Pelita Brunei - Isnin 5 Jun 2017

Page 1

''KEKUATAN Islam terletak pada Al-Quran. Kekuatan Al-Quran pula terletak pada keasliannya, yang tidak dicemari oleh tangantangan manusia. Adalah menjadi tanggungjawab setiap kita untuk mempertahankan, memelihara dan menjaga keaslian tersebut. Antara cara kita mempertahankan, memelihara dan menjaga keaslian itu ialah melalui aktiviti penghafalan ayat-ayat Al-Quran itu.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Bagi Tahun 1433 Hijrah / 2012 Masihi.

''WAHAI orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkaraperkara yang berkebajikan, kuatkanlah kesabaran kamu dalam menghadapi orang-orang yang kafir dan bersiap sedialah dengan kekuatan pertahanan di sempadan negara kamu serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya mencapai kemenangan.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran, ayat 200).

4.33

4.43

6.07

5 JUN 2017 / 1438

TAHUN 62 / BILANGAN 67

6.31

10

12.20

3.45

6.30

7.46

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Kebawah DYMM berkenan menghantar perutusan takziah BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 4 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Perdana Menteri United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland,

Puan Yang Terutama The Right Honourable Theresa May berikutan dengan serangan yang berlaku di London baru-baru ini. Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berasa sedih mengetahui serangan berkenaan terutamanya selepas insiden yang berlaku di Manchester. Negara Brunei Darussalam berdiri kukuh bersama dengan

kerajaan dan rakyat United Kingdom dan bersatu dengan negara-negara lain pada mengutuk serangan ganas yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu. Pada mengakhiri perutusan berkenaan, Kebawah DYMM menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang amat mendalam kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.

KHEDN adakan Tahlil di Kubah Makam Diraja Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Jun. Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya serta Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi hari ini mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, di sini. Rombongan berkenaan diketuai oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Yaa Siin dan Doa Tahlil yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Mohammed Bolkiah, Serusop, Awang Ahmad Syafiq bin Osman. Kira-kira 285 pegawai dan kakitangan menghadiri majlis tersebut yang merupakan program tahunan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi sama-sama menyemarakkan lagi suasana dan melipatgandakan pahala di bulan Ramadan yang mulia ini. Hadir sama ialah Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya, penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung dari keempat-empat daerah.

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (tiga, kanan) semasa mengetuai rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja.

Sejumlah 117 Golden Number akan dibukakan Siaran Akhbar : Jabatan Pengangkutan Darat BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Jun. - Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan

melalui siaran akhbarnya ingin memaklumkan bahawa jabatan berkenaan akan mengeluarkan plat

bilangan pendaftaran kenderaan abjad jubli emas khas sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta. Jabatan berkenaan hanya akan mengeluarkan plat bilangan pendaftaran kenderaan berkenaan sebanyak 117 Golden Number sahaja melalui proses closed tender. Ke muka 12

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Muka 4

Muka 5

KSSUP adakan majlis tadarus dan berbuka puasa

KHEU bertadarus di Masjid Kampung Sungai Bunga

Faksimile: 2381004

Layari Layari Laman Laman Web: Web: www.pelitabrunei.gov.bn www.pelitabrunei.gov.bn


2

HALUAN

Bismillaahir Rahmaanir Raheem Assalamu 'Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

S

EGALA puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya dan kurnia-Nya jua, kita dapat bersama-sama berkumpul pada pagi yang permai ini bagi Majlis Taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 dan Rangka Kerja Perkhidmatan Awam. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada sahabat-sahabat kita dari Malaysia ke Negara Brunei Darussalam. Saya sangat-sangat menghargai kunjungan ini walaupun di dalam tempoh masa yang terhad. Saya percaya, ia akan dapat meninggalkan satu kenangan yang bermakna dan dalam masa yang sama akan mengeratkan lagi jalinan persahabatan di antara kedua belah pihak. Khususnya, saya sangat-sangat berterima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara kerana telah berkesudian menerima undangan saya untuk mengetuai rombongan bagi menghadiri program lawatan pegawaipegawai Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam dan Malaysia Kali Ke-16. Saya amat memahami bahawa Tan Sri Ketua Setiausaha Negara mempunyai komitmen dan jadual kerja yang padat. Program pertukaran ini bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Ia mempunyai sejarah dan lakaran kenangannya tersendiri. Tanpa diragui, ia adalah satu platform atau wadah yang sangat berharga bagi kedua-dua Perkhidmatan Awam berinteraksi, berkongsi dan bercambah fikiran di dalam sama-sama meningkatkan prestasi jentera Perkhidmatan Awam masing-masing. Lebih penting lagi, ia memberikan peluang yang terbuka luas untuk menjalin hubungan yang lebih akrab di peringkat individu khususnya dan hubungan dua hala antara negara kita. Secara peribadi, saya merasakan hubungan yang erat ini adalah sangat signifikan bagi meraih kesepaduan dan keharmonian secara berterusan di antara kedua-dua warga Perkhidmatan Awam. InsyaaAllah, sekejap lagi kita akan mendengarkan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 yang menggariskan matlamatmatlamat atau outcome negara yang hendak dicapai pada tahun 2035. Ke arah itu, Perkhidmatan Awam sebagai jentera utama kerajaan, memainkan peranan yang amat penting. Secara langsung Wawasan Brunei 2035, pada hemat saya, sangat memanggil semua warga untuk berusaha dengan lebih tekun, komitmen dan bijaksana dalam meningkatkan kualiti Perkhidmatan Awam. Dalam kata lain, Wawasan Brunei 2035 memerlukan peningkatan mutu pemberian perkhidmatan atau service delivery dan ini telah menjadikan Perkhidmatan Awam semakin mencabar. Alhamdulillah, kami sebagai rakyat dan

HARI ISNIN 5 JUN 2017

Perkhidmatan Awam berperanan penting jayakan Wawasan Brunei 2035 ''SECARA langsung Wawasan Brunei 2035, pada hemat saya, sangat memanggil semua warga untuk berusaha dengan lebih tekun, komitmen dan bijaksana dalam meningkatkan kualiti Perkhidmatan Awam. Dalam kata lain, Wawasan Brunei 2035 memerlukan peningkatan mutu pemberian perkhidmatan atau 'service delivery' dan ini telah menjadikan Perkhidmatan Awam semakin mencabar.''

TIMBALAN Menteri (Korporat, PENGGERAK dan Ekonomi) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud semasa berucap pada Sesi Taklimat Bagi Program Lawatan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam dan Malaysia Kali Ke-16 Tahun 2017 pada 13 Mei 2017 di Banquet Hall, Aras 1, Bangunan Jabatan Perdana Menteri.

penduduk negara ini amnya dan warga perkhidmatan awam khususnya sangat bertuah lagi beruntung. Dengan kepimpinan bijaksana dan pandangan jauh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, jentera Perkhidmatan Awam negara ini sentiasa dipandu kearah kecemerlangan dan sebanding dengan negara-negara antarabangsa. Dalam masa yang sama, baginda telah didukung sepenuhnya oleh paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. Duli Yang Teramat Mulia dalam pelbagai kapasiti misalnya

''DARI segi mengasuh bakal-bakal pemimpin di negara ini, PENGGERAK, Jabatan Perdana Menteri telah menyediakan satu program kepimpinan yang dinamakan Brunei Top 100 Leaders (B100). Program B100 ini menyediakan 'leadership pool' yang boleh disalurkan sebagai rancangan penggantian di kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan.''

JUN

5 6 7 8 9 10 11

Pengerusi Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035, telah tidak kendur-kendurnya memberikan hala tuju yang jelas dan seterusnya memantau pencapaian Petunjuk Prestasi Utama atau KPI setiap peneraju strategi atau strategy champion termasuk pelaksanaan pelan tindak dan kemajuan atau progresnya secara kerap. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pandu PENGGERAK, Jabatan Perdana Menteri pula, DYTM secara terus-menerus memantau inisiatif-inisiatif reformasi yang berhubung kait dengan keutaman-keutamaan PENGGERAK termasuk Ease of Doing Business (EODB). Keperihatinan DYTM telah memberikan impak yang ketara yang dilihat dalam peningkatan kedudukan Negara Brunei Darussalam di dalam EODB. Dari segi mengasuh bakal-bakal pemimpin di negara ini, PENGGERAK, Jabatan Perdana Menteri telah menyediakan satu program kepimpinan yang dinamakan Brunei Top 100 Leaders (B100). Program B100 ini menyediakan leadership pool yang boleh disalurkan sebagai rancangan penggantian di kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan. Adalah harapan saya, perkongsian maklumat pada pagi ini akan bermanfaat kepada kita untuk mencari satu pendekatan atau kaedah yang inovatif di dalam samasama mengharungi cabaran-cabaran bagi memastikan Perkhidmatan Awam bertindak secara proaktif dan relevan dengan keadaan semasa. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya dengan sukacita sekali lagi mengucapkan selamat datang ke Negara Brunei Darussalam dan mengharapkan kunjungan ini menambah rasa muhibah dan ukhuwah di antara kedua-dua warga Perkhidmatan Awam. Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

5 JUN 2017 BERSAMAAN 1438

10

PERBANYAKKAN AMAL KEBAIKAN LHAMDULILLAH, kita telah memasuki hari A ke-10 di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Rasa syukur dipanjatkan kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izin-Nya jua diberi kesempatan untuk berjumpa sekali lagi dengan bulan Ramadan, bulan yang memberi banyak peluang untuk meningkatkan amal ibadah. Sesungguhnya puasa pada bulan Ramadan merupakan salah satu daripada rukun Islam di mana setiap yang beragama Islam yang sudah baligh adalah diwajibkan untuk berpuasa. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183, ''Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.'' Ternyata ibadah puasa mempunyai banyak kebaikan, hikmah dan fadilatnya. Ia dapat digambarkan melalui hadis riwayat Bukhari, ''Setiap amal yang dilakukan anak Adam adalah untuknya dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali ganda malah sehingga tujuh ratus kali ganda. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman, kecuali puasa. Ia adalah untuk-Ku dan Aku yang terus membalasnya. Ia telah meninggalkan syahwat, makan dan minumnya kerana-Ku.'' Justeru, dalam kita menunaikan ibadah puasa, perlu juga direnung jika peluang yang diberikan untuk meningkatkan amal ibadah digunakan dengan semaksima yang mungkin. Memperbanyakkan amal kebaikan apabila menjalankan ibadah puasa adalah sangat disarankan. Antara amalan yang dimaksudkan ialah menunaikan solat lima waktu dengan berjemaah, mengeluarkan sebahagian harta benda kepada orang-orang yang berhak menerimanya, memperbanyak sembahyang sunat, membaca Al-Quran dan lain-lain. Menurut hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan yang lainnya, dari Ibnu Abbas Radiallahuanhu berkata, ''Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang paling dermawan (dengan kebajikan) dan Baginda lebih dermawan pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Ia (Jibril) menemui Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada setiap bulan Ramadan, lalu ia mentadaruskan Al-Quran kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Sungguh, Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam lebih dermawan dengan kebaikan melebihi angin yang bertiup. Justeru, perbanyakkan amal ibadat terutamanya di bulan Ramadan ini. Gunakanlah peluang yang sedia ada dengan sebaik mungkin, pertingkatkan kualiti puasa, laksanakan perkara-perkara yang wajib semasa berpuasa, dan perbanyakkanlah amalan. Semoga amalan kita diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala jua. Amin. - Ketua Penyuntingan (Ss).

RAMADAN

10 11 12 13 14 15 16

4 . 33 4 . 33 4 . 33 4 . 33 4 . 33 4 . 33 4 . 33

4 . 43 4 . 43 4 . 43 4 . 43 4 . 43 4 . 43 4 . 43

6 . 07 6 . 07 6 . 07 6 . 07 6 . 08 6 . 08 6 . 08

6 . 31 6 . 31 6 . 31 6 . 31 6 . 32 6 . 32 6 . 32

12 . 20 12 . 20 12 . 20 12 . 20 12 . 21 12 . 21 12 . 21

3 . 45 3 . 45 3 . 46 3 . 46 3 . 46 3 . 46 3 . 47

6 . 30 6 . 31 6 . 31 6 . 31 6 . 31 6 . 32 6 . 32

7 . 46 7 . 46 7 . 46 7 . 47 7 . 47 7 . 47 7 . 48


AGAMA

HARI ISNIN 5 JUN 2017

3

MPM Kota Batu dan Kianggeh adakan Majlis Tahlil

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Penasihat Majlis Perundingan Mukim Kota Batu (empat, kanan), antara yang hadir pada Majlis Bertahlil bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja.

Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 4 Jun. - Majlis Perundingan Mukim (MPM) Kota Batu dan Mukim Kianggeh, Daerah Brunei dan Muara mengadakan Majlis Bertahlil bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan

Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman di Kubah Makam Diraja, di sini. Majlis Bertahlil ini juga dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Penasihat MPM Kota Batu.

Syukuri hadiah kurniaan Allah

Hadir sama, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, Penghulu Mukim Kota Batu / Pemangku Penghulu Mukim Kianggeh juga selaku Pengerusi MPM Kota Batu dan Mukim Kianggeh; Penasihatpenasihat Majlis Perundingan Kampung Mukim Kota Batu, ketua-ketua kampung, Ahli-ahli MPM dan Kampung serta penduduk-penduduk Mukim Kota

Batu dan Mukim Kianggeh. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Serdang, Awang Haji Sanip bin Haji Nasar. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Tahlil dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Imam Masjid Kampung Serdang.

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud (depan, tiga dari kiri) semasa hadir pada Majlis Tazkirah Subuh bertajuk 'Sejauh Mana Kita Menghargai Hadiah' bertempat di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, ibu negara.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 4 Jun. - Kita sepatutnya mensyukuri nikmat-nikmat (hadiah) yang Allah Subhanahu Wata'ala kurniakan kepada kita hamba-Nya yang hidup di muka bumi ini.

KETUA Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Awang Haji Idris bin Haji Ali semasa menyampaikan Tazkirah Subuh bertajuk 'Sejauh Mana Kita Menghargai Hadiah'.

Syukur yang dimaksudkan itu ialah dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan apa jua yang larangan atau yang ditegah. Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Idris bin Haji Aji menjelaskan demikian dalam Tazkirah Subuh dengan tajuk 'Sejauh Mana Kita Menghargai Hadiah' sejurus menunaikan Sembahyang Fardu Subuh di Masjid Omar 'Ali Saifuddien awal pagi tadi.

Awang Haji Idris juga menekankan, selain kesihatan, umur dan kekayaan, mereka yang berpangkat tinggi juga diingatkan agar jangan mudah lupa diri selaku hamba Allah Subhanahu Wata'ala. Di samping itu jelasnya, tanggungjawab seperti isteri dan zuriat (anak) merupakan amanah yang perlu dipelihara dan dididik dengan sebaik-baiknya. Hadir pada tazkirah tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang

Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Datin. Juga hadir, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid dan Awang Roslan bin Haji Taja'ah. Tazkirah tersebut merupakan perisian dalam Program 'Masjidku Makmur Negara Berkat' kelolaan KHEU melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Da'wah Islamiah dan Bahagian Kemajuan Syiar Islam dengan kerjasama masjid berkenaan.


4

AGAMA

HARI ISNIN 5 JUN 2017

KSSUP adakan majlis tadarus dan berbuka puasa Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said MADANG, Sabtu, 3 Jun. - Bulan Ramadan adalah anugerah Allah Subhanahu Wata'ala kepada seluruh umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Keberkatan dan keistimewaannya yang begitu banyak daripada Allah Subhanahu Wata'ala boleh diperoleh dengan memperbanyakkan amalan kebajikan demi mencari reda Allah Subhanahu Wata'ala semata-mata. Dalam kesempatan itu, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan mengadakan Majlis Tadarus dan Berbuka Puasa sempena Bulan Ramadan Tahun 1438 Hijrah /

2017 Masihi yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis / Madang, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis tersebut ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong. Bacaan Tadarus Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan disusuli dengan Majlis Berbuka Puasa dan

Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Iman Nurzil bin Haji Jumat. Majlis Bertadarus dan Berbuka Puasa ini adalah merupakan aktiviti tahunan KSSUP yang bertujuan untuk meningkatkan syiar Islam dan amal ibadat di bulan Ramadan. Di samping itu juga ianya dapat mengeratkan silaturahim di kalangan pegawai dan kakitangan dengan jemaah masjid serta penduduk kampung.

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong (kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Tadarus dan Berbuka Puasa sempena Bulan Ramadan Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi.

MAJLIS Tadarus dan Berbuka Puasa sempena Bulan Ramadan Tahun 1438H / 2017M yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis / Madang.

Rebut peluang raih pahala berlipat ganda KAMPUNG KAPOK, Sabtu, 3 Jun. Bulan Ramadan begitu bermakna dalam kehidupan seorang yang beragama Islam kerana ia menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada setiap amalan yang dilakukan. Ramadan juga terhimpun rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala serta pembebasan hamba daripada api neraka. Peluang-peluang untuk mendapatkan kelebihan dan pahala yang berlipat ganda itu dibukakan seluas-luasnya kepada kita, baik pada waktu siang hari mahupun sebelah malamnya. Pintu-pintu syurga pada bulan Ramadan dibuka dan pintu-pintu neraka pula ditutup dan syaitan dibelenggu. Bukan kecil apa yang Allah Subhanahu Wata'ala janjikan kepada kita dalam sebulan Ramadan ini. Semuanya tanda kemurahan rahmat dan kasih sayang-Nya jua. Belum tentu kita akan dapat bertemu kembali dengan Ramadan yang akan datang. Oleh itu dengan adanya bulan Ramadan ini, adalah wajar untuk merebut peluang ini dengan sebanyak-banyaknya iaitu meningkatkan amal ibadat serta iman dan takwa kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Sempena bulan yang penuh berkat ini, ramai pihak yang berlumba-lumba meningkatkan amalan bagi meraih pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata'ala, tidak kira dari pihak individu, keluarga mahupun

SUASANA Majlis Tadarus Bagi Pegawai dan Kakitangan Wanita Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Sempena Bulan Ramadan Bagi Tahun 1438H / 2017M yang diadakan di Masjid Kampung Kapok.

jabatan-jabatan atau pihak syarikat swasta. Antara aktiviti yang sering menyemarakkan bulan Ramadan ialah bertadarus Al-Quran. Berikutan itu, Majlis Tadarus Bagi Pegawai dan Kakitangan Wanita Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Sempena Bulan Ramadan Bagi Tahun 1438H / 2017M telah diadakan di Masjid Kampung Kapok yang merupakan projek tahunan yang dikendalikan oleh KHEU, Negara Brunei Darussalam. Hadir selaku tetamu kehormat pada

majlis tersebut ialah isteri Setiausaha Tetap KHEU, Datin Hajah Norliana binti Haji Aarif Lim. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ketua Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Dayang Noraini Yanti binti Haji Hussin dan diikuti dengan acara Tadarus. Majlis diteruskan dengan Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Tenaga Pembimbing Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Kampung Kapok, Dayang Hajah Siti Samah binti Awang Besar. Majlis pada hari tersebut turut

Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Hal Ehwal Masjid diserikan dengan ceramah Ramadan yang disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Dayang Siti Munawwarah binti Awang Tarip dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan oleh Tenaga Pembimbing Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Kampung Batu Marang, Dayang Noor Rafizah binti Haji Ahmad. Aktiviti keagamaan tahunan

kementerian tersebut adalah sebagai salah satu syiar untuk memakmurkan masjid-masjid di negara ini dan dalam sama-sama mendekatkan diri dengan Al-Quran serta meningkatkan amal ibadat di bulan Ramadan selain mengeratkan silaturahim di kalangan pegawai dan kakitangan wanita Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan ahli qariah masjid khususnya Muslimah masjid.


AGAMA

HARI ISNIN 5 JUN 2017

5

Semarak bulan Ramadan dengan Majlis Tadarus

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar (dua, kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Tadarus, Tahlil dan Doa Arwah sempena Bulan Ramadan Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi yang berlangsung di Pusat Tingkatan Enam Sengkurong (kiri), sementara gambar kanan, sebahagian daripada warga Kementerian Pendidikan yang hadir pada majlis tersebut.

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman MUKIM SENGKURONG, Sabtu, 3 Jun. - Dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadan dan mengharap kelebihannya, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perkembangan Kurikulum bersama Institut Pendidikan Teknikal Brunei hari ini meneruskan Majlis Tadarus, Tahlil dan Doa Arwah sempena Bulan Ramadan Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi. Seperti lazimnya, rombongan dari Kementerian Pendidikan mengadakan

majlis tersebut di beberapa buah sekolah yang terpilih di keempatempat daerah. Bagi Daerah Brunei Muara, majlis diadakan di Pusat Tingkatan Enam (PTE) Sengkurong. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh

tetamu kehormat dan seterusnya memulakan bacaan ayat suci Al-Quran bermula Juz 7 Surah Al-An'aam, ayat 1. Selepas itu, bacaan Al-Quran disambung oleh pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan serta pelajar-pelajar PTE, Sengkurong. Majlis diteruskan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Imam Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen Kampung Mulaut, Awang Asbinin bin Haji Zainal. Pada majlis tersebut, tetamu kehormat turut menyampaikan

sumbangan penyerahan wakaf kepada Pengetua PTE, Sengkurong, Awang Haji Jafri bin Haji Suhaili. Wakaf yang diserahkan adalah berupa kemudahan dan peralatan di bilik solat sekolah berkenaan, yang berupa 10 naskah Mushaf Brunei Darussalam dan terjemahannya, 10 pasang telekung dan sebuah 'Portable P.A System', hasil sumbangan derma daripada pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan. Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad; Timbalan

Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Mohammad Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad; pengarah-pengarah; ketua-ketua unit; ketua-ketua bahagian dalam jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pendidikan. Majlis merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan selain menyemarakkan bulan Ramadan dan mendapatkan ganjaran pahala dan keberkatan di bulan mulia ini. Majlis seterusnya akan diadakan di Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah, Lumut Daerah Belait pada 6 Jun 2017.

KHEU bertadarus di Masjid Kampung Sungai Bunga

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof (dua, kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Tadarus di Masjid Kampung Sungai Bunga (kiri). Sementara gambar kanan dan bawah kanan, Ketua Hakim Syarie merangkap Ahli Majlis Ugama Islam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar menyampaikan agihan zakat wang tunai kepada ketua keluarga dan 105 orang yang terdiri daripada asnaf fakir miskin di kawasan Kampung Sungai Bunga.

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Jun. - Bulan Ramadan Al-Mubarak adalah bulan yang dinanti-nantikan yang memberi makna besar dalam perjalanan hidup seorang Muslim. Ini kerana ia menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada setiap amalan yang dilakukan dan padanya terhimpun rahmat serta keampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Pintu-pintu syurga dibuka pada bulan Ramadan dan peluang-peluang mendapatkan kelebihan dan pahala yang berlipat ganda turut dibukakan seluas-luasnya kepada kita sepanjang bulan ini. Sempena Ramadan yang penuh keberkatan ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengaturkan beberapa rombongan untuk sama-

sama bertadarus ke beberapa masjid di negara ini. Sehubungan itu, rombongan KHEU telah mengadakan Majlis Tadarus di Masjid Kampung Sungai Bunga. Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut. Acara dimulakan dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah yang diimamkan oleh imam masjid berkenaan, Pengiran Mohammad Fadzillah bin Pengiran Mahmud. Acara diteruskan dengan penyampaian agihan zakat wang tunai kepada seramai 50 ketua keluarga dan 105 tanggungannya yang terdiri daripada asnaf fakir miskin di kawasan

berkenaan yang disampaikan oleh Ketua Hakim Syarie merangkap Ahli Majlis Ugama Islam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar. Kemudian disusuli dengan Tadarus dan diikuti dengan bacaan Al-Quran, Surah Al-Maaidah, ayat 83 hingga 89, secara Tarannum oleh Imam Surau Maktab Teknik Sultan Saiful Rizal, Awang Haji Ramli bin Haji Ladis, manakala tafsiran ayat dibacakan Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Mohd. Amin bin Haji Salim. Seterusnya bacaan Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh imam masjid berkenaan, Pengiran Mohammad Fadzillah bin Pengiran Mahmud berserta Doa Allah Peliharakan Sultan. Rombongan KHEU bersungkai bersama-sama jemaah masjid dan seterusnya menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.


6

NASIONAL

HARI ISNIN 5 JUN 2017

Tadarus rumah ke rumah pengisian kerohanian Berita dan Foto : Noraisah Muhammed

SEKITAR pembacaan tadarus yang diungkayahkan oleh Biro Ugama Majlis Perundingan Mukim (MPM) Liang.

PENOLONG Ketua Biro Ugama MPM Liang, Dayang Hajah Ainah binti Haji Suhaili semasa ditemu bual.

DAYANG Hajah Norjaimah binti Haji Mohd. Suhaili semasa ditemu bual Pelita Brunei.

LUMUT, Ahad, 4 Jun. - Sepanjang Ramadan masjid, surau, madrasah dan rumah diisi dengan amalan mengaji Al-Quran. Bertadarus Al-Quran menjadi amalan pada bulan puasa sama ada dilakukan secara individu atau berkumpulan bagi mengimarahkan bulan penuh keberkatan. Selain berpuasa dan menunaikan Sembahyang Tarawih, umat Islam juga dituntut untuk menghidupkan Ramadan dengan membaca Al-Quran

Tadarus Al-Quran eratkan hubungan kekeluargaan

agar dapat memberi inspirasi dalam usaha mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sehubungan itu, bagi meneruskan tradisi yang diamalkan oleh Biro Ugama bagi Majlis Perundingan Mukim (MPM) Liang dengan mengadakan program bertadarus dari rumah ke rumah setiap tibanya bulan Ramadan. Ia diadakan di rumah Penolong Ketua Biro Ugama MPM Liang, Dayang Hajah Ainah binti Haji Suhaili. Menerusi temu bual bersama Pelita Brunei, beliau menjelaskan program tahunan itu bertujuan untuk memberi pengisian kerohanian pada bulan Ramadan selain menggalakkan pemahaman lebih mendalam mengenai isi kandungan Al-Quran. Katanya, selain membaca Al-Quran beramai-ramai itu akan dapat mendengar tazkirah berkaitan fadilat membaca Al-Quran serta mendalami kisah di dalam yang disampaikan Allah Subhanahu Wata'ala melalui firman-Nya itu. "Alhamdulillah kami berasa bersyukur kerana program tadarus Al-Quran yang dianjurkan setiap tahun ini terus mendapat sambutan. Kami mengadakannya setiap hari Jumaat dan Ahad dan kami menerima kehadiran 20 hingga 35 peserta dan jumlah bertambah pada hujung minggu," katanya. Menurut beliau, antara yang serta

menyertai program yang dianjurkan oleh MPM Liang bertadarus dari rumah ke rumah ialah termasuk ahli Muslimah Masjid Zainab, Muslimah Masjid Pandan dan Muslimah Masjid Sungai Liang. Sementara itu Pelita Brunei juga menemu bual salah seorang pembaca warga emas, Dayang Hajah Norjaimah binti Haji Mohd. Suhaili, 73, menurutnya aktiviti bertadarus memberi peluang kepada beliau untuk menteratal bacaan selain mengeratkan lagi silaturahim yang sedia walaupun tinggal berjauhan namun masih ada kesempatan untuk berjumpa. "Kesempatan bertadarus bersama diambil untuk berkumpul dan mengulang kaji serta memperbetulkan bacaan masing-masing. Alhamdulillah kami dapat membaca Al-Quran bersama-sama," katanya. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Fussilat, ayat 42 yang bermaksud : ''Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya, Al-Quran diturunkan dari Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.'' Ada tiga perkara mengenai Al-Quran penting dan perlu ditekankan oleh umat Islam; kerap membaca Al-Quran, beribadat dengan membaca Al-Quran dan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan membaca Al-Quran.

Bertadarus membolehkan bacaan ditasmik, diperbetulkan Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

MELALUI majlis bertadarus inilah mereka juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga serta sanak saudara.

Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 4 Jun. - Aktiviti keagamaan sempena bulan Ramadan terus giat diadakan di masjid-masjid, surau-surau dan juga balai-balai ibadat di seluruh negara. Dalam sama-sama menghidupkan lagi bulan suci, majlis bertadarus juga diadakan di rumah-rumah kediaman di negara ini. Majlis bertadarus merupakan antara aktiviti setiap tahun yang sering diadakan di rumah-rumah yang bertujuan supaya mereka mencintai

Al-Quran juga ia melambangkan syiar Islam. Majlis bertadarus bukan sahaja disertai oleh orang-orang dewasa juga golongan belia, remaja dan kanak-kanak yang tahu membaca kitab suci tersebut turut sama membacanya. Bertadarus bukan sahaja dapat melahirkan insan yang cintakan Al-Quran malah mereka dapat belajar dan membaca kitab suci Al-Quran dengan teratur dan sempurna dari segi

kelancaran, sebutan dan sebagainya. Dengan membaca kitab suci Al-Quran akan dapat membersihan hati, di samping mereka mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda semasa bulan suci Ramadan yang penuh keberkatan ini. Dalam kesempatan majlis bertadarus inilah mereka juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga serta sanak saudara. Pada masa yang sama akan dapat menjadikan seseorang yang cenderung dan minat terhadap Al-Quran selain mencungkil bakat dalam bacaan Al-Quran.

TUTONG, Ahad, 4 Jun. Membaca Al-Quran adalah sangat digalakkan bagi setiap umat Islam lebih-lebih lagi di bulan Ramadan kerana pada bulan ini ganjaran pahala yang diberikan-Nya adalah berlipat ganda. Seperti lazimnya, membaca Al-Quran beramai-ramai atau lebih dikenali sebagai bertadarus diadakan di masjid-masjid, balai-balai ibadat, surau-surau mahupun di rumah-rumah kediaman persendirian. Walau bagaimanapun, bertadarus di rumah-rumah persendirian secara berterusan semakin jarang diadakan, melainkan ia acara khas untuk berkumpul sesama keluarga atau acara keagamaan sesebuah persatuan. Ketika Pelita Brunei menemu bual Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Telisai, Awang Didi Normady bin Haji Ahmad, beliau menjelaskan, kebaikan bertadarus selain daripada untuk mendapat ganjaran pahala, ia juga membolehkan bacaan ditasmik dan diperbetulkan dari segi bacaan dan tajwid masing-masing memandangkan setiap pembaca mempunyai peringkat bacaan yang tidak sama. Menurutnya, membaca Al-Quran di bulan Ramadan

PEGAWAI Hal Ehwal Masjid Kampung Telisai, Awang Didi Normady bin Haji Ahmad.

sangat tinggi nilainya kerana bacaan satu huruf dari kitab suci tersebut sudah mendatangkan satu kebaikan, dan satu kebaikan itu bernilai 10 kali ganda. Tambahnya, apa lagi dengan bacaan sambil bersusah payah, ia mendatangkan dua pahala, iaitu pahala membaca dan jua pahala susah payah pembaca. Oleh itu, katanya, marilah kita merebut peluang untuk memperbanyakkan amalan di bulan penuh berkah dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.


NASIONAL

HARI ISNIN 5 JUN 2017

7

Penyediaan makanan berkhasiat bantu kekal bertenaga Oleh : Aimi Sani Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

BENGKURONG, Sabtu, 3 Jun. Berpuasa secara asasnya meletihkan terutama bagi individu yang bekerja dan bersekolah, namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita bermalas-malasan untuk kekal fokus dan produktif dalam melakukan sesuatu perkara. Di samping amalan berpuasa, amalan-amalan sunat yang lain juga

memerlukan tenaga agar kita lebih khusyuk di dalam beribadah. Oleh yang demikian, bagi memastikan diri kita sentiasa cergas dan kekal bertenaga semasa bekerja, pemilihan makanan berkhasiat ketika bersahur amat penting kerana ia mampu memberi tenaga kepada awda untuk melakukan aktiviti seharian. Dayang Alya Batrsiya binti

DAYANG Alya Batrisya binti Muhammad, Tahun 5A, dididik oleh kedua ibu bapanya berpuasa seawal umur 6 tahun.

PENOLONG Guru Besar Sekolah Rendah Bengkurong (Kluster II), Dayang Lelawati binti Haji Sidup ... Guru-guru berperanan penting membantu murid-murid fokus dengan pelajaran.

Muhammad, 10, murid Tahun 5 Sekolah Rendah Bengkurong (Kluster II) ketika ditemui berkata, beliau telah dididik oleh kedua ibu bapanya untuk berpuasa seawal umur enam tahun. ''Pada awalnya, ia memanglah suatu perkara yang susah kerana pada ketika itu saya masih kecil. Namun sudah dipraktikkan setiap tahun, Alhamdulillah saya boleh melakukannya. Cabaran saya bersekolah sambil berpuasa ialah untuk sentiasa kekal fokus dalam kelas. Memang sukar tapi ianya bukanlah alasan untuk tidak melakukannya, lebih-lebih lagi kami

akan menduduki School Based Assessment (SBA) iaitu Ujian Penggal Kedua selama lima hari bermula 5 Jun 2017 ini,'' jelasnya. Menurutnya, makan sahur adalah perkara yang penting agar kita tetap kekal bertenaga. Sementara itu, Penolong Guru Besar Sekolah Rendah Bengkurong (Kluster II), Dayang Lelawati binti Haji Sidup berkata guru-guru memainkan peranan penting dalam membantu muridmurid untuk kekal fokus dengan pembelajaran mereka dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.

Mendapatkan rehat yang secukupnya terang beliau, adalah penting bagi murid-murid yang bersekolah kerana rehat yang cukup memberi tenaga kepada mereka. ''Jangan biarkan mereka tidur lewat terutama hari persekolahan. Penat yang melampau akan menyebabkan mereka tidak tahan lapar. Penyediaan makanan yang berkhasiat juga boleh membantu mereka untuk kekal bertenaga sepanjang berpuasa. Makanan tambahan seperti vitamin juga sangat membantu,'' tambahnya.

MURID-murid tetap tabah menghadapi ujian untuk persediaan perperiksaan akan datang meskipun dalam keadaan berpuasa.

Pengurusan masa yang bijak Kampung Batu Marang adakan Kuliah Subuh penting di bulan Ramadan Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi

AWANG Eardey Hussiney bin Norshari Kamaluddin menjelaskan, segala tugas yang dijalankan akan menjadi sebahagian daripada ibadah.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Jun. - Ramadan merupakan bulan ke sembilan di dalam takwim Hijrah. Di dalam bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa dan dituntut untuk menggandakan amal ibadat kerana ganjaran amalan yang dilakukan di dalamnya adalah berlipat kali ganda. Bulan Ramadan juga merupakan bulan pengampunan seperti mana Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim, ''Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadan ke bulan Ramadan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara

waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar,'' Sementara itu di Negara Brunei Darussalam, suasana di tempat kerja bagi sektor awam menjelangnya bulan Ramadan turut diisi dengan aktiviti-aktiviti keagamaan di samping tugas rutin seharian. Antara aktiviti tersebut ialah Tadarus Al-Quran, bertahlil dan mendoakan bagi mereka yang dahulu menghadap Illahi serta bersedekah kepada golongan yang memerlukan. Manakala tempoh waktu berkerja bagi sektor awam juga dipendekkan dari kebiasaannya, iaitu bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Salah seorang warga Perkhidmatan Awam Awang Eardey Hussiney bin Norshari Kamaluddin, 36 tahun yang bertugas di Emergency Medical Ambulance Services (EMAS), Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha semasa ditemui berpendapat, pengurusan masa yang bijak perlu sentiasa dilakukan agar tanggungjawab beribadah dapat dilakukan dan tugasan dapat ditanai sebaik mungkin. Menurut beliau lagi bertugas di bulan Ramadan tidak jauh bezanya jika dibandingkan dengan bulanbulan yang lain dan semasa mempunyai kelapangan masa sering kali dipenuhi dengan bersalawat ke atas Junjungan Besar Nabi

Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, membaca surah-surah pendek dan doa-doa bagi memohon kemudahan dan perlindungan dalam bertugas. Dengan demikian menurut beliau, segala tugas yang dijalankan akan menjadi sebahagian daripada ibadah, di samping bijak merancang pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang untuk mengekalkan tenaga sepanjang berpuasa dan bertugas agar sentiasa aktif dan produktif. Sementara itu bagi Awang Muhammad Ariffin bin Abdullah Haji, berusia 47 tahun, seorang tenaga pengajar yang bertugas di School of Aviation, IBTE Sultan Saiful Rijal, Jalan Utama Berakas turut berpendapat suasana bertugas di bulan Ramadan tidak jauh bezanya dengan bulan-bulan yang lain. Beliau semasa ditemui turut berharap agar masa terluang dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dalam mengisi Ramadan tahun ini agar ianya tidak berlalu begitu sahaja. Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar para pemandu untuk mendapatkan rehat yang mencukupi bagi yang perlu memandu jauh dan bertugas di luar daerah serta sentiasa mengamalkan pemanduan kenderaan yang berhemah.

Berita dan Foto : Ihsan Haji Mohammad Isa Haji Marsidi

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 4 Jun. - Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Batu Marang telah mengadakan Kuliah Subuh pertama kali di Masjid Kampung Batu Marang. Hadir semasa kuliah tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Takmir, Ahli Muslimah dan jemaah serta penduduk Kampung Batu Marang. Penceramah undangan Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak menyampaikan tazkirah semasa Kuliah Subuh berkenaan. Menurut Timbalan Setiausaha Takmir, Awang Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi menyatakan, rasa penuh kesyukuran atas nikmat yang Allah kurniakan kerana masih diberikan kesempatan untuk hadir di Majlis Ilmu bersama-sama dengan sebilangan dari penduduk Kampung Batu Marang khususnya. Usaha yang diungkayah tersebut adalah untuk kepentingan ilmu bagi masyarakat umumnya dan tanpa disedari kehadiran para jemaah yang mendengarkan lebih kurang 50 orang.

PENCERAMAH Undangan, Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak menyampaikan tazkirah pada Kuliah Subuh di Masjid Kampung Batu Marang.


8

NASIONAL

HARI ISNIN 5 JUN 2017

Wanita raih pendapatan di bulan Ramadan

DAYANG Noraisah binti Abdullah Tee, pemilik Restoran Warisan Que mensajikan hidangan ala bufet dengan menumpukan masakan kampung dan baba nyonya.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 2 Jun. - Kehadiran bulan Ramadan setentunya paling dinantikan oleh seluruh umat Islam setiap tahun kerana bulan ini memfokuskan kepada meraih pahala yang berlipat ganda, meningkatkan amalan beribadah dan melakukan kebajikan selain untuk mencari rezeki lebih. Selain untuk mengumpul saham akhirat, bulan Ramadan juga merupakan peluang terbaik untuk mencari pendapatan lebih kerana suasana pada bulan ini memberikan pulangan yang lumayan dan berbeza berbanding bulan-bulan yang lain. Namun apa yang paling ketara ialah, para wanita merupakan antara yang paling sibuk pada bulan yang mulia ini dalam meraih pendapatan seperti membuat kuih-muih atau juadah berbuka puasa selain menjual perniagaan secara online dan sebagainya. Bagi pemilik Restoran Warisan Que, Dayang Noraisah binti Abdullah Tee menjelaskan bahawa sambutan perniagaan semasa bulan Ramadan adalah sangat menggalakkan berbanding bulan lain. Walaupun baru menjalankan restorannya sejak kurang dari sebulan yang lalu, beliau merasakan bahawa kehadiran bulan Ramadan banyak

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Azmah Haji Ahad memberi pendapatan lebih kepada perniagaannya. Menurutnya, tahun ini merupakan kali pertama beliau menjalankan perniagaan restoran tersebut dalam bulan Ramadan di mana sajian yang dihidangkan adalah masakan ala bufet dengan menumpukan masakan kampung dan baba nyonya sebagai menu utama. Ini merupakan percubaan pertama bagi dirinya menjalankan restoran dan sebelum ini beliau juga mempunyai perniagaan secara atas talian dengan menjual makanan hasil buatan tangan beliau sendiri iaitu 'Macaron', dan para pelanggan hanya perlu menempah darinya melalui talian. Sementara itu, bagi seorang usahawan wanita muda, iaitu pemilik gerai 'The Grill Journal' di Pasar Pelbagai Barangan Gadong, Dayang Nur Raghadah binti Agus menjelaskan bidang keusahawanan bagi kalangan wanita di negara ini dilihat semakin meningkat sama ada jualan pakaian, makanan dan sebagainya. Pada bulan ini jelasnya, kita dapat melihat pengusaha wanita semakin ramai seperti di Gerai-gerai Ramadan yang berusaha mencari pendapatan

DAYANG Nur Raghadah binti Agus semasa melayan pelanggan beliau (atas), sementara gambar kanan, antara sajian yang terdapat di Restoran Warisan Que.

yang lebih dengan berniaga makanan, kuih-muih, minuman dan sebagainya. Bagi wanita tambahnya, memang banyak cabaran namun kita perlu hadapi dengan tenang dan profesional. Terangnya, wanita bekerjaya yang mencari pendapatan pada bulan Ramadan adalah sesuatu yang memberangsangkan dan baik, di mana secara tidak langsung dapat menggalakkan orang ramai yang kurang mempunyai keyakinan untuk membuka perniagaan mereka sendiri walau hanya secara kecil-kecilan. Menurut beliau, untuk berjaya dalam perusahaan perlu mengikis rasa malu dan memerlukan kesabaran, kerana ia bukan perkara yang mudah namun jika kita tekun maka akhirnya akan membuahkan hasil. Sementara itu bagi beliau sendiri, menceburkan diri dalam bidang keusahawanan khususnya jualan makanan adalah atas minatnya serta dorongan keluarga yang juga mempunyai latar belakang dalam jualan makanan. The Grill Journal yang dijalankan sendiri oleh beliau bersama dua orang rakan seperjuangannya semasa di universiti itu baru beroperasi pada bulan Februari tahun ini dan menjual pelbagai jenis masakan khususnya berpanggang atau bersalai, seperti sate dan kambing selain pais serta ubi dengan harga serendah BND1. Menurutnya, ini merupakan Ramadan yang pertama beliau berniaga di Pasar Pelbagai Barangan tersebut dan sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan daripada bulan-bulan lainnya. Pada hari kebiasaannya, mereka akan menjual kira-kira 300-500 skewers dan anggaran 1,000-2,000 cucuk sate namun jumlah ini digandakan pada bulan Ramadan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Orang ramai bolehlah mengunjungi petak gerai The Grill Journal di B04 Pasar Pelbagai Barangan Gadong yang beroperasi bermula jam 2.00 petang semasa waktu Ramadan ini.

1. Gerai Ramadan - Tarikh Tutup 17 Jun 2017 2.'Kanak-Kanak Berhari Raya' -Tarikh Tutup 1 Julai 2017 3. Bangunan -Bangunan Kerajaan - Tarikh Tutup 17 Julai 2017

TAJUK : 'WARNA' Keterangan gambar : Bunga merah muda merupakan simbol kasih sayang, kehalusan, kelembutan, kekaguman dan keyakinan Apple iPhone 5s / ISO : 32/ Aperture : f2.2 Siti Amafina binti Haji Zaman / 01-071451 / No. 1 Simpang 5-6, Jalan 39, RPN Kampung Rimba, Gadong.


HARI ISNIN 5 JUN 2017

AGAMA

9


10

RENCANA KHAS

HARI ISNIN 5 JUN 2017

Transformasi menjana kemajuan ekonomi negara Oleh : Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Perhubungan dengan kerjasama Meja Kandungan Khas, Pelita Brunei, Ke Penerangan muka 3 Jabatan Foto : Jabatan Penerangan dan Jabatan Pengangkutan Darat

SIRI AKHIR SISTEM KESELAMATAN AMALAN PEMANDU (SiKAP) EBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pernah bertitah mengenai kes-kes kemalangan jalan raya yang meningkat semasa Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-66 Tahun pada 25 Syaaban 1433 Hijrah bersamaan 15 Julai 2012 Masihi : ''Kematian bukan saja kerana penyakit, tetapi juga turut berlaku akibat kemalangan jalan raya. Ini juga amat membimbangkan, kerana bilangannya terus meningkat. Orang ramai biasanya sangat berhajat kepada jalan raya yang berkualiti, tetapi ramai yang tidak mengendahkan harapan kerajaan untuk melihat, supaya semua pengguna jalan raya juga mestilah berkualiti. Walau macam manapun, setakat ini, beta turut berpuas hati dengan pengenalan sistem demerit, yang dianggap berpotensi tinggi bagi usaha-usaha penggunaan jalan raya yang lebih berhemah dan selamat.'' Pengenalan SiKAP merupakan usaha dalam mengukuhkan regulatory framework melalui pengemaskinian undang-undang dan peraturan. SiKAP dikuatkuasakan pada 1 Oktober 2013, selepas progam ini dibuat secara rintis selama 16 bulan, mulai dari Mei 2012 hingga Jun 2013. SiKAP diaktifkan dengan penggunaan mata demerit yang akan diberikan kepada pemandu yang didapati melanggar peraturan lalu lintas dan jalan raya yang boleh membawa kepada penggantungan atau pembatalan Lesen Memandu tertakluk kepada berat kesalahan yang dilakukan. Ini adalah usaha kerajaan untuk mengadakan langkah-langkah pembaikan corrective

K

SISTEM Teksi Bermeter Negara Brunei Darussalam.

measure dan sebagai dorongan kepada pemandu supaya mengamalkan sikap pemanduan yang lebih berhemah dan berhati-hari semasa berada di jalan raya. APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM KESELAMATAN AMALAN PEMANDU (SiKAP MOBILE APPS) Aplikasi Mudah Alih SiKAP yang juga dilancarkan pada 24 Februari 2015 memfokuskan penggunaan kemudahan Teknologi Info-Komunikasi (ICT) untuk memudah cara urusan orang ramai) mengetahui maklumat peribadi termasuk nombor telefon bimbit yang digunakan untuk perkhidmatan JPD Push-SMS; dan ii) mencari dan mengetahui mata demerit yang berkaitan jika ada. KESELAMATAN JALAN RAYA GIAT DIPERTINGKATKAN

RUPA bentuk meter yang digunakan oleh teksi di negara ini.

Mengenai usaha meningkatkan keselamatan jalan raya dan kepatuhan orang ramai terhadap undang-undang dan peraturan lalu lintas jalan raya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menekankan dalam titah baginda Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-28 pada 23 Februari 2012 : ''Turut menjadi aspek penting pencegahan ialah mempastikan keadaan jalan-jalan raya utama, supaya benar-benar memenuhi keperluan piawaian keselamatan bertaraf tinggi. Kesemua langkah-langkah pencegahan ini hanya akan mendatangkan hasil yang berkesan apabila ia benar-benar dibudayakan, melalui promosi dan pengkuatkuasaan yang konsisten.'' Sehubungan itu, Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui JPD bersama Pasukan Polis Diraja Brunei berperanan penting dalam menguat kuasa dan memastikan akta dan peraturan lalu lintas jalan raya dipatuhi, ini termasuklah menjalankan sekatan jalan raya. JPD juga tidak kendur-kendur menjalankan tanggungjawab dalam meningkatkan kesedaran kepada masyarakat amnya, dan para pengguna jalan raya khususnya termasuklah dengan mengadakan jerayawara dan pembarigaan melalui media massa mengenai keselamatan jalan raya. PENGUATKUASAAN ATURANATURAN LALULINTAS JALAN RAYA (KOMPOSISI KESALAHAN), 2016 Penguatkuasaan Aturan-Aturan Lalulintas Jalan Raya (Komposisi Kesalahan), 2016, adalah salah satu lagi usaha ke arah

mengukuhkan dan pengemaskinian undang-undang dan peraturan. Dengan penguatkuasaan tersebut, perubahan tatacara pengendalian kesalahan-kesalahan yang melanggar Akta dan Peraturan-Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Road Traffic Act and Rules) khususnya yang disenaraikan di bawah Aturan-Aturan Lalulintas Jalan Raya (Komposisi Kesalahan) 2016, yang mana kesalahan-kesalahan yang melanggar peraturan-peraturan tersebut tidak lagi dibawa ke Mahkamah dan kini menjadi kesalahan yang boleh dikompaun atau compoundable offences. Perubahan terkini dalam regulatory framework bertujuan untuk memudah cara dan mengurangkan kes-kes saman yang dibawa ke Mahkamah, selaras dengan inisiatif Ease of Doing Business - Alternatives to Court yang melibatkan beberapa agensi kerajaan di bawah Jawatankuasa Penggubalan dan Meneliti Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Akta Lalulintas Jalan Raya, Penggal 68 yang ahlinya terdiri dari Kementerian Perhubungan, JPD (selaku Pengerusi), Polis Diraja Brunei, Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya dan dipantau oleh pihak Jabatan Perdana Menteri. Usaha-usaha meningkatkan tahap keselamatan jalan raya yang sudah dan akan terus dilaksanakan semata-mata untuk, melindungi dan menjaga keselamatan masyarakat yang secara tidak langsung membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam. Strategi-strategi tersebut menjurus kepada mencapai matlamat kedua dan ketiga Wawasan Brunei 2035, iaitu meningkatkan kualiti hidup rakyat dan mempunyai ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan, serta sebagai memudah cara perkhidmatan pengangkutan manusia dan barangan. Ke muka 11


HARI ISNIN 5 JUN 2017

PELANCARAN dua buah bas awam Low Floor (city bus) Koperasi Tasamul Mukim Lumapas Berhad pada 10 Disember 2015.

Dari muka 10 KELAYAKAN PEMERIKSAAN KENDERAAN STESEN PEMERIKSAAN KENDERAAN Pada 24 September 2016, merupakan satu lagi pencapaian Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di mana sebelas (11) buah bengkel kenderaan yang

Aplikasi Mudah Alih SiKAP.

bertaraf Kelas 'A' telah dilantik menjadi Stesen Pemeriksaan Kenderaan atau Vehicle Inspection Station (VIS). VIS-VIS ini diberikan kebenaran untuk menjalankan perkhidmatan permeriksaan terhadap kenderaan-kenderaan persendirian berumur 7 tahun dan ke atas serta kenderaan komersial. Ini adalah satu lagi langkah peralihan perkhidmatan semata-mata memberi pilihan kepada orang ramai untuk membuat pemeriksaan kenderaan selain di Pusat Pemeriksaan Kenderaan di semua

RENCANA KHAS

11

RUANG dalam bas awam Lantai Rendah.

cawangan JPD di seluruh negara dengan kadar bayaran yang sama. USAHA-USAHA KE ARAH SISTEM PENGANGKUTAN AWAM YANG BERKAIT HUBUNG (WELL CONNECTED) DAN BOLEH DIPERCAYA (RELIABLE) Dalam Perkembangan Sistem Pengangkutan Awam, beberapa inisiatif telah dibuat dan yang akan dilaksanakan termasuklah : PERKHIDMATAN BAS FRANCAIS BRUNEI MUARA Dalam tahun 1995 Perkhidmatan Bas Francais Brunei Muara ditubuhkan dan mulanya dikenali sebagai 'Bus Purple'. BAS FRANCAIS BERTUKAR IMEJ Pada 29 Ogos 2013 'Bus Purple' bertukar imej dengan memperkenalkan enam (6) warna baharu : 1) Cyan Blue bagi Laluan Keliling 2) Green bagi Laluan Utara 3) Brown bagi Laluan Tengah 4) Royal Blue bagi Laluan Timur 5) Grey bagi Laluan Selatan, dan 6) Magenta bagi Laluan Barat dan laluan-laluan bas awam yang telah dikemas kini. Ini adalah usaha-usaha awal menuju ke arah sistem pengangkutan awam yang efisien. Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan keutamaan mempertingkatkan perkhidmatan dan prasarana pengangkutan awam sebagaimana titah baginda Sempena Menyambut Tahun Baharu Masihi 2014 : ''Bagi jangka panjang, kerajaan juga adalah dalam proses menyediakan pelan induk pengangkutan yang memfokus, antara lain, kepada rangkaian perkhidmatan pengangkutan bersepadu yang efisien, selamat dan bersih dengan memberikan pilihan pergerakan yang luas dan lancar kepada semua. Ini termasuklah pembinaan jalan dan jambatan-jambatan untuk menghubungkan Daarah Brunei - Muara dan Daerah Temburong dan pembinaan jambatan penghubung menyeberangi Sungai Brunei dari Kampung Sungai Kebun ke Jalan Residency, Dearah Brunei-Muara. Di samping itu, kerajaan juga giat untuk mempertingkatkan Sistem Pengangkutan Awam di negara ini bagi memenuhi keperluan orang ramai.'' BAS LANTAI RENDAH Ini terbukti dengan pencapaian bila mana dalam tahun 2015, empat buah perkhidmatan bas baharu jenis Lantai Rendah (Low Floor Bus) diperkenalkan yang mengambil kira keperluan penumpang-penumpang terdiri daripada warga emas dan orang-orang berkeperluan khas. Dengan adanya bas-bas Lantai Rendah tersebut, Kementerian Perhubungan dan JPD bersama dengan pengusaha-pengusaha bas berharap dapat menyediakan jenis pengangkutan awam yang sesuai untuk semua golongan masyarakat di negara ini. Pada masa ini, terdapat lapan buah jenis bas ini beroperasi di Daerah Brunei Muara sebagai tambahan kepada bas-bas yang sedia ada. TEKSI BERMETER DAN SISTEM MUDAH ALIH 'DART' Tarikh 23 September 2016, menandakan pencapaian terkini dalam pengangkutan awam khususnya perkhidmatan teksi. Kementerian Perhubungan melalui JPD telah memperkenalkan Sistem Teksi Bermeter

Negara Brunei Darussaslam. Melalui sistem bermeter tersebut, semua teksi di negara ini dibekalkan dengan meter bertujuan untuk memastikan penumpang membayar kadar perjalanan yang selaras dan dikawal selia. Sistem Teksi Bermeter ini mempunyai imej baharu dengan plat tanda pengenalan berwarna hitam dan Papan Tanda Teksi mudah alih, kad pengenalan pemandu perlu dipamerkan dalam kenderaan dan nombor aduan untuk kegunaan penumpang membuat aduan perilaku pemandu teksi diletakkan di dalam dan luar kenderaan teksi. Pencapaian ini merupakan inisiatif ke arah mewujudkan sistem pengangkutan awam yang dikawal selia dan efisien. Satu lagi mercu transformasi sistem pengangkutan teksi ini, tempahan teksi melalui sistem mudah alih yang dipanggil 'DART' telah dilancarkan pada 5 Mei 2017. DART adalah satu landasan yang menggunakan teknologi ICT bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan teksi dari hujung jari dan dengan mudah pada bila-bila masa. PROJEK PENINGKATAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Di bawah projek transformasi bas awam yang sedang giat dilaksana, laluan-laluan rangkaian bas seluruh negara telah dikemas kini dari 29 kepada 42 laluan utama dengan purata connecitivity antara 70% bertujuan untuk meningkatkan mobiliti dan produktiviti orang ramai, menjana pertumbuhan industri dan dari itu ekonomi negara serta menyumbang ke arah pengurangan kemiskinan, pengangguran dan merapatkan jurang sosial. Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Perhubungan dan JPD akan terus melaksanakan projek-projek menaik taraf sistem dan infrastruktur pengangkutan awam di Negara Brunei Darussalam menjadikannya sistem yang dikawal selia, cekap, berkait hubung (connected), selamat, dan boleh diharap. Segala usaha yang diungkayahkan adalah juga mendukung Strategi Teras Ketiga (Core Strategy 3) Pelan Strategik Kementerian Perhubungan 2008 - 2017 iaitu Pembangunan Infrastruktur iaitu meningkatkan perhubungan melalui pengangkutan awam. Alhamdulillah segala pencapaian yang diraih adalah berkat kepimpinan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai seorang raja yang bijaksana dan sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan rakyat dan negara ini. Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Perhubungan dan JPD akan terus berusaha melaksana projek dan pendekatan baharu yang sesuai dengan keperluan dan peredaran masa serta penggunaan teknologi komunikasi maklumat bertujuan untuk mencapai strategi-strategi utama JPD, iaitu menambahbaikan mutu perkhidmatan jabatan untuk orang ramai; meningkatkan tahap keselamatan jalan raya; menaik taraf sistem dan infrastruktur pengangkutan awam; serta menjana pertumbuhan ekonomi Negara Brunei Darussalam.


12

NASIONAL

HARI ISNIN 5 JUN 2017

JPD perkenalkan MCG 31 Julai ini

JABATAN Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan Persatuan Insurans dan Takaful Brunei (Brunei Insurance Takaful Association - BITA) dengan ini memaklumkan mengenai Motor Claims Guideline (MCG) yang bakal diperkenalkan pada 31 Julai 2017 (atas dan kanan).

Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Pengangkutan Darat, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Persatuan Insurans dan Takaful Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Jun. - Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan Persatuan Insurans dan Takaful Brunei (Brunei Insurance Takaful Association - BITA) dengan ini memaklumkan mengenai Motor Claims Guideline (MCG) yang bakal diperkenalkan pada 31 Julai 2017 di negara ini sebagai amalan terbaik pada masa ini untuk mempercepatkan proses-proses meleraikan kejadian kemalangan di jalan raya serta tuntutan ganti rugi. Menerusi Siaran Akhbar JPD, PDB dan BITA yang dikeluarkan pada Khamis, 1 Jun lalu, MCG tersebut disediakan berpandukan amalanamalan terbaik antarabangsa khususnya Singapura dan Malaysia dan disesuaikan mengikut keperluan di negara ini. Kaedah tersebut akan dilaksanakan secara berfasa di negara ini di mana bagi fasa awal pelaksanaannya nanti hanya akan melibatkan kemalangan-kemalangan ringan yang tidak melibatkan sebarang kecederaan, kematian dan kerosakan pada harta benda kerajaan. MCG bagi fasa awal tersebut juga tidak akan melibatkan perkara-perkara berikut - mana-mana kenderaan Perkhidmatan Awam (kenderaan yang dilesenkan untuk membawa penumpang bagi tujuan sewa dan upah), kemalangan-kemalangan yang berlaku di luar negara ini, kemalangan-kemalangan yang melibatkan kenderaan-kenderaan yang berdaftar luar negeri dan kes-kes langgar lari. MCG berkenaan akan memberikan prosedur yang jelas kepada orang ramai mengenai apa yang patut dibuat termasuk pelaporan kemalangan kenderaan yang segera apabila terjadi suatu kemalangan ringan. Jika terjadi suatu kemalangan, mereka yang terlibat hanya perlu mengambil langkah-langkah mudah

seperti hubungi wakil insurans / takaful kenderaan bermotor masing-masing untuk nasihat lanjut, bertukar maklumat [nama, bilangan kad pengenalan pintar (IC), alamat dan nombor telefon pemandu dan pemilik kenderaan, bilangan pendaftaran kenderaan dan jenis kenderaan, serta maklumat mengenai insurans / takaful kenderaan bermotor], mengambil gambar kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam kejadian kemalangan dan sekeliling dan membawa kenderaan yang terlibat ke Pusat Laporan Kemalangan (Accident Reporting Centre, ARC) yang dilantik oleh syarikat insurans / takaful masing-masing (sama ada dipandu sendiri atau dengan meminta perkhidmatan tow truck yang dilantik oleh syarikat insurans / takaful masing-masing) dalam tempoh masa 24 jam atau hari bekerja berikutnya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MCG tersebut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang JPD di alamat www.mincom.gov.bn/ltd atau laman sesawang BITA di alamat www.bita.org.bn. Sebelum MCG tersebut dilaksanakan sepenuhnya, agensi-agensi yang terlibat akan mengadakan program-program pembarigaan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai mengenai pelaksanaannya. Pelaksanaan MCG berkenaan diharap akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas jalan raya yang disebabkan kemalangan di jalan raya yang menjejaskan produktiviti orang ramai dan negara ini. Selain daripada mendukung usaha-usaha ke arah 'Ease of Doing Business' dengan mengurangkan kes-kes lalu lintas jalan raya yang dibawa ke mahkamah dan seterusnya meningkatkan kapasiti mahkamah menyelesaikan kes-kes lain, pelaksanaannya juga adalah bertepatan ke arah penyediaan perkhidmatan bas awam di negara ini yang reliable.

Sejumlah 117 Golden Number akan dibukakan Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Pengangkutan Darat

Dari muka 1 Nombor yang tidak dibida (ditender) oleh orang ramai dalam closed tender nanti tidak akan ditawarkan semula ke dalam open tender seperti yang selazimnya dibuat pada bilangan pendaftaran biasa. Plat bilangan pendaftaran kenderaan keluaran khas ini yang akan dikeluarkan adalah Jubli Emas 1 hingga 99, Jubli Emas 100, 200, 300, 400, 500, 600, 700, 800, 900 dan Jubli Emas 111, 222, 333, 444, 555, 666, 777, 888, 999. Tawaran dijangka akan dibukakan bermula dari Isnin, 5 Jun ini dan tarikh tutup pada Sabtu, 8 Julai, pukul 2.00 petang. Tawaran minima adalah sebanyak BND2,000 sahaja. Reka bentuk plat bilangan pendaftaran kenderaan adalah seperti rajah yang dilampirkan. Harga pembuatan plat bilangan

PEMANGKU Pengarah Pengangkutan Darat, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud semasa memperlihatkan sampel plat Jubli Emas.

pendaftaran berkenaan adalah tertakluk kepada harga yang ditetapkan oleh pembekal yang akan dilantik. Selain daripada perkara-perkara

di atas, syarat-syarat lain bagi keluaran bilangan pendaftaran edisi khas ini adalah mengikut seperti selazimnya yang berjalan pada masa ini.


NASIONAL

HARI ISNIN 5 JUN 2017

13

Imbangi tanggungjawab antara keluarga dan kerjaya Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Jun. - Seorang wanita yang berperanan sebagai isteri dan ibu sekali gus mempunyai tugas di pejabat atau menjalankan perniagaan adalah bukan satu perkara yang mudah kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat adalah sangat mencabar. Baru-baru ini, Pelita Brunei menemui dua orang wanita yang menjalankan tanggungjawab mereka sebagai isteri, ibu, pegawai kerajaan sekali gus sebagai usahawan wanita. Dayang Irdawaty binti Haji Md Daud merupakan ibu kepada empat orang anak, bertugas di Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan juga mempunyai perniagaan sampingan iaitu berniaga makanan dan pakaian wanita secara kecil-kecilan. Bagi memastikan segala urusan berjalan lancar, beliau akan memastikan segala persiapan persekolahan sudah tersedia untuk

esok harinya bagi mengelakkan keadaan menjadi kelam kabut kerana masa pada setiap pagi adalah terhad. "Saya mengamalkan bersarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam bersama suami dan anakanak untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan," jelasnya. Setiap hari beliau juga memastikan segala hal kerja hanya untuk di tempat kerja sahaja kerana masa di rumah adalah untuknya merehatkan diri dan meluangkan masa bersama keluarga kerana masa tersebut digunakan untuk berkomunikasi bersama suami dan anak-anak selain berbincang mengenai hal kerja, hal anak-anak dan hal-hal semasa. Sementara itu, bagi Dayang Nurul Huda binti Begawan Mudim Haji Sapar pula, cara membagi masa yang berkualiti bersama keluarga adalah pada setiap Jumaat dan Ahad. Beliau merupakan ibu kepada dua

orang anak dan bertugas di Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan. Selain bertugas sebagai pegawai kerajaan, beliau jua merupakan pemilik Restoran Hudamas Kabin Cafe yang menyajikan masakan Steamboat dan Grill. "Apabila saya berada di rumah, saya akan pastikan segala urusan rumah tangga perlu diuruskan dengan baik. Menyediakan makanan dan pakaian suami dan anak-anak adalah tugasan utama saya sebelum kami berjalan bersiar-siar," ujarnya. Ketika berada di rumah, beliau tetap menguruskan urusan keluarga dan kerja-kerja rumah walaupun mempunyai pembantu rumah. Tegasnya, wanita di zaman sekarang kebanyakannya wanita bekerjaya yang sekali gus memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak. "Jadi apa yang penting adalah tahu mengimbangi tanggungjawab di antara keluarga dan kerja. InsyaaAllah jika masa yang dibahagi diatur dengan baik, segalanya akan berjalan lancar," ujarnya lagi.

DAYANG Nurul Huda binti Begawan Mudim Haji Sapar (kiri) dan Dayang Irdawaty binti Haji Md. Daud (kanan) semasa ditemu bual.

Amalkan berjimat cermat sepanjang Ramadan

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Jun. - Bulan Ramadan adalah bulan di mana umat Islam diwajibkan untuk berpuasa dengan mengawal hawa nafsu daripada makan, minum serta perkara-perkara yang

membatalkan puasa. Namun pada bulan ini, sikap membazir seperti menjadi kebiasaan lebih-lebih lagi apabila tiba waktu berbuka puasa. Tambahan lagi, dengan tawaran-

tawaran istimewa dari restoran dan hotel serta Bazar Ramadan yang mendorong kita untuk berbelanja lebih daripada yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, sikap suka membazir ini bertentangan dengan makna puasa itu sendiri dalam melatih kita untuk menahan hawa nafsu dalam apa jua situasi. Oleh itu, mengawal diri daripada pembaziran dan mengamalkan sikap berjimat cermat adalah penting dalam mendidik kita untuk menghayati makna puasa sebagai ibadat yang antara lain dapat membentuk peribadi, sahsiah dan akhlak bagi mencapai tahap ketakwaan. Antara perkara yang dapat dibuat bagi mengelakkan pembaziran pada bulan Ramadan ini adalah dengan mengutamakan memasak sendiri juadah yang mudah dan ringkas untuk berbuka puasa. Dengan cara ini, kita dapat mengawal jumlah hidangan yang dimasak dan makanan yang berlebihan dapat di simpan di peti sejuk untuk hidangan pada waktu sahur. Selain itu, membawa wang yang secukupnya sahaja ketika membeli juadah di bazar Ramadan juga dapat mengawal diri daripada berbelanja lebih dari yang dirancang.

Amalkan pemakanan sihat Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

MERAGANG, Sabtu, 3 Jun. Pengambilan makanan yang sihat dapat membantu seseorang daripada ditimpa penyakit yang tenat seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti. Justeru itu, kita sewajarnya mengamalkan pemakanan yang sihat dengan mengambil pemakanan mengikut keperluan tubuh badan, di samping mengambil vitamin yang cukup. Keperluan vitamin yang cukup akan menjadikan tubuh manusia itu lebih sihat dan cergas, sebagai contoh, pengambilan Vitamin 'C' melindungi badan daripada jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Pelita Brunei semasa membuat

pendekatan bersama Dayang Mastura binti Haji Munap di Kampung Meragang berpendapat, mengamalkan makanan yang sihat akan mampu mengawal kadar obesiti dalam kalangan manusia. Tambahnya, kita perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup berkhasiat. "Dengan cara begini akan memudahkan kita untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan," jelasnya lagi. Dayang Mastura juga mengingatkan agar sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat agar kehidupan sentiasa terjamin daripada penyakit yang tidak berjangkit.

Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

DI kala kita menyambut bulan Ramadan untuk berbuka puasa, kita hendaklah sentiasa beringat-ingat daripada menggelakkan pembaziran makanan kerana pembaziran adalah sifat yang tidak disukai oleh agama Islam (kiri dan atas).

Tarikh tutup mengembalikan borang KSPN pada 10 Jun Siaran Akhbar : Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan

DAYANG Mastura binti Haji Munap dari Kampung Meragang semasa ditemu bual.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Jun. - Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan mengingatkan para pemohon Rancangan Perumahan Negara dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati bagi tahun 2009 hingga 2015 yang tersenarai dalam Kemaskini Data Pemohon Skim Perumahan Negara (KSPN) 2017 bahawa tarikh tutup mengembalikan borang berkenaan adalah pada 10 Jun 2017 ini. Oleh itu, Jabatan Kemajuan Perumahan memohonkan kerjasama pemohon yang terlibat yang masih belum mengemaskini dan menghadapkan borang KSPN akan berbuat demikian secepat mungkin bagi mempercepatkan proses permohonan Skim Perumahan Negara mereka. Bagi keterangan lanjut mengenai KSPN, sila layari laman sesawang Jabatan Kemajuan Perumahan di alamat www.housing.gov.bn atau menghubungi talian +673 2382145 sambungan 7013 / 7014 pada waktu pejabat atau menghantarkan e-mel ke kspn@hdd.gov.bn.


14

JAWATAN KOSONG / IKLAN

HARI ISNIN 5 JUN 2017

JABATAN TUTONG JABATAN BANDARAN DAERAH TEMBURONG KEMENTERIAN KEMENTERIANHAL HALEHWAL EHWALDALAM DALAMNEGERI NEGERI JAWATAN KOSONG SEBAGAI KETUA KAMPUNG TINGKAT I PMKK.3 ($2,270 - $4,240) atau KETUA KAMPUNG TINGKAT II PMKK.2 ($1,990 - $2.970) atau KETUA KAMPUNG TINGKAT III PMKK.1 ($1,280 - $2,270) Bagi KAMPUNG BELAIS DAN BUDA-BUDA DAN KAMPUNG RATAIE MUKIM BOKOK DAERAH TEMBURONG ADALAH dimaklumkan bahawa Jabatan Daerah Temburong dengan sukacitanya mempelawa dan menjemput penduduk-penduduk yang bermastautin di Kampung Belais dan Buda-Buda dan di Rancangan Perumahan Negara Rataie, Mukim Bokok, Daerah Temburong untuk menghadapkan pencalonan bagi mengisikan jawatan sebagai Ketua Kampung bagi Kampung Belais dan Buda-Buda dan Kampung Rataie, Mukim Bokok, Daerah Temburong. TATACARA MENGHADAPKAN BORANG PENCALONAN : Keterangan lanjut mengenai syarat-syarat kelayakan calon Ketua Kampong dan borang pencalonan boleh didapati dan dikembalikan ke alamat seperti berikut :Unit Pentadbiran Bahagian Institusi Mukim dan Kampung Jabatan Daerah Temburong Daerah Temburong Negara Brunei Darussalam. Tarikh Tutup mengembalikan borang pencalonan adalah pada hari Isnin, 7 Zulkaedah 1438 bersamaan 31 Julai 2017, jam 4.00 Petang.

JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DI DALAM KELAS : IV & V SAHAJA KATEGORI :(5j SAHAJA) -(KOD LAMA) (M01 SAHAJA - (KOD BARU) TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA: 14 JUN 2017 (RABU) TARIKH TUTUP TAWARAN : 4 JULAI 2017 (SELASA) TIDAK LEWAT DARI JAM:2.00 PETANG BILANGAN TAWARAN : JKR / DME / 06/BPB / 2017 NAMA PROJEK : REPLACEMENT & UPGRADING OF THE EXISTING AIR CONDITIONING & VENTILATION SYSTEM CUM WITH FULL OPERATION AND COMPREHENSIVE MAINTENANCE FOR PUBLIC WORKS DEPARTMENT HEADQUARTERS BUILDING (BLOCK A& B) FOR A PERIOD OF SEVEN (7) YEARS YURAN TAWARAN : B$500.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) Syarat-Syarat Tawaran : TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Tingkat Bawah, Kementerian Pembangunan, Berakas, BB3510, Negara Brunei Darussalam (kecuali) lain dari alamat yang dinyatakan dalam iklan atau dokumen tawaran. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan tajuk projek yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantar ke alamat yang dinyatakan dalam dokumen tawaran. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah dilihat dan diperoleh dari Unit Pembahagian Dokumen, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Dokumen tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait (bilangan tawaran yang dimulai dengan huruf (''JKR/DBSKB ...'') bolehlah dilihat dan diperoleh dari Unit Kontrak, Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam. Yuran tawaran tidak akan dikembalikan kepada mana juga kontraktor sama ada berjaya atau tidak kecuali kerja-kerja yang ditawarkan dibatalkan. Sebelum dokumen-dokumen tawaran dikeluarkan, setiap pemborong dikehendaki membawa sijil pendaftaran kontraktor dan pembekal yang menunjukkan bahawa pemborong adalah yang berdaftar di Kementerian Pembangunan dalam kelas yang ditetapkan dan dikehendaki membayar yuran tawaran. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang terendah atau lain-lain tawaran.

JABATAN BANDARAN TUTONG JABATAN KAJICUACA BRUNEI DARUSSALAM KEMENTERIAN KEMENTERIANHAL HALEHWAL EHWALDALAM DALAMNEGERI NEGERI 1. TAWARAN adalah dipelawa bagi : 'THE TRANSPORTATION, ASSEMBLE. MODIFICATION, DISMANTLING AND OTHER RELATED SERVICE FOR EXISTING GRANDSTANDS IN CONJUNCTION WITH 'PERARAKAN JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.” 2. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang ditutup rapi tanpa menunjukkan identiti atau logo pembekal / pemborong ditulis dengan : TAWARAN BAGI : 'THE TRANSPORTATION, ASSEMBLE. MODIFICATION, DISMANTLING AND OTHER RELATED SERVICE FOR EXISTING GRANDSTANDS IN CONJUNCTION WITH 'PERARAKAN JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM” Bilangan Tawaran : JKBD/2017/SH-06 Tarikh Tutup : Rabu, 14 Jun 2017 Kepada : Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Tawaran Kecil Brunei Darussalam Meteorological Department Blok B23 Anggerek Desa Flat Simpang 32-37 Kampung Anggerek Desa, BB3713 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran hendaklah sampai kepada Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga yang beralamat di atas tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Rabu, 21 Jun 2017. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Syarikat dibolehkan untuk meneliti dokumen tender sebelum membuat pembayaran yuran tawaran, bertempat di Divisyen Pentadbiran Am dan Kewangan, Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam, Tingkat 1, Bolck B23, Flat Anggerek Desa, Simpang 32-37, Kampung Anggerek Desa, Mukim Berakas, BB3713, Negara Brunei Darussalam. 5.Semasa pembelian dokumen tawaran, penender hendaklah membawa cop rasmi syarikat masing-masing bagi memudahkan urusan pembelian dokumen tawaran. 6. Semua syarikat yang berhajat untuk mendapatkan dokumen tawaran dimestikan mengisi dengan lengkap Borang 'Acknowledgement of invitation of Tender' dan hendaklah dicop rasmi syarikat masing-masing sebelum dokumen tawaran diserahkan kepada penender. 7. Dokumen tawaran berserta e-Dokumen dijual dengan harga BND5.00 senaskah dan yuran tawaran tidak akan dikembalikan. 8. Penjualan dokumen tawaran dan e-Dokumen ditutup pada hari Isnin, 21 Jun 2017 sebelum jam 3.00 Petang. 9. Pembayaran yuran tawaran boleh dibuat dialamat berikut semasa waktu-waktu bekerja : Divisyen Pentadbiran Am dan Kewangan Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam Tingkat 1, Bolck B23, Flat Anggerek Desa Simpang 32-37, Kampung Anggerek Desa Mukim Berakas, BB3713 Negara Brunei Darussalam. 10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran yang tidak munasabah.


IKLAN

HARI ISNIN 5 JUN 2017

JABATAN PERKHIDMATAN POS KEMENTERIAN PERHUBUNGAN SYARAT-SYARAT TAWARAN The Supply & Delivery of Consignment Note / Posting Docket EMS Speedpost Rujukan Tawaran : POS / T / 08 / JPP / 2017 - 2018

dan bertandakan : Supply & Delivery of Consignment Note / Posting Docket EMS Speedpost Rujukan Tawaran : POS / T / 08 / JPP / 2017 - 2018

Supplying Letter Unique Identifier Barcode Sticker For EMS Pos Laju Rujukan Tawaran : POS / T / 09 / JPP / 2017 - 2018

Supplying Letter Unique Identifier Barcode Sticker For EMS Pos Laju Rujukan Tawaran : POS / T / 09 / JPP / 2017 - 2018

Syarat-Syarat Tawaran : 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Bayaran setiap dokumen tawaran dan pentadbiran sebanyak BND10.00 (tidak dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat dengan wang tunai sahaja dalam mata wang ringgit Brunei. 3. Dokumen dan borang tawaran serta syarat-syarat tawaran boleh didapati di : Bahagian Kewangan Tingkat 1, Pejabat Besar Pos Bandar Seri Begawan, BS8611 Negara Brunei Darussalam.

Dialamatkan kepada : PETI SEBUT HARGA Tingkat 1, Pejabat Ketua Pos Agung Pejabat Besar Pos Bandar Seri Begawan BS8611 Negara Brunei Darussalam

4. Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang yang telah disediakan.Tawaran yang mempunyai pengecualian tidak akan diterima. 5. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar di dalam sampul surat yang tertutup rapat

6. Tarikh tutup tawaran ialah pada hari Selasa, 20 Jun 2017, jam 2.00 Petang. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima. Tarikh tutup hendaklah ditulis di atas sampul surat tawaran. 7. Tawaran-tawaran yang dihadapkan hendaklah menyertakan : a. Salinan lesen rampaian yang sah b. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 dan 17 8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah.

KEMENTERIAN KESIHATAN PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperoleh dari Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja, mulai Sabtu, 20 Mei 2017. Sila layari laman sesawang Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan bilangan tajuk tawaran serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Peti Tawaran, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan Commonwealth Drive Bandar Seri Begawan, BB3910 Negara Brunei Darussalam. Dokumen-dokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Selasa pada 20 Jun 2017. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. Waktu Menerima Bayaran BULAN RAMADAN ISNIN - KHAMIS 8.30 PAGI - 11.00 PAGI SABTU 8.30 PAGI - 10.00 PAGI Tawaran adalah dibukakan kepada pemborong-pemborong dan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut : • Sijil Pendaftaran Perniagaan yang masih sah laku dan Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. • Manakala bagi pemborong / pembekal yang menyertai tawaran ubat-ubatan (drug and medicine) mestilah mempunyai Lesen Racun yang sah Poison Act (Cap. 114). • Manakala bagi pemborong /

pembekal yang menyertai tawaran bagi kerja-kerja pembangunan dan pendawaian elektrik mestilah mempunyai Lesen Pendaftaran yang masih sah daripada Kementerian Pembangunan. TAWARAN BILANGAN TAWARAN : K / 54 / 2017 (JPR)(TC) KETERANGAN : SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICAL CONSUMABLES FOR RENAL SERVICES FOR A PERIOD OF THREE(3) YEARS YURAN TAWARAN : BND50.00 BILANGAN TAWARAN : PHARM / 78 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND30.00 BILANGAN TAWARAN : PHARM / 79 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND30.00 BILANGAN TAWARAN : PHARM / 80 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND10.00 BILANGAN TAWARAN : PHARM / 81 / 2017

15

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI JABATAN PERDANA MENTERI PENENDER-penender adalah di pelawa untuk mengemukakan tawaran bagi 3 kerja berikut : 1. T / 001 / RBPF-HQ / 2017-M TO SUPPLY, DELIVER, INSTALL, TRAIN AND COMMISSION FOUR (4) UNITS OF 225HP OUTBOARD ENGINE COMPLETE WITH EQUIPMENTS AND FITTINGS TO IBU PEJABAT POLIS MARIN, PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI Yuran Tawaran : BND10.00 (Tidak dikembalikan) 2. T / 002 / RBPF-HQ / 2017-M TO SUPPLY, DELIVER, INSTALL, TRAIN AND COMMISSION SIX (6) UNITS OF 250HP OUTBOARD ENGINE COMPLETE WITH EQUIPMENTS AND FITTINGS TO IBU PEJABAT POLIS MARIN, PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI Yuran Tawaran : BND30.00 (Tidak dikembalikan) 3. T / 003 / RBPF-HQ / 2017-M TO SUPPLY, DELIVER, TEST (HARBOUR AND SEA TRAIL) AND COMMISSION TWO (2) UNITS OF 6.5 METERS (21 FT) GRP HULL FIBERGLASS BOATS COMPLETE WITH EQUIPMENTS AND STANDARD ACCESSORIES AND INCLUSIVE TRAILER Yuran Tawaran : BND10.00 (Tidak dikembalikan) 1. Dokumen tawaran boleh di perolehi daripada Unit Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Pasukan Polis

THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND10.00 BILANGAN TAWARAN : PHARM / 82 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND30.00 BILANGAN TAWARAN : PHARM / 83 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND10.00 BILANGAN TAWARAN : PHARM / 84 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND10.00 BILANGAN TAWARAN : PHARM / 85 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND30.00 BILANGAN TAWARAN : PHARM / 86 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND30.00

Diraja Brunei Jalan Tungku Gadong pada waktu bekerja iaitu Isnin hingga Khamis dari jam 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi dan 2.00 Petang hingga 3.00 Petang dan Sabtu dari jam 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi. SEMASA BULAN RAMADAN BERMULA JAM 8.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar ke alamat yang tersebut dibawah dalam sampul surat yang tertutup dengan ditulis bilangan dan nama tawaran tanpa menunjukkan identity pemborong tidak lewat jam : 2.00 Petang, Selasa, 11 Julai 2016. Tarikh terakhir mengambil Borang Tawaran pada 6 Julai 2017 HANTAR KE ALAMAT : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Jabatan Perdana Menteri Level 1 Bangunan Jabatan Perdana Menteri Jalan Menteri Besar Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam. 3. Yuran Tawaran (Tender Fee) dikehendaki dibayar dengan WANG TUNAI sahaja dan wang tidak dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bon-fide tender). Kadar yuran tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam Iklan Tawaran. Pembayaran boleh dibuat pada hari dan waktu bekerja dari jam 8.00 pagi di Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei, Jalan Tungku Gadong.

BILANGAN TAWARAN : PHARM / 87 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND10.00 BILANGAN TAWARAN : PHARM / 88 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND30.00 BILANGAN TAWARAN : PHARM / 89 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND30.00 BILANGAN TAWARAN : PHARM / 90 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND10.00 BILANGAN TAWARAN : PHARM / 91 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND30.00 TARIKH TUTUP : 20 Jun 2017 Tidak Lewat jam 2.00 Petang IKLAN WEBSITE PADA 20HB JUN 2017


16

IKLAN

HARI ISNIN 5 JUN 2017

JABATAN BANDARAN TUTONG JABATAN PENERBANGAN AWAM KEMENTERIAN HALPERHUBUNGAN EHWAL DALAM NEGERI KEMENTERIAN

JABATAN PELABUHAN KEMENTERIAN PERHUBUNGAN KETERANGAN SEBUT HARGA JP / SH29 / 2017 - 2018 SUPPLY, DELIVERY AND INSTALLATION FOR NETWORKING AT KB PORT SEBUT HARGA terbuka kepada Syarikat yang mempunyai Sijil Berdaftar yang sah bagi yang berkaitan dengan tajuk projek sahaja. 1. Dokumen sebutharga boleh di perolehi di : UNIT TAWARAN & SEBUTHARGA TINGKAT 2, IBU PEJABAT JABATAN PELABUHAN MUARA BT 1728 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Dokumen sebut harga di keluarkan sehingga 15 JUN 2017, semasa waktu-waktu pejabat : WAKTU PEJABAT DI BULAN RAMADAN Isnin hingga Khamis 8.15 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari Sabtu 8.15 Pagi hingga 10.00 Pagi MASA & TEMPAT PENGHANTARAN DOKUMEN 2. Dokumen sebut harga mestilah di simpan dalam sampul tertutup, tidak mempunyai nama syarikat atau pun logo : a) JP / SH29 / 2017 - 2018 - SUPPLY, DELIVERY AND INSTALLATION FOR NETWORKING AT KB PORT, tajuk sebut harga perlulah dicatit di sebelah depan sampul sebelah atas; b) Sampul tertutup tidak perlu mempunyai nama syarikat atau pun logo dan di alamatkan ke : PENGERUSI JAWATAKUASA SEBUTHARGA JABATAN PELABUHAN MUARA BT1728 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM c) Sampul perlu di masukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA yang disediakan di Tingkat 2, Ibu Pejabat Jabatan Pelabuhan tidak lewat pada RABU, 21 JUN 2017 JAM 12.00 TENGAH HARI.

KETERANGAN SEBUT HARGA JP / SH30 / 2017 - 2018 SUPPLY, DELIVERY AND INSTALLATION FOR FIBER OPTIC CABLING IN MUARA PORT Sebut harga terbuka kepada Syarikat yang mempunyai Sijil Berdaftar yang sah bagi yang berkaitan dengan tajuk projek sahaja. 1. Dokumen sebutharga boleh di perolehi di : UNIT TAWARAN & SEBUTHARGA TINGKAT 2, IBU PEJABAT JABATAN PELABUHAN MUARA BT 1728 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

1. TAWARAN adalah dipelawa untuk ''BAGI MEMBEKAL MEMOTONG DAN MENJAHIT KAIN PAKAIAN SERAGAM BAGI BAHAGIAN PERKHIDMATAN BOMBA LAPANGAN TERBANG''

DCA / AFS / 2017 / SH-03

2.

Tawaran

hendaklah

dihantar

dalam

KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAJI MASRI BIN HAJI KASIM kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh HAJAH AMINAH BIN HAJI MORDIN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah SUAMI kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 20 Jun 2017, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di

yang

bertutup

tanpa

Bilangan Tawaran : DCA / AFS / 2017 / SH-03 Tarikh Tutup : 21 Jun 2017

Kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga d/a Bangunan Terminal, Tingkat 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Jabatan Penerbangan Awam Kementerian Perhubungan Bandar Seri Begawan, BB 2513

MASA & TEMPAT PENGHANTARAN DOKUMEN 2. Dokumen sebutharga mestilah di simpan dalam sampul tertutup, tidak mempunyai nama syarikat atau pun logo : a) JP / SH30 / 2017 - 2018 - SUPPLY, DELIVERY AND INSTALLATION FOR FIBER OPTIC CABLING IN MUARA PORT, tajuk sebutharga perlulah dicatit di sebelah depan sampul sebelah atas; b) Sampul tertutup tidak perlu mempunyai nama syarikat atau pun logo dan di alamatkan ke :PENGERUSI JAWATAKUASA SEBUTHARGA JABATAN PELABUHAN MUARA BT1728 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM c) Sampul perlu di masukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA yang disediakan di Tingkat 2, Ibu Pejabat Jabatan Pelabuhan tidak lewat pada RABU, 21 JUN 2017 JAM 12.00 TENGAH HARI.

Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-tawaran hendaklah sampai kepada Jawatankuasa Sebut Harga tidak lewat jam 12.00 Tengah Hari, Rabu, 21 Jun 2017. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Penerbangan Awam, Negara Brunei Darussalam semasa hari-hari bekerja dengan bayaran sebanyak BND5.00 (tidak dikembalikan). 5.

Penerangan

lanjut

bolehlah

diperolehi

atas. Tarikh : 18 Mei 2017. SURAT KUASA PUSAKA : LA NO. 139 / 2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh AK. HJ. MAHROFF BIN PG. H DAMITkerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh PG. HJH LAUYAH BINTI PG. HJ. SULAIMAN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 30 Mei 2017, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas.

dari

Pejabat

Ketua

Pegawai

Bomba

Lapangan Terbang, Jabatan Penerbangan Awam, melalui talian : Telefon : +673 2330142 sambungan 1633 Fax : 2334776 6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran. 7.

Iklan-iklan

tawaran

bolehlah

dilihat

melalui

laman

web

http:/www.civil-aviation.gov.bn.

Tarikh : 11 Mei 2017.

SURAT KUASA PUSAKA : LA NO. 144 / 2017

surat

menunjukkan identiti atau logo pembekal / pemborong, ditulis dengan :

Dokumen sebut harga di keluarkan sehingga 15 JUN 2017, semasa waktu-waktu pejabat : WAKTU PEJABAT DI BULAN RAMADAN Isnin hingga Khamis 8.15 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari Sabtu 8.15 Pagi hingga 10.00 Pagi

JABATAN BANDARAN TUTONG DIDALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI BANDAR SERI BEGAWAN DAN TEMBURONG DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS BANDAR SERI BEGAWAN

sampul

SURAT KUASA PUSAKA : LA NO. 140 / 2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh AWANG HAJI DURAHMAN BIN HAJI MATAHIR kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh DAYANG SITI HASNAH BINTI HAJI OTHMAN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 30 Mei 2017, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 15 Mei 2017. (MUHAMMAD AMIN LIM CHING) Penolong Pegawai Waris Negara Brunei Darussalam.

DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS TEMBURONG SURAT KUASA PUSAKA : NO. TEMB / LA / 04 / 2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh MOHAMMAD AMRULL BIN HAJI ARIFFIN kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh HAJI KAMIS BIN AWANG TENGAH (ALIAS) HAJI ARIFFIN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH DAERAH TEMBURONG pada 24 Jun 2017, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, DAERAH TEMBURONG sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 24 Mei 2017. Haji Badaruddin Haji Abdul Karim Pendaftar Kanan Mahkamah Rendah B/p Timbalan Pegawai Waris Temburong Negara Brunei Darussalam


HARI ISNIN 5 JUN 2017

IKLAN

17


18

IKLAN

HARI ISNIN 5 JUN 2017

MAKLUMAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

Adalah dengan ini di maklumkan bahawa BILANGAN TAWARAN : RTB / 01 / 17 SUPPLY, DELIVERY, TESTING AND COMMISSIONING OF THE AUTOMATED VIDEO SERVER PLAYOUT SYSTEM IN POC (PLAYOUT CENTER) , tarikh tutup pada 6 Jun 2017 adalah DILANJUTKAN sehingga pada 20 Jun 2017. jam 2.00 petang)

BIL. TAWARAN : (27) JBS / ADM / QC / 2017 KETERANGAN : SUPPLY AND DELIVERY MEDICAL CREAMS AND MEDICAL APPLICATION FOR SPORTS MEDICINE AND RESEARCH CENTRE. YURAN TAWARAN : BND5.00

JABATAN BANDARAN TUTONG JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM JABATAN PERDANA MENTERI NEGERI UNIT TAHANAN DAN PEMULIHAN JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI JABATAN PERDANA MENTERI Bilangan Tawaran : JKDN / UTP / 1 / 2017 BUTIR-BUTIR TAWARAN : 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa bagi membekalkan pakaian seragam pegawai dan kakitangan Unit Tahanan dan Pemulihan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup, ditulis dengan ''TAWARAN MEMBEKALKAN PAKAIAN SERAGAM PEGAWAI DAN KAKITANGAN UNIT TAHANAN DAN PEMULIHAN JERUDONG, JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI, JABATAN PERDANA MENTERI'' tanpa menunjukkan identiti pembekal, tidak lewat dari Sabtu, 17 Jun 2017, jam 1.00 Petang. 3. Setiap tawaran hendaklah ada menyatakan dan menyertakan :

BIL TAWARAN : ( 04 )JBS/ADM/UP/2017 Peti Sebutharga Tingkat 4 Jabatan Belia dan Sukan Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan Bangunan Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan, BA1211 Negara Brunei Darussalam.

i) Harga tawaran; ii) Jenis kain mesti disertakan (seperti contoh disertakan); iii) Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan dan Lesen Perniagaan yang diakui sah mestilah disertakan; iv) Pengubahan harga tawaran dengan menggunakan blanco adalah tidak diiktiraf sama sekali. Pengubahan hendaklah dibuat dengan cara memotong angka-angka yang tidak betul dan menuliskan angka yang betul di atasnya dan seterusnya menandatangani setiap pembetulan tersebut. 4. Borang tawaran boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Unit Tahanan dan Pemulihan Jerudong, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri pada waktu- waktu pejabat dibuka. 5. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan serta kegagalan memenuhi syarat-syarat tawaran tidak akan dilayan. 6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidaklah semestinya menerima tawarantawaran yang paling rendah atau lain-lain tawaran.

BIL. TAWARAN : (28) JBS / ADM / QC / 2017 SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINE AND SUPPLEMENTS FOR SPORTS MEDICINE AND RESEARCH CENTRE. YURAN TAWARAN : BND5.00 BIL. TAWARAN : (29) JBS / ADM / QC / 2017 MEMBEKALKAN DAN MENGHANTAR DEW91021 KANSAI PAINT PROJECT EMULSION PAINT (WHITE / 18 LTRS ) ATAU YANG SEBANDING DENGANNYA (TERMASUK PEMUNGGAHAN, PENGHANTARAN, PENYUSUNAN DAN CONTOH CAT BAGI PERCUBAAN) YURAN TAWARAN : BND10.00 BIL. TAWARAN : (30) JBS / ADM / QC / 20 MEMBEKALKAN DAN MENGHANTAR TONER DAN INK CATRIDGE YURAN TAWARAN : BND10.00 BIL. TAWARAN : (31) JBS / ADM / QC / 20 MENYEDIAKAN DAN MENGHANTAR PIALA REPLIKA 'PIALA PUSINGAN' BAGI MUSABAQAH TILAWATIL QURAN BELIA ASIA TENGGARA 2017M / 1438H. YURAN TAWARAN : BND5.00 Tarikh Tutup : 14 Jun 2017 / 19 Ramadan 1438 (Rabu) Jam : Tidak Lewat Jam 12.00 Tengah Hari Cagaran : Seperti yang dinyatakan pada keterangan Sebut Harga - Bagi setiap satu dokumen (Tidak dikembalikan). Dokumen-dokumen dan penerangan-penerangan yang lanjut boleh diperolehi diBahagian Unit Hasil, Tingkat 4, Jabatan Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Berakas, BA 1211, Negara Brunei Darussalam. Waktu Menerima Bayaran ISNIN –KHAMIS 8.15 PAGI - 11.00 PAGI SABTU 8.15 PAGI – 10.00 PAGI

JABATAN ADAT ISTIADAT JABATAN PERDANA MENTERI NOTIS SEBUT HARGA Bilangan Tawaran : 03 / MEI / 2017 / JAIN / JE Tajuk Sebut Harga : Membekal Pakaian Seragam Tarikh tutup / jam : 13 Jun 2017 - Selasa (9.00 Pagi) Tempat Menghantar Sebut Harga: Peti Sebut Harga Jabatan Adat Istiadat Negara Bandar Seri Begawan, BS8610 Negara Brunei Darussalam. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN : 1. Pemohon adalah dipelawa dari syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Setiap penender bolehlah mendapatkan borang tawaran serta keterangan lanjut di Jabatan Adat Istiadat Negara pada waktu bekerja. Manakala contoh-contoh pakaian seragam boleh dilihat di Jabatan Adat Istiadat Negara pada jam 9.00 Pagi hingga 1.30 Petang. 3. Borang tawaran hendaklah disertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir

perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau pasport pemilik. 4. Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumendokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas menyatakan tajuk dan bilangan sebut harga dan tarikh tutup tawaran tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat / pemborong. 5. Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA, JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA yang ditujukan kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA SEBUTHARGA JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA BANDAR SERI BEGAWAN, BB8610 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 6. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. NOTIS TAWARAN Bilangan Tawaran : 06 / MEI / 2017 / JAIN / JE Tajuk Tawaran : Membekal Bintang Petian dan Kedudukan Dian

Bilangan Tawaran : 07 / MEI / 2017 / JAIN / JE Tajuk Tawaran : Membekal Lilin Berwarna Kuning dan Putih Tarikh tutup / jam : 13 Jun 2017 - Selasa (9.00 Pagi) Tempat Menghantar Tawaran: Peti Lembaga Tawaran Kecil Jabatan Perdana Menteri Jalan Perdana Menteri Bandar Seri Begawan, BS3913 Negara Brunei Darussalam. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN : 1. Pemohon adalah dipelawa dari syarikat- syarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Setiap penender bolehlah mendapatkan borang tawaran serta keterangan lanjut di Jabatan Adat Istiadat Negara pada waktu bekerja. Manakala contoh-contoh boleh dilihat di Jabatan Adat Istiadat Negara pada jam 9.00 Pagi hingga 1.30 Petang. 3. Bayaran yuran setiap tawaran sebanyak BND10.00 (tidak dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat dengan wang tunai sahaja dalam mata wang ringgit Brunei.

4. Borang tawaran hendaklah disertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau pasport pemilik. 5. Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumendokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas menyatakan tajuk dan bilangan sebut harga dan tarikh tutup tawaran tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat / pemborong. 5.Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI LEMBAGA TAWARAN KECIL, JABATAN PERDANA MENTERI yang ditujukan kepada : PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL JABATAN PERDANA MENTERI JALAN PERDANA MENTERI BANDAR SERI BEGAWAN, BB3913 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 6. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.


IKLAN

HARI ISNIN 5 JUN 2017

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) INVEST, DEVELOP, OPERATE, MAINTAIN AND TRANSFER THE GERAINEKA SUNGAI LIANG, DAERAH BELAIT REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) INVEST, OPERATE, AND MAINTAIN BUMIPUTRA COMPLEX, COMMERCIAL COMPLEX BUMIPUTRA AND MARKET PEKAN BANGAR, TEMBURONG REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) INVEST, DEVELOP, OPERATE AND MANAGE COMMERCIAL ESTABLISHMENTS IN THE VICINITY OF KAMPONG AYER In this context, Ministry of Home Affairs (MoHA) investor proposals from interested parties to Invest, Develop, Operate, Maintain and Transfer of Geraineka Sungai Liang, to Invest, Operate and Maintain of Bumiputera Complex, Commerical Complex Bumiputra and Market Pekan Bangar Temburong, to Invest, Develop, Operate and Manage Commerical Establishment in the vicinity of Kampong Ayer. More detailed information and guidelines for submitting proposal will be provided in the Request For Proposal (RFP) document. Who should register? Interested parties should be reputable local or international companies with the ability to finance, develop and operate the proposal development with previous relevant experience and capabilities in developing and operating commercial development is a pre-requisite. To register for the RFP, interested parties should

send an email to rfp.khedn@moha.gov.bn with the subject heading, FOR INVESTMENT PROPOSAL TO INVEST, DEVELOP, OPERATE, MAINTAIN AND TRANSFER THE GERAINEKA SUNGAI LIANG, DAERAH BELAIT, FOR INVESTMENT PROPOSAL TO INVEST, OPERATE, AND MAINTAIN BUMIPUTRA COMPLEX, COMMERCIAL COMPLEX BUMIPUTRA AND MARKET PEKAN BANGAR, TEMBURONG, FOR INVESTMENT PROPOSAL TO INVEST, DEVELOP, OPERATE AND MANAGE COMMERCIAL ESTABLISHMENTS IN THE VICINITY OF KAMPONG AYER and attaching company profile and as well as contact details. Please be informed there will be a briefing day on Wednesday, 14 June 2017, 9.00am at Ground Floor, Bumiputra Commercial Trade Centre Building, Jalan Cator, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. More detailed information and guideline for submitting proposal will be provided in the Request For Proposal (RFP) document which can be obtained form Ministry of Home Affairs or through email rfp.khedn@moha.gov.bn Completed proposal shall be sealed and delivered by hand or registered mail no later than Wednesday, 2nd August 2017, 4.00 pm Brunei Darussalam time to: SECATERIATE ASSESSMENT PPP MINISTRY OF HOME AFFAIRS COMMITTEE GROUND FLOOR MINISTRY OF HOME AFFAIRS JALAN JAMES PEARCE BANDAR SERI BEGAWAN, BB8610 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

19

LEMBAGA BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI KENYATAAN TAWARAN BAYARAN menyertai tawaran ini ialah BND12.00 bagi setiap satu tawaran dan bayaran ini tidak akan dikembalikan kepada penender-penender. Bayaran boleh dibayar di:Kaunter Bahagian Kewangan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan Tingkat 3, Bangunan Bandaran Jalan Perdana Menteri Bandar Seri Begawan, BA1512 Negara Brunei Darussalam. Dokumen dan syarat-syarat tawaran bolehlah didapati dari Unit Pengurusan Aset, Tingkat 2, Bangunan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana Menteri semasa waktu pejabat dibuka. Surat tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Tingkat 3, Bangunan Bandaran Jalan Perdana Menteri, Bandar Seri Begawan BA1512 Negara Brunei Darussalam dan dialamatkan kepada:Bahagian Kewangan Tingkat 3, Bangunan Bandaran Jalan Perdana Menteri Bandar Seri Begawan, BA1512 Negara Brunei Darussalam. Nama Tawaran: QUOTATION FOR FOUR (4) MONTH DAILY CLEANING OF BANGUNAN PASAR GADONG AND SURROUNDING AREA (JULY TO OCTOBER 2017) Bilangan Tawaran : JBBSB / SH / 2017 - 2018 / 18 / UPA Tarikh Tutup Tawaran : 15 JUN 2017 Jam : 11.00 Pagi

JABATAN KAJICUACA KEMENTERIAN PERHUBUNGAN 1. TAWARAN adalah dipelawa bagi : 'THE SUPPLY, DELIVERY AND TESTING OF METEOROLOGICAL INSTRUMENT DIGITAL HANDHELD BAROMETER TO THE BRUNEI DARUSSALAM METEOROLOGICAL DEPARTMENT'. 2. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang ditutup rapi tanpa menunjukkan identiti atau logo pembekal / pemborong ditulis dengan :

JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN DAN REKREASI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KELAS II, III DAN IV KATEGORI KPB12 Tarikh Buka Tawaran : 31 Mei 2017 (Rabu) Tarikh Tutup : 4 Julai 2017 (Selasa) hingga jam : 2.00 Petang (Ditutup di Pejabat Lembaga Tawaran Kecil Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Pembangunan Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam). JASTRE / BL / T011 / 2017 KERJA-KERJA PEMELIHARAAN DAN PENYELENGGARAAN KAWASAN LUAR KEDIAMAN NO. 16, SIMPANG 87-94, JALAN PERMAISUARA, KG. BERIBI DAN KEDIAMAN NO .187, SIMPANG 87, JALAN PERMAISUARA, KG. BERIBI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN

Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam). JASTRE / BL / T012 / 2017 KERJA-KERJA PEMELIHARAAN DAN PENYELENGGARAAN KAWASAN LUAR KEDIAMAN NO. 5, SIMPANG 130-21 (WOODEN HOUSE), JALAN PERMAISUARA, KG. BERIBI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN NO. PROJEK : JASTRE / BL / T012 / 2017 JUMLAH YURAN TAWARAN : BND10.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN)

DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KELAS II, III DAN IV KATEGORI KPB12 Tarikh Buka Tawaran : 31 Mei 2017 (Rabu) Tarikh Tutup : 4 Julai 2017 (Selasa) hingga jam : 2.00 Petang

NO. PROJEK : JASTRE / BL / T011 / 2017 JUMLAH YURAN TAWARAN : BND30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN)

DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KELAS II, III DAN IV KATEGORI KPB12 Tarikh Buka Tawaran : 31 Mei 2017 (Rabu) Tarikh Tutup : 4 Julai 2017 (Selasa) hingga jam : 2.00 Petang (Ditutup di Pejabat Lembaga Tawaran Kecil Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Pembangunan

(Ditutup di Pejabat Lembaga Tawaran Kecil Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Pembangunan Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam). JASTRE / BL / T013 / 2017 KERJA-KERJA PEMELIHARAAN DAN PENYELENGGARAAN LUARAN BAGI ISTANA DARUL AMAN MUARA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN NO. PROJEK : JASTRE / BL / T013 / 2017 JUMLAH YURAN TAWARAN : BND30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN)

TAWARAN BAGI : 'THE SUPPLY, DELIVERY AND TESTING OF METEOROLOGICAL INSTRUMENT DIGITAL HANDHELD BAROMETER TO THE BRUNEI DARUSSALAM METEOROLOGICAL DEPARTMENT'. Bilangan Tawaran : JKBD/2017/SH-05 Tarikh Tutup : Rabu, 14 Jun 2017 Kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam Tingkat 1, Divisyen Kewangan, Blok B23 Flat Anggerek Desa, Simpang 32-37 Kampung Anggerek Desa, BB3713 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran hendaklah sampai kepada Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga yang beralamat di atas tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Rabu, 14 Jun 2017. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Dokumen tawaran boleh diperoleh semasa waktu-waktu bekerja dengan harga BND5.00 senaskhah (tidak dikembalikan) dari : Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam Tingkat 1, Divisyen Kewangan Blok B23Flat Anggerek Desa Simpang 32-37 Kampung Anggerek Desa, BB3713 Negara Brunei Darussalam. Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Jabatan Kaji Cuaca di talian +673 2381342. 5. Sebut Harga mestilah dihantar dengan menggunakan borang yang telah disediakan. Jumlah harga tawaran hendaklah dicatat / ditulis dengan betul dan jelas demi mengelakkan sebut harga tidak akan dilayan. Barang yang ditawarkan hendaklah menepati kehendak spesifikasi seperti dinyatakan di dalam Lampiran TS. 6. Sebut Harga hendaklah sah sehingga 120 hari dari tarikh tutup sebut harga. 7. Penender hendaklah menyertakan salinan Sijil Pendaftaran yang menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan berserta salinan kad pintar atau pasport pemilik. 8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran yang tidak munasabah.


20

IKLAN

HARI ISNIN 5 JUN 2017


NASIONAL

HARI ISNIN 5 JUN 2017

21

Karnival Ramadan galakkan orang ramai berbelanja dalam negara Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Azmah Haji Ahad

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 4 Jun. - Karnival Ramadan Al-Mubarak 2017 yang sedang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas bukan sahaja memberi peluang kepada usahawan tempatan dan luar negara untuk mempromosikan produk masingmasing tetapi juga untuk menarik penduduk di negara ini untuk berbelanja di negara sendiri. Karnival tersebut mempamerkan dan menjual beberapa produk seperti pakaian, aksesori, makanan dan juga kraf tangan. Karnival dibukakan

kepada orang ramai dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Perasmian karnival tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong pada 1 Jun lalu. Sebanyak 50 petak disediakan untuk pengusaha dalam dan luar negara untuk mempromosikan produk mereka dengan harga yang berpatutan. Karnival juga bertujuan bagi menggalakkan orang ramai untuk membeli-belah dalam negara sebagai persediaan menyambut bulan Syawal.

ANTARA petak yang menyediakan beberapa jenis kerepek ikan.

SUASANA Karnival Ramadan Al-Mubarak yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

TERDAPAT pelbagai jenis biskut yang dijual semasa Karnival Ramadan Al-Mubarak 2017.

Enam produk kosmetik dicemari bahan terlarang Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kesihatan BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Jun. - Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan enam produk kosmetik yang mana hasil daripada ujian makmal Perkhidmatan Makmal Farmasi, Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa produk-produk tersebut dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan. Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan, produk-produk berkenaan adalah Cantiqa Skincare - Toner, Cantiqa Skincare - Daily Cream, dan Cantiqa Skincare - Nightly Cream di

bawah pengilang Pusratu Global Academy Sdn. Bhd., Malaysia yang masing-masing dicemari dengan Hydroquinone dan merkuri. Sementara produk lain, iaitu Fj Glow Beauty - Fj Glow Night Cream dan Fj Glow Beauty - Fj Glow Treatment Cream di bawah pengilang Jotono Corporation Sdn. Bhd., Malaysia juga telah didapati dicemari dengan Hydroquinone dan merkuri. Manakala produk Rzac Cosmetic Platinum Toner di bawah pengilang Rzac Cosmetic, Malaysia telah dicemari dengan Hydroquinone and Tretinoin.

Bahan-bahan pencemar dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan. Merkuri adalah bahan yang dilarang dalam produk kosmetik seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik) 2007. Penggunaan merkuri di dalam produk kosmetik adalah dilarang kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Tahap merkuri yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh meyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Anak damit dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan daripada pengguna; yang boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan. Hydroquinone dan Tretinoin adalah bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi bagi merawat penyakit kulit dan ia dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik penjagaan kulit di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik). Penggunaan Hydroquinone tanpa pengawasan boleh menyebabkan perubahan warna kulit, hipersensitiviti, bahagian kulit yang

disapu menjadi biru-hitam atau gelap serta boleh meningkatan risiko kanser kulit. Penggunaan Tretinoin yang tidak betul boleh menyebabkan kulit yang disapu menjadi kemerahan, mengelupas dan parut pada kulit. Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan / atau mengeluarkan Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik bagi penjualan produkproduk tersebut. Berikutan dapatan ini, produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam. Orang ramai yang telah membeli atau menggunakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan penggunaannya dengan serta-merta. Jika mereka mengalami kesan sampingan dan berasa tidak sihat selepas penggunaan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera. Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ia adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 untuk mengimport dan memasarkan produk kosmetik dipasaran tempatan tanpa Surat Pengakuan Notifikasi Produk

Kosmetik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di Kementerian Kesihatan, dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi BND5,000 penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama daripada orang ramai untuk melaporkan kepada Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan jika mendapati produkproduk berkenaan masih dipasarkan di negara ini. Untuk maklumat lanjut dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan melalui talian telefon +673 2384182, menghantar e-mel kepada health. regulations@moh.gov.bn atau berjumpa terus Pegawai Penguatkuasaan di Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan, Tingkat 1, Kementerian Kesihatan, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darusalam. Orang ramai juga boleh menghubungi Talian Darussalam 123 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan enam produk kosmetik yang mana hasil daripada ujian makmal Perkhidmatan Makmal Farmasi, Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa produk-produk tersebut dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan.


22

RENCANA

HARI ISNIN 5 JUN 2017

Ramadan dan penyusuan susu ibu Oleh : Norliah Md. Zain Foto : Jabatan Penerangan

B

ULAN Ramadan sememangnya bulan yang agak mencabar bagi ibu-ibu yang menyusukan anak terutama yang mengamalkan penyusuan secara ekslusif. Berpuasa pada siang hari mungkin saja menjejaskan kuantiti susu yang dihasilkan para ibu. Namun, ada sebahagian ibu menyusu yang mampu meneruskan ibadah puasa berbekalkan semangat yang tinggi. Walaupun terdapatnya kelonggaran bagi golongan ibu menyusu untuk berbuka puasa, namun memandangkan bulan Ramadan hanya datang setahun sekali maka golongan ini juga tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama menikmati kerahmatan bulan ini. Tambahan lagi lazimnya ibu-ibu yang menyusukan itu dalam keadaan yang suci daripada haid, maka mereka berpeluang untuk menunaikan ibadah puasa secara penuh bagi tahun tersebut. Peluang ini bukannya selalu diperolehi oleh golongan wanita. TERUS SEMANGAT Bagi ibu-ibu yang baru saja mengalami situasi ini, mereka perlu menimba ilmu pengetahuan melalui pembacaan atau bertanya kepada ibu-ibu yang telah melaluinya. Ini penting agar ibu menyusu menjadi lebih kuat dan bersemangat. Dari pengalaman penulis sendiri, puasa boleh saja dilaksanakan oleh golongan ibu-ibu menyusu akan tetapi mereka perlu menjaga beberapa perkara agar mereka mampu meneruskan puasa itu. Sepertimana hari-hari biasa, pada bulan Ramadan juga ibu-ibu menyusu perlu meminum air pada kuantiti kira-kira 3 liter sehari bersamaan dua botol saiz besar air mineral. Air bolehlah diminum selepas waktu berbuka puasa selang sejam sekali. Untuk pemakanan pula, ibu-ibu menyusu hendaklah mengamalkan pemakanan seimbang dan memakan makanan mengandungi banyak air yang dapat menambahkan pengambilan cecair dalam badan, dan seterusnya meningkatkan kuantiti air susu seperti sup, kacang, kurma, buah, sayur-sayuran dan sebagainya. Oleh itu, ibu-ibu menyusu adalah disarankan untuk sama sekali tidak meninggalkan sahur malah disarankan untuk melambatkan makan sahur agar ia dapat dijadikan bekal sepanjang ibu menyusu itu berpuasa. Memandangkan sepanjang waktu berpuasa itu ibu-ibu menyusu tidak mengambil sebarang makanan dan minuman, maka adalah normal jika ibu-ibu mendapati kuantiti air susu berkurangan. Akan tetapi ibu-ibu mestilah yakin mereka masih mampu menyusukan anak dan hendaklah sentiasa berfikiran positif, iaitu yakin susu tersebut mencukupi. Oleh itu,

kebanyakan ibu menyusu akan menumpukan penyusuan secara direct feeding semasa siang hari dan hanya memerah susu pada malam hari hingga tamat waktu bersahur. Memakan kurma bagi ibu-ibu menyusu juga penting semasa berbuka puasa untuk mengembalikan paras gula dalam badan. Sementara memakan kurma semasa bersahur pula boleh memberi ketahanan fizikal kepada ibu-ibu menyusukan pada siang hari. KURANGKAN KEGIATAN Pada siang hari juga, ibu-ibu menyusukan disaran agar mengurangkan kegiatan-kegiatan yang boleh membuatkan rasa cepat penat. Bagi yang tidak mempunyai orang gaji, kerja-kerja rumah sebaiknya dilakukan pada waktu malam. Suami atau anak-anak yang sudah besar juga boleh membantu untuk meringankan tugasan ibu menyusu di rumah. Selain itu, pada siang hari juga, disarankan ibu menyusu untuk tidak banyak melakukan aktiviti di luar dalam cuaca yang panas. Ini adalah untuk mengelakkan dehidrasi kepada ibu-ibu menyusu. Fikiran yang tenang dan mengelakkan stres juga adalah perlu bagi ibu-ibu menyusu kerana susu tidak akan lancar jika ibu tertekan. Dekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan melakukan Tadarus Al-Quran membanyakkan berzikir, membaca selawat dan melakukan solat tepat pada waktunya dan berdoa Dialah yang memberikan rezeki susu kepada anak dan kemampuan berpuasa kepada ibu. KELONGGARAN Islam adalah agama yang indah dan tidak akan menyusahkan umatnya dalam beberapa hal. Untuk ibu-ibu menyusu, agama Islam telah memberikan kelonggaran kepada golongan ini untuk berbuka puasa, namun perlu juga dititikberatkan tentang hukum yang berbangkit dari berbuka puasa itu. Menurut catatan nota dari Facebook Jabatan Hal Ehwal Syariah, Negara Brunei Darussalam pada 20 Julai 2011, menurut hukum syarak perempuan yang hamil sekalipun hasil daripada perzinaan dan perempuan yang menyusukan anak (murdhi') walaupun anak itu kepunyaan orang lain disebabkan menderma atau diupah, adalah diharuskan bagi mereka untuk berbuka puasa semata-mata kerana dua perkara tersebut. Sekalipun demikian, persoalan lain yang timbul, apakah hukum yang berbangkit dari berbuka puasa itu? Adakah diwajibkan ke atas mereka qadha atau lain hukum mengenainya? Dalam hal ini, para fuqaha telah merumuskan

hukum-hukum mengenainya. Rumusan hukum dan perbincangan mereka lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang menyebabkan mereka berbuka puasa. Tetapi jika mereka berbuka puasa kerana takut akan kemudaratan kepada anak yang dalam kandungan atau anak yang disusukan itu sahaja, maka wajib ke atas mereka membayar fidyah dan juga qadha pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkannya itu. Jika mereka berbuka puasa kerana takut akan timbul kemudaratan atas diri mereka atau kedua-duanya, iaitu takut ke atas diri mereka dan anak yang dalam kandungan atau anak yang disusukan, maka wajib ke atas mereka mengqadha puasa yang ditinggalkan itu tanpa wajib mengeluarkan fidyah. Jika perempuan yang hamil atau perempuan yang menyusukan anak (murdhi') itu sedang dalam musafir ataupun sakit, lalu mereka berbuka puasa dengan berniat rukhshah (kelonggaran) atas sebab musafir atau sakit, bukan kerana takut akan kemudaratan kepada anaknya, maka diwajibkan ke atas mereka mengqadha puasa itu tanpa membayar fidyah di hari-hari puasa yang ditinggalkan ketika musafir itu. Dalam keadaan musafir atau sakit, jika hamil atau yang menyusukan anak (murdhi') berbuka kerana takut akan kemudaratan anaknya dan bukan berbukanya itu atas rukhshah musafir atau sakit, menurut pendapat yang ashah dia juga tidak diwajibkan membayar fidyah. Sebagaimana tidak diwajibkan membayar kaffarah kepada orang musafir yang sampai ke kediamannya ketika siang hari puasa, lalu dia melakukan persetubuhan di siang hari itu bersama isterinya yang tidak berpuasa disebabkan baru bersih dari haidh atau nifas di siang hari itu juga. (Al-Majmuk: 6/272&375) Berkait dengan hukum ini, ingin juga dijelaskan apakah dia fidyah kerana meninggalkan puasa itu? Kepada siapakah ia diserahkan dan bagaimanakah melaksanakannya?

Fidyah ialah denda atau tebusan yang dikenakan kepada orang Islam yang melakukan beberapa kesalahan tertentu dalam ibadah. Ia juga merujuk kepada menebus ibadah (kerana uzur dan disyariatkan), dengan memberi sedekah kepada fakir miskin berupa makanan yang mengenyangkan. (Ensiklopedia Islam 3 : 264) Adapun makna fidyah dalam hal puasa ialah bayaran denda kerana tidak berpuasa Ramadan dengan sebab-sebab tertentu atau kerana melambat-lambatkan mengqadha puasa Ramadan sehingga masuk Ramadan berikutnya. Jenis fidyah itu ialah sama seperti jenis zakat fitrah, iaitu makanan asasi dan yang mengenyangkan bagi sesebuah negeri seperti beras. Kadar yang patut dikeluarkan ialah satu mudd (secupak), iaitu kira-kira lima belas tahil beras bersamaan 566.85 gram. Pihak yang berhak menerima fidyah itu ialah orang-orang fakir dan miskin sahaja. Fidyah itu boleh diberi dengan lebih dari satu cupak kepada seorang miskin berlainan dengan kaffarah, kerana ia hendaklah satu cupak sahaja kepada setiap seorang miskin hingga enam puluh orang, iaitu tidak boleh dua cupak untuk satu orang miskin bagi membayar kaffarah. Membayar fidyah itu diharuskan selepas terbit fajar di hari puasa Ramadan yang ditinggalkan kerana keuzuran seperti orang yang sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang terlalu tua yang tiada berdaya untuk puasa dan perempuan yang hamil dan murdhi'. Walau bagaimanapun, diharuskan juga mengeluarkan fidyah itu sebelum terbit fajar bagi hari yang dikeluarkan fidyah itu dan diharuskan juga mengeluarkan fidyah terlebih dahulu sebelum berbuka, akan tetapi hanyalah satu fidyah sahaja di hari berbukanya itu dan tidak harus mendahuluinya bagi hari kedua dia berbuka puasa. Begitu juga tidak diharuskan membayar fidyah sebelum masuk bulan Ramadan. (Raudah At-Thalibin : 2/385). Wallahu'alam.


NASIONAL

HARI ISNIN 5 JUN 2017

23

PUISI.... PUISI.... PUISI.... bulan al-mubarak bulan turunnya Al-Quran wahyu Tuhan semesta alam menjadi petunjuk yang nyata dan pegangan hidup umat manusia dalam rahmat abadi-Nya. Ramadan, bulan al-mubarak bulan hikmat bermanfaat mencuci setiap hati nurani insan yang di dalam kesesatan agar kembali ke pangkuan Tuhan minta dibimbing dalam meniti hidayat-Nya jauh dari segala bisikan nafsu-nafsi dan bermegah diri. Ramadan al-mubarak bulan penuh cahaya syurga bersamalah kita menyemarakkannya rebutlah fadilatnya yang tersirat kejarlah ganjaran pahalanya yang Allah telah janjikan syukur Ramadan.

SYUKUR RAMADAN Ramadan ya Ramadan bulan kesucian hadirnya amat didambakan saluran umat Islam jagat maya menunaikan ibadat puasa mentaati perintah Allah Azzawajalla dan kekasih-Nya Rasul tercinta. Ya, Tuhan! betapa indah dan manisnya Ramadan yang Kau ciptakan ini amat bererti sekali menjadi bulan kesayangan insan sebagai bulan kekasih membawa cinta yang soleh. Ramadan Ya Ramadan bulan kemuliaan bulan turunnya kitab suci Al-Quran kalamullah yang tiada bandingan menjadi petunjuk nyata dan pegangan hidup manusia sejagat para Muslimin dan Muslimat. Syukur Ramadan syukur penghulu segala bulan hadirmu sekali dalam setahun sungguh amat bermakna mengukuhkan iman dan takwa. Ramadan ya Ramadan bulan berkat bermanfaat awalnya fahmah pertengahannya makfirah akhirnya itqam-minannar pohonlah ke hadrat Rabbulizzati sejuta rahmat dan ihsan terhindar daripada api jahanam terselamat daripada dunia dan akhirat Amin Ya Rab.

HAYAT KITA 11 Pendita Prof. Dr. Hamka ada berkata : sehari kita melangkah dalam hidup ini kenangkanlah mati sekali supaya bekal ke sana bertambah banyak disediakan. Itulah pesanan orang lama menyuruh kita mengisikan dada membuat kebajikan atau kebaikan serta menjunjung perintah Azzawajalla kerana hayat kita ini tidak dapat ditentukan atau diketahui bila akan berakhir namun kematian itu pasti bakal menuju dan menemui Rabbulizzati. Pun sememangnyalah, hayat kita ini tidak akan sampai ke mana selain dari menunju-Nya Dialah penentu segala. Dari itu fikir-fikirkan dan timbang-timbangkan

RAMADAN AL-MUBARAK 11 Ramadan, bulan al-mubarak bulan yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam di dunia menunaikan ibadat puasa menjunjung perintah Azzawajalla dan kekasih-Nya Rasul tercinta. Ramadan,

serta berdoalah ke hadrat Allah semoga hayat kita ini berakhir dengan khusnul khatimah Amin. BUDI DAN BANGSA 11 Budi dan bangsa memang tak dapat dijual beli justeru ia bukanlah benda atau barang buat berniaga. Daun pandan batang palupa, Pucuk paku di hujung titi, Budi tuan saya tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati. Tenang-tenang air di laut, Perahu mudik di Kuala Linggi, Hati terkenang mulut menyebut, Budi baik disanjung tinggi. Perahu mudik di Kuala Linggi, Muatan sarat buah berangan, Budi baik disanjung tinggi, Sepanjang hayat jadi kenangan. Naik sampan membawa padi, Anak angsa di pinggir desa, Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. Budi dan bangsa budi itu sendi bangsa runtuh budi runtuhlah bangsa. REMAJA PURBA Semalam ku lihat, seorang remaja purba di dalam masjid sedang berzikir - berselawat dan berdoa : Ya Rabbi Ya Rabbana, syukur dan puji pada-Mu jua betapa diriku pernah kehilangan punca dan jejak ini tidak akan berganjak dan berpaling lagi dari berhadapan dengan-Mu dari mentaati ajaran kekasih-Mu ajaran nabi yang benar lagi suci dan diredai Ya Tuhanku, aku mengakui kebenaran janji-janji-Mu bukanlah mengharapkan balasan baik

atau takutkan azab dan seksa tapi patuh akan perintah-Mu kerana pembalasan itu hanya merupakan kurniaan bukan sebagai satu kepastian. Hari ini dan di sini ia ku lihat lagi ada cahaya di matanya ada hakikat di hatinya ada kekuatan dalam dirinya ada pegangan dalam hidupnya ia beriman pada akidah dan syariah dari Al-Quran kalamullah : Maha Benar kata-kata Allah Yang Maha Agung. Seorang remaja purba khusyuk beriman dan beramal soleh cintanya satu takwanya di mercu dalam gema wirid, tahmid dan tasbih kaum Muslimin dan Muslimat ia terus berdoa : Ya Azzawajalla, Engkau jua maha menentukan segalanya tidak ada jalan pilihan bagi manusia kerana itu Ku pohon keredaan-Mu sebagai matlamat hidupmu. Seorang remaja purba hadir ia mengabdikan diri bersama para jemaah mengerjakan Solat Jumaat di bawah alunan suara seorang imam Allah berserta dengannya. Seorang remaja purba di bawaah kubah masjid di antara dua Khutbah Jumaat khusyuk ia menadah tangan doanya : ''Rabbana atina fitdunia Hasanatau wafil akhirati Hasanatau waqina azabannar'' Semoga doanya dimakbulkan Tuan Amin!

Oleh Rahim M.S.

Berbuka di rumah jadi pilihan Oleh : Aimi Sani Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Jun. - Bulan Ramadan adalah satu bulan yang memang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia, bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Oleh itu, kedatangannya memang ditunggu kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk seluruh umat Islam meningkatkan ketakwaan. Antara pengajaran yang tersirat dalam bulan yang mulia ini ialah peringatan supaya umat Islam tidak melakukan pembaziran dalam kehidupan. Terutamanya waktu berbuka puasa yang memang ditunggu-tunggu bagi umat Islam yang mengerjakan ibadat puasa, setelah hampir sehari suntuk menahan diri daripada makan dan minum dan melakukan perkaraperkara yang boleh membatalkan ibadat puasa. Apabila bersungkai di rumah, juadah yang dihidangkan biasanya hasil masakan sendiri dan ada juga yang dibeli dari kedai dan Gerai-gerai Ramadan. Namun terdapat tren orang-orang kita ketika ini, yang gemar bersungkai di luar umpamanya bersungkai di kedai-kedai makan atau restoran-restoran mewah. Pelita Brunei sempat membuat pendekatan dengan orang ramai

dan melihat suasana bersungkai di restoran-restoran secara lebih dekat di sekitar ibu negara. Menurut Awang Muhammad Saifol Hazmi bin Haji Rosman, dari Rancangan Perumahan Negara Panchor, Mengkubau, beliau serta keluarga lebih selesa berbuka puasa di rumah berbanding di luar kerana selepas berbuka, kita harus segera menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak seterusnya Sembahyang Sunat Tarawih. Berbuka di rumah juga dapat menjimatkan perbelanjaan dan tidak membazir berbelanja. ''Tidak menjadi masalah untuk bersungkai di luar. Sekali-sekala tidak salah untuk bertukar selera tetapi haruslah mengikut kemampuan masing-masing, kerana bersungkai di luar memerlukan kewangan yang besar apa lagi kalau seseorang itu mempunyai ahli keluarga yang ramai. Bersungkai bersama keluarga merupakan satu peluang untuk berkumpul dan mengeratkan lagi tali kekeluargaan. Kita haruslah bijak mengawal nafsu dalam memilih juadah untuk berbuka terutama sekali jika kita memilih bufet yang menyajikan pelbagai pilihan dan di sinilah kita harus bijak membuat pilihan untuk mengelakkan pembaziran. Bulan

BERSUNGKAI bersama keluarga di rumah merupakan satu peluang untuk berkumpul dan mengeratkan lagi tali kekeluargaan selain dapat menjimatkan perbelanjaan dan tidak membazir.

Ramadan inilah masa untuk meluangkan masa bersama keluarga untuk berkumpul di rumah dan berbual-bual secara santai kerana kalau bersungkai di luar, perbualan dan masa agak terhad,''

jelasnya. Umat Islam sangat beruntung kerana diberikan peluang untuk melakukan ibadat puasa dalam bulan Ramadan dan keistimewaan ini janganlah disia-siakan.

Buatlah persediaan yang sewajarnya untuk menyambut bulan mulia ini. Moga-moga di akhir bulan ini nanti, kita akan menjadi seorang Muslim yang lebih baik dari semua segi berbanding sebelumnya.


24

AGAMA

HARI ISNIN 5 JUN 2017

Perbanyakkan amal ibadat, rebut ganjaran pahala Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

AWANG Aisar Zaman bin Haji Abdul Hafiz ketika mengaji Al-Quran di bulan yang mulia lagi penuh berkat ini.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 4 Jun. - Umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadan agar memperoleh ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Sehubungan itu, untuk memperbanyakkan amal kebajikan

pada bulan yang mulia ini, tanahtanah perkuburan Islam turut menjadi kunjungan umat Islam bagi menziarahi kubur mereka yang telah kembali ke rahmatullah. Lazimnya, mereka yang menziarahi tanah perkuburan akan membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil serta Doa Arwah dan seterusnya

MENZIARAHI dan membersihkan tanah perkuburan Islam dan seterusnya membaca Surah Yaa Siin, Tahlil serta Doa Arwah merupakan salah satu amalan yang sering dilakukan semasa bulan Ramadan.

membersihkan kawasan tanah perkuburan. Dengan menziarahi tanah perkuburan juga mengingatkan manusia akan kematian dan ini dapat memberi keinsafan untuk terus meningkatkan keimanan dan kesedaran diri serta melipatgandakan lagi amalan kita selain menambah

rasa takut dalam diri agar sentiasa menghindari daripada dosa. Dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan Ramadan ini, umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran iaitu pada siang hari sewaktu kita berpuasa dan

pada sebelah malam selepas bertarawih. Dengan terisinya ruang-ruang dengan membaca Al-Quran pada bulan Ramadan, ia bukan sahaja sebagai pahala kepada umat Islam malah kita juga memperoleh ilmu dan hikmah serta ketenangan hati.

Tingkatkan amalan pada bulan Ramadan Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

LEBIHAN masa yang ada bolehlah diisi dengan membaca Al-Quran sekali gus memahami terjemahannya agar kita faham apa yang disampaikan di dalam kitab suci tersebut.

AWANG Haji Mohamad Khairul Arifin bin Hajji Aji dari Kampung Kilanas (kiri) dan Dayang Noor Anisah binti Abdullah dari Kampung Rimba (kanan) semasa ditemu bual.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 4 Jun. - Berpuasa bukan sahaja menguji seseorang umat Islam itu menahan lapar dan dahaga, bahkan puasa juga mampu mengawal nafsu yang boleh timbul dari pelbagai perkara. Selain wajib berpuasa, beberapa amalan lain juga perlu diterapkan agar ia nanti dapat menambah suasana indah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Pelbagai acara-acara keagamaan diamalkan dan dijalankan di sepanjang bulan Ramadan ini bagi meraih pahala yang berlipat ganda jika dibandingkan dengan hari-hari biasa. Lebihan masa yang ada bolehlah diisi dengan membaca Al-Quran sekali gus memahami terjemahannya agar kita faham apa yang disampaikan di dalam kitab suci tersebut. Demikianlah penjelasan Awang Haji Mohamad Khairul Arifin bin Haji Aji dari Kampung Kilanas ketika ditemui Pelita Brunei. "Sembahyang Tarawih juga merupakan suatu ibadah sunnah yang kebanyakan dilakukan oleh orang Muslim, namun mendirikan Sembahyang Tarawih Berjemaah adalah salah satu anjuran Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassalam kepada seluruh umat Islam. Kita juga disuruh agar memperbanyakkan Sembahyang Sunat Tahajjud, Tasbih dan

Dhuha bagi meraih keberkatan di bulan yang suci ini," ujarnya. Beliau menambah memperbanyak istighfar pada malam akhir Ramadan dan meminta pengampunan juga salah satu amalan yang sangat penting kerana pada malam tersebut akan diberi banyak pengampunan bagi setiap dosa-dosa hamba-Nya yang meminta pengampunan. Bagi Dayang Noor Anisah binti Abdullah dari Kampung Rimba, amalan yang sering diterapkan di bulan Ramadan ini ialah dengan memperbanyak sedekah kerana ia memang salah satu amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di mana menyedekahkan sebahagian harta yang dimiliki memang suatu hal yang mulia. "Dengan keikhlasan bersedekah,

insyaaAllah rezeki yang disedekahkan akan mendapat balasan yang berlipat ganda di sisi Allah Subhanahu Wata'ala," katanya. Bagi mereka yang berkemampuan, tambahnya, melaksanakan ibadah umrah di bulan suci Ramadan adalah merupakan salah satu perkara dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang mana ibadah umrah di bulan Ramadan pahalanya sama dengan melakukan ibadah haji. Beberapa amalan tersebut pada dasarnya memang bukan suatu hal yang wajib, namun ia adalah anjuran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam agar seluruh umat Islam dapat menjalankan amalan tersebut. Hal sedemikian boleh menjadi kesempatan baik untuk menyempurnakan pahala dan keimanan kita semua bahkan hal ini juga dapat menjadi jalan untuk mencapai keredaan Allah Subhanahu Wata'ala.

BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn

GANDAKAN AMAL KEBAJIKAN DI BULAN RAMADAN


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.