''DI Brunei, kita tidak memakai budaya menebuk-nebuk atau memilih-milih ini, tetapi budaya kita ialah, beramal bulat-bulat dengan kebenaran, Apa-apa yang ugama dan Al-Quran suruh, itulah yang kita buat. Kerana itu, suka beta mengingatkan, supaya kita jangan sembarangan dalam perkara menghidangkan dakwah kepada masyarakat. Biarlah kita lebih berhati-hati dari terjebak kepada sikap meniru-niru atau menerima pakai resipi orang lain secara melulu.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Bagi Tahun 1435H / 2014M.
''SIAPA yang mengerjakan amalan soleh sama ada lelaki atau perempuan, sedang dia orang yang beriman, maka sesungguhnya kami sudah tentu akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan kami sudah tentu akan mengurniakan mereka dengan ganjaran yang lebih daripada apa yang mereka telah kerjakan.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An Nahl, ayat 97).
4.33
TAHUN 62 / BILANGAN 64
4.43
6.06
29 MEI 2017 / 1438
6.30
3
12.19
3.43
6.29
7.44
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Berkenan hantar titah perutusan takziah BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 27 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik
Arab Mesir, Tuan Yang Terutama Abdel Fattah Al-Sisi berikutan dengan kejadian serangan ganas ke atas sebuah bas di Wilayah Minyak baru-baru ini. Dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Presiden Republik Arab Mesir, Tuan Yang Terutama Abdel Fattah Al-Sisi, baginda berasa amat sedih mengetahui
tentang kehilangan nyawa disebabkan serangan ganas tersebut. Kebawah DYMM bagi mewakili kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang amat mendalam kepada TYT, kerajaan dan rakyat Republik Arab Mesir terutamanya kepada keluarga mangsa yang terlibat.
Majlis Khatam 50 Kali dilancarkan Al-Quran Temanku Menceriakan Hidupku Oleh : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi Foto : Ihsan Bahagian Perhubungan Awam, Kementerian Hal Ehwal Ugama
MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong (tiga, kiri) yang juga selaku Penaung Takmir Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat majlis, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Maon (tiga, kanan) yang juga selaku Penghulu Mukim Berakas 'B' pada Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Bagi Majlis Khatam Al-Quran 50 Kali Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.
Berita dan Foto : Ihsan Faridah Haji Ibrahim BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 27 Mei. - Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Bagi Majlis Khatam Al-Quran 50 Kali Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki
Takhta telah diadakan di Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar. Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Maon yang juga selaku Penghulu Mukim
Berakas 'B'. Turut hadir, Menteri SumberSumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong yang juga selaku Penaung Takmir Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Bersama, Awang Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd Yassin diikuti dengan taklimat dan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Ahli MMN, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali dan bacaan beramai-ramai dimulai dari Juz 2 yang telah diketuai oleh Imam masjid berkenaan, Awang Haji Sadullah bin Haji Salleh. Ke muka 3
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 28 Mei. - Program 'Masjidku Makmur Negara Berkat' yang merupakan program mingguan kelolaan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Da'wah Islamiah (PDI) dan Bahagian Kemajuan Syiar Islam dengan kerjasama Masjid Omar 'Ali Saifuddien diteruskan lagi dengan membawa tajuk 'Al-Quran Temanku Menceriakan Hidupku.' Tazkirah yang disampaikan oleh Dai'e PDI, Awang Haji Fansuri Sharimi @ Mansur bin Mohamad Ali mengongsikan beberapa kelebihan-kelebihan kepada pembacanya, iaitu berupa sakinah iaitu ketenangan dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala. Menurut beliau lagi, Al-Quran merupakan kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan sesungguhnya para umat Islam juga dituntut bagi mengamalkan adab-adab seperti memastikan diri sendiri bersih sebelum membacanya iaitu dalam keadaan berwuduk walaupun pada ketika ini terdapat pilihan naskhah Al-Quran dalam bentuk mudah alih (softcopy). Ke muka 3
Muka 5
Muka 19
MWNBD semarakkan Ramadan dengan majlis bertadarus
GERAI Ramadan buka pintu rezeki
Faksimile: 2381004
Layari Layari Laman Laman Web: Web: www.pelitabrunei.gov.bn www.pelitabrunei.gov.bn
2
HALUAN
HARI ISNIN 29 MEI 2017
PKS berpotensi tingkatkan produktiviti Bismillaahir Rahmaanir Raheem Assalamu 'Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
S
AYA berasa gembira kerana dijemput hadir pada Persidangan Perbankan Antarabangsa yang julung kali diadakan pada pagi ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada CIBFM, AMBD dan Persatuan Bank-Bank Brunei untuk kejayaan penganjuran persidangan ini. Persidangan ini adalah tepat pada masanya dan relevan di tengah-tengah perubahan dalam landskap ekonomi yang memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Sesungguhnya, melihat di dalam dewan ini, kehadiran awda semua menunjukkan komitmen bersama dalam meneruskan pembangunan PKS. Ucapan saya pada hari ini memfokuskan kepada tiga bidang utama. Pertama, bagaimana PKS berfungsi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi. Kedua, ekonomi digital dan peluangnya untuk PKS. Akhir sekali, meneroka peranan kewangan Islam bagi pembangunan PKS. Pembangunan sektor PKS yang kukuh dan dinamik adalah keutamaan dalam agenda nasional kebanyakan negara termasuk Negara Brunei Darussalam. Pembangunan dan pertumbuhan PKS mempunyai potensi besar dalam menyumbang kepada prospek negara dan menjadi sumber utama pertumbuhan masa depan. Malah, ia juga menyokong usaha negara dalam kepelbagaian ekonomi selaras dengan aspirasi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke arah Wawasan 2035. Anggaran baru-baru ini menunjukkan bahawa di kebanyakan negara ASEAN, PKS menyumbang kepada lebih 20 - 50% daripada KDNK. Menyumbang lebih 95% daripada jumlah perniagaan dan menjana antara 50 - 90% peluang pekerjaan. PKS juga mempunyai potensi untuk memenuhi cabaran baharu untuk meningkat produktiviti dan prestasi. Oleh itu, terdapat potensi yang besar bagi PKS untuk mewujudkan nilai positif yang ketara kepada ekonomi dan seterusnya menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi yang mampan dan seimbang, pekerjaan dan kestabilan persekitaran hidup. Oleh itu, adalah penting bagi penggubal dasar untuk meneruskan dan meningkatkan usaha mereka dalam menyokong pembangunan PKS. Dalam dunia di mana satu-satunya yang berterusan adalah perubahan, persoalan untuk semua industri dan syarikat, tidak terkecuali kepada PKS, tidak lagi "Adakah saya akan terganggu?" tetapi "Bilakah gangguan akan datang? Apakah bentuknya dan bagaimana kesannya terhadap saya dan syarikat saya?" Seperti yang awda tahu, PKS terus menghadapi tekanan cabaran seperti akses kepada kewangan, perubahan
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Timbalan Pengerusi Autoriti Monetari Brunei Darussalam semasa berucap pada CIBFM Persidangan Perbankan Antarabangsa (IBC 2017) dengan kerjasama Persatuan Bank-Bank Brunei dengan tema : 'Pembangunan Masa Depan PKS - Membuka Potensi' pada 15 Mei 2017 Masihi / 18 Syaaban 1438 Hijrah, bertempat di Dewan Indera Kayangan, The Empire Hotel & Country Club.
Terjemahan dari teks asal dalam bahasa Inggeris oleh Hajah Apsah Haji Sahdan
permintaan pasaran dan berkembang rejim pengawalseliaan untuk beberapa nama. Di tengah-tengah semua cabaran ini, PKS perlu cekap untuk merebut peluang-peluang baharu dan membangun. Sejajar dengan tema hari ini mengenai Pembangunan Masa Depan PKS, ekonomi digital menyediakan penyelesaian kepada halangan yang sedia ada. Misalnya, dengan dunia serba digital yang telah membawa kemunculan model baharu perniagaan yang boleh dimanfaatkan dan mengambil kesempatan daripada PKS. Pertama, ke atas akses pasaran dan rangkaian nilai global, ekonomi digital sebahagian besar mengurangkan kos dan halangan terhadap pasaran dan pelanggan. Ini dapat membantu PKS untuk meningkatkan jualan dan eksport mereka; Kedua, mengenai akses kepada kewangan, ekonomi digital membolehkan model pembiayaan baharu seperti pembiayaan orang ramai dan pemberian pinjaman rakan kepada rakan. Ini memberikan PKS pelbagai jenis pilihan pembiayaan; dan Terakhir, pertumbuhan PKS dapat dikekang oleh ketersediaan kemahiran
MEI
29 30 31 1 JUN 2 3 4
29 MEI 2017 BERSAMAAN 1438
pengurusan terhad dan khusus. Oleh itu, era digital menyediakan penyelesaian baharu terhadap kekangan bagi akses kemahiran sebelumnya melalui kursus dan platform dalam talian. Oleh itu, saya percaya bahawa pendigitalan adalah pemacu utama daya saing masa depan dan inovasi untuk pembangunan PKS. PKS hari ini boleh memanfaatkan format pembiayaan bukan tradisi bagi pertumbuhan mereka. Saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa persidangan hari ini membawa isu ini secara khusus dengan perhatian khusus diberikan kepada peranan kewangan Islam dalam pembangunan PKS. Asas kewangan Islam distrukturkan atas nilai-nilai etika yang kukuh menyalurkan kepada faktor ekonomi dan sosial. Ia menekankan mengenai kepentingan kemasukan kewangan dalam bentuk khidmat tidak setanding kepada masyarakat, yang berkembang menjadi sistem kewangan yang komprehensif tersendiri yang terdiri dari perbankan, pasaran modal kepada sektor takaful yang boleh memberi manfaat kepada PKS. lebih-lebih lagi, dengan penekanan terhadap pembiayaan bersandarkan aset dan ciri perkongsian risiko, kewangan Islam juga sesuai bagi pembiayaan PKS dan memulakan perniagaan. AMBD mengenal pasti kepentingan PKS sebagai penjana pertumbuhan dalam negara. Oleh itu, AMBD telah mengambil inisiatif untuk memudahkan pinjaman MSME antara lain, termasuk : Penubuhan Biro Kredit pada tahun 2012 yang telah membantu bank untuk membuat keputusan kredit berdasarkan maklumat pada kepercayaan kredit peminjam. Bergerak ke hadapan, AMBD menyedari potensi untuk mengembangkan skop dengan menawarkan pelbagai rangkaian perkhidmatan seperti pemarkahan kredit dan penarafan kredit untuk mengurangkan simetri maklumat dan untuk memberikan petunjuk bagaimana PKS boleh memenuhi obligasi kewangannya; Dengan pelaksanaan Sistem Pendaftaran Kolateral (Collateral Registry System) pada bulan Disember 2016, iaitu projek di bawah inisiatif Negara Brunei Darussalam untuk Kemudahan Menjalankan Perniagaan bagi lebih memudahkan orang ramai, terutama PKS untuk mendapatkan pembiayaan, sistem ini diharapkan dapat membantu merangsang pertumbuhan ekonomi kerana ia menyediakan infrastruktur rangka kerja pinjaman terjamin untuk PKS. Diberikan anjakan paradigma ke arah ekonomi digital, AMBD telah memperkenalkan Peraturan Garis Panduan Sandbox Fintech pada bulan Februari 2017 untuk menggalakkan usahawan dan permulaan untuk mengambil kesempatan ke atas percantuman dunia digital dan kewangan dalam persekitaran pengawalan dan undang-undang yang santai. Ke muka 5
3
GERAI RAMADAN BUKA RUANG PENIAGA KAUT KEUNTUNGAN
K
EDATANGAN bulan yang penuh berkah dan rahmat, Ramadan ini bukan sahaja menjanjikan pahala yang berlipat ganda bagi setiap amal ibadat yang dilakukan, malahan membuka pintu rezeki seluas-luasnya kepada mereka yang ingin mencari rezeki khususnya para peniaga dan penjaja. Di negara ini, setiap kali datangnya bulan Ramadan, Gerai-gerai Ramadan yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan akan menjadi tumpuan orang ramai yang mencari juadah bersungkai terutamanya pada hari pertama umat Islam di negara ini berpuasa. Di setiap daerah, Gerai-gerai Ramadan telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi memberikan peluang kepada para peniaga kecil dan sederhana mencari rezeki dan menambah pendapatan sampingan, di samping sedikit sebanyak memberi kemudahan kepada umat Islam membeli untuk juadah penyungkaian ketika berbuka nanti. Selain Gerai-gerai Ramadan yang disediakan oleh pihak kerajaan, terdapat juga gerai yang didirikan di tepi-tepi jalan dan kawasan kampung bagi memberikan peluang masyarakat sekitarnya berkecimpung dalam perniagaan, di samping untuk mendapatkan rezeki sepanjang Ramadan. Dengan adanya Gerai-gerai Ramadan, setentunya membuka ruang para peniaga mengaut keuntungan dan apa yang menariknya, golongan belia turut sama tidak melepaskan peluang berjinak-jinak untuk berniaga yang mana secara tidak langsung memupuk sifat berdikari para belia dengan mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah. Lazimnya, pendapatan jualan sepanjang Ramadan memberikan pulangan yang lumayan bahkan turut berbeza daripada jualan pada bulan-bulan biasa. Kebanyakan mereka ini memulakan perniagaan pada bulan Ramadan untuk menambah sumber pendapatan bagi perbelanjaan menjelang Hari Raya Aidilifitri nanti. Di petak-petak Gerai Ramadan, ia memberikan kemudahan dengan jualan beraneka kuih-muih, seperti Kuih Apam, Kuih Seri Muka, Kuih Kusui; lauk-pauk termasuk ayam dan ikan salai serta bermacam-macam jenis makanan dan minuman yang terdapat di gerai bagi pilihan para pengunjung yang datang. Malahan, barisan gerai yang panjang setiap satunya menjual makanan yang lazat dan menyelerakan, menghidangan pelbagai jenis juadah berbuka puasa bahkan orang ramai boleh membeli pelbagai lagi jenis makanan yang boleh dipilih mengikut cita rasa sendiri. Dalam mencari rezeki pada bulan yang mulia ini, para peniaga juga diingatkan agar jangan mengabaikan aspek kebersihan kerana tahap kebersihan makanan yang dijual hendaklah diutamakan selain kebersihan pakaian dan diri peniaga serta kawasan perniagaan. Sebagai peniaga, ambil kesempatan Ramadan untuk menambah pendapatan dengan penyediaan makanan jualan yang terjamin mutu dan rasanya di samping mengambil peluang mencari rezeki halal bagi menampung pendapatan seharian. - Ketua Penyuntingan (Hs).
RAMADAN
3 4 5 6 7 8 9
4 . 33 4 . 33 4 . 32 4 . 32 4 . 33 4 . 33 4 . 33
4 . 43 4 . 43 4 . 42 4 . 42 4 . 43 4 . 43 4 . 43
6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 07 6 . 07 6 . 07 6 . 07
6 . 30 6 . 30 6 . 30 6 . 30 6 . 31 6 . 31 6 . 31
12 . 19 12 . 19 12 . 19 12 . 19 12 . 19 12 . 19 12 . 20
3 . 43 3 . 43 3 . 44 3 . 44 3 . 44 3 . 45 3 . 45
6 . 29 6 . 29 6 . 29 6 . 30 6 . 30 6 . 30 6 . 30
7 . 44 7 . 44 7 . 44 7 . 45 7 . 45 7 . 45 7 . 46
AGAMA
HARI ISNIN 29 MEI 2017
3
Majlis Khatam 50 Kali dilancarkan Berita dan Foto : Ihsan Faridah Haji Ibrahim Dari muka 1 Seramai 108 orang peserta lelaki dan 51 orang peserta perempuan Kampung Sungai Akar dan sekitarnya telah menyertai Majlis Pelancaran memulakan bacaan bagi Majlis Khatam Al-Quran 50 Kali Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta. Majlis penutupannya akan diadakan pada bulan September dan pemantauan atau tasmik oleh guru-guru Al-Quran akan diadakan sebulan dua kali, iaitu pada 9 Jun dan 23 Jun selepas Sembahyang Fardu Asar seterusnya bersungkai di Masjid Rashidah
Sa'adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar. Di akhir acara, penyampaian cenderamata daripada Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong kepada tetamu kehormat, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Maon diikuti dengan majlis bergambar ramai.
AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Maon (tiga, kanan) yang juga selaku Penghulu Mukim Berakas 'B' hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut. Turut hadir, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong (empat, kanan) yang juga selaku Penaung Takmir Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah Kampung Sungai Akar (kanan).
ANTARA peserta lelaki dan perempuan dari Kampung Sungai Akar dan sekitarnya yang menyertai Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Bagi Majlis Khatam Al-Quran 50 Kali Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusalam Menaiki Takhta (kiri dan kanan).
Al-Quran Temanku Menceriakan Hidupku
Dari muka 1 Al-Quran menurut beliau lagi, turut mengandungi ayat-ayat syifa iaitu penyembuh di samping surah surahnya mempunyai kelebihan tersendiri jika diamalkan seperti Surah Al-waqiah dan Surah Al-Insyirah.
TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud (dua, kiri) semasa hadir mendengarkan tazkirah pada Program 'Masjidku Makmur Negara Berkat'.
Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan datin. Turut sama menyerikan program
ini ialah para pegawai-pegawai kanan KHEU dan jabatan-jabatan di bawahnya serta para jemaah masjid. Program 'Masjidku Makmur Negara Berkat' merupakan satu program mingguan bagi
mengalu-alukan jemaah bagi memakmurkan masjid dan seterusnya bersama-sama secara istiqamah (berterusan) mendirikan Sembahyang Fardu Subuh secara berjemaah pada awal waktu di masjid.
4
NASIONAL
HARI ISNIN 29 MEI 2017
Karya 'Ok Tu Noh' beri semangat dan idea Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
GADONG, Ahad, 28 Mei. - Sambutan yang sangat menggalakkan terhadap buku-buku kartun yang dihasilkannya sebelum ini mendorong seorang kartunis tempatan, Dr. Malai Yunus bin Malai Yussof atau lebih dikenali sebagai Noh untuk menghasilkan karyanya yang kelima. Pelancaran hasil karya beliau berjudul 'Ok Tu Noh!' itu dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof pada majlis yang berlangsung di The Mall.
Dr. Malai Yunus ketika ditemui berkata, penghasilan buku-buku kartun tersebut merupakan lambang yang dapat memberikan semangat kepada anak-anak tempatan untuk menghasilkan idea-idea yang kreatif dan inovatif, bukan sahaja dari segi pembuatan kartun tetapi juga dari aspek yang lain. Beliau menyeru khususnya generasi muda masa kini untuk menghasilkan karya mereka sendiri terutama sekali mereka yang meminati bidang seni. Mengulas mengenai inspirasi dalam menghasilkan buku terbaharunya, beliau mahu berkongsi pengalaman
'OK Tu Noh!' sebuah buku yang bersifat humor, ringan dan umum serta sesuai untuk pembaca dari semua peringkat umur.
dan menceritakan perjalanan hidup beliau sebagai seorang anak seni, individu mahupun sebagai seorang bapa. "Saya juga ada menerapkan unsur-unsur kritikal sosial yang ringan termasuk isu ekonomi, kekeluargaan dan idea-idea kreatif dan inovasi yang perlu diceburi oleh orang-orang tempatan kita," tambahnya. Menurut beliau lagi, buku tersebut merupakan buku yang bersifat humor, ringan dan umum serta sesuai untuk pembaca dari semua peringkat umur.
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof semasa merasmikan buku 'Ok Tu Noh!' (kanan).
SETIAUSAHA Tetap KHEDN, Awang Abdul Mutalib (dua, kiri) semasa bergambar bersama seorang kartunis tempatan, Dr. Malai Yunus bin Malai Yussof (tiga, kanan) atau lebih dikenali sebagai Noh yang menghasilkan karyanya berjudul 'Ok Tu Noh!'.
Tunaikan Tarawih hingga ke penghujung Ramadan
TADARUS Al-Quran yang diikuti oleh jemaah masjid dari pelbagai peringkat umur termasuk para belia.
TEMBURONG, Ahad, 28 Mei. - Bagi menghidupkan malam-malam di bulan Ramadan dan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata’ala, para penduduk beragama Islam di Daerah Temburong juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan Sembahyang Sunat Tarawih, Witir dan Tadarus Al-Quran di setiap masjid, surau dan balai ibadat di daerah ini. Antara masjid yang menjadi tumpuan jemaah khususnya yang bermastautin di Mukim Bangar ialah di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar yang dipenuhi dengan jemaah yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur bagi mendapatkan pahala yang besar di bulan ini. Sejurus Sembahyang Isyak Berjemaah, Sembahyang Sunat Tarawih Berjemaah di masjid tersebut diimamkan oleh Ketua Imam Masjid berkenaan, Awang Haji Shafrillah bin
Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain
Haji Ahmad yang kemudian diikuti dengan Sembahyang Sunat Witir. Sementara jemaah perempuan pula melaksanakan ibadah sama di ruang sembahyang perempuan. Turut diadakan ialah Tadarus Al-Quran yang diikuti oleh jemaah masjid dari pelbagai peringkat umur termasuk para belia, begitu juga bagi jemaah wanita di ruang lain masjid. Semasa ditemui, Ketua Imam Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Awang Haji Shafrillah melahirkan rasa syukur kerana jumlah jemaah yang menghadirkan diri ke masjid berkenaan bagi mengikuti Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir
adalah sangat menggalakkan. Sebagai sebaik-baik bulan yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan limpahan rahmat tambahnya lagi, umat Islam seharusnya merebut peluang di bulan Ramadan untuk memperbanyakkan amalan di mana setiap amal kebajikan akan dibalas dengan lipatan kali ganda pahala. Justeru itu beliau amat berharap agar para jemaah akan meneruskan kehadiran bagi mengikuti Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir dan aktiviti tadarus Al-Quran sehingga ke penghujung bulan Ramadan dan bukan setakat di awal Ramadan sahaja.
SEMBAHYANG Sunat Tarawih diimamkan oleh Ketua Imam Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Awang Haji Shafrillah bin Haji Ahmad (kiri). Sementara gambar kanan, sebahagian jemaah wanita menyertai Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan.
NASIONAL
HARI ISNIN 29 MEI 2017
5
MWNBD semarakkan Ramadan dengan majlis bertadarus
NAIB Yang Di-Pertua 1 MWNBD, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat (tengah) semasa Majlis Pembukaan Tadarus bagi MWNBD yang berlangsung di kediamannya di Kampung Manggis (atas). Sementara gambar atas kanan, kira-kira 100 ahli MWNBD hadir pada majlis tersebut.
Oleh : Aimi Sani Foto : Azmah Haji Ahad
HALUAN
PKS berpotensi tingkatkan produktiviti
MANGGIS, Ahad, 28 Mei. - Bagi mendekatkan diri dengan Al-Quran dan menyemarakkan lagi bulan Ramadan, Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD) telah menganjurkan Majlis Pembukaan Tadarus bagi ahli-ahlinya bertempat di kediaman Naib Yang Di-Pertua 1 MWNBD, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat, Kampung Manggis, di sini. Seramai 100 ahli daripada tiga buah persatuan bergabung di bawah MWNBD menghadiri majlis pembukaan tadarus tersebut yang terdiri daripada Persatuan PERTIWI, Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei, Pandu Puteri, PKP Belait,
BAKTI, Persatuan Siswazah Wanita, PERGANITA, BAKANITA, PERBEKAL, PEWAJA dan Persatuan Nurul Islam. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Naib Yang Di-Pertua 1 MWNBD, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat diikuti dengan ucapan beliau yang antara menyatakan bahawa, majlis berkenaan bertujuan untuk menyemarakkan lagi suasana bulan Ramadan selain meningkatkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan semua ahli persatuan yang bergabung dengan MWNBD dengan saling kunjung-mengunjungi untuk bertadarus dan menyemak bacaan
ayat-ayat suci Al-Quran. Majlis ini jelasnya, merupakan acara tahunan MWNBD yang dikendalikan secara bergilir-gilir mengikut jadual dan juzuk-juzuk Al-Quran yang telah diaturkan oleh Persatuan PGGMB Bahagian Wanita selaku Jawatankuasa Bahagian Keugamaan Majlis Wanita pada tahun ini. Majlis diteruskan dengan bacaan Tadarus Juzuk 1 secara bergilir diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Tahlil dikepalai oleh Dayang Hajah Fatimah binti Haji Ahmad. Sementara Doa Selamat pula dibacakan oleh Dayang Hajah Taibah binti Kudi.
Pengunjung Gerai Ramadan Muara meningkat
Dari muka 2 Memupuk pertumbuhan dalam sektor PKS di Negara Brunei Darussalam kekal teratas dalam agenda dasar kerajaan. Untuk tujuan ini, kerajaan telah mengambil beberapa langkah dalam menggalakkan pertumbuhan PKS. Antara lain, termasuk penubuhan Darussalam Enterprise (DARE) pada bulan Januari 2016 untuk memupuk dan menyokong seluruh perusahaan tempatan dalam pelbagai peringkat pembangunan. Pada bulan Mac 2017, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menitahkan penubuhan Syariah-compliant SME Bank yang bukan sahaja akan meningkatkan akses kepada pembiayaan untuk PKS tempatan tetapi juga untuk menggalakkan Muamalah Islam dalam membangunkan industri kewangan Islam di negara ini. Pembangunan masa depan PKS akan menyumbang kepada pertumbuhan yang lebih kukuh dan adil untuk negara. Menyedari kepentingan merealisasikan potensi PKS, AMBD akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang berkenaan bagi memastikan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan PKS dengan bertindak secara betul dan berkesan melalui pendekatan keseluruh negara. Pada masa yang sama, paling utama bagi PKS untuk memulakan langkah mereka sendiri bagi melengkapi apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan. PKS mesti mempunyai kecekapan bagi menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan serta ketabahan dan kemahiran keusahawanan bagi membolehkan mereka memandu melalui cabaran jangka masa terdekat. Ini akan membolehkan mereka untuk berkembang dan meningkatkan sumbangan mereka kepada ekonomi negara, dengan itu menyokong usaha negara dalam kepelbagaian ekonomi dan pertumbuhan. Sebagai penutup, saya ingin penyampaikan penghargaan saya kepada CIBFM, AMBD dan BAB menganjurkan persidangan IBC ini. Saya yakin persidangan ini akan bertindak sebagai platform bagi peserta dari PKS, ahli-ahli BAB, ahli akademik dan pengawal selia untuk bertukar-tukar pandangan dan pengalaman mengenai topik yang berkenaan. Saya menyeru para peserta untuk mengambil kesempatan ini dan mendapat manfaat daripada peluang ini. Terima kasih dan saya berharap persidangan ini memberikan hasil. Wabillahit Taufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
KEMERIAHAN Gerai Ramadan di kawasan letak kereta sekitar Stadium Negara Hassanal Bolkiah sibuk menerima pengunjung yang datang memilih dan mencari makanan mengikut cita rasa masing-masing untuk dibawa pulang sebagai juadah berbuka puasa.
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 28 Mei. - Gerai-gerai Ramadan yang dibuka di serata tempat di negara ini terus menjadi tumpuan seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan ugama untuk membeli dan merasai pelbagai juadah untuk memenuhi selera. Antara kawasan Gerai Ramadan yang turut menjadi tumpuan bagi memperolehi juadah berbuka bagi Daerah Brunei dan Muara ialah gerai-gerai di perkarangan Stadium
Negara Hassanal Bolkiah, Berakas dan medan letak kereta berhadapan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja, kawasan Pasar Gadong, serta tempat-tempat lain, termasuk di tepi-tepi jalan. Kemeriahan di keempat-empat daerah dapat dirasakan dengan Gerai-gerai Ramadan di kawasankawasan yang ditetapkan. Di kawasan Jalan Perusahaan Muara, terdapat kira-kira 40 gerai yang menjual
pelbagai juadah dan menu istimewa. Beberapa petak Gerai Ramadan di Muara pada tahun ini terdapat sedikit peningkatan memandangkan bertambahnya penduduk yang bermastautin di kawasan berdekatan seperti Rancangan Perumahan Negara di Kampung Tanah Jambu, Kampung Meragang, Lambak Kanan, Lambak Kiri dan Bukit Sibanging. Di musim bulan Ramadan, Cendol Temburong untuk berbuka puasa amat laris sekali dengan rasa Cendol Temburong sangat sedap dan terdapat dua perisa dipasarkan, santan dan gula Melaka.
6
NASIONAL
HARI ISNIN 29 MEI 2017
MKM agihkan Bubur Lambuk
AHLI MKM bergotong-royong menyediakan 400 pek Bubur Lambuk untuk diagih-agihkan kepada lebih 60 ketua keluarga klien MKM yang terdiri daripada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, golongan warga emas dan mereka yang berpendapatan rendah sebagai juadah mereka berbuka puasa. MAJLIS Kesejahteraan Lambuk MKM.
Masyarakat
(MKM)
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 28 Mei. - Kedatangan bulan Ramadan Al Mubarak 1438 Hijrah disambut penuh kesyukuran oleh umat Islam di negara ini. Di bulan suci Ramadan ini, mereka yang kurang berkemampuan khususnya anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan warga emas
bergotong-royong
memasak
Bubur
sering mendapat perhatian dari pihak tertentu terutama dari persatuanpersatuan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Justeru itu, sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan tersebut, Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) sekali lagi tampil mengungkayahkan projek Bubur
Lambuk MKM. 400 pek bubur lambuk yang dimasak secara gotong-royong oleh Ahliahli Jawatankuasa MKM untuk diagih-agihkan kepada lebih 60 ketua keluarga klien MKM yang terdiri daripada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, golongan warga emas dan mereka yang berpendapatan rendah sebagai juadah mereka berbuka puasa. Sebagai tanda sokongan padu
Berita dan Foto : Bolhassan Haji Abu Bakar terhadap usaha murni MKM, ramai pihak yang berhati mulia tampil menghulurkan sumbangan berupa wang ringgit dan barangan asasi. Dengan adanya sumbangan tersebut, setentunya memudahkan lagi MKM melaksanakan pelbagai projek dan aktiviti. ''Alhamdulillah, sumbangan wang
ringgit dan barangan asasi terus mencurah-curah diterima oleh MKM, terima kasih diucapkan kepada para dermawan semua, semoga dengan adanya sumbangan tersebut akan meringankan beban golongan yang memerlukan,'' ujar Yang Dipertua MKM, Datin Paduka Hajah Intan binti Haji Mohd Kassim.
Mart Gallaza Operario memilih Islam MUKIM SENGKURONG, Ahad, 28 Mei. - Seorang lelaki berbangsa Filipina telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidup dengan melafazkan dua kalimah syahadah pada Majlis Pengislaman yang diadakan di rumah kediaman Awang Azni bin Haji Mat Zin di Kampung Mulaut, di sini. Mart Gallaza Operario kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Awang Muhammad Aidan bin Abdullah Operario. Terdahulu, majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan Surah
Al-Fatihah dan lafaz pengislaman daripada saudara baharu yang diraikan dan kemudian diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada saudara baharu berkenaan. Semasa ditemu bual, Awang Muhammad Aidan melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana membuka hatinya untuk memeluk agama yang suci itu. Jelasnya, niat untuk memeluk Islam itu telah lama timbul dan kawan-kawannya yang beragama Islam banyak membantu beliau untuk
MART Gallaza Operario ketika melafazkan dua kalimah syahadah di hapadan Pegawai Pusat Da'wah Islamiah bersama para saksi dan kini beliau dikenali dengan nama Islam, Awang Muhammad Aidan bin Abdullah Operario.
mendalaminya. Beliau seterusnya berhasrat untuk mempelajari sembahyang lima waktu, di samping belajar membaca Al-Quran. Mengikut statistik Unit
Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Azmah Haji Ahad Pengislaman, Pejabat, Bahagian Dakwah Daerah Brunei dan Muara mencatatkan seramai 69 orang
1.'Warna' - Tarikh Tutup 3 Jun 2017 2.'Cahaya' - Tarikh Tutup 17 Jun 2017 3.'Kanak-Kanak Berhari Raya' - Tarikh Tutup 1 Julai 2017
sudah memeluk agama Islam sejak bulan Januari hingga April tahun ini.
AGAMA
HARI ISNIN 29 MEI 2017
7
Penduduk Islam RPN Bukit Beruang tunaikan Tarawih Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin TUTONG, Ahad, 28 Mei. - Umat Islam yang terdiri daripada rakyat negara ini, penduduk tetap dan warga asing beragama Islam mula menunaikan Sembahyang Sunat Tarawih di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat sejak semalam bagi meraih ganjaran berlipat kali ganda di bulan yang suci ini. Di Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang, umat Islam juga turut beramai-ramai mendirikan Sembahyang Sunat Tarawih bagi mengimarahkan lagi masjid tersebut untuk sama-sama menyemarakkan lagi bulan suci Ramadan dan meraih keredaan Allah Subhanahu Wata'ala. Ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei, Ketua Imam, Masjid RPN Bukit Beruang, Awang Moksin bin Haji Moktar menjelaskan, hukum mengerjakan Sembahyang Sunat
Tarawih adalah sunat tetapi dituntut (Muakkad) bagi orang-orang Islam pada tiap-tiap malam bulan Ramadan. "Alhamdulillah, Sembahyang Sunat Tarawih kini sudah menjadi tradisi yang mana setiap bulan Ramadan tiba, umat Islam di seluruh negara akan sama-sama turun bagi mengimarahkan masjid dalam merebut pahala yang belipat-lipat ganda," jelas beliau lagi. Beliau seterusnya berharap agar kesemua masjid-masjid dan surausurau akan terus diserikan lagi dengan kehadiran umat Islam untuk sama-sama Sembahyang Sunat Tarawih Berjemaah dan seterusnya akan menjadi tradisi turun-temurun.
UMAT Islam beramai-ramai mendirikan Sembahyang Sunat Tarawih bagi mengimarahkan lagi Masjid RPN Bukit Beruang, Tutong.
Pelajar ITQSHHB praktik jadi imam Sembahyang Tarawih Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
SUASANA para jemaah menunaikan Sembahyang Tarawih di Masjid Sufri Bolkiah, Kampung Perpindahan Berakas yang diimamkan oleh pelajar dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 28 Mei. - Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) sudah menjadi kelaziman untuk mempraktikkan pelajar-pelajarnya menjadi imam bagi Sembahyang Tarawih apabila tibanya bulan Ramadan. Tahun ini, pihak ITQSHHB dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid memberi bimbingan kepada 84 pelajarnya terdiri daripada 50 pelajar menengah dari Tahun 7 - 11 serta 34 siswa Diploma Aliyyah Qiraat. Pemangku Pengetua ITQSHHB, Pengiran Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit semasa ditemu bual menjelaskan selain jumlah itu, seramai tujuh pegawai dan Mu'allim serta 21 orang lepasan graduan Ma'had Shoubra dan bekas pelajar-pelajar institut berkenaan juga terlibat menjadi imam Sembahyang Tarawih di
kebanyakan masjid-masjid di Daerah Brunei dan Muara sepanjang malam Ramadan Al-Mubarak ini. Menurutnya, inisiatif seumpama itu antaranya, sebagai pendedahan awal terutama kepada para pelajar ITQSHHB dalam sentiasa memelihara hafazan dan membina sifat yakin diri menjadi imam kepada jemaah masjid serta secara tidak langsung menjalin ukhuwah dalam kehidupan bermasyarakat. Pengiran Haji Amiruddin juga memberikan penekanan kepada pelajar-pelajar ITQSHHB yang terpilih supaya mempraktikkan bacaan yang jelas dan bertajwid, teratur dan tidak terlalu cepat semasa menjadi imam sembahyang serta menghadirkan diri dalam setiap ayat agar bacaan dapat menghidupkan makna ayat di samping mampu menarik minat makmum untuk bersembahyang Tarawih.
Sembahyang Tarawih banyak fadilat
AWANG Haji Rosman bin Haji Metussin, 58 tahun.
DAYANG Hajah Rokiah binti Haji Saidin, 57 tahun.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 28 Mei. - Pada bulan Ramadan seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa dan digalakkan melakukan ibadat sunat dengan ganjaran yang berlipat kali ganda, iaitu Sembahyang Sunat
Tarawih yang hanya sunat dilakukan pada bulan Ramadan. Hukum mengerjakan Sembahyang Sunat Tarawih adalah Sunat Muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam
lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih ini adalah selepas menunaikan Sembahyang Fardu (Isyak) sehinggalah larut malam dan ia ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun Sembahyang Sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain, namun Sembahyang Sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan Sembahyang Fardu Isyak yang mana pengamal boleh melewatkan menunaikan Sembahyang Sunat Tarawih mengikut pilihan kerana Sembahyang Sunat Tarawih boleh dibuat sehingga sebelum Sembahyang Fardu Subuh. Awang Haji Rosman bin Haji Metussin, 58 ketika ditemui di Masjid Kampung Bengkurong berkata Tarawih bererti 'istirahat' manakala
Oleh : Aimi Sani Foto : Hamzah Mohidin Sembahyang Tarawih pula bermaksud sembahyang yang merehatkan. ''Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya. Pada umumnya, masyarakat Islam di negara ini mendirikan Sembahyang Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan tiga rakaat Sembahyang Witir. Antara fadilat mengerjakan Sembahyang Sunat Tarawih adalah untuk mendapatkan keampunan dosa yang telah lalu dan Sembahyang Tarawih yang dilakukan secara berjemaah hingga selesai adalah seperti melakukan sembahyang semalam penuh,'' ujarnya. Sementara itu, bagi isteri Awang Haji Rosman, Dayang Hajah Rokiah
binti Haji Saidin, 57 berkata, di setiap bulan puasa, beliau serta keluarga akan bersama-sama menunaikan Sembahyang Sunat Tarawih di Masjid Kampung Bengkurong. Ketika menjelaskan mengenai fadilat Sembahyang Sunat Tarawih, Dayang Hajah Rokiah berkata, seutama-utamanya sembahyang sunnah adalah sembahyang yang dianjurkan dilakukan secara berjemaah kerana sembahyang seperti ini hampir sama dengan sembahyang fardu. ''Sembahyang Sunat Tarawih hanya dilakukan pada bulan suci Ramadan. Umat manusia di seluruh dunia berlumba-lumba meraih pahala dengan melakukan ibadah setelah berlapar dahaga di siang hari, di samping itu para jemaah masjid juga dapat mengeratkan lagi tali silaturahim sesama sendiri,'' terangnya.
8
NASIONAL
HARI ISNIN 29 MEI 2017
Pelajar istimewa Pusat Ehsan berbuka puasa di CheezBox Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Hernie Suliana Haji Othman
GADONG, Ahad, 28 Mei. - Peluang untuk berbuka puasa bersama keluarga di luar merupakan satu peluang yang amat berharga bagi pelajar-pelajar istimewa Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam bagi membiasakan mereka dekat dengan masyarakat. Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pentadbiran CheezBox, Bee Li semasa Majlis Berbuka Puasa bagi Pelajar Pusat Ehsan yang dianjurkan oleh CheezBox Cafe & Restaurant. Menurutnya, pihak CheezBox mengadakan setiap tahun bagi pelajar-pelajar Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam bersungkai bersama keluarga. Majlis Berbuka Puasa itu disertai
KETUA Pentadbiran CheezBox, Bee Li semasa menemani pelajar-pelajar istimewa dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam bersungkai.
oleh seramai kira-kira 20 pelajar, kakitangan dan ahli keluarga Pusat Ehsan.
Turut hadir, pihak pengurusan syarikat, penganjur serta para jemputan khas.
WAJAH ceria orang-orang istimewa dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam pada Majlis Berbuka Puasa yang diungkayahkan oleh CheezBox Cafe & Restaurant.
Para pelajar, kakitangan dan keluarga Pusat Ehsan disajikan dengan pelbagai hidangan makanan bufet
istimewa yang merangkumi masakan Asia, Itali, Jepun dan hidangan pencuci mulut antarabangsa.
Penjaja makanan dapat lebih keuntungan Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas GADONG, Ahad, 28 Mei. - Pasar Pelbagai Barangan Gadong yang menempatkan petak-petak jualan pelbagai juadah termasuk minuman dan kuih-muih menjadi lebih meriah dengan ketibaan bulan Ramadan. Walaupun pasar berkenaan dibuka setiap hari, namun kemunculan bulan Ramadan memberi manfaat kepada para peniaga dalam mendapatkan lebih keuntungan berbanding hari biasa. Tinjauan Pelita Brunei ke lokasi tersebut mendapati, para peniaga telah pun mula membuka petak jualan mereka dan melayan para pembeli yang datang seawal pukul 2.00 petang. Pengusaha Salim's Satay, Awang Haji Yuzza Hanisrin bin Haji Samsuddin ketika ditemui berkata, jualan satenya pada bulan Ramadan sangat laku di mana beliau hanya mengambil masa antara dua hingga tiga jam sahaja untuk menghabiskan jualannya memandangkan kebanyakan yang membeli satenya merupakan pelanggan tetap. "Jumlah sate yang kami jual sepanjang bulan Ramadan ini adalah antara 2,500 hingga 3,000 cucuk," katanya. Namun beliau berharap agar pasar barangan itu akan dapat lebih dikembangmajukan lagi untuk kemudahan orang ramai dan maklumat mengenainya dapat diperolehi dengan
mudah memandangkan pasar tersebut merupakan antara tumpuan pelancong. Sementara itu, salah seorang belia yang ditemui Awang Mohd. Najib bin Mohd. Amin berkata, suasana gerai jualan menjadi semakin sibuk dan meriah ketika bulan Ramadan. Menurutnya, walaupun penat bekerja dari tengah hari hingga malam, beliau yang menjaga gerai jualan keluarganya itu berasa gembira kerana dapat mencari rezeki yang halal. Beliau juga berharap agar lebih ramai belia meningkatkan usaha mereka dalam mencari pendapatan sendiri dan tidak malu untuk menimba pengalaman terutama dalam bidang jualan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini. Salah seorang pengusaha belia, Dayang Norhafilah binti Amin pula berkata, walaupun baru sahaja memulakan perniagaan di pasar berkenaan, jualan juadah beliau seperti popia memberi hasil yang menggalakkan. "Saya juga difahami bahawa jumlah jualan juadah pada bulan Ramadan ini akan meningkat dua kali ganda," tambahnya.
PENGUSAHA Salim's Satay, Awang Haji Yuzza Hanisrin bin Haji Samsuddin.
SALAH seorang belia yang ditemui, Awang Mohd. Najib bin Mohd. Amin
SALAH seorang pengusaha Dayang Norhafilah binti Amin.
belia,
SUASANA kemeriahan Gerai Ramadan di Pasar Pelbagai Barangan Gadong (kanan).
Sambutan di Gerai Ramadan Tutong menggalakkan Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman
KELIHATAN para pengunjung membawa ahli keluarga dan anak-anak bagi membeli juadah makanan untuk berbuka puasa di Gerai Ramadan Tutong.
TUTONG, Ahad, 28 Mei. - Seperti kelazimannya, menjelang sahaja bulan Ramadan, umat Islam di
negara ini mudah mendapatkan juadah makanan dan minuman yang dijual di Gerai-gerai Ramadan
bagi juadah berbuka puasa. Kemudahan seperti ini memudahkan orang ramai membeli juadah berbuka sekali gus memberi manfaat kepada peniaga kecil dan sederhana untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Para pembeli di Gerai Ramadan ini bukan sahaja di kalangan mereka yang beragama Islam malahan mereka yang berlainan agama juga berkunjung dan gemar membeli di gerai berkenaan memandangkan harga yang ditawarkan pada setiap makanan dan
minuman amat murah. Bagi Daerah Tutong, Gerai Ramadan tertumpu di kawasan lapang berhadapan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, di sini. Pelita Brunei membuat tinjauan ke gerai berkenaan dan mendapati sambutan dari orang ramai amat menggalakkan lebih-lebih lagi keadaan tempat kereta bagi pengunjung ke gerai berkenaan penuh sesak dan padat. Juga kelihatan orang ramai yang
ditemani keluarga mereka berkunjung bersama anak-anak mereka ke gerai tersebut, yang mana sudah tentu sebahagian mereka mendulur rasa anak-anak mereka yang lebih kecil membuat pilihan juadah sendiri. Di gerai tersebut, juga didapati para peniaga bersaing sesama sendiri memandang segelintir peniaga menjual makanan dan minuman yang sama. Awang Mohd Noor Hakimi, 9, semasa ditemui berkata beliau bersama ayahnya ke Gerai Ramadan untuk membeli sendiri juadah berbuka. Menyentuh mengenai pilihan juadah untuk berbuka, beliau menjelaskan semestinya roti kebab menjadi pilihannya.
NASIONAL
HARI ISNIN 29 MEI 2017
9
Gerai Ramadan beri peluang berniaga Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain
PARA belia di daerah ini juga tidak ketinggalan menawarkan beraneka salaian di Gerai Ramadan (kiri), sementara gambar kanan, Gerai Ramadan Pekan Bangar menunjukkan petak-petak gerai yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa.
TEMBURONG, Sabtu, 27 Mei. Kedatangan bulan Ramadan tahun ini sekali lagi dimeriahkan dengan Gerai Ramadan yang diadakan di tapak Gerai Perayaan berdepanan dengan Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, di sini. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Temburong (JDT), Gerai Ramadan pada tahun ini menyediakan sebanyak 34 petak yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual secara take away. Ia dibuka setiap hari bermula 1 Ramadan dari pukul 1.30 petang, manakala pada Jumaat pula, waktu berniaga adalah dari pukul 2.00 petang. Dengan adanya Gerai Ramadan ini, ia dihasrat dapat memberikan peluang kepada para peniaga untuk mendapatkan rezeki lebih pada bulan Ramadan yang mulia ini serta menjadi satu platform bagi para peniaga yang baru berjinak-jinak untuk menjual makanan dan minuman mereka sendiri. Dalam pada itu, pihak jabatan
berkenaan juga menyarankan agar para peniaga sentiasa menjaga kesucian, kehalalan dan kesihatan makanan tersebut termasuk sumber makanan serta proses makanan dibuat sehingga ia disediakan untuk dibeli oleh para pengunjung sepertimana yang dinyatakan pada Taklimat Gerai Ramadan baru-baru ini. Di samping itu, orang awam khasnya pengunjung serta peniaga juga dinasihatkan supaya dapat menjaga keselamatan diri sendiri dan harta benda masing-masing serta sentiasa menjaga kebersihan awam di sekeliling gerai tersebut. Salah seorang peniaga yang berpengalaman lebih 10 tahun menjual makanan dan minuman di Gerai Ramadan, Dayang Jamaniah binti Mohd. Said, semasa ditemui mengakui peluang berniaga di Gerai Ramadan setiap tahun adalah peluang yang tidak akan dilepaskan memandangkan pendapatan yang diperolehi berlipat ganda berbanding pada hari-hari biasa, di samping meraih keberkatan mencari rezeki di bulan Ramadan. Selain juadah berbuka yang lazim dijual seperti nasi penyet, beraneka mi
goreng, rojak, beraneka popia dan air kausar, pada tahun ini antara makanan yang paling laris ialah cucur durian putih. Beliau juga menambah, lokasi Gerai Ramadan yang sangat strategik dengan kawasan letak kereta itu telah memudahkan orang ramai untuk datang mengunjunginya dengan selesa ditambah lagi dengan penyediaan ruang gerai yang luas yang disediakan oleh pihak JDT. Sementara itu, menurut salah seorang pengunjung Gerai Ramadan ketika ditemui, Awang Haji Mohd. Sallehuddin bin Haji Suhaimi dari Kampung Negalang Iring berkata, beliau selalunya mengunjungi Gerai Ramadan bagi mendapatkan makanan atau minuman yang sinonim dengan bulan Ramadan seperti minuman kausar dan seumpamanya. Menyentuh mengenai sebilangan masyarakat yang lebih gemar berbelanja di Gerai Ramadan di negara jiran, Awang Haji Mohd. Sallehuddin berpendapat ia terpulang kepada pilihan masing-masing namun berdasarkan pengalaman, beliau merasakan juadah berbuka yang
disediakan oleh para peniaga tempatan adalah sangat berkualiti, sedap dan bervariasi. Malah ia amat memenuhi selera pengunjung dan dijual pada harga yang amat berpatutan, ditambah
DAYANG Jamaniah binti Mohd. Said tidak melepaskan peluang berniaga di Gerai Ramadan setiap tahun di bulan Ramadan.
lagi dari aspek penyediaan dan kebersihan yang terjamin dengan pemantauan dari pihak-pihak berkenaan yang dijalankan dari semasa ke semasa.
AWANG Haji Mohd. Sallehuddin bin Haji Suhaimi dari Kampung Negalang Iring berpendapat, juadah berbuka yang dijual oleh peniaga tempatan adalah sangat berkualiti.
Persiapkan diri dari segi rohani dan jasmani Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman TUTONG, Sabtu, 27 Mei. - Bulan Ramadan merupakan penghulu segala bulan yang diwajibkan bagi seluruh umat Islam untuk mengerjakan puasa, justeru sebelum kita melangkah ke bulan Ramadan ini, kita perlu mempersiapkan diri baik dari segi rohani dan jasmani untuk menghadapinya. Sehubungan itu, Pelita Brunei sempat menemu bual orang ramai mengenai persediaan menjelang bulan berkenaan. Dayang Bazilah binti Taib, 25, berasal dari Kampung Keramut berkata, bulan Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan kerana bulan tersebut penuh dengan rahmat dan amal ibadat yang kita kerjakan di bulan tersebut akan diberi ganjaran pahala berlipat ganda. "Sebelum menjelang Ramadan tahun ini, saya telah mengqadha puasa saya yang tidak dapat saya tunaikan semasa dalam keadaan berpantang selepas melahirkan anak saya.
Setiap bulan puasa juga, saya akan pastikan buah kurma tersedia untuk berbuka puasa nanti dan memastikan segala persiapan dapur adalah lengkap untuk membuat juadah bersungkai bagi seisi keluarga," ujarnya. Beliau seterusnya menjelaskan, selain itu kesihatan juga perlu dijaga agar dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik dan sempurna. Sementara itu, bagi Dayang Saliah binti Ali dari Kampung Danau pula menjelaskan, di samping mempersiapkan diri untuk bulan Ramadan ini, ibadah lain katanya, juga harus dipersiapkan seperti memperbanyakkan membaca ayat suci Al-Quran dan lain-lain lagi dalam mengaut ganjaran pahala di bulan Ramadan. Jelasnya lagi, sebelum tibanya bulan puasa ini, beliau juga sibuk membeli makanan dapur untuk juadah berbuka puasa.
DAYANG Bazilah binti Taib (kanan) dan Dayang Saliah binti Ali (kiri) semasa ditemu bual Pelita Brunei.
Dayang Saliah turut menambah, kesihatan diri juga penting, yang mana
beliau selalu mengamalkan minum air yang cukup agar badan sentiasa segar
dan menjalankan ibadah puasa seperti di hari biasa.
10
RENCANA KHAS
HARI ISNIN 29 MEI 2017
Transformasi menjana kemajuan ekonomi negara Oleh : Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Perhubungan dengan kerjasama Meja Kandungan Khas, Pelita Brunei, Jabatan Penerangan.
SIRI PERTAMA
SELAIN mempunyai cawangan di setiap daerah di negara ini, Jabatan Pengangkutan Darat juga mempunyai Kompleks Latihan dan Ujian Memandu (Litar), di atas tapak tanah berkeluasan kira-kira 6 hektar di Kampung Sungai Akar, Daerah Brunei dan Muara. Majlis Peletakan Batu Asas disempurnakan pada 16 Ogos 2006. Beroperasinya Kompleks Latihan dan Ujian Memandu (Litar) JPD Sungai Akar menandakan pencapaian penting di bawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menyediakan kawasan latihan dan ujian memandu yang kondusif, lengkap dan moden. Kompleks tersebut berfungsi sebagai tempat pengajaran ilmu pemanduan secara langsung dengan lebih berkesan, sempurna dan teratur, yang sebelumnya dibuat di JPD Cawangan Brunei Muara.'
KOMPLEKS Latihan dan Ujian Memandu JPD di Kampung Sungai Akar.
PENGENALAN LHAMDULILLAH di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sepanjang tempoh 50 tahun pemerintahan, banyak pencapaian yang telah dilaksanakan termasuklah sektor pengangkutan darat.
A
SEJARAH AWAL DAN PERKEMBANGAN PRASARANA Singkapan sejarah : 'Registrar of Vehicles' (Pendaftaran Kenderaan) adalah dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) yang mula ditubuhkan di Bandar Seri Begawan pada 1 Januari 1962, berpindah di KM 5 Jalan Gadong pada 1969 dan pada 25 Julai 1996 berpindah ke bangunan ibu pejabatnya yang kekal hingga sekarang, di Km 6 Beribi, Jalan Gadong, Daerah Brunei dan Muara. Perpindahan ini adalah kerana berkembangnya fungsi dan tanggungjawab JPD yang meliputi antaranya industri pengangkutan
awam dan komersial. Selain mempunyai cawangan di setiap daerah di negara ini, JPD juga mempunyai Kompleks Latihan dan Ujian Memandu (Litar), di atas tapak tanah berkeluasan kira-kira 6 hektar di Kampung Sungai Akar, Daerah Brunei dan Muara. Majlis Peletakan Batu Asas disempurnakan pada 16 Ogos 2006. Beroperasinya Kompleks Latihan dan Ujian Memandu (Litar) JPD Sungai Akar menandakan pencapaian penting di bawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menyediakan kawasan latihan dan ujian memandu yang kondusif, lengkap dan moden. Kompleks tersebut berfungsi sebagai tempat pengajaran ilmu pemanduan secara langsung dengan lebih berkesan, sempurna dan teratur, yang sebelumnya dibuat di JPD Cawangan Brunei dan Muara. PERKEMBANGAN PRODUK FORMAT LESEN MEMANDU BAHARU
Selaras dengan perkembangan masa dan kecanggihan teknologi, pada 1 Mei 2013, Lesen Memandu jenis PVC untuk menggantikan Lesen Memandu kertas diperkenalkan. Format Lesen Memandu baharu memaparkan gambar pemilik Lesen Memandu. Ia juga memberi pilihan kepada orang ramai untuk membaharui Lesen Memandu Kelas 1 dan 3 sama ada bagi tempoh Satu (1) Tahun (dengan bayaran BND10); Tiga (3) Tahun (bayaran BND30); Lima (5) Tahun (BND50) atau Sepuluh (10) Tahun (BND100). FORMAT LESEN KENDERAAN BAHARU Pada 1 Mei 2013, Lesen Kenderaan jenis pelekat plastik dan berbentuk segi empat tepat menggantikan Lesen Kenderaan Lama diperbuat daripada kertas dan berbentuk bulat. Reka bentuk Lesen Kenderaan baharu ini memaparkan nombor siri pengeluarannya yang sedia dicetak oleh pembuat. Ke muka 11
RENCANA KHAS
HARI ISNIN 29 MEI 2017
CONTOH Lesen Memandu baharu dan lama.
Dari muka 10
PENGENALAN BUKU PENDAFTARAN KENDERAAN Buku Pendaftaran Kenderaan (Vehicle Registration Book) memudahkan orang ramai kerana saiznya yang lebih kecil, mudah disimpan, ruang muka surat lebih banyak untuk pengisian maklumat yang dikemas kini setiap tahun. Maklumat senang dicetak tanpa perlu menulis menggunakan tangan atau mesin taip seperti yang masih dibuat terhadap Kad Pendaftaran Kenderaan (Bluecard). SISTEM PENGANGKUTAN DARAT (SPD) Pengenalan Lesen Memandu jenis PVC, Lesen Kenderaan jenis plastik (kini dipertingkatkan lagi kualitinya menggunakan jenis kertas yang lebih tahan lama dan tidak ada isu pudar) dan Buku Pendaftaran Kenderaan adalah hasil dari Projek Sistem Pengangkutan Darat (SPD) yang bermula pada tahun 2006 dengan jumlah kewangan kira-kira Lapan (8) Juta Ringgit diperuntukan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Projek SPD adalah satu pencapaian ketara dilaksana oleh JPD bertujuan untuk melancarkan proses membaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan untuk orang ramai, dan juga merealisasikan visi Kementerian Perhubungan 'Ke Arah Masyarakat Canggih dan Kecemerlangan Perhubungan bagi Memperkasa Daya Saing Negara'. PLAT PENDAFTARAN KENDERAAN BAHARU Diperkenalkan pada tahun 2009 berpandukan fon, saiz, jarak serta warna nombor dan plat adalah berpandukan akta dan peraturan ditetapkan. Format baharu ini diperbuat daripada Emboss Aluminium untuk menggantikan plat pendaftaran kenderaan lama yang diperbuat daripada plastik. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) Dari segi memanfaatkan dan memaksimakan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-66 Tahun pada 25 Syaaban 1433 Hijrah bersamaan 15 Julai 2012 Masihi : ''Ini tidak syak lagi akan membawa kepada kemajuan internet yang lebih berkualiti yang mampu dimiliki oleh orang ramai. Pada waktu yang sama, kemajuan perkhidmatan ini juga akan turut mengangkat daya saing negara bagi menarik pelaburan asing.'' PERKHIDMATAN ONLINE Perkhidmatan Atas Talian (Online) diperkenalkan pada Januari 2015, merupakan perkembangan positif diraih kerana perkhidmatan online ini memberi pilihan kepada orang ramai berurusan selain melalui kaunter-kaunter biasa untuk membaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan. Dalam merealisasikan hasrat ini, orang ramai hanya perlu hadir ke JPD sekali sahaja untuk membaharui Lesen Memandu atau Lesen Kenderaan mereka. Pada tahun berikutnya mereka bolehlah membaharui lesen-lesen ini dari rumah dan di mana-mana sahaja melalui sistem atas talian dengan menggunakan kemudahan bagi pembayaran menggunakan Kad Kredit, Kad Debit ataupun masih boleh secara tunai di Kaunter Online JPD pada hari-hari yang ditetapkan. Perkhidmatan ini juga memberi pilihan kepada orang ramai untuk lesen-lesen mereka itu dihantar terus ke alamat yang dinyatakan menggunakan khidmat Pos Laju dengan kadar bayaran yang berpatutan.
LESEN Kenderaan lama.
LESEN Kenderaan format baharu.
PERKHIDMATAN PESANAN RINGKAS JPD (JPD PUSH SMS) Dalam usaha berterusan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan JPD melalui penggunaan kemudahan Teknologi Info-Komunikasi, perkhidmatan Pesanan Ringkas JPD diperkenalkan pada 24 Februari 2015 sebagai kaedah reaching out to the public. Ia bertujuan untuk memberi peringatan awal kepada orang ramai mengenai status Lesen Kenderaan dan Lesen Memandu mereka satu bulan sebelum tarikh mansuh. Bersambung
PERKHIDMATAN Atas Talian (Online) diperkenalkan pada Januari 2015, merupakan perkembangan positif diraih kerana perkhidmatan online ini memberi pilihan kepada orang ramai berurusan selain melalui kaunter-kaunter biasa untuk membaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan. Dalam merealisasikan hasrat ini, orang ramai hanya perlu hadir ke JPD sekali sahaja untuk membaharui Lesen Memandu atau Lesen Kenderaan mereka. Pada tahun berikutnya mereka bolehlah membaharuilesen-lesen ini dari rumah dan di mana-mana sahaja melalui sistem atas talian dengan menggunakan kemudahan bagi pembayaran menggunakan Kad Kredit, Kad Debit ataupun masih boleh secara tunai di Kaunter Online JPD pada hari-hari yang ditetapkan
CONTOH Buku Pendaftaran Kenderaan yang lama dan baharu.
11
12
NASIONAL
HARI ISNIN 29 MEI 2017
Syukur atas pengagihan kurma kurnia
PENGIRAN Mohd. Ali Nordin bin Pengiran Haji Matussin lahirkan rasa syukur.
AWANGKU Muhd. Zafiran bin Pengiran Zulmin... beruntung atas kurma kurnia.
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 27 Mei. - Pengagihan kurma jenis Safawy Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sempena Bulan Ramadan 1438 Hijrah / 2017 Masihi disambut dengan gembira oleh rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan penduduk negara ini khususnya yang beragama Islam. Beberapa orang penerima kurma kurnia rata-rata menzahirkan rasa syukur atas pemberian tersebut bagi juadah berbuka sepanjang bulan
Ramadan seperti lazimnya di tahuntahun lalu. Sebagai rakyat Kebawah DYMM, Pengiran Mohd. Ali Nordin bin Pengiran Haji Matussin melahirkan rasa syukur dengan pengagihan kurma kurnia berkenaan di mana umat Islam yang bermastautin di negara ini perlu berasa bangga dengan pemberian percuma itu. Manakala bagi Awangku Muhd. Zafiran bin Pengiran Zulmin pula berkata, rakyat Kebawah DYMM dan penduduk yang beragama Islam di negara ini amat berbesar hati dan beruntung dengan pemberian tersebut sempena menyambut Ramadan setiap tahun.
AWANG Mohd. Asnadi bin Muhammad... Menjunjung kasih atas kurnia tersebut.
Menurut Awang Mohd. Asnadi bin Muhammad, adalah wajar bagi seluruh rakyat dan penduduk di negara ini khususnya mereka yang beragama Islam untuk menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM atas kurnia baginda ini. Pengurniaan kurma tersebut merupakan kurnia peribadi baginda
AWANG Haji Morsidi bin Haji Kassim... Pengurniaan suatu perkara yang unik.
Sultan kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang menunjukkan tanda kasih dan pemedulian baginda di samping dihasratkan juga sebagai juadah berbuka puasa di bulan Ramadan. ''Pengurniaan seperti ini merupakan suatu perkara yang unik dan hanya didapati di Negara Brunei Darussalam,'' jelas seorang lagi
DAYANG Amal Afifah binti Rusali... Amat bertuah bagi menerima kurma kurnia.
penerima, Awang Haji Morsidi bin Haji Kassim. Bagi Dayang Amal Afifah binti Rusali pula, pengagihan kurma jenis Safawy yang berkotak kecil yang diagih-agihkan kepada seluruh rakyat dan penduduk Islam termasuklah pekerja-pekerja asing yang beragama Islam di negara ini amat bertuah bagi yang menerimanya.
PENGURNIAAN kurma tersebut merupakan kurnia peribadi baginda Sultan kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang menunjukkan tanda kasih dan pemedulian baginda di samping dihasratkan juga sebagai juadah berbuka puasa di bulan Ramadan. ''Pengurniaan seperti ini merupakan suatu perkara yang unik dan hanya didapati di Negara Brunei Darussalam,''
MPK dan SUMUS bantu agihkan kurma kurnia Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman SENGKURONG, Sabtu, 27 Mei. Pengurniaan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam merupakan kurnia peribadi baginda kepada rakyat dan penduduk negara ini yang menunjukkan tanda kasih dan pemedulian baginda. Selain itu, ia juga dihasratkan sebagai juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan yang mana seperti yang diketahui, pengurniaan seperti ini merupakan suatu perkara yang unik dan hanya boleh didapati di Negara Brunei Darussalam.
AWANG Md. Yussof bin Haji Sukaimi dari Kampung Selayun.
Seperti lazimnya, selesai majlis pelancaran, semua penghulu mukim dan ketua-ketua kampung seterusnya akan mengagih-agihkan buah kurma kurnia peribadi tersebut kepada anak-anak buah kampung di bawah jagaan mereka. Ini bermakna setiap umat Islam yang menetap di negara ini tanpa mengira had umur dan tahap kerakyatan akan menerima kurnia buah kurma mereka yang mana setiap seorang akan menerima satu kotak kecil kurma yang mengandungi 300 gram. Dalam tinjauan Pelita Brunei ke kediaman Penghulu Mukim Sengkurong, Awang Haji Musa bin Haji Tahir, selaku Pemangku Ketua Kampung Sengkurong 'B' mendapati para penduduk kampung berkenaan tidak putus-putus datang bagi mengambil kurma kurnia peribadi baginda itu. Awang Haji Musa ketika ditemui menjelaskan, di bawah Kampung Sengkurong 'B' sahaja lebih 7,600 orang penduduk kampung di bawah tadahannya, iaitu termasuk Kampung Selayun, Kampung Tagap, Kampung Sengkurong 'B' dan Sungai Tampoi. Seperti perangkaan tahun lalu tambahnya, kurma yang diterima adalah sejumlah 165 kotak besar secara keseluruhannya bagi kampung berkenaan yang seterusnya akan diagih-agihkan kepada penduduk kampung yang berugama Islam tidak mengira umur.
Menyentuh mengenai pengagihan dan penghantaran kurma ini jelasnya, memang hasrat mereka selaku pemimpin akar umbi untuk melaksanakan penghantaran kurma-kurma berkenaan terutamanya kepada keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik dan tidak mampu mengambil sendiri namun memandangkan keramaian penduduk pada masa ini, maka mereka mempunyai kesukaran untuk membuat penghantaran dengan secepatnya. Walau bagaimanapun, ujar beliau, atas kesedaran para penduduk kampung, mereka sendiri akan datang ke rumah penghulu atau ketua kampung untuk mengambil kurma kurnia tersebut sendiri dengan mengisikan senarai nama ahli-ahli keluarga ke dalam borang yang disediakan dengan lengkap. Menurutnya, pada tahun ini dibuat sistem baharu, iaitu pengisian borang bagi mengambil kurma kurnia peribadi adalah lebih terperinci di mana para penduduk dimestikan mengisi semua nama ahli keluarga, alamat berserta kad pengenalan masing-masing bagi yang berhak menerima berbanding tahun sebelumnya hanya memerlukan ketua keluarga untuk mengisi jumlah ahli keluarga sahaja. Seperti tahun lalu jelas beliau, pengagihan kurma turut dibantu melalui Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung serta Sukarelawan Mukim Sengkurong (SUMUS) di mana mereka juga turut menyumbangkan barangan asasi kepada keluarga yang kurang berkemampuan.
SEORANG penduduk kampung menerima kurma kurnia dari Penghulu Mukim Sengkurong, Awang Haji Musa bin Haji Tahir, selaku Pemangku Ketua Kampung Sengkurong 'B'.
Beliau mengambil kesempatan menyeru rakan-rakan sejawatannya agar dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka dan berharap mereka akan dapat melaksanakannya dengan sebaik-baiknya khususnya pengagihan kurma kurnia peribadi tersebut. Sementara itu, salah seorang penduduk kampung yang ditemui semasa mengambil kurma kurnia peribadi, Awang Md. Yussof bin
Haji Sukaimi menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas pengurniaan kurma peribadi tersebut yang menunjukkan keprihatinan baginda terhadap rakyatnya dan setentunya merupakan satu kurnia yang amat berharga bagi para penduduk negara ini. Pengurniaan tersebut tambahnya, tidak akan dapat diperolehi di negara lain dan beliau melahirkan rasa syukur dan merasa amat bertuah bermastautin di negara yang penuh berkat ini.
NASIONAL
HARI ISNIN 29 MEI 2017
13
MPK Rimba buka Gerai Ramadan Berita dan Foto : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
RIMBA, Sabtu, 27 Mei. - Apabila menjelangnya bulan Ramadan sudah setentunya memberi peluang para peniaga untuk mencari sumber pendapatan lebih melalui berjaja atau berniaga di Gerai-gerai Ramadan. Inisiatif tersebut bagi Majlis Perundingan Kampung (MPK) Rimba Kawasan 1 juga tidak ketinggalan membuka ruang, terutama kepada anak tempatan bagi menambah ekonomi perniagaan masing-masing. Sebanyak 48 buah petak Gerai Ramadan, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Rimba disediakan termasuk 16 buah khemah yang disertai para peniaga dari kampung berkenaan.
Berazam berpuasa penuh Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Hamzah Mohidin BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 27 Mei. - Allah Subhanahu Wata'ala menjanjikan pahala yang berlipat ganda kepada seluruh umat Islam di dalam bulan Ramadan ini yang sangat tinggi darjat dan martabatnya di sisi Allah Subhanahu Wata'ala. Keagungan Ramadan menjadi rebutan seluruh umat Islam untuk menggandakan amal ibadat di bulan yang mulia ini supaya mendapat keuntungan berlipat ganda di dunia dan akhirat. Justeru, kedatangan bulan Ramadan sememangnya dinantikan oleh setiap umat Islam kerana ia adalah bulan yang mulia dan penuh barakah dan setiap tibanya bulan ini, masing-masing mempunyai niat ikhlas serta azam atau keinginan dalam menyempurnakan ibadah puasa. Menurut Dayang Puteri Waziah Insyriah binti Mohd. Hazimin Hatta, 7, yang menuntut Tahun 1 di Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Sengkarai ketika ditemui menjelaskan, pengalamannya mula berpuasa sejak tahun lepas sangat menyeronokkan. Beliau menjelaskan, bulan Ramadan tidak menjadi penghalang baginya untuk menumpukan perhatian dalam pembelajaran di sekolah malah memberi banyak manfaat serta pengajaran kepada dirinya dan berazam untuk puasa penuh pada bulan Ramadan tahun ini serta memperbanyakkan lagi amalanamalan lain. Tambahnya, waktu persekolahan dikurangkan dari kebiasaannya dan selain berpuasa, beliau juga
memperbanyakkan amalan seperti sedekah, tadarus, zikir dan sebagainya bersama ahli keluarganya. Bagi Dayang Syasya Nabilah binti Mohd. Shabiren berumur lima tahun juga mula berjinak-berjinak dalam menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan tahun ini. Beliau yang menuntut di sekolah yang sama dalam darjah pra berkata, berpuasa merasa agak lemah dan lapar tetapi dia tetap berusaha untuk mengambil perhatian dalam pembelajaran. Jelasnya, apabila tamat jam persekolahan pula, masa yang terluang dapat digunakan untuk berehat dan menghilangkan rasa keletihan dan mengantuk serta mengulang kaji mata pelajarannya. Beliau tidak menganggap ibadah puasa sesuatu yang berat dan ingin berpuasa penuh pada tahun ini sepertimana yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak lain sejak usia kecil lagi. Azam atau keinginan dalam menyempurnakan ibadah puasa hendaklah dititikberatkan kepada mereka sedari kecil lagi agar mereka memahami akan keikhlasan dalam melakukan ibadah puasa serta mengisi segala ruang dengan amal kebajikan, di samping memperoleh ganjaran-ganjaran yang ada di bulan Ramadan. Marilah kita sama-sama berazam untuk menjadikan Ramadan tahun ini Ramadan yang terbaik dari sebelumnya kerana belum tentu kita diberi pinjaman umur untuk bertemu Ramadan akan datang.
DAYANG Puteri Waziah Insyriah binti Mohd. Hazimin Hatta, 7 tahun.
DAYANG Syasya Nabilah binti Mohd. Shabiren, 5 tahun.
Dengan adanya gerai seumpama itu membuka ruang para peniaga terutama sekali golongan muda agar memupuk sifat berdikari dengan mengisi masa
bagi aktiviti yang berfaedah sambil menguntungkan. Selain itu juga, ia juga memberikan kemudahan dengan jualan beraneka kuih-muih, pelbagai makanan lauk-pauk termasuk ayam dan ikan salai serta bermacam jenis minuman yang terdapat di gerai itu bagi pilihan para pengunjung yang datang.
SUASANA sebahagian dari peniaga Gerai Ramadan RPN Rimba yang menyediakan pelbagai pilihan juadah kepada para pengunjungnya (kiri dan kanan).
Gerai Tudung Saji sediakan pelbagai pilihan
SUASANA Gerai Ramadan di Tudung Saji Jalan Setia Diraja, Kuala Belait.
Berita dan Foto : Noraisah Muhammed KUALA BELAIT, Sabtu, 27 Mei. Seperti lazimnya, pada bulan puasa ini, Gerai-gerai Ramadan tumbuh bagai cendawan kerana para peniaga tidak melepaskan peluang untuk berniaga demi untuk mendapatkan rezeki yang halal, di samping untuk menambahkan sedikit sebanyak sumber pendapatan mereka. Gerai Ramadan khususnya di Daerah Belait juga dilimpahi dengan pelbagai jenis makanan yang menjadi pilihan masyarakat pada waktu bersungkai. Sehubungan itu, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria menyediakan Gerai Ramadan di Tudung Saji Jalan Setia Diraja. Gerai Tudung Saji merupakan Gerai Ramadan yang terbesar di daerah tersebut dan membolehkan orang ramai mencuba pelbagai jenis juadah tradisi untuk berbuka puasa.
Pelita Brunei membuat tinjauan ke Gerai Tudung Saji yang menemukan ramai peniaga yang sedang membuat persiapan sejak dari pukul 1.30 petang. ''Alhamdulillah saya berpuas hati dengan sambutan Gerai Ramadan pada tahun ini yang amat menggalakkan walaupun laluan antara gerai ke gerai agak sempit,'' ujar peniaga gerai no. 73, Dayang Temah Choi semasa ditemu bual. Sementara itu, Dayang Sue berpendapat, mereka berasa sungguh teruja dengan sambutan yang amat menggalakkan walaupun cuaca agak panas. Manakala bagi Dayang Jun Sulong pula, walaupun tidak menang tangan namun kesabaran pelanggan yang setia menunggu membuatkan jualan burger dan roti johnnya menjadi mudah
dan pantas. Berbeza pula dengan salah seorang pengunjung, Awang Boby Zakri yang melahirkan rasa agak kurang selesa dengan jumlah jualan makanan dan minuman yang begitu banyak sehingga menyukarkan beliau untuk membuat pilihan. ''Jika boleh, penganjur mengatur petak jualan dengan lebih bersistematik dengan mengkategorikan jenis jualan supaya para pelanggan dan orang ramai mudah menuju dan memilih jenis makanan dan minuman yang hendak dibeli,'' ujarnya. Manakala seorang pengunjung yang datang bersama suami dan anak-anak beliau, Dayang Rosiah binti Haji Salleh berkata, ''Peluang sebegini sangat-sangat dinantikan oleh kami sekeluarga, selain dapat meluangkan masa bersama, kami juga berpeluang memilih juadah pilihan sendiri untuk berbuka puasa.''
14
JAWATAN KOSONG / IKLAN
HARI ISNIN 29 MEI 2017
INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI TAJUK TAWARAN : PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DALAM BANGUNAN INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN TAWARAN : IPA / PENT / SVC / 388 1. TAWARAN adalah dibukakan kepada syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Tawaran hendaklah dimasukkan di dalam Peti Tawaran dan dihadapkan ke alamat berikut : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil (LTK) Jabatan Perdana Menteri Jalan Perdana Menteri Bandar Seri Begawan, BB3913 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan adalah dikira tidak sah dan tidak akan dilayan. 4. Tawaran-tawaran hendaklah dimuatkan dalam sampul surat yang tertutup dan pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis dengan tajuk tawaran, bilangan tawaran dan tarik tutup tawaran seperti yang diiklankan tanpa menunjukkan pengenalan syarikat. 5. Sah laku tawaran selama enam (6) bulan. 6. Dokumen tawaran dan borang tawaran serta keterangan lanjut bolehlah diperoleh di tempat / alamat dan waktu seperti berikut : a. Tempat / alamat : Bahagian Hal Ehwal Korporat, Aras 4 Institut Perkhidmatan Awam Jabatan Kampung Rimba Simpang 256-24 Jalan Kampung Rimba, Gadong, BE3l l9 b. Waktu pada hari-hari bekerja : Isnin hingga Khamis 8.30 Pagi hingga I1.00 Pagi Sabtu 8.30 Pagi hingga 10.30 Pagi 7. Harga dokumen tawaran akan dikenakan bayaran sebanyak BND10.00 (tidak dikembalikan) bagi setiap tawaran. 8. Tarikh tutup mengambil borang tawaran adalah pada Khamis, 15 Jun 2017. 9. Tarikh tutup / menghantar tawaran adalah pada Selasa, 20 Jun 2017, jam 2.00 Petang. 10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau lain-lain tawaran. 11. Salinan sijil pendaftaran perniagaan hendaklah disertakan bersama.
SYARAT-SYARAT TAWARAN 1. Barangan yang ditawarkan adalah berasaskan sebagaimana keadaan semasa ditawarkan. 2. Penender adalah bertanggungjawab untuk memeriksa dan meneliti keadaan barangan yang ditawarkan sebelum menyertai tawaran ini. 3. Penender yang berminat hendaklah mendapatkan borang tawaran yang telah disediakan di Bahagian Kuarter Master, Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Lapangan Terbang Antarabangsa, Bandar Seri Begawan BB2713, Negara Brunei Darussalam. Sebarang pertanyaan, sila berhubung di talian telefon +673 2460043 sambungan 2057. 4. Borang tawaran yang lengkap hendaklah dihantar ke HMSF Quotation’s Box, Security Main Gate, His Majesty The Sultan’s Flight, Rimba Highway, Bandar Seri Begawan BB2713, Negara Brunei Darussalam dalam sampul surat yang tertutup dengan membubuh tajuk “TAWARAN SECARA LELONG SEBUT HARGA, BIL.RUJUKAN: KKW/ADM/JBT/59” dan memasukkan ke dalam peti tawaran yang telah disediakan. 5. Tarikh tutup tawaran adalah pada (Pada 19 Jun 2017, Hari Isnin Jam 9.00 Pagi) dan tawaran yang lewat diterima tidak akan dilayan. 6. Setiap satu borang tawaran mengandungi keseluruhan barang (1 lot) sahaja sepertimana yang dilampirkan. Harga indikasi adalah harga yang dijadikan sebagai garispandu harga tawaran permulaan sahaja. 7. Caj borang tawaran tidak dikenakan bayaran. 8. Penender yang berjaya hendaklah membuat pembayaran dalam tempoh masa 2 (DUA) hari waktu bekerja selepas dimaklumkan / pemberitahuan dan jika gagal menjelaskannya maka barangan berkenaan akan ditawarkan kepada penender yang lain. 9. Penender yang Berjaya hendaklah MEMINDAHKAN barangan tersebut tidak lewat 7 (TUJUH) hari selepas membuat pembayaran dan pihak jabatan tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kerosakan / kehilangan dalam tempoh tersebut. 10. Jika penender yang berjaya GAGAL MEMINDAHKAN barangan tersebut dalam tempoh 7 (TUJUH) hari selepas membuat pembayaran, barangan berkenaan akan menjad MILIK jabatan dan jabatan berhak untuk melelong semula barangan berkenaan. Wang yang telah dijelaskan TIDAK akan dikembalikan.
HARI ISNIN 29 MEI 2017
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN TAWARAN : SPA/PENT/TENDER/01/2017 KERJA-KERJA PEMELIHARAAN DALAM DAN LUAR BANGUNAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan diluluskan oleh Kementerian Pembangunan, kelas dan kategori-kategori kerja, kelas II (S02&S03) atau III (S02&S03). 2. Dokumen tawaran dan borang tawaran yang berharga BND50.00 (tidak dikembalikan) boleh diperolehi daripada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 1, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jalan Landasan Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. 3. Dokumen tawaran hendaklah dinayar di Unit Kewangan, Tingkat 1, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jalan Landasan Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam dan resit asal pembayaran hendaklah disertakan bersama borang tawaran. 4. Borang pengakuan penender hendaklah diisikan dengan lengkap dengan menyatakan bvahawa syarikat yang ikut serta tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat lain yang menyertai tawaran sama. 5. Borang tawaran hendaklah disertakan dengan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau paspot pemilik. 6. Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas dengan menyatakan Tajuk & Bilangan Tawarran dan tarikh tutup tawaran tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat. 7. Tawaran-tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil yang ditujukan kepada : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil, Jabatan Perdana Menteri, Lantai Bawah 1, Jalan Menteri Besar Bandar Seri Begawan BB3913, Negara Brunei Darussalam 8. Tarikh tutup tawaran adalah pada hari Selasa, 13 Jun 2017 jam 2.00 Petang. 9. Mana-mana tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 10. Kerja-kerja tawaran ini adalah untuk tempoh dua (2) tahun. 11. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menyokong tawaran yang paling rendah atau apa-apa jua tawaran.
JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
15
IKLAN / JAWATAN KOSONG
UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI Iklan Menurut Peraturan 7(a) UNIVERSITI Teknologi Brunei sukacita mempelawa pemohon-pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah bagi mengisikan jawatan kosong di Universiti Teknologi Brunei : JAWATAN : PEGAWAI KAUNSELOR UNIVERSITI : UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI BAHAGIAN : II KEKOSONGAN : SATU (1) SYARAT-SYARAT AM : 1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Pemohon mempunyai pengetahuan tentang kerasmian ugama Islam, Adat Istiadat Negara dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam. 3. Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Brunei Darussalam. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN : 1. i. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kaunseling (Runding Cara) yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. ii. Mempunyai kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi adalah satu kelebihan. iii. Mempunyai kebolehan menulis dan fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 2. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh tiga (3) tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat daripada Setiausaha Tetap atau Ketua Jabatan merupakan satu kelebihan. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB : Bertanggungjawab kepada Dekan Hal-Ehwal Pelajar dalam perkara-perkara berikut : i. Melaksanakan kerja-kerja kaunseling pelajar termasuk merancang dan melaksanakan programprogam tersebut melalui ceramah, seminar, bengkel, kursus kaunseling, teknik belajar, lawatan kerjaya dan sebagainya yang boleh membantu perkembangan pelajar dalam berbagai aspek. ii. Melaksanakan tugas-tugas seperti yang diaturkan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar dari semasa ke semasa.
BILANGAN SEBUT HARGA : 01/JPD/JKSH/20172018 TAJUK SEBUT HARGA : TAWARAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DALAM DAN LUAR / BANGUNAN IBU PEJABAT JABATAN PENGANGKUTAN DARAT DAN PUSAT PEMERIKSAAN KENDERAAN BERKOMPUTER (VIC), BERIBI, GADONG, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. SEBUT HARGA adalah dipelawa dari syarikat-syarikat serta pemborong-pemborong yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Borang sebut harga dan keterangan spesifikasi bolehlah diperoleh di Penyambut Tetamu, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat, Jabatan Pengangkutan Darat, Jalan Beribi, Gadong semasa waktu pejabat, iaitu 8.00 Pagi hingga 1.00 Petang dengan membawa bersama salinan sijil pendaftaran perniagaan untuk rujukan. 3. Setiap borang sebut harga hendaklah diisikan dengan lengkap dan disertakan salinan sijil pendaftaran perniagaan dan perkara yang dinyatakan dalam dokumen sebut harga dan dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup rapat tanpa menunjukkan identiti pemborong serta menyatakan bilangan dan tajuk sebut harga dihantar serta dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Ibu Pejabat, Jabatan Pengangkutan Darat Tingkat 4, Jalan Beribi, Gadong, BE1110 Negara Brunei Darussalam. 4. Tarikh tutup menghadapkan sebut harga berkenaan pada Selasa, 13 Jun 2017, jam 2.00 Petang. Sebut Harga yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran yang terendah atau pun apa-apa jua bentuk tawaran.
MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN : Borang permohonan serta keterangan lanjut boleh diperoleh di Pusat Kakitangan & Pelajar (Staff & Student Centre), Universiti Teknologi Brunei atau melayari laman web www.utb.edu.bn. Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan bersama satu (1) Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon, Penilaian Prestasi tiga (3) tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya SANGAT BAIK), salinan Rekod Perkhidmatan dan Rekod Cuti yang lengkap. Permohonan yang diterima lewat dari tarikh tutup iklan tidak akan dilayan. Permohonan yang lengkap diisi bersama-sama dengan kurikulum vitae (C.V.) dan salinan sijil-sijil pencapaian akademik dan surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah hendaklah dihantar kepada : Yang Mulia Pendaftar dan Setiausaha Universiti Teknologi Brunei Jalan Tungku Link, Gadong, BE1410 BRUNEI DARUSSALAM. (UP. : Penolong Pendaftar (Personel)) Hanya pemohon yang disenarai pendek (shortlisted) dan dimaklumkan mengenai dengan proses temu duga. Tarikh tutup iklan dan menghantar permohonan : 17 Jun 2017 Rujukan iklan : UTB / IKLAN / S1.6.6 / 2017 (7a)
sahaja
akan
dihubungi
IKLAN
16
JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA KEMENTERIAN KEWANGAN 1. TAWARAN KASTAM 15 / 2017 BAIK PULIH DUA UNIT RUANG BANGUNAN FLAT POS KUALA LURAH DI BAWAH KAWALAN JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. BIL. SYARAT-SYARAT TAWARAN 1. TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang mempunyai lesen perniagaan 16 / 17 dan mempunyai lesen atau sijil dalam pembinaan bangunan yang disahkan dan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan, Negara Negara Brunei Darussalam yang masih sah. 2. Borang-borang tawaran boleh diperoleh di Bahagian Pengurusan Projek-Projek, Tingkat Dua, Bangunan Ibu Pejabat Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam. 3. Sebut Harga hendaklah dalam mata wang Ringgit Brunei Darussalam (BND). 4. Hendaklah menyatakan tempoh sah laku tawaran yang hendak dihadapkan. 5. Pengalaman syarikat melaksanakan kerja-kerja pembinaan bangunan atau kerja-kerja baik pulih pada kerajaan sebelumnya hendaklah menyertakan dokumen-dokumen yang berkaitan (salinan surat lantikan). 6. Hendaklah menyertakan keterangan dan contoh bahan yang hendak guna pakai. 7. Hendaklah memberikan jaminan (warranty) selama TIGA (3) BULAN dari tarikh pembinaan bangunan disiapkan. 8. Kerja-kerja hendaklah siap dilaksanakan dalam tempoh DUA (2) BULAN sahaja dari tarikh tawaran dibuat. 9. Tawaran hendaklah dimasukkan kedalam Peti Tawaran Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam dalam sampul surat yang tertutup rapat (sealed) pada : Hari : SELASA Tarikh : 6 Jun 2017 Jam : 10.00 PAGI Hendaklah ditulis seperti berikut :
HARI ISNIN 29 MEI 2017
JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI NOTIS TAWARAN Bilangan Sebut Harga : 01 / MEI / 2017 / JAIN / JE Tajuk Sebut Harga : Membekal Baju Cara Melayu dan Baju Kurung Bilangan Sebut Harga : 02 / MEI / 2017 / JAIN / JE Tajuk Sebut Harga : Membekal Tenunan Brunei Bagi Sinjang, Dastar, Arat dan Kain Kapit Bilangan Sebut Harga : 05 / MEI / 2017 / JAIN / JE Tajuk Sebut Harga : Membekal Barang-Barang Kain Banting Tarikh tutup / jam : 30 Mei 2017 - Selasa (9.00 Pagi) BORANG tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA, JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA yang ditujukan kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA SEBUT HARGA JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA BANDAR SERI BEGAWAN BS8610 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
SULIT BILANGAN TAWARAN : TAWARAN KASTAM 15 / 2017 BAIK PULIH DUA UNIT RUANG BANGUNAN FLAT POS KUALA LURAH DI BAWAH KAWALAN JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 10. Tarikh bagi membuat pemeriksaan tempat (SITE INSPECTION) bagi tujuan penilaian dan tafsiran adalah pada 24 Mei 2017, Rabu, jam 9.00 Pagi sahaja. 11. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan waktu yang ditetapkan di atas tidak akan dilayan. 2. TAWARAN KASTAM 16 / 2017 MEMBEKAL KOTAK-KOTAK DAN MASKING TAPE BAGI MEMBAWA DOKUMEN DAN BARANG RAMPASAN JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BIL. SYARAT-SYARAT TAWARAN 1. Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang mempunyai lesen perniagaan 16 / 17 yang masih sah . 2. Borang dan maklumat tawaran bolehlah diperoleh di Bahagian Klasifikasi dan Pengurusan Projek-Projek, Tingkat 3, Bangunan Ibu Pejabat, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam. 3. Sebut Harga hendaklah dalam mata wang Ringgit Brunei Darussalam (BND). 4. Hendaklah menyatakan tempoh sah laku tawaran yang hendak dihadapkan. 5. Pengalaman syarikat membuat pembekalan pada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau syarikat-syarikat swasta sebelumnya adalah satu kelebihan dengan menyertakan dokumen-dokumen yang berkaitan (salinan surat lantikan). 6. Hendaklah menyertakan contoh-contoh atau katalog (gambar) KOTAK DAN MASKING TAPE yang hendak di bekalkan. 7. Pembekalan dan hendaklah dilbuat dalam tempoh SATU bulan sahaja. 8. Hendaklah memberikan jaminan (warranty) ke atas peralatan yang telah dibekalkan selama TIGA (3) BULAN dari tarikh pembekalan dan diterima oleh jabatan. 9. Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam dalam sampul surat yang tertutup rapat (sealed) pada : Hari : SELASA Tarikh : 6 Jun 2017 Jam : 10.00 PAGI Hendaklah ditulis seperti berikut : SULIT BILANGAN TAWARAN : TAWARAN KASTAM 16 / 2017 MEMBEKAL KOTAK-KOTAK DAN MASKING TAPE BAGI MEMBAWA DOKUMEN DAN BARANG RAMPASAN JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 10. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan waktu yang ditetapkan tidak akan dilayan.
Bilangan Tawaran : 04 / MEI / 2017 / JAIN / JE Tajuk Tawaran : Membekal Kain-kain Alat-alat Perhiasan Diraja di sepanjang Jalan Perarakan (Bayaran yuran tawaran sebanyak BND10.00 (tidak dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat dengan wang tunai sahaja dalam mata wang ringgit Brunei.) Tarikh tutup / jam : 6 Jun 2017 - Selasa (2.00 Pagi) Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI LEMBAGA TAWARAN KECIL, JABATAN PERDANA MENTERI yang ditujukan kepada : PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL JABATAN PERDANA MENTERI JALAN PERDANA MENTERI BANDAR SERI BEGAWAN, BB3913 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN : 1. PEMOHON adalah dipelawa dari syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Setiap penender bolehlah mendapatkan borang tawaran serta keterangan lanjut di Jabatan Adat Istiadat Negara pada waktu bekerja. Manakala contoh-contoh Tenunan Brunei bagi Bilangan Sebut Harga : 02 / MEI / 2017 / JAIN / JE, Bilangan Tawaran : 04 / MEI / 2017 / JAIN / JE dan Kain Banting : Bilangan Sebut Harga : 05 / MEI / 2017 / JAIN / JE boleh dilihat di Jabatan Adat Istiadat Negara pada jam 9.00 Pagi hingga 11.00 Pagi dan 2.00 Petang hingga 3.00 Petang. 3. Borang tawaran hendaklah disertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau pasport pemilik. 4. Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumendokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas menyatakan tajuk dan bilangan sebut harga dan tarikh tutup tawaran tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat / pemborong. 5. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.
IKLAN
HARI ISNIN 29 MEI 2017
MAHKAMAH BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KEBANKRAPAN NO. 428 TAHUN 2016 HSBC FINANCE (B) BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs PG. MOHD. ALI SHAHBANA BIN PG. MOHAMED (BYIC NO. 00-263283) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 4 MAC 2017. Nama dan alamat terakhir diketahui : PG. MOHD. ALI SHAHBANA BIN PG. MOHAMED No. 112, Spg. 112, Kampung Delima Jalan Muara, Berakas 'A' Brnei Darussalam. Tarikh Petisyen : 27 Disember 2016. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 4 Mac 2017. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 3 JUN 2017, jam 9.30 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 3 JUN 2017, jam 9.30 Pagi. Bertarikh : 10 April 2017. KEBANKRAPAN NO. 457 TAHUN 2016 HSBC FINANCE (B) BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs SHAMSUL BIN HAJI RAJAB (BYIC NO. 00-261361) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 10 Disember 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : SHAMSUL BIN HAJI RAJAB No. 235, Simpang 1426 Kampung Wasan, Jalan Batang Mitus Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 28 November 2016. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 10 Disember 2017. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutangpemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 15 Mei 2017, jam 10.30 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 15 Mei 2017, jam 10.30 Pagi. Bertarikh : 10 April 2017. KEBANKRAPAN NO. 251 TAHUN 2014 BANK ISLAM BRUNEI DARUSSALAM BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs MD. SAMBRI BIN HAJI ABDUL KAHAR (BYIC NO. 00-075490) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 12 September 2016.
Nama dan alamat terakhir diketahui : MD. SAMBRI BIN HAJI ABDUL KAHAR No 12, Simpang 66-35, Kampung Bengkurong, Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 1 November 2016. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 12 September 2017. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 24 Mei 2017, jam 9.15 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 24 Mei 2017, jam 9.15 Pagi. Bertarikh : 8 April 2017. KEBANKRAPAN NO. 506 TAHUN 2016 THE HSBC LIMITED … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs WONG AH CHAI (BYIC NO. 50-187729) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 16 Mac 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : WONG AH CHAI No 2, Ong Keh Beng Building, Simpang 636 Jalan Tutong, BF1320 Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 27 Disember 2016. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 16 Mac 2017. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 3 Jun 2017, jam 9.00 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 3 Jun 2017, jam 9.00 Pagi. Bertarikh : 10 April 2017. KEBANKRAPAN NO. 173 TAHUN 2016 HSBC FINANCE (B) BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs SAHRIN BIN ALI YUSOF (BYIC NO. 00-286211) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 8 Disember 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : SAHRIN BIN ALI YUSOF Flat T, Jalan Damuan, Muara, Room 12 Muara Kem, Brunei Darussalam Tarikh Petisyen : 24 Oktober 2016. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 8 Disember 2017. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 8 Mei 2017, jam 10.00 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 8 Mei 2017, jam 10.00 Pagi. Bertarikh : 6 April 2017.
KEBANKRAPAN NO. 380 TAHUN 2014 HSBC FINANCE (B) BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs MOHD. AZHAR BIN HAJI ABDUL KAHAR (BYIC NO. 00-253258) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 18 Mac 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : MOHD. AZHAR BIN HAJI ABDUL KAHAR No 136, Jalan Tanjong Maya Kampung Bukit Sibut Tutong, TA2541 Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen :28 Mei 2015. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 18 Mac 2017. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 24 Mei 2017, jam 10.00 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 24 Mei 2017, jam 10.00 Pagi. Bertarikh : 10 April 2017. KEBANKRAPAN NO. 530 TAHUN 2015 BIBD AT-TAMWIL BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs MUHAMMAD FAKHRI JAILANI BIN ABDULLAH (BYIC NO. 01-043014 / KWP NO. 5056) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 18 Mac 2017. Nama dan alamat terakhir diketahui : MUHAMMAD FAKHRI JAILANI BIN ABDULLAH No 26, Simpang 10, Jalan Karuak RPN Kampung Panaga, Seria Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 28 Oktober 2015. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 18 Mac 2017. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 8 Jun 2017, jam 10.00 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 8 Jun 2017, jam 10.00 Pagi. Bertarikh : 6 April 2017. KEBANKRAPAN NO. 419 TAHUN 2016 PG. HAJI MOHAMAD BIN PG. HAJI DAMIT … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs SITI RASIMAH BINTI AWANG HAJI TAHA (BYIC NO. 00-280291) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 4 Mac 2017. Nama dan alamat terakhir diketahui : SITI RASIMAH BINTI AWANG HAJI TAHA No 100, Kampung Beribi, Gadong, BE1118 Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 23 Januari 2017.
17
NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 4 Mac 2017. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 16 Mei 2017, jam 10.45 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 16 Mei 2017, jam 10.45 Pagi. Bertarikh : 8 April 2017. KEBANKRAPAN NO. 407 TAHUN 2016 RHB BANK BERHAD … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs GOH WOEI LIANG (Trading under the name and style of SYARIKAT LEE TAK) (BYIC NO. 01-071020) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 14 Januari 2017. Nama dan alamat terakhir diketahui : GOH WOEI LIANG (Trading under the name and style of SYARIKAT LEE TAK) No 2, Simpang 124-6, Expo 99 Kampung Lambak Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 3 November 2016. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 14 Januari 2017. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 16 Mei 2017, jam 10.15 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 16 Mei 2017, jam 10.15 Pagi. Bertarikh : 8 April 2017. KEBANKRAPAN NO. 236 TAHUN 2015 HSBC FINANCE (B) BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs MAHANI BINTI MOHAMED (BYIC NO. 00-079112) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 29 Disember 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : MAHANI BINTI MOHAMED No 17, Simpang 1185-73-193-11 Perpindahaan Kampung Bukit Beruang Tutong, TC3345 Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 30 September 2015 NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 29 Disember 2016. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 9 Mei 2017, jam 10.00 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 9 Mei 2017, jam 10.00 Pagi. Bertarikh : 8 April 2017. Timbalan Pegawai Penerima Rasmi Mahkamah Besar
18
IKLAN
HARI ISNIN 29 MEI 2017
19
NASIONAL
HARI ISNIN 29 MEI 2017
Lebih 50 petak Gerai Ramadan disediakan di Daerah Tutong Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman TUTONG, Sabtu, 27 Mei. - Di negara ini, kemudahan berjaja diberikan keutamaan yang mana Gerai-gerai Ramadan disediakan di beberapa buah lokasi bagi membolehkan para peniaga menjual pelbagai juadah makanan dan minuman untuk umat Islam membeli juadah untuk berbuka. Dengan bermula ibadah puasa hari ini, Gerai-gerai Ramadan juga disediakan di setiap daerah bagi memberikan peluang kepada para peniaga kecil dan sederhana mencari rezeki menambah pendapatan sampingan selain memberi kemudahan kepada umat Islam membeli juadah berbuka puasa.
Tahun ini, Gerai Ramadan bagi Daerah Tutong diadakan di kawasan lapang berhadapan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, di sini. Lebih 50 petak gerai jualan disediakan bagi jualan makanan dan minuman dan sebahagian petak bagi jualan salaian. Gerai-gerai jualan dibuat mengikut syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan dengan melakukan pemeriksaan kesihatan badan kepada para peniaga bagi memulakan perniagaan. Gerai-gerai jualan bermula seawal 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang
SEBANYAK lebih 50 petak gerai jualan bertempat di kawasan lapang berhadapan dengan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah menyediakan ruang untuk para peniaga menambah pendapatan sampingan di bulan Ramadan tahun ini.
setiap Isnin hingga Khamis, Sabtu dan Ahad, manakala Jumaat pula bermula jam 2.30 petang hingga 6.00
petang. Dalam pada itu, para peniaga disaran agar dapat menjaga kebersihan
kawasan persekitaran mengusahakan Gerai masing-masing.
sepanjang Ramadan
Gerai Ramadan buka pintu rezeki Oleh : Aimi Sani Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 27 Mei. - Bulan Ramadan bukan sahaja menjanjikan pahala yang berlipat ganda bagi setiap amal ibadat yang dilakukan bahkan membuka pintu rezeki seluas-luasnya kepada mereka yang ingin mencari rezeki khususnya bagi para peniaga dan penjaja. Lazimnya, pendapatan jualan sepanjang Ramadan memberikan pulangan yang lumayan bahkan turut berbeza daripada jualan pada bulan-bulan biasa. Hal ini kerana kehadiran Ramadan seakan-akan memberikan mereka semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam perniagaan meskipun perniagaan yang dijalankan itu hanya secara kecilkecilan. Apa yang menarik pada bulan Ramadan ini, golongan belia turut sama tidak melepaskan peluang berjinak-jinak untuk berniaga di Gerai-gerai Ramadan. Kebanyakan mereka ini memulakan perniagaan pada bulan Ramadan untuk menambah sumber pendapatan bagi perbelanjaan menjelang lebaran nanti. Selain Gerai-gerai Ramadan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan,
terdapat juga Gerai-gerai Ramadan didirikan di tepi-tepi jalan dan kawasan kampung bagi memberikan peluang masyarakat sekitarnya berkecimpung dalam perniagaan di samping untuk mendapatkan rezeki sepanjang Ramadan. Dayang Muziah binti Matusop, pemilik Syarikat Ayam Salai Madu Ikhwan Munirah (A.S.M.I.M) yang berjaja Gerai Ramadan Kampung di Perpindahan Bunut ketika ditemui berkata, berjaja di bulan Ramadan adalah merupakan agenda tahunan beliau dan keluarga. ''Gerai Ramadan menjadi pilihan utama pengunjung kerana pilihan yang banyak dan ia memberi kepuasan hati kepada para pengunjung. Justeru, sambutan hangat daripada pengunjung ini telah menjadi saluran pendapatan yang lumayan kepada para peniaga Gerai Ramadan. Saya sudah berniaga di Gerai Ramadan lebih 10 tahun dan pulangannya adalah menguntungkan,'' katanya. Sementara itu, Awang Julaihie bin Hassim, peniaga air tebu yang mengusahakan Gelagah Bapa di Kampung Selayun berkata, beliau telah mula mengambil alih perniagaan
yang dimiliki oleh bapa beliau, Awang Hassim bin Haji Badar sejak tahun 2011. ''Saya berniaga selama dua minggu di sepanjang bulan puasa setiap tahun. Alhamdulillah purata pendapatan dalam sehari boleh mencecah BND200 dengan hanya berjaja air tebu,'' terangnya. Menurut beliau, walaupun bulan Ramadan ini memberikan peluang kepada para peniaga untuk meningkatkan pendapatan namun tidak boleh sama sekali mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan ataupun barang yang dijual kerana dalam perniagaan ini kita seharusnya bersikap jujur dan amanah. Dalam mencari rezeki pada bulan yang mulia ini, para peniaga juga diingatkan agar jangan mengabaikan aspek kebersihan. Tahap kebersihan makanan yang dijual hendaklah diutamakan selain kebersihan pakaian dan diri peniaga serta kawasan perniagaan. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, semoga ia dapat memberi seribu satu rahmat untuk kita semua. Sebagai peniaga, rebutlah peluang Ramadan untuk menambah pendapatan dengan penyediaan makanan jualan yang terjamin mutu dan rasanya di samping mengambil peluang mencari rezeki halal bagi menampung pendapatan seharian.
AWANG Julaihie bin Hassim semasa melakukan kerja memerah air gelagah (tebu).
DAYANG Muziah binti Matusop pemilik Syarikat Ayam Salai Madu Ikhwan Munirah (kiri). Sementara gambar kanan, para peniaga Kampung Sengkurong menjual pelbagai jenis kuih-muih untuk juadah berbuka puasa.
20
NASIONAL
HARI ISNIN 29 MEI 2017
Produk kosmetik dicemari bahan terlarang
KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan dua produk kosmetik yang tidak dinyatakan pengilangnya didapati dicemari dengan merkuri, iaitu AG BEAUTY by Aura Gorgeous - Night Cream (kiri) dan Dolly Pinky Skincare The Secret Formula for Flawless & Radiance Skin - Night Cream (kanan).
Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kesihatan BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 27 Mei. - Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan dua produk kosmetik yang mana hasil dari ujian makmal Perkhidmatan Makmal Farmasi, Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa produk-produk tersebut dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan. Produk berkenaan adalah AG
BEAUTY by Aura Gorgeous – Night Cream dan Dolly Pinky Skincare The Secret Formula for Flawless & Radiance Skin – Night Cream. Dua produk kosmetik berkenaan yang tidak dinyatakan pengilangnya didapati dicemari dengan merkuri. Bahan pencemar dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan. Merkuri adalah bahan yang dilarang
dalam produk kosmetik seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik) 2007. Penggunaan merkuri di dalam produk kosmetik adalah dilarang, kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Tahap merkuri yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh menyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Anak damit dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan dari pengguna; yang boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang
masih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan. Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan / atau mengeluarkan Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik bagi penjualan produkproduk tersebut. Berikutan dapatan ini, produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam. Orang ramai yang telah membeli atau menggunakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan penggunaannya dengan serta-merta. Jika mereka
mengalami kesan sampingan dan merasa tidak sihat selepas penggunaan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera. Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ianya adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 untuk mengimport dan memasarkan produk kosmetik di pasaran tempatan tanpa Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di Kementerian Kesihatan, dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi BND5,000, penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan kepada Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan jika mendapati produkproduk berkenaan masih di pasarkan di negara ini. Untuk maklumat lanjut dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan melalui talian telefon +673 2384182, menghantar e-mel kepada health.regulations@moh.gov.bn atau berjumpa terus Pegawai Penguatkuasaan di Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan, Tingkat 1, Kementerian Kesihatan, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam. Orang ramai juga boleh menghubungi Talian Darussalam 123 bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Kerja-kerja pembaikan di Lebuhraya Telisai - Lumut Kajian Hidrografi di Perairan Muara Siaran Akhbar : Jabatan Laut, Kementerian Perhubungan BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 27 Mei. - Jabatan Laut mengingatkan kepada pelaut-pelaut bahawa kajian hidrografi telah dijalankan pada 20 Mei hingga 30 Jun dengan menggunakan bot SSC1 di Perairan Muara. Menurut Siaran Akhbar Jabatan Laut, kerja-kerja tersebut dijangka akan menjejaskan keselamatan navigasi di kawasan berkenaan termasuk kawasan Barat perairan Pulau Muara Besar menghala ke luar Pulau Pelumpong. Antara kawasan yang terlibat ialah Inner Muara Waters yang melibatkan Latitude dan Longitude dan kawasan Entrance to Muara Channel di Latitude dan Longitude. Penyelidikan hidrografi akan dilaksanakan pada jarak setiap 40 meter di kawasan pelabuhan Muara denngan menggunakan echo sounder dan GPS di atas bot 'SSC1'. Walau bagaimanapun, isyarat amaran turut disediakan yang berupa isyarat papan tanda 'Penyelidikan Hidrografi Sedang dijalankan' akan dipasang pada bot. Dari itu, pelaut-pelaut terutama pengguna bot-bot kecil diminta untuk menjauhi dari kawasan latihan dan melalui kawasan berkenaan dengan kelajuan perlahan.
KERJA-KERJA pembaikan di Lebuhraya Telisai - Lumut.
TUTONG, Sabtu, 27 Mei. Lebuhraya Telisai - Lumut, yang telah dibuka bagi kegunaan awam sejak 28 Jun 2016 akan menjalani kerja-kerja pembaikan bermula 30 Mei 2017 sehingga selesai. Kerja-kerja pembaikan adalah bertujuan untuk memperbaiki keadaan jalan raya dan pengalaman memandu untuk orang ramai yang berulang-alik setiap hari dari arah Telisai menuju Lumut. Kerja-kerja pembaikan di Lebuhraya Telisai - Lumut tersebut akan dijalankan dalam tiga fasa iaitu
Siaran Akbar dan Peta : Darussalam Enterprise
Fasa Pertama di CH8 + 650 / CH8 + 700 kira-kira 10km dari lampu isyarat simpang akhir Telisai (arah aliran lalu lintas dari Telisai ke Lumut); Fasa Dua akan dilaksanakan di CH11 + 980 / CH12 + 000 iaitu 6.635km dari lampu isyarat simpang akhir Telisai (arah aliran lalu lintas dari Telisai ke Lumut) sementara Fasa Tiga kerja-kerja pembaikan akan dijalankan di CH17 +
200 / CH17 + 500 iaitu 6.825km dari Sungai Paku Link Road (aliran lalu lintas dari Lumut ke Telisai). Orang ramai adalah dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan tanda-tanda amaran yang akan diletakkan 1 kilometer dari pembaikan kerja-kerja kawasan dan diminta untuk mematuhi had laju yang bersesuaian.
HARI ISNIN 29 MEI 2017
AGAMA
AGAMA
21
22
RENCANA
HARI ISNIN 29 MEI 2017
Brunei Darussalam destinasi pelaburan yang berkembang Oleh : Kementerian Kewangan dengan kerjasama Meja Kandungan Khas Pelita Brunei, Jabatan Penerangan Terjemahan rencana dari bahasa Inggeris oleh : Haji Mirazman Haji Othman SIMPOR Pharma Sdn. Bhd., kilang pembuatan farmaseutikal halal yang mula beroperasi sejak tahun 2013.
PABILA sesebuah syarikat merancang untuk membuat sebarang pelaburan di negara asing, faktor-faktor seperti kestabilan ekonomi, persekitaran perniagaan yang kondusif, akses kepada bahan-bahan mentah, kesediaan tenaga kerja mahir, kadar percukaian, kos pengangkutan dan logistik, serta jarak kepada pasaran, akan mempengaruhi sebarang keputusan yang dibuat oleh para pelabur tersebut. Pelaburan asing melibatkan komitmen modal yang besar, oleh itu segala-galanya perlu diambil kira. Pada pandangan luar, Negara Brunei Darussalam mungkin tidak kelihatan kompetitif berbanding dengan negara-negara jiran tetapi mereka yang telah membuat pelaburan di negara ini telah mendapati bahawa negara kita mempunyai banyak bidang dan peluang yang boleh diterokai, di samping industri minyak dan gas. Malah, negara kita mampu menawarkan beberapa pakej yang paling menarik bagi para pelabur asing. Kestabilan politik, kadar jenayah yang rendah dan peniadaan cukai pendapatan peribadi adalah antara perkara yang menjadi tarikan. Syarikat-syarikat asing juga dibenarkan untuk memiliki 100% perusahaan mereka. Negara juga menyediakan rakan kongsi pelaburan bersama yang boleh dipercayai melalui Dana Modal Pembangunan Strategik (SDC) dan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) di bawah Kementerian Kewangan dan sekali gus akan memberikan jaminan kepada pelaburan yang mereka buat di negara ini. Kerajaan juga telah melaksanakan banyak pembaharuan sistematik yang telah melonjakkan kedudukan negara ke tangga 72 dalam Indeks Memudah Cara Perniagaan
A
dengan lebih banyak penambahbaikan terus dilaksanakan dan dalam proses perancangan. Ini menunjukkan bahawa usaha untuk menarik lebih banyak Pelaburan Langsung Asing sudah mula melihatkan hasil yang memberangsangkan. Pusat Latihan Pelbagai Guna CAE (CAE Brunei Multi-Purpose Training Centre) usaha sama antara Brunei Darussalam dan CAE Inc. yang diasaskan di Kanada. Mula beroperasi pada tahun 2014. Disebabkan kedudukan strategik Brunei Darussalam di rantau ini, CAE Brunei MPTC tidak hanya mensasarkan pelanggan yang terdiri daripada agensi-agensi tempatan malah di seluruh rantau ASEAN atau lebih jauh. Hari ini, pusat tersebut menawarkan latihan berasaskan simulasi kepada industri pertahanan, penerbangan, pengurusan kecemasan / bencana, penjagaan kesihatan dan industri lain dengan pelanggan-pelanggannya pada masa ini terdiri dari Tentera Udara Diraja Brunei; Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn. Bhd. serta pelanggan dari luar negara seperti Australia, China dan Thailand. Simpor Pharma Sdn. Bhd., adalah merupakan kilang pembuatan farmaseutikal halal yang mula beroperasi sejak tahun 2013. Rakan kongsi asing bagi projek tersebut ialah sebuah firma dari Kanada, Viva Pharmaceutical Inc. Syarikat tersebut beroperasi di negara ini dengan memanfaatkan reputasi kukuh pensijilan halal Brunei untuk tujuan mengeksport ke pasaran halal yang semakin meningkat di rantau Asia Pasifik dan Timur Tengah. Walaupun syarikat itu mensasarkan pasaran di negara-negara Islam, ia juga bercadang untuk menembusi pasaran
di negara-negara bukan Islam di seluruh dunia. Zhejiang Hengyi Group dari China telah membuat keputusan untuk melabur USD3.445 bilion bagi membangunkan kilang penapisan petrokimia di Pulau Muara Besar. Lapan juta tan produk yang dihasilkan oleh Hengyi Industries Sdn. Bhd., setiap tahun itu nanti seperti aromatik, petrol dan diesel, sebahagian besarnya akan dieksport semula ke China dan di seluruh rantau ini. Sebuah syarikat yang berpangkalan di Istanbul juga telah menubuhkan usaha sama dengan Brunei Darussalam di bawah nama syarikat yang dikenali sebagai Western Foods and Packaging Sdn. Bhd., bagi membina sebuah kilang pembuatan marjerin di Serasa, yang dijangka akan beroperasi tidak lama lagi. Produk yang dihasilkan akan dieksport kembali ke Turki dan kepada pasaran di Timur Tengah. Satu lagi projek yang sedang dirancang ialah pembangunan Loji Ammonia dan Urea yang masing-masing akan menghasilkan sebanyak 2,200 tan metrik Ammonia dan 3,900 tan metrik Urea setiap hari di Taman Perindustrian Sungai Liang (SPARK). Brunei Fertilizer Industries Sdn. Bhd., bertujuan untuk membangunkan aktiviti hiliran dalam sektor minyak dan gas. Kilang itu dijangka siap pada tahun 2020. Untuk meningkatkan pembangunan industri logistik dan meningkatkan hubungan perdagangan antarabangsa, kerajaan juga telah menubuhkan syarikat perkapalan nasional bersama rakan kongsi teknikal dari Hong Kong. Amann Shipping Group Sdn. Bhd., ditubuhkan pada bulan Mei 2014. Ia kini beroperasi
di beberapa pelabuhan di rantau ini dan dijangka menyumbang kepada pembangunan Pelabuhan Muara sebagai hab serantau untuk pengangkutan maritim. Pasaran di negara ini mungkin kecil dan terhad tetapi keputusan para pelabur untuk memilih Negara Brunei Darusslam sebagai landasan bagi mengembangkan perusahaan dan industri mereka adalah petanda positif bahawa meskipun terdapat batasan, kita boleh menawarkan kelebihan kepada syarikat-syarikat asing. Dengan terbentuknya integrasi ekonomi ASEAN pada tahun 2015, para pelabur asing juga boleh menjangkau pasaran yang lebih luas, iaitu lebih daripada 600 juta penduduk di negara-negara ASEAN. Jika rakan-rakan dialog ASEAN seperti Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Rusia, Kanada, Australia, New Zealand, China, Korea, Jepun dan India dimasukkan bersama, maka potensi pasaran adalah menjadi jauh lebih besar. Sebagai tuan rumah, Negara Brunei Darussalam akan mendapat manfaat daripada aliran masuk Pelaburan Langsung Asing. Pertumbuhan aktiviti-akiviti pelaburan asing akan meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui aliran masuk modal perniagaan, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan pemindahan kemahiran dan teknologi baharu kepada anak-anak tempatan. Pergantungan ekonomi negara kepada hasil minyak dan gas akan dapat dikurangkan dan peluang-peluang pekerjaan akan tersedia lebih banyak secara tidak langsung melalui industri perkhidmatan sokongan seperti logistik, pengangkutan, bekalan, jualan dan pelancongan.
KILANG pembuatan marjerin Western Foods and Packaging Sdn. Bhd. di Serasa.
PUSAT Latihan Pelbagai Guna CAE (CAE Brunei Multi-Purpose Training Centre) usaha sama antara Brunei Darussalam dan CAE Inc. yang diasaskan di Kanada mula beroperasi pada tahun 2014.
LAKARAN ilustrasi kilang penapisan petrokimia Hengyi di Pulau Muara Besar.
MV Padian 1, kapal kargo Amann Shipping.
NASIONAL
HARI ISNIN 29 MEI 2017
23
Gerai Ramadan Seria sajikan pelbagai juadah berbuka SERIA, Ahad, 28 Mei. - Bagaikan tidak lengkap bulan Ramadan jika tidak berkunjung ke Gerai Ramadan yang diadakan di Pasar Seria, di sini yang turut menyajikan pelbagai minuman dan makanan untuk juadah berbuka puasa atau bersungkai. Ada dua perkara yang sukar dielakkan dalam bulan Ramadan, pembaziran dan pemborosan,
SUASANA peniaga dengan pelbagai juadah berbuka puasa di Gerai Ramadan Seria (kiri). Sementara gambar bawah kiri dan bawah kanan, menunjukkan lokasi gerai yang strategik dapat menarik ramai pengunjung untuk singgah membeli juadah berbuka puasa.
Berita dan Foto : Noraisah Muhammed membazir biasanya ada kaitan dengan makanan dan minuman, manakala boros berkaitan dengan perbelanjaan wang. Pelita Brunei menemu bual peniaga tetap musim bulan Ramadan, Dayang Asmah Chee berkata, walaupun dikenakan bayaran dan sambutan daripada orang ramai agak sedikit namun masih mampu juga memperoleh keuntungan. ''Jika dibandingkan sambutan di Gerai Tudung Saji dan Seria amat jauh berbeza namun saya lebih selesa berniaga di Gerai Ramadan Seria dengan sambutan yang sederhana pelanggan tidak sukar
Warga GARDA BMI derma darah BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 28 Mei. - Seramai 96 orang dari rombongan Gabungan Aliansi Rakyat Daerah Buruh Migran Indonesia (GARDA BMI) tampil untuk menderma darah di Pusat Menderma Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) pada hari Khamis lepas, 25 Mei 2017 yang diketuai oleh GARDA BMI Sihabbudin. Ahli rombongan tersebut mewakili pelbagai kelompok komuniti warga Indonesia yang berada di negara ini dan bertugas di Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Belait dengan disokong oleh Kedutaan Besar Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam. GARDA BMI adalah di antara penderma darah yang terus aktif sejak 1 April 2015 sehingga kini dan sentiasa menderma darah iaitu setiap tiga bulan. Turut sama mendermakan darah pada hari tersebut ialah Sekretari Jeneral GARDA BMI Brunei, Nurhayana binti Abdullah dan Staf Sosial dan Budaya KBRI Bandar Seri Begawan, Junius Akbar. Menurut Nurhayana binti Abdullah, derma darah GARDA BMI ini adalah kali ke-8 dan kegiatan aktiviti menderma darah ini merupakan kegiatan yang sentiasa dilaksanakan setiap tiga bulan sebagai tanda terima kasih dan amal jariah kepada kerajaan
untuk mencari tempat letak kereta,'' tambah beliau lagi. Beliau berniaga salai ayam pada musim Gerai Ramadan berpendapat, lokasi gerai yang strategik bakal menarik ramai pengunjung untuk singgah membeli juadah berbuka puasa namun pelanggan lebih bijak memilih pilihan mereka, ujarnya. Orang ramai dinasihati untuk tidak membazir makanan dan minuman dalam bulan Ramadan kerana membazir perbuatan syaitan, Ramadan seharusnya mendidik iman dan takwa ke arah tidak melakukan pembaziran dan juga pemborosan.
Berita dan Foto : Ihsan Faridah Ibrahim
SERAMAI 96 orang dari rombongan Gabungan Aliansi Rakyat Daerah Buruh Migran Indonesia (GARDA BMI) teleh menyumbangkan darah di Pusat Menderma Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Negara Brunei Darussalam yang bukan sekadar kegiatan sosial tetapi kegiatan kemanusiaan untuk meningkatkan perhubungan silaturahim yang lebih mesra antara sesama warga Indonesia yang bekerja di Brunei dengan penduduk tempatan.
Selain itu katanya ia juga diadakan sebagai amal jariah warga Indonesia yang bekerja di negara ini yang diharap dapat mengeratkan semangat setia kawan di samping menolong dan membantu menambah simpanan darah di Pusat Pendermaan Darah, Jabatan
Perkhidmatan Makmal, Hospital RIPAS bagi kegunaan pesakit. Warga GARDA BMI akan sentiasa bersiap siaga menderma darah kepada yang memerlukan walaupun pada masa kecemasan. GARDA BMI juga menyedari
simpanan darah tersebut amat diperlukan di Pusat Pendermaan darah Hospital RIPAS bagi membantu pesakit-pesakit yang memerlukan seperti pesakit kanser, pesakit yang menjalani pembedahan dan sebagainya.
24
SUKAN
HARI ISNIN 29 MEI 2017
Persatuan silat perlu kekalkan jati diri Brunei
YANG Di-Pertua Persekutuan Pencak Silat Kebangsaan Brunei Darussalam (PERSIB), Pengiran Haji Mohammad bin Pengiran Ludin semasa sesi bergambar ramai pada Majlis Anugerah Sukma Wira Gerak 41 (G41).
Siaran Akhbar dan Foto : Perguruan Seni Pencak Silat Gerak 41
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 27 Mei. - Seramai sembilan pesilat elit Perguruan Seni Pencak Silat Gerak 41 telah dinaikkan ke tahap Guru Kanan, Guru Madya, dan Guru Pertama manakala 21 pesilat lagi masing-masing dinaikkan ke tahap Jurulatih Utama, Jurulatih Kanan, dan Jurulatih Muda dalam Majlis Anugerah Sukma Wira Gerak 41 (G41). Kenaikan ke peringkat guru dan jurulatih ditandai dengan pemberian sandang, arat, dan sijil pelantikan. Di samping itu, terdapat sembilan pesilat telah selamat menjalani Ujian Kenaikan Arat (UKA) bagi peringkat Prawira (asas bela diri dan tangan kosong), Ekawira (penggunaan dan pengawalan senjata tumpul), Dwikira (penggunaan dan pengawalan senjata tajam), dan Triwira (pelbagai bentuk aplikasi bela diri, garapan dan kuncian). Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu kelmarin ialah Yang Di-Pertua Persekutuan Pencak Silat Kebangsaan Brunei Darussalam (PERSIB), Pengiran Haji Mohammad
bin Pengiran Ludin. Majlis diadakan di Studio Silat Brainwarrior, Unit B1 Tingkat 2, Bangunan Mawar 2, Jalan Komersial Kiulap. Dalam ucapan Yang Di-Pertua PERSIB mengingatkan agar persatuan-persatuan silat di sebalik keghairahan untuk mengikuti arus perubahan hendaklah terus berusaha mengekalkan jati diri orang-orang Brunei. Beliau menegaskan, masih banyak khazanah ilmu persilatan yang belum diwarisi dengan baik dan berkesan oleh generasi hari ini. Jelasnya, di situlah G41 sebagai salah sebuah persatuan silat utama di Brunei mencuba seberapa daya untuk menonjolkan kelainan sekali gus keberkesanan sistem bela diri, dengan demikian katanya, Silat Brunei akan terus diminati dan mendapat tempat di hati masyarakat. Terdahulu, acara dimulakan dengan peletakan Indung Keris diikuti dengan persembahan silat tradisi sebagai penyeri majlis dan seterusnya tetamu kehormat dijemput untuk menyarungkan sandang dan menyampaikan arat kepada pesilatpesilat yang diraikan.
DEMO Silat Cakak yang dipersembahkan oleh Yang Di-Pertua PERSIB.
MAHAGURU G41 semasa menyampaikan Sandang Kehormat kepada Yang Di-Pertua PERSIB.
BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG :
www.pelitabrunei.gov.bn
'LIPAT GANDAKAN AMAL IBADAT DAN AMALKAN CARA HIDUP SIHAT'