Pelita Brunei - Rabu 03 Mei 2017

Page 1

''ORANG-ORANG yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan daripada bencana dan mereka mendapat hidayah.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al An'aam, ayat 82).

''KEJAYAAN, kemajuan dan kecemerlangan sesebuah mukim dan kampung adalah terletak pada sejauh mana kepimpinan itu berlaku kepada anak-anak buah mukim dan kampung itu sendiri. Jika kepimpinan itu baik dan maju, pasti kesannya juga akan membuahkan kebaikan dan kemajuan.'' - Titah Sempena Majlis Anugerah Kampung Cemerlang (AKC) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3.

4.38

4.48

6.08

3 MEI 2017 / 1438

TAHUN 62 / BILANGAN 53

6.31

6

12.18

3.36

6.26

7.38

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

DPMM berkenan menerima mengadap Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 2 Mei. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki yang akan menamatkan perkhidmatan. Puan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 13 September 2014. Majlis tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezaan, di sini.

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki yang akan menamatkan perkhidmatan.

Riadah dan Kayuhan Keluarga Harmoni kemuncak HKK 2017 Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mei. - Riadah dan Kayuhan Keluarga Harmoni merupakan acara kemuncak Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2017 (HKK2017) yang akan turut menyaksikan Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta ahli-ahli kerabat diraja yang akan berlangsung pada hari Ahad, 7 Mei 2017 di ibu negara. Acara berbasikal tersebut akan meliputi perjalanan sejauh 16 kilometer bermula daripada Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien dan melalui beberapa batang jalan-jalan utama antaranya Jalan Pretty; Jalan Elizabeth Dua; Jalan Masjid Omar 'Ali Saifuddien; Jalan Kianggeh; Jalan Sekolah; Jalan

Kumbang Pasang; Jalan Gadong; Jalan Perdana Menteri; Jalan Stadium; Jalan Pertahanan; Jalan Lapangan Terbang; Jalan Sultan Omar 'Ali Saifuddien dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Acara yang menggabungkan aspek gaya hidup sihat dan rekreasi dibukakan secara percuma di mana para peserta, pengunjung dan ahli keluarga juga berpeluang memulakan langkah dan keceriaan hari mereka dengan meraih keberkatan dengan mengikuti program Masjidku Makmur, Negara Berkat dengan menunaikan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah dan mendengarkan Tazkirah Subuh berkaitan dengan Hari Keluarga di Masjid Omar 'Ali Saifuddien. Ke muka 10

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Beri saingan, jangan disalahgunakan peluang Oleh : Saerah Haji Abd Ghani Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 2 Mei. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien bersabda, menyeru para atlet yang terpilih menyertai Sukan Perpaduan Islam Ke-4 (4th Islamic Solidarity Games), Baku, Azerbaijan 2017 supaya menggunakan kesempatan bukan saja dari segi menimba pengalaman, malahan untuk memberikan saingan yang sepenuhnya dalam penyertaan dan jangan pula peluang yang diberikan disalahgunakan ataupun disia-siakan. Duli Yang Teramat Mulia yang juga selaku Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) seterusnya bersabda mengucapkan syabas dan tahniah kepada atlet-atlet yang terpilih dan mengharapkan supaya sentiasa

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya dan fokus yang tinggi dalam setiap perlawanan. Sabda DYTM tersebut disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof pada Majlis Penyerahan Bendera Negara kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke sukan berkenaan yang berlangsung di Bilik Hijau, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini. Ke muka 8

Faksimile: 2381004

Muka 4

PEKIRA kini mempunyai Stesen Minyak

Layari Layari Laman Laman Web: Web: www.pelitabrunei.gov.bn www.pelitabrunei.gov.bn


2

HASRAT NEGARA

HARI RABU 3 MEI 2017

Tingkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana 3 MEI 2017 BERSAMAAN 1438

SABDA Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri pada Mesyuarat Majlis Bencana Kebangsaan 1 / 2017 pada hari Sabtu, 29 April 2017 / 2 Syaaban, bertempat di Bilik Mesyuarat West Wing, Aras 1, JPM, Jalan Menteri Besar.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem Alhamdulillahi Rabbil 'Alameen, Wassalaatu' Wassalaamu 'Alaa Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du YUKUR ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala di alas limpah kurnia-Nya jua, negara kita sentiasa terpelihara dari bencana. Pada mesyuarat khas bulan Oktober yang lalu. perbincangan kita tetumpu kepada usaha-usaha dalam menangani isu ''Jangkitan Virus Zika''. Alhamdulillah dengan kesepakatan dan tindakan bersepadu pelbagai agensi dan juga orang awam khususnya langkah-langkah pencegahan awal seperti meningkatkan kebersihan persekitaran telah berjaya mengurangkan potensi risiko jangkitan Virus

S

Zika di negara ini. Dari sudut bencana alam pula, sungguhpun negara kita berada di luar kawasan yang terdedah kepada gempa bumi, angin taufan dan kejadian bencana alam yang berskala besar, namun kita tidak harus leka, kerana negara ini juga sering mengalami beberapa kejadian banjir yang berpanjangan, tanah susur dan angin kencang. Kejadian seperti ini berlaku hampir setiap tahun disebabkan perubahan iklim, yang kemungkinan menjadi bencana yang berskala besar dan mendatangkan impak yang di luar dugaan. Ini memerlukan kita untuk terus memantapkan lagi kesediaan serta tindakan kita dalam mengurangkan, mencegah, serta meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi suatu bencana termasuklah dari aspek pemulihan. Setakat ini pelbagai usaha telah diungkayahkan oleh agensi-agensi berkaitan bagi memperkesankan lagi tahap kesediaan

'DI SINILAH peranan kita dalam majlis ini untuk sama-sama berbincang dan mengemukakan mana-mana isu atau perkara yang perlu diberikan perhatian ke arah memantapkan lagi rangka bagi pelan strategik pengurusan bencana negara ini termasuk yang berkaitan dengan impak dan perubahan iklim.'

MEI

3 4 5 6 7 8 9

menangani bencana terutama sekali dalam meningkatkan awareness di kalangan rakyat dan penduduk di negara ini. Walau bagaimanapun, pelaksanaan aktiviti penghidaran dan pengurangan risiko bencana ini seharusnya terpandu oleh rangka kerja strategik bagi pengurusan bencana khususnya bagi agensi-agensi yang berkepentingan agar pengurusannya adalah terancang dan lebih holistik. Di sinilah peranan kita dalam majlis ini untuk sama-sama berbincang dan mengemukakan mana-mana isu atau perkara yang perlu diberikan perhatian ke arah memantapkan lagi rangka bagi pelan strategik pengurusan bencana negara ini termasuk yang berkaitan dengan impak dan perubahan iklim. Penghasilan pelan ini adalah selaras dengan usaha ke arah mencapai matlamat-matlamat dalam Wawasan Brunei 2035. Pengurusan bencana adalah bersifat cross-cutting yang merentasi pelbagai jurisdiction dan peranan agensi-agensi yang berkepentingan. Kegagalan kita dalam mengurusnya secara berkesan bukan sahaja boleh menjejaskan kehidupan seharian, malahan jika kita hendak bersedia, ianya juga boleh membawa kepada kehilangan nyawa. kerosakan harta benda yang meluas dan mendatangkan impak kepada perkembangan ekonomi negara. Sebagaimana juga yang pernah saya timbulkan dalam mesyuarat yang lalu bahawa sebuah negara yang resilient di mana semua lapisan masyarakat sudah diperkasa dengan budaya bersedia atau preparedness culture adalah merupakan komponen pengurusan bencana yang paling berkesan. Pada masa yang sama, di samping kita giat menyusun-atur strategi-strategi pengurusan bencana dalam negara, kita juga perlu memberikan perhatian kepada komitmen negara ke arah mendukung rancangan strategi serta rangka-kerja ASEAN dan antarabangsa dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan serantau. Dalam perkara yang berkaitan, kita juga perlu memastikan usaha-usaha yang dirancang dan dilaksanakan adalah berasaskan kepada best international practices mengambil kira juga peralihan pendekatan pengurusan bencana ketika ini daripada operasi bencana kepada pengurusan risiko bencana. Pendekatan ini bukan sahaja lebih proactive malah perancangan seperti ini juga adalah cost-effective bagi mendukung pembangunan ekonomi dan sosial yang lebih mapan. Akhirnya. Majlis ini sudah pun tertubuh sejak tahun 2006 dan perlu mengambil ingatan bersama bahawa pencapaian inisiatif-inisiatif berkaitan pengurusan bencana adalah tanggungjawab semua pihak serta peri mustahaknya bagi memastikan segala projek atau program yang diusahakan sejajar dengan keutamaan semasa serta diselesaikan bagi memastikan kesinambungan impak jangka panjang pelaksanaannya.

6

RADIO BRUNEI CAPAI KEMAJUAN SIGNIFIKAN

S

EJAK penubuhannya pada 2 Mei 1957, Perkhidmatan Radio Brunei telah meraikan Jubli Intan ulang tahunnya kelmarin. Dalam usianya enam dekad tersebut Radio Brunei telah menjalani dan mengharungi pelbagai kemajuan yang sangat signifikan dalam membentuk masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahun. Di Negara Brunei Darussalam peranan perkhidmatan radio masih relevan walaupun terdapat cabaran perkhidmatan penyiaran yang lain dan juga persaingan daripada media baharu atau new media. Di samping itu, selaras dengan perubahan lanskap penyiaran, adalah mustahak bagi Jabatan Radio Brunei khususnya untuk secara berterusan mereview strategi deliverables perkhidmatan dan perisian radio yang dapat menghasilkan impak yang bermanfaat kepada negara dan masyarakat. Perkara tersebut antara lain dijelaskan oleh Timbalan Menteri (Keselamatan dan Media), di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar semasa berucap pada Majilis Perasmian Sambutan Jubli Intan 60 Tahun Radio Brunei berlangsung di Dewan Raya, Radio Televisyen Brunei (RTB). Beliau turut menjelaskan perkhidmatan radio perlu memperkasa diri dengan teknologi dan perisian yang inovatif dan engaging agar dapat mencakup ke semua lapisan masyarakat supaya mereka dapat menghargai dan tidak melupakan perkhidmatan yang amat berjasa tersebut kerana ia merupakan ‘gema’ ataupun suara Brunei. Setiap apa yang digemakan atau dihidangkan oleh Radio Brunei menceritakan gambaran sebenar, yang tepat dan betul mengenai Negara Brunei Darussalam dan juga mengetengahkan masyarakatnya melalui berita, rencana, muzik, mahupun kapsul mengenai budaya, nilai sosialnya dan cara hidupnya. Radio Brunei juga perlu sentiasa menilai amalan-amalan terbaik untuk menjadi Pusat Kecemerlangan atau Centre of Excellence ke arah mempertingkatkan lagi tahap kualiti siaran dan perisiannya. Oleh yang demikian, jelas beliau lagi radio juga harus sealiran serta peka dengan perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) kerana penggunaan teknologi yang mendukung keberadaan radio dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda perlu terus digalakkan terutama sekali dalam era internet. Usaha untuk memasyarakatkan radio secara bersemuka mahupun melalui media baharu adalah satu langkah positif ke arah mengeratkan lagi kesalinghubungan masyarakat dengan media kerajaan. Beliau juga turut menjelaskan bahawa Radio Brunei juga perlu memainkan peranan strategik dalam pembangunan negara mencapai Wawasan Brunei 2035 bersandarkan falsafah negara. Warga penyiaran adalah juga semestinya berfikiran secara proaktif, di samping bersikap adaptif dan responsif terhadap perubahan persekitaran serta mampu berhadapan dengan realiti penyiaran. Tahniah diucapkan kepada warga perkhidmatan radio atas sambutan ulang tahun ke-60 perkhidmatan mereka sepanjang ke udara menyebarkan berbagai-bagai maklumat berguna serta berkesan kepada masyarakat di samping medium hiburan orang ramai. - Ketua Penyuntingan (Rd).

SYAABAN

6 7 8 9 10 11 12

4 . 38 4 . 37 4 . 37 4 . 37 4 . 36 4 . 36 4 . 36

4 . 48 4 . 47 4 . 47 4 . 47 4 . 46 4 . 46 4 . 46

6 . 08 6 . 08 6 . 08 6 . 08 6 . 07 6 . 07 6 . 07

6 . 31 6 . 31 6 . 31 6 . 31 6 . 31 6 . 30 6 . 30

12 . 18 12 . 18 12 . 18 12 . 18 12 . 18 12 . 18 12 . 18

3 . 36 3 . 36 3 . 37 3 . 37 3 . 37 3 . 37 3 . 38

6 . 26 6 . 26 6 . 26 6 . 26 6 . 26 6 . 26 6 . 26

7 . 38 7 . 38 7 . 38 7 . 39 7 . 39 7 . 39 7 . 39


NASIONAL

HARI RABU 3 MEI 2017

3

Naubat dibuka semula setelah ditutup 20 hari Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mei. - Pembukaan semula Naubat telah selamat sempurna diadakan setelah ditutup selama 20 hari berikutan kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Mohd. Yusof. Majlis Istiadat Membuka Naubat telah berlangsung di Bangunan Lapau, Bandar Seri Begawan dengan penuh adat istiadat di hadapan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Shahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar. Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal. Manakala bacaan Doa Tahlil dan diikuti dengan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Majlis disusuli dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar. Allahyarham Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Mohd. Yusof kembali ke rahmatullah pada hari Selasa, 14 Rejab, 1438 Hijrah bersamaan 11 April 2017 Masihi pada jam 9.30 pagi. Antara yang berangkat dan hadir pada majlis tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet, Yang Berhormat AhliAhli Majlis Mesyuarat Diraja, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan serta Orang-Orang Bergelar. Sementara itu di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Naubat turut dititir sebelum masuk waktu Sembahyang Fardu Maghrib.

MAJLIS Membuka Naubat berlangsung di hadapan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Shahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

YANG Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar mengimamkan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.

Dua qari wakili negara ke Pertandingan Menghafaz Al-Quran Oleh : Aimi Sani Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

AWANG Abdul Aziz bin Nor Nasran.

AWANG Muhammad Yusrun bin Haji Jahari.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mei. - Dua orang qari Negara Brunei Darussalam berlepas ke Jakarta, Indonesia bagi mewakili negara ke Pertandingan Tahunan Putera Sultan bin Abdul Aziz dalam Menghafaz Al-Quran dan As-Sunah bagi Negara-Negara ASEAN dan Asia Pasifik yang berlangsung pada 1 hingga 4 Mei ini. Peserta terdiri daripada pelajarpelajar Institut Tahfiz Al-Quran

Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Awang Abdul Aziz bin Nor Nasran dan Awang Muhammad Yusrun bin Haji Jahari serta diiringi oleh Ketua Rombongan, Ustaz Awang Muhammad Azim bin Awang Haji Ali selaku pengurus dan pembimbing qari berkenaan. Awang Abdul Aziz yang menyertai Kategori Menghafaz 10 Juz Al-Quran semasa ditemui di ruang berlepas Lapangan Terbang

Antarabangsa Brunei berkata, beliau telah mempersiapkan diri dengan mengulang kaji Al-Quran bersama guru-guru dan rakan-rakan setiap hari. Manakala buat Awang Muhammad Yusrun yang menyertai Kategori Menghafaz 15 Juz Al-Quran, ini merupakan penyertaan beliau kali ketiga. ''Latihan juga dijalankan setiap hari bagi memantapkan lagi hafalan dan meningkatkan keyakinan saya selaku peserta apabila berhadapan di depan hakim-hakim pertandingan,'' terangnya.


4

NASIONAL

HARI RABU 3 MEI 2017

PEKIRA kini mempunyai Stesen Minyak Siaran Akhbar dan Foto : Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan (PEKIRA)

KAMPUNG JANGSAK, Isnin, 1 Mei. - Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan ringkasnya PEKIRA mencatat satu sejarah dalam usaha memperkembang luaskan perekonomian ahli-ahlinya apabila Stesen Minyak Koperasi Usahajaya PEKIRA Berhad yang terletak di Simpang 842, Kampung Jangsak, Jalan Gadong dibuka dengan rasminya pada Ahad 30 April lepas. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, iaitu Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. Hadir pada majlis tersebut termasuklah Yang Dipertua PEKIRA,

pelabur-pelabur saham minyak dan bas serta ahli-ahli PEKIRA. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang kemudiannya diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Lembaga Pengarah, Koperasi Usahajaya PEKIRA Berhad, Pengiran Dato Paduka Haji Jaludin bin Pengiran Haji Mohd. Limbang. Dalam ucapan tersebut beliau menerangkan serba ringkas mengenai penubuhan koperasi berkenaan, di mana perancangan awal membina stesen minyak ini telah diura-urakan sejak tahun 2008 melalui sebuah koperasi yang dikenali dengan nama Koperasi Usahajaya PEKIRA Berhad ringkasnya KUPB. Hasrat tersebut akhirnya terlaksana

dengan usaha awal membeli sebidang tanah seluas 0.508 ekar dengan harga lebih setengah juta ringgit. Berkat usaha gigih akhirnya koperasi itu berjaya melaksanakan impian tersebut apabila pihak pemborong menyerahkan stesen ini pada 25 Syawal 1437 Hijrah bersamaan 30 Julai 2016 Masihi, yang mana stesen ini telah memulakan operasinya pada 1 Ogos 2016. Stesen ini mempunyai pelabur sebanyak 228 orang dengan jumlah saham minyak berjumlah BND3,078,491.00. Sementara itu, koperasi ini juga mempunyai 26 orang pelabur bagi Bas Sewa Khas yang sahamnya berjumlah BND65,000. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat. MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (kiri) menerima cenderamata dari PEKIRA.

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar (duduk, tengah) bergambar ramai bersama ahli-ahli PEKIRA.

Syahadah kunci untuk ke syurga Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mei. - Israk dan Mikraj merupakan satu peristiwa agung di dalam sejarah Islam dan juga diri

Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, di mana umat Islam seluruh dunia menyambutnya sempena memperingati peristiwa itu pada

27 Rejab setiap tahun. Peristiwa ini juga merupakan salah satu komponen daripada 'Sirah Nabawiyyah' yang bermaksud pelaksanaan Islam secara praktikal dan contoh tepat dalam menegakkan sebuah negara Islam dan peristiwa yang penuh dengan pengajaran dan iktibar itu menjadi peringatan kepada

ANTARA pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan ketika hadir pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj yang berlangsung di surau jabatan berkenaan (kiri dan kanan).

kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut akan kekuasaannya. Sehubungan itu, dalam sama-sama mengambil iktibar dan pedoman daripada peristiwa tersebut, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, turut mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj yang berlangsung di surau jabatan berkenaan. Turut hadir, Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh salah seorang pegawai jabatan tersebut. Acara kemudian diteruskan dengan Ceramah Khas yang disampaikan oleh penceramah undangan, Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Muhammad Yusri bin Haji Abdul Majid. Antara inti pati ceramah beliau menyentuh mengenai kepentingan syahadah dan solat. Jelasnya, apabila kita membuktikan iman kita, harus kita membuktikan bukan hanya sekadar dengan kata-kata tetapi perlu dengan amal ibadat kita. Jikalau dirujuk kembali pada syahadah yang selalu kita baca dalam solat tambahnya, kadang-kadang kita lihat syahadah ini sambil lewa sahaja. Akan tetapi jelasnya, syahadah itu sangat besar kerana tanpa syahadah, kita tidak dapat masuk syurga. Beliau seterusnya menjelaskan, jika diperhatikan banyak orang di luar sana adalah orang baik-baik, suka

PEGAWAI Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, KHEU, Awang Muhammad Yusri bin Haji Abdul Majid ketika memberikan ceramah di Majlis Sambutan Israk dan Mikraj anjuran Jabatan Penerangan.

bersedekah, menolong orang, tetapi tanpa syahadah orang yang baik itu juga tidak akan dapat masuk syurga. Tegasnya, kerana syahadah itu adalah sesuatu yang sangat besar. Menyentuh mengenai mengerjakan solat yang boleh mencegah daripada mungkar, penceramah juga turut mempersoalkan sejauh mana sempurnanya solat kita. Beliau seterusnya menjelaskan, cara kita menghalusi cara sembahyang hendaklah kembali semula kepada rukun sembahyang kerana rukun sembahyang adalah tiang ugama.


NASIONAL

HARI RABU 3 MEI 2017

5

JBP Sambut Ulang Tahun Penubuhan Ke-57 Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said JERUDONG, Isnin, 1 Mei. - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) lewat petang tadi mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Penubuhan JBP Ke-57, Tahun 2017 berlangsung di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yaa Siin, Ratib Al-Attas dan

Doa Kesyukuran sempena sambutan berkenaan yang diimamkan serta dibacakan oleh Imam Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Awang Haji Kamaruzzaman bin Haji Jakar dan seterusnya Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah. Pada majlis itu juga diselajurkan dengan penyampaian sumbangan wakaf dari JBP, iaitu berupa barang peralatan bagi keperluan dan kemudahan masjid yang diserahkan oleh tetamu kehormat majlis. Majlis tersebut diadakan untuk memanjatkan doa agar warga kerja JBP akan sentiasa berada dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala dalam menjalankan tugas yang diamanatkan tanpa mengenal erti

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (dua, kiri) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Penubuhan JBP Ke-57, Tahun 2017.

penat lelah dalam menyumbangkan khidmat yang tulus ikhlas serta pengorbanan murni dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat dan negara dalam bidang tugas yang berisiko tinggi. Turut hadir ialah TimbalanTimbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pengarah Bomba dan Penyelamat, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan dari JBP dan KHEDN serta jemputan-jemputan khas.

Majlis Tahlil JBP di Kubah Makam Diraja

TIMBALAN Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Idris bin Haji Mohd. Ali (tengah) pada majlis tersebut.

Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mei. - Seramai lebih 100 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai

kanan, pegawai-pegawai serta anggota dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) menghadiri Majlis

Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al- Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun JBP Ke-57 Tahun, bertempat di Kubah Makam Diraja. Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Idris bin Haji Mohd. Ali dan Awang Haji Sunadi bin Haji Buntar serta Pengarah Bomba dan Penyelamat, Leftenan Kolonel (B) Awang Yahya bin Hj Abdul Rahman. Bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil dipimpin oleh Ketua Guru Ugama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Awang Haji Adanan bin Haji Ahmad. JBP seterusnya akan mengadakan Acara Gotong-Royong Membersihkan Kawasan Perkuburan Islam khususnya bagi pegawai, anggota dan kakitangan jabatan yang telah meninggal dunia yang akan diadakan serentak di keempat-empat daerah pada 18 Mei ini.

PDB dan Pengawasan Kejiranan adakan majlis keagamaan Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei GADONG, Isnin, 1 Mei. - Bagi mendekatkan anggota Polis bersama masyarakat melalui aktiviti keagamaan, bacaan Ratib Al Attas dan sembahyang berjemaah anjuran Balai Polis Pusat bersama Ahli Pengawasan Kejiranan bagi Kampung Rimba dan Kawasan 1, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Tungku, Mukim Gadong 'A' diadakan di Surau Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei (PDB), di sini. Menurut Siaran Akhbar PDB, aktiviti keagamaan tersebut bertujuan untuk meningkatkan keimanan, kefahaman, penghayatan dan pengamalan peserta tentang ajaran Islam sehingga menjadi Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala serta berakhlak mulia dalam kehidupan peribadi, bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. Selain itu, ia juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di antara PDB dan ahli Pengawasan Kejiranan seterusnya membuat pendekatan bersua muka bersama Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan. Ia akan diteruskan di sepanjang bulan Mei tahun setiap Isnin dan juga Rabu bersama Ahli Pengawasan Kejiranan yang sudah berdaftar di bawah jagaan Balai Polis Pusat secara bergili-rgilir. Hadir ialah Penolong Pegawai Penguasa Balai Polis Pusat, Inspektor Hamdan bin Mantul bersama anggota dari Balai Polis Pusat. Turut hadir Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Rimba dan Kawasan 1 STKRJ Tungku, Mukim Gadong 'A'.

SEBAHAGIAN para anggota Polis Pusat Bandar Seri Begawan dan Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Rimba dan Kawasan 1 STKRJ Tungku Mukim Gadong 'A' ketika menghadiri kegiatan keagamaan.

Polis Temburong dermakan 19 pain darah

SEBAHAGIAN para anggota Polis Daerah Temburong ketika kempen menderma darah.

ANTARA pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) yang hadir pada Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al- Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun JBP Ke-57 Tahun, bertempat di Kubah Makam Diraja.

BANGAR, Selasa, 2 Mei. - Jawatankuasa Kerja Kempen Derma Darah sempena Sambutan Hari Polis Ke-96, Tahun 2017 teleh mengadakan Kempen Derma Darah di Daerah Polis Temburong dengan kerjasama Daerah Polis Temburong dan Jabatan Perkhidmatan Makmal, Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi memeriahkan Sambutan Hari Polis berkenaan. Menurut Siaran Akhbar Pasukan Polis Diraja Brunei, kempen bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi, disertai oleh hampir 20 anggota polis dari Daerah Polis Temburong, Pasukan Polis Simpanan 'C' Kompeni Cawangan Temburong dan orang ramai. Sebanyak 19 pain darah diperoleh dan didermakan pada kempen tersebut.


6

NASIONAL

HARI RABU 3 MEI 2017

Salah laku boleh memusnahkan prestasi sektor awam Pemasangan peralatan keselamatan di Pantai Muara dan Berakas Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid, Marlinawaty Hussin Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong (tiga dari kiri) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj KSSUP dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya bagi Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi.

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mei. - Ceramah Khas telah diadakan pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj KSSUP dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya bagi Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi. Ceramah yang bertajuk 'Integriti Dalam Perkhidmatan Awam' disampaikan oleh Profesor Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Profesor Dr. Abdul Ghafar bin Ismail berlangsung di Dewan Setia Pahlawan,

kementerian berkenaan. Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong. Profesor Dr. Abdul Ghafar dalam ceramahnya menyentuh mengenai skandal etika korporat yang berlaku pada dekad lepas yang menunjukkan bahawa salah laku boleh memusnahkan atau menjejaskan syarikat. Menurutnya, salah laku penjawat

PARA pegawai dan kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) hadir pada majlis tersebut (atas dan bawah).

awam ialah diskriminasi (agama, bangsa, jantina), tidak tepat melaksanakan tanggungjawab, tidak melaksanakan tanggungjawab dengan cekap, adil dan beramanah, menerima rasuah, membuat keputusan tanpa berasaskan syura. Katanya lagi, salah laku tersebut memberi implikasi kepada tindakan disiplin dan prestasi sektor awam dan bermaksud jenayah ekonomi berkait rapat dengan kelakuan atau akhlak manusia. Majlis diselajurkan dengan penyampaian Pingat Kerja Lama (P.K.L.) kepada warga KSSUP sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70, Tahun 2016, yang disampaikan oleh tetamu kehormat. Seramai 18 orang warga KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya menerima pingat masing-masing di atas jasa bakti yang telah dicurahkan di sepanjang perkhidmatan selain menjadi motivasi untuk terus memberikan sumbangan terhadap organisasi. Juga hadir pada majlis itu, Setiausaha Tetap-Setiusaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan, ketua-ketua jabatan di bawah KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya.

MUARA, Isnin, 1 Mei. Pemasangan papan tanda keselamatan dan pemasangan alat bantuan menyelamat, pelampung bertali adalah untuk kegunaan orang ramai semasa kecemasan di Pantai Muara dan Pantai Berakas. Ia adalah sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan di kawasan pantai di Negara Brunei Darussalam dan bahaya daripada kejadian arus deras (rip current). Pegawai Alam Sekitar, Bahagian Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan, Dayang Norlida binti Haji Suhaili berkata, pemasangan papan maklumat dan alat bantuan menyelamat di kedua-dua pantai berkenaan adalah kerana pantai berkenaan merupakan pantai yang amat digemari oleh pengunjung terutama bagi kegiatan berenang. ''Di samping itu, pantai-pantai berkenaan selalunya berlakunya arus deras yang amat berbahaya serta di antara penyebab utama kejadian lemas di kawasan pantai,'' ujarnya Beliau juga berkata bahawa pemasangan alat bantuan menyelamat merupakan sebahagian daripada matlamat yang ditekankan untuk mengelakkan berlakunya kejadian lemas. Beliau berharap pemasangan papan tanda dan pelampung bertali

itu dapat membantu mengurangkan kejadian lemas dan membantu orang ramai memberikan pertolongan kepada perenang-perenang yang berhadapan dengan masalah ketika berenang. Jika berlaku kecemasan, orang ramai boleh mengambil pelampung bertali berkenaan untuk dilontarkan. Manakala, Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi 'C', Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Awang Noor Aflan bin Awang Kachi berkata, pemasangan peralatan keselamatan tersebut bertujuan untuk memperingatkan orang ramai khususnya para pengunjung untuk berhati-hati dan agar mereka dapat mengawasi bagi mengelakkan terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku. Selain itu juga, jelasnya, ia juga bertujuan untuk memudahkan orang ramai untuk mengetahui nombor yang mudah dihubungi jika berlakunya kecemasan di lokasi berkenaan. Menurutnya, pemasangan peralatan keselamatan berkenaan adalah atas inisiatif daripada pihak badan bukan kerajaan termasuk Beach Bunch. Beliau menasihatkan orang ramai terutama para ibu bapa untuk mengawasi anak-anak mereka daripada bermain di kawasan perairan pantai yang lebih dalam.

PEMASANGAN papan tanda keselamatan dan pemasangan alat bantuan menyelamat, pelampung bertali adalah untuk kegunaan orang ramai semasa kecemasan di Pantai Muara dan Pantai Berakas (atas dan bawah).


MINDA PEMBACA / AGAMA

HARI RABU 3 MEI 2017

Amalkan berjimat cermat dalam penggunaan elektrik

A

GAMA Islam menggalakkan umatnya untuk mengamalkan amalan berjimat cermat dalam kehidupan seharian sama ada dari segi berbelanja, makan minum, pakaian, penggunaan air, tenaga elektrik dan sebagainya. Terdapat beberapa punca utama yang menyumbang kepada penggunaan tenaga yang berlebihan yang menyebabkan pembaziran. Pembaziran ini berlaku kerana kurangnya kesedaran pengguna dan sikap ‘malas ku ingau’ dalam penggunaan tenaga elektrik.

Selain itu, pembaziran elektrik juga berpunca daripada pengguna yang tidak sewajarnya atau berlebihan, tidak betul dan sistem pendawaian elektrik yang lama dan tidak efisien lagi. Sehubungan itu, sebagai pengguna perlunya mengambil perhatian serius dan memberikan kerjasama dalam penggunaan tenaga elektrik bagi mengurangkan pembaziran. Untuk sama-sama menjimatkan tenaga elektrik ada beberapa cara yang boleh dipraktikkan antaranya memadamkan lampu setelah tidak digunakan lagi selain

mengurangkan penggunaan penghawa dingin dan menggunakan jika perlu saja. Selain itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak dan ahli keluarga supaya mengamalkan sifat berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik. Kesedaran pengguna dalam penjimatan tenaga elektrik bukan setakat dalam rumah saja malah di tempat kerja seperti di bangunan kerajaan apatah lagi di masjid-masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara. Bukan setakat itu, orang ramai dan jemaah juga memainkan peranan dan tanggungjawab sangat penting ke arah penggunaan dan penjimatan tenaga sama ada dalam masjid atau luar bangunan masjid. Oleh kerana berjimat itu amalan terpuji manakala sikap boros pula adalah amalan terkeji, maka kita disarankan untuk

7

sentiasa menghargai dan berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik dan menjadikannya sebagai salah satu cara harian sesuai dengan ajaran agama Islam. Dalam perkara kita diseru untuk sama-sama menyemai dan mendidik seterusnya membudayakan diri supaya sentiasa bijak dan cekap dalam penggunaan dan penjimatan tenaga elektrik dan mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran. Nama : Siti Nur’syazwani Rizawati binti Mohammad Shari No. K/P : 01-077704 (K) ALAMAT: No. 5, Simpang 186, Jalan Tanjung Selasih, Kampung Perumahan Negara Panchor, Mukim Mentiri, BU1729, Negara Brunei Darussalam.

TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA : 1. 'Kemajuan Sains dan Teknologi Mendatangkan Kebaikan Kepada Manusia'. Tarikh Tutup : 3 Mei 2017 2. 'Kepentingan Mempertahankan Adat Warisan'. Tarikh Tutup : 10 Mei 2017 3. 'Peranan Media Massa Dalam Pembangunan Negara'. Tarikh Tutup : 17 Mei 2017 Terma dan Syarat : 1. Penyertaan dibuka kepada remaja yang berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun, yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kecuali warga Jabatan Penerangan. 2. Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. 3. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon hendaklah disertakan dan dihantar kepada : Sidang Pengarang, Minda Pembaca Bahagian PELITA BRUNEI, Jabatan Penerangan Lapangan Terbang Lama, Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam. atau melalui E-mel : pelita.brunei@information.gov.bn 4. Penyertaan terbaik akan disiarkan dalam Akhbar Rasmi Kerajaan PELITA BRUNEI dan pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND75.00.

I

SLAM adalah agama syumul yang sentiasa menggalakkan umat manusia terutama masyarakat Islam supaya sentiasa memelihara dan menjaga keamanan, keselamatan nyawa (sendiri mahupun orang lain), harta benda, ajaran agama dan perkara-perkara lain. Ia juga menyarankan umat-Nya supaya berikhtiar dan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan dan menjauhkan diri daripada perkara yang boleh mendatangkan kebinasaan dan merosakkan keadaan. Antara perkara yang mendatangkan kebinasaan dan kemusnahan harta serta boleh menyebabkan kematian adalah kemalangan. Kemalangan itu tidaklah kira sama ada di darat, udara ataupun laut, ia boleh dijadikan satu penyebab kematian yang besar selain dari pelbagai penyakit yang diketahui. Menjadi tanggungjawab bersama para pengguna terutamanya di jalan raya tidak kiralah pemandu, penumpang atau yang berjalan kaki supaya berhemat dan juga bertolak ansur sesama sendiri agar semua pihak dapat menggunakan jalan raya dengan selamat dan tidak berlakunya perkara yang tidak diingini. Dalam hadis riwayat Imam at-Tirmidzi, daripada Anas Radhiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksudnya : ''Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah dia telah memeliharanya atau mensia-siakannya.� Janganlah kita bersikap sombong ketika memandu sehingga tidak menghiraukan pengguna yang lain. Pentingkan diri sendiri seperti tidak memberi jalan kepada orang lain, merendahkan kemampuan orang lain, memandu dengan laju kerana ingin menunjuk-nunjuk, tidak hormat kepada penjalan kaki dan sebagainya juga boleh mengakibatkan puncanya kemalangan serta menerima padah ke atas sikap itu sendiri. Orang yang sombong menghina orang lain di dunia akan turut mendapat kehinaan di hari akhirat seperti yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Allah tidak akan memandang mereka, berbicara dengan

Amalkan sikap bertanggungjawab dan sentiasa berdoa

mereka atau menyucikan mereka dan inilah kehinaan yang sebenar-benar hina. Dalam hadis ada menjelaskan riwayat Imam Muslim daripada Abdillah bin Mas'ud, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud : ''Tidak masuk syurga orang yang ada dalam hatinya seberat biji sawi dari kesombongan. Maka seorang lelaki bertanya : Sesungguhnya seseorang menyukai pakaiannya yang bagus dan seliparnya elok. Nabi menjawab : Sesungguhnya Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, sombong itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia.'' Dengan menghayati sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang sangat menitikberatkan hubungan baik sesama insan, hormat-menghormati serta tidak sombong menjadi perangsang untuk membina silaturahim dengan sesiapa saja walaupun dengan orang yang telah menzalimi kita. Apa yang ditonjolkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kepada para sahabat serta umat Islam seluruhnya melalui sirah dan kisah sahabat yang disampaikan sehingga kini adalah demi menjaga dan mengelakkan umat baginda dari menghuni neraka. Diriwayatkan oleh Imam Muslim

daripada Haritsah bin Wahab, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : ''Maukah kalian aku beritahu tentang penghuni syurga? ia adalah orang yang lemah dan merendahkan diri (tawadhu), Jika ia bersumpah atas Nama Allah, pasti Allah memperkenankan sumpahnya. Maukah kalian aku beritahu tentang penghuni Neraka?, Mereka adalah setiap yang ingin diagungagungkan serta bermegah-megahan dan berlaku sombong.'' Sebenarnya kita tidak seharusnya melihat kehidupan ini sedemikian rupa, walau sedahsyat mana pun kemalangan yang melanda hidup kita. Kita sepatutnya melihat hidup ini sebagai suatu pengembaraan yang mencabar, penuh dengan pelbagai cubaan, ujian, peristiwa-peristiwa yang bermakna ataupun tidak. Mentari pagi seharusnya bangkit dalam diri setiap manusia bagi mencapai kedamaian dan keyakinan diri. Agama Islam sendiri menitikberatkan tentang kebahagiaan, ketenangan dan keyakinan pada diri setiap umatnya supaya dapat menjalani kehidupan dunia dengan lancar dan menunaikan tanggungjawab akhirat dengan tenang. Hadits riwayat Imam al-Hakim, daripada Hussin, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda yang bermaksud : ''Ketenangan (as-Sakiinah) itu adalah suatu keuntungan, manakala meninggalkannya adalah suatu kerugian (kecelakaan).'' Sabda Baginda lagi yang diriwayatkan Imam Ahmad dan ath-Thabarani, daripada Abdullah bin al-'Ala, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : ''Kebaikan itu adalah apa yang

menenangkan jiwa dan menenteramkan hati.'' Setiap perkara yang hendak kita lakukan adalah wajarnya dimulakan dengan kalimah basmalah dan doa. Begitu juga dengan pengguna jalan raya agar perjalanan kita sentiasa diberkati dan dilindungi selalu. Doa ertinya memohon atau meminta sesuatu yang baik daripada Allah Subhanahu Wata'ala yang Maha Pemurah. Allah Subhanahu Wata'ala menyuruh orang-orang Islam berdoa, meminta sesuatu serta mohon perlindungan daripada-Nya. Firman Allah Subhanahu Wata'ala Surah al-Mu'min, ayat 60 yang tafsirnya : Dan Tuhan kamu berfirman : ''Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dan takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.'' Dalam hadis riwayat at-Tirmidzi sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : ''Sesunggguhnya doa itu memberi manfaat pada apa-apa yang telah terjadi (berupa musibah, dan lain-lain) dan bermanfaat pada apa-apa yang belum terjadi. Akan wajib atas kalian untuk berdoa wahai hamba-hamba Allah!'' Islam juga mengajar kita cara untuk menjaga keselamatan diri sebelum keluar rumah, iaitu dengan membaca Surah Al-Fatihah, ayat Al-Kursi, Surah Quraisy dan doa ketika keluar rumah serta ketika menaiki kenderaan. Dengan amalan berdoa dan zikir, mematuhi peraturan jalan raya, bersopan santun, hormat menghormati dan bertolak ansur dapat mengelakkan daripada ditimpa kesusahan mahupun kemalangan serta kita selaku pengguna dapat memandu dalam keadaan tenang, damai dan sentiasa dilindungi daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Amin.


8

NASIONAL

HARI RABU 3 MEI 2017

Beri saingan, jangan disalahgunakan peluang Oleh : Saerah Haji Abd Ghani Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

Dari muka 1 Dalam sabda DYTM juga merakamkan ucapan tahniah kepada persatuan sukan kebangsaan masing-masing, jurulatih yang berdedikasi dan terutamanya kepada ibu bapa atlet-atlet kerana memberikan sokongan dan dorongan yang berterusan kepada mereka. DYTM juga bersabda menasihatkan kepada semua atlet dan pegawai bahawa komitmen

kepada negara harus mempunyai tanggungjawab serta disiplin yang tinggi semasa berada di Republik Azerbaijan nanti. Dalam sabda DYTM menambah, dengan berbekalkan berkat dan usaha yang bersungguh-sungguh serta bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata'ala, InsyaaAllah kita akan meraih kejayaan dan ini adalah komitmen yang harus dipikul dan ditunaikan oleh para atlet untuk meraih kecemerlangan dan seterusnya mengharumkan nama negara.

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof semasa menyerahkan bendera Negara Brunei Darussalam kepada Pengarah Program Khidmat Bakti Negara, Kolonel (B) Pengiran Haji Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail selaku Chef de Mission Kontinjen.

YANG Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (duduk, tengah) semasa bergambar ramai bersama Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Perpaduan Islam Ke-4 (4th Islamic Solidarity Games), Baku, Azerbaijan 2017.

Tunjukkan semangat sukan tulen Oleh : Saerah Haji Abd Ghani Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 2 Mei. - Aspirasi seluruh warga sukan tanah air sudah barang tentu untuk melihat kejayaan di gelanggang persada global. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa berucap pada Majlis Penyerahan Bendera Negara Kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Perpaduan Islam Ke-4 (4th Islamic Solidarity Games), Baku, Azerbaijan 2017.

Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof berkata, kejayaan juga sebenarnya adalah pemilihan atlet-atlet ke kejohanan ini seperti memberi cerminan kepada semangat mereka untuk menembusi atmosfera dunia sukan itu yang kini dibanjiri bintang-bintang muda yang tidak kurang hebatnya. ''Kejayaan juga ialah bila mana atlet menunjukkan semangat kesukanan yang tulen, iaitu semangat bersaing dengan mengikut undang-undang dan peraturan sukan tanpa tujuan untuk bermusuhan, sengaja menyebabkan kecederaan kepada peserta lain atau penipuan temasuk pengambilan ubat-ubatan

terlarang,'' ujar Yang berhormat pada Majlis Penyerahan Bendera Negara Kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Perpaduan Islam Ke-4 (4th Islamic Solidarity Games), Baku, Azerbaijan 2017 yang berlangsung di Bilik Hijau, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini. Yang Berhormat menyarankan kepada para atlet untuk percaya dan yakin bahawa seluruh warga sukan tanah air berada memberikan sokongan padu dan atlet-atlet adalah wira dihati penggemar, penggiat dan elit sukan yang lain untuk dikalungkan pingat dan mendengar lagu negara berkumandang. Atur cara diteruskan dengan penyerahan bendera Negara Brunei Darussalam yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Pengarah Program Khidmat Bakti

Negara, Kolonel (B) Pengiran Haji Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail selaku Chef de Mission Kontinjen. Negara Brunei Darussalam akan menghantar kontinjen bagi menyertai ke temasya sukan tersebut yang akan bermula pada 12 hingga 22 Mei 2017 di Baku, Azerbaijan 2017. Kontinjen Negara Brunei Darussalam dianggotai seramai enam orang terdiri daripada Chef de Mission, dua orang atlet, dua orang jurulatih dan seorang pegawai urusetia. Turut hadir, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Mohd. Noor Jusmin Haji Abdul Samad dan Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil serta ahli-ahli Jawatankuasa Pemilihan dan Penilaian Atlet.


NASIONAL

HARI RABU 3 MEI 2017

9

Radio Brunei lakar sejarah rai Jubli Intan Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Hernie Suliana Haji Othman

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 2 Mei. - Dalam usia 60 tahun, perkhidmatan Radio Brunei terus meniti usianya dalam suasana yang memerlukan inisiatif dan kreativiti merangka transformasi sesuai keperluan peredaran semasa. Tarikh 2 Mei 2017 mencatat sejarah bagi perkhidmatan Radio Jabatan Radio Televisyen Brunei apabila telah mencapai usia keenam dekad. Sehubungan itu bagi memperingati usia penubuhannya, Radio Brunei mengadakan Majlis Sambutan Jubli Intan 60 Tahun yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri (Keselamatan dan Media), di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar berlangsung di Dewan Raya, Radio Televisyen Brunei (RTB), di sini. Dalam ucapan alu-aluan Pengarah Radio Televisyen Brunei, Awang Haji

Muhammad Suffian bin Haji Bungsu antara lain menggariskan, sesuai dengan peranannya selaku media penyebar maklumat kerajaan, RTB akan berterusan berusaha menggiatkan lagi peranan penyebaran dan penyiaran maklumat melalui kaedah-kaedah yang lebih berkesan dan terkini bagi membolehkan usaha kerajaan memperkenalkan sesuatu dasar akan dapat diterima, difahami dan disokong oleh rakyat dan penduduk khususnya generasi belia. RTB jelasnya juga menyedari akan perlunya merencana, mengambil langkah-langkah strategik serta menggiatkan peranan ke arah mewujudkan suasana penyiaran awam yang lebih mapan, berdaya saing dan berdaya maju yang dapat memberikan impak yang positif dan berguna kepada masyarakat dan negara. Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan persembahan Sketsa Bujang

Si Gandam, salah sebuah rancangan Diandangan yang cukup popular dan sinonim dengan Radio Brunei pada tahun 60-an dan 70-an. Tetamu kehormat turut menyempurnakan penandatangan plak Sambutan Jubli Intan 60 Tahun Radio Brunei dan kemudiannya menyaksikan Pameran 6 Dekad Radio Brunei di Studio 'A' yang kini dikenali dengan Studio Al-Ansar dan Studio 'B' yang kini dinamakan dengan Studio Bilhuda Radio Televisyen Brunei. Turut serta dalam pameran itu ialah Bahagian Kejuruteraan Radio, Bahagian Berita, Seksyen Perdagangan, Bahagian Latihan dan Perkembangan, Unit Penyelidikan RTB, Kelab Radio dan Tunas Radio. Pameran ini dibukakan untuk kunjungan orang ramai bermula hari ini sehingga Ahad, 7 Mei 2017 kecuali Jumaat ia dibuka bermula pukul 2.00 petang.

TIMBALAN Menteri (Keselamatan dan Media), di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar melancarkan Majlis Sambutan Jubli Intan Radio Brunei.

Perkhidmatan Radio masih relevan BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 2 Mei. - Perkhidmatan radio perlu memperkasakan diri dengan teknologi dan perisian yang inovatif dan engaging agar dapat mencakup ke semua lapisan masyarakat supaya mereka dapat menghargai dan tidak melupakan perkhidmatan yang amat berjasa ini kerana perkhidmatan Radio Brunei adalah merupakan 'gema' ataupun suara Brunei. Timbalan Menteri (Keselamatan dan Media), di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar menjelaskan demikian semasa merasmikan Sambutan Jubli Intan 60 Tahun Radio Brunei berlangsung di Dewan Raya, Radio Televisyen Brunei (RTB), di sini. ''Setiap apa yang digemakan atau dihidangkan oleh Radio Brunei menceritakan gambaran sebenar, yang tepat dan betul mengenai negara kitani, Negara Brunei Darussalam, dan juga mengetengahkan masyarakatnya melalui berita, rencana, muzik, mahupun kapsul mengenai budaya, nilai sosialnya dan cara hidupnya,'' jelas Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan. Dengan itu jelas Dato Paduka, selaras dengan perubahan lanskap penyiaran, adalah mustahak bagi Jabatan Radio Brunei khususnya untuk secara berterusan mereview strategi deliverables perkhidmatan dan perisian radio yang dapat menghasilkan impak yang bermanfaat pada negara dan masyarakat. Radio Brunei tambahnya juga perlu sentiasa menilai amalan-amalan terbaik untuk menjadi Pusat Kecemerlangan atau Centre of

Excellence ke arah mempertingkatkan lagi tahap kualiti siaran dan perisiannya. Selain itu jelasnya, Radio juga harus sealiran serta peka dengan perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) kerana penggunaan teknologi yang mendokong keberadaan radio di kalangan masyarakat khususnya generasi muda perlu terus digalakkan terutama sekali dalam era internet. Yang Mulia Dato Paduka seterusnya menjelaskan, Radio Brunei juga perlu memainkan peranan strategik dalam pembangunan negara mencapai Wawasan Brunei 2035 bersandarkan falsafah negara. ''Arus penyiaran semakin deras, mencabar dan penuh dengan pelbagai ekspektasi. Kita seharusnya menjadi penyiar yang berwibawa dan mempunyai semangat yang tinggi untuk memenuhi hasrat dan ekspektasi pelbagai lapisan masyarakat dan yang berbagai umur. Memenuhi cabaran ini adalah menjadi suatu keutamaan dan kepentingan dalam kalangan warga penyiaran untuk sentiasa mempunyai sikap berdaya maju dalam terus berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Bijak merangka, responsive, mempunyai aspirasi ke arah memberkesankan lagi mutu perkhidmatan di bidang penyiaran adalah syarat utama,'' terang Yang Mulia Dato Paduka. Warga penyiaran jelasnya adalah juga semestinya berfikiran secara proaktif, di samping bersikap adaptif dan responsif terhadap perubahan persekitaran serta mampu berhadapan dengan realiti penyiaran.

TIMBALAN Menteri (Keselamatan dan Media), di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar dijemput mencuba suasana semasa berada di konti radio dalam pameran yang disediakan oleh unit-unit berkenaan di Radio Televisyen Brunei.

MAJLIS Sambutan Jubli Intan Radio Brunei turut diserikan dengan sketsa Diandangan Bujang Si Gandam.


10

NASIONAL

HARI RABU 3 MEI 2017

Riadah dan Kayuhan Keluarga Harmoni kemuncak HKK2017

SIDANG media Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2017 (HKK2017) telah dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil selaku Setiausaha Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2017. Hadir sama (dari kiri) Penolong Setiausaha Agung Persekutuan Berbasikal Brunei Darussalam, Awang Haji Md. Ruzaimi bin Haji Rosli; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan Pemangku Ketua Operasi, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas, Pasukan Polis Diraja Brunei, DSP Hamri Aslan bin Haji Abu Hanifah.

Dari muka 1 Perkara tersebut dijelaskan dalam satu sidang media yang diadakan di Dewan Citra Budaya, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN),

Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof dan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof yang merupakan Setiausaha-Setiausaha Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2017. Turut hadir ialah Pemangku Ketua Operasi, Jabatan Siasatan Kawalan

Lalu Lintas, DSP Hamri Aslan Haji Abu Hanifah dan Haji Md. Ruzaimi bin Haji Rosli selaku Timbalan Setiausaha Agung Persekutuan Basikal. Sidang media tersebut merupakan usaha bagi membarigakan dan memberikan maklumat kepada orang ramai mengenai Sambutan HKK2017 yang akan diadakan pada Ahad, 10 Syaaban 1438 bersamaan dengan 7 Mei 2017, iaitu Ahad minggu

Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi pertama dalam bulan Mei. Sambutan pada tahun ini membawa tema 'Keluargaku Penyayang Negara Gemilang' yang membawa makna kepentingan mempunyai keluarga penyayang, bersatu padu, memeduli di di antara satu sama lain, saling hormat menghormati, berkomunikasi dengan baik serta memikul tanggungjawab bersama demi menjamin masa depan keluarga, masyarakat dan negara. Terdahulu, turut dibarigakan ialah Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan yang akan dimulakan dengan Majlis Kesyukuran, iaitu Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Khas Hari Keluarga yang akan diadakan pada Sabtu, 6 Mei 2017 bermula jam 5.45 petang. Di Daerah Brunei dan Muara tumpuan utama bagi Majlis Kesyukuran akan diadakan di Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampung Mulaut dan di Daerah Belait diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan; di Daerah Tutong diadakan di Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Kampung Kiudang dan di Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Rataie bagi Daerah Temburong. Majlis serupa juga turut diadakan di semua masjid, surau-surau dan balai ibadat seluruh negara. Selain itu, Ceramah Perdana Pengukuhan Institusi Keluarga yang bertemakan 'Mewujudkan Keluarga Sakinah Mawaddah Warrahmah' akan diadakan pada petang Ahad, 7 Mei 2017 yang akan disampaikan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned yang akan mengambil tempat di Dewan Plenari,

Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas. Sementara itu bagi memberi penghargaan khas kepada anak-anak damit yang lahir pada 7 Mei 2017, mereka turut diraikan dalam Program 'Anakku Kesayanganku' yang akan diadakan secara serentak pada Isnin, 8 Mei 2017 di tiga hospital utama, iaitu Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleh di Bandar Seri Begawan, Hospital Suri Seri Begawan di Kuala Belait dan Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam di Pekan Bangar, Temburong. Pada sidang media tersebut turut sama memberikan taklimat ialah Penolong Setiausaha Agung Persekutuan Berbasikal Brunei Darussalam, Awang Haji Md. Ruzaimi bin Haji Rosli dan Pemangku Ketua Operasi, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), DSP Hamri Aslan bin Haji Abu Hanifah dari Pasukan Polis Diraja Brunei. Jalan-jalan akan ditutup dan dikawal selia oleh para pegawai JSKLL bermula dari jam 6.00 pagi hingga riadah berbasikal selesai. Sambutan HKK2017 akan diselenggarakan bersama oleh KHEDN, KHEU, KKBS dan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, badan-badan korporat dan organisasi bukan kerajaan termasuk di peringkat akar umbi. Pihak Jawatankuasa Tertinggi turut mengalu-alukan orang ramai termasuk memeriahkan Sambutan HKK2017. Di samping itu, orang ramai boleh sama-sama mengongsikan aktiviti bersesuaian melalui aplikasi sosial instagram @harikeluarga-kebangsaan atau #hkk2017.


RENCANA

HARI RABU 3 MEI 2017

11

Jangan cuaikan sejarah K

ITA sebagai rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam khususnya golongan belia yang menjadi pewaris dan peneraju bangsa Brunei masa akan datang harus sedar betapa susah payahnya pemimpin kita khususnya Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan seterusnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berusaha dan berjuang untuk mengembalikan kedaulatan Negara Brunei Darussalam sejak Perang Dunia Kedua. Usaha pemimpinpemimpin negara ini akhirnya tercapai pada 1 Januari 1984 dan seterusnya telah dinikmati oleh rakyat dan penduduk negara. Ini bererti kemerdekaan sebenarnya yang telah diidam-idamkan oleh setiap rakyat dan penduduk sejak Brunei bernaung di bawah panji-panji Kerajaan British sejak termeterainya Perjanjian Persahabatan 1888. Justeru itu, kemerdekaan yang telah kita capai adalah sesatu yang amat bernilai dan berharga yang patut dipelihara dengan sebaik-baiknya sebagaimana titah baginda Sultan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 pada tahun 2017 : ''Maka dengan itu, barulah nanti akan dapat diharapkan semua pihak, khasnya para generasi yang menyusul kemudian, akan benar-benar terikat kepada menghargai dan menyayangi kemerdekaan.'' Sayugia diingat, bahawa kemerdekaan adalah sebahagian dari sejarah bangsa, dan malah merupakan 'mahkota' bangsa. Mencuaikan kemerdekaan bermakna mencuaikan sejarah, serta sekali gus 'menyambaranakan' mahkota bangsa. Oleh itu titik sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini patut diketahui oleh setiap rakyat dan penduduk negara ini supaya melahirkan rasa kesedaran serta keinsafan khususnya dalam kalangan belia yang bakal menjadi pewaris bangsa Brunei masa akan datang dengan tujuan supaya dapat memelihara kesenangan dan kesejahteraan yang telah dinikmati selama ini. Pencapaian dan kemajuan ini bukannya saja-saja datang bergolek tanpa usaha dan pengorbanan jiwa raga yang disertai doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala sebagaimana nilai-nilai yang terdapat dalam Melayu Islam Beraja (MIB) yang suka bekarih, bejarih kemudiannya baru beloreh. Kejayaan ini adalah hasil daripada kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sudah hampir setengah abad. Inilah negara Melayu Islam Beraja yang dihasratkan untuk

Oleh : Dr. Muhammad Hadi Muhammad Melayong, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dengan kerjasama Meja Kandungan Khas, Bahagian Pelita Brunei dikekalkan selama-lamanya oleh purih dan bangsa Brunei sepertimana yang dititahkan oleh baginda Sultan 33 tahun yang lalu. Oleh itu, nilai-nilai MIB adalah asas jati diri dan identiti bangsa Brunei yang perlu ditanam dan disemai dalam jiwa bangsa Brunei bagi menegakkan kedaulatan dan kemerdekaan negara ini seperti yang telah dititahkan oleh baginda dalam Persidangan Ketua-Ketua Negara Ke-4, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Casablanca, Maghribi dua minggu selepas Brunei mencapai kemerdekaan, iaitu pada 16 Januari 1984. ''Di dalam pengisytiharan kemerdekaan kami dua minggu yang lalu, kami mengatakan kedudukan negara kami sebuah Negara Islam Beraja. Pada masa yang sama, ianya juga menunjukkan minat dan usaha sejati kami demi membina ikatan yang erat dengan saudara- saudara Islam kami, berdasarkan saling hormatmenghormati bagi kedaulatan dan keutuhan negara, berdasarkan saling patuh mematuhi terhadap prinsip-prinsip hak dan kebebasan, persamaan dan tidak ikut campur dalam hal-ehwal dalam negara-negara lain.'' Kenyataannya bahawa jika kita mengimbas kembali lipatan sejarah kemerdekaan negara kita ini, pada realitinya banyak kritikan dan cemuhan daripada masyarakat luar tentang idealnya pemasyhuran Brunei sebagai sebuah Negara Melayu Islam Beraja. Tanggapan dan pandangan negatif ini bukan sahaja datang dari luar negeri bahkan juga dalam kalangan masyarakat Brunei sendiri yang tidak berkeyakinan akan kemampuan dan kepraktikkan Melayu Islam Beraja sebagai falsafah dan cara hidup masyarakat Brunei. Pada waktu itu kita sememangnya tidak dapat menangkis tanggapan negatif tanpa mempunyai bukti yang kukuh dan menampakkan secara praktikal akan kemampuan Melayu Islam Beraja sebagai falsafah negara sebagaimana yang telah dideklarasi dalam titah pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang dilafazkan pada malam 1 Januari 1984 antara lain berbunyi bahawa : ''‌tahun yang ke tujuh beta di atas Takhta Kerajaan, Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin serta limpah kurnia Allah Subahanahu Wata'ala, akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran Ugama Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah dan dengan berasaskan keadilan dan amanah dan kebebasan, dan dengan petunjuk serta keredaan Allah

HUBUNGAN Brunei dan United Kingdom terus dipereratkan dan dikukuhkan berdasarkan Perjanjian Perlembagaan Brunei 1959 dan pengiktirafan status Kesultanan Melayu Islam.

Subhanahu Wata'ala jua‌'' Alhamdulillah, akhirnya terbukti hasil keikhlasan dan perjuangan yang murni pemimpin dan golongan nasionalis Brunei sejak Perang Dunia Kedua telah diredai dan dirahmati Allah Subhanahu Wata'ala kerana kita telah dapat menikmatinya sekarang ini, ertinya generasi tua kita telah bersusah payah yang menanam dan menyemai benihnya sedangkan kita hanya menikmati hasil buahnya daripada tanaman tersebut. Inilah peninggalan mereka untuk bangsa dan negara demi kecintaan pada agama, raja dan bangsa Brunei. Semuanya ini adalah liku-liku sejarah perjuangan bangsa Brunei yang mahu mengembalikan kedaulatan Negara Brunei Darussalam yang bersandarkan Melayu Islam Beraja setelah bernaung di bawah kuasa British hampir satu abad berdasarkan perjanjian 1888 dan kemudian 1905/06. Pahit maung perjuangan ini perlu difahami dan diketahui oleh belia masa kini supaya mereka tidak hilang maruah dan martabat bangsanya akibat

SULTAN Haji Omar 'Ali Saifuddien bersalam dengan Yang Berhormat Pehin Dato Perdana Menteri Datu Seri Paduka Haji Ibrahim bin Mohamed Jahfar untuk berangkat ke luar negeri.

pengaruh era globalisasi masa kini. Diharapkan agar penampilan perjuangan generasi tua masa lalu akan dapat 'dihargai' dan 'diambil ikhtibar' oleh generasi muda masa kini dan masa akan datang dalam usaha untuk membangun negara ini. Dengan lain perkataan, kejayaan pemimpin dan rakyat Brunei dalam memperjuangkan kedaulatan negara ini adalah hasil dari titik peluh dan kerjasama yang erat antara rakyat dan pemimpin dalam menghadapi cabaran dan rintangan dari dalam dan luar negara. Dengan pengisytiharan kemerdekaan ini sejarah telah mencatatkan bahawa rasmilah Brunei menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Dengan ini juga Brunei dengan sendirinya telah memikul satu tanggungjawab yang berat, iaitu tanggungjawab antarabangsa yang selama ini dipegang oleh Kerajaan British. Kenyataan ini jelas di dalam titah baginda : ''Sekarang tiba masanya bagi Negara Brunei Darussalam mengambil alih semula tanggungjawab antarabangsa sepenuh sebagai sebuah negara yang berdaulat lagi merdeka di kalangan masyarakat antarabangsa.'' Justeru itu, sejarah zaman silam ini patut diambil teladan oleh generasi muda masa kini yang dikenali sebagai generasi pewaris dalam perjalanan menuju ke Wawasan Negara 2035. Alhamdulillah, ini cebisan sejarah Brunei yang dapat diketengahkan untuk menjadi santapan rohani dan rujukan minda dalam mengukuhkan lagi semangat dan jati diri kebruneian yang bersandarkan nilai-nilai Melayu Islam Beraja untuk menjadi tembok pendinding bangsa Brunei dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan Negara Brunei Darussalam yang kita nikmati dan warisi sehingga ke hari ini. Sesungguhnya hargailah hasil perjuangan raja kita yang berjiwa rakyat, Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien yang bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengembalikan kemerdekaan dan kedaulatan Negara Brunei Darussalam. Kita patut mensyukuri dan mempertahankan apa yang telah kita miliki ini supaya nilai-nilai Melayu Islam Beraja terus hidup subur di bumi Brunei Darussalam. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin.


12

NASIONAL

HARI RABU 3 MEI 2017

Jalankan tugas dengan jujur dan amanah Oleh : Khartini Hamir Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Idris bin Haji Md Ali (dua, kiri) semasa memeriksa perbarisan pada Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Ahli Bomba Pelatih Lelaki Skuad Ke-47 2016 / 2017.

AWANG Haji Idris bin Haji Md. Ali (kiri) semasa menyampaikan Anugerah Terbaik Dalam Semua Jurusan kepada Pelatih Lelaki 1311, Awang Ahwee bin Awang Yanif.

BERAKAS, Selasa, 2 Mei. - Ilmu pengetahuan yang diperoleh serta kejayaan menamatkan latihan adalah dikira sebagai keperluan asas dan amat penting dalam memberikan pengiktirafan kerana dapat melaksanakan tugas juga tanggungjawab yang diamanahkan. Walau bagaimanapun, dalam realiti pekerjaan yang sebenar, untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan itu, selain mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan hendaklah juga sentiasa memiliki disiplin serta komitmen yang tinggi pada setiap waktu serta ketika. Perkara tersebut antara yang disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Idris bin Haji Md. Ali, ketika menghadiri Upcara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Ahli Bomba Pelatih Lelaki Skuad Ke-47 2016 / 2017 selaku tetamu kehormat majlis. Beliau menyarankan agar niat untuk menceburi bidang kebombaan ini bukanlah semata-mata hendak mempunyai pekerjaan yang tetap sahaja, akan tetapi perlu menanamkan dalam diri untuk menjalani tugas sebagai seorang anggota Bomba dan Penyelamat yang jujur dan amanah dalam menjalankan tugas. Seramai 39 Ahli Bomba Pelatih Lelaki berjaya menamatkan Kursus Asas Ahli Bomba Pelatih Lelaki selama empat bulan di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Lambak Kanan. Mereka juga telah diserapkan

selama dua bulan ke Balai-Balai Bomba bagi mendalami Bidang Operasi Menyelamat dan Latihan Memadam Kebakaran. Di sepanjang program, mereka telah diajarkan dengan mata pelajaran kebombaan berbentuk teori dan praktikal. Sebagai langkah ke arah mendukung Visi dan Misi Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat serta seiring dengan Perancangan Plan Strategik jabatan, para pelatih juga didedahkan dengan pembelajaran Latihan Kursus Menyelamat di Bangunan Tinggi termasuk Latihan Kursus Asas Memadam Kebakaran Kapal Terbang di Unit Latihan dan Perkembangan Bomba Lapangan Terbang. Pada upacara tersebut, seramai empat pelatih menerima Anugerah Terbaik, iaitu Anugerah Terbaik Dalam Semua Jurusan kepada Pelatih Lelaki 1311, Awang Ahwee bin Awang Yanif; Terbaik Dalam Teori ialah Pelatih Lelaki 1302, Awang Mohammad Waffiuddin @ Mohammad Rahimi bin Abdullah; Terbaik Dalam Praktikal ialah Pelatih Lelaki 1298, Ampuan Mohammad Airul Fitri bin Ampuan Mohammad Daud; dan Terbaik Dalam Latihan Jasmani diberikan kepada Pelatih Lelaki 1295, Awang Mohamad Azrin bin Haji Awang Abd. Talip. Sementara penerima Jurulatih Terbaik di sepanjang kursus dijalankan diberikan kepada Ahli Bomba Kanan 105, Awang Ahmad Akbal Adi Yusra bin Haji Mohd. Yusof.

Hospital PMMPMHAMB berpotensi menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

TUTONG, Selasa, 2 Mei. - Dalam usaha Kementerian Kesihatan untuk memberikan khidmat kesihatan yang lebih berkesan, aspek keselamatan dan kecemerlangan adalah diutamakan agar perkhidmatan yang diberikan adalah lebih bermakna kepada rakyat. Oleh itu, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB) Tutong berpotensi untuk menjadi sebagai sebuah pusat kecemerlangan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi semua penduduk di negara ini. Antara perkhidmatan yang sudah tersedia di Hospital PMMPMHAMB Tutong ialah Unit Endoskopi, yang mana unit tersebut bukan sahaja tertumpu kepada pesakit Daerah Tutong, bahkan bakal digunakan untuk semua pesakit di Negara Brunei Darussalam. Ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei, Pakar Bersekutu Gastroenterologi (Assistant Consultant Gastroenterologist), Dr. Dayang Hajah Dewi Norwani binti Haji Basir menjelaskan, pada masa ini pesakit-pesakit luar yang membuat rawatan endoskopi di Hospital PMMPMHAMB Tutong dilakukan pada setiap Isnin dan Rabu di sebelah pagi sahaja. Namun jelasnya lagi, di masa akan datang rawatan tersebut insyaaAllah akan dilaratkan menjadi lima hari dalam seminggu. Sebelum ini jelasnya, rawatan endoskopi di hospital berkenaan hanya dibuat khas untuk pesakit-pesakit yang tinggal di Daerah Tutong sahaja sejak tahun 2010.

Namun sejak November 2016, Unit Endoskopi telah pun menjadi pusat sehenti dan kecemerlangan, yang mana memberikan perkhidmatan kepada semua pesakit di negara ini, tambah beliau lagi. Mengenai kemudahan Unit Endoskopi yang berada di Bangunan Pusat Pengasingan Kebangsaan, Hospital PMMPMHAMB Tutong, Dr. Dayang Hajah Dewi Norwani menjelaskan, unit berkenaan mempunyai infrustruktur yang sedia ada yang memberikan keselesaan dan kepuasan kepada pesakit-pesakit luar serta pelawat-pelawat. "Antara kemudahan yang disediakan ialah enam buah bilik pemulihan yang berasingan dan mempunyai tandas setiap bilik, dua buah bilik menunggu bagi pelawatpelawat dan sebuah bilik bedah untuk rawatan endoskopi. Pesakit-pesakit juga diberikan kemudahan seperti membuat pendaftaran yang berhampiran dengan bilik pesakit serta mudah dipantau oleh jururawat yang bertugas menerusi 'monitor' yang disediakan dan pesakit-pesakit juga tidak perlu mengambil ubat dari kaunter ubat, bahkan mereka pula disediakan ubat," jelasnya lagi. Mengenai kelengkapan di unit tersebut, Dr. Dayang Hajah Dewi Norwani menjelaskan, kesemuanya adalah lengkap dan mudah bagi mereka menjalankan rawatan endoskopi kepada para pesakit memandangkan bilik pembedahan tersebut luas dan menyenangkan bagi mereka bekerjasama bersama pakar-pakar endoskopi yang lain.

Menurut Dr. Hajah Dewi lagi, dengan adanya Unit Endoskopi di Hospital PMMPMHAMB Tutong, ia akan memberikan keselesaan penuh kepada pesakit-pesakit luar yang membuat rawatan berkenaan dan sekali gus memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pesakit-pesakit mereka yang sedia ada.

STESEN Jururawat yang luas di Unit Endoskopi (kanan).

BILIK pembedahan yang luas dan menyenangkan bagi pakar-pakar endoskopi untuk menjalankan pembedahan (bawah).


NASIONAL

HARI RABU 3 MEI 2017

13

'ENTx 2017' cungkil idea inovatif pelajar Bersedekah melalui Pesta Bazar dan Makanan Berita dan Foto : Ihsan Faridah Ibrahim BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mei . - Pro Access Event Management selaku penganjur tidak jemu-jemu beramal dan bersedekah selama lima hari berturut-turut dengan mengagih-agihkan 300 kontena beraneka jenis bubur kepada orang ramai yang berkunjung ke Pesta Bazar dan Makanan Jalanan Brunei 2017 sejak 26 April lalu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas di sini. Pada pesta tersebut, Zol Entertainment yang berperanan selaku pengendali acara aktiviti Penunggang Motosikal Brunei dengan kerjasama Kelab Motosikal Veteran turut mengadakan pelbagai aktiviti antaranya Pameran Motosikal berkuasa tinggi, Peraduan Memancing Tin, Peraduan Merambat, Peraduan kanak-kanak mewarna logo-logo kelab, Melukis Wajah, Ikut pusing keliling menaiki motosikal, jualan produk barangan penunggang motosikal dan juga Peraduan Tarik Kalat Berpasukan. Kelab-kelab motosikal yang berperanan selaku penyokong aktiviti-aktiviti tersebut ialah Kembara, Kekal, Fabulous Artistik Team, Freelance Bikers, Wings Society, Best Friend Bikers, Lady Bikers, Black Barrel dan juga kelab motosikal dari Keningau Sabah. Tidak ketinggalan juga berperanan dalam aktiviti tersebut ialah Marry Brown dengan maskot-maskotnya, manakala Sabli Food juga telah menaja minuman secara percuma. Peraduan pameran kereta-kereta versatile juga turut diadakan di pesta berkenaan di samping jualan produk-produk dengan harga yang paling termurah di akhir acara Pesta Bazar.

ANTARA pelajar Sekolah Perniagaan dan Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang menyertai Pameran Keusahawanan 'ENTx 2017' di One Stop Centre, Tingkat 2, Politeknik Brunei, Jalan Ong Sum Ping.

Siaran Akhbar dan Foto : Politeknik Brunei BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mei. - Sejumlah 23 kumpulan pelajar dari Sekolah Perniagaan dan 27 kumpulan pelajar dari Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan jumlah 298 pelajar di Politeknik Brunei, Jalan Ong Sum Ping telah mengambil bahagian dalam Pameran Keusahawanan 'ENTx 2017' yang lalu. Acara ini memberi peluang kepada pelajar untuk mempamerkan idea-idea inovatif mereka, pada masa yang sama menawarkan pendedahan awam dan mencapai pengesahan pasaran. Acara ini telah diadakan di One Stop Centre,

Tingkat 2, Politeknik Brunei, Jalan Ong Sum Ping. Pada acara itu, pengundian telah diambil daripada pelajar dan pensyarah Politeknik Brunei. Sementara di sesi lain, tiga idea terbaik masing-masing dari kedua-dua sekolah telah dinilai berdasarkan pengumpulan undi serta penilaian akhir daripada hakim. Orang-orang yang berada di tiga bahagian teratas, akan diberi peluang untuk mempamerkan idea-idea mereka semasa 'Made in Brunei Expo' pada awal Mei di BRIDEX. Acara ini memberikan peluang

kepada Sekolah Perniagaan untuk membuat penilaian terakhir bagi pelajar-pelajar Politeknik Brunei menjalankan Modul Keusahawanan. Tiga kategori telah dihakimkan untuk pameran ini iaitu Kategori Pertama, nada kumpulan yang diadakan seminggu sebelum acara ini, di mana pelajar terpaksa meyakinkan hakim-hakim dan juga semasa pameran tersebut; Kategori Kedua pula ialah kotak undian - di mana para jemputan akan menyertai melalui pengundian, di mana kotak pengundian telah disediakan bagi mereka untuk mengundi idea yang terbaik sementara Kategori Ketiga ialah Stesen Penghakiman, di mana sokongan bukti-bukti, prototaip telah dipamerkan dan dinilai oleh fasilitator Politeknik Brunei.

AWANG Azman bin Haji Abd. Talib selaku penganjur menerima cenderamata penghargaan daripada Ketua Veteran Kelab Motosikal, Awang Mu'azd Haji Abd. Hamid.

Taklimat Kenegaraan diteruskan di SM Lambak Kiri Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said LAMBAK KIRI, Isnin, 1 Mei. Dalam usaha menyemai semangat patriotisme para penuntut untuk menghormati serta menjiwai Lagu Kebangsaan dan Bendera Negara, Jabatan Penerangan Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan terus mengadakan siri Program Taklimat Kenegaraan 'Menghayati Lagu Kebangsaan dan Bendera Negara'. Program taklimat kali ini diadakan di Sekolah Menengah Lambak Kiri dan dihadiri oleh Pengetua Sekolah, Dayang Hajah Sarifah binti Haji Matsawali serta 142 orang penuntut Tahun 7 sekolah berkenaan serta tenaga-tenaga pengajar sekolah. Taklimat 'Menghayati Bendera Negara dan Lagu Kebangsaan' disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Awang Mohd. Nurakram bin Noraini @ Bahrin yang antara lain menyentuh mengenai tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci. Menurutnya, rakyat dan penduduk negara ini dikehendaki untuk

menaik-kibar dan kemudian menurunkan Bendera Negara pada waktu yang telah ditetapkan, yang lazimnya diumumkan melalui media masa kerajaan seperti Pelita Brunei dan Radio dan Televisyen Brunei. Selain mengetahui sejarah bendera dan lagu kebangsaan, setiap rakyat harus menghormati dan menghayati erti di sebalik seni kata lagu 'Allah Peliharakan Sultan' kerana ianya mengandungi permohonan doa kepada Allah untuk raja dan negara, di samping mendidik para pelajar bagaimana ketertiban semasa menaikkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan sebagai pendidikan awal yang boleh memberikan kesan positif. Pada taklimat tersebut, para penuntut juga berpeluang menyaksikan tayangan klip video 'Kibarkan Dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan video animasi 'Tatacara Mengibarkan Bendera Negara' dan seterusnya menyertai Sesi Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan. Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para

ANTARA penuntut Tahun 7 Sekolah Menengah Lambak Kiri ketika mendengarkan Taklimat Kenegaraan 'Menghayati Lagu Kebangsaan dan Bendera Negara'.

penuntut yang berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan. Dalam temu bual bersama Guru Kanan Akademik sekolah tersebut, Cikgu Lim Jock Kuan menjelaskan bahawa program taklimat tersebut adalah sangat bermanfaat bagi para pelajar dan guru, lebih-lebih lagi

dalam memahami cara yang betul mengibarkan bendera. Menurutnya, penerangan yang diberikan juga adalah sangat jelas dan mudah difahami dan jika boleh ia juga dilaratkan kepada pelajar-pelajar dari Tahun 7 hingga 11. Objektif Taklimat Kenegaraan

ini ialah untuk mengoptimakan penghayatan dan pemahaman khususnya dalam kalangan para penuntut terhadap Lagu Kebangsaan dan Bendera Negara ke arah kesedaran hidup berbangsa, beragama dan bernegara berdasarkan falsafah negara Melayu Islam Beraja (MIB).


14

JAWATAN KOSONG / IKLAN

HARI RABU 3 MEI 2017

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BELAIT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PERINTAH ACARA MAL MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH, 2005 PERMOHONAN DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI DAERAH BELAIT DALAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Permohonan No. KB / MRS / MAL-B / P012A / 053 / 05-2017 ANTARA Nurul Fitriah binti Haji Hassan Pemohon DAN Haji Hassan bin DDW Haji Mohd. Yusof - Responden Kepada Responden Haji Hassan bin

DDW Haji Mohd. Yusof yang beralamat Tidak diketahui. Sila ambil perhatian bahawa pemohon Nurul Fitriah binti Haji Hassan yang dinamakan diatas memohon kepada Hakim dalam Kamar di Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Belait pada 11 haribulan Syaaban 1438H bersamaan 8 haribulan Mei 2017M. Pukul 10.45 Pagi untuk mendapatkan perintah bahawa : 1. MEMOHON BERNIKAH SECARA BERWALIKAN HAKIM (WALI GHAIB). Atas alasan yang dinyatakan dalam affidavit yang dilampirkan. PENDAFTAR Mahkamah Rendah Syariah Daerah Belait Negara Brunei Darussalam.

JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIANPEMBANGUNAN PERTAHANAN KEMENTERIAN

PEMBATALAN DIMAKLUMKAN bahawa PENDAFTARAN BAKAL-BAKAL REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-161 ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI yang telah disiarkan ke Pelita Brunei keluaran 1 Mei 2017 adalah DIBATALKAN. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Pejabat Pengambilan Jabatanarah Keanggotaan B11, Tingkat 1 & 2, Simpang 32-66 Flat Anggerek Desa. Telefon : +673 2383073 / +673 2383075 Atau layari laman sesawang : http://www.mindef.gov.bn E-mel : FRO@mindef.gov.bn

JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN JABATAN PENERBANGAN AWAM KEMENTERIAN PERHUBUNGAN TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup tanpa menunjukkan identiti atau logo perkhidmatan / pembekal / pemborong (sealed) ditulis dengan menyatakan tajuk projek yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantar ke alamat yang dinyatakan dalam dokumen tawaran. Tajuk Tawaran 1 : To do top overhaul, repair, replace and servicing on the rear engine for BG 4903 Bilangan Tawaran : AME / 2017 - 2018 / SH - 19 Tajuk Tawaran 2 : Services and replacement the turret system of fire truck BG4985 (F.1) Bilangan Tawaran : AME / 2017 - 2018 / SH - 20 Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran : Tidak lewat jam 2.00 Petang, 16 Mei 2017, Selasa. Tarikh tutup tawaran pada : Jam 2.00 Petang, 17 Mei 2017, Rabu. Kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga d/a Tingkat Bawah Bahagian Kewangan Ibu Pejabat Jabatan Penerbangan Awam Kementerian Perhubungan Bandar Seri Begawan, BB2513 Negara Brunei Darussalam.

Iklan tawaran bolehlah dilihat melalui laman sesawang : http:/www.civilaviation.gov.bn. Kontraktor yang berminat untuk membuat tawaran dikehendaki memperolehi dokumendokumen dari Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Jabatan Penerbangan Awam dengan membayar yuran tawaran sebanyak BND10.00 (hardcopy) - tidak dikembalikan bagi setiap tawaran dan pembayaran tawaran diterima pada waktu bekerja seperti berikut : Isnin hingga Khamis 8.30 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 1.45 Petang hingga 3.30 Petang Sabtu 8.30 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 1.45 Petang hingga 3.30 Petang Sesi taklimat tawaran (briefing) atau / dan lawatan tapak (site visit) bagi tawaran akan diadakan seperti berikut : Pada : 11 Mei 2017 (Khamis) Jam : 8.30 Pagi hingga 11.30 Pagi atau 1.45 Petang hingga 3.30 Petang Tempat Berkumpul : Dewan Serbaguna Bangunan Pengurusan dan Kejuruteraan Pemeliharaan Aset (AME) Jabatan Penerbangan Awam.

REQUEST FOR PROPOSALS (RFP) DEPARTMENT OF AGRICULTURE AND AGRIFOOD, MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM (MPRT) Open Invitation for Proposals 1) TO INVEST, DEVELOP, MAINTAIN, OPERATE AND PRODUCE PADDY IN AGRICULTURE DEVELOPMENT AREA : PANCHOR MURAI PADDY AREA 'A', 55 HA, BRUNEI MUARA, BRUNEI DARUSSALAM Reference No. : MPRT / RFP / 2017 / 9 2) TO INVEST, DEVELOP, MAINTAIN, OPERATE AND PRODUCE PADDY IN AGRICULTURE DEVELOPMENT AREA : PANCHOR MURAI PADDY AREA 'B', 55 HA, BRUNEI MUARA, BRUNEI DARUSSALAM Reference No. : MPRT / RFP / 2017 / 10 The Department of Agriculture and Agrifood, Ministry of Primary Resources and Tourism invites proposals from interested parties to : 1) Invest, develop, maintain, operate and produce paddy in Agriculture Development Area : Pancur Murai Area 'A', 55 ha, Brunei Muara, Brunei Darussalam. 2) Invest, develop, maintain, operate

and paddy in Agriculture Development Area : Pancur Murai Area 'B', 55 ha, Brunei Muara, Brunei Darussalam. The objective of both of these project are : 1. To develop and produce a profitable and sustainable paddy production within designated area of Pancor Murai using high technologies; 2. To increase production of paddy industry; and 3. To generate employment for the locals. More detailed information and guidelines for submitting proposals will be provided in the Request For Proposals (RFP) document. For all correspondence and registration of the RFP, interested parties sholud send an e-mail to rtp@mprt.gov.bn with subject heading of the interested area(s) ''Proposal to invest, develop, maintain, operate and produce paddy in Agriculture Development Area : Pancur Murai Area 'A', 55 and / or 'B' 55, ha, Brunei Darussalam'', attaching information on the company, relevant experience as well as contact details. . Completed proposal should be submitted not later than 2.00 Pm on Tuesday, 16 May 2017. Tender Box Ground Floor Ministry of Primary Resources and Tourism Jalan Menteri Besar Bandar Seri Begawan, BB3910 Negara Brunei Darussalam.


IKLAN

HARI RABU 3 MEI 2017

Drive, Bandar Seri Begawan semasa waktu-waktu bekerja. Waktu Menerima Bayaran Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi 2.00 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi

KEMENTERIAN KESIHATAN PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperoleh dari Bahagian Perolehan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja, mulai Rabu, 19 April 2017. Sila layari website Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. Dokumen-dokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Selasa pada 16 Mei 2017. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. TAWARAN BILANGAN TAWARAN : KK / 39 / 2017 (PKK)(TC) KETERANGAN : THREE (3) YEARS TERM CONTRACT FOR COMPREHENSIVE MAINTENANCE AND REPAIR OF GENERATOR SET AT HEALTH CENTRES FOR MINISTRY OF HEALTH Kelayakan pemborong / pembekal : berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Kelas : - Kategori : M03, E01, E02 & E03 YURAN TAWARAN : BND30.00 TARIKH TUTUP : tidak lewat jam 2.00 Petang, 16 Mei 2017

BILANGAN TAWARAN : KK / 40 / 2017 (UPP)(TC) KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICAL ITEM (ENZYMATIC CLEANING DETERGENT) FOR RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA (RIPAS) HOSPITAL FOR A PERIOD OF THREE(3) YEARS YURAN TAWARAN : BND100.00 TARIKH TUTUP : tidak lewat jam 2.00 Petang, 16 Mei 2017

TAWARAN BILANGAN TAWARAN : KK / 42 / 2017 (ESTETMOH)(TC) KETERANGAN :THE PROVISION OF CLEANING SERVICES FOR THE MINISTRY OF HEALTH COMPLEX, JALAN MENTERIA BESAR FOR A PERIOD OF THREE (3) YEARS YURAN TAWARAN : BND50.00 TARIKH TUTUP : tidak lewat jam 2.00 Petang, 23 Mei 2017

IKLAN WEBSITE PADA 19 APRIL 2017 1. Dokumen-dokumen tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperoleh dari Bahagian Perolehan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja, mulai Sabtu, 22 April 2017. Sila layari website Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. Dokumen dokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Selasa pada 23 Mei 2017. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Yuran tawaran (tender fee) bagi tiap-tiap tawaran adalah seperti dinyatakan dan dikehendaki pembayaran dengan wang tunai sahaja (dan yuran tawaran tidak akan dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat di Bahagian Perolehan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth

BILANGAN TAWARAN : KK / 43 / 2017 (ESTETMOH)(TC) KETERANGAN : THE PROVISION OF COMPREHENSIVE MAINTENANCE SERVICES FOR LIFTS AT MINISTRY OF HEALTH BUILDINGS FOR A PERIOD OF FIVE (5) YEARS Kelayakan pemborong / pembekal : Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Kelas : - Kategori : KPME02 YURAN TAWARAN : BND30.00 TARIKH TUTUP : tidak lewat jam 2.00 Petang, 23 Mei 2017

15

KK / 44 / 2017 (JPR)(TC) KETERANGAN : FIVE(5) YEARS TERM CONTRACT FOR COMPREHENSIVE MAINTENANCE AND REPAIR OF GENERATOR SET AT DIALYSIS CENTRE IN RIMBA, KIARONG AND TUTONG DIALYSIS CENTRE, MINISTRY OF HEALTH Kelayakan pemborong / pembekal : Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Kelas : Kategori : M03, E01, E02 & E03 YURAN TAWARAN : BND30.00 TARIKH TUTUP : tidak lewat jam 2.00 Petang, 23 Mei 2017 BILANGAN TAWARAN : PHARM / 71 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND30.00 TARIKH TUTUP : tidak lewat jam 2.00 Petang, 23 Mei 2017 BILANGAN TAWARAN : PHARM / 72 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL S YURAN TAWARAN : BND30.00 TARIKH TUTUP : tidak lewat jam 2.00 Petang, 23 Mei 2017 IKLAN WEBSITE PADA 22 APRIL 2017

BILANGAN TAWARAN :

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SATU (1) BUAH VAN 15 ATAU 16 SEATER

BIL. TAWARAN : JAPEM / KENDERAAN / PULAIE / 2017 PERKARA : TAWARAN UNTUK MEMBEKALKAN SATU (1) BUAH VAN 15 ATAU 16 SEATER BIL. TAWARAN : JAPEM / T / KENDERAAN / KRK / 2017 PERKARA : TAWARAN UNTUK MEMBEKALKAN

Waktu bagi menerima bayaran : Isnin hingga Khamis : 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi dan 1.45 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu : 9.30 Pagi hingga 11.00 Pagi

Syarat-Syarat Tawaran : Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan lanjut bolehlah diperoleh semasa waktu pejabat, di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan. Yuran tawaran (wang tunai sahaja) sebanyak BND10.00 (tidak dikembalikan) akan dikenakan kepada pemborong-pemborong yang memasuki tawaran ini dan hendaklah dijelaskan ke Bahagian Hasil, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat,

JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DI DALAM KELAS : II, III & IV KATEGORI : KPB11 SAHAJA - KOD BAHARU TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : 16 Mei 2017 (Selasa) TARIKH TUTUP : 30 Mei 2017 (Selasa) tidak lewat dari jam 2.00 Petang BIL. TAWARAN : JKR / DTS / 15 / STE / 2017 - T/III NAMA PROJEK : KERJA-KERJA BAIKPULIH KEROSAKAN STRUKTUR BANGUNAN SEKOLAH UGAMA PENGIRAN MUDA HAJI ALMUHTADEE BILLAH, KAMPUNG LURONG DALAM KAWASAN BRUNEI III NO. PROJEK : JKR / DTS / SP/ 03 / 2017 YURAN TAWARAN : BND50.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) E-DOKUMEN : SYARAT-SYARAT tawaran dan dokumen-dokumen tawaran bolehlah dilihat dan diperoleh dari Unit Pembahagian Dokumen, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

*** Tarikh terakhir menerima pembayaran ialah pada Isnin, 22 Mei 2017 (sebelah pagi sahaja)., Tawaran hendaklah sampai ke alamat seperti yang dinyatakan tidak lewat pada Isnin, 22 Mei jam 2.00 Petang dan tawaran yang lewat diterima dari tarikh seperti yang telah dinyatakan tidak akan dilayan.

JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN REQUEST FOR PROPOSALS (RFP) DEPARTMENT OF AGRICULTURE AND AGRIFOOD, MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM (MPRT) Open Invitation for Proposals 1) ''INVEST , DEVELOP, OPERATE AND PRODUCE NON-SEASONAL FRUITS PRODUCTION IN AGRICULTURE DEVELOPMENT AREA, MERANGKING (SITE F), BELAIT, BRUNEI DARUSSALAM'' Reference No. : MPRT / RFP / 2017 / 11 2) ''INVEST, DEVELOP, OPERATE AND PRODUCE POULTRY MEAT AND ITS VALUE-ADDED PROCESSED PRODUCTS IN MERANGKING AGRICULTURE DEVELOPMENT AREA (SITE C), 80 HA, BELAIT, BRUNEI DARUSSALAM'' Reference No. : MPRT / RFP / 2017 / 12 3) ''INVEST, DEVELOP, OPERATE AND PRODUCE POULTRY MEAT AND ITS VALUE ADDED PROCESSED PRODUCTS IN MERANGKING AGRICULTURE DEVELOPMENT AREA (SITE E), 80 HA,

BELAIT, BRUNEI DARUSSALAM'' Reference No. : MPRT / RFP / 2017 / 13 2) 'INVEST, DEVELOP, OPERATE AND PRODUCE NON-SEASONAL FRUITS PRODUCTION IN AGRICULTURE DEVELOPMENT AREA, BIRAU 50 HA, TUTONG, BRUNEI DARUSSALAM''' Reference No. : MPRT / RFP / 2017 / 14 Completed proposal should be submitted not later than 2.00 Pm on Tuesday, 1 August 2017. Tender Box Ground Floor Ministry of Primary Resources and Tourism Jalan Menteri Besar Bandar Seri Begawan, BB3910 Negara Brunei Darussalam. For all correspondence, please contact : Agriculture Development Area Unit Department of Agriculture of Agrifood Ministry of Primary Resources and Tourism Old Airport, Brunei Darussalam. Telephone No. : +6732 388063 E-mail : rfp@mprt


16

JAWATAN KOSONG / IKLAN JABATAN DAERAH BELAIT KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

JAWATAN KOSONG SEBAGAI PENGHULU MUKIM TINGKAT III PMKK.4 (BND3,880 - BND4,240) bagi : 1. MUKIM BUKIT SAWAT 2. MUKIM LABI 3. MUKIM SUKANG 4. MUKIM MELILAS DAERAH BELAIT ADALAH dimaklumkan bahawa Jabatan Daerah Belait dengan sukacitanya mempelawa dan menjemput penduduk-penduduk yang bermastautin di Mukim Bukit Sawat, Mukim Labi, Mukim Sukang dan Mukim Melilas, Daerah Belait untuk menghadapkan pencalonan bagi mengisikan jawatan sebagai Penghulu Mukim Tingkat III bagi Mukim Bukit Sawat, Mukim Labi, Mukim Sukang dan Mukim Melilas Daerah Belait. Keterangan lanjut dan borang pencalonan bolehlah didapati dan dikembalikan ke alamat seperti berikut : UNIT PENTADBIRAN BAHAGIAN INSTITUSI MUKIM DAN

KAMPUNG JABATAN DAERAH BELAIT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Tarikh tutup mengembalikan borang pencalonan adalah pada Selasa, 4 Ramadan 1438 bersamaan 30 Mei 2017, jam 2.00 Petang. JAWATAN KOSONG SEBAGAI KETUA KAMPUNG TINGKAT I PMKK.3 (BND2,270 - BND4,240) atau KETUA KAMPUNG TINGKAT II PMKK.2(BND1,990 - BND2,970) atau KETUA KAMPUNG TINGKAT III PMKK.1 (BND1,280 - BND2,270) bagi : 1. KAMPUNG MUMONG 'B' MUKIM BELAIT 2. KAMPUNG PEKAN SERIA MUKIM SERIA

PEJABAT PENERBANGAN JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK KEBAWAH DULI YANG MAHA MU- MENTERI JABATAN PERDANA BILANGAN TAWARAN : JPE / LTK / PDP / 001 / 2017 TAJUK TAWARAN : TECHNICAL MAINTENANCE OF THE DES 11KV SWITCHGEAR PANELS FOR A PERIOD OF ONE YEARS, TUTONG AND BELAIT DISTRICTS. Tarikh tutup : 16 Mei 2017, SELASA (JAM 2.00 PETANG) Harga tawaran : BND30.00 (tidak dikembalikan) Kelayakan: Kelas III, IV atau V, Kategori E03 BILANGAN TAWARAN : JPE / LTK / PDP / 013 / 2017 TAJUK TAWARAN : PROPOSED TECHNICAL MAINTENANCE OF DISTRIBUTION TRANSFORMERS WITHIN TUTONG & BELAIT DISTRICTS OVER A PERIOD OF ONE YEAR Tarikh tutup : 16 Mei 2017,

SELASA (JAM 2.00 PETANG) Harga tawaran : BND30.00 (tidak dikembalikan) KELAYAKAN : KELAS 3, 4 atau 5 KATEGORI : E03 Tempat tutup : 'TENDER BOX' PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL JABATAN PERDANA MENTERI JALAN MENTERI BESAR BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran dan peneranganpenerangan yang lanjut boleh diperoleh dari Bahagian Penghantaran dan Pembahagian, Tingkat satu, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri. PERHATIAN : * Sila sertakan salinan 'BUSINESS NAMES ENACTMENT, 1958 - Section 16 & 17' dan sijil pendaftran pemborong (MOD) semasa menghantar dokumen ini ke Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN 1. BILANGAN SEBUT HARGA : KSSUP/BPK/SH/03/2017-2018(Retender) TAJUK SEBUT HARGA : MENGENDALIKAN PERKHIDMATAN KANTIN SELAMA DUA (2) TAHUN DI BANGUNAN IBU PEJABAT KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN 2.BILANGAN SEBUT HARGA : KSSUP / BPK / SH / 04 / 2017-2018 TAJUK SEBUT HARGA: MEMBEKAL DAN MEMASANG FLEXIBLE RUBBER UNION DAN BOLT KEDUDUKAN PAM AIR DI BANGUNAN IBU PEJABAT KEMENTERIAN

SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN TARIKH TUTUP MENGAMBIL BORANG SEBUT HARGA 13 MEI 2017 SABTU, JAM : 2.30 PETANG TARIKH TAKLIMAT : 13 MEI 2017 JAM : 2.30 PETANG, SABTU TARIKH TUTUP SEBUT HARGA : 18 MEI 2017, KHAMIS JAM : 2.00 PETANG 1. Tawaran-tawaran hendaklah dihadapkan kepada alamat berikut: Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga

HARI RABU 3 MEI 2017

3. KAMPUNG RANCANGAN PERUMAHAN NEGARA KAMPUNG PANAGA, MUKIM BELAIT 4. KAMPUNG RANCANGAN PERUMAHAN NEGARA, LORONG TENGAH MUKIM SERIA 5. KAMPUNG RANCANGAN PERUMAHAN NEGARA, KAMPUNG LUMUT, MUKIM LIANG 6. KAMPUNG SUNGAI LIANG MUKIM LIANG 7. KAMPUNG MERANGKING MUKIM BUKIT SAWAT 8. KAMPUNG BUKIT SAWAT MUKIM BUKIT SAWAT DAERAH BELAIT ADALAH dimaklumkan bahawa Jabatan Daerah Belait dengan sukacitanya mempelawa dan menjemput penduduk-penduduk yang bermastautin di Kampung Mumong 'B', Kampung Pekan Seria, Kampung Rancangan Perumahan Negara Kampung Panaga, Kampung Rancangan Perumahan Negara

Lorong Tengah, Kampung Rancangan Perumahan Negara Kampung Lumut, Kampung Sungai Liang, Kampung Merangking dan Kampung Bukit Sawat untuk menghadapkan pencalonan bagi mengisikan jawatan sebagai Ketua Kampung bagi Kampung Mumong 'B', Mukim Belait, Kampung Pekan Seria, Kampung Rancangan Perumahan Negara Kampung Panaga, Kampung Rancangan Perumahan Negara Lorong Tengah, Kampung Rancangan Perumahan Negara Kampung Lumut, Kampung Sungai Liang, Kampung Merangking dan Kampung Bukit Sawat, Daerah Belait. Keterangan pencalonan dikembalikan berikut :

lanjut bolehlah ke

dan borang didapati dan alamat seperti

UNIT PENTADBIRAN BAHAGIAN INSTITUSI MUKIM DAN KAMPUNG JABATAN DAERAH BELAIT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Tarikh tutup mengembalikan borang pencalonan adalah pada Selasa, 4 Ramadan 1438 bersamaan 30 Mei 2017, jam 2.00 Petang.

JABATAN PERKHIDMATAN POS KEMENTERIAN PERHUBUNGAN SYARAT-SYARAT TAWARAN Membekalkan Setem Edisi Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta Rujukan Tawaran : POS / T / 03 / JPP / 2017 - 2018 Syarat-Syarat Tawaran : BAYARAN dokumen tawaran dan pentadbiran sebanyak BND50.00 (tidak dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat dengan wang tunai sahaja dalam mata wang ringgit Brunei. Dokumen dan borang tawaran serta syarat-syarat tawaran boleh didapati di : Bahagian Kewangan Tingkat 1, Pejabat Besar Pos Bandar Seri Begawan, BS8611 Negara Brunei Darussalam. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar di dalam sampul surat yang tertutup rapat dan bertandakan :

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Tingkat Bawah Bangunan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Jalan Menteri Besar, BB3910 Negara Brunei Darussalam. 2. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 3. Tawaran-tawaran hendaklah dalam sampul surat yang bertutup dan pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis dengan bilangan / tajuk tawaran dan tarikh tutup sahaja tanpa menunjukkan identiti syarikat / pembekal. 4. Dokumen-dokumen dan borang-borang tawaran serta keterangan lanjut bolehlah diperoleh dari Unit Bangunan, Bahagian

Membekalkan Setem Edisi Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta Rujukan Tawaran : POS / T / 03 / JPP / 2017 - 2018 Dialamatkan ke : PETI LEMBAGA TAWARAN KECIL Tingkat Bawah, Kementerian Perhubungan Jalan Menteri Besar Bandar Seri Begawan, BB3910 Negara Brunei Darussalam. Tarikh tutup tawaran adalah dilanjutkan kepada Selasa, 16 Mei 2017, jam 2.00 Petang. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima. Tarikh tutup hendaklah ditulis di atas sampul surat tawaran. Hari Informasi akan diadakan pada Sabtu, 15 April 2017, jam 9.00 Pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Besar Pos, Tingkat Bawah, Bandar Seri Begawan, BS8611.

Pengurusan dan Kewangan, Tingkat 4, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam. 5. Harga dokumen tawaran akan dikenakan sebanyak BND10.00(tidak dikembalikan) bagi setiap tawaran pada waktu berkerja : Isnin hingga Khamis 8.30 Pagi hingga 11.30 Tengah hari 2.00 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.30 Pagi hingga 10.30 Pagi 6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah. 7. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan dan salinan kad pengenalan hendaklah disertakan bersama.


HARI RABU 3 MEI 2017

IKLAN

17


18

IKLAN

HARI RABU 3 MEI 2017


19

IKLAN

HARI RABU 3 MEI 2017

KEMENTERIAN KESIHATAN PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperoleh dari Bahagian Perolehan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja, mulai Rabu, 12 April 2017. Sila layari website Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan bilangan tajuk tawaran serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Peti Tawaran, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan Commonwealth Drive Bandar Seri Begawan, BB3910 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-tawaran hendaklah disediakan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah ditetapkan dan disediakan dalam dua (2) salinan termasuk salinan asal atau sepertimana yang dinyatakan. Dokumen dokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Selasa pada 9 Mei 2017. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Yuran tawaran (tender fee) bagi tiap-tiap tawaran adalah seperti dinyatakan dan dikehendaki pembayaran dengan wang tunai sahaja (dan yuran tawaran tidak akan dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat di Bahagian Perolehan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan semasa waktu-waktu bekerja. Waktu Menerima Bayaran Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi 2.00 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling rendah atau lain-lain tawaran. 6. Tawaran adalah dibukakan kepada semua pemborong-pemborong dan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut : • Sijil pendaftaran perniagaan yang masih sahlaku dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. • Manakala bagi pemborong / pembekal yang menyertai tawaran ubat-ubatan (drug and medicine) mestilah mempunyai Lesen Racun yang sah Poison Act (Cap. 114). • Manakala bagi pemborong / pembekal yang menyertai tawaran bagi kerja-kerja pembangunan dan pendawaian elektrik mestilah mempunyai lesen pendaftaran yang masih sah daripada Kementerian Pembangunan. 7. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperoleh atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.

JABATAN PENJARA KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI BILANGAN TAWARAN : JPB / 2 / 2017 KETERANGAN : MEMBEKALKAN CATUAN MAKANAN BAGI PENJARA LELAKI MARABURONG YURAN TAWARAN : BND100.00 TARIKH TUTUP DAN WAKTU : Khamis, 25 Mei 2017 (tidak lewat dari jam 2.00 Petang) WAKTU-WAKTU MENERIMA / MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN Isnin hingga Khamis 8.30 Pagi hingga 11.30 Pagi 1.30Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.30 Pagi hingga 10.00 Pagi SYARAT-SYARAT TAWARAN 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat- syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan dan hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup (sealed). Pada bahagian atau sampul surat tersebut hendaklah ditulis bilangan tawaran dan nama tawaran sepertimana yang diklankan tanpa menunjukkan identiti pemborong dan ditujukan kepada : PENGERUSI

LEMBAGA TAWARAN KECIL ARAS BAWAH, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI JALAN JAMES PEARCE BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 3. Tawaran tersebut hendaklah dihadapkan tidak lewat dari jam 2.00 Petang pada Khamis, 25 Mei 2017. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. 4. Borang-borang tawaran bolehlah diperoleh di Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat, Jabatan Penjara, Jalan Jerudong, BG3122, Negara Brunei Darussalam. 5. Yuran tawaran (tender fee) dikehendaki dibuat dengan wang tunai sahaja dan tidak dikembalikan. Pembayaran hendaklah dibayar di Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat, Jabatan Penjara, Jalan Jerudong, BG3122, Negara Brunei Darussalam semasa waktuwaktu bekerja. 6. Setiap borang tawaran yang telah lengkap diisikan hendaklah disertakan dengan salinan sijil pendaftaran perniagaan, salinan kad pengenalan (kad pengenalan negeri asal / Brunei atau pasport), borang pengakuan (declaration form), borang senarai pemilik syarikat, senarai projek yang sedang dan telah dilaksanakan dan senarai nama pekerja tempatan. 7. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran.

KEMENTERIANKEBUDAYAAN, KEBUDAYAAN,BELIA BELIADAN DANSUKAN SUKAN KEMENTERIAN KENYATAAN TAWARAN BILANGAN TAWARAN : 04 / 2017 / KKBS / PPB / 01

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam semasa hari / waktu bekerja. Yuran

TAJUK TAWARAN : TAWARAN UNTUK MENGENDALI KURSUS PEMANDU JENTERA BERAT (PROGRAM SINGKAT) PUSAT PEMBANGUNAN BELIA, KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN, JALAN UTAMA TANAH JAMBU, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TAWARAN dibukakan pada syarikatsyarikat / pemborong-pemborong yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan mempunyai pengalaman dan berkemahiran dalam urusan pengendalian Kursus Pemandu Jentera Berat serta pengendali kursus / sekolah memandu hendaklah berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Perhubungan. Dokumen tawaran boleh diperoleh dari Bahagian Kewangan, Tingkat 1,

(Tiga

tawaran Puluh

adalah

Ringgit)

BND30.00 sahaja

dan

tidak akan dikembalikan kepada setiap syarikat / pemborong sama ada yang berjaya atau tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah (bona-fide-tender). Tawaran

yang

lengkap

hendaklah

dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang disediakan di : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Tingkat 1, Ruang Masuk / Penyambut Tetamu (Depan Kaunter Sekuriti) Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17 Jalan Kebangsaan, BS8110 Negara Brunei Darussalam. Tidak lewat Selasa, 9 Mei 2017, jam 2.00 Petang. Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran adalah pada Selasa, 9 Mei 2017, jam 2.00 Petang.


20

AGAMA

HARI RABU 3 MEI 2017

Zikrullah : Ketahui Hakikat, Adab dan Hukum-Hakamnya ''ADAPUN berdoa dan mengerjakan zikrullah dengan suara yang nyaring dan berlebihan yang boleh mengganggu orang lain dalam masjid adalah haram sebagaimana kata Imam Ibnu Hajar Rahimahullah, kerana suara nyaringnya itu menyebabkan orang terganggu seperti hilang konsentrasi dan khusyuk orang lain yang sedang beribadat.'' KELUARAN KETIGA

Zikrullah secara Jahr dan Israr

I

SRAR dalam bacaan menurut istilah fiqh ialah memperlahankan suara sehingga kira-kira hanya dapat didengar oleh dirinya sendiri (seperti orang yang berbisik) tanpa didengar oleh orang lain, dan sekurang-kurang israr ialah bunyi yang keluar dari pergerakan lidah. Jahr pula menurut istilah bererti menzahirkan sesuatu atau memperlihatkannya seperti meninggikan suara dengan nyaring sehingga dapat didengar oleh orang lain. Ketika mengerjakan zikrullah, bagaimanakah kaifiat bacaan yang disyariatkan? Adakah secara israr ataupun jahr? Dalam hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, terdapat saranan untuk mengerjakan zikrullah dengan kedua-dua cara israr dan jahr ini. (i) Saranan mengerjakan zikrullah secara israr Dalam sebuah hadis qudsi, Abu Hurairah Radhiallahuanhu meriwayatkan bahawasanya Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Maksudnya : ''Allah Ta'ala berfirman : ''Aku berada pada persangkaan hamba-Ku, dan Aku selalu bersamanya tatkala dia berzikir mengingati Aku. Maka jika dia berzikir mengingati Aku dalam dirinya, nescaya Aku mengingati dia dalam diri-Ku. Dan jika dia berzikir mengingati Aku pada satu jemaah, nescaya Aku mengingatinya pada jemaah yang lebih baik daripada mereka.'' (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Ketika mengulas hadis ini dalam kitab Fath Al-Bari, Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani Rahimahullah berkata : Sebahagian ahli ilmu berkata : ''Diambil kesimpulan daripada hadis ini bahawa zikir secara khafi (israr) itu adalah lebih afdhal daripada zikir secara jahr.'' Menurutnya lagi, hadis ini membawa maksud : ''Sekiranya seseorang itu berzikir mengingati-Ku (Allah) dalam dirinya (secara sendiri-sendiri), nescaya Aku (Allah) akan mengingatinya dengan mengurniakan pahala yang tidak akan diketahui oleh sesiapapun.'' Dalam hadis lain yang berkaitan dan juga diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Maksudnya : ''Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah Subhanahu Wata'ala pada hari, di mana tidak ada naungan selain daripada naungan-Nya, iaitu : Pemimpin

yang adil, dan pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah Ta'ala, seorang lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah Ta'ala, di mana mereka berkumpul dan berpisah kerana-Nya, seorang lelaki yang ketika digoda wanita yang memiliki pangkat dan rupa, dia berkata : ''Sesungguhnya saya takut kepada Allah Ta'ala,'' dan seseorang yang mengeluarkan sedekah lalu dia merahsiakannya hinggakan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir mengingati Allah Ta'ala di tempat sunyi, lalu kedua matanya menitiskan air mata.'' (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Menurut Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani Rahimahullah, ini adalah kerana mengerjakan zikrullah seumpama itu, yakni secara israr, adalah lebih jauh daripada riyak. (ii) Saranan mengerjakan zikrullah secara jahr Menurut Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullah, mengerjakan zikrullah secara jahr ada asalnya dalam syarak kerana terdapat hadis yang membenarkannya. Salah satu dalil pensyariatannya ialah hadis qudsi riwayat Abu Hurairah Radhiallahuanhu yang disebutkan sebelum ini, yang maksudnya : (‌ Dan jika dia berzikir mengingati Aku pada satu jemaah, nescaya Aku mengingatinya pada jemaah yang lebih baik daripada mereka). Hadis qudsi tersebut dengan jelas tidak menghalang untuk mengerjakan zikrullah secara jahr. Bahkan mengerjakan zikrullah dengan cara demikian juga dikurniakan ganjaran yang tertentu sepertimana yang disebut dalam hadis berkenaan. Walau bagaimanapun, timbul sedikit kekeliruan mengenai zikrullah secara jahr ini kerana terdapat beberapa riwayat yang seakan melarang mengerjakan zikrullah secara jahr, antaranya riwayat, di mana Abu Musa Al-Asy'ari Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Maksudnya : ''Wahai Manusia! Berlembutlah kamu terhadap diri kamu, sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada yang tuli dan tidak juga yang ghaib (tidak bersama kamu), sesungguhnya Dia bersama kamu. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Dekat, Maha Berkat nama-Nya dan Maha Tinggi kebesaran-Nya.'' (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Begitu juga ayat 55 daripada Surah Al- Aa'raf : Tafsirnya : ''Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan.'' (Surah Al-Aa'raf : 55) Dari segi zahirnya, ayat dan hadis di atas

seakan melarang perbuatan berdoa atau mengerjakan zikrullah secara jahr. Namun jika difahami dengan teliti, pada hakikatnya tidak ada pertentangan atau percanggahan antara riwayat-riwayat tersebut. Zikrullah secara jahr adalah dituntut dan dikurniakan pahala sepertimana juga zikrullah secara israr dituntut dan dikurniakan pahala. Hanya yang membezakan antara kedua tuntutan tersebut adalah kesesuaian dan keadaan. Dalam keadaan tertentu, kita dianjurkan untuk mengerjakan zikrullah secara israr. Manakala dalam keadaan tertentu yang lain pula, kita dianjurkan untuk mengerjakan zikrullah secara jahr. Menurut Imam An-Nawawi Rahimahullah, mengerjakan zikrullah sama ada secara israr atau jahr ini kembali kepada individu itu sendiri. Sekiranya seseorang itu khuatir akan timbul riak ataupun khuatir boleh mengganggu orang yang sedang tidur atau sedang bersembahyang, maka adalah lebih baik dia mengerjakan zikrullah secara israr sahaja. Sekiranya tidak timbul kekhuatiran akan perkara-perkara di atas, maka mengerjakan zikrullah secara jahr itu adalah lebih utama. Ini kerana mengerjakan zikrullah secara jahr mempunyai manfaat dan kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ia mendatangkan faedah kepada orang yang mendengar, membangunkan hati penzikir, menumpukan perhatian, pemikiran dan pendengaran kepada zikir yang dibaca, melawan rasa mengantuk dan menambah kecergasan. Syeikh Zainuddin bin Abdul Aziz Al-Malibari Rahimahullah pula berkata dalam kitabnya Fath Al-Mu'in bahawa sunat mengerjakan zikrullah dan berdoa setelah selesai sembahyang secara israr bagi munfarid (orang yang mengerjakan sembahyang seorang diri), ma’mum dan imam yang tidak bermaksud mengajar para jemaahnya dan tidak bermaksud supaya para jemaahnya mengaminkan doanya ketika mendengar doanya itu. Adapun sekiranya imam bermaksud untuk mengajar atau membimbing para jemaahnya mengerjakan zikrullah, ataupun imam mahu para jemaahnya mengaminkan doanya, maka bolehlah dijahrkan zikir dan doa tersebut. Dari itu, dapatlah difahami bahawa mengerjakan zikrullah secara israr itu disyariatkan dan afdhal dikerjakan dalam keadaan-keadaan berikut : (i) Munfarid, yakni orang yang sembahyang seorang diri. (ii) Makmum dan imam yang tidak bermaksud mengajar atau membimbing para jemaah dan tidak bermaksud supaya para jemaah mengaminkan doanya ketika mendengar doanya itu. (iii) Khuatir akan timbul riak.

(iv) Khuatir boleh mengganggu orang yang sedang tidur atau sedang bersembahyang. Manakala mengerjakan zikrullah secara jahr pula disyariatkan dan lebih baik dikerjakan dalam keadaan-keadaan di bawah ini : (i) Makmum serta imamnya yang bermaksud mengajar atau membimbing para jemaah dan bermaksud supaya para jemaah mengaminkan doanya ketika mendengar doanya itu. (ii) Tidak khuatir akan timbul riak. (iii) Tidak khuatir boleh mengganggu orang yang sedang tidur atau sedang bersembahyang. Adapun berdoa dan mengerjakan zikrullah dengan suara yang nyaring dan berlebihan yang boleh mengganggu orang lain dalam masjid adalah haram sebagaimana kata Imam Ibnu Hajar Rahimahullah, kerana suara nyaringnya itu menyebabkan orang terganggu seperti hilang konsentrasi dan khusyuk orang lain yang sedang beribadat. Demikian beberapa penjelasan mengenai perkara yang berkaitan dengan salah satu ibadat yang walaupun mudah dikerjakan, tetapi sangat tinggi nilainya di sisi Allah Subhanahu Wata'ala, iaitu zikrullah. Mudah-mudahan penjelasan ini m enambahkan kefahaman kita tentang zikrullah sekali gus memungkinkan kita untuk mengerjakannya dengan lebih baik dan sempurna.

''MENURUT Imam An-Nawawi Rahimahullah, mengerjakan zikrullah sama ada secara 'israr' atau 'jahr' ini kembali kepada individu itu sendiri. Sekiranya seseorang itu khuatir akan timbul riak ataupun khuatir boleh mengganggu orang yang sedang tidur atau sedang bersembahyang, maka adalah lebih baik dia mengerjakan zikrullah secara 'israr' sahaja.''


RENCANA

HARI RABU 3 MEI 2017

21

Eratkan persahabatan melalui perniagaan Oleh : Ak. Jefferi Pg. Durahman Foto : Ak. Jefferi Pg. Durahman, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

SEBAHAGIAN daripada koleksi pakaian yang dijual pada festival tersebut.

M

ENGERATKAN satu hubungan persahabatan, persaudaraan bukan hanya sekadar melalui satu-satu acara rasmi tertentu mahupun lawatan formal, tetapi ia boleh dilakukan dari segi pelbagai cara baik formal mahupun tidak formal bahkan mengeratkan hubungan tersebut juga tidak terhad kepada apa jua bangsa dan agama serta kedudukan seseorang. Begitulah juga halnya dalam kalangan orang-orang terkenal atau yang sudah established dalam apa jua bidang jelas terbukti apabila penulis sendiri sempat bersua muka dengan salah seorang selebriti sudah dikenali ramai di negaranya, Malaysia bahkan di negara kita. SAMBUTAN Sebut sahaja nama Awal Ashaari dan Scha Alyahya pastinya kita akan terbayang wajah dua pasangan selebriti ditambah pula dengan kehadiran puteri mereka berusia 3 tahun, Lara Alana yang comel dengan telatah lucunya yang pasti mengamit hati siapa jua melihatnya dan berkesempatan mengunjungi Negara Brunei Darussalam untuk sama-sama memeriahkan Festival KL Fesyen Tour yang berlangsung di Dewan Samudra di The Empire Hotel & Country Club selama tiga hari baru-baru ini. "Sambutan yang kami terima amat mengharukan kami sekeluarga kerana tak menyangka orang-orang Brunei begitu ramah, rendah diri bahkan begitu menghormati kami sekeluarga sebagai tetamu ke negara ini, dan memang tujuan kami sekeluarga untuk menyertai KL Fesyen Tour yang dianjurkan di sini, tetapi apa yang lebih utamakan hasrat kami untuk memenuhi janji kepada para peminat dan penduduk di negara Brunei

Darussalam untuk berjumpa dan sekali gus kami juga ingin mengenali dan melihat keindahan negara Brunei Darussalam yang sememangnya terkenal dengan kehijauan

floranya, seni budaya yang berlandaskan keIslamannya yang begitu terkenal di mata negara luar," ujar Awal Ashaari. Bercakap tentang fesyen-fesyen yang diperlihatkan semasa KL Fesyen Tour yang lebih pada fesyen-fesyen berbentuk muslimah, namun isteri beliau Scha sudahpun mempunyai brand tersendiri yang sudah hampir 5 tahun dan isteri beliau memang terkenal dengan rekaan yang simple, casual walaupun bukan berbentuk jubah, namun alhamdulillah sambutan yang diberikan ke atas rekaan Scha di negara ini amat baik sekali. Mengenai sambutan fesyen-fesyen Muslimah sekarang ini berbanding dulu, Awal seterusnya berpendapat, jika dulu fesyenfesyen Muslimah memang kurang sambutan ini kerana kurangnya pilihan-pilihan yang pelbagai saat itu jika dibandingkan sekarang ini, di mana pelbagai corak, rekaan dan mainan warna menjadi pilihan orang ramai bermula dari fesyen berbentuk jubah hinggalah pada tudung-tudung yang ada dan pastinya mereka ini juga tidak mahu ketinggalan untuk mencuba mengenakan sesuatu yang terkini, seperti di Malaysian sendiri 70 - 80 peratus wanita Muslim berhijab. Apa yang menariknya BlÊu 'Si Penarik Perhatian' adalah wangian daripada Awal, yang mana ia mempunyai aroma maskulin. Ia menggabungkan pelbagai jenis tumbuhan untuk menghasilkan haruman yang memukau dan mampu bertahan lebih lama sepanjang hari dan wangian Scha pula Maroòn 'Tiada Yang Lain' dicipta dengan menggabungkan pelbagai jenis bunga yang menjadikan ia istimewa lagi, kedua-dua haruman ini juga mesra wuduk serta sesuai digunakan di pelbagai acara. PERANCANGAN Mengenai dengan perancangan hendak membuka perniagaan di Negara Brunei Darussalam, Awal menjelaskan memang ada rasa hendak membuka perniagaan di negara ini, namun buat sementara waktu juga dalam jangka masa yang panjang, dan untuk jangka masa yang pendek Awal akan lebih

MENGERATKAN satu hubungan persahabatan, persaudaraan bukan hanya sekadar melalui satu-satu acara rasmi tertentu mahupun lawatan formal tetapi ianya boleh dilakukan dari segi pelbagai cara baik formal mahupun tidak formal menumpukan dengan mengikuti festivalfestival yang diadakan di negara ini sebagai awal pengenalan Awal di dalam memperkenalkan keluaran SCHAWALARA dan boleh juga membuat pembelian di kedai online Awal di Malaysia dan boleh dikirim ke negara ini. Melihat akan budaya dan cara hidup di negara Brunei Darussalam ini, Awal dan isteri begitu kagum apabila melihat rata-rata wanita di negara ini mengenakan hijab dan baju kurung serta fesyen jubah yang pelbagai gaya, di mana ia kelihata sopan serta manis dan sedap mata memandang. "Setibanya kami ke Negara Brunei Darussalam buat pertama kalinya untuk isteri saya, Scha dan anak saya, Lara bahkan ini kali ke dua pula buat Awal datang ke negara ini sambutan yang kami terima lebih menggalakkan dan inilah yang membuatkan saya begitu berbesar hati dan rasa begitu sayang sangat dengan Brunei kerana kita dapat rasakan selain di Malaysia, di luar sana ada yang begitu sayangkan kita dan hal ini membuatkan saya dan keluarga sangat tersentuh, terharu, gembira serta bangga dan terima kasih buat semua rakyat Brunei yang dari dulu hingga kini sentiasa menyokong saya juga keluarga saya dan saya berharap dengan adanya kunjungan kami sekeluarga ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan kedua buah negara dan penduduknya secara tidak langsung kami selaku wakil duta kecil Malaysia di dalam membawakan untaian persahabatan juga kekeluargaan untuk kedua buah negara," terang Awal.

FESTIVAL KL Fesyen Tour yang telah diadakan bukan sahaja menggalakkan orang Brunei berbelanja di negara sendiri bahkan mampu mengeratkan satu hubungan persahabatan dan persaudaraan di antara rakyat Brunei dan peniaga dari Malaysia.


22

EKONOMI

HARI RABU 3 MEI 2017


SUKAN

HARI RABU 3 MEI 2017

23

WBC Toucha juara boling padang persahabatan

SERIA, Isnin, 1 Mei. - Pasukan WBC Toucha merangkul juara Kejohanan Boling Padang Piala Persahabatan Kali Pertama 2017, hasil gandingan Hajah Amalia Haji Metali dan Esmawandy @ Nur Uzma Khadijah Ibrahim yang berjaya menundukkan Pasukan WBC BrunThai gandingan Haji Mat Rasil Hj. Ahmad dan Somsak Juychunprasat dengan kiraan 15 - 13. Gandingan WBC Toucha tersebut merebut piala kejohanan dan mengutip pingat emas, sementara pingat gangsa dimenangi bersama pasukan WBC - B gandingan Haji Amli Haji Ghafar dan Muhd. Hazmi Idris dan pasukan Panaga - Team Seven gandingan Garry Sweeney yang berpasangan dengan Dan Smith pada kejohanan pada Ahad, 30 April. Dalam divisyen Plate pula, Pasukan Panaga - Team Three gandingan Mike Dawson dan Paul Rigney muncul juara untuk meraih pingat emas selepas menewaskan pasukan WBC - A pada perlawanan akhir. Manakala pingat gangsa dimenangi bersama oleh pasukan WBC - Panthers gandingan Md. Hadijamalani Esa dan Muhd. Waie Ahmad juga pasukan WBC - Happy Bowling gandingan Haji Mohd. Taha Haji Mohd. Tahir yang berpasangan dengan Lokman Haji Md. Salleh. Hadir bagi menyampaikan hadiah dan pingat ialah Presiden Kelab Boling Padang Wisdom, Haji Johari Awang

Achee, juga hadir ialah Pengerusi Panaga Lawn Bowls Society, Neil Lynch. Dalam temu bual bersama Pelita Brunei, Haji Johari berkata, walaupun perlawanan persahabatan itu dianjurkan buat pertama kali, namun ia akan diteruskan pada masa-masa akan datang memandangkan penyertaan yang sangat menggalakkan. Sejak ditubuhkan dari tahun 2012 keahlian WBC semakin bertambah serta berkembang dan apa yang membanggakan apabila WBC telah menyertai perlawanan pada kejohanan antarabangsa di Melbourne pada November tahun lepas dan berjaya mengalahkan pemain World Champion. Menurut beliau lagi sukan berkenaan merupakan sukan trust dan beliau sangat berbesar hati dan mengalu-alukan penyertaan orang ramai yang berusia seawal 12 tahun kerana sukan berkenaan tidak mengenakan sebarang sekatan umur dan jumlah bayaran tahunan cuma berjumlah BND10 setahun. Kejohanan tersebut dianjurkan buat kali pertama oleh Kelab Boling Padang Wisdom Negara Brunei Darussalam bersama Kelab Boling Padang Panaga dengan kerjasama Kelab Panaga, telah berjaya menarik penyertaan 16 buah pasukan yang berlangsung di Gelanggang Boling Padang Kelab Panaga, Seria.

Para belia diseru sertai SSEAYP Siaran Akhbar : Jabatan Belia dan Sukan BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 2 Mei. - Negara Brunei Darussalam pada tahun ini seperti lazimnya akan menyertai Program Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun Kali Ke-44, 2017 (SSEAYP) buat penyertaan negara kali Ke-32 tahun ini, di mana program itu akan bermula pada 23 Oktober hingga 13 Disember 2017 nanti. Jabatan Belia dan Sukan akan membuat persiapan awal bagi penyertaan program tersebut dan akan memberikan peluang kepada orang ramai khususnya para belia di negara ini yang berminat serta berkelayakan bagi mengikuti program itu. Sehubungan itu, bagi mendapatkan

borang-borang penyertaan program berkenaan bolehlah mendapatkan di alamat Jabatan Belia dan Sukan, Tingkat 3, Bahagian Belia, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, BC3915 dengan menghubungi talian +673 2232911 / +673 2380713 - 715 / +673 2381903 905 atau di Cawangan Jabatan Belia dan Sukan di keempat-empat daerah atau dengan melayari laman sesawang jabatan itu, http://www.belia-sukan.gov.bn untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenainya. Tarikh tutup mengembalikan borang permohonan ialah pada Isnin, 29 Mei 2017 jam 4.00 petang (waktu pejabat).

Berita dan Foto : Noraisah Muhammed

PRESIDEN Kelab Boling Padang Wisdom, Haji Johari Awang Achee ketika bergambar ramai bersama para pemenang pada Kejohanan Boling Padang Piala Persahabatan Kali Pertama 2017.


24

SUKAN

HARI RABU 3 MEI 2017

Sukan Perpaduan Islam Ke-4 di Baku, Azerbaijan

Atlet negara berazam lakukan terbaik Oleh : Saerah Haji Abd Ghani Foto : Mohd Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 2 Mei. - Kontinjen Negara Brunei Darussalam akan menyertai sebanyak dua acara sukan yang akan dipertandingkan pada temasya Sukan Perpaduan Islam Ke-4 (4th Islamic Solidarity Games), Baku, Azerbaijan 2017 iaitu sukan Olahraga bagi Acara 200m Lelaki dan sukan Karate bagi Acara Kumite - 60kg. Kontinjen negara dianggotai seramai enam orang terdiri daripada Pengarah Program Khidmat Bakti Negara, Kolonel (B) Pengiran Haji Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail selaku Chef de Mission, Jurulatih Kebangsaan Sukan Olahraga, Isidro Del Prado sebagai Jurulatih Olahraga kepada Atlet Olahraga Acara 200m Lelaki iaitu Mohd. Noor Firdaus Ar-Rasyid bin Haji Md. Idris, Jurulatih Kebangsaan Sukan Karate, Okhida Simangasing sebagai Jurulatih Karate kepada Atlet Karate Acara Kumite -

60kg iaitu Muhd Fida’iy bin Haji Sanif dan Pekerja Kanan Belia dan Sukan, Awang Bakhtiar bin Haji Buntan sebagai Pengawal Urusetia. Semasa temu bual, Okhida Simangasing berkata, persiapan telah dibuat, hanya tinggal menghalusi atlet dengan memfokuskan kepada mental dalam pertandingan. Beliau berharap agar atletnya akan melakukan yang terbaik untuk Brunei Darussalam dan membawa pulang kejayaan yang diingini. Manakala bagi Muhd Fida'iy pula berharap agar dapat memperolehi pingat dan jika diizinkan Allah Subhanahu Wata'ala untuk mencipta sejarah disana dalam sukan Karate. Jelasnya lagi, dengan membuat persiapan sejak tahun lepas bersama jurulatih, adanya peningkatan dari masa ke masa. Islamic Solidarity Games atau Sukan Perpaduan Islam merupakan

sebuah temasya sukan yang membabitkan atlet daripada negara anggota Organisation of Islamic Cooperation (OIC) dan Islamic Solidarity Sports Federation (ISSF) ialah pertubuhan yang bertanggungjawab dalam hala tuju dan pengurusan Sukan Perpaduan Islam. Edisi pertama Sukan Perpaduan Islam telah diadakan di Mekah, Arab Saudi pada tahun 2005 dan Edisi kedua Sukan Perpaduan Islam yang sepatutnya diadakan di Teheran, Iran pada tahun 2010 telah dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Manakala edisi ketiga Sukan Perpaduan Islam telah berlangsung pada tahun 2013 di Palembang, Indonesia. Pada Sukan Perpaduan Islam di Palembang, Indonesia, kontinjen negara telah berjaya memperolehi 1 pingat perak bagi Acara Wushu Men‘s Duillian melalui gandingan Awang Md. Sufi Shayiran bin Roslan dan Mohammad Adi Sya'rani bin Roslan.

ATLET Karate Acara Kumite - 60kg, iaitu Muhd Fida’iy bin Haji Sanif.

JURULATIH Kebangsaan Sukan Karate, Okhida Simangasing semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei.

MS ABDB menang 2 - 0 Oleh : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain Foto : Ihsan A Sahriduan Haji Johari dari MS ABDB TEMBURONG, Isnin, 1 Mei. Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) menumpaskan pasukan Lun Bawang FC 2 - 0, di Perlawanan Liga Super Brunei DST 2017 yang berlangsung di Kompleks Sukan Batu Apoi, di sini pada hari Ahad, 30 April lalu. Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama MS ABDB dan yang kedua bagi Lun Bawang FC di liga berkenaan.

Sld. Abdul Azizi bin Ali Rahman membuka tirai jaringan pada minit ke-35 separuh masa pertama untuk MS ABDB mendahului 1 - 0. Pasukan Lun Bawang FC segera mengubah rentak permainan mereka dengan melakukan seranganserangan pantas, namun beberapa percubaan yang dilakukan oleh pemain-pemainnya gagal menembusi gawang lawan yang dikawal ketat oleh penjaga gol MS ABDB, Sld. Tarmizi bin Haji Mat Johari.

Di separuh masa kedua, Sld. Budiman Jumat berjaya melepasi kawalan pertahanan pasukan lawan sebelum membuat rembatan kencang pada minit ke-48, menjadikan kedudukan 2 - 0 dan kekal sehingga penamat perlawanan sekali gus mengesahkan kemenangan pasukan MS ABDB. Pengurus pasukan MS ABDB, Mejar (U) Hasnul Alwee bin Haji Matassan semasa ditemui bersyukur kerana walaupun bermain dalam keadaan cuaca agak panas, pemain-pemain MS ABDB dapat menunjukkan prestasi yang baik serta memberikan saingan kepada pasukan lawan, selain mendapati penguasaan

ke atas bola adalah seimbang di antara kedua-dua pasukan. Ketika ditanya mengenai kemungkinan apakah disiplin, mentaliti dan tahap kecergasan atau fitness yang dimiliki para pemain, MS ABDB telah menjadi faktor penyumbang kepada kemenangan mereka di dalam perlawanan ini, beliau berkata memang terdapat latihan-latihan yang diterapkan kepada para pemain MS ABDB khusus bagi menyediakan mereka bersedia menghadapi permainan di tempat lawan termasuklah ketahanan bermain di bawah cuaca panas. Biarpun pasukan mereka menang dan nasib menyebelahi mereka pada perlawanan kali ini, Mejar (U) Hasnul Alwee turut berbangga dengan corak permainan baik yang ditunjukkan pihak lawan, iaitu Lun Bawang FC yang banyak memberikan mereka saingan hebat dan saat-saat genting. Beliau juga berharap para pemain MS ABDB akan bersedia untuk beraksi pada pertemuan-pertemuan

PENGURUS pasukan MS ABDB, Mejar (U) Hasnul Alwee bin Haji Matassan semasa ditemu bual.

seterusnya menentang pasukanpasukan lain dengan perlunya memperbaiki kesilapan-kesilapan yang terdapat dalam perlawanan kali ini.

ANTARA aksi perlawanan di antara Lun Bawang FC dan MS ABDB pada Perlawanan Liga Super Brunei DST 2017.

BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn

SEMAI SEMANGAT KESUKANAN TULEN DEMI CAPAI KEJAYAAN


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.