''BETA percaya, dua buah institusi pengajian tinggi Islam yang kita ada, KUPU SB dan UNISSA boleh menjadi tapak semaian yang baik untuk melahirkan para intelektual Islam sejati, dan malah juga mampu untuk menjadi benteng yang kuat memelihara akidah dan amalan berugama di negara ini. Kita perlu berhati-hati dengan pemikiran-pemikiran semasa tentang Islam. Jika dahulu ada golongan 'kaum muda', tetapi sekarang pendekatan itu mungkin berubah dengan panggilan 'mujaddid' atau pembaharu pula.'' - Titah Sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) Kali Ke-4.
''DAN Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia semata-mata dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dengan sebaik-baiknya.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Israa', ayat 2).
4.36
TAHUN 61 / BILANGAN 132
4.46
6.06
6.29
2 NOVEMBER 2016 / 1438
2
12.05
3.25
6.02
7.13
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Berkenan menerima mengadap Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Oktober. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima mengadap ketua perwakilan asing yang akan menamatkan perkhidmatan pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Fikret Oguz Ates. Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 9 Disember 2013.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap perpisahan tamat perkhidmatan Tuan Yang Terutama Fikret Oguz Ates, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, di Istana Nurul Iman.
JPD tingkatkan MIB memperkasa keupayaan keberkesanan mengekang gejala sosial penguatkuasaan undang-undang Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Hamzah Mohiddin
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Oktober. - Kementerian Perhubungan dan Pasukan Polis Diraja Brunei memaklumkan Penguatkuasaan Aturan-Aturan Lalu Lintas Jalan Raya (Komposisi Kesalahan), 2016 merupakan pindaan kepada aturan yang sedia ada (Road Traffic (Compounding of Offences) Rules, 1967) yang melibatkan antaranya pertukaran beberapa kesalahan Lalu Lintas Jalan Raya yang sebelum ini dikenakan saman sahaja kepada kesalahan yang boleh dikenakan kompaun. Menurut Pengarah Pengangkutan Darat, Dr. Haji Supry bin Haji Awang Ladi, penguatkuasaan aturan itu adalah
BANDAR
fasa awal pelaksanaan salah satu projek di bawah inisiatif 'Ease of Doing Business' (EODB) – Alternatives to Court yang melibatkan beberapa agensi iaitu Jawatankuasa Penggubalan dan Meneliti Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Akta Lalu Lintas Jalan Raya, Penggal 68 yang ahlinya terdiri daripada Kementerian Perhubungan, Jabatan Pengangkutan Darat (Pengerusi), Polis Diraja Brunei, Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya yang dipantau oleh pihak Jabatan Perdana Menteri. Ke muka12
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
JERUDONG, Selasa, 1 November. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman bersabda, konsep Melayu Islam Beraja (MIB) sangat relevan dan mempunyai peranan signifikan ke arah memperkasa keupayaan serta kedayatahanan masyarakat kita untuk mencegah dan mengekang sebarang punca gejala sosial termasuk tabiat buruk penyalahgunaan dadah serta kesan mudaratnya kepada jati diri individu, masyarakat dan negara. Bersabda menekankan perkara itu pada Majlis Perasmian Seminar Persatuan Basmi Dadah (BASMIDA) Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Hotel and Country Club, di sini, YTM juga mendapat maklum bahawa tujuan penubuhan BASMIDA antara lainnya adalah menjurus kepada pengendalian Preventive Drug Education atau PDE. Tidak syak lagi, sabda YTM, ianya
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
adalah merupakan salah satu kaedah yang amat berkesan dan kos efektif bagi menghadapi permasalahan penyalahgunaan dadah. YTM bersabda, program-program yang disediakan adalah meliputi pengukuhan kesedaran dan pengetahuan tentang bahaya penagihan serta penyalahgunaan dadah kepada segenap lapisan masyarakat khususnya kumpulan yang terdedah atau vulnerable group. Di samping itu, sabda YTM, PDE mampu membina kekuatan jati diri dan integriti masing-masing bagi menghindari daripada terjebak ke dalam perangkap dadah. Tambah sabda YTM, lebih penting lagi PDE menitik-beratkan usaha
Faksimile: 2381004
pembentukan rohani yang baik dengan sikap dan nilai-nilai keagamaan, kenegaraan, moral, budaya, dan sosial yang tinggi. YTM bersabda, penerapan nilainilai itu, bermula daripada proses pendidikan awal kanak-kanak sehingga ke peringkat dewasa melalui penyaluran panduan amalan terbaik dalam pergaulan dan persekitaran yang kondusif. Justeru sabda YTM, pemerkasaan nilai-nilai mulia dan luhur dalam konsep MIB adalah berperanan untuk memantapkan keperibadian serta ketahanan minda setiap individu daripada mudah diperdaya serta terpengaruh kepada berbagai bentuk gejala dan tabiat buruk termasuk penyalahgunaan dadah serta bahan terkawal lainnya. Ke muka 3
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn
2
HASRAT NEGARA
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
Pusat Kajian Fiqh al-Usrah :
Kukuhkan institusi kekeluargaan, pendidikan Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem Alhamdulillah Rabbil 'Alameen, Wabihiee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu' Wassalaamu 'Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.
SUMBANGAN PELADANG, PETANI, PENTERNAK, NELAYAN DIHARGAI
N
B
ETA bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat hadir di Majlis Konvokesyen Ke-6 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) pada pagi ini. Mula-mula beta sukacita mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan di atas kejayaan mereka menamatkan pengajian masing-masing. Para graduan wajiblah bersyukur dengan kejayaan ini, kerana kejayaan tersebut adalah datangnya daripada Allah, siapa Yang Maha Pengurnia. Para graduan KUPU SB adalah guru-guru yang bertauliah dan selaku guru bertauliah. Mereka pastilah memiliki pengetahuan ilmu yang luas. Sementara ilmu itu pula adalah amanah untuk disampaikan kepada yang berhak, iaitu masyarakat. Inilah cara guru memanfaatkan ilmu dan cara ini perlu kekal sehingga bila-bila. Kerana itu juga guru-guru perlulah tahu, bahawa mereka adalah agen zaman untuk kelangsungan bangsa dan negara. Sesuai dengan peranan mereka selaku agen zaman, guru-guru ugama khasnya, bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan pengajaran di dalam bilik-bilik darjah sahaja, malahan juga patut menjadi contoh atau role model kepada pelajar dan masyarakat. Inilah pasak pendidikan yang sebenar-benarnya. Maka untuk itu, pihak KUPU SB perlulah melakar panduan bagi pelajar-pelajarnya untuk menjadi guru ugama yang beretika dan berwatak hebat, berwibawa dan berkemahiran tinggi. KUPU SB adalah ibarat kilang untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Mutu itu pula, ditentukan oleh matlamat utama pendidikan, iaitu ke arah melahirkan manusia yang berakhlak mulia. Ini adalah perkara asas yang duduknya tidak boleh di bawah, tetapi di atas, sesuai dengan deklarasi Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, riwayat Bukhari dan Muslim maksudnya : "Sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." Kepentingan akhlak lebih dirasakan lagi di era mutakhir ini, berikutan berlakunya ledakan teknologi maklumat ICT. Dengan ledakan ini, seluruh masyarakat, tidak terkecuali juga kanak-kanak adalah terdedah kepada gejala-gejala yang boleh merosakkan akhlak. Gejala tersebut banyak macamnya serta sukar pula untuk mengawalnya. Untuk mengawal itu memerlukan cara dan strategi yang cermat lagi teratur, iaitu satu-satunya melalui khidmat guru berjasa bagi menanamkan akhlak terpuji kepada anakanak, membimbing dan memotivasi mereka
2
2 NOVEMBER 2016 BERSAMAAN 1438
TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Konvokesyen Ke-6, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Negara Brunei Darussalam 1438 Hijrah / 2016 Masihi pada Sabtu, 28 Muharam 1438H bersamaan 29 Oktober 2016M, bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
menjadi anak-anak yang baik dan berguna. Di samping itu, para ibu bapa juga dituntut untuk menyediakan iklim atau persekitaran yang baik dan Islamik bagi anak-anak. Kita usah lupakan maksud hadith, bahawa anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah seperti kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab, sama ada untuk meyahudikan atau menasranikan mereka. Sehubungan ini, beta telah memperkenankan bagi KUPU SB menubuhkan pusat yang dinamakan Pusat Kajian Fiqh al-Usrah yang berfungsi untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan dan pendidikan. Mengenai pendidikan, Brunei Darussalam telah pun melangkah mewujudkan Sistem Pendidikan Wajib Ugama. Ini adalah tanggungjawab besar. Alhamdulillah kita sudah pun menunaikannya. Tinggal sahaja lagi, kita perlu menjadikan pendidikan ugama itu benar-benar menyerlah, maju dan mantap. Di Brunei, kita ada sekolah, namanya ''Sekolah Arab''. Beta mahu, biarlah sekolah ini benar-benar menepati seperti namanya juga. Di dalamnya ada ajaran pelbagai ilmu, terutama ilmu ugama dan bahasa Arab. Lulusannya boleh diterima untuk melanjutkan pengajian di dalam dan di luar negara. Sekolah ini tidak syak lagi boleh dibanggakan negara. Tetapi soalnya, kedengaran ada sungutan bahawa nama sahaja Sekolah Arab, tetapi penuntut-penuntutnya tidak mampu untuk menguasai bahasa Arab atau dengan kata lain, tidak dapat bertutur dengan baik dalam bahasa ini, berbanding bahasa Inggeris.
NOVEMBER
2 3 4 5 6 7 8
Jika benar seperti yang disungutkan itu, maka beta mengharapkan supaya ia dikaji dan diperbaiki. Jadikanlah ia tugas utama. Cari jawapannya, mengapa bahasa Arab lemah di Sekolah Arab? Adakah ia menyangkut faktor guru, seperti kekurangan guru? Atau guru kurang berkelayakan? Atau turut menyangkut juga faktor peralatan mengajar, seperti kekurangan buku-buku atau buku itu sudah tidak sesuai lagi dengan keadaan? Atau mungkin juga menyangkut faktor "kaedah mengajar" yang tidak menepati cara? Dan lain-lain lagi. Semua ini mestilah dikaji dengan teliti. Kelemahan atau kekuatan bahasa tidaklah boleh diukur semata-mata dari pemarkahan kertas-kertas jawapan di dalam peperiksaan, kerana jawapan-jawapan itu boleh saja dihafal dahulu untuk dijadikan jawapan. Demikian sedikit dari beta untuk perhatian. Akhir kalam, beta sukacita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga KUPU SB, terutama kepada Pengerusi dan Ahli-ahli Majlis Kolej Universiti, Ra'es. Ahli Senat, Pegawai-pegawai utama, ahli-ahli akademik serta kakitangan Kolej Universiti atas segala sumbangan dan khidmat yang mereka berikan. Semoga semua amal kebajikan yang telah diberikan akan diterima oleh Allah dan KUPU SB menjadi sebuah pusat pengajian yang berkat. Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
EGARA Brunei Darussalam sememangnya amat komited dalam sama-sama berperanan untuk meningkatkan produktiviti pertanian baik bagi negara sendiri mahupun di rantau ASEAN. Bagi tujuan itu pembangunan pertanian, sektor penternakan adalah faktor penting bagi perbekalan mapan pemakanan negara, lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi global yang meruncing ketika ini. Dalam hal ini, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Perindustrian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KPSSUP) adalah autoriti yang bertanggungjawab ke atas pembangunan pertanian dan pengeluaran agrimakanan negara dan juga menjadi tunggak utama dalam perekonomian negara agar tidak hanya bergantung kepada sumber minyak dan gas sahaja. Memandangkan sumber pertanian dan agrimakanan amat penting untuk negara, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengisytiharkan 1 November setiap tahun sebagai Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan. Pengiktiraf dan mengenang jasa peranan mereka selaku penjana makanan bagi negara ini adalah sebagai penghargaan atas sumbangan yang diberikan dalam mengembang majukan sektor pertanian, agrimakanan serta untuk kesejahteraan penduduk negara ini. Pengisyitiharan tersebut telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika baginda berkenan merasmikan Ekspo Pertanian dan Agrimakanan bertempat di Taman Agroteknologi Brunei, Kampung Tungku pada 19 November 2009. Dengan adanya Hari Peladang Petani, Penternak dan Nelayan ini, sudah setentunya akan menyuntik semangat dan menguatkan azam mereka untuk lebih bergiat dalam mengeluarkan sumber pemakanan negara, demi masyarakat dan kemakmuran negara. Sebagaimana yang dilaporkan bahawa dari tahun ke tahun hasil pengeluaran pertanian, perikanan dan agrimakanan berkembang dengan baik walaupun pencapaian sebahagian sektor belum mencapai ke tahap sasaran yang dihasratkan dan setakat ini telah dilaporkan mencapai hampir sara diri. Dengan yang demikian, kita selaku rakyat dan penduduk negara ini patut bersyukur kerana telah dikurniakan nikmat dengan bumi yang subur, yang sesuai untuk bercucuk tanam, di samping menikmati suasana dan keadaan yang aman, terlepas dari pelbagai musibah berat seperti bencana-bencana alam yang merosakkan bumi dan harta benda. Sementara dengan bertani dan bercucuk tanam bukanlah satu kerja lekeh, tetapi amat dipuji dan digalakkan oleh agama, kerana manfaatnya bukan untuk individu tertentu saja, malahan bagi sekalian makhluk Allah Ta'ala, sebagaimana ada hadis yang bermaksud: ''Bahawa seorang Muslim yang bertanam itu, kemudian hasil tanamannya dimakan oleh manusia, binatang dan burung, semuanya itu akan jadi sedekah baginya sehingga hari kiamat.'' Sebagaimana yang pernah dititahkan oleh Kebawah DYMM pada Ekspo Pertanian dan Agrimakanan pada 19 November 2009. Bercucuk tanam itu suatu pekerjaan yang mulia dan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ia bukan saja mampu untuk menjamin pemakanan untuk rakyat dan penduduk negara ini, malahan juga boleh membantu mengatasi pelbagai kesulitan, termasuk mengurangkan pengangguran. Apa yang penting, para petani, peladang, penternak dan nelayan serta pengusaha pertanian, digalakkan untuk menyertai usaha-usaha penghijauan bumi, kerana tanpa penglibatan mereka, usaha-usaha kerajaan akan kurang berjaya dan mereka perlu terus memanafaatkan sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dengan sebaiknya. Dengan yang demikian, setinggi-tinggi penghargaan kepada para peladang, petani, penternak dan nelayan di negara ini atas semangat, kegigihan serta ketekunan mereka untuk terus mengusahakan dan memajukan industri pertanian, penternakan dan perikanan negara. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala memberkati dan mengurniakan taufik dan hidayahnya atas usaha mereka itu. 'SELAMAT MENYAMBUT HARI PELADANG, PETANI, PENTERNAK DAN NELAYAN'. - Ketua Penyuntingan (Zs).
SAFAR
2 3 4 5 6 7 8
4 . 36 4 . 36 4 . 36 4 . 36 4 . 36 4 . 36 4 . 36
4 . 46 4 . 46 4 . 46 4 . 46 4 . 46 4 . 46 4 . 46
6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06
6 . 29 6 . 29 6 . 29 6 . 29 6 . 29 6 . 29 6 . 30
12 . 05 12 . 05 12 . 05 12 . 05 12 . 05 12 . 05 12 . 05
3 . 25 3 . 25 3 . 25 3 . 26 3 . 26 3 . 26 3 . 26
6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02
7 . 13 7 . 13 7 . 13 7 . 13 7 . 13 7 . 13 7 . 13
3
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
YTM berangkat merasmikan Seminar BASMIDA JERUDONG, Selasa, 1 November. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat merasmikan Seminar Persatuan Basmi Dadah (BASMIDA) Negara Brunei Darussalam bertempat di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Hotel and Country Club, di sini. Keberangkatan Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Yang Dipertua BASMIDA, Datin Hajah Dayang Masni binti Haji Awang Mohamad Ali dan Naib Yang Dipertua BASMIDA, Dayang Hajah Linda Aini binti Abdullah serta ahli-ahli jawatankuasa seminar tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin. Dalam sembah alu-aluan Datin
Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Hamzah Mohiddin
Hajah Dayang Masni yang juga selaku Pengerusi Majlis antara lain berkata, peranan dan bimbingan ibu bapa, orang-orang yang memberi pemedulian kepada kanak-kanak (caregivers) di rumah tangga, para pemimpin masyarakat akar umbi amatlah mustahak dalam membenting ancaman dadah, iaitu dalam menerapkan nilai-nilai rohaniah dari ajaran-ajaran Al-Quran yang syumul supaya ianya sentiasa diamalkan dalam kehidupan seharian. Sembahnya lagi, ibadat wajib mendirikan sembahyang lima waktu sehari yang diamalkan dengan khusyuknya, betul pergerakannya, faham akan erti bacaannya dalam solat dan didirikan dengan tepat waktunya akan mencegah seseorang daripada perbuatan mungkar dan kemaksiatan seperti memakan dadah haram. Ke muka 4
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan mengurniakan Sabda Perasmian pada Seminar BASMIDA yang berlangsung di The Empire Hotel & Country Club Jerudong.
MIB memperkasa keupayaan mengekang gejala sosial Dari muka 1 ''Dalam hubungan ini, saya sukacita mengambil maklum bahawa tujuan utama seminar adalah untuk membangkitkan semangat kenegaraan dan jati diri bagi mendokong pembangunan generasi muda,'' sabda YTM lagi. Di samping berwawasan sabda YTM, mereka juga hendaklah berpandangan jauh dan positif, berakhlak tinggi dengan pembentukan rohani yang sempurna berpegang teguh kepada syariat Islam Ahli Sunnah Waljamaah bagi mencapai aspirasi Wawasan Brunei 2035 dan gagasan Negara Zikir. YTM dalam sabda juga percaya penglibatan setiap anggota masyarakat dalam mempersiap dan melengkapkan minda masyarakat secara berterusan melalui pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah yang holistik adalah kunci kepada kejayaan usaha membasmi ancaman
penyalahgunaan dadah. YTM menambah bersabda, kejayaan seminar ini bukan saja akan dilihat daripada percambahan ilmu dan idea, malahan kita juga perlu mempersiapkan diri masing-masing untuk memastikan pembangunan negara dan Komuniti ASEAN yang bebas dari sebarang gejala dan bahana dadah. Ke arah itu sabda YTM, BASMIDA, sebagai persatuan NGO tempatan yang telah menerima anugerah ASEAN People's Award, perlu mengorak langkah lebih jauh ke hadapan bagi melebarkan peranan serta memperbanyak sumbangannya dalam bersama-sama memastikan aspirasi pembangunan rantau ASEAN yang dinamik dan progresif. Terdahulu itu, YTM bersabda, tema seminar yang dipilih adalah bertepatan dengan cabaran arus globalisasi serta perkembangan sosial semasa terutamanya dengan
adanya momentum pergerakan bagi legalisation of drugs di kalangan negara barat. ''Adalah difahami bahawa tindakan sedemikian dibuat atas alasan keperluan bagi mengurangkan kemudaratan atau harm reduction kepada penggunanya,'' sabda YTM. Perkembangan membimbangkan seumpama itu sabda YTM, memerlukan tindak balas khusus demi mempertahankan pendirian negara, iaitu toleransi sifar atau zero tolerance terhadap sebarang penyalahgunaan dadah haram dan bahan-bahan terkawal. YTM bersabda, ini adalah selaras dengan semangat ASEAN yang saling menghormati kedaulatan setiap negara ahli dalam menentukan dan melaksanakan dasar-dasar yang terbaik, ke arah pembangunan rantau dan komuniti yang bebas dadah menurut nilai dan norma masingmasing.
YANG Teramat Mulia berkenan menyaksikan bahan-bahan terbitan Persatuan BASMIDA (Gambar atas dan bawah).
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan bergambar ramai bersama ahli jawatankuas Seminar Persatuan Basmi Dadah (BASMIDA) Negara Brunei Darussalam.
4
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman ketika berkenan berangkat ke Seminar BASMIDA bagi Pencegahan Penyalahgunaan Melalui Nilai-Nilai Murni Melayu Islam Beraja (MIB) anjuran Persatuan BASMIDA berlangsung di Indera Kayangan, Empire Hotel and Country Club.
Dari muka 3 Para mahasiswa-mahasiswa sebagai pemimpin dan guru-guru agama Islam masa depan pula sembahnya lagi, adalah juga dipertanggungjawabkan untuk sentiasa memperkemaskan dan mempersiapkan diri ke arah menguatkan aqidah dan menegakkan syiar Islam kepada yang diajar atau yang dipimpin. Tambahnya, ini adalah relevan dalam menghadapi sebarang cabaran dan fitnah agar syiar Islam terus maju berkembang pesat, maruah umat Islam terbela, terpelihara dan Negara Brunei Darussalam berada dalam aman dan makmur. Pada majlis tersebut, YTM juga berkenan mengurniakan sabda perasmian. Majlis turut diserikan dengan persembahan dari Kumpulan Tausyeh Basmida, diikuti dengan ucaptama oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz
bin Juned. YTM kemudian berkenan menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Mufti Kerajaan dan penceramah-penceramah yang membentangkan kertas kerja pada seminar tersebut dan seterusnya berkenan menerima pesambah. Bagi memberkati majlis, Doa Selamat sekali lagi dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili. Sebelum berangkat balik, YTM berkenan menyaksikan pameran BASMIDA dan Biro Kawalan Narkotik. Tujuan utama seminar berkenaan diadakan ialah untuk menerapkan, mempertahankan, menguatkan dan mengamalkan lagi nilai-nilai murni dalam falsafah MIB bagi pencegahan penyalahgunaan dadah. Seminar yang bertemakan 'Pencegahan Penyalahgunaan Dadah melalui nilai-nilai murni MIB' bertujuan untuk membantu memperkasa generasi muda memahami lebih dalam peranan nilai-nilai murni dalam tiga
PESERTA seminar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat di negara ini (gambar atas dan bawah).
komponen falsafah MIB yang diharap akan dapat membentuk budi pekerti dan peribadi akhlak yang tinggi lagi sempurna berdasarkan ajaran Islam yang suci, di samping untuk mendidik nilai-nilai kebruneian yang berlandaskan cara hidup MIB kepada generasi muda yang akan mewarisi negara dan bangsa Brunei di masa akan datang. Selain itu, seminar juga akan dimanfaatkan untuk membawa isu-isu penting dengan mengupas cara-cara untuk menangani, mengawal, membanteras penyalahgunaan dadah, menghuraikan isi nilai-nilai luhur dalam MIB menerusi pembentangan kertas kerja nanti juga untuk menyebarkan ilmu tentang kepentingan falsafah MIB dalam kehidupan bernegara dan membina negara berlandaskan ajaran Islam serta menurut Ahli Sunnah Waljamah.
NASIONAL
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
5
YTM berkenan melawat MMN Oleh : Khartini Hamir Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah bersama rombongan berpeluang mengadakan perbahasan pendidikan di Mini Dewan, Bangunan Dewan Majlis yang bertujuan untuk memberikan pengenalan kepada para pelajar juga pengalaman membentangkan usul semasa persidangan.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Oktober. - Rombongan seramai 84 pelajar dari Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) mengadakan lawatan ke Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (JMMM) sebagai sebahagian dari program pembelajaran sekolah berkenaan, di sini. Berangkat sama dalam rombongan lawatan tersebut Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Menjunjung keberangkatan Yang Teramat Mulia, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar. Lawatan rombongan murid Tahun 4 itu dimulakan dengan
mendengarkan taklimat mengenai fungsi dan peranan JMMM yang disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Awam, JMMM, Dayang Siti Ajeerah binti Najib @ Juvina Aimi binti Najib dan seterusnya menyaksikan tayangan video korporat jabatan yang kemudian diteruskan dengan lawatan ke beberapa tempat di dalam Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. YTM bersama rombongan berpeluang mengadakan perbahasan pendidikan di Mini Dewan, Bangunan Dewan Majlis yang bertujuan untuk memberikan pengenalan kepada para pelajar juga pengalaman membentangkan usul semasa persidangan, selain dengan adanya perbahasan pendidikan seumpama ini juga akan dapat membina watak pelajar dan meningkatkan cara pengucapan awam (public speaking). Melalui lawatan tersebut
diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas pada rombongan mengenai jabatan tersebut secara lebih meluas, di samping turut memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai perjalanan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang diadakan pada setiap tahun. MMN dikendalikan oleh JMMM berdasarkan sistem House of Commons United Kingdom yang diwujudkan semula secara rasmi pada 25 September 2004 berfungsi utama dan bertindak selaku penasihat kepada Kerajaan Brunei dengan meneliti dasar-dasar serta pelaksanaan seperti menggubal undang-undang dan sebagainya. Selain itu, ia juga berfungsi utama untuk merundingkan dan meluluskan undang-undang, membuat pindaan pada undang-undang yang sedia ada, mengenakan sekatan-sekatan atau cukai kewangan, meneliti dan menyemak polisi serta dasar Kerajaan Brunei juga meluluskan anggaran hasil dan belanjawan tahunan bagi Kerajaan Brunei serta perkara lain yang berkaitan dengan perjalanan MMN.
KEBERANGKATAN Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah mendengarkan taklimat mengenai fungsi dan peranan JMMM dan seterusnya menyaksikan tayangan video korporat jabatan yang kemudian diteruskan dengan lawatan ke beberapa tempat di dalam Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
YANG Teramat Mulia berkenan berangkat membuat lawatan bersama rombongan seramai 84 pelajar dari Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) ke Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (JMMM).
YTM berkenan bergambar ramai bersama rombongan seramai 84 pelajar dari Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) yang mengadakan lawatan ke Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (JMMM) sebagai sebahagian dari program pembelajaran sekolah berkenaan.
6
NASIONAL
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
216 bakal graduan UTB khatam Al-Quran Awang Miftah Haziq bin Haji Zulaiehi dan disusuli dengan bacaan Takhtim. Sementara itu, Doa Khatam dibacakan oleh bakal graduan dari program Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanikal, Awang Md. Hardy Bukhary bin Haji Awang Yussof. Tetamu kehormat juga menyampaikan sijil-sijil khatam dan cenderahati kepada para peserta khatam lelaki, manakala penyampaian sijil-sijil khatam dan cenderahati
kepada para peserta khatam perempuan disempurnakan oleh Naib Canselor UTB. Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Imam Masjid UBD, Awang Haji Ahmad Tarmiji bin Awang Haji Md. Daud. Pesta Konvo Ketiga 2016 UTB telah disempurnakan perasmiannya pada 27 Oktober lepas oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah
ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro Canselor UTB. Majlis Konvokesyen 2016 UTB bagi seramai 599 bakal graduan Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, HND tahap lima dan HND BDTVEC akan dilangsungkan pada 7 November ini di Pusat Persidangan Antarabangsa.
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (dua, kiri) selaku tetamu kehormat dan memimpin bacaan Surah Al-Fatihah. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar (dua, kanan).
Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin TUNGKU LINK, Isnin, 31 Oktober. Sempena dengan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Brunei (UTB) yang akan berlangsung pada 7 November ini, Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran bagi bakal-bakal graduan universiti berkenaan diadakan di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD), di sini. Seramai 216 peserta yang terdiri daripada 78 bakal graduan lelaki dan 138 bakal graduan perempuan dari pengambilan keempat programprogram Ijazah Sarjana Muda, pengambilan kedua Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) tahap lima juga pengambilan ke-29 program-program HND BDTVEC menyertai majlis
tersebut. Majlis bermula dengan bacaan Surah Al Fatihah yang dipimpin oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman selaku tetamu kehormat. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Naib Canselor UTB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman serta para pegawai kanan Kementerian Pendidikan dan UTB. Bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam diketuai oleh bakal graduan dari program Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanikal,
MENTERI Pendidikan menyampaikan sijil-sijil khatam dan cenderahati kepada para peserta khatam lelaki UTB.
UNISSA - IAIN meterai MoU Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Oktober. - Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengembangkan lagi bidang kerjasama dan kolaborasi bersama institut pengajian tinggi Islam luar negara setelah termeterainya lagi Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Menurut Siaran Akhbar UNISSA, hadir menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, manakala bagi pihak IAIN Bukittinggi pula ialah Rektor institusi berkenaan, Dr. Ridha Ahida, M.Hum. Dengan termeterainya
penandatanganan MoU berkenaan, maka perancangan-perancangan akan terus dilaksanakan dalam rangka kerjasama yang akan diadakan di antara UNISSA dan IAIN Bukittinggi. Antara kerjasama yang akan dilaksanakan ialah kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan, persidangan, seminar dan simposium, kursus jangka pendek, pertukaran dan kunjungan pelajar serta perkongsian maklumat juga sumber ilmu dalam membangunkan umat Islam di Brunei Darussalam dan Indonesia. Sebelum penandatanganan MoU, Rektor UNISSA terlebih dahulu mengalu-alukan kehadiran delegasi serta amat berharap bahawa dengan PENYERAHAN cenderahati daripada Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal (empat, kanan) kepada Rektor IAIN Bukittinggi, Dr. Ridha Ahida, M.Hum (empat, kiri).
upacara ini merupakan platform untuk merealisasikan perancanganperancangan yang akan diatur. Apatah lagi, UNISSA merupakan universiti Islam yang unggul malah bangunan kampus kekal UNISSA pada masa ini sedang dalam proses perlaksanaan. Rektor IAIN Bukittinggi dalam ucap balasnya pula menjelaskan, IAIN Bukittinggi adalah sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang telah mula
PENANDATANGANAN Letter of Intent (LoI) di antara Pengarah Pusat Pengajian Lepasan Ijazah, UNISSA, Dr. Hajah Rasinah binti Haji Ahim (duduk, kanan) dengan Pengarah Program Pasca sarjana IAIN Bukittinggi, Dr. Ismail, M.Ag. (duduk, kiri). disaksikan oleh Rektor UNISSA dan Rektor IAIN Bukittinggi.
dibina pada tahun 1997, namun mula dinaiktarafkan menjadi IAIN pada tahun 2014. Visi IAIN Bukittinggi ialah 'Terdepan dalam integrasi keilmuan dan keislaman tahun 2025', manakala misinya pula ialah 'Menyelenggarakan pendidikan tinggi yang berkualitas, menyelenggarakan pendidikan tinggi yang transparan dan akuntabel dan mengembangkan 'networking' dalam bentuk kerjasama kelembagaan'. IAIN hanya mempunyai empat fakulti, iaitu Fakulti Syari'ah, Fakulti Tarbiyah dan Keguruan, Fakulti Ekonomi dan Bisnes Islam serta Fakulti Ilmu Usuluddin, Adab dan Dakwah. Di samping itu juga, IAIN Bukittinggi mempunyai Program Pacasarjana (Lepasan Ijazah).
Oleh itu, UNISSA dan IAIN Bukittinggi menyambut baik program-program kerjasama yang akan diadakan dalam waktu terdekat. Dalam majlis berkenaan, Kedua Rektor juga telah menyaksikan penandatanganan Letter of Intent (LoI) di antara Pengarah Pusat Pengajian Lepasan Ijazah, UNISSA, Dr. Hajah Rasinah binti Haji Ahim dengan Pengarah Program Pasca sarjana IAIN Bukittinggi, Dr. Ismail, M.Ag. Turut hadir ialah Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad; Penolong Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad serta pegawai-pegawai Utama UNISSA terdiri daripada dekandekan fakulti dan pengarahpengarah pusat.
NASIONAL
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
7
Applikasikan pengetahuan, pengalaman dengan bijak Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Tengah
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman ketika berucap pada Majlis Penyampaian Pingat Kerja laam (PKL) Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Yang Ke-68 Tahun dan Ke-69 Tahun bagi Kementerian Pendidikan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya Tahun 2014 dan Tahun 2015.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 1 November. - Anugerah Pingat Kerja Lama (P.K.L) semestinya akan
menjadi pencetus dan pendorong semangat untuk memperbaharui tekad dan iltizam bagi mempertingkatkan pencapaian dan meneruskan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan kerja keras. Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman berucap demikian semasa berlangsungnya Majlis Penyampaian Pingat Kerja Lama sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-68 dan Ke-69 Tahun bagi Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Pada majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Yang Berhormat berkata untuk seseorang itu tetap bertahan dan tetap cemerlang di dalam perkhidmatannya bukanlah perkara mudah. Apatah lagi keadaan hari ini, jelas Yang Berhormat ia semakin mencabar disebabkan oleh perubahan iklim persekitaran yang dijana oleh arus permodenan, ekspektasi orang awam
yang berterusan dan semakin meningkat, serta kehendak-kehendak kerja itu sendiri yang semakin dinamik dan sofistikated. ''Untuk itu, kita perlu bijak mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman kita, sentiasa siap sedia untuk menghadapi dan menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan dan kehendak-kehendak semasa agar tetap seiringan dengan keadaan dan perkembangan terkini dalam tugasan dan perkhidmatan masing-masing,'' jelas Yang Berhormat. Kepada para penerima Yang Berhormat mengharapkan agar mereka tetap bersemangat tinggi untuk meneruskan perkhidmatan dan menabur jasa bakti kepada agama, bangsa dan negara sebagai satu keperibadian semula jadi. Status sebagai 'orang lama' yang sepatutnya sudah matang dan bijak dan mempunyai track record yang cemerlang, ujar Yang Berhormat hendaklah dijaga dengan sebaikbaiknya agar sentiasa terus disegani hingga tamat perkhidmatan nanti agar nama baik mereka akan terpahat sebagai pegawai dan kakitangan yang cemerlang dan reliable yang menjadi
teladan atau model kepada generasi yang akan datang. Yang Berhormat seterusnya menyeru agar warga kerja Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di dalamnya untuk terus memberikan komitmen masing-masing dan sentiasa meneroka ruang-ruang yang boleh memberi laluan kepada langkah-langkah penambahbaikan perkhidmatan di organisasi masing-masing. ''Kita juga hendaklah secara berterusan mengatur strategi yang bersifat adaptif untuk memastikan segala sistem peroperasian, proses dan prosedur kerja yang sedia ada akan sentiasa diteliti dari semasa ke semasa agar sentiasa relevan mengikut arus perubahan masa dan keadaan,'' ujar Yang Berhormat. Terdahulu Yang Berhormat menjelaskan pengiktirafan dan penghargaan kepada penerimapenerima ini adalah satu penghormatan yang tinggi daripada Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi mengenang jasa perkhidmatan pekerja awam selama ini. Tempoh 20 tahun bergaji bulan ujar Yang Berhormat bukanlah satu jangka masa yang pendek yang mana pelbagai perkara, peristiwa dan pengalaman
kerja telah dilalui, yang tentunya menjadikan mereka matang menjalankan tanggungjawab masingmasing. Oleh sebab itu, menurut Yang Berhormat pingat ini amat bermakna kerana ia sebagai pengiktirafan kepada perjalanan karier masing-masing yang telah berkhidmat melebihi 20 tahun. Walau bagaimanapun, jelas Yang Berhormat lagi tempoh perkhidmatan itu hanyalah salah satu dari 'kayu pengukur' kejayaan dalam kerjaya seseorang, tetapi lazimnya seseorang yang telah lama berkhidmat sering dihargai sebagai resource person bagi yang baru. Sebagai seorang yang banyak pengalaman kerja, menurut Yang Berhormat, setentunya pengetahuan mereka dalam satu-satu perkara adalah berguna untuk dijadikan rujukan oleh pegawai dan kakitangan yang lebih baru. ''Ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki menjadi aset penting kepada organisasi tempat kita berkhidmat yang tidak ada substitutenya. Oleh sebab itulah, jika pembawaan kita betul dan sedia mengongsi pengalaman, kita akan dihormati dan dijadikan contoh atau sebagai mentor kepada rakan-rakan yang lebih muda,'' jelas Yang Berhormat.
Jasa bakti pegawai, kakitangan Kementerian Pendidikan dihargai
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menyampaikan Pingat-Pingat Kerja Lama (P.K.L) kepada seorang penerima.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 1 November. - Seramai 431 pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya menerima Pingat Kerja Lama (P.K.L) dalam satu majlis yang
berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas di sini. Dari jumlah tersebut, seramai 179 menerima P.K.L sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli
WARGA Kementerian Pendidikan yang menerima pingat berkenaan.
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-68 (Tahun 2014) dan seramai 252 lagi menerima P.K.L bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-69 tahun (Tahun 2015). Penyampaian pingat-pingat disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman. Penganugerahan pingat-pingat ini merupakan penghormatan negara dan penghargaan kepada penerima atas jasa bakti mereka kepada raja, kerajaan dan tugasan yang telah diamanahkan. Dengan penganugerahan pingatpingat itu diharap akan dapat menyuntik semangat untuk terus maju dan cemerlang dalam bidang pekerjaan masing-masing. Antara yang hadir semasa majlis yang dikendalikan oleh Jabatan Pentadbiran & PerkhidmatanPerkhidmatan, Kementerian Pendidikan ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. Sementara itu ketika ditemu bual, salah seorang penerima pingat, Pengiran Hajah Saleha binti Pengiran Haji Abdul Rahman melahirkan rasa syukur atas penganugerahan pingat tersebut. ''Alhamdulillah, penganugerahan pingat ini setentunya meningkatkan lagi semangat saya untuk menyumbang tenaga dan menambah motivasi saya dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada saya,'' jelas beliau yang telah bertugas dengan sektor kerajaan sejak tahun 1983 lagi. Kepada para penjawat awam yang baru, Pengiran Hajah Saleha menyarankan agar mereka dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik ke arah bersama-sama mencapai Wawasan Negara 2035.
MENTERI Pendidikan ketika hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian PKL Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Yang Ke-68 Tahun dan Ke-69 Tahun bagi Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya Tahun 2014 dan dan Tahun 2015.
Rasa kegembiraan itu juga dikongsikan bersama oleh rakannya, Dayang Hajah Norleha binti Haji Kurus yang bertugas di Bahagian Perkembangan Sumber-Sumber Tenaga Manusia, Kementerian Pendidikan. ''Apa yang saya harapkan rakanrakan penjawat awam yang baru supaya akan dapat meningkatkan lagi prestasi kerja mereka sehingga ke tahap yang memuaskan demi bangsa dan negara,'' ujarnya. Penganugerahan dan pengiktirafan seumpama ini setentunya merupakan satu mekanisme penghargaan terhadap jasa serta sumbangan yang diberikan dan secara tidak langsung meningkatkan moral dan motivasi pegawai dan kakitangan yang telah melaksanakan tugas masing-masing sepanjang perkhidmatan dengan penuh dedikasi dan rasa tanggungjawab.
DARI kiri penerima, Dayang Hajah Norleha binti Haji Kurus dan Pengiran Hajah Saleha binti Pengiran Haji Abdul Rahman.
8
NASIONAL
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
1 November Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan
MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib, Sunat Hajat dan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah pada majlis tersebut.
Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali KIARONG, Isnin, 31 Oktober. Negara meraikan Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan pada 1 November setiap tahun
bagi mengiktiraf dan mengenang jasa-jasa para peladang, petani, penternak dan nelayan dalam peranan mereka selaku penjana makanan bagi
negara ini. Bersempena dengan sambutan tersebut, Kementerian SumberSumber Utama dan Pelancongan mengadakan Majlis Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, Membaca Surah Yaa Siin dan Bertahlil serta
Membaca Doa Kesyukuran di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, di sini. Antara yang menyertai majlis, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong yang juga selaku tetamu
kehormat majlis. Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mat Jaya bin Haji Ibrahim diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat diimamkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz yang juga mengepalai bacaan Surah Yaa Siin dan memimpin bacaan Tahlil dan Doa Kesyukuran sebelum diakhiri dengan Sembahyang Isyak Berjemaah. Turut sama hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan dari jabatan-jabatan di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Juga hadir ialah peladang-peladang, petani-petani, penternak-penternak dan nelayan-nelayan serta pengusaha-pengusaha agrimakanan di seluruh negara. Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan ini telah diisytiharkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa baginda merasmikan Ekspo Pertanian dan Agrimakanan 2009 pada 19 November 2009 bertempat di Taman Agroteknologi Brunei, Kampung Tungku.
Syarikat ECO Nadi Agrobiz terima pengiktirafan BRUNEI GAP Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong (tengah) semasa menyampaikan sijil Pengiktirafan Brunei GAP kepada wakil daripada Syarikat Eco Nadi Agrobiz.
KIARONG, Isnin, 31 Oktober. Syarikat ECO Nadi Agrobiz yang merupakan sebuah syarikat perusahaan pertanian tempatan telah mendapat pengiktirafan BRUNEI GAP (Amalan Pertanian Baik
Brunei) dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan pada bulan Mei 2016 lalu. Penyampaian sijil pengiktirafan BRUNEI GAP telah disampaikan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan
Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong kepada pemilik bersama syarikat berkenaan, Awang Haji Mohd. Ayub bin Suhaili dan Awang Khairuddin bin Mohamad.
Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan yang diadakan sempena Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2016 yang berlangsung di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong di sini. Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2016 juga di sambut dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, Membaca Surah Yaa Siin dan Bertahlil serta Membaca Doa Kesyukuran. Syarikat ECO Nadi Agrobiz di Kampung Bukit Udal dan Kampung Bangunggos, Mukim Tanjong Maya Tutong, telah diusahakan sejak bulan April 2014, berjaya memenuhi kriteria-kriteria Brunei GAP yang menggunakan sistem tanaman fertigasi seluas 0.6 hektar bagi pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran dengan fokus utama pengeluaran tanaman lada untuk pasaran domestik. Dengan mengikuti program pengiktirafan BRUNEI GAP, sistem pertanian yang dijalankan oleh ladang tersebut telah dapat dipertingkatkan oleh peladangnya sendiri dan menjadi lebih bersistematik, mementingkan penggunaan racun kimia yang betul dan selamat, sistem penuaian dan pengendalian lepas tuai yang lebih fokus kepada keselamatan makanan dan kualiti produk. Usaha syarikat telah mendapat penghargaan oleh Jabatan Pertanian
dan Agrimakanan yang berharap supaya ianya dapat dijadikan contoh kepada peladang-peladang yang lain untuk menarik minat dalam mengikuti program pengiktirafan BRUNEI GAP. Manfaat yang diperolehi melalui pengiktirafan BRUNEI GAP, ia bagi meningkatkan sistem pertanian untuk menghasilkan produk yang selamat dan berkualiti, di samping memperluaskan peluang pemasaran produk-produk tanaman di pasaran domestik dan juga antarabangsa. Tempoh pengiktirafan BRUNEI GAP yang diberikan kepada syarikat Eco Nadi AgroBiz adalah selama tiga tahun dengan pemantauan berterusan daripada Jabatan Pertanian dan Agrimakanan untuk sama-sama memastikan amalan GAP sentiasa terjaga dan sebaiknya dipertingkatkan dari masa ke semasa. Selain daripada Syarikat Eco Nadi Agrobiz, Syarikat Ladang Tunas Harapan juga telah dianugerahkan pengiktirafan BRUNEI GAP untuk kali kedua pada 7 Disember 2015 bagi tanaman sayur-sayuran dalam sistem rumah terlindung bertapak di Ladang Si Bongkok, Kampung Masin Brunei Muara. Pengiktirafan seumpama ini bukan sahaja dijalankan oleh negara ini bahkan ia dijalankan oleh setiap negara ASEAN untuk memudahkan perdagangan serantau.
NASIONAL
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
9
Tekstil Madison milik anak tempatan Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (tengah) bersama Pemilik Kedai Tekstil Madison, Awang Haji Matussin bin Haji Ahmad (dua, kiri) semasa melancarkan pembukaan kedai tekstil berkenaan.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 1 November. - Kedai Tekstil Madison menawarkan kain-kain yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan yang diimport dari negara luar bagi pengemar dan pelanggan kain di negara ini. Justeru pada 30 Oktober yang lalu, pembukaan Kedai Tekstil Madison telah diadakan di Seri Kenangan 2, Blok B, Kiulap, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pelancaran pembukaan kedai tekstil berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Sejurus pelancaran, tetamu kehormat dibawa masuk ke dalam Kedai Tekstil Madison bagi melihat secara lebih dekat lagi kain-kain yang terdapat di kedai berkenaan. Pemilik Kedai Tekstil Madison, Awang Haji Matussin bin Haji Ahmad semasa diwawancara berkata Kedai Tekstil Madison merupakan syarikat yang menjual kain diusahakan sepenuhnya oleh beliau dan keluarganya. Tambahnya, Tekstil Madison sangat terkenal dengan penjualan kain-kain sutera 3D yang lembut dan selesa
dipakai bagi mereka yang gemar akan kualiti kain yang terbaik. Jelasnya, terdapat lebih 300 fabrik dengan beraneka corak, warna dan tekstur yang dijual oleh Kedai Tekstil Madison.
PEMILIK Kedai Tekstil Madison, Awang Haji Matussin bin Haji Ahmad.
Dunia sedang merintih dibanjiri penagih dadah Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Hamzah Mohiddin
MUFTI Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned ketika menyampaikan Ucaptama di Majlis Perasmian Seminar Persatuan Basmi Dadah (BASMIDA) Negara Brunei Darussalam .
JERUDONG, Selasa, 1 November. Penyalahgunaan dadah mesti dicegah, jika tidak bahaya akan menimpa diri, keluarga, masyarakat dan negara, yang mana sudah menjadi fakta bahawa kerana dadah negara boleh jadi kacau, masyarakat terancam dan mengalami ketakutan, keluarga juga akan dilanda sengsara dan nyawa seperti tidak berharga. Demikian tegas Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned semasa Ucaptama bertajuk
'Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Melalui Nilai-Nilai Melayu Islam Beraja (MIB)' pada Majlis Perasmian Seminar Persatuan Basmi Dadah (BASMIDA) Negara Brunei Darussalam bertempat di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Hotel and Country Club, di sini. Tambah Yang Berhormat, perkara itu sudah ada bukti dan ada negara sampai berperang atau memerangi sindikit-sindikit dadah secara besar-besaran. Menyentuh mengenai sejarah dadah, Yang Berhormat menjelaskan bahawa sejarah dadah bukanlah baru tetapi sudah lama, yang mana pada mulanya banyak jenis dadah digunakan sebagai bahan rekreasi, tetapi akhirnya ditinggalkan atas pelbagai sebab, antaranya menyangkut faktor agama Islam yang mengharamkan pengambilan minuman beralkohol atau arak, di mana arak adalah satu dari jenis dadah rekreasi, sementara agama-agama lain pula mengutuk penggunaan dadah bagi tujuan rekreasi itu. ''Sekarang dunia sedang merintih dibanjiri oleh penagih-penagih dadah. Apa yang perlu dilakukan terhadap mereka ini? Banyak cara yang boleh dilakukan. Macam-macam cara. Ada pihak yang menubuhkan pusat-pusat pemulihan dan malah di era paling mutakhir ini, ada kedengaran orang sampai mengambil sikap dimusnahkan sahaja mereka itu, habis perkara,'' kata Yang Berhormat lagi. Menurut Yang Berhormat, dalam perkara ini kita tidak mahu menjadi
plagiator meniru-niru cara orang lain, dan lebih baik kita melihat dan menilai cara kita sendiri. Langkah Negara Brunei Darussalam tambah Yang Berhormat, dalam menubuhkan pusat pemulihan 'Al-Islah' pada 1 November 1987 adalah langkah yang tepat, selaras dengan tuntutan agama dan istilah 'Al-Islah' adalah mendokong maksud proses ke arah rawatan dan pemulihan. Di pusat-pusat pemulihan tegasnya, pendekatan rawatan adalah tidak sama yang mana 'Al-Islah' misalnya lebih menekankan pemulihan secara pendidikan, dengan mewujudkan beberapa fasa tertentu iaitu Fasa Pertama ialah kelas agama secara intensif; Fasa Kedua ialah kelas rawatan mengurus stress, mengawal emosi dan pendidikan kesedaran dadah; Fasa Ketiga ialah program vokasional dan Fasa Keempat ialah skim kelepasan sementara. Tegas Yang Berhormat lagi, kita tidak boleh leka atau bergoyang kaki dengan isu dadah kerana ia merupakan isu yang benar-benar mencabar dan dunia sedang resah dan tidak senang kerananya. Memetik laporan 'World Drug Report 2016' tentang dadah, Yang Berhormat menjelaskan seorang dalam 20 orang dewasa, berumur antara 15 - 64 tahun, dikatakan telah menggunakan sekurang-kurangnya satu jenis dadah pada tahun 2014. Terangnya lagi, 29 juta orang telah dianggarkan menderita kerana
SUASANA di kedai Tekstil Madison yang dikunjungi oleh para pelanggannya.
menggunakan dadah dan 12 juta telah hidup dalam musibah HIV kerana suntikan menggunakan dadah, sementara dalam tahun 2014, dianggarkan 207,400 orang mati disebabkan dadah. Menurut Yang Berhormat, langkah pencegahan mestilah dengan perundangan, pendidikan dan dakwah motivasi menjauhi dadah iaitu dalam perundangan kita sudah pun mempunyai akta dadah dan dalam pendidikan pula kita perlu meresapkannya melalui sekolah dan pusat-pusat pengajian dengan mengadakan korikulum anti dadah. Sementara yang umumnya, tegasnya ialah memperkasa dakwah iaitu mengajak kepada menghindari dan membanteras dadah, semuanya melalui landasan MIB. ''Islam adalah agama yang menyuruh berubat. Kata Islam, setiap penyakit ada ubatnya. Ketagih dadah juga adalah penyakit. Oleh itu, marilah cari ubatnya. Dan memang semua pusat pemulihan di mana sahaja perlu memiliki dan menggunakan ubat,''
ujarnya lagi. Yang Berhormat yakin belum ada pusat pemulihan dadah yang benarbenar mengambil pendekatan berubat dengan Al-Quran ini dan kalau adapun cuma menyebut zikir sahaja tetapi apa jenis zikir dan bagaimana cara penggunaannya belum ada lagi. Bagi tujuan tersebut, Yang Berhormat telah mencadangkan beberapa zikir dan ayat yang mudah, antaranya zikir 'Istighfar' yang keutamaannya meliputi mampu untuk melepaskan pengamalnya dari segala kesusahan, termasuk sembuh daripada penyakit. Di samping itu, Yang Berhormat juga mencadangkan zikir daripada surah-surah yang mudah dan biasa dibaca iaitu Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Dengan cara ini jelas Yang Berhormat, pesakit (penagih dadah) tidaklah akan kosong dari rawatan, tetapi sentiasa berdampingan dengan ayat-ayat perlindungan dan perubatan langit.
10
NASIONAL
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
Menerima kunjungan hormat ketua-ketua perwakilan asing Siaran Akhbar dan Foto: Ihsan Pejabat Peguam Negara BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 1 November. - Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh, menerima kunjungan hormat secara berasingan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Tuan yang Terutama Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman bertempat di Bangunan Undang-Undang hari ini. Di sebelah pagi, Yang Berhormat Peguam Negara menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura yang mana kedua belah pihak bertukar-tukar pandangan mengenai beberapa isu kepentingan bersama dari segi perundangan termasuklah perkembangan terkini
pengamal undang-undang di rantau ini. Dalam hal ini, Yang Berhormat Datin dan Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai memperakui kepentingan pertukaran pengalaman dan amalan terbaik di antara kedua buah negara. Sementara semasa menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sebelah petang, Yang Berhormat Peguam Negara dan Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu kepentingan perundangan bersama dan mengakui kerjasama erat dan mesra antara kedua-dua negara. Kedua-dua kunjungan hormat tersebut berakhir dengan pertukaran cenderahati.
Dua program keselamatan makanan diperkenalkan Siaran Akhbar : Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 1 November. - Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), melalui Bahagian Biosekuriti telah mengadakan taklimat bagi memperkenalkan dua program keselamatan makanan, iaitu Pengurusan Berasaskan Risiko (Risk Based Management) dan Prosedur Penarikan balik (Recall Procedure), terhadap daging mentah halal yang diimport ke Negara Brunei Darussalam. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh Ketua Bahagian Biosekuriti, Dayang Masliana Yuliah binti Abdullah selaku wakil kepada Pengarah Pertanian dan Agrimakanan; Ketua-ketua Jabatan / Pusat / Bahagian, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dari KSSUP. Turut hadir dan dijemput bersama untuk mendengarkan taklimat berkenaan adalah pegawai-pegawai daripada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan pihak-pihak berkepentingan yang berhubungkait dengan aktiviti pengimportan komoditi pertanian khususnya komoditi daging mentah halal. Taklimat bertujuan untuk mengenalkan pengimport-pengimport komersil yang berdaftar serta syarikat-syarikat baru yang akan mengimport mengenai prosedur pengimportan daging mentah halal dengan berasaskan pengurusan risiko serta prosedur penarikan balik. Di antara aktiviti-aktiviti yang terkandung di dalam program Pengurusan Berasaskan Risiko ini adalah mempastikan pusat-pusat penyembelihan atau syarikat pembekal daripada negara pengeksport dapat memenuhi keperluan dari segi langkah-langkah Sanitari dan Fitosanitari (Sanitary and Phytosanitary - SPS) mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Program yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan efisiensi perlaksanaan pengambilan sampel terhadap komoditi import daging mentah halal ini menggunakan kaedah Analisa Risiko Import (Import Risk Analysis – IRA) dan Audit Kepatuhan (Desk Audit) yang mana dilaksanakan bagi memberikan akreditasi atau pengiktirafan terhadap Pihak Berkuasa pengeksport /agensi kerajaan (Exporting Competent Authority) dan pusat-pusat penyembelihan atau syarikat pembekal/pengeksport (Exporting Establishment) di negara Pengeksport. Jika Audit Kepatuhan ini telah diluluskan, maka Jabatan Pertanian dan Agrimakanan tidak ada halangan bagi prosedur pengiktirafan pusat penyembelihan termasuk menjalankan Audit Lapangan (On-Site Audit) bagi daging mentah halal untuk dilaksanakan mengikut prosedur yang tercatat di dalam Akta Daging Halal, Penggal 183. Taklimat juga menyentuh mengenai Prosedur Penarikan balik terhadap daging mentah halal yang telah dipasarkan jika telah diragui keselamatannya atau didapati tercemar dengan bahan-bahan mikrob atau kimia yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai. Program-program ini diharap akan dapat memberikan impak yang positif kepada semua pihak yang berkepentingan (stakeholder) dari segi meningkatkan kesedaran awam mengenai prosedur pengimportan daging mentah halal dan kepentingan prosedur penarikan balik; meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap kualiti dan keselamatan daging mentah halal yang diimport ke Negara Brunei Darussalam dan Pengurangan pengambilan sampel dan kes-kes ketidakpatuhan.
PEGUAM Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh semasa menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai.
Hindari memasuki zon keselamatan pelantar minyak
TAKLIMAT disampaikan oleh wakil-wakil daripada Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Laut, Jabatan Pengangkutan Darat dan Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd.
Berita dan Foto : Noraisah Muhammed KUALA BELAIT, Selasa, 1 November. - Agensi-agensi keselamatan maritim Negara Brunei Darussalam mengingatkan orang awam khususnya nelayan-nelayan tempatan untuk tidak sekali-kali memasuki zon keselamatan pelantar minyak untuk menangkap ikan. Pelaut-pelaut juga diingatkan supaya tidak memasuki atau berlabuh di kawasan zon-zon keselamatan pelantar minyak dalam lingkungan 500 meter dari binaan-binaan dan pemasangan di kawasan perairan Negara Brunei Darussalam bagi mengelakkan daripada kemalangan dan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Demikian antara yang ditekankan pada Jerayawara Kesedaran Awam Berkaitan Keselamatan Maritim yang berlangsung di Dewan Persidangan Kuala Belait hari ini. Jerayawara yang
merupakan usahasama Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Laut, Jabatan Pengangkutan Darat dan Syarikat Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai isu-isu keselamatan maritim dan dihasratkan sebagai wadah interaksi dan komunikasi antara agensi-agensi keselamatan maritim bersama pihak-pihak berkepentingan di sektor swasta dan masyarakat nelayan di Negara Brunei Darussalam. Hadir selaku tetamu kehormat pada jerayawara tersebut ialah Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman. Turut hadir pegawai-pegawai kanan kerajaan, penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan nelayannelayan sepenuh masa dan sambilan di Daerah Belait. Pemangku Pegawai Jurutera Laut,
Bahagian Penguatkuasa, Haji Yusoff bin Haji Metusin menerangkan mengenai peraturan serta akta bagi pemilik perahu-perahu yang terbiar. Pemilik bertanggungjawab penuh terhadap perahu-perahu mereka yang lama terbiar kerana dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya pencemaran dan kebakaran yang boleh mengakibatkan keselamatan nelayan-nelayan yang mencari rezeki di sekitar perairan Brunei. Bagi pihak Jabatan Laut dan mewakili agensi-agensi yang lain, beliau menyeru kepada pemilik perahu-perahu untuk mendaftar perahu mereka dan melengkapi dengan alat-alat keselamatan termasuk memakai life jacket ketika berada di lautan. Nelayan juga dilarang memasuki zon-zon larangan sejauh 500 meter seperti di kawasan larangan kerana kawasan tersebut berbahaya bagi keselamatan nelayan dan juga orang awam jika menghampiri tempattempat berkenaan. Perintah Perkapalan Pedagang (Zon Keselamatan) 1988 dan Pindaan 2013 memperuntukkan hukuman bagi BND100,000 dan kapal boleh ditahan oleh pihak berkuasa. Bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan orang awam terutama sekali para nelayan, pengguna perahu-perahu kecil dinasihatkan supaya akan sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah-langkah keselamatan seperti menyediakan jaket keselamatan dan lampu picit sebelum turun ke laut. Nelayan-nelayan juga diseru untuk memastikan penggunaan treler mengikut garis panduan yang disediakan bagi menjaga keselamatan pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Jerayawara itu juga telah dihadiri oleh penghulu-penghulu, ketua-ketua kampung, pegawai-pegawai di jabatan kerajaan, pengusaha dan perusahaan menangkap ikan, pelaut dan nelayan di Daerah Belait.
RENCANA
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
11
Kewujudan negara MIB Oleh: Dr. Muhammad Hadi bin Melayong Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, dengan kerjasama Meja Kandungan Khas Pelita Brunei
''ATAS persetujuan baginda, Kota Batu di Muara Sungai Brunei telah diperkenankan sebagai tempat untuk dibangunkan sebagai ibu negeri, kerajaan Melayu Islam Beraja. Di kawasan Kota Batu inilah istana dan rumah pembesar-pembesar negeri didirikan, manakala rakyat jelata mendirikan rumah di atas air di sepanjang Sungai Brunei berdekatan Kota Batu. Maka dengan penempatan inilah bermula nama bagi Kampong Aying yang juga menjadi lambang kewujudan sebuah Kerajaan Melayu Islam Beraja yang kita warisi sehingga ke hari ini. Persetujuan bagi pembukaan kawasan Kota Batu sebagai pusat negeri jelas tercatat dalam Syair Awang Semaun.''
N
EGARA Melayu Islam Beraja telah wujud lebih dari 600 tahun yang lalu, iaitu pada pertengahan abad ke-14 Masihi. Kerajaan Melayu Islam Beraja (MIB) ini telah diasaskan oleh Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad Shah) yang memeluk Agama Islam pada tahun 1368 Masihi setelah berkahwin dengan Puteri Kerajaan Johor, iaitu Singapura Tua. Dalam Salasilah Raja-Raja Brunei versi Datu Imam Yaakub ada menyebutkan : ... adalah yang pertama kerajaan di Negeri Brunei membawa Agama Islam dan mengikut syariat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, iaitu Paduka Seri Sultan Muhammad Shah dan saudaranya Sultan Ahmad. PENUBUHAN AWAL
Penubuhan awal Kerajaan Melayu Islam Beraja ini telah tercatat dalam Syair Awang Semaun yang mengatakan bahawa Pateh Berbai bersama Demang Sari yang diiringi oleh kira-kira 90 orang Sakai telah menyusuri Sungai Brunei dari Garang, Daerah Temburong untuk mencari penempatan bersama Awang Alak Betatar. Atas persetujuan baginda, Kota Batu di Muara Sungai Brunei telah diperkenankan sebagai tempat untuk dibangunkan sebagai ibu negeri, kerajaan Melayu Islam Beraja. Di kawasan Kota Batu inilah istana dan rumah pembesarpembesar negeri didirikan, manakala rakyat jelata mendirikan rumah di atas air di sepanjang Sungai Brunei berdekatan Kota Batu. Maka dengan penempatan inilah bermula nama bagi Kampong Aying yang juga
BATU nisan kepunyaan Pu Kung Chih-Mu terletak di Perkuburan Islam Rangas, Bandar Seri Begawan yang bertarikh 1264 Masihi. Beliau adalah utusan Maharaja Sung.
GAMBAR HIASAN... NEGARA Melayu Islam Beraja telah wujud lebih dari 600 tahun yang lalu, iaitu pada pertengahan abad ke-14 Masihi.
menjadi lambang kewujudan sebuah Kerajaan MIB yang kita warisi sehingga ke hari ini. Persetujuan bagi pembukaan kawasan Kota Batu sebagai pusat negeri jelas tercatat dalam Syair Awang Semaun yang berbunyi : Bersama pula Pateh Berbai, Masuk ke Negeri Sungai Brunei, Sembilan puluh banyaknya ramai, Sekaliannya itu semuanya Sakai. Sampai di ulu habis ditanggari, Banyak beroleh yu dan pari, Pateh memandang kanan dan kiri, Terlalu penat tempat bernegeri. Awang Alak berkata kepada Demang Sari, Bersama Pateh kanan dan kiri, Jikalau terpakai Awangku sendiri, Ke dalam Brunei kita bernegeri. Justeru itu, Konsep MIB yang menjadi asas penubuhan dan permulaan kewujudan Kerajaan MIB bukan sesuatu yang baru bahkan sudah lama wujud di bumi Brunei sebagai anugerah Allah Subhanahu Wata'ala serta sumber perpaduan dan keharmonian hidup bermasyarakat dan bernegara. Dengan secara tidak langsung ia telah menjadi dasar dan polisi negara yang diamalkan dalam sistem berkerajaan dan bermasyarakat sejak beratus tahun yang lalu. Hal ini jelas telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32, Tahun 2016. Dasar kita di negara ini ialah MIB. Maka semua rancangan dan tindakan itu mestilah berlandaskan Melayu Islam Beraja. Dasar yang kukuh dan sempurna mampu, untuk memangkin pembangunan, di samping juga mampu, untuk melahirkan masyarakat yang baik. Masyarakat yang baik adalah aset dan pasak bagi negara.
Oleh itu, MIB itu adalah warisan tradisi yang menjadi tunjang cara hidup masyarakat Brunei. Amalan ini telah menjadi jati diri dan identiti Bangsa Brunei khususnya rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tanpa mengira agama, budaya dan asal keturunan. PENGUKUHAN Dari perspektif sejarah pula, pengukuhan kewujudan Negara MIB ini bermula dengan pengislaman Awang Alak Betatar dalam pertengahan abad ke-14 Masihi dengan gelaran Sultan Muhammad Shah. Meskipun Agama Islam secara rasminya telah bertapak di Brunei dalam Zaman Pemerintahan Sultan Muhammad Shah, namun Islam sebenarnya telah sampai di Brunei lebih awal lagi, iaitu dalam abad ke-10 Masihi. Kajian lisan yang dijalankan oleh para cendekiawan Brunei menyokong pendapat ini, bahawa Islam sudah datang lebih awal sama ada dibawa secara perseorangan, keluarga ataupun rombongan rasmi daripada orang-orang dari Arab, India dan China. Secara lojiknya, faktor kedudukan Brunei yang berada di tengah-tengah Nusantara, yang menjadikannya tempat laluan dan persinggahan pedagangpedagang Arab dan mubalighmubaligh Islam telah menjadikan Kerajaan Brunei di Kota Batu ini terkenal dengan Kampong Aying dalam kalangan golongan perniaga dan pendatang luar khususnya orang-orang Barat yang menamakannya sebagai Venice of the East. Dalam lipatan sejarah juga mencatatkan bahawa sebelum kewujudan Kerajaan MIB dalam abad ke-14 Masihi, Brunei juga telah dikenali dengan nama Poli dan Puni. Ini dibuktikan melalui satu catatan China yang menyebutkan bahawa pada 366H / 977M, Raja Puni telah menghantar utusan ke China diketuai
oleh Pu Ya-Li (Abu Ali), Shih Nu (Sheikh Noh) dan Qadhi Kasim. Penyebutan nama-nama Pu Ya-Li dan Qadhi Kasim menunjukkan orang Islam telah berpengaruh di Puni, malah menjadi wakil pemerintah (raja) Puni. Kemudian 200 tahun berikutnya bukti tentang kedatangan Islam ini dikuatkan lagi dengan penemuan batu nisan di| Perkuburan Islam di Rangas, Bandar Seri Begawan kepunyaan Pu Kung Chieh-Mu bertarikh 622H / 1264M. Menurut terjemahan Wolfgang Franke dan Chen Tieh-Fan, batu nisan tersebut kepunyaan keluarga 'Pu', iaitu seorang Islam yang datang dari Daerah Chuan-Chou semasa Empayar Sung 349 - 678H / 960 1279M bersama anaknya Yiang. Ini adalah pembuktian sejarah yang memperlihatkan bahawa Kerajaan MIB yang diwarisi oleh Bangsa Brunei masa kini merupakan kerajaan Melayu yang tertua di Asia Tengara yang menjadi lambang pada ketamadunan Melayu di Pulau Borneo. Oleh yang demikian secara rasminya kita menerima hakikatnya bahawa melalui pengislaman Awang Alak Betatar inilah Negara MIB telah diasaskan di Pulau Borneo di bawah kepimpinan sultan yang pertama, iaitu Sultan Muhammad Shah yang merupakan kesinambungan dari Kerajaan Brunei Tua sejak abad ke-5 Masihi. Kesimpulannya, MIB merupakan cara hidup masyarakat Brunei yang perlu diamalkan dan dihayati untuk memastikan pengekalan Negara MIB. Adalah menjadi tangggunjwab setiap rakyat dan penduduk negara ini khususnya kementeriankementerian dan jabatan-jabatan kerajaan serta pihak swasta untuk melaksanakan apa juga projek, program dan perancangan berdasarkan kepada Konsep MIB yang menjadi dasar negara sebagaimana yang telah dititahkan oleh Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
12
NASIONAL
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
Hentikan pengubahsuaian pendawaian kenderaan
Kajian Penggunaan Bekalan Gas Domestik bermula Siaran Akhbar : Jabatan Tenaga dan Industri, Jabatan Perdana Menteri
PENGARAH Pengangkutan Darat, Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi (dua, kiri) bersama ahli-ahli Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya melalui Jabatan Pengangkutan Darat, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas, Polis Diraja Brunei serta Jabatan Bomba dan Penyelamat mengadakan Sidang Media di Bangunan Kementerian Perhubungan mengenai isu dan penyebab kenderaan terbakar.
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Oktober. - Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) melalui Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas, Polis Diraja Brunei dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) mengeluarkan peringatan kepada bengkel-bengkel atau orang persendirian untuk menghentikan sebarang pengubahsuaian pendawaian kenderaan yang tidak dilakukan oleh mekanik yang bertauliah kerana dikhuatiri tahap keselamatannya tidak terjamin bagi mengelakkan isu-isu kebakaran kepada kenderaan. Pengarah Pengangkutan Darat,
Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi menyarankan agar pemilik-pemilik kenderaan di negara ini melakukan pemeliharaan enjin dan sistem kenderaan mengikut tatacara yang betul dalam tempoh waktu yang ditetapkan oleh pengedar kenderaan masing-masing. ''Statistik yang diterima dari pihak Polis Diraja Brunei dan pihak JBP menunjukkan bahawa dari 1 Januari 2016 hingga 9 Oktober 2016 sahaja, 64 kes kenderaan terbakar telah dilaporkan,'' ujarnya pada sidang media yang berlangsung di Kementerian Perhubungan. Menurut Dr. Haji Supry, penelitian
lanjut menunjukkan bahawa 32 daripada 64 kes berkenaan dikaitkan dengan punca pendawaian kepada bateri, lampu, fuse box dan sistem penghawa dingin kenderaan. Manakala empat kes adalah disebabkan oleh kemalangan jalan raya dan yang selebihnya dikaitkan dengan punca enjin overheat, minyak bocor dan percikan api dari bonet enjin yang sudah tidak ada hood cover dalaman yang bergesel dengan kepala bateri yang tidak ada penutup yang selamat. Dr. Haji Supry seterusnya mengingatkan kepada orang ramai dan pemilik kenderaan untuk sentiasa mengambil langkah berhati-hati dalam mendapatkan alat ganti kenderaan yang diluluskan termasuk yang melibatkan sistem pendawaian
kenderaan, memelihara kenderaan dengan tatacara dan tempoh waktu (periodical servicing) yang ditetapkan serta tidak mengubahsuai sistem pendawaian yang tidak diketahui tahap keselamatannya. Beliau menambah, turut diingatkan ialah mengenai dengan sebarang tuntutan insurans oleh pemilik kenderaan terbakar yang mungkin akan terjejas kerana ketidakpastian punca kebakaran yang dilindungi oleh syarikat-syarikat berkenaan. Sementara itu, sebanyak 82 kes kenderaan terbakar dilaporkan dari bulan Januari hingga Disember bagi tahun 2015, yang mana 52 kes di Daerah Brunei dan Muara, 18 kes Daerah Belait, 12 kes Daerah Tutong dan tidak ada kes yang berlaku di Daerah Temburong.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Oktober. - Jabatan Tenaga dan Industri di Jabatan Perdana Menteri (EIDPMO) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan akan menjalankan kajian mengenai Penggunaan Bekalan Gas Domestik (Dalam Negeri) untuk para penduduk yang tinggal serta bermastautin di Mukim Seria dan Mukim Kuala Belait. Kajian mengenai Penggunaan Bekalan Gas Domestik (Dalam Negeri) bermula pada Isnin, 31 Oktober 2016. Menurut Siaran Akhbar EIDPMO, Pegawai Kaji Selidik akan menunjukkan pas kajian mereka kepada penduduk sebelum temu duga kaji selidik dilakukan. Kerjasama daripada orang ramai amat diharapkan dalam sama-sama memastikan kejayaan pada kajian tersebut. Kajian berkenaan juga merupakan sebahagian dari usaha berterusan EIDPMO untuk memberi kesedaran kepada pengguna atas keselamatan dan penggunaan yang betul bagi bekalan gas domestik.
JPD tingkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang Dari muka 1 ''Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan kes-kes lalu lintas jalan raya yang dibawa ke mahkamah dan seterusnya meningkatkan kapasiti mahkamah menyelesaikan kes-kes lain. Penguatkuasaan aturan baru ini juga bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dan ke arah usaha meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di negara ini,'' ujar Dr. Haji Supry pada sidang media yang berlangsung di Kementerian Perhubungan. Dr. Haji Supry berkata, daripada 92 jenis kesalahan lalu lintas jalan raya yang disenaraikan di dalam aturan ini, 46 daripadanya adalah merupakan kesalahan yang boleh dikenakan kompaun yang mana sebelum ini diambil tindakan dengan mengeluarkan saman. Beliau menambah, senarai kesemua 92 kesalahan-kesalahan berkenaan bolehlah dirujuk melalui laman web JPD dan Pasukan Polis Diraja Brunei. Walau bagaimanapun jelasnya, kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan adalah seperti Memandu tanpa lesen kenderaan (road tax) yang sah; Memandu tanpa Lesen Memandu yang sah; Menggunakan telefon bimbit semasa memandu; Memandu kenderaan tanpa kebenaran pemilik atau membenarkan seseorang memandu tanpa lesen yang sah; Kenderaan yang dipasang dengan cermin atau pelekat gelap atau tirai
yang tidak ada kebenaran; Kegagalan pemandu memakai tali pinggang keledar atau kegagalan pemandu memastikan penumpang di tempat duduk hadapan memakai tali pinggang keledar dan Memandu dengan kelajuan yang berlebihan. Selaras dengan penguatkuasaan aturan ini dan bagi mencapai keberkesanan penguatkuasaan akta-akta dan peraturan-peraturan lalu lintas jalan raya yang ada serta sebagai langkah mengurangkan kes-kes kemalangan jalan raya katanya lagi, JPD, Kementerian Perhubungan dan Pasukan Polis Diraja Brunei berserta agensi-agensi yang berkenaan sedang meneliti dan mengemaskini kadar -kadar kompaun yang sedia ada. “Kadar-kadar kompaun bagi kesalahan-kesalahan yang tersenarai di bawah aturan ini terutama kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan dan kesannya terhadap jumlah kes kemalangan serta tahap keselamatan jalan raya di negara ini akan dinaikkan iaitu antara BND50 - BND500 mengikut Seksyen 91 (1) dari Perintah Lalu Lintas Jalan Raya (Pindaan), 2013 (Road Traffic (Amendment) Order, 2013),� ujarnya. Tambahnya lagi, kadar-kadar yang telah dikemaskini akan dibarigakan terlebih dahulu kepada orang ramai dalam masa yang terdekat sebelum ianya dilaksanakan bermula pada 1 Februari 2017. Dalam pada itu katanya, mana-mana kompaun yang dikeluarkan bagi
kesalahan-kesalahan yang disenaraikan di dalam aturan ini sebelum 1 Februari 2017 akan mengikut kadar yang sedia ada iaitu BND50. Dengan penguatkuasaan aturan baru ini juga jelasnya, kes-kes saman yang masih belum selesai sejak dari 1 Januari 2014 akan ditawarkan kompaun dengan kadar kompaun yang sedia ada iaitu BND50. Beliau seterusnya berkata, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peruntukan ini dan kes-kes saman sebelum ini yang telah ditawarkan untuk dikompaun serta maklumat lain yang berkaitan dengan aturan ini, orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Pengangkutan Darat di talian 7292017 dan Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas, Pasukan Polis Diraja Brunei di talian 2459500 sambungan 452 atau layari laman sesawang jabatan-jabatan berkenaan. Dalam kesempatan ini tambahnya lagi, Kementerian Perhubungan dan pihak Polis Diraja Brunei ingin mengingatkan dan menasihatkan orang ramai khususnya pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturanperaturan lalu lintas jalan raya dan sentiasa memupuk sikap berhemat semasa menggunakan jalan raya. Beliau menambah, pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar sentiasa meningkatkan kewaspadaan serta keselamatan ketika memandu atau berada di jalan raya.
BSC buka cawangan di Kuala Belait Siaran Akhbar : Darussalam Enterprise KUALA BELAIT, Selasa, 1 November. - Bagi meningkatkan lagi ekosistem perniagaan di negara ini dan memudahkan urusan transaksi bagi perusahaan tempatan akan hal-hal yang berkaitan dengan perniagaan di daerah-daerah lain, Darussalam Enterprise (DARE) ingin memaklumkan bahawa syarikat mereka telah membuka cawangan Pusat Sokongan Perniagaan (BSC) di Kuala Belait. Bertempat di tingkat bawah bangunan Pejabat Daerah Kuala Belait dan Seria di mana Pusat Kemudahan Perniagaan sebelum ini berjalan, BSC KB memulakan operasinya pada hari ini, mempunyai peranan yang sama seperti BSC di D & T Building, Anggerek Desa yang bertujuan menjadi pusat tindakan untuk individu, usahawan dan perusahaan bagi membantu mereka serta apa-apa perkara yang berkaitan dengan perniagaan. Pada peringkat permulaan, perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi-agensi di BSC KB termasuklah DARE's Business Help Desk (BHD), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ialah membaharui lesen perniagaan bagi Establishment Kecantikan dan Kesihatan (EKK) serta Bahagian Koperasi dan Industri Kotej Pada masa yang sama, DARE BHD beroperasi dua hari dalam seminggu, iaitu setiap hari Selasa dan Khamis, dari jam 8.30 pagi sehingga 3.30 petang, waktu rehat pada jam 12.00 tengah hari sehingga 2.00 petang, manakala waktu operasi bagi agensi-agensi lain ialah dari hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu, dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang, waktu rehat pada jam 12.00 tengah hari sehingga 2.00 petang. Dalam masa terdekat, DARE merancang untuk mengembangkan penyediaan perkhidmatan di BSC KB termasuk OneBiz dan agensi-agensi lain yang berkaitan. DARE (Darussalam Enterprise) adalah sebuah badan berkanun yang bertujuan untuk memupuk dan menyokong perusahaan tempatan dari peringkat permulaan sehingga pertumbuhan perusahaan tersebut. DARE bekerja rapat dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk tujuan pembangunan perniagaan bagi meningkatkan eksport negara dan pertumbuhan KDNK.
NASIONAL
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
13
Beberapa hukum berkaitan perbuatan menangis
KELUARAN KEDUA 4. Menangis ketika berlaku kematian
H
ARUS menangisi jenazah sama ada sebelum berlakunya kematian, iaitu ketika dalam keadaan nazak ataupun selepas berlakunya kematian. Walau bagaimanapun menangisi jenazah sebelum berlakunya kematian adalah lebih utama berbanding menangisinya selepas kematian. Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga pernah menangis ketika menghadapi kematian anak Baginda Ibrahim. Perkara ini jelas disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radiallahu 'anhu, katanya : Maksudnya : ''Kami masuk bersama Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam mendatangi Abu Saif Al-Qaiyn (iaitu suami perempuan) yang mengasuh dan menyusui Ibrahim Alaihissalam (putera Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam). Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengambil Ibrahim lalu memeluk dan menciumnya. Kemudian kami menjumpainya lagi selepas (peristiwa) itu dan Ibrahim hampir menghembuskan nafasnya sehingga menyebabkan kedua mata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berlinang air mata. Lalu Abdurrahman bin Auf Radhiallahu 'anhu (dengan perasaan takjub) bertanya kepada Baginda : ''Tuan juga (menangis) wahai Rasulullah?''. Baginda menjawab : ''Wahai Ibnu Auf, sesungguhnya ini adalah rahmat,'' kemudian berterusanlah keluar air mata
Baginda. Setelah itu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : ''Sesungguhnya kedua mata boleh mencurahkan air mata, hati boleh merasa sedih, akan tetapi kami tidak boleh mengatakan kecuali apa yang diredai oleh Tuhan kami dan dengan perpisahanmu ini wahai Ibrahim kami amat bersedih.'' (Hadis riwayat Al-Bukhari) Dalam hadis di atas, ungkapan ''Sesungguhnya ini adalah rahmat'' yang merupakan jawapan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kepada soalan Abdurrahman bin Auf Radiallahu 'anhu membawa maksud bahawa tangisan itu adalah perasaan kasih sayang terhadap anak dan bukanlah ia sebagai kegelisahan atau kesedihan sepertimana yang disangkakan oleh sahabat Baginda itu. Yang diharuskan tangisan ke atas jenazah itu ialah tangisan dengan suara yang perlahan (sekadar terisak-isak) walaupun dengan mengeluarkan air mata dan wujudnya perasan hati yang sedih. Menurut Imam As-Subki Rahimahullahu Ta'ala jika tangisan ke atas jenazah itu, kerana perasaan kasih sayang dan kerana perasaan takut di atas apa yang akan menimpa kepadanya dari balasan Allah Ta'ala dan perkara-perkara yang menakutkan pada hari kiamat hukumnya tidaklah makruh. Jika tangisan ke atas jenazah itu kerana perasaan kasih sayang seperti menangisi jenazah kanak-kanak adalah tidak mengapa, akan tetapi adalah lebih baik bersabar. 5. Menangis Ketika Berziarah Kubur Meratap, memekik, meraung serta memukul-mukul pipi kerana terlalu dukacita hukumnya adalah haram. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perbuatan sedemikian sepertimana hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud Radiallahuanhu, Baginda bersabda : Maksudnya : ''Tidak termasuk di dalam golongan kami orang yang memukul-mukul pipinya, mengoyak-ngoyak koceknya, berteriak-teriak seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah''. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Adapun perasaan hiba, sedih atau air mata yang mengalir tanpa ratapan tidaklah dilarang kerana kesedihan dan air mata itu merupakan
tanda rasa kasih terhadap ahli kubur atau kerana perasaan insaf dan gerun terhadap kematian serta hari pembalasan. Dalam satu riwayat yang sahih, Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu berkata : Maksudnya : ''(Pada suatu ketika) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pergi ziarah ke kubur ibunya, lalu Baginda menangis, maka menangis pula orang sekelilingnya. Kemudian Baginda bersabda : ''Aku memohon keizinan kepada Tuhanku untuk aku memintakan ampun bagi ibuku, tetapi permohonanku tidak diperkenankanNya. (Kemudian) aku memohon keizinan untuk menziarahi kuburnya, maka diperkenankan-Nya bagiku, kerana itu pergilah kamu menziarahi kubur, kerana hal itu akan mengingatkan kamu kepada kematian.'' (Hadis riwayat Muslim) Begitulah beberapa perkara berkaitan
dengan menangis. Dalam beberapa keadaan ia digalakkan dan diharuskan. Namun dalam beberapa keadaan pula ia adalah diharamkan. Yang pasti, menangis itu adalah satu perkara semula jadi yang ada dalam diri manusia. Lebih-lebih lagi bila melibatkan kesakitan dan kesedihan. Elakkan menangis untuk perkara yang sia-sia seperti menangis kerana tidak berpeluang berjumpa artis kesayangan atau menangis kerana ditinggal pergi oleh kekasih atau yang seumpamanya. Berusahalah untuk mengalirkan air mata ketika mengingati Allah Subhanahu Wata'ala, sama ada ketika membaca Al-Quran dan ketika membaca zikir seperti takbir, tahmid, tasbih, hawqalah dan sebagainya atau ketika bertafakkur dan merenung ciptaan-Nya di sekeliling kita. Biarlah tangisan itu kerana takutnya kita akan Allah Subhanahu Wata'ala!
MENANGIS itu adalah satu perkara semula jadi yang ada dalam diri manusia. Lebih-lebih lagi bila melibatkan kesakitan dan kesedihan. Elakkan menangis untuk perkara yang sia-sia seperti menangis kerana tidak berpeluang berjumpa artis kesayangan atau menangis kerana ditinggal pergi oleh kekasih atau yang seumpamanya. Berusahalah untuk mengalirkan air mata ketika mengingati Allah Subhanahu Wata'ala, sama ada ketika membaca Al-Quran dan ketika membaca zikir seperti takbir, tahmid, tasbih, hawqalah dan sebagainya atau ketika bertafakkur dan merenung ciptaan-Nya di sekeliling kita. Biarlah tangisan itu kerana takutnya kita akan Allah Subhanahu Wata'ala!
Jabatan Penerbangan Awam jalani ICAO USAP-CMA BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Oktober. - Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Perhubungan akan menerima kunjungan dari pihak Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa ataupun International Civil Aviation Organisation (ICAO) bagi tujuan pemeriksaan Universal Security Audit Programme Continous Monitoring Approach (USAP-CMA). Menurut Siaran Jabatan Penerbangan Awam, selaku ahli kepada oraganisasi tersebut Negara Brunei Darussalam akan menjalani Pengauditan Sekuriti Penerbangan Awam bermula pada 31 Oktober hingga 8 November ini. USAP-CMA dilaksanakan ke atas Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Perhubungan selaku pihak penguat kuasa bagi sekuriti penerbangan awam di negara ini. Jabatan Penerbangan Awam juga bekerjasama dengan beberapa agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta syarikat-syarikat penerbangan yang terlibat di dalam program pengauditan itu. Pengendalian audit sekuriti itu akan merangkumi penelitian ke atas beberapa dasar kerajaan dan dokumen-dokumen penting seperti National Civil Aviation Security Programme (NCASP) 2016, Civil Aviation Order (CAO) 2006 dan Civil
JABATAN Penerbangan Awam, Kementerian Perhubungan, Negara Brunei Darussalam selaku ahli kepada Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa ataupun International Civil Aviation Organisation (ICAO) akan menjalani Pengauditan Sekuriti Penerbangan Awam bermula pada 31 Oktober hingga 8 November ini.
Aviation Regulation (CAR) 2006 serta beberapa dokumen seperti Airport Security Programme dan Standard Operating Procedure dari berbagai jabatan kerajaan dan agensi bukan kerajaan. Kumpulan audit juga akan menjalankan pemeriksaan ke kawasan-kawasan dan prasarana di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB).
Hasil dari pengauditan berkenaan adalah untuk mengukuhkan lagi langkah-langkah keselamatan sekuriti penerbangan awam dan seterusnya memastikan keselamatan penumpang serta kargo. Audit itu akan memberikan dan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap sekuriti penerbangan awam di negara ini selaras dengan kehendak piawaian sekuriti antarabangsa dalam
Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Penerbangan Awam pengangkutan penumpangpenumpang dan kargo melalui LTAB. Objektif ICAO USAP-CMA adalah untuk mempromosikan sekuriti penerbangan awam di peringkat global melalui pengauditan dan pemantauan yang berterusan ke atas prestasi
keselamatan penerbangan bagi semua negara anggota. Ini merupakan salah satu pelaksanaan dalam mencapai strategi global bagi memastikan keselamatan penerbangan di peringkat antarabangsa.
JAWATAN KOSONG
14
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
4. Wakil syarikat yang hadir mengambil PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
NOTIS TAWARAN BILANGAN : HMSF/TDR/3/2016
dokumen tawaran hendaklah wakil yang dibenarkan oleh syarikat yang berkenaan
penyelenggaraan lanskap. 2.
Dokumen
tawaran
yang
berharga
BND50.00 (tidak akan dikembalikan sama ada
TAJUK : MAINTENANCE OF TURVES, SOFT LANDSCAPE AND DESILTING OF DRAINS AT HIS MAJESTY THE SULTAN'S FLIGHT (RIMBA) AND HELIPORT
berjaya
atau
tidak)
bolehlah
diperolehi
dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran
Rimba, Bandar Seri Begawan, BB2513,
Negara, Tingkat 1, Kementerian Kewangan,
Negara
Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, Ban-
Syarat-Syarat Tawaran :
Tarikh akhir mengambil borang tawaran
Isnin,
1. TAWARAN adalah dipelawa kepada
adalah pada 8 November 2016.
yang diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan
dengan
3. Syarikat-syarikat mestilah membawa
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
bersama sijil pendaftaran perniagaan semasa
dan
mempunyai
kepakaran
dalam
melakukan pembayaran.
yang
8. Tawaran akan dikira sah laku dalam
tawaran diserahkan.
+673 2460043 sambungan 2109 & 2180.
berdaftar
dengan
tawaran
pendaftaran perniagaan.
Darussalam tidak lewat jam 2.00 Petang,
yang
dihantar
borang
wakil untuk rujukan Jabatan sebelum dokumen
dar
syarikat-syarikat
mestilah
disediakan dengan menyertakan salinan sijil
pertanyaan, sila berhubung di talian telefon
(ISTANA DARUL HANA) AREA
Tawaran
pengesahan dari syarikat dan kad pengenalan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Lebuhraya Sebarang
7.
dan hendaklah membawa bersama surat
5. Tawaran hendaklah dimasukkan ke
Darussalam.
tanpa menunjukkan identiti penawar. menggunakan
dari Unit Pemantauan, Pejabat Penerbangan
Brunei
dengan menyatakan bilangan dan tajuk tawaran
Seri 14
Begawan, November
Negara 2016.
Brunei Tawaran
tidak akan dilayan. 6. Tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang tertutup rapi (sealed)
tempoh
180
hari
dari
tarikh
akhir
menghantar tawaran. 9. Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran
atau
kontrak
setelah
kebenaran
tawaran diperolehi akan dikenakan denda selaras mengikut peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara, rujukan : LTN/4(39/1997). 10. Kerajaan Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang rendah atau
sebarang
tidak munasabah.
tawaran
yang
difikirkan
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
JABATAN PERKHIDMATAN POS KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
PEMBERITAHUAN PERMOHONAN MENJADI WAKIL POS KAMPUNG BOLKIAH DAN WAKIL POS KAMPUNG BATU MARANG PEMOHON-PEMOHON yang berminat bolehlah mendapatkan Borang Permohonan dan keterangan lanjut dari Pejabat Pos Besar, Bandar Seri Begawan, Tingkat 1, Jalan Elizabeth II, Bandar Seri Begawan. Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2016.
JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BIL. SEBUT HARGA : KHEU / JPI / JKS / 09 / KETERANGAN : 2016 - 2017 Membekal dan Menghantar Buku-Buku Teks Mata Pelajaran Umum Persekolahan Arab, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Tahun 1437H - 1438H / 2016M - 2017M BAYARAN DOKUMEN : Tidak dikenakan sebarang bayaran Borang Sebut Harga bolehlah diperoleh di : Jabatan Pengajian Islam Bahagian Kewangan Tingkat 4, Blok 2 I, Jalan Ong Sum Ping Bandar Seri Begawan, BA1311 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. dimasukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA yang ditujukan kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA SEBUT HARGA TINGKAT 1, BAHAGIAN KEWANGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA JALAN MENTERI BESAR, BB3910 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Tarikh tutup tidak lewat pada : Rabu, 9 Safar 1438H / 9 November 2016M, tidak lewat jam 2.00 Petang. TARIKH AKHIR MENGAMBIL BORANG SEBUT HARGA ADALAH PADA : Sabtu, 6 Safar 1438H / 6 November 2016M 8.00 Pagi hinggs 11.30 Pagi 2.00 Petang hingga 4.00 Petang SYARAT-SYARAT, PANDUAN DAN MAKLUMAT, boleh merujuk ke Jabatan Pengajian Islam.
JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI
19
TAWARAN JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN 'PEMOTONGAN RUMPUT DI KAWASAN JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN, LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS UNTUK TEMPOH DUA (2) TAHUN' KAWASAN PEMOTONGAN : Kesemua kawasan Jabatan Percetakan Kerajaan Bangunan Lama dan Bangunan Baru. SKOP KERJA-KERJA : 1. Memotong rumput di kesemua kawasan termasuk rumput di penghujung tanah. 2. Membersih sisa-sisa rumput, daun kelapa, buah kelapa dan membakar atau membuang ke tempat pembuang sampah. 3. Memotong bunga-bunga yang tinggi atau panjang serta membersihkan rumput sekeliling bunga. JADUAL KERJA : 2 kali dalam sebulan Peralatan, barang-barang dan bahan-bahan pemotongan rumput adalah ditanggung sendiri oleh penender yang berjaya. 1. Tawaran-tawaran hendaklah dialamatkan kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga
Jabatan Percetakan Kerajaan Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan BB3510 Negara Brunei Darussalam. 2. Tarikh tutup bagi menghantar sebut harga berkenaan tidak lewat pada 6 Disember 2016, jam 2.00 Petang. 3.Tawaran ini adalah bagi pemotongan rumput untuk tempoh dua (2) tahun SAHAJA. 4. Tempat mengambil borang ialah di Penyambut Tetamu, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Bay 1, Jabatan Percetakan Kerajaan. 5. Tempat menghantar borang tender ialah di 'PETI TAWARAN' Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Bay 1, Jabatan Percetakan Kerajaan, Lapangan Terbang Lama Berakas. 6. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang TERTUTUP RAPI dan ditulis dengan 'TAWARAN BAGI PEMOTONGAN RUMPUT DI KAWASAN JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN, LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS UNTUK TEMPOH DUA (2) TAHUN' tanpa menunjukkan identiti pembekal. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 7. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus ke Bahagian Pemeliharaan Estet Jabatan Percetakan Kerajaan di talian +673 2382541 sambungan 150 / 171.
IKLAN
15
16
IKLAN
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SYARAT-SYARAT IKLAN SEBUT HARGA Keterangan lebih lanjut dan syarat-syarat sebutharga serta borang-borang sebut harga boleh diperoleh di Tingkat 1, Blok 'A', Kaunter 6, Unit Tawaran dan Sebut Harga, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'A', Jabatan Pentadbiran dan PerkhidmatanPerkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan resit pembayaran dokumen.
IKLAN
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
KEMENTERIAN PERTAHANAN TAWARAN MINDEF/DFA/2016/TA/3010 KHIDMAT PERMAKANAN HARIAN UNTUK ANGGOTA BUJANG REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI (ROYAL GUARDS REGIMENT) MULAI 1HB DISEMBER 2016 SEHINGGA 31HB MAC 2017 BAYARAN TAWARAN : BND30.00 (tidak dikembalikan) SYARAT-SYARAT TAWARAN a. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Baharu Kementerian Pertahanan, Blok 'C', Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 15 NOVEMBER 2016. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Unit Tawaran (Blok 'D'), Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan pada hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula pada 2 NOVEMBER 2016. b. Bayaran yuran tawaran (tender fee) hendaklah dibayar di Unit Kaunter, Bahagian Kewangan, Blok 'C', Tingkat 1, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Blok 'D', Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam. Waktu bagi menerima bayaran : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 2.00 Petang hingga 3.00 Petang Jumaat 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi 2.30 Petang hingga 3.00 Petang
c. Pembekal adalah dikehendaki membayar semua yuran dokumen dan bayaran tawaran seperti yang diiklankan. Yuran tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bona-fide-tender). Kadar yuran tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran. d. Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah. e. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan. f. Salinan sijil pendaftaran perniagaan hendaklah disertakan bersama dengan menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemilik. g. Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. h. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan hendaklah ditutup rapi. Pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat, hendaklah dinyatakan rujukan dan tajuk tawaran serta catatan tarikh tutup tawaran ini. i. Iklan-iklan tawaran bolehlah dilihat melalui laman sesawang : http://www.mindef.gov.bn.
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PERINTAH ACARA MAL MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH, 2005 SAMAN GANTIAN DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI DAERAH BRUNEI DAN MUARA DALAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Saman No. BM/MRS/MAL-B/S010A/473/06-2016 DI ANTARA ARIDAHMUZALIPAH BINTI HAJI MAZIN Plaintif / Pemohon DAN RODY BIN ABD. JALIL Defendan / Responden KEPADA : RODY BIN ABD. JALIL NO. KAD PENGENALAN : 00-276845 (KUNING) BERALAMAT : NO. 5, SIMPANG 169, JALAN 10 UTARA PERPINDAHAN LAMBAK KANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. KAMU adalah dengan ini disaman supaya hadir secara sendiri atau melalui Peguam Syarie kamu di hadapan Mahkamah Rendah Syariah di Daerah Brunei dan Muara, pada Selasa, 15 Safar 1438H / 15 November 2016M pada pukul 2.30 Petang untuk menjawab tuntutan terhadap kamu oleh plaintif yang dinamakan di atas, bagi Tuntutan Pembubaran Perkahwinan Secara Fasakh. Sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingkar hadir di mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan, mahkamah boleh meneruskan untuk mendengarkan dan memutuskan kes tanpa kehadiran kamu. Dan sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingin membela diri terhadap tuntutan tersebut, kamu hendaklah memfailkan di mahkamah ini dan menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang disebut di atas atau hadir di mahkamah pada tarikh itu. Bertarikh : 7 Muharam 1438 H / 8 Oktober 2016 M
(METERAI) Mahkamah Rendah Syariah Daerah Brunei dan Muara Negara Brunei Darussalam.
17
BAHAGIAN PENDIDIKAN LANJUTAN DAN LATIHAN INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI TAWARAN KURSUS PENDEK MENAPIH SINJANG DAN MENAMBAT DASTAR BAGI SESI NOVEMBER 2016 DIMAKLUMKAN bahawa kursus pendek menapih sinjang dan menambat dastar kini dibukakan kepada orang ramai yang berumur 18 tahun ke atas yang berminat untuk menceburi bidang ini. Kursus ini bertujuan untuk memberi latihan, ilmu pengetahuan latihan, ilmu pengetahuan dan teknik kemahiran dalam menapih pelbagai jenis lipatan sinjang dan menambat dastar dengan cara betul dan kemas. NAMA KURSUS : MENAPIH SINJANG DAN MENAMBAT DASTAR TEMPAT KURSUS : BAHAGIAN PENDIDIKAN LANJUTAN DAN LATIHAN TEMPOH KURSUS : 6 JAM BAYARAN KURSUS : WARGANEGARA - BND30.00 WARGA ASING - BND45.00 Kursus akan bermula pada 11 November 2016 (tertakluk kepada perubahan). Perhatian : Kursus pendek yang tersenarai di atas akan dijalankan selepas waktu pejabat (Jumaat dan Ahad). Jika berminat bolehlah mengambil borang permohonan dan membuat pembayaran semasa waktu pejabat di : BAHAGIAN PENDIDIKAN LANJUTAN DAN LATIHAN INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN SIMPANG 347, JALAN PASAR BAHARU GADONG, BE1310 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi : Kursus Fashion Design and Textile di talian +673 2422493 sambungan 203
MAHKAMAH PEGAWAI WARIS BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS BANDAR SERI BEGAWAN SURAT KUASA PUSAKA : LA/313/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh LIM KIM LEE kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh LIM KIM LIAN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah BAPA kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 1 November 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 22 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA/312/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh LINDA TONG AI HUA kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh TANG BONG HOCK @ TONG yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 8 November 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 22 Oktober 2016.
(MUHAMMAD AMIN LIM CHING) Penolong Pegawai Waris Negara Brunei Darussalam.
18
IKLAN
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
KEMENTERIAN KESIHATAN
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehi dari Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja, mulai Rabu, 19 Oktober 2016. Sila layari website Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan bilangan tajuk tawaran serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada :
JUALAN LELONG HARTA BENDA KERAJAAN SECARA SEBUT HARGA ADALAH dengan ini diberi notis bahawa jualan lelong bagi 9 unit / set peralatan komputer, Jabatan Pentadbiran Hal Ehwal Ugama akan dibuat secara sebut harga lelong Unit Penghapusan Dari Kira-Kira Kementerian Hal Ehwal Ugama. Sesiapa yang berminat untuk menghantar sebut harga bolehlah mendapatkan borang dan dihantar ke tingkat bawah Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama. PETI SEBUT HARGA LELONG UNIT PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA JALAN MENTERI BESAR BB3810.
Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Peti Tawaran, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan Commonwealth Drive Bandar Seri Begawan, BB3910 Negara Brunei Darussalam. 3.. Dokumen dokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Selasa pada 15 Nobember 2016. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.
TARIKH TUTUP : 15 NOVEMBER 2016, JAM 9.00 PAGI KETERANGAN BARANG: Monitor - Jumlah : 14 Unit CPU - Jumlah : 12 Unit Papan Kekunci - Jumlah : 12 Unit Tetikus - Jumlah : 6 Unit Pencetak - Jumlah : 2 Unit Pengimbas - Jumlah : 1 Unit TEMPAT MELIHAT: Stor Pasar Basah, Kampung Kianggeh. * diminta membuat perjanjian terlebih dahulu sebelum hendak melihat barang-barang yang hendak dilelong.
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KEMENTERIAN PERTAHANAN
PENDAFTARAN BAKAL-BAKAL REKRUT LELAKI BAGI PENGAMBILAN KE-160
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENDAFTARAN sekarang dibukakan untuk menceburi kerjaya tentera sebagai Bakal-bakal Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-160 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mengikut syarat-syarat kemasukan. Pendaftaran dibukakan bermula pada 24 Oktober 2016 hingga tarikh tutup yang akan dimaklumkan kemudian. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Pejabat Pengambilan Jabatanarah Keanggotaan B 11, Tingkat 1 & 2, Simpang 32-66 Flat Anggerek Desa Nombor Telefon : +673 2383074 / +673 2383075 Atau layari laman sesawang : http:// www.mindef.gov.bn E-mel : FRO@mindef.gov.bn
KEMENTERIAN PERTAHANAN
KEMENTERIAN PERTAHANAN
TAWARAN
TAWARAN
MINDEF/DFA/RC/131 (4)
MINDEF/DFA/2016/TA/3010
WASTE DISPOSAL SERVICE
KHIDMAT PERMAKANAN HARIAN UNTUK
FOR ROYAL BRUNEI NAVY -
ANGGOTA BUJANG REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TENTERA DARAT DIRAJA
FIVE (5) YEARS CONTRACTS.
BRUNEI (ROYAL GUARDS REGIMENT) MULAI 1 DISEMBER 2016 SEHINGGA 31 MAC 2017
BAYARAN TAWARAN : BAYARAN TAWARAN : BND30.00 (tidak dikembalikan)
BND30.00 (tidak dikembalikan)
SYARAT-SYARAT TAWARAN
SYARAT-SYARAT TAWARAN Tawaran,
TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran
Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Baharu, Kementerian Pertahanan, Blok 'C', Jabatanarah
Kecil, Bangunan Baharu, Kementerian Pertahanan, Blok 'C', Jabatanarah Kewangan dan
Kewangan
Perolehan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat jam 2.00 Petang,
a.
TAWARAN-TAWARAN dan
Perolehan,
hendaklah
Bolkiah
dimasukkan
Garison,
BB3510,
ke
dalam
Negara
Peti
Brunei
Darussalam,
tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 29 NOVEMBER 2016. Keterangan lebih lanjut dan dokumen-dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Unit Tawaran (Blok 'D'), Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan pada hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula pada 31 OKTOBER 2016.
Selasa, 15 NOVEMBER 2016. Keterangan lebih lanjut dan dokumen-dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Unit Tawaran (Blok
'D'),
Jabatanarah
Kewangan
dan
Perolehan,
Kementerian
hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula pada 2 NOVEMBER 2016.
Pertahanan
pada
IKLAN
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
MAHKAMAH TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI DALAM MAHKAMAH TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BANDAR SERI BEGAWAN KEBANKRAPAN NO. 176 TAHUN 2016 BIBD AT-TAMWIL BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs NORHAFIZAH BINTI HASSAN (BYIC NO. 00-318991) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 1 September 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : NORHAFIZAH BINTI HASSAN No. 16, Simpang 52, Jalan Teripas RPN Panaga, Seria, KB4533 Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 25 Mei 2016. NOTIS KEPADA PEMIUTANG UNTUK PERJUMPAAN PERTAMA Di bawah Perintah Penerimaan bertarikh 1 September 2016. Notis adalah dengan ini diberikan bahawa satu perjumpaan pemiutang-pemiutang mengenai perkara di atas akan diadakan di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi, Mahkamah Besar pada 31 Oktober 2016, jam 2.45 Petang. Pemeriksaan awam bagi penghutang adalah ditetapkan pada 19 Oktober 2016, jam 2.45 Petang. Bertarikh : 8 Oktober 2016.
Penerima Rasmi, Tingkat Dua, Bangunan Mahkamah Besar, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Bagi membolehkan kamu mengundi di sana bukti-bukti kamu mestilah diserah simpan kepada saya tidak lewat dari 24 jam sebelum waktu yang ditetapkan bagi perjumpaan ini. Proksi-proksi yang akan digunakan di perjumpaan ini mestilah diserah simpan kepada saya tidak lewat dari 24 jam sebelum waktu yang telah ditetapkan bagi perjumpaan ini. Mana-mana pihak Pemiutang yang telah menyerahkan bukti, atau wakil-wakilnya yang diberi kuasa secara bertulis, bolehlah menyoal penghutang semasa pemeriksaan awam penghutang, mengenai dengan halhalnya dan juga sebab kegagalannya.
KES NO.BCY/CP/164/2015 THE HONGKONG AND SHANGHAI BANKING CORPORATION LIMITED … Pemiutang / Pemetisyen Vs LUK LEE FATT (IC NO. 30-204219 - UNGU) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENGHUKUMAN SILA ambil perhatian bahawa satu Perintah Penghukuman telah dibuat terhadap Penghutang berikut pada 23 Julai 2016. Nama dan alamat Bankrap : LUK LEE FATT No. 47, Simpang 617 Jalan Penapar Ukong, Tutong Negara Brunei Darussalam.
SAMAN BIN MATASAN (IC NO. 00-121171 - KUNING) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENGHUKUMAN SILA ambil perhatian bahawa satu Perintah Penghukuman telah dibuat terhadap Penghutang berikut pada 24 September 2016. Nama dan alamat Bankrap : SAMAN BIN MATASAN No. 508 A, Kg. Pelambayan Kota Batu, BD2317 Negara Brunei Darussalam. Bertarikh : 8 Ogos 2016.
KES NO.BCY/CP/312/2013 BANK ISLAM BRUNEI DARUSSALAM BERHAD … Pemiutang / Pemetisyen Vs MOHAMMAD NOORASIKIN BIN AMBA (IC NO. 00-124839 - KUNING) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENGHUKUMAN SILA ambil perhatian bahawa satu Perintah Penghukuman telah dibuat terhadap Penghutang berikut pada 24 September 2016. Nama dan alamat Bankrap : MOHAMMAD NOORASIKIN BIN AMBA No. 6, Spg. 50-11, Kg. Bukit Udal Pekan Tutong, TD2341 Negara Brunei Darussalam. Bertarikh : 1 September 2016.
KES NO.BCY/CP/88/2013 KEBANKRAPAN NO. 91 TAHUN 2016 HSBC FINANCE (B) BHD. … Pemiutang Penghakiman / Pemetisyen Vs MINNURUL AZRI BIN HAJI MOHAINI (BYIC NO. 00-311305) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENERIMAAN Sila ambil perhatian bahawa : a) Satu Perintah Penerimaan telah dibuat terhadap Penghutang yang berikut pada 25 Ogos 2016. Nama dan alamat terakhir diketahui : MINURRUL AZRI BIN HAJI MOHAINI No. 18, Simpang 127-38 STKRJ Rumah Kembar Rimba Gadong, BE3119, Brunei Darussalam. Tarikh Petisyen : 4 Ogos 2016. Bertarikh : 8 Oktober 2016. Semua si piutang-si piutang kepada nama penghutang yang tersebut di atas hendaklah menghadapkan borang-borang bukti hutang yang boleh diperolehi di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi dengan seberapa boleh. Semua hutang yang seharusnya dibayar kepada penghutang tersebut di atas hendaklah dihadapkan kepada Pegawai
Bertarikh : 11 Jun 2016.
KES NO.BCY/CP/30/2014 PERBADANAN TABUNG AMANAH ISLAM BRUNEI … Pemiutang / Pemetisyen Vs MOHAMMAD AL-QALIFA BIN JUNI (IC NO. 00-310292 - KUNING) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENGHUKUMAN SILA ambil perhatian bahawa satu Perintah Penghukuman telah dibuat terhadap Penghutang berikut pada 1 Oktober 2016. Nama dan alamat Bankrap : MOHAMMAD AL-QALIFA BIN JUNI No. 11, Simpang 460 Kg. Kupang, Tutong, TB2941 Negara Brunei Darussalam. Bertarikh : 17 September 2016.
KES NO.BCY/CP/489/2015 PERBADANAN TABUNG AMANAH ISLAM BRUNEI … Pemiutang / Pemetisyen Vs
TANG SOON LEH … Pemiutang / Pemetisyen Vs PG. NORZANAH BINTI PG. HJ. ALI (IC NO. 00-058873 - KUNING) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENGHUKUMAN SILA ambil perhatian bahawa satu Perintah Penghukuman telah dibuat terhadap Penghutang berikut pada 1 Oktober 2016. Nama dan alamat Bankrap : PG. NORZANAH BINTI PG. HJ. ALI No. 21, Simpang 9, Jalan 35-39 Kg. Rimba, Gadong, BE3119 Negara Brunei Darussalam. Bertarikh : 30 November 2016.
KES NO.BCY/CP/616/2009 STANDARD CHARTERED BANK … Pemiutang / Pemetisyen Vs SHAHDAN BIN HJ. MD. DAUD (IC NO. 00-050870 - KUNING) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENGHUKUMAN SILA ambil perhatian bahawa satu Perintah
19
Penghukuman telah dibuat terhadap Penghutang berikut pada 24 September 2016. Nama dan alamat Bankrap : SHAHDAN BIN HJ. MD. DAUD No. 13 A, Block A Barek Pusat Tingkatan Enam Gadong, BE1318 Negara Brunei Darussalam. Bertarikh : 30 Ogos 2016.
KES NO.BCY/CP/361/2014 HSBC FINANCE (B) BERHAD … Pemiutang / Pemetisyen Vs 1. SAMADI BIN HAJI KASSIM (BYIC NO. 00-286340) 2. HAJI KASSIM BIN MASIN (BYIC NO. 00-050015) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENGHUKUMAN SILA ambil perhatian bahawa satu Perintah Penghukuman telah dibuat terhadap Penghutang berikut pada 15 September 2016. Nama dan alamat Bankrap : 1. SAMADI BIN HAJI KASSIM 2. HAJI KASSIM BIN MADIN No. 8, Simpang 58, Kg. Perpindahan Mentiri Bandar Seri Begawan, BU2129 Negara Brunei Darussalam. Bertarikh : 26 Mei 2016.
KES NO.136 TAHUN 2006 BANK ISLAM BRUNEI DARUSSALAM BHD. … Pemiutang / Pemetisyen Vs AWG. LATIF / AWG. LATIP BIN HJ. KASSIM (IC NO. 00-059928 - KUNING) … Penghutang Penghakiman / Penentang NOTIS PERINTAH PENGHUKUMAN SILA ambil perhatian bahawa satu Perintah Penghukuman telah dibuat terhadap Penghutang berikut pada 3 September 2016. Nama dan alamat Bankrap : AWG. LATIF / AWG. LATIP BIN HJ. KASSIM No. 15, Simpang 1185-73-109-6 Kg. Perpindahan Bukit Beruang, TC3345 Negara Brunei Darussalam. Bertarikh : 13 Ogos 2016. Semua si piutang-si piutang kepada nama penghutang yang tersebut di atas hendaklah menghadapkan borang-borang bukti hutang yang boleh diperolehi di Pejabat Pegawai Penerima Rasmi dengan seberapa boleh. Semua hutang yang seharusnya dibayar kepada penghutang tersebut di atas hendaklah dihadapkan kepada Pegawai Penerima Rasmi, Tingkat Dua, Bangunan Mahkamah Besar, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Timbalan Pegawai Penerima Rasmi Mahkamah Besar.
20
MINDA PEMBACA
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
Amalkan gaya hidup sihat elakkan penyakit ESIHATAN merupakan satu rezeki yang dikurniakan daripada Allah Suhhanahu Wata'ala kepada semua makhlukmakhluk-Nya. Jika masalah kesihatan ini dibiarkan, ia boleh menyebabkan mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit. Oleh itu, pelbagai tindakan telah diambil oleh pihak tertentu untuk meningkatkan penjagaan kesihatan. Malangnya, usaha tersebut kurang berjaya kerana kurangnya kerjasama daripada pihak-pihak tertentu seperti 'melepaskan batuk ditangga'. Pada hakikatnya, terdapat banyak cara untuk memantapkan perkhidmatan
K
penjagaan kesihatan. Penjagaan kesihatan hendaklah bermula daripada memilih makanan yang bersesuaian untuk badan kita. Hal ini kerana, makanan yang bergula tinggi, lemak yang berlebihan boleh menjejaskan kesihatan seperti obesiti, serangan jantung dan sebagainya. Justeru khasiat makanan yang optimum dapat menjaga badan dengan sempurna dan tetap. Natijahnya, pemakanan yang harus diambil oleh semua pihak ialah seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti-roti kerana ia dapat mengurangkan gula didalam badan kita. Langkah ini bukan sahaja dilakukan oleh pihak
kerajaan tetapi selaku rakyat dan penduduk negara ini hendaklah ambil pencegahan awal bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'. Selain daripada itu, sukan juga dapat memantapkan penjagaan kesihatan seperti badminton, bola sepak, bola jaring, badminton dan sebagainya. Dengan bersukan sudah tentu badan kita mengeluarkan peluh yang banyak seterusnya dapat meningkatkan denyutan jantung. Oleh itu, lebih banyak peluh maka alangkah baiknya badan kita akan menjadi lebih sehat kerana peluh merupakan air yang mengandungi asid. Bagi meningkatkan lagi kesedaran orang ramai, kita hendaklah menjaga kebersihan alam sekitar dan lingkungan kita. Ini kerana kawasan yang kotor merupakan tempat yang mudah merebak penyakit-penyakit. Oleh itu, mana-mana bangunan kerajaan, institusi pendidikan dan
tempat-tempat awam yang diragui kawasannya akan ditutup buat sementar bagi membolehkan kerja-kerja kebersihan. Dengan melakukan semua langkah-langkah memantapkan perkhidmatan penjagaan kesihatan tersebut, negara kita dengan izin Allah Subhanahu Wata’ala dapat menjaga badan secara konsistant. Langkah-langkah tersebut memerlukan semangat dan berusaha dengan gigih, tetapi demi melahirkan masyarakat yang sehat dan sejahtera, kita perlu berganding bahu dengan pihak kerajaan dalam memantapkan penjagaan kesihatan kerana 'mencegah lebih baik daripada mengubati'. Nama: Muhammad Mirwan @ Muhammad Abbasy bin Mohammad Ismail Alamat: No. 27, Simpang 806, BF2720, Kampung Jangsak, Jalan Gadong, Negara Brunei Darussalam.
TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA: 1. 'Industri Kreatif Mampu Jana Pertumbuhan Ekonomi'. Tarikh Tutup : 2 November 2016. 2. 'Kebaikan Kitar Semula Kepada Masyarakat dan Negara'. Tarikh Tutup : 9 November 2016. 3. 'Kukuhkan Institusi Kekeluargaan Dengan Pendidikan'. Tarikh Tutup : 16 November 2016. Terma dan Syarat : 1. Penyertaan dibuka kepada remaja yang berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun, yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kecuali warga Jabatan Penerangan. 2. Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. 3. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon hendaklah disertakan dan dihantar kepada : Sidang Pengarang, Minda Pembaca Bahagian PELITA BRUNEI, Jabatan Penerangan Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam. atau melalui E-mel : pelita.brunei@information.gov.bn 4. Penyertaan terbaik akan disiarkan dalam Akhbar Rasmi Kerajaan PELITA BRUNEI dan pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND75.00.
Manfaatkan ilmu yang dimiliki ''
N
ESCAYA Allah meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.'' (Surah Al-Mujadalah, ayat 11) Islam meletakkan ilmu di tempat tertinggi dalam kehidupan manusia. Ini terbukti dengan penurunan wahyu pertama yang diturunkan Allah Subhanahu Wata'ala kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang terdapat dalam Surah Al-'Alaq, ayat 3 hingga 5, tafsirnya : ''Bacalah, dan Tuhanmu Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia menulis) dengan qalam (pena). Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.'' Allah memuliakan hamba-Nya dengan ilmu yang diberikan. Inilah antara sebab mengapa Nabi Adam Alaihissalam lebih mulia daripada malaikat. Selain itu, banyak hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mengenai kepentingan dan keutamaan ilmu. Daripada Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, katanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : ''Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap seorang Islam.'' Islam menganjurkan umatnya agar mencari ilmu, di samping mempertingkatkan penguasaan dan kemahiran demi memartabatkan diri, masyarakat, agama dan negara. Ilmu pengetahuan merupakan aset utama dalam kehidupan setiap insan kerana ilmu berada pada tahap yang tinggi dalam membina tamadun kehidupan manusia. Kedudukan ilmu pengetahuan adalah sebagai pencetus kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat. Hidup tanpa ilmu akan berada dalam kemiskinan dan kemunduran. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :
''Sesiapa yang memasuki sesuatu jalan bagi menuntut ilmu, Allah akan mudahkan kepadanya jalan ke syurga.'' Ketinggian ilmu pengetahuan merupakan ukuran dalam membezakan di antara kemajuan dan kemunduran sesuatu bangsa. Ketinggian dan kepentingan ilmu terbukti apabila dikatakan bahawa dengan menuntut ilmu, maka jalan ke syurga akan menjadi mudah. Ini adalah janji Allah melalui Nabi-Nya dan kita wajar mengejar peluang itu. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah az-Zumar, ayat 9 yang tafsirnya : ''...Katakanlah : ''Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?'' Sesungguhnya orang-orang yang mengambil pengajaran hanyalah orang-orang yang mempunyai akal (yang dapat memikir dan memahaminya).'' Ilmu pengetahuan juga merupakan unsur penting dalam usaha kita mencapai tahap kesempurnaan iman kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana kedudukan ilmu tidak dapat dipisahkan dengan amalan yang dilakukan oleh seseorang Muslim untuk memelihara imannya. Sesungguhnya dengan ilmu, hidup kita menjadi lebih teratur dan terarah. Selain dari belajar ilmu sepertimana yang disarankan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan Rasul-Nya, orang Islam juga wajib mengajar orang lain apabila sudah cukup syaratnya. Antara kemurahan Allah Subhanahu Wata'ala juga, manusia diajar ilmu yang tidak diketahui mereka. Allah memuliakan hamba-Nya dengan ilmu yang diberikan. Adakalanya ilmu itu berada dalam fikiran, secara lisan dan juga penulisan. Memperoleh ilmu melalui akal, lisan dan tulisan adalah perkara yang harus dalam pemerolehan ilmu. Ilmu yang ada hendaklah dikongsi sama agar masing-masing mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Berkongsi
ilmu tidak akan menjejaskan sedikit pun ilmu yang ada, malah perkongsian ilmu yang bermanfaat itulah akan menjadi bekal kita di alam barzakh kelak. Berkongsi ilmu juga merupakan jihad, iaitu dalam membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna serta memberikan gambaran yang betul tentangnya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamalkan ilmu tersebut. Namun begitu hindarkanlah diri dari berniat untuk bermegah-megahan, sombong, berbantah-bantahan, menandingi dan mengalahkan orang lain (lawan bicara), atau supaya orang mengaguminya dalam menuntut ilmu. Begitu juga jangan menuntut ilmu untuk dijadikan sarana mengumpulkan harta benda kekayaan duniawi kerana jika demikian akan rosaklah agama dan akan menjauhkan diri kita dari rahmat Allah Subhanahu Wata'ala. Hadis riwayat Imam at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya : ''Janganlah kalian menuntut ilmu untuk membanggakannya terhadap para ulama dan untuk diperdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan buruk perangainya. Jangan pula menuntut ilmu untuk penampilan dalam majlis (pertemuan atau mesyuarat) dan untuk menarik perhatian orang-orang kepadamu. Barang siapa seperti itu, maka baginya neraka‌neraka.''
Orang yang tidak mengambil manfaat dari pemberian Allah Subhanahu Wata'ala dan tidak menggunakannya sesuai dengan fungsinya, mereka digolongkan ke dalam bilangan bukan manusia, kerana mereka telah menyia-nyiakan pemberian Allah untuk mencari ilmu dan pengetahuan sebagai pembentuk keperibadian manusia. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-A'raf, ayat 179, Tafsirnya : ''Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tandatanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai.''
ISLAM menganjurkan umatnya agar mencari ilmu, di samping mempertingkatkan penguasaan dan demi memartabatkan diri, masyarakat, agama dan negara. Ilmu merupakan aset utama dalam setiap insan ilmu berada pada tahap yang tinggi dalam membina tamadun kehidupan manusia.
NASIONAL
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
21
Konsep kejayaan bukan hanya menjurus pada akademik Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali TUNGKU LINK, Isnin, 31 Oktober. Ramai dalam kalangan kita menganggap kejayaan adalah kemampuan seseorang dalam meraih pencapaian yang hebat dari segi harta dan intelektual. Justeru, pencapaian yang unggul dari segi akhlak yang baik kurang diberi perhatian oleh orang ramai. Perkara tersebut merupakan inti pati ceramah yang disampaikan oleh calon Doktor Falsafah jurusan Pedadogi Islam, Hafazan Al-Quran dan Teknologi, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dayang Hajah Siti Hanisah binti Haji Othman selaku penceramah yang diiktiraf oleh Majlis Ugama Islam Brunei pada Forum Khas sempena Majlis Sambutan Awal Tahun Baharu Hijrah 1438 bertajuk 'Kami Hendak Berjaya' yang berlangsung di Bilik Senat, Dewan Canselor, UBD. Menurut beliau, definisi kejayaan di dalam Al-Quran sangat berbeza, yang mana definisi kejayaan itu berkait rapat dengan nilai-nilai spiritual. "Kalau kita melihat dari Al-Quran dan sirah Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam, kita akan nampak contoh-contoh tertentu mengenai siapa yang sebenarnya berjaya dan siapa yang sebaliknya," katanya. Beliau menjelaskan, Kaum 'Ad dan Firaun telah mencapai kekayaan yang sangat luar biasa dari segi duniawi, tetapi mereka termasuk di dalam golongan yang dimurkai oleh Allah. Beliau berkata, walaupun Nabi Ibrahim Alaihissalam hidup serba kekurangan, Baginda tetap mendapat gelaran Khalilullah, manakala Rasulullah dan para sahabat tidak hidup dalam kekayaan, tetapi mereka hidup dan wafat dalam kemuliaan kerana pengorbanan-pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk menegakkan kalimah Allah. Beliau juga menegaskan untuk tidak menolak material secara keseluruhan tapi memahami apa sebenarnya yang kita kejar di dalam hidup. "Sungguh mulia seseorang itu jika dia bukan hamba kepada dunia, tetapi hamba kepada Allah Subhahu Wata'ala," ujarnya. Sementara itu, Penceramah dari
Pusat Da'wah Islamiah, Awang Hisyam bin Ismail berkata bahawa konsep kejayaan itu sangat luas, bukan hanya lebih menjurus pada akademik dan agama. Menurut beliau, tidak semua orang Mukmin atau orang yang mengerjakan sembahyang itu boleh berjaya kerana ada dalam kalangan mereka mendirikan sembahyang hanya kerana diperhatikan oleh manusia. "Rasulullah berdakwah melalui kepimpinan serta akhlak yang mana Baginda berjaya melahirkan para sahabat yang kita kenal seperti Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar," katanya. Hadir selaku tetamu kehormat pada forum berkenaan ialah Naib Canselor UBD, Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz. Forum tersebut dipengerusikan oleh Ahli Eksekutif Keugamaan dan Kerohanian, Persatuan Mahasiswa-Mahasiswi UBD, Awang Mohammad Dhiyaulhaziq bin Haji Noordin. Ia diadakan bertujuan untuk mengukuhkan lagi iltizam warga UBD terhadap penghayatan agama Islam sebagai cara hidup yang lengkap, di samping mengongsikan tips-tips bagaimana untuk mencapai kejayaan
NAIB Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Forum Khas sempena Majlis Sambutan Awal Tahun Baharu Hijrah 1438.
dalam kehidupan. Selain itu, forum berkenaan juga menjelaskan betapa pentingnya
penghijrahan ke arah kebaikan serta bagi menyemarakkan lagi Sambutan Awal Tahun Hijrah 1438.
MAKLUMAN Cawangan TAP Yayasan tutup sementara Siaran Akhbar : Tabung Amanah Pekerja
FORUM Khas sempena Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1438 bertajuk 'Kami Hendak Berjaya' yang berlangsung di Bilik Senat, Dewan Canselor, UBD.
PPNBD sertai Kempori Puitermas Kenyalang Siaran Akhbar dan Foto : Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Oktober. - Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah menyertai Perkhemahan Kempori Puitermas Kenyalang Peringkat Bahagian Limbang, Sarawak bermula pada 28 hingga 31 Oktober. Menurut Siaran Akhbar PPNBD, ia telah ditutup rasmi oleh Menteri Muda
Kebajikan Masyarakat dan Kesejahteraan Komuniti Negeri Sarawak, Yang Berhormat Dr. Abdul Rahman bin Haji Ismail, di Padang SEDC Bandar Limbang. Pada penyertaan tersebut, PPNBD telah menghantar seorang Pemimpin Pengakap dan empat ahli Pengakap Remaja. Hadir memeriahkan majlis
KETUA Pesuruhjaya Pengakap Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali (dua, kiri) menyerahkan cenderamata kenangan kepada Menteri Muda Kebajikan Masyarakat dan Kesejahteraan Komuniti Negeri Sarawak, Yang Berhormat Dr. Abdul Rahman bin Haji Ismail.
penutupan yang diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Melayu Pusat Bandar Limbang berkenaan, Residen Bahagian Limbang Datuk Maria bin Hasman dan Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Limbang, Yang Berbahagia Temenggung Ang Kheng Su; Pesuruhjaya Pengakap Daerah Limbang, Ustaz Abdul Malik bin Deni serta Penolong-penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Limbang serta Pemimpin-pemimpin Pasukan Pengakap Daerah Limbang. Turut hadir termasuklah Ketua Pesuruhjaya Pengakap PPNBD, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali; Penolong Pengurus Hartanah, Awang Haji Abdul Rajak bin Sigai dan Pegawai Eksekutif Pengakap, Awang Zainudin bin Haji Ishak. Perkhemahan selama empat hari itu bertemakan 'Pengakap Aspirasi Semangat Perpaduan' bermula pada 28 hingga 31 Oktober telah menyediakan pelbagai kegiatan bercorak kemahiran dan cabaran yang dirancang untuk mencabar daya tahan fizikal serta mental peserta. Ia juga bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli Pengakap serta memupuk jati diri juga sikap toleransi dan tanggungjawab yang diamanahkan. Seramai lebih 150 peserta dari beberapa buah sekolah menengah dan rendah di Daerah Limbang termasuk Negara Brunei Darussalam menyertai perkhemahan berkenaan.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Oktober. - Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan kepada orang ramai bahawa cawangan TAP di Unit 1.26 (A), Tingkat 1, Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan akan ditutup sementara disebabkan kerja-kerja penyelenggaran cawangan itu bermula Selasa, iaitu 1 hingga 15 November ini. Menurut Siaran Akhbar TAP, orang ramai khususnya ahli-ahli TAP dan majikan bolehlah mengunjungi cawangan TAP di ibu pejabat di Unit 4, Tingkat Bawah, Bangunan PGGMB, Bandar Seri Begawan bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan TAP. Dalam hubungan itu, ahli-ahli dan majikan yang telah berdaftar sebagai pengguna e-Amanah juga boleh mendapatkan perkhidmatan TAP secara atas talian melalui laman sesawang TAP di alamat www.tap.com.bn. TAP memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan terima kasih di atas sokongan awda yang berterusan, untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi Pusat Panggilan TAP melalui talian +673 2382800 semasa waktu pejabat.
Peralihan Pelantar Siaran Akhbar : Jabatan Laut BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Oktober. - Jabatan Laut ingin mengingatkan pelaut-pelaut bahawa kerja-kerja peralihan Lewek Conquerer akan dilaksanakan dari kawasan perairan Champion ke Fairley pada 25 Oktober 2016 hingga 2 November 2016, yang mana akan menyebabkan pembatasan kepada keselamatan pelayaran. Kapal-kapal yang terlibat di Lewek Conquerer ialah jenis 'Accomodation Barge' manakala di Lewek Penguin ialah 'AHTS'. Isyarat amaran yang disediakan ialah standard lampu dan simbol kemampuan yang terhad untuk bergerak serta amaran radia navigasi yang akan disiarkan pada setiap jam di sepanjang operasi menunda pada Chanel 15 dan Chanel 16. Kedua-dua kapal akan memulakan operasi dengan aktiviti pengendalian sauh. Pelantar Lewek Conquerer akan ditunda oleh kapal 'Accomodation Barge' dengan panjang tunda sebanyak 300 - 400 meter. Kedua-dua kapal akan mengikuti haluan-lurus yang ditentukan dan tidak berkemampuan untuk bergerak dengan cepat untuk menggelak dari kapal lain. Mana-mana kapal ataupun bot adalah dikehendaki untuk menjauhi diri (dua batu nautika) daripada operasi tersebut. Pihak Syarikat Brunei Shell Petroleum Company Sendirian Berhad akan senantiasa memantau perjalanan operasi tersebut. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi SMR Marine Helpdesk melalui talian +673 3374997 ataupun +673 8730154 ataupun e-mel ke marine-helpdesk@shell.com.
F E S
RENCANA
22
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
Sempena Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2016
Cetus semangat tingkatkan pengeluaran Oleh: Norliah Md. Zain dengan kerjasama Unit Perhubungan Awam, Bahagian Pengurusan dan Kewangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Foto : Jabatan Penerangan
D
ARI jasa seorang peladang, petani, penternak dan nelayan, masyarakat dapat mengalas perut untuk meneruskan kehidupan sambil menikmati rezeki yang lazat hasil penat lelah mereka mengerah keringat di bawah terik matahari. Oleh itu penghargaan haruslah diberikan dengan sewajarnya kepada mereka. SAMBUTAN Setiap tahun Negara Brunei Darussalam menyambut Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan yang jatuh pada 1 November setiap tahun. Ia adalah bagi memberi penghargaan kepada para peladang, petani, penternak dan nelayan di seluruh negara ini. Menurut siaran akhbar Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, dengan adanya sambutan seperti ini, ianya diharap akan dapat memupuk semangat, memperbaharui azam serta menarik minat lebih ramai lagi penglibatan anak-anak tempatan untuk berkecimpung dalam industri pertanian, perikanan dan agrimakanan. Sambutan ini juga diadakan bagi tujuan untuk mencetus semangat para peladang, petani, penternak dan nelayan, agar lebih giat dan aktif lagi dalam mengembangkan dan meningkatkan keluaran perladangan masing-masing kerana sektor-sektor ini mempunyai potensi yang sangat besar dalam menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi melalui penekanan kepada empat teras utama iaitu pertumbuhan (growth), produktiviti (productivity), eksport (export) dan perusahaan mampan (sustainable). Dengan mengambil pendekatan pengeluaran berskala komersial dan penggunaan teknologi moden dan terkini, tidak syak lagi keluaran industri-industri pertanian dan perikanan boleh dipertingkatkan sehingga berupaya menembusi pasaran luar negara (eksport). SEKTOR PERTANIAN DAN
AGRIMAKANAN Menurut siaran akhbar Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan lagi, fokus utama sektor ini adalah menumpukan kepada usaha untuk meningkatkan keluaran melalui penggunaan teknologi tinggi dengan mengambil kira pengunaan tanah secara sepenuhnya untuk memaksimakan pengeluaran bagi pasaran eksport. Penggunaan teknologi tinggi sangatlah diberi keutamaan bagi setiap pelabur asing dan tempatan sebagai prasyarat bagi penawaran tapak pertanian. Ini dijadikan sebagai pemangkin ke arah mempercepatkan peningkatan keluaran, khususnya untuk tempoh lima tahun akan datang dan seterusnya mencapai Wawasan Brunei 2035. Teknologi tinggi seperti vertical farming, applikasi LED light, multi-tier closed house system bagi ternakan ayam, fidlot bagi ternakan ruminan, baja probiotik / organik, drip irrigation serta lain-lain teknologi moden dan terkini akan terus digalakkan dan diterokai. Suatu sinergi dan rangkaian yang kuat dan mantap perlu wujud di antara sektor awam dan swasta yang melibatkan para pelabur asing dan tempatan untuk merangsang pembangunan kegiatan ekonomi di negara ini. Ini adalah penting untuk melahirkan para pelabur tempatan dan pelabur langsung asing (FDI) yang progresif, dengan memfokuskan pengeluaran berganda, penghasilan produk bernilai tinggi merangkumi produk primer dan pemprosesan yang mampan, serta penerokaan pasaran eksport yang berterusan. Pihak Kementerian SumberSumber Utama dan Pelancongan, melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan telah mengenalpasti beberapa buah Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) dan tapak-tapak pertanian untuk ditawarkan dan dimajukan oleh pengusaha serta pelabur tempatan dan juga FDI. Terdapat juga projek yang telah ditawarkan sebagai Projek Rintis (Pilot Project), ada yang melalui
GAMBAR HIASAN... Hasil dari ternakan.
Tawaran (Tender) dan Request For Proposal (RFP). Setakat ini, bagi meningkatkan lagi keluaran sektor primer dan pemprosesan pertanian, pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama Dan Pelancongan melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan telah berjaya mengeluarkan sebanyak lima buah projek melalui proses Request for Proposal (RFP) bagi menjemput pelabur-pelabur tempatan dan asing untuk mengusahakan projek-projek di bawah industri sayur-sayuran, bunga-bungaan dan tanaman hiasan, kambing tenusu, dan buah-buahan yang bertempat di Kawasan Kemajuan Pertanian Tungku (KKP Tungku) dan KKP Batang Mitus, yang keseluruhannya berkeluasan kira-kira lebih 200 hektar. Lebih banyak tapak-tapak pertanian akan dibuka dan ditawarkan di masa akan datang bagi membuka peluang perusahaan para pelabur tempatan dan pelabur asing sama ada secara persendirian, usahasama (joint venture) atau perladangan berkontrak (contract farming). Projek-projek yang akan mendukung sasaran ke arah memajukan perkembangan serta pertumbuhan industri-industri yang diberikan tumpuan adalah seperti projek ternakan ayam pedaging, penghasilan sayur-sayuran (sayur daun dan sayur buah), tanaman hiasan dan bunga-bungaan, dan agrimakanan; dan termasuklah juga projek bagi mendukung perkembangan lain-lain komoditi seperti ternakan ruminan, penetasan anak ayam, telur berbenih, pelbagai tanaman dan buah-buahan. Bagi pencapaian industri pertanian dan agrimakanan untuk tahun 2015 berbanding tahun 2014, nilai keluaran kasar industri pertanian dan agrimakanan bagi tahun 2015 adalah berjumlah BND366.15 juta, berbanding nilai keluaran bagi tahun 2014 yang berjumlah BND357.25 juta. Usaha-usaha kini sedang giat dilaksanakan bagi meningkatkan keluaran industri pertanian dan agrimakanan untuk mencapai sasaran keluaran bagi tahun 2016 dan 2020, iaitu bernilai lebih kurang BND416 juta pada tahun 2016 dan BND1,080 juta bagi tahun 2020. SEKTOR PERIKANAN Sektor perikanan juga memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan KDNK negara ini. Menurut Siaran Akhbar Kementerian SumberSumber Utama dan Pelancongan, pada tahun 2015, sektor perikanan menyumbang kepada pendapatan kasar sebanyak BND111 juta di mana sektor tangkapan menyumbang BND85 juta, akuakultur sebanyak BND10 juta, dan sektor pemprosesan makanan laut menyumbang sebanyak BND16 juta. Sektor perikanan juga menyediakan lebih 5,000 pekerjaan kepada penduduk tempatan, dan produk-produk perikanan yang telah dihasilkan di negara ini juga telah berjaya menembusi pasaran-pasaran Amerika Syarikat, Australia, Jepun, China, ASEAN dan sedikit masa lagi dijangka akan mengeskport ke pasaran EU. Melalui pelaksanaan beberapa inisiatif dan projek-projek utama yang telah dikenalpasti untuk dilaksanakan disepanjang tempoh 2016 - 2020, nilai keluaran industri perikanan disasarkan akan
SEKTOR Perikanan menyumbang kepada pendapatan kasar sebanyak B$111 juta.
meningkat sehingga BND681 juta menjelang tahun 2020, iaitu melalui pertumbuhan industri akuakultur yang dijangka menyumbang lebih kurang BND404 juta, pemprosesan makanan laut sebanyak BND164 juta dan selebihnya dari sektor penangkapan sebanyak BND112 juta. Tumpuan utama projek-projek yang akan dilaksanakan ini adalah memfokuskan kepada pelaksanaan projek-projek yang menjurus ke arah meningkatkan keluaran industri akuakultur dan industri pemprosesan makanan laut yang mana tapaktapak perikanan untuk menjalankan kegiatan-kegiatan industri dimaksudkan, dibukakan untuk penyertaan pelabur-pelabur tempatan dan asing, sama ada melalui proses Tawaran (Tender) dan Request for Proposal (RFP). Dalam masa di mana keadaan ekonomi negara yang agak lembap ini, tugas dan tanggungjawab menjana pertumbuhan keluaran industri pertanian dan perikanan, bukan sahaja berada di bahu pihak kerajaan, malah pihak swasta juga turut sama mempunyai peranan yang lebih penting lagi dalam usaha ke arah mencapai sasaran pertumbuhan keluaran industri-industri ini. Semua pihak yang terlibat perlu sama-sama berusaha dalam mengembeling tenaga dan berusaha dengan lebih giat lagi ke arah meningkatkan keluaran perladangan serta perusahaan masing-masing dan seterusnya kepada pertumbuhan KDNK. HARGAI Seorang pengusaha yang berkecimpung dalam perkebunan iaitu Awang Haji Mohammad Ayub bin Haji Suhaili, selaku salah seorang pemilik syarikat ECO Nadi AgroBiz Enterprise yang ditemu bual berkata, sebagai orang Islam, amalan berbudi kepada tanah merupakan pekerjaan mulia dan mampu menyumbang kebajikan yang tidak terkira kepada masyarakat. Ujarnya, melibatkan diri dalam industri pertanian adalah satu kewajipan yang patut digalas oleh orang-orang Brunei sendiri. Pertanian bukan sahaja dari boleh dilihat dari segi membekalkan makanan bahkan juga bagi mengubah persepsi masyarakat bahawa berkebun itu merupakan satu pekerjaan yang penting dalam masyarakat dalam menjana mutu pemakanan yang sihat dalam kehidupan sehari-hari. Menurut beliau, masyarakat kita tidaklah boleh selama-lamanya bergantung terhadap bekalan dari luar kerana keselamatan terhadap tanam-tanaman itu belum tentu| terjamin misalnya jenis dan kuantiti racun serangga yang digunakan sepanjang proses penanaman. Dari pengamatan beliau,
kebanyakan pekebun di negara ini merupakan dalam kalangan warga emas maka sudah tiba masanya kesedaran dipupuk dalam kalangan generasi muda malah perkara ini perlulah dipandang serius. ''Negara kita tidak boleh terus bergantung terhadap bekalan produk pertanian dari negara luar sebagaimana yang pernah dititahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-62 Tahun pada 15 Julai 2008.'' Mengimbas kembali titah tersebut, Kebawah DYMM telah mengingatkan bahawa Negara Brunei Darussalam tidak dapat lagi semata-mata bergantung kepada 'ihsan alam' luar negara untuk mendapatkan beras, walaupun kita mampu mengadakan peruntukan untuk itu. Sikap semata-mata bergantung kepada wang ringgit untuk mengisi perut, titah baginda, sudah tidak relevan lagi dengan terjadinya krisis makanan ini. Awang Haji Mohammad Ayub turut menyarankan agar minat berkebun dalam generasi muda dipupuk dari rumah seperti bertanam sayur-sayuran berskala kecil di belakang rumah. ''Ini merupakan satu pendedahan yang baik terhadap mereka kerana pengetahuan bertanam itu dapat ditimba dari awal lagi dan jika mereka dewasa nanti minat mereka terhadap bercucuk tanam akan berkembang,'' tegas Awang Haji Mohammad Ayub. Ujarnya, jika masyarakat Brunei dapat membudayakan bercucuk tanam sayur-sayuran di belakang rumah, maka petani-petani lainnya dapat pula berusaha untuk bercucuk tanam bagi tujuan eksport. Dalam pada itu beliau turut berterima kasih atas adanya sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan yang antara lain bertujuan memberikan penghargaan kepada mereka yang berkenaan. Beliau turut mencadangkan agar pihak-pihak yang berkenaan dapat mengadakan jerayawara ke kawasan-kawasan ladang pertanian terutama kawasan pedalaman untuk memberi kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat dan lebih menghargai perananpeladang itu. Sewajarnya kita haruslah ingat bahawa sumber permakanan yang kita nikmati hari ini merupakan hasil usaha dan kegigihan daripada golongan Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan. Tanpa mereka tidak mungkin sukar untuk kita meneruskan kehidupan kita sehari-hari.
NASIONAL
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
23
Kursus Pasca Perkahwinan kukuhkan institusi kekeluargaan Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman masyarakat ... ". Beliau seterusnya menambah, dan juga objektif Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga sendiri ialah mengurangkan kadar penceraian dengan membantu orang ramai dalam menangani isu-isu rumahtangga, di samping mengukuhkan institusi kekeluargaan. Menyentuh mengenai sasaran Kursus Pasca Perkahwinan, jelasnya, kursus kali ini tetap juga disasarkan kepada pasangan suami isteri yang sudah berkahwin, akan tetapi diberikan keutamaan kepada pasangan suami isteri yang sudah berkahwin selama tiga tahun ke atas.
PEMANGKU Ketua Unit Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan, Cikgu Haji Ali Yusri bin Haji Ghafor membentangkan kertas kerja beliau kepada 22 pasangan suami isteri yang menyertai Kursus Pasca Perkahwinan bagi Peringkat Daerah Tutong 2016.
TUTONG, Selasa, 1 November. Seramai 22 pasangan dan tiga peserta solo menyertai Kursus Pasca Perkahwinan bagi Daerah Tutong yang berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, di sini. Kursus tersebut anjuran bersama Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Syariah dan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong. Sebanyak sembilan kertas kerja dibentangkan sepanjang kursus yang dijalankan selama tiga hari bermula hari ini. Kursus Pasca Perkahwinan bagi pasangan yang telah berkahwin selama lima tahun ke atas ini adalah merupakan kesinambungan dari Seminar Pembangunan Keluarga Islam, 'Semakin Hari Semakin Sayang'. Bermula dari tahun 2012 hingga
2015, kursus ini telah diadakan sebanyak 17 kali. Kali pertama kursus ini diadakan pada 15 Oktober 2012 hingga 17 Oktober 2012 di Daerah Brunei dan Muara merupakan Pilot Kursus. Melihat kepada sambutan menggalakkan dari orang ramai dari Pilot Kursus Pasca tersebut, maka pada tahun 2013 kursus berkenaan diadakan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mei 2013 dan November 2013 di Daerah Brunei Muara. Pada tahun 2014 kursus tersebut dilaratkan ke Daerah Tutong, tahun 2015 di Daerah Temburong dan Brunei dan Muara. Secara rasionalnya kursus tersebut dapat memberi ilmu pengetahuan, pengalaman, tips dalam pelbagai sudut mencakupi penghayatan keugamaan dalam berkeluarga, kesihatan, undang-undang keluarga yang
berkuatkuasa di Negara Brunei Darussalam dan juga aspek kewangan. Selain itu juga, ianya dapat memberi kesedaran dan motivasi tentang tanggungjawab dan peranan ibu bapa yang sebenar bagi mewujudkan sebuah keluarga bahagia. Dalam pada itu, Pegawai Kanan Khidmat Nasihat Rumahtangga, selaku Ketua Unit Khidmat Nasihat Keluarga Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong, Awang Haji Abdullah Amer bin Haji Abdul Hamid semasa diwawancara menjelaskan tujuan Kursus PASCA itu diadakan adalah bagi mendokong titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Awal Tahun Masihi 2002 " .... Institusi Kekeluargaan Islam adalah lebih tepat untuk menjadi asas pembinaan
PEGAWAI Kanan Khidmat Nasihat Rumahtangga selaku Ketua Unit Khidmat Nasihat Keluarga Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong Awang Haji Abdullah Amer bin Haji Abdul Hamid semasa diwawancara.
Tamu Seni, 4 November ini Siaran Akhbar : Putra Seni BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 1 November. - Pada hari Jumaat pertama setiap bulan, Kumpulan Putra Seni akan mengajurkan Tamu Seni bertempat di Kafe Pusat Belia, di sini. Tamu Seni adalah wadah kegiatan yang memperihal pelbagai bidang seni yang dimesrai oleh penggiat-penggiat seni tempatan melalui kegiatan-kegiatan bersifat interaksi intelektual yang diupayakan melalui ruang perbincangan, tunjuk ajar (demo / bengkel), persembahan, pameran, komersial (pasaran produk seni) dan sebagainya. Pada 4 November ini nanti, Tamu Seni dijadualkan akan mengadakan Cambah Fikir Siri ke-4 dengan tajuk ''Peluang Pembangunan Industri Muzik Tempatan'' yang akan dihadiri oleh panel dari Pesatuan 3P. Orang ramai khususnya peminat seni dialu-alukan untuk hadir memberikan sokongan kepada penggiat-penggiat seni tempatan. Acara akan bermula jam 7.30 malam dan masuk adalah percuma. Tamu Seni dihasratkan menjadi pemangkin intelektual dan penggalak kepada penggiat seni untuk memahiri diri dengan bidang keilmuan dan perniagaan yang berkaitan dengan bidang seni masing-masing.
Guru tingkatkan teknik pengetahuan pengajaran berkesan Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Oktober. - Seramai 14 orang guru sekolah menengah kerajaan, vokasional dan institusi teknikal mengikuti Bengkel 'Enhancement of Design & Technology and Other Technology Subjects' yang diadakan di
Universiti Teknologi Brunei (UTB), di sini. Para peserta merupakan tenaga pengajar bagi mata pelajaran 'Design and Technology', 'Business Art & Technology (BAT)' dan tenaga pengajar dari UTB dan IBTE, School
of Aviation. Sekolah-sekolah dan institusi yang terkandung dalam Fasa 4 ini terdiri dari UTB, Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien, Sekolah Menengah Sayyidina Husain, Sekolah Menengah Lambak kiri, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Maktab Anthony Abell dan IBTE School of Aviation. Taklimat mengenai 'Autodesk' disampaikan oleh Pengurus
TAKLIMAT Bengkel disampaikan oleh Hsu Cheng Hsiang, Pengurus Pelajaran Autodesk dari Singapura.
SERAMAI 14 tenaga pengajar yang terdiri daripada guru-guru sekolah menengah, maktab, vokasional dan institusi teknikal hadir mengikuti Bengkel Enhancement of Design and Technology and Other Technology Subjects.
Pendidikan Autodesk dari Singapura, Hsu Cheng Hsiang dan dua pakar dari United Kingdom. Pada minggu pertama, para peserta akan ditunjuk ajar mengenai perisian Autodesk diikuti dengan bimbingan penggunaan dan pengendalian mesin-mesin denford / CAD / CAM pada minggu kedua. Kemudian pada minggu ketiga, para peserta akan diajar bagi penjagaan mesin dan F1 in schools challenge. Antara objektif utama bengkel ini dianjurkan ialah untuk mendedahkan guru-guru mengenai penggunaan, pengendalian, penjagaan
mesin CAD / CAM sebagai alat bantu mengajar dan juga peralatan bengkel. Dengan adanya pengetahuan yang diperolehi akan dapat membantu guru-guru menggayakan teknik pengajaran yang lebih berkesan serta menarik perhatian pelajar-pelajar terutama sekali dalam bidang kejuruteraan dan reka cipta. Setiap sekolah dibekalkan dengan beberapa buah mesin CAD / CAM dan perisian Autodesk. Bengkel merupakan kesinambungan dari Fasa 1 (2013), Fasa 2 (2014) dan Fasa 3 (2015) yang mana akan berakhir pada 19 November nanti.
24
NASIONAL
HARI RABU 2 NOVEMBER 2016
Syarahan bantu lahirkan pelapis Daie Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Azmah Haji Ahad
BERIBI, Selasa, 1 November. Syarahan bertajuk 'Nabi Muhammad Modal Insan' membawa tuah kepada Muhammad Noor Fauzan Azizi bin Mazni dari Sekolah Ugama Pengiran Jaya Abu Bakar, Mumong apabila muncul johan Kategori Lelaki
Peringkat Akhir Pertandingan Syarahan Tafsir Al-Quran bagi Sekolah-Sekolah Ugama yang berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Beribi. Sementara itu, johan Kategori Perempuan disandang oleh Nur Syifa
Layari Epaper Pelita Brunei
HADIR selaku tetamu kehormat majlis adalah Ustazah Hajah Mardiana binti Haji Leman, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Tenaga Manusia dan Biasiswa di Jabatan Pengajian Islam, Kemterian Hal Ehwal Ugama.
Haziqah binti Hussaini dari Sekolah Ugama Pelambayan dengan syarahannya bertajuk 'Kebersihan Teras Kesejahteraan Ummah'. Naib johan Kategori Lelaki ialah, Irma Muhammad Qamarul Syafiq bin Haji Matussin dari Sekolah Ugama Pelambayan, manakala naib johan bagi Kategori Perempuan pula ialah Nur Syahindah Juzilah binti Shamsul Bahrin dari Sekolah Ugama Penanjong. Tempat ketiga Kategori Lelaki dan Kategori Perempuan masing-masing dimenangi oleh Muhammad Qamarul Hamzan bin Minor Absah dari Sekolah Ugama Tumpuan Telisai dan Wafa Batrisyia binti Rusli dari Sekolah Ugama PAP Majeedah Nuurul Bulqiah, Kilanas. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Bahagian Pembangunan
Sumber Tenaga Manusia dan Biasiswa, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Ustazah Hajah Mardiana binti Haji Leman selaku tetamu kehormat. Peraduan anjuran JPI itu merupakan kegiatan tahunan yang bertujuan untuk mendidik, mengasuh dan mencungkil bakat murid-murid dalam bidang syarahan di samping dapat melahirkan pelapis para Daie atau Pendakwah. Noor Fauzan Azizi, ketika ditemui berkata, beliau tidak menyangka akan berjaya memenangi peraduan berkenaan memandangkan beliau tidak cukup masa untuk membuat latihan bagi peraduan itu kerana sibuk dengan ulangkaji bagi menghadapi peperiksaan. "Kelebihan bagi saya adalah teks syarahan yang saya sampaikan tersebut dibuat sendiri oleh saya, kerana saya sangat meminati mata
pelajaran sejarah terutama dengan topik yang berkaitan dengan kehidupan Rasulullah," katanya. Sementara itu, Nur Syifa Haziqah berkata, beliau berlatih selama dua bulan bagi pertandingan tersebut. "Teks syarahan yang saya sampaikan dibuat oleh cikgu saya," katanya yang mendapat markah sebanyak 92.5 peratus pada peraduan tersebut. Seramai 249 pelajar telah mengambil bahagian di peringkat pemilihan pada peraduan berkenaan yang bermula pada 2 Jun hingga 22 Ogos yang lalu mengikut daerah dan kawasan. Dari jumlah tersebut, hanya sepuluh pelajar sahaja yang terpilih ke peringkat akhir terdiri dari lima peserta lelaki dan lima peserta perempuan dari Darjah 4, 5 dan 3.
Siaran Akhbar dan Carta : Jabatan Penerangan BANDAR SERI BEGAWAN. - Epaper Pelita Brunei merupakan surat khabar Pelita Brunei dalam versi digital dan mula beroperasi pada 18 Jun 2016. Ia boleh dilayari melalui www.pelitabrunei.gov.bn/epelita. Dikemaskinikan setiap tiga kali seminggu, iaitu hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Terdapat 24 halaman muka surat dimuatkan ke dalam Epaper tersebut yang boleh dilayari melalui internet sama ada menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar dan sebagainya. Antara ciri-ciri Epaper Pelita Brunei ialah PDF boleh dimuat-turun (dijadikan simpanan arkib, rujukan dan sebagainya dalam telefon pintar atau komputer). Epaper ini juga boleh disaksikan secara 'Thumbnails' (boleh dilihat secara keseluruhan atau paparan kecil kesemua muka surat Pelita Brunei dengan nombor muka suratnya). Epaper ini juga boleh diikuti atau dikongsikan secara aplikasi Facebook, Twitter, Linked In, Tumblr, Google Plus, E-Mail dan VK. Di dalam Epaper ini juga terdapat ruang carian search mengenai Epaper Pelita Brunei dengan menggunakan teks tidak kurang dari tiga huruf. Tujuan Epaper ini adalah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang tidak memperolehi Pelita Brunei secara bercetak. Oleh kerana itu, Epaper dibuat bagi memudahkan mendapatkan berita terkini dengan menggunakan kemudahan internet secara lebih cepat serta mengurangkan penggunaan kertas.
SEBAHAGIAN dari peserta yang mengikuti Peraduan Syarahan Tafsir Al-Quran bagi Pelajar Sekolah-Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam.
BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn TOLERANSI SIFAR SEBARANG PENYALAHGUNAAN DADAH HARAM , BAHAN-BAHAN TERKAWAL