Pelita Brunei - Rabu 14 Dis 2016

Page 1

''INI janji kepada orang yang ikhlas kerana Allah. Ikhlas kepada agama-Nya. Rahsia ikhlas itu amatlah agung, dalam apa saja perkara. Ia sangat berkat lagi dituntut, bukan saja dalam beribadat, malahan juga dalam semua keadaan : dalam belajar, dalam mencari nafkah, dalam kehidupan berkeluarga dan bernegara, semuanya menghendaki ikhlas. Jika tanpa ikhlas, akan pahitlah natijahnya.'' - Titah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tahun 1431 Hijrah / 2010 Masihi.

''KATAKANLAH wahai Nabi Muhammad! Jika kamu mengasihi Allah maka ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu. dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran, ayat 31).

4.46

TAHUN 61 / BILANGAN 150

4.56

6.20

14 DISEMBER 2016 / 1438

6.44

12.16

14

3.38

6.10

7.25

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Maulidur Rasul lambang perpaduan umat Islam

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1438 Hijrah. Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel. - Foto : Mohamad Azmi Awang Damit (Lihat muka 4, 5, 12 dan 13).

Oleh : Abdullah Asgar, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Hamzah Mohidin, Mohd. Sahrizal Haji Said

Muka 6

ISTIADAT Penutup Dikir Maulud

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 12 Disember. Alhamdulillah, umat Islam sejagat tidak pernah lupa setiap 12 Rabiulawal merupakan sejarah penting dalam kalendar Islam kerana lahirnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sehingga kehebatannya menerangi kehidupan umat dan berkembangnya syiar Islam ke hari ini. Memperingati hari bersejarah

Faksimile: 2381004

kelahiran Junjungan Agung kita yang sudah sebati menjadi tradisi di negara ini, Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan menjadi tumpuan utama perhimpunan perarakan yang dibanjiri seawal pagi oleh lebih 12 ribu rakyat dan penduduk Islam dari segenap peringkat usia. Ke muka 4

Layari Layari Laman Laman Web: Web: www.pelitabrunei.gov.bn www.pelitabrunei.gov.bn


2

HASRAT NEGARA

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

Kukuh, perkasa akidah demi keselamatan, kesejahteraan umat Islam Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem Alhamdulillah Rabbil 'Alameen, Wabihiee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu' Wassalaamu 'Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

14 DISEMBER 2016 BERSAMAAN 1438

PKBN LAKAR SEJARAH

P

M

ARILAH kita sama-sama bersyukur, kerana dapat lagi menyambut Maulid Ar-Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam, iaitu suatu detik bersejarah untuk dunia dan manusia. Al-Quran sendiri telah memberitahu, siapa dia Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu. Baginda adalah lampu yang terang benderang dan rahmat bagi seluruh alam. Apakah yang lebih bermakna dari lampu untuk menerangi keadaan gelap gelita dan rahmat untuk mengeluarkan manusia dari azab sengsara? Andainya tanpa Baginda, dunia ini memang akan terus gelap. Sementara rahmat pula akan tetap jauh daripada kita. Tetapi Allah Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, diutus-Nya Nabi dan Rasul terakhir, Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk menjadi suluh dan rahmat bagi alam semesta. Tidak diragukan lagi, Nabi Muhammad Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah benar-benar kekasih Allah, dengan Baginda itu dikurniakan banyak kelebihan dan keistimewaan yang tidak pernah diberikan kepada orang lain. Di antara kelebihan dan keistimewaan tersebut, terdapat dalam lafaz ''syahadah", di mana nama Baginda telah disebut beriringan selepas Nama Allah sendiri : "Asyhadu An Laa llaha lllallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah". Selain daripada itu, Allah dan para malaikat-Nya juga adalah berselawat ke atas Baginda, sebagaimana disebut oleh Al-Quran, Surah Al-Ahzab, ayat 56. Kemudian, yang sangat-sangat kita hajati, Baginda itu juga pada hari akhirat kelak, akan diizinkan oleh Allah, untuk memberi syafaat kepada kita umat Islam. Syafaat ertinya, ialah pertolongan Nabi untuk meringan atau melepaskan kita daripada kesusahan. Walaupun Baginda sudah tiada, namun hubungan intim dengan Baginda itu tetap saja wujud. Ini berlaku, ketika kita melakukan azan atau mendirikan sembahyang atau berselawat ke atas Baginda di luar sembahyang. Semua ini membawa makna, bahawa hubungan kita dengan Baginda itu adalah tidak putus. Inilah untungnya kita orang Islam, di setiap ketika dapat mengaut pahala, hanya dengan menyebut-nyebut nama Baginda sahaja. Sekali berselawat ke atas Baginda, Allah akan membalas selawat kita itu dengan sepuluh selawat. Maka memang wajarlah bagi kita memperingati Maulid Ar-Rasul itu sebagai tanda kasih kita kepada Baginda, dan

14

TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, pada hari Ahad, 12 Rabiuawal 1438 Hijrah / 11 Disember 2016 Masihi.

sambil itu kita juga dapat memperbaharui azam untuk lebih kuat lagi berpegang kepada Islam yang telah dibawa oleh Baginda. Di zaman yang serba rosak ini, banyak anasir yang suka memprovok Islam dan umat Islam, supaya Islam dan umatnya lemah. Provokasi itu pula pelbagai bentuknya, bukan satu dua tetapi banyak. Pada ketika ini, kita mendengar laporan-laporan mengenai tindakan-tindakan yang diambil ke atas orang-orang Islam yang menjadi penduduk minoriti kepada negara tersebut. Beta berharap pihak-pihak yang berkenaan akan mencari resolusi aman bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan bagi semua penduduk. Atas nama Islam ugama rahmat dan atas nama kemanusiaan serta semangat solidarity serantau, maka kita berharap isu ini akan segera ditangani dengan seadil-adilnya. Pada hemat beta, untuk umat Islam ini

selamat, mereka mestilah menguatkan akidah, iaitu ajaran yang dibawa oleh Nabi kita, Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Umat Islam di zaman keemasan dahulu lebih mengutamakan akidah daripada yang lain-lain. Kerana itulah mereka selamat dan bahkan kuat, digeruni oleh kawan dan lawan. Maka bersukut dengan Maulid Ar-Rasul yang sedang kita sambut kini, beta berseru terutama kepada pihak-pihak berkenaan yang sedia dibebankan dengan tanggungjawab dakwah, supaya mengambil pendekatan lebih bersungguh-sungguh ke arah memperkukuh dan memperkasa akidah. Kita tidak boleh menunggu lama-lama, kerana jika kita lambat, anasir akan mengambil kesempatan daripada kelambatan kita itu. Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

''PADA hemat beta, untuk umat Islam ini selamat, mereka mestilah menguatkan akidah, iaitu ajaran yang dibawa oleh Nabi kita, Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. ''Umat Islam di zaman keemasan dahulu lebih mengutamakan akidah daripada yang lain-lain. Kerana itulah mereka selamat dan bahkan kuat, digeruni oleh kawan dan lawan.''

DISEMBER

14 15 16 17 18 19 20

ROGRAM Khidmat Bakti Negara (PKBN) bagi pengambilan keenam telah melakar sejarah apabila buat pertama kalinya diadakan Kem Latihan PKBN yang baharu di Kampung Gadong Baru, Mukim Batu Apoi. Di samping itu, pengambilan para pelatih PKBN kali ini merupakan yang terbesar setakat ini dengan seramai 359 belia terdiri daripada 281 lelaki dan 78 perempuan mengikut latihan mengatasi pengambilan-pengambilan yang terdahulu. Jumlah ini termasuk juga seramai 15 orang pelatih (12 lelaki dan tiga perempuan), terdiri daripada mereka yang telah diberikan peluang menyertai latihan ini bagi fasa pertama iaitu fasa penghijrahan minda dan disiplin diri melalui Program Inovasi Belia Berwawasan yang merupakan program rintis yang dibangunkan bersama Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan Pusat Perkembangan Inovasi Pelajar Politeknik Brunei. Majlis Pelancaran PKBN Pengambilan Keenam telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof baru-baru ini, yang mana pada majlis tersebut Yang Berhormat turut menyatakan bahawa sejarah juga telah diukir bila mana Kem Latihan PKBN yang baharu dan lengkap serta serba moden mula digunakan oleh Pengambilan Ke-6 ini, iaitu bersukut baik dengan bulan kelahiran Rasul dan Pemimpin Agung Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu bulan Rabiulawal. Di samping itu, jelas Yang Berhormat kedudukan strategik Kem Latihan PKBN di Mukim Batu Apoi turut menjadi mercu tanda baharu bagi Daerah Temburong. Dengan terbina dan kewujudan Kem Latihan PKBN yang baharu tersergam ini adalah sejajar dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui titah baginda semasa Majlis Perbarisan Tamat Latihan PKBN Pengambilan Pertama tahun 2013 yang antara lain baginda bertitah menekankan - ''Dalam melaksana program ini, perlulah dipastikan kurikulumnya, infrastruktur, kesesuaian jurulatih dan penyelia serta peralatannya. Semua itu biarlah yang terbaik, sempurna dan terjamin selamat.'' Perkara ini juga membuktikan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerajaan baginda secara terus menerus memberikan keutamaan terhadap latihan pembangunan belia khususnya PKBN. PKBN telah berjaya mengorak langkah dengan lebih jauh dan meyakinkan dalam mengukuh dan mempertingkatkan imej serta kedudukannya sebagai program strategik nasional yang terunggul dan cemerlang melahirkan belia dan beliawanis yang dinamik dan patriotik dan bertanggungjawab. Jelas Yang Berhormat lagi, selain menjadi mercu tanda baharu menaikkan profil Daerah Temburong, dalam tempoh jangka masa yang panjang, adalah diyakini kewujudan kem latihan ini akan dapat membantu dalam menjana pelbagai aktiviti perekonomian rakyat dan penduduk daerah ini dan secara tidak langsung akan dapat membantu usaha meningkatkan sosioekonomi masyarakat dan daerah ini, terutama apabila jambatan yang akan menghubungkan Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong yang pada masa ini sudah dalam pembinaan, siap sepenuhnya kelak. Melalui latihan dalam PKBN ini diharap ia akan membentuk para pelatih menjadi belia dan beliawanis yang memiliki jiwa kental berjiwa besar dan berakhlak mulia iaitu memiliki nilai-nilai iman dan ihsan. Di samping itu, para pelatih diharap akan menjadi 'role model' / penyuntik semangat para belia dan beliawanis yang lain dalam sama-sama menyokong dan menjayakan hasrat kerajaan menuju Wawasan Brunei 2035 melalui pengukuhan jati diri, berdaya saing, bijak dan kreatif sesuai dengan moto PKBN 'Bersedia Berkhidmat Berbakti'. Selain itu, para pelatih akan didekatkan dan ditanamkan dengan ilmu dan pendedahan latihan fizikal, pembentukan karakter, kenegaraan dan khidmat komuniti melalui modul-modul program yang telah dipertingkatkan dan diperbaiki semenjak dari pengambilan pertama dengan mengutamakan penerapan konsep Melayu Islam Beraja. Oleh yang demikian, diharap para pelatih PKBN ini akan memanfaatkan segala ilmu dan latihan dijalankan untuk melengkapkan diri mereka sebagai belia yang akan menyumbang bakti kepada negara pada masa akan datang. Ketua Penyuntingan (Rd)

RABIULAWAL

14 15 16 17 18 19 20

4 . 46 4 . 47 4 . 47 4 . 48 4 . 48 4 . 49 4 . 49

4 . 56 4 . 57 4 . 57 4 . 58 4 . 58 4 . 59 4 . 59

6 . 20 6 . 20 6 . 21 6 . 21 6 . 22 6 . 22 6 . 23

6 . 44 6 . 44 6 . 45 6 . 45 6 . 46 6 . 46 6 . 47

12 . 16 12 . 16 12 . 17 12 . 17 12 . 18 12 . 18 12 . 19

3 . 38 3 . 38 3 . 39 3 . 39 3 . 40 3 . 40 3 . 41

6 . 10 6 . 11 6 . 11 6 . 12 6 . 12 6 . 12 6 . 13

7 . 25 7 . 25 7 . 26 7 . 26 7 . 27 7 . 27 7 . 28


3

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

Utus tahniah sempena Pengisytiharan YDP Agong Malaysia Ke-15

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Kelantan Darul Naim bersempena dengan pengisytiharan baginda menjadi Yang Di-Pertuan (YDP) Agong Malaysia Yang Kelima Belas. Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdoa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong serta kerabat diraja sentiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat dan di bawah pemeliharaan Allah Subhanahu Wata'ala jua.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Kelantan Darul Naim bersempena dengan pengisytiharan baginda menjadi Yang Di-Pertuan (YDP) Agong Malaysia Yang Kelima Belas. Di dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V di atas pengisytiharannya menjadi Yang Di-Pertuan Agong Malaysia dan seterusnya menghargai hubungan silaturahim serta kerjasama erat dan mesra yang sekian lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia. Baginda yakin bahawa hubungan sedemikian akan terus berkekalan dan dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua buah negara. Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, baginda dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdoa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong serta kerabat diraja sentiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat dan di bawah pemeliharaan Allah Subhanahu Wata'ala jua.

Perutusan tahniah kepada Perdana Menteri New Zealand baharu BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 12 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang Amat Berhormat Simon William English berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri New Zealand. Dalam titah perutusan tahniah tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia

berharap semoga Tuan Yang Terutama Yang Amat Berhormat berjaya dalam menjawat jawatannya yang baharu itu dan akan dapat bekerja rapat dengan Tuan Yang Terutama Yang Amat Berhormat dalam meningkatkan lagi persahabatan yang mesra dan kerjasama yang telah dinikmati di antara kedua-dua buah kerajaan dan juga rakyat negara masingmasing, sama ada dalam bidang dua hala mahupun sebagai rakan kongsi di rantau Asia-Pasifik. Pada mengakhiri perutusan tersebut, baginda mengucapkan salam muhibah kepada Tuan Yang Terutama Yang Amat Berhormat Simon William English.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang Amat Berhormat Simon William English berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri New Zealand.

DARE lawat MSME bagi kumpul maklumat Siaran Akhbar : DARE BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Disember. - Darussalam Enterprise (DARE) akan melawat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) di Jaya Setia, Delima / Serusop dan Kiulap bermula Rabu ini bagi mendapatkan maklum balas dan memahami operasi mereka.

Inisiatif outreach, yang akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang itu akan menyaksikan kakitangan DARE melawat MSME secara peribadi untuk mendapatkan maklumat termasuk kebimbangan merekayang akan membolehkan DARE untuk membentuk dan menyediakan penyelesaian khusus yang akan membantu pertumbuhan jangka panjang mereka.

Semasa pendekatan tersebut, DARE meminta sokongan MSME dan memastikan bahawa maklumat yang dikumpul semasa temu duga akan dirahsiakan. Lawatan ke tiga-tiga kawasan ini dijangka berlangsung sehingga 6 Januari. Inisiatif ini disokong oleh Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri.

DARE adalah sebuah badan berkanun dengan tujuan untuk memupuk dan menyokong perusahaan tempatan dari permulaan kepada pertumbuhan. DARE bekerja rapat dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dengan tujuan untuk memupuk pertumbuhan perusahaan perniagaan untuk meningkatkan eksport negara dan pertumbuhan KDNK.


4

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

Maulidur Rasul lambang perpaduan umat Islam

BERANGKAT sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Peringkat Negara 1438 Hijrah / 2016 Masihi di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

Oleh : Abdullah Asgar, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Hamzah Mohidin, Mohd. Sahrizal Haji Said Dari muka 1 Perhimpunan perarakan Maulidur Rasul itu tampak lebih bermakna dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1438 Hijrah. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

ANTARA pegawai kanan yang hadir pada Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1438 Hijrah.

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1438 Hijrah serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan yang lain. Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel. Sejurus keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang juga disertai dengan pukulan hadrah terdiri daripada 100 pelajar masing-masing dari Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah; Universiti Islam Sultan Sharif Ali; Politeknik Brunei; Hadrah Al-Mujahidun dan Al-Razzak, majlis segera dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz HajiAwang Badaruddin menjunjung kasih atas keberangkatan Kebawah DYMM dan seterusnya berkenan menyertai perarakan Maulud yang menandakan mendalamkan lagi kenangan serta kasih sayang terhadap Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, yang diutus oleh Allah sebagai rahmat pada seluruh alam. "Alhamdulillah acara perhimpunan dan perarakan yang sudah menjadi tradisi yang baik sebagai amalan keugamaan ini adalah juga melambangkan

perpaduan di kalangan rakyat dan penduduk khasnya yang berugama Islam. "Semangat bersatu padu sangat penting dipelihara dan sekali gus dibuktikan untuk mengekalkan kehidupan kita yang harmoni, aman damai dan sejahtera di negara ini," jelas Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama ketika menyembahkan ucapan alu-aluan di Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1438H yang berlangsung di Taman Sultan Haji Omar'Ali Saifuddien di ibu negara. Ke muka 5

PARA jemputan khas yang hadir pada Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1438 Hijrah.

PERSEMBAHAN Dikir Marhaban dari Kumpulan Dikir Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dengan sokongan pegawai serta kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama menyerikan lagi sambutan tersebut.


5

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

Maulidur Rasul lambang perpaduan umat Islam

BERTUAH kerana dapat bersua muka dan menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia di perhimpunan dan perarakan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di ibu negara.

Dari muka 4

KEBAWAH DYMM berkenan menerima junjung ziarah daripada peserta-peserta muda yang menyertai perhimpunan dan perarakan sempena Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara Bagi Tahun 1438 Hijrah.

Oleh : Abdullah Asgar, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Hamzah Mohidin, Mohd. Sahrizal Haji Said

SEMBAH alu-aluan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1438 Hijrah serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi sambutan yang lain.

Yang Berhormat seterusnya menyembahkan tema Sambutan Maulud Nabi tahun ini, 'Berwawasan Yang Berkat Dengan Bercontoh Kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam' sebagai sebahagian sumbangan ke arah memandu cara kita berfikir, bertindak dan berusaha mencapai Wawasan Negara 2035 yang menghasratkan rakyat serta negara berada pada tahap negara juga rakyat yang berkemajuan dengan berkehidupan taraf tinggi dan berpendidikan. Namun kesemua itu, tambahnya, hendaklah berkeberkatan, bukan saja-saja dengan indeks pencapaian yang membanggakan. "Berkat dan keberkatan yang dimaksudkan ialah apabila fikiran, tindakan serta usaha mencapai kemajuan yang dimatlamatkan menerusi Wawasan Negara 2035 itu ialah kemajuan di semua bidang yang diredai oleh Allah dengan sentiasa berpandukan ajaran-ajaran-Nya dan ajaran daripada kepimpinan Rasul-Nya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. "Menerusi keredaan Allah itulah datangnya berkat, sebagaimana yang telah terbukti kepada Brunei sepanjang sejarahnya membawa ke zaman modenisasinya, iaitu Brunei yang bertaut kepada dasar-dasar keimanan dan ketakwaan kepada Allah," tegasnya lagi. Yang Berhormat seterusnya mendoakan agar kita akan kekal berada pada landasan tersebut untuk jangka panjang bagi zuriat keturunan kita, generasi demi generasi Brunei yang Melayu Islam Beraja. Lazimnya seperti tahun-tahun sebelumnya Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat menerima junjung ziarah daripada ketuaketua pasukan serta sebahagian mereka yang ikut serta, iaitu sebanyak 129 pasukan dengan keramaian 12,207 orang. Acara diteruskan dengan Persembahan Dikir Marhaban daripada Pasukan Dikir

Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dengan sokongan daripada pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan seterusnya diikuti pelepasan sebanyak 21 das tembakan meriam. Bagi memohon berkat dan syafaat pada majlis yang berkebajikan itu, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan. Selepas itu, Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal mengepalai bacaan Selawat bagi memulakan perarakan sejauh 3.7 kilometer mengelilingi sebahagian kawasan di ibu negara didahului oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diikuti oleh kerabat diraja dan pembesar-pembesar negara serta pasukan-pasukan yang menyertai perarakan kali ini. Pertandingan perhimpunan perarakan dan perbarisan disertai oleh sebanyak 29 pasukan bagi Kategori Sekolah Menengah / Arab / Institusi Pengajian Tinggi / Maktab / Swasta, 18 pasukan bagi Kategori Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan, 24 pasukan Kategori Persatuan-Persatuan dan Sektor Swasta serta 27 pasukan bertanding dalam Kategori Kampung dan Masjid. Selain tumpuan utama sambutan di Daerah Brunei dan Muara, tiga daerah lain juga tidak ketinggalan mengadakan acara yang sedemikian demi sama-sama memuji dengan berselawat juga mengharap ganjaran pahala serta rahmat Allah dalam suasana keadaan begitu mengizinkan. Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1438H membawa tema 'Berwawasan Yang Berkat Dengan Bercontoh Kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam'. Allah menegaskan menerusi firman-Nya yang tafsirnya : "Demi sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada contoh yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredaan) Allah dan (kebahagiaan) hari akhirat serta banyak berzikir memperingati Allah." (Surah Al-Ahzab : 21).


6

AGAMA

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

Istiadat Penutup Dikir Maulud Bacaan dikir yang dibawakan antaranya ialah Khairuman, Bisyahrin, Alhamdu dan Badat manakala persembahan Marhaban juga dibawakan oleh pegawai-pegawai masjid dan imam-imam dan apabila sampai pada bacaan 'Ya Habibi' majlis diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das. Sementara Doa Dikir dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz, diikuti dengan

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Tengah, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali Doa Selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal. Berangkat dan hadir pada majlis itu, Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Pengiran-Pengiran

Peranakan, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, AhliAhli Majlis Mesyuarat Negara, Pehin-Pehin Menteri, Manteri-Manteri Pedalaman dan Setiausaha-Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

ISTIADAT Penutup Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1438 Hijrah dilangsungkan di hadapan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 12 Disember. - Majlis Dikir Syarafil Anam yang diadakan di seluruh masjid, surau dan balai ibadat sempurna dilaksanakan sepanjang 12 malam berturut-turut dan tidak terkecuali juga di Istana Nurul Iman. Penutupan Dikir Syarafil Anam di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman dilangsungkan di hadapan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria

Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar. Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang dan diikuti dengan Dikir Assalamualaika yang dibawakan oleh pegawai-pegawai masjid dan imam-imam.

SUASANA Istiadat Penutup Dikir yang berlangsung di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman.

KHEDN semarak sambutan Maulud Nabi Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Hamzah Mohiddin BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Disember. - Bagi membesarkan dan menyemarakkan lagi hari-hari kebesaran Islam di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bagi Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama, Berakas. Majlis dimulakan dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh johan Musabaqah Tialawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-15 di Rusia, Awang Mohammad bin Ali dari

Firqatunnida dan diikuti dengan ucapan alu-aluan Pesuruhjaya Buruh, Awang Ajman bin Haji Meludin selaku Pengerusi Majlis. Pada majlis tersebut diisikan dengan Ceramah Khas Maulidurrsaul bertajuk 'Wawasan Berkat Dengan Mencontohi Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam' yang disampaikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Kamaru Salam bin Yusuf. Dalam ceramahnya, beliau antara lain mengingatkan kita untuk mencontohi Baginda Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan mencontohi akhlak dan sifat Baginda selain menggariskan tema sambutan dan bagaimana aplikasinya. Majlis sambutan itu merupakan kegiatan tahunan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya yang merupakan salah satu platform untuk sama-sama meraih keberkatan dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong hadir di Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam anjuran KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya.

serta syafa'at dari Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ,iaitu dengan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda dan ahli keluarga

SEBAHAGIAN penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung bersama para pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya yang hadir pada majlis tersebut.

Baginda. Seterusnya, bagi mengikuti sunnah dan ajaran Baginda dalam semua aspek kehidupan seharian sesuai dengan

tema sambutan pada tahun ini, iaitu 'Berwawasan dengan bercontoh kepada Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam'.

PESURUHJAYA Buruh, Awang Ajman bin Haji Meludin selaku Pengerusi Majlis semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis tersebut.

TIMBALAN Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam UNISSA, Dr. Kamaru Salam bin Yusuf semasa menyampaikan Ceramah Khas.


NASIONAL

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

7

Kementerian Kewangan adakan majlis sambutan Maulud Nabi Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

YANG Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Pemangku Menteri Kewangan, semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Kementerian Kewangan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Disember. Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di dalamnya turut menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Majlis Ceramah Khas yang diselajurkan Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran yang berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan. Majlis diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk 'Berpegang dengan sunnah di akhir zaman' disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Muhammad Yussof

bin Haji Abd. Majid Pemangku Menteri Kewangan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim hadir selaku tetamu kehormat. Majlis adalah salah satu aktiviti tahunan Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya dalam sama-sama memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan pada tahun ini majlis tersebut diungkayahkan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Membaca

Ayat-Ayat Suci Al-Quran bagi Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun ini. Seramai dua orang peserta dari Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, dua orang peserta daripada Darussalam Assets, dua orang peserta daripada Tabung Amanah Pekerja seorang peserta daripada Bahagian Perbelanjaan dan seorang daripada Jabatan Perbendaharaan telah menyertai pertandingan yang telah diadakan pada 8 Disember lalu. Juara bagi Kategori Qari disandang oleh Awang Abd Rahim bin BPSKDSS Haji Mohd Tamin dari Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, naib juara diraih

oleh Awang Haji Muhd Nazirulariffin bin Haji Md Zaini dari Bahagian Perbelanjaan dan tempat ketiga diberikan kepada Awang Mohammad Salehin bin Haji Basir dari Darussalam Assets. Bagi Kategori Qariah pula, juara dimenangi oleh Dayang Amal Afiqah binti Ali dari Darussalam Assets, naib juara diberikan kepada Dayangku Hasrina binti Pengiran Haji Hashim dari Tabung Amanah Pekerja dan tempat ketiga diraih oleh Dayang Siti Shahzalina binti Shahminan dari Jabatan Perbendaharaan. Majlis penyampaian hadiah-hadiah dan sijil-sijil penyertaan disempurnakan oleh tetamu kehormat sekali gus dengan penyampaian cenderahati kepada hakim-hakim bagi Pertandingan Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan dan Bahagian, Pegawai-pegawai Kanan serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Pelita Brunei sempat menemu bual juara qariah, Dayang Amal Afiqah

binti Ali, dari Darussalam Assets yang mana beliau melahirkan rasa syukur kerana ini merupakan kali pertama beliau memenangi tempat pertama dan pertandingan membaca Al-Quran. ''Sebelum ini saya memang pernah menyertai beberapa pertandingan membaca Al-Quran tetapi tidak pernah meraih kemenangan. InsyaaAllah saya akan terus berlatih bagi meningkatkan mutu bacaannya di samping menjaga pemakanan bagi menjaga suara,'' ujarnya yang baru bertugas di Darussalam Assets selama dua tahun itu.

TEMU RAMAH bersama pemenang Qariah Dayang Amal Afiqah binti Ali dari Kementerian Kewangan.

Majlis Resepsi Ulang Tahun Hari Kebangsaan Qatar

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Qatar, Tuan Yang Terutama Saleh Mohammed Al-Nesef ketika memotong kek Ulang Tahun Hari Kebangsaan Qatar, yang telah berlangsung di Rizqun International Hotel. Turut bersama, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, TYT Hisham bin Abdul Wahab bin Abdullah Zara; Charge d'Affaires di Kedutaan Besar Kuwait, Tuan Tariq Al-Yassin dan Charge d'Affaires di Kerajaan Kesultanan Oman, Yuan Mahmood Al-Hinai.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 13 Disember. - Majlis Resepsi Makan Malam sempena sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Qatar Ke-45 Tahun berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong. Majlis tersebut dihoskan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Qatar, Tuan Yang Terutama Saleh Mohammed Al-Nesef. Hadir mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman. Resepsi Makan Malam itu dimulakan dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan disusuli dengan Lagu Kebangsaan

Oleh : Khartini Hamir Foto : Azmah Haji Ahad Qatar kemudian diikuti bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Awang Muhammad bin Ali. Pada majlis itu, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Qatar juga memotong kek Ulang Tahun Hari Kebangsaan Qatar. Turut sama, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, TYT Hisham bin Abdul Wahab bin Abdullah Zaraa; Charge d'Affaires di Kedutaan Besar Kuwait, Tuan Tariq Al-Yassin; dan Charge d'Affaires di Kerajaan Kesultanan Oman, Tuan Mahmood Al-Hinai. Di majlis itu juga turut diisikan

dengan tayangan klip video mengenai Negara Qatar. Hubungan diplomatik kedua-dua buah negara terjalin sejak tahun 2008 dan terus berkembang melalui bidang perdagangan, ekonomi, kebudayaan, perhubungan, pendidikan, kesihatan, pelancongan dan sukan. Selain itu kedua buah negara juga adalah merupakan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Persidangan Negara-Negara Islam, Pergerakan Negara Berkecuali dan G77. Ulang Tahun Kebangsaan Negara Qatar diraikan setiap 18 Disember setelah secara rasminya mencapai kemerdekaan pada 3 September 1971.

B {CODE} - Pertandingan Pengkodan Brunei Siaran Akhbar : Pusat Kebangsaan E-Kerajaan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 14 Disember. - B {CODE} adalah Hackathon Peringkat Kebangsaan Negara Brunei yang pertama bertujuan untuk membawa penginovasi, pemaju dan pihak berkepentingan utama bersama-sama dan secara kolaboratif menyelesaikan masalah dunia sebenar. Inisiatif itu bertujuan untuk melibatkan diri dan memanfaatkan masyarakat tempatan, dengan matlamat untuk menyediakan peserta dengan platform untuk

mempamerkan bakat mereka dan kemahiran pengkodan. Matlamat hackathon adalah untuk menggalakkan inovasi, merangsang idea dan memandu kreativiti di kalangan perniagaan tempatan, pelajar dari institusi pengajian tinggi dan juga orang awam. Tema pertandingan ini adalah untuk menangani dan mengemukakan penyelesaian kepada cabaran Negara Brunei Darussalam hadapi, melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Satu set soalan dan masalah yang perlu ditangani melalui hackathon ini telah dibangunkan dan boleh dilihat di laman web kami di http://www.b-code.gov.bn. Melalui hackathon ini, adalah diharapkan dapat merangsang penyelesaian berkekalan kepada kebimbangan yang dihadapi oleh masyarakat kita hari ini, dan dengan itu menggalakkan para ahli perniagaan dan orang ramai untuk membangunkan idea-idea dan cadangan tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.

Ia juga diharap dapat meningkatkan kesedaran dan menggalakkan kerjasama antara perkongsian sektor awam dan swasta dalam pembangunan ICT dan mewujudkan peluang-peluang baru untuk industri tempatan dalam sektor ICT. Hackathon ini dianjurkan bersama oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) dan Jabatan Tenaga & Industri di Jabatan Perdana Menteri (EIDPMO), dengan kerjasama Brunei Microsoft Corporation. Hadiah untuk pertandingan ini termasuk geran sehingga dua puluh ribu dolar (BND20,000.00) untuk

membangunkan produk akhir, satu bulan bimbingan mentor di Microsoft Brunei dan enam bulan untuk akses kemudahan yang disediakan di iCentre. Para peniaga, pelajar dan orang ramai yang mempunyai idea-idea, pengetahuan atau kemahiran dalam membangunkan aplikasi ICT dijemput untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini dengan mengemukakan butiran mereka untuk data@egc.gov.bn. Pendaftaran untuk pertandingan ini dibuka dari 14 Disember 2016 sehingga 15 Januari 2017.


8

AGAMA

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

Laungan selawat semarakkan Pekan Tutong Oleh : Samle Haji Jait Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah TUTONG, Isnin, 12 Disember. Lebih 4,000 peserta yang mewakili daripada 39 buah pasukan menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam peringkat daerah ini. Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah selaku tetamu khas majlis mengepalai perarakan sejauh 2.1 kilometer mengelilingi Pekan Tutong yang bermula dan berakhir di Padang Sekolah Rendah Muda Hashim. Pasukan-pasukan yang menyertai perarakan adalah terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan, Angkatan Tentera Darat Diraja Brunei Tutong dan Penanjong Kem, Pasukan Polis Daerah Tutong, Pasukan Bomba dan Penyelamat. Juga menyertai ialah penduduk-penduduk kampung, ahli-ahli persatuan, penuntutpenuntut sekolah dan pihak swasta.

Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Ketua Imam Masjid Hasanal Bolkiah, Awang Mohd. Fauzi Haji Mohd. Anuar. Sebelum majlis perarakan bermula, Timbalan Menteri Kewangan telah diperkenalkan kepada pasukan-pasukan yang menyertai sambutan dan menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada ketua pasukan. Majlis diserikan dengan Persembahan Dikir Marhaban dari gabungan Imam-imam Masjid Daerah dan Guru-guru Ugama Daerah Tutong.

TIMBALAN Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah (baju hijau kiri) ketika mengepalai Perarakan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1438 Hijrah bagi Daerah Tutong dengan mengelilingi Pekan Tutong.

PERSEMBAHAN Dikir Marhaban daripada Gabungan Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan-Jabatan Kerajaan serta Belia-Belia Daerah Tutong menyerikan suasana Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Daerah Tutong (kiri). Sementara gambar kanan laungan selawat ke atas Junjungan Besar kita dari pasukan-pasukan yang menyertai sambutan tersebut.

PERARAKAN Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1438 Hijrah bagi Daerah Tutong sejauh 2.1 kilometer mengelilingi Pekan Tutong yang bermula dan berakhir di Padang Sekolah Rendah Muda Hashim.


AGAMA

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

9

Nabi Muhammad membawa perubahan kepada umat manusia Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar (tiga, kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi di Daerah Belait.

sangat bertepatan dengan kehidupan kita pada masa ini, tambahnya lagi. Dalam mengingati hari kelahiran Baginda, jelas beliau lagi, sudah semestinya kita harus mengingat kembali segala ajaran yang Baginda sampaikan untuk dijadikan sebagai pedoman hidup. Kira-kira 3,600 umat Islam daripada 45 pasukan di Daerah Belait melaungkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai tanda syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala yang diucapkan serentak secara beramai-ramai menandakan bermulanya perarakan mengelilingi Pekan Belait sejauh 3.4 kilometer. Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus mengepalai perarakan ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh johan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Daerah Belait dan peserta Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi, Awang Haji Mohd. Khairuddin bin Haji Marajah / Meraji. Sebelum perarakan bermula, tetamu kehormat diperkenalkan kepada ketua-ketua pasukan dan

menyampaikan sijil penyertaan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Acara turut diserikan lagi dengan Persembahan Tausyeh dari Kumpulan Nasyid Fitrah dan persembahan Dikir Marhaban yang dibawakan oleh gabungan Pegawai-pegawai Masjid dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Daerah Belait. Manakala, bacaan Doa Selamat dan seruan tiga kali selawat dipimpin oleh Imam Masjid Muhammad Jamalul Alam, Awang Haji Mohd. Alias bin Bakar. Perarakan bermula dari Jalan Sultan dan melalui Jalan Maulana, Jalan Carey, Jalan Bunga Raya, Jalan Dato Shahbandar dan seterusnya perarakan berakhir di Jalan Sultan. Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diadakan serentak di seluruh negara adalah sempena dengan hari lahirnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada 12 Rabiulawal. Turut menyertai perarakan tersebut ialah Ketua-ketua jabatan dan cawangan Jabatan-jabatan Kerajaan Daerah Belait, Pasukan-pasukan beruniform; Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung, pengurus-pengurus dan wakil pengurus-pengurus syarikat swasta serta persatuan-persatuan bukan kerajaan.

PERSEMBAHAN Tausyeh dari Kumpulan Nasyid Fitrah dan Persembahan Dikir Marhaban yang dibawakan oleh gabungan Pegawai-pegawai Masjid dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Daerah Belait.

KUALA BELAIT, Isnin, 12 Disember. - Kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan satu anugerah dan kurnia daripada Allah Subhanahu Wata'ala kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Perkara tersebut dijelaskan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Awam

dan Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Haji Sammali bin Haji Adam semasa menyampaikan tazkirahnya pada Majlis Sambutan Maulidur Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Daerah Belait, di Padang Bandaran, di sini. Jelasnya lagi, Baginda bukan sahaja diangkat sebagai pesuruh

Allah, tetapi juga sebagai khalifah yang berjaya membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan kita erti kehidupan yang sebenar dan diredai oleh Allah. Tema Sambutan Maulidur Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada tahun ini, 'Berwawasan yang Berkat dengan Bercontoh kepada Rasulullah' adalah

ANTARA pasukan yang mengambil bahagian di perarakan tersebut.

PASUKAN Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (kiri) dan lain-lain pasukan yang mewakili mukim-mukim dan persatuan-persatuan tidak ketinggalan sama-sama menyemarakkan suasana perhimpunan dan perarakan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bagi peringkat Daerah Belait, yang berlangsung di Padang Bandaran Kuala Belait (kanan).


10

AGAMA

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

Pekan Bangar bergema dengan selawat

SETIAUSAHA Tetap Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam, Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Yahya bin Haji Idris (dua, kanan) mengetuai perarakan yang disertai oleh lebih 1,400 peserta lelaki dari 24 buah pasukan, di Daerah Temburong.

TEMBURONG, Isnin, 12 Disember. - Setiap kali tibanya tarikh 12 Rabiulawal seluruh umat Islam di negara ini akan memperingati dan meraikan kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan

mengadakan acara kemuncak perhimpunan dan perarakan di keempat-empat daerah. Di Daerah Temburong Perhimpunan dan Perarakan sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad

Bangar, di sini. Hadir selaku tetamu khas ialah Setiausaha Tetap Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam, Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Yahya bin Haji Idris. Perhimpunan dan perarakan disertai oleh lebih 1,400 peserta lelaki dari 24 buah pasukan mewakili pelbagai agensi dari jabatan-jabatan kerajaan, persatuan-persatuan, mukim-mukim dan kampungkampung, sekolah-sekolah serta Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid di daerah itu. Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Imam Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampung Bokok, Awang Mohammad Safwan bin Zolkipli, disusuli dengan Persembahan Dikir Marhaban oleh Markas Kompeni 'E' Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei, Bangar, Kem Temburong. Doa Selamat dibacakan oleh Imam Masjid Pengiran Abu Bakar Kampung Bokok yang juga memimpin laungan selawat sebanyak tiga kali. Sebelum perarakan bermula,

Oleh : Khartini Hamir Foto : Azmah Haji Ahad tetamu khas diperkenalkan kepada ketua-ketua pasukan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil penyertaan kepada yang mengambil bahagian. Pasukan tetamu khas mengetuai perarakan yang kemudian diikuti oleh ahli-ahli jawatankuasa dan para jemputan serta pasukan-pasukan para peserta yang mengambil bahagian. Perhimpunan dan perarakan seumpamanya merupakan sambutan sebagai gambaran betapa kita mengakui dan menzahirkan kesyukuran menjadi umat Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Tarikh kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sememangnya layak untuk kita kenang dan raikan kerana Baginda telah membawa risalah kebenaran, memperlihatkan akhlak yang sempurna serta membawa rahmat kepada seluruh alam.

Sallallahu Alaihi Wasallam yang bertemakan 'Berwawasan yang Berkat dengan Bercontoh kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam' diadakan di Padang Dewan Kemasyarakatan, Pekan

UMAT Islam dari pelbagai peringkat masyarakat sama-sama hadir bagi menyertai Perhimpunan dan Perarakan sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (atas).

PERSEMBAHAN Dikir Marhaban oleh Markas Kompeni 'E' Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei, Bangar Kem Temburong, menyerikan lagi suasana Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (kiri).

PASUKAN Polis Diraja Brunei (kanan) dan para pelajar berarak dengan penuh semangat mengelilingi Pekan Bangar dengan laungan selawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.


AGAMA

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

11

Perhimpunan wanita serikan Maulud Nabi Junjungan kita

ISTERI Timbalan Menteri Pembangunan, Pengiran Datin Hajah Juraidah binti Pengiran Haji Hidup (dua, kiri) hadir selaku tetamu khas pada Perhimpunan Wanita Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di Dewan Persidangan, Kuala Belait.

Berita dan Foto : Noraisah Muhammed KUALA BELAIT, Isnin, 12 Disember. - Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bagi Daerah Belait telah diadakan di Padang Bandaran, di sini.

Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir selaku tetamu khas. Perarakan sejauh 3.4 kilometer bermula dan berakhir di Padang

Bandaran. Manakala di Dewan Persidangan Kuala Belait, acara Perhimpunan Wanita Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam telah dihadiri oleh isteri Timbalan Menteri Pembangunan, Pengiran Datin Hajah Juraidah binti Pengiran Haji Hidup selaku tetamu khas. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Dayang Hajah Norzirwatul Fadhilah binti Haji Puteh dari Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Kuala Belait dan disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Dayang Rohhaslinda binti Haji Yahya, selaku Pengerusi Majlis. Persembahan oleh GuruGuru Ugama Daerah Belait, Persatuan-Persatuan Wanita Daerah Belait serta Biro-biro Wanita Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Muslimah-muslimah Masjid Daerah Belait turut menyerikan majlis. Sementara itu, ceramah yang bertajuk 'Berwawasan yang Berkat

dengan Bercontoh kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam' telah disampaikan oleh Penceramah Tetap, Pusat Da'wah Islamiah, Dayang Siti Noraziah binti Haji Asli. Hadir sama pada Majlis

Perhimpunan Wanita bagi Daerah Belait, isteri Pegawai Daerah Belait Dayang Surayah binti Haji Md. Salleh dan Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Hajah Hajijah binti Haji Moktal.

AHLI-AHLI Jawatankuasa Kerja Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Daerah Belait.

Personaliti Rasulullah teladan terbaik generasi kini TUTONG, Isnin, 12 Disember. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan Juara yang memiliki wawasan teragung dan banyak mewariskan resipi kehidupan kepada umat manusia. Hal ini kerana umat manusia sebelum ini belum pernah memiliki seorang contoh terbaik sehinggalah Baginda dilahirkan di dunia ini. Perkara tersebut antara yang terkandung dalam Ceramah Khas yang disampaikan oleh Dekan Fakulti Syariah dan UndangUndang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr. Hajah Mas Nooraini binti Haji Mohiddin dalam ceramahnya bertajuk 'Berwawasan Yang Berkat Dengan Bercontoh Kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam' pada Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di daerah ini yang berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong, di sini. Dr. Hajah Mas Nooraini menjelaskan, wawasan yang dibawa oleh lelaki bernama Muhammad itu adalah sebuah ajaran yang terkandung dalam Al-Quran. Bahkan ajaran yang dibawa Baginda menerusi perilaku peribadi pesuruh Allah itu jelasnya, menjadi

Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman petunjuk kepada umat Islam selepas kitab suci Al-Quran. Menurut beliau, herba mujarab untuk mengubati kesihatan minda manusia adalah motivasi dan kata-kata perangsang dan oleh yang demikian, kata-kata hikmah Rasulullah menerusi hadisnya adalah satu jalan yang terbaik untuk menuju ke arah itu. Wawasan Al-Quran tambahnya, adalah menuju akhirat dan kejayaan di dunia yang antara lain bermaksud kehidupan manusia mesti seimbang antara dua perkara itu. Di samping itu, beliau juga menjelaskan mengenai antara syarat-syarat untuk mencapai wawasan yang berkat. Perkara pertama yang perlu dilihat dalam membentuk wawasan hendaklah yang positif dan baik, sebagai contoh wawasannya untuk membangun rumah anak yatim atau membangun rumah perlindungan bagi wanita dan sebagainya. Cara atau proses untuk mencapai wawasan katanya, janganlah bertentangan dengan syariah dengan tujuan jalan singkat supaya lebih cepat; wawasan yang diharuskan,

namun caranya menyalahi syariah bukanlah termasuk wawasan yang mendapat berkat; Wawasan untuk berjaya dalam hidup tanpa menghiraukan etika Islam sebagai contoh menyakiti orang lain, mengadu domba dan sebagainya ataupun mengamalkan ilmu hitam. Itu tambahnya, yang dinamakan wawasan yang tidak berkat. Beliau seterusnya menjelaskan, cara Rasulullah mencapai wawasannya adalah dengan sikap sabar meskipun banyak tohmahan, cacian dan sebagainya dihadapinya. Selain itu, beliau juga menyentuh mengenai cara mencapai wawasan yang berkat adalah sentiasa bersyukur; beristighfar; usaha yang berterusan dan jangan putus asa, kerana berputus asa itu merupakan salah satu sikap orang kafir dan merupakan dosa besar; dan Tawakal. Hadir selaku tetamu khas pada majlis perhimpunan tersebut, isteri Timbalan Menteri Kewangan, Datin Dayang Hajah Seri Lailawati binti Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin. Pada majlis tersebut, tetamu

ISTERI Timbalan Menteri Kewangan, Datin Dayang Hajah Seri Lailawati binti POKPJDP Awang Haji Judin (dua dari kiri) bersama para jemputan sama-sama membaca dikir marhaban.

kehormat menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada empat orang penerima iaitu Dayang Hajah Entan binti Jali, wakil peserta pembaca Al-Quran; Dayang Norazean binti Haji Yakup wakil peserta dikir; Dayang Nur Hidayatul Nazurah binti Haji Sulaiman, pembaca Doa Selamat dan Dr. Hajah Mas Nooraini, penceramah undangan. Majlis turut diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban beramai-ramai dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Dayang Nur Hidayatul Nazurah. Perhimpunan wanita yang membawakan tema Sambutan

Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada tahun ini, 'Berwawasan Yang Berkat Dengan Contoh Kepada Rasulullah Alaihi Wasallam' itu dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan wanita kerajaan, persatuanpersatuan dan penduduk daerah ini. Acara perhimpunan tahunan yang diadakan di peringkat Daerah Tutong dan juga negara ini, antara lain bertujuan bagi menyemarakkan lagi sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam khasnya di Daerah Tutong, di samping bagi menanamkan rasa kasih sayang kepada Rasulullah Alaihi Wasallam.

JEMPUTAN wanita yang hadir pada Majlis Perhimpunan Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Daerah Tutong (kiri). Sementara gambar kanan sambutan diserikan lagi dengan bacaan Dikir Marhaban beramai-ramai.


12

PELITA BRUNEI HARIHARI RABUISNIN 14 DISEMBER 27 DISEMBER 20162015

13

HARI RABU 14 DISEMBER 2016 PELITA BRUNEI HARI ISNIN 27 DISEMBER 2015

Maulidur Rasul lambang perpaduan umat Islam Oleh : Abdullah Asgar, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Hamzah Mohidin, Mohd. Sahrizal Haji Said

KECERIAAN jelas terpancar pada wajah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri ketika berkenan berangkat pada Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara (kiri).

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima junjung ziarah daripada para peserta yang mengikuti perarakan sempena Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1438 Hijrah (kanan).

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada para peserta.

MASYARAKAT kurang upaya tidak ketinggalan sama-sama menyertai perarakan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

PASUKAN beruniform turut hadir memeriahkan Perarakan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dengan membawa sepanduk memuji kebesaran Baginda (atas).

PELBAGAI lapisan umat Islam di Daerah Brunei dan Muara dengan penuh semangat melaungkan selawat ke atas Junjungan Besar kita ketika sama-sama menyertai perarakan tersebut (kiri).

SEBAHAGIAN daripada pasukan yang menyertai perarakan yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara (kanan).

TEMBAKAN meriam sebanyak 21 das dilepaskan sebaik sahaja persembahan Dikir Marhaban sampai kepada 'Ya Habibi'.


14

JAWATAN KOSONG / IKLAN

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

PEJABAT PEGUAM NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI TAWARAN SEBUT HARGA: JPN/K/1/11/TT/2016/15 TAWARAN PERKHIDMATAN PEMELIHARAAN KAWASAN LUAR / DALAM BANGUNAN UNDANG-UNDANG DAN MAHKAMAH-MAHKAMAH JALAN RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa dari pemborong-pemborong tempatan bagi Pemeliharaan Kawasan Luar/Dalam Bagi Bangunan UndangUndang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Negara Brunei Darussalam. 2. Setiap pemborong hendaklah membuat salinan cetakan Hard Copy (binding) daripada cekera padat (CD) yang diperolehi dari pejabat ini dan memasukkan ke dalam Peti Tawaran yang beralamat seperti dibawah : Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Tingkat II, Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah Pejabat Peguam Negara Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Negara Brunei Darussalam. Tidak lewat jam 2.00 Petang hari Selasa, 27 Disember 2016. 3. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh yang dinyatakan di atas tidak akan dilayan. 4. Semua tawaran hendaklah dikirim dengan sampul surat yang tertutup rapi (sealed) tanpa menunjukkan sebarang identiti pemborong. Pada bahagian atas sampul surat hendaklah dituliskan nama Tawaran Pemeliharaan Kawasan Luar / Dalam Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Negara Brunei Darussalam. 5. Bayaran tawaran (tender fee) hendaklah dibayar ke Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Unit Pengurusan, Seksyen Pengurusan Aset dan Perkhidmatan Am, Tingkat I, Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Pejabat Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, bagi mendapatkan CD dengan harga BND5.00 (tunai). Wang ini tidak akan dikembalikan. Waktu Menerima Bayaran ISNIN hingga KHAMIS 8.00 PAGI hingga 11.00 PAGI 2.00 PETANG hingga 3.00 PETANG SABTU 8.00 PAGI hingga 10.00 PAGI 6. Tawaran ini adalah untuk tempoh satu (1) tahun. 7. Cekera Padat (CD) dan keterangan lanjut mengenai perkara ini bolehlah diperolehi seperti alamat yang dinyatakan di perenggan 5 di atas. 8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Banginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau apa-apa jua tawaran.

BAHAGIAN KESELAMATAN AGRIMAKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN BILANGAN TAWARAN : KSSUP/AFS/8/Q 013/2016

TEMPAT : BANGUNAN BAHAGIAN KESELAMATAN AGRIMAKANAN, JALAN PERUSAHAAN SERASA.

TAJUK TAWARAN : TO SUPPLY AND DELIVER OF HOLLOW CATHODE LAMP FOR ATOMIC ABSCORPTION SPECTROPHOTOMETER (AA-7000)

TARIKH TUTUP MENGAMBIL BORANG TAWARAN : 28 DISEMBER 2016

TARIKH TUTUP TAWARAN : 29 DISEMBER 2016, KHAMIS, JAM : 2.00 PETANG

1. TAWARAN hendaklah dialamatkan ke alamat berikut tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Khamis, 29 Disember 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Jalan Menteri Besar, BB3910 Negara Brunei Darussalam. 2. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 3. Tawaran-tawaran hendaklah dalam sampul surat yang bertutup dan pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis dengan bilangan / tajuk tawaran dan tarikh

tutup sahaja tanpa menunjukkan identiti syarikat / pembekal. 4. Dokumen dan borang tawaran boleh diperoleh di Ibu Pejabat, Bahagian Keselamatan Agrimakanan, Jalan Perusahaan Serasa, Muara, Kementerian SumberSumber Utama dan Pelancongan, Jalan Perusahaan Muara. 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah. 6. Salinan sijil pendaftaran perniagaan dan salinan kad pengenalan hendaklah disertakan bersama.


IKLAN

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

15

KEMENTERIAN KESIHATAN PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehi daripada Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja, mulai hari Sabtu, 3 Disember 2016. Sila layari website Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan bilangan tajuk tawaran serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada :Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Peti Tawaran, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan Commonwealth Drive Bandar Seri Begawan BB 3910 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-tawaran hendaklah disediakan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah ditetapkan dan disediakan dalam dua (2) salinan termasuk salinan asal atau sepertimana yang dinyatakan. Dokumen-dokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Selasa pada 3 Januari 2017. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Yuran Tawaran (Tender Fee) bagi tiap-tiap tawaran adalah seperti dinyatakan dan dikehendaki pembayaran dengan WANG TUNAI sahaja (dan yuran tawaran tidak akan dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat di Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah

Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan semasa waktu-waktu bekerja. Waktu Menerima Bayaran ISNIN hingga KHAMIS 8.00 PAGI hingga 11.00 PAGI 2.00 PETANG hingga 3.00 PETANG SABTU 8.00 PAGI hingga 10.00 PAGI 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling rendah atau lain-lain tawaran. 6. Tawaran adalah dibukakan kepada semua pemborong-pemborong dan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :• Sijil Pendaftaran Perniagaan Yang Masih Sahlaku dan Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. • Manakala bagi Pemborong / Pembekal yang menyertai tawaran ubat-ubatan (Drug and Medicine) mestilah mempunyai Lesen Racun yang sah Poison Act' (Cap. 114). • Manakala bagi Pemborong/Pembekal yang menyertai tawaran bagi kerja- kerja pembangunan dan pendawaian elektrik mestilah mempunyai Lesen Pendaftaran yang masih sah daripada Kementerian Pembangunan. 7. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garispandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. Negara Brunei Darussalam.

JABATAN PERBENDAHARAAN KEMENTERIAN KEWANGAN

PEMBERITAHUAN SEBUT HARGA Bilangan Sebut Harga : JPKK/A/138 Q.25/2016 - MEMBEKAL KERTAS A4 BAGI KEGUNAAN JABATAN PERBENDAHARAAN JPKK/A/138 Q.29/2016 - MEMBEKAL 240 BUAH BUKU RESIT KOMPAUN (POLIS 213) BAGI PESURUHJAYA POLIS JPKK/A/479 Q.4/2016 - MEMBEKAL PELBAGAI CARTRIDGE-CARTRIDGE BAGI KEGUNAAN JABATAN PERBENDAHRAAN JPKK/A/ 479 Q.5/2016 - MEMBEKAL

RIBBON BAGI PRINTER IBM 6400-008 CTA UNTUK KEGUNAAN JABATAN PERBENDAHRAAN Tajuk Sebut harga : SEPERTI LAMPIRAN MEMORANDUM BERTARIKH 10 DISEMBER 2016 Tarikh Tutup / Jam : 27 Disember 2016 (Selasa) 9.00 Pagi Tempat Mengambil Borang Sebut Harga : Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Jabatan Perbendaharaan Tingkat 2, Tower Block Bangunan Kementerian Kewangan Bangunan Commonwealth Drive BB3910

JABATAN DAERAH TUTONG KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI BILANGAN TAWARAN TAJUK TAWARAN YURAN TAWARAN Q.JDT/55/2016 TAWARAN BAGI MEMBEKALKAN KAYU KEPADA JABATAN DAERAH TUTONG BND10.00 Syarat-Syarat Tawaran : 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekalpembekal yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. TAWARAN tersebut di atas hendaklah dimasukkan ke Peti Lembaga Tawaran Kecil, Kementerian Hal Ehwal

Dalam Negeri dikembalikan tidak lewat pada SELASA, 27 DISEMBER 2016, jam 2.00 PETANG. 3. TAWARAN hendaklah dihantar ke alamat tersebut di bawah dalam sampul surat yang tertutup (sealed) yang bertulis bilangan dan tajuk tawaran berkenaan dan tarikh tutup tawaran tanpa menunjukkan identiti pemborong kepada: 4. Pemborong hendaklah terlebih dahulu untuk membaca, memahami dan meneliti kesemua kandungan di dalam Borang Dokumen Tawaran dan Spesifikasi Teknikal serta mengisi semua ruang-ruang yang diperlukan dengan LENGKAP dan TERATUR. Sebarang kesilapan dan kerugian disebabkan salah tafsir harga tidak akan dilayan selepas tawaran

Syarat-Syarat Penyertaan 1. Pemohon adalah dipelawa daripada Syarikat-Syarikat yang berdaftar terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Negara Brunei Darussalam. 3. Borang tawaran hendaklah disertakan salinan SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 hendaklah dimasukkan k edalam sampul surat biasa yang tertutup (sealed envelop menulis dengan jelas) dengan menyatakan TAJUK & BILANGAN TAWARAN DAN TARIKH TUTUP tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti Syarikat / Pemborong. 4. Setiap borang tawaran hendaklah diisi dengan lengkap dan di cop Syarikat dengan

telah dibuka. 5. Pemborong mestilah menyertakan salinan-salinan Sijil Pendaftaran Akta Nama-Nama Perniagaan (Certificate of Registration - Business Names Act) Bab 16 & 17, Sijil-Sijil Pendaftaran Kelas Kategori dari Kementerian Pembangunan, Lesen Rampaian (jika berkenaan), Resit Yuran Dokumen, Senarai Pemilik, Kad Pengenalan pemilik syarikat bagi Warganegara Brunei dan / atau pasport Warganegara Asing, Pengetahuan / Pengalaman syarikat dan lain-lain keterangan yang berkaitan. 6. Mengisi Borang Pengakuan Penender / Tenderer's Declaration dengan LENGKAP. 7. Dokumen-dokumen terperinci tawaran serta penerangan lanjut boleh diperolehi setelah bayaran Yuran Tawaran (Document Fee) berjumlah BND10.00 (tidak dikembalikan / non-refundable) dibuat di Bahagian Kewangan,

menggunakan dakwat BIRU sahaja. 5. Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan kedalam PETI TAWARAN SEBUT HARGA JABATAN PERBENDAHARAAN yang ditujukan kepada :PENGERUSI JAWATANKUASA SEBUT HARGA JABATAN PERBENDAHARAAN TINGKAT 2, TOWER BLOCK BANGUNAN KEMENTERIAN KEWANGAN COMMONWEALTH DRIVE BB 3910 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 6. Tarikh Akhir Menghantar : 27 Disember 2016 (Selasa) sebelum jam 9.00 Pagi. 7. Setiap satu borang tawaran hendaklah dimasukkan kedalam satu sampul surat. 8. Borang tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN.

Tingkat 2, Jabatan Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Tutong TA1141, Brunei Darussalam pada setiap hari bekerja sahaja iaitu : ISNIN HINGGA KHAMIS 8.00 Pagi hingga 12 Tengah hari dan 1.30 Petang hingga 3.00 Petang SABTU 8.00 Pagi hingga 10.30 Pagi 8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran. 9. Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan borang-borang tawaran yang telah disediakan. 10. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.


16

IKLAN JABATAN BANDARAN TUTONG KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI PEMBERITAHUAN TAWARAN TAJUK TAWARAN : MENAIK TARAF JETI PEKAN TUTONG

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

KEMENTERIAN KEWANGAN REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) MINISTRY OF FINANCE Open Invitation for Proposal

BILANGAN TAWARAN : JBT/S/07/2016-2017 TARIKH TUTUP TAWARAN : RABU, 28 DISEMBER 2016, JAM 2.00 PETANG 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat tertutup tanpa menunjukkan identiti pengirim. 3. Pada bahagian atas sampul surat berkenaan hendaklah ditulis bilangan tawaran serta tarikh tutup tawaran. 4. Tawaran-tawaran hendaklah juga menyertakan salinan pendaftaran syarikat, salinan sijil perniagaan (Business Names of Enactment Section 16 and 17 atau List of Directors) dan salinan kad pengenalan. 5. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN bertempat di Aras Bawah, Jabatan Bandaran Tutong, Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Bukit Bendera, Daerah Tutong dan dialamatkan kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA MENELITI TAWARAN DAN SEBUT HARGA JABATAN BANDARAN TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 6. Borang tawaran boleh didapati di Kaunter Bahagian Kewangan, Jabatan Bandaran Tutong, Aras Bawah, Jabatan Bandaran Tutong, Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Daerah Tutong. 7. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh tutup tawaran tidak akan dilayan. 8. Yuran tawaran sebanyak BND2.00 hendaklah dijelaskan semasa mengambil borang tawaran dan yuran tawaran tidak akan dikembalikan jika sekiranya syarikat yang turut serta tidak berjaya dalam tawaran tersebut.

TO OPERATE A DAYCARE WITHIN THE BUILDING OF MINISTRY OF FINANCE Reference No. : MOF/RFP/DAYCARE/2016 THE MINISTRY OF FINANCE invites proposals from interested parties to operate daycare in a designated area within the building of Ministry of Finance, Commonwealth Drive, Brunei Darussalam. The objective of this project is to provide a Daycare at the Ministry of Finance. More detailed information and guideline for submitting proposals will be provided in the Request for Proposals (RFP) document. The register for the RFP, interested parties should send an e-mail ufb@mof.gov.bn with subject heading 'Proposal to Operate a Daycare within the Building of Ministry of Finance, Commonwealth Drive, Brunei Darussalam - Reference No. : MOF/RFP/DAYCARE/2016', attaching information on the company, relevant experiences as well as contact details. Completed proposal should be submitted to the address below not later than 2.00 pm on Saturday, 31 DECEMBER 2016. Quotation Box Level 15 Asset Management and HSE Unit Human Resource Development and Corporate Affairs Division Ministry of Finance Building, Commonwealth Drive. For all correspondence, please contact :

KEMENTERIAN KEWANGAN REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) MINISTRY OF FINANCE Open Invitation for Proposal TO RENOVATE AND OPERATE FITNESS CENTRE WITHIN THE BUILDING OF MINISTRY OF FINANCE Reference No. : MOF/RFP/FC/2016 THE MINISTRY OF FINANCE invites proposals from interested parties to renovate and operate fitness centre in a designated area within the building of Ministry of Finance, Commonwealth Drive, Brunei Darussalam. The objective of this project is to provide a Fitness Centre at the Ministry of Finance. More detailed information and guideline for submitting proposals will be provided in the Request for Proposals (RFP) document. The register for the RFP, interested parties should send an e-mail to ufb@mof.gov.bn with subject heading 'Proposal to Renovate and Operate a Fitness Centre within the Building of Ministry of Finance, Commonwealth Drive, Brunei Darussalam - Reference No. : MOF/RFP/FC/2016', attaching information on the company, relevant experiences as well as contact details. Completed proposal should be submitted to the address below not later than 2.00 pm on Saturday, 31 DECEMBER 2016. Quotation Box Level 15 Asset Management and HSE Unit Human Resource Development and Corporate Affairs Division Ministry of Finance Building, Commonwealth Drive. For all correspondence, please contact : Asset Management and HSE Unit Human Resource Development and Corporate Affairs Division Ministry of Finance Commonwealth Drive Brunei Darussalam. Telephone No. : +673 2383945 E-mail : ufb@mof.gov.bn

Asset Management and HSE Unit Human Resource Development and Corporate Affairs Division Ministry of Finance Commonwealth Drive Brunei Darussalam. Telephone No. : +673 2383945 E-mail : ufb@mof.gov.bn

18

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN TAWARAN : JPE / LTK / PDP / 027 / 2016 TAJUK TAWARAN : PROVISION OF SECURITY GUARDS TO MAN 66/11KV SUBSTATIONS STATEWIDE, OVER A PERIOD OF TWO YEARS Tarikh Tutup : 3 JANUARI 2017, SELASA (JAM 2.00 PETANG) Yuran Tawaran : BND100.00 (tidak dikembalikan) Tempat tutup : ''TENDER BOX'' PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL JABATAN PERDANA MENTERI JALAN MENTERI BESAR BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. KELAYAKAN : SYARIKAT YANG BERDAFTAR DENGAN ROCBN DAN JABATAN POLIS DIRAJA BRUNEI DOKUMEN-DOKUMEN tawaran dan penerangan-penerangan yang lanjut boleh diperolehi dari Kaunter Unit Pendaftran , Tingkat 4, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. PERHATIAN : 1) Sila sertakan salinan ROCBN dan surat pendaftran dengan Jabatan Polis Diraja Brunei (Akta Agensi Keselamatan (Penggal 187) Peraturan-Peraturan Agensi Keselamatan, Lesen Untuk Menjalankan Perniagaan Agensi Pengawal Keselamatan) yang masih sah semasa menghantar dokumen ini ke Jabatan Perkhidmatan Elektrik. 2) Sila rujuk ''General Requirments And Scope of Works'' muka surat 13 - 15 sebelum ikut serta bersama tawaran ini.


IKLAN

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

KEMENTERIAN PERTAHANAN TAWARAN : MINDEF/DFA/RC/195 (3) SUPPLY OF DENTAL SPARE PARTS - THREE (3) YEARS CONTRACT. BAYARAN TAWARAN : BND30.00 (tidak dikembalikan) SYARAT-SYARAT TAWARAN a. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Baharu Kementerian Pertahanan, Blok 'C', Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 17 JANUARI 2017. Dokumendokumen tawaran bolehlah diperoleh dari Unit Tawaran (Blok 'D'), Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan pada hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula pada 12 Disember 2016. b. Bayaran yuran tawaran (tender fee) hendaklah dibayar di Unit Kaunter, Bahagian Kewangan, Blok 'C', Tingkat 1, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Blok 'D', Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam. Waktu bagi menerima bayaran : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 2.00 Petang hingga 3.00 Petang Jumaat 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi 2.30 Petang hingga 3.00 Petang c.

Pembekal

adalah

dikehendaki

membayar semua yuran dokumen dan bayaran tawaran seperti yang diiklankan. Yuran tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bona-fide-tender). Kadar yuran tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran. d. Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah. e. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan. f. Salinan sijil pendaftaran perniagaan hendaklah disertakan bersama dengan menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemilik. g. Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperoleh atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. h. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan hendaklah ditutup rapi. Pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat, hendaklah dinyatakan rujukan dan tajuk tawaran serta catatan tarikh tutup tawaran ini. i. Iklan-iklan tawaran bolehlah dilihat melalui laman sesawang : http://www.mindef.gov.bn.

JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN PERHUBUNGAN BILANGAN SEBUT HARGA : 06/JPD/JKSH/20162017 TAJUK SEBUT HARGA : TAWARAN PERKHIDMATAN KANTIN DI IBU PEJABAT JABATAN PENGANGKUTAN DARAT, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. SEBUT HARGA adalah dipelawa dari syarikat-syarikat serta pemborong-pemborong yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

17

BAHAGIAN KESELAMATAN AGRIMAKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN BILANGAN TAWARAN : KSSUP/AFS/8QNO.010/2016 (R) TAJUK TAWARAN : SUPPLY AND DELIVERY OF PCR BEADS FOR SCREENING DNA SHRIMP VIRUSES AGRIFOOD SAFETY DIVISION MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM TARIKH TUTUP TAWARAN : 29 DISEMBER 2016, KHAMIS, JAM : 2.00 PETANG TEMPAT MENGHANTAR : PETI SEBUT HARGA, TINGKAT BAWAH BANGUNAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN JALAN MENTERI BESAR, BB3910 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. TAWARAN hendaklah dialamatkan ke alamat berikut tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Khamis, 29 Disember 2016. Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Jalan Menteri Besar, BB 3910 Negara Brunei Darussalam. 2. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 3. Tawaran-tawaran hendaklah dalam sampul surat yang bertutup dan pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis dengan bilangan / tajuk tawaran dan tarikh tutup sahaja tanpa menunjukkan identiti syarikat / pembekal. 4. Dokumen dan borang tawaran boleh diperoleh di makmal Pusat Perkhidmatan Kesihatan Haiwan Akuatik, Jalan Tanjung Batu, Simpang 38-19, Blok F, Tingkat 1, Kampung Sabun, Muara, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah. 6. Salinan sijil pendaftaran perniagaan dan salinan kad pengenalan hendaklah disertakan bersama.

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PERINTAH ACARA MAL MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH, 2005 SAMAN GANTIAN DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI DAERAH BRUNEI DAN MUARA DALAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Saman No. BM/MRS/MAL-B/S032A/737/09-2016 DI ANTARA HAMDANI BIN BUJANG Plaintif / Pemohon DAN

2. Borang sebut harga dan keterangan spesifikasi bolehlah diperoleh di Penyambut Tetamu, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat, Jabatan Pengangkutan Darat, Jalan Beribi, Gadong semasa waktu pejabat, iaitu 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi dan 2.00 Petang hingga 4.00 Petang dengan membawa bersama salinan sijil pendaftaran perniagaan untuk rujukan. 3. Setiap borang sebut harga hendaklah diisikan dengan lengkap dan disertakan salinan sijil pendaftaran perniagaan dan perkara yang dinyatakan dalam dokumen sebut harga dan dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup rapat tanpa menunjukkan identiti pemborong serta menyatakan bilangan dan tajuk sebut harga dihantar serta dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Ibu Pejabat, Jabatan Pengangkutan Darat Tingkat 4, Jalan Beribi, Gadong, BE1110 Negara Brunei Darussalam.

SHAHRINAH BINTI OTHMAN / OSMAN Defendan / Responden KEPADA : SHAHRINAH BINTI OTHMAN / OSMAN NO. KAD PENGENALAN : 00-253085 (KUNING) BERALAMAT : NO. 160 'O', KAMPUNG PEKILONG MUARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. KAMU adalah dengan ini disaman supaya hadir secara sendiri atau melalui Peguam Syarie kamu di hadapan Mahkamah Rendah Syariah di Daerah Brunei dan Muara, Rabu, 21 Rabiulawal 1438H / 21 Disember 2016M pada pukul 9.00 Pagi untuk menjawab tuntutan terhadap kamu oleh plaintif yang dinamakan di atas, bagi Tuntutan Perintah Pemberhentian Nafkah Anak. Sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingkar hadir di mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan, mahkamah boleh meneruskan untuk mendengarkan dan memutuskan kes tanpa kehadiran kamu. Dan sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingin membela diri terhadap tuntutan tersebut, kamu hendaklah memfailkan di mahkamah ini dan menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang disebut di atas atau hadir di mahkamah pada tarikh itu.

4. Tarikh tutup menghadapkan sebut harga berkenaan pada Selasa, 27 Disember 2016, jam 2.00 Petang. Sebut Harga yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran yang terendah atau pun apa-apa jua bentuk tawaran.

Bertarikh : 1 Rabiulawal 1438 H / 1 Disember 2016 M

(METERAI) Mahkamah Rendah Syariah Daerah Brunei dan Muara Negara Brunei Darussalam.


18

NASIONAL

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

Muslimah Daerah Temburong semarak perhimpunan sempena sambutan Maulud Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain BANGAR, Isnin, 12 Disember. Lebih 300 muslimah dari Daerah Temburong menghadiri Majlis Perhimpunan Wanita sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar hari ini. Perhimpunan yang dihadiri oleh kalangan pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan, mukim-mukim dan kampung-kampung, masjid-masjid, persatuan-persatuan, guru-guru dan murid-murid sekolah-sekolah ugama Daerah Temburong serta orang persendirian adalah bagi menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis perhimpunan itu ialah isteri Setiausaha Tetap Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam, Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Datin Hajah Mardinah binti Pengiran Haji Omar. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Surah An-Nahl ayat 65 - 71 oleh

pelajar-pelajar dari Sekolah Persediaan Arab Daerah Temburong, Dayang Aina Zahirah Batrisyia binti Agus Zamri, Dayang Auni Zafirah Batrisyia binti Agus Zamri dan Dayang Siti Nurul Nasibah binti Haji Nasib yang juga merupakan pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja Daerah Temburong. Perhimpunan itu diserikan lagi dengan Ceramah Khas Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang disampaikan oleh Pegawai Ugama Kanan, Ketua Bahagian Penyebaran Da'wah, Dayang Hajah Zunainah binti Haji Gunong. Dalam ceramahnya beliau antara lain menjelaskan bahawa tema sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam Peringkat Kebangsaan pada tahun ini iaitu, 'Berwawasan Yang Berkat Dengan Bercontoh Kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam' dipilih supaya kita sentiasa mengambil teladan atau bercontohkan kepada Rasulullah dan sudah menjadi kewajipan kita untuk menerimanya sebagai contoh ikutan, sama ada dalam kehidupan seharian

sebagai seorang umat Islam, mahupun dalam kehidupan bernegara. Tambahnya, ini adalah kerana Rasululah sudah diiktiraf oleh Allah Subhanahu Wata'ala khususnya, seperti yang difirmankan di dalam Al-Quran di dalam Surah Al-Ahzab ayat 21 yang mana tafsirnya, ''Demi sesungguhnya pada diri Rasullulah itu ialah contoh yang sangat baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang mengharapkan reda Allah, dan kebahagiaan hari akhirat serta banyak berzikir mengingati Allah.'' Beliau seterusnya berkata, Rasulullah diutus di muka bumi ini tiada lain adalah bagi memberikan rahmat kepada seluruh alam, tidak kira sama ada kepada orang-orang yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam. Majlis diteruskan dengan persembahan tausyeh oleh Beliawanis Muslimah Kampung Batu Apoi dan diakhiri dengan bacaan Dikir Marhaban oleh gabungan ahli-ahli jawatankuasa perhimpunan acara wanita bersama Persatuan Badan Kebajikan Guru-Guru Ugama, Daerah Temburong serta para Muslimah yang hadir. Mengambil sukut baik sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu

ISTERI Setiausaha Tetap Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam, Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Datin Hajah Mardinah binti Pengiran Haji Omar (duduk tengah), hadir selaku tetamu kehormat.

Alaihi Wasallam di negara ini dan sebagai umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Muda Mohammad Bolkiah, Pekan Bangar, Ustazah Dayang Mariah binti Daud, semasa ditemui Pelita Brunei mengambil kesempatan menyeru masyarakat Islam di negara ini supaya, bersama-sama menzahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah dengan mengamalkan sunah Baginda serta memperbanyakkan selawat ke atas

Baginda, kerana menurutnya dengan kita mengamalkannya, InsyaaAllah kita akan mendapat syafa'at di akhirat kelak. Selain bagi memperingati Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dengan memuliakan Baginda dengan berzikir dan berselawat ke atasnya, pelaksanaan perhimpunan ini juga diadakan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan kaum wanita di Daerah Temburong khasnya dan di negara ini amnya.

BACAAN Dikir Marhaban diketuai oleh gabungan Ahli-ahli Jawatankuasa Perhimpunan Acara Wanita bersama Persatuan Badan Kebajikan Guru-Guru Ugama Daerah Temburong, menyerikan lagi suasana Majlis Perhimpunan Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar (kiri). Sementara gambar kanan antara kaum wanita yang hadir pada sambutan tersebut.

PEMEDAYAN hulur bantuan kepada mangsa kebakaran Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain

SUMBANGAN disampaikan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Haji Abdul Rahim, selaku Penasihat PEMEDAYAN.

TEMBURONG, Selasa, 13 Disember. - Atas dasar keperihatinan bagi meringankan beban mangsa kebakaran di Kampung Sungai Tanit, Jalan Kampung Menengah baru-baru ini, Persatuan Melayu Kedayan (PEMEDAYAN) Negara Brunei Darussalam telah menyerahkan sumbangan berjumlah BND1,000.00 berserta beberapa barang-barang keperluan asasi harian kepada ketua keluarga terbabit pada majlis yang berlangsung di Restoran Koperasi Pelancongan Daerah Temburong (KPDT), Rumah Persinggahan Kerajaan, Pekan Bangar, di sini. Penyerahan wang sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Haji Abdul Rahim, selaku Penasihat

PEMEDAYAN, kepada Awang Mohammad bin Haji Tahir, 41 tahun, pemilik rumah yang ditimpa musibah kebakaran. Semasa kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.00 pagi pada 9 Disember yang lalu, rumah kayu setingkat milik Awang Mohammad musnah dijilat api namun tiada korban jiwa dilaporkan. Kejadian yang dipercayai berpunca daripada masalah pendawaian elektrik itu turut memusnahkan sebuah kereta milik Awang Mohammad yang mendiami rumah berkenaan bersama isteri dan lima orang anaknya yang kesemuanya masih bersekolah berumur antara enam hingga 16 tahun. Bagaimanapun, ketika kebakaran Awang Mohammad dan keluarga tidak berada di rumah. Dalam temu bual, Awang Mohammad megucapan terima kasih

di atas sumbangan yang diterima bagi membantu keluarganya yang sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung. Dalam pada itu, Awang Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, selaku Yang Di-Pertua PEMEDAYAN menjelaskan sumbangan yang disampaikan merupakan salah satu inisiatif PEMEDAYAN bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di negara ini tanpa mengira latar belakang penerima. Tambahnya, selain aktif dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sebagainya, PEMEDAYAN juga amat peka terhadap perkembangan semasa di negara ini dan sebagai memenuhi komitmen sosial membantu masyarakat yang ditimpa musibah, sumbangan yang dihulurkan pada hari ini merupakan hasil kutipan dalam kalangan ahli-ahli PEMEDAYAN yang mempunyai keahlian melebihi 100 orang di seluruh negara.


MINDA PEMBACA

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

Isi cuti persekolahan dengan aktiviti berfaedah PABILA tiba sahaja musim cuti sekolah, pasti menjadi satu masa yang sekian lama dinanti-nantikan oleh anak-anak. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mengambil peluang untuk memupuk anak mereka agar bijak berkomunikasi dan bergaul, memiliki daya kepimpinan berkualiti, cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan mempunyai daya tahan atau kekentalan hati. Tanpa aktiviti yang berfaedah boleh menyebabkan ramai anak-anak mengisi masa cuti persekolahan mereka dengan menonton televisyen, melayari internet, bermain komputer, melepak dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Aktiviti-aktiviti sebegini pula akan

A

membuatkan mereka ketagih dan akhirnya ia akan melarat hingga waktu persekolahan tamat. Oleh itu, banyak perkara boleh dilakukan oleh anak-anak dengan bantuan dan sokongan ibu bapa. Ketika cuti sekolah ibu bapa hendaklah membawa anak-anak mereka pergi keluar bersiar-siar ke tempat-tempat menarik seperti Muzium, Pantai dan Taman bunga. Aktiviti ini pasti dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Selain daripada itu, ibu bapa hendaklah mengadakan aktiviti bergotong-royong bersama keluarga seperti mengemas rumah atau kawasan keliling rumah. Persekitaran yang bersih akan mendatangkan suasana harmoni di dalam keluarga.

Pelbagai kem-kem yang ada sempena cuti sekolah ini seperti kem ibadah, kem jati diri dan sebagainya. Ambillah peluang dengan menyertai kem ini agar dapat memberi input yang baik pada anak-anak, membolehkan mereka faham hala tuju hidup mereka, bijak menguruskan masa, dan tahu cara belajar yang betul. Selain itu, mereka juga boleh menyertai kelas kemahiran seperti kelas muzik, kelas melukis, kelas memasak dan kelas seni mempertahankan diri. Walaupun ibu bapa terpaksa mengeluarkan sedikit perbelanjaan bagi memasukkan anak-anak ke program-program ini, namun ia bukanlah pelaburan yang sia-sia kerana anak yang dibekalkan dengan ilmu kehidupan dan kecermelangan mampu bersaing dan pergi lebih jauh berbanding dengan mereka yang tidak pernah diberikan pendedahan. Sebelum cuti sekolah tamat, ibu bapa hendaklah memastikan semua tugasan sekolah yang telah dibekalkan oleh guru telah disiapkan. Ibu bapa juga boleh memberi tugasan tambahan dengan

19

membeli buku-buku latihan untuk mengukuhkan kemahiran yang telah mereka pelajari. Aktiviti ini akan memupuk semangat belajar, meningkatkan kemahiran penulisan dan pantas membuat sesuatu kerja yang diberikan. Kesimpulannya, cuti sekolah bukanlah bermaksud pelajar akan cuti daripada belajar. Sebaliknya, pelajar harus mengisi masa terluang itu dengan pelbagai aktiviti yang sudah disarankan tadi. Pelajar boleh menambah pengetahuan, bersiar-siar dengan keluarga dan sebagainya kerana mereka perlu sedar 'masa itu emas'. Jika mereka gagal menggunakan masa dengan baik sudah pasti diri mereka sendiri akan mengalami kerugiannya. Nama : Hajidah binti Haji Bolhan No. K/P : 01-112620 (K) Alamat : No.5, Spg 169/169-4, Jalan 10, Kampung Perpindahan Lambak Kanan, BC2515, Negara Brunei Darussalam.

TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA : 1. 'Langkah Mengatasi Masalah Pengangguran'. Tarikh Tutup : 14 Disember 2016. 2. 'Rasuah Merugikan Masyarakat dan Negara'. Tarikh Tutup : 21 Disember 2016. 3. 'Program Khidmat Bakti Negara'. Tarikh Tutup : 28 Disember 2016. 1. Penyertaan dibuka kepada remaja yang berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun, yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kecuali warga Jabatan Penerangan. 2. Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. 3. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon hendaklah disertakan dan dihantar kepada : Sidang Pengarang, Minda Pembaca Bahagian PELITA BRUNEI, Jabatan Penerangan Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam. atau melalui E-mel : pelita.brunei@information.gov.bn 4. Penyertaan terbaik akan disiarkan dalam Akhbar Rasmi Kerajaan PELITA BRUNEI dan pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND75.00.

Rasulullah contoh ikutan terbaik ASULULLAH Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan contoh terbaik untuk diteladani kerana Baginda memiliki keperibadian dan akhlak yang sangat mulia. Segala tingkah laku, percakapan dan sikap Baginda mencerminkan keperibadian Islam yang dituntut dan dikehendaki oleh Allah untuk dicontohi oleh umat manusia sebagaimana dijelaskan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21 tafsirnya : "Demi sesungguhnya, pada Rasulullah itu ada contoh yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredaan) Allah dan (kebahagiaan) hari akhirat serta banyak berzikir mengingat Allah.'' Dalil ini dengan jelas menerangkan kepada kita bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah contoh ikutan terbaik untuk kita bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Dengan kata lain, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah role model bukan saja bagi kita umat Islam tetapi juga bagi seluruh umat manusia. Baginda Rasulullah adalah seorang manusia seperti kita. Makan, minum, tidur, berkahwin dan mempunyai anak. Tetapi Baginda adalah manusia yang sungguh hebat dan dikagumi oleh kawan atau lawan dari segi akhlaknya. Pada diri

R

Rasulullah itu terletak contoh pemimpin yang baik, contoh bapa yang baik, contoh suami yang baik, contoh jiran yang baik, contoh peniaga yang baik, contoh sahabat yang baik dan banyak lagi. Setiap gerak-geri, tingkah laku dan kata-kata Baginda adalah selari dengan Al-Quran sebagaimana dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahu Anha pernah berkata maksudnya : "Sesungguhnya akhlak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam itu adalah Al-Quran.'' Hadis ini jelas menerangkan betapa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah menjadikan Al-Quran itu sebagai sesuatu yang hidup yang dapat dilihat dan diikuti bukan saja oleh umat Islam bahkan oleh sekalian manusia. Walau sehebat mana sekalipun manusia itu, mereka tetap tidak dapat menandingi akhlak Rasulullah yang sentiasa mendapat jagaan dan peliharaan Allah. Banyak contoh keteladanan akhlak terpuji Rasulullah yang ditunjukkan kepada umat Islam. Antara contoh keperibadian yang tinggi yang wujud dalam diri Rasulullah yang patut kita contohi dan teladani adalah sifat benar Baginda. Rasulullah bersifat benar di dalam segala keadaan, tidak pernah berdusta atau menyeleweng di dalam tingkah laku. Pada diri Rasulullah, bukan hanya perkataannya yang benar, malah perbuatannya juga benar,

''RASULULLAH yang amanah itulah juga Baginda diberikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala satu amanah yang paling besar, iaitu dilantik menjadi seorang Rasul. Ketika menjadi Rasul, Baginda tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai Rasul atau sebagai pemimpin bangsa Arab untuk kepentingan peribadinya atau kepentingan keluarganya, namun yang dilakukan Baginda adalah semata-mata untuk kepentingan Islam melalui ajaran Allah Subhanahu Wata'ala.''

yakni sejalan dengan ucapannya. Jadi mustahil bagi Rasulullah itu bersifat pembohong, penipu dan sebagainya. Firman Allah Ta'ala dalam Surah an-Najm ayat 3 - 4 yang tafsirnya: ''Dan dia tidak memperkatakan sesuatu menurut hawa nafsunya. Segala yang dikatakannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.'' Contoh lain dari sifat Rasulullah untuk kita teladani dan dicontohi ialah sifat jujur dan amanah Baginda. Rasulullah, sejak kecil sudah memiliki sifat jujur dan amanah, bahkan ketika Baginda masih menjadi pedagang, Baginda diberikan kepercayaan untuk membawa barang dagangan Sayidatina Khadijah. Baginda terkenal sebagai penggembala kambing dan peniaga yang memiliki sifat amanah, cekap, jujur, sabar dan ikhlas sehingga membawa keuntungan yang berganda untuk rombongan perniagaan Sayidatina Khadijah. Kejujuran dan sifat amanah Rasulullah sangat dikagumi dalam sejarah umat manusia sehingga Baginda diberikan gelaran al-Amin ertinya orang yang dapat dipercayai. Sifat Rasulullah yang amanah itulah juga Baginda diberikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala satu amanah yang paling besar, iaitu dilantik menjadi seorang Rasul. Ketika menjadi Rasul, Baginda tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai Rasul atau sebagai pemimpin bangsa Arab untuk kepentingan peribadinya atau kepentingan keluarganya, namun yang dilakukan Baginda adalah semata-mata untuk kepentingan Islam melalui ajaran Allah Subhanahu Wata'ala. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga bersifat adil. Baginda melaksanakan hukum Islam secara adil dengan tidak mengambil kira sama ada yang melakukannya adalah anaknya sendiri sebagaimana dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : ''Demi Allah! Seandainya anakku Fatimah, mencuri nescaya aku potong tangannya.'' Contoh lain keteladanan Rasulullah adalah kasih sayang terhadap keluarga. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah seorang yang

penyayang terhadap keluarga. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah Radhiallahuanhu, dia berkata: Bahawa Aqra' bin Habis pernah melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mencium cucunya Hasan. Dia (Aqra' bin Habis) lalu berkata: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak namun aku tidak pernah mencium satupun dari mereka. Kemudian Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: ''Sesungguhnya barang siapa yang tidak menyayangi maka dia tidak akan disayangi.'' Dalam hadis lain, diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Anas Bin Malik Radhiallahuanhu seorang sahabat yang lama berkhidmat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah berkata : "Tidak ada ku lihat orang yang lebih penyayang terhadap keluarganya melebihi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam." Ibnu Sa'ad meriwayatkan bahawa tatkala Aisyah Radhiallahuanha ditanya bagaimana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bila berada di tengah-tengah keluarganya, maka beliau berkata : "Jika Rasulullah tinggal di rumahnya, Baginda sangat lemah-lembut, suka tersenyum dan tertawa." Pergaulan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam rumahtangga, dan terhadap keluarganya sangat ramah dan penuh kasih sayang, dan Baginda sangat menganjurkan umatnya agar berlaku demikian juga. Imam at-Tirmidzi meriwayatkan, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Ke muka 20


AGAMA

20

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan : Kesannya terhadap wuduk sudah dewasa atau pada usia yang boleh membangkitkan syahwat terhadap lawan jenisnya. (4) Tidak ada hubungan mahram antara keduanya yakni ajnabi. Dalam Irsyad Hukum kali ini, akan dibincangkan mengenai perkara-perkara di atas berserta beberapa permasalahan yang ada hubungkait dengannya. (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) ALAH satu perkara yang membatalkan wuduk dalam mazhab asy-Syafi'i ialah apabila bersentuh kulit tanpa berlapik antara lelaki dengan perempuan bukan mahram yang telah sampai pada had usia yang dikira boleh membangkitkan syahwat dari segi 'uruf. Dasar ketetapan ini adalah merujuk kepada firman Allah Subhanahu Wata'ala: Tafsirnya: ''‌Atau kamu bersentuh dengan perempuan (yang bukan mahram) lalu kamu tidak memperolehi air (untuk berwuduk atau mandi), maka bertayamumlah dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu (hingga ke siku) dengannya...'' (Surah Al-Ma'idah : 6) Ayat ini memerintahkan agar berwuduk atau bertayammum sekiranya ketiadaan air untuk menghilangkan hadas akibat berlakunya persentuhan kulit antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram. Dalam permasalahan sentuhan antara lelaki dengan perempuan, wuduk akan batal setelah berlaku kesemua perkara-perkara berikut : (1) Bersentuh kulit dengan kulit dengan yakin. (2) Sentuhan berlaku antara lelaki dengan perempuan. (3) Sentuhan berlaku bersama orang yang

S

(1) Bersentuh kulit dengan dengan yakin (i) Hukum Bersentuh Selain Kulit

Ataupun Bukan Sekiranya seseorang lelaki syak adakah dia telah tersentuh kulit perempuan bukan mahram ataupun rambutnya sahaja, ataupun adakah yang tersentuh itu hanya kukunya, contohnya dalam keadaan gelap atau bersesak-sesak, maka dalam hal ini tidak batal wuduknya. Walau bagaimanapun, dalam hal ini, menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah, disunatkan juga ke atasnya untuk mengambil wuduk.

kulit

Yang dimaksudkan dengan kulit itu ialah anggota badan selain daripada rambut, bulu, gigi dan kuku. Termasuk juga dalam maksud kulit itu anggota berupa daging seperti gusi dan lidah. Menyentuh bahagian badan yang tidak termasuk dalam maksud kulit seperti menyentuh rambut, bulu walaupun bulu kemaluan, gigi dan kuku tidak membatalkan wuduk. Ini kerana kelazatan atau berlazat-lazat dengan anggota tersebut hanya dapat diperolehi dengan cara melihatnya sahaja dan bukan dengan cara menyentuhnya. Maksudnya di sini, segala anggota yang disebutkan itu tidak membatalkan wuduk apabila disentuh kerana tidak ada apa-apa kelazatan yang diperolehi akibat daripada menyentuhnya. Adapun batin mata serta tulang yang nyata atas sebab luka pula terdapat perselisihan pendapat mengenainya di kalangan ulama asy-Syafi'iyyah. Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah, kedua-duanya tidak membatalkan wuduk apabila disentuh. Manakala menurut Imam ar-Ramli Rahimahullah pula keduaduanya membatalkan wuduk. Sebagai jalan keluar daripada perbezaan pendapat para ulama di atas, adalah disunatkan juga bagi sesiapa yang menyentuh apa sahaja bahagian badan yang bukan dikategorikan sebagai kulit supaya mengambil wuduk. (ii) Syak Adakah Yang Disentuh Itu Kulit

(iii)Bersentuh Dalam Keadaan Berlapik Tidak batal wuduk sekiranya sentuhan antara seorang lelaki dengan perempuan berlaku secara berlapik sekalipun lapik itu nipis, dan walaupun dengan diiringi syahwat. (iv)Menyentuh Atau Tersentuh Dengan Anggota Selain Tangan Sentuhan yang boleh membatalkan wuduk tidak semestinya dengan tangan. Wuduk tetap batal walaupun sentuhan itu bukan dengan tangan. Tidak kira sama ada anggota tersebut adalah anggota asli ataupun tambahan, dan tidak kira sama ada anggota tersebut sihat ataupun berpenyakit, walaupun anggota tersebut tidak lagi merasa apa-apa apabila disentuh. (2) Sentuhan berlaku antara lelaki dengan perempuan. (i) Sentuhan Antara Sesama Jenis Tidak batal wuduk sekiranya bersentuh kulit sesama jenis, sama ada antara lelaki dengan lelaki atau antara perempuan dengan perempuan. Begitu juga tidak batal wuduk sekiranya seorang khuntsa bersentuh kulit dengan khuntsa yang lain. Semua ini tidak membatalkan wuduk walaupun sentuhan sesama jenis itu dilakukan dengan syahwat dan mendatangkan kelazatan atau kenikmatan atas keduanya, umpamanya sentuhan sesama lesbian dan sebagainya. Demikian juga tidak batal wuduk sekiranya seorang lelaki atau perempuan bersentuh kulit dengan khuntsa walaupun sentuhan itu berlaku dengan diiringi syahwat.

Rasulullah contoh ikutan terbaik Dari muka 19 "Yang paling sempurna imannya, ialah yang terbaik akhlaknya, dan bersikap lemah lembut terhadap keluarganya." Dalam kehidupan berumah tangga pula, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah memperlihatkan suatu teladan yang baik yang boleh diikuti oleh seseorang suami dalam mengurus rumahtangganya. Sebagai seorang suami, Rasulullah amat bertimbang rasa dan bersedia membantu isterinya-isterinya dalam mengerjakan pekerjaan rumah tangga. Banyak kerja yang dilakukan dengan tangannya sendiri, seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan apabila mahu makan Baginda tetap bersykur dengan apa sahaja makanan atau masakan yang disediakan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga menunjukkan suatu teladan yang baik khususnya kepada mereka yang mempunyai isteri yang lebih dari seorang. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa Rasulullah mempunyai beberapa orang isteri yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Ada yang masih muda dan cantik, dan ada yang sudah berumur. Walau bagaimanapun, Rasulullah tidak sekali-kali bersikap pilih kasih dalam layanan kasih sayang antara mereka. Masa dan giliran mereka dibahagikan dengan adil serta cukup rapi sekalipun dalam masa Baginda sakit.

Akhlak terpuji Rasulullah yang juga harus dicontohi oleh seluruh umat manusia agar hidup bahagia di dunia dan akhirat adalah kesabaran. Selama Rasulullah menyebarkan ajaran agama Islam, Baginda mengalami berbagai rintangan dan penentangan. Namun Baginda menghadapi semuanya dengan sabar dan tabah. Rasulullah juga memiliki sifat yang sangat mulia, iaitu sifat penyayang dan pemaaf. Baginda tidak membalas kejahatan dengan kejahatan malah memaafkannya. Baginda seorang insan mulia yang sanggup memaafkan kesalahan orang lain. Dikisahkan seorang wanita tua Yahudi selalu menyakiti Rasulullah dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Baginda. Namun Rasulullah tidak bertindak balas. Pada satu hari apabila wanita itu sakit, Rasulullah menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan Baginda.

Banyak lagi contoh-contoh tauladan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang dapat kita contohi dan teladani. Oleh itu, kita selaku umat Islam tidak perlu mencari-cari peribadi atau tokoh-tokoh lain untuk dicontohi dan diikuti selain daripada Rasulullah. Seharusnya sebagai umat Islam, kita wajib menjadikan Rasulullah sebagai ikutan dalam berakhlak. Ini kerana Rasulullah adalah semulia-mulia manusia di dunia ini, akhlak Baginda adalah yang paling terbaik untuk kita ikuti. Semoga dari sedikit pengajaran dan contoh teladan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ini dapat menjadikan kita semakin tunduk dan patuh kepada segala ajaran Allah dan Rasul-Nya. Firman Alllah dalam Surah Ali 'Imraan, ayat 53 yang tafsirnya : "Ya Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan (Kitab Injil) dan kami telah mengikut Rasul(Mu) oleh itu jadikanlah kami bersama golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan-Mu dan kebenaran Rasul-Mu)."

''RASULULLAH juga memiliki sifat yang sangat mulia iaitu sifat penyayang dan pemaaf. Baginda tidak membalas kejahatan dengan kejahatan malah memaafkannya. Baginda seorang insan mulia yang sanggup memaafkan kesalahan orang lain.''

Sekiranya dalam satu keadaan yang sesak yang bercampur di antara lelaki dengan perempuan, seorang lelaki terasa sentuhan kulit seseorang pada kulit tangannya, lalu dia syak dan tidak pasti adakah kulit tangannya itu telah tersentuh dengan kulit lelaki ataupun kulit perempuan, maka yang demikian itu juga tidak membatalkan wuduk. Begitu juga sekiranya seorang lelaki telah tersentuh kulit seseorang yang dia tidak pasti adakah dia itu khuntsa ataupun perempuan. Ini juga tidak membatalkan wuduk kerana syak yang ada padanya. (ii) Bersentuh Dengan Tidak Senghaja Bersentuh kulit antara seorang lelaki dengan perempuan yang bukan mahram, sama ada secara senghaja, atau terlupa, atau dipaksa oleh seseorang, semuanya itu membatalkan wuduk. (iii) Adakah Orang Yang Disentuh Juga Terbatal Wuduknya? Orang yang menyentuh serta orang yang disentuh kedua-duanya batal wuduk. Ini kerana menurut ulama, kelazatan sentuhan itu sama-sama boleh dirasai oleh orang yang menyentuh dan orang yang disentuh sepertimana halnya orang yang menyetubuhi dan orang yang disetubuhi sama-sama merasai kelazatan bersetubuh. Bagaimanapun, sekiranya seorang lelaki yang hidup menyentuh mayat perempuan yang bukan mahramnya, maka hanya wuduk lelaki yang hidup itu yang batal. Manakala wuduk mayat perempuan itu pula tidak batal. Begitu juga sebaliknya, hukumnya adalah sama sekiranya seorang perempuan yang hidup menyentuh mayat lelaki yang bukan mahramnya. Hanya wuduk perempuan yang hidup itu sahaja yang terbatal. Sementara wuduk mayat lelaki itu pula tidak terbatal.

BERSAMBUNG

Mangsa kebakaran terima bantuan

PEMANGKU Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Awang Haji Hazimin bin Haji Metali menyempurnakan penyampaian bantuan kepada mangsa kebakaran, Awang Mohammad bin Haji Tahir.

Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei TEMBURONG, Selasa, 13 Disember. - Sebagai usaha membantu mereka yang ditimpa musibah seperti bencana alam dan sebagainya, Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei sekali lagi memberikan bantuan berupa wang tunai kepada mangsa bencana alam iaitu kebakaran yang telah meranapkan hampir keseluruhan rumah beralamat No. 8-61, Kampung Sungai Tanit, Mukim Bangar, di sini. Sehubungan itu, Majlis Penyampaian Bantuan diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Hal Ehwal Ugama, Daerah Temburong yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Awang Haji Hazimin bin Haji Metali kepada mangsa iaitu Awang Mohammad bin Haji Tahir berserta isteri dan lima orang anak sebanyak BND1,400.00. Antara lain tujuan bantuan ini diberkan adalah bagi meringankan beban mangsa kebakaran tersebut. Bantuan adalah daripada Kumpulan Wang Zakat.


RENCANA

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

21

Oleh : Dr. Muhammad Hadi bin Md. Melayong Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dengan kerjasama Meja Kandungan Khas Pelita Brunei

K

EDATANGAN kuasa-kuasa Barat telah menyebabkan kemerosotan empayar dan pengaruh Brunei di Kepulauan Borneo. Alhamdulillah, kita bersyukur kerana masih terus dapat mengekalkan status Brunei sebagai sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka dan berdaulat dengan keluasan 2,226 batu persegi. Kita telah terhutang budi kepada generasi tua yang telah mengorbankan jiwa raga mereka untuk mempertahankan tradisi yang kita warisi dan miliki sehingga ke saat ini. Dalam abad ke-18 dan ke-19 Masihi, kedatangan kuasa-kuasa Barat telah menyebabkan satu demi satu wilayah Brunei di sekitar wilayah Borneo telah diambil dan dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat khususnya Inggeris dan Belanda, bertitik tolak dari Perjanjian Inggeris Belanda 1924. Di Sarawak pengembara Inggeris, James Brooke telah membuka pintu kepada penerokaan dan pertapakan kuasa Inggeris di Pulau Borneo sekitar tahun 1840an. Keadaan politik yang tidak stabil telah memberi kesempatan untuk James Brooke membantu Sultan Brunei menundukkan sebuah pemberontakan di wilayah Sarawak. Sebagai balasan, beliau dilantik menjadi gabenor dan bergelar 'Rajah' Sarawak seterusnya pengganti-pengganti beliau telah meluaskan kawasan pengaruh Dinasti Brooke di wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Sultan Brunei. Kemudian pada tahun 1846, Kapten Mundy telah mengambil Pulau Labuan dengan alasan sebagai pusat untuk membasmi kegiatan perlanun.

Manakala di Utara Borneo, Syarikat Borneo Utara British sedang meluaskan penguasaannya di Timur Laut Borneo. Pada tahun1888, Brunei menjadi sebuah negeri di bawah naungan Kerajaan British dengan mengekalkan kedaulatan dalam negerinya, tetapi dengan hal ehwal luar negeri di bawah kawalan British. Perjanjian ini ternyata tidak dapat mempertahankan hak kedualatan Negeri Brunei terhadap wilayahnya misalnya pada tahun 1890 Limbang telah dirampas oleh Charles Brooke. Kekhuatiran akan kelenyapan Negara Melayu Islam Beraja maka pada tahun 1906, Sultan Hashim Aqamaddin terpaksa menerima rancangan Kerajaan British untuk memperkenalkan Sistem Residen di Brunei. Secara tidak langsung sistem ini adalah suatu lagi dasar perluasan pengaruh British apabila kuasa eksekutif dipindahkan daripada Baginda Sultan kepada Residen British, yang menasihati Baginda Sultan dalam semua perkara, kecuali yang bersangkut-paut dengan hal ehwal agama Islam. Sistem Residen telah banyak membawa perubahan dan pembangunan kepada Brunei. Meskipun pertapakan British membawa impak yang negatif, namun kita juga berterima kasih kepada Mc Arthur, residen pertama Brunei yang mencadangkan untuk membuat kemodenan dalam pentadbiran di Negara Brunei dan secara tidak langsung mengekalkan sistem pemerintahan beraja. Kemodenan dalam bidang pendidikan formal telah memberi impak kepada pertumbuhan semangat kebangsaan dalam kalangan generasi muda Brunei, di samping pengaruh dari negara-negara jiran yang bermula

KEADAAN kehidupan di Bandar Brunei setelah Tentera Berikat mendarat di Pantai Muara pada tahun 1945.

BANDAR Brunei hancur dan musnah akibat daripada pengeboman Tentera Berikat terhadap Tentera Jepun pada saat-saat akhir pendudukannya di Brunei.

BEGINILAH nasib yang menimpa kepada penghuni dan penduduk di sekitar Bandar Brunei dalam era Perang Dunia Kedua.

pada akhir tahun 1930an khususnya selepas Perang Dunia Kedua. Seterusnya, Perang Dunia Kedua telah menyebabkan kehidupan di Brunei bertambah susah ibarat Pepatah Melayu sudah jatuh ditimpa tangga atau keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. Begitulah nasib rakyat Brunei ketika itu. Keadaan kehidupan dalam era peperangan penuh dengan penderitaan, kehancuran, kemusnahan, kemalaratan dan ketakutan. Tentera Jepun telah mendarat di bumi Brunei kira-kira pukul 3.00 pagi pada 16 Disember 1941 iaitu di Kuala Belait, lebih kurang 10,000 tentera Jepun mula bergerak ke seluruhan Pulau Borneo. Di Kuala Beliat, Jepun telah menawan Balai Polis, bangunan kerajaan dan Padang Minyak Shell Seria. Kemaraan Tentera Jepun ini telah dilaporkan ke Bandar Brunei melalui usaha dua orang pegawai polis melalui jalan pedalaman. Akhirnya, Tentera Jepun sampai ke Bandar Brunei di bawah seorang Jeneral dan telah disambut oleh Sultan Ahmad Tajuddin di Istana Mahkota bersama Pengiran Muda Omar Ali Saifuddien serta Encik Ibrahim bin Mohd. Jaafar (Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Datu Perdana Manteri). Di Istana Mahkota telah berlangsung penandatangani perjanjian penyerahan kuasa pemerintahan Negeri Brunei kepada Tentera Jepun. Dalam Zaman Pemerintahan Jepun, Brunei telah disatukan dengan wilayah Sarawak dan Sabah di bawah pimpinan seorang Gebenor, Mr. Kimura di samping dibantu oleh pegawai tempatan Encik Ibrahim bin Mohd. Jaafar. Zaman Pendudukan Jepun meninggalkan titik-titik hitam dalam kehidupan rakyat Brunei, mereka sentiasa dalam ketakutan dan kesengsaraan terutama apabila berhadapan dengan Tentera Kempitai Jepun. Bahkan kebanyakan pegawai kerajaan telah diperintahkan secara paksa untuk menanam barang-barang makanan seperti ubi kayu, ubi manis, dan sayur-sayuran. Malah ramai daripada mereka terpaksa berkerja sebagai buruh kasar untuk menebang pokok dan membersihkan hutan rimba di Berakas sebagai landasan kapal terbang. Kedaan kehidupan di Kampong Ayer adalah seperti kampung tidak berjalama kerana ada antara penghuninya berpindah ke daerah pedalaman untuk menyelamatkan diri dari pengeboman Tentera Berikat. Sultan Ahmad Tajuddin telah berpindah ke Tentaya, Daerah Limbang dan menetap seketika di rumah Pehin Dato Amar Setia Diraja Haji Kassim sehingga tamat perang. Manakala adinda baginda, Pengiran Muda Omar Ali Saifuddien telah menyusur ke Ulu Sungai Brunei dan menetap di Kampung Kilanas sehingga pendaratan Tentera Australia di Pantai Muara pada tahun 1945. Kesusahan hidup dalam Zaman Pendudukan Jepun telah memberi impak yang ketara terhadap kebangkitan semangat nasionalisme dalam kalangan cendikiawan Brunei untuk melepaskan diri daripada cengkaman kuasa British bagi mengembalikan kedaulatan Brunei. Semangat perjuangan mereka adalah untuk menegakkan semula status negara yang

merdeka dan berdaulat bersandarkan konsep Melayu Islam Beraja. Kebanyakan golongan awal Pengasas Pergerakan Nasionlisme Brunei adalah terdiri daripada anak-anak tempatan yang mendapat pendidikan dari Malaya. (Semananjung Tanah Melayu) iaitu dari SITC Tanjung Malim dan Kolej Kuala Kangsar Perak. Perjuangan untuk mengembalikan kedaulatan Brunei ini telah mendapat sokongan daripada Sultan Ahmad Tajuddin Akhazul Khairi Waddien dan juga Pengiran Bendahara Omar 'Ali Saifuddien. (Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien). Gambaran dan kesusahan hidup pada Zaman Pendudukan Jepun ini telah diceritakan dalam karya hasil H. M Salleh yang bertajuk 'Pemimpin Tunagan Bangsa'. Bagaimana pun, buku ini telah diharamkan pengedarannya oleh pihak British kerana mempunyai unsur-unsur membangkitkan semangat kebangsaan menentang penjajah. Pendudukan Jepun memberi impak yang penting dalam kebangkitan semangat kebangsaan Brunei yang dipengaruhi oleh pergerakan nasionalisme negara-negara jiran yang memperjuangkan kemerdekaan negara masing-masing daripada tangan penjajah. Kesan pendudukan antara tahun 1941 hingga 1945 telah memberi pengalaman pahit bukan saja psikologi bahkan juga kesusahan, penderitaan, dan kehancuran dalam aspek sosio-ekonomi dan politik dalam kehidupan masyarakat. Akhirnya lahirlah Kesatuan Melayu Brunei dan Barisan Pemuda (BARIP) yang menjadi pelopor dan barisan depan kepada Perjuangan Nasionalisme Brunei dalam era selepas Perang Dunia Kedua untuk mendapatkan kembali kedaulatan Negeri Brunei. Antara tokoh penting yang menggerakkan BARIP pada masa itu ialah H. M. Salleh dan P. Y. Yang mendapat pendidikan dari SITC, Tanjung Malim, Perak. Lantaran itu, kita perlu menghargai perjuangan generasi tua masa lalu dalam menempuhi liku-liku hidup yang penuh dengan cabaran dan kesusahan dalam mempertahankan dan mengembalikan status Negara Melayu Islam Beraja. Kita hendaklah sentiasa bersyukur pada Allah Subhanahu Wata'ala kerana masih memiliki warisan yang mereka telah tinggalkan serta terus kita nikmati pada masa kini. Ia adalah merupakan cara hidup masyarakat Brunei dan menjadi sumber kesejahteraan, kemakmuran dan keamanan di bumi yang bertuah ini. Ini jelas sebagaimana titah Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam: Kita semua wajiblah bersyukur kerana dapat menikmati keadaan aman dan makmur yang berterusan di negara ini, lebih-lebih lagi dalam suasana dunia yang sentiasa mengalami pelbagai cabaran dan pergolakan ini.


22

AGAMA

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

Lakukan kebaikan, jauhi kemungkaran Berita dan Foto : Noraisah Muhammed KUALA BELAIT, Isnin, 12 Disember. - Acara Perhimpunan Wanita Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam telah diadakan di Dewan Persidangan Kuala Belait, di sini. Pelita Brunei pada kesempatan itu telah menemu bual beberapa orang yang hadir memeriahkan acara sambutan berkenaan. Pegawai Pelajaran di Sekolah Menengah Perdana Wazir, Kuala Belait, Dayang Siti Nurul Faez binti Haji Awang Matali ketika ditemu bual mengenai menteladani personaliti baik kepada generasi hari ini, beliau menjelaskan patuh suruhan Allah dan tinggalkan larangan-Nya, dirikan sembahyang lima waktu setiap hari, keluarkan zakat fitrah dan juga zakat harta, berpuasa di bulan Ramadan, menunaikan ibadah haji bagi yang berkemampuan, tidak menzalimi sesama makhluk, sama ada sesama manusia, haiwan mahupun tumbuhan-tumbuhan dan alam, tidak melakukan maksiat, tidak menipu, tidak bermusuh-musuhan dan sebagainya. Selain itu, lakukan sunnah-sunnah Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam seperti, mengamal-

PEGAWAI Pelajaran di Sekolah Menengah Perdana Wazir, Kuala Belait, Dayang Siti Nurul Faez binti Haji Awang Matali.

kan doa-doa harian, memperbanyakkan bersedekah, selalu berpuasa sunat, menghormati ibu bapa dan memuliakan mereka, menyayangi anak-anak yatim, bersikap lembut pada yang lemah malah banyak lagi. Dayang Siti Nurul Faez juga menekankan untuk mewujudkan dan kekalkan amalan membaca Al-Quran bersama ahli keluarga masing-masing, amalkan setiap keluarga dapat mengkhatamkan bacaan Al-Quran setiap tahun bersama anak-anak, jika tidak mampu, jemputlah para ustaz atau ustazah untuk membimbing bacaan Al-Quran demi anak-anak yang tersayang. Sementara itu, mengulas mengenai umat Islam diseru supaya menjadikan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam sebagai ikon dalam kehidupan jika gagal berbuat demikian, apakah kita akan berada jauh daripada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Guru Besar di Sekolah Ugama Panaga, Seria, Dayang Mariam binti Haji Momin menjawab, ''Alangkah ruginya umat Islam Muslimin dan Muslimat yang mengidolakan hidup mereka dengan meniru kehebatan manusia selain daripada

PEGAWAI Pelajaran Ugama di IBTE Kampus Jefri Bolkiah, Dayang Hajah Siti Faridah binti Haji Ahmad.

Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman

GURU Sekolah Ugama Keriam, Dayang Mazmewati binti Mazali.

GURU Sekolah Ugama Pengiran Muda Mahkota Kuala Tutong, Hajah Noraisah binti Haji Musa.

TUTONG, Isnin, 12 Disember. Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi Daerah Tutong telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong, di sini. Dengan tema sambutan 'Berwawasan Yang Berkat Dengan Contoh Kepada Rasulullah Alaihi Wasallam' itu dihadiri oleh

pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, persatuan-persatuan dan penduduk daerah ini. Dalam pada itu semasa ditemu bual Pelita Brunei, Guru Sekolah Ugama Keriam, Dayang Mazmewati binti Mazali memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana menjadikan bumi Negara Brunei Darussalam dengan berpaksikan Islam sebagai pegangan

Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kerana di zaman moden yang serba mencabar ini, ramai para remaja mengidolakan seseorang yang tidak layak untuk ditauladani seperti para selebriti, para pemain bola terkenal, para tokoh manusia hebat seperti Batman, Superman, Ironman dan lain-lain, sedangkan tokoh unggul umat Islam ialah Nabi kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Dayang Mariam menyarankan pada para remaja belia yang bakal menerajui negara di masa akan datang, kukuhkan akidah jangan lalai dan terpengaruh dengan idola masa kini yang hanya bertujuan untuk menjahanamkan kehidupan, banyakkan melafazkan selawat agar sentiasa berada di landasan yang betul. Sementara itu, Guru Ugama di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, Dayang Nor Fazillah binti Haji Sapar pula menjelaskan, dalam mentaati segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah dan rasul-Nya dengan mendirikan sembahyang lima waktu, mengeluarkan zakat fitrah dan zakat harta, berpuasa, menunaikan haji bagi yang berkemampuan, menjauhkan maksiat serta banyak lagi. Dalam pada meneladani akhlak Baginda, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia, justeru itu adalah semestinya kita mencontohi atau meneladani akhlak Baginda. Antara akhlak Baginda itu ialah Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikit pun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin

GURU Besar di Sekolah Ugama Panaga, Seria, Dayang Mariam binti Haji Momin.

GURU Ugama di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, Dayang Nor Fazillah binti Haji Sapar.

dan kotor. Untuk menghidupkan sunnah Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam dengan berpegang teguh pada ajaran Al-Quran dan sunnah Baginda, Dayang Nor Fazillah menambah antara sunnah Baginda yang diteladani selain "Berbuat baik pada orang yang buat jahat", mengucapkan selawat serta salam ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kerana orang yang sering berselawat ialah orang-orang yang mencintai Baginda. Pegawai Pelajaran Ugama di IBTE Kampus Jefri Bolkiah, Dayang Hajah Siti Faridah binti Haji Ahmad berkata, mempertingkatkan dan pelbagaikan aktiviti memakmurkan masjid seperti menambah kelas-kelas agama dan mengadakan program-program yang berlandaskan CINTA kepada Allah dan Rasul-Nya dan mewujudkan

aktiviti-aktiviti menghidupkan Sunnah adalah penting dan perlu. Selain itu, memperhebatkan lagi aktiviti ko-kurikulum di sekolahsekolah, yang mana tujuannya untuk meningkatkan kesedaran pelajarpelajar dengan isu-isu yang berkaitan dengan akidah, sebagai contohnya mewujudkan program satu hari satu hadis, mengadakan pertandingan Medan Dakwah dan seumpamanya. Dengan hasrat dapat melatih pelajar-pelajar untuk mempersiapkan belia untuk berani tampil menyebarkan dakwah sejak di bangku sekolah lagi. ''Mewujudkan aplikasi dakwah interaksi yang mudah diakses oleh semua peringkat. Sebagaimana yang kita maklumi, sekarang ini banyak informasi tentang agama yang dimuat naik dan dikongsikan di media sosial, yang mana adakalanya menimbulkan keraguan dan kekeliruan di kalangan masyarakat. Dengan ada aplikasi yang dibangunkan oleh agensi yang dipercayai di negara kita, seperti dari pusat dakwah, Jabatan Pengajian Islam juga Jabatan Mufti Kerajaan ia memudahkan orang ramai untuk mendapatkan maklumat dan merungkai permasalahan hukum dengan tepat serta melalui sumber yang benar,'' tambah beliau mengakhiri temu bual.

''ALANGKAH ruginya umat Islam Muslimin dan Muslimat yang mengidolakan hidup mereka dengan meniru kehebatan manusia selain daripada Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kerana di zaman moden yang serba mencabar ini ramai para remaja mengidolakan seseorang yang tidak layak untuk ditauladani seperti para selebriti, para pemain bola terkenal, para tokoh manusia hebat seperti Batman, Superman, Ironman dan lain-lain, sedangkan tokoh unggul umat Islam ialah Nabi kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.''

Hayati sunnah Rasulullah dalam kehidupan dan tata cara hidup berugama. Jelasnya, tidak pernah kita lupakan setiap 12 Rabiulawal, kita sama-sama mengimarahkan Sambutan Malidur Rasul di negara ini. Menurutnya, cara kita menzahirkan cinta kepada Rasulullah, yang jelasnya, yang zahirnya dan nampak di Negara Brunei Darussalam, sambutan-sambutannya seperti sambutan yang ada pada hari ini dan seterusnya diimarahkan lagi sebelumnya dengan malam-malam berzikir sebagai memperingati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan seterusnya, kebanyakan masyarakat-masyarakat kita mengadakan ceramah-ceramah keugamaan dan sebagai tanda ingatan kepada Rasulullah. Dari sudut yang lain katanya, di peringkat kementerian juga ada mengadakan ceramah-ceramah ugama peringkat belia seperti mengadakan 'Program Cintakan Rasulullah' yang berbentuk tausyeh. Di samping itu katanya, cara mengaplikasikan rasa cinta dan membuktikan cinta kita kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, salah satu daripadanya ialah, dengan menghayati sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam.

Penghayatan Rasulullah itu katanya, sama ada diperolehi dari pendidikan secara formal dan tidak formal, dapat kita lahirkan dalam kehidupan seharian. ''Sebagai contoh dalam hidup berkeluarga, kita menerapkan kepada anak-anak kita cara hidup berugama contohnya kita mengamalkan Doa Makan sebelum makan, amalan tersebut diperkuatkan lagi dengan adanya pendidikan ugama di Negara Brunei Darussalam,'' ujarnya. Dari penerapan di rumah ini katanya, ianya berkembang menjadi satu masyarakat yang luas, yang cinta kepada Rasulullah. Pendapat tersebut juga dipersetujui oleh Pemangku Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Muda Mahkota Kuala Tutong,Dayang Hajah Noraisah binti Haji Musa, di mana beliau menjelaskan, menghidupkan personaliti yang dapat menjadi contoh teladan yang baik kepada generasi hari ini adalah dengan cara mengaplikasikan seluruh personaliti Rasulullah dalam kehidupan seharian kerana amat jelas Rasulullah dianggap insan kamil dan sebagai insan pilihan Allah yang memiliki sifat terbaik seorang manusia. Hal ini katanya, dapat diaplikasikan

dari pelbagai sudut, iaitu dari dalam kepimpinan kita perlu ada sifat benar, amanah, adil dan bijaksana. Menurutnya, dalam kekeluargaan seorang ketua keluarga perlu menggalas tanggungjawab dengan sabar dan mewujudkan hubungan kasih sayang dengan isteri dan anak-anak dan sentiasa memastikan kebahagiaan rumah tangga, serta menegur kesalahan isteri dengan cara berhikmah. Tambahnya, sebagai seorang isteri perlulah menjaga kehormatan diri, melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan, kesabaran apa lagi jika seorang isteri yang berkerjaya. Beliau seterusnya menjelaskan, sebagai seorang anak perlu memenuhi tanggungjawab menjadi pelajar dan belia yang berwawasan serta gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan dan sebagainya. Acara perhimpunan tahunan yang diadakan di peringkat Daerah Tutong dan juga negara ini, antara lain bertujuan bagi menyemarakkan lagi sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam khasnya di Daerah Tutong, di samping bagi menanamkan rasa kasih sayang kepada Rasulullah Alaihi Wasallam.


NASIONAL

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

23

Eko Pelancongan Belia ASEAN+3 promosi hutan hijau tropika negara Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

SEBELUM berlepas Doa Selamat telah dibacakan oleh Awang Haji Abdul Halim bin Haji Fuad (kiri).

BERAKAS, Isnin, 12 Disember. Negara Brunei Darussalam akan menyertai Program EkoPelancongan Belia ASEAN+3 yangakan diadakan

di Luang Prabang, Republik Demokratik Rakyat Lao mulai pada 13 hingga 16 Disember ini.

Rombongan belia mewakili negara seramai tiga orang diketuai oleh Pegawai Pertanian, Dayang Nooryanti binti Haji Badaruddin.

Semasa ditemui, Dayang Nooryanti turut menyatakan bahawa penyertaan itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada belia-belia agar memberikan perhatian kepada khazanah hutan hujan tropika agar lebih berdaya tahan untuk dinikmati oleh generasi akan datang di samping untuk menjana ekonomi. Beliau menambah, kesempatan menghadiri program seumpama itu akan dimanfaatkan bagi tujuan mempromosi hutan hijau tropika yang terdapat di Negara Brunei Darussalam serta pakej-pakej eko-pelancongan seperti Cuti-Cuti Temburong dan daerah-daerah lainnya. Manakala dua peserta lain yang dalam program tersebut ialah wakil daripada Persatuan Green Brunei, Dayang Nurol Izazi binti Awang Zaini dan Awang Muhammad Amir bin Haji Muhammad Rawi, Pengasas Bersama Projek Bebuluh Eco-Trail. Hadir di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Pemangku Pengarah Belia dan Sukan,

Pengiran Anak Sofian bin Pengiran Anak Haji Ibrahim. Sebelum berlepas Doa Selamat telah dibacakan oleh Awang Haji Abdul Halim bin Haji Fuad.

KETUA rombongan Ke Program Eko Pelancongan Belia ASEAN+3 di Lao, Pegawai Pertanian, Dayang Nooryanti binti Haji Badaruddin.

Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Junjungan kita Oleh : Samle Haji Jait Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah TUTONG, Isnin, 12 Disember. Lebih 4,000 peserta yang

mewakili dari 39 buah pasukan menyemarakkan Sambutan Maulud

AWANG Suni Mat Jerah.

PENGIRAN Mohd. Ali Pengiran Haji Timbang.

Hanafiah

bin

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam peringkat daerah ini. Pasukan-pasukan yang menyertai perarakan adalah terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan, Angkatan Tentera Darat Diraja Brunei Tutong dan Penanjong Kem, Pasukan Polis Daerah Tutong, Pasukan Bomba dan Penyelamat. Juga menyertai ialah pendudukpenduduk kampung, ahli-ahli persatuan, penuntut-penuntut sekolah dan pihak swasta. Pelita Brunei berkesempatan untuk menemu bual beberapa orang peserta yang menyertai sambutan berkenaan. ''Tarikh 12 Rabiulawal memang dinantikan oleh setiap umat Islam di negara ini bagi sama-sama menzahirkan rasa cinta ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda,'' jelas Ketua Pasukan Gabungan AJK Takmir Masjid serta Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) Kupang, Pengiran Mohd. Ali Hanafiah bin

Pengiran Haji Timbang kepada Pelita Brunei. Katanya, penyertaan pasukan berkenaan juga sama-sama menzahirkan rasa kasih sayang dan taat setia kepada Nabi Junjungan. Beliau menjelaskan penglibatan Ahli-ahli Takmir Masjid dan MPMK Kupang dalam sama-sama menyemarakkan sambutan itu juga secara langsung boleh menerapkan serta meningkatkan rasa cinta kepada Nabi Junjungan. Peserta dari Pasukan Telekom Brunei Berhad Tutong, Awang Haji Zahari Haji Othman dan Awang Suni Mat Jerah pula melahirkan rasa bangga di atas penyertaan dalam sama-sama memeriahkan lagi perhimpunan dan seterusnya perarakan sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Awang Haji Zahari mengakui menyertai pada perhimpuan berkenaan merupakan salah satu cara bagi memperingati pengorbanan Nabi Junjungan yang sangat kasih kepada umatnya, di samping untuk mendapat

keberkatan. ''Inilah peluang kitani sama-sama berselawat sebanyak-banyaknya ke atas Baginda kerana ia juga peluang untuk menghapuskan dosa dan dinaikkan darjat. Malah perhimpunan ini sangat bermanfaat dalam memupuk perpaduan umat Islam,'' jelas Awang Suni Mat Jerah. Sementara itu, peserta dari pasukan Jawatankuasa Guru-guru Ugama Daerah Tutong / Jabatan Pengajiran Islam Tutong, Mirza Merun pula bersyukur menyaksikan jumlah penyertaan yang sangat menggalakkan sekali gus membuktikan segenap lapisan penduduk di dearah berkenaan sama-sama menyemarakkan lagi sambutan berkenaan. ''Allah telah menjanjikan ganjaran limpahan pahala kepada umat Islam yang berselawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Malah dengan berselawat juga akan mendapat keberkatan di dunia mahupun di akhirat,'' ujarnya. Beliau berharap amalan berselawat akan terus disemat dalam diri setiap individu.

Aliran lalu lintas rangkaian jalan raya Pasar Gadong diubah suai Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 12 Disember. - Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dan Pasukan Polis Diraja Brunei dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya ingin memaklumkan kepada orang ramai terutamanya pengguna jalan raya, bahawa aliran lalu lintas rangkaian jalan raya di kawasan Pasar Gadong akan diubahsuai, yang bertujuan bagi melancarkan lagi aliran lalu lintas di kawasan tersebut. Perubahan aliran lalu lintas tersebut adalah mengikut pelan yang tertera

(gambar) dan akan bermula pada tengah malam Selasa, 13 Disember 2016 Masihi bersamaan 14 Rabiulawal 1438 Hijrah. Dalam Siaran Akhbar yang dikeluarkan oleh JKR, penambahbaikan ini antara lain akan menjadikan beberapa jalan sebagai sehala (one way system) dan pemasangan mini round about yang mana akan menjadikan aliran trafik yang lebih lancar dan memudahkan perjalanan di kawasan tersebut. Papan-papan tanda jalan raya menunjukkan perubahan-perubahan

tersebut akan dipasang dan pengguna jalan raya diseru untuk mematuhi papan tanda jalan raya tersebut. Sehubungan dengan ini, Jabatan Kerja Raya, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya ingin mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya akan dapat merancang perjalanan dan sentiasa bertimbang rasa semasa memandu. Sebarang aduan atau cadangan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan ini melalui Talian Darussalam : 123 atau livechat Talian Darussalam +673 8333123, atau menghubungi terus melalui Facebook : Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam atau melalui e-mel: pro@pwd.gov.bn.

PERUBAHAN aliran lalu lintas mengikut pelan yang tertera (gambar) dan akan bermula pada tengah malam Selasa, 13 Disember 2016 Masihi bersamaan 14 Rabiulawal 1438 Hijrah.


24

NASIONAL

HARI RABU 14 DISEMBER 2016

Tabung Mangsa Kebakaran ditubuhkan Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Masri Osman

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof (tiga, kiri) hadir pada Sidang Media Penubuhan Tabung Mangsa Kebakaran Kampung Pandai Besi 'A' dan Kampung Lurong Dalam, yang berlangsung di Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 13 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali

Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah

Penjawat Awam didapati bersalah di bawah 10 pertuduhan Siaran Akhbar : BMR Kanun Hukuman Jenayah BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Disember. - Seorang Penjawat Awam yang memegang jawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, di Unit Pengurusan Estet, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bernama Haji Othman bin Judin telah didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan di atas sepuluh pertuduhan di bawah Bab 165 Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22). Hasil siasatan yang dijalankan oleh Biro Mencegah Rasuah telah mendapati bahawa Haji Othman telah memperolehi bagi dirinya dan orang lain, barang-barang dan perkhidmatan berharga, berjumlah BND21,152.30 (Dua Puluh Satu Ribu, Satu Ratus, Lima Puluh Dua Ringgit Brunei dan Tiga Puluh Sen) tanpa bayaran daripada kontraktor-kontraktor yang dia tahu ada mempunyai kaitan dengan tugas-tugas rasminya sebagai seorang Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan. Barang-barang dan perkhidmatan yang berharga adalah seperti berikut: 1) Pembekalan dan penanaman rumput 'Zoysia Materella' bernilai BND1,275.00 (Satu Ribu, Dua ratus, Tujuh Puluh Lima Ringgit Brunei) tanpa pertimbangan/bayaran kepada Syarikat KN Nursery (B) Sendirian (Sdn.) Berhad (Bhd.), di antara bulan Jun 2009 dan 23 Disember 2012. 2) 19 set 23W 'CFL Bollard Light' bernilai BND3,800.00 (Tiga Ribu, Lapan Ratus Ringgit Brunei) tanpa pertimbangan/bayaran kepada Tii Sii King Electrical Supplies (TSK) Sdn. Bhd., di antara bulan Jun 2009 dan 26 Disember 2012. 3) Pembekalan dan pemasangan kabel bawah tanah, 19 asas konkrit dan pemasangan bagi 19 set 23W 'CFL Bollard Light' yang merupakan sebahagian daripada kerja landskap yang telah dijalankan di kediaman

tertuduh bernilai BND1,570.00 (Satu Ribu, Lima Ratus, Tujuh Puluh Ringgit Brunei) tanpa pertimbangan/bayaran kepada Everwide Darulsalam Sdn. Bhd. (EDSB), di antara bulan Jun 2009 dan 8 April 2013. Pembekalan dan pemasangan barang-barang yang diterima oleh tertuduh telah dijalankan di kediaman tertuduh di No. 22, Simpang 47, Jalan 31, Kampung Perpindahan Lambak Kanan. 4) Perkhidmatan melukis seni bina dan pelan struktur yang berhubungkait dengan kerja-kerja pengubahsuaian rumah beliau bernilai BND12,000.00 (Dua belas Ribu Ringgit Brunei) tanpa pertimbangan/bayaran kepada Syarikat Booty Edwards and Partners, di antara bulan Jun 2012 dan Mac 2013. 5) Pelbagai jenis mentol dan lengkapan bagi kediaman anak lelaki beliau bernilai BND295.00 (Dua Ratus, Sembilan Puluh Lima Ringgit Brunei) tanpa pertimbangan/bayaran kepada Syarikat TSK Sdn. Bhd., di antara 12 Februari 2012 dan 14 Mac 2013. 6) Pelbagai jenis mentol dan lengkapan bagi kediaman anak lelaki beliau bernilai BND30.30 (Tiga Puluh Ringgit Brunei dan Tiga Puluh Sen) tanpa pertimbangan/bayaran kepada Syarikat TSK Sdn. Bhd., di antara 27 Disember 2010 dan 14 Mac 2013. 7) Pelbagai jenis mentol dan lengkapan bagi kediaman anak lelaki beliau bernilai BND48.00 (Empat Puluh Lapan Ringgit Brunei) tanpa pertimbangan/bayaran kepada Syarikat TSK Sdn. Bhd., di antara 8 Oktober 2011 dan 14 Mac 2013. 8) Pelbagai jenis mentol dan lengkapan bagi kediaman anak lelaki beliau bernilai BND1,326.00 (Satu Ribu, Tiga Ratus, Dua Puluh Enam Ringgit Brunei) tanpa pertimbangan/bayaran kepada Syarikat TSK Sdn. Bhd., di antara 12 Mei 2010 dan 26 Disember 2012, di No. 9, Simpang 252, Jalan Sengkurong 'A', Mukim Sengkurong, Negara Brunei Darussalam (NBD).

9) Pelbagai jenis mentol dan lengkapan bagi kediaman anak lelaki beliau bernilai BND88.00 (Lapan Puluh Lapan Ringgit Brunei) tanpa pertimbangan/bayaran kepada Syarikat TSK Sdn. Bhd., di antara 24 Mei 2010 dan 26 Disember 2012 di No. 9, Simpang 252, Jalan Sengkurong 'A', Mukim Sengkurong, NBD. 10) Pelbagai jenis mentol dan lengkapan bagi kediaman anak lelaki beliau bernilai BND720.00 (Tujuh Ratus, Dua Puluh Ringgit Brunei) tanpa pertimbangan/bayaran kepada Syarikat TSK Sdn. Bhd., di antara 3 Julai 2010 dan 26 Disember 2012. Pembekalan dan pemasangan barang-barang yang diterima oleh tertuduh bagi kediaman anak lelaki beliau telah dijalankan di No. 9, Simpang 252, Jalan Sengkurong 'A', Mukim Sengkurong, NBD. Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Diraja Dato Seri Pahlawan Haji Kefli mendapati bahawa walaupun tertuduh mendapatkan barangan dan perkhidmatan di antara tahun 2009-2012, pembayaran hanya dibuat kepada kontraktor pada 2012-2013 apabila ACB mula menjalankan penyiasatan ke atas tertuduh pada tahun 2012. Daripada itu, mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh selama 18 bulan penjara bagi setiap satu tuduhan dan memerintahkan hukuman bagi tuduhan pertama hingga tuduhan kelima untuk berjalan secara serentak dan bagi tuduhan keenam hingga kesepuluh juga berjalan secara serentak yang mana kedua-dua set hukuman ini akan dijalankan secara berterusan. Oleh itu, defendan telah dikenakan hukuman penjara selama 36 bulan, berkuat kuasa mulai hari ini. Dalam membuktikan kes ini, pihak pendakwa raya telah memanggil sepuluh orang saksi sementara tertuduh hanya memilih untuk berdiam diri ke atas tuduhan-tuduhan yang dihadapkan ke atasnya. Pendakwaaan kes ini diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aldila binti Haji Mohd. Salleh dan Timbalan Pendakwa Raya Christopher Ng.

memperkenankan penubuhan satu tabung yang dikenali sebagai Tabung Amal Mangsa Kebakaran Kampung Pandai Besi 'A' dan Kampung Lurong Dalam. Perkara demikian dijelaskan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof pada Sidang Media Penubuhan Tabung Mangsa Kebakaran Kampung Pandai Besi 'A' dan Kampung Lurong Dalam, berlangsung di Jabatan Daerah Brunei dan Muara (DBM), di sini. Menurutnya, tujuan tabung ini adalah untuk mengumpulkan derma atau sumbangan seangkat-angkat hati dalam bentuk kewangan ringgit daripada semua rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam, bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa kebakaran Kampung Pandai Besi 'A' dan Kampung Lurong Dalam, yang berlaku baru-baru ini. ''Kebakaran yang telah berlaku pada 7 Disember 2016 pada jam kira-kira 12.16 tengah hari telah menjejaskan 26 buah rumah iaitu 11 rumah Kampung Pandai Besi 'A' dan 15 buah rumah Kampung Lurong Dalam dan kebakaran ini telah melibatkan lebih kurang 140 orang yang mana 92 orang dari Kampung Lurong Dalam dan 48 orang dari Kampung Pandai Besi 'A','' ujarnya. Susulan daripada kejadian itu katanya, beberapa pusat-pusat kediaman sementara telah pun disediakan oleh pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) untuk menempatkan mangsa-mangsa kebakaran yang memerlukan tempat berlindung. Sehubungan dengan itu, jelasnya lagi, tabung ini bermula pada hari ini sehingga 31 Januari 2017 dan penetapan tempoh ini dibuat adalah bagi memberi peluang kepada para penderma untuk menyumbangkan derma berbentuk kewangan dan bagi membolehkan pelbagai pihak untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti amal dan kebajikan bagi tujuan kutipan derma tersebut. Dalam hal ini, tambahnya, bagi orang ramai yang berhasrat untuk memberikan sumbangan bolehlah menderma melalui tabung-tabung yang disediakan di masjid-masjid di seluruh negara, bangunan jabatanjabatan daerah di keempat-empat buah daerah, bangunan bank-bank, gedung-gedung perniagaan, bangunan-bangunan awam di seluruh

negara dan diharapkan nanti di pusat-pusat perkhidmatan pos. Beliau menambah, antara pilihan yang lain bagi menyumbangkan derma adalah melalui penghantaran terus kepada Urusetia Tabung Mangsa \ Kebakaran Kampung Pandai Besi 'A' dan Kampung Lurong Dalam di Jabatan DBM, Lapangan Terbang Lama Berakas atau di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Bangunan KKBS, Jalan Kebangsaan pada waktu pejabat. Jelasnya, bagi yang ingin menyumbangkan derma melalui bank bolehlah melalui Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dengan Nombor Akaun 1010103487 dan antara pilihan lain juga dibukakan kepada orang ramai ialah kutipan derma melalui SMS juga akan dibuat bermula pada 17 Disember 2016 hingga 31 Januari 2017. Beliau seterusnya berkata, dalam hal ini kepada orang ramai yang berhasrat untuk menderma bagi tabung tersebut bolehlah menderma melalui SMS yang disediakan dengan menaip BANTU (tanpa jarak) dan menaip jumlah yang dikehendaki iaitu 5, 10, 15 dan 20, sebagai contoh BANTU20 (bagi derma berjumlah BND20) dan hantar terus kepada 38111 bagi pelanggan DST dan PCSB. Sementara itu, Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil juga mengongsikan, Jabatan Pembangunan Masyarakat telah mengambil tindakan segera selepas kejadian tersebut dengan menyediakan tempat tinggal sementara, serta mengedarkan dan memberikan bantuan makanan (pack meal) kepada mangsa-mangsa, di samping bantuan makanan dan keperluan harian seminggu. Setakat ini tambahnya, bukan sahaja dari pihak kerajaan yang member bantuan, mangsa-mangsa juga menerima bantuan pelbagai bentuk seperti kewangan, keperluan harian, makanan, pakaian dan lain-lain dari pihak perseorangan, pusat-pusat persatuan, kumpulan-kumpulan tertentu dan pihak swasta dan ini menunjukkan tanggungjawab sosial dan keprihatinan tinggi masyarakat kita yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Dengan adanya lagi tabung amal ini katanya, akan bertambah lagi cara atau wadah kita untuk memberikan sumbangan bantuan.

BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn

CONTOHI, TELADANI SIFAT BENAR BAGINDA RASULULLAH DALAM SEGALA KEADAAN


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.