan kesihatan dan tidak melepaskan peluang ini seperti jika awda merokok - dapatkan bantuan untuk berhenti merokok; Makan dengan bijak dan bersederhana - memastikan bahawa pada waktu makan, separuh dari pinggan awda penuh dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, satu perempat darinya karbohidrat sihat dengan protein tanpa lemak serta pengambilan gula dan daging yang diproses secara minimum, selain turut memastikan bahawa awda dan keluarga awda mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari; dan melakukan 30 minit aktiviti fizikal intensiti sederhana lima kali seminggu. Aspek kedua pula menurutnya, ialah dalam mengawal wabak kanser melalui pengesanan awal, namun mendiagnosis kanser tidak selalu mudah - tidak semua kanser menunjukkan tanda-tanda awal dan gejala dan tanda-tanda amaran yang lain muncul agak lewat apabila kanser sudah merebak. Walau bagaimanapun, terangnya, bagi beberapa jenis kanser, meningkatkan kesedaran mengenai tanda-tanda dan gejala-gejala awal adalah amat penting bagi mendapatkan rawatan yang tepat pada masanya selain dapat meningkatkan kelangsungan hidup, ini kerana mengesan kanser lebih awal menjadikannya lebih mudah untuk dirawat atau disembuhkan. Untuk beberapa jenis pengesanan kanser pula tambahnya lagi, terdapat bukti kukuh untuk menyokong pemeriksaan kanser, yang mana katanya awda mungkin pernah mendengar sebahagian darinya, iaitu pemeriksaan PAP Smear untuk kanser pangkal rahim, atau Mamogram untuk kanser payudara dan ini adalah jenis ujian yang mengesan kanser atau pra-kanser di peringkat awal sebelum ia merebak dan seterusnya membuat dapat menjalankan rawatan dengan lebih berkesan dan efektif. "Bagaimanapun tidak semua orang semestinya mendapat manfaat dari pemeriksaan ini, akan tetapi awda boleh memberi tumpuan pada peluang-peluang untuk mencegah sebelum terjadinya kanser tertentu seperti penggunaan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) yang memberi perlindungan dari kanser serviks. Dan kita sebagai ibu bapa perlu memberi kebenaran untuk kanak-kanak / anak-anak perempuan kita untuk mendapatkan vaksinasi mereka dalam usaha untuk membina masa depan yang lebih selamat untuk mereka," jelas Yang Berhormat Menteri. Namun sebagai pusat penjagaan kesihatan kebangsaan, Kementerian

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi (tiga, kanan) semasa hadir pada perasmian Jerayawara dan Forum Perdana bersempena Sambutan Hari Kanser Sedunia 2017. Hadir sama pada majlis tersebut, Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Kanser Brunei (TBCC) dan Pusat Rehabilitasi Neurosains dan Strok Negara Brunei Darussalam (BNSRC) (dua, kanan); Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah, selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah TBCC dan BNSRC (lima, kanan) dan Pengarah Eksekutif TBCC, Profesor Dr. Kenneth Kok Yuh Yen (empat, kanan).

Kesihatan dalam usahanya akan terus meningkatkan perkhidmatan perubatan untuk pesakit, terutama dalam memastikan bahawa manamana kanser yang disyaki akan dirujuk kepada yang berkenaan seperti pusat TBCC, untuk mendapatkan pengesanan lebih awal dan memulakan rawatan yang perlu tepat pada masanya. Ini sejajar dengan tiga strategik utama Kementerian Kesihatan yang memupuk konsep 'Health is Everyone's Business' dalam mencegah dan mengawal penyakit tidak berjangkit, dan menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang melalui pensejajaran dan penyatuan. Yang Berhormat sekali lagi menegaskan bagi mereka dalam masyarakat yang ada menghidapi kanser, walaupun ia adalah suatu perkara yang menyedihkan dan bagi sesetengah orang, mereka berpendapat bahawa kanser masih dilabel sebagai hukuman mati. Kita semua tegasnya, mempunyai tanggungjawab untuk menghapuskan mitos mengenai kanser, ia tidak semestinya menandakan pengakhiran hidup seseorang, malah ia menandakan permulaan pertempuran yang sukar, namun pertempuran tersebut InsyaaAllah akan boleh dimenangi. Dari itu, Hari Kanser Sedunia ini bukan sahaja mengenai penyelidikan mengenai proses penyakit atau kaedah rawatan, akan tetapi ia adalah mengenai orang - menyokong mereka yang hidup dengan kanser, dan menghalang atau mencegah orang lain dari memperolehnya. Terdahulu Yang Berhormat Menteri Kesihatan dalam ucapannya menyembahkan setinggi-tinggi

FORUM Perdana Hari Kanser Sedunia 'We Can, I Can' yang disampaikan oleh ahli-ahli panel terdiri daripada Ketua Pusat Promosi Kesihatan, Dr. Hajah Norhayati binti Haji Kassim; Onkologi Perubatan TBCC, Dr. Raden Mas Jeffri bin Raden Mas Ismail; Radiasi Onkologi TBCC, Dr. Jamsari Khalid dan Pegawai Guru Ugama TBCC, Awang Haji Iskandhar bin Haji Buntar. Sementara Pengerusi Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Negara Brunei Darussalam, Dayang Hajah Aminah Haji Momin, juga salah sorang ahli panel pada forum tersebut merupakan salah seorang cancer survivor.

menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan berkat kepimpinan, pandangan jauh serta limpah kurnia baginda, beberapa pusat kecemerlangan baharu seperti TBCC dan BNSRC telah ditubuhkan yang menggambarkan betapa tingginya keprihatinan baginda dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat dan penduduk di negara ini. Jelasnya negara yang sihat adalah negara yang makmur, di mana kesihatan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini adalah sentiasa menjadi keutamaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menekankan rakyat yang sihat berpegang teguh pada agama, di samping mempunyai nilai keBruneian yang tinggi akan dapat menjadi sumber tenaga manusia yang lebih berdaya tahan dan produktif yang setentunya dapat meningkatkan daya saing serta kedayatahanan ekonomi negara. Selain itu, produktiviti yang tinggi juga akan dapat memberikan kesan terhadap pencapaian pendidikan dan kemahiran pengeluaran inovasi serta kreativiti, peningkatan pelaburan dan sebagainya. Bertepatan dengan tema Hari Kanser Sedunia pada tahun ini 'We Can, I Can', Yang Berhormat juga berbesar hati dengan kehadiran rakan-rakan sekalipun dalam memberikan sokongan terhadap usaha murni untuk memperkasakan dan meningkatkan kesedaran dalam pencegahan, pengesanan awal serta rawatan penyakit kanser. Hadir sama pada majlis tersebut,

Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah TBCC dan Pusat Rehabilitasi Neurosains dan Strok Negara Brunei Darussalam (BNSRC); Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah, selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah TBCC dan BNSRC dan Pengarah Eksekutif TBCC, Profesor Dr. Kenneth Kok Yuh Yen. Jerayawara kemudian diserikan dengan Forum Perdana Hari Kanser Sedunia 'We Can, I Can' yang disampaikan oleh ahli-ahli panel terdiri daripada Ketua Pusat Promosi Kesihatan, Dr. Hajah Norhayati binti Haji Kassim; Onkologi Perubatan TBCC, Dr. Raden Mas Jeffri bin Raden Mas Ismail; Radiasi Onkologi TBCC, Dr. Jamsari Khalid dan Pegawai Guru Ugama TBCC, Awang Haji Iskandhar bin Haji Buntar. Sementara Pengerusi Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Negara Brunei Darussalam, Dayang Hajah Aminah Haji Momin, juga salah seorang ahli panel pada forum tersebut merupakan salah seorang cancer survivor yang menceritakan pengalaman beliau melalui detik-detik permulaan beliau telah didiagnos menghidapi kanser dan seterusnya menjalani beberapa rawatan khusus seperti kemoterapi dan radioterapi di dalam dan luar negara serta beberapa pengalaman peribadi yang menyentuh hati sehinggalah beliau disahkan bebas dari menghidapi kanser.

SUASANA Forum Perdana bersempena Sambutan Hari Kanser Sedunia 2017.


8

NASIONAL

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

Suntik semangat tingkat produktiviti

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong (depan, lima dari kanan) bergambar ramai bersama penerima-penerima Sijil Perkhidmatan Bagi Pesara-Pesara Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) Tahun 2014 - 2015.

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali semasa menyampaikan sijil perkhidmatan kepada salah seorang pesara kementerian berkenaan.

Berita dan Foto : Mohamad Azmi Awang Damit BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Februari. - Seramai 11 pegawai dan kakitangan di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan

Pelancongan (KSSUP) telah dikurniakan Pingat Kerja Lama (PKL) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69 Tahun bagi tahun 2015 pada majlis yang berlangsung di kementerian berkenaan. Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian Sijil-Sijil Perkhidmatan Bagi Pesara-Pesara KSSUP Tahun 2014-2015 kepada 92 pesara kementerian berkenaan. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan pingat serta sijil kepada penerima-penerima ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong. Atur cara majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Azrol Alim bin Haji Zaini dan diikuti dengan sesi bergambar ramai penerima PKL dan pesara-pesara bersama tetamu kehormat majlis. Dalam temu bual Pelita Brunei bersama Penolong Pegawai Kewangan Tingkat II, Awang Ahmad bin Haji Durahim selaku penerima PKL melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas pengurniaan pingat berkenaan. Menurut beliau, dengan pengiktirafan berkenaan akan dapat lagi meningkatkan semangatnya untuk terus tekun berusaha dalam mempertingkatkan keupayaan produktiviti kerja demi memajukan negara yang tercinta, Brunei Darussalam. ''Penjawat awam perlu memiliki sifat jujur, amanah, tekun berusaha dan patuh kepada arahan dan sentiasa memberikan kerjasama dalam menjayakan sesuatu gerak kerja atau projek yang seterusnya akan mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan positif,'' tambah beliau. Pengurniaan pingat berkenaan merupakan satu pengiktirafan atas segala sumbangan tekun, amanah, prestasi kerja dan curah jasa bakti setiap pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam di Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan menampilkan komitmen yang jitu tanpa mengerti erti penat lelah. Manakala penyampaian sijil-sijil perkhidmatan kepada pesara-pesara

pula adalah sebagai tanda penghargaan atas jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan oleh bekas pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan dalam menjayakan pelbagai projek semasa berkhidmat dengan KSSUP.

PENOLONG Pegawai Kewangan Tingkat II, Awang Ahmad bin Haji Durahim, penerima Pingat Kerja Lama (PKL) melahirkan rasa syukur dan akan terus berusaha mempertingkatkan mutu kerja beliau.

HALUAN

Industri pelancongan negara terus kukuh Dari muka 2 Tujuan utama lawatan ke Brunei Darussalam bagi percutian berjumlah sebanyak 43.5 peratus ketibaan. China dan Malaysia kekal sebagai penyumbang utama bagi pasaran percutian sebanyak 56.8 peratus ketibaan dalam tahun 2016. Walaupun ini semua kelihatan agak positif dan bilangannya semakin bertambah, saya bimbang berhubung dengan tempoh purata penginapan hotel hanya 2.15 hari dan kadar penginapan hanya 36.59 peratus. Oleh itu, saya menggesa Pengurus Jualan dan Pemasaran dan pihak berkepentingan pelancongan utama yang berkenaan bekerja secara kolektif bersama-sama untuk meningkatkan pelancongan dengan memastikan dan menggalakkan bagi tempoh penginapan yang lebih lama dan kadar penghunian yang lebih tinggi

di Negara Brunei Darussalam. Di KSSUP, kami sentiasa berkerja rapat dengan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses meluluskan visa untuk menjadikannya lebih telus dan mudah kepada semua pelancong. Kini terdapat maklumat lebih jelas boleh didapati secara online keperluan kemasukan bagi pengunjung yang memerlukan visa ke Brunei Darussalam. Di samping itu, sebagai satu cara untuk meningkatkan perkhidmatan pelancongan, KSSUP juga bekerjasama dengan institusi pendidikan bagi menyediakan latihan pemandu pelancong bagi yang baharu dan sedia ada di negara ini. Kami juga berasa gembira melihat bahawa Kementerian Perhubungan telah memainkan peranan mereka dalam menyokong Industri Pelancongan dengan terus menerus memperbaiki sistem pengangkutan

awam dengan menyediakan bas-bas yang lebih besar dan teksi bermeter. RB juga memberi sokongan inisiatif pelancongan dengan membuka lebih banyak laluan untuk menerima lebih banyak penerbangan sewa khas dari Republik Rakyat China iaitu Zhengzhou dan Soon Xian; juga daripada Seoul, Korea Selatan; dan kongsi kod penerbangan ke dan dari Turki dan Jepun. Masa adalah sangat penting dalam pasaran. Awda perlu mengetahui tentang musim cuti di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, musim cuti tempatan pada bulan Disember, selepas musim peperiksaan bagi kebanyakan pelajar sekolah. Kerana itu kami mempromosikan Temburong sebagai destinasi percutian dalam bulan September, 3 bulan lebih awal. Di Eropah dan Timur Jauh, cuti utama adalah semasa musim panas pada bulan Julai dan Ogos. Oleh itu, kami berharap RB, Ejen Pelancongan dan

Hotel kita boleh bekerja bersama-sama untuk menguasai pasaran ini dan menggalakkan Brunei menjadi destination bercuti setiap bulan Mac dan April. Mungkin ada cuti khas yang lain untuk pasaran khas. Seperti di Jepun, cuti panjang biasanya semasa Minggu Emas, biasanya sekitar musim bunga. Mudah-mudahan ejen-ejen kita dapat mempromosikan Brunei ke pasaran Jepun setiap Disember atau Januari. Masih banyak kerja yang perlu dibuat tahun ini. 2017 adalah tahun yang lebih mengujakan bagi ASEAN kerana tahun ini adalah Visit ASEAN @ 50 Year dan Brunei Darussalam telah terpilih sebagai ASEAN City of Culture (Bandar Budaya ASEAN). Lebih banyak acara menarik telah disusun sempena acara khusus ini, antaranya seperti Minggu Gastronomi (Gastronomy Week) pada 22 hingga 26 Februari, Jubli Emas Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta pada bulan Oktober, dan Kongres ASEAN Federation of Cardiology pada bulan November. Saya harap RB akan mempromosikan acara-acara menarik ini dan bekerja rapat dengan ejen-ejen tempatan dalam merangka pakej yang boleh menggalakkan untuk tinggal lebih lama di Brunei Darussalam. Akhirnya saya berharap agar semua yang hadir di sini mendapat hasil dari forum ini dan menjadi lebih produktif. Luangkan masa untuk membiasakan diri awda dengan produk-produk pelancongan yang anda mungkin tidak pernah mendengar atau tahu tentangnya. Saya mengharapkan sokongan awda dalam menarik lebih ramai pelancong ke Brunei Darussalam. Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


NASIONAL

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

9

Pusat Masyarakat Bestari Mukim Liang beroperasi

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof hadir selaku tetamu kehormat merasmikan Pusat Masyarakat Bestari Mukim Liang yang terletak di Kampung Lumut I, Mukim Liang, Daerah Belait.

Berita dan Foto : Noraisah Muhammed KUALA BELAIT, Sabtu, 4 Februari. - Perpustakaan di mukim menjadi fenomena penting dalam dunia literasi kerana ia tempat bagi mendapatkan bahan bacaan, baik bagi yang bercetak atau dalam talian. Sehubungan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah memilih pendekatan dengan mengambil kira Mukim Buku dengan menyediakan perpustakaan sebagai

AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, selaku Penghulu Mukim Liang berkata, dengan adanya kualiti kehidupan, kawasan kejiranan di kampung ini dijangka bertambah.

satu hal mustahak dalam bidang pembangunan masyarakat dan belia, yang mana strategi itu dihasrat akan dapat menyatupadukan masyarakat kampung. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan Pusat Masyarakat Bestari Mukim Liang yang terletak di Kampung Lumut I, Mukim Liang, Daerah Belait, satu bangunan dengan Pejabat Pos Kampung Lumut I. Dengan wujudnya Pusat Masyarakat Bestari itu diharap akan berkembang dengan penyediaan perkhidmatan perpustakaan pada Pusat Kecemerlangan Masyarakat dalam pelbagai bidang. Pusat itu turut dijadikan sebagai sumber ilmu dengan menyediakan pelbagai aktiviti lain terutama sekali untuk kanak-kanak serta belia agar lebih cenderung pada aktiviti yang positif dan membangun minda dari yang negatif. Ia berfungsi bukan hanya setakat sebagai perpustakaan dan tempat untuk meminjam buku, malahan ia juga boleh dijadikan sebagai sumber ilmu untuk masyarakat mendapatkan pembelajaran dan ilmu sepanjang hayat dari sumber tradisi seperti buku

dan majalah serta media cetak ke sumber moden, yakni internet dan komputer. Pada perasmian itu juga, Yang Berhormat menderma buku ke Pusat Masyarakat Bestari bagi menggalakkan budaya menderma dalam kalangan masyarakat Brunei. KKBS mengajak orang ramai singgah ke Pusat Masyarakat Bestari khususnya bagi penduduk Kampung Lumut I, Mukim Liang dalam sama-sama merealisasikan pertemuan di kawasan kejiranan memandangkan ada segelintir masyarakat sukar untuk bertegur sapa dalam era ledakan teknologi maklumat. Pusat Masyarakat Bestari mengatur beberapa langkah melibatkan diri dalam penganjuran projek-projek KKBS, yang mana antaranya Bulan Bahasa, Pesta Buku Brunei dan Karnival Memperkasa Budaya Membaca dengan penyertaan meluas seluruh strata masyarakat kampung. Yang Berhormat ketika ditemu bual Pelita Brunei berkata, sejajar dengan usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui Wawasan 2035

yang akan melahirkan belia berilmu dan berpendidikan tinggi, maka budaya membaca seawal mungkin yang telah diungkayahkan seumpama ini, dihasrat akan dapat dimanfaatkan oleh komuniti di kawasan itu juga oleh sesiapa sahaja yang singgah. Yang Berhormat menambah, menimba ilmu bermula dari membaca, mengira dan menulis serta harus ditanam seawal mungkin. Mukimmukim serta kampung-kampung lain juga adalah dialu-alukan untuk sama-sama membuka Pusat Masyarakat Bestari seumpama itu. Pelita Brunei juga menemu bual Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, selaku Penghulu Mukim Liang berkata, dengan adanya kualiti kehidupan, kawasan kejiranan di kampung ini dijangka bertambah kerana masing-masing akan mengambil inisiatif untuk menjaga harta bersama itu terutama mengelak vandalisme. Interaksi sesama mereka juga dijangka bertambah baik dan masing-masing menggunakan Pusat Masyarakat Bestari sebagai alasan

untuk keluar berjumpa serta meminjam buku yang sering sahaja bertukar ganti melalui budaya berkongsi bahan bacaan. ''Saya juga menyeru agar masyarakat setempat akan mengambil peluang untuk sama-sama menggunakan Pusat Masyarakat Bestari yang telah disediakan ini dengan sebaik-baiknya dan memanfaatkannya sebagai tempat menimba ilmu yang berkesan,'' ujarnya. Pusat Masyarakat Bestari itu merupakan usaha yang telah diungkayahkan oleh mantan Ahli Majlis Mesyuarat Negara musim lalu. KKBS berharap pengurusan yang baik terhadap Pusat Masyarakat Bestari melalui keterlibatan orang kampung mampu mendatangkan pulangan dalam bentuk kepuasan memberikan dan menambahkan nilai pada Pusat Masyarakat Bestari ke arah kadar literasi serta amalan membaca yang amat tinggi, budaya murah hati dan suka memberikan derma (khususnya buku) serta sikap menghormati buku dalam semua keadaan.

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan berkesempatan meninjau hasil Satu Kampung Satu Produk.

Jerayawara Kenali ASEAN beri pendedahan kepada penuntut Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Februari. - Jerayawara Kenali ASEAN bertujuan untuk memberikan pendedahan dan menyalurkan maklumat dengan lebih meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada penuntut-penuntut sekolah di negara ini. Sehubungan itu, jerayawara anjuran Jabatan Penerangan melalui Unit Hal Ehwal Antarabangsa selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan ASEAN-COCI dilaratkan ke Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna (SMPAPHM) yang dihadiri oleh seramai 200 penuntut sekolah berkenaan. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pengetua SMPAPHM, Dayang Hajah Norwen bin Haji Brahim. Turut hadir, Timbalan Pengetua Sekolah berkenaan, Pengiran Mohammad Ariffin bin Pengiran Haji Alliuddin serta guru-guru. Taklimat mengenali ASEAN disampaikan oleh Pegawai TugasTugas Khas Tingkat II, Awang Abdul

Karim bin Hamdan yang antaranya mengenengahkan maklumat mengenai Wawasan 2035 selaras dengan statistik perbandingan Negara Brunei Darussalam di arena serantau yang mana pengetahuan ini wajar diketahui oleh para penuntut bagi meningkatkan kesedaran tentang perkembangan negara agar menjadi pencetus semangat bagi mereka untuk memajukan tanah air dengan lebih gigih supaya Wawasan 2035 dapat direalisasikan. Jerayawara tersebut disasarkan kepada para penuntut sekolah khususnya pelajar kerana mereka adalah golongan belia yang berperanan penting dalam memangkin hala tuju negara ini dalam mewarnai corak peradaban bangsa untuk membentuk generasi pelapis. Ia juga dihasrat untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan penuntut-penuntut sekolah menengah mengenai ASEAN selain bagi mengenal pasti sejauh mana mereka mengetahui ASEAN dengan menanamkan kesedaran dan rasa milik

dalam kalangan mereka sebagai satu masyarakat ASEAN, selaras dengan moto ASEAN iaitu Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti. Kuiz Kenali ASEAN turut diadakan sejurus selepas penyampaian taklimat diikuti dengan penyampaian hadiah

kepada 10 penuntut yang berjaya menjawab kuiz tersebut. Program merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan dalam kalangan penuntut dalam sama-sama

menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan. Di samping itu, ia juga bagi mengukuhkan hubungan Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para penuntut di negara ini.

SERAMAI 200 pelajar Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna menghadiri Jerayawara Kenali ASEAN.


10

NASIONAL

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

Kongsi maklumat penting bagi tingkat prestasi pelajar Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani, Nurafilabibah binti Mohd. Shafiee Foto : Masri Osman

KETUA Pegawai Eksekutif Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), Awang Noorhaizamdin bin Haji Mosbi (tiga, kanan) semasa berucap pada sesi taklimat dan perjumpaan tersebut.

GURU Kanan Akademik Sekolah Rendah YSHHB, Dayang Noraniza binti Haji Abdul Rahman semasa ditemu bual media tempatan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Februari. - Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) tahun ini mensasarkan 100 peratus lulus dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dengan 50 peratus mendapat 5 'A' dan 90 peratus mendapat Gred 'A' hingga 'C'. Guru Kanan Akademik Sekolah Rendah YSHHB, Dayang Noraniza binti Haji Abdul Rahman semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei pada sesi taklimat dan perjumpaan ibu bapa / penjaga pelajar PSR Tahun 2017 Sekolah Rendah YSHHB turut melahirkan harapan agar pada setiap subjek, dalam lima subjek mendapat 75 peratus Gred 'A'. Tambahnya, adapun taklimat dan perjumpaan tahun ini diadakan bagi

memberi kerjasama kepada pihak guru untuk memantau dan menyelia setiap kegiatan sekolah khasnya akademik pelajar-pelajar selain mengharapkan ibu bapa membimbing anak-anak dan menyokong sepenuhnya setiap aktiviti sekolah termasuk menyelesaikan kerja rumah, di samping kedatangan pelajar hendaklah tepat serta pemakanan yang sihat. Pada tahun ini, 153 pelajar akan menduduki Peperiksaan PSR dengan dibimbing oleh 10 orang tenaga pengajar selain menghadiri sesi kelas tambahan pada setiap Jumaat jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Antara program yang tersenarai dalam kalendar PSR bagi tahun ini adalah Bengkel Motivasi Pelajar Tahun 6 pada bulan Mac, PSR Mental Computation Test (MCT) Pusingan Pertama pada bulan Mei, PSR MCT

Pusingan Kedua pada bulan Julai, Majlis Solat Hajat dan Ceramah Motivasi PSR 2017 pada bulan Oktober dan sebagainya. Juga hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB, Awang Noorhaizamdin bin Haji Mosbi; guru-guru Tahun 6 dan guru-guru kanan serta ketua jabatan bagi mata pelajaran teras. Lebih 200 ibu bapa / penjaga hadir pada sesi taklimat yang disampaikan

oleh Guru Kanan Akademik sekolah berkenaan, Dayang Noraniza binti Haji Abdul Rahman berlangsung di Dewan Kuliah, Sekolah Menengah YSHHB. Adapun tujuan utama taklimat dan perjumpaan diadakan bagi memberi maklumat penting kepada para ibu bapa mengenai sasaran pencapaian setiap subjek di samping menjalin kerjasama antara pelajar, guru dan ibu bapa dalam membantu meningkatkan prestasi pelajar.

PARA ibu bapa dan penjaga pelajar PSR Tahun 2017 Sekolah Rendah YSHHB yang hadir pada sesi taklimat dan perjumpaan berkenaan.

Penuntut Maktab Duli didedahkan proses penerbitan Pelita Brunei Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Februari.- Rombongan seramai 12 penuntut dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) Gadong telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat, Jabatan Penerangan di Lapangan Terbang Lama, Berakas khusus bagi meninjau gerak kerja Bahagian Pelita Brunei. Rombongan yang diketuai oleh Penolong Ketua Unit Perhubungan Awam, Dayangku Amelia binti Pengiran Roslee itu dialu-alukan oleh Pegawai Penerangan, Ketua Unit Perhubungan Awam dan Perkhidmatan Media, Awang Ali Termizi bin Haji Ramlli / Haji Ramli bertempat di Bilik Persidangan, Bangunan Tambahan Ibu Pejabat Jabatan Penerangan. Dalam taklimatnya, Awang Ali Termizzi antaranya menyentuh mengenai peranan utama Jabatan Penerangan dalam menjaga imej raja, negara serta kerajaan dalam menyampaikan maklumat dan berita kepada masyarakat. Di antara strategi kerja Jabatan Penerangan disalurkan melalui Media Cetak seperti Akhbar Rasmi Kerajaan Pelita Brunei edisi Isnin, Rabu dan Sabtu, buku-buku yang berorientasikan kenegaraan dan lain-lain, melalui komunikasi bersemuka atau berdudun dan Media Baharu iaitu Facebook iaitu Jabatan Penerangan Jabatan Perdana Menteri, Instagram iaitu infodept.bn dan Twitter iaitu infodept_bn. Taklimat tersebut diteruskan dengan penerangan mengenai peranan Bahagian Pelita Brunei yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Ketua Meja 'C' di Bahagian Pelita Brunei, Dayangku Nasibahanim binti Pengiran Haji Bakar.

ROMBONGAN penuntut Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah semasa menyaksikan secara lebih dekat sebahagian dari proses kerja penerbitan awal akhbar Pelita Brunei.

Menerusi taklimat beliau antara lain menyentuh mengenai penerbitan berita, proses pemilihan berita dan gambar, proses penyuntingan berita dan rencana, proses pengiklanan dan meliputi sejarah dan latar belakang akhbar Pelita Brunei. Acara diteruskan dengan sesi soal jawab dan kemudiannya mengadakan lawatan ke Bahagian Pelita Brunei bagi melihat sendiri bagaimana pegawai dan kakitangan di tersebut menjalankan tugas masing-masing.

Hari Terbuka Mini Art & Design Technology hari ini Siaran Akhbar : The Creative Core BN BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Februari. - The Creative Core BN dengan kerjasama Kaleidoscope Studio dan disokong oleh Teach Me Guru dan iCentre akan menganjurkan Hari Terbuka Mini Art & Design Technology bersempena Hari Demo DARe pada 6 Februari 2017 bertempat di iCentre, Anggerek Desa. Antara pengisian Hari Terbuka yang akan diadakan dari pagi sehingga malam itu ialah sesi taklimat dan demonstrasi yang

dikendalikan oleh individu tempatan yang aktif dalam teknologi seni dan reka bentuk termasuk 'Indoor Night Market' iaitu jualan makanan dan minuman serta lakaran lukisan dan persembahan muzikal tempatan. Sesi taklimat, bengkel dan demonstrasi akan dijalankan mulai 12.30 petang hingga 5.30 petang di mana kemasukan adalah percuma manakala 'Indoor Night Market' akan berlangsung pada jam 6 hingga 10 malam. Orang ramai yang berminat dan

ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi bolehlah mendaftar secara dalam talian di http://bit.ly/artdtopenday atau mengunjungi laman Instagram @thecreativecorebn. The Creative Core BN (TCCBN) merupakan sebuah syarikat yang berhasrat untuk mempamerkan bakat tempatan melalui platform dalam talian atau luar talian. TCCBN mempamerkan kerja-kerja mereka melalui media sosial dengan tujuan untuk membangunkan dan mengembangkan kewujudan mereka dalam talian (YouTube dan Instagram) serta luar talian (offline), melalui acara-acara berskala kecil dan besar.


RENCANA

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

11

Ristaan Sejarah I : Institut Pengajian Islam Brunei Darussalam Oleh : Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman dengan kerjasama Meja Kandungan Khas Pelita Brunei SAMBUNGAN PENCAPAIAN Beberapa pencapaian yang membanggakan telah diperolehi IPI, antaranya ialah: i. Dari segi pengiktirafan, setelah berbagai perundingan dibuat, ada dua buah universiti Islam yang terkemuka di dunia Islam telah mengiktiraf kelulusan Diploma Pengajian Islam iaitu Universiti Islam Antarabangsa, Islamabad, Pakistan dan Universiti Al-Azhar, Mesir. Malah pengiktirafan dari Universiti Al-Azhar ini memberi makna yang besar kerana ia merupakan satu penghormatan yang mungkin jarang atau tidak pernah diberikan Al-Azhar kepada mana-mana pusat pengajian tinggi Islam di rantau ini pada masa itu. ii. Sepanjang perkembangan IPI, ia telah melangsungkan 7 kali Haflut Takharruj (Konvokesyen) bagi lulusannya. Dan seramai sekitar 200 orang telah dianugerahkan Diploma Pengajian Islam. Seingat penulis, ini kali pertama perkataan 'Haflut Takharruj'' (Konvokesyen) digunakan di Brunei. Pada hari ini Alhamdulillah, masyarakat di Brunei telah terbiasa dengan istilah tersebut disebabkan penggunaannya menjelang Haflut Takharruj bagi UNISSA, KUPU SB dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah setiap tahun. iii. Seramai enam orang pemegang Diploma Pengajian Islam (dari kumpulan pertama) telah dihantar ke UIA, Islamabad, Pakistan atas Dermasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama. Sementara itu, seramai lima orang pula telah belajar secara persendirian di universiti yang sama, setelah tamat pengajian kesemua mereka (11 orang semuanya) telah pulang ke tanah air dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah (Hons) dan Sarjana Muda Usuluddin (Hons). iv. Dalam pada itu, pada perkembangan berikutnya seramai 12 pelajar lulusan Institut Pengajian Islam telah diterima untuk mengikuti Tahun II (Dua) di Fakulti Pengajian Islam, UKM bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam bagi Sesi Pengajian 1995 / 1996 mulai bulan Julai, 1995. Mereka belajar atas dermasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. v. Berikutan pengiktirafan Al-Azhar, Brunei telah membuat beberapa kali penghantaran pelajar dermasiswa yang memegang Diploma IPI dengan pangkat sekurang-kurangnya 'Jayyid' (Baik) untuk memasuki Tahun Empat (Akhir) di Universiti Al-Azhar. Hampir keseluruhannya berjaya pulang dengan ijazah, kecuali beberapa orang yang mengulang yang akhirnya juga berjaya. Ini bermakna satu peluang keemasan dapat belajar di Universiti Al-Azhar dalam tempoh yang lebih singkat (hanya satu tahun). Mengenai dengan Haflut Takharruj (Konvokesyen) di atas, kali pertama diadakan oleh institut ini ialah pada 15 Disember 1992. Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Mohd. Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku tetamu kehormat berucap antaranya : ''Dalam tempoh 25 tahun pemerintahan baginda, yang Jubli Perak Baginda Menaiki

Takhta baru saja disambut pada 5 Oktober, 1992, ternyata dengan megahnya akan bukti perhatian baginda yang amat berat kepada pengajian dan pendidikan di negara ini, lebih-lebih lagi penekanan baginda pada mewujudkan Pengajian Tinggi Ugama yang dikendalikan di dalam negeri ini sendiri. Maka pada hari kita menghadiri majlis ini yang dinamakan Majlis 'Haflut Takharruj' bagi meraikan 31 orang lepasan Institut Pengajian Islam, Brunei Darussalam yang akan menerima 'Diploma Pengajian Islam' kerana telah berjaya menamatkan di institut tersebut. Tahniah yang setinggi-tingginya kepada mereka.'' (Haji Mohd. Salleh Abdul Latif, 2004 : 194). Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Mohd. Zain bin Haji Serudin seterusnya berkata bahawa dalam menghadapi tahun-tahun 90-an iaitu sebagai suatu kesinambungan kepada langkah-langkah yang telah dibuat dalam dekad-dekad yang lalu, berdasarkan Memorandum-Memorandum Persefahaman yang telah ditandatangani di antara Institut Pengajian Islam Brunei Darussalam dengan Universiti Al-Azhar, Republik Arab Mesir dan Institut Pengajian Islam, Brunei Darussalam dengan Universiti Islam Antarabangsa lslamabad, Pakistan maka hasrat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Institut Pengajian Islam Brunei Darussalam sebagai Pusat Pengajian Tinggi Ugama yang dikendalikan dalam negara ini sendiri sebenar-benarnya sedang diungkayahkan dengan rapinya, semoga Allah akan sentiasa memberkatinya. (ibid) Menurut beliau lagi bahawa Institut Pengajian Islam yang diharapkan oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam supaya menjadi salah satu benteng kehidupan berugama yang sepakat dan sealiran untuk selama-lamanya, hendaklah sentiasa peka akan amanah yang amat berat lagi mencabar ini. Semua berkewajipan menjunjung amanah ini. Fahaman yang sepakat dan sealiran yang diamalkan di Negara Brunei Darussalam ialah menurut aliran Ahli Sunnah Waljamaah khasnya Mazhab Shafi'i yang telah pun terbukti berupaya menghindarkan negara dari sebarang kekecohan atau perselisihan dalam perkara keagamaan. (ibid) Dalam majlis tersebut, Mohd. Zain juga mengingatkan agar jangan terkeliru apa yang dinamakan Pengajian Islam (Islamic Studies) oleh pihak-pihak tertentu. Dalam pada itu tidaklah dinafikan bahawa Pengajian Islam di Pusat-Pusat Pengajian Tinggi luar negara memberi faedah dan sumbangan, tetapi yang paling mustahak, kita perlu beringat-ingat kerana menurut sejarah bahawa mulai dalam Kurun Ke-16 Masihi terdapat pusat-pusat pengajian tinggi di Barat yang mengadakan Pengajian Islam, kemudian di sebelah sini seperti Australia, Jepun dan Korea. Menurut beliau, nampaknya Pengajian Islam itu hanyalah untuk 'memberi pengetahuan' tanpa disertai oleh akidah dan akhlak yang sebenarnya. Menurut kajian bahawasanya Pengajian Islam anjuran orientalis itu adalah sangat merbahaya kepada umat Islam. (ibid) Beliau lalu memberi contoh fahaman 'Qadiani' yang dianjurkan oleh Mirza Gulan Ahmad di India yang mendapat pendidikan di England sejak kecil lagi. Ilmu pengetahuan agama yang didapatnya adalah melalui terjemahan-terjemahan dan ditambah pula dengan maklumat-maklumat tanpa akidah. Inilah antara sebab yang mudah terjadinya penyelewengan, dan terkeluarnya seseorang dari ajaran Islam yang sebenar bahkan Mirza Gulam Ahmad mengakui dirinya sebagai seorang nabi dan seorang rasul. (ibid) Contoh yang kedua dibawa oleh Mohd. Zain

seterusnya ialah suatu nama 'Rashid Khalifah' melalui kupasan sains, kajian logik, melalui pengetahuan pengajian Islamnya yang tidak bersandar kepada akidah menjadikan Rashid Khalifah itu seorang pendukung yang menafikan hadis-hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Fahaman tersebut mula berkembang di Amerika yang dianjurkan oleh golongan intelektual Islam yang mendapat pendidikan apa yang dinamakan Pendidikan Islam (Islamic Studies) Barat. (ibid) KURSUS TAKHASSUS AT-TAFAQQUH FIDDIN Berdasarkan titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Baginda juga telah memperkenankan pembukaan Kursus Takhassus At-Tafaqquh Fiddin (Lihat Memo SUT, KHEU, Bil. KHEU R/4/87C bertarikh 16 Mei 1990). Kursus ini telah memulakan pengajiannya pada bulan Oktober 1991 dengan pengambilan 10 orang pegawai ugama di Kementerian Hal Ehwal Ugama yang memegang Ijazah B.A. (Al-Azhar). Bagaimana pun kerana permasalahan belajar separuh masa, maka hanya dua orang pegawai yang berjaya menamatkan pengajian di Tahun II program tersebut. Mereka ialah Awang Haji Salim bin Haji Besar (kini dikenali sebagai Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar) dan Awang Jaafar bin Haji Maidin (kini dikenali sebagai Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Jaafar bin Haji Maidin). Pengambilan kedua yang memulakan pengajian pada tahun 1992, dari seramai empat orang hanya seorang sahaja yang berjaya lulus. Pegawai tersebut ialah Haji Rosli bin Haji Jumaat. Antara syarat untuk mengikuti kursus Diploma Takhassus At-Tafaqquh Fiddin ialah pemohon hendaklah memiliki Ijazah B.A. dalam bidang pengajian Islam dari mana-mana universiti atau pusat pengajian tinggi Islam yang diiktiraf. Pemohon juga perlu mempunyai pengetahuan Bahasa Arab yang baik. Kursus ini mengambil masa tiga tahun untuk tamat (2 tahun mengikuti kuliah dan 1 tahun menulis tesis). Rektor Universiti Al-Azhar sebagai Penilai Luar bagi IPI pada tahun 1992 itu, telah mencadangkan supaya ditingkatkan taraf kursus Diploma Takhassus At-Tafaqquh Fiddin kepada taraf M.A. Untuk tujuan tersebut, kurikulum dan sillibusnya juga mengikut sebagaimana yang berjalan di Al-Azhar. Perkara ini telah dilaksanakan pada sesi pengajian 1992/1993 bermula pada bulan November 1993. Dengan pelaksanaan sistem Al-Azhar bagi kursus Takhassus At-Tafaqquh Fiddih bermakna peluang terbuka luas kepada para lulusannya untuk membuat Ph.D di Universiti Al-Azhar sendiri. Dalam pada itu beberapa buah universiti lain juga membuka peluang yang sama untuk lulusan IPI bagi membuat M.A. atau Ph.D seperti (i) Universiti Islam Antarabangsa, Islamabad, Pakistan, (ii) University of Exeter, England (iii) University of St. Andrews, England. LAIN-LAIN KURSUS IPI juga mengendalikan beberapa kursus biasa (kursus panjang / singkat / bermusim) seperti: i. Kursus Menghafaz Al-Quran ii. Kursus Ulangkaji bagi Imam-Imam (1 Bulan) iii. Kursus Guru-Guru Ugama yang bakal menjadi Imam (1 Tahun) iv. Kursus bagi Kadi-Kadi (Bermusim) v. Kursus Seni Membaca Al-Quran (Untuk Ahli-Ahli Majlis Al-Qurra) (1 Tahun) vi. Kursus Lanjutan Seni Membaca Al-Quran bagi Guru-Guru Ugama (6 Bulan) vii. Kursus kepada Qari dan Qariah yang akan bertanding di peringkat Antarabangsa, Kuala Lumpur (Singkat). viii. Kursus Pentadbiran Undang-Undang dan Kehakiman Islam (6 Bulan). KESIMPULAN Berdasarkan keterangan di atas, nampak bahawa IPI adalah merupakan sebutir bintang yang menyinarkan cahayanya pada zamannya di negara ini khasnya, malah juga di rantau ini amnya. Tiada kesan tinggalan yang dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi ia pasti tercatat dalam sejarah Islam di Brunei sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang pertama telah berjasa menyumbangkan khidmat yang berharga dan bermakna kepada syiar Islam, dan ilmu pengetahuan Islam. Memandangkan zaman telah berlalu, walau pun IPI pada masa ini telah tiada namun ia tetap dikenang sebagai asas yang kuat kepada kelahiran institusi pengajian tinggi Islam yang lebih bermakna selepasnya. Menerusi IPI dan usaha gigihnya untuk meninggikan ilmu pengetahuan Islam, nampak

minat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk merapatkan hubungan negara ini dengan Universiti Al-Azhar, sehingga Rektor-Rektor Al-Azhar, dan pegawai-pegawai kanan Universiti Al-Azhar datang ke IPI untuk memberikan nasihat, bimbingan dan cadangan. Juga nampak bahawa IPI telah dapat mengumpulkan ramai para cendekiawan, alim ulama rantau ini dan Timur Tengah untuk berkhidmat di IPI sendiri. Dalam pada itu, sekitar tahun 1997/1998 pemikiran telah wujud dengan begitu kuat supaya Institut Pengajian Islam, KHEU dicantumkan dengan Fakulti Pengajian Islam, UBD. Pemikiran ini didukung oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Kewangan. Perlu juga ditegaskan bahawasanya rancangan Percantuman Institut Pengajian Islam dengan Fakulti Pengajian Islam (UBD) adalah hasil daripada perundingan-perundingan pada menjunjung titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menerusi warkah Bil. HMPO / 1987 bertarikh 9 Januari 1996 yang disampaikan melalui Yang Dimuliakan Pehin Timbalan Menteri Kewangan pada masa itu yang menyatakan bahawa baginda tiada halangan supaya diadakan ''Perundingan ke atas pelaksanaan supaya Institut Pengajian Islam (IPI) menjadi salah satu Jabatan Pengajian Islam di Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan seterusnya menyediakan kemudahan yang diperlukan berhubung dengannya seperti yang dimaksudkan''. Akhirnya, Institut Pengajian Islam, KHEU telah berjaya dicantumkan dengan Fakulti Pengajian Islam, UBD pada tahun 1999 dengan nama 'Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali Saifuddien' (IPISHOAS). Maka muncullah institusi baru sebagaimana namanya di atas yang merupakan salah satu fakulti atau institut dalam UBD. Institut baru ini diketuai oleh seorang Dekan Pertamanya iaitu penulis sendiri. Semuanya itu menjadi kenangan dan ristaan, serta dengan berkat pertolongan Allah Subhanahu Wata'ala dan kerjasama semua pihak, perkara yang mulanya disangka sukar itu telah berjalan dengan lancar dan IPI dapat menempatkan dirinya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang unggul pada zamannya, dan apabila menjadi IPISHOAS, ia tetap menunjukkan kewibawaannya sebagai sebuah pusat pengajian tinggi Islam yang mampu mengeluarkan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Dengan adanya pusat pengajian tinggi Islam dalam negara, maka penghantaran ke Universiti Al-Azhar bagi pemegang Diploma Pengajian Islam dari IPI telah dihentikan. Walau bagaimanapun, penghantaran ke Universiti Al-Azhar dari Sekolah Arab bagi pemegang Sijil Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) yang cemerlang tetaplah diteruskan sebagaimana sebelumnya. BIBLIOGRAFI Dokumen-dokumen berkaitan : Haji Mohd. Salleh bin Abdul Latif, Menyusur Zaman Biografi Haji Mohd. Zain bin Haji Serudin. Brunei: Minda Kreatif Publishing, 2004.


12

NASIONAL

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

Forum Bicara Akidah Ahli Sunnah Waljamaah medium sebar ilmu sahih Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman

Program penjanaan idea DARe dibukakan Siaran Akhbar : Darussalam Enterprise (DARe)

TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan bin Haji Taja'ah (enam, kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Forum Bicara Akidah Ahli Sunnah Waljamaah.

TUTONG, Sabtu, 4 Februari. - Dalam usaha untuk meningkatkan lagi kefahaman masyarakat awam terhadap beberapa persoalan-persoalan akidah menurut pegangan Ahli Sunnah Waljamaah, buat julung kalinya Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong melalui Masjid-Masjid Daerah Tutong Zon Satu dan Dua serta Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid mengadakan Forum Bicara Akidah Ahli Sunnah Waljamaah dengan sasaran audien daripada kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan, guru-guru, pelajar-pelajar, jemaah masjid, Muslimah dan belia-belia masjid. Sehubungan itu, Majlis Perasmian Forum berkenaan telah berlangsung di Masjid Kampung Penanjong, di sini yang dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan bin Haji Taja'ah selaku tetamu kehormat. Dalam ucapan alu-aluannya, Awang Haji Masri bin Haji Mohammad selaku Pengerusi Majlis menjelaskan program akan diteruskan dengan pendedahan ilmu akidah Ahli Sunnah Waljamaah ke masjid-masjid Daerah Tutong melalui kuliah-kuliah yang juga disampaikan oleh ahli-ahli panel forum. Tiga ahli panel dijemput bagi menjayakan forum tersebut iaitu Awang Muhammad Naqib bin Haji Awang; Awang Syafiq Al-Lutfiy bin Haji Ahmad dan Awangku Ahmad Hassanudin bin Pengiran Haji Tejuddin manakala pengerusi forum ialah Awang Haji Mohammad Aidil Sufian bin Mohd Yassin. Semasa pembentangan forum tersebut Awang Muhammad Naqib

antara lain menjelaskan Ahli Sunnah Waljamaah adalah sinonim dengan akidah yang mana maksud Ahli Sunnah Waljamaah adalah siapa sahaja yang berpegang kepada sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Antara lain forum bertujuan bagi memberi pendedahan kepada Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid berkenaan peranan mereka sebagai sebuah jawatankuasa yang sangat penting dalam membantu pegawaipegawai masjid melaksanakan tugas mentakmir dan mengangkat kehormatan masjid. Di samping itu, ia juga untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli jawatankuasa takmir masjid dengan masyarakat serta menarik lebih

ramai jemaah masjid dan masyarakat untuk sama-sama terlibat dalam kegiatan-kegiatan dan programprogram anjuran masjid. Forum Bicara Akidah Ahli Sunnah Waljamaah ini akan dilaratkan lagi ke beberapa buah masjid yang terpilih di Daerah Tutong. Dengan adanya program seumpama ini, diharapkan akan dapat meningkatkan lagi mutu kerjasama di antara sesama ahli jawatankuasa takmir masjid, sekali gus mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat. Program ini juga diharap agar menjadi medium kepada penyebaran ilmu yang sahih kepada masyarakat melalui peranan institusi masjid.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Februari. - Darussalam Enterprise (DARe) telah mengenal pasti keperluan untuk program penjanaan idea kerana terdapat minat yang tinggi bagi memulakan perniagaan dalam kalangan orang ramai. Menurut Siaran Akhbar DARe, program penjanaan idea DARe akan dibahagikan pada dua bahagian, iaitu mereka yang mempunyai idea perniagaan dan inginkan maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk memulakan perniagaan dan mereka yang ingin memulakan perniagaan, tetapi memerlukan nasihat mengenai perniagaan apa yang harus mereka mulakan. Peserta yang mempunyai idea perniagaan akan mempunyai peluang untuk menyertai bengkel penjanaan idea yang akan membantu mereka untuk memastikan jika idea mereka adalah baik atau sebaliknya. Para peserta juga akan ditawarkan nasihat perniagaan secara one-to-one tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan dan dari mana mereka boleh mendapatkan bantuan pembiayaan. Bengkel tersebut akan dijalankan oleh Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi untuk Mercatus Ventures, sebuah firma usaha peringkat awal berpangkalan di Malaysia, Raiyo Nariman. Peserta yang mencari idea perniagaan akan mempunyai

peluang untuk mendengar ceramah daripada para Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) serta agensi-agensi kerajaan yang akan mengongsikan apa jua bentuk peluang yang disediakan dan apa juga idea keusahawanan yang perlu dilaksanakan. Bengkel itu juga akan menampilkan beberapa usahawan dari bidang yang berbeza untuk sama-sama mengongsikan strategi yang berbeza serta yang diperlukan oleh setiap usahawan untuk dilaksanakan bagi mengekalkan perniagaan mereka. Ia juga akan menampilkan beberapa 'DARe Startup Bootcamp' (idea untuk program pembangunan produk) untuk para peserta mengongsikan apa saja yang telah mereka pelajari dan berapa banyak yang telah mereka capai dalam tempoh 100 hari intensif program berkenaan dijalankan. Untuk menambahkan lagi ekosistem program penjanaan idea itu, peserta DARe Startup Bootcamp juga akan mempamerkan produk yang mereka usahakan tersebut. Mereka yang berminat untuk menyertai Program DARe berkenaan adalah dialu-alukan untuk hadir pada 7 Februari 2017, jam 9.00 pagi, bertempat di Auditorium Bangunan & Teknologi, Taman Teknologi Anggerek Desa, Simpang 32-37, Kampung Anggerek Desa.

DARe lancar Biz Brunei Siaran Akhbar : Darussalam Enterprise (DARe)

FORUM Bicara Akidah Ahli Sunnah Waljamaah menyasarkan penyertaan daripada kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan, guru-guru, pelajar-pelajar, jemaah masjid, Muslimah dan juga belia-belia masjid.

SERAMAI tiga orang ahli panel dijemput untuk menyampaikan isi kuliah-kuliah yang terdiri daripada Awang Muhammad Naqib bin Haji Awang, Awang Syafiq Al-Lutfiy bin Haji Ahmad dan Awangku Ahmad Hassanudin bin Pengiran Haji Tejuddin.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Februari. - Darussalam Enterprise (DARe) melancarkan Biz Brunei, iaitu satu laman sesawang baharu sebagai platform kepada usahawan tempatan untuk mengongsikan pengalaman mereka dalam dunia keusahawanan. Menurut Siaran Akhbar DARe, Biz Brunei akan dikemas kini setiap hari dengan berita-berita usahawan tempatan kini dan yang akan datang serta menyampaikan perkembangan perniagaan terkini di Brunei kepada orang ramai. Laman sesawang tersebut mempunyai empat bahagian, iaitu Berita - meliputi cerita yang berkaitan perniagaan; Perjalanan Keusahawanan - profil kisah-kisah usahawan tempatan; Menyusun Strategi - tip-tip pembangunan perniagaan serta penggodaman yang ditetapkan dalam konteks tempatan dan Memudahkan memudahkan prosedur perniagaan yang kompleks. Melalui Biz Brunei, usahawan

tempatan akan mendapatkan pendedahan bukan sahaja kepada audien tempatan malahan juga luar negara melalui dalam talian, manakala orang ramai pula akan dapat mempelajari tentang pembaharuan perniagaan yang terkini dan inisiatif DARe, yang mana mereka sama-sama boleh menyertainya atau memanfaatkannya. Usahawan tempatan yang berminat untuk ditampilkan bolehlah menghubungi Hotline DARe melalui talian +673 8363442 atau dare@ei.gov.bn. Bagi penulis, jurugambar dan pereka grafik yang berminat untuk menyumbang ke Biz Brunei juga boleh berhubung melalui talian hotline dan e-mel DARe. Bagi yang berminat, bolehlah melayari laman sesawang di www.bizbrunei.com atau melalui Facebook di www.facebook.com/BizBrunei.DARe untuk mendapatkan berita-berita terkini yang sentiasa dikemas kini.


NASIONAL

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

13

Kemudahan Pasar Pelbagai Barangan Gadong beri manfaat kepada masyarakat

AWANG Syafie @ Firdaus bin Tasad dan Awang Muhammad Wahyuni bin Haji Muhammad Mansor kedua-duanya merupakan Pegawai Ugama dari Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Berita dan Foto : Haji Ariffin bin Mohamad Noor / Morshidi BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Februari. - Bisnes jualan, penyediaan makanan, buah-buahan dan pelbagai barangan lainnya merupakan antara usaha yang boleh diceburi dengan modal yang rendah dan sesuai bagi mereka yang baru hendak menceburi bidang perniagaan dan untuk menimba pengalaman dalam suasana bisnes sebenar khususnya para belia di negara ini. Semasa tinjauan Pelita Brunei ke Pasar Pelbagai Barangan Gadong yang terletak di Gadong menyaksikan penglibatan golongan belia turut serta mengambil peluang berniaga dengan mengetengahkan pelbagai produk terutamanya makanan. Dayang Ramizah binti Haji Awang Damit, 28, telah mula berniaga makanan salai-salaian sejak 15 tahun lalu dengan modal perniagaan yang rendah dan perlahan-lahan mengembangkan perniagaan yang dimulai oleh kedua ibu bapa beliau yang telah mula bertapak sejak 30 tahun lalu. Ketika ditanya perasaannya dapat berniaga di Pasar Pelbagai Barangan Gadong baharu tersebut, beliau menjawab tempat perniagaan ini merupakan kurnia daripada raja yang dikasihi dan ia sekarang cukup selesa, di samping sambutan daripada pengunjung begitu memberangsangkan ditambah lagi dengan sewa yang sangat rendah iaitu sebanyak BND30 sebulan.

AWANG Haji Mohammad bin Bakar semasa ditemui oleh Pelita Brunei.

Beliau turut merancang akan memperkenalkan masakan sizzling dalam sedikit masa lagi memandangkan prasarana cukup selesa di mana para pengunjung juga akan dapat duduk makan bersama keluarga mereka dengan kemudahan yang telah disediakan. Sementara itu, peluang untuk ikut serta memulakan perniagaan tidak dilepaskan oleh sekumpulan seramai lima orang mahasiswa lepasan institusi pengajian tinggi tempatan. Salah seorang lepasan mahasiswa berkenaan, iaitu Ampuan Mohamad Aizat bin Ampuan Umar, 25 tahun, berasa sangat-sangat berpuas hati dengan kemudahan yang diberikan yang meliputi penggunaan air dan elektrik secara percuma. Beliau turut menambah bahawa sewa pasar malam itu sangat murah dan sesuai bagi mereka yang baru saja melibatkan diri dalam perniagaan. Di samping itu, beliau turut menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas kurnia pemberian tempat perniagaan dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar baginda dilanjutkan usia, sihat dan kekal karar memerintah di atas takhta singgahsana. Manakala bagi pandangan pengunjung, Awang Haji Mohammad bin Bakar, yang merupakan seorang pesara pasukan keselamatan dari Kampung Lambak menyatakan bahawa tempat berniaga yang baru saja dirasmikan ini adalah sebagai hadiah daripada raja yang dikasihi kepada peniaga tempatan dan pengunjung dengan dikurniakan prasarana yang cukup indah, selesa dan sempurna. "Peluang-peluang yang ada seharusnya dimanfaatkan dan diusahakan oleh peniaga yang terdiri daripada anak tempatan sendiri dan bukannya orang lain," ujar beliau lagi. Manakala pengunjung dari Daerah Belait, Dayang Noorimah binti Haji Abdul Rahman dan suami yang berkesempatan berkunjung ke sini turut meluahkan rasa puas hati dengan keselesaan tempat berniaga dan juga pengunjung yang beratap dengan kemudahan letak kereta. Dalam sama-sama menjalankan urusniaga atau muamalat, kewajipan tuntutan sembahyang fardu turut

SEBUAH surau yang mampu menampung seramai 40 orang jemaah didirikan berhampiran pasar ini.

dititikberatkan dengan terdirinya sebuah surau berhampiran dengan pasar baharu tersebut yang mampu menampung sehingga 40 jemaah pada satu-satu masa. Menurut imam surau Awang Syafie @ Firdaus bin Tasad dan Awang Muhammad Wahyuni bin Haji Muhammad Mansor, kedua-duanya merupakan Pegawai Ugama dari Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyatakan sembahyang fardu secara berjemaah akan diadakan pada waktu-waktu Asar, Maghrib dan Isyak sesuai dengan waktu beroperasinya Pasar Pelbagai Barangan Gadong yang akan memulakan operasinya pada jam 3.00 petang. "Alhamdulillah setiap kali waktu Asar, Maghrib dan Isyak tiba keramaian jemaah cukup ramai menggunakan surau ini," ujar Awang Syafie @ Firdaus lagi. Pasar Pelbagai Barangan Gadong ini telah mula beroperasi secara rasminya pada Khamis, 2 Februari 2017 yang

lalu di tapak yang sedia ada berhampiran dengan tapak asal dengan

menyediakan kemudahan perniagaan sekitar 150 petak perniagaan.

DAYANG Ramizah binti Haji Awang Damit semasa ditemui oleh Pelita Brunei.

SEBAHAGIAN daripada mahasiswa intitusi pengajian tinggi tempatan yang memulakan perniagaan, Awang Syazawan bin Roslan (kiri), Dayang Syafrina binti Safri (tengah) dan Ampuan Mohamad Aizat bin Ampuan Umar (kanan).


14

JAWATAN KOSONG / IKLAN

JABATAN PERHUTANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN JABATAN PERHUTANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN

Ditutup pada : Rabu, 8 Februari 2017 Jam : 2.00 Petang

Rujukan Tawaran : KKW/ADM/KEM/31

Tempat menghantar borang tawaran di : Peti Sebut Harga Jabatan Perhutanan Tingkat 2 Bangunan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Bandar Seri Begawan, BB3910 Negara Brunei Darussalam.

KETERANGAN Bil 1. AIKON : FG-60 (INDOOR UNIT) FSGD-60 (OUTDOOR UNIT) Jumlah : 6 Buah Tarikh lawatan : Hari : Isnin (6 Februari 2017) Jam : 9.00 Pagi Tempat : Herbarium Negara Jabatan Perhutanan Pusat Perhutanan Brunei Sungai Liang Negara Brunei Darussalam.

SYARAT-SYARAT DAN KEPERLUAN YANG MESTI DIPATUHI OLEH SEMUA PENENDER YANG INGIN MENGAMBIL BAHAGIAN BAGI SEBARANG TAWARAN DI JABATAN PERHUTANAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

1. TAWARAN-TAWARAN yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dalam sampul surat yang bertutup dan pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis dengan bilangan / tajuk tawaran dan tarikh tutup sahaja tanpa menunjukkan identiti syarikat / pembekal. 3. Dokumen tawaran, syarat-syarat dan keterangan lanjut boleh diperoleh di : Jabatan Perhutanan Tingkat 2 Bangunan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Jalan Menteri Besar, BB3910 Negara Brunei Darussalam. Harga dokumen tawaran akan dikenakan sebanyak BND5.00 (tidak dikembalikan) bagi setiap tawaran pada waktu berkerja : Isnin hingga Khamis 8.30 Pagi hingga 11.45 Pagi 1.30 Petang hingga 3.00 Petang

Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi 4. Tawaran adalah dipelawa kepada pemborong-pemborong firma swasta dan orang-orang perseorangan. 5. Untuk melihat barang-barang berkenaan, sila berhubung terlebih dahulu ke Unit Herbarium Negara, Pusat Perhutanan Brunei, Sungai Liang melalui talian telefon +673 3230767 sebelum tarikh lawatan, iaitu Isnin, 6 Februari 2017. 6. Penender hendaklah membaca, memahami dan meneliti kesemua kandungan di dalam borang dokumen tawaran dan mengisi semua ruang-ruang yang diperlukan dengan LENGKAP dan TERATUR. 7. Penender yang berjaya akan dimaklumkan dan dikehendaki membayar pembayaran secara tunai dan seterusnya bertanggungjawab untuk memindahkan barang yang dibeli tidak lewat tujuh (7) hari dari tarikh sebut harga ditutup.


IKLAN

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

JABATAN PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PERTAHANAN TAWARAN : MINDEF/DFA/RC/65 (10) MAINTENANCE OF MINDEF ALARM & SECURITY SYSTEM FIVE (5) YEARS CONTRACT. YURAN TAWARAN : BND100.00 (tidak dikembalikan) SYARAT-SYARAT TAWARAN a. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Penerimaan Sebut Harga, Tingkat Bawah, Blok 'D', Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 14 Februari 2017. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah diperoleh dari Unit Tawaran (Blok 'D'), Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan pada hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat). b. Bayaran tawaran (tender fee) dan (document fee) hendaklah dibayar di Unit Kaunter, Bahagian Kewangan, Blok 'C', Tingkat 1, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Blok 'D', Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam. Waktu bagi menerima bayaran : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 2.00 Petang hingga 3.00 Petang Jumaat 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi 2.30 Petang hingga 3.00 Petang c. Pembekal adalah dikehendaki membayar yuran dokumen dan bayaran tawaran bagi

semua tawaran seperti yang diiklankan. Yuran tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bonafide-tender). Kadar yuran tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran. d. Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah. e. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan. f. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan hendaklah disertakan bersama dengan menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemilik. g. Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperoleh atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. h. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan hendaklah ditutup rapi. Pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat, hendaklah dinyatakan rujukan dan tajuk tawaran serta catatan tarikh tutup tawaran ini. i. Iklan-iklan tawaran bolehlah dilihat melalui laman sesawang : http://www.mindef.gov.bn.

15

MAKLUMAN SENARAI PENUNTUT MENGULANG YANG BERHAK MENUNTUT BAYARAN BALIK PENDAFTARAN PEPERIKSAAN BAGI TAHUN 2005 HINGGA 2011 ADALAH dimaklumkan bahawa Jabatan Peperiksaan masih menyimpan wang cagaran sebagaimana senarai nama penuntut-penuntut mengulang yang berhak menuntut balik bayaran pendaftaran peperiksaan mereka bagi Tahun 2005 hingga 2011. Sehubungan dengan ini dipohonkan kerjasama kepada mana-mana penuntut yang disenaraikan akan dapat datang sendiri ke sekolah masing-masing dengan membawa salinan resit asal, salinan kad pengenalan, salinan slip keputusan peperiksaan mengikut tahun peperiksaan berkenaan bermula 15 Februari hingga 16 Mac 2017 waktu sekolah bermula 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari sahaja. Jika wang cagaran tidak dituntut selepas tarikh tersebut, maka wang cagaran akan dimasukkan ke akaun hasil kerajaan. Senarai nama penuntut-penuntut mengulang yang berhak menuntut balik bayaran pendaftaran peperiksaan mereka bagi Tahun 2005 hingga 2011 adalah bagi maktab / sekolah seperti berikut : 1. Maktab SOAS, Bandar Seri Begawan 2. Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri 3 Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam 4. Sekolah Menengah Menglait, Gadong 5. Sekolah Menengah Berakas 6. Sekolah Menengah PAP Hajah Masna 7. Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar

8. Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali 9. Sekolah Menengah PIHM, Serasa, Muara 10. Sekolah Menengah PDSM, Mentiri 11. Sekolah Menengah Sayyidina Hasan 12. Sekolah Menengah Sayyidina Husain 13. Sekolah Menengah Awang Semaun 14. Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab 15. Pusat Tingkatan Enam, Katok 16. Sekolah Sukan 17. Sekolah Menengah Rimba, Gadong 18. Pusat Tingkatan Enam, Berakas 19. Sekolah Menengah Masin 20. Sekolah Menengah Lambak Kiri 21. Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong 22. Sekolah Menengah Muda Hashim, Tutong 23. Sekolah Menengah RIPAS, Tutong 24. Sekolah Menengah Sayyidina Othman, Tutong 25. Maktab Anthony Abell, Seria 26. Sekolah Menengah PAPH Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Lumut 27 .Sekolah Menengah Perdana Wazir, Kuala Belait 28. Sekolah Menengah Pg. Jaya Negara Pg Hj Abu Bakar, Kuala Belait 29. Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Kuala Belait 30. Sekolah Menengah Sultan Hassan, Bangar. Senarai nama penuntut-penuntut mengulang yang berhak menuntut balik bayaran pendaftaran peperiksaan bagi tahun 2005 hingga 2011, boleh melayari web portal Kementerian Pendidikan : www.moe.gov.bn

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN BIL. TAWARAN : JAPEM/T/2017/P. BAHAGIA TEMBURONG

JABATAN DAERAH TUTONG KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI BILANGAN TAWARAN : Q.JDT/02/2017 TAJUK TAWARAN : TAWARAN SEBUT HARGA PENYEWAAN BAS BAGI AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG TAHUN JABATAN DAERAH TUTONG YURAN TAWARAN : BND20.00 SYARAT-SYARAT TAWARAN : 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat dan pembekalpembekal yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Tawaran tersebut di atas hendaklah dimasukkan ke Peti Tawaran Sebut Harga, Tingkat 4, Jabatan Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan dikembalikan tidak lewat pada ISNIN, 20 FEBRUARI 2017, jam 2.00 PETANG. 3. Tawaran hendaklah dihantar ke alamat tersebut di bawah dalam sampul surat yang tertutup (sealed) yang bertulis bilangan dan tajuk tawaran berkenaan dan tarikh tutup tawaran tanpa menunjukkan identiti pemborong kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA SEBUT HARGA JABATAN DAERAH TUTUONG KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI TUTONG TA1141 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 4. Pemborong hendaklah terlebih dahulu untuk membaca, memahami dan meneliti kesemua kandungan di dalam borang dokumen tawaran dan spesifikasi tawaran serta mengisi semua ruang-ruang yang diperlukan dengan LENGKAP dan

TERATUR. Sebarang kesilapan dan kerugian disebabkan salah tafsir harga tidak akan dilayan selepas tawaran telah dibuka. 5. Pemborong mestilah menyertakan salinan-salinan Sijil Pendaftaran Akta Nama-Nama Perniagaan (Certificate of Registration - Business Names Act) Bab 16 dan 17, resit yuran dokumen, senarai pemilik, kad pengenalan pemilik syarikat bagi warganegara Brunei dan / atau pasport warganegara asing, pengetahuan / pengalaman syarikat dan lain-lain keterangan yang berkaitan. 6. Mengisi Borang Pengakuan Penender / Tenderer's Declaration dengan LENGKAP. 7. Dokumen-dokumen terperinci tawaran serta penerangan lanjut boleh diperoleh setelah bayaran yuran tawaran (document fee) berjumlah BND20.00 (Ringgit : Dua Puluh Ringgit Brunei sahaja) (tidak dikembalikan / non-refundable) dibuat di Bahagian Kewangan, Tingkat 2, Jabatan Daerah Tutong pada setiap hari bekerja sahaja, iaitu : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah hari 1.30 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.30 Pagi 8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran. 9. Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan borang-borang tawaran yang telah disediakan. 10. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.

PERKARA : PEMBEKALAN BAGI RANCANGAN PEMAKANAN PUSAT BAHAGIA, TEMBURONG BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN Syarat-Syarat Tawaran : 1. TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat serta pemborong-pemborong yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan lanjut bolehlah diperoleh semasa waktu pejabat, di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan. 3. Borang tawaran hendaklah diisikan dengan jelas dengan menyatakan katalog (gambar) jenis barang yang ditawarkan berserta dengan segala spesifikasinya (jika perlu) dan mana-mana pembetulan hendaklah ditandatangani. 4. Bayaran (tender fee) sebanyak BND10.00 (tidak dikembalikan) akan dikenakan kepada pemborong-pemborong yang memasuki tawaran ini dan hendaklah dijelaskan ke Bahagian Hasil, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Waktu bagi menerima bayaran : Isnin hingga Khamis : 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi dan 1.45 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu : 9.30 Pagi hingga 11.00 Pagi *** Tarikh terakhir menerima pembayaran ialah pada Isnin, 27 Februari 2017. 5. Setiap borang tawaran hendaklah diisikan dengan lengkap dengan disertakan resit pembayaran (tender fee), salinan sijil pendaftaran perniagaan dan dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup rapi (sealed) tanpa menunjukkan identiti atau logo syarikat, tetapi hendaklah menyatakan BILANGAN, TAJUK TAWARAN & TARIKH TUTUP TAWARAN DENGAN JELAS dan hendaklah dihantar serta dimasukkan ke dalam peti tawaran di alamat : PETI SEBUT HARGA, TINGKAT 2 JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT BANGUNAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN SIMPANG 336-17, JALAN KEBANGSAAN BANDAR SERI BEGAWAN, BC4415. 6. Tawaran hendaklah sampai ke alamat seperti yang dinyatakan tidak lewat pada Isnin, 27 Februari, jam 2.30 Petang dan tawaran yang lewat diterima dari tarikh seperti yang telah dinyatakan tidak akan dilayan. 7. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran.


16

IKLAN

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Lihat Muka 23

Dari muka 1

Bersambung ke muka 17


IKLAN

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

17

Dari muka 16 SYARAT-SYARAT IKLAN SEBUT HARGA 1. SEBUT HARGA adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Dimiliki dan dijalankan oleh warga tempatan. 2. Bayaran dokumen sebut harga bagi setiap sebut harga adalah dikehendaki dalam bentuk wang tunai. penender adalah dikehendaki membayar semua bayaran dokumen sebut harga seperti yang diiklankan yuran sebut harga tidak akan dikembalikan kepada setiap penender sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar sebut harga yang jujur (bona-fide-tender). 3. Kadar bayaran dokumen sebut harga adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan sebut harga. 4. Sebelum mengambil borang, setiap penender hendaklah membayar borang dokumen sebut harga, di Tingkat 1, Blok 'B', Kaunter 1, Unit Tunai dan Hasil, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'B', Jabatan Pentadbiran dan PerkhidmatanPerkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. Sila pastikan resit pembayaran borang dokumen sebut harga yang diterima adalah betul. 5. Borang-borang sebut harga boleh diperolehi di Tingkat 1, Blok 'A', Kaunter 6, Unit Tawaran dan Sebut Harga, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'A', Jabatan Pentadbiran dan PerkhidmatanPerkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan resit pembayaran dokumen. 6. Setiap borang sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah menyertakan salinan sijil pendaftaran perniagaan dan salinan resit bayaran dokumen sebut harga. 7. Sebut harga-sebut harga hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan ditutup

rapi. Pada bahagian atas kiri sampul surat hendaklah ditulis bilangan sebut harga, tajuk sebut harga dan tarikh tutup sebutharga tanpa menunjukkan identiti penender dan ditujukan kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Bangunan Kementerian Pendidikan Blok 'A', Tingkat 1 Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'A' Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 8. Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga, Unit Tawaran dan Sebut Harga, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Blok 'A', Tingkat 1, Bahagian Kewangan 'A', Bangunan Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. 9. Sebut harga-sebut harga yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai sebut harga tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan. 10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima sebut harga yang paling rendah atau sebarang sebut harga yang tidak munasabah. 11. Setiap sebut harga yang diisi dan ditulis dengan tidak betul, tidak jelas dan tidak lengkap adalah dikira rosak dan ditolak. 12. Penender yang menolak atau membatalkan sebut harga atau kontrak setelah kebenaran sebut harga diperoleh atau setelah tutup sebut harga akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran

MAHKAMAH PEGAWAI WARIS DAERAH TEMBURONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI

pada 25 FEBRUARI 2017, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta

WARIS TEMBURONG

pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu

SURAT KUASA PUSAKA :

dan tempat yang tersebut di atas.

NO. TEMB/LA/04/2015

Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan

KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah

surat

itu

bantahan

bolehlah kepada

menghantar

MAHKAMAH

ini telah diperbuat oleh AISAH BINTI HAJI

PEGAWAI

MD. DAUD kerana minta Surat Kuasa

TEMBURONG sebelum tarikh yang tersebut

kepada harta pusaka yang dipunyai oleh HAJI

di atas.

MD.

DAUD

BIN

telah

meninggal

TAHAMAT

dunia

di

yang

DAERAH

Tarikh : 25 Januari 2017.

NEGARA

BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh

WARIS,

MUHAMMAD HARDY IMAN BIN MUHAMMAD UKIT

JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

SYARAT-SYARAT IKLAN TAWARAN 1. TAWARAN adalah dipelawa daripada Syarikat-Syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam. 2. Bayaran yuran tawaran bagi setiap tawaran adalah dikehendaki dalam bentuk Wang Tunai. Penender adalah dikehendaki membayar semua yuran tawaran seperti yang diiklankan. Yuran tawaran tidak akan dikembalikan kepada setiap penender sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bona-fide-tender). 3. Kadar yuran tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam Iklan Tawaran. 4. Sebelum mengambil borang, setiap Penender hendaklah membayar yuran tawaran, di Tingkat 1, Blok 'B', Kaunter 1, Unit Tunai dan Hasil, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'B', Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. Sila pastikan resit pembayaran yuran tawaran yang diterima adalah betul. HARI DAN WAKTU PENERIMAAN WANG BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.45 Pagi 1.45 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi 5. Borang-borang tawaran boleh diperoleh di Tingkat 1, Blok 'A', Kaunter 6, Unit Tawaran dan Sebut Harga, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'A', Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan resit pembayaran. 6. Setiap borang tawaran yang telah diisi dengan lengkap hendaklah menyertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 dan 17 dan salinan resit bayaran yuran tawaran. 7. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan ditutup rapi. Pada bahagian atas kiri sampul surat hendaklah ditulis Bilangan Tawaran, Tajuk Tawaran dan Tarikh Tutup Tawaran tanpa menunjukkan indentiti penender dan ditujukan kepada :

Pendaftar Mahkamah Rendah itu,

kenyataan

diberi

bahawa

permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH DAERAH TEMBURONG

B/P.Timbalan Pegawai Waris Temburong Negara Brunei Darussalam.

PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL KEMENTERIAN PENDIDIKAN BLOK 'A', TINGKAT 1 BAHAGIAN PERKHIDMATAN

KEWANGAN 'A' LAPANGAN TERABNG LAMA BERAKAS BANDAR SERI BEGAWAN, BA 3510 NEGARA BRUNRI DARUSSALAM. 8. TAWARAN hendaklah dimasukan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Blok 'A' Tingkat 1, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'A', Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. 9. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai tawaran tidak jujur (non-bona-fidetender) dan tidak akan dilayan. 10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran yang tidak munasabah. 11. Setiap tawaran yang diisi dan ditulis dengan tidak betul, tidak jelas dan tidak lengkap adalah dikira rosak dan ditolak. 12. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperoleh atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. SYARAT TAMBAHAN Antara syarat-syarat iklan yang perlu dipatuhi : 1. Penender MESTILAH telah mempunyai Bot Laju yang telah berdaftar dengan Jabatan Laut dan mempunyai LESEN yang SAH yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut, Kementerian Perhubungan. 2. Penender hendaklah menyatakan harga yang ditawarkan untuk seorang penumpang bagi perjalanan sehala dan harga sewa sebuah bot laju bagi Perkhidmatan Khas atau Catar satu perjalanan mengikut muatan bot laju masing-masing. 3. Penender adalah ditegah menglibatkan Sub-Kontraktor atau menyewakan syarikat kepada pihak lain. 4. Tempoh kontrak adalah selama tiga (3) tahun. 5. Hendaklah menepati spesifikasi dan lulus pemeriksaan teknikal serta mempunyai sijil pemeriksaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut, Kementerian Perhubungan. 6. Dilindungi oleh Insuran termasuk perlindungan untuk penumpangpenumpangnya. 7. Setiap bot dimestikan mempunyai peralatan keselamatan, iaitu Peti Kecemasan, Alat Pemadam Api dan Jaket Keselamatan.


18

IKLAN

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

JABATAN PEGUAM NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI PEJABAT PEGUAM NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN SEBUT HARGA : JPN/K/1/11/TT/2017/16 TAWARAN PEMELIHARAAN KAWASAN LANDSKAP BANGUNAN MAHKAMAH TINGGI, BANGUNAN UNDANG-UNDANG, BANGUNAN UNDANG-UNDANG DAN MAHKAMAH-MAHKAMAH, JALAN RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa daripada pemborong- pemborong tempatan bagi Pemeliharaan Kawasan Landskap Bangunan Mahkamah Tinggi (High Court Building), Bangunan Undang-Undang (Law Building), Bangunan Undang-Undang Dan Mahkamah-Mahkamah (Law And Court Building), Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Negara Brunei Darussalam. 2. Setiap pemborong-pemborong hendaklah membuat salinan hardcopy dari CD yang diperoleh dari Pejabat ini dan

memasukkan ke dalam Peti Tawaran yang beralamat seperti di bawah : Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Tingkat II, Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah Pejabat Peguam Negara Jabatan Perdana Menteri Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Negara Brunei Darussalam.

SYARAT-SYARAT TAWARAN : 1. Tawaran adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang mempunyai lesen perniagaan 16 dan 17 dan Lesen Rampaian Khusus bagi Perniagaan Penyajian dan Penyediaan Makanan (Restoran) atau Perniagaan Katering yang sah dan berdaftar di Negara Brunei Darussalam.

3. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh yang dinyatakan di atas tidak akan dilayan. 4. Semua tawaran hendaklah dikirim dengan sampul surat yang tertutup rapi (sealed) tanpa menunjukkan sebarang identiti pemborong. Pada bahagian atas sampul surat hendaklah dituliskan Pemeliharaan Kawasan Landskap Bangunan Mahkamah Tinggi (High Court Building), Bangunan Undang-Undang (Law Building), Bangunan Undang-Undang Dan Mahkamah-Mahkamah (Law And Court Building), Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Negara Brunei Darussalam.

2. Borang dan maklumat tawaran bolehlah diperoleh di Bahagian Klasifikasi & Pengurusan Projek-Projek, Tingkat 2, Bangunan Ibu Pejabat, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja ,Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam. 3. Sebut Harga tawaran sewa hendaklah dalam mata wang Ringgit Brunei Darussalam (BND). 4. Hendaklah menyatakan tempoh sah laku tawaran; 5. Tempoh bagi tawaran perkhidmatan kantin ini adalah selama TIGA (3) TAHUN sahaja.

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN AGRIMAKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN BILANGAN TAWARAN : KSSUP/AFS/8Q NO. 001 /2017 ÂŽ TAJUK TAWARAN : TECHNICAL SERVICE FOR PROPER DISPOSAL OF CHEMICALS LABORATORY WASTE AT AGRIFOOD SAFETY DIVISION, MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM TARIKH TUTUP TAWARAN : 9 FEBRUARI 2017, KHAMIS, JAM : 2.00 PETANG TEMPAT MENGHANTAR : PETI SEBUT HARGA TINGAKAT BAWAH BANGUNAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN 1. TAWARAN hendaklah dialamatkan kepada alamat berikut tidak lewat dari jam 2.00 petang, Khamis, 9 Februari 2017. Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Jalan Menteri Besar, BB3910 Negara Brunei Darussalam. 2. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 3. Tawaran-tawaran hendaklah dalam sampul surat yang bertutup dan pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis

Waktu Menerima Bayaran Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi 2.00 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi

Tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 14 Februari 2017.

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA KEMENTERIAN KEWANGAN 1. TAWARAN KASTAM 30/2016 PERKHIDMATAN KANTIN IBU PEJABAT KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA, JALAN MENTERI BESAR, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

5. Bayaran tawaran (tender fee) hendaklah dibayar ke Pejabat Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah (Law & Court Building), Tingkat II, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, bagi mendapatkan CD dengan harga BND5.00 (tunai). Wang ini tidak akan dikembalikan.

dengan bilangan / tajuk tawaran dan tarikh tutup sahaja tanpa menunjukkan identiti syarikat / pembekal. 4. Satu contoh dokumen tawaran akan diperlihatkan dan pembayaran yuran boleh dibuat di Tingkat 4, Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Bangunan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Jalan Menteri Besar, BB3910, Negara Brunei Darussalam. 5. Dokumen dan borang tawaran boleh diperoleh di Ibu Pejabat, Bahagian Keselamatan Agrimakanan, Jalan Perusahaan Serasa, Muara dengan membawa dan melihatkan resit pembayaran yang telah pun dibuat di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. 6. Harga dokumen tawaran akan dikenakan sebanyak BND5.00 (tidak dikembalikan) bagi setiap tawaran dan pembayaran boleh dibuat pada waktu bekerja : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi 1.30 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi 7. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah. 8. Salinan sijil pendaftaran perniagaan dan salinan kad pengenalan hendaklah disertakan bersama. 9. Penjualan borang dokumen tawaran berakhir pada 7 Februari 2017 (Selasa), jam 10.00 Pagi.

6. Tawaran ini adalah untuk tempoh satu (1) tahun. 7. Cekera Padat dan keterangan lanjut mengenai perkara ini bolehlah diperoleh seperti alamat yang dinyatakan di peranggan 5 di atas. 8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau apa-apa jua tawaran.

6. Hendaklah menyertakan profil syarikat dan pengalaman dalam pengurusan perkhidmatan kantin di negara ini (jabatanjabatan kerajaan atau kementerian) 7. Penender mestilah menyertakan keterangan senarai jenis makanan dan minuman lengkap dengan harga setiap satu. 8. Hendaklah menyenaraikan jumlah pekerja yang akan melaksanakan perkhidmatan kantin ini termasuk tukang masak beragama Islam yang akan ditempatkan nanti. 9. Hendaklah bersedia menjalankan perkhidmatan kantin di luar waktu bekerja jika diperlukan oleh jabatan, 10. Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam dalam sampul surat yang tertutup rapat (sealed) pada :

Hari : Selasa Tarikh : 21 Februari 2017 Jam : 2.00 Petang Sampul surat tawaran hendaklah ditulis seperti berikut : SULIT BILANGAN TAWARAN : TAWARAN KASTAM 30/2016 PERKHIDMATAN KANTIN IBU PEJABAT KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA, JALAN MENTERI BESAR, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 11. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan waktu yang ditetapkan tidak akan dilayan.

JABATAN DAERAH TUTONG KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI BILANGAN TAWARAN : Q.JDT/01/2017 TAJUK TAWARAN : TAWARAN SEBUT HARGA BAGI PENYEWAAN DAN MENJALANKAN PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT DI DEWAN KEMASYARAKATAN, KAMPUNG BUKIT BERUANG, DAERAH TUTONG DOKUMEN TAWARAN : BND20.00 SYARAT-SYARAT TAWARAN : 1. Tawaran-tawaran adalah dipelawa dari syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Dokumen tawaran bolehlah diperoleh dari Bahagian Perlesenan, Tingkat 2, Bangunan Jabatan Daerah Tutong, semasa waktu bekerja : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 1.30 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.30 Pagi 3. Dokumen tawaran sebut harga dikenakan bayaran sebanyak BND20.00 (Ringgit Brunei : Dua Puluh). Tarikh tutup menghantar tawaran ialah pada ISNIN, 20 FEBRUARI 2017, JAM : 2.00 PETANG. 4. Tawaran sebut harga hendaklah dihadapkan dalam sampul surat yang ditutup rapi (sealed) dengan menyatakan :

Q.JDT/01/2017 TAWARAN SEBUT HARGA BAGI PENYEWAAN DAN MENJALANKAN PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT DI DEWAN KEMASYARAKATAN KAMPUNG BUKIT BERUANG, DAERAH TUTONG. 5. Tawaran sebut harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Tingkat 4, Bangunan Jabatan Daerah Tutong. 6. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 7. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan dan hendaklah diisikan dengan lengkap. Penender yang menghantar tawaran yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian. 8. Sebelum dokumen tawaran dikeluarkan, setiap syarikat dikehendaki untuk membawa Sijil Pendaftaran Perniagaan (Business Name Enactment Section 16 and 17) yang sah. 9. Penender mestilah menurunkan initial pada setiap muka surat yang diperlukan, di mana maklumat telah pun diisikan oleh penender. 10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk memilih atau menerima tawaran yang tinggi atau sebarang tawaran.


IKLAN

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

KEMENTERIAN PERTAHANAN

REQUEST FOR EXPRESSION OF INTEREST MINISTRY OF DEFENCE PILOT IMPLEMENTATION OF E-MART (CLOTHING AND PERSONAL KIT) FOR OFFICER CADET SCHOOL, RBAF DEFENCE ACADEMY Reference No. : MINDEF/DFA/ACQ/91 THE MINISTRY OF DEFENCE, BRUNEI DARUSSALAM (MINDEF) is requesting a written Expression of Interest (EOI) from interested and eligible companies with relevant experience, expertise and financial capacity to perform a pilot implementation of an outsourced (fully managed) and information technology (IT) driven solution for theprocurement, supply and distribution of issued items (clothing and personal kit) to military personnel. This includes outsourcing the day to day management of running a forward store to meets the needs of the military personnel. The requirement is separated into two distinct section : 1. An integrated IT system for processing and management of inventory, sales (or issuance) and other data, including tracking military personnel entitlement / credits.

2. Outsourcing of the procurement, supply and distribution of issued items, including the running of a forward store on site. Companies that are interested in either one or both of the abovementioned section are welcomed to submit an EOI. Detailed EOI pack can be obtained from Directorate of Finance and Acquisition by emailing emart@mindef.gov.bn. Kindly submit the completed EOI response electronically (by e-mail) to emart@mindef.gov.bn not later than 0900Hrs on 15th February 2017, Brunei Darussalam time, with subject heading ''Reference MINDEF/DFA/ACQ/91 PILOT IMPLEMENTATION OF E-MART (CLOTHING AND PERSONAL KIT) FOR OFFICER CADET SCHOOL, RBAF DEFENCE ACADEMY''. E-mail submission must be digitally signed and with corporate seal. You are also required to provide TWO (2) copies of your response in hardcopy to the following address : COUNTER SECTION ACQUISITION UNIT DIRECTORATE OF FINANCE AND ACQUISITION BLOCK D, GROUND FLOOR MINISTRY OF DEFENCE BOLKIAH GARRISON BRUNEI DARUSSALAM.

JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KELAS : III, IV & V SAHAJA KATEGORI : (7a SAHAJA) KOD LAMA) (E01 SAHAJA) - KOD BAHARU) TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : 7 FEBRUARI 2017 (SELASA) TARIKH TUTUP : 21 FEBRUARI 2017 (SELASA) TIDAK LEWAT DARI JAM : 2.00 PETANG BILANGAN TAWARAN : JKR/DME/02/BPB/2017 NAMA PROJEK : PROPOSED GENERAL REWIRING TO DENTAL BLOCK 'A' AT NATIONAL STATE DENTAL, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KELAS : II DAN III SAHAJA KATEGORI : (KA01 & S02 SAHAJA) (KOD BAHARU) TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : 7 FEBRUARI 2017 (SELASA) TARIKH TUTUP : 21 FEBRUARI 2017 (SELASA) TIDAK LEWAT DARI JAM : 2.00 PETANG BILANGAN TAWARAN : JKR/DWS/001/2017 NAMA PROJEK : KONTREK PENGGAL BAGI KERJA-KERJA OPERASI DI STG. 4 DAN STG. 5 LOJI RAWATAN AIR

BUKIT BARUN, TUTONG YURAN TAWARAN : BND30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) YURAN E-DOKUMEN : -

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

18

PERINTAH ACARA MAL MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH, 2005 SAMAN GANTIAN DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI DAERAH BRUNEI DAN MUARA DALAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Saman No. BM/MRS/MAL-B/S009A/880/12-2016 DI ANTARA NURASILAH SUHAILA BINTI ABDULLAH LIAW Plaintif / Pemohon DAN HJ. ASNAL BIN HJ. ZULKARININ Defendan / Responden KEPADA : HJ. ASNAL BIN HJ. ZULKARININ NO. KAD PENGENALAN : 00-266298 (KUNING) BERALAMAT : NO. 11, SIMPANG 1011-6, KAMPUNG PENGKALAN BATU, JALAN LIMAU MANIS, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. KAMU adalah dengan ini disaman

NAMA PROJEK : KONTREK PENGGAL BAGI KERJA-KERJA OPERASI DAN PEMELIHARAAN LOJI RAWATAN AIR LAYONG YURAN TAWARAN : BND30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) YURAN E-DOKUMEN : -

DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KELAS : II DAN III SAHAJA KATEGORI : (KA01 & S02 SAHAJA) (KOD BAHARU)

DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KELAS : II DAN III SAHAJA KATEGORI : (KA01 & M03 SAHAJA) (KOD BAHARU)

TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : 7 FEBRUARI 2017(SELASA)

TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : 6 FEBRUARI 2017 (SELASA)

TARIKH TUTUP : 21 FEBRUARI 2017 (SELASA) TIDAK LEWAT DARI JAM : 2.00 PETANG

TARIKH TUTUP : 7 FEBRUARI 2017 (SELASA) TIDAK LEWAT DARI JAM : 2.00 PETANG

BILANGAN TAWARAN : JKR/DWS/002/2017

BILANGAN TAWARAN : JKR/DWS/004/2017

NAMA PROJEK : KONTREK PENGGAL BAGI KERJA-KERJA OPERASI DI STG. 6 DAN STG. 7 LOJI RAWATAN AIR BUKIT BARUN, TUTONG

NAMA PROJEK : KONTREK PENGGAL BAGI KERJA-KERJA OPERASI DAN PEMELIHARAAN LOJI RAWATAN AIR BATANG DURI, TEMBURONG

YURAN TAWARAN : BND30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) YURAN E-DOKUMEN : -

YURAN TAWARAN : BND30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) YURAN E-DOKUMEN : -

DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KELAS : II DAN III SAHAJA KATEGORI : (KA01 & M03 SAHAJA) (KOD BAHARU)

DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KELAS : PEMBEKAL-PEMBEKAL YANG DILULUSKANSAHAJA KATEGORI : (P02 SAHAJA)-(KOD BAHARU)

TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : 6 FEBRUARI 2017 (SELASA) TARIKH TUTUP : 7 FEBRUARI 2017 (SELASA) TIDAK LEWAT DARI JAM : 2.00 PETANG BILANGAN TAWARAN : JKR/DWS/003/2017

19

TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : 6 FEBRUARI 2017 (SELASA) TARIKH TUTUP : 7 FEBRUARI 2017 (SELASA) TIDAK LEWAT DARI JAM : 2.00 PETANG BILANGAN TAWARAN :

supaya hadir secara sendiri atau melalui Peguam Syarie kamu di hadapan Mahkamah Rendah Syariah di Daerah Brunei dan Muara, pada Sabtu, 21 Jamadilawal 1438H / 18 Februari 2017M pada pukul 9.30 Pagi untuk menjawab tuntutan terhadap kamu oleh plaintif yang dinamakan di atas, bagi Tuntutan Cerai Di Bawah Janji Ta'liq. Sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingkar hadir di mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan, mahkamah boleh meneruskan untuk mendengarkan dan memutuskan kes tanpa kehadiran kamu. Dan sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingin membela diri terhadap tuntutan tersebut, kamu hendaklah memfailkan di mahkamah ini dan menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang disebut di atas atau hadir di mahkamah pada tarikh itu. Bertarikh : 20 Rabiulakhir 1438 H / 18 Januari 2017 M (METERAI) Mahkamah Rendah Syariah Daerah Brunei dan Muara Negara Brunei Darussalam.

JKR/DWS/004/2017 NAMA PROJEK : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR 1,000 TON METRIK ALUMINIUM SULPHATE KE LOJI-LOJI RAWATAN AIR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI FEBRUARI 2017 YURAN TAWARAN : BND30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) YURAN E-DOKUMEN : Syarat-Syarat Tawaran : TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Tingkat Bawah, Kementerian Pembangunan, Berakas, BB3510, Negara Brunei Darussalam (kecuali) lain dari alamat yang dinyatakan dalam iklan atau dokumen tawaran. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan tajuk projek yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantar ke alamat yang dinyatakan dalam dokumen tawaran. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah dilihat dan diperoleh dari Unit Pembahagian Dokumen, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Dokumen tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait (bilangan tawaran yang dimulai dengan huruf (''JKR/DBSKB ...'') bolehlah dilihat dan diperoleh dari Unit Kontrak, Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam. Yuran tawaran tidak akan dikembalikan kepada mana juga kontraktor sama ada berjaya atau tidak kecuali kerja-kerja yang ditawarkan dibatalkan. Sebelum dokumen-dokumen tawaran dikeluarkan, setiap pemborong dikehendaki membawa sijil pendaftaran kontraktor dan pembekal yang menunjukkan bahawa pemborong adalah yang berdaftar di Kementerian Pembangunan dalam kelas yang ditetapkan dan dikehendaki membayar yuran tawaran. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang terendah atau lain-lain tawaran.


20

AGAMA

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017


NASIONAL

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

21

Bengkel Drama Pentas gilap bakat peminat seni Berita dan Foto : Ihsan Faridah Haji Ibrahim BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 5 Februari. - Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPK), Kementerian Pendidikan melalui Unit Akli telah mengadakan Bengkel Drama Pentas Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Senegara bagi para peserta dan guru-guru pembimbing Pertandingan Drama Pentas Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Senegara 2017 baru-baru ini. Bengkel selama tiga hari itu bermula 1 Februari hingga 4 Februari 2017, bertempat di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka. Hadir pada majlis penutupan bengkel semalam ialah Pegawai Pelajaran Kanan / Ketua Unit Akli, JPK, Dayang Hajah Hajidah binti Haji Abdul Wahab. Seramai 112 peserta terdiri daripada

para pelajar dan guru pembimbing dari 10 buah sekolah menengah dan maktab mengikuti bengkel berkenaan yang dikendalikan oleh Kumpulan Putra Seni yang diketuai oleh Awang Mohammed Zefri Arif bin Mohammad Zain Ariff. Peringkat Saringan Pertandingan Drama Pentas ini akan diadakan bermula pada 27 Februari hingga 1 Mac 2017 manakala peringkat akhir dijangka akan diadakan pada 21 Mac nanti. Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar dan guruguru pembimbing dalam bidang lakonan dan pementasan drama. Di samping itu, bengkel juga bertujuan untuk memberi dorongan kepada para pelajar agar lebih berkeyakinan dan percaya dengan

PEGAWAI Pelajaran Kanan / Ketua Unit Akli, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Dayang Hajah Hajidah binti Haji Abdul Wahab menyertai sesi bergambar ramai pada Majlis Penutup Bengkel Drama Pentas Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Senegara.

kebolehan diri sendiri serta mendidik mereka untuk berani tampil dan beraksi di hadapan khalayak ramai.

Adalah diharapkan, bengkel tersebut akan dapat menyediakan peluang, pengalaman dan pendedahan serta gambaran kepada para peserta

mengenai pementasan drama pentas khususnya dari aspek penulisan skrip, persembahan, lakonan, sinografi dan pengarahan.

Peluang promosi pakej perkhidmatan perkahwinan

ASIA Ng, pemilik perusahaan tempatan Truffle Moments Services Events semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei.

Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 5 Februari. - Dalam usaha menanai hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk mengembangkan serta memperluaskan lagi perusahaan tempatan, pelbagai inisiatif telah pun dilaksanakan sama ada usaha daripada sektor kerajaan mahupun swasta. Festival Perkahwinan Brunei (BWF) 2017 merupakan salah satu usaha daripada Songket Wedding sebagai platform bagi peniaga-peniaga

tempatan untuk mempromosikan dan mengembangkan lagi industri perkahwinan di Negara Brunei Darussalam. BWF 2017 telah diadakan selama tiga hari yang bermula pada 3 Februari lalu berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Tinjauan Pelita Brunei ke festival tersebut telah berpeluang menemu bual beberapa pengusaha tempatan. Awang Muhd. Aqil Hidayatullah bin Mohd. Amin, jurufoto dari Annikah

Inspired Studio yang menyediakan pakej-pakej fotografi dan videografi perkahwinan dengan harga yang berpatutan menjelaskan, perusahaan tempatan yang dimiliki oleh Awang Budiman bin Ambai dan Awang Muhd. Ameruddin bin Suhaili tersebut terdiri daripada 13 orang pekerja dan ditubuhkan pada tahun 2015. "BWF 2017 ini merupakan salah satu daripada batu loncatan bagi syarikat kami untuk mempromosikan tawaran pakej-pakej kami yang menyediakan perkhidmatan media seperti fotografi dan videografi khusus untuk mereka yang bakal melangsungkan hari pertunangan, perkahwinan dan banyak lagi," jelasnya. Sementara itu, Asia Ng, pemilik perusahaan tempatan Truffle Moments Services Events menjelaskan syarikat mereka menawarkan khidmat dessert table untuk majlis perkahwinan, pertunangan, ulang tahun dan acara-acara korporat. "Pakej dessert table yang kami tawarkan bukan sahaja meliputi makanan tetapi juga hiasan meja, belon dan bunga bagi majlis perkahwinan,

pertunangan, ulang tahun dan acara-acara korporat. Apa yang kami tawarkan ialah majlis perkahwinan ala moden yang jarang sekali didapati di negara ini," tambahnya lagi. Manakala salah seorang pekerja Usaha Roza dan Rohaya, Dayang Maisarah binti Harry Muhari menjelaskan syarikat mereka sudah menyertai BWF sebelum ini bagi

mempromosikan lagi dan menarik lebih ramai pelanggan. "Syarikat ini telah ditubuhkan selama hampir 21 tahun yang menawarkan khidmat sewa baju pengantin, pelamin, sinjang, dastar, kasut, bunga tangan, aksesori bersanding dan aksesori Brunei dengan harga yang berpatutan," tambahnya lagi.

PEKERJA Usaha Roza dan Rohaya, Dayang Maisarah binti Harry Muhari ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei.

Seramai 3,036 dari 7,023 calon berjaya perolehi 4 kredit 'O' Level / IGCSE Siaran Akhbar : Kementerian Pendidikan BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Februari. - Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan keputusan Peperiksaan BruneiCambridge G.C.E. 'O; Level serta Peperiksaan IGCSE Oktober / November 2016. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pendidikan, daripada 7,023 calon yang menduduki peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E 'O' Level / IGCSE, seramai 3,036 calon atau 43.23 peratus berjaya memperoleh sekurangkurangnya 4 kredit 'O' Level / IGCSE. Seramai 1,071 calon atau 15.25 peratus mendapat 8 ke 11 kredit 'O' Level / IGCSE manakala seramai 2,497 calon atau 35.55 peratus mendapat 5 ke 11 kredit 'O' Level / IGCSE. Keramaian yang memperolehi sekurang-kurangnya 5 'O' Level di kalangan calon-calon sekolah kerajaan mencapai 37.01 peratus. Di samping itu juga 254 calon (3.77 peratus) mendapat Gred 'A' dalam 5 hingga 11 mata pelajaran. Pencapaian ini termasuk 147 calon

(2.38 peratus) dari sekolah kerajaan dengan peningkatan sebanyak 0.53 peratus. Seramai 22 Calon (0.33 peratus) menunjukkan keputusan cemerlang dengan pencapaian agregat 6 dan Gred A*(1) dalam 6 hingga 10 mata pelajaran. Begitu juga pencapaian calon yang memperoleh Gred 'A' dalam 6, 7, 8 and 9 mata pelajaran masing-masing berjumlah 64 calon, 55 calon, 26 calon dan 12 calon atau 0.95 peratus, 0.82 peratus, 0.39 peratus dan 0.18 peratus. Terdapat dua buah sekolah telah berjaya mencapai keputusan 100 peratus dalam prestasi pencapaian calon yang memperolehi 5 mata pelajaran kredit ke atas, iaitu Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar (B) dan Sekolah Arab Sungai Akar. Sementara itu, sebuah sekolah iaitu Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan telah berjaya mencapai 99.53 peratus manakala 18 buah sekolah termasuk 14 buah sekolah kerajaan menunjukkan peningkatan di antara 0.75 peratus hingga 21.01 peratus berbanding pencapaian tahun 2015.

Seramai 646 calon adalah terdiri dari kalangan pelajar yang mengikuti Program Pendidikan Menengah General 4 Tahun (Tahun 10) dalam SPN21, iaitu yang mengikuti 2 tahun menengah bawah dan 2 tahun menengah atas. Dari jumlah ini, seramai 467 atau 72.29 peratus adalah calon dari Sekolah Menengah Kerajaan. Jumlah calon Sekolah Menengah Kerajaan yang memperolehi 8 ke 11 'O' Level adalah 324 calon atau 69.38 peratus. Pencapaian ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.18 peratus. Manakala seramai 454 calon Sekolah Menengah Kerajaan atau 97.22 peratus memperolehi 5 ke 11 'O' Level dengan peningkatan sebanyak 1.39 peratus dan seramai 460 calon atau 98.50 peratus telah berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 4 'O' Level ke atas dengan peningkatan sebanyak 1.28 peratus berbanding dengan pencapaian pada tahun 2015. Bagi mata pelajaran 'O' Level pula, 16 mata pelajaran daripada 30 mata pelajaran 'O' Level yang diduduki menunjukkan peningkatan di antara 0.16 peratus dan 39.95 peratus dalam Gred 'A' - 'C' iaitu mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam,

English Language, Mathematics Syl. D, Chemistry, Combined Science, Kesusasteraan Melayu, Tafsir Al-Quran, History (Kod - 2134), History (Kod - 2171), Geography, Economics, Bahasa Arab, Statistics, Food and Nutrition, Art & Design dan Travel and Tourism. Manakala bagi peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), daripada 1,615 calon seramai 131 calon (8.11 peratus) mendapat gred A - C bagi mata pelajaran English as a Second Language kod 510. Bagi mata pelajaran IGCSE English as a Second Language kod 511, seramai 866 calon menduduki dan jumlah calon memperoleh Gred 'A' - 'C' ialah 125 atau 14.43 peratus. Pencapaian ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.39 peratus. Manakala daripada 2,752 calon menduduki IGCSE Mathematics, 15.95 peratus telah mencapai gred A-C, pencapaian ini meningkat sebanyak 2.56 peratus. Dalam mata pelajaran French, 3 calon (100 peratus) telah berjaya mendapat Gred 'A' - 'C' dengan peningkatan sebanyak 14.29 peratus. Bagi mata pelajaran Information and Communication Technology pencapaian adalah 31.30

peratus. Sementara itu, pencapaian setiap mata pelajaran yang lain adalah seperti berikut: Design and Technology (46.72 peratus), Accounting (32.50 peratus), Travel and Tourism (80.77 peratus) dan mata pelajaran Physical Education (2.78 peratus) meningkat sebanyak 2.78 peratus. Penuntut-penuntut yang mengambil peperiksaan tersebut bolehlah mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing pada waktu sekolah, manakala calon-calon persendirian boleh mengambil slip keputusan masing-masing di Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka. Dimaklumkan juga kepada penuntut-penuntut dan orang ramai yang layak dan berhasrat untuk menduduki Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. 'O' Level dalam bulan Mei / Jun tahun 2017 ini, hendaklah mendaftar dengan secepat mungkin, terus ke sekolah masing-masing atau Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (bagi calon persendirian) pada waktu pejabat dibuka.


22

NASIONAL

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

Pelbagai aktiviti Bandarku Ceria tarik pengunjung

DAYANG Siti Nor Herniwati Yusnita binti Arbi (kanan) dan adiknya Dayang Siti Nor Herna Yusnita (dua, kiri) dari Kampung Rimba.

Oleh : Aimi Sani, Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 5 Februari. - 'Bandarku Ceria, Hari Tanpa Kereta' sememangnya merupakan inisiatif dalam menceriakan ibu kota negara dengan menyajikan pelbagai program dan aktiviti sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga pada hujung minggu.

Pelbagai pihak menyambut baik inisiatif tersebut sama ada dari agensi kerajaan mahupun swasta dan tidak terkecuali sambutan yang menggalakkan daripada orang awam. Bermula dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi, beberapa batang jalan raya di kawasan Bandar Seri Begawan telah ditutup untuk memberikan laluan

UNTUK sama-sama menceriakan lagi Bandar Seri Begawan sempena Bandarku Ceria pada setiap hujung minggu, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) juga tidak ketinggalan mengadakan Klinik Al-Fatihah bagi orang ramai terutamanya kanak-kanak untuk menghalusi lagi bacaan Surah Al-Fatihah yang diungkayahkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA.

jalan-jalan berkenaan digunakan oleh pejalan kaki dan mereka yang ingin berbasikal sahaja serta mengadakan kegiatan riadah sihat bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Pelbagai aktiviti permainan bagi kanak-kanak dan orang dewasa disediakan antaranya mewarna, berbasikal, Program Memupuk Budaya Membaca anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Klinik Al-Fatihah anjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan sebagainya. Awang Md. Zul-Haffiq bin Md. Zhulaidi dan Awang Muhammad Norfaiz Hanan bin Haji Ashari, wakil dari MPP UNISSA ketika ditemui berkata, antara tujuan utama Klinik Al-Fatihah ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan juga kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan Surah Al-Fatihah. Klinik ini juga jelas mereka, berfungsi untuk menghalusi dan memperbaiki bacaan, terutama di dalam solat selain menjadi landasan dakwah kepada masyarakat Brunei di samping menjadi satu pengisian rohani

bagi memeriahkan lagi Bandarku Ceria. Mereka seterusnya berharap, klinik ini akan dapat memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi UNISSA dalam berinteraksi serta berdakwah kepada masyarakat. Klinik Al-Fatihah merupakan salah satu aktiviti anjuran Unit Kolej Kediaman Siswa dan Siswi, MPP UNISSA di dalam acara riadah Kolej Kediaman UNISSA. Sementara itu, Dayang Siti Nor Herniwati Yusnita binti Arbi dan Dayang Siti Nor Herna Yusnita binti Arbi dari Kampung Rimba berkata, memang sudah menjadi kebiasaan bagi mereka adik-beradik untuk datang beriadah bersama keluarga di setiap hari minggu bagi sama-sama memeriahkan lagi Bandarku Ceria. Sememangnya bagi mereka, Bandarku Ceria ini merupakan salah satu cara untuk meluangkan masa bersama keluarga dengan melakukan riadah pada hujung minggu. Program Bandarku Ceria merupakan Hari Tanpa Kereta yang diadakan setiap Ahad di mana jalan raya ditutup bagi lalu lintas selama

empat jam pada setiap hari Ahad, iaitu Jalan Sultan Omar 'Ali Saifuddien; Jalan Stoney; Jalan Masjid Omar 'Ali Saifuddien; Jalan Mc Arthur; Jalan James Pearce; Jalan Pemancha; Jalan Elizabeth II dan Jalan Pretty. Bagi mencapai visi program itu, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui beberapa kementerian dan agensi serta pihak yang berkenaan telah mengambil inisiatif Hari Tanpa Kereta pada setiap hari Ahad. Baru-baru ini, Bandar Seri Begawan telah diisytiharkan sebagai Bandar Kebudayaan ASEAN 2016 - 2017. Keindahan dan kebudayaan sesebuah bandar itu bukan hanya terletak kepada bangunan-bangunan dan tempat-tempat yang ada di dalamnya, tetapi ia sebenarnya dihidupkan oleh penghuni bandar itu sendiri. Oleh itu, pengisytiharan Bandar Seri Begawan sebagai Bandar Kebudayaan ASEAN merupakan satu peluang bagi kita menunjukkan amalan gaya hidup kita yang penuh dengan tradisi dan warisan kebruneian ke mata dunia.

PERMAINAN alat kawalan jauh (remote control) adalah salah satu aktiviti yang disediakan di ibu negara.

BAGI memudahkan orang ramai khususnya para pengunjung Bandarku Ceria, DBP menyediakan sebuah bas perpustakaan untuk orang ramai memperoleh buku-buku bacaan untuk mengisi masa lapang.

SENAMROBIK seperti ini sering kali diadakan di ibu negara sebagai salah satu aktiviti sihat dan menceriakan lagi Bandarku Ceria setiap hujung minggu.


SUKAN/ NASIONAL

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

23

Sukan Frisbee tarik penyertaan belia

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menyampaikan hadiah kepada juara Kategori Upper Pool, Hurricanes pada Kejohanan Disc Means War Ultimate Frisbee 2017.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 5 Februari. - Pasukan Hurricanes menjuarai Kategori Upper Pool pada Kejohanan Disc Means War Ultimate Frisbee 2017 yang berlangsung

di Kompleks Sukan Jerudong. Tempat kedua diraih oleh Pasukan Magni 7 diikuti The Banana Split tempat ketiga. Hadir selaku tetamu kehormat

menyampaikan pingat serta trofi kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Sementara itu, Kategori Lower Pool dijuarai oleh Flying Pizza diikuti tempat kedua disandang oleh Rebels dan Hakuna Matana pula menduduki tempat ketiga. Kejohanan sehari itu merupakan kali keempat diadakan yang dianjurkan oleh Disc Means War. Lebih 280 peserta terlibat dalam kejohanan yang dibahagikan kepada 14 buah pasukan terdiri dari Rebels, Flying Pizza, Avalanche, Trolling Team, Hakuna Matana, DFT, The Banana Split, Discorder, Above Average, Hurricanes, 'T', Taking Back Sunday, Magni 7 dan Rebel Delinquents. Juga hadir pada kejohanan tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, selaku Penghulu Mukim Kota Batu serta ahli jawatankuasa kejohanan. Tujuan utama kejohanan diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas silaturahim dalam kalangan para pasukan di samping bergiat aktif dalam sukan Frisbee selain

mengamalkan gaya hidup yang sihat serta melibatkan belia-belia muda aktif dalam bersukan.

AKSI para peserta semasa perlawanan akhir Kejohanan Disc Means War Ultimate Frisbee 2017 yang berlangsung di Kompleks Sukan Jerudong.

Bengkel tingkatkan peluang kerja

YANG Dipertua KESAN menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta bengkel.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 5 Februari. - Persatuan Kemajuan Insan (KESAN) menganjurkan Siri Bengkel 'Mandiri : Employability Series' yang diadakan di Pusat Belia, di sini. Perisian bengkel adalah bagi meningkatkan peluang belia mendapat pekerjaan, termasuk siri pertama iaitu 'Crucial Conversations : How to Communicate Effectively in Difficult Situations'. Para peserta berpeluang mempelajari cara-cara menangani perbincangan yang melibatkan pihak yang berbeza pendapat, nilai dan pemahaman, seperti yang dialami di sekolah, tempat bekerja dan kehidupan seharian. Bengkel tersebut mengandungi tiga program, termasuk dua program lain

Berita dan Foto : Ihsan Persatuan Kemajuan Insan (KESAN)

akan dijalankan dalam tahun ini. Siri bengkel pertama mengetengahkan kemahiran komunikasi sebagai kemahiran asas yang perlu dimiliki oleh calon pekerja. Penyelaras Program Mandiri, Dayang Nurul Hadina binti Haji Alias menjelaskan, salah satu objektif program ini adalah untuk memperkasa dan melengkapkan belia dengan kemahiran insaniah untuk pembangunan diri supaya mereka dapat menyumbang kepada masyarakat.

''Kami percaya bahawa meningkatkan peluang mendapat pekerjaan dalam kalangan belia akan dapat memenuhi peranan mereka sebagai peneraju perubahan. Maka dengan itu, Mandiri : Employability Series telah diwujudkan,'' jelasnya. Program Mandiri mengambil kira pelbagai latar belakang peserta, dari pelajar universiti hingga ke pekerja sektor kerajaan dan swasta. Program tersebut menggabungkan kaedah pembelajaran melalui perkongsian teori dan aktiviti praktikal.

Lebih 70 ahli pengakap sertai Program Hari Terbuka Messengers of Peace Berita dan Foto : Ihsan Syahmi Halimshah BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 5 Februari. - Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD)

melalui Penyelaras Program Messengers of Peace Brunei (Brunei Messengers of Peace Coordinator)

telah menganjurkan Program Hari Terbuka Messengers of Peace (MoP) pada 3 Februari lalu. Program itu merupakan salah satu initiatif Penyelaras Program MoP untuk mengetengahkan dan menyebarluaskan program MoP dalam

kalangan ahli pengakap dan bukan pengakap. Di samping itu, program hari terbuka ini juga dihasratkan untuk mempromosikan kegiatan pengakap kepada dunia luar. Program Hari Terbuka itu

KETUA Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali bergambar ramai bersama para peserta Program Hari Terbuka Messengers of Peace.

dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya PPNBD, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali. Di antara atur cara program hari terbuka termasuklah tayangan video aktiviti MoP, pendaftaran secara online ahli-ahli pengakap di www.scout.org, penerangan mengenai program Messengers of Peace (MoP) dan permainan-permainan yang berkaitan dengan kerjasama (teamwork) dan roleplay. Lebih 70 peserta yang terdiri daripada Pengakap Muda, Pengakap Remaja, Pengakap Kelana, Pemimpin Pengakap dan PesuruhjayaPesuruhjaya Pengakap menghadiri Program Hari Terbuka tersebut. Program MoP merupakan initiatif yang dilancarkan oleh Pergerakan Pengakap Sedunia untuk pengakappengakap di seluruh dunia bagi membuat pelbagai program yang menjuruskan kepada keamanan, keharmonian, persaudaraan, kelestarian alam sekitar, mengatasi masalah sosial dan sebagainya.


24

SUKAN

HARI ISNIN 6 FEBRUARI 2017

Riadah Berbasikal Keluarga JPM meriahkan Bandarku Ceria Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 5 Februari. - Hujan yang turun di sekitar ibu negara sejak awal pagi tidak mematahkan semangat orang ramai untuk melakukan aktiviti riadah di hujung minggu bersempena Bandarku Ceria. Sehubungan itu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengadakan Riadah Berbasikal Keluarga JPM 2017 (Family Fun Ride JPM 2017) yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Menyertai aktiviti berbasikal tersebut ialah Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Tenaga dan Perindustrian di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar dan Timbalan-Timbalan Menteri di JPM. Pelepasan berbasikal sejauh 10 kilometer disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua) yang disusuli berjalan kaki sejauh 3

kilometer yang juga bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Terdahulu acara dimulakan dengan senamrobik dan diikuti dengan menyaksikan pameran dari Jabatan Siasatan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL) Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang mengetengahkan ciriciri dan peralatan keselamatan bagi penunggang basikal selain mempromosi peralihan analog ke digital yang dipamerkan oleh Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB). Aktiviti tersebut adalah bagi menyokong Bandarku Ceria yang mula diperkenalkan pada bulan Oktober 2016, yang dihasrat untuk kesejahteraan setiap individu, keluarga, masyarakat dan negara yang menjurus ke arah kualiti kehidupan yang tinggi selaras dengan Wawasan Brunei 2035. Juga menyertai ialah SetiausahaSetiausaha Tetap di JPM, pegawaipegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya serta pegawai beruniform PDB. MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim semasa melancarkan aktiviti Riadah Berbasikal Keluarga JPM 2017 (Family Fun Ride JPM 2017). Juga menyertai aktiviti berbasikal, ialah Menteri Tenaga dan Perindustrian di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar dan Timbalan-Timbalan Menteri di JPM.

YANG Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua) semasa mengepalai aktiviti Riadah Berbasikal Keluarga JPM 2017 dan jabatan-jabatan di bawahnya yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien (atas). YANG Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua); dan Yang Berhormat Menteri Tenaga dan Perindustrian di JPM menyaksikan salah sebuah pameran dari Jabatan Siasatan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL) Pasukan Polis Diraja Brunei (atas kanan). AKTIVITI mewarna bagi kanakkanak juga diadakan bagi memeriahkan riadah berbasikal tersebut (kiri).

BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn

KESIHATAN ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.