Pelita Brunei - Isnin 14 Nov 2016

Page 1

''SELAIN dari skil insaniah, para graduan juga diseru agar tidak terlalu bergantung kepada agensi kerajaan dalam mencari pekerjaan. Carilah peluang di sektor swasta ataupun menceburi di bidang keusahawanan. Di sinilah peranan program GenNext dalam membentuk para graduan supaya lebih berdikari, terutamanya dalam aspek keusahawanan.'' - Titah Sempena Majlis Konvokesyen Ke-25 Universiti Brunei Darussalam.

''ALIF Lam Mim, adakah manusia itu menyangka bahawa mereka akan diberikan dengan hanya berkata : Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan demi sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar beriman dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang berdusta.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala Surah Al Ankabuut, ayat 1 - 3).

4.37

TAHUN 61 / BILANGAN 137

4.47

6.08

6.31

14 NOVEMBER 2016 / 1438

12.06

14

3.27

6.02

7.14

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Berkenan menerima mengadap Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja FAPW

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Yang Di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam (PPPBD) menerima mengadap Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Friends of Asia Pacific WAGGGS (FAPW) berlangsung di Istana Nurul Iman. - Foto: Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah (Lihat muka 3).

IPT Swasta berperanan tawarkan

Program Kemahiran Abad Ke-21 Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi JERUDONG, Sabtu, 12 November. Para graduan dituntut untuk mempunyai jati diri yang bercalakkan Brunei dan berlandaskan Melayu Islam Beraja (MIB) di mana mereka yang akan melangkah ke alam pekerjaan hendaklah melihat diri mereka sebagai penyumbang kepada pertumbuhan, kemakmuran dan kestabilan negara. Menteri Pendidikan, Yang

Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman berucap demikian pada Majlis Konvokesyen Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT) Kali Ke-10, berlangsung di Indera Samudera Grand Hall, The Empire Hotel and Country Club, di sini. Yang Berhormat menyatakan, dalam mengukur pencapaian kualiti

pendidikan, beberapa Petunjuk Prestasi Utama Kebangsaan (KPI) telah dihasilkan dan salah satu adalah Kadar Pengijazahan (Pengajian Tinggi dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional). "Ini setentunya memerlukan 'Whole Nation Approach' untuk mencapainya dan tidak terkecuali pihak Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang berperanan menghasilkan graduan yang diperlukan dalam memacu pembangunan pendidikan negara selaras usaha kerajaan dalam meningkatkan Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investment). Ini termasuklah mempergiatkan lagi pendedahan pelajar dalam bidang keusahawanan bagi menanamkan kecenderungan dalam bidang tersebut," jelasnya. Ke muka 3

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Pelantikan Timbalan Setiausaha Tetap KHELNP Siaran Akhbar Jabatan Perdana Menteri BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 13 November. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan Tuan Yang Terutama Haji Mohd Yusra bin Haji Mohd Salleh, Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Abu Dhabi, United Arab Emirates menjadi Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Tarikh pelantikan pegawai tersebut berkuatkuasa mulai hari Isnin, 14 Safar, 1438 bersamaan 14 November 2016.

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


2

HALUAN

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

Kembangkan industri bioteknologi negara Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ERTAMA sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada MC Biotech Sendirian Berhad, kerana mengundang saya hari ini sebagai tetamu kehormat, dan terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada MC Biotech atas majlis perasmian projek ini di Brunei Darussalam. Sejak penubuhan pejabat Mitsubishi Corporation di Brunei pada tahun 1971, Mitsubishi Corporation dan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menikmati hubungan perniagaan yang rapat selama bertahun-tahun bermula dari penubuhan BLNG, sehingga kepada sumbangan lain yang ketara seperti Tenaga Suria Brunei dan McFarm. Hari ini, kita menyaksikan satu lagi peristiwa penting dengan pembukaan MC Biotech dan Sinar Suria Bio Center yang terletak di Koridor Bio-Innovation, iaitu sebuah taman perindustrian bertujuan untuk menarik pelaburan halal dan bio-industri. Ini merupakan langkah pertama Negara Brunei Darussalam ke arah mengembangkan industri bioteknologi. Peluang yang diberikan kepada negara ini ialah ia membolehkan kita untuk memanfaatkan industri tersebut dengan cara baru yang lebih mampan. Kami berharap Inovasi Bio-Corridor akan meningkat pada tahun-tahun akan datang menjadi bio-industri yang berdaya maju dan berkembang. Alhamdulilah, MC Biotech adalah perintis dalam penanaman mikro-alga untuk pengekstrakan Astaxanthin di Negara Brunei Darussalam. Astaxanthin bukan sahaja terkenal dengan penggunaan meluas sebagai bahan pewarna semula jadi untuk makanan, tetapi juga untuk antioksidan dan faedah kesihatan. Pada tahun 2014, nilai pasaran global bagi astaxanthin (AS-TEH-ZEN-THIN) dianggarkan berjumlah $447 juta dolar Amerika dan dijangka akan meningkat kepada $1.1 bilion dolar Amerika pada tahun 2020. Pastinya memberikan peluang besar kepada MC Biotech untuk memanfaatkan pertumbuhan ini. Seperti yang kita tahu, pensijilan Halal Brunei mempunyai standard halal yang paling ketat dan boleh dipercayai di dunia. Saya faham bahawa pada masa ini, MC Biotech masih dalam proses penyelidikan dan membangunkan proses pengeluaran alternatif bagi mematuhi piawaian tersebut. Oleh itu, MC Biotech perlu bekerja rapat dengan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan untuk mencapai matlamat ini.

P

MENTERI Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar semasa berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan MC Biotech Sinar Suria Bio Center Bio Innovation Corridor, Jalan Dang Kumala, Kampung Tungku pada hari Rabu, 26 Oktober 2016.

Terjemahan dari teks asal dalam bahasa Inggeris oleh : Hajah Apsah binti Haji Sahdan

Saya juga ingin memaklumkan bahawa menurut laporan Thomas Reuters, nilai sektor farmaseutikal Halal global ialah AS $72 bilion. Oleh itu, peluang sentiasa terbuka dalam sektor ini. Brunei Darussalam mahu muncul sebagai pengeluar farmaseutikal halal terkemuka dan pengeksport di ASEAN dan akhirnya seluruh dunia. Dengan pensijilan dan penjenamaan Halal Brunei, kita berpeluang melakukan lebih banyak. Di sini saya mencadangkan MC Biotech untuk bekerja dengan Simpor Pharma, kilang farmaseutikal pertama Brunei, untuk mencari peluangpeluang yang membawa kepada pengeksportan farmaseutikal dan makanan tambahan kesihatan halal dari Brunei Darussalam ke seluruh dunia. Kemudahan MC Biotech adalah contoh yang baik daripada pelaburan langsung asing di Brunei, yang telah membuahkan hasil selepas banyak penyelidikan dan usaha sama antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan MC Biotech. Saya amat gembira dan berbangga mengetahui bahawa dengan kemudahan ini, ia akan menyumbang kepada kepelbagaian ekonomi Brunei

NOVEMBER

14 15 16 17 18 19 20

dan menjana peluang pembangunan perniagaan dan pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Dalam hal ini, Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa sudah ada 25 orang pekerja anak tempatan di MC Biotech. Ini adalah amat membanggakan dan saya berharap satu hari nanti 100 peratus peluang pekerjaan di dalam syarikat ini diisi oleh anak tempatan kita insyaaAllah. Walau bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa kita perlu bekerja lebih keras untuk menjadikan Brunei destinasi pelaburan yang menarik. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah baginda semasa Majlis Mesyuarat Negara pada awal tahun ini menekankan keperluan bagi memperkasakan sektor swasta. Baginda juga menegaskan dan menggesa untuk keperluan bagi memudahkan aktiviti ekonomi kita dengan memperkemas dan meningkatkan proses pelaburan langsung asing dan juga untuk meningkatkan 'Ease of Doing Business' di negara ini. Apa yang kita perlu adalah pelaburan langsung asing (FDI), yang mampu mencipta produk dan perkhidmatan untuk tambah nilai di Brunei Darussalam, dan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSMEs) tempatan. Kami menjemput FDI dari seluruh rantaian bekalan bagi mengukuhkan rantaian nilai dalam negara dan ekosistem industri. Yang kita perlukan adalah FDI yang boleh bekerja lebih jauh bagi memastikan bahawa kebanyakan bio pemprosesan itu dijalankan di Negara Brunei Darussalam. Ini membolehkan, seterusnya, mewujudkan dan menjana modal, kemanfaatan tambahan di pasaran tempatan serta menjana peluang pekerjaan yang akhirnya mempelbagaikan dan meningkatkan ekonomi Brunei. Kami menggesa MC Biotech untuk bekerjasama dengan kami untuk menjadi FDI yang akan menambah nilai kepada rakyat Negara Brunei Darussalam dan komuniti perniagaan tempatan. Dengan itu, saya ingin mengakhiri ucapan saya dan sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Mitsubishi Corporation dan MC Biotech dan kepada semua yang telah menyumbang kepada penubuhan pusat itu. Ia merupakan satu bukti bagi kerjasama erat antara semua pihak. Marilah kita terus berusaha dan bekerjasama untuk memastikan kejayaan projek ini. Saya berdoa dan memberi sokongan penuh untuk kejayaan MC Biotech dan pembangunan bio-industri di Brunei Darussalam. Wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

14 NOVEMBER 2016 BERSAMAAN 1438

14

KOMPAUN BARU JPD UNTUK KESEJAHTERAAN SEMUA PIHAK

D

ALAM kerancakan kerajaan giat mempertingkatkan Sistem Pengangkutan Awam di Negara Brunei Darussalam bagi memenuhi keperluan orang ramai,statistik jumlah nyawa yang terkorban disebabkan kemalangan jalan raya yang melibatkan bukan saja kereta persendirian tetapi juga kenderaan lain seperti motosikal, basikal, pengangkutan bas dan komersil, menunjukkan trend yang menurun dan menaik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Perkara ini jelas sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), bahawa statistik yang direkodkan menunjukkan 47 nyawa terkorban pada tahun 2011, 28 pada tahun 2012, 32 pada tahun 2013 dan 24 masing-masing pada tahun 2014 dan tahun lepas 2015 seramai 36 orang, sementara sehingga 31 Mei 2016 enam nyawa telah terkorban, lebih kurang 15 cedera parah dan 130 orang mengalami cedera ringan. Memandangkan kepada statistik tersebut, usaha kerajaan terutamanya bagi meningkatan keselamatan jalan raya juga rancak berjalan di bawah beberapa projek, antaranya pembesaran dan penaik taraf permukaan jalan, penggunaan Sistem Mata Demerit (SMD), strategi dan inisiatif seperti 'SiKAP' yang diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu serta kempen-kempen keselamatan jalan raya secara berterusan seperti Operasi Sepadu yang bertujuan bagi memastikan setiap kenderaan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JPD. Manakala bagi jangka panjang, kerajaan juga telah menyediakan pelan induk pengangkutan yang memfokus antara lain kepada rangkaian perkhidmatan pengangkutan bersepadu yang efisien, selamat dan bersih dengan memberikan pilihan pergerakan yang luas dan lancar kepada semua. Baru-baru ini, Kementerian Perhubungan melalui JPD dan Pasukan Polis Diraja Brunei telah memaklumkan Penguatkuasaan Aturan-Aturan Lalu Lintas Jalan Raya (Komposisi Kesalahan), 2016 yang baru, iaitu pindaan kepada aturan yang sedia ada (Road Traffic (Compounding of Offences) Rules, 1967) yang melibatkan antaranya pertukaran beberapa kesalahan Lalu Lintas Jalan Raya yang sebelum ini dikenakan saman sahaja kepada kesalahan yang boleh dikenakan kompaun. Penguatkuasaan baru ini, adalah fasa awal pelaksanaan salah satu projek di bawah inisiatif 'Ease of Doing Business' (EODB) – Alternatives to Court yang melibatkan beberapa agensi iaitu Jawatankuasa Penggubalan dan Meneliti Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Akta Lalu Lintas Jalan Raya, Penggal 68 yang ahlinya terdiri daripada Kementerian Perhubungan, Jabatan Pengangkutan Darat (Pengerusi), Polis Diraja Brunei, Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya yang dipantau oleh pihak Jabatan Perdana Menteri. Dan akan dilaksanakan bermula pada 1 Februari 2017. Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan kes-kes lalu lintas jalan raya yang dibawa ke mahkamah dan seterusnya meningkatkan kapasiti mahkamah menyelesaikan kes-kes lain. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dan ke arah usaha meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di negara ini. Kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan antaranya seperti Memandu tanpa lesen kenderaan (road tax) yang sah; Memandu tanpa Lesen Memandu yang sah; Menggunakan telefon bimbit semasa memandu; Memandu tanpa lesen yang sah; Kenderaan yang dipasang dengan cermin atau pelekat gelap atau tirai yang tidak ada kebenaran; Kegagalan pemandu memakai tali pinggang keledar dan memandu dengan kelajuan yang berlebihan. Sebagaimana yang diumumkan baru-baru ini, bahawa kadar-kadar kompaun bagi kesalahan-kesalahan yang tersenarai di bawah aturan ini terutama kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan dan kesannya terhadap jumlah kes kemalangan serta tahap keselamatan jalan raya di negara ini akan dinaikkan iaitu antara BND50 - BND500 mengikut Seksyen 91 (1) dari Perintah Lalu Lintas Jalan Raya (Pindaan), 2013 (Road Traffic (Amendment) Order, 2013). Undang-undang yang dikuatkuasakan atau perubahan kadar-kadar kompoun yang dinaikkan ini bukan bertujuan untuk menyusahkan orang ramai di negara ini tetapi apa yang penting bagi orang ramai khususnya pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan lalu lintas jalan raya dan sentiasa memupuk sikap berhemat semasa menggunakan jalan raya, di samping sentiasa meningkatkan kewaspadaan serta keselamatan ketika memandu atau berada di jalan raya. Apa yang lebih penting, di sebalik penguatkuasaan undang-undang tersebut, selain untuk kesejahteraan, ianya juga untuk menuju ke arah sifar korban jiwa disebabkan kemalangan jalan raya, dan kita tidak mahu kematian disebabkan kemalangan jalan raya adalah antara punca utama kematian di negara ini. - Ketua Penyuntingan (Zs).

SAFAR

14 15 16 17 18 19 20

4 . 37 4 . 37 4 . 37 4 . 37 4 . 37 4 . 37 4 . 37

4 . 47 4 . 47 4 . 47 4 . 47 4 . 47 4 . 47 4 . 47

6 . 08 6 . 08 6 . 08 6 . 08 6 . 09 6 . 09 6 . 09

6 . 31 6 . 31 6 . 32 6 . 32 6 . 32 6 . 32 6 . 32

12 . 06 12 . 06 12 . 06 12 . 06 12 . 06 12 . 07 12 . 07

3 . 27 3 . 27 3 . 28 3 . 28 3 . 28 3 . 28 3 . 29

6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02

7 . 14 7 . 14 7 . 14 7 . 15 7 . 15 7 . 15 7 . 15


3

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

Berkenan menerima mengadap Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja FAPW

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Yang Di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam menerima mengadap Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Friends of Asia Pacific WAGGGS (FAPW) berlangsung di Istana Nurul Iman.

Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Ampuan Haji Mahmud bin Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 12 November. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Yang Di-Pertua Persatuan Pandu Puteri, Brunei Darussalam berkenan

menerima mengadap Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Friends of Asia Pacific World Association of Girl Guides and Girl Scouts (FAPW), berlangsung di Istana Nurul Iman. Antara Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja FAPW yang hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Penasihat FAPW dari

Republik Korea, Dr. Juseon Byun; Pengerusi FAPW dari Republik Filipina, Susan Locsin; Timbalan Pengerusi FAPW dari Australia, Helen Hargreaves; termasuk ahli dari Jepun, Junko Sato; ahli dari Hong Kong SAR, Peggy Lee Fook Tai; Sun Kyo Jung dari Republik Korea dan Pengerusi Asia Pasific Region dari Republik Filipina, Judge Marybelle Marinas. Rombongan berada di negara ini bagi menghadiri mesyuarat bersama Jawatankuasa Tadbir, Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) bagi persediaan 'The

5th General Assembly FAPW' yang akan diadakan di Brunei Darussalam pada bulan Mac 2017. Juga hadir pada majlis mengadap tersebut ialah Ketua Pesuruhjaya, PPPBD, Dayang Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim; Timbalan Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Hajah Viviyanti binti Haji Ali; Pesuruhjaya Antarabangsa PPPBD, Dayang Norazrina binti Haji Sarbini dan Pesuruhjaya Kehormat PPPBD, Dayang Aida binti Haji Abd. Rahman.

IPT swasta berperanan tawarkan

Program Kemahiran Abad Ke-21

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa berucap pada Majlis Konvokesyen Kali Ke-10 CCCT.

Dari muka 1 Yang Berhormat seterusnya berkata, Institut Pengajian Tinggi (IPT) Swasta berperanan penting untuk menawarkan program-program yang relevan dan selaras dengan iklim ekonomi globalisasi bagi memastikan

kebolehpasaran graduan, iaitu dengan memiliki kemahiran-kemahiran Abad Ke-21 seperti kemahiran komunikasi, mempunyai daya berfikir aras tinggi dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Dari situ, tambahnya, CCCT berperanan menanamkan budaya berdikari dan berdaya saing di kalangan pelajar mereka agar menjadi generasi yang lebih bersiap sedia, berkebolehan, berani, kreatif dan inovatif dalam menghadapi dan mengharungi Abad Ke-21 yang semakin moden dan tanpa sempadan ini. Seterusnya Yang Berhormat pasti CCCT sebagai institusi pengajian tinggi swasta, akan terus melangkah maju dan mendukung dasar pendidikan negara serta sama-sama memainkan peranan sebagai pemangkin serta pelengkap kepada pendidikan tinggi di negara ini.

"Saya berharap, kejayaan yang diperolehi oleh bakal graduan pada pagi ini akan menggalakkan lebih ramai pelajar yang berkeinginan untuk melanjutkan pelajaran dengan mengambil peluang-peluang yang ada ditawarkan. "Pada masa yang sama, saya berharap pihak Institusi Pendidikan Tinggi Swasta juga akan berusaha untuk mempertingkatkan graduates employability dengan mengadakan kerjasama dalam bentuk penempatan (placement) atau latihan kerja (apprenticeship) dengan pihak-pihak firma atau syarikat-syarikat awam dan swasta," katanya lagi. Yang Berhormat menekankan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknikal yang diperolehi para graduan CCCT juga diharapkan akan menjadikan mereka mampu menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan dan dunia luar (real life).

Gempa bumi di New Zealand : Pelajar Negara Brunei Darussalam, selamat Siaran Akhbar : Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke New Zealand NEW ZEALAND, Ahad, 13 November. - Berikutan kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.5 skala richter dan gempa susulan yang melanda Bandar Christchurch, New Zealand pada 14 November, Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke New Zealand memaklumkan bahawa semua pelajar Brunei yang menuntut di bandar raya tersebut dilaporkan berada dalam keadaan selamat. Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam ke New Zealand dan Atache Pendidikannya yang berpangkalan di Australia akan terus berhubung dengan pelajar-pelajar Brunei yang berdaftar di New Zealand bagi memantau keadaan di sana. Sebarang pertanyaan mengenai keadaan di New Zealand yang membabitkan warga Brunei boleh dibuat dengan menghubungi talian hotline Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan melalui talian +673 871 6001.


4

NASIONAL Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Masri Osman

JERUDONG, Sabtu, 12 November. Kolej Perdagangan dan Teknologi Cosmopolitan (CCCT) melakar sejarah kejayaannya dengan menyaksikan seramai 473 graduan

menerima diploma dan sijil pengiktirafan masing-masing di Majlis Konvokesyen Kali Ke-10. Penyampaian diploma dan sijil kepada para graduan disempurnakan

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (kiri) semasa menyempurnakan penyampaian diploma kepada salah seorang graduan yang telah menamatkan pengajian di Kolej Perdagangan dan Teknologi Cosmopolitan pada Majlis Konvokesyen Kali Ke-10.

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

473 graduan CCCT terima diploma,sijil oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman pada majlis yang berlangsung di Indera Samudera Grand Hall, The Empire Hotel and Country Club. Pengerusi CCCT, Dr. Haji Abdul Aziz bin Haji Abd. Latip dalam ucapan alu-aluannya antara lain menyatakan, peluang pekerjaan di negara ini semakin tipis dan majikan sekarang bukan saja menilai kelayakan tetapi sumbangan melalui potensi pekerja itu kepada organisasi. Oleh itu, katanya, CCCT mewujudkan 'Supervised Work Attachment Workshop' bagi membantu para pelajarnya dalam tatacara mengenai pemahaman kemahiran mereka, seterusnya mempraktikkannya ke dalam industri dan hasil usaha bengkel itu kebanyakannya memuaskan para majikan di negara ini. Para pelajar di CCCT, Dr. Haji Abdul Aziz percaya mereka didedahkan dengan pengalaman sebenar dalam mengendalikan perniagaan terutama pelajar dalam jurusan IT dan program-program perniagaan dan usaha itu membuahkan hasil melalui para pelajar yang menjadi usahawan. Selain itu, CCCT tambahnya telah memulakan program baru,

iaitu Gaming Animation and Technology dan tindak balas program itu sangat menggalakkan serta berharap para pelajar akan dapat menyumbang ke dunia global setelah menamatkan program tersebut. Tiga graduan menerima Anugerah Pelajar Terbaik bagi Program BDTVEC, iaitu Dayang Adinasuaedah binti Awang Damit, Awang Muhammad Razi bin Haji Sharbini dan Dayang Siti Amal Munirah binti Yahya. Kejayaan konvokesyen kali ini juga memperlihatkan seramai 34 graduan Diploma Tertinggi Kebangsaan dalam Computing, Business Management dan Business Accounting, 128 dalam Diploma IT dan Business Administration, 210 Skilled Certificate III in IT and Business Administration, 80 graduan Skilled Certificate II in IT and Business Administration, 10 NCC International Certificate of Business dan International Diploma in Business, tiga graduan dalam LCCI Level 3 dan lapan International Diploma in Gaming and Animation Technology. CCCT sudah pun menjangkau usia ke-12 tahun dan sejak dari penubuhannya itu seramai lebih kurang 1,806 penerima sijil dan ijazah dalam berbagai bidang dan kelulusan. Para graduan diharap agar memiliki daya saing yang positif, ke arah

mewujudkan generasi inovatif dalam bidang teknologi dan bisnes perniagaan. Setentunya dengan bertambahnya jumlah graduan berikutan konvokesyen ini, akan menyumbang kepada pencapaian Wawasan Brunei 2035 iaitu negara yang mempunyai warga yang berpendidikan dan kemahiran tinggi.

PENGERUSI CCCT, Dr. Haji Abdul Aziz bin Haji Abd. Latip ketika memberikan ucapan alu-aluannya.

Tingkat kemahiran diri, peluang jana pendapatan Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Masri Osman JERUDONG, Sabtu, 12 November. Situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang ini bukan penghalang untuk generasi muda terutama para graduan mahupun lepasan graduan, untuk menceburi bidang perniagaan sementara menunggu pekerjaan tetap. Mereka seharusnya tidak mengharapkan peluang pekerjaan di sektor kerajaan mahu pun swasta semata-mata akan tetapi mencari ruang alternatif lain demi memperkembangkan bakat ke arah sama-sama membangun ekonomi yang mapan. Perkara tersebut diakui oleh tiga penerima Anugerah Pelajar Terbaik, ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT) berlangsung di Indera Samudera Grand Hall, The Empire Hotel and Country Club, di sini. Dayang Adinasuaedah binti Awang Damit berkata, generasi belia tidak perlu malu mencari pekerjaan dan hiraukan kata-kata yang kurang membina kerana belia punyai kebolehan dan kemahiran masing-masing. Dengan intelek belia zaman sekarang, katanya ia merupakan kekuatan untuk bergantung pekerjaan di sektor kerajaan sahaja, mereka harus ada sifat berani mencuba dalam diri, contohnya menceburi bidang perniagaan walaupun bermula dari bisnes secara kecil-kecilan. Seandainya percubaan pertama itu gagal namun tidak bermakna gagal seterusnya tetapi perlu doa, usaha, ikhtihar dan tawakal demi meraih kejayaan yang sebenar. Manakala, Awang Mohd. Adi Razi bin Sharbini, 28, pula menjelaskan,

KEGEMBIRAAN jelas terbayang pada wajah para graduan yang menerima diploma pada Majlis Konvokesyen Kali Ke-10 Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT) berlangsung di Indera Samudera Grand Hall, The Empire Hotel and Country Club (kanan).

generasi muda seharusnya mencuba perkara baru, iaitu dengan berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Dunia sekarang berubah-ubah mengikut peredaran masa dan semua berlumba-lumba untuk meningkatkan kemahiran diri dan melalui kelebihan itu individu akan dapat berkecimpung dalam bidang keusahawanan ke arah menjana pertumbuhan ekonomi negara. Sementara Siti Amal Munirah binti Yahya, 24, menyatakan impak ketidakstabilan ekonomi juga sedikit sebanyak menjejaskan, terutama dalam mencari pekerjaan baik di sektor kerajaan dan juga swasta. Walau bagaimanapun katanya, membuka perniagaan sendiri secara online merupakan cadangan yang baik tanpa memerlukan kos yang besar. Walaupun pendapatannya agak rendah tapi bak kata pepatah 'sikitsikit, lama-lama jadi bukit' dan yang paling penting ialah sifat berkeinginan atau kemahuan, kerana di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalannya. Sungguh pun sudah berkeluarga, namun ianya tidak menghalang bagi beliau untuk menjalankan perniagaan secara online itu dan yang paling penting ialah pengurusan masa yang berkesan iaitu belajar, berniaga dan bersama keluarga.

DAYANG Siti Amal Munirah binti Yahya berjaya menamatkan pengajian dalam bidang HND in Business Management 'Best Student in Academic'.

DAYANG Adinasuaedah binti Awang Damit, yang mengambil jurusan BDTVEC HND Programme in Business Management.

AWANG Mohammad Adi Razi bin Sharbini, yang mengambil jurusan IDB Part Time-International Diploma in Business.


NASIONAL

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

5

Perusahaan Riza Fudhlana Farming perluas hasil ternakan daging ayam Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim MUKIM SENGKURONG, Sabtu, 12 November. - Bagi memperluaskan lagi pengeluaran hasil daging ayam ternakan, Perusahaan Riza Fudhlana Farming kini menambah lagi dua unit reban ayam tertutup yang boleh menampung 20,000 hingga 23,000 ekor ayam setiap pusingan. Perusahaan Riza Fudhlana Farming adalah salah satu anak syarikat di bawah naungan Riza Group. Perusahaan berkenaan menggunakan teknologi sistem reban ayam tertutup yang diusahakan di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Tanah Tuah Bebatik / Kulapis dengan keluasan sebanyak

empat hektar. Sehubungan itu, Majlis Pembukaan Rasmi Reban Ayam Tertutup (Unit 6 dan 7) di Lot 25, Simpang 178, KKP Tanah Tuah, Kampung Kulapis, telah dirasmikan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong selaku tetamu kehormat hari ini. Terdahulu dalam ucapan alu-aluan Pengurus Syarikat Riza Fudhlana Farming, Pengiran Haji Haris bin Pengiran Haji Duraman menjelaskan, pada awal penubuhan syarikatnya hanya memiliki dua buah reban.

Menurutnya, syarikat itu terus menampakkan perkembangan yang positif dan progresif dengan penambahan lagi dua buah reban ayam tertutup pada tahun 2015. Perancangan perusahaan jelasnya, adalah bagi membangun sembilan buah reban ayam tertutup di kawasan berkenaan. Pada masa ini katanya, terdapat empat unit reban sedang beroperasi secara sepenuhnya, di mana ia menghasilkan sebanyak 29 tan ayam pedaging dalam setiap reban sepusingan. Beliau seterusnya menjelaskan, satu unit reban sedang dalam pembinaan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun 2016 dan satu unit reban ayam tertutup lagi masih di dalam perancangan dan akan diusahakan pada masa yang terdekat. "Pada tahun 2015, syarikat ini telah berjaya mengeluarkan hasil sebanyak 269 tan metrik daging ayam bernilai BND1.23 juta," ujarnya. "Pembukaan dua unit reban ayam tertutup ini berkemampuan untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara serta meningkatkan pengeluaran hasil ladang." Sejurus selepas itu, para hadirin menyaksikan persembahan video dan slaid dari Riza Group mengenai perkembangan perusahaan ayam ternakan dari syarikat berkenaan. Seterusnya, tetamu kehormat dibawa melawat ke pameran Riza Group dan seterusnya Yang Berhormat MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan semasa menyaksikan pameran perkembangan Perusahaan Riza Fudhlana Farming.

Industri ternakan mampu menjana KDNK MUKIM SENGKURONG, Sabtu, 12 November. - Industri ternakan mampu menjana keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara ini. Hasil keseluruhan ayam pedaging pada tahun tahun lepas ialah sebanyak 23,264 tan metrik, dengan nilai pasaran sebanyak BND106.79 juta iaitu sumbangan sebanyak 54.17 peratus dari nilai kasar keseluruhan industri ternakan atau 29.16 peratus dari nilai keluaran kasar keseluruhan Pertanian dan Agrimakanan. Dalam temu bual bersama Pelita Brunei selepas Majlis Pembukaan

Rasmi Reban Ayam Tertutup (Unit 6 dan 7) di Kampung Kulapis, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong berkata, sektor ternakan pada masa ini sekitar 100 juta setahun dan sasaran akan dinaikkan kepada tiga kali ganda dari segi sektor penternakan ayam, kambing, lembu dan lain-lain. Pada masa ini, jelas Yang Berhormat, caranya adalah Jabatan Pertanian dan Agrimakanan sudah memberi tanah-tanah yang sesuai untuk orang kita untuk berladang dan

ANTARA ternakan ayam di Unit 6 Lot 25, Simpang 178, KKP Tanah Tuah, Kampung Kulapis.

menternak ayam, kambing, akan tetapi ayam inilah yang mempunyai sumbangan yang paling besar dan kita merasa berpuas hati dengan respon dari orang ramai yang berminat dalam bidang ini untuk bergiat dan menambahkan sumbangan sektor ini kepada KDNK kita. Dalam pada itu, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan menyarankan lebih ramai lagi pengusaha ayam pedaging untuk berkecimpung di dalam penggunaan teknologi tinggi secara progresif dan produktif. Menyentuh mengenai teknologi ini, Yang Berhormat menjelaskan, memang teknologi ini penting dalam mempercepatkan pertumbuhan keluaran hasil ayam, jadi dengan menggunakan sistem seperti 'Sistem Tertutup' (Close System) adalah secara yang terbaik untuk mengawal suhu, pertumbuhan ayam dan mengawal makanannya. Jelasnya, dengan menggunakan sistem berkenaan, semestinya kematian ayam tersebut pun berkurang dalam pertumbuhan anak-anak ayam, dari satu hari hingga ke-40 hari dan dengan itu menghasilkan jumlah pengeluaran ayam yang lebih tinggi. Tambahnya, seperti yang diketahui makanan itu sangat penting dan dari 60 peratus adalah dari kos makanan dan dengan itu mereka dapat memastikan ayam lebih banyak yang hidup sehingga disembelih serta kita tidak akan banyak mengalami kerugian. Menyentuh mengenai saranan kepada orang ramai yang berminat untuk menceburi bidang

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong (kanan) semasa merasmikan pembukaan Unit 6 dan Unit 7 reban ayam tertutup milik Perusahaan Riza Fudhlana Farming.

Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dibawa meninjau ke Unit 6 dan 7 ternakan ayam serta lawatan projek pembinaan di Unit 9. Dalam pada itu, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan sentiasa memberikan sokongan yang berterusan melalui khidmat nasihat, penyediaan kawasan yang bersesuaian dalam mengusahakan ternakan ayam lebih-lebih lagi di dalam penggunaan teknologi. Ini akan dapat meningkatkan produktiviti dan pengeluaran ayam pedaging bagi pasaran tempatan dan seterusnya menembusi pasaran luar negara. Hasil keseluruhan ayam pedaging

pada tahun 2015 ialah sebanyak 23,264 tan metrik dengan nilai pasaran sebanyak BND106.79 juta iaitu sumbangan sebanyak 54.17 peratus dari nilai keluaran kasar keseluruhan industri ternakan atau 29.16 peratus dari nilai keluaran kasar keseluruhan Pertanian dan Agrimakan. Sehubungan dengan itu, jabatan juga menyarankan lebih ramai lagi pengusaha ayam pedaging untuk berkecimpung di dalam penggunaan teknologi tinggi secara progresif dan produktif. Perusahaan ini akan dapat meningkatkan industri ternakan dan mampu menjana keluaran dalam negara kasar (KDNK).

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong diiringi Pengurus Riza Group ketika melawat Unit 6 reban ayam tertutup Perusahaan Riza Fudhlana Farming.

ternakan. Yang Berhormat menjelaskan, di satu masa akan datang, mudahan-mudahan walaupun secara kecil-kecilan, orang ramai yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang penternakan ayam ini, akan dapat berkolaborasi dengan peladang-peladang besar seperti Riza Group, mungkin suatu masa syarikat seperti mereka ini atau mana-mana syarikat yang besar, boleh membekalkan anak-anak ayam itu kepada peladang-peladang kecil dan tidak perlu import dan pada masa yang sama, apabila ayam tersebut sudah besar, mereka ini pun boleh membeli dari peladang-peladang kecil untuk menjual kepada pasar raya ataupun

kepada bahagian memproses atau untuk eksport. Tambahnya, dengan cara kolaborasi ini dapat membantu mereka peladang-peladang kecil, supaya mereka tidak ada masalah untuk menjual ayam tersebut nanti. Pada masa ini jelas Yang Berhormat lagi, kadang-kadang peladangpeladang kecil ini mempunyai masalah untuk menjual ayam dan juga masalah mendapatkan anak-anak ayam, jadi dengan adanya kolaborasi dengan peladang-peladang besar seperti ini, peladang besar akan dapat membekalkan anak-anak ayam tersebut dan mereka akan membeli ayam yang besar tersebut dan menjualnya kepada pihak yang ketiga.


6

NASIONAL

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

Bandarku Ceria diisi pelbagai aktiviti Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Saerah Haji Abdul Ghani Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 13 November. - ‘Bandarku Ceria, Hari Tanpa Kereta’ sememangnya merupakan inisiatif dalam menceriakan ibu kota negara dengan menyajikan pelbagai program dan aktiviti sesuai meluangkan bersama keluarga di hujung minggu. Pelbagai pihak menyambut baik inisiatif tersebut sama ada dari agensi kerajaan mahupun swasta dan tidak terkecuali sambutan yang menggalakkan daripada orang awam. Ekspedisi Berbasikal adalah antara aktiviti yang diungkayahkan pada hari ini melalui anjuran Persatuan Warganegara Malaysia di negara ini. Hadir memeriahkan acara tersebut ialah Menteri Sumber-Sumber Utama

dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong. Ekspedisi bersempena 25 tahun interaksi budaya dan sosial di Brunei Darussalam itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu berbasikal sejauh 23KM dan 5KM. Sementara di ruang lain pula, keseronokan senamrobik dari KpopXFitness ternyata meriah dan mampu menarik perhatian para pengunjung yang datang untuk menyertainya. Segenap lapisan masyarakat mengambil bahagian mengikuti senamrobik di sepanjang jalan di tengah ibu kota berhadapanan The Coffee Bean and Tea Leaf.

ANTARA aktiviti permainan bagi kanak-kanak yang telah disediakan di Bandarku Ceria.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat, Dr. Sufri bin Haji Ladi bersama para pegawai kanan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD). Pemeriksa Kereta Kanan, Awang Azhar bin Haji Hanafiah yang juga selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa acara yang dikendalikan JPD kali ini ketika ditemui berkata acara yang diungkayahkan itu merupakan anjuran bersama JPD dan Kementerian Kesihatan. Katanya, selain senamrobik, mereka juga meneruskan acara berjalan kaki sejauh lebih kurang 3KM mengelilingi kawasan Bandar Seri Begawan. Acara sampingan termasuk aktiviti meniup belon, berlari dalam guni dan yang lain lagi bagi sama-sama memeriahkan program di hujung minggu ini. Manakala di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien juga turut diisikan dengan pelbagai aktiviti dan mainan termasuk permainan Nerf. Ketua Pegawai Eksekutif Nerf Wreck, Awang Md. Fauzian bin Haji Abd Aziz ketika ditemu bual menjelaskan, ini merupakan anjuran pertama kali Nerf Wreck diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien pada hujung minggu bagi memeriahkan lagi Bandarku Ceria. Jelasnya, mengadakan permainan seumpama ini adalah untuk membawa sesuatu yang baru bagi penyertaan orang ramai, di samping mendedahkan kepada masyarakat mengenai syarikat baru berkenaan. "Ianya dibukakan kepada kanakkanak dan dewasa untuk menyertai di mana setiap seorang dikenakan bayaran BND1 bagi masa 7 minit permainan," ujarnya. Pihaknya juga akan menyediakan peluru, pistol serta peralatan keselamatan yang lain.

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong semasa menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang peserta ekspedisi berbasikal.

Beliau menambah, adapun Nerf Wreck diadakan adalah untuk memberi peluang serta pengalaman berbeza kepada para pemain berbanding bermain 'game' di rumah sendiri. Penyertaan kali ini juga untuk melihat sejauh mana sambutan orang ramai mengenai permainan ini dan jika sekiranya ianya mendapat sambutan yang menggalakan, mereka akan cuba memperluaskannya lagi. KETUA Pegawai Eksekutif Nerf Wreck Awang Mohammad Fauzan bin Haji Abd Aziz menjelaskan pihaknya buat pertama kali mengadakan aktiviti Nert Wreck terutama untuk kanak-kanak.

Masa depan kerjaya kejururawatan, perbidanan dibincangkan Oleh : Aimi Sani Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

dan amalan serta memberi tumpuan peranan jururawat dan bidan pada jangkaan pihak berkepentingan awam dalam masyarakat kita. Semasa persidangan tersebut, beberapa kertas kerja telah dibentangkan termasuk 'Incorporating Clinical Research in Nursing and Midwifery Education' yang disampaikan oleh Profesor Kejururawatan, PAPRSB IHS, Profesor Munikumar Ramasamy Ventakasalu. Bagi membincangkan pelbagai topik, persidangan itu juga menampilkan empat sesi selari, yang terdiri daripada lebih sepuluh kertas kerja yang dibentangkan oleh

kejururawatan dan perbidanan pelajar di institut berkenaan. Sementara itu, Haji Abdul Alif bin Haji Sulaiman dan Hajah Ade Muharayani binti Haji Burhanuddin, mahasiswa dan mahasiswi Tahun Empat, jurusan Sarjana Muda dalam Sains Kesihatan (Kejururawatan) ketika ditemui berkata, persidangan tersebut menetapkan satu platform untuk pelajar kejururawatan dan perbidanan untuk menilai kemahiran penyelidikan dan penyebaran mereka melalui interaksi di antara pihakpihak berkepentingan dan penyelidik akademik dari kejururawatan dan perbidanan yang merangkumi profesional kesihatan yang lain.

HAJI Abdul Alif bin Haji Sulaiman, mahasiswa tahun empat jurusan Sarjana Muda dalam Sains Kesihatan (Kejururawatan).

HAJAH Ade Muharayani Haji Burhanuddin, mahasiswi tahun empat jurusan Sarjana Muda dalam Sains Kesihatan (Kejururawatan).

SEBAHAGIAN daripada jururawat dan bidan yang hadir pada seminar tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 12 November. Persidangan Penyelidikan Pelajar Kejururawatan dan Perbidanan Kali Kedua merupakan platform perbincangan dalam bidang kejururawatan masa depan dan kerjaya perbidanan, amalan, pendidikan dan penyelidikan serta untuk memberi peluang kepada profesional pembangunan, rangkaian, mentor, perkongsian dan kerjasama. Dengan membawa tema 'Impak Kajian Budaya dalam Kualiti Penjagaan', persidangan ini bertujuan untuk menunjukkan unsur-unsur dan

pengaruh budaya penyelidikan dalam bidang kejururawatan serta amalan perbidanan selain bagaimana untuk membentangkan projek penyelidikan jururawat dan bidan menyumbang pada penjagaan pesakit. Kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada jururawat, bidan dan pengamal kesihatan yang lain dari pelbagai agensi awam serta swasta menghadiri persidangan yang berlangsung di Dewan Kuliah, Institut Sains Kesihatan (IHS) Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah (PAPRSB), Universiti Brunei

Darussalam, di sini. Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UBD, Profesor Dr. David Koh Soo Quee dalam ucapannya antara lain berkata, melalui persidangan seumpama ini akan memberi peluang kepada para pelajar, pra siswazah dan siswazah untuk berkongsi idea-idea, bukti asas serta mengukuhkan budaya penyelidikan mereka. Beberapa kajian lain juga tambahnya, merangkumi pembangunan kejururawatan dan perbidanan, pendidikan, penyelidikan


NASIONAL

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

7

Jangan buang sampah sembarangan Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

RIMBA, Sabtu, 12 November. Kesedaran serta tanggungjawab terhadap kebersihan perlu ada tindakan dan bukannya sekadar dalam bentuk kata-kata nasihat sahaja. Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar berkata, banyak slogan yang mengajak kita untuk menjaga kebersihan, tapi dalam masa yang sama masih ramai yang membuang sampah sembarangan. Menurut beliau, membuang sampah sembarangan yang disebut dalam istilah kitani sebagai 'berjuritan'

termasuk membuang bungkusan dan sisa-sisa makanan merata-rata selepas makan di waktu rehat, itu boleh mengundang lalat, semut serta tikus yang mencemari tempat berkenaan, padahal ada tong-tong sampah telah disediakan di tempat-tempat tersebut. ''Sampah yang kita buang sembarangan boleh sahaja mencemarkan persekitaran di dalam dan luar kelas yang boleh sahaja menjejaskan pengajaran dan pembelajaran,'' katanya ketika menyampaikan ucapan selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Anugerah Kebersihan

TIMBALAN Menteri Pendidikan (kiri) menyampaikan Anugerah Perak kepada wakil Sekolah Menengah Sultan Hasan Bangar, Temburong pada majlis tersebut.

dan Keceriaan Sekolah 2016 di Dewan Serbaguna Sekolah Rendah Rimba II. Beliau berkata, setiap sekolah perlu merangka satu sistem pemantauan dan penjagaan kebersihan yang efektif seperti penubuhan Jawatankuasa juga Persekitaran Kebersihan Sekolah, penguatkuasaan disiplin, penjadualan duty roster yang teratur serta penyediaan kemudahan dan peralatan kebersihan yang mencukupi termasuk meletakkan tong-tong sampah di tempat bersesuaian serta strategik. ''Kita ingin melihat semua warga sekolah saling sama-sama membantu dalam memastikan sekolah sentiasa bersih, kemas dan selamat dari sebarang pencemaran yang berpunca dari sampah sarap yang terbiar, saluran najis dan longkang yang tersumbat, takungan air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk dan seumpamanya,'' tambahnya. Sehubungan itu, ujarnya, perhatian utama pada kebersihan kantin sekolah hendaklah dititikberatkan dan tidak boleh diabaikan. Beliau juga menegaskan tentang menjaga kebersihan tandas-tandas sekolah, yang mana para pelajar hendaklah sentiasa dididik untuk bersikap pemeduliaan, bertimbang rasa, lutanan dan tidak pemugut, di samping menghindarkan diri dari mengotor serta merosak kemudahan-kemudahan yang disediakan. ''Tabiat 'Flushing The Toilet After Use' sepatutnya menjadi kebiasaan,'' katanya. Beliau menambah, sekolah yang bersih dan indah sudah setentunya dapat membantu para pelajar memberikan tumpuan dan penguasaan terhadap pembelajaran mereka dengan lebih berkesan. Timbalan Menteri Pendidikan juga antara lain menggariskan mengenai aspek kebersihan dalam perspektif Islam, yang mana Islam bukan sahaja menjadikan kebersihan sebahagian dari iman, tetapi juga menjadikan bersih dari najis dan hadas sebagai syarat sah bagi ibadah sembahyang.

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar (kiri) menyampaikan Anugerah Emas kepada wakil Sekolah Rendah Kiudang yang memperoleh 92 peratus pada Majlis Penyampaian Anugerah Kebersihan dan Keceriaan Sekolah 2016 di Dewan Serbaguna Sekolah Rendah Rimba II.

Selain itu, beliau menekankan mengenai peranan ibu bapa dan penjaga dalam menerapkan budaya dan prinsip kebersihan pada diri kanak-kanak dari peringkat umur yang rendah lagi di rumah. ''Inilah natijah yang ingin kita capai, iaitu generasi yang cintakan kebersihan, keceriaan dan kedamaian yang menjadi pelengkap hidup berbangsa dan bermasyarakat di negara ini,'' jelas beliau. Terdahulu, beliau berkata bahawa para pelajar mempunyai tanggungjawab dalam sama-sama menjaga kebersihan sekolah seperti membersihkan bilik darjah serta

didedahkan dalam pelbagai aktiviti berkaitan dengan kebersihan persekitaran termasuk kempen kebersihan, kempen kitar semula, kempen hijau dan kempen sahabat alam. Menurutnya lagi, aktiviti seperti itu mendidik para pelajar untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan dalam masa yang sama juga mendidik perihal berjimat cermat. ''Penanaman pokok-pokok bunga juga boleh dijalankan untuk mencantikkan dan menghijaukan lagi alam sekitar,'' katanya.

Kebersihan sekolah tanggungjawab semua warga sekolah

PEMANGKU Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Korporat), Jabatan SekolahSekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Mohd. Sharifuddin bin Haji Mohd. Salleh menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis tersebut.

RIMBA, Sabtu, 12 November. Anugerah Kebersihan dan Keceriaan Sekolah seharusnya dijadikan sebagai avenue untuk membentuk warga sekolah yang cintakan kebersihan seperti yang dituntut oleh agama Islam. Selain itu, ia juga bagi membentuk warga sekolah yang menghargai dan memelihara kemudahan yang disediakan dengan penuh tanggungjawab serta membudayakan sikap kerjasama dalam memastikan kebersihan dan keceriaan. Perkara tersebut ditekankan oleh Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Korporat), Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Mohd. Sharifuddin bin Haji Mohd. Salleh ketika menyampaikan ucapan alualuan selaku pengerusi majlis pada Majlis Penyampaian Anugerah Kebersihan dan Keceriaan Sekolah 2016 di Dewan Serbaguna, Sekolah Rendah Rimba II, di sini. Beliau berkata, usaha tersebut adalah satu wahana bagi menyediakan infrastruktur pendidikan sihat, kondusif dan menarik. Jelasnya, ia antara lain juga berkait rapat dengan hasrat Wawasan Negara untuk melahirkan rakyat

berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya serta menikmati kehidupan berkualiti. Terdahulu, beliau memberitahu bahawa Anugerah Kebersihan dan Keceriaan Sekolah berkenaan merupakan kesinambungan pada anugerah yang diadakan pada tahun 2014. ''Pada tahun ini, sebanyak 116 buah sekolah rendah dan 35 buah sekolah menengah termasuk maktab-maktab dan pusat-pusat tingkatan enam telah dinilai untuk memenangi anugerah ini,'' ujarnya. Antara komponen penilaian yang beliau gariskan adalah bangunan dan persekitarannya; bilik kerja guru dan bilik darjah; kantin sekolah; stor; alam sekitar; pondok sampah; bilik-bilik air dan lanskap. ''Penghakiman telah dijalankan selama lima bulan mulai bulan Mei hingga September tahun ini. Penilaian kebersihan ini dilaksanakan sebanyak dua kali bagi setiap sekolah,'' katanya. Beliau menambah, kaedah tersebut bertujuan bagi mengukur sejauh mana sasaran penilaian berkonsepkan keadaan yang bersih, kemas, ceria, teratur, cantik, selesa, berfungsi, selamat dan bermaklumat dapat

dicapai secara konsisten atau menunjukkan peningkatan yang ketara oleh sekolah-sekolah yang dinilai. Pada majlis tersebut, sebanyak empat buah sekolah rendah yang telah berjaya mencapai keseluruhan markah 85 peratus hingga 100 peratus dianugerahkan Anugerah Emas. Sekolah-sekolah tersebut adalah Sekolah Rendah Kiudang memperoleh 92 peratus; Sekolah Rendah Rataie, Temburong, 90 peratus; Sekolah Rendah Bakiau, 89 peratus dan Sekolah Rendah Pusar Ulak, 85.4 peratus. Sementara itu, bagi sekolah menengah yang mana hanya berjaya mencapai Anugerah Perak, iaitu markah keseluruhan 75 peratus hingga 85 peratus, adalah Pusat Tingkatan Enam Sengkurong memperoleh markah 81 peratus; Sekolah Menengah Sultan Hasan Bangar, Temburong, 76 peratus; Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, 75.1 peratus dan Sekolah Menengah Rimba II, 75 peratus. Penyampaian anugerah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran

Haji Bahar. Anugerah tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran dalam menjaga kebersihan dan memelihara keindahan alam sekeliling, meningkatkan kesedaran untuk menjaga kemudahan serta fasiliti sekolah yang disediakan kerajaan juga menentukan tahap kebersihan sekolah mengikut pencapaian dalam penilaian anugerah berkenaan. Selain itu, ia juga bagi merealisasikan dan menerapkan kerjasama serta tanggungjawab dalam pengurusan kebersihan sekolah, di samping bagi menangani wabak penyakit berjangkit seperti wabak flu dan sebagainya. Turut hadir, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Profesor Madya Dr. Haji Azman bin Ahmad; Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Awang Haji Abdul Rahim bin Derus; ketua pengarah pendidikan; pengarah-pengarah dan pegawaipegawai kanan dari Kementerian Pendidikan.


8

NASIONAL

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

Nur Qistina Adriana juarai Pertandingan Bintang Kecil 2016 ''Kejayaan saya pada hari ini adalah merupakan atas usaha gigih kedua ibu bapa dalam mengajar saya dalam nyanyian,'' ujarnya.

Oleh : Aimi Sani Foto : Hernie Suliana Haji Othman

Kurangkan komplikasi serius diabetes

SETIAUSAHA Tetap (Media dan kabinet) di Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Mohammad Riza bin Dato Paduka Haji Mohammad Yunos menyampaikan Piala Pusingan dan piala serta hadiah kepada juara Bintang Kecil 2016 Nur Qistina Adriana binti Md. Yusirwan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 13 November. - Lagu 'Bahtera Merdeka' membawa tuah kepada Nur Qistina Adriana binti Md. Yusirwan satelah dinobatkan menjadi juara pada Pertandingan Bintang Kecil 2016 sekali gus membawa pulang wang tunai sejumlah BND 1,000 berserta piala iringan. Sementara itu, naib juara pula disandang oleh Abdul Haziq bin Haji Masri @ Muhammad 'Ataullah Hadi dengan lagu ' Laksamana Raja di Laut' manakala lagu 'Seni Berzaman' nyanyian Muhammad Azuan Anawi bin Arwen pula mendapat tempat ketiga. Naib juara dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak BND 700 dan BND 500 bersama piala iringan. Ketiga-tiga pemenang turut menerima baucar sumbangan Royal Brunei Catering (RBC) dan Sugarbun, di samping Hamper sumbangan Handsome Enterprise. Hadir selaku tetamu kehormat menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap (Media dan kabinet) di Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Mohammad Riza bin Dato Paduka Haji Mohammad Yunos. Turut hadir, Pengarah Radio Televisyen Brunei (RTB), Awang Haji Muhammad Suffian bin Bungsu. Pertandingan Bintang kecil ini mula diperkenalkan sejak tahun 1978 yang mana ianya merupakan salah satu platform yang dapat menggilap dan mengasuh bakat kecil untuk berani tampil di khalayak ramai dalam

membina keyakinan diri, menyemai kecekapan, kecerdasan, kreativiti serta semangat daya saing yang tinggi. Selain itu ianya juga diharap dapat membentuk sahsiah generasi muda untuk menjadi sosok warga yang hebat dan bakal berbakti kepada agama, bangsa dan negara dengan penuh cemerlang tanpa menganggu-gugat kehalusan budaya dan warisan pusaka bangsa yang menjadi pasak kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. Ke arah itu, pertandingan Bintang Kecil pada kali ini mengetengahkan konsep dan tema Melayu Gemilang. Penerapan tema ini dihasratkan dapat meningkatkan nilai tambah kualiti daya fikir dan tingkah laku generasi baru untuk terus peka dengan adab, adat dan budaya serta warisan bangsa Melayu agar tidak hilang ditelan kemajuan zaman. Justeru itu, kesemua peserta peringkat akhir adalah dipersyaratkan untuk menyampaikan lagi-lagu berirama kemelayuan dalam menguji keupayaan dan kebolehan mereka. Juara Pertandingan Bintang Kecil, Nur Qistina Adriana binti Md. Yusirwan ketika ditemui berkata ini merupakan kali ketiga beliau menyertai pertandingan ini. ''Saya mula menyertai pertandingan ini sejak berumur sembilan tahun dan sangat bersyukur kerana menjadi juara bagi Pertanding Bintang kecil pada tahun ini. Semua ini saya lakukan demi membanggakan kedua ibu bapa dan saya bercita-cita untuk mengharumkan negara melalui bidang seni suara suatu hari kelak.

LAGU 'Jong Batu' antara lagu rakyat yang menjadi dendangan peserta dalam Pertandingan Bintang Kecil 2016.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 November. Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi menyatakan hampir 50,000 daripada kita di Negara Brunei Darussalam menghidap diabetes dan jumlah itu semakin meningkat. ''Syukur dengan pencapaian bagi penjagaan diabetes yang sesuai, pendidikan dan ubat-ubatan penting, ramai yang menghidap diabetes masih mampu menjalani kehidupan dengan sempurna. ''Hari ini, 14 November, Brunei Darussalam bersama-sama dengan negara-negara lain dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia memperingati Hari Diabetes Sedunia untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini, menggalakkan mereka memerangi cabaran dan kerumitan hidup disebabkan penyakit tersebut, dan untuk memberi keyakinan kepada pesakit diabetes sama ada pesakit dan keluarga bahawa mereka tidak keseorangan dalam menghadapi cabaran tersebut,'' demikian dijelaskan dalam perutusan Yang Berhormat Menteri Kesihatan sempena Hari Diabetes Sedunia 2016 hari ini. Menteri Kesihatan menambah, diabetes adalah kumpulan penyakit kronik bercirikan kadar gula yang tinggi dalam darah dan dengan sendiri, jika tidak dirawat, boleh mengakibatkan koma diabetik. Kesan diabetes bukan sahaja dari aspek gula yang tinggi dalam darah. Di kalangan orang dewasa di Negara Brunei Darussalam, diabetes adalah punca utama kebutaan, penyakit buah pinggang dan amputasi. Di samping itu, pesakit diabetes juga dua hingga empat kali lebih berkemungkinan mengalami serangan jantung dan strok. Menurutnya, di Brunei Darussalam, diabetes terus menjadi salah satu punca utama kematian, selepas kanser dan penyakit jantung. 12.4 peratus orang dewasa di Negara Brunei Darussalam menghidap diabetes. Penyelidikan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan peratus yang membimbangkan, 44 peratus daripada kes-kes diabetes di negara ini yang tidak dikenal pasti. Ini bermakna bahawa lebih daripada 20,000 orang di Brunei menghidap diabetes tetapi masih belum mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan oleh itu, mereka tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit tersebut. ''Kerana itulah, dalam memerangi diabetes, Kementerian Kesihatan memberi tumpuan khususnya mengenai pencegahan dan pengesanan awal penyakit ini, selaras dengan tema Hari Diabetes Sedunia tahun ini 2016, "Eyes on Diabetes". Tumpuan adalah kepada usaha menggalakkan kepentingan pemeriksaan bagi memastikan diagnosis awal 2 jenis diabetes dan rawatan bagi mengurangkan risiko komplikasi yang serius. ''Dua jenis diabetes yang boleh dicegah. Pengurusan berat badan adalah perkara yang terbaik yang awda boleh lakukan bagi mencegah perkembangan diabetes. Langkah yang paling penting yang boleh awda ambil untuk diri sendiri dan keluarga bagi mengelakkan diabetes adalah memastikan bahawa awda mengamalkan diet yang sihat. Di samping diet yang sihat, kita perlu bersenam secara teratur selama 30 minit dengan melakukan aktiviti fizikal secara intensiti sederhana lima kali dalam seminggu. Ini adalah pilihan yang boleh kita buat dan ini adalah pilihan yang akan membantu anda membina kehidupan yang lebih sihat,'' ujar Yang Berhormat. Menteri Kesihatan berkata perkara yang paling penting yang boleh dilakukan jika mempunyai risiko diabetes disebabkan oleh berat badan berlebihan ialah untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan. ''Datanglah ke GP di Pusat Kesihatan dan kemukakan kebimbangan awda. Jika awda didiagnosis dengan diabetes, ia tidak terlalu lewat. Penyakit ini boleh dikawal dengan kekurangan berat badan melalui pemakanan sihat, Senaman secara tetap, Ubat (jika diperlukan). Ubat bukanlah dilihat sebagai lesen untuk terus makan makanan yang tidak sihat,'' tambah Yang Berhormat. Bagi pihak kami, Kementerian Kesihatan selaras dengan tiga strategik utama kami ialah untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan, mencegah dan mengawal penyakit-penyakit tidak berjangkit, dan untuk membudayakan kesihatan tanggungjawab semua orang - akan berkerja rapat dengan

Siaran Akhbar dan Poster: Ihsan Kementerian Kesihatan pelbagai pihak berkepentingan termasuk kerajaan, sektor bukan kerajaan dan ahli-ahli kumpulan sokongan untuk terus melibatkan diri dengan pesakit dan orang ramai bagi mencegah, mengawal dan merawat berlakunya diabetes di Negara Brunei Darussalam. Kementerian Kesihatan tegasnya, mengesahkan lagi komitmen ke arah meningkatkan kesedaran untuk cuba mengurangkan beban penghidap diabetes yang mana cara yang paling berkesan untuk menangani diabetes adalah dengan menjalani gaya hidup yang sihat. Pencegahan tambah Yang Berhormat adalah kunci dan kementeriannya akan memainkan peranan untuk memberikan pengetahuan kepada orang lain dan ia amat penting untuk menjayakan usaha ini.


HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

AGAMA

9


10

PENDIDIKAN

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

Plagiat beri impak terhadap pembelajaran pelajar Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

PEMANGKU Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dayang Hajah Nortijah binti Haji Mohd. Hassan (tiga, kiri) hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Karangan Majalah Mekar, Juara Pelajar 2016 bertempat di Balai Sarmayuda, DBP.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 12 November. - Plagiarisme atau plagiat bukanlah suatu isu baharu dalam kalangan pelajar. Ia boleh didefinisikan sebagai perbuatan meniru atau mengutip sebahagian keseluruhan karya orang lain tanpa izin atau tanpa memaklumkan nama pengkarya berkenaan. Malah plagiat mengakui karya

tersebut sebagai usahanya sendiri tanpa memberi penghargaan kepada penulis asal sebagai sumber rujukan. Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dayang Hajah Nortijah binti Haji Mohd. Hassan menekankan demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Karangan Majalah Mekar,

Juara Pelajar 2016 bertempat di Balai Sarmayuda, DBP berkenaan, di sini. Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi khususnya zaman internet, tegasnya masalah tersebut didapati bertambah serius. Secara umumnya perbuatan plagiat tersebut memberi impak yang besar terhadap pembelajaran pelajar.

Sehubungan itu, usaha ke arah meningkatkan lagi kualiti penulisan juga tidak lari dengan penguasan kemahiran berbahasa. Dalam hal ini, guru-guru dan ibu bapa katanya, memainkan peranan yang besar, iaitu sentiasa mengingatkan para pelajar tentang kesalahan memplagiat selain menjadi pelajar yang jujur, amanah dan bertanggungjawab. ''Adalah penting dalam memantau pembelajaran para pelajar dan anak-anak khususnya dalam mata pelajaran bahasa Melayu agar pelajar dapat menguasai tulisan mahupun lisan dengan baik. Banyak membaca bahan-bahan bacaan juga mampu meningkatkan kemahiran menulis,'' ujarnya. Menyentuh tentang sastera kanak-kanak dan remaja pula, ia jelasnya, merupakan bidang yang sangat menarik. Fungsi utama sastera kanak-kanak dan remaja ialah dengan daya fikir, imiginasi dan kreativiti. Dalam masa yang sama, ia memainkan peranan penting dalam menyampaikan wadah pengajaran dan didikan moral kepada masyarakat selain menjadi salah satu bentuk hiburan juga sastera berfungsi untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada khalayak pembaca. ''Oleh itu, jelaslah pada kita bahawa sastera kanak-kanak dan remaja ini

mampu berkembang maju sebagai medium hiburan dan pendidikan moral serta akhlak,'' jelasnya. Sementara itu, Majalah Mekar dan Juara Pelajar merupakan antara majalah terbitan DBP yang sasaran pembacanya adalah dalam kalangan para pelajar sekolah rendah dan menengah. Menurut beliau, kedua-dua majalah ini menjadi media utama untuk para pelajar menyalurkan karya mereka sekali gus mampu melatih mempertajam pemikiran dengan mencetuskan pelbagai isu semasa dalam karya mereka, di samping memberikan garis panduan dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Justeru itu, Peraduan Menulis Karangan Majalah Mekar dan Juara Pelajar dihasrat akan dapat melahirkan penulis-penulis muda yang kritis, juga berkemampuan menghasilkan karangan berbentuk rencana, deskritif, perbincangan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, ia katanya juga mampu mengangkat para penulis muda kreatif yang bijak mengolah cerita imaginasi yang mempunyai gagasan atau pemikiran bernas. Dengan itu, karya-karya yang berkualiti dan bermutu mampu dihasilkan penulis kanak-kanak dan remaja.

Pemenang peraduan menulis karangan terima hadiah Abu Bakar dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Dayang Batrisyia Zulaikha binti Kushairy dari MSPSBS. Dayang Nurkamilia Nabilah binti Haji Kartino dari Sekolah Menengah Rimba dan Dayang Mek Shuet Yi dari Sekolah Menengah Chung Ching masing-masing menyandang naib juara dan tempat ketiga Kategori 'C' peraduan berkenaan. Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dayang Hajah Nortijah binti Haji Mohd. Hassan hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Karangan Majalah Mekar, Juara Pelajar 2016 bertempat di Balai Sarmayuda, DBP berkenaan, di sini.

Pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai, sijil, majalah berjilid serta buku terbitan DBP. Sementara itu, Sekolah Terbaik bagi Penyertaan peraduan tersebut dalam Kategori 'A' dimenangi oleh Sekolah Rendah Kesuma Mekar, manakala Kategori 'B' dan 'C' dirangkul oleh MSPSBS. Manakala, pembeli majalah terlaris bagi majalah mekar diberikan pada St. George, Bandar Seri Begawan dan Sekolah Menengah Chung Hwa bagi majalah Juara Pelajar. Peraduan tersebut merupakan aktiviti tahunan DBP yang dibukakan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah kerajaan serta swasta seluruh negara yang antara lain

bertujuan untuk mengetengahkan majalah Mekar juga Juara Pelajar kepada para pelajar sekolah selain memupuk dan menggalakkan budaya membaca. Sebanyak 39 buah sekolah rendah dan 21 buah sekolah menengah termasuk orang awam menyertai peraduan pada tahun ini. Melalui peraduan itu diharap akan membiasakan para pelajar menghuraikan idea secara objektif dan membiasakan mereka membentuk ayat yang kemas, ejaan yang betul dan bahasa yang tepat dan secara tidak langsung ia juga menimbulkan minat serta menggalakkan para pelajar menulis dalam majalah Mekar dan Juara Pelajar dalam bidang penulisan kreatif serta non-kreatif dan seterusnya menjadikannya sebagai satu kerjaya.

PEMANGKU Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dayang Hajah Nortijah binti Haji Mohd. Hassan (kiri) menyempurnakan penyampaian hadiah kepada juara Kategori 'A', Dayang Nabilah Syazilah binti Samsida dari Sekolah Rendah Amo.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 12 November. - Dayang Nabilah Syazilah binti Samsida dari Sekolah Rendah Amo; Dayang Raihanah Umairah binti Azis dari Sekolah St. Andrew dan Dayang Amyra Shaira binti Suherdy dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MSPSBS) masing-masing muncul juara bagi Kategori 'A' Majalah Mekar; Kategori 'B' Majalah Juara Pelajar terbuka kepada Tahun 7 hingga Tahun 9 serta Kategori 'C' Majalah Juara Pelajar dibukakan bagi Tahun 10

hingga Tahun 11 dan orang awam berumur di antara 16 hingga 18 Tahun. Naib juara Kategori 'A' dimenangi oleh Dayang Carlynda binti Jinei dari Sekolah Chung Hwa, Kiudang Tutong dan Dayang Baby Elly Batrisya binti Anthony dari Sekolah Rendah Tumpuan Telisai, Tutong memenangi tempat ketiga. Bagi naib juara Kategori 'B' disandang oleh Dayang Khairunniza binti Sunny dari Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji

ANTARA barisan pemenang yang menerima Hadiah Peraduan Menulis Karangan Majalah Mekar, Juara Pelajar 2016.


RENCANA

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

11

Utamakan pendekatan Islam dalam merawat penyakit penagihan dadah memerlukan tindakan yang tegas bersesuaian dengan sifar toleransi kerajaan terhadap penyalahgunaan dadah dan pandangan ini juga merupakan komitmen Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Dadah (5th AMMD) pada 20 Oktober 2016 untuk menentang masaalah dadah serantau dengan tema 'Securing ASEAN Communities Against Illicit Drugs'.

Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto: Jabatan Penerangan

I

SU penyalahgunaan dadah terus menjadi masaalah yang dihadapi global ketika ini. Masalah yang juga dihadapi negara ini bukan hanya diambil perhatian serius oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam malahan juga oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Salah sebuah NGO yang bergiat aktif dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah ialah Persatuan Basmi Dadah (BASMIDA) yang ditubuhkan dengan tujuan untuk menjalankan kegiatan pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah di semua peringkat masyarakat, golongan umur, institusi-institusi pendidikan mahu pun tempat kerja dengan apa jua pendekatan atau pun cara sama ada dari sudut seni, sukan atau keagamaan agar orang ramai mengetahui bahaya penyalahgunaan dadah dan pengedaran dadah terkawal. Salah satu langkah yang diambil oleh BASMIDA baru-baru ini ialah dengan mengadakan Seminar BASMIDA 2016 dengan tema 'Pencegahan Penyalahgunaan Dadah melalui Nilai-Nilai Murni Melayu Islam Beraja'. Seminar antara lain mempunyai objektif untuk membantu memperkasa generasi muda lebih memahami peranan nilai-nilai murni dalam tiga komponen falsafah MIB yang diharap akan dapat membentuk budi pekerti dan peribadi akhlak yang tinggi lagi sempurna berdasarkan ajaran Islam. CAPAI KESEPAKATAN Seminar sehari itu mencapai kesepakatan untuk mencegah penyalahgunaan dadah yang terkawal dan mengambil kira akan perlunya menerapkan, mendidik, mengamalkan, menghayati dan mempertahankan nilai-nilai murni

yang terkandung dalam falsafah Melayu Islam Beraja yang menjurus kepada melahirkan generasi muda yang berwawasan, patriotik dan mempunyai kerohanian yang sempurna berdasarkan ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan selaras dengan aspirasi ke arah pencapaian Wawasan Negara 2035 dan Negara Zikir. Atas kesepakatan itulah maka seminar mengeluarkan Resolusi dan Rekomendasi bagi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan agensi-agensi bukan kerajaan (NGO) untuk mengambil tindakan pencegahan penyalahgunaan dadah, iaitu isu 'Legalisation of drugs' atau 'Decriminalisation of drugs'

RAWATAN FOKUS PADA PENDEKATAN ISLAM Dalam merawat penyakit penagihan dadah resolusi juga menyarakan agar pusat-pusat pemulihan dan rawatan dadah di Negara Brunei Darussalam mengenalpasti keberkesanan program-program pemulihan yang sedang dilaksanakan dan membuat perbandingan dengan pusat-pusat di luar negeri seperti Puspen di Malaysia yang memfokuskan kepada aspek jasmani, rohani, minda / psikologi. Rawatan juga lebih mengutamakan dan memfokuskan kepada pendekatanpendekatan Islam dengan menggunakan da'wah motivasi, zikir-zikir, ayat-ayat Al-Quran dan air zam-zam yang merupakan perubatan dari Allah Subhanahu Wata'ala. PASCA PEMULIHAN Dalam pasca pemulihan individu-individu yang telah menjalani rawatan dan pemulihan dari pusat-pusat rawatan dan pemulihan resolusi dan rekomen dari menyarankan agar dibuat pemantauan dengan meneruskan amalan-amalan yang dipelajari dari pusat tersebut di samping dilibatkan dengan aktiviti-aktiviti berguna seperti kempen-kempen kesedaran. Individu yang telah menjalani

rawatan dan pemulihan juga hendaklah dibekalkan kemahirankemahiran hidup untuk mendapat pekerjaan atau memulakan perusahaan sendiri agar berdikari dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi keluarga dan negara selain dibantu dengan kemudahan-kemudahan yang berbentuk kewangan atau / dan bukan-kewangan yang akan menjana pendapatan yang mampan. KUKUHKAN NILAI MIB Resolusi juga menyarankan akan perlunya diwujudkan Unit Khas Memerangi Dadah di dalam kurikulum pendidikan formal untuk memberikan fokus seratus peratus kefahaman yang betul dan kesedaran mengenai penagihan, bahaya dan keburukan penyalahgunaan dadah-dadah terkawal. Unit ini juga dapat mengelpasti kumpulan sasaran yang mudah terdedah kepada penyalahgunaan dadah. Manakala itu pada menyedari hakikat bahawa nilainilai Melayu Islam Beraja (MIB) itu adalah merupakan benteng pertahanan, oleh itu resolusi juga menekankan bahawa rakyat dan penduduk di negara ini perlu dikekalkan dan dikukuhkan lagi dengan nilai-nilai tersebut dalam menghadapi arus kemodenan yang tanpa batasan untuk memastikan survival negara MIB. Sebagai mekanisma untuk menyelamatkan manusia sama ada belia atau dewasa daripada pelbagai pancaroba gaya hidup Islam dan sebarang unsurunsur jahat seperti terlibat dalam menjual dan memakan dadah-dadah terkawal, menurut resolusi itu lagi maka pegangan aqidah Islam adalah wajib dimantapkan dan dikukuhkan yang mana bagi di Negara Brunei Darussalam ialah menurut Ahli

Sunnah Waljamaah. MANTAPKAN ILMU TAUHID Sementara itu bagi melestarikan aqidah tauhid dan menentukan serta membimbing anak-anak bangsa bebas daripada pegangan keduniaan semata-mata atau penghambaan kepada memuja hawa nafsu yang mengenepikan kewarasan akal dan iman dan ditawan oleh penjajahan mental di zaman globalisasi yang melemahkan sistem jati diri, resolusi itu menjelaskan bahawa kesilapan memiliki apa juga pegangan tersebut akan meranapkan sahsiah dan memporakperandakan umat Islam. Menurut resolusi tersebut, umat Islam perlu meraih pelbagai bidang ilmu khususnya ilmu asas berkaitan Tauhid dan seterusnya mendalami kitab suci Al-Quran dan Sunnah demi keberkatan yang berterusan di samping pentingnya semangat taqwa dan keimanan diserapkan ke dalam jiwa umat Islam khusus untuk melindungi dan menyelamatkan daripada pengaruh dadah yang boleh membawa kepada ketagihan yang menjauhkan diri dari mengerjakan kewajipan terhadap Allah Subhanahu Wata'ala dan pegangan sesat yang boleh membawa kepada kehancuran hidup di dunia dan akhirat. Apa yang diharapkan dengan pelaksanaan resolusi-resolusi dan rekomendasi-rekomendasi hasil daripada Seminar BASMIDA berkenaan akan dapat membenteras dan mencegah penyalahgunaan dadah di negara ini yang setentunya akan melahirkan generasi berwawasan dan kuat pegangan agama demi kemakmuran dan kesejahteraan negara.


12

PENDIDIKAN

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

'Play-based Learning' beri kesan positif dalam pendidikan

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa menyampaikan sijil konvokesyen kepada para graduan di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB).

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 13 November. - Pembelajaran berasaskan bermain atau 'play-based learning' kini mendapat perhatian pakar dan pengamal pendidikan awal kanak-kanak di negara-negara maju. Menurut Pemangku Pengetua Taman Asuhan Kanak-Kanak,

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA), Hajah Zainab binti Haji Abdul Wahab, kaedah pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid-murid di TASKA yang menjurus kepada pendekatan 'play-based learning' dipercayai dapat memberikan hasil yang berkesan kepada pembelajaran murid-murid,

mengambil kira sifat kanak-kanak yang sentiasa suka bermain. Jelasnya, kaedah belajar sambil bermain didapati lebih mendatangkan kesan positif kerana ia dapat menarik perhatian murid-murid dengan adanya keadaan sekeliling yang kondusif dan menyeronokkan. "Aktiviti-aktiviti yang diberikan juga menekankan konsep penemuan dan pengalaman langsung (discovery and first hand experience) dan berasaskan projek (project-based)," katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Sijil Merit, Konvokesyen dan Konsert TASKA 3 di Dewan TASKA, Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), di sini. Di samping itu, tambahnya, pendekatan ini juga dapat menanamkan ciri-ciri lain seperti kerja berpasukan, sosialisasi dan kepimpinan, yang secara tidak langsung memberikan pengalaman pembelajaran yang holistik. "Dalam memastikan pendekatan ini dilaksanakan dengan teratur dan berkesan, pihak TASKA telah mengusahakan pelbagai bentuk latihan kepada guru-guru dan pembantupembantu guru sejak tahun 2015 sehingga kini," ujarnya. Terdahulu Hajah Zainab berkata, tujuan pihak TASKA mengungkayahkan majlis tersebut adalah bagi sama-sama meraikan kejayaan murid-murid setelah mereka menempuh alam persekolahan di sepanjang tahun ini. Di samping itu, beliau menjelaskan,

Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Hamzah Mohidin majlis tersebut juga bertujuan untuk menampilkan bakat murid-murid dalam membuat persembahan, sebagai latihan bagi mereka untuk bekerjasama dengan rakan-rakan dalam melakukan tugas secara berkumpulan. Tambahnya lagi, ia memberikan latihan asas bagi mereka untuk tampil ke hadapan dan berani menghadapi khalayak. "Majlis ini juga diharap akan dapat mengeratkan lagi tali silaturahim pihak sekolah dengan para ibu bapa dan penjaga murid-murid," katanya.

Penyampaian sijil-sijil kepada para graduan disempurnakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin yang juga selaku Ahli Lembaga Pengarah YSHHB. Pada majlis tersebut, murid-murid TASKA 3 membuat persembahan dalam acara konsert yang dimulakan dengan persembahan 'Awang Budiman and Friends'.

SALAH sebuah persembahan oleh kanak kanak Taman Asuhan 3 TASKA YSHHB.

Kaedah belajar sambil bermain beri kesan positif Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

PEMANGKU Pengetua TASKA YSHHB Dayang Hajah Zainab binti Haji Abdul Wahab semasa berucap pada Majlis Mini Konsert dan Penyampaian Hadiah serta Sijil-sijil Akademik Bagi Taman Asuhan 2 TASKA.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 13 November. - Pemangku Pengetua, Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA), Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), Dayang Hajah Zainab binti Haji Abdul Wahab berkata kaedah pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid-murid di TASKA lebih menjurus kepada dapatan penyelidikan pendidikan awal kanak-kanak antarabangsa yang kini mendapat perhatian pakar dan pengamal pendidikan awal kanakkanak di negara-negara maju. Berucap demikian pada Majlis Mini Konsert dan Penyampaian Hadiah serta Sijil-sijil Akademik Bagi Taman Asuhan 2 TASKA yang berlangsung di Dewan TASKA, YSHHB, Berakas, di sini. Dayang Hajah Zainab seterusnya menjelaskan, pendekatan tersebut ialah pendekatan 'Pembelajaran Berasaskan Bermain' (Play-Based Learning) yang pihak TASKA percaya dapat memberikan hasil yang berkesan kepada pembelajaran murid-murid

mengambil kira sifat kanak-kanak yang sentiasa suka bermain. ''Kaedah belajar sambil bermain ini didapati lebih mendatangkan kesan positif kerana ia dapat menarik perhatian murid-murid dengan adanya keadaan sekeliling yang kondusif dan menyeronokkan'', ujarnya. ''Aktiviti-aktiviti yang diberikan juga menekankan konsep penemuan dan pengalaman langsung (Discovery and First Hand Experience) dan berasaskan projek (Project-Based).'' Di samping itu jelasnya, pendekatan tersebut juga dapat menanamkan ciri-ciri lain seperti kerja berpasukan, sosialisasi, kepimpinan dan lainnya yang secara tidak langsung memberikan pengalaman pembelajaran yang holistik, pendekatan ini dilaksanakan secara berfasa mengikut peringkat muridmurid TASKA. Tambahnya, dalam memastikan pendekatan ini dilaksanakan dengan teratur dan berkesan, pihak TASKA katanya, telah mengusahakan pelbagai bentuk latihan kepada guru-guru dan pembantu-pembantu guru sejak tahun 2015 sehingga kini. Beliau seterusnya menjelaskan, tenaga pengajar di TASKA telah dapat mendalami pengetahuan dan kepakaran mereka untuk menggunakan pendekatan ini dalam pengajaran mereka. Pada majlis itu, Penolong Pengarah Urusan 2, YSHHB, Awang Haji Puasa bin Haji Jumat hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah serta sijil akademik bagi Kanak-kanak Taman Asuhan 2 TASKA. Majlis turut diserikan dengan konsert 'The Jungle Book' yang dipersembahkan oleh Kanak-kanak Taman Asuhan 2 TASKA. Antara yang menyertai konsert berkenaan ialah cucunda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Dayang Aaishah Rabi'atu Masna binti Yusrin dari Taman Asuhan 2 Ungu

TASKA. Seramai 215 kanak-kanak Taman Asuhan 2 TASKA sesi pagi dan petang berserta ibu bapa dan penjaga Taman Asuhan 2 TASKA menghadiri majlis berkenaan. Antara lain tujuan majlis tersebut diadakan bagi memberikan pendedahan kepada kanak-kanak untuk meningkatkan keyakinan diri masing-masing, selain itu dapat memberikan penghargaan kepada kanak-kanak diatas usaha dan kegigihan mereka di dalam bidang akademik. Dalam pada itu Pelita Brunei menemu bual ibu bapa murid yang berada semasa majlis tersebut berlangsung. Pengiran Haji Norizam bin Pengiran Haji Metassan dan isterinya, Pengiran Shamsiaton binti Pengiran Haji Hashim dari Kampung Lambak Kanak 'B' melahirkan perasaan gembira apabila anak mereka, Dayangku Aishah Nur Azara binti Pengiran Haji Haji Norizam, murid Taman Asuhan 2 TASKA telah mendapat hadiah dan sijil bagi Kemajuan Terbaik Taman Asuhan 2 Tahun 2016. Pengiran Haji Norizam menjelaskan, beliau tidak menyangka anak beliau mendapat hadiah berkenaan dan selaku bapa, beliau merasa bangga akan kemajuan

TETAMU Kehormat, Penolong Pengarah Urusan 2, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), Awang Haji Puasa bin Haji Jumat menyampaikan hadiah dan sijil kepada murid TASKA KG2.

akademik anaknya. Menurut beliau, selaku ibu bapa perlu memata-matai dan sering membantu anak-anak dalam

mengulangkaji pelajaran apabila berada dirumah agar mereka akan mendapat keputusan akademik yang cemerlang.

CUCUNDA Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Dayang Aaishah Rabi'atu Masna binti Yusrin dari Taman Asuhan 2 Ungu TASKA antara yang menyertai konsert tersebut.


NASIONAL

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

13

Tiga pelajar Brunei menangi anugerah gangsa IMSO ke-13 Oleh : Dk. Vivy Melisssa Pg. Ibrahim Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

ROMBONGAN yang mewakili Negara Brunei Darussalam semasa sesi bergambar ramai setelah menyertai Pertandingan 'International Mathematics and Science Olympiad (IMSO) 2016' yang berlangsung di Ibu Kota Tangerang, Banten, Republik Indonesia.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 13 November . - Tiga pelajar dari Negara Brunei Darussalam telah dianugerahkan Pingat Gangsa dalam Kategori Matemaik dan Sains dalam

Olympiad Matematik dan Sains Antarabangsa Kali ke-13 (IMSO) bagi Tahun 2016 di Ibu Kota Tangerang, Banten, Republik Indonesia yang bermula 9 hingga 13 November 2016.

Sebagai tanda penghargaan, kepulangan pelajar-pelajar tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sambut oleh Pemangku Ketua Pusat Kerjasama Sains,

Teknologi dan Alam Sekitar (STEP), Kementerian pendidikan, Dayang Sarimah binti Haji Abu Bakar. Pelajar-pelajar tersebut terdiri dari Kiefer Lim Yi dari Chung Hwa Middle School, Bandar Seri Begawan dan Awang Muhammad Yazid Syafie Muqri bin Haji Zulkhairi dari Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pemenang dalam Kategori matematik manakala Liow Jia Shuan juga dari Chung Hwa Middle School bagi kategori Sains. Seramai enam pelajar dari Negara Brunei Darussalam menyertai IMSO ke-13. Mereka diiringi oleh ketua delegasi negara, Dayang Hajah Normimah binti Haji Abu Bakar dari STEP dan dua guru penyelia, Dayang Amal Nadiah binti Haji Mulok dari Sekolah Menengah Sayyidina Husin dan Dayang Suriayanti binti Haji Junaidi dari Sekolah menengah Sayyidina Abu Bakar. Antara aktiviti utama IMSO termasuk pemeriksaan teori I dan II, eksperimen sains, acara sosial, program lawatan dan kebudayaan. Tujuan IMSO diadakan ialah untuk meningkatkan kecekapan pelajar sekolah rendah dalam mata pelajaran matematik dan sains, di samping

memberikan motivasi kepada pelajar dalam membangunkan kapisiti intelektual dan kemahiran dalam kedua-dua mata pelajaran, selain memupuk hubungan mesra antara pelajar sekolah rendah. Negara-negara yang menyertai IMSO ke-13 ialah Bulgaria, China, India, Iran, Kazakhstan, Republik Filipina, Sri Lanka, Afrika Selatan, Taiwan, Thailand, Viet Nam, Hong Kong, Republik Indonesia, Republik Korea, Laos, Malaysia, Mongolia, Nepal, Netherland, Nigeria dan Tajikstan. Dalam temu bual bersama penerima Pingat Gangsa dalam Kategori Matematik IMSO Ke-3, Kiefer Lim Yi dari dan Awang Muhammad Yazid Syafie Muqri bin Haji Zulkhairi masing-masing melahirkan kegembiraan dan berpuas hati kerana mendapat pingat berkenaan dan menjadikannya sebagai dorongan bagi mereka untuk meningkatkan lagi prestasi pelajaran ke peringkat ke lebih cemerlang lagi. Menyentuh mengenai persediaan sebelum menghadapi IMSO, kedua mereka telah mendapat latihan intensif oleh STEP pada hujung minggu seperti menyediakan nota dan kertas soalan untuk semakan dirumah.

Peningkatan ketara EODB hasil pendekatan kerajaan secara menyeluruh Siaran Akhbar Bahagian Tenaga dan Industri, Jabatan Perdana Menteri (EIDPMO) BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 13 November. - Kira-kira 137 negara ekonomi di seluruh dunia direkodkan telah memperkenalkan reformasi utama yang mampu memudahkan untuk memulakan dan menjalankan perniagaan kecil dan sederhana, dengan 75 peratus daripada jumlah pembaharuan sedang diguna pakai oleh negara-negara membangun, seperti laporan World Bank's Doing Business 2017, yang mengukur kemudahan menjalankan perniagaan di 190 buah negara. Usaha meluas untuk meningkatkan peraturan perniagaan menyaksikan sepuluh negara ekonomi telah menunjukkan peningkatan yang ketara, dengan Negara Brunei Darussalam dilaporkan berada di kedudukan teratas terbaik di dunia dari segi aspek kemudahan menjalankan perniagaan di negara ini; mendahului Kazakhstan, Kenya, Belarus, Indonesia, Serbia, Georgia, Pakistan, United Arab Emirates dan Bahrain. Agenda pembaharuan perniagaan bercita-cita tinggi didorong melalui pendekatan 'whole-of-Government' melihat peningkatan Brunei Darussalam dalam lapan daripada

sepuluh petunjuk, menunjukkan peningkatan yang ketara bagi lima penunjuk. Peningkatan terbesar telah dibuat pada Bekalan Elektrik, yang melonjak dari kedudukan 55 ke kedudukan ke-21 di seluruh dunia, hasil daripada usaha yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik untuk meningkatkan kebolehpercayaan bekalan tenaga menyeluruh melalui pelaksanaan sistem pengurusan tenaga automatik bagi memantau gangguan dan pemulihan perkhidmatan. Undang-undang baru diperkenalkan untuk memberi perlindungan yang lebih baik bagi pemiutang dan penghutang, dan bagi membantu menyelamatkan dan pemulihan kepada syarikat yang bermasalah dalam perniagaan, sekali gus menyaksikan Brunei melonjak naik 40 tangga dalam penunjuk Penyelesaian Insolvensi menjadikan kedudukan ke-57 di dunia. Perintah Insolvensi 2016, diterajui oleh Bahagian Undang-undang dan Kebajikan di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Kewangan, menekankan survival syarikat melalui pengagihan

semula sumber bagi syarikat-syarikat tidak efisien dari segi ekonomi, memudahkan kos efektif dan pulangan yang cepat untuk operasi perniagaan biasa dan meningkatkan pulangan kepada pemiutang. Langkah positif yang dibuat oleh Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) untuk meningkatkan akses kepada kredit dengan pengagihan data pengguna daripada syarikat-syarikat utiliti yang membekalkan ketelusan meningkat bagi institusi kewangan untuk menilai pendedahan kredit dan kepercayaan bakal pelanggan. Ini ditambah pula dengan peruntukan undang-undang insolvensi baru yang menawarkan pemiutang bercagar perlindungan tambahan semasa prosiding penyusunan semula, melihat Brunei Darussalam meningkat kepada 62 berbanding 78 tahun lalu dari segi Mendapatkan Pinjaman. Negara Brunei Darussalam juga telah mencapai kemajuan yang ketara dari segi Kontrak Menguatkuasakan, melonjak naik 22 kedudukan ke kedudukan 93, menunjukkan ketelusan proses kehakiman di mahkamah dan peningkatan kecekapan pengurusan kes yang dikendalikan oleh pemfailan dalam talian untuk kes melalui Sistem Pengurusan Kes Kehakiman (JCMS). Di samping itu, laporan berkenaan mengenal pasti perubahan yang diperkenalkan oleh Kementerian

Kewangan yang menjadikannya lebih mudah untuk menyaman pengarah dalam kes urus niaga pihak berkaitan prejudis dan membenarkan pembatalan transaksi pihak berkaitan yang merugikan syarikat, mendorong Brunei naik 16 tempat kepada 102 dari segi Melindungi Minoriti Pelabur (Protecting Minority Investors). Brunei Darussalam telah terus meningkat dalam kedudukan 'Doing Business' sejak beberapa tahun yang lalu dengan agenda pembaharuan mendapat momentum menyeluruh setiap tahun, menunjukkan komitmen dan perkembang kerjasama antara agensi-agensi berkaitan untuk memacu kemajuan melalui pendekatan 'Whole-of-Government'. Rantau Asia Timur adalah rumah kepada dua daripada 10 ekonomi dunia utama (Singapura dan Hong Kong) dan dua daripada improvers teratas (Brunei dan Indonesia), dan juga beberapa negara ASEAN yang pesat membangun, yang menunjukkan daya saing yang semakin meningkat dari segi peraturan perniagaan. Walaupun dengan kemajuan yang menggalakkan dan prestasi serantau yang positif, Brunei masih jauh ketinggalan di belakang dalam banyak amalan terbaik antarabangsa dan perlu meningkatkan kadar agenda pembaharuan untuk mencapai 20 sasaran utamanya dalam suasana daya

saing yang semakin meningkat di rantau ini. Reformasi baru bagi mengurangkan lagi masa, prosedur dan kos, telah dikenal pasti; walau bagaimanapun, untuk maju ke peringkat seterusnya, fokus yang lebih kini diletakkan pada penglibatan komuniti perniagaan. Pengiktirafan kerajaan kepada tahap kritikal kerjasama sektor awam dan swasta dalam pembangunan mampan sekarang akan melihat maklum balas dan penyertaan daripada komuniti perniagaan memainkan peranan penting dalam membentuk dasar-dasar baru untuk menggalakkan persekitaran yang mesra perniagaan bagi Negara Brunei Darussalam, selaras dengan Wawasan Brunei 2035. Bagi tujuan itu, Ease of Doing Business Champions dan Darussalam Enterprise akan merancang satu forum untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas yang membina daripada orang ramai dalam masa terdekat. Dalam pada itu, mana-mana MSME yang ingin berkongsi maklum balas kerajaan, proses dan kelulusan berkaitan memulakan atau menjalankan perniagaan mereka, boleh menghantar melalui email dare@ei.gov.bn atau log isu mereka melalui Helpdesk Perniagaan di Pusat Sokongan Perniagaan atau melalui laman sesawang di www.business.gov.bn.


14

JAWATAN KOSONG

UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI UNIVERSITI Teknologi Brunei sukacita mempelawa pemohon-pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah bagi mengisikan satu (1) jawatan kosong di Universiti Teknologi Brunei. JAWATAN : KETUA TEKNIK MAKMAL BAHAGIAN : III TANGGA GAJI : C.3-4 EB.5 (BND1,990 - BND2,970 SEBULAN) KEKOSONGAN : 1 (SATU) SYARAT-SYARAT AM : a. Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. b. Pemohon mempunyai pengetahuan tentang kerasmian ugama Islam, adat istiadat negara, adat resam dan kebudayaan orang-orang Melayu Brunei dan perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam. c. Pemohon hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar waktu bekerja biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan. SYARAT–SYARAT KELAYAKAN : 1. (i) BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Sains / Kejuruteraan / Pengurusan Makmal atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama. Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama

adalah kelebihan. ATAU (ii) Sedang berkhidmat dengan kerajaan sebagai Juruteknik Makmal Kanan dalam tangga gaji C.1 tidak kurang dari lima (5) tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. 2. Mempunyai pengalaman dalam kerjakerja makmal sains / kejuruteraan di peringkat universiti adalah satu kelebihan. 3. Mempunyai kebolehan dan pengalaman dalam pengendalian peralatan makmal kejuruteraan sama ada dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik (EEE), Kejuruteraan Awam (CE), Kejuruteraan Mekanikal (ME) atau Kejuruteraan Petroleum dan Kimia (PCE) adalah satu kelebihan. 4. Menjalani latihan-latihan tertentu dalam bidang pengendalian peralatanperalatan makmal-makmal di atas adalah satu kelebihan. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA TEKNIK MAKMAL : 1. Ketua Teknik Makmal melapor kepada Ketua Makmal Fakulti Kejuruteraan dan Ketua Program di Fakulti Kejuruteraan. 2. Bertanggungjawab ke atas pengurusan makmal-makmal di Fakulti Kejuruteraan sama ada dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik (EEE), Kejuruteraan Awam (CE), Kejuruteraan Mekanikal (ME) atau Kejuruteraan Petroleum dan Kimia (PCE). 3. Menyediakan laporan status makmalmakmal di Fakulti Kejuruteraan kepada Ketua Program yang berkenaan dan Ketua Makmal Fakulti Kejuruteraan secara bulanan atau pada jangka masa yang ditetapkan mengikut arahan

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

daripada pegawai atasan. 4. Menyediakan senarai keperluan-keperluan makmal di Fakulti Kejuruteraan seperti keperluan barang guna habis, loji dan peralatan untuk dipertimbangkan bagi pembelian kepada pihak Bendahari melalui Ketua Program yang berkenaan dan Ketua Makmal Fakulti Kejuruteraan. 5. Menyediakan senarai keperluan pemeliharaan makmal-makmal di Fakulti Kejuruteraan seperti keperluan penyelenggaraan umum, penggantian, pembaikan dan sebagainya untuk dipertimbangkan dan dihadapkan kepada pihak Ketua Estet dan Bendahari melalui Ketua Program yang berkenaan dan Ketua Makmal Fakulti Kejuruteraan. 6. Menyediakan dan menyimpan rekodrekod peralatan makmal di Fakulti Kejuruteraan seperti inventori termasuk catitan keluar masuk barang-barang guna habis yang telah diterima dan digunakan di makmal-makmal tertentu. 7. Membuat kerja-kerja pemeliharaan asas seperti housekeeping dan baik pulih ke atas peralatan-peralatan makmal atau membaiki peralatan-peralatan tersebut secara in house. 8. Menyelia kakitangan teknikal makmal di bawah tanggungan seperti Juruteknik Makmal Kanan, Pembantu Teknik dan Pembantu Makmal. 9. Memastikan aspek Health, Safety Environment - HSE sentiasa dijaga dan dipraktikkan di dalam makmal-makmal oleh semua kakitangan dan pelajar. 10. Mengendalikan sebarang latihan yang diarahkan oleh Ketua Makmal Fakulti Kejuruteraan kepada semua kakitangan teknikal makmal jika diperlukan. 11. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh pegawai atasan dari

semasa ke semasa. MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN Borang permohonan serta keterangan lanjut boleh diperoleh di Bahagian Personel, Pusat Staf & Pelajar (Staff & Student Centre), Universiti Teknologi Brunei pada waktu pejabat atau dengan melayari laman sesawang www.utb.edu.bn. Borang permohonan yang telah lengkap diisikan berserta dengan kurikulum vitae (C.V.), salinan kad pintar, salinan sijil pencapaian akademik dan dokumen yang berkenaan hendaklah dihantar ke alamat berikut Yang Mulia Pendaftar dan Setiausaha Universiti Teknologi Brunei Jalan Tungku Link, Gadong, BE1410 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM UP. : PENOLONG PENDAFTAR (PERSONEL) PUSAT STAF DAN PELAJAR Rujukan Iklan : UTB/IKLAN/S1.6.6/2016(7a) Tarikh tutup bagi menghantar permohonan ialah pada Sabtu, 10 Disember 2016. Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan hendaklah menghantarkan permohonan melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan hendaklah menyertakan bersama satu Laporan Sulit dan Penilaian Prestasi tiga (3) tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya SANGAT BAIK) serta salinan Rekod Perkhidmatan yang lengkap. Semua permohonan hendaklah lengkap dan dihadapkan tidak lewat dari tarikh tutup iklan. Borang permohonan yang diterima setelah tarikh tutup iklan tidak akan dilayan. Hanya pemohon yang disenarai pendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi dan dimaklumkan mengenai proses temu duga.


IKLAN

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

15

KEMENTERIAN PERTAHANAN TAWARAN MINDEF/DFA/RC/63 (10) MAINTENANCE SERVICES OF LIFE JACKETS, LIFE RAFTS, INFLATABLE BOATS, RIGID HULL INFLATABLE BOATS, INFLATABLE BOAT COLLARS AND TANK FIVE (5) YEARS CONTRACTS. BAYARAN TAWARAN : BND500.00 (tidak dikembalikan) SYARAT-SYARAT TAWARAN a. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Baharu Kementerian Pertahanan, Blok 'C', Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 29 NOVEMBER 2016. Dokumendokumen tawaran bolehlah diperoleh dari Unit Tawaran (Blok 'D'), Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan pada hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula pada 12 November 2016. b. Bayaran yuran tawaran (tender fee) hendaklah dibayar di Unit Kaunter, Bahagian Kewangan, Blok 'C', Tingkat 1, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Blok 'D', Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam. Waktu bagi menerima bayaran : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 2.00 Petang hingga 3.00 Petang Jumaat 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi 2.30 Petang hingga 3.00 Petang

c. Pembekal adalah dikehendaki membayar semua yuran dokumen dan bayaran tawaran seperti yang diiklankan. Yuran tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bona-fide-tender). Kadar yuran tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran. d. Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah. e. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan. f. Salinan sijil pendaftaran perniagaan hendaklah disertakan bersama dengan menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemilik. g. Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. h. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan hendaklah ditutup rapi. Pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat, hendaklah dinyatakan rujukan dan tajuk tawaran serta catatan tarikh tutup tawaran ini. i. Iklan-iklan tawaran bolehlah dilihat melalui laman sesawang : http://www.mindef.gov.bn.

KEMENTERIAN PERTAHANAN

KEMENTERIAN KEWANGAN Tender Ref. No. : BDPC/ADM/026 Tender Title : DESIGN, SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION, TESTING, TRAINING AND DEPLOYMENT OF THE COMPENSATION PAYOUT SYSTEM (CPS) BRUNEI Darussalam Deposit Protection Corporation (BDPC) is inviting companies registered with the Government of His Majesty of Brunei Darussalam under AAB status as well as ICTAB Class 3, 4 or 5 to participate in the above tender. INSTRUCTIONS : 1. Tenders shall be submitted in sealed envelopes no later than 2.00 pm, 7th December 2016. 2. The envelopes should be marked with the tender's title, reference number and closing date, bearing no indications of the tenderer's name and addressed to : Chief Executive Officer Brunei Darussalam Deposit Protection Corporation (BDPC) Level 3, Tower Block, Ministry of Finance Building Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, BB3910 3. The tender document shall be collected from BDPC office at Level 3, Ministry of Finance Building, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, upon payment of non-refundable BND505.00 tender fee at the following days and times : Monday to Thursday and Saturday 8.30 am to 11.30 am 2.00pm to 3.30pm 4. Any tender submitted after the stipulated time will not be entertained. 5. Only successful tenderers shall be informed of the outcome of the tender. 6. For further information, please contact BDPC office at +6732384597 or e-mail : general@bdpc.gov.bn.

TAWARAN MINDEF/DFA/2016/TA/3007 SUPPLY OF 4D ULTRASOUND SCANNER WITH TRANSDUCER COMPLETE WITH SETS AND TRAINING BAYARAN TAWARAN : BND50.00 (tidak dikembalikan) SYARAT-SYARAT TAWARAN a. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Baharu Kementerian Pertahanan, Blok 'C', Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 13 Disember 2016. Dokumendokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Unit Tawaran (Blok 'D'), Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan pada hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula pada 14 November 2016. b. Bayaran yuran tawaran (tender fee) hendaklah dibayar di Unit Kaunter, Bahagian Kewangan, Blok 'C', Tingkat 1, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Blok 'D', Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam. Waktu bagi menerima bayaran : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 2.00 Petang hingga 3.00 Petang Jumaat 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi 2.30 Petang hingga 3.00 Petang

c. Pembekal adalah dikehendaki membayar semua yuran dokumen dan bayaran tawaran seperti yang diiklankan. Yuran tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bona-fide-tender). Kadar yuran tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran. d. Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah. e. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan. f. Salinan sijil pendaftaran perniagaan hendaklah disertakan bersama dengan menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemilik. g. Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. h. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan hendaklah ditutup rapi. Pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat, hendaklah dinyatakan rujukan dan tajuk tawaran serta catatan tarikh tutup tawaran ini. i. Iklan-iklan tawaran bolehlah dilihat melalui laman sesawang : http://www.mindef.gov.bn.


16

IKLAN

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

MAHKAMAH PEGAWAI WARIS TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

KEMENTERIAN KEWANGAN

DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, TUTONG

REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

SURAT KUASA PUSAKA : T/LA/46/2016

TO RENOVATE AND OPERATE GYM WITHIN THE BUILDING OF MINISTRY OF FINANCE Reference No. : MOF/RFP/GYM/2016

KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh BIBI BIN ALOI kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh ALOI BIN TARIS @ PAHANG yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH TUTONG pada 26 OKTOBER 2016, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, TUTONG sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 9 NOVEMBER 2016. (DK. NORAFIDAH BINTI PG. HAJI BUNGSU) B/p. Timbalan Pegawai Waris Tutong Negara Brunei Darussalam.

JABATAN DAERAH TEMBURONG KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI JABATAN DAERAH TEMBURONG KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI ADALAH dengan ini diberikan notis iaitu jualan lelong secara tawaran awam bagi Satu (1) unit peralatan elektrik, sistem penghawa dingin (central aircond), 80 biji kerusi plastik, 232 biji kerusi besi dan satu (1) set komponen alat penghawa dingin kepunyaan Jabatan Daerah Temburong, Pekan Bangar Temburong dan orang ramai yang berminat untuk membeli bolehlah mendapatkan barang tawaran di alamat : Tempat barang-barang lelongan : Letak Kereta, Bengkel Darat Jabatan Daerah Temburong Tarikh dipamerkan : 15 - 17 November 2016 Jam : 9.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari (pada waktu bekerja) Tawaran adalah dibukakan kepada pemborong, firma swasta dan orang ramai. Barang tawaran dan syarat-syarat dan keterangan lanjut mengenainya bolehlah didapati di Unit Stor, Bengkel Darat, Jabatan Daerah Temburong dan maklumat lanjut bolehlah berhubung ke Jabatan Daerah Temburong di talian +673 5221265 / +673 5221266 semasa waktu bekerja. Kesemua tawaran hendaklah diisikan mengikut borang yang telah pun dikhaskan dengan lengkap dan hendaklah dimasukkan ke Peti Tawaran yang telah pun disediakan di Aras Bawah, Jabatan Daerah Temburong tidak lewat pada 19 November 2016, Sabtu, jam 1.45 Petang. Dengan menggunakan sampul surat yang TERTUTUP RAPI (sealed) ditulis dengan tawaran awam bagi perkara berikut : JUALAN LELONG BARANG-BARANG JABATAN DAERAH TEMBURONG 1. Sistem penghawa dingin (1 unit) central aircond - Trance 25B-VDT2F 2. Kerusi plastik (80 biji) 3. Kerusi besi (232 biji) 4. Komponen alat penghawa dingin (1 Set)

MINISTRY OF FINANCE Open Invitation for Proposal

THE MINISTRY OF FINANCE invites proposals from interested parties to renovate and operate gym in a designated area within the building of Ministry of Finance, Commonwealth Drive, Brunei Darussalam. The objective of this project is to provide a gymnasium at Ministry of Finance. More detailed information and guideline for submitting proposals will be provided in the Request for Proposals (rfp) document. The register for the RFP, interested parties should send an e-mail ufb@mof.gov.bn with subject heading 'Proposal to Renovate and Operate Gym within the Building of Ministry of Finance Commonwealth Drive, Brunei Darussalam - Reference No. : MOF/RFP/GYM/2016', attaching information n the company, relevant experience as well as contact details. Completed proposal should be submitted to the address below not later than 2.00pm on Saturday, 19 November 2016. Quotation Box Level 15 Asset Management and HSE Unit Human Resource Development and Corporate Affairs Division Ministry of Finance Building, Commonwealth Drive. For all correspondence, please contact : Asset Management and HSE Unit Human Resource Development and Corporate Affairs Division Ministry of Finance Commonwealth Drive Brunei Darussalam. Telephone No. : +673 2383945 E-mail : ufb@mof.gov.bn

JABATAN KAJI CUACA BRUNEI DARUSSALAM KEMENTERIAN PERHUBUNGAN JABATAN KAJI CUACA BRUNEI DARUSSALAM KEMENTERIAN PERHUBUNGAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1. TAWARAN adalah dipelawa bagi : 'TO REPAIR THE CONTAINER CABIN AND TO RELOCATE, REINSTALL, RECONFIGURE AND TESTING MEDIA CONVERTER FROM AMEDAS CABINET TO THE EXISTING CABIN AT REMOTE STATION LABU, TEMBURONG FOR BRUNEI DARUSSALAM METEOROLOGICAL DEPARTMENT' 2. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang ditutup rapi tanpa menunjukkan identiti atau logo pembekal / pemborong ditulis dengan : TAWARAN BAGI 'TO REPAIR THE CONTAINER CABIN AND TO RELOCATE, REINSTALL, RECONFIGURE AND TESTING MEDIA CONVERTER FROM AMEDAS CABINET TO THE EXISTING CABIN AT REMOTE STATION LABU, TEMBURONG FOR BRUNEI DARUSSALAM METEOROLOGICAL DEPARTMENT' Bilangan Tawaran : JKBD/2016/SH-16 Tarikh Tutup : Rabu, 30 November 2016 Kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam, Tingkat 1, Divisyen Kewangan, Blok B23 Flat Anggerek Desa Simpang 32-37 Kampung Anggerek Desa, BB3713 Negara Brunei Darussalam.

3. Tawaran hendaklah sampai kepada Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga yang beralamat di atas tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Rabu, 30 November 2016. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Dokumen tawaran boleh diperolehi semasa waktu-waktu bekerja dengan harga BND5.00 senaskhah (tidak dikembalikan) dari : Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam Tingkat 1, Divisyen Kewangan Blok B23 Flat Anggerek Desa Simpang 32-37 Kampung Anggerek Desa, BB3713 Negara Brunei Darussalam. Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Jabatan Kaji Cuaca di talian +673 2381342. 5. Sebut Harga mestilah dihantar dengan menggunakan borang yang telah disediakan. Jumlah harga tawaran hendaklah dicatat / ditulis dengan betul dan jelas demi mengelakkan sebut harga tidak akan dilayan. Barang yang ditawarkan hendaklah menepati kehendak spesifikasi seperti dinyatakan di dalam Lampiran TS. 6. Sebut Harga hendaklah sah sehingga 120 hari dari tarikh tutup sebut harga. 7. Penender hendaklah menyertakan salinan Sijil Pendaftaran yang menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan berserta salinan kad pintar atau pasport pemilik. 8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran yang tidak munasabah.


IKLAN

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

JABATAN BELIA DAN SUKAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

17

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PERINTAH ACARA MAL MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH, 2005 SAMAN GANTIAN DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Kes Mal Bilangan : TT/MRS/MAL-B/S006A/113/09-2016 ANTARA HAIRUL AZMI BIN AHMAD JURIAH - PLAINTIF DAN MARSYAHANNAH BINTI ABDULLAH TORRES @ SWEE PEA CRUZ TORRES - DEFENDAN TUNTUTAN : PEMOHONAN UNTUK PERCERAIAN KEPADA MARSYAHANNAH BINTI ABDULLAH TORRES @ SWEE PEA CRUZ TORRES (DEFENDAN) yang dinamakan di atas) alamat terakhir di TIDAK DIKETAHUI.

Kamu adalah dengan ini disaman supaya hadir secara sendiri atau melalui Peguam Syari'e kamu di hadapan MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TUTONG pada Sabtu, 3 Rabiulawal 1438H / 3 Disember 2016M jam 2.00 Petang untuk menjawab tuntutan terhadap kamu oleh PLAINTIF yang dinamakan di atas, yang mana butir-butir dalam TUNTUTAN itu seperti dinyatakan dalam PENYATAAN TUNTUTAN yang diendorskan. Sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingkar hadir di mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan, mahkamah boleh meneruskan untuk mendengar dan memutuskan kes tanpa kehadiran kamu. Dan sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingin membela diri terhadap tuntutan tersebut, kamu hendaklah memfailkan di mahkamah ini dan menyampaikan kepada PLAINTIF suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang disebut di atas atau hadir di mahkamah pada tarikh itu. Bertarikh pada : 1 Safar 1438H / 1 November 2016M. HAKIM SYAR'IE Mahkamah Rendah Syariah Daerah Tutong Negara Brunei Darussalam.

JABATAN TENAGA DAN PERINDUSTRIAN JABATAN PERDANA MENTERI TAJUK TAWARAN : DELIVER REAGENT AND CONSUMABLES FOR ALCOHOLION LABORATORY AT HALAL SCIENCE AND METROLOGY CENTRE EID/SEBUTHARGA/2016-2017/29 LEMBAGA BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

AKTA KESALAHAN-KESALAHAN KECIL PENGGAL 30 BAGI melaksanakan kuasa yang diperuntukan dibawah Bab 12 (1) f (i) (ii) Penggal 30 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil Penggal 30, Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan adalah dengan memberi notis kepada pemilik-pemilik kereta terbiar yang tersenarai di bawah ini untuk memindahkan kenderaan mereka dan mengosongkan tapak berkenaan dengan segera. Gagal melaksanakan arahan pemilik dikenakan tindakan undangundang. Bertarikh pada 9 Safar 1438H / 9 November 2016M HAJI ALI BIN MATYASSIN PEMANGKU PENGERUSI LEMBAGA BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN SENARAI KERETA TERBIAR DI KAWASAN PERINDUSTRIAN KOMPLEKS BERIBI NO. PENDAFTARAN KENDERAAN : 1. BS7864 MODEL KENDERAAN : Mitsubishi Lancer 1.6 2. BL58 MODEL KENDERAAN : Daimier Double six 3. BC2715 MODEL KENDERAAN : Triumph TR7 4. BU8321 MODEL KENDERAAN : Nissan Sunny 1.6GSSX 5. BW4778 MODEL KENDERAAN : Hyundai Coupe FX2.0 6. KJ3132 MODEL KENDERAAN : Hyundai Tucson 2.0 GL

TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup rapi dan dialamatkan kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA SEBUT HARGA JABATAN TENAGA DAN PERINDUSTRIAN JABATAN PERDANA MENTERI JALAN JABATAN PERDANA MENTERI, BB3913 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Dokumen tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang telah disediakan di Tingkat Basement 1, Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Jabatan Perdana Menteri. Tidak lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan di bawah ini. Bilangan sebut harga dan tajuk sebut harga hendaklah dinyatakan di hujung sebelah kiri sampul surat berkenaan. Cagaran : BND5.00 (Untuk satu dokumen tawaran. Wang cagaran tidak akan dikembalikan). Tarikh Buka Sebut Harga : 14 November 2016 (Isnin) Tarikh Tutup Sebut Harga : 26 November 2016 (Sabtu) Jam : Tidak lewat jam 2.00 Petang

Dokumen-dokumen sebut harga bolehlah diperolehi di Penyambut Tetamu, Tingkat Basement 1, Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam pada waktu bekerja, Isnin hingga Khamis, dari jam 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi dan 2.00 Petang hingga 3.00 Petang dan Sabtu, 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi.


18

IKLAN

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN REQUEST FOR PROPOSALS (RFP) DEPARTMENT OF AGRICULTURE AND AGRIFOOD, MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM (MPRT) Open Invitation for Proposals TO INVEST, DEVELOP, OPERATE AND PRODUCE FRUITS PRODUCTION IN AGRICULTURE DEVELOPMENT AREA, BATANG MITUS, TUTONG, BRUNEI DARUSSALAM Reference No. : MPRT/RFP/2016/12 THE Department of Agriculture and Agrifood, Ministry of Primary Resources and Tourism invites proposals from interested parties to invest, develop, operate and producefruit production in the designated area within Agriculture Area, Batang Mitus, Tutong, Brunei Darussalam. The objective of this project is : 1. To develop and produce profitable and sustainable fruits production within 121 hectares of Agriculture Area in Batang Mitus using high / advance technologies. 2. To increase production of Fruit Industry focusing on non seasonal fruit production. 3. To focus the production for the export market; and 4. To generate employment for locals.

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

To register for the RFP, interested parties should send an e-mail to rfp@mprt.gov.bn with subject heading 'Proposal to Invest, Develop, Operate and Produce Fruits Production in Agriculture Area, Batang Mitus, Tutong, Brunei Darussalam', attaching information on the company, relevant experience as well as contact details. Detailed RFP document can be obtained Department of Agriculture and Agrifood, Ministry of Primary Resources and Tourism through e-mail rfp@mprt.gov.bn Completed proposals should be submitted to the address below not later than 3.00 Pm on Tuesday, 17 January 2017. Tender Box Ground Floor Ministry of Primary Resources and Tourism Jalan Menteri Besar Bandar Seri Begawan, BB3910 Negara Brunei Darussalam. For all correspondence, please contact : Agriculture Department Area Unit Department of Agriculture and Agrifood Ministry of Primary Resources and Tourism Old Airport, Brunei Darussalam Telephone No. : +673 2388063

More detailed information and guidelines for submitting proposals will be provided in the Request for Proposals (RFP) document.

Mesin pemotong rumput sikut Maruyama - 1 Unit

SECARA SEBUT HARGA PERALATAN / PERKAKAS KOMPUTER ADALAH dengan ini diberi notis bahawa

CPU - Studio (Dell) - 1 Unit

jualan lelong bagi 10 unit peralatan / perkakas

Printer - Laserjet 1515N - 2 Unit

Kementerian Hal Ehwal Ugama akan

Printer -Hp Office K8600 - 2 Unit

oleh

secara Unit

Kementerian

sebut

Penghapusan Hal

dan

CPU - Opic 380 (Dell) - 1 Unit

komputer,

dibuat

pembersih

harga

lelong

Dari

Kira-Kira,

Ehwal

Ugama.

Kementerian Hal Ehwal Ugama :

DAN PEMELIHARAAN BLOCK A, BANGUNAN BAITULMAL JALAN KOTA BATU, BD1517

PETI SEBUT HARGA LELONG UNIT PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA TINGKAT BAWAH, BANGUNAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM *diminta membuat perjanjian terlebih dahulu sebelum hendak melihat barangbarang yang hendak dilelong.

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA JALAN MENTERI BESAR, BB3810

Pembeli membayar

TARIKH TUTUP : 15 NOVEMBER 2016, JAM 9.00 PAGI

yang

berjaya

secara

wang

KETERANGAN BARANG DAN JUMLAH PERALATAN / PERKAKAS PEMBERSIH Hampas Gas (Vacuum Cleaner) Hitachi - 1 Unit Hampas Gas (Vacuum Cleaner) National - 1 Unit

dikehendaki tunai

dan

memindahkan barang dibeli tidak lewat tujuh (7) hari dari tarikh pembayaran. Barang-barang

yang

telah

dibeli,

tetapi tidak dipindahkan dalam masa tempoh tujuh (7) hari dari tarikh jualan akan dirampas dan dilelong semula. Pembeli yang berjaya hendaklah membayar wang

pendahuluan

(deposit)

PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (A), BLOK A, TINGKAT 1 BANGUNAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BANDAR SERI BEGAWAN, BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

8. Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang mempunyai pengecualian tidak akan dilayan. 9. Salinan sijil pendaftaran perniagaan hendaklah disertakan bersama. 10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran. 11. Lain-lain perkhidmatan boleh didapati dari http:// www.ubd.edu.bn.

TAWARAN JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN

BAHAGIAN BANGUNAN

dan dihantar ke Tingkat Bawah, Bangunan

1. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang terletak di Unit Tawaran & Sebut Harga, Bangunan Pentadbiran, Universiti Brunei Darussalam, Jalan Tungku Link, BE1410, Negara Brunei Darussalam. Tidak lewat jam 2.00 PETANG pada SELASA, 20 NOVEMBER 2016. 2. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan jam yang ditetapkan tidak akan diterima dan dilayan. 3. Tiap-tiap tawaran hendaklah dinyatakan tempoh pembekalannya. 4. Segala kehendak dalam borang ini mestilah ditulis dengan betul dan terang, jika tidak permohonan tawaran ini akan ditolak. 5. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang bertutup. Pada bahagian atas sampul surat hendaklah ditulis tajuk atau bilangan tawaran sepertimana yang diiklankan serta tarikh tutup tawaran ini, tanpa menunjukkan identiti pembekal / pemborong dan ditujukan kepada :

19

TEMPAT MELIHAT :

sebut harga bolehlah mendapatkan borang

SYARAT-SYARAT TAWARAN :

JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI

Printer - Hp Office - 1 Unit

Sesiapa yang berminat untuk menghantar

BAYARAN DOKUMEN DAN PENTADBIRAN : BND10.00 (tidak dikembalikan)

Waktu menerima cagaran tawaran adalah seperti berikut : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi 1.45 Petang hingga 3.30 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi 1.45 Petang hingga 3.30 Petang

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

HARTA BENDA KERAJAAN

KETERANGAN : TO SUPPLY, DELIVER, INSTALL AND COMMISSION ONE (1) UNIT ELECTROCHEMICAL LUMINESCENCE SYSTEM TO FACULTY OF SCIENCE (BRC/10), UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

6. Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan-penerangan yang lanjut boleh diperoleh dari Universiti Brunei Darussalam. 7. Bayaran dokumen dan pentadbiran (tidak dikembalikan) dan hendaklah dibayar dengan WANG TUNAI.

E-mail : rfp@mprt.gov.bn

JUALAN LELONG

BIL. TAWARAN : UBD / E8 / 009 / 2016

tidak

akan

dikembalikan jika pembeli yang berjaya membatalkan sebut harga lelong tersebut.

'PEMOTONGAN RUMPUT DI KAWASAN JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN, LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS UNTUK TEMPOH DUA (2) TAHUN' KAWASAN PEMOTONGAN : Kesemua kawasan Jabatan Percetakan Kerajaan Bangunan Lama dan Bangunan Baharu. SKOP KERJA-KERJA : 1. Memotong rumput di kesemua kawasan termasuk rumput dipenghujung tanah. 2. Membersih sisa-sisa rumput, daun kelapa, buah kelapa dan membakar atau membuang ke tempat pembuang sampah. 3. Memotong bunga-bunga yang tinggi atau panjang serta membersihkan rumput sekeliling bunga. JADUAL KERJA : Dua (2) kali dalam sebulan Peralatan, barang-barang dan bahan-bahan pemotongan rumput adalah ditanggung sendiri oleh penender yang berjaya. 1. Tawaran-tawaran hendaklah dialamatkan kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga

Jabatan Percetakan Kerajaan Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam. 2. Tarikh tutup bagi menghantar sebut harga berkenaan tidak lewat pada 6 Disember 2016, jam 2.00 Petang. 3.Tawaran ini adalah bagi pemotongan rumput untuk tempoh dua (2) tahun SAHAJA. 4. Tempat mengambil borang ialah di Penyambut Tetamu, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Bay 1, Jabatan Percetakan Kerajaan. 5. Tempat menghantar borang tender ialah di 'PETI TAWARAN', Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Bay 1, Jabatan Percetakan Kerajaan, Lapangan Terbang Lama Berakas. 6. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang TERTUTUP RAPI dan ditulis dengan 'TAWARAN BAGI PEMOTONGAN RUMPUT DI KAWASAN JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN, LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS UNTUK TEMPOH DUA (2) TAHUN' tanpa menunjukkan identiti pembekal. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 7. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus ke Bahagian Pemeliharaan Estet Jabatan Percetakan Kerajaan di talian +673 2382541 sambungan 150 / 171.


IKLAN

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

JABATAN BELIA DAN SUKAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN JUALAN SECARA TAWARAN AWAM BAGI 7 UNIT PERALATAN / PERKAKAS KEBUN, KOMPLEKS SUKAN SUNGAI KEBUN ADALAH dengan ini dimaklumkan bahawa JUALAN SECARA TAWARAN AWAM bagi peralatan / perkakas rosak dan terpakai adalah seperti berikut : SENARAI KETERANGAN PERALATAN / PERKAKAS DAN JUMLAH PERALATAN / PERKAKAS KEBUN KOMPLEKS SUKAN SUNGAI KEBUN, JABATAN BELIA DAN SUKAN 1. POWER CLIMBER (ASTRO), LAWN MOWER MACHINE - WHITE OUTDOOR (BRIGGS & STRATTION), ROTA SLASHER (HAWARS), WHEELBARROW DAN MESIN RUMPUT SURUNG (BRIGGS & STRATTION - 7 UNIT

LOKASI / TEMPAT MELIHAT : KOMPLEKS SUNGAI KEBUN, JABATAN BELIA DAN SUKAN Syarat-Syarat Tawaran : 1. Tawaran adalah dipelawa kepada pemborong-pemborong, firma swasta dan orang-orang perseorangan. 2. Pemborong-pemborong, firma swasta dan orang-orang perseorangan yang berminat bolehlah mendapatkan brang tawaran pada 5 November 2016 (Sabtu) bertempat di : UNIT HASIL TINGKAT 4 KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN SIMPANG 336-17, JALAN KEBANGSAAN BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 3. Borang Tawaran dijual (1 set bagi Lot 1) dengan harga BND10.00 (wang tidak akan dikembalikan). Sila bawa bersama Kad Pengenalan asal sewaktu pembelian borang tawaran.

MAHKAMAH PEGAWAI WARIS BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS BANDAR SERI BEGAWAN SURAT KUASA PUSAKA : LA/323/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh ABD. RAHMAN BIN HAJI OMAR kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh DAYANG HAJAH JIJAH BINTI HAJI OMAR yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ADIK-BERADIK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 8 November 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 27 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA/327/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh RAFIDAH BINTI HAJI METUSSIN kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh HAJAH ROKIAH BINTI JALIL yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 8 November 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu

dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 27 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA/328/2016

4. Pemborong-pemborong, firma swasta dan orang-orang perseorangan bolehlah melihat barang-barang berkenaan bermula 7 November 2016 (Isnin) sehingga 19 November 2016 (Sabtu), semasa waktu pejabat dan bertempat di : Lot 1 - Kompleks Sungai Kebun (Haji Layar bin Haji Raim / No. HP +673 8128779) 5. Borang-borang tawaran yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar kepada : JABATAN BELIA DAN SUKAN PETI TAWARAN TINGKAT 4 SIMPANG 336-17 JALAN KEBANGSAAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 6. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 November 2016 (Isnin), jam 2.00 Petang. 7. Pembeli yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urusetia dan dikehendaki untuk membayar secara wang tunai dalam masa 24 jam (tidak termasuk hari kelepasan awam). Jika pembeli yang berjaya gagal menjelaskan pembayaran berkenaan dalam masa yang telah ditetapkan, maka pembeli yang berjaya akan dikira menarik diri dan dibatalkan. Manakala

pembeli yang tidak berjaya akan dimaklumkan kemudian secara rasmi (persuratan), e-mel atau dikirimkan pesanan ringkas melalui SMS / WhatsApp. Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi, Unit Pusat Stor, Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas, atau melalui talian telefon +673 2380858 atau faksimile +673 2380858. 8. Pembeli yang berjaya dikehendaki membayar cukai kastam jika diperlukan. 9. Pembeli yang berjaya, tetapi tidak menjelaskan bayaran dalam masa 48 jam setelah dihubungi akan dikenakan tindakan atau disenarai hitamkan mengikut keputusan Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga, Jabatan Belia dan Sukan. 10. Pembeli yang berjaya hendaklah memindahkan barang-barang tersbut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pembayaran dan kegagalan berbuat demikian mengakibatkan pembelian akan dibatalkan (wang tidak akan dikembalikan). 11. Kelewatan memindah peralatan berkenaan dan menyebabkan barangbarang tersebut hilang, tidak akan dipertanggungjawabkan oleh pihak Jabatan. 12. Jabatan ini berhak untuk membatalkan atau menangguhkan tawaran.

kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 8 November 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas.

HADY BIN BUKHARI @ KUMA kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh BUKHARI BIN ABDULLAH @ KUMA BIN LEDU yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 8 November 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas.

Tarikh : 20 Oktober 2016. KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh MUHAMAD NOORISHAK BIN MUHAMAD ISA @ HARRY KEILLER kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh NOORSANIZZAH BINTI ABDULLAH @ NIZZAH KEILLER yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ADIK-BERADIK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 8 November 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 27 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA/334/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh LO SOO KEN kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh YEO HAR LIAN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah SUAMI

19

SURAT KUASA PUSAKA : LA/340/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh PG. ANAK D.S.L.J. HJ. PUTEH ALAM dan PG. ANAK HAJI JAAFAR ALAM kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh PENGIRAN BABU RAJA PENGIRAN ANAK HAJAH BESAR BINTI PENGIRAN ANAK HAJI METASSAN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 8 November 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 3 November 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA/337/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh MUHAMMAD

Tarikh : 3 November 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA/331/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAJAH UMI YUSNITA BINTI MOKTI kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh HAJAH SURIAHAYATI BINTI MOKTI yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ADIK-BERADIK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 15 November 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 29 Oktober 2016.

(MUHAMMAD AMIN LIM CHING) Penolong Pegawai Waris Negara Brunei Darussalam.


20

IKLAN

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

POLITEKNIK BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN POLITEKNIK BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TAWARAN BILANGAN SEBUT HARGA : PB/KEW/PROC/Q//2016/05 KETERANGAN : SUPPLY AND DELIVERY MINERAL WATER WITH CUSTOMIZE DESIGN / LOGO TO POLITEKNIK BRUNEI FINANCIAL YEAR 2016 - 2017 BAYARAN / YURAN DOKUMEN TAWARAN : TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 22 NOVEMBER 2016 (Tidak lewat jam 2.00 Petang) BILANGAN SEBUT HARGA : PB/CSDI/CLUB/Q//2016-2017/001 KETERANGAN : SUPPLY AND DELIVERY EQUIPMENTS FOR CLUBS TO POLITEKNIK BRUNEI FINANCIAL YEAR 2016 - 2017 BAYARAN / YURAN DOKUMEN TAWARAN : TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 22 NOVEMBER 2016 (Tidak lewat jam 2.00 Petang) BILANGAN SEBUT HARGA : PB/CSDI/CLUB/Q//2016-2017/002 KETERANGAN : SUPPLY AND DELIVERY MUSICAL INSTRUMENTS AND GULINGTANGAN FOR CLUBS TO POLITEKNIK BRUNEI FINANCIAL YEAR 2016 - 2017 BAYARAN / YURAN DOKUMEN TAWARAN : TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 15 NOVEMBER 2016 (Tidak lewat jam 2.00 Petang) HARI DAN WAKTU PEMBAYARAN : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.45 Pagi 1.45 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi keterangan lebih lanjut dan borang-borang tawaran boleh diperolehi di Tingkat 12, Unit 4, Jabatan Perkhidmatan Kewangan, Politeknik Brunei, Blok 2E, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan resit pembayaran.

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI

BAHAGIAN PENDAFTARAN MAHKAMAH BESAR JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

AKAUN-AKAUN YANG DISIMPAN DI BAWAH NAMA KETUA PENDAFTAR, MAHKAMAH BESAR

ADALAH dengan ini dipohonkan kerjasama daripada penama-penama tersebut di bawah untuk menghadirkan diri ke Mahkamah untuk tujuan menuntut dan mengembalikan akaun-akaun ini memandangkan akaun-akaun ini belum pernah dituntut di Mahkamah. Nama-nama akaun-akaun tersebut adalah seperti berikut : Nama : 1. NGU KIEW ENG 2. NGU GOH SING 3. NGU GOH UNG

4. NGO KIU HO 5. NGU KUI KING 6. NGU KUI HA 7. NGU GOH HING 8. HAMID ANAK BANGA 9. TONY ANAK BANGA 10. ABDUL RAHMAN GHANI Kepada penama-penama atau waris kepada penama-penama yang dinyatakan supaya akan dapat menuntut akaun-akaun ini di Bahagian Pendaftaran, Tingkat 2, Mahkamah Tinggi tidak lewat pada Sabtu, 3 Disember 2016. Jika tidak ada sebarang tuntutan diterima, pihak Mahkamah akan menyerahkan akaun-akaun tersebut kepada pihak Autoriti Monetari Brunei Darussalam untuk tindakan selanjutnya. Sebagai peringatan penama-penama dan waris tersebut hendaklah membawa kad pengenalan, surat beranak, salinan perintah mahkamah

yang dikeluarkan dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kes tersebut semasa membuat tuntutan. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai dengan perkara tersebut di atas, sila hubungi Bahagian Pendaftaran, Mahkamah Besar di alamat seperti berikut : Alamat : Bangunan Mahkamah Tinggi Mahkamah Besar, KM 1½, Jalan Raja isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, BA2920, Negara Brunei Darussalam. Nombor Telefon : +673 2220183, +673 2243939 (sambungan 146, 133, 129) Faksimile : +673 2241984 Waktu 8.00 Pagi hingga 11.45 Pagi 2.00 Petang hingga 4.00 Petang (waktu dan hari bekerja)


HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

IKLAN

21


22

RENCANA

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

Oleh : Noriah Haji Abdul Hamid

B

ENCANA alam merupakan fitrah alam yang tidak dapat kita halang dan jangka bila akan berlaku. Sebagai masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan, kita perlu bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Pepatah Melayu menyatakan 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'. Menghilangkan kesedihan orang lain, meringankan beban penderitaan orang yang ditimpa musibah, membantu menyelamatkan mangsa bencana, menghulurkan bantuan kepada mereka yang terabai, menziarahi orang sakit, memberi makan dan minum kepada orang lain terutamanya kepada yang amat memerlukannya adalah sebagai ibadah jika dilakukan dengan penuh rasa ikhlas dan niat yang betul bersandarkan pada rasa tanggungjawab dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata. Sifat ikhlas adalah menjadi nilai utama dalam kesukarelawanan dengan syarat orang yang melakukan ibadah ini mempunyai niat untuk kebaikan dan bukan untuk mencari pujian atau sanjungan di mata orang lain. Dengan erti kata lain, orang yang melakukannya berserta dengan niat yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wata'ala semata-mata akan mendapat kedudukan yang mulia di sisi-Nya dan akan mendapat ganjaran yang setimpal dengannya. Penubuhan Sukarelawan Mukim Sengkurong (SUMUS) adalah untuk mendukung kepimpinan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan sebagai wadah memartabatkan sukarelawan SUMUS dalam memikul tugas dan tanggungjawab bukan hanya terhad isu-isu bencana alam sahaja, malahan juga melaksanakan kerja-kerja kebajikan dalam samasama membantu, mengelinga dan meringankan beban pendudukpenduduk kampung yang kurang berkemampuan sejajar dengan visinya ke arah mukim yang cemerlang dan gemilang. Ini ditambah lagi dengan motonya 'inda camah mata' sudah setentunya akan melahirkan masyarakat yang prihatin dan harmoni selaras dengan tiga matlamat Wawasan 2035, iaitu rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya,

kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi serta ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan dengan menyasarkan bidang utama antaranya mempunyai pergerakan sosial yang tinggi, keharmonian sosial melalui perpaduan masyarakat. Melalui wawancara Pelita Brunei dengan Penghulu Mukim Sengkurong, Awang Haji Musa bin Haji Tahir @ Haji Siti, beliau menjelaskan bahawa SUMUS ini merupakan cadangan dari idea kolektif beliau dan Ahli Majlis Perundingan Mukim (MPM) Sengkurong dengan mengambil kira kejadian-kejadian banjir melanda kampung-kampung di bawah tadahan Mukim Sengkurong dan sebagainya. ''Atas kesedaran dan kepekaan penduduk-penduduk mukim dan kampung tentang implikasi bencana alam yang pernah melanda, maka MPM Sengkurong membuat beberapa muzakarah, Alhamdulillah ahli jawatankuasa PROTEM telah dibentuk untuk menggubal perlembagaan dan peraturan SUMUS''. Jelas beliau lagi, SUMUS membawa maksud bersatu, di mana penubuhan SUMUS ini adalah dihasratkan untuk menyatukan para penduduk di Mukim Sengkurong bagi sama-sama menggembleng tenaga membantu dan bekerjasama menolong mereka yang ditimpa musibah akibat bencana alam. Bukan itu sahaja, bahkan SUMUS juga akan menjalinkan jaringan bersama dengan agensi-agensi kerajaan dan persatuan-persatuan di negara ini berganding bahu dalam menangani isu atau musibah seperti Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, JAPEM dan sebagainya. Ahli-ahli SUMUS juga adalah terdiri daripada para belia. Penyertaan mereka dalam kerjakerja kesukarelawan ini adalah sebagai menanai titah Kebawah DYMM sepertimana petikan titah baginda pada Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-8 Tahun 2013 : ''Dalam bidang kerja-kerja sukarelawan, beta sungguh bangga kerana ramai para belia kita terlibat dengan kerja-kerja sukarelawan, baik di dalam mahupun di luar negara. Lebih-lebih lagi Negara Brunei Darussalam telah

mempelopori 'ASEAN Young Proffessinal Volunteer Corps' untuk memberikan khidmat sukarelawan di dalam pelbangai bidang kepada masyarakat dalam negara-negara ahli yang memerlukannya. Budaya sukarelawan ini sangat elok kerana ia bukan saja dapat meningkatkan perpaduan dan persefahaman, malah juga boleh mendatangkan pahala. Beta berharap semua langkahlangkah yang berkebajikan ini akan terus diperkasakan sehingga mencapai kecemerlangannya.'' PERANCANGAN JANGKA PANJANG SUMUS SUMUS telah pun beroperasi dalam menangani beberapa kejadian bencana banjir yang melanda kampung-kampung di Mukim Sengkurong, di samping membantu dalam pengagihan buah kurma kurnia Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, memberikan sumbangan kepada saudara-saudara baharu, membersihkan rumah golongan orang-orang yang kurang berkemampuan dan sebagainya. Pelbagai usaha dan perancangan untuk memperkasakan ahli-ahlinya bagi menepati misi SUMUS untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan bekerjasama. Lantaran itu untuk meningkatkan kemahiran ahli-ahlinya dalam bidang kesukarelawan dan kecemasan, SUMUS telah menyediakan program jangka panjang yang merangkumi pelbagai aspek seperti tatacara menghadapi pelbagai bencana alam, kemahiran yang perlu dimiliki oleh sukarelawan semasa menghadapi bencana alam, perkhidmatan kaunseling, kemahiran pertolongan cemas dan sebagainya. Kursus-kursus yang telah dirancang adalah menggariskan matlamat untuk mendedahkan para peserta pada latihan dan kesedaran serta meningkatkan motivasi dalam menghadapi sebarang kemungkinan musibah ataupun bencana di dalam mukim ataupun juga di mukimmukim yang lain jika diperlukan. Program ini juga untuk mempersiapkan diri sebagai seorang sukarelawan yang bertanggungjawab membantu mereka yang ditimpa musibah

dengan berbekalkan ilmu dan kemahiran bagi menjalankan tugas. AKTIVITI SUMUS SUMUS juga menyediakan pelbagai aktiviti jangka panjang kepada ahli-ahlinya yang meliputi sektor-sektor berikut : Kebajikan dan kemasyarakatan; membantu dan mengurus hal ehwal kebajikan masyarakat kampung dan mukim dalam pelbagai situasi bencana alam, orang-orang kurang berkemampuan dan orang-orang berkeperluan khas. Pendidikan; bertanggungjawab dan membantu mengurus hal ehwal pendidikan masyarakat kampung dan mukim bagi menanai Perintah Pendidikan Wajib (MOE) dan Perintah Pendidikan Ugama Wajib (MORA), celik pendidikan, iaitu membanteras buta huruf dalam kalangan masyarakat kampung, mengadakan jerayawara pendidikan, ceramah dan bengkel. Keagamaan; bertanggungjawab membantu dan mengurus kepentingan dan kefahaman beragama dalam kalangan masyarakat kampung dengan mengadakan kelas-kelas ugama, tuisyen, ceramah dan bengkel, lawatan dan sebagainya. Sosial dan kebudayaan; bertanggungjawab mengembang dan mempromosikan kemahiran bersosialisasi dan menghidupkan kebudayaan yang terdapat di mukim dan kampung. Perkhidmatan kaunseling; membantu dan mengurus kemahiran kaunseling untuk mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan setelah menghadapi trauma akibat sesuatu musibah dengan penumpuan kepada individu, kelompok, keibubapaan dan trauma. KESUKARELAWANAN MEMUPUK PERPADUAN Khidmat masyarakat seperti membersihkan surau, masjid, rumah-rumah warga miskin adalah contoh kerja-kerja sukarela yang boleh disumbangkan. Begitu juga dengan kelebihan ilmu, latihan dan idea, boleh disumbangkan untuk mengadakan kelas-kelas akademik percuma kepada anak-anak miskin. Gotong-royong menyediakan kelengakapan majlis-majlis ilmu yang kerap diadakan di masjid

PENGHULU Mukim Sengkurong, Awang Haji Musa bin Haji Tahir @ Haji Siti.

dan surau perlu dijadikan sebagai agenda penting dalam kehidupan bermasyarakat. Oleh yang demikian, semangat kesukarelawanan, bantumembantu, tolong-menolong ini perlu ada dan dipupuk dalam diri setiap Muslim. Dengan itu, terdidiklah jiwa kepada simpati dan ihsan, harmonilah masyarakat dengan perihatin dan kasih sayang. Memetik ucapan Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim dalam ucapan beliau pada Majlis Perasmian SUMUS pada 11 November 2016 menjelaskan bahawa sungguhpun sukarelawan itu tidak dibayar bukan kerana mereka tidak berharga, tetapi mereka adalah insan yang tidak ternilai harganya walaupun sekecil zarah sumbangan kudrat atau pemberian mereka amat besar impaknya pada kehidupan masyarakat. Beliau juga mengingatkan supaya sukarelawan bertindak sebagai tenaga sokongan dan bukan sebagai pengganti ahli-ahli kecemasan seperti ahli Bomba dan Penyelamat, Polis dan mana-mana pegawai agensi kerajaan yang mempunyai kepakaran khusus dalam menangani bencana-bencana walaupun sudah mendapat latihan daripada pihakpihak berkenaan.

TETAMU Kehormat, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim (sembilan, kanan) semasa sesi bergambar ramai bersama ahli-ahli SUMUS, sejurus merasmikan SUMUS pada 11 November 2016.


SUKAN

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

23

Kejohanan Golf Jemputan Sekolah Tunas PGGMB BIBD Perdana Ke-7 berakhir Juara Kejohanan Futsal 7 orang sepasukan Oleh : Haji Ariffin bin Mohd. Noor, Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin Foto : Haji Ariffin bin Mohd. Noor

PARA pelanggan Perdana dan Korporat Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) ketika hadir dan menyertai Kejohanan Golf Jemputan BIBD Perdana Ke-7 yang berlangsung di The Empire Hotel and Country Club.

Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Masri Osman JERUDONG, Ahad, 13 November. Awang Haji Azman Latif bin Haji Abd. Aziz, Lai Suan Long, Alfred Sim, Awang Haji Yussop bin Daud, Dayang Hajah Rosemita binti Dato Noordin masing-masing muncul juara Kategori Male Nett, Kategori Male Gross, Kategori Senior Nett, Kategori Senior Gross dan Kategori Female Nett pada Kejohanan Golf Jemputan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) Perdana Ke-7 yang berlangsung di The Empire Hotel and Country Club, di sini Naib juara dan tempat ketiga Kategori Male Net dirangkul oleh Awang Haji Suhaimie bin Haji Besar dan Pengiran Anak Mohd Basheer bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj sementara Pengiran Mohammad Musa dan Awang Shahrin Yusof menyandang naib juara dan tempat ketiga Kategori Male Gross. Bagi Kategori Senior Nett, naib juara diraih oleh Dato Paduka Haji Idris bin Haji Belaman dan Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Baasith mendapat tempat ketiga manakala naib juara dan tempat ketiga Kategori Senior Gross dimenangi oleh Leftenan Kolonel (B) Awang Haji Brahim Jumahat dan Kolonel (B) Awang Haji Mahmod. Seterusnya naib juara dan tempat ketiga Kategori Female Nett disandang oleh Joy Estrella dan Foon Mi Lan. Hadir menyempurnakan

penyampaian hadiah ialah Pengarah Urusan BIBD, Mubashar Khokhar yang juga dalam ucapannya turut menghargai atas penyertaan pelanggan-pelanggan Perdana Privelege Banking dalam kejohanan tersebut. Oleh itu, beliau berharap akan hubungan dan sokongan berterusan para pelanggannya yang telah banyak menyumbang kepada pencapaian dan kejayaan BIBD sepanjang tempoh tahun tersebut. Dalam kesempatan itu, Mubashar Khokhar juga turut mengongsikan sama kecemerlangan yang telah diraih

oleh bank berkenaan. Kejohanan persahabatan tersebut didakan untuk merapatkan lagi hubungan yang mesra di antara BIBD dan pelanggannya yang terdiri dari Perdana Privilege Banking, Korporat dan Pelanggan Perbankan Persendirian. Lebih 200 pelanggan Perdana dan Korporat BIBD menyertai kejohanan selama dua hari tersebut. Bagi mengetahui sebarang produk, perkhidmatan dan tawaran promosi BIBD, bolehlah melayari Facebook Page di www.facebook.com/ bibdbrunei, BIBD Home Page di www.bibd.com.bn atau berhubung terus di Pusat BIBD di talian 2238181 atau mengunjungi mana-mana cawangan BIBD yang berdekatan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 13 November. - Serangan balas yang pantas daripada Sekolah Tunas Jaya Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) Sungai Akar 'A' pada perlawanan akhir sudah cukup menjadikan sekolah tersebut Juara Kejohanan Futsal 7 Orang Sepasukan bersempena sambutan Hari Keluarga PGGMB 2016 yang berlangsung di Padang Sekolah Rendah Mabohai, Bandar Seri Begawan, di sini. Manakala naib juara disandang oleh pasukan Sekolah Tunas Jaya PGGMB Lambak 'A', sementara tempat ketiga dikongsi bersama pasukan Sekolah Tunas Jaya PGGMB Sungai Akar 'B' dan pasukan Sekolah Tunas Jaya PGGMB Lambak 'B'. Perlawanan peringkat akhir Kejohanan Futsal 7 Orang Sepasukan PGGMB ini menyaksikan perlawanan di antara pasukan Sekolah Tunas Jaya PGGMB Lambak 'A' menentang Sekolah PGGMB Sungai Akar 'A'. Di separuh masa pertama perlawanan akhir ini menyaksikan pasukan Sekolah PGGMB Sungai Akar 'A' berjaya membolosi gawang pasukan Sekolah Tunas Jaya PGGMB Lambak 'A' menerusi pemain Awangku Md Zikri Amirul Haziq bin Pengiran Mayrodden, pelajar Tahun 6. Babak separuh masa kedua,

Sekolah PGGMB Sungai Akar 'A' sekali lagi berjaya menambah jaringan menerusi sepakan cantik dari lorong kiri Awang Hafizin bin Hanafiah, pelajar Tahun 5 sekali gus menobatkan sekolah berkenaan juara di kejohanan tersebut. Manakala dipilih sebagai pemain terbaik dalam kejohanan berkenaan ialah pelajar Tahun 5 dari Sekolah Tunas Jaya PGGMB Lambak 'A', Awang Hafizan bin Haji Md Yusof. Sebanyak 6 buah pasukan berentap pada pusingan saringan yang menyaksikan persaingan daripada pasukan-pasukan Sekolah PGGMB Sungai Akar, Sekolah Tunas Jaya PGGMB Madang dan Sekolah Tunas Jaya PGGMB Lambak. Terdahulu, pengerusi Kejohanan Futsal 7 Orang Sepasukan PGGMB, Cikgu Ali Mustapha bin Haji Talip semasa diwawancara oleh Pelita Brunei menyatakan, kejohanan ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara guru-guru dan pelajar-pelajar setiap cawangan sekolah PGGMB serta memupuk semangat cintakan sukan di samping mengenal pasti bakatbakat para pelajar di Sekolah PGGMB. Pemenang kejohanan yang berlangsung hari ini akan menerima hadiah masing-masing pada Majlis Penutup Sambutan Hari Keluarga PGGMB 2016 yang akan diadakan pada 27 November 2016 nanti.

PENGARAH Urusan BIBD, Mubashar Khokhar menyempurnakan penyampaian hadiah kepada salah seorang pemenang Kejohanan Golf Jemputan BIBD Perdana Ke-7.

20 peserta sertai Pertandingan Kikik Kampung Batu Marang Siaran Akhbar dan Foto Ihsan : Haji Mohammad Isa Haji Marsidi BATU MARANG, Ahad, 13 November. - Seramai 20 peserta telah menyertai Pertandingan Kikik anjuran penduduk Kampung Batu Marang yang berlangsung di kawasan jambatan baru kampung tersebut, di sini. Pertandingan yang dibukakan kepada anak-anak buah kampung yang berusia lapan tahun hingga 16 tahun itu telah bermula pada hari Ahad, 6 November iaitu peringkat awal dan disambung di peringkat suku akhir pada hari Jumaat, 11 November dan diteruskan pertandingan peringkat separuh akhir dan peringkat akhir pada hari ini, Ahad 13 November. Pada peringkat akhir tersebut, johan pertandingan diraih oleh Muhammad Hanif bin Mazlan (10 tahun), naib johan disandang oleh Md. Amiruddin bin Zaini (16 tahun), tempat ketiga dimenangi oleh Muhammad Aminuddin bin Azmi (11 tahun)

manakala tempat keempat diraih oleh Khairul Ikhwan bin Sopian (16 tahun). Hadir bagi menyempurnakan hadiah kepada pemenang ialah Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Kikik, Negara Brunei Darussalam (PEKIKIK), Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi. Para pemenang masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai, dua ekor kikik berserta barang makanan. Menurut penganjur Awang Mohammad Asrul bin Haji Maidin menyatakan, pertandingan ini akan diadakan lagi di masa-masa akan datang untuk memberikan galakan kepada anak-anak buah kampung berkenaan. Manakala Awang Jasri bin Japar selaku pengendali pertandingan ini juga melahirkan rasa gembira atas usahanya menganjurkan pertandingan

ini dan tidak menyangka ia mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

PERLAWANAN Futsal 7 Orang Sepasukan bersempena sambutan Hari Keluarga PGGMB 2016 antara Sekolah Tunas Jaya Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) Sungai Akar 'A' dan pasukan Sekolah Tunas Jaya PGGMB Lambak 'A' .

PARA peserta Pertandingan Kikik anjuran penduduk Kampung Batu Marang yang terdiri kanak-kanak berumur lapan hingga 16 tahun.


24

NASIONAL

HARI ISNIN 14 NOVEMBER 2016

Pengakap Tunas dinaikkan ke Bahagian Pengakap Muda Siaran Akhbar dan Foto : Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam

Layari Epaper Pelita Brunei

KETUA Pesuruhjaya PPNBD, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali (tiga, kiri) menyampaikan Lencana Link kepada ahli Pengakap Tunas.

Siaran Akhbar dan Carta : Jabatan Penerangan BANDAR SERI BEGAWAN. - Epaper Pelita Brunei merupakan surat khabar Pelita Brunei dalam versi digital dan mula beroperasi pada 18 Jun 2016. Ia boleh dilayari melalui www.pelitabrunei.gov.bn/epelita. Dikemaskinikan setiap tiga kali seminggu, iaitu hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Terdapat 24 halaman muka surat dimuatkan ke dalam Epaper tersebut yang boleh dilayari melalui internet sama ada menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar dan sebagainya. Antara ciri-ciri Epaper Pelita Brunei ialah PDF boleh dimuat-turun (dijadikan simpanan arkib, rujukan dan sebagainya dalam telefon pintar atau komputer). Epaper ini juga boleh disaksikan secara 'Thumbnails' (boleh dilihat secara keseluruhan atau paparan kecil kesemua muka surat Pelita Brunei dengan nombor muka suratnya). Epaper ini juga boleh diikuti atau dikongsikan secara aplikasi Facebook, Twitter, Linked In, Tumblr, Google Plus, E-Mail dan VK. Di dalam Epaper ini juga terdapat ruang carian search mengenai Epaper Pelita Brunei dengan menggunakan teks tidak kurang dari tiga huruf. Tujuan Epaper ini adalah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang tidak memperolehi Pelita Brunei secara bercetak. Oleh kerana itu, Epaper dibuat bagi memudahkan mendapatkan berita terkini dengan menggunakan kemudahan internet secara lebih cepat serta mengurangkan penggunaan kertas.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 12 November. - Kesinambungan dalam meneruskan penglibatan berterusan serta aktif di dalam pergerakan Pengakap telah terbukti apabila ahli Pengakap Tunas telah dinaikkan ke Bahagian Pengakap Muda. Menurut Siaran Akhbar Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), Majlis Istiadat Meningkat Naik ahli Pengakap Tunas ke Bahagian Pengakap Muda juga diselajurkan dengan Majlis Penyampaian Anugerah Lencana Pengakap Tunas, iaitu Lencana Link, Lencana Anak Panah Gangsa, Lencana Anak Panah Perak dan Lencana Anak Panah Emas yang diadakan di Bilik Persidangan, Bangunan Ibu Pejabat PPNBD, Jalan Gadong. PPNBD ditubuhkan sejak tahun 1933 mempunyai empat bahagian utama, iaitu Bahagian Pengakap Tunas terdiri daripada pelajar Tahun 2 hingga Tahun 6 di sekolah rendah; Bahagian Pengakap Muda terdiri daripada pelajar Tahun 7 hingga Tahun 9 di sekolah menengah bawah; Bahagian Pengakap Remaja terdiri daripada pelajar Tahun 10 hingga Tahun 11 di peringkat sekolah menengah atas dan Bahagian Pengakap Kelana terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi

atau kolej serta belia-belia yang berumur dari 18 hingga 26 tahun. Ahli-ahli Pengakap Tunas yang meningkat naik telah diraikan di dalam majlis tersebut adalah pelajar-pelajar Tahun 6 dari Pasukan Pengakap Tunas 1080 Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas, Subok; Pasukan Pengakap Tunas 1021 Sekolah Rendah Kampung Mata-Mata; Pasukan Pengakap Tunas 1054 Sekolah Rendah Datu Ahmad dan Pasukan Pengakap Tunas 1084 Sekolah Rendah Tungku pada tahun 2016 yang akan meninggalkan alam Pengakap Tunas untuk menjadi ahli Pengakap Muda apabila mereka mula bersekolah di sekolah menengah pada tahun 2017 nanti. Upacara yang dikendalikan oleh Pemimpin-pemimpin Pasukan Pengakap Tunas itu merupakan satu acara kemuncak dan tanda penghargaan terhadap penglibatan ahli-ahli Pengakap Tunas tersebut di sepanjang tahun-tahun mereka menjadi ahli Pengakap Tunas. Diharapkan penglibatan mereka di dalam pergerakan Pengakap akan sentiasa berterusan dan dapat menambah ilmu pengetahuan berguna apabila mereka mula memasuki alam persekolahan di peringkat sekolah menengah nanti. Hadir selaku tetamu kehormat

menyampaikan Anugerah Lencana Tertinggi Pengakap Tunas kepada Ahli-ahli Pengakap Tunas adalah Ketua Pesuruhjaya PPNBD, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pengakap Tunas, Dayang Hajah Noraini binti Haji Saidi; Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pengakap Perempuan, Pesuruhjaya Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan, Awang Mohammad Syahmi bin Halimshah; Pegawai Eksekutif Pengakap, Awang Zainudin bin Haji Ishak, Pemimpin-Pemimpin dan Penolong-Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap Tunas. Terdahulu itu, Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan PPNBD telah mengadakan Program 'Movie A Thon' sempena Sambutan 100 tahun Pengakap Tunas Sedunia, di mana Ahli-ahli Pengakap Tunas telah dipertontonkan dengan tayangan video yang sangat popular berjudul 'The Jungle Book'. Pengerakan Pengakap Tunas Sedunia tersebut mula ditubuhkan 100 tahun yang lalu, iaitu 1916 oleh pengasas Pengakap Sedunia, Robert Stephenson Smyth Baden-Powell atau lebih dikenali dengan nama Lord Baden Powell yang telah menggunakan cerita di dalam buku 'The Jungle Book' sebagai bahan yang sesuai digunakan untuk membina perwatakan di dalam Pengakap Tunas. Seperti contoh, nama 'Akela' masih diguna pakai untuk panggilan kepada Pemimpin Pengakap Tunas serta Istiadat Laung Agong dan Ahli-ahli Pengakap Tunas berkenaan mesti mengetahui semua jalan cerita di dalam buku 'The Jungle Book' sebelum mereka diterima menjadi sebagai ahli Pengakap Sedunia. Tujuan program itu untuk memberi peluang kepada Ahli-ahli Pengakap Tunas untuk melihat dan memahami serta menghayati sendiri secara langsung jalan cerita tersebut dan mengalami suasana seperti di dalam panggung wayang bersama rakanrakan sebaya mereka.

KETUA Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali (duduk, tiga dari kiri) bergambar ramai bersama penerima Lencana Pengakap Tunas.

BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn SENTIASALAH BERSYUKUR, TABAH, SABAR MENGHADAPI UJIAN-UJIAN ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.