Pelita Brunei - Isnin 12 JUN 2017

Page 1

''DAN sesiapa yang menghendaki kebahagiaan hidup akhirat dan berusaha mengerjakan amal kebajikan untuk tujuan itu dengan usaha yang bersungguh-sungguh sedang ia beriman maka mereka itulah yang usaha mereka dikurniakan ganjaran yang baik (diberi pahala).'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Israa', ayat 19).

''DENGAN menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup, umat Islam akan mampu mencapai kejayaan sebagaimana pada zaman keemasannya dahulu. Tetapi sekarang, umat Islam tertinggal di belakang kerana mereka tidak atau kurang mengambil inspirasi dari Al-Quran. Al-Quran cuma dibaca, tidak dijadikan panduan. Sepatutnya di samping kita membaca, isinya juga hendaklah dijadikan dasar dan asas panduan.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1433 Hijrah / 2012 Masihi.

4.33

4.43

6.08

12 JUN 2017 / 1438

TAHUN 62 / BILANGAN 70

6.32

17

12.21

3.47

6.32

7.48

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Jadikan pembacaan Al-Quran sebagai budaya Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 11 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, Negara Brunei Darussalam telah pun sekian lama memulakan pembelajaran Al-Quran, bermula dari sistem tidak formal sehingga kepada sistem formal melalui sekolah-sekolah ugama dan sekolah-sekolah satu mata pelajaran kerajaan dan bukan kerajaan, dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi. Selain dari belajar Al-Quran di sekolah-sekolah sehingga ke peringkat tinggi, membaca Al-Quran titah baginda, juga diserapkan kepada kementeriankementerian dan jabatan-jabatan sebagai amalan harian sebelum pegawaipegawai dan kakitangan memulakan tugas masing-masing. ''Perkara ini dilihat, supaya membaca Al-Quran itu menjadi budaya kepada orang-orang Brunei, sambil juga bertabarruk dengannya, selaku ia adalah penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman,'' titah baginda pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1438 Hijrah di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini malam tadi. Ke muka 3 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1438 Hijrah di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Foto : Hamzah Mohidin (Lihat muka 3, 12 dan 13).

Pelajaran ugama, Al-Quran selamanya unggul, menyerlah Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 11 Jun. - Kita menyedari pada zaman ini orang-orang yang membaca Al-Quran, berbanding dengan yang membaca bahan-bahan bacaan lain adalah lebih sedikit jumlahnya. Kerana Al-Quran itu ditulis dan dibaca dalam bahasa Arab, yang memerlukan ianya dipelajari dengan lebih tekun dan sabar. Kerana itu tidak hairan, kalau orang lebih memilih bahan bacaan lain daripada Al-Quran. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin

Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1438 Hijrah di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas di sini. Menyedari hal itu, baginda bertitah, bahawa kerajaan baginda tanpa kendur-kendurnya, terus mempromosi belajar Al-Quran itu dari peringkat bawah lagi sampai ke peringkat atas dan juga

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

secara berterusan mengadakan rancangan-rancangan penggalak bagi kemahiran membaca dan menghafaz Al-Quran. ''Bagi Brunei, kita tidak mahu bidang-bidang lain sahaja yang maju, sedang bidang Al-Quran dan ugama tertinggal di belakang. Ini tidak boleh berlaku di Brunei. Di Brunei, pelajaran ugama dan Al-Quran itu tidaklah boleh dipandang ringan dengan sebelah mata sahaja. Ia mesti selama-lamanya unggul dan menyerlah, sesuai dengan tarafnya selaku ugama dan Kalam Allah,'' tegas baginda. Kebawah DYMM justeru menekankan, agar tenaga-tenaga petugas, pentadbir dan pemegang dasar dalam perkara ini hendaklah memiliki pandangan jauh, bersemangat keislaman tulen dan bukannya lemah serta sempit pemikiran atau lebih mementingkan diri. Baginda seterusnya bertitah menegaskan akan satu lagi perkara penting, pihak berkenaan ugama, boleh saja mendengar atau membaca

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

pandangan-pandangan daripada siapa jua tentang pendidikan ugama, tetapi bukanlah bersikap mesti mengikut atau menerima apa saja pandangan itu, walaupun ia tidak sesuai atau bertentangan dengan dasar dan seumpamanya. ''Inilah namanya kita perlu konsisten untuk bertindak dan berfikir

Muka 6

KEMBARA Amal Ramadan KKBS terus dipergiatkan

Faksimile: 2381004

secara profesional,'' jelas baginda lagi. Sebelum mengakhiri titah, baginda berkenan mengucapkan tahniah kepada para peserta musabaqah dan berharap dengan adanya usaha seperti ini akan mengukuhkan lagi penghayatan dan kemantapan hafalan setiap peserta.

Muka 8

KSPB hulur bantuan kepada golongan memerlukan

Layari Layari Laman Laman Web: Web: www.pelitabrunei.gov.bn www.pelitabrunei.gov.bn


2

HALUAN

HARI ISNIN 12 JUN 2017

Aktiviti amal penting atasi krisis manusia Bismillaahir Rahmaanir Raheem Assalamu 'Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

D

ENGAN izin Allah Subhanahu Wata'ala kita dapat berkumpul bersama dalam acara yang sangat penting hari ini, The Conference on Philanthropy for Humanitarian Aid 2017 (CONPHA 2017) dengan tema 'Philanthropy for Humanitarian Aid as a mechanism to alleviate porverty and maintain human dignity'. Dunia hari ini menyaksikan pelbagai konflik dan bencana. Berjuta penduduk telah terbunuh, cedera dan diusir keluar dari kediaman mereka dan tidak terkira keluarga yang telah jatuh miskin dan menghadapi kesukaran setiap hari. Sistem kemanusiaan global telah menjadi semakin padat dengan krisis baharu dan konflik semasa yang tidak dapat diselesaikan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Statistik, ekonomi dan penyelidikan sosial dan pusat latihan untuk negara-negara Islam (SESRIC), Turki, melaporkan bahawa 33 konflik yang aktif berlaku pada tahun 2014, 95% daripadanya berlaku di negara-negara Islam. Ditambah dengan meningkatnya trend mendadak dalam kejadian bencana alam bagi tempoh empat dekad yang lalu, kita bukan sahaja melihat konflik krisis pencabulan hak asasi manusia terdedah seperti wanita dan kanak-kanak, tetapi kita juga menyaksikan mangsa-mangsa ini terdedah pada keadaan cuaca yang melampau dan kebuluran. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih daripada 76 juta penduduk dari 31 negara memerlukan bantuan. Bilangan pelarian disebabkan oleh konflik adalah melebihi 51 juta - jumlah tertinggi selepas Perang Dunia Kedua. Dunia harus memberikan tindak balas terhadap perkara ini dan kita perlu memberikan komitmen kita dengan mengambil tanggungjawab sosial bagi membantu mereka. Kemanusiaan adalah salah satu prinsip yang berteraskan Islam. Konsep amal adalah penting kepada keadilan sosial, yang merupakan nilai suci dalam Islam dan ia merupakan Rukun Iman. Perbuatan amal atau membantu seseorang dalam kesusahan adalah kewajipan bagi setiap Muslim. Dalam Islam, amalan seperti zakat, wakaf dan sedekah mempunyai objektif yang berfungsi dalam mewujudkan keseimbangan dalam ketidaksamaan sosial serta mengurangkan kemiskinan. Proaktif dalam berinisiatif dan aktiviti amal yang berterusan adalah penting sebagai kaedah untuk melawan krisis manusia bukan sahaja dalam negeri tetapi juga di peringkat global. Kita semua perlu bersatu dan bertindak cepat untuk mencapai matlamat yang sama bagi mengatasi krisis ini. Melalui dasar penyelidikan, ekonomi dan

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa berucap pada Conference On Philanthropy For Humanitarian Aid (CONPHA) 2017 pada 23 Mei 2017 bertempat di Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

Terjemahan dari teks asal dalam bahasa Inggeris oleh Hajah Apsah Haji Sahdan

kewangan Islam, kita perlulah bersedia lebih dari sebelumnya untuk menyelaraskan visi untuk menampung lebih banyak keperluan yang mendatang serta pembangunan mampan yang adil dan saksama. Oleh itu, pentingnya untuk kita mengenal pasti peranan dan kepentingan pembiayaan sosial secara Islamik dalam hal-hal bantuan kemanusiaan. Institusi Pengajian Tinggi serta institusi kewangan memainkan peranan yang penting dan bertindak sebagai saluran untuk pelaksanaan program pendidikan serta meningkatkan pembiayaan bagi kerjasama ekonomi dan kewangan untuk mencapai semangat kedermawanan. Inisiatif yang diambil oleh Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA); Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor (KUIS) dan Bank Pembangunan Islam (IDB) untuk mengadakan persidangan ini adalah satu langkah yang tepat. Kita juga tidak lupa peranan penting dalam penyelidikan yang boleh dilakukan oleh institusi akademik, untuk mengenal pasti program yang lebih mampan dan kos efektif untuk dibangunkan. Adalah diharapkan melalui persidangan ini, berdasarkan kepada masa dan tema

Ke muka 4

17

NUZUL AL-QURAN SEJARAH ISLAM YANG UNGGUL

B

ULAN Ramadan yang mubarak, bulan diturunkan kitab suci Al-Quran, di mana di bulan ini kita mengisi dengan ibadat, khasnya dengan amalan membaca Al-Quran. Peristiwa turunnya Al-Quran pada bulan Ramadan adalah antara unsur-unsur yang menjadikan bulan Ramadan mempunyai kelebihan daripada bulan-bulan yang lain. Allah menetapkan demikian supaya manusia sentiasa mengingati betapa pentingnya berpegang teguh dengan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran, bukan semata-mata membaca dan memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran tetapi terus mengambil inspirasi dari Al-Quran untuk dijadikannya sebagai dasar dan asas panduan dalam menempuh kehidupan. Untuk mengimarahkan Sambutan Nuzul Al-Quran dan mengembalikan kehebatan Al-Quran, kita selaku umat Islam perlu terus mengamalkan membaca Al-Quran kerana Al-Quran adalah panduan kepada umat manusia menjalani kehidupan di dunia dan akhirat. Lebih-lebih lagi Nuzul Al-Quran adalah 'sejarah besar' umat Islam yang memang sepatutnya sentiasa diraikan dan diingati. Ia bertepatan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Bagi Tahun 1438H / 2017M di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin, 11 Jun 2017 yang antara lain menyarankan agar Hari-Hari Kebesaran Islam seperti Nuzul Al-Quran disambut dan diperbesarkan kerana ia adalah sebahagian daripada sejarah Islam. Titah baginda, Negara Brunei Darussalam telah sekian lama memulakan pembelajaran Al-Quran iaitu dari sistem tidak formal kepada sistem formal melalui sekolah-sekolah ugama. Dengan itu, baginda menegaskan agar pelajaran ugama dan Al-Quran tidak boleh dipandang ringan dengan sebelah mata sahaja. Ia mesti selama-lamanya unggul dan menyerlah, sesuai dengan tarafnya selaku ugama dan Kalam Allah. Dengan yang demikian, selaku umat Islam kita dituntut menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup, kerana dengannya kita mampu menangkis segala apa jua cabaran. Negara kita Brunei Darussalam adalah bumi Islam tulen yang memang terkenal dan akan terus kekal turun-temurun, sehingga ke akhir zaman sebagai bumi Islam yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran-ajaran Al-Quran, sebagaimana juga Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat berpegang teguh dengannya dan bukan setakat menghafaz dan membacanya sahaja, tetapi juga memahami dan mengamalkan segala isi ajarannya. Dalam hal ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah menyarankan agar pihak berkenaan di negara ini supaya berpandangan jauh, bertindak, berfikir secara profesional berkenaan dengan pendidikan ugama, khususnya di bidang pembacaan Al-Quran, asal sahaja tidak bertentangan dengan dasar dan seumpamanya. Dengan yang demikian adalah menjadi kewajipan kita selaku umat Islam terus berpandukan kepada petunjuk Al-Quran bagi meraih kegemilangan, dengan bangkit selaku generasi pembaca, di samping sekali gus menjadi pengamal ajaran Al-Quran, kerana di sinilah kekuatan Islam, yang terletak pada Al-Quran. Dan adalah menjadi tanggungjawab setiap kita untuk mempertahankan, memelihara dan menjaga keaslian Al-Quran melalui aktiviti penghafalan atau hafazan ayat-ayat suci Al-Quran. Al-Quran adalah mukjizat yang kekal hingga kiamat kerana terdapat banyak kelebihan di dalamnya. Dari itu Al-Quran bukan sahaja untuk dibaca tetapi tetapi dihayati dan difahami. Dan di bulan Ramadan Mubarak inilah bulan yang paling sesuai untuk memperbanyakkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kerana Allah Subhanahu Wata'ala menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda bagi yang membaca dan menghayatinya. Dengan yang demikian, sama-samalah kita meningkatkan keimanan dengan mengikut semua ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran bagi menjamin keselamatan kita di dunia dan lebih-lebih lagi di hari akhirat kelak. – Ketua Penyuntingan (Zs).

RAMADAN

JUN

12 13 14 15 16 17 18

yang dipilih adalah tepat, semangat dermawan untuk bantuan kemanusiaan boleh dipertingkatkan dengan merealisasikan keperluan pengukuhan semua mekanisme yang berkaitan serta boleh digunakan untuk menangani keperluan kemanusiaan. Saya percaya melalui platform ini, ia akan memberi peluang kepada pengamal, cendekiawan dan pembiaya Islam untuk berkongsi idea mereka yang bernilai dan inovatif untuk mengurangkan krisis kemanusiaan yang melampau melalui pembentukan model dermawan yang lebih dinamik, relevan dan mematuhi syariah yang mengintegrasikan sistem zakat, wakaf dan sedekah di mana semua penderma berpotensi boleh mengambil bahagian dan orang ramai secara aktif boleh memainkan peranan mereka dan pada masa yang sama turut memberikan manfaat untuk agama dan rohani. Alhamdulillah, di Negara Brunei Darussalam, berkat kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, raja yang kita cintai dan amat pemedulian, kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif untuk memupuk sifat kemanusiaan melalui pendekatan di seluruh negara, di mana usaha yang berterusan adalah bertujuan untuk membantu golongan yang terjejas dan kurang bernasib baik secara aktif dimulakan di negara ini oleh pelbagai lapisan masyarakat. Inisiatif dari pelbagai sektor ini bukan sahaja membantu mereka yang berada di Negara Brunei Darussalam tetapi juga membantu meningkatkan kehidupan orang-orang yang memerlukan bantuan di negara-negara lain. Dalam konteks ini, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku agensi pelaksana sentiasa menyokong dalam menggalakkan budaya menderma bagi bantuan hal-hal kemanusiaan melalui aktiviti yang melibatkan penyertaan orang ramai dari peringkat individu hingga pihak kuasa tertinggi seperti bazar amal, larian amal dan dana kebajikan. Setiap inisiatif dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan sentiasa memberi tumpuan kepada menjana sinergi antara-agensi, idea-idea dan program yang mencerminkan sifat sebenar dan objektif pendekatan ke seluruh negara. Tahap penyertaan dalam kalangan rakyat Brunei dalam semua aktiviti-aktiviti kebajikan telah menunjukkan kemurahan hati rakyat Brunei dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik.

12 JUN 2017 BERSAMAAN 1438

17 18 19 20 21 22 23

4 . 33 4 . 33 4 . 34 4 . 34 4 . 34 4 . 34 4 . 34

4 . 43 4 . 43 4 . 44 4 . 44 4 . 44 4 . 44 4 . 44

6 . 08 6 . 08 6 . 08 6 . 09 6 . 09 6 . 09 6 . 09

6 . 32 6 . 32 6 . 33 6 . 33 6 . 33 6 . 33 6 . 33

12 . 21 12 . 21 12 . 22 12 . 22 12 . 22 12 . 22 12 . 22

3 . 47 3 . 47 3 . 47 3 . 48 3 . 48 3 . 48 3 . 48

6 . 32 6 . 32 6 . 33 6 . 33 6 . 33 6 . 33 6 . 33

7 . 48 7 . 48 7 . 48 7 . 49 7 . 49 7 . 49 7 . 49


3

HARI ISNIN 12 JUN 2017

Berkenan menganugerahkan hadiah kepada para pemenang Musabaqah Menghafaz Al-Quran

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menganugerahkan hadiah-hadiah kepada johan Kategori Menghafaz 30 Juz Al-Quran Berserta Pemahamannya Juz 22, Awang Muhammad Hazri bin Haji Mohammad Hamzani dari Negara Brunei Darussalam (kiri), manakala gambar kanan, johan Kategori 'E' Menghafaz 30 Juz Al-Quran iaitu daripada Juz 1 hingga Juz 30 Berserta Pemahaman Juz 22, Awang Muhammad Hasbul Wafi bin Haji Ahmad.

Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Muhammad Asri Haji Awang Abas

Jadikan pembacaan Al-Quran sebagai budaya Dari muka 1 Terdahulu, Kebawah DYMM juga mengimbas kembali sejarah Nuzul Al-Quran di mana memperingati atau menyambutnya adalah sama dengan menghargai sejarah. Nuzul Al-Quran titah baginda adalah 'sejarah besar' dan umat Islam tidak patut mengabaikannya. ''Adapun nilai sejarah itu, lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan Islam, adalah harganya terlalu tinggi, kerana sifatnya yang luhur, berbanding dengan lain-lain sejarah. Sejarah adalah cermin zaman dan kehidupan. Daripadanya kita mengenali corak zaman dan kehidupan itu. Ia mesti sentiasa terbuka atau dibuka, kerana jika pintu sejarah tertutup atau ditutup, maka ini, boleh menjadikan orang buta sejarah. Bayangkanlah, kalau kita umat Islam ini tidak kenal sejarah Islam, di manakah kita selaku orang Islam itu?'' titah baginda. Kerana itu, Kebawah DYMM pernah menekankan, supaya semua Hari-Hari Kebesaran Islam hendaklah disambut dan dibesarkan, kerana ia adalah sebahagian daripada sejarah Islam itu sendiri.

JEMPUTAN-jemputan yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut (atas dan kanan).

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 11 Jun. - Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan dan Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS telah diumumkan pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1438 Hijrah di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menganugerahkan hadiah-hadiah kepada para pemenang Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS mempertandingkan dua kategori yang disertai oleh Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Republik Indonesia dan Republik Singapura. Awang Muhammad Hazri bin Haji Mohammad Hamzani peserta Negara Brunei Darussalam berjaya menjuarai Kategori Menghafaz 30 Juz Al-Quran Berserta Pemahamannya Juz 22 bagi yang berumur 30 tahun ke bawah dengan membawa pulang wang tunai BND7,000, piala iringan dan sijil. Naib juara disandang oleh Dayang Nur Amalina binti Azharuddin dari Malaysia, manakala Khobirul Amru dari Republik Indonesia tempat ketiga. Juara Kategori Menghafaz 10 Juz Berserta Pemahamannya Juz 8 bagi yang berumur 20 tahun ke bawah dimenangi oleh Dayang Ainaa Zahirah binti Haji Abdul Manap dari Negara Brunei Darussalam yang berjaya membawa pulang wang tunai BND4,000, piala iringan dan sijil. Manakala peserta dari Malaysia, Dayang Iffah binti Abd Rahim dan Awang Muhammad Nurdarwis bin Anuar dari Republik Singapura

masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. Sementara itu, Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan mempertandingkan sebanyak lima kategori. Johan Kategori 'A' Menghafaz Surah-Surah Pilihan dari Juz 30 bagi yang berumur 11 tahun ke bawah disandang oleh Dayang Nur Kamaliah binti Haji Jahari, naib johan disandang oleh Dayang Ezyan Adibah binti Awang Mohd. Hanafi dan Dayang Aisyah Syamila binti Dr. Haji Gamal Abdul Nasir mendapat tempat ketiga. Manakala johan Kategori 'B' Menghafaz Surah-Surah Pilihan bagi yang berumur 17 Tahun ke bawah ialah Awangku Muhammad Fakhrur Razey bin Pengiran Damit, diikuti dengan Dayang Nur Syafiqah binti Mohammad Saidi sebagai naib johan dan Dayang Fatin Amal Sakinah binti Dr. Zulkifli memenangi tempat ketiga. Kategori 'C' Menghafaz 3 Juz Al-Quran iaitu daripada Juz 1 hingga Juz 3 Berserta Pemahaman Juz 1

terbuka kepada semua peringkat umur, johan disandang oleh Dayang Hajah Morhidayatul Mukminah binti Haji Puteh, disusuli oleh Pengiran Hairuldin bin Pengiran Haji Mohd Tali @ Pengiran Muhd Khairuddin sebagai naib johan dan Dayang Norhanisah binti Haji Abd Rani tempat ketiga. Sementara itu, johan Kategori 'D' Menghafaz 15 Juz Al-Quran dari Juz 1 hingga 15 Berserta Pemahaman Juz 11 dan terbuka kepada semua peringkat umur disandang oleh Awang Abdul Aziz bin Noor Nasran diikuti naib johan, Dayang Nurkamaliah binti Haji Muhammad Ridzuan dan Dayang Aisah binti Haji Ibrahim mendapat tempat ketiga. Manakala johan Kategori 'E' Menghafaz 30 Juz Al-Quran iaitu daripada Juz 1 hingga Juz 30 Berserta Pemahaman Juz 22 terbuka kepada semua peringkat umur disandang oleh Awang Muhammad Hasbul Wafi bin Haji Ahmad, naib johan diraih oleh Awang Muhammad Hidayatullah Sunazul Fikar bin Siup dan Awang Muhammad Khairulmuhtadee bin Hamzah tempat ketiga.


4

HARI ISNIN 12 JUN 2017

Perutusan tahniah kepada Republik Filipina dan Persekutuan Rusia

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Rodrigo Roa Duterte, kerajaan dan rakyat Republik Filipina sempena Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Filipina Yang Ke-119. Kebawah DYMM juga telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin dan kerajaan serta rakyat Persekutuan Rusia bersempena dengan Hari Kebangsaan Persekutuan Rusia.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 12 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden

Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Rodrigo Roa Duterte, kerajaan dan rakyat Republik Filipina sempena Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Filipina Yang Ke-119. Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia amat menghargai persahabatan yang sekian lama wujud di antara Negara Brunei Darussalam

dengan Republik Filipina dan berasa gembira dengan kemajuan baik yang telah dicapai dalam bidang pertukaran di antara rakyat kedua-dua buah negara dan peningkatan aktiviti dua hala di dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Baginda seterusnya berharap akan dapat meneruskan kerja bersama Tuan Yang Terutama bagi meningkatkan hubungan dua hala dan juga sebagai rakan kongsi

yang rapat dalam ASEAN dan BIMP-EAGA. Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyampaikan salam kepada Tuan Yang Terutama dan juga bagi kemajuan serta kemakmuran rakyat dan Republik Filipina yang berterusan. Sementara itu, di hari yang sama, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin dan kerajaan serta rakyat Persekutuan Rusia bersempena dengan Hari Kebangsaan Persekutuan Rusia. Di dalam titah perutusan Kebawah DYMM kepada Presiden Persekutuan Rusia, TYT Vladimir Putin, baginda amat menghargai persahabatan yang erat yang wujud di antara kedua-dua buah negara dan rakyat, dan seterusnya berharap akan mengukuhkan kerjasama yang sangat berharga dalam memperluaskan hubungan kerja dalam pelbagai bidang dua hala dan antarabangsa. Bagi mengakhiri titah perutusan tahniah tersebut, baginda menyampaikan salam muhibah kepada TYT Vladimir Putin.

Kebajikan anak yatim terus dipeduli Oleh : Aimi Sani Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

HALUAN

SENGKURONG, Ahad, 11 Jun. Seramai 120 orang anak yatim dari Kampung Sengkurong 'A', Kampung Sengkurong 'B' dan Kampung Tanjung Nangka diraikan di Majlis Penyampaian Derma Anak-anak Yatim yang berlangsung di Masjid

Sultan Sharif Ali, Sengkurong hari ini. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian derma ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya

Aktiviti amal penting atasi krisis manusia Dari muka 2 Bagaimanapun, dengan peningkatan krisis kemanusiaan di seluruh dunia terutamanya di kalangan negara- negara Islam, kita mempunyai tanggungjawab bersama dalam meningkatkan usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menderma bagi bantuan kemanusiaan, ikhtiar yang bukan sahaja mengekalkan kesedaran, tetapi yang lebih penting adalah memupuk budaya memberi dalam kalangan rakyat kita untuk kepentingan bersama. Adalah menggembirakan dan menggalakkan apabila mengetahui bahawa beberapa tetamu jemputan dan peserta di sini sanggup mengembara beratus dan beribu-ribu batu untuk sampai ke Negara Brunei Darussalam semata-mata untuk menyertai acara-acara ini. Kami amat mengalu-alukan kehadiran awda semua, dan saya berharap awda semua akan berpeluang untuk belajar dan menikmati apa yang

terdapat di Negara Brunei Darussalam. Sebelum saya mengakhiri, saya ingin mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa program dan semua peserta di atas sumbangan berharga dalam menjayakan persidangan ini, mengongsikan kepakaran dan pengalaman dalam kawasan penyelidikan utama yang menyediakan beberapa hala tuju dasar untuk membangunkan model pembangunan kemanusiaan yang dinamik, boleh digunakan, bersepadu dan mampan serta boleh mempamerkan keperluan kemanusiaan global. Tahniah di atas usaha yang berani dalam menjadikan perhimpunan penting ini satu kejayaan. Dengan kalimah Bismillahirrahmanirahim, dan Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda, saya dengan ini mengisytiharkan CONPHA 2017 dibuka secara rasmi.

AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim menyampaikan derma kepada anak-anak yatim (atas dan bawah).

Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim. Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang kemudiannya diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi Jawatankuasa Takmir Masjid Sultan Sharif Ali, Awang Haji Mohd. Zaidin bin Awang Haji Mohd. Noor. Selepas penyampaian derma, majlis diselajurkan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Imam Masjid Sultan Sharif Ali, Awang Haji Hamdini bin Haji Garif sebelum diakhiri dengan acara berbuka puasa dan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah. Daripada senarai yang diberikan Jawatankuasa Takmir Masjid Sultan Sharif Ali Kampung Sengkurong selaku penganjur, seramai 24 penerima derma adalah dari Kampung Sengkurong 'A', 73 dari Kampung Sengkurong 'B' dan 23 lagi dari Kampung Tanjung Nangka. Imam Masjid Sultan Sharif Ali, Awang Haji Hamdini bin Haji Garif ketika ditemui berkata, acara seumpama ini merupakan acara tahunan masjid tersebut di bulan suci Ramadan yang antara lain bertujuan untuk sama-sama memeduli kebajikan anak-anak yatim di negara ini. Dayang Nur Aidah binti Haji Harith, 15 dan bersekolah di Sekolah Menengah Sayyidina Hussain Jerudong menjelaskan, sumbangan yang diterima itu akan dikumpul dan digunakan bagi membeli barangbarang yang diperlukan nanti. Beliau melahirkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur di atas derma tersebut yang sedikit sebanyak akan dapat membantu beliau serta adik beradiknya yang lain menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.


AGAMA

HARI ISNIN 12 JUN 2017

5

Majlis Tahlil Sekolah Rendah YSHHB

CUCUNDA-cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez bin Pengiran Anak Khairul Khalil dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-ul Bolqiah binti Pengiran Anak Khairul Khalil ketika berangkat pada Majlis Bertahlil dan Doa Arwah.

TURUT hadir, cucunda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Pengiran Anak 'Abdul Muta'ali Haziq Hamidullah bin Pengiran Anak Haji Abdul 'Ali Yil-Kabier dan cucunda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Pengiran Nur Aabidah Syifa binti Pengiran Anak Haji Mohammed Al-Mokhtar.

Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Jun. - Dalam memperbanyakkan amalan di bulan Ramadan, pelbagai pihak giat mengadakan acara-acara keagamaan termasuk Majlis Bertahlil dan Doa Arwah. Sehubungan itu, Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

(SR YSHHB) juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Tahlil, Doa Arwah serta Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim yang diadakan di dewan sekolah berkenaan. Berangkat ke majlis keagamaan tersebut ialah cucunda-cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez bin Pengiran Anak Khairul Khalil dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-ul Bolqiah binti Pengiran Anak Khairul Khalil. Antara yang hadir, cucunda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah,

Pengiran Anak 'Abdul Muta'ali Haziq Hamidullah bin Pengiran Anak Haji Abdul 'Ali Yil-Kabier dan cucunda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Pengiran Nur Aabidah Syifa binti Pengiran Anak Haji Mohammed Al-Mokhtar. Penyerahan sumbangan derma kepada 14 anak yatim sekolah berkenaan disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Ketua Pegawai

Eksekutif (CEO) SR YSHHB, Awang Noorhaizamdin bin Haji Mosbi. Bacaan Tahlil dan Doa Arwah diketuai oleh Ketua Guru Ugama SR YSHHB, Awang Norhashim bin Kassim. Tujuan majlis tersebut diadakan bagi meringankan beban anak-anak yatim dalam merayakan sambutan Syawal yang akan tiba, di samping meraih ganjaran pahala berlipat ganda di bulan Ramadan yang mubarak ini.

Skop pengajian, penyebaran Al-Quran perlu ditingkatkan dan diluaskan MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (dua, kiri) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS hari kedua bertempat di ICC, Berakas.

PESERTA dari Negara Brunei Darussalam, Awang Muhammad Hazri bin Haji Mohammad Hamzani.

PESERTA dari Malaysia, Nur Amalina binti Azharuddin.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Jun. - Kita seharusnya melihat kepentingan bekerjasama dalam ehwal yang berhubung pengajian dan penyebaran Al-Quran iaitu kerjasama secara lebih luas dengan kepesatan yang tinggi. Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman menegaskan perkara tersebut semasa hari kedua Majlis Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS Tahun 1438H di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Menurut Yang Berhormat, negara ini selaku tuan rumah musabaqah kali ini menghargai sokongan rakan-rakan anggota MABIMS dan ia selaras dengan usaha untuk meningkatkan

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah pengajian dan penyebaran Al-Quran, tidak setakat mengajar bacaannya malah mempelajari hafazannya dan menerbitkan mushafnya berserta terjemahan ayat dan huraian tafsirnya. "Dalam konteks yang lebih luas iaitu kerjasama dalam kalangan negaranegara anggota MABIMS, kita seharusnya juga meluaskan skop penyebaran Al-Quran itu untuk meliputi pemahaman tentang signifikan ayat-ayatnya dalam berbagai ilmu di samping pemahaman ayat-ayat mengenai hukum-hakam dalam amalan berugama," jelasnya. Negara anggota MABIMS tambahnya, masing-masing telah menerbitkan tafsir Al-Quran yang diperakukan hasil usaha rakyatnya atau institusi tertentu awam dan swasta dan keupayaan sedemikian sangat dialu-alukan dan ingin dilhat perkembangan

seterusnya. "Kita ingin pengajian dan penyebaran Al-Quran seperti yang ada dalam mekanisma MABIMS akan terus menerus ditingkatkan dan diluaskan skopnya," tegasnya. Seramai empat peserta mewakili negara MABIMS bertanding bagi Kategori Menghafaz 30 Juz Al-Quran Berserta Pemahaman Juz 22. Para peserta terdiri daripada Awang Muhammad Hazri bin Haji Mohammad Hamzani (Negara Brunei Darussalam), Khobirul Amru (Republik Indonesia), Nur Amalina binti Azharuddin (Malaysia) dan Abdullah Ammar bin Mohd Hanaim (Republik Singapura). Juga hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud serta para pegawai kanan kerajaan.


6

AGAMA

HARI ISNIN 12 JUN 2017

KSSUP semarak Ramadan dengan bertadarus Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas SUNGAI AKAR, Sabtu, 10 Jun. Amalan bertadarus adalah menjadi kelaziman bagi umat Islam dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini dan juga meraih ganjaran yang begitu banyak daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Dalam kesempatan itu, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) mengadakan Majlis Tadarus dan Berbuka Puasa sempena Bulan Ramadan Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi di Masjid Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah, Kampung Sungai Akar, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong. Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan wakaf berupa sebuah mesin pemotong rumput bagi kegunaan masjid

Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Jun. - Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) menerima sumbangan daripada Kumpulan Isteri-Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu. Majlis penyerahan sumbangan berlangsung di Tingkat 8, Pejabat Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Penyerahan sumbangan sebanyak BND5,000 (Ringgit Brunei Lima Ribu Sahaja) diserahkan oleh Pengerusi Kumpulan Isteri-Isteri MenteriMenteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu, Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohammad kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Hadir sama menyaksikan, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong (tiga, kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran.

berkenaan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat kepada Ketua Imam masjid iaitu Awang Haji Syamsul

Nizam bin Haji Baha. Seterusnya bacaan Tadarus Al-Quran dimulakan dengan bacaan

dan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh imam masjid tersebut.

JAPEM terima sumbangan

PENGERUSI Kumpulan Isteri-Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu, Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohammad menyerahkan sumbangan sebanyak BND5,000 kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

(KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Pemangku Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan

Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria; Pengarah JAPEM dan PegawaiPegawai Kanan di JAPEM. Sumbangan tersebut amat dihargai dan sedikit sebanyak membantu dalam

Kembara Amal Ramadan KKBS terus dipergiatkan Berita dan Foto : Mohamad Azmi Awang Damit TUTONG, Sabtu, 10 Jun. - Program Kembara Amal Ramadan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) hari ini diteruskan lagi dengan Penyerahan Sumbangan dan Jalinan Kasih Belia kepada empat buah keluarga penerima bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JAPEM) di Daerah Tutong. Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Ketua Rombongan Kembara Amal KKBS, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Turut menyertai rombongan dan seterusnya menyampaikan sumbangan

Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan bacaan surah-surah lazim. Mengakhiri majlis tersebut, Majlis Berbuka Puasa

berupa hamper hari raya ialah Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil. Rombongan Kembara Amal KKBS ini juga disertai oleh ketua-ketua jabatan, para pegawai kanan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya. Program dimulakan dengan Majlis Bertadarus dan Khatam Al-Quran Belia serta Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah di Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam Kampung Sengkarai. Lebih kurang 200 belia yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, persatuan-persatuan belia di daerah Tutong, Kumpulan Belia Masjid, penuntut-penuntut sekolah

menengah dan penduduk-penduduk Kampung Sengkarai menyertai majlis tersebut. Program Kembara Amal Ramadan ini merupakan program tahunan KKBS ke seluruh daerah di negara ini sebagai inisiatif membantu masyarakat yang memerlukan, selain menggalakkan belia mengungkayahkan kerja-kerja amal dan berkebajikan serta menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini.

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

usaha meningkatkan kesedaran dan membentukkan sikap positif dalam kalangan masyarakat dan seterusnya menggalakkan penglibatan sukarelawan dan keinginan

menyumbang lebih banyak daripada orang ramai mahupun persatuanpersatuan atau syarikat terhadap golongan-golongan yang memerlukan.


AGAMA

HARI ISNIN 12 JUN 2017

7

Kementerian Kesihatan teruskan Majlis Tadarus

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi (dua, kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Bertadarus dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim sempena bulan Ramadan yang mubarak bertempat di Kompleks Sukan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Jun. - Kementerian Kesihatan mengadakan satu lagi Majlis Bertadarus dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim sempena bulan Ramadan yang mubarak

bertempat di Kompleks Sukan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Menteri Kesihatan, Yang Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi

hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut. Pada majlis itu, seramai 59 anak yatim terdiri daripada warga kakitangan Kementerian Kesihatan di Daerah Brunei dan Muara telah menerima sumbangan derma. Acara terlebih dahulu dimulakan dengan Tadarus Al-Quran dan diakhiri dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah. Majlis bertadarus tersebut

YANG Berhormat menyampaikan sumbangan derma kepada seramai 59 anak yatim terdiri daripada warga kakitangan Kementerian Kesihatan di Daerah Brunei Muara.

merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan yang diadakan secara bergilir di keempatempat daerah bagi sama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh rahmat ini, di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga Kementerian Kesihatan dengan warga Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Sebelum ini rombongan

Kementerian Kesihatan telah mengadakan majlis yang serupa di Daerah Temburong pada 8 Jun lalu. Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Ketua Ketua Fungsi serta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

Majlis Khatam Al-Quran JPM

PEMANGKU Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud (tengah) semasa hadir pada Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Masjid Omar 'Ali Saifuddien.

Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Masri Osman

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Jun. - Majlis Tadarus Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya sempena bulan Ramadan 1438 Hijrah bersamaan dengan 2017 Masihi berakhir dengan Majlis

Khatam Al-Quran bertempat di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di sini. Hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd.

Daud. Turut hadir ialah SetiausahaSetiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai serta kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Mulia Pemangku Menteri di JPM dan diikuti dengan bacaan surah-surah lazim beramai-ramai.

Selepas itu, diteruskan dengan bacaan Tahtim dan Doa Bacaan Al-Quran dan disudahi dengan acara berbuka puasa serta Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah. Majlis tersebut dikelolakan bersama oleh Bahagian Ekonomi dan Kewangan, JPM; Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Peguam Negara, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Percetakan Kerajaan dan Biro

Mencegah Rasuah. Majlis keagamaan pada bulan Ramadan merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan JPM bagi mengeratkan silaturahim di antara para pegawai dan kakitangan serta jemaah masjid dan penduduk kampung disamping bagi mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat ganda dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

45 terima agihan wang zakat lebih BND16 ribu Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

AHLI Majlis Ugama Islam Brunei, Dato Seri Setia Awang Haji Metussin bin Haji Baki (kiri) semasa menyampaikan Agihan Zakat Wang Tunai Asnaf Fakir Miskin kepada penerima di Daerah Temburong.

TEMBURONG, Sabtu, 10 Jun. Sejumlah BND16,925 daripada peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya bagi penduduk di Daerah Temburong hari ini. Agihan zakat berupa wang tunai BND300 diserahkan kepada mereka yang tergolong dalam Asnaf Fakir Miskin iaitu 29 ketua keluarga setiap seorang, sementara 16 tanggungan

masing-masing menerima sebanyak BND175. Penyampaian agihan tersebut di Masjid Kampung Labu Estate disempurnakan oleh Ahli Majlis Ugama Islam Brunei, Dato Seri Setia Awang Haji Metussin bin Haji Baki. Majlis diteruskan dengan aktiviti Tadarus Al-Quran dari rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) ke masjid berkenaan yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha

Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid. Acara diimarahkan lagi dengan bacaan Al-Quran, Surah An Nisaa' (ayat 142 hingga ayat 147) oleh Awang Haji Asri bin Haji Timbang, manakala Ketua Kawasan 2 daerah ini, Awang Mahdini bin Haji Kamis membacakan tafsirannya. Majlis juga diselajurkan dengan acara berbuka puasa beramai-ramai. Selain mengeratkan ukhuwah warga KHEU dan para penduduk kampung berkenaan, pemberian wang agihan juga dihasratkan dapat meringankan perbelanjaan harian terutama sekali perbelanjaan menjelang Syawal nanti.


8

AGAMA

HARI ISNIN 12 JUN 2017

Ramadan menjanjikan ganjaran pahala berlipat ganda Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama

TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud (dua, kiri) semasa hadir pada Program 'Masjidku Makmur, Negara Berkat' di Masjid Omar 'Ali Saifuddien.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 11 Jun. - Bulan Ramadan Al-Mubarak adalah bulan yang dinanti-nantikan, bulan yang memberi makna besar dalam perjalanan hidup seorang Muslim. Ini kerana ia menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda

kepada setiap amalan yang dilakukan dan padanya terhimpun rahmat serta keampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Pintu-pintu syurga dibuka pada bulan Ramadan dan peluangpeluang mendapatkan kelebihan dan pahala yang berlipat ganda turut

Majlis Khatam Al-Quran PPPBD

dibukakan seluas-luasnya kepada kita sepanjang bulan ini. Program 'Masjidku Makmur, Negara Berkat' di Masjid Omar 'Ali Saifuddien kelolaan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Da'wah Islamiah

dan Bahagian Kemajuan Syiar Islam dengan kerjasama Masjid Omar 'Ali Saifuddien merupakan satu program mingguan dan ajakan bagi mengalu-alukan jemaah meningkatkan kehadiran bagi memakmurkan masjid dan seterusnya bersama-sama secara istiqamah (berterusan) mendirikan Sembahyang Fardu Subuh secara berjemaah di awal waktu di masjid. Masjidku Makmur, Negara Berkat turut memberikan peluang kepada para pengunjung memulakan langkah dan keceriaan hari mereka dengan meraih keberkatan melalui partisipasi menunaikan tuntutan sembahyang fardu secara berjemaah dan merebut ganjaran pahala melalui bacaan wirid-wirid selepas sembahyang dan kegiatan keagamaan yang telah diaturkan. Program kali ini diserikan dengan tazkirah bertajuk 'Ramadan Syahrul Quran' oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Pengiran Anak Dr. Haji Amiruddin Alam Shah bin Pengiran Anak Haji Ismail. Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut

KSPB hulur bantuan kepada golongan memerlukan Berita dan Foto : Ihsan Riani Rahman

MAJLIS Khatam Al-Quran Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam diselajurkan dengan bacaan Tahlil dan Surah Yaa Siin yang dipimpin oleh Pesuruhjaya Kerohanian PPPBD, Dayang Hajah Fatimah binti Haji Abdul Ghani.

Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 11 Jun. – Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Ibu Pejabat PPPBD, Kampung Anggerek Desa, di sini. Beberapa kumpulan terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir, Pemimpin-Pemimpin, PemimpinPemimpin Muda, Ranjer Puteri dan Pandu Puteri telah menyelesaikan bacaan masing-masing bagi melengkapkan bacaan kesemua 30 Juzuk Al-Quran. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diteruskan dengan Doa Khatam yang diketuai oleh Pesuruhjaya Kerohanian PPPBD, Dayang Hajah Fatimah binti Haji Abdul Ghani. Majlis juga diselajurkan dengan bacaan Tahlil bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah

Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah. Hadir pada majlis tersebut, Naib Yang Di-Pertua Sepanjang Hayat PPPBD, Datin Paduka Hajah Zaharah binti Haji Idris; Naib Yang Di-Pertua Sepanjang Hayat PPPBD, Datin Paduka Hajah Jusnani binti Haji Lawie; Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim; Timbalan Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Hajah Viviyanti binti Haji Aji; Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya PPPBD; PesuruhjayaPesuruhjaya PPPBD dan juga Ahli-Ahli PPPBD. Acara tersebut merupakan acara tahunan dan salah satu kegiatan keagamaan bagi mengimarahkan bulan Ramadan, di samping memupuk budaya membaca Al-Quran dan mendidik ahli-ahli persatuan aspek kerohanian.

ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Datin. Turut hadir Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yusof dan Timbalan Setiausaha Tetap, KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja'ah. Turut sama menyerikan program ini ialah Jabatan Hal Ehwal Syariah, Bahagian Pendakwaan Syar'ie dan Bahagian Penguatkuasaan Ugama, KHEU. Kehadiran jemaah memakmurkan rumah Allah diharapkan akan dapat menghidupkan amalan sunnah Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan dapat menimbulkan rasa kekeluargaan dan persamaan di antara umat Islam dalam melaksanakan sembahyang berjemaah dan amal ibadat bersama-sama. Makmurnya masjid-masjid di negara ini, adalah antara landasan kita bagi menggandakan amal kebajikan dan meraih keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala bagi diri kita, keluarga dan juga negara.

PENGHULU Mukim Sengkurong, Awang Haji Musa bin Haji Tahir menyempurnakan penyampaian derma kepada salah seorang warga emas dari Kampung Jerudong.

DAYANG Jamilah binti Adin, ibu kepada salah seorang anak yatim turut melahirkan ucapan terima kasih.

JERUDONG, Sabtu, 10 Jun. Sebaik-baik amal pada bulan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah dan bantuan kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan bantuan. Di kesempatan itu, Koperasi Serbaguna Persatuan Buhur (KSPB) Kampung Jerudong Berhad, juga tidak ketinggalan mengungkayahkan aktiviti kebajikan iaitu dengan mengadakan Majlis Tahlil dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim dan Warga Emas yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Jerudong, Kluster 2, di sini. Seramai 14 anak yatim dan 57 warga emas dari kampung berkenaan menerima sumbangan

derma yang disampaikan oleh tetamu kehormat, Penghulu Mukim Sengkurong, Awang Haji Musa bin Haji Tahir. Majlis juga diselajurkan dengan berbuka puasa bersama ahli koperasi dan para penduduk kampung. Majlis tersebut merupakan projek tahunan koperasi yang kali ke-7 bagi tahun ini. KSPB ditubuhkan pada tahun 1994 antara lain bermatlamat untuk membantu orang yang kurang berkemampuan di negara ini, khususnya penduduk Kampung Jerudong. Dayang Hartini binti Haji Kahan, ibu salah seorang anak yatim ketika ditemui berkata, koperasi tersebut setiap tahun memberi sumbangan derma kepada anak-anak yatim. Beliau mendoakan semoga para penderma sentiasa dimurahkan rezeki, panjang umur dan mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Manakala bagi Dayang Jamilah binti Adin, ibu kepada salah seorang anak yatim turut melahirkan ucapan terima kasih. Menurutnya, sumbangan derma itu sedikit sebanyak digunakan untuk perbelanjaan persekolahan anaknya. Ketika ditanya mengenai persiapan hari raya, Dayang Jamilah berkata, membeli keperluan sekolah adalah satu keutamaan berbanding persiapan lebaran. Kerana menurutnya, sambutan hari raya biasanya dibuat secara sederhana sahaja. Manakala bagi Awang Haji Mohammad Zunaidi bin Haji Zakaria berpendapat, majlis penyampaian derma seumpama ini lazim diadakan oleh pelbagai pihak. Beliau berdoa semoga mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah Subhanahu Wata'ala.


HARI ISNIN 12 JUN 2017

AGAMA

9


10

NASIONAL

HARI ISNIN 12 JUN 2017

Mukim Serasa, Mentiri bertahlil di Kubah Makam Diraja Berita dan Foto : Ak. Syi’aruddin Pg. Dauddin

AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman selaku Ketua Kampung Masjid Lama, Sabun dan Pelumpong (tengah) semasa hadir pada Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 11 Jun. - Dalam usaha meningkatkan amal ibadah dan menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mubarak ini, hampir 50 penduduk dari Kawasan Zon 1, Mukim Serasa dan Mukim Mentiri mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien

dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, di sini. Hadir di majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman selaku Ketua Kampung Masjid Lama, Sabun dan Pelumpong. Majlis tersebut juga turut disertai Hengyi Industries Sendirian Berhad yang diketuai oleh Naib Presiden Korporat Hengyi, Sheikh Rashid Salam.

Amalan baik dijanjikan ganjaran

PROJEK Jalinan Kasih Kali Ke-9 anjuran Bahagian Radio, Radio Televisyen Brunei (RTB) diteruskan lagi di kediaman Dato Seri Setia Awang Haji Mahali bin Haji Abdullah di Kampung Jangsak bagi meraikan seramai 20 anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa (kiri). Sementara gambar kanan, Pengarah RTB, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu menyempurnakan penyampaian sumbangan berupa makanan asasi dan wang kepada anak-anak yatim.

Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Jun. - Projek Jalinan Kasih Kali Ke-9 anjuran Bahagian Radio, Radio

Televisyen Brunei (RTB) diteruskan lagi di kediaman Dato Seri Setia Awang Haji Mahali bin Haji Abdullah

di Kampung Jangsak bagi meraikan seramai 20 anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan berupa makanan asasi dan wang kepada anak-anak yatim tersebut ialah Pengarah RTB, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu.

Beliau dalam ucapannya antara lain menyatakan bahawa kegiatan kebajikan tersebut merupakan satu usaha yang baik dan patut dibudayakan dalam masyarakat terutama di bulan Ramadan yang berkah ini. Menurut beliau, amalan yang ikhlas tidak diragukan lagi telah dijanjikan ganjaran berlipat ganda apatah

lagi kepada anak-anak yatim dan orang-orang yang kurang berkemampuan. Projek Jalinan Kasih yang bermula sejak tahun 2009 ini juga diadakan di keempat-empat daerah bagi mengagihkan derma serta sumbangan kepada mereka yang terpilih dengan sokongan dari beberapa individu dan syarikat-syarikat swasta.

Empat Pegawai PDB tamat kursus peralihan Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei

SERAMAI empat pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei berjaya menamatkan kursus pegawai peralihan dan menerima sijil masing-masing pada majlis penutup yang disempurnakan oleh Pengarah Pentadbiran Am dan Kewangan, Penolong Pesurujaya Polis (ACP), Pengiran Haji Muhammad bin Pengiran Haji Metali.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Jun. - Seramai empat pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) berjaya menamatkan kursus pegawai peralihan dan menerima sijil masing-masing pada majlis penutup yang berlangsung di Tingkat 2 Ibu Pejabat Polis Tungku Gadong. Penyampaian sijil disempurnakan oleh Pengarah Pentadbiran Am dan Kewangan, Penolong Pesurujaya Polis (ACP), Pengiran Haji Muhammad bin Pengiran Haji Metali selaku tetamu kehormat. Turut hadir Komandan Pusat Latihan Polis, Penguasa Kanan Polis (Senior Superintendnent) Kevin Chiuh Ted Voon; Pegawai-pegawai Kanan Polis dan para jemputan khas yang lainnya.

Para penerima terdiri daripada Inspektor Haji Nordin bin Haji Untong, Inspektor Harun bin Chuchu, Inspektor Mohammad Ali Dzulkri bin Mohammad Taib dan Inspektor Muhd. Hadi bin Muhd Nasiruddin. Kursus intensif selama lima minggu telah bermula pada 1 Mei sehingga 7 Jun dan di sepanjang latihan dijalankan peserta kursus menjalani latihankawad dan pelbagai aktiviti fizikal yang menjadi asas pembentukan disiplin, pelajaran undang-undang, latihan senario serta latihan menembak. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.


NASIONAL

HARI ISNIN 12 JUN 2017

11

761 anak yatim Daerah Belait terima sumbangan

PEGAWAI Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman selaku tetamu kehormat menyampaikan sumbangan derma kepada penerima.

Berita dan Foto : Noraisah Muhammed SERIA, Sabtu, 10 Jun. - Seramai 761 anak yatim berdaftar di Daerah Belait hari ini menerima derma sumbangan daripada Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan berjumlah BND22,830; Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Belait berjumlah BND76,100 dan dari Bank Islam Brunei Darussalam berjumlah BND38,050 bagi membantu dalam persiapan anak-anak yatim menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Tabung Amal Anak-Anak Yatim Daerah Belait menganjurkan Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak

Yatim Daerah Belait di Dewan Pusat Insani, Seria. Tetamu kehormat ialah Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman, acara juga diserikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Awang Haji Asminan bin Haji Chuchu sementara bacaan Tahlil dan Doa Arwah diketuai oleh Bilal Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Lorong Tiga Selatan Seria, Awang Nurhidayatullah bin Haji Zulkiflee, Syarikat Minyak Brunei Shell mendermakan sejumlah BND76,100 kepada anak-anak yatim yang

SUASANA Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Daerah Belait Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi.

disampaikan oleh Pengarah Komersial syarikat tersebut, Dayang Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib. Manakala Syarikat Suasana Mentari Engineering Services Sdn. Bhd. juga ikut serta mendermakan sejumlah BND7,610 kepada anak-anak yatim berkenaan yang disampaikan oleh Pengarah Urusan, Awang Yusof bin Haji Othman dan Pengarah Eksekutif, Kalvin Kong. Pada majlis tersebut Pegawai Daerah Belait juga menerima sumbangan sebanyak BND6,950 dari beberapa syarikat swasta, persatuan dan orang perseorangan. Antaranya ialah dari Dewan Perniagaan Tiong Hua Daerah Belait mendermakan sebanyak BND1,000, Persatuan Hainan mendermakan

238 anak yatim Daerah Temburong menerima derma Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain

PEGAWAI Daerah Temburong, Awang Mohammad Amir Hairil bin Awang Haji Mahmud, selaku Penasihat Tabung Derma Anak-Anak Yatim Daerah Temburong Sesi 2015 - 2017 semasa menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim Daerah Temburong.

TEMBURONG, Sabtu, 10 Jun. - Bagi meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim semasa menyambut bulan Syawal nanti, Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Daerah Temburong berlangsung pagi tadi bertempat di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyaratan Pekan Bangar, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohammad Amir Hairil bin Awang Haji Mahmud, selaku Penasihat Tabung Derma Anak-Anak Yatim Daerah Temburong Sesi 2015 - 2017. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan kemudiannya bacaan tahlil berserta doa selamat diketuai oleh Ketua Imam, Masjid Utama Mohd Salleh, Pekan Bangar, Awang Haji Shafrillah bin Haji Ahmad.

Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada seramai 238 Anak-Anak Yatim Daerah Temburong yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis. Majlis diikuti dengan penyampaian sumbangan derma kepada Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Temburong daripada para penderma yang diterima oleh Pemangku Penolong Pegawai Daerah, Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Suhaili, selaku Pengerusi Tabung Derma Anak-Anak Yatim Daerah Temburong Sesi 2017 - 2019. Hadir sama di majlis tersebut, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu; Ketua-Ketua Cawangan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ahli-ahli Jawatankuasa Tabung Derma

Anak-Anak Yatim Daerah Temburong Sesi 2015 - 2017, peniaga-peniaga dan para penyumbang. Semasa ditemui Pelita Brunei, salah seorang ibu kepada penerima sumbangan, Dayang Norhaziyah binti Abdul Rahman dari Kampung Batang Duri, mewakili anak perempuannya Dayang Izyan, berusia 7 tahun, besyukur di atas sumbangan yang diterima dan berterima kasih kepada para dermawan yang telah sudi menyumbang kepada anak-anak yatim di daerah ini. Menurutnya sumbangan berkenaan sedikit sebanyak akan dapat membantunya mempersiapkan keperluan anaknya bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri manakala sebahagian lagi akan disimpan bagi kegunaan perbelanjaan persekolahan anaknya.

PENERIMA sumbangan dari Kampung Batang Duri, Dayang Izyan, 7, bersama ibunya Dayang Norhaziyah binti Abdul Rahman.

sebanyak BND500, Persatuan Foo Chow Kuala Belait mendermakan sebanyak BND500, Persatuan Kwong Wai Siew mendermakan sebanyak BND500, Persatuan Tai Poo Brunei sebanyak BND500, Persatuan Usia Panjang Kekal mendermakan sebanyak BND300, C.Y.F Welding &

Building Construction mendermakan sebanyak BND600. Sementara Hong Fan Tse mendermakan sebanyak BND500; Ng Ah Heng mendermakan sebanyak BND500, KK Chan Enterprise mendermakan sebanyak BND500, Yong Brothers Air-Conditioning & Electrical Company mendermakan sebanyak BND300, Asia Enterprise mendermakan sejumlah BND1,000 dan Zhong Zhin Hakka Union Association mendermakan BND250. Tabung Amal Daerah Belait juga menerima derma sebanyak BND250 dari Zhong Zhin Hakka Union Association. Dengan adanya majlis tersebut dapatlah membantu meringankan beban anak-anak yatim dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang. Orang ramai yang berhasrat untuk sama-sama membantu dan menambah kutipan Tabung Amal Anak-Anak Yatim Daerah Belait dan bercadang untuk menyampaikan derma berkenaan ke tabung tersebut adalah sangat dialu-alukan dan derma tersebut bolehlah diserahkan terus ke Jabatan Daerah Belait.

MKM dan Tetuan Yusof Halim and Partners anjur Majlis Iftar Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

JERUDONG, Sabtu, 10 Jun. - Bagi sama-sama berkongsi di bulan Ramadan yang mulia ini dengan keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan, Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) bekerjasama dengan Tetuan Yusof Halim and Partners menganjurkan Majlis Iftar bersama para pelanggan MKM di negara ini. Lebih 320 orang terdiri daripada 52 buah keluarga dijemput menghadiri majlis yang berlangsung di Park View Hotel, di sini. Yang Di-Pertua MKM, Datin Paduka Hajah Intan binti Haji Mohd Kassim dalam ucapannya menjelaskan, majlis tersebut antara lain melahirkan penghargaan kepada para penderma atas sumbangan dan kepercayaan yang diberikan kepada pihak MKM selama ini. MKM tambahnya, telah melaksanakan projek-projek bulan

Ramadan sejak hari kedua Ramadan iaitu pengagihan Bubur Lambok MKM dan makanan yang dimasak kepada seramai 400 yang berdaftar di bawah MKM. Satu lagi projek MKM akan dilaksanakan iaitu membuat penghantaran hamper dan juga wang zakat yang belum diagih-agihkan pada hari ini. Hamper tersebut adalah hasil daripada projek MKM yang dinamakan 'MKM Food Drive', di mana penderma boleh mendermakan apa sahaja makanan yang ingin didermakan dan ahli-ahli MKM serta sukarelawan MKM akan membungkuskan menjadi hamper. Pada majlis tersebut, Yang Di-Pertua MKM turut menyempurnakan penyampaian sumbangan dan hamper kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan.

YANG Di-Pertua MKM, Datin Paduka Hajah Intan binti Haji Mohd Kassim semasa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.


12

HARI ISNIN 12 JUN 2017

HARI ISNIN 12 JUN 2017

13

Berkenan berangkat ke Sambutan Nuzul Al-Quran

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1438 Hijrah. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan menganugerahkan hadiah dan cenderamata kepada johan Kategori 'B' Menghafaz Surah-Surah Pilihan iaitu, Awangku Muhammad Fakhrur Razey bin Pengiran Damit (kiri) dan johan Kategori Menghafaz 10 Juz Berserta Pemahamannya Juz 8, Dayang Ainaa Zahirah binti Haji Abdul Manap (kanan).

KEBAWAH DYMM berkenan menganugerahkan hadiah dan cenderamata kepada johan Kategori 'D' Menghafaz 15 Juz Al-Quran dari Juz 1 hingga 15 Berserta Pemahaman Juz 11, Awang Abd Aziz bin Noor Nasran (kiri) dan johan Kategori 'C' Menghafaz 3 Juz Al-Quran iaitu daripada Juz 1 hingga Juz 3 Berserta Pemahaman Juz 1, Dayang Hajah Morhidayatul Mukminah binti Haji Puteh (kanan).

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 11 Jun. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1438 Hijrah di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada majlis tersebut dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Pengerusi berserta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1438H. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Seterusnya diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama yang antara lain menyembahkan mengenai tema Nuzul Al-Quran pada tahun ini iaitu 'Al-Quran Temanku Menceriakan Hidupku'. Menurut Yang Berhormat, tema tersebut mengungkapkan suatu ajakan ataupun suatu seruan supaya seseorang yang inginkan kebahagiaan hidup yang sebenar supaya bertemankan Al-Quran kerana Al-Quran itu akan memandu dan menyuluhi jalan hidupnya. Yang Berhormat berkata, Allah Subhanahu Wata'ala sendiri menyebutkan Al-Quran itu suatu nur iaitu cahaya yang terang benderang. ''Tepat sekali dengan mafhum ayat 174 dan 175 Surah An-Nisaa' yang mengingatkan sekalian manusia bahawa di samping mukjizat Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam itu adalah suatu bukti yang benar tentang kerasulan baginda maka wahyu Allah (Al-Quran) adalah menjadi nur cahaya yang terang benderang bagi orang-orang yang menjadikannya pedoman dan ikutan dalam perjalanan hidupnya ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat,'' jelas Yang Berhormat. Yang Berhormat menambah, dengan berpedomankan nur yang terang benderang itu seseorang tidak akan sesat jalan atau tergelincir daripada landasan yang dijalaninya. ''Sebaliknya dia akan menjalani hidup yang selayaknya bahagia berpedomankan ajaran Allah Subhanahu Wata'ala. Lalu ketika itu wajar sekali hidupnya ceria dan dia akan menyebarkan cahaya keceriaan itu kepada lingkungan sekitarnya terutama sekali dalam kalangan keluarganya,'' ujar Yang Berhormat. Majlis kemudian diteruskan dengan pengurniaan titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara diteruskan lagi dengan

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan beramah mesra bersama para peserta dan pemenang Musabaqah Al-Quran mengikut kategori masing-masing (atas kiri, atas kanan dan bawah kiri).

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia bersama paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik berkenan menerima junjung ziarah (atas kanan dan kanan).

Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Muhammad Asri Haji Awang Abas

Pemakluman Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan dan Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS yang disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Hakim selaku Pemangku Pengarah Pusat Da'wah Islamiah, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh. Majlis turut diserikan dengan Persembahan Hafazan Berserta Pemahamannya dari Peserta Terbaik Musabaqah. Kebawah DYMM berkenan

menganugerahkan hadiah-hadiah kepada para pemenang Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan dan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Beserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS. Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran pada tahun ini diungkayahkan bersama dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan, Bank Islam Brunei Darussalam, Perbadanan Tabung Amanah Islam dan Takaful Brunei Darussalam.


14

JAWATAN KOSONG / IKLAN

HARI ISNIN 12 JUN 2017

TARIKH IKLAN : 22 FEBRUARI 2017. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 08 MAC 2017. BILANGAN IKLAN : 16/02/2017(SPA/BIKL).

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH1 :

PERATURAN 7 (a) GAJI HARI Syarat-Syarat Am : a) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. b) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian ugama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam. c) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di negara ini. d) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN. GH1. PEGAWAI PENDIDIKAN INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN PG.3 [BAHAGIAN II] KEKOSONGAN= EMPAT (04) KELAYAKAN MINIMUM: 1. a) Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pendidikan atau pengkhususan disiplin di dalam bidang yang diperlukan seperti berikut:i) Aircraft Maintenance Engineering (Avionics) / Aeronautical Engineering. ii) Audio Video and Broadcast Technology / Audio and Video Engineering. iii) Hospitality Management / Culinary Arts / Culinary Management / Hospitality Business Management / International Hospitality Management / Hotel and Hospitality Management / Hospitality and Events Management / Hotel Management. iv) Library Information Services / Information and Library Studies / Information and Library Studies. 2. Mempunyai kelulusan-kelulusan berikut adalah kelebihan:i. Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Dua Atas (Upper Second Class) ii. Ijazah Sarjana (Masters by Coursework or Research) 3. Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang yang dikehendaki oleh jawatan dari segi teori dan amali. 4. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau lain-lain bahasa antarabangsa dengan baik. TUGAS DAN PENDIDIKAN:

TANGGUNGJAWAB

PEGAWAI

SECARA AM: 1. Tenaga pengajar sepenuh masa. 2. Boleh dilantik untuk memimpin atau mentadbir jabatan atau bahagian sekolah atau kegiatan-kegiatan bukan akademik atau kokurikulum. 3. Memberikan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pentadbir sekolah. DI INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI: 1. Mengajar termasuk mengendalikan kelas atau bengkel, penyediaan pengajaran teori dan latihan amali sehingga ke peringkat Higher National Technical Education Certificate (HNTec). 2. Bertanggungjawab dalam pengurusan pelajar seperti penyediaan penilaian, laporan kedatangan dan aktiviti latihan. 3. Melibatkan diri dalam meningkatkan perkembangan kurikulum pendidikan teknikal. 4. Melibatkan diri dengan industri untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar. 5. Menjalankan apa jua tugasan yang diarahkan oleh pihak atasan.

NOTA : Pemohon hendaklah melengkapkan borang 'Job Application Form' IBTEyang lengkap diisikan berserta salinan surat beranak, kad pintar, surat-surat akuan, sijil-sijil yang berkenaan, dua keping gambar berukuran pasport dan dihantar ke alamat berikut :

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI SIMPANG 347, JALAN PASAR BAHARU GADONG, BE1310 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

g. Bagi iklan jawatan bilangan GH 1 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA 1. 1. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang

dikendalikan

oleh

badan-badan

yang

dihadapkan

bersama

borang

profesional permohonan

hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH 1 ADALAH PADA RABU 08 MAC 2017.

Negara Brunei Darussalam (selepas ini dipanggil kerajaan). 2. 4 kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei -

PEMBERITAHUAN : 1. Penggunaan Borang SPA / 1 a. Semua permohonan hendaklah dengan mengisikan borang SPA / 1. b. Semua pemohon dikehendaki mengisikan satu (1) Borang SPA / 1 khusus untuk satu kementerian / jabatan, di mana kekosongan berada. c. Pemohon yang memohon lebih dari satu (1) jawatan dikehendaki untuk mengisikan borang SPA / 1 mengikut jumlah jawatan yang dipohonkan. d. Borang SPA / 1 boleh didapati di laman sesawang Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (www.spa.gov.bn) klik Muat Turun, kemudian pilih Borang SPA / 1 dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah. e. Sijil-sijil akademik asal (asli) hendaklah dibawa semasa menghadapkan permohonan borang SPA / 1 untuk pengesahan. f. Pemohon hendaklah menyertakan dua (2) keping gambar terkini berukuran pasport.

Cambridge

Peringkat

Biasa

hendaklah

diperoleh dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut. 3. Permohonan yang lewat tidak akan dilayan. 4. serta

Maklumat

mengenai

borang-borang

iklan-iklan

permohonan

juga

jawatan boleh

kosong diperoleh

di pejabat-pejabat kerajaan dan pusat awam seperti berikut :

• Pejabat Daerah Belait; • Pejabat Daerah Temburong; • Pejabat Daerah Tutong; •

Jabatan

Buruh,

Bahagian

Tingkat 4, Jalan Menteri Besar. www.recruitment.gov.bn

Perkhidmatan

Pekerjaan


IKLAN

HARI ISNIN 12 JUN 2017

LEMBAGA BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI KENYATAAN BAGI MENDAPATKAN TAWARAN SEBUT HARGA BILANGAN RUJUKAN : JBBSB/SH/2017-2018/19/UP TAJUK SEBUT HARGA : ONE (1) YEAR TERM CONTRACT FOR MAINTENANCE WORKS OF WASTE PIPE SYSTEM AT GERAI TAMU SELERA, JALAN DATO TAIB, BANDAR SERI BEGAWAN TARIKH TUTUP : KHAMIS, 29 JUN 2017, JAM 2.00 PETANG KETERANGAN LANJUT BOLEH DIPEROLEH DARI : UNIT PEMULIHARAAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKALJABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN TINGKAT 6 BANGUNAN PUSAT KOMERSIAL & PERDAGANGAN BUMIPUTERA JALAN CATOR BANDAR SERI BEGAWAN. 1. SEBUT HARGA adalah dipelawa dari syarikat-syarikat dan pembekalpembekal yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam menurut Seksyen 16 dan 17 dari akta Nama-Nama Perniagaan (Business Names Act) dan sebut harga ini hanya layak bagi syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal yang mempunyai kategori kerja Kod KA 04 (Pembersihan dan penyedutan saluran pembentungan, tangki septik, stesen pengepam dan logi rawatan) dan kelas I atau II sahaja. 2. Dokumen sebut harga dikenakan bayaran /

LEMBAGA BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

caj sebanyak BND2.00 (Dua Ringgit Brunei) bagi pendaftaran dan BND10.00 (Sepuluh Ringgit Brunei) bagi yuran pentadbiran dan tarikh tutup bagi mendapatkan dokumen sebut harga berkenaan ialah pada Rabu, 28 Jun 2017, jam 2.00 Petang. 3. Sebut Harga dan salinan Sijil Pendaftaran di bawah Seksyen 16 dan 17 yang disebutkan di atas hendaklah dihadapkan dalam sampul surat tertutup dengan menulis di sebelah luarnya bilangan rujukan serta tarikh tutup sahaja tanpa menunjukkan sebarang identiti pengirim atau tajuk sebut harga kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA MENELITI TAWARAN DAN SEBUT HARGA JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN 4. Sampul surat berkenaan hendaklah dimasukkan ke : PETI TAWARAN SEBUT HARGA TINGKAT 3 BANGUNAN JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN JALAN PERDANA MENTERI, BA1512 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 5. Jika penender berhajat untuk membatalkan atau tidak ikut serta dalam tawaran ini, dokumen asal hendaklah dikembalikan dengan tata cara sama seperti para 3 dan 4. 6. Dokumen sebut harga mestilah yang asal dan sebarang dokumen yang dicetak semula tanpa pengetahuan Jawatankuasa Meneliti Tawaran dan sebut harga akan dibatalkan dari ikut serta dalam tawaran ini. 7. Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran yang termurah atau seumpamanya.

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI JABATAN PERDANA MENTERI

KENYATAAN BAGI MENDAPATKAN TAWARAN SEBUT HARGA BILANGAN RUJUKAN : JBBSB/SH/2017-2018/14/UP TAJUK SEBUT HARGA : ONE (1) YEAR TERM CONTRACT FOR MAINTENANCE WORKS OF GREASE TRAP AND WASTE PIPE SYSTEM FOR FOOD STALL AT 7TH FLOOR BCTC BUILDING, BANDAR SERI BEGAWAN TARIKH TUTUP : KHAMIS, 22 JUN 2017, JAM 2.00 PETANG KETERANGAN LANJUT BOLEH DIPEROLEH DARI : UNIT PEMULIHARAAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN TINGKAT 6 BANGUNAN PUSAT KOMERSIAL & PERDAGANGAN BUMIPUTERA JALAN CATOR BANDAR SERI BEGAWAN. 1. SEBUT HARGA adalah dipelawa dari syarikat-syarikat dan pembekalpembekal yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam menurut Seksyen 16 dan 17 dari akta Nama-Nama Perniagaan (Business Names Act) dan sebut harga ini hanya layak bagi syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal yang mempunyai kategori kerja Kod KA 04 (Pembersihan dan penyedutan saluran pembentungan, tangki septik, stesen pengepam dan logi rawatan) dan kelas I atau II sahaja.

PENENDER-PENENDER adalah di pelawa untuk menge-

2. Dokumen sebut harga dikenakan bayaran / caj sebanyak BND2.00 (Dua Ringgit Brunei) bagi pendaftaran dan BND10.00 (Sepuluh Ringgit Brunei) bagi yuran pentadbiran dan tarikh tutup bagi mendapatkan dokumen sebut harga berkenaan ialah pada Rabu, 21 Jun 2017, jam 12.00 Tengah Hari. 3. Sebut Harga dan salinan Sijil Pendaftaran di bawah Seksyen 16 dan 17 yang disebutkan di atas hendaklah dihadapkan dalam sampul surat tertutup dengan menulis di sebelah luarnya bilangan rujukan serta tarikh tutup sahaja tanpa menunjukkan sebarang identiti pengirim atau tajuk sebut harga kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA MENELITI TAWARAN DAN SEBUT HARGA JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN 4. Sampul surat berkenaan hendaklah dimasukkan ke : PETI TAWARAN SEBUT HARGA TINGKAT 3 BANGUNAN JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN JALAN PERDANA MENTERI, BA1512 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 5. Jika penender berhajat untuk membatalkan atau tidak ikut serta dalam tawaran ini, dokumen asal hendaklah dikembalikan dengan tata cara sama seperti para 3 dan 4. 6. Dokumen sebut harga mestilah yang asal dan sebarang dokumen yang dicetak semula tanpa pengetahuan Jawatankuasa Meneliti Tawaran dan sebut harga akan dibatalkan dari ikut serta dalam tawaran ini. 7. Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran yang termurah atau seumpamanya.

dan Perbekalan, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Polis Gadong

Lembaga Tawaran Kecil

pada waktu bekerja iaitu Isnin hingga Khamis dari Jam 8.00

Jabatan Perdana Menteri

Pagi hingga 11.30 Pagi dan 2.00 Petang hingga 3.00 Petang dan

Level 1 Bangunan Jabatan Perdana Menteri

Sabtu mukakan tawaran bagi 1 kerja berikut :

dari

Jalan Menteri Besar

jam 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi.

Bandar Seri Begawan

SEMASA BULAN RAMADAN BERMULA JAM 8.00 PAGI

Negara Brunei Darussalam. 3. Yuran Tawaran (Tender Fee) dikehendaki dibayar dengan

HINGGA 2.00 PETANG

1. RBPF / TPROC / RC / 014 - QM

15

2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar kealamat yang tersebut

WANG TUNAI sahaja dan wang tidak dikembalikan kepada

THE SUPPLY AND DELIVERY OF COMPOSITE RA-

dibawah dalam sampul surat yang tertutup dengan ditulis bilangan

setiap pemborong sama ada yang berjaya atau tidak berjaya

TIION POUCH FOR ROYAL BRUNEI POLICE FORCE

dan nama tawaran tanpa menunjukkan identity pemborong tidak

setelah menghantar tawaran yang jujur (bona-fide-tender).

lewat jam: 2.00 Petang, Selasa 11 JULAI 2017.

Kadar yuran tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam

Tarikh terakhir mengambil Borang Tawaran adalah pada hari

Iklan Tawaran. Pembayaran boleh dibuat pada hari dan waktu

Khamis 6 Julai 2017.

bekerja dari jam 8.00 Pagi di Bahagian Kewangan, Aras

FOR THREE (3) YEARS Yuran Tawaran : BND500.00 + BND5.00 (Tidak Dikembalikan) 1. Dokumen tawaran boleh diperolehi daripada Unit Pembelian

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI TAJUK TAWARAN : 1. UNISSA/SB0008/2017/2018 SUPPLY AND DELIVERY RENTAL OF PHOTOCOPIER MACHINE FOR UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI FOR SIX (6) MONTHS 1. TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal tempatan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Dokumen tawaran boleh didapati :

Bawah , Ibu Pejabat Polis Gadong.

Pengerusi

TINGKAT 1 BANGUNAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN SIMPANG 347, JALAN PASAR BAHARU GADONG, BE1310 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 3. Pada waktu-waktu seperti berikut : Isnin hingga Khamis 8.30 Pagi hingga 11.00 Pagi 2.00 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.30 Pagi hingga 10.00 Pagi

dan tidak akan dikembalikan kepada setiap syarikat-syarikat dan pembekal- pembekal sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah. 5. Tawaran yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang disedia di Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran dan Kewangan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan dialamatkan kepada: Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Universiti Islam Sultan Sharif Ali Simpang 347, Jalan Pasar Baharu Gadong, BE1310

BAHAGIAN KEWANGAN

4. Yuran tawaran adalah BND10.00 sahaja

Negara Brunei Darussalam.

6. Tawaran hendaklah disimpan di dalam sampul surat tertutup rapi. Pada sampul surat berkenaan hendaklah ditulis di sebelah kiri atas tanpa menyatakan sebarang nama atau logo syarikat. 7. Tawaran hendaklah dikembalikan tidak lewat pada 22 Jun 2017, Rabu, jam 10.00 Pagi. Tawaran yang lewat dihantar tidak akan diterima. 8. Sijil pendaftaran syarikat dari Pejabat Peguam Negara (Form 16 dan 17 / Form X) hendaklah disertakan bersama tawaran. 9. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau sebarang tawaran.


IKLAN

16

HARI ISNIN 12 JUN 2017

JABATAN TANAH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

BILANGAN : TANAH 01 / 2017 TAJUK TAWARAN : TAWARAN KERJA-KERJA PEMELIHARAAN BANGUNAN JABATAN TANAH, JABATAN UKUR DAN JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TARIKH TUTUP : 20 JUN 2017 HARI : SELASA JAM 2.00 PETANG 1. TAWARAN adalah dipelawa dari Syarikat-Syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Borang tawaran dan keterangan lanjut mengenai perkara ini bolehlah diperolehi di Tingkat 4, Unit Kewangan, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Pejabat Pesuruhjaya Tanah, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam semasa waktu pejabat dibuka. 3. Pemborong yang berhasrat mengikuti tawaran ini hendaklah membayar yuran tawaran berjumlah BND20.00 (Ringgit : Dua Puluh Ringgit Brunei sahaja]) yang tidak akan dikembalikan kepada penender-penender samaada yang berjaya atau tidak berjaya. Waktu perkhidmatan Kaunter Pembayaran di Pejabat Tanah Brunei dan

Muara : Isnin hingga Khamis dan Sabtu : 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 4. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup rapi, BILANGAN TAWARAN, TAJUK TAWARAN DAN TARIKH TUTUP TAWARAN hendaklah ditulis di depan sampul surat tanpa menunjukkan identiti pemborong dan ditujukan kepada : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Kementerian Pembangunan Tingkat Bawah Bangunan Kementerian Pembangunan Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam. 5. Pemborong hendaklah menyertakan salinan Sijil Pendaftran Akta Nama Perniagaan (Cerificate of Registration Business Names Act). 6. Tawaran yang lewat diterima dan tarikh dan waktu yang dinyatakan diatas tidak akan dilayan. 7. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya terikat untuk menerima tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran yang tidak munasabah.

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Maklumat lanjut mengenai, syarat-syarat dan harta benda, lokasi-lokasi dan borang sebutharga, sila berhubong ditalian 4260721 Ext 213 di Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

JABATAN BANDARAN TUTONG KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI 4.

PEMBERITAHUAN TAWARAN TAJUK TAWARAN : PERMOHONAN CADANGAN (REQUEST

Tawaran-tawaran

hendaklah

juga

PENGURUSAN DANPENGENDALIAN BAGI GERAI PERAYAAN SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG

Saman No. BM / MRS / MAL-B / S008A / 228 / 03-2017.

ROSILA BINTI ISA - Plaintif Pemohon

HAJAH KHAIRUNNISA BINTI HAJI ZAINAL ABIDIN - Plaintif Pemohon

DAN

DAN

HASRIN BIN HAJI JAWIE - Defendan Responden

MOHAMMAD NOOR ARIFFIN BIN YUSOF - Defendan Responden

of Directors) dan salinan kad pengenalan. 5. dan

Tawaran-tawaran dimasukkan

hendaklah ke

dihantar

dalam

PETI

TAWARAN bertempat di Aras Bawah, Jabatan

Bandaran

Tutong,

Bangunan

Jabatan-Jabatan Kerajaan, Bukit Bendera,

KEPADA :HASRIN BIN HAJI JAWIE, NO. KAD PENGENALAN : 00-112782 (KUNING), BERALAMAT : NO. 22, JALAN KAMANGSI SELATAN, KAMPUNG MERAGANG, JALAN MUARA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM .

PENGERUSI JAWATANKUASA

DARUSSALAM YANG KE-71 TAHUN

MENELITI TAWARAN DAN

BAGI DAERAH TUTONG TAHUN 2017

SEBUT HARGA JABATAN BANDARAN TUTONG

BILANGAN TAWARAN :

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

JBT / S / 02 / 2017 - 2018

Kamu adalah dengan ini disaman supaya hadir secara sendiri atau melalui Peguam Syari'e kamu di hadapan Mahkamah Rendah Syariah di Daerah Brunei dan Muara pada Isnin pada 19 Jun 2017 / 24 Ramadan 1438H, pukul 9.00 Pagi untuk menjawab tuntutan terhadap kamu oleh plaintif yang dinamakan di atas bagi Tuntutan Cerai Kerana Dharar Syar'ie.

6. Borang tawaran boleh didapati di Kaunter Bahagian Kewangan, Jabatan Bandaran Tutong, Aras

Bawah,

Bangunan 1.

TAWARAN-TAWARAN

dipelawa

dari

syarikat-syarikat

adalah yang

Jabatan

Bandaran

Jabatan-Jabatan

Tutong, Kerajaan,

Daerah Tutong. 7.

Mana-mana

tawaran

yang

diterima

selepas tarikh tutup tawaran tidak akan

berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat tertutup tanpa menunjukkan

dilayan. 8. Bayaran sebanyak BND2.00 hendaklah dijelaskan semasa mengambil borang tawaran

identiti pengirim. surat

dan yuran tawaran tidak akan dikembalikan jika

berkenaan hendaklah ditulis bilangan tawaran

sekiranya syarikat yang turut serta tidak berjaya

serta tarikh tutup tawaran.

dalam tawaran tersebut.

3.

Pada

bahagian

atas

sampul

ANTARA

salinan sijil perniagaan (Business Names

Daerah Tutong dan dialamatkan kepada :

RABU, 10 MEI 2017, JAM 2.00 PETANG

Saman No. KB / MRS / MAL-B / S010A / 031 / 03-2017.

ANTARA

DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI

TARIKH TUTUP TAWARAN :

PERINTAH ACARA MAL MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH, 2005 SAMAN GANTIAN DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI DAERAH BELAIT DALAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

menyertakan salinan pendaftaran syarikat,

of Enactment Section 16 and 17 atau List

FOR PROPOSAL) TAWARAN

PERINTAH ACARA MAL MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH, 2005 SAMAN GANTIAN DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI DAERAH BRUNEI DAN MUARA DALAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingkar hadir di mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan, mahkamah boleh meneruskan untuk mendengarkan dan memutuskan kes tanpa kehadiran kamu. Dan sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingin membela diri terhadap tuntutan tersebut, kamu hendaklah memfailkan di mahkamah ini dan menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang disebut di atasatau hadir di mahkamah pada tarikh itu. Bertarikh : 18 Rejab 1438H / 15 April 2017M. (METERAI) Daerah Brunei dan Muara Negara Brunei Darussalam.

KEPADA : MOHAMMAD NOOR ARIFFIN BIN YUSOF, (defendan yang dinamakan diatas) beralamat : NO. 725, B5, Spg 84-58-12, Jalan Singa Menteri, Kuala Belait. Kamu adalah dengan ini disaman supaya hadir secara sendiri atau melalui Peguam Syari'e kamu di hadapan Mahkamah Rendah Syariah di Daerah Belait pada hari Rabu pada 26 Ramadan 1438H / pukul 9.00 Pagi untuk menjawab tuntutan terhadap kamu oleh plaintif yang dinamakan di atas bagi Tuntutan Perceraian . Sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingkar hadir di mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan, mahkamah boleh meneruskan untuk mendengarkan dan memutuskan kes tanpa kehadiran kamu. Dan sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingin membela diri terhadap tuntutan tersebut, kamu hendaklah memfailkan di mahkamah ini dan menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang disebut di atasatau hadir di mahkamah pada tarikh itu. Bertarikh pada : Syaaban 1438H / Mei 2017M. PENOLONG PENDAFTAR Mahkamah Rendah Syariah Daerah Belait Negara Brunei Darussalam.


HARI ISNIN 12 JUN 2017

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PERINTAH ACARA MAL MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH, 2005 SAMAN GANTIAN DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI DAERAH BRUNEI DAN MUARA DALAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Saman No. BM / MRS / MAL-A / P015A / 221 / 03-2017. ANTARA ZURAINAH BINTI HAJI ISMAIL - Plaintif Pemohon DAN HASRIN BIN HAJI MD JAWIE - Defendan Responden KEPADA :HASRIN BIN HAJI JAWIE, NO. KAD PENGENALAN : 00-112782 (KUNING), BERALAMAT : NO. 22, JALAN KAMANGSI SELATAN, KAMPUNG MERAGANG, JALAN MUARA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM . Kamu adalah dengan ini disaman supaya hadir secara sendiri atau melalui Peguam Syari'e kamu di hadapan Mahkamah Rendah Syariah di Daerah Brunei dan Muara pada hari Khamis pada 22 Jun 2017M / 27hb Ramadan 1438H, pukul 10.30 Pagi untuk menjawab tuntutan terhadap kamu oleh plaintif yang dinamakan di atas bagi Permohonan Perintah Interim Hadhanah. Sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingkar hadir di mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan, mahkamah boleh meneruskan untuk mendengarkan dan memutuskan kes tanpa kehadiran kamu. Dan sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingin membela diri terhadap tuntutan tersebut, kamu hendaklah memfailkan di mahkamah ini dan menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang disebut di atas atau hadir di mahkamah pada tarikh itu. Bertarikh : 28 Sya'ban 1438H / 25 Mei 2017M. (METERAI) Mahkamah Rendah Syariah Daerah Brunei dan Muara Negara Brunei Darussalam PERINTAH ACARA MAL MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH, 2005 SAMAN GANTIAN DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI DAERAH BRUNEI DAN MUARA DALAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Saman No. BM / MRS / MAL-B / S010A / 220 / 03-2017. ANTARA ZURAINAH BINTI HAJI ISMAIL - Plaintif Pemohon DAN HASRIN BIN HAJI MD JAWIE - Defendan Responden KEPADA :HASRIN BIN HAJI JAWIE, NO. KAD PENGENALAN : 00-112782 (KUNING), BERALAMAT : NO. 22, JALAN KAMANGSI SELATAN, KAMPUNG MERAGANG, JALAN MUARA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Kamu adalah dengan ini disaman supaya hadir secara sendiri atau melalui Peguam Syari'e kamu di hadapan Mahkamah Rendah Syariah di Daerah Brunei dan Muara pada hari Khamis pada 22 Jun 2017M / 27hb Ramadan 1438H, pukul 10.30 Pagi untuk menjawab tuntutan terhadap kamu oleh plaintif yang dinamakan di atas bagi Tuntutan Cerai Fasakh. Sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingkar hadir di mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan, mahkamah boleh meneruskan untuk mendengarkan dan memutuskan kes tanpa kehadiran kamu. Dan sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingin membela diri terhadap tuntutan tersebut, kamu hendaklah memfailkan di mahkamah ini dan menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang disebut di atas atau hadir di mahkamah pada tarikh itu. Bertarikh : 27 Sya'ban 1438H / 24 Mei 2017M. (METERAI) Mahkamah Rendah Syariah Daerah Brunei dan Muara Negara Brunei Darussalam

IKLAN

17

JABATAN PENERANGAN JABATAN PERDANA MENTERI Bilangan Sebut Harga : INFO / P / 76 Tajuk Sebut Harga : MEMBEKAL DAN MEMASANG BAGI PENYEWAAN MEJA, KERUSI DAN LED TV BAGI PUSAT MEDIA SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS 50 TAHUN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENAIKI TAKHTA TEMPAT : PUSAT BELIA Tarikh Tutup Sebut Harga : RABU, 21 JUN 2017, JAM 10.00 PAGI SYARAT-SYARAT IKLAN SEBUT HARGA : 1. SEBUT HARGA adalah dipelawa daripada Syarikat-Syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Borang-borang sebut harga boleh diperolehi di Tingkat 4, Unit Kewangan, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bangunan Tambahan (Baru), Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama, Berakas, BB3510 Negara Brunei Darussalam pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 8.30 Pagi hingga 11.45 Pagi dan hari Sabtu pada jam 8.30 Pagi hingga 10.00 Pagi. 3. Setiap borang sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah menyertakan Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan. 4. Sebut harga hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan ditutup rapi. Pada bahagian atas kiri sampul surat hendaklah ditulis Bilangan Sebut Harga, Tajuk Sebut Harga dan tarikh tutup sebut harga tanpa menunjukkan identiti pemohon dan ditujukan kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA SEBUT HARGA JABATAN PENERANGAN JABATAN PERDANA MENTERI BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 5. Sebut harga hendaklah dimasukan ke dalam Peti Sebut Harga, Aras bawah, Bangunan Asal (Lama) Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama, Berakas, BB3510 Negara Brunei Darussalam tidak lewat dari jam 10.00 Pagi pada hari Rabu, 21 Jun 2016. 6. Sebut harga yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.

JABATAN PENERANGAN JABATAN PERDANA MENTERI Bilangan Sebut Harga : INFO / P / 76 Tajuk Sebut Harga : MEMBEKAL DAN MEMASANG BAGI PENYEWAAN MEDIA PLATFORM SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS 50 TAHUN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENAIKI TAKHTA Tarikh Tutup Sebut Harga : HARI RABU, 21 JUN 2017, JAM 10.00 PAGI SYARAT-SYARAT IKLAN SEBUT HARGA : 1. SEBUT HARGA adalah dipelawa daripada Syarikat-Syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Borang-borang sebut harga boleh diperolehi di Tingkat 4, Unit Kewangan, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bangunan Tambahan (Baru), Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama, Berakas, BB3510 Negara Brunei Darussalam pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 8.30 Pagi hingga 11.45 Pagi dan hari Sabtu pada jam 8.30 Pagi hingga 10.00 Pagi. 3. Setiap borang sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah menyertakan Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan. 4. Sebut harga hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan ditutup rapi. Pada bahagian atas kiri sampul surat hendaklah ditulis Bilangan Sebut Harga, Tajuk Sebut Harga dan tarikh tutup sebut harga tanpa menunjukkan identiti Pemohon dan ditujukan kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA SEBUT HARGA JABATAN PENERANGAN JABATAN PERDANA MENTERI BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 5. Sebut harga hendaklah dimasukan ke dalam Peti Sebut Harga, Aras bawah, Bangunan Asal (Lama) Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama, Berakas, BB3510 Negara Brunei Darussalam tidak lewat dari jam 10.00 Pagi pada hari Rabu, 21 Jun 2017. 6. Sebut harga yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.


18

IKLAN

HARI ISNIN 12 JUN 2017

JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONGPEMBORONG YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DI DALAM KELAS : III, IV & V SAHAJA KATEGORI : (5j SAHAJA) - (KOD LAMA) M01 SAHAJA - (KOD BARU) TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : 20 JUN 2017 (SELASA) TARIKH TUTUP TAWARAN : 4 JULAI 2017 (SELASA) TIDAK LEWAT DARI JAM : 2.00 PETANG BILANGAN TAWARAN : JKR / DME / 07 / BPB / 2017 NAMA PROJEK : TERM CONTRACT FOR OPERATION & MAINTENANCE WORKS FOR AIR CONDITIONING SYSTEM FOR GROUP LOCATION 1 FOR 3 YEARS YURAN TAWARAN : BND100.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) BILANGAN TAWARAN : JKR / DME / 08 / BPB / 2017 NAMA PROJEK : TERM CONTRACT FOR OPERATION & MAINTENANCE WORKS FOR AIR CONDITIONING SYSTEM FOR GROUP LOCATION 2 FOR 3 YEARS YURAN TAWARAN : BND50.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) BILANGAN TAWARAN : JKR / DME / 09 / BPB / 2017 NAMA PROJEK : TERM CONTRACT FOR OPERATION & MAINTENANCE WORKS FOR AIR CONDITIONING SYSTEM FOR GROUP LOCATION 3 FOR 3 YEARS YURAN TAWARAN : BND100.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) BILANGAN TAWARAN : JKR / DME / 10 / BPB / 2017 NAMA PROJEK : TERM CONTRACT FOR OPERATION & MAINTENANCE WORKS FOR AIR CONDITIONING SYSTEM FOR GROUP LOCATION 4 FOR 3 YEARS YURAN TAWARAN : BND50.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) BILANGAN TAWARAN : JKR / DME / 11 / BPB / 2017 NAMA PROJEK : INSTALLATION OF TEMPORARY SPLIT UNIT AND PORTABLE AIR CONDITIONING IN CONJUCTION FOR HIS MAJESTY CEREMONIES FOR VARIOUS LOCATION FOR 3 YEARS YURAN TAWARAN : BND30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONGPEMBORONG YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DI DALAM KELAS : II, III, IV & V SAHAJA KATEGORI : (7a SAHAJA) -(KOD LAMA) E01 SAHAJA - (KOD BARU) TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : 20 JUN 2017 (SELASA) TARIKH TUTUP TAWARAN : 4 JULAI 2017 (SELASA) TIDAK LEWAT DARI JAM : 2.00 PETANG BILANGAN TAWARAN : JKR / DME / 12 / BPB / 2017 NAMA PROJEK : ELECTRICAL MAINTENANCE WORK FOR GOVERNMENT BUILDINGS IN OLD AIRPORT AREA FOR ZONE 'A'

FOR A PERIOD OF THREE (3) YEARS YURAN TAWARAN : BND50.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) BILANGAN TAWARAN : JKR / DME / 13 / BPB / 2017 NAMA PROJEK : TERM CONTRACT FOR ELECTRICAL MAINTENANCE WORK FOR GOVERNMENT BUILDINGS IN JALAN MENTERI BESAR (ZONE 'B') & BERAKAS, LAMBAK, MUARA, VVIP HOUSING (ZONE 'E') FOR A PERIOD OF THREE (3) YEARS YURAN TAWARAN : BND50.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) BILANGAN TAWARAN : JKR / DME / 14 / BPB / 2017 NAMA PROJEK : ELECTRICAL MAINTENANCE WORK FOR GOVERNMENT BUILDINGS IN BANDAR SERI BEGAWAN (ZONE 'C') & GADONG (ZONE 'D') FOR A PERIOD OF THREE (3) YEARS YURAN TAWARAN : BND50.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) BILANGAN TAWARAN : JKR / DME / 15 / BPB / 2017 NAMA PROJEK : TERM CONTRACT FOR ELECTRICAL MAINTENANCE WORK FOR INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (ICC) FOR A PERIOD OF THREE (3) YEARS YURAN TAWARAN : BND30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) Syarat-Syarat Tawaran : TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Tingkat Bawah, Kementerian Pembangunan, Berakas, BB3510, Negara Brunei Darussalam (kecuali) lain dari alamat yang dinyatakan dalam iklan atau dokumen tawaran. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan tajuk projek yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantar ke alamat yang dinyatakan dalam dokumen tawaran. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah dilihat dan diperoleh dari Unit Pembahagian Dokumen, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Dokumen tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait (bilangan tawaran yang dimulai dengan huruf (''JKR/DBSKB ...'') bolehlah dilihat dan diperoleh dari Unit Kontrak, Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam. Yuran tawaran tidak akan dikembalikan kepada mana juga kontraktor sama ada berjaya atau tidak kecuali kerja-kerja yang ditawarkan dibatalkan. Sebelum dokumen-dokumen tawaran dikeluarkan, setiap pemborong dikehendaki membawa sijil pendaftaran kontraktor dan pembekal yang menunjukkan bahawa pemborong adalah yang berdaftar di Kementerian Pembangunan dalam kelas yang ditetapkan dan dikehendaki membayar yuran tawaran. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang terendah atau lain-lain tawaran.

JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DI DALAM KELAS : III, IV & V SAHAJA KATEGORI : (5j SAHAJA) -(KOD LAMA) M01 SAHAJA - (KOD BARU) TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : 20 JUN 2017 (SELASA) TARIKH TUTUP TAWARAN : 4 JULAI 2017 (SELASA) TIDAK LEWAT DARI JAM : 2.00 PETANG BILANGAN TAWARAN : JKR / DBSKB001 / 2017 NAMA PROJEK : PEMBINAAN BANGUNAN “STANDBY GENERATOR” UNTUK STESEN TAPISAN AIR MENTAH BADAS. NO. PROJEK : 2017 / ADKB / B00405 / 003001 - 01 YURAN TAWARAN : BND50.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) BILANGAN TAWARAN : JKR / DBSKB002 / 2017 NAMA PROJEK : KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH CERUN DI KM 16 DAN KM 25, JALAN MERANGKING-BUAU. NO. PROJEK : 2017 / ADKB / B00411 / 002001 - 01 YURAN TAWARAN : BND50.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) Syarat-Syarat Tawaran : TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Tingkat Bawah, Kementerian Pembangunan, Berakas, BB3510, Negara Brunei Darussalam (kecuali) lain dari alamat yang dinyatakan dalam iklan atau dokumen tawaran. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan tajuk projek yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantar ke alamat yang dinyatakan dalam dokumen tawaran. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah dilihat dan diperoleh dari Unit Pembahagian Dokumen, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Dokumen tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait (bilangan tawaran yang dimulai dengan huruf (''JKR/DBSKB ...'') bolehlah dilihat dan diperoleh dari Unit Kontrak, Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam. Yuran tawaran tidak akan dikembalikan kepada mana juga kontraktor sama ada berjaya atau tidak kecuali kerja-kerja yang ditawarkan dibatalkan. Sebelum dokumen-dokumen tawaran dikeluarkan, setiap pemborong dikehendaki membawa sijil pendaftaran kontraktor dan pembekal yang menunjukkan bahawa pemborong adalah yang berdaftar di Kementerian Pembangunan dalam kelas yang ditetapkan dan dikehendaki membayar yuran tawaran. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang terendah atau lain-lain tawaran.

JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DI DALAM KELAS : IV & V SAHAJA KATEGORI : B01 SAHAJA - (KOD BARU) TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : 13 JUN 2017 (SELASA) TARIKH TUTUP TAWARAN : 20 JUN 2017 (SELASA) TIDAK LEWAT DARI JAM : 2.00 PETANG BILANGAN TAWARAN : JKR / DTS / 17 / CQS / 2017 - T / IV NAMA PROJEK : PAMERAN KHAS JUBLI EMAS DI BANGUNAN ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA NO. PROJEK : JKR / DTS / SP / 08 / 2017 YURAN TAWARAN : BND100.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) SYARAT-SYARAT tawaran dan dokumen-dokumen tawaran bolehlah dilihat dan diperoleh dari Unit Pembahagian Dokumen, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.


HARI ISNIN 12 JUN 2017

IKLAN

19


20

AGAMA

HARI ISNIN 12 JUN 2017

Majlis Khatam Al-Quran Skim Tilawah Al-Quran Remaja Daerah Belait

SERIA, Ahad, 11 Jun. - Untuk menyemarakkan dan memeriahkan lagi suasana bulan Ramadan pada tahun ini, Jabatan Pengajian Islam (JPI) mengadakan Majlis Khatam Al-Quran serentak di seluruh daerah hari ini. Bagi Daerah Belait, Majlis Khatam Al-Quran Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR) diadakan di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Seria. Majlis tersebut diadakan bagi meraikan 37 pelajar STAR setelah mengkhatamkan Al-Quran 30 AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Awang Abdul Hamid bin Haji Momin, Penghulu Mukim Liang semasa merinjis minyak wangi kepada peserta yang diraikan.

Daerah Brunei Muara

Berita dan Foto : Noraisah Muhammed Juzuk. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Momin, Penghulu Mukim Liang. STAR mula ditubuhkan pada tahun 1997 dan dikendalikan oleh JPI bagi melahirkan remaja yang berpotensi dalam bidang pembacaan Al-Quran secara bertaranum. Pelita Brunei menemu bual beberapa ibu bapa peserta yang berjaya mengikuti skim tersebut iaitu ibu kepada Awang Auzaie bin Suhaili, Dayang Rosidah binti Haji Salman melahirkan rasa syukur kerana anak beliau berjaya mengikuti skim yang ditawarkan atas kemahuan anaknya

sendiri dan selaku ibu, beliau menyokong sepenuhnya akan keterlibatan anaknya sehingga dapat menjadi wakil tilawah suatu hari nanti. Sementara itu, ibu kepada Awang Muhammad Ammar Arsyad bin Hazman, Dayang Norzirwatul Fadlillah binti Haji Puteh bersama suami Awang Hazman bin Hipni juga sama-sama melahirkan rasa syukur kerana anak mereka berpeluang untuk mengikuti khatam bagi pelajar STAR dalam sama-sama meraih berkah pada bulan Ramadan ini dan berhasrat agar anak mereka juga akan dapat berpeluang menyertai sebarang pertandingan tilawah Al-Quran pada masa akan datang.

Daerah Tutong Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

TIMBALAN Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan bin Haji Taja'ah (tiga, kiri) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Quran bagi pelajar-pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja Daerah Brunei Muara Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Beribi.

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Hamzah Mohidin BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 11 Jun. – Majlis Bertadarus bulan Ramadan pelajar-pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR) berakhir dengan Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan serentak di keempat daerah. Di Daerah Brunei Muara, Majlis Khatam Al-Quran bagi pelajar-pelajar STAR Daerah Brunei Muara Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Beribi, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan),

Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan bin Haji Taja'ah. Seramai 269 orang peserta mengkhatamkan bacaan mereka bagi Daerah Brunei dan Muara pada tahun ini. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh tetamu kehormat dan seterusnya bacaan Surah Adh-Dhuha hingga Surah An-Nas oleh semua pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja. Bacaan Takhtim pula dibacakan oleh pelajar-pelajar Tahun 1 Skim Tilawah Al-Quran Remaja manakala

Doa Khatam dipimpin oleh wakil pelajar Tahun IIA (Bayati) Muhammad Azib bin Muhammad Azim diikuti dengan Dikir Asyrakal oleh pelajar-pelajar Tahun 1. Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim pelajar STAR yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis. Tujuan majlis antara lain adalah untuk membimbing pelajar menunaikan tanggungjawab mereka agar sentiasa membaca Al-Quran di bulan suci Ramadan supaya pembacaan mereka akan menjadi lebih baik dan lancar seterusnya dapat mengkhatamkan Al-Quran 30 Juz; di setiap menjelangnya bulan Ramadan.

TUTONG, Ahad, 11 Jun. - Seramai 28 pelajar di bawah Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR), Jabatan Pengajian Islam (JPI), Cawangan Daerah Tutong menyertai Majlis Khatam Al-Quran sempena Tadarus di bulan Ramadan yang berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Pegawai Ugama, Pejabat Hal Ehwal Ugama Tutong, Awang Hassan bin Amat. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis dan diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh para peserta khatam. Sejurus selesainya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran, bacaan Tahtim dibacakan dan diikuti dengan bacaan Doa Khatam oleh peserta khatam, Awang Muhd Aimanuddeen Syahir bin Haji Ibrahim yang juga merupakan pelajar lanjutan skim berkenaan. Majlis tersebut juga diserikan dengan Dikir Asyrakal beramai-ramai. Dikendalikan oleh Unit Tilawah Al-Quran dan Dikir Bahagian Pelajaran Lanjutan, JPI, Kementerian Hal Ehwal Ugama, majlis seumpamanya merupakan salah satu projek atau rancangan tahunan Bahagian Pelajaran Lanjutan yang bertujuan bagi menyemarakkan dan memeriahkan suasana Ramadan dengan Tadarus.

Daerah Temburong Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain TEMBURONG, Ahad, 11 Jun. Di Daerah Temburong pula, 17 pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR), Jabatan Pengajian Islam (JPI), Cawangan Daerah Temburong diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran sempena Tadarus di bulan Ramadan yang berlangsung di Dewan Sekolah Arab, daerah berkenaan. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Ketua Pegawai Ugama daerah tersebut, Awang Haji Kamarulzaman bin Kamis. Turut hadir, Pegawai Pengajian Islam Daerah Temburong, tenaga pengajar dan para pelajar serta

keluarga pelajar yang diraikan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai tetamu kehormat, diikuti bacaan ayat-ayat suci Al-Quran iaitu Surah Al-Mursalat dari para pelajar STAR. Majlis diteruskan dengan bacaan Asmaul Husna, persembahan Dikir Asyraqal Badru 'Alaina dan

diakhiri dengan bacaan Doa Khatam serta Doa Allah Peliharakan Sultan oleh Awang Mohammad Zahierul Haziq bin Hamdan. Program seumpamanya merupakan salah satu daripada rancangan tahunan bahagian Pelajaran Lanjutan, JPI dan dikendalikan oleh Unit Tilawah Al-Quran dan Dikir yang melibatkan gerak kerja tenaga pengajar STAR di setiap daerah yang dihasrat agar para pelajar dapat mengkhatamkan Al-Quran 30 Juz di bulan suci ini.

PEMANGKU Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Awang Haji Kamarulzaman bin Kamis (tiga, kanan) turut sama membaca ayat-ayat suci Al-Quran iaitu Surah Al-Mursalat bersama para pelajar STAR dan para hadirin.

KETUA Pegawai Ugama, Pejabat Hal Ehwal Ugama Tutong, Awang Hassan bin Amat (dua, kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Quran Skim Tilawah Al-Quran Remaja Sempena Bertadarus di bulan Ramadan bagi Daerah Tutong yang berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain.


BELIA BERWAWASAN

HARI ISNIN 12 JUN 2017

21

AWANGKU Muhammad Adibul Amin menyandang johan qari Musabaqah Al-Quran Peringkat Dewasa Negara Brunei Darussalam Bagi Tahun 2017.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan mengurniakan Bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga kepada Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki sempena Hari Keputeraan baginda Ke-70 Tahun.

Oleh : Nur Amalia Alisha @ Ermalia Daud Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim ELIA Berwawasan adalah generasi penerus pembangunan negara yang akan dapat mendukung usaha dalam merealisasikan Wawasan Negara 2035 iaitu ke arah rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, kehidupan rakyat yang berkualiti, dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan. Keterlibatan para belia sebagai pemangkin transformasi di dalam proses transformasi negara adalah penting. Belia yang mengagungkan Al-Quran dan sentiasa membacanya sekali gus menjadikannya sebagai belia yang bukan sahaja mengharumkan nama negara malah keluarga dan bangsa. Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki, 29, salah seorang belia yang telah

B

mengharumkan nama negara dalam bidang pembacaan Al-Quran. Awangku Muhammad Adibul Amin telah menyandang naib johan semasa Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2016 dan 2017 malah tersenarai dalam lima terbaik pada tahun 2008, 2010, 2014 dan 2015. Beliau juga menjadi johan qari Musabaqah Al-Quran Peringkat Dewasa Negara Brunei Darussalam pada tahun 2008, 2010, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017. Awangku Muhammad Adibul Amin mula melibatkan diri dalam bidang pembacaan Al-Quran sejak berumur 9 tahun dan berguru dengan bapa beliau sendiri iaitu Pengiran Marjuki. Beliau mula menyertai

Musabaqah Al-Quran pada umur 19 tahun. Sejak dari itu, beliau kerap berlatih sendiri dan juga bersama guru beliau, Dato Paduka Haji Yusof bin Bakar. Atas penglibatan aktif dan sumbangan jasanya dalam mengharumkan nama negara, Awangku Muhammad Adibul Amin pernah menerima Anugerah Belia Cemerlang semasa Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan 2012. Malah beliau juga pernah dikurniakan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam, Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B) Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun. Namun begitu, sebagai seorang yang berkelulusan dalam bidang Accounting dan Finance, Awangku Muhammad Adibul menyifatkan kejayaannya bukanlah sesuatu yang mudah kerana untuk

AWANGKU Muhammad Adibul Amin menyeru para belia agar sentiasa memiliki pemikiran untuk terus majukan diri dalam memacu kemajuan negara ke arah lebih baik namun dalam mengejar duniawi, keperluan ukhrawi juga perlu diseimbangkan dan dipertingkatkan.

terus aktif dalam bidang pembacaan Al-Quran, beliau perlu keluar dari zon selesa dan berusaha untuk meningkatkan tahap pembacaan beliau ke tahap yang lebih baik dari tahun ke tahun. Beliau juga menekankan, sebagai persiapan menjelang pertandingan, beliau perlu menjaga pemakanan dan kesihatan diri untuk menjaga suara. Bagi beliau, meskipun perlu berdepan dengan cabaran tersebut, hasil kejayaan yang diperolehi menjadikannya sebagai sebuah perjuangan berharga. Dengan dorongan dari ibu bapa dan berpegang teguh kepada fadilat membaca Al-Quran, beliau akan terus memperjuangkan bidang pembacaan Al-Quran. Anak sulung dari tujuh adikberadik itu menyeru para belia agar tidak putus asa dalam menyertai pertandingan membaca Al-Quran. Menurutnya, kalah menang sudah menjadi adat pertandingan. Namun

begitu, beliau mengharapkan para belia agar tidak menjadikan bidang pembacaan Al-Quran atas nama pertandingan sahaja namun jadikannya sebagai persiapan di akhirat nanti. Belia haruslah memiliki sifat yang positif, tidak mudah putus asa dan tidak jemu mendapatkan bimbingan daripada para guru. Bacaan Al-Quran, jelasnya, hendaklah dijadikan sebagai amalan bacaan setiap hari dan bukan sebagai satu trend. Walau bagaimanapun, jelasnya, pembelajaran duniawi itu juga penting kerana dengan adanya kedua-dua ilmu agama dan duniawi itu akan dapat membantu diri para belia dalam menghadapi cabarancabaran kehidupan mereka. Belia perlu sentiasa memiliki pemikiran untuk terus majukan diri dalam memacu kemajuan negara ke arah lebih baik namun dalam mengejar duniawi, keperluan ukhrawi juga perlu diseimbangkan dan dipertingkatkan.


22

RENCANA

HARI ISNIN 12 JUN 2017

Produk tempatan eksklusif, mudah milik

Rencana dan Foto : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor

E

VOLUSI perkembangan fesyen di negara kita jelas mendapat sambutan amat menggalakkan terutama sekali dalam kategori pakaian Muslimah. Tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan tidak melepaskan peluang menjadikan bidang fesyen ini sebagai satu platform untuk menjana pendapatan. Dalam keadaan ekonomi serba mencabar, bukan mudah bagi yang tidak mempunyai 'minat' semula jadi untuk menceburi alam perniagaan. Lebih-lebih lagi, dalam industri fesyen ini. Pakaian Busana Muslim semakin mendapat tempat di negara ini terutama bagi mereka yang ingin berubah pada penampilan yang lebih baik seperti baju jubah, selendang dan tudung yang dikeluarkan sangat sesuai untuk digayakan ke pejabat, majlis kenduri dan juga majlis-majlis tertentu dan harga yang ditawarkan juga mampu milik. Fesyen Muslimah pula dengan rekaan yang menarik dan selesa dipakai mendapat sambutan yang hangat sehingga bilangan pengusaha-pengusaha tempatan menjalankan perniagaan busana Muslimah semakin bertambah jelas terlihat dalam Souq Al-Ramadan 2017 anjuran Maszalina Event Management selama tiga hari bermula 2 Jun lepas yang berlangsung di Dewan Royal Berskhire, Jerudong Polo & Country Club. Pengarah Syarikat SH-Himco, Shanti S.Samtani dalam ucapannya berkata, ekspo jualan tersebut yang berlangsung sehingga 4 Jun adalah julung-julung kalinya diadakan bertujuan menyediakan platform bagi usahawan-usahawan tempatan dalam samasama menampilkan produk-produk mereka yang eksklusif. Antara produk yang ditawarkan di acara ini ialah seperti wangian, barang-barang kemas, tudung, kain-kain, baju-baju rekaan, kain tenunan, sinjang dan banyak lagi. Baju Melayu dan kain sinjang merupakan warisan pakaian tradisional negara lengkap bersamping begitu istimewa dan dipakai bukan sahaja pada hari-hari kebesaran tetapi juga oleh raja sehari, majlis tertentu juga pada hari raya. Antara yang turut menyertainya ialah pereka fesyen yang dikenali ramai, Lina Abdul yang sebelum ini pernah mengikuti beberapa pertunjukan fesyen antarnya di Time Square Bukit Bintang tahun 2009; kali kedua menyertai Malaysian International Fashion Week (MIFW) dan pernah mengikuti Miss Earth Sabah pada tahun 2010. Menurutnya, ilham datang secara spontan apabila menlihat daripada corak kain. Alhamdulillah kesemua koleksi Raya Lina

PENGUSAHA dari Menur, Sharifah Khairah Shaikh Haji Khalid bersama rakan kongsinya, Natasha Jasmine Edwina (kiri), sementara gambar kanan, pereka fesyen terkenal, Siti Abdul memperlihatkan hasil baju yang direkanya.

Abdul banyak mendapat sambutan terutama konsep pakaian Muslimah dan pakaian wanita yang lebih moden dan pada masa yang sama masih mengekalkan kesederhanaan dalam setiap rekaan dan paling penting menutup aurat. Lebih membanggakan apabila semua rekaan hasil kreativiti yang direka sendiri oleh Lina sendiri. Menurut Lina, bagi perancangan masa depan untuk membuat lebih banyak lagi rekaan-rekaan 'Ready to wear' (RTW) atau dalam bahasa Melayu 'baju yang sedia dipakai' seperti RTW pengantin, raya dan baju harian. MENGONGSIKAN Berbeza dengan pengusaha muda ditemui mengongsikan iaitu Sharifah Khairah Shaikh Haji Khalid atau panggilan mesranya Rara, Pengusaha Menur yang membawa erti Melur (Jasmine) meminati bidang ini kerana ada potensi dalam industri fesyen bukan hanya fesyen akan tetapi ia ialah lifestyle. ''Menur adalah partnership. Kita semua adalah kawan baik sejak masa di kolej, selepas beberapa ketika kami mengambil keputusan untuk memulakan jenama kita sendiri iaitu tudung atau shawl (selendang).'' katanya penuh ceria bersama rakan kongsinya Natasha Jasmine Edwina. Berikutan trend semasa inilah, ramai individu tekad dengan memulakan perniagaan online mereka sendiri. Perniagaan online yang paling trending pada masa kini tentulah perniagaan yang berkaitan dengan wanita iaitu tudung atau

PRODUK tudung beraneka jenis menarik perhatian pelanggan yang dihasilkan oleh Menur.

shawl (selendang). Hasil daripada carian ini membuktikan bahawa permintaan terhadap tudung / shawl secara online adalah sangat tinggi. Jangan risau tentang saingan sedia ada yang terdapat di pasaran, kerana tudung / shawl merupakan sesuatu keperluan yang dekat di hati wanita berhijab. Menur ditubuhkan sejak Februari 2017 pada dasarnya diilhamkan oleh bunga dan pastel, jadi kami berjaya digabungkan unsurunsur ini ke dalam tudung. Itulah sebab mengapa kita menamakannya Menur. Apabila wanita mahu dan suka corak berkembang mereka boleh mencari Menur melalui instagram @_menur_official dan facebook Menurofficial.

PENGARAH Syarikat SH-Himco, Shanti S.Samtani bersama anaknya ketika ditemui.


NASIONAL

HARI ISNIN 12 JUN 2017

23

Semai semangat patriotisme pelajar

SEBAHAGIAN dari 240 pelajar Tahun 7 yang hadir mendengar taklimat tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Jun. - Dalam usaha berterusan bagi menyemai semangat patriotisme serta menghormati dan menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan kali ini mengungkayahkan Program Taklimat Kenegaraan di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Lambak Kanan, di sini. Taklimat 'Menghayati Bendera Negara dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Awang Ali Termizzi bin Haji Ramlli / Ramli. Taklimat antara lain menyentuh mengenai tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Azmah Haji Ahad Sultan' dengan terperinci. Di samping itu, para pelajar juga menyaksikan Klip Video 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan Video Animasi 'Tatacara Mengibarkan Bendera Negara'. Lebih 240 pelajar Tahun 7 yang hadir turut menyertai Kuiz Kenegaraan sejurus selepas taklimat selesai. Program berkenaan dihadiri oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran sekolah berkenaan, Dayang Hajah Norashikin binti Abd Rahman serta tenaga-tenaga pengajar sekolah berkenaan. Sementara itu, Dayang Siti Irda Suriana binti Bujang dari Jabatan Melayu Islam Melayu, Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar,

ketika ditemui Pelita Brunei menjelaskan, melalui taklimat seumpama ini, para pelajar boleh memperoleh faedah daripadanya iaitu membantu pelajar mengetahui mengenai latar belakang bendera dengan lebih mendalam dan jelas di samping mengetahui nama-nama bahagian atau reka bentuk yang terdapat pada panji-panji bendera. Selain itu jelasnya, para pelajar juga boleh memahami pentingnya menghormati bendera negara dan dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri pelajar dengan mengetahui kepentingan bendera serta mengetahui cara-cara atau langkah yang betul untuk mengibarkan bendera.

Kenali ASEAN tingkat pengetahuan penuntut Berita dan Foto : Noraisah Muhammed MUMONG, Sabtu, 10 Jun. Jerayawara yang dihasratkan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan penuntut sekolah mengenai ASEAN selain untuk mengenal pasti sejauh mana para penuntut mengetahui tentang ASEAN dan peranan organisasi tersebut dalam membangun negara-negara anggotanya. Jabatan Penerangan melalui Unit Hal Ehwal Antarabangsa, selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan ASEAN-COCI mengadakan Jerayawara Kenali ASEAN bertempat di Dewan Sekolah Arab Belait. Hadir selaku tetamu kehormat, Pemangku Penolong Guru Besar sekolah Awang Haji Md. Roselyzan bin Haji Sipin, dan hadir sama ialah para guru berserta seramai hampir 100 penuntut dari sekolah berkenaan. Jerayawara tersebut bertujuan untuk membarigakan serta membuat pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN

kepada penuntut sekolah menengah di negara ini kerana mereka adalah golongan belia yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya berperanan penting dalam memangkin hala tuju negara ini. Taklimat Kenali ASEAN telah disampaikan oleh Pegawai TugasTugas Khas Tingkat II dari Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan, Awang Abdul Karim bin Hamdan dan diikuti dengan sesi kuiz yang disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Awang Isa bin Haji Abdul Rahman. Ia juga dapat menanamkan kesedaran dan rasa milik dalam kalangan para penuntut sekolah sebagai satu masyarakat ASEAN, selaras dengan Moto ASEAN : Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti (One Vision, One Identity, One Community). Menerusi temu bual Pelita Brunei bersama Pemangku Penolong Guru Besar Sekolah Arab Mumong menyatakan, pendekatan dan perolehan dari taklimat yang

disampaikan, para pelajar dapat menambah maklumat asas yang berguna tentang informasi negaranegara ASEAN selain meningkatkan kepercayaan diri pelajar menerusi peluang yang diberikan dalam menyampaikan pembentangan ringkas kepada rakan-rakan. Sementara itu, temu bual bersama Pegawai Pelajaran, Dayang Nur Adriana binti Haji Mohd. Azman berkata, Jerayawara ASEAN yang diadakan itu amat berguna dari segi menambah pengetahuan mengenai ASEAN, untuk penuntut sangat berguna dalam memberikan maklumat terkini mengenai situasi negara-negara ASEAN dari segi Politik, Geografi, Sejarah dan lain-lain, semua itu membantu dalam pembelajaran dan menambah pengetahuan am penuntut mengenai ASEAN. Manakala itu, temu bual bersama pelajar Tahun 8 (Bunni), Dayangku Nurfarahiyahain binti Pengiran Sameun berkata, dengan taklimat yang disampaikan telah memberi maklumat tambah dan inspirasi kepadanya untuk berkunjung ke negara ASEAN. Program tersebut salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam

Bersungkai eratkan silaturahim BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Jun. - Berbuka atau bersungkai bersama bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim dan ukhuwah institusi kekeluargaan malah ia juga menjadikan hubungan yang jauh semakin dekat, yang renggang semakin rapat. Sehubungan itu, Pelita Brunei membuat tinjauan ke kediaman Dayang Hajah Rokiah yang menganjurkan Majlis Berbuka Puasa. Dayang Hajah Rokiah binti Haji Saidin, 55, dari Kampung Bengkurong berkata, setiap tahun mereka akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa yang diselajurkan dengan Tahlil dan Doa Arwah. ''Antara tujuan utama majlis seumpama ini diungkayahkan adalah untuk merapatkan lagi tali persaudaraan sesama keluarga. Ini kerana semua orang mempunyai komitmen dan urusan yang perlu diuruskan, jadi dengan majlis berbuka bersama ini dapat memberi peluang untuk berjumpa sanak saudara yang jauh dan dekat,'' jelas Dayang Hajah Rokiah. Dengan adanya Majlis Berbuka Bersama ini katanya, ia secara tidak

langsung dapat menyatukan hubungan kekeluargaan iaitu dengan makan bersama beramai-ramai yang jarang dilakukan pada hari-hari biasa. "Bukan selalu dapat berbuka puasa beramai-ramai bersama sanak saudara. Peluang sebegini cuma datang mungkin sekali dalam setahun. Jadi peluang sebeginilah dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama Islam," ujarnya. Oleh itu jelasnya, eratkanlah hubungan silaturahim di antara keluarga, jauhkanlah daripada permusuhan, mementingkan diri sendiri, saling benci-membenci dan sebagainya. Mudah-mudahan seluruh umat Islam khususnya keluarga kita mendapat rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala dan dijauhkan daripada murka dan laknat Allah Subhanahu Wata'ala.

MAJLIS Berbuka Puasa yang diselajurkan dengan Tahlil dan Doa Arwah di kediaman Dayang Hajah Rokiah.

ANTARA penuntut yang hadir mendengarkan Jerayawara Kenali ASEAN bertempat di Dewan Sekolah Arab Belait.

menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan penuntut dalam sama-sama menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan, dalam masa yang sama juga dalam mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya penuntut

di negara ini. Tetamu kehormat juga menyampaikan hadiah-hadiah kepada 10 penuntut-penuntut yang berjaya menjawab Kuiz ASEAN, diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Pemangku Penolong Guru Besar Sekolah.

Berita dan Foto : Aimi Sani


24

NASIONAL

HARI ISNIN 12 JUN 2017

Projek Amal bantu keperluan keluarga Oleh : Hajah Siti Muslihat Haji Salleh Foto : Ihsan Mohd. Hafiy Haji Marsidi

MUKIM BERAKAS 'B', Ahad, 11 Jun. - Sebagai usaha untuk menjaga kesejahteraan dan memberikan sokongan kepada ahli-ahli keluarga yang memerlukan bantuan, ahli keluarga Datu Seri Laila (DSL) Haji Samat bin Sahap dan Dayang Kumpal binti Haji Bakar di Kampung Salambigar bergabung tenaga dan pemikiran bagi sama-sama menjayakan inisiatif Projek Amal membantu keluarga terdekat DSL Haji Samat yang kurang bernasib baik. Bagi sama-sama meraih pahala yang berlipat ganda di bulan suci Ramadan ini, satu majlis penyerahan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan bantuan berlangsung di kediaman Dr. Hajah Zurina binti Haji Harun, selaku Pengerusi Majlis. Para penerima terdiri daripada anak, cucu-cucu dan cicit-cicit DSL Haji Samat yang memerlukan bantuan.

Hadir selaku tetamu kehormat menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Dayang Hajah Tiapsah binti DSL Haji Samat. Juga hadir selaku tetamu kehormat bersama ialah Haji Harun bin DSL Haji Samat dan Haji Gharif bin DSL Haji Samat. Terdahulu, majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis. Di samping penyerahan bantuan berkenaan, rombongan ahli keluarga DSL Haji Samat juga berkunjung

membuat lawatan dan seterusnya menyerahkan bantuan kepada seorang belia yang kurang bernasib baik dan juga ke kediaman warga emas yang kurang upaya. Projek Amal tersebut dianjurkan buat julung kalinya bertujuan untuk membantu meringankan beban para penerima agar dapat sama-sama menjalankan ibadah puasa dan bergembira meraikan hari raya yang bakal menjelang. Selain itu, Projek Amal berkenaan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan keluarga DSL Haji Samat. Selain bantuan asasi, sebahagian penerima yang kurang bernasib baik turut menerima sumbangan berbentuk kewangan.

DAYANG Hajah Tiapsah binti Datu Seri Laila Haji Samat (dua, kanan) semasa menyerahkan sumbangan kewangan kepada salah seorang penerima yang kurang berkeupayaan.

DAYANG Hajah Tiapsah menyerahkan sumbangan keperluan asasi semasa berkunjung ke kediaman salah seorang cucu Datu Seri Laila Haji Samat bin Sahap selaku wakil penerima (kanan).

Imarahkan Ramadan dengan cara hidup sihat Siaran Akhbar : Kementerian Kesihatan BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Jun. - Penerapan amalan cara hidup sihat seperti pemakanan sihat, menjaga keselamatan makanan, melakukan kegiatan fizikal yang mencukupi, tidak merokok serta memastikan tingkah laku kesihatan yang baik adalah amat penting dalam memastikan kita berupaya untuk melakukan ibadah dan pekerjaan kita dengan sebaik mungkin khususnya di bulan Ramadan. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan, dalam mengimarahkan Ramadan dengan amalan cara hidup sihat, kementerian tersebut memberikan beberapa saranan untuk menjaga kesihatan awda di bulan ini. Antaranya seperti pemilihan dan penyediaan makanan, iaitu semasa memilih jenis makanan, kita perlu memilih makanan yang ta'am dan halalan toyyiban, iaitu daripada yang halal, sihat dan bersih. Makanan hendaklah bersih dari segi rupa bentuk, bau dan zatnya serta melalui proses penyembelihan yang sah. Penyediaan makanan dan minuman juga perlu bersih dan sihat, termasuklah premis dan kemudahan penyediaan makanan. Bagi mereka yang terlibat dalam penyediaan dan pengendalian

makanan pula, sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual, perlu mengetahui dan peka akan langkah-langkah asas kebersihan diri dan semasa penyediaan makanan seperti membersihkan badan sebelum memasak, memakai pakaian yang bersih, memastikan kuku pendek dan bersih, memakai sarung tangan bila perlu, tidak merokok, dan sebagainya. Sebagai pengguna, kita perlulah mengetahui dan memilih tempat makan yang halal, bersih dan selesa bagi mengelakkan sebarang kejadian keracunan makanan atau timbulnya penyakit berjangkit yang lain. Walau bagaimanapun, menyediakan makanan dan memasak sendiri di rumah adalah jauh lebih baik di mana pengunaan bahan-bahan memasak seperti sukatan minyak, gula dan garam dapat dikawal. Corak pemakanan sihat seperti yang telah diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, iaitu sunat menyegerakan sungkai kerana ia wajar untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam badan. Amalan bersungkai dengan buah kurma adalah disunatkan di dalam Islam. Buah-buahan kering seperti kurma mengandungi khasiat yang sangat baik, tinggi vitamin dan mineral. Kandungan gula di dalam

buah kurma juga amat sesuai untuk mengembalikan tenaga dengan secepatnya selepas berbuka. Mengamalkan makanan yang seimbang dan berkhasiat tinggi, iaitu separuh piring dengan sayur-sayuran, satu per empat dengan makanan karbohidrat seperti nasi dan satu per empat lagi dengan makanan protein seperti ayam, daging atau lauk. Minum air putih dengan banyak, iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan mengelakkan pengambilan minuman yang tinggi kadar gula. Memandangkan kita akan berpuasa selama seharian, maka mengambil air di malam hari adalah amat penting bagi mencegah daripada kekurangan air ataupun dehidrasi ketika di siang hari. Pengambilan air bolehlah berpandukan kepada saranan 3 gelas semasa bersungkai, dua gelas di waktu malam dan 3 gelas semasa bersahur. Lakukan kegiatan fizikal dan janganlah kita menjadikan berpuasa itu sebagai salah satu alasan untuk melengahkan diri daripada melakukan kegiatan fizikal. Di antara contoh senaman berintensiti sederhana yang boleh diamalkan semasa di bulan Ramadan adalah seperti berjalan pantas, berbasikal dan jenis senaman menguatkan otot. Kita juga disarankan untuk bersenam ketika waktu-waktu tertentu sahaja seperti sebelum

sungkai dan selepas selesai Sembahyang Tarawih. Pergerakan badan semasa bersembahyang adalah berupa aktiviti kegiatan fizikal yang membantu pergerakan sendi dan membantu melancarkan aliran darah ke seluruh badan. Oleh yang demikian, sembahyang merupakan salah satu terapi kesihatan yang amat berkesan jika dilaksanakan dengan sempurna. Berhenti merokok, ia kerana perokok-perokok boleh mengambil kesempatan di bulan Ramadan ini untuk berhenti merokok. Sepertimana yang diketahui ramai, merokok adalah merupakan suatu ketagihan disebabkan oleh dadah nikotin dan ia amat membahayakan kesihatan diri dan juga orang di sekeliling.

Berpuasa juga merupakan satu latihan yang amat berfaedah untuk mengatasi gejala ketagihan merokok, di samping dapat membersihkan diri dan mengurangkan risiko menghidap penyakit-penyakit tidak berjangkit yang lain. Untuk mendapatkan bantuan berhenti merokok, awda boleh mengunjungi pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan bulan Ramadan ini dengan amalan cara hidup sihat agar kita menjadi umat Islam yang kuat dan bersatu padu dalam mendukung bersama tanggungjawab penjagaan kesihatan. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn atau hubungi Talian Darussalam 123.

BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn

'JADIKAN AL-QURAN DASAR DAN ASAS PANDUAN MENEMPUH KEHIDUPAN'


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.