PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''JANGANLAH cepat-cepat mengikut arus, tetapi perlu berhemah dan patriotik di dalam mempertahan dan mengamalkan warisan berharga, seperti akhlak yang baik, bahasa bangsa dan sebagainya. Kerana semua elemen-elemen ini adalah penanda bagi kewujudan kita.'' - Titah Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-28 pada 23 Februari 2012.
TAHUN 60 / BILANGAN 99
''SESUNGGUHNYA manusia itu diciptakan bersifat gelisah lagi bakhil. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah. Dan apabila dia mendapat kebaikan, dia kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Iaitu orang-orang yang tetap mendirikan sembahyang.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Ma'arij ayat 19 - 23).
19 FEBRUARI 19 OGOS 2015 2015/ 1436 /
JABATAN PENERANGAN
4
EDISI RABU / PERCUMA
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-69 Bagi Daerah Tutong yang berlangsung di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong (Lihat muka 16, 17, 18 dan 19).
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Bagi Pegawai-Pegawai Keselamatan dan Pegawai Yang Beruniform serta Pertubuhan-Pertubuhan Awam Yang Beruniform Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-69 yang berlangsung di Istana Nurul Iman pada hari Isnin, 17 Ogos (Lihat muka 14 dan 15).
Para atlet perlu lebih bertanggungjawab Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 17 Ogos. - Prestasi pencapaian atlet negara pada Kejohanan Sukan SEA 2015 di Republik Singapura pada 5-16 Jun lalu adalah menurun. Kebanyakan atlet negara kurang memberikan komitmen, ketahanan mental yang tidak mantap, sikap dan keyakinan diri yang lemah di mana faktor-faktor utama itu yang menyebabkan menurunnya prestasi sekali gus gagal untuk meraih banyak pingat. Demikian sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) semasa Postmortem Sukan SEA Ke-28, Singapura 2015 di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini. Ketika bersabda, Duli Yang Teramat Mulia menekankan supaya semua atlet akan lebih bertanggungjawab dan tulus pada masa akan datang dan benar-benar bersedia untuk menyertai satu-satu kejohanan sukan. "Perkara ini adalah amat penting kerana penyertaan itu bukan hanya setakat suka-suka ataupun ala kadarnya sahaja, ianya mestilah dilengkapi dengan komitmen, semangat juang yang tinggi dan mantap dalam segala aspek," tegasnya. Ke muka 4
Perkhidmatan perubatan jemaah haji berkonsepkan klinik bergerak Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali
Muka 8
MESRA Ria Aidilfitri Pejabat Peguam Negara
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 17 Ogos. - Para pegawai perubatan haji yang terdiri daripada doktor dan jururawat diseru agar bekerja sebagai satu pasukan dan bekerjasama antara satu sama lain serta tidak camah mata. Mereka juga disaran agar dapat memberi perkhidmatan yang cemerlang dan baik serta bersifat pemedulian kepada bakal jemaah-jemaah haji negara ini sepanjang keberadaan mereka di Tanah Suci kelak. Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof menekankan perkara tersebut dalam ucapan ringkasnya pada Majlis Doa Selamat Bagi Rombongan Pegawai Perubatan Haji dan Bakal-Bakal Jemaah Haji Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini. Ke muka 32
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn
2
HASRAT NEGARA
HARI RABU 19 OGOS 2015
Semua pihak perlu terlibat pelbagaikan ekonomi negara Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem Alhamdulillah Rabbil 'Alameen, Wabihiee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu' Wassalaamu 'Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du. lhamdulillah, kita bersyukur kerana dapat meraikan Hari Keputeraan beta pada tahun ini, dalam keadaan aman lagi sejahtera. Sekali lagi, istiadat perayaan ini berlangsung, sesudah kita umat Islam di negara ini berjaya menyempurnakan ibadat puasa dan juga setelah selesai meraikan Hari Raya 'Idil Fitri yang mubarak. Beta dengan perasaan tulus ikhlas, terlebih dahulu merakamkan ucapan terima kasih serta penghargaan kepada tetamu-tetamu khas beta, yang sudi hadir ke istiadat ini, dan juga kepada semua pihak yang telah menyembahkan perutusan ucap selamat kepada beta serta keluarga, bersempena dengan perayaan ini. Setiap perubahan atau perkembangan dunia, biasanya turut dirasakan bahangnya oleh semua pihak, termasuk juga kita di negara ini, kerana kita juga adalah sebahagian daripada warga dunia itu. Bahang tersebut meliputi sudut-sudut sosiopolitik, sosioekonomi dan sosiobudaya. Kewajipan kita dalam menghadapi bahang seperti ini, supaya tidak gelabah, tetapi perlu untuk banyak-banyak bertenang dan bersikap lebih bijaksana. Jika kita bertindak, maka bertindaklah dengan cara kita, seperti juga kalau berfikir, maka berfikirlah dengan cara kita orang-orang Brunei berfikir, tanpa perlu meniru-niru cara orang lain. Yang penting, kita menangani sebarang impak perubahan dan perkembangan itu, ialah dengan cara realistik dan pragmatik, bagi mempastikan semuanya adalah tetap kukuh dan stabil. Jika kita merancang, maka perancangan itu hendaklah didukung oleh keupayaan sumber manusia yang berkemahiran dan cekap, supaya dengan itu dapatlah kita memperolehi hasilnya dengan memuaskan. Supaya perancangan lebih efektif, maka Perkhidmatan Awam perlu mengambil langkah memperkukuhkan lagi 'akauntabiliti' dalam pentadbirannya. Melalui ini, ia dapat diharapkan untuk menerapkan 'budaya prestasi' atau performance culture dalam Perkhidmatan Awam itu. Perlu diingat, matlamat kita ialah untuk mengekalkan apa yang ada pada masa ini, supaya ia dapat dinikmati oleh generasi kita silih berganti. Ini adalah satu azam yang mulia. Terutama ketika menghadapi cabaran ekonomi masa kini, kita adalah diperlukan untuk meningkatkan iltizam membangun dan membina diri. Tidak ada yang lebih mustahak dari mengekalkan daya tahan bagi jangka masa yang panjang.
A
TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-69 Tahun pada 15 Ogos 2015 di Istana Nurul Iman.
Tanpa mengabaikan sumber yang sedia ada, langkah mempelbagaikan ekonomi juga mestilah diteruskan. Ini namanya proses 'peningkatan', di mana semua pihak perlu untuk terlibat. Dalam ekonomi, satu asas penting untuk dimiliki ialah kebolehan kita merebut peluang. Peluang itu biasanya hanya sekali. Ia jarang berulang. Jika kita tidak merebutnya, kita akan ditinggalkan jauh begitu saja. Menyebut tentang 'peluang' ini, segera mengingatkan kita kepada 'peluang pekerjaan'. Adapun usaha mengwujudkan peluang pekerjaan itu, merupakan suatu usaha murni, kerana ia membawa kepada kesejahteraan rakyat. Peluang ini sebenarnya ada, tetapi masih saja
terpulang kepada pencari-pencari pekerjaan masing-masing. Pada lumrahnya, peluang itu lebih banyak diisi oleh pekerja-pekerja asing di sektor swasta, sementara bagi pencaripencari kerja dari kalangan anak tempatan pula, mereka itu dilihat, sebagai lebih memilih untuk bekerja di sektor awam atau kerajaan. Ini juga pada hemat beta, merupakan satu kelemahan ketara yang perlu diperbaiki. Kelemahan ini berpunca daripada sikap, sedangkan sikap adalah penentu kepada maju mundurnya sesuatu bangsa. Jadi tidak diragukan lagi, sikap memilih-milih pekerjaan itu boleh dianggap sebagai satu penghalang kepada perkembangan dan kemajuan bangsa. Maka jelaslah, yang penting di sini ialah, Brunei mesti dengan segera melakukan penghijrahan minda : Dari suka menunggu-nunggu dan berpeluk tubuh, kepada rajin bekerja. Dari banyak bergantung harap, kepada lebih membanyakkan usaha, dan dari kurang berdikari, kepada lebih berdikari. Inilah sumber kekuatan kita. Di arena antarabangsa, kita akan terus memupuk dan mempererat lagi hubungan persahabatan serta kerjasama dengan negara-negara luar, di antaranya, melalui keahlian negara dalam pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa. Kita juga memainkan peranan dalam hal ehwal keselamatan serantau mahupun antarabangsa, di samping menghulurkan bantuan-bantuan kemanusiaan kepada pihak-pihak yang memerlukan, yang dilanda oleh malapetaka dan bencana alam, selaras dengan kemampuan kita. Akhirnya, beta dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk, warga Perkhidmatan Awam, Pasukan-Pasukan Keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta, termasuk mereka yang bertugas di luar negara di atas sumbangan dan sokongan mereka kepada kerajaan beta. Penghargaan yang setinggi-tingginya juga disampaikan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Perayaan di kedua peringkat, kebangsaan dan daerah, atas segala khidmat usaha mereka untuk menjayakan perayaan pada tahun ini. Beta berdoa semoga kita semua serta Negara Brunei Darussalam akan terus kekal aman dan makmur, di bawah naungan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala. Amin. Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
MENYEBUT tentang 'peluang' ini, segera mengingatkan kita kepada 'peluang pekerjaan'. Adapun usaha mengwujudkan peluang pekerjaan itu, merupakan suatu usaha murni, kerana ia membawa kepada kesejahteraan rakyat. Peluang ini sebenarnya ada, tetapi masih saja terpulang kepada pencari-pencari pekerjaan masing-masing. Pada lumrahnya, peluang itu lebih banyak diisi oleh pekerja-pekerja asing di sektor swasta, sementara bagi pencari-pencari kerja dari kalangan anak tempatan pula, mereka itu dilihat, sebagai lebih memilih untuk bekerja di sektor awam atau kerajaan.
19 OGOS 2015 BERSAMAAN 1436
4
MANFAATKAN KHIDMAT JASA JABATAN BURUH DAN APTK
B
ARU-BARU ini kita terbaca berita mengenai Majlis Malam Penghargaan Pekerja dan Majikan Contoh 2015. Di samping menitikberatkan penghargaan terhadap pekerja dan majikan contoh, acara tersebut juga pada waktu yang sama berfungsi untuk mengeratkan lagi hubungan kerja di antara pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatanjabatan di bawahnya) dan pihak swasta. Melalui acara seumpama ini, pihak kerajaan dapat mengumumkan secara formal dan tidak formal akan dasar-dasar terbaharu yang dilaksanakan. Pada waktu yang sama, penjelasan dan rasional mengenai pelaksanaan dan juga penemuan dan kesan pelaksanaan dasar adalah dihuraikan secara terbuka. Ini adalah peluang keemasan bagi pihak swasta yang merangkumi majikan dan pekerjanya kerana perihal memberi maklum balas adalah proses dua hala, iaitu pihak kerajaan memberikan keterangan dan pihak swasta pula memberikan respon melalui bertanya dan sebagainya. Ini kerana kita dapat tahu perkembangan dan usaha pihak kerajaan dalam pengendalian dasar 'pro-business' melalui ucapan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman pada majlis tersebut. Misalnya, pemantauan secara aktif pengambilan tenaga pekerja asing oleh Jabatan Buruh dan Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja (APTK) ialah untuk memastikan kehadiran pekerja asing di negara kita ini adalah dalam bilangan dan saiz yang terkawal dan selesa dari aspek kependudukan. “Yakni 'right size and right number' dalam konteks kependudukan negara,� kata Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Secara praktis ini bererti dasar yang dilaksanakan adalah untuk mengembangkan pertumbuhan perniagaan dan pada waktu yang sama menambah peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan. Menambah peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan adalah tindakan wajar dan normal. Manamana negara pun adalah melaksanakan dasar tenaga kerjanya yang memberi keutamaan pada pengambilan pekerja dari kalangan warganegaranya sendiri. Memang itu adalah salah sebuah ciri bernegara dan berbangsa kerana terdapat unsur menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat di sebalik dasar pemantauan aktif pengambilan tenaga pekerja. Tindakan itu juga adalah salah sebuah tanggungjawab utama yang dijelmakan secara nyata oleh sesebuah kerajaan, dan kerajaan kita tidak ketinggalan dalam aspek ini. Demi membantu pertumbuhan sektor swasta, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa berusaha untuk memudahkan lagi penubuhan sesebuah perniagaan. Proses menubuhkan perniagaan bagi kategorikategori tertentu sudahpun dipercepatkan sekarang. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan layanan pihak kerajaan pula, Labour Control System (LCS) dan Electronic Labour Exchange (ELX) telah dilancarkan secara berperingkat-peringkat baru-baru ini. Dan banyak lagi usaha yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam konteks tenaga kerja dan perniagaan, terutama sekali Jabatan Buruh dan APTK. Justeru, bagi pihak swasta yang merangkumi majikan dan pekerja, manfaatkanlah khidmat jasa Jabatan Buruh dan APTK. - Ketua Penyuntingan (Mm).
Pemberitaan/Rencana
Ketua Bahagian Pelita Brunei
Penyuntingan
Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor, Norliah Md. Zain, Hezlinawati Haji Abdul Karim, Ak. Jefferi Pg. Durahman, Haniza Abdul Latif, Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Rohani Haji Abdul Hamid, Nooratini Haji Abas, Khartini Hamir, Saerah Haji Abdul Ghani, Aimi Sani, Noraisah Muhammed, Haji Mahhmud Hafidzie Haji Ali Mashod, Dk. Nur Effa Ryina Pg. Haji Hamdani
Hajah Zabaidah Haji Salat
Samle Haji Jait, Nor Hanizah Haji Abd. Halim, Siti Muslihat Haji Salleh, Bolhassan Haji Abu Bakar, Abdullah Asgar
AMBULANS 991
POLIS 993
Ketua Penyuntingan Musa Mohidin, Mohammad Rainie Haji Durani, Dk. Nasibahanim Pg. Haji Bakar, Samle Haji Jait
Penyemakan
Penterjemahan
Abdul Hadi Haji Suhaili, Haji Besar Haji Mamit, Hajah Norliha Haji Salleh, Ramlah Md. Nor, Nurul Hazwani Abu Omar, Siti Faizahanisah Awang Mahani, Dk. Nur Ridzwana Pg. Abd. Aziz
Hajah Musmariani Haji Mohammad
Pereka Letak Khairul Shaharim Haji Abdul Ghafor, Haji Ahmad Haji Salim, Mohammad Ike Iqrami Haji Suhaimi, Muhammad Hamdanajib Haji Domeng, Mohammad bin Kahar
Juruteknik Foto Hatral Hazmi Abdul Hamid, Jurainah Haji Jait, Nornasyirah Nordin
BOMBA 995
PENYELAMAT 998
(Talian Darussalam) JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK, JABATAN PENGANGKUTAN DARAT, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN e-darussalam
123
NDMC 2380214
3
HARI RABU 19 OGOS 2015
Festival Bola Sepak Serantau di bawah umur 14 tahun 2015 (AFC)
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan menerima pesambah daripada Pengurus Festival AFC, Shamil Kamil.
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) berkenan menyampaikan cenderahati kepada pengurus pasukan Negara Brunei Darussalam.
JUGA berangkat ialah anakanda Duli Yang Teramat Mulia, Yang Amat Mulia Pengiran Muda 'Abdul 'Aleem.
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 Ogos. - Festival Bola Sepak Serantau di bawah umur 14 tahun 2015 (AFC) membuka tirainya
Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD). Turut berangkat ialah anakanda Duli Yang Teramat Mulia, Yang Amat Mulia Pengiran Muda 'Abdul 'Aleem. Keberangkatan DYTM dijunjung oleh Naib Presiden NFABD, Yang Dimuliakan Pehin Datu Inderasugara Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Awang Haji Mohammad Yusof bin Abu Bakar serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi NFABD. Semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya, Pengurus Festival AFC, Shamil Kamil menjelaskan festival bola sepak tersebut adalah mengenai dengan masa depan pemain-pemain berbakat ASEAN, selain memberi peluang untuk meraih kemahiran dan teknik-teknik baru termasuk membina persahabatan yang baru. Sementara itu, bagi jurulatih pula, jelasnya, mereka akan dapat sama meraih peluang mempelajari kemahiran dan teknik-teknik yang baru dalam melatih para pemain. DYTM kemudiannya dijunjung dan diperkenalkan kepada pengurus-pengurus dan pemainpemain pasukan yang menyertai festival dan seterusnya memotong reben bagi merasmikan festival. Pada festival tersebut, Negara
Brunei Darussalam berada dalam Kumpulan ‘A’ bersama dengan Malaysia, Timor Leste, Filipina dan Myanmar, manakala Kumpulan ‘B’ terdiri daripada pasukan Laos, Viet Nam, Singapura dan Thailand. Festival yang bermula hari ini dan berakhir pada 22 Ogos 2015 itu akan berlangsung di dua venue iaitu di Padang dan Balapan, KSNHB dan di Kompleks Sukan Berakas. Pada perlawanan pembukaan tersebut, pasukan bola sepak negara di bawah umur 14 tahun gagal mengutip sebarang mata apabila dibenamkan 0-3 oleh pasukan Filipina. Pasukan Filipina berjaya menyumbat dua gol pada separuh masa pertama seawal minit ke-6 dan minit ke-8 melalui jaringan jersi 14, Delima Rob Cyrow dan jersi 11, Borlongan Jethro Adriel. Gol kemenangan pasukan Filipina dibuat pada minit ke-46 melalui sepakan jarak jauh dari luar petak ‘D’ oleh pemain jersi 10, Quintana Jan Vincent Nico. Pasukan bola sepak negara yang cuba merubah permainan dengan pelbagai rentak ternyata tidak mampu untuk menyumbat sebarang gol sehingga wisel penamat dibunyikan. Negara Brunei Darussalam akan menentang Myanmar esok, 19 Ogos di Padang dan Balapan, KSNHB pukul 4.00 petang, dan bertemu Malaysia pada 21 Ogos dan Timor Leste pada 22 Ogos 2015.
dengan pembukaan perlawanan yang menyaksikan pasukan Negara Brunei Darussalam menentang Filipina berlangsung di Padang dan Balapan,
UCAPAN alu-aluan daripada Pengurus Festival AFC, Shamil Kamil.
MOHD. Aiman Al-Azeez cuba menghalang gerakkan pemain Filipina.
Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB), Berakas di sini. Berangkat bagi merasmikan festival tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran
MOHD Aiman Al-Azeez cuba melepaskan pemain Filipina.
4
HARI RABU 19 OGOS 2015
Kenal pasti kelemahan, ambil langkah positif dan proaktif
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) berkenan berangkat ke Postmortem Sukan SEA Ke-28, Singapura 2015, di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Para atlet perlu lebih bertanggungjawab
DULI Yang Teramat Mulia pada Sesi Postmortem itu berkenan mengurniakan sabda teguran dan nasihat demi meningkatkan lagi prestasi para atlet pada kejohanan sukan yang akan datang.
Dari muka 1 DYTM juga memperingatkan kepada semua atlet supaya objektif penyertaan itu benar-benar difahami dan seterusnya berharap walaupun kemenangan itu sangat sukar untuk diraih namun ia bukan suatu yang mustahil untuk dicapai. Melalui pengamatan DYTM, setengah atlet hendaklah bersikap adil dan bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga kepada negara. Menyentuh aspek kecergasan, dalam sabda DYTM menyatakan, bahawa lulus ujian kecergasan merupakan salah satu kriteria galakan yang dimestikan bagi memastikan atlet yang menyertai itu benar-benar cerdas dan bukan mengalami kecederaan. Apa yang jelas, sabda DYTM lagi, beberapa atlet wushu, pencak silat, taekwondo dan olahraga dilaporkan mengalami kecederaan sebelum Sukan SEA bermula lagi, di mana kecederaan itu bukan saja memudaratkan diri mereka tetapi juga merugikan negara kerana terpaksa menanggung kos pembedahan disebabkan kecederaan-kecederaan mereka. Pada masa akan datang, DYTM menambah sabda, agar setiap atlet berterus terang dan melaporkan kecederaan mereka kepada jurulatih dan SMRC untuk penilaian dan pengesahan mereka benar-benar fit untuk turut serta atau sebaliknya. Begitu juga dengan jurulatih dan pihak SMRC, sabda DYTM lagi, mereka hendaklah sentiasa proaktif dalam merekodkan maklumat-maklumat kecederaan dan proses pemulihan para atlet. Dalam sabda DYTM juga menyatakan bahawa seorang jurulatih hendaklah sentiasa up-to-date mengenai peraturan-peraturan dan memastikan atlet mereka sentiasa peka mengenai peraturan tersebut. Ini adalah penting, sabda DYTM, kerana jika mereka tidak mengetahui peraturan-peraturan atau perubahan maka peraturan berkenaan sudah tentu merugikan.
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 17 Ogos. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) berkenan berangkat ke Postmortem Sukan SEA Ke-28, Singapura 2015 yang diadakan di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia di sini dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah. Sesi Postmortem dimulakan dengan Doa Selamat yang dibacakan oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Suhaili bin Haji Mohiddin. DYTM pada Sesi Postmortem itu berkenan mengurniakan sabda teguran dan nasihat demi meningkatkan lagi prestasi para atlet pada kejohanan sukan yang akan datang. Dalam sembah alu-aluan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji
Abidin antara lain menyatakan, kontinjen Negara Brunei Darussalam gagal memperbaiki pencapaian negara yang terdahulu iaitu untuk meraih sekurang-kurangnya satu pingat emas dan hanya mampu menduduki tempat ke-10 daripada 11 negara peserta. Daripada kegagalan itu, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy menegaskan, kita perlu mengenal pasti kelemahan-kelemahan dan isu-isu yang ada dan seterusnya hendaklah mengambil langkahlangkah yang positif dan proaktif untuk memperbaikinya. Terdahulu, katanya, beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan dalam meningkatkan lagi kualiti pemilihan atlet negara pada 18 November 2014 lalu. Jawatankuasa Tertinggi Penilaian dan Pemilihan Atlet Kebangsaan, jelasnya, telah bersetuju untuk mempunyai enam asas kriteria iaitu 85 peratus lulus ujian kecergasan, peningkatan semasa latihan, kedatangan, potensi meraih pingat, disiplin dan bersih daripada dadah dan bahan-bahan terlarang. Tambahnya, Jawatankuasa Tertinggi juga bersetuju untuk mempertimbangkan penyertaan atlet-atlet berpotensi yang belum mempunyai pencapaian di temasya-temasya sukan serantau dan antarabangsa, namun yang penting prestasi mereka sewaktu kejohanan itu tidak akan mengaibkan imej negara.
SETIAUSAHA Tetap KKBS, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin antara lain mengongsikan prestasi kontinjen Negara Brunei Darussalam.
PENGARAH Belia dan Sukan, Awang Haji Abdul Malik bin Haji Mohammad, selaku Chef de Mission menyembahkan laporan Sukan SEA Ke-28.
Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy juga menyatakan, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui KKBS memperuntukkan sebanyak BND105,500 bagi program latihan intensif dan sejumlah BND252,774 bagi latihan pendedahan di luar negeri sebagai persiapan negara ke Sukan SEA Ke-28, Singapura yang lalu. Selain itu, bantuan juga diberikan bagi mendatangkan sparring partner ke negara ini iaitu dari Republik Filipina bagi sukan kiu dan sukan bola jaring yang mendatangkan sparring dari Sri Lanka sebagai persediaan yang dihasratkan dapat membina dan melengkapkan atlet untuk bersaing di tahap yang tinggi pada Sukan SEA di Singapura. Sejurus sembah alu-aluan, Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Abdul Malik bin Haji Mohammad, selaku Chef de Mission di sukan itu dalam laporannya antara lain merumuskan sebahagian atlet berasa gugup, takut dan tidak konsisten semasa dalam perlawanan. Selain itu ,tambahnya, sebahagian atlet rasa tertekan ketika berhadapan dengan atlet yang jauh lebih baik daripada mereka dan itu merupakan salah satu faktor yang menyebabkan mereka mengaku kalah sebelum bertanding, sekali gus menjejaskan corak permainan mereka. Laporan yang disembahkan juga mengemukakan beberapa cadangan pembaikan prestasi atlet antaranya, perancangan yang teratur dan komprehensif termasuk strategi yang berkesan perlu disediakan melalui perundingan semua stakeholders yang terlibat, persatuan sukan perlu mengkaji balik program prestasi tinggi masing-masing serta peluang pendedahan perlu dipertingkatkan tertakluk kepada peruntukan kewangan semasa. Juga hadir pada Postmortem Sukan SEA Ke-28 tersebut ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman; pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan dan ahli-ahli persatuan sukan serta para atlet yang menyertai Kejohanan Sukan SEA Ke-28.
NASIONAL
HARI RABU 19 OGOS 2015
5
Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal kumpul lebih BND478 ribu Oleh : Aimi Sani Foto : Azmah Haji Ahad
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, selaku Penasihat Bersama Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal (TKGBN) menerima sumbangan daripada Data Stream Technology (DST) untuk tabung berkenaan.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 Ogos. - Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal (TKGBN) berjaya menghimpunkan sejumlah BND478, 789.16 sepanjang tempoh kutipan yang
dijalankan selama tiga bulan bermula 30 April hingga 31 Julai 2015. Sehubungan itu, satu Majlis Penyerahan Derma kepada TKGBN diadakan di Dewan Digadong,
PEMANGKU Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman menerima sumbangan daripada Telekom Brunei Berhad (TelBru) untuk tabung berkenaan.
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), di sini. Hadir bagi menerima penyerahan derma tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, selaku Penasihat Bersama TKGBN dan Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman. Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Pemangku Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja'ah. Majlis penyerahan derma tersebut diselajurkan dengan Mesyuarat Penutupan Tabung oleh Jawatankuasa Urus Setia TKGBN yang dipengerusikan oleh Pemangku Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Amer Hamzah. Mesyuarat bersetuju bahawa tabung tersebut ditutup secara rasminya hari ini dan sekali gus membubarkan jawatankuasa tabung tersebut. Antara yang menyerahkan sumbangan derma pada majlis tersebut ialah KHEU dan jabatan-jabatan di bawahnya; Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya; Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya; Jabatan Hal Ehwal Masjid; Jabatan Belia dan Sukan; Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kementerian Pertahanan; Jabatan Daerah Tutong; DST; Progresif Cellular Sendirian Berhad; Persatuan Bank-Bank, Brunei Shell Petroleum; Telekom Brunei Berhad; Heroes Event Management; Sekolah Menengah Sufri Bolkiah; Sekolah Antarabangsa Brunei; Sekolah Menengah Chung Hwa dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Brunei Darussalam.
Majlis Peletakan Batu Asas pembinaan rumah teres Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, selaku Pengerusi Lembaga Badan Tanmiah Harta MUIB hadir selaku tetamu kehormat majlis.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 Ogos. - Misi Badan Tanmiah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) ialah untuk mengembangkan serta memajukan sebahagian harta MUIB bagi maksud menjana pendapatan yang menjurus kepada pembangunan sosioekonomi umat Islam di negara ini. Salah satu pelan strategik pelaburan pembangunannya ialah projek pembinaan lima unit teres di atas tanah milik Baitulmal di Kampung Katok, Gadong. Apabila siap nanti rumah-rumah teres itu akan dipasarkan atau ditawarkan bagi penyewaan kerajaan, orang ramai dan pihak swasta. Majlis Peletakan Batu Asas bagi memulakan kerja pembinaan teres tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, selaku Pengerusi Lembaga Badan
Kerajaan pantau kebajikan rakyat Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abd Karim
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman ketika membuat lawatan kerja ke Rumah Panjang Kampung Sumbiling Baru, Mukim Amo yang baru.
TEMBURONG, Khamis, 6 Ogos. - Pembinaan Rumah Panjang Kampung Sumbiling, Mukim Amo menandakan pemedulian Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada rakyat dan kepada orang ramai yang dalam keadaan kesusahan. Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman ketika ditemui oleh media semasa membuat lawatan kerja ke rumah panjang tersebut. ''Apa yang penting rakyat mendapat faedah untuk hidup bersama di negara ini secara aman dengan cara hidup yang lebih baik yang kitani harus teruskan dan kitani kekalkan di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia,'' ujar Yang Berhormat. Memandangkan keluasan rumah yang agak terhad dengan penghuni rumah yang terlalu ramai, Yang Berhormat menjelaskan bahawa pihak kerajaan bersikap flexible sekiranya ada di antara penghuni rumah panjang yang baru itu berhasrat untuk mengubahsuai atau membesarkan rumah mereka. Namun, jelas Yang Berhormat lagi, semua itu adalah tertakluk kepada kesesuaian dan persetujuan jiran-jiran, di samping hendaklah diselaraskan dengan pihak berwajib. Peletakan tiang sari Rumah Panjang Kampung Sumbiling, Mukim Amo yang baru telah disempurnakan oleh Yang Berhormat pada 23 Disember tahun lalu di tapak lama rumah panjang berkenaan. Rumah panjang yang baru dalam bentuk rumah teres satu tingkat ini mempunyai sembilan buah pintu atau unit dengan kos pembinaan BND144,000 (Seratus Empat Puluh Empat Ribu ringgit Brunei) ini adalah bagi menggantikan Rumah Panjang Kampung Sumbiling Baru yang musnah dijilat api pada Julai 2013. Antara yang menyertai lawatan ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metusin; Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Mohammad Sunadi bin Haji Buntar; Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah serta para pegawai dari KHEDN dan Jabatan Daerah Temburong. Tanmiah Harta MUIB dan ahli-ahli lembaga pengarah badan berkenaan. Projek pembinaan lima unit teres itu
menelan belanja lebih BND400,000 dan pembinaannya dijangka selesai dalam masa 12 bulan.
TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom ketika melawat pameran.
6
AGAMA
HARI RABU 19 OGOS 2015
Melakukan Ar-ramal ketika tawaf (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) r-ramal adalah perkataan Arab yang bererti berjalan cepat atau bergegas-gegas ketika melakukan tawaf. Dalam perkara ini, Imam an-Nawawi Rahimahullah mentakrifkan perkataan ar-ramal itu sebagai mempercepatkan jalan iaitu melangkah pendek dengan cepat tetapi bukan melompat dan berlari. Definisi Imam an-Nawawi Rahimahullah di atas juga bertepatan dengan perkataan Imam al-Kurdi Rahimahullah pengarang kitab Irsyad az-Zumrah Li Manasik al-Haj wa al-'Umrah. Beliau berkata : Ertinya : ''Ar-ramal ialah mempercepatkan jalannya iaitu melangkah pendek dengan cepat sambil menggerakkan bahunya (tetapi) bukan dengan berlari dan melompat.'' Kitab Asna' al-Mathalib juga menyebutkan; Ertinya : ''(Dinamakan) ar-ramal juga sebagai (al-khabab iaitu melangkah pendek dengan cepat tetapi tidak berlari (seperti jalannya kuda iaitu berlari-lari anak) padanya (dan) tidak (melompat).'' Berdasarkan penjelasan ulama di atas, maksud al-ramal itu ialah berjalan dengan cepat, tetapi bukan melompat atau berlari, di kalangan masyarakat ia lebih dikenali dengan sebutan berlari-lari anak. Melakukan Ar-Ramal Ketika Tawaf Sunat melakukan ar-ramal (berlari-lari anak) ketika bertawaf. Ia sunat dilakukan pada tiga pusingan terawal, iaitu pusingan pertama hingga ke pusingan ke tiga. Manakala baki empat pusingan yang seterusnya disunatkan berjalan dengan tenang. Jika luput melakukan ramal pada tiga pusingan terawal maka tidak perlu diqadha ramal tersebut pada empat pusingan terakhir. Perkara ini disebut oleh Imam an-Nawawi Rahimahullah dalam al-Majmu'; Ertinya : ''Telah berkata sahabat-sahabat kami dan sunat melakukan ramal ketika tawaf pada tiga pusingan terawal dan sunat berjalan dengan tenang pada baki pusingan terakhir. Jika luput melakukannya pada tiga pusingan tersebut maka tidak perlu diqadha pada empat pusingan terakhir.''
A
Perbuatan ramal ketika mengelilingi Ka'bah ini pernah dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam ketika Baginda sedang bertawaf sebagaimana Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma meriwayatkan dan berkata : Maksudnya : ''Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam melakukan ramal (berjalan cepat) pada tiga pusingan dan berjalan (dengan tenang) pada empat pusingan ketika melakukan ibadat haji dan umrah.'' (Hadits riwayat al-Bukhari) Menurut Ibnu Hajar al-'Asqalani Rahimahullah bahawa perkataan sa'a ????? bermaksud berjalan dengan cepat pada tiga pusingan awal tawaf. Begitu juga Imam Muslim Rahimahullah telah meriwayat sebagaimana hadits Ibnu Umar Radhiallahu 'anhuma dengan lafaz yang lain, katanya : Maksudnya : ''Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melakukan ramal (ketika tawaf bermula) daripada hajr al-aswad dan (berakhir juga) pada hajr al-aswad iaitu pada tiga pusingan (terawal tawaf) dan berjalan (dengan tenang) pada empat pusing (terakhir).'' (Hadits riwayat Muslim) Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah bahawa hadits di atas adalah pensyariatan bagi melakukan ar-ramal pada seluruh pusingan ketika bertawaf mengelilingi Ka'bah. Ia berlaku ketika peristiwa haji Wada'. Hadits di atas ini juga memansukhkan hadits yang mengatakan Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan supaya melakukan ar-ramal pada tiga pusingan dan berjalan dengan tenang di antara dua rukun (al-yamani). Oleh yang demikian menurut ulama, ramal dilakukan pada seluruh pusingan ketika mengelilingi Ka'bah (pada tiga pusingan terawal) dan inilah pendapat yang shahih sebagaimana Imam An-Nawawi Rahimahullah menyebutkan dalam kitab al-Majmu' : Ertinya : ''Adakah mengelilingi Ka'bah dengan melakukan ramal? Disini ada dua pendapat, iaitu (Pendapat yang shahih) pendapat ini masyhur dan diambil oleh Jumhur ulama, iaitu hendaklah dia mengelilinginya (Ka'bah) dengan melakukan ramal bermula daripada hajr al-aswad dan berakhir juga di hajr al-aswad tanpa berhenti kecuali pada
perkara istilam (iaitu) melambaikan tangan dan mencium serta meletakkan dahinya kepada hajr al-aswad.'' Perlu diketahui bahawa ar-ramal hanya disunatkan kepada orang dewasa dan kanakkanak lelaki sahaja. Manakala orang perempuan sama ada dewasa dan kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ramal ketika bertawaf sebagaimana yang disepakati oleh para ulama. Jenis Tawaf Yang Disunatkan Melakukan Ramal Jenis-jenis tawaf yang disunatkan melakukan ramal ialah tawaf yang diiringi dengan ibadat sa'ie seperti tawaf ifadhah (tawaf rukun haji atau umrah). Sebagai contoh, seseorang yang melakukan tawaf ifadhah disunatkan melakukan ramal apabila dia memasuki Mekah setelah wukuf di Arafah. Begitu juga pada tawaf qudum yang dilakukan sa'ie selepasnya. Sebagai contoh, seseorang yang masuk Mekah bagi tujuan umrah, dia akan melakukan tawaf umrah yang diiringi selepasnya sa'ie. Maka ramal sunat dilakukan pada tawaf berkenaan. Persoalannya, apabila seseorang itu melakukan tawaf qudum, lalu melakukan ramal dan sa'ie selepasnya, adakah dia perlu melakukan ramal pada tawaf ifadhah? Menurut
pendapat yang ashah dia tidak lagi perlu melakukan ramal pada tawaf ifadhah kerana tawaf ifadhah berkenaan tidak diiringi dengan sa'ie. Jika dia melakukan tawaf qudum dan ramal tetapi tidak diiringi sa'ie selepasnya, menurut jumhur ulama tidak sunat ramal pada tawaf ifadhah tersebut kerana dia hanya perlu ramal pada tawaf ifadhah yang diiringi dengan sa'ie. Perkara ini disebut oleh Imam An-Nawawi Rahimahullah sebagaimana katanya : Ertinya : ''Jika seseorang melakukan tawaf qudum, ramal dan sa'ie selepasnya, (tidak sunat) melakukan ramal pada tawaf ifadhah kerana tawaf ifadhah berkenaan tidak diiringi dengan sa'ie. Jika dia melakukan tawaf qudum dan ramal sahaja dan tidak melakukan sa'ie selepasnya, menurut pendapat shahih yang dipegangi oleh Jumhur ulama (tidak sunat ramal pada tawaf berkenaan), kerana dia (hanya sunat) melakukan ramal pada tawaf ifadhah yang diiringi dengan sa'ie ‌ Adapun bagi penduduk Mekah yang berniat haji dari Mekah, maka sunat dia melakukan ramal ketika tawaf haji kerana tawaf tersebut diiringi dengan sa'ie. Inilah pendapat yang ashah sebagaimana disebut dalam kitab al-Idhah. Adapun tawaf sunat dan tawaf wada' tidak sunat dan tidak digalakkan melakukan ramal tanpa khilaf ulama. Ar-ramal Bagi Orang Yang Menaiki Kenderaan Atau Usungan Jika seseorang melakukan tawaf dengan kenderaan (?????), maka sunat bagi kenderaan tersebut dipercepatkan pergerakan jalannya. Begitu juga sunat bagi orang yang membawa atau mengangkat usungan tersebut melakukan ramal, iaitu dengan mempercepatkan jalannya. Inilah pendapat yang shahih sebagaimana disebutkan dalam kitab al-Majmu'. Kesimpulannya, perbuatan ramal dalam ibadat tawaf adalah sunat dilakukan pada tiga pusingan terawal iaitu pada tawaf yang diiringi dengan sa'ie bermula dan berakhir di hajr al-aswad. Manakala meninggalkan ramal pula tanpa suatu keuzuran ketika bertawaf adalah makruh, walau bagaimanapun tawaf tersebut dihukumkan sah, tidak berdosa dan tidak perlu membayar dam, hanyasanya menghilangkan fadhilat.
Manusia selalu lupa dan berkeluh kesah
anusia menurut sifat semula jadinya adalah sentiasa dalam berkeluh kesah dan dalam kebimbangan apatah lagi jika ditimpa oleh sesuatu atau bencana. Maka ketika itulah mereka berdoa kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan hati yang penuh harapan dan bersungguh-sungguh serta perasaan hiba dan merayu-rayu memohon kurniaan Allah agar terlepas dari segala bencana yang menimpa. Sayangnya manusia ini terlalu cepat lupa, lebih-lebih lagi ketika ia dikurniakan dengan berbagai-bagai kemewahan, kesenangan, wang ringgit, pangkat dan sebagainya, Maka dengan mudah saja, mereka lupa akan Allah Subhanahu Wata'ala yang telah memberikan segala kemewahan dan kesenangan tersebut. Malah dengan angkuhnya mereka sanggup melakukan sesuatu dengan arahan
M
hawa nafsu mereka. Maka timbullah rasa kedekut serta bakhil untuk membelanjakan harta-harta itu pada jalan yang berkebajikan. Seolah-olah segala kekayaan itu mereka perolehi hasil dari kebijaksanaan dan kekuatan tenaga mereka sendiri sepertimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah al-Ma'arij ayat 19 - 23 yang tafsirnya : ''Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat gelisah lagi bakhil. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah. Dan apabila dia mendapat kebaikan, dia kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Iaitu orang-orang yang tetap mendirikan sembahyang.'' Telah menjadi lumrah manusia mengingati Allah Subhanahu Wata'ala hanya ketika di dalam kesempitan, dan dengan mudah juga melupakannya
ketika di dalam kemewahan yang melimpah ruah seperti mana kisah yang terjadi kepada Firaun. Oleh kerana kemewahan, kebesaran serta kekayaan, akhirnya Firaun telah mengakui dirinya sebagai Tuhan dan telah mengarahkan sekalian manusia di zamannya agar menyembahnya. Akan tetapi ketika Allah menurunkan malapetaka atas kelalaiannya, barulah ia mahu kembali mengingati Allah, tetapi semuanya sudah terlambat. Akhirnya dia menerima kekecewaan akibat perbuatannya sendiri. Seperti firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Yunus ayat 50 yang tafsirnya : ''Kemudian adakah setelah terjadinya (azab itu), baharu kamu mempercayainya? Adakah sekarang (baharu kamu mempercayainya) padahal dahulu kamu selalu meminta supaya disegerakan (kedatangannya)?'' Kita perhatikan pula ganjaran yang diperolehi oleh orang-orang yang sentiasa mengingati Allah sebagaimana yang berlaku kepada Nabi Yunus 'Alaihissalam. Sekalipun baginda dilemparkan oleh kaumnya kedalam laut dan telah ditelan oleh seekor ikan akan tetapi disebabkan Baginda sentiasa mengingati Allah dan sentiasa mengharapkan bantuanNya, akhirnya baginda telah terselamat setelah ikan tersebut membawanya ke tepi pantai. Allah Subhanahu Wata'ala menegaskan dalam Surah Ash-
Shaaffaat ayat 143 - 144 yang tafsirnya : ''Maka kalaulah dia bukan daripada orang-orang yang banyak bertasbih. Tentulah dia akan berada di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan (hari Kiamat). Maka Kami melemparkan dia keluar (dari perut ikan) ketanah yang tandus (di tepi pantai) dalam keadaan sakit.'' Oleh itu, perlu diingat bahawa orang yang mengingati Allah di kala ditimpa
kesusahan dan melupakannya dikala senang adalah manusia yang tidak tahu mensyukuri nikmat Allah. Orang-orang yang demikian, itu pasti akan menerima azab seksa yang pedih di akhirat kelak. Sama-samalah kita menanamkan sifat suka bersyukur atas segala kurniaan Allah dan sentiasa mengingatiNya di dalam apa jua keadaan sama ada ketika dalam kesulitan mahupun di dalam kemewahan.
KITA perhatikan pula ganjaran yang diperolehi oleh orang-orang yang sentiasa mengingati Allah sebagaimana yang berlaku kepada Nabi Yunus 'Alaihissalam. Sekalipun baginda dilemparkan oleh kaumnya kedalam laut dan telah ditelan oleh seekor ikan akan tetapi disebabkan Baginda sentiasa mengingati Allah dan sentiasa mengharapkan bantuanNya, akhirnya baginda telah terselamat setelah ikan tersebut membawanya ke tepi pantai.
MINDA PEMBACA
HARI RABU 19 OGOS 2015
Hari Keputeraan Kebawah DYMM lambang perpaduan
T
Ramah mesra peluang berjunjung ziarah
ANGGAL 15 Julai setiap tahun, negara kita akan menyambut Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala yang telah melanjutkan usia baginda serta terus kekal karar menerajui negara yang sama-sama kita cintai ini. Pelbagai persiapan rapi diungkayahkan bagi menyambut perayaan Hari Keputeraan baginda dengan mengadakan atur cara keraian di keempat-empat daerah. Antara persiapan awal yang dilakukan termasuklah menghiasi persekitaran Bandar Seri Begawan dengan pelbagai bentuk hiasan dan corak lampu neon beraneka warna, terbinanya pintu-pintu gerbang, di samping pengibaran bendera rasmi negara di serata tempat yang menambahkan lagi suasana keceriaan dan kegembiraan. Apa pun corak acara yang akan diadakan itu ia adalah bagi meningkatkan semangat perpaduan dan kerjasama yang mantap. Sepanjang perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, banyak pementasan berbentuk keagamaan, kebudayaan, kesenian dan sebagainya diadakan di keempat-empat daerah. Di samping itu, kemuncak perayaan ialah Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat. Majlis yang menjadi tradisi setiap tahun itu secara signifikannya dapat mengukuhkan lagi institusi beraja dan rakyat di negara ini. Semasa keberangkatan baginda pada acara tersebut memberikan peluang kepada seluruh rakyat dan penduduk menjunjung ziarah dan bermesra bersama raja yang amat dikasihi dan disayangi. Baginda sanggup 'turun padang' semata-mata untuk bersama rakyat yang baginda kasihi. Pendek kata, perayaan Hari Keputeraan ini adalah lambang perpaduan dan kerjasama rakyat Negara Brunei Darussalam. Sebagai rakyat dan penduduk negara yang berlindung di bawah payung negara sudah tentulah akan bertanggungjawab dan berkewajipan untuk merayakan Hari Keputeraan baginda. Perkara ini adalah sebagai tanda kesyukuran rakyat dalam mengenang jasa dan pemedulian baginda. Semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa dan agama akan bekerjasama mengungkayahkan program perayaan baik secara langsung atau tidak. Semua ini menunjukkan masyarakat Brunei bersatu dalam menyokong, mendukung, menjayakan dan memeriahkan serta meraikan perayaan yang sangat bersejarah ini. Semua lapisan masyarakat hendaklah menunjukkan komitmen mereka dalam sama-sama mengungkayahkan acara keraian agar ia berjalan dengan jayanya. Di samping itu, sikap rakyat dan penduduk yang tidak berbelah bahagi kepada raja tercinta ini juga merupakan teras keutuhan bernegara dan kekuatan berbangsa. Melalui komitmen ini sudah setentunya akan membuahkan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan lapisan masyarakat dan akan menghasilkan keamanan, kesejahteraan dan ketenteraman yang berterusan. Dirgahayu dan Daulat Kebawah Duli Tuan Patik, Kekal Karar Memerintah Di Atas Tahkta. Nama : Muhammad Syafiq Hanif bin Mohamad Zaidi No. K/P : 01-100508 (K) Alamat : No. 4, Simpang 163, Jalan Kota Batu, Kampung Menteri, BU1929, Negara Brunei Darussalam.
7
Pelbagai acara meriahkan perayaan
S
AMBUTAN Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam menerusi beberapa acara yang diadakan sepanjang sambutan berkenaan. Sebagai memperingati Hari Keputeraan baginda dan menzahirkan lagi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja kita, maka seluruh rakyat dan penduduk di negara ini dikehendaki untuk mengibarkan bendera peribadi dan bendera negara sebagai tanda memeriahkan lagi Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Selain itu juga, Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah merupakan acara yang sering dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat dan penduduk di negara ini. Perkara ini kerana ia merupakan peluang bagi mereka untuk beramah mesra dan menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan lebih dekat tanpa terikat dengan protokol yang ketat. Di sini terlihatlah dengan jelas keakraban baginda dengan rakyat, apabila baginda sanggup bercemar duli menemui pelbagai lapisan rakyat tanpa menghiraukan hujan mahupun panas. Bahkan rakyat juga sanggup berkumpul dan berhimpun sejak awal pagi lagi untuk mengambil peluang untuk menemui baginda. Oleh itu, dari sini jelaslah bahawa di negara ini di antara institusi raja dan rakyat itu menampilkan keharmonian yang erat. Bukan itu sahaja, aktiviti keagamaan juga sering menjadi majlis utama yang memenuhi Hari Keputeraan baginda, yang mana seluruh rakyat beragama Islam akan berkumpul dan berhimpun di masjid, surau atau balai ibadah yang berdekatan untuk mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bersempena Hari Keputeraan baginda. Oleh yang demikian, Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia merupakan lambang perpaduan rakyat dan penduduk di negara ini, yang turut sama menjayakan setiap atur acara yang dijalankan di samping menzahirkan taat setia kepada raja yang dikasihi. Nama : Siti Nur Effa Syafina binti Haji Mohamad Ramli No. K/P : 01-109070 (K) Alamat : No.39, Simpang 85, Jalan Takiding, STKRJ Kampung Lugu, Negara Brunei Darussalam.
S
ETIAP tahun seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam meraikan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam secara besar-besaran dengan penuh meriah di keempat-empat daerah. Di samping itu, rakyat dan penduduk juga berpeluang untuk menunjukkan semangat patriotik dengan menaikkan bendera negara dan bendera peribadi di kediaman masing-masing. Perkara ini menonjolkan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat dan penduduk di negara ini. Selain itu, ia juga melambangkan masyarakat yang cintakan raja dan negara. Raja itu ibarat payung negara yang melindungi rakyat dan negara. Setiap tanggal 15 Julai merupakan hari bersejarah bagi rakyat dan penduduk di negara ini. Maka semua masjid, surau dan balai-balai ibadat di seluruh daerah mengadakan majlis bacaan Surah Yaa Siin, Bertahlil serta Doa Kesyukuran untuk bersama-sama berdoa agar Allah Subhanahu Wata’ala memanjangkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat negara ini bersyukur kerana mempunyai pemimpin dan ketua negara yang adil serta prihatin tentang kebajikan rakyatnya. Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-69 Tahun ini, kita sebagai rakyat dan penduduk di negara ini berdoa semoga baginda kekal karar memerintah negara dengan aman dan sejahtera. Dengan ini, perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Nama : Nabilah binti Kamal No. K/P : 01-086305 (K) Alamat: No.85, Simpang 78, Jalan Sungai Tampoi, Kampung Sengkurong, BG1921, Negara Brunei Darussalam.
TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA : 1. 'Pengeluaran Beras Tempatan Menyumbang Perkembangan Ekonomi Negara'. Tarikh Tutup : 19 Ogos 2015. 2. 'Martabatkan Bahasa Melayu Tanggungjawab Bersama'. Tarikh Tutup : 26 Ogos 2015. 3. ‘Negara Memerlukan Belia Bersikap Positif’. Tarikh Tutup : 2 September 2015. Terma dan Syarat : 1. Penyertaan dibuka kepada remaja yang berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun, yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kecuali warga Jabatan Penerangan. 2. Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. 3. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon hendaklah disertakan dan dihantar kepada : Sidang Pengarang, Minda Pembaca Unit PELITA BRUNEI, Jabatan Penerangan Lapangan Terbang Lama, Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam. atau melalui E-mel : pelita.brunei@information.gov.bn 4. Sebanyak tiga penyertaan wang tunai sebanyak BND75.00.
terbaik
akan
disiarkan
dalam
Akhbar
Rasmi
Kerajaan
PELITA
BRUNEI
dan
setiap
seorang
akan
menerima
hadiah
8
NASIONAL
HARI RABU 19 OGOS 2015
Mesra Ria Aidilfitri Pejabat Peguam Negara Oleh : Dk. Nur Effa Ryina Pg. Haji Hamdani Foto : Mohd Sahrizal Haji Said
BERANGKAT ke Majlis Sambutan Mesra Ria Aidilfitri Pejabat Peguam Negara, Penasihat Undang-Undang, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 16 Ogos 2015 - Pejabat Peguam Negara mengadakan acara tahunan Sambutan Mesra Ria Aidilfitri dengan bertemakan 'Celebrating Aidilfitri ... The ASEAN Way' di Dewan Jubli Emas Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah. Berangkat ke majlis tersebut Penasihat Undang-Undang, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah binti Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Acara dimulakan dengan ucap alu-aluan oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sambutan Mesra Ria Pejabat Peguam Negara, Hajah Dayang Nor Hashimah binti Haji Mohd Taib. Hajah Dayang Nor Hasimah menjelaskan, sambutan pada tahun ini bertemakan 'Celebrating Aidilfitri... The ASEAN Way' memandangkan Hari Raya satu-satunya perayaan
yang disambut di seluruh dunia, juga melambangkan nilai-nilai kekeluargaan. Tujuan acara ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara serta keluarga mereka dan mewujudkan semangat keharmonian dan semangat kerjasama. Turut hadir Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh; Peguamcara Negara, Dayang Naimah binti Mohd Ali serta pegawai dan kakitangan di Pejabat Peguam Negara berserta keluarga.
Golongan daif menerima bantuan rumah Oleh : Aimi Sani Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned ketika menyerahkan Sijil Pembinaan Rumah Bantuan Golongan Daif, Fakir dan Miskin Kampung Tagap Kawasan 1 kepada seorang penerima.
Hubungan kekeluargaan tetap terjalin Berita dan Foto : Haji Ahmad Haji Salim BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Ogos. - Walaupun bulan Syawal sudah di penghujungnya, namun Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih terasa kemeriahan dan kegembiraannya di rumah terbuka yang diadakan oleh peringkat kementerian, jabatan, mukim, kampung serta orang-orang perseorangan. Peluang sedemikian amatlah berharga untuk direbut dengan mengeratkan hubungn silaturahim dalam kalangan kaum keluarga, sambil memohon kemaafan dan keampuan sesama sendiri. Keluraga Allahyaraham Awang Haji Ibrahim bin Bakar telah mengadakan rumah terbuka sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di kediaman salah seorang anak Allahyaraham, iaitu Awang Haji Esmit bin Haji Ibrahim di Rancangan Perumahan Kampung Mentiri, Jalan Kota Batu, di sini.
Majlis bermula dengan sesi bergambar ramai bersama keluarga dan diikuti dengan bacaan doa selamat oleh Awang Haji Bakar bin Haji Ibrahim serta diikuti dengan ramah mesra sambil menikmati jamuan Hari Raya. Menurut Awang Haji Esmit bin Haji Ibrahim, tujuan utama majlis rumah terbuka itu diadakan untuk menyatupadukan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim seluruh kaum keluarga yang sedia ada, terutama bagi keluarga yang kini tinggal berjauhan. Beliau seterusnya berkata, walaupun majlis tersebut diadakan di penghujung bulan Syawal, ia tidak bermakna hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga akan hilang begitu sahaja, malahan hubungan itu tetap diterus dan dieratkan lagi di bulanbulan seterusnya dan selamanya.
GAMBAR ramai keluraga Allahyarham Awang Haji Ibrahim bin Bakar.
JERUDONG, Rabu, 12 Ogos. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan dan kesejahteraan penduduk di negara ini terutama golongan masyarakat yang memerlukan bantuan. Ke arah itu, Majlis Penyerahan Sijil Pembinaan Rumah Bantuan Golongan Daif, Fakir dan Miskin kepada 12 orang penerima bagi Kampung Tagap Kawasan 1 diadakan di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil-sijil rumah kepada para penerima ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned. Majlis dimulakan dengan penyerahan sijil bagi 12 buah rumah bantuan golongan daif, fakir dan miskin yang mana daripada jumlah tersebut sembilan buah adalah jenis bertiang dengan tiga buah bilik dan tiga buah lagi jenis banglo juga dilengkapkan dengan tiga buah bilik. Timbalan Menteri di JPM, juga mengadakan lawatan ke beberapa buah rumah penerima seterusnya mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Kawasan 2 yang mana pembinaan 12 buah rumah bantuan berkonsepkan design and build sedang giat dilaksanakan di bawah projek yang sama. Seorang penerima, Dayang Rapiah binti Chuchu, 73 tahun, ketika ditemui melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala dan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas bantuan rumah yang diberikan. ''Saya berserta dua anak saya mula berpindah ke rumah ini pada 25 Julai 2015 yang lalu. Alhamdulillah, kini kami mampu menikmati kehidupan yang lebih selesa. Suami saya sudah meninggal sembilan tahun yang lalu. Kami sekeluarga hanya bergantung harap kepada bantuan pencen tua sebanyak BND250 dan bantuan saudara-mara setiap bulan. Saya dan anak-anak ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang banyak membantu kami,'' jelas Dayang Rapiah yang berasal dari Kampung Manggis. Projek bantuan membina rumah bagi golongan daif, fakir dan miskin ini adalah projek yang diusahakan oleh beberapa buah agensi-agensi kerajaan termasuk JPM, Kementerian Pembangunan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Projek pembinaan rumah-rumah berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) melalui Kumpulan Wang Zakat dengan penyediaan infrastruktur seperti jalan raya, air dan elektrik disediakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Bantuan perumahan ini adalah manifestasi keprihatinan Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memeduli kesejahteraan dan kebajikan golongan daif, fakir dan miskin yang memerlukan bantuan bagi
memberikan mereka kehidupan yang lebih selesa dan sempurna. Perlaksanaan projek pembinaan rumah-rumah di bawah projek ini dikendalikan oleh beberapa peringkat jawatankuasa dan kumpulan kerja yang bertindak bagi memastikan kelancaran penyediaan dan pembinaan rumah-rumah bantuan melalui kementerian-kementerian dan Kumpulan Kerja Penyiasatan di peringkat daerah-daerah. Setakat ini sebanyak 77 buah rumah telah pun siap dibina di keempatempat daerah diserahkan kepada para penerima bantuan di bawah projek ini. Sementara itu, 42 buah rumah kini sedang dalam pembinaan di seluruh negara yang mana perancangan bagi pembinaan sebanyak 32 buah rumah di keempat-empat daerah adalah bagi pemohon-pemohon berkelayakan yang telah diluluskan oleh MUIB dan ketika ini sedang dalam proses pelaksanaan. Jawatankuasa Bertindak projek akan bekerjasama secara berterusan dengan Kementerian Pembangunan dan MUIB dalam memantau perlaksanaan projek bantuan ini untuk memastikan ianya dilaksanakan mengikut jadual dan kualiti binaan, di samping bekerjasama dengan Kumpulan Kerja Penyiasatan Daerah dalam memastikan sokongan yang dihadapkan oleh kumpulan berkenaan dihadapkan ke Jawatankuasa Pengesahan Bantuan bagi sokongan MUIB. Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Jumat bin Akim; Setiausaha Tetap (Undang-Undang dan Kesejahteraan) JPM, Dato Paduka Awang Haji Mohd Juanda bin A. Rashid dan Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yussof.
NASIONAL
HARI RABU 19 OGOS 2015
9
Suntik semangat penerima untuk terus menabur khidmat bakti Oleh : Khartini Hamir Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Ogos. - Pengurniaan BintangBintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69 sememangnya dapat menyuntik semangat para penerima untuk terus menabur khidmat bakti mereka kepada negara. Para penerima Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sangat menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada majlis yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman. Penerima Bintang Kebesaran Negara Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama (P.S.P.N.B.) yang membawa gelaran Dato Seri Pahlawan kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis, Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala dan menjunjung kasih ke hadapan majlis baginda di atas pengurniaan Bintang Kebesaran tersebut dan beliau menganggap bahawa pengurniaan tersebut adalah satu penghargaan yang amat besar dan bererti bagi diri
beliau. Dengan pengurniaan pengiktirafan sebegini jelasnya, memberikan lagi semangat motivasi kepada beliau untuk menjadi lebih gigih dan komited dalam menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin dan akan terus berusaha untuk menyumbang bakti kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, di samping itu katanya, ia juga sebagai galakkan dan dorongan kepada rakan-rakan setugas yang lain untuk terus sama-sama berusaha mempertingkatkan lagi mutu dan menanai kualiti kerja ke arah mencapai kecemerlangan perkhidmatan Pasukan Polis Diraja Brunei secara menyeluruh. Sementara penerima Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B.), Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos menjunjung kasih ke hadapan majlis baginda di atas pengurniaan Bintang Kebesaran ini dan ia merupakan satu tanggungjawab yang besar dan kita perlulah berusaha lebih gigih, bekerja dengan tulus ikhlas dan lebih efisien sepertimana yang disarankan dalam titah Kebawah DYMM itu, terangnya. Oleh demikian jelasnya, kita selaku rakyat perlulah bertanggungjawab
KITA selaku rakyat perlulah bertanggungjawab untuk memenuhi kehendak aspirasi kerajaan Kebawah DYMM, lebih-lebih lagi kepada penjawat awam yang perlu menyumbang lebih bagi memenuhi objektif kerajaan dan memberikan jasa bakti mereka kepada pertumbuhan, pembangunan dan kemakmuran negara di bawah pimpinan raja yang adil saksama dan dikasihi rakyat.
TIMBALAN Pesuruhjaya Polis Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam dikurniakan Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama (P.S.P.N.B).
untuk memenuhi kehendak aspirasi kerajaan Kebawah DYMM, lebihlebih lagi kepada penjawat awam yang perlu menyumbang lebih bagi memenuhi objektif kerajaan dan memberikan jasa bakti mereka kepada pertumbuhan, pembangunan dankemakmuran negara di bawah pimpinan raja yang adil saksama dan dikasihi rakyat. Manakala menurut Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Roslan bin Haji Taja.ah sangat menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM atas pengurniaan pengiktirafan ini dan sangat menghargai atas penghormatan yang diberikan, kita selaku rakyat di bawah pimpinan raja yang berdaulat perlulah memainkan peranan kita terutama dalam memberikan sumbangan yang
AWANG Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos, dikurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B).
AWANG Roslan bin Taja'ah, dikurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B).
lebih produktif kepada Kerajaan Kebawah DYMM. Kerajaan Kebawah DYMM terangnya lagi, mempunyai satu Wawasan 2035, melaluinya sebagai warga Perkhidmatan Awam kita perlu berusaha dengan gigih dan menyumbang sepenuhnya ke arah pencapaian yang berjaya dalam melaksanakan wawasan negara tersebut, dan sebagai Timbalan Setiausaha Tetap jelasnya, beliau akan berusaha dengan sedaya dan segala kapasiti yang ada sama-sama menyumbang bakti kepada negara demi mencapai Wawasan Negara 2035. Menjelaskan mengenai titah Kebawah DYMM tadi, beliau merasakan sangatlah tepat pada masanya untuk warga Perkhidmatan Awam dan pihak-pihak yang
berkenaan untuk lebih produktif, sentiasa berusaha menyumbang bakti dan tenaga dalam bidang masingmasing. Menyentuh mengenai golongan pencari pekerjaan sebagaimana yang disentuh dalam titah Kebawah DYMM itu terangnya lagi, memerlukan kerjasama di antara semua pihak dan menasihatkan kepada golongan pencari pekerjaan ini agar tidak memilih pekerjaan dan kepada generasi akan datang supaya akan dapat lebih menumpukan perhatian kepada apa juga bidang yang mereka ceburi sama ada dalam pelajaran atau pekerjaan bagi memperoleh kejayaan untuk sama-sama turut menyumbang bakti kepada pertumbuhan dan pembangunan negara bagi mencapai Wawasan Negara 2035.
Keamanan, kesejahteraan rakyat diutamakan Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
PESURUHJAYA Polis, Dato Paduka Seri Awang Bahrin bin Mohd. Noor.
PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Ogos. - Kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dapat dirasakan oleh seluruh rakyat jelata dan penduduk yang tinggal di Negara Brunei Darussalam terutamanya dari segi keamanan dan kesejahteraan. Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri
Awang Bahrin bin Mohd. Noor ketika ditemu bual pada Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-69 yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien berkata, jabatan-jabatan kerajaan di bawah kepimpinan Kebawah DYMM begitu pemedulian dan memainkan peranan dari segi kesejahteraan dalam pembangunan dan masyarakat. ''Dengan adanya acara sebegini kita
akan nampak betapa rakyat begitu gembira menyambut acara yang begitu mustahak dan ianya sebagai satu wadah di mana penyertaan rakyat Negara Brunei Darussalam dapat sama-sama mengikuti acara-acara yang akan diadakan di keempat-empat daerah nanti,'' jelasnya. Dengan adanya sifat pemedulian baginda itu, katanya, rakyat akan menunjukkan dan mengimbal balik kasih sayang kepada Kebawah DYMM dan mudah-mudahan rakyat jelata akan terus taat setia di bawah kepimpinannya. ''Saya wakil dari Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyembahkan ucapan selamat Hari Keputeraan Ke-69 ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan mendoakan semoga baginda kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam dan kerabat diraja sentiasa dalam keadaan sihat dan aman sejahtera,'' ujarnya. Manakala, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah pula berkata, Kebawah DYMM telah melaksanakan satu kepimpinan yang berkesan lagi bijaksana kerana begitu prihatin dalam hal ehwal negara. Yang Dimuliakan menambah, baginda telah melihat sendiri akan kesejahteraan rakyat hingga sanggup turun padang untuk mengetahui hal ehwal rakyat dan dari sana dapat dilihat kepimpinan Kebawah DYMM
yang begitu prihatin terhadap kesejahteraan rakyat sehingga ke hari ini. ''Baginda juga selaku Pemerintah Tertinggi ABDB dan Menteri Pertahanan begitu prihatin dalam hal ehwal dalam ABDB dan apa yang dikagumi oleh rakyat adalah cara kepimpinan baginda yang turun sendiri melihat dan mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan ABDB,'' Ujarnya. Warga ABDB dan Kementerian Pertahanan merasa bersyukur dan menjunjung kasih di atas kepimpinan baginda yang begitu prihatin dan
bijaksana yang amat pemedulian dalam hal ehwal kebajikan rakyat, negara, di samping sangat berwawasan melihat jauh ke hadapan terhadap kemajuan negara untuk terus berkembang maju dengan lebih pesat demi kepentingan negara ini. ''Saya bagi mewakili ABDB dengan segala hormat dan takzim sukacita bersyukur kepada ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, menyembahkan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan majlis Kebawah DYMM sempena puja usia baginda yang Ke-69 Tahun dengan iringan doa semoga baginda dilanjutkan usia sihat sejahtera dan kekal karar memimpin negara,'' jelasnya.
BAGINDA telah melihat sendiri akan
kesejahteraan rakyat hingga sanggup turun padang untuk mengetahui hal ehwal rakyat dan dari sana dapat dilihat kepimpinan Kebawah DYMM yang begitu prihatin terhadap kesejahteraan rakyat sehingga ke hari ini. ''Baginda juga selaku Pemerintah Tertinggi ABDB dan Menteri Pertahanan begitu prihatin dalam hal ehwal dalam ABDB dan apa yang dikagumi oleh rakyat adalah cara kepimpinan baginda yang turun sendiri melihat dan mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan ABDB.''
10
NASIONAL
HARI RABU 19 OGOS 2015
Sembah kesyukuran sempena Hari Keputeraan Berita dan Foto : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Ogos. - Segenap lapisan rakyat dan penduduk di negara ini menyembahkan tahniah dan rasa kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69 Tahun. Sehubungan itu, Pelita Brunei sempat menemu bual dua pemimpin akar umbi pada Istiadat Perbarisan Kehormatan yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara. Penghulu Mukim Tamoi, Pengarah Haji Mukti bin Haji Md Salleh merafakkan sembah kesyukuran serta menyembahkan ucapan tahniah dan Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Tuan Patik yang ke-69 tahun pada tahun ini. Beliau melahirkan rasa kesyukuran di atas kesejahteraan dan keselesaan
hidup yang dinikmati oleh seluruh rakyat dan penduduk yang bernaung di bawah payung pimpinan bijaksana baginda sebagai raja dan pemimpin tertinggi negara yang disayangi dan disanjungi oleh semua rakyat jelata. "Seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam khususnya hamba-hamba Kebawah Duli Tuan Patik sentiasa berdoa semoga Kebawah Duli Tuan Patik serta kerabat diraja sekalian dilanjutkan usia, dan sentiasa berada dalam perlindungan dan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala, sihat walafiat, sejahtera, serta kekal karar memerintah turun-temurun di atas takhta singgahsana kerajaan dan Negara Brunei Darussalam, dalam keadaan aman damai, serta dengan rahmat, taufeq dan inayah Allah Subhanahu Wata'ala," ujarnya. Bagi Ketua Rumah Panjang Mendaram Besar, Kampung Labi II, Awang Berandi anak Jamau pula menyembahkan berkat daulat
Kebawah Duli Tuan Patik, semua rakyat dan penduduk khususnya di kawasan pedalaman turut sama menikmati segala kemudahan, kemajuan dan pembangunan yang berterusan. "Semua yang dinikmati ini adalah berkat keprihatinan dan pemedulian Kebawah Duli Tuan Patik terhadap kebajikan dan kesejahteraan semua rakyat dan penduduk yang bernaung di bumi Brunei Darussalam yang makmur lagi sejahtera," jelasnya. Beliau mewakili semua penduduk di Rumah Panjang Bandaran dan kawasan setempat seterusnya menyembahkan kesyukuran dengan ucapan tahniah dan selamat menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-69 serta menjunjung kasih ke hadapan majlis baginda atas kurnia perkenan berangkat pada upacara yang penuh gilang-gemilang itu. Kebawah DYMM jelas mencerminkan sifat kepimpinan dan keperibadian baginda sebagai seorang raja yang berwibawa, bijaksana dan berjiwa rakyat.
PENGHULU Mukim Tamoi, Pengarah Haji Mukti bin Haji Md. Salleh merafakkan sembah kesyukuran serta menyembahkan ucapan tahniah.
KETUA Rumah Panjang Mendaram Besar, Kampung Labi II, Awang Berandi anak Jamau menyembahkan kesyukuran.
Keperibadian Kebawah DYMM dikagumi pelancong
ANTARA mahasiswa mahasiswi luar negara bagi program pertukaran mahasiswa luar negara Universiti Brunei Darussalam berkongsi kegembiraan kerana dapat menyaksikan Istiadat Perbarisan di ibu negara.
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Ogos. - Istiadat Perbarisan Kehormatan Bagi Memperingati Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien,Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69 Tahun, berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien
bukan sahaja disaksikan oleh penduduk dan rakyat di negara ini, malah turut menjadi tumpuan pelancong-pelancong asing luar negara yang juga tidak melepaskan peluang keemasan itu. Jessica Oliver yang berasal dari England, United Kingdom yang sedang dalam rangka penempatan kerjanya selama sebulan dan baru pertama kali berkunjung ke negara ini ketika ditemui pada istiadat perbarisan
di ibu negara berkata, rakyat dan penduduk di negara ini sangat ramah dan penuh dengan sopan santun serta kaya dengan budayanya. Beliau yang akan meninggalkan negara ini esok juga menjelaskan bahawa beliau sangat bertuah kerana berpeluang menyaksikan Istiadat Perbarisan Kehormatan tersebut dan menganggap ianya satu peluang keemasan dan tidak akan dilupakannya. "Brunei Darussalam sangat bertuah mempunyai seorang raja yang sangat kasih akan rakyatnya dan negara ini sendiri sangat kaya dengan adat budayanya yang unik dan tersendiri," jelasnya. Sementara itu, seorang pelancong dari Itali, Perla Valtulina yang turut menyaksikan istiadat perbarisan itu melahirkan rasa bertuah dan seronok kerana berkesempatan menyaksikan upacara pagi ini, lebih-lebih lagi melihat sendiri wajah Kebawah DYMM secara lebih dekat lagi. Beliau yang turun bersama keluarganya ke Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien sejak awal pagi lagi berpendapat bahawa Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam merupakan seorang raja yang sangat pemedulian terhadap kesejahteraan rakyatnya. "Semasa baru tiba di negara ini
pada hari Khamis lalu, kami tidak tahu apa yang hendak dijangkakan, namun setelah melihat sendiri negara ini, keadaannya cukup membangun dan terpelihara. Negara ini sangat cantik dan aman," ujarnya. Beliau begitu kagum dengan kepimpinan dan kebijaksanaan Kebawah DYMM memimpin negara ini, yang mana kewibawaan kepimpinan baginda telah memperlihatkan negara ini aman dan damai, disamping rakyatnya yang mengasihi raja. Kepimpinan baginda, tambahnya,
PELANCONG dari Italy - Perla Valtulina bersama keluarganya (kiri).
JESSICA Oliver Kingdom.
dari
England,
amat disegani dan dihormati di Negara luar kerana baginda terkenal dengan sikap keprihatinan kepada rakyatnya serta telah berjaya membawa negara ini ke arena antarabangsa hingga dikenali di seluruh dunia. Beliau dan keluarganya turut menyembahkan ucapan Selamat Hari Keputeraan kepada Kebawah DYMM dan mengharapkan baginda dilanjutkan usia serta kekal karar memerintah negara dengan penuh aman dan harmoni. Fung Ching Hei, salah seorang mahasiswa dari Hong Kong yang berada di negara ini bagi program pertukaran mahasiswa luar negara di Universiti Brunei Darussalam pula memberitahu Pelita Brunei bahawa peluang seumpama ini jarang ditemui di negara mereka dan setentunya akan menghebahkan kepada keluarga dan rakan apabila pulang nanti, di samping berkongsi cerita mengenai keramahan seorang raja bersama rakyatnya serta keunikan yang terdapat di negara ini. "Kami tidak mempunyai sambutan seumpama ini di Hong Kong, dan inilah kali pertama saya menyaksikan sendiri istiadat yang penuh gilanggemilang dan saya sangat gembira kerana dapat melihat Kebawah DYMM secara lebih dekat," jelasnya. Negara Brunei Darussalam, tambahnya, adalah sebuah negara yang aman damai di mana para penduduknya juga semuanya sangat ramah dan memandangkan ini merupakan kali pertama berada di sini, beliau sangat gembira kerana dapat mempelajari adat resam dan budaya yang ada di negara ini.
United MAHASISWA dari Hongkong, Fung Ching Hei.
RENCANA
HARI RABU 19 OGOS 2015
11
Sedia menjunjung Duli Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Ah Chua
T
ARIKH 15 Ogos negara telah menyaksikan Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69 yang berlangung dengan penuh tradisi. Dari tarikh tersebutl, bermulalah acara-acara sambutan utama dan keraian sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-69 di seluruh negara dengan kemuncak perayaan ialah Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di keempat-empat daerah. Sepertimana yang dijadualkan, pada 18 haribulan Ogos (Selasa) kelmarin, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong; pada 20 haribulan Ogos nanti (esok) baginda akan bercemar duli ke Daerah Temburong; Daerah Belait pada hari Sabtu, 22 Ogos dan bagi Daerah Brunei Muara pula pada Ahad, 23 Ogos. Tarikh-tarikh tersebut adalah saat yang dinanti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat di seluruh negara bagi merebut peluang untuk bersemuka dengan payung negara yang amat dikasihi lagi dihormati. PERSIAPAN Ketiga-tiga daerah yang lain, iaitu Daerah Temburong, Belait dan Brunei-Muara telah rancak membuat
persediaan dari segi persembahan padang mahupun persiapan bagi Majlis Santap yang akan berlangsung pada hari tersebut.. Tinjauan latihan penuh juga telah dilaksanakan. Setentunya semua penduduk di daerah berkenaan sudah siap sedia menjunjung keberangkatan Kebawah DYMM ke daerah-daerah tersebut. Bagi menjunjung keberangkatan Kebawah DYMM ke daerah permata hijau Brunei Darussalam ini, ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Yang Ke-69 bagi Daerah Temburong telah pun dilantik sejak bulan April yang lalu. Sejak itu, persiapan-persiapan telah dibuat termasuklah merancang atur cara keberangkatan baginda bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Menjunjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk di daerah ini yang akan berlangsung esok. Selain itu, ahli-ahli jawatankuasa terbabit juga telah menetapkan beberapa acara keraian bagi memeriahkan dan menyemarakkan lagi sambutan perayaan Hari Keputeraan raja yang dicintai rakyat itu. Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah dalam sembah kesyukuran dan taat setia sempena sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM yang Ke-69 bagi mewakili rakyat dan penduduk Daerah Temburong menyeru supaya rakyat dan penduduk di daerah ini akan hadir beramai-ramai ke Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar di mana majlis tersebut akan berlangsung, bagi memeriahkan dan menyemarakkan lagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Kebawah DYMM dan kerabat diraja lainnya nanti. Awang Haji Abdul Hamid juga menyeru agar rakyat dan penduduk di Daerah Temburong akan
SEBAHAGIAN daripada sesi latihan padang yang dijalankan di Daerah Belait (atas) dan Brunei dan Muara (bawah dan bawah kanan).
PINTU gerbang utama di Daerah Temburong menceriakan Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat.
memberikan kerjasama bagi samasama membantu dan memastikan majlis tersebut nanti akan berjalan dengan lancar, baik dan sempurna. Sementara itu Timbalan Pengerusi Persembahan Padang, Awang Abdul Hamid bin Haji Aji menjelaskan, pada tahun ini rakyat Daerah Temburong mempersembahkan satu persembahan khas mengenai perkembangan pendidikan di Negara Brunei Darussalam terutamanya di Daerah Temburong sendiri. Menurutnya, para peserta persembahan khas akan mempamerkan satu format pendidikan daripada era 60-an dengan perubahan zaman era masa kini, iaitu perubahan pendidikan formal dan yang tidak formal, pendidikan yang selari dengan agama. Beliau berharap persembahan yang melibatkan 369 peserta itu nanti akan dapat mempersembahan satu persembahan yang mantap dan penuh pemahaman dapat disampaikan kepada rakyat jelata. Awang Abdul Hamid seterusnya berharap segala persembahan pada tahun ini dan juga perisian yang hendak disampaikan akan difahami dan diimplementasikan pada masa akan datang. Persembahan khas itu nanti mengandungi 4 segmen, iaitu segmen 1 : senario Tahun 60-an (bermula 05.10.67) hingga Tahun 70-an; segmen 2 : senario Tahun 80-an hingga tahun 90-an; segmen 3 : senario tahun 2000 hingga sekarang dan segmen 4 (grand
PEGAWAI Daerah Temburong, Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah.
finale) : senario gambaran kemajuan dan pembangunan yang akan dicapai pada masa hadapan dalam menuju Wawasan Negara 2035. KEMERIAHAN SAMBUTAN PERAYAAN Selain Majlis Keberangkatan Kebawah DYMM bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan menjunjung ziarah bersama rakyat dan penduduk di daerah ini, kemeriahan sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraaan Kebawah DYMM yang Ke-69 turut dirasakan dengan berkibarnya bendera-bendera negara yang telah dipasang di rumah-rumah persendirian mahupun bangunanbangunan kerajaan sejak 1 haribulan Ogos yang lalu, di samping kain-kain
TIMBALAN Pengerusi Persembahan Padang, Awang Abdul Hamid bin Haji Aji.
rentang yang telah dipasang di kedai-kedai di sekitar Pekan Bangar. Pintu-pintu gerbang juga didirikan dan lampu-lampu cucul dipasang pada waktu malam menjadikan Pekan Bangar kelihatan indah bergemerlapan pada waktu malam. Begitu juga dengan gerai-gerai perayaan, di mana sejak 15 Ogos yang lalu, gerai-gerai malam sudah mula diadakan di kawasan Taman Perayaan, Pekan Bangar. Selain bersuka ria menyambut ulang tahun pemimpin yang dikasihi, perayaan seumpama ini juga memberi peluang kepada para peniaga kecil-kecilan untuk menambah pendapatan melalui gerai-gerai jualan yang diadakan. Sambutan perayaan seumpama ini sememangnya amat dinanti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini. Selain meraikan Hari Keputeraan raja yang disanjung tinggi, rakyat dan penduduk di negara ini berpeluang menzahirkan rasa kasih dan taat mereka melalui penglibatan dari beberapa acaraacara yang telah disusun di sepanjang sambutan. Marilah kita selaku rakyat yang bernaung di Bumi Darussalam ini merafakkan sembah ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan seterusnya mendoakan agar baginda dan kerabat diraja lainnya serta Negara Brunei Darussalam sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wata'ala buat selama-lamanya.
12
NASIONAL
HARI RABU 19 OGOS 2015
Eratkan hubungan dengan masyarakat Berita dan Foto : Noraisah Muhammed
KUALA BELAIT, Khamis, 13 Ogos. - Program Jalinan Mesra Penerangan merupakan aktiviti tahunan jabatan yang diadakan keempat-empat daerah berkonsepkan ramah mesra. Tujuan program ini adalah untuk memperkukuhkan perasaan harmoni, mesra dan hormat-menghormati di antara warga Jabatan Penerangan dengan institusi penghulu mukim, ketua kampung dan anggota
masyarakat sesebuah mukim dan kampung, di samping berkongsi maklumat terkini berkaitan dengan projek kerajaan. Program Jalinan Mesra Penerangan pada tahun ini diadakan di Mukim Liang anjuran Jabatan Penerangan Cawangan Daerah Belait serta Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Jabatan Penerangan dengan kerjasama
Penghulu, ketua-ketua kampung dan ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di bawah tadahan Mukim Liang. Rombongan diketuai oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad. Hadir sama ialah Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar; Ketua Cawangan Penerangan Daerah RAMAH mesra Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad bersama Ahli Majlis Mesyuarat Negara merangkap Ketua Kampung Lumut I, Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Shafiee bin Ahmad.
GAMBAR ramai bersama Ahli Majlis Mesyuarat Negara merangkap Ketua Kampung Lumut I, Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Shafiee bin Ahmad.
Belait, Ketua Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, dan beberapa orang pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan. Rumah Penghulu Mukim Liang, Awang Haji Abd. Hamid bin Haji Mumin menjadi destinasi pertama rombongan tersebut. Ini diikuti dengan rumah Ketua Kampung Lumut II, Awang Haji Abd. Rahman bin Hashim dan yang ketiga rumah Pemangku Ketua Kampung Liang, Awang Haji
Mohd. Ibrahim bin Datu Maharaja Setia Dian dan yang terakhir sekali di kediaman Ahli Majlis Mesyuarat Negara merangkap Ketua Kampung Lumut I, Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Shafiee bin Ahmad. Kunjungan tersebut telah memberi peluang serta ruang kepada masyarakat di sekitar Mukim Liang dan kampung untuk berkongsi minda serta maklumat dan pendapat selain dari menjalin dan mengerat hubungan silaturahim yang telah sedia ada.
40 anak yatim terima sumbangan Hari Raya Oleh : Haji Mahmud Hafidzie Haji Ali Mashod Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 16 Ogos. - Pada saat-saat di penghujung bulan Syawal Kampung Sungai Buloh dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Sungai Buloh telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri.
Ia berlangsung di kediaman Ketua Kampung Sungai Buloh, Pengiran Ismail bin Pengiran Ibrahim. Hadiri selaku tetamu kehormat Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.
Atur Cara dimulakan dengan bacaan surah Al Faatihah dan doa selamat yang dipimpin oleh Pengiran Haji Rusman bin Pengiran Haji Shahbuddin, Imam Masjid Setia Ali, Muara. Ketua Kampung Sungai Buloh dalam ucapan alu-aluannya antara lain berkata, sambutan diadakan bagi meraikan anak-anak yatim di kampung tersebut dalam menceriakan kegembiraan yang harus dikongsikan
Rumah Terbuka PAPDA BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 16 Ogos. - Walaupun bulan Syawal sudah sampai ke penghujungnya, majlis-majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih lagi diraikan oleh pelbagai pihak termasuk Persatuan-Persatuan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negara ini. Persatuan Orang-Orang Cacat Berkerusi Roda dan Orang-Orang Cacat Anggota (PAPDA) juga tidak ketinggalan mengadakan majlis yang sama bertempat di Banglo PAPDA, Kampung Kiarong. Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi PAPDA, Haji Awang A. Ahmad bin Abdullah. Majlis pada petang itu berkonsepkan rumah terbuka dan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada Ahli-Ahli PAPDA dan cabutan undian bertuah. PAPDA mula ditubuhkan pada bulan November 1985 dan dikenali secara tidak rasmi sebagai 'Paraplegic Support Group'. Kini PAPDA mempunyai seramai 385 ahli dan tujuan penubuhannya adalah untuk memperbaiki dan meninggikan keadaan penghidupan dan kebajikan orang-orang cacat berkerusi roda dan cacat anggota. Ia juga untuk memupuk kesedaran serta pemahaman orang ramai dengan lebih mendalam terhadap masalah-masalah dan kesulitankesulitan yang dialami oleh orang-orang cacat berkerusi roda dan cacat anggota.
Berita dan Foto : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
bersama dalam suasana Hari Raya. Beliau menambah, majlis itu diselajurkan dengan Penubuhan Belia dan Beliawanis Takmir Masjid Kampung Sungai Buloh di mana dengan penubuhan itu belia dan beliawanis dapat memakmurkan lagi masjid di kampung berkenaan seperti bertadarus Al-Qur'an semasa bulan Ramadan. "Semoga penubuhan ini akan dapat menjadi pemangkin belia dan beliawanis dalam berkidmat untuk masyarakat dan negara," kata beliau. Sambutan juga diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an serta Persembahan Tausyeh oleh Kumpulan Tausyeh Muslimah Pengiran Hajah Masni yang dipimpin oleh Dayangku Nurafifah binti Pengiran Rosli. Seterusnya tetamu kehormat berkesudian menyampaikan derma kepada 40 orang anak-anak yatim di Kampung Sungai Buloh dan STKRJ Sungai Buloh.
KETUA Kampung Sungai Buloh, Pengiran Ismail bin Pengiran Ibrahim semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri.
TIMBALAN Pengerusi PAPDA, Haji Awang A. Ahmad bin Abdullah (kiri) menyampaikan hadiah cabutan undian bertuah kepada salah seorang ahli. MAJLIS Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di kediaman Ketua Kampung Sungai Buloh, Pengiran Ismail bin Pengiran Ibrahim dan dihadiri oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim selaku tetamu kehormat.
ANTARA Ahli-Ahli PAPDA yang hadir pada majlis tersebut.
PEMANGKU Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim menyampaikan derma kepada anak-anak yatim di Kampung Sungai Buloh (atas dan bawah).
HARI RABU 19 OGOS 2015
13
14
HARI RABU 19 OGOS 2015
Berkenan berangkat ke Majlis Persantapan pasukan beruniform
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Persantapan untuk Pegawai-Pegawai Keselamatan dan Pegawai Beruniform serta Pertubuhan-Pertubuhan Awam Beruniform. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.
Oleh : Haniza Abdul Latif, Nooratini Haji Abas Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 17 Ogos. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Persantapan untuk Pegawai-Pegawai Keselamatan dan Pegawai Beruniform serta Pertubuhan-Pertubuhan Awam Beruniform sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-69 di Istana Nurul Iman.
Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel. Ke muka 15
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha ketika berangkat ke Majlis Persantapan berkenaan. Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda-adinda baginda.
JUGA berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.
ANTARA Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang hadir.
JUGA berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
HARI RABU 19 OGOS 2015
15
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan paduka-paduka anakanda baginda berkenan beramah mesra dan menerima junjung ziarah daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) (kiri dan kanan), sementara gambar bawah kiri, baginda dan paduka-paduka anakanda berkenan menerima junjung ziarah daripada anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat, manakala gambar bawah kanan, baginda berkenan menerima junjung ziarah daripada ahli Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.
Dari muka 14 Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam berserta kerabat diraja. Sejurus sebelum Majlis Persantapan dimulakan, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Pada majlis tersebut, Kebawah DYMM berkenan beramah mesra dan menerima junjung ziarah daripada para pegawai dan anggota pasukan beruniform terdiri daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Unit Simpanan Gurkha,
Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Laut, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan Jabatan Penjara. Baginda juga berkenan beramah mesra dan menerima junjung ziarah ahli-ahli pertubuhan sukarelawan antaranya terdiri daripada Kadet ABDB, Kadet PDB, Kadet Bomba dan Penyelamat, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Program Khidmat Bakti Negara. Berangkat dan hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Manteri, Manteri-Manteri Hulubalang dan Manteri-Manteri Pendalaman, para perwakilan asing ke negara ini, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan ketua-ketua jabatan serta pegawaipegawai kanan kerajaan.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan bergambar bersama ahli Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam.
KEBAWAH DYMM dan paduka-paduka anakanda berkenan beramah mesra dan menerima junjung ziarah daripada peserta Program Khidmat Bakti Negara (kiri); sementara gambar tengah, baginda berkenan menerima junjung ziarah daripada anggota ABDB dan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam (kanan) semasa Majlis Persantapan untuk Pegawai-Pegawai Keselamatan dan Pegawai Beruniform serta Pertubuhan-Pertubuhan Awam Beruniform sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-69 di Istana Nurul Iman.
16
PELITA BRUNEI HARI RABU 19 OGOS 2015
17
PELITA BRUNEI HARI RABU 19 OGOS 2015
Jalinan kasih raja dan rakyat Oleh : Norliah Md. Zain Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Mohd. Sahrizal Haji Said
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 窶連li Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima junjung ziarah daripada rakyat dan penduduk yang hadir pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah tersebut.
TUTONG, Selasa, 18 Ogos. - Ribuan rakyat dan penduduk Daerah Tutong telah membanjiri Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan di sini bagi menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 窶連li Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah yang memperlihatkan keakraban antara raja dan rakyat. Sudah menjadi tradisi bagi negara ini, rakyat dan penduduk tidak akan melepaskan peluang untuk bersemuka dan menatap wajah raja kesayangan rakyat sambil menyembahkan ucapan Selamat Hari Keputeraan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Daerah Tutong merupakan daerah yang pertama bagi sesi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat di negara ini yang tetap menjadi ristaan sepanjang zaman. Keberangkatan Kebawah DYMM ke majlis tersebut dialu-alukan dengan kibaran bendera Negara Brunei
Darussalam dan pukulan hadrah oleh para penuntut sekolah rendah dan menengah dari Daerah Tutong yang berbaris sepanjang jalan menuju ke Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan yang secara langsung telah memeriahkan lagi suasana majlis berkenaan. Keberangkatan tiba Kebawah DYMM berserta kerabat diraja, dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-69; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 窶連bdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen. Sejurus keberangkatan tiba, Lagu
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama paduka-paduka anakanda dan adinda baginda berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat di Daerah Tutong.
Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dikumandangkan, diikuti dengan laungan tiga kali 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' oleh penghulu-penghulu mukim, ketuaketua kampung dan ketua-ketua rumah panjang dan seterusnya sembah kesyukuran dan taat setia oleh Pegawai Daerah Tutong. Ke muka 18
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia bersama paduka-paduka anakanda dan adinda berkenan menerima junjung ziarah daripada para peserta persembahan (kiri dan kanan).
KEBAWAH DYMM ketika berkenan menyaksikan persembahan gulintangan.
KEBAWAH DYMM berkenan menandatangani sebuah lukisan.
KEBAWAH DYMM, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan menerima junjung ziarah rakyat dan penduduk Daerah Tutong. BAGINDA berkenan beramah mesra dan menerima junjung ziarah daripada golongan belia dan kanak-kanak (kiri dan tengah), sementara gambar kanan, baginda berkenan menerima pesambah daripada ahli-ahli jawatankuasa.
KEBERANGKATAN Kebawah DYMM ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah dialu-alukan dengan kibaran bendera Negara Brunei Darussalam dan pukulan hadrah oleh para penuntut sekolah rendah dan menengah dari Daerah Tutong yang berbaris sepanjang jalan menuju ke Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan (kiri), sementara gambar kanan, persembahan khas dengan tema 'Raja Berwawasan Negara Cemerlang'.
PERSEMBAHAN koir memeriahkan persembahan khas.
AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit mengepalai laungan 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik'.
ANTARA yang hadir pada majlis berkenaan.
18
HARI RABU 19 OGOS 2015
Dari muka 16 & 17
Majlis diteruskan dengan persembahan khas dengan tema ‘Raja Berwawasan Negara Cemerlang’ daripada 569 orang terdiri daripada penuntut-penuntut sekolah rendah dan menengah, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, puak dan masyarakat Tutong, ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung, persatuan-persatuan dan badan-badan bukan kerajaan serta badan-badan sukarela di Daerah Tutong. Laungan ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’ oleh semua peserta persembahan mengakhiri persembahan khas berkenaan. Seterusnya baginda berserta kerabat diraja dijunjung berangkat bagi menerima junjung ziarah daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi, Jawatankuasa Acara Keraian, penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan ketua rumah panjang, peserta-peserta persembahan dan rakyat serta penduduk Daerah Tutong. Semasa berkenan menerima junjung ziarah, Kebawah DYMM juga berkenan menerima beberapa pesambah yang disembahkan khas sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-69 Tahun. Kebawah DYMM berserta kerabat diraja kemudian dijunjung berangkat bagi Majlis Santap di Dewan Utama Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong. Pada majlis itu, baginda telah berkenan menerima pesambah dan seterusnya memotong Kek Puja Usia. Doa Selamat dibacakan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Tutong, Pengiran Haji Shahril Azman bin Pengiran Haji Metussin. Sebelum berangkat balik meninggalkan Dewan Utama Kompleks
Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, baginda berserta kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah daripada Ahli-ahli Jawatankuasa dan jemputanjemputan khas. Kehadiran ribuan rakyat dan penduduk seawal pukul 7.00 pagi itu, menunjukkan rasa kesyukuran, penghargaan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi ke hadapan majlis baginda atas kepimpinan, kewibawaan dan kebijaksanaan yang telah menjamin suasana dan keadaan negara yang makmur, selamat, aman damai dan tenteram.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia bersama paduka-paduka anakanda dan adinda baginda berkenan berangkat ke Majlis Santap di Dewan Utama Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.
KEBAWAH DYMM ketika berangkat bagi Majlis Santap berkenaan dengan diiringi oleh Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali.
BAGINDA berkenan memotong Kek Puja Usia semasa berangkat pada Majlis Santap tersebut.
BAGINDA berserta paduka-paduka anakanda dan adinda-adinda baginda dalam sesi bergambar kenangan bersama keluarga Pegawai Daerah Tutong.
Raja berdaulat utamakan kepentingan rakyat
PEGAWAI Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali dalam sembah alu-aluannya.
TUTONG, Selasa, 18 Ogos. - Berkat daulat dan kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berwibawa, berwawasan dan berintegriti, berasaskan calak Brunei yang tersendiri, telah menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Islam yang unik, cemerlang dan menjadi contoh ikutan yang baik. Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali dalam sembah alu-aluannya menyembahkan, kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang adil lagi bijaksana yang sentiasa memeduli
kebajikan dan kesejahteraan rakyat, sehingga turut sama bebasah bekaring, demi memastikan semua kepentingan rakyat diutamakan, jelas menggambarkan keperibadian unggul Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat. “Seterusnya, sebagai langkah strategik daerah ini ke arah jaringan keselamatan sosial yang mampan, melalui modal insan yang berkualiti serta sumber budaya dan khazanah warisan yang sedia ada, Daerah Tutong akan terus komited dan lebih berusaha pada meningkatkan aktiviti-aktiviti perekonomian masyarakat yang berpotensi tinggi dan berdaya saing untuk menawarkan lebih banyak lagi peluang-peluang
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Mohd. Sahrizal Haji Said pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat dan penduduk di daerah ini, khususnya di kalangan pencaripencari kerja dan Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung,” jelas Awang Wardi dalam sembah alu-aluannya, selaku wakil rakyat dan penduduk daerah ini semasa menjunjung keberangkatan Kebawah DYMM Bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Tutong sempena Sambutan Ulang Tahun
Keputeraan Baginda Ke-69 Tahun bagi daerah ini. Dalam sembah alu-aluannya pada majlis tersebut, Pegawai Daerah Tutong berkata, keberangkatan Kebawah DYMM bercemar duli ke daerah ini merupakan peluang keemasan yang sangat dinantikannantikan oleh seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini bagi menzahirkan rasa syukur dan kasih sayang yang amat mendalam terhadap raja yang sangat dicintai.
19
HARI RABU 19 OGOS 2015
Raja Berwawasan Negara Cemerlang
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan paduka-paduka anakanda dan adinda berkenan berangkat pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong.
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Mohd. Sahrizal Haji Said
PERSEMBAHAN menggambarkan modal insan yang mempunyai daya saing tinggi yang akan membentuk tonggak ekonomi dinamik dan daya tahan dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.
PERSEMBAHAN koir penuh bertenaga memeriahkan berkonsepkan 'Raja Berwawasan Negara Cemerlang'.
TUTONG, Selasa, 18 Ogos. Persembahan Khas berkonsepkan ‘Raja Berwawasan Negara Cemerlang’ yang dipersembahkan oleh seramai 569 peserta di Padang Kompleks, Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong berjaya memukau perhatian orang ramai yang hadir pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di daerah ini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan
persembahan
khas
Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyaksikan persembahan yang penuh bertenaga dan warna-warni semasa berangkat bercemar duli ke majlis tersebut di sini. Dengan berkonsepkan, ketaatan rakyat kepada raja berteraskan amanah, persembahan menghuraikan rakyat mendukung kepimpinan raja membangun negara dengan semangat bertanggungjawab, berdikari, jujur dan berdaya saing,
yang berpaksikan ajaran-ajaran Islam dan amalan tradisi berbaik-baik dalam hidup beragama, berkerajaan dan bermasyarakat. Persembahan khas ini mengandungi empat segmen dan melibatkan gabungan penyertaan gabungan daripada penuntut-penuntut sekolah rendah dan menengah, pegawaipegawai dan kakitangan kerajaan, puak masyarakat Tutong, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, persatuan-persatuan dan badan-badan bukan kerajaan serta badan-badan sukarela di daerah ini. Segmen Pertama ‘Iltizam Generasiku’ memberikan gambaran sebagai masyarakat Brunei dari zaman-berzaman memiliki sifat jati diri dan integriti yang tinggi nilainya merangkumi amanah, bersih, cekap dan taat menjunjung perintah Allah selaras dengan aspirasi Negara Zikir menjadikan sebuah negara ‘Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur’ sebagai tunjang menegakkan negara
Melayu Islam Beraja (MIB) yang dijelemai rakyat yang berbilang bangsa dan didukung oleh generasi muda yang berdisiplin, dinamik dan bertakwa yang akan membentuk rakyat yang patriotisme kepada bangsa dan negara. Segmen Kedua ‘Patriotisme Tekad Keteguhan Bangsa’ memberi gambaran aktiviti keusahawanan adalah merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, iaitu fokus untuk meningkatkan produktiviti. Kejayaan yang dikecapi bertitik tolak daripada daya usaha dan kerajinan hidup bak kata, rajin berusaha tangga kejayaan, bukan berharap, yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang tetapi sentiasa berusaha meningkatkan prestasi dan memperbaiki kualiti. Modal insan yang mempunyai daya saing yang tinggi akan samasama mengambil segala kesempatan yang terbuka untuk membentuk tunggak ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan dalam mencapai Wawasan Brunei 2035, dan seterusnya mewujudkan peluangpeluang perekonomian dan
PERSEMBAHAN khas yang melibatkan gabungan daripada penuntut-penuntut sekolah rendah dan menengah Daerah Tutong.
pekerjaan. Segmen Ketiga ‘Belia Berbudi’ pula membawa erti, menjelang tahun 2035, Brunei akan dapat menjadi sebuah negara yang maju, melahirkan belia yang berkualiti, berdisiplin, berketerampilan, amanah, bekerjasama, bersikap progresif, kreatif, inovatif, berilmu, bertanggungjawab serta bersemangat waja. Untuk mencapai pembangunan negara, generasi baru yang berwibawa dan berwawasan merupakan sebagai pewaris kegemilangan negara pada masa hadapan kerana ‘Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara’. Kegiatan badan-badan sukarela akan dapat mewujudkan satu lapisan generasi calak Brunei yang berakhlak mulia, berwawasan dan berintegriti. Sementara itu pada Grand Finale persembahan khas itu, sebuah nyanyian Lagu ‘Hassanal Bolkiah’ turut dipersembahkan, diikuti dengan laungan ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’ oleh peserta-peserta persembahan.
20
NASIONAL
HARI RABU 19 OGOS 2015
Tanai titah Kebawah DYMM, laksanakan perubahan mindset TUTONG, Selasa, 18 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam baru-baru ini berkenan mengurniakan titah dalam Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-69 Tahun yang menekankan tentang segera melakukan penghijrahan minda, dari suka menunggu-nunggu dan berpeluk tubuh kepada rajin bekerja. Dalam titah baginda juga menyebut tentang ‘peluang’ pekerjaan yang sebenarnya ada, tetapi masih saja terpulang kepada pencaripencari pekerjaan masing-masing, namun pada lumrahnya peluang itu titah baginda banyak diisi oleh pekerja-pekerja asing di sektor swasta, sementara bagi pencari-pencari kerja dari kalangan anak tempatan masih dilihat mereka lebih memilih untuk bekerja di sektor awam atau kerajaan, dan perkara itu pada hemat baginda merupakan satu kelemahan ketara yang perlu diperbaiki. Dengan pengurniaan dan penegasan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu rata-rata rakyat dan penduduk di negara ini dan penduduk Daerah Tutong amnya menjunjung tinggi dan menyambut baik saranan titah baginda sebagaimana yang disampaikan oleh beberapa penduduk dalam temu bual Pelita Brunei pada upacara keberangkatan Kebawah
KETUA Kampung Sungai Kelugos, Awang Haji Ismail bin Haji Mohamad.
DYMM bercemar duli ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat di Daerah Tutong. Ketua Kampung Sungai Kelugos, Awang Haji Ismail bin Haji Mohamad menjelaskan, titah Kebawah DYMM sangat bertepatan dan menyarankan rakyat dan penduduk di negara ini serta pihak-pihak yang berkenaan untuk segera bertindak menangani seruan dan gagasan baginda terutama dalam isu masalah pencari pekerjaan ketika ini. Para graduan dari institusi-institusi pengajian tinggi tambahnya juga, perlu mengambil perhatian sewajarnya di mana dalam usaha mereka untuk mencari pekerjaan yang sesuai, mereka tidaklah harus memilih pekerjaan untuk menjawat sesuatu jawatan penting, bahkan disarankan kepada mereka untuk cuba mencari peluang pekerjaan di sektor-sektor swasta atau berdikari untuk memulakan pekerjaan sampingan seperti berniaga dan sebagainya, malah sebaliknya hendaklah mereka berubah sikap dengan tidak hanya bergantung harap pada sektor kerajaan semata-mata. Menyentuh mengenai kemudahan kerajaan yang diberikan di kampung beliau, Awang Haji Ismail bersyukur kerana kemudahankemudahan itu sememangnya ada disalurkan yang semata-mata bertujuan untuk memberikan keselesaan dan kemudahan kepada penduduk kampung antaranya pembaikan saliran parit yang bersesuaian di mana masalah banjir yang dihadapi selama ini sudah dapat diatasi, bantuan-bantuan kepada warga emas, orang yang berkeperluan khas dan anak-anak yatim, serta kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan turut mendapat perhatian pihak kerajaan. Pada kesempatan ini, Awang Haji Ismail turut menyeru para penduduk kampung di Daerah Tutong agar sama-sama turun padang memeriahkan sambutan-sambutan perayaan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM di daerah ini, di mana jelasnya pada 28 Ogos ini giliran daripada Institusi Mukim dan Kampung Zon I yang melibatkan tiga mukim iaitu Mukim Keriam, Mukim Kiudang dan Pekan Tutong akan mengadakan acara persembahan pentas malam yang bertemakan ‘Malam Kenangan Mustika Silam’ dengan menampilkan penyanyipenyanyi veteran Bintang Radio. Sementara Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Masyarakat Tiong Hua di Daerah Tutong, Soon Seng Lee menjelaskan, masyarakat Tionghoa di Daerah Tutong tidak ketinggalan dalam sama-sama memeriahkan suasana sambutan perayaan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-69 Tahun dan sentiasa mendoakan kesejahteraan Kebawah DYMM serta kekal karar memerintah negara ini dengan sejahtera dan aman makmur di bawah pimpinan
DAYANG Hajah Suzihirwinah binti Haji Abdul Karim, guru dari Sekolah Menengah Sayyidina Othman bergambar ramai bersama pelajar-pelajar beliau.
AHLI Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Masyarakat Tiong Hua di Daerah Tutong, Soon Seng Lee bergambar ramai bersama rakan-rakan beliau.
Berita dan Foto : Khartini Hamir baginda. Seperti di tahun yang sudah tambahnya, masyarakat Tionghoa hari ini juga menyembahkan pesambah berupa kek yang ditempah khas bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat yang tertulis 69 dan pada kek tersebut tertera tulisan Cina yang bererti ‘Allah Selamatkan dan Lanjutkan Usia Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan’ dan ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’, serta pepatah dalam tulisan Cina yang bermaksud ‘Allah Lanjutkan Usia Kebawah DYMM dan Semoga Negara Brunei Darussalam Sentiasa Aman Makmur dan Berkembang Maju’. Bagi sama-sama memeriahkan lagi suasana sambutan perayaan tahun ini, beliau mengalu-alukan rakyat dan penduduk di negara ini untuk sama-sama turun padang menyaksikan dan meraikan persembahan istimewa dari masyarakat Tionghoa pada 22 Ogos nanti yang bertemakan ‘Malam Kebudayaan’. Mengimbas kembali saranan titah Kebawah DYMM baru-baru ini, beliau selaku wakil pihak masyarakat Tionghoa sangat menjunjung tinggi titah berkenaan dan terdahulu menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM atas segala sumbangan kebajikan dan jasa baik kerajaan dalam memeduli hal ehwal kebajikan rakyat dan penduduknya di negara ini terutama dalam bidang pendidikan, pembangunan, kesihatan serta kesejahteraan hidup rakyatnya. Menyentuh mengenai isu atau masalah para pencari pekerjaan di negara ini, beliau menjelaskan ia tidak dinafikan masih terdapat sebahagian jumlah anak tempatan yang masih menganggur dan dalam hal ini negara ujarnya, perlu mengambil langkah yang sewajarnya bagi menangani masalah ini sama ada dengan cara mengurangkan jumlah pekerja asing di negara ini khususnya yang tertumpu di gedung-gedung perniagaan dan syarikat-syarikat swasta dengan memberikan peluang pekerjaan kepada
anak-anak tempatan. Walau bagaimanapun tegasnya, anak-anak tempatan sendiri perlu mengubah sikap dan pemikiran mereka untuk tidak terlalu memilih pekerjaan dan bergantung semata-mata kepada sektor kerajaan sahaja, sedangkan katanya, banyak peluang pekerjaan di sektor swasta atau bermula dari bawah secara persendirian dalam bidang perniagaan dan sebagainya. Guru dari Sekolah Menengah Sayyidina Othman, Dayang Hajah Suzihirwinah binti Haji Abdul Karim pula berpendapat, titah Kebawah DYMM baru-baru ini adalah sangat bertepatan dan sudah sampai masanya pihak-pihak berkenaan menangani isu-isu yang berbangkit dengan sebaiknya. Walau bagaimanapun terangnya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam memastikan anak-anak mereka menerima pendidikan yang sewajarnya sejajar dengan usaha Kerajaan Kebawah DYMM yang mengetengahkan Pendidikan Wajib kepada semua kanak-kanak seawal usia tujuh tahun lagi, dan dari situlah mereka perlu ditekankan kepada kepentingan dan disiplin pendidikan yang boleh sahaja mencerahkan masa depan anak-anak itu sendiri. Bagi para graduan lepasan institusi pengajian tinggi pula atau para pencari pekerjaan katanya, adalah disarankan kepada mereka untuk tidak terlalu memilih pekerjaan dan bergantung harap semata-mata pada sektor kerajaan bagi menjawat sesuatu jawatan, mereka ini boleh sahaja mendapatkan jawatan yang bersesuaian di sektor-sektor swasta dan sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara, selain negara juga perlu mengambil inisiatif untuk mengurangkan pengambilan tenaga asing di negara ini dan seterusnya memberikan peluang kepada anak-anak tempatan untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kualifikasi dan kepakaran mereka dalam bidang tertentu.
DALAM titah baginda juga menyebut tentang ‘peluang’ pekerjaan yang sebenarnya ada, tetapi masih saja terpulang kepada pencari-pencari pekerjaan masing-masing, namun pada lumrahnya peluang itu titah baginda banyak diisi oleh pekerja-pekerja asing di sektor swasta, sementara bagi pencari-pencari kerja dari kalangan anak tempatan masih dilihat mereka lebih memilih untuk bekerja di sektor awam atau kerajaan, dan perkara itu pada hemat baginda merupakan satu kelemahan ketara yang perlu diperbaiki.
HARI RABU 19 OGOS 2015
JAWATAN KOSONG
21
22
IKLAN
HARI RABU 19 OGOS 2015
JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS BANDAR SERI BEGAWAN DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS BANDAR SERI BEGAWAN SURAT KUASA PUSAKA : NO. LA/153/2015 KENYATAAN
BAHAWA permohonan kepada Mahkamah ini telah diperbuat oleh ANG TAI HUAT kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh ANG HOCK CHYE yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI
BEGAWAN jam
pada 11 9.30
Ogos
2015, Pagi.
Orang-Orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 23 Jun 2015. (MUHAMMAD AMIN LIM CHING) Penolong Pegawai Waris Negara Brunei Darussalam
IKLAN
HARI RABU 19 OGOS 2015
JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Pembayaran Dokumen. 6. Setiap borang sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah menyertakan Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan dan Salinan Resit Bayaran dokumen sebut harga. 7. Sebut Harga-Sebut Harga hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan ditutup rapi. Pada bahagian atas kiri sampul surat hendaklah ditulis Bilangan Sebut Harga, Tajuk Sebut Harga dan Tarikh Tutup Sebut Harga tanpa menunjukkan identiti Penender dan ditujukan kepada :Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan- Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Bangunan Kementerian Pendidikan Blok 'A', Tingkat 1 Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'A' Lapangan Terbang Lama, Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 8. SEBUT HARGA hendaklah dimasukkan
23
ke dalam Peti Sebut Harga, Unit Tawaran dan Sebut Harga, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Blok 'A', Tingkat 1, Bahagian Kewangan 'A', Bangunan Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. 9. Sebut Harga-Sebut Harga yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai sebut harga tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan. 10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima sebut harga yang paling rendah atau sebarang sebut harga yang tidak munasabah. 11. Setiap sebut harga yang diisi dan ditulis dengan tidak betul, tidak jelas dan tidak lengkap adalah dikira rosak dan ditolak. 12. Penender yang menolak atau membatalkan sebut harga atau kontrak setelah kebenaran sebut harga diperolehi atau setelah tutup sebut harga akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.
KEMENTERIAN KESIHATAN
PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehi dari Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja, mulai hari Rabu, 12 Ogos 2015. Sila layari website Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. 2. Tawaran-Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan bilangan tajuk tawaran serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada :Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Peti Tawaran, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan Commonwealth Drive Bandar Seri Begawan, BB 3910 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-Tawaran hendaklah disediakan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah ditetap dan disediakan dalam dua (2) salinan termasuk salinan asal atau sepertimana yang dinyatakan. Dokumendokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, hari Selasa pada 9 September 2015. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Yuran tawaran (tender fee) bagi tiap-tiap tawaran adalah seperti dinyatakan dan dikehendaki pembayaran dengan WANG TUNAI sahaja (dan yuran tawaran
KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SYARAT-SYARAT IKLAN SEBUT HARGA 1. SEBUT HARGA adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Bayaran dokumen sebut harga bagi setiap sebut harga adalah dikehendaki dalam bentuk Wang Tunai. Penender adalah dikehendaki membayar semua bayaran dokumen sebut harga seperti yang diiklankan yuran sebut harga tidak akan dikembalikan kepada setiap penender sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar sebut harga yang jujur (bone-fide tender). 3. Kadar bayaran dokumen sebut harga adalah seperti yang ditetapkan dalam Iklan sebut harga. 4. Sebelum mengambil borang, setiap Penender hendaklah membayar borang dokumen sebut harga, di Tingkat 1, Blok 'B',
Kaunter 1, Unit Tunai dan Hasil, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'B', Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. Sila pastikan Resit pembayaran borang dokumen sebut harga yang diterima adalah betul. HARI DAN WAKTU PENERIMAAN WANG PEMBAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA ISNIN HINGGA KHAMIS 8.00 PAGI HINGGA 11.45 PAGI 1.45 PETANG HINGGA 3.00 PETANG SABTU 8.00 PAGI HINGGA 10.00 PAGI 5. Borang-Borang sebut harga boleh diperolehi di Tingkat 1, Blok 'A', Kaunter 6, Unit Tawaran dan Sebut Harga Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'A', Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan Resit
tidak akan dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat di Bahagian Akaun, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan semasa waktu-waktu bekerja. Waktu Menerima Bayaran : ISNIN - KHAMIS 8.00 PAGI - 11.00 PAGI 2.00 PETANG - 3.00 PETANG SABTU 8.00 PAGI - 10.00 PAGI 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling rendah atau lain-lain tawaran. 6. Tawaran adalah dibukakan kepada semua pemborong-pemborong dan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :• Sijil Pendaftaran Perniagaan yang Masih Sahlaku dan Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. • Manakala bagi pemborong / pembekal yang menyertai tawaran ubat-ubatan (Drug and Medicine) mestilah mempunyai Lesen Racun yang sah Poison Act (Cap. 114). • Manakala bagi pemborong / pembekal yang menyertai tawaran bagi kerja-kerja pembangunan dan pendawaian elektrik mestilah mempunyai Lesen Pendaftaran yang masih sah dari Kementerian Pembangunan. 7. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garispandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.
IKLAN
24
HARI RABU 19 OGOS 2015
pemohon-pemohon bolehlah menghubungi JABATAN PENERBANGAN AWAM JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA
Seksyen Ternakan Ikan, Divisyen Industri Akuakultur,
Stesen
Perikanan
Muara,
Simpang 287-53, Jalan Peranginan Pantai Pelumpong dan Sungai Bunga.
TAWARAN UNTUK MEMAJUKAN TAPAK INDUSTRI TERNAKAN IKAN
2.
Jabatan
Brunei Darussalam, di talian 2771207 atau
Perikanan, Kementerian Perindustrian dan
2770066 pada masa-masa waktu bekerja atau
DI KAWASAN TANJUNG
Sumber-Sumber
melayari laman web Jabatan Perikanan :
PELUMPONG DAN SUNGAI BUNGA
syarikat-syarikat
DALAM SANGKAR TERAPUNG
Sehubungan
Serasa, Kampung Serasa, Muara, Negara
Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
mengusahakan
telah
sangkar.
kekosongan
Utama yang
mempelawa
berminat
untuk
www.fisheries.gov.bn.
tapak
kawasan di negara ini bagi pemeliharaan ikan
pemeliharaan
ikan
dalam
mendapatkan
Bil : KHEU/BDP/LTK/014/2015 PEMELIHARAAN DAN MENAIKTARAF SEKOLAH DAN INSTITUTSI PENGAJIAN TINGGI Menaiktaraf Perpustakaan KUPUSB
Tarikh dan Jam tutup mengambil dokumen tawaran : 1 September 2015 (3.00 Petang) Tarikh tutup : 8 September 2015 (2.00 Petang)
borang-borang
SYARIKAT 16 / 17 3.
KERTAS
KERJA
PROJEK
BERSERTA ALIRAN KEWANGAN SEBARANG
PERTANYAAN
BERHUBUNG
SEKSYEN
BOLEH
INDUSTRI
TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Lembaga Tawaran Kecil, Tingkat Satu, Bahagian Kewangan, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Menteri Besar, Berakas, BB3910, Negara Brunei Darussalam (kecuali ditetapkan alamat yang lain dalam iklan atau dokumen Tawaran) tidak lewat dari jam 2.00 Petang pada tiap-tiap hari SELASA seperti tarikh yang telah ditetapkan.
Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan tajuk projek yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantar kepada alamat di para satu menurut arahan yang dinyatakan dalam Dokumen Kontrak. Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan-penerangan yang
30
September
2015,
Yuran tawaran adalah dikehendaki dan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada berjaya atau yang tidak kecuali kerja-kerja yang ditawarkan dibatalkan. Sebelum dokumen-dokumen tawaran dikeluarkan, setiap pemborong dikehendaki membawa sijil pendaftaran dan pembekal yang menunjukkan bahawa pemborong adalah yang berdaftar di Kementerian Pembangunan dalam kelas yang ditetapkan dan dikehendaki membayar yuran tawaran itu seperti kadar yang ditetapkan. Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran.
Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Tingkat 4, Kementerian Perhubungan
TAWARAN BAGI :
Gate 6, 7 and 8 Brunei International Airport.
Jalan Menteri Besar
THE SUPPLY, INSTALLATION, INTEGRATION, TESTING, TRAINING AND COMMISSIONING OF 3 UNIT OF AIRCRAF GUIDANCE STOPPING SYSTEM (AGSS) AT GATE 6, 7 AND 8, BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT BILANGAN TAWARAN : JPA/AT/2015/01
2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup tanpa menunjukkan identiti atau logo pembekal / pemborong, ditulis dengan :
Bandar Seri Begawan BB3910
Tarikh Tutup : 15 September 2015 (Hari Selasa)
:
lanjut bolehlah didapati dan diperolehi dari Tingkat 1, Bahagian Kewangan, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Menteri Besar, Berakas, BB3910, Negara Brunei Darussalam. Jumlah yuran adalah seperti berikut.
Syarat-Syarat Tawaran :
THE SUPPLY, INSTALLATION, INTEGRATION, TESTING, TRAINING AND COMMISSIONING OF 3 UNIT OF AIRCRAF GUIDANCE STOPPING SYSTEM (AGSS) AT GATE 6, 7 AND 8, BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT BILANGAN TAWARAN: JPA/AT/2015/
pada
Jam 2.00 Petang.
Kepada :
1. TAWARAN adalah dipelawa untuk The Supply, installation, integration, testing, training and commissioning of 3 units of Aircraft Guidance Stopping System (AGss) at
2. SALINAN SIJIL PENDAFTARAN
ialah
MENYERTAKAN :
permohonan,
JABATAN PENERBANGAN AWAM KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
Syarat-Syarat Tawaran:
PEMOHON / RAKAN KONGSI
Tarikh tutup menghantar permohonan
Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. Yuran dokumen : BND500.00 (Tidak dikembalikan)
PENGENALAN
2771207 ATAU 2770066.
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG - PEMBORONG KELAS IV ATAU V DAN KATEGORI B01 & KA01
KAD
PERINGATAN PEMOHON MESTILAH
3. Untuk penerangan lanjut dan bagi
dalam sangkar terapong di kawasan Tanjung
SALINAN
TERNAKAN UDANG MELALUI TALIAN
memohon kawasan-kawasan berkenaan bagi
1. JABATAN PERIKANAN, Kementerian
mengenalpasti
itu,
1.
Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-tawaran hendaklah sampai kepada Jawatankuasa Sebut harga tidak lewat jam 2.00 petang Hari Selasa, 15 September 2015. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Penerbangan Awam, Negara Brunei Darussalam iatu semasa hari-hari bekerja (Isnin-Khamis dan
Sabtu) dengan bayaran sebanyak BND100.00 (hardcopy) dan BND5.00 (sofcopy) yang tidak dikembalikan. 5. Penerangan-penerangan yang lanjut bolehlah diperolehi dari, Bahagian Perkhidmatan Telekom Penerbangan, Jabatan Penerbangan Awam, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Negara Brunei Darussalam. Telefon : 2330142 sambungan 1010/1221 Faksimile : 2333666 7. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran. 7. Iklan-iklan tawaran bolehlah dilihat melalui lama web http://www.civil-aviation.gov.bn.
JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK JABATAN PERDANA MENTERI JEMPUTAN UNTUK MEMBERI TAWARAN JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK JABATAN PERDANA MENTERI Bilangan Tawaran : JPE / LTK / BP/ 013 / 2015 Tajuk Kerja : SUPPLY AND DELIVERY OF 200kva GENERATOR SET Tarikh Tutup : 15 SEPTEMBER 2015, (HARI SELASA), jam 2.00 Petang Yuran Tawaran : BND10.00 (tidak dikembalikan)
Tempat menghantar : ''PETI TAWARAN'' PENGERUSI Lembaga Tawaran Kecil Jabatan Perdana Menteri Jalan Menteri Besar Negara Brunei Darussalam. Kelayakan : PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KATEGORI : P01 ATAU P05 KELAS : II DAN KE ATAS Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan lanjut bolehlah
dilihat dan diperolehi dari Kaunter Unit Pendaftaran Bahagian Perdagangan, Tingkat Satu (1) Jabatan Perkhidmatan Elektrik. PERHATIAN : SILA BAWA SALINAN SIJIL PENDAFTARAN (KEMENTERIAN PEMBANGUNAN) SEMASA MENGAMBIL DOKUMEN DARI KAUNTER UNIT PENDAFTARAN BAHAGIAN PERDAGANGAN, TINGKAT 1 JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK JABATAN PERDANA MENTERI.
IKLAN
HARI RABU 19 OGOS 2015
JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DIBUKAKAN PEMBORONGPEMBORONG YANG BERDAFTAR DI KELAS : III , IV & V DI BAWAH KATEGORI : KPB11 & KPB01 SAHAJA TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : 1 SEPTEMBER 2015 (SELASA) TARIKH TUTUP : HARI SELASA, 15 SEPTEMBER 2015 HINGGA JAM 2.00 PETANG BIL : JKR/DTS/15/STE/2015-T/IV MEMBAIKPULIH KEROSAKAN PADA PERMUKAAN KUBAH (MAIN AND MINARET DOME) DAN KERJA MEMBAIKPULIH TANAH TETURUN DI MASJID YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKAIH KAMPUNG BOLKIAH NO.PROJEK : JKR/DTS/SP/04/2015 YURAN TAWARAN dan e-DOKUMEN : BND100.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) DIBUKAKAN PEMBORONGPEMBORONG YANG BERDAFTAR
DALAM KELAS : II , III & 1V KATEGORI :3 TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN HARI SELASA, 25 OGOS 2015 TARIKH TUTUP : HARI SELASA, 8 SEPTEMBER 2015 JAM 2.00 PETANG BIL : JKR/DBSBM011/2015 KONTRAK PENGGAL (24 BULAN) BAGI PENJAGAAN DAN PEMBERSIHAN BANGUNAN BARU DEWAN MAJLIS, BANDAR SERI BEGAWAN BAGI TAHUN 2015 / 2017 DITAWARKAN SEMULA NO.PROJEK : 2015DBSBM/JKR005 YURAN TAWARAN : BND30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) DIBUKAKAN PEMBORONGPEMBORONG YANG BERDAFTAR DALAM KELAS : IV & V KATEGORI : 3 TARIKH AKHIR MENGAMBIL
JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA 1. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil dan masukkan ke dalam Peti Lembaga Tawaran Kecil KPSU, Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Jalan Menteri Besar, BB3910, Negara Brunei Darussalam. Tidak lewat dari jam 2.00 petang, pada hari Selasa, 1 September 2015. JPt/TAW/12/2015-2016 : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR ALAT GANTI SERTA AKSESORI BAGI JENTERA TRAKTOR PADI KUBOTA
MODEL L-45 (Yuran Tawaran : BND50.00) JPt/TAW/13/ 2015-2016 : SUPPLY AND DELIVERY OF FIVE (5) UNITS NEW COMBINE HARVESTER TRACK TYPE FOR AGRICULTURE AND AGRIFOOD DEPARTMENT (Yuran Tawaran : BND50.00) 2. Tawaran-Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang dietapkan tidak akan dilayan. 3. Tawaran-Tawaran hendaklah dalam sampul surat yang bertutup dan
JABATAN PENERBANGAN AWAM KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
1. TAWARAN adalah dipelawa untuk ''PEMBEKALAN MESIN BINDING HOSE BAGI PERKHIDMATAN BOMBA LAPANGAN TERBANG DCA/AFS/2015/SH-03''
BAGI PERKHIDMATAN BOMBA LAPANGAN TERBANG'' Bilangan Tawaran : DCA/AFS/2015/SH-03 Tarikh Tutup : 2 September 2015
2. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang bertutup tanpa menunjukkan identiti atau logo pembekal / pemborong, ditulis dengan : ''PEMBEKALAN MESIN BINDING HOSE
Kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut harga d/a Bangunan Jabatan Penerbangan Awam Kementerian Perhubungan Bandar Seri Begawan, BB 2513
DOKUMEN TAWARAN HARI SELASA, 1 SEPTEMBER 2015 TARIKH TUTUP : HARI SELASA, 15 SEPTEMBER 2015 JAM 2.00 PETANG BIL : JKR/DBSKB011/2015 KONTRAK PENGGAL UNTUK MENGENDALIKAN DAN MEMELIHARA LOJI KUMBAHAN KAMPUNG PANDAN KUALA BELAIT NO.PROJEK : 2015DBSKB/B00411-07 YURAN TAWARAN : BND100.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) Syarat-Syarat Tawaran : TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Tingkat Bawah, Kementerian Pembangunan, Berakas, BB3510, Negara Brunei Darussalam (kecuali) lain dari alamat yang dinyatakan dalam iklan atau dokumen tawaran. Tawaran-Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. Tawaran-Tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan tajuk projek yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantar
pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis dengan bahagian / tajuk tawaran dan tarikh tutup sahaja tanpa menunjukkan identiti pembekal. 4. Dokumen-Dokumen dan borang-borang tawaran serta penerangan lanjut bolehlah dilihat dan diperolehi dari Ibu Pejabat Pertanian dan Agrimakanan, Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas, Bandar Seri Begawan. 5. Yuran Tawaran adalah dikehendaki bagi setiap satu tajuk dan tidak akan dikembalikan kepada setiap penender. 6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran.
Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-tawaran hendaklah sampai kepada Jawatankuasa Sebut Harga tidak lewat jam 2.00 Petangi, hari Rabu, 2 September 2015. Tawarantawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Penerbangan Awam, Negara Brunei Darussalam semasa hari-hari bekerja dengan bayaran sebanyak BND5.00 (tidak dikembalikan). 5. Penerangan lanjut bolehlah
tarikh DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS KUALA BELAIT DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS BELAIT SURAT KUASA PUSAKA : NO. KB/LA/ 52/2015 KENYATAAN
BAHAWA permohonan kepada Mahkamah ini telah diperbuat oleh KAN SIAK KWAN kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh LEONG CHOY WAH yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu
si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BELAIT pada 20 Ogos 2015, jam 9.00 Pagi. Orang-Orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BELAIT sebelum
yang
tersebut
di
atas.
Tarikh : 8 OGOS 2015. SURAT KUASA PUSAKA : NO. KB/LA/ 53/2015 KENYATAAN
BAHAWA permohonan kepada Mahkamah ini telah diperbuat oleh MATHEW WONG FOO LEONG kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh WONG AH ENG yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di
25
ke alamat yang dinyatakan dalam dokumen tawaran. Dokumen-Dokumen tawaran bolehlah dilihat dan diperolehi dari Unit Pembahagian Dokumen, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Dokumen tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait (bilangan tawaran yang dimulai dengan huruf (''JKR/DBSKB ...'') bolehlah dilihat dan diperolehi dari Unit Kontrak, Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam. Yuran tawaran tidak akan dikembalikan kepada mana juga kontraktor sama ada berjaya atau tidak kecuali kerja-kerja yang ditawarkan dibatalkan. Sebelum dokumen-dokumen tawaran dikeluarkan, setiap pemborong dikehendaki membawa sijil pendaftaran kontraktor dan pembekal yang menunjukkan bahawa pemborong adalah yang berdaftar di Kementerian Pembangunan dalam kelas yang ditetapkan dan dikehendaki membayar yuran tawaran. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang terendah atau lain-lain tawaran.
7. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan hendaklah disertakan bersama. 8. Semua penender dan / atau wakilnya hendaklah dimestikan hadir untuk mendengar sesi taklimat dan penerangan mengenai tawaran di atas pada 26 Ogos 2015 (hari Rabu) jam 2.00 Petang, (Bilik Suria) di Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Bandar Seri Begawan. 9. Penjualan borang dokumen tawaran berakhir pada 26 Ogos 2015 (Hari Rabu) jam 2.30 Petang. 10. Tawaran-tawaran yang diiklankan di atas boleh dilayari melalui laman web Jabatan Pertanian seperti berikut :Laman web : http//www.agriculture.gov.bn
diperolehi dari Pejabat Ketua Pegawai Bomba Lapangan Terbang, Jabatan Penerbangan Awam, melalui talian : Telefon : 2330142 sambungan 1633 Faksimile : 2334776 6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran. 7. Iklan-iklan tawaran bolehlah dilihat melalui laman web http:/www.civil-aviation.gov.bn. dalam MAHKAMAH BELAIT pada 20 Ogos 2015, jam 9.00 Pagi. Orang-Orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 8 OGOS 2015. (AWANGKU SHAHYZUL KHAIRUDDIEN BIN PENGIRAN ABDUL RAHMAN) Timbalan Pegawai Waris Kuala Belait Negara Brunei Darussalam
26
IKLAN
HARI RABU 19 OGOS 2015
JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER-SUMBER UTAMA KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER-SUMBER UTAMA KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA TAWARAN 1 Bilangan Tawaran : KPSU/PREDEC/SH/012/2015-2016 Tajuk Tawaran : Pemeliharaan Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Akuakultur Telisai (ARDC), Meragang (ADC) dan Pusat Penghasilan Induk Serasa (BDC) TARIKH TUTUP TAWARAN : KHAMIS, 27 OGOS 2015, JAM : 2.00 PETANG Syarat-Syarat Tawaran : 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Sijil Pendaftaran Perniagaan di Negara Brunei Darussalam. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dialamatkan kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PEMBERITAHUAN SEBUT HARGA SYARAT-SYARAT, PANDUAN DAN MAKLUMAT : 1. SEBUT HARGA adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat / pemborong-pemborong yang berdaftar dan terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Pemohon-Pemohon yang berkhidmat dengan kerajaan atau syarikat-syarikat swasta yang berhubungkait dengan kerajaan seperti Brunei Shell Petroleum (BSP), Cold Gas (LNG), Royal Brunei Airlines (RBA) dan seumpamanya tidak akan diterima. 3. Pemohon-Pemohon mestilah membawa bersama salinan SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 serta COP SYARIKAT semasa mengambil Borang Sebut Harga. 4. Borang Sebut Harga bolehlah diperolehi di :Bahagian Kewangan Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Tingkat 4, Blok 2 I Jalan Ong Sum Ping Bandar Seri Begawan, BA1311 Negara Brunei Darussalam. 5. Pemohon hendaklah menggunakan BORANG ASAL yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. 6. Bagi syarikat-syarikat / pemborongpemborong yang berminat untuk mengikuti sebut harga ini hendaklah menyertakan dan menghadapkan SALINAN SIJIL PENDAFTARAN 16 & 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat,
Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. 7. Setiap Borang Sebut Harga hendaklah diisi dengan lengkap dan dicop syarikat dengan menggunakan dakwat berwarna BIRU sahaja. 8. Borang Sebut Harga serta salinan dan SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat biasa yang tertutup (sealed envelope) dengan menulis, TAJUK & BILANGAN SEBUT HARGA DAN TARIKH TUTUP tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti syarikat / pemborong. 9. Dan hendaklah dikembali dan dimasukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA yang ditujukan kepada :PENGERUSI Jawatankuasa Sebut Harga Tingkat 1, Bahagian Kewangan Kementerian Hal Ehwal Ugama Jalan Menteri Besar, BB3910 Negara Brunei Darussalam. Tarikh tutup tidak lewat pada :Hari Rabu 04 Zulkaedah 1436H / 19 Ogos 2015M, tidak lewat jam 2.00 Petang. 10. TARIKH AKHIR MENGAMBIL BORANG SEBUT HARGA ADALAH PADA :Hari Selasa, 03 Zulkaedah 1436H / 18 Ogos 2015M, tidak lewat jam 4.00 Petang. 11. Setiap satu Borang Sebut Harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat. 12. Borang Sebut Harga yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN. 13. Berikut adalah masa-masa bagi mengambil Borang-Borang Sebut Harga :HARI ISNIN hingga KHAMIS dan SABTU 8.00 Pagi - 11.30 Pagi 2.00 Petang - 4.00 Petang
Jalan Menteri Besar Bandar Seri Begawan, BB3910 Negara Brunei Darussalam. dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang terletak di Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan, BB3910, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan di atas. 3. Dokumen-dokumen tawaran dan borang-borang tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehi dari Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sumber-Sumber Utama, alamat : Pusat Perkembangan Akuakultur (ADC Meragang), KM 5 Jalan Lebuhraya Muara-Tutong Kg. Meragang, Pekan Muara, BT 2728 Negara Brunei Darussalam. 4. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan Borang Tawaran Asal yang telah disediakan. 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran.
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
HARI RABU 19 OGOS 2015
IKLAN
27
28
IKLAN
HARI RABU 19 OGOS 2015
NASIONAL
HARI RABU 19 OGOS 2015
29
Kanak-kanak istimewa nikmati kemeriahan Aidilfitri Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali
MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof dan isteri, Datin Paduka Dayang Hajah Salmah binti Haji Hanafiah hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
JUGA hadir Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional dan Teknikal / Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Kesihatan, ketua-ketua pengarah dan pengarah-pengarah serta para pegawai kanan.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 Ogos. - Lebih 200 kanak-kanak istimewa berserta para ibu bapa petang ini diraikan pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pusat Perkembangan Kanak-Kanak yang diadakan di Dewan Al-Afiah Kementerian Kesihatan, di sini. Majlis dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof dan Datin. Pada majlis tersebut, Menteri Kesihatan dan Datin juga menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak istimewa yang hadir. Juga hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional dan Teknikal/ Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Kesihatan, ketua-ketua pengarah dan pengarah-pengarah serta
ANTARA persembahan nyanyian yang dibawakan oleh kanak-kanak istemewa dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pusat Perkembangan Kanak-Kanak.
para pegawai kanan. Majlis diserikan dengan pelbagai hiburan dan persembahan nyanyian daripada kanak-kanak dan guru-guru dari pusat tersebut termasuk beberapa cabutan bertuah sambil menikmati jamuan Hari Raya. Pusat tersebut yang ditubuhkan pada tahun 1999 merupakan sebuah unit di bawah Kementerian Kesihatan dengan fungsi utamanya memberi perkhidmatan, penilaian dan pengurusan kanak-kanak yang berkeperluan khas. Ahli-ahli profesional di pusat
berkenaan berperanan untuk memberi penilaian, pemantauan perubatan, terapi dan sokongan kepada kanakkanak tersebut dan keluarga mereka. Pusat tersebut juga menerima sejumlah besar rujukan bagi kanakkanak yang berkeperluan khusus, mulai daripada masalah pembelajaran kepada keperluan perubatan yang lebih kompleks. Majlis Sambutan Hari Raya tersebut dihasratkan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai situasi kanak-kanak istimewa di Negara Brunei Darussalam.
Hari Raya terus meriah MUARA. - Sambutan Hari Raya Aidifitri terus dimeriahkan walaupun sudah hampir empat minggu berlalu dengan beberapa kegiatan keagamaan dan kekeluargaan. Sebuah perkumpulan yang ditubuhkan awal tahun ini telah bersama-sama menyambut Ramah Mesra Aidilfitri dan seterusnya membaca doa selamat bersempena Khatam Al-Qur'an di Kampung Kapok pada 8 Ogos lalu. Jalinan persaudaraan yang pada asalnya disemai melalui sebuah ruangan Media Elektronik, iaitu WhatsApp adalah bersandarkan perkongsian doa-doa harian, pengajaran hadis-hadis, cerita-cerita agama dan tidak ketinggalan info-info semasa yang bermanfaat. Terdapat berbilang status / kerjaya dalam kalangan ahli-ahlinya. Dinamakan 'Salam Berkah Darussalam Famili Fillah' (SBD FF) yang bersendikan kekeluargaan Islam Fillah (kerana Allah). Tetamu kehormat pada majlis tersebut adalah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Datin Paduka Dayang Hajah Zasia binti Haji Sirin (Ahli SBD FF I). Juga turut hadir selaku tetamu khas adalah Tuan Yang Terutama Dato Paduka Awang Haji Ishaaq bin Haji Abdullah serta isteri, Datin Hajah Mastura binti Haji Awang (Ahli SBD FF I & II), Awang Haji Marali bin Haji Ahmad (Ketua Kampung Kapok / SBD FF I) Turut hadir dua orang admin bersama, iaitu Awang Haji Taufik bin Abdul Wahib berserta isteri (Singapura / SBD FF I) dan Awang Haji Mazlan bin Haji Osman serta keluarga (Pengetua Tahfiz Asshakirin-Perak / SBD FF II). Antara menyerikan majlis ialah ceramah oleh Drs. Awang Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah (Penceramah Pusat Da'wah Islamiah / SBD FF I) bertajuk 'Silaturahim dalam Islam dan Cabaran Dunia Media Elektronik dalam Berdakwah yang mengikut Landasan Agama dan Negara yang Betul'. Tema sambutan 'Ukhwah / Mahabbah Fillah'.
JALINAN persaudaraan yang pada asalnya disemai melalui sebuah ruangan Media Elektronik, iaitu WhatsApp adalah bersandarkan perkongsian doa-doa harian, pengajaran hadis-hadis, cerita-cerita agama dan tidak ketinggalan info-info semasa yang bermanfaat (atas dan bawah).
Sambutan Aidilfitri KUPU SB Oleh : Haji Mahmud Hafidzie Haji Ali Mashod Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Othman
RA'ES Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim hadir dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436 Hijrah KUPU SB di Dewan Tarbiyah.
SEBAHAGIAN daripada yang hadir pada majlis tersebut.
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) tidak ketinggalan meraikan hari kemenangan umat Islam setelah menjalani ibadah puasa Ramadan, iaitu Hari Raya Aidilfitri. Walaupun Syawal sudah menghampiri penghujungnya, kemeriahan Aidilfitri masih dapat dirasakan sebagaimana yang dapat disaksikan semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436 Hijrah KUPU SB di Dewan Tarbiyahnya. Hadir sama ialah Ra'es KUPU SB, Ustazah Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim. Majlis dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna dan Surah Al Faatihah beramai-ramai diketuai oleh Awang Jalaluddin Jamil bin Mohd. Qashiry Azam. Majlis yang bertemakan 'Menghayati Syawal Dengan Ketakwaan' turut dimeriahkan dengan persembahan tausyeh
daripada gabungan mahasiswi kolej berkenaan. Antara objektif mengadakan sambutan ialah bagi merai dan menyemarakkan syiar Islamiah melalui Sambutan Aidilfitri dengan suasana perpaduan, kekeluargaan dan peluang untuk beramah mesra. Ia juga bagi melahirkan rasa syukur di atas nikmat yang Allah Ta'ala kurniakan sekali gus memberikan
keyakinan supaya sentiasa mensyukuri semua nikmat yang ada, serta memberi peluang bagi warga KUPU SB untuk saling bermaafmaafan dan memelihara hubungan baik sesama Muslim. Sambutan itu juga menjadi salah satu wadah dan peluang bagi mahasiswa dan mahasiswi menjalankan aktiviti ke arah meningkatkan perpaduan, kesefahaman, kesepakatan dan kerjasama semua jawatankuasa yang terlibat.
SUASANA Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436H KUPU SB di Dewan Tarbiyah Kolej Universiti berkenaan.
30
NASIONAL
HARI RABU 19 OGOS 2015
Sambut Aidilfitri bersama klien Pusat Rehabilitasi Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
KONSULTAN dan Ketua Jabatan Piskiatri, Dr. Hilda Ho menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis tersebut.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 Ogos. - Bagi memberikan peluang kepada para klien pusat-pusat Rehabilitasi di negara ini sama-sama merasakan kemeriahan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri, Jabatan Psikiatri Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436 Hijrah / 2015 Masihi. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Pusat Rehabilitasi Psikiatri, Kampung Kiarong, di sini ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof. Sementara itu, Konsultan dan Ketua Jabatan Psikiatri, Jabatan Psikiatri, Hospital RIPAS, Dr. Hilda Ho dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan, seramai 12 klien Pusat
Rehabilitasi Psikiatri Daerah Brunei dan Muara, Pusat Penjagaan Harian Psikiatri Daerah Belait dan Pusat Penjagaan Harian Psikiatri Temburong menerima anugerah Cemerlang berupa sumbangan Hari Raya daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Anugerah Cemerlang itu, katanya, merupakan satu inisiatif bagi memberikan penghargaan dan semangat kepada klien yang telah berjaya menunjukkan kecemerlangan di dalam pemulihan dan rawatan mereka. Selain itu, ia juga, katanya, akan menjadi dorongan kepada klien yang lain untuk lebih berusaha dengan gigih dan bersemangat ke arah mencapai tahap pemulihan yang cemerlang. Pada majlis tersebut, Menteri Kesihatan menyampaikan Anugerah Cemerlang sepanjang tahun kepada para penerima yang terdiri daripada klien-klien pusat tersebut, diikuti
MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof semasa hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.
dengan persembahan nyanyian Aidilfitri daripada klien-klien pusat berkenaan. Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga berkesempatan beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan serta klien pusat-pusat tersebut sempena
Hari Raya Aidilfitri jabatan berkenaan. Majlis tersebut antaranya bertujuan untuk memberikan galakan kepada semua klien Pusat-pusat Rehabilitasi berinteraksi dan beramah mesra dengan para hadirin.
Kemeriahan Syawal Hari Raya KPSSU eratkan silaturahim Cawangan 'D' PDB
MAJLIS Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Cawangan 'D' Pasukan Polis Diraja Brunei dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Bahrin bin Mohd. Noor.
Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 Ogos. - Cawangan 'D' Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) hari ini menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi yang berlangsung di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong. Hadir selaku tetamu khormat pada majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Bahrin bin Mohd. Noor. Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam. Pada majlis tersebut diserikan lagi dengan persembahan hiburan oleh anggota polis daripada wakil Cawangan ‘D’ dan juga cabutan angka bertuah. Sambutan tersebut merupakan aktiviti tahunan sempena memeriahkan Sambutan Hari Raya PDB, di samping mengeratkan hubungan sesama anggota polis serta ahli keluarga anggota polis berkenaan.
Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar antara yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2015 Kementerian Perindustruian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) bertempat di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 14 Ogos. - Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus diraikan walaupun bulan Syawal kini sudah berada di penghujungnya. Sehubungan itu, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya bertempat di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar. Juga hadir ialah Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan kira-kira 500 orang pegawai dan kakitangan KPSSU serta ahli keluarga masing-masing. Antara acara yang disusun pada
majlis tersebut ialah sesi ramah mesra bersama tetamu kehormat, tayangan klip video imbasan Hari Raya KPSSU 2014 dan Pertandingan Sketsa Hari Raya. Sebanyak lapan buah kumpulan terdiri daripada gabungan agensi di bawah KPSSU telah menyertai pertandingan yang memberikan peluang kepada para pegawai dan kakitangan untuk mengasah bakat kreatif mereka, di samping memupuk sifat kerjasama untuk menjayakan persembahan mereka. Sudut penghakiman dibahagikan kepada dua kategori, iaitu bakat menyanyi, bakat pelakon, kreativiti skrip lakonan dan pakaian pementasan. Pada majlis tersebut, Yang Berhormat juga telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan tersebut. Acara kemuncak majlis ialah acara cabutan nombor-nombor bertuah dan 'Grand Draw' yang mana hadiahhadiah adalah sumbangan in-kind daripada warga KPSSU. Tema sambutan pada tahun ini ialah 'Suasana Berhari Raya Tahun 60an-70an'. Majlis yang dikelolakan oleh Jabatan Perikanan, Bahagian Keselamatan Agrimakanan, Bahagian Biosekuriti dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sumber-Sumber Utama, bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim dan muhibah di antara para pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan.
BIBD ALAF raikan Aidilfitri Oleh : DK. Nur Effa Ryina Pg. Haji Hamdani Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 14 Ogos. - Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi BIBD ALAF bertempat di Dewan Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien, di sini.
Majlis diserikan dengan sumbangan derma kepada lebih 90 orang pelajar yang mengikuti Program ALAF (Advocating Life-Long Learning for an Aspiring Future) yang telah disampaikan oleh Ketua Institusi Perbankan BIBD, Awang Haji
GAMBAR ramai bersama 90 orang pelajar yang mengikuti Program ALAF.
GAMBAR ramai bersama 90 orang pelajar yang mengikuti Program ALAF.
Minorhadi bin Haji Mirhasan. Hadir pada majlis itu ialah Ketua Institusi Perbankan BIBD, Awang Haji Minorhadi; Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Abdul Rahim bin Derus, Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Azman bin Haji Gapar dan Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Hajah Rusita binti Haji
Yahya. Juga hadir ialah ibu bapa dan penjaga pelajar Program ALAF serta pegawai dan kakitangan BIBD. Program ALAF ialah sebuah program bantuan Galakan Pembelajaran Sepanjang Hayat yang membantu menawarkan peluangpeluang pendidikan bagi kanakkanak yang kurang berkemampuan diungkayahkan bersama BIBD dan Kementerian Pendidikan.
Program itu juga dihasratkan ke arah kepentingan pendidikan awal dalam menyokong Wawasan Brunei 2035 untuk mencapai tahap 100 peratus pendidikan kepada semua rakyat dan penduduk negara ini. Orang ramai yang ingin menyumbang ke dana BIBD ALAF bolehlah menderma dengan minima BND1.01 ke akaun BIBD ALAF 1018181811 atau menghubungi mana-mana cawangan BIBD.
SUKAN
HARI RABU 19 OGOS 2015
31
'Museums Race Brunei' dilancarkan Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali mengenal lebih dekat muziummuzium dan galeri yang ada serta mengetahui bidang tugas yang dilaksanakan. Maklumat lanjut mengenai perlum-
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menyertai sesi senamrobik sebelum menyempurnakan pelepasan perlumbaan tersebut. Juga berangkat menyertai senamrobik,Yang Amat Mulia Pengiran Muda Omar Ali ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.
JERUDONG, Ahad, 16 Ogos. Sebanyak 89 pasukan akan berentap dalam acara 'Museums Race Brunei' yang diadakan buat kali pertama sempena memperingati Sambutan Jubli Emas Penubuhan Jabatan Muzium-Muzium (1965 - 2015). Perlumbaan yang mengandungi empat orang sepasukan itu akan dilaksanakan pada 16, 23 dan 30 Ogos 2015 dan melibatkan zon-zon yang telah dikenal pasti dan menerokai tempat-tempat bersejarah di seluruh negara. Sehubungan itu, pelepasan peserta acara ini disempurnakan oleh
Setiausaha Tetap Kementerian, Kebudayaan Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin bertempat di Jerudong Park Garden, di sini. Berangkat menghadiri acara tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Muda Omar 'Ali ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah. Acara didahului dengan sesi senamrobik dan seterusnya peserta diberi peluang memilih lokasi
pertama masing-masing. 'Museums Race Brunei' akan berakhir pada 30 Ogos nanti dengan majlis penyampaian hadiah yang mana pasukan tiga teratas akan membawa pulang hadiah berupa tiket penerbangan. Antara tujuan perlumbaan berkenaan ialah untuk mengenalkan tempat-tempat warisan dan bersejarah kepada orang awam melalui aktivitiaktiviti yang mencabar dalam bentuk fizikal serta menguji minda. Selain itu ia juga dihasratkan dapat menambah pengetahuan mengenai budaya negara ini, di samping dapat
baan ini bolehlah melayari laman web www.museumsracebrunei. com dan akan dikemaskinikan melalui media sosial Jabatan Muzium-Muzium.
PARA peserta diberi peluang untuk memilih lokasi pertama masing-masing selepas sesi senamrobik.
Sukan bola baling dibarigakan
Chain Block wakili Brunei Muara Oleh : Dk. Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 16 Ogos. - Pasukan Chain Block akan mewakili Daerah Brunei dan Muara ke Peringkat Kebangsaan bagi Kategori 'A' dan 'B' pada Kejohanan Tarik Kalat Tradisi Negara Brunei Darussalam yang akan dilangsungkan kemudian. Sebanyak 12 buah pasukan telah beradu tenaga pada kejohanan bagi Daerah Brunei dan Muara sempena
Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69. Kejohanan berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara pada sebelah petang dan malam. Ia dibahagikan kepada tiga
ANTARA aksi perlawanan Tarik Kalat yang berlangsung di Taman SOAS ibu negara.
kumpulan, Kategori 'A' berat badan seorang peserta tidak melebihi 70 kilogram, Kategori 'B' berat badan 1,100 kilogram bagi 10 peserta dan Kategori 'C' dan berat badan terkumpul tidak melebihi 600 kilogram bagi 10 peserta berumur 19 tahun ke bawah. Kategori 'A' terdiri daripada Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), pasukan EWC Seri Kandi dan pasukan Chain Block. Sementara Kategori 'B' terdiri daripada pasukan Chain Block, pasukan EWC Seri Kandi 'A', pasukan PDB, pasukan MB Athlete dan pasukan EWC Seri Kandi 'B'. Manakala Kategori 'C' pula terdiri daripada pasukan EWC Seri Kandi, pasukan Chain Block, pasukan MB Athlete dan pasukan Lancang Kuning Seri 2 Kampung Lugu. Pasukan Chain Blok juara bagi Kategori 'A', naib johan ialah pasukan EWC Seri Kandi dan tempat ketiga diberikan kepada pasukan PDB. Bagi Kategori 'B', johan diraih juga oleh pasukan Chain Block, naib johan dimenangi oleh pasukan EWC Seri Kandi 'A' dan berada di tempat ketiga ialah pasukan MB Athlete. Johan bagi Kategori 'C' disandang oleh pasukan EWC Seri Kandi, naib johan diraih oleh pasukan Chain Block dan pasukan MB Athlete di tempat ketiga. Majlis penyampaian hadiah kepada pasukan-pasukan akan diadakan pada 19 Ogos nanti sewaktu Peringkat Saringan Kebangsaan.
TAKLIMAT Bengkel Pengenalan Bola Baling (Handball) disampaikan oleh jurulatih Risto Boha bagi guru-guru dan penuntut-penuntut sekolah-sekolah menengah di Daerah Tutong.
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman TUTONG, Isnin, 10 Ogos. - Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Cawangan Daerah Tutong dengan kerjasama Persekutuan Bola Baling (BHF) dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Daerah Tutong mengadakan Bengkel Pengenalan Bola Baling bagi Guru-Guru dan Penuntut-penuntut Sekolah-sekolah Menengah di daerah ini. Bengkel tersebut diadakan di Kompleks Sukan JBS Daerah Tutong, di sini. Acara dimulakan dengan mendengar beberapa taklimat pengenalan bola baling, diikuti dengan persembahan permainan bola baling dan latihan asas. Acara diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan bagi sekolah-sekolah yang menyertai bengkel berkenaan yang disempurnakan oleh Ketua Kokurikulum daerah ini, Awang Haji Hairul Absah bin Haji Abdul Lahai dan sesi bergambar ramai. Sebanyak lima buah sekolah menengah mengikuti bengkel tersebut terdiri daripada 15 guru dan 70 penuntut sekolah menengah. Bengkel bertujuan untuk membangunkan sukan bola baling agar dapat dikendalikan secara bersistematik bermula dari peringkat akar umbi (sekolah), kemudian membangunkan sukan bola baling pada setiap daerah hinggalah ke peringkat kebangsaan.
32
HARI RABU 19 OGOS 2015
NBD kutuk Festival Bola Sepak Serantau di bawah umur tindakan ganas 14 tahun 2015 (AFC)
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan takziah kepada Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral Prayuth Chan-O-Cha dan juga kepada kerajaan serta rakyat Thailand berikutan dengan letupan bom yang telah berlaku baru-baru ini di Central Bangkok. Dalam perutusan kepada Perdana Menteri Thailand, TYT Jeneral Prayuth Chan-O-Cha, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan rasa terkejut mengetahui tentang kejadian letupan bom berkenaan yang mengakibatkan kehilangan jiwa. Baginda dan kerajaan baginda serta rakyat Negara Brunei Darussalam mengutuk tindakan ganas tersebut dan menyampaikan simpati yang mendalam dan ucapan takziah kepada TYT dan kerajaan serta rakyat Thailand, terutama sekali kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian berkenaan.
Berkenan hantar titah perutusan takziah
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) berkenan merasmikan Festival Bola Sepak Serantau di bawah umur 14 tahun 2015 (AFC). - Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman (Lihat muka 3).
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo dan juga kepada kerajaan serta rakyat Republik Indonesia mengenai insiden nahas kapal terbang Trigana Air IL267 di Papua, Republik Indonesia. Di dalam perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Presiden Republik Indonesia, TYT Dato Laila Utama Joko Widodo itu, baginda berasa sedih mendengar berita tentang insiden nahas kapal terbang berkenaan. Baginda berserta kerajaan baginda dan rakyat Negara Brunei Darussalam seterusnya menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati kepada TYT, kerajaan dan rakyat Indonesia, terutama sekali kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut. Baginda berharap agar mereka akan terus tabah dan bersabar menghadapi musibah ini.
Perkhidmatan perubatan jemaah haji berkonsepkan klinik bergerak Dari muka 1 Seperti yang kita sedia maklum tambah Yang Berhormat, banyak cabaran-cabaran dan cubaan-cubaan yang bakal dihadapi kelak semasa di tanah suci apatah lagi perubahanperubahan yang dilaksanakan oleh Kementerian Haji Arab Saudi, justeru para pegawai perubatan hendaklah patuh dan akur dengan tugas masing-masing. “Apa yang mustahak ialah supaya biskita jangan saja menunggu di klinik-klinik yang akan dibuka nanti, dengan cara kitani mengenalkan mobile clinic atau klinik bergerak untuk mengunjungi jemaah-jemaah haji secara berpasukan adalah salah satu daripada kaedah pemedulian yang sangat mustahak kepada jemaah haji apatah lagi jika terdapat sudah senarai nama jemaah-jemaah haji yang tua ataupun yang mempunyai rekod penyakit yang kronik,” jelasnya. Para pegawai perubatan haji ujar Yang Berhormat, juga hendaklah sentiasa menasihatkan para jemaah haji negara supaya sentiasa menjaga kesihatan, menjaga makan, kebersihan diri dan perkara-perkara yang diperlukan dan sentiasa minum air. “Semoga mereka dapat
mengerjakan ibadah haji mereka dengan sempurna dan baik dan selesa sepanjang musim haji dalam mengerjakan haji pada tahun ini,” jelas Yang Berhormat. Seramai 20 kakitangan perubatan telah terpilih di dalam rombongan pegawai perubatan haji tersebut yang terdiri daripada enam doktor, 14 jururawat dan kakitangan bantuan dan diketuai oleh Pakar dan Ketua Jabatan Perubatan Rawatan Rapi, Dr. Haji Zulhilmi bin Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah. Dr. Haji Zulhilmi ketika menyampaikan ucapannya pada majlis tersebut berkata, Kementerian Haji di Arab Saudi pada tahun ini telah menguatkuasakan peraturan baru, iaitu melarang Pejabat Urusan Haji Pentadbiran dan Perubatan untuk mengadakan klinik dan pejabat dalam lingkungan dua kilometer daripada markaziah (pusat haram iaitu Masjid Al-Haram dan Masjid Nabawi). Oleh itu jelasnya, perkhidmatan perubatan haji, termasuk klinik terpaksa ditempatkan di kawasan lain pada tahun ini. Di Madinah Al-Munawarah tambahnya, perancangan untuk membuat klinik di luar kawasan ini
terpaksa ditukar oleh sebab yang tidak dapat dielakkan dan klinik haji Brunei akan masih ditempatkan di Hotel Dallah Taibah, berdekatan dengan tempat penginapan jemaah Brunei. Sementara itu jelasnya, klinik haji Brunei di Mekah Al-Mukaramah akan ditempatkan di kawasan Shisha, kira-kira 3 kilometer dari Masjid AlHaram. Pada majlis tersebut, Yang Berhormat turut menyampaikan surat lantikan kepada rombongan pegawai perubatan haji dan sumbangan kepada bakal-bakal jemaah haji Kementerian Kesihatan. Seperti lazimnya, sebahagian pegawai-pegawai perubatan haji ini akan bertolak lebih awal dan yang lainnya akan mengiringi jemaah di setiap penerbangan. Peranan rombongan pegawai perubatan haji ini adalah untuk memberi sokongan perkhidmatan pesakit luar, perkhidmatan rawatan dalam wad bagi jemaah lelaki dan perempuan, perkhidmatan kecemasan 24 jam, perkhidmatan farmasi, perkhidmatan ambulans serta penghantaran dan mengiringi pesakit yang perlu dirujuk ke Hospital Arab Saudi. Majlis juga bertujuan bagi meraikan bakal-bakal jemaah haji Kementerian
MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof menyampaikan sumbangan kepada seorang bakal jemaah haji Kementerian Kesihatan.
Kesihatan yang diadakan setiap tahun. Turun hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap, Timbalan-
Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.
ALLAH PELIHARAKAN SULTAN DAN NEGARA