''DAN sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah, nescaya dia akan mendapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian dia mati (dalam perjalanan) maka sesungguhnya telah tetap pahala (hijrahnya) di sisi Allah. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.'' - (Surah an-Nisa ayat 100).
''DI BIDANG tata-cara, peraturan dan undang-undang pula, beta adalah ingin melihat supaya pelaksanaannya lebih efisien dan berkesan. Kerana, perkara berkaitan dengan disiplin, pada misalnya, adalah perkara pokok untuk perkhidmatan yang berintegriti.'' - Titah Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-21.
4.38
TAHUN 61 / BILANGAN 123
4.48
6.06
6.28
12.08
11
12 OKTOBER 2016 / 1438
3.24
6.08
7.17
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
NBD-Kuwait eratkan hubungan Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Masri Osman, Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengalu-alukan keberangkatan tiba His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of the State of Kuwait yang membuat Lawatan Negara ke negara ini selama dua hari. Pesawat khas yang membawa His Highness Amir of the State of Kuwait dan rombongan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini. Sebaik sahaja turun dari pesawat khas, His Highness Amir of the State of Kuwait dialu-alukan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Berangkat sama bagi mengalualukan keberangkatan tiba His Highness Amir of the State of Kuwait dan rombongan ialah anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, selaku Kerabat Pengiring Diraja. Ke muka 3 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengalualukan keberangkatan tiba His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of the State of Kuwait yang membuat Lawatan Negara selama dua hari ke negara ini (kanan). - Foto: Masri Osman. (Lihat muka 3,4,5,6,12 dan 13).
Tanggungjawab masyarakat tangani Virus Zika Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 10 Oktober. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersabda menegaskan, pendekatan Whole of Nation terhadap isu-isu kepentingan negara dalam menangani ancaman jangkitan Virus Zika adalah perlu di
mana semua lapisan masyarakat dan individu adalah sama-sama bertanggungjawab dalam membantu usaha pihak kerajaan mencegah pembiakan nyamuk dari menular dan tidak terkawal. ''Tambahan pula kebergantungan kepada usaha agensi-agensi kerajaan untuk bertindak secara berlebihan seperti semburan asap dan penggunaan racun serangga bukanlah satu usaha yang berkesan, mesra alam atau mapan,'' sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah pada Mesyuarat Majlis Bencana Kebangsaan 2016 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Jabatan Perdana Menteri. Ke muka 10
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn
2
HALUAN
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
Jadikan perpustakaan sebagai pusat sumber maklumat Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh LHAMDULILAH, dengan izin Allah Subahanahu Wata'ala, kita dapat sama-sama hadir pada majlis perasmian Conference on Libraries Transform : Unlocking Your Potentials as Librarians pada pagi ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Perpustakaan Brunei Darussalam (BLA) sempena Ulang Tahun Ke-30 pada tahun ini dan untuk menganjurkan persidangan ini. Persidangan ini adalah mengenai transformasi perpustakaan yang membuka pintu potensi kepada semua pustakawan dalam proses transformasi ini. Apakah transformasi atau perubahan yang telah berlaku dalam bidang ini dan bagaimana pustakawan boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang dihadapi di dunia yang kian mencabar dengan ledakan maklumat dan kemajuan teknologi yang dihadapi oleh perpustakaan? Kita telah melihat banyak perpustakaan menjalani transformasi yang ketara sejak beberapa tahun ini, sebagai contoh di Negara Brunei Darussalam, perpustakaan khususnya di bawah Kementerian Pendidikan telah melalui pelbagai perkembangan, terutamanya pelaksanaan Perpustakaan Virtual dan maklumat Perkhidmatan atau VILIS Brunei, yang merupakan projek perpustakaan digital yang disediakan di kebanyakan perpustakaan sekolah, kolej dan universiti. Kemajuan teknologi yang terdapat di dalam perpustakaan telah memberi kesan yang besar terhadap keupayaan pustakawan dalam menguruskan organisasi dan akses maklumat kepada pengguna perpustakaan mereka terutamanya dalam persekitaran akademik. Perpustakaan wujud untuk menyokong akses pada maklumat, pengetahuan dan pembelajaran serta mewujudkan persekitaran yang menyanjungi ilmu pengetahuan melalui jenis perpustakaan seperti awam, akademik, sekolah dan perpustakaan khusus. Masingmasing memainkan peranan yang tersendiri untuk membekalkan maklumat kepada masyarakat khusus kepada pengguna perpustakaan dan pihak yang berkepentingan. Saya juga percaya bahawa perpustakaan harus dapat menarik pelajar kita sendiri, untuk menggalakkan mereka menjadikan perpustakaan sebagai pusat sumber maklumat yang luas untuk belajar dan menimba ilmu pengetahuan. Jadi apakah trend baru muncul yang mengambil tempat di perpustakaan di seluruh dunia? Perpustakaan menghadapi tempoh pertumbuhan teknologi pesat yang mengubah masyarakat di seluruh dunia. Pengguna perpustakaan meletakkan harapan yang tinggi terhadap perkhidmatan perpustakaan dan sering berakhir dengan menggunakan perkhidmatan berbeza dari masa lalu. Beberapa trend baru termasuk akses terbuka dan penerbitan sumber pendidikan, komunikasi ilmiah, repositori institusi, sistem penemuan, e-buku dan analisis penyelidikan terbuka. Transformasi perpustakaan bukan sahaja tentang teknologi. Ia adalah mengenai
A
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Transformasi Perpustakaan pada Selasa, 20 September 2016, bertempat di Perpustakaan Universiti Teknologi Brunei.
Terjemahan dari teks asal dalam bahasa Inggeris oleh Hajah Apsah binti Haji Sahdan
interaksi, Interaksi dengan pengguna, komuniti dan pihak berkepentingan. Perpustakaan dan pustakawan perlu mendefinisikan semula koleksi dengan mengutamakan masyarakat. Menjadikannya perkhidmatan berorientasi, mereka bentuk semula ruang dan membina rakan-rakan komuniti dan menyediakan pembelajaran yang lancar. Kandungan sesebuah perpustakaan akan menjadi lebih banyak apabila diisi dengan sumber-sumber online, perkhidmatan-perkhidmatan sosial dan mobile yang membuka koleksi dan perkhidmatan yang pada asalnya terlindung dari nyata. Perpustakaanperpustakaan membimbing ramai ke arah penghayatan kemudahan digital (digital citizenship). Para pustakawan mestilah dalam kalangan pihak pertama yang terdedah pada teknologi-teknologi terbaharu yang diguna pakai. Sebagai pustakawan, terdapat pelbagai kemahiran yang mereka perlukan. Pertama, kecekapan peribadi. Kemampuan untuk berkomunikasi secara berkesan dengan rangkaian meluas pelanggan adalah penting. Menjadi orang yang berpengetahuan dan sangat diperlukan adalah dua faktor lain yang penting untuk pustakawan. Proaktif dan menunjukkan inisiatif, memberikan kerjasama yang baik, bertanggungjawab dan mempunyai komitmen yang tinggi adalah faktor lain yang akan merangsang standard prestasi perpustakaan secara keseluruhan. Kerana itu kepentingan perpustakaan tidak dapat dipertikaikan lagi, aset yang paling berharga di perpustakaan adalah pelanggannya. Kedua, adalah kompetensi profesional
OKTOBER
12 13 14 15 16 17 18
yang merangkumi antaranya, untuk mempunyai ilmu pengetahuan kepakaran dan membiasakan diri dengan sumber maklumat. Kepakaran dalam pentadbiran untuk mewujudkan dan menyediakan pengurusan, yang mudah dan perkhidmatan maklumat yang kos efektif, selaras dengan hala tuju strategik organisasi. Ini adalah antara beberapa kelayakan untuk perlu dipertimbangkan. Meningkatkan kecekapan pustakawan adalah penting dan di sini BLA boleh menyokong dengan mengadakan latihan yang sesuai untuk meningkatkan dan memperbaiki kemahiran tenaga kerja perpustakaan. Program perpustakaan profesional semasa HNTec in Information and Library Studies disediakan oleh Kolej IBTE Sultan Saiful Rijal dan Diploma programme in Library Computing and Information di Politeknik Brunei perlu diteruskan dan ditambah. Ini penting untuk melahirkan generasi baharu pustakawan profesional dengan menyediakan kemahiran dan pengetahuan terkini sebagai persediaan transformasi dunia perpustakaan. Teknologi meletakkan lebih banyak dan lebih kuasa di tangan pengguna. Selalunya orang berhadapan dengan maklumat yang terlalu banyak dan tidak mempunyai kemahiran untuk menilai secara kritikal apa yang mereka cari, membezakan yang baik dari yang buruk dan mengurus sendiri. Jadi dari prespektif tersebut, pustakawan akan mempunyai pekerjaan untuk sekurangkurangnya 20 tahun akan datang hanya dari segi pendidikan literasi maklumat. Untuk sekurang-kurangnya 20 tahun akan datang, pustakawan akan mempunyai pekerjaan hanya dari segi pendidikan literasi maklumat. Pustakawan perlu memainkan peranan dalam pendidikan. Untuk Kementerian Pendidikan, kita perlu menyedari bahawa perpustakaan adalah integral dan ia perlu menjadi hab pembelajaran dan pengetahuan di sekolah-sekolah, kolej dan universiti. Oleh itu, satu piawaian perpustakaan dan garis panduan perlu disediakan untuk membantu perpustakaan-perpustakaan menyelaras dan menstruktur sewajarnya dengan membangunkan, mengekalkan dan mematuhi piawaian tertinggi yang menyokong amalan perpustakaan yang berkualiti tinggi. Kementerian perlu melihat dan memberi sokongan pada program dan aktiviti BLA serta perpustakaan-perpustakaan di bawah Kementerian Pendidikan, ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan serta latihan pustakawan yang sesuai bagi mencapai kecemerlangan pendidikan dalam menyokong Wawasan Brunei 2035. Saya percaya BLA sentiasa memberi sokongan pada perpustakaan dan pustakawan di negara ini untuk membantu membuka potensi sebenar pustakawan di Negara Brunei Darussalam. Sebagai penutup, saya berharap tetamutetamu luar negeri dan peserta-peserta merasa selesa berada di Negara Brunei Darussalam dan berharap persidangan ini akan memberikan hasil yang diharapkan. Dengan kalimah, Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan ini merasmikan PERSIDANGAN PERPUSTAKAAN.
11
12 OKTOBER 2016 BERSAMAAN 1438
KESIHATAN MENTAL PENTING UNTUK KEHIDUPAN ARI Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Oktober setiap tahun , termasuklah di Negara Brunei Darussalam. Ia adalah hari untuk pendidikan, kesedaran dan advokasi kesihatan mental secara global. Di samping itu juga mengelolakan usaha-usaha dalam menyokong kesihatan mental, di samping dapat menyediakan peluang kepada semua yang berkepentingan untuk menjadikan penjagaan Kesihatan Mental sebagai suatu realiti kepada masyarakat seluruh dunia. Hari Kesihatan Mental tahun ini membawa tema ''Kesedaran Kesihatan Mental - Bantuan Pertama Psikologi dan Kesihatan Mental untuk Semua''. Kesihatan Mental menurut WHO 1947 adalah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang, kebolehan mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan menyumbang kepada masyarakat. Pelancaran Peraturan Kesihatan / Kesejahteraan Mental dan codes of practice di Negara Brunei Darussalam pada 2014 sedikit sebanyak telah menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan bantuan profesional. Ini merupakan mercu tanda yang signifikan bagi perkembangan kesihatan mental di negara ini dalam menangani isu penjagaan, rehabilitasi, kebajikan dan keselamatan individu-individu yang mempunyai masalah kesihatan mental. Kesihatan mental bukan sahaja mengenai penyakit mental. Kita semua memerlukan mental yang sihat yang merangkumi perasaan gembira dan sejahtera, berupaya menghadapi pelbagai cabaran hidup dan mempunyai sikap positif terhadap diri sendiri. Dalam menangani hal-hal kesihatan mental, adalah penting untuk mengawal isu stigma yang perlu diatasi. Stigma merendahkan harga diri seseorang dan memberi kesan kepada imej pesakit, menyebabkan orang tersebut mengelak daripada mendapatkan bantuan. Antara kesan negatif stigma termasuk; tidak mahu mengaku bahawa diri sakit, berpura-pura sihat, melewatkan rawatan, tidak diterima oleh keluarga dan rakanrakan, pengasingan sosial terhadap pesakit dan keluarga, terpaksa menghadapi cemuhan, buli, keganasan fizikal atau gangguan dan sebagainya. Dalam usaha memelihara atau meningkatkan kesejahteraan mental pada setiap masa, Islam juga telah menyediakan pelbagai pendekatan, cara atau teknik tertentu bagi tujuan itu dengan penerapan nilai-nilai murni yang ditunjangi keimanan dan ketakwaan. Islam mendidik mereka supaya sentiasa sabar dan redha dengan kehidupan serta mampu menilai ujian sebagai penghapus dosa dan peningkatan keimanan. Amalan ini InsyaaAllah akan menghilangkan rasa kecewa dan putus asa mereka. Kerisauan yang membelenggu juga boleh dihapuskan jika amalan solat, membaca Al-Quran dan berzikir dihayati sepenuhnya. Ini kerana ketika melakukan aktiviti tersebut, pemikiran telah difokuskan ke arah aktiviti yang neutral dan positif sahaja, manakala rasa risau dan bimbang telah dapat dikurangkan dan dihapuskan. Sebagai satu langkah meningkatkan kesedaran awam, sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang diadakan setiap tahun telah memperkenal, memperbaharui dan memajukan pelbagai kaedah dan teknik bagi merawat dan memulih, serta mendidik dan mencegah pelbagai penyakit berkaitan mental dan emosi. Situasi ini pula telah berjaya mempertingkatkan lagi tahap pemulihan penyakit tersebut secara optimistik, di samping dapat mengurangkan kadar ulangan penyakit dan kebergantungan sosial yang kronik. Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi dalam perutusannya sempena WHMD berkata: ''Dengan penglibatan Kementerian Kesihatan yang aktif dalam mempromosikan dan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan minda, ini boleh meningkatkan ilmu pengetahuan orang ramai dan lebih memahami mengenai kesihatan mental secara keseluruhannya. Orang ramai memainkan peranan penting dengan memahami lebih lanjut serta menghargai mereka yang menderita dengan gangguan kesihatan mental. Penyertaan dan promosi yang meluas daripada semua anggota masyarakat boleh mengekalkan kesihatan mental yang baik. Usaha-usaha yang kolektif dari semua lapisan masyarakat akan dapat memberi kesan yang positif dalam membasmi stigma sosial berkaitan dengan kesihatan mental untuk kebaikan masyarakat kita.'' Ke arah itu, Kementerian Kesihatan akan terus meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan mental dengan menjadikan perkhidmatan tersebut lebih mudah diperolehi, komprehensif, holistik dan sistematik di dalam memenuhi keperluan rawatan dan penjagaan kesihatan mental bagi mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental.- Ketua Penyuntingan (Nh).
H
MUHARAM
11 12 13 14 15 16 17
4 . 38 4 . 38 4 . 38 4 . 38 4 . 38 4 . 38 4 . 37
4 . 48 4 . 48 4 . 48 4 . 48 4 . 48 4 . 48 4 . 47
6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 05 6 . 05
6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28
12 . 08 12 . 08 12 . 07 12 . 07 12 . 07 12 . 07 12 . 06
3 . 24 3 . 24 3 . 24 3 . 24 3 . 24 3 . 24 3 . 24
6 . 08 6 . 07 6 . 07 6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 05
7 . 17 7 . 17 7 . 16 7 . 16 7 . 16 7 . 16 7 . 15
3
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
NBD-Kuwait eratkan hubungan Dari muka 1 Turut hadir Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman selaku Menteri Pengiring dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam dan His Highness Amir of the State of Kuwait seterusnya melintasi Kawalan Statik terdiri dari Anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Setelah itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan His Highness Amir of the State of Kuwait kemudian berangkat ke Istana Nurul Iman bagi Majlis Sambutan Rasmi Ketibaan dan Barisan Kawalan Kehormatan bagi His Highness Amir of the State of Kuwait. Jalinan dua hala Negara
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia bersama anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengalu-alukan keberangkatan tiba His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of the State of Kuwait dan rombongan (atas). Sementara gambar bawah, Kebawah DYMM mengalu-alukan keberangkatan tiba His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of the State of Kuwait sejurus turun dari pesawat khas pemimpin tersebut.
HUBUNGAN yang sentiasa akrab antara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of the State of Kuwait.
Brunei Darussalam dan Kuwait sememangnya berkembang lebih erat sejak 27 tahun lalu melalui pertukaran lawatan di antara kedua
buah negara. Sejak 1 Mei 1990, hubungan persahabatan kedua buah negara terus berkembang meliputi
bidang perdagangan, ekonomi, kebudayaan, perhubungan, pendidikan, kesihatan, pelancongan dan sukan.
4
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
Kebawah DYMM terima kunjungan muhibah Amir Kuwait
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Amir Kuwait, His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah naik ke Pentas Diraja untuk menerima Tabik Hormat diiringi oleh Lagu Kebangsaan kedua-dua buah negara (atas). Sementara gambar kanan kemesraan nampak terjalin erat antara Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan His Highness Amir Kuwait.
Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad, Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Muhammad Azmi Awang Damit, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohiddin, Hernie Suliana Haji Othman, Azmah Haji Ahad, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima kunjungan muhibah Amir Kuwait, His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah yang mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke negara ini.
KEBAWAH DYMM berangkat mengalu-alukan keberangkatan tiba His Highness Amir Kuwait ke Istana Nurul Iman (gambar atas dan kanan). Berangkat sama mengalu-alukan rombongan dari Negara Kuwait itu ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
Semasa ketibaan di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan His Highness Amir Kuwait naik ke Pentas Diraja untuk menerima Tabik Hormat diiringi oleh Lagu Kebangsaan kedua-dua buah negara dan 21 das tembakan meriam dilepaskan. Ke muka 5
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam disembah kenalkan kepada rombongan His Highness Amir Kuwait (kanan).
5
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
Dari muka 4 His Highness Amir Kuwait kemudiannya disembahkenalkan kepada ahli-ahli kerabat diraja; pembesar-pembesar negara; Menteri-Menteri Kabinet; TimbalanTimbalan Menteri; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Pesuruhjaya Polis; Ketua-Ketua Perwakilan Asing di Negara Brunei Darussalam dan SetiausahaSetiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan disembahkenalkan kepada ahli-ahli rombongan His Highness Amir Kuwait. Rombongan His Highness Amir Kuwait termasuk Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Tuan Yang Terutama Sheikh Sabah Khalid Al-Hamad Al-Sabah dan pegawai-pegawai kanan bertaraf menteri serta pegawai-pegawai daripada Kuwait. Sejurus selepas itu, Majlis Mengadap diadakan di Cheradi Laila Kenchana. Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, kerabat pengiring diraja; Yang Teramat Mulia
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan menerima mengadap His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of the State of Kuwait di Istana Nurul Iman.
Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta
ahli-ahli kerabat diraja yang lain. Juga hadir di majlis tersebut termasuk Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Hal Ehwal Luar
Negeri, Tuan Yang Terutama Sheikh Sabah Khalid Al-Hamad Al-Sabah; pegawai-pegawai kanan bertaraf menteri daripada Kuwait dan Duta
Besar Istimewa dan Mutlak Kuwait ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Fahad Mashary Al Thafiri.
BERANGKAT sama ke Majlis Mengadap tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Kerabat Pengiring Diraja; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta ahli- ahli Kerabat Diraja yang lain.
ROMBONGAN His Highness Amir Kuwait termasuk Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Tuan Yang Terutama Sheikh Sabah Khalid Al-Hamad Al-Sabah dan pegawaipegawai kanan bertaraf menteri serta pegawaipegawai daripada Kuwait sama-sama hadir di Majlis Mengadap yang diadakan di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman (Gambar kiri dan kiri sekali).
6
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
Brunei-Kuwait meterai dua perjanjian, empat MoU BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of the State of Kuwait berkenan menyaksikan, Majlis Penandatanganan dua Perjanjian dan Empat Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan State of Kuwait. Majlis tersebut berlangsung di Baitul Masyuarah, Istana Nurul Iman. Berangkat sama menyaksikan Majlis Penandatanganan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Kerabat Pengiring Diraja dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Dokumen-dokumen berkenaan ditandatangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Tuan Yang Terutama Sheikh Sabah Khalid Al-Hamad Al-Sabah bagi pihak Kerajaan State of Kuwait. Dua Perjanjian tersebut terdiri dari Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan State of Kuwait di dalam Bidang Pendidikan Tinggi dan Penyelidikan Saintifik; serta Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan State of
Oleh: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad, Saerah Haji Abdul Ghani Foto: Muhammad Azmi Haji Damit, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohiddin, Hernie Suliana Haji Othman, Azmah Haji Ahad, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bersama paduka-paduka anakanda dan adinda baginda bagi menyaksikan Majlis Penandatanganan dua Perjanjian dan Empat Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan State of Kuwait.
Kuwait di dalam Kerjasama Pelancongan. Manakala Empat Memorandum Persefahaman (MoU) terdiri dari Perjanjian di antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan State of Kuwait ialah bagi Pengecualian bersama Visa untuk Pemegang Pasport Diplomatik, Khas dan Rasmi; Protokol yang Meminda Perjanjian bagi Pengelakan Cukai Berganda dan Pencegahan Pelarian Fiskal berkenaan dengan CukaiCukai ke atas Pendapatan; Memorandum Persefahaman bagi Penubuhan Suruhanjaya Bersama dalam Kerjasama di antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan State of Kuwait; dan Memorandum Persefahaman di antara Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri State of Kuwait di dalam Latihan. HIS Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of the State of Kuwait dan rombongan menyaksikan, Majlis Penandatanganan dua Perjanjian dan Empat Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan State of Kuwait.
DOKUMEN-DOKUMEN Perjanjian dan Empat Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan State of Kuwait ditandatangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng bagi pihak Kerajaan Kebawah DYMM dan Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Tuan Yang Terutama Sheikh Sabah Khalid Al-Hamad Al-Sabah bagi pihak Kerajaan State of Kuwait.
HADIR sama di Majlis Penandatanganan dua Perjanjian dan Empat Memorandum Persefahaman (MoU) itu ialah Menteri-menteri karbinet dan Timbalan Menteri dan lain-lain pegawai kerajaan.
7
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
ACD tekankan tiga agenda utama Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali dari Bangkok, Thailand
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi Sidang Kemuncak ACD kali Kedua dan keberangkatan baginda dialu-alukan oleh Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral (B) Prayut Chan-O-Cha.
BANGKOK, THAILAND, Isnin, 10 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia (ACD) kali Kedua yang berlangsung di Vithes Samosorn Hall, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Bangkok. Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dialu-alukan oleh Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral (B) Prayut Chan-O-Cha. Baginda seterusnya dijunjung menyertai sesi bergambar ramai bersama Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Thailand, Ketua-Ketua Negara, Ketua-Ketua Kerajaan serta Ketua-Ketua Delegasi ACD yang lain. Majlis Pembukaan Rasmi Sidang Kemuncak ACD kali Kedua dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada TYT Perdana Menteri Thailand bagi mengalualukan kehadiran Ketua-Ketua Negara, Ketua-Ketua Kerajaan serta Ketua-Ketua Delegasi ACD ke Sidang Kemuncak ACD kali Kedua. Ini kemudian diikuti dengan ucapan daripada His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jabar Al-Sabah, Amir Kuwait dan daripada Ketua Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE).
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah pada Majlis Pembukaan Rasmi Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia (ACD) kali Kedua yang berlangsung di Vithes Samosorn Hall, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Bangkok.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan titah dan menekankan, antara lain kemajuan ACD sejak Sidang Kemuncak Pertama di Kuwait dalam tahun 2012 dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa seperti impak perubahan iklim, meningkatnya situasi pelarian juga dalam memastikan pembangunan yang mampan. Kebawah DYMM walau bagaimanapun, tetap yakin akan potensi Asia dan kedudukannya di Abad Ke-21 ini sebagai benua yang aman, stabil, makmur dari segi ekonomi dan moden dari aspek
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan berangkat menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi Sidang Kemuncak ACD kali Kedua yang berlangsung di Vithes Samosorn Hall, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Bangkok.
infrastruktur, industri yang berdaya saing serta hubungan perdagangan yang bebas. Baginda seterusnya melahirkan harapan untuk melihat Asia berusaha untuk menjadi lebih responsif pada keperluan rakyat secara politikal dan sosial, melalui urus tadbir yang baik, kesaksamaan sosial serta keadilan juga meningkatkan kualiti hidup. Baginda kemudiannya mengambil maklum akan kedudukan unik ACD dalam menyumbang ke arah usaha global bagi menangani isu-isu dan masalah-masalah dan berusaha ke arah menjadi komuniti Asia. Dalam hal ini, baginda menyatakan penting bagi ACD untuk memberikan penekanan dalam tiga agenda utama; 1) memerangi keganasan dan extremisme, 2) menangani perubahan iklim dan 3) meningkatkan connectivity di Asia. Baginda seterusnya menjelaskan bahawa peningkatan connectivity terutamanya melalui peningkatan rangkaian dan komunikasi akan menyumbang pada pembangunan Asia serta akan merealisasikan komuniti Asia. Dalam mengakhiri titah, baginda menerima baik hala tujuan ACD melalui 'ACD Vision for Asia Cooperation 2030' dan 'Bangkok Declaration' yang akan disahkan; serta 'ACD Statement on Reigniting Growth through Partnerships for Connectivity'.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung menyertai sesi bergambar ramai bersama Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Thailand, Ketua-Ketua Negara, Ketua-Ketua Kerajaan serta Ketua-Ketua Delegasi ACD yang lain.
8
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
Berangkat meninggalkan Bangkok Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali dari Bangkok, Thailand
BANGKOK, THAILAND, Isnin, 10 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat meninggalkan Bangkok, Thailand setelah menghadiri Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia (ACD) kali Kedua yang berlangsung di Bangunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negara, Bangkok, Thailand. Sebelum berangkat meninggalkan hotel persemayaman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang
Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Sebelum berangkat menaiki pesawat khas, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan melintasi Kawalan Kehormatan Statik. Berada di Military Air Terminal 2, Bangkok bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Industri Thailand, Puan Yang Terutama Dr. Atchaka Sibunruang.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menadah tangan semasa Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
MENYEMBAHKAN selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri Industri Thailand, Puan Yang Terutama Dr. Atchaka Sibunruang di Military Air Terminal 2, Bangkok.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan melintasi Kawalan Kehormatan Statik sebelum berangkat menaiki pesawat khas dengan diiringi oleh Menteri Industri Thailand, Puan Yang Terutama Dr. Atchaka Sibunruang. (kanan). Sementara gambar kiri baginda berkenan menerima junjung ziarah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim sejurus doa selamat dibacakan.
9
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
Berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Bencana Kebangsaan 2016 Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Masri Osman
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan berkenan mengurniakan sabda mukadimah semasa berangkat ke Mesyuarat Majlis Bencana Kebangsaan 2016.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 10 Oktober. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Bencana Kebangsaan 2016. Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Timbalan Pengerusi Bersama (Tetap) Majlis Bencana Kebangsaan dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi selaku Timbalan Pengerusi Bersama Majlis Bencana Kebangsaan. Sejurus keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung bagi sesi bergambar ramai bersama Ahli-Ahli Majlis Bencana Kebangsaan. Mesyuarat dipengerusikan oleh DYTM berlangsung di Bilik Mesyuarat West Wing, Aras 1, Jabatan Perdana Menteri (JPM),
Jalan Menteri Besar, bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ketua Guru Ugama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ustaz Haji Adanan bin Haji Ahmad diikuti sembah alu-aluan dari Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dalam sembah alu-aluannya menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas kepimpinan dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kerana memperkenankan penubuhan
Multisectoral Task Force bagi menangani jangkitan Virus Zika. Menurut Yang Berhormat, melalui Multisectoral Task Force itu, segala maklumat dan isu mengenai jangkitan Virus Zika dapat dibincangkan dan ditangani dengan serta merta bersama-sama sebagai satu kerajaan. ''Ini menggambarkan keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan hal ehwal keselamatan dan kesejahteraan rakyat baginda,'' sembah Yang Berhormat. Yang Berhormat seterusnya menyembahkan bahawa kepimpinan dan kewibawaan DYTM dan komitmen yang tinggi dari Ahli-Ahli Majis Bencana Kebangsaan adalah amat signifikan bagi mencapai hasrat mengembangkan Rangka Kerja Strategik bagi pengurusan bencana di Negara Brunei Darussalam sepertimana yang termaktub dalam Perintah Pengurusan Bencana 2006. Pada masa ini sembah Yang Berhormat lagi, beberapa negara di rantau kita telah dikejutkan dengan jumlah kes-kes jangkitan Virus Zika yang semakin meningkat. Dalam usaha menangani kes-kes jangkitan Virus Zika sembah Yang Berhormat, kewaspadaan negara-negara yang terjejas telah dipertingkatkan lagi dengan mengambil langkahlangkah pencegahan bagi menangani jangkitan virus itu. ''Alhamdulillah, abis hamba Duli Tuanku menyembahkan bahawa hasil daripada pemantau secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam pada setakat ini tidak ada menerima sebarang laporan kes jangkitan Virus Zika,'' sembah
Yang Berhormat. Seterusnya Yang Berhormat juga menyembahkan, Rangka Kerja Strategik ini dihasratkan akan dapat meningkatkan lagi tahap kerjasama antara kementerian dan jabatanjabatan berkaitan dalam usaha mengembang majukan usaha dan inisiatif dalam pengurusan bencana yang lebih holistik. Pada mesyuarat tersebut, DYTM juga berkenan mengurniakan sabda mukadimah. Mesyuarat memperdengarkan taklimat oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengenai usaha-usaha yang dilaksanakan khususnya dalam Perkembangan Pelan Persediaan Menghadapi Jangkitan Virus Zika di Negara Brunei Darussalam serta pemantauan strategik bagi tindakan yang disediakan oleh Multisectoral Task Force bagi Menangani Jangkitan Virus Zika yang telah bermesyuarat sebanyak enam kali sejak dari penubuhannya. Selain itu, mesyuarat juga mendengar sembah taklimat tentang situasi jangkitan Virus Zika di peringkat global dan serantau serta hasil penilaian risiko bagi Negara Brunei Darussalam khususnya pelan kesiapsiagaan negara untuk mencegah, mengesan dan mengawal jangkitan Virus Zika. Di samping, mesyuarat turut mendengarkan cadangan bagi merebiu dan mengemas kini Strategic National Action Plan for Disaster Risk Reduction 2012 2025 (SNAP) dan cadangan bagi pembentukan Rangka Kerja Strategik Pengurusan Bencana bagi Negara Brunei Darussalam termasuk penganjuran ASEAN Regional Disaster Emergency Response Simulation Exercise (ARDEX) mulai 28 November hingga 1 Disember 2016 di Negara Brunei Darussalam.
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan berkenan bergambar ramai bersama Ahli-Ahli Majis Bencana Kebangsaan semasa berangkat ke Mesyuarat Majlis Bencana Kebangsaan 2016 yang berlangsung di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jalan Menteri Besar.
10
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
Kolaborasi kukuh asas keberkesanan pelaksanaan setiap perancangan
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan semasa berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Bencana Kebangsaan 2016.
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Masri Osman
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 10 Oktober. - Penglibatan dan penyertaan masyarakat adalah kunci kepada keberkesanan usaha pencegahan dan mengawal penyebaran jangkitan Virus Zika di Negara Brunei Darussalam. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersabda, Majlis Bencana Kebangsaan dapat memainkan peranan dalam memperkemas dan memperkesankan lagi tahap
kesediaan menangani isu itu sebagai satu kejadian menurut takrif Perintah Pengurusan Bencana 2006 melalui pendekatan-pendekatan pragmatik ke arah meningkatkan awareness di kalangan rakyat dan penduduk di negara ini dalam konteks Strategy Preparedness. ''Kita perlu menilai sejauh mana negara telah berjaya mewujudkan dan menerapkan budaya bersedia atau preparedness culture di kalangan institusi-institusi kerajaan, pendidikan dan swasta di negara ini khususnya orang awam. Ini termasuklah mereview dan memperkemaskinikan rancangan tindakan awam dalam bentuk dan perisiannya yang sedia ada
sekiranya ianya belum mencakupi kejadian-kejadian seperti jangkitan Virus Zika ini atau yang seumpamanya sebagai bahan rujukan prosedur bagi orang ramai,'' sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah pada Mesyuarat Majlis Bencana Kebangsaan 2016. Semasa mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia selaku Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan seterusnya bersabda, sesebuah negara dan rakyatnya yang sudah diperkasa dengan budaya bersedia adalah merupakan komponen pengurusan bencana paling berkesan apabila berdepan dengan kejadian bencana. Dalam perkara berkaitan, DYTM juga menyarankan agar setiap ahli
akan dapat memberikan tumpuan khusus terhadap usaha ke arah pembentukan rangka kerja dasar strategi bagi majlis berkenaan sebagaimana menurut kehendak Perintah Pengurusan Bencana Kebangsaan 2006. Sabda DYTM, perkara itu adalah signifikan ke arah memantapkan lagi peranan majlis dalam memberi nasihat serta hala tuju pengurusan bencana bagi Negara Brunei Darussalam. Namun demikian sabda DYTM, apa yang paling utama ialah setiap rancangan hendaklah diikuti dengan pelaksanaan yang teratur serta berkesan di samping membuat penilaian semula terhadap keberkesanan tindakan-tindakan yang diambil tersebut secara konsisten. ''Tidak kurang pentingnya ialah kolaborasi yang kukuh bersama
pihak-pihak yang berkepentingan di sektor awam dan swasta khususnya pihak media yang merupakan asas kepada keberkesanan dan kejayaan sepenuhnya pelaksanaan setiap perancangan berkaitan awareness, preparedness dan response bagi orang awam. Apa yang kita harapkan perkongsian maklumat tersebut bukan sahaja bersifat responsive kepada keperluan orang ramai malahan hendaklah juga proaktif dan bersifat pendidikan serta reliable,'' sabda DYTM. DYTM seterusnya bersabda, yang pastinya orang ramai adalah merupakan rakan utama kita dalam sama-sama berperanan dalam memastikan penyebaran maklumat misalnya tentang jangkitan Virus Zika dilakukan dengan penuh tanggungjawab serta sahih dan tepat.
Tanggungjawab masyarakat tangani Virus Zika Dari muka 1 Terdahulu Duli Yang Teramat Mulia selaku Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan bersabda, negara kini berdepanan dengan isu penyebaran jangkitan Virus Zika yang semakin meluas dan turut menjejaskan negara-negara lain sehinggalah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkannya sebagai kecemasan kesihatan awam. Sabda DYTM, Negara Brunei Darussalam adalah juga tidak terkecuali daripada ancaman virus ini. Sehubungan itu, DYTM bersabda menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kepimpinan dan kebijaksanaan baginda memperkenankan penubuhan Multisectoral Task Force bagi menangani ancaman jangkitan Virus Zika. ''Ini membuktikan keprihatinan Paduka Ayahanda yang amat mendalam terhadap kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini. Pandangan jauh Paduka Ayahanda
dalam perkara ini dengan tindakan–tindakan segera diambil adalah tepat sekali apatah lagi impak jangkitan Virus Zika ini bukan sahaja terhad kepada kesihatan individu malahan ianya juga berpotensi menjejaskan situasi sosial dan ekonomi negara,'' sabda DYTM. DYTM juga percaya bahawa Majlis Bencana Kebangsaan dapat memainkan peranan yang tidak
kurang pentingnya sebagai nilai tambah kepada usaha-usaha yang telah diselenggarakan melalui Multisectoral Task Force on Zika Virus. Memandangkan situasi jangkitan Virus Zika kini semakin menular di negara-negara jiran sabda DYTM, maka wajarlah bagi mesyuarat khas ini diadakan untuk memastikan apa jua tindakan yang dilaksanakan akan
dapat dipertingkatkan ke skala yang lebih besar lagi. Dalam mengakhiri sabdanya DYTM menaruh harapan tinggi perbincangan pada mesyuarat itu akan dapat mengemukakan saranan dan langkah-langkah ke hadapan ke arah meningkatkan dan memperkukuhkan penyertaan orang ramai dalam inisiatif mengawal jangkitan Virus Zika.
DYTM seterusnya bersabda, majlis berkenaan jugalah yang akan memastikan keberkesanan tahap kesiapsiagaan dalam menangani kemungkinan timbulnya jangkitan Virus Zika di Negara Brunei Darussalam dan DYTM menyokong sepenuhnya tindakan-tindakan yang akan membolehkan kita bekerjasama secara holistik dan bersepadu.
ANTARA yang hadir pada Mesyuarat Majlis Bencana Kebangsaan 2016 termasuk Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha-Setiausaha Tetap.
11
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
Pameran 'Russia: Beauty in Diversity' perlihat hubungan NBD - Rusia Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Oktober. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan berangkat menyaksikan pameran 'Russia: Beauty in Diversity' sempena memperingati Ulang Tahun Ke-25 Penubuhan Hubungan Diplomatik Brunei - Rusia yang
diadakan di Dermaga Diraja Galeri Seni, Bandar Seri Begawan. Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladlen Stanislavovich Semivolos semasa menyembahkan ucapan alu-aluan antara lain merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas keberangkatan YTM ke pameran berkenaan. Seterusnya, YTM dijunjung bagi menyempurnakan perasmian pameran dan berkenan menerima cenderamata yang disembahkan oleh
TYT Vladlen Stanislavovich Semivolos. Kemudian YTM berkenan menyaksikan pameran yang mempamerkan pameran khas gambar-gambar sejarah Hubungan Dua Hala Brunei - Rusia, seni bina Rusia, tarikan semula jadi dan pakaian kebangsaan negara berkenaan. Ia juga memaparkan objek tradisional seni rakyat Rusia yang terdiri daripada Anak Patung Matryoshkas yang terkenal, Porselin Gzhel dan Dulang Logam Zhostovo, 'Khokhloma Crockeries', Kotak Barang Kemas Palekh dan Tudung Pavlov Posad. Pameran tersebut juga
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan merasmikan pameran 'Russia: Beauty in Diversity'.
mempamerkan gambar-gambar masjid di Persekutuan Rusia dan Ulang Tahun Ke-55 sejarah penerbangan pertama manusia ke ruang angkasa oleh Angkasawan Rusia, Yuri Gagarin. Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin
YANG Teramat Mulia berkenan menyaksikan pameran 'Russia: Beauty in Diversity' sempena memperingati Ulang Tahun Ke-25 Penubuhan Hubungan Diplomatik Brunei-Rusia yang diadakan di Dermaga Diraja Galeri Seni, Bandar Seri Begawan (kiri).
Haji Mohd. Yussof; Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil. Pameran yang diadakan dengan kerjasama KKBS, Negara Brunei Darussalam tersebut dibukakan bagi kunjungan orang ramai setiap hari selama enam minggu yang dibukakan bermula esok iaitu pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bagi hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu, manakala pada hari Jumaat dan Ahad dibukakan bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dari jam 2.30 hingga 5.00 petang di mana masuk adalah percuma.
Bakal graduan UBD khatam Al-Quran
MENTERI Pendidikan (kiri) menyampaikan bunga telur kepada para pembimbing dan peserta khatam Al-Quran yang terdiri dari mahasiswa UBD sempena Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam (UBD) Ke-28.
TUNGKU LINK, Isnin, 10 Oktober. Sempena dengan Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam (UBD) Ke-28 yang akan berlangsung pada
15 Oktober ini, Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran bagi bakal-bakal graduan universiti berkenaan diadakan di Masjid UBD, di
sini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pendidikan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman serta datin. Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat dan kemudian diikuti dengan bacaan Surah Adh-Dhuhaa hingga Surah Al-Masad beramairamai, diikuti dengan bacaan Takhtim dan Doa Khatam Al-Quran. Sementara itu, penyampaian bunga telur disampaikan oleh Menteri Pendidikan kepada para pembimbing dan peserta khatam yang diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran sempena Majlis Konvokesyen UBD Ke-28 oleh imam masjid. Bagi persediaan awal menjelang majlis konvokesyen, bacaan 30 Juz Al-Quran bagi Majlis Khatam Al-Quran tahun ini telah berlangsung sejak pertengahan bulan Mei lalu, ia merupakan salah satu acara tahunan yang diadakan dengan tujuan untuk merayakan para graduan UBD yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka, di samping melaksanakan fardu ain bagi mahasiswa dan mahasiswi yang beragama Islam. Selain itu, majlis itu merupakan salah satu inisiatif UBD bagi merealisasikan hasrat titah Kebawah
Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ingin negara ini membina generasi Al-Quran yang membawa maksud untuk melahirkan
generasi yang 'Celik Al-Quran', sekali gus membentuk negara sebagai sebuah 'Negara Zikir'. Juga hadir ialah pegawai-pegawai utama UBD, para ibu-bapa, serta pembimbing peserta majlis khatam yang diraikan.
ANTARA mahasiswi yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran sempena Majlis Konvokesyen Ke-28 UBD.
12
PELITA BRUNEI HARIHARI RABUISNIN 12 OKTOBER 27 OKTOBER 20162015
W:84.56pt H:29.157pt Grafik : Foto-Pelita : logopelitamaskhea
HARI RABU 12 OKTOBER 2016 PELITA BRUNEI HARI ISNIN 27 OKTOBER 2015
13
Majlis Santap Negara meraikan His Highness Amir Kuwait Oleh : Haniza Abdul Latif, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Santap Negara bagi meraikan Lawatan Negara His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of the State of Kuwait serta rombongan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat mengalu-alukan ketibaan His Highness Amir of the State of Kuwait di Istana Nurul Iman. Berangkat sama ke Majlis Santap Negara ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana
Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik selaku Kerabat Pengiring Diraja; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta kerabat diraja yang lain. Sebelum Majlis Santap Negara dimulakan, lagu kebangsaan kedua-dua buah negara dimainkan. Bacaan doa dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of the State of Kuwait berada di negara ini dalam rangka Lawatan Negara selama dua hari.
Brunei - Kuwait luaskan kerjasama Oleh: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad, Saerah Haji Abdul Ghani
KEMESRAAN terjalin erat antara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of the State of Kuwait.
ROMBONGAN His Highness Amir Kuwait termasuk Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Tuan Yang Terutama Sheikh Sabah Khalid Al-Hamad Al-Sabah dan pegawai-pegawai kanan bertaraf menteri serta pegawai-pegawai daripada Kuwait sama-sama hadir di Majlis Santap Negara.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of the State of Kuwait berpuas hati dengan hubungan yang akrab dan mesra yang dikongsi antara Negara Brunei Darussalam dan Negeri Kuwait. Kedua-dua ketua negara juga bersetuju untuk terus mengukuhkan lagi hubungan yang sedia ada dan mengesahkan usaha dalam menyokong perkembangan kerjasama sosial dan ekonomi antara kedua-dua negara dengan meneroka peluang yang saling menguntungkan seperti dalam bidang perdagangan, ekonomi dan pelaburan, minyak dan gas, pendidikan, pelancongan, teknologi maklumat, hubungan sektor swasta dan Hal Ehwal Islam. Perkara itu terkandung dalam Kenyataan Bersama pada Lawatan His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of the State of Kuwait selama dua hari ke negara ini. Dalam Kenyataan Bersama tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of the State of Kuwait juga berkenan menyaksikan Majlis Penandatanganan beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Negeri Kuwait.
Ianya merupakan MoU dalam Bidang Pendidikan Tinggi dan Penyelidikan Saintifik; MoU Kerjasama Pelancongan; Perjanjian Pengecualian Bersama Visa bagi Pemegang Diplomatik, Khas dan Rasmi; Protokol yang Meminda Perjanjian bagi Pengelakan Pencukaian Berganda dan Pencegahan Pelarian Fiskal Mengenai Cukai Ke Atas Pendapatan; MoU Mengenai Penubuhan sebuah Suruhanjaya Bersama dalam Kerjasama; dan MoU antara Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Kuwait di bidang Latihan. Kedua-dua ketua negara menyambut baik penandatanganan perjanjian dan memorandum persefahaman sebagai langkah positif ke arah meningkatkan dan mengeratkan lagi hubungan dua hala. Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of the State of Kuwait mengalu-alukan peningkatan perdagangan dua hala dan membayangkan terdapat potensi besar untuk mengembangkan hubungan perdagangan dan pelaburan dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negara serta mengiktiraf peranan sektor swasta dalam meningkatkan daya saing dan menekankan kepentingan perusahaan kecil dan sederhana bagi menyumbang kepada pembangunan mampan. Dalam hal ini, ketua negara juga mengalu-alukan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Ke-3 (Ekonomi dan Kerjasama Teknikal) yang akan diadakan pada 5 hingga 6 Disember 2016 di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam bagi mengenal pasti dan meneroka kerjasama yang lebih
mendalam terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan. Kedua-dua Ketua Negara juga bertukartukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa termasuk hasil Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia ke-2 yang diadakan di Bangkok pada 9 hingga 10 Oktober 2016; serta perkembangan terkini di rantau Timur Tengah, menekankan kepentingan mematuhi Resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pencapaian dan keamanan yang berpanjangan bagi perjuangan rakyat Palestin serta membincangkan keadaan di Iraq, Syria dan Yaman. Kebawah DYMM juga melahirkan penghargaan kepada Negeri Kuwait selaku tuan rumah bagi perbincangan keamanan Yaman (Yemen peace Talks) di bawah naungan Bangsa-Bangsa Bersatu, dalam usaha untuk mencari penyelesaian politik. Dalam Kenyataan Bersama itu juga, Kebawah DYMM memuji Negeri Kuwait atas sumbangan mereka dalam bidang kemanusiaan dan penganjuran persidangan-persidangan penderma kemanusiaan bagi Syria. Sebagai mengiktiraf peranan Negeri Kuwait dalam memelihara keamanan dan kestabilan antarabangsa, Kebawah DYMM melahirkan sokongan Brunei Darussalam terhadap pencalonan Negeri Kuwait untuk menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi tempoh 2018 - 2019. His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of the State of Kuwait juga melahirkan penghargaan kepada Kebawah DYMM atas sambutan baik dan layanan mesra yang diberi kepadanya dan ahli-ahli delegasi sepanjang berada di Negara Brunei Darussalam.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Santap Negara bagi meraikan Lawatan Negara His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of the State of Kuwait serta rombongan. Berangkat sama di majlis itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.
BERANGKAT KE Majlis Santap Negara ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik selaku Kerabat Pengiring Diraja; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador - at - Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. (Gambar atas dan kanan).
14
JAWATAN KOSONG / IKLAN
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN TAWARAN : JPE / LTK / PDP / 023 / 2016 TAJUK TAWARAN : PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN ELEKTRIK 11KV DI KAWASAN KUALA LURAH INDUSTRI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM - (ELECTRICAL EXTERNAL & CIVIL ASSOCIATED WORKS) Tarikh Tutup : 18 OKTOBER 2016, SELASA (JAM 2.00 PETANG) Harga Dokumen : BND50.00 (tidak dikembalikan) Tempat tutup : PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL JABATAN PERDANA MENTERI JALAN MENTERI BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. KELAYAKAN : Mempunyai pendaftaran syarikat dengan Kementerian Pembangunan di dalam Kelas III, IV atau V sahaja dalam Kategori E01, E02, & E03 atau E05. DOKUMEN-dokumen tawaran dan penerangan-penerangan yang lanjut boleh diperolehi dari Kaunter Unit Pembekalan, Tingkat 4, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. PERHATIAN : Sila sertakan salinan 'BUSINESS NAMES ENACTMENT, 1958 - SECTION 16 & 17 dan sijil pendaftaran pemborong (MOD) semasa menghantar dokumen ini ke Jabatan Perkhidmatan Elektrik.
IKLAN
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Ke muka 16
15
16
IKLAN
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
Dari muka 15
KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SYARAT-SYARAT IKLAN SEBUT HARGA 1. SEBUT HARGA adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Bayaran dokumen sebut harga bagi setiap sebut harga adalah dikehendaki dalam bentuk wang tunai. Penender adalah dikehendaki membayar semua bayaran dokumen sebut harga seperti yang diiklankan. Yuran sebut harga tidak akan dikembalikan kepada setiap penender sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar sebut harga yang jujur (bona-fide tender). 3. Kadar bayaran dokumen sebut harga adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan sebut harga. 4. Sebelum mengambil borang, setiap penender hendaklah membayar borang dokumen sebut harga, di Tingkat 1, Blok 'B', Kaunter 1, Unit Tunai dan Hasil, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'B', Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. Sila pastikan resit pembayaran borang dokumen sebut harga yang diterima adalah betul. 5. Borang-borang sebut harga boleh diperolehi di Tingkat 1, Blok 'A', Kaunter 6, Unit Tawaran dan Sebut Harga, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'A', Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan resit pembayaran dokumen. 6. Setiap borang sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah menyertakan salinan sijil pendaftaran perniagaan dan salinan resit bayaran dokumen sebut harga. 7. Sebut Harga-sebut harga hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan ditutup rapi. Pada bahagian atas kiri sampul surat hendaklah ditulis bilangan sebut harga, tajuk sebut harga dan tarikh tutup sebut harga tanpa menunjukkan identiti Penender dan ditujukan kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Bangunan Kementerian Pendidikan Blok 'A', Tingkat 1 Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'A' Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 8. Sebut Harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga, Unit Tawaran dan Sebut Harga, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Blok 'A', Tingkat 1, Bahagian Kewangan 'A', Bangunan Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. 9. Sebut Harga-sebut harga yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai sebut harga tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan. 10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima sebut harga yang paling rendah atau sebarang sebut harga yang tidak munasabah. 11. Setiap sebut harga yang diisi dan ditulis dengan tidak betul, tidak jelas dan tidak lengkap adalah dikira rosak dan ditolak. 12. Penender yang menolak atau membatalkan sebut harga atau kontrak setelah kebenaran sebut harga diperolehi atau setelah tutup sebut harga akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.
JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN DEPARTMENT OF FISHERIES MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM BRUNEI DARUSSALAM TENDER NOTICE NO. JPi/ 04 /2016 INSTRUCTION TO TENDERERS Tenderers will be provided with : a) A copy of the Tender Document - Tender Document and other information can be obtained from Fisheries Department, 1st Floor, Ministry of Primary Resources and Tourism, Marine Fisheries Complek, Simpang 287-53, Jalan Pantai Serasa, Kampong Serasa, BT1728, Negara Brunei Darussalam. 2. Tenderers are to submit Tender Document duly completed, including specifications, appendix and any other information requested in plain sealed envelope marked TENDER DOCUMENT FOR SUPPLY, INSTALL, TESTING AND COMMISSIONING OF SEAWATER INTAKE PIPELINE EXTENSION AT KERAMUT SEAWATER PUMP STATION, TUTONG DISTRICT, DEPARTMENT OF FISHERIES
JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN KANTIN BILANGAN SEBUT HARGA : DA/JKSH/44/2016/2017 [BPPA-OKT-2016] KETERANGAN : SEBUT HARGA PERKHIDMATAN KANTIN BAGI SEKOLAH RENDAH DANAU, DAERAH TUTONG KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN + SATU (1) TAHUN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA BND5.00 (Bayaran dokumen sebut harga tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 29 OKTOBER 2016 (Tidak lewat jam 9.00 Pagi) HARI DAN WAKTU PENERIMAAN WANG BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.45 Pagi 1.45 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi SYARAT-SYARAT IKLAN SEBUT HARGA 1. SEBUT HARGA adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Bayaran dokumen sebut harga bagi setiap sebutharga adalah dikehendaki dalam bentuk wang tunai. Penender adalah dikehendaki membayar semua bayaran dokumen sebutharga seperti yang diiklankan. Yuran sebut harga tidak akan dikembalikan kepada setiap penender sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar sebut harga yang jujur (bona-fide tender). 3. Kadar bayaran dokumen sebut harga adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan sebut harga. 4. Sebelum mengambil borang, setiap Penender hendaklah membayar borang dokumen sebut harga, di Tingkat 1, Blok 'B', Kaunter 1, Unit Tunai dan Hasil, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'B', Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. Sila pastikan resit pembayaran borang dokumen sebut harga yang diterima adalah betul. 5. Borang-borang sebut harga boleh diperolehi di Tingkat 1, Blok 'A', Kaunter 6, Unit Tawaran dan Sebut Harga, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'A', Jabatan Pentadbiran dan PerkhidmatanPerkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan resit pembayaran dokumen. 6. Setiap borang sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah menyertakan salinan sijil pendaftaran perniagaan dan salinan resit bayaran dokumen sebut harga. 7. Sebut Harga-sebut harga hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan ditutup rapi. Pada bahagian atas kiri sampul surat hendaklah ditulis bilangan sebut harga, tajuk sebut harga dan tarikh tutup sebut harga tanpa menunjukkan identiti Penender dan ditujukan kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Bangunan Kementerian Pendidikan Blok 'A', Tingkat 1 Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'A' Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
JPi/ 04/2016 CLOSING DATE : 1 November 2016 CLOSING TIME : 2.00 PM And forwarded to : CHAIRMAN MINI TENDER BOARD MINISTRY OF INDUSTRY AND PRIMARY RESOURCES GROUND FLOOR MINISTRY OF INDUSTRY AND PRIMARY RESOURCES BUILDING JALAN MENTERI BESAR BRUNEI DARUSSALAM. And placed in the Mini Tender Board at the said address not later than Tuesday, 1 November 2016 at 2.00 pm.
8. Sebut Harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga, Unit Tawaran dan Sebut Harga, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Blok 'A', Tingkat 1, Bahagian Kewangan 'A', Bangunan Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. 9. Sebut Harga-sebut harga yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai sebut harga tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan. 10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima sebut harga yang paling rendah atau sebarang sebut harga yang tidak munasabah. 11. Setiap sebut harga yang diisi dan ditulis dengan tidak betul, tidak jelas dan tidak lengkap adalah dikira rosak dan ditolak. 12. Penender yang menolak atau membatalkan sebut harga atau kontrak setelah kebenaran sebut harga diperolehi atau setelah tutup sebut harga akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.
KEMENTERIAN PERTAHANAN TAWARAN MINDEF/DFA/RC/187 (2) THE MAINTENANCE, SUPPLY AND DELIVERY OF PURIFIED MEDICAL OXYGEN FOR THE ROYAL BRUNEI NAVAL BASE - FIVE (5) YEARS CONTRACTS. BAYARAN TAWARAN : BND30.00 (tidak dikembalikan) SYARAT-SYARAT TAWARAN a. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Baharu Kementerian Pertahanan, Blok 'C', Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam, tidak
lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 1 NOVEMBER 2016. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Unit Tawaran (Blok 'D'), Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan pada hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula pada 10 OKTOBER 2016. b. Bayaran yuran tawaran (tender fee) hendaklah dibayar di Unit Kaunter, Bahagian Kewangan, Blok 'C', Tingkat 1, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Blok 'D', Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam. Waktu bagi menerima bayaran : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 2.00 Petang hingga 3.00 Petang
JABATAN MUZIUM-MUZIUM KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN JABATAN MUZIUM-MUZIUM KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. KENYATAAN SEBUT HARGA BILANGAN SEBUT HARGA : 34/JMM/S/12/91 - 2016 TAJUK TAWARAN : MEMBEKAL DAN MEMASANG PAPAN TANDA PUSAT INFORMASI TAMAN ARKEOLOGI KOTA BATU SYARAT-SYARAT TAWARAN 1. SEBUT HARGA dibukakan pada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Syarikat-syarikat yang dimiliki oleh
kakitangan kerajaan dan seumpamanya tidak akan dilayan dan tidak sah untuk dinilai. 4. Dokumen sebut harga boleh diperolehi dari Bahagian Pentadbiran Jabatan Muzium-Muzium, Tingkat 2, Bangunan Arkib Negara, Jalan Dewan Majlis semasa hari / waktu bekerja. 5. Yuran tawaran bagi setiap borang adalah BND10.00 sahaja dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah (bona-fide tender). 6. Sebut Harga hendaklah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan bilangan dan tajuk sebut harga serta tarikh tutup sebut harga tanpa menyatakan nama penender / syarikat dengan dialamatkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga, Jabatan Muzium-Muzium,
Jumaat 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi 2.30 Petang hingga 3.00 Petang c. Pembekal adalah dikehendaki membayar semua yuran dokumen dan bayaran tawaran seperti yang diiklankan. Yuran tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bona-fide-tender). Kadar yuran tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran. d. Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah. e. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender)
Negara Brunei Darussalam. 7. Sebut Harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang disediakan di : Bahagian Pentadbiran Tingkat 2, Bangunan Arkib Negara Jalan Dewan Majlis Negara Brunei Darussalam. tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 25 Oktober 2016. 8. Sebut Harga yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. 9. Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran adalah pada Isnin, 24 Oktober 2016 jam 12.00 Tengah Hari. 10. Sebut Harga mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang mempunyai pengecualian tidak akan dilayan. 11. Sebelum dokumen sebut harga dikeluarkan, setiap syarikat dikehendaki
kepada Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga, PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan,
KENYATAAN TAWARAN
Negara Brunei Darussalam semasa hari / waktu bekerja.
17
IKLAN
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,
dan tidak akan dilayan. f. Salinan sijil pendaftaran perniagaan hendaklah disertakan bersama dengan menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemilik. g. Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. h. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan hendaklah ditutup rapi. Pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat, hendaklah dinyatakan rujukan dan tajuk tawaran serta catatan tarikh tutup tawaran ini. i. Iklan-iklan tawaran bolehlah dilihat melalui laman sesawang : http://www.mindef.gov.bn.
membawa dan menghadapkan salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (Business Enactment Section 16 & 17 / Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal, Kementerian Pembangunan) serta dikehendaki membayar yuran tawaran dengan kadar yang telah ditetapkan. 12. Setiap borang sebut harga yang telah diisikan dengan lengkap hendaklah menyertakan salinan Sijil Pendaftaran (seperti kenyataan para 11) dan salinan resit pembayaran yuran tawaran (seperti kenyataan Para 5). 13. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran. 14. Syarikat yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi akan dikenakan denda selaras mengikut peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara, rujukan LTN/4 (39/1997).
dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, BS8110, Negara Brunei Darussalam.
mempunyai pengecualian tidak akan dilayan.
7. Tawaran yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga (berwarna hijau) yang disediakan di :
setiap syarikat dikehendaki membawa dan
11. Sebelum dokumen tawaran dikeluarkan, menghadapkan Perniagaan
salinan
(Business
Sijil
Pendaftaran
Enactment
Section
16 & 17) dan dikehendaki membayar yuran Tingkat 1 Ruang Masuk / Penyambut Tetamu
BILANGAN TAWARAN : 23/JULAI/2016/PKBN/1.40/16 (R)
4. Penerangan lanjut boleh dirujuk kepada Pg. Muhammad Nuur Hakiim bin Pg. Anak Badi'odzaman, Pegawai Tugas-Tugas Khas
TAJUK TAWARAN : PERKHIDMATAN BAGI PERLINDUNGAN INSURANS
Tingkat II, di talian +673 2340045 (e-mel : hakim.badiodzaman@kkbs.gov.bn), Blok 18, Simpang 32-15, Flat Anggrek Desa, Jalan
BAGI PELATIH / PEGAWAI / JURULATIH / PENYELIA PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA
Berakas BB3713, Negara Brunei Darussalam. 5. Yuran tawaran adalah BND10.00 sahaja bagi setiap tawaran dan tidak akan
Jalan Kebangsaan, BS8110
(PKBN) PENGAMBILAN KE-6
13 Oktober 2016 jam 2.00 Petang.
1. TAWARAN dibukakan pada syarikat-
dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah
syarikat tempatan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Syarikat-syarikat yang dimiliki oleh
(bona-fide-tender). 6. Tawaran hendaklah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan
kakitangan kerajaan dan seumpamanya tidak akan dilayan dan tidak sah untuk dinilai. 3. Dokumen tawaran boleh diperolehi dari
menyatakan bilangan dan tajuk tawaran serta tarikh tutup tawaran tanpa menyatakan nama penender / syarikat dengan dialamatkan
(depan kaunter sekuriti) Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Simpang 336-17 Negara Brunei Darussalam. Tidak lewat pada Khamis,
tawaran dengan kadar yang telah ditetapkan. 12. Setiap borang tawaran yang telah diisikan dengan
lengkap
hendaklah
menyertakan
salinan sijil pendaftaran (seperti kenyataan para 11) dan salinan resit pembayaran yuran tawaran (seperti kenyataan para 5). 13. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran
8. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. 9. Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran adalah pada Rabu, 12 Oktober 2016 jam 3.00 Petang. 10. Tawaran-tawaran mestilah dihantar
yang rendah atau lain-lain tawaran. 14.
Syarikat
yang
menolak
atau
membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi akan dikenakan denda selaras mengikut peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara, rujukan LTN/4(39/1997).
18
IKLAN
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
MAHKAMAH TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI DALAM MAHKAMAH TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BANDAR SERI BEGAWAN
No. 11, Spg. 595, Jalan Pasir Berakas Kampung Lambak Kiri, Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 18 April 2016.
KEBANKRAPAN NO. 301 TAHUN 2015 BIBD AT-TAMWIL BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs MAT TAHA BIN NASRU @ AWG. TAHA BIN NYIRU (BYIC NO. 00-018135) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 25 Jun 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : MAT TAHA BIN NASRU @ AWG. TAHA BIN NYIRU No. 40-1426, Kampung Kuala Lurah Limau Manis, BH1923, Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 6 April 2016. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 25 Jun 2016. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 2 November 2016, jam 9.00 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 2 November 2016, jam 9.00 Pagi. Bertarikh : 27 September 2016. KEBANKRAPAN NO. 229 TAHUN 2016 PERBADANAN TAIB … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs SAIDI @ RAMLAN BIN HJ. ABD. RAUF (BYIC NO. 00-123237) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 6 Ogos 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : SAIDI @ RAMLAN BIN HJ. ABD. RAUF No.8, Spg. 52-22-18, Jalan Sadaman Barat, Perumahan Teres, Tanah Jambu, Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 29 Jun 2016. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 6 Ogos 2016. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 2 November 2016, jam 10.00 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 2 November 2016, jam 10.00 Pagi. Bertarikh : 27 September 2016. KEBANKRAPAN NO. 60 TAHUN 2012 BIBD AT-TAMWIL BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs 1. MOHD. FAISAL BIN HAJI LAMAT (BYIC NO. 00-295074) 2. HJH. NUR SITI RASIDAH BINTI HJ. YAAKUB (BYIC NO. 00-304380) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 3 Mac 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : 1. MOHD. FAISAL BIN HAJI LAMAT 2. HJH. NUR SITI RASIDAH BINTI HJ. YAAKUB
NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 3 Mac 2016. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 9 November 2016, jam 9.15 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 9 November 2016, jam 9.15 Pagi. Bertarikh : 27 September 2016. KEBANKRAPAN NO. 118 TAHUN 2016 BIBD AT-TAMWIL BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs AZLAN BIN SALIM (BYIC NO. 00-301739) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 30 Jun 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : AZLAN BIN SALIM No. 60, Simpang Mungkom, Kiudang, Tutong TE1743, Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 26 Mei 2016. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 30 Jun 2016. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 2 November 2016, jam 9.15 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 2 November 2016, jam 9.15 Pagi. Bertarikh : 27 September 2016. KEBANKRAPAN NO. 165 TAHUN 2016 HSBC FINANCE (B) BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs APSAH BINTI SABTU (BYIC NO. 00-063548) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 1 September 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : APSAH BINTI SABTU No. 111, Jalan Wasai Limuru Barat Perumahan Teres, BU1129 Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 25 Mei 2016. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 1 September 2016. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 9 November 2016, jam 9.30 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 9 November 2016, jam 9.30 Pagi. Bertarikh : 27 September 2016. KEBANKRAPAN NO. 301 TAHUN 2016 HSBC FINANCE (B) BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs PG. OTHMAN BIN PG. HJ. ISMAIL (BYIC NO. 00-044749) … Penghutang Penghakiman / Penentang
NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 4 Ogos 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : PG. OTHMAN BIN PG. HJ. ISMAIL No. 5, Spg. 3, Jln. 49, RPN Lambak Kanan Berakas, BC2315, Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 14 Julai 2016. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 4 Ogos 2016. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 2 November 2016, jam 10.15 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 2 November 2016, jam 10.15 Pagi. Bertarikh : 27 September 2016. KEBANKRAPAN NO. 536 TAHUN 2015 HSBC FINANCE (B) BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs RAINAH BINTI OTHMAN @ MOHD. OSMAN (BYIC NO. 00-077561 / KAD WARAN POLIS. 3319) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 30 Julai 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : RAINAH BINTI OTHMAN @MOHD. OSMAN No. 45, Spg. 1185-73-193 RPN Bukit Beruang, Tutong, TC3345 Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 23 Mac 2016. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 30 Julai 2016. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 2 November 2016, jam 9.45 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 2 November 2016, jam 9.45 Pagi. Bertarikh : 27 September 2016. KEBANKRAPAN NO. 726 TAHUN 2009 BIBD AT-TAMWIL BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs MASLI BIN TUAH (RBAF NO. 266621) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 30 Jun 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : MASLI BIN TUAH No. 4, Spg. 637-93-20, STKRJ Lambak Kiri Berakas, BB1114, Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 5 Mei 2010. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 30 Jun 2016. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 2 November 2016, jam 9.30 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 2 November 2016, jam 9.30 Pagi. Bertarikh : 27 September 2016. KEBANKRAPAN NO. 219 TAHUN 2016 HSBC FINANCE (B) BHD.
… Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs ROHIRWAN BIN HJ. MOHAMAD TAHIR (BYIC NO. 00-121640) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 8 September 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : ROHIRWAN BIN HJ. MOHAMAD TAHIR No. 8, Spg. 262-8-29, Jln. 10 Utara RPN Lambak Kanan BC3115 Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 8 Jun 2016. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 8 September 2016. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 9 November 2016, jam 9.45 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 9 November 2016, jam 9.45 Pagi. Bertarikh : 27 September 2016. KEBANKRAPAN NO. 4 TAHUN 2015 HSBC FINANCE (B) BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs MARIANA BINTI HAJI UNTONG (BYIC NO. 00-128206) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 13 Ogos 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : MARIANA BINTI HAJI UNTONG No. 440, Jalan Kerakas Payau Kampung Kupang, Tutong Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 25 Jun 2016. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 13 Ogos 2016. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 9 November 2016, jam 9.00 Pagi. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 9 November 2016, jam 9.00 Pagi. Bertarikh : 27 September 2016. Semua si piutang-si piutang kepada nama penghutang yang tersebut di atas hendaklah menghadapkan borang-borang bukti hutang yang boleh diperolehi di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi dengan seberapa boleh. Semua hutang yang seharusnya dibayar kepada penghutang tersebut di atas hendaklah dihadapkan kepada Pegawai Penerima Rasmi, Tingkat Dua, Bangunan Mahkamah Besar, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Bagi membolehkan kamu mengundi di sana bukti-bukti kamu mestilah diserah simpan kepada saya tidak lewat dari 24 jam sebelum waktu yang ditetapkan bagi perjumpaan ini. Proksi-proksi yang akan digunakan di perjumpaan ini mestilah diserah simpan kepada saya tidak lewat dari 24 jam sebelum waktu yang telah ditetapkan bagi perjumpaan ini. Mana-mana pihak Pemiutang yang telah menyerahkan bukti, atau wakil-wakilnya yang diberi kuasa secara bertulis, bolehlah menyoal penghutang semasa pemeriksaan awam penghutang, mengenai dengan halhalnya dan juga sebab kegagalannya. Timbalan Pegawai Penerima Rasmi Mahkamah Besar.
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
IKLAN
19
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KEMENTERIAN PERTAHANAN
PENDAFTARAN BAGI PENGAMBILAN KE-17 BAGI BAKAL-BAKAL PEGAWAI KADET LELAKI DAN WANITA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENDAFTARAN untuk menceburi kerjaya tentera sebagai PERATURAN 7 (a)Lelaki dan Bakal-Bakal Pegawai Kadet Wanita Pengambilan Ke-17 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), adalah ini dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran akan ditutup pada hari Khamis, 13 Oktober 2016. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Pejabat Pengambilan Jabatanarah Keanggotaan Blok 3, Simpang 32-66-9 Flat Anggerek Desa Tel: 2383074 / 2383075 Atau layari laman sesawang : http:// www.mindef.gov.bn
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI JABATAN PERDANA MENTERI PENENDER-penender adalah di pelawa untuk mengemukakan tawaran bagi 1 kerja berikut : 1. FM/PPDB/RC - 01 'FIVE (5) YEARS TERM CONTRACT FOR THE FACILITIES MANAGEMENT OF ROYAL BRUNEI POLICE FORCE NEW POLICE HEADQUARTERS, OFFICER’S MESS AND BANQUET HALL, SHOOTING RANGE MESS AND RUMAH AMAN' PRE-QUALIFICATION QUESTIONAIRE Yuran Tawaran : BND500.00 (tidak dikembalikan) 1. Dokumen tawaran boleh di perolehi daripada Unit Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah Ibu Pejabat Polis Gadong pada waktu bekerja iaitu Isnin hingga Khamis dari jam 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi dan 2.00 Petang hingga 3.00 Petang dan Sabtu dari jam 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi. 2. Tawaran tawaran hendaklah dihantar ke alamat yang tersebut dibawah dalam sampul surat yang tertutup dengan ditulis bilangan dan nama tawaran tanpa menunjukkan identiti pemborong tidak lewat jam : 2.00 Petang, Selasa, 1 NOVEMBER 2016 : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Jabatan Perdana Menteri Level 1 Bangunan Jabatan Perdana Menteri Jalan Menteri Besar Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam. 3. Yuran tawaran (tender fee) dikehendaki dibayar dengan WANG TUNAI sahaja dan wang tidak dikembalikan kepada setiap pemborong samaada yang berjaya atau tidak Berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bona-fide tender). Kadar yuran tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam Iklan Tawaran. Pembayaran boleh dibuat pada hari dan waktu bekerja dari jam 8.00 pagi di Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Polis Gadong. 4. Penender-penender yang menyertai tawaran ini hendaklah mempunyai Sijil Perniagaan yang masih sah. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan hendaklah menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan, seperti nama pemilik, nombor kad pengenalan atau nombor passport pemilik dan salinan kad pengenalan dan passport hendaklah disertakan bersama. 5. Penender-penender yang menyertai tawaran ini juga mesti mempunyai Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Pembangunan bagi Kelas V dan keatas minima kategori (KA01) dan (B01). 6. Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah. 7. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai tawaran tidak jujur (bona-fide-tender). 8. Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Pengerusi Lembaga Tawaran Negara, Kementerian Kewangan.
20
AGAMA
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
Riba di sebalik pembelian emas (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
R
IBA bukanlah istilah yang baru wujud dalam dunia ekonomi masa kini, bahkan ia adalah satu bentuk muamalah yang sudah lama dipraktikkan dari zaman sebelum kedatangan Islam lagi. Islam memandang riba sebagai suatu keburukan yang merosak pertumbuhan ekonomi kerana praktik menjana ekonomi yang betul sudahpun digariskan oleh Islam melalui konsep al-bai' (jual beli) berlandaskan hukum syarak. Islam turut memandang riba sebagai suatu kejahatan yang merosak nilai luhur insani, iaitu sikap bantu-membantu tanpa meraih keuntungan peribadi sebagaimana yang diajarkan Islam melalui konsep al-qardh (pinjaman). Riba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar selain daripada membunuh, minum arak dan lain-lain. Pengharaman riba ada disebut di dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hikmah di sebalik pengharamannya juga ada dibahas oleh para mufassirin dan juga para ulama kontemporari. Yang jelas, umat Islam wajib mengelak dari terjebak dalam muamalah riba. Ia adalah perintah syarak, bahkan dalam masa yang sama ia menjaga maslahat manusia dari kerugian harta dan daripada rosaknya nilai akhlak seorang Muslim. Keberadaan riba dalam sistem ekonomi moden kadang-kadang tidak disedari, malahan yang menggerunkan apabila segelintir umat Islam turut terlibat mengamalkan riba dalam kehidupan seharian tanpa mereka sedari sedangkan pada hakikatnya mereka boleh mengelak dari bermuamalah secara riba.
Perkara seumpama ini berlaku kerana kurangnya memperolehi maklumat mengenai riba, antaranya mengenal amwal ribawiyyah atau disebut barang-barang ribawi yang disebut dalam hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan cara muamalah yang betul dengan barang-barang ribawi. Salah satu dari barang-barang ribawi adalah emas. Transaksinya, sama ada dari segi pinjaman atau jual beli hendaklah dilaksanakan selaras dengan kehendak syarak. Namun terdapat bentuk jual beli emas yang dilakukan tidak memenuhi tuntutan yang digariskan syarak dan akhirnya transaksi tersebut mengundang kepada perbuatan riba. Amwal Ribawiyyah dan Kaedah Transaksi Yang Dibenarkan Syarak Barang-barang yang boleh berlaku riba jika transaksinya tidak dilakukan selaras dengan syarak jelas disebutkan dalam hadits-hadits Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Diriwayatkan oleh 'Ubadah bin ash-Shamit Radhiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Maksudnya : ''(Apabila ditukar dan diperjualbelikan) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, secara tunai (tangan ke tangan), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran secara tunai (tangan ke tangan).'' (Hadits riwayat Muslim) Tiga perkara dapat dikupas daripada hadis di atas : 1. Barang ribawi Terdapat enam jenis barang yang disebut sebagai barang ribawi sebagaimana hadis di atas, iaitu :
YANG jelas, umat Islam wajib mengelak dari terjebak dalam muamalah riba. Ia adalah perintah syarak, bahkan dalam masa yang sama ia menjaga maslahat manusia dari kerugian harta dan daripada rosaknya nilai akhlak seorang muslim.
i. Emas ii. Perak iii. Gandum iv. Barli v. Kurma kering vi. Garam 2. 'Illah riba 'Illah atau sebab riba yang terdapat pada barang-barang yang tersebut di dalam hadis di atas terbahagi pada dua : i. Barang berharga untuk alat pertukaran atau barang yang dijadikan harga, iaitu 'illah riba yang ada pada emas dan perak. Ini kerana pada kebiasaannya keduanya adalah jenis barang berharga. Mengenai wang kertas yang diguna pakai pada masa ini, Akademi Fiqh Islam Sedunia dalam perbincangan mereka yang diadakan di Amman, Jordan pada tahun 1986 mengenai hukum-hukum wang kertas mengeluarkan resolusi bahawa wang kertas dianggap mempunyai sifat barang berharga untuk alat pertukaran atau barang yang dijadikan harga dan berlaku padanya hukum- hukum yang telah ditetapkan bagi emas dan perak seperti dalam perkara riba, zakat, perniagaan dan apa-apa hukum berkaitan keduanya (emas dan perak). ii. Makanan, iaitu 'illah riba yang ada pada jenis-jenis lain yang disebut dalam hadis di atas, iaitu kurma, gandum, barli dan garam. Termasuk dalam maksud makanan yang dianggap sebagai barang ribawi ialah sama ada makanan yang ditimbang, disukat atau selain keduanya. 3. Syarat-syarat jual beli barang-barang ribawi Islam telah menggariskan beberapa syarat dalam transaksi jual beli barang ribawi untuk mengelak daripada perkara riba. Apabila syarat-syarat ini terpenuhi, maka jual beli barang-barang ribawi tersebut menjadi sah dan tidak jatuh kepada riba. Syarat-syarat tersebut dilihat dari beberapa keadaan jual beli : - Jika dari jenis dan 'illah yang sama seperti jual beli emas dengan emas ataupun jual beli gandum dengan gandum, maka disyaratkan tiga perkara :
a. Hendaklah jual beli barang itu pada kadar yang sama; sama ada kadar timbangan seperti 1 kilogram emas dengan 1 kilogram emas atau kadar sukatan seperti 1 cupak gandum dengan 1 cupak gandum (????????). b. Hendaklah secara tunai, iaitu bukan secara hutang (??????). c. Hendaklah serah terima antara keduanya selesai sebelum berpisah dari majlis akad (???????) . - Jika dari jenis yang berbeza namun mempunyai 'illah yang sama seperti jual beli emas dengan perak ataupun jual beli kurma dengan garam, maka disyaratkan dua perkara : a. Hendaklah jual beli secara tunai, iaitu bukan secara hutang (??????) dan tiada penangguhan dalam akad. b. Hendaklah serah terima antara keduanya selesai sebelum berpisah dari majlis akad (???????). - Jika dari jenis dan 'illah yang berbeza seperti jual beli gandum dengan emas ataupun jual beli kurma dengan perak ataupun jual beli garam dengan wang sekarang, maka jual beli tersebut adalah sah dan diharuskan serta transaksi tersebut tidak dikenakan syarat-syarat di atas. - Jika salah satu daripada barang jual beli itu terdiri daripada barang ribawi seperti emas dan satunya lagi bukan dari barang ribawi seperti baju, maka sah jual beli tersebut dengan tiada disyaratkan apapun dalam transaksi tersebut.
BERSAMBUNG
Fahami ibadah sembahyang dengan sempurna Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Hernie Suliana Haji Othman
KURSUS Bergerak Fiqh As Shalah bagi Warga Pusat Da'wah Islamiah dijalankan selama empat hari dengan isi kandungan kursus disampaikan oleh Ustaz Haji Anwari bin Haji Rawee.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 10 Oktober. - Dalam memberi kefahaman yang jelas mengenai rukun-rukun sembahyang dan perkara yang berkaitan, Unit Kursus, Bahagian Penyebaran Da'wah, Pusat Da'wah Islamiah (PDI) telah mengendalikan Kursus Pengukuhan Islam Bagi Kursus Fiqh As-Shalah selama empat hari bermula 10 hingga 13 Oktober ini. Seramai 20 peserta yang terdiri dari pegawai dan kakitangan PDI mengikuti kursus berkenaan, berlangsung di Bilik Kuliah Tingkat 1, Bangunan Darul Huda, PDI, di sini. Sepanjang kursus, para peserta akan didedahkan mengenai pengertian sembahyang (As-Shalah); Rukunrukun Sembahyang dan Sunatsunat Sembahyang; Perkara-perkara yang membatalkan sembahyang; Sembahyang Berjemaah; Muafiq dan Masbuq; Sembahyang Qasar dan
Jama' dan lain-lain lagi. Kursus dikendalikan oleh pegawai Bahagian Penyebaran Da'wah PDI, Ustaz Haji Anwari bin Haji Rawee. Antara tujuan kursus ialah untuk memberikan pengetahuan mengenai rukun Islam yang kedua iaitu sembahyang, selain meningkatkan kefahaman mengenai hukum-hakam sembahyang yang bersesuaian dengan Mazhab Syafie dengan peribadatan yang sempurna serta menghalusi bacaan dan tatacara (praktikal) dalam ibadah sembahyang. Dengan adanya kursus tersebut diharap dapat memberi kefahaman yang lebih jelas, di samping mengulang kaji pengetahuan yang ada supaya diamalkan dalam kehidupan seharian dan menghayati ajaran Islam dengan penuh keyakinan serta ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
NASIONAL
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
21
ASEAN sasar 121 juta pelancong tahun 2017 membangunkan kempen pelancongan serantau bagi mempromosikan jenama ASEAN dalam dua cara saling berkait, iaitu pertama kerana keunikan serta kepelbagaian destinasi pelancongan dan kedua sebagai sebuah organisasi yang meriah bagi meraikan Ulang Tahun Ke-50. Mesyuarat khas yang diadakan selama tujuh hari bermula 9 hingga 15 Oktober itu akan membincangkan mengenai persiapan dan kemajuan yang dicapai oleh negara-negara anggota ASEAN dalam program kebangsaan, kempen promosi juga kegiatan pemasaran sepanjang tahun 2017 sempena menyambut Ulang Tahun Jubli Emas ASEAN. Di samping itu, mesyuarat juga membincangkan langkah-langkah untuk memajukan rantau ini sebagai destinasi pelancongan terkemuka di dunia. TIMBALAN Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Awang Wardi bin Haji Mohammad (enam, kiri) bergambar 'ASEAN Ways' ramai bersama para pegawai ASEAN yang menghadiri Mesyuarat Khas Visit ASEAN @ 50 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan Pelancongan.
Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 10 Oktober. - Usaha-usaha bagi mempromosikan rantau Asia Tenggara sebagai destinasi pelancongan tunggal telah menghadapi beberapa cabaran termasuk penyakit pandemik global semasa yang tersebar di seluruh rantau ini. Walau bagaimanapun, Asia Tenggara kekal sebagai destinasi pelancongan yang menarik dan mantap dengan pelbagai tarikan juga tawaran, meskipun dengan cabaran-cabaran tersebut serta kemerosotan ekonomi global semasa. Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali menyatakan perkara tersebut semasa Perasmian Mesyuarat Khas Sambutan Jubli Emas Tahun Melawat ASEAN (Visit ASEAN @ 50 Golden
Celebration) Mesyuarat
dan MesyuaratBerkaitan dengan
Pelancongan bertempat di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini. Beliau selaku pengerusi mesyuarat tersebut seterusnya menambah, kempen Visit ASEAN @ 50 Golden
PENGARAH pelancongan dan pegawai dari Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan hadir di Mesyuarat Khas Visit ASEAN@50 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan Pelancongan.
Celebration akan mendapat kejayaan hanya dengan kerjasama daripada orang awam dan sektor swasta. Kempen tersebut jelasnya, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai ASEAN sebagai destinasi pelancongan tunggal, di samping meningkatkan jumlah pelancong antarabangsa untuk mengunjungi Asia Tenggara pada 121 juta orang menjelang penghujung tahun 2017. Bagi terus menggalakkan kempen berkenaan, Negara Brunei Darussalam sebagai penyelaras utama juga akan mengadakan sidang akhbar mengenai kempen itu semasa Bursa Pelancongan Antarabangsa Asia yang akan diadakan pada 19 hingga 21 Oktober di Singapura. Inisiatif Visit ASEAN @ 50 Golden Celebration telah dipersetujui oleh Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN semasa Forum Pelancongan ASEAN 2016 di Manila, Filipina, di mana 10 pertubuhan pelancongan negara-negara ASEAN bersama-sama
TIMBALAN Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Awang Wardi bin Haji Mohammad semasa memberikan ucapan di Mesyuarat Khas Visit ASEAN @ 50 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan Pelancongan.
Brunei - Singapura terus tingkatkan kerjasama Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
PEMANGKU Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad menyampaikan cenderahati kepada Penolong Pengarah Operasi Media, Dayang Nafisah binti Ismail.
BERAKAS, Isnin, 10 Oktober. Kerjasama bidang Penyiaran dan Penerangan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura terus berkembang dengan adanya pertukaran lawatan para pegawai di kedua-dua belah pihak. Jabatan Penerangan mengalualukan kedatangan dua orang pegawai penterjemah dari Republik Singapura yang mengikuti Program Penempatan Penterjemah (TIP) 2016, bertempat di Tingkat 5, Bangunan Tambahan Jabatan Penerangan, di sini. Kedatangan kedua-dua pegawai tersebut dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad.
Program tersebut dipersetujui pada Mesyuarat ke-24 di bawah Memorandum Persefahaman di bidang Penyiaran dan Penerangan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura dengan Negara Brunei Darussalam menjadi negara penganjur pada tahun ini. Mesyuarat pertama Jawatankuasa Kumpulan Kerja Penerangan (IWG) yang diadakan pada 12 hingga 13 November tahun lepas di Republik Singapura bersetuju untuk mengadakan program tersebut secara bergilir-gilir. Program tersebut antara lain bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran penterjemah Republik
Singapura melalui penempatan kerja di agensi-agensi yang telah diaturkan dan memahami metodologi penterjemahan yang diamalkan di Negara Brunei Darussalam. Selain itu, penterjemah dari Republik Singapura juga berpeluang untuk mendalami penggunaan bahasa Jawi dalam konteks penterjemahan di Negara Brunei Darussalam dan membolehkan penterjemah dari Republik Singapura mewujudkan rangkaian kerjasama dengan penterjemah dari negara ini bagi memberi peluang kerjasama pada masa akan datang. Penempatan tersebut akan diteruskan di beberapa buah agensi kerajaan dan swasta di negara ini termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Radio Televisyen Brunei serta The Brunei Press Sdn. Bhd.
22
RENCANA
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
Shineblingz berazam tembusi pasaran luar Rencana dan foto : Ak. Jefferi Pg Durahman
A
ROMA wangian yang sedap selalunya akan menarik aura positif pada penghidunya. Aroma wangian sering menjadi pilihan untuk digunakan sama ada sebagai semburan pada badan atau sebagai penyegar ruang di rumah sama ada di bilik tetamu atau bilik tidur. Bagi yang arif tentang wangian, akan mengetahui wangian yang berkualiti dan tahan lama. Ada juga jenis wangian yang dihasilkan dari essential oil dijadikan sebagai aromaterapi untuk kesegaran minda dan juga tubuh badan kita. Oleh kerana keistimewaan wangian, salah satu syarikat yang dimiliki oleh anak tempatan kita kini turut menghasilkan aroma untuk ruang rumah seperti bilik tamu, bilik tidur, bahkan boleh digunakan sebagai haruman di dalam kereta. Ditubuhkan pada bulan Mei 2015. Shineblingz diusahakan oleh dua orang anak tempatan, Awang Muhammad Fahmi bin Lasa sebagai pengurus syarikat dan rakan kongsinya Awang Rulizan Mohammad Daud. Sejarah awal mula tertubuhnya Shineblingz tersebut semata-mata ingin menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Dengan cuma bermodalkan BND500 sebagai langkah permulaan bagi menubuhkan syarikat sendiri, kini Shineblingz telah mempunyai beberapa cawangan di Brunei Darussalam. Muhammad Fahmi semasa
ditemu bual juga turut menjelaskan tentang produk Shineblingz (SB) di mana tambahnya SB wujud dari idea semasa kerap pergi melancong ke luar negeri dan bila pergi ke kompleks-kompleks yang menjual aroma-aroma bauan rumah atau haruman badan begitu tertarik dengan bauan yang pelbagai dan membuat kita rasa santai, dari sinilah juga keluar idea kenapa tidak mencuba melibatkan diri dalam menjual bauan aroma untuk rumah. "Minat yang mendalam pada bau-bauan yang menyegarkan terus membuat saya untuk terjun ke bidang perniagaan Shineblingz yang ada sekarang ini walaupun pada hakikatnya saya ketika itu tidak mempunyai apa-apa pengalaman tentang niaga, namun kerana ingin mencuba diiringi dengan usaha yang kuat ternyata Alhamdulillah ia sedikit sebanyak menampakkan hasil yang positif walaupun terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan kini bermula 1 September Shineblingz kami rebranding di penjenamaan semula," AWAL PENGENALAN Pada permulaannya produk SB ini memang sangat sukar untuk melihat hasilnya, ujar Awang Muhammad Fahmi apatah lagi produk ini baru saja dipasarkan, kerana ia masih asing bagi pengguna atau pembeli yang belum berapa mengenali produk ini, bahkan dalam masa sebulan ke dua bulan para pembeli produk SB tidaklah segah mana bahkan membuat diri hampir berputus asa, namun kerana semangat dan kepercayaan yang ada pada diri kami maka sebelum
berputus asa, kami ikhtiarkan bagaimana untuk mencari pasaran yang lebih positif dan mencari pelanggan dan syukur kepada Allah yang membuka jalan penyelesaian kepada kami dimana akhirnya marketing yang digunakan berjaya. "Sejak menyertai Consumer Fair yang berlangsung selama lima hari berturut-turut di Pusat Persidangan Antarabangsa, (ICC) Berakas SB kian mendapat tempat dihati peminat," ujarnya. Sekarang SB berjaya menarik perhatian orang ramai sehingga dapat meraih keuntungan yang memuaskan dan di luar jangkaan kami, keuntungan yang diperolehi hari demi hari semakin meningkat dan ini semua adalah berkat kepercayaan para pengguna dan peminat SB juga dan kami di team SB juga tidak lupa memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah kerana memberikan rezekinya hingga ke hari ini", tambah beliau. Sejak ia diperkenalkan SB kini menjadi pilihan banyak orang terutama mereka yang memang mengemari pada bau-bauan yang berunsurkan alami, santai dan menyenangkan fikiran kita, bahkan menurut Awang Muhammad Fahmi setakat ini SB juga ada menerima dan menghantar tempahan ke luar negeri seperti Sabah, Labuan dan Miri dan ini merupakan satu langkah awal untuk SB melangkah lebih jauh lagi dalam memperkenalkan aroma SB ke negara luar. Menurut Awang Muhammad Fahmi lagi, SB juga akan cuba memenuhi cita rasa pengguna dan pelbagai projek telah diatur bagi menambah lagi produk keluaran Shineblingz sendiri, apa yang kami perlukan ialah sokongan daripada rakyat Brunei sendiri dan sektor kerajaan. KEISTIMEWAAN PADA SB Mengikut Awang Muhammad Fahmi, keistimewaan pada SB ialah mereka boleh mengubah kekuatan
DUA pekerja Shineblingz bangga menunjukkan aroma Shineblingz.
essential oil tersebut dan menambah aroma baharu dengan kerjasama pengedar mereka ada ketika dan masa mereka akan turun padang sendiri untuk menilai aroma yang akan dipasarkan. Menurutnya lagi, kualiti adalah lebih penting untuk memberikan kepuasan kepada pembeli. Sejauh ini SB mempunyai lebih 15 aroma, namun sangat sukar untuk diramal aroma mana yang menjadi kegemaran kerana kesemua sentiasa mendapat sambutan walau bagaimanapun di antara aroma yang menjadi kegilaan dan pilihan ramai setelah diteliti atau dikira hot selling ialah wangian Cotton Candy dan Hokkaido Melon. PERANCANGAN DAN AZAM Dalam masa yang terdekat jelas-
SHINEBLINGZ haruman yang mempunyai pelbagai aroma.
SHINEBLINGZ begitu elegan dan harga sederhana (atas) sementara kiri, grapefruits antara aroma yang begitu menyegarkan.
nya SB akan membukakan pembelian secara online, untuk kemudahan para peminat Shineblingz membuat pembelian di mana sahaja. "Jika sambutan mengalakkan insyaaAllah SB akan membuka beberapa cawangan di daerah lain untuk kemudahan pembeli dan insyaaAllah, kami juga akan cuba untuk memberikan pekerjaan bagi membantu anak tempat untuk mendapat kerja sebagai salah satu usaha kami meningkatkan lagi Local Business Development (LBD) di negara ini. Dalam masa yang sama, kami ingin meningkatkan kemudahan pasaran produk-produk keluaran Shineblingz sendiri dan ke arah mencapai hasrat kami. Oleh itu, sokongan daripada pelbagai pihak adalah sangat-sangat kami perlukan." jelas Awang Rulizan Daud pula. Jelasnya lagi pada masa ini SB mempunyai tiga anak tempatan yang diambil bekerja di SB. Produk SB; Awang Muhammad Fahmi juga menjelaskan dimana setakat ini, Shineblingz mempunyai tiga cawangan, iaitu cawangan utama di tanjung bunut, kedua dan terkini, iaitu yang ketiga bertempat di komplek Rimba Giant yang berupa pushcart dan kiosk. Bagi mereka yang berminat atau ingin mengetahui dan melihat jenis aroma yang diinginkan bolehlah melayari laman sesawang www.shineblingz.com atau laman Instagram dan Facebook Shineblingz. Dengan adanya kemunculan anak-anak tempatan kitani dalam melibatkan diri di bidang perniagaan baik secara kecil-kecilan atau besar, negara turut berharap agar akan muncul lebih banyak lagi orang ketani menghasilkan pelbagai jenis perniagaan dan ini dengan sendirinya mampu dalam membantu mengurangkan penggantungan pada barangan import bahkan juga ia turut membantu negara menyahut matlamat Wawasan Brunei 2035, iaitu menuju ke arah ekonomi yang lebih dinamik dan berdaya tahan dan sekaligus mampu memperkenalkan produk hasil kita sendiri ke negara luar.
MINDA PEMBACA
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
Tingkatkan mutu sukan negara
S
UKAN di negara ini mengalami zaman kemelesetan yang begitu ketara kerana tiada lagi kejayaan yang diraih seperti zaman sebelumnya. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai rungutan daripada peminat sukan di negara ini. Tidak dapat dinafikan bahawa prestasi mutu sukan negara masih rendah berbanding dengan negara-negara lain. Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah program-program pembangunan atlet perlu diperbaiki dan diberi nafas baharu dalam usaha melahirkan atlet yang bedaya saing. Kerajaan melalui
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup untuk menyokong program-program pembangunan di negara ini. Program pembangunan sukan ini meliputi aspekaspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Oleh itu, para atlet-atlet negara haruslah bersyukur dengan apa yang telah disediakan oleh kerajaan. Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan ini amat
penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri dalam situasi pertandingan yang sebenar. Contohnya, pasukan bola sepak tidak mampu membentuk kesefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai kelebihan yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan mampu dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka. Pengambilan jurulatih dari luar negara, juga merupakan suatu usaha yang positif ke arah meningkatkan mutu sukan negara kerana para atlet dan ahli sukan akan mendapat bimbingan serta tunjuk ajar berterusan daripada jurulatih yang berwibawa. Para atlet dapat didedahkan dengan teknik, serta kemahiran bertaraf
23
dunia agar pemain kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan atletatlet di peringkat dunia. Konklusinya, mutu sukan di negara ini boleh berubah. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk memajukan lagi sukan di negara kita. Pihak kerajaan juga haruslah giat menjalankan kajian untuk memantapkan lagi sukan negara. Peribahasa Melayu ada menyatakan pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di air, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian negara. Nama : Nurrafhanah binti Romze No. K/P : 01-1032310 (K) Alamat : JHEU 76 , No. 1, Rumah Guru Berdekatan Sekolah Rendah Tanah Jambu, BU2119, Negara Brunei Darussalam
ISIKAN ESOK
TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA: 1. 'Ekopelancongan Memberikan Manfaat Kepada Negara'. Tarikh Tutup : 12 Oktober 2016. 2. 'Belia Digalak Ceburi Bidang Perniagaan'. Tarikh Tutup : 19 Oktober 2016. 3. 'Amalan Membentuk Gaya Hidup Sihat'. Tarikh Tutup : 26 Oktober 2016. Terma dan Syarat : 1. Penyertaan dibuka kepada remaja yang berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun, yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kecuali warga Jabatan Penerangan. 2. Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. 3. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon hendaklah disertakan dan dihantar kepada : Sidang Pengarang, Minda Pembaca Bahagian PELITA BRUNEI, Jabatan Penerangan Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam. atau melalui E-mel : pelita.brunei@information.gov.bn 4. Penyertaan terbaik akan disiarkan dalam Akhbar Rasmi Kerajaan PELITA BRUNEI dan pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND75.00.
Melaksanakan amanah tanpa mementingkan diri S
ESUNGGUHNYA kami pernah mengemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakan dan manusia pula sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia adalah sangat zalim lagi jahil.'' - Surah al-ahzab, ayat 72. Sifat adil dan amanah bukan tanggungjawab pemimpin kepada rakyat semata-mata tetapi juga rakyat kepada pemimpin dan tanggungjawab kepada diri sendiri. Kita secara lazimnya memahami bahawa tanggungjawab harus dilakukan oleh ketua kepada orang bawahannya
''
tetapi kita lupa mereka juga turut memikul peranan sebagai rakyat, suami, isteri, ibu, bapa, anak dan individu. Pada dasarnya setiap orang adalah pemegang amanah dan salah satu ciri sifat amanah apabila seseorang itu akan berusaha bertungkus lumus menunaikan tugas dan menyempurnakan kewajipan yang diberikan kepadanya. kecuaian untuk menyempurnakan kewajipan tersebut akan mendatangkan kepincangan dan kerugian kepada masyarakat dan negara. Sekiranya amanah tidak ditunaikan maka akan berlakulah seperti mana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam
SIFAT adil dan amanah bukan tanggungjawab pemimpin kepada rakyat semata-mata tetapi juga rakyat kepada pemimpin dan tanggungjawab kepada diri sendiri. Kita secara lazimnya memahami bahawa tanggungjawab harus dilakukan oleh ketua kepada orang bawahannya tetapi kita lupa mereka juga turut memikul peranan sebagai rakyat, suami, isteri, ibu, bapa, anak dan individu.
Surah Ali 'Imran, ayat 161 : Tafsirnya : ''Dan tidak mungkin seorang nabi berkhianat (dalam urusan harta rampasan perang). Dan sesiapa yang berkhianat nescaya dia akan datang membawa apa yang dikhianatkannya itu pada hari Kiamat. Kemudian setiap diri akan diberi balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang diusahakannya sedangkan mereka tidak dizalimi.'' Dalam usaha membangun dan memajukan sesebuah negara, kita memerlukan pentadbiran dan pengurusan yang berkualiti dan efisien. Sebagai sebuah negara Islam, kita amat bersyukur kerana Negara Brunei Darussalam telah meletakkan dasar pentadbiran negara menurut Islam, iaitu berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. ''Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah (yang diamanahkan kepada) kamu sedang kamu mengetahui.'' - Surah al-Anfal, ayat 27. Mengawasi diri daripada menggunakan tugas atau jawatan disandang untuk kepentingan kaum keluarga juga dianggap satu daripada usaha memegang amanah. Mereka yang dilantik
memegang jawatan dalam institusi kerajaan dan swasta juga mempunyai amanah yang perlu dipertanggungjawabkan. Mereka tidaklah boleh menggunakan kuasa sewenang-wenangnya melantik atau memilih orang yang tidak layak untuk memegang suatu jawatan. Kita tidak seharusnya menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga. Memelihara rahsia juga termasuk dalam pengertian amanah. Oleh itu, jangan sekali-kali dibenarkan lidah kita terlanjur membocorkan rahsia itu. Tindakan memilih orang yang kurang berkelayakan dengan sebab pilih kasih, hubungan kekeluargaan atau rasuah dianggap sebagai perbuatan khianat yang tercela. ''Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya (kamu) berlaku adil dan berbuat kebaikan serta membantu (dan mengukuhkan silaturahim) kepada kaum kerabat, dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kamu supaya kamu sentiasa beringat.'' - Surah An-Nahl, ayat 90.
24
NASIONAL
HARI RABU 12 OKTOBER 2016
Panglima RSAF dianugerahkan Lencana Juruterbang Kehormat
PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah menyempurnakan Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TUDB kepada Panglima Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), Mejar Jeneral Mervyn Tan Wei Ming.
RIMBA, Selasa, 11 Oktober Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menganugerahkan Lencana Juruterbang Kehormat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) kepada Panglima Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), Mejar Jeneral Mervyn Tan Wei Ming. Penghargaan ini adalah sebagai pengiktirafan keatas jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi perhubungan di antara TUDB dan RSAF. Sehubungan itu, Majlis Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TUDB berlangsung di Pangkalan TUDB Rimba dan disempurnakan oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah. Mejar Jeneral Mervyn Tan Wei Ming mengambil alih tugas sebagai Panglima RSAF pada 28 Mac 2016.
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto Ihsan : Kementerian Pertahanan Semasa berada di negara ini, Mejar Jeneral Mervyn Tan Wei Ming akan mengadakan kunjungan-kunjungan hormat pengenalan kepada Pemerintah ABDB dan rakan sejawat beliau, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri
Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah. Beliau berada di Negara Brunei Darussalam bagi menyaksikan Eksesais dua hala Airguard pada 12 Oktober 2016.
Layari Epaper Pelita Brunei
Cawangan Operasi 'E' JBP juarai Rip It Off BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 10 Oktober. - Cawangan Operasi 'E' Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) muncul johan keseluruhan acara Kemalangan Jalan Raya (Rip It Off) pada Pertandingan Kemahiran Bomba 2016. Naib johan disandang oleh Cawangan Operasi 'C', manakala Cawangan Operasi 'G' di tempat ketiga. Sementara itu, Ahli Bomba NO. 942, Mohd. Hazizan bin Haji Mazin dari Cawangan Operasi 'F' (Balai Bomba Pengkalan Batu) pula menjadi juara bagi segmen kedua pertandingan iaitu Braveheart Challenge 2016. Hadiah-hadiah kepada para peserta disampaikan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat, Leftenan Kolonel (B), Awang Yahya bin Haji Abdul Rahman yang berlangsung pagi tadi di Padang Kawad, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Berakas, di sini. Sebanyak tujuh Cawangan Bomba dan Penyelamat menyertai segmen Kemalangan Jalan Raya dan seramai lima orang peserta menyertai segmen Braveheart Challenge 2016. Segmen pertama iaitu Kemalangan Jalan Raya memperlihatkan proses menyelamat yang cekap, berkesan dan selamat di mana ianya menunjukkan peserta akan membuat teknik menyelamat seperti penstabilan kenderaan, mencari tempat masuk, pengurusan cermin, membuat ruang kerja, membuat tempat masuk keseluruhan (full roof remove) dan mengeluarkan mangsa dengan selamat. Manakala segmen kedua iaitu Braveheart Challenge, acara yang julung-julung kali dianjurkan itu adalah merupakan acara perseorangan untuk menguji kekuatan fizikal dan mental serta ketahanan jasmani dalam menghadapi pelbagai cabaran dengan cepat, tepat, disiplin serta strategi dan teknik kemahiran menyelamat mangsa di tempat tinggi. Pertandingan bertujuan untuk
PENGARAH Bomba dan Penyelamat, Awang Yahya bin Haji Abdul Rahman menyampaikan hadiah kepada Johan Keseluruhan Pertandingan Kemahiran Bomba bagi Tahun 2016 iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Cawangan Operasi 'E'
Oleh : Aimi Sani Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah menguji ketahanan mental dan fizikal berpasukan, untuk memperlihatkan kemahiran dan kecekapan peserta dalam penggunaan serta pengendalian peralatan memadamkan kebakaran dan menyelamatkan nyawa, di samping membina semangat kerjasama berpasukan dan bagi menimbulkan suasana muhibah di antara para peserta. Para pemenang akan mewakili JBP ke Pertandingan International Elite Rescuers Exchange Workshop, Singapore Global Fire Fighters and Paramedics Challenge dan Singapore Civil Defence Parade yang akan diadakan pada 11 - 12 November 2016 di republik berkenaan. Sementara itu, semasa sesi kongsi sama sejurus selesai pertandingan, Pengarah Bomba dan Penyelamat, Leftenan Kolonel (B), Awang Yahya bin Haji Abdul Rahman berkata pertandingan dianjurkan bagi
meningkatkan profesionalisme anggota bomba bagi menguji kecergasan, ketangkasan, ketahanan mental, fizikal untuk diri sendiri dan juga berpasukan. Pertandingan itu ujarnya, merupakan acara tahunan JBP yang mana selain memperlihatkan kemahiran dan kecekapan peserta dalam penggunaan serta pengendalian peralatan memadamkan kebakaran dan menyelamat jiwa, ianya juga bertujuan untuk membina semangat kerjasama berpasukan di dalam acara yang dipertandingkan nanti. Bagi Ahli Bomba NO. 942, Mohd. Hazizan bin Haji Mazin dari Cawangan Operasi 'F' (Balai Bomba Pengkalan Batu) pula, beliau akan berusaha lebih keras untuk meletakkan Negara Brunei Darussalam di tempat ketiga teratas bagi acara yang akan dipertandingkan di Republik Singapura itu nanti.
Siaran Akhbar dan Carta : Jabatan Penerangan BANDAR SERI BEGAWAN. - Epaper Pelita Brunei merupakan surat khabar Pelita Brunei dalam versi digital dan mula beroperasi pada 18 Jun 2016. Ia boleh dilayari melalui www.pelitabrunei.gov.bn/epelita. Dikemaskinikan setiap tiga kali seminggu, iaitu hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Terdapat 24 halaman muka surat dimuatkan ke dalam Epaper tersebut yang boleh dilayari melalui internet sama ada menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar dan sebagainya. Antara ciri-ciri Epaper Pelita Brunei ialah PDF boleh dimuat-turun (dijadikan simpanan arkib, rujukan dan sebagainya dalam telefon pintar atau komputer). Epaper ini juga boleh disaksikan secara 'Thumbnails' (boleh dilihat secara keseluruhan atau paparan kecil kesemua muka surat Pelita Brunei dengan nombor muka suratnya). Epaper ini juga boleh diikuti atau dikongsikan secara aplikasi Facebook, Twitter, Linked In, Tumblr, Google Plus, E-Mail dan VK. Di dalam Epaper ini juga terdapat ruang carian search mengenai Epaper Pelita Brunei dengan menggunakan teks tidak kurang dari tiga huruf. Tujuan Epaper ini adalah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang tidak memperolehi Pelita Brunei secara bercetak. Oleh kerana itu, Epaper dibuat bagi memudahkan mendapatkan berita terkini dengan menggunakan kemudahan internet secara lebih cepat serta mengurangkan penggunaan kertas.
BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn
“TERAPKAN NILAI-NILAI MURNI DALAM MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN MENTAL�