''ORANG-ORANG yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At Taubah, ayat 20).
''BAGI Brunei khasnya, tidaklah boleh lalai atau leka dari berhati-hati atau berwaspada terhadap situasi-situasi yang tidak menentu, di mana dunia seolah-olah sebuah pentas tempat bertelagah. Ini semua merupakan duri bagi keamanan dan ketenteraman. Ia berpunca tidak lain, dari anasir dan petualang zaman.'' - Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baharu Masihi 2016.
4.39
TAHUN 61 / BILANGAN 122
4.49
6.06
6.29
10 OKTOBER 2016 / 1438
12.08
9
3.23
6.08
7.18
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Berangkat ke Sidang Kemuncak ACD Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali dari Bangkok, Thailand BANGKOK, THAILAND, Ahad, 9 Oktober. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selamat berangkat tiba di Bangkok, Thailand bagi menghadiri Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia (ACD) kali Kedua yang akan diadakan pada 9 hingga 10 Oktober di Bangunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Thailand. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Military Air Terminal 2, Bangkok dijunjung oleh Menteri Tenaga selaku wakil Kerajaan Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral Anantaporn Kanjanarat dan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Thailand. Juga hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng. Ke muka 3 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat melintasi Barisan Kawalan Kehormatan Statik sejurus tiba di Bangkok, Thailand bagi menghadiri Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia (ACD) kali Kedua. - Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali (Lihat muka 3).
DBN wujudkan belia Brunei cemerlang Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Muka 5
Kemahiran asas berbahasa, kekuatan sesuatu bangsa
Muka 12
SUKA ke Mukim Kiudang sumbang bantuan
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
ISTANBUL, REPUBLIK TURKI, Ahad, 9 Oktober. - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof berkata, Dasar Belia Negara (DBN) 2002 Negara Brunei Darussalam merupakan rancangan sebagai asas membuat keputusan oleh pihak-pihak yang berkepentingan terhadap belia. DBN merupakan perencanaan panjang untuk mewujudkan Belia Brunei Cemerlang. Enam (6) bidang keberhasilan utama DBN masing-masing Pendidikan dan Pembangunan Diri, Pekerjaan dan Latihan Belia, Kepimpinan, Daya Usaha, Persefahaman Antarabangsa dan Perkhidmatan kepada Orang Lain
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
dan Negara mustahak diisi dengan projek dan program yang berimpak tinggi dan pada waktunya oleh semua institusi belia di dalam dan luar kerajaan. Yang Berhormat Pehin menyatakan perkara tersebut semasa berucap pada Sesi Persidangan Islam MenteriMenteri Belia dan Sukan Kali Ke-3 (3rd Sessions of The Islamic
Faksimile: 2381004
Conference of Youth and Sports Minister) di Istanbul, Turki yang berlangsung pada 6 hingga 7 Oktober 2016. Persidangan yang bertemakan 'Empowering Youth for Peace, Solidarity and Development' mempertemukan Menteri-Menteri Pertubuhan Kerjasama Islam (Organisation of Islamic Cooperation OIC) yang bertanggungjawab kepada belia dan sukan untuk mencari jalan keluar terhadap isu-isu belia sejagat. Ke muka 6
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn
2
HALUAN
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
Mengurangkan birokrasi, mudahkan proses perniagaan Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ERTAMA sekali, izinkan saya mengalu-alukan ahli perniagaan dan delegasi daripada Dewan Perniagaan Kolkata, India. Saya amat berbesar hati untuk menyertai awda semua dalam satu majlis yang julung kali diadakan ini dan menyampaikan ucapan pada pagi ini. Izinkan saya untuk mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan yang mendalam dan tahniah saya kepada Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam kerana menganjurkan pameran pelbagai sektor yang pertama dan perjumpaan pembeli penjual dari India yang diadakan di Negara Brunei Darussalam. Negara Brunei Darussalam sentiasa mempunyai hubungan baik dengan India. India adalah rakan penting untuk keamanan, kestabilan serta kemakmuran and salah sebuah rakan dagangan kami yang terbesar. Kami sentiasa menghargai kerjasama antara negara kita di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat serantau. Kita telah menikmati perdagangan dan kerjasama pelaburan, dan ia adalah baik untuk dapat meningkatkan kerjasama ini melalui lawatan awda ke Negara Brunei Darussalam. Saya gembira bahawa perdagangan dan misi pelaburan ini akan menjadi salah satu platform untuk memupuk interaksi perniagaan bermakna dan meneroka peluang-peluang pelaburan. Negara Brunei Darussalam telah memasuki fasa baharu dalam pertumbuhan dan perkembangannya iaitu memperbaharui cara menjalankan perniagaan dengan mengambil inisiatif bagi memastikan ekosistem perniagaan dan persekitaran yang kondusif selain memudahkan pelabur dan permulaan untuk pelaburan tempatan dan antarabangsa. Negara Brunei Darussalam telah memasuki fasa baharu pertumbuhan dan pembangunan. Kita memperbaharui cara menjalankan perniagaan dengan mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa ekosistem perniagaan dan persekitaran adalah kondusif dan memudahkan untuk start-up dan pelabur tempatan dan antarabangsa. Kita terus berusaha ke arah penambahbaikan kedudukan dalam membuat perniagaan. Dalam tahun-tahun sebelumnya, Negara Brunei Darussalam berada di kedudukan 100, namun pada tahun lepas kita telah meningkat naik di kedudukan 84. Kita juga akan terus mewujudkan sebuah persekitaran untuk perniagaan berkembang dengan mempertingkatkan akses kepada pembiayaan, pasaran luas, ruang industri dan program-program pembangunan yang
P
PEMANGKU Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud semasa berucap pada Majlis 'India Investrade 2016' pada 15 September 2016 bertempat di Dewan Sepakat, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Terjemahan dari teks asal dalam bahasa Inggeris oleh Hajah Musmuraini binti Muhammad
berkesan bagi meningkatkan kapasiti, keupayaan dan kompetensi mereka. Kita juga akan terus menambah baik hala tuju dasar, peraturan-peraturan dan proses untuk memastikan agar sentiasa relevan dan bersesuaian dalam menangani keperluan mereka dan keperluan pasaran. Secara keseluruhannya, kita akan terus mewujudkan sebuah budaya yang mana Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan dapat berkembang maju demi meningkatkan kedudukan negara di tahun mendatang, ke arah menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif dan senang bagi pengusaha tempatan kita termasuk pelabur luar negara. Salah satu langkah yang telah diambil dalam memperkemaskan proses perniagaan ialah dengan mengurangkan birokrasi. Pendaftaran perniagaan boleh dilakukan secara online dan perniagaan boleh ditubuhkan dalam jangka masa hanya 24 jam. Penubuhan Darussalam Enterprise (DARE) juga adalah untuk meningkatkan dan memantau kemajuan PKS di negara ini. DARE menyediakan program bagi menggalakkan PKS tempatan. Negara juga telah menubuhkan Pusat
OKTOBER
10 11 12 13 14 15 16
10 OKTOBER 2016 BERSAMAAN 1438
Sokongan Perniagaan di mana para pengusaha dapat memohon bantuan atau maklumat bagi perniagaan mereka, dan segala proses mendapatkan kebenaran / kelulusan adalah dipusatkan di situ bagi mengurangkan masa pemprosesan. Melalui peningkatan ini, matlamat kami adalah untuk meningkatkan dan mengukuhkan sektor swasta dalam ekonomi tempatan dan untuk menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur di Negara Brunei Darussalam. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brueni Darussalam, dalam Titah Awal Tahun 2016 Masihi, memperkenalkan pembaharuan ekonomi yang penting untuk mempelbagaikan ekonomi Negara Brunei Darussalam dengan menubuhkan Jawatankuasa Pelaburan Langsung Asing dan Industri Hiliran. Ini adalah untuk memperkemaskan proses kelulusan bagi semua projek FDI dan juga untuk menyediakan para pelabur dengan titik hubungan bagi pelaksanaan projek. Baginda juga menyarankan usaha baharu untuk meningkatkan eksport negara di luar sektor minyak dan gas seperti dalam sektor pertanian, perikanan, pembuatan dan perkhidmatan termasuk logistik dan pelancongan. Negara Brunei Darussalam ketika ini memberi tumpuan kepada sektor-sektor yang memanfaatkan kekuatan negara dan keupayaannya untuk mengembangkan ekonomi serta menyediakan peluang pekerjaan yang berkualiti dan mampan untuk rakyat. Antara kelebihan-kelebihan yang terdapat di Negara Brunei Darussalam ialah agama Islam, kehidupan unik berlandaskan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB), imejnya sebagai 10 negara teratas yang melindungi hutan dan persekitarannya termasuk penduduk yang berpendidikan tinggi serta kestabilan makro ekonominya. Dengan mengukuhkan kelebihan-kelebihan tersebut, Negara Brunei Darussalam kini memfokuskan dalam melaksanakan lima kelompok perniagaan utama dalam pelaburan yang merangkumi inisiatif strategik untuk membangun dan mempertahankan ekonomi. Lima kunci pelaburan tersebut ialah halal, teknologi dan industri kreatif, perkhidmatan perniagaan, pelancongan dan hiliran minyak dan gas. Di samping itu, kami juga mempromosikan budaya dan warisan melalui pembangunan kraf tangan dan produk kraf tangan yang bernilai tinggi. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, izinkan saya sekali lagi mengucapkan penghargaan saya kepada Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam kerana menyokong inisiatif ini. Saya sejujurnya berharap agar peluang ini akan menjadi perkongsian perniagaan produktif yang berkembang dan interaksi meningkatkan pelaburan sektor swasta antara komuniti perniagaan kedua-dua negara. Saya juga berharap awda mempunyai penginapan yang menyenangkan dan meluangkan sedikit masa untuk menerokai khazanah-khazanah yang terdapat di Negara Brunei Darussalam. Terima kasih. Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
9
BERI DORONGAN, KEKUATAN, ANAK-ANAK HADAPI PEPERIKSAAN
M
USIM peperiksaan akan menjelang tidak beberapa lama lagi. Tidak kira peperiksaan PSR, GCE 'O' Level, 'A' Level dan lain-lain peperiksaan sudah setentunya memerlukan komitmen yang sangat tinggi dari anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan, tidak terkecuali ibu bapa dan guru-guru. Di saat begini ibu bapa biasanya lebih bimbang, gemuruh dan tertekan berbanding anak-anak kita sendiri. Ia adalah kerana kita rasakan dan mengharapkan terlalu tinggi terhadap anak-anak, yang membuatkan kita kelam kabut hingga lupa apa yang patut dilakukan di saat menjelangnya peperiksaan anak-anak. Sehinggakan kadang-kadang jika salah pendekatan, maka anak-anak kita yang akan menerima akibatnya hingga tanpa disedari menjejaskan prestasi peperiksaan mereka. Anak-anak juga sebenarnya bimbang. Tetapi, mungkin ada di antara mereka tidak begitu menunjukkan kebimbangan tetapi ia dapat dilihat dari segi perubahan sikap dan tingkah laku. Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita mesti tahu apa persediaan yang perlu dibuat untuk kecemerlangan anak-anak menjelangnya peperiksaan. Kita mesti peka terhadap perubahan ini dan cuba sedaya upaya mengurangkan tekanan tersebut dengan lebih memahami mereka. Di samping merancang jadual ulang kaji anak-anak dengan rapi. Sebagai ibu bapa, amat berperanan meningkatkan keyakinan diri mereka, kerana keyakinan diri yang tidak mantap sering menghantui jiwa anak-anak. Dan keyakinan itu datangnya dari persediaan mereka sendiri. Di samping kita sentiasa mendorong anak-anak secara positif dengan sering memberikan harapan dan melontarkan kata-kata yang positif. Ibu bapa perlu mendorong dan memotivasikan anak untuk belajar tetapi bukan memaksa anak untuk berjaya. Sekiranya kita memaksa anak untuk 'wajib' mendapat hasil yang cemerlang, maka anak-anak akan merasa dibebani. Anak belajar bukan kerana kewajipan tetapi kerana ketakutan. Oleh itu berikanlah anak keyakinan. Berikan nasihat dengan penuh kasih sayang. Tunjukkan keprihatinan dan sentiasalah memberi komitmen untuk membantunya. Yang paling penting, jangan lupa memohon kepada Allah agar anak dikurniakan kecemerlangan dan terang hati. Apabila anak-anak bakal menduduki peperiksaan, selain ibu bapa pihak-pihak lain seperti guru-guru dan keseluruhan ahli keluarga juga penting, kerana peperiksaan adalah sebagai ujian untuk menguji tahap kebolehan seseorang pelajar dalam pembelajaran, di samping melatih otak pelajar untuk berfikir apabila mereka membuat persediaan untuk peperiksaan. Para pelajar juga perlu bersemangat untuk menempuh peperiksaan dengan membuat persediaan yang mantap dan berusaha sedaya upaya untuk mendapat keputusan yang memuaskan serta tidak lupa diiringi dengan doa dan tawakal kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Majlis Sembahyang Sunat Hajat dan motivasi untuk para pelajar menghadapi peperiksaan yang diadakan oleh para ibu bapa dan banyak pihak di seluruh negara sedikit sebanyak memberi pendedahan dan panduan kepada pelajar-pelajar tentang metod dan persediaan yang patut dilakukan sebelum, semasa dan sesudah menghadapi peperiksaan. Sembahyaang Sunat Hajat yang ditunaikan untuk memohon sesuatu hajat kepada Allah Subhanahu Wata'ala sama ada ingin mendapat sesuatu kebaikan atau menolak sesuatu keburukan. Walau bagaimanapun Solat Sunat Hajat hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha gigih, di samping bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata'ala apa yang dihajati itu dikabulkan agar diberikan petunjuk untuk mencapai kejayaan dalam menghadapi peperiksaan, memohon dipermudahkan sesuatu urusan dan memohon mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Ia juga sebagai persiapan dan untuk memotivasikan diri pelajar agar lebih bersemangat, mempunyai sikap ingin maju dalam kehidupan yang terarah dan mencapai kecemerlangan akademik. Tidak ada sesuatu yang lebih bermakna untuk seorang anak ketika menduduki peperiksaan selain daripada doa dan restu dari kedua ibu bapa. Oleh yang demikian inilah masanya untuk kita selaku ibu bapa, guru-guru dan keluarga luangkan lebih banyak masa berdoa untuk anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan, agar dipermudahkan urusan mereka menjawab setiap soalan, diberikan ketenangan dan diterangkan hati. Semoga berjaya. Amin!!!. - Ketua Penyuntingan (Zs).
MUHARAM
9 10 11 12 13 14 15
4 . 39 4 . 39 4 . 38 4 . 38 4 . 38 4 . 38 4 . 38
4 . 49 4 . 49 4 . 48 4 . 48 4 . 48 4 . 48 4 . 48
6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06
6 . 29 6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28
12 . 08 12 . 08 12 . 08 12 . 08 12 . 07 12 . 07 12 . 07
3 . 23 3 . 24 3 . 24 3 . 24 3 . 24 3 . 24 3 . 24
6 . 08 6 . 08 6 . 08 6 . 07 6 . 07 6 . 06 6 . 06
7 . 18 7 . 17 7 . 17 7 . 17 7 . 16 7 . 16 7 . 16
3
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
Berangkat ke Sidang Kemuncak ACD Dari muka 1 Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berkenan berangkat melintasi Barisan Kawalan Kehormatan Statik sebelum menaiki kenderaan khas menuju ke sebuah hotel ternama di Bangkok, tempat persemayaman baginda di sepanjang keberangkatan ke Sidang Kemuncak ACD kali Kedua. Sidang Kemuncak ACD kali Kedua yang dihoskan oleh Thailand akan dihadiri oleh Ketua-Ketua Negara, Ketua-Ketua Kerajaan, serta Ketua-Ketua Delegasi ACD dari 34 negara. Antara lain tujuan ACD ini ialah untuk menyatukan kekuatan Asia dan mengukuhkan daya saing Asia dengan memaksimakan kepelbagaian serta sumber yang kaya di Asia. KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat tiba di Bangkok, Thailand bagi menghadiri Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia (ACD) kali Kedua (kiri), sementara gambar atas, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima junjung ziarah daripada pegawai dan kakitangan serta keluarga Pejabat Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Thailand.
Kebawah DYMM berangkat ke Bangkok, Thailand Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Haji Ibrahim, Khartini Hamir Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hernie Suliana Haji Othman
BERANGKAT sama dan hadir di Hangar Penerbangan Kebawah DYMM bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah DYMM ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Diraja, Timbalan-Timbalan Menteri, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei.
RIMBA, Ahad, 9 Oktober. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Bangkok, Thailand bagi menghadiri Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia (ACD) kali Kedua. Sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat
berangkat ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Bangkok, Thailand bagi menghadiri Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia (ACD) kali Kedua dan sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Berangkat sama dan hadir di Hangar Penerbangan Kebawah DYMM bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah DYMM ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Diraja, Timbalan-Timbalan Menteri, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei. BERANGKAT di Hangar Penerbangan Kebawah DYMM di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka-paduka anakanda dan adinda baginda.
4
NASIONAL
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
Pupuk semangat kerjasama, ukhwah
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (tiga, kiri) selaku tetamu kehormat pada Sambutan Awal Tahun Baharu Hijrah 1438, Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.
Oleh : Khartini Hamir Foto : Hamzah Mohidin BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Oktober. - Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Awal Tahun Baharu Hijrah 1438, Jabatan Kenaziran SekolahSekolah, Kementerian Pendidikan
mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1438 yang berlangsung di Dewan Auditorium Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), di Gadong. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin
Haji Osman. Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Nazir Khas dari Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah, Awang Mohd. Rasidi bin Haji Sulaiman.
Acara sambutan diserikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Bahasa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Hambali bin Haji Jaili yang antara lain memfokuskan tentang penghijrahan sama ada penghijrahan niat mahupun jihad. Majlis tersebut merupakan acara tahunan Kementerian Pendidikan bagi memperingati hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Mekah ke Madinah Al-Munawarah. Di samping itu, ia juga diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan ukhwah dalam kalangan warga kementerian sekali gus menerapkan undang-undang Allah dalam kehidupan seharian dan juga dalam pentadbiran sesuai dengan tema Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah, iaitu 'Harta Berkat Negara Selamat'. Tema itu lebih kepada membina kesedaran ummah yang mana betapa pentingnya kita melihat kembali kegemilangan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam membangun sebuah negara Islam yang kukuh dan disegani. Kira-kira seramai 300 orang hadir pada majlis tersebut yang terdiri dari kalangan pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan, pengetua-pengetua dari maktab-maktab dan guru-guru besar sekolah-sekolah rendah serta pegawai-pegawai dari UNISSA.
Juga hadir, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr. Awang Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh; Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz; Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Profesor Madya Dr. Haji Azman bin Haji Ahmad dan Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi.
CERAMAH khas yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Bahasa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Awang Haji Hambali bin Haji Jaili.
Buat transformasi ke arah individu lebih baik
MAJLIS Sambutan Awal Tahun Baharu Hijrah 1438 bagi Jabatan Penerangan yang diadakan di Surau Jabatan Penerangan dihadiri oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad (empat, kanan).
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Oktober. - Kalendar Tahun Hijrah dimulakan dengan berteraskan tahun penghijrahan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dari Mekah ke Madinah. Penghijrahan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan satu peristiwa yang besar bagi umat Islam dan kita wajar memperingatinya. Sejarah telah membuktikan bahawa peristiwa hijrah Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersama para sahabat dan pengikut-pengikut Baginda dari Mekah ke Madinah telah membuka lembaran sejarah yang paling agung bukan sahaja dalam perkembangan agama Islam, tetapi juga pada tamadun manusia keseluruhannya. Dengan penghijrahan itu, maka pelbagai kejayaan baru pada masyarakat Islam telah dicapai, di mana Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam dapat melahirkan satu umat yang bersatu padu, umat yang bersaudara, umat yang dihormati dan menjadi contoh, bahkan dapat melahirkan kemakmuran yang
dinikmati oleh semua lapisan masyarakat secara adil dan saksama. Sehubungan itu, bagi mengenang kembali peristiwa hijrah tersebut, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, mengadakan Sambutan Awal Tahun Hijrah 1438, berlangsung di Surau Jabatan Penerangan. Hadir selaku tetamu kehormat, Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad. Turut hadir pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Penerangan. Majlis diserikan dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Pusat Da'wah Islamiah, Awang Isham bin Ismail, yang turut menekankan mengenai penerapan kontemporari hijrah yang merupakan usaha berterusan untuk menangkis kecenderungan negatif dalam diri sendiri. Selain itu juga, penting bagi umat Islam untuk mengikut hijrah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dengan membuat transformasi peribadi ke arah individu yang lebih baik dengan niat demi Allah
Subhanahu Wata'ala. ''Tiga poin yang penting dalam berhijrah iaitu berhijrah dengan hati, berhijrah dengan solat dan berhijrah dengan mendampingi Al-Quran. Dengan ada niat, maka ada kesedaran, tetapi tanamkan dengan kesedaran itu jangan hanya berniat sahaja maka perlu dilakukan dengan amal perbuatan sesuai dengan niat yang kita lakukan. Dengan itu namanya niat hijrah diri sendiri. Penghijrahan diri sendiri begitu banyak sekali untuk diubah seperti perubahan akhlak yang perlu diubah dan cara kita memandang masalah perlu diubah dan perlu sekali memikirkan jalan penyelesaian,'' jelasnya. Kita perlu ingat betapa episod pengorbanan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta para sahabatnya terhadap agama Islam tidak pernah luntur. Kobaran semangat mereka jelasnya, benar-benar membuahkan hasil dengan adanya kemakmuran yang dicapai oleh umat Islam sekarang. Mungkin generasi hari ini belum tentu mempunyai semangat dan kesanggupan yang sama seperti mana perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta para sahabat Baginda itu.
NASIONAL
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
5
Hijrah tidak putus selagi seorang muslim sentiasa bertaubat Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah (tengah, depan) ketika hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Awal Tahun Baharu Hijrah 1438 bagi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Oktober. - Majlis-majlis keagamaan sempena Sambutan Tahun Baharu Hijrah 1438 giat diadakan oleh pelbagai pihak di negara ini semata-mata bagi mengenang dan mengambil iktibar dari sejarah perjuangan dan pengorbanan Junjungan Besar dan agung kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Kementerian Pembangunan dan
jabatan-jabatan di bawahnya petang tadi mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1438 yang diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah. Majlis dimulakan dengan bacaan
Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh pegawai di Jabatan Tanah, Awang Mohd. Yamin bin Haji Muhin dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh johan qariah Musabaqah Al-Quran Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya, Dayang Amal Hayati binti Haji Junaidi. Seterusnya, majlis diserikan dengan ceramah ugama bertajuk 'Menuju Allah dan Rasul-Nya' yang
disampaikan oleh Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ajak yang antara lain menjelaskan tentang penghijrahan hati seorang muslim kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan Rasul-Nya. Tambahnya, adalah wajib bagi setiap muslim untuk berhijrah dan hijrah tidak akan terputus, selagi seorang muslim itu sentiasa bertaubat kepada Allah Subhanahu Wata'ala, iaitu dengan meninggalkan segala yang ditegah dan diharamkan oleh-Nya. Majlis pada tahun ini dikendalikan oleh Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan yang mana merupakan antara aktiviti keagamaan kementerian berkenaan. Ia diadakan sebagai wadah majlis ilmu untuk para pegawai dan kakitangan kementerian tersebut mengenang dan mengambil iktibar dari sejarah perjuangan dan pengorbanan Junjungan Besar dan agung kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dalam menegakkan serta mengembangkan ajaran Islam seperti apa yang diamalkan dan dinikmati hingga ke hari ini. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Dato
Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny; Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah dan Timbalan Setiausaha Tetap, Awang Shahrom bin Haji Suhaimi. Juga hadir ialah ketua pengarah kerja raya, ketua-ketua dan timbalan-timbalan ketua jabatan serta para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
PENCERAMAH Undangan sempena Sambutan Ma'al Hijrah tersebut, Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ajak.
Kemahiran asas berbahasa, kekuatan sesuatu bangsa
SETIAUSAHA Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil (kiri) menyempurnakan pelancaran buku 'TEKAD' hasil tulisan Dayang Hajah Karmila binti Haji Sapar atau dikenali sebagai Kris Karmila (kanan).
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Oktober. - Negara Brunei Darussalam melalui pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan tidak kendur-kendurnya melaksanakan pelbagai kegiatan dan aktiviti dalam memastikan penggunaan bahasa yang betul, pembudayaan membaca serta penyebarluasan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan masih diagungkan dan tetap dikekalkan. Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil menyatakan perkara tersebut pada Majlis Pelancaran Buku Tekad yang berlangsung di Dewan Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, KKBS, di sini. Kemahiran asas berbahasa ini katanya, adalah merupakan kekuatan sesuatu bangsa dan masyarakat.
Datin Paduka seterusnya menjelaskan, sejarah juga pernah membuktikan bahawa penyebaran bahasa Melayu kepada rumpun Melayu di nusantara dipelopori oleh kekuatan para penulis yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Dalam pada itu, Datin Paduka melahirkan ucapan tahniah kepada Dayang Hajah Karmila di atas usaha beliau yang telah berjaya menambah lagi koleksi bacaan dalam bahasa Melayu menerusi penerbitan buku beliau berjudul 'TEKAD'. Dr. Hajah Norlila berharap akan lebih ramai lagi para penulis tempatan terutama sekali golongan muda belia untuk berani tampil ke hadapan dan berusaha untuk meningkatkan industri kreatif, khususnya dalam sektor penerbitan. Ia antara lain bertujuan untuk memastikan bahasa Melayu akan tetap bertapak di bumi Darussalam ini
dan mempelbagaikan bahan bacaan beraneka genre sebagai tatapan bangsa khasnya dan masyarakat kitani amnya. Terdahulu, Datin Paduka menjelaskan, tulisan kreatif adalah satu bentuk penulisan yang lari dari sempadan penulisan profesional, penulisan kewartawanan, penulisan akademik dan penulisan teknikal. Penulisan kreatif jelasnya, dikenal pasti dari penekanan pada kepakaran naratif, pembangunan watak serta penggunaan tropes sastera secara puitis dan berbahasa. Proses penciptaan karya sastera tegasnya bukanlah sesuatu yang mudah, ia adalah satu anugerah yang diberikan kepada golongan yang digelar sasterawan. Manakala kepakaran dalam menggunakan bahasa yang betul dan menepati kemahuan pembicara katanya, merupakan satu kemahiran asas yang perlu ada di setiap diri individu termasuk mereka yang termasuk di dalam golongan sasterawan ini. Di majlis tersebut Setiausaha Tetap KKBS selaku tetamu kehormat menyempurnakan pelancaran buku 'TEKAD'. Majlis turut diserikan dengan persembahan membaca puisi. Buku 'TEKAD' memaparkan koleksi puisi Dayang Hajah Karmila binti Haji Sapar atau dikenali sebagai Kris Karmila yang merupakan Pemuisi negara. Ia mengandungi lebih dari 50 karya sastera termasuk lirik lagu, ada yang telah diterbitkan dalam kesultanan dan di luar. Buku indah ini berkulit tebal mempunyai kerja-kerja fotografi dalam perjalanan beliau termasuk kemenangan beliau dalam beberapa
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali pertandingan tempatan dan serantau, penyertaan di acara-acara di antara negara serta beberapa kejutan untuk pembaca yang pasti akan memberi motivasi dan menggalakkan mereka yang suka seni sastera istimewa ini. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Sasterawan Kenduli Seni Melayu pada Anugerah Sasterawan Batam Madani pada 18 Disember 2015 tahun lepas, Anugerah Pembaca Puisi Wanita Popular pada Anugerah Penggiat Seni Tanah Air Brunei (PeSTAB), di samping pernah memenangi beberapa pertandingan deklamasi puisi yang telah dianjurkan
di dalam dan juga luar negeri. Walaupun latar belakang pendidikan beliau dalam bidang keusahawanan, namun bakat semula jadi dalam bidang seni diasah dengan usaha gigih dan minat yang tinggi. Sementara itu, Dayang Farah Hazwani binti Haji Suhaili selaku Pengurus Protokol majlis berkenaan ketika ditemui menjelaskan, beliau merasa sangat gembira dan beruntung kerana menjadi wakil untuk menyampaikan pembacaan puisi yang terdapat dari buku 'TEKAD' untuk dipersembahkan dalam majlis berkenaan.
BUKU 'TEKAD' memaparkan koleksi puisi Dayang Hajah Karmila binti Haji Sapar.
6
NASIONAL
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
DBN wujudkan belia Brunei cemerlang
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof pada Sesi Persidangan Islam Menteri-Menteri Belia dan Sukan Kali Ke-3 di Istanbul, Turki.
Dari muka 1 Yang Berhormat seterusnya berkata, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melihat keperluan bagi mewujudkan DBN yang lebih holistik dan bersepadu bagi menangani isu-isu
belia yang amat mencabar pada satu masa yang bersesuaian. Strategi ke arah itu adalah memperbaiki mekanisme pelaksanaan yang pelbagai peringkat (multilevel) bagi konsultasi, penyelarasan, pemantauan dan penilaian program yang lebih berkesan, inklusif
dan melibatkan seluruh pihak yang mengurus dan membangun belia. Mengulas mengenai 'OIC Youth Strategy' and 'Youth Joint Policy Initiatives' dan 'OIC Sport Strategy', Yang Berhormat Pehin berkata, ia sudah tentu menjadi panduan supaya program pembangunan belia dan sukan berada di landasan yang betul. Menurut Yang Berhormat lagi, di Negara Brunei Darussalam, latihan kemahiran belia bagi mendapatkan mata pencarian, menanamkan rasa kepunyaan (sense of belonging), membina keluarga yang kukuh sebagai unit asas masyarakat, perubahan minda serta membina budaya berdikari dalam kalangan belia adalah projek dan program berterusan bagi kemanfaatan belia. Sementara itu, penyusunan aktiviti di bidang sukan dan riadah melalui penyediaan kemudahan sukan dan program riadah yang baharu adalah semata-mata supaya belia tidak merasa bosan yang boleh membawa belia ke arah aktiviti yang tidak sihat. Inisiatif mengadakan aktiviti selepas sekolah dan kerja di pusat-pusat belia supaya belia melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kegemaran mereka adalah mengambil kira masa lapang yang produktif yang merupakan
asas bagi perkembangan peribadi dan sosial para belia. Di rantau ini, Negara Brunei Darussalam telah memahat nama sebagai penganjur 2 acara berprestij bagi belia masing-masing Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara dan Kejohanan Bola Sepak Piala Hassanal Bolkiah bagi Belia Asia Tenggara. Perluasan penganjuran aktiviti seumpama ini tidak syak lagi akan merintis jalan pada negara menjadi hub kecemerlangan belia. Belia dan beliawanis negara adalah versatile. Keterlibatan dan kejayaan mereka dalam program-program pertukaran antarabangsa amat memberangsangkan selaras bidalan 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara'. Sebelum mengakhiri ucapannya, Yang Berhormat menyedari peranan sebagai agen perubahan dan oleh itu, Yang Berhormat mengajak semua pihak mendampingi belia. Tahap belia adalah tempoh individu menjalani beberapa tugas perkembangan (developmental task). Tugas perkembangan termasuk mengasah keterampilan atau kebolehan, menimba pengetahuan, menjalankan fungsi dan peranan
dan mendidik sikap baik yang belia perlu ada pada sesetengah tahap hidup mereka. Dampingan (engagement) terhadap belia akan mendorong mereka untuk melalui kematangan fizikal dan menggalas harapan sosial dalam umur mereka yang matang. Di luar sesi mesyuarat bertempat di ruang khas Hotel Conrad, di mana mesyuarat diadakan, Yang Berhormat Pehin Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan juga telah berkesempatan mengadakan kunjungan muhibah kepada Menteri Belia dan Sukan, Republik Turki, Tuan Yang Terutama, Akif Cagatay Kilic. Kunjungan tersebut telah dapat mengukuhkan hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Turki khususnya dalam bidang pembangunan kebeliaan dan kesukanan, di samping bertukar pendapat mengenai isu-isu sukan dan belia sejagat. Mengirinig Yang Berhormat ke mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Kedua di Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Republik Turki, Dayang Osfinita binti Tahir dan pegawai kanan dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Hari Pendidikan Kesihatan Mental Global, Kesedaran dan Advokasi Perutusan Yang Berhormat Menteri Kesihatan sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 10 Oktober. - Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut setiap 10 Oktober di seluruh dunia, termasuklah di Negara Brunei Darussalam. Ia adalah hari untuk pendidikan, kesedaran dan advokasi kesihatan mental secara global. Tema pada tahun ini ialah 'Kesedaran Kesihatan Mental Bantuan Pertama Psikologi dan Kesihatan Mental untuk Semua', adalah amat sesuai dan relevan kerana ianya menggalakkan keterbukaan dan kerjasama. Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi dalam perutusannya sempena WHMD berkata, pelancaran Peraturan Kesihatan / kesejahteraan Mental dan codes of practice di Negara Brunei Darussalam pada 2014 telah sedikit sebanyak menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan bantuan profesional. Ini merupakan mercu tanda yang signifikan bagi perkembangan kesihatan mental di Negara Brunei Darussalam, iaitu dalam menangani isu penjagaan, rehabilitasi, kebajikan dan keselamatan individu-individu yang mempunyai masalah kesihatan mental. Matlamat tersebut akan terus tercapai dengan memperkasakan orang ramai untuk membantu dengan mengambil tindakan-tindakan Bantuan Pertama Psikologi, iaitu 'Lihat, Dengar dan Hubungkan' yang telah disarankan oleh WHO yang memberikan orang ramai panduan untuk melibatkan diri dan memberikan sokongan kepada individu-individu yang mempunyai masalah kesihatan mental. Jelas Yang Berhormat, stigma didefinasikan sebagai sesuatu yang hina atau tercemar yang mengasingkan seseorang daripada orang ramai yang lain. Budaya di mana stigma dan kehinaan adalah dikaitkan dengan masalah kesihatan mental menghindari daripada orang ramai untuk mendapatkan pertolongan dan ini akan
melambatkan lagi pemberian rawatan kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental. Prasangka dan diskriminasi yang berterusan adalah antara beberapa perkara yang dilalui oleh seseorang. Di seluruh dunia, ramai di antara orang yang mempunyai masalah kesihatan mental sering didiskriminasikan sama ada oleh orang-orang lain ataupun oleh mereka sendiri. ''Perkara ini boleh membawa pelbagai jangkaan negatif terhadap kesihatan mental kita sendiri dan kemudiannya membuatkan orang ramai untuk berhenti mendapatkan bantuan dan juga menyembunyikannya daripada orang lain lebih-lebih lagi daripada keluarganya sendiri. Apabila mereka mendapatkan bantuan pada peringkat lewat, mereka sudah menjadi terlalu tidak sihat sehingga mereka perlu diberikan rawatan perubatan dengan segera. Impak daripada mendapatkan bantuan yang terlambat bukan saja memberi kesan yang besar kepada seseorang individu tetapi juga kepada keluarga dan generasi seterusnya. Kesan negatif daripadanya termasuklah hilangnya pendapatan kewangan, tekanan (stress) pada hubungan keluarga, kemerosotan dalam keupayaan untuk menjaga anak-anaknya dan juga beban yang dirasai oleh penjaga-penjaga yang terpaksa menjaga seseorang yang mempunyai masalah kesihatan mental. Oleh itu, stigma dan kesemua kesan daripadanya perlulah diperbetulkan,'' tegas Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Bantuan Awal Psikologi atau Psychological First Aid jelas Yang Berhormat, ialah satu tindak balas sokongan kepada individu yang sedang menderita dan yang memerlukan bantuan (WHO, 2011). Bantuan ini katanya bertujuan untuk memberikan pertolongan kepada individu yang baru saja mengalami kecemasan, bencana atau peristiwa trauma seperti kemalangan jalan raya, bencana ribut dan kehilangan orang yang tersayang. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), prinsip tindakan Bantuan Awal Psikologi adalah berdasarkan dari langkah-
langkah berikut; Pemerhatian, Mendengar dan Berhubung. Tujuan utama bantuan ini adalah membantu individu yang terjejas untuk mendapatkan keperluan asas dengan segera seperti makanan dan minuman dan memastikan individu tersebut berada di dalam keadaan yang selamat. Yang Berhormat menambah, selain daripada itu, mereka juga diberikan maklumat tentang keadaan semasa dan sokongan sosial serta penjelasan mengenai perkhidmatanperkhidmatan profesional yang ada, jika diperlukan. Mereka yang menawarkan Bantuan Awal Psikologi boleh memberikan sokongan kepada mangsa-mangsa krisis dengan berada disamping mereka yang sedang menderita atau yang tidak mahu berkongsi masalah mereka dengan memberikan air ataupun selimut untuk membantu mereka berasa tenang. Bantuan tersebut boleh ditawarkan oleh sesiapa sahaja seperti kakitangan kecemasan, jiran-jiran dan sukarelawan, di samping individu yang terlatih di dalam memberikan Bantuan Awal Psikologi. Bantuan ini biasanya dijalankan di tempat komuniti termasuk kawasan kejadian krisis dan di tempat-tempat yang selamat seperti pusat kesihatan, pusat-pusat perlindungan atau kem dan sekolah. Selain daripada itu, usaha-usaha dari segi keagamaan menurut Yang Berhormat, turut memberi manfaat dalam memperolehi tahap kesihatan mental yang sihat. Yang Berhormat juga membawakan hadis dari Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang menjelaskan, ''Ketahuilah, sesungguhnya dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika segumpal daging itu baik, maka akan baik seluruh tubuh manusia, dan jika segumpal daging itu buruk, maka akan buruk seluruh tubuh manusia, ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati manusia.'' (Hadis Riwayat : Bukhari dan Muslim). Dengan mempunyai hati yang suci murni, bukan sahaja kesihatan mental boleh bertambah baik malah begitu juga dengan kesihatan fizikal. Seperti yang dinyatakan dalam ayat suci Al-Quran, ''(iaitu) orang-orang yang
beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia,'' (Surah Ar-Ra'd ayat 28). Hanya dengan melaksanakan tanggungjawab kitani sebagai umat Islam dan menambah amalan-amalan baik serta mengelakkan perbuatan-perbuatan yang jahil, hati akan lebih tenteram. Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan tegas Yang Berhormat, juga berusaha untuk menyediakan 'Person-Centred Care' yang menekankan dalam pendekatan berorientasikan kepada pemulihan untuk memaksimakan kualiti kehidupan dan menolong mengurangkan pandangan negatif terhadap orang terkesan dengan masalah kesihatan mental dan juga ahli keluarga mereka. Di sini menyatakan bahawa Penjagaan Kesihatan ialah tanggungjawab semua yang terbabit, pesakit, ahli keluarga, ahli profesional kesihatan, pertubuhan bukan kerajaan, masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan penggubal dasar. 'Health is Everyone bussiness' ialah merupakan pendekatan yang diperlukan untuk mencapai matlamat ini secara efektif. Dengan sebanyak yang mungkin, rawatan sepatutnya bermula di dalam masyarakat dengan kerjasama pesakit, ahli keluarga, ahli profesional kesihatan, kebajikan dan agensi-agensi masyarakat. Manakala untuk kes-kes yang serius akan memerlukan kemasukan rumah sakit. Dalam mengatasi isu-isu sosial dan mengubah perspektif masyarakat tentang penyakit mental, Kementerian Kesihatan ujarnya, sering bekerjasama secara konsisten dengan sekolahsekolah, badan-badan masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan juga agensi-agensi bukan kerajaan dalam meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental. Pada masa kebelakangan, Kementerian Kesihatan telah menjalankan satu siri kempen kesedaran kesihatan mental dan beberapa program masyarakat seperti kempen 'Mind Your Mind - Jaga Minda Kita' dan program 'Illness Management - Pengurusan Penyakit'
di seluruh negara. Menurut Yang Berhormat, usaha-usaha tersebut adalah sebahagian daripada matlamat kami yang bukan sahaja meningkatkan mutu kehidupan orang-orang yang mengalami masalah kesihatan mental dan keluarga mereka, tetapi juga memastikan masyarakat untuk memahami perjalanan dan perjuangan yang mereka hadapi serta memberikan bantuan sokongan kepada mereka yang memerlukannya. ''Dengan penglibatan Kementerian Kesihatan yang aktif dalam mempromosikan dan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan minda, ini boleh meningkatkan ilmu pengetahuan orang ramai dan lebih memahami mengenai kesihatan mental secara keseluruhannya. Orang ramai juga boleh memainkan peranan penting dengan memahami lebih lanjut serta menghargai mereka yang menderita dengan gangguan kesihatan mental. Penyertaan dan promosi yang meluas daripada semua anggota masyarakat boleh mengekalkan kesihatan mental yang baik. Usaha-usaha yang kolektif dari semua lapisan masyarakat akan dapat memberi kesan yang positif dalam membasmi stigma sosial berkaitan dengan kesihatan mental untuk kebaikan masyarakat kita,'' ujar Yang Berhormat. Kementerian Kesihatan juga katanya, akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan mental dengan menjadikan perkhidmatan tersebut lebih mudah diperolehi, komprehensif, holistik dan sistematik di dalam memenuhi keperluan rawatan dan penjagaan kesihatan mental bagi mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental. Kementerian Kesihatan juga percaya bahawa segala usaha yang telah dijalankan di negara ini akan dapat mengurangkan stigma dan diskriminasi kesihatan mental di kalangan masyarakat. Dengan ini, diharapkan orang ramai akan lebih terbuka untuk berbincang tentang kesihatan mental dan mendapatkan bantuan dari ahli-ahli profesional kesihatan mental.
NASIONAL
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
7
PGGMB rancang pelbagai kegiatan rai Hari Keluarga
YANG Di-Pertua Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB), Awang Haji Antin bin Ahad (tiga, kiri) hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.
Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor KAMPUNG SUNGAI AKAR, Ahad, 9 Oktober. - Pelbagai kegiatan dan pertandingan keagamaan, kebudayaan dan sukan akan diadakan bagi meraikan Sambutan Hari Keluarga Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) 2016. Setiausaha Agung PGGMB, Awang Haji Matassan bin Haji Bungso berkata, antara kegiatan tersebut adalah penyampaian anugerah guru cemerlang, di mana para guru yang terpilih akan menerima insentif termasuk berupa kewangan. Menurut beliau, pihak PGGMB juga akan mengadakan pertandingan bagi
guru-guru, yang mana setiap cawangan sekolah akan menubuhkan satu pasukan bagi menghasilkan satu projek yang berkaitan dengan idea serta kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bagi acara keagamaan, peraduan dikir akan berlangsung yang melibatkan ahli-ahli PGGMB serta guru-guru, ibu bapa dan penuntut dari semua cawangan sekolah berkenaan, di samping peraduan tulisan jawi bagi anak-anak ahli PGGMB. Beliau menjelaskan perkara tersebut semasa Majlis Pembukaan Rasmi Sambutan Hari Keluarga PGGMB
2016 yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-26, Tahun 2016 di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Di-Pertua PGGMB, Awang Haji Antin bin Ahad. Atur cara utama pada majlis tersebut ialah seminar pendidikan yang mengetengahkan pembentangan kertas kerja oleh Guru Besar Sekolah Rendah Paduka Seri Begawan Sultan Omar 'Ali Saifuddien, Kuala Belait, Dayang Hajah Nor Zurina binti Haji Assim. Kertas kerja bertajuk 'Computing in Model Schools in Brunei' itu menilai kesan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kertas kerja mengandungi kaedah-kaedah yang dapat meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan para penuntut, guru-guru dan pentadbir-pentadbir sekolah itu telah beliau sampaikan pada Persidangan Majlis Guru-Guru ASEAN 2015 Ke-31 di Bangkok, Thailand. Kertas kerja kedua bertajuk 'Best Practices towards Excellence in Education in Brunei Darussalam' yang mengongsikan inisiatif-inisiatif terkini yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Beliau telah menyampaikan kertas kerja tersebut pada Persidangan Majlis Guru-Guru ASEAN Ke-32 di Seoul, Korea pada bulan September yang lalu. Dayang Hajah Nor Zuriana dan Dayang Hajah Mariam telah menyertai persidangan tersebut dan menyampaikan kertas kerja utama persidangan bagi mewakili PGGMB.
YANG Di-Pertua PGGMB, Awang Haji Antin semasa berucap dan merasmikan Majlis Pembukaan Rasmi Sambutan Hari Keluarga PGGMB Ke-26.
Buku 'Ku Titipkan Pesan' motivasi kepada semua generasi
Globalisasi penting dalam perubahan sistem pendidikan KAMPUNG SUNGAI AKAR, Ahad, 9 Oktober. - Globalisasi memainkan peranan penting dalam perubahan sistem pendidikan negara bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berfikiran di aras tinggi, berkebolehan dalam menyelesaikan masalah dan kreatif. Ketua Kluster 4, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Dayang Hajah Mariam binti Haji Ladi berkata, fokus pada masa sekarang adalah 'Global Citizenship', di mana kaedah mengajar para guru dan pembelajaran pelajar tidak boleh lagi terkongkong di dalam negara sahaja. "Kita mesti bergerak keluar dan belajar bagaimana untuk menjadi global citizen (masyarakat global)," katanya ketika ditemui sebelum menyampaikan kertas kerja pada Majlis Pembukaan Rasmi Sambutan Hari Keluarga PGGMB 2016 bersempena Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-26, Tahun 2016.
Beliau berkata, guru-guru perlu mengambil tahu apa yang diperlukan untuk mengajar dan pembelajaran penuntut di Abad Ke-21 ini bagi membangunkan diri para penuntut untuk menjadi global citizen, iaitu rakyat dunia yang mempunyai mindset global. "Ini tidak akan terjadi jika para guru masih mengajar menggunakan kaedah lama. Mereka mesti bergerak pada pengajaran berasaskan konsep ke arah menghasilkan pelajar yang berfikiran tinggi dan kreatif," ujar beliau Menurut beliau, pihak kementerian telah menyediakan kaedah amalan terbaik termasuk Pendekatan Seluruh Sekolah ke Pembangunan ICT (WSID) dan Reka Bentuk Pembelajaran (Learning Designs). Beliau menjelaskan, mengajar berasaskan konsep digunakan supaya penuntut akan lebih memahami apa yang diajar, bukan hanya bergantung pada hafalan semata-mata. "Proses seperti hands-on
KETUA Kluster 4, Jabatan SekolahSekolah, Kementerian Pendidikan, Dayang Hajah Mariam binti Haji Ladi.
SETIAUSAHA Agung PGGMB, Awang Haji Matassan bin Haji Bongsu, selaku Pengerusi Majlis.
experience atau pengalaman praktikal mengajar penuntut untuk befikir dan meneroka sendiri supaya mereka dapat mengambil pendekatan self-learning," katanya. Menurut beliau, banyak strategi dan usaha digunakan bagi menggalakkan guru-guru untuk menuju ke arah tersebut. "Walaupun terdapat halangan, kami akan terus mendorong mereka dalam kaedah pengajaran tersebut supaya para pelajar berupaya untuk menghadapi cabaran Abad Ke-21 ini," jelas beliau. Beliau juga berharap agar guru-guru akan terus meningkatkan kemahiran mengajar mereka, kerana pada era globalisasi tanpa sempadan ini, jika kemahiran tidak dikembangkan dan tidak melaksanakan perubahan, mereka akan ketinggalan di belakang. "Bukan sahaja bagi para guru, kami juga sentiasa belajar tentang apa sahaja yang berkaitan dengan jawatan kami," katanya. Pada majlis pembukaan rasmi berkenaan, yang diadakan di Dewan Serbaguna, Sekolah PGGMB, beliau menyampaikan kertas kerja yang telah beliau bentangkan pada bulan lepas di Persidangan Majlis Guru-Guru ASEAN Ke-32 di Seoul Korea. Bertemakan 'Expansion of Quality Education in ASEAN and Korea through Character and Global Citizenship Education', persidangan tersebut membawa mesej bahawa setiap negara harus menyediakan pendidikan yang saksama dan berkualiti tinggi kepada rakyat. Di samping itu, setiap negara dituntut untuk berkongsi sama usaha-usaha dan amalan-amalan terbaik yang dilaksanakan untuk kepentingan bersama.
KETUA Unit Majalah TV, Jabatan Radio Televisyen Brunei, Awang Haji Abdul Adis bin Haji Lakim selaku wakil peribadi Pengarah RTB menyampaikan buku 'Ku Titipkan Pesan' sejurus melancarkan buku berkenaan.
Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim TEMBURONG, Sabtu, 8 Oktober. - Orang ramai yang berminat untuk mengikuti tajuk-tajuk yang dibincangkan semasa 'Sudut Pesan-Pesan' dalam rancangan Rampai Pagi dari Daerah Temburong terbitan Radio Televisyen Brunei (RTB) kini berpeluang mengetahui inti pati tajuk-tajuk tersebut yang telah didokumentasikan oleh penulisnya dalam buku 'Ku Titipkan Pesan'. Pelancaran buku tersebut disempurnakan oleh Ketua Unit Majalah TV, Jabatan Radio Televisyen Brunei, Awang Haji Abdul Adis bin Haji Lakim selaku wakil peribadi Pengarah RTB, berlangsung di Restoran Koperasi Pelancongan Daerah Temburong, Pekan Bangar di sini. Dalam ucapan Pengarah RTB yang dibacakan oleh wakil peribadinya, beliau melahirkan harapan agar penerbitan buku 'Ku Titipkan Pesan' ini bukan hanya sebagai bahan bacaan bahkan ia akan dapat memberikan ilham, inovasi dan motivasi kepada semua generasi terutamanya generasi muda. Apa yang lebih membanggakan ujarnya, penghasilan buku tersebut menambahkan lagi khazanah terbitan buku-buku yang dihasilkan oleh orang-orang kitani. Penulis buku tersebut, Awang Haji Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba telah ditawarkan bagi mengisikan rancangan 'Sudut Pesan-Pesan' dalam Rampai Pagi dari Daerah Temburong yang disiarkan setiap hari Selasa sejak bulan Jun 2014. Perisian rancangan tersebut adalah berbentuk motivasi dan kongsi sama pengalaman yang boleh dijadikan teladan dan sempadan dalam mengharungi kehidupan di mana dengan pendokumentasian tajuk-tajuk yang diutarakan dalam rancangan itu boleh dijadikan rujukan bagi apa jua keperluan yang berkaitan dengannya. Buku tersebut boleh diperolehi secara percuma dengan menghubungi penulis di talian +673 8875051.
8
NASIONAL
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
Ambil langkah cegah Virus Zika Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Oktober. - Negara Brunei Darussalam tiada mencatatkan kes Virus Zika namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga agar virus itu dapat dicegah melalui tindakan yang tertentu dan relevan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua sama ada yang bertugas di sekolah mahupun di pejabat untuk sentiasa berwaspada dengan meningkatkan kefahaman tentang punca merebaknya jangkitan virus itu dan tatacara menanganinya. Ketua Bahagian Kesihatan, Keselamatan, Kawalan Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE), Pengiran Nazrul Arif bin Pengiran Dato Paduka Haji Md. Zain menyatakan demikian semasa menyampaikan Taklimat Isu Kebersihan bagi Mengelakkan dari Jangkitan Virus Zika berlangsung di Dewan Kuliah, Bangunan Baharu Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI). Menurut Pengiran Nazrul Arif seterusnya taklimat itu menyentuh tiga perkara utama, iaitu mengenai jangkitan penyakit Virus Zika, pengawalan pembiakan nyamuk melalui perkhidmatan kawalan vektor serta kebersihan sekolah dan maktab. Kefahaman tiga perkara itu tambahnya, membantu para guru besar dan pengetua melaksanakan langkah
pencegahan awal berpandukan pada amalan terbaik dan memastikan kebersihan alam sekitar di sekolah dan maktab bebas dari tempat pembiakan nyamuk dan mengenal pasti dan menghapuskan kawasan-kawasan pembiakan nyamuk, mengosongkan, membersihkan atau menutup bekas yang boleh bertakung air. Pegawai Perubatan, Dr. Mohammad Hussien dalam taklimatnya antara lain menerangkan mengenai sejarah virus yang ditemui pada tahun 1947 di Uganda dan situasi global terkini mendapati di Chile pada 2014 dan 2015 di Brazil. Katanya, tiada rawatan atau vaksin yang dapat menyembuhkan virus berkenaan setakat ini. Semua pihak termasuk orang awam tambahnya, sama-sama terlibat dalam usaha bagi membasmi dan mengawal infeksi Virus Zika melalui mengekalkan kebersihan alam sekitar. Manakala Ketua Merinyu Kesihatan, Awang Julaini bin Haji Bini pula menjelaskan punca utama pembiakan nyamuk yang terjadinya vektor itu membiak melalui semula jadi, iaitu bunga yang boleh menakung air dan perbuatan manusia sendiri contohnya pembuangan sampah yang tidak teratur. Awang Julaini menegaskan, memahami punca pembiakan vektor adalah penting sebelum membuat
PEGAWAI Perubatan, Dr. Mohammad Hussien dalam taklimatnya antara lain menerangkan mengenai sejarah virus Zika.
aktiviti pengawalan penyakit bawaan vektor. Sementara Merinyu Kesihatan, Dayang Hanisah binti Haji Matsah menghuraikan beberapa masalah yang didapati semasa pemeriksaan kebersihan sekolah, antaranya tandas yang kotor dan rosak termasuk tangki pengepam tandas tidak berfungsi dan mengandungi air serta terdedah.
Selain itu, longkang yang tercemar dengan sampah dan gully trap di belakang tandas yang tidak berfungsi, kotor dan tersumbat serta pengurusan sampah yang berlonggok, terbiar dan terdedah adalah juga antara punca pembiakan Virus Zika. Punca lain tambah Dayang Hanisah, termasuk pemeliharaan hiasan tanaman bunga di dalam dan luar
persekitaran sekolah yang tidak terurus, di samping rumah pembuangan sampah yang kotor dan penyimpanan barang dalam stor yang tidak teratur. Taklimat tersebut dihadiri oleh para guru besar dan pengetua dari sekolah dan maktab di bawah Kluster 1 - 4 dan akan dilaratkan ke Daerah Tutong dan Belait.
IBTE hadiri Mesyuarat Pakar di Viet Nam Siaran Akhbar dan Foto : Institut Pendidikan Teknikal Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN Seramai tiga pegawai Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah menghadiri Mesyuarat Pakar 'Ke Arah Pembelajaran Sepanjang Hayat Agenda ASEAN' (Towards an ASEAN Lifelong Learning Agenda) yang diadakan di Pejabat SEAMEO CELLL, Bandar Raya Ho Chi Minh, Viet Nam dari 4 hingga 5 Oktober lalu. Menurut Siaran Akhbar IBTE, rombongan tiga pegawai itu terdiri daripada Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengelola Ahli Lembaga Pengarah SEAMEO CELLL, Dr. Chin Wei Keh, bersama dua pegawai IBTE, Dayang Hajah Norhakimah binti Haji Mohd. Nor dan Dayang Siti Mulsinah binti Matussin. Projek tersebut dimulakan oleh Pusat Serantau SEAMEO untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat (SEAMEO CELLL) dengan sokongan teknikal dan kewangan daripada Institut UNESCO untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat (UIL). Mesyuarat itu disertai oleh mereka yang berkepentingan dalam projek tersebut dan Pengelola Ahli Lembaga Pengarah SEAMEO CELLL dan pakar-pakar utama dari semua negara ASEAN termasuk Timor-Leste. Ia bertujuan untuk mengkaji amalan terbaik negara dan asas dasar pembelajaran sepanjang hayat di kalangan negara-negara ASEAN dan membincangkan pengajaran dan mengemukakan cadangan. Pada mesyuarat itu, setiap negara membentangkan penemuan negara masing-masing dan Negara Brunei Darussalam kertas pembentangan disampaikan oleh Dayang Hajah Norhakimah binti Haji Mohd. Nor sebagai pakar utama Brunei
DELEGASI IBTE bergambar ramai bersama para peserta Mesyuarat Pakar dari negara-negara ASEAN.
Darussalam. Sebelum mesyuarat itu, IBTE dengan kerjasama Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menjalankan bengkel kebangsaan dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam 'Mendokumentasikan Polisi yang Berjaya dan Amalan untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat' (Documenting Successful Policies and Practices For Lifelong Learning) di mana laporan kebangsaan telah disediakan untuk mendokumenkan gambaran peluang pembelajaran sepanjang hayat di Brunei Darussalam dalam tiga bidang, pembangunan profesional berterusan guru dan fasilitator, menghubungkan pelbagai sektor untuk pembelajaran sepanjang hayat dan tempat dan pusat pembelajaran berasaskan masyarakat. Mesyuarat dua hari itu melibatkan beberapa sesi siri perbincangan selari pada cadangan pembelajaran sepanjang hayat dan tindakan strategik untuk pelaksanaannya serta SEAMEO CELLL berkongsi rancangan mereka untuk online portal serantau bagi perkongsian pengetahuan dan pembelajaran dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
Proses baharu Lesen Pekerja Asing dilaksanakan secara berperingkat Siaran Akhbar : Jabatan Buruh BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Oktober. - Jabatan Buruh mulai 1 Oktober 2016 telah melaksanakan proses baharu untuk Lesen Pekerja Asing. Berikutan berkuat kuasanya proses baharu tersebut, jabatan berkenaan telah menerima beberapa pertanyaan dan ingin menjelaskan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Dalam siaran akhbar yang dikeluarkan menyatakan bahawa Pelaksanaan Pekerja Asing Lesen (atau Lesen Pekerja Asing) sedang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, di mana peringkat pertama adalah hanya untuk syarikat-syarikat baharu yang tidak pernah memperoleh Lesen Buruh sebelum 1 Oktober 2016. Sebarang permohonan untuk tambahan, pembaharuan atau pemindahan untuk pekerja asing
khusus untuk Lesen Pekerja Asing hanya akan dilaksanakan pada tahun 2017. Tarikh-tarikh yang disasarkan untuk pelaksanaan dengan beransur-ansur adalah 1 Oktober 2016 bagi Permohonan Lesen Pekerja Asing Baharu; 1 Januari 2017 bagi Permohonan Tambahan Lesen Pekerja Asing dan 1 April 2017 bagi Permohonan Pembaharuan Lesen Pekerja Asing. Mana-mana syarikat yang telah memperoleh Lesen Buruh atau telah memohon Lesen Buruh (atau permohonan masih dalam proses / dinilai) sebelum 1 Oktober 2016, masih boleh terus memohon BUR 500 (Pas Kerja Cadangan). Pengeluaran Lesen Pekerja Asing yang baharu akan mengambil kira beberapa faktor termasuk a) Dokumen sokongan dari
agensi-agensi kerajaan yang berkaitan mengikut sektor berkaitan syarikat. Seperti memerlukan surat sokongan dari Jabatan Pertanian untuk syarikat pertanian berkaitan; b) Pengesahan / surat sokongan dari APTK; c) Bilangan pekerja tempatan, yang boleh ditunjukkan melalui dokumen e-Amanah TAP dan boleh dicetak oleh majikan sendiri melalui laman sesawang TAP; d) Tempatan Nisbah Pekerja Asing, yang boleh digunakan untuk sektor terpilih sahaja dan e) Kerajaan lain yang sedang menjalankan dasardasar yang akan membolehkan peluang kepada pencari kerja tempatan untuk memperoleh pekerjaan. Jabatan Buruh juga mengambil kesempatan merakamkan penghargaan di atas kesabaran dan kefahaman majikan, agensi pekerjaan serta orang awam secara umum sepanjang pelaksanaan proses baharu tersebut.
NASIONAL
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
Pusat Sejarah kaji peranan penting ulama peranan aspek jalinan hubungan antarabangsa sesebuah kerajaan dengan kerajaan yang lain terhadap pengukuhan perkembangan dan kemajuan. ''Dalam konteks Johor dan Negara Brunei Darussalam, hubungan antara kedua-dua kerajaan ini telah lama terjalin di kedua-dua peringkat institusi raja dan rakyat. ''Metodologi kajian ini adalah berdasarkan pendekatan kualitatif merangkumi kajian perpustakaan dan temu bual. Hasil kajian mendapati peranan dan sumbangan signifikan beliau dalam mengukuhkan dan pendidikan agama Islam di Negara Brunei Darussalam. Dalam konteks pendidikan Islam di negara ini,menurut Dr. Haji Abdul Kadir, Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Ismail berperanan dalam pembangunan pendidikan agama dari peringkat asas, iaitu dibuktikan melalui penubuhan sekolah agama formal yang pertama 1375 Hijrah / 1956 Masihi dan seterusnya penubuhan sekolah agama aliran Arab. Fatwa beliau tambahnya, turut memainkan peranan signifikan dalam pembangunan pendidikan dan pentadbiran Islam sama ada dari segi pembangunan fizikal mahupun dasar
UBD anjur pelbagai acara sempena Majlis Konvokesyen Ke-28 Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
Oleh : Aimi Sani Foto : Mohamad Azmi Awang Damit BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Oktober. - Sebagai salah satu usaha Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO) ke arah membariga kepentingan sejarah, di samping mempromosikan penBORNEO sebagai destinasi pilihan untuk membuat kajian dan penyelidikan, penBORNEO mengungkayahkan Program Sesi Ceramah@ penBORNEO Siri Keempat 2016 di penBORNEO, Pusat Sejarah Brunei di Blok 31, Bangunan Flat Kerajaan Anggerek Desa, Jalan Berakas, di sini. Ceramah bertajuk 'Peranan dan Sumbangan Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Ismail bin Haji Omar Abdul Aziz dalam Pendidikan Agama di Negara Brunei Darussalam' disampaikan oleh Penyelidik dan Penterjemah Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr. Haji Abdul Kadir bin N.C. Mohamad yang antara lain menyentuh mengenai kajian sejarah yang membuktikan peranan penting ulama dalam melestari syiar Islam di nusantara melalui pelbagai manhaj terutamanya pentadbiran kerajaan, pendidikan, ekonomi dan sosial. Suatu fakta yang tidak dapat disangkal dalam menyelusuri sejarah tamadun manusia ujarnya ialah
9
PENYELIDIK dan Penterjemah Pusat Sejarah Brunei, Dr. Haji Abdul Kadir bin N.C. Mohamad semasa membentangkan ceramah bertajuk 'Peranan dan Sumbangan Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz dalam Pendidikan Agama di Negara Brunei Darussalam.
pendidikan negara. Melalui kajian ini juga jelasnya, pendidikan dan pentadbiran Islam di Brunei dilihat telah berjaya diperkukuhkan melalui hubungan diplomatik antara kerajaan Johor Darul Ta'zim dan Brunei Darussalam yang mana dedikasi allahyarham memperlihatkan pendirian beliau terhadap kepentingan pendidikan dan pentadbiran yang holistik sebagai asas bagi mempersiapkan generasi ulama dan umara yang berkualiti pada masa hadapan. Dr. Haji Abdul Kadir bin N.C. Mohamad ketika ditemu bual berkata, antara objektif kajian ini adalah bagi menjelaskan peranan dan sumbangan Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Ismail bin Haji Omar Abdul Aziz dalam memartabatkan syiar Islam melalui pengukuhan pendidikan dan pentadbiran agama. ''Saya berharap bahawa kajian ini tidak akan terhenti setakat ini sahaja dan akan diteruskan lagi ke peringkat seterusnya,'' terang beliau.
PARA peserta diberikan peluang menyaksikan koleksi peribadi Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz yang dipamerkan.
TUNGKU LINK, Sabtu, 8 Oktober. Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam (UBD) 2016 akan berlangsung pada 15 Oktober ini di Dewan Canselor, UBD. Sehubungan itu, pelbagai acara telah diatur bersempena majlis konvokesyen tersebut termasuk Pameran Pesta Konvo yang telah pun dibukakan bagi kunjungan orang ramai hingga 22 Oktober ini. Pemangku Timbalan Pendaftar Pentadbiran UBD, Dayang Hajah Maudena binti Haji Abdul Hamid menjelaskan perkara tersebut pada taklimat media yang diadakan di Bilik Persidangan, Bangunan Pentadbiran, UBD. Turut hadir pada taklimat tersebut ialah Penolong Pendaftar, Pejabat Penolong Naib Canselor Korporat Pentadbiran UBD, Dayang Nurathirah Salihah binti Haji Mohd. Salleh dan Pegawai Perhubungan Korporat UBD, Dayang Noorul Hasyimah Bazilah. Menurut beliau, raptai bagi Majlis Konvokesyen UBD akan diadakan selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Oktober yang mana taklimat kepada para graduan akan diadakan pada hari pertama raptai berkenaan.
Selain itu, UBD juga akan mengadakan acara Larian dan Berbasikal Konvo UBD 'Bah maritah' pada 23 Oktober nanti bertempat di Kompleks Sukan UBD yang dibukakan penyertaannya kepada orang ramai. Bersempena konvokesyen itu juga, Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran akan berlangsung di Masjid UBD pada 10 Oktober, manakala Penyampaian Medal dan Anugerah Buku pada 26 Oktober. Sementara itu, Ketua Unit Perhubungan Awam dan Perkhidmatan Awam dari Jabatan Penerangan, Awang Ali Termizzi bin Haji Ramlli pada sesi taklimat itu pula antara lain menerangkan mengenai etika berpakaian dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan pada majlis konvokesyen nanti kepada para pengamal media tempatan. Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai acara-acara yang akan diadakan bersempena majlis berkenaan, boleh melayari laman sesawang UBD www.ubd.edu.bn atau melawat laman media sosial di Instagram ubdbuzz atau Facebook UBD BUZZ.
PEMANGKU Timbalan Pendaftar Pentadbiran Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dayang Hajah Maudena binti Haji Abdul Hamid (kanan) menjelaskan pelbagai acara telah diatur bersempena Majlis Konvokesyen UBD 2016 yang akan berlangsung pada 15 Oktober ini di Dewan Canselor, UBD.
Mangsa kebakaran terima agihan wang zakat Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Oktober. - Dalam usaha meringankan bebanan mangsa kebakaran, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB telah
menyerahkan sejumlah BND2,000 wang agihan zakat kepada mangsa-mangsa kebakaran Kampung Lurong Dalam yang berlaku pada
5 Oktober yang lalu. Hadir bagi menyempurnakan penyampaian wang agihan berkenaan ialah Pemangku Timbalan Setiausaha MUIB, Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Akop pada majlis yang berlangsung di Bilik Seroja, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Sebuah rumah yang terdiri daripada sepuluh orang penghuni terlibat dalam
kebakaran tersebut. Pemilik rumah, Awang Bolariffin bin Abdul Ghani dan isteri serta lapan anak menerima sumbangan sebanyak BND2,000 serta bantuan alat-alat persekolahan. Kesemua wang tunai dan perbelanjaan peralatan persekolahan tersebut diambil daripada peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf
Fakir Miskin. Bantuan agihan zakat ini diharap akan dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa kebakaran tersebut dengan harapan semoga mereka akan lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dalam menjaga keselamatan ahli keluarga dari ditimpa musibah.
10
AGAMA
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
Doa Kesyukuran sambut Hari Pos Sedunia Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Oktober. - Pelbagai program dan aktiviti disusun bagi memeriahkan lagi sambutan sempena Hari Pos Sedunia yang jatuh tanggal 9 Oktober setiap tahun. Negara Brunei Darussalam juga tidak terkecuali meraikannya pada tahun ini yang didahului dengan Majlis Doa Kesyukuran berlangsung di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini. Hadir selaku tetamu kehormat, Pemangku Ketua Pos Agung, Awang Haji Bolhassan bin Haji Bulat. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin diikuti Tahlil dan seterusnya Doa Kesyukuran yang dibacakan oleh Ketua Imam surau berkenaan, Awang Haji Mohd. Ashraf bin Haji Bujang. Kemudian diteruskan dengan Sembahyang Sunat Hajat dan
Sembahyang Fardu Asar Berjemaah. Majlis tersebut dihasratkan bagi memanjatkan syukur di atas limpah dan kurnia Allah kerana mempermudahkan Jabatan Perkhidmatan Pos menjalankan inisiatif-inisiatif di sepanjang tahun sebelumnya dan akan dipermudahkan dalam menjalankan inisiatif di masa akan datang ke arah mencapai wawasan jabatan 'Kita Bergerak Untuk Menjadi Pilihan Utama Masyarakat'.
PEMANGKU Ketua Pos Agong Awang Haji Bolhasan bin Haji Bulat (tengah) hadir pada Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Pos Sedunia 2016 diadakan di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Hijrah adalah jihad, niat BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Oktober. - Politeknik Brunei hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1438 serentak di Politeknik Brunei, Kampus Utama di Jalan Ong Sum Ping dan Politeknik Brunei, Kampus Lumut, Sekolah Sains dan Kejuruteraan, Lumut. Menurut Siaran Akhbar Politeknik
PENCERAMAH undangan, Dr. H. Harapandi bin Haji Dahri dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan ketika menyampaikan ceramah di Kampus Utama Politeknik Brunei.
Brunei, majlis itu bagi memeriahkan dan menyemarakkan lagi hari kebesaran Islam melalui ceramah khas yang dikhususkan kepada pelajar-pelajar Politeknik Brunei bagi mendukung hasrat Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Penolong Pengarah, Awang Alias bin Haji Abu Bakar. Turut hadir ialah Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Sekolah, pensyarah, pegawai dan kakitangan serta pelajar-pelajar Politeknik Brunei. Tajuk ceramah di kedua tempat ialah
Dua peserta qari mewakili Daerah Temburong
Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim
TEMBURONG, Sabtu, 8 Oktober. Seramai dua peserta Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Daerah Temburong Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi yang memperolehi markah 75 peratus ke atas terpilih untuk mewakili daerah ini sekali gus memasuki ke Peringkat Suku Akhir Kebangsaan yang akan diadakan nanti. Mereka ialah Awang Zulfadhli bin Haji Awang, johan bagi Kategori Qari dan Awang Haji Mohammad Yusoff bin Haji Ahad, pemenang tempat kedua bagi kategori yang sama semasa pertandingan yang diadakan di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar. Sementara itu dalam Kategori Qariah pula dimenangi oleh Dayang Norazliha binti A. Latiff manakala Dayangku Nur Ajaiman binti Pengiran Ajak menduduki
tempat kedua. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Ugama, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong, Awang Haji Hazimin bin Haji Metali. Seramai sembilan qari dan dua qariah menyertai pertandingan yang dikendalikan oleh Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Temburong dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar. Pertandingan tahunan ini merupakan galakan untuk menarik minat orang ramai dalam meningkatkan mutu bacaan Al-Quran, selain sebagai pendorong kepada mereka yang berbakat di dalam seni pembacaan Al-Quran agar mengasah bakat yang ada melalui Pertandingan Membaca Al-Quran seumpama ini.
SALAH seorang peserta qari memperdengarkan bacaannya di Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Daerah Temburong Tahun 1438H / 2016M.
Siaran Akhbar dan Foto : Politeknik Brunei
'Hijrah dan Inovasi', disampaikan oleh penceramah undangan Dr. H. Harapandi bin Haji Dahri dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan bagi di Kampus Utama dan yang berlangsung di Kampus Lumut disampaikan oleh penceramah undangan Dayangku Norhayati binti Pengiran Kasran. Penceramah menekankan maksud hijrah yang sebenar bagi seorang Muslim adalah hijrah yang bukan hanya setakat di dunia malah juga hijrah menuju akhirat. Hijrah tersebut bukan hanya setakat melakukan perubahan bahkan perkara yang terpenting dalam berhijrah adalah jihad dan niat. Pelajar diingatkan bahawa menuntut ilmu juga merupakan jihad yang juga merupakan satu penghijrahan dari
tiada berilmu kepada mencari ilmu. Penceramah juga mengingatkan sesiapa yang lari daripada perjuangan menuntut ilmu adalah merupakan satu dosa. Ciri dan tanda cinta kepada Allah adalah mencintai firman Allah dengan memperbanyakkan membaca Al Quran. Hal ini boleh diistilahkan sebagai berhijrah mencintai Allah. Apa yang penting, menurut penceramah setiap perbuatan hendaklah disertai dengan niat yang baik. Hendaklah mengorak niat dalam setiap perjuangan. Sebagai kesimpulan daripada ceramah beliau, Dr. Harapandi juga menasihatkan kepada semua yang hadir agar memulakan hidup dan mengakhiri hidup dengan Al-Quran.
SEBAHAGIAN para pelajar yang hadir pada Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1438 di Kampus Utama Politeknik Brunei di Jalan Ong Sum Ping.
RENCANA
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
G
ENAP 16 tahun pembabitan beliau dalam industri drama, pengarah dan penulis skrip Hanidi HM kini mula melangkah masuk ke dunia perfileman bila mana filem arahan beliau bertajuk 'ILHAM MISTERI' telah ditayangkan serentak di ketiga-tiga buah pawagam daerah pada 6 Oktober 2016. Satu masa dahulu beliau begitu sinonim dengan drama bersiri seram bertajuk 'Catatan Misteri' yang menjadi bualan ramai sekitar awal tahun 2000. Dalam temu bual Pelita Brunei, Awang Hanidi menjelaskan bahawa penggemar drama Catatan Misteri telah mengajukan saranan supaya beliau menerbitkan Catatan Misteri 2 pada tahun 2004. ''Dalam masa membuat persiapan ke arah menerbitkan drama tersebut, tibatiba timbul satu ilham yang datang melalui mimpi saya, di mana akhirnya saya membuat keputusan untuk menjadikan 'ILHAM MISTERI' sebagai trial project HadiYul Studio Production. Dalam masa yang sama sebagai satu pengalaman baharu kepada warga kerja untuk menimba pengalaman menerbitkan sebuah filem seram,'' ujar beliau. Awang Hanidi yang telah berjaya menerbitkan lebih dari 20 buah drama termasuk drama bersiri bukan hanya berminat pada genre seram bahkan juga drama bercorak kekeluargaan seperti drama 'Tersayang' yang telah berjaya menyumbangkan satu anugerah di Majlis Anugerah RTB lebih daripada 10 tahun yang lalu. Menurut beliau lagi jika ''ILHAM MISTERI'' dapat ditayangkan pada tahun 2004, sudah pasti ia merupakan filem tempatan pertama ke pawagam. Namun disebabkan oleh sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan, maka terpaksalah ia ditangguhkan sehingga pada tahun ini dan merupakan filem tempatan yang ketujuh ditayangkan di pawagam setakat ini. Jelas beliau lagi, ''memang banyak cabaran dan rintangan yang dilalui untuk membawa filem ini ke hadapan penonton. Ia menuntut perjuangan yang panjang, iaitu selama hampir 12 tahun dalam percubaan untuk menayangkannya di pawagam. Saya pernah ditolak bebeberapa kali oleh pihak pawagam, bukan setakat itu sahaja malah percubaan saya untuk menayangkan filem ini di luar negara juga menemui kegagalan. Walau bagaimanapun saya tetap cekal dan tidak pernah berputus asa lebih-lebih lagi dengan dukungan dari pihak keluarga dan kawan-kawan.'' Usaha keras Awang Hanidi akhirnya berbaloi selepas mengadakan rundingan intensif dengan beberapa pihak pawagam, akhirnya impian beliau telah menjadi kenyataan bila 'ILHAM MISTERI' telah ditayangkan serentak di pawagam Times Cineplex di ketiga-tiga daerah, iaitu BruneiMuara, Tutong dan Belait serta di PSB Dualplex, Seria. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Mulia Pengarah Radio dan Televisyen Brunei, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bongsu. ''Alhamdulillah ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Filem tersebut dibarisi oleh pelakon-pelakon artis-artis tempatan yang terdiri daripada DJ Alif, Ak. Md. Shaidil Pengiran Maslan, DJ Ashraff Rannil, Amhra Nisrinah dan Haji Md. Hamdilah.'' SINOPSIS ILHAM MISTERI Ilham Misteri : Mistik tapi realistik adalah sebuah filem seram. Filem tersebut menceritakan mengenai kehilangan filem berkenaan bersama-sama pengarahnya secara misteri tanpa jejak sebelum ia sempat ditayangkan. Setelah lebih 10 tahun kemudian sekumpulan remaja ekspedisi misteri masuk ke rumah usang milik pengarah filem dan secara tidak sengaja telah menemui bahan dan tape filem berkenaan.
11
Industri kreatif bertambah maju
PENGARAH Radio dan Televisyen Brunei, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu (sepuluh, kanan) bergambar ramai sempena pelancaran filem Ilham Misteri.
Oleh : Noriah binti Haji Abdul Hamid Beberapa tahun kemudian seorang penerbit berhasrat untuk menayangkan filem itu ke pawagam. Seorang pemuda bernama Izam yang dibuang kerja telah diminta oleh kawannya Adi untuk menulis skrip seram di dalam sebuah pangsapuri yang berhantu, bermacam-macam kejadian misteri terjadi sepanjang keberadaannya di apartmen tersebut. Adakah Izam berhasil menyelesaikan skrip tersebut. Untuk mengetahui cerita selanjutnya awda dijemput untuk menyaksikan filem tersebut yang sememangnya dirakam berlatar belakangkan suasana tahun 2004. PENDAPAT PENONTON Alhamdullillah banyak komenkomen yang positif daripada para penonton yang telah menyaksikan filem tersebut. Dayang Syazwani binti Ismail yang datang ke pawagam bersama ahli-ahli keluarganya berpendapat: ''Kami sangat berpuas hati dan seronok menonton filem 'ILHAM MISTERI' dari awal hingga ke penghujung cerita. Terdapat gabungan babak-babak seram dan komedi yang membangkitkan reaksi takut dan lucu.'' Terdapat beberapa orang penuntut dari luar negara dari kalangan penonton pada malam tersebut. Menurut mereka, filem tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik lebih-lebih lagi dengan adanya serikata bahasa Inggeris yang memang sangat membantu mereka untuk memahami jalan cerita filem tersebut. Menurut mereka lagi lakonan yang dibawakan oleh DJ Alif dan Pg. Mohd. Shaidil sangat berkesan dan menepati dengan watak yang dibawakan. BIDANG PERFILEMAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Secara asasnya kerja kamera di antara drama dan filem sangat berbeza. Ini kerana bagi drama televisyen, keperluan kamera lebih banyak merakam dari menjadi naratif visual ke drama berkenaan. Kerana itu seorang pengarah filem akan merasa lebih puas berkarya di filem. Mereka mempunyai ruang yang lebih luas untuk melontarkan pendekatan sinematiknya. Berlandaskan faktorfaktor tersebut, Awang Hanidi mulai mengorak langkah berjinakjinak dengan dunia perfileman. Menurut beliau, mempunyai kelebihan untuk melontarkan isu-isu
yang jauh lebih besar dari drama televisyen yang kebanyakannya sesuai dengan isu masyarakat. Tetapi isu di filem berkait rapat dengan idealisme, ideologi dan ruang permainan visual yang jauh lebih luas. Kalau dari sudut sinematik, filem memberi ruang yang sangat besar untuk bermain di antara cahaya dan bayang, komposisi shoot (penggambaran) yang bukan lagi rakaman yang disusun, tetapi kenyataan yang dilontarkan. Malangnya peluang ke arah penerbitan filem masih mempunyai ruang lingkup yang terhad dan belum dapat ditembusi secara meluas. Terdapat banyak halangan seperti kesukaran untuk penayangan ke pawagam, kualiti filem dan sebagainya. Menyentuh mengenai bagaimana untuk meningkatkan kualiti perfileman di negara ini, beliau menyarankan supaya ditubuhkan satu badan atau persatuan industri perfileman di negara ini, yang mana akan memfokuskan setiap kegiatan yang berkaitan dengan industri perfileman dalam negara termasuklah pengawalan kualiti dan memberikan bimbingan kepada penggiat seni perfileman atau filmmakers tempatan agar mencapai tahap kualiti yang dapat dibanggakan. Badan itu juga akan memberikan penghargaan kepada filmmakers yang berjaya mencapai tahap yang telah disasarkan dan seterusnya membawa filem tesebut ke festival-fertival filem di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, ujar beliau lagi, hasrat ini tidak akan tercapai sekiranya tidak ada sokongan dari pelbagai pihak termasuklah pihak swasta untuk menyokong filem-filem karya anak tempatan yang dihasilkan apa tah lagi memerlukan pembiayaan kewangan yang tinggi. ''Saya menyeru agar semua penggiat seni perfileman atau filmmakers tempatan agar bersatu dan saling bantu-membantu, bertukar-tukar fikiran dan maklumat agar sokongan dan dukungan dari pihak kerajaan seperti Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, AITI, RTB, iCentre dan Mediahub dapat meyakinkan pada pihak swasta khusunya pihak pawagam di negara ini agar filem-filem tempatan dapat diterima dengan baik melalui badan yang telah dilantik. InsyaaAllah, dengan sokongan dan kesepakatan ini bukan sahaja memberikan peluang yang luas kepada para
penggiat seni perfileman untuk berkarya, tetapi juga membuka ruang pekerjaan kepada para belia yang mempunyai bakat dalam bidang seni kreatif dan sekaligus dapat menyumbang pada kemajuan ekonomi negara melalui industri kreatif di negara ini.'' Hasrat beliau ini sejajar dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Belia Kebangsaan pada 26 September 2011: ''Pihak kerajaan beta dengan kerjasama pihak-pihak swasta akan menyediakan persekitaran yang lebih kondusif dengan memberikan sokongan dan dukungan melalui pembangunan kapasiti, penyediaan kemudahan infrastruktur dan pembukaan peluang pemasaran kepada para belia, agar mereka itu dapat memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di dalam dan luar negeri.'' Tegas baginda lagi; ''Inilah caranya peluasan industri kreatif, ia bergantung kepada penglibatan banyak pihak, di samping kemahuan kuat daripada pengusaha sendiri. Penglibatan itu termasuklah memberikan perlindungan undangundang seperti undang-undang hak milik, kemudahan-kemudahan asas dan latihan-latihan. Jika ini ada, beta percaya, industri kreatif yang telah sedia ada pasti akan bertambah teguh dan maju, sementara dalam masa yang sama pula akan menggalakkan lagi para belia lain yang belum menceburinya akan menceburi bidang yang bermanfaat ini.''
Di Amerika Syarikat sahaja, industri kreatif telah menyumbang hampir $700 billion pada ekonomi negara dan perkara ini tidak mustahil boleh dicapai di negara ini, walaupun tidak sebanyak itu, tapi sekurangkurangnya dapat menyumbang pada ekonomi negara lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan digital dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat di era ini boleh menyumbang pada perkembangan industri kreatif di negara ini yang boleh dicebuti oleh belia-belia kitani yang berbakat. Justeru itu jelas Awang Hanidi, sokongan dari berbagai pihak adalah sangat-sangat diharapkan agar belia-belia yang berbakat ini dapat diketengahkan demi memajukan industri seni hiburan tanah air sebanding dengan industri yang serupa di peringkat antarabangsa. Industri perfileman adalah salah satu platfom untuk para belia mengaktifkan diri dan menonjolkan bakat mereka tidak kira lakonan, penulisan skrip, pengarahan, penerbitan, seni solekan, sinematografi, teknikal dan banyak lagi. Menurut beliau lagi, ini terbukti dengan keberhasilan beberapa buah filem tempatan yang diterima dan dihargai di luar negara seperti Apa Ada Dengan Rina dan Yasmen yang merupakan satu kebanggaan untuk Negara Brunei Darussalam. Dengan adanya industri kreatif itu nanti akan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berdaya tahan serta dapat menjana peluang-peluang pekerjaan kepada para belia, di samping mengurangkan kadar pengangguran yang kian membimbangkan di Negara Brunei Darussalam.
FILEM tempatan mendapat sambutan para penonton dalam kalangan masyarakat di negara ini.
12
NASIONAL
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
SUKA ke Mukim Kiudang sumbang bantuan
PEMANGKU Pegawai Daerah Tutong Haji Adanan bin Haji Adam (kanan), memantau pembahagian baju-baju sumbangan dalam Program Jelajah Sumbang dan Bantu Mukim ke Mukim yang diadakan di Mukim Kiudang.
TUTONG, Jumaat, 7 Oktober. Program Jelajah Sumbang dan Bantu Mukim ke Mukim merupakan usaha berterusan Sukarelawan Daerah Tutong (SUKA) bagi memperluaskan Program Sumbang dan Bantu bagi memberikan kemudahan atau peluang kepada masyarakat mukim dan kampung untuk turut serta menyokong program berkenaan. Melalui program itu, SUKA akan mengadakan acara program jelajah di tempat-tempat yang strategik seperti Pusat Kemasyarakatan dan Balai Raya di mukim-mukim yang dikunjungi. Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam
hadir selaku tetamu kehormat pada program berkenaan. Terdahulu, penyerahan beg-beg sumbangan dan bantu kepada penerima disempurnakan oleh tetamu kehormat. Semasa program berlangsung, aktiviti untuk kanak-kanak juga diadakan sebagai acara sampingan bagi memberi keceriaan kepada mereka daripada keluarga golongan yang dibantu untuk turut sama menikmati kebaikan dan manfaat program jelajah itu. Program tersebut juga dihasratkan dapat menjalinkan kerjasama yang erat dengan Majlis Perundingan Mukim
dan Kampung, kumpulan-kumpulan sukarela, badan-badan bukan kerajaan (NGO) pada peringkat mukim atau kampung dalam sama-sama melaksanakan kegiatan serta aktiviti yang berkebajikan dan sukarelawan. Program tersebut mula diperkenalkan pada awal bulan Januari 2016 sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa dan ia telah pun mendapat sambutan daripada masyarakat di Negara Brunei Darussalam. Yang mana pihak SUKA telah pun menerima lebih 6,000 helai pakaian dan hampir 5,000 helai telah pun diserahkan kepada yang memerlukan. Pada setakat ini, pihak SUKA telah pun menyerahkan bantuan secara terus pada lima keluarga mangsa-mangsa kebakaran rumah di Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Temburong. Selain itu, bantuan dan sumbangan juga diserahkan melalui penganjuran beberapa acara dengan kerjasama pihak-pihak berkenaan, seperti Program Bantu, Senyum dan Terima Kasih dan Program Ceriakan Aidilfitri. SUKA sentiasa proaktif dalam mengungkayahkan aktiviti sukarelanya ini termasuklah memperkenalkan Program Sukarelawan Serantau (PSS). Melalui program ini, pihak SUKA akan memperluaskan rangkaian kerjasama dengan badan-badan, persatuan dan kumpulan sukarela pada peringkat serantau. Ini termasuk mengadakan lawatan serta misi kemanusiaan dan melakukan aktiviti-aktiviti sukarela di luar negara. Dengan adanya program ini, ia dihasratkan dapat memberikan ilmu dan pengalaman di dalam kerjakerja sukarelawan sesuai dengan slogan 'SUKA Berwawasan dan Berintegriti'. Dan InsyaaAllah program ini akan dimulakan pada bulan
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman Disember 2016. Dalam masa yang sama, SUKA akan sentiasa mempelbagaikan aktiviti dan kegiatannya, ini termasuklah melakukan kerja-kerja amal, mengadakan bengkel-bengkel kemahiran untuk meningkatkan keupayaan ahli-ahlinya, memberi perkhidmatan sukarela kepada masyarakat dan sebagainya. Untuk mengetahui perkembangan dan kegiatan SUKA, orang ramai bolehlah melayari laman sosial Facebook rasmi SUKA dari semasa ke semasa 'Sukarelawan Daerah Tutong SUKA'. Dalam pada itu, Pelita Brunei semasa mewawancara Setiausaha merangkap Ketua Urusetia, Awang Muhammad Amir bin Haji Umarali, selaku Pengerusi Program Jelajah Sumbang dan Bantu Mukim ke Mukim 2016 menjelaskan, Mukim Kiudang merupakan mukim yang pertama
PENGERUSI Program Jelajah Sumbang dan Bantu Mukim ke Mukim 2016 Muhammad Amir bin Haji Umarali.
untuk program itu dilaksanakan dan seterusnya diperluaskan ke mukim-mukim yang lain. Selain dari itu, katanya, kunjungan kali ini juga turut diisikan dengan acara dan aktiviti kemasyarakatan seperti penyerahan sumbangan-sumbangan dan bantu kepada yang memerlukan serta membuka drop point sementara untuk menerima sumbangan pakaian-pakaian daripada penduduk setempat dan orang ramai. Sementara itu, Dayang Norazizah binti Ahad, 48, dari Kampung Birau berkata, program tersebut memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan. Beliau antara yang menerima sumbangan juga menjelaskan, dengan adanya sumbangan berupa pakaian ini, ia dapat memberikan kegembiraan dan menolong orang-orang yang kurang mampu dan memerlukan pakaian.
DAYANG Norazizah biniti Ahad dari Kampung Birau menjelaskan program tersebut memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.
YSHHB sumbangkan kewangan kepada mangsa kebakaran, persatuan
PENGARAH Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail menyampaikan sumbangan YSHHB kepada Persatuan Siswazah Wanita Negara Brunei Darussalam (PSWNBD), yang diterima oleh Yang Dipertua PSWNBD, Pengiran Hajah Zabaidah binti Pengiran Haji Kamaludin (kiri). Sementara gambar kanan, Awang Haji Brahim menyerahkan sumbangan YSHHB kepada ketua keluarga mangsa kebakaran di Kampung Lurong Dalam, Awang Bolariffin bin Abdul Ghani / Bolghanikan.
Oleh : Aimi Sani Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 7 Oktober. - Sebuah keluarga yang terlibat dalam kebakaran rumah di Kampung Lurong Dalam pada 5 Oktober yang baru lalu,
menerima sumbangan BND3,450 yang dihulurkan oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB). Ketua keluarga mangsa kebakaran, Awang Bolariffin bin Abdul Ghani /
Bolghanikan menerima sumbangan derma yang disampaikan oleh Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat YSHHB di Jalan Kumbang Pasang. Awang Bolariffin ketika ditemui berkata, punca kejadian kebakaran itu bermula dari bilik anaknya kira-kira pukul 9.00 pagi.
Beliau yang pada ketika itu sedang berada seorang di rumah bersyukur kerana tidak ada kemalangan melibatkan jiwa. Awang Bolariffin yang mempunyai seramai sembilan orang tanggungan bersyukur di atas bantuan yang beliau terima, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka sekeluarga.
Sumbangan derma tersebut adalah sebagai tanda pemedulian dan kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada rakyat baginda, di samping menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur. Sementara itu, YSHHB juga turut menghulurkan sumbangan kewangan kepada Angkatan Sasterawani (ASTERAWANI) bagi menaja sebahagian perbelanjaan mengadakan Pertemuan Sasterawani Brunei (PSB) Ke-VI anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sumbangan diterima oleh Ketua 1 ASTERAWANI, Profesor Madya Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah. Turut menerima sumbangan kewangan dari YSHHB ialah Persatuan Siswazah Wanita Negara Brunei Darussalam (PSWNBD). Sumbangan yang diterima oleh Yang Dipertua PSWNBD, Pengiran Hajah Zabaidah binti Pengiran Haji Kamaludin itu merupakan sebagai sebahagian perbelanjaan untuk menganjurkan Persidangan Wanita Serantau 2016 yang akan diadakan pada 15 Oktober 2016 ini.
NASIONAL
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
13
Eksesais Airguard TUDB - RSAF Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pertahanan
BERAKAS, Khamis, 6 Oktober. Eksesais Airguard dirasmikan oleh Pemerintah Kumpulan Gerakan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Kolonel (U) Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim di Skuadron 238, Cawangan No. 2, Berakas Garison. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pertahanan, turut hadir Pemerintah Kumpulan Pertahanan Udara Republik Singapura (Divisional Air Defence Group - DAG), Kolonel Alvin Yeo Hian Leong serta Pemerintah 18 DA BN, Leftenan Kolonel Ang Teo Hong dari Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF). Eksesais tersebut menandakan sudah 22 tahun latihan bersama di antara TUDB dan RSAF.
Ia dijadualkan pada 4 Oktober sehingga 18 Oktober disertai oleh Skuadron 238, Cawangan No. 2, TUDB dan Batalion Bahagian Meriam 18 (18 Divisional Artillery Battalion 18 DA BN) RSAF. Eksesais Airguard, dimulakan pada tahun 1994, bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama di antara kedua-dua angkatan udara.
PEMERINTAH Kumpulan Gerakan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Kolonel (U) Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim (kanan) dan Pemerintah Kumpulan Pertahanan Udara Republik Singapura, Kolonel Alvin Yeo Hian Leong (kiri) semasa merasmikan Eksesais AIRGUARD.
MPM Kota Batu laksanakan Kempen Kebersihan Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohamad Azmi Awang Damit
ANTARA yang hadir ialah Pemangku Pegawai DBM, Awang Misle bin Haji Abdul Karim (kiri) serta penghulu dan ketua-ketua kampung kawasan berkenaan.
MUKIM KOTA BATU, Jumaat, 7 Oktober. - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) terus berusaha untuk menggalakkan setiap penduduk di mukim-mukim untuk sama-sama memikul tanggungjawab menjaga kebersihan kawasankawasan kampung melalui kempen-kempen kebersihan. Sehubungan itu, Majlis Perundingan Mukim Kota Batu dan Majlis Perundingan Kampung di bawahnya dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara (DBM) telah mengadakan Kempen Kebersihan di kawasan letak kereta Kampung Sungai Bunga dan sekitarnya. Kempen telah disertai oleh para
penduduk Kampung Sungai Bunga dan Kampung Sungai Belukut dan sekitarnya termasuk para belia dan biro wanita. Antara yang hadir ialah Pemangku Pegawai DBM, Awang Misle bin Haji Abdul Karim serta penghulu dan ketua-ketua kampung kawasan berkenaan. Selain daripada memupuk serta menyemai kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan, kempen-kempen seumpama ini diharap dapat menyatukan penduduk-penduduk mukim dan kampung dalam bekerjasama di antara seluruh lapisan masyarakat. Dengan adanya sifat sebegini
Ketenteraman kampung bebas kegiatan jenayah jadi keutamaan
PEMANGKU Timbalan Pesuruhjaya Polis, Penolong Kanan Persuruhjaya Polis Mohammad Irwan bin Haji Hambali (empat, kiri) bersama-sama mantan Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung bagi Kampung Bunut Perpindahan dalam sesi bergambar ramai.
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 7 Oktober. - Keselamatan dan ketenteraman yang bebas dari sebarang kegiatan jenayah merupakan keutamaan dalam menjamin persekitaran sesebuah kampung. Apa yang paling membimbangkan ialah aktiviti-aktiviti tidak bermoral
dan kegiatan jenayah seperti penyalahgunaan dadah semakin banyak berlaku dan tidak terkecuali terjadi dalam kampung-kampung di bawah Mukim Kilanas. Penghulu Mukim Kilanas, Awang Haji Abdullah bin Haji Halus menyuarakan demikian semasa ditemui selepas Majlis Penyerahan
Surat / Sijil Penghargaan kepada Pengawasan Kejiranan Kampung Bunut Perpindahan Mukim Kilanas berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Kampung Bunut, di sini. Awang Haji Abdullah seterusnya melahirkan rasa penghargaannya kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) menubuhkan ahli kejiranan kampung bagi sama-sama membanteras
jenayah daripada berleluasa. Melalui inisiatif seumpama ini katanya, ahli-ahlinya akan selalu membuat rondaan pada waktu malam terutama lokasi-lokasi yang strategik bagi pengedar dan penagih dadah. Sejak tertubuhnya kejiranan kampung ujar beliau, mereka juga berjaya membuat tangkapan para penagih dadah dan menjalani proses rawatan di pusat pemulihan. Perancangan ahli Pengawasan Kejiranan kampung masa akan datang, antaranya akan membuat aktiviti-aktiviti kekeluargaan melibatkan golongan anak muda bertujuan bagi menghindari dari gejala yang tidak sihat. Pada majlis tersebut, sijil penghargaan disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, SAC Mohammad Irwan bin Haji Hambali kepada 12 ahli Pengawasan Kejiranan kampung berkenaan. Pengawasan Kejiranan kampung dihidupkan semula pada awal tahun 2004 dan dikenali sebagai Pengawasan Kejiranan dengan jumlah keahliannya seramai 1,748 orang di seluruh negara setakat ini. Juga hadir, Pemangku Pemerintah Daerah Polis Brunei Muara, Superintendan Awang Haji Azree bin Haji Munaf @ Munap dan pegawai-pegawai kanan PDB.
dapatlah mereka melihat suasana mukim dan kampung serta kawasan persekitaran yang lebih bersih dan kondusif. Dalam menyokong inisiatif ini, Jabatan DBM memberikan sokongan logistik pada kempen seumpama ini. Penghulu Mukim Kota Batu, Awang Naim bin Haji Kamis yang juga Pemangku Penghulu Mukim Kianggeh semasa ditemu bual menjelaskan, antara tujuan kempen diadakan ialah bagi memupuk kesedaran mengenai pentingnya kebersihan untuk kesihatan setiap orang, selain ia dapat menghalang dari pelbagai gejala penyakit khususnya yang heboh ketika ini, iaitu Virus Zika yang dibawa oleh nyamuk. Selain itu, ia juga sebagai menyahut seruan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bahawa kebersihan itu adalah penting untuk rakyat. Kempen seumpama ini tambahnya juga adalah termasuk dalam rancangan aktiviti tahunan Majlis Perundingan Kampung-Kampung. Sementara itu, Ketua Biro Wanita Kampung Sungai Bunga, Dayang Serinah binti Haji Tarang / Wahab pula berkata, usaha untuk menjaga kebersihan persekitaran kampung memerlukan kerjasama padu dari semua orang terutamanya penduduk kampung. Beliau menjelaskan, kesedaran dalam menjaga kebersihan itu bukan saja daripada diri kita sendiri dan masyarakat malahan perlu dididik kepada anak-anak sedari kecil lagi agar ia menjadi amalan cara hidup.
KETUA Biro Wanita Kampung Sungai Bunga, Dayang Serinah binti Haji Tarang / Wahab, menjelaskan kesedaran menjaga kebersihan perlu dididik kepada anak-anak sedari kecil.
14
AGAMA
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
JABATAN TANAH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN MENGEMAS KINI MAKLUMAT PENDAFTARAN PEMILIKAN TANAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEJAK Projek Peralihan Sistem Pendaftaran Tanah secara manual ke Sistem Pendaftaran Tanah berkomputer pada tahun 1985, didapati sebahagian daripada pemilik-pemilik tanah berdaftar yang tidak diketahui bilangan kad pengenalannya telah didaftar menggunakan kod pengenalan sementara seperti berikut : 1. Kod D : pemilik tanah yang meninggal semasa pendaftaran; dan 2. Kod Z : pemilik tanah yang masih hidup semasa pendaftaran Penggunaan kod pengenalan sementara ini adalah bagi melicinkan pelaksanaan projek berkenaan dan masih digunakan hingga sekarang. Maklumat pendaftaran pemilikan tanah tidak dapat dikemas kini dan tidak ada pengemaskinian dibuat disebabkan oleh perkara-perkara berikut : 1. Tidak ada sebarang transaksi dan urus niaga tanah (land transactions) dibuat atas lot-lot yang dimiliki. 2. Jabatan Tanah menghadapi kesulitan dalam mengesan pemilik-pemilik tanah sebenar dalam usaha mengemas kini maklumat-maklumat dalam Sistem Pendaftaran Tanah. Sehubungan itu, sukacita dipohonkan kerjasama pemilik-pemilik tanah atau ahli-ahli waris yang berhak supaya akan dapat hadir ke mana-mana cawangan Pejabat Tanah Daerah untuk mendapatkan borang 'Mengemaskini Maklumat Pemilikan Tanah' dan mengembalikan semula borang yang telah lengkap diisikan dan menyertakan dokumen yang berkaitan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pengambilan borang. Maklumat tersebut diperlukan bagi membolehkan pihak jabatan mengemaskini data pemilik dan pemilikan tanah masing-masing ke dalam Sistem Pendaftaran Tanah. Borang-borang boleh dimuat turun di laman sesawang Jabatan Tanah di www.tanah.gov.bn atau didapatkan di kaunter-kaunter Pejabat-pejabat Tanah seluruh daerah dan borang-borang yang lengkap diisikan hendaklah dihadapkan di mana-mana cawangan Pejabat Tanah Daerah. Lokasi : Daerah Brunei dan Muara Tempat : Pejabat Tanah Daerah Brunei dan Muara Tingkat 1 Bangunan Pejabat Tanah. Lokasi : Belait / Tutong / Temburong Tempat : Pejabat Tanah Daerah Belait / Tutong / Temburong. Waktu pengambilan borang dan penerimaan permohonan adalah seperti berikut : Isnin hingga Khamis dan Sabtu 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi 2.00 Petang hingga 4.00 Petang Peringatan : Pemilik-pemilik tanah atau ahli-ahli waris diminta untuk hadir ke Pejabat-pejabat Tanah Daerah dalam tempoh tiga (3) bulan mulai 1 Oktober hingga 31 Disember 2016.
JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN TAWARAN : JPE / LTK / PDP / 023 / 2016 TAJUK TAWARAN : PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN ELEKTRIK 11KV DI KAWASAN KUALA LURAH INDUSTRI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM - (ELECTRICAL EXTERNAL & CIVIL ASSOCIATED WORKS) Tarikh Tutup : 18 OKTOBER 2016, SELASA (JAM 2.00 PETANG) Harga Dokumen : BND50.00 (tidak dikembalikan) Tempat tutup : PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL JABATAN PERDANA MENTERI JALAN MENTERI BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. KELAYAKAN : Mempunyai pendaftaran syarikat dengan Kementerian Pembangunan di dalam Kelas III, IV atau V sahaja dalam Kategori E01, E02, & E03 atau E05. DOKUMEN-dokumen tawaran dan penerangan-penerangan yang lanjut boleh diperolehi dari Kaunter Unit Pembekalan, Tingkat 4, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. PERHATIAN : Sila sertakan salinan 'BUSINESS NAMES ENACTMENT, 1958 - SECTION 16 & 17 dan sijil pendaftaran pemborong (MOD) semasa menghantar dokumen ini ke Jabatan Perkhidmatan Elektrik.
JAWATAN KOSONG / IKLAN
15
16
IKLAN
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
KEMENTERIAN PERTAHANAN TAWARAN MINDEF/DFA/RC/187 (2) THE MAINTENANCE, SUPPLY AND DELIVERY OF PURIFIED MEDICAL OXYGEN FOR THE ROYAL BRUNEI NAVAL BASE - FIVE (5) YEARS CONTRACTS. BAYARAN TAWARAN : BND30.00 (tidak dikembalikan) SYARAT-SYARAT TAWARAN a. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Baharu Kementerian Pertahanan, Blok 'C', Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam, tidak
lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 1 NOVEMBER 2016. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Unit Tawaran (Blok 'D'), Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan pada hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula pada 10 OKTOBER 2016. b. Bayaran yuran tawaran (tender fee) hendaklah dibayar di Unit Kaunter, Bahagian Kewangan, Blok 'C', Tingkat 1, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Blok 'D', Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam. Waktu bagi menerima bayaran : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 2.00 Petang hingga 3.00 Petang
JABATAN MUZIUM-MUZIUM KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN JABATAN MUZIUM-MUZIUM KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KENYATAAN SEBUT HARGA BILANGAN SEBUT HARGA : 34/JMM/S/12/91 - 2016 TAJUK TAWARAN : MEMBEKAL DAN MEMASANG PAPAN TANDA PUSAT INFORMASI TAMAN ARKEOLOGI KOTA BATU SYARAT-SYARAT TAWARAN 1. SEBUT HARGA dibukakan pada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Syarikat-syarikat yang dimiliki oleh
kakitangan kerajaan dan seumpamanya tidak akan dilayan dan tidak sah untuk dinilai. 4. Dokumen sebut harga boleh diperolehi dari Bahagian Pentadbiran Jabatan Muzium-Muzium, Tingkat 2, Bangunan Arkib Negara, Jalan Dewan Majlis semasa hari / waktu bekerja. 5. Yuran tawaran bagi setiap borang adalah BND10.00 sahaja dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah (bona-fide tender). 6. Sebut Harga hendaklah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan bilangan dan tajuk sebut harga serta tarikh tutup sebut harga tanpa menyatakan nama penender / syarikat dengan dialamatkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga, Jabatan Muzium-Muzium,
Jumaat 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi 2.30 Petang hingga 3.00 Petang c. Pembekal adalah dikehendaki membayar semua yuran dokumen dan bayaran tawaran seperti yang diiklankan. Yuran tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bona-fide-tender). Kadar yuran tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran. d. Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah. e. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender)
Negara Brunei Darussalam. 7. Sebut Harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang disediakan di : Bahagian Pentadbiran Tingkat 2, Bangunan Arkib Negara Jalan Dewan Majlis Negara Brunei Darussalam. tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 25 Oktober 2016. 8. Sebut Harga yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. 9. Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran adalah pada Isnin, 24 Oktober 2016 jam 12.00 Tengah Hari. 10. Sebut Harga mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang mempunyai pengecualian tidak akan dilayan. 11. Sebelum dokumen sebut harga dikeluarkan, setiap syarikat dikehendaki
kepada Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga, PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan,
KENYATAAN TAWARAN
Negara Brunei Darussalam semasa hari / waktu bekerja.
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,
dan tidak akan dilayan. f. Salinan sijil pendaftaran perniagaan hendaklah disertakan bersama dengan menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemilik. g. Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. h. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan hendaklah ditutup rapi. Pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat, hendaklah dinyatakan rujukan dan tajuk tawaran serta catatan tarikh tutup tawaran ini. i. Iklan-iklan tawaran bolehlah dilihat melalui laman sesawang : http://www.mindef.gov.bn.
membawa dan menghadapkan salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (Business Enactment Section 16 & 17 / Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal, Kementerian Pembangunan) serta dikehendaki membayar yuran tawaran dengan kadar yang telah ditetapkan. 12. Setiap borang sebut harga yang telah diisikan dengan lengkap hendaklah menyertakan salinan Sijil Pendaftaran (seperti kenyataan para 11) dan salinan resit pembayaran yuran tawaran (seperti kenyataan Para 5). 13. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran. 14. Syarikat yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi akan dikenakan denda selaras mengikut peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara, rujukan LTN/4 (39/1997).
dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, BS8110, Negara Brunei Darussalam.
mempunyai pengecualian tidak akan dilayan.
7. Tawaran yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga (berwarna hijau) yang disediakan di :
setiap syarikat dikehendaki membawa dan
11. Sebelum dokumen tawaran dikeluarkan, menghadapkan Perniagaan
salinan
(Business
Sijil
Pendaftaran
Enactment
Section
16 & 17) dan dikehendaki membayar yuran Tingkat 1 Ruang Masuk / Penyambut Tetamu
BILANGAN TAWARAN : 23/JULAI/2016/PKBN/1.40/16 (R)
4. Penerangan lanjut boleh dirujuk kepada Pg. Muhammad Nuur Hakiim bin Pg. Anak Badi'odzaman, Pegawai Tugas-Tugas Khas
TAJUK TAWARAN : PERKHIDMATAN BAGI PERLINDUNGAN INSURANS
Tingkat II, di talian +673 2340045 (e-mel : hakim.badiodzaman@kkbs.gov.bn), Blok 18, Simpang 32-15, Flat Anggrek Desa, Jalan
BAGI PELATIH / PEGAWAI / JURULATIH / PENYELIA PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA
Berakas BB3713, Negara Brunei Darussalam. 5. Yuran tawaran adalah BND10.00 sahaja bagi setiap tawaran dan tidak akan
Jalan Kebangsaan, BS8110
(PKBN) PENGAMBILAN KE-6
13 Oktober 2016 jam 2.00 Petang.
1. TAWARAN dibukakan pada syarikat-
dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah
syarikat tempatan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Syarikat-syarikat yang dimiliki oleh
(bona-fide-tender). 6. Tawaran hendaklah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan
kakitangan kerajaan dan seumpamanya tidak akan dilayan dan tidak sah untuk dinilai. 3. Dokumen tawaran boleh diperolehi dari
menyatakan bilangan dan tajuk tawaran serta tarikh tutup tawaran tanpa menyatakan nama penender / syarikat dengan dialamatkan
(depan kaunter sekuriti) Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Simpang 336-17 Negara Brunei Darussalam. Tidak lewat pada Khamis,
tawaran dengan kadar yang telah ditetapkan. 12. Setiap borang tawaran yang telah diisikan dengan
lengkap
hendaklah
menyertakan
salinan sijil pendaftaran (seperti kenyataan para 11) dan salinan resit pembayaran yuran tawaran (seperti kenyataan para 5). 13. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran
8. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. 9. Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran adalah pada Rabu, 12 Oktober 2016 jam 3.00 Petang. 10. Tawaran-tawaran mestilah dihantar
yang rendah atau lain-lain tawaran. 14.
Syarikat
yang
menolak
atau
membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi akan dikenakan denda selaras mengikut peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara, rujukan LTN/4(39/1997).
IKLAN
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
KUANTITI 500 PAKET JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI
19
SEBUT HARGA PEMBEKALAN BARANG STOR DAN INVENTORI JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI RUJUKAN SEBUT HARGA : GP/ADM/4/06 PT.15 KETERANGAN BARANG STOR DAN INVENTORI PERCETAKAN BERSERTA KUANTITI 1. PEMBEKALAN 80 GSM WOODFREE CREAM WOVE GSM 80 WARNA CREAM WOVE UKURAN LEBAR 520 MM UKURAN PANJANG 780 MM PEMBUNGKUSAN 500 KEPING / PAKET KUANTITI 500 REAMS
Negara Brunei Darussalam.
3. PEMBEKALAN KOTAK SINGLE WALL WARNA LIGHT BROWN UKURAN LEBAR 305 MM UKURAN PANJANG 430 MM UKURAN KETINGGIAN 275 MM PEMBUNGKUSAN 20 KEPING / PAKET KUANTITI 25,000 KEPING Syarat-Syarat Tawaran 1. SEBUT HARGA adalah dibukakan pada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Harga sebut harga hendaklah termasuk kos penghantaran menggunakan kontena dan pemunggahan ke dalam Stor Jabatan Percetakan Kerajaan. 3. Tarikh tutup menghantar sebut harga ialah pada 2 November 2016, Rabu, Jam 2.00 Petang. 4. Sebut Harga hendaklah dihantar di dalam sampul surat yang tertutup rapi dengan menyatakan bilangan tawaran dan tarikh tutup sahaja tanpa mendedahkan butir-butir mengenai syarikat. Tawaran hendaklah dialamatkan kepada :
2. PEMBEKALAN 150 GSM WOODFREE - WHITE GSM 150 WARNA WHITE UKURAN LEBAR 635 MM UKURAN PANJANG 902 MM PEMBUNGKUSAN 250 KEPING / PAKET
17
Pengerusi Sebut Harga Bay 1, Tingkat 1, Bahagian Kewangan Jabatan Percetakan Kerajaan Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510
5. Sebut Harga yang diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan. 6. Semua sebut harga hendaklah disertakan dengan contoh sampul surat yang dikehendaki. 7. Borang sebut harga dan maklumat lanjut boleh didapati di Bay 1, Kaunter 1, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Jabatan Percetakan Kerajaan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Bandar Seri Begawan, BB3510, Negara Brunei Darussalam pada : Isnin hingga Khamis dan Sabtu 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi 1.30 Petang hingga 4.00 Petang 8. Untuk keterangan lanjut mengenai perkara ini, pihak Tuan bolehlah menghubungi Awang Mohamad Zamri bin Omar @ Eugene, Penyelenggara Stor Tingkat Khas, zamri.omar@printing.gov.bn melalui talian +673 2382541. 9. Sebut Harga yang diisikan dengan tidak betul, tidak jelas dan tidak lengkap adalah dikira rosak dan ditolak. 10. Sebarang cukai atau penyewaan gudang dan lain-lain bayaran, jika ada, adalah ditanggung oleh pemohon. 11. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran paling rendah dan berhak menolak tawaran yang tidak munasabah. 12. Pemohon yang menolak atau membatalkan sebut harga atau kontrak setelah kebenaran sebut harga diperolehi akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis panduan Lembaga Tawaran Negara.
respectively from TENDER & QUOTATION UNIT, 2ND FLOOR PORTS DEPARTMENT, MUARA, BT1728 BRUNEI DARUSSALAM.
JABATAN PERLABUHAN KEMENTERIAN PERHUBUNGAN TENDER NOTICE PORTS DEPARTMENT MINISTRY OF COMMUNICATION NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TENDER NOTICE NO. JP/T10/2016-2017 1. TENDERS are invited from category MSB class 2 or 3 or Qualified Marine Insurance Brokers for MARINE INSURANCE for Ports Department Tug and Pilot Boats. 2. Full tender particulars and general conditions of contract can be obtained on payment of documentation fee of BND10.00 (not returnable) during office hours : Monday to Thursday 8.00 Am to 11.00 Am 1.30 Pm to 2.30 Pm Saturday 8.00 Am to 10.00 Am
BIDDING CAN BE COLLECTED NOT LATER THAN 20TH OCTOBER 2016, A WEEK BEFORE CLOSING DATE. 3. Tenders are to be submitted in plain sealed envelopes marked only with 'MARINE INSURANCE JP/T10/2016-2017' at the top left hand corner and addressed to : THE CHAIRMAN MINI TENDER BOARD MINISTRY OF COMMUNICATIONS BANDAR SERI BEGAWAN BB3910, BRUNEI DARUSSALAM. 4. All tenders are to be received at the designated addresses by 2.00 Pm, 25 OCTOBER 2016. 5. The Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam does not bind itself to accept the lowest or any tender.
JABATAN PENJARA KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI BILANGAN TAWARAN : 01/JKSH/2016 JUALAN SECARA TERTUTUP ADALAH dengan ini diberikan notis bahawa borang sebut harga bagi tawaran ini boleh diperolehi di alamat : BAHAGIAN LOGISTIK IBU PEJABAT JABATAN PENJARA JALAN JERUDONG TARIKH TUTUP TAWARAN : Selasa, 8 November 2016, jam 9.30 Pagi. KETERANGAN 1. 51 Unit Peralatan / Pemadam api - Banyak lima puluh satu (51) unit 2. 1 Alat timbangan Bahagian Logistik Jerudong - Banyak satu (1) 3. 10 unit peralatan elektrik : (1 ENGINE WATER PUMP, 1 FREEZER, 2 COOLER, 1 AIR CONDITIONER, 1 WATER DISPENSER, 2 FLOUR MIXER, 1 STAND FAN, 1 WALL FAN) - Banyak Sepuluh (10 UNIT) TEMPAT TAWARAN SEBUT HARGA Ibu Pejabat, Jabatan Penjara Jalan Jerudong, BG3122 Negara Brunei Darussalam. Jualan secara tawaran sebut harga kerajaan ini akan diadakan pada Selasa, 8 November 2016, jam 9.30 Pagi Hari dan masa bagi melihat barang lelong : 9.30 Pagi hingga 11.30 Pagi (Pada hari-hari bekerja sahaja)
SYARAT-SYARAT TAWARAN : 1. Tawaran adalah dipelawa kepada pemborong-pemborong, firma swasta dan orang-orang perseorangan. 2. Dokumen tawaran, syarat-syarat dan keterangan lanjutnya mengenainya boleh diperolehi dengan menghubungi talian +673 2661085 atau +673 2662788 sambungan 153 (bagi mendapatkan dokumen tawaran dan syarat-syarat tawaran) semasa waktu pejabat di Bahagian Logistik, Ibu Pejabat Jabatan Penjara, Jalan Jerudong BG3211, Negara Brunei Darussalam. 3. Jika pembeli hendak melihat peralatan / perkakas tersebut, hendaklah membuat temu janji terlebih dahulu seperti berikut: Pegawai Penjara, Pg. Mohd. Safuandi Shah bin Pg. Hj. Matahir di talian +673 2661085 atau +673 2662788 sambungan 153. 4. Hanya pembeli yang berjaya dalam tawaran sebut harga akan dihubungi untuk tindakan selanjutnya. 5. Lelongan sebut harga yang berjaya ini adalah dinilai berdasarkan harga tawaran yang tertinggi. 6. Kesemua tawaran sebut harga hendaklah diisi dengan lengkap menggunakan borang yang disediakan dan hendaklah dimasukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA bertempat di Bahagian Penyambut Tetamu, Bahagian Pentadbiran, Ibu Pejabat, Jabatan Penjara, Jalan Jerudong BG3122, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat pada Selasa, 8 November 2016, jam 9.30 Pagi. Tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang tertutup dengan menunjukkan bilangan sebut harga dan tajuk tawaran tanpa menunjukkan identiti pemborong. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 7. Pembeli yang berjaya dikehendaki untuk membayar secara tunai dan seterusnya bertanggungjawab untuk memindahkan barang yang telah dibeli tidak lewat tujuh (7) hari dari tarikh jualan tersebut dan jika tidak dipindahkan dari kawasan berkenaan dalam masa yang ditetapkan di atas bermula dari tarikh tawaran ini akan dirampas balik dan akan dilelong semula.
18
IKLAN
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
JABATAN PENERBANGAN AWAM KEMENTERIAN PERHUBUNGAN 1. SEBUT HARGA adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berkelayakan bagi : 1.1. Tawaran adalah dibukakan kepada pemborong-pemborong yang pendaftar di dalam Pendaftar Kontraktor dan Pembekalan, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam bagi kelas I dan II dalam Kategori Kerja : S01, menyertakan Sijil Pendaftaran 16 & 17 berserta salinan kad pengenalan atau pasport pemilik. TWO (2) YEARS TERM CONTRACT FOR WASTE COLLECTION AND DISPOSAL SERVICES AT PASSENGER TERMINAL BUILDING, BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT Bilangan Sebut Harga : APM.2016-2017/SH-08 Tarikh mengambil dokumen tawaran : 5 Oktober 2016 (Rabu) Tarikh akhir mengambil dokumen tawaran : Selasa, 25 Oktober 2016 Tidak lewat dari jam 11.00 Pagi Tarikh tutup tawaran : 26 Oktober 2016 (Rabu), jam 2.00 Petang Yuran dokumen : BND10.00 (tidak dikembalikan) Tarikh lawatan bagi melihat kawasan bagi tawaran akan diadakan pada Isnin, 24 Oktober 2016, Jam 9.30 Pagi. Semua wakil syarikat diminta berkumpul di Kaunter Informasi, Dewan Bertolak, Bangunan Terminal Penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Penender dikehendaki membawa bersama-sama kad pengenalan yang sah. 2. Sebut Harga hendaklah dihantar menggunakan sampul surat yang tertutup ditulis tanpa menunjukkan identiti atau logo pembekal / pemborong, ditulis dengan : 2.1. SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN / PEMBEKALAN :
TWO (2) YEARS TERM CONTRACT FOR WASTE COLLECTION AND DISPOSAL SERVICES AT PASSENGER TERMINAL BUILDING, BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT
SURAT KUASA PUSAKA : LA NO. 297/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh PG. ISMAWADI BIN PG. HAJI CHUCHU kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh NOORHAYATI BINTI HAJI ABD. KARIM yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah SUAMI kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 11 Oktober 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 1 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA NO. 298/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh JURIAH BINTI HAJI ABDULLAH kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh HAJI ABDULLAH BIN HAJI KALONG yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI
DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG KELAS IV DAN V, KATEGORI B01
Bilangan Sebut Harga : APM.2016-2017/SH-08 Tarikh tutup : 26 Oktober 2016 Alamat kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Jabatan Penerbangan Awam d/a. Tingkat Bawah Bahagian Kewangan Ibu Pejabat Penerbangan Awam Jabatan Penerbangan Awam Kementerian Perhubungan, BB2513 Negara Brunei Darussalam. 3. Sebut Harga hendaklah sampai kepada Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga beralamat di atas tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Rabu, 26 Oktober 2016. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetaplan tidak akan dilayan. 4. Dokumen tawaran boleh diperolehi dari Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Penerbangan Awam, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dengan menbayar yuran dokumen sebanyak BND10.00 (tidak dikembalikan). Waktu penerimaan bagi mengambil dan membayar tawaran pada waktu bekerja : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi 2.00 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Bilangan Tawaran :
5. Penerangan-penerangan yang lebih lanjut bolehlah didapati dari Pejabat Pengurus Lapangan Terbang, Kompleks Terminal, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei melalui telefon +673 2330142 atau +673 2332337 sambungan 1431, 1459 atau melalui faksimile : +673 2331772. 6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran.
DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 11 Oktober 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 1 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA NO. 289/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAJI BOBBY BIN HAJI JUMAT kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh HAJI JUMAT BIN OKMD HAJI SAMAN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 11 Oktober 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN
menyatakan tajuk projek yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantar ke alamat para satu menurut arahan yang dinyatakan dalam dokumen kontrak. 4.
KHEU/BDP/LTK/012/2016
Dokumen-dokumen
tawaran
penerangan-penerangan
yang
CADANGAN PEMBINAAN
bolehlah
diperolehi
MASJID TANJONG BUNUT
Tingkat
didapati 1,
dan
Bahagian
dan lanjut dari
Kewangan,
YURAN DOKUMEN :
Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama,
BND500.00 (tidak dikembalikan)
Jalan Menteri Besar, Berakas, BB3910,
Tarikh dan jam tutup mengambil
Negara
Brunei
Darussalam.
Jumlah
yuran adalah seperti berikut.
dokumen tawaran :
5. Yuran tawaran adalah dikehendaki dan
4 Oktober 2016 (3.00 Petang)
dikembalikan
Tarikh tutup :
kepada
setiap
pemborong
sama ada berjaya atau yang tidak kecuali
18 Oktober 2016 (2.00 Petang)
kerja-kerja yang ditawarkan dibatalkan. 6. Sebelum dokumen-dokumen tawaran
Syarat-Syarat Tawaran :
dikeluarkan, setiap pemborong dikehendaki 1.
TAWARAN
hendaklah
dimasukkan
membawa sijil pendaftaran dan pembekal
ke dalam Peti Tawaran Lembaga Tawaran
yang
Kecil, Tingkat Satu, Bahagian Kewangan,
adalah
Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Menteri Besar, Berakas, BB3910, Negara Brunei Darussalam (kecuali ditetapkan alamat yang lain dalam iklan atau dokumen tawaran)
MAHKAMAH PEGAWAI WARIS BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS BANDAR SERI BEGAWAN
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
tidak
lewat
pada
tiap-tiap
dari
jam
SELASA
2.00 seperti
Petang tarikh
yang telah ditetapkan.
2. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. 3. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan
sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 1 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA NO. 214/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh SABRINA BINTI DATO PADUKA HAJI ALIAS kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh DATO PADUKA HAJI ALIAS BIN HAJI AHMAD yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 11 Oktober 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 1 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA NO. 300/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh NURAFIDAH BINTI HAJI MD. JUNAIDY kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh SAMSUL BIN HAJI MARUSIN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 11 Oktober 2016,
menunjukkan yang
bahawa
berdaftar
di
pemborong Kementerian
Pembangunan dalam kelas yang ditetapkan dan dikehendaki membayar yuran tawaran itu seperti kadar yang ditetapkan. 7.
Tawaran-tawaran
mestilah
dihantar
dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. 8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran.
jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 5 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA NO. 299/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh DK. HAJAH OMMI KALTHUM @ UMMI KALTHUM BINTI PG. HAJI ABD. RAZAK kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh HAJI MOHAMMAD YAMIN BIN MATUSIN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 11 Oktober 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 5 Oktober 2016. (MUHAMMAD AMIN LIM CHING) Penolong Pegawai Waris Negara Brunei Darussalam.
IKLAN
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
MAHKAMAH PEGAWAI WARIS BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS BANDAR SERI BEGAWAN SURAT KUASA PUSAKA : LA NO. 296/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh KIPTIYANI BINTI GIMIN kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh ABD. MALIK BIN HAJI A. RAUP yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 4 Oktober 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 29 September 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA NO. 293/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh SUTINAH BINTI HJ. MOHAMMAD SALLEH kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh AWANG JAMALUDDIN BIN HAJI ISMAIL yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 18 Oktober 2016,
jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 28 September 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA NO. 277/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh DR. DENNIS LIM KIAN KHEONG kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh PAULINE LIEW FUNG YIN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 25 Oktober 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 28 September 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA NO. 288/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAJI ABD. MOMIN BIN HAJI MOHD. AMIN kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh DAYANG SALIZAH BINTI HAJI
MOHD. YA'AKUB yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah SUAMI kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 18 Oktober 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 28 September 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA NO. 279/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh AMMIE NORAIN BINTI GAPAR kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh SUHAIMI BIN TUAH yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 4 Oktober 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 22 September 2016.
19
BIN HAJI BURUT kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh DULLAH BIN DAGANG yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah CUCU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 4 Oktober 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 22 September 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA NO. 295/2016
SURAT KUASA PUSAKA : LA NO. 282/2016
KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAJI SUHAIMI BIN HAJI MOHD. NOOR / HAJI MUHAMMAD NOOR kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh HAJI MOHD. NOOR BIN MOHD. YUSUF yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 18 Oktober 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 29 September 2016.
KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAJI ABD. HAKIP
(MUHAMMAD AMIN LIM CHING) Penolong Pegawai Waris Negara Brunei Darussalam.
20
IKLAN
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
CETUSAN MINDA
21
Hayati kemajuan bahasa Melayu, Aduhai! Bilangan 135
P
ARA pemikir dan tokoh-tokoh ilmuan dari rumpun Melayu menyedari bahawa bahasa Melayu dan agama Islam adalah dua komponen yang membentuk apa yang kini disebut sebagai jati diri Melayu atau bangsa Melayu. Sepanjang zaman ada beberapa kekuatan dalaman yang membentuk jati diri sesuatu bangsa dari hilang ditelan zaman. Misalnya dimusnahkan oleh kuasa luar yang datang untuk menjajah bangsa itu, sehingga bangsa itu berpecah menjadi suku-suku etknik yang tidak bernegeri atau berkerajaan. Renunglah, ada kaum yang identitinya sebagai kumpulan etnik masih kekal yakni tidak hilang di dunia misalnya kaum-kaum peribumi di Amerika atau di Kanada atau di Australia dan New Zealand. Tetapi ya mereka ini menjadi kaum yang terpinggir dalam kemajuan dunia hari ini. Peribumi ini tidak mempunyai kerajaan atau negera sendiri. Bahasa, budaya dan kepercayaan agama mereka dianggap masih bernilai, tetapi hanya dari segi kepentingan kajian antropologi akademik atau sebagai tontonan para pelancong luar negeri. Kemungkinan kaum-kaum peribumi ini menjadi peserta, jauh sekali sebagai pelaku yang dapat memberikan sumbangan pada kemajuan kaum, tertutup kerana mereka sudah tidak mempunyai apa-apa kekuatam jati diri lagi untuk melakukan usaha itu. Sejarah tamadun mereka sudah habis. Alahai, sayang seribu kali sayang. Bangsa Melayu masih mempunyai dua unsur jati diri yang kuat, iaitu bahasa Melayu dan agama Islam. Apa pun bentuk anggapan orang lain terhadap dua unsur pembentuk jati diri Melayu atau bangsa Melayu ini, hakikat yang tidak dapat disangkal ialah bahasa Melayu dan agama Islam tetap terus menjadi faktor utama dan dominan dalam proses pembentukan kemajuan bangsa Melayu bukan sahaja di negara tercinta, Negara Brunei Darussalam, malah di seluruh rantau berbahasa Melayu dan beragama Islam yang terdiri dari Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Bahasa adalah alat budaya sesuatu bangsa. Kemuncak perkembangan bahasa Melayu ini dikatakan berlaku di Acheh pada abad ke-17, apabila sekumpulan penulis Melayu-Islam menghasilkan karya-karya besar tentang falsafah, metafizik, dan teologi Islam. Antara mereka yang terkenal ialah Sheikh Naruddin Ar-Raniri, Shamsuddin as-Samatrani, Abdu'r-Rauf Singkel, dan Hamzah Fansuri, seorang penyair sufi yang agung. Berdasarkan isi penulisan mereka yang bercorak 'rasionalistik' dan 'intelektual'. Profesor Muhd. Naquib al-Attas berkata bahawa mereka inilah yang jadi perintis 'bahasa Melayu moden', bukan Abdullah Munsyi yang menulis pada pertengahan abad ke-19 pada zaman British. Yang menarik hati kitani ialah, Ar-Raniri bukan pengucap asli bahasa Melayu. Dia lahir di Gujerati, India, Hakikat bahawa dia berjaya menguasai bahasa Melayu tinggi untuk memungkinkan dia menulis tentang hal-hal yang rasionalistik, tentang teologi, falsafah dan ilmu metafizik yang mendalam dalam bahasa itu membuktikan bahawa bahawa Melayu pada masa itu sudah merebak jauh ke kawasan di luar Kepulauan Melayu sehingga ke Mekah sebagai bahasa ilmu tinggi. Menurut Dr. Teuku Iskandar, Ar-Raniri mungkin mempelajari bahasa Melayu itu daripada penuntut-penuntut Melayu di Mekah, sebelum dia mendalami bahasa Melayu di Pahang dan di Acheh sejak tahun 1637. Hamzah Fansuri berkata, Ar-Raniri menulis dalam bahasa Melayu, tidak dalam bahasa Arab, untuk pembaca yang memahami bahasa Melayu, tentunya yang dimaksudkannya ialah 'bahasa Melayu tinggi'. Kini bahasa Melayu digunakan atau
difahami lebih 200 juta orang di ASEAN. Bermakna lebih kurang 60 peratus daripada keseluruhan penduduk ASEAN yang menggunakan dan memahami bahasa Melayu. Fikir-fikirlah. Namun kita tidak tahu dan tidak pasti berapa banyaknya penduduk ASEAN yang menggunakan dan memahami bahasa Inggeris. Tetapi yang pasti tidak sebanyak dan sebesar daripada jumlah penduduk yang memahami bahasa Melayu. Kita pun garu-garu kepala, bolehkah bahasa Melayu jadi bahasa rasmi ASEAN! Bahasa maju apabila orang menggunakan bahasa itu sebagai alat untuk mencipta atau membina kemajuan. Hubungan di antara kemajuan bahasa dengan perkembangan bahasanya tidak dapat dipisahkan. Sejarah tamadun manusia membuktikan hakikat ini. Tidak ada bangsa yang berjaya menciptakan tamadun yang tinggi dengan menggunakan bahasa pinjaman, bahasa orang lain, bahasa kedua, bahasa ketiga atau bahasa kuasa penjajah sebalagi alat tamadun itu sendiri. Lihatlah negara-negara Eropah, baru berjaya melahirkan revolusi ilmu dan pemikiran saintifk sejak abad ke-17 setelah negaranegara itu menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing. Orang Perancis dengan bahasa Perancis. Orang Jerman dengan bahasa Jerman. Orang Belanda dengan bahasa Belandanya dan lain-lain. Bangsa-bangsa di Benua Eropah ini menggantikan bahasa Latin dengan bahasa mereka sendiri untuk menghasilkan karya sains, sastera dan falsafah yang agung. Mereka menggunakan bahasa yang difahami oleh rakyat negara masing-masing. Kerana itu, bangsa mereka dan masyarakat mereka turut maju. Bangsa Jepun bagaimana? Kan dibuatkan cerita. Penulis pernah berkenalan dengan beberapa orang wartawan Jepun yang membuat liputan di persidangan-persidangan serantau. Penulis perhatikan apabila orang Jepun yang mengetahui bahasa Inggeris berbual-bual sesama bangsa sendiri, bahasa yang mereka gunakan ialah bahasa Jepun, tidak bahasa Inggeris atau bahasa rojak atau campur-baur Jepun - Inggeris. Hal ini disahkan oleh orang Jepun sendiri. Orang Jepun berkata bahawa perbuatan orang Jepun bercakap dan berbual sesama sendiri dalam bahasa asing dianggap sebagai perbuatan atau amalan yang aneh. Malah orang Jepun ada yang mengatakan perbuatan serupa itu semacam melanggar adat atau budaya orang Jepun. Orang Jepun tidak menganggap bahawa orang Jepun yang mengetahui bahasa Inggeris lebih pandai atau lebih 'geliga' atau lebih 'maju' daripada orang Jepun yang tidak mengetahui bahasa Inggeris. Lalu penulis teringat tentang sebuah negara jiran yang pernah memperkenalkan dasar 'Pandang ke Timur' kerana mereka teruja dan tertarik dengan kejayaan dan kemajuan Jepun menjadi negara maju ekonomi, maju perusahaan dan teknologi. Bangsa atau orang Jepun bergerak secara kolektif, iaitu setiap keputusan berorientasikan kumpulan. Ini dianggap sebagai modal sosial dan budaya asaliah atau 'primordial' bangsa Jepun.
Mereka lutanan memperkukuh alat modal budaya mereka yang penting, iaitu bahasa Jepun, bukan setakat mempertahankan jati diri bangsa dan negara dari segi semangat atau emosinya malah sebagai alat untuk memajukan bangsa Jepun secara endogemus yakni berdasarkan kekuatan dalaman dan acuan sejarah, tamadun dan budaya bangsa sendiri. Penulis ulang lagi, bahasa Jepun dipertahankan sebagai jati diri bangsa dan negara Jepun sebagai alat memajukan negara bangsa yang berdasarkan kekuatan dalaman dan acuan sejarah, tamaduan dan budaya bangsa Jepun sendiri. Semangat cintakan bahasa sendiri ini, dalam konteks bahasa dan bangsa Jepun, menyebabkan para pemikir Jepun merasa bertanggungjawab untuk menggunakan bahasa Jepun dalam agenda pembangunan ilmu, ekonomi, perusahaan, perdagangan dan teknologi. Itu bahasa dan bangsa Jepun. Mari kita hayati pula tentang warga Perancis. Semasa jadi siswa di London akhir tahun 70-an dan awal tahun 80-an dan Scotland dulu penulis pernah beberapa kali pergi melancong dan santai-santai di Paris di kota raya-kota raya lain di Perancis. Paris adalah kotaraya dunia. Pusat kegiatan antarabangsa, tempat terletaknya Ibu Pejabat UNESCO, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kota kosmopolitan, tempat berkerumunannya para pelancong dari seluruh dunia. Tetapi Paris, dan kota-kota lain di Perancis, tidak bertukar kulit. Di mana-mana saja ketika di situ, penulis jarang mendengar orang Perancis berbual sesama sendiri dalam bahasa Inggeris waima mereka itu berkerja sebagai guru bahasa Inggeris. Bangsa Perancis begitu megah dengan identiti mereka. Megah dengan bahasa mereka. Malah seorang wartawan Perancis pernah berkata kepada penulis, ''Kami belajar bahasa Inggeris, tetapi bukan untuk menggantikan bahasa Perancis dalam kehidupan dan urusan bangsa kami.'' Iktibar yang harus kita ambil di sini ialah bangsa dan bahasa tidak dapat dipisahkan dalam proses pembinaan tamaduan dan kemajuan manusia. Seorang tokoh pemikir negara jiran berpendapat bahawa dari segi persepktif evolusi, kemajuan bangsa memang sentiasa mendahului perkembangan bahasa. Ambil contoh yang biasa. Istilah baharu yang belum ada dalam satu-satu bahasa akan diciptkan hanya apabila bangsa yang memiliki bahasa itu memerlukan istilah itu untuk menyatakan sesuatu makna, konsep atau keadaan yang baru ditemui oleh bangsa itu. Dengan cara demikian berkembanglah bahasa. Bukan sahaja perbendaharaan katanya akan bertambah malah bentuk katanya, iaitu morfologi bahasa itu dan struktur syaratnya akan menjadi lebih kompleks untuk membolehkan penggunanya mengungkapkan makna atau konsep atau ilmu yang baharu atau yang lebih mendalam hasil dari kemajuan bangsa itu, dalam satu-satu bidang ilmu. Kemajuan seumpama ini boleh kita sebut kemajuan dalaman atau kemajuan yang berlaku secara 'endogemus', iaitu dari ciptaan minda dan budaya bangsa itu sendiri. Namun tamadun luar memang boleh mempengaruhi kemajuan satu-satu bangsa itu. Misalnya, bahasa Melayu mengalami
perkembangan yang tinggi pada abad ke-16 atau ke-17, apabila bertembung dengan tamaduan Islam. Banyak konsep dan ilmu baharu berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Melalui proses pertembungan budaya dan tamadun Islam ini para penulis Melayu berpeluang menggunakan kekuatan dalaman bahasa Melayu, yakni kekuatan morfologi dan sintaksisnya. Malah kekuatan kesusasteraan untuk menghurai dan membincang konsep-konsep baharu yang kompleks dan pelbagai secara berkesan. Proses ini boleh kita sebut proses pemerkasaan atau perkayaan bahasa. Jadi jika ada orang berkata bahawa kita hanya dapat maju jika pandai dan tahu bahasa asing misalnya bahasa Inggeris, pendapat ini kurang tepat. Kemajuan adalah hasil ilmu, daya cipta dan pemikiran manusianya. Ilmu dan pemikiran memerlukan bahasa sebagai wahana pengucapannya. Tanpa bahasa kemajuan tiada. Dan tanpa kemajuan bahasa tidak akan berkembang. Kedua-dua konsep atau proses ini tidak dapat dipisahkan. Bahasa Melayu dan bangsa Melayu punya sejarahnya tersendiri. Hubaya-hubaya, sejarah adalah warisan bangsa. Sesuatu bangsa itu dikatakan wujud atau dibentuk melalui sejarahnya. Melalui sejarahlah orang atau bangsa Melayu merasakan kesedaran asal usul bersama yang menjadi faktor penyatu dan identiti sosiopolitik bangsa itu hingga hari ini. Negara Brunei Darussalam menjadi Negara Melayu Islam Beraja adalah hasil dari tamadun sejarahnya yang tersendiri. Dan sejarah juga mengingatkan kita, khususnya bangsa Melayu, tentang kesilapankesilapan besar yang berlaku dalam sejarah seperti perpecahan atau ketidakstabilan politik yang berpunca dari sistem dan kelakuan pemerintahan yang tidak adil, perbuatan fitnah-memfitnah dalam kalangan golongan atasan dan kelemahan pembesar-pembesar Melayu menghadapi kedatangan dan muslihat penjajah Eropah. Dalam masa yang sama di zaman baharu itu, kuasa-kuasa Eropah, iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris berperang di antara satu dengan yang lain di 'Dunia Melayu' untuk merebut kawasan atau bagi mendapatan tapak untuk dijadikan pangkalan dagang dan ekonomi mereka. Sejarah 'Dunia Melayu' juga menunjukkan, apabila Belanda menguasai Melaka hingga awal abad ke-19, Syarikat Hindia Timur Inggeris mula mencari kawasan lain di luar Melaka untuk memindahkan pusat pentadbiran kegiatan perdagangannya. Kawasan yang sesuai ialah Singapura yang pada masa itu merupakan tanah takluk kerajaan Melayu Johor - Riau. Jika kita membaca buku 'Hikayat Abdullah' kita perhatikan bahawa Syarikat Hindia Timur Inggeris bukan sahaja menuntut izin untuk mendirikan kemudahan perniagaan di Singapura, malah juga hak untuk menempatkan angkatan tenteranya di pulau itu dan hak untuk menguatkuasakan undangundang dan peraturan Inggeris ke atas penduduk pulau. Sejarah itu berpuaka, benarkah! Alahai, janganlah kita asyik terpukau dengan kata-kata keramat 'Tak akan Melayu hilang di dunia'. Tepuk dada, jangan tanya selera, tanyalah hati, dan perahlah minda.
''BANGSA Melayu masih mempunyai dua unsur jati diri yang kuat, iaitu bahasa Melayu dan agama Islam. Apa pun bentuk anggapan orang lain terhadap dua unsur pembentuk jati diri Melayu atau bangsa Melayu ini, hakikat yang tidak dapat disangkal ialah bahasa Melayu dan agama Islam tetap terus menjadi faktor utama dan dominan dalam proses pembentukan kemajuan bangsa Melayu bukan sahaja di negara tercinta, Negara Brunei Darussalam, malah di seluruh rantau berbahasa Melayu dan beragama Islam yang terdiri dari Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia.''
22
NASIONAL
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
PRICE WATCHHHHHHHHHHH
SUKAN
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
23
Cawangan 'E' Johan Bola Jaring PDB
PENGARAH Perisikan Jenayah, Pasukan PDB, ACP Haji Mohd. Hassan menyampaikan piala kepada Kumpulan Cawangan 'E' johan Perlawanan Bola Jaring Peringkat Akhir di antara Cawangan Pasukan Polis Diraja Brunei bagi tahun 2016.
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Oktober. - Pasukan Cawangan 'E' yang mengumpul sebanyak 15 mata keseluruhan dinobatkan juara setelah menewaskan Cawangan 'A' pada
Kejohanan Bola Jaring di antara Cawangan-cawangan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) Tahun 2016. Pada perlawanan yang berlangsung di Dewan Sukan Stadium Hassanal
PENGARAH Perisikan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), ACP Haji Mohd. Hassan bin Pehin Penyurat Haji Ahmad berkesempatan bergambar ramai bersama para pemain Perlawanan Bola Jaring Peringkat Akhir di antara Cawangan Pasukan Polis Diraja Brunei.
Bolkiah, Ibu Pejabat PDB, Gadong itu, Cawangan 'E' menang ke atas Cawangan 'A' dengan kiraan jaringan 16 berbalas 13. Sementara itu tempat ketiga pula dirangkul oleh Cawangan 'B' yang berjaya meraih enam mata pada kejohanan tersebut.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah serta piala kepada para pemain ialah Pengarah Perisikan Jenayah, Pasukan PDB, ACP Haji Mohd. Hassan bin Pehin Penyurat Haji Ahmad. Pada kejohanan tersebut, ASP Dayangku Norazriani binti Pengiran
Anuar dianugerahkan sebagai Penjaring Terbanyak dengan 59 jaringan. Sebanyak lima pasukan menyertai kejohanan tahunan tersebut terdiri dari Cawangan 'A', Cawangan 'B', Cawangan 'C', Cawangan 'D' dan Cawangan 'E'.
Empat pasukan mara ke peringkat akhir Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 7 Oktober. - Sebanyak empat buah pasukan berjaya melangkah ke Peringkat Akhir Kejohanan Bola Jaring sempena Sambutan Hari Guru Ke-26 Tahun setelah berjaya menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan yang berlangsung di Gelanggang Bola Jaring, Sekolah Sukan, di sini. Dalam Kategori Terbuka pasukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) akan menentang pasukan Kluster 4,
manakala dalam Kategori Beginners akan menyaksikan pasukan Kluster 4 bertemu dengan pasukan Kluster 3 pada peringkat akhir. Pada perlawanan peringkat separuh akhir dalam Kategori Terbuka, pasukan IPT berjaya menumpaskan pasukan Kluster 2 dengan jaringan 14 - 12, manakala pasukan Kluster 4 menang tipis kepada pasukan Kluster 3 dengan jaringan 14 - 13. Sementara itu, dalam Kategori Beginnners separuh akhir, pasukan
PASUKAN Kluster 3 (bib merah) berjaya mara ke peringkat akhir Kejohanan Bola Jaring sempena Sambutan Hari Guru Ke-26 Tahun setelah menewaskan Kluster 5 (bib putih) dalam Kategori Beginners.
Kluster 4 berjaya mara ke peringkat seterusnya setelah menang selesa kepada pasukan Kluster 1 dengan jaringan 13 - 8, manakala pasukan Kluster 3 menang bergaya ke atas pasukan Kluster 5 untuk layak ke peringkat akhir dengan keputusan 9 - 7. Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga bagi Kategori Terbuka, pasukan Kluster 2 terpaksa akur dengan keputusan 16 - 18 setelah ditewaskan oleh pasukan Kluster 3, manakala pasukan Kluster 1
memenangi tempat ketiga bagi Kategori Beginners setelah berjaya mengecewakan pasukan Kluster 5 dengan jaringan 17 - 12. Kejohanan dianjurkan oleh Jabatan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan itu, antara lain bertujuan untuk memperingati dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru Ke-26 Tahun, di samping sebagai projek pembangunan sukan bola jaring jangka masa panjang dan berterusan kementerian berkenaan. Selain itu, ia juga bertujuan
untuk mengenal pasti pemain-pemain berbakat dan berpotensi untuk diserapkan ke dalam pasukan bola jaring Kementerian Pendidikan dan bagi mengeratkan silaturahim, memupuk perasaan muhibah dan kemesaraan dalam kalangan pegawai, guru-guru dan kakitangan kerajaan yang bertugas di bawah kementerian tersebut. Peringkat akhir kejohanan tersebut akan diadakan pada Ahad, 9 Oktober bermula pukul 9 pagi di tempat yang sama.
PERLAWANAN sengit dalam pertemuan di antara pasukan Kluster 4 (bib jingga) dan Kluster 3 (hijau) dalam Kategori Terbuka menyaksikan pasukan Kluster 4 mara ke peringkat akhir kejohanan bola jaring.
24
SUKAN / NASIONAL
HARI ISNIN 10 OKTOBER 2016
Kluster 3, Kluster 4 johan Bola Jaring sempena Hari Guru
ISTERI Menteri Pendidikan, Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman (kiri) ketika menyampaikan piala pada Kejohanan Bola Jaring Terima Kasih Cikgu sempena Hari Guru Ke-26, Tahun 2016 kepada johan Pasukan Kluster 4 bagi Kategori Terbuka.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 9 Oktober. - Kejohanan Bola Jaring Terima Kasih Cikgu sempena Hari Guru Ke-26, Tahun 2016 berakhir dengan menyaksikan kejuaraan milik Pasukan Kluster 3 dan Kluster 4 masing-masing bagi Kategori Beginners dan Terbuka, pada perlawanan yang diadakan di Gelanggang Bola Jaring, Sekolah Sukan, Kampung Pulaie. Pada perlawanan akhir tersebut, Pasukan Kluster 3 yang bertemu dengan Kluster 4 bagi Kategori Beginners menang dengan kiraan 26 berbalas 17. Manakala dalam Kategori Terbuka, Kluster 4 mengalahkan IPT dengan kiraan 26 berbalas 23. Tempat ketiga Kategori Beginners dan Kategori Terbuka masing-masing disandang oleh Kluster 1 dan Kluster 3. Hadir selaku tetamu kehormat dan
seterusnya menyampaikan hadiahhadiah ialah isteri Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman. Pada kejohanan tersebut, pemain terbaik keseluruhan bagi Kategori Beginners diraih oleh Siti Rayanah Haji Zakaria dari Kluster 3, manakala Dhia Syuhada binti Abd. Rahman Ambol dari Kluster 4 meraih pemain terbaik keseluruhan bagi Kategori Terbuka. Sementara itu, 'Best Valuable Player' pula diterima oleh Dayang Timah binti Ulat, manakala 'Best Teamwork' dimenangi oleh pasukan Beginners, Jabatan Pengajian Islam. Kejohanan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan itu bermula pada 25 September lalu dan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Kategori Beginners dan Kategori Terbuka.
Kategori Beginners terdiri daripada pemain-pemain yang belum pernah menyertai mana-mana kejohanan peringkat negara atau yang dikendalikan oleh Persatuan Bola Jaring Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam. Manakala Kategori Terbuka terdiri dari pemain-pemain yang pernah mewakili Pasukan Bola Jaring Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama pada Pesta Sukan Kebangsaan, Pesta Sukan Kementeriankementerian dan Pesta Sukan Hari Perkhidmatan Awam serta pemainpemain yang menjadi ahli kelab-kelab bola jaring tempatan. Sebanyak sembilan pasukan telah menyertai Kategori Beginners dan sembilan pasukan lagi menyertai Kategori Terbuka, di mana pasukanpasukan yang menyertai kejohanan terdiri dari jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pendidikan, Jabatan Pengajian Islam, Institusiinstitusi Pengajian Tinggi dan kluster-kluster bahagian menengah dan rendah. Kejohanan telah dibukakan kepada pemain-pemain bola jaring yang terdiri daripada guru-guru yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan dan di bawah Jabatan Pengajian Islam, serta pegawai-pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan. Antara tujuan pertandingan ialah bagi memperingati dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru Kali Ke-26 selain sebagai projek pembangunan sukan bola jaring jangka panjang dan berterusan Kementerian Pendidikan. Pada masa yang sama, ia juga bagi mengenal pasti pemain-pemain berbakat dan berpotensi untuk diserapkan ke dalam Pasukan Bola Jaring, Kementerian Pendidikan
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Azmah Haji Ahad serta mengeratkan silaturahim, memupuk perasaan muhibah dan kemesraan dalam kalangan semua
pegawai, guru-guru dan kakitangan kerajaan yang bertugas di bawah kementerian berkenaan.
Layari Epaper Pelita Brunei
Siaran Akhbar dan Carta : Jabatan Penerangan
DATIN Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman, isteri Menteri Pendidikan berkesempatan bergambar ramai bersama para pasukan yang mengikuti Kategori Terbuka.
BANDAR SERI BEGAWAN. - Epaper Pelita Brunei merupakan surat khabar Pelita Brunei dalam versi digital dan mula beroperasi pada 18 Jun 2016. Ia boleh dilayari melalui www.pelitabrunei.gov.bn/epelita. Dikemaskinikan setiap tiga kali seminggu, iaitu hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Terdapat 24 halaman muka surat dimuatkan ke dalam Epaper tersebut yang boleh dilayari melalui internet sama ada menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar dan sebagainya. Antara ciri-ciri Epaper Pelita Brunei ialah PDF boleh dimuat-turun (dijadikan simpanan arkib, rujukan dan sebagainya dalam telefon pintar atau komputer). Epaper ini juga boleh disaksikan secara 'Thumbnails' (boleh dilihat secara keseluruhan atau paparan kecil kesemua muka surat Pelita Brunei dengan nombor muka suratnya). Epaper ini juga boleh diikuti atau dikongsikan secara aplikasi Facebook, Twitter, Linked In, Tumblr, Google Plus, E-Mail dan VK. Di dalam Epaper ini juga terdapat ruang carian search mengenai Epaper Pelita Brunei dengan menggunakan teks tidak kurang dari tiga huruf. Tujuan Epaper ini adalah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang tidak memperolehi Pelita Brunei secara bercetak. Oleh kerana itu, Epaper dibuat bagi memudahkan mendapatkan berita terkini dengan menggunakan kemudahan internet secara lebih cepat serta mengurangkan penggunaan kertas.
BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn
SEMAI SIKAP TOLAK ANSUR, WASPADA SESAMA PENGGUNA JALAN RAYA