PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“KITA adalah bangsa yang membangun dengan undang-undang, pendidikan dan akhlak yang baik, serta bergerak maju di atas landasan ajaran ugama yang suci. Kita menawarkan persahabatan kepada semua warga dunia, sambil memberitahu, bahawa kita juga adalah rakan yang baik, yang sentiasa bersedia untuk menghormati sesiapa saja.” - Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-66 Tahun pada 25 Syaaban 1433 Hijrah bersamaan 15 Julai 2012 Masihi.
“SESUNGGUHNYA Akulah Allah, tiada tuhan berhak disembah melainkan Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiKu.” - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Thaahaa ayat 14).
TAHUN 60 / BILANGAN 59
18 MEI 2015 / 1436
29
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Sembahyang sebagai penyelamat Oleh : Nor Hanizah Haji Abd. Halim, Nooratini Haji Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 16 Mei. Sembahyang itu adalah sebagai penyelamat, maka kita perlu untuk mempastikannya agar ianya menjadi tonggak kepada sekolah-sekolah ugama. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titahnya juga melahirkan rasa sangat gembira mengetahui, bahawa murid-murid di sekolah ugama sedang diterapkan dengan pelbagai aktiviti keugamaan. Penerapan tersebut dalam titah baginda, termasuklah dalam membuat catitan atau rekod menunaikan sembahyang dengan tujuan supaya murid-murid itu benar-benar terdedah kepada ibadat tersebut dan konsisten melakukannya. Semasa bertitah pada Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi, baginda seterusnya bertitah perkara yang sama boleh saja dilaratkan kepada sekolah-sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi untuk memberikan ruang masa yang khas kepada para penuntut dan mahasiswa bagi menghayati kewajipan tersebut. Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam titahnya menambah, agar premis-premis kerajaan dan swasta juga tidak ada masalah jika mereka itu berbuat perkara yang sama, seperti menyediakan kemudahan-kemudahan atau lain-lain yang bersesuaian. Menyentuh tentang peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Kebawah DYMM menyifatkan peristiwa tersebut adalah cukup untuk memberikan gambaran dan iktibar kepada kita.
Keberangkatan Kebawah DYMM menyerikan Sambutan Isra' Mi'raj
Ke muka 24
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima penerangan ringkas cara-cara sembahyang bagi pesakit yang menggunakan kerusi roda pada Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara Bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Juga kelihatan berangkat menyaksikan demonstrasi tersebut ialah paduka-paduka anakanda dan adinda baginda. - Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali (Lihat muka 12 & 13).
Muka 4
DASAR persekitaran hijau lebih produktif diwujudkan
Muka 5
LEMBAGA Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib ditubuhkan
Pelajari ilmu ugama dan Al-Qur'an BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 16 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan agar ilmu ugama dan Al-Qur'an perlu dicari dan dikarihi kerana kedua-duanya merupakan 'ilmu agung' yang agak unik dan tersendiri. Ianya memerlukan perhatian yang khusus lagi serius kerana jika perhatian itu hanya ala kadar, maka hasilnya pun juga mungkin ala kadar. Ilmu ugama dan Al-Qur'an yang dimiliki dengan ala kadar tersebut tidak akan membantu untuk melahirkan generasi yang hebat kerana yang hebat itu ialah ugama dan Al-Qur'an jua. Kebawah Duli Yang Maha Mulia menekankan demikian pada Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara bagi Tahun 1436 Hijrah /
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
2015 Masihi yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Justeru itu, dalam titah baginda menegaskan supaya ugama dan Al-Qur'an tersebut dipelajari dengan bersungguh-sungguh dengan menentukan dasar dan matlamat yang hendak dituju, bukan membuat dasar yang melemahkan ugama. “Kita tidak ada kebanggaan lain melainkan lebih terpusat kepada ugama dan Al-Qur'an jua. Kerana itu, sangat mustahak ia dijaga dan dipelajari dengan sempurna-sempurnanya,” titah baginda lagi. Maka, kita dan generasi masa kini, ujar titah baginda, adalah perlu melihat dengan kacamata kesedaran, bahawa ugama itu adalah tonggak segala kebaikan. Ia tidak boleh ditukar ganti dengan yang lain-lain. Ke muka 24
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn
2
HALUAN
HARI ISNIN 18 MEI 2015
Terokai peluang pelajaran, pekerjaan dan perusahaan Bismillahir Rahmannir Rahim Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh LHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala yang telah mengizinkan kita dapat bersama-sama hadir di Majlis Penyampaian Sijil Program Pembangunan Belia dan Program Jangka Pendek Sesi 2013-2014 pada pagi ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seramai 174 orang lepasan pelatih Program Pembangunan Belia dan Program Jangka Pendek Sesi 2013-2014 yang akan menerima sijil mereka pada pagi ini, di atas kejayaan dalam mengikuti program kemahiran masing-masing. Saya penuh berharap agar para pelatih yang telah menamatkan kursus di pusat ini akan keluar dengan berbekalkan azam dan semangat yang tinggi untuk meraih kejayaan dalam kehidupan bukan sahaja untuk diri para pelatih sendiri malah untuk kebanggaan keluarga serta untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. Keazaman dan keyakinan diri adalah amat perlu untuk dipunyai oleh setiap belia bagi menghadapi cabaran dan berjaya dalam mencapai segala cita-cita dan impian. Dengan adanya keazaman dan keyakinan yang tinggi dan cekal ia akan membawa perubahan mindset yang positif dan dapat mengenepikan perkataan tidak boleh atau impossible dalam mengejar cita-cita dan membuat perubahan dalam kehidupan. Sehubungan dengan ini, adalah diharapkan kejayaan yang sudah diperolehi tidak terhenti setakat ini dan dipersia-siakan. Para pelatih yang telah berjaya perlu mempergunakan segala kemahiran dan pengetahuan mereka sebagai modal yang berharga untuk mencari pekerjaan, memulakan perusahaan ataupun untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lanjutan dan tinggi. Apa pun bidang kerjaya dan laluan (path) yang dipilih ia perlu dilaksanakan dengan memberikan yang terbaik, komitmen dan disiplin yang tinggi, berintegriti, kreatif dan inovatif. Para lepasan pelatih Pusat Pembangunan Belia (PPB) perlu mengambil setiap peluang yang ada di hadapan mereka dan menjadikannya sebagai platform untuk mendapatkan peluang-peluang yang lebih baik dan meningkatkan kerjaya dan kehidupan. Yang juga penting dalam menghadapi cabaran hidup dan mengejar cita-cita para pelatih perlu berpegang kepada prinsip 'Tidak bulat datang bergolek dan tidak leper datang melayang'. Yang sama penting juga dalam merebut peluang-peluang yang terdapat sama ada di pihak kerajaan dan swasta ialah bagi pelatihpelatih tidak merasa segan dan malu untuk mendapatkan nasihat dan pertolongan untuk membangun diri dan potensi yang ada dalam diri mereka. Dalam perkara ini meminta bantuan dan pertolongan nasihat bukanlah
A
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Program Pembangunan Belia & Program Jangka Pendek Pusat Pembangunan Belia Sesi 2013-2014 pada hari Rabu, 17 Rejab 1435 Hijrah bersamaan 6 Mei 2015 Hijrah di Dewan Binadiri Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
merupakan satu kelemahan dan rendah diri kepada golongan belia. Seperti kata pepatah Melayu 'Malu bertanya sesat jalan'. Belia adalah merupakan tonggak kekuatan negara sebagai pewaris kepimpinan dan pemacu jentera pembangunan di masa depan. Golongan belia perlu diperkasa dan bangunkan melalui asuhan, didikan dan bimbingan agar mereka menjadi generasi berilmu, berkemahiran, berdaya maju dan berdaya saing, di samping mempunyai nilai-nilai murni dan kerohanian. Ini akan menjadikan golongan belia sebagai 'Generasi Berwawasan' yang mampu menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara yang berdaya tahan dan mapan. Dalam usaha untuk terus membekalkan sumber tenaga kerja yang berkualiti dan berkemahiran tinggi, PPB mulai tahun 2015, telah mula melaksanakan Persijilan City & Guilds bagi tujuh buah kursus yang ditawarkan kepada belia-belia di negara ini. Pelaksanaannya dilihat memberikan nilai tambah dan mampu melahirkan lebih banyak golongan belia yang mempunyai kemahiran yang berkualiti selaras kepada kehendak majikan dan pasaran pekerjaan di masa hadapan. PPB, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, juga telah melaksanakan beberapa program baru yang dilihat mampu mencapai objektif memperkasa belia-belia lepasan
sekolah dengan kemahiran-kemahiran yang mempunyai potensi permintaan di pasaran pekerjaan dan perusahaan. Di antaranya ialah Program Komuniti yang berkonsepkan kepada keperluan kelompok (Satellite Concept) yang telah mula dijalankan di PPB, Cawangan Daerah Belait. Pada masa ini, PPB telah melaksanakan Kursus AutoCAD khusus bagi para belia di Daerah Belait dan Tutong. Selain daripada itu, PPB Cawangan Daerah Belait juga akan menawarkan Kursus Kek & Pastri yang dilihat mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran pekerjaan di daerah berkenaan. Kursus Belia Berpadi yang telah mula dilaksanakan mulai Januari 2015 diharap akan melahirkan peladang-peladang muda dari kalangan belia dalam penanaman padi di negara ini. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan di luar daripada jangkaan dalam mana seramai 14 belia yang terdiri dari empat wanita dan 10 lelaki telah menerima cabaran sanggup untuk turun ke tanah sawah lumpur dan bekerja di bawah panas terik dan hujan. Mereka adalah merupakan sebagai role model belia yang cekal dan gigih serta mempunyai wawasan yang seharusnya menjadi contoh dan ikutan belia-belia yang lain. Kursus Scaffolding dan Kursus Pemandu Jentera Berat yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2012 akan terus dilaksanakan oleh PPB memandangkan permohonan yang begitu menggalakkan daripada para belia di negara ini. Jumlah kuota bagi pelaksanaan sesi keempat kedua-dua kursus berkenaan pada awal bulan Januari 2015 dipertingkatkan demi memberikan peluang kepada lebih ramai belia untuk mengikuti kursus-kursus berkenaan. InsyaaAllah, sesi kelima kedua-dua kursus berkenaan akan dilaksanakan mulai bulan Ogos 2015 ini. Dalam usaha untuk menambah dan mempelbagaikan lagi kursus-kursus yang ditawarkan oleh PPB, dua buah kursus baru insyaaAllah akan dilaksanakan dalam sedikit masa lagi, iaitu Kursus Cable Jointing dan Kursus Fiber To The Home atau FTTH. Kedua dua kursus ini dilihat dan dinilai mempunyai potensi permintaan di pasaran pekerjaan yang dapat memberikan peluang pekerjaan yang baik kepada belia-belia lepasan sekolah. Buat mengakhiri, saya menaruh harapan kepada para lepasan pelatih akan dapat mempergunakan kemahiran yang telah diperolehi dalam membangunkan diri masing-masing dengan menerokai peluangpeluang melanjutkan pelajaran, pekerjaan dan perusahaan yang terdapat di luar sana. Dalam waktu yang sama, para lepasan pelatih perlu membuat perubahan terhadap keterampilan diri, membangunkan integriti dan kebolehpercayaan, mempunyai semangat ingin terus maju serta bijak dalam membuat keputusan. Sekian.
18 MEI 2015 BERSAMAAN 1436
29
SEKTOR PENDIDIKAN BANTU NEGARA MENJAGA ALAM SEKITAR
P
ENJAGAAN alam sekitar dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya adalah tanggungjawab bersama yang dilaksanakan oleh semua pihak di Negara Brunei Darussalam. Di dalam sektor kerajaan misalnya, pelaksanaan tugas dan tanggungjawab bagi perihal tersebut tidak terhad pada Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Malah semua kementerian dan jabatan yang terdapat di dalam Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah sama-sama memberi sumbangan dengan pendekatan tertentu yang masing-masing menjurus kepada usaha penjagaan alam sekitar. Sumbangan berkenaan dikendali melalui aktiviti-aktiviti yang berterusan dan menampakkan impak berkesan. Kita berikan tumpuan seketika pada usaha Kementerian Pendidikan dalam menjaga alam sekitar melalui salah sebuah agensi di bawahnya yang bernama Pusat Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP). Baru-baru ini, pihak STEP telah berjaya melaksanakan tiga aktiviti yang menjurus kepada penjagaan alam sekitar. Aktiviti pertama ialah pelancaran buku panduan bertajuk 'Guide Book for Initiating Green-Schools in Brunei Darussalam'. Aktiviti kedua ialah pemberian insentif pada sekolah atau maktab yang berpotensi untuk diiktiraf sebagai Sekolah-Hijau. Dan aktiviti ketiga ialah mengumumkan keputusan Pertandingan Penjimatan Tenaga Elektrik. Tindakan yang diusahakan seperti ini mendorong pihak-pihak lain dalam sektor awam dan swasta untuk sama-sama menyumbang ke arah penjagaan alam sekitar. Dan ini juga adalah salah sebuah bukti yang menunjukkan komitmen sektor awam pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Julai 2006 di mana baginda menititkberatkan pelaksanaan dasar bumi hijau dengan lebih aktif. Justeru, ucapan Pemangku Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail pada Majlis Pelancaran 'Guidebook for Initiating Green-Schools in Brunei Darussalam’, Penyampaian Insentif Inisiatif Sekolah-Hijau dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Penjimatan Tenaga Elektrik 2013-2014 pada 18 April 2015 mendorong pihak sekolah dan institusi pengajian untuk menjelmakan lebih banyak lagi aktiviti yang berunsur penjagaan alam sekitar. Menyertai pertandingan peringkat antarabangsa, misalnya membolehkan sesebuah sekolah atau institusi pengajian mendapatkan pengajaran dari penyertaan berkenaan. Di samping itu, pihak sekolah juga diseru agar lebih kreatif dalam melaksanakan inisiatif hijau agar menjadikannya amalan terbaik seharian dalam kehidupan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. - Ketua Penyuntingan (Mm).
Pemberitaan/Rencana
Ketua Bahagian Pelita Brunei
Penyuntingan
Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor, Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli, Norliah Md. Zain, Hezlinawati Haji Abdul Karim, Ak. Jefferi Pg. Durahman, Haniza Abdul Latif, Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Rohani Haji Abdul Hamid, Nooratini Haji Abas, Khartini Hamir, Saerah Haji Abdul Ghani, Aimi Sani, Noraisah Muhammed, Haji Mahhmud Hafidzie Haji Ali Mashod, Dk. Nur Effa Ryina Pg. Haji Hamdani
Sastra Sarini Haji Julaini
Samle Haji Jait, Nurhamizah Hassim, Nor Hanizah Haji Abd. Halim Siti Muslihat Haji Salleh, Bolhassan Haji Abu Bakar, Abdullah Asgar
AMBULANS 991
POLIS 993
Ketua Penyuntingan Musa Mohidin, Hajah Zabaidah Haji Salat, Dk. Nasibahanim Pg. Haji Bakar, Samle Haji Jait
Penyemakan
Penterjemahan
Abdul Hadi Haji Suhaili, Haji Besar Haji Mamit, Hajah Norliha Haji Salleh, Ramlah Md. Nor, Nurul Hazwani Abu Omar, Siti Faizahanisah Awang Mahani, Dk. Nur Ridzwana Pg. Abd. Aziz
Hajah Musmariani Haji Mohammad
Pereka Letak Khairul Shaharim Haji Abdul Ghafor, Haji Ahmad Haji Salim, Mohammad Ike Iqrami Haji Suhaimi, Muhammad Hamdanajib Haji Domeng, Mohammad bin Kahar
Juruteknik Foto Hatral Hazmi Abdul Hamid, Nornasyirah Nordin
BOMBA 995
PENYELAMAT 998
(Talian Darussalam) JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK, JABATAN PENGANGKUTAN DARAT, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN e-darussalam
123
NDMC 2380214
NASIONAL
HARI ISNIN 18 MEI 2015
3
Doa Kesyukuran sempena WTISD 2015
MAJLIS Doa Kesyukuran bersempena Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia (WTISD) 2015 dihadiri oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.
Oleh : Muhammad Hidayatullah Zahari Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 14 Mei. - Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia (WTISD) 2015 di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit Kampung Manggis / Madang.
Majlis dihadiri oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar selaku tetamu kehormat. Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil, Doa Kesyukuran dan seterusnya Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah yang dipimpin oleh Imam masjid tersebut, Awang Nuzli bin Haji Jumat. Tema Sambutan WTISD tahun ini ialah ‘Telecommunications and ICTs: Drivers of Innovation’, di mana pada 17 Mei menandakan Ulang Tahun Menandatangani Konvensyen Telegraf Antarabangsa Pertama dan Penubuhan Kesatuan Telekomunikasi
Antarabangsa. Tahun ini juga menandakan Ulang Tahun Ke-150 bagi Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa. WTISD berhasrat untuk membantu meningkatkan kesedaran daripada kemungkinan penggunaan internet dan komunikasi serta teknologi boleh
membawa kepada masyarakat dan ekonomi, sekali gus jalan untuk merapatkan jurang digital. WTSID pada 20 Mei ini akan merayakan persidangannya yang akan dianjurkan oleh AITI untuk mengongsikan wawasan Telekom dan ICT sebagai pemandu inovasi.
Awang Haji Abdul Rahman, Penghulu Mukim Bangar baru
Skim baru ke arah tata kerja lebih mantap Berita dan Foto : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman BERAKAS, Khamis, 14 Mei. - Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung 2013 yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sesungguhnya amat disambut baik oleh para penghulu mukim dan ketua kampung di negara ini. Melalui skim ini, kepimpinan di peringkat akar umbi dihasrat akan lebih berkesan dan efektif dan sekaligus dapat mempertingkatkan lagi peranan, tugas dan tanggungjawab penghulu mukim dan ketua kampung dengan tujuan dan matlamat untuk mempertingkatkan, mengukuhkan dan memantapkan lagi mertabat, kewibawaan, kualiti kepimpinan dan keberkesanan institusi sekali gus mengukuhkan teras kepimpinan di peringkat akar umbi untuk jangka panjang bagi mendukung kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan baginda. Skim yang baru ini merangkumi perubahan skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga syarat-syarat kelayakan termasuk dari segi kelulusan akademik, tempoh perkhidmatan, tanggagaji, tatacara penilaian prestasi, cuti, keistimewaan-keistimewaan, di samping mengemaskinikan lagi peranan dan tanggungjawab penghulu dan ketua kampung yang lebih komprehensif dan juga pembaharuan dari segi skim-skim perkhidmatan secara bertingkat dengan kenaikankenaikan pangkat tertentu mengikut syarat-syarat yang telah disediakan. Dalam temu bual PELITA
BRUNEI bersama Penghulu Mukim Rambai, Awang Khairul Nurul Arsyad bin Haji Abdul Malek pada Majlis Taklimat Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung serta Tatacara Pemilihan dan Pengundian Calon Ketua Kampung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, beliau menjunjung kasih atas limpah kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi memperkenankan skim baru berkenaan yang menggantikan skim perkhidmatan yang lama. “Alhamdulillah, mudah-mudahan skim yang baru ini akan dapat menguatkan lagi dan memberikan tata kerja yang lebih mantap kepada penduduk kampung khususnya bagi yang tinggal di kawasan pedalaman ataupun di kawasan bandar,” ujarnya. Jelasnya, skim ini diterima baik oleh penghulu mukim dan ketua kampung kerana ianya lebih menjurus kepada kebaikan dalam meningkatkan pekerjaan dan mendekatkan diri kepada penduduk kampung serta meningkatkan usaha kerjasama bersama agensi-agensi kerajaan yang melibatkan penghulu mukim dan ketua kampung. Dalam era yang memerlukan kemudahan-kemudahan asas yang lebih tinggi dan permintaan bagi sesuatu perkara itu juga semakin meningkat, justeru itu jelasnya, seorang penghulu mukim dan ketua kampung itu bukan saja perlu mengetahui tentang adat istiadat dan tatacara kehidupan dalam sesebuah kampung, malah juga perlu mengetahui keadaan kehidupan di negeri-negeri luar agar dapat dikongsi sama pengalaman-pengalaman dari negeri luar dengan negara ini dan tidak
meninggalkan ‘calak’ kebruneian. Mukim Rambai jelasnya, kini mempunyai penduduk dalam anggaran 1,300 orang, di mana walaupun dikira sedikit namun keperluan dan kehendaknya sama dengan yang di kawasan bandar dan beberapa tempat di Mukim Rambai belum mempunyai rangkaian internet dan juga bagi kemudahan perkhidmatan telefon bimbit (mobile network coverage). Ketika ditanya apakah cabarancabaran yang dihadapi oleh seorang penghulu mukim, beliau menyatakan bahawa antaranya ialah seorang penghulu akan menghadapi pelbagai peringkat masyarakat sama ada masyarakat yang intelektual, para belia dan orang-orang yang berpencen. Oleh itu, untuk menghadapi pelbagai peringkat masyarakat ini jelasnya, seorang penghulu mukim ataupun ketua kampung perlu ada pengalaman dan pengetahuan dan juga perlu mempunyai visi dan hala tuju yang jauh demi menjaga kesejahteraan mukim dan anak-anak buah kampungnya.
PENGHULU Mukim Rambai, Awang Khairul Nurul Arsyad bin Haji Abd Malek semasa ditemu bual pada Majlis Taklimat Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung serta Tatacara Pemilihan dan Pengundian Calon Ketua Kampung.
TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyampaikan Sijil Lantikan Penghulu Mukim Bangar kepada Awang Haji Abdul Rahman bin Merusin.
Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Ah Chua TEMBURONG, Jumaat, 15 Mei. - Mukim Bangar kini berada di bawah kepimpinan akar umbi yang baru dengan berlangsungnya Majlis Penyampaian Sijil Lantikan Penghulu Mukim Bangar. Penyampaian Sijil Lantikan Penghulu Mukim Bangar disempurnakan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof kepada Awang Haji Abdul Rahman bin Merusin. Pada majlis yang berlangsung di kediaman Awang Haji Abdul Rahman di Kampung Ujong Jalan, Mukim Bangar itu, Yang Dimuliakan Pehin juga merasmikan Papan Tanda Penghulu Mukim Bangar. Penghulu Mukim Bangar, Awang Haji Abdul Rahman juga membacakan Ikrar dan menandatangani Ikrar Penghulu Mukim Bangar yang disaksikan oleh Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah dan wakil Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Awang Haji Abdul Rahman, 64 tahun sebelum ini pernah bertugas sebagai Guru Sekolah-Sekolah Terlatih (1976 – 1995) dan sebagai Nazir Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan (1996 – 2006). Beliau kini secara rasmi menjawat jawatan Penghulu Mukim Bangar yang berada di kedudukan strategik dalam Daerah Temburong di mana terletaknya Pekan Bangar sebagai Pusat Pentadbiran Daerah dan berfungsi sebagai persinggahan dan pusat perhubungan. Mukim Bangar mempunyai 19 buah kampung di bawah pengawasan Penghulu Mukim Bangar dengan empat orang iaitu Ketua Kampung Menengah, Ketua Kampung Batang Tuau, Ketua Kampung Puni dan Ujong Jalan dan ketua Kampung Belingos. Majlis turut dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad; Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN.
4
NASIONAL
HARI ISNIN 18 MEI 2015
Dasar persekitaran hijau lebih produktif diwujudkan
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa melancarkan Jerayawara 'To Reduce Utilities Consumption for Government Building' di di Dewan Atria Simpur, Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Berakas.
Oleh : Khartini Hamir Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 14 Mei. - Satu permulaan ke arah pembangunan ekonomi dan masyarakat Negara Brunei Darussalam mewujudkan dasar persekitaran hijau bagi melahirkan persekitaran yang lebih sihat dan produktif untuk kehidupan seharian dan di tempat kerja. Dari itu, garis panduan Energy Efficiency and Conservation (EEC) diharap akan dapat merealisasikan konsep Bangunan Hijau seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pembangunan dengan mengambil kira kaedah dan konsep kehijauan dari segi reka bantuk, operasi dan penyelenggaraan bangunan-bangunan yang baru dan sedia ada. Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menjelaskan perkara itu pada pelancaran buku panduan 'EEC Building Guideline 2015 for Non-Residential Buildings' dan pelancaran Jerayawara 'To Reduce Utilities Consumption for Government Buildings' yang berlangsung di Dewan Atria Simpur, Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), Berakas. Yang Berhormat berkata, ia tidak terhad kepada konsep penjimatan tenaga elektrik dan penjimatan penggunaan air sahaja, bahkan juga meliputi pelbagai aspek seperti kaedah 'Best Practice' dan teknik pemasangan yang betul, penggunaan dan
pemeliharaan yang berdaya tahan dan cost effective. Bangunan Hijau (Green Building) mengurangkan kesan gas-gas rumah hijau, menggunakan kurang tenaga, penjimatan penggunaan air dan menawarkan persekitaran yang lebih sihat daripada bangunan yang ada, selain Ekonomi Hijau (Green Economy) memastikan pembangunan mampan dan infrastruktur yang berdaya tahan. Tambah Yang Berhormat, semua projek pembinaan masa depan (awam dan swasta), serta sektor infrastruktur sudah tentu akan mendapat manfaat dari segi kualiti seni bina yang lebih baik, penjimatan tenaga dan pengurangan kos serta perbelanjaan operasi. ''Dengan mematuhi pelaksanaan garis pandu buku EEC ini nanti, penggunaan tenaga elektrik bagi bangunan-bangunan baru akan menjimatkan 30 hingga 50 peratus,'' ujar Yang Berhormat. Fenomena perubahan iklim adalah satu kenyataan, dari itu Yang Berhormat mengingatkan untuk harus mengambil serius kenyataan tersebut dan mengusahakan di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengurangkan kesan gas rumah hijau bagi menangani perubahan iklim. Energy Information Administration US (EIA's) telah mengeluarkan kenyataan International Energy Outlook 2013 (IE2013)
memperlihatkan penggunaan tenaga dunia akan meningkat sebanyak 56 peratus di antara tahun 2010 dan 2040. Manakala mengikut 'World Building Council', sektor pembinaan menyumbang sebanyak 40 peratus daripada penggunaan tenaga seluruh dunia, menggunakan 12 peratus air dan 40 peratus sisa pembangunan dihantar ke tapak pelupusan, dan dengan jumlah peratusan ini jelas dibayangkan betapa besarnya kesan jejak karbon, iaitu carbon footprint yang dicemarkan oleh sektor pembinaan. Dari itu, Yang Berhormat menyarankan sebagai sebuah negara yang membangun, Negara Brunei Darussalam setentunya giat mengembangkan industri pembinaannya terutama dalam infrastruktur dan kemudahan awam dan kita tidak mahu program pembinaan terjejas oleh kesan pencemaran carbon footprint ini. Walau bagaimanapun, hakikat dan kesan pemanasan global atau global warming juga tidak boleh dibiar tanpa usaha mitigasi yang bersesuaian dan gagasan untuk mengamalkan hidup hijau perlu diambil tindakan, ke arah itu JKR telah mengumpulkan data benchmarking bagi sekolah-sekolah dan bangunan-bangunan kerajaan yang sedia ada. Matlamat dan objektif benchmarking yang dibuat oleh JKR ini jelas Yang Berhormat Menteri Pembangunan adalah bertujuan untuk membuat penilaian dan perbandingan penggunaan elektrik dengan kategori bangunan yang sama dan menghasilkan baseline sebagai ukuran dan sebagai sasaran tenaga yang sepatutnya digunakan untuk pemakaian tenaga yang betul bagi mengurangkan pembaziran. Hasil daripada pengambilan data tersebut dan analisa yang dibuat baseline bagi Energy Efficiency Index (EEI) akan diguna pakai bagi sekolah-sekolah rendah ialah 40 kilowatt hour per meter square, bagi sekolah menengah EEI ialah 60 kilowatt hour per meter square, manakala EEI bagi bangunan kerajaan ialah 175 kilowatt hour per meter square, dan dengan adanya ukuran baseline ini bangunan-bangunan kerajaan akan mampu mengurangkan sebanyak 15-30 peratus penggunaan tenaga. Ini dapat dibuktikan melalui inisiatif JKR yang berjaya menghasilkan
YANG Berhormat Menteri Pembangunan semasa menyaksikan pameran berkenaan.
penjimatan tenaga 15 ke 30 peratus kepada bangunan Kementerian Pembangunan dan juga jabatanjabatan di bawah Kementerian Pembangunan. Inisiatif yang dibuat ini adalah secara no cost investment, iaitu dengan memendekkan operasi hawa dingin dan menaikkan suhu hawa dingin dengan tidak menjejaskan keselesaan di bangunan tersebut dan bangunan Kementerian Pembangunan telah berhasil membuat penjimatan tenaga elektrik sekurang-kurangnya 1.5 Megawatt hour iaitu BND150 ribu sejak 2012. Dari itu, Yang Berhormat turut mengalu-alukan dan menyeru inisiatif seperti ini dilaratkan ke bangunanbangunan kerajaan yang lain bagi penjimatan tenaga yang sewajarnya dan Jerayawara 'To Reduce Utilities Consumption on Buildings' akan dilaratkan oleh JKR ke bangunanbangunan kerajaan yang lain bagi memberikan khidmat nasihat dan taklimat tentang penjimatan tenaga dan penggunaan tenaga yang betul di bangunan tersebut dan juga konsep kehijauan bangunan baru yang akan dilaksanakan. Buku EEC Building Guideline 2015 - New Non-Residential Building ini jelas Yang Berhormat lagi adalah yang diusahakan oleh JKR dengan kerjasama 'Joint Working Committee', Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, ABCi, Kementerian Pembangunan, Green Building Council (GBC) Brunei Darussalam dan Institution of Engineers, Architects and Surveyor (PUJA) dan akan dijadikan mandatori bagi kegunaan bangunan-bangunan
kerajaan dan pada masa ini voluntary pada pihak swasta hingga ke satu waktu yang ditetapkan. Selaras dengan garis panduan yang mula diperkenalkan, JKR juga pada masa ini sedang menyediakan 'Green Building Tool', iaitu 'BAGUS' (Brunei Accredited Green Unified Seal) untuk diguna pakai di negara kita, di mana 'Tool' ini akan menilai tahap bangunan-bangunan yang ada mengambil kira reka bentuk yang berdaya tahan, kehijauan dan mampan. Yang Berhormat juga menyeru kepada semua penggiat industri untuk bekerjasama mencapai apa yang dihasratkan 'Bangunan Hijau' seperti yang terkandung dalam 'Energy Efficiency Building Guideline', seperti laporan C40 CITIES 'study on global survey on Building Energy Efficiency in cities', faktor-faktor utama bagi mencapai kejayaan di negara-negara tersebut adalah penyertaan penggiat-penggiat industri, masyarakat awam, badan-badan kerajaan dan ahli-ahli akademi. Dengan adanya pihak-pihak berkepentingan ini, membolehkan pengenalan awal dibuat kepada program cadangan, di samping menjalin hubungan kerjasama penggiat-penggiat industri utama yang boleh mendorong kepada pelaksanaan dan mematuhi peraturan pelaksanaannya. Yang Berhormat Menteri Pembangunan berharap dengan pelaksanaan EEC ditambah pula dengan sikap terbuka dan bersedia menerima perubahan akan dapat melaksanakan dan menjamin masa depan yang lebih baik untuk semua generasi yang akan datang.
Rekaan bangunan berkonsep 'Kehijauan' digalakkan
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi semasa menyampaikan buku PBD 12 EEC : 2015 'EEC Building Guideline 2015 for Non-Residential Buildings Version 1.0' kepada Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan Industri dan Keusahawanan) Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Awang Haji Khairuddin bin Haji Abd. Hamid.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 14 Mei. - Kementerian Pembangunan dengan kerjasama
Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam rancangan terkini JKR Green
Road Map menerbitkan sebuah buku garis pandu 'Energy Efficiency and Conservation (EEC) Building Guideline 2015 for Non-Residential Buildings' bagi mempromosikan reka bentuk Bangunan Hijau (Green Building). Buku berkenaan dilancarkan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman selaku tetamu kehormat, yang kemudiannya turut melancarkan Jerayawa 'To Reduce Utilities Consumption for Government Buildings' yang diadakan di Dewan Atria Simpur, Bangunan JKR, Berakas. Antara tujuan Majlis Pelancaran EEC Building Guideline itu ialah untuk membarigakan dan menggalakkan rekaan bangunan berkonsep 'Kehijauan' dan amalan baik dalam industri pembinaan tempatan bagi menangani isu-isu perubahan iklim. Selain itu, ia juga akan dapat menggalakkan penggunaan renewable energy yang setentunya akan mengurangkan pergantungan terhadap sumber tenaga non-renewable energy, pencemaran
dan penggunaan tenaga. Garis pandu itu akan menggalakkan reka bentuk Bangunan Hijau terutama sekali bagi bangunan-bangunan kerajaan dan bangunan komersial, dan garis pandu ini pada masa akan datang akan menjadi akta dalam 'Building Control (Environmental Sustainability) Regulation' dan akan diserapkan di bawah Building Control Act 2013. Pada majlis tersebut satu tayangan video EEC juga ditayangkan dan Yang Berhormat turut menyampaikan buku PBD 12 EEC : 2015 'EEC Building Guideline 2015 for Non-Residential Buildings Version 1.0' kepada Setiausaha-Setiausaha Tetap; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan wakil di setiap kementerian. Yang Berhormat juga melancarkan Jerayawara 'To Reduce Utilities Consumption for Building' dan berpeluang menonton klip video mengenai tekad pegawai-pegawai kementerian dan jabatan mengenai penjimatan penggunaan tenaga elektrik dan air dan seterusnya melawat serta meninjau ruang pameran jerayawara berkenaan. Jerayawara berkenaan bertujuan
untuk memberikan kesedaran mengenai penggunaan tenaga kepada para pengguna dan cara pengurangan penggunaan utiliti (tenaga elektrik dan air) di bangunan-bangunan kerajaan bagi mengelakkan pembaziran yang tidak perlu dan jerayawara ini juga akan dikendalikan ke seluruh negara dalam masa terdekat. Selain itu, JKR, Green Building Council Brunei Darussalam juga turut serta dalam pameran tersebut dan dari itu adalah diharapkan dengan adanya penyertaan penggiat-penggiat industri, masyarakat awam, badan-badan kerajaan dan ahliahli akademi akan dapat mendorong dalam pelaksanaan dan mematuhi peraturan pelaksanaan garis panduan ini. Juga hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, TimbalanTimbalan Setiausaha Tetap di kementerian-kementerian, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, ketuaketua jabatan, pegawai-pegawai kanan di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya, institusi-institusi pengajian tinggi, konsultan-konsultan dan juga beberapa pembekal-pembekal.
NASIONAL
HARI ISNIN 18 MEI 2015
5
Lembaga Perjawatan, Disiplin Skim baharu dan Tatatertib ditubuhkan tanda pengiktirafan
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Taklimat Skim Perkhidmatan Penghulu dan Ketua Kampung yang baharu.
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 14 Mei - Sebuah badan bertaraf lembaga ditubuhkan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menurut kehendak Skim Perkhidmatan Penghulu dan Ketua Kampung tahun 2013, iaitu Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung. Menurut Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, lembaga berkenaan
bertanggungjawab bagi meneliti dan menimbangkan sokongan-sokongan mengenai semua perkara yang berhubung dengan hal ehwal perjawatan penghulu mukim dan ketua kampung. Skim berkenaan tambah Yang Berhormat, juga bagi meneliti dan menimbangkan kes-kes yang melibatkan perlanggaran peraturanperaturan dan disiplin kerja dalam kalangan penghulu mukim dan ketua kampung. Demikian jelas Yang Berhormat pada Majlis Taklimat Skim
SEBAHAGIAN penghulu mukim dan ketua kampung yang hadir mendengarkan taklimat tersebut.
Perkhidmatan Penghulu dan Ketua Kampung yang baharu di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, di sini. ''Maka Alhamdulillah. Dimaklumi bahawa skim baharu ini telah lama ditunggu. Sekalian penghulu dan ketua kampung menaruh harapan dan jangkakan terhadapnya. Harapan hendaknya ia menjadi kenyataan. Jangkaan itu hendaknya membawakan perubahan. Dan kini harapan dan jangkaan itu telah dipenuhi dan dicapai,'' terang Yang Berhormat. Dengan perkenan skim baru yang berkuat kuasa mulai 1 April 2015 itu jelas Yang Berhormat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan suatu anugerah berupa perkara yang diharap serta dijangkakan kepada penghulupenghulu dan ketua-ketua kampung yang sedang berkhidmat pada masa ini dan yang akan berkhidmat pada masa-masa akan datang. ''Maka kita sambutlah Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung 2013 ini dengan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala. Dan kita sekalian dengan penuh hormat dan ta'zim juga menyembahkan sembah junjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan iringan doa semoga Allah Subhanahu Wata'ala sentiasa melimpahi baginda rahmat serta hidayat dan ri'ayah serta 'inayah dengan kekal qarar memerintah, adil berdaulat, menaungi nusa, memimpin rakyat, kekal bahagia,'' terang Yang Berhormat. Pada kesempatan ini, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengharapkan kepada para penghulu dan ketua kampung supaya sentiasa bersiap sedia untuk mendatangkan perubahan dan peningkatan mutu perkhidmatan serta lebih memantapkan lagi kewibawaan institusi penghulu mukim dan ketua kampung sebagai teras kepimpinan peringkat akar umbi yang berkesan.
BKN terima lawatan Ahli Pengawasan Kejiranan
AHLI Pengawasan Kejiranan di bawah Mukim Kota Batu dan Mukim Kilanas mengadakan lawatan ke Biro Kawalan Narkotik (BKN) di mana rombongan diketuai oleh Pemangku Pegawai Penguasa Balai Polis Pusat, Inspektor Md. Faizal Iswandy bin Ali Othman.
Berita dan Foto: Ihsan Pasukan Polis Diraja BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 14 Mei. - Ahli Pengawasan Kejiranan di bawah Mukim Kota Batu dan Mukim Kilanas hari ini
mengadakan lawatan ke Biro Kawalan Narkotik (BKN). Rombongan yang diketuai oleh Pemangku Pegawai Penguasa Balai
Polis Pusat, Inspektor Md Faizal Iswandy bin Ali Othman disertai oleh 4 orang anggota polis Unit Pengawasan Kejiranan dan 20 orang ahli Pengawasan Kejiranan dari Mukim Kota Batu dan Mukim Kilanas. Lawatan tersebut bertujuan untuk menambahkan pengetahuan ahli Pengawasan Kejiranan yang akan digunakan dalam menyalurkan maklumat kepada penduduk kampung mengenai bahaya dan kesan terhadap penyalahgunaan dadah. Ia merupakan salah satu aktiviti anjuran Balai Polis Pusat kepada Pengawasan Kejiranan di bawah jagaan balai tersebut. Rombongan dialu-alukan oleh Penolong Pegawai Narkotik 1, Pengiran Mohd Shamsul Adli bin Pengiran Salleh dari Cawangan Pendidikan Pencegahan Dadah. Semasa berada di Biro berkenaan rombongan diberikan taklimat pengenalan serta akibat dadah dan kemudian dibawa melawat ke Galeri Info Anti Dadah.
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Masri Osman
PEGAWAI Tugas-Tugas Khas Kanan di Bahagian Kuasa-Kuasa Tempatan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim menyampaikan taklimatnya mengenai Skim Perkhidmatan Penghulu dan Ketua Kampung yang baharu.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 14 Mei. - Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung 2013 yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah sebagai tanda pengiktirafan kepada penghulu mukim dan ketua kampung sebagai kepimpinan di peringkat akar umbi. Skim yang baharu ini yang berkuat kuasa mulai 1 April 2015 adalah bagi menggantikan Skim Perkhidmatan Penghulu dan Ketua Kampung 1998. Pengumuman skim baharu tersebut dimaklumkan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman pada Majlis Taklimat Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung serta Tatacara Pemilihan dan Pengundian Calon Ketua Kampung di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Pada majlis tersebut, taklimat disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan di Bahagian Kuasa-Kuasa Tempatan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim. Melalui skim ini, kepimpinan di peringkat akar umbi dihasrat akan lebih berkesan dan efektif serta sekali gus dapat mempertingkatkan lagi peranan, tugas dan tanggungjawab penghulu mukim dan ketua kampung dengan tujuan dan matlamat untuk mempertingkat, mengukuh dan memantapkan lagi martabat, kewibawaan, kualiti kepimpinan dan keberkesanan institusi sekali gus mengukuhkan teras kepimpinan di peringkat akar umbi untuk jangka panjang bagi mendukung kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan baginda. Skim yang baharu ini merangkumi perubahan skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga syarat-syarat kelayakan termasuk dari segi kelulusan akademik, tempoh perkhidmatan, tangga gaji, tatacara penilaian prestasi, cuti, keistimewaankeistimewaan, di samping mengemaskinikan lagi peranan dan tanggungjawab penghulu dan ketua
kampung yang lebih komprehensif dan juga pembaharuan dari segi skim-skim perkhidmatan secara bertingkat dengan kenaikankenaikan pangkat tertentu mengikut syarat-syarat yang telah disediakan. Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung juga ditubuhkan yang berperanan sebagai pentadbir dan mengurus hal ehwal yang berkaitan dengan penyerapan, kenaikan pangkat, tatatertib dan pengisian jawatan. Skim perkhidmatan yang baharu ini akan dapat menjadi rujukan dan garis panduan kepada pihak-pihak berkenaan terutamanya penghulu mukim dan ketua kampung dalam memahami dan melaksanakan peranan dan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan dalam bentuk tindakan-tindakan yang lebih praktikal, bersistematik, efektif dan komprehensif untuk mencapai matlamat bagi mempertingkat dan memantapkan lagi martabat, kewibawaan serta berkualiti kepimpinan penghulu mukim dan ketua kampung. Dalam usaha untuk menambah baik Tatacara Pemilihan dan Pengundian Calon Ketua Kampung yang berjalan ketika ini, tatacara baharu Majlis Pemilihan dan Pengundian Calon Ketua Kampung juga dikemas kini dan dipertingkatkan. Tatacara baharu itu ialah daftar pengundi yang berumur 18 tahun dan ke atas bagi setiap kampung dikemaskinikan pada setiap enam bulan atau 12 bulan sekali, dan maklumat-maklumat daftar pengundi tersebut hendaklah disimpan di Pejabat-Pejabat Daerah. Setiap pengundi yang berdaftar hendaklah diberikan surat jemputan berserta kad undi untuk hadir pada Majlis-Majlis Pemilihan dan Pengundian Calon Ketua Kampung. Pengundian dan Pemilihan Ketua Kampung hanya dikira sah jika sekurang-kurangnya 1/3 daripada jumlah keseluruhan pengundi yang berdaftar dan layak mengundi bagi kampung berkenaan hadir dan turut mengundi pada Majlis Pemilihan dan Pengundian tersebut. Tatacara Pemilihan dan Pengundian Calon Ketua Kampung ini diharap akan dapat mempertingkatkan penglibatan penduduk dan masyarakat dalam memilih calon-calon ketua kampung di peringkat mukim dan kampung. Taklimat Skim Perkhidmatan Penghulu dan Ketua Kampung serta Tatacara Pemilihan dan Pengundian Calon Ketua Kampung ini juga akan diadakan di keempat-empat daerah nanti. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, SetiausahaSetiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, ketua-ketua jabatan di bawah KHEDN, penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan ketua-ketua rumah panjang serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.
6
BERITA DAERAH
HARI ISNIN 18 MEI 2015
Balai Bomba Bukit Beruang mantapkan operasi JBP Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman merasmikan Bangunan Balai Bomba Bukit Beruang.
TUTONG, Isnin, 11 Mei. - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) terus berkembang dengan mempertingkatkan usaha ke arah merealisasikan perancangan-perancangan jabatan termasuk projek pembinaan balai dan perumahan bomba bagi memantapkan tahap tindakan keupayaan khusus dalam bidang operasi selaras dengan perkembangan persekitaran sosial dan ekonomi Negara Brunei Darussalam. Perkara ini juga adalah selaras dengan rancangan kemajuan perumahan bagi menampung jumlah peningkatan penduduk, keperluan perkhidmatan perlindungan kecemasan di dalam kawasan dan persekitaran dari segi pengawalan serta tindakan yang lebih efisien. Bagi memenuhi kehendak tersebut, Balai Bomba Bukit Beruang telah siap dilaksanakan dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku tetamu kehormat yang berlangsung di balai berkenaan, di sini. Terdahulu, ketibaan tetamu kehormat disambut oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat, Awang Yahya bin Haji Rahman.
Pada majlis tersebut tetamu kehormat kemudian memeriksa Perbarisan yang terdiri dari anggota Cawangan Operasi Daerah Tutong. Majlis didahului dengan bacaan Surah Al Faatihah dipimpin oleh Ketua Guru Ugama JBP, Awang Haji Adanan bin Haji Ahmad dikuti dengan ucapan alu-aluan dari Pengarah Bomba dan Penyelamat yang antara lain menjelaskan bahawa 'Response Time' yang singkat, di bawah 10 minit adalah amat kritikal bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda dalam situasi kebakaran dan kecemasan. Matlamat JBP jelasnya adalah meningkatkan kadar pencapaian 'Response Time' 10 minit ke bawah daripada 74 peratus kepada 85 peratus dalam jangka masa pendek, dan 90 peratus dalam jangka masa sederhana, seperti saranan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa Majlis Perbarisan Kehormatan sempena Sambutan Ulang Tahun JBP Ke-55 Tahun pada 28 April 2015. Majlis pagi ini juga diselajurkan dengan Majlis Penghargaan kepada 45 anggota dan kakitangan contoh JBP dan Balai Bomba Contoh. Pemenang bagi anugerah Sudut Operasi ialah Balai Bomba Unit
Operasi Wanita di tempat Pertama; tempat kedua Balai Bomba Spark dan tempat ketiga Balai Bomba Seria. Pemenang bagi anugerah Sudut Pentadbiran dan Kewangan ialah Balai Bomba Spark di tempat pertama; tempat kedua Balai Bomba Sungai Liang sementara Balai Bomba Beribi menduduki tempat ketiga. Pemenang bagi anugerah Sudut Teknikal ialah Balai Bomba Spark di tempat pertama, tempat kedua Balai Bomba Tumasek dan tempat ketiga Balai Bomba Beribi. Pemenang bagi anugerah Sudut Perancangan dan Latihan ialah Balai Bomba Unit Operasi Wanita di tempat pertama; tempat kedua Balai Bomba Pangkalan Batu; dan tempat ketiga Balai Bomba Sungai Liang. Sementara keputusan Balai Bomba contoh terbaik keseluruhan tempat pertama ialah Balai Bomba Unit Operasi Wanita Cawangan Operasi 'C'; tempat kedua Balai Bomba Spark Cawangan Operasi 'B'; dan tempat ketiga Balai Bomba Tumasek Cawangan Operasi 'F'. Majlis Penghargaan tersebut diadakan untuk memberi penghargaan kepada semua peringkat anggota serta kakitangan Jabatan berkenaan dalam sama-sama menjayakan acara-acara
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan Anugerah Anggota dan Kakitangan Contoh kepada seorang penerima.
Sambutan Hari Ulang Tahun JBP Ke-55 Tahun, di samping memberikan mereka anugerah dalam menghargai jasa bakti, mengikut disiplin, mutu kerja yang produktif komitmen yang telah ditunjukkan dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan jabatan. Pada majlis itu tetamu kehormat dan jemputan-jemputan lain dibawa melawat kemudahan Balai Bomba dan Perumahan Bukit Beruang dan seterusnya bergambar ramai.
Juga hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Setiausaha-Setiausaha Tetap; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, jemputan-jemputan khas, pegawai-pegawai kanan, pegawaipegawai, anggota serta kakitangan jabatan tersebut.
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri ketika bergambar ramai bersempena dengan perasmian Balai Bomba Bukit Beruang.
Kesepakatan kunci utama keharmonian kampung Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Mohd. Shahrizal Haji Said jambatan serta pengangkutan sampah secara percuma. Tambah beliau lagi, apa yang membimbangkan ialah vandalisme yang makin menjadi-jadi seperti kerosakan pada kabel telefon oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Di samping itu, kelewatan pembaikan PROGRAM Sua Muka bersama Ketua Kampung Pandai Besi 'A' dan' B', Pengiran Haji Ayub bin Pengiran Sulaiman.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 9 Mei. - Ketua Kampung Pandai Besi 'A' dan 'B', Pengiran Haji Ayub bin Pengiran Sulaiman menegaskan agar penduduk kampung di bawah jagaannya sentiasa bekerjasama dan tolong-menolong di antara satu sama lain serta tidak camah mata dalam menghulurkan bantuan sesama sendiri. Tambahnya, kesepakatan itu boleh membawa keharmonian kepada semua dan ia akan dapat mewujudkan kampung yang aman dan bersatu hati dalam memajukan kampung.
Pengiran Haji Ayub, selaku Pemangku Penghulu Mukim Burong Pingai Ayer dan juga Ketua Kampung Pekan Lama / Kampung Pengiran Setia Negara berkata, demikian semasa Program Sua Muka yang dikendalikan oleh Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Jabatan Penerangan, di kediamannya, di sini. Beliau menyatakan bahawa penduduk Kampung Pandai Besi yang berjumlah kira-kira 460 orang juga menikmati kemudahan yang diberikan termasuk bekalan air, api elektrik,
SUASANA Kampung Pandai Besi 'A' dan 'B'.
jambatan juga merupakan salah satu masalah yang dihadapi kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada para pengguna. Pengiran Haji Ayub juga menceritakan asal usul nama kampung tersebut yang mana kononnya ia diberikan berdasarkan aktiviti
pertukangan tangan besi yang begitu giat dijalankan dan menjadi turun-temurun orang dahulu di kampung itu. Berdasarkan kepada pencapaian, program ini sangat bermanfaat dan mendapat perhatian oleh pihak akar umbi terutama sekali para penghulu dan ketua kampung dalam menjalankan tugas mereka yang dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui inisiatif program Jabatan Penerangan ini.
NASIONAL
HARI ISNIN 18 MEI 2015
7
Perbaharui DL, VL secara online Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 Mei - Pihak Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) menyarankan kepada orang ramai yang berhasrat untuk memperbaharui lesen kenderaan dan memandu supaya melakukannya secara perkhidmatan atas talian, iaitu online. Sejak Sistem Pengangkutan Darat (SPD) mula diperkenalkan pada bulan Mei 2013, seramai 3,310 pengguna telah menggunakan perkhidmatan online melalui terminal online yang diperkenalkan di Ibu Pejabat, JPD sejak Januari 2015. Pengarah Pengangkutan Darat, Dr. Haji Supry bin Haji Abd. Ladi menyatakan perkara tersebut pada Sidang Media yang diadakan di Ibu
Pejabat JPD, Beribi, Gadong, di sini. Perkhidmatan online yang ada pada masa ini ialah untuk membaharui Lesen Memandu (DL) dan Lesen Kenderaan (VL) (dulunya Road Tax) sahaja. Terminal online juga mula diperkenalkan di cawangan-cawangan JPD di Daerah Tutong, Kuala Belait dan Temburong sejak bulan Mac 2015. Statistik menunjukkan jumlah transaksi penggunaan online di Cawangan Kuala Belait sebanyak 64, Tutong dan Temburong masing-masing mencatatkan seramai 16 pengguna. Menurutnya, salah satu daripada isu yang dihadapi ialah masih lagi
sesetengah orang ramai keberatan untuk membaharui DL dan VL secara online. Dalam hubungan ini, JPD, jelas memberikan keyakinan bahawa walaupun proses pada awalnya memakan masa sedikit, akan tetapi membaharui VL dan DL di masa akan datang akan lebih mudah dan ia boleh dibuat dari rumah atau pejabat atau dari mana-mana premis yang menyediakan sistem internet atau wifi. Ke arah itu, orang ramai disaran untuk menggunakan Perkhidmatan Online untuk membaharui DL dan VL di semua cawangan termasuk Kuala Belait, Tutong dan Temburong sebelum tarikh mansuh. Sementara itu, bagi kompleks latihan dan ujian memandu (Litar), terminal online akan diperkenalkan dalam beberapa minggu lagi. Pada sidang media tersebut juga, Dr. Haji Supry turut memaklumkan
bahawa kaunter-kaunter perkhidmatan bagi membaharui lesen memandu dan lesen kenderaan termasuk penggantian lesen kenderaan yang pudar di Ibu Pejabat, JPD Jalan Beribi, Gadong adalah dibuka setiap hari Jumaat, jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Sementara perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan juga dibukakan pada hari Jumaat, manakala pada minggu pertama dan terakhir pada setiap bulan ia dibuka pada pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Bagi Cawangan Tutong dan Kuala Belait pula, kaunter perkhidmatan bagi membaharui lesen memandu, lesen kenderaan dan penggantian lesen kenderaan pudar termasuk pemeriksaan kenderaan hanya dibuka pada hari Jumaat minggu pertama dan terakhir bermula pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Manakala JPD Cawangan Temburong adalah tidak beroperasi pada hari Jumaat.
PENGARAH Pengangkutan Darat, Dr. Haji Supry bin Haji Abd Ladi pada Sidang Media menjelaskan mengenai Pembaharuan Lesen Kenderaan dan Memandu secara online.
Guru, pelajar cemerlang terima penghargaan Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 Mei. - Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) mengadakan Majlis Anugerah Guru dan Pelajar Cemerlang PSR 2014, berlangsung di Dewan Serbaguna, SR YSHHB, Jalan Kebangsaan, di sini. Dalam majlis tersebut, Penolong Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, selaku tetamu kehormat menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah kepada para penerima hadiah dan sijil berkenaan. Terdahulu, Guru Besar SR YSHHB, Dayang Norbaini binti Haji Abdullah dalam ucapan alu-aluannya antara lain mengharapkan majlis ini bukan sahaja dapat mencerminkan pencapaian masa lalu akan tetapi untuk masa depan dan berbangga dengan kejayaan semua pelajar. Dengan matlamat ini dapat membantu mereka menjadi yakin,
bertanggungjawab dan menjadi ahli masyarakat yang berjaya. Menurutnya, dalam berkaitan dengan visi sekolah untuk mewujudkan individu yang positif, yakin dan komited untuk menyediakan persekitaran bagi memupuk setiap pelajar untuk belajar, mempunyai nilai positif, yakin dan membesar menjadi individu yang cekap dan berjaya. ''Tahun 2014 telah mencabar dan memberi ganjaran bukan sahaja dalam pembangunan berterusan SR YSHHB, ia adalah tahun yang benar-benar mengiktiraf kita sebagai satu komuniti pembelajaran, apabila tahun ini telah diuji kedua-dua sebagai individu dan sebagai keseluruhan,'' jelasnya. Katanya, pelajar PSR tahun 2014 telah mengalami pengalaman menjadi seorang usahawan, mengumpul dana melalui pesta ria, membuat kek sendiri, yang direka dengan kreativiti mereka dan menjualnya. Tambah beliau, mereka telah
mengumpul sebanyak BND2,000 hasil dari jual berkenaan dan mendermakannya. Selain itu, mereka juga melakukan kerja sukarelawan di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Bengkurong selepas peperiksaan PSR. ''Di kesempatan ini saya ingin menekankan mengenai pencapaian pelajar-pelajar kita, Muhd. Haziq Asyraaff bin Jeffery dan Nurul Afiqah Farahiyah binti Moksin pada Tahun 6, 2014, yang telah diberi penghormatan untuk mewakili sekolah rendah di Negara Brunei Darussalam dalam 'Pertandingan Matematik Antarabangsa Korea 2014 (KIMC 2014) di Daejeon, Korea,'' ujarnya. Majlis juga turut diselajurkan dan dimeriahkan dengan persembahan konsert oleh murid-murid Tahun 1 hingga 5 sebagai projek perkembangan dan penglibatan dalam kelab-kelab sekolah berkenaan. Antara tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk memberikan penghargaan kepada guru-guru dan pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang yang telah menaikkan nama serta imej sekolah.
PENOLONG Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail menyampaikan hadiah dan sijil kepada seorang guru cemerlang dari Sekolah Rendah YSHHB.
PENOLONG Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bergambar bersama salah seorang pelajar cemerlang, Nurul Afiqah Farahiyah binti Moksin bersama keluarga beliau.
Vandalisme membimbangkan penduduk Kampung Burong Pingai Ayer
KETUA Kampung Burong Pingai Ayer, Awang Abdul Rahman bin Haji Omar bergambar ramai bersama rombongan yang terdiri daripada staf Jabatan Penerangan yang bertandang ke kediaman beliau bagi mengadakan Program Sua Muka.
Oleh: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto: Mohd. Mahdi Haji Marsidi BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 Mei. - Kampung Burong Pingai Ayer merupakan destinasi seterusnya yang termuat dalam Program Sua Muka yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan melalui Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan
dan Kemasyarakatan. Rombongan yang terdiri daripada staf Jabatan Penerangan bertandang ke kediaman Ketua Kampung Burong Pingai Ayer, Awang Abdul Rahman bin Haji Omar. Awang Abdul Rahman
menceritakan asal usul nama kampung mengikut cerita nenek moyang dahulu apabila ada satu kapal membawa rombongan sultan dari negeri seberang yang berlabuh di perairan berhampiran pada suatu ketika dahulu dan membawa seekor burung yang pandai berkata-kata sehingga memeranjatkan penduduk sekitar itu kerana mendengar perkataan 'Pingai' dari burung berkenaan. Oleh sebab kejadian yang mengejutkan tersebut maka para penduduk kampung menamakan kampung itu 'Kampung Burong Pingai' memandangkan secara kebetulan kampung itu belum mempunyai nama. Mengenai kemudahan pula, beliau menjelaskan, kerajaan menyediakan kemudahan-kemudahan seperti bekalan air, api elektrik, masjid, sekolah dan kemudahan lain. Beliau menyarankan agar pihak-pihak tertentu agar dapat mempercepatkan proses pembaikan jambatan yang digunakan oleh para penduduk seharian tanpa menunggu ia rosak kerana ia boleh membahayakan pengguna jambatan tersebut. Di samping itu, tambahnya,
vandalisme juga membimbangkan pada masa kini kerana banyak penduduk mengadu bahawa talian telefon selalu mengalami kerosakan akibat kabel wayar telefon diputus oleh sebahagian pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, hasil kesepakatan penduduk, maka Ahli-ahli Kejiranan Kampung tersebut dibentuk agar sedikit sebanyak dapat mengawasi kampung tersebut.
Kampung tersebut dihuni oleh 587 orang penduduk yang terdiri daripada 288 lelaki dan 299 perempuan. Program dihasrat dapat mempertingkatkan sikap pemedulian pihak kerajaan terhadap masyarakat, di samping membarigakan maklumat dan program serta perkembangan dan kemajuan mukim dan kampung selaras dengan pencapaian dan perkembangan semasa.
KAMPUNG Burong Pingai Ayer dihuni oleh 587 penduduk yang terdiri daripada 288 lelaki dan 299 perempuan.
8
NASIONAL
HARI ISNIN 18 MEI 2015
Pastikan Mazhab Syafi'i Negara Brunei Darussalam terus utuh Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 13 Mei. - Nadwah Shafi'iyyah 2015 anjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi'i bertujuan untuk percambahan fikiran secara ilmiah berdasarkan bukti dan dalil terhadap suatu isu yang melanda umat Islam serta mendedahkan pendapat Fuqaha Mazhab Syafi'i kepada orang ramai tentang isu yang berkaitan.
Selain itu, nadwah bertujuan untuk memelihara kewujudan dan memastikan Islam berlandaskan pandangan Mazhab Syafi'i di Negara Brunei Darussalam akan terus utuh. Nadwah Shafi'iyyah yang berlangsung di Auditorium, UNISSA turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof selaku tetamu kehormat. Atur cara majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al Faatihah dan Doa yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan
Bahasa, UNISSA, Pengiran Dr. Haji Saiful Bahrin bin Pengiran Haji Kula. Nadwah Shafi'iyyah dibahagikan kepada dua sesi dan turut diserikan dengan persembahan sajak dari kumpulan mahasiswa dan mahasiswi UNISSA. Dengan membawakan tajuk 'Ekstremisme dan Wasatiyyah dari Kaca Mata Islam', Nadwah Shafi'iyyah 2015 dipengerusikan oleh Pensyarah Fakulti Usuluddin, UNISSA, Ustaz Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman. Tiga ahli panel nadwah terdiri daripada Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi'i, Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Pengarah Pusat Pengkajian Ahli Sunnah Wal Jamaah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Profesor Madya Dr. Syamsul Bahri Andi Galigo dan Ahli Sekretariat Kumpulan
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof hadir selaku tetamu kehormat pada Nadwah Syafi'iyyah 2015 anjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
Pemulihan Agama Singapura, Mohammad Mubarak Habib Mohammed. Juga hadir, Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal,
pegawai-pegawai utama UNISSA, pensyarah-pensyarah, pegawaipegawai kerajaan dan swasta serta pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi.
Pertumbuhan pesat ekonomi Islam global SESI Nadwah Shafi'iyyah 2015 terdiri daripada Ustaz Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman selaku pengerusi dan ahli panel terdiri daripada Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani dari UNISSA, Profesor Madya Dr. Syamsul Bahri Andi Galigo dari KUPU SB dan Mohammad Mubarak Habib Mohammed dari Republik Singapura.
Ketahui, fahami industri tradisi Brunei KETUA Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Produk Kewangan Islam, Mustafa Adil menyampaikan ucaptama bertajuk 'Keadaan Ekonomi Islam' pada hari kedua Persidangan Pelaburan Makanan dan Biotech Antarabangsa.
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Hamzah Mohiddin JERUDONG, Rabu, 13 Mei. Ekonomi Islam global mengalami pertumbuhan pesat di mana sektor makanan dan gaya hidup dianggarkan sebanyak USD2 trilion dan USD1.66 trilion dalam aset Kewangan Islam. Menurut Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Produk Kewangan Islam, Awang Mustafa Adil, Malaysia menduduki tangga teratas dalam pemakanan halal PENGARAH Belia dan Sukan, Awang Haji Abdul Malik bin Haji Mohammad semasa menyaksikan pameran salah seorang mahasiswi Akademik Pengajian Islam, Universiti Brunei Darussalam.
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Hamzah Mohiddin BERAKAS, Jumaat, 8 Mei. - Universiti Brunei Darussalam (UBD) melalui Akademi Pengajian Brunei (APB) menerusi Module PB3303 mengadakan Ekspo, Pameran dan Seminar Industri Tradisi Brunei 2015 yang diadakan selama tiga hari bermula 8 hingga 10 Mei 2015 di letak kereta Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Ekspo ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan rasa tanggungjawab kepada mahasiswa dan mahasiswi APB khasnya dan umumnya kepada orang ramai mengenai kepentingan industri tradisi Brunei termasuk sejarah dan perkembangan semasa serta prospektus masa depannya. Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Abdul Malik bin Haji Mohammad, selaku tetamu kehormat di majlis itu menjelaskan, mahasiswa dan mahasiswi merupakan generasi belia negara yang dapat membantu mempromosikan industri tradisi Brunei serta memerlukan pemikiran dan idea yang kreatif serta inovatif. Menurut beliau, golongan belia digalakkan berfikir secara kreatif dan inovatif serta menggunakan setiap imaginasi mereka ke tahap paling maksima untuk menghasilkan apa jua yang bermanfaat kepada masyarakat. ''Saya berharap menerusi pameran dan seminar yang akan dijalankan ini nanti dapat menarik minat dan menjadi pendorong kepada masyarakat terutamanya golongan belia untuk belia mengetahui dan memahami perindustrian-perindustrian yang terdapat di negara ini,'' jelas beliau. Majlis diteruskan dengan menyaksikan 42 produk tradisi Brunei dan pembentangan kertas kerja hasil daripada kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh mahasiswa dan mahasiswi APB secara individu, antaranya ialah makanan, minuman, pembuatan, buasana, budaya, seni, perubatan, kesihatan, kraf tangan dan pertanian.
diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu, Australia dan Qatar yang mana kunci pembangunannya termasuk pelaburan, produk-produk baharu, peraturan dan pembangunan perdagangan. Sementara itu, dari segi Kewangan Islam jelas beliau, Malaysia juga turut mengekalkan kedudukannya tempat pertama diikuti Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Oman dan Saudi Arabia. Kunci pembangunan dalam
Kewangan Islam itu pula ujar beliau ialah dari segi sukuk, dana, takaful, korporat / runcit, kewangan mikro (micro finance) dan pendidikan. Beliau mengongsikan perkara itu dalam ucaptamanya yang bertajuk 'Keadaan Ekonomi Islam' pada hari kedua Persidangan Pelaburan Makanan dan Biotech Antarabangsa yang berlangsung di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club. Dalam kertas kerjanya itu, beliau turut menyentuh mengenai ekonomi Islam global sebagai sektor teras dan ekosistemnya yang terjejas oleh nilai-nilai Islam yang didorong oleh gaya hidup pengguna dan amalan perniagaan. Menurutnya, penduduk Islam di dunia kian meningkat dan berkembang dalam tempoh dua dekad akan datang. Persidangan pada hari kedua juga mendengarkan forum mengenai 'Pasaran Makanan Halal Global' yang dijayakan oleh empat ahli panel, iaitu Presiden Majlis Pemakanan dan Nutrisi Islam Amerika, Dr. Muhammad Munir Chaudry; Ketua Pegawai Eksekutif Saahtain Foods, Adeel Khan; Presiden Soy & World Inc, Daisaku Misaka dan Pengurus, Pengawalselia The Hershey Company, Nurul Hidaya Abubakar.
Rombongan sertai Pertandingan Al-Qur'an Antarabangsa berlepas ke Iran
ROMBONGAN Negara Brunei Darussalam sebelum bertolak bagi menyertai Pertandingan Membaca Al-Qur'an Peringkat Antarabangsa Ke-32 di Republik Islam Iran.
Oleh : Haji Mahmud Hafidzie Haji Ali Mashod Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 13 Mei. - Negara Brunei Darussalam akan menyertai Pertandingan
Membaca Al-Qur'an Peringkat Antarabangsa Ke-32 yang akan diadakan di Republik Islam Iran
bermula pada 15 hingga 24 Mei 2015. Pada tahun ini, negara menghantar dua peserta, iaitu tenaga pengajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Awang Mohammad Aizat bin Haji Ahmad yang akan bertanding bagi Kategori Menghafaz 30 Juz. Seorang lagi perserta negara, iaitu Haji Awang Mohd. Fikri bin Haji Metussin akan bertanding bagi Kategori Membaca Al-Qur'an Secara Berlagu. Turut serta sebagai pengurus rombongan ialah Awang Sabaraya bin Abd. Ghani dari Bahagian Kemajuan Syi'ar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan tenaga pengajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Awang Haji Muhd. Zainul Arifin Ridwan Lubis sebagai pembimbing. Juga hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Pemangku Pengetua ITQSHHB, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali.
RENCANA
HARI ISNIN 18 MEI 2015
Oleh: Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor
J
ABATAN Penerangan kini mencapai usia Ke-63 Tahun, iaitu suatu jangka masa yang boleh dikatakan sudah matang. Dalam jangka masa melebihi setengah abad ini, Jabatan Penerangan telah berjaya mencapai visi dan misinya sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan
9
Jabatan Penerangan unggul tangani cabaran dalam menyebarkan maklumat berkualiti dan kecemerlangan bangsa dan kesejahteraan negara serta memelihara dan
PROGRAM Semarak Pengibaran Bendera Negara antara aktiviti Jabatan Penerangan yang giat diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai kepentingan mengibarkan bendera negara.
BAHAGIAN PELITA BRUNEI, Jabatan Penerangan antara yang sering menerima kunjungan lawatan daripada orang ramai sesuai dengan peranannya sebagai akhbar rasmi kerajaan.
mencemerlangkan imej raja, negara dan kerajaan melalui penyebaran maklumat yang cepat, tepat dan berwibawa serta menjadi platform dua hala kerajaan dan rakyat dalam mendukung falsafah, aspirasi dan matlamat negara. Dengan bertujuan antaranya memupuk dan memantapkan kesedaran berbangsa, beragama dan bernegara dan sebagai sebuah jabatan yang diamanahkan untuk memberi maklumat, Jabatan Penerangan melalui PELITA BRUNEI sebagai lidah rasmi kerajaan, berusaha membudayakan masyarakat bermaklumat kepada seluruh rakyat dan penduduk di negara ini, menjadi bahan rujukan ramai kerana kesahihan berita yang tidak dapat dipertikaikan malah menjadi tempat para penulis berkarya. Sebagai mata, telinga, mulut dan lidah kerajaan, Jabatan Penerangan sentiasa memastikan hubungannya dengan masyarakat sentiasa terjalin mesra dan rapat dengan mengadakan pelbagai aktivitiaktiviti kemasyarakatan bagi segenap lapisan masyarakat seperti permuzakarahan, perundingan, taklimat, program sua muka (personal contact) dengan pelbagai pihak. Dengan penyaluran maklumat-maklumat semasa dan terkini mengenai negara dan kerajaan serta usaha-usaha melalui persembahan pentas, PENTARAMA dan Program Rakan Remaja Penerangan (RRP), adalah antara aktiviti yang sentiasa menerima respon yang
BANGUNAN Tambahan Jabatan Penerangan yang terletak di belakang Bangunan Utama Jabatan Penerangan mula digunakan pada tahun 2014.
RISTAAN... Sebahagian daripada bangunan-bangunan lama yang pernah digunakan oleh Jabatan Penerangan (atas sekali, atas tengah dan atas).
baik daripada penonton. Sementara itu, kempen-kempen kenegaraan seperti Kempen Mengibar Bendera Kebangsaan khususnya sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dianjurkan oleh Jabatan Penerangan setiap tahun. Melalui kempen tersebut, diharapkan rakyat dan penduduk negara ini akan dapat menyemai dan memperkasa semangat patriotisme dan nasionalisme di dalam diri masing-masing dan seterusnya mempunyai kesedaran untuk sedia berganding dengan pihak kerajaan melaksanakan program-program dan projek-projek pembangunan negara. Penglibatan Jabatan Penerangan bukan sahaja di dalam negeri bahkan juga di luar negeri. Komitmen yang ditunjukkan begitu membanggakan walaupun banyak cabaran yang perlu dihadapi. Mesyuarat-mesyuarat yang dihadiri di luar negeri, membuat liputan di luar negeri juga memainkan peranan dalam memberi dan menyebarkan
maklumat kepada orang ramai. Ke arah memantapkan lagi Jabatan Penerangan, bahagian Penerangan di setiap daerah juga berfungsi sama dalam memberikan maklumat terhadap masyarakat di daerah-daerah tersebut dan mengadakan pelbagai aktiviti atau perancangan tertentu semata-mata untuk meningkatkan imej Jabatan Penerangan. Dalam menghadapi kecanggihan dan kemodenan, kitani perlu peka dengan isu-isu semasa. Kitani juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan mempunyai maklumat terkini serta kemahiran bagi menongkah arus globalisasi. Jabatan Penerangan akan terus bergolak dengan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi. Bahkan cabaran lebih dirasakan seiring dengan kemajuan negara, interaksi sejagat dan kecanggihan teknologi. Dengan kerana itulah sikap para pegawai dan kakitangan yang komited serta bertanggungjawab bagi memastikan jentera Jabatan Penerangan bergerak dengan berkesan dan Berjaya memenuhi visi dan misinya. Selamat Menyambut Hari Penerangan.
10
RENCANA
HARI ISNIN 18 MEI 2015
Bandar Hijau Kitakyushu Rencana & Foto : Mohammad Rainie Haji Durani
D
ENGAN jauh penerbangan dari Lapangan Terbang Haneda mengambil masa kira-kira dua jam lebih, rombongan terdiri daripada pengamal media ASEAN yang menyertai Program Lawatan Kumpulan Wartawan ASEAN ke Jepun telah berkesempatan merasai pengalaman menarik di sebuah bandar yang diiktiraf sebagai 'Green Growth City' oleh Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD). Tiba di Lapangan Terbang Kitakyushu juga merupakan satu pengalaman yang mengujakan bagi para pengamal media ASEAN, apa tidaknya lapangan terbang yang dibuka pada 16 Mac 2006 ini dibina di atas sebuah pulau buatan manusia di barat Laut Pedalaman Seto, 3 km (1.9 batu) dari daratan Bandar Kitakyushu. Bandar Kitakyushu ini merupakan sebuah bandar industri moden yang berhasrat menjadi sebuah model bandar hijau. Walaupun kegiatan perindustriannya meningkat namun penjagaan alam sekitarnya adalah menjadi satu keutamaan untuk mencapai kepuasan piawaian alam sekitar. Selain itu, bandar ini juga telah diiktiraf sebagai Model Bandar Eco Jepun oleh kerajaan pada Julai 2008 walaupun pada dahulunya bandar ini dibayangi dengan pencemaran yang teruk. Semasa Program Lawatan Kumpulan Wartawan ASEAN ke Jepun yang berlangsung pada 8 hingga 16 Februari 2015 lalu, penulis berkesempatan menikmati keindahan
alam sekitar yang bersih di Bandar Kitakyushu dengan keadaan langit biru tanpa sebarang pencemaran udara, air sungai yang jernih serta suasana yang nyaman menambah keceriaan di raut wajah setiap peserta untuk mengetahui lebih lanjut tentang bandar ini. Sepanjang dua hari berada di Bandar Kitakyushu ini rombongan telah dibawa ke tempat-tempat menarik di bandar ini. KUNJUNGAN KEPADA DATUK BANDAR KITAKYUSHU Semasa berada di Bandar Kitakyushu rombongan telah dibawa mengadakan kunjungan kepada Datuk Bandar Kitakyushu, Mr. Kenji Kitahashi. Kunjungan yang agak singkat ini hanya berlangsung selama 20 minit, di mana Datuk Bandar Kitakyushu mengalu-alukan kedatangan rombongan ke bandar tersebut. Dalam ucapanya, Mr. Kenji Kitahashi antara lain menyentuh mengenai program hijau yang dijalankan di bandar tersebut dan berharap agar rombongan akan menikmati pengalaman menarik sepanjang berada di sana. Sementara itu, wakil media, iaitu Azlina Aziz dari Bernama, Malaysia dalam ucapan balasnya antara lain mengucapkan penghargaan atas penerimaan Datuk Bandar ke atas kehadiran rombongan media ASEAN ke bandar berkenaan. LOJI PENULENAN AIR HONJO Loji Penulenan Air Honjo (Honjo
RUMAH Eco yang menggunakan tenaga hidrogen.
PANORAMA Kanmon Bridge dan Kanmon Strait dapat dilihat dengan jelas dari Mojiko Retro Observation Room.
Water Purification) yang terletak di 5-4-1 Ohiraki, Yahata-nishi Ward, Kitakyushu City, merupakan loji utama penulenan air di Bandar Kitakyushu di mana terdapatnya kemudahan memproses untuk air minum dan kemudahan untuk perindustrian. Di samping itu, ia juga memainkan peranan penting bagi Projek Kecemasan Paip Penghubung Utara Fukuoka (Northern Fukuoka Emergency Connecting Pipe Project), yang membolehkan Bandar Kitakyushu dan kawasan metropolitan Fukuoka untuk berkongsi air minum jika berlaku sebarang kecemasan. Sumber air bagi loji ini adalah dari Takungan Tonda dan Sungai Onga yang boleh menampung sebanyak 141,000 m/sehari untuk air minum dan 142,000 m/sehari untuk air perindustrian. Sementara itu, U-BCF (Upward Biological Contact Filtration) merupakan kaedah terbaru rawatan air yang terhasil daripada penyelidikan selama 10 tahun dari 1987 apabila sumber bekalan air dari Sungai Onga dicemari sisa air domestik. Pada tahun 1997, Kitakyushu Water telah memohon paten Jepun. Selepas itu pada 2006 ia U-BCF telah didaftarkan ke Pejabat Paten Jepun sebagai P-3831055. BANDAR HIDROGEN KITAKYUSHU Fukuoka Prefecture telah mencipta Bandar Hidrogen Kitakyushu, model masyarakat tenaga hidrogen, sebagai satu projek bersama dengan Persatuan Penyelidikan Bekalan Hidrogran / Penggunaan Teknologi (HySUT). Bandar tersebut memperoleh hidrogen daripada
ROMBONGAN media ASEAN semasa bergambar ramai bersama Datuk Bandar Kitakyushu, Mr. Kenji Kitahashi.
BANGUNAN Perpustakaan Peringatan Persahabatan Antarabangsa Kitakyushu merupakan salah sebuah bangunan di Daerah Retro Mojiko yang memiliki ciri seni bina Barat.
tumbuhan tempatan yang dijadikan sebagai tenaga bersih oleh penghuni bangunan ke diaman, perdagangan dan awam. Ia juga mewakili demonstrasi pertama di dunia bagi tenaga hidrogen yang melibatkan masyarakat secara keseluruhannya. Antara bangunan yang menggunakan tenaga hidrogen tersebut ialah DIY Big Box Store, Stesen Hidrogen, Rumah Eco, Rumah Kelab-Eco, Kediaman Berganda, Muzium Sejarah Alam dan Sejarah Manusia Kitakyushu. PROJEK RINTAS BAS ELEKTRIK SOLAR Di sini rombongan berkesempatan menaiki dan merasai bas elektrik solar. Ini merupakan suatu pengalaman baru bagi kami apabila berpeluang menaiki bas yang tidak menggunakan sebarang petrol. Bas yang menjadi kebanggaan Bandar Kitakyushu ini merupakan satu projek besar yang dibiayai oleh Kerajaan Jepun bagi mewujudkan sistem pengangkutan bebas pencemaran udara. Kerajaan Bandar Kitakyushu yang terletak di selatan Jepun ini, telah mengumumkan pada 10 Februari 2014 bahawa bandar tersebut dihasratkan akan 'diwujudkan sebagai sebuah bandar alam sekitar di dunia' dengan rancangan sistem pengangkutan sifar pelepasan yang tidak menghasilkan sebarang pencemaran seperti Karbon Dioksida (CO2). Oleh yang demikian satu penyelidikan dilaksanakan bagi menghasilkan bas elektrik, yang hanya menggunakan bateri yang boleh dicas semula menerusi elektrik yang dihasilkan oleh tenaga solar.
DAERAH RETRO MOJIKO Semasa memasuki Daerah Mojiko, rombongan media ASEAN amat teruja dan terpegun dengan suasana daerah ini yang berbeza daripada bandar-bandar yang dikunjungi sebelum ini. Di Daerah Mojiko ini, dapat dilihat beberapa bangunan ala-ala barat tersergam indah. Semasa era keemasan Mojiko, ia merupakan pusat pelabuhan perdagangan semasa era Meiji Taisho sekitar 1890-1940. Di samping itu, ia juga merupakan hab keretapi dan juga hab bagi perjalanan darat dan laut. Bandar Mojiko juga menjadi tumpuan kerana di sana merupakan sumber utama kewangan bagi perniagaan besar dan terdapat syarikat-syarikat besar yang lebih maju pada zaman tersebut. Sejarah revitalisasi Daerah Retro Mojiko disebabkan oleh beberapa pejabat utama syarikat-syarikat keretapi Kyushu berpindah ke Bandar Fukouka di mana ia menyebabkan mercu tanda bandar tersebut terancam. Oleh yang demikian, timbullah satu usaha istimewa apabila bandar tersebut diumumkan sebagai daerah bersejarah. Daripada pengamatan penulis sepanjang mengadakan lawatan di Bandar Kitakyushu ini, banyak amalan terbaik yang boleh diperoleh antaranya, bagaimana bandar tersebut mencipta teknologi untuk mengurangkan penggunaan petrol bagi mengurangkan pencemaran udara. Di samping itu, kerajaan Bandar Kitakyushu menginginkan rakyatnya menikmati kehidupan yang aman makmur daripada sebarang pencemaran. Apa yang penting adalah untuk menukar cara hidup dan sikap dalam menjalani kehidupan seharian.
HARI ISNIN 18 MEI 2015
AGAMA
11
12
PELITA BRUNEI HARI ISNIN 18 MEI 2015
13
PELITA BRUNEI HARI ISNIN 18 MEI 2015
Keberangkatan Kebawah DYMM menyerikan Sambutan Isra' Mi'raj Oleh : Nor Hanizah Haji Abd. Halim, Nooratini Haji Abas, Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi. Berangkat sama ialah paduka anakanda dan adinda baginda.
BAGINDA berkenan menyaksikan demonstrasi sembahyang semasa peperangan.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 16 Mei.- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan
Perdagangan; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HariHari Kebesaran Islam Tahun 1436H berserta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Jawatankuasa Kerja yang lain. Atur cara majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an dari Surah Al-Mu'minun ayat satu hingga 11 oleh tenaga pengajar di Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Pengiran Muhammad Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki manakala kesimpulan makna ayat pula disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Ugama JPI, KHEU, Awang Haji Aziman bin Haji Zaman. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dalam sembah alu-aluannya antara lain menyentuh mengenai perisian Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj pada tahun ini yang menggariskan kepada tema 'Sembahyang Penyelamat Kita' di mana tema itu dipilih oleh Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam dan Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan bagi Tahun 1436H, iaitu berupa sebuah pameran dalam bentuk statik dan demonstrasi yang akan menampilkan dan mengupas sekitar hal ehwal sembahyang. Yang Berhormat menjelaskan, pameran tersebut melibatkan beberapa buah agensi kerajaan dan swasta yang dihasrat akan dapat memberi manfaat dan kefahaman kepada orang ramai untuk menambah ilmu pengetahuan, menarik minat untuk mengetahui cara sembahyang yang betul dan khusyuk serta meningkatkan kefahaman, kesedaran dan penghayatan tentang kewajiban bersembahyang.
KEBAWAH DYMM berkenan beramah mesra dengan penyampai radio siaran Nur Islam (atas), sementara gambar kanan, baginda berkenan menyaksikan pameran seni khat jawi yang dipamerkan pada majlis tersebut.
DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel semasa menyaksikan pameran.
Pada majlis itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan titah
SEBAHAGIAN daripada tatacara sembahyang bagi golongan istimewa.
sempena Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara Tahun 1436H / 2015M. Ceramah Khas bertajuk 'Sembahyang Penyelamat Kita' disampaikan oleh Dekan Pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Hambali bin Haji Jaili yang antara lain menyentuh tentang sembahyang yang merupakan kepala ibadah kerana ia mempunyai keistimewaan dan fadilat yang tidak terdapat dalam ibadah-ibadah yang lain bahkan sembahyang itu juga merupakan pembersih rohani yang tiada tolok tandingannya. Persembahan Nasyid oleh pegawaipegawai dan guru-guru ugama dari JPI, KHEU turut menyerikan majlis sambutan tahun ini. Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM berserta kerabat diraja lainnya dijunjung menyaksikan Pameran 'Sembahyang Penyelamat Kita' yang dikendalikan oleh JPI dengan kerjasama Bahagian Kemajuan Syiar Islam, KHEU. Pameran tersebut mengetengahkan perkara-perkara yang berhubung kait dengan hal ehwal sembahyang bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kesedaran dan penghayatan orang ramai terhadap kewajiban ibadat sembahyang. Dalam pameran statik mempamerkan maklumat-maklumat mengenai hal ehwal sembahyang seperti hukum sembahyang, hukum meninggal dan melalaikan sembahyang, kelebihan sembahyang pada awal waktu, sembahyang fardu lima waktu dan Sembahyang Fardu Jumaat.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia menyaksikan Pameran Demo yang mempamerkan tatacara menunaikan sembahyang.
Selain itu, pameran itu juga memaparkan mengenai pendedahan cara menentukan arah kiblat dan waktu-waktu sembahyang kepada orang ramai oleh agensi kerajaan yang berkaitan. Sementara Pameran Demo / Tayangan Audio Visual pula mempamerkan tunjuk cara masbuk dalam sembahyang, sembahyang jamak dan qasar bagi orang musafir, sembahyang bagi orang sakit dan sembahyang dalam keadaan takut (peperangan). Bagi Pameran Klinik (bimbingan secara individu / bersemuka dengan orang ramai) mempamerkan Klinik Taharah (wudhu dan tayamum), Klinik Sembahyang dan Klinik Al-Fatihah yang mana ia juga diharap akan dapat memperbaiki rutin ibadah yang dilakukan orang ramai seharian. Antara yang menyertai pameran selama tiga hari itu ialah Kementerian Kesihatan, Jabatan Ukur, JPI, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Pusat Da'wah Islamiah, Radio Televisyen Brunei, Pasukan Kadet Tentera Ma'had Islam Brunei, Klinik Taharah dan Sembahyang bagi Lelaki dan Perempuan, Barakah Tijarah, KUPU SB, Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Universiti Malaya, Malaysia. Dengan adanya pameran tersebut diharap akan dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan, kesedaran dan penghayatan orang ramai terhadap kewajiban sembahyang sebagai benteng penyelamat penduduk dan Negara Brunei Darussalam serta mendukung gagasan negara sebagai Negara Zikir dan Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur.
BAGINDA berkenan menyaksikan secara dekat pameran sempena Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara Tahun 1436H / 2015M.
Sembahyang pembersih rohani BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 16 Mei. - Sembahyang dianggap sebagai kepala ibadah kerana mempunyai keistimewaan dan fadilat yang tidak terdapat dalam ibadah-ibadah lain. Sembahyang juga merupakan satu-satunya syariat yang diterima Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam secara langsung daripada Allah Subhanahu Wata'ala dan bukan melalui perantaraan Malaikat Jibril Alaihisallam. Hal itu kerana sembahyang adalah satu-satunya ibadah yang diterima Baginda di langit dan bukan di bumi seperti ibadahibadah yang lainnya di mana Baginda sendiri dijemput menghadap Allah Azza Wajalla di Sidaratul Muntaha. Dekan Pelajar Kolej Universiti
Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Hambali bin Haji Jaili menyentuh perkara itu dalam Ceramah Khas bertajuk 'Sembahyang Penyelamat Kita' pada Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara Bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Katanya, sembahyang itu adalah tiang agama yang mana barangsiapa mengerjakannya bererti ia menegakkan agama dan barangsiapa yang meninggalkannya bererti ia telah meruntuhkan agama. “Sembahyang juga merupakan amal pertama yang akan dihisab di Hari Kiamat kelak. Apabila sembahyangnya baik maka ia telah berbahagia dan berjaya, tetapi
apabila sembahyangnya rosak maka ia telah celaka dan rugi,� tambahnya. Beliau seterusnya berkata, Islam juga melihat kehebatan fungsi sembahyang itu sebagai pembersih rohani yang tiada tolok tandingnya. Menurutnya, ibadah sembahyang sentiasa menghasilkan kegembiraan dan kepuasan, dapat mengurangkan kebimbangan dan mengawal perasaan marah, di samping dapat meningkatkan rasa cinta kepada kebenaran dan tawadhu' terhadap manusia selain melembutkan hati, membentuk kasih sayang dan sifat memaafkan serta membuang sifat benci dan balas dendam. Justeru itu, kita selaku khalifah di atas muka bumi ini dituntut
untuk beribadah kerana kita diciptakan mempunyai matlamat dan tujuan dan bukan untuk bersenang-senang di dunia ini.
DEKAN Pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Haji Hambali bin Haji Jaili ketika menyampaikan ceramah khas.
14
JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN PERTAHANAN
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DIBAHAGIAN PEMELIHARAAN KELENGKAPAN TEKNIKAL KEMENTERIAN PERTAHANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM UNIT KEJURUTERAAN TENTERA UDARA 1. KETUA JURUTERA ENJIN & RANGKA PESAWAT KEKOSONGAN = 1 BAHAGIAN / UNIT = UNIT KEJURUTERAAN UDARA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1. Dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Jurutera Engin & Rangka Pesawat mengetuai Jabatan pertukangan Engin & Rangka Pesawat yang bertanggung jawab dalam semua kegiatan pemeliharaan pesawat-pesawat TUDB dalam jurusan pertukangan Engin & Rangka Pesawat dan menyediakan pesawat TUDB yang siap siaga serta dalam keadaan baik bagi memenuhi keperluan operasi udara TUDB/KEMENTAH serta keperluan lain yang berkaitan dengan pesawat terbang. 2. Mempunyai pengetahuan luas dalam pertukanganan Engin & Rangka Pesawat terbang serta kelengkapan bantu yang khusus untuk kegunaan pertukangan Engin & Rangka pesawat. 3. Mengurus /Merancang/Mentadbir ‘HRM/HRD’, latihan kepakaran dan semua aset kelengkapan khusus untuk keperluan jabatan Engin & Rangka pesawat terbang dan berkebolehan untuk menggunakan dan menyesuaikan sistem dokumentasi pemeliharaan pesawat BAF700 and semua buku panduan/arahan pemeliharaan yang diterbitkan oleh TUDB. 4. Mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam penggunaan sistem bantuan pengendalian dokumentasi pemeliharaan dengan program perisian komputer yang ada pada masa ini saperti: ‘Russell Adam, Helotrac, Logistic Support System, IETM’ dan sistem perisian yang berkaitan dengan pesawat terbang sert sebagai Penyalaras projek dan penasihat kepada pihak atasan tentang apajua perancangan yang berkaitan dengan jabatan Engin & Rangka Pesawat terbang. 5. Pemahaman serta kesedaran mengenai ‘Material Safety Data Sheet (MSDS) & Occupational Health Safety (OHS)/Flight Safety (FS)’ yang sangat baik. 6. Berkemampuan untuk bekerja dalam berbagai bidang, boleh bekerja sendiri tanpa pengawasan dan mempunyai inisiatif peribadi yang tinggi. 7. Mempunyai kebolehan komunikasi dan pengendalian teknologi maklumat yang baik. 8. Mempunyai kebolehan dalam menganalisia dan menyelesaikan masalah KELAYAKAN MINIMA a. Ijazah/Sarjana dalam bidang ‘Aerospace/Aviation/Mechanical’ dengan 20 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pertukangan Engin & Rangka pesawat terbang. atau b. Jurutera Pesawat Berlesen (Engin & Rangka pesawat)/Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang ‘Aerospace/Aviation/Mechanical’ dengan 25 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pertukangan Engin & Rangka pesawat terbang. atau c. ‘City & Guild’/ Diploma Kebangsaan/Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang ‘Aerospace/Aviation/Mechanical’ dengan 30 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pertukangan Engin & Rangka pesawat terbang. 2. JURUTERA STAF KANAN KEKOSONGAN = 1 BAHAGIAN / UNIT = ‘AIRCRAFT AIRFRAME & ENGINE’ TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1. Bertanggungjawab sebagai Jurutera Staf Kanan ‘Aircraft Airframe & Engine’ berperanan sebagai penguat kuasa kualiti pemeliharaan, Penyelaras Pemeliharaan dan juga pengurus pemeliharaan pesawat terbang dalam jurusan pertukangan Engin & Rangka Pesawat. 2. Mempunyai pengetahuan yang sangat baik /berkemahiran dalam bidang pertukangan Engin & Rangka Pesawat serta kelengkapan
bantu yang khusus untuk kegunaan pertukangan Engin & Rangka Pesawat. 3. Meyelaras/Memantau/Memastikan perjalanan kegiatan pemeliharaan, pengagihan jurutera kanan/jurutera/pembantu jurutera yang menggendalikan pemeliharaan serta merancang dengan teliti keperluan alat ganti atau ‘servicing kit’. 4. Mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam sistem dokumentasi pemeliharaan BAF700 dan buku pemeliharaan yang berkaitan dengan pesawat terbang yang lain. 5. Berkebolehan dalam menggunakan buku pemeliharaan pesawat/komponen dan bantuan pengendalian pemeliharaan dengan program perisian komputer yang ada pada masa ini saperti: ‘Russell Adam, Helotrac, Logistic Support System & IETM’ dan sistem perisian yang berkaitan dengan pesawat terbang. 6. Mengawal dan memastikan kemajuan serta proses pemeliharaan barisan kedua & ketiga berjalan saperti yang dirancangkan dan memastikan jangka siap pemeliharaan selari dengan perancangan yang telah dipersetujui. 7. Pemahaman serta kesedaran mengenai ‘Material Safety Data Sheet (MSDS) & Occupational Health Safety (OHS)/Flight Safety (FS)’ yang sangat baik. 8. Berkemampuan untuk bekerja dalam berbagai bidang, boleh bekerja sendiri tanpa pengawasan dan mempunyai inisiatif peribadi yang tinggi. 9. Mempunyai kebolehan komunikasi dan pengendalian teknologi maklumat yang baik. 10. Mempunyai kebolehan dalam menganalisia dan menyelesaikan masalah KELAYAKAN MINIMA a. Ijazah/Sarjana dalam bidang ‘Aerospace/Aviation/Mechanical’ dengan 15 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pertukangan Engin & Rangka pesawat terbang. atau b. Jurutera Pesawat Berlesen (Engin & Rangka pesawat)/Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang ‘Aerospace / Aviation/Mechanical’ dengan 20 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pertukangan Engin & Rangka pesawat terbang. atau c. ‘City & Guild’/ Diploma Kebangsaan/Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang ‘Aerospace/Aviation/Mechanical’ dengan 30 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pertukangan Engin & Rangka pesawat terbang. 3. JURUTERA KANAN KEKOSONGAN = 1 BAHAGIAN / UNIT = ‘AIRCRAFT AIRFRAME & ENGINE’ TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1. Bertanggungjawab sebagai Jurutera Kanan ‘Aircraft Airframe & Engine’ adalah berperanan sebagai pemerhati (supervisor) pemeliharaan, Ketua krew pemeliharaan barisan kedua/ketiga dan juga sebagai Pemeriksa Bebas dalam memastikan komponen utama pesawat dipelihara mengikut panduan pemeliharaan ‘OEM’ pesawat terbang. 2. Bergetahuan yang sangat baik /berkemahiran dalam bidang pertukangan Engin & Rangka Pesawat serta kelengkapan bantu yang khusus untuk kegunaan pertukangan Engin & Rangka Pesawat serta memerhati/memantau perjalanan kegiatan pemeliharaan, pengagihan jurutera/pembantu jurutera yang menggendalikan pemeliharaan serta merancang dengan teliti keperluan alat ganti atau ‘servicing kit’. 3. Mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam sistem dokumentasi pemeliharaan BAF700 dan buku pemeliharaan yang berkaitan dengan pesawat terbang yang lain. 4. Berkebolehan dalam menggunakan buku pemeliharaan pesawat/komponen dan bantuan pengendalian pemeliharaan dengan program perisian komputer yang ada pada masa ini saperti: ‘Russell Adam, Helotrac, Logistic Support System & IETM’ dan sistem perisian yang berkaitan dengan pesawat terbang. 5. Mengawal/Memerhati kemajuan kegiatan pemeliharaan di bawah pertukangan Engin & Rangka Pesawat serta mengendalikan pemeriksaan bebas ke atas komponen pesawat terbang. 6. Pemahaman serta kesedaran mengenai ‘Material Safety Data Sheet (MSDS) & Occupational Health Safety (OHS)/Flight Safety (FS)’ yang sangat baik.
HARI ISNIN 18 MEI 2015
7. Berkemampuan untuk bekerja dalam berbagai bidang, boleh bekerja sendiri tanpa pengawasan dan mempunyai inisiatif peribadi yang tinggi. 8. Mempunyai kebolehan komunikasi dan pengendalian teknologi maklumat yang baik. 9. Mempunyai kebolehan dalam menganalisia dan menyelesaikan masalah KELAYAKAN MINIMA a. Ijazah/Sarjana dalam bidang ‘Aerospace/Aviation/Mechanical’ dengan 10 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pertukangan Engin & Rangka pesawat terbang. atau b. Jurutera Pesawat Berlesen (Engin & Rangka pesawat)/Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang ‘Aerospace/Aviation/Mechanical’ dengan 15 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pertukangan Engin & Rangka pesawat terbang. atau c. ‘City & Guild’/ Diploma Kebangsaan/Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang ‘Aerospace/Aviation/Mechanical’ dengan 20 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pertukangan Engin & Rangka pesawat terbang. 4. JURUTERA KANAN KEKOSONGAN = 1 BAHAGIAN / UNIT = SISTEM SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT / MSM TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1. Bertanggungjawab sebagai Jurutera Kanan ‘IT System Support/MSMS’ bertanggung jawab dalam mengendalikan pemeliharaan dan pengurusan sistem teknologi maklumat TUDB dan Microsoft System Management Server ‘ MSMS’ bagi kegunaan pemeliharaan pesawat terbang di bawah pentadbiran seksyen ‘Logistic & Simulation Maintenance Section’. 2. Berkeupayaan dalam mereka dan memprogram ‘data base’ bagi kegunaan pentadbiran/pengurusan Unit Kejuruteraan Udara BPKT dengan menggunakan program perisian komputer saperti: EXCEL, ACCESS atau yang sebanding dengannya. 3. Mempunyai kebolehan yang sangat baik dalam pengendalian ‘Microsoft System Management Server (MSMS)’ atau ‘local server’ dan berkeupayaan untuk melaksanaan pemeliharaan serta mengenal pasti masaalah yang timbul. 4. Berkebolehan dalam menggunakan buku pemeliharaan pesawat/komponen dan bantuan pengendalian pemeliharaan dengan program perisian komputer yang ada pada masa ini saperti: ‘Russell Adam, Helotrac, Logistic Support System & IETM’ dan sistem perisian yang berkaitan dengan pesawat terbang. 5. Mengurus dan memantau kakitangan dibawah kawalan Jurutera Kanan ‘IT System Support/MSMS’. 6. Pengetahuan yang sangat baik dan berkemahiran dalam mengendalikan pemeliharaan/rektifikasi serta apajua masaalah yang berhubung kait dengan jaringan computer & internet, laman sesawang dan juga komputer Desktop/laptop. 7. Berkemampuan untuk bekerja dalam berbagai bidang, boleh bekerja sendiri tanpa pengawasan dan mempunyai inisiatif peribadi yang tinggi. 8. Mempunyai kebolehan komunikasi dan pengendalian teknologi maklumat yang baik. 9. Mempunyai kebolehan dalam menganalisia dan menyelesaikan masalah KELAYAKAN MINIMA a. Ijazah/Sarjana dalam bidang ‘Information Technology/Aerospace/Aviation’ dengan 10 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pengendalian dan pengurusan sistem Teknologi Maklumat dan Microsoft System Management Server ‘ MSMS’. atau b. Jurutera Pesawat Berlesen (Engin & Rangka pesawat atau ‘Avionics’)/Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang ‘Aerospace/Aviation/Electronics & Computer’ dengan 15 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pengendalian dan pengurusan sistem Teknologi Maklumat dan Microsoft System Management Server ‘ MSMS’. atau c. ‘City & Guild’/ Diploma Kebangsaan/Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang ‘Aerospace/Aviation/Electronics & Computer’ dengan 20 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pengendalian dan pe-
ngurusan sistem Teknologi Maklumat dan Microsoft System Management Server ‘ MSMS’. 5. JURUTERA KANAN KEKOSONGAN = 1 BAHAGIAN/UNIT = ‘IVHUMS (Avionics)’ TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1. Bertanggungjawab sebagai Jurutera dalam bidang kepakaran Avionik ‘IVHUMS’ di bawah pengurusan seksyen ‘Aircraft Avionics’ bertanggung jawab dalam memastikan sistem ‘Integrated Vehicle Health Monitoring System (IVHUMS)’ kepunyaan pesawat S70i dipelihara serta dipantau dengan berpandukan kepada tatacara pemeliharaan pembuat asal kelengkapan (OEM) dan juga pemeliharaan peralatan avionics di kesemua pesawat terbang TUDB. 2. Bersedia untuk mengendalikan berbagai tugasan sampingan dalam kepakaran ‘Avionics/Electrical & Instrument’ untuk pesawat terbang dan helicopter TUDB. 3. Mempunyai kebolehan yang sangat baik dalam pengendalian ‘Microsoft System Management Server (MSMS)’ atau ‘local server’ bagi kegunaan pemantauan ‘IVMUMS’. 4. Berkebolehan dalam menggunakan buku pemeliharaan pesawat/komponen dan bantuan pengendalian pemeliharaan dengan program perisian komputer yang ada pada masa ini saperti: ‘Russell Adam, Helotrac, Logistic Support System & IETM’ dan sistem perisian yang berkaitan dengan pesawat terbang. 5. Mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam sistem dokumentasi pemeliharaan BAF700. 6. Mahir dalam pengendalian jaringan computer & internet/laman sesawang (website) bagi tujuan perhubungan dua hala untuk pemyampaian maklumat IVHUMS kepada ‘Vendor/MRO’ Pembuat Kelengkapan Asal. 7. Berkemampuan untuk bekerja dalam berbagai bidang, boleh bekerja sendiri tanpa pengawasan dan mempunyai inisiatif peribadi yang tinggi. 8. Mempunyai kebolehan komunikasi dan pengendalian teknologi maklumat yang baik. 9. Mempunyai kebolehan dalam menganalisia dan menyelesaikan masalah KELAYAKAN MINIMA a. Ijazah/Sarjana dalam bidang ‘Aerospace/Aviation/Avionics’ dengan 10 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pertukangan ‘Avionics’ dan pengendalian ‘IVHUMS’. atau b. Jurutera Pesawat Berlesen (‘Avionics’)/Diploma Tertinggi Kebangsaan dalam bidang ‘Aerospace/Aviation/Electronic & Computer’ dengan 15 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pertukangan pertukangan ‘Avionics’ dan pengendalian ‘IVHUMS’. atau c. Bekas Teknisyen pesawat tentera dalam kepakaran (Avionics/Electrical & Instrument’) dengan 20 tahun pengalaman kerja di pelbagai jenis pesawat terbang dan helikopter yang terdapat di TUDB. Pengalaman dalam pengendalian sistem ‘IVHUMS’ adalah satu kelebihan. atau d. C & G/National Diploma/Higher National Certificate (HNC) dalam bidang pertukangan pertukangan ‘Avionics’ dengan pengalaman kerja 20 tahun dalam jurusan yang berkaitan dengan pertukangan ‘Avionics’ dan pengendalian ‘IVHUMS’. engalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pengendaliaan dan khimat kalibrasi keatas kelengkapan ujicuba pesawat terbang. atau b. Jurutera Pesawat Berlesen (Engin & Rangka pesawat/Avionics)/Diploma Tertinggi Kebangsaan dalam bidang ‘Aerospace/Aviation/Mechanical/Electronics & computer’ dengan 15 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pengenaliaan dan khidmat kalibrasi ujicuba kelengkapan pesawat terbang. atau c. Bekas Teknisyen pesawat tentera dalam kepakaran (Avionics/Electrical & Instrument’) dengan 20 tahun pengalaman kerja di pelbagai jenis pesawat terbang dan helikopter yang terdapat di TUDB. Pengalaman dalam pengendalian sistem ‘IVHUMS’ adalah satu kelebihan. atau d. C & G/National Diploma/Higher National Certificate (HNC) dalam bidang pertukangan pertukangan ‘Avionics’ dengan pengalaman kerja 20 tahun dalam jurusan yang berkaitan dengan pertukangan ‘Avionics’ dan pengendalian ‘IVHUMS’. Ke muka 15
HARI ISNIN 18 MEI 2015
Dari muka 14
6. JURUTERA KEKOSONGAN = 1 BAHAGIAN/UNIT = ‘TEST MEASUREMENT CELL (ELECTRICAL/ELECTRONIC TME)’ TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1. Bertanggungjawab sebagai Jurutera ‘Test Measurement Cell’ bertanggung jawab dalam pengurusan serta pengendalikan khidmat kalibrasi keatas semua kelengkapan ujicuba pesawat TUDB ‘Electrical/Electronic Test Equipment & gauges yang tersenarai dalam inventori TUDB. 2. Berkebolehan dalam mereka dan memprogram data inventori TMC untuk kegunaan pengurusan ‘TME’ dan ‘UET’ dengan menggunakan program perisian komputer saperti: EXCEL, ACCESS atau yang sebanding dengan nya. 3. Mempunyai kebolehan yang sangat baik dalam pengendalian ‘Microsoft System Management Server (MSMS)’ atau ‘local server’ bagi kegunaan pemantauan inventori TME serta berkebolehan untuk mengenal pasti kerosakan pada sistem tersebut. 4. Berkebolehan dalam menggunakan buku pemeliharaan pesawat/komponen dan bantuan pengendalian pemeliharaan dengan program perisian komputer yang ada pada masa ini saperti: ‘Russell Adam, Helotrac, Logistic Support System & IETM’ dan sistem perisian yang berkaitan dengan pesawat terbang. 5. Mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam sistem dokumentasi pemeliharaan BAF700. 6. Bersedia untuk mengendalikan berbagai tugasan sampingan dalam kepakaran ‘Avionics/Electrical & Instrument’ atau Engin & Rangka Pesawat untuk pesawat terbang dan helicopter TUDB. 7. Berkebolehan dalam penggendaliaan ‘TMC calibrator’ bagi tujuan ujicuba dan kalibrasi serta melaksanaan khidmat kalibrasi dengan menggunakan tatacara yang sedia ada dan buku pemeliharaan komponen. 8. Pemahaman serta kesedaran mengenai ‘Material Safety Data Sheet (MSDS) & Occupational Health Safety (OHS)/Flight Safety (FS)’ yang sangat baik. 9. Berkemampuan untuk bekerja dalam berbagai bidang, boleh bekerja sendiri tanpa pengawasan dan mempunyai inisiatif peribadi yang tinggi. 10. Mempunyai kebolehan komunikasi dan pengendalian teknologi maklumat yang baik. 11. Mempunyai kebolehan dalam menganalisia dan menyelesaikan masalah KELAYAKAN MINIMA a. Ijazah/Sarjana dalam bidang ‘Aerospace/Aviation/Mechanical’ dengan 10 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pengendaliaan dan khimat kalibrasi keatas kelengkapan ujicuba pesawat terbang. atau b. Jurutera Pesawat Berlesen (Engin & Rangka pesawat/Avionics)/Diploma Tertinggi Kebangsaan dalam bidang ‘Aerospace / Aviation/Mechanical/Electronics & computer’ dengan 15 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pengenaliaan dan khidmat kalibrasi ujicuba kelengkapan pesawat terbang. atau c. C & G/National Diploma/Higher National Certificate (HNC) dalam bidang ‘Aerospace/Aviation/Mechanical/Electronics & computer’ dengan 20 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pengenaliaan dan khidmat kalibrasi ujicuba kelengkapan pesawat terbang. atau d. Bekas Teknisyen pesawat tentera dalam kepakaran (‘Engin & Rangka pesawat / Avionics/Electrical & Instrument’) dengan 20 tahun pengalaman kerja di pelbagai jenis pesawat terbang dan helikopter yang terdapat di TUDB.
7. JURUTERA KEKOSONGAN = 1 BAHAGIAN/UNIT = ‘ELECTRICAL INSTRUMENT BAY (ELECTRICAL & AFCS)’ TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1. Bertanggungjawab sebagai Jurutera ‘Electrical Instrument Bay’ bertanggung jawab dalam mengendalikan rektifikasi dan pemeliharaan barisan 2 & 3/bengkel keatas semua kelengkapan ‘electrical, instrument & Automatic Flight Control System equipment’ kepunyaan pesaswat terbang TUDB serta pengendalian pemeriksaan penerimaan. 2. Bersedia untuk mengendalikan berbagai tugasan sampingan dalam kepakaran ‘Avionics/Electrical & Instrument’ untuk pesawat terbang dan helicopter TUDB. Pemahaman serta kesedaran mengenai ‘Material Safety Data Sheet (MSDS) & Occupational Health Safety (OHS)/Flight Safety (FS)’ yang sangat baik. 3. Berkebolehan dalam menggunakan buku pemeliharaan pesawat/komponen dan bantuan pengendalian pemeliharaan dengan program perisian komputer yang ada pada masa ini saperti: ‘Russell Adam, Helotrac, Logistic Support System & IETM’ dan sistem perisian yang berkaitan dengan pesawat terbang. 4. Mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam sistem dokumentasi pemeliharaan BAF700. 5. Berkebolehan dalam mengendalikan serta membaik pulih ‘Electrical Instrument Bay bench test’ untuk pengendalikan pemeliharaan bengkel serta rektifikasi keatas semua kelengkapan ‘Electrical & Instrument’ pesawat dan juga pengendaliaan ujian penerimaan keatas kelengkapan yang baru diterima sama ada baikpulih luar Negara atau pembelian baru. 6. Berkemampuan untuk bekerja dalam berbagai bidang, boleh bekerja sendiri tanpa pengawasan dan mempunyai inisiatif peribadi yang tinggi. 7. Mempunyai kebolehan komunikasi dan pengendalian teknologi maklumat yang baik. 8. Mempunyai kebolehan dalam menganalisia dan menyelesaikan masalah KELAYAKAN MINIMA a. Ijazah/Sarjana dalam bidang ‘Aerospace/Aviation/Avionik’ dengan 10 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pertukangan Avionik dan kelengkapan instrumen pesawat terbang. atau b. Jurutera Pesawat Berlesen (‘Avionics/Electrical & Instrument’)/Diploma Tertinggi Kebangsaan dalam bidang ‘Aerospace / Aviation/Electronic & Computer’ dengan 15 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pertukangan ‘Avionics Electrical & Instrument’ pesawat terbang. atau c. Bekas Teknisyen pesawat tentera dalam kepakaran (‘Avionics/Electrical & Instrument’) dengan 20 tahun pengalaman kerja di pelbagai jenis pesawat terbang dan helikopter yang terdapat di TUDB. atau d. C & G/National Diploma/Higher National Certificate (HNC) dalam bidang pertukangan pertukangan ‘Avionics’ dengan pengalaman kerja 20 tahun dalam jurusan yang berkaitan dengan pertukangan ‘Avionics’ dan pengendalian ‘IVHUMS’. 8. JURUTERA KEKOSONGAN = 1 BAHAGIAN/UNIT = ‘MAJOR SERVICING BAY’ TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1. Bertanggungjawab sebagai Jurutera baris pertama, kedua dan ketiga dalam penyelanggaraan semua jenis pesawat TUDB (kerangka pesawat udara & Engine perdagangan). 2. Bersedia untuk mengendalikan berbagai tugasan sampingan dalam kepakaran Engin &
JAWATAN KOSONG Rangka pesawat untuk pesawat terbang dan helicopter TUDB. 3. Pemahaman serta kesedaran mengenai ‘Material Safety Data Sheet (MSDS) & Occupational Health Safety (OHS)/Flight Safety (FS)’ yang sangat baik. 4. Berkebolehan dalam menggunakan buku pemeliharaan pesawat/komponen dan bantuan pengendalian pemeliharaan dengan program perisian komputer yang ada pada masa ini saperti: ‘Russell Adam, Helotrac, Logistic Support System & IETM’ dan sistem perisian yang berkaitan dengan pesawat terbang. 5. Mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam sistem dokumentasi pemeliharaan BAF700. 6. Mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam konsep/gagasan serta kebolehan sistem ‘IVHUMS’. 7. Berkemampuan untuk bekerja dalam berbagai bidang, boleh bekerja sendiri tanpa pengawasan dan mempunyai inisiatif peribadi yang tinggi. 8. Mempunyai kebolehan komunikasi dan pengendalian teknologi maklumat yang baik. 9. Mempunyai kebolehan dalam menganalisia dan menyelesaikan masalah KELAYAKAN MINIMA a. Ijazah/Sarjana dalam bidang ‘Aerospace/Aviation/Mechanical’ dengan 10 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pertukangan Engin & Rangka pesawat terbang. atau b. Jurutera Pesawat Berlesen (Engin & Rangka pesawat)/Diploma Tertinggi Kebangsaan dalam bidang ‘Aerospace/Aviation/Mechanical’ dengan 15 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan pertukangan Engin & Rangka pesawat terbang. atau c. Bekas Teknisyen pesawat tentera dalam kepakaran Engin & Rangka pesawat dengan 20 tahun pengalaman kerja di pelbagai jenis pesawat terbang dan helikopter yang terdapat di TUDB. atau d. C & G/National Diploma/Higher National Certificate (HNC) dalam bidang pertukangan Engin & Rangka Pesawat dengan pengalaman kerja 20 tahun dalam jurusan yang berkaitan dengan pertukangan Engin & Rangka Pesawat. 9. JURUTERA KEKOSONGAN = 1 BAHAGIAN/UNIT = ‘MAJOR SERVICING BAY’ TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1. Bertanggungjawab sebagai Jurutera HRM & Trg Coord’ dalam membantu ketua bahagian dalam mengurus/merancang/menyelaras pentadbiran menyeluruh Unit Kejuruteraan Udara BPKT serta pengendaliaan keperluaan kursus/latihan kepakaran pesawat terbang dan kelengkapan bantuan pesawat. 2. Bersedia untuk mengendalikan berbagai tugasan sampingan dalam kepakaran Avionik atau Engin & Rangka pesawat untuk pesawat terbang dan helicopter TUDB. 3. Mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam bidang ‘HRM/HRD’ serta penyelarasan kursus/latian kepakaran dan dapat melaksanakan gagasan dan strategi nya. 4. Berkebolehan untuk mengumpul maklumat prebadi ahli untuk pentadbiran unit kejuruteraan udara dengan menggunakan program perisian komputer saperti: EXEL, ACCESS atau mana-mana perisian yang bersesuaian. 5. Cemerlang dalam kebolehan teknik mengajar dan berkebolehan untuk mengendalikan berbagai kursus/latihan kepakaran dalam system kelengkapan pesawat, dokumentasi pemeliharaan dan sukatan pelajaran yang berkaitan dengan selamatan penerbangan. 6. Mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam menggunakan sistem dokumentasi buku pemeliharaan BAF700 serta bantuan pengendalian dokumentasi pemeliharaan
15
dengan program perisian komputer yang ada pada masa ini saperti: ‘Russell Adam, Helotrac, Logistic Support System’ dan sistem perisian yang berkaitan dengan pesawat terbang. 7. Berkemampuan untuk bekerja dalam berbagai bidang, boleh bekerja sendiri tanpa pengawasan dan mempunyai inisiatif peribadi yang tinggi. 8. Mempunyai kebolehan komunikasi dan pengendalian teknologi maklumat yang baik. 9. Mempunyai kebolehan dalam menganalisia dan menyelesaikan masalah. KELAYAKAN MINIMA a. Ijazah/Sarjana dalam bidang ‘Aerospace/Aviation/Mechanical/Avionics’ dengan 10 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan ‘Human Resource Management & Training coordination’. atau b. Jurutera Pesawat Berlesen (Engin & Rangka pesawat/Avionik)/Diploma Tertinggi Kebangsaan dalam bidang ‘Aerospace/ Aviation/Mechanical/Electronic & Computerl’ dengan 15 tahun pengalaman kerja di jurusan yang berkaitan dengan ‘Human Resource Management & Training coordination’. atau c. C & G/National Diploma/Higher National Certificate (HNC) dalam bidang pengurusan HRM/HRD dan latihan/kursus kepakaran dengan pengalaman kerja 20 tahun dalam jurusan yang berkaitan dengan pertukangan pesawat terbang dan helikopter. atau d. Bekas Teknisyen pesawat tentera dalam kepakaran Engin & Rangka pesawat atau Avionik dengan 20 tahun pengalaman kerja di pelbagai jenis pesawat terbang dan helikopter yang terdapat di TUDB serta mempunyai pengalaman yang sangat baik dalam teknik mengajar . CARA PERMOHONAN: Hendaklah mengisikan dan melengkapkan (1) salinan borang permohonan kerja yang boleh didapati daripada alamat berikut ataupun dilaman sesawang Kementerian Pertahanan www.mindef.gov.bn dan dikembalikan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan dan Rekod perkhidmatan yang lengkap dan diakui sah: BAHAGIAN PEMELIHARAAN KELENGKAPAN TEKNIKAL BLOK C, LANTAI BAWAH JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN PERTAHANAN BOLKIAH GARRISON BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1. Bagi Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan dimana Ketua Jabatan adalah dikhendaki untuk memberikan atau menyertakan lampiran Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon dan Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 2. Semua kelulusan dan sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badanbadan professional yang dihadapkan dengan permohonan hendaklah diiktraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 3. Tarikh tutup penerimaan borang permohonan ialah pada 01 Jun 2015. 4. Permohonan yang lewat diterima daripada 01 Jun 2015 adalah tidak diterima. 5. Pemohon yang berjaya akan dilantik secara berkontrak selama 3 tahun. 6. Sebarang maklumat mengenai jawatanjawatan kosong yang diiklankan bolehlah diperolehi dari Seksyen Pengambilan, Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal, Kementerian Pertahanan melalui no talian 2386155 pada waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat). 7. Sebarang keterangan lanjut bolehlah didapati dilaman sesawang Kementerian Pertahanan
16
IKLAN
HARI ISNIN 18 MEI 2015
POLITEKNIK BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
JABATAN PELABUHAN KEMENTERIAN PERHUBUNGAN PORTS DEPARTMENT MINISTRY OF COMMUNICATIONS NEGARA BRUNEI DARUSSALAM QUOTATION NOTICE NO. JP/SH9/2015-2016 1) Quotations are invited from Qualified Ports Consultancy Service for AUDITING, DEVELOPMENT, IMPLEMENTATION AND TRAINING FOR A SAFETY, HEALTH AND ENVIRONMENT MANAGEMENT SYSTEM FOR PORTS. 2) Full quotations particulars and general conditions of contract can be obtained from: TAWARAN & QUOTATION SECTIONS 2ND FLOOR, PORTS DEPARTMENT MUARA BT 1728, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. During office hours : MONDAY TO THURSDAY FROM 8.00 AM - 11.00 AM &
1.30 PM - 2.30 PM AND SATURDAY FROM 8.00 AM - 10.00 AM 3) Quotations are to be submitted in plain sealed envelopes marked only with "AUDITING, DEVELOPMENT, IMPLEMENTATION AND TRAINING FOR A SAFETY, HEALTH AND ENVIRONMENTAL MANAGEMENT SYSTEM FOR PORTS JP/SH9/2015-2016" at the top left hand corner and addressed to : THE CHAIRMAN QUOTATION COMMITTEE PORTS DEPARTMENT 2ND FLOOR, MUARA BT1728 BRUNEI DARUSSALAM. 4) All quotations are to be received at the designated addresses by 2.00 PM, WEDNESDAY, 27TH MAY 2015. 5) The Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam does not bind itself to accept the lowest or any quotation.
KEMENTERIAN KESIHATAN
Syarat-Syarat Iklan Tawaran 1. TAWARAN adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Bayaran Yuran Tawaran bagi setiap tawaran adalah dikehendaki dalam bentuk Wang Tunai. Penawar adalah dikehendaki membayar semua Yuran Tawaran seperti yang diiklankan. Yuran Tawaran tidak akan dikembalikan kepada setiap penawar sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bone-fide tendera). 3. Kadar Yuran Tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam Iklan Tawaran. 4. Sebelum mengambil borang, setiap Penawar hendaklah membayar Yuran Tawaran di Tingkat 12, Unit 4, Jabatan Perkhidmatan Kewangan, Politeknik Brunei, Blok 2E, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Negara Brunei Darussalam. Sila pastikan resit pembayaran Yuran Tawaran yang diterima adalah betul. Hari dan Waktu pembayaran Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.45 Pagi 1.45 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi 5. Borang-borang tawaran boleh diperolehi di Tingkat 12, Unit 4, Jabatan Perkhidmatan Kewangan, Politeknik Brunei, Blok 2E, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan resit pembayaran. 6. Setiap borang tawaran yang telah diisi dengan
lengkap hendaklah menyertakan Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan dan Salinan Resit Bayaran Yuran Tawaran. 7. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan ditutup rapi. Pada bahagian atas kiri sampul surat hendaklah ditulis Bilangan Tawaran, Tajuk Tawaran dan Tarikh Tutup Tawaran tanpa menunjukkan identiti Penawar dan ditujukan kepada :Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Kementerian Pendidikan. 8. TAWARAN hendaklah dimasukan ke dalam, Peti Sebut Harga, bertempat di Lobi Politeknik Brunei, Blok 2E, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. 9. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai Tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan. 10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima Tawaran yang paling rendah atau sebarang Tawaran yang tidak munasabah. 11. Setiap Tawaran yang diisi dan ditulis dengan tidak betul, tidak jelas dan tidak lengkap adalah dikira rosak dan ditolak. 12. Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.
KEMENTERIAN KESIHATAN
PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehi daripada Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja, mulai Hari Rabu 29 April 2015. Sila layari website Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan bilangan tajuk tawaran serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada :-
Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Peti Tawaran, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan Commonwealth Drive Bandar Seri Begawan BB 3910 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-tawaran hendaklah disediakan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah ditetapkan dan disediakan dalam dua (2) salinan termasuk salinan asal atau sepertimana yang dinyatakan. Dokumen dokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Hari Selasa pada 26 Mei 2015. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.
17
IKLAN
HARI ISNIN 18 MEI 2015
4. Yuran Tawaran (Tender Fee) bagi tiap-tiap tawaran adalah seperti dinyatakan dan dikehendaki pembayaran dengan WANG TUNAI sahaja (dan yuran tawaran tidak akan dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat di Bahagian Akaun, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan semasa waktu-waktu bekerja. Waktu Menerima Bayaran ISNIN - KHAMIS 8.00 PAGI - 11.00 PAGI 2.00 PETANG - 3.00 PETANG SABTU 8.00 PAGI - 10.00 PAGI 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling rendah atau lain-lain tawaran.
6. Tawaran adalah dibukakan kepada semua pemborong-pemborong dan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :• Sijil Pendaftaran Perniagaan Yang Masih Sahlaku dan Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. • Manakala bagi Pemborong / Pembekal yang menyertai tawaran ubat-ubatan (Drug and Medicine) mestilah mempunyai Lesen Racun yang sah 'Poison Act' (Cap. 114). • Manakala bagi Pemborong/Pembekal yang menyertai tawaran bagi kerja-kerja pembangunan dan pendawaian elektrik mestilah mempunyai Lesen Pendaftaran yang masih sah daripada Kementerian Pembangunan. 7. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.
JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN
JABATAN PERDANA MENTERI PEMBEKAL-PEMBEKAL adalah dipelawa bagi menghantar tawaran mereka kepada Pengurusi Lembaga Tawaran Kecil, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan
BB3913,
Negara
Brunei
Darussalam
bagi
projek-projek
berikut
:
TAJUK PROJEK : 1. SUPPLY, INSTALLATION, COMMISSIONING, TESTING AND TRAINING OF ONE UNIT DIGITAL COLOUR PRINTING PRESS FOR THE GOVERNMENT PRINTING DEPARTMENT, PRIME MINISTER'S OFFICE, BRUNEI DARUSSALAM BILANGAN TAWARAN : GP/ADM/PK/2/2015 YURAN TAWARAN : BND35.00 (Tidak Dikembalikan) (Termasuk Yuran Dokumen) TARIKH TUTUP : Hari Selasa, 2 Jun 2015, jam 2.00 Petang.
Dokumen-dokumen dan Spesifikasi Teknikal serta keterangan lanjut boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Tingkat 1, Jabatan Percetakan Kerajaan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Bandar Seri Begawan BB3510, Negara Brunei Darussalam bila-bila masa waktu bekerja.
18
IKLAN
HARI ISNIN 18 MEI 2015
JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
BIL. TAWARAN : JAPEM/FLAT SENTOSA/2015 [P.SAMPAH] PERKARA PENGUTIPAN SAMPAH DI FLAT SENTOSA, BANDAR SERI BEGAWAN JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT [FOR 2 YEARS] Syarat-Syarat Tawaran : 1. TAWARAN adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat serta pemborong-pemborong yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan lanjut bolehlah diperolehi semasa waktu pejabat, di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan. 3. Borang tawaran hendaklah diisikan dengan jelas dengan menyatakan katalog (gambar) jenis barang yang ditawarkan berserta dengan segala spesifikasinya (jika perlu) dan mana-mana pembetulan hendaklah ditandatangani dan chop syarikat. 4. Bayaran tender fee sebanyak BND10.00 (tidak dikembalikan) akan dikenakan kepada pemborong-pemborong yang memasuki tawaran ini dan hendaklah dijelaskan kepada Bahagian Hasil, Bahagian Bantuan Am, Bekas Kompleks Rumah Kebajikan Kg. Pulaie, Jabatan Pembangunan Masyarakat,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Waktu bagi menerima bayaran : Isnin-Khamis : 8.00 Pagi - 11.30 Pagi dan 2.00 Petang - 3.00 Petang Sabtu: 9.30 Pagi - 11.00 Pagi *** Tarikh terakhir menerima pembayaran ialah pada hari Isnin, 8 Jun 2015 (Sebelah pagi sahaja) 5. Setiap borang tawaran hendaklah diisikan dengan lengkap dengan disertakan resit pembayaran tender fee, salinan sijil Pendaftaran perniagaan dan dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup rapi sealed tanpa menunjukkan identiti atau logo syarikat, tetapi hendaklah menyatakan bilangan dan tajuk tawaran projek dengan jelas, (satu sampul surat bagi satu tawaran) dan hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di alamat : PETI SEBUT HARGA TINGKAT 2, JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT BANGUNAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN, SIMPANG 336-17 JALAN KEBANGSAAN BANDAR SERI BEGAWAN, BC4415. 6. Tawaran hendaklah sampai ke alamat seperti yang dinyatakan tidak lewat pada hari Isnin, 8 Jun 2013, jam 2.00 Petang dan tawaran yang lewat diterima dari tarikh seperti yang telah dinyatakan tidak akan dilayan. 7. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran. BIL. TAWARAN : JAPEM/2015[BAS SEWA] PERKARA PERKHIDMATAN BAS SEWA MUATAN 22 ORANG PENUMPANG BAGI KEGUNAAN MENGAMBIL/MENGHANTAR ANAK-ANAK ISTIMEWA KE PUSAT BAHAGIA DAERAH BRUNEI DAN MUARA UNTUK TEMPOH 1 TAHUN (MULAI 1HB NOVEMBER 2015 HINGGA 31HB OKTOBER 2016) Syarat-Syarat Tawaran : 1. TAWARAN adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat serta pemborong-pemborong yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan lanjut bolehlah diperolehi semasa waktu pejabat, di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan. 3. Borang tawaran hendaklah diisikan dengan jelas dengan menyatakan katalog (gambar) jenis barang yang ditawarkan berserta dengan segala spesifikasinya (jika perlu) dan mana-mana pembetulan hendaklah ditandatangani dan cop syarikat. 4. Pemborong hendaklah menyertakan salinan Sijil Pendaftran yang menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan seperti nama, nombor kad Pengenalan atau nombor pasport pemilik.
5. Bayaran tender fee sebanyak BND10.00 (tidak dikembalikan) akan dikenakan kepada pemborong-pemborong yang memasuki tawaran ini dan hendaklah dijelaskan kepada Bahagian Hasil, Bahagian Bantuan Am, Bekas Kompleks Rumah Kebajikan Kampung Pulaie, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Waktu bagi menerima bayaran : Isnin-Khamis : 8.00 Pagi - 11.30 Pagi dan 2.00 Petang - 3.00 Petang Sabtu: 9.30 Pagi - 11.00 Pagi *** Tarikh terakhir menerima pembayaran ialah pada hari Isnin, 8 Jun 2015 (Sebelah pagi sahaja) 6. Borang tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang tertutup rapi (sealed) tanpa menunjukkan identiti atau logo syarikat, tetapi hendaklah menyatakan bilangan & tajuk tawaran projek dengan jelas, (satu sampul surat bagi satu tawaran) dan hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di alamat : PETI SEBUT HARGA TINGKAT 2, JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT BANGUNAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN SIMPANG 336-17, JALAN KEBANGSAAN BANDAR SERI BEGAWAN, BC4415 Tawaran hendaklah sampai ke alamat seperti yang dinyatakan tidak lewat pada hari Isnin, 8 Jun 2013, jam 2.00 Petang dan tawaran yang lewat diterima dari tarikh seperti yang telah dinyatakan tidak akan dilayan. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran.
JABATAN PENERBANGAN AWAM KEMENTERIAN KESIHATAN KEMENTERIAN PERHUBUNGAN 1. TAWARAN adalah dipelawa untuk ''PEMBAIKAN MESIN KOMPRESOR BANTUAN PERNAFASAN (B.A. COMPRESSOR) PERKHIDMATAN BOMBA LAPANGAN TERBANG, JABATAN PENERBANGAN AWAM'' 2. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang bertutup tanpa menunjukkan identiti atau logo pembekal / pemborong, ditulis dengan : ''PEMBAIKAN MESIN KOMPRESOR BANTUAN PERNAFASAN (B.A. COMPRESSOR) PERKHIDMATAN BOMBA LAPANGAN TERBANG, JABATAN PENERBANGAN AWAM'' Bilangan Tawaran : DCA/AFS/2015/SH-01 Tarikh Tutup : 27 Mei 2015 Kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Bahagian Kewangan Tingkat Bawah Ibu Pejabat Jabatan Penerbangan Awam Kementerian Perhubungan Bandar Seri Begawan BB 2513 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-tawaran hendaklah sampai kepada Jawatankuasa Sebut Harga tidak lewat jam 2.00 petang, Hari Rabu 27 Mei 2015. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Penerbangan Awam, Negara Brunei Darussalam semasa hari-hari bekerja dengan bayaran sebanyak BND5.00 (tidak dikembalikan). 5. Penerangan yang lanjut bolehlah diperolehi dari Pejabat Ketua Pegawai Bomba Lapangan Terbang, Jabatan Penerbangan Awam, melalui talian : Tel : 2330142 sambungan 1633 / 1646 Faksimile : 2334776 6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran.
IKLAN
HARI ISNIN 18 MEI 2015
KEMENTERIAN KEWANGAN PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KEWANGAN Bilangan Tawaran : MOF/ADM/UFB/CARPET/LVL 15 /A/2015 Tajuk Tawaran 1 : THE SUPPLY AND INSTALLATION OF NEW CARPET TILES FOR PERMANENT SECRETARY OFFICE AT QUADRANT A, LEVEL 15, TOWER BLOCK MINISTRY OF FINANCE BUILDING COMMONWEALTH DRIVE 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekalpembekal yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam dan berpengalaman khusus dalam pembekalan dan pemasangan karpet. 2. Dokumen-dokumen tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehi daripada Unit Fasiliti Bangunan, Bahagian Pentadbiran, Tingkat 15 - Tower Block,
Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan semasa waktu bekerja. 3. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar ke alamat yang tersebut di bawah sampul surat yang tertutup dengan ditulis bilangan dan nama tawaran tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada : Pengerusi Lembaga Tawaran Negara Kementerian Kewangan Peti Tawaran, Tingkat 15 Bangunan Kementerian Kewangan Commonwealth Drive Bandar Seri Begawan BB3910 Negara Brunei Darussalam. 4. Tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, hari Sabtu, 23 Mei 2015. Semua tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling tinggi atau lain-lain tawaran. 6. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan hendaklah disertakan bersama. Bilangan Tawaran : MOF/ADM/UFB/CARPET/LVL18 /A/2015 Tajuk Tawaran 1 : THE SUPPLY AND INSTALLATION OF NEW CARPET TILES FOR CONFIDENTIAL SECRETARY OFFICE AT QUADRANT A, LEVEL 18, TOWER BLOCK MINISTRY OF FINANCE BUILDING COMMONWEALTH DRIVE 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekalpembekal yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam dan berpengalaman khusus dalam pembekalan dan pemasangan karpet. 2. Dokumen-dokumen tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehi daripada Unit Fasiliti Bangunan, Bahagian Pentadbiran, Tingkat 15 - Tower Block, Bangunan Kementerian Kewangan,
19
Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan semasa waktu bekerja. 3. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar ke alamat yang tersebut di bawah sampul surat yang tertutup dengan ditulis bilangan dan nama tawaran tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada : Pengerusi Lembaga Tawaran Negara Kementerian Kewangan Peti Tawaran, Tingkat 15 Bangunan Kementerian Kewangan Commonwealth Drive Bandar Seri Begawan BB3910 Negara Brunei Darussalam. 4. Tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, hari Sabtu, 23 Mei 2015. Semua tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling tinggi atau lain-lain tawaran. 6. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan hendaklah disertakan bersama.
20
IKLAN
HARI ISNIN 18 MEI 2015
HARI ISNIN 18 MEI 2015
21
22
NASIONAL
HARI ISNIN 18 MEI 2015
Pasukan OPERASI KUKRI kembali ke tanah air Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Muhammad Azmi Awang Damit
TIMBALAN Menteri Pertahanan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) bagi mengalu-alukan kepulangan Pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Nepal.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 12 Mei. - Pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Nepal yang diberi
nama 'OPERASI KUKRI' yang berlepas pada 29 April lalu telah selamat kembali ke tanah air.
Pasukan khusus itu disertai seramai lapan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), iaitu seorang Pegawai Perubatan ABDB yang juga selaku Ketua Kontinjen, Leftenan Kolonel Dr. Muhammad Hiza Wardy bin Haji Abdul Halim dan empat orang anggota Paramedik ABDB, iaitu Sarjan Mahadir bin Sata, Koperal Mohammad Luqueminol Hakimi bin Haji Ahmad, Lans Koperal Md. Hafedi bin Kunal dan Koperal Muhammad Hidayat bin Abu Bakar dari Khidmat
Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) berserta tiga orang anggota Unit Simpanan Gurkha, iaitu Mejar Bishankumar Rai Dewan, Dr. Santosh Giri dan SG Gorakh Raj Rai ke Nepal. Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) bagi mengalu-alukan kepulangan mereka ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat. Turut hadir ialah Ahli-ahli Komiti
TIMBALAN Menteri Pertahanan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mustappa bergambar ramai bersama Pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan yang baru kembali dari Nepal.
Bomba Sungai Liang sumbang khemah
Eksekutif Pertahanan, pengarahpengarah dan pegawai-pegawai ABDB. Kepulangan mereka diraikan dengan bacaan Doa Selamat yang disempurnakan oleh Pegawai Operasi Jabatan Agama ABDB, Leftenan Pengiran Haji Muhd. Khairuddin bin Pengiran Haji Mohd. Tali. Pasukan Perubatan ABDB telah berusaha sedaya upaya selama keberadaan mereka di sana memberikan rawatan dan bantuan kepada penduduk Gorkana di Nepal. Bantuan ini adalah salah satu usaha yang diambil oleh ABDB bagi meningkatkan keupayaannya dan juga merupakan sumbangan yang berkesan kepada misi keamanan dan usahausaha bantuan manusia baik di peringkat domestik dan antarabangsa. Oleh itu, usaha bantuan kemanusiaan ke Nepal ini merupakan sebahagian daripada sumbangan negara kepada masyarakat global selaras dengan penekanan yang dinyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan dan inisiatif untuk menjaga hubungan diplomasi pertahanan dalam kalangan negara-negara sahabat. Nepal mengalami gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter pada Sabtu lepas, 25 April 2015 dan telah mengorbankan lebih daripada 5,000 orang dan lebih 10,000 orang cedera.
PDB - PPS terus kukuhkan hubungan kerjasama
Berita dan Foto : Noraisah Muhammed
keupayaan, pembangunan profesional dan latihan.
BELAIT, Rabu 13 Mei. - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Cawangan Operasi 'B', Balai Bomba Sungai Liang berinisiatif dan membuat projek amal bagi sama-sama membuat sumbangan secara ikhlas kepada masyarakat yang memerlukan sempana Hari Ulang Tahun JBP Ke-55 Tahun. Antara projek amal ialah perasmian khemah untuk kegunaan di Tanah Perkuburan Orang Islam Mukim Liang khususnya seperti di Perkuburan An Naim, Anduki, Perkuburan Andulau yang diperuntukkan bagi melindungi jenazah dan ahli keluarga daripada cuaca hujan dan panas semasa pengkebumian. Oleh itu, Majlis Tahlil dan Doa Arwah serta Doa Kesyukuran telah diadakan setelah selesai beroperasi memadam asap di Kawasan Lumut By Pass, Badas dan Mumong semasa kebakaran hutan dan tanah gambut pada bulan Mac dan April lepas. Bacaan Tahlil dan Doa Kesyukuran dipimpin oleh Imam Masjid Al-Mashor, Kampung Sungai Mau, Awang Haji Abdul Hamid bin Abas. Stesen Komander Balai Bomba Sungai Liang S.O Muhammad Ali bin Hassan memberitahu, majlis tersebut juga diteruskan bagi doa kesyukuran perasmian khemah untuk kegunaan di mana Tanah Perkuburan Orang Islam Mukim Liang khususnya. Hadir ialah Pegawai Pemerintah Operasi 'B', Muhammad Shareeni bin Haji Muhd. Yussof; Ketua Pemerintah Operasi SSFR, Muhd. Sharin bin Haji Muhd. Jonie; Penghulu Mukim Liang, Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin; Ketua Kampung Lumut II, Ketua Kampung Bukit Sawat, Ketua Kampung Merangking dan Ketua Kampung Labi. Sementara jemputan khas terdiri daripada anggota Polis Balai Polis Sungai Liang, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) Cawangan Belait, Brunei Liquefied Natural Gas (BLNG) dan Ahli-ahli Pasukan Petindak Kecemasan Komuniti (PPKK) Masyarakat Mukim Liang.
Sebanyak enam acara sukan juga dipertandingkan sempena mesyuarat ini, iaitu badminton, lumba perahu tradisional, bola sepak, golf, bola jaring dan sepak takraw yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim di antara kedua-dua pasukan.
PEGAWAI Pemerintah Operasi 'B', Muhammad Shareeni bin Haji Muhd. Yussof, Ketua Pemerintah Operasi SSFR Muhd. Sharin bin Hjai Muhd. Jonie, Penghulu Mukim Liang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin ketika Majlis Tahlil dan Doa Arwah serta Doa Kesyukuran diadakan.
Pada majlis itu, PDB dan PPS diumumkan sebagai juara bersama keseluruhan bagi acara sukan Inter-Force Games 2015 yang bermula dari 11 Mei hingga 12 Mei. PASUKAN Polis Diraja Brunei dan Pasukan Polis Singapura diumumkan sebagai juara bersama keseluruhan bagi acara sukan Inter-Force Games 2015.
Oleh : Haji Mahmud Hafidzie Haji Ali Mashod Foto: Hamzah Mohiddin
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 12 Mei. - Mesyuarat Dua Hala Tahunan antara Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan Pasukan Polis Singapura (PPS) Ke-10 berakhir dengan Majlis Makan Malam Perpisahan berlangsung di Dewan Banquet, Ibu Pejabat PDB, Gadong. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, CP Hoong Wee Teck. Turut hadir ialah Pemangku Pesuruhjaya PDB, DCP Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam. Mesyuarat berkenaan merupakan di bawah bidang kuasa Memorandum Persefahaman (MoU) yang diperbaharui pada tahun 2009 di antara
PDB dan PPS untuk menubuhkan kerjasama yang berterusan dan peningkatan dalam bidang maklumat,
Melalui acara seumpama itu diharap agar kedua-dua pasukan akan terus memberi peluang dan platform untuk menggalakkan persahabatan dan mengukuhkan hubungan kerjasama yang berterusan.
PESURUHJAYA Polis Singapura, CP Hoong Wee Teck hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Makan Malam Perpisahan yang berlangsung di Dewan Banquet, Ibu Pejabat PDB, Gadong.
KESIHATAN
HARI ISNIN 18 MEI 2015
23
Tingkatkan kesedaran Kanser Payudara Berita dan Foto : Noraisah Mohammad SUNGAI TARING, Isnin, 4 Mei. Pengesanan awal menggunakan teknik betul dengan tangan sendiri setiap bulan boleh menyelamatkan nyawa wanita daripada Kanser Payudara. Pegawai Perubatan dari Pusat Promosi Kesihatan, Dayang Hajah Norol-Ehsan binti Haji Abdul Hamid berkata, meningkatkan kesedaran
tentang Kanser Payudara dalam kalangan wanita, khususnya adalah salah satu langkah penting dalam pencegahan Kanser Payudara. Kanser Payudara adalah sejenis kanser yang paling lumrah berlaku dalam kalangan wanita di negara ini. Beliau menjelaskan perkara itu pada ceramah 'Kanser Payudara dan Pencegahan' sempena Program
Kesedaran Kanser Payudara yang berlangsung di Sekolah Ugama Sungai Taring Lumut. Dayang Hajah Norol-Ehsan turut menjelaskan mengenai faktor-faktor risiko, tanda dan gejala Kanser Payudara, mitos dan salah tanggapan mengenai Kanser Payudara dan cara-cara untuk mencegahnya. Selain ceramah kesihatan, program tersebut turut diisi dengan demonstrasi dan pemeriksaan menggunakan model payudara, usaha sebegini adalah salah satu cara
untuk memerangi penyakit tidak berjangkit, khususnya kanser. Program ini telah dilaksanakan sejak November tahun lalu di beberapa kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan serta institusi pendidikan tinggi di negara ini dan ia akan terus diadakan mengikut jadual di kementerian dan jabatan yang lain. Program anjuran Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pusat Kanser Brunei itu dihadiri oleh 30 guru wanita dari Jabatan Pengajian Islam.
Lima produk kesihatan dicemari bahan terlarang BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 14 Mei. - Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan lima produk ubat-ubatan yang telah didapati dicemari dengan bahan racun berjadual dan ubat-ubatan barat yang tidak diisytiharkan. Sampel produk-produk berkenaan telah diperolehi dari aktiviti pemantauan dalam pasaran di kedai-kedai runcit yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi. Produk berkenaan ialah Sinus Cure Original Kapsul, pengedar dari Bella Formula, Malaysia yang dicemari Dexamethasone, Chlorpheniramine, Best Slim Pills, pengedar dari CTV Best Group Inc, USA yang dicemari Sibutramine, Linu-Rat Kapsul, pengedar dari PJ Sido Mekal, Indonesia dicemari Acetaminophen, Phenylbutazone, LiLong Tablet yang dicemari Sildenafil, Bull's Genital Kapsul, pengedar dari Anhuisanti Medical & Health Production Co. Ltd yang dicemari Sildenafil. Bahan-bahan pencemar dalam produk-produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan. Penggunaan kortikosteroid Dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan boleh menyebabkan peningkatan pada paras glukosa dalam darah yang mengakibatkan kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak, penyakit otot dan tulang, serta meningkatkan risiko jangkitan yang teruk. Penggunaan kortikosteroid dalam jangka panjang juga boleh mengakibatkan Cushing’s syndrome yang mana dicirikan dengan muka
bulat atau moon face, serta kegemukan pada bahagian badan dengan anggota kaki dan tangan yang kecil. Pengguna yang telah mengambil dos steroid yang tinggi dalam tempoh masa yang lama mungkin mengalami gejala yang termasuk keletihan, sakit otot dan sendi, demam, kadar gula dalam darah rendah, tekanan darah rendah dan dehidrasi. Pening, tekanan darah menurun, denyutan jantung yang tidak menantu, kekeliruan, kemurungan dan sawan adalah antara kesan-kesan adverse yang boleh terhasil dari penggunaan Chlorpheniramine tanpa pengawasan. Sibutramine adalah agen pelangsing badan yang tidak lagi disarankan penggunaannya dalam rawatan obesiti kerana kesannya yang boleh memudaratkan jantung dan hati. Pengambilan Sibutramine juga boleh menyebabkan kesan adverse yang serius seperti tekanan darah tinggi, denyutan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur; dan dalam kes-kes yang paling teruk, ia boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan hati. Acetamenophen atau Paracetamol boleh diambil untuk rawatan sendiri (self-medication) tetapi apabila perubatan tradisional tidak diisytiharkan mengandungi Paracetamol, pengambilannya yang berlebihan tanpa disedari boleh membawa kepada kerosakan hati, kegagalan buah pinggang, koma dan akhirnya kematian. Penggunaan Phenylbutazone tanpa pengawasan boleh menyebabkan ulser peptik, pendarahan gastro-usus, loya, muntah-muntah, ruam kulit, kabur penglihatan, edema, penyakit kuning dan kegagalan buah pinggang.
Berita dan Foto : Ihsan daripada Kementerian Kesihatan
LINU-RAT Kapsul dicemari dengan Acetaminophen dan Phenylbutazone.
SINUS Care Original Kapsul dicemari Dexamethasone dan Chlorpheniramine.
Phenylbutazone juga sering dikaitkan dengan kesan sampingan yang teruk seperti penyakit darah yang serius. Manakala Sildenafil adalah ubat yang digunakan untuk merawat mati pucuk yang memerlukan preskripsi doktor. Antara kesan-kesan sampingan apabila memakan ubat-ubat tersebut ialah merasa mual, muntah-muntah, muka kemerahan dan pening. Dalam kes-kes yang teruk, ia juga boleh menyebabkan peningkatan yang luar biasa dalam degupan jantung, kehilangan pendengaran secara tiba-tiba dan sawan. Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan bagi penjualan produk-produk tersebut. Berikutan dapatan ini, produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam. Orang ramai yang telah membeli
atau memakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilannya dengan serta merta. Jika mereka mengalami kesan adverse dan berasa tidak sihat selepas memakan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera. Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ia adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Racun 1956 untuk menjual mana-mana produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan dan boleh dikenakan denda sebanyak BND8,000 atau penjara enam bulan, jika didapati bersalah. Tambahan pula, jika seseorang melakukan sesuatu di atas kecuaiannya sendiri yang
E B
PEGAWAI Perubatan dari Pusat Promosi Kesihatan, Dayang Hajah Norol-Ehsan binti Haji Abdul Hamid semasa menyampaikan ceramah 'Kanser Payudara dan Pencegahan'.
BULL’S Genital Kapsul dicemari dengan Sildenafil.
membahayakan atau mungkin membahayakan nyawa manusia, jika diadapati bersalah, akan didenda sebanyak BND16,000 dan 12 bulan penjara. Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini. Untuk maklumat lanjut dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi melalui talian telefon 2393298 sambungan 208, menghantar e-mel kepada pharmacy.enforcement@moh.gov.bn atau berjumpa terus Pegawai Penguatkuasaan Farmasi di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kampung Madaras.
Tiga produk ubat, dua kosmetik dicemari racun
PRODUK ubat-ubatan tradisional dan kosmetik yang dicemari racun.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 7 Mei. - Kementerian Kesihatan telah mendapati tiga produk ubat-ubatan tradisional dan dua produk kosmetik telah dicemari dengan bahan racun berjadual dan ubat-ubatan barat yang tidak diisytiharkan. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan, sampel produk-produk berkenaan Majun Mutiara yang dikilang No. 888A, Jalan Besar, Pendang, 06700, Kedah, Darul Aman dicemari Dexamethasone, Slym
4 You Capsule di kilang di Malaysia Sibutramine, dicemari racun Spironolactone dan Canrerone dan Slim Rich Botanical Slimming Capsule 350mg di kilanngkan oleh HM Empire Enterprise mengandungi racun Sibutramine. Manakala beberapa jenis produk kosmetik yang juga dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan adalah 'Professional Skin Care Formula-Rejuvenating Cream dikilang di Filipina mengandungi
Hydroquinone, Professional Skin Care Formula-Rejuvenating Toner juga dikilangkan di Filipina dicemari dengan Hydroquinone dan Tretinoin. Bahan-bahan pencemar dalam produk-produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan. Penggunaan kortikosteroid Dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan boleh menyebabkan peningkatan pada paras glukosa dalam darah yang mengakibatkan kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak, penyakit otot dan tulang serta meningkatkan risiko jangkitan yang teruk. Penggunaan kortikosteroid dalam jangka panjang juga boleh mengakibatkan Cushing's Syndrome yang mana dicirikan dengan muka bulat atau moon face, serta kegemukan pada bahagian badan dengan anggota kaki dan tangan yang kecil. Pengguna yang telah mengambil dos steroid yang tinggi dalam tempoh masa yang lama mungkin mengalami gejala yang termasuk keletihan, sakit otot dan sendi, demam, kadar gula dalam darah rendah, tekanan darah rendah dan dehidrasi. Orang ramai yang telah membeli atau memakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilannya dengan serta-merta.
Jika mereka mengalami kesan advers dan merasa tidak sihat selepas memakan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera. Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ia adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Racun 1956 untuk menjual mana-mana produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan dan boleh dikenakan denda sebanyak BND 8,000 atau penjara enam (6) bulan, jika didapati bersalah. Tambahan pula, jika seseorang melakukan sesuatu di atas kecuaiannya sendiri yang membahayakan atau mungkin membahayakan nyawa manusia, jika didapati bersalah, akan didenda sebanyak BND16,000 dan 12 bulan penjara. Orang ramai juga diingatkan bahawa ia adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 untuk mengimport dan memasarkan produk kosmetik di pasaran tempatan tanpa Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di Kementerian Kesihatan dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi BND5,000 penjara tidak melebihi dua (2) tahun
PRODUK kosmetik dicemari.
atau kedua-duanya sekali. Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini. Untuk maklumat dan perhubungan lanjut, boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi melalui talian 2393298 sambungan 208, menghantar e-mel ke pharmacy. enforcement@moh.gov.bn atau berjumpa terus Pegawai Penguatkuasaan Farmasi di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kampung Madaras, Mukim Gadong 'A'.
A cera
24
HARI ISNIN 18 MEI 2015
Meletakkan batu asas rumah bantuan, tinjau prasarana KHEU Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim TEMBURONG, Jumaat, 15 Mei. - Kebajikan saudara-saudara baru yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa terus mendapat pemedulian dari pihak kerajaan. Ini jelas terbukti dengan berlangsungnya majlis peletakan batu asas bagi tapak rumah bantuan kepada tiga buah keluarga saudara baru di daerah ini yang disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. Majlis peletakan batu asas bagi tapak rumah bantuan Dayang Norhayati binti Abdullah di Kampung Amo ‘A’, Mukim Amo itu diadakan semasa lawatan kerja Yang Berhormat berserta rombongan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) ke daerah ini. Taklimat ringkas mengenai projek pembinaan rumah bantuan saudara baru telah disampaikan oleh Arkitek di Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, KHEU, Awang Matzainin bin Haji Bakar. Seterusnya Yang Berhormat beredar menyempurnakan peletakan batu asas bagi tapak rumah bantuan Awang Zaharuddin bin Abdullah Lang di Kampung Sibut, Mukim Amo dan tapak rumah bantuan Dayang Nur Sabariah binti Abdullah Bungga di Kampung Temada, Mukim Bokok. Pembinaan rumah-rumah bantuan tersebut adalah di antara projek yang dikendalikan bersama oleh Pusat Da’wah Islamiah (PDI) dan Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, KHEU dengan dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Ugama Islam melalui Kumpulan Wang Zakat Asnaf Muallaf. Projek dengan kerjasama Bina JAJ Contractor sebagai pemborong utama yang menelan belanja BND233,904.00 termasuk sebuah rumah banglo di Daerah Belait yang dijangka siap pada hujung bulan Oktober 2015. Rumah-rumah jenis banglo ini mengandungi bilik tamu, tiga buah bilik tidur, dapur dan bilik air. Selain bantuan perumahan, PDI juga menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada saudara-saudara baru di negara ini seperti keperluan asas harian, enjin generator, bahan binaan dan tangki air. Menurut perangkaan dari bulan Januari hingga April 2015, seramai 155 orang telah memeluk ugama Islam di negara ini. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama meneruskan lawatan kerja dengan meninjau perkembangan projek
bangunan baru Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong, terletak di Pekan Bangar. Pembinaan bangunan ini menelan belanja BND1.83 juta (satu perpuluhan lapan tiga juta ringgit Brunei) dan dijalankan oleh Seri Sezaman Architects sebagai perunding utama. Yang Berhormat dan rombongan secara berkumpulan juga berkesempatan meninjau beberapa buah masjid di daerah ini iaitu Masjid Kampung Belais, Masjid Kampung Batu Apoi, Masjid Pengiran Haji Abu Bakar Kampung Bokok dan Masjid Kampung Labu sebelum menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat. Lawatan juga disertai oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yussof dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid serta para pegawai kanan dari KHEU.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah pada Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara Bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. - Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali.
Dari muka 1
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman ketika menyempurnakan peletakan batu asas bagi tapak rumah bantuan Dayang Norhayati binti Abdullah di Kampung Amo ‘A’ semasa mengadakan lawatan kerja di Daerah Temburong.
Penghulu, ketua kampung teras perpaduan mukim, kampung Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Ah Chua TEMBURONG, Jumaat, 15 Mei. – Seorang penghulu dan ketua kampung atau pemimpin akar umbi yang berjaya dan berkesan ialah yang dapat menempatkan dan menampilkan diri mereka sebagai paksi, tunjang dan teras perpaduan mukim dan kampung. Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof berkata, seorang penghulu dan ketua kampung atau pemimpin akar umbi yang berjaya dan berkesan juga dapat melihat ke hadapan serta menterjemah segala perancangan-perancangan strategik daerah, di samping berani membuat dan membawa perubahan-perubahan bermakna bagi menjana kemajuan mukim dan kampung khasnya dan juga daerah amnya. Semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Lantikan Penghulu Mukim Bangar yang berlangsung di kediaman Penghulu Mukim Bangar, Awang Haji Abdul Rahman bin
Sembahyang sebagai penyelamat
Merusin di Kampung Ujung Jalan, Mukim Bangar di sini, Yang Dimuliakan Pehin juga menyentuh mengenai Skim Perkhidmatan Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung yang baru (tahun 2013) bagi menggantikan skim tahun 1998 yang telah mendapat kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Skim tersebut jelas Yang Dimuliakan Pehin mula berkuat kuasa pada 1 April 2015. “Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mewakili semua penghulu, ketua kampung dan ketua rumah panjang menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas kurnia perkenan baginda itu yang mencerminkan sifat pemedulian dan prihatin berterusan baginda dan kerajaan baginda ke atas kesejahteraan institusi kepimpinan akar umbi yang sekali gus mengukuhkan akan kepentingan dan keunikan institusi kepimpinan di
“Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah diundang secara langsung oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk menerima perintah melaksanakan sembahyang lima waktu sehari semalam. Ini adalah berbeza dengan ibadat-ibadat yang lain, yang disyariatkan melalui khidmat Malaikat Jibrail 'Alaihissalam,” titah baginda di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Sementara itu, 'Sembahyang Adalah Penyelamat Kita' dalam tema Sambutan Isra' dan Mi'raj pada tahun ini, titah baginda, adalah sangat berkaitan dengan usaha kita untuk membina atau membangun generasi yang berakhlak mulia dan beramal soleh. Menurut baginda, ibadat sembahyang adalah jaminan ke arah itu. Sebagaimana Allah telah menegaskan perkara ini dalam Surah Al-'Ankabut ayat 45, tafsirnya : “Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” Firman Allah itu adalah isyarat bahawa ibadat sembahyang itu adalah benar-benar berperanan sebagai penyelamat, bukan sahaja menyelamatkan diri kita daripada api neraka, malahan juga menyelamatkan umat daripada terjerumus kepada kemungkaran dan keruntuhan akhlak.
Pelajari ilmu ugama dan Al-Qur'an Dari muka 1 Oleh itu, baginda bertitah, ugama itu tidak boleh lemah atau kita letak ianya di bawah kerana jika ia lemah atau letaknya di bawah, itulah punca umat atau bangsa akan menjadi lemah dan bahkan binasa. Inilah yang berlaku di mana-mana di kalangan umat Islam. Sayugia ia menjadi iktibar atau pengajaran kepada kita.
TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Lantikan Penghulu Mukim Bangar.
peringkat akar umbi yang telah berjalan baik untuk sekian lamanya,” ujar Yang Dimuliakan Pehin. Seterusnya, Yang Dimuliakan Pehin berkata, penekanan utama Skim 2013 ini ialah meningkatkan tahap keberkesanan Institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang
mengutamakan ketokohan dan sifatsifat kepimpinan serta mempunyai ilmu masyarakat yang tinggi, keaktifan di dalam Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dengan peningkatan syarat-syarat kelayakan akademik ditambah dengan kemudahan-kemudahan atau intensif baru seperti Elaun Perjalanan, tetamu dan perhubungan. Yang Dimuliakan Pehin berharap skim berkenaan akan dapat meningkatkan lagi semangat dan motivasi penghulu mukim dan ketua kampung selaku pemegang amanah
mulia dalam melaksanakan peranan, tugas dan tanggungjawab serta meningkatkan daya kepimpinan yang tinggi. Skim itu juga jelasnya, diharap akan meningkatkan lagi semangat dan motivasi penghulu mukim dan ketua kampung untuk mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang murni dalam menjaga dan menunaikan amanah atau melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian khususnya dalam memeduli atau mengelinga kepentingan dan keperluan anak buah dan masyarakat mukim dan kampung.
PERSEKITARAN HIJAU LAHIRKAN PERSEKITARAN SIHAT DAN PRODUKTIF