HM-Jubliemas- Pelita Brunei - Sabtu 7 Okt 2017

Page 1

MUKA SURAT

3 4 5 6-7 8-9 10-13 14-20 21-23

TAJUK BAHAN Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga Istiadat Berjaga-Jaga Pemasangan Alat-alat Perhiasan Diraja di Balai Pemajangan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak dan Doa Kesyukuran Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan Majlis Istiadat Mengadap Istiadat Perarakan Mengelilingi Bandar Seri Begawan Majlis Persantapan Diraja

PENASIHAT JURUGAMBAR Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Masri Osman, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Mohammad Nazib Haji Jumat, Pg. Muhd Rafee Pg. Dato Paduka Haji Metassim, Haji Muhammad Haji Sulaiman, Mastinah Malik, Awang Hijium Yusop, Rosland Haji Jinin, Dayang Amal Ramizah Ramlee, Abdul Kadir Md. Tahir, Pg. Haji Mohd. Fawzy Pg. Haji Ahmad, Haji Zaini Awang Ajong

JURUTEKNIK FOTO Hatral Hazmi Abdul Hamid, Nornasyirah Nordin, Mohammad Mahdi Haji Marsidi, Jurainah Haji Jahit / Jait

PENYUNTINGAN

Mawardi Haji Mohammad

KETUA PENYELARAS Hajah Noorashidah Haji Aliomar, Sastra Sarini Haji Julaini

PENYELARAS Noriah Haji Abdul Hamid, Dk. Nasibahanim Pg. Haji Bakar, Hajah Zabaidah Haji Salat, Mohammad Rainie Haji Durani

KONSEP / PEREKA LETAK Mohammad Ike Iqrami Haji Suhaimi, Muhammad Al Khaliq Ali, Mohammad Kahar

PEMBERITAAN Noraisah Haji Muhammed, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Rohani Haji Abdul Hamid, Nooratini Haji Abas, Saerah Haji Abdul Ghani, Aimi Sani, Marlinawaty Hussin, Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Mat. Noor, Nor Hanizah Haji Abd Halim, Nur Amalia Alisha @ Ermalia Daud, Abdullah Asgar @ Askar, Norliah Md. Zain, Hezlinawati Haji Abdul Karim, Hajah Siti Muslihat Haji Salleh, Haji Ahmad Haji Salim, Bolhassan Haji Abu Bakar, Ak. Jefferi Pg. Haji Durahman, Khartini Mohd. Hamir

PENYEMAKAN Abdul Hadi Haji Suhaili, Hajah Norliha Haji Salleh, Nurul Hazwani Abu Omar, Siti Faizahanisah Awang Mahani, Dk. Nur Ridzwana Pg. Abd Aziz, Mohammad Asbillah Haji Pudin


Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga

I

STIADAT Membuka Gendang Jaga-Jaga menandakan bermulanya Perayaan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta yang berlangsung di Lapau, ibu negara pada Selasa, 12 Muharam 1439 bersamaan 3 Oktober 2017.

Gendang Jaga-Jaga adalah satu gendang atau irama yang dimainkan pada majlis-majlis kebesaran diraja khususnya dalam musim istiadat seperti Sambutan Jubli Emas. Alat-alat Kebesaran Diraja yang digunakan itu ialah Nakara mula dititir diikuti dengan gualan Gendang Labek, tiupan Serunai, Gong dan Chanang dengan diiringi 21 das tembakan meriam.

MUKA 3


Istiadat Berjaga-Jaga

I

STIADAT Berjaga-Jaga diadakan di Istana Nurul Iman dilangsungkan di hadapan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar. Istiadat Berjaga-Jaga diadakan setelah sempurnanya Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga dilaksanakan.

MUKA 4


Pemasangan Alat-alat Perhiasan Diraja di Balai Pemajangan

ETELAH sempurnanya Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga, maka bermulalah Istiadat Berjaga-Jaga di Istana Nurul Iman dan pada masa yang sama juga bermulalah pemasangan perhiasan di Balai Pemajangan di hadapan Istana Nurul Iman dan di tempat yang ditentukan. Sementara itu, segala peralatan Gendang Jaga-Jaga telah diangkat di satu tempat khas di Balai 'Pemajangan. Alat-alat Perhiasan Diraja yang dipasang termasuk Tunggul Charok, Sandaran, Ula-Ula Besar dan Sumbu Layang, Payong Haram, Payong Ubur-Ubur Tiga Ringkat, Chogan Diraja, Chogan Ugama, Lambang Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Panji-Panji, Mahligai, Payong Tinggi, Alam Bernaga, Pisang-Pisang, Tunggul Buritan, Payong Obor-Obor, Ambal, Tunggul Kawan, Dadap, Rawai Lidah dan Sapu-Sapu Ayeng.

S

MUKA 5


Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak dan Doa Kesyukuran

K

EBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama paduka-paduka anakanda dan adinda berangkat menyertai ribuan jemaah di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong bagi Majlis Kesyukuran, Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Al-Waqi'ah, Surah Al-Mulk, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Jubli Emas Baginda Menaiki Takhta. Sembahyang berjemaah dan majlis kesyukuran juga diadakan di masjid-masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara.

MUKA 6


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama paduka-paduka anakanda dan adinda baginda berangkat menyertai Majlis Kesyukuran, Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Al-Waqi'ah, Surah Al-Mulk, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Jubli Emas Baginda Menaiki Takhta pada Rabu, 13 Muharam 1439 bersamaan 4 Oktober 2017 di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

MUKA 7


Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan EBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berangkat ke Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan yang berlangsung di pekarangan Istana Nurul Iman. Perbarisan Kehormatan adalah terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pasukan Polis Diraja Brunei.

K

MUKA 8


ISTIADAT Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pasukan Polis Diraja Brunei sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta berlangsung di pekarangan Istana Nurul Iman.

MUKA 9


Majlis Istiadat Mengadap S

AMBUTAN Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta pada 5 Oktober 2017 telah menjadi peristiwa yang menempa sejarah kegemilangan Kesultanan Brunei. Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berangkat bagi Majlis Istiadat Mengadap yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman. Semasa Majlis Istiadat Mengadap tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, selaku Penaung Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Menaiki Takhta menyembahkan Sembah Kesyukuran ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Semasa Majlis Istiadat Mengadap tersebut juga, Kebawah DYMM berkenan mengurniakan titah. Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

MUKA 10


''RAJA berkewajipan untuk mengetahui susah senang rakyat, sementara rakyat pula dituntut untuk bersimpati kepada raja. Inilah namanya kewajipan timbal balik untuk kesejahteraan semua. Raja dan rakyat sama-sama memegang amanah besar ini,'' titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Istiadat Mengadap Sambutan Jubli Emas Baginda Menaiki Takhta, pada Khamis, 14 Muharam 1439 Hijrah bersamaan 5 Oktober 2017 Masihi di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

MUKA 11


''ASPIRASI Al-Marhum paduka nenda dan iltizam berterusan paduka ayahanda sendiri, dengan izin dan rahmat Allah Subahanahu Wata'ala jua, telah meneraju Negara Brunei Darussalam ke arah sebuah negara Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur yang berpaksikan konsep Melayu Islam Beraja,'' sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri pada Majlis Istiadat Mengadap Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta pada Khamis, 14 Muharam 1439H bersamaan 5 Oktober 2017M di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

MUKA 12


MAJLIS Istiadat Mengadap Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

MUKA 13


Istiadat Perarakan Mengelilingi Bandar Seri Begawan

T

ARIKH 5 Oktober 2017, negara menyaksikan satu lagi peristiwa penuh adat istiadat dan gilang-gemilang. Bandar Seri Begawan dipenuhi dengan puluhan ribuan rakyat jelata dan penduduk bagi menyaksikan payung negara yang dicintai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Istiadat Perarakan Mengelilingi Bandar Seri Begawan sempena Sambutan Jubli Emas baginda Menaiki Takhta. Dengan menaiki Usongan Diraja bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta diiringi oleh paduka-paduka anakanda serta kerabat diraja bersama Alat-alat Kebesaran Diraja Brunei yang digunakan sejak turun-temurun. Sambutan ini adalah sangat besar ertinya, sebagai cara untuk menghargai sejarah kerana sejarah adalah 'lidah' zaman yang akan berkata-kata kepada generasi demi generasi dan ristaan sejarah kegemilangan pemerintahan, malah turut menanai kekukuhan institusi raja negara ini dengan terus mengekalkan identiti, budaya dan adat resam orang Brunei.

MUKA 14


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha menaiki Usongan Diraja yang dibawa oleh seramai 50 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, iaitu 24 penolak di bahagian belakang dan 26 penarik lagi di bahagian hadapan.

MUKA 15


HAMPIR 90 ribu rakyat dan penduduk dari segenap lapisan masyarakat hadir bagi menyaksikan sendiri detik bersejarah Perarakan Mengelilingi Bandar Seri Begawan sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta.

MUKA 16


RAKYAT jelata berkongsi kegembiraan dan kesyukuran menyambut detik bersejarah 50 tahun pemerintahan baginda di atas takhta singgahsana.

MUKA 17


SEGENAP lapisan rakyat dan penduduk yang bernaung di bawah payung kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam merafakkan sembah kesyukuran sempena Perayaan Sambutan Jubli Emas Baginda Menaiki Takhta dan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas sifat pemedulian, keprihatinan dan kepimpinan adil lagi bijaksana dalam memerintah Negara Brunei Darussalam.

MUKA 18


SETIAP lapisan rakyat dan penduduk di negara ini menikmati taraf hidup yang tinggi, hasil dari kemajuan yang dilakar oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui kerajaan baginda.

MUKA 19


KEGEMBIRAAN dan keceriaan dikongsi bersama pelbagai lapisan masyarakat yang datang dari seluruh pelusuk rantau Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama menyemarakkan lagi Istiadat Perarakan Mengelilingi Bandar Seri Begawan sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta.

MUKA 20


Majlis Persantapan Diraja

M

AJLIS Persantapan Diraja sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta diadakan pada 6 Oktober 2017 Masihi bersamaan 16 Muharam 1439 Hijrah di Istana Nurul Iman. Tetamu Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada Majlis Persantapan Diraja itu terdiri daripada Ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN dan perwakilan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-15, Sultan Muhammad V; beberapa Raja-raja Melayu Malaysia; Yang Di-PertuaYang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Sarawak dan Ketua Menteri Sabah; Pembesar-pembesar Diraja dari Bahrain, Jordan, Kesultanan Oman, Emiriah Arab Bersatu dan United Kingdom.

MUKA 21


PANJATKAN doa tanda kesyukuran semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kekal karar di atas singgahsana Kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan mendapat petunjuk dan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala.

SANTAP MALAM

MAJLIS Persantapan Diraja sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta diadakan penuh beradat istiadat tanda syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala. Gambar-gambar yang mengisi ruangan ini memperlihatkan baginda dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha bersama para tetamu baginda yang terdiri daripada Ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN dan perwakilan; Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-15, Sultan Muhammad V; beberapa Raja-raja Melayu Malaysia; Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Sarawak dan Ketua Menteri Sabah; Pembesar-pembesar Diraja dari Bahrain, Jordan, Kesultanan Oman, Emiriah Arab Bersatu dan United Kingdom yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

MUKA 22


KEBAWAH DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

BERANGKAT sama di Majlis Persantapan Diraja sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Menaiki Takhta yang berlangsung di Istana Nurul Iman ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah DYMM serta kerabat diraja yang lain.

MUKA 23


WARGA Jabatan Penerangan dan Jabatan Percetakan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri menyembahkan ucapan tahniah ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Jubli Emas Menaiki Takhta.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.