PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''BETA juga berharap usaha-usaha akan diteruskan lagi untuk merealisasikan visi kita menjadikan negara ini sebagai salah sebuah pusat kewangan Islam, setanding dengan pusat-pusat kewangan Islam terkemuka di dunia.'' - Titah Sempena Awal Tahun Baru Masihi 2011.
''SESUNGGUHNYA Kami telah mengurniakan kepadamu wahai Muhammad kebaikan yang banyak di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban sebagai bersyukur. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus dari mendapat sebarang perkara yang diingininya.'' - (Surah Al-Kauthar, ayat 1 - 3).
TAHUN 60 / BILANGAN 110
14 SEPTEMBER 2015 / 1436
30
JABATAN PENERANGAN
Berkenan hantar perutusan tahniah
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong, berikutan dengan kemenangan People's Action Party dalam Pilihanraya Umum Republik Singapura.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 12 September. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong, berikutan dengan kemenangan People's Action Party dalam Pilihanraya Umum Republik Singapura. Dalam perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah bahawa kemenangan yang diperolehi oleh
People's Action Party ini memperlihatkan rakyat Republik Singapura sekali lagi telah memilih pemimpin dan party yang dapat dipercayai untuk meneruskan kemakmuran dan kestabilan ekonomi Singapura. Kebawah DYMM seterusnya berharap akan dapat terus bekerjasama dengan Tuan Yang Terutama dalam mengukuhkan lagi persahabatan yang akrab yang dinikmati di semua peringkat dan juga kerjasama yang bernilai yang sedia terjalin di antara kedua-dua buah negara di masa-masa akan datang. Baginda mengakhiri perutusan tersebut pada menyampaikan salam muhibah dan sejahtera kepada TYT dan keluarganya.
Bantu bina jati diri belia Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim TEMBURONG, Sabtu, 12 September. - Program Outward Bound Belia merupakan salah satu usaha Bahagian Pembangunan Belia dan Sukan melalui Pusat Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD) ke arah mempelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti kebeliaan yang menekankan kepada aspek-aspek pembangunan jati diri belia. Ia termasuklah ketahanan fizikal dan mental, kecepatan daya berfikir, menjalin hubungan setia kawan, berdikari, berdisiplin dan sebagainya. Berlangsung di Kem Batang Duri Temburong, OBBD, di sini, program dilancarkan oleh Timbalan Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman. Ketika ditemu bual, Yang Mulia Datin Paduka menjelaskan, fokus utama OBBD ialah untuk pembinaan jati diri dan bukannya untuk meraih keuntungan (profit making) di mana yang paling mustahak ialah pembinaan jati diri belia. Sebelum ini, jelasnya, program berkenaan dimestikan dibuat secara berkumpulan, namun dengan program yang baru dilancarkan ini telah membuka peluang kepada belia untuk mendaftar dan menyertai program berkenaan secara individu.
Katanya, fokus utama program adalah belajar melalui keseronokan atau learning through fun dan menjadikan OBBD sebagai pembelajaran melalui pengalaman di mana melalui pengalaman tersebut para belia boleh belajar dan membina jati diri. ''Jadi kita mahu membina belia yang berani, belia yang mempunyai keyakinan diri. Ini semua selaras dengan Dasar Belia Negara yang mana kitani aiming towards belia yang cemerlang,'' ujarnya. Yang Mulia Datin Paduka berharap melalui kegiatan-kegiatan ini, dapat membina jati diri mereka, membuat mereka lebih yakin diri, lebih kuat dan dapat menyumbang kepada kerajaan dan negara. Ke muka 24
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
EDISI ISNIN / PERCUMA
Jemaah haji Brunei selamat
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 12 September. - Berikutan dengan peristiwa yang berlaku di Masjidil Haram, Mekah pada petang Jumaat, 11 September 2015, Jabatan Urusan Haji Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Pejabat Pengurusan Haji Negara Brunei Darussalam yang bertugas di Arab Saudi memaklumkan bahawa semua jemaah haji Negara Brunei Darussalam termasuk pegawai-pegawai Pejabat Urusan Haji (Pentadbiran dan Perubatan) dan pegawai-pegawai syarikat operator haji, iaitu Brunei Darussalam Holdings Sendirian Berhad dan Straits Central Agencies adalah dalam keadaan selamat dan tidak terlibat dengan peristiwa tersebut. Oleh itu, orang ramai khasnya kaum keluarga jemaah haji negara ini diharap supaya tidak berasa cemas dan bimbang dengan berita-berita yang diterima mengenai peristiwa yang berlaku.
InsyaaAllah, pihak Pejabat Urusan Haji (Pentadbiran dan Perubatan) dengan kerjasama pihak Kedutaan Negara Brunei Darussalam dan Konsul Agung Negara Brunei Darussalam serta pihak-pihak yang berkenaan di Arab Saudi akan sentiasa melakukan pemantauan dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kebajikan dan kesejahteraan jemaah haji Negara Brunei Darussalam dari semasa ke semasa. Kita berdoa dan memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala supaya jemaah haji Negara Brunei Darussalam khasnya dan jemaah haji negara lain amnya akan sentiasa dalam perlindungan dan peliharaan Allah Subhanahu Wata'ala dan dijauhkan dari segala musibah dan kejadian yang tidak diingini. Kita juga memohon supaya urusan jemaah haji Negara Brunei Darussalam dipermudahkan sehingga berangkat balik ke tanah air.
Muka 3
Muka 4
YTM berangkat ke Majlis Ramah Mesra Polis Wanita
PEMBERIAN biasiswa sebagai pelaburan penting BSJV
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn
2
HASRAT NEGARA
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem Alhamdulillahi Rabbil 'Alameen, Wabihiee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu' Wassalaamu 'Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.
K
ITA bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat pula bersama-sama hadir di Majlis Konvokesyen Kali Ke-27 Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada pagi ini. Beta dengan sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan di atas kejayaan mereka menamatkan pengajian masing-masing di universiti ini. Beta berharap dengan kejayaan ini, para graduan akan dapat menjadikannya sebagai pendorong untuk meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Beta mengambil maklum, dalam majlis konvokesyen pada tahun ini, seramai 20 orang graduan akan menerima Ijazah Kedoktoran, satu jumlah yang paling besar berbanding tahun-tahun yang lepas. Beta berharap UBD akan terus menjadi destinasi pilihan yang mampu untuk menarik minat pelajar-pelajar cemerlang bagi meningkatkan lagi pembelajaran dan penyelidikan mereka di UBD. Selain dari itu, beta juga difahamkan bahawa pada tahun ini adalah konvokesyen yang julung kali bagi Program Flagship Sarjana Dasar Awam dan Pengurusan (Master of Public Policy and Management) yang mengumpulkan 15 orang graduan dari dalam dan luar negara, termasuk penerima biasiswa kerajaan beta dari East Asia Summit Participating Countries. Di samping itu, beta juga difahamkan terdapat pelajar bagi program ini, yang berjaya menjadi pelajar paling cemerlang (top students) semasa berada di penempatan selama satu semester di universiti-universiti terkemuka di Amerika Syarikat yang menjadi satu komponen program ini. Ini adalah satu pengiktirafan terhadap kualiti sistem pendidikan di UBD. Perkembangan ini sudah setentunya mampu untuk menaikkan lagi imej dan visibility UBD. Menyentuh tentang visibility universiti, beta bersyukur melihat UBD telah banyak membangun dan mempertingkatkan usaha untuk mencapai aspirasi yang dihajati selari dengan usianya yang hampir mencecah 30 tahun. Ini termasuk pencapaian UBD sebagai universiti paling cepat meningkat dalam QS Asia University Ranking pada tahun ini.
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
Tingkatkan mutu pengajaran dan penyelidikan
TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD) sempena Majlis Konvokesyen Ke-27 UBD pada hari Rabu, 25 Zulkaedah 1436 Hijrah / 9 September 2015 Masihi di Dewan Canselor, UBD.
Namun di sebalik pencapaian itu, beta ingin mengingatkan bahawa banyak lagi aspek yang penting yang juga perlu diambil kira untuk menyukat sesuatu kejayaan, seperti kebolehpasaran atau marketability para graduan serta hasil-hasil penyelidikan yang boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Mengenai marketability di peringkat global pula, ianya dapat dilihat sebagai memberi gambaran, bahawa pertambahan di kalangan
BETA ingin menasihatkan supaya setiap graduan akan sentiasa mempertahankan jati diri, warisan, integriti serta mengekalkan identiti kebruneian yang berpaksikan Melayu Islam Beraja (MIB).
para graduan boleh menyebabkan kadar pengangguran semakin meningkat, kerana dengan pertambahan tersebut, peluang pekerjaan atau pasaran kerja dengan sendirinya semakin kompetitif. Namun faktor inovasi yang terdapat pada kurikulum GenNext kita dan inisiatif penerapan nilai keusahawanan terhadap pelajar adalah memberi harapan besar untuk lahirnya generasi proaktif, yang berdaya tahan serta tidak semata-mata bergantung kepada kerajaan. Dalam usaha menangani isu pengangguran kini, beta menyeru agar semua pihak dapat sama-sama berganding bahu dan bersepakat untuk melaksanakan pendekatan 'a whole of nation approach', bukan terhenti pada pendekatan 'a whole of government approach'. Institusi-institusi pengajian tinggi juga perlu untuk menjadi lebih inovatif dan kreatif dalam mencari sumber alternatif kewangannya, seperti membuat kolaborasi dengan pihak industri, supaya pembiayaan sesuatu aktiviti itu dapat dikongsi sama, serta outcomenya juga mampu untuk membuahkan hasil yang sama. Menyentuh mengenai perkhidmatan yang berkualiti tinggi, Skim Perkhidmatan Tenaga Akademik yang ada, sepatutnya dijadikan pendorong yang kuat untuk para ahli akademik kita meningkatkan lagi mutu pengajaran dan penyelidikan mereka. Khasnya ahli-ahli akademik tempatan kita, rebutlah peluang membina diri dengan memperkasa kebolehan dan kepakaran, mengasah bakat dan menampilkan diri demi ilmu, bukan dengan menyorok di bilik-bilik kuliah sahaja. Adapun masyarakat dan negara sentiasa menunggu mereka, dan ingin untuk mendengar dan membaca dari mereka. Akhirya, beta sekali lagi mengucapkan tahniah kepada para graduan yang berjaya. Beta ingin menasihatkan supaya setiap graduan akan sentiasa mempertahankan jati diri, warisan, integriti serta mengekalkan identiti kebruneian yang berpaksikan Melayu Islam Beraja (MIB). Kemajuan dan perkembangan negara hendaklah disertai dengan kerohanian yang teguh. Beta juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga UBD, yang merangkumi Ahli-ahli Majlis, Ahli-ahli Senat Universiti, Naib Canselor, pegawai-pegawai utama, ahli akademik, pegawai dan kakitangan universiti atas segala sumbangan dan perkhidmatan mereka. Semoga Allah jua yang diharapkan untuk mengurniakan ganjaran-Nya kepada mereka berupa rahmat dan pahala. Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
14 SEPTEMBER 2015 BERSAMAAN 1436
30
NIKMAT KESIHATAN TIDAK TERNILAI HARGANYA
S
ESI persekolahan bagi penggal ketiga bermula hari ini. Pastinya sesi pembelajaran bagi semua pelajar akan berjalan seperti biasa sebagaimana yang telah dipersiap dan dirancangkan oleh guru dan tenaga pengajar. Di samping itu, sesi peperiksaan juga bakal menjelang di mana pastinya pelajar masih dan sedang giat mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan yang bakal dijalani. Dalam kesibukan pelajar dan tenaga pengajar membuat persediaan, perlu diingat untuk sentiasa menjaga kesihatan. Kesihatan tidak ternilai harganya. Kesihatan yang baik pasti akan mampu memberikan sumbangan yang bermanfaat pada hasil dan mutu kerja yang baik. Memandangkan jerebu yang melanda di negara kita kini, maka diingatkan kepada ibu bapa serta penjaga dan orang ramai untuk tidak membiarkan anak-anak mereka berada di luar rumah dalam jangka masa yang lama. Ini kerana cuaca jerebu boleh mengakibatkan alahan dan asma kepada yang menghidapnya. Orang ramai dinasihatkan untuk meminum air dan menjaga kebersihan dengan mencuci tangan dan muka setelah berada di luar. Sila berjumpa doktor apabila mengalami batuk, selesma, mata merah, mata berair, asma atau ampus, alahan dan sebagainya. Elakkan membuat pembakaran terbuka pada musim jerebu ini. Sebaik-baiknya janganlah melakukan pembakaran terbuka bagi mengelak dan mengurangkan keadaan jerebu yang dihadapi. Sama-samalah kita menjaga alam sekitar untuk kebaikan kita bersama. Kadar penglihatan ketika memandu di kawasan tertentu juga pasti akan terjejas ketika musim jerebu ini. Oleh itu, para pemandu hendaklah meningkatkan kewaspadaan ketika memandu terutama jika kadar penglihatan berada dalam keadaan kurang jelas. Nyalakan lampu jika perlu ketika memandu di kawasan yang mengalami keadaan jerebu yang teruk. Di samping itu, pada musim buah-buahan ini juga, orang ramai dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dengan memperbanyakkan minum air serta memastikan kadar buah-buahan yang dimakan tidak melebihi had yang diperbolehkan dan berpatutan terutama bagi yang menghadapi masalah kesihatan atau penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Dalam Islam sendiri ada mengingatkan kita untuk makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Sediakan satu pertiga perut kita untuk minuman, sepertiga untuk makanan dan sepertiga lagi untuk bernafas. Maka sama-samalah kita menjaga kesihatan kita pada musim jerebu dan buah-buahan ini. Nikmat kesihatan tiada terhingga nilainya, jaga dan pastikan kita selalu menjaganya, kebahagiaan dan kesejahteraan serta kecemerlangan kita bergantung juga padanya, segala usaha dan ikhtiar yang dibuat pasti akan tergendala dan tidak tercapai jika tahap kesihatan kita tidak dalam keadaan yang sebaiknya. - Ketua Penyuntingan (Nb).
Pemberitaan/Rencana
Ketua Bahagian Pelita Brunei
Penyuntingan
Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor, Norliah Md. Zain, Hezlinawati Haji Abdul Karim, Ak. Jefferi Pg. Durahman, Haniza Abdul Latif, Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Rohani Haji Abdul Hamid, Nooratini Haji Abas, Khartini Hamir, Saerah Haji Abdul Ghani, Aimi Sani, Noraisah Muhammed, Haji Mahhmud Hafidzie Haji Ali Mashod, Dk. Nur Effa Ryina Pg. Haji Hamdani
Dk. Nasibahanim Pg. Haji Bakar
Samle Haji Jait, Nor Hanizah Haji Abd. Halim, Siti Muslihat Haji Salleh, Abdullah Asgar, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
AMBULANS 991
POLIS 993
Ketua Penyuntingan Musa Mohidin, Hajah Zabaidah Haji Salat, Mohammad Rainie Haji Durani, Dk. Nasibahanim Pg. Haji Bakar
Penyemakan
Penterjemahan
Abdul Hadi Haji Suhaili, Haji Besar Haji Mamit, Hajah Norliha Haji Salleh, Ramlah Md. Nor, Nurul Hazwani Abu Omar, Siti Faizahanisah Awang Mahani, Dk. Nur Ridzwana Pg. Abd. Aziz
Hajah Musmariani Haji Mohammad
Pereka Letak Khairul Shaharim Haji Abdul Ghafor, Haji Ahmad Haji Salim, Mohammad Ike Iqrami Haji Suhaimi, Muhammad Hamdanajib Haji Domeng, Mohammad bin Kahar
Juruteknik Foto Hatral Hazmi Abdul Hamid, Nornasyirah Nordin
BOMBA 995
PENYELAMAT 998
(Talian Darussalam) JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK, JABATAN PENGANGKUTAN DARAT, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN e-darussalam
123
NDMC 2380214
3
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
YTM berangkat ke Majlis Ramah Mesra Polis Wanita
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Komandan Polis Wanita Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) berkenan berangkat bagi sesi bergambar ramai bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Santap Petang dan Ramah Mesra sempena Puja Usia Yang Teramat Mulia (atas), sementara gambar kanan, YTM berkenan menandatangani slip keberangkatan.
YTM berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang dan Ramah Mesra (atas), sementara gambar kanan, YTM berkenan menyaksikan buku kenangan penubuhan Polis Wanita PDB.
Oleh : Haniza Abdul Latif, Hajah Norizan Mahal Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 12 September. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Komandan Polis Wanita Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang dan Ramah Mesra yang diberikan oleh pegawai dan anggota Polis Wanita. Keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna ke Dewan Bankuet, Mess Pegawai, Ibu Pejabat Polis, Gadong, di sini dijunjung oleh Pegawai Penguasa Kanan Polis Dinah binti Amat Daud, selaku Pengerusi Majlis berserta Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis. Sejurus keberangkatan, Yang Teramat Mulia dijunjung menandatangani slip keberangkatan dan selepas itu dijunjung bagi sesi bergambar ramai serta beramah mesra bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Santap Petang dan Ramah Mesra sempena Puja Usia YTM yang terdiri daripada para jemputan khas pegawai-
pegawai Polis Wanita yang telah bersara. Seramai 270 orang anggota Polis Wanita termasuk pegawai, jemputan-jemputan khas, anggota pangkat rendah serta pegawai dan kakitangan awam menghadiri majlis tersebut yang terdiri daripada pelbagai jabatan, formasi dan daerah polis seluruh negara. Majlis tersebut diadakan semata-mata untuk memberi peluang bagi warga Polis Wanita beramah mesra bersama YTM, di samping itu ia juga merupakan penghargaan yang ikhlas dan tidak ternilai ke hadapan majlis YTM atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan selaku Komandan Polis Wanita. Selain itu, YTM juga merupakan sumber inspirasi dan contoh kerana pencapaian YTM selaku seorang wanita, isteri dan ibu yang berkerjaya yang mana YTM menunjukkan kebijaksanaan dalam mengatasi cabaran dalam pencapaian yang tinggi selaku wanita berkerjaya kepada anggota Polis Wanita. Di samping itu, ia juga untuk mengukuhkan semangat agar
menjadi lebih maju sebagai wanita berkerjaya dan mempraktikkan profesionalisme yang lebih tinggi dan mengekalkan keseimbangan kerja dan kehidupan berkeluarga. Pada masa yang sama, majlis ini juga memberikan penghargaan dan penghormatan kepada pegawaipegawai Polis Wanita yang telah bersara di atas jasa bakti dan sumbangan yang telah mereka berikan kepada negara dan pasukan selama berkhidmat dalam pasukan polis. Majlis turut dimeriahkan dan diserikan lagi dengan beberapa acara persembahan hiburan daripada pegawai dan anggota Polis Wanita. Sebelum berangkat meninggalkan majlis, YTM berkenan menerima junjung ziarah para jemputan khas dan juga pegawai-pegawai serta anggota Polis Wanita. Penubuhan Polis Wanita telah mencecah usianya 41 tahun sejak pengambilan pertama pada tahun 1974. Dalam menekankan kepentingan bersama Polis Wanita di negara ini, pada tahun 1975, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan melantik YTM Paduka Seri
Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, selaku Timbalan Komandan Polis Wanita. Tujuan asal penubuhan Polis Wanita itu adalah untuk menyediakan khidmat bantu dan menjalankan kerja-kerja perkeranian. Selain itu, Polis Wanita juga diberikan tugas mengendalikan masalah bersabit dengan kanakkanak dan kaum wanita. Ini termasuklah tugas-tugas mengawal, memeriksa dan mengiringi tahanan wanita atau kanak-kanak, tugas-tugas pejabat dan lain-lain. Khidmat Polis Wanita diperluaskan lagi hingga ke Jabatan Siasatan Jenayah bagi menyiasat kes-kes yang serius dan khusus termasuk menangani isu-isu jenayah terkini yang melibatkan wanita dan kanak-kanak. Selain itu, juga ditubuhkan ialah Unit Pemerdagangan Manusia, Jabatan Perisikan Jenayah dalam memantau keadaan semasa dan ancaman-ancaman jenayah serta
Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas untuk menangani keselamatan pengguna jalan raya, bahkan ke cawangan-cawangan yang lebih lasak dan mencabar seperti Pasukan Gerak Khas. Oleh itu, PDB akan sentiasa mempertingkatkan pengambilan anggotanya termasuk juga Polis Wanita secara berterusan bagi menggalakkan proses pelapisan anggota. Manakala penempatan pegawai dan anggota Polis Wanita juga disusun secara teratur agar mereka dapat menjalankan tugas-tugas kepolisan yang mencabar dalam pelbagai bidang yang sama seperti anggota Polis Lelaki. PDB juga merupakan salah sebuah pasukan penguatkuasaan undang-undang yang terunggul di Negara Brunei Darussalam bahawa ia adalah salah satu jabatan yang menyediakan perkhidmatan terbesar dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.
4
NASIONAL
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
Pemberian biasiswa sebagai pelaburan penting BSJV
MENTERI Tenaga di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar menyampaikan cenderahati kepada para penerima biasiswa Brunei Shell Joint Venture (BSJV) Companies yang cemerlang pada sepanjang tempoh pengajian (atas dan bawah).
JERUDONG, Khamis, 10 September. - Brunei Shell Joint Venture (BSJV) Companies telah mengadakan majlis menandatangani kontrak bagi kumpulan biasiswa pelajar tahun 2015 yang diadakan di Dewan Royal Berkshire, Royal Brunei Polo and Riding Club, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyaksikan majlis penandatanganan tersebut ialah Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar. Seramai 42 pelajar akan memulakan kursus ijazah pertama mereka dalam pelbagai bidang disiplin dari kejuruteraan ke sains. Sementara itu, dua penerima utama BSJV akan meneruskan pengajian post graduate mereka dalam kerjaya masing-masing. Para pelajar yang terpilih terlebih dahulu melalui beberapa proses penilaian yang ketat untuk memastikan mereka memenuhi kriteria syarikat dan juga dikenal pasti sebagai pelajar terbaik di dalam kelas dalam kalangan rakan-rakan mereka. Pada acara ini juga turut menyaksikan Majlis Penyerahan Sijil kepada 10 penerima utama BSJV yang telah berjaya menamatkan Program
Oleh : Khartini Hamir, Mariani Haji Abd. Ghani Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor
Ijazah mereka dengan Kepujian Kelas Pertama. Terdahulu, Timbalan Pengarah Urusan Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd., Awang Haji Kamaluddin bin Haji Bungsu dalam ucapan alualuannya berkata, Program Biasiswa BSJV telah bermula lebih 30 tahun lalu dan program ini merupakan satu pelaburan yang sangat penting dan besar bagi syarikat berkenaan. Jelasnya lagi, dalam persekitaran perniagaan dengan penurunan harga minyak dan kemelesetan ekonomi global, syarikat itu percaya bahawa cara terbaik untuk menjamin masa depan Brunei adalah dengan melabur dalam minda muda belia yang cerah kerana mereka merupakan aset yang paling berharga kepada kedua-dua buah negara dan syarikat. Awang Haji Kamaluddin juga menyeru mengenai titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada sesi Pembukaan Majlis Mesyuarat Negara Ke-11 pada Mac tahun ini, bahawa dengan melabur dalam golongan
belia hari ini, diharap akan dapat memperkukuhkan lagi ekonomi penduduk tempatan dan memberikan peluang kepada mereka untuk menjadi pekerja dan pemimpin pada masa hadapan. Menurutnya, dengan melakukan transformasi kepada pemimpin, kita boleh membuat dan mencari peluang-peluang baru untuk menjana pendapatan ekonomi dan pekerjaan baru dalam sama-sama menangani isu pengangguran, di samping menyokong Wawasan Brunei 2035. Beliau juga mengingatkan kepada para penerima biasiswa untuk sentiasa ingat mengapa mereka terpilih sebagai penerima utama BSJV berdasarkan kelayakan akademik dan kualiti peribadi mereka. Selain itu, mereka juga memilih untuk menjadi seorang jurutera, saintis dan pemimpin masa depan Brunei sebagai aset yang paling berharga untuk masa depan negara. Sebahagian daripada pelajar ini juga akan mendaftar di Institut Teknologi Brunei, manakala selebihnya akan mendaftar dalam kursus-kursus di Australia dan United Kingdom.
Pengambilan Rekrut Wanita ABDB dibuka mulai 14 September 2015 BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 11 September. - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mempelawa pemohon wanita yang terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk berkhidmat dengan ABDB sebagai seorang tentera wanita. ABDB akan mula membukakan pendaftaran bagi Pengambilan Rekrut Wanita Pengambilan Ke-52 pada hari Isnin, 14 September 2015 setelah pengambilannya lama ditangguhkan sejak tahun 2011. Jumlah keseluruhan pendaftaran adalah dihadkan sebanyak 250 pendaftaran sahaja. Tarikh tutup pendaftaran akan diiklankan sejurus saja jumlah tersebut dicapai. Seramai 50 pemohon yang berjaya akan diambil untuk menjalani ujian asas ketenteraan rekrut selama tiga bulan di Institut Latihan ABDB yang dijadualkan bermula pada awal bulan Februari 2016. Mereka yang berminat untuk menceburi bidang kerjaya ketenteraan mestilah memenuhi syarat-syarat kemasukan. Pendaftaran hanya akan diproses jika pemohon memenuhi syarat-syarat kemasukan tersebut. Pemohon mestilah mempunyai kad pengenalan berwarna kuning, berstatus bujang (tidak pernah berkahwin) dan berumur di antara 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun tepat pada hari memulakan latihan. Selain itu, pemohon mestilah mempunyai ketinggian badan tidak kurang dari 150 sentimeter dan jisim tubuh badan hendaklah di dalam Kategori Normal (lingkungan 19 hingga 27). Manakala syarat akademik yang minima adalah dua (2) kredit dalam apa saja mata pelajaran Sijil Am Peringkat Biasa (GCE 'O' Level) atau mana-mana kelulusan yang sebanding dengannya dan diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Bagaimanapun kelulusan lebih tinggi merupakan satu kelebihan. Di dalam usaha untuk memastikan kelancaran sesi pendaftaran itu nanti, para pemohon dikehendaki untuk memberikan kerjasama kepada pihak Pejabat Pengambilan ABDB dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan dan hanya mereka yang berhasrat untuk mendaftar sahaja yang dibenarkan memasuki tempat pendaftaran. Di samping itu, demi menjaga kesejahteraan pengguna jalan raya yang lain dan untuk mengelakkan kesesakan jalan raya, para pemohon adalah dinasihatkan untuk tidak memasuki jalan masuk menuju ke Pejabat Pengambilan ABDB dengan menggunakan kenderaan. Para pengunjung bolehlah meletakkan kenderaan di kawasan letak kereta Stadium Negara Hassanal Bolkiah atau kawasan di sekitarnya. Pendaftaran akan dijalankan di Pejabat Pengambilan ABDB di alamat B11, Simpang 32-66, Flat Anggerek Desa dan dibukakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula pada pukul 8.30 pagi untuk sesi pagi dan pukul 2.00 petang untuk sesi petang. Walau bagaimanapun, tidak ada sesi pendaftaran dibukakan pada sebelah petang hari Jumaat. Nombor pendaftaran untuk setiap sesi adalah dihadkan kepada 50 nombor saja. Para pemohon dikehendaki memakai pakaian kemas (baju kurung) dan bertudung bagi yang beragama Islam serta membawa bersama salinan asal Kad Pengenalan dan dokumen-dokumen seperti sijil kelulusan akademik. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pejabat Pengambilan ABDB melalui talian 2383074 / 2383075.
MAJLIS Penandatanganan Kontrak Perjanjian bagi Dermasiswa BSJV disaksikan oleh Menteri Tenaga di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin.
Serah terima tugas Komandan Institut Latihan ABDB TUTONG, Jumaat, 11 September. Upacara Serah Terima Tugas Komandan, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berlangsung di Padang Kawad Institut Latihan di Penanjong Garison. 329 Kolonel Haji Abidin bin Haji Abd. Hamid kini dilantik sebagai Komandan IL ABDB yang baru setelah secara rasmi mengambil alih jawatan tersebut dari 248 Leftenan Kolonel Hasmee bin Haji Abd. Wahab pada majlis yang dihadiri oleh pegawaipegawai berbagai-bagai peringkat tentera dan peserta kursus dan rekrut. Majlis bermula dengan Komandan Institut Latihan, Leftenan Kolonel Hasmee menerima Tabik Kehormat dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Institut Latihan ABDB di bawah perintah Ketua Perbarisan, 393 Mejar Mazlan bin Dato Paduka Haji Manan. Upacara kemuncak menandatangani sijil serah terima tugas jawatan Komandan Institut Latihan ABDB bagi menandakan secara rasmi upacara serah terima tugas. Doa Selamat telah dibacakan oleh Pemangku Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB, 807 Kapten Pengiran Khairuddin bin Pengiran Haji Tali. Bagi menandakan penerimaan jawatan, Komandan Institut Latihan ABDB yang baru, 329 Kolonel Haji Abidin bin Haji Abd. Hamid menerima Tabik Hormat dan memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan. Leftenan Kolonel Hasmee mula berkhidmat sebagai Leftenan Muda pada 13 Disember 1985. Di sepanjang kerjayanya, beliau pernah menjawat
SERAH Terima Tugas Komadan Institut Latihan (IL) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di antara 329 Kolonel Haji Abidin bin Haji Abd. Hamid kini dilantik sebagai Komandan IL ABDB yang baru setelah secara rasmi mengambil alih jawatan tersebut daripada 248 Leftenan Kolonel Hasmee bin Haji Abd. Wahab. Majlis berlangsung di Padang Kawad IL ABDB di Penanjong Garison.
jawatan Ketua Platun di Kompeni 'A' Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei, pernah bertugas sebagai Ketua Pasukan Pemantau Antarabangsa Negara Brunei Darussalam di Cotabato, Mindanao, Republik Filipina dari tahun 2010 hingga 2011. Beliau memegang jawatan Timbalan Komandan IL ABDB pada tahun tahun 2012 dan menjadi Komandan IL ABDB pada tahun 2013. Beliau telah dikurniakan beberapa penganugerahan bintang kebesaran dan pingat antaranya ialah Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia (Darjah Keempat) pada tahun 1998 dan pada tahun 2012 beliau dikurniakan Darjah Seri Paduka
Mahkota Brunei Yang Amat Mulia (S.M.B - Darjah Ketiga). Manakala Kolonel Haji Abidin pernah berkhidmat di Institut Latihan pada tahun 2008 sehingga 2010 sebagai Pegawai Memerintah Cawangan Perkembangan Pegawai. Kini beliau diberi mandat untuk memegang jawatan Komandan IL ABDB. Setakat ini beliau telah dikurniakan beberapa penganugerahan bintang kebesaran dan pingat antaranya ialah Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia (Darjah Keempat) pada tahun 2002 dan Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik pada tahun 2006.
AGAMA
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
5
UNISSA perkaya penyelidikan keperluan umat Islam
BUKU-BUKU yang dilancarkan.
MUFTI Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned semasa menyaksikan jurnal yang dilancarkan.
Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Hamzah Mohidin BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 September. - Penerbitan Jurnal Al-Shafi'i dihasrat akan menjadi satu dorongan bagi meningkatkan lagi kegiatan penyelidikan dalam kalangan para akademik Universiti
Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) sebagai kesepaduaan tanggungjawab akademik berkhidmat kepada masyarakat ke arah perkembangan Islam di Negara Brunei Darussalam. Sehubungan itu, Majlis Pelancaran Jurnal Al-Shafi'i Edisi Khas, Bilangan 1 dan 2 disempurnakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia
CERAMAH oleh Profesor Kunjungan, PPMS, UNISSA, Profesor Dr. Mohammed Nabil Mohammed Elsayid Ghanayim dan dipengerusikan oleh Timbalan Dekan, Dr. Abdul Wadud Mustapa Asaudi.
(Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Penerbitan jurnal itu akan dijadikan karya ilmiah setiap enam bulan sekali terbitan Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi'i (PPMS). Usaha itu merupakan satu tanggungjawab yang wajib oleh PPMS sebagai agen penyelidikan Islam yang ulung di negara ini dalam menyebarluaskan penyelidikan Islam yang berpaksikan pemikiran Mazhab Shafi'i. Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi'i, UNISSA, Dr. Azme bin Haji Matali menyatakan, objektif penerbitan jurnal adalah untuk memperkayakan penyelidikan dalam semua aspek pegangan Mazhab Shafi'i mengikut keperluan umat Islam hari ini. Tambahnya, ia juga bagi memelihara kewujudan dan keselamatan pegangan Mazhab Shafi'i di negara ini khususnya dan Asia Tenggara secara umum. Jurnal al-Shafi'i (Edisi Khas) memuatkan empat artikel bahasa Arab hasil penulisan Ahli-ahli Lembaga Penasihat Jurnal Al-Shafi'i sementara Jurnal Al-Shafi'i, Bilangan 1 mengandungi sebanyak tujuh buah artikel yang mana lima daripadanya adalah dalam bahasa Arab dan sebuah artikel masing-masing dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris manakala Jurnal Al-Shafi'i, Bilangan 2 merangkumi lapan buah artikel, iaitu tujuh buah artikel bahasa Arab dan
sebuah artikel bahasa Melayu. Kemudian, majlis diteruskan dengan Ceramah Umum Kefahaman Mazhab Shafi'i bertajuk 'Sumbangan al-Imam al-Shafi'i dalam Perkembangan Hadith Nabawi' disampaikan oleh Profesor Kunjungan, PPMS, UNISSA, Profesor Dr. Mohammed Nabil Mohammed Elsayid Ghanayim. Dalam ceramah beliau antara lain memperkenalkan Imam Shafi'i dan menjelaskan keprihatinannya terhadap Hadith Nabawi yang mulia, iaitu menerangkan Sunnah sebagai hujjah, kedudukan selepas Al-Qur'an, mensabitkan Khabar Ahad, meletakkan syarat-syarat penerimaannya dan menangkis tentangan daripada penentangpenentangnya. Selain itu, beliau turut menerangkan hukum-hukum syara', menghuraikan kepelbagaian darjat hadith dan memelihara sunnah dan riwayatnya. Oleh yang demikian, Imam Shafi'i berhak digelar Pendukung Hadith Nabawi. Dengan adanya majlis itu akan meningkatkan kegiatan penyelidikan
dalam kalangan ahli akademik dan mahasiswa pasca ijazah UNISSA khususnya dan orang ramai amnya dalam penyelidikan pemikiran Imam Al-Shafi'i dan memantapkan pegangan individu terhadap aliran Mazhab Shafi'i di negara ini.
MUFTI Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz ketika melancarkan Jurnal Al-Shafi Edisi Khas.
MUFTI Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bersama sebahagian daripada jemputan khas yang hadir dalam majlis pelancaran berkenaan.
Majlis Khatam Al-Qur'an Kali Ke-2 Sekolah Arab Belait Berita dan Foto : Noraisah Muhammed KUALA BELAIT, Khamis, 3 September. - Seramai 99 orang penuntut Tahun 6 dan 8, Sekolah Arab Belait telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Qur'an Kali Ke-2 yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan, Kuala Belait. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Awang Haji Haslan bin Haji Shahbudin yang juga memimpin bacaan Surah Al Faatihah. Peserta membaca surah-surah lazim PEGAWAI Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Awang Haji Haslan bin Haji Shahbudin, selaku tetamu kehormat semasa menyampaikan sijil khatam kepada para peserta.
MAJLIS Khatam Al-Qur'an Kali Ke-2 penuntut Tahun 6 dan 8, Sekolah Arab Belait yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan, Kuala Belait.
dan bacaan takhtim dipimpin oleh penuntut perempuan Tahun 7. Sementara Bacaan Doa Khatam dipimpin oleh wakil peserta khatam, Awang Muhammad Muiz Hafzam bin Mazlan, Penuntut Tahun 6. Majlis diserikan dengan Dikir Marhaban oleh penuntut lelaki Tahun 5 dan 7. Tetamu kehormat turut menyampaikan sijil khatam dan seterusnya merenjis minyak wangi kepada peserta. Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma kepada Dayang Siti Nur Ameerah Atiqah binti Mohd. Amiruddin,
Penuntut Tahun 6, mangsa kebakaran di Sungai Teraban yang berlaku pada 14 Ogos lalu. Selain itu, majlis diteruskan dengan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada empat orang mahasiswamahasiswi Universiti Al-Azhar Mesir yang telah mengikuti latihan mengajar dan secara sukarela mereka telah menyambung tempoh latihan hingga ke hari ini bagi sama-sama menjayakan majlis khatam. Penyampaian cenderamata penghargaan kepada tetamu kehormat majlis disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Arab Belait, Dayang Noramalina binti Haji Ali.
Ambil langkah kesihatan perlindungan diri BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 September. - Berikutan keadaan yang berjerebu di tahap sederhana di beberapa tempat di Negara Brunei Darussalam kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah melindungi diri dari kesan akibat jerebu terhadap kesihatan. Jerebu ialah satu fenomena yang berlaku apabila debu halus (particle) yang kering seperti habuk, asap dan sebagainya mencemari udara. Jerebu boleh menyebabkan kesan-kesan alahan (allergy) seperti gatal-gatal kepada tubuh badan termasuk mata, hidung dan kerongkong yang boleh menyebabkan batuk, selesema, mata berair dan kesukaran bernafas. Jerebu juga boleh lebih memudaratkan keadaan mereka yang menghidap penyakit jantung atau paru-paru yang kronik seperti asma (ampus). Langkah-langkah melindungi diri daripada kesan akibat jerebu terhadap kesihatan termasuklah mengelakkan dari berada di luar rumah untuk jangka masa yang lama, mengurangkan aktiviti di luar rumah. Selain itu, mengamalkan kebersihan diri pada setiap masa seperti mencuci muka dan tangan sebaik saja masuk ke dalam rumah, banyak meminum air, menggunakan krim atau losyen pelembap bagi kulit yang kering serta menggunakan cecair titik mata yang tidak mempunyai bahan pengawet (preservative-free eye drops) jika mata terasa pedih. Walau bagaimanapun, jika terdapat tanda-tanda seperti demam selesema berpanjangan, alahan (allergy) dan kesukaran bernafas, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera di pusat-pusat kesihatan yang berhampiran atau di hospital-hospital. Orang ramai adalah juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan 'Pollutant Standard Index' (PSI) di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (www.env.gov.bn). Kementerian Kesihatan akan terus memantau keadaan kesihatan akibat jerebu dan akan memberikan maklumat kepada orang ramai daripada semasa ke semasa. Maklumat lanjut mengenai kesihatan boleh diperolehi dengan menghubungi Healthline melalui talian 145 atau dengan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn.
6
NASIONAL
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
12 keluarga terima sumbangan YSHHB Oleh : Aimi Sani, Nurul Nadzirah Haji Mahadin Foto : Azmah Haji Ahad
PENGARAH Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), Awang Haji Brahim bin Haji Ismail semasa menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 September. - Beban 12 buah keluarga berkurangan apabila keprihatinan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) menyumbangkan derma berjumlah
BND29,600. Mangsa-mangsa tersebut termasuk dua buah keluarga yang terlibat dalam musibah bencana rumah roboh di Kampung Lurong Dalam dan Kampung Lurong Sikuna, Daerah
Brunei dan Muara (DBM) dan 10 buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Jaya Setia Perpindahan Berakas; Flat Anggerek Desa; Kampung Mulaut Kilanas Daerah Brunei dan Muara; RPN Kampung Bukit Beruang di Daerah Tutong dan Kampung Sungai Teraban, Daerah Belait, baru-baru ini. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail di Ibu Pejabat YSHHB, Jalan Kumbang Pasang, di sini. Penerima sumbangan bencana alam ialah Awang Kifli bin Matusin dari Kampung Lurong Dalam dan Dayang Norizahyanie binti Selasa dari Kampung Lurong Sikuna.
Manakala, penerima sumbangan bagi mangsa kebakaran ialah dari Kampung Jaya Setia Perpindahan Berakas terdiri daripada Dayang Hajah Paramah binti Mat Nor, Awang Mohamad Zulaini bin Sulaiman, Dayang Noraini binti Haji Metali, Dayang Ajiah binti Haji Metali dan Awang Rahimannissmah bin Haji Mahmud. Sementara itu, penerima sumbangan dari Flat Anggerek Desa, iaitu Dayang Siti Norhijjah binti Haji Ahmad dan Dayang Hajah Hajijah binti Abdullah atau Abdul Rahman @ Duris Anak Inkas dari Kampung Mulaut Kilanas. . Selain itu, penerima dari Kampung Sungai Teraban terdiri daripada Awang Mohammad Amirruddin bin Ahmad dan Dayang Marryna bin
Haji Kifraweh manakala Awang Nooredham bin Haji Tassim dari RPN Kampung Bukit Beruang. YSHHB ditubuhkan antara lain memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik termasuk dalam musibah bencana rumah roboh dan kebakaran rumah. Bantuan seumpama itu dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Sumbangan YSHHB itu sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli keluarga baginda, iaitu sebagai tanda pemedulian dan kasih baginda kepada rakyat baginda, di samping menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur.
Jemaah Takmir Masjid Zainab anjur kuliah
PROFESOR Muhd. Kamil Ibrahim semasa menyampaikan kuliah motivasi di Masjid Zainab, Lumut yang dihadiri oleh Ketua Kampung Lumut II, Awang Haji Abd. Rahman bin Hashim serta para jemaah yang lain.
Berita dan Foto : Noraisah Muhammed MUKIM LUMUT, Khamis, 10 September. - Jawatankuasa dan Takmir Masjid Zainab, Lumut telah menganjurkan Majlis Kuliah Motivasi yang diadakan di Dewan Sembahyang Masjid Zainab bertujuan untuk menambah ilmu dalam meniti hidup seharian selain dihasratkan lebih
mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara jemaah yang sudah sedia terjalin dengan baik. Kuliah Motivasi bertajuk 'Merenung Diri' telah disampaikan oleh Profesor Muhd. Kamil Ibrahim. Dalam kuliahnya antara lain menerangkan tentang kegembiraan, melupakan kedukaan, mengingatkan
kematian, apabila kisah silam membenarkan kenyataan itu jika kita mengambil masa sesaat dua mengingati diri dengan masa lampau, insyaaAllah ia boleh mengubah rutin kehidupan. Bezanya, akan tiba masanya yang kita tidak mampu menoleh ke belakang untuk mengenang masa yang telah berlalu. Saat itulah yang kita namakan kematian. Malah semua orang tahu soal ini. Entah-entah hari ini adalah hari kita yang terakhir. Menurut beliau, ada enam soalan yang perlu kita tanya kepada diri kita sendiri, adakah kita berkesempatan solat lima waktu di masjid; adakah kita membaca Al-Qur'an dan memahami bacaannya; berapa banyakkah kita berkesempatan memberi pinjaman (sedekah) kepada Allah; adakah kita bangun malam bertahajud dan bermunajat; adakah kita mengerjakan puasa sunat dan sudahkah kita menghilangkan rasa cemburu melihat rakan dinaikkan pangkat. Profesor Muhd. Kamil merupakan seorang penulis dan penyelidik yang prolifik, beliau sudah menghasilkan lebih 500 artikel yang disiarkan di dalam pelbagai media massa dan
jurnal akademik. Beliau seorang profesor perakaunan yang telah berkhidmat lebih 22 tahun di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan mendapat pendidikan di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan, UiTM, University of Dundee, Scotland dan University of Wales, United Kingdom. Pemangku Imam, Awang Soffian bin Bidin menerangkan kuliah yang diungkayahkan dengan kerjasama Jemaah Takmir Masjid seumpama itu sangat-sangat baik dan amat
menggalakkan dan ia bukan saja menambah kegiatan masjid itu sendiri malah ia juga menambah ilmu pengetahuan jemaah sendiri dalam meniti kehidupan seharian dan berhasrat akan mengadakan majlis yang sama sekerap mungkin. Kuliah yang bermanfaat itu telah dihadiri oleh Ketua Kampung Lumut II, Awang Haji Abd. Rahman bin Hashim dan pegawai serta kakitangan dari jabatan-jabatan kerajaan, jemaah masjid dan juga penduduk yang berhampiran masjid berkenaan.
PROFESOR Muhd. Kamil Ibrahim menurunkan tanda tangan di buku-buku tulisan beliau untuk para penggemar buku tulisannya.
Pelajar kelas Al-Qur'an sertai program 'Ziarah' Berita dan Foto : Noraisah Muhammed KUALA BELAIT, Isnin 7 September. - Seramai 38 orang pelajar Kelas Al-Qur'an dan Muqaddam Daerah Belait telah menyertai Program 'Ziarah' sempena cuti penggal persekolahan. Lawatan berkenaan merupakan anjuran Pejabat Hal Ehwal Masjid
Daerah Belait dengan kerjasama Guru-guru Penghubung Kelas Al-Qur'an dan Muqaddam Masjid-masjid Daerah Belait. Program berkenaan dihasratkan sebagai salah satu program bagi mengisi cuti penggal persekolahan, melawat sambil belajar ke masjid-
masjid negara selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama pelajar dan guru-guru. Matlamat program berkenaan adalah untuk mengenalkan masjid negara, menjinakkan pelajar ke masjid dan juga bakal melahirkan pelajar mncintai masjid. Rombongan diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Awang Haji Haslan bin Haji Shahbudin.
PELAJAR Kelas Al-Qur'an dan Muqaddam Daerah Belait yang mengikuti Program 'Ziarah' semasa bergambar kenangan.
KULIAH Motivasi bertajuk 'Merenung Diri' telah disampaikan oleh Profesor Muhd. Kamil Ibrahim.
SERAMAI 38 pelajar Kelas Al-Qur'an dan Muqaddam Daerah Belait mengikuti Program 'Ziarah'.
BERITA DAERAH
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
7
Lapan penuntut 'Brunei Administrative Service' diraikan Oleh : Haji Mahmud Hafidzie Haji Ali Mashod Foto : Hernie Suliana Haji Othman JERUDONG, Khamis, 10 September. - Seramai lapan orang penuntut biasiswa 'Brunei Administrative Service' (BAS) yang sedang dalam percutian diraikan dalam Majlis Makan Malam yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned bertempat di Li Gong Restaurant, The Empire Hotel & Country Club. Juga hadir ialah Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam), Awang Yahya bin Haji Idris; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Awang Jaini bin Abdullah; Ketua Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan dan pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sepanjang berada di Brunei, mahasiswa tersebut akan menjalani latihan di JPA sebagai sebahagian dari program perkembangan mereka. Dua orang telah menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda, seorang berjaya mendapat kelas pertama dalam bidang 'Management Studies and Economics' dan seorang mendapat kelas kedua atas dalam
TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned bergambar ramai bersama penerima biasiswa 'Brunei Administrative Service' (BAS).
bidang 'Mathematics and Actuarial Science'. Sementara itu, empat orang mahasiswa masih menjalani pengajian dan dua orang lagi akan memulakan pengajian mereka. Biasiswa BAS mula ditubuhkan pada tahun 2008 dengan tujuan menghasilkan pelajar cemerlang lepasan 'O' dan 'A' Level untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda sehingga ke peringkat Sarjana dalam bidang yang bersesuaian. Pada masa ini, tujuh daripada mereka telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dan dilantik sebagai Pegawai Pentadbir Pelatih dan seorang telah menamatkan
latihan perindustrian di Republik Singapura sementara dua daripada mereka akan diberikan latihan perindustrian di Australia. Biasiswa BAS merupakan satu skim biasiswa yang ditawarkan oleh JPM bagi menghasilkan graduan yang cemerlang, berdaya saing dan berketerampilan untuk kerjaya sebagai Pegawai Pentadbir dalam Perkhidmatan Awam secara berperancangan jangka panjang. Sehingga kini, seramai 24 penerima biasiswa telah diberikan bagi tujuan ini. Sesi bersama Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai ini merupakan sebahagian daripada proses bagi biasiswa BAS.
Peserta Bengkel 3P terima sijil
Tanggungjawab laksana dasar awam perlukan pendekatan menyeluruh Oleh : Nooratini Haji Abas, Nurul Nadzirah Haji Mahadin, Mariani Haji Abdul Ghani Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 September. Tanggungjawab melaksanakan dasar awam memerlukan perancangan yang sesuai dan menggunakan pendekatan menyeluruh bagi memenuhi keperluan yang berkepentingan bagi sesebuah organisasi dan negara dalam jangka masa panjang. Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Awang Abu Sufian bin Haji Ali menekankan demikian pada Majlis Pembukaan Program Eksekutif Kali Ke-12, Tahun 2015 Kementerian Pertahanan di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, kementerian berkenaan, di sini. Jelasnya, untuk menangani cabaran pada masa sekarang dan akan datang di dalam persekitaran strategik, kesediaan dan kesiapsiagaan di tahap yang tinggi dalam pertahanan adalah diperlukan untuk pertahanan dan keselamatan negara. Dari itu, beliau menambah menguruskan proses perubahan menuntut pendekatan yang pragmatik, sistematik dan pelbagai disiplin yang mengambil kira sumber-sumber yang terhad dan juga meningkatkan proses dalam keberkesanannya, kecekapan dan akauntabiliti. Seramai 25 pegawai kanan terdiri daripada pegawaipegawai kanan tentera dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), pegawai-pegawai kanan daripada Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Pejabat Peguam Negara, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan
(KHELNP), Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan serta angkatan tentera dari China, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand menyertai program berkenaan. Objektif program selama tiga bulan bermula 7 September hingga 4 Disember itu adalah untuk melengkapkan para peserta dengan konsep rangka kerja yang canggih dan terkini untuk meneruskan kejayaan di dalam perkhidmatan. Para peserta program juga akan meneliti aliran-aliran dalam amalan pengurusan, menimba perspektif baru mengenai dasar awam dan pengurusan, di samping meningkatkan teras kemahiran kepimpinan khususnya bagi menerima pendekatan pelbagai disiplin dalam menganalisa program-program dan dasar-dasar serta hasil dan implikasi yang akan dicapai. Program dengan kerjasama 'Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore' tersebut direka bentuk dengan menumpukan khas kepada dasar awam dan pengurusan yang akan disampaikan oleh ahli-ahli akademik antarabangsa yang mempunyai kepakaran yang luas dan pengalaman yang pelbagai dalam bidang pembentukan dan pengurusan dasar awam. Selain itu, para peserta program juga akan mengadakan lawatan sambil belajar bagi pendekatan lebih mendalam lagi tentang program tersebut.
UCAPAN pengenalan Program Perkembangan Eksekutif disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Pengajian Eksekutif di Lee Kuan Yew School of Public Policy, Dr. Adrian Kuah.
PEMANGKU Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Idris bin Haji Md. Ali menyampaikan sijil kepada seorang peserta Bengkel 3P.
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman TUTONG, Khamis, 10 September. - Bengkel Pengukuhan Program Pemulihan (3P) berakhir dengan Penyampaian Sijil kepada 29 peserta berlangsung di Pusat Latihan Penjara, Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN). Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Idris bin Haji Md. Ali. Komandan Pusat Latihan, Jabatan Penjara, Pemangku Penguasa Penjara Haji Saini bin Haji Maidin dalam ucapan alu-aluannya berkata, kegagalan institusi yang dipertanggungjawabkan untuk memulihkan penghuni atau belia yang bermasalah akan mengundang berbagai-bagai gejala sosial kerana penghuni atau belia ini akan mengulangi kesilapannya dan tidak dapat menjadi masyarakat yang berguna. ''Keterlanjuran mereka yang mengakibatkan mereka gelumang dengan kemelut sosial tambahnya tidak boleh diletakkan kesalahan sepenuhnya di bahu mereka. Tenaga yang diperlukan untuk memajukan negara ini tidak boleh dibiarkan terus hanyut dan merugikan negara,'' ujarnya. Jelasnya, proses menyedarkan mereka daripada kesilapan lampau perlu dilakukan dengan berkesan bagi mengelakkan mereka mengulangi perkara yang sama. Menurut beliau, dengan adanya program tersebut ia diharap akan dapat membantu pegawai-pegawai dan kakitangan yang bertugas di bahagian pemulihan di setiap jabatan dan agensi untuk meningkat dan mempelbagaikan lagi pendekatan program ke arah keberkesanan program pemulihan yang sedia ada. Kekurangan kebolehan atau kemahiran institusi yang dipertanggungjawabkan untuk memulihkan secara berkesan penghuni atau belia yang bermasalah akan mengundang berbagai-bagai gejala sosial kerana penghuni atau pesalah ini akan boleh sahaja mengulangi kesilapannya dan tidak dapat menyumbang secara positif kepada masyarakat. Bengkel bertujuan untuk berkongsi perancangan, pelaksanaan dan membuat penelitian bersama berhubung dengan program dan keberkesanan setiap program pemulihan yang dijalankan boleh mendatangkan kesan yang positif dan bermanfaat kepada penghuni dan pesalah laku. Pada masa yang sama, bengkel lapan hari itu juga memberi peluang kepada peserta berinteraksi dan berkongsi idea dan maklumat dengan peserta jabatan dan agensi-agensi pemulihan yang lain mengenai kaedah terbaik dalam program pemulihan, di samping dapat meningkatkan lagi kerjasama dan rangkaian kerja yang sedia. Bengkel bermula 2 hingga 10 September itu disertai oleh para pegawai kakitangan yang terdiri daripada cawangan-cawangan Pusat Tahanan Polis Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Unit Tahanan dan Pemulihan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri; Pusat Al-Islah; Jabatan Biro Kawalan Narkotik; Kompleks Rumah Kebajikan (K.R.K / In Care dan After Care) Jabatan Pembangunan Masyarakat; Bahagian Khidmat Penyebaran Da'wah, Pusat Da'wah Islamiah dan institusi penjara-penjara.
8
NASIONAL
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
Terapkan nilai pendidikan alam semula jadi
YANG Amat Mulia Pengiran Muda Omar Ali ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Pengerusi program ketika berucap pada majlis tersebut.
TIMBALAN Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman hadir pada Majlis Penutup Program Naturalis Muda Ke-3.
Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali TUTONG, Khamis, 10 September. Program Naturalis Muda antara siri pembelajaran dan kesedaran awam dalam mendokong objektif Jabatan Muzium-Muzium sebagai sebuah institusi pembelajaran unggul di Negara Brunei Darussalam menyalurkan pembelajaran secara
formal dalam disiplin yang menjurus pada warisan budaya dan alam semula jadi negara. Pengarah Muzium-Muzium, Pengiran Dr. Karim bin Pengiran Haji Osman menjelaskan perkara demikian dalam kata alu-aluannya pada Majlis Penutup Program Naturalis Muda
ANTARA kumpulan yang mengambil bahagian.
Ke-3 di Balai Parun, Taman Warisan Tasek Merimbun, di sini. Pengiran Dr. Karim menjelaskan, program berkenaan memfokuskan pembelajaran di lapangan yang menerapkan nilai-nilai pendidikan alam semula jadi dan kaitannya dengan persekitaran serta budaya di Tasek Merimbun. Program itu tambahnya, merupakan kerja berpasukan yang mendukung ke arah membina jati diri penuntutpenuntut dalam menghargai, melindungi, mengawal dan memelihara warisan alam semula jadi negara. Setelah pembentangan hasil kajian secara berpasukan, Kumpulan Entomologi (Nandung) dinobatkan sebagai pemenang dan menerima Piala Program Naturalis Muda dan Sijil Penyertaan. Hadir menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman. Juga berangkat dan hadir ialah Kurator Ilmu Kejadian, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Omar Ali ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah yang juga selaku Pengerusi program tersebut serta pegawai-pegawai kanan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
TIMBALAN Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan piala kepada Kumpulan Entomologi.
Seramai 36 penuntut dari empat buah sekolah menengah Tahun 10 telah menyertai program selama enam hari itu bermula 5 September yang lalu. Program sedemikian diharap akan dapat melahirkan golongan belia yang mempunyai jati diri tulen sebagai pemangkin dalam mempertahankan, melindungi dan memelihara khazanah alam semula jadi setentunya menjadi aset kebanggaan negara pada masa depan.
Aktiviti-aktiviti program yang dijalankan meliputi asas-asas penyelidikan dalam bidang Ilmu Kejadian (Natural History) yang merangkumi kerja-kerja teori, amali, demonstrasi dan kerja-kerja lapangan. Selain itu, beberapa aplikasi bidang-bidang pembelajaran seperti Ornitologi (burung), Mamalogi (mamalia), Herpitologi (amfibia dan reptilia) dan Entomologi (serangga) juga ditunjuk ajar oleh para penyelaras jabatan tersebut.
JSC lengkapi kemahiran praktikal, profesional Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Hamzah Mohidin BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 September. - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sebagai anggota pasukan bersenjata dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang masing-masing perlu dilengkapi dengan pengetahuan dan sedar akan dasar luar dan keselamatan negara-negara lain. Para pegawai mesti mempunyai fleksibiliti fikiran dan minda terbuka agar dapat memainkan peranan dalam menggalakkan keamanan dan kestabilan di rantau ini. Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud berucap demikian semasa merasmikan Kursus Pegawai Staf Rendah (JSC) bagi Tahun 2015 di Bangunan Maktab Turus, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Perkhemahan Sungai Akar, di sini. Pemerintah TDDB percaya, JSC
merupakan platform yang berkesan bagi para peserta kursus untuk meluaskan pengetahuan, di samping menimba pengalaman serta membangunkan kepimpinan dan kemahiran profesional. Kursus itu tambahnya, akan melengkapkan para peserta dengan kemahiran praktikal dan profesional yang diperlukan dalam pasukan pertahanan moden agar mereka dapat mengharungi cabaran dunia hari ini dan akan datang. JSC 2015 disertai seramai 19 pegawai ABDB, seorang pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan enam pegawai tentera dari Republik Indonesia, Malaysia, Republik Filipina, Republik Singapura, Thailand dan Republik Sosialis Viet Nam. Kursus 14 minggu itu dikendalikan oleh Pusat Kepimpinan dan Pengurusan, Akademi Pertahanan ABDB bertujuan untuk meningkatkan
PEMERINTAH Tentera Darat Diraja Brunei, Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud bergambar ramai bersama peserta Kursus Pegawai Staf Rendah bagi Tahun 2015.
pengetahuan, kepimpinan dan pengurusan, kemahiran berkomunikasi dan profesionalisme peserta kursus
dalam memenuhi tanggungjawab mereka sebagai pegawai staf. Selain itu, kursus tersebut adalah
mandatori bagi pegawai-pegawai ABDB dan menjadi salah satu kriteria untuk kenaikan pangkat.
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
AGAMA
9
10
RENCANA
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
Oleh : Musa Mohidin Foto : Azmah Haji Ahad
K
ATA orang, perkara yang membawa kebaikan adalah patut dicontohi. Apabila perkara itu memberi manfaat bukan saja pada seseorang yang melakukan kebaikan, tetapi juga pada orang lain, maka lebih lagi patut perkara itu dicontohi. Perkara seperti apa? Seperti keusahawanan. Kebaikan seperti apa? Seperti membuka perniagaan. Seseorang yang melibatkan diri dalam keusahawanan atau perniagaan bukan saja memanfaatkan dirinya sendiri, tetapi juga pada orang-orang lain disebabkan perniagaan membuka peluang pekerjaan pada mereka. Itu dari segi peringkat asas. Apabila fokus beralih pada analisa pula, manfaatnya pada negara adalah lebih penting lagi. Kewujudan perusahaan adalah penting bagi sesebuah negara disebabkan peranannya dalam beberapa aspek perekonomian. Pertama, perusahaan yang dijelmakan dalam bentuk syarikatlah yang mewujudkan sektor swasta dalam sesebuah negara. Kedua, maju mundur operasi semua syarikat secara keseluruhan akan mempengaruhi sebahagian besar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara disebabkan fungsi mereka menjana hasil untuk para pemiliknya, memberi dividen kepada para pemilik sahamnya, menawarkan pekerjaan kepada sebilangan ahli masyarakat dan membayar cukai kepada kerajaan. Ketiga, hasil perniagaan oleh syarikatsyarikat adalah salah sebuah sumber yang mengisi nilai Keluaran Dalam Negara Kasar iaitu KDNK memberitahu berapa puluh bilion atau berapa ratus bilion ringgit yang dihasilkan oleh sesebuah negara setiap tahun. Bayangkanlah betapa mulianya usaha seseorang yang melibatkan diri dalam keusahawanan atau perniagaan. Itu dari segi perekonomian. Dari segi unsur keinsanan (human interest) pula, perihal keusahawanan dan perniagaan adalah perkara yang menarik perhatian kerana setiap individu yang berkecimpung di dalam perkara tersebut adalah didorong oleh pelbagai faktor. Ada yang mahu menjadi boss tunggal. Tak kurang juga yang mahu meraih keuntungan secara besar-besaran dalam jangka masa panjang. Dan ada pula yang mahu menerajui sesuatu yang lain dari yang lain dan pada masa yang sama berkehendak agar perkara yang diikhtiarkan itu memberi makna dan mengisi kehidupan dirinya sendiri. Kita tinjau sepintas lalu pengalaman pengusaha muda tempatan. Azam dan cita-cita Kalau sekiranya seseorang tidak kenal siapa Pengiran Mohd. Khairi, rujuk pada Google dan taiplah kata kunci tertentu seperti 'PHMD Publishing Company' (syarikat yang beliau tubuhkan pada bulan Mac 2010) atau 'Business Icons' (buku yang beliau terbitkan pada bulan Oktober 2011). Melalui Google juga kita akan terbaca berita mengenai perkembangan profil beliau seperti memenangi pelbagai anugerah ICT tempatan dan antarabangsa sehinggalah berita terbaharu mengenai Mindplus Sendirian Berhad (sila rujuk pada segmen 'Latar belakang ringkas). Sejak tahun 2010, perniagaan Pengiran Mohd. Khairi telah mewujudkan beberapa produk multimedia dan IT, terutama sekali melalui PHMD Publishing Company, Mindplus Sendirian Berhad dan Salam Halal. Dan sejak dua tahun kebelakangan ini beliau telah beroperasi di iCentre bagi mempelajari
aspek-aspek perniagaan. Berita terbaharu mengenai Mindplus Sendirian Berhad inilah yang menarik perhatian disebabkan hasrat Pengiran Mohd. Khairi untuk memajukan perniagaannya di luar negara kini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Misalnya, pada masa ini beliau sudahpun berpengkalan di Bandung yang mana beliau telah mewujudkan pejabat di sana dengan para pengasas bersamanya yang terdiri daripada warganegara Indonesia. Ada logiknya memilih Indonesia sebagai langkah permulaan untuk menembusi pasaran sedunia. KDNK Indonesia bagi tahun 2014 ialah USD2.554 trilion dan ini menjadikannya ekonomi terbesar dalam ASEAN. Manakala jumlah penduduknya sebanyak 290 juta pula menjadikan negara tersebut sebagai negara yang paling ramai penduduk dalam ASEAN. Dan daripada jumlah 290 juta itu, 87.2 peratus adalah beragama Islam. Justeru, terdapat potensi komersial bagi produk Mindplus di pasaran Indonesia. Mindplus menawarkan pembelajaran agama Islam untuk peringkat kanak-kanak sekolah rendah yang didapati melalui perisian (istilahnya ialah App) yang dimuatkan ke dalam alat-alat elektronik seperti iPod touch, iPhone dan iPad. Secara ringkasnya, produk Mindplus ialah alat bantu pembelajaran (teaching aid). Dan alat bantu yang dimaksudkan ini adalah sebuah perisian yang mengandungi mata pelajaran agama Islam yang dimuat turun secara online. Bagi memastikan agar pengalaman pembelajaran agama Islam yang didapati melalui perisian Mindplus berupaya menarik minat para penggunanya, kandungan perisian adalah dijelmakan dalam bentuk animasi. Bukan setakat itu tetapi perisian Mindplus juga adalah sentiasa boleh ditambah atau dipinda agar dapat dipadankan dengan permintaan pasaran Indonesia dan keperluan pihak-pihak yang menggunakannya. Pengiran Mohd. Khairi sempat diwawancara secara singkat baru-baru ini dan berikut adalah maklum balas yang didapati dari sesi tersebut. Kalau dahulu, ketika PHMD Publishing Company berkembang maju, cita-cita beliau ialah untuk mewujudkan sebuah syarikat penerbitan terbesar di negara ini, sekarang cita-cita beliau ialah untuk membuat produk yang memberi impak pada dunia. Perubahan pemikiran ini adalah dipengaruhi oleh pengalaman beliau ketika berada di Silicon Valley dahulu. ''Pengalaman di sana membolehkan saya untuk bergerak ke hadapan. Saya telah mempelajari selok-belok yang berhubung dengan Venture Capitalists dan minat dan kepentingan para pelabur,'' kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mindplus Sendirian Berhad, Pengiran Mohd. Khairi. Venture Capitalists ialah istilah bagi pihak yang membekalkan modal kepada para pengusaha sambil mendapatkan ekuiti sebagai pertukaran. Biasanya, Venture Capitalists membekalkan modal pada perusahaan atau perniagaan yang mengetengahkan teknologi terbaharu atau tata cara pengendalian perniagaan yang terbaharu dalam industri teknologi tinggi seperti IT atau bioteknologi. ''Apabila saya berada di Indonesia setahun yang lalu, saya mendapati sesuatu yang menarik perhatian saya di sana. Bukan sahaja disebabkan pasarannya, tetapi juga budayanya dan trend ekosistem perniagaannya yang kian matang di mana para Venture Capitalists singgah dan menunjukkan minat dalam pasarannya. Malah ada yang telah mewujudkan syarikat mereka di sana,'' kata beliau. ''Objektif saya yang pertama sebelum
DAHULU cita-cita Pengiran Mohd. Khairi ialah untuk menjadikan PHMD Publishing Company sebagai syarikat penerbitan terbesar di negara kita. Sekarang beliau berhasrat untuk membuat produk yang memberi impak pada dunia.
menembusi pasaran Indonesia ialah untuk memahami apakah yang perlu saya lakukan. Langkah pertama ialah mendapatkan rakan niaga di sana. Pada masa ini saya memiliki sebuah produk (Mindplus). Yang saya perlukan seterusnya ialah pihak yang benar-benar arif dalam pasaran Indonesia,'' kata Pengiran Mohd. Khairi. ''Suasana menjadi mudah bagi saya disebabkan sokongan dan bantuan dari Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB), terutama sekali dalam perihal guaman. Ini kerana kita adalah pengusaha, oleh sebab itu kita menumpukan perhatian pada idea dan kreativiti dan kurang pada urusan persuratan,'' kata beliau. Apabila ditanya mengapa memilih Indonesia sebagai langkah permulaan ke arah menembusi pasaran sedunia, beliau berkata : ''Kita mengetahui tidak semua orang menyedari bahawa permintaan bagi pembelajaran agama Islam adalah besar di sana. Itulah sebabnya kita mahu membuat pembelajaran agama Islam menarik perhatian dan menceriakan. Kita tumpukan perhatian pada kanak-kanak dan kita mahu menarik minat kanak-kanak dan melibatkan mereka untuk mempelajari agama Islam.'' ''Ini adalah sebahagian daripada pengesahan di Indonesia disebabkan pasarannya yang berbeza dan beberapa segmen di dalamnya akan mempunyai keperluan yang berbeza,'' kata Penolong Ketua Pegawai Eksekutif LKEB, Tuan Daniel Leong. Menurut Tuan Daniel Leong, hakikatnya ialah Pengiran Mohd. Khairi memiliki platform, produk dan kandungan Mindplus yang bakal dipasarkan di negara tersebut. Beliau berkata bahawa sekarang ini tujuan pengesahan ialah untuk pergi ke Indonesia dan berbincang dengan para pelanggan di sana mengenai harga jualan produk Mindplus, bagaimana mereka akan membayarnya dan dalam apa cara Pengiran Mohd. Khairi akan
menyalurkan produk itu kepada para pelanggan, misalnya melalui sekolah atau persatuan. ''Tetapi perihal pengedaran bukanlah semudah seperti apabila kita mempunyai produk, kita akan letak produk itu ke dalam App Store, esok kita akan menjadi jutawan dan berjuta-juta orang akan memuat turun produk kita,'' kata Tuan Daniel Leong. Menurut beliau, terdapat banyak perkara dalam butiran yang perlu diikhtiarkan seperti bagaimana mendekati bakal pelanggan bagi menarik minat mereka dan bagaimana kita mendorong orang untuk memuat turun. Maka itulah kedudukannya sekarang bagi Pengiran Mohd. Khairi, menurut Penolong Ketua Pegawai Eksekutif LKEB. Merujuk pada rakan kongsi di Indonesia pula, Pengiran Mohd. Khairi berkata, peranan pihak di sana selaku para pengasas bersama ialah pakar dalam aspek teknikal, teknologi dan perkembangan, manakala yang satu lagi adalah pakar dalam animasi. ''Justeru, bagi saya, setiap kumpulan pengasas atau mana-mana kumpulan pun, mereka mesti saling melengkapi,'' kata beliau. Apabila ditanya pasal perihal pemasaran produk Mindplus di Indonesia, Pengiran Mohd. Khairi berkata : ''Pemasaran adalah kepakaran pengasas bersama saya yang satu lagi. Oleh sebab beliau telah lama berkecimpung dalam industri ini, sumbangannya pada kumpulan saya ialah beliau sudah mempunyai rangkaian pengedaran yang mantap di Jakarta dan Bandung. Ini memudahkan kita untuk memanfaatkan rangkaian itu kerana kemudahan itu sudah ada.'' Peranan pihak kerajaan Secara praktisnya, di mana-mana negara pun, kejayaan seseorang pengusaha tidaklah dicapai olehnya seorang diri. Ke muka 11
RENCANA
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
11
MELALUI iCentre, pihak Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB) menyediakan pejabat bagi membolehkan Pengiran Mohd. Khairi mengendali operasi perniagaan beliau.
Dari muka 10 Pihak kerajaan sentiasa berperanan tanpa henti sebelum perusahaan atau perniagaan itu diwujudkan, di sepanjang kewujudan perusahaan dan selepas perusahaan itu ditamatkan. Dan peranan kerajaan dalam konteks ini adalah secara langsung dan tidak langsung. Kita rujuk satu persatu secara ringkas apa yang dimaksudkan dalam perihal ini. Sebagai contoh, sebelum seseorang memikirkan untuk menjadi pengusaha, lebih penting lagi bagi dirinya ialah untuk bersekolah agar membolehkannya menimba ilmu pengetahuan atau kemahiran yang diperlukan kelak. Dalam sesebuah negara, pihak manakah yang lebih cenderung menyediakan infrastruktur pendidikan dari peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi? Pihak kerajaan. Contoh kedua, apabila tiba masanya idea untuk mewujudkan perusahaan sudah berkumandang dalam fikiran seseorang, pihak manakah yang telah dan sentiasa menyediakan rang undang-undang dan peraturan tertentu bagi membolehkan iklim, budaya dan amalan komersil berakar umbi dalam sesebuah negara? Contoh ketiga, sebelum perusahaan atau perniagaan dimulakan secara nyata, sudah tentu perihal penyediaan dokumen, persuratan dan segala aspek kontrak akan diikhtiarkan terlebih dahulu agar semuanya sah di sisi undangundang. Pihak manakah yang menyediakan infrastruktur bagi memastikan kontrak dan tatacara perakaunan dikuatkuasakan, harta persendirian dan harta intelektual dilindungi dan sebarang pertikaian yang akan berbangkit seterusnya di sepanjang hayat perusahaan diselesaikan secara sah? Pihak kerajaan melalui sistem kehakiman dan mahkamah. Contoh keempat, apabila sesebuah perusahaan diwujudkan secara nyata, pihak manakah yang sentiasa bersedia memberi perlindungan agar perusahaan itu tidak rosak
secara fizikal atau kewangan oleh tindakan penjenayah? Pihak kerajaan melalui pasukan polis dan agensi-agensi penyelamat dan keselamatan yang lain. Contoh kelima, apabila jangka hayat sesebuah perusahaan itu tamat disebabkan faktor-faktor tertentu, pihak manakah yang menyediakan tatacara dan pengesahan agar proses menutup perusahaan itu adalah sah? Pihak kerajaan melalui rang undang-undang kemuflisan. Dan tidak kurang penting juga ialah terdapatnya pelbagai jenis sokongan, insentif dan bantuan teknikal yang disediakan oleh sesebuah kerajaan untuk para pengusaha. Dari lima contoh ringkas tadi, kita dapat memahami bahawa di mana-mana negara pun, pihak kerajaan sentiasa berperanan secara langsung dan tidak langsung sebagai pemudahcara bagi sesebuah perusahaan atau perniagaan. Dalam konteks perusahaan yang dikendali oleh Pengiran Mohd. Khairi pula sokongan, insentif dan bantuan teknikal yang beliau dapatkan daripada pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah melalui agensi-agensi khusus seperti LKEB (sila rujuk pada segmen 'Sokongan LKEB'). Latar belakang Pengiran Mohd. Khairi bin Pengiran Haji Metusin adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mindplus Sendirian Berhad. Mindplus Sendirian Berhad membuat platform pembelajaran yang menawarkan sukatan mata pelajaran Islam untuk kanakkanak sekolah. Dan penubuhan syarikat tersebut bemula di iCentre di mana Pengiran Mohd Khairi menerima pelbagai bantuan teknikal dari LKEB. Misi Mindplus Sendirian Berhad ialah untuk memberikan kualti yang lebih baik dalam pembelajaran dan melibatkan lebih ramai lagi para pelajar yang lemah. Rasionalnya ialah, walaupun kemajuan dan perkembangan terus berlaku di peringkat sekolah, namun perlu ada inovasi dalam proses dan teknologinya yang
menyenangkan para guru, pelajar dan pihak lain. Pasaran yang bakal diterokai ialah para pendidik dan pelajar Muslim di mana Indonesia sahaja mempunyai pasaran sebanyak 290 juta penduduk. Sebelum Mindplus Sendirian Berhad wujud, Pengiran Mohd. Khairi juga telah menubuhkan PHMD Publishing Sendirian Berhad pada bulan Mac 2010 yang juga dijelmakan di iCentre pada asalnya. PHMD ialah firma penerbitan yang beroperasi dalam perkhidmatan penerbitan, pembelajaran secara mobile dan animasi. Belaiu mempunyai pelbagai pengalaman bekerja. Beliau pernah menjadi pengurus sesebuah restoran di Kuala Lumpur (2005-2006). Di samping itu beliau juga adalah pengurus bersama PHMD Tuition School. Pengiran Mohd. Khairi telah memenangi beberapa anugerah ICT tempatan dan antarabangsa seperti berikut : * Naib johan bagi Ignite Business Plan 2012 * Penerima LEAP Grant dari LKEB untuk Mindplus Learning Platform pada tahun 2012 * Penerima ICT Development Grant dari AITI untuk 'Salam Halal' pada tahun 2012 * Pemenang Anugerah dari BICTA untuk Road Safety e-book pada tahun 2012 * Pemenang Brunei Made Product for Road Safety pada tahun 2012 * Pemenang kedua dalam BICTA dan Anugerah Istimewa untuk Mindplus pada tahun 2013 * Pemenang pingat gangsa bagi ASEAN ICT dalam Kategori Kandungan Digital *Pemenang kedua dalam BICTA untuk 'Salam Halal' Pengiran Mohd. Khairi juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Brunei Darussalam. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana dalam Logistik, Pengurusan Teknologi Maklumat, Perolehan Strategik dan Pengurusan Rantaian Bekalan dari universiti yang sama. Sokongan LKEB LKEB memberikan bantuan bagi pertumbuhan perniagaan Pengiran Mohd.
Khairi termasuk tempat operasi perniagaan beliau di iCentre, bimbingan dalam perihal perniagaan, peluang-peluang rangkaian (networking), menemukan dengan Venture Capitalists dan sumber-sumber kewangan yang lain. Prototype asal Mindplus telah dicipta melalui skim LEAP Grant dari LKEB. Matlamat Pengiran Mohd. Khairi untuk menerokai pasaran Indonesia adalah disokong oleh LKEB. Dalam perihal menerokai pasaran Indonesia, sokongan dan bantuan yang diberi oleh LKEB adalah merangkumi berikut : Persediaan untuk memasuki pasaran Indonesia dari segi persiapan visa dan juga penyelidikan dan khidmat nasihat mengenai dasar imigresen Indonesia. Dalam memberikan khidmat nasihat komersial dan guaman pula, LKEB memberikan nasihat guaman dan sokongan untuk memastikan risiko-risiko terhadap produk, pasaran dan pengurusan telah dikenal pasti dan dikurangkan. LKEB juga telah menyelidiki pasaran Indonesia dan para pesaing Pengiran Mohd. Khairi di sana dan di seluruh dunia. LKEB bekerja rapat dengan beliau untuk memahami produk-produk berteraskan teknologi yang dihasilkan oleh beliau, strategi beliau bagi mewujudkan asas pelanggan yang besar, pemasarannya dan hasil syarikat. Kesimpulan Menurut Pengiran Mohd. Khairi, pada masa ini Mindplus Sendirian Berhad (yang berpengkalan di Negara Brunei Darussalam) mempunyai 15 kakitangan dan penciptaan perisian produk Mindplus pula telah melibatkan empat pengatur cara (programmers). Beliau dan para pengasas bersamanya akan meningkatkan perisian produk Mindplus mereka sebelum pelancaran yang dijangka diadakan pada tahun 2016 nanti. Penolong Ketua Pegawai Eksekutif LKEB, Tuan Daniel Leong berkata, pihak LKEB akan terus menyokong dan membantu Pengiran Mohd. Khairi dalam perkembangan dan kemajuan syarikat Mindplus Sendirian Berhad.
12
NASIONAL
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
Bersepadu realisasikan agenda AIPA
PERHIMPUNAN Agung ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) Ke-36 ditutup rasmi oleh Presiden AIPA dan Speaker Dewan Rakyat Malaysia, Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Jumaat, 11 September. - Perhimpunan Agung ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) Ke-36 melabuhkan tirainya setelah meluluskan 27 resolusi daripada Komiti WAIPA, Politik,
Ekonomi, Sosial dan Organisasi. Sesi Persidangan Plenari Kedua yang diselajurkan dengan Majlis Penutup telah diakhiri dengan penandatanganan sebuah Kenyataan Bersama.
YANG Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib menandatangani Kenyataan Bersama pada Majlis Penutup Perhimpunan Agung AIPA Ke-36 di Kuala Lumpur.
Menandatangani bagi pihak Negara Brunei Darussalam ialah Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia
Haji Mohamed Taib yang seterusnya diikuti oleh negara-negara Ahli AIPA. Majlis Penutup Mesyuarat Perhimpunan Agung AIPA Ke-36 ini disempurnakan oleh Presiden
AIPA dan Speaker Dewan Rakyat Malaysia, Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia dengan semangat bersepadu untuk merealisasikan agenda AIPA.
Negara Brunei Darussalam tuan rumah APICC Ke-8
Oleh : Khartini Hamir Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi JERUDONG, Isnin, 7 September. Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah kepada Persidangan Ketua-ketua Pengarah Perisikan berlangsung di The Empire Hotel & Country Club, di sini. Persidangan tiga hari ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertahanan melalui Perisikan Direktorat bersama dengan the United States Pacific Command (USPACOM) dan pertama kalinya negara menjadi tuan rumah APICC bersama dengan Amerika Syarikat. Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah.Pemerintah ABDB dalam ucapan perasmiannya antara lain menyentuh mengenai keamanan dan kestabilan yang tidak pasti akan dapat bertahan lama dengan sendiri, melainkan dengan mewujudkan keadaan keamanan tersebut dan mengekalkannya. Walaupun negara berada dalam keadaan aman jelasnya, namun kita tidak terkecuali terhindar daripada ancaman bahaya di dunia luar, oleh demikian kita perlu sentiasa
berhati-hati dan teliti dalam menjaga keamanan. ABDB sebagai barisan hadapan pertahanan dan keselamatan negara terangnya, berbesar hati dapat menjadi tuan rumah dalam acara besar seperti Persidangan APICC ini yang pasti memberikan peluang untuk memperkayakan pengalaman warganya secara keseluruhan, sebagai sebahagian daripada usaha penglibatan luar. Sebagai pemerintah tentera jelasnya, beliau mengharapkan kepada anggota-anggota perisikannya untuk membentuk asas teras setiap keputusan strategik, yang mana inisiatif dan operasi yang berkesan adalah berasaskan kepada kecekapan yang tepat. Para anggota perisik juga diingatkan untuk sentiasa peka dan berupaya menilai ancaman di sekelilingkita; sentiasa bersedia untuk apa-apa juga jenis kemungkinan yang dihadapi; serta menyediakan bentuk cadangan terbaik untuk maklum balas yang berterusan berdasarkan risikan atau peristiwa baru. Dalam erti kata lain terangnya, kecekapan adalah satu proses yang tidak berkesudahan, tetapi ia merupakan satu keperluan yang besar.
PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah semasa menerima cenderamata daripada Pengarah Agensi Perisikan Pertahanan Amerika Syarikat, Leftenan Jeneral Vincent Stewart (kiri), sementara gambar atas, Pemerintah ABDB bergambar ramai bersama pengarah-pengarah dan perwakilan pertubuhan-pertubuhan perisikan tentera yang menyertai APICC Ke-8.
Menyentuh mengenai tema APICC katanya adalah sangat bertepata kerana kunci kepercayaan di sini adalah kerjasama. kita mesti menghormati dan bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain di rantau ini. "Kita tidak boleh menghadapi cabaran tanpa bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain, terutama di dalam bidang perisikan, atas dasar amanah," ujarnya. Oleh itu tambahnya, kita perlu sentiasa membuat dan membuka jalan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik daripada perspektif masing-masing untuk mencapai matlamat yang sama. Dari itu, beliau menekankan akan kepentingan membina perkongsian melalui saluran kerjasama seperti APICC, di mana melaluinya kita boleh mencipta hasil yang positif dan bermakna yang boleh memberi manfaat kepada komuniti perisikan dalam jangka masa panjang Selain dari mengadakan rundingan luar, dialog dan persidangan, Pemerintah ABDB berharap melalui usaha sebegini akan dapat membina kapasiti sebenar untuk menangani cabaran-cabaran keselamatan yang sama dengan cara yang konkrit dan praktikal dengan menggunakan lagi rangkaian kecekapan anda. APICC antara lain bertujuan untuk
menggalakkan dialog terbuka dalam kalangan ketua-ketua pengarah perisikan tentera di rantau Asia Pasifik untuk terus membina rangkaian mereka dan meningkatkan kerjasama ke arah tindak balas yang lebih disatukan kepada cabaran-cabaran keselamatan bersama yang mana pada tahun ini bertemakan "Menggalakkan Kestabilan Melalui Kerjasama Perisikan Pertahanan." Persidangan tersebut dihadiri dari kalangan pengarah-pengarah dan wakil-wakil pertubuhan-pertubuhan perisikan tentera dari 24 buah negara yang mengambil bahagian terdiri dari Australia, Bangladesh, Brunei Darussalam, Kemboja, Kanada, China, Perancis, Indonesia, Jepun, Republik Korea, Laos, Malaysia, Maldives, Mongolia, Nepal, New Zealand, Pakistan, Filipina, Singapura, Thailand, Tonga, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Viet Nam. Juga hadir pada perasmian tersebut ialah Pengarah Perisikan Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam, Kapten Abd. Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar; dan Pengarah Agensi Perisikan Pertahanan Amerika Syarikat, Leftenan Jeneral Vincent Stewart. Mula ditubuhkan di Kuala Lumpur oleh USPACOM pada tahun 2007, APICC berfungsi sebagai saluran
serantau tahunan yang memberikan ketua perisikan tentera peluang berinteraksi dengan teliti dan membincangkan hal-hal kerjasama dalam bidang perisikan. Selain itu, APICC antara lain turut mengadakan pelbagai mesyuarat dua hala di antara negara-negara yang mengambil bahagian, relevansinya yang berterusan tersebut menjadikannya amat penting dalam membentuk kerjasama dinamik yang lebih mantap dalam menangani pelbagai cabaran-cabaran keselamatan di rantau Asia-Pasifik.
PENGARAH Agensi Perisikan Pertahanan Amerika Syarikat, Leftenan Jeneral Vincent Stewart semasa berucap.
NASIONAL
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
13
Jabatan Daerah Belait alu-alukan inisiatif swasta
PEGAWAI Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman semasa merasmikan Karnival Maritah Ke LLRC (Kelab Rekreasi Liang Lumut).
Berita dan Foto : Noraisah Muhammed MUKIM LUMUT, Rabu, 9 September. - Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman menyatakan, Karnival Maritah Ke LLRC (Kelab Rekreasi
Liang Lumut) dapat memberi peluang dan kesempatan kepada masyarakat setempat khususnya di Mukim Liang bahkan juga masyarakat di luar mukim dan daerah. Jelasnya, karnival itu semata-mata bagi mengisikan masa percutian anak-anak sekolah pada masa ini dengan berkunjung dan melibatkan diri dalam acara-acara yang disusun oleh LLRC dan sekali gus meraih pelbagai pengalaman pengetahuan dan pendidikan dan seumpamanya Beliau menambah, Jabatan Daerah Belait sentiasa mengalualukan inisiatif seperti itu dalam erti kata lain, dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) dan syarikat-syarikat swasta di daerah berkenaan. Mereka adalah dialu-alukan untuk sama-sama berperanan memberi, menawarkan khidmat bakti atau perkhidmatan-perkhidmatan yang bermanfaat dan bersignifikan serta dapat memberikan impak positif kepada peningkatan pembangunan sosioekonomi, budaya, alam sekitar dan teknologi kepada masyarakat setempat khususnya yang dapat menjana semangat kasih sayang, kekeluargaan, kekitaan, silaturahim dan perpaduan, keselamatan serta kesejahteraan dalam berkehidupan dalam kalangan warga dan masyarakat di peringkat kampung dan mukim khususnya, tanpa mengira bangsa,
puak, kaum atau agama. Menurut beliau acara seumpama itu akan mewujudkan serta memperkukuhkan perpaduan, keamanan dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat khususnya dan negara umumnya, apa yang kita perlu tanai ialah untuk kita semua fokus berusaha, berganding bahu dan bersatu dalam mengekalkan masyarakat, bangsa serta negara harmoni, rukun, aman dan damai setiap masa yang dapat dicontohi atau menjadi contoh ikutan oleh masyarakat luar, serantau dan antarabangsa. Beliau berucap demikian pada Karnival Maritah Ke LLRC Ke-6 bermula 9 hingga 13 September, di kawasan lapang kelab berkenaan, di sini.
Karnival memeriahkan cuti persekolahan penggal ketiga tahun ini dengan menampilkan pelbagai aktiviti dan hiburan seperti Brunei Pet Kingdom, ATV ride, Rollerball, Bouncer dan Mascots, Warriors Crossfit Challenge, Face Painting, Futsal Activity, Scuba Try Dive, Banana Boat Ride, Jet ski, Snakeball, Flying Fox, Water Trampuline dan banyak lagi. Lebih daripada 80 petak jualan telah disediakan bagi para peniaga mempromosi barang masing-masing termasuk peniagapeniaga dari Daerah Brunei dan Muara serta Daerah Tutong juga dari syarikat-syarikat swasta. Ia dibukakan kepada orang ramai secara percuma, kecuali Taman Permainan Air dikenakan bayaran BND1.00.
PELBAGAI aktiviti dan hiburan dianjurkan pada Karnival Maritah Ke LLRC (atas dan bawah).
ANTARA peserta gerai jual-jualan di dalam Dewan Serbaguna LLRC.
Pengakap OBK jalani perkhemahan mobility
PEMANGKU Pengarah Pembangunan Masyarakat, Awang Abd. Rahman bin Apong hadir selaku tetamu kehormat dan bergambar ramai bersama Pasukan Pengakap Orang Berkeperluan Khas (OBK) sempena Perkhemahan 'Mobility' OBK yang diadakan di Kampung Pulaie.
Berita dan Foto : Hamdanajib Haji Domeng KAMPUNG PULAIE, Rabu 9 September. - Perkhemahan Mobility Orang Berkeperluan Khas (OBK) merupakan projek pertama yang dianjurkan bersama di antara Pasukan Pengakap Bahagia 1025, Pusat Bahagia Brunei Muara, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama bahagian Pengakap Berkeperluan Khas, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNDB). Seramai 58 orang peserta pengakap telah menyertai perkhemahan selama tiga hari dan dua malam. Para peserta tersebut adalah terdiri daripada penuntut-penuntut Sekolah Menengah Awang Semaun, Sekolah Menengah Sayyidina Hassan, Sekolah
Menengah Sayyidina Abu Bakar, Sekolah Menengah Masin dan Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien. Manakala, 10 peserta adalah terdiri daripada pelatih-pelatih dari Pusat Bahagia Brunei Muara. Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Awang Abd. Rahman bin Apong, hadir selaku tetamu kehormat. Juga hadir, Ketua Pegawai Eksekutif, PPNBD, Awang Haji Mohammed Zali bin Haji Arshad; Yang Dipertua Persatuan Pengangkap Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Mahdi bin Pengiran Haji Mohd. Salleh, pegawai-pegawai Kanan JAPEM serta pesuruhjayapesuruhjaya Ibu Pejabat PPNBD. Perkhemahan itu bertujuan untuk
mempamer dan mengetengahkan aktivti yang bersifat inklusif di antara pengakap-pengakap OBK bersama pengakap-pengakap biasa. Ia juga bertujuan bagi meningkatkan kesedaran mengenai integrasi masyarakat dengan memberikan latihan serta tunjuk cara bagi mengendali dan membantu warga OBK dalam berinteraksi serta bersosial secara langsung seperti bahasa Isyarat, Mobiliti Tongkat Putih dan Kerusi Roda kepada pengakappengakap bagi melahirkan sikap yang bebas sempadan bersama ahli pengakap OBK sesama mereka. Pasukan Pengakap Bahagia 1025 telah ditubuhkan pada tahun 1987 yang mana pada ketika itu hampir semua murid serta pelatih-pelatih Pusat Bahagia merupakan ahli pengakap termasuk pegawai dan kakitangan Pusat Bahagia juga. Pada tahun 2013,
pasukan tersebut telah diaktifkan semula setelah terhenti beberapa tahun. Pasukan tersebut telah bergiat aktif dalam mengikuti aktiviti-aktiviti di dalam dan luar negara, mereka juga berkesempatan untuk menyertai beberapa perkhemahan antaranya adalah seperti Jambori Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-4 yang telah diadakan di kawasan Ibu Pejabat PPNBD, di Kampung Beribi dan juga Argonori di Pahang, Malaysia pada tahun 2014, iaitu Jambori khas untuk Ahli-ahli Pengakap Berkeperluan Khas. Tahun ini, pasukan Pengakap Bahagia 1025 telah menerima Sijil Penghargaan serta Pengiktirafan daripada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah selaku Ketua Pengakap, PPNDB kepada pasukan ini di atas sumbangan secara berterusan dalam memberikan latihan perkembangan minda, rohani dan jasmani kepada belia-belia berkeperluan khas. Diharapkan projek sedemikian akan dapat meningkat semangat dan penglibatan Ahli-ahli Pasukan Pengakap 1025 Pusat Bahagia bersama komuniti dan masyarakat umum melalui pergerakan pengakap. Ia juga diharap dapat memberikan pengetahuan umum serta kesedaran kepada masyarakat terutama sekali golongan belia mengenai golongan berkeperluan khas dalam membantu mereka dan seterusnya akan dapat melibatkan lebih ramai lagi belia OBK untuk menyertai aktiviti berpengakap.
14
JAWATAN KOSONG
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
JAWATAN KOSONG
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DAN TUGAS-TUGAS SERTA TANGGUNGJAWAB BAGI JAWATAN BERKENAAN SILA LAYARI www.recruitment.gov.bn Syarat-Syarat Am:
A. Pemohon hendaklah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. B. Pemohon adalah dipelawa daripada pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat di kementerian atau jabatan-jabatan kerajaan sahaja (Bagi iklan menggunakan Peraturan 38 sahaja).
C. Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat isƟadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan poliƟk Negara Brunei Darussalam. D. Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara begilir-gilir (shiŌ) atau semasa cuƟ awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Negara Brunei Darussalam.
E. Cara permohonan - rujuk di ruang PEMBERITAHUAN. PERATURAN (7a) BILANGAN IKLAN 46/9/15(SPA/BIKL) Dibukakan kepada orang ramai dan pegawai-pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam. TARIKH TUTUP: 26 SEPTEMBER 2015 1.
PENGUASA KANAN BOMBA DAN PENYELAMAT P.10 / P.9
2.
BAHAGIAN II JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI KEKOSONGAN = 3
3.
GURU TINGKAT II PG.1
BAHAGIAN III JABATAN SEKOLAH - SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN KEKOSONGAN = 20
4.
BAHAGIAN III INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN KEKOSONGAN = 1
5.
GURU TINGKAT II PG.1
PENOLONG SARIKATA D.3-4 EB.5 BAHAGIAN IV JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI JABATAN PERDANA MENTERI KEKOSONGAN = 1
PEMBANTU PENYELIDIK SEJARAH D.1-2-3 EB.4-5 BAHAGIAN IV PUSAT SEJARAH BRUNEI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN KEKOSONGAN = 3
PEMBERITAHUAN PERUBAHAN TATACARA PENERBITAN IKLAN BAGI PERATURAN 7(A), 38(A) DAN 38(B) Mulai daripada 04 Mac 2015, pengiklanan jawatan kosong sama ada melalui Peraturan 7(A), 38(A) dan 38(B) akan diiklankan secara serentak dan dikeluarkan 3 kali seminggu iaitu pada seƟap hari Isnin, Rabu dan Sabtu. TATACARA PERMOHONAN BAGI ORANG RAMAI DAN WARGA PERKHIDMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM: Penggunaan kali pertama: 1. Semua pemohon hendaklah mempunyai akaun e-Darussalam. Bagi yang belum mempunyai akaun, hendaklah mendaŌar akaun e-Darussalam di www.gov.bn. Setelah mendapatkan username dan password akaun e-Darussalam, pemohon bolehlah mendaŌar masuk ke Portal PSC Recruitment. 2. Sila pasƟkan awda memasukkan e-mel yang betul dan akƟf semasa membuat pengesahan di PSC Recruitment. 3. Melengkapkan ruangan ‘Profil Saya’ (My Profile) dan memuatnaik sijil-sijil atau dokumen-dokumen dalam format pdf mengikut peringkat kelulusan atau jenis dokumen. Penggunaan Seterusnya: 1. Awda boleh mengemaskini profil awda pada bila-bila masa, jika perlu. 2. Untuk melihat jawatan yang diiklankan awda boleh memilih ‘Carian Pekerjaan’ (Search Job) atau lihat jawatan ‘Atas 5 Kekosongan’ (Top 5 Vacancies) atau klik ‘Carian Lanjutan ’ (Advance Search) dan bagi membuat permohonan klik ’Pohon’ (Apply). 3. Panggilan ujian, temuduga atau keputusan permohonan akan dihantar ke e-mel awda melalui PSC Recruitment. 4. Permohonan yang DIHADAPKAN SELEPAS tarikh tutup iklan Ɵdak akan dilayan. Maklumat Tambahan: i Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diikƟraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan). i Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut. i Kemudahan Komputer dan Mesin Imbas (Scanner) ada disediakan bagi kegunaan orang ramai seperƟ berikut:x Pejabat Daerah Belait; x Pejabat Daerah Temburong. x Jabatan Bandaran Daerah Tutong.
PERINGATAN TAMBAHAN KEPADA WARGA PERKHIDMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM: 1. SenƟasa memasƟkan maklumat awda di dalam Rekod Perkhidmatan GEMS adalah tepat dan terkini. 2. Permohonan yang telah dihadapkan akan disalurkan terlebih dahulu secara online kepada Pegawai Penghubung atau PoC Kementerian / Jabatan masing-masing. 3. Laporan Sulit mengenai peribadi, mutu kerja pemohon dan sebagainya hendaklah dimuatnaik oleh PoC ke dalam Portal PSC Recruitment. 4. Bagi Pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI: PSC RECRUITMENT: TALIAN E-DARUSSALAM DI TALIAN 123 ATAU E-MEL info@123.com.bn E-DARUSSALAM: TALIAN E-DARUSSALAM DI TALIAN 123 ATAU EMEL info@123.com.bn GEMS: +6732382407 ATAU E-MEL gems.helpdesk@psd.gov.bn UNTUK MEMBACA MAKLUMAN ATAU SOALAN LAZIM SILA LAYARI: www.spa.gov.bn , recruitment.gov.bn & FACEBOOK Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Brunei
15
16
IKLAN
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
Ke muka 17
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
IKLAN
Dari muka 16
Ke muka 18
17
18
IKLAN
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
Dari muka 17
JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK JABATAN PERDANA MENTERI Jabatan Perdana Menteri
JEMPUTAN
Jalan Menteri Besar
UNTUK MEMBERI TAWARAN
Negara Brunei Darussalam.
JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK
Kelayakan :
JABATAN PERDANA MENTERI
PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN
Bilangan Tawaran :
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
JPE / LTK / BP/ 027 / 2015
KATEGORI :
Tajuk Kerja :
P01 ATAU P05
SUPPLY AND DELIVERY OF
KELAS : I DAN KE ATAS
4C/95SQMMXLPE/SWA/PVC LV CABLE
Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan lanjut bolehlah diperolehi dari Kaunter Unit
Tarikh Tutup : 29 SEPTEMBER 2015
Pendaftaran, Bahagian Perdagangan, Tingkat
(HARI SELASA), jam 2.00 Petang
Satu (1), Jabatan Perkhidmatan Elektrik.
Yuran Tawaran : BND50.00 (tidak dikembalikan)
Perhatian Sijil
:
Sila
Pendaftaran
bawa di
salinan
Kementerian
Pembangunan semasa mengambil dokumen di Tempat Tutup : ''PETI TAWARAN'' Lembaga Tawaran Kecil
Kaunter
Unit
Pendaftaran
Bahagian
Perdagangan, Tingkat Satu (1), Jabatan Perkhidmatan Elektrik.
IKLAN
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI
19
JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA
JUALAN LELONG SECARA SEBUT HARGA TERTUTUP BAGI HARTA BENDA KERAJAAN ADALAH dengan ini diberikan notis, iaitu bahawa Jualan Lelong secara SEBUT HARGA TERTUTUP bagi peralatan / perkakas kilang kepunyaan Pejabat Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan orang ramai yang berminat untuk membeli bolehlah mendapat Borang Jualan Lelong secara sebut harga tertutup di alamat : JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS Syarat-Syarat Tawaran : 1. TAWARAN adalah dipelawa kepada pemborong firma swasta dan orang ramai. 2. Caj bagi setiap borang tawaran adalah harga BND10.00 (Tidak Dikembalikan). 3. Barangan yang ditawarkan adalah berasaskan sebagaimana keadaan semasa ditawarkan. 4. Penender adalah bertanggungjawab untuk memeriksa dan meneliti keadaan barangan yang ditawarkan sebelum menyertai tawaran ini. 5. Borang tawaran, syarat-syarat dan keterangan lanjut mengenainya boleh diperolehi dengan menghubungi di talian 2388090 (Ibu Pejabat) / 2662810 (Bahagian
Perkhidmatan Kejuruteraan Pertanian), semasa waktu pejabat. 6. Lelongan sebut harga yang berjaya ini adalah dinilai berdasarkan harga tawaran yang tertinggi. 7. Borang tawaran sebut harga lelong hendaklah diisi dengan lengkap dan dimasukkan ke Peti Sebut Harga di Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Lapangan Terbang Lama Berakas, tidak lewat pada hari Rabu, 16 September 2015 jam 2.00 Petang dengan menggunakan sampul surat tertutup rapat (sealed) bagi setiap sebut harga dan tawaran yang lewat diterima tidak akan dilayan. 8. Hanya penender yang berjaya dalam tawaran sebut harga akan dihubungi untuk tindakan selanjutnya. 9. Penender yang berjaya dikehendaki membayar secara wang tunai dan memindahkan barang yang dibeli tidak lewat tujuh (7) hari waktu bekerja selepas dimaklumkan / pemberitahuan dan jika gagal menjelaskannya maka barangan berkenaan akan ditawarkan kepada penender yang lain. 10. Jika penender yang berjaya GAGAL memindahkan barangan tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari waktu bekerja selepas membuat pembayaran, maka barangan berkenaan akan menjadi milik jabatan dan jabatan BERHAK untuk melelong semula barangan tersebut. Wang yang dijelaskan TIDAK akan dikembalikan.
BUTIR KETERANGAN SEBUT HARGA BARANG YANG DILELONG TAJUK SEBUT HARGA Bilangan 1. Jualan lelong empat (4) Unit (1 Lot) peralatan / perkakas elektrik di Projek Pengeluaran Beras Negara Pertanian Wasan, Jabatan Pertanian & Agrimakanan BUTIR KETERANGAN BARANG 1 Unit Oven 3 Unit Peti Sejuk TEMPAT MELIHAT Pertanian Wasan TAJUK SEBUT HARGA Bilangan 2. Jualan lelong 317 buah buku-buku di BARC Pertanian Kilanas, Jabatan Pertanian & Agrimakanan BUTIR KETERANGAN BARANG 317 Buah Buku-buku TEMPAT MELIHAT BARC Pertanian Kilanas TAJUK SEBUT HARGA Bilangan 3. Jualan lelong tiga (3) Unit Alat Pemadam Api di Bangunan Kemajuan Pertanian Daerah Belait, Jabatan Pertanian & Agrimakanan BUTIR KETERANGAN BARANG Tiga (3) Unit Pemadam Api TEMPAT MELIHAT Bangunan Kemajuan Pertanian, Daerah Belait.
20
IKLAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
JUALAN LELONG SECARA TAWARAN AWAM PERALATAN / PERKAKAS PEJABAT JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
BIRO KAWALAN NARKOTIK JABATAN PERDANA MENTERI TAWARAN BAGI : SEBUT HARGA TERTUTUP PENENDER-PENENDER adalah dipelawa untuk mengemukakan tawaran bagi dua (2) kerja berikut : TAWARAN TERTUTUP BILANGAN TAWARAN (59) BKN/PENT/68/ PT.8
Syarat-Syarat Tawaran : 1. TAWARAN adalah dipelawa kepada pemborong-pemborong, firma swasta dan orang-orang perseorangan. 2. Dokumen tawaran bolehlah diperolehi daripada Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Unit Kutipan Hasil dan Penghapusan, Tingkat II pada waktu pejabat dibuka. 3. Tawaran hendaklah diserahkan kepada Kerani Kewangan , Unit Kutipan Hasil dan Penghapusan, tidak lewat pada jam 9.00 Pagi, hari Isnin, 28 September 2015. 4. Tawaran hendaklah dihadapkan dalam sampul surat yang bertutup dengan menunjukkan bilangan sebut harga dan tajuk tawaran tanpa menunjukkan identiti pemborong. 5. Tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang tawaran yang disediakan. 6. Pembeli yang berjaya dikehendaki untuk membayar secara tunai dan seterusnya memindahkan barang-barang yang telah dibeli tidak lewat dua (2) hari dari tarikh pembayaran tersebut. Kegagalan berbuat demikian mengakibatakan pembelian dibatalkan dan pembayaran yang sudah dibuat tidak akan dikembalikan. 7. Hanya penawar yang berjaya saja yang akan dihubungi dalam tempoh dua (2) minggu setelah tarikh tawaran ditutup.
Bilangan 1. PERALATAN KOMPUTER BANYAK - 264 Unit ALAMAT MENGHANTAR TAWARAN SEBUT HARGA: PENGERUSI JAWATANKUASA PENGHAPUSAN DAN LELONG IBU PEJABAT BIRO KAWALAN NARKOTIK JABATAN PERDANA MENTERI JALAN TUNGKU, GADONG, BE 2110 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Syarat-Syarat Tawaran : 1. TAWARAN adalah dipelawa kepada pemborong-pemborong, firma swasta dan orang-orang perseorangan. 2. Dokumen tawaran, syarat-syarat dan keterangan lanjut mengenainya boleh diperolehi dengan menghubungi di talian 2448877 (bagi mendapatkan dokumen dan syarat-syarat tawaran) semasa waktu pejabat di Ibu Pejabat, Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Tungku, Gadong, BE2110, Negara Brunei Darussalam. 3. Jika pembeli hendak melihat gambar / barangan tersebut, hendaklah membuat temu janji terlebih dahulu seperti berikut ini : Pegawai Narkotik, Awang Haji Ramli bin Haji Talip, di talian 2448877 sambungan 267. 4. Hanya pembeli yang berjaya dalam tawaran sebut harga akan dihubungi untuk tindakan selanjutnya. 5. Lelongan sebut harga yang berjaya ini adalah dinilai berdasarkan harga tawaran tertinggi. 6. Kesemua tawaran sebut harga hendaklah diisi dengan lengkap menggunakan borang yang disediakan dan hendaklah dimasukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA bertempat di Bahagian Penyambut Tetamu, tidak lewat pada hari Isnin, 5 Oktober 2015, jam 9.00 Pagi. Tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang tertutup dengan menunjukkan bilangan dan tajuk tawaran tanpa menunjukkan identiti pemborong. 7. Pembeli yang berjaya dikehendaki untuk membayar secara TUNAI dan seterusnya bertanggungjawab untuk memindahkan barang yang telah dibeli tidak lewat tujuh (7) hari dari tarikh jualan lelong yang akan dimaklumkan kemudian dan jika tidak dipindahkan dari kawasan berkenaan dalam masa yang ditetapkan di atas bermula dari tarikh tawaran ini akan dirampas balik dan akan dilelong semula.
IKLAN
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
KEMENTERIAN PENDIDIKAN JUALAN LELONG TERTUTUP UNIT PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA, JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN, KEMENTERIN PENDIDIKAN ADALAH dengan ini dimaklumkan dan diberi notis jualan lelong secara sebut harga bagi harta benda kerajaan yang telah mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Kewangan dibukakan kepada syarikat-syarikat dan orang-orang perseorangan yang berminat untuk membeli seperti barang-barang berikut :-
Borang sebut harga boleh didapati seperti di alamat-alamat berikut : 1. Unit Penghapusan Dari Kira-Kira Blok 2J6: 03-04 Tingkat 6 Kondominium Ong Sum Ping Kementerian Pendidikan. Talian Telefon : 2230113 (Brunei / Muara) 2. Unit Penghapusan Dari Kira-Kira Bekas Barik Lama Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong TA 1341 Talian Telefon : 4260312 3. Unit Penghapusan Dari Kira-Kira Rumah Kediaman Brunei Shell Simpang 24-29, Jalan Maulana Kuala Belait, KD 145. Talian Telefon : 3347423 4. Unit Penghapusan Dari Kira-Kira Bekas Asrama Jalan Masjid Jabatan Sekolah-Sekolah, Temburong. Talian Telefon : 5222171 / 5222172 Syarat-Syarat Tawaran 1. Borang tawaran yang sudah lengkap diisikan hendaklah dihantar pada waktu dan masa seperti yang dinyatakan di bawah ini :Hari Isnin hingga Khamis & Sabtu. Jam : 8.15 Pagi hingga 11.30 Pagi 2.00 Petang hingga 4.00 Petang 2. Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dihantar terus ke alamat yang dinyatakan di bawah ini dengan menggunakan sampul surat tertutup rapat dan ditulis dengan terang : TAWARAN LELONG SECARA SEBUT HARGA BAGI HARTA BENDA KERAJAAN KEPUNYAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran sebut harga seperti yang beralamat dinyatakan di
21
bawah ini:UNIT PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA BLOK 2J6 : 03-04, TINGKAT 6 KONDOMINIUM ONG SUM PING KEMENTERIAN PENDIDIKAN BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 3. Syarikat-syarikat swasta dan orang ramai yang berjaya hendaklah membuat pembayaran secara tunai dalam masa 48 jam (tidak termasuk hari kelepasan awam) setelah berjaya menerima surat makluman dan jika gagal berbuat demikian adalah dikira menarik diri dari tawaran jualan lelong tersebut. 4. Syarikat-syarikat dan orang ramai yang berjaya hendaklah memindahkan barangbarang tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari setelah menerima surat makluman. Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan pembelian dibatalkan dan wang yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan dan barang-barang tersebut akan dilelong semula atau dimusnahkan. 5. Untuk keterangan lanjut syarikat-syarikat dan orang ramai yang berminat boleh berhubung terus atau membuat pertanyaan kepada Ketua-ketua Jabatan, Pengetuapengetua, Guru-guru Besar yang berkenaan bagi mengetahui jenis-jenis barang yang ditawarkan atau Unit Penghapusan Dari Kira-Kira, Kementerian Pendidikan, Talian Telefon : 2230113. 6 Yuran tawaran BND10.00 bagi setiap lot, (Tidak akan dikembalikan). Tarikh Tutup Tawaran pada : 3 Oktober 2015 (Sabtu), Jam 2.00 Petang.
JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK JABATAN PERDANA MENTERI
JEMPUTAN UNTUK MEMBERI TAWARAN JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK JABATAN PERDANA MENTERI Bilangan Tawaran : JPE / LTK / BP/ 028 / 2015 Tajuk Kerja : SUPPLY AND DELIVERY OF 4C/185SQMM XLPE/SWA/PVC LV CABLE Tarikh Tutup : 29 SEPTEMBER 2015 (HARI SELASA), jam 2.00 Petang Yuran Tawaran : BND50.00 (tidak dikembalikan) Tempat Tutup : ''PETI TAWARAN'' Lembaga Tawaran Kecil Jabatan Perdana Menteri Jalan Menteri Besar Negara Brunei Darussalam. Kelayakan : PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KATEGORI : P01 ATAU P05 KELAS : I DAN KE ATAS Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan lanjut bolehlah diperolehi dari Kaunter Unit Pendaftaran, Bahagian Perdagangan, Tingkat Satu (1), Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Perhatian : Sila bawa salinan Sijil Pendaftaran di Kementerian Pembangunan semasa mengambil dokumen di Kaunter Unit Pendaftaran Bahagian Perdagangan, Tingkat Satu (1), Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Bilangan Tawaran : JPE / LTK / BP/ 029 / 2015 Tajuk Kerja : SUPPLY AND DELIVERY OF 600AMPS DISTRIBUTION FEEDER PILLAR Tarikh Tutup : 29 SEPTEMBER 2015 (HARI SELASA), jam 2.00 Petang Yuran Tawaran : BND30.00 (tidak dikembalikan) Tempat Tutup : ''PETI TAWARAN'' Lembaga Tawaran Kecil
Jabatan Perdana Menteri Jalan Menteri Besar Negara Brunei Darussalam. Kelayakan : PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KATEGORI : P01 ATAU P05 KELAS : II DAN KE ATAS Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan lanjut bolehlah diperolehi dari Kaunter Unit Pendaftaran, Bahagian Perdagangan, Tingkat Satu (1), Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Perhatian : Sila bawa salinan Sijil Pendaftaran di Kementerian Pembangunan semasa mengambil dokumen di Kaunter Unit Pendaftaran Bahagian Perdagangan, Tingkat Satu (1), Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Bilangan Tawaran : JPE / LTK / BP/ 038 / 2015 Tajuk Kerja : SUPPLY AND DELIVERY OF RING MAIN UNIT 2R2T Tarikh Tutup : 29 SEPTEMBER 2015 (HARI SELASA), jam 2.00 Petang Yuran Tawaran : BND30.00 (tidak dikembalikan) Tempat Tutup : ''PETI TAWARAN'' Lembaga Tawaran Kecil Jabatan Perdana Menteri Jalan Menteri Besar Negara Brunei Darussalam. Kelayakan : PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KATEGORI : P01 ATAU P05 KELAS : II DAN KE ATAS Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan lanjut bolehlah diperolehi dari Kaunter Unit Pendaftaran, Bahagian Perdagangan, Tingkat Satu (1), Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Perhatian : Sila bawa salinan Sijil Pendaftaran di Kementerian Pembangunan semasa mengambil dokumen di Kaunter Unit Pendaftaran Bahagian Perdagangan, Tingkat Satu (1), Jabatan Perkhidmatan Elektrik.
22
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
SUKAN
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
23
Harimau Muda hilang taring Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan di antara pasukan Brunei DPMM FC menentang pasukan Harimau Muda di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 12 September. - Brunei DPMM FC berjaya menewaskan Harimau Muda dengan jaringan 2 - 0 dalam persaingan Liga S untuk kukuh di puncak persada liga. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berserta kerabat diraja yang lain berkenan berangkat menyaksikan perlawanan yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini. Bermain di tempat sendiri telah memberi kelebihan kepada Brunei DPMM FC yang lebih awal berjaya menggegar gawang Harimau Muda pada minit ke-31, menerusi tendangan kencang Maududi Hilmi Kasmi berjaya membolosi gawang pasukan lawan. Setelah menguasai perlawanan pada babak pertama, pasukan didikan Steve Kean kembali garang dan berjaya menambahkan jaringan menerusi rembatan percuma di luar kotak penalti hasil rembatan Paulo Sergio pada minit ke-74. Skuad Harimau Muda yang bagai hilang taring terpaksa akur dengan kehebatan pertahanan pasukan Brunei DPMM FC yang berjaya mengukuhkan kedudukan sehingga tamat perlawanan. Perlawanan penting buat kedua-dua pasukan ini turut dicemari dengan layangan dua kad kuning masing-masing pada minit ke-47, penyerang Harimau Muda, Adam Nor dan pada minit ke-68 dalam separuh masa kedua yang dilayangkan kepada Maududi Hilmi Kasmi, penyerang Brunei DPMM FC.
ANTARA aksi perlawanan di antara Brunei DPMM FC dengan Harimau Muda (atas), sementara gambar kanan, penyerang Brunei DPMM FC, Paulo Sergio melepaskan rembatan ke kubu pertahanan Harimau Muda.
NASIONAL
BITC 2016 dijangka tarik minat lebih 100 ribu pengunjung Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
SIDANG Media BITC 2016 di Cityneon Display and Construction Sdn. Bhd. yang disampaikan oleh Pengarah Urusan, Dato Ting Jack Chai dan Sheikh Jamaluddin bin Sheikh Mohamed.
BERIBI, Isnin, 7 September. Ekspo Antarabangsa Perdagangan dan Pengguna Brunei (Brunei International Trade and Consumer - BITC) 2016 dijangka akan menarik minat kira-kira lebih 100 ribu pengunjung hadir ke pameran yang akan berlangsung di Dewan BRIDEX 1 dan 2 bermula 27 Februari hingga 2 Mac 2016 tahun depan. Semasa Sidang Media BITC 2016 di Cityneon Display and Construction Sdn. Bhd. yang disampaikan oleh Pengarah Urusan, Dato Ting Jack Chai dan Sheikh Jamaluddin bin Sheikh Mohamed antara lain menyatakan ekspo empat hari menyasarkan sekitar 250 penyertaan bagi mempamerkan produk-produk mereka. Pameran yang bertemakan 'Ke Arah Membina Perdagangan Komuniti Yang Mapan' itu akan menyediakan
380 petak jualan dan penyertaan juga akan dibukakan kepada pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana (SMEs) di negara ini bagi mengembangluas dan memperkenalkan hasil produk-produk keluaran anak tempatan. Selain itu, ekspo yang dijangka akan mendapat sambutan hebat itu juga akan mendatangkan syarikat-syarikat dan para usahawan dari luar negeri, iaitu dari negara-negara ASEAN, China, Taiwan, Korea, Jepun, Australia, Rusia, India, Pakistan dan Bangladesh yang sudah setentunya penyertaan mereka itu akan mendatangkan produk kebanyakannya tidak terdapat di negara ini. Kemasukan para pengunjung BITC 2016 tidak dikenakan bayaran dan mereka bukan sahaja akan berpeluang menyertai pelbagai jenis permainan
dan acara yang disediakan oleh pihak penganjur malah berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk sebuah kereta sebagai hadiah utama. Ekspo yang diusahakan secara kolaborasi oleh Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Cityneon Display and Construction Sdn. Bhd. selaku pihak pengurusan dan disokong oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan itu setentunya diharap akan mendapat sambutan yang menakjubkan. BITC 2016 juga diharap menggalakkan perdagangan di antara negara-negara yang menyertai dan memberi ruang kepada perniagaan pihak-pihak berkepentingan tempatan sebagai landasan mengembangmajukan pameran produk-produk mereka, di samping berkongsi pasaran di rantau ini dan secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada negara.
24
HARI ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
Harimau Muda hilang taring
Utus takziah berikutan insiden di Arab Saudi BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 12 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan takziah kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi berikutan insiden kren yang berlaku di Masjidil Haram
baru-baru ini. Dalam perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berasa sedih mengetahui tentang kehilangan nyawa berikutan dari insiden berkenaan. Kebawah DYMM menyampaikan ucapan takziah yang amat mendalam kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Kebawah DYMM Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi, kerajaan dan rakyat Arab Saudi dan seterusnya perasaan simpati terutamanya kepada ahli-ahli keluarga yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Bantu bina jati diri belia Dari muka 1 YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan Liga Singapura di antara pasukan Brunei DPMM FC menentang pasukan Harimau Muda di Stadium Negara Hassanal Bolkiah. - Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas (Lihat muka 23).
Hari Raya Aidiladha pada 24 September BERAKAS, Ahad, 13 September. - Hasil merukyah awal bulan Zulhijjah telah diumumkan secara langsung melalui Radio Televisyen Brunei yang mana anak bulan Zulhijjah telah tidak sabit kelihatan dan bulan Zulkaedah digenapkan menjadi 30 hari dan Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1436 Hijrah jatuh pada hari Khamis, 24 September 2015 Masihi. Sehubungan itu, umat Islam di negara ini mengerjakan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha pada hari Khamis, 24 September 2015M mulai jam 7.30 pagi. Dalam pada itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Majlis Keagamaan bagi Menunggu Hasil Merukyah Anak Bulan Zulhijjah 1436H yang diadakan di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan kementerian tersebut, di sini. Hadir dalam majlis ini ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. Juga hadir ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Timbalan Menteri Pendidikan, Pehin-Pehin Manteri Agama, jemputan-jemputan khas, Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU serta pegawai-pegawai kanan kerajaan. Acara keagamaan dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an dibacakan oleh Awang Shahrin bin Haji Matnor, wakil Negara Brunei Darussalam ke Pertandingan 'The 32nd
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman ketika hadir pada Majlis Keagamaan bagi Menunggu Hasil Merukyah Anak Bulan Zulhijjah 1436 Hijrah.
Oleh : Haji Mahmud Hafidzie Haji Ali Mashod Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman International Competitions of the Holy Quran' di Republik Islam Iran 2015, diikuti dengan persembahan tausyeh yang dibawakan oleh guru, pegawai dan kakitangan Pusat Da'wah Islamiah, KHEU diketuai oleh Awangku Rafiuddin bin Pengiran Badaruddin. Doa Selamat dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Mohd. Sahri bin Haji Sulaiman dan seterusnya mengimamkan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.
Lokasi bagi merukyah anak bulan Zulhijjah yang telah ditentukan ialah Menara DST, Bangunan DST Headquarters, Lebuhraya Tungku; Bukit Agok, Jerudong, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Ambok, Daerah Tutong dan Bukit Lumut, Daerah Belait. Manakala Majlis Ibadah Korban bolehlah dilakukan bermula selepas Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha sehinggalah hari-hari tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1436H.
Terdahulu ketika berucap Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat 1, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Mohammad Rosfazilah bin Haji Yusly, selaku Ketua OBBD melahirkan harapan agar program berkenaan akan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mempelbagaikan lagi produk Pusat OBBD. Selain itu, beliau juga berharap agar
program yang baru dilancarkan itu akan dapat menarik lebih ramai penglibatan para belia dalam mengisikan kekosongan masa mereka daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Program memfokuskan kepada penyertaan belia berumur di antara 15 hingga 40 tahun dan dibahagikan kepada tiga kategori yang direka khas mengikut tema serta matlamatnya tersendiri yang antara lain bertujuan untuk memberi peluang kepada belia-belia seluruh negara yang berminat dan bergiat aktif dalam aktiviti lasak.
TIMBALAN Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Hajah Adina binti Othman ketika melancarkan Program Outward Bound Belia.
Tiada penutupan sekolah akibat jerebu BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 11 September. - Berikutan tersebarnya teks pesanan ringkas yang mendakwa makluman dari Kementerian Pendidikan ke atas operasi sekolah-sekolah akibat jerebu, Kementerian Pendidikan dengan ini memaklumkan bahawa tiada sebarang makluman dibuat mengenai penutupan sekolah akibat jerebu yang melanda buat masa ini dan sekolah-sekolah akan beroperasi seperti biasa. Pihak Kementerian Pendidikan sentiasa bekerjasama dengan pihak-pihak berwajib bagi memastikan kesejahteraan anak-anak sekolah termasuk dalam situasi jerebu pada ketika ini. Makluman mengenai operasi sekolah akan disampaikan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi. Kementerian Pendidikan memohon kerjasama orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan boleh mengelirukan orang awam.
JAGA KESIHATAN, ELAKKAN PEMBAKARAN PADA MUSIM JEREBU