''OLEH itu adalah amat penting bagi pelajar-pelajar UNISSA dilengkapi dengan pendidikan ugama yang mantap sebagai benteng menghadapi era globalisasi yang serba mencabar, agar tidak terumbang ambing dan mudah diseret oleh arus perubahan. Semua pihak perlu berwaspada, khasnya UNISSA, selaku tonggak ketamadunan Islam di negara ini, agar jangan mengabaikan setiap perkembangan yang menyentuh hal-hal ugama, baik ia berlaku di dalam mahupun yang datang daripada luar.'' - Titah Sempena Majlis Haflut Takharruj Ke-5 UNISSA, Tahun 1437 Hijrah / 2015 Masihi.
''WAHAI orang-orang yang beriman! taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An Nisaa', ayat 59).
4.37
TAHUN 61 / BILANGAN 128
4.47
6.05
24 OKTOBER 2016 / 1438
6.28
12.06
23
3.24
6.04
7.14
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Halal
Bantu pacu ekonomi negara Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin BERAKAS, Sabtu, 22 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bertitah memberi sokongan penuh terhadap rancangan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) untuk menubuhkan sebuah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Halal di UNISSA sebagai pemangkin kepada hasrat baginda untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai 'hub halal global' yang akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah berpendapat bahawa UNISSA seharusnya diberikan perhatian utama oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk pembinaan bangunan kampus kekalnya di Daerah Temburong sebagai pelengkap perkembangan, selaku sifatnya yang dilihat sebuah pusat pengajian tinggi Islam bertaraf dunia. Terdahulu, baginda bertitah, ia adalah kerana
industri halal merupakan salah satu bidang yang berkembang pesat sehingga ke peringkat antarabangsa pada masa ini. "Nilai pasaran global adalah semakin meningkat dan dianggarkan berjumlah sangat besar, ia meningkat sebanyak 16 peratus dari keseluruhan industri makanan dunia dan boleh menjangkau sehingga 20 peratus dari perdagangan dunia dalam produk makanan sahaja," titah baginda pada Majlis Hafl Al-Takharruj Ke-6 UNISSA, di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) semasa berkenan mengurniakan titah pada Majlis Hafl Al-Takharruj Ke-6 UNISSA, di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. - Foto : Masri Osman (Lihat muka 3, 12 dan 13).
Graduan perlu mampu menjadi penggerak jentera kerajaan Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin BERAKAS, Sabtu, 22 Oktober. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam, Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bertitah menyeru agar para graduan supaya tidak berpuas hati setakat memperolehi sijil dan gelaran akademik semata-mata. Para graduan seharusnya mampu untuk menjadi penggerak kepada
jentera kerajaan, khasnya, dalam pemantapan pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah juga menyentuh mengenai isu semasa yang berupa tohmahan atau provokasi terhadap Islam. Sehubungan itu jelas Kebawah Duli Yang Maha Mulia, UNISSA mempunyai peranan yang sangat diperlukan untuk menyampaikan gambaran yang betul dan tepat mengenai ugama Islam. Ke muka 3
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Muka 6
BANDARKU Ceria buka peluang peniaga kecil Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn
2
HASRAT NEGARA
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
PA perlu tingkatkan produktiviti, hasil negara
TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-23 Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi pada 19 Muharam 1438H / 20 Oktober 2016M, bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem Alhamdulillah Rabbil 'Alameen, Wabihiee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu' Wassalaamu 'Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.
B
ETA bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat sama-sama berkumpul pada pagi ini di Majlis Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-23 bagi Tahun 2016. Kita sudah selalu mendengar ungkapan, bahawa Perkhidmatan Awam (PA) adalah teras utama untuk kemajuan sesebuah negara. Warga PA adalah pengurus, pemudah cara
dan malah agen kepada perubahan. Kerana itu, warga PA perlu memiliki disiplin yang tinggi dan kesungguhan dalam memainkan peranan masing-masing. Mereka perlu meningkatkan diri dengan mengenali baseline masing-masing, setakat mana minda, sikap dan kemampuan mereka dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk negara dan pelanggan. Negara adalah benar-benar berhajat kepada khidmat para penjawat awam. Melalui perkhidmatan merekalah akan dapat ditingkatkan produktiviti dan penghasilan negara. Kerana itu alhamdulillah, kita sekarang sedang giat menggunakan kaedah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan delivery approach. Dan semua ini, adalah berpaksikan kepada amalan-amalan terbaik. Di samping itu, kita juga menggunakan
OKTOBER
24 25 26 27 28 29 30
penanda-aras atau benchmarking, seperti kedudukan negara di mata antarabangsa dalam World Bank Ranking on Ease of doing Business. Dan baru-baru ini, kita telah menyertai World Competitiveness Index yang dikendalikan oleh World Economic Forum. Beta penuh yakin, dengan usaha bersepadu semua kementerian, yang dilengkapi dengan strategi-strategi yang berasaskan evidence and result-based, kita insyaaAllah akan dapat menjayakan pelaksanaan Wawasan 2035. Mengenai tranformasi PA, beta mengalu-alukan Tema Hari Perkhidmatan Awam pada kali ini yang berbunyi: 'Transformasi Ke Arah Perkhidmatan Awam Yang Progresif.' Tema ini memberi penekanan, betapa pentingnya PA untuk sentiasa proaktif dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan serta lebih prihatin terhadap keperluan masyarakat dan para pelabur. Di samping itu, tema ini juga memberikan fokus kepada penilaian yang berkesan melalui health check terhadap keupayaan warga PA dalam menangani setiap cabaran semasa. Memandangkan tema ini bersifat dinamik dan relevan untuk diguna pakai dalam beberapa tahun, maka beta ingin melihat momentum dan langkah-langkah pembaharuan terus dipertingkatkan. Selaras dengan strategi Wawasan 2035, beta mengalu-alukan usaha Jabatan Perdana Menteri dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif di bawah Rangka Kerja Perkhidmatan Awam Tahun 2016 hingga 2020. Beta mengharapkan rangka kerja ini dapat memacu PA di tahap yang lebih hebat dan progresif. Satu lagi inisiatif pembaharuan PA ialah usaha meminda Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan di bawah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dikenali sebagai General Order yang telah digunakan sejak tahun 1961. Pindaan ini akan memberikan nafas baru kepada PA agar lebih lengkap dan terkini, khususnya dalam melahirkan modal insan yang cekap dan berdisiplin. Untuk akhirnya kepada penerima Anugerah Pekerja Cemerlang dan pemenang-pemenang Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam, beta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah. Beta yakin anugerah ini akan memberikan motivasi dan inspirasi kepada semua warga PA untuk bekerja lebih keras lagi bagi mencapai tahap kecemerlangan PA. Beta juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan peribadi beta kepada pegawai dan kakitangan yang bersara pada tahun ini di atas sumbangan dan jasa bakti mereka semasa dalam perkhidmatan dengan kerajaan. Semoga Allah jua akan membalas mereka dengan ganjaran yang berlipat ganda. Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
24 OKTOBER 2016 BERSAMAAN 1438
23
UNISSA BERPOTENSI MENYUMBANG PERKEMBANGAN INDUSTRI HALAL GLOBAL ADA Hafl Takharruj Ke-6 tahun ini, Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah berjaya mengeluarkan 218 orang graduan termasuklah kumpulan graduan pertama bagi program 'double-degree' Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Perundangan Syari'ah serta para graduan pengambilan pertama bagi Sijil Sistem Keadilan Jenayah Syari'ah. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah di Majlis Haflut Takharruj Ke-6, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada 22 Oktober 2016: ''Semantara itu, beta juga berharap, para graduan tidak hanya berpuas hati setakat memperolehi sijil dan gelaran akademik semata-mata, tetapi juga, perlu mampu untuk menjadi penggerak kepada jentera kerajaan beta, khasnya, dalam pemantapan pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syari'ah 2013.� Justeru itu para graduan perlulah menjunjung titah berkenaan dan memainkan peranan proaktif dalam usaha ke arah melaksanakan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syari'ah sepertimana yang dihasratkan. Langkah penjenamaan semula fakulti pengembangan dan penawaran program baharu serta penilaian dan pindaan beberapa kursus yang telah dilaksanakan oleh pihak UNISSA adalah suatu langkah yang amat bijak dan tepat. Ianya adalah sebahagian daripada inisiatif terbaik untuk mengembang luaskan lagi pasaran kerjaya bagi graduan lepasan universiti ini dan juga sebagai menanai hasrat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa bertitah sempena Majlis Haflut Takharruj Ke-5 UNISSA pada 17 Oktober 2015 yang antara lain menegaskan: ''Mengenai penyediaan pelajar-pelajar pula adalah perlu untuk mengambil kira faktor kebolehpasaran atau 'marketability' para graduan sehingga mereka mampu bersaing dalam dunia pekerjaan yang semakin kompetitif‌‌'' Negara Brunei Darussalam sangat berpotensi untuk menjadi sebuah negara Hub-Halal yang unggul di peringkat global. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan terkini seperti wujudnya Bahagian Kawalan Makanan Halal, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Bahagian Pembangunan Industri Halal Global, Jabatan Tenaga dan Industri, Jabatan Perdana Menteri, Pusat Sains Halal dan Metrologi, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan. Namun untuk mencapai kesempurnaan pemakanan orang Islam itu memerlukan sistem yang teratur terutama perkara yang berkaitan perundangan, penguatkuasaan dan pengawasan. Justeru itu rancangan UNISSA untuk menubuhkan sebuah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Halal di UNISSA sebagai pemangkin kepada hasrat Kebawah DYMM untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai 'hub halal global' setentunya akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara di mana sektor industri halal mampu menyumbang sebanyak BND5 bilion kepada KDNK negara menjelang 2035, dengan memanfaatkan Industri Halal global. UNISSA sebagai institusi pendidikan yang berasaskan prinsip-prinsip Islam adalah menjadi aset kepada industri Halalan Tayyiban. Para mahasiswa dan graduan UNISSA perlu berusaha untuk menyumbang kepada industri tersebut yang semakin meningkat di Negara Brunei Darussalam dan membuka peluang pekerjaan kepada graduan tempatan bukan sahaja dari UNISSA malahan dari institusi pendidikan tinggi yang lainnya. Dalam kesempatan ini sukacita merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada para graduan yang telah menerima ijazah dan diploma mereka dan meraih kejayaan dengan cemerlang. - Ketua Penyuntingan PB (Nh).
P
MUHARAM
23 24 25 26 27 28 29
4 . 37 4 . 37 4 . 37 4 . 36 4 . 36 4 . 36 4 . 36
4 . 47 4 . 47 4 . 47 4 . 46 4 . 46 4 . 46 4 . 46
6 . 05 6 . 05 6 . 05 6 . 05 6 . 05 6 . 05 6 . 05
6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28
12 . 06 12 . 05 12 . 05 12 . 05 12 . 05 12 . 05 12 . 05
3 . 24 3 . 24 3 . 25 3 . 25 3 . 25 3 . 25 3 . 25
6 . 04 6 . 04 6 . 03 6 . 03 6 . 03 6 . 03 6 . 03
7 . 14 7 . 14 7 . 14 7 . 14 7 . 14 7 . 13 7 . 13
3
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
Graduan perlu mampu menjadi penggerak jentera kerajaan Dari muka 1 "Ke arah itu, para pelajar UNISSA bukan sahaja dikehendaki untuk celik Al-Quran dan bahasa Arab, tetapi juga perlu memahami secara mendalam karya klasik para ulama silam Ahli Sunnah Waljamaah dalam pelbagai disiplin ilmu. Di samping itu UNISSA, selaku gedung ilmu, juga perlu peka dengan landskap perkembangan pengajian dan tuntutan keperluan sumber tenaga manusia untuk Brunei," titah baginda pada Majlis Hafl Al-Takharruj Ke-6 Universiti Islam Sultan Sharif Ali, UNISSA, di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Mengenai langkah penjenamaan semula fakulti pula, baginda bertitah, pengembangan dan penawaran program baru serta penilaian dan pindaan beberapa kursus tersebut adalah langkah bijak dan tepat dari UNISSA. Baginda percaya bahawa langkah ini adalah inisiatif terbaik untuk mengembangluaskan lagi pasaran kerjaya bagi graduan lepasan UNISSA. Terdahulu, baginda merasa gembira setelah mengetahui UNISSA berjaya mengeluarkan kumpulan graduan pertama bagi program double-degree, iaitu Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Perundangan Syar'iah. Kebawah DYMM juga mengambil maklum bahawa para graduan pengambilan pertama bagi Sijil Sistem Keadilan Jenayah Syar'iah telah pun menamatkan pengajian mereka di UNISSA. "Alhamdulillah, pada hemat beta, pencapaian itu amatlah bermakna, selari dengan keperluan negara dan perkembangan ilmu pengetahuan semasa," titah baginda.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berkenan berangkat ke Majlis Hafl Al-Takharruj Keenam UNISSA. Juga berangkat Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, Pro-Canselor UNISSA.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah dan beramah mesra bersama-sama dengan para jemputan dari luar negara yang dijemput pada Majlis Konvoksyen UNISSA tersebut (atas dan bawah).
CERIA.. Kebawah DYMM berkenan bergambar kenangan serta berkongsi kegembiraan bersama para graduan UNISSA.
4
NASIONAL
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
UNISSA meterai enam MoU Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara UNISSA dengan wakil salah sebuah universiti selepas Majlis Menandatangani MoU.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 22 Oktober. - Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani enam Memorandum Persefahaman (MoU) bersama enam buah universiti luar. Keenam-enam MoU tersebut ditandatangani pada Majlis Makan Malam bagi meraikan graduangraduan UNISSA sempena Hafl Al-Takharruj Ke-6 di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D'seni Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, di sini. Enam buah universiti tersebut ialah The Islamic University of Maldives (IUM), The Egyptian University of
PENOLONG Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad ketika berucap.
Islamic Culture 'Nur Mubarak', Kazakhstan, Universiti Islam Negeri (UIN) Raden Fatah Palembang, Indonesia, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Malaysia. Penandatangan itu diwakili oleh Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal dan disaksikan oleh tetamu kehormat majlis. Penandatanganan MoU tersebut adalah selaras dengan usaha UNISSA untuk memperkenalkan kepada dunia luar tentang kewujudan universiti Islam yang unggul di negara ini dan sekali gus melonjakkan reputasi serta kedudukannya di arena pendidikan dalam dunia global. Dengan adanya kerjasama antara universiti di peringkat antarabangsa itu memberikan laluan dalam mengadakan apa jua bentuk aktiviti, seminar, penulisan jurnal dan sebagainya. Tetamu kehormat majlis, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman juga menyaksikan majlis MoU berkenaan. Pada majlis berkenaan juga menyaksikan sebanyak 38 pingat dan hadiah-hadiah terdiri dari satu pingat universiti, 30 hadiah buku universiti kategori Cemerlang Dalam Program Pengajian, enam buku universiti Kategori Cemerlang Dalam Kursus Al-Quran dan satu Hadith buku universiti Kategori Cemerlang Dalam Kursus Melayu Islam Beraja (MIB)
telah dianugerahkan kepada graduan cemerlang yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis. Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ahat suci Al-Quran dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Awang Abdul Qawiyuddin bin Haji Suhaili. Penolong Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad menyatakan penerima anugerah pingat, beberapa kriteria tertentu yang telah ditetapkan yang meliputi penilaian menyeluruh terhadap calon penerima yang tidak
MENTERI Pendidikan cemerlang.
menyampaikan
terbatas kepada pencapaian akademik semata. Elemen penting yang diambil kira jelasnya, ialah kreadibiliti dan sahsiah pelajar berkenaan termasuklah penyertaan aktif pelajar dalam ativiti luar perkuliahan. Sementara, hadiah buku pula tambahnya, diberikan kepada para pelajar terbaik dalam satu-satu program yang diikuti berdasarkan tahun pengajian dan fakulti masing-masing. Menerusi pemilihan ini diharap menjadi nilai tambah untuk para lulusan UNISSA menggapai cita-cita mereka sama ada di alam kerjaya atau persada gedung ilmu bagi yang ingin menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi.
hadiah
kepada
salah
seorang
graduan
Konsert Toyota Klasik kutip BND60,000 Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Sebelum persembahan bermula, Yang Berhormat menyerahkan replika cek hasil dari jualan tiket dan sumbangan dari NBT (Brunei) Sdn.Bhd. kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Mariam (Pusat Ehsan), Pusat Annur Harapan dan SMARTER Brunei. Menerima bagi pihak Pusat Ehsan ialah Pemegang Amanah Pendidikan, Dato Paduka Dr. Haji Omar bin Haji Khalid, sementara Pusat Annur Harapan diwakili oleh Pengarah pusat tersebut, Dayang Noorsurainah binti Tengah dan SMARTER Brunei diwakili oleh Presiden persatuan berkenaan, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman yang mana masing-masing menerima BND20,000. Pada persembahan yang memukau
para penonton itu, kumpulan tersebut telah mempersembahkan beberapa buah lagu termasuk ASEAN Harmony yang dipersembahkan bersama Expression Music Academy dan dua buah lagu asli Brunei bertajuk 'Ya Hayu Ya Qayyum (A.R.R)' dan 'Jong Sarat' . Ditubuhkan pada tahun 2008, The Baltic Neopolis Orchestra merupakan sebuah kumpulan orkestra yang unik berasal dari Poland dan pernah memenangi anugerah pada tahun 2015. Turut hadir pada persembahan itu ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, duta-duta dan pesuruhjayapesuruhjaya tinggi negara-negara sahabat serta Naib Presiden Eksekutif Toyota Motor Asia Pacific, Michinobu Sugata.
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof menyampaikan cek benilai BND20,000 kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam di Persembahan Toyota Classics 2016 - Baltic Neopolis Orchestra.
Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 22 Oktober. - Konsert Toyota Classics 2016 Edisi Ke-22 anjuran Toyota Motor Asia Pacific Pte. Ltd. dan NBT (Brunei) Sdn. Bhd. telah berjaya mengumpul dana BND60,000.
Persembahan muzikal yang bertemakan 'Opera With A Twist' menampilkan Kumpulan Orkestra Baltic Neopolis dan The Covent Garden Soloists diadakan di Pusat Seni, Sekolah Antarabangsa
Jerudong. Konsert dipimpin oleh konduktor dan pemain biola solo terkenal, Vsako Vassilev bersama pemain piano dan narator tersohor, Pamela Tan Nicholson dengan diiringi oleh penyanyi-penyanyi solo berbakat, iaitu Galya Simeonova, Nadya Pavlova, Joseph Claus dan Deian Ivanov. Hadir selaku tetamu kehormat dan menyaksikan Menteri Kebudayaan,
PERSEMBAHAN Toyota Classics 2016 - Baltic Neopolis Orchestra.
NASIONAL
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
5
4
UNISSA sedia terokai pelbagai bidang kemahiran Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor, Masri Osman, Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 22 Oktober. - Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bersedia meneroka pelbagai bidang dan kemahiran, seiring dengan tuntutan negara dan perkembangan pantas kemajuan dunia global. Dalam rangka strategik membina platform bagi melahirkan pakar dan sarjana muslim berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, UNISSA telah mengorak langkah dan melaksanakan beberapa inisiatif baharu seperti penjenamaan semula nama fakulti dan penawaran program akademik yang dinamik dan progresif. Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal menyembahkan demikian dalam sembah alu-aluannya pada Majlis Hafl Al-Takharruj Keenam UNISSA berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, di sini. Dr. Haji Norarfan menggariskan beberapa penjenamaan iaitu Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan yang diberi nama baharu dan kini dikenali dengan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam. ''Penjenamaan semula ini telah membuka ruang lebih luas bagi mengembangkan program sedia ada di mana Program Ijazah Doktor Falsafah dalam Kewangan Islam turut diperkenalkan pada tahun ini sesuai dengan keperluan industri kewangan Islam yang mempunyai prospek besar untuk dikembang majukan,'' jelasnya. Sementara itu tambahnya, sebuah fakulti baharu yang dinamakan sebagai 'Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam' juga ditubuhkan dan akan mula beroperasi pada semester pengajian akan datang. Katanya, fakulti ini merupakan usaha UNISSA bagi menaik taraf Program Tamadun Islam yang ditawarkan sebelum ini dan memfokuskan pengajian dalam bidang pengurusan dan pembangunan negara berteraskan Islam yang akan merancakkan lagi usaha kerajaan ke arah pembentukan sebuah 'Negara Zikir'. Dr. Haji Norarfan juga menyatakan, UNISSA bersedia menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dan Qira'at pada sesi pengajian akan datang dengan sasaran bagi melahirkan graduan tahfiz yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang Qira'at, yang akan menyumbang kepada keperluan guna tenaga negara dalam bidang ini. Dalam hubungan kerjasama ilmiah dengan institusi-institusi pengajian tinggi di peringkat antarabangsa, tambahnya, UNISSA terus berusaha memainkan peranannya di peringkat serantau dan antarabangsa seperti penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan 14 buah universiti yang berprestij di peringkat serantau dan antarabangsa.
Dr. Haji Norarfan menjelaskan, selain pemeteraian MoU dengan Universiti Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu, UNISSA juga secara rasminya diterima menjadi anggota 'ASEAN University Network – Quality Assurance (AUN-QA)' pada April lalu. UNISSA bersama rakan strategik meneruskan legasi dengan menganjurkan beberapa buah persidangan dan seminar antaranya, 'Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu (ICON IMAD VI) anjuran kolaborasi empat negara serumpun iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Thailand. Selain itu, kerjasama strategik tidak terhad dengan institusi pengajian tinggi bahkan melibatkan institusi awam dan swasta contohnya menganjurkan 'Seminar Antarabangsa Produk dan
Perkhidmatan Halalan Tayyiban 2016'. ''Selain memacu kecemerlangan akademik pelajar, UNISSA turut menggalakkan pelajarnya aktif menyertai pelbagai khidmat kemasyarakatan dan melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan. Projek-projek seperti 'Ramadan Food Drive', 'Awakening the Ummah' dan Program 'Ziarah Mahabbah' melalui pelajar-pelajar UNISSA adalah antara manifestasi inda camah mata pelajar UNISSA terhadap kebajikan masyarakat,'' katanya lagi. Dengan adanya sentuhan berjiwa kemasyarakatan dari kalangan warga UNISSA katanya akan menjadikan UNISSA sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang dekat di mata dan di hati masyarakat Brunei.
REKTOR Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal semasa menyembahkan sembah alu-aluannya di majlis berkenaan.
''UNISSA bersama rakan strategik meneruskan legasi dengan menganjurkan beberapa buah persidangan dan seminar antaranya, 'Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu (ICON IMAD VI)' anjuran kolaborasi empat negara serumpun iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Thailand. Selain itu, kerjasama strategik tidak terhad dengan institusi pengajian tinggi bahkan melibatkan institusi awam dan swasta contohnya menganjurkan 'Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Tayyiban 2016'.''
UNISSA telah menganugerahkan Ijazah Khas Hafaz Al-Quran 30 Juzuk kepada 36 orang tahfiz yang antaranya termasuk Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Suhaili bin Haji Metali AL-Hafiz (Depan, tiga dari kiri) dan para graduan Negara Brunei Darussalam dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan bekas pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Haji Hassanal Bolkiah (Gambar atas).
SEBAHAGIAN daripada graduan lelaki yang menerima ijazah dan sijil mereka pada Hafl Al-Takharuj UNISSA Kali Keenam, antaranya menerima Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Program Diploma Perundangan Islam dan Guaman Syari'e, Diploma Lepas Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Khas Hafaz Al-Quran 30 Juzuk, Ijazah Diploma Tertinggi Kebangsaan dan Sijil Barnamij al-Tarqiyah (Program Peningkatan) dan Sijil Sistem Keadilan Jenayah Syariah (kiri).
6
NASIONAL
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
Bandarku Ceria buka peluang peniaga kecil
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyaksikan sebahagian produk-produk yang dijual dan dipamerkan oleh Jabatan Daerah Temburong sempena dengan 'Bandarku Ceria Hari Tanpa Kereta' di ibu negara.
Oleh : Aimi Sani Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 Oktober. - 'Bandarku Ceria Hari Tanpa Kereta' diharap dapat menghidupkan lagi Bandar Seri Begawan dan memberi peluang kepada rakyat dan penduduk untuk beriadah sambil menikmati suasana pagi. Kerajaan sentiasa memberikan keutamaan yang tinggi terhadap
kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. Usaha-usaha terus dipertingkatkan bagi memastikan persekitaran tempat-tempat di mana kita tinggal, berkerja dan beriadah adalah selamat, menyenangkan dan vibrant. Pendekatan ini adalah selaras dengan Wawasan Brunei 2035, di mana
KANAK-KANAK tidak melepaskan peluang mengikuti pelbagai aktiviti yang telah disediakan di Bandar Ku Ceria.
Negara Brunei Darussalam akan mencapai kualiti kehidupan yang tinggi. Hadir memeriahkan aktiviti yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di sini ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. Awang Nayan bin Haji Kamis, seorang penjaja yang berjual popia basah ketika ditemui berkata sambutan orang ramai untuk sama sama memeriahkan Program Bandarku Ceria adalah sangat menggalakkan. ''Program seumpama ini adalah sangat bagus bagi ahli keluarga untuk meluangkan masa untuk beriadah bersama. Selain itu, ianya merupakan satu peluang yang bagus untuk peniaga kecil-kecilan seperti kami untuk memajukan lagi perniagaan,'' ujarnya. Sementara itu, pemilik KZ Meliponines Paradies yang diusahakan bersama oleh sepasang suami isteri iaitu Haji Kariya bin Haji Sulong dan Hajah Zeliha binti Haji Abdul Rahman berkata program seumpama ini merupakan satu platform yang sangat baik untuk mereka mempromosikan produk-produk hasil dari madu kelulut. ''Ini merupakan minggu kedua kami menyertai program ini. Alhamdulillah sambutan orang ramai setakat ini sangat menggalakkan. Ini merupakan satu peluang keemasan yang harus kami raih untuk memperkenalkan lagi produk-produk kami kepada orang ramai. ''Antara produk-produk yang kami hasilkan ialah madu kelulut, madu kelulut dengan habatussauda, sabun madu kelulut, sabun propolis dan minyak madu kelulut,'' terang beliau. Program ini juga jelasnya, selain dapat beriadah, akan dapat lagi mengeratkan silaturahim sesama insan. Manakala bagi Pegawai dari Jabatan Daerah Temburong, Ampuan Noorirawaty binti Ampuan Haji Razid berkata Jabatan Daerah Temburong dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) turut mempromosikan produk-produk
SENAMROBIK yang diadakan di sepanjang Jalan Sultan memeriahkan suasana 'Bandarku Ceria Hari Tanpa Kereta' di ibu negara.
mereka antaranya mee Senukoh berbagai rasa, ambulong, wajid Temburong, kraftangan, pau telur masin dan sebagainya. Orang ramai ujarnya dialu-alukan
hadir untuk produk-produk Temburong memeriahkan Ceria.
sama-sama melihat dari MPMK Daerah selain sama-sama Program Bandarku
PENGUSAHA KZ Meliponines Paradis, Haji Kariya bin Haji Sulong dan isteri, Hajah Zeliha binti Haji Abdul Rahman.
AWANG Nayan bin Haji Kamis penjual Popia Basah... sambutan orang ramai untuk sama-sama memeriahkan Program Bandarku Ceria adalah sangat menggalakkan.
AMPUAN Noorirawaty binti Ampuan Haji Razid dari Jabatan Daerah Temburong.... MPMK turut mempromosikan produk-produk mereka.
NASIONAL
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
7
Mantan Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah diraikan
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman ketika hadir pada Majlis Penghargaan Mantan Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Mengalu-Alukan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Baru dan Tazkirah Sempena Awal tahun Hijrah bertempat Dewan Serbaguna, Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jalan Stoney,
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 22 Oktober. - Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Majlis Penghargaan bagi mantan Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Mengalu-alukan Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Baharu diselajurkan dengan Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1438. Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama
Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Salim bin Haji Besar. Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud, Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Hakim-Hakim Syar'ie, pegawai-pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah. Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Awang Haji Hassan bin Haji Metali menjelaskan, majlis diungkayahkan dalam satu majlis yang sederhana namun ianya sangat besar maknanya kepada pihak mahkamah. Menurutnya, ini adalah kerana yang diraikan adalah mereka yang telah
banyak menyumbang secara langsung dalam bidang kehakiman di Mahkamah-Mahkamah Syariah. Beliau berkata, Yang Berhormat Pehin mantan Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah adalah antara orang yang pertama dilantik sebagai Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah sejak penubuhan MahkamahMahkamah Syariah pada 1 Muharam 1422 Hijrah bersamaan dengan 26 Mac 2001 Masihi sehingga pada 25 Mac tahun ini. "lni bermakna tempoh berkhidmat Yang Berhormat Pehin sudah sama umur dengan Mahkamah-Mahkamah Syariah pada tahun ini, iaitu 15 tahun sempena penubuhannya. Sepanjang tempoh tersebut kaola berkeyakinan
ada pengalaman yang berguna yang dapat dikongsikan sepanjang mendengar kes-kes rayuan dan juga semakan," ujarnya pada majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jalan Stoney, di sini Beliau menambah, Yang Berhormat Pehin juga telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie bermula pada 20 Mac 2008 sehingga 22 Oktober 2015 dan sepanjang Yang Berhormat Pehin mempengerusikan jawatankuasa tersebut telah banyak menyumbang idea dan pandangan yang bernas dalam jawatankuasa ke arah meningkatkan lagi mutu kepeguaman syarie di Mahkamah-Mahkamah Syariah. Tambahnya, atas sumbangan Yang Berhormat Pehin di sepanjang berkhidmat sebagai Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, bagi pihak Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Ketua Hakim Syarie dan warga Mahkamah-Mahkamah Syariah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Beliau seterusnya menambah, manakala Yang Arif Dato Seri Setia Awang Haji Tassim bin Haji Akim yang telah dilantik sebagai Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah mulai 1 April 2016 merupakan salah seorang tokoh perundangan yang telah banyak menyumbang dalam bidang perundangan syara' di negara. Jelasnya lagi, lantikan Yang Arif Dato pada hemat mahkamah adalah tepat dan bersesuaian lebih-lebih lagi dalam pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 di mana selain itu juga Yang Arif Dato
adalah antara mantan Kadi Daerah yang pernah bertugas di beberapa Mahkamah Kadi di negara ini. Dengan kebolehan dan kepakaran Yang Arif Dato katanya, pihak mahkamah berharap dan berdoa semoga Yang Arif Dato dapat pula menyumbangkan bakti dalam bidang kehakiman di Mahkamah-Mahkamah Syariah dan dapat memberi tunjuk ajar kepada Pegawai-pegawai Kehakiman di mahkamah. Beliau seterusnya berkata, pihak mahkamah telahpun menyusun satu program pada setiap bulan dengan mengadakan tazkirah kepada semua pegawai dan kakitangan mahkamah yang disampaikan oleh seorang pegawai yang dibuat secara berjadual di mana penyampai tazkirah diberikan peluang untuk memilih mana-mana tajuk yang sesuai untuk disampaikan dalam tazkirah tersebut. Katanya lagi, program hanya mengambil masa selama 45 minit sahaja bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 9.15 pagi pada setiap hujung bulan. "Pihak mahkamah yakin walaupun tempoh tazkirah yang disampaikan pendek tetapi ianya sangat berfaedah kepada hadirin yang mendengar tazkirah tersebut dan sebagai satu motivasi. Ini adalah kerana pegawai-pegawai yang menyampaikan tazkirah tersebut terdiri daripada hakim-hakim, pendaftar-pendaftar dan pegawaipegawai mahkamah yang berkebolehan yang tidak diketahui dan tidak disedari bakat mereka oleh orang luar," jelasnya. Majlis berkenaan diteruskan dengan penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Ketua Hakim Syar'ie kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.
Landasan menuju pelaksanaan perintah hukuman jenayah syariah
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman ketika semasa menerima cenderahati penghargaan daripada Ketua Hakim Syar'ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 22 Oktober. - Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman berkata, kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah sebagaimana baginda mempunyai wawasan dalam perkara itu. Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, melalui Majlis Agama Islam bersama jentera agensi-agensi kerajaan, kehakiman dan Pejabat Peguam Negara, Unit Perundangan Islam, mahkamah, pihak polis dengan pihak penguasa, penguasa syariah akan bekerja ke arah itu dengan sebaikbaiknya, ''Kita adalah dalam landasan menuju
ke arah pelaksanaan dan insyaaAllah dengan kerjasama yang rapat semua agensi kerajaan kerana perintah hukuman jenayah syariah itu bukanlah ia dilihat satu produk undang-undang syariah yang berasingan tetapi adalah produk undang-undang negara. Dan ia adalah law of the land. Dan kerana itu kitani di Brunei unik dengan perkara ini dengan berkat kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengenai perkara ini,'' ujar Yang Berhormat pada Majlis Penghargaan mantan Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Mengalu-alukan Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Baharu dan Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1438. Menurut Yang Berhormat, kita dalam kumpulan orang perkhidmatan ugama dan kita harus ingat bahawa dalam perkhidmatan ugama sejarahnya adalah satu bumbung iaitu Jabatan Hal Ehwal Ugama kemudian
ditubuhkan Jabatan Darul Ifta diletakkan di Jabatan Perdana Menteri, kemudian ada lagi Jabatan Kehakiman Negara yang di dalamnya termasuk Mahkamah-Mahkamah Syariah. Tambah Yang Berhormat, semua ini perkembangan yang sangat menyenangkan bagi Brunei Darussalam dan perkembangan yang menyatakan tentang hakikatnya, bahawa perkhidmatan ugama itu bukanlah suatu yang berada di bahagian yang lain dalam perkhidmatan kerajaan di mana ia adalah perkhidmatan yang berada di tengah-tengah atau 'main stream' perkhidmatan kerajaan. ''Termasuklah undang-undang dalam hal ini, dan ini membuktikan bahawa kitani unik dalam melaksanakan perkara ini, tinggal lagi kita orang ugama yang terlatih disiplin iaitu banyak pendapat dan berfikir ke hadapan mengandaikan hipotesis-hipotesis dan sebagainya, satu disiplin yang baik. Yang mengikut pengalaman saya itulah yang menjadikan saya seperti sekarang ini. Disiplin sedemikian itu,'' ujar Yang Berhormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jalan Stoney di sini. Yang Berhormat menambah, adalah penting kita sebagai orang ugama dalam perkhidmatan ugama di mana juga kita berada kita memegang disiplin untuk tidak membawa-bawa orang awam dalam perkara khilafiyah ugama. Terdahulu Yang Berhormat melahirkan rasa sangat beruntungnya dalam 15 tahun yang lalu, kerana Yang
Berhormat terus dilantik ke panel hakim dengan tidak mempunyai latar belakang kehakiman dan kerana itu alhamdulillah Yang Berhormat mendapat pelajaran di sana dan di sepanjang perkhidmatan di mana-mana ditugaskan akan mendapat pengalaman dan pengetahuan dan di sana sedaya upaya Yang Berhormat akan menyumbangkan apa yang terdaya dan sesuai munasabah. Jelas Yang Berhormat, pada keseluruhannya kesannya ialah dari segi mahkamah kita cukup mempunyai kesediaan, hakim-hakim yang terlatih, berilmu dan yang penting mempunyai kewibawaan tetapi dalam masa kita mengembangkan sistem kehakiman syariah, kita memerlukan pengamal-pengamal undang-undang yang mengetahui undang-undang syariah. Yang Berhormat berkata, di situlah cabaran yang paling besar untuk mengembangkan pengama undang-undang sebanyak mana yang mungkin dan sebanyak mana pula pengalaman-pengalaman mereka untuk dikumpulkan menjadi pemangkin kepada perkembangan mahkamah syariah seterusnya. Dalam konteks inilah, mengenai pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013, kita lebih banyak bergerak mengikut landasan yang sebenarnya untuk mempersiapkan keperluan-keperluan yang benar-benar dapat menjamin dan meyakinkan kita melaksanakan perintah tersebut dalam keadaan yang sempurna. Tambah Yang Berhormat, yang penting adalah pelaksanaan dan kita sangat rasional untuk menjadikannya
sebagai suatu yang berjalan lancar, tidak menimbulkan sebarang gejolak-gejolak dan ini banyak bergantung kepada persiapanpersiapan di mana sejauh ini persiapan yang telah dirancangkan dan dilaksanakan sekira-kira apa yang dilihat yang diperlukan dalam pelaksanaan itu beberapa tahun dahulu melalui jawatankuasanya sudah ada. Namun kata Yang Berhormat lagi, dalam checklist yang dihadapi ada beberapa perkara lagi yang memerlukan dipenuhi keperluankeperluan untuk persiapan itu, memerlukan untuk dipertajam atau ditambahkan umpamanya dari segi kemahiran pendakwaan, kemahiran penguatkuasaan dan keutuhan atau kekukuhan mahkamah.
KETUA Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Awang Haji Hassan bin Haji Metali semasa memberi ucapan alu-aluan pada majlis tersebut.
8
SUKAN
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
Lebih 280 sertai MKM Fun Run Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
BERAKAS, Ahad, 23 Oktober. Lebih 280 peserta menyertai Larian Amal MKM Fun Run anjuran Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM). Larian yang bertema Sweat For Charity ini antara lain bertujuan untuk mengumpul sumber kewangan MKM di mana hasil dari bayaran penyertaan akan disumbangkan kepada golongan kurang berkemampuan dan warga emas melalui projek-projek serta aktiviti-aktiviti yang diungkayahkan. Selain itu, larian tersebut juga dihasratkan untuk menyuntik semangat keprihatinan dan pemedulian orang ramai terhadap golongan berkenaan di negara ini. Larian yang bermula dan berakhir di Stadium Negara Hassanal Bolkiah itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu bagi para peserta lelaki sejauh 5 kilometer, manakala para peserta wanita sejauh 2.5 kilometer. Pelepasan peserta disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku tetamu kehormat. Sebelum larian bermula, para peserta melakukan senaman Zumba sebagai sesi pemanasan badan. Turut menyertai larian ialah Setiausaha Tetap KKBS, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Awangku Mohd. Mazni bin Pengiran Saifudin dan Dayang Nurul Nawwarah binti Mohd. Noor masing-masing menjuarai larian tersebut bagi Kategori 5 Kilometer dan 2.5 Kilometer. Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh tetamu kehormat dan Setiausaha Tetap KKBS. Yang Dipertua MKM, Datin Paduka Hajah Intan binti Haji Mohd. Kassim dalam kenyataannya, merakamkan
setinggi penghargaan terima kasih kepada pihak-pihak berkenaan khususnya syarikat-syarikat dan firma-firma swasta serta pihak individu dan ahli jawatankuasa kerja, juga penyumbang yang bermurah hati dalam memberikan sokongan bagi menjayakan MKM Fun Run. "Syukur Alhamdulillah, penyertaan bagi acara larian amal MKM Fun Run adalah menggalakkan, yang mana ini memberi inspirasi kepada MKM untuk terus melakukan lebih banyak kerja-kerja amal dan kebajikan khususnya dalam membantu golongan kurang berkemampuan di negara ini," jelas beliau. Sementara itu, Dayang Nurul Nawwarah, ketika ditemui, berpendapat larian amal berkenaan merupakan usaha yang baik dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai MKM. Menurutnya, dengan pendedahan
SEBELUM larian Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) Fun Run bermula, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof bersama para peserta melakukan senaman zumba sebagai sesi pemanasan badan.
tersebut, menambahkan minat orang ramai untuk menyertai pertubuhan kebajikan itu. MKM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bergiat aktif dalam kerja-kerja sukarelawan. MKM telah membantu sekitar 58 keluarga sejak ia ditubuhkan pada tahun 2009. Antara golongan-golongan diberi perhatian oleh MKM terdiri daripada warga-warga emas yang ditinggalkan bersendiri serta memerlukan bantuan bagi menyara kehidupan seharian
mereka; kaum wanita atau isteri yang menjadi mangsa penderaan dan orang kurang upaya yang ditinggalkan oleh anggota keluarga mereka. MKM juga telah menganjurkan beberapa projek pembangunan seperti memperkenalkan latihan kemahiran kepada ibu tunggal; membantu keluarga yang memerlukan bagi memulakan perniagaan sendiri melalui pembiayaan mikro dan bimbingan perniagaan. Pada tahun 2013, MKM telah melancarkan Klinik Khidmat Nasihat
dan Guaman yang diadakan setiap hari Rabu bermula jam 7.00 pagi hingga 9.30 malam bagi memberikan khidmat nasihat tentang perkara-perkara kebajikan serta undang-undang. Di samping itu, MKM juga bekerjasama dengan firma guaman Tetuan Yusof Halim & Partners bagi memberikan kupon makanan kepada pelajar-pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di beberapa buah sekolah rendah di Daerah Brunei dan Muara di bawah Skim Pengagihan Fidyah.
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan hadiah kepada pemenang MKM Fun Run.
PELEPASAN peserta MKM Fun Run bagi Kategori Perempuan 5 Kilometer oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
DAYANG Nurul Nawwarah, ketika ditemui, berpendapat larian amal berkenaan merupakan usaha yang baik dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai MKM.
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
AGAMA
9
10
SUKAN
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
Ekspedisi Berbasikal 2016 galak amalan hidup sihat
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah (baju putih ); Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi (baju kuning di hadapan) bersama orang ramai dalam Ekspedisi Berbasikal sejauh 56km sempena Ulang Tahun Ke-18 Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB),Tutong.
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman TUTONG, Ahad, 23 Oktober. - Lebih 700 orang yang pengemar aktiviti berbasikal menyertai Ekspedisi Berbasikal 2016 yang diadakan buat julung kalinya oleh Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong dengan kerjasama Tutong Cycling Team. Dua laluan berbeza telah dikhaskan bagi acara ekspedisi berbasikal tersebut iaitu laluan Ekspedisi A (20 Kilometer) dan laluan Ekspedisi B (56 Kilometer). Hadir menyertai dan seterusnya memeriahkan lagi suasana ekspedisi berbasikal bagi laluan Ekspedisi B ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi; Setiausaha Tetap di JPM, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Juanda bin Haji Abdul Rashid dan
Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar) Kementerian Kesihatan, Dr. Awang Hazri bin Haji Kifle. Pada acara tersebut, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Dr. Haji Zakaria bin Haji Serudin menyempurnakan perlepasan laluan Ekspedisi A dan B. Antara yang menyertai laluan Ekspedisi A ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adanan bin Haji Adam, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan orang perseorangan. Juga hadir, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Maslina binti Haji Mohsin. Laluan Ekspedisi A yang berjarak lebih kurang 20km telah bertolak dari jam 7.30 pagi yang mana laluannya bermula dari kawasan lapang pentas perayaan Daerah Tutong (berdepanan dengan bangunan Pusat Pengasingan Kebangsaan Tutong) menuju ke
Lebuhraya Tutong dan seterusnya melintasi beberapa buah kampung sebelum kembali semula ke Hospital PMMPMHAMB. Para peserta juga mengambil kesempatan untuk singgah berhenti seketika di hadapan kawasan Sungai Tutong di Pekan Tutong untuk berehat dan bergambar ramai. Manakala laluan Ekspedisi B pula berjarak lebih kurang 56km yang mana peserta yang mengikuti laluan ini mula bergerak dari kawasan lapang pentas perayaan Daerah Tutong pada jam 6.30 pagi dan menghala ke Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien melalui lebuhraya Muara-Tutong, lebuhraya Tungku, melintasi beberapa jalan seperti Jalan Perdana Menteri dan Jalan Sultan, dan akhirnya menamatkan perjalanan di taman berkenaan untuk memeriahkan lagi suasana acara 'Bandarku Ceria, Hari Tanpa Kereta' di Bandar Seri Begawan. Para peserta juga mengambil kesempatan untuk singgah berhenti seketika di Kawasan Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam untuk
berehat dan bergambar ramai bukan sahaja sesama peserta ekspedisi, malah juga bersama peserta-peserta yang menyertai UBD Convo Run and Cycle 2016. Di penghujung destinasi laluan B, para peserta telah dianugerahkan sijil penyertaan khas bagi laluan Ekspedisi B sebagai tanda pencapaian yang telah dilakukan. Ekspedisi yang bertemakan 'Riadah Berbasikal Untuk Kesihatan' adalah bersempena dengan memperingati Sambutan Ulang Tahun Ke-18 pembukaan rasmi Hospital PMMPMHAMB yang mula beroperasi pada 11 Ogos 1998, di samping menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memberikan peluang kepada orang ramai untuk bergiat dalam aktiviti sukan dan samasama mendokong visi Kementerian Kesihatan 'Ke Arah Warga Sihat'. Acara pag itu turut diadakan bagi memperingati sambutan hari-hari penting dalam kalendar Kesihatan Sedunia bagi bulan Oktober seperti Bulan Kesedaran Kanser Payudara (1 - 31 Oktober), Hari Penglihatan
Sedunia (9 Oktober), Hari Kesihatan Mental Sedunia (10 Oktober) dan Hari Osteoporosis Sedunia (20 Oktober). Dalam pada itu pelbagai aktiviti lain juga diadakan di kawasan lapang pentas perayaan daerah ini, selain aktiviti ekspedisi berbasikal, aktiviti pemeriksaan kesihatan, kutipan tabung kebajikan perubatan, penyampaian sijil penghargaan kepada para penyumbang acara dan cabutan hadiah bertuah. Awang Haji Ahmad Mahyuddin bin Dato Paduka Haji Abdul Wahab, 53 semasa diwawancara menjelaskan beliau berasa gembira kerana bagi Ekspedisi Berbasikal 2016, beliau bersama 20 orang lagi telah dilantik sebagai Pengawas (marshall) bagi mengawasi pergerakan peserta-peserta yang menyertai ekspedisi berbasikal kali ini. Sementara itu, bagi Awang Haji Aminuddin bin Haji Abdul Karim, salah seorang peserta Ekspedisi Laluan A menjelaskan beliau bersama 15 ahli Ekspedisi Berbasikal Sukarelawan Tutong menyertai ekspedisi ini bagi menimba pengalaman. Jelasnya, mereka sering menyertai ekspedisi berbasikal yang dikendalikan di daerah ini. Menyentuh mengenai latihan berbasikal pula, mereka menjalani latihan pada hari kelepasan awam dalam 30-45 minit untuk memantapkan kecergasan dari segi fizikal dan mentaliti mereka.
HAJI Ahmad Mahyuddin bin Dato Paduka Haji Abdul Wahab.
PEMANGKU Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam (dua dari hadapan) menyertai sama Ekspedisi Berbasikal sempena Ulang Tahun Ke-18 Hospital PMMPMHAMB.
SEORANG peserta ekspedisi berbasikal Haji Aminuddin bin Haji Abdul Karim.
NASIONAL
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
11
Ahli pertubuhan SBD FF diraikan di Majlis Khatam Al-Quran
PESERTA Majlis Khatam Al-Quran Salam Berkah Darussalam Famili Fillah dalam sesi bergambar ramai bersama tetamu-tetamu kehormat.
Oleh: Rohani Haji Abdul Hamid. Foto: Haji Mohd. Ariffin Mohd Noor MADANG, Ahad, 23 Oktober. Lebih 50 orang peserta 'Salam Berkah Darussalam Famili Fillah' (SBD FF) petang ini menyertai Majlis Khatam Al-Quran sempena ulang tahun pertama perkumpulan tersebut yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Madang di sini.
Hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Penolong Pengarah Pusat Da'wah Islamiah, Ustaz Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar. Majlis bermula dengan bacaan Surah Al Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh tetamu kehormat disusuli dengan bacaan surah-surah lazim dan kemudiannya bacaan
Asma'ul Husna dan doa khatam dan diserikan dengan Dikir Asraqal Badru Alayna dipersembahkan oleh peserta yang dikhatamkan. Majlis diteruskan dengan doa tahlil dan penyampaian sijil kepada peserta yang diraikan. Antara tujuan majlis diadakan adalah untuk menggalakkan peserta membaca Al-Quran dan seterusnya menjadikan budaya membaca sebagai aktivi dalam kehidupan seharian selain memperbanyakkan amal ibadah yang mulia menerusi pembacaan Al-Quran.
Agama Islam jadi pilihan dua warga Filipina
PENGETUA Pusat Sejarah, Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar antara yang menyaksikan Majlis Pengislaman Awang Abdul Kareem Rafi David warga Filipina bertempat di rumah Yang Berhormat Pehin Kampung Mabohai, Bandar Seri Begawan.
Oleh: Saerah Haji Abdul Ghani Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 Oktober. - Festival Korea 2016 yang mengambil tempat di Pusat Membeli Belah Times Square yang bermula 21 Oktober lepas berakhir malam ini. Malam akhir festival ini dipenuhi dengan beberapa aktiviti yang menyeronokkan termasuk memasak dan membuat demonstrasi, tarian KKC K-Pop dan permainan tradisional Korea (Dak-Ssaum). Festival juga turut diserikan dengan persembahan pameran Art Sand yang mempamerkan hubungan dua hala yang baik antara Brunei Darussalam dan Korea, di samping persembahan K-Tigers dan demo bersama orang ramai. Acara kemuncak malam akhir festival ialah cabutan bertuah yang mana 39 hadiah telah diberikan iaitu 20 cabutan bertuah dan 19 cabutan bertuah bagi hadiah utama. Pemenang hadiah utama (Grand Prize), Goh Zi Hua memenangi dua tiket penerbangan ke Korea yang
ditaja oleh Pan Bright Travel Agency, tempat kedua disandang oleh Awang Haji Abdullah bin Haji Daud manakala Dayang Nurul Hanizah binti Sani memenangi hadiah ketiga yang mana masing-masing membawa pulang satu tiket ke Korea ditaja oleh Freme Travel and Anthony Tours. Turut menjadi penaja bagi hadiah-hadiah cabutan bertuah ialah Cuckoo, Parvati, The Face Shop, DMK Korean Food dan K.Food. Festival dianjurkan bersama oleh Kedutaan Republik Korea, Times Square Shopping Centre dan Korean Foundation (KF). Sementara itu, Times Square juga akan mengadakan Let’s GO America pada 28 hingga 30 Oktober ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, orang ramai boleh melayari laman web tsqbrunei.com atau dengan hanya mengikuti Times Square Shopping Centre di Facebook dan Instagram.
DI BILIK berasingan Lorna Anlocotan Juliano juga warga Filipina melafazkan ikrar Islamnya dan memilih nama Islam beliau iaitu, Dayang Maimunah Anlocotan.
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 Oktober. - Agama Islam telah berjaya menambat hati dua warga Filipina apabila keduanya telah melafazkan ikrar Islam mereka dan menerima Islam sebagai pegangan hidup. Rafael Bacani David dan Lorna Anlocotan Juliano sempurna melafazkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan Pengetua Pusat Sejarah, Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar di kediamannya di Kampung Mabohai di sini. Kedua saudara baru itu masingmasing dikenali sebagai Abdul Kareem Rafi David dan Maimunah
Tiga pemenang terima tiket penerbangan ke Korea
Anlocotan. Abdul Kareem, 27, ketika ditemui berkata sifat ramah dan kesopanan orang Islam serta kelakuan seperti sayang-menyayangi antara satu sama lain membuatkannya tertarik memilih Islam sebagai hala tuju hidupnya akan datang. Walaupun baru bertugas di negara ini dalam tujuh bulan, namun ayah kepada dua anak perempuan itu sangat terpegun dengan cara hidup masyarakat Islam di negara ini. Mula mengenal mengenai Islam sejak berumur 12 tahun dan beliau adalah orang pertama mula memeluk Islam dalam keluarganya. Sementara ibu tunggal, Maimunah Anlocotan, 57, merasakan satu ketenangan dan kegembiraan dalam ugama yang akan membimbingnya
ke jalan yang benar. Beliau yang dibesarkan di salah sebuah daerah di Mindanao yang merupakan kawasan masyarakat Islam memberikannya sedikit pengetahuan mengenai agama yang dipilihnya sekarang ini. Maimunah sangat suka dan selesa dengan penampilan barunya dengan pakaian menutup aurat dan berhijab (tudung) walaupun pertama kali baginya. Kedua mereka memeluk Islam adalah keizinan hati mereka sendiri dan bukan atas sebab lain atau dipaksa oleh sesiapa pun. Para saudara baru diraikan dengan menabur bunga rampai dan bersalaman bersama para jemputan yang hadir. Statistik kemasukan saudara baru tahun ini sehingga September dicatatkan seramai 380 orang termasuk 199 orang bagi Daerah Brunei-Muara.
ANTARA peserta yang bertuah memenangi dua tiket ke Seoul, Korea.
12
HARIHARI ISNINISNIN 24 OKTOBER 2016 2015 PELITA BRUNEI 27 OKTOBER
W:84.56pt H:29.157pt Grafik : Foto-Pelita : logopelitamaskhea
13
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016 PELITA BRUNEI HARI ISNIN 27 OKTOBER 2015
Kebawah DYMM berkenan kurniakan ijazah dan sijil kepada graduan UNISSA Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor, Masri Osman, Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berkenan mengurniakan Doktor Falsafah Syari'ah kepada Awang Haji Mohammad Aidil Yusrie bin Haji Shari.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 22 Oktober. - Seramai 219 graduan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerima ijazah dan sijil dalam pelbagai bidang dan peringkat pengajian pada Majlis Hafl Al-Takharruj Keenam berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas. Berangkat mengurniakan ijazah dan sijil berkenaan ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Juga berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro-Canselor UNISSA.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan Sijil Sistem Keadilan Jenayah Syari'ah kepada seorang pengamal undang-undang di negara ini. (kiri). Sementara gambar kanan baginda berkenan mengurniakan ijazah kepada graduan UNISSA.
KEJAYAAN para graduan dikongsi sama oleh para keluarga graduan UNISSA yang hadir di Majlis Hafl Al-Takharruj Keenam yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
Keberangkatan Kebawah DYMM di sini dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman yang juga selaku Pengerusi Majlis UNISSA dan Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal. Sejurus keberangkatan tiba, selawat dan qasidah (dikir) 'Ahlan Bikum Sultana' berkumandang mengiringi perarakan masuk Kebawah DYMM dan DYTM ke Dewan Plenari dan diikuti Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'. Hafl Al-Takharruj diimarahkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran iaitu Surah Faatir ayat 29 hingga 35, dibacakan oleh graduan program Sarjana Muda Syariah Fiqh dan Usul, Awang Mohammad Dini bin Haji Morsidi manakala bacaan Al-Hadith Al-Nabawi, disampaikan oleh graduan Sarjana Muda Bahasa Arab, Awang Mohammad Fakrul Amirin bin Ismail sementara inti sari ayat Al-Quran berserta Al-Hadith dibacakan oleh graduan Program Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Perundangan Syariah, Awang Mohd. Kamal Ariffin bin Ismail. Pada majlis itu, Kebawah DYMM berkenan mengurniakan titah dan seterusnya menyempurnakan pengurniaan ijazah dan sijil kepada para graduan kali ini. Sementara itu, Rektor UNISSA juga menyembahkan sembah alu-aluan dan kemudiannya memaklumkan penerima- penerima Pingat dan Hadiah Buku Universiti serta para penyumbang sempena Hafl Al-Takharruj Ke-6 ini. Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM dan DYTM juga berkenan mengabadikan kenangan bergambar ramai bersama para graduan. Hafl Al-Takharruj tahun ini menyaksikan dua graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah, 28 graduan Ijazah Sarjana, sembilan penerima Program Diploma Perundangan Islam dan Guaman Syari'e, 12 penerima Diploma
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan ijazah kepada graduan UNISSA (kiri) dan mengurniakan Sijil Sistem Keadilan Jenayah Syariah kepada pegawai pengamal udang-undang (kanan).
KEBAWAH DYMM, Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berkenan bergambar ramai bersama Ahli-ahli Senat UNISSA pensyarah dan ahli-ahli akademik UNISSA.
Lepas Ijazah, 94 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda, 36 Ijazah Khas Hafaz Al-Quran 30 Juzuk, lima Ijazah Diploma Tertinggi Kebangsaan dan 33 penerima Sijil Barnamij al-Tarqiyah (Program Peningkatan) dan Sijil Sistem Keadilan Jenayah Syariah.
Dari jumlah tersebut, Fakulti Syari'ah dan Undang-Undang buat julung-julung kalinya telah melahirkan seramai sepuluh graduan yang pertama berjaya mengikuti Program Dwi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Perundangan
Syari'ah (LL.B dan BSL) yang mengambil masa pengajian selama lima tahun dan juga 26 graduan Program Sijil Sistem Keadilan Jenayah Syari'ah yang mendapat sambutan daripada para pengamal undang-undang di negara ini. Kedua program itu adalah
sebagai platform pengajian serta pemangkin ke arah memantapkan lagi usaha negara dalam pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013. Selain itu, UNISSA dengan kerjasama Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah buat
julung kalinya menganugerahkan 36 graduan bagi menerima Ijazah Khas Hafaz Al-Quran 30 Juzuk. Pengurniaan itu adalah atas kesedaran bahawa para huffaz di negara ini perlu diberikan pengiktirafan dan penghargaan yang sewajarnya kepada mereka.
KEGEMBIRAAN jelas terbayang daripada para graduan yang menerima ijazah dan sijil pada Majlis Hafl Al-Takharruj Keenam Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
14
JAWATAN KOSONG / IKLAN
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PERINTAH ACARA MAL MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH, 2005 SAMAN GANTIAN DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI DAERAH BRUNEI DAN MUARA DALAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Saman No. BM/MRS/MAL-B/S010A/651/08-2016 DI ANTARA STI NOORIZAWATI BINTI MOHD SALLEH Plaintif / Pemohon DAN RAHIM BIN HAJI TUAH Defendan / Responden KEPADA :RAHIM BIN HAJI TUAH NO. KAD PENGENALAN : 01-061074 (KUNING) BERALAMAT : NO.42, SIMPANG 186, JALAN TANJUNG SELASIH, RPN TERES PANCHOR MENGKUBAU, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. KAMU adalah dengan ini disaman supaya hadir secara sendiri atau melalui Peguam Syarie kamu di hadapan Mahkamah Rendah Syariah di Daerah Brunei dan Muara, pada Rabu, 2hb Safar 1438H / 2 November 2016M pada pukul 9.00 pagi untuk menjawab tuntutan terhadap kamu oleh plaintif yang dinamakan di atas, bagi Pembubaran Perkahwinan Secara Fasakh dan Hak Penjagaan Anak. Sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingkar hadir di mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan, mahkamah boleh meneruskan untuk mendengarkan dan memutuskan kes tanpa kehadiran kamu. Dan sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingin membela diri terhadap tuntutan tersebut, kamu hendaklah memfailkan di mahkamah ini dan menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang disebut di atas atau hadir di mahkamah pada tarikh itu. Bertarikh : 11 Muharam 1438 H / 12 Oktober 2016 M
(METERAI) Mahkamah Rendah Syariah Daerah Brunei dan Muara Negara Brunei Darussalam.
IKLAN
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
15
JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI TAWARAN adalah dipelawa bagi : Tajuk Projek : Kerja-Kerja Pembekalan, Pemasangan dan Uji Cuba Paip Angin Tekanan Tinggi (High Air Pressure Piping) dari Compressor ke Mesin-Mesin Percetakan di Bangunan Cawangan Percetakan Keselamatan Bilangan : GP/ADM/RKN/03/2016 Tarikh tutup : 8 November 2016 (Selasa) tidak lewat jam 2.00 Petang Syarat-Syarat Tawaran : 1. Syarikat-syarikat yang berminat hendaklah mendapatkan dokumen tawaran dari : KAUNTER PENYAMBUT TETAMU BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGAN, BAY 1 JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Isnin hingga Khamis dan Sabtu 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 2.00 Petang hingga 4.00 Petang 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup (sealed) dengan menyatakan tajuk projek (di bahagian atas sampul surat berkenaan) tanpa menunjukkan nama syarikat dan ditujukan kepada : JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 3. Tawaran-tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga yang telah disediakan di Bahagian Pentadbiran, Tingkat 1, Bay 1, Jabatan Percetakan Kerajaan tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa,8 November 2016. 4. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan waktu yang dinyatakan di atas tidak akan dilayan. 5. Kerajaan Kawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalamtidak semestinya terikat atau menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran yang difikirkan tidak munasabah.
16
IKLAN
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
JABATAN KEHAKIMAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI 1. (BILANGAN SEBUT HARGA : JKN/BPB/2/2016) KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DI BANGUNAN MAHKAMAH-MAHKAMAH DAERAH TUTONG, BAGI TEMPOH ENAM (6) BULAN TARIKH TERAKHIR MENGAMBIL DOKUMEN : 26 OKTOBER 2016 TARIKH TUTUP HARI SELASA : 1 NOVEMBER 2016 TARIKH SESI PENERANGAN (INFORMATION DAY) TEMPAT BERKUMPUL KAWASAN LOBI TINGKAT BAWAH, BANGUNAN MAHKAMAH-MAHKAMAH DAERAH TUTONG PADA : 27 OKTOBER 2016 KHAMIS, JAM 9.30 PAGI SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA : 1. Sebut harga adalah dibukakan kepada pemborong / syarikat yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam dan mempunyai sijil Pendaftaran Akta Nama-Nama Perniagaan (Section 16 dan 17) yang sah. 2. Sebut Harga hendaklah dihadapkan dalam sampul surat yang tertutup rapi (sealed) dengan hanya menyatakan tajuk sebut harga yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dengan ditujukan kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Jabatan Kehakiman Negara Jabatan Perdana Menteri Pintu 'D' Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-Mahkamah Syariah Jalan Stoney Bandar Seri Begawan, BS8610 Negara Brunei Darussalam.
Sebut Harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang disediakan di Pintu 'D' Tingkat 1, Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-Mahkamah Syariah, Bandar Seri Begawan tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 1 NOVEMBER 2016. 3. Dokumen sebut harga boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran, Jabatan Kehakiman Negara, Tingkat 1, Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jalan Stoney, Bandar Seri Begawan, BS8610, Negara Brunei Darussalam dengan membawa resit bayaran resit bayaran bagi yuran sebut harga berkenaan. 4. Pemborong / syarikat yang ikut serta dikehendaki menghantar dokumen sebut harga dalam dua (2) salinan berserta dengan keterangan yang berkaitan dengan sebut harga dan salinan-salinan Sijil Pendaftaran Akta-Akta Nama Perniagaan (Certificate of Registration - Business Name Act) mestilah disertakan. 5. Sebut Harga-sebut harga yang lewat diterima dari tarikh dan waktu yang dinyatakan di atas tidak akan dilayan. 6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya terikat atau menerima sebut harga yang terendah atau lain-lain sebut harga yang tidak perpatutan. 7. Sebarang pertanyaan dan penerangan lanjut mengenai sebut harga ini bolehlah diperolehi dari Bahagian Bangunan, Jabatan Kehakiman Negara, Awang Haji Omar bin Haji Mohd. Daud melalui talian telefon : +673 2240331 / +673 8144285.
KEMENTERIAN KESIHATAN PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehi dari Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja, mulai Rabu, 5 Oktober 2016. Sila layari laman sesawang Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan bilangan tajuk tawaran serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Peti Tawaran, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan Commonwealth Drive Bandar Seri Begawan, BB 3910 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-tawaran hendaklah disediakan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah ditetapkan dan disediakan dalam dua (2) salinan termasuk salinan asal atau sepertimana yang dinyatakan. Dokumen dokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Selasa pada 1 November 2016. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan
tidak akan dilayan. 4. Yuran yawaran (tender fee) bagi tiap-tiap tawaran adalah seperti dinyatakan dan dikehendaki pembayaran dengan WANG TUNAI sahaja (dan yuran tawaran tidak akan dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat di Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan semasa waktu-waktu bekerja. Waktu Menerima Bayaran Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi 2.00 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling rendah atau lain-lain tawaran. 6. Tawaran adalah dibukakan kepada pemborong-pemborong dan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut : • Sijil pendaftaran perniagaan yang masih sahlaku dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. • Manakala bagi pemborong / pembekal yang menyertai tawaran ubat-ubatan (drug and
JABATAN PERBENDAHRAAN KEMENTERIAN KEWANGAN PEMBERITAHUAN SEBUT HARGA Bilangan Sebut Harga : JPKK/A/138 Q.20/2016 Tajuk Sebut Harga : MEMBEKALKAN 20,000 BUAH BUKU KUPON HOSPITAL $1.00 Tarikh Tutup / Jam : 7 November 2016 (Isnin), 9.00 Pagi Tempat Menghantar Sebut Harga : Peti Sebut Harga (Quotation Box) Jabatan Perbendaharaan Level 2, Tower Block Bangunan Kementerian Kewangan Commonwealth Drive Negara Brunei Darussalam.
Syarat-Syarat Penyertaan : 1. PEMOHON adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Negara Brunei Darussalam. 3. Borang tawaran hendaklah disertakan salinan SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat biasa yang tertutup (sealed envelope) menulis (dengan jelas) dengan menyatakan TAJUK & BILANGAN TAWARAN DAN TARIKH TUTUP tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti syarikat / pemborong. 4. Setiap borang tawaran hendaklah diisi dengan lengkap dan dicap syarikat menggunakan dakwat BIRU sahaja. 5. Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN SEBUT HARGA JABATAN PERBENDAHARAAN yang ditujukan kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA SEBUT HARGA JABATAN PERBENDAHARAAN TINGKAT 2, TOWER BLOCK BANGUNAN KEMENTERIAN KEWANGAN COMMONWEALTH DRIVE, BB3910 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 6. Tarikh akhir menghantar : 7 November 2016 (Isnin) sebelum jam 9.00 Pagi. 7. Setiap satu borang tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat. 8. Borang tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN.
medicine) mestilah mempunyai Lesen Racun yang sah Poison Act (Cap. 114). • Manakala bagi pemborong / pembekal yang menyertai tawaran bagi kerja-kerja pembangunan dan pendawaian elektrik mestilah mempunyai lesen pendaftaran yang masih sah dari Kementerian
Pembangunan. 7. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.
IKLAN
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
KEMENTERIAN PERTAHANAN TAWARAN MINDEF/DFA/RC/86 (5) MAINTENANCE SERVICES AND REPAIR OF VOLVO BRAND VEHICLE IN SERVICES WITH THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES, MINISTRY OF DEFENCE, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM - FIVE (5) YEARS CONTRACTS. BAYARAN TAWARAN : BND500.00 (tidak dikembalikan) SYARAT-SYARAT TAWARAN a. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Baharu Kementerian Pertahanan, Blok 'C', Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 22 NOVEMBER 2016. Dokumendokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Unit Tawaran (Blok 'D'), Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan pada hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula pada 19 OKTOBER 2016. b. Bayaran yuran tawaran (tender fee) hendaklah dibayar di Unit Kaunter, Bahagian Kewangan, Blok 'C', Tingkat 1, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Blok 'D', Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam. Waktu bagi menerima bayaran : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 2.00 Petang hingga 3.00 Petang Jumaat 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi
2.30 Petang hingga 3.00 Petang c. Pembekal adalah dikehendaki membayar semua yuran dokumen dan bayaran tawaran seperti yang diiklankan. Yuran tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bona-fide-tender). Kadar yuran tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran. d. Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah. e. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan. f. Salinan sijil pendaftaran perniagaan hendaklah disertakan bersama dengan menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemilik. g. Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. h. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan hendaklah ditutup rapi. Pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat, hendaklah dinyatakan rujukan dan tajuk tawaran serta catatan tarikh tutup tawaran ini. i. Iklan-iklan tawaran bolehlah dilihat melalui laman sesawang : http://www.mindef.gov.bn.
JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN
JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN REQUEST FOR PROPOSALS (RFP) DEPARTMENT OF AGRICULTURE AND AGRIFOOD, MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM (MPRT) Open Invitation for Proposals TO INVEST, DEVELOP, OPERATE AND PRODUCE FRUITS PRODUCTION IN AGRICULTURE DEVELOPMENT AREA, BATANG MITUS, TUTONG, BRUNEI DARUSSALAM Reference No. : MPRT/RFP/2016/12 THE Department of Agriculture and Agrifood, Ministry of Primary Resources and Tourism invites proposals from interested parties to invest, develop, operate and producefruit production in the designated area within Agriculture Area, Batang Mitus, Tutong, Brunei Darussalam. The objective of this project is : 1. To develop and produce profitable and sustainable fruits production within 121 hectares of Agriculture Area in Batang Mitus using high / advance technologies. 2. To increase production of Fruit Industry focusing on non seasonal fruit production. 3. To focus the production for the export market; and 4. To generate employment for locals. More detailed information and guidelines for submitting proposals will be provided in the Request for Proposals (RFP) document.
BILANGAN : 09/2016 TAWARAN bagi mempelawa pengusaha-pengusaha untuk menghadapkan permohonan bagi menyewa di Tapak-tapak Pertanian seperti berikut : TAPAK PERTANIAN : 1) Lot Batong 1 (Area A), Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Batong, Mukim Pengkalan Batu, Daerah Brunei dan Muara [Bagi perusahaan pengeluaran biji benih padi hybrid selama 10 tahun (20 musim) ] Borang-borang permohonan boleh didapati dari Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Lapangan Terbang Lama Berakas, BB3510 mulai RABU, 19 OKTOBER 2016 hingga RABU, 2 NOVEMBER 2016 dan tarikh akhir penghantaran borang-borang permohonan selewat-lewatnya RABU, 9 NOVEMBER 2016 sebelum 3.00 Petang. Waktu Mendapatkan Borang Permohonan Tapak Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi 1.45 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi Borang-borang permohonan yang lengkap dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dikembalikan dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan tajuk dan bilangan iklan serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemohon ke : UNIT KAWASAN KEMAJUAN PERTANIAN IBU PEJABAT JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS, BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Pegawai Projek : Dayang Khairunnisa binti Haji Omar / Dayang Bibi Khadizah binti Haji Rusli Telefon No. : +673 8762428 Dayang Masjuwita binti Haji Muhin Telefon No. : +673 8654504 Awang Muhd. Najib bin Zakaria Telefon No. : +673 8774261
To register for the RFP, interested parties should send an email to rfp@mprt.gov.bn with subject heading 'Proposal to Invest, Develop, Operate and Produce Fruits Production in Agriculture Area, Batang Mitus, Tutong, Brunei Darussalam', attaching information on the company, relevant experience as well as contact details. Detailed RFP document can be obtained Department of Agriculture and Agrifood, Ministry of Primary Resources and Tourism through e-mail rfp@mprt.gov.bn Completed proposals should be submitted to the address below not later than 3.00 Pm on Tuesday, 17 January 2017. Tender Box Ground Floor Ministry of Primary Resources and Tourism Jalan Menteri Besar Bandar Seri Begawan, BB3910 Negara Brunei Darussalam. For all correspondence, please contact : Agriculture Department Area Unit Department of Agriculture and Agrifood Ministry of Primary Resources and Tourism Old Airport, Brunei Darussalam Telephone No : +673 2388063 E-mail : rfp@mprt.gov.bn
JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA IKLAN TAWARAN PERKHIDMATAN KANTIN BAGI SEKOLAH UGAMA JABATAN PENGAJIAN ISLAM, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI TEMPOH 3 (TIGA) TAHUN DAERAH BRUNEI DAN MUARA
TAWARAN UNTUK MEMAJUKAN TAPAK-TAPAK BAGI PERUSAHAAN PERTANIAN KOMERSIAL DI KAWASAN KEMAJUAN PERTANIAN (KKP)
17
Bil Rujukan Tawaran: 1. KHEU/JPI/BBP3/K/13/06 Nama Sekolah Ugama: SEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI MUTAWIKKLAH HAYATUL BOLKIAH, KG SERUSOP, KAWASAN BRUNEI II A Bil Rujukan Tawaran: 2. KHEU/JPI/BBP3/K/17/06 Nama Sekolah Ugama: SEKOLAH UGAMA LAMBAK KANAN, KG PERPINDAHAN LAMBAK, KAWASAN BRUNEI II A Bil Rujukan Tawaran: 3 KHEU/JPI/BBP3/K/44/06 Nama Sekolah Ugama: SEKOLAH UGAMA BATU MARANG, KAWASAN BRUNEI II B TAWARAN PERKHIDMATAN KANTIN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA, JABATAN PENGAJIAN ISLAM, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA, BAGI TEMPOH 3 (TIGA) TAHUN PEMBERITAHUAN TAWARAN SYARAT-SYARAT, PANDUAN DAN MAKLUMAT : 1) SEBUT HARGA adalah dipelawa daripada Syarikat-Syarikat yang berdaftar terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2) Pemohon-pemohon yang berkhidmat dengan kerajaan atau syarikat-syarikat swasta yang berhubung kait dengan kerajaan seperti Brunei Shell Petroleum (BSP), Cold Gas (LNG), Royal Brunei Airlines (RBA) dan seumpamanya tidak akan diterima. 3) Pemohon hendaklah membawa bersama SALINAN SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 tersebut dan COP SYARIKAT semasa mengambil borang tawaran sebut harga. 4) Setiap pemohon hendaklah mengambil 1
(satu) borang sahaja. (Tidak boleh berwakil) 5) Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. 6) Pemohon-pemohon hendaklah terdiri daripada penduduk yang tinggal di Daerah tempat sekolah tersebut. 7) Borang sebut harga serta salinan SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat biasa yang tertutup (sealed envelope menulis dengan jelas TAJUK & BILANGAN TAWARAN DAN TARIKH TUTUP tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti syarikat / pemborong. 8) Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA yang ditujukan kepada :PETI SEBUT HARGA, BAHAGIAN KEWANGAN TINGKAT 1 KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA JALAN MENTERI BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Tarikh Akhir Mengambil borang Tawaran : (Hari Selasa) 1 Safar 1438H / 1 November 2016M Tarikh Akhir Menghantar : (Hari Rabu) 2 Safar 1438H / 2 November 2016M sebelum Pukul 2.00 Petang. 9) Setiap satu borang tawaran sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat. 10) Borang tawaran sebut harga yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN. 11) Berikut adalah masa-masa bagi mengambil borang-borang tawaran sebut harga:HARI ISNIN hingga KHAMIS 8.30 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 2.00 Petang hingga 3.30 Petang SABTU 8.30 Pagi hingga 11.00 Pagi 12) Borang-borang tawaran sebut harga boleh diperolehi di Bahagian Kewangan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Blok 2 I, Tingkat 4, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan BA1311, Negara Brunei Darussalam.
18
IKLAN
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
MAHKAMAH PEGAWAI WARIS KUALA BELAIT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS KUALA BELAIT SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/40/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh LIAW SIEW HONG kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh WONG CHENG SANG yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 27 Oktober 2016, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 10 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/47/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh SITI AMINAH BINTI WAHAB kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh FATAMAH BINTI HAJI ALI yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 27 Oktober 2016, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 10 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/56/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh AYOB BIN HAJI ZAINIP kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh SAEDAH BINTI HAJI JOHARI yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah SUAMI kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 27 Oktober 2016, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas.
Tarikh : 10 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/67/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAJI MOHD. AMIRRUDIN BIN AHMAD kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh AHMAD BIN ABD. WAHAB yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 27 Oktober 2016, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 10 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/71/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh NG KIM YUNG kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh PHANG MUI LEN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 27 Oktober 2016, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 10 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/76/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh ROHANI BINTI HAJI BUJANG kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh HAMIDON BIN HAJI MOHD. JAVI yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 27 Oktober 2016, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 10 Oktober 2016.
SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/77/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh SITI ROHAIDAH BINTI MOHD. KASSIM kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh SAIFUL SALLEHUDDIN BIN HAJI SEROJI yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 27 Oktober 2016, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 10 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/78/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh JULIANAH BINTI HAJI DULLAH kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh NAPIAH BIN HAJI NASIR yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 27 Oktober 2016, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 10 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/79/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh ASMAH BINTI IBRAHIM kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh ASNAN BIN AHMAD yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 27 Oktober 2016, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 10 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/80/2016
KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh DAYANG UNTONG BINTI ZAKARIA kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh ZAKARIA BINTI LAMUDIN @ LAMUDDIN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 27 Oktober 2016, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 10 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/81/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh DAYANG UNTONG BINTI ZAKARIA kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh JAWIAH BINTI SULAIMAN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 27 Oktober 2016, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 10 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/84/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh MOHIUDDIN ABDUL SALAM kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh RAHIMAH BINTI MOHAMAD KASSIM yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 27 Oktober 2016, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 10 Oktober 2016. (PG. SHAHYZUL KHAIRUDDIEN BIN PG. ABDUL RAHMAN) Timbalan Pegawai Waris Kuala Belait Negara Brunei Darussalam.
IKLAN
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
19
MAHKAMAH TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI DALAM MAHKAMAH TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BANDAR SERI BEGAWAN KEBANKRAPAN NO. 78 TAHUN 2015 BIBD AT-TAMWIL BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs METUSIN BIN IDRIS (BYIC NO. 00-006889) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 6 Ogos 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : METUSSIN BIN IDRIS No. 1, Spg. 25, Jalan Sekolah Rendah Penapar, Tutong, Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 13 April 2016. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 6 Ogos 2016. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 19 Oktober 2016, jam 9.15 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 19 Oktober 2016, jam 9.15 Pagi. Bertarikh : 27 September 2016. KEBANKRAPAN NO. 157 TAHUN 2015 BAIDURI FINANCE BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs 1. AK. JULAIHIDDEN BIN PG. HIDOP (BYIC NO. 00-267874) 2. SUZIANA BINTI JALUDIN (BYIC NO. 00-263377) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 4 Ogos 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : 1. AK. JULAIHIDDEN BIN PG. HIDOP 2. SUZIANA BINTI JALUDIN No. 6, Spg. 1316, Kampung Tanjung Bunut, Jalan Tutong, Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 29 September 2015. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 4 Ogos 2016. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi,
Mahkamah Besar pada 25 Oktober 2016, jam 9.00 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 25 Oktober 2016, jam 9.00 Pagi. Bertarikh : 26 September 2016. KEBANKRAPAN NO. 222 TAHUN 2016 BANK ISLAM BRUNEI DARUSSALAM BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs ANG SHIT HOCK (BYIC NO. 00-072921) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 10 September 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : ANG SHIT HOCK No. 33, Spg. 35, Jln. 3, Perumahan Kg. Rimba Gadong BE3119, Brunei Darussalam.
satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 3 November 2016, jam 9.30 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 3 November 2016, jam 9.30 Pagi. Bertarikh : 27 September 2016. KEBANKRAPAN NO. 582 TAHUN 2015 HSBC FINANCE BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs MOHAMMAD FAUZI BIN SAWALI (BYIC NO. 01-063132) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 8 September 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : MOHAMMAD FAUZI BIN SAWALI No. 102A, Kampung Kulapis, KM20, Jalan Tutong BG2521, Brunei Darussalam.
Tarikh Petisyen : 10 Ogos 2016. Tarikh Petisyen : 7 Februari 2016. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 10 September 2016. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 2 November 2016, jam 10.00 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 2 November 2016, jam 10.00 Pagi. Bertarikh : 27 September 2016.
NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 8 September 2016. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 27 Oktober 2016, jam 9.15 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 27 Oktober 2016, jam 9.15 Pagi. Bertarikh : 27 September 2016.
KEBANKRAPAN NO. 694 TAHUN 2015 HSBC FINANCE BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs MD. KHAIRULDDIN BIN MAIDIN (BYIC NO. 00-305027 / ARMY NO. 17683) … Penghutang Penghakiman / Penentang
KEBANKRAPAN NO. 355 TAHUN 2015 HSBC FINANCE (B) BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs ABU BAKAR BIN HAJI DAGANG (BYIC NO. 00-063424) … Penghutang Penghakiman / Penentang
NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 8 September 2016.
NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 12 September 2016.
Nama dan alamat terakhir diketahui : MD. KHAIRULDDIN BIN MAIDIN No. 35, Spg. 53, Kampung Beribi / Telanai, Gadong BE1118, Brunei Darussalam.
Nama dan alamat terakhir diketahui : ABU BAKAR BIN HAJI DAGANG No. 25A, Kampung Masin, Jalan Mulaut, Kilanas, Brunei Darussalam.
Tarikh Petisyen : 9 Ogos 2016.
Tarikh Petisyen : 25 Ogos 2016.
NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 8 September 2016.
NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 12 September 2016.
Notis adalah dengan ini diberikan bahawa
Notis adalah dengan ini diberikan bahawa
satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 29 Oktober 2016, jam 10.15 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 29 Oktober 2016, jam 10.15 Pagi. Bertarikh : 26 September 2016.
Semua si piutang-si piutang kepada nama penghutang yang tersebut di atas hendaklah menghadapkan borang-borang bukti hutang yang boleh diperolehi di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi dengan seberapa boleh. Semua hutang yang seharusnya dibayar kepada penghutang tersebut di atas hendaklah dihadapkan kepada Pegawai Penerima Rasmi, Tingkat Dua, Bangunan Mahkamah Besar, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Bagi membolehkan kamu mengundi di sana bukti-bukti kamu mestilah diserah simpan kepada saya tidak lewat dari 24 jam sebelum waktu yang ditetapkan bagi perjumpaan ini. Proksi-proksi yang akan digunakan di perjumpaan ini mestilah diserah simpan kepada saya tidak lewat dari 24 jam sebelum waktu yang telah ditetapkan bagi perjumpaan ini. Mana-mana pihak Pemiutang yang telah menyerahkan bukti, atau wakil-wakilnya yang diberi kuasa secara bertulis, bolehlah menyoal penghutang semasa pemeriksaan awam penghutang, mengenai dengan hal-halnya dan juga sebab kegagalannya.. Notis Mengenai Dividen Terakhir Nama Penghutang - Jeremy bin Awg. Isbah (00-252889) Alamat - No. 3, Spg. 14, Jalan Kebangsaan, Kg. Mabohai, BA1111, Negara Brunei Darussalam Mahkamah - Mahkamah Besar, Negara Brunei Darussalam Nombor Kebankrapan No.335 - 2013 Banyaknya bagi tiap-tiap satu ringgit - 100.00 sen Pertama atau terakhir selainnya - Terakhir Bila Kena dibayar - 19 Disember 2016 Di mana Kena Bayar - Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Tingkat 2, Mahkamah Besar, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Negara Brunei Darussalam. Notis Mengenai Dividen Terakhir Nama Penghutang - Mohammad Arteno bin Mohammad Johari (00-266056) Alamat No. 695, Kampong Sungai Besar, Jalan Kota Batu, BD2517, Negara Brunei Darussalam Mahkamah - Mahkamah Besar, Negara Brunei Darussalam Nombor - Kebankrapan No. 293 2013 Banyaknya bagi tiap-tiap satu ringgit - 100.00 sen Pertama atau terakhir selainnya - Terakhir Bila Kena dibayar 21 Disember 2016 Di mana Kena Bayar Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Tingkat 2, Mahkamah Besar, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Negara Brunei Darussalam. Timbalan Pegawai Penerima Rasmi Mahkamah Besar Negara Brunei Darussalam.
20
RENCANA
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
UNISSA lahirkan graduan ilmuwan agama Oleh : Noriah Haji Abdul Hamid Graduan Hafl Al-Takharruj Ke-6, Tahun 2016
U
NIVERSITI Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) sekali lagi melakar sejarah dengan berlangsungnya Hafl Al-Takharruj Kali-6 pada 22 Oktober 2016 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah berangkat bagi menyempurnakan penganugerahan ijazah dan diploma kepada seramai 219 orang para graduan terdiri daripada 112 orang graduan lelaki dan 106 orang graduan perempuan termasuk dua orang graduan dalam jurusan Doktor Falsafah Syariah. Hafl al-Takharruj kali pertama UNISSA telah di adakan pada tahun 2011 bagi seramai 74 graduan lepasan ijazah. Menigkut daripada statistik yang telah dikeluarkan oleh UNISSA sejumlah 263 orang jumlah graduan lepasan ijazah dari tahun 2011-2015 dicatatkan.
SEJARAH PENUBUHAN UNISSA UNISSA adalah universiti kedua di Negara Brunei Darussalam telah diitubuhkan pada 11 Zulhijjah 1427H bersamaan dengan 1 Januari 2007M dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negera Brunei Darussalam. Pada bulan Ogos 1997, UNISSA telah memulakan pengambilan pertama pelajarnya seramai 107 orang bagi sesi 2007/2008 dengan menawarkan program-program di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dan juga program Diploma Perundangan Islam dan Guaman Syari'e. Usaha untuk mengadakan pusat pengajian tinggi Islam di Negara Brunei Darussalam (NBD) telah bermula dengan penubuhan Institut Pengajian Islam (IPI) di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama pada tahun 1989 dan penubuhan Fakulti Pengajian Islam di Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada tahun 1993. Kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut kemudian dicantumkan pada tahun 1999 dan dikenali dengan nama Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (IPISHOAS) di bawah UBD. Memandangkan adanya keperluan dan keinginan untuk melihat terdirinya sebuah universiti Islam di NBD sepenuhnya, maka institut tersebut telah dijadikan asas bagi penubuhan UNISSA. ''Melahirkan insan yang berilmu dan bertaqwa'' adalah moto UNISSA yang mana mencerminkan betapa pentingnya mengambil berat bidang agama tanpa mengabaikan pendidikan agama melainkan terus mempertingkatkannya. Visinya pula adalah untuk menjadi sebuah universiti Islam tulen bertaraf antarabangsa yang progresif dan dinamik berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Untuk menanai misinya menjadi sebuah universiti yang bertaraf antarabangsa, UNISSA telah menyediakan program pengajian, penyelidikan dan pembinaan insan melalui kaedah-kaedah
holistik, berteknologi terkini selaras dengan perkembangan dunia bagi melahirkan graduan yang soleh, Mengeluarkan graduan yang soleh, berwibawa, berkualiti, berharga, kebolehpasaran dan berdaya saing yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. INSTITUT TINGGI ISLAM TULEN UNISSA adalah turut mementingkan kualiti dengan memastikan setiap program yang ditawarkan adalah merentasi semua disiplin ilmu berkenaan dan mengukuhkkan lagi penggunaan dan penguasaan Bahasa Arab dalam program-program yang ditawarkan sesuai dengan kedudukan Bahasa Arab sebagai Bahasa Al-Quran. Justeru itu UNISSA mempunyai potensi untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi Islam tulen yang unggul di arena antarabangsa lebih lagi dengan inisiatifnya memperkukuh dan memperkasakan Mazhab Syafi'e melalui kerjasama strategik di antara Universiti Al-Azhar dan Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi'e UNISSA. Kerjasama yang terjalin dengan Universiti Al-Azhar ini mampu untuk menjadikan UNISSA sebagai Hub bagi Penyelidikan Mazhab Syafi'e yang bukan hanya menjadi rujukan para ilmuwan di rantau ini malahan juga di peringkat antarabangsa. Kerjasama sebegini akan terus dilaratkan kepada universiti-universiti yang unggul di negara-negara lain yang meliputi pelbagai bidang ilmu bagi mengangkat menjadi sebuah pusat rujukan yang berprestij. Perkara ini juga antara faktor yang menyumbang kepada menarik minat pelajar-pelajar antarabangsa khususnya dari rantau Asia Tenggara memilih UNISSA sebagai destinasi mengikuti pengajian Islam dan Bahasa Arab sama ada program jangka pendek mahupun jangka panjang. Ini jelas terbukti bila mana seramai 44 orang graduan dari luar negara telah mengikuti pembelajaran di UNISSA pada tahun 2011-2015.
DR. Mohamad Aidil Yusrie bin Shari, Doktor Syariah. - Menyentuh mengenai perancangan yang lebih strategik untuk mendukung titah Kebawah Duli Yang maha Mulia untuk menjadikan UNISSA sebuah universiti yang unggul bertaraf antarabangsa dengan memiliki tenaga-tenaga akademiknya yang berstatus profesor madya dan profesor dalam bidang keagamaan serta mempunyai graduan yang bertahap ulama, Dr. Mohamad Aidil Yusrie menjelaskan bahawa UNISSA mestilah mempunyai research centre dengan tujuan mempelbagaikan kajian di bidang-bidang tertentu. UNISSA sebagai universiti Islam setentunya bidang-bidang yang berkaitan dengan keugamaan adalah kajian teras (core research), dengan adanya kajian-kajian ilmiah tersebut ianya akan banyak memberi manfaat kepada dunia Islam. Menurut beliau lagi, UNISSA mestilah memastikan tenaga-tenaga akademiknya serta menggalakkan mahasiswa dan mahasiswi untuk terus membuat penyelidikan di bidang masing-masing dengan menggunakan bahasa Melayu atau Arab mahupun bahasa Inggeris dan menjadikannya sebagai key performance indicator (KPI). Hasil dan kualiti kajian inilah nanti yang akan menjadikan UNISSA setaraf dengan universiti-universiti di peringkat global. Menyentuh mengenai penjenamaan semula Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan kepada
Ke muka 21
Lihat Muka 23
Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) Dari muka 1 dan sejajar dengan Tema Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-6 UNISSA tahun ini, iaitu 'Kewangan dan Keusahawanan Islam Menjana Generasi Berdikari', UNISSA perlu memainkan peranan proaktif ke arah menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai salah satu pusat kewangan Islam terkemuka di dunia. Maka dengan adanya FEKIm ujar beliau, ianya akan memberi peluang yang lebih banyak kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk mendalami serta membuat penyelidikan di bidang kewangan Islam. ''Di dalam hal ini, dunia masih kekurangan pakar di bidang kewangan Islam, kerana ilmu ini masih diterokai dan akan terus berkembang. UNISSA adalah pelaburan negara bagi melahirkan modal-modal insan yang pakar di dalam bidang ini. Dengan bertambahnya mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil jurusan ekonomi dan kewangan Islam inilah nanti yang akan diharapkan untuk mencorak sistem kewangan dan ekonomi negara pada masa akan datang bagi mendukung Wawasan Negara 2035. Saya percaya cita-cita untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai salah satu Pusat Kewangan Islam terkemuka di dunia akan menjadi reality. Ini setentunya akan menyumbang kepada pembangunan ummah di peringkat global dan secara tidak langsung membantu mempertingkatkan dan mempelbagaikan ekonomi negara,'' jelas beliau.
RENCANA
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
21
Dari muka 20
Pelajaran, di Kementerian Pendidikan yang mengikut Skim Latihan Dalam Perkhidmatan Dalam Negeri (LDP). Menurut beliau semakin tinggi tangga di daki semakin terasa kepenatan dan keletihan, hanya yang tidak mengenal erti kalah dan tekad yang tinggi sahaja yang mampu sampai ke anak tangga terakhir. Andai terjatuh... bangkit, terus berusaha melangkah semula tanpa mengenal erti putus asa dan kembali berdiri mengatur langkah bersama strategi baru, di samping mohon keredaan Yang Maha Berkuasa. Dalam menentukan usaha yang dilakukan agar tangga kejayaan dapat di daki hingga ke puncaknya. Beberapa perkara perlu diambil perhatian dan dilaksanakan, di antaranya ialah: 1. Betulkan niat‌kerana apa atau siapa? 2. Minat, disiplin dan komitmen yang tinggi. 3. Bersedia menghadapi sebarang cabaran. 4. Mohon doa setiap waktu dan minta doakan. 5. Istiqamah dan berbakti kepada orang tua. 6. Tidak mudah berputus asa. 7. Tabah, sabar dan cekal hati. 8. Tawakkal dan keyakinan. Setiap kejayaan pasti disertai dengan pengorbanan sama ada tenaga, masa, usia, harta serta kasih sayang. Tangga tidak akan terlangkah jika tiada usaha dan kejayaan pasti tidak akan dapat dicapai. Di mana ada kemahuan di sana pasti ada jalan. ''Meskipun UNISSA masih dianggap baru bertapak, namun tidak dinafikan ianya berkembang dari tahun demi tahun seiring dengan kemajuan semasa, bahkan mula mengeluarkan hasilnya saban tahun kerana ia umpama sebuah khazanah ilmu yang begitu tinggi nilainya, iaitu memiliki keupayaan yang dinamik, kepakaran dan kredibiliti yang harus menjadi tunjang kepada Wawasan Brunei 2035 nanti bagi melahirkan warga masyarakat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berketerampilan melalui penerapan nilai-nilai Islam hakiki secara holistik,'' jelas beliau.
AWANG Haji Mohamad Sahraini bin Sabtu, Ijazah Sarjana Usuluddin Pengkhususan Hadith (Kerja Kursus dan Disertasi) dan isteri, Dayangku Hajah Ida Fariani binti Pengiran Haji Kamaluddin,
Ijazah Sarjana Usuluddin Pengkhususan Tafsir (Kerja Kursus dan Disertasi). Awang Haji Mohamad Sahraini adalah Pegawai
Menurut beliau lagi, sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam Tulen, UNISSA sudah pastinya mementingkan kualiti, oleh itu ia perlulah memastikan setiap program yang ditawarkan hendaklah merangkumi semua disiplin ilmu yang berkenaan agar lebih
marketable selepas menamatkan pengajian. Di samping itu, penekanan juga perlu dibuat oleh UNISSA, iaitu dengan mengukuhkan lagi penggunaan dan penguasaan bahasa Arab dalam program-program yang ditawarkan, sesuai dengan kedudukan bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran, di samping bahasa asing lainnya seperti bahasa Inggeris sebagai nilai tambah yang relevan bagi memperkukuhkan lagi status UNISSA sebagai pemangkin ke arah kemajuan syiar Islam di Nusantara. Begitu juga halnya dengan tenaga akademik yang berkualiti perlu dititikberatkan, iaitu dengan mencari tenaga pengajar yang berkebolehan dalam bidang bahasa Arab dan bahasa lainnya diberi peluang dari mana-mana institusi pendidikan lain yang sudah dikenal pasti mampu menyumbang kepada kemajuan UNISSA dan sekali gus mampu menarik minat para pelajar dari dalam dan luar negara untuk mengikuti pengajian di UNISSA kerana dengan ini sudah setentunya boleh meningkatkan status UNISSA sendiri di peringkat global. Maka dalam hal ini bagi mengangkat status UNISSA, satu hal yang sudah diwujudkan sebelumnya namun perlu diperluaskan lagi di masa hadapan, iaitu dengan memperkembangkan dan meningkatkan lagi bidang tertentu melalui pelbagai penyelidikan cabang ilmu agama. Di samping membuat dan memperluaskan kerjasama secara berterusan dan strategik dengan mana-mana pihak yang berkepentingan sama ada di dalam mahupun luar negara berteraskan ajaran Ahli Sunnah Waljamaah menurut Mazhab Syafi'e. Apabila disentuh mengenai peranan beliau dalam menanai saranan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam supaya UNISSA memainkan peranan yang proaktif ke arah melaksanakan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah tersebut beliau bersedia tampil ke hadapan dan terus memberi sokongan mendukung hasrat murni baginda dalam sama-sama membantu pihak-pihak tertentu dari segi intelektual, pemberigaan dan berkongsi maklumat berkenaan dengan masyarakat luar agar diyakini bahawa dengan perlaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah itu nanti sebenarnya dapat memberi ketenangan, kesejahteraan, keselamatan dankemakmuran dalam hidup bagi semua golongan atau lapisan masyarakat di mana jua mereka berada.
perkembangan sains dan teknologi Islam untuk menjadikan UNISSA menjadi sebuah universiti yang unggul dan bertaraf antarabangsa, di samping pro aktif dalam membuat memorandum persefahaman dengan universiti-universiti Islam antarabangsa serta bekerjasama dengan sektor-sektor kerajaan dan swasta yang berkenaan. Beliau menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran dengan kejayaan yang beliau raih ini. ''Dalam proses mencapai kejayaaan, sudah setentunya ada pengorbanan sama ada dari segi masa, tenaga mahupun wang ringgit dan harta benda. Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa pengorbanan, dorongan dan kasih sayang kedua ibu bapa serta keluarga tercinta.'' Untuk sampai ke puncak jaya bukanlah semudah itu. Banyak cubaan dan rintangan yang perlu diharungi. Sebagai seorang pelajar daripada aliran Sekolah Arab, Awang Mohammad Kamal Ismail Ariffin melangkah ke alam pendidikan perundangan tanpa mempunyai asas pendidikan sesuatu yang sangat mencabar dan menduga kesabaran. Tambahan pula perbezaan dari segi cara pembelajaran yang memerlukan kepada berfikir secara kritis dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara. Namun cabaran dan dugaan tersebut beliau harungi dengan tabah dan sentiasa bersifat untuk memperbaiki dan mengembangkan kemahirannya.
AWANG Mohammad Kamal Ismail Ariffin bin Ismail, Sarjana Muda Undang-undang dan Sarjana Muda Perundangan Syari'ah (LL.B dan BSL) bergambar bersama keluarga.
Bagi Awang Mohammad Kamal Ismail Ariffin bin Ismail, Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Perundangan Syari'ah (LL.B dan BSL), dengan merancang lebih banyak kursus-
kursus penggabungan dua bidang ilmu selain daripada sarjana muda undang-undang dan sarjana muda perundangan syariah (LL.B dan BSL), sebagai contoh dalam bidang
''Sebagai pelajar yang sederhana, saya perlulah melebihkan masa dalam mempelajari modul-modul perundangan dan bertanya serta berbincang dengan pensyarah dan tenaga pengajar. Saya juga mempercayai bahawa setiap ilmu pengetahuan yang kita pelajari, sedikit sebanyak memang ada kaitannya dengan kehidupan di sekeliling kita. Ilmu juga mengajar dan melatih kita supaya bersifat positif, rendah diri dan profesional,'' ujar beliau.
22
NASIONAL
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
PGGMB anjur Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja Siaran Akhbar : PGGMB
MAJLIS Membaca Surah Yaa Siin, Bertahlil dan Doa Arwah bagi rombongan Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) di Kubah Makam Diraja diketuai oleh Yang Dipertua PGGMB, Cikgu Haji Antin bin Ahad.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 22 Oktober. - Bersempena dengan Sambutan Hari Guru Negara Brunei
Darussalam Ke-26, Tahun 2016, Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) mengadakan Majlis
Membaca Surah Yaa Siin, Bertahlil dan Doa Arwah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien
Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah
Makam Diraja pada 20 Oktober lalu. Lebih kurang 100 orang hadir pada majlis tersebut yang terdiri dari Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Tadbir PGGMB serta pengetuapengetua, guru-guru dan penuntutpenuntut sekolah-sekolah PGGMB. Rombongan diketuai oleh Cikgu Haji Antin bin Ahad, Yang Dipertua PGGMB. Bacaan Tahlil dan doa dipimpin oleh ahli Jawatankuasa Tadbir dan Pengarah Bahagian Agama PGGMB, Ustaz Haji Rosli bin Haji Mohd. Salleh. Majlis yang dikendalikan oleh Bahagian Agama PGGMB itu antara lain bertujuan untuk mendapatkan ganjaran pahala dan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala di samping mengeratkan kerjasama dan perpaduan dalam melaksanakan kerja-kerja berkebajikan.
Graduan UNISSA tekad menyumbang bakti Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin. Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor, Masri Osman, Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad BERAKAS, Sabtu, 22 Oktober. Universiti Islam tulen, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus melahirkan para graduan yang bakal menjadi ulama dan cendekiawan baru yang berwibawa selaras dengan keperluan negara. Selain itu, mereka juga menepati hasrat dan wawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Para graduan yang dikurniakan ijazah rata-rata menjunjung kasih ke hadapan Majlis Kebawah DYMM pada Majlis Hafl Al-Takharruj Ke-6 UNISSA yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Awang Haji Mohammad Aidil
PENGUASA Penjara, Awang Aliakbar bin Haji Ludin / Minudin (tengah) dan keluarga berkongsi kegembiraan bersama isteri dan anak-anak. Beliau mengikuti Sijil Sistem Keadilan Jenayah Syar'iah merasa bersyukur atas kejayaan mengikuti program yang berlangsung selama satu tahun. AWANG Muhd. Fikri bin Haji Sharbini mengikuti Ijazah Khas Hafaz Al-Quran 30 Juzuk (kiri) bersama isterinya Dk. Nurol Hafizah Pg. Haji Tejuddin dan keluarga.
AWANG Suhadi bin Haji Suhai (dua dari kanan) bergambar bersama para penerima sijil Barnamij Al-Tarqiyah (Program Peningkatan) dan Sijil Sistem Keadilan Jenayah Syar'iah.
Yusrie bin Haji Shari, salah seorang graduan Ijazah Doktor Falsafah Syari'ah melahirkan rasa gembira dan syukur ke atas hadrat Allah Subhanahu Wata'ala di atas rezeki ilmu yang dikurniakan. "Alhamdulillah, harapan saya adalah untuk melihat banyak lagi anak-anak muda kitani mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dan melakukan penyelidikan di bidang masing-masing bagi mendukung Wawasan Brunei 2035 dan terus menyumbangkan bakti kepada negara," tambahnya ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei. Sementara itu, Awang Suhadi bin Haji Suhai, salah seorang daripada penerima sijil Barnamij Al-Tarqiyah (Program Peningkatan) dan Sijil Sistem Keadilan Jenayah Syariah melahirkan rasa bersyukur kerana sudah berjaya untuk menamatkan kursus khas tersebut. Kursus tersebut adalah bagi
mendukung hasrat Kebawah DYMM untuk persediaan awal bagi menjalankan tugas-tugas dalam menangani jenayah mengikut undang-undang syariah, selain dijadikan sebagai batu loncatan untuk penjawat awam khasnya Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) untuk mendalami hukum-hukum syari'ah secara lebih mendalam dan terperinci. Di kesempatan itu, beliau yang telah berkhidmat selama sembilan tahun sebagai anggota Pasukan PDB itu juga tidak lupa untuk menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM di atas peluang pembelajaran yang dikurniakan oleh baginda. Manakala itu, Penguasa Penjara, Awang Aliakbar bin Haji Ludin / Minudin yang juga mengikuti Sijil Sistem Keadilan Jenayah Syar'iah merasa bersyukur atas kejayaan program yang berlangsung selama satu tahun tersebut.
Beliau juga menyeru orang ramai, khasnya para penjawat awam agar mengikuti kursus tersebut kerana ianya bertepatan dengan titah Kebawah DYMM bagi Pelaksanaan Perintah Hukuman Jenayah Syar'iah 2013. Bagi Awang Muhd. Fikri bin Haji Sharbini yang mengikuti Ijazah Khas Hafaz Al-Quran 30 Juzuk merasa gembira dengan kejayaan tersebut dan seterusnya menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM kerana diberikan kesempatan untuk menyambung pelajarannya. Beliau yang ketika ini bekerja di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah ditemani oleh isterinya Dayangku Nurol Hafizah bin Pengiran Haji Tejuddin yang turut sama mengikuti ijazah khas tersebut berharap untuk menyambung pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang.
NASIONAL
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
23
UBD anjurkan cara hidup sihat sambil beramal
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat kedua bagi Kategori 10 Kilometer.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 Oktober. - Universiti Brunei Darussalam (UBD) Convo Run & Cycle 2016 dihasrat dapat memupuk perpaduan, persefahaman dan kerjasama dalam kalangan lapisan masyarakat ke arah pembangunan dan kemajuan serta kesejahteraan rakyat dan negara melalui acara-acara sukan amal. Pelepasan larian dan berbasikal yang bermula dari Kompleks Sukan UBD disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman yang juga menyertai Kategori
Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman 'Fun Run'. Terdahulu, para peserta melakukan sesi pemanasan badan senamrobik dibimbing oleh kakitangan dari Fitness Zone. Antara yang menyertai acara 'Fun Cycle' ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustafa bin Haji Sirat. Empat kategori dipertandingkan semasa acara tersebut, iaitu Kategori 10 Kilometer Lelaki dimenangi oleh Sefli anak Ahar manakala Kategori 10 Kilometer Wanita pula dimenangi oleh Dayang Bazil binti Irwan. Sementara itu bagi Kategori 5 Kilometer Lelaki dimenangi oleh Pengiran Mohammad Shamsul Adli bin Pengiran Salleh manakala Dayang Nurul Massanita Baharuddin memenangi Kategori 5 Kilometer Wanita. Penyampaian hadiah-hadiah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Acara anjuran UBD bersempena Majlis Konvokesyen UBD Ke-28 ini dimeriahkan dengan penampilan beberapa aktiviti dan persembahan oleh para pelajar UBD dari Kelab
Parkour, Kelab Phonemic, Kelab Karate dan Kendo. Pada masa yang sama, Kompleks Sukan UBD juga menjadi hentian pit bagi 65 penunggang basikal jarak jauh yang menyertai Ekspedisi Berbasikal 2016 bersempena memperingati Sambutan Ulang Tahun Ke-18 pembukaan rasmi Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Di samping memupuk cara hidup sihat, acara ini merupakan salah satu pendekatan UBD bagi mengalakkan orang ramai dan komuniti UBD untuk ikut serta dalam menyalurkan sumbangan amal dan derma di mana hasil kutipan acara ini didermakan kepada 'The Society for the Management of Autism Related Issues in Training, Education and Resources Brunei Darussalam (SMARTER). Ke arah ini UBD juga menjual barangan Konvokesyen Ke-28 yang mana 10 peratus hasil daripada kutipan jualan barangan Konvokesyen Ke-28 akan disalurkan sebagai sumbangan amal.
Beri ganjaran kepada pemecah rekod Sefli MENTERI Pendidikan bersama para peserta menyertai senamrobik sebelum memulakan larian.
Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim
Kebersihan tanggungjawab semua Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 22 Oktober. - Kempen kebersihan dapat memberikan kesedaran dan menanamkan kefahaman kepada orang ramai khususnya warga negara ini untuk memastikan kebersihan tanggungjawab bersama bukan hanya di pihak kerajaan semata-mata. Ke arah itu, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (BSB) telah mengungkayahkan kempen kebersihan pagi tadi dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan, iaitu Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan
Perkhidmatan Kesihatan, Pasukan Polis Diraja Brunei dan penglibatan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Gadong 'B'. Antara kawasan yang terlibat adalah beberapa kawasan sekitar Jalan Gadong, Kampung Menglait Utara, iaitu di sekitar kawaan bangunanbangunan dan kedai-kedai perniagaan bermula dari Simpang 5 hingga Simpang 11. Hadir menyertai kempen ialah Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran BSB, Awang Haji Ali bin Matyassin. Ketika ditemui Pelita Brunei, Awang Haji Ali antara lain
SEBAHAGIAN penduduk kampung dan pekerja membersihkan sebahagian di kawasan Gadong.
menjelaskan tujuan kempen adalah bagi memastikan BSB sentiasa terkawal kebersihannya dan bebas dari sebarang ancaman pencemaran dan dalam masa yang sama meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai betapa pentingnya kebersihan khususnya warga kota. ''Kebersihan persekitaran bandar khususnya dan Negara Brunei Darussalam umumnya adalah tanggungjawab bersama. Sementara kerja-kerja pembersihan hari ini adalah termasuk membersihkan longkang-longkang, persekitaran dan halaman serta aliran-aliran sungai bagi mengelakkan pembiakan seranggaserangga seperti lalat, nyamuk dan tikus yang boleh membawa penyakit,'' jelasnya. Kerja-kerja pembersihan itu menurutnya juga melibatkan penyewa-penyewa bangunan, para pengusaha dan pemilik-pemilik kedai serta orang ramai. Ketua Kampung Menglait dan kawasan setempatnya juga Pemangku Ketua Kampung Pengkalan Gadong, Haji Awang Mohdar bin Haji Awang Ahmad berkata, kempen ini antara lain diharap akan memberi kesedaran kepada masyarakat setempat serta rakyat dan penduduk di mukim ini akan pentingnya bagi sama-sama menjaga kebersihan di kawasan masing-masing dan seterusnya akan dapat membudayakan amalan menjaga kebersihan serta sikap pembersih setiap masa juga menjadikan kawasan-kawasan dan alam sekitar akan lebih bersih, indah, ceria serta bebas dari tempat-tempat pembiakan nyamuk. Menurut beliau, kempen kebersihan
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 Oktober. - Pemenang Kategori 10 Kilometer Lelaki semasa Universiti Brunei Darussalam (UBD) Convo Run & Cycle 2016, Sefli anak Ahar menyaran agar para peminat sukan dalam acara larian agar serius dan benar-benar fokus serta tidak mengabaikan latihan bagi mencari pelapis dari anak-anak tempatan dalam bidang tersebut. Ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei, Sefli menasihatkan anak-anak tempatan agar membuktikan mereka benar-benar ingin memajukan negara dalam bidang sukan bagi menyokong Wawasan Negara 2035. Berusia 42 tahun, Sefli yang memang sudah dikenali ramai dalam bidang larian setakat ini memegang beberapa rekod negara dan mempunyai pencapaian di luar negara antaranya di tangga kedua larian 'Sun Down Ultra Marathon' 100 kilometer di Singapura yang mana beliau merupakan anak Brunei pertama yang membuat larian 8 jam. ''Jadi kenapa tidak ada anak tempatan yang baru tumbuh untuk memecah rekod Sefli sendiri. Sefli akan memberi ganjaran jika rekod Sefli dipecahkan,'' ujarnya. Beliau yang sudah berjinak-jinak dalam bidang larian sejak 30 tahun lalu itu kini menjadi duta kepada produk berjenama, Skechers. Sementara itu pemenang Kategori 5 Kilometer Lelaki, Pengiran Mohammad Shamsul Adli bin Pengiran Salleh pula tidak menjangkakan akan kemenangannya pada perlawanan yang pertama kali disertainya ini. Merupakan anak didik kepada Sefli, Pengiran Mohammad Shamsul Adli membuat latihan setiap hari kecuali Ahad dan Jumaat yang mana melalui jurulatihnya itu beliau banyak menimba ilmu tentang teknik larian. Kepada golongan belia di negara ini, Pengiran Kohammad Shamsul Adli menyarankan agar mereka menjalani gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti berlari mengikut kemampuan masing-masing.
itu akan terus dilaksanakan sekerap mungkin. Kempen kebersihan itu ujarnya, dihasratkan agar semua pihak dari pelbagai lapisan masyarakat akan dapat sama-sama memikul tanggungjawab menjaga kebersihan di kawasan masing-masing, di samping dapat menanamkan semangat dan sikap bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan setiap masa di mana juga tempat serta kawasan. Jabatan Bandaran serta agensiagensi kerajaan yang lain akan mengambil tindakan tegas kepada
mana-mana individu, syarikatsyarikat, pemilik-pemilik bangunan yang tidak mematuhi undang-undang dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Oleh itu, mereka yang bertanggungjawab dan orang ramai adalah diseru untuk mengambil inisiatif ini bagi sama-sama menjaga kebersihan agar Negara Brunei Darussalam dikenali sebagai sebuha negara yang bersih bagi mencapai matlamat dan hasrat untuk memupuk kesedaran tentang nilai kebersihan.
24
SUKAN
HARI ISNIN 24 OKTOBER 2016
Abdul Kadir, Dr. Adam juarai Golf Terima Kasih Cikgu Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin BERAKAS, Ahad, 23 Oktober. Awang Abdul Kadir bin Abdul Ghani muncul juara keseluruhan 'Overall Gross' Kejohanan Golf Terima Kasih Cikgu Sempena Hari Guru Kali Ke-26 setelah berjaya mengumpul 69 mata pada perlawanan yang berlangsung di Kelab Golf Penerbangan Diraja
Brunei, di sini. Manakala Dr. Adam bin Haji Jait berjaya menjuarai keseluruhan 'Overall Nett' setelah mengumpul 65 mata. Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji
Layari Epaper Pelita Brunei
Suyoi bin Haji Osman hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah pada majlis penutup kejohanan tersebut. Bagi Kategori Senior pula, juara keseluruhan 'Overall Gross' disandang oleh Liew Yong Kim dengan mengutip 83 mata, sementara juara keseluruhan 'Overall Nett' dimenangi oleh Awang Haji Sabri bin Haji Naweh setelah berjaya mengumpul 69 mata. Sementara dalam Kategori VIP, Dato Paduka Sheikh Haji Adnan bin Sheikh Mohammad muncul juara keseluruhan 'Overall Gross' setelah berjaya mengumpul 87 mata, manakala Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat menjadi juara keseluruhan 'Nett Gross' dengan 66 mata. Kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan tersebut dibukakan kepada semua warga yang sedang dan pernah berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Negara Brunei Darussalam termasuk yang telah bersara dan juga para jemputan dan telah berjaya menarik lebih daripada 100 orang penyertaan. Kejohanan dibahagikan kepada Kategori VIP (Menteri / Mantan Menteri dan Timbalan Menteri / Mantan Timbalan Menteri, Ketua Hakim Syarie, Setiausaha Tetap (SUT), Duta-Duta, Naib Canselor, Rektor, Ra'es, dan Timbalan SUT yang telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan dan KHEU dan yang telah bersara), Kategori Jemputan dan Penaja, Kategori Senior (66 tahun ke atas), Divisyen 'A' bagi handicap 0-10, Division 'B' bagi handicap 11-18 dan Division 'C' bagi handicap 19-24. Kejohanan tersebut antara lain bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Guru Kali Ke-26 melalui aktiviti penganjuran sukan dan untuk mengeratkan hubungan silaturahim kalangan warga Kementerian Pendidikan dan KHEU yang sedang berkhidmat, pernah dan yang telah bersara.
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menyampaikan piala rebutan kepada juara keseluruhan 'Overall Gross' Awang Abdul Kadir bin Abdul Ghani.
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman menyampaikan hadiah kepada juara keseluruhan 'Overall Nett', Dr. Adam bin Haji Jait.
PGGMB meriahkan Sambutan Hari Keluarga Ke-2 Siaran Akhbar dan Carta : Jabatan Penerangan BANDAR SERI BEGAWAN. - Epaper Pelita Brunei merupakan surat khabar Pelita Brunei dalam versi digital dan mula beroperasi pada 18 Jun 2016. Ia boleh dilayari melalui www.pelitabrunei.gov.bn/epelita. Dikemaskinikan setiap tiga kali seminggu, iaitu hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Terdapat 24 halaman muka surat dimuatkan ke dalam Epaper tersebut yang boleh dilayari melalui internet sama ada menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar dan sebagainya. Antara ciri-ciri Epaper Pelita Brunei ialah PDF boleh dimuat-turun (dijadikan simpanan arkib, rujukan dan sebagainya dalam telefon pintar atau komputer). Epaper ini juga boleh disaksikan secara 'Thumbnails' (boleh dilihat secara keseluruhan atau paparan kecil kesemua muka surat Pelita Brunei dengan nombor muka suratnya). Epaper ini juga boleh diikuti atau dikongsikan secara aplikasi Facebook, Twitter, Linked In, Tumblr, Google Plus, E-Mail dan VK. Di dalam Epaper ini juga terdapat ruang carian search mengenai Epaper Pelita Brunei dengan menggunakan teks tidak kurang dari tiga huruf. Tujuan Epaper ini adalah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang tidak memperolehi Pelita Brunei secara bercetak. Oleh kerana itu, Epaper dibuat bagi memudahkan mendapatkan berita terkini dengan menggunakan kemudahan internet secara lebih cepat serta mengurangkan penggunaan kertas.
Siaran Akhbar : PGGMB BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 21 Oktober. Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) akan mengadakan acara 'Fun Walk' sempena Sambutan Hari Keluarga PGGMB dan 'Bandarku Ceria' Negara Brunei Darussalam. Sambutan Hari Keluarga Kali Ke-2 ini akan berlangsung selama tiga bulan di mana acara 'Fun Walk' akan diadakan pada hari Ahad, 6 November 2016, bertempat di Ibu negara, Bandar Seri Begawan. Perkara ini diumumkan oleh Pengarah Bahagian Sukan PGGMB, Pengiran Haji Hamzah bin Pengiran Haji Mohamad, pada Majlis Taklimat Khas Sambutan Hari Keluarga PGGMB, bertempat di Ibu pejabat PGGMB, Bangunan PGGMB, di sini. Penyertaan acara 'Fun Walk' dibukakan kepada seluruh Ahli-ahli PGGMB serta keluarga dan keterangan lanjut bagi penyertaan acara ini boleh didapati sekarang daripada ibu pejabat PGGMB dengan menghubungi talian 2221999
dan 2222800. Ahli-ahli juga boleh menghubungi Setiausahasetiausaha Cawangan (SUCA) di daerah masing-masing. Acara Fun Walk akan bermula jam 6.45 pagi bermula di kawasan Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan dan seterusnya mengelilingi jalan-jalan utama di Bandar Seri Begawan dan akan berakhir di Bangunan PGGMB, Jalan Kianggeh. Untuk memeriahkan lagi acara ini, cabutan nombor-nombor bertuah akan diadakan di akhir acara. Acara-acara lain yang akan dianjurkan sempena Sambutan Hari Keluarga PGGMB Kali Ke-2 ini ialah Peraduan Permainan Boling yang akan diadakan pada 11 November, Perlawanan Futsal pada 13 November, Peraduan Tulisan Jawi dan Dikir Syarafil Anam pada 20 November dan Peraduan Koir Penuntut Sekolah-sekolah PGGMB pada 27 November. Majlis Pembukaan Rasmi Sambutan Hari Keluarga PGGMB Kali Ke-2, 2016, telah diadakan pada 9 Oktober lepas, bertempat di Sekolah PGGMB Sungai Akar.
BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn
JADIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEBAGAI 'HUB HALAL GLOBAL'