Pelita Brunei - Rabu 14 Jan 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“BEGITUPUN juga adalah menjadi kewajipan kita untuk menggalakkan belia-belia kita pada masa ini untuk mengubah sikap supaya tidak semata-mata bergantung kepada sektor awam atau kerajaan bagi pekerjaan. Di mana sahaja seseorang itu berkhidmat sama ada di sektor swasta ataupun awam ianya adalah berkhidmat untuk negaranya.” - Titah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-43 Di Daerah Tutong pada 25 Julai 1989.

“SESIAPA yang memberikan pertolongan yang baik, nescaya dia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya, dan sesiapa yang memberikan pertolongan yang buruk, nescaya dia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan Allah adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah An Nisaa' ayat 85).

TAHUN 60 / BILANGAN 6

1414FEBRUARI JANUARI 2015 / 1436

23

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Tinjau pengurusan Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak Oleh : Aimi Sani Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Januari. - Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dihasrat akan dapat memberikan keselesaan kepada para pesakit yang dirawat serta para petugas untuk melakukan tugas masing-masing secara lebih efisien dan teratur. Dalam pada itu, orang ramai juga diminta untuk sentiasa mematuhi waktu lawatan yang ditetapkan oleh pihak hospital bagi memudahkan urusan doktor dan jururawat untuk memberi rawatan kepada pesakit-pesakit serta memberi ruang para pesakit untuk berehat. Demikian dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof ketika ditemu bual

oleh pihak media semasa mengadakan lawatan kerja ke Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital RIPAS, di sini. Yang Berhormat berkata, lawatan itu bertujuan untuk melihat secara lebih dekat lagi pengurusan Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak selain mengenal pasti perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai akan kekal berterusan tanpa sebarang gangguan dan membolehkan tindakan-tindakan segera dalam memperbaiki masalah-masalah yang timbul semasa dan sesudah pemindahan berkenaan dijalankan. Selain itu, Yang Berhormat juga berharap agar orang ramai sentiasa menjaga keindahan dan kebersihan pusat berkenaan. Ke muka 3

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof mengadakan lawatan kerja ke Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Tingkatkan kapasiti, keyakinan diri Muka 4

Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Januari. - ‘Programme on Power Presentation’ dihasratkan bagi meningkatkan kapasiti dan keyakinan diri dalam memberi dan menyampaikan taklimat secara profesional kepada peringkat eksekutif. Seramai 25 orang terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan pegawaipegawai kanan peringkat eksekutif menyertai program berkenaan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan, di sini. Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang

Haji Suyoi bin Haji Osman juga hadir pada program tersebut. Objektif program itu adalah untuk menyampaikan maklumat mengenai perkhidmatan dengan jelas dan menggunakan cara yang menarik, di samping mempelajari gaya persembahan yang terbukti paling berkesan di sekitar Asia, yang mana pendekatan dan penggunaan ‘7S’ dalam kekuatan penyampaian. Ia juga bagi mengetahui bagaimana untuk mempengaruhi pelanggan terutama pelanggan yang mempunyai masalah.

Gangguan perkhidmatan TelBru BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Januari. - TelBru ingin memaklumkan kepada pelanggan-pelanggan bahawa pemotongan kabel ‘Fiber Optic’ akan dijalankan di dalam Bangunan Stor Hua Ho, kawasan Kampung Mulaut pada Rabu, 21 Januari 2015 bermula dari jam 11 malam dan dijangka akan mengambil masa lebih kurang tiga (3) jam. Pemotongan berkenaan bagi membolehkan kapasiti yang lebih besar untuk menampung perkhidmatan tambahan di dalam bangunan tersebut. Semasa pemotongan, perkhidmatan internet dan telefon pelanggan TelBru yang disambungkan ke peralatan telekomunikasi serta perkhidmatan-perkhidmatan ATM yang terdapat dalam bangunan berkenaan juga akan turut terjejas. Sehubungan itu, TelBru ingin memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami melalui talian 111.

Ke muka 24

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

'The Century Run' bantu kurangkan obesiti

Muka 13

Pertandingan, Pameran Akuatik Brunei kembangkan industri akuakultur

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


2

HALUAN

HARI RABU 14 JANUARI 2015

Sistem pengangkutan darat ditadbir secara sistematik, berkesan Bismillahir Rahmannir Rahim Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Selamat Pagi LHAMDULILLAH, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izinNya jua kita dapat mengadakan Majlis Pelancaran Buku 'Safe and Smart Driving in Brunei Darussalam' di awal tahun 2015 Masihi ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Pengangkutan Darat atas usahasama biskita dengan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR), serta bersama setiap individu yang terlibat dalam usaha penerbitan buku ini. Saya sangat menghargai usahasama biskita ini. Ia menggambarkan perlunya kerjasama dari pelbagai pihak untuk memastikan setiap dasar yang digubal dan peraturan yang akan dilaksanakan adalah menyeluruh dan mudah difahami. Atas keperluan ini juga, kesepakatan kita untuk membentuk pengguna jalan raya yang lebih selamat dan bijak, Alhamdulillah, telah dapat menghasilkan buku 'Safe and Smart Driving in Brunei Darussalam'. Pelancaran buku 'Safe and Smart Driving in Brunei Darussalam' ini adalah satu permulaan yang menggalakkan bagi tahun 2015. Melihat kembali tahun 2014, saya ingin mengimbas beberapa perkara khususnya berkaitan dengan penggunaan jalan raya:i. Pertama, Pelancaran Land Transport Master Plan yang telah mengenal pasti empat (4) strategi utama ke arah pembangunan sektor pengangkutan yang menyeluruh; dan ii. Kedua, Kertas Putih Pengangkutan Darat (Land Transport White Paper) sebagai asas kepada Strategi Pengangkutan Darat Kebangsaaan (National Land Transport Strategy) serta pelan pelaksanaannya. Sepanjang tahun 2014 juga, Alhamdulillah kita dapat melihat penurunan dalam jumlah kemalangan jalan raya, kadar kecederaan dan kadar kematian dari kemalangan jalan raya. Dalam pada itu, saya berharap kita tidak akan merasa berpuas hati atau complacent atas apa yang direkodkan ini. Usaha untuk mengekalkan momentum dan kewaspadaan pengguna perlu diteruskan. Dari itu, penerbitan buku ini adalah antara usaha berterusan untuk membentuk pengguna jalan raya yang bermaklumat dan mampu membuat tindakan yang bijak. Pengguna sebeginilah yang akan membentuk Masyarakat Pintar (Smart Society) seperti yang dihasratkan. Mereka dapat memanfaatkan maklumat, membuat tindakan yang bijak, mengutamakan keselamatan, mengamalkan sikap yang berhemah dan mematuhi peraturan lalu lintas. Penerbitan buku 'Safe and Smart Driving in Brunei Darussalam', ini juga merupakan inisiatif Kementerian Perhubungan dalam

A

memastikan sistem pengangkutan darat di Negara Brunei Darussalam diurus tadbir secara sistematik dan berkesan. Dalam hal ini, usaha ke arah keberkesanan sistem dan pemberian perkhidmatan akan terus diungkayahkan oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD). Dari itu, buku ini turut mengandungi maklumat mengenai hal ehwal peroperasian di JPD seperti perlesenan, pendaftaran dan pemeliharaan kenderaan. Dengan adanya maklumat ini sebagai rujukan, diharapkan urusan akan menjadi semakin mudah dan ringkas. Pendekatan berteraskan pendidikan ini dan penyebaran maklumat secara efektif akan di pertingkatkan dari semasa ke semasa. Ia juga adalah selaras dengan Pelan Tindakan Negara 'Decade of Action for Road Safety 2011-2020'. Bersandarkan kepada pendekatan ini, saya ingin menekankan kepada JPD agar sentiasa meningkatkan usaha dalam memberikan maklumat yang terkini dan tepat kepada pengguna. Terapkanlah langkah ini sebagai salah satu kaedah untuk memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada pengguna. Dari itu, saya menyeru agar langkah reaching out to the public ini, khususnya bagi perkara yang mempunyai hubung kait secara terus (direct) dengan orang ramai untuk dijalankan dari semasa ke semasa. Saya ingin mengambil contoh usaha bagi memastikan lesen kenderaan (road tax) dan plat lesen kenderaan sebagai item yang tidak mudah rosak dan kabur. Saya difahamkan pihak JPD sedang mengenal pasti langkah penyelesaian bagi perkara-perkara ini dengan mengadakan kerjasama bersama pelbagai pihak, termasuk para pembekal. Perkara sebegini akan dapat menyumbang kepada perkhidmatan yang menjadi kemudahan (convenience) kepada orang ramai. Dari itu, saya menyarankan JPD akan sentiasa mengongsikan sebarang maklumat serta perkembangan yang terkini dan tepat kepada pengguna. Dalam sektor pengangkutan, khususnya pengangkutan darat dan aspek keselamatan jalan raya, kita memerlukan pendekatan yang lebih inovatif, komitmen yang berterusan dan kehendak (will) - secara peribadi dan kehendak politik (political will) untuk memperlihatkan hasil yang lebih signifikan dan impak yang berkesan. Usaha dan kerjasama kita bersama pihak Polis Diraja Brunei dalam menguatkuasakan peraturan lalu lintas di jalan raya dan dalam mendukung Sistem Keselamatan Amalan Pemandu (SiKAP), Alhamdulillah, telah menunjukkan kesan yang positif. Ini menandakan kesedaran dalam kalangan pemandu dan orang ramai adalah meningkat. Saya berharap kesedaran ini akan berterusan dan bertiti kepada generasi kitani yang akan datang. InsyaaAllah kita akan dapat mencapai

AMALKAN HIDUP SIHAT CEGAH OBESITI

O

MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar semasa berucap pada Majlis Pelancaran Buku 'Safe & Smart Driving In Brunei Darussalam' pada hari Rabu, 14 Rabiulawal 1436 Hijrah bersamaan 7 Januari 2015 Masihi di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan.

sasaran yang kita harapkan dan lebih utama, akan dapat menurunkan kadar kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya di negara ini. Buku 'Safe and Smart Driving in Brunei Darussalam' ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Langkah ini adalah bagi memastikan ia kekal relevan dengan perkembangan teknologi pengangkutan darat dan kehendak pengguna jalan raya. Selain itu, ciri-ciri keselamatan berlandaskan amalan terbaik serantau dan antarabangsa akan turut dikemas kini, bagi menuju ke arah safer dan smarter driving in Brunei Darussalam. Seterusnya, dengan maklumat seperti 'Car Safety features' yang ada di dalam buku ini, saya berharap JPD akan dapat memanfaatkannya untuk proses penyediaan dasar dan pelaksanaan peraturan ke arah kenderaan yang lebih selamat. Antaranya adalah dengan memperkenalkan New Car Assessment Program (NCAP) agar pengguna dapat membuat pilihan yang berlandaskan ciri-ciri keselamatan, dan bukannya berdasarkan harga, spesifikasi dan design kenderaan semata-mata. Ke arah ini, kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan seperti pihak Polis Diraja Brunei, Pusat Penyelidikan Pengangkutan (Centre for Transport Research - CFTR), para pembekal kereta perlu dikukuhkan lagi untuk memastikan pendekatan yang menyeluruh dan seimbang. Di akhir ucapan ini, sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada JPD dengan kerjasama MKKJR di atas pelancaran ulung buku panduan 'Safe and Smart Driving in Brunei Darussalam'. Ini merupakan bukti komitmen yang berterusan ke arah masyarakat selamat dan pintar di Negara Brunei Darussalam.

Pemberitaan/Rencana

Ketua Bahagian Pelita Brunei

Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor, Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli, Norliah Md. Zain, Hezlinawati Haji Abdul Karim, Ak. Jefferi Pg. Durahman, Haniza Abdul Latif, Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Rohani Haji Abdul Hamid, Nooratini Haji Abas, Khartini Hamir, Saerah Haji Abdul Ghani, Aimi Sani, Noraisah Muhammed, Aryentty Haji Arifin Mohammad Arif Matali, Hajah Sujimawati Mejari

Sastra Sarini Haji Julaini

AMBULANS 991

POLIS 993

23

14 JANUARI 2015 BERSAMAAN 1436

BESITI boleh ditakrifkan sebagai pengumpulan lemak berlebihan yang terdapat di dalam badan seseorang. Namun kini, obesiti telah dianggap serius oleh orang ramai kerana ia telah menjadi salah satu penyakit yang boleh mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial seseorang. Malah bagi mereka yang mengidap obesiti ini mempunyai jangka hayat yang sangat pendek berbanding mereka yang sihat. Di samping itu, obesiti dan berat badan berlebihan adalah penyebab utama kematian secara global di mana seramai 3.4 juta kematian berlaku setiap tahun. Kebimbangan tentang kadar obesiti yang meningkat dalam kalangan masyarakat di negara ini telah dikongsi oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof semasa berucap pada Pelancaran Projek Program Aktif dan Riadah Untuk Kesihatan (P.A.R.K) yang diadakan di Taman Tasik Serubing, Kampung Belimbing, Jalan Subok baru-baru ini. Menurut Yang Berhormat, isu obesiti di Negara Brunei Darussalam dalam kalangan kanak-kanak sangat diambil perhatian serius oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti yang dititahkan baginda dalam titah sempena menyambut Awal Tahun Baru Masihi 2015. Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut menjelaskan bahawa Negara Brunei Darussalam juga seperti negara-negara lain di dunia yang tidak terkecuali daripada mengalami masalah obesiti atau berat badan berlebihan dalam kalangan penduduk di negara ini, di mana kadar obesiti di Brunei telah meningkat sebanyak dua kali ganda dalam kalangan dewasa iaitu dari 12 peratus pada 1997 kepada 27 peratus pada 2011. Sementara itu, menurut kaji selidik Global School Health Survey 2014 pula, kalangan penuntut atau remaja yang berumur di antara 13 hingga 17 tahun, kajian mendapati bahawa kadar obesiti ialah sebanyak 17 peratus. Jika obesiti tidak dicegah atau diatasi dengan sebaik-baiknya, bukan sahaja akan mengakibatkan pelbagai risiko penyakit-penyakit seperti masalah pernafasan, tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan kanser tetapi ia juga boleh menjejaskan kualiti kesihatan, kesejahteraan, pekerjaan, produktiviti, pendapatan dan kualiti kehidupan, di mana bebanan itu juga turut dirasai oleh keluarga pesakit. Pada program tersebut, Yang Berhormat juga menyeru kepada semua pihak yang berkenaan termasuk sektor kerajaan, sektor swasta dan persatuan bukan kerajaan serta semua lapisan rakyat dan penduduk negara untuk sama-sama menjunjung dan menanai kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam sama-sama bertanggungjawab menangani masalah obesiti di negara ini. Oleh itu, langkah awal yang perlu diambil bagi membendung gejala kegemukan ini adalah dengan menitikberatkan penjagaan pemakanan seimbang dalam menu seharian. Kita seharusnya perlu memperbanyakkan memakan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin. Makanan ini sebenarnya dapat membantu pertumbuhan dalam badan kita serta memberi kesihatan kepada tubuh badan. Sebaliknya, kita hendaklah mengelakkan mengambil makanan yang mempunyai kalori tinggi atau berkolestrol seperti yang banyak lemak dan gula. Di samping itu, kita perlu kurangkan daripada menggoreng makanan tetapi banyakkan makanan yang direbus dan dibakar. Selain daripada pemakanan seimbang, kita perlu juga melakukan senaman. Senaman mempunyai banyak kebaikan kepada kita. Hal ini kerana ia membantu badan kita menjadi lebih sihat, kuat dan cergas. Malah bersenam juga menghindarkan tubuh kita daripada dijangkiti sebarang penyakit dan mengelakkan perasaan malas. Senaman yang dilakukan tidak perlulah dilakukan setiap hari, tetapi cukuplah sekadar 3 kali seminggu dengan tempoh masa 20 hingga 30 minit. Oleh yang demikian, masalah obesiti tidak bolehlah dipandang ringan. Justeru itu, setiap orang perlulah mengambil langkah berjaga-jaga serta belajar untuk mengawal nafsu makan kerana Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati. - Ketua Penyuntingan (Md)

Penyuntingan Samle Haji Jait, Siti Muslihat Haji Salleh, Abdullah Asgar, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

Ketua Penyuntingan Musa Mohidin, Hajah Zabaidah Haji Salat, Mohammad Rainie Haji Durani, Dk. Nasibahanim Pg. Haji Bakar

Penterjemahan

Penyemakan

Hajah Musmariani Haji Mohammad

Abdul Hadi Haji Suhaili, Haji Besar Haji Mamit, Hajah Norliha Haji Salleh, Ramlah Md. Nor, Nurul Hazwani Abu Omar, Siti Faizahanisah Awang Mahani, Dk. Nur Ridzwana Pg. Abd. Aziz

Pereka Letak Khairul Shaharim Haji Abdul Ghafor, Haji Ahmad Haji Salim, Mohammad Ike Iqrami Haji Suhaimi, Muhammad Hamdanajib Haji Domeng, Mohammad bin Kahar, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Hajah Raini Haji Bidin, Dk. Sahraini Pg. Haji Ismail

Juruteknik Foto Hatral Hazmi Abdul Hamid, Nurul Qaidah Ahmad, Nornasyirah Nordin

BOMBA 995

PENYELAMAT 998

(Talian Darussalam) JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK, JABATAN PENGANGKUTAN DARAT, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN e-darussalam

123

NDMC 2380214


NASIONAL

HARI RABU 14 JANUARI 2015

3

Tinjau pengurusan Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak Dari muka 1 Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak Hospital RIPAS telah pun siap dibina dan mula beroperasi pada 12 Januari lalu dan kerja-kerja pemindahan perkhidmatan-perkhidmatan Pediatrik (Kanak-Kanak) serta Obstetrik dan Ginekologi (Perbidanan dan Pesakit Puan) berjalan dengan lancar bermula pada 9 Januari 2015. Setakat kelmarin, sebanyak 122 orang pesakit telah dan sedang menerima rawatan di wad-wad Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak sejak mula pemindahan perkhidmatan dari lokasi di bangunan utama Hospital RIPAS ke lokasi-lokasi baru pusat

berkenaan pada 9 Januari yang lalu, iaitu sebanyak 74 pesakit Pediatrik dan 48 pesakit Obstetrik dan Ginekologi. Di samping itu, sebanyak 14 orang anak damit telah dilahirkan di pusat baru ini sejak mula berpindah pada 11 Januari yang lalu hingga kelmarin. Kemudahan-kemudahan tempat penurunan bagi pesakit-pesakit yang hendak dimasukkan ke wad-wad atau ke kompleks wad bersalin dan penurunan bagi kereta ambulans terletak di aras Bawah Tanah 1 (Basement 1), yang mana disediakan lif khas untuk menuju terus ke aras, di mana perkhidmatan rawatan diperlukan. Bagi letak kereta berbayar untuk

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof melihat lebih dekat pengurusan dan kemudahan di Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (atas dan kiri).

orang ramai pula disediakan di aras Bawah Tanah 2 (Basement 2) dan laluan keluar adalah menggunakan jalur satu hala ke Lebuhraya Sultan Haji Hassanal Bolkiah menuju ke Jalan RIPAS. Dalam masa yang sama, perkhidmatan shuttle bus juga beroperasi untuk mengambil dan menghantar penumpang dari bangunan

ini ke stesen 2 tempat letak kereta berdekatan dengan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah. Pusat baru tersebut juga dilengkapi dengan alat-alat dan kemudahan serta fasiliti perubatan yang lengkap dan canggih bagi memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik dan berkesan bagi pesakit-pesakit.

Juga hadir pada lawatan tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan Kementerian Kesihatan, Awang Haji Mahrub bin Haji Murni, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan Hospital RIPAS.

Menteri HEU terima kunjungan hormat Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Januari. - Hubungan yang sedia terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura dalam pelbagai bidang terus diperkukuhkan dengan pertukaran lawatan dan perbincangan antara kedua-dua buah negara termasuk perbincangan mengenai perkembangan ugama Islam. Keakraban tersebut diperkukuhkan lagi dengan kunjungan hormat rombongan Mahkamah Syariah Republik Singapura kepada Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. Rombongan berkenaan diketuai oleh Presiden Kanan Mahkamah Syariah Singapura, Yang Amat Arif Haji Mohammad bin Haji Rais. Majlis perjumpaan yang berlangsung di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) itu antara lain membincangkan dan bertukar pendapat mengenai perkembangan ugama Islam di kedua-dua buah negara. Juga hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap dan para pegawai kanan KHEU.

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman semasa menerima kunjungan hormat Presiden Kanan Mahkamah Syariah Republik Singapura, Yang Amat Arif Haji Mohammad bin Haji Rais dan rombongan, bertempat di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Berakas.

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama ketika bergambar kenangan bersama Presiden Kanan Mahkamah Syariah Republik Singapura dan rombongan semasa membuat lawatan rasmi ke negara ini (atas), manakala gambar kiri, Presiden Kanan Mahkamah Syariah Republik Singapura mendengar taklimat mengenai Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang disampaikan oleh Pengarah Unit Perundangan Islam KHEU.


4

NASIONAL

HARI RABU 14 JANUARI 2015

'The Century Run' bantu kurangkan obesiti

YANG Berhormat Menteri Pendidikan menyampaikan hadiah kepada pemenang 'The Century Run' Kategori 10 Kilometer Terbuka Perempuan, Dayang Dee Haji Amir (atas) dan kepada pemenang 'The Century Run' Kategori 10 Kilometer Terbuka Lelaki, Awang Sefli Ahar (bawah).

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 11 Januari. - Kira-kira 4,588 peserta menyertai larian ‘The Century Run' (Larian Abad)’ Sempena 100 Tahun Pendidikan Formal dan Sambutan Hari Guru Ke-24 Tahun 2014 Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam, bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS), di ibu negara, di sini. Pelancaran ‘The Century Run’ telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. Acara yang dimulakan dengan larian obor bermula di Jalan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien di luar bangunan

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) melalui Jalan McArthur, Jalan Kianggeh, Jalan Elizabeth Dua dan berakhir di taman berkenaan diikuti dengan sesi pemanasan badan diketuai oleh Guru Sekolah Sukan, Awang Haji Muhammad Azrin bin Haji Aji serta enam orang guru dan 20 orang penuntut dari Sekolah Sukan. Juga menyertai larian amal tersebut ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. ‘The Century Run’ Kementerian Pendidikan merupakan salah satu

acara sukan riadah yang diungkayahkan khas oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum bagi menyemarakkan sambutan 100 Tahun Pendidikan Formal dan Hari Guru 2014 bagi menggantikan acara walkaton yang diadakan setiap tahun sempena Hari Guru. Larian tersebut dibukakan kepada penyertaan orang awam termasuk pegawai-pegawai dan tenaga pengajar serta para pelajar di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengikut kategori umur yang telah ditetapkan. Sementara itu, acara sampingan, ‘Fun Run’ pula dibukakan kepada orang ramai dan juga kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Sambutan 100 Tahun Pendidikan Formal dan Sambutan Hari Guru 2014 serta warga Kementerian Pendidikan dan KHEU serta keluarga masing-masing. Di samping itu, orang-orang kenamaan dan jemputan khas dari kementerian-kementerian lain dan pihak-pihak swasta juga dijemput bagi menyertai kategori tersebut. Beberapa kategori dipertandingkan dalam acara berkenaan antaranya Terbuka Lelaki dan Perempuan (10 Kilometer), Veteran Lelaki dan Perempuan 45 Tahun Ke Atas (5km), Junior Lelaki dan Wanita 15 Tahun Ke Bawah (5km), Fun Run Lelaki dan Wanita (3km) dan juga bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas (tiada bayaran dikenakan). Terdahulu, sebelum larian dimulakan setiap peserta telah diberikan

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong membawa obor larian selepas diserahkan oleh pembawa obor terdahulu sebagai tanda rasmi larian tersebut.

Oleh : Aimi Sani Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas kad kutipan derma sebagai salah satu projek amal untuk diisikan serta diserahkan kepada pihak penganjur yang mana 90 peratus daripada hasil kutipan derma ini akan diagihkan kepada tabung aktiviti sukan/ sosial Kementerian Pendidikan dan 10 peratus lagi, iaitu sejumlah BND2,685 akan didermakan kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam. Larian itu antaranya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kesihatan tubuh badan melalui aktiviti-aktiviti beriadah seperti acara larian dan sebagai salah satu usaha Kementerian Pendidikan bagi membantu mengurangkan obesiti dalam kalangan warga Perkhidmatan Awam (PA) khususnya warga/ komuniti Kementerian Pendidikan serta bagi mengeratkan silaturahim

di antara pegawai, guru-guru, kakitangan dan ahli keluarga warga Kementerian Pendidikan. Selain itu, latihan juga memberi peluang warga Kementerian Pendidikan memberikan sumbangan kepada penubuhan-penubuhan sukarela khususnya anak-anak yatim dan orang kurang upaya melalui kutipan derma, di samping membuka peluang bagi persaingan sihat dalam salah satu sukan yang kompetitif khususnya dalam kalangan warga serta komuniti Kementerian Pendidikan. Larian turut disertai oleh Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan kerajaan, pegawai dan kakitangan dari sektor awam dan swasta serta orang perseorangan.

SESI pemanasan badan bersama peserta-peserta larian.

ANTARA beribu peserta yang menyertai larian The Century Run yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Sempena Sambutan Hari Guru Ke-24 Tahun dan 100 Tahun Pendidikan Formal Tahun 2014.


NASIONAL

HARI RABU 14 JANUARI 2015

5

Kadar peningkatan obesiti membimbangkan Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah MUKIM KOTA BATU, Ahad, 11 Januari. - Di Negara Brunei Darussalam kadar obesiti dalam kalangan dewasa telah meningkat dua kali ganda daripada 12 peratus pada tahun 1997 kepada 27 peratus pada tahun 2011. Manakala mengikut kaji selidik Global School Health Survey 2014 kalangan penuntut atau remaja yang berumur di antara 13 hingga 17 tahun telah menunjukkan kadar obesiti sebanyak 17 peratus. Sehubungan dengan itu, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusof percaya jika obesiti tidak dicegah atau diatasi dengan sebaik-baiknya bukan sahaja mengakibatkan pelbagai risiko penyakit, boleh menjejaskan kualiti kesihatan, kesejahteraan, pekerjaan, produktiviti, pendapatan dan kualiti kehidupan malahan bebanan juga turut dirasai oleh pesakit. “Kegiatan fizikal, jika dilakukan secara kerap adalah berkesan dalam menurunkan tekanan darah dan masalah berat badan serta membantu

meningkatkan tahap kolesterol baik di dalam darah,� jelas Yang Berhormat semasa berucap pada Majlis Pelancaran Projek Program Aktif dan Riadah Untuk Kesihatan (P.A.R.K) Sempena Hari Keluarga dan Sukan Ria bagi penduduk Mukim Kota Batu dan Pusat Kesihatan. Apa yang mustahak, kegiatan fizikal yang dimaksudkan, ujar Yang Berhormat ialah disertai dengan pengambilan pemakanan yang sihat dan seimbang seperti membanyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan makanan yang tinggi lemak, gula dan garam dalam memperkesankan lagi usaha menangani isu obesiti dan menjaga kesihatan sepanjang hayat. Program yang diadakan di Taman Tasik Serubing, Kampung Belimbing Jalan Subok di sini dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dan diteruskan dengan senamrobik. Aktiviti diteruskan dengan riadah mendaki Bukit Markucing sejauh tiga kilometer dan diselajurkan dengan sukan ria daripada Mukim Kota Batu. Juga menyertai aktiviti tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, Kementerian

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof merasmikan Papan Maklumat mengenai Pemanasan Badan di Taman Tasik Serubing, Kampung Belimbing, Jalan Subok.

Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, TimbalanTimbalan Setiausaha Tetap, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan dan penduduk Mukim Kota Batu.

MENTERI KESIHATAN bersama-sama pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan serta penduduk Kampung Mukim Kota Batu ketika bersenam memanaskan badan sebelum beriadah mendaki Bukit Markucing (atas dan kanan).

YANG Berhormat Menteri Kesihatan bergambar ramai bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Penganjur Projek Program Aktif dan Riadah Untuk Kesihatan (P.A.R.K).


6

NASIONAL

HARI RABU 14 JANUARI 2015

Perkampungan Sivik pupuk semangat kenegaraan dan ‘kekitaan’

PEMANGKU Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad semasa menyampaikan ucapan alu-aluan selaku pengerusi bersama.

PARA peserta Perkampungan Sivik bergambar ramai bersama Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad, selaku Pengerusi Bersama serta para pegawai dari Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Penerangan.

Oleh : Mohammad Arif Matali Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 11 Januari. - Perkampungan Sivik Mahasiswa Negara Brunei Darussalam Seberang Laut Tahun 2015 Kali Pertama dihasrat akan dapat memberikan ruang dan peluang untuk sama-sama berbincang serta memahami tentang keperluan semasa mengenai kemajuan, perkembangan serta pembangunan negara dalam pelbagai bidang.

Kursus ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai hal ehwal negara dan kerajaan, di samping memupuk, menanam serta memperkasa semangat kenegaraan serta semangat ‘kekitaan’ atau sense of belonging dalam kalangan para mahasiswa dan mahasiswi. Perkara ini dinyatakan oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad pada pembukaan Majlis Suai Kenal Perkampungan Sivik Kali Pertama Tahun 2015 di Auditorium Bangunan Tambahan Jabatan Penerangan,

Sebahagian daripada para peserta Kursus Sivik yang hadir.

Jabatan Perdana Menteri (JPM). Beliau seterusnya berkata, kursus juga dihasrat untuk mengingatkan mahasiswa dan mahasiswi yang menerima biasiswa atau pelajar persendirian tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap negara untuk belajar dengan rajin serta tekun dan terus berjaya serta yang penting adalah pulang ke tanah air setelah tamat pengajian di luar negara dalam sama-sama menangani perubahan dunia ke arah memajukan negara kita yang kita sayangi. Pemangku Pengarah Penerangan turut memetik titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di United Kingdom dan Ireland Utara dan Penganugerahan Biasiswa ‘The Chancellor’s Scholar’ Universiti Brunei Darussalam Sesi 2014/ 2015 di London pada 28 Disember tahun lalu. Antara lain dalam titah baginda, “Seratus tahun yang telah dilalui menghendaki kita lebih peka kepada perubahan, kerana perubahan itu tidak pernah menunggu lama untuk melihat kita lebih maju ke hadapan ataupun sebaliknya. Bukankah dunia ini sentiasa berubah, dan perubahan itu pula meminta kita untuk melengkapkan diri? Inilah hakikat perubahan menuntut kita supaya lebih kreatif, dinamik dan berkemahiran.” Melalui titah baginda itu jelasnya,

para mahasiswa dan mahasiswi sudah setentunya patut bersedia menghadapi perubahan sama ada secara peka ataupun tidak serta siap siaga untuk melengkapkan diri dengan segala kepandaian dan kemahiran melalui pendidikan masing-masing. Oleh itu, beliau juga menyeru kepada para penuntut untuk mengambil peluang dari Program Perkampungan Sivik ini, agar menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing dan akan memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman yang ada bagi sama-sama menangani perubahan dunia ke arah memajukan negara kita yang disayangi. Pada majlis suai kenal tersebut, para mahasiwa juga diberikan penerangan ringkas mengenai Program Perkampungan Sivik 2015 yang disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Penerangan, Awang Haji Dayang bin Haji Kasim, dan seterusnya Taklimat Keselamatan dari Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan disampaikan oleh Awang Haji Raminey bin Haji Salleh. Terdahulu bacaan Surah Al Faatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Awang Haji Mahmud Hafidzie bin Haji Ali Mashod diikuti dengan nyanyian Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ dan Lagu Patriotik ‘Bendera Negara’ oleh para peserta Perkampungan Sivik. Seramai 17 mahasiswa dan mahasiswi Negara Brunei Darussalam

Seberang Laut dari Australia, New Zealand dan Malaysia yang kini sedang bercuti di tanah air mengikuti program tersebut yang berjalan selama lima hari, bermula 11 hingga 15 Januari 2015. Program merupakan anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Bahagian Dermasiswa, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama dan kali ini ia diadakan di Daerah Tutong. Semasa menjalani perkampungan, mereka akan didedahkan dengan beberapa sesi taklimat dari beberapa buah agensi kerajaan dan melawat ke beberapa jabatan awam. Para mahasiswa dan mahasiswi juga akan berpeluang untuk berkongsi ilmu, di satu Sesi Perkongsian Ilmu dengan tema ‘Pengalaman Belajar Di Sebarang Laut’ dan Percambahan Fikiran Berkumpulan dengan tajuk ‘Peranan Pelajar Seberang Laut Memartabatkan Melayu Islam Beraja’ yang akan mengambil tempat di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, Pekan Tutong. Diperkenalkan sejak tahun 1976, perkampungan kali ini antara lain memberikan ruang untuk berbincang dan memahami keperluan semasa bagi kemajuan bangsa dan negara dalam pelbagai bidang, dan mengingatkan mahasiswa dan mahasiswi supaya sentiasa berwaspada dengan ajaranajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam. Juga hadir pada majlis tersebut Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar, para pegawai dari Jabatan Penerangan, Kementerian Pendidikan dan JPI serta para ibu bapa peserta kursus dan peserta kursus.

Program 'Team Building' menjana semangat berpasukan Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman TUTONG, Ahad, 11 Januari. - Hari pertama Perkampungan Sivik Mahasiswa dan Mahasiswi Seberang Laut Tahun 2015 Kali Pertama membawa para peserta mengikuti Program 'Team Building' yang berlangsung di Taman Rekreasi Sungai Basong, di sini. Program selama setengah hari yang bermula pukul 2.00 petang hingga selesai itu berupaya meningkatkan cara berkomunikasi, cara berfikir dan semangat berpasukan serta penggunaan masa secara lebih berkesan. Seramai sembilan mahasiswi dan lapan mahasiswa mengikuti program berkenaan yang dikendalikan oleh Trandie Rainforest Adventure Brunei Darussalam.

Perkampungan Sivik tersebut dianjurkan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri selama lima hari bermula hari ini. Semua aktiviti yang disusun oleh pihak penganjur itu diharap akan dapat memantapkan rohani, mental emosi, fizikal dan ilmu pengetahuan sebagai persediaan mahasiswa dan mahasiswi tempatan di seberang laut, selain sebagai benteng pertahanan agar lebih kental dalam berdepan dengan cabaran sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi. Juga hadir ialah pegawai-pegawai kanan dan pegawai Jabatan Penerangan.

PARA peserta Kursus Sivik dalam aktiviti mencari 'harta karun' menggunakan bayangan dan peralatan yang diberikan dalam Program Team Building yang diadakan di Taman Rekreasi Sungai Basong, Tutong.


MINDA PEMBACA

HARI RABU 14 JANUARI 2015

7

Ibu bapa berperanan didik anak jadi pengguna bijak

Berjimat cermat amalan murni

Menabung latih diri berdisiplin

ADA era globalisasi ini, amalan berjimat cermat amat digalakkan dalam kehidupan. Amalan ini sering menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Dari segi istilah, amalan berjimat cermat adalah berbelanja secara berhemah dengan berhati-hati dan bukan secara boros. Biasanya segenap lapisan masyarakat perlu berjimat cermat untuk memastikan mereka tidak kesusahan pada kemudian hari. Amalan berjimat cermat diamalkan dalam masyarakat, namun sikap segelintir masyarakat yang bersikap hangat-hangat tahi ayam dalam berjimat menyebabkan amalan ini terhenti di tengah jalan. Amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat dapat melahirkan pengguna yang bijak kerana dapat mengelakkan pembaziran dalam membelanjakan wang. Dalam hal ini, seorang pengguna yang bijak akan lebih berwaspada dan lebih peka ketika membeli barang. Bahkan juga, seorang pengguna yang bijak akan membeli barangan keperluan kehidupan seharian sahaja dan tidak membazirkan wang dengan membeli barang yang tidak memberi apa-apa faedah. Oleh itu, kita haruslah pandai dalam berjimat cermat. Larangan mengenai pembaziran telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah al-Israa' ayat 26-27 tafsirnya: "Dan berikan kepada keluarga-keluargamu yang dekat, orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing. Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." Selain itu, amalan berjimat cermat merupakan amalan murni dan seharusnya amalan ini dipraktikkan sejak azali lagi khususnya sewaktu kecil lagi. Jika diperhatikan amalan menabung ini dapat menjadikan masyarakat berjimat cermat. Dengan amalan menabung ini, seseorang itu dapat membeli barang yang mereka hajati. Biarpun lambat namun barang yang dihajati itu tetap akan dapat dimiliki. Apa yang perlu diambil perhatian ialah peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam membimbing anak-anak untuk mengamalkan amalan berjimat cermat dan menunjukkan teladan yang baik supaya generasi akan datang dapat mencontohi sikap ini. Bak kata pepatah, 'bersusah-susah dahulu, bersenangsenang kemudian.'

ERJIMAT cermat bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa membuat pembaziran. Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia disisi agama dan haruslah dipraktikkan serta dipupuk sejak dari kecil lagi. Di dalam kehidupan kita perlulah mengamalkan konsep kehidupan yang sederhana di setiap sudut perkara. Sedangkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri pun hidup dalam keadaan yang sederhana. Sikap boros adalah salah satu daripada sikap pengguna yang sering dikaitkan apabila berbelanja. Ia haruslah ditangani dengan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menanam sikap berjimat cermat seperti menabung. Banyak faedahnya apabila kita menyimpan atau menabung sedikit wang. Bak kata satu peribahasa 'sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit' yang bermaksud amalan menabung juga boleh mendisiplinkan diri untuk membuat pilihan dan perancangan yang bijak untuk keperluan masa depan ataupun untuk tujuan yang lebih penting. Budaya hidup sentiasa berjimat cermat mengelakkan kita daripada ditimpa pelbagai masalah kewangan. Islam juga tidak melarang umatnya untuk berbelanja tetapi hendaklah mengutamakan keperluan daripada kemahuan nafsu. Sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Israa’ yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya.� Seorang pengguna yang bijak harus membuat keputusan yang bijak terhadap sesuatu perkara berdasarkan buah fikiran bukan berdasarkan keinginan ataupun hawa nafsu. Apabila seseorang itu tidak melakukan perancangan yang tepat, dia akan membeli barangan yang tidak berfaedah. Contohnya di sebuah pusat membeli-belah, pengguna akan menjadi rambang mata apabila melihat jualan murah dengan potongan harga yang menarik sehingga gagal menahan diri daripada membeli sesuatu. Kesimpulannya, amalkan sikap berjimat cermat dan jauhi tabiat membazir demi kebaikan sendiri mahupun negara. Amalan berjimat cermat haruslah diterapkan di dalam setiap sikap individu mahupun dari lingkungan usia yang muda sehingga tua.

ERANAN ibu bapa adalah sangat penting dalam mendidik anak-anak supaya menjadi pengguna yang bijak. Ibu bapa perlu memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anak-anak. Anak-anak perlu diajar supaya membeli barangan yang benar-benar perlu dan tidak membazir kerana amalan membazir itu sebahagian daripada amalan syaitan. Oleh itu, ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak agar berjimat cermat dalam pembelian dan perlu mengamalkan amalan menabung untuk kepentingan masa depan. Pengguna yang bijak ialah pengguna yang tahu mengurus kewangan dengan berkesan dan seterusnya tahu mengawal perbelanjaan mereka. Untuk itu, diri anak-anak perlu dilengkapkan dengan ilmu kewangan yang dapat membantu anak-anak menguruskan kewangan peribadi mereka dengan baik dan berkesan. Antara yang perlu dilakukan termasuklah mengubah corak perbelanjaan harian keluarga dan merancang perbelanjaan demi masa depan yang baik. Sebaik-baiknya biarlah berbelanja secara sederhana, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala, dalam Surah Al-Furqan ayat 67, tafsirnya : "Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tidak boros dan tidak kedekut, sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana." Selain itu, ibu bapa juga boleh membimbing anak-anak membuat perancangan yang lebih sistematik dengan membuat catatan wang simpanan dan wang perbelanjaan. Perancangan kewangan yang baik dan pengurusan kewangan yang sistematik akan membantu berbelanja mengikut keperluan dan tidak membebankan. Selain itu juga, ibu bapa perlu menasihati anak-anak agar sentiasa menyediakan senarai barangan keperluan sebelum keluar untuk berbelanja bagi mengelakkan pengguna membeli barangan yang tidak diperlukan. Dengan itu, anak-anak dapat mendisiplinkan diri dengan mematuhi setiap perancangan yang telah ditetapkan dan sekali gus usaha untuk melahirkan pengguna yang bijak dapat direalisasikan. Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk melahirkan pengguna yang bijak dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan menitikberatkan amalan penggunaan yang bijak. Pengguna yang bijak sudah tentu masa depan mereka akan lebih bersinar dan lebih cerah.

Nama : Nurjuliaha binti Abdullah No. K/P : 01-060766 (Kuning) Alamat : No.19, Simpang 14, Jalan 99, RPN Kampung Rimba Gadong, BE 3319, Negara Brunei Darussalam.

Nama : Awang Azhar bin Awang Japari No. K/P : 01-056553 (Kuning) Alamat : No.23, Simpang 396-53-44, Kampung Jerudong, BG 3122, Negara Brunei Darussalam.

P

Nama : Nurellezannatul Rozeyana @ Rozeyana binti Awang Suaili No. K/P : 01-059668 (Kuning) Alamat : No.37, Simpang 9, Jalan Kecil Kampung Agau, Kampung Parit, Pengkalan Batu, BH 1123, Negara Brunei Darussalam.

B

P

TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA: 1. 'Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Contoh Ikutan Terbaik'. Tarikh Tutup : 14 Januari 2015. 2. 'Keluarga Berwawasan Sihat Tanpa Rokok'. Tarikh Tutup : 21 Januari 2015. 3. 'Kepentingan Pendidikan Selaras Dengan Wawasan 2035'. Tarikh Tutup : 28 Januari 2015. Terma dan Syarat: 1. Penyertaan dibuka kepada remaja yang berusia lingkungan 15 tahun hingga 25 tahun, yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kecuali warga Jabatan Penerangan. 2. Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. 3. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon hendaklah disertakan dan dihantar kepada: Sidang Pengarang, Minda Pembaca Unit PELITA BRUNEI, Jabatan Penerangan Lapangan Terbang Lama, Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam atau melalui E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn 4. Sebanyak tiga penyertaan terbaik akan disiarkan dalam Akhbar Rasmi Kerajaan PELITA BRUNEI dan setiap seorang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak $75.00.


8

PENDIDIKAN

HARI RABU 14 JANUARI 2015

Raih ilmu melalui Dialog MIB

Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Januari. - Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja (MIB) adalah berperanan dalam menyebarkan dan mengukuhkan lagi pengamalan dan penghayatan nilai-nilai MIB dalam kehidupan masyarakat Brunei sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi mengekalkan kewujudan negara MIB selaras dengan

Wawasan Negara 2035. Sehubungan itu, bagi mengetahui Iebih dekat lagi tentang peranan dan tugas tersebut, lebih 80 orang rombongan mantan pelajar Brunei yang pernah belajar di Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu Malaysia antara tahun 1950-an sehingga 1970-an menghadiri Taklimat dan Dialog MIB tersebut. Taklimat dan Dialog MIB yang berlangsung di Centrepoint Hotel,

Intelek muda IPT tunjuk bakat berpidato Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Hj Ahmad Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Januari. Awang Muhammad Fatin Abdul Rahman bin Kifli wakil peserta dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) muncul johan pada Pertandingan Pidato Institut Pengajian Tinggi (IPT) Senegara Piala Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Naib johan disandang REKTOR UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, menyampaikan hadiah kepada Johan Pidato IPT Senegara oleh Awang Muhammad Piala Rektor UNISSA, Awang Muhammad Fatin Abdul Yadiy bin Haji Mat Yassin Rahman bin Kifli mewakili KUPU SB dengan tajuk wakil peserta dari 'Mencintai Rasulullah Demi Mencapai Cinta Ilahi'. UNISSA dengan markah 77 peratus dan tempat ketiga dimenangi oleh Awang Muhammad Danial bin Ramadan wakil peserta dari Institut Teknologi Brunei (ITB) dengan markah 70 peratus. Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal. Johan yang berjaya memperolehi markah sebanyak 82.3 peratus telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak BND1,500, Piala Pusingan Piala Rektor UNISSA, trofi dan sijil penyertaan. Naib johan pula membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak BND1,000, trofi dan sijil penyertaan. Manakala tempat ketiga membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak BND800, trofi dan sijil penyertaan. Seramai enam finalis berentap pada pertandingan anjuran Alumni UNISSA yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Tema pertandingan pada malam ini ialah 'Mencintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam'. Antara objektif pertandingan adalah bagi memeriahkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sekali gus menggalakkan golongan intelektual muda dari peringkat IPT untuk menyampaikan pidato dengan hujah yang ilmiah dan berkualiti. Pertandingan yang diadakan adalah bersempena dengan Karnival Belia Cinta Rasul yang menjadi peluang keemasan buat Alumni UNISSA bagi mengadakan program berskala besar di luar kampus yang mana pendedahan seperti ini mampu memasyarakatkan lagi penglibatan Alumni UNISSA sebagai penggerak program yang bermanfaat untuk semua. Uniknya pertandingan ini, selain dibukakan kepada mahasiswa dan mahasiswi IPT senegara, penyertaan juga dibukakan kepada alumni-alumni IPT yang baru menerima ijazah sejak tiga tahun kebelakangan.

PARA peserta Taklimat dan Dialog Melayu Islam Beraja (MIB) bergambar ramai sebelum majlis tersebut dimulakan.

Gadong, di sini, dikendalikan oleh Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi MIB. Pada majlis tersebut, rombongan berkenaan mendengarkan taklimat mengenai latar belakang penubuhan Majlis Tertinggi MIB yang disampaikan oleh Pegawai TugasTugas Khas Kanan, selaku Setiausaha Ketua Urus Setia Majlis Tertinggi MIB, Dr. Awang Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong. Dalam taklimatnya, beliau menjelaskan bahawa perkongsian maklumat, pengetahuan dan pengalaman bagi sama-sama meningkatkan kefahaman untuk mengukuhkan pengamalan dan penghayatan kita terhadap nilai-nilai MIB dalam kehidulan bermasyarakat,

beragama dan bernegara. Jelasnya, perhimpunan tersebut juga selaras dengan peranan dan tugas Majlis MIB yang ditubuhkan sejak tahun 1984, bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi mencapai Wawasan Negara 2035. Dr. Awang Haji Muhammad Hadi menjelaskan, hasil daripada perbincangan dan pertukaran minda serta buah fikiran itu akan dapat dijadikan rujukan dan panduan untuk merancang merangka polisi-polisi dan dasar-dasar bagi penerapan nilai-nilai MIB dalam apa juga perisian dalam kehidupan bermasyarakat sebagaimana yang dititahkan oleh baginda ketika sambutan Maulidur

Rasul 1436 Hijrah baru-baru ini. Sesi taklimat dan dialog berkenaan juga diisikan dengan pembentangan dua kertas kerja disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Awang Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid dengan tajuk 'MIB sebagai Cara Hidup' dan Dato Paduka Dr. Awang Haji Ismail bin Haji Duraman dengan tajuk 'MIB dan Wawasan Negara 2035'. Antara lain melalui dialog dan perbincangan ini akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan makIumat-maklumat yang relevan dalam usaha untuk sama-sama melaksanakan dan mengamalkan nilai-nilai MIB bagi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

ROMBONGAN pelajar yang akan menyertai 'The 6th ASEAN +3 Centre for The Gifted in Science (ACGS): Teacher Workshop and Student Camp for the Gifted in Science di Changwon, Republik Korea'.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Januari. - Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan telah memilih enam pelajar terbaik untuk mewakili Negara Brunei Darussalam bagi menyertai The 6th ASEAN +3 Centre for The Gifted in Science (ACGS): Teacher Workshop and Student Camp for the Gifted in Science di Changwon, Republik Korea. Pelajar-pelajar itu terdiri daripada Yang Mulia Pengiran Nur’ Azeezah binti Pengiran Anak Haji Mohammad Al-Mokhtar dari Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Lim Ian Wei dan Dayang Aisyah Farhanah binti Singpa @ Abdul Majid dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Awang Muhammad Afif Ruzaini bin Muhammad Sofian dari Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Awang Ibrahim bin Haji Md. Yussop dari Sekolah St. Andrews dan Awang Yura Mohammed Adibillah binSaifulrizal dari Sekolah Antarabangsa Jerudong. Rombongan telah berlepas ke Republik Korea diketuai oleh dua guru pengawas, iaitu Awang Huzaimi bin Haji Abdul Kassim dari Sekolah Sukan dan Dayang Adlina Rahayu binti Haji Zaini dari Sekolah Menengah Sayyidina Hasan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, di sini. Program selama lapan hari itu bermula 11 hingga 18 Januari di Changwon, Republik Korea bertemakan 'Green Smart Home'. Program ACGS menetapkan untuk menyediakan peluang-

Enam pelajar wakil ke ACGS di Korea Oleh : Aimi Sani Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said peluang pendidikan bagi pelajarpelajar dan guru-guru serta mewujudkan rangkaian organisasi dalam kalangan negara-negara ASEAN +3. ACGS bertujuan untuk menangani perbezaan dalam bidang sains dan teknologi dalam kalangan negara ASEAN +3, membangunkan sumber tenaga kreatif manusia masa depan dalam bidang sains perindustrian yang tinggi dan memupuk kerjasama dan kesedaran masyarakat melalui pelbagai pertukaran dalam kalangan negara ASEAN +3, di samping memupuk saintis muda yang berbakat. Unit Pendidikan Khas komited dalam merealisasikan visi

Kementerian Pendidikan dalam kualiti pelajaran terutamanya bagi pelajar-pelajar bekeperluan khas termasuk pelajar berbakat dengan kebolehan pembelajaran unggul. Sejak tahun 2009, pelajar berbakat telah dipilih untuk mengambil bahagian pada program pendidikan berbakat antarabangsa untuk menyediakan pelajar-pelajar yang dikenal pasti dapat menerus dan meningkatkan bakat mereka. Perkara ini selaras dengan Wawasan 2035 yang bertujuan untuk membuat Negara Brunei Darussalam sebuah negara diiktiraf secara meluas untuk pencapaian orang berpendidikan dan berkemahiran tinggi.


NASIONAL

HARI RABU 14 JANUARI 2015

9

Struktur Pemerintahan, Pentadbiran Negara dibentangkan Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali TUTONG, Ahad, 11 Januari. Para peserta Perkampungan Sivik Mahasiswa dan Mahasiswi Negara Brunei Darussalam Seberang Laut Tahun 2015 Kali Pertama terus didedahkan dengan kefahaman dan maklumat terkini mengenai hal ehwal negara dan kerajaan dalam usaha memupuk dan menanam semangat kenegaraan yang berteraskan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB). Sehubungan itu, para peserta telah diperdengarkan Taklimat Struktur Jabatan Penerangan dan Struktur Pemerintahan dan Pentadbiran Negara yang disampaikan oleh pegawaipegawai penerangan berlangsung di Dewan Rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali. Taklimat pertama mengenai Struktur Jabatan Penerangan

ANTARA peserta (atas dan bawah).

kursus

sivik

yang

disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Unit Hubungan Masyarakat, Awang Haji Salleh bin Haji Yussof yang antara lain menyentuh mengenai dengan visi dan misi Jabatan Penerangan serta latar belakang dan sejarahnya. Manakala taklimat kedua pula, iaitu mengenai Struktur Pemerintahan dan Pentadbiran Negara disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Rosidah binti Haji Ismail yang antara lain menyentuh mengenai kemerdekaan awal yang dicapai oleh Negara Brunei Darussalam yang sama seperti negara-negara lain, namun Pemerintahan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dapat dan berjaya mentadbir negara walau bermula dari bawah hinggalah ke hari ini menjadi sebuah negara yang

hadir

mendengarkan

taklimat

tersebut

TAKLIMAT Struktur Jabatan Penerangan dan Struktur Pemerintahan dan Pentadbiran Negara disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Penerangan.

terkenal di seluruh dunia. Seramai 17 mahasiswa dan mahasiswi, iaitu lapan lelaki dan sembilan perempuan menyertai

Perkampungan Sivik pada kali ini yang bertujuan untuk memberikan kefahaman dan maklumat terkini mengenai hal ehwal negara dalam

kerajaan selain memupuk serta menanam semangat kenegaraan yang berteraskan falsafah negara MIB.

Kerja-kerja pemindahan pelantar BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Januari. - Jabatan Laut mengingatkan kepada pelaut-pelaut bahawa kerja-kerja pemindahan pelantar akan dilaksanakan mulai 15 hingga 17 Januari 2015 di Kawasan Padang Minyak Bubut. Kerja pemindahan pelantar akan menggunakan Kapal Posh Concorde yang akan memberi kesan kepada keselamatan navigasi. Menurut Siaran Akhbar Jabatan Laut, kerja-kerja tersebut akan dilaksanakan oleh Syarikat Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad (BSP) di kawasan yang terlibat. Unit mudah-alih penggerudian luar pantai (MODU) West Castor akan bergerak dari OSWJ-01 secara tentatif pada 15 Januari ini. Manakala Jack Up Rig West Castor penundaannya dijangka akan dibuat di waktu pagi pada 16 Januari dan dianggarkan akan tiba di BBWJ-01A pada 17 Januari tertakluk kepada keadaan cuaca. West Castor akan ditunda oleh Posh Concorde sepanjang kira-kira 500 meter di mana kapal tersebut akan mengikuti garis pandu arah yang telah ditetapkan dan kapal berkenaan juga tidak akan mampu mengubah haluannya dengan cepat atau serta merta untuk mengelak mana-mana kapal yang lain. Sehubungan dengan itu, kapal-kapal adalah dikehendaki untuk menjauhi dua batu nautika dari tempat operasi berkenaan. Isyarat amaran yang disediakan ialah piawaian lampu dan simbol: ‘Terhad kemampuan berolah-gerak’, amaran radio navigasi akan disiarkan oleh Lewek Snipe setiap jam di sepanjang operasi menunda. Pihak BSP akan sentiasa memantau perjalanan operasi tersebut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi SMR Marin Helpdesk melalui talian +673 337 4997 ataupun MOB melalui talian +673 873 0154 ataupun e-mel: marine-helpdesk@shell.com sekiranya pelaut-pelaut memerlukan sebarang penjelasan. Pelaut-pelaut adalah dikehendaki untuk menjauhi diri dari zon aktiviti dan dinasihatkan untuk lebih berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut.

Banteras kegiatan menyalahi undang-undang Berita dan Foto : Ihsan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK)

PEGAWAI bertugas menyoal siasat warga asing melalui Operasi Cekup yang dikendalikan bermula jam 4.30 pagi.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 12 Januari. - Lima orang warganegara asing, tiga daripadanya perempuan telah pun dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (BPGN-JIPK) bagi siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen yang mengandungi pas imigresen yang masih sah pada Operasi (Ops) Cekup JIPK 04/2015 yang dikendalikan di beberapa buah mukim di Daerah

Brunei dan Muara. Melalui operasi yang dilakukan di ketiga-tiga buah rumah dan bilik sewa yang berasingan di Mukim Sengkurong, Mukim Sungai Kianggeh dan Mukim Berakas, pegawai yang bertugas juga telah mengeluarkan tiga keping pas khas kepada lima orang warga asing, manakala pasport dan kad pengenalan ditahan sementara bagi membantu siasatan. Operasi selama kira-kira empat jam yang bermula seawal 4.30 pagi itu turut

memburu seorang perempuan warganegara asing yang pernah ditangkap pada 10 November 2014 semasa Ops Kikis JIPK 82/2014 yang lalu di salah sebuah rumah sewa di Mukim Sungai Kianggeh, Bandar Seri Begawan atas kesalahan pembantu rumah lari daripada majikan yang masih memiliki pas kerja yang masih sah sehingga 28 Julai 2015. Atas kesalahan tersebut pas kerja perempuan terbabit telah pun dibatalkan dan diarahkan keluar pada 13 November 2014 yang lalu akan tetapi perempuan terbabit sekali lagi menghilangkan diri dan gagal untuk pulang ke negara asal pada tarikh yang ditetapkan. Berpandukan maklumat yang ada, perempuan tersebut berjaya ditangkap semula di salah sebuah bilik sewa teman lelakinya bersama seorang lelaki asing. Setelah penggeledahan dibuat lelaki terbabit didapati menyimpan satu kartun dan lima paket rokok jenama Era tanpa Amaran Kesihatan Negara Brunei Darussalam. Rokok terbabit telah pun ditahan dan kesnya akan dirujuk dan diserahkan ke Bahagian Pencegah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja bagi tindakan. Perempuan asing dan teman lelakinya dibawa ke BPGN-JIPK bagi siasatan lanjut, manakala lelaki yang seorang lagi dikeluarkan pas khas bagi siasatan lanjut.

Sementara itu dalam serbuan yang berasingan di bilik-bilik sewa di Mukim Sengkurong, dua orang perempuan dan seorang lelaki warganegara asing telah pun dibawa ke BPGN-JIPK kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen yang mengandungi pas imigresen yang masih sah. Bagi tahun 2015 ini, BPGN-JIPK menamakan Operasi Cekup, yang membawa pengertian menangkap dan menawan mereka yang didapati bersalah di bawah Akta dan Peraturan Imigresen, Akta dan Peraturan Pasport-Pasport.

Ke arah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di negara ini Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang akan terus melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan terhadap warganegara asing yang menyalahi pas imigresen. Sehubungan dengan itu, jabatan tersebut mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah imigresen dengan menghubungi talian Hotline JIPK 8734888 dan 8753888. Sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.

PEREMPUAN warganegara asing yang menjadi buruan dapat ditangkap semula dan didapati tinggal bersama teman lelakinya.


10

AGAMA

HARI RABU 14 JANUARI 2015

Jimatkan air ketika berwudhu Sambungan dari minggu lepas ADAKAH Disyaratkan Kadar Tertentu Penggunaan Air Dalam Berwudhu’? Riwayat-riwayat mengenai wudhu’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam jelas menunjukkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sangat berjimat dalam menggunakan air. Bagaimanapun, adakah kadar-kadar dalam riwayat tersebut berbentuk tahdid (perlu diikut kadarnya) ataupun sekadar petunjuk serta saranan supaya tidak membazirkan air? Imam an-Nawawi Rahimahullah berkata bahawa berdasarkan ijma‘, tidak disyaratkan kadar tertentu penggunaan air ketika berwudhu’. Selagi mana ia adalah kadar yang mencukupi bagi setiap anggota, maka yang demikian itu adalah memadai walau berapa pun kadarnya. Sungguhpun demikian, menurut Imam asy-Syafie dan al-Ashab Rahimahumullah, mustahab (disunatkan) air wudhu’ itu tidak kurang daripada kadar satu mud bagi orang yang memiliki tubuh badan yang sederhana. Syeikh al-Banjari Rahimahullah berkata dalam kitabnya Sabil al-Muhtadin: “Dan sunat bahawa jangan kurang air mandi itu daripada satu sha‘ dan air wudhu’ daripada satu mud pada tubuh orang yang sederhana kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah ia mandi dengan satu sha‘ daripada air dan mengambil wudhu’ dengan satu mud daripadanya. Adapun orang yang tiada sederhana tubuhnya maka hendaklah dikuranginya atau ditambahinya daripada yang demikian itu dengan yang patut dengan hal tubuhnya.” Adapun kadar-kadar yang disebutkan dalam riwayat-riwayat berkenaan, menurut Imam ar-Rafi’ie Rahimahullah adalah sebagai taqrib (kiraan kurang lebih) semata-mata dan bukannya tahdid. Ini bererti bahawa kadar menggunakan air untuk berwudhu’ adalah mengikut kadar yang cukup untuk membasuh anggota-anggota wudhu’. Ini bermaksud ia tertakluk kepada keadaan fizikal tubuh badan masing-masing, sama ada kadar air yang mencukupi itu adalah satu mud, atau kurang daripada satu mud.

Bahkan tidak ada tegahan jika kadar air yang cukup untuk membasuh anggota-anggota wudhu’ itu lebih daripada kadar satu mud, dan kadar lebih daripada satu mud itu tidak membawa kepada pembaziran atau kadar kurang daripada satu mud itu tidak menyebabkan tidak tertunai tuntutan wajib. Maka sungguhpun tidak disyaratkan kadar tertentu penggunaan air wudhu’, namun riwayat-riwayat ini memberi penjelasan mengenai didikan serta saranan supaya sentiasa berjimat dalam menggunakan air dan menggunakannya dalam kadar yang diperlukan sahaja ketika berwudhu’. Di samping itu, ia juga merupakan tegahan daripada melakukan pembaziran. Bagaimanapun, jika mampu mengikut kadar air sepertimana yang disebutkan dalam hadits-hadits berkenaan, maka yang demikian itu adalah lebih baik sebagai mencontohi (ittiba‘) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Membazir Air Suatu Perbuatan Yang Ditegah Oleh Syara‘ Ulama sepakat mengatakan bahawa membazir air merupakan suatu perbuatan yang ditegah walaupun pada ketika itu air banyak dan mudah diperolehi. Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah, pendapat yang azhar mengenai hukum tegahan ini adalah makruh. Bagaimanapun, tegahan ini tidak boleh sekali-kali diambil ringan kerana sebahagian ulama mazhab asy-Syafi‘e, antaranya Imam al-Baghawi dan Imam al-Mutawalli Rahimahumullah menyatakan bahawa hukumnya adalah haram. Tambahan lagi, sifat membazir secara umumnya adalah satu sifat yang dicela oleh Islam. Allah Subhanahu wa Ta‘ala tidak menyukai orang-orang yang membazir dan berlebih-lebihan sepertimana Firman-Nya: Tafsirnya: “…dan janganlah kamu berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”. (Surah al-An‘am: 141) Orang yang membazir adalah saudarasaudara syaitan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam Surah al-Isra’ ayat 27: Tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara

syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra’: 27) Imam as-Shan‘aani Rahimahullah berkata: “Dan telahpun dimaklumi larangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada membazirkan air serta perkhabaran Baginda bahawa akan muncul kaum yang berlebih-lebihan dalam berwudhu’. Maka barangsiapa yang melampaui kadar yang sudah mencukupi menurut syara‘, maka dia dengan sendirinya telah melakukan pembaziran, maka yang demikian itu adalah haram”. Adapun perkhabaran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang dimaksudkan oleh Imam as-Shan‘aani Rahimahullah tentang kemunculan kaum yang berlebih-lebihan dalam berwudhu’ itu ialah sebuah hadits riwayat Abdullah bin al-Mughaffal Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya akan ada dari golongan umat ini kaum yang berlebihlebihan dalam bersuci dan berlebih-lebihan dalam berdoa.” (Hadits riwayat Imam Abu Daud) Adapun yang dimaksudkan dengan ‘berlebih-lebihan dalam bersuci’ ialah membazir air ketika berwudhu’ melebihi daripada kadar yang diperlukan. Manakala yang dimaksudkan dengan ‘berlebih-lebihan dalam berdoa’ pula ialah seperti mereka-reka doa yang tidak ada asal serta sumbernya dalam syara‘. Islam sangat prihatin dalam menjaga keperluan dan maslahat manusia. Oleh kerana itu, disebabkan pentingnya air kepada manusia, Islam menganjurkan supaya menjimatkan air sekalipun dalam berwudhu’. Ia disarankan supaya penggunaannya menurut kadar yang diperlukan sahaja. Jadi sahutlah seruan syari‘at dan contohilah sebaik-baik qudwah iaitu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Melihat kepada senario semasa, mengambil air wudhu’ pada zaman sekarang menggunakan paip air, tidak kira sama ada yang disediakan di masjid, di rumah, di pejabat dan sebagainya. Berwudhu’ menggunakan paip air bukanlah halangan untuk menyahut seruan syari‘at

serta petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Ketika berwudhu’, elakkan membuka paip air sehingga airnya keluar deras atau ‘suak-suak’, memadailah membuka paip air dalam kadar yang munasabah dan difikirkan perlu sahaja. Oleh yang demikian, masjid boleh juga berperanan dengan mereka bentuk supaya pengaliran air (kederasannya) yang keluar daripada pili-pili paip air yang ada di tempat-tempat berwudhu’ di masjid-masjid dapat dihadkan pengalirannya sekira-kira yang difikirkan munasabah sesuai dengan amalan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sepertimana yang disebutkan sebelum ini supaya maksud menjimatkan penggunaan air semasa berwudhu’ dapat dicapai. Pendidikan pada peringkat awal adalah sangat penting bagi menanamkan serta membudayakan sikap menjimatkan air semasa berwudhu’ khususnya bagi golongan kanak-kanak. Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Peranan sekolah-sekolah ugama adalah sangat besar dalam merealisasikan tujuan ini. Maka dari itu, tenaga-tenaga pendidik di sekolah-sekolah ugama, selain perlu bermula dengan diri sendiri supaya menjadi contoh dan ikutan terbaik, mereka juga hendaklah berusaha menanamkan budaya menjimatkan air semasa berwudhu’ pada diri kanak-kanak melalui latihan amali dan sebagainya. Ini kerana pendidikan pada peringkat awal seperti di sekolah-sekolah ugama ini merupakan platform terbaik dan terpenting bagi mendidik generasi baru kerana mereka ini sangat mudah dibentuk. Didikan pada peringkat ini sangat kuat kesan dan pengaruhnya kepada kanak-kanak kerana ia secara semulajadinya akan menjadi teras dalam pembentukan syakhsiah kanak-kanak tersebut.

Kebersihan hati dan jiwa LLAH tidak menghendaki untuk menjadikan kamu menanggung suatu kesusahan tetapi Allah berkehendak untuk membersihkan kamu dan mencukupkan ni’matNya kepada kamu supaya kamu bersyukur. Surah al-Maidah: 6 Menjaga kebersihan adalah amalan yang mesti kita lakukan setiap hari walau di mana pun kita berada. Ianya bukanlah sesuatu yang bermusim untuk dilakukan pada waktu dan tempat tertentu. Peribadi bersih adalah lambang hati yang suci. Oleh itu, jika kita mampu membina syakhsiah yang jauh daripada sifat mazmummah sudah tentu kita mempunyai hati yang suci daripada bintik hitam yang kotor. Kebersihan jiwa mempunyai pertalian rapat dengan dalaman seseorang, sama ada dia seorang yang ikhlas, jujur, beramanah, adil, bersifat penyayang, cintakan kebaikan atau dia seorang yang sombong, takabbur, riya', pembohong, penipu, zalim, kejam, sukakan keburukan serta kejahatan dan sebagainya. Kebersihan jiwa adalah sesuatu yang amat ditekankan dalam Islam. Selain berkaitan dengan kesihatan, kebersihan juga melambangkan tarikan kepada agama yang suci. Apabila kita mengatakan Islam adalah agama yang suci, kita harus membuktikan

A

cara hidup umat Islam berasaskan kebersihan iaitu melalui perbuatan dan perkataan. Skop kesihatan ini adalah menyentuh mengenai aspek kebersihan. Kita dapat melihat banyak penyakit yang berjangkit dan menular disebabkan pengabaian kebersihan di persekitaran kita. Walaupun unsur-unsur kebersihan ini kelihatan senang dan mudah namun perlaksanannya mungkin sesetengah masyarakat malas melakukannya. Penjagaan kebersihan di kawasan rumah dan sekitarnya adalah satu kemestian jika kita mahu mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar tanpa nikmat kesihatan, kita tidak mampu beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan ibadah akan terganggu disebabkan persekitaran yang kotor. Masyarakat Islam seharusnya membudayakan kebersihan dengan menyedari bahawa persekitaran yang bersih mampu melahirkan

MENJAGA kebersihan adalah amalan yang mesti kita lakukan setiap hari walau di mana pun kita berada. Ianya bukanlah sesuatu yang bermusim untuk dilakukan pada waktu dan tempat tertentu. Peribadi bersih adalah lambang hati yang suci. Oleh itu jika kita mampu membina syakhsiah yang jauh daripada sifat mazmummah sudah tentu kita mempunyai hati yang suci daripada bintik hitam yang kotor. Kebersihan jiwa mempunyai pertalian rapat dengan dalaman seseorang, sama ada dia seorang yang ikhlas, jujur, beramanah, adil, bersifat penyayang, cintakan kebaikan atau dia seorang yang sombong, takabbur, riya', pembohong, penipu, zalim, kejam, sukakan keburukan serta kejahatan dan sebagainya. Kebersihan jiwa adalah sesuatu yang amat ditekankan dalam Islam. pemikiran yang cergas dan minda yang sihat. Setiap ibu bapa perlu menunjukkan teladan kepada anak kecil dengan mendidik pemakaian yang bersih, makan permakanan yang halal dan membuang sampah di tempat yang sewajarnya yang merupaka pendidikan awal kepada anak kecil agar mereka sentiasa terbimbing dalam cara hidup yang bersih dan bencikan kekotoran.

Ini akan dapat mendidik generasi muslim dengan mengutamakan kebersihan sebagaimana yang dituntut dalam agaam Islam. Di negara kita sering mengamalkan budaya gotong royong membuang sampah sejak sekian lama telah dibuat, ini adalah contoh amalan yang baik yang boleh diteruskan secara konsisten dan amat baik dilakukan untuk setiap hari.


RENCANA

HARI RABU 14 JANUARI 2015

11

Menjana kreativiti anak-anak

SEBAHAGIAN daripada hasil kreativiti loom band yang kreatif.

Rencana dan Foto : Norliah Md. Zain

S

ENI kreativiti adakalanya mampu trending di dalam sesebuah masyarakat. Jika kita ingat suatu ketika dulu telah trending bunga yang dibuat daripada straw, gelang dibuat daripada hos dan sebelum ini loom band pula yang mengambil tempat.

Loom band merupakan antara seni kreativiti yang telah trending, malahan sudah ada dibuat pertandingan membuat loom band dalam festival-festival tempatan seperti di 'Hari Terbuka Belia' anjuran Jabatan Belia dan Sukan, Tutong dengan kerjasama Syarikat Perkhidmatan Pengurusan dan Pemasaran Battle Pro dan DST Carnival. Penjualan getahnya pula sudah banyak di sana sini membuatkan semakin ramai yang ingin mencuba melakukannya tidak kira perempuan atau lelaki, dewasa mahupun kanak-kanak. Apa yang menarik, sesetengah pembuat loom band ini telah berjaya menjual hasil loom band mereka untuk dijadikan pendapatan sampingan atau sekadar suka-suka. Tahukah biskita bahawa loom band dicipta tiga tahun lalu oleh Ng Cheong Choon, 45, yang dilahirkan di Malaysia yang kini menetap di Detroit, Amerika Syarikat. Sejak itu, syarikatnya, Rainbow Loom, telah menjual lebih daripada empat juta unit di seluruh dunia. Ciptaan Ng Cheong Choon ini nampaknya telah berjaya menarik perhatian ramai masyarakat dunia untuk menghasilkan produk daripada loom band. Antara produk terawal loom band ialah gelang. Kemudian lahir pula beberapa lagi penghasilan lainnya hasil daya kreatif masing-masing. Dayang Hajah Norashidah binti Haji Ismail berpendapat, loom band merupakan satu aktiviti yang boleh mengisi masa lapang terutama bagi kanak-kanak yang sedang bercuti sekolah ketika ini. Katanya, melalui seni loom band ini juga, kita ADIK Nur Fatin Syahmina Syakirah binti Jossrie (kiri atas) dan adik Sofiea Adriena binti Mohd Nazri (kiri), sementara gambar kanan dan kanan sekali, sebahagian daripada hasil loom band yang berwarna- warni.

akan dapat mengetahui tahap dan kebolehan kreativiti seseorang itu. Ia sesuai dilakukan oleh segenap golongan sama ada lelaki atau perempuan, yang dewasa mahupun kanak-kanak. Tambahnya lagi, penjualan hasil loom band juga sedikit sebanyak mengajar kanak-kanak untuk berdikari dan menghargai pendapatan hasil titik peluh sendiri. Bagi anak beliau pula, adik Nur Elisha Balqis binti Afizan, beliau seronok melihat dan menggayakan hasil produk loom band yang berwarna-warni. Sementara bagi adik Mohd Ali Safwan bin Haji Khairuddin pula, keseronokan membuat loom band lebih terasa jika ada yang mahu membelinya. Menurut Nur Fatin Syahmina Syakirah binti Jossrie pula, minat dan kemahuan untuk menghasilkan loom band adalah bermula dari adik-beradik yang lebih dahulu menghasilkannya. Membuat loom band sememangnya memerlukan kesabaran dan masa untuk menghasilkan produk yang lebih kreatif. Bagi kanak-kanak setentunya mereka mempunyai banyak masa yang terluang jika dibandingkan dengan kita orang dewasa. Oleh itu, galakkanlah mereka untuk menghasilkan lebih banyak produk. Bagi mereka yang ada keinginan untuk belajar, tidak sukar untuk mencari panduan. Panduan membuat loom band hanya di hujung jari dengan melayari di laman web. Panduan langkah demi langkah atau melalui video pun sudah pun banyak dimuat naik. Corak loom band juga ada pelbagai, ada yang dinamakan Fish Tail, Inverted, Tight Rope, Waterfall, Starburst, Flower in a circle, Smoothie, Tree. Bagi adik Sofiea Adriena binti Mohd Nazri pula, hasil buatan loom band dijual pada rakan-rakannya. Harga jualan juga berpatutan, iaitu sekitar BND1 hingga BND2. KEDUDUKAN KREATIVITI TRADISI Dengan adanya produk-produk loom band yang penuh inovatif dan

ADIK Nur Elisha Balqis binti Afizan menggayakan beberapa perhiasan loom band hasil kreativitinya.

kreatif ini menunjukkan bahawa masyarakat kita di negara ini juga rajin menghasilkan seni masingmasing. Sesuatu kreativiti itu sebenarnya boleh mencetuskan fenomena kepada masyarakat asalkan produk yang dihasilkan itu menarik, bahan mentahnya pula mudah untuk didapati serta panduannya yang mudah untuk dicari. Timbul persoalan kepada penulis bahawa sesetengah masyarakat Brunei veteran mempunyai kreativiti yang diwarisi turun-temurun dalam menghasilkan produk-produk anyaman. Misalnya generasi dahulu membuat bakul daripada rotan dan sekarang sudah ada yang membuat bakul daripada tali plastik. Namun sambutan golongan kanak-kanak dalam seni anyaman ini agak rendah jika dibandingkan dengan loom band. Rasanya jika kemudahankemudahan bahan mentah, panduan membuat yang mudah didapati dan inspirasi menghasilkan produkproduk yang menarik mungkin golongan kanak-kanak ini juga berminat untuk mempelajari seni anyaman yang telah diwarisi dari orang tua kita. Apatah lagi jika

masyarakat kita pula sama-sama menyokong dengan membeli hasil-hasil anyaman ini untuk dijadikan campur pada majlis-majlis keramaian tentu lebih menarik.

ADIK Mohd Ali Safwan bin Haji Khairuddin ketika memulakan pembuatan loom band.


12

NASIONAL

HARI RABU 14 JANUARI 2015

Pupuk semangat kenegaraan berteraskan MIB Oleh : Aryentty Haji Ariffin Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah TUTONG, Isnin, 12 Januari. Program Perkampungan Sivik Mahasiswa-Mahasiswi Negara Brunei Darussalam Seberang Laut 2015 yang bermula kelmarin bagi 17 orang mahasiswa diteruskan lagi dengan mengadakan kunjungan ke Jabatan Daerah Tutong. Ketibaan para peserta program telah dialu-alukan oleh Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali serta pegawaipegawai kanan Jabatan Daerah Tutong (JDT). Kunjungan peserta ke JDT antaranya dimuatkan dengan taklimat pengenalan dan peranan jabatan berkenaan yang disampaikan oleh Pegawai Pentadbir JDT, Awang Khairul Shahrul bin Haji Duahim diikuti dengan taklimat perkembangan program Satu Kampung Satu Produk (1K1P) di daerah ini yang disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas, JDT, Dayang Siti Joriahati binti Johari. Peserta Perkampungan Sivik kemudian dibawa melawat ke Galeri 1K1P Daerah Tutong bagi mendengar penerangan mengenai tempat-tempat menarik dan melihat lebih dekat sebahagian daripada produk-produk

kampung yang diusahakan oleh Majlis-Majlis Perundingan Kampung (MPK) Daerah Tutong. Kunjungan ke JDT ini turut dimeriahkan dengan irama muzik dan tarian tradisional daripada MPK Kiudang. Seterusnya peserta program menyertai aktiviti riadah berkayuh menyeberang Sungai Tutong menuju ke Mercu tanda Sungai Tutong. Semasa berada di kawasan Mercutanda Sungai Tutong ini, para peserta turut melibatkan diri membuat kuih tradisional penyaram dan juga menyaksikan demonstrasi cara-cara mendapatkan isi buah nipah yang tumbuh segar sepanjang Sungai Tutong. Manakala pada sebelah petang pula, para peserta program telah menyertai kerja-kerja amal dan gotong-royong di ketiga-tiga lokasi berasingan, iaitu membersihkan kawasan rumah seorang warga emas, iaitu Dayang Alimah binti Akop di Kampung Keriam dan kediaman sebuah keluarga iaitu Dayang Hajah Naimah binti Haji Dullah di Kampung Penabai. Hadir pada kerja gotong-royong ini ialah Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali.

Acara diteruskan dengan penyampaian sumbangan barangbarang keperluan harian sumbangan JDT dan peserta mahasiswa di kedua-dua buah kediaman keluarga berkenaan. Kerja-kerja amal berkenaan turut disertai oleh Ketua Kampung Keriam, Ketua Kampung Penabai, ahli-ahli MPK, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta para sukarelawan. Selain itu para peserta Perkampungan Sivik juga menyertai kerja gotong-royong menanam pohon-pohon herba di kawasan Mercu tanda Bukit Bendera yang turut disertai oleh ketua-ketua kampung dan ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di bawah Mukim Pekan Tutong. Program Perkampungan Sivik yang diadakan selama lima hari itu merupakan kali pertama diadakan di Daerah Tutong dengan pengisian aktiviti-aktiviti yang berkonsepkan 'Back to Nature'. Selain itu, program tersebut juga dimuatkan dengan taklimat daripada agensi-agensi kerajaan, aktiviti keagamaan, lawatan ke kampung dan agensi-agensi kerajaan, sesi perkongsian ilmu dan pencambahan fikiran, kerja-kerja amal, aktiviti sukan dan riadah. Program ini merupakan salah satu aktiviti Jabatan Penerangan yang telah

Iman, akidah yang teguh benteng bagi umat Islam

PEGAWAI Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali memberikan penerangan kepada para peserta Program Perkampungan Sivik mengenai bahan-bahan pameran yang terdapat di Galeri 1K1P Daerah Tutong.

diperkenalkan sejak 1976, iaitu sebagai wadah bagi mendapatkan maklumat terkini khususnya berhubung dengan hal ehwal kerajaan dan perkembangan negara, di samping untuk mengisikan percutian para mahasiswa negara ini dengan kegiatan-kegiatan yang bermanfaat dan berkebajikan. Tujuan utama program diadakan adalah bagi memberikan kefahaman dan maklumat terkini mengenai hal ehwal negara dan kerajaan serta

PESERTA Program Perkampungan mendapatkan isi buah nipah.

Sivik

memupuk dan menanam semangat kenegaraan yang berteraskan falsafah negara Melayu Islam Beraja (MIB). Selain itu, ia juga memberikan ruang kepada peserta untuk berbincang dan memahami keperluan semasa bagi kemajuan bangsa dan negara dalam pelbagai bidang dan mengingatkan mereka supaya sentiasa berwaspada dengan ajaran-ajaran dan fahamanfahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam.

menyaksikan

demonstrasi

cara-cara

Kongsi pengalaman belajar di seberang laut Oleh : Aimi Sani Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali

PEGAWAI Perkembangan Ugama dari Pusat Da'wah Islamiah, Awang Isham bin Haji Ismail menyampaikan ceramah pada Kuliah Subuh bertajuk 'Benteng Diri' kepada para peserta Perkampungan Sivik Mahasiswa dan Mahasiswi Seberang Laut 2015.

Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman TUTONG, Isnin, 12 Januari. Benteng diri merupakan asas untuk menyelamatkan umat Islam di dunia dan bekalan untuk di akhirat kelak. Demikian antara yang terkandung dalam Ceramah Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Isham bin Haji Ismail kepada para mahasiswa dan mahasiswi Negara Brunei Darussalam yang beragama Islam yang mengikuti Program Perkampungan Sivik Seberang Laut Tahun 2015 di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, di sini. Dengan membawakan tajuk ceramah ‘Benteng Diri’, Awang Isham

juga menyatakan bahawa sumber nasihat adalah dengan berpandukan kepada Al-Qur’an dan Sunnah serta daripada para alim ulama. Cara membentengkan diri daripada pengaruh yang tidak baik, tambahnya ialah dengan mempunyai iman yang teguh, akidah, Al-Qur’an dan Sunnah. Terdahulu, para peserta dan jemaah masjid menunaikan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah yang diimamkan oleh imam masjid berkenaan, Awang Haji Mohammad Aidil Sufian bin Mohd. Yasin. Program Perkampungan Sivik selama lima hari yang bermula kelmarin di daerah ini dianjurkan oleh

Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Bahagian Dermasiswa, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengajian Islam, KHEU. Program tersebut yang diperkenalkan sejak tahun 1976, kali ini mempunyai objektif untuk memberi kefahaman dan maklumat terkini mengenai dengan hal ehwal negara dan kerajaan, di samping memupuk dan menanam semangat kenegaraan yang berteraskan falsafah negara Melayu Islam Beraja(MIB). Selain itu, program juga memberikan ruang untuk berbincang dan memahami keperluan semasa bagi kemajuan bangsa dan negara dalam pelbagai bidang, di samping mengingatkan mahasiswa dan mahasiswi supaya sentiasa berwaspada dengan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam.

TUTONG, Isnin, 12 Januari. - Program Perkampungan Sivik Mahasiswa dan Mahasiswi Negara Brunei Darussalam diteruskan lagi dengan sesi perkongsian ilmu. Sesi perkongsian ilmu bertemakan 'Pengalaman Belajar Di Seberang Laut' dan pencambahan fikiran berkumpulan sesi pertama, iaitu 'Peranan Pelajar Seberang Laut Memartabatkan Melayu Islam Beraja' itu dipengerusikan oleh Pegawai Penerangan, Awang Haji Dayang bin Haji Kasim. Menurut Awang Haji Dayang, sesi perkongsian ilmu ini antara lain bertujuan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman para mahasiswa dan mahasiswi ketika berada di luar negara serta bagaimana mereka memartabatkan Melayu Islam Beraja (MIB). Pembentangan pencambahan fikiran berkumpulan ini diadakan bertempat di dewan rumah kediaman rasmi Pegawai Daerah Tutong.

PEGAWAI Penerangan, Awang Haji Dayang bin Haji Kasim ketika mempengerusikan sesi perkongsian ilmu dan pencambahan fikiran berkumpulan bersama peserta Program Perkampungan Sivik di Dewan Rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong.


NASIONAL

HARI RABU 14 JANUARI 2015

13

Pertandingan, Pameran Akuatik Brunei kembangkan industri akuakultur Oleh : Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Haji Ariffin Mohd.Noor

PEMANGKU Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.

Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan di Majlis '3rd Brunei Aquatic Show and Competition' (atas dan kanan).

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 11 Januari. - Kelab Belia Persatuan Brunei Flowerhorn Hobbyist dengan kerjasama Brunei Goldfish Club menganjurkan '3rd Brunei Aquatic Show and

Competition' dengan objektifnya untuk memperkembangkan industri akuakultur (aquaculture) di Negara Brunei Darussalam terutama dalam kalangan belia selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia

TETAMU Kehormat semasa menyaksikan ikan-ikan Flowerhorn yang dipertandingkan pada acara tersebut.

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai salah satu inisiatif untuk mempelbagaikan ekonomi. Sehubungan itu, Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan '3rd Flowerhorn' dan '1st Brunei Goldfish' yang disertai seramai 32 peserta Flowerhorn dan 26 Goldfish dari dalam dan luar negara itu berlangsung petang tadi di Dewan Riadah, Pusat Belia, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan ialah Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman. Dua kategori dipertandingkan, iaitu Flowerhorn dan Goldfish, di mana setiap Kategori Flowerhorn mempertandingkan Kamfa dan Zhen Zhu mengikut kelas 'A' 23 sentimeter ke atas dan 'B' 16 hingga 23 sentimeter. Sementara Kategori Goldfish pula mempertandingkan Oranda dan Ranchu mengikut kelas, iaitu 'A' 12 hingga 16 sentimeter dan 'B' 16.1

sentimeter ke atas serta terbuka dengan kelas 'A' 7 sentimeter hingga ke atas. Pertandingan selama tiga hari yang bermula 9 Januari 2015 itu disokong penuh oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk memberi peluang dan galakan kepada para belia menceburkan diri dalam bidang akuakultur sebagai pemangkin ekonomi. Pada masa yang sama, ia turut disokong oleh beberapa farm dan persatuan ikan hias terkenal dari luar negara antaranya, BWN Crossbreed Brunei, Aries Louhan Farm Indonesia, LFX Thailand, United Flowerhorn Association USA, Facebook Flowerhorn Hobbyist USA, CZ Aqua Thailand, Goldfish Mania Brunei, LIMAS Farm Indonesia dan Goldfish Mania Malaysia. Pertandingan telah dihakimi oleh

Persatuan Pencinta Lauhan Indonesia yang diwakili oleh Mr. Hadi Senjay dan Mr. Umar Dani Triharja pemilik LIMAS Farm Indonesia. Dengan adanya pertandingan seumpama itu, akan memberikan peluang keemasan bagi para penggemar dan orang ramai khasnya di negara ini untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang cara-cara mengenal ikan hias yang berkualiti tinggi, di samping cara-cara penjagaan dengan lebih baik dan sempurna. Oleh itu, pihak penganjur berharap untuk mengadakan lagi acara yang sama di skala yang lebih besar dengan kerjasama lebih ramai pihak dari dalam dan luar negara. Untuk maklumat lebih lanjut, orang ramai boleh melayari laman Facebook 'Brunei Flowerhorn Hobbyist' dan juga 'Brunei Goldfish Club'.

SEBAHAGIAN ikan Flowerhorn yang dipertandingkan.

Karnival Belia Cintai Rasul menutup tirai Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 11 Januari. - Karnival Belia Cintai Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul 1436 Hijrah / 2015 Masihi yang diadakan sejak 7 Januari lalu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah menutup tirainya dengan penyampaian hadiah-hadiah kepada para peserta yang menyertai pelbagai peraduan sepanjang karnival dijalankan. Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah dan menutup rasmi karnival ialah Ketua Pusat Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Mohamad

Rosfazilah bin Haji Yusly. Karnival dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, KKBS dengan kerjasama Kelab Jalinan Akrab Belia Terunggul (JABaT) dan dikelolakan oleh Battle Pro Marketing dan Management Services. Sepanjang karnival tersebut, beberapa aktiviti seperti Peraduan Membaca Jawi, Pertandingan Pidato, Pentas Kesenian Malam, Pameran Seni Fotografi dan Kaligrafi Islam termasuk Ceramah Khas diadakan, di samping gerai jualan dan Bazar Keusahawanan Belia bagi kunjungan orang ramai. Karnival itu adalah bagi menyahut

KETUA Pusat Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly ketika hadir pada Majlis Penutup Rasmi Karnival Belia Cintai Rasul (kiri), sementara gambar kanan, semasa menyampaikan hadiah kepada seorang peserta yang menyertai salah satu peraduan pada karnival tersebut.

titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin

Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan negara ini sebagai

sebuah Negara Zikir, selain membagi ruang bagi para belia untuk sentiasa mencintai dan mengingati Rasulullah.


14

JAWATAN KOSONG

HARI RABU 14 JANUARI 2015

TARIKH IKLAN: 14 JANUARI 2015.TARIKH TARIKHTUTUP TUTUPPERMOHONAN: PERMOHONAN:1228JULAI JANUARI BILANGAN IKLAN:02/01/15 (SPA/BIKL) TARIKH IKLAN: 21 JUN 2014. 2014 2015 BILANGAN IKLAN:26/06/14 (SPA/BIKL)

PERATURAN 7 (a) Syarat-Syarat Am : a) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. b) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian Ugama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam. c) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di negara ini. d) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN. 1. PENOLONG PEGAWAI BIMBINGAN BAKAT KERJA JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN G.10($2,085 - $3,120 SEBULAN) KEKOSONGAN=1 KELAYAKAN MINIMUM: 1. a) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bimbingan dan kaunseling atau bidang bersesuaian. ATAU b) i) Diploma/Sijil Pendidikan/Sijil Perguruan. ii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji G.8 tidak kurang dari 3 tahun. ATAU c) i) Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan. ii) Sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan sebagai Guru Terlatih dalam tanggagaji G.2 tidak kurang dari 15 tahun. 2. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris adalah kelebihan. 3. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam mengendalikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta mengendalikan program-program pendidikan kerjaya untuk pelajar-pelajar sekolah rendah/menengah adalah kelebihan. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI BIMBINGAN BAKAT KERJA: 1. Membantu Ketua Bahagian Pendidikan Lanjutan dalam menyediakan rancangan atau program kerja-kerja bimbingan untuk digunakan di Bahagian Pendidikan Lanjutan. 2. Menolong mengendalikan ceramah, bengkel, kursus dan seminar kepada tenaga pengajar dan para pelajar. 3. Membuat lawatan ke pusat-pusat pembelajaran Bahagian Pendidikan Lanjutan di ke empat-empat daerah. 4. Berkerjasama dengan agensi-agensi lain seperti yang diperlukan. 5. Membantu merancang pembangunan para kakitangan untuk mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran. 6. Menganjur aktiviti/program yang berkaitan dengan Pendidikan Lanjutan. 7. Bersedia untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab tambahan yang diaturkan/diarahkan oleh Ketua Unit / Ketua Bahagian. 2. PENOLONG PEGAWAI KEWANGAN TINGKAT I JABATAN-JABATAN KERAJAAN C.3-4 EB.5 ($ 1,990 - $2,970 SEBULAN) KEKOSONGAN=2 KELAYAKAN MINIMUM: 1. a) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian. ATAU b) Sedang berkhidmat di Jabatan Perbendaharaan sebagai Penolong Pegawai Kewangan Tingkat II dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. ATAU c) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang berkaitan dengan bidang perakaunan dan/atau kewangan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI KEWANGAN TINGKAT I: SECARA AM 1. Memproses, menyemak dan mengesahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan hal-hal perakaunan, kewangan dan mengendalikan pertanyaan-pertanyaan Audit. 2. Bertanggungjawab terus kepada Pegawai Kewangan. 3. Bersama-sama dengan Pegawai Kewangan bertanggungjawab terhadap kawalan mutu kerja, disiplin dan kesejahteraan bekerja Penolong Pegawai Kewangan Tingkat II dan Kerani Kewangan. 4. Tugas-tugas adalah mengikut arahan pegawai-pegawai atasan dari semasa ke semasa. 3. PENJADUAL PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN) KEKOSONGAN=2 KELAYAKAN MINIMUM: 1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Pengajian Komputer / Sistem Maklumat / Kejuruteraan Elektronik atau bidang berkaitan dengan hal ehwal komputer. 2. Mempunyai pengalaman dan kebolehan yang berikut adalah keutamaan: a) Mempunyai kebolehan yang baik dalam komunikasi lisan dan tulisan. b) Mempunyai pengalaman praktikal dalam pengendalian pelbagai:i) Projek dan perkhidmatan Teknologi Maklumat. ii) Platform Teknologi Maklumat terkini. c) Mempunyai pengetahuan dalam pelbagai:i) Sistem-sistem kualiti pejabat. ii) Peraturan Kerajaan dalam bidang pejabat, kakitangan, kewangan dan Teknologi Maklumat. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENJADUAL: 1. Menjadual, melaksanakan dan membuat percubaan (testing) modul-modul baru atas arahan Penganalisa Sistem Kanan dan Penganalisa Sistem. 2. Membantu mengkaji, mereka-bentuk dan membuat sokongan pembaikan yang inovatif kepada sistem-sistem, proses-proses dan struktur yang sedia ada yang boleh membantu Kementerian / Jabatan mencapai misi, matlamat-matlamat dan objektif-objektifnya antaranya melalui Business Process Re-engineering (BPR). 3. Membantu menilai perubahan sistem yang dihadapkan oleh pengguna. 4. Memberi bantuan utama bagi semua aplikasi termasuk menyediakan dan mengemaskinikan buku Panduan pengguna. 5. Menyediakan atau menyelaras latihan untuk pengguna bagi sistem aplikasi. 6. Menguruskan atau melaksanakan sebarang permohonan user change / new request bagi sistem aplikasi. 7. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan atau wakilnya dari semasa ke semasa.

4. PENGURUS MESS TINGKAT I JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN PERTAHANAN C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN) KEKOSONGAN=2 KELAYAKAN MINIMUM: 1. a) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang Pentadbiran / Perakaunan atau bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman kerja yang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun. ATAU b) Sedang berkhidmat di Kementerian Pertahanan sebagai Pengurus Mess Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 3 tahun. ATAU c) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 4 tahun. 2. Mempunyai kesihatan dan ketahanan fizikal yang baik. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUS MESS TINGKAT I: 1. Mengendalikan buku Akaun Ledger. 2. Menyelaras Pentadbiran hal ehwal dalam Mess. 3. Menaip dalam hal urusan pentadbiran Mess.

5. TEKNISYEN KAPAL TINGKAT KHAS JABATAN POLIS DIRAJA BRUNEI JABATAN PERDANA MENTERI D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN) KEKOSONGAN=1 KELAYAKAN MINIMUM: 1. a) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding atau dalam bidang bersesuaian. ATAU b) Sijil Pegawai Jurutera laut Kelas 5 atau sebanding. ATAU c) Sijil Pegawai Jurutera Laut Kelas 6 atau sebanding dan sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun. 2. Mempunyai pengetahuan dalam Kejuruteraan Laut dan mampu mengawasi dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan dan membaiki injin diesel bertenaga 900 hp. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TEKNISYEN KAPAL TINGKAT KHAS: Membantu kerja-kerja mengesan kerosakan, membaiki, memelihara, membaharui dan menguji bagi mekanikal dan elektrik kapal kecil seperti:a) Kapling, syaf, propeller, breket, saluran buritan, kemudi dan yang bersangkutan dengannya. b) Sistem kapal seperti steering gear, penapis, serombong, lubang sedutan dan keluaran, sistem air tawar dan bahan bakar. c) Semua alat perkakas keselamatan kapal, rakit keselamatan dan sistem pencegah kebakaran. d) Kerja-kerja pembuatan yang lain berkaitan dengan tugas.

6. AHLI BOMBA PELATIH (LELAKI) JABATAN PENERBANGAN AWAM KEMENTERIAN PERHUBUNGAN P.1 EB.2 ($605.00 - $885.00 SEBULAN) KEKOSONGAN=11 Gaji sebanyak $500 sebulan dan selepas berkhidmat selama 6 bulan dengan memuaskan, calon-calon yang dipilih akan dinaikkan pangkat menjadi Ahli Bomba Kelas II dengan gaji $605 sebulan dalam sukatan gaji P.1 EB.2 ($605 - $885 sebulan). Tambahan elaun ‘P’sebanyak $100 sebulan, Elaun Kurnia Khas sebanyak $100 sebulan dan Elaun Sara Hidup sebanyak $170 sebulan. KELAYAKAN MINIMUM: Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding. KELAYAKAN FIZIKAL: a) Berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Bujang atau Kahwin. b) Tinggi tidak kurang 1.63 Meter (5 kaki 4 inci). c) Ukuran dada sekurang-kurangnya 86 cm (34 inci) apabila tidak ditarik nafas. d) Lulus ujian amali/fizikal di peringkat awal (Balai Bomba). e) Lulus ujian penglihatan bagi kedua mata dengan ketetapan V/6/6 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (Contact lens) dan boleh membaca dekat J.1/N.5 dan tidak buta warna (color blind). f) Pendengaran biasa dan tidak cacat. g) Tubuh badan yang tegap dan diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray. h) Tidak pernah terlibat atau didakwa bagi kesalahan-kesalahan jenayah. SYARAT-SYARAT LAIN: a) Calon-calon yang berjaya dikehendaki menjalani kursus / Latihan Asas Kebombaan selama 6 bulan (24 minggu) di Pusat Latihan Bomba Lapangan Terbang. b) Setelah menamatkan kursus / Latihan Asas Kebombaan dengan jayanya, calon-calon akan dilantik menjadi Ahli Bomba Terlatih dengan sukatan gaji P.1 EB.2, Bahagian V $605 - $885 beserta dengan elaun-elaun yang ditentukan. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN: a) Setelah menamatkan Kursus / Latihan Asas Kebombaan akan ditugaskan di dalam unit Operasi dan bekerja mengikut giliran (Shift Duty) bagi mengawal keselamatan dan perlindungan kebakaran di Lapangan Terbang dan heliport sepanjang 24 jam. b) Mestilah bersedia untuk bertugas di mana-mana Unit Perkhidmatan bomba sepertimana yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Bomba. Ke muka 15


IKLAN

HARI RABU 14 JANUARI 2015

15

Dari muka 14

PEMBERITAHUAN: c) Sebelum tamat tempoh percubaan Ahli bomba berkenaan dikehendaki mengikuti dan lulus kursus ulangkaji kebombaan. d) Setelah ditetapkan dalam jawatannya, Ahli Bomba berkenaan dikehendaki mengikuti kursus Lanjutan Ahli Bomba (Advance Airport Fire Fighters) bagi memperolehi sijil kecekapan (Certificate of Competence). TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI BOMBA PELATIH (LELAKI): 1. Melapor diri kepada Ketua Unitnya. 2. Bertugas bagi mengawal keselamatan dan perlindungan kebakaran Penerbangan dan bangunan-bangunan di Lapangan Terbang dan Heliport sepanjang 24 jam. 3. Menghadiri sebarang panggilan kecemasan/kemalangan termasuk perkhidmatan-perkhidmatan khas. 4. Menjaga dan memelihara kebersihan dan kesempurnaan kereta/jentera Bomba serta perkakas menyelamat dan memadam kebakaran agar sentiasa baik dan dapat digunakan pada bila-bila masa. 5. Menjaga kebersihan dan kesempurnaan balai-balai Bomba. 6. Menjalankan apa jua tugas yang diarahkan oleh Ketua Unitnya dari semasa ke semasa. TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7. KAUNTER PERMOHONAN TINGKAT 2 PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TEL NO: 2381961 / 2380455 / 2381337 sambungan 588 & 574 (BHG. PENGAMBILAN) TEL NO: 2381961 sambungan 585 (BHG. IKLAN) 7. MERBUT JABATAN HAL EHWAL MASJID KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA E.2-3 EB.4 ($590 - $875 SEBULAN) KEKOSONGAN = 13 KELAYAKAN MINIMUM: 1. Lulus Penilaian Menengah Rendah (PMB) atau sebanding. 2. Hendaklah berumur tidak kurang dari 20 tahun. 3. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang-bidang berikut:I. Membaca dan menulis jawi II. Membaca Al-Quran secara bertajwid III. Memyempurnakan Jenazah IV. Membaca tahlil dan doa V. Menyampaikan azan dan iqamah dengan baik VI. Tahu hukum-hukum bersuci dan sembahyang TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MERBUT: 1. Merbut boleh juga diaturkan untuk menyempurnakan Azan, Iqamah, Tazkir dan tarhim kecuali pada fardhu Juma’at dan Hari Raya. 2. Menjadi Pembantu kepada Imam dalam semua urusan berhubung dengan Masjid seperti berikut:a) Menjaga dan memelihara keselamatan dan kebersihan bangunan masjid. b) Menjaga dan memelihara harta benda di dalam dan luar masjid. 3. Menyempurnakan jenazah yang berada di dalam mukim masjid tempatnya bertugas seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan, membaca talkin dan bertahlil. 4. Menerima arahan dari semasa ke semasa daripada Pengarah atau Ketua Imam. NOTA: Pemohon hendaklah melengkapkan borang SPA 1 dan menyertakan Salinan-Salinan Surat Beranak, kad pintar, surat-surat akuan, sijil-sijil yang berkenaan dan dihantar ke alamat berikut: TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 7.

1. Penggunaan Borang SPA/1 & SPA/2 a Semua permohonan hendaklah dengan mengisikan borang SPA/1 atau SPA/2. b Semua pemohon dikehendaki mengisikan SATU (1) Borang SPA/1 atau SPA/2 khusus untuk SATU (1) jawatan sahaja. c Pemohon yang memohon lebih dari satu (1) jawatan dikehendaki untuk mengisikan borang SPA/1 atau SPA/2 mengikut jumlah jawatan yang dipohonkan. d Borang SPA/1 hanya perlu diisikan dengan lengkap sekali sahaja iaitu bagi pemohon yang pertama kali memohon jawatan kosong dalam perkhidmatan awam. Permohonan kali kedua dan seterusnya hendaklah menggunakan borang SPA/2. e Borang SPA/1 dan SPA/2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama- sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah. f Sijil-sijil Akademik asal (asli) hendaklah dibawa semasa menghadapkan permohonan borang SPA/1 dan SPA/2 untuk pengesahan. g Sebarang pertanyaan mengenai penggunaan borang SPA/1 atau SPA/2, sila hubungi kaunter Bahagian Pengambilan, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di nombor talian 2381961 sambungan 588 & 574. 2. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan). 3. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon; b. Rekod Perkhidmatan yang lengkap. 4. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya. 5. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut. 6. Permohonan yang diterima lewat daripada 21 JANUARI 2015 tidak dilayan. 7. Bilangan kekosongan jawatan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut; • Menelefon 2381961 Sambungan 585 (Unit Iklan); • Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; • Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan

UNIT PENGAMBILAN KAKITANGAN TINGKAT 3, BANGUNAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA, JALAN MENTERI BESAR, BB3910, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TEL NO: 2382525, 2382300, 2382304 FAX: 2382330

Awam

(Iklan

Jawatan

Kosong)

iaitu

http://www.spa.gov.bn/ 8. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di PejabatPejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:• Pejabat Daerah Belait; • Pejabat Daerah Temburong.

TARIKH

TUTUP

MENGHANTAR

BORANG

PERMOHONAN BAGI BILANGAN 7 ADALAH PADA HARI RABU 28 JANUARI 2015.

• Pejabat Daerah Tutong; • Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN BILANGAN TAWARAN : 07/KKBS/HK31-2015 TAJUK TAWARAN : MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG 'BACKDROP' SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-29, 2015 1. TAWARAN dibukakan kepada SyarikatSyarikat tempatan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kakitangan kerajaan dan seumpamanya tidak akan dilayan dan tidak sah untuk dinilai. 3. Dokumen tawaran boleh diperolehi dari Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam semasa hari / waktu bekerja. 4. Penerangan lanjut boleh dirujuk kepada Pegawai Penyelia Kerja dari Unit Pengurusan Estet, Tingkat Bawah Tanah (Basement Level), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam. 5. Yuran Tawaran adalah BND30.00 sahaja bagi setiap tawaran dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah (bona-fide tender). 6. Tawaran hendaklah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan bilangan dan tajuk tawaran serta tarikh tutup tanpa menyatakan nama penender / syarikat dengan dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, BS8110, Negara Brunei Darussalam. 7. Tawaran yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang disediakan di : Tingkat 1, Ruang Masuk / Penyambut Tetamu(Depan Kaunter Sekuriti) Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, BS8110 Negara Brunei Darussalam. Tidak lewat 20 Januari 2015, jam 2.00 petang, hari Selasa. 8. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 9. Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran adalah pada hari Sabtu, 17 Januari 2015, jam 11.30 pagi. 10. Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang mempunyai pengecualian tidak akan dilayan. 11. Sebelum dokumen tawaran dikeluarkan, setiap syarikat / pemborong dikehendaki membawa dan menghadapkan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (Business Enactment Section 16 dan 17) dan dikehendaki membayar yuran tawaran dengan kadar yang telah ditetapkan. 12. Setiap borang tawaran yang telah diisi dengan lengkap hendaklah menyertakan salinan sijil pendaftaran (seperti kenyataan para 11) dan salinan resit pembayaran yuran tawaran (seperti kenyataan para 5). 13. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran. 14. Syarikat yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi akan dikenakan denda selaras mengikut peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara, rujukan LTN/4(39/1997).


16

IKLAN

HARI RABU 14 JANUARI 2015

JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN JUALAN SECARA TAWARAN AWAM 537 UNIT PERALATAN IT / PERKAKAS ELEKTRIK / PERKAKAS PEJABAT / PENGHAWA DINGIN / ENJIN MOTOR SANGKUT KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ADALAH dengan ini dimaklumkan bahawa JUALAN SECARA TAWARAN AWAM bagi peralatan / perkakas elektrik / perkakas pejabat yang rosak / terpakai adalah seperti berikut:LOT KETERANGAN BARANG / PERKAKAS / PERALATAN JUMLAH 1. PERALATAN IT- 52 UNIT 2 .PERALATAN AUDIO VISUAL -5 UNIT 3 .SUZUKI DT 115 HP ENJIN MOTORSANGKUT -1 BUAH 4 .11 DAN 14 JENIS PERALATAN / PERKAKAS OBBD- 454 UNIT 5. 13 JENIS PERALATAN STOR, PENGHAWA DINGIN DAN PERALATAN ELETRIK OBBD -25 UNIT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SYARAT-SYARAT IKLAN TAWARAN 1. TAWARAN adalah dipelawa daripada Syarikat- Syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam serta pemborong-pemborong yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam. 2. Bayaran Yuran Tawaran bagi setiap tawaran adalah dikehendaki dalam bentuk Wang Tunai. Penawar adalah di kehendaki membayar semua Yuran Tawaran seperti yang diiklankan. Yuran Tawaran tidak akan dikembalikan kepada setiap penawar sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bone-fide tender). 3. Kadar Yuran Tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam Iklan Tawaran. 4. Sebelum mengambil borang, setiap Penawar hendaklah membayar yuran Tawaran, di Tingkat 1, Blok ’B’, Kaunter 1, Unit Tunai dan Hasil, Bahagian Perkhidmatan Kewangan ‘B’, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan- Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. Sila pastikan Resit pembayaran Yuran Tawaran yang di terima adalah betul. HARI DAN WAKTU PEMBAYARAN ISNIN HINGGA KHAMIS 8.00 PAGI HINGGA 11.45 PAGI 1.45 PETANG HINGGA 3.00 PETANG SABTU 8.00 PAGI HINGGA 10.00 PAGI 5. Borang-borang Tawaran boleh diperolehi di Tingkat 1, Blok ‘A, ’Kaunter 6, Unit Tawaran dan Sebutharga, Bahagian Perkhidmatan Kewangan ‘A’, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Per-

khidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan resit pembayaran. 6. Setiap borang Tawaran yang telah diisi dengan lengkap hendaklah menyertakan Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan dan Salinan Resit Bayaran Yuran Tawaran. 7. Tawaran-Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan ditutup rapi. Pada bahagian atas kiri sampul surat hendaklah ditulis Bilangan Tawaran, Tajuk Tawaran dan Tarikh Tutup Tawaran tanpa menunjukkan identiti Penawar dan ditujukan kepada :PENGERUSI, LEMBAGA TAWARAN KECIL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN. 8. TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, yang bertempat di Blok `A’ Tingkat 1, Bahagian Perkhidmatan Kewangan `A’, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. 9. Tawaran-Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai Tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan. 10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima Tawaran yang paling rendah atau sebarang Tawaran yang tidak munasabah. 11. Setiap Tawaran yang diisi dan ditulis dengan tidak betul, tidak jelas dan tidak lengkap adalah dikira rosak dan ditolak. 12. Penawar yang menolak atau membatalkan Tawaran atau kontrak setelah kebenaran Tawaran diperolehi atau setelah tutup Tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang di berikan oleh Lembaga Tawaran Negara.

PUSAT DA'WAH ISLAMIAH KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA Bilangan Tawaran : (29) KHEU.PDI 300-001/02 JILID 8 Tajuk Tawaran : TAWARAN MEMBEKAL JAMUAN MAKAN DAN MINUM BAGI MAJLIS-MAJLIS PUSAT DA'WAH ISLAMIAH, MAJLIS-MAJLIS PENGISLAMAN, KURSUS SKIM ASAS, KURSUS LANJUTAN BIMBINGAN MUALLAF DAN LAWATAN-LAWATAN KE PUSAT DA'WAH ISLAMIAH BERMULA 01 APRIL 2015 HINGGA 31 MAC 2016 (SELAMA 1 TAHUN) BAGI DAERAH BRUNEI-MUARA SYARAT-SYARAT TAWARAN : 1. TAWARAN adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berada di Daerah Brunei-Muara sahaja dan hendaklah berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. untuk menyertai tawaran membekal jamuan makan dan minum selama 1 Tahun bermula 1 April 2015 hingga 31 Mac 2016 bagi majlis-majlis yabg dikendalikan oleh Pusat Da'wah Islamiah yang diadakan di Daerah Brunei - Muara termasuk kawasan-kawasan pedalaman. 2. Tempat mengambil borang tawaran : Tingkat 1 Bahagian Kewangan, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Menteri Besar Berakas BB3910, Negara Brunei

Syarat-Syarat Tawaran:1. Tawaran adalah dipelawa kepada pemborong-pemborong, firma swasta dan orang-orang perseorangan. 2. Pemborong-pemborong, firma swastadan orang-orang perseorangan yang berminat bolehlah mendapatkan borang tawaran pada: 14 Januari 2015 (Rabu) hingga 27 Januari 2015 (Selasa), 8.00 hingga 11.30 pagi dan 2.00 hingga 3.30 petang di Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. dengan harga $2.00 bagi LOT 1, 2 DAN 3 setiap satu set, manakala $5.00 bagi LOT 4 DAN 5 setiap satu set (Wang tidak dikembalikan) dengan membawa bersama Kad Pengenalan Asal. 3. Pemborong-pemborong, firma swasta dan orang-orang perseorangan bolehlah meliat barang-barang berkenaan bermula pada 14 Januari 2015 (Rabu) hingga 24 Januari 2015 (Sabtu), Waktu Pejabat bertempat di Stor Kementerian Kebudayaan, Belia danSukan, di Kampung Sinarubai. 4. Borang-borang yang telah lengkap diisikan hendaklah menggunakan sampul surat yang tertutup dengan membubuh tajuk“SEBUTHARGA SECARA TAWARAN TERTUTUP BAGI 537 UNIT PERALATAN IT/PERKAKAS ELEKTRIK / PERKAKAS PEJABAT/PENGHAWA DINGIN/ENJIN MOTORSANGKUT, Bilangan Rujukan : (01)KKBS.PTDD/1.1/61 PT: 7” dihantar dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Peti Sebutharga, Tingkat 1, Simpang 336-17, JalanKebangsaan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam 5. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Januari 2015 (Rabu) Jam 2.00 Petang. 6. Penender yang Berjaya akan dihubungi oleh Pihak Urus Setia dan dikehendaki untuk membayar secara WANG TUNAI dalam masa 48 jam (tidak termasuk hari kelepasan awam). Jika Penender yang Berjaya tidak dapat menjelaskan pembayaran berkenaan dalam masa yang ditetapkan, maka penender yang berjaya adalah dikira menarik diri dan dibatalkan. 7. Hanya penender yang Berjaya sahaja akan dimaklumkan secara Rasmi (Persuratan) atau E-MAIL. 8. Keterangan lanjut, bolehlah menghubungi: Haji Mohd. Ali Rahman bin Haji Sulaiman (alirahman.sulaiman@kkbs.gov.bn) Talian Terus 2381497 ATAU telefon bimbit 8633596 9. Penender yang Berjaya dikehendaki membayar cukai kastam jika diperlukan. 10. Penender yang Berjaya, tetapi tidak menjelaskan bayaran dalam masa 48 jam setelah dihubungi akan dikenakan tindakan atau disenaraihitamkan mengikut keputusan Pengerusi Jawatankuasa Sebutharga Kementerian Kebudayaan, Belia danSukan. 11. Penender yang Berjaya hendaklah memindah barang-barang tersebut dalam tempoh Lima Hari waktu bekerja dari tarikh bayaran dan kegagalan berbuat demikian mengakibatkan pembelian dibatalkan (wang tidak dikembalikan) dan akan dijual kepada pihak kedua atau dilelong semula atau dimusnahkan. 12. Kementerian ini berhak untuk membatalkan atau menangguhkan Tawaran.

Darussalam. 3. Tawaran hendaklah menggunakan borang yang disediakan dan diisikan dengan lengkap dengan menyertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan Section 16 & 17 yang sah semasa menghantar borang tawaran. 4. Pemborong mestilah mendapatkan sijil Halal dari Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Beunwi Darussalam dan salinan sijil Halal tersebut hendaklah disertakan ketika menghantar borang tawaran. 5. Penghantaran Borang Tawaran hendaklah ditulis di luar sampul “Bilangan Tawaran Iklan Tajuk Tawaran -Tarikh Tutup ” tanpa menunjukan Pengenalan / Identiti Syarikat / Pemborong di luar sampul surat. 6. Tawaran yang tidak lengkap, tidak betul, tidak jelas dan tidak mematuhi syarat dan peraturan sebutharga adalah dianggap rosak dan ditolak. 7. Tawaran yang diterima lewat dari waktu dan tarikh tutup yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. 8. Yuran Tawaran adalah BND10.00 dan tidak akan dikembalikan. 9. Tarikh dan jam tutup mengambil borang tawaran pada 22 Januari 2015, jam 3.00 petang. 10. Tawaran hendaklah dihantar dan dimasukkan sendiri ke dalam :- Peti Lembaga Tawaran Kecil, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Tingkat 1 Bahagian Kewangan, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Menteri Besar Berakas BB3910, Negara Brunei Darussalam.


IKLAN

HARI RABU 14 JANUARI 2015

KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN

MAKLUMAN TERM CONTRACT (12 MONTHS) FOR JANITORIAL CLEANING/ HOUSEKEEPING WORK AT KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN KM 2 JALAN RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA BANDAR SERI BEGAWAN 1. TAWARAN sebut harga hanya ini dipelawa kepada syarikat-syarikat/pemborong-pemborong yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam perkerjaan yang dimaksudkan (Bon Fide). Syarikat-syarikat / pemborong-pemborong dimestikan juga menghadapkan profil syarikat (company profile) keatas pengalaman kerja yang pernah dilaksanakan dan yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan dalam kelas I & II SAHAJA di Negara Brunei Darussalam. 2. Tawaran-tawaran mestilah dibuat diatas borang-borang tawaran yang di keluarkan oleh Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dengan menggunakan BORANG ASAL (ORIGINAL FORM). Segala pertanyaan dan penerangan lanjut bagi mengikuti tawaran sebutharga ini bolehlah datang terus ke Pejabat pendaftaran, Bangunan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Batu 1 Jalan Tutong Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. 3. Bagi Syarikat/pemborong yang berminat untuk mengikuti tawaran sebut harga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan SIJIL PENDAFTRAN 16 & 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian pendaftran syarikat-syarikat ,Jabatan peguam Negara, Negara Brunei Darussalam. Keutamaan akan diberikan kepada syarikat / pemborong yang mempunyai ALAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONGPEMBORONG KELAS II & III DAN KATEGORI E01 ATAU E02

KATEGORI E01 / E02 / E03 / M01

MASJID BARU RANCANGAN PERUMAHAN TANAH JAMBU - NOMINATED SUB-CONTRACT FOR SOUND SYSTEMS

BIL: KHEU/BDP/LTK/002/2015 MASJID BARU RANCANGAN PERUMAHAN TANAH JAMBU - NOMINATED SUB-CONTRACT FOR ELECTRICAL, FIRE & RELATED SERVICES, AIR-CONDITIONING & VENTILATION SERVICES AND LIFT SERVICES

YURAN DOKUMEN: BND50.00 (TIDAK DI KEMBALIKAN)

YURAN DOKUMEN: BND500.00 (TIDAK DI KEMBALIKAN)

Tarikh dan Jam tutup mengambil dokumen tawaran : 27 Januari 2015 (3.00 petang) Tarikh Tutup: 10 Februari 2015 (2.00 petang)

Tarikh dan Jam tutup mengambil dokumen tawaran : 27 Januari 2015 (3.00 petang) Tarikh Tutup: 10 Februari 2015 (2.00 petang)

BIL: KHEU/BDP/LTK/001/2015

DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG KELAS V &

Syarat-Syarat Tawaran : 1. TAWARAN hendaklah dimasukkan ke

JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG - PEMBORONG YANG BERDAFTAR DALAM KELAS III, IV & V KATEGORI: 4a Tarikh akhir mengambil dokumen tawaran pada : HARI SELASA, 27 JANUARI 2015 Tarikh Tutup : HARI SELASA, 10 FEBRUARI 2015 JAM 2.00 PETANG BILANGAN: JKR/DBSKB/001/2015 Nama Projek: KONTREK PENGGAL 2 TAHUN BAGI KERJA-KERJA PEMELIHARAAN DAN KECEMASAN RUMAH-RUMAH SEWA KERAJAAN (BERPENGHUNI) DI KAWASAN DAERAH BELAIT NO Projek : 2014ADKB/B00405-03 YURAN TAWARAN: BND100.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) DIBUKAKAN KEPADA PEMB0RONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DALAM KELAS IV & V KATEGORI: B01 SAHAJA TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : HARI SELASA, 27 JANUARI 2015 TARIKH TUTUP : HARI SELASA, 10

FEBRUARI 2015, JAM 2.00 PETANG BIL : JKR/DBSBM 001/2015 NAMA PROJEK: KERJA-KERJA MENAIKTARAF TAMAN PERMAINAN DI KAMPUNG BERIBI, KIARONG DAN SINARUBAI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PROJEK: 2015DBSBM/JKR001 YURAN TAWARAN:$500.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DALAM KELAS II & III KATEGORI: B01 & KA01 SAHAJA TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : HARI SELASA, 27 JANUARI 2015 TARIKH TUTUP : HARI SELASA, 3 FEBRUARI 2015, JAM 2.00 PETANG BIL : JKR/DBSBM 002/2015 NAMA PROJEK: PENGUBAHSUAIAN BILIK BAGI RUANG BAHAGIAN PERMOHONAN DAN PENGGUNAAN TANAH, TIGKAT 3, PESURUHJAYA TANAH, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (TAWARAN SEMULA) PROJEK: 2014DBSBM/MOD3

17

PERNIAGAAN YANG SENANG DIHUBUNGI. Serta hendaklah berdaftar di Tabung Amanah Pekerja (TAP) Kementerian Kewangan. 4.Bayaran fee sebanyak BND30.00 (tidak dikembalikan) akan dikenakan kepada syarikat yang memasuki tawaran ini dan hendaklah dijelaskan kepada Bahagian Kewangan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, KM 2 Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha BA2111 semasa mengambil boang tawaran tersebut. 5. Borang-borang tawaran sebutharga hendaklah diisi dengan LENGKAP dan dimasukkan kedalam sampul surat yang BERTUTUP (SEALED ENVELOPE) dengan menulis BILANGAN TAWARAN, NAMA TAWARAN dan TARIKH TUTUP TAWARAN tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti pemborong atau syarikat. Semua tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam kotak peti tawaran seperti alamat dibawah ini:Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Bahagian Kewangan Tingkat 1, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama Jalan Menteri Besar Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam 6. Tawaran telah mula dibukakan pada hari RABU, 23 Rabiulawal 1436H bersamaan 14 JANUARI 2015M dan tarikh tutup tawaran ialah pada hari Rabu, 30 Rabiulakhir 1436H bersamaan 21 Januari 2014M jam 4.00 petang. 7. Tempat untuk mendapatkan Borang Tawaran tersebut ialah di Bahagian Kewangan, Kolej Universit Perguruan Ugama Seri Begawan, Batu 1 Jalan Tutong Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam pada hari-hari dan jam kaunter bertugas sahaja.

dalam Peti Tawaran Lembaga Tawaran Kecil, Tingkat 1, Bahagian Kewangan, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Menteri Besar, Berakas BB3910, Negara Brunei Darussalam (kecuali ditetapkan alamat yang lain dalam iklan atau dokumen tawaran) tidak lewat dari jam 2.00 petang pada tiap-tiap hari SELASA seperti tarikh yang telah ditetapkan. 2. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. 3. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan tajuk projek yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantar kepada alamat di para satu menurut arahan yang dinyatakan dalam Dokumen Kontrak. 4. Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan-penerangan yang lanjut bolehlah didapati dan diperolehi dari Tingkat 1, Bahagian Kewangan, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Menteri Besar Berakas

YURAN TAWARAN:$30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DALAM KELAS V & VI KATEGORI: KA01 SAHAJA TARIKH MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN : 21 JANUARI 2015 TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : HARI SELASA, 10 FEBRUARI 2015 TARIKH TUTUP : HARI SELASA, 17 FEBRUARI 2015, JAM 2.00 PETANG BIL : JKR/DOR/SRM01/2015 NAMA PROJEK: PENGURUSAN PEMELIHARAAN LEBUHRAYA BAGI LEBUHRAYA TUTONG - TELISAI YURAN TAWARAN:$500.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) Syarat-Syarat Tawaran : TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Tingkat Bawah, Kementerian Pembangunan, Berakas BB3510, Negara Brunei Darussalam (kecuali) lain daripada alamat yang dinyatakan dalam iklan atau dokumen tawaran. Tawaran-tawaran yang diterima lewat daripada tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan.

BB3910, Negara Brunei Darussalam. Jumlah yuran adalah seperti berikut. 5. Yuran Tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada berjaya atau yang tidak kecuali kerja-kerja yang ditawarkan dibatalkan. 6. Sebelum dokumen-dokumen tawaran dikeluarkan, setiap pemborong dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal yang menunjukkan bahawa pemborong adalah yang berdaftar di Kementerian Pembangunan dalam kelas yang ditetapkan dan dikehendaki membayar yuran tawaran itu seperti kadar yang ditetapkan. 7. Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. 8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran.

Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan tajuk projek yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantar kepada alamat yang dinyatakan dalam dokumen tawaran. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah dilihat dan diperolehi dari Unit Pembahagian Dokumen, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Dokumen tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait (bilangan tawaran yang dimulai dengan huruf (“JKR/DBSKB ...”) bolehlah dilihat dan diperolehi dari Unit Kontrak, Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam. Yuran tawaran tidak akan dikembalikan kepada mana juga kontraktor sama ada berjaya atau tidak kecuali kerja-kerja yang ditawarkan dibatalkan. Sebelum dokumen-dokumen tawaran dikeluarkan, setiap pemborong dikehendaki membawa sijil pendaftaran kontraktor dan pembekal yang menunjukkan bahawa pemborong adalah yang berdaftar di Kementerian Pembangunan dalam kelas yang ditetapkan dan dikehendaki membayar yuran tawaran. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang terendah atau lain-lain tawaran.


18

IKLAN

HARI RABU 14 JANUARI 2015

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KOMUNITI / LANJUTAN JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN SIMPANG 347, JALAN PASAR BARU GADONG BE1310 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SIARAN MAKLUMAN KURSUS-KURSUS YANG AKAN DIJALANKAN Dimaklumkan bahawa kursus pendek kini dibukakan kepada orang ramai yang berminat. Antara kursus-kursus yang ditawarkan:1) KURSUS JAHITAN - Baju Kurong Asas - Baju Cara Melayu - Langsir - Sarung Kerusi - Telekung Bagi pertanyaan lebih lanjut mengenai Kursus Jahitan bolehlah menghubungi: Dayang Alyani binti Haji Ismail Di talian 2422493 ext. 216 2) KURSUS KECANTIKAN: - Solekan Asas - Solekan Pengantin - Basic Facial - Face Painting

- Mengandam / Mengangun - Pedicure / Manicure - Ukiran Henna Bagi pertanyaan lebih lanjut mengenai Kursus Kecantikan bolehlah menghubungi: Dayang Nurul Ain binti Haji Dali Di talian 2422493 ext. 208 3) KURSUS KRAFTANGAN - Knitting - Tatting - Crochet - Beg - Sulaman Manik Baju - Brooch - Songkok Bagi pertanyaan lebih lanjut mengenai Kursus Kraftangan bolehlah menghubungi: Hajah Rohhaida binti Haji Ibrahim Di talian 2422493 ext. 217 Jika berminat sila ambil borang dan membuat pembayaran semasa waktu dan hari bekerja tidak lewat 31 JANUARI 2015. Bertempat:Bahagian Pendidikan Lanjutan Spg 347, Jalan Pasar Baru Gadong Jabatan Pendidikan Teknik Kementerian Pendidikan Lanjutan 2422493

JABATAN BANDARAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI JABATAN BANDARAN, BANDAR SERI BEGAWAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI KENYATAAN TAWARAN 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa daripada Syarikat-Syarikat yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dibuat dalam dua salinan dan di hantar dalam sampul surat tertutup. Pada bahagian atas sampul surat hendaklah ditulis Bilangan Tawaran serta Tarikh Tutup Tawaran itu tanpa menunjukan Identiti Pengirim. 3. Sebut Harga adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam menurut Seksyen 16 & 17 dari akta Nama-Nama Perniagaan (Business Names Act). 4. Tawaran-Tawaran hendaklah juga menyertakan salinan Pendaftaran Syarikat, salinan Sijil Perniagaan (Business Names Of Enactment Section 16 & 17) atau List Of Directors dan salinan kad pengenalan. 5. Surat tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN bertempat di Tingkat 1, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jalan James Pearce dan dialamatkan kepada:Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Tingkat 1, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Jalan James Pearce Bandar Seri Begawan BS8610 Negara Brunei Darussalam. TAJUK : 1. TAWARAN KONTRAK PENGGAL BAGI PENGURUSAN DAN PEMBERSIHAN TANDAS-TANDAS AWAM (ZON 1) JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN BILANGAN TAWARAN :

BBSB/UKBPK/LTK/01/2015-2016 2. TAWARAN KONTRAK PENGGAL BAGI PENGURUSAN DAN PEMBERSIHAN TANDAS-TANDAS AWAM (ZON 2) JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN BILANGAN TAWARAN : BBSB/UKBPK/LTK/02/2015-2016 3. TAWARAN KONTRAK PENGGAL BAGI PENGURUSAN DAN PEMBERSIHAN TANDAS-TANDAS AWAM (ZON 3) JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN BILANGAN TAWARAN : BBSB/UKBPK/LTK/03/2015-2016 Tarikh Tutup Tawaran : Selasa, 27 Januari 2015 Jam : 2.00 petang 6. Yuran bagi menyertai tawaran ini ialah $10.00 bagi setiap tawaran dan bayaran ini tidak akan dikembalikan kepada penenderpenender. Bayaran boleh dibuat di: Kaunter Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Kumbang Pasang Negara Brunei Darussalam. 7. Dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Unit Khidmat Bantu & Pemeliharan Kenderaan, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Tingkat 1, Cawangan Pejabat Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Depo Kampung Belimbing Subok dan tarikh terakhir bagi mendapatkan dokumen sebut harga berkenaan ialah pada hari Khamis, 22 Januari 2015, jam 9.00 pagi. 8. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh tutup tawaran yang disebutkan tidak akan dilayan. 9. Pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran yang lebih tinggi atau seumpamanya.

RADIO TELEVISYEN BRUNEI JABATAN PERDANA MENTERI RADIO TELEVISYEN BRUNEI TAWARAN PENULISAN SKRIP DRAMA TV 2015 RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis untuk menulis skrip Drama Bersiri (13 episod x 30 minit) bagi siaran di televisyen. Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di Kaunter Penyambut Tetamu, Kompleks Radio Televisyen Brunei, Sungai Akar. Unruk mendapatkan maklumat, sila hubungi Setiausaha di talian 2383654 (Direct Line) / 2384666 / 2384667 / 2384668 samb. 4103 semasa waktu pejabat.

DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI DAERAH TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SURAT KUASA PUSAKA NO. T/LA/41/2014 BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAJI YAAKUB BIN HAJI DAUD kerana minta Surat Kuasa kepada Harta Pusaka yang dipunyai oleh PG HAJAH ROKIAH BINTI PG SULAIMAN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH TUTONG pada 24 JANUARI 2015 pada jam 9.00 pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pesaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada Mahkamah Pegawai Waris TUTONG sebelum tarikh yang tersebut di atas. Bertarikh : 10 Januari 2015 (MUHAMMED FAISAL BIN PDJLD DSP HAJI KEFLI) Timbalan Pegawai Waris Tutong Negara Brunei Darussalam

DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI DAERAH TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PERINTAH ACARA MAL MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH 2005 SAMAN GANTIAN DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI DAERAH TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Kes Mal Bilangan: MRHS/MAL/TUT/98/2014 ANTARA NUROL SYAFIZAN HAIRANEY BINTI AZAHARI Plaintif DAN MUHAMMAD JALALUDDIN BIN ABDULLAH JINGGA / JUBAH ANAK JINGGA Defendan TUNTUTAN : CERAI TA'LIQ DAN HAK PENJAGAAN ANAK KEPADA: MUHAMMAD JALALUDDIN BIN ABDULLAH JINGGA / JUBAH ANAK JINGGA (yang dinamakan di atas) alamat terakhir di No. 1498, Kampung Selapon Batu Apoi, PC 3351, Temburong, Negara Brunei Darussalam. KAMU adalah dengan ini disaman supaya hadir secara sendiri atau melalui Peguam Syarie kamu di hadapan MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TUTONG pada hari KHAMIS, 24 haribulan RABIULAWAL 1436H / 15 haribulan JANUARI 2015M pada pukul 2.30 PETANG untuk menjawab tuntutan terhadap kamu oleh PLAINTIF yang dinamakan di atas, yang mana butir-butirdalam TUNTUTAN itu seperti dinyatakan dalam PENYATAAN TUNTUTAN yang diendorskan. Sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingkar hadir di mahkamah pada hari dan ma sa yang ditetapkan, mahkamah boleh meneruskan untuk mendengarkan dan memutuskan kes tanpa kehadiran kamu. Dan sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingin membela diri terhadap tuntutan tersebut, kamu hendaklah memfailkan di mahkamah ini dan menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang disebut di atas atau hadir di mahkamah pada tarikh itu. Bertarikh pada : 29 SAFAR 1436 Hijriah / 1I DISEMBER 2014 Masihi HAKIM SYAR'IE MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


IKLAN

HARI RABU 14 JANUARI 2015

KEMENTERIAN KESIHATAN

PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehi daripada Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja, mulai Hari Rabu, 10 Disember 2014. Sila layari website Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan bilangan tajuk tawaran serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada :Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Peti Tawaran, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan

Commonwealth Drive Bandar Seri Begawan BB 3910 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-tawaran hendaklah disediakan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah ditetapkan dan disediakan dalam dua (2) salinan termasuk salinan asal. Dokumen dokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Hari Selasa pada 20 Januari 2015. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Yuran Tawaran (Tender Fee) bagi tiap-tiap tawaran adalah seperti dinyatakan dan dikehendaki pembayaran dengan WANG TUNAI sahaja (dan yuran tawaran tidak akan dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat di Bahagian Akaun, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri

Begawan semasa waktu-waktu bekerja. Waktu Menerima Bayaran ISNIN HINGGA KHAMIS 8.00 PAGI – 11.00 PAGI 2.00 PETANG – 3.00 PETANG SABTU 8.00 PAGI – 10.00 PAGI 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling rendah atau lain-lain tawaran. 6. Tawaran adalah dibukakan kepada semua pemborong-pemborong dan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :• Sijil Pendaftaran Perniagaan Yang Masih Sahlaku dan Berdaftar dengan Kementerian

19

Kesihatan. • Manakala bagi Pemborong/Pembekal yang menyertai tawaran ubat-ubatan (Drug and Medicine) mestilah mempunyai Lesen Racun yang sah Poison Act’ (Cap. 114). • Manakala bagi Pemborong/Pembekal yang menyertai tawaran bagi kerja- kerja pembangunan dan pendawaian elektrik mestilah mempunyai Lesen Pendaftaran yang masih sah daripada Kementerian Pembangunan. 7. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garispandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. 20/01/2015

KEMENTERIAN KESIHATAN

PEMBERITAHUAN TAWARAN EXPRESSION OF INTEREST (EOI) “ASSESSMENT AND SKILL CERTIFICATE OF TRADESMANEN AND SUPERVISORS - INCLUSIVE OF TECHINICAL AND FINANCIAL PROPOSAL” BILANGAN TAWARAN EOI : KPN/ABCi/TAWARAN/01/2015 Ringkasan Projek DIVISYEN Pihak Berkuasa Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) / Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Jabatan Perdana Menteri dan Institusi Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) / Kementerian Pendidikan iaitu menumpukan usahasama bagi memperakui kemahiran dalam Industri Pembinaan. Objektif persijilan ini adalah untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan dalam Industri Pembinaan. Projek ini juga bertujuan untuk meningkatkan bilangan pekerja atau penyelia mahir dan separuh mahir tempatan dan juga menyediakan persijilan bagi pekerja asing atau pencari kerja yang ingin bekerja di dalam Industri Pembinaan seperti di syarikat-syarikat pembinaan, pembekal bahan binaan, perunding dan sebagainya. Arahan Kepada Penender - Penender (EOI) : 1. TAWARAN (EOI) adalah dipelawa dari syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan dan / atau Kementerian Kewangan (ROC) di bawah Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Dokumen-dokumen EOI ini bolehlah diperolehi di Bahagian Pentadbiran Divisyen Pihak Berkuasa Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Tingkat 3, Bangunan Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama, Berakas, BB3510, Negara Brunei Darussalam mulai 12 Januari 2015 hingga 9 Februari 2015 dan tarikh tutup menghantar dokumen-dokumen tawaran pada hari Isnin, 16 Februari 2015 jam 9.00 pagi. 3. EOI ini hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup rapat dan pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis dengan BILANGAN TAWARAN dan TAJUK TAWARAN tanpa menunjukkan identiti pembekal seperti di bawah: 4. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah. EXPRESSION OF INTEREST (EOI) “ASSESSMENT AND SKILL CERTIFICATE OF TRADESMANEN AND SUPERVISORS - INCLUSIVE OF TECHINICAL AND FINANCIAL PROPOSAL” BILANGAN TAWARAN EOI : KPN/ABCi/TAWARAN/01/2015 Tarikh Tutup / (Masa) : 16 Februari 2015, Hari Isnin / (9.00 pagi) Dialamatkan kepada: Pengerusi Jawatankuasa Sebutharga Peti Sebutharga Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah Bangunan Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama Berakas, BB3510 Negara Brunei Darussalam.

PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehidaripada Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja, mulai Hari Sabtu, 31 Disember 2014. Sila layari website Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan bilangan tajuk tawaran serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada :Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Peti Tawaran, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan Commonwealth Drive Bandar Seri Begawan BB 3910 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-tawaran hendaklah disediakan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah ditetapkan dan disediakan dalam dua (2) salinan termasuk salinan asal. Dokumen-dokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 petang, hari Selasa pada 27 Januari 2015. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Yuran Tawaran (Tender Fee) bagi tiap-tiap tawaran adalah seperti dinyatakan dan dikehendaki pembayaran dengan WANG TUNAI sahaja (dan yuran tawaran tidakakan dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat di BahagianAkaun, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan semasa waktu-waktu bekerja. Waktu Menerima Bayaran ISNIN - KHAMIS 8.00 PAGI - 11.00 PAGI 2.00 PETANG - 3.00 PETANG SABTU 8.00 PAGI - 10.00 PAGI 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling rendah atau lain-lain tawaran. 6. Tawaran adalah dibukakan kepada semua pemborong-pemborong dan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :• Sijil Pendaftaran Perniagaan Yang Masih Sahlaku dan Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. • Manakala bagi Pemborong/Pembekal yang menyertai tawaran ubat-ubatan (Drug and Medicine) mestilah mempunyai Lesen Racun yang sah Poison Act’ (Cap. 114). • Manakala bagi Pemborong/Pembekal yang menyertai tawaran bagi kerja-kerja pembangunan dan pendawaian elektrik mestilah mempunyai Lesen Pendaftaran yang masihsahdaripada Kementerian Pembangunan. 7. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garispandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. TAWARAN BIL TAWARAN KETERANGAN YURAN TAWARAN TARIKH TUTUP Tidak lewat jam 2.00 petang KK/115/2014 (ESTET)(TC) THE PROVISION OF CLEANING AND GRASS CUTTING SERVICES FOR BLOCK C8 FLAT AT ANGGEREK DESA, MINISTRY OF HEALTH FOR A PERIOD OF THREE (3) YEARS KelayakanPemborong / Pembekal: Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Kelas / Kategori; $10.00 27 JANUARI 2015 IKLAN WEBSITE PADA 31 DISEMBER 2014


20

IKLAN

HARI RABU 14 JANUARI 2015

JABATAN DAERAH TEMBURONG KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI JABATAN DAERAH TEMBURONG KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI ADALAH dimaklumkan bahawa Jabatan Daerah Temburong dengan sukacitanya mempelawa / menjemput penduduk-penduduk yang bermastautin di kawasan Kampung Menengah, Kampung Sungai Tanit, Kampung Sungai Tanam, Kampung Sungai Sulok dan Kampung Parit Belayang, Daerah Temburong untuk menghadapkan pencalonan bagi mengisi jawatan Ketua Kampung Menengah, Mukim Bangar, Daerah Temburong. Tanggagaji : C1 EB2 iaitu $1,280.00 hingga $1,930.00 KELAYAKAN CALON KETUA KAMPUNG MENENGAH:1. Setiap calon Ketua Kampung hendaklah:a. Seorang lelaki yang terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

b. Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan pelajaran di Peringkat Tingkatan III atau kelulusan yang sebanding dengannya. c. Bermastautin di kampung yang akan diketuainya tidak kurang dua [2] tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya. Bermastautin adalah bermaksud bahawa calon Ketua Kampung hendaklah benar-benar tinggal di kampung yang berkenaan dalam tempoh yang dikehendaki di mana calon mempunyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut. d. Berumur tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh pencalonannya. e. Mempunyai pengetahuan yang baik dalam Ugama Islam, kemasyarakatan dan adat resam setempat yang lazimnya diamalkan oleh masyarakat kampung berkenaan. f. Tidak menjadi ahli atau tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam sebarang pertubuhan siasah yang difikirkan boleh menjejaskan kepentingan atau keselamatan negara. g. Mempunyai perwatakan, ketokohan dan sifat-sifat kepimpinan yang baik dan berse-

JABATAN DAERAH TEMBURONG KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

JABATAN DAERAH TEMBURONG KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI ADALAH dimaklumkan bahawa Jabatan Daerah Temburong dengan sukacitanya mempelawa / menjemput penduduk- penduduk yang bermastautin di kawasan Kampung Belais dan Buda-Buda, Daerah Temburong untuk menghadapkan pencalonan bagi mengisi jawatan Ketua Kampung Belais dan Buda-Buda, Mukim Bokok, Daerah Temburong. Tanggagaji : C1 EB2 iaitu $1,280.00 hingga $1,930.00 KELAYAKAN CALON KETUA KAMPUNG BELAIS DAN BUDA-BUDA:1. Setiap calon Ketua Kampung hendaklah:a. Seorang lelaki yang terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

b. Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan pelajaran di Peringkat Tingkatan 3 atau kelulusan yang sebanding dengannya. c. Bermastautin di kampung yang akan diketuainya tidak kurang dua [2] tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya. Bermastautin adalah bermaksud bahawa calon Ketua Kampung hendaklah benar-benar tinggal di kampung yang berkenaan dalam tempoh yang dikehendaki di mana calon mempunyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut. d. Berumur tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh pencalonannya. e. Mempunyai pengetahuan yang baik dalam Ugama Islam, kemasyarakatan dan adat resam setempat yang lazimnya diamalkan oleh masyarakat kampung berkenaan. f. Tidak menjadi ahli atau tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam sebarang pertubuhan siasah yang difikirkan boleh menjejaskan kepentingan atau keselamatan negara. g. Mempunyai perwatakan, ketokohan dan

JABATAN DAERAH BELAIT KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI JAWATAN KOSONG SEBAGAI PENGHULU MUKIM BUKIT SAWAT DAERAH BELAIT ADALAH dimaklumkan bahawa Jabatan Daerah Belait dengan sukacitanya mempelawa / menjemput penduduk-penduduk yang bermastautin di kawasan Mukim Bukit Sawat untuk menghadapkan pencalonan bagi mengisi jawatan Penghulu Mukim Bukit Sawat, Daerah Belait. Tanggagaji : C3 EB4 iaitu $1,990.00 hingga $2,620.00 (merujuk Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bil: 5/1999 Negara Brunei Darussalam bertarikh 13 Zulkaedah 1419 bersamaan 2 Mac 1999. KELAYAKAN CALON PENGHULU MUKIM I. Setiap calon Penghulu Mukim hendaklah:a. Seorang lelaki yang terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. b. Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan pelajaran di peringkat Tingkatan III atau

kelulusan yang sebanding dengannya. c. Berugama Islam dan mempunyai pengetahuan yang baik berhubungkait dengannya. d. Berumur tidak kurang dari 40 tahun dan tidak lebih dari 60 tahun pada tarikh pencalonannya. e. Bermastautin di Mukim Bukit Sawat tidak kurang 2 tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya. Bermastautin adalah bermaksud bahawa calon Penghulu Mukim hendaklah benar-benar tinggal di mukim yang berkenaan dalam tempoh yang dikehendaki dimana calon itu mempunyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut. f. Tidak menjadi ahli atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam sebarang pertubuhan siasah yang difikirkan boleh menjejaskan kepentingan atau keselamatan negara. g. Mempunyai perwatakan, ketokohan dan sifat-sifat kepimpinan yang baik dan bersesuaian sebagai seorang pemimpin mengikut amalan kehidupan orang-orang Brunei serta bersikap pemedulian. h. Tidak pernah diisythirkan muflis di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan di negara

suaian sebagai seorang pemimpin mengikut amalan kehidupan orang-orang Brunei serta bersikap pemedulian; dan h. Tidak pernah diisytiharkan muflis di bawah Undang-Undang yang dikuatkuasakan di negara ini dalam tempoh dua [2] tahun sebelum pencalonannya, termasuk pada tarikh pencalonan melainkan sebelum itu pengisytiharan muflis telah dibatalkan oleh Mahkamah. 2. Calon yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan jika dilantik sebagai Ketua Kampung hendaklah terlebih dahulu menamatkan perkhidmatannya sebagai Pegawai Kerajaan. 3. Calon yang terdiri daripada ahli perniagaan atau pengusaha apabila dilantik menjadi Ketua Kampung boleh meneruskan perniagaan atau perusahaannya menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. 4. Pencadang dan Penyokong-Penyokong bagi calon Ketua Kampung hendaklah terdiri daripada warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam dan tinggal bermastautin di kampung berkenaan yang berumur 18 tahun pada tarikh pencalonan diadakan. 5. Bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat di Jabatan masing-masing ataupun dari pihak-pihak swasta hendaklah

terlebih dahulu menghadapkan kebenaran bertulis dari Ketua Jabatan masing-masing dan menghadapkan surat kebenaran itu bersama semasa menghadapkan borang pencalonan. 6. Pencalonan dan penamaan calon atau calon-calon selepas tarikh tutup pencalonan tidak akan diterima. 7. Lain-lain syarat adalah tertakluk kepada Skim Perkhidmatan Penghulu dan Ketua Kampung Negara Brunei Darussalam 1998 (Syarat-Syarat Lantikan dan Perkhidmatan Ketua Kampung).

sifat-sifat kepimpinan yang baik dan bersesuaian sebagai seorang pemimpin mengikut amalan kehidupan orang-orang Brunei serta bersikap pemedulian; dan h. Tidak pernah diisytiharkan muflis di bawah Undang-Undang yang dikuatkuasakan di negara ini dalam tempoh dua [2] tahun sebelum pencalonannya, termasuk pada tarikh pencalonan melainkan sebelum itu pengisytiharan muflis telah dibatalkan oleh Mahkamah. 2. Calon yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan jika dilantik sebagai Ketua Kampung hendaklah terlebih dahulu menamatkan perkhidmatannya sebagai Pegawai Kerajaan. 3. Calon yang terdiri daripada ahli perniagaan atau pengusaha apabila dilantik menjadi Ketua Kampung boleh meneruskan perniagaan atau perusahaannya menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. 4. Pencadang dan Penyokong-Penyokong bagi calon Ketua Kampung hendaklah terdiri daripada warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam dan tinggal bermastautin di kampung berkenaan yang berumur 18 tahun pada tarikh pencalonan diadakan. 5. Bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat di Jabatan masing-masing

ataupun dari pihak-pihak swasta hendaklah terlebih dahulu menghadapkan kebenaran bertulis dari Ketua Jabatan masing-masing dan menghadapkan surat kebenaran itu bersama semasa menghadapkan borang pencalonan. 6. Pencalonan dan penamaan calon atau calon-calon selepas tarikh tutup pencalonan tidak akan diterima. 7. Lain-lain syarat adalah tertakluk kepada Skim Perkhidmatan Penghulu dan Ketua Kampung Negara Brunei Darussalam 1998 (Syarat-Syarat Lantikan dan Perkhidmatan Ketua Kampung).

ini dalam tempoh dua [2] tahun sebelum pencalonannya, termasuk pada tarikh pencalonan melainkan sebelum itu pengisytihran muflis telah dibatalkan oleh mahkamah. i. Mempunyai pengetahuan yang baik dalam ugama Islam, kemasyarakatan dan adat resam setempat yang lazimnya diamalkan oleh masyarakat kampung berkenaan. j. Mempunyai rekod prestasi kerja yang baik dan memuaskan bagi calon yang bekerja samada di pihak Swasta / Kerajaan dan hendaklah menyertakan laporan prestasi kerja bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. II. Setiap pencalonan bagi mengisikan Jawatan Penghulu Mukim adalah dimestikan: a. Mengisikan Borang Pencalonan yang disediakan khas oleh Jabatan Daerah Belait dan ditandatangani oleh seorang pencalon dan dua orang penyokong. Borang pencalonan itu hendaklah ditandatangani oleh calon yang berkenaan sebagai penyataan, pengakuan dan persetujuan ke atas pencalonannya itu. b. Calon yang tidak menandatangani Borang Pencalonan tidak akan diterima sebagai calon bagi Penghulu Mukim berkenaan. c. Sebarang penarikan diri dalam pencalonan itu hendaklah dibuat secara bertulis. III. Calon Penghulu Mukim akan terlebih dahulu ditapis dari segi kelayakan. IV. Pencalon dan penyokong hendaklah terdiri daripada Rakyat atau Penduduk Tetap yang

Cara memohon: Keterangan lanjut dan borang pencalonan boleh didapati daripada Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Temburong di talian 5221110 / 5221266 / 5221265 ext 119 pada waktu pejabat dibuka dan hendaklah diisikan mengikut apa yang dikehendaki dalam borang tersebut. Borang yang tidak diisikan dengan lengkap tidak akan diterima. Borang pencalonan tersebut hendaklah dikembalikan kepada Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Temburong tidak lewat pada Hari Sabtu, 7 Februari 2015 jam 4.00 petang.

Cara memohon: Keterangan lanjut dan borang pencalonan boleh didapati daripada Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Temburong di talian 5221110 / 5221266 / 5221265 ext 119 pada waktu pejabat dibuka dan hendaklah diisikan mengikut apa yang dikehendaki dalam borang tersebut. Borang yang tidak diisikan dengan lengkap tidak akan diterima. Borang pencalonan tersebut hendaklah dikembalikan kepada Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Temburong tidak lewat pada Hari Sabtu, 7 Februari 2015 jam 4.00 petang.

berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh pencalonan diadakan. V. Pencalon dan penyokong hendaklah terdiri daripada Penduduk Mukim Bukit Sawat dan tinggal bermastautin di mukim tersebut VI. Pencalonan dan penamaan calon atau calon-calon selepas tarikh tutup pencalonan tidak akan diterima. VII. Seorang Penghulu Mukim adalah dilantik atas titah perkenaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. VIII. Lain-lain syarat adalah tertakluk kepada Skim Perhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Negara Brunei Darussalam 1998 [Syarat-Syarat Lantikan dan Perkhidmatan Penghulu Mukim]. Cara Memohon:Keterangan lanjut dan borang pencalonan boleh didapati di Bahagian Institusi Penghulu Mukim dan Kampung di Jabatan Daerah Belait di talian 3334335/6/7/8 ext 127 pada waktu pejabat dibuka dan hendaklah diisikan mengikut apa yang dikehendaki dalam borang tersebut dan borang yang tidak diisikan dengan lengkap tidak akan diterima. Borang pencalonan tersebut hendaklah dikembalikan kepada Pegawai Daerah Belait tidak lewat pada Hari Sabtu, 21 Februari 2015 jam 4.30 petang.


IKLAN

HARI RABU 14 JANUARI 2015

21

JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Borang sebutharga boleh didapati seperti di alamat-alamat berikut: 1. Unit Penghapusan Dari Kira-Kira, Blok 2J6: 03-04 Tingkat 6, Kondominium Ong Sum Ping, Kementerian Pendidikan. Talian Telefon : 2230113 (Brunei / Muara) 2. Unit Penghapusan Dari Kira-Kira. Bekas Barik Lama Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong TA 1341. Talian Telefon: 4260312. 3. Unit Penghapusan Dari Kira-Kira Rumah Kediaman Brunei Shell, Simpang 24-29 Jalan Maulana, Kuala Belait KD 145. Talian Telefon : 3347423. 4. Unit Penghapusan Dari Kira-Kira Bekas Asrama Jalan Masjid, Jabatan Sekolah-Sekolah. Temburong. Talian Telefon :

5222171 / 5222172. SYARAT-SYARAT TAWARAN 1 Borang tawaran yang sudah lengkap diisikan hendaklah dihantar pada waktu dan masa seperti yang dinyatakan di bawah ini :Hari Isnin Hingga Khamis & Sabtu. Jam: 8.15 Pagi hingga 11.30 Pagi 2.00 Petang hingga 4.00 Petang. 2 Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dihantar terus ke alamat yang di nyatakan di bawah ini dengan menggunakan sampul surat tertutup rapat dan di tulis dengan terang : TAWARAN LELONG SECARA SEBUTHARGA BAGI HARTA BENDA KERAJAAN KEPUNYAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran sebutharga seperti yang beralamat

JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

PEMBERITAHUAN TAWARAN JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BILANGAN TAWARAN : JPi/8/2014 TENDER DOCUMENT FOR INVITATION TO SUBMIT A TENDER PROPOSAL TO LEASE, OPERATE AND MANAGE SEAFOOD BASED PROCESSING INCUBATOR AT SEAFOOD STORAGE, HANDLING AND PROCESSING CENTRE AT MUARA, BRUNEI DARUSSALAM 1. TAWARAN hendaklah dialamatkan dan dimasukkan kepada:Pengarah Perikanan, Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Kompleks Perikanan Muara, Simpang

287-53, Jalan Peranginan Pantai Serasa Kampong Serasa Brunei Muara BT1728 Negara Brunei Darussalam. 2. Tawaran hendaklah dihantar tidak lewat pada Hari Selasa, 24 Februari 2015 jam 2.00 petang. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 3. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup tanpa menunjukkan identity atau logo pembekal / pemborong, ditulis atas sebelah kiri sampul surat:TAWARAN BAGI; TENDER DOCUMENTFOR INVITATION TO SUBMIT A TENDER PROPOSAL TO LEASE, OPERATE AND MANAGE SEAFOOD BASED PROCESSING INCUBATOR AT SEAFOOD STORAGE, HANDLING AND PROCESSING CENTRE AT MUARA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Bilangan Tawaran : JPi/8/2014

dinyatakan di bawah ini:UNIT PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA BLOK 2J6:03-04, TINGKAT 6 KONDOMINIUM ONG SUM PING, KEMENTERIAN PENDIDIKAN, BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 3 Syarikat-syarikat swasta dan orang ramai yang berjaya hendaklah membuat pembayaran secara tunai dalam masa 48 jam (tidak termasuk hari kelepasan awam) setelah berjaya menerima surat makluman dan jika gagal berbuat demikian adalah dikira menarik diri dari tawaran jualan lelong tersebut. 4 Syarikat-syarikat dan orang ramai yang berjaya hendaklah memindahkan barang-barang tersebut dalam tempoh 7 hari setelah menerima

surat makluman. Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan pembelian dibatalkan dan wang yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan dan barang-barang tersebut akan dilelong semula atau di musnahkan. 5 Untuk keterangan lanjut syarikat-syarikat dan orang ramai yang berminat boleh berhubung terus atau membuat pertanyaan kepada Ketua-ketua Jabatan Pengetua-Pengetua, Guru-guru Besar yang berkenaan bagi mengetahui jenis-jenis barang yang ditawarkan atau Unit Penghapusan Dari Kira-Kira, Kementerian Pendidikan, Talian Telefon: 2230113. 6 Yuran tawaran $10.00 bagi setiap lot. (Tidak akan dikembalikan) Tarikh Tutup Tawaran pada: 24 Januari 2015 (Sabtu) Jam 2.00 Petang.

Tarikh Tutup: 24 Februari 2015 Jam Tutup: 2.00 Petang 4. Untuk penerangan lanjut dan bagi mendapatkan dokuman tawaran, pemohon-pemohon boleh menghubungi Seksyen Promosi Industri dan Statistik, Jabatan Perikanan, Kompleks Perikanan Muara, Simpang 287-53, Jalan Peranginan Pantai Serasa, Kampung Serasa, Muara Bt1728, Negara Brunei Daarussalam di talian 673-2770066, atau melayari laman web Jabatan Perikanan; www.fisheries.gov.bn. dan pembayaran dokumen tawaran di Tingkat Bawah, Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Perikanan, pada hari-hari bekerja:Isnin - Kamis dan Sabtu; 8.00 pagi - 11.30 pagi 2.00 petang - 3.00 petang 5. Untuk penerangan lanjut mengenai projek yang akan dilaksanakan bolehlah menghubungi:Dayang Hajah Hamidah Haji Ladis Awang Fauzi Haji Fardi Seafood Processing Development Divisyen Department of Fisheries Fish Landing Complex Muara Brunei Darussalam. 6. Yuran sebanyak BND25.00 bagi satu tajuk tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan

dikembalikan kepada setiap penender. 7. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran tidak munasabah. 8. Salinan dokumen-dokumen seperti Pendaftaran Perniagaan, Lesen Rampaian, Kad Pengenalan / Pasport dan Daftar Pemilik syarikat hendaklah disertakan semasa mengambil dan menghantar borang tawaran. 9. Dokumen-dokumen tawaran boleh didapati mulai iklan dikeluarkan. 10. Sesi taklimat Tawaran (briefing) dan lawatan tempat (site visit) bagi tawaran JPi/8/2014 adalah dimestikan dan akan diadakan seperti berikut: Pada : 13 Januari 2015 (Hari Selasa) Jam : 9.00 pagi Tempat : Seafood Processing Development Divisyen Department of Fisheries Fish Landing Complex Muara Negara Brunei Darussalam.


22

BERITA DAERAH

HARI RABU 14 JANUARI 2015

Berselawat menzahirkan cinta kepada Rasulullah Berita dan Foto: Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli

PENGERUSI Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Awang Haji Ali bin Haji Mat Yassin bersama pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria menghadiri ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul.

KUALA BELAIT, Isnin, 12 Januari. Salah satu cara untuk menzahirkan rasa cinta dan kasih kepada Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah dengan berselawat. Penceramah dari Pusat Da’wah

Islamiah (PDI), Pengiran Haji Marali bin Pengiran Haji Ismail menerangkan maksud berselawat bererti berdoa bagi tujuan memohon supaya Allah Subhanahu Wata’ala melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan dan

kehormatan serta kepujian kepada Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. “Lebih-lebih lagi kedudukan selawat kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu adalah merupakan perintah Allah Subhanahu Wata’ala sebagaimana FirmanNya dalam Surah Al Ahzab ayat 56: Tafsirnya: “Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan,” jelas Pengiran Haji Marali semasa menyampaikan ceramah bertajuk ‘Mencintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam’ yang diadakan di Dewan Bandaran, di sini. Pengiran Haji Marali menyatakan sebagai seorang Islam, mencintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sangat dituntut dan seseorang itu tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. “Apabila cinta terhadap Rasulullah

Sallallahu Alaihi Wasallam telah benar-benar subur dan hidup di dalam dada seseorang muslim, barulah akan wujud kepatuhan dan ketaatan kepada ajaran-ajaran serta perintah-perintah Baginda Rasulullah,” jelasnya. Penceramah dari PDI itu berkata, cinta kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tidak cukup sekadar dilahirkan dalam bentuk pengakuan kata-kata, melainkan juga harus dibuktikan dalam bentuk perbuatan yang nyata antara lain dengan mengamalkan dan mematuhi agama Islam yang diajarkannya, baik yang terdapat dalam Al-Qur’an mahupun dalam Hadith atau Sunnahnya. Ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul bagi warga Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria semata-mata untuk menyemarakkan dan memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Selain itu, ia juga bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan jabatan

berkenaan di samping meningkatkan perpaduan dalam kalangan kaum wanita terhadap peranan membentuk dan mencorak hidup anak bangsa yang lebih dinamik. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Awang Haji Ali bin Haji Mat Yassin.

PENCERAMAH dari Pusat Da'wah Islamiah, Pengiran Haji Marali bin Pengiran Haji Ismail ketika menyampaikan ceramah kepada warga Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.

Pilih wakil ke Peringkat Suku Akhir Kebangsaan Berita dan Foto: Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli KUALA BELAIT, Isnin, 12 Januari. Awang Haji Haslan bin Haji Shahbudin mewakili Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala

Belait dan Dayang Hajah Norzirwatul Fadillah binti Haji Puteh mewakili Masjid Zainab, Lumut masing-masing menyandang Johan Musabaqah

DAYANG Hajah Norzirwatul Fadillah binti Haji Puteh memperdengarkan bacaannya.

Tilawatil Quran Bahagian Dewasa Peringkat Daerah Belait. Sementara itu, seorang qari dan tiga qariah yang memperoleh markah 75 peratus ke atas akan mewakili Daerah Belait ke Peringkat Suku Akhir Kebangsaan yang akan diadakan kemudian. Musabaqah Peringkat Daerah Belait disertai oleh 14 peserta yang mewakili masjid-masjid Daerah Belait, iaitu lapan qari dan enam qariah. Musabaqah berkenaan diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam, di sini. Penyampaian hadiah kepada para pemenang dan peserta disempurnakan oleh tetamu kehormat, Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Md. Yussof bin Haji Dulamin. Musabaqah anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM), Kementerian Hal-Ehwal Ugama dan dikendalikan oleh JHEM Daerah Belait dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Muhammad Jamalul Alam bertujuan untuk memilih wakil Daerah Belait ke Peringkat Suku Akhir Kebangsaan. Selain itu, Musabaqah juga bertujuan untuk melahirkan peserta

AHLI Mesyuarat Negara, Awang Haji Md. Yussof bin Haji Dulamin menyampaikan hadiah kepada johan qari, Awang Haji Haslan bin Haji Shahbudin.

yang boleh membaca Al-Qur’an dengan bertaranum dan menggalakkan lebih ramai lagi

yang Al-Qur’an sempurna.

boleh dengan

membaca baik dan

Penutupan sementara Jalan Maulana / Jalan Panglima Berita dan Rajah : Ihsan Jabatan Kerja Raya KUALA BELAIT, Isnin, 12 Januari. - Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa persimpangan Jalan Maulana / Jalan Panglima, di daerah ini akan ditutup sementara bagi pelaksanaan kerja-kerja pemasangan ‘Box Culvert’ baru 1,000mm bagi mengganti ‘Round Culvert’ yang lama dan rosak. Penutupan jalan ini akan bermula pada 15 Januari hingga 5 Mac 2015 dan akan mengambil masa selama satu bulan setengah. Sepanjang penutupan jalan raya tersebut, pengguna jalan raya di kawasan itu dinasihatkan untuk menggunakan jalan-jalan alternatif yang lain. Sehubungan dengan itu, jabatan berkenaan menasihatkan pengguna jalan raya yang akan menggunakan jalan tersebut supaya akan sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan-papan tanda arahan yang disediakan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan ini melalui Talian Darussalam: 123, Facebook: Jabatan Kerja Raya Brunei Darussalam dan E-mel: pro@pwd.gov.bn.

RAJAH Penutupan sementara Jalan Maulana / Jalan Panglima.


AGAMA

HARI RABU 14 JANUARI 2015

23

Kelebihan solat berjemaah, membaca Ratib Al-Attas Berita dan Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli

Pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam (JPI) Daerah Belait hadir bagi memantau program yang dijalankan.

KUALA BELAIT, Isnin, 12 Januari. Program Keagamaan Senegara Sekolah-Sekolah Ugama dan Arab dapat memupuk minat murid-murid untuk mempraktikkan solat berjemaah dengan betul mengikut rukun dan syarat-syaratnya, di samping mengetahui kelebihan solat berjemaah. Sementara kelebihan membaca Ratib Al-Attas pula akan dapat memupuk minat mereka membacanya dan bagi memohon hajat kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Program berkenaan merupakan usaha ke arah mencapai matlamat persekolahan ugama bagi memastikan murid-murid pandai solat berjemaah dengan betul dan sempurna manakala membaca Ratib Al-Attas akan memberi keyakinan kepada mereka bahawa setiap usaha yang telah dilakukan hendaklah banyak berdoa

dan berserah kepada qada dan qadar Allah. Perkara itu antara intipati tazkirah mengenai kelebihan solat berjemaah dan membaca Ratib Al Attas yang disampaikan oleh Guru Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Ugama Ahmad Tajuddin, Dayang Zauyah binti Haji Karim. Dayang Zauyah menjelaskan, antara kelebihan solat berjemaah itu termasuklah ganjaran pahalanya melebihi solat bersendirian dengan kelebihan 27 darjat dan hikmah solat berjemaah di masjid antaranya mampu membentuk ukhwah dan saling bertukar fikiran secara rasional tanpa mengira latar belakang dan fahaman kerana masing-masing menjaga adab ketika berada di rumah Allah. Sementara kelebihan membaca Ratib Al-Attas akan dapat menggalakkan murid-murid rajin berzikir kepada Allah dan

Program Keagamaan Senegara lahirkan insan beriman

mengingatiNya, sementara fadilat umum dan hikmah membacanya akan membawa keamanan dan keselamatan bagi rumahtangga dan penghuninya dari kebakaran, kecurian dan sebagainya. “Pembacanya akan dipelihara oleh Allah daripada sihir serta terlindung daripada penyakit dan bala kerana dengan berkat ayat Al-Qur’an, Asma Allah dan Zikir yang terkandung dalam Ratib tersebut. Jika ada perkara yang mustahak maka hendaklah dibaca Ratib ini sebanyak 40 kali dalam suatu majlis,” ujarnya. Sekolah Ugama Ahmad Tajuddin menjadi pusat tumpuan program bagi Daerah Belait dan merupakan sekolah ugama pertama di daerah ini

mengadakan program tersebut bagi tahun ini yang dimulakan pada bulan Januari. Program bulanan anjuran Jabatan Pengajian Islam (JPI) Kementerian Hal Ehwal Ugama diadakan serentak di keempat-empat daerah dengan pengisian dan pusat tumpuan yang berbeza setiap bulan. Pengisian program di Sekolah Ugama Ahmad Tajuddin meliputi tazkirah dan diteruskan dengan bacaan Surah Al Faatihah dan bacaan Ratib yang diketuai oleh Guru Kanan Al-Qur’an, Pengiran Hidayat Rabiul’awal bin Pengiran Haji Rosli dan disudahi dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Guru Kanan, Awang

Murid-murid Sekolah Ugama Ahmad Tajuddin, Kuala Belait sama-sama membaca Ratib Al-Attas pada Program Keagamaan Senegara bagi Bulan Januari tahun ini.

Membaca Ratib Al-Attas banyak fadilat, hikmah Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim

AWANG Md. Fizree bin Haji Johari menyampaikan tazkirah pada Program Keagamaan Senegara bagi Bulan Januari 1436H/ 2015M di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah.

Haji Norariffin bin Haji Yahya. Pegawai-pegawai dari JPI Daerah Belait yang diketuai oleh Dayang Hazalina binti Dhalan bersama guru besar sekolah berkenaan hadir bagi memantau program yang dijalankan. Program tersebut melibatkan semua murid yang bersekolah di sekolah berkenaan, seramai 184 murid merangkumi murid Pra, Darjah I dan Darjah IV yang belajar pada sesi awal dan sesi akhir bagi murid Darjah II dan Darjah III manakala tenaga pengajar tetap seramai lapan orang termasuk guru besar dan seorang guru penempatan sementara. Matlamat program adalah untuk menanam dan memupuk kefahaman tentang ugama Islam serta menanamkan roh keagamaan dan kebiasaan mengamalkan ajaran-ajaran Islam dalam diri setiap orang, kanak-kanak dan juga masyarakat umum.

TEMBURONG, Isnin, 12 Januari. - Ratib Al-Attas mendatangkan banyak faedah bagi setiap umat Islam yang mengamalkannya antaranya dipelihara oleh Allah Subhanahu Wata’ala daripada terkena sihir serta terlindung daripada penyakit dan bala. Faedah Ratib Al-Attas itu didedahkan dalam tazkirah sempena Program Keugamaan Senegara Bagi Bulan Januari 1436 Hijrah/ 2015 Masihi yang diadakan di seluruh sekolah-sekolah agama dan Arab di seluruh negara termasuklah di daerah ini. Tazkirah juga menjelaskan bahawa jika ada perkara mustahak maka ratib hendaklah dibacakan sebanyak 40 kali dalam suatu majlis, iaitu dengan menghimpunkan jemaah yang tidak kurang daripada 40 orang untuk membaca bersama sama ada pada waktu malam selepas waktu Maghrib atau Isyak, namun boleh juga dibaca waktu siang.

Lebih 200 murid dan tenaga pengajar di Sekolah Ugama Bokok, Mukim Bokok menyertai program anjuran Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama itu yang antara lain mempunyai matlamat untuk memupuk minat murid-murid membaca Ratib Al-Attas khas bagi memohon hajat kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Dengan memfokuskan pembacaan Ratib Al-Attas, program juga mempunyai matlamat untuk memberi keyakinan kepada murid-murid bahawa setiap usaha yang dilakukan hendaklah dengan membanyakkan doa dan berserah kepada qada dan qadar Allah Subhanahu Wata’ala. Program seumpama itu juga sebagai galakan kepada murid-murid supaya rajin berzikir kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan mengingati-Nya. Membaca Ratib Al-Attas sememangnya mempunyai banyak fadilat dan hikmah, iaitu dapat membawa keamanan dan keselamatan bagi rumah tangga dan penghuninya daripada kebakaran, kecurian dan sebagainya.

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 12 Januari. - Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama mengadakan Program Keagamaan Senegara Bagi Bulan Januari di kesemua sekolah-sekolah agama dan Arab di keempat-empat buah daerah hari ini. Bagi Daerah Brunei dan Muara, program berkenaan bagi sesi pagi diadakan di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah, sementara sesi petang diadakan di Sekolah Ugama Haji Md. Salleh Sungai Hanching. Matlamat program diadakan adalah untuk melahirkan ‘al-insan as-saleh’ dan pendidikan yang seimbang dan sempurna agar murid-murid sentiasa diberikan penekanan terhadap kedua-dua aspek, iaitu kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Adalah diharapkan penglibatan pelajar secara menyeluruh dan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dijalankan membolehkan pelajar menimba pengalaman, di samping dapat meningkatkan keterlibatan guru-guru agama khususnya dalam aktiviti kokurikulum serta dapat mendorong mereka menghadapi dunia sebenar apabila bergaul dengan masyarakat.

SEBAHAGIAN daripada peserta Program Keugamaan Senegara bagi Bulan Januari 1436H/ 2015M yang diadakan di Sekolah Ugama Bokok dengan memfokuskan kepada pembacaan Ratib Al-Attas.


24

HARI RABU 14 JANUARI 2015

Tingkatkan kapasiti, keyakinan diri Dari muka 1 Taklimat mengenai pengenalan ‘Program on Power Presentation’ di kementerian berkenaan yang disampaikan oleh Dr. Victor SL Tan dari ‘KL Strategic Change Consulting’ juga terkandung dalam program berkenaan. Beliau antara lain mengongsikan bagaimana untuk memulakan penyampaian dengan berfikiran terbuka dan mewujudkan idea-idea yang baik. Menurutnya, penyampaian itu juga menjurus kepada seorang pemimpin MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman ketika hadir pada 'Programme on Power Presentation' (kiri). Sementara gambar bawah kiri dan kanan, Dr. Victor SL Tan dari ‘KL Strategic Change Consulting’ semasa menyampaikan taklimat beliau pada program tersebut yang diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

hebat yang akan memberi impak yang baik dalam penyampaian tersebut. Beliau seterusnya menjelaskan, para penyampai hendaklah fokus dan membantu para penonton yang hadir itu untuk terus meminati, memahami dan mendengar dalam penyampaian yang disampaikan atau dikongsikan berkenaan. Program selama dua hari yang diadakan dalam dua sesi, iaitu pagi dan petang itu akan berakhir pada 14 Januari 2015. Juga menyertai program berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lufti bin Abdullah; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, ketuaketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Laporan Perangkaan Akaun Negara 2010 – 2013 BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 12 Januari. - Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Jabatan Perdana Menteri telah selesai membuat semakkan dan perubahan tahun asas pada perangkaan akaun negara bagi Negara Brunei Darussalam. Siri baru akaun negara menggunakan tahun 2010 sebagai tahun asas dengan ini akan menggantikan siri berasaskan tahun 2000 yang ada sekarang. Penyusunan siri akaun negara dengan tahun asas 2010 bagi Negara Brunei Darussalam adalah berlandaskan piawaian antarabangsa yang terkini seperti yang digariskan di dalam 'System of National Accounts 2008' yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Salah satu agregat yang paling penting diperolehi daripada akaun negara adalah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang digunakan untuk mengukur prestasi ekonomi sesebuah negara dari segi pengeluaran barangan dan perkhidmatan bagi tempoh masa tertentu. Siri baru akaun negara ini telah

disusun mengikut Jadual Bekalan dan Penggunaan (Supply and Use Tables - SUT) bagi tahun 2010 yang menghasilkan anggaran KDNK yang konsisten dengan menggunakan tiga pendekatan, iaitu pendekatan pengeluaran, pendekatan perbelanjaan dan pendekatan pendapatan. KDNK melalui pendekatan pendapatan dan agregat makro ekonomi yang lain, iaitu Pendapatan Negara Kasar (Gross National Income - GNI) dan Tabungan Negara Kasar (Gross National Saving - GNS) juga dihasilkan bagi pertama kalinya di dalam siri baru ini. Siri KDNK yang disemak semula turut mengambil kira data terkini hasil daripada Kajian Perbelanjaan Keluarga 2010/11, Banci Ekonomi 2011 dan Banci Penduduk dan Perumahan 2011 dan dengan itu menunjukkan gambaran yang lebih tepat mengenai perkembangan ekonomi masa kini di negara ini. Berasaskan siri akaun negara tahun asas 2010, KDNK pada harga semasa bagi tahun 2013 dianggarkan berjumlah BND22.6 bilion berbanding dengan BND20.2 bilion berasaskan siri tahun 2000. Perbezaan ini adalah disebabkan

oleh penambahbaikan yang telah dibuat dalam siri KDNK baru seperti berikut: a) Liputan data yang lebih menyeluruh, terutama bagi sektor swasta; b) Penyerapan sumber data baru; c) Metodologi penyusunan dan membuat anggaran; dan d) Penggunaan tiga pendekatan berlainan dalam penyusunan KDNK. Penemuan utama dari siri KDNK untuk 2010 - 2013 adalah seperti berikut: * KDNK bagi Negara Brunei Darussalam pada harga semasa bagi tahun 2010 dianggarkan berjumlah BND18.7 bilion dan telah meningkat kepada BND22.6 bilion pada tahun 2013. * Mengikut pendekatan pengeluaran, sektor industri menyumbangkan lebih daripada 70 peratus kepada ekonomi negara, diikuti oleh sektor perkhidmatan kira-kira 30 peratus dan kurang daripada 1 peratus disumbangkan oleh sektor pertanian, perikanan dan perhutanan. * Mengikut pendekatan perbelanjaan, eksport barang dan

perkhidmatan mencatatkan sumbangan tertinggi dengan 67.4 peratus, diikuti oleh import barang dan perkhidmatan 28.0 peratus, pembentukan modal tetap kasar 23.7 peratus, perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan 22.2 peratus dan penggunaan perbelanjaan isi rumah tetap 14.7 peratus. * Mengikut pendekatan pendapatan, lebihan kendalian bersih / pendapatan bercampur mencatatkan sumbangan sebanyak 72.7 peratus, diikuti oleh pampasan pekerja 24.8 peratus dan penggunaan modal tetap kira-kira 4 peratus. Walau bagaimanapun, cukai tolak subsidi ke atas pengeluaran mencatatkan sumbangan negatif kira-kira 2 peratus. Pada tahun 2010, GNI bagi Negara Brunei Darussalam dianggarkan berjumlah BND18.6 bilion dan meningkat kepada BND22.4 bilion pada tahun 2013, manakala GNS dianggarkan berjumlah BND11.2 bilion pada tahun 2010 dan meningkat kepada BND13.6 bilion pada tahun 2013. GNI memberikan anggaran pendapatan kasar negara setelah mengambil kira pendapatan dari luar negara, sementara GNS

merupakan lebihan pendapatan setelah ditolak perbelanjaan penggunaan akhir barangan dan perkhidmatan. Data KDNK yang disemak semula menunjukkan ekonomi negara telah mencatatkan pertumbuhan 3.7 peratus pada tahun 2011, diikuti 0.9 peratus pada tahun 2012, tetapi mengalami penurunan 2.1 peratus pada tahun 2013. Secara purata dari tahun 2010 hingga 2013, ekonomi telah berkembang dalam nilai sebenar sebanyak 0.8 peratus setahun. Sektor minyak & gas, menurun sebanyak 2.1 peratus setahun, manakala sektor bukan minyak & gas meningkat sebanyak 5.7 peratus setahun. Penerbitan ‘Annual National Accounts (New Base Year 2010), 2010-2013’ dan ‘Supply and Use Tables and Input-Output Table for Brunei Darussalam 2010’ boleh didapati di JPKE. Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada JPKE dengan menghubungi talian telefon 2230251 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel: info.statistics@jpke.gov.bn dan laman web : www.jpke.gov.bn.

'WANITA SOLEHAH PELITA UMMAH'


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.