''NEGARA adalah benar-benar berhajat kepada khidmat para Penjawat Awam. Melalui perkhidmatan merekalah akan dapat ditingkatkan produktiviti dan penghasilan negara.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-23 pada 19 Muharram 1438 / 20 Oktober 2016.
''DAN tidaklah orang-orang yang kafir itu memerhatikan bahawa langit dan bumi kedua-duanya dahulu bercantum (satu), lalu Kami pisahkan kedua-duanya. Dan Kami telah menjadikan tiap-tiap sesuatu yang hidup itu daripada air. Maka tidakkah mereka mahu beriman?'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Anbiyaa, ayat 30).
4.54
TAHUN 62 / BILANGAN 37
5.04
6.21
6.44
27 MAC 2017 / 1438
12.27
28
3.30
6.30
7.39
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
TAIB institusi pemangkin sikap menabung Oleh : Khartini Hamir Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Tengah, Hamzah Mohidin, Muhammad Asri Haji Awang Abas
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Mac. Mengimbas kembali asal penubuhan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) ialah untuk menjadi institusi pemangkin kepada sikap menabung yang bermula dari anak-anak sekolah lagi sehingga mereka itu berumah tangga. Dalam makna, bukanlah bagi tujuan untuk menunaikan fardu haji semata-mata, malah lebih daripada itu, sebagai langkah menjana ekonomi keluarga dan negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mengenai perkara tersebut pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Perbadanan TAIB Ke-25 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini. Baginda seterusnya bertitah, bagi tujuan menjana ekonomi, TAIB tentu saja perlu bergerak melalui landasan biasa, seperti terlibat dalam pelaburan dan memiliki produk-produk yang
ditawarkan serta lain-lain seumpamanya. Maka sehubungan ini baginda menegaskan, TAIB selaku institusi kewangan Islam tidak boleh tidak, mesti memastikan dirinya tetap berjalan di atas lunas-lunas hukum syarak. Jelas baginda, ini adalah amanah untuk menjadikan simpanan para penabung, bukan saja tumbuh dalam bentuk wang ringgit, tetapi juga lebih penting, berhias dengan berkat. Keberkatan adalah segala-galanya bagi kita orang Islam. ''Ini bukan bererti untuk menyekat pergerakan TAIB. Apabila bercakap mengenai berkat, ia bukanlah 'sekatan', tetapi adalah dorongan kepada pertumbuhan. Kerana pendapatan yang berkat, itulah sebenar - benarnya pertumbuhan,'' titah baginda lagi. Pada hemat baginda, dengan bercakap mengenai berkat, TAIB dan anak-anak syarikatnya tidaklah ada halangan untuk mengorak langkah menjadikannya sebuah institusi kewangan yang moden dan bertaraf antarabangsa. Ke muka 4
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) Ke-25 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa. - Foto : Hamzah Mohidin. (Lihat muka 4, 12 dan 13).
Hargai nikmat kesihatan dan kelapangan Berita dan Foto : Haji Ariffin bin Mohamad Noor / Morshidi BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Mac - Kurnia Allah Subhanahu Wata'ala yang berupa kesihatan dan kelapangan waktu adalah merupakan nikmat yang sangat berharga dan bernilai tinggi yang perlu disyukuri oleh hambanya. Dengan nikmat kesihatan yang baik membolehkan kita selaku hamba Allah mengerjakan segala urusan-urusan seharian termasuk mengerjakan ibadah seharian dengan sempurna sebagai bekalan di hari akhirat kelak. Perkara tersebut disentuh oleh
Dr. Haji Hambali bin Haji Jaili dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan semasa menyampaikan tazkirah pada program Masjidku Makmur Negara Berkat di Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien, di sini. Hadir pada sesi tazkirah tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Dr. Haji Hambali seterusnya me-
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
nambah, di samping kurnia kelapangan waktu juga harus diisi dengan memperbanyakkan ibadah mengingati Allah Subhanahu Wata'ala seperti yang diriwayatkan dalam hadis qudsi, Allah Azzawajalla berfirman : "Wahai anak Adam lapangkan masa mu itu untuk beribadat kepada-Ku (Allah), Nescaya Aku akan kayakan dada mu itu dan tutup pintu kefakiran, tetapi jika engkau tidak pernah melapangkan masa untuk Aku, maka Aku akan jadikan kedua belah tanganmu sentiasa sibuk dengan urusan dunia, tetapi walaupun sibuk Aku tidak akan pernah tutup pintu kefakiran daripada engkau." Ke muka 5
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Muka 3
Muka 7
KEBAWAH DYMM berkenan menerima mengadap
UNISSA dan UiTM mantapkan jalinan kerjasama
Faksimile: 2381004
Layari Layari Laman Laman Web: Web: www.pelitabrunei.gov.bn www.pelitabrunei.gov.bn
2
HALUAN
HARI ISNIN 27 MAC 2017
Tiga strategi disediakan bagi tingkatkan kualiti kehidupan rakyat Bismillahir Rahmannir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
A
LHAMDULILLAH, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan rahmat, inayah serta izin-Nya jua, kita dapat sama-sama hadir ke Sesi Muzakarah pada pagi ini. Terlebih dahulu peramba / kaola / saya sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan di atas lantikan Ahli-Ahli Yang Berhormat selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN). Kehadiran Ahli-Ahli Yang Berhormat di muzakarah ini adalah dialu-alukan dan amat dihargai. Kita berharap Sesi Permuzakarahan ini akan dapat menjadi satu ruang atau platform untuk kita sama-sama berbincang dan bertukartukar fikiran mengenai rancangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khasnya Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dalam sama-sama mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat serta penduduk dan seterusnya memajukan Negara Brunei Darussalam. Ahli-Ahli Yang Berhormat, teras utama skop kerja dan tanggungjawab KHEDN adalah merangkumi keselamatan, kesejahteraan, sosioekonomi dan perpaduan masyarakat. Dalam memantapkan dan meningkatkan lagi pelaksanaan tanggungjawab ini, Kementerian telah pun membuat penelitian semula Pelan Strategik yang terdahulu dengan mengambil kira pelbagai senario dan cabaran yang dihadapi masa kini, termasuklah pertumbuhan ekonomi global yang perlahan, keadaan geopolitik yang sukar diramal, globalisasi dan aspek keselamatan serantau dan antarabangsa. Penelitian Pelan Strategik ini masih diteruskan selaras dengan ketiga fokus utama yang telah saya sebutkan tadi ke arah mengenal pasti faktor-faktor strategik secara komprehensif dan holistik. Seterusnya, dari proses ini, ianya membolehkan kementerian ini membuat penilaian ke atas program, inisiatif, perkhidmatan-perkhidmatan yang sedia ada bagi ditingkatkan dan juga inisiatif-inisiatif baharu untuk diusahakan. Dalam membuat penelitian, rancangan dan inisiatif ia sentiasa diselaras dan disejajarkan dengan aspirasi Wawasan 2035 khususnya dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat. Dalam hubungan ini secara langsung, KHEDN bersama Jabatan Perdana Menteri dipertanggungjawabkan bagi menerajui Strategi Pembangunan Institusi. Di bawah strategi ini, terdapat tiga (3) Petunjuk Prestasi Utama yang dilaksanakan oleh kementerian ini, iaitu KPI 2.4 peratus rakyat
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa berucap pada Majlis Sesi Muzakarah bersama Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara 2017 pada hari Sabtu, 21 Jamadilawal 1438 Hijrah / 18 Februari 2017 Masihi di Dewan Theatre, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
yang berpindah dari pendapatan rendah kepada pendapatan lebih tinggi, KPI 2.6 tahap kepuasan hati pelanggan di sektor swasta dan KPI 2.11 Indeks Perpaduan Masyarakat. Sehubungan dengan KPI ini, beberapa strategi-strategi dan inisiatif-inisiatif yang berimpak tinggi telah dirancang berasaskan konsep Whole of Nation Approach yang mana strategi ini bukan hanya diusahakan oleh KHEDN akan tetapi juga ditangani bersama dengan beberapa agensi kerajaan dan sektor swasta yang berkepentingan. Dalam masa yang sama, kementerian ini akan terus memberikan sumbangan selaku ahli kepada peneraju-peneraju strategi wawasan yang diterajui oleh kementeriankementerian yang lain. Proses penelitian pelan strategi KHEDN juga melibatkan rangka perundangan yang membabitkan pelaksanaan skop kerja dan tanggungjawab kementerian yang pada masa ini merangkumi lebih 60 akta dan perintah. Mengambil kira perubahan keadaan semasa, akta dan perintah ini secara berterusan sedang diteliti bagi membuat apa jua pindaan, perubahan dan tambahan peruntukan perundangan yang bersesuaian, selari dengan perkembangan semasa. Di samping itu, beberapa perundangan baharu yang dikenal pasti dan diperlukan sedang diusahakan. Tidak dinafikan di dalam pelaksanaan skop kerja kementerian ini, terdapat pelbagai
MAC
27 28 29 30 31 1 APRIL 2
cabaran-cabaran utama yang perlu ditangani. Antaranya adalah cabaran bagi memastikan kaedah dan prosedur penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai akan sentiasa relevan dengan keadaan semasa dan mesra pelanggan, sentiasa cekap dan memenuhi matlamat perkhidmatan berkenaan selaras dengan Tekad Pemedulian Orang Ramai. Sebagai contoh, bagi mewujudkan suasana perniagaan yang pro-business dan business friendly di negara ini. Kementerian ini telah membuat perubahan dan terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang berkepentingan sejak tahun 2015 demi untuk memastikan iklim perniagaan akan sentiasa menggalakkan dan memberangsangkan. Lanjutan dari usaha-usaha awal dalam memudah cara proses memulakan perniagaan, langkah ini didukung dengan pembaharuan proses pengeluaran Lesen Pekerja Asing (LPA) oleh Jabatan Buruh. Proses baharu ini melibatkan penggabungan permohonan kuota pekerja asing dan sokongan pas kerja. Dengan kaedah ini kedua permohonan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, efisien dan teratur. Peranan dan tanggungjawab KHEDN sebahagiannya juga dipikul oleh institusi penghulu dan ketua kampung, iaitu institusi akar umbi. Kita menghargai peranan penghulu dan ketua kampung dalam sama-sama memelihara keamanan dan kesejahteraan dan seterusnya usaha meningkatkan kegiatan sosialekonomi menerusi Program Satu Kampung Satu Produk. Kita menyedari masih banyak ruang yang perlu untuk dipertingkatkan khasnya dalam menembus pasaran local dan serantau, membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf ekonomi. Kerjasama yang sedang diusahakan dengan beberapa agensi dan institusi pengajian tinggi diharap dapat membantu memajukan sektor ini. Penubuhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) adalah merupakan satu wacana atau platform bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan penduduk serta memupuk dan memelihara perpaduan masyarakat dengan penglihatan pemimpin akar umbi (grassroot leaders). Saya percaya dengan keramaian 4,268 orang ahli MPMK kita seharusnya mampu untuk melaksanakan rancangan dan inisiatif dalam berbagai-bagai bidang seperti bidang sosioekonomi yang boleh membantu meningkatkan tahap ekonomi mereka dan sekali gus mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Dalam hubungan ini kita mengharapkan penglibatan lebih aktif golongan belia dan generasi muda memacu aktiviti-aktiviti dan rancanganrancangan di mukim dan kampung dan menjadikannya lebih relevan, berdaya saing dan connected. Ke muka 19
28
27 MAC 2017 BERSAMAAN 1438
GUNAKAN AIR SECARA BERHEMAH DAN BERJIMAT CERMAT
A
IR, satu nikmat yang dikurniakan kepada manusia dan merupakan elemen sangat penting dalam kehidupan yang boleh memberi impak dan kesan kepada kelangsungan kehidupan seharian. Di Negara Brunei Darussalam, kita sangat beruntung dikurniakan dengan sumber air bersih yang mencukupi untuk kegunaan rakyat dan penduduk serta aktivitiaktiviti sosio-ekonomi seperti pertanian, perikanan perindustrian dan seumpamanya. Melalui Rancangan Kemajuan Negara Ke-10, hampir BND400 juta telah diperuntukkan dalam merancang dan perkembangan sistem bekalan air di negara ini. Ini termasuklah pembinaan empangan, tangki-tangki air dan rangkaian paip air, semata-mata untuk memenuhi keperluan air bersih yang meningkat bagi pertumbuhan sosial dan ekonomi negara ini. Dalam pada itu juga, peruntukan yang semakin bertambah juga disediakan untuk memastikan pengendalian dan pemeliharaan aset-aset bekalan air dibuat dengan lebih sempurna. Justeru, melalui perancangan yang rapi ini, hampir keseluruhan penduduk di negara ini dapat menikmati bekalan air paip yang bersih. Pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya telah menyediakan prasarana dan kemudahan yang bernilai ratusan juta ringgit untuk membersih, merawat dan membekalkan air ke rumah-rumah dan premis-premis di negara ini. Namun sering kali kita lupa akan nikmat yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan pembaziran. Perkara ini juga menerima perhatian Khutbah Jumaat yang lalu di mana dalam khutbah menyatakan menurut kajian dan statistik daripada Jabatan Perkhidmatan Air, penggunaan air di negara ini adalah antara yang tertinggi di rantau ini. Dalam khutbah tersebut juga menyatakan penggunaan air di rumah-rumah adalah dianggarkan sejumlah lebih dari 420 liter sehari setiap seorang, iaitu menyamai sebanyak 280 sebotol air berukuran 1.5 meter. Manakala penggunaan air di negara-negara lain dianggarkan lebih kurang 200 ke 250 liter sehari setiap orang-orang. Perbezaan ini menunjukkan pemakaian air di negara ini adalah jauh lebih tinggi dan penggunaannya adalah tidak terkawal. Pada masa ini dianggarkan lebih dari satu bilion orang yang tidak mempunyai kemudahan bekalan air bersih di seluruh dunia dan jumlah ini dianggarkan meningkat kepada 2.6 billion orang orang pada tahun 2025. Perkara ini sangat membimbangkan jika kita tidak mengambil langkah-langkah penjimatan air. Dalam menjalani aktiviti harian air seharusnya digunakan dengan kadar yang sepatutnya, elakkan pembaziran. Dalam agama Islam juga ada menekankan mengenai penggunaan air secara berhemah dan berjimat cermat. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah contoh yang terbaik dalam penggunaan air. Seperti yang diceritakan oleh Anas Radiallahanhu. Maksudnya : ''Daripada Anas Radiallahanhu dia berkata : Bahawasanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berwuduk dengan air satu mud dan mandi dengan air satu sok hingga lima mud.'' (Riwayat Imam Al-Bukhari). Air merupakan satu nikmat yang sangat berharga, justeru elakkan penggunaan air secara berlebihan kerana ia bukan sahaja merugikan individu malahan juga memberi kesan kepada negara. Kita sepatutnya berasa bersyukur kerana dikurniakan nikmat ini oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan mudah-mudahan nikmat tersebut berkekalan dan terus kita nikmati. Amin Ya Rabbal Alamin. - Ketua Penyuntingan (Ss).
JAMADILAKHIR
28 29 1 REJAB 2 3 4 5
4 . 54 4 . 54 4 . 53 4 . 53 4 . 52 4 . 52 4 . 52
5 . 04 5 . 04 5 . 03 5 . 03 5 . 02 5 . 02 5 . 02
6 . 21 6 . 21 6 . 21 6 . 20 6 . 20 6 . 19 6 . 19
6 . 44 6 . 43 6 . 43 6 . 42 6 . 42 6 . 42 6 . 41
12 . 27 12 . 26 12 . 26 12 . 26 12 . 26 12 . 25 12 . 25
3 . 30 3 . 29 3 . 29 3 . 28 3 . 27 3 . 26 3 . 25
6 . 30 6 . 30 6 . 30 6 . 29 6 . 29 6 . 29 6 . 29
7 . 39 7 . 39 7 . 39 7 . 39 7 . 38 7 . 38 7 . 38
3
HARI ISNIN 27 MAC 2017
Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said, Azmah Haji Ahad
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap 14 orang delegasi yang terdiri dari Ketua-Ketua Hakim ASEAN dan Ketuaketua Delegasi ASEAN Law Association yang berada di negara
ini bagi menghadiri Mesyuarat Ke-5 Council of ASEAN Chief Justices Meeting (CACJ) dan Mesyuarat ke-39 ASEAN Law Association Governing Council (ALA GC) yang diadakan pada 24 hingga 25 Mac 2017. Pada majlis mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap dari Ketua-Ketua Hakim ASEAN dan Ketua-ketua Delegasi ASEAN Law Association, iaitu Ketua Hakim Mahkamah Besar, Republik Indonesia, Yang Amat Arif
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan menerima mengadap 14 orang delegasi yang terdiri dari Ketua-Ketua Hakim ASEAN dan Ketua-ketua Delegasi ASEAN Law Association yang berada di negara ini bagi menghadiri Mesyuarat Ke-5 Council of ASEAN Chief Justices Meeting (CACJ) dan Mesyuarat Ke-39 ASEAN Law Association Governing Council (ALA GC) (atas, kiri, bawah kiri dan bawah kanan).
Prof Dr. H. Muhammad Hatta Ali; Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia, Yang Amat Arif Tun Ariffin bin Zakaria; Associate Justice of the Supreme Court of the Philippines, Yang Arif Presbitero Jose Velasco Jr; Ketua Hakim Mahkamah Besar, Singapura, Yang Amat Arif Sundaresh Menon; Timbalan Presiden Mahkamah Rayuan Singapura, Yang Arif Chao Hick Tin; Presiden Mahkamah Besar Thailand, Yang Amat Arif Ketua Hakim Veerapol Tungsuwan; Presiden ASEAN Law Association (ALA), Yang Arif Avelino V. Cruz; Pengerusi ASEAN Law Association (ALA), Philippines, Yang Arif Ketua Hakim (B) Artemio V. Panganiban; Setiausaha Agung ASEAN Law Association (ALA), Yang Arif Regina Padila Geraldez; Chairman of ASEAN Law Association (ALA), Cambodia, Tuan Yang Terutama You Ottara; Director General, Union Attorney General's Office Myanmar, Yang Mulia Puan Dr Thi Da Oo; Vice President of the Vietnam Lawyers Association (VLA), Yang Mulia Puan Le Thin Kim Thanh dan Peguam Negara Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali. Hadir pada Majlis Mengadap yang berlangsung di Istana Nurul
Iman itu ialah Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli. Turut hadir ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hayati binti Pengiran Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh; Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Dato Paduka Steven Chong Wan Oon; Hakim
Mahkamah Tinggi, Yang Arif Dato Paduka Haji Hairol Arni bin Haji Abdul Majid; Pesuruhjaya Kehakiman / Ketua Pendaftar Mahkamah Besar, Yang Arif Pengiran Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman dan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd. Juanda bin Haji Abdul Rashid.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan bergambar kenangan bersama Ketua-Ketua Hakim ASEAN dan Ketua-Ketua Delegasi ASEAN Law Association. Majlis berlangsung di Istana Nurul Iman.
4
HARI ISNIN 27 MAC 2017
Brunei - Bangladesh kukuhkan kerjasama antarabangsa BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Mac. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Rakyat Bangladesh, Tuan Yang Terutama Md. Abdul Hamid dan Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh, Puan Yang Terutama Sheikh Hasina serta kerajaan dan rakyat Republik Rakyat Bangladesh bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Republik Rakyat Bangladesh. Dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Presiden Republik Rakyat Bangladesh, TYT Md. Abdul Hamid, baginda merakamkan penghargaan di atas hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara kedua-dua negara dan rakyat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan berharap akan dapat terus mempertingkatkan lagi rakan kongsi berkenaan dalam Komanwel, NAM dan OIC. Sementara itu, dalam titah perutusan serupa kepada Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh, PYT Sheikh Hasina, baginda berharap akan dapat mengukuhkan hubungan yang sangat bernilai yang telah sekian lama wujud di antara kedua-dua buah negara dan
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Rakyat Bangladesh, Tuan Yang Terutama Md. Abdul Hamid dan Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh, Puan Yang Terutama Sheikh Hasina serta kerajaan dan rakyat Republik Rakyat Bangladesh bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Republik Rakyat Bangladesh.
rakyat, baik di peringkat dua hala mahupun dalam hal ehwal antarabangsa. Pada mengakhiri kedua-dua titah perutusan baginda itu, baginda berdoa ke hadrat Allah
Subhanahu Wata'ala semoga Presiden Republik Rakyat Bangladesh, TYT Md. Abdul Hamid dan Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh, PYT Sheikh
Hasina berada dalam sihat walafiat dan kegembiraan serta rakyat Republik Rakyat Bangladesh akan sentiasa beroleh keamanan, kemajuan dan kemakmuran.
TAIB institusi pemangkin sikap menabung
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan menyempurnakan pelancaran Kad As-Salam dari Darussalam Holdings Sdn. Bhd. KEBAWAH DYMM berkenan bergambar bersama para Penerima Anugerah Program Usahawan.
Dari muka 1 Apa yang penting tegas baginda, ialah sikap gigih dan yakin, dalam melaksanakan sesuatu kerja menurut dasar yang kita pegang, dan jika ini ada titah baginda lagi, insyaaAllah, kecemerlangan pasti berpihak
kepada kita. Tambah baginda lagi, sehingga hari ini, institusi kewangan Islam sudah tumbuh sampai ke Eropah. Ini menjadi bukti, bahawa sistem kewangan yang patuh syarak telah pun diterima oleh dunia.
''Dunia sekarang sedang mendapati, bahawa di dalam sistem ini ada 'kelebihan' yang tersendiri,'' jelas baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya menyarankan sebagai orang Islam kenalah faham semua ini, jika demikian itu keadaannya, maka kita sepatutnya lebih kuat lagi menyokong dan mendukung TAIB, sama-sama berganding bahu mempertahan dan membantu pertumbuhannya. Tegas baginda, jangan biarkan ia terjejas atau mengalami masalah. Tadbir dan uruslah ia dengan telus dan bijaksana, kerana baginda percaya semua kakitangan TAIB adalah mereka yang telah matang
PARA Jemputan khas serta pegawai dan kakitangan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) yang menghadiri majlis tersebut
belaka, yang mampu untuk berkhidmat dengan gigih dan tabah demi kepentingan TAIB dan bangsa. Terdahulu, Kebawah DYMM bertitah sepanjang 25 tahun TAIB beroperasi baginda melihat sambutan orang ramai dari kalangan masyarakat Islam mahupun bukan Islam adalah membanggakan. Jelas baginda, mereka terlibat untuk pelbagai tujuan, seperti tujuan bagi simpanan peribadi, perniagaan, simpanan jangka pendek dan jangka panjang atau apa saja tujuan dengan menggunakan sistem kewangan Islam. Semakin meningkat usia TAIB titah baginda lagi, semakin kita ingin melihat bagaimana pencapaiannya, dan jika pencapaiannya cemerlang maka itu adalah satu bukti bahawa Brunei juga mampu, sebagaimana orang lain mampu untuk mengendalikan sistem kewangan Islam, dan sekali gus membuktikan juga bahawa sistem ini adalah
benar-benar hebat dan tepat untuk dilaksanakan. Belajar dari kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia hari ini, titah baginda, maka tabiat suka menabung dan berjimat adalah langkah yang tepat untuk diambil. Ia elok dimulai dari awal-awal lagi daripada masa kanak-kanak sampai ke dewasa. Para ibu bapa dan penjaga boleh saja melatih atau menggalakkan anak-anak mereka supaya mengamalkan budaya menabung dan berjimat itu, saran baginda. Namun tegas baginda, janganlah para ibu bapa sampai tidak berbuat apa-apa, sehingga boleh mengundang kepada penyesalan di kemudian hari kelak. Jelas baginda lagi, menabung dari masa kecil sehingga dewasa akan menolong seseorang untuk memperkukuh kewangannya dan kewangan keluarga, bahkan impaknya juga akan turut meningkatkan ekonomi negara.
NASIONAL
HARI ISNIN 27 MAC 2017
5
Pentingnya perkongsian bagi promosi bakat anak muda Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Mac. - Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Loan Forgeron berkata, perkongisan merupakan sangat penting untuk mempromosikan nilai-nilai bakat anak muda negara ini
melalui filem-filem pendek. Puan Yang Terutama berucap demikian pada Majlis Penutup Minggu Francophone (Francophone Week) yang berlangsung di Taman Jubilee Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kiulap, di sini. Pada majlis tersebut, Menteri
Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof hadir selaku tetamu kehormat. Majlis tersebut diserikan dengan persembahan 'After All' yang dibawakan oleh Sutera Momento yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam. Minggu Francophone yang dianjurkan oleh Alliance Francaise de Brunei itu kemudiannya dihiburkan dengan artis dari Belgium, iaitu Axelle Red berserta kumpulannya. MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa menerima cenderahati daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Loan Forgeron.
Hargai nikmat kesihatan dan kelapangan
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa melawat salah satu petak yang terdapat di sana.
TAZKIRAH bertajuk 'Menghargai Sihat dan Lapang Nikmat yang Mudah Dilupakan' yang disampaikan oleh Dr. Haji Hambali bin Haji Jaili dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan pegawai-pegawai kanan KHEU.
Dari muka 1 Sebelum mengakhiri sesi tazkirah berkenan, beliau juga turut mengongsikan sebuah hadis riwayat At-Tarmizi dan At-Tabrani, iaitu : "Tidak akan melangkah kaki seorang anak adam itu pada hari kiamat, melainkan akan ditanya empat perkara, iaitu Allah akan
Berita dan Foto : Haji Ariffin bin Mohamad Noor/Morshidi bertanya akan umurnya bagaimana ia menghabiskan umurnya dan seterusnya ditanya tentang tubuh badannya bagaimana ia dimanfaatkan dan Allah juga akan bertanya
tentang ilmunya, adakah ia mengamalkan ilmunya dan akhir sekali akan ditanya juga akan hartanya bagaimana ia dibelanjakan".
SEBAHAGIAN dari persembahan pada majlis tersebut.
Insiden Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak Hospital RIPAS terkawal Oleh : Khartini Hamir Foto : Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Mac. - Satu insiden telah terjadi di Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) sekitar jam 4.24 awal pagi tadi, hari ini. Dengan Standard Operating Procedure (SOP) yang ada di hospital berkenaan, semua pesakit dan kakitangan telah dipindah keluar dari pusat berkenaan, yang mana seramai 212 pesakit telah dipindahkan ke wad-wad tertentu dan Bahagian Kecemasan di Hospital RIPAS. Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Dr. Awang Hazri bin Haji Kifle menjelaskan mengenai perkara tersebut pada Sidang Media yang diadakan di Mess Doktor, Tingkat 4, Bangunan Wad-Wad Hospital, di sini. Hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Dr. Dayang Hajah Maslina binti Haji Mohsin; Penguasa Perubatan Hospital RIPAS, Dr. Awang Haji Ahmad Yazid bin Haji Abd. Wahab dan Ketua Operasi Hospital RIPAS, Awang Haji Md. Khairul Anuar bin Pehin Orang Kaya Pendekar
Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin. Menurut beliau, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) tiba di kawasan insiden pada jam 4.35 pagi dan dengan segeranya menjalankan penilaian ke atas insiden tersebut dan pihak JBP telah mengenal pasti punca insiden, iaitu kerosakan pada motor pam sistem penyedutan (vacuum) yang terletak di aras bawah pusat berkenaan yang menyebabkan asap berkumpul dan menyerap ke tingkat-tingkat atas. ''Namun tiada kebakaran terjadi semasa insiden tersebut berlaku dan keadaan pada masa ini adalah terkawal dan para pesakit sudah mula berpindah semula ke Pusat Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, sebentar tadi,'' jelas beliau. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan tambahnya, ingin menasihatkan bagi mana-mana pesakit yang memerlukan rawatan ringan untuk berkunjung ke Pusat Kesihatan Berakas bagi mendapatkan rawatan dan adalah dimaklumkan juga bahawa Pusat Kesihatan Berakas akan beroperasi sehingga jam 12.00 tengah
PEMANGKU Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Dr. Awang Hazri bin Haji Kifle (dua, kiri);Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Maslina binti Haji Mohsin (kiri); Penguasa Perubatan Hospital RIPAS; Dr. Haji Ahmad Yazid bin Haji Abdul Wahab (dua, kanan) dan Ketua Operasi Hospital RIPAS, Awang Haji Md. Khairul Anuar bin Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin (kanan) ketika sidang media berikutan insiden yang berlaku kepada Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak pada Ahad, 26 Mac 2017 diakibatkan oleh kerosakan pada sistem pam penyedutan (vacuum).
malam nanti pada hari ini. Tambahnya, mana-mana pesakit yang datang ke Bahagian Kecemasan, Hospital RIPAS akan diberikan pemeriksaan awal dan jika didapati ia adalah penyakit ringan, mereka adalah dinasihatkan untuk berkunjung ke Pusat Kesihatan Berakas bagi mendapatkan rawatan lanjut,
sementara, Bahagaian Kecemasan, Hospital RIPAS akan beroperasi seperti biasa mulai jam 12.00 tengah malam nanti. Sehubungan itu, pihak Kementerian Kesihatan ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan kerjasama orang ramai dalam perkara ini adalah amat dihargai.
''Keselamatan para pesakit adalah sentiasa menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan, dan bagi sebarang maklumat lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan atau menghubungi Talian Darussalam 123,'' ujarnya mengakhiri Sidang Media tersebut.
6
NASIONAL
HARI ISNIN 27 MAC 2017
Beri kesedaran melalui 'Recycling for Tomorrow' Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Azmah Haji Ahad
TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud (tiga, kiri) dan isteri, Datin Dr. Hajah Asmah binti Haji Murni (duduk, kanan) berkesempatan bergambar kenangan bersama penganjur kempen kitar semula 'Recycling for Tomorrow' sempena Program Bandarku Ceria.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Mac. - Program Bandarku Ceria
Hari Tanpa Kereta yang diadakan setiap Ahad bukan sahaja menarik
minat orang ramai untuk berkunjung, tetapi juga penyertaan dari pelbagai
organisasi. Antaranya adalah kempen kitar semula 'Recycling for Tomorrow', iaitu salah satu projek yang dikendalikan oleh Program Eksekutif Junior di bawah Civil Service Leadership Pipeline (CSLP). Menurut Penghulu Program, Awang Abdul Karim bin Hamdan, projek tersebut diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai amalan mengitar semula barang terbuang. "Di sini, kami ada mempamerkan perabot yang terdiri dari dua buah kerusi dan sebuah meja kopi yang dihasilkan dari botol-botol air mineral kosong," jelas beliau. Tambahnya, walaupun projek tersebut bukan berskala besar, ia adalah sebagai salah satu usaha untuk memberi galakan kepada orang ramai untuk melibatkan diri dalam penjagaan alam sekitar. Selain projek kitar semula katanya, kumpulan-kumpulan di bawah program tersebut juga giat menjalankan projek-projek komuniti yang lain termasuk meningkatkan
kesedaran tentang kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara antarabangsa kepada orang ramai terutama sekali kanakkanak. Pameran perabot kitar semula itu turut mendapat perhatian daripada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud yang hadir sama bagi memeriahkan Program Bandarku Ceria. Bertemakan 'Keep it simple, Keep it green', 'Recycling for Tomorrow' juga akan diadakan esok, 27 Mac di Kampus Micronet, Jerudong sempena Hari Terbuka Micronet dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk maklumat lanjut mengenai projek berkenaan, orang ramai boleh melayari laman sosial mereka di Instagram : recyclingfortomorrow.
Keharmonian dan kesejahteraan sesebuah kampung perlukan komitmen Berita dan Foto : Ak.Syi'aruddin Pg.Dauddin PEGAWAI Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussin hadir selaku tetamu kehormat semasa membaca tahlil dan doa Arwah yang diketuai oleh Imam Masjid Kampung Menengah, Awang Samsul bin Haji Yakub (kiri sekali).
Wanita Filipina pilih Islam sebagai pegangan hidup
AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Haji Ahmad semasa menaburkan bunga rampai kepada Dayang Nur Fauziyyah binti Ayob.
Oleh: Aimi Sani Foto: Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Mac. - Setelah tertarik dengan ajaran yang dibawakan oleh agama Islam, seorang wanita berbangsa Filipina memilih agama suci Islam sebagai pegangan
hidupnya yang baharu. Rogaya Burlaza Ayob, 30 tahun telah melafazkan ikrar dua kalimah syahadah pada Majlis Pengislaman yang berlangsung di kediaman Awang Md. Abidin bin Haji Ali Aziz,
di Kampung Tasek Meradun, di sini dan telah memilih nama Islamnya sebagai Dayang Nur Fauziyyah binti Ayob. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Haji Ahmad. Nur Fauziyyah ketika ditemui berkata, dia memilih agama Islam kerana hatinya terpaut setelah melihat bagaimana penduduk di negara ini yang beragama Islam menjalani kehidupan seharian yang dianggapnya sangat suci dan tenang. Menurutnya, hasrat untuk memeluk agama suci ini tidak dipengaruhi oleh sesiapapun, namun ia adalah dari pandangan dan nalurinya sendiri, di mana beliau sudah menetap di negara ini selama enam tahun Beliau juga menjelaskan bahawa ahli keluarganya di Filipina tidak ada halangan mengenai penghijrahan agamanya itu, malah turut berasa gembira atas keputusan tersebut. Majlis pengislaman kemudiannya diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh tetamu kehormat kepada saudara baharu yang diraikan. Setakat ini, seramai 71 saudara baharu didaftarkan memeluk agama Islam bagi bulan Januari hingga Februari 2017 di seluruh negara.
TUTONG, Ahad, 26 Mac. - Usaha untuk mempertingkatkan keharmonian dan kesejahteraan sesebuah kampung memerlukan komitmen / iltizam, kesungguhan, permuafakatan dan semangat daya maju yang tinggi serta kepimpinan daripada Penghulu, Ketua Kampung selaku pemimpin pada peringkat akar umbi dalam bersama-sama berganding bahu dengan Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung juga penglibatan masyarakat setempat. Perkara tersebut dinyatakan oleh Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussain semasa berucap selaku tetamu kehormat pada Majlis Makan Tahun Kampung Menengah dan Bukit Sulang, Mukim Lamunin yang berlangsung di Masjid Kampung Menengah, di sini. Terdahulu jelasnya, Majlis Makan Tahun boleh meningkatkan kerjasama dan perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat, selain dijadikan sebagai landasan bagi meningkatkan kesejahteraan keharmonian dan kemakmuran penduduknya. Sementara itu, Ketua Kampung Menengah dan Bukit Sulang, Awang Haji Roslee bin Haji Ahad dalam ucapan alu-aluannya menerangkan, majlis tahunan tersebut merupakan projek atau aktiviti sekampung yang dikendalikan bersama oleh Majlis Perundingan Kampung dan Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Menengah / Bukit Sulang yang bertujuan untuk memelihara serta memertabatkan warisan tradisi puak kedayan yang kelazimannya
PEGAWAI Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussin semasa menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.
diadakan untuk menyatukan penduduk masyarakat kedayan yang tinggal di kampung-kampung atau di bandar. Oleh itu, jelasnya, masyarakat kampung berkenaan telah menjadikan makan tahun sekampung ini sebagai tunjang atau landasan bagi menanamkan semangat perpaduan bermasyarakat yang sudah mula terhakis supaya belia-belia kampung berkenaan maju membangun sebagai model insan yang peka dengan tatasusila dan memiliki jati diri yang sangat kuat. Acara diisikan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang diketuai oleh Imam Masjid Kampung Menengah, Awang Samsul bin Haji Yakub. Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit selaku Penghulu Mukim Telisai; Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Adanan bin Haji Adam; Penghulu Mukim Lamunin, Awang Haji Tujoh bin Talip dan Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya.
NASIONAL
HARI ISNIN 27 MAC 2017
7
UNISSA dan UiTM mantapkan jalinan kerjasama Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
PEMANGKU Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar (duduk, tengah) menyaksikan Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang diwakili oleh Rektor UNISSA, Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal (duduk, kanan) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia yang diwakili oleh Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan Said (duduk, kiri).
Kukuhkan kefahaman dan penghayatan Islam
SEORANG penceramah dari Pejabat Hal Ehwal Masjid ketika menyampaikan ceramah mengenai asas penghayatan beragama.
Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman PEKAN MUARA, Sabtu, 25 Mac. Para belia dan beliawanis di bawah Zon 2A dan Zon 2B telah berpeluang menghadiri Kursus Kefahaman dan Penghayatan Islam yang diadakan di
Masjid Setia Ali Pekan Muara (MSAPM), di sini. Para peserta kursus berkenaan terdiri dari masjid-masjid kampung di Pekan Muara, iaitu Sungai Besar,
Kapok, Perpindahan Serasa, Sungai Besar, Sungai Bunga, Batu Marang dan Tanah Jambu. Pengisian kursus antaranya menerangkan mengenai Islam sebagai pemandu dunia dan akhirat, memahami hikmah sesuatu ibadah asas penghayatan beragama serta Islam dan alam remaja yang disampaikan oleh penceramahpenceramah dari Pejabat Hal Ehwal Masjid. Kursus itu bertujuan untuk memberikan pengisian kerohanian sempena cuti penggal persekolahan melalui ceramah-ceramah yang bertemakan kefahaman dan penghayatan Islam. Para peserta juga dihasrat akan dapat memahami dengan betul berkaitan dengan ajaran Islam dan seterusnya mencetuskan penghayatan dan pengamalan berterusan yang jauh dari penyelewangan dan kesesatan. Kursus tersebut dijalankan agar SEBAHAGIAN belia yang menghadiri Kursus Kefahaman dan Penghayatan Islam yang diadakan di Masjid Setia Ali Pekan.
BERAKAS, Sabtu, 25 Mac. Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang ingin terus menempa dan melonjakkan keberadaannya di barisan institusi pengajian tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa. Oleh itu, UNISSA beriltizam dan meletakkan hasrat yang tinggi untuk mempelajari amalan-amalan terbaik dari mana-mana institusi pengajian tinggi lainnya yang mempunyai reputasi terbaik dalam berbagai aspek dan kejayaan yang diraih. Perkara tersebut dijelaskan oleh Rektor UNISSA, Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya pada Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UNISSA dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia yang berlangsung di Dewan Utama Bangunan Baharu, Kementerian Pendidikan, Berakas, di sini. Dr. Awang Haji Norarfan menjelaskan, hasrat dan iltizam UNISSA sebagai sebuah Universiti Islam Tulen akan tetap dipertahankan bahkan dipertingkatkan mutu dan peranannya dari semasa ke semasa. ''Di sini, UNISSA telah mengenal pasti bahawa UiTM adalah antara rakan strategik yang dapat membantu membawa UNISSA bergerak ke hadapan sebagaimana yang dihasratkan,'' katanya. Majlis penandatanganan bagi membaharui MoU tambahnya, memberi suntikan semangat dan kekuatan pada UNISSA dalam mengeratkan dan menguatkan peranan, sumbangan dan penglibatannya dalam pengembangkan ilmu di rantau ini. Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan Said dalam ucapan balasnya antara lain menjelaskan kunjungan berkenaan merupakan kesinambungan kepada kerjasama yang sedia terjalin di antara kedua-dua buah universiti. Yang Berbahagia Profesor menyatakan, kerjasama berkenaan amat penting dalam usaha untuk memantapkan pelbagai jalinan kerjasama, bukan hanya dalam aspek akademik tetapi juga dalam aspek-aspek lain yang boleh memberi manfaat kepada pelajar, warga universiti dan masyarakat keseluruhannya bagi kedua-dua buah negara. "Saya yakin dan percaya, MoU yang dimeterai pada hari ini merupakan komitmen UiTM dan UNISSA untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang, iaitu penyelidikan dan penerbitan, perkongsian sumber mobiliti pensyarah dan pelajar, pemeriksa luar serta penganjuran Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) dengan UiTM Sarawak dan UiTM Sabah yang diadakan setiap tahun secara bergilir-gilir di universiti Kepulauan Borneo dan programprogram kerjasama lain yang diterokai dan diperkembangkan dari semasa ke
semasa," tambahnya lagi. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis penandatanganan tersebut ialah Pemangku Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. Pembaharuan MoU tersebut adalah dihasratkan untuk meningkatkan lagi hubungan kerjasama yang sedia terjalian di antara kedua-dua buah institusi pengajian tinggi tersebut, lebih-lebih lagi dengan terdapatnya kampus UiTM Cawangan Sarawak dan UiTM Cawangan Sabah yang merupakan sebahagian dari 35 buah kampus UITM di seluruh Malaysia. Kerjasama aktif dan rapat di antara UNISSA dengan UiTM khususnya UiTM Cawangan Sabah dan Sarawak merupakan faktor yang mendorong untuk memperluaskan lagi bidang kerjasama yang sedia ada. Antara bentuk kerjasama yang telah dijalankan oleh UNISSA dan UiTM adalah penganjuran bersama KAIB, yang mana UNISSA telah menjadi tuan rumah bagi Persidangan KAIB Ke-8 pada tahun 2015. Persidangan KAIB yang diadakan secara kolaborasi setiap tahun adalah aktiviti dan wadah bagi para penyelidik dan para tenaga akademik berkongsi penemuan terkini dan hasil kajian mereka, di samping membahaskan isu dan permasalahan yang dihadapi serta bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman untuk mempelajari cara terbaik menangani sesuatu isu. KAIB juga dihasratkan dapat menyemarakkan lagi kegiatan ilmiah dalam kalangan para akademik di institusi-institusi pengajian Islam di rantau ini dan di Borneo secara amnya, dan di UNISSA dan UiTM khususnya. Persidangan KAIB yang diadakan secara bergilir oleh IPT di Kepulauan Borneo tersebut juga pernah diadakan di Universitas Lambung Mangkurat (ULM), Banjarmasin Kalimantan Selatan, Universitas Mulawarman (UNMUL) Samarinda Kalimantan Timur, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan UiTM Sabah dan Sarawak. Selain itu, wakil UNISSA juga telah menghadiri Persidangan Rektor-Rektor Universiti Borneo pada tahun 2016 atas jemputan UiTM Sarawak yang berlangsung di ULM, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia bagi merancang dan membincangkan bentuk kerjasama yang lebih erat di antara institusiinstitusi pengajian tinggi di Kepulauan Borneo. Juga hadir pada majlis penandatanganan tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Ketua Pengarah Pendidikan, Pengarah-Pengarah Kementerian Pendidikan, pegawai-pegawai utama dan kanan UNISSA dan pegawaipegawai dari UiTM.
ia dapat mencapai objektif, iaitu memberikan pemahaman yang betul berkaitan dengan ajaran Islam sebenar; berusaha ke arah pengisian kerohanian dan pengukuhan beragama kepada para peserta; pemangkin ke arah kesedaran beragama dan pelaksanaan amal soleh serta dapat menjalinkan kerjasama yang lebih erat dan
silaturahim yang berterusan. Kursus Kefahaman dan Penghayatan Islam yang diadakan selama sehari itu dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Masjid, Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir MSAPM.
8
NASIONAL
HARI ISNIN 27 MAC 2017
Kempen Earth Hour pupuk kesedaran tangani isu pemanasan global Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin TUTONG, Sabtu, 25 Mac. - Ke arah memupuk kesedaran dan keprihatinan akan perlunya satu tindakan proaktif bagi menangani isu pemanasan global, Daerah Tutong juga tidak ketinggalan menyokong kempen Earth Hour mengajak penduduk daerah itu untuk bergelap seketika dengan memadamkan lampu yang menggunakan tenaga elektrik. Turut menyokong kempen yang diadakan di kawasan Jeti Sungai Tutong, Pekan Tutong, di sini ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong, selaku Penghulu Mukim Telisai. Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab seterusnya mengetuai bagi menyalakan 'Light Cup' sejurus lampu mula dipadamkan jam 8.00 malam dan seterusnya menyaksikan video Earth Hour dan sesi interaktif menggunakan sidang video / Skype bersama wakil penganjur Earth Hour 60+. Selain jualan bazar, pelbagai aktiviti juga dijalankan bagi memeriahkan lagi sekitar Pekan Tutong termasuk persembahan serta Pameran Seni Kreatif Zon Aktif Daerah Tutong dan Perkhidmatan 'River Cruise Night Safari'. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung; pegawai-pegawai kanan, pegawaipegawai dan kakitangan dari Jabatan Bandaran Tutong dan Jabatan Daerah Tutong.
AHLI Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong, selaku Penghulu Mukim Telisai dan para penduduk Daerah Tutong hadir bagi menyokong kempen Earth Hour, iaitu bergelap seketika dengan memadamkan lampu yang menggunakan tenaga elektrik (atas kiri dan kiri).
Latihan Fire Marshal asas kukuh kemajuan diri Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Perdana Menteri BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Mac. - Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Pengawalseliaan Hal Ehwal Kesihatan, Keselamatan, Kawalan Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE PMO) dan Bahagian Koordinasi dan Hal Ehwal Korporat telah mengadakan majlis penyampaian sijil kepada seramai 41 orang Fire Marshal terdiri daripada pegawaipegawai Jabatan Perdana Menteri (PROPER) dan Jabatan Tenaga dan Perindustrian yang telah selesai memperbaharui pengiktirafan mereka sebagai Fire Marshal di Bangunan JPM. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Korporat dan Pentadbiran Awam) di JPM, Dato Paduka Awang Haji Yahya bin Haji Idris. Dato Paduka Awang Haji Yahya dalam ucapannya menekankan perlunya kerjasama dan penyelarasan antara semua pihak dalam memelihara dan mempertingkatkan keselamatan pekerjaan bagi pembentukan masyarakat yang selamat dan sejahtera, yang menyumbang pada peningkatan produktiviti organisasi. Menurutnya, pelaksanaan rangka kerja keselamatan pekerjaan juga perlu
diterapkan di setiap organisasi menjurus kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di bawah Perintah Keselamatan Kebakaran 2016 (Fire Safety Order 2016) dan Workplace Safety and Health Order 2009 (WSHO 2009). Sementara itu, dalam alu-aluan Chief Fire Marshal Kompleks Bangunan JPM, Awang Nor Iswandi bin Haji Rajali antara lain berkata, latihan Fire Marshal tersebut jika dihayati boleh menjadi asas kukuh untuk kemajuan diri sendiri dari segi disiplin, komitmen, pemikiran, kejujuran serta kepercayaan diri terhadap tugasan seharian dan di dalam amalan kehidupan kita sepanjang hayat. Seramai 41 orang Fire Marshal menerima sijil-sijil pengiktirafan mereka setelah tamat menjalankan program latihan selama tiga hari yang telah diadakan di Jabatan Bomba dan Penyelamat, Cawangan 'A' di Lapangan Terbang Lama, Berakas. Matlamat utama kursus tersebut ialah agar para peserta berkemampuan untuk mengetahui dan memahami cara-cara mengatasi serta bertindak dalam situasi kecemasan, kebakaran dan seterusnya pengosongan
Kompleks Bangunan JPM. JPM juga telah mengadakan beberapa Latihan Kebakaran dan Kecemasan (Fire Drill) di bangunan berkenaan. Latihan tersebut bukan sahaja menguji kecekapan para Fire Marshal dalam mengawal pelbagai situasi kecemasan, tetapi juga untuk menilai keberkesanan pelan dan prosedur-prosedur respons kecemasan yang ada. Manakala Latihan Kebakaran dan Kecemasan (Fire Drill) akan terus diadakan secara berkala dengan objektif untuk meningkatkan tahap persediaan dan kecekapan JPM sekiranya berlakunya kecemasan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pegawai-pegawai Penguasa Keselamatan Polis JPM dan pegawai-pegawai kanan di JPM.
PARA pegawai Jabatan Perdana Menteri (PROPER) dan Jabatan Tenaga dan Perindustrian ketika menjalani Latihan Kebakaran dan Kecemasan (Fire Drill) di Bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menjadikan mereka diiktiraf sebagai Fire Marshal.
'Earth Hour' jimatkan penggunaan tenaga
SEBAHAGIAN daripada lampu Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien dimalapkan selama 1 jam bermula jam 8.30 malam bagi menyokong Kempen Earth Hour.
Oleh: Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Mac. - Negara Brunei Darussalam tahun ini terus menjadi sebahagian daripada gerakan inspirasi dan memperkasa iklim mapan dunia apabila menyertai acara Earth Hour bersama negara-negara antarabangsa lainnya. Earth Hour merupakan acara tahunan yang disambut setiap Sabtu terakhir bulan Mac yang menghendaki rumah-rumah kediaman, pejabat dan premis-premis mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak diperlukan selama satu jam bermula 8.30 malam hingga 9.30 malam untuk meningkatkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Sehubungan itu, di Daerah Brunei dan Muara, merupakan salah satu tumpuan utama bagi acara tersebut ialah di Bangunan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di ibu negara. Semasa berlangsung acara tersebut, beberapa aktiviti sampingan juga turut diadakan bagi memeriahkan malam tersebut. ''Ketika dunia mengalami kesan perubahan iklim yang disaksikan melalui berita-berita, kita juga menyaksikan negara-negara bersatu bersama-sama mewujudkan undang-undang iklim-mesra di seluruh dunia. Dari permulaan pada tahun 2010 bagi Brunei, Earth Hour mengingatkan kita bahawa walaupun kita dipengaruhi oleh perubahan iklim, terdapat juga komuniti dan organisasi di Brunei yang berusaha untuk mengurangkan kesan karbon di negara ini," jelas Mohd. Rimey bin Haji Osman dalam kenyataannya selaku Pengurus Negara, Earth Hour di Brunei. Menurutnya, banyak usaha telah dilaksanakan untuk mendedahkan betapa pentingnya sumber alam semula jadi, manfaatnya dan sumbangan kepada masyarakat dan membantu memajukan ekonomi hijau untuk negara kita. Beliau menyatakan, memadam lampu adalah tanda simbolik dan langkah pertama ke arah mengambil pendirian untuk tindakan iklim. Di Brunei tambahnya, acara diadakan di beberapa tempat di Bandar Seri Begawan, Tutong, Temburong dan kompleks membeli-belah Mabohai, di mana mercu tanda yang ikonik bagi Negara Brunei Darussalam ialah Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Masjid Omar Ali Saifuddien. Kempen Earth Hour mula diadakan di negara ini pada Mac 2010, bagi sama-sama menyokong seruan Tabung Perlindungan Hidupan Liar Sedunia (World Wide Fund - WWF) yang telah memperkenalkan kempen berkenaan pada Mac 2007 yang antara lain bertujuan untuk sama-sama berjimat tenaga dengan mematikan lampu selama satu jam pada setiap penghujung bulan Mac bagi memberikan kesedaran atas perubahan iklim global.
HARI ISNIN 27 MAC 2017
AGAMA
9
10
NASIONAL
HARI ISNIN 27 MAC 2017
Pemenang TAIB Entrepreneurship Challenge kongsi pengalaman Oleh : Khartini Hamir Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Mac. - Juara TAIB Entrepreneurship Challenge, Awang Haji Mohammad Loqman Al-Hakim bin Haji Hamdan dari Al-Huffaz Management dalam temu bualnya bersama Pelita Brunei melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala di atas kejayaan yang diraih. Syarikatnya antara lain menawarkan aktiviti keagamaan antaranya mengajar mengaji ke
AWANG Haji Mohammad Loqman Al-Hakim bin Haji Hamdan dari Al-Huffaz Management.
rumah-rumah, Majlis Khatam Al-Quran, upacara keagamaan pindah rumah, Doa Selamat, dan termasuk di bulan Ramadan menawarkan imam bagi Sembahyang Sunat Tarawih dan sebagainya. Perusahaan yang memiliki seramai 300 lebih pelajar dan 67 kakitangan dari kalangan guru-guru dan graduan-graduan tempatan dari Institut Tahfiz Al-Quran, UBD, KUPU SB, UNISSA dan pelbagai peringkat institusi pengajian tinggi antara yang
AWANGKU Ahmad Akram bin Pengiran Haji Md. Idrus dari Syarikat Steamy Ridez and Cleaning Services.
Bazar Amal 2K17 2.0 ketengahkan usahawan tempatan
terbesar di negara ini. Selain itu, dihasratkan mengangkat agama Islam di Negara Brunei Darussalam dan berusaha untuk menjadikan seratus peratus semua penduduk Islam di negara ini pandai mengaji Al-Quran serta berhasrat menjadikan syarikatnya sebagai world largest Al-Quran teaching provider. Melalui Program TAIB Entrepreneurship Challenge tersebut juga tambahnya, dapat memberikan suatu pendedahan yang baik bagi syarikat beliau dan mudah-mudahan dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda tempatan di negara ini agar berani mencuba untuk menceburi bidang perniagaan atau perusahaan.
DR. Awang Haji Md. Nirwan bin Haji Md. Nasir dari Simvolous Consultancy & Medical Supplies Sdn. Bhd
Sementara itu, bagi Awangku Ahmad Akram bin Pengiran Haji Md. Idrus dari Syarikat Steamy Ridez and Cleaning Services pula menjelaskan bahawa kejayaan di tempat kedua dalam TAIB Entrepreneurship Challenge adalah sangat tidak disangka oleh beliau kerana berdasarkan apa yang ditawarkan syarikat hanyalah perkhidmatan mencuci dalaman dan luar kereta. Tambahnya lagi, program entrepreneurship telah memberikannya pendedahan kepada pembelajaran asas dalam perusahaan di syarikat beliau yang sudah berusia dua tahun dengan memperoleh banyak hasil. Syarikat Steamy Ridez and Cleaning Services antara lain menawarkan perkhidmatan pembersihan dalaman dan luaran kereta seperti perkhidmatan mencuci kusyen kereta, menghilangkan bau yang kurang enak dalam kereta dan juga menyediakan perkhidmatan untuk pembunuhan bakteria dan kuman yang ada di dalam kereta serta perkhidmatan mencuci kereta dengan servis tertentu seperti car polish dan sebagainya. Dr. Awang Haji Md. Nirwan bin Haji Md. Nasir dari Simvolous Consultancy & Medical Supplies Sdn. Bhd. yang berjaya mendapat tempat ketiga di TAIB Entrepreneurship Challenge antara lain menjelaskan semasa mengikuti program berkenaan mereka diajarkan beberapa kaedah dan asas strategi mengenai menjalankan perusahaan dari segi perancangan, self-promoting, mentadbir kewangan dan beberapa kaedah praktikal yang lain. Sebagai pengusaha yang baharu katanya, kaedah-kaedah ini amat berguna bagi pengukuhan syarikat yang baharu agar dapat bermula dengan strategi yang kukuh dan
akan berterusan kukuh serta dapat berkembang dari semasa ke semasa. Tambahnya, Simvolous Consultancy & Medical Supplies Sdn. Bhd. antara lain menawarkan health and fitness sector dengan mengadakan ujian fitness dan nutrition melalui ujian DNA secara genetik yang dapat memberikan perancangan pre-session training bagi fungsi badan secara betul dan tepat. Sementara Dayang Santy Allim dari Sparkly Domestic Divas menjelaskan, perusahaan beliau ditubuhkan Ogos 2016 yang merupakan sebuah syarikat swasta yang menggaji ibu-ibu tunggal, school drop-outs, dan golongan yang kurang berkemampuan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan ke rumah-rumah sebagai domestic helper. Setakat ini terangnya, syarikat beliau telah membuat pembersihan ke rumah-rumah secara domestik seperti melakukan kerja-kerja membersih rumah, mencuci baju, menyeterika baju, mengemas rumah, atau keperluan untuk baby-sitting anak-anak kecil secara setiap hari selama empat jam melalui perkhidmatan pembantu rumah (tempatan) seramai dua orang pada setiap rumah dengan kadar bayaran caj yang tertentu. Sejak mengikuti program entrepreneurship ini tambahnya, banyak perubahan dan perkembangan positif di syarikat beliau antaranya melalui networking dengan para pengusaha yang lain dan ilmu yang diberikan semasa mengikuti program berkenaan dan beliau merasa bersyukur dapat mengikuti program berkenaan secara percuma dan sekali gus dapat membantu beliau dalam mengembangmajukan lagi perusahan beliau yang sedia ada.
Penghibur tempatan sajikan persembahan menarik
Siaran Akhbar : Battle Pro Marketing & Management Services BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Mac. - Bazar Amal 2K17 2.0 'Satu Baju Satu Senyuman' anjuran Jabatan Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Battle Pro Marketing & Management Services akan diadakan bermula 27 hingga 31 Mac 2017 bertempat di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara mulai jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam. Bazar Amal ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi Tabung Amal Jabatan Daerah Brunei dan Muara bagi membantu mangsa-mangsa bencana yang tidak diduga. Melalui bazar ini, para usahawan belia dan usahawan tempatan berpeluang memasarkan produk-produk dan jenama mereka kepada orang ramai seperti makanan, produk kecantikan, pakaian fesyen terkini, barangan keperluan seharian dan sebagainya. Fokus utama bazar ini ialah 'Satu Baju Satu Senyuman', di mana orang ramai berpeluang membeli-belah sambil menderma dengan membeli kain dan menempah pakaian daripada syarikat jahitan yang terdapat di bazar berkenaan dan kemudian disumbangkan kepada anak-anak yatim. Di samping itu, 'Satu Guntingan Satu Senyuman' juga akan diadakan dengan kerjasama Jambang's Barbershop. Orang ramai berpeluang menggunting rambut mereka dan bagi setiap guntingan, anak-anak yatim dan anak-anak yang berasal dari keluarga yang susah juga akan mendapat guntingan rambut secara percuma. Beberapa aktiviti turut diadakan sepanjang bazar ini, iaitu Peraduan Mewarna, Peraduan Tulisan Jawi serta Mathematics and English Competitions yang mana masing-masing menawarkan hadiah berupa Pakej Tuisyen yang bernilai BND2,000, Pakej Mengaji secara percuma selama sebulan dan juga hadiah bernilai BND3,000. Selain itu, pengunjung yang berhasrat untuk mencari pekerjaan akan berpeluang mencari pekerjaan di bazar ini. Sebanyak 10 buah syarikat akan menawarkan peluang pekerjaan dan temu duga pada hari pertama dan kedua bazar. Aktiviti lain yang turut diadakan ketika bazar termasuk derma darah dan perkongsian tip menjadi pelajar yang cemerlang dari Enrich Tutorial.
PERSEMBAHAN 2017 Hundred Beats Brunei's Only Drum and Percussions memukau perhatian penonton yang mengunjungi Taman Jerudong Park Colonnade.
Oleh: Saerah Haji Abdul Ghani Foto: Hamzah Mohidin BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Mac. - Acara persembahan 2017 Hundred Beats Brunei's Only Drum and Percussions memukau perhatian ratusan penonton yang mengunjungi Taman Jerudong Park Colonnade. Persembahan tersebut dianjurkan buat kali ke-2 oleh Jerudong Park Country Club dan KaMaLoKo Entertainment Group.
Konsert selama tiga jam tersebut mempamerkan genre muzik yang berbeza, dengan muzik tradisional, fusion dan samba yang dipersembahkan oleh kira-kira 30 penghibur dari negara ini. Persembahan diserikan oleh band Flotzilla dan solo drum daripada Ariff dari Dinshee serta gabungan afrobeats dan samba. Para penghibur tempatan juga
memainkan instrumen tempatan seperti gulintangan, gedang labik dan tabla (darbuka) dengan mengabungkan instrumen tradisional dan antarabangsa seperti cajon dan bongo, di samping gitar bass, drum machines dan percussions. Acara ini turut disokong oleh Progresif Cellular, Parkview Hotel, D'Sunlit, Sehat, Brugraphictee, Furemu, iDesign Project, Infinite World, KF Entertainment, Warnaku Syarikat, Candas Creative Company dan Mar'azmala Petrol.
RENCANA
HARI ISNIN 27 MAC 2017
SAMBUNGAN MATLAMAT
U
NIVERSITI ini ditubuhkan adalah dengan matlamat sebagai :
''Pusat kecemerlangan ilmu untuk memenuhi / mendukung keperluan negara yang mendaulatkan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam dan bagi memelihara akidah Ahli Sunnah Waljamaah, Mazhab Shafi'i dalam usaha untuk mengukuhkan penghayatan beragama dan perpaduan umat.'' Kamus Bahasa Melayu Nusantara memberi makna 'matlamat' ialah ''sesuatu yang hendak dicapai, tujuan, objektif'' (m.s.1744). Berdasarkan kenyataan matlamat di atas, ada enam perkara yang hendak dicapai iaitu : Pertama : sebagai ''Pusat kecemerlangan ilmu.'' Tidak disebutkan jenis ilmu apa di sini. Bermakna ia merangkumi ilmu duniawi dan ukhrawi yang melihat dari perspekif Islam. Kedua : Bagi ''memenuhi / mendukung keperluan negara'' bermakna ilmu yang diajarkan adalah bagi memenuhi dan mendukung keperluan negara. Sebagai misal, Program Undang-Undang, Syariah, Usuluddin, Tamadun, Kewangan Islam dan Bahasa Arab adalah antara program yang diperlukan oleh negara. Ketiga : ''Negara yang mendaulatkan Islam.'' Ini jelas dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara yang dicatatkan dalam perlembagaan, fungsi sultan dan pembesar negara terhadap agama, institusi keagamaan dan sistem perundangan Islam yang berdaulat di negara ini. Ini bermakna universiti ini akan menjadi salah satu institusi yang turut mendaulatkan Islam di negara ini. Keempat : ''Memelihara akidah Ahli Sunnah Waljamaah, Mazhab Shafi'i.'' Bermakna universiti ini akan turut berperanan penting dalam perkara ini menerusi program-program yang diperkenalkannya, dan membuat penyelidikan mengenainya. Jelas bahawa universiti ini adalah tempat yang sesuai untuk memelihara akidah Ahli Sunnah Waljamaah dan Mazhab Shafi'i dan untuk menjadi rujukan secara akademik. Kelima : ''Untuk mengukuhkan penghayatan beragama.'' Bermakna universiti ini boleh membantu bagi mengukuhkan penghayatan beragama di negara ini dengan cara melahirkan para pendakwah, intelektual Islam dan para pegawai yang mempunyai latar belakang keagamaan yang kuat. Keenam : ''Perpaduan umat.'' Perkara ini hanya boleh direalisasikan jika masyarakat berpegang kuat kepada aliran Ahli Sunnah Waljmaah, Fiqh Mazhab Shafi'i dan penghayatan falsafah Melayu Islam Beraja. Ini kerana enam unsur atau faktor yang disebutkan itulah yang telah menyatukan masyarkat Brunei sejak 5 kurun yang lalu. Dengan lain perkataan, orang-orang Brunei bersatu dalam satu aliran akidah dan Mazhab Fiqh, terbukti telah dapat mengelakkan perpecahan sesama sendiri yang dibawa oleh segala macam aliran pemikiran dan fahaman seperti yang berlaku di setengah tempat lain. MISI Wawasan universiti Islam ini disokong oleh misi dan objektifnya. Misi ialah mekanisme bagi menghasilkan visi. Objektif ialah target atau sasaran misi yang mana jika target tercapai maka visi akan terpenuhi. Kamus Bahasa Melayu Nusantara antara lain mengatakan bahawa 'Misi' ialah tugas khas yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang atau kumpulan untuk tujuan tertentu. (Kamus Bahasa Melayu Nusantara, 2003 : 1800). Ini bermakna misi akan terus bekerja sehingga objektif tercapai. Sekiranya objektif tercapai di suatu hari nanti tidak pula bermakna misi akan berhenti, kerana kualiti dan kuantiti perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Dalam pendidikan baik di peringkat apa jua pun tidak ada istilah berhenti. Apa yang perlu ada ialah istilah progresif dan dinamik. Ini bermakna universiti ini akan sentiasa maju dan mengorak langkah setapak demi setapak serta sentiasa bergerak mengikut kemampuannya. Misi universiti ini ialah : ''Sebuah universiti bertaraf antarabangsa yang menyediakan program pengajian, peyelidikan dan pembinaan insan melalui kaedah-kaedah holistik, berteknologi terkini selaras dengan perkembangan dunia untuk melahirkan graduan yang soleh, berwibawa dan berharga serta turut menyum-
Oleh : Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman dengan kerjasama Meja Kandungan Khas Pelita Brunei bang kepada pembangunan masyarakat dan negara.'' Misi ini menjelaskan bahawa universiti yang kita bina ini adalah bertaraf antarabangsa. Perkataan 'antarabangsa' ini adalah perlu, untuk menarik perhatian masyarakat di dalam dan luar negara supaya tidak ada tanggapan negatif bahawa universiti ini bersifat otordoks, kolot dan terpinggir dari perkembangan dunia hari ini. Universiti ini menyediakan 'program pengajian' duniawi dan ukhrawi. Universiti ini akan memberikan penekanan kepada 'penyelidikan' yang menjadi antara faktor kekuatan sesebuah universiti. Universiti ini juga akan menjadi kilang 'pembinaan insan'. Maka untuk merealisasikan matlamat ini, universiti akan menggunakan 'kaedah holistik' yang merangkumi apa jua kaedah yang dapat dipakai sama ada tradisional atau moden, menggunakan 'teknologi terkini' yang bermakna universiti ini akan menggunakan peralatan canggih moden, ICT, saintifik, selari dengan perkembangan dunia. Semua kaedah ini akan digunakan bagi melahirkan 'graduan yang soleh, berwibawa dan berharga.' Bila disebutkan perkataan 'soleh' (berasal dari bahasa Arab) bermakna orang yang membawa kebajikan dan kebaikan, berjalan di atas landasan yang betul, tidak cenderung kepada kemungkaran dan maksiat. Haji Dusuki bin Haji Ahmad dalam bukunya Kamus Pengetahuan Islam mengatakan bahawa erti 'soleh' ialah orang baik atau orang benar. Ia dimaksudkan orang yang baik amalannya, sentiasa patuh kepada perintah Allah Subhanahu Wata'ala dan tidak melakukan dosa. Kalau pun ada melakukan dosa kecil, ia tidak berpanjangan dalam dosanya secara sengaja. Orang soleh dimuliakan dan dikasihi Allah Subhanahu Wata'ala. (Haji Dusuki Haji Ahmad, 2012 : 774). Di dalam Al-Quran banyak sekali disebut perkataan 'soleh' ini, antaranya ialah dalam Surah Al-'Asr, ayat 1 – 3 maksudnya : ''Demi masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan soleh, dan saling berpesan untuk mengikut yang haq serta saling berpesan untuk bersabar.'' Firman Allah lagi yang maksudnya : ''Dan sampaikanlah berita gembira (wahai Nabi Muhammad) kepada orang-orang yang beriman dan orang-orang yang mengerjakan amalanamalan soleh bahawa mereka akan beroleh syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.'' (Surah Al-Baqarah, ayat 25) Firman Allah lagi yang maksudnya : ''Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amalan-amalan soleh, merekalah ahli syorga, mereka kekal di dalamnya.'' (Surah Al-Baqarah, ayat 82) Berdasarkan firman-firman Allah di atas menunjukkan insan 'soleh' itu mempunyai nilai yang tinggi di sisi sesama manusia dan di sisi Allah Subhanahu Wata'ala, dan tempatnya nanti adalah syurga. Perkataan 'berwibawa dan berharga', Kamus Bahasa Melayu Nusantara memberi makna 'wibawa' ialah : ''Pembawaan (sifat) untuk dapat menguasai dan mempengaruhi orang lain melalui sikap dan tingkah laku yang mengandungi kepimpinan dan penuh daya tarik.'' (m.s. 3031). 'Berharga' bermakna bernilai tinggi dan laku dalam pasaran. Kita menginginkan graduan yang mempunyai kedua-dua ciri ini 'Berwibawa dan berharga'. Kedua-duanya membawa pengertian sebagai orang yang dipandang mulia, boleh dipercayai, berperibadi tinggi dan menjadi rebutan masyarakat. Mereka inilah yang akan 'turut menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara'. OBJEKTIF Matlamat dan objektif mempunyai makna yang hampir sama. Namun matlamat lebih bersifat umum sementara objektif lebih bersifat khusus. Universiti ini mempunyai tujuh objektif yang ingin dicapai iaitu: 1.Mengenai Program Menyediakan program pengajian tinggi Islam di peringkat ijazah pertama dan ijazah lanjutan secara teratur dan berkesan bagi menghasilkan pendidikan komprehensif untuk melahirkan ulama, sumber tenaga manusia dan cendekiawan Islam yangf berwibawa, syumul, mempunyai jati diri, profesional, berilmu berakhlak dan berwibawa. 2. Mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Meningkatkan kemahiran pengajaran dan keberkesanan pembelajaran, tarbiah, penyelidikan dan penerbitan dengan menggunakan teknologi terkini. 3. Mengenai Penyelidikan dan Konsultasi Menggiatkan usaha pengkajian, penyelidikan dan khidmat konsultasi, nasihat dan kepakaran menurut perspektif Islam. 4.Mengenai MIB
11
Ristaan Sejarah III : Universiti Islam Sultan Sharif Ali Memberikan pengisian yang berkesan lagi bermakna kepada falsafah Melayu Islam Beraja, khususnya dalam konteks 'Islam' sebagai asas dan tunggak utama kepada falsafah tersebut. 5.Mengenai Pembinaan Insan Menjana dan membantu pembinaan umat yang berilmu, beriman, beramal, bertakwa dan berakhlak mulia berlandaskan aliran Ahli Sunnah Waljamaah dan pengembangan Mazhab Shafi'i. 6.Mengenai Khazanah Ilmu dan Rujukan Memperkaya khazanah ilmu dan rujukan yang berteraskan Islam dan menyebarluaskan ilmu-ilmu berkenaan untuk dimanfaatkan oleh masyarakat. 7.Mengenai Dakwah Islam Selain bermanfaat bagi Negara Brunei Darussalam, dalam jangka masa yang panjang penubuhan universiti Islam ini juga akan bermanfaat kepada negara-negara serantau dan antara bangsa dan boleh menjadi pusat pengembangan dakwah Islam di Asia Tenggara. MOTO Moto universiti ini dipetik dari ayat Al-Quran yang maksudnya : ''Dan bertakwalah kamu kepada Allah, dan Allah akan mengajar kamu.'' (Surah Al-Baqarah, ayat 282). Moto ini menyeru supaya kita bertakwa kepada Allah, membersihkan diri dari segala unsur maksiat dan menjauhkan diri dari segala unsur negatif yang tidak sihat. Pelajar universiti dan seluruh pegawai, kakitangan dan ahli-ahli akademiknya tidak seharusnya terlibat dalam apa jua aktiviti mungkar dan tidak sihat. Moto ini perlu difahami dan dihayati. Dengan demikian Allah akan memberkati kita, membuka cahaya ilmu, memberi cahaya minda serta mudah kita memahami ilmu yang diajarkan. (Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad, 2010 : 206). LOGO Logo universiti ini mengandungi visi, misi, objektif, matlamat dan moto universiti. Logo ini kelihatan unik, dinamik, patriotik dan Islamik. (Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad, 2010 : 279). KESIMPULAN DAN RUMUSAN Pada akhirnya dapatlah disimpulkan bahawa penubuhan Universiti Islam Sultan Sharif Ali ini adalah suatu usaha yang sangat berharga bagi negara ini, bagi Islam dan umat Islam. Ia adalah ilham, hasrat, gagasan dan wawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memerintah negara ini, yang mana ilham, hasrat, gagasan dan wawasan baginda itu perlu disempurnakan atau direalisasikan oleh semua jentera dalam negara. Perkara ini tentunya mengagumkan kerana hanya raja yang penuh kewibawaan dan keimanan kepada ajaran Islam sahaja yang berani menyuarakannya. Universiti ini tidak mungkin wujud tanpa adanya inisiatif dan direktif dari baginda itu sendiri. Inti pati objektif universiti ini seperti yang dihasratkan oleh baginda ialah untuk melahirkan ulama dan cendekiawan yang berwibawa iaitu peristilahan yang membawa maksud insan yang memiliki ilmu duniawi dan ukhrawi, atau dalam satu peristilahan lain lagi disebut
ilmu naqli dan ilmu aqli . Malahan dihasratkan juga oleh baginda dengan jelas supaya universiti ini menjadi 'sebuah pusat pengajian tinggi Islam yang tulen yang akan menjadi landmark kita di dunia dan di akhirat. InsyaaAllah.' Maka dengan adanya universiti ini lengkaplah Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Islam. Universiti ini boleh turut mendukung kerasmian Islam, turut memelihara akidah umat Islam di negara ini yang berpegang kepada aliran Ahli Sunnah Waljamaah, Mazhab Shafi'i. Sebaliknya adalah menjadi kewajipan semua pihak untuk sama-sama terlibat dan menyumbag sesuatu yang bermakna bagi pertumbuhan, perkembangan dan pengukuhan universiti ini. Jangan ada satu pihak yang membagunkannya, sementara pihak yang lain pula merobohkannya. Inilah harta yang paling berharga, paling bercahaya untuk dijaga dan digilap oleh semua generasi di semua zaman. Jika diteliti sejarah penubuhan universiti ini, yang menjadi kenyataan di zaman pemerintahan sultan yang memerintah di atas, namun asas-asasnya tidak akan dapat dinafikan sama sekali ia pasti merujuk kepada wawasan Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei Ke-28. Sejarah perkembangan Islam di negara ini jelas mengukirkan perkara ini. Oleh kerana itu, tiada balasan yang boleh dipersembahkan melainkan hanya seluruh rakyat bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala dan memohon rahmat dan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada kedua-dua pemerintah di atas yang telah berjasa besar kepada perkembangan dan pengukuhan ajaran Islam di negara ini. Amin ya rabbalalamin. Sekian. BIBLIOGRAFI Jawatankuasa Pandu Penubuhan Universiti Islam Brunei, Kertas Kerja Cadangan Penubuhan Universiti Islam Brunei. Syawal 1427H / November 2006M. Sheikh Abdullah Basmeih. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, Kuala Lumpur : Bahagian Ha Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1988. Muhammad Mutawalli Al-Sha'rawi. Tafsir Al-Sha'rawi, Jilid 1, Mesir, Akhbar al-Yaum, 1991. Profesor Dr. Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (HAMKA). Tafsir Al-Azhar, Singapura : Pustaka Nasional, 1990. Haji Dusuki Haji Ahmad. Kamus Pengetahuan Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2012. Kamu Bahasa Melayu Nusantara. Brunei : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003. Dokumen-Dokumen Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, Brunei: Jabatan Percetakan Kerajaan, November, 2008. Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Awang Haji Mohd. Taib. Buku Himpunan Teks Ucapan Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam 2005 - 2010. Brunei : Kementerian Pendidikan, 2010. Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman. Koleksi Teks Ucapan Timbalan Menteri Pendidikan (2005 - 2010). Brunei: Kementerian Pendidikan, 2010.
REKTOR UNISSA pertama dan rombongan bergambar sama dengan Allahyarham Sheikh Al-Azhar, Mesir dalam satu lawatan muhibah mengenai UNISSA.
12
HARI ISNIN 27 MAC 2017
13
HARI ISNIN 27 MAC 2017
Sambutan Ulang Tahun Perbadanan TAIB ke 25 Tahun Oleh : Dk Vivy Malessa Pg Ibrahim Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Muhammad Asri Haji Awang Abas
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Ulang Tahun Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) Ke-25 Tahun. Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Ulang Tahun Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) yang Ke-25 Tahun yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang
KEBAWAH DYMM berkenan menyempurnakan Pengurniaan Anugerah Perkhidmatan 25 Tahun kepada salah seorang pegawai Perbadanan TAIB (kiri), sementara gambar kanan, Kebawah DYMM berkenan menyempurnakan Pengurniaan Anugerah Program Usahawan kepada tempat pertama, Awang Loqman bin Hamdan salah seorang daripada 10 peserta terbaik yang telah menyertai Pertandingan Perbadanan TAIB Cabaran Keusahawanan.
Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman selaku Penasihat Perbadanan TAIB; dan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah Perbadanan TAIB, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Salim bin Haji Besar. Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel. Sejurus keberangkatan tiba di Dewan Plenari pusat berkenaan, Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dimainkan dan disusuli dengan bacaan ayat suci Al-Quran dari pelajar Tahun 8, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Muhammad Azib bin Muhammad Azim, manakala tafsirannya dibacakan oleh Awang Muhammad Fawwaz bin Daud. Majlis diteruskan dengan sembah alu-aluan yang disembahkan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB. Yang Berhormat antara lain menyembahkan, landskap perbankan telah berkembang dengan pesatnya, bagi menempuhi daya evolusi seperti perubahan ekspektasi pelanggan, kawalan selia pihak-pihak berkuasa yang perlu dipatuhi, teknologi, demografi, saingan baharu, perkembangan produk dalam dan luar negeri dan perubahan ekonomi global dan tempatan, di mana untuk kekal memberi perkhidmatan yang sama bukanlah menjadi pilihan. Yang Berhormat menambah, Perbadanan TAIB tidak dapat complacent dan perlu mencorak langkah strategi selaras dengan perkembangan semasa demi untuk terus memperkukuhkan Perbadanan TAIB sebagai institusi Kewangan Islam yang unggul di negara ini.
PEGAWAI dan kakitangan Perbadanan TTAIB) yang menghadiri majlis tersebut (kiri), sementara gambar atas, bacaan ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh pelajar Tahun 8, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Muhammad Azib bin Muhammad Azim (kiri), manakala Awang Muhammad Fawwaz bin Daud (kanan) membacakan tafsirannya.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat diraja berkenan bergambar ramai bersama Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Majlis Sambutan Ulang Tahun Perbadanan TAIB Ke-25 Tahun.
Pada majlis itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan titah. Majlis diteruskan dengan menyaksikan tayangan video korporat yang memperlihatkan 25 tahun pencapaian perbadanan berkenaan. Baginda kemudiannya berkenan dijunjung bagi menyempurnakan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan 25 Tahun kepada 17 penerima yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB dan Anugerah Program Usahawan kepada 10 peserta terbaik yang telah menyertai Pertandingan Perbadanan TAIB Cabaran Keusahawanan. Bagi memberkati majlis, bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Baginda dan kerabat diraja seterusnya dijunjung berangkat ke Pameran Perbadanan TAIB dan juga berkenan menyempurnakan pelancaran kad As-Salam dari Darussalam Holdings Sdn. Bhd. Sebelum berangkat meninggalkan
majlis, baginda berkenan menyertai sesi bergambar ramai bersama Lembaga Pengarah dan
Jawatankuasa Penasihat Syariah Perbadanan TAIB dan penerima Anugerah Perkhidmatan 25 tahun.
Perbadanan TAIB ditubuhkan dengan rasminya pada 29 September 1991 dan tarikh
tersebut merupakan detik bermulanya institusi kewangan Islam di negara ini.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyaksikan pameran ( kiri), sementara gambar kanan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menandatangani lembaran kenangan keberangkatan.
ANTARA jemputan yang hadir pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Perbadanan TAIB Ke-25 Tahun (atas), sementara gambar kanan, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
14
JAWATAN KOSONG / IKLAN
HARI ISNIN 27 MAC 2017
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN SEBUT HARGA : 002/HQ/2017-QM (LELONG) JUALAN LELONG BAGI 4 UNIT ELECTRONIC TYPEWRITER DI BALAI POLIS BANGAR, TEMBURONG 003/HQ/2017-QM (LELONG) JUALAN LELONG BAGI 62 UNIT PERALATAN DAN PERABOT PEJABAT DI BALAI POLIS BANGAR, TEMBURONG 1. BIL. SEBUT HARGA : 002/HQ/2017-QM (LELONG) Typewritter jenis Brother CX-8250 Electronic No Siri : 1. U53093E4E900778 F4E900778 2. U53093E4E900802 F4E900802 JUMLAH : 2 unit Typewritter jenis Brother CX-8250 Electronic No Siri : F4E900779 JUMLAH : 1 unit Typewritter jenis Alder Universal 275 No Siri : 632439-A12/T16N09F/49/2000 JUMLAH : 1 Unit CAJ BORANG : BND2.00 HARGA INDIKASI : BND25.00 2. BIL. SEBUT HARGA : 003/HQ/2017-QM (LELONG) Besi Stand Papan Tanda Jalan - JUMLAH : 7 unit Katil Besi Dua Tingkat single ) - JUMLAH : 8 unit Kerusi Pejabat warna coklat - JUMLAH : 5 unit Kerusi Pejabat jenis plastik warna biru muda dan hitam (tidak ada meja) JUMLAH : 5 unit Kerusi Pejabat warna merah dan hitam - JUMLAH : 3 unit Kerusi pejabat jenis plastik warna biru muda dan hitam (ada meja) JUMLAH : 3 unit Kerusi pejabat warna biru dan hitam jenis Dunlop JUMLAH :2 unit Kerusi pejabat warna biru - JUMLAH : 1 unit Meja Makan ( ukuran 4 x 8 ) - JUMLAH : 2 unit Tilam single - JUMLAH : - JUMLAH : 11 unit Tilam Double - JUMLAH : 3 unit Katil besi warna hitam dua tingkat - JUMLAH : 4 unit Katil besi warna merah dua tingkat - JUMLAH : 1 unit Almari pakaian - JUMLAH : 6 unit Almari dapur jenis aluminium - JUMLAH : 1 unit
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN KENYATAAN TAWARAN BILANGAN TAWARAN : 09/MAR/2017/KKBS/PJK/16.43 TAJUK TAWARAN : TWO (2) YEARS TERM MAINTENANCE REPAIR AND RERIGGING WORKS
CAJ BORANG : BND2.00 HARGA INDIKASI : BND80.00
TO VARIOUS EXISTING TRAINING FACILITIES AT BATANG DURI CAMP, OUTWARD BOUND BRUNEI DARUSSALAM (OBBD)
PERHATIAN BAGI PENENDER-PENENDER : Borang tawaran bolehlah di dapati di Unit Perbekalan Tingkat Bawah, Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei, semasa waktu bekerja sahaja. Bayaran dokumen tawaran berharga BND2.00 (tidak dikembalikan). Pembayaran bolehlah di buat di Kaunter Pembayaran Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei pada waktu bekerja, iaitu Isnin hingga Khamis dari jam 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi dan 2.00 Petang hingga 3.00 Petang dan Sabtu dari jam 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi. Tarikh terakhir mengambil borang pada Khamis, 6 April 2017. Tarikh tutup menghantar borang pada 10 April 2017, Jam : 10.00 Pagi dan tawaran yang lewat diterima tidak akan dilayan. Tarik melihat barang-barang lelongan ialah pada 4 hingga 6 April 2017 (waktu bekerja) jam 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi dan 2.00 Petang hingga 3.00 Petang.
TEMBURONG, BRUNEI DARUSSALAM
TAWARAN
dibukakan
pada
syarikat-syarikat
/
pemborong-pemborong
yang
mempunyai
Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Kementerian Pembangunan yang sah dalam Kategori Kerja KA01, B01 dan P04 - Kelas II - IV. Dokumen tawaran boleh diperoleh dari Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam semasa hari / waktu bekerja. Penerangan lanjut boleh dirujuk kepada Pegawai Penyelia Kerja dari Unit Pengurusan Estet, Tingkat Bawah Tanah (Basement Level), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam. Tidak lewat 11 April 2017 jam 2.00 Petang, Selasa. Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran adalah pada Sabtu, 8 April 2017 jam 11.00 Pagi.
IKLAN
HARI ISNIN 27 MAC 2017
POLITEKNIK BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN POLITEKNIK BRUNEI BLOK 2E KONDOMINIUM ONG SUM PING JALAN ONG SUM PING BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TAWARAN BILANGAN TAWARAN : PB/ESTATE/Q/2017-2018/01 KETERANGAN : SEBUT HARGA BAS SEWA KHAS (OUTSOURCE) BAGI TEMPOH 2 TAHUN, UNTUK PERKHIDMATAN ULANG ALIK PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH SAINS DAN KEJURUTERAAN DARI KAMPUS ONG SUM PING KE KAMPUS LUMUT BAGI POLITEKNIK BRUNEI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN, BAGI TAHUN 2017 BAYARAN / YURAN DOKUMEN TAWARAN : TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 11 April 2017 (Sebelum jam 2.00 Petang) Syarat-syarat iklan tawaran dan borang-borang tawaran boleh diperoleh di Tingkat 12, Unit 4, Jabatan Perkhidmatan Kewangan, Politeknik Brunei, Blok 2E, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan resit pembayaran. Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN, POLITEKNIK BRUNEI, BANGUNAN POLITEKNIK BRUNEI, BLOK 2E, LOBI, KONDOMINIUM ONG SUM PING, BERAKAS, BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
MAHKAMAH BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
MAHKAMAH PEGAWAI WARIS TEMBURONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) FOR INVESTMENT PROPOSALS TO DESIGN, BUILD, OPERATE, MAINTAIN AND TRANSFER GERAINEKA SUNGAI LIANG, DAERAH BELAIT
MINISTRY of Home Affairs (MoHA) is seeking a suitable and reputable investor, hereinafter referred to as ''Prospective Investor'' to Design, Build, Operation, Maintain and Transfer (DBOMT) of Geraineka Sungai Liang, Daerah Belait. The MoHA intends to work with Prospective Investor on the basis of a (DBOMT) model as details below : 1) MoHA will provide land on lease for the redevelopment of Geraineka Sungai Liang. The cost of premium including land annual tax will be borne by the Prospective Investor. 2) The Prospective Investor will redevelop the said area which includes public and community facilities. 3) The Prospective Investor will collect revenues from operating and leasing the area including public and community facilities as returns for their investment into the building. In return, the Prospective Investor is required to build and handover shop units and other development in that area by the end of the concession period including necessary infrastructure according to authorise requirement. 4) The Prospective Investor shall Invest, Design, Build, Operate, Maintain and Transfer the shop units for a maximum concession period of twenty (20) years. At the end of the concession period, the complex will be transferred to the MoHA in good conditions. To register for the RFP, interested parties should send an e-mail to rfp.khedn@ moha.gov.bn with the subject heading, DESIGN, BUILD, OPERATE, MAINTAIN AND TRANSFER GERAINEKA SUNGAI LIANG, DAERAH BELAIT and attaching company profile. More detailed information and guideline for submitting proposals will be provided in the Request for Proposal (RFP) document which can be obtained from Ministry of Home Affairs or through e-mail rfp.khedn@moha.gov.bn. Completed proposal shall be sealed and delivered by hand or registered mail no later than Tuesday, 9 May 2017, 2.00 Pm Brunei Darussalam time to : MINI TENDER BOARD GROUND FLOOR MINISTRY OF HOME AFFAIRS JALAN JAMES PEARCE BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
SURAT KUASA PUSAKA NO. TEMB/LA/08/2016 BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh GHANI BIN METUSSIN @ GHANI BIN SIBAL kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh HAZIZAH BINTI ABDULLAH @ SITI BINTI SIK yang telah meninggal dunia di dalam NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH DAERAH TEMBURONG pada 8 April 2017, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan ke MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, TEMBURONG sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 22 FEBRUARI 2017.
MAHKAMAH BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
MAHKAMAH PEGAWAI WARIS TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SURAT KUASA PUSAKA NO. T/LA/41/2016
SURAT KUASA PUSAKA NO. TEMB/LA/05/2017 BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh GALEH ANAK LINGGANG kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh NGAYA ANAK JAMIT yang telah meninggal dunia di dalam NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah SUAMI kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH DAERAH TEMBURONG pada 8 April 2017, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan ke MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, TEMBURONG sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 15 MAC 2017.
BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAJAH ALIMAH BINTI HAJI ALI kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh HAJI SAIFUL ASHURA BIN HAJI ABDUL AZIZ @ SURATI BIN YUNTON yang telah meninggal dunia di dalam NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH DAERAH TUTONG pada 8 April 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan ke MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, TUTONG sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 23 MAC 2017.
(Mohamad Jazmi bin Mohamad Kamel) Pendaftar Mahkamah Rendah b/p. Pegawai Waris Temburong Negara Brunei Darussalam.
15
(DK. NORAFIDAH BINTI PG. HAJI BUNGSU) b/p. Pegawai Waris Tutong Negara Brunei Darussalam.
16
IKLAN
HARI ISNIN 27 MAC 2017
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BELAIT
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
PERINTAH ACARA
22 Mac 2017, jam 9.00 Pagi.
URUSETIA JAWATANKUASA KEBANGSAAN
Tarikh tawaran ditutup : Selasa,
SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN
5
April
2017
KEBAWAH DULI YANG MAHA
2.00 Petang.
tidak
lewat
4
April
2017M
pada
pukul
2.30
Petang
MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH, 2005
untuk menjawab tuntutan terhadap kamu oleh
DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
plaintif yang dinamakan di atas bagi bagi
jam
DI DAERAH BELAIT
tuntutan Perceraian.
DALAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Sila
ambil
perhatian
bahawa
jika
kamu
MULIA PADUKA SERI BAGINDA
Contoh kain rentang hendaklah dibubuh
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
dengan tanda / nama syarikat penendar
Saman No.
ingkar hadir di mahkamah pada hari dan masa
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
yang ditetapkan, mahkamah boleh meneruskan
dan diserahkan bersama borang tawaran
KB/MRS/MAL-B/S010A/017/02-2017
YANG KE-71 TAHUN
tidak lewat pada jam 2.00 Petang
SAMAN ANTARA
BAGI TAHUN 2017
pada Selasa, 5 April 2017.
untuk
SITI SALMAH BINTI ABDULLAH
Tawaran adalah dipelawa
mendengarkan
dan
memutuskan
kes tanpa kehadiran kamu.
- Plaintif
Dan sila ambil perhatian bahawa jika kamu
DAN
ingin membela diri terhadap tuntutan tersebut,
harga BND15.00 satu set dari Urusetia
MOHAMED ZULKURNAENNADILAH
kamu hendaklah memfailkan di mahkamah ini
Projek : TAWARAN BAGI
Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan
BIN HAJI ALIAS - Defendan
Syarat-syarat
bagi membekal :
borang
Bilangan Tawaran : 5/2017(PERAYAAN KDYMM)
tawaran
kelayakan diperoleh
dan dengan
MENCETAK, MEMBEKAL,
Perayaan Ulang Tahun Keputeraan
Kepada
MENGEDAR DAN MENJUAL KAIN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
NADILAH
RENTANG SEMPENA SAMBUTAN
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
PERAYAAN ULANG TAHUN HARI
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
KEPUTERAAN KEBAWAH DULI
Yang Ke-71 Tahun bagi Tahun 2017.
SERI BAGINDA SULTAN DAN
Bahagian Kewangan, Tingkat 1
YANG DI-PERTUAN NEGARA
Kementerian Hal Ehwal
BRUNEI DARUSSALAM YANG Tarikh tawaran dibuka : Rabu,
Bidders are invited from supplier Company who registered with Ministry of Development, Negara Brunei Darussalam under CATEGORY S02 1. Quotation Documents can be obtained from : TENDER AND QUOTATION UNIT, 2ND FLOOR, PORTS DEPARTMENT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. During office hours : Monday to Thursday 8.00 Am - 11.00 Am 1.30 Pm - 2.30 Pm Saturday 8.00 Am - 10.00 Am BIDDING DOCUMENTS WILL BE ISSUED UP TO MONDAY, 3 APRIL 2017, A FEW WEEKS BEFORE CLOSING DATE. TIME AND PLACE FOR SUBMISSION OF BIDS 2. The bid (s) must be sent in a sealed, plain envelope with the
kepada
suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan
ALIAS
(defendan
sebelum
atas)
beralamat
atau hadir di mahkamah pada tarikh itu.
di
plaintif
tarikh
yang
disebut
di
atas
di No. 13, Lot 4596, Simpang 233, Kg. Sg. Taring, Seria
KC3135,
Negara
Brunei
Darussalam.
Bertarikh : 15 Jamadilakhir 1438H / 14 Mac 2017M.
secara sendiri atau melalui Peguam Syari'e
PENOLONG PENDAFTAR
Jalan James Pearce
kamu di hadapan Mahkamah Rendah Syariah
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Belait
Bandar Seri Begawan, BS8610.
di Daerah Belait pada Selasa, 7 Rejab 1438H /
Negara Brunei Darussalam.
JABATAN PELABUHAN KEMENTERIAN PERHUBUNGAN INSTRUCTION TO BIDDERS JP/SH3/2017 - 2018 JANITORIAL SERVICES AT JETTY PASSENGER TERMINAL BANGAR, TEMBURONG.
HAJI
ZULKURNAEN-
menyampaikan
Kamu adalah dengan ini disaman supaya hadir
Dalam Negeri
KE-71 TAHUN BAGI TAHUN 2017
BIN
dinamakan
Lumut,
d/a :
YANG MAHA MULIA PADUKA
yang
MOHAMED
dan
following requirements : (a) JP/SH3/2017-2018 JANITORIAL SERVICES AT JETTY PASSENGER TERMINAL BANGAR, TEMBURONG. (b) Must be clearly written on the front side of the envelope. (c) The envelope used must NOT bare the name of any company or supplier. (d) The envelope must be put into PETI SEBUT HARGA and addressed to : THE CHAIRMAN QUOTATION COMMITTEE 2ND FLOOR PORTS DEPARTMENT HEADQUARTERS MUARA, BT1728 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. (e) The bids will be received only until WEDNESDAY, 12 APRIL 2017, 2.00 Pm. 3. SITE VISIT IS ON WEDNESDAY, 5 APRIL 2017, 9.30 Am @ JETTY PASSENGER TERMINAL BANGAR, TEMBURONG 4. The Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam does not bind itself to accept the lowest bidders or any bidders.
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
MAHKAMAH PEGAWAI WARIS DAERAH TEMBURONG
BIL. TAWARAN : UBD / E8 / 003 / 2017
KETERANGAN : TAWARAN BAGI PENGENDALIAN KAFE DI BUSINESS LIBRARY,
MAHKAMAH PEGAWAI WARIS TEMBURONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SURAT KUASA PUSAKA NO. TEMB/LA/01/2017
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM (BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN) BAYARAN DOKUMEN DAN PENTADBIRAN : BND30.00 (tidak dikembalikan)
BIL. TAWARAN : UBD / E8 / 004 / 2017
KETERANGAN : TAWARAN BAGI PENYEWAAN UNIT-UNIT RUANG ''FOOD COURT'' DI BANGUNAN HAL EHWAL PELAJAR UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM (BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN)
BAYARAN DOKUMEN DAN PENTADBIRAN : BND10.00 (tidak dikembalikan)
Tidak lewat jam 2.00 Petang pada Selasa, 28 Mac 2017
SYARAT-SYARAT dan dokumen-dokumen tawaran dan penerangan yang lebih lanjut boleh diperoleh dari Universiti Brunei Darussalam atau melalui website : http:// www.ubd.edu.bn.
BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh BELANG BIN GALAWAT kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh MURNI BINTI GALAWAT yang telah meninggal dunia di dalam NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ABANG kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH DAERAH TEMBURONG pada 8 April 2017, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan ke MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, TEMBURONG sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 15 MAC 2017. (MUHAMMAD HARDY IMAN BIN MUHAMMAD UKIT) Pendaftar Mahkmah Rendah b/p. Timbalan Pegawai Waris Temburong Negara Brunei Darussalam.
IKLAN
HARI ISNIN 27 MAC 2017
17
JABATAN MUFTI KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN TAWARAN : JMK/BPB/A/2017/03 PER. : TAWARAN BAGI KERJA-KERJA PEMOTONGAN RUMPUT DAN PEMELIHARAAN LANDSKAP KAWASAN LUAR BANGUNAN DARULIFTA BRUNEI DARUSSALAM, JABATAN MUFTI KERAJAAN, JABATAN PERDANA MENTERI, SIMPANG 26, JALAN PENGIRAN BABU RAJA, BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN Tarikh Tutup : Tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Selasa, 14 Rejab 1438H bersamaan 11 April 2017M. BORANG tawaran boleh diperoleh di Bahagian Perancangan dan Kewangan, Tingkat Bawah, Blok Pentadbiran, Bangunan Daruliffa Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan Jabatan Perdana Menteri di alamat Simpang 26, Jalan Pengiran Babu Raja, Negara Brunei Darussalam, BA2112, Negara Brunei Darussalam. Pengambilan borang tawaran dan bayaran BND10.00 (Sepuluh Ringgit sahaja) secara tunai akan dikenakan bagi tiap-tiap satu dokumen tawaran (tidak dikembalikan) mulai 27 Mac sehingga 10 April 2017 dari jam 8.30 Pagi hingga 11.00 Pagi dan dari jam 2.30 Petang hingga 3.30 Petang pada hari bekerja.
MAHKAMAH BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM IN THE HIGH COURT OF NEGARA BRUNEI DARUSSALAM HOLDEN AT BANDAR SERI BEGAWAN CASE NO. BCY/CP/197/1998 WINPAC PAPER PRODUCTS PTE. LTD. Judgment Creditors / Petitioner TIONG ING PING BGIC No. 780976 Judgment Debtors / Respondent NOTICE OF RESCISSION Take notice that the Receiving Order made against the following debtor on the 14th October 1999 was rescinded on the 1st December 2016.
JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN TAWARAN : JPE / LTK / PDP / 002 / 2017 TAJUK TAWARAN : TECHNICAL MAINTENANCE OF THE DES 11KV SWITCHGEAR PANELS FOR A PERIOD OF ONE YEAR FOR MIS WITHIN BRUNEI MUARA DISTRICT. Tarikh Tutup : 4 April 2017, SELASA (JAM 2.00 PETANG) Harga Dokumen : BND30.00 (tidak dikembalikan) BILANGAN TAWARAN : JPE / LTK / PDP / 003 / 2017 TAJUK TAWARAN : PROPOSED TECHNICAL MAINTENANCE OF DISTRIBUTION TRANSFORMERS WITHIN THE BRUNEI MUARA DISTRICT 11KV DISTRIBUTION NETWORKS OVER A PERIOD OF ONE YEAR Tarikh Tutup : 4 April 2017, SELASA (JAM 2.00 PETANG) Harga Dokumen : BND30.00 (tidak dikembalikan) KELAYAKAN : KELAS III, IV ATAU V, KATEGORI E03 BILANGAN TAWARAN : JPE / LTK / PDP / 004/ 2017 TAJUK TAWARAN : SELECTIVE WAYLEAVE CLEARING OF 66KV
OVERHEAD TRANSMISSION LINE FOR BRUNEI MUARA DISTRICT OVER A PERIOD OF TWO YEARS Tarikh Tutup : 4 April 2017, SELASA (JAM 2.00 PETANG) Harga Dokumen : BND30.00 (tidak dikembalikan) KELAYAKAN : KELAS 3, 4 ATAU 5, KATEGORI S03 DAN E02 atau E03
Name of Debtor: Tiong Ing Ping Address Debtor: Unit 1-8, Bangunan Lela 3 Simpang 396, Jalan Jerudong, BG1321 Negara Brunei Darussalam. Dated this: 21st March 2017 (RAMZIDAH PDKD HAJI ABDUL RAHMAN) Deputy Official Receiver Supereme Court
JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
Tempat tutup : ''TENDER BOX'' PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL JABATAN PERDANA MENTERI JALAN MENTERI BESAR BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DI DALAM KELAS : II & III SAHAJA KATEGORI : B01 SAHAJA KOD BAHARU
DOKUMEN-DOKUMEN tawaran dan peneranganpenerangan yang lanjut boleh diperoleh dari Bahagian Penghantaran dan Pembahagian, Tingkat satu, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri.
TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : 4 April 2017 (Selasa)
PERHATIAN : * Sila sertakan salinan ''BUSINESS NAMES ENACTMENT, 1958 - Section 16 & 17'' dan sijil pendaftran pemborong (MOD) semasa menghantar dokumen ini ke Jabatan Perkhidmatan Elektrik. * Sila rujuk 'General Conditions And Scope of Works' mukasurat 18-22 sebelum ikut serta bersama tawaran ini. (Tawaran : JPE / LTK / PDP / 004/ 2017).
TARIKH TUTUP : 18 April 2017 (Selasa) tidak lewat dari jam 2.00 Petang BIL. : JKR/DTS/ 03/CQS/2017-T/II NAMA PROJEK :
SUNGAI AKAR SECONDARY SCHOOL RECTIFICATION WORKS TO SIMPANG 204 AND SCHOOL ACCESS ROAD NO. PROJEK : DTS/SAR/D/570(j) YURAN TAWARAN : BND10.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) E-DOKUMEN : SYARAT-SYARAT tawaran dan dokumen-dokumen tawaran bolehlah dilihat dan diperoleh dari Unit Pembahagian Dokumen, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.
18
IKLAN
HARI ISNIN 27 MAC 2017
MAHKAMAH PEGAWAI WARIS KUALA BELAIT DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS KUALA BELAIT SURAT KUASA PUSAKA : KB / RESEALING NO : 01/2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh TEE HUI LING @ ZHENG HUILING (M/S. IBRAHIM CHEE TEO & HO ADVOCATES & SOLICITORS) pusaka yang dipunyai oleh KOH CHEE KHOON yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 6 Mac 2017. SURAT KUASA PUSAKA : KB/DE BONIS NON/NO. 01/2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAJAH DORAH BINTI HAJI ABU BAKAR pusaka yang dipunyai oleh HAJI ABU BAKAR BIN SULAIMAN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 6 Mac 2017. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/NO. 122/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh BARANG BINTI KALUN pusaka yang dipunyai oleh KUDA BIN GUNDI yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 6 Mac 2017. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/NO. 127/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAMSAH BINTI HAJI HAMDI pusaka yang dipunyai oleh KAMIS BIN MAHAL yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI
DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 6 Mac 2017. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/NO. 03/2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh MUHAMMAD FAIZAN BIN MUHAMMAD AZMAN pusaka yang dipunyai oleh MUHAMMAD AZMAN BIN ABDULLAH @ SIGI BIN KANYONG yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 6 Mac 2017. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/NO. 18/2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh LEE YUN HIN pusaka yang dipunyai oleh LEE YUN CHOI yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ABANG kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 6 Mac 2017. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/NO. 19/2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh LEE PICK NYUK pusaka yang dipunyai oleh CHANG KONG KHIONG yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT
sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 6 Mac 2017. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/NO. 20/2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh VOON YUN MIN pusaka yang dipunyai oleh VOON SIEW HUP yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ADIK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 6 Mac 2017. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/NO. 22/2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh CHANG NGEE CHOO pusaka yang dipunyai oleh CHANG KONG KHIONG yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ADIK BERADIK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 6 Mac 2017. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/NO. 23/2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh MUHAMMAD SHAH HAFIY AIMAN BIN ABDULLAH SHANANG @ SHAZRUL SHAH pusaka yang dipunyai oleh NUR SYASA ARDINI BINTI MUHAMMAD SAIDIN @ NORLIDA BINTI SIKAL yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 6 Mac 2017. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/NO. 24/2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh TUTI ISLATINA BINTI SULAIMAN pusaka yang dipunyai oleh SABIL BIN HAJI MOHAMMAD YASSIN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam
MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 6 Mac 2017. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/NO. 25/2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh SITI NORAZIAH BINTI ABDULLAH @ NORMADIAH BINTI GANDOK pusaka yang dipunyai oleh TAN KIM KIAW yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah IBU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 6 Mac 2017. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/NO. 28/2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh CHONG VUI JIN (M/S. MCSK ADVOCATES & SOLICITORS) pusaka yang dipunyai oleh ANNY BINTI ARBI yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 6 Mac 2017. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/NO. 29/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh NORIDAH BINTI SERUJI pusaka yang dipunyai oleh YAAKUB BIN MAHMUD yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 6 Mac 2017. (PG. SHAHYZUL KHAIRUDDIEN BIN PG. ABDUL RAHMAN) Timbalan Pegawai Waris Kuala Belait Negara Brunei Darussalam.
NASIONAL
HARI ISNIN 27 MAC 2017
19
Wawasan Brunei 2035 terus dibarigakan Oleh : Aimi Sani Foto: Dk. Nur Hafilah Pg. Osman TUTONG, Sabtu, 25 Mac. - Dalam usaha untuk membarigakan maklumat asas dan peranan masyarakat umum bagi menyokong perlaksanaan Wawasan Brunei 2035, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035 dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) telah mengadakan Sesi Pembarigaan Wawasan Brunei 2035 kepada Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung bagi Daerah Tutong. Sesi tersebut adalah sesi pertama daripada sesi pembarigaan yang telah
TAKLIMAT Wawasan Brunei 2035 disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Awam Kanan Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, Awang Nazdeny Ardian bin Haji Johan.
dijadualkan untuk diadakan di keempat-empat daerah. Pada sesi pertama yang berlangsung di Dewan Rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, seramai 26 orang Penghulu Mukim dan Ketua Kampung dari Daerah Tutong menghadiri sesi pembarigaan berkenaan. Usaha ini adalah bagi memastikan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam (NBD) boleh menjiwai Wawasan Brunei 2035 dengan melahirkan rasa tanggungjawab bagi sama-sama merealisasikan Wawasan Brunei. Terdahulu, Pemangku Pengarah Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035 JPM, Awang Nadzri bin Haji Yahya dalam ucapan alu-aluannya berkata Wawasan Brunei 2035 adalah merupakan visi atau aspirasi jangka masa panjang NBD yang mana kejayaan Wawasan Brunei 2035 bergantung kepada kerja keras dan kerjasama semua pihak bertindak dan bersatu sebagai senegara atau whole of nation. Menjayakan Wawasan Brunei tegasnya, bukanlah tanggungjawab tunggal kepada kerajaan atau sesebuah kementerian atau jabatan, ia adalah tanggungjawab bersama. Menurut beliau, semua rakyat mempunyai peranan masing-masing untuk mencapai Wawasan Brunei 2035 selain perlu melengkapkan
PEGAWAI Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussain (lima, kanan) dan Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong, Awang Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim antara yang hadir pada Sesi Pembarigaan Wawasan Brunei 2035 kepada Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung bagi Daerah Tutong.
diri sendiri dengan maklumat dan di sinilah kepentingan peranan Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung sebagai pemimpin akar umbi untuk membantu menyebarkan keperluan ini ke pelusuk masyarakat. Taklimat yang disampaikan, ujar beliau, adalah salah satu daripada usaha yang dimandatkan oleh Majlis Tertinggi Wawasan Brunei bagi memastikan Wawasan Brunei dibarigakan kepada seluruh rakyat NBD. ''Mengimbas kembali titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan
Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sewaktu Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-22, Tahun 2017, baginda telah bertitah akan kepentingan tidak membiarkan wawasan negara sebagai satu retorik intelektual semata-mata, yang cuma indah dalam sebutan. Baginda telah bertitah akan keperluan bagi melaksanakan segala tindakan dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh agar bertindak lebih tangkas bagi menghasilkan impak yang tinggi yang boleh menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara,''
terang Awang Nadzri. Majlis diteruskan dengan taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Awam Kanan Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, Awang Nazdeny Ardian bin Haji Johan yang antara lain menyentuh mengenai pengenalan kepada Wawasan Brunei 2035 terutama sekali dari aspek urus tadbir, kerangka kerja wawasan dan usaha di peringkat perlaksanaan. Juga hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussain dan Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong, Awang Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim.
Program bersua muka wadah menyampaikan maklumat Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi TEMBURONG, Sabtu, 25 Mac Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Unit Hubungan Masyarakat dengan Cawangan Penerangan Temburong secara berterusan terus berusaha mendekati dan berigakan maklumat kepada rakyat dan penduduk di negara ini melalui institusi penghulu dan ketua kampung dalam siri program bersua muka atau turut dikenali dengan personal contact. Pada program berkenaan para pegawai dan kakitangan dari Jabatan Penerangan berpeluang mendengarkan permasalahan dan cadangan-cadangan daripada rakyat dan penduduk di kawasan berkenaan yang seterusnya akan disalurkan kepada agensi-agensi dalam kerajaan yang berkaitan bagi penilaian dan tindakan selanjutnya. Di samping itu peluang bersua muka dalam suasana muhibbah ini dapat dijadikan wadah untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini dan usaha-usaha kerajaan kepada pemimpin akar umbi untuk dikongsikan bersama pendudukpenduduk kampung. Terdahulu Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad mengetuai rombongan seramai lima orang pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan berkunjung ke kediaman Ketua Kampung Labu Estate, Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir. Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK), Awang Haji Md Jini bin Haji Juna. Ketua Kampung Labu Estate bersama-sama dengan ahli-ahli MPK turut mengkongsikan beberapa
pandangan antaranya isu-isu berkait rapat dengan hal ehwal kesejahteraan dan peluang-peluang menambah perekonomian rakyat dan penduduk. Dalam masa yang sama, pihak jabatan turut membarigakan penggunaan bendera negara, kain rentang (banner) dan bahan-bahan yang mempunyai kepentingan nasional serta bahan-bahan bacaan mengenai Wawasan Brunei 2035 dan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Penerangan sendiri. Turut disentuh ialah Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) yang merupakan salah satu landasan yang boleh disertai oleh penduduk-penduduk kampung secara berkumpulan. Program PMB tersebut dihasratkan dapat menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan agar semua anggota masyarakat memahami, menyokong
dan menghayatinya secara berkesan melalui penyampaian taklimat, sesi dialog dan siri lawatan. Juga dikongsikan pada perjumpaan tersebut ialah memperkenalkan dan membarigakan akhbar rasmi kerajaan Pelita Brunei versi e-paper dan dalam talian (online) yang disampaikan oleh wakil daripada Pembantu Pegawai Luar, Cawangan Penerangan Temburong, Awang Mohd. Halime bin Haji Tajudin. Turut sama dibarigakan semasa program ini ialah penglibatan jabatan dalam membarigakan maklumat secara dalam talian (online) yang mana rakyat dan penduduk boleh mengikuti perkembangan semasa di akaun Facebook Jabatan Penerangan, iaitu Jabatan Penerangan, JPM, akaun Twitter : @infodept_bn dan akaun Instagram : @infodept.bn yang dikemas kini setiap hari. Ketua Kampung Labu Estate semasa ditemui oleh Pelita Brunei menyatakan rasa amat bersyukur dengan pertemuan seumpama ini yang mana beberapa isu telah disampaikan untuk dipanjangkan kepada agensi-agensi yang berkaitan.
PEMBARIGAAN e-paper Pelita Brunei disampaikan oleh Pembantu Pegawai Luar, Cawangan Penerangan Temburong, Awang Mohd. Halime bin Haji Tajudin (kanan).
PEMANGKU Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad (kanan) menyampaikan buku-buku terbitan Jabatan Penerangan kepada Ketua Kampung Labu Estate.
Kampung Labu Estate merupakan sebuah kampung yang terletak di Mukim Labu di Daerah Temburong,
iaitu sekitar 16 kilometer dari Pekan Bangar dan didiami oleh seramai 196 orang penduduk.
HALUAN Tiga strategi disediakan bagi tingkatkan kualiti kehidupan rakyat Dari muka 2 Penglibatan aktif golongan belia dan generasi muda dalam kepimpinan MPMK adalah amat mustahak dalam usaha menyediakan bakal pemimpin akar umbi masa depan. Dalam hubungan ini, MPMK sewajarnya perlu berusaha bersungguh-sungguh untukmembawa mereka ini ke dalam organisasi mukim dan kampung. Saya berharap ucapan saya ini dapat memberi gambaran ringkas mengenai peranan dan rancangan yang diungkayahkan oleh KHEDN. Yang Mulia Setiausaha Tetap sebentar lagi akan menyampaikan taklimat yang lebih menyeluruh mengenai kementerian ini.
Setelah taklimat ini, saya mengalu-alukan pandangan dan cadangan dari AhIi-Ahli Yang Berhormat dalam kita sama-sama menanai amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita semua dan merealisasikan titah dan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi kita semua bekerja sebagai satu pasukan dengan mendukung A Whole Nation Approach. Dengan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata'ala semoga usaha kita yang dijalankan dengan ikhlas dan jitu, InsyaaAllah objektif muzakarah ini akan dapat dicapai dengan jayanya. Sekian.
20
NASIONAL
HARI ISNIN 27 MAC 2017
Program 3S huraikan kehebatan solat subuh berjemaah Siaran Akhbar dan Foto : Ahli Jawatankuasa Belia Masjid Ash-Shaliheen BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Mac. - Belia Masjid Ash-Shaliheen dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Ash-Shaliheen menganjurkan Program 3S: Subuh, Solat, Sihat iaitu Kempen Solat Subuh Berjemaah dan Walkathon
bagi kali kedua. Program yang bermula pada jam 4.30 pagi itu dimulai dengan menunaikan Solat Subuh berjemaah dan diteruskan dengan kuliah Subuh yang disampaikan oleh Dr. Haji Harapandi bin Dahri dengan
BELIA Masjid Ash-Shaliheen dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Ash-Shaliheen menganjurkan Program 3S.
PROGRAM 3S juga disikan dengan sesi senamrobik sebelum walkathon dimulakan.
tajuk 'Anak yatim dan peranan masyarakat'. Intipati ceramah yang disampaikan antaranya menghuraikan mengenai mulianya orang yang memelihara anak yatim sehinggakan merekalah yang menjadi orang yang paling dekat dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam di akhirat kelak. Seorang kanak-kanak yang meninggal bapanya sebelum dia baligh adalah seorang yang digelar 'yatim', manakala seorang isteri yang
meninggal suaminya dan mempunyai anak dalam tanggungannya adalah termasuk dalam golongan orang yang memelihara anak yatim. Ceramah tersebut juga mengajar masyarakat untuk bersifat lebih ihsan dan belas kasihan terhadap anak yatim yang tidak dapat merasakan kasih sayang seorang bapa dari usia kecil. Acara diteruskan dengan sesi senamrobik sebelum walkathon dimulakan. Antara objektif kempen tersebut
adalah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kehebatan solat Subuh berjemaah dan kelebihan yang ada di dalamnya bagi mencapai kegemilangan Negara Zikir. Ia juga berhasrat untuk menjadikan masjid sebagai wadah bagi memupuk minat masyarakat untuk menimba ilmu pengetahuan Islam. Selain itu, kempen ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama masyarakat umum serta mendukung ke arah warga yang sihat.
Didapati bersalah melakukan kegiatan teksi sapu
OPERASI Rombak 24/2017 di Kawasan Bandar Seri Begawan, bagi membuat pemeriksaan ke atas kegiatan Teksi Sapu yang dijalankan oleh pekerja asing.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Mac. - Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh (Labour Enforcement Division), telah
mengadakan Operasi Rombak 24/2017 di Kawasan Bandar Seri Begawan, bagi membuat pemeriksaan keatas kegiatan Teksi Sapu yang dijalankan
oleh pekerja asing. Hasil pemeriksaan melalui operasi yang dikendalikan oleh lima orang Pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan Buruh itu telah berjaya menemukan seorang pekerja asing warga Bangladesh menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing (LPA) dan menjalankan kegiatan berkenaan. Diantara kesalahan yang didapati adalah dipercayai kesalahan jawatan dan penempatan yang tidak selaras dengan LPA, iaitu melibatkan pekerja asing berjawatan Buruh Binaan melakukan pekerjaan sebagai pemandu teksi tidak berdaftar, iaitu menerima bayaran dari hasil mengambil dan menghantar pelanggan. Bagi kesalahan penempatan dan
Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Buruh penyalahgunaan lesen jawatan pekerja asing berkenaan akan diambil tindakan pembatalan / pengurangan kuota oleh Jabatan Buruh ke atas Kebenaran LPA majikan sementara pekerja asing berkenaan akan dibatalkan sokongan pas kerja dan dipulangkan ke negara asal. Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh memberikan peringatan kepada orang ramai dan majikan supaya tidak menyalahgunakan LPA yang diberikan yang mana kesalahan mengambil dan menggaji pekerja asing tanpa kebenaran Pesuruhjaya Buruh, boleh diambil tindakan di bawah Bab 112 (1) Perintah Pekerjaan, 2009, jika
sabit kesalahan boleh diambil tindakan Undang-Undang kesalahan di bawah Bab 112 (3) Perintah yang sama, iaitu didenda tidak kurang BND6,000.00 dan tidak lebih BND 10,000.00 atau penjara tidak kurang dari 6 bulan dan tidak lebih dari 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Penguatkuasaan UndangUndang Jabatan Buruh melalui talian +673 2381848 atau e-melkan ke led@buruh.gov.bn jika mempunyai sebarang maklumat mengenai penyalahgunaan Lesen Mengambil dan Mengaji Pekerja Asing ataupun sebarang kesalahan perburuhan.
Kerapuhan institusi keluarga punca masalah sosial Siaran Akhbar dan Foto : Persatuan Kemajuan Insan
PRESIDEN KESAN, Awang Mohd. Aidil Firdaus bin Haji Jukin ketika memberikan ucapan.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Mac. - Seramai 42 belia berumur 18 hingga 25 tahun akan mengikuti Program Belia Brunei Berbakti (3B) anjuran Persatuan Kemajuan Insan
(KESAN) yang akan berlangsung selama sebulan mulai hari ini hingga 30 April 2017. Sehubungan itu, satu Majlis Pembukaan Rasmi Program 3B 'Strong from Home' diadakan di Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI), di sini. Presiden KESAN, Awang Mohd. Aidil Firdaus bin Haji Jukin dalam ucapannya menjelaskan, menitik berat akan kepentingan hubungan berkeluarga di negara kita, Brunei Darussalam. ''Persatuan Kemajuan Insan sangat berharap melalui Program 3B pada tahun ini, para belia dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan umum mengenai masalah sosial yang berpunca dari kerapuhan institusi keluarga. Dalam masa yang sama juga, para belia dapat bersepadu dan sentiasa berusaha mengatasi gejala sosial yang boleh menjejaskan keselamatan dan
keharmonian masyarakat," ujarnya. Program tahunan itu diharap akan dapat memberikan pendedahan dan memupuk kesedaran kepentingan berkeluarga melalui pembinaan kemahiran insaniah serta kemahiran mengkaji selidik dan analisa kepada golongan belia Brunei. KESAN merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang telah ditubuhkan pada Disember 2006 dan dijalankan oleh belia Brunei yang mencintai negara juga ingin menyumbang pada pembangunan masyarakat, sejak penubuhannya, KESAN telah mengadakan pelbagai aktiviti termasuk latihan kepimpinan, bengkel kemahiran dan kerja-kerja amal.
BELIA-BELIA yang berumur 18 - 25 tahun ketika mengikuti Program Belia Brunei Berbakti (3B) anjuran Persatuan Kemajuan Insan (KESAN).
NASIONAL
HARI ISNIN 27 MAC 2017
21
Bebaskan diri dari kesusahan, jalankan perniagaan kecil
PARA pelatih Pusat Pembangunan Belia yang menghadiri Ceramah Keusahawanan bergambar ramai bersama Prinsip Mentor Kotej dan Program Inisiatif Belia iCENTRE, Kapten (B) Awang Zailan bin Pehin Datu Kerma Setia Major(B) Dato Seri Laila Jasa Mohd. Don. Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna di pusat berkenaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kampung Tanah Jambu.
Siaran Akhbar dan Foto : iCentre
PARA pelatih menerima penerangan keusahawanan daripada penceramah dari iCentre.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Mac. - Seramai 75 peserta yang terdiri daripada pelatih Pusat Pembangunan Belia menghadiri Ceramah Keusahawanan yang diadakan di Dewan Serbaguna di pusat berkenaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kampung Tanah Jambu. Ceramah juga dihadiri oleh Ketua Latihan Program Pembangunan Belia dan pengajar latihan di pusat tersebut. Ceramah disampaikan oleh Prinsip Mentor Kotej dan Program Inisiatif Belia iCENTRE, Kapten (B) Awang Zailan bin Pehin Datu Kerma Setia Major(B) Dato Seri Laila Jasa Mohd. Don. Dalam ceramahnya, beliau menekankan jumlah mata seperti kepentingan keyakinan diri dan matang dengan pengetahuan serta pengalaman pada usia muda, di samping mampu untuk melihat lebih
jauh ke hadapan juga untuk merancang projek, memahami apa dia Wawasan 2035 serta menghargai manfaat besar yang telah diberikan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada rakyatnya dan sebagainya. Beliau juga menggalakkan para peserta untuk membebaskan diri dari kesusahan, dengan melakukan perniagaan kecil, bekerja sendiri atau bekerja dalam usaha mencapai kejayaan. Program anjuran pusat tersebut merupakan inisiatif sektor swasta, yang berupaya memainkan peranan pentingnya untuk mempromosikan perniagaan kecil di negara ini dalam pembangunan ekonomi tempatan dan perdagangan antarabangsa ke arah Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), ASEAN + 3 dan wilayah pertumbuhan BIMP-EAGA sejajar dengan plan strategik kerajaan.
Ceramah bertujuan untuk menggalakkan peserta bekerja sendiri setelah mereka menamatkan pengajian dengan menjalankan perniagaan kecil yang berkaitan dengan kelebihan mereka serta menanam pengaruh keusahawanan dengan menyediakan satu pemeriksaan realiti terhadap cabaran ekonomi dan peluang semasa juga prospektif produk buatan tempatan untuk eksport. Ia dibahagikan pada tiga bahagian, iaitu Keadaan ekonomi semasa, domestik dan serantau; Produk tempatan dan Kotej serta Program Inisiatif Belia; Pemasaran, akses pasaran dan peluang. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan yang disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan, pusat berkenaan, Dayang Amhra Farahiyah binti Haji Hamdillah.
Tingkatkan kemahiran bertutur bahasa Inggeris Siaran Akhbar dan Foto : Institut Perkhidmatan Awam BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Mac. - Bengkel 'Aspire to Inspire' anjuran Institut Perkhidmatan Awam (IPA) melalui Junior Executive Programme, iaitu flagship program di bawah program Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) bagi pegawai-pegawai B.2 EB.3 yang berkhidmat dua tahun dan ke bawah bermula hari ini hingga 26 Mac 2017 bertempat di Dewan Sekolah Rendah Nakhoda Abdul Rashid Menunggol, Kluster 3, Kampung Menunggol.
Bengkel diungkayahkan oleh enam orang pegawai kerajaan yang terdiri dari Pegawai Ekonomi dari Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi Awang Rewandi bin Ramlee; Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II dari Jabatan Penerangan, Awang Abdul Karim bin Hamdan; Pegawai Perkhidmatan Pengurusan dari Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Awang Mohammad Hafiizh bin Haji Osman; Jurutera dari Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi
PARA peserta bengkel ketika menyertai salah satu aktiviti yang diadakan.
di Kementerian Pertahanan, Dayangku Ayesha Pengiran Haji Mohd. Salleh; Pegawai Pentadbir Pelatih dari Jabatan Perkhidmatan Awam, Dayang Noorul Izzah binti Abd. Salam dan Pegawai Pentadbir Pelatih dari Jabatan Perkhidmatan Awam, Dayang Azemah binti Awang Ibrahim, sebagai salah sebuah Community Outreach Programme dengan memfokuskan kepada murid tahun 4, 5 dan 6 dari sekolah rendah berkenaan. Selain untuk mengisi masa lapang para peserta bengkel sepanjang musim cuti persekolahan, bengkel juga dihasrat dapat memberi peluang pembelajaran di luar kelas yang lebih interaktif bagi membolehkan para peserta ini berkeyakinan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Antara tujuan bengkel dua hari ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman serta kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara antarabangsa serta menghasilkan pelapis masa depan yang berdedikasi dan berkebolehan. Para peserta bengkel juga diberi peluang untuk mengongsikan kerjaya yang diimpikan bersama dengan penganjur bengkel. Turut hadir semasa bengkel tersebut ialah wakil sekolah berkenaan, iaitu Pegawai Pelajaran, Dayangku Saidah binti Pengiran Haji Ahmad.
PARA peserta Bengkel Aspire to Inspire ketika bergambar ramai.
Antara aktiviti-aktiviti yang diaturkan termasuk pengenalan mengenai Wawasan Brunei 2035, kaedah kitar semula, teknik pengucapan awam yang berkesan dan kesedaran mengenai tahap kesihatan melalui pemakanan yang seimbang dihasrat dapat membekalkan pemimpin-pemimpin muda ini dengan ilmu yang boleh dijadikan sebagai pegangan mereka nanti pada masa akan datang. Bengkel ini akan diteruskan lagi pada hari ini dengan pelbagai aktiviti menarik untuk peserta bengkel.
Junior Executive Programme ini bertujuan untuk membekalkan pegawai-pegawai baharu ini dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai asas sebagai pegawai kerajaan yang beretika dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan. Para pegawai berkenaan juga akan dibekalkan dengan kefahaman mengenai struktur pentadbiran kerajaan, di samping kemahiran untuk menjadi seorang pemimpin yang mempunyai integriti dan jati diri yang tinggi.
22
SUKAN
HARI ISNIN 27 MAC 2017
Aktiviti sukan kukuhkan hubungan kepolisian Brunei -Singapura BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Mac. - Kejohanan Inter-Forces Games Tahun 2017 di antara Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan Pasukan Polis Singapura mempertandingkan sebanyak lima acara sukan, iaitu Golf, Badminton, Sepak Takraw, Bola Jaring dan Bola Sepak. Sehubungan itu, kejohanan Sukan Badminton berlangsung di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis, dan menyaksikan pertandingan bagi Kategori VVIP Beregu Lelaki I dan II,
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said Kategori Beregu Lelaki Veteran, Kategori Terbuka Lelaki I dan II, Kategori Terbuka Perempuan serta Kategori Beregu Campuran. Hadir selaku tetamu kehormat pada kejohanan tersebut ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Mohammad Irwan bin Haji Hambali.
PEMANGKU Timbalan Pesuruhjaya Polis, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Mohammad Irwan bin Haji Hambali hadir selaku tetamu kehormat di Kejohanan Inter-Forces Games Tahun 2017 antara Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan Pasukan Polis Singapura.
BADMINTON antara sukan yang dipertandingan di Kejohanan Inter-Forces Games Tahun 2017 di antara PDB dan Pasukan Polis Singapura.
Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah bagi kejohanan tahun ini yang melibatkan lebih 100 orang peserta dari kedua-dua pasukan. Kejohanan Inter Forces Games berlangsung selama empat hari bermula 25 hingga 28 Mac 2017 yang mana kejohanan tersebut merupakan sukan tahunan di antara Pasukan PDB dan Pasukan Polis Singapura. Tujuan utama kejohanan diadakan ialah bagi mengeratkan hubungan di antara dua buah pasukan yang wujud sejak sekian lama, di samping bertukar-tukar fikiran dan pendapat melalui kejayaan kedua-dua buah pasukan serta meningkatkan networking yang sedia ada.
Pelajari teknik sukan melalui 'Festival OzSports'
Larian Kebangsaan 2017 berpindah ke Dermaga Diraja SALAH satu aktiviti permainan basikal OzSport Kids yang mendapat sambutan.
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
PENOLONG Pengerusi Larian Kebangsaan 2017 (LK2017), Awang Mohd. Halimin bin Shahbuddin menunjukkan jersi yang akan dipakai sempena dengan LK2917 yang akan bermula di Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan pada Sabtu 15 April 2017.
Siaran Akhbar dan Foto : Persatuan Olahraga Brunei Darussalam BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Mac. - Persatuan Olahraga Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Athletics Federation) dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) akan menganjurkan Larian Kebangsaan 2017 (LK2017) sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke 33. Larian tersebut akan diadakan pada Sabtu, 15 April 2017 (malam Ahad) bermula jam 8.00 malam. Walau bagaimanapun, tempat bagi acara tersebut yang awalnya akan diadakan di Padang dan Belapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal
Bolkiah, Berakas adalah ditukar ke Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan. Perkara ini diumumkan oleh Penolong Pengerusi LK2017, Mohd. Halimin bin Shahbuddin pada Sidang Media yang diadakan di Bilik Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin. Pendaftaran kini dibukakan sehingga tarikh tutupnya pada 4 April 2017 bermula jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang setiap hari, kecuali hari Jumaat bermula 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang.
Sebanyak tiga kategori dibukakan, iaitu Lelaki Terbuka 18 Tahun ke atas (5 Kilometer), Wanita Terbuka 18 tahun keatas (5 Kilometer) dan Fun Run (2 Kilometer) terbuka. Pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Unit Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah dan bayaran penyertaan adalah sebanyak BND20 bagi setiap kategori. Sementara itu, pembahagian baju dan nombor bib akan diadakan pada 12, 13 dan 14 April 2017 bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Sebarang maklumat lanjut mengenai larian berkenaan boleh melayari laman media sosial Instagram LK2017, iaitu lariankebangsaan atau menghubungi talian +673 8119681 dan +673 8670492.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Mac. - Suruhanjaya Tinggi Australia dengan kerjasama Kem Sukan Australia telah mengadakan Festival OzSports yang dianjurkan sempena Bandarku Ceria berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di sini. Festival berkenaan dibukakan secara percuma bagi kanak-kanak berumur di antara 5 hingga 12 tahun. Antara lain tujuan Festival OzSports diadakan ialah bagi memberikan peluang kepada kanak-kanak di negara ini untuk mencuba pelbagai sukan
seperti tenis, bola jaring, bola sepak dan sebagainya. Kanak-kanak yang menyertai festival tersebut dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan berganti-ganti mencuba sukan yang dikendalikan sempena festival berkenaan. Awang Aisy Waiz, 8, dari Kampung Menglait semasa ditemui menjelaskan, beliau sangat teruja menyertai festival tersebut bagi mempelajari teknik dalam sukan bola sepak kerana minat yang mendalam pada sukan berkenaan.
SALAH Satu Aktiviti OzSport Kids yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Australia dengan kerjasama Kem Sukan Australia.
SUKAN
HARI ISNIN 27 MAC 2017
23
Pemenang Lumba Perahu Tradisi SKBD terima pingat
AHLI Majlis Mesyuarat, Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari menyampaikan pingat emas kepada Daerah Tutong bagi Acara 500M 10 pekayuh (atas), sementara gambar bawah, Yang Berhormat Awang Haji Mohimin menyampaikan pingat emas kepada MS PDB, juara bagi acara 500 meter 20 pekayuh.
PARA peserta bergambar ramai bersama Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.
Oleh: Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas SERASA, Ahad, 26 Mac. – Empat acara dipertandingkan pada Kejohanan Lumba Perahu Tradisi Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) Ke-3 2017 peringkat akhir yang disertai oleh sembilan buah pasukan berlangsung di Kompleks Sukan Air Serasa Muara, di sini. Dalam acara 500 meter 10 orang pekayuh, tempat pertama disandang oleh pasukan Daerah Tutong, diikuti di tempat kedua oleh pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) dan pasukan Daerah Brunei dan Muara
di tempat ketiga. Bagi acara 500 meter 20 pekayuh pula, MS PDB memenangi tempat pertama manakala tempat kedua diraih oleh Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) dan tempat ketiga ialah pasukan Daerah Temburong. Sementara itu, juara bagi acara 800 meter 10 orang pekayuh ialah pasukan MS PDB, diikuti di tempat kedua oleh pasukan Daerah Brunei dan Muara dan MS ABDB di tempat ketiga. Pasukan MS ABDB pula
memenangi tempat pertama dalam acara 800 meter 20 orang pekayuh diikuti oleh Daerah Brunei dan Muara di tempat kedua manakala tempat ketiga diraih oleh MS PDB. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan pingat kepada para pemenang ialah Ahli Majlis Mesyuarat, Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari. Pertandingan lumba perahu yang dikelolakan oleh Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan itu turut menyaksikan lapan lagi kategori antaranya kategori lumba perahu yang terbuka kepada pasukan-pasukan tempatan, kementerian-kementerian, jemputan syarikat swasta dan pasukan wanita tempatan.
Pasukan Daerah Belait kutip pingat emas Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB). Bagi Kategori 'B', Pasukan Daerah Temburong berjaya merangkul pingat emas setelah mengecewakan Pasukan Daerah Belait pada perlawanan akhir sekali gus menjadikan Pasukan Daerah Belait naib johan di kejohanan berkenaan, manakala Pasukan MS PDB berjaya menduduki tempat ketiga setelah sekali lagi menumpaskan MS
ABDB. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah di kejohanan tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad. Acara Tarik Kalat dalam Kategori 'A', iaitu 70 Kilogram Individu telah disertai oleh enam pasukan terdiri dari
pasukan DBM, Daerah Belait, Daerah Temburong, MS ABDB, MS PDB dan Institut Pengajian Tinggi (IPT). Sementara itu, bagi Kategori 'B' pula, iaitu Berat terkumpul 10 penarik 1,100 Kilogram pula disertai oleh tujuh pasukan terdiri dari pasukan Daerah BM, Daerah Belait, Daerah Tutong, Daerah Temburong, MS ABDB, MS PDB dan IPT.
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad menyempurnakan penyampaian hadiah di kejohanan tersebut.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Mac. - Pasukan Daerah Belait muncul juara sambil mengutip pingat emas bagi Kategori 'A' di Kejohanan Tarik Kalat Tradisi Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) setelah berjaya menghampakan Pasukan Daerah Brunei dan Muara (DBM) pada perlawanan akhir yang berlangsung di
Padang dan Belapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini. Kekalahan tersebut sekali gus menjadikan Pasukan DBM naib johan bagi kategori tersebut, diikuti dengan Pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) di tempat ketiga setelah mengalahkan Majlis Sukan
JUARA Kategori 'A', Pasukan Daerah Belait bergambar ramai bersama Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad.
24
SUKAN
HARI ISNIN 27 MAC 2017
SKBD Ke-3 buka tirai
TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud semasa berucap merasmikan Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) Ke-3, 2017.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Mac. - Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) Ke-3, 2017 yang mempertandingkan lapan sukan, iaitu badminton, bola jaring, futsal, lumba basikal, lumba perahu, olahraga, sepak takraw dan tarik kalat tradisi membuka tirainya hari ini. Pembukaan Rasmi SKBD dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud selaku tetamu kehormat pada upacara yang berlangsung di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal
Bolkiah, Berakas. Atur cara dimulakan dengan perbarisan lalu kontinjen-kontinjen yang menyertai SKBD Ke-3 yang didahului oleh Pasukan Pancaragam Serunai dan Tambur Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan diikuti dengan pembawa logo sukan kebangsaan dan pembawa bendera negara serta para kontinjen dari Daerah Brunei dan Muara, Belait, Tutong dan Temburong, Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB), Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB), Institusi Pengajian Tinggi, Gabungan Syarikat Telekomunikasi Brunei, Sekolah Sukan, Gabungan Syarikat Brunei Shell Petroleum, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei dan Persatuan Bank-Bank Brunei. Sementara itu, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abd. Samad, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi SKB Ke-3, 2017 dalam ucapannya menyatakan, penyertaan negara dalam arena serantau atau antarabangsa memerlukan para peserta yang kompetitif di mana persediaan atlet dan para pasukan memerlukan sweat and tears, iaitu keringat dan air mata. Inilah yang akan dicungkil dan diterapkan dalam SKBD. Menurutnya lagi, SKBD adalah platform bagi para atlet dalam mencabar diri mereka mencapai kejayaan malah sebagai arena bagi membaiki pencapaian sendiri untuk memahat nama. Oleh itu, beliau berharap para atlet yang ikut serta dalam SKBD akan dapat memperlihatkan disiplin yang baik dan cemerlang memberikan saingan yang intense atau hebat
Oleh : Nooratini Haji Abas, Nurafizah @ Nurul Shadah Samat Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
TIMBALAN Menteri di JPM beramah mesra bersama ketua kontinjen yang menyertai SKBD Ke-3, 2017.
kepada atlet lain. Kemudian, bacaan ikrar sukan yang dipimpin oleh atlet sukan sepak takraw yang mewakili kontinjen MS PDB, PC6178 Zatie Hidayat bin Saidi. Beliau merupakan pemenang pingat emas dalam Acara Regu dan perak bagi Acara Double pada kejohanan 9th BIMP-EAGA Friendship Games, Kalimantan pada tahun 2016 dan pemenang pingat gangsa bagi Acara Trio 5th Asian Beach Games, Da Nang, Viet Nam pada tahun yang sama.
BACAAN ikrar sukan yang dipimipin oleh atlet sukan sepak takraw yang mewakili kontinjen MS PDB, PC6178 Zatie Hidayat bin Saidi.
Tetamu kehormat seterusnya diperkenalkan kepada ketuaketua kontinjen dan seterusnya menyampaikan cenderamata. Pada upacara tersebut dimeriahkan lagi dengan Persembahan Kemahiran Gerak Seni Mempertahankan Diri oleh gabungan Skim Jabatan Belia dan Sukan yang terdiri dari Skim Pencak Silat, Skim Kempo, Skim Tae kwan do, Skim Karatedo dan Skim Wushu serta Persembahan Gemilangkan SKBD oleh gabungan Skim Basikal, Skim Fencing, Skim Golf, Skim Olahraga dan
Skim Lumba Perahu. Setelah itu, menyaksikan dua perlawanan tarik kalat tradisi bagi Kategori Berat 1,100 Kilogram antara kontinjen Daerah Belait menentang MS PDB juga kontinjen Daerah Brunei dan Muara menentang Tutong. Penganjuran sukan dwi tahunan peringkat kebangsaan itu dikelolakan oleh KKBS bersama PersatuanPersatuan SKBD untuk mewujudkan usaha pembangunan dan perkembangan bakat-bakat para atlet secara bersama melalui persaingan yang sihat ke arah membentuk kecemerlangan dan kegemilangan sukan di negara ini. Ia juga untuk meningkatkan lagi prestasi yang sihat bagi atlet-atlet negara, di samping mengukuhkan perpaduan dan persahabatan melalui sukan, yang mana sukan itu merupakan wadah penting yang bukan sahaja sebagai satu gaya hidup sihat malah selaras dengan usaha kerajaan dalam memastikan rakyat di negara ini sentiasa sihat, produktif, berdisiplin dan berdikari yang menjadi teras kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara menuju ke arah kemajuan negara pada masa hadapan. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai SKBD, sila layari laman sesawang rasmi kejohanan di http://www.beliasukan.gov.bn/SKBD2017.
PERLAWANAN tarik kalat tradisi bagi Kategori Berat 1,100 kilogram di antara pasukan Daerah Belait menentang MS PDB.
BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn
AMALKAN BUDAYA MENABUNG DAN BERJIMAT