''BETA sangat gembira kerana perhimpunan para intelek dan cendekiawan, terus disemarakkan di negara ini. Landasan ini amatlah penting, untuk kita dapat mengupas dan mendalami apa-apa yang ada kaitan dengan pembangunan bangsa.'' - Titah Sempena Perasmian Majlis Ilmu 2016 pada 23 Ogos 2016 Masihi / 20 Zulkaedah 1437 Hijrah.
''WAHAI orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah at-Tahrim, ayat 8).
4.53
TAHUN 62 / BILANGAN 38
5.03
6.21
29 MAC 2017 / 1438
6.43
12.26
1
3.29
6.30
7.39
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun di Istana Nurul Iman.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, yang sedang berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka lawatan kerja. Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Malaysia telah berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Sabah, Malaysia. Menyertai bersama Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Malaysia pada Majlis Mengadap itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani Khanizaman. Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng. Majlis Mengadap tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.
Hengyi Industries menyumbang kepelbagaian ekonomi negara Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman JERUDONG, Isnin, 27 Mac. Kompleks Kilang Penapisan Minyak Mentah dan Aromatics Cracker Hengyi Industries Sdn. Bhd. di Pulau Muara Besar merupakan satu Pelaburan Langsung Asing (FDI) tunggal terbesar Negara Brunei Darussalam yang dilihat sejak tahun kebelakangan, mampu meningkatkan keyakinan mengenai aspek pembangunan dan peluang-peluang yang akan dibawa masuk ke negara ini serta penduduknya. Ia adalah bukti daya tarikan Negara
Brunei Darussalam pada syarikatsyarikat antarabangsa yang terkemuka, sebagai salah satu destinasi FDI. Di tambah lagi, kejayaan kerjasama syarikat usaha sama antara Modal Pembangunan Strategik, di bawah Tabung Dana Kemampanan (Sustainability Fund) Kementerian Kewangan dan Zhejiang Hengyi Petrokimia, mempamerkan hubungan yang kukuh di antara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China. Menteri di Jabatan Perdana Menteri
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim menyatakan demikian pada Majlis Penandatanganan Perjanjian Pelaksanaan bagi Projek Kilang Penapisan Minyak dan Aromatik bersepadu Hengyi Industries Sdn. Bhd. berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka, di sini. Menurut Yang Berhormat, penandatanganan perjanjian pelaksanaan tersebut adalah mercu tanda ketara bagi Negara Brunei Darussalam dalam usahanya ke arah persekitaran yang lebih kondusif dan pro business. Selain menyumbang pada kepelbagaian ekonomi negara dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Brunei, Yang Berhormat berkata, Hengyi dijangka menjana faedah sampingan (spinoffs) perniagaan bagi syarikat tempatan
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Jelas Yang Berhormat, pembentukan perjanjian pelaksanaan itu, adalah penting kerana ia menggariskan, antara lain, komitmen
Hengyi Industries pada peraturan serta keperluan pematuhan dan sumbangannya pada pembangunan ekonomi juga sosial negara. Ke muka 4
Muka 5
Muka 6
LOJI Penapisan Industri Minyak Hengyi rangsang faedah industri hiliran
KERJASAMA bidang pertahanan NBD Bangladesh meningkat
Faksimile: 2381004
Layari Layari Laman Laman Web: Web: www.pelitabrunei.gov.bn www.pelitabrunei.gov.bn
2
HASRAT NEGARA
HARI RABU 29 MAC 2017
Sistem kewangan Islam diterima dunia Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem Alhamdulillah Rabbil 'Alameen, Wabihiee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu' Wassalaamu 'Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du
29 MAC 2017 BERSAMAAN 1438
TERAPKAN DALAM DIRI KEPENTINGAN FAEDAH MENABUNG
M
B
ETA bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izin-Nya jua, dapatlah kita samasama menyambut Ulang Tahun Ke-25 Penubuhan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), institusi kewangan Islam pertama di negara ini, yang beta sendiri melancarkannya 25 tahun yang lalu, bagi tujuan supaya rakyat beta dapat menyimpan atau menabung. Alhamdulillah, sepanjang 25 tahun TAIB beroperasi, beta melihat sambutan orang ramai dari kalangan masyarakat Islam mahupun bukan Islam adalah membanggakan. Mereka terlibat untuk pelbagai tujuan, seperti tujuan bagi simpanan peribadi, perniagaan, simpanan jangka pendek dan jangka panjang atau apa saja tujuan dengan menggunakan sistem kewangan Islam. Semakin meningkat usia TAIB, semakin kita ingin melihat bagaimana pencapaiannya. Jika pencapaiannya cemerlang, maka itu adalah satu bukti bahawa Brunei juga mampu, sebagaimana orang lain mampu untuk mengendalikan sistem kewangan Islam, dan sekali gus membuktikan juga bahawa sistem ini adalah benar-benar hebat dan tepat untuk dilaksanakan. Belajar dari kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia hari ini, maka tabiat suka menabung dan berjimat adalah langkah yang tepat untuk diambil. Ia elok dimulai dari awal-awal lagi, daripada masa kanakkanak sampai ke dewasa. Para ibu bapa dan penjaga boleh saja melatih atau menggalakkan anak-anak mereka supaya mengamalkan budaya menabung dan berjimat itu. Janganlah para ibu bapa sampai tidak berbuat apa-apa, sehingga boleh mengundang kepada penyesalan di kemudian hari kelak. Menabung dari masa kecil sehingga dewasa, akan menolong seseorang untuk memperkukuh kewangannya dan kewangan keluarga, bahkan impaknya juga akan turut meningkatkan ekonomi negara. Beta suka mengimbas tujuan asal penubuhan TAIB ialah untuk menjadi institusi pemangkin kepada sikap menabung, yang bermula dari anak-anak sekolah lagi, sehingga mereka itu berumahtangga. Dalam makna, bukanlah bagi tujuan untuk menunaikan fardu haji semata-mata, malah lebih daripada itu, sebagai langkah menjana ekonomi keluarga dan negara. Bagi tujuan menjana ekonomi, TAIB tentu saja perlu bergerak melalui landasan biasa, seperti terlibat dalam pelaburan dan memiliki produk-produk yang ditawarkan serta lain-lain seumpamanya. Maka sehubungan ini, TAIB selaku institusi kewangan Islam, tidak boleh tidak, mesti
1
TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Menyambut Ulang Tahun Ke-25 Penubuhan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) pada 26 Jamadilakhir 1438 Hijrah bersamaan 25 Mac 2017 Masihi di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
MENABUNG dari masa kecil sehingga dewasa, akan menolong seseorang untuk memperkukuh kewangannya dan kewangan keluarga, bahkan impaknya juga akan turut meningkatkan ekonomi negara. memastikan yang dirinya tetap berjalan di atas lunas-lunas hukum syarak. Ini adalah amanah untuk menjadikan simpanan para penabung, bukan saja tumbuh dalam bentuk wang ringgit, tetapi juga lebih penting, berhias dengan berkat. Keberkatan adalah segala-galanya bagi kita orang Islam. Ini bukan bererti untuk menyekat pergerakan TAIB. Apabila bercakap mengenai berkat, ia bukanlah 'sekatan' tetapi adalah dorongan kepada pertumbuhan. Kerana pendapatan yang berkat, itulah sebenarbenarnya pertumbuhan. Pada hemat beta, dengan bercakap mengenai berkat, TAIB dan anak-anak syarikatnya tidaklah ada halangan untuk mengorak langkah menjadikannya sebuah institusi kewangan yang moden dan bertaraf antarabangsa. Apa yang penting ialah sikap gigih dan yakin kita, dalam melaksanakan sesuatu kerja menurut dasar yang kita pegang. Jika ini ada, insyaaAllah, kecemerlangan pasti berpihak kepada kita.
MAC
29 30 31 1 APRIL 2 3 4
Sehingga hari ini, institusi kewangan Islam sudah tumbuh sampai ke Eropah. Ini menjadi bukti, bahawa sistem kewangan yang patuh syarak telah pun diterima oleh dunia. Dunia sekarang sedang mendapati, bahawa di dalam sistem ini ada 'kelebihan' yang tersendiri. Jadi kita orang Islam, kenalah faham semua ini. Jika demikian itu keadaannya, maka kita sepatutnya lebih kuat lagi menyokong dan mendukung TAIB, samasama berganding bahu mempertahan dan membantu pertumbuhannya. Jangan biarkan ia terjejas atau mengalami masalah. Tadbir dan uruslah ia dengan telus dan bijaksana. Beta percaya, semua kakitangan TAIB adalah mereka yang telah matang belaka, yang mampu untuk berkhidmat dengan gigih dan tabah demi kepentingan TAIB dan bangsa. Tahniah beta kepada semua warga TAIB, dengan ucapan : Selamat Maju Jaya. Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
ENABUNG merupakan satu amalan proaktif berpaksikan kepada kesedaran seseorang dalam membuat persediaan bagi menjamin masa depan yang cerah. Pada zaman ini, menyimpan wang tabungan di bank merupakan perkara yang efektif untuk memastikan wang tabungan disimpan dengan selamat berbanding dengan menyimpan wang secara konvensional di rumah. Amalan menabung hendaklah dijadikan instrumen dalam mendepani kos hidup yang semakin kompleks dan mencabar. Walaupun amalan menabung ini merupakan perkara yang positif tetapi masih ramai yang memandang sepi akan faedah menabung kepada mereka. Justeru itu, kita semua hendaklah menerapkan dalam diri akan kepentingan faedah menabung. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah baginda sempena Majlis Ulang Tahun Ke-25 Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas baru-baru ini turut menggesa para ibu bapa dan penjaga untuk memupuk tabiat menabung dalam kalangan kanak-kanak dan menggalakkan mereka untuk lebih berhati-hati dalam perbelanjaan. Dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia menekankan bahawa tabiat menabung yang dipupuk sejak dari zaman kanak-kanak bukan sahaja akan membantu mengukuhkan kewangan kanak-kanak dan keluarga mereka tetapi juga meningkatkan ekonomi negara. Bertitah mengenai tujuan asal penubuhan TAIB, jelas baginda TAIB adalah menjadi sebuah institusi yang bertindak sebagai pemangkin untuk memupuk tabiat menabung dalam kalangan kanak-kanak dari zaman persekolahan sehinggalah mereka mempunyai keluarga sendiri. Titah baginda lagi, TAIB merupakan institusi kewangan Islam yang pertama di negara ini, di mana baginda sendiri melancarkannya 25 tahun lalu sebagai kemudahan untuk rakyat di negara ini menyimpan wang. “Alhamdulillah, sepanjang 25 tahun TAIB beroperasi, beta melihat sambutan orang ramai dari kalangan masyarakat Islam mahupun bukan Islam adalah membanggakan. Mereka terlibat untuk pelbagai tujuan, seperti tujuan bagi simpanan peribadi, perniagaan, simpanan jangka pendek dan jangka panjang atau apa saja tujuan dengan menggunakan sistem kewangan Islam. Semakin meningkat usia TAIB, semakin kita ingin melihat bagaimana pencapaiannya. Jika pencapaiannya cemerlang, maka itu adalah satu bukti bahawa Brunei juga mampu, sebagaimana orang lain mampu untuk mengendalikan sistem kewangan Islam, dan sekali gus membuktikan juga bahawa sistem ini adalah benar-benar hebat dan tepat untuk dilaksanakan,� titah baginda. Kebawah DYMM bertitah bahawa dengan mengambil iktibar daripada ketidaktentuan ekonomi yang membelenggu dunia ketika ini, rakyat perlu memupuk tabiat menyimpan wang pada usia muda. Baginda menegaskan, TAIB selaku institusi kewangan Islam tidak boleh tidak, mesti memastikan dirinya tetap berjalan di atas lunas-lunas hukum syarak. Jelas baginda, ini adalah amanah untuk menjadikan simpanan para penabung, bukan saja tumbuh dalam bentuk wang ringgit, tetapi juga lebih penting, berhias dengan berkat. Keberkatan adalah segala-galanya bagi kita orang Islam. “Ini bukan bererti untuk menyekat pergerakan TAIB. Apabila bercakap mengenai berkat, ia bukanlah ‘sekatan’ tetapi adalah dorongan kepada pertumbuhan. Kerana pendapatan yang berkat, itulah sebenar-benarnya pertumbuhan,� titah baginda lagi. Pada hemat baginda, apabila bercakap mengenai berkat, TAIB dan anak-anak syarikatnya tidaklah ada halangan untuk mengorak langkah menjadikannya sebuah institusi kewangan yang moden dan bertaraf antarabangsa. Sehubungan itu, kita sebagai rakyat dan penduduk di negara ini hendaklah mendukung hasrat Kebawah DYMM tersebut akan kepentingan menabung. Oleh yang demikian, tabiat menabung ini hendaklah dijadikan sebagai budaya hidup yang harus dipraktikan. Di samping itu, amalan ini juga boleh menjana kestabilan ekonomi seseorang individu dan mengekalkan keseimbangan negara secara efektif. Oleh itu, perspektif negatif seperti biar papa asal bergaya perlu diubah agar setiap individu mempunyai visi bagi mengharungi kehidupan kini yang serba mencabar. Justeru itu, sikap menabung boleh dijadikan benteng bagi mendepani realiti dunia baru yang pantas berubah dan berkembang. – Ketua Penyuntingan (Rd).
REJAB
1 2 3 4 5 6 7
4 . 53 4 . 53 4 . 52 4 . 52 4 . 52 4 . 51 4 . 51
5 . 03 5 . 03 5 . 02 5 . 02 5 . 02 5 . 01 5 . 01
6 . 21 6 . 20 6 . 20 6 . 19 6 . 19 6 . 18 6 . 18
6 . 43 6 . 42 6 . 42 6 . 42 6 . 41 6 . 41 6 . 40
12 . 26 12 . 26 12 . 26 12 . 25 12 . 25 12 . 25 12 . 24
3 . 29 3 . 28 3 . 27 3 . 26 3 . 25 3 . 25 3 . 26
6 . 30 6 . 29 6 . 29 6 . 29 6 . 29 6 . 29 6 . 29
7 . 39 7 . 39 7 . 38 7 . 38 7 . 38 7 . 38 7 . 38
HARI RABU 29 MAC 2017
3
Kebawah DYMM berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran D.P.K.T Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Muhammad Asri Haji Awang Abas
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang juga Inspektor Jeneral Polis berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T) kepada Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, Tuan Hoong Wee Teck. Sejurus selepas majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam berkenan menerima mengadap Tuan Hoong Wee Teck. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini. Mengiringi Pesuruhjaya Polis Republik Singapura ke majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai dan Commander Training Command (TRACOM), Republik Singapura, Tuan SAC Loy Chye Meng. Turut hadir, Pemangku Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar dan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang juga Inspektor Jeneral Polis berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T) kepada Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, Tuan Hoong Wee Teck (kanan).
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, Tuan Hoong Wee Teck.
4
HARI RABU 29 MAC 2017
Berkenan menerima mengadap isteri Pesuruhjaya Polis Republik Singapura Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap isteri Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, Puan Nyew Puay Ngim. Turut mengiringi ialah isteri Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Datin Hajah Kamariah binti Haji Abdul Hamid. Majlis Mengadap petang itu berlangsung di Istana Nurul Iman.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap isteri Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, Puan Nyew Puay Ngim. Turut mengiringi ialah isteri Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Datin Hajah Kamariah binti Haji Abdul Hamid.
Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan muhibah Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Mac. - Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib menerima kunjungan muhibah daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Marcal Avelino Ximenes. Kunjungan muhibah tersebut diadakan di Bangunan Dewan Majlis, di sini. Hadir sama pada kunjungan muhibah tersebut, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet
dan Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Timbalan Jurutulis MMN, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail berserta beberapa orang pegawai Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat. Pada kunjungan muhibah tersebut, Yang Berhormat Yang Di-Pertua MMN dan TYT Duta Besar Republik Demokratik Timor-Leste bertukartukar pandangan mengenai hal-hal yang menjadi keprihatinan bersama. Kedua-dua belah pihak berbincang-bincang mengenai perkembangan ekonomi yang sedang dialami di negara masingmasing.
YANG Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib (kanan) semasa menerima kunjungan muhibah dari Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Marcal Avelino Ximenes.
Hengyi Industries menyumbang kepelbagaian ekonomi negara
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim semasa berucap pada Majlis Penandatanganan Perjanjian Pelaksanaan bagi Projek Kilang Penapisan Minyak dan Aromatik bersepadu Hengyi Industries Sdn. Bhd.
Dari muka 1 Pada masa yang sama, Hengyi Industries tambah Yang Berhormat juga menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Brunei dalam pelbagai peringkat. Semasa peringkat pelaksanaan jelasnya, sejumlah 5,000 peluang pekerjaan akan disediakan dalam pelbagai bidang pembinaan, manakala dalam fasa pertama sahaja, Hengyi menjangka untuk menawarkan 971 peluang pekerjaan, di mana 40 peratus akan dibuka kepada penduduk tempatan, dari tahun pertama operasi. Setakat ini, Hengyi Industries sudah mempunyai 120 tenaga kerja, di mana 62 peratus adalah penduduk tempatan. Yang Berhormat seterusnya menambah, untuk memastikan 40 peratus keperluan kandungan tempatan dalam tahun pertama operasi, Hengyi Industries dengan bantuan Kementerian Pendidikan melalui Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah berjaya melaksanakan
program biasiswa yang mengambil mahasiswa dari UBD untuk belajar di Universiti Zhejiang di Republik Rakyat China yang merangkumi pengalaman industri dalam loji petrokimia. 13 graduan dari kohort pertama ujar Yang Berhormat, telah pun bekerja dengan Hengyi Industries dan 30 orang lagi kohort kedua serta ketiga sedang menjalani latihan mereka dalam operasi Hengyi di Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China. Pada 14 Februari 2017 yang lalu, seramai 14 lagi pelajar telah menandatangani untuk menyertai program biasiswa ini. Menurut Yang Berhormat lagi, pelaburan industri Hengyi akan menyumbang pada pembangunan Pulau Muara Besar sebagai tapak perindustrian, yang mampu menampung lebih banyak projek dan aktiviti, termasuk pembinaan dan logistik, keselamatan serta perkhidmatan penyelenggaraan. Sebagai sebahagian dari usaha untuk
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Hamzah Mohidin memudahkan perkembangan ini, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memulakan pembinaan empat lorong laut merentas jambatan, yang akan menghubungkan jarak tanah besar ke Pulau Muara Besar kira-kira 2.7 kilometer. Ini akan memudahkan pergerakan kakitangan serta menyediakan perkhidmatan yang penting dan utiliti ke pulau itu. Mengakhiri ucapannya, Yang Berhormat yakin bahawa keputusan Hengyi Industries untuk memilih negara ini sebagai destinasi pelaburan mereka akan membuahkan kejayaan melalui kerjasama yang kukuh untuk memenuhi objektifnya dan aspirasi negara.
NASIONAL
HARI RABU 29 MAC 2017
5
Loji Penapisan Industri Minyak Hengyi rangsang faedah industri hiliran
MENTERI di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua) semasa menyaksikan Majlis Penandatanganan Perjanjian Pelaksanaan bagi Projek Kilang Penapisan Minyak dan Aromatik bersepadu Hengyi Industries Sdn. Bhd.
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim (kiri) menerima dokumen perjanjian daripada Pengerusi Hengyi, Qiu Jian Lin (kanan).
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Hamzah Mohidin JERUDONG, Isnin, 27 Mac. - Loji Penapisan Industri Minyak Hengyi Sdn. Bhd. (Hengyi) di Pulau Muara
Besar akan memastikan sara diri Negara Brunei Darussalam dalam produk-produk penapisan dan
merangsang faedah sampingan bagi industri hiliran bernilai tinggi. Sehubungan itu, dalam proses untuk membangunkan Loji Penapisan Minyak dan Aromatik bersepadu di Pulau Muara Besar, satu lagi peristiwa penting dicapai dengan penandatanganan perjanjian pelaksanaan bagi projek ini di antara Jabatan Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (EIDPMO) selaku pengawal selia, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) sebagai fasilitator dan Hengyi sebagai pemaju projek. Hadir selaku tetamu kehormat
dan seterusnya menyaksikan penandatanganan tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka, di sini. Menandatangani bagi pihak EIDPMO ialah Setiausaha Tetap (Hiliran dan Tenaga) JPM, Dato Paduka Awang Haji Jamain bin Haji Julaihi, manakala BEDB ditandatangani oleh Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd.
Amin Liew bin Abdullah dan Hengyi diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi Industries Sdn. Bhd., Chen Lian Cai. Penandatanganan tersebut turut disaksikan oleh Pengerusi Hengyi, Qiu Jian Lin. Pada majlis tersebut, jumlah pelaburan bagi fasa pertama projek ini, iaitu bernilai USD3.445 bilion diumumkan oleh Pengerusi Hengyi, Qiu Jian Lin. Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi, Chen Lian Cai dalam ucapannya menjelaskan, Kompleks Aromatik dan Penapisan Minyak Hengyi merupakan salah sebuah projek pembangunan utama dalam bidang ekonomi serta perdagangan di antara China dan Negara Brunei Darussalam. Semasa fasa kemuncak pembinaan, 10,000 tenaga kerja akan diperlukan, di mana tidak kurang daripada 5,000 peluang pekerjaan akan dibuka kepada penduduk tempatan. Manakala semasa fasa operasi, Hengyi akan menggunakan 971 tenaga kerja tetap dan lebih 75 peratus penduduk tempatan semasa operasinya. Ini adalah sebahagian dari komitmen Hengyi untuk menyokong pekerjaan tempatan, kandungan tempatan dan Pelaburan Langsung Asing ke negara ini.
YANG Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua) semasa bergambar ramai bersama Pengerusi Hengyi. Juga hadir, Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke negara ini.
Menyebarkan maklumat palsu boleh dijatuhkan hukuman Siaran Akhbar : Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac. Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Jabatan Perdana Menteri menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarluaskan mengenai laporan palsu harga makanan di media sosial. Pihak JPKE memohon kerjasama daripada orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai harga barangan atau menyebarluaskan maklumat yang belum pasti kesahihannya melalui media sosial.
Orang ramai adalah diingatkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan bagi menyebarkan maklumat palsu di bawah Bab 34, Akta Ketenteraman Awam (Public Order Act), Penggal 148. Jabatan tersebut dalam kenyataan akhbarnya menyatakan bahawa sesiapa yang sama ada secara lisan atau secara bertulis atau dengan apa jua cara lain, menyebarkan berita-berita palsu atau membuat kenyataan-kenyataan palsu yang mungkin menyebabkan orang ramai takut atau gundah gulana adalah
melakukan kesalahan: Hukuman, denda BND3,000 dan penjara selama tiga tahun. Di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142, pihak JPKE telah dimandatkan untuk mengawal dan memantau harga barangan yang tersenarai di bawah Akta termasuk kenderaan bermotor penumpang, susu tepung berfomula, minyak masak, beras dan gula. Jika terdapat sebarang aduan ke atas barang yang disenaraikan di bawah Akta Kawalan Harga berkenaan, orang ramai dinasihatkan untuk berhubung terus dengan JPKE dengan memberikan dokumen dan maklumat sokongan seperti resit
pembelian dan nama syarikat yang diadukan. Ini adalah perlu bagi melancarkan proses penyiasatan dan JPKE akan mengambil tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana peniaga yangdidapati meletakkan harga melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan. Orang ramai yang mempunyai keraguan atau pertanyaan boleh berhubung terus dengan Bahagian Hal Ehwal Pengguna di JPKE mengunakan aplikasi mudah alih PenggunaBijak atau SmartConsumer, yang mana pengguna boleh memuat-naik gambar atau dokumen sokongan secara
mudah. Orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pengguna melalui talian telefon 2230223 (waktu pejabat) atau e-mel kepada aduanpengguna@jpke.gov.bn atau consumercomplaint@jpke.gov.bn dan mengunjungi laman media sosial Facebook www.facebook.com/AduanPenggunaJPKE ataupun terus ke Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pengguna di Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Bilik 3.06, Tingkat 3, West Wing, JPKE, Blok 2A, Jalan Ong Sum Ping, BA1131 Negara Brunei Darussalam.
6
NASIONAL
HARI RABU 29 MAC 2017
Kerjasama bidang pertahanan NBD - Bangladesh meningkat Oleh : Aimi Sani Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat (dua, kanan) menerima cenderahati daripada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Naib Marsyal Udara Mahmud Hussain pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan Bangladesh Ke-47.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Mac. - Hubungan Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Bangladesh merupakan satu contoh terbaik dengan menyaksikan dua buah negara kecil saling menyokong di antara satu sama lain dalam menjadikan dunia selamat dan aman untuk didiami. Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Naib Marsyal Udara Mahmud Hussain berucap demikian pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan Bangladesh Ke-47. Menurut TYT Naib Marsyal Udara Mahmud Hussain, hubungan dalam bidang pertahanan juga semakin meningkat, yang mana setiap tahun NBD dan Bangladesh saling bertukar pegawai juga staf bagi kursus kebangsaan pertahanan. NBD juga tambah TYT, menyokong secara aktif penglibatan Bangladesh dalam pelbagai organisasi serantau dan dunia. Selain itu, katanya, NBD juga
mengambil tenaga pekerja dari Bangladesh, iaitu dianggarkan 15 ribu pada tahun 2015, manakala lebih 10 ribu pada tahun lalu bagi kerja-kerja dalam bidang pembinaan. Hadir mewakili Kerajaan NBD pada majlis yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat. Juga hadir, perwakilan-perwakilan dari negara-negara sahabat ke negara ini, pegawai-pegawai kanan kerajaan, para jemputan lain dan pegawai serta kakitangan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Negara Brunei Darussalam. Majlis diserikan dengan acara memotong kek daripada Yang Berhormat Menteri Perhubungan dan TYT Naib Marsyal Udara Mahmud Hussain bersama isteri masingmasing. TYT Naib Marsyal Udara Mahmud Hussain dan isteri kemudian menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa dan isteri.
Kem Kerjaya dan Kem Pintar ALAF BIBD untuk pelajar Siaran Akhbar dan Foto : Bank Islam Brunei Darussalam BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Mac.- Program ALAF Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menerusi Kem Kerjaya ALAF BIBD dan Kem Pintar (Smart Camp) yang dijalankan selama tujuh hari berakhir baru-baru ini. Kem-kem yang disertai oleh seramai hampir 50 pelajar itu diisikan dengan sesi perbincangan dan kaunseling bagi menghasilkan dapatan terbaik daripada para peserta. Kem Kerjaya diharap dapat menyediakan lebih banyak pelajar ALAF dengan kesedaran mengenai peluang-peluang pekerjaan yang ada, di samping mengajar mereka untuk sentiasa fokus dalam pengajian selaras dengan usaha mereka ke arah kerjaya yang dipilih. Sementara itu, Kem Pintar bertujuan untuk terus memberi motivasi dan menyokong pembangunan serta
perkembangan pelajar terpilih, dengan membina keyakinan diri, membangunkan keupayaan dan memastikan mereka didorong untuk mencapai matlamat mereka. Ketua Perhubungan Kerajaan dan Khas Projek BIBD, Awang Haji Minorhadi bin Haji Mirhassan mengulas bahawa dengan sokongan berterusan daripada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, korporat dan individu lain, bersama-sama dengan inisiatif BIBD sendiri, BIBD dapat terus menyumbang pada pembangunan berterusan masyarakat kita, terutama mereka yang kurang bernasib baik. "Program ALAF adalah salah satu daripada aktiviti yang dekat di hati kami untuk memastikan bahawa kita menyumbang ke arah yang lebih HAMPIR 50 pelajar mengikuti Program ALAF Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menerusi Kem Kerjaya ALAF BIBD dan Kem Pintar yang diisikan dengan sesi perbincangan dan kaunseling.
ANTARA aktiviti yang diadakan semasa Program ALAF BIBD (atas dan kanan).
produktif juga ekonomi yang mampan. Kami bangga dengan kemajuan yang menggalakkan pelajar-pelajar tersebut, insyaaAllah, baik dalam perjalanan mereka untuk mencapai cita-cita mereka." Program ALAF BIBD kini menyokong pembangunan lebih daripada 140 pelajar dan berkembang dengan adanya usaha kolaborasi daripada pihak awam dan swasta termasuk ekspedisi amal BIBD sendiri untuk ALAF, sumbangan dari agensi korporat serta masyarakat umum. Melalui Program ALAF, BIBD berharap untuk menyelaraskan sokongannya pada visi 2035 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi mendapatkan tahap 100 peratus dari pendidikan untuk semua orang, secara langsung mempunyai memberi kesan pada mengurangkan kemiskinan. InsyaaAllah, ini akan membawa
Negara Brunei Darussalam ke arah kemakmuran dan keamanan masa depan yang lebih, menjadikannya individu penduduk Brunei dengan
berpendidikan yang mahir dan berjaya, selaras dengan yang ditetapkan di peringkat piawaian antarabangsa.
HARI RABU 29 MAC 2017
NASIONAL
7
Kebudayaan menyumbang pada industri pelancongan Oleh : Khartini Hamir Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Mac. - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun. Kunjungan hormat tersebut berlangsung di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Jalan Kebangsaan Lama, di sini. Dalam kunjungan itu, kedua-dua menteri bertukar-tukar pandangan dan maklumat mengenai hal ehwal kebudayaan yang dapat menyumbang pada industri pelancongan serta perkara-perkara yang mempunyai
kepentingan bersama. Kedua belah pihak seterusnya menyatakan aspirasi untuk melihat lebih banyak kerjasama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Negeri Sabah bagi mengeratkan hubungan silaturahim yang telah sekian lama terjalin. Menyertai rombongan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman. Juga hadir, Setiausaha-Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan Awang Haji Mohd. Noor Jusmin Haji Abdul Samad serta pegawai-pegawai kanan KKBS.
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (kanan) semasa menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Perbarisan Kawalan Kehormatan sempena Pengurniaan Bintang Kebesaran
PESURUHJAYA Polis Diraja Brunei (PDB), Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam semasa menerima kunjungan muhibah daripada rombongan Pasukan Polis Singapura yang diketuai oleh Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, Dato Paduka Seri Hoong Wee Teck (atas). Sementara gambar kiri, suasana Upacara Perbarisan Kawalan Kehormatan sempena Pengurniaan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada Pesuruhjaya Polis Republik Singapura di Bangunan Ibu Pejabat PDB.
Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei GADONG, Isnin, 27 Mac. - Upacara Perbarisan Kawalan Kehormatan sempena Pengurniaan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam, iaitu Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T) kepada Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, Dato Paduka Seri Hoong Wee Teck di Bangunan Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB). Terdahulu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan D.P.K.T yang membawa gelaran 'Dato Paduka Seri'
kepada Pesuruhjaya Polis Republik Singapura pada Majlis Mengadap di Istana Nurul Iman. Hadir pada upacara tersebut ialah Pesuruhjaya PDB, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam dan Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali selaku Pemangku Sementara Timbalan Pesuruhjaya Polis bersama pegawai-pegawai kanan PDB. Pada upacara itu, Pesuruhjaya Polis Republik Singapura telah memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang kemudiannya diselajurkan dengan kunjungan muhibah daripada rombongan Pasukan Polis Singapura yang diketuai oleh Pesuruhjaya Polis Republik Singapura kepada Pesuruhjaya PDB.
8
NASIONAL
HARI RABU 29 MAC 2017
Majlis Doa Kesyukuran Penubuhan Ke-65 Tahun Jabatan Penerangan Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac. - Sempena sambutan memperingati penubuhannya yang ke-65 tahun, Jabatan Penerangan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran, Membaca Surah Yaa Siin dan Bertahlil yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan JPM, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM),
Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet) di JPM, Awang Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos; Pemangku Pengarah Penerangan, pegawai-pegawai kanan JPM serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan. Acara dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid, Awang Haji
PEMANGKU Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar (empat, kanan) semasa menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib, Isyak dan Sunat Hajat Berjemaah sempena memperingati Penubuhan Jabatan Penerangan Ke-65 Tahun, 2017 yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan JPM.
SEBAHAGIAN daripada pegawai dan kakitangan wanita Jabatan Penerangan semasa membaca Surah Yaa Siin dan bertahlil sempena memperingati Penubuhan Jabatan Penerangan Ke-65 Tahun, 2017.
Aslenan bin Haji Metussin. Majlis diteruskan dengan Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yaa Siin, Bertahlil dan Doa Kesyukuran, disusuli dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah. Jabatan Penerangan yang dahulu dikenali sebagai Perkhidmatan Penerangan ditubuhkan pada 1 April 1952. Antara peranan utama jabatan berkenaan adalah sebagai lidah dan telinga kerajaan dalam menyampaikan
maklumat dan berita mengenai dasar, aktiviti dan program kerajaan serta mendengar isu-isu terkini, di samping memahami agenda media massa. Selain itu, jabatan tersebut juga mengendalikan pengurusan dan hal ehwal hubungan dengan media serta mengendali aktiviti publisiti dan promosi bagi acara-acara kebesaran. Jabatan Penerangan turut menerbitkan akhbar rasmi kerajaan Pelita Brunei setiap hari Isnin, Rabu dan Sabtu, yang mana akhbar itu boleh
dilayari melalui laman sesawang www.pelitabrunei.gov.bn, manakala e-Paper Pelita Brunei boleh dimuat turun melalui telefon pintar atau tablet di laman sesawang www.epaper. pelitabrunei.gov.bn. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti dan program jabatan ini, orang ramai boleh mengikuti laman media sosialnya di Facebook : Jabatan Penerangan, Instagram : @infodept.bn dan Twitter : @infodept_bn.
Tingkatkan kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan
AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya mengongsikan pengalaman selaku seorang belia (atas). Sementara gambar kiri, Yang Berhormat menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta Program Belia Hebat (Super Youth).
Oleh: Aimi Sani, Mahirah Haji Mohd. Raduan Foto: Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac. - Program Belia Hebat (Super Youth) yang telah diadakan selama dua hari bermula 27 Mac lalu melabuhkan tirainya dengan majlis penutup yang diadakan di Dewan Silaturahim, Pusat Belia, Bandar Seri Begawan. Hadir bagi mengongsikan pengalaman dan seterusnya menyampaikan sijil kepada 30 peserta program berkenaan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad. Program tersebut merupakan
projek khidmat masyarakat yang diungkayahkan oleh Dynamic Action Group terdiri daripada tujuh orang pegawai muda kerajaan yang berkaliber daripada pelbagai kementerian dan jabatan yang pada ketika ini sedang mengikuti kursus Program Eksekutif Junior (JEP) anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam dan Institut Perkhidmatan Awam selama 10 minggu. Di sepanjang program, belia-belia hebat yang turut serta telah didedahkan kepada pelbagai aspek kemahiran diri sebagai seorang pemimpin
terutamanya keberanian dalam berkomunikasi secara efektif di khalayak umum. Di samping itu mereka turut diberikan peluang mengetahui personaliti masing-masing di peringkat awal dan seterusnya mengetahui kekuatan serta kelemahan diri dalam menentukan arah tuju prospek kerjaya mereka. Tiga tema utama khusus ditampilkan dalam program yang julung kali diadakan iaitu Mengetahui Potensi Diri (Realizing Your Potential), Peranan Belia dalam Wawasan Brunei 2035 dan Projek Komuniti Kecil (Mini Community Work). Terdahulu pada sesi sebelah pagi,
para belia turut dibawa ke Kampong Lurong Sikuna bagi membuat aktiviti khidmat masyarakat dan meningkatkan kemahiran komunikasi mereka bersama penduduk kampung secara sepontan serta seterusnya memberikan pohon lada sebagai tanda penghargaan kepada penduduk berkenaan. Sementara itu, Mohd. Aiman Izzuddin bin Dato Paduka Haji Jaidin, 16 tahun dari Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) dan Dayangku Nur Wafiqah Madihah binti Pengiran Haji Edros, 16 tahun dari Sekolah Menengah Sayyidina Hassan ketika ditemui berkata, banyak perkara yang
telah mereka perolehi daripada penyertaan program tersebut. Setelah menyertai program ini, keyakinan dalam bercakap di khalayak ramai atau public speaking mereka semakin meningkat selain dapat mempelajari kemahiran yang lainnya seperti kerja berpasukan. Melalui program ini juga, mereka dapat mempelajari tentang pentingnya kerja berpasukan selain dalam mengenali sesama sendiri agar dapat berkomunikasi dengan lebih baik. Pada masa yang sama, mereka telah mempelajari banyak pekara seperti sifat-sifat kepimpinan yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin yang baik.
NASIONAL
HARI RABU 29 MAC 2017
9
Brunei - Singapura kukuhkan kerjasama bidang keselamatan Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Perdana Menteri
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac. - Pemangku Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar telah menerima kunjungan muhibah daripada Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, Dato Paduka Seri Hoong Wee Teck. Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei (PDB), Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam dan Setiausaha Tetap di JPM, Awang Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji
Mohd. Yunos serta pegawai-pegawai kanan daripada kedua-dua buah negara. Semasa kunjungan muhibah tersebut, Pemangku Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di JPM dan Pesuruhjaya Polis Republik Singapura bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu jenayah dan keselamatan serta kerjasama dan hubungan yang erat di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Singapura di peringkat kementerian dan juga jabatan terutama sekali di antara PDB dan Pasukan Polis Republik Singapura.
PEMANGKU Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar (kanan) semasa menerima kunjungan muhibah daripada Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, Dato Paduka Seri Hoong Wee Teck (kanan).
Sistem penilaian prestasi perlu dilaksana dengan teratur Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi
TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud semasa memberikan ucapan pada Taklimat Sistem Pengurusan Prestasi Baharu Perkhidmatan Awam.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Mac. - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Haji Awang Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud berkata, sistem penilaian prestasi adalah salah satu komponen terpenting dalam amalan pengurusan
sumber tenaga manusia. Impaknya adalah sangat signifikan pada sesebuah organisasi, yang mana menyumbang pada peningkatan motivasi dan produktiviti pekerja yang secara langsung menjurus pada pemberian perkhidmatan berkualiti tinggi. Timbalan Menteri di JPM berucap demikian pada Taklimat Sistem Pengurusan Prestasi Baharu Perkhidmatan Awam di Dewan Teater, Bangunan JPM, di sini. Tegasnya, justeru itu, sistem penilaian prestasi perlu dilaksanakan dengan teratur, adil dan berkesan. Dalam konteks Perkhidmatan Awam pula, sistem penilaian itu jelasnya, mempengaruhi kekukuhan serta kelancaran urus tadbir kerajaan dan negara. Setiap kementerian dan jabatan telah diamanahkan dengan core business masing-masing yang perlu
dilaksanakan dengan berkesan terutama untuk mencapai visi, misi dan sasaran yang telah dipersetujui. "Ini menghendaki semua penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan dan menghasilkan produk yang berkualiti tanpa sebarang kecacatan mahu pun kelemahan," ujarnya. Beliau seterusnya menekankan, soal kualiti dan integriti adalah teras kepada setiap penjawat awam yang tidak boleh dikompromi sama sekali. "Sebagai hati dan jantung kepada jentera pentadbiran kerajaan, Perkhidmatan Awam perlu tangkas dan cekap supaya dapat menerajui agenda-agenda pembangunan melalui pendekatan 'Whole of Nation' bagi merealisasikan matlamat-matlamat Wawsan Negara 2035 dan pada tahun-tahun selanjutnya," tambahnya. Malah, warga Perkhidmatan Awam di negara ini tiada pilihan kecuali menjana dan menerajui perubahan. Ia tidak boleh berterusan berada dalam lingkungan comfort zones dan complacent.
Sebaliknya, Perkhidmatan Awam menurutnya perlu bergerak maju ke hadapan dengan lebih inovatif dan kreatif bagi memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi serta menepati cita rasa orang ramai selaku pelanggan. Dengan sistem baharu tersebut beliau berharap akan melakar perubahan dan pembaharuan positif selain menjana serta mengamalkan
budaya berasaskan prestasi dalam Perkhidmatan Awam melalui pengenalan konsep Petunjuk Prestasi Utama (Key Performanace Indicators - KPI). Katanya, KPI telah dijadikan komponen baharu yang menyumbang sejumlah 50 peratus atau weightage pada keseluruhan penilaian prestasi penjawat awam.
WARGA Perkhidmatan Awam yang hadir pada Taklimat Sistem Pengurusan Prestasi Baharu Perkhidmatan Awam.
Sistem Pengurusan Prestasi Baharu berkuat kuasa 1 Oktober
PEMANGKU Pengarah Penyelidikan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr. Awang Norfarizal bin Othman (kiri); Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Awang Haji Abdul Manap bin Othman (tengah) dan Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Awang Aminuddin bin Haji Buntar (kanan) semasa menyampaikan Taklimat Sistem Pengurusan Prestasi Baharu Perkhidmatan Awam.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Mac. - Sistem Pengurusan Prestasi Baharu Perkhidmatan Awam akan berkuat kuasa pada 1 Oktober ini. Pengemaskinian terhadap sistem tersebut adalah bagi semua peringkat pegawai dan kakitangan dalam Perkhidmatan Awam, iaitu dalam Bahagian I, II, III, IV dan V. Sehubungan itu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengadakan Taklimat Sistem Pengurusan Prestasi Baharu Perkhidmatan Awam bertempat di Dewan Teater, Bangunan JPM, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat,
Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud. Taklimat itu bertujuan untuk memberikan penjelasan lanjut mengenai sistem berkenaan yang merupakan salah satu langkah berterusan JPM bagi mempertingkatkan lagi budaya berasaskan prestasi dalam Perkhidmatan Awam. Terdahulu, taklimat disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Awang Haji Abdul Manap bin Othman, yang mana menjelaskan dua pembaharuan, iaitu penggunaan Borang Penilaian Prestasi Baharu yang menekankan pada aspek
pencapaian hasil (results) melalui penetapan 'Key Performance Indicators' (KPI) dan ciri-ciri peranan (role competencies). Beliau turut menerangkan tentang penggunaan kaedah 'Bell-Curve' yang menetapkan had peratus pemberian gred prestasi di semua kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan. Surat keliling berkenaan telah pun dikeluarkan oleh JPM melalui laman sesawangnya pada 28 Februari 2017. Juga hadir, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan dari kementerian-kementerian serta jabatan-jabatan kerajaan.
10
MINDA PEMBACA / AGAMA
Aktiviti bina jati diri bentuk sahsiah generasi muda
G
ENERASI muda adalah tonggak utama dalam pembentukan masa depan sesebuah negara. Golongan ini sangat diperlukan negara kerana mereka adalah golongan yang mempunyai ketahanan serta kekuatan fizikal dan mental dalam mengharungi cabaran bagi memajukan negara. Namun begitu, dalam menghadapi cabaran, mereka juga tidak ketinggalan dengan terdedah kepada masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, jenayah siber, budaya melepak, pergaulan bebas dan sebagainya. Hal ini usia generasi muda yang belum cukup matang amat mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling mereka. Oleh itu, dalam mengharungi cabaran mendatang, generasi muda kita hendaklah sentiasa mempersiapkan diri mereka dengan mengukuhkan jati diri mereka selaku
orang Brunei. Dengan keterlibatan golongan belia ini dengan aktiviti pengukuhan jati diri akan dapat membimbing generasi muda dalam mengenali diri dan potensi diri dengan berasaskan Melayu Islam Beraja. Di samping itu, mustahak juga untuk diterapkan dengan kesedaran untuk menjadi Muslim atau Muslimah cemerlang bukan sahaja dalam aspek akademik semata-mata malah dalam aspek ibadah, akhlak, ilmu pengetahuan dan juga penjagaan kesihatan tubuh badan. Pihak kerajaan juga pada ketika ini giat dalam usaha melahirkan rakyat yang sihat dengan mengadakan program yang menarik minat semua golongan. Sebagai contoh, program Bandarku Ceria di mana program ini dilihat sebagai program yang terbaik dalam
HARI RABU 29 MAC 2017
mengukuhkan institusi kekeluargaan dan seterusnya dihasratkan akan dapat membentuk sahsiah bukan sahaja bagi generasi muda malahan untuk semua agar menjadi warga sihat yang bersemangat, perkasa serta berpengalaman. Sebagai generasi muda yang lahir di bumi Darussalam ini, kita sangat beruntung kerana keistimewaan negara kita dari segi adat, budaya dan agama. Sistem negara beraja itu sendiri mencerminkan adat kita sebagai orang Melayu yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan taat setia kepada pemerintah. Anak-anak seawal usia 7 tahun telah diasuh dengan ilmu agama, sejajar dengan perintah Akta Pendidikan Ugama Wajib 2012 yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2013, sepertimana merujuk titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, “Tidak akan ada lagi orang yang tidak pandai sembahyang dan membaca Al-Quran.� Perkara ini terbukti dengan jumlah penyertaan generasi muda yang sangat membanggakan dalam sama-sama mengambil bahagian bagi acara keugamaan seperti Majlis Khatam Al-Quran bersempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Selain itu, negara kita juga memiliki Pusat Outward Bound Brunei Darussalam yang terletak di Daerah Temburong. Pusat ini secara tidak langsung boleh dikatakan sebagai pusat di mana golongan belia menguji ketahanan fizikal dan kemantapan mental serta melengkapkan diri dengan sifat setia kawan, berdikari, berdisiplin serta tahap daya pemikiran yang tinggi dalam menyesuaikan diri dan bersiap siaga dalam mengharungi kehidupan mendatang. Pusat tersebut juga turut menekankan aspek pembangunan jati diri belia, yang boleh memberikan pengetahuan dalam membentuk personaliti seorang pemimpin yang dapat membantu mereka menggalas tugas sebagai pemimpi kelak. Dengan itu, negara dapatlah melahirkan generasi muda yang berkebolehan serta mempunyai keperibadian yang mulia demi kemaslahatan negara yang kita cintai, Brunei Darussalam. Nama : Khairul Fadzul Ilahi bin Abdullah No. K/P : 01-105109 (K) Alamat : No. 13, Simpang 24-11, RPN Kampung Pandan, Jalan Pandan 8, Kuala Belait, KA2131, Negara Brunei Darussalam.
TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA : 1. 'Semai Semangat Kesukarelawan Dalam Masyarakat'. Tarikh Tutup : 29 Mac 2017 2. 'Usaha-usaha Memelihara Alam Sekitar'. Tarikh Tutup : 5 April 2017 3. 'Amalkan Budaya Menabung dan Berjimat Cermat'. Tarikh Tutup : 12 April 2017 Terma dan Syarat : 1. Penyertaan dibuka kepada remaja yang berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun, yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kecuali warga Jabatan Penerangan. 2. Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. 3. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon hendaklah disertakan dan dihantar kepada : Sidang Pengarang, Minda Pembaca Bahagian PELITA BRUNEI, Jabatan Penerangan Lapangan Terbang Lama, Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam. atau melalui E-mel : pelita.brunei@information.gov.bn 4. Penyertaan terbaik akan disiarkan dalam Akhbar Rasmi Kerajaan PELITA BRUNEI dan pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND75.00.
Sedekah dalam Islam S
EDEKAH berasal daripada bahasa Arab yang bererti suatu pemberian yang diberikan oleh seorang Muslim kepada orang lain secara sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu. Sedekah juga bererti suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharap reda Allah Subhanahu Wata'ala dan pahala semata-mata. Sedekah dalam Islam terbahagi pada dua bahagian, iaitu sedekah wajib yang kita kenali sebagai zakat dan sedekah tathawwu', iaitu sedekah sunat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah Radhiallahuanhu bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : ''Setiap Muslim wajib bersedekah. Sahabat bertanya : Jika tidak mampu? Jawab Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : Bekerja dengan tangannya yang berguna bagi dirinya dan bersedekah. Sahabat bertanya pula : Jika tidak mampu? Jawab Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : Membantu (menolong) orang yang sangat berhajat. Sahabat bertanya lagi : Jika tidak mampu? Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab : Menganjurkan kebaikan. Sahabat bertanya lagi : Jika tidak mampu? Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab : Menahan diri dari kejahatan, maka itu sedekah untuk dirinya sendiri''. Dalam hadis yang lain, Imam al-Bukhari dan Muslim juga ada meriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahuanhu bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : ''Setiap ruas badan manusia wajib disedekahi, setiap hari, di mana ada matahari terbit berlaku adil di antara dua orang maka itu sedekah, dan membantu menaikkan orang di atas kenderaannya atau mengangkatkan barangnya itu sedekah, dan kalimat yang baik itu juga sedekah, dan setiap langkah menuju tempat sembahyang itu juga sedekah dan menyingkirkan gangguan dari jalanan (tengah jalan) itu
juga sedekah''. Dari kedua-dua hadis tersebut, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyarankan kepada setiap Muslim untuk selalu bersedekah. Setiap langkah seorang Muslim itu seolah-olah harus sentiasa mampu berbuat baik kepada sesama manusia dan di sekelilingnya, sedangkan bentuk sedekah itu adalah menurut kadar kemampuan dari setiap Muslim itu sendiri. Jika ia mampu bersedekah dengan wang, maka hendaklah ia bersedekah melalui wangnya. Jika ia hanya mampu dengan tenaganya, maka hendaklah bersedekah dengan tenaganya sahaja. Jika tidak mampu dengan wang dan tenaga, maka ia tidak boleh berhenti berfikir untuk bersedekah sekalipun hanya harus dengan mengeluarkan ucapan-ucapan yang baik kerana setiap kebaikan itu adalah sedekah. Allah Subhanahu Wata'ala memberi amaran kepada mereka yang suka menyimpan emas dan perak, tetapi enggan mengeluarkan sedekahnya. Firman Allah dalam Surah At-Taubah, ayat 34 yang tafsirnya : ''Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak (yang tidak dikeluarkan zakatnya) dan tidak membelanjankannya pada jalan Allah, maka gembirakanlah mereka dengan azab yang pedih''. Firman Allah Subhanahu Wata'ala lagi dalam Surah at-Taubah, ayat 35 yang tafsirnya : ''(Iaitu) pada hari dibakar emas dan perak serta harta benda itu dalam Neraka Jahannam lalu diseterika (dibakar) dengannya dahi mereka dan rusuk mereka serta belakang mereka (sambil dikatakan) kepada mereka : Inilah apa yang kamu telah simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasailah (balasan azab daripada) apa yang kamu simpan (dengan tidak membayar zakatnya) itu''. Demikianlah amaran Allah bagi mereka yang berharta banyak, tetapi enggan menafkahkan atau bersedekah pada jalan Allah. Pada prinsipnya sedekah itu diberikan kepada
sesama Muslim atau kepada mereka yang telah ditentukan oleh syarak dan yang pertama sekali harus menikmati sedekah tersebut adalah daripada kalangan keluarganya, sanak saudara dan kemudian kepada jiran tetangganya. Orang yang bersedekah dengan ikhlas akan mendapat kelebihan antaranya, iaitu : * Malaikat akan mendoakan mereka sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah Radhiallahuanhu bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : ''Tiada suatu hari yang manusia dapat pada pagi hari melainkan turun dua malaikat, lalu yang satu berdoa : Ya Allah! Berikanlah ganti kepada orang yang membelanjakan (mendermakan / bersedekah) hartanya. Sedang malaikat yang kedua berdoa : Ya Allah! Binasakanlah harta orang yang bakhil''. * Dengan bersedekah juga akan dapat meredakan kemurkaan Allah sepertimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Thabrani daripada Mu'awiyah bin Haidah Radhiallahuanhu bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : ''Sedekah yang dilakukan dengan sembunyi (sir) dapat meredakan kemurkaan Allah''. Bagi sesetengah orang dan mereka yang tipis imannya akan melihat orang yang bersedekah itu akan kekurangan hartanya. Memang dari padangan mata kita, jika seseorang mempunyai wang seribu ringgit dan disedekahkannya sebanyak seratus ringgit kepada orang yang memerlukannya, maka sudah tentu jumlah baki wangnya pasti berkurangan. Perkara ini sudah setentunya aneh jika dikatakan bahawa bersedekah itu pada hakikatnya bertambah dan berkembang tetapi pada kenyataannya harta semakin berkurang. Sedangkan orang yang tidak bersedekah kekayaannya tetap tidak berkurang. Bukankah ini satu keanehan
atau keganjilan yang pada kenyataannya berkurangan hartanya mengapa dikatakan bertambah dan yang kekayaannya semakin habis mengapa pula dikatakan semakin kaya? Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 261 yang tafsirnya : ''Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah samalah seperti (menanam) sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan Allah menggandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui''. Islam sangat menganjurkan umatnya untuk melakukan amalan bersedekah kerana dengan amalan bersedekah itu pasti kita akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah Subhanahu Wata'ala. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa menunjukkan teladan kepada umatnya dalam perbuatan bersedekah. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah Radhiallahuanhu, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : ''Sedekah itu tidak pernah mengurangkan harta''. Jelaslah kepada kita bahawa Islam sangat menekankan kepada amalan bersedekah dan nilai sedekah itu tidaklah hanya tertakluk kepada banyaknya yang dihulurkan seseorang, akan tetapi sedekah itu terletak pada nilai keikhlasan niat di hati.
RENCANA
HARI RABU 29 MAC 2017
11
Kekalkan tradisi Makan Tahun Rencana : Noriah Haji Abdul Hamid Foto : Noriah Haji Abdul Hamid, Rohani Haji Abdul Hamid
BERGOTONG-ROYONG menjalin kelupis (atas). Sementara gambar bawah kanan beras pulut didadih separuh masak sebelum dibungkus dan dikukus.
TIMBALAN Pengerusi Majlis Perundingan Kampung Menengah / Bukit Sulang, Awang Haji Bungsu bin Haji Asit menjelaskan, acara tradisi Makan Tahun ini hendaklah diangkat oleh generasi belia di zaman ini.
KETUA Kampung Menengah / Bukit Sulang, Awang Haji Roslee bin Haji Ahad menjelaskan acara Makan Tahun adalah warisan tradisi Puak Kedayan.
AMPUNG Menengah / Bukit Sulang ialah salah sebuah daripada 12 buah kampung dalam Mukim Lamunin, Daerah Tutong. Jauh perjalanan daripada Bandar Seri Begawan ke kampung tersebut lebih kurang 45 kilometer melalui jalan raya Bandar Seri Begawan / Tutong. Mempunyai keramaian penduduk lebih kurang 551 orang dan ditadbir oleh Awang Haji Roslee bin Haji Ahad, selaku ketua kampung berkenaan. Puak Kedayan adalah salah satu puak yang tinggal di Kampung Menengah / Bukit Sulang selain daripada Puak Dusun, Puak Tutong dan sebagainya. Walaupun mempunyai perbezaan agama dan kepercayaan namun mereka hidup dalam keadaan bersatu padu dan dalam suasana yang aman damai. MAJLIS MAKAN TAHUN Orang Kedayan di Kampung Menengah dan Bukit Sulang terkenal dengan adat dan tradisi mereka turun-temurun, iaitu Upacara Makan Tahun atau Doa Arwah yang diadakan setahun sekali sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengetam dan menuai padi. Pada tahun ini, Majlis Makan
Tahun di kampung tersebut telah diadakan pada 26 Mac 2017 lalu bertempat di Masjid Kampung Menengah. Hadir sebagai tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussain. Majlis Makan Tahun adalah merupakan projek tahunan kampung tersebut yang dikendalikan bersama oleh Majlis Perundingan Kampung dan Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Menengah / Bukit Sulang dengan tujuan untuk memelihara serta memartabatkan warisan tradisi Puak Kedayan. Ketua Kampung Menengah / Bukit Sulang, Awang Haji Roslee bin Haji Ahad ketika ditemu bual oleh penulis berkata, 'Makan' dalam konteks bahasa Kedayan ialah makan atau makan-makan atau ringkasnya kenduri manakala 'Tahun' pula bermaksud tahun. Jadi Makan Tahun ialah majlis kenduri tahunan. Ia adalah adat di kampungnya turun-temurun. Menurut satu artikel bertajuk 'Puak Kedayan Di Kampung Lamunin, Suatu Penyelidikan Awal berdasarkan Sejarah Lisan' tulisan Awang Hanafi Haji Salleh menjelaskan bahawa Makan Tahun
K
biasanya diadakan pada hari-hari kelepasan awam, iaitu Jumaat dan Ahad. Hiburan-hiburan beranding dan bermukun juga diadakan bagi memeriahkan lagi Majlis Makan Tahun tersebut. Namun dengan peralihan zaman dan kuatnya pengaruh ajaran agama Islam, Majlis Makan Tahun sekarang ini telah dikemaskinikan mengikut lunas-lunas yang berkonsepkan Melayu Islam Beraja dengan menyelitkan unsur-unsur keagamaan. Majlis lazimnya diadakan di masjid-masjid dan dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah sebelum menikmati jamuan. HIDANGAN JAMUAN Pada kebiasaannya semua persediaan dalam upacara ini dijalankan secara bergotongroyong. Teratak atau sekarang ini menggunakan khemah dan segala keperluan seperti lauk-pauk dan wang ringgit dibiayai bersama oleh orang-orang kampung. Makan Tahun juga sebagai platform untuk penduduk kampung bersedekah dengan menyumbangkan beras, ayam, daging ataupun lauk-pauk dan yang lainnya. Antara makanan yang popular dihidangkan pada Majlis Makan Tahun ialah kelupis iaitu nasi yang dibungkus menggunakan sejenis
daun yang dikenali sebagai Daun Nyirik. Pada tahun ini, kata Ketua Kampung Menengah / Bukit Sulang, sebanyak 30 gantang beras baharu digunakan untuk mengelupis dan mereka juga memasak sekawah wajik untuk majlis tersebut. Menurut beliau lagi, turut dihidangkan ialah pelbagai masakan tradisional antaranya daging masak kunyit dan umbut luba masak lemak. Majlis Makan Tahun tersebut berjalan selama dua hari berturutturut. Hari pertama adalah untuk menyediakan persiapan majlis seperti membuat kelupis bejalin yang begitu popular bagi masyarakat Kedayan, wajik, penyaram dan sebagainya untuk dijadikan sebagai buah tangan kepada para tetamu yang datang di mana kalau zaman dahulu ia adalah sebagai perlambangan alas perut dalam perjalanan balik kerana kampung-kampung dahulu terpisah jauh di antara satu sama lain dan perjalanan mengambil masa sehari suntuk. PENUTUP Awang Haji Roslee juga menaruh harapan yang tinggi supaya adat zaman-berzaman yang telah diwariskan oleh nenek moyang ini tidak akan pupus dik zaman dan akan terus diadakan setiap tahun lebih-lebih lagi Puak Kedayan di kampung-kampung lain di negara ini sudah jarang dilihat mengadakan Majlis Makan Tahun ujar beliau, kerja-kerja yang dijalankan secara memucang-mucang dan bergotongroyong dalam melaksanakan Majlis Makan Tahun ini adalah sebagai contoh yang baik untuk
diperlihatkan kepada generasi muda di kampungnya. Beliau juga berbesar hati jika Majlis Makan Tahun ini dijadikan antara program-program destinasi pelancongan di negara ini. Hasrat beliau tersebut dipersetujui oleh Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Kampung Menengah / Bukit Sulang, Awang Haji Bungsu bin Haji Asit. Jelas beliau, acara tradisi Makan Tahun ini hendaklah diangkat oleh generasi belia di zaman ini. Justeru itu, acara gotong-royong pada hari ini disertai oleh golongan belia-belia di kampung tersebut iaitu daripada kerja-kerja menggarut kelapa, mendadih, membungkus kelupis sehinggalah kepada menjalin kelupis dan merebusnya dengan harapan supaya mereka akan dapat menjadi generasi penerus yang komited mempertahankan adat tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. ''Tradisi Makan Tahun kaum Kedayan perlu dikekalkan dan dipromosikan kerana ia merupakan satu identiti yang unik bagi suku kaum Kedayan. Biasanya dalam majlis inilah kesempatan bagi kami bertemu sanak saudara, rakan-rakan lama, dan sahabat handai,'' ujar beliau mengakhiri perbualan. Majlis Makan Tahun juga adalah sebagai landasan bagi memartabatkan peranan institusi Majlis Perundingan Kampung bagi mewujudkan permuafakatan dalam mengungkayahkan majlis tradisional yang menjurus kepada perpaduan secara kolaboratif yang terdiri daripada pelbagai golongan dalam keadaan harmoni.
ANTARA makanan yang popular dihidangkan pada Majlis Makan Tahun ialah kelupis, iaitu beras pulut yang dicampur bersama santan kelapa, dimasak dan dibungkus menggunakan sejenis daun yang dikenali sebagai daun Nyirik.
12
NASIONAL
HARI RABU 29 MAC 2017
SMSSA juara Pertandingan Asas Merancang Kewangan Berita dan Foto : Ak. Syi’aruddin Pg. Dauddin GADONG, Selasa, 28 Mac. - Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali (SMSSA) muncul juara bagi Pertandingan Asas Merancang Kewangan antara Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab setelah memperoleh markah terkumpul sebanyak 433 mata dalam Pameran Bijak Kewangan mereka bersempena Sambutan Minggu Kewangan Global yang berlangsung di Aras Bawah The Mall, Gadong. Naib juara, Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien berjaya mengumpul markah sebanyak 425, diikuti Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Masna tempat ketiga dengan 417 mata. Sementara itu, Awang Md. Haziq Hafizzudin bin Shahron berjaya memenangi Pertandingan 1 Minit Video Instagram bagi Kategori 12 hingga 15 Tahun, manakala Awang Mohammad Nur Husaini bin Ismail dan Awang Abdul Malik bin Haji
Abdul Razak, masing-masing memenangi Kategori 16 hingga 19 Tahun dan 20 hingga 24 Tahun. Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Pengarah Pendidikan, Awang Haji Abdul Rahim bin Derus. Pemangku Pengarah Urusan Tabung Amanah Pekerja (TAP), Awang Haji Omar bin Haji Mohd. Dali dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan, Minggu Kewangan Global merupakan tempoh di mana kanak-kanak dan belia didedahkan dengan aktiviti dalam mempelajari mengenai kewangan khususnya menyimpan, membina mata pencarian, mendapatkan pekerjaan dan keusahawanan. Beliau seterusnya menerangkan sebanyak 37 penyertaan bagi Pertandingan 1 Minit Video Instagram telah diterima dari kanak-kanak dan belia yang berumur di antara 12 - 24
tahun dengan bertemakan 'Pelajari, Simpan, Mendapat' (Learn, Save, Earn), manakala sebanyak 27 penyertaan telah diterima daripada 20 buah sekolah-sekolah menengah bagi Pertandingan Asas Merancang Kewangan. "Objektif penglibatan TAP bagi tahun ini adalah bagi memberikan kesedaran mengenai kepentingan perancangan kewangan, memberikan pendedahan secara pratikal didalam pengurusan kewangan untuk dipraktikan dari peringkat awal lagi melalui aktiviti-aktiviti yang diaturkan," katanya. Katanya, selain memperkenalkan TAP sebagai sebuah simpanan mandatori semasa mereka bekerja nanti bagi kegunaan semasa bersara memberikan penglibatan TAP di dalam menyebarluaskan kepentingan perancangan kewangan di peringkat antarabangsa dan meningkatkan pembarigaan kecelikan kewangan menggunakan teknologi maklumat (medial sosial).
KETUA Pengarah Pendidikan, Awang Haji Abdul Rahim bin Derus semasa melawat pameran sempena Sambutan Minggu Kewangan Global yang berlangsung di Aras Bawah The Mall, Gadong.
Penutupan perkhidmatan kaunter JPD Siaran Akhbar : Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Perhubungan
KETUA Pengarah Pendidikan, Awang Haji Abdul Rahim (dua, kiri) hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada juara Pertandingan Asas Merancang Kewangan antara Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab, iaitu pasukan Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Mac. - Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua perkhidmatan kaunter di semua bahagian pembayaran di Ibu Pejabat JPD, Beribi, Jalan Gadong dan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan (VIC) serta di cawangan-cawangan JPD, iaitu Kompleks Latihan dan Ujian Memandu Litar JPD Sungai Akar, Cawangan Daerah Brunei Muara (Pejabat Lama), Cawangan Daerah Belait, Cawangan Daerah Tutong dan Cawangan Daerah Temburong hanya akan dibuka pada sebelah pagi sahaja, iaitu 8.00 pagi hingga 11.30 pagi, pada Khamis, 30 Mac ini dan akan ditutup pada sebelah petangnya. Menurut Siaran Akhbar JPD tersebut, penutupan adalah disebabkan Penutupan Akaun Tahun Kewangan 2016 / 2017. Semua perkhidmatan kaunter dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan juga akan ditutup pada Jumaat, 31 Mac ini. JPD ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi.
Semai kesedaran kitar semula Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi JERUDONG, Isnin, 27 Mac. - Dalam usaha menyemai kesedaran akan peri mustahaknya kebersihan dalam kalangan rakyat dan penduduk di negara ini, satu usaha murni telah diungkayahkan oleh tujuh peserta Program Eksekutif Junior di bawah Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) yang melibatkan sekumpulan pegawai-pegawai yang baru berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Bertemakan 'Keep it simple, Keep it green', 'Recycling for Tomorrow', mereka telah menyampaikan maklumat dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kitar semula di Kampus Sekolah Micronet, Jerudong, di sini. Dalam mempromosikan usaha berkenaan, mereka turut mempamerkan kerusi bernama 'RE-HEX chair' yang dihasilkan keseluruhannya dari botol plastik, di mana ia membuktikan bahawa barangan kitar semula boleh dimanfaatkan dan mampu menghasilkan pulangan. Salah seorang ahli kumpulan,
Awang Abdul Muiz bin Haji Bini / Muhammad Hasbi semasa ditemui menerangkan bahawa usaha mereka dalam mempromosi kitar semula agar ia boleh dijadikan budaya di negara ini dalam sama-sama menyumbang ke arah kebersihan dan cara hidup yang lebih kondusif juga berdaya tahan. Semasa promosi kitar semula tersebut, mereka juga turut menerima botol-botol plastik yang akan disalurkan ke Syarikat A Global Green Recycle Sendirian Berhad, di mana hasil jualan akan disumbangkan ke Green Brunei untuk dimanfaatkan dalam Projek Save Tasek Merimbun, iaitu salah sebuah projek yang diusahakan oleh Green Brunei dan Majlis Perundingan Kampung Merimbun. Orang ramai turut dialu-alukan untuk ikut serta juga menjayakan inisiatif berkenaan dengan menyumbangkan botol-botol plastik terpakai dan lain-lain barangan yang boleh dikitar semula seperti tin serta kertas. Sumbangan bagi setiap dua botol besar atau lima botol kecil turut melayakkan penyumbang berkenaan
PARA peserta Program Eksekutif Junior di bawah Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) yang melibatkan sekumpulan pegawai-pegawai yang baru berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mempamerkan kerusi bernama 'RE-HEX chair' yang dihasilkan keseluruhannya dari botol plastik.
menerima hadiah misteri yang disediakan. Keterangan lanjut boleh diperoleh
dengan melayari laman Instagram recyclingfortomorrow. Promosi kitar semula berkenaan
akan diteruskan esok, di ruang legar, Coffee Bean & Tea Leaf, Pusat Tumpuan, Gadong.
NASIONAL
HARI RABU 29 MAC 2017
13
Wakil MPMK sertai Bengkel 'Technology Marketing' Siaran Akhbar dan Foto : Institut Perkhidmatan Awam
PARA peserta yang terdiri daripada perwakilan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) semasa menghadiri Bengkel 'Technology Marketing' anjuran Institut Perkhidmatan Awam melalui Program Eksekutif Junior.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Mac. - Institut Perkhidmatan Awam (IPA) melalui Program Eksekutif Junior telah menganjurkan Bengkel 'Technology Marketing' bagi wakil-wakil daripada Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) bertujuan untuk memberi peluang peserta mempromosikan produk-produk tempatan mereka dengan menggunakan teknologi masa kini di laman media sosial. Bengkel yang diadakan di IPA itu dihadiri oleh wakil MPMK dari Kampung Limau Manis, Kampung Kapok, Kampung Mata-Mata dan Kampung Rimba 2. Sepanjang bengkel tersebut diadakan, para perwakilan kampung telah didedahkan dengan tatacara penggunaan teknologi dengan memberikan pembelajaran secara interaktif bersama penyelaras
bengkel mengenai pemasaran melalui internet. Bengkel ini dimulakan dengan taklimat ringkas dan diteruskan dengan tatacara menghubungkan telepon bimbit dan komputer riba menggunakan WiFi dan diselajurkan dengan taklimat lengkap mengenai langkah keselamatan mengunakan internet dan media sosial seperti Facebook dan Instagram. Peserta bengkel juga didedahkan cara mempamerkan produk masing-masing mengunakan teknik fotografi yang dapat menarik minat orang ramai untuk membelinya. Di samping mendengar taklimat mengenai undang-undang akta pengawalan harga dan perlindungan pengguna. Bengkel tersebut akan diteruskan pada hari berikutnya dengan menjemput wakil dari kampung- kampung yang lain. Program Eksekutif Junior ialah
flagship program di bawah Program Civil Service Leadership Pipeline
(CSLP) bagi pegawai-pegawai B.2 EB.3 yang berkhidmat dua (2) tahun dan ke bawah. Bengkel Teknology Marketing ini diungkayahkan oleh enam pegawai kerajaan yang terdiri dari Pegawai Ekonomi dari Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Awang Rewandi bin Ramlee; Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II dari Jabatan Penerangan, Awang Abdul Karim bin Hamdan; Pegawai Perkhidmatan Pengurusan dari Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Awang Mohammad Hafiizh bin Haji Osman; Jurutera dari Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi di Kementerian Pertahanan, Dayangku Ayesha Pengiran Haji Mohd Salleh; Pegawai Pentadbir Pelatih dari Jabatan Perkhidmatan Awam, Dayang Noorul Izzah binti Abd Salam dan
Pegawai Pentadbir Pelatih dari Jabatan Perkhidmatan Awam, Dayang Azemah binti Awang Ibrahim, sebagai salah sebuah Program Community Outreach Work dengan memfokuskan kepada perwakilan mukim dan kampung yang menyertai Program 1 Kampung 1 Produk (1K1P). Program Eksekutif Junior ini bertujuan untuk membekalkan pegawai-pegawai baharu dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai asas sebagai pegawai kerajaan yang beretika dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan. Pegawai-pegawai berkenaan juga akan dibekalkan dengan kefahaman mengenai struktur pentadbiran kerajaan, di samping kemahiran untuk menjadi seorang pemimpin yang mempunyai integriti dan jati diri yang tinggi.
BENGKEL dihadiri oleh wakil MPMK dari Kampung Limau Manis, Kampung Kapuk, Kampung Mata-Mata dan Kampung Rimba 2.
Jerayawara Anti-Dadah beri kesedaran kepada masyarakat Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Azmah Haji Ahad MUKIM BERAKAS, Selasa, 28 Mac. - Dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai ancaman penyalahgunaan dadah, Biro Kawalan Narkotik (BKN) melalui Cawangan Pendidikan Pencegahan Dadah mengadakan Jerayawara Anti-Dadah
PENOLONG Pegawai Narkotik, BKN, Pengiran Mohd. Shamsul Adli bin Pengiran Salleh.
bertempat di Gedung Perniagaan Hua Ho Manggis, di sini. Penolong Pegawai Narkotik, BKN, Pengiran Mohd. Shamsul Adli bin Pengiran Salleh ketika ditemui menjelaskan, Jerayawara Anti-Dadah mempamerkan sebahagian barang rampasan berkaitan pengambilan dadah terkawal, pameran statik jenis-jenis dadah, peralatan untuk kegunaan dadah serta contoh dadah yang sering disalahgunakan di negara ini. ''Jerayawara selama dua hari yang bermula hari ini bertemakan 'Hargai Keluarga Kitani Dari Ancaman Dadah' bersempena Cuti Persekolahan Penggal Pertama dan ia diadakan di Gedung Perniagaan Hua Ho Manggis kerana memandangkan pada hujung bulan orang awam lebih ramai membeli-belah barang keperluan,'' ujarnya. Antara aktiviti interaktif yang diadakan adalah permainan Putaran Anti-Dadah, Kuiz Anti-Dadah yang bertujuan untuk menjadikan masyarakat agar lebih berwaspada
serta mempunyai pengetahuan yang komprehensif mengenai isu sosial. BKN juga mengedarkan risalahrisalah dan poster-poster anti-dadah, Buku Panduan Ibu Bapa dan Buku Remaja Bebas Dadah yang mengandungi maklumat berguna sebagai panduan untuk pengunjung-pengunjung nanti. Melalui jerayawara ini, orang ramai juga berpeluang mengetahui mengenai tren penyeludupan dadah selain memberi pengenalan kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh BKN, di samping berinteraksi secara bersemuka bersama pegawai-pegawai biro yang bertugas untuk sebarang penjelasan, menyalurkan maklumat dan memberikan pandangan-pandangan positif berkaitan BKN mahupun isu dadah bagi sama-sama memastikan Negara Brunei Darussalam bebas dari dadah. Tujuan utama jerayawara diadakan ialah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai hukumanhukuman dan undang-undang, dadah-dadah yang disalahgunakan di dalam serta luar negara dan Sindiket Dadah Antarabangsa yang mana ancaman jenayah ini tidak mengenal lingkungan peringkat umur.
ANTARA pegawai dan kakitangan dari BKN yang menjayakan pameran tersebut.
Penutupan kaunter TAP pada 31 Mac 2017 Siaran Akhbar : Tabung Amanah Pekerja BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac. - Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter TAP akan ditutup pada hari Jumaat, 3 Rejab 1438 Hijrah bersamaan 31 Mac 2017 Masihi bagi penutupan akhir Tahun Kewangan 2016 - 2017. Walau bagaimanapun, perkhidmatan online e-Amanah, Kiosk e-Info, Pusat Panggilan TAP akan terus beroperasi untuk orang ramai bagi sebarang pertanyaan am. Perkhidmatan kaunter akan kembali beroperasi pada hari Sabtu, 4 Rejab 1438H bersamaan 1 April 2017M. Sebarang kesukaran yang mungkin dihadapi adalah amat dikesali dan bagi sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Panggilan TAP melalui talian 2382800 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel di ask@tap.com.bn.
14
JAWATAN KOSONG / IKLAN
HARI RABU 29 MAC 2017
JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN BIL.TAWARAN : JAPEM/CATUAN MAKANAN /2017 PERKARA : PEMBEKALAN BANTUAN CATUAN MAKANAN DAN BARANGAN BAGI MANGSA BENCANA ALAM UNTUK KEGUNAAN SATU (1) MINGGU JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT BIL. BIL.TAWARAN : JAPEM/KRRK /2017(POTONG RUMPUT)(ZONE A) PERKARA : PEMOTONGAN RUMPUT DI KOMPLEKS RUMAH KEBAJIKAN, SPG. 421, KAMPUNG BELIMBING, JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT (TEMPOH DUA (2) TAHUN) BIL. TAWARAN : JAPEM/KRRK /2017(POTONG RUMPUT)(ZONE B) PERKARA : PEMOTONGAN RUMPUT DI KOMPLEKS RUMAH KEBAJIKAN & KUARTERS KAKITANGAN, SPG. 421, KAMPUNG BELIMBING, JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT (TEMPOH DUA (2) TAHUN) SYARAT-SYARAT tawaran dan dokumen-dokumen tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperoleh semasa waktu pejabat di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Bandar SeriBegawan, Negara Brunei Darussalam. Bayaran setiap tawaran sebanyak BND10.00 (tidak dikembalikan) akan dikenakan kepada pemborong-pemborong yang memasuki tawaran ini dan hendaklah dijelaskan ke Bahagian Hasil, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam. Waktu bagi menerima bayaran : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi 1.45 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 9.30 Pagi hingga 11.00 Pagi **Tarikh terakhir menerima pembayaran ialah pada Isnin, 17 April 2017. Setiap borang tawaran hendaklah diisikan dengan lengkap dengan disertakan resit pembayaran tawaran, salinan sijil pendaftaran perniagaan dan dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup rapi (sealed) tanpa menunjukkan identiti atau logo syarikat, tetapi hendaklah menyatakan BILANGAN dan TAJUK TAWARAN serta TARIKH TUTUP TAWARAN DENGAN IELAS dan hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN di alamat :
MAHKAMAH PEGAWAI WARIS TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PETI SEBUT HARGA, TINGKAT 2, JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT, BANGUNANKEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN, SIMPANG 336-17, JALAN KEBANGSAAN, BANDAR SERI BEGAWAN, BC4415. Tarikh tutup tawaran pada Isnin, 17 April 2017, jam 2.00 Petang.
MAHKAMAH PEGAWAI WARIS TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SURAT KUASA PUSAKA NO. T/LA/18/2016 BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh DAYANG MERIAM BINTI HAMID kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh DYG. MASNAUAH BINTI HAMID yang telah meninggal dunia di dalam NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah KAKAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH DAERAH TUTONG pada 15 April 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan ke MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, TUTONG sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 25 MAC 2017. SURAT KUASA PUSAKA
NO. T/LA/43/2016 Tawaran hendaklah sampai ke alamat seperti yang dinyatakan tidak lewat pada Isnin, 17 April 2017, jam 2.00 Petang dan tawaran yang lewat diterima dari tarikh seperti yang telah dinyatakan tidak akan dilayan.
BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh SITI NORDINAH BINTI HAJI BESAR kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh MOHAMMAD ABAS BIN MOHAMMAD HARIS @ ABAS ANAK UNTAM yang telah meninggal dunia di dalam NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH DAERAH TUTONG pada 15 April 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan ke MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, TUTONG sebelum tarikh yang tersebut di atas.
BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAJAH SALENAWATI BINTI HAJI MOHAMMAD SAJI kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh HAJI MD. SAJI BIN RADIN yang telah meninggal dunia di dalam NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH DAERAH TUTONG pada 15 April 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan ke MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, TUTONG sebelum tarikh yang tersebut di atas.
Tarikh : 25 MAC 2017.
Tarikh : 25 MAC 2017.
(DK. NORAFIDAH BINTI PG. HAJI BUNGSU) b/p. Pegawai Waris Tutong Negara Brunei Darussalam.
MAHKAMAH PEGAWAI WARIS TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SURAT KUASA PUSAKA NO. T/LA/51/2016
(DK. NORAFIDAH BINTI PG. HAJI BUNGSU) b/p. Pegawai Waris Tutong Negara Brunei Darussalam.
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI JABATAN PERDANA MENTERI
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
BILANGAN SEBUT HARGA :
1. BIL. SEBUT HARGA : 002/HQ/2017-QM (LELONG) Typewritter jenis Brother CX-8250 Electronic No Siri : 1. U53093E4E900778 F4E900778 2. U53093E4E900802 F4E900802 JUMLAH : 2 unit
Kementerian Pembangunan yang sah dalam Kategori
KENYATAAN TAWARAN
Kerja KA01, B01 dan P04 - Kelas II - IV.
002/HQ/2017-QM (LELONG) JUALAN LELONG BAGI 4 UNIT ELECTRONIC TYPEWRITER DI BALAI POLIS BANGAR, TEMBURONG 003/HQ/2017-QM (LELONG) JUALAN LELONG BAGI 62 UNIT PERALATAN DAN PERABOT PEJABAT DI BALAI POLIS BANGAR, TEMBURONG
BILANGAN TAWARAN :
Dokumen
09/MAR/2017/KKBS/PJK/16.43
2. BIL. SEBUT HARGA : 003/HQ/2017-QM (LELONG) Besi Stand Papan Tanda Jalan - JUMLAH : 7 unit Katil Besi Dua Tingkat single ) - JUMLAH : 8 unit Kerusi Pejabat warna coklat - JUMLAH : 5 unit Kerusi Pejabat jenis plastik warna biru muda dan hitam (tidak ada meja) JUMLAH : 5 unit Kerusi Pejabat warna merah dan hitam - JUMLAH : 3 unit Kerusi pejabat jenis plastik warna biru muda dan hitam (ada meja) JUMLAH : 3 unit Kerusi pejabat warna biru dan hitam jenis Dunlop JUMLAH :2 unit Kerusi pejabat warna biru - JUMLAH : 1 unit Meja Makan ( ukuran 4 x 8 ) - JUMLAH : 2 unit Tilam single - JUMLAH : - JUMLAH : 11 unit Tilam Double - JUMLAH : 3 unit Katil besi warna hitam dua tingkat - JUMLAH : 4 unit Katil besi warna merah dua tingkat - JUMLAH : 1 unit Almari pakaian - JUMLAH : 6 unit Almari dapur jenis aluminium - JUMLAH : 1 unit CAJ BORANG : BND2.00 HARGA INDIKASI : BND80.00 PERHATIAN BAGI PENENDER-PENENDER : Borang tawaran bolehlah di dapati di Unit Perbekalan Tingkat Bawah, Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei, semasa waktu bekerja sahaja. Bayaran dokumen tawaran berharga BND2.00 (tidak dikembalikan). Pembayaran bolehlah di buat di Kaunter Pembayaran Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei pada waktu bekerja, iaitu Isnin hingga Khamis dari jam 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi dan 2.00 Petang hingga 3.00 Petang dan Sabtu dari jam 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi. Tarikh terakhir mengambil borang pada Khamis, 6 April 2017. Tarikh tutup menghantar borang pada 10 April 2017, Jam : 10.00 Pagi dan tawaran yang lewat diterima tidak akan dilayan. Tarik melihat barang-barang lelongan ialah pada 4 hingga 6 April 2017 (waktu bekerja) jam 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi dan 2.00 Petang hingga 3.00 Petang.
boleh
diperoleh
dari
Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam
TWO (2) YEARS TERM MAINTENANCE REPAIR AND RERIGGING WORKS TO VARIOUS EXISTING TRAINING FACILITIES AT BATANG DURI CAMP, OUTWARD BOUND BRUNEI DARUSSALAM (OBBD) TEMBURONG,
semasa hari / waktu bekerja. Penerangan lanjut boleh dirujuk kepada Pegawai Penyelia Kerja dari Unit Pengurusan Estet, Tingkat
Bawah
Tanah
(Basement
Level),
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Negara
BRUNEI DARUSSALAM.
Brunei Darussalam. Tidak lewat 11 April 2017, jam 2.00 Petang,
TAWARAN
dibukakan
pada
syarikat-
syarikat / pemborong-pemborong yang mempunyai Pendaftaran
Kontraktor
dan
Pembekal
Typewritter jenis Brother CX-8250 Electronic No Siri : F4E900779 JUMLAH : 1 unit
CAJ BORANG : BND2.00 HARGA INDIKASI : BND25.00
tawaran
Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Kementerian
TAJUK TAWARAN :
Sijil
Typewritter jenis Alder Universal 275 No Siri : 632439-A12/T16N09F/49/2000 JUMLAH : 1 Unit
15
IKLAN
HARI RABU 29 MAC 2017
Selasa. Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran adalah pada Sabtu, 8 April 2017, jam 11.00 Pagi.
POLITEKNIK BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN POLITEKNIK BRUNEI BLOK 2E KONDOMINIUM ONG SUM PING JALAN ONG SUM PING BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BAYARAN / YURAN DOKUMEN TAWARAN : TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 11 April 2017 (Sebelum jam 2.00 Petang)
TAWARAN BILANGAN TAWARAN : PB/ESTATE/Q/2017-2018/01 KETERANGAN : SEBUT HARGA BAS SEWA KHAS (OUTSOURCE) BAGI TEMPOH 2 TAHUN, UNTUK PERKHIDMATAN ULANG ALIK PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH SAINS DAN KEJURUTERAAN DARI KAMPUS ONG SUM PING KE KAMPUS LUMUT BAGI POLITEKNIK BRUNEI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN, BAGI TAHUN 2017
Syarat-syarat iklan tawaran dan borang-borang tawaran boleh diperoleh di Tingkat 12, Unit 4, Jabatan Perkhidmatan Kewangan, Politeknik Brunei, Blok 2E, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan resit pembayaran. Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN, POLITEKNIK BRUNEI, BANGUNAN POLITEKNIK BRUNEI, BLOK 2E, LOBI, KONDOMINIUM ONG SUM PING, BERAKAS, BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DI DALAM KELAS : II & III SAHAJA KATEGORI : B01 SAHAJA - KOD BAHARU TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : 4 April 2017 (Selasa) TARIKH TUTUP : 18 April 2017 (Selasa) tidak lewat dari jam 2.00 petang BIL. : JKR/DTS/ 03/CQS/2017-T/II NAMA PROJEK : SUNGAI AKAR SECONDARY SCHOOL RECTIFICATION WORKS TO SIMPANG 204 AND SCHOOL ACCESS ROAD NO. PROJEK : DTS/SAR/D/570(j) YURAN TAWARAN : BND10.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) E-DOKUMEN : SYARAT-SYARAT tawaran dan dokumen-dokumen tawaran bolehlah dilihat dan diperoleh dari Unit Pembahagian Dokumen, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.
16
IKLAN
HARI RABU 29 MAC 2017
KEMENTERIAN KESIHATAN PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperoleh dari Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja, mulai Rabu, 8 Mac 2017. Sila layari website Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. Dokumen dokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Selasa pada 4 April 2017. TAWARAN BIL. TAWARAN KETERANGAN YURAN TAWARAN TARIKH TUTUP BIL. TAWARAN : KK/29/2017 (ESTETMOH)(TC) KETERANGAN : DOMESTIC WASTE COLLECTION AND DISPOSAL SERVICES FOR MINISTRY OF HEALTH COMPLEX FOR A PERIOD OF FIVE (5) YEARS YURAN TAWARAN: BND10.00 BILANGAN TAWARAN : KK/30/2017 (ESTETMOH)(TC) KETERANGAN : THE PROVISION OF COMPREHENSIVE MAINTENANCE SERVICES FOR LIFTS AT DEPARTMENT OF SCIENTIFIC SERVICES BUILDING FOR A PERIOD OF FIVE (5) YEARS Kelayakan Pemborong / Pembekal : Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Kelas Kategori : KPME02
YURAN TAWARAN : BND10.00 BILANGAN TAWARAN : KK/31/2017 (PKA)(TC) KETERANGAN : DOMESTIC WASTE COLLECTION AND DISPOSAL SERVICES FOR FOREIGN WORKERS HEALTH SCREENING FOR A PERIOD OF THREE (3) YEARS YURAN TAWARAN : BND10.00 BILANGAN TAWARAN : PHARM/46/2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND30.00 BILANGAN TAWARAN : PHARM/47/2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND30.00 BILANGAN TAWARAN : PHARM/48/2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND30.00 Tarikh Tutup : TIDAK LEWAT JAM 2.00 PETANG, 4 APRIL 2017 IKLAN WEBSITE PADA 8 MAC 2017
JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN TAWARAN : JPE / LTK / PDP / 002 / 2017 TAJUK TAWARAN : TECHNICAL MAINTENANCE OF THE DES 11KV SWITCHGEAR PANELS FOR A PERIOD OF ONE YEAR FOR MIS WITHIN BRUNEI MUARA DISTRICT. Tarikh Tutup : 4 April 2017, SELASA (JAM 2.00 PETANG) Harga Dokumen : BND30.00 (tidak dikembalikan)
WAYLEAVE CLEARING OF 66KV OVERHEAD TRANSMISSION LINE FOR BRUNEI MUARA DISTRICT OVER A PERIOD OF TWO YEARS Tarikh Tutup : 4 April 2017, SELASA (JAM 2.00 PETANG) Harga Dokumen : BND30.00 (tidak dikembalikan) KELAYAKAN : KELAS 3, 4 ATAU 5, KATEGORI S03 DAN E02 atau E03
BILANGAN TAWARAN : Tempat tutup : JPE / LTK / PDP / 003 / 2017 ''TENDER BOX'' TAJUK TAWARAN : PENGERUSI PROPOSED TECHNICAL LEMBAGA TAWARAN KECIL MAINTENANCE OF JABATAN PERDANA MENTERI DISTRIBUTION JALAN MENTERI BESAR TRANSFORMERS WITHIN BANDAR SERI BEGAWAN THE BRUNEI MUARA DISTRICT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 11KV DISTRIBUTION NETWORKS DOKUMEN-DOKUMEN tawaran OVER A PERIOD OF ONE YEAR dan peneranganpenerangan yang lanjut boleh diperoleh dari Bahagian Tarikh Tutup : 4 April 2017, Penghantaran dan Pembahagian, SELASA (JAM 2.00 PETANG) Tingkat satu, Jabatan Perkhidmatan Harga Dokumen : BND30.00 Elektrik, Jabatan Perdana Menteri. PERHATIAN : (tidak dikembalikan) KELAYAKAN : KELAS III, IV ATAU V, KATEGORI E03 BILANGAN TAWARAN : JPE / LTK / PDP / 004/ 2017 TAJUK TAWARAN : SELECTIVE
* Sila sertakan salinan ''BUSINESS NAMES ENACTMENT, 1958 - Section 16 & 17'' dan sijil pendaftran pemborong (MOD) semasa menghantar dokumen ini ke Jabatan Perkhidmatan Elektrik. * Sila rujuk 'General Conditions And Scope of Works' mukasurat 18-22 sebelum ikut serta bersama tawaran ini. (Tawaran : JPE / LTK / PDP / 004/ 2017).
IKLAN
HARI RABU 29 MAC 2017
17
MAHKAMAH PEGAWAI WARIS KUALA BELAIT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS KUALA BELAIT SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/NO. 15/2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAM BINTI MARDOAN pusaka yang dipunyai oleh AHAD BIN AJI yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 13 Mac 2017. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/NO. 115/2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAJAH AISAH BINTI HAJI YA'AKOB pusaka yang dipunyai oleh PENGIRAN HAJI TAIB BIN PENGIRAN HAJI KARIM yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si
pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 13 Mac 2017. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/NO. 05/2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh SHANTINI D/O. VAITHILINGAM pusaka yang dipunyai oleh MUNUSAMY KHANAN PONRAJ yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BALU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas.
Tarikh : 13 Mac 2017. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/NO. 36/2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh CHAN CHEE MUN pusaka yang dipunyai oleh WONG NAI BOI yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 13 Mac 2017. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/NO. 110/2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh NG PENG YACK pusaka yang dipunyai oleh CHUA KIM HUA yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada
30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 13 Mac 2017. SURAT KUASA PUSAKA : KB/LA/NO. 10/2017 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAJI SULAIMAN RAMLEE BIN SUNTAI pusaka yang dipunyai oleh JAIDI BINTI HASSAN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH KUALA BELAIT pada 30 MAC 2017, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, KUALA BELAIT sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 13 Mac 2017. (PG. SHAHYZUL KHAIRUDDIEN BIN PG. ABDUL RAHMAN) Timbalan Pegawai Waris Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam.
18
NASIONAL
HARI RABU 29 MAC 2017
Pegawai polis digesa untuk keluar dari zon selesa Oleh : Khartini Hamir, Mahirah Haji Mohd. Raduan Foto : Hamzah Mohidin
PESURUHJAYA PDB, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy semasa menyampaikan ucapan pada mesyuarat tersebut.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac. - Mesyuarat Dua Hala Ke-12 di antara Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan Pasukan Polis Singapura mesti maju ke peringkat seterusnya dan menggesa pegawai polis untuk keluar dari zon selesa mereka dan memberi tumpuan kepada mengenal pasti bukan sahaja trend jenayah semasa tetapi juga sebarang ancaman baharu serta merangka pelan dan strategi sewajarnya antara kedua-dua pasukan polis.
Pesuruhjaya PDB, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam menekankan perkara itu pada Mesyuarat Dua Hala yang diadakan di Bilik Persidangan, Bangunan Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong. Dalam pertemuan itu juga turut membincangkan isu-isu strategik kepada pembangunan untuk kedua-dua buah pasukan dengan penekanan untuk mengenal pasti dan merapatkan jurang dengan kepakaran dari kedua-dua pasukan polis melalui pertukaran, pembangunan kapasiti dan perkongsian maklumat. Mesyuarat Dua Hala antara lain mewakili forum penting untuk memperkenalkan dan memupuk pegawai-pegawai muda yang akan menjadi pemimpin masa depan. Selain itu, ia juga merupakan satu platform untuk kedua-dua pasukan polis untuk meningkatkan kerjasama dan memupuk hubungan kerjasama yang rapat, bagi membolehkan kedua-dua pasukan untuk berkembang maju dalam mengharungi cabaran baharu. Mesyuarat Dua Hala dimulakan dengan ucapan aluan-aluan oleh Pesuruhjaya PDB, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy dan Pesuruhjaya Polis Republik
PESURUHJAYA Polis Diraja Brunei (PDB), Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam dan Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, Dato Paduka Seri Hoong Wee Teck (dua, kanan) berserta pegawai-pegawai kanan polis kedua-dua buah negara bergambar ramai selepas mesyuarat diadakan.
Singapura, Dato Paduka Seri Hoong Wee Teck. Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Penolong Pesuruhjaya Polis, Pengiran Haji Muhammad
bin Pengiran Haji Metali juga selaku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan PDB dan Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Loy Chye Meng juga selaku
Command Training Komandan, Pasukan Polis Singapura yang juga turut dihadiri oleh pegawaipegawai ranking kanan dari kedua-dua buah pasukan polis.
MPK Subok tinjau produk Kampung Sungai Bunga BIBD tingkatkan kesedaran pengurusan kewangan
Berita dan Foto : Ihsan Majlis Perundingan Kampung Subok
PARA pemenang yang menyertai salah satu aktiviti yang diadakan pada Minggu Kewangan Global semasa bergambar ramai.
Siaran Akhbar dan Foto : Bank Islam Brunei Darussalam
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac. - Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menunjukkan sokongan penuh terhadap Kementerian Kewangan Brunei dan Tabung Amanah Pekerja (TAP) dengan Minggu Kewangan Global yang bertemakan 'Pelajari, Simpan, Mendapat'. Pada majlis tersebut, BIBD menyediakan permainan perancangan kewangan dan aktiviti-aktiviti yang mampu untuk menyerlahkan perbezaan perbelanjaan antara keperluan dan
kehendak, serta untuk menguruskan kewangan mereka dengan bijak dan kepentingan belanjawan. Ketua Perbankan Runcit BIBD, Dayang Hajah Nurul Akmar binti Haji Md. Jaafar mengulas mengenai penyertaan BIBD, "Kami di BIBD memahami sepenuhnya kepentingan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan kewangan yang lebih baik seawal mungkin. Bukan sahaja bagi memastikan bahawa belia kita akan bermula dan matang dengan pengetahuan
kewangan dan keupayaan awal mereka, tetapi mereka juga akan dapat menyediakan dan melengkapkan diri terhadap sebarang keadaan yang tidak diduga." Penyertaan BIBD pada majlis itu adalah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan faedah pengurusan kewangan yang lebih baik, pada masa yang sama menekankan kepentingan meningkatkan kesedaran celik kewangan di Negara Brunei Darussalam. Ini dapat dilihat melalui ceramah perancangan kewangan mereka yang sering diadakan untuk pelbagai khalayak yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan institusi masing-masing.
ROMBONGAN Majlis Perundingan Kampung (MPK) Subok semasa melihat lebih dekat bagaimana pembuatan Kuih Sapit dihasilkan oleh ahli MPK Sungai Bunga.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac. - Rombongan seramai 17 ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Subok telah mengadakan lawatan ke Kampung Sungai Bunga pada 26 Mac baru-baru ini. Rombongan telah diketuai oleh Setiausaha MPK Subok, Awang Haji Suhaimi bin Haji Japar. Turut serta pada lawatan tersebut ialah Ketua Biro Lawatan dan Riadah, Awang Dolamit bin Haji Hitam berserta ahli-ahli MPK Subok. Semasa lawatan berkenaan, rombongan MPK Subok telah dialu-alukan oleh Pemangku Ketua
Kampung Sungai Bunga, Pengiran Haji Abd. Rahman bin Pengiran Haji Zainal bersama Setiausaha MPK Sungai Bunga, Awang Zaini bin Haji Salleh, yang juga Ketua Biro Ekonomi dan Pelancongan bersama ahli-ahli MPK Sungai Bunga. Lawatan yang dikelolakan oleh Biro Lawatan dan Riadah MPK Subok tersebut antara lain adalah untuk melihat lebih dekat produk-produk yang dihasilkan oleh Kampung Sungai Bunga. Selain itu, bagi menimba pengalaman bagi ahli-ahli MPK Subok dan mengeratkan silaturahim antara kedua-dua buah kampung.
AGAMA
HARI RABU 29 MAC 2017
19
Jatuhkah thalaq suami yang dilakukan secara bertulis? (Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
S
EKARANG ini zaman moden, zaman di mana setengah orang mengambil mudah banyak perkara, hatta pada perkara berkaitan agama. Malahan yang lebih menyedihkan, perkara thalaq boleh diambil mudah dan dianggap sebagai bahan gurauan dan mainan. Ada suami yang melafazkan thalaq di hadapan kawan-kawan tanpa kewujudan isteri. Ada pula suami yang hanya berpesan kepada orang lain tentang ucapan thalaqnya untuk disampaikan kepada isterinya. Malahan tidak dinafikan ada pula yang menulis surat atau nota kepada isterinya bahawa dia diceraikan. Pada hakikatnya, perkara thalaq bukan perkara yang boleh diambil mudah dan dibuat main-main. Islam menyuruh para suami untuk lebih berhati-hati dengan perkara thalaq, kerana thalaq yang dilafazkan, walau hanya dibuat secara gurauan adalah tetap dianggap suatu tindakan yang sungguh-sungguh dan sah pada pandangan syarak. Walaupun thalaq merupakan perkara yang halal (dibolehkan), namun ia sangat dibenci oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Thalaq bererti tindakan memutuskan ikatan pernikahan dengan lafaz thalaq atau yang seumpamanya. Kuasa menthalaq ini terletak di tangan suami. Apabila suami menjatuhkan thalaq, sama ada perkataan thalaq itu dilafazkan secara sungguhsungguh atau secara gurauan, dan mencukupi syarat-syarat untuk jatuh thalaq, maka thalaq itu sah dan dengan itu terjadilah perceraian antara kedua suami isteri. Bagaimana Terjadi Thalaq? Thalaq boleh terjadi sama ada dengan lafaz sharih (jelas) atau dengan lafaz kinayah (kiasan). Akan tetapi thalaq yang dibuat dengan cara kinayah mempunyai syarat tertentu sebelum dihukumkan bahawa thalaq itu jatuh atau tidak. Pertama : Lafaz sharih (jelas) Lafaz thalaq yang sharih (jelas) ialah lafaz yang secara zahirnya tidak membawa maksud yang lain selain thalaq. Dalam bahasa Arab lafaz thalaq yang jelas itu ialah perkataan ath-thalaq ?????? itu sendiri. Lafaz thalaq di dalam bahasa Arab ini jika digunakan oleh orang 'Ajam (orang yang bukan orang Arab) yang mengetahui bahawa lafaz di atas digunakan untuk melepaskan ikatan perkahwinan atau menjarakkan suami daripada isteri, maka tetap jatuh thalaq dengan melafazkan perkataan itu. Umpamanya suami berkata : ''Aku thalaq
Thalaq bererti tindakan memutuskan ikatan pernikahan dengan lafaz thalaq atau yang seumpamanya. Kuasa menthalaq ini terletak di tangan suami. Apabila suami menjatuhkan thalaq, sama ada perkataan thalaq itu dilafazkan secara sungguhsungguh atau secara gurauan, dan mencukupi syarat-syarat untuk jatuh thalaq, maka thalaq itu sah dan dengan itu terjadilah perceraian antara kedua suami isteri. engkau'' atau ''engkau ku thalaq''. Akan tetapi tidak jatuh thalaq jika suami melafazkan lafaz thalaq sedangkan dia tidak mengetahui bahawa ia adalah untuk melepaskan ikatan perkahwinan. Selain lafaz ath-thalaq, lafaz al-firaq (?????) dan as-sarah (?????) juga adalah lafaz thalaq yang jelas. Lafaz al-firaq (?????) dan as-sarah (??????) dianggap lafaz-lafaz thalaq yang jelas kerana lafaz-lafaz (at-thalaq, al-firaq dan as-sarah) berulang kali disebut di dalam Al-Quran. Dalam bahasa Melayu, perkataan ath-thalaq (?????), al-firaq (??????) dan as-sarah (?????) ketiganya-tiganya membawa maksud cerai. Antara contoh lafaz-lafaz thalaq yang dilafazkan secara jelas ialah : ??????? bermaksud ''Aku talak engkau'' atau ????? atau ?????? bermaksud ''Aku ceraikan engkau'' atau ?????? atau ????????? bermaksud ''Engkau yang dithalaq'' atau ''??????'' atau ???????? bermaksud ''engkau yang diceraikan.'' Hukumnya : Thalaq yang dilafazkan oleh suami dengan lafaz-lafaz jelas itu adalah sah dan jatuh thalaq walaupun tanpa niat untuk menjatuhkan thalaq. Kedua : Lafaz kinayah (kiasan) Lafaz thalaq dalam bentuk kinayah ialah lafaz yang boleh membawa maksud thalaq dan pada masa yang sama boleh juga membawa maksud yang lain selain thalaq. Contohnya suami berkata kepada isterinya : ''Ku lepaskan engkau kepada keluargamu.'' Adapun maksud 'ku lepaskan engkau kepada keluargamu' boleh sahaja membawa maksud 'menthalaq / menceraikan isterinya' atau boleh sahaja membawa maksud 'membenarkan / mengizinkan / tidak menghalang untuk pergi / berjumpa keluarga'. Hukumnya : Jatuh atau tidaknya thalaq yang dilafazkan oleh suami dengan lafaz kiasan ini adalah bergantung kepada niat suami. Jika dia berniat bahawa apa yang dilafazkan kepada isterinya itu bermaksud thalaq, maka jatuhlah thalaq. Tetapi jika lafaz itu tidak diniatkannya sebagai thalaq,
LAFAZ thalaq yang ditulis kepada isteri boleh menyebabkan jatuh thalaq jika memenuhi syarat-syarat yang digariskan syarak. Thalaq tidak semestinya jatuh hanya dengan lisan, bahkan adakalanya thalaq boleh jatuh apabila diungkapkan melalui tulisan. Begitu juga thalaq boleh jatuh sekalipun diucapkan dalam keadaan gurau senda atau diucapkan bukan di hadapan isteri. Oleh itu, para suami dan isteri perlu berhati-hati dalam perkara thalaq.
maka yang demikian tidaklah jatuh thalaq. Adakah Jatuh Thalaq Melalui Tulisan Suami? Untuk menghukumkan sama ada jatuh ataupun tidak thalaq yang dibuat melalui tulisan si suami kepada isterinya di mana tulisan (sama ada berbentuk surat atau nota) mengandungi kenyataan suami menthalaq isterinya perlu dilihat dari beberapa aspek. a. Jika suami seorang yang boleh berkata-kata Jika tulisan tersebut didakwa ditulis oleh suami dan diakuinya atau suami mengakui bahawa dia sendiri menulisnya, maka dilihat dari aspek : i. Niat si suami. Sebagai contoh, si suami menulis ungkapan : ''Aku thalaq engkau dengan thalaq satu.'' Dalam hal ini : - Jika si suami tidak berniat untuk menjatuhkan thalaq dengan tulisannya itu, maka thalaq tersebut tidak jatuh. Sebagai contoh : suami menulis ungkapan thalaq untuk mencuba dakwat pen ke atas kertas. Akan tetapi jika dia berniat untuk menjatuhkan thalaq ke atas isterinya, maka jatuhlah thalaq dengan tulisannya itu. Ini kerana thalaq melalui tulisan itu adalah termasuk dalam kategori lafaz thalaq kinayah. Lafaz thalaq kinayah akan jatuh bila lafaz tersebut disertai dengan niat. - Jika suami menulisnya dan sewaktu atau selepas menulis perkataan thalaq itu dilafazkannya, maka jatuhlah thalaq kerana thalaq jelas dilafazkan malahan turut diungkapkan melalui tulisan. ii. Lafaz thalaq yang ditulis suami. - Sebagai contoh, suami menulis surat kepada isterinya. Antara isi kandungan surat tersebut berbunyi: ''Jika sampai kepadamu suratku ini, maka terthalaqlah engkau'' dan dia berniat untuk menjatuhkan thalaq kepada isterinya, maka : - Jika surat tersebut sampai kepada isterinya, jatuhlah thalaq. Namun sebaliknya, jika surat tersebut tidak sampai kepada isterinya, maka thalaq tersebut tidak jatuh. - Jika surat tersebut sampai ke tangan isterinya, tetapi kandungan surat tersebut hilang, maka tidak jatuh thalaq ke atas isterinya. - Jika tersisa kesan tulisan tersebut dan masih boleh dibaca isinya, maka jatuh thalaq tersebut. Begitu juga jatuh thalaq jika yang hilang permulaan atau penutup surat tersebut seperti kalimat "??? ???? ?????? ??????" atau kalimat "????? ???". Berlainan halnya pula jika yang hilang itu adalah perkataan thalaq, maka dalam keadaan itu tidak jatuh thalaq tersebut. Contoh yang lain pula, suami mengirim surat kepada isterinya. Antara isi kandungan surat tersebut berbunyi : ''Jika engkau membaca suratku ini, maka terthalaqlah engkau.'' Dalam keadaan ini, thalaq dihukumkan mengikut keadaan yang berlaku seperti berikut : - Jika si isteri merupakan seorang yang boleh membaca, lalu surat tersebut dibacanya, maka dia terthalaq. Ini kerana dia telah melakukan perbuatan yang menyebabkan jatuhnya thalaq iaitu membaca. Akan tetapi jika surat tersebut dibacakan kepadanya oleh orang lain, maka tidak sah dan tidak jatuh thalaq kerana isteri tidak membaca walhal dia (si isteri) sebenarnya boleh membaca. - Jika si isteri seorang yang buta huruf dan si suami mengetahui akan keadaan isterinya,
maka dalam hal ini jatuh thalaq jika surat tersebut dibacakan kepadanya oleh orang lain. Walau bagaimanapun, jika suami tidak mengetahui akan keadaan isteri yang buta huruf, maka tidaklah si isteri terthalaq menurut pendapat yang lebih tepat (aqrab) sebagaimana disebutkan dalam Kitab ar-Raudhah. Cabang Permasalahan : Dakwaan isteri yang dinafikan suami Seperkara yang perlu diketahui bahawa jika si isteri mendakwa bahawa dia telah mendapat tulisan (surat) daripada suaminya yang mengatakan bahawa dia dithalaq, akan tetapi suami menafikan melakukan perkara itu, maka dalam hal ini diterima penafian suami dengan bersumpah. Oleh itu tidaklah jatuh thalaq dengan penafian suami menulis akan tulisan itu. b. Jika suami seorang yang bisu Jika tulisan tersebut ditulis oleh suami yang bisu, maka tulisan tersebut dianggap sebagai kinayah dan thalaq hanya jatuh bila suami itu memang berniat untuk menjatuhkan thalaq walaupun dia tidak menunjukkan isyarat menjatuhkan thalaq pada waktu menulisnya. Walau bagaimanapun, penentuan jatuhnya thalaq atau tidak jatuhnya thalaq tersebut tidak hanya dilihat pada niat suami semata-mata. Dalam memutuskan perkara ini, terdapat beberapa perkara lagi yang perlu dilihat, antaranya; 1. Orang yang menulis tulisan (surat atau nota) tersebut kepada isteri adalah suaminya sendiri bukannya orang lain. 2. Suami tidak dipaksa untuk menjatuhkan thalaq. 3. Suami memang berniat untuk menceraikan isteri. 4. Bergantung pada isi kandungan tulisan. 5. Bergantung pada keadaan adakah isteri boleh membaca atau tidak ketika menerima tulisan tersebut. Walau apapun, untuk menentukan kedudukan ini, kedua suami isteri janganlah memutuskannya secara bersendirian mengenai tulisan yang mengandungi lafaz thalaq yang dihantar suami itu sama ada jatuh thalaq atau tidak. Pihak terbabit iaitu si isteri yang mendapat tulisan si suami atau si suami yang memberi tulisan itu hendaklah merujuk perkara ini kepada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan pengesahan sama ada thalaq melalui penulisan ini boleh menyebabkan jatuh thalaq atau tidak. Pihak Mahkamah Syariah akan menyiasat beberapa perkara berhubung dengan suami, isteri dan tulisan tersebut dan beberapa perkara lain yang pada pandangan pihak Mahkamah Syariah mempunyai kaitan dengan kes thalaq melalui cara tulisan ini. Seterusnya pihak Mahkamah Syariah akan membuat keputusan sama ada thalaq suami melalui tulisan ini jatuh atau tidak. Sebagai kesimpulan, lafaz thalaq yang ditulis kepada isteri boleh menyebabkan jatuh thalaq jika memenuhi syarat-syarat yang digariskan syarak. Thalaq tidak semestinya jatuh hanya dengan lisan, bahkan adakalanya thalaq boleh jatuh apabila diungkapkan melalui tulisan. Begitu juga thalaq boleh jatuh sekalipun diucapkan dalam keadaan gurau senda atau diucapkan bukan di hadapan isteri. Oleh itu, para suami dan isteri perlu berhati-hati dalam perkara thalaq.
20
NASIONAL
HARI RABU 29 MAC 2017
Pan Bright Travel ejen pelancongan paling laris
PARA pemenang RB Belait Travel Fair 2017 Ke-12 semasa sesi bergambar ramai.
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac.- Syarikat Pan Bright Travel Services dianugerahkan
sebagai penerima Ejen Pelancongan Paling Laris atau 'Top Selling Agent' sempena RB Belait Travel Fair 2017
Ke-12 yang berlangsung pada 4 hingga 5 Mac 2017 yang lalu di Pusat Insani, Seria. Sementara itu, Freme Travel Services dan Darussalam Holdings Sdn. Bhd. masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. Pada pameran pelancongan tersebut,
Kuala Lumpur, London dan Singapura merupakan jualan destinasi tertinggi yang ditawarkan di bawah Syarikat Pan Bright Travel Services. Penyampaian hadiah kepada agensi-agensi pelancongan tersebut serta cabutan bertuah diadakan petang tadi di Dewan Sejahtera, Royal
Brunei Recreation Club, di sini. Hadir menyampaikan hadiah-hadiah kepada ejen-ejen tersebut ialah Ketua Bahagian Jualan Asia, Penerbangan Diraja Brunei (RB), Awang Aji bin Puteh. Sementara itu, empat orang memenangi cabutan bertuah RB, iaitu Eunice Keasberry memenangi 2 tiket ulang alik ke Melbourne, Lau Yuck Ping memenangi 2 tiket ulang alik ke Dubai, Aimi Zawani Ajamain memenangi Royal Skies Membership dan Lee Sei Chee memenangi dua akses Sky Lounge. Sabre Travel Network Brunei turut menaja dua hadiah lain, iaitu Mayer Air Fryer yang dimenangi oleh Tan Liang Chieng dan Dayang Jasmine bintiAbdul Razak memenangi TV jenama Panasonic 32 inci. Di antara ejen pelancongan yang menyertai pameran pelancongan tersebut ialah Anthony Tours and Travel Agency Sdn. Bhd.; At-Taqwa Travel Tours, Century Travel, Darussalam Holdings Sdn. Bhd., Freme Travel Services, Pan Bright Travel Service dan Southern Cross Travel Agencies. Pameran pelancongan berkenaan disokong oleh Sabre Travel Network Brunei, Baiduri Bank, Bank Islam Brunei Darussalam, Standard Chartered Brunei dan Jerudong Park.
TelBru capai sasaran 45,000 pemasangan fiber BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac. - Empat tahun selepas mengorak langkah transformasi ke arah mewujudkan rangkaian komunikasi terkini yang lebih baik kepada rakyat Negara Brunei Darussalam, Telekom Brunei Berhad (TelBru) telah berjaya melepasi sasaran pencapaian sebanyak 45,000 dengan pemasangan fiber ke rumah-rumah (Fiber-to-the-Home -FTTH) pada tahun 2017. Dari 36,000 pada April tahun lepas, syarikat telah meningkatkan kapasiti untuk menampung baki 10,000 sambungan menjelang Januari bulan lepas, menjadikan jumlah bilangan penyambungan FTTH kepada lebih 46,000 perniagaan dan isi rumah di seluruh negara. Kejayaan itu menandakan satu lagi pencapaian penting dalam sejarah TelBru sejak pengkorporatannya pada 2006, dan kemudian pelancaran FTTH pada tahun 2013 lalu yang menawarkan penambahbaikan untuk pelanggan TelBru secara menyeluruh terutama bagi sambungan internet, seiring dengan hasil yang mengagumkan yang kini dengan jumlah minimum sebanyak 10Mbps disebabkan oleh daya tahan sambungan fiber. Dengan angka peningkatan
Siaran Akhbar : TelBru 'KEJAYAAN itu menandakan satu lagi pencapaian penting dalam sejarah TelBru sejak pengkorporatannya pada 2006, dan kemudian pelancaran FTTH pada tahun 2013.' sambungan FTTH, TelBru juga telah meningkat keupayaan dan kini mampu mencapai purata 21.55Mbps – hampir setanding dengan rakan-rakan maju serantau – berpotensi untuk mencapai 2.5Gbps bagi pelanggan yang memerlukan perkhidmatan tersebut. Sejak memperkenalkan pelan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi High Speed Broadband terkini pada awal tahun ini, TelBru telah menyaksikan peningkatan sebanyak 45 peratus dalam kalangan pelanggan yang telah memilih perkhidmatan 15Mbps syarikat, yang mana TelBru menganggap seiring dengan permintaan tinggi untuk data dalam kalangan penduduk tempatan dan komitmen untuk memenuhi kehendak orang ramai menjadikan syarikat itu maju ke hadapan.
Dalam masa empat tahun, FTTH diperkenalkan di negara ini dan pada masa yang sama memodenkan sektor telekomunikasi Brunei, negara ini lebih bersedia untuk memperkenalkan nilai tambah dan merintis penyelesaian teknologi yang dibolehkan untuk TelBru mencapai matlamatnya di bawah inisiatif Syarikat Nation Smart yang menjadi tulang belakang kepada infrastruktur yang berpanjangan dan menggalakkan Pelaburan Langsung Asing untuk mempelbagaikan lagi ekonomi negara melalui penggunaan ICT. Selaras dengan menyediakan sambungan internet yang lebih baik, TelBru terus memberi tumpuan kepada menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan melalui pembangunan keupayaan sumber manusia, yang kini melihat tenaga kerja yang lebih komited terhadap kaedah berasaskan penyelesaian. Hasil daripada perubahan ini, TelBru telah berjaya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan berpandukan nilai-nilai teras syarikat itu, antara lain, terdiri daripada komitmen kepada perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, integriti dan menghormati pihak berkepentingan syarikat termasuk orang ramai secara umum.
Maklumat palsu mengenai pengeluaran matawang baharu Siaran Akhbar : Autoriti Monetari Brunei Darussalam BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac. - Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) mendapati bahawa ada maklumat palsu yang mendakwa bahawa matawang ringgit Brunei baharu akan dikeluarkan. Sehubungan itu, AMBD ingin mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati dan tidak mudah terpedaya apabila menerima maklumat melalui sumber-sumber tidak rasmi, terutamanya mengenai isu-isu dasar monetari, pengeluaran matawang, dan penyeliaan institusi-institusi kewangan dan dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan palsu. AMBD juga ingin mengingatkan orang ramai bahawa menurut Seksyen 13 daripada Perintah Matawang 2004 (Currency Order 2004), mana-mana orang yang mengeluarkan matawang dan duit syiling, atau apa-apa dokumen atau tanda, yang serupa atau mungkin dianggap sah diperlakukan, jika sabit kesalahan akan didenda, dipenjarakan tidak melebihi 15 tahun atau kedua-dua sekali. Mana-mana maklumat mengenai dengan pengeluaran matawang baharu, sama ada matawang untuk peredaran atau matawang kenang-kenangan akan dimaklumkan melalui platform media AMBD rasmi. Maklumat lanjut mengenai matawang Negara Brunei Darussalam boleh didapati melalui AMBD Apps, yang boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Playstore; atau dengan melayari laman sesawang AMBD di http://www.ambd.gov.bn; atau dengan mengikuti AMBD di Instagram melalui @autoriti_monetari.
Masjid Baharu Kampung Sengkarai boleh tampung 1,000 jemaah Siaran Akhbar : Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama TUTONG, Isnin, 27 Mac. - Para penduduk Kampung Sengkarai dan kawasan sekitarnya akan dapat kemudahan beribadah apabila Masjid Baharu Kampung Sengkarai akan mula digunakan dalam sedikit masa lagi. Sehubungan itu, Majlis Penyerahan Bangunan Masjid
Baharu Kampung Sengkarai berlangsung di masjid berkenaan, di sini. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Masjid Baharu Kampung Sengkarai, Awang Haji Deli bin Haji Raya.
Seterusnya, penyerahan kunci masjid tersebut disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri dan diserahkan pula kepada Imam Masjid Baharu Kampung Sengkarai. Projek pembinaan masjid baharu ini diselenggarakan oleh kontraktor Syarikat GR Technic Sdn. Bhd. dan dibina di atas sebidang tanah berkeluasan 5 ekar dengan menggunakan peruntukan Majlis Ugama Islam Brunei melalui
Wang Zakat Asnaf al-Gharimin dengan anggaran kos perbelanjaan berjumlah BND3,833,535.00. Bangunan masjid itu boleh menampung jemaah seramai lebih kurang 1,000 jemaah selain kemudahan lain termasuk Dewan Sembahyang Utama (Lelaki); Dewan Sembahyang Perempuan; Bilik Muzakarah; Bilik Pegawai Hal Ehwal Masjid; Bilik Imam / Bilal; Bilik Tetamu Khas; Bilik Kaunseling; Bilik Bacaan; Bilik PA System; Bilik Stor; Bilik Wuduk
Lelaki / Perempuan dan Tetamu Khas yang berasingan; Bilik Pengurusan Jenazah; Bilik Dapur dan Tandas bagi jemaah lelaki juga perempuan yang berasingan serta tempat laluan bagi orang kurang upaya. Terbinanya masjid itu nanti, dapat memudahkan lagi masyarakat Islam untuk menunaikan sembahyang fardu lima waktu dan Sembahyang Fardu Jumaat serta lain-lain kegiatan keagamaan dalam masa terdekat ini.
NASIONAL
HARI RABU 29 MAC 2017
21
Program Super Youth dedahkan kemahiran diri belia
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Mac. - Selaku pemimpin masa hadapan, golongan belia bukan sahaja perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan berguna, tetapi mereka juga harus mengambil langkah aktif dalam mempromosikan pembangunan mampan serta memahami peluangpeluang yang wujud dalam menangani isu-isu semasa. Sehubungan itu, penganjur Dynamic Action Group mengadakan Program Super Youth yang bermula hari ini hingga 28 Mac, bertempat di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan. Dynamic Action Group terdiri daripada tujuh pegawai kerajaan
dari pelbagai kementerian dan jabatan yang sedang mengikuti Kursus Program Eksekutif Junior anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam dan Institut Perkhidmatan Awam selama 10 minggu. Program tersebut merupakan satu kaedah yang berkesan bagi membantu menjana kefahaman mengenai dengan kepimpinan dalam kalangan belia dan pada masa yang sama mengenal pasti tujuan utama Program Super Youth dianjurkan serta memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahui personality, kekuatan juga kelemahan diri masing-masing di peringkat awal dalam menentukan arah tuju
prospek kerjaya mereka. Program Super Youth akan menampilkan tiga tema khusus, iaitu 'Mengetahui Potensi Diri', 'Peranan Belia Dalam Wawawan Brunei 2035' dan 'Projek Komuniti Kecil'. Di samping itu, program tersebut juga menampilkan tiga belia hebat dalam bidang masing-masing bagi mengongsikan pengalaman mereka, iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad; Awangku Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki dan Awang Mohd. Khairul Nazif bin Haji Awang Damit.
PARA fasilitator dari Dynamic Action Group bagi Program Super Youth yang diketuai oleh Awang Muhd. Rashid bin Haji Awang Damit dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.
PARA belia yang mengikuti Program Super Youth.
Bazar amal beri peluang pengunjung membeli sambil menderma
AHLI Jawatankuasa Battle Pro Marketing and Management Services, Dayangku Siti Serbanun binti Pengiran Hidup (tengah), Awang Zainal Azim bin Haji Zainal Abidin (kiri), dan Dayang Fatin Liyana binti Suhili (kanan).
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Mac. - Penglibatan para usahawan tempatan terutamanya belia dalam Bazar Amal 2K17 2.0 'Satu Baju Satu Senyuman' memberi peluang bagi memasarkan produk barangan dan jenama mereka kepada orang ramai.
Ahli Jawatankuasa Battle Pro Marketing and Management Services (Battle Pro MMS), Dayang Fatin Liyana binti Suhili ketika ditemui seterusnya berkata, bazar lima hari itu juga adalah bagi mengumpul dana untuk Tabung Amal Jabatan Daerah
Brunei dan Muara (JDBM) dalam inisiatif mereka untuk membantu serta meringankan beban para mangsa yang ditimpa bencana. Sementara itu, Dayangku Siti Serbanun binti Pengiran Hidup juga Ahli Jawatankuasa Battle Pro MMS pula menjelaskan, melalui bazar amal itu, orang ramai berpeluang membeli-belah sambil menderma dengan membeli kain dan menempah pakaian dari syarikat jahitan yang terdapat di bazar berkenaan. Tempahan tersebut katanya, akan disumbangkan kepada anak-anak yatim dalam sama-sama memupuk rasa keprihatinan, di samping mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Manakala Awang Zainal Azim bin Haji Zainal Abidin semasa ditemui berkata, para pengunjung ke bazar amal tersebut berpeluang untuk mengikuti cabutan bertuah dan memenangi hadiah-hadiah menarik. Bazar amal anjuran JDBM dengan kerjasama Battle Pro MMS diadakan bermula 27 Mac dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam bertempat di Dewan Muhibbah, JDBM, Berakas.
Semasa program itu, para peserta akan mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan termasuk perbincangan berkumpulan, pembentangan projek, public speaking dan melawat ke Kampong Ayer. Dalam temu bual bersama Pegawai Kerja, Kementerian Pendidikan, Dayang Siti Azierah Nurul Hafizah binti Haji Mohammed Baharuddin menjelaskan bahawa program itu memfokuskan golongan belia kerana kini mereka kurang
berpengetahuan dan susah untuk memilih apa yang mereka mahu terutama sekali berkaitan dengan kerjaya masa hadapan. Menurutnya lagi, sasaran belia-belia yang mengikuti program ini adalah di antara 16 hingga 18 tahun. Beliau menambah, program ini akan mendedahkan para belia pada kemahiran diri sebagai seorang pemimpin terutama keberanian dalam komunikasi secara efektif.
Penyelidikan arus air di kawasan Lumut Siaran Akhbar : Jabatan Laut BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Mac. - Pelaut-pelaut diperingatkan bahawa kerja-kerja penyelidikan arus air yang diadakan di kawasan laut Lumut bermula pada 19 Mac sehingga 31 Ogos 2017. Menurut Siaran Akhbar Jabatan Laut, kerja-kerja penyelidikan arus air tersebut akan menyebabkan pembatasan pada keselamatan pelayaran. Bot yang terlibat adalah Victoria Jacoba (B 2385), Call Sign (B2385), 8.8m Panjang, 2.15m Lebar, 1.00m Draf dan 4 ton Gross Tonnage. Kedudukan di Lumut, Perairan Negara Brunei Darussalam, berhampiran Lumut BLNG dan SBM Brunei Methanol Company. Keterangan aktiviti adalah seperti catatan arus air akan dilaksanakan menggunakan bot yang disebutkan di atas dan bot tersebut akan mengikuti laluan yang sudah ditentukan. Isyarat amaran disediakan, yang mana bot tersebut akan mempamerkan pemasangan bendera untuk penyelidikan dan isyarat semboyan hon akan digunakan semasa kecemasan serta boya marin akan digunakan untuk menandakan kawasan penyelidikan. Pelaut-pelaut diingatkan untuk belayar dengan berhati-hati dan menjauhi diri dalam jarah yang selamat (minima 50 meter) dari kawasan operasi dan mengamalkan sifat-sifat kepelautan yang terbaik ketika berada di dalam kawasan operasi tersebut. Mana-mana kapal dikehendaki untuk menjauhi diri dari operasi.
Penutupan perkhidmatan kaunter Jabatan Perkhidmatan Pos Siaran Akhbar : Jabatan Perkhidmatan Pos
SEBAHAGIAN dari gerai jualan yang menyertai Bazar Amal 2K17 2.0 'Satu Baju Satu Senyuman' di Dewan Muhibbah Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Mac. - Semua perkhidmatan kaunter di semua cawangan Jabatan Perkhidmatan Pos hanya akan dibuka pada sebelah pagi sahaja, iaitu 8.00 pagi hingga 11.30 pagi, pada Khamis, 30 Mac 2017 dan akan ditutup pada sebelah petangnya. Menurut Siaran Akhbar Jabatan Perkhidmatan Pos, penutupan tersebut disebabkan Penutupan Akaun Tahun Kewangan 2016 / 2017. Semua perkhidmatan kaunter di cawangan-cawangan jabatan berkenaan juga akan ditutup pada Jumaat, 31 Mac ini. Pembayaran cek hanya akan diterima sehingga hari Khamis, 23 Mac 2017. Jabatan Perkhidmatan Pos memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi.
22
SUKAN
HARI RABU 29 MAC 2017
Sukan Badminton SKBD 2017 - DBM kutip pingat emas Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac. - Jaspar Yu Woon Chai dari Pasukan Daerah Brunei dan Muara (DBM) menewaskan Abdul Rahman bin Haji Md. Tahir dari Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) pada Kejohanan Badminton Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) 2017 peringkat akhir dalam Kategori
Perseorangan Lelaki. Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Belia, di sini, Pasukan DBM menewaskan Pasukan MS ABDB melalui perlawanan straight set dengan kiraan 21-12 dan 21-11 manakala dalam Kategori Individu Perseorangan Wanita pula dimenangi oleh Samantha Lee Harn Rou dari Pasukan Daerah Belait
mengalahkan Nor Alinah Ain Haji Ali Omar dari Pasukan Daerah Tutong dengan rubber set 16-21, 22-20 dan 21-9. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan pingat kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof. Sementara itu, dalam Kategori Bergu Lelaki pula, pasangan Yusman bin Md. Jenin dan Md. Hanafee bin
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof (kanan) semasa menyampaikan pingat emas kepada juara bagi Kategori Perseorangan Lelaki, Jaspar Yu Woon Chai dari Daerah Brunei dan Muara.
SETIAUSAHA Tetap KHEU bergambar kenangan bersama para pemenang Kategori Beregu Wanita.
Zainal dari Pasukan MS ABDB menang straight set dengan kiraan 21-14 dan 21-13 menentang pasangan Md. Shahirul Md. Jenin dan Ahmad Haji Abdul Razak dari Pasukan DBM. Dalam Kategori Beregu Wanita melalui pasangan Siti Norasmah binti Safar dan Siti Norkhatijah binti Safar dari Pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) mengalahkan pasangan DBM, Amalina Aliah binti Haji Gapor dan Sazelinah binti Haji Md Sa'at dengan rubber set, 21-23,
21-19 dan 21-15. Pada majlis itu, tetamu kehormat juga menyampaikan pingat kepada Kontinjen Pasukan DBM yang meraih pingat emas pada perlawanan peringkat akhir badminton SKBD 2017 dalam acara berpasukan yang telah diadakan pada 25 Mac lalu. Pasukan Tutong meraih pingat perak manakala tempat ketiga bersama (pingat gangsa) dimenangi oleh Pasukan MS ABDB dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB).
Futsal SKBD 2017 - IPT raih pingat emas Bolkiah, Berakas di sini, MS ABDB akur dengan pingat perak manakala tempat ketiga, iaitu pingat gangsa dimenangi oleh Daerah Belait. Majlis penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad (tengah) semasa hadir menyaksikan perlawanan akhir futsal SKBD Ke-3 yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad. Sebanyak 11 pasukan berentap di dalam acara futsal pada Kejohanan SKBD tersebut yang dibahagikan pada dua kumpulan, iaitu Kumpulan 'A' dan Kumpulan 'B'. Antara pasukan yang bertanding pada kejohanan sukan tersebut ialah Pasukan Daerah Tutong, Daerah Brunei dan Muara serta Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB). Kejohanan SKBD Ke-3 yang dikelolakan oleh KKBS dengan kerjasama persatuan-persatuan sukan kebangsaan telah berlangsung sejak 25 Mac dan akan berakhir dengan upacara penutup rasmi pada 29 Mac ini.
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Hamzah Mohidin BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac.Kejohanan Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) 2017 bagi acara futsal berakhir dengan kemenangan memihak kepada Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang meraih pingat emas
setelah mengalahkan Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) dengan jaringan 5-3. Pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal
SETIAUSAHA Tetap KKBS semasa bergambar ramai bersama para pemain dan pihak pengurusan Pasukan IPT yang merupakan johan perlawanan akhir futsal SKBD setelah menewaskan Pasukan MS ABDB. PEMAIN MS ABDB (jersi hitam) cuba melepasi pemain IPT (jersi merah) (kiri).
SUKAN
HARI RABU 29 MAC 2017
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac. - Penantian Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) untuk muncul johan akhirnya tercapai apabila meraih pingat emas pada Kejohanan Bola Jaring Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) pada perlawanan akhir menentang Pasukan Daerah Brunei dan Muara. Pada perlawanan yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah itu, pasukan Daerah Brunei dan Muara mendahului tiga set awal perlawanan namun semangat kental MS ABDB yang tidak mudah mengalah mengatur strategi pada set terakhir. Perlawanan sengit di antara kedua buah pasukan itu akhirnya memihak kepada MS ABDB dengan jaringan
23
MS ABDB raih pingat emas sukan Bola Jaring berkesudahan 46 berbalas 45. Dengan keputusan tersebut, Pasukan Daerah Brunei dan Muara meraih pingat perak. Terdahulu, dalam perlawanan separuh akhir bagi menentukan tempat ketiga, Pasukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) meraih pingat gangsa setelah menewaskan Pasukan Daerah Temburong dengan jaringan 41 berbalas 30. Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil. Pengurus Pasukan MS ABDB,
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Nolila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil (depan, lima dari kanan) bergambar ramai bersama Pasukan MS ABDB selaku juara Kejohanan Bola Jaring SKBD 2017 (atas), manakala gambar kiri, perlawanan sengit antara Pasukan MS ABDB menentang Pasukan Daerah Brunei dan Muara.
Leftenan Majiidah binti Haji Sidek semasa ditemui sejurus penyampaian hadiah menyatakan rasa syukur dan berbangga atas usaha semua pemain pasukannya yang tidak mengenal erti kalah sehingga saat akhir. Walaupun persediaan latihan bagi menyertai SKBD ini cuma dalam masa dua minggu jelasnya, namun atas kepercayaan dan komitmen tinggi setiap pemain telah membuahkan hasil setelah berjaya menggenggam pingat
emas. Manakala 780 Mejar Roziahani binti Haji Mohd Jaya selaku Kapten Pasukan MS ABDB menjelaskan ini merupakan kejuaraan pertama yang dimenangi oleh pasukannya yang mana pada Kejohanan SKBD yang lalu, mereka hanya meraih tempat ketiga. Jelasnya, walaupun ketinggalan dalam tiga set awal perlawanan, namun mereka tidak menyerah kalah dan
berputus asa serta menggandakan lagi semangat pasukannya melalui strategi-strategi yang diatur. Menurutnya lagi, pengalaman 12 tahun bersama pasukan tersebut mendorong lagi keserasian dalam permainan mereka. Sokongan dan sorakan dari ahli keluarga dan rakan-rakan mereka juga memberikan lagi semangat untuk terus berjuang bagi meraih kemenangan yang mereka impikan itu.
DBM tambah pingat emas bagi Lumba Basikal SKBD Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
JERUDONG, Selasa, 28 Mac. Pasukan Daerah Brunei dan Muara (DBM) meraih pingat emas bagi Kategori Kumpulan 'Time Trial' dalam Acara Lumba Basikal Kejohanan Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD). Pingat perak disandang oleh Pasukan Daerah Belait (DB) dan pingat gangsa dimenangi oleh Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB). Hadir menyempurnakan penyampaian pingat kepada para pemenang ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Awang Mohd. Irwan bin Haji Hambali pada Upacara Penyampaian Pingat SKBD Lumba Basikal yang berlangsung di Taman Bunut, Bukit Shahbandar, di sini. Bagi Kategori Perseorangan 'Time Trial' pula, pingat emas berjaya dikutip oleh Awang Abdul Hadrie bin Morsidi dari Pasukan DB; pingat perak, Awang Reduan bin Yusop juga dari Pasukan DB; dan pingat gangsa, Awang Haji Muhd. Aiman bin Abdullah Engkang dari Pasukan
PEMANGKU Timbalan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Awang Mohd. Irwan bin Haji Hambali (depan, tiga dari kanan) semasa hadir pada Upacara Penyampaian Pingat SKBD Lumba Basikal di Taman Bunut, Bukit Shahbandar.
DBM. Sementara itu, pingat emas bagi Kategori Kumpulan 'Road Race' 135 Kilometer disandang oleh
Pasukan MS ABDB; pingat perak diraih oleh Pasukan DBM; dan Pasukan DB mendapat pingat gangsa. Manakala pingat emas bagi Kategori
Perseorangan 'Road Race' 135Km dikutip oleh Awang Amiruddin bin Haji Mohamad Amir dari Pasukan DBM; pingat perak, Awang
Mohammad Nazri bin Mastani dari Pasukan MS ABDB dan pingat gangsa, Awang Mohd. Razi bin Tamat dari Pasukan DB.
24
SUKAN
HARI RABU 29 MAC 2017
PDB muncul johan keseluruhan IFG 2017
PESURUHJAYA Polis Diraja Brunei (PDB), Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam (kiri) semasa menyampaikan piala Kejohanan Sukan Antara Pasukan Ke-12 (12th Inter-Forces Games - IFG) 2017 kepada PDB.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Mac. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) muncul johan keseluruhan Sukan Antara Pasukan Ke-12 (12th Inter-Forces Games - IFG) 2017. Johan IFG tahun ini memenangi tiga acara sukan, iaitu bola sepak, sepak takraw dan golf, manakala Polis Singapura berjaya memenangi dalam dua acara, iaitu bola jaring dan badminton. Pertandingan empat hari sejak 25 Mac lalu itu mengumpulkan seramai 128 pegawai dari kedua-dua pasukan mengambil bahagian dalam sukan bola sepak, sepak takraw, golf, bola jaring dan badminton. Sehubungan itu, Majlis Penutup
PDB tumpaskan Polis Singapura 2 - 1
PESURUHJAYA Polis Republik Singapura, Dato Paduka Seri Hoong Wee Teck semasa menyampaikan pingat kepada Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).
Pada separuh masa kedua pula menyaksikan kedua-dua buah pasukan cuba mengasak kubu pertahanan masing-masing, namun pemain jersi 10, P/ASP Haji Md. Baihaqi sekali lagi bermain cemerlang apabila berjaya menyumbat satu lagi gol pada minit ke-63. PDB berjaya mengikat kedudukan 2 - 1 sehingga wisel tamat perlawanan ditiupkan. Hadir menyaksikan perlawanan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam dan Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, Dato Paduka Seri Hoong Wee Teck.
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali IFG diadakan bertempat di Dewan Bankuet, Mes Pegawai Polis, Gadong. Hadir pada majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam dan Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, Dato Paduka Seri Hoong Wee Teck. Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai. Acara kemuncak majlis tersebut ialah penyampaian trofi kepada juara keseluruhan IFG 2017 yang disampaikan oleh Pesuruhjaya PDB, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy. Terdahulu, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pesuruhjaya Polis Republik Singapura atas pengurniaan Bintang Kebesaran Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Jelasnya, ia merupakan pengiktirafan pada sumbangan Dato Paduka Seri Hoong Wee Teck dalam mengukuhkan hubungan kerja yang rapat dalam semua bidang berkaitan dengan kepolisan, yang mana kedua-dua pasukan mempunyai
kepentingan bersama dalam memastikan persekitaran serantau dan global yang selamat, dari segi menangani kegiatan jenayah. Menurut Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy, konsep IFG dan mesyuarat dua hala bermula pada tahun 2006 dengan tema 'Menjalin Hubungan, Merapatkan Hubungan', yang mana sukan merupakan medium untuk bersosial dan menjalin keakraban di antara dua pasukan dengan pelbagai latar belakang dan budaya. Manakala mesyuarat dua hala jelasnya, lebih pada forum serius menangani isu-isu aktiviti jenayah dan latihan-latihan yang dijalin dalam usaha meningkatkan keupayaan juga bertukar-tukar strategi baharu. ''Adalah harapan kami agar persahabatan baharu dapat dibina, persahabatan lama diperkukuhkan. Diharapkan juga agar persahabatan tersebut boleh dibentuk ke dalam saluran kepolisan yang berkesan,'' ujar Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy. Melalui IFG, para pegawai dari kedua pasukan bukan saja dapat mewujukan semangat persaingan dan gaya hidup yang sihat malah ia adalah sebagai platform ke arah peluangpeluang berharga bagi PDB untuk meningkatkan perpaduan dan persahabatan yang berpanjangan melalui sukan, di samping mengukuhkan perkongsian kedua-dua pasukan.
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Mac. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) berjaya menumpaskan Pasukan Polis Singapura dalam acara sukan bola sepak pada Kejohanan Inter-Forces Games Tahun 2017 dengan jaringan berkesudahan 2 - 1. Perlawanan berlangsung di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis, di sini, menyaksikan kedua-dua pasukan bersaing hebat, namun PDB sedikit tertekan apabila pasukan pelawat mendahului dengan jaringan pembukaan menerusi pemain jersi 9,
Supt. Charles Shng Yunn Chim pada minit ke-17. Kelebihan bermain di tempat sendiri berserta sokongan daripada peminat membuatkan PDB tidak mudah mengalah, malah berusaha lebih dan terbukti membuahkan hasil apabila P/ASP Haji Md. Baihaqi bin Pehin Orang Kaya Maharaja Salia Dato Paduka Haji Md. Tarif berjaya menyamakan kedudukan lima minit kemudian dan kedudukan seri sehingga tamat separuh masa pertama.
PESURUHJAYA PDB, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam dan Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, Dato Paduka Seri Hoong Wee Teck bergambar kenangan bersama para pemain (atas).
PASUKAN Polis Singapura (jersi merah) cuba membuat rampasan bola daripada PDB (jersi putih) (kiri).
BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn
RANCANG DAN URUS KEWANGAN DENGAN BIJAKSANA