''KITA menyedari, persepsi terhadap guru pada masa ini, tidak terkecuali guru ugama, bukan lagi setakat memfokus kepada guru yang baik semata-mata, tetapi juga mengkehendaki supaya guru itu mampu untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan, dalam makna dari guru good teaching kepada guru effective teaching. Matlamat utama kita ialah melahirkan guru-guru ugama profesional yang berupaya melahirkan sahsiah-sahsiah yang hebat.'' - Titah Sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) Kali Ke-4 2014.
''DARIPADA Uqbah bin 'Amir katanya : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya Allah Azzawajala sangat kagum kepada pemuda yang tidak ada padanya kelakuan pelik dan menyeleweng.'' - (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam).
4.36
TAHUN 61 / BILANGAN 131
4.46
6.05
6.28
31 OKTOBER 2016 / 1438
12.05
30
3.25
6.02
7.13
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan paduka-paduka anakanda baginda berkenan menyertai Riadah Berbasikal sempena Sambutan Memperingati Ulang Tahun Penukaran Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan Ke-46 dan sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-11 Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi. - Foto : Mohamad Azmi Awang Damit (Lihat muka 4 dan 5).
Sediakan iklim baik,Islamik untuk anak-anak Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Oktober. - Kepentingan akhlak lebih dirasakan lagi di era mutakhir ini, berikutan berlakunya ledakan teknologi maklumat ICT. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan
Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor KUPU SB bertitah, dengan ledakan itu, seluruh masyarakat, tidak terkecuali juga kanak-kanak adalah terdedah kepada gejala-gejala yang boleh merosakkan akhlak.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, gejala tersebut banyak macamnya serta sukar pula untuk mengawalnya. ''Untuk mengawal itu memerlukan cara dan strategi yang cermat lagi teratur, iaitu satu-satunya melalui khidmat guru berjasa bagi menanamkan akhlak terpuji kepada anak-anak membimbing dan memotivasi mereka menjadi anak-anak yang baik dan berguna,'' titah Kebawah DYMM pada Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) Ke-6 Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas,
Muka 12 & 13
Ke muka 3
Berkenan mengurniakan ijazah, diploma pada Konvokesyen KUPU SB
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn
2
HALUAN
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
Kerajaan dan bukan kerajaan akan sentiasa memastikan Ease of Doing Business
Telus, efisien dan berintegriti Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh EGALA puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum keluarga serta para sahabat dan juga pengikutpengikut Baginda yang jujur lagi setia dari awal hingga ke akhir zaman. Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah rahmat-Nya jua kita dapat berkumpul di Majlis Pelancaran Startup Bootcamp dan Skim Mikro Kredit pada malam ini. Terlebih dahulu, saya ingin menarik perhatian mengenai penubuhan Darussalam Enterprise. Darussalam Enterprise, DARE, ditubuhkan pada 18 Februari 2016 dengan matlamat untuk memperkasa pertumbuhan ekonomi negara dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui penglibatan Perusahaan Mikro, Kecil dan sederhana (MSME). MSME ini dilihat sebagai satu kunci utama dalam mempelbagaikan ekonomi negara dan penyumbang utama kepada penjanaan pekerjaan secara global, baik di rantau ASEAN mahupun seluruh dunia. Melihat kepada perangkaan di negara jiran Malaysia, 99%; rantau ASEAN, 95% dan APEC, 97%. Apa yang menarik mengenai MSME ini adalah sumbangan mereka terhadap KDNK dan perkerjaan perlu dihargai. Secara purata dalam rantau ASEAN sahaja, sumbangan MSME kepada KDNK adalah di antara 23% kepada 58%, manakala bagi pekerjaan, ianya menyumbang daripada 43% kepada 97%. Perangkaan ini terus saja meningkat dari masa ke semasa. Ini bererti impak kepada sosio ekonomi negara sangatlah penting dan kerana itulah, DARE ditubuhkan khusus untuk merangsang dan membantu MSME, baik di pasar-pasar jualan, technoprenuers, di sektor-sektor pembuatan dan sebagainya. Ke arah ini, alhamdulillah, setelah 8 bulan beroperasi, DARE telah pun mengadakan 36 sesi dialog terbuka, kumpulan fokus dan hari-hari terbuka peniaga yang melibatkan 1,800 usahawan di negara ini. Antara perkara-perkara yang menjadi perhatian utama daripada sesi-sesi tersebut adalah iklim perniagaan, akses pembiayaan dan pembangunan kapasiti. Di samping itu, baru-baru ini juga dalam Laporan Global Competitiveness 2016 telah menyatakan bahawa birokrasi kerajaan, akses pembiayaan dan peraturan buruh yang ketat adalah tiga masalah utama di dalam Doing Business di negara ini. Ke arah ini, dalam usaha memperbaiki iklim perniagaan di bawah Ease of Doing Business, beberapa reformasi
S
MENTERI Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar bersempena Majlis Pelancaran Startup Bootcamp dan Skim Mikro Kredit pada Rabu, 11 Muharam 1438 Hijrah bersamaan 12 Oktober 2016 Masihi, bertempat di Auditorium, Bangunan Design & Tekologi, Anggerek Desa.
telah pun diperkenalkan termasuk dasar-dasar baru bagi membantu MSME. Dalam pada ini, Bank Dunia (World Bank) mengakui bahawa reformasi-reformasi kerajaan adalah bersikap efisien dan dinamik. World Bank juga menyatakan bahawa perlaksanaan Negara Brunei Darussalam dalam menjalankan 6 reformasi adalah luar biasa tetapi cabaran masih dihadapi terutamanya dari segi mesra pelanggan dan bisnes. Ini juga melibatkan proses dan reformasi baru yang diperkenalkan oleh Jabatan Buruh dalam mendapatkan Tenaga Asing dan juga Autoriti Monetari Brunei Darussalam dalam mengenalkan Sistem Pendaftaran Cagaran yang akan lebih memudahkan pinjaman mulai pada bulan Disember 2016. Walau bagaimanapun, memang diakui, bahawa masih banyak perkara lagi perlu diteliti, namun, saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pandu Ease of Doing Business dan 12 Kumpulan Champion akan terus bekerja bersama agensi-agensi Kerajaan dan bukan kerajaan bagi memastikan Doing Business ini adalah telus, efisien dan berintegriti, mulai daripada pemulaan perniagaan hinggalah ke proses eksport.
''SEBAGAI menyahut permintaan usahawan di negara ini dan komitmen kerajaan dalam terus menyokong pertumbuhan ekonomi sebagai enabler, DARE memperkenalkan dua lagi inisiatif, iaitu Startup Bootcamp dan Skim Mikro Kredit bagi usahawan tempatan.''
OKTOBER
31 1 NOVEMBER
2 3 4
5 6
Dalam pembangunan kapasiti MSME, DARE telah pun mengenalkan Industry Business Academy (IBA) pada bulan Mei 2016 dan sebanyak 127 usahawan telah pun mengikuti program ini mulai bulan Mei sehingga bulan November 2016. InsyaaAllah, program yang akan datang juga akan melibatkan kursus daya ketahanan diri kerana dunia perniagaan adalah penuh dengan liku-liku cabaran dan ianya memerlukan ketahan mental dan fizikal yang baik terutama kepada bakal-bakal usahawan tempatan dalam menjalankan perniagaan. Apa yang jelas adalah anjakan paradigma yang diperlukan bagi Negara Brunei Darussalam untuk membantu merangsang pengeluaran melalui pertumbuhan KDNK dalam mencapai hasrat, Wawasan Brunei 2035 - baik dari usaha pihak usahawan sendiri, kerajaan dan juga pihak-pihak yang berkepentingan seperti Bank dan Pelabur Asing. Semenjak 1999, kerajaan juga telah membelanjakan wang melalui skim-skim pinjaman bagi membantu MSME dan secara am, dari hasil pusingan ini adalah pembiayaan yang dapat dipinjamkan lagi kepada MSME. Namun, ianya adalah penting bagi pemohon-pemohon skim ini memahami bahawa setiap pinjaman adalah amanah agar pinjaman tersebut di usaha bersungguh-sungguh agar pulangan daripada usaha tersebut dapat dibayar balik dan seterusnya dikongsikan kepada pengusaha yang baru. Dalam pada ini, saya menyeru kepada bisnes-bisnes yang belum membayar hutang pinjamannya, untuk membayarkan pinjamannya balik supaya ianya dapat digunakan oleh pengusaha-pengusaha yang lain. Sebagai menyahut permintaan usahawan di negara ini dan komitmen kerajaan dalam terus menyokong pertumbuhan ekonomi sebagai enabler, DARE memperkenalkan dua lagi inisiatif, iaitu Startup Bootcamp dan Skim Mikro Kredit bagi usahawan tempatan. Startup Bootcamp Program adalah bertujuan untuk mempercepatkan para usahawan menimpa ilmu dalam membina perusahaan yang kompetitif dan menanai pengalaman hands-on dalam memperkenalkan dan melaksanakan produk dan servis yang berinovatif. Program ini dijalankan selama 100 hari dan akan diadakan tiga kali setahun. Manakala bagi skim Mikro Kredit pula bersama Bank Islam Brunei Darussalam, skim pinjaman tersebut adalah bagi perusahaan tempatan yang mempunyai pelan perniagaan yang viable di mana pinjaman tersebut boleh dijadikan sebagai suntikan capital bagi menjalankan perniagaan sehingga $15 ribu ringgit, sekurang-kurangnya bagi seratus (100) MSME. Kerajaan, melalui Kementerian Kewangan, juga dalam jangka masa pendek dan sederhana sedang giat meneliti bagi penubuhan Bank khas bagi MSME sebagai satu langkah ke hadapan di mana ianya akan dapat menambah fasiliti kewangan untuk MSME dan peniaga-peniaga di Brunei Darussalam. InsyaaAllah, kita akan mengetahui lebih jelas mengenai kedudukan perkara ini pada tahun depan nanti. Ke muka 9
31 OKTOBER 2016 BERSAMAAN 1438
30
TANGANI LEDAKAN ICT BERSAMA
T
EKNOLOGI maklumat ICT sememangnya memberikan faedah kepada kita sebagai pengguna. Dalam pada itu, kepentingan akhlak berikutan ledakan teknologi maklumat ICT juga diperlukan. Ini kerana gejala yang merosakkan akhlak terlalu banyak macamnya juga sukar pula mengawalnya dan ia terdedah kepada semua termasuk kanak-kanak. Untuk mengawalnya memerlukan cara dan strategi yang cermat serta teratur. Salah satunya khidmat guru menanamkan akhlak terpuji kepada anak-anak, membimbing serta memotivasikan mereka menjadi yang baik dan berguna. Guru-guru bertauliah pastinya memiliki ilmu pengetahuan yang luas, di mana ilmu adalah amanah yang perlu disampaikan kepada yang berhak, iaitu masyarakat. Ini adalah antara cara memanfaatkan ilmu dan ia perlu kekal sehingga bila-bila kerana guru adalah agen zaman untuk kelangsungan bangsa dan negara. Guru-guru ugama khasnya selaku agen zaman bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan pengajaran dalam bilik-bilik darjah sahaja, bahkan menjadi 'role model' kepada pelajar dan masyarakat. Ini adalah pasak pendidikan yang sebenar-benarnya. Panduan bagi menjadi guru agama yang beretika, berwatak hebat, berwibawa dan berkemahiran tinggi adalah perlu. Produk yang bermutu ditentukan oleh matlamat pendidikan, iaitu ke arah melahirkan manusia yang berakhlak mulia. Ini adalah perkara asas yang duduknya di atas. Para ibu bapa juga dituntut menyediakan iklim atau persekitaran yang baik dan Islamik bagi anak-anak mereka. Ini kerana ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk meyahudikan atau menasranikan anak-anak mereka. Oleh itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah memperkenankan bagi KUPU SB menubuhkan pusat yang dinamakan Pusat Kajian Fiqh al-Usrah, di mana pusat itu nanti akan berfungsi untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan dan pendidikan di negara ini. Ledakan teknologi kini menjadi musuh yang jika dibiarkan akan menjadi musuh yang besar untuk diperangi. Sedikit demi sedikit ia mula memakan pemikiran dan keharmonian sesuatu masyarakat jika ia tidak dipantau dan dikawal penggunaan secara bijaksana. Pendidikan Negara Brunei Darussalam telah mewujudkan Pendidikan Wajib Ugama dan ia adalah satu tanggungjawab yang besar dan telah ditunaikan. Apa yang perlu dilakukan adalah menjadikan pendidikan ugama benar-benar menyerlah, maju dan mantap. Semua ini tidak dipikul oleh pihak kerajaan sahaja, tetapi juga oleh semua termasuk guru juga ibu bapa. Ilmu perlu dikongsi kepada semua dan bukan untuk disimpan sekadar perhiasan di atas kertas ijazah sahaja. Sekecil mana pun ilmu yang dikongsi selagi ia berguna dan masih digunakan atau dipraktikkan, selagi itu ia akan bermanfaat dan berpahala. Dalam hal ini, ia kembali kepada tanggungjawab kepada setiap individu yang sememangnya diberikan keistimewaan oleh Allah untuk berfikir dan membezakan setiap tindaktanduk dengan pemikiran yang terbuka, bijaksana dan secara matang. Ini kerana sebab - akibat darinya akan memberi impak yang bukan sahaja akan merugikan individu tersebut, bahkan semua yang terlibat secara tidak langsung. Jangan biarkan kesilapan dan kekhilafan kita lakukan akan memusnahkan anak bangsa akan datang dan akan merugikan pelbagai pihak yang terlibat. Oleh itu, apabila membuat sesuatu keputusan perlulah memastikan bahawa ia adalah tindakan serta keputusan yang tepat serta sesuai dan bukan sekadarnya melepas batuk di tangga sahaja. Apabila niat sudah bengkok, impian sudah busuk, pastinya kesudahannya juga akan buruk. Oleh itu, betulkan niat, bersihkan impian pastinya kesudahannya akan baik. Tidak semua manusia itu sempurna, itulah hakikatnya. Namun kita dapat berusaha untuk memperbaiki mana-mana kesilapan dan membetulkan kesalahan selagi ada masa dan upaya. Jangan biar kesilapan dan kesalahan terus dilakukan berterusan kerana akibatnya akan melibatkan semua pihak dan bukan diri sendiri sahaja. Cabaran ledakan teknologi wajib ditangani oleh semua. Ibu bapa, guru juga kerajaan sama-sama berperanan memantaunya. Lengkapkan anak dengan persekitaran yang Islamik serta didikan agama yang berguna. Agar masa depan negara dan anak bangsa akan sentiasa sejahtera, harmoni, terpelihara selamanya. Impian sebagai negara ‘baldatun tayyibatun warabbun ghafur’ akan tercapai juga hendak-Nya. - Ketua Penyuntingan (Nb).
MUHARAM
30 1 SAFAR
2 3 4
5 6
4 . 36 4 . 36 4 . 36 4 . 36 4 . 36 4 . 36 4 . 36
4 . 46 4 . 46 4 . 46 4 . 46 4 . 46 4 . 46 4 . 46
6 . 05 6 . 05 6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06
6 . 28 6 . 28 6 . 29 6 . 29 6 . 29 6 . 29 6 . 29
12 . 05 12 . 05 12 . 05 12 . 05 12 . 05 12 . 05 12 . 05
3 . 25 3 . 25 3 . 25 3 . 25 3 . 25 3 . 26 3 . 26
6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02
7 . 13 7 . 13 7 . 13 7 . 13 7 . 13 7 . 13 7 . 13
3
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
Jadikan pendidikan agama benar-benar menyerlah KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) berkenan mengurniakan titah pada Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-6.
Sediakan iklim baik, Islamik untuk anak-anak Dari muka 1 Di samping itu, tegas baginda, para ibu bapa juga dituntut untuk menyediakan iklim atau persekitaran yang baik dan Islamik bagi anak-anak. ''Kita usah lupakan maksud hadis, bahawa anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah seperti kain putih ibu bapalah yang bertanggungajwab, sama ada untuk meyahudikan atau menasranikan mereka,'' tambah titah baginda. Sehubungan itu, baginda bertitah memperkenankan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) bagi menubuhkan pusat yang dinamakan Pusat Kajian Fiqh al-Usrah yang berfungsi untuk mengukuhkan dan institusi kekeluargaan pendidikan. Baginda terlebih dahulu pada titahnya mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan di atas kejayaan mereka menamatkan pengajian masing-masing. Menurut titah baginda, para graduan wajiblah bersyukur dengan kejayaan ini, kerana kejayaan tersebut adalah datangnya daripada Allah, siapa Yang Maha Pengurnia. ''Para graduan KUPU SB adalah guru-guru yang bertauliah, dan selaku guru bertauliah, mereka pastilah ilmu memiliki pengetahuan yang luas,'' jelas titah baginda. Sementara ilmu itu pula, titah baginda, adalah amanah untuk
disampaikan kepada yang berhak iaitu masyarakat. Inilah guru cara memanfaatkan ilmu, dan cara ini perlu kekal sehingga bila-bila. Kerana itu juga guru-guru perlulah tahu titah baginda lagi, bahawa mereka adalah agen zaman untuk kelangsungan bangsa dan negara. ''Sesuai dengan peranan mereka selaku agen zaman, guru-guru ugama khasnya, bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan pengajaran di dalam bilik-bilik darjah sahaja, malahan juga patut menjadi contoh atau role model kepada pelajar dan masyarakat. Inilah pasak pendidikan yang sebenar-benarnya,'' titah baginda. Maka untuk itu, titah baginda lagi, pihak KUPU SB perlulah melakar panduan bagi pelajarpelajarnya untuk menjadi guru ugama yang beretika dan berwatak hebat, berwibawa dan berkemahiran tinggi KUPU SB adalah ibarat kilang untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Mutu itu pula, jelas titah baginda, ditentukan oleh matlamat utama pendidikan, iaitu ke arah melahirkan manusia yang berakhlak mulia. Ini adalah perkara asas yang duduknya tidak boleh di bawah tetapi di atas, sesuai dengan deklarasi Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, riwayat Bukhari dan Muslim maksudnya : ''Sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.''
Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) bertitah, Negara Brunei Darussalam telah pun melangkah mewujudkan Sistem Pendidikan Wajib Ugama dan ianya adalah tanggungjawab besar. ''Alhamdulillah kita sudahpun menunaikannya. Tinggal sahaja lagi, kita perlu menjadikan pendidikan ugama itu benar-benar menyerlah,
maju dan mantap,'' tegas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-6 Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Di Brunei, titah Kebawah DYMM, kita ada sekolah, namanya 'Sekolah Arab' dan baginda mahu, biarlah sekolah itu benar-benar menepati seperti namanya juga. Baginda menekankan, di dalamnya ada ajaran pelbagai ilmu, terutama ilmu ugama dan bahasa Arab, yang mana lulusannya boleh diterima untuk melanjutkan pengajian di dalam dan di luar negara. Menurut titah baginda, sekolah itu
tidak syak lagi boleh dibanggakan oleh negara tetapi soalnya, kedengaran ada sungutan bahawa nama sahaja Sekolah Arab tetapi tidak penuntut-penuntutnya tidak mampu untuk menguasai bahasa Arab, atau dengan kata lain, tidak dapat bertutur dengan baik dalam bahasa itu, berbanding dalam bahasa Inggeris,'' titah baginda. Jika benar seperti yang disungutkan itu tegas titah baginda, maka baginda mengharapkan supaya ia dikaji dan diperbaiki dan jadikanlah ia tugas utama untuk mencari jawapannya, mengapa bahasa Arab lemah di Sekolah Arab? Baginda bertitah mempersoalkan adakah ia menyangkut faktor guru seperti kekurangan guru? Atau guru kurang berkelayakan? Atau turut menyangkut juga faktor peralatan mengajar seperti kekurangan buku-buku atau buku sudah tidak sesuai lagi dengan keadaan? Atau mungkin juga menyangkut faktor 'kaedah mengajar' yang tidak menepati cara? Dan lain-lain lagi. ''Semua ini mestilah dikaji dengan teliti. Kelemahan atau kekuatan bahasa tidaklah boleh diukur semata-mata dari kertas-kertas pemarkahan jawapan di dalam peperiksaan, kerana jawapanjawapan itu boleh saja dihafal dahulu untuk dijadikan jawapan,'' ujar titah baginda lagi. Demikian sedikit dari titah baginda untuk perhatian. Baginda di akhir titah sukacita merakamkan setinggitinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga KUPU SB, terutama kepada Pengerusi dan Ahli-ahli Majlis Kolej Universiti, Raes, Ahli Senat, Pegawai-pegawai utama, ahli-ahli akademik serta kakitangan Kolej Universiti atas segala sumbangan dan khidmat yang mereka berikan. Semoga semua amal kebajikan yang telah diberikan akan diterima oleh Allah dan KUPU SB menjadi sebuah pusat pengajian yang berkat.
PARA graduan KUPU SB yang menerima Diploma Perguruan Ugama pada Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-6 Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
4
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
Berangkat sertai Riadah Berbasikal
Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Pg. Amirul Nizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad, Mohd. Shahrizal Haji Said, Muhammad Asri Haji Awang Abas
BERANGKAT sama menyertai Riadah Berbasikal ialah paduka-paduka anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. Sementara gambar bawah kiri dan kanan, orang ramai dari pelbagai peringkat masyarakat sama-sama memeriahkan Riadah Berbasikal tersebut.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli menyertai Riadah Berbasikal sempena Sambutan Memperingati Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan Ke-6 dan sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-11. Berangkat menyertai riadah tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (atas kiri dan kanan).
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 30 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli menyertai Riadah Berbasikal sempena Sambutan Memperingati Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan Ke-6 dan sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-11 Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi. Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja yang lain di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan juga Pemangku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri
Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi. Acara dimulakan dengan perlepasan 46 biji belon melambangkan sempena Sambutan Memperingati Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan Ke-46 tahun, manakala 11 biji belon dilepaskan bagi menandakan sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-11 Tahun bagi tahun 2016. Belon-belon tersebut dipegang dan dilepaskan oleh 57 belia-belia yang bersusun di sepanjang arca perlepasan bagi memberi sokongan padu juga lambang perpaduan para belia kepada raja dan negara. Ke muka 5
5
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
Dari muka 4 Sepanjang 46 tahun penukaran nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan telah banyak mengalami perubahan yang pesat dari segi pembangunan dan infrastruktur bagi kemudahan orang ramai bukan saja bagi rakyat dan penduduk di negara ini, tetapi juga untuk tarikan pelancong dalam dan luar negara. Begitu juga dengan pembangunan belia masa kini, di mana selama 11 tahun tertubuhnya Hari Belia Kebangsaan, negara menyaksikan penglibatan aktif dari belia-belia bagi meneruskan pembelajaran yang berterusan seperti dalam program-program pembangunan kapasiti serta penggunaan kemudahan-kemudahan prasarana, infrastruktur dan bantuan fisikal yang disediakan oleh kerajaan. Sejurus perlepasan belon-belon tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia mendahului riadah berbasikal sejauh 11.3km mengelilingi pusat Bandar Seri Begawan dengan melintasi beberapa bangunanbangunan ikonik dan bersejarah seperti Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bangunan Lapau, Bangunan Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Baginda seterusnya menyaksikan secara lebih dekat lagi kemeriahan Bandarku Ceria lebih-lebih lagi dengan penglibatan belia-belia dari pelbagai peringkat umur dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti senamrobik, jualan-jualan dan bermacam-macam lagi semasa program Bandarku Ceria yang telah masuk minggu ke lima sejak ia bermula pada 2 Oktober yang lalu. Pada kesempatan ini, orang ramai mengambil peluang bagi beramah mesra bersama baginda dan mengenali lebih dekat lagi raja yang dikasihi dengan mengambil gambar
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mendahului Riadah Berbasikal sejauh 11.3km mengelilingi pusat Bandar Seri Begawan dengan melintasi beberapa bangunan-bangunan ikonik dan bersejarah seperti Masjid Omar 'Ali Saifuddien dengan diiringi bersama paduka-paduka anakanda baginda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
kenangan bersama baginda sewaktu mengelilingi pusat bandar. Kebawah DYMM juga berkenan berangkat menyaksikan jualanjualan 'Satu Kampung Satu Produk' (1K1P) yang disertai oleh Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dari keempat-empat daerah yang mengetengahkan pelbagai jenis produk seperti produk-produk makanan juga
kraf tangan. Riadah berbasikal yang mendapat sambutan menggalakkan ini juga disertai oleh Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet, TimbalanTimbalan Menteri, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan, orang ramai yang terdiri dari persatuan-persatuan, belia-belia, sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi di negara ini dalam sama-sama memeriahkan lagi riadah berbasikal.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan menandatangani lukisan yang disembahkan ke hadapan majlis baginda (kiri atas). Sementara gambar atas kanan, baginda berkongsi kegembiraan bersama rakyat baginda yang menyertai Riadah Berbasikal. Manakala gambar kanan, DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan bergambar bersama para peserta Riadah Berbasikal dan gambar kiri, kegembiraan jelas terpancar daripada kanak-kanak yang sama-sama hadir pada Majlis Riadah Berbasikal dan Bandarku Ceria di ibu negara.
6
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
Berangkat saksikan Kejohanan Renang Masters dan Terbuka Brunei Kali Ke-5 Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Masri Osman
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman bersama anakanda-anakanda DYTM dan YTM, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman semasa berkenan berangkat ke Kejohanan Renang Masters dan Terbuka Brunei Kali Ke-5.
100 Meter (M) Gaya Bebas dengan catatan masa 1:33.05 dan 50M Kuak Lentang dengan catatan masa 51.12.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 30 Oktober. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Masters dan Terbuka Brunei Kali Ke-5 bagi Tahun 2016. Turut menyertai kejohanan
tersebut ialah anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim. Juga berangkat menyaksikan kejohanan tersebut ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji
Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Renang Amatur Brunei diadakan selama tiga hari bermula 28 Oktober itu disertai lebih 150 perenang dari sembilan kelab renang mewakili kelab-kelab renang dari dalam dan luar negara, iaitu tujuh kelab renang tempatan dan dua lagi dari negara luar. Antara kelab-kelab renang dari dalam negara, iaitu ISB, Panaga Stingrays, Jerudong Swimming Club, Brunei Speed Swimming Club, Dolphin Swimming Club, Royal Brunei Recreation Club (RBRC), Skim Renang Temburong, manakala kelab dari luar negara, iaitu Miri Association Swimming Amateur dan Kelab Rekreasi Petroleum.
Al-Muhtadee Billah. Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ke kejohanan yang berlangsung di Kolam Renang Kebangsaan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini, dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Pada kejohanan ini, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim mewakili Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) dengan menyertai dua kategori lelaki, iaitu
YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim sertai Kejohanan Renang Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Masri Osman
YANG Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berangkat menyertai salah satu ketegori kejohanan tersebut bagi mewakili Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).
BERAKAS, Sabtu, 29 September. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Masters dan Terbuka Brunei Kali Ke-5 bagi Tahun 2016 yang berlangsung di Kolam Renang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini. Antara yang menyertai kejohanan tersebut ialah anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim. Juga berangkat menyaksikan kejohanan tersebut ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
Pada kejohanan di sebelah petang, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim mewakili Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) dengan menyertai dua kategori lelaki, iaitu 100 Meter (M) Kuak Lentang dengan catatan masa 2:03.09 dan 100M Kuak Kupu-Kupu dengan catatan masa 51.97. Kejohanan selama tiga hari bermula kelmarin itu disertai oleh 154 perenang dari sembilan kelab renang mewakili kelab-kelab renang dari dalam dan luar negara, iaitu tujuh kelab-kelab renang tempatan dan dua lagi dari negara luar. Antara kelab-kelab renang dari dalam negara, iaitu ISB, Panaga Stingrays, Jerudong Swimming Club, Brunei Speed Swimming Club, Dolphin Swimming Club, Royal Brunei Recreation Club, Skim Renang Temburong, manakala kelab dari luar negara, iaitu Miri Association Swimming Amateur dan Kelab Rekreasi Petroleum. Kejohanan dianjurkan oleh Persatuan Renang Amatur Brunei.
NASIONAL
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
7
Festival Coffee and CarsTM BN usaha tarik pelancong Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin JERUDONG, Sabtu, 29 Oktober. Festival Coffee and CarsTM BN julung kalinya diadakan dihasratkan bagi membantu meningkatkan ekonomi negara serta memberi peluang kepada para vendor untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan kepada orang ramai, di samping untuk menarik para pelancong.
Festival selama dua hari yang bermula hari ini, menyediakan pelbagai jenis vendor kopi tempatan serta pameran model kereta terkini dan motosikal mewah berlangsung di Taman Jerudong Park, dibuka bermula pada jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Perasmian festival disempurnakan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama
dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong selaku tetamu kehormat. Lebih kurang 40 vendor kopi dan makanan serta minuman, sepuluh syarikat pengedar kereta dan lebih daripada 80 buah kereta individu dan pemilik-pemilik motosikal yang mempamerkan kenderaan mereka sendiri menyertai festival tersebut. Pelbagai aktiviti menarik disediakan di sepanjang festival tersebut seperti 'Coffee Talk' yang diadakan oleh pihak penganjur (CONFEX), ceramah bertajuk 'GoodYear Tires : Changing the way you move' dari TyreTech Enterprise, ceramah daripada Singapore Motors yang bertajuk 'Essenza Lubricants : Why it matters for your vehicle' serta sesi 'Coffee Cupping dari Caffee Verve yang bertajuk 'A taste sensation with Dutch Colony'.
MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong (kiri) hadir merasmikan Festival Coffee and CarsTM BN (kanan). Sementara gambar kiri, Yang Berhormat (depan) menyaksikan vendor kopi tempatan sempena festival tersebut yang berlangsung di Taman Jerudong Park.
UBD - UiTM mantapkan kemahiran komunikasi melalui debat daripada tugasan yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti modul LB-2405 Kemahiran Komunikasi Strategic (KKS) di Pusat Bahasa. Tugasan seumpama ini dijangka akan dapat membantu para pelajar agar lebih terdedah dalam pengendalian acara sekaligus akan dapat aspek kemahiran komunikasi yang selama ini mereka pelajari. Di samping itu, para pelajar dari UiTM juga akan turut beroleh manfaat serta mengeratkan ukhuwah di antara kedua universiti. Salah seorang pendebat dari UiTM Dinie Zhafri bin Zainuddin berkata, berdebat adalah salah satu cara sihat untuk berani berdepan dengan orang ramai dan dapat melatih berkomunikasi agar lebih berani jika tampil ke hadapan. Menurutnya, program ini begitu baik sekali bagi kedua-dua belah pihak kerana di Malaysia hanya berdebat sesama sendiri sahaja, tetapi hari ini mereka akan berdebat dengan
peserta dari UBD. Katanya, hari ini kami akan dapat melihat bagaimana perspektif mahasiswa UBD, mungkin berbeza dengan orang lain. ''Acara begini akan dapat merapatkan hubungan silaturahim di antara kedua-dua institusi dan akan dapat menarik minat golongan muda tidak kira mahasiswa UBD mahupun UiTM,'' jelasnya. Manakala Amyzee anak Roberd dari UBD berkata, ini adalah peluang terbaik baginya kerana merekaakan mengungkapkan hujah-hujah yang berkualiti dan berfakta. Menurutnya, perdebatan secara terbuka ini akan dapat melatih untuk berani berhadapan dengan orang ramai. Jelasnya, acara sebegini dapat membolehkan mereka bertukar-tukar fikiran dan berkongsi pengalaman serta akan digunakan untuk pelbagai bidang dan fungsi terutama di antarabangsa nanti.
DINIE Shaffi dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Malaysia.
AMYZEE anak Roberd dari Universiti Brunei Darussalam.
PENGARAH Pusat Bahasa, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dr. Yabit bin Alas (tiga, kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Debat Persahabatan di antara UBD dan Universiti Teknolgi Mara Malaysia (UiTM) yang berlangsung di Dewan Senat, Dewan Canselor, UBD.
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Azmah Haji Ahad TUNGKU, Sabtu, 29 Oktober. Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Universiti Teknolgi Mara Malaysia (UiTM) mempunyai hubungan persahabatan yang erat dan juga kerjasama yang kukuhdalam pelbagai bidang pendidikan. Hubungan persahabatan ini sudah terjalin sekian lama dengan kedua-dua buah negara berkongsi dalam bidang pendidikan. Sehubungan ini, Pusat Bahasa, UBD julung-julung kalinya menganjurkan Debat Persahabatan di antara UBD dan UiTM yang berlangsung di Dewan Senat, Dewan Canselor, UBD, di sini. Terdahulu, dalam ucapan alu-aluan
Pengarah Pusat Bahasa, UBD, Dr. Yabit bin Alas menjelaskan bahawa kegiatan berdebat ini adalah satu cara sihat untuk mengemukakan pendapat secara terbuka selain memantapkan kewibawaan diri berdepan di khalayak atau memantapkan public speaking. ''Sebagai generasi penerus, keterampilan perdebatan secara terbuka akan melatih anda untuk mendengar dan mengeluarkan pendapat orang lain secara spontan dan cepat sambil dapat mengungkapkan hujah-hujah yang berkualiti dan berfakta. Kualiti-kualiti seperti inilah yang kita inginkan pada pemimpin-pemimpin masa depan,''
jelasnya. Bercakap tentang dunia Melayu katanya, debat berbahasa Melayu ini sangat penting terutama dalam keadaan yang mana bahasa Melayu dianggap tercabar dengan bahasa global. Menurutnya, dengan mempelbagaikan serta menaikan fungsinya, diharapkan Bahasa Melayu akan tetap relevan malahan dilihat sebagai satu bahasa yang mampu digunakan bagi pelbagai bidang dan fungsi terutama di arena antarabangsa. UBD diwakili oleh tiga pelajar, iaitu Amyzee anak Roberd, Awang Mohd. Fadhilah bin Hifni dan Dayang Mazfazillah binti Maikal, manakala UiTM diwakili oleh Noor Haqim bin Noor Hamiddon, Dinie Zhafri bin Zainuddin dan Muhammad Syafiq bin Jebat. Acara tersebut merupakan satu
8
NASIONAL
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
Hubungan Brunei - Turki berkembang dalam pelbagai bidang Oleh : Khartini Hamir Foto : Dk. Nurhafilah Pg. Osman
MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong (dua, kiri) mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan isteri memotong kek bersama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Fikret Oguz Ates (dua, kanan) dan isteri sempena Sambutan Pengisytiharan Republik Turki Ke-93 Tahun.
GADONG, Sabtu, 29 Oktober. Hubungan kerjasama dua hala Republik Turki dan Negara Brunei Darussalam terus berkembang terutamanya dalam bidang ekonomi dan komersial yang membabitkan pelaburan bersama. Menurut Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Fikret Oguz Ates, sejak penubuhan kedutaan kedua-dua buah pihak di Bandar Seri Begawan dan Ankara, pelbagai perkembangan yang
positif berlaku antaranya termasuklah mengadakan perjanjian perkongsian kod di antara kedua-dua syarikat penerbangan negara, meningkatkan bilangan pelancong Brunei melawat ke Republik Turki, pelajar Brunei sekarang boleh melaksanakan pendidikan universiti mereka di Turki, mengadakan festival budaya dan masakan Turkish pertama di Brunei dan sebagainya. Selain itu ujarnya, juga terdapat usaha berterusan dalam bidang pertanian, pelancongan, komunikasi,
pertahanan dan budaya untuk menyediakan rangka kerja undangundang dan untuk mencapai kerjasama yang lebih besar. Berucap semasa Majlis Resepsi sempena Sambutan Pengisytiharan Republik Turki Ke-93 Tahun di Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini, TYT juga menyatakan bahawa kedua negara juga mengalami peningkatan tahap hubungan di peringkat tertinggi, iaitu di antara ketua-ketua negara seperti keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Turki semasa Sidang Kemuncak Islam Ke-13 OIC yang diadakan di Istanbul, pada April tahun ini dengan sentiasa mengambil kira isu-isu kepentingan bersama di peringkat tertinggi di antara kedua-dua buah negara. ''Kini lebih banyak syarikat-syarikat Turki melihat Brunei dengan minat untuk menjalankan usaha kepelbagaian ekonomi. Kami juga ingin melihat lebih ramai warga Brunei untuk berminat melabur di Turki dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat Turki,'' ulas TYT Fikret Oguz Ates. Dalam ucapan alu-aluannya, TYT berkata, Republik Turki menginginkan dasar luar yang dinamik dan berwawasan dengan tujuan untuk memacu perkembangan ke arah yang lebih positif, di mana kesan cabaran global adalah yang terbaik. Dalam konteks ini terangnya, Turki dalam pelbagai dimensi yang membina, proaktif dan bertanggungjawab dalam dasar luarnya adalah salah satu aset yang penting dalam merealisasikan matlamat negara dan hal ehwal antarabangsa, namun isu-isu pembangunan manusia serta isu-isu kemanusiaan pada hari ini masih merupakan aspek penting dalam dasar luar Turki. Melalui pendekatan dan usaha yang berterusan ini, Turki tambahnya telah menjadi salah satu daripada negara-negara maju yang berusaha ke arah memperluaskan bidang keamanan di wilayah itu, menjana kestabilan dan keselamatan, serta membantu mewujudkan jalan untuk kemakmuran dan pembangunan
manusia. Republik Turki merupakan salah satu negara pertama yang mengiktiraf dan mewujudkan hubungan diplomatik dengan Negara Brunei Darussalam sejurus selepas kemerdekaannya pada tahun 1984, sehingga Turki mula membuka kedutaan mereka di negara ini pada bulan Oktober 2013. Sebagai residen kuasa usaha pertama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Turki ke Negara Brunei Darussalam, TYT merasa amat gembira dengan hubungan kedua buah negara tersebut yang sudah lama terjalin dan telah berkembang ke tahap yang baharu sejak penubuhan kedutaan Turki di negara ini dan beliau percaya bahawa ia adalah penting untuk mengekalkan dan meningkatkan lagi momentum itu. Hadir mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada majlis tersebut ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong dan isteri. Kehadiran tetamu kehormat dan isteri dialu-alukan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Fikret Oguz Ates dan isteri. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan kedua-dua buah negara dan kemudiannya diikuti dengan acara memotong kek sambutan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bersama TYT Fikret Oguz Ates.
Pelajar Brunei Pertama terima Anugerah Da Vinci Ke-2 Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Tenaga dan Industri di Jabatan Perdana Menteri
TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia, Dato Paduka Awang Haji Mohammad Roselan bin Hj. Mohd. Daud (dua, kanan) sebagai Ketua Delegasi Negara Brunei Darussalam ke IAMMST-9 berkongsi kegembiraan bersama Awang Teo Siang Jun, pelajar Tingkatan Enam Bawah dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan salah seorang daripada dua penerima Anugerah Da Vinci Ke-2 dan Biasiswa 2016.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Oktober. - Awang Teo Siang Jun, pelajar Tingkatan Enam Bawah dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan telah diumumkan sebagai salah seorang daripada dua penerima Anugerah Da Vinci ke-2 dan Biasiswa 2016 yang diberikan oleh ASEAN + 3 Centre for the Gifted in Science (ACGS). Anugerah ini merupakan pengiktirafan bagi prestasi cemerlang
beliau dalam ASEAN Plus Three Junior Science Odyssey (APTJSO)-5, yang diadakan pada 12 hingga 18 Jun 2016, di Universiti Filipina Los Banos (UPLB) Laguna, Filipina. Menurut Siaran Akhbar EDPMO, Awang Teo Siang Jun menerima anugerah tersebut pada 28 Oktober 2016 di Aspara Palace Resort & Conference Center, Siem Reap City, Kemboja, semasa berlangsungnya
Mesyuarat Jawatankuasa ASEAN mengenai Sains dan Teknologi-71 (Meeting of the ASEAN Committee on Science and Technology-71, COST-71), Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri ASEAN mengenai Sains dan Teknologi Ke-9 (Informal ASEAN Ministerial Meeting on Science and Technology-9, IAMMST-9) dan mesyuarat lain yang berkaitan. Turut hadir pada majlis itu ialah, Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas, Awang Ali Yusri bin Abdul Ghafor, sebagai wakil dari Kementerian Pendidikan, pegawaipegawai kanan dari Jabatan Tenaga dan Industri di Jabatan Perdana Menteri juga kedua ibu bapa Awang Teo Siang Jun. Penyampaian anugerah tersebut telah disaksikan oleh Menteri Sains dan Teknologi dan perwakilan dari negara-negara anggota ASEAN dan rakan dialog. Penerima anugerah menerima sijil, trofi, hadiah wang tunai ASD500 sebagai biasiswa bersama tambang penerbangan pergi balik serta penginapan ditaja oleh ACGS. Para penerima anugerah juga telah diraikan dalam Majlis Makan Malam yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohammad Roselan bin Haji Mohd. Daud sebagai Ketua Delegasi Negara Brunei Darussalam ke IAMMST-9 dan Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Kemboja, Tuan Yang Terutama Pengiran Kasmirhan bin Pengiran Haji Tahir.
Awang Teo Siang Jun salah seorang daripada 78 pelajar yang mewakili negara masing-masing ke APTJSO-5 termasuk Kemboja, China, Indonesia, Korea, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Sweden, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Negara Brunei Darussalam. Beliau mewakili Pasukan 'A' Brunei dalam penyampaian Poster dan Penilaian Kemahiran Makmal. Ahli-ahli lain dalam Pasukan 'A' ialah Awang Muhammad Haziq Zikry bin Mohammad Ariff juga penuntut dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan dan Dayang Noor Imanina binti Haji Ahmad Nizam dari Jerudong International School. Penyertaan Brunei Darussalam dibimbing oleh Program Pendidikan Khas dan Khidmat, Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan. Awang Teo Siang Jun dan pasukannya telah dianugerahkan juara keseluruhan, menerima Pingat Emas bagi Prestasi Keseluruhan (CHAMPION), bagi APTJSO-5 berdasarkan kepada prestasi cemerlang pasukan itu dalam dua kategori. Pasukan 'A' Brunei meraih tempat pertama dalam Penilaian Kemahiran Makmal Keseluruhan. Mereka juga menerima Pingat Gangsa, Perak dan Emas masing-masing bagi Penilaian Kemahiran Makmal Biologi, Kimia dan Fizik. Panel hakim bebas di APTJSO-5 telah mengiktiraf prestasi cemerlang Awang Teo Siang Jun bagi Pasukan 'A' Brunei dan ahli dalam kumpulan gabungan negara dan individu. Beliau
menunjukkan semangat gigih dan pelajar sebenar pada pertandingan tersebut dan pandai bergaul dalam kalangan rakan-rakan. Awang Teo Siang Jun adalah salah seorang pelajar berbakat yang dikenal pasti oleh Program Pendidikan Khas dan Khidmat (GEPS) di Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan di mana beliau sedang mengikuti Program Challenge, program sisipan selama setahun yang ditawarkan kepada pelajar yang dikenal pasti oleh GEPS. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran pemikiran kreatif dan kemahiran pemikiran kritikal dengan menyediakan peluang pembelajaran yang sesuai melalui penyelidikan bebas serta kerja projek. Sejak 2009, SEU secara aktif mengenal pasti murid khas dan berbakat dalam sistem pendidikan kita yang mungkin mempunyai potensi untuk memenuhi aspirasi Brunei. Sebagai sebahagian dari rancangan untuk memupuk bakat pelajar, khasnya yang dipilih oleh GEPS mengambil bahagian dalam pertandingan dan program antarabangsa, khususnya, yang ditawarkan melalui program ASEAN+ 3 Centre for Gifted in Science (ACGS), ASEAN Plus Three Junior Science Odyssey (APTJSO) dan ACGS Teacher Workshop and Student Camp, telah begitu berjaya mempersiapkan pelajar-pelajar kita dengan pendedahan dan pengalaman yang berbeza dari pengalaman di sekolah.
NASIONAL
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
9
Jabatan Perkhidmatan Pos sambut Hari Pos Sedunia Oleh : Khartini Hamir Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Oktober. - Sambutan Hari Pos Sedunia disambut pada setiap 9 Oktober sempena memperingati hari ulang tahun penubuhan Kesatuan Pos Sedunia dalam tahun 1874. Sehubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Pos hari telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Pos Sedunia yang bertemakan Inovasi, Integrasi dan Rangkuman Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat merasmikan Sambutan Hari Pos Sedunia 2016 bagi Negara Brunei Darussalam pada majlis yang berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan. Majlis berkenaan itu juga diselajurkan dengan perasmian Mobile App iPOST fasa pertama. Aplikasi Mobile Apps iPOST
bermaksud information post merupakan salah satu produk baharu bagi pengguna android sahaja dan info maklumat pos tersebut boleh dimuat turun melalui telefon bimbit yang mengandungi info-tracking, info kadar pos, info lokasi pos, info poskod dan info perkhidmatan pos. Ketua Pos Agung, Awang Haji Mohamad Manan bin Haji Lakim menjelaskan Istanbul World Postal Strategy (IWPS) telah menetapkan tiga matlamat yang sangat penting ke arah transformasi wawasan Kesatuan Pos Sedunia (UPU) 2020, iaitu memberi tumpuan pada inovasi, integrasi dan inklusi, iaitu kemasukan memacu perniagaan industri dalam tempoh empat tahun akan datang. Menurutnya, strategi IWPS adalah sejajar dengan strategi Kementerian Perhubungan antaranya ialah Customer Focus Strategy, iaitu pelanggan menjadi fokus utama.
MENTERI Perhubungan (kiri) menyampaikan Anugerah Posmen Paling Meningkat kepada Posmen dari Pejabat Pos Gadong, Awang Hardeeman bin Laiman.
Tambahnya, perkhidmatan pos adalah perhubungan pos yang begitu rapat dengan pelanggan berbanding dengan perhubungan perkhidmatan yang lain, di mana perhubungan pos seluruh dunia boleh merentasi sempadan untuk menyampaikan lebih 300 bilion mel setahun ke seluruh dunia. Menurut Awang Haji Mohamad Manan lagi, menyentuh mengenai dengan penghantaran mel, Jabatan Perkhidmatan Pos telah dan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif strategik untuk mencapai dan memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa berubah dan di sepanjang tahun 2016 ini beberapa pencapaian telah dilaksanakan oleh jabatan berkenaan terutama dalam memberikan perkhidmatan ke arah Customer Focus Strategy. Antaranya adalah sistem kemasukan data, iaitu Data-Entry bagi memudahkan Local Tracking khusus bagi benda-benda pos yang diterima dari luar negeri yang bukan mengikut Piawaian Pos Antarabangsa (UPU), sementara yang kedua ialah melalui AR Web Listing, iaitu mempamerkan senarai benda pos yang bertanda Hijau atau Merah khusus bagi paket kecil untuk memudahkan pelanggan mengetahui keberadaannya. Perkhidmatan lain ujarnya lagi, ialah melalui perkhidmatan door-to-door bagi paket kecil yang bertanda hijau untuk mengurangkan kesesakan pelanggan mengambil benda pos yang bertanda hijau dan merah di kaunter-kaunter pos, di samping mewujudkan Pusat Perkhidmatan Pelanggan (CSC) bagi memudahkan orang ramai berinteraksi, membuat pertanyaan mengenai apa jua permasalahan mengenai perkhidmatan pos yang dihadapi. ''Kerjasama dengan pihak Kastam untuk melaratkan proses pengimbasan x-ray, iaitu 'Green' atau 'Red' Label pada benda-benda pos yang bersaiz besar untuk meningkatkan interoperability, iaitu antara inisiatif 'Ease of Doing Business', selain yang keenam ialah penyerahan benda-benda pos yang pelbagai saiz melalui van telah dan sedang dilaksanakan dan ini semua merupakan inisiatif ke arah program di bawah Customer Focus Strategy,'' jelas beliau lagi.
MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat (kanan) merasmikan Sambutan Hari Pos Sedunia 2016 bagi Negara Brunei Darussalam dengan memotong pulut kuning. Juga kelihatan Ketua Pos Agung, Awang Haji Mohamad Manan bin Haji Lakim (kiri).
Majlis juga menyaksikan Penyampaian Anugerah 2016 kepada Posmen Cemerlang dan Posmen Paling Meningkat, yang juga turut diselajurkan dengan pemakluman Peraduan Menulis Surat Kiriman 2016 bagi '45th International Letter Competition For Young People 2016'. Sementara, penerima Anugerah Posmen Cemerlang 2016 pada majlis tersebut dinobatkan kepada Awang Daniel bin Alun, Posmen dari Pejabat Pos Lamunin yang telah menerima wang tunai BND500 dan sijil penghargaan, manakala Anugerah Posmen Paling Meningkat dianugerahkan kepada Awang Hardeeman bin Laiman, Posmen dari
Pejabat Pos Gadong yang menerima wang tunai sebanyak BND300 berserta sijil penghargaan. Jabatan Perkhidmatan Pos dengan itu berharap agar sambutan Hari Pos Sedunia pada tahun ini akan lebih bermakna bagi semua warga pos, terutama dalam mengeratkan tali silaturahim, di samping turut sama-sama memeriahkan lagi Sambutan Hari Pos berkenaan dengan menyertai beberapa aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, antaranya ialah Sukan Boling, Sukan Ria, Majlis Ramah Mesra, Sukan Futsal, Badminton, Bola Jaring dan beberapa aktiviti sosial dan kebajikan.
HALUAN Kerajaan dan bukan kerajaan akan sentiasa memastikan Ease of Doing Business
Telus, efisien dan berintegriti Dari muka 2 Pada mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin memberi kesimpulan bahawa saya mahu DARE sebagai institusi khusus bagi MSME yang sentiasa komited untuk meningkatkan martabat pembangunan MSME di negara ini dan berusaha dengan penuh iltizam untuk pembangunan MSMEs di Negara Brunei Darussalam supaya ianya sentiasa relevan dan sustainable. DARE juga perlu bekerja sepenuhnya untuk menubuhkan linkages dengan FDI Action Support Team (FAST)
supaya Pelaburan Langsung Asing akan dapat memberikan peluang-peluang peniagaan yang terjamin kepada MSME di negara ini. Dua kunci utama adalah : i. Betapa pentingnya pembangunan kapasiti di kalangan MSME dan dengan saya harap pihak DARE akan terus memantau perkembangan IBA dan juga akan mengadakan program khusus bagi membantu usahawan di setiap kategori perniagaan. Pelaksanaan pembangunan kapisiti ini bukan hanya setakat melalui dialog atau forum sahaja tetapi supaya
ianya dapat menembusi isu-isu yang sebenar dan seterusnya memberikan impak yang bermakna bagi kesemua MSME. Saya masih mendengar rintihan orang ramai yang melapor masalah bisnes yang masih belum selesai tindakannya oleh pihak DARE; dan ii. Kedua, akses pembiayaan yang baru dilancarkan adalah satu platform yang harus direbuti oleh MSME tempatan. Namun, MSME demikian perlu memastikan bahawa pelan perniagaan haruslah viable dan realistik dalam sama-sama
membangunkan ekonomi Negara Brunei Darussalam. Pihak kerajaan akan sentiasa berusaha dengan gigih lagi untuk meluaskan akses pembiayaan bagi MSME. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada malam ini, saya sukacita ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bank Islam Brunei Darussalam dalam kerjasama untuk menubuhkan Skim Mikro Kredit tersebut. Ini adalah contoh usaha yang positif daripada bank-bank tempatan untuk membantu dan seterusnya
mengembangkan MSME di negara ini. Sebagai Pengerusi Darussalam Enterprise, saya, dengan rasa syukur dan tawaduk ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah rahmat-Nya juga melancarkan Startup Bootcamp dan Skim Mikro Kredit. InsyaaAllah, diharapkan dengan inisiatif ini akan memberi impak yang positif dalam landskap MSME di negara ini. Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh.
10
NASIONAL
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
Pasukan G530 'A' menang Cabaran Lumba Basikal LOF Oleh : Aimi Sani Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 30 Oktober. - Pasukan Lumba Basikal G530 'A' membawa pulang kenangan manis apabila diumumkan sebagai johan kategori berpasukan di dalam Cabaran Lumba Basikal LOF Ke-6 Tahun 2016 di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini. Tempat kedua kategori tersebut disandang oleh Pasukan Lumba Basikal Giant Miri yang mencabar rapat G530 'A', diikuti oleh Pasukan Lumba Basikal Belait 'A' (BCC) di tempat ketiga. Terdahulu dalam Perlumbaan Nasional, Azmi bin Abdul Hadzid dari G530 'A' memberi cabaran yang amat sengit kepada Abdul Hadrie bin Morsidi dari BCC 'A' yang terpaksa akur di tempat kedua dan disusuli Reduan bin Yusof, juga dari BCC 'A' yang meraih tempat ketiga. Dalam Perlumbaan Elite pula, tempat pertama dan kedua masing-masing disandang oleh Maximillian Feng Hung Chiat dari Pasukan Giant Miri dan Mohd. Radzi bin Tamat dari Pasukan BCC 'A', manakala tempat ketiga di raih oleh Muhammad Halid bin Sata dari Kedayan Proucell Brunei. Bagi Kategori Master, Chen Chiung Fa dari Pasukan Lumba Basikal Modesto 'B' menjadi juara kategori berkenaan diikuti dengan Shannon bin
Basman dari G530 'A' ditempat kedua dan Michael Scheck dari Kelab Berbasikal Masterpiece Pujut menduduki ketiga. Manakala bagi Kategori Veteran pula, Padsakorn Thongperm menjadi johan kategori diikuti dengan Teo Kock Hwee dari Pasukan Lumba Basikal Modesto 'A' dan Hamjah bin Haji Hujan dari Pasukan Lumba Basikal TKR terpaksa akur dengan menduduki tempat ketiga. Bagi Kategori Wanita pula, warga Indonesia Anisa Rizky Amalia dari Pasukan Lumba Basikal Prestanda mendapat tempat pertama setelah memberikan saingan sengit kepada Christina Fah dari Pasukan Lumba Basikal 6773 Nikkon dan tempat ketiga pula disandang oleh On Wah Chyl dari Tutong Mountain Bike Community. Sebanyak 33 pasukan menyertai kejohanan tersebut di mana kali ini mencatatkan lebih 200 pelumba menyertai kejohanan ke-6 yang dibahagikan kepada enam kategori sejauh 102 kilometer. Kejohanan anjuran LOF Bakery itu dijayakan bersama oleh Persekutuan Lumba Basikal Brunei Darussalam (BDCF) dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang antaranya menawarkan hadiah pingat dan wang tunai. Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah pada akhir majlis
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (depan, dua dari kanan) bersama pemenang-pemenang bagi Kategori King of Mountain.
ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Sementara itu, Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Awam LOF, Amelia Cheong ketika ditemui berkata, antara objektif utama kejohanan ini adalah bagi menggalakkan lebih ramai
orang awam khususnya belia untuk sama-sama menyertai perlumbaan basikal selain sama-sama mendukung hasrat kerajaan iaitu ke arah warga sihat. Pada tahun ini jelasnya, kejohanan ini mendapat banyak sambutan daripada negara jiran terdekat seperti Malaysia dan Indonesia. Manakala bagi Awang Amiruddin
bin Haji Amir berkata ini merupakan kali kedua beliau menyertai kejohanan seumpama ini. ''Saya berharap akan dapat menimba lebih banyak pengalaman melalui kejohanan seumpama ini dan seterusnya dapat memperbaiki lagi masa beliau,'' ujarnya yang sebelum ini pernah mewakili negara bagi Sukan SUKMA.
Menimba ilmu pengetahuan jamin masa hadapan untuk berusaha bersungguh-sungguh demi bangsa, agama dan negara. Sementara Dayangku Hajah Zuliana binti Pengiran Haji Zairian yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Usuluddin) berharap KUPU SB dapat melahirkan
DAYANGKU Siti Norasmilah bersama keluarga beliau.
binti
Pengiran
Abdul
Mokmin,
Diploma
Tertinggi
Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Oktober. - Menuntut ilmu itu tidak mengenal usia dan carilah peluang ilmu itu untuk mencapai kejayaan dan jangan hanya mengharap ianya datang sendiri. Graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Usuluddin), Awang Mohammad bin Ali mengingatkan rakyat di negara ini untuk terus menimba ilmu pengetahuan kerana ia menjamin masa hadapan. Semasa ditemu bual Pelita Brunei pada Majlis Konvokesyen Ke-6 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi, beliau menjelaskan ilmu yang dipelajari di KUPU SB tersebut akan diterapkan dalam tugas harian sebagai seorang tenaga pengajar di Sekolah Arab Sungai Akar. Dua sarjana Pengurusan dan
Pentadbiran, Awangku Haji Mohd. Norhalim bin Pengiran Haji Bongsu dan Awang Hazman bin Haji Kadir masing-masing berpendapat mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB yang masih meneruskan pengajian mereka supaya berfikiran positif dalam memberikan pandangan dan cadangan, di samping membuka mindset terhadap ilmu yang dipelajari. Justeru itu, Awangku Haji Mohd. Norhalim menyarankan agar para mahasiswa dan mahasiwi tabah menghadapi ujian dan cabaran semasa kursus dan pada masa akan datang. Awang Hazman pula berharap akan diberi peluang pekerjaan selepas tamat pengajian itu nanti. Dayang Nur Nadia Syuhadah binti Samlee yang telah menamatkan kursus Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Syariah) selama tiga tahun berkata,
Perguruan
dalam
jurusan
guru yang bersahsiah. Prancangan akan datang ujarnya akan meneruskan lagi menimba ilmu pengetahuan di KUPU SB dalam bidang yang bersesuaian dengan profesion yang diceburi di peringkat yang lebih tinggi.
Syariah
ilmu itu akan diadaptasikan dalam diri sebagai seorang guru. Beliau yang kini meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sabah Malaysia berazam
AWANG Mohamad bin Ali, Sarjana Muda Usuluddin.
DAYANG Nor Nadia Syuhadah binti Samlee, Diploma Tertinggi Perguruan dalam jurusan Syariah.
DAYANGKU Hajah Zuliane binti Pengiran Haji Zairian, Sarjana Muda Usuluddin.
AWANGKU Haji Mohd. Norhalim bin Pengiran Haji Bongsu, Sarjana Perguruan Ugama Pengurusan dan Pentadbiran.
AWANG Hazman bin Haji Kadir, Sarjana Perguruan Ugama Pengurusan dan Pentadbiran.
RENCANA
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
11
Memperkasa Islam di Alam Melayu Oleh : Noriah Haji Abdul Hamid dengan kerjasama Universiti Islam Sultan Sharif Ali
GAMBAR HIASAN... Syiar Islam yang menyinari Alam Melayu dan tidak terkecuali di Negara Brunei Darussalam yang turut mengintegrasikan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian malah pembinaan masjid saban tahun tumbuh bagai cendawan.
S
EMINAR Antarabangsa Islam di Alam Melayu (International Conference on Islam In The Malay World - ICON IMAD VI 2016) telah diadakan pada (20 - 21 September 2016) bertempat di Auditorium Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) anjuran bersama UNISSA; Brunei Darussalam, Universiti Malaya; Malaysia, Universiti Prince Songkla; Thailand dan Universiti Islam Negeri Sunan Gunung Dijati; Indonesia. Seminar selama dua hari ini bertemakan 'Islam Pemangkin Kemakmuran di Alam Melayu' disampaikan dengan menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa Arab dengan objektifnya untuk menonjolkan peranan Islam sebagai pemangkin kemakmuran sejagat sesuai dengan misi Islam Rahmatan Lil 'Alamin; mempraktikkan cara hidup berpandukan ajaran Islam mengikut aliran Ahli Sunnah Waljamaah; mewujudkan keharmonian dan toleransi di antara komuniti Muslim dan bukan Muslim bagi mengukuhkan perpaduan dan kemakmuran sejagat serta mempergiat dan memanfaatkan hasil kajian Islam ke arah menyumbang pada kemakmuran yang holistik dalam semua aspek kehidupan. Seminar tersebut dianjurkan adalah sebagai landasan bagi mengetengahkan konsep kemakmuran Islam untuk diamalkan di Alam Melayu dengan membuat pengupasan pada aspek kemakmuran dan membincangkan pelbagai perspektif, antaranya dari perspektif Al-Quran Al-Karim dan Al-Sunnah, akidah dan dakwah, syariat dan undang-undang Islam, sejarah dan tamadun Islam. Skop-skop tema adalah berkisar dari perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah, Aqidah dan Da'wah, Syariat dan Undang-Undang Islam, komunikasi, pengurusan, ekonomi, Kewangan Islam, Pendidikan Islam, Tamadun Islam dan banyak lagi skop lain yang dapat dibincangkan, dikupas dan dikongsi sama. Seramai 67 pembentang dari Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Thailand, Indonesia, India dan Maldives berkumpul untuk berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar idea, informasi khususnya dalam bidang akademik. ICON IMAD VI adalah rentetan dari ICON IMAD I (2011) dan ICON IMAD III (2013)di Bandung, ICON IMAD II (2012) dan ICON IMAD IV di Universiti Malaya dan ICON IMAD V (2015) di Universiti Prince Songkla, Thailand.
UNISSA mulai berkolaborasi dalam penganjuran bersama seminar berkenaan pada tahun 2015. Forum yang bertemakan 'Kemakmuran Negara Pemangkin Kesejahteraan Ummah di Alam Melayu' juga turut mengisikan seminar berkenaan. Ia bertujuan untuk sama-sama membincangkan tema kemakmuran yang dikupas dalam pelbagai aspek melalui pemimpin-pemimpin dalam institusi akademik Alam Melayu yang terdiri daripada Pengarah Pusat Kajian Al-Quran, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Profesor Dato Dr. Mohd. Yakub @ Zulkifli bin Mohd. Yussof; Pengarah Pusat Pengajian Lepas Ijazah Universitas Islam Sunan Gunung Djati, Bandung, Indonesia, Profesor Asep Saepul Muhtadee; Pengarah Kolej Pengajian Islam (CIS) Prince of Songkla University, Dr. Yusof Talek; Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam, UNISSA, Profesor Mahyuddin bin Yahaia dan Penolong Naib Canselor Akademik bagi Hal Ehwal Akademik, Mindanao, Profesor Dr. Ali Bangcola Panda. PERPADUAN DI BAWAH PAYUNG ISLAM Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned juga selaku tetamu kehormat telah menyempurnakan perasmian seminar berkenaan. Dalam ucaptamanya Yang Berhormat Pehin menjelaskan bahawa tidak diragukan lagi Islam adalah pembawa perubahan berupa kemakmuran di Alam Melayu malah Islam pemangkin global, menyinari seluruh alam, di mana rantau Alam Melayu adalah sebahagian darinya. Kerana Islamlah, Alam Melayu berjaya tampil sebagai sebuah tamadun yang gilang-gemilang dan kerana Islamlah, umat Melayu berjaya membina pemerintahan, melaksanakan undang-undang, menyebarkan pendidikan dan merancakkan ekonomi. Alam atau dunia Melayu memiliki ciri-ciri kehebatan dan kekuatan semula jadi dengan penduduknya yang amat ramai, iaitu 350 juta dijalin oleh satu bahasa, iaitu bahasa Melayu, variasi dan dialek-dialek Melayu yang bukan sahaja digunakan di negara kita malahan dituturkan di Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Laos, Sri Lanka dan Kepulauan Cocos. Menurut Yang Berhormat, jumlah yang disebut seramai 350 juta jiwa itu
bukanlah jumlah yang kecil, tetapi satu jumlah yang besar dan jika bersatu, jumlah yang sebesar ini sudah pasti mampu untuk menciptakan bangsa yang besar, hebat lagi kuat dengan syarat mestilah bersatu dalam satu ikatan persaudaraan kerana Allah, ukhuwah Fillah atau Ukhuwah Fi Dinillah (bersatu dalam persaudaraan seagama, agama Allah) bukan ukhuwah Fi al-Tsafaqah (kebudayaan) atau Ukhuwah Fi al-Siasah (politik). Di sini sebenarnya kekuatan dan kehebatan itu, iaitu bersatu, bersatu teguh bercerai roboh. ''Tetapi malangnya, inilah yang kurang dipromosi oleh kita kerana kita lebih sibuk mempromosi bidang-bidang lain lebih mempromosi kerjasama kebudayaan, ekonomi, pertahanan dan lain-lain, tetapi tidak atau jarang-jarang teringat untuk mempromosi perpaduan dan hidup bersatu padu di bawah payung Islam,'' ujar Yang Berhormat Pehin. RESOLUSI ICON IMAD VI Seminar Antarabangsa Islam di
''TETAPI malangnya, inilah yang kurang dipromosi oleh kita kerana kita lebih sibuk mempromosi bidang-bidang lain lebih mempromosi kerjasama kebudayaan, ekonomi, pertahanan dan lain-lain, tetapi tidak atau jarang-jarang teringat untuk mempromosi perpaduan dan hidup bersatu padu di bawah payung Islam,'' - Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned Alam Melayu Ke-VI telah menetapkan tujuh resolusi seperti berikut yang telah dibentangkan oleh Dekan Fakulti Usuluddin, UNISSA, Dr. Lilly Suzana binti Haji Shamsu selaku Pengerusi Bersama ICON IMAD VI pada Majlis Penutup Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu VI. Resolusi pertama ialah memperkasa akidah tauhid sebagai kerangka asas dalam membangun daulah Islamiah yang aman makmur berpandukkan pemikiran Ahli Sunnah Wal Jama'ah dengan memartabatkan prinsip wasatiyyah dalam semua bentuk muamalat demi menjaga kesatuan ummah di Alam Melayu. Resolusi kedua pula adalah untuk meningkatkan kerjasama dan persefahaman di antara institusi akademik dan pihak yang berautoriti di Alam Melayu berasaskan konsep Baldatun Thayyibatun Warabbun Ghafur. Manakala resolusi ketiga ialah mengembang dan meluaskan jaringan di antara para sarjana Islam
di Alam Melayu bagi tujuan penyelidikan dan pelbagai aktiviti akademik. Seterusnya resolusi keempat adalah untuk menilai kembali sistem pendidikan Islam di Alam Melayu dengan mengambil kira pembangunan dan kemajuan semasa global. Meneroka model Brunei yang mengintegrasikan nilai-nilai Islam dalam ekonomi, politik, sosial dan budaya mengikut prinsip Melayu Islam Beraja (MIB) sebagai falsafah negara merupakan resolusi kelima seminar berkenaan. Sementara itu, seminar tersebut turut menekankan pentingnya memperelokkan kurikulum pendidikan Islam di Alam Melayu agar dapat mendepani cabaran kontemporari sebagai resolusi keenam. Manakala resolusi terakhir menegaskan pentingnya untuk mewujudkan kolaborasi di antara IPT di Alam Melayu untuk mempromosi dan memperkasa pengajian Islam melalui pertukaran pelajar dan tenaga akademik.
GAMBAR HIASAN... Inilah sebahagian daripada para sarjana Islam yang dilahirkan oleh sebuah universiti Islam tulen di negara ini. Mengembang dan meluaskan jaringan di antara para sarjana Islam di Alam Melayu bagi tujuan penyelidikan dan pelbagai aktiviti akademik.
12
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
13
Berkenan mengurniakan ijazah, diploma pada Konvokesyen KUPU SB Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Pengiran Amirulnizam Pengiran Haji Mohd. Ali, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) berangkat masuk ke Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) bagi Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-6 Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) berkenan berangkat mengurniakan ijazah dan diploma kepada graduan-graduan pada Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-6 Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Pemangku Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar. Sementara itu, keberangkatan masuk
Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Dewan Plenari didahului dengan Perarakan Canselor dan setelah itu diikuti dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 151 - 157 dibacakan oleh graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Usuluddin), Awang Mohammad bin Ali, manakala inti sari ayat dibacakan oleh graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Usuluddin), Awang Mohammad Malek Faisal bin Haji Saili. Pemangku Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan dalam sembah alu-aluannya antara lain menyembahkan, keberangkatan Kebawah DYMM adalah sebagai satu limpahan rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala yang sangat bermakna, bukan sahaja bagi kegemilangan majlis konvokesyen itu bahkan juga sebagai kenangan bahagia lagi abadi kepada para graduan dan yang hadir. Beliau turut menyembahkan bahawa tahun ini genaplah sepuluh tahun penubuhan KUPU SB sejak penubuhannya pada tahun 2007 dan KUPU SB sentiasa berusaha mencapai visi, misi dan matlamatnya sebagai sebuah universiti pendidikan perguruan ugama. Sejak tiga tahun yang lepas, KUPU SB menurutnya telah membuat penilaian semula program-programnya supaya relevan dan
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan bergambar kenangan bersama para graduan yang berjaya menamatkan ijazah mereka pada Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-6 Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi.
menepati sasaran stakeholder dan realiti kurikulum di sekolah-sekolah. Katanya, struktur program dan kurikulum kursus telah dianalisis secara perbandingan dengan amalan terbaik Universiti Perguruan Antarabangsa, iaitu dengan mengambil kira Falsafah Negara Zikir, Melayu Islam Beraja (MIB) dan Wawasan Negara 2035. Sehubungan dengan itu, KUPU SB jelasnya telah menawarkan programprogram baharu dari peringkat Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda, Diploma Tertinggi dan Diploma. Oleh yang demikian, selain menjadi guru ugama yang profesional, program tersebut diharap dapat membantu graduan dalam
industri pendidikan dan persaingan pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif. Pada majlis itu, Kebawah DYMM juga berkenan mengurniakan titah dan seterusnya mengurniakan 251 ijazah dan diploma kepada 20 graduan Ijazah Sarjana Perguruan Ugama, 19 graduan Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah, 114 graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dan 98 graduan Diploma Tertinggi Perguruan Ugama. Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra dan mengabdikan gambar kenangan bersama para graduan serta keluarga mereka.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma kepada beberapa orang graduan KUPU SB (atas kiri, tengah dan kanan).
MAJLIS Konvokesyen KUPU SB Ke-6 Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi dihadiri sama oleh keluarga para graduan yang berkongsi sama kejayaan para graduan tersebut (kiri sekali), sementara gambar kiri, di antara para graduan KUPU SB yang menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis tersebut yang akan berperanan menjadi guru ugama yang profesional.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan bergambar ramai bersama ahli-ahli senat KUPU SB.
14
JAWATAN KOSONG / IKLAN
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
TARIKHTARIKH IKLAN : IKLAN: 31 OKTOBER : 14 2016. BILANGAN IKLAN : 69/10/2016(SPA/BIKL). 21 JUN2016. 2014.TARIKH TARIKHTUTUP TUTUPPERMOHONAN PERMOHONAN: 12NOVEMBER JULAI 2014 BILANGAN IKLAN:26/06/14 (SPA/BIKL)
PERATURAN 7 (a) GAJI HARI Syarat-Syarat Am : a) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. b) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian ugama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam. c) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di negara ini. d) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN. IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI
GH 1. PEGAWAI PENDIDIKAN POLITEKNIK BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN PG.3 (BAHAGIAN II) KEKOSONGAN = 27
i. Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Dua Atas (Upper Second Class) ii. Ijazah Sarjana (Master by Coursework or Research) 3. Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang yang dikehendaki oleh jawatan dari segi teori dan amali adalah kelebihan. 4. Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. TEMPOH PERCUBAAN Bagi yang bukan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dikehendaki terlebih dahulu mengikuti dan lulus program Postgraduate Certificate of Education (PGCE) atau Postgraduate Certificate of Technical Education (PGCTE) atau Education Specialist Diploma / Certificate di dalam tempoh percubaan. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENDIDIKAN : 1. Tenaga pengajar sepenuh masa. 2. Boleh dilantik untuk memimpin atau mentadbir jabatan atau bahagian sekolah atau kegiatan-kegiatan bukan akademik sekolah atau kokurikulum. 3. Memberikan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pentadbiran sekolah.
KELAYAKAN MINIMUM : 1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pendidikan atau dalam salah satu bidang berikut atau bidang bersesuaian : • Electrical and Electronic Engineering • Petroleum Engineering • Mechanical Engineering • Science Technology / Chemical Laboratory Technology • Civil Engineering • Telecommunication and Systems Engineering • Architecture • Library Informatics and Computing • Digital Media • Business Accounting & Finance, Islamic Finance • Business Studies, Entrepreneurship, Business Law • Pengetahuan Ugama Islam • Melayu Islam Beraja • Communication Skills • Engineering Mathematics. 2. Mempunyai kelulusan-kelulusan berikut adalah kelebihan :
NOTA : Pemohon hendaklah melengkapkan borang SPA 1 dan menyertakan salinan-salinan surat beranak, kad pintar, surat-surat akuan, sijil-sijil yang berkenaan dan dihantar ke alamat berikut : TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH1 : Laporan LEVEL: ? 2, ONE STOP CENTER, POLITEKNIK BRUNEI, BLOK 2E, KONDOMINIUM ONG SUM PING, BA 1311 BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH 1 ADALAH PADA ISNIN, 14 NOVEMBER 2016. PEMBERITAHUAN : 1. Penggunaan Borang SPA / 1 a. Semua permohonan hendaklah dengan mengisikan borang SPA / 1. b. Semua pemohon dikehendaki mengisikan satu (1) Borang SPA / 1 khusus untuk satu kementerian / jabatan di mana kekosongan berada. c. Pemohon yang memohon lebih dari satu (1) jawatan dikehendaki untuk mengisikan borang SPA / 1 mengikut jumlah jawatan yang dipohonkan. d. Borang SPA / 1 boleh didapati di laman sesawang Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (www.spa.gov.bn) klik Muat Turun, kemudian pilih Borang SPA / 1 dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah. e. Sijil-sijil akademik asal (asli) hendaklah dibawa semasa menghadapkan permohonan borang SPA / 1 untuk pengesahan. f. Pemohon hendaklah menyertakan dua (2) keping gambar terkini berukuran pasport. g. Bagi iklan jawatan bilangan GH 1 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA 1. 2. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan profesional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (selepas ini dipanggil kerajaan). 3. Empat (4) kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei - Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut. 4. Permohonan yang lewat tidak akan dilayan. 5. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di pejabat-pejabat kerajaan dan pusat awam seperti berikut : • Pejabat Daerah Belait; • Pejabat Daerah Temburong; • Pejabat Daerah Tutong; • Jabatan Buruh, Bahagian Perkhidmatan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
Pekerjaan
JABATAN KEHAKIMAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI BAHAGIAN PENDAFTARAN MAHKAMAH BESAR JABATAN KEHAKIMAN NEGARA
AKAUN-AKAUN YANG DISIMPAN DI BAWAH NAMA KETUA PENDAFTAR, MAHKAMAH BESAR
ADALAH dengan ini dipohonkan kerjasama daripada penama-penama tersebut di bawah untuk menghadirkan diri ke Mahkamah untuk tujuan menuntut dan mengembalikan akaun-akaun ini memandangkan akaun-akaun ini belum pernah dituntut di Mahkamah. Nama-nama akaun-akaun tersebut adalah seperti berikut:Nama : 1. NGU KIEW ENG 2. NGU GOH SING 3. NGU GOH UNG
4. NGO KIU HO 5. NGU KUI KING 6. NGU KUI HA 7. NGU GOH HING 8. HAMID ANAK BANGA 9. TONY ANAK BANGA 10. ABDUL RAHMAN GHANI Kepada penama-penama atau waris kepada penama-penama yang dinyatakan supaya akan dapat menuntut akaun-akaun ini di Bahagian Pendaftaran, Tingkat 2, Mahkamah Tinggi tidak lewat pada Sabtu, 3 Disember 2016. Jika tidak ada sebarang tuntutan diterima, pihak Mahkamah akan menyerahkan akaun-akaun tersebut kepada pihak Autoriti Monetari Brunei Darussalam untuk tindakan selanjutnya. Sebagai peringatan penama-penama dan waris tersebut hendaklah membawa kad pengenalan, surat beranak, salinan perintah mahkamah
yang dikeluarkan dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kes tersebut semasa membuat tuntutan. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai dengan perkara tersebut di atas, sila hubungi Bahagian Pendaftaran, Mahkamah Besar di alamat seperti berikut : Alamat : Bangunan Mahkamah Tinggi Mahkamah Besar, KM 1½, Jalan Raja isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, BA2920, Negara Brunei Darussalam. Nombor Telefon : +673 2220183, +673 2243939 (sambungan 146, 133, 129) Faksimile : +673 2241984 Waktu 8.00 Pagi hingga 11.45 Pagi 2.00 Petang hingga 4.00 Petang (waktu dan hari bekerja)
PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN TAWARAN : ENGC/PM/4.1/8.2016 ''The Supply, Delivery, Installation, Configuration, Integration, Testing, Commissioning and Maintenance of Server Equipment and Other Related Service for The Additional Compute of One Government Private Cloud (OGPC)� Syarat-Syarat Tawaran : 1. SYARIKAT atau perusahaan yang berminat untuk ikut serta di dalam tawaran ini mestilah mempunyai pengalaman pengendalian projek Private Cloud Virtualized Infrastructure dan Qualified VMWare Technology Partner. 2. Syarikat atau perusahaan yang berminat untuk ikut serta juga adalah dikehendaki mempunyai AITI Accredited Business Status (AAB Status) classified in ICTAB Class 3 or Class 4. 3. Mana-mana syarikat atau perusahaan yang berhajat untuk ikut serta bagi tawaran yang tersebut di atas hendaklah membuat pembayaran bagi harga yuran tawaran yang berjumlah BND10.00 dan seterusnya mendapatkan dokumen tawaran dalam bentuk cakera padat berjumlah BND5.00 dari : SEKSYEN KEWANGAN DIVISYEN PENGURUSAN KEWANGAN PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI SIMPANG 69-18, JALAN E-KERAJAAN, GADONG BE1110, BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. pada setiap Isnin hingga Khamis dari jam 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi sahaja. 4. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul
surat yang tertutup. Pada bahagian atas sampul surat hendaklah ditulis tajuk tawaran seperti berikut : BILANGAN TAWARAN : ENGC/PM/4.1/8.2016 ''The Supply, Delivery, Installation, Configuration, Integration, Testing, Commissioning and Maintenance of Server Equipment and Other Related Service for The Additional Compute of One Government Private Cloud (OGPC)'' tanpa menunjukkan nama syarikat atau perusahaan dan sampul surat itu hendaklah ditujukan kepada : PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL JABATAN PERDANA MENTERI JALAN MENTERI BESAR BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. tidak lewat dari jam 2.00 Petang pada Selasa, 15 November 2016 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya terikat menerima tawaran yang rendah atau sebarang tawaran difikirkan tidak munasabah. 6. Sesi penerangan tawaran akan diadakan pada Selasa, 8 November 2016 bertempat di Pusat Kebangsaan E-Kerajaan, Simpang 69-18, Jalan E-Kerajaan, Gadong, BE1110 pada jam 10.00 Pagi. 6. Syarikat atau perusahaan yang berminat untuk menghadiri sesi penerangan berkenaan hendaklah menghadapkan tiga (3) orang nama wakil ke jabatan ini melalui nombor faksimile : +673 2424940. 7. Bagi sebarang pertanyaan berhubung
dengan sesi penerangan tersebut bolehlah menghubungi ke jabatan ini melalui talian telefon : +673 2424955 sambungan 130 atau e-mel : cm@egc.gov.bn. BILANGAN TAWARAN : ENGC/PM/4.1/7.2016 ''The Supply, Delivery, Installation, Integration, Testing, Commissioning and Maintenance of Storage Equipment and Other Related Service for The Additional Storage of One Government Private Cloud (OGPC)'' Syarat-Syarat Tawaran : 1. Syarikat atau perusahaan yang berminat untuk ikut serta di dalam tawaran ini mestilah mempunyai pengalaman pengendalian projek Private Cloud Virtualized Infrastructure dan Qualified VMWare Technology Partner. 2. Syarikat atau perusahaan yang berminat untuk ikut serta juga adalah dikehendaki mempunyai AITI Accredited Business Status (AAB Status) classified in ICTAB Class 3 or Class 4. 3. Mana-mana syarikat atau perusahaan yang berhajat untuk ikut serta bagi tawaran yang tersebut di atas hendaklah membuat pembayaran bagi harga yuran tawaran yang berjumlah BND30.00 dan seterusnya mendapatkan dokumen tawaran dalam bentuk cakera padat berjumlah BND5.00 dari : SEKSYEN KEWANGAN DIVISYEN PENGURUSAN KEWANGAN PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI SIMPANG 69-18 JALAN E-KERAJAAN, GADONG BE1110, BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. pada setiap Isnin hingga Khamis dari jam 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi sahaja. 4. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul
JABATAN KAJI CUACA BRUNEI DARUSSALAM KEMENTERIAN PERHUBUNGAN 1. TAWARAN adalah dipelawa bagi : 'COLOUR-CODED SEVERE WEATHER WARNINGS PROMOTIONAL VIDEO'. 2. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang ditutup rapi tanpa menunjukkan identiti atau logo pembekal / pemborong ditulis dengan : TAWARAN BAGI 'COLOUR-CODED SEVERE WEATHER WARNINGS PROMOTIONAL VIDEO' Bilangan Tawaran : JKBD/2016/SH-15 Tarikh Tutup : Rabu, 2 November 2016 Kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Jabatan Kaji Cuaca Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam Tingkat 1, Divisyen Kewangan Blok B23, Flat Anggerek Desa Simpang 32-37 Kampung Anggerek Desa, BB3713 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga (waktu bekerja rasmi kerajaan) yang beralamat di atas tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Rabu, 2 November 2016. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Dokumen tawaran boleh diperolehi semasa waktu-waktu bekerja dengan harga BND5.00 senaskhah (tidak dikembalikan) dari : Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam Bahagian Kewangan, Aras Permukaan Blok B23, Flat Anggerek Desa Simpang 32-37 Kampung Anggerek Desa, BB3713 Negara Brunei Darussalam. Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Dayang Nurulinani binti Haji Jahari di talian +673 2381342 / +673 2345567 Faksimile : +673 2343134
E-mel : nurulinani.jahari@met.gov.bn 5. Keterangan perkhidmatan / pembekalan yang dikehendaki adalah seperti di dalam BORANG TAWARAN dan lampiran yang disertakan. Jumlah harga tawaran hendaklah ditulis dengan lengkap dan jelas demi mengelakkan sebut harga berkenaan ditolak. Syarikat mestilah membubuh tandatangan dan cap rasmi syarikat pada borang tersebut. Mana-mana sebut harga yang dihantar tanpa menggunakan BORANG TAWARAN asal boleh menyebabkan sebut harga ditolak. 6. Perkhidmatan / pembekalan yang ditawarkan hendaklah menepati kehendak spesifikasi seperti dinyatakan di dalam Lampiran TS (Spesifikasi Teknikal). 7. Sebut Harga hendaklah sah sehingga 120 hari dari tarikh tutup sebut harga. 8. Bagi tawaran yang dibukakan semula (retender), mana-mana syarikat yang pernah membeli dokumen projek hendaklah membawa bersama-sama resit pembayaran yuran tawaran bagi tawaran asal semasa waktu-waktu bekerja biasa bagi mendapatkan dokumen retender untuk pertimbangan dikecualikan dari pembayaran yuran kali kedua. 9. Borang tawaran hendaklah dikembalikan walaupun syarikat tidak dapat memberikan sebut harga, iaitu dengan mencatat / menulis 'TIADA TAWARAN' atau 'NO QUOTE' dalam borang berkenaan. 10. Pihak penender hendaklah menyatakan bersama tawaran ini perkaraperkara berikut : a. Sijil pendaftaran perniagaan; b. EFT Form dan Vendor Form; c. Penyata pengakuan penender dan borang pengakuan penender; d.Salinan resit yuran; e. Salinan track record bagi pembekalan yang pernah dilakukan. 11. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran yang tidak munasabah.
15
IKLAN
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
surat yang tertutup. Pada bahagian atas sampul surat hendaklah ditulis tajuk tawaran seperti berikut : BILANGAN TAWARAN : ENGC/PM/4.1/7.2016 ''The Supply, Delivery, Installation, Integration, Testing, Commissioning and Maintenance of Storage Equipment and Other Related Service for The Additional Storage of One Government Private Cloud (OGPC)'' tanpa menunjukkan nama syarikat atau perusahaan dan sampul surat itu hendaklah ditujukan kepada : PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL JABATAN PERDANA MENTERI JALAN MENTERI BESAR BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. tidak lewat dari jam 2.00 Petang pada Selasa, 15 November 2016 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya terikat menerima tawaran yang rendah atau sebarang tawaran difikirkan tidak munasabah. 6. Sesi penerangan tawaran akan diadakan pada Selasa, 8 November 2016 bertempat di Pusat Kebangsaan E-Kerajaan, Simpang 69-18, Jalan E-Kerajaan, Gadong, BE1110 pada jam 10.00 Pagi. 6. Syarikat atau perusahaan yang berminat untuk menghadiri sesi penerangan berkenaan hendaklah menghadapkan tiga (3) orang nama wakil ke jabatan ini melalui nombor Faksimile : +673 2424940. 7. Bagi sebarang pertanyaan berhubung dengan sesi penerangan tersebut bolehlah menghubungi ke jabatan ini melalui talian telefon : +673 2424955 sambungan 130 atau e-mel : cm@egc.gov.bn.
JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI TAWARAN adalah dipelawa bagi : Tajuk Projek : Kerja-Kerja Pembekalan, Pemasangan dan Uji Cuba Paip Angin Tekanan Tinggi (High Air Pressure Piping) dari Compressor ke Mesin-Mesin Percetakan di Bangunan Cawangan Percetakan Keselamatan Bilangan : GP/ADM/RKN/03/2016 Tarikh tutup : 8 November 2016 (Selasa) tidak lewat jam 2.00 Petang Syarat-Syarat Tawaran : 1. SYARIKAT-syarikat tawaran dari :
yang
berminat
hendaklah
mendapatkan
dokumen
KAUNTER PENYAMBUT TETAMU BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGAN, BAY 1 JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Isnin hingga Khamis dan Sabtu 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 2.00 Petang hingga 4.00 Petang 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup (sealed) dengan menyatakan tajuk projek (di bahagian atas sampul surat berkenaan) tanpa menunjukkan nama syarikat dan ditujukan ke : JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 3. Tawaran-tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga yang telah disediakan di Bahagian Pentadbiran, Tingkat 1, Bay 1, Jabatan Percetakan Kerajaan tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 8 November 2016. 4. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan waktu yang dinyatakan di atas tidak akan dilayan. 5. Kerajaan Kawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalamtidak semestinya terikat atau menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran yang difikirkan tidak munasabah.
16
IKLAN
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
BAHAGIAN KIHDMAT BAKTI NEGARA (PKBN) KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
POLITEKNIK BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN POLITEKNIK BRUNEI
BAHAGIAN KHIDMAT BAKTI NEGARA (BKBN) KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BLOK 2E, KONDOMINIUM JALAN ONG SUM PING BANDAR SERI BEGAWAN
BILANGAN TAWARAN : 22/OKTOBER/2016/PKBN/1.40/16
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN PELBAGAI PAKAIAN BAGI PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA (PKBN) BAGI PENGAMBILAN KE-6 KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
TAWARAN BILANGAN SEBUT HARGA :
BILANGAN TAWARAN : 24/OKTOBER/2016/PKBN/1.40/16
PB/AJKKONVO3/Q/2016-2017/002 KETERANGAN :
PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN PELBAGAI KASUT BAGI PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA (PKBN) BAGI PENGAMBILAN KE-6 KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
Menyediakan Perkhidmatan Katering bagi Majlis Konvokesyen Politeknik Brunei Kali Ketiga 2017M / 1438H BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN : NIL
DOKUMEN Sebut Harga boleh diperolehi dari Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam semasa hari / waktu bekerja. Tawaran yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang disediakan di :
TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 15 November 2016 (tidak lewat jam 2.00 Petang)
Tingkat 1, Ruang Masuk / Penyambut Tetamu (depan kaunter sekuriti) Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, BS8110 Negara Brunei Darussalam. (PETI SEBUT HARGA BERWARNA HIJAU)
WAKTU-WAKTU PENERIMAAN WANG BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN Isnin hingga Khamis
Tidak lewat jam 2.00 Petang, Khamis, 3 November 2016. Tarikh terakhir mengambil dokumen sebut harga adalah pada Rabu, 2 November 2016 jam 11.00 Pagi.
8.00 Pagi hingga 11.45 Pagi 1.45 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi Untuk keterangan lebih lanjut boleh merujuk ke Politeknik Brunei seperti di atas.
Penerangan lanjut boleh dirujuk ke Bahagian Khidmat Bakti Negara semasa waktu bekerja melalui talian telefon : +673 2340033 / +673 yang bertempat di Ibu Pejabat Bahagian Khidmat Bakti Negara (BKBN), Simpang 32-15, Flat Kerajaan Anggerek Desa, Jalan Berakas, Negara Brunei Darussalam.
(BKBN) 2340045 Blok 18, BB3713,
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PERINTAH ACARA MAL MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH, 2005 SAMAN GANTIAN DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI DAERAH BRUNEI DAN MUARA DALAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Saman No. BM/MRS/MAL-B/S009A/463/06-2016 DI ANTARA DAYANG ROBIAH BINTI ABD. GHANI Plaintif / Pemohon DAN MUHD. HAFIZ AL ISLAM BIN ABDULLAH ALAK @ ROSBINI BIN ALAK
Defendan / Responden KEPADA : MUHD. HAFIZ AL ISLAM BIN ABDULLAH ALAK @ ROSBINI BIN ALAK NO. KAD PENGENALAN : 00-262809 (KUNING) BERALAMAT : NO.98 KAMPONG WASAN JALAN LIMAU MANIS, BH2523 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. KAMU adalah dengan ini disaman supaya hadir secara sendiri atau melalui Peguam Syarie kamu di hadapan Mahkamah Rendah Syariah di Daerah Brunei dan Muara, pada Rabu, 7 Safar 1438H / 7 November 2016M pada pukul 2.30 Petang untuk menjawab tuntutan terhadap kamu oleh plaintif yang dinamakan di atas, bagi Permohonan Cerai di bawah Janji Ta'liq. Sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingkar hadir
di mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan, mahkamah boleh meneruskan untuk mendengarkan dan memutuskan kes tanpa kehadiran kamu. Dan sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingin membela diri terhadap tuntutan tersebut, kamu hendaklah memfailkan di mahkamah ini dan menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang disebut di atas atau hadir di mahkamah pada tarikh itu. Bertarikh : 29 Syawal 1437 H / 3 Ogos 2016 M
(METERAI) Mahkamah Rendah Syariah Daerah Brunei dan Muara Negara Brunei Darussalam.
JABATAN PERBENDAHRAAN KEMENTERIAN KEWANGAN PEMBERITAHUAN SEBUT HARGA Bilangan Sebut Harga : JPKK/A/138 Q.20/2016 Tajuk Sebut Harga : MEMBEKALKAN 20,000 BUAH BUKU KUPON HOSPITAL $1.00 Tarikh Tutup / Jam : 7 November 2016 (Isnin), 9.00 Pagi Tempat Menghantar Sebut Harga : Peti Sebut Harga (Quotation Box) Jabatan Perbendaharaan Level 2, Tower Block Bangunan Kementerian Kewangan Commonwealth Drive Negara Brunei Darussalam.
Syarat-Syarat Penyertaan : 1. PEMOHON adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Negara Brunei Darussalam. 3. Borang tawaran hendaklah disertakan salinan SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat biasa yang tertutup (sealed envelope) menulis (dengan jelas) dengan menyatakan TAJUK & BILANGAN TAWARAN DAN TARIKH TUTUP tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti syarikat / pemborong. 4. Setiap borang tawaran hendaklah diisi dengan lengkap dan dicap syarikat menggunakan dakwat BIRU sahaja. 5. Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan
ke dalam PETI TAWARAN SEBUT HARGA JABATAN PERBENDAHARAAN yang ditujukan kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA SEBUT HARGA JABATAN PERBENDAHARAAN TINGKAT 2, TOWER BLOCK BANGUNAN KEMENTERIAN KEWANGAN COMMONWEALTH DRIVE, BB3910 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 6. Tarikh akhir menghantar : 7 November 2016 (Isnin) sebelum jam 9.00 Pagi. 7. Setiap satu borang tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat. 8. Borang tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN.
IKLAN
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi c. diperolehi dari Unit Tawaran (Blok 'D'),
TAWARAN MINDEF/DFA/RC/131 (4)
Jabatanarah
WASTE DISPOSAL SERVICE
Kementerian
Kewangan
dan
Pertahanan
(Isnin
FOR ROYAL BRUNEI NAVY -
bekerja
FIVE (5) YEARS CONTRACTS.
pada 31 OKTOBER 2016.
hingga
Perolehan,
pada Jumaat)
hari-hari bermula
b. Bayaran yuran tawaran (tender fee) BAYARAN TAWARAN : BND30.00 (tidak dikembalikan)
hendaklah
dibayar
Blok
SYARAT-SYARAT TAWARAN a.
TAWARAN-TAWARAN
hendaklah
dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga
di
Unit
Kaunter,
Bahagian Kewangan, Blok 'C', Tingkat 1, Jabatanarah
Kewangan
'D',
Bolkiah
dan
Kementerian
Garison,
Perolehan, Pertahanan,
BB3510,
Negara
dan Perolehan, Bolkiah Garison, BB3510,
membayar
adalah
semua
yuran
hendaklah
dikehendaki dokumen
dan
bayaran tawaran seperti yang diiklankan. Yuran tidak
tawaran akan
adalah
dikehendaki
dikembalikan
kepada
dan setiap
pemborong sama ada yang berjaya atau yang
tidak
tawaran Kadar
berjaya
yang yuran
setelah
jujur tawaran
menghantar
(bona-fide-tender). adalah
seperti
Waktu bagi menerima bayaran : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari
jam 2.00 Petang, Selasa, 29 NOVEMBER
2.00 Petang hingga 3.00 Petang Jumaat
JABATAN TANAH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
disertakan
bersama
dengan
menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan seperti
nama,
nombor
kad
pengenalan
atau nombor pasport pemilik. g. Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan
dikenakan
denda
selaras
dengan
peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.
yang ditetapkan dalam iklan tawaran. d. Kerajaan tidak terikat untuk menerima
menggunakan
h. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan hendaklah
sebarang tawaran yang paling rendah. dengan
Negara Brunei Darussalam, tidak lewat 2016. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah
Pembekal
e. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar
Brunei Darussalam.
Tawaran Kecil, Bangunan Baharu Kementerian Pertahanan, Blok 'C', Jabatanarah Kewangan
f. Salinan sijil pendaftaran perniagaan
2.30 Petang hingga 3.00 Petang
KEMENTERIAN PERTAHANAN
17
borang-borang
tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa
ditutup rapi. Pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat, hendaklah dinyatakan rujukan dan tajuk tawaran serta catatan tarikh tutup tawaran ini. i.
Iklan-iklan
tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender)
dilihat
melalui
dan tidak akan dilayan.
http://www.mindef.gov.bn.
yang
ditetapkan
akan
dikira
sebagai
tawaran laman
JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
bolehlah
sesawang
:
18
IKLAN
KEMENTERIAN KESIHATAN PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehi dari Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja mulai Rabu, 12 Oktober 2016. Sila layari laman sesawang Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan bilangan tajuk tawaran serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Peti Tawaran, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan Commonwealth Drive Bandar Seri Begawan, BB3910 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-tawaran hendaklah disediakan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah ditetapkan dan disediakan dalam dua (2) salinan termasuk salinan asal atau sepertimana yang dinyatakan. Dokumen dokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Selasa pada 1 November 2016. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Yuran tawaran (tender fee) bagi tiap-tiap tawaran adalah seperti dinyatakan dan dikehendaki pembayaran dengan WANG TUNAI sahaja (dan yuran tawaran tidak akan dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat di Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan semasa waktu-waktu bekerja. Waktu Menerima Bayaran Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi 2.00 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling rendah atau lain-lain tawaran. 6. Tawaran adalah dibukakan kepada semua pemborong-pemborong dan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut : • Sijil pendaftaran perniagaan yang masih sahlaku dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. • Manakala bagi pemborong / pembekal yang menyertai tawaran ubat-ubatan (drug and medicine) mestilah mempunyai Lesen Racun yang sah Poison Act' (Cap. 114). • Manakala bagi pemborong / pembekal yang menyertai tawaran bagi kerja- kerja pembangunan dan pendawaian elektrik mestilah mempunyai Lesen Pendaftaran yang masih sah dari Kementerian Pembangunan. 7. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
KEMENTERIAN KESIHATAN PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehi dari Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja mulai Sabtu, 15 Oktober 2016. Sila layari laman sesawang Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan bilangan tajuk tawaran serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Peti Tawaran, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan Commonwealth Drive Bandar Seri Begawan, BB3910 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-tawaran hendaklah disediakan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah ditetapkan dan disediakan dalam dua (2) salinan termasuk salinan asal atau sepertimana yang dinyatakan. Dokumen dokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Selasa pada 15 November 2016. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Yuran tawaran (tender fee) bagi tiap-tiap tawaran adalah seperti dinyatakan dan dikehendaki pembayaran dengan WANG TUNAI sahaja (dan yuran tawaran tidak akan dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat di Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan semasa waktu-waktu bekerja. Waktu Menerima Bayaran Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi 2.00 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling rendah atau lain-lain tawaran. 6. Tawaran adalah dibukakan kepada semua pemborong-pemborong dan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut : • Sijil pendaftaran perniagaan yang masih sahlaku dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. • Manakala bagi pemborong / pembekal yang menyertai tawaran ubat-ubatan (drug and medicine) mestilah mempunyai Lesen Racun yang sah Poison Act' (Cap. 114). • Manakala bagi pemborong / pembekal yang menyertai tawaran bagi kerja- kerja pembangunan dan pendawaian elektrik mestilah mempunyai Lesen Pendaftaran yang masih sah dari Kementerian Pembangunan. 7. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.
NASIONAL
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
19
Latihan kebakaran, kecemasan Hospital RIPAS Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Hernie Suliana Haji Othman
TEMU BUAL Pelita Brunei bersama Penguasa Perubatan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Dr. Haji Ahmad Yazid bin Haji Abdul Wahab.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Oktober. - Dalam usaha berterusan untuk lebih peka pada kepentingan keselamatan khususnya dalam situasi kebakaran dan kecemasan, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Cawangan Bandar Seri Begawan, Beribi dan Lapangan Terbang Lama telah mengendalikan satu latihan kebakaran dan kecemasan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) . Senario latihan kebakaran dan kecemasan pengosongan bangunan bermula tepat jam 9.30 pagi apabila bunyi siren lonceng kecemasan diaktifkan di Blok 3, Tingkat 2, Hospital RIPAS. Penguasa Perubatan, Hospital RIPAS, Dr. Haji Ahmad Yazid bin Haji Abdul Wahab ketika ditemu bual menjelaskan, adapun tumpuan utama latihan diadakan adalah keselamatan, yang mana ia suatu yang membimbangkan jika berlakunya kebakaran dan kecemasan di mana-mana bangunan seperti hospital kerana terdapatnya ramai pesakit. Jelasnya, latihan ini sangat penting diadakan terutama dalam melindungi pesakit-pesakit, para kakitangan dan keselamatan orang awam secara umum terutama bagi yang mengunjungi dan melawat pesakit yang berada di hospital. ''Latihan dijalankan tertumpu pada melihat respon daripada para kakitangan serta komunikasi, pemindahan dan penyelarasan. Pada
asasnya, dalam latihan ini kita mencari ruang-ruang yang harus diperbaiki, melihat sambutan bagaimana ia dikendalikan, mencari kelemahan dalam pengendalian,'' ujarnya pada sesi temu bual yang berlangsung di Wad 2, Hospital RIPAS, di sini. Tambahnya, jelas sekali latihan dijalankan bukan suatu perancangan, tetapi ia senario sebenar yang tidak dijangka dan tidak mengikut protokol biasa tanpa adanya persediaan seratus peratus serta adanya kelainan dalam senario ini. Ketika menerangkan mengenai senario latihan, Dr. Haji Ahmad Yazid menjelaskan, pada dasarnya, adanya kepulan asap keluar dari salah satu bilik di dalam bangunan hospital dan dari situ mereka telah menghubungi pasukan keselamatan dan kakitangan hospital memulakan pemindahan pesakit. Jelasnya, latihan dijalankan bukan untuk pengendalian yang sempurna, tetapi sebenarnya untuk menjalani bagaimana komunikasi, pemindahan dan penyelasan dilakukan serta melihat kekurangan yang perlu dibaiki. Beliau menambah, latihan yang sama juga pernah dijalankan sebelum ini di Pusat Perempuan dan KanakKanak Hospital RIPAS bagi meniliti dan menguji pelan dan proses pemindahan serta ruang-ruang yang perlu diperbaiki. Akhirnya, beliau tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih pada Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam membantu menjalankan latihan ini terutama dalam pengendalian dan penyelarasan serta kesedaran kakitangan hospital dalam menghadapi kejadian seumpama ini. Antara objektif latihan adalah bagi menguji kecekapan dan kepantasan pihak hospital dalam bertindak dan menangani situasi kebakaran secara optima mengikut piawaian masa yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat. Selain itu, melalui latihan praktikal ini juga diharapkan ia akan dapat memperbaiki tatacara komunikasi yang efisen di antara fire marshall yang dilantik dengan kakitangan hospital yang lain, di samping meningkatkan lagi kapasiti kemahiran dalam penggunaan peralatan kebakaran dan kelengkapan keselamatan serta keupayaan untuk memberi bantuan menyelamat terutama sekali kepada pesakit-pesakit yang berada di hospital berkenaan jika ada berlakunya sebarang insiden kebakaran.
Bahaya dadah dibarigakan TEMBURONG, Sabtu, 29 Oktober. - Dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, Cawangan Penerangan Daerah Temburong, Jabatan Penerangan melalui Jawatankuasa Program Awasi Anak Kitani bagi Mukim Batu Apoi dengan kerjasama Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) telah menganjurkan Program Awasi Anak Kitani bagi Mukim Batu Apoi bertempat di Balai Raya Kampung Batu Apoi, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Penghulu Mukim Batu Apoi, Awang Haji Matzain bin Haji Awang. Turut hadir ialah Ketua-Ketua Kampung serta ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) di bawah tadahan Mukim Batu Apoi. Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Batu Apoi, Awang Shamsuddin bin Haji Azahari. Dalam ucapan alu-aluannya, Pemangku Ketua Cawangan Penerangan Daerah Temburong, Ah Chua bin Bangau berkata program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Jabatan Penerangan yang dirancang untuk diadakan di Mukim-Mukim di seluruh negara bagi memberi kefahaman kepada masyarakat terutama para ibu bapa, penjaga serta para belia di negara ini tentang keburukkan gejala penyalahangunaan dan pengedaran dadah. Beliau juga berharap melalui wadah seperti inilah masyarakat mukim dan kampung khususnya yang mempunyai anak-anak remaja akan memperolehi pengetahuan yang boleh membantu mereka dalam mengawasi serta bertindak jika menyedari adanya perbuatan anak-anak mereka yang mencurigakan, di samping perlunya ibu bapa sentiasa berbincang dengan anak-anak tentang kesan buruk penyalahgunaan dadah. Dengan cara ini menurutnya, dapat menjalinkan hubungan baik di antara keluarga, masyarakat dan orang ramai. Tambahnya, buat julung kalinya pada Program Awasi Anak Kitani pada kali ini, Jabatan Penerangan juga menjemput Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) untuk menyampaikan taklimat
PENGHULU Mukim Batu Apoi, Awang Haji Matzain bin Haji Awang menyaksikan pameran yang disediakan oleh Biro Kawalan Narkotik.
Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain mengenai fungsi dan peranan JKDN dalam sama-sama memelihara kesejahteraan, keamanan dan keselamatan negara Brunei Darussalam. Taklimat daripada BKN disampaikan oleh Ketua Pegawai Narkotik 2 di Biro Kawalan Narkotik, Awang Mohammad Wendy bin Haji Awang @ Abdul Razak, yang antara lain mengupas tentang keburukan dadah yang mana penyalahgunaannya dalam kalangan masyarakat di negara ini semakin membimbangkan dan perlu ditangani dengan serius oleh semua pihak. Taklimat kedua pula disampaikan oleh wakil dari JKDN mengenai 'Fungsi dan Peranan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri'. Program diselitkan dengan sesi soal jawab di antara penceramah dan mereka yang hadir, di samping pameran yang disediakan oleh Jabatan Penerangan dan BKN serta jualan produk keluaran Majlis Perundingan Kampung Batu Apoi. Jabatan Penerangan melalui Cawangan Penerangan Daerah
Temburong sebagai salah sebuah agensi kerajaan yang turut bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak bangsa bergerak sihat dan cergas dalam membangun negara berharap agar program ini dapat membuka minda dan menambah pengetahuan ibu bapa, penjaga serta belia untuk menjauhi penggunaan dadah bagi memastikan keberkesanan mencapai matlamat negara sifar dadah. Selain mengambil berat mengenai isu yang berkaitan dengan dadah, program ini juga bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada ibu bapa mengenai bentuk ancaman keselamatan yang dihadapi masa ini. Melalui maklumat yang dikongsikan, ibu bapa dan penjaga diharap akan dapat membuat pemantauan ke atas anak-anak mereka supaya tidak terpengaruh kepada dakyah individu atau kumpulan-kumpulan yang bertujuan untuk mendatangkan bahaya pada keselamatan negara.
JKP ungkayahkan Kempen Kebersihan Oleh : Aimi Sani Foto : Azmah Haji Ahad ANGGEREK DESA, Sabtu, 29 Oktober. - Kompleks Perdagangan Anggerek Desa adalah salah sebuah bangunan komersil yang sering menjadi tumpuan kunjungan orang ramai. Sehubungan itu, bagi memupuk kesedaran mengenai pentingnya kebersihan dan keperluan mewujudkan persekitaran yang bersih di tempat awam, Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP), Kementerian Pembangunan mengungkayahkan Kempen Kebersihan di tempat berkenaan. Kempen melibatkan pemilik dan pekerja premis-premis perniagaan di Kompleks tersebut dengan harapan mereka akan sama-sama sentiasa prihatin dalam memastikan kebersihan premis masing-masing.
Antara yang menyertai kempen berkenaan ialah Pegawai dan Kakitangan JKP, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Jabatan Perkhidmatan Air dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan. Sementara itu Ketua Unit Pentadbiran, Tawaran dan Aduan, Bahagian Pengurusan Estet dan Perumahan, JKP, Dayang Sariwati binti Haji Sahak ketika ditemui berkata tujuan kempen ini adalah untuk memberi kesedaran para pemilik dan pekerja premis-premis perniagaan dalam sama-sama bertanggungjawab dan bekerjasama dalam menjaga kebersihan di kawasan yang sentiasa menjadi kunjungan orang ramai ini terutama sekali di ruang makan agar sentiasa memenuhi piawaian Jabatan Perkhidmatan Kesihatan. Menurut beliau, JKP akan melaratkan kempen ini ke tempattempat lain secara berperingkat. Beliau turut menyarankan agar
orang ramai yang tinggal berdekatan juga untuk turut sama-sama menjaga kebersihan di kawasan itu kerana kebersihan adalah merupakan tanggungjawab bersama bukan hanya di pihak kerajaan semata-mata. Manakala bagi pemilik Restoran Anggerek Putih, Awang Haji Aminuddin bin Haji Putih berkata kempen seumpama ini adalah sangat bagus selain menjadi peringatan kepada para pemilik kedai harus bekerjasama membersihkan kawasan persekitaran kedai untuk keselamatan dari segi kesihatan. Beliau berpendapat agar kempen ini harus dilakukan sekerap mungkin dan dilaratkan lagi ke tempat-tempat lain. Di kawasan kompleks berkenaan terdapat sejumlah 52 premis yang beroperasi, di mana 12 buah daripadanya adalah kedai makan dan 40 buah kedai runcit.
SEBAHAGIAN daripada penduduk kampung yang menyertai kempen kebersihan yang diadakan di Kompleks Perdagangan Anggerek Desa.
20
AGAMA
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
NASIONAL
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
21
Dr. Hajah Rayah terima Hadiah Sastera Mastera 2016 Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman
PENERIMA Hadiah Sastera Mastera 2016, di Kuala Lumpur, Dr. Hajah Rayah binti Md. Ali.
JERUDONG, - Bagi mensyukuri dan meraikan kejayaan Dr. Hajah Rayah binti Md. Ali yang telah menerima Hadiah Sastera Mastera 2016 di Kuala Lumpur, Malaysia
pada 27 September 2016 lepas. Sebagai tanda kesyukuran ASTERAWANI telah mengadakan Majlis Kesyukuran bertempat di Hotel Jeruton, di sini baru-baru ini. Ketua 1, ASTERAWANI, Profesor Madya Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah pada majlis itu menjelaskan selaku wakil Ahli Jawatankuasa Tertinggi ASTERAWANI dan seluruh warga ASTERAWANI melahirkan ucapan tahniah kepada Dr. Hajah Rayah yang telah diangkat sebagai penerima Hadiah Sastera Mastera 2016. Pengangkatan itu katanya, adalah suatu penghormatan kepada beliau khususnya dan para penulis Brunei umumnya yang menulis karya-karya non-kreatif. Jelasnya, dengan penerimaan dan penghormatan tersebut, ia akan dapat memberikan semangat atau inspirasi kepada Dr. Hajah Rayah dan juga kepada para penulis yang lain untuk terus menghasilkan karya-karya sama ada karya non-kreatif ataupun karya kreatif, yang setentunya dalam
bidang bahasa, sastera dan budaya. Pada majlis itu, Profesor Madya Ampuan Dr. Haji Brahim menyempurnakan penyampaian Surat Penghargaan kepada Dr. Hajah Rayah diikuti dengan penyampaian cenderamata, iaitu buku daripada Dr. Hajah Rayah kepada Ketua 1, ASTERAWANI. Ketua 1, ASTERAWANI, semasa diwawancara menjelaskan bahawa para penulis di Brunei mempunyai banyak peluang untuk menerima penghormatan dan pengiktirafan daripada berbagai institusi pada masa ini misalnya SEA Write Award, Anugerah Sastera Mastera yang diberikan oleh Brunei, Hadiah Sastera Mastera yang diberikan oleh Malaysia, dan Penghargaan Sastera Muda MASTERA yang diberikan oleh Indonesia. Sementara itu, Dr. Hajah Rayah semasa ditemui berkata, salah satu sebab kenapa beliau memilih 'Syair Kenangan karya Muda Omar 'Ali Saifuddien Satu Analisis' untuk dianalisis kerana sesuai dengan judul Syair Kenangan, maka intipati syair
MC Biotech berpotensi besar tarik pelaburan, mudahkan perniagaan
PELATIH MC Biotech, Dayang Diyana binti Awang Majanun dan Awang Abdul Adib bin Haji Mohamad.
Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman TUNGKU, Negara Brunei Darussalam sangat bertuah kerana diberi kepercayaan dalam mengembangluaskan lagi sektor perniagaan atau pelaburan di negara ini. MC Biotech yang merupakan kemudahan bioteknologi komersial yang pertama di Brunei telah membuktikan negara ini mempunyai potensi yang besar dalam pasaran perniagaan. Ini adalah selaras dengan usaha kerajaan dalam menarik pelaburan dan mempermudahkan urusan perniagaan di negara ini. Ia dapat dilihat melalui Mistubishi Corporation yang berkembang maju di dalam pelbagai industri terutamanya dalam industri Life-Science selaras dengan hasrat kerajaan. Peranan dan misi MC Biotech adalah untuk menghasilkan Astaxanthin semula jadi dari penanaman alga. Astaxanthin adalah pigmen merah yang berlaku secara semula jadi, kaya dengan antioksidan yang bermanfaat dalam antipenuaan manusia. Ia adalah bahan neutraseutikal
yang sangat berharga, sering digunakan sebagai bahan minuman sihat, makanan tambahan kesihatan serta produk kosmetik. Dalam pendekatan Pelita Brunei di Bio Innovation Corridor, Jalan Dang Kumala, Kampung Tungku, dua
pelatih MC Biotech masing-masing mengongsikan pengalaman baharu di MC Biotech berkenaan. Dayang Diyana binti Awang Majanun berkata, melakukan tugasan dalam bahagian makmal MC tersebut bukanlah sesuatu yang mudah dan ia memerlukan kefahaman dan kesungguhan. Oleh itu, beliau berharap MC akan dapat menyumbang dalam industri perniagaan di Brunei, di samping mempromosikan produk-produk halal di Brunei mahupun di luar negara. Menurutnya, MC bukan sahaja membantu negara dalam memasarkan produk-produk, tetapi juga menjaga kesihatan rakyat di negara ini. Sementara, Awang Abdul Adib bin Haji Mohamad pula berpendapat agar sektor perniagaan dapat dimajukan sendiri rakyat tempatan dengan mempelajari beberapa teknik khusus dalam bidang pelaburan dan perniagaan. MC Biotech boleh menjadi perintis pada bioteknologi baharu dan industri Life-Science di Brunei selain mewujudkan peluang pekerjaan, latihan dan peluang penyelidikan dan akhirnya menembusi pasaran halal global.
SALAH satu peranan MC Biotech adalah untuk menghasilkan Astaxanthin semula jadi dari penanaman alga.
adalah untuk kenang-kenangan selain untuk tatapan kepada putera puteri baginda, adalah juga nasihat untuk dikenang kepada rakyat Negara Brunei Darussalam selamanya selagi hayat
dikandung badan. Beliau menyarankan kepada para penulis supaya terus menulis demi mencapai kejayaan dalam bidang penulisan.
KETUA 1, ASTERAWANI Profesor Madya Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah ketika memberikan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Dr. Hajah Rayah pada Majlis Kesyukuran yang berlangsung di Hotel Jeruton baru-baru ini.
'Teachmeguru' tingkatkan peratus prestasi pendidikan Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
KETUA Pegawai Eksekutif yang juga Pengasas 'Teachmeguru', Awangku Abdul Azim bin Pengiran Yusof.
BANDAR SERI BEGAWAN. Inisiatif 'Teachmeguru' dapat menyumbang kenaikan peratus prestasi pendidikan negara melalui pembelajaran anak tempatan, iaitu para pelajar baik di peringkat rendah sehingga Tingkatan Enam selain memperkembangkan mutu perkhidmatannya ke peringkat antarabangsa. Selain itu, 'Teachmeguru' berhasrat dapat mengurangkan kadar pengangguran terutama para graduan dalam bidang pendidikan melalui adanya kelas belajar tuisyen. Ketua Pegawai Eksekutif juga Pengasas 'Teachmeguru', Awangku Abdul Azim bin Pengiran Yusof, 24, menyatakan rancangan demikian semasa ditemui di iCentre, di sini. Awangku Abdul Azim menceritakan 'Teachmeguru' ditubuhkan pada 31 Oktober 2015 bertitik tolak dari beliau mengajar seorang
pelajar dan mendapat keputusan cemerlang seterusnya penerimaan pelajar semakin bertambah selepas itu. Sejak dari itu, 'Teachmeguru' kini mempunyai 90 pelajar dengan sejumlah 23 tenaga pengajar yang terdiri daripada para graduan universiti yang masih belum mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap. Apa yang menariknya ialah perkhidmatan yang disediakan di 'Teachmeguru' ialah menyediakan khidmat lebih kepada personal tutoring, iaitu guru itu bertandang sendiri ke rumah pelajar tersebut. Mengenai soal bayaran, Awangku Abdul Azim seterusnya menjelaskan, kadar bayaran bergantung pada prestasi guru tersebut, guru tuisyen yang lebih berpengalaman akan mengenakan bayaran lebih tinggi sedikit daripada mereka yang belum berpengalaman. "Kami ingin membuat pembayaran itu secara adil, dan guru-guru akan berusaha untuk menaik taraf reputasi mereka. "Pembayaran tenaga pengajar akan dibayar melalui komisyen, ia akan bergantung kepada beberapa orang pelajar yang sanggup diajar oleh guru tersebut," ujarnya. Walau bagaimanapun, mereka juga menghadapi beberapa kesulitan seperti mengajar matematik kepada pelajar yang menggunakan otak kanan (right brain) dan tidak bermotivasi. Namun tambahnya, cara mengatasinya ialah dengan memberikan mereka bengkel belajar cemerlang dan bengkel kepimpinan kepada mereka sepanjang tahun demi membentuk sifat ingin belajar ke dalam diri mereka. Akhirnya, Awangku Abdul Azim dan pihaknya berterima kasih kepada Darussalam Enterprise atas sumbangan dalam memberikan mentor dan tempat bagi kemudahan sebarang urusan mereka.
22
NASIONAL
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
KUPU SB meterai MoU bersama IPT Malaysia, Indonesia Oleh : Aimi Sani Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Oktober. - Bagi mengadakan kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan dan aktiviti sosial, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Bukittinggi Indonesia, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Malaysia, Universitas Islam Negeri (UIN) Alauddin Makassar Indonesia, Kolej Universiti Islam Perlis Malaysia, IAIN Palopo Indonesia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Majlis yang berlangsung di Dewan Plenari Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) itu diselajurkan dengan Majlis Malam Graduan sempena Konvokesyen Keenam KUPU SB 1438 Hijrah / 2016 Masihi. Menandatangani bagi pihak KUPU SB ialah Pemangku Ra'es, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar manakala Universitas Islam Negeri Alauddin Makassar pula diwakili oleh Rektornya, Profesor Dr. Musafir.
KUIM diwakili oleh Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Haji Mohd. Taib bin Haji Dora; IAIN Batusangkar diwakili oleh Rektornya, Dr. H. Kasmuri dan KUIP juga diwakili oleh Rektornya, Dr. Mohd. Mizan bin Mohamad Aslam. Sementara itu, IAIN Palopo dan IAIN Negeri Bukittinggi juga diwakili oleh Rektor masing-masing, iaitu Dr. Abdul Pirol dan Dr. Ridha Ahida. Terdahulu, Pemangku Timbalan Ra'es, Dr. Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha dalam ucapan alu-aluannya berkata, majlis penandatangan ini akan meningkatkan lagi kerjasama dan perkongsian pengalaman terbaik di antara KUPU SB dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT) negara sahabat, di samping meningkatkan kerjasama dengan IPT tempatan seperti Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Universiti Brunei Darussalam (UBD). Bidang kerjasama ini ujarnya, pada umumnya meliputi pertukaran pelajar dan kakitangan, pertukaran penerbitan, program kerjasama penyelidikan dan pengajaran serta kerjasama dalam mana-mana bidang-bidang
yang diyakini bermanfaat pada kedua belah pihak dan umat. Majlis turut diselajurkan dengan majlis penyampaian cenderahati dan hadiah yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman. Acara diteruskan dengan Majlis Penyampaian Wakaf Tarbiyah Graduan Konvokesyen Keenam KUPU SB 1438H / 2016M. Juga hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Md. Daud. Acara diteruskan dengan Majlis Malam Graduan Sempena Majlis Konvoksyen Ke-6 KUPU SB bagi seramai 251 graduan. Sementara itu, salah seorang penerima Anugerah Ra'es, Dayang Romaizah binti Haji Basir, graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Usuluddin) berkata beliau sangat
bersyukur dengan penganugerahan ini. ''Anugerah ini adalah satu penghargaan yang tidak ternilai kepada saya serta suami dan anak-anak kerana menjadi tulang belakang di sepanjang pengajian saya. Menyentuh mengenai pahit manis sepanjang pengajian, destinasi perjalanan merupakan cabaran utama
saya memandangkan saya tinggal di Temburong. Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih pada Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) kerana telah memberi peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran hingga ke tahap ini,'' terang beliau.
PEMANGKU Timbalan Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Abang Haji Hadzmin bin Abang Haji Taha (kiri) dan Direktur Pascasarjana IAIN Bukittinggi, Dr. Ismail, M.Ag. (kanan) semasa bertukar dokumen Memorandum Persetujuan di antara Brunei dan Indonesia.
KUPU SB meterai MoA dengan UIAM dan IAIN Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Mohamad Azmi Awang Damit BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Oktober. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) terus meningkatkan jalinan hubungan dan kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar negara berkaitan hal ehwal perguruan, penyelidikan, perkhidmatan dan pengurusan, tenaga akademik dan pelajar. Sehubungan itu, KUPU SB memeterai Penandatanganan Memorandum Persetujuan (MoA) Sempena Konvokesyen Keenam KUPU SB 1438 Hijrah / 2016 Masihi
bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pascasarjana Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Bukittinggi, Indonesia, berlangsung di Bilik Taqwa, KUPU SB, di sini. Menandatangani MoA tersebut bagi pihak KUPU SB ialah Pemangku Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar manakala pihak UIAM diwakili oleh Pengarah Program Akademik dan Pentadbiran Pelajar, Pusat Strategik Pendidikan dan Latihan Berterusan, UIAM, Profesor Madya Dr. Badri Najib bin Zubir.
Sementara itu, MoA seterusnya, iaitu di antara KUPU SB dan Pascasarjana IAIN Bukittinggi, masing-masing diwakili oleh Pemangku Timbalan Ra'es KUPU SB, Dr. Abang Haji Hadzmin bin Abang Haji Taha yang juga selaku Pengarah Pusat Pengajian Lepasan Ijazah dan Penyelidikan KUPU SB dan Direktur Pascasarjana IAIN Bukittinggi, Dr. Ismail, M.Ag. Penandatanganan MoA tersebut adalah bagi menanai hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memartabatkan KUPU SB di rantau ini dan seterusnya di peringkat antarabangsa sebagai sebuah pusat
PEMANGKU Ra'es KUPUSB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar (kiri) dan Pengarah Program Akademik dan Pentadbiran Pelajar IIUM CRESCENT, Assoc. Prof. Dr. Badri Najib bin Zubir (kanan) semasa bertukar dokumen Memorendum Persetujuan di antara Brunei dan Malaysia.
ANTARA yang hadir semasa Majlis Penandatanganan Perjanjian Persetujuan.
pengajian perguruan ugama yang unggul, menjadi kebanggaan dan memenuhi keperluan negara. Di samping itu, ia juga bagi merealisasikan visi kolej tersebut untuk mencapai kemuliaan akhlak dan kecemerlangan ilmu perguruan ugama yang terbilang di alam Melayu bertaraf antarabangsa. KUPU SB merupakan satu-satunya IPT yang memberikan fokus secara khusus pada pendidikan perguruan di negara ini yang mana melalui kerjasama ini ia mampu meningkatkan potensi dalam perkembangan akademik, penyelidikan dan
kemasyarakatan. Ia juga adalah satu-satunya institusi pendidikan perguruan ugama yang bertanggungjawab dalam mempertahankan dan memperkembangkan lagi bidang perguruan ugama Islam bagi melahirkan pendidik yang berkualiti soleh. Oleh itu, adalah rasional bagi KUPU SB untuk menjalinkan kerjasama bukan sahaja untuk mendapatkan pengalaman terbaik bahkan juga memberikan sumbangan pengalaman terbaik KUPU SB pada IPT luar negara.
NASIONAL
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
23
19 buku teks baharu diguna Pilih Islam sebagai pakai untuk 2017 pegangan hidup PENGARAH Jabatan Perkembangan Kurikulum (JPK), Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi semasa berucap pada majlis muzakarah tersebut.
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Oktober. - Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum (JPK), Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi menjelaskan bahawa sebanyak 19 buah judul buku terbitan baharu akan diguna pakai pada tahun 2017. Buku-buku tersebut terdiri dari buku-buku mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu dan pendidikan pencegahan rasuah bagi sekolah rendah serta Bahasa Arab Tahun 11 bagi sekolah menengah. Awang Haji Abdul Rahman menjelaskan demikian ketika mempengerusikan Majlis Muzakarah bersama Guru-Guru Pengawas Buku-Buku Teks Sekolah Menengah / Maktab dan Sekolah Rendah Kerajaan 2016 yang berlangsung di Dewan Utama Bangunan Baharu, Kementerian Pendidikan, di sini. Menurutnya, terdapat empat judul buku teks baharu dan empat judul buku kerja baharu bagi mata pelajaran Matematik, yang mana buku teks mata pelajaran Matematik adalah dalam proses pengagihan ke sekolah-sekolah pada masa ini dan buku-buku kerja Matematik telah berada di pasaran. Sementara itu tambahnya, ada dua judul buku teks baharu dan dua judul buku kerja baharu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu akan sampai pembekalannya dari Singapura pada penghujung bulan November dan enam judul buku-buku pendidikan pencegahan rasuah - buku tambahan akan berada di pasaran pada bulan Februari tahun 2017. Berhubung dengan pembekalan dan pengagihan buku-buku ini jelasnya, beliau menasihatkan supaya pihak sekolah akan dapat bekerjasama untuk menangani penerimaan buku-buku tersebut, jika agihan dilaksanakan pada bulan Disember nanti, iaitu
semasa percutian sekolah. Adapun tujuan muzakarah ini diadakan antaranya adalah untuk memberikan makluman buku-buku teks baharu yang akan diguna pakai pada tahun 2017, di samping mengongsikan dapatan dan maklum balas hasil lawatan ke pusat-pusat tingkatan enam, sekolah-sekolah menengah dan rendah kerajaan. Selain itu jelasnya, ia juga memberikan peluang untuk bermuzakarah bukan sahaja dari pihak JPK, tetapi juga daripada perwakilan lain-lain jabatan seperti Audit Dalaman dan Penghapusan Dari Kira-Kira, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan serta Biro Pencegah Rasuah, Jabatan Perdana Menteri. Seramai lebih kurang 160 guru pengawas buku-buku teks sekolah menengah / maktab dan rendah kerajaan hadir pada majlis muzakarah dan mendengar taklimat daripada Pemangku Ketua Unit Penerbitan, Dayang Hajah Asnah binti Haji Wahab. Turut hadir ialah wakil dari Jabatan Sekolah-Sekolah, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Biro Mencegah Rasuah, Bahagian Pendidikan Swasta, Brunei Darussalam Teachers Academy, ketua-ketua kluster dan ketua-ketua unit JPK tersebut. Sementara itu, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan JPK, Awang Haji Md. Yusof bin Haji Tengah ketika ditemu bual menjelaskan, dengan kerjasama dan usaha JPK, vendors dan pihak-pihak yang berkepentingan, bekalan buku teks bagi sesi persekolahan tahun 2017 setakat ini insyaaAllah adalah mencukupi.
Jelasnya, sebanyak 14 buah kedai buku yang diberikan kebenaran menjual dan 22 buah syarikat diberikan kebenaran mengedarkan buku-buku teks dan kerja yang antaranya ialah Syarikat Bismi Trading Company, Booker International, Samima Sendirian Berhad, Pustaka Remaja, Mubarak Book Emporium, Usaha Royako, Qalif Book Store dan lain-lain. Ketika ditanya mengenai hargaharga buku, Awang Haji Md. Yusof menyatakan, harga-harga buku yang dijual adalah ditetapkan oleh pihak penerbit, di samping itu pegawaipegawai JPK juga memantau kedaikedai buku bagi memastikan buku-buku dijual dengan harga yang ditetapkan. ''Jika pihak penerbit hendak menaikkan harga-harga buku mereka, pihak penerbit mestilah terlebih dahulu memohon kebenaran kepada pihak kerajaan, iaitu melalui JPK,'' ujarnya. Manakala tambahnya lagi, ibu bapa atau penjaga bolehlah memastikan buku-buku versi baharu dengan menyemak tarikh tahun buku-buku tersebut diterbitkan, selain itu pihak ibu bapa dan penjaga juga dinasihatkan untuk mendapatkan senarai buku-buku yang diguna pakai oleh pihak sekolah bagi tahun 2017. Jelasnya, sebarang masalah berbangkit ibu bapa dan penjaga bolehlah berhubung terus dengan pihak sekolah atau JPK. Beliau seterusnya berkata, ada beberapa buah judul buku baharu berada di pasaran sekarang ini seperti buku teks dan buku kerja Yes! Maths 5A, 5B, 6A dan 6B sementara itu, buku-buku baharu Bahasa Melayu Negara Brunei Darussalam buku teks dan buku kerja 3A dan 3B akan berada di pasaran pada bulan Disember ini, manakala bagi buku-buku Asuhan Nilai Murni pendidikan integriti akan berada di pasaran pada bulan Februari tahun 2017.
TUTONG, Sabtu, 29 Oktober. - Seorang wanita warga Filipina memeluk agama Islam dan melafazkan ikrar Islamnya yang sekali gus menambahkan lagi jumlah saudara baharu di negara ini. Pada majlis yang berlangsung di kediaman Pengiran Haji Damit Embran ibni Al-Marhum Pengiran Di Gadong Pengiran Anak Haji Khamis di Kampung Maraburong, Kupang, Jalan Tutong, Joeyfina Mary Cabulagan Lumabao, 25 tahun memilih nama Islamnya sebagai Dayang Siti Aishah binti Abdullah Lumabao. Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pengiran Haji Abbas bin Pengiran Haji Besar. Majlis Pengislaman dikendalikan dan disaksikan oleh Pegawai-pegawai dari Pejabat Bahagian Da'wah Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Ketika ditemui, Dayang Siti Aishah menaruh kepercayaan bahawa agama Islam adalah agama sebenar-benarnya dan mengaku tiada tuhan yang wajib disembah melainkan Allah Subhanahu Wata'ala. Pada menjelaskan keinginannya untuk memeluk Islam, beliau menceritakan pintu hatinya terbuka untuk menganuti agama ini sejak beberapa tahun kebelakangan setelah bekerja di Negara Brunei Darussalam. Jelasnya, salah seorang bapa saudaranya yang bekerja di negara ini juga telah memeluk agama suci ini dan dengan itu semangat untuk mendalami dan memeluk agama Islam bertambah kuat. Beliau yang bekerja di salah sebuah syarikat swasta di negara ini selama hampir lima tahun juga bersyukur kerana hasratnya untuk memeluk agama Islam tercapai. Majlis turut diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada saudara baharu yang diraikan.
JOEYFINA Mary Cabulagan Lumabao melafazkan ikrar islamnya dan kini dikenali sebagai Dayang Siti Aishah binti Abdullah Lumabao.
Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali
ANTARA guru-guru yang hadir di sesi muzakarah tersebut.
Penghijrahan perlu diiringi dengan amalan soleh
TIMBALAN Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad bersama pegawai-pegawai, pensyarah dan pelajar UNISSA semasa hadir pada Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1438 dan Majlis Khatam Al-Quran bagi warga kerja UNISSA.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Oktober. - Dalam menyemarakkan
Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
dan memeriahkan lagi Sambutan Awal Tahun Hijrah 1438 serta menghayati
konsep Hijrah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Universiti
Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1438 dan Majlis Khatam Al-Quran bagi warga kerja UNISSA. Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad menjadi tetamu kehormat Majlis yang diadakan di Auditorium, UNISSA. Majlis didahului dengan bacaan surah Al Fatihah, diketuai oleh tetamu kehormat dan diteruskan dengan bacaan Khatam Al-Quran. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Penolong Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad, Pegawai-Pegawai Utama, Para Dekan dan Timbalan-Timbalan Dekan, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai dan kakitangan UNISSA, para pensyarah dan mahasiswa-mahasiswi UNISSA. Setelah selesai Majlis Khatam Al-Quran, acara diteruskan dengan tazkirah sempena memperingati awal Tahun Hijrah 1438 yang disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Usuluddin, Dr. Haji Ahmad Baha bin Mokhtar.
Dalam tazkirahnya, beliau mengimbas kembali peristiwa penghijrahan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Kota Mekah menuju Kota Madinah yang mana perlu dijadikan iktibar dan pengajaran dalam tuntutan penghijrahan ke arah yang baik atau yang lebih baik. Untuk itu jelasnya, penghijrahan itu hendaklah diiringi dengan amalan-amalan soleh kerana setiap amalan manusia di akhirat kelak akan ditimbang dan diperhitungkan untuk mendapat ganjaran. Menurutnya, beruntunglah sesiapa yang mempunyai amalan kebajikan yang banyak menyebabkan dirinya dimasukkan ke dalam syurga dan di samping itu juga, niat memainkan peranan penting dalam usaha untuk berhijrah kerana niat semata-mata kerana Allah adalah jaminan amalan seseorang diterima oleh Allah. Selain bagi menyemarakkan Sambutan Awal Tahun Hijrah 1438, majlis juga sebagai memberi galakan kepada warga kerja UNISSA untuk sama-sama berdamping dengan Al-Quran melalui pembacaan secara berkumpulan.
24
SUKAN
HARI ISNIN 31 OKTOBER 2016
Cawangan 'E' juarai Kejohanan Bola Sepak Antara Cawangan PDB Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Oktober. - Pasukan Cawangan E
Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) membuktikan kehandalan mereka
Layari Epaper Pelita Brunei
apabila berjaya membenam harapan pasukan Cawangan A menjulang gelaran juara kejohanan bola sepak tahun ini. Juara kejohanan yang mewakili Cawangan Daerah Polis Belait dan Tutong itu mengikat jaringan 2 - 1 sekaligus membawa pulang Piala Rebutan dan pingat pada Kejohanan Bola Sepak Antara Cawangan Pasukan PDB 2016. Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan yang berlangsung di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis di sini ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam. Kejohanan peringkat akhir itu menyaksikan pasukan Cawangan 'B' berjersi merah membuka tirai jaringan satu gol pada awal minit sejurus permainan dimulakan menerusi APO 6921 Nickwelly Amera anak Siliman. Namun gasakan pemain Cawangan B, CPL 4346 Rosmini bin Haji Abdul Kahar akhirnya membolos gawang pihak lawan dengan menyamakan kedudukan 1 - 1 sehingga tamat separuh masa pertama. Kedua pasukan masing-masing memberikan tentangan hebat namun nasib menyebelahi Cawangan 'E' apabila berjaya menyumbat gol
PESURUHJAYA Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam (kanan) menyampaikan piala rebutan kepada Pasukan Cawangan 'E' yang memenangi piala sumbangan Mantan Persuruhjaya Polis, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.
kemenangan menerusi ASP Haji Md. Baihaqi bin Pehin Orang Kaya Maharaja Salia Dato Paduka Haji Md. Traif. Kedudukan 2 - 1 kekal sehingga pengadil perlawanan meniup wisel penamat. Kejohanan bolasepak melibatkan
lima cawangan pasukan PDB seluruh negara yang bermula sejak 8 September lalu. Selain itu, Majlis Sukan PDB juga akan mengendalikan beberapa acara lain antaranya Rentas Desa November ini sementara acara Olahraga akan diadakan Disember nanti.
Bandarku Ceria hidupkan suasana BSB Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto: Muhammad Azmi Awang Damit
Siaran Akhbar dan Carta : Jabatan Penerangan BANDAR SERI BEGAWAN. - Epaper Pelita Brunei merupakan surat khabar Pelita Brunei dalam versi digital dan mula beroperasi pada 18 Jun 2016. Ia boleh dilayari melalui www.pelitabrunei.gov.bn/epelita. Dikemaskinikan setiap tiga kali seminggu, iaitu hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Terdapat 24 halaman muka surat dimuatkan ke dalam Epaper tersebut yang boleh dilayari melalui internet sama ada menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar dan sebagainya. Antara ciri-ciri Epaper Pelita Brunei ialah PDF boleh dimuat-turun (dijadikan simpanan arkib, rujukan dan sebagainya dalam telefon pintar atau komputer). Epaper ini juga boleh disaksikan secara 'Thumbnails' (boleh dilihat secara keseluruhan atau paparan kecil kesemua muka surat Pelita Brunei dengan nombor muka suratnya). Epaper ini juga boleh diikuti atau dikongsikan secara aplikasi Facebook, Twitter, Linked In, Tumblr, Google Plus, E-Mail dan VK. Di dalam Epaper ini juga terdapat ruang carian search mengenai Epaper Pelita Brunei dengan menggunakan teks tidak kurang dari tiga huruf. Tujuan Epaper ini adalah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang tidak memperolehi Pelita Brunei secara bercetak. Oleh kerana itu, Epaper dibuat bagi memudahkan mendapatkan berita terkini dengan menggunakan kemudahan internet secara lebih cepat serta mengurangkan penggunaan kertas.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 30 Oktober. - Ibu Negara, Bandar Seri Begawan menjadi tumpuan bagi orang ramai untuk meluangkan masa di pagi hujung minggu bagi melakukan pelbagai aktiviti terutama beriadah. Dengan adanya program Bandarku Ceria ini, Bandar Seri Begawan (BSB) akan terus dihidupkan dengan suasana hujung minggu yang mana masyarakat di negara ini boleh berkumpul dan meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Bandar Seri Begawan merupakan sebuah bandar dalam taman (garden city) dan mempunyai alam sekitar yang bersih, cantik dan bebas daripada pencemaran. Di hujung minggu kali ini, program Bandarku Ceria turut diisikan dengan Riadah Berbasikal sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan Ke-46 dan Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-11 Tahun 1438H / 2016M. Dalam merasakan kemeriahan Bandarku Ceria, Pelita Brunei turut meluangkan masa menyertai pelbagai aktiviti yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di sini dan berkesempatan menemu bual beberapa orang yang ikut serta. Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Hashim, 71, ketika ditemui menjelaskan, Bandarku Ceria ini memang satu alternatif yang bagus kerana beberapa tahun lalu bandar ini umpama tertinggal dan tidak ada apa-apa aktiviti serta sunyi padahal
tempat-tempat ini cantik dan keadaannya yang bersih sepatutnya diadakan program seumpama ini. Menurutnya lagi, program ini juga bukan hanya untuk menceriakan bandar malahan masyarakat dan penduduk Brunei secara tidak langsung mengadakan perjumpaan di setiap hujung minggu dan beliau juga merasa lapang melihat ahli keluarga serta kawan-kawan, di samping dapat mengeratkan pertalian kekeluargaan dan silaturahim. Beliau yang berasal dari Kampung Manggis itu juga menceritakan kisah bermulanya beliau berbasikal di sekitar tahun 1995 yang mana pada masa itu beliau baru mula belajar berbasikal dan sejak kerap berbasikal, timbulnya perasaan ingin menceburi lebih mendalam mengenai pembelajaran berbasikal. ''Beriadah terutama berbasikal ini memang bagus terutama dari segi kesihatan, proses pembelajaran berbasikal yang luas, dari basikal sendiri boleh dikatakan management (pengurusan) dalam mana kitani menyalurkan tenaga-tenaga kitani. Selain itu berbasikal juga mengajar kita sifat merendah diri kerana apabila dijalan raya dengan keadaan kenderaan lalu lintas akan menjadikan kita yang berbasikal merendah diri sentiasa berwaspada dan menghormati peraturan jalan raya,'' ujarnya. Selain itu tambahnya, beliau juga pernah berkali-kali menyertai mountain bike dan pernah menempah kejayaan menjadi pemenang 10 teratas ketika berada di Labuan semasa beliau berusia 63 tahun. Manakala Pengiran Haji Md. Yusni bin Pengiran Haji Daud, 39, pula berkata, meluangkan masa di hujung minggu untuk beridah boleh menjaga
kesihatan tubuh badan, di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan kawan-kawan dan orang ramai yang lain. Tambahnya, dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam beserta kerabat diraja untuk ikut serta beriadah hari ini sedikit sebanyak menyutik semangat kesukanan kami dalam menjaga kesihatan. Bagi Dayang Haslina binti Haji Hamid, 38, juga bersetuju, berkumpul beramai-ramai bersama keluarga dan kawan-kawan untuk melakukan pelbagai riadah bersukan dihujung minggu ini akan menjadikan kita untuk terus mengamal cara hidup sihat. Jelasnya lagi, dengan Keberangkataan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien memberi semangat yang tinggi kepada mereka untuk beriadah dan menceriakan lagi suasana bandar.
PENGIRAN Haji Md. Yusni bin Pengiran Haji Daud.
BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn
BELIA BERWAWASAN PEMANGKIN TRANSFORMASI MASA DEPAN