PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''PENDEKATAN pendidikan holistik ini, kita perkukuhkan lagi dengan menjadikan mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam sebagai salah satu mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan negara dan pelaksanaan Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2013. Oleh yang demikian beta mengingatkan, supaya dasar-dasar ini jangan saja ia berdaulat di atas kertas, tetapi hendaklah benar-benar dilaksanakan.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Guru Ke-25 Bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi.
''SESIAPA yang mengerjakan amalan-amalan soleh maka faedahnya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka mudaratnya akan menimpa dirinya sendiri, dan Tuhanmu sekali-kali tidak berlaku zalim kepada hamba-Nya.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Fushshilat, ayat 46).
TAHUN 60 / BILANGAN 117
30 30SEPTEMBER FEBRUARI 2015 2015/ / 1436
Santap Tengah Hari bersama Setiausaha PBB NEW YORK, Isnin, 28 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Tengah Hari yang dihoskan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tuan Yang Terutama Ban Ki-moon. Majlis tersebut berlangsung di North Delegates Lounge, Conference Building, Ibu Pejabat PBB, New York, Amerika Syarikat. Majlis Santap Tengah Hari tersebut adalah sebagai penghormatan kepada Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan yang menghadiri Perhimpunan Agung PBB Sesi Ke-70 yang mana Perdebatan Umum Perhimpunan Agung PBB diadakan mulai 28 September hingga 6 Oktober 2015. Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke PBB, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghafar bin Haji Ismail.
16
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Akta baru pencegahan rasuah BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 28 September. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan Perintah Akta Pencegahan Rasuah (Pindaan) 2015 yang berkuat kuasa pada hari Selasa, 8 Zulhijah 1436 Hijrah bersamaan 22 September 2015 Masihi. Perintah baru ini adalah berdasarkan perbincangan dan usaha bersama di antara Biro Mencegah Rasuah dan Pejabat Peguam Negara dan memperkenalkan kesalahan-kesalahan baru yang berkaitan dengan salah laku di Perkhidmatan Awam (misconduct in public office) dan penyalahgunaan kuasa dan jawatan oleh pegawai dan kakitangan kerajaan. Peruntukan kesalahan-kesalahan ini membenarkan
bagi tindakan undang-undang diambil terhadap pegawai-pegawai atau kakitangan kerajaan yang tidak menjalankan fungsi mereka dengan taraf etika yang tinggi jikalau kegagalan mereka disahkan sebagai salah laku di dalam Perkhidmatan Awam. Peruntukan yang baru, iaitu Bab 12A memperuntukkan kesalahan bagi pegawai dan kakitangan kerajaan untuk menggunakan duit kerajaan untuk tujuan persendirian; memberikan layanan keutamaan yang tidak wajar; menyalahgunakan maklumat yang diperolehi semasa menjalankan tugasnya dan mengendalikan dirinya dalam cara yang menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas umum. Ke muka 24
Kepulangan jemaah haji pertama Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Nurul Nadzirah Haji Mahadin Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 29 September. Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) hari ini dipenuhi oleh kaum keluarga dan sanak saudara yang mengalu-alukan kepulangan jemaah haji negara ini bagi penerbangan pertama yang selamat mendarat pada jam 10.00 pagi. Ketibaan seramai 206 orang jemaah haji di balai ketibaan LTAB di sini dialu-alukan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB). Ke muka 13
Muka 3, 4, 5, 6 dan 8
MAJLIS Ibadah Korban semarakkan Aidiladha 1436 Hijrah
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) hadir mengalu-alukan kepulangan jemaah haji negara penerbangan pertama.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn
2
HASRAT NEGARA
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
Pengorbanan melalui ibadat, pengorbanan paling suci
30 SEPTEMBER 2015 BERSAMAAN 1436
'
KESAKSAMAAN HAK WANITA BANTU KEMAJUAN NEGARA
F
' ' ' ' ' ' ' ' Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahil Hamd! DALAH Aidiladha itu, yang juga dipanggil sebagai Hari Raya Korban telah membawa mesej khusus dan suci tentang pengorbanan. Pengorbanan adalah satu perkara yang tidak mudah dilakukan, kecuali oleh orang-orang yang istimewa, yang memiliki jiwa besar dan keimanan sahaja. Ini dapat dikesan dari peristiwa berkorban oleh Nabi Ibrahim ke atas anakanda baginda, Nabi Ismail Alaihissalam. Bayangkanlah, bapa menyembelih anak, tidakkah itu satu pekerjaan yang sangat-sangat berat dan mencabar? Namun oleh kerana keimanan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi terhadap Allah, maka Nabi Ibrahim Alaihissalam telah sanggup melakukannya. Demikianlah peranan iman itu, Ia menentukan segala-galanya, termasuk kesediaan untuk berkorban. Berkorban di sini, meliputi pengorbanan dalam bentuk jiwa raga dan harta benda. Pengorbanan dalam bentuk jiwa raga itu adalah termasuk juga melakukan ibadat-ibadat dan lain-lain ketaataan terhadap Allah. Melakukan ibadat dan lain-lain ketaatan itu, tidak syak lagi, adalah merupakan satu pengorbanan. Ia dilakukan dengan jiwa raga yang padat dengan keyakinan dan kesabaran. Tanpa keyakinan dan kesabaran, ibadat tidak mungkin dapat ditegakkan. Kita dapat menyaksikan, berapa ramai orang yang tidak komited dengan ibadat dan lain-lain amal taat. Ini semua tandanya, mereka itu tidak sanggup berkorban untuk Allah atau bagi Allah. Mengapa tidak sanggup berkorban ini? Jawabnya, Kerana ketiadaan iman di dada. Orang yang tidak yakin adalah orang yang tidak ada padanya kekuatan dalaman, dan manakala kekuatan dalaman itu tidak ada maka sukarlah bagi seseorang untuk melakukan kerja-kerja besar. Ibadat kepada Allah adalah kerja besar malah paling besar. Ia memerlukan kesabaran dan pengorbanan. Sebagai contoh, kita ambil saja ibadat sembahyang. Ia adalah kerja paling besar dan malah paling berat, sebagaimana Allah telah menerangkan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 45, tafsirnya : ''...Sesungguhnya ibadat sembahyang itu amatlah berat (untuk ia dilakukan), kecuali oleh orang-orang yang khusyuk.'' Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahil Hamd! Manakala kita umat Islam ini, berjaya melaksanakan satu-satu ibadat kepada Allah,
16
A
TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi.
maka ertinya, kita telah pun berkorban untuk-Nya, dan pengorbanan itu pasti akan dibalas dengan ganjaran pahala. Apa jua jenis ibadat dan amal soleh adalah ia bersifat pengorbanan. Oleh itu, dengan mengambil semangat dari Hari Raya Korban ini, marilah kita sama-sama berazam untuk terus melakukan pengorbanan terhadap Allah berupa pelaksanaan ibadat-ibadat kepada-Nya. Pengorbanan melalui ibadat adalah pengorbanan paling suci yang menjanjikan kebahagiaan di akhirat. Kerana itu, sambil kita berkorban sunat dengan menyembelih binatang, marilah, kita berkorban juga melalui pelbagai ibadat lain, khasnya ibadat-ibadat wajib. Semoga dengan pengorbanan kita itu, Allah Subhanahu Wata'ala akan meredai kita selaku hamba-hamba-Nya yang soleh. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahil Hamd! Kita usah lupa, bahawa semua ibadat adalah dituntut, terpulang kepada kita sama ada hendak memenuhi tuntutan itu ataupun tidak. Jika kita mahu memenuhinya, bererti kitalah hamba yang patuh, sementara jika tidak, maka kitalah hamba yang bernama pembantah. Kedua-dua golongan ini jelas berbeza. Nun
di akhirat kelak, mereka pasti akan menerima nasib masing-masing, berdasarkan janji Allah yang tidak pernah dimungkiri-Nya. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahil Hamd! Beta mengambil kesempatan di sini, untuk merafakkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, kerana para jemaah kita di Tanah Suci Mekah telah terselamat daripada musibah kren tumbang yang menimpa Masjidil Haram baru-baru ini. Kepada saudara-saudara kita dari kalangan ahli keluarga mangsa-mangsa pula, kita mengucapkan takziah, supaya mereka itu membanyakkan bersabar. Ke atas mereka yang terkorban pula, kita mendoakan semoga roh-roh mereka dilimpahi rahmat oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Amin. Untuk akhirnya, beta dan keluarga beta dengan hati yang jernih mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk yang berugama Islam, di mana saja mereka berada, semoga kita sama-sama beroleh kebahagiaan dan perlindungan daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
IRMAN Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An-Nisaa' ayat 34 yang bermaksud: "Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka perempuan yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Perempuan-perempuan yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar." Ayat di atas menerangkan mengenai kedudukan wanita dalam Islam yang mana Islam pada dasarnya mengambil berat terhadap wanita. Di samping itu, Islam juga memandang tinggi terhadap wanita. Dalam salah satu daripada surah-surah dalam Al-Qur'an juga ada dinamakan sebagai Surah An-Nisaa' yang bermaksud wanita. Di Negara Brunei Darussalam, pada tahun 1950-an pendidikan diberikan secara percuma tanpa mengira jantina. Ia adalah ketika zaman pemerintahan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien lagi. Dalam pendaftaran dan kemasukan wanita ke pengajian tinggi menurut Forum Ekonomi Sedunia (World Economic Forum) mengenai Jurang Gender Global (Global Gender Gap) telah melaporkan Negara Brunei Darussalam berada di kedudukan ke-7. Peluang bagi perempuan dan wanita di negara ini untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran khususnya dalam bidang teknologi infokomunikasi (ICT) adalah diberikan sama rata. Oleh itu, peluang pekerjaan daripada pendidikan yang progresif berkenaan telah memberi peluang mereka menceburi bidang-bidang profesional seperti perubatan, undang-undang dan bisnes serta kejuruteraan. Penyertaan wanita dalam tenaga kerja meningkat daripada 59 peratus ke 70 peratus di mana separuh daripada penduduk negara adalah wanita di mana sumbangan mereka dalam pembangunan nasional amatlah penting. Dalam kesihatan pula, jangka hayat wanita mengalami peningkatan kepada 80 tahun. Manakala dalam bidang ekonomi, peluang perniagaan dari pelbagai skim pinjaman kredit telah diberikan. Ini memberikan peluang kepada wanita di negara ini berkecimpung dalam dunia perniagaan kecil dan sederhana (SMEs) yang mana separuh daripadanya adalah dimiliki oleh wanita. Ini memberikan peluang kepada wanita untuk terus berdikari dalam bidang ekonomi negara. Melindungi hak-hak wanita melalui perundangan dan pelan-pelan tindakan akan terus dikemas kini dari semasa ke semasa. Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman juga ada menekankan keperluan melaksanakan dasar-dasar khusus yang disasarkan untuk membina ketahanan dalam kalangan wanita dan melengkapkan mereka dengan kemahiran serta pengetahuan yang perlu bagi meningkatkan daya saing seperti yang dirangka dalam Strategi dan Polisi Visi Pembangunan 2035 ketika menghadiri Kerjasama Ekonomi Wanita Asia-Pasifik dan Fora Ekonomi 2015 (Asia-Pacific Economic Cooperation Women and Economy Fora 2015 APEC-WE Fora 2015) di Manila, Republik Filipina. Yang Mulia Datin Paduka juga mengongsikan bahawa aliran baru yang digunakan dalam kalangan pengusaha wanita muda dalam menjalankan perniagaan 'online' (dalam talian) adalah dengan penggunaan teknologi dan media sosial sebagai satu platform untuk pengiklanan. Negara Brunei Darussalam dalam usaha berterusan untuk memenuhi tanggungjawab-tanggungjawab di persada antarabangsa pula dipamerkan melalui komitmen kepada Matlamat Pembangunan Milenium (Millennium Development Goals - MDGs); Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - SDGs) dan Persidangan bagi Menghapuskan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women). Peranan yang seimbang dan perkongsian yang dimainkan oleh lelaki dan wanita adalah mustahak. Namun bagi merealisasikan potensi penuh wanita dalam pembangunan negara masih banyak yang perlu dilaksanakan walaupun Negara Brunei Darussalam telah mencapai banyak kemajuan. Wanita insan yang sinonim dengan kelembutan, namun pada hakikatnya adalah seseorang yang kuat dari segi mental, naluri seorang wanita pada suami, anak dan keluarga adalah sentiasa diutamakan, walau mereka tidak cukup rehat, makan atau minum, namun bagi kebahagiaan yang tersayang hati mereka tetap cekal. - Ketua Penyuntingan (Nb).
Pemberitaan/Rencana
Ketua Bahagian Pelita Brunei
Penyuntingan
Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor, Norliah Md. Zain, Hezlinawati Haji Abdul Karim, Ak. Jefferi Pg. Durahman, Haniza Abdul Latif, Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Rohani Haji Abdul Hamid, Nooratini Haji Abas, Khartini Hamir, Saerah Haji Abdul Ghani, Aimi Sani, Noraisah Muhammed, Haji Mahhmud Hafidzie Haji Ali Mashod, Dk. Nur Effa Ryina Pg. Haji Hamdani
Dk. Nasibahanim Pg. Haji Bakar
Samle Haji Jait, Nor Hanizah Haji Abd. Halim, Siti Muslihat Haji Salleh, Bolhassan Haji Abu Bakar, Abdullah Asgar
AMBULANS 991
POLIS 993
Ketua Penyuntingan Musa Mohidin, Hajah Zabaidah Haji Salat, Mohammad Rainie Haji Durani, Dk. Nasibahanim Pg. Haji Bakar
Penyemakan
Penterjemahan
Abdul Hadi Haji Suhaili, Haji Besar Haji Mamit, Hajah Norliha Haji Salleh, Ramlah Md. Nor, Nurul Hazwani Abu Omar, Siti Faizahanisah Awang Mahani, Dk. Nur Ridzwana Pg. Abd. Aziz
Hajah Musmariani Haji Mohammad
Pereka Letak Khairul Shaharim Haji Abdul Ghafor, Haji Ahmad Haji Salim, Mohammad Ike Iqrami Haji Suhaimi, Muhammad Hamdanajib Haji Domeng, Mohammad bin Kahar
Juruteknik Foto Hatral Hazmi Abdul Hamid, Nornasyirah Nordin
BOMBA 995
PENYELAMAT 998
(Talian Darussalam) JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK, JABATAN PENGANGKUTAN DARAT, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN e-darussalam
123
NDMC 2380214
AGAMA
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
3
Majlis Ibadah Korban semarakkan Aidiladha 1436 Hijrah Kementerian Pendidikan Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyempurnakan pengagihan daging-daging korban.
MASIN, Sabtu, 26 September. - Ibadah korban merupakan amalan yang sangat digalakkan dalam Islam, di samping mempunyai falsafah dan keistimewaan yang tersendiri. Manfaat ibadah korban ini bukan sahaja khusus bagi orang yang berkorban malahan daging korban diagihagih dan dikongsikan bersama fakir miskin, kaum Muslimin dan Muslimat yang menampakkan syiar Islam menganjurkan silaturahim tanpa mengenal latar belakang. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bahagian Biasiswa dan Unit Perhubungan Awam menganjurkan Majlis Ibadah Korban yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Masin (SMM). Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. Pada majlis tersebut, lebih 240 penerima daging ibadah korban yang terdiri daripada peserta-peserta ibadah korban dan penerima yang afdal dari sekitar Kampung Masin dan Kampung Bebatik yang dikenal pasti melalui Jabatan Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama
(KHEU). Turut menerima daging ibadah korban ialah penerima afdal dari SMM dan Sekolah Rendah Sengkurong. Pengagihan daging-daging korban tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail. Sebanyak empat ekor sapi dan tiga ekor kambing telah dikorbankan pada majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Masin, Awang Haji Mohd. Zainul Hasramin bin Haji Mohd. Hassan, diikuti dengan ceramah khas yang disampaikan oleh penceramah dari Pusat Da'wah Islamiah, Awangku Haji Mohd. Norhadi bin Pengiran Haji Bungsu, dengan tajuk 'Hajjatul Wida' (Haji Terakhir Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam). Dalam ceramahnya, beliau antara lain menyentuh mengenai khutbah / wasiat terakhir Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang disampaikan semasa musim haji yang mana antaranya menyeru umat Islam agar menjauhi riba dan sentiasa berwaspada dengan hasutan syaitan dan juga agar para suami menjaga isteri mereka dengan baik. Awangku Haji Mohd. Norhadi juga menjelaskan mengenai fadilat dan hikmah ibadah korban, iaitu sesiapa yang melakukannya maka dikurniakan satu kebajikan pada setiap helai bulu binatang yang disembelih tersebut, selain memperoleh pahala yang berlipat kali ganda dan sebagainya. Majlis turut diserikan dengan takbir Hari Raya Aidiladha oleh pelajar SMM. Majlis ibadah korban ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan yang dihasratkan sebagai salah satu cara untuk mendapatkan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala dan mendekatkan diri kepada-Nya serta mengingatkan warga kementerian mengenai pengorbanan Nabi Ibrahim untuk menurut perintah Allah Subhanahu Wata'ala bagi menyembelih putera baginda, Nabi Ismail Alaihi Wassalam. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan individu supaya sentiasa bermurah hati mendermakan seikhlasnya rezeki yang lebih kepada yang berhak dan untuk menanamkan sifat bergotong-royong, bertoleransi dan bermuafakat sebagai amalan harian dalam kalangan pegawai, guru-guru dan kakitangan di Kementerian Pendidikan. Sementara itu, di peringkat institusi pengajian tinggi, pendidikan teknik dan vokasional dan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan pula sebanyak 43 ekor kerbau dan sapi serta 11 ekor kambing dikorbankan. Majlis ibadah korban berkenaan telah diadakan secara berasingan di institusi pendidikan dan sekolah masing-masing.
Kementerian Kesihatan Oleh : Nurul Nadzirah Haji Mahadin Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 September. - Majlis Ibadah Korban merupakan acara lazim yang diadakan setiap tahun menjelang Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban. Di Negara Brunei Darussalam, majlis korban biasanya dilakukan pada hari pertama Aidiladha dan hari-hari Tasyrik yang diungkayahkan oleh kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan juga orang persendirian. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan juga tidak ketinggalan mengadakan majlis korban bagi kementerian berkenaan yang diadakan di Dewan Al-'Afiah. Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan pengagihan daging korban ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof dan isteri, Datin Paduka Dayang Hajah Salmah binti Haji Hanafiah. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dan takbir Hari Raya, diikuti dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Penceramah Pusat Da'wah Islamiah, Awang Haji Suhaimi bin Mohd. Noor dengan tajuk 'Ibadah Korban Amalan Menuju Taqarrub Illallah'. Dalam ceramah tersebut dinyatakan bahawa ibadah korban Aidiladha sepatutnya disambut secara besar-besaran berbanding Hari Raya Aidilfitri kerana ia merupakan salah satu ibadah yang sangat besar. Sejarah mengenainya sudah diceritakan di dalam Al-Qur'an melalui sejarah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam. Menurut beliau, ketakwaan seseorang itu akan dinilai melalui ibadah korban yang dijalankan, yang dapat mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Pada tahun ini, sebanyak sembilan ekor kerbau telah dikorbankan dan diagih-agihkan kepada kakitangan berpendapatan rendah, pegawai-pegawai, kakitangan Kementerian Kesihatan dan juga seramai 25 pesakit di bawah penjagaan Bahagian Kebajikan Perubatan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian tersebut.
Kementerian Hal Ehwal Ugama BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 September. - Hari ke-13 dalam bulan Zulhijah ini, laungan-laungan takbir masih bergema dan majlismajlis ibadah korban masih giat dikendalikan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta, mukim dan kampung serta orang perseorangan. Sehubungan itu, dalam sama-sama menyahut seruan dan menyemarakkan hari-hari kebesaran Islam tersebut, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengadakan Majlis Ibadah Korban KHEU yang berlangsung di Dewan Multaqa, Lantai Bawah, Bangunan Tambahan KHEU, Jalan Dewan Majlis, di sini. Tahun ini sebanyak tujuh ekor kerbau dan empat ekor lembu telah dikorbankan bagi majlis tersebut. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dan diteruskan dengan penyampaian agihan daging ibadah korban kepada seramai 100 asnaf fakir dan miskin yang berdaftar di Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) yang telah disempurnakan pengagihannya oleh tetamu kehormat majlis. Penyerahan agihan seterusnya disampaikan oleh Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Azmah Haji Ahad MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof menyempurnakan pengagihan daging korban kepada penerima lelaki.
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman menyempurnakan pengagihan daging korban kepada seorang penerima.
Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof kepada penerima lelaki warga kementerian berkenaan. Manakala penyerahan agihan kepada para penerima perempuan warga KHEU pula disampaikan oleh Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim. Turut hadir ialah Timbalan
Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid; Timbalan Setiausaha Tetap KHEU (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Roslan bin Haji Taja'ah; pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan KHEU. Majlis Ibadah Korban ini dilaksanakan adalah bagi menjunjung
ISTERI Menteri Kesihatan, Datin Paduka Dayang Hajah Salmah binti Haji Hanafiah menyempurnakan pengagihan daging korban kepada penerima perempuan.
perintah dan melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala atas kurnia rezeki untuk terus meningkatkan keimanan dan ketakwaan warga KHEU dalam perkara berkebajikan, di samping bagi membariga dan memeriahkan lagi hari-hari kebesaran Islam. Ia juga diadakan bagi mengeratkan
hubungan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan kementerian tersebut. Majlis Ibadah Korban KHEU tahun ini diungkayahkan bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Syariah, Pusat Da'wah Islamiah dan Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, KHEU.
4
AGAMA
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
Majlis Ibadah Korban semarakkan Aidiladha 1436 Hijrah Kementerian Perhubungan
MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar mengagihkan daging korban kepada penerima.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 September. - Sebanyak enam ekor kerbau dikorbankan bersempena Sambutan Aidiladha tahun ini yang dikelolakan oleh Jabatan Pelabuhan,
Kementerian Perhubungan. Daging korban diagih-agihkan kepada penerima khas, anak-anak yatim, pegawai dan kakitangan Kementerian Perhubungan dan
ISTERI Yang Berhormat Menteri Perhubungan mengagihkan daging korban kepada penerima.
Majlis Perundingan Kampung Belimbing Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali MUKIM KOTA BATU, Ahad, 27 September. - Majlis Perundingan Kampung (MPK) Belimbing
mengadakan Majlis Ibadah Korban Sunat dan Akikah di pekarangan Taman Tasik Serubing, di sini.
TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar mengagihkan daging ibadah korban kepada Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji Md. Daud bin Karim.
Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said jabatan-jabatan di bawahnya yang disampaikan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar selaku tetamu kehormat. Majlis tersebut diserikan dengan Ceramah Khas Majlis Ibadah Korban Bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi disampaikan oleh penceramah undangan Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Pengiran Haji Hafizzuddin bin Pengiran Haji Bakar. Menurutnya, pelaksanaan ibadah korban merupakan satu tuntutan yang cukup hebat yang telah ditanai, dilaksanakan dan diraih keredaan Allah Subhanahu Wata'ala dan kasih sayang dari-Nya jua. Beliau turut mengingatkan kita agar dapat meraih keistimewaan ibadah korban yang hanya berlaku selama empat hari dalam setahun, di samping mengongsikan nilai-nilai dan caracara penyembelihan korban dan juga tatacara pemberiannya. Majlis tersebut merupakan acara keagamaan tahunan Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi sama-sama menyemarakkan syiar Islam, di samping memupuk serta menyemai kesedaran terhadap tuntuan agama. Pada masa yang sama, ia juga bagi membantu orang yang berkeperluan dan sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos; pengarah-pengarah, ketua-ketua bahagian, pegawaipegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Sebanyak tujuh ekor kerbau dikorbankan pada acara tahunan kali ke-11 dalam sama-sama menyemarakkan Sambutan Aidiladha tahun ini. Hadir menyempurnakan agihan-agihan daging tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar. Penyerahan daging itu diagihkan kepada lapan orang asnaf fakir dan miskin serta 10 orang anak yatim dan selebihnya kepada para penduduk kampung setempat. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah, diikuti dengan takbir Hari Raya Aidiladha dan bacaan doa dipimpin oleh Awang Ayub bin Ali, salah seorang belia MPK berkenaan. Acara seumpamanya telah diadakan sejak lebih 10 tahun lalu sebagai salah satu usaha memperkukuh dan mempereratkan lagi ukhuwah para penduduk kampung melalui kerja bergotongroyong yang dijalankan, selain mengharapkan ganjaran pahala dari Allah Subhanahu Wata'ala. Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji Md. Daud bin Karim; penasihat-penasihat MPK, penghulu Mukim Kota Batu serta para penduduk kampung tersebut.
Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Hj Ahmad Foto : Hj Masmaleh Hj Mohd. Ali
YANG Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib mengagihkan daging korban kepada penerima.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 September. - Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat telah mengadakan Majlis Ibadah Korban yang disertai oleh pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan bertempat di Jabatan Majlis-Majlis, Bangunan Dewan Majlis, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib. Turut hadir ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara. Majlis dimulakan dengan takbir hari raya dan diteruskan dengan pengagihan daging korban kepada peserta-peserta yang disempurnakan oleh tetamu kehormat. Bagi memberkati majlis, bacaan Doa Selamat telah dibacakan oleh Pengiran Haji Matahir bin Pengiran Haji Mohamad. Majlis tersebut adalah anjuran Badan Kebajikan dan Sukan, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat dan sebanyak dua ekor kerbau telah dikorbankan. Dengan adanya majlis seumpama ini, ia diharap dapat meningkatkan keikhlasan dalam pengorbanan di samping mendapat ganjaran pahala dari Allah Subhanahu Wata'ala dalam bulan yang penuh suci dan rahmat ini.
Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Masri Osman
TIMBALAN Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman mengagihkan daging korban kepada penerima.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 27 September. - Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNBD) buat julung-julung kalinya mengadakan Majlis Ibadah Korban bertempat di Dewan Darul Ifrah, Pusat Bahagia Brunei Muara, Kampung Pulaie, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Awang Haji Nuurmatiin bin Haji Abu Bakar. Seterusnya majlis diikuti dengan pengagihan daging-daging korban kepada ahli-ahli persatuan yang disampaikan oleh tetamu kehormat. Sebanyak dua ekor kerbau telah dikorbankan pada majlis berkenaan. Antara tujuan majlis tersebut diadakan ialah bagi memberi peluang kepada ahli-ahli persatuan untuk turut sama menyambut Hari Raya Aidiladha, di samping itu juga dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka.
AGAMA
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
5
Majlis Ibadah Korban semarakkan Aidiladha 1436 Hijrah Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei Sendirian Berhad Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman BERAKAS, Ahad, 27 September. Seramai 95 orang asnaf fakir miskin daripada 51 orang ketua keluarga dengan 44 orang tanggungan menerima daging ibadah korban Jabatan Mufti Kerajaan (JMK), Jabatan Perdana Menteri dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei
Sendirian Berhad dalam Majlis Ibadah Korban bersama kedua-dua institusi tersebut. Tahun ini, sejumlah dua ekor lembu, 10 ekor kerbau dan tiga ekor kambing disembelih untuk dijadikan ibadah korban. Asnaf dari Kampung Lambak dan
TIMBALAN Mufti Kerajaan, Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin semasa menghadiri Majlis Ibadah Korban Jabatan Mufti Kerajaan (JMK), Jabatan Perdana Menteri dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei Sendirian Berhad.
Terunjing itu menerima dagingdaging korban pada Majlis Ibadah Korban anjuran JMK dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei dan anak-anak syarikat di bawahnya dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lambak 'A' dan Lambak 'B', berlangsung di Masjid Kampung Lambak, Berakas, di sini. Hadir menyempurnakan pengagihan daging-daging korban tersebut ialah Timbalan Mufti Kerajaan, Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin dan Timbalan Ketua Pegawai Operasi, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, Kapten Khalidkhan bin Asmakhan. Terdahulu, majlis bermula dengan bacaan Surah Al Faatihah, diikuti dengan penyembelihan binatang korban, iaitu tiga ekor kambing dan bacaan selawat Ibrahimiah oleh pegawai-pegawai JMK dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei Sendirian Berhad. Pengarah Pentadbiran JMK, Dato Paduka Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khatib Haji Abu Hanifah yang juga selaku Pengerusi Bersama majlis dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan bahawa perkataan korban itu dapat dikaitkan dengan jihad. Menurutnya, apa jua yang dilakukan oleh umat Islam khususnya hendaklah mendapat reda dan berkat Allah dan apabila
TIMBALAN Mufti Kerajaan, Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin mengagihkan daging ibadah korban kepada penerima.
Allah reda akan sesuatu perkara itu, maka akan tiada halangan bagi seseorang itu untuk dikurniakan rezeki. Untuk itu, tambah Dato Paduka, umat Islam hendaklah yakin dan percaya bahawa Allah Subhanahu Wata'ala mempunyai
kudrat dan iradat yang mampu menurunkan rezeki dalam apa jua bentuk. Kesepakatan di antara kedua-dua institusi ini dalam menganjurkan majlis seumpamanya telah berlangsung selama lebih 15 tahun sejak tahun 1999.
Sekolah Ugama Panaga
Universiti Brunei Darussalam Berita dan Foto : Noraisah Muhammed BANDAR SERI BEGAWAN. - Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah mengadakan Majlis Ibadah Korban dan Akikah sempena Sambutan Aidiladha di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam pada Sabtu lalu. Tahun ini seramai 37 peserta telah menyertai ibadah korban dan akikah (korban nazar seorang, korban sunat 34 orang dan akikah dua orang). Peserta-peserta adalah terdiri dari warga UBD dan orang awam, sebanyak lima ekor kerbau dan dua ekor kambing telah dikorban dan diakikahkan. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, selaku Naib Canselor UBD.
Majlis kelolaan Jawatankuasa-Jawatankuasa Majlis Keagamaan, Takmir Masjid Universiti serta Pejabat Keugamaan dan Khidmat Masyarakat, Hal Ehwal Pelajar, UBD itu mula dilaksanakan sejak tahun 1994 setiap menjelangnya musim haji dengan iltizam ke arah membesarkan Aidiladha bersama umat Islam di seluruh dunia. Aktiviti tahunan itu diadakan sebagai tanda memulia dan menyemarakkan Aidiladha di UBD serta bagi sama-sama merebut peluang untuk melaksanakan ibadah korban dan akikah, sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan ukhwah dalam kalangan umat Islam warga universiti, penduduk sekitar serta masyarakat Islam luar kampus UBD.
Universiti Islam Sultan Sharif Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 September. - Seramai 16 peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) serta keluarga masing-masing melaksanakan ibadah korban dan akikah. Seekor lembu, seekor kerbau dan dua ekor kambing telah dikorbankan dan dagingnya diagih-agihkan kepada fakir miskin sekitar kampus UNISSA dan warga UNISSA. Hadir mengagihkan daging-daging korban ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal. Ibadah korban merupakan satu ibadah sunnah yang diangkat kemuliaannya oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Ia merupakan satu manifestasi mensyukuri nikmat Allah Subhanahu Wata'ala dan membolehkan mereka yang berkemampuan berkongsi rezeki dengan golongan yang kurang berkemampuan termasuklah fakir dan miskin. Atas dasar itu, umat Islam
PANAGA, Sabtu, 26 September. - Seramai 55 peserta terpilih menerima agihan daging korban sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi. Juga menerima agihan daging korban termasuklah tetamu yang hadir terdiri daripada guru-guru, murid-murid dan kakitangan yang belajar dan bertugas di Sekolah Ugama dan Rendah Panaga, Seria. Seramai 14 orang peserta terdiri daripada guru-guru Sekolah Ugama Panaga dan keluarga mereka ikut serta dalam majlis berkenaan. Majlis telah diadakan di Dewan Menunggu Sekolah Ugama Panaga, Seria dan agihan daging korban disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Ugama Panaga, Dayang Mariam binti Haji Momin. Majlis seumpama itu diungkayahkan untuk beramal ibadat bagi mendapatkan pahala dan keredaan Allah, di samping bersedekah kepada yang berhak menerima agar sama-sama dapat merasa nikmat rezeki sempena Hari Raya Aidiladha. Antara yang hadir ialah pegawai-pegawai Jabatan Pengajian Islam Kuala Belait; guru-guru besar sekolah-sekolah ugama Daerah Belait; Guru-guru Sekolah Rendah Panaga, Seria; Guru-guru Sekolah Ugama Panaga, Seria; keluarga terpilih menerima agihan daging korban RPN Panaga Seria; murid-murid yang menerima agihan daging korban dan murid-murid Sekolah Ugama Panaga, Seria.
REKTOR Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal menyampaikan agihan daging korban kepada seorang penerima.
menyemarakkan ibadah yang mulia itu sebagai ibadah tahunan untuk dilaksanakan sama ada di peringkat
keluarga atau kelompok masyarakat mahupun di peringkat organisasi atau institusi.
GURU Besar Sekolah Ugama Panaga, Dayang Mariam binti Haji Momin mengagihkan daging korban kepada penerima.
6
AGAMA
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
Majlis Ibadah Korban semarakkan Aidiladha 1436 Hijrah Kementerian Pembangunan Oleh : Mariani Haji Abd Ghani Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 September. - Kementerian
Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis
Jabatan Perdana Menteri Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Masri Osman
Ibadah Korban bagi menyemarakkan lagi suasana Hari Raya Aidiladha 1436 Hijrah / 2015 Masihi yang penuh keberkatan. Majlis yang dikelolakan oleh Jabatan Ukur itu berlangsung di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan, Berakas. Pengagihan daging korban disempurnakan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan isteri, Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman. Pada tahun ini, sebanyak 10 ekor kerbau telah dikorbankan dengan disertai oleh seramai 62 peserta yang berhak dan berdaftar dari MUIB. Pada majlis tersebut, ceramah khas turut disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Da'wah Islamiah, Ustaz Drs. Haji Ismuhadi Haji Abdullah. Dalam ceramahnya, beliau antara lain menjelaskan bahawa melaksanakan ibadah korban itu dituntut setiap tahun dan menjelaskan sebab kenapa kita berkorban ialah
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman mengagihkan daging ibadah korban bagi Kementerian Pembangunan kepada salah seorang penerima yang berhak.
bagi mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan hendaklah dipilih binatang yang sempurna sifatnya, tidak ada cacat celanya. Juga hadir ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan)
Kementerian Kewangan
MENTERI Tenaga di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar semasa mengagihkan daging korban kepada salah seorang penerima.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 September. - Ibadah korban merupakan ibadah sunnah yang dituntut untuk dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha pada setiap 10 Zulhijjah dan pada hari-hari Tasyriq setiap tahun. Perkara itu antara yang dijelaskan oleh Pengarah Radio Televisyen Brunei (RTB), Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu pada Majlis Ibadah Korban Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya 1436 Hijrah / 2015 Masihi, yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-Mahkamah Syariah, di ibu negara. Tambahnya, mesej ibadah korban yang dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim Alaihissalam dan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam itu adalah jelas merupakan salah satu panduan bagi hidup kita menghadapi pelbagai bentuk cabaran dan dugaan dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh ketakwaan dan kesabaran. Hal ini ujarnya, adalah bertepatan dengan hikmah ibadah korban itu sendiri yang antara lainnya melatih dan membentuk sahsiah kita untuk sentiasa berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah Subhanahu Wata'ala. Menurutnya lagi, ibadah korban turut mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur terhadap kelebihan dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. ''Sebagai warga Perkhidmatan Awam, melalui ibadah korban, kita turut ditarbiyah untuk memahami dan menghidupkan sifat pengorbanan tinggi ke arah mencapai reda Allah Subhanahu Wata'ala, memiliki sifat patuh dan taat terhadap peraturan-peraturan yang digariskan seperti peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam dan undang-undang negara, di samping memiliki sifat berdisiplin, amanah dan jujur dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan,'' jelasnya. Justeru itu tambahnya, sebagai umat Islam yang mempunyai kemampuan adalah amat sesuai bagi kita selaku anggota organisasi JPM menjadikan ibadah yang sangat mulia ini sebagai program ibadah tahunan untuk dilaksanakan secara berjemaah. Perkongsian yang diamalkan katanya, mempunyai hikmah dan pengajaran agar kita sentiasa mempunyai sifat pemurah, pengasih dan mementingkan saudara-saudara kita yang lain. Sebanyak empat ekor kerbau dan 13 ekor kambing dikorbankan yang disertai seramai 35 peserta terdiri daripada pegawai-pegawai JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya berserta ahli keluarga masing-masing. Pada majlis tersebut, Menteri Tenaga di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar telah menyampaikan pengagihan daging korban kepada lebih 150 peserta dan penerima terdiri daripada mereka yang berdaftar dengan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) serta pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh; Ketua Hakim Syar'ie, Yang Amat Arif / Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar; Timbalan-Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned dan Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong. Majlis dikelolakan oleh Jabatan RTB dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik diharap akan dapat mendekatkan diri kita kepada Allah, di samping menyemarakkan lagi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam dan merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.
PEMANGKU Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah semasa menyempurnakan pengagihan daging korban.
Berita dan Foto : Mohamad Azmi Awang Damit BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 September. Kementerian Kewangan dan
jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun 1436 Hijrah /
KPSSU
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU), Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri semasa menyempurnakan pengagihan daging ibadah korban bagi KPSSU.
Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 September. - Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) dan jabatan-jabatan
di bawahnya mengadakan Majlis Ibadah Korban yang diselenggarakan bersama oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan
Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah dan Pemangku Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin. 2015 Masihi di Dewan Teater kementerian berkenaan. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pengagihan daging korban ialah Pemangku Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah dan Isteri, Pengiran Datin Hajah Noorsiah binti Pengiran Hamdan. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan serta jabatan-jabatan di bawahnya. Seramai 115 peserta telah mengambil bahagian dalam majlis korban berkenaan dan sebanyak 13 ekor lembu, tiga ekor kerbau serta tujuh ekor kambing telah dikorbankan yang kemudiannya diagih-agihkan kepada seramai 80 penerima. Majlis ibadah korban berkenaan merupakan aktiviti tahunan Kementerian Kewangan dan pada tahun ini telah dikendalikan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.
dengan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sumber-Sumber Utama yang berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, kementerian berkenaan. Sebanyak lima ekor sapi dan seekor kerbau dikorbankan pada tahun ini. Pengagihan daging-daging korban tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Tetap KPSSU, Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri dan Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan Industri dan Keusahawanan) KPSSU, Awang Haji Khairuddin bin Haji Abd. Hamid. Seramai 129 orang yang terdiri daripada warga kementerian berkenaan dan peserta ibadah korban menerima daging korban. Majlis seumpama ini merupakan salah satu aktiviti tahunan KPSSU yang antara lain bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan dan jabatan-jabatan serta bahagian-bahagian di bawahnya untuk mengungkayahkan perkara-perkara yang berkebajikan.
MINDA PEMBACA
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
Membentuk masyarakat berilmu pengetahuan PABILA kita memperkatakan tentang sosialisasi, kita tahu sosialisasi adalah proses interaksi yang membolehkan manusia memperoleh sahsiah dan belajar cara hidup masyarakat. Ia menghubungkan individu dengan masyarakat. Hubungan ini begitu penting kerana manusia dan masyarakat tidak dapat hidup tanpa hubungan ini. Agen sosialisasi termasuklah keluarga, rakan sebaya, media massa dan sekolah itu sendiri sebagai masyarakat kecil. Proses sosialisasi ini amat penting dalam mencorakkan personaliti pelajar. Mereka perlu melengkapkan diri dengan personaliti yang baik mengikut norma dan nilai masyarakatnya. Sekolah yang bertindak sebagai agen sosialisasi berupaya mengubah bentuk masyarakat dengan mengajar generasi muda hubungan yang baik di antara manusia dan memudahkan mereka bergaul dan memainkan peranan dalam sesuatu organisasi masyarakat. Dengan itu, mereka akan mudah mengikut rentak dan kehendak sesuatu masyarakat di mana ia berada. Di sekolah, proses interaksi sosial sering dan mudah berlaku di antara guru dan pelajar dan pelajar dengan rakan sebaya. Oleh itu, sudah pasti akan memudahkan pelajar apabila dewasa nanti untuk berinteraksi dengan masyarakat. Sebenarnya pelajar ini belajar cara-cara hidup bermasyarakat. Mereka dapat memahami peranan sosial dengan lebih berkesan kerana adanya didikan awal tentang sosialisasi di peringkat sekolah. Dari institusi sekolahlah pelajar belajar cara-cara untuk berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Melalui penglibatan dalam satu-satu kelab, pelajar telah banyak mempelajari cara-cara hidup bermasyarakat dan turut sama-sama terlibat dalam masyarakat itu sendiri. Melalui proses sosialisasi di sekolah-sekolah inilah sedikit sebanyak telah membuka dan mengembangkan minda pelajar dalam mempelajari dan memahami kebudayaan serta tingkah laku hidup bermasyarakat. Sekarang kita sudah tahu peranan sekolah adalah untuk membentuk seseorang individu yang sanggup berfikir secara kritikal dan mempunyai daya kreatif. Kalau kita lihat pendidikan hari ini sudah mengalami perubahan yang pesat dan isi pendidikan atau bahan pengajaran di sekolah juga sudah berubah bagi memenuhi kehendak masyarakat masa ini dan masa hadapan. Selain dari akademik, sekolah juga bertanggungjawab memberi latihan kemahiran teknikal dan vokasional selaras dengan kemajuan teknologi masyarakatnya. Kemajuan teknik ini disampaikan kepada pelajar supaya mereka dapat menggunakannya dalam kehidupan sehari-hari. Kesimpulannya, apa yang penting di dalam pendidikan di sekolah adalah melatih pelajar supaya “belajar untuk belajar�, iaitu dengan mempelajari bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan cara yang kreatif. Kita tahu, sekolah sebagai satu institusi masyarakat adalah bertujuan untuk menggalak dan memperkembangkan perubahan tingkah laku mengikut arah yang dikehendaki oleh masyarakat. Masyarakat dan sekolah tidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanya turut sama penting dalam menyumbangkan ke arah melahirkan masyarakat atau individu yang sempurna.
Lahirkan masyarakat berjaya
7
Guru dan ibu bapa pembentuk sahsiah insan
A
EKOLAH begitu penting kepada sebuah masyarakat kerana ia satu permulaan untuk membentuk seseorang menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berwawasan, bercita-cita tinggi, dan berakhlak mulia. Ia juga tempat untuk membuka minda, seperti bertukar pendapat sesama pelajar dan pengajar dan juga memperluaskan lagi pengetahuanpengetahuan setiap pelajar. Sekolah juga tempat untuk mempupuk bakat yang terpendam yang berguna untuk kejayaan pada masa hadapan, dan menyediakan mental dan fizikal setiap individu untuk menghadapi perubahan dan pembaharuan terutama sekali pada zaman moden ini. Selain itu, sekolah juga mengajar kita tentang kebaikan dan keburukan terutama sekali tentang kehidupan seharian. Terdapat banyak tanggungjawab-tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat untuk memastikan kebahagiaan serta kejayaan yang diimpikan dikecapi. Salah satu tanggungjawab sekolah ialah memberi pendidikan asas dan juga latihan mental dan fizikal terhadap setiap pelajar. Pendidikan asas seperti pengetahuan-pengetahuan umum, sangat berguna untuk menyelesaikan masalah-masalah atau menghasilkan buah fikiran yang sihat dan berguna. Manakala latihan dari segi mental dan fizikal adalah untuk melatih setiap individu berfikir secara kritikal di mana dengan cara ini akan membuat pelajar tersebut dapat menangani masalah-masalah dengan terperinci dan lancar. Belajar bersosial juga adalah salah satu tanggungjawab sekolah kepada setiap individu. Untuk menyesuaikan diri dalam sesebuah masyarakat, setiap insan perlu mengangkat diri mereka setaraf dengan masyarakat sekeliling. Dengan kata lain, setiap individu perlu belajar untuk menghormati orang lain, mempupuk akhlak yang baik dan murni dan juga saling tolong-menolong sesama sendiri untuk merapatkan hubungan silaturahim. Di sekolah, pelajar berinteraksi dengan guru-guru, kawan-kawan serta perkerjaperkerja yang lain merupakan satu latihan supaya setiap individu bersedia apabila berdepan dengan sesebuah masyarakat. Tanpa adanya sekolah, sesebuah masyarakat tidak akan mempunyai arah tuju dan ini yang menyebabkan kejatuhan sesebuah negara.
S
S
Nama : Muhammad Syafiq Hanif bin Mohamad Zaidi No. K/P : 01-100508 (K) Alamat : No.4, Simpang 163, Jalan Kota Batu, Kampung Mentiri, BU1929, Negara Brunei Darussalam.
Nama : Nurazie binti Basar No. K/P : 01-056539 (K) Alamat : No.7, Simpang 620, Kampung Sungai Damit, Tutong, TD1941, Negara Brunei Darussalam.
Nama : Ahmad Haziq bin Haji Othman No. K/P : 01-047322 (K) Alamat : No.8, Simpang 182, Jalan Batang Tuau, Kampung Batang Tuau, Temburong, Negara Brunei Darussalam.
EKOLAH adalah tempat menimba ilmu sama ada ilmu berbentuk duniawi atau ukhrawi untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Sekolah berperanan penting dalam membentuk keperibadian masyarakat. Bermula dari sekolah anak-anak kecil dididik untuk menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia sesuai dengan tuntutan Islam. Sebenarnya pendidikan itu tidak semestinya bermula di sekolah tetapi di rumah juga adalah tempat kanak-kanak belajar tentang dunia di sekelilingnya sebelum ke alam persekolahan yang bersifat lebih formal. Dalam menanai hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia tentang peri pentingnya pendidikan, sekolah kerajaan mahupun swasta digesa untuk terus beriltizam menjadikan penduduk di negara ini berpendidikan tinggi dalam Wawasan 2035. Hasrat tersebut tidak akan tercapai seratus peratus jika tangunggjawab hanya sepenuhnya diletakkan kepada pihak sekolah sahaja. Jadi untuk menyeimbangi situasi ini, peranan ibu bapa di rumah juga perlu kerana pembelajaran informal itu berlaku di rumah dan secara tidak langsung mempengaruhi keperibadian anak-anak. Ibu bapalah sebagai guru di rumah dan menjadi role model kepada mereka selain daripada guru di sekolah. Bagi sama-sama membentuk keperibadian anak-anak, pihak guru di sekolah dan ibu bapa di rumah seharusnya menjalinkan hubungan yang erat dan mempunyai kesepaduan. Justeru itu keduanya haruslah memiliki hubungan bersifat dua hala. Dalam erti kata lain, proses pembangunan yang dialami kanak-kanak itu dapat dipantau oleh kedua-dua belah pihak melalui pencapaian akademik di sekolah dan pembangunan dari segi insaniah di rumah. Pepatah Melayu ada mengatakan 'Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya' dan 'Ilmu Itu Pelita Hidup'. Jika diamati dan dikaitkan dalam konteks kepentingan ilmu pendidikan, proses belajar yang dialami kanak-kanak itu bermula dari sejak mereka kecil lagi dan ilmu itu sendiri akan memandu diri mereka ke jalan yang lebih baik kelak. Ibu bapa dan gurulah yang bertanggungjawab memastikan anak-anak supaya menjadi insan yang dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara.
TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA : 1. ‘Kepentingan Budaya Tradisional Dalam Kehidupan Seharian’. Tarikh Tutup : 30 September 2015. 2. ‘Kikis Sikap Memilih Pekerjaan’. Tarikh Tutup : 7 Oktober 2015. 3. ‘Jimat Penggunaan Air Elakkan Pembaziran’. Tarikh Tutup : 14 Oktober 2015. Terma dan Syarat : 1. Penyertaan dibuka kepada remaja yang berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun, yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kecuali warga Jabatan Penerangan. 2. Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. 3. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon hendaklah disertakan dan dihantar kepada : Sidang Pengarang, Minda Pembaca Unit PELITA BRUNEI, Jabatan Penerangan Lapangan Terbang Lama, Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam. atau melalui E-mel : pelita.brunei@information.gov.bn 4. Sebanyak tiga penyertaan terbaik akan disiarkan dalam Akhbar Rasmi Kerajaan PELITA BRUNEI dan setiap seorang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND75.00.
8
AGAMA
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
Majlis Ibadah Korban semarakkan Aidiladha 1436 Hijrah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 September. - Bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Ibadah Korban yang berlangsung di Dewan Serbaguna, bangunan Jabatan Buruh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, di sini. Majlis yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Buruh dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku tetamu kehormat.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan serta pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis didahului dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah, diikuti dengan takbir Hari Raya Aidiladha. Pengagihan daging korban kepada pegawai-pegawai dan kakitangan disempurnakan oleh tetamu kehormat bagi anak-anak yatim dan peserta korban, manakala Timbalan Menteri
Hal Ehwal Dalam Negeri mengagihkan kepada fakir miskin dan Setiausaha Tetap pula menyampaikan kepada peserta korban dan orang yang berhak menerimanya. Majlis merupakan kegiatan keagamaan tahunan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya yang mana pada tahun ini sebanyak empat ekor kerbau telah dikorbankan. Antara lain tujuan majlis ialah untuk memberi peluang kepada warga KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya untuk beramal, bersedekah dan melaksanakan syariat Allah semata-mata bagi menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala di atas rezeki-Nya, nikmat dan kurnia-Nya serta meningkatkan dan mengukuhkan lagi keimanan dengan mengungkayahkan perkaraperkara kebajikan.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 September. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah menganjurkan Majlis Ibadah Korban dan Akikah sempena Hari Raya Aidiladha di Dewan Stadium Bolkiah Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Gadong, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tahunan tersebut dan seterusnya mengagihkan dagingdaging ibadah korban berkenaan ialah Pemangku Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Mohd. Shah Al-Islam. Tahun ini sebanyak lima ekor sapi telah dikorbankan, manakala seramai 35 peserta menyertai ibadah korban sunat dan akikah dan daripada jumlah tersebut 28 orang terlibat dengan menyumbangkan daging korban dan seramai tujuh orang meniatkan untuk akikah. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dan diteruskan dengan takbir Hari Raya Aidiladha beramai-ramai, diketuai oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO SM 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Mat Tahir. Juga hadir ialah pengarah-
Oleh : Hajah Norizan Mahal Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman ketika mengagihkan daging-daging korban kepada seorang anak yatim.
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Berita dan Foto : Ihsan KUPU SB BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 September. - Ibadah korban merupakan suatu ibadah yang dituntut dalam Islam untuk dilaksanakan bagi mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan memuji kebesaran dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala serta menjadi ibadah sunat muakadah. Justeru itu, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Unit Kerohanian, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar, mengadakan Ihya 'Eid Al Adha dan Majlis Ibadah Korban sebagai aktiviti keagamaan tahunan sempena Hari Raya Aidiladha tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi. Hadir di Dewan Tarbiyah, KUPU SB, selaku tetamu kehormat ialah Ra'es KUPU SB, Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim. Majlis dimulai dengan bacaan Asmaa Al-Husna dan Surah Al Faatihah, seterusnya pengagihan daging-daging korban kepada para peserta korban, fakir miskin di persekitaran KUPU SB dan warga KUPU SB yang disempurnakan oleh tetamu kehormat. Antara objektif majlis ini diadakan adalah bagi memberi peluang warga KUPU SB untuk mengikuti ibadah korban khususnya dalam kampus, di samping menanamkan amalan bersedekah dan mengingati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam dan Nabi Ismail Alaihissalam.
PEMANGKU Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd. Jammy bin Haji Mohd. Shah Al-Islam mengagihkan daging ibadah korban kepada penerima.
pengarah, timbalan-timbalan pengarah, pegawai-pegawai pemerintah, ketua-ketua formasi dan
ketua-ketua unit, pegawai-pegawai kanan serta anggota-anggota pangkat rendah PDB.
Jame' 窶連sr Hassanil Bolkiah Oleh : Hajah Norizan Mahal Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
PEMANGKU Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abd. Karim ketika mengagihkan daging-daging korban kepada 34 orang yang berhak menerimanya.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 September. - Seperti juga masjid-masjid lain di negara ini, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah tidak ketinggalan untuk sama-sama melaksanakan Majlis Ibadah Korban dan Akikah buat kali ke-19 tahun ini dengan mengorbankan sebanyak 33 ekor kerbau dan sapi. Hadir selaku tetamu kehormat dan mengagih-agihkan daging-daging korban tersebut pada majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna masjid berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara (DBM), Awang Misle bin Haji Abd. Karim. Seramai 231 orang telah menyertai ibadah korban dan akikah tahun ini dengan menyembelih 21 ekor kerbau dan 12 ekor sapi. Pada jumlah tersebut 190 daripadanya menyertai ibadah korban dan selebihnya, 41 orang menyertai ibadah akikah. Sepertiga daripada daging korban tersebut diagihkan kepada 34 orang fakir miskin dari Mukim Gadong
RA'ES Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim mengagihkan daging korban kepada penerima.
dan sekitarnya yang berhak menerimanya. Majlis didahului dengan bacaan Surah Al Faatihah dipimpin oleh Mudim Awang Haji Tamin bin Haji Puting, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pegawai Ugama Kanan, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Awang Haris bin Haji Suboh dan diselajurkan dengan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada 13 Ahli Jawatankuasa Majlis Korban yang pernah melibatkan diri mereka mengendalikan majlis korban di
masjid itu sejak tahun 1997. Selain ahli jawatankuasa masjid, jawatankuasa kerja juga melibatkan para belia dan Ahli-ahli Muslimah Masjid tersebut termasuk kumpulan kaunseling dan Perkhidmatan Seliaan Jabatan Penjara. Juga hadir ialah Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, para pegawai dari Jabatan DBM, ketua-ketua bahagian di Jabatan Hal Ehwal masjid, penghulu dan ketua-ketua kampung Mukim Gadong 'B' serta para jemputan khas lainnya.
NASIONAL
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
9
Masjid Kampung Beribi johan Pertandingan Takbir Raya
PENGARAH Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Abdul Rajid menyerahkan piala kepada juara pertandingan yang disandang oleh Masjid Kampung Beribi, Gadong.
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor JERUDONG, Ahad, 27 September. Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong menganjurkan Pertandingan Takbir Hari Raya sempena Hari Raya Aidiladha bagi
Ahli-ahli Jawatankuasa, Jemaah dan Belia-belia Masjid-masjid, Surau dan Balai Ibadat di Negara Brunei Darussalam bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi dalam usaha melahirkan ahli jawatankuasa, jemaah dan belia-belia masjid yang pandai melaungkan takbir apabila tibanya
TEMPAT kedua bagi pertandingan Takbir Raya disandang oleh Masjid Mohamed Bolkiah, Serusop (atas) dan tempat ketiga disandang oleh Balai Ibadat Mukim Saba.
Hari Raya. Pasukan dari Masjid Kampung Beribi muncul johan bagi pertandingan tersebut dan membawa pulang piala berserta wang tunai sebanyak BND700. Hadir selaku tetamu kehormat pada pertandingan tersebut dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Pengarah Hal Ehwal Masjid,Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd.
Salleh. Juga hadir ialah pegawai-pegawai dan kakitangan JHEM, KHEU dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, belia-belia serta penduduk kampung yang tinggal di sekitarnya. Dengan adanya pertandingan tersebut para peserta akan mahir dalam bertakbir dan sudah tentu akan dapat memeriahkan masjid-masjid mahupun rumah-rumah agar suasana Hari Raya akan dapat dirasakan oleh
semua umat Islam. Pertandingan ini merupakan satu latihan pembiasaan agar semua jawatankuasa, jemaah dan belia-belia masjid mahir dalam pembawaan lagu-lagu takbir hari raya dengan lebih baik pada masa akan datang dan sekali gus mereka akan mengetahui kesilapan-kesilapan dalam pembawaan lagu-lagu takbir hari raya.
Pengimejan jantung dapat bantu pesakit kardiak
ANTARA pegawai kanan Kementerian Kesihatan yang hadir di Mesyuarat Tahunan Saintifik Kedua 2015.
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 25 September. - Mesyuarat Tahunan Saintifik Kedua 2015 selama tiga hari bermula hari ini dengan Pra-Persidangan Simposium dalam Pengimejan Jantung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, di sini. Pra-persidangan simposium itu antara lain membincangkan mengenai pengimejan jantung, di samping memberi perhatian dalam membantu personal perubatan membuat penilaian pantas dan tepat mengenai isu-isu jantung yang teruk terutama dalam situasi bahagian kecemasan. Salah satu matlamat tersebut adalah untuk membolehkan doktor-doktor untuk menggunakan pelbagai kaedah pengimejan dalam sinergi di dalam menguruskan pesakit mereka yang
Pilih Islam sebagai pegangan hidup Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohd. Mahadi Haji Marsidi BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 September. - Seorang remaja berbangsa Iban hari inimemilih agama Islam sebagai agama anutannya setelah melafazkan dua kalimah syahadah sebagai pengisytiharannya memeluk agama suci ini. Dayang Rohana anak Bala, 19 tahun, melafazkan dua kalimah syahadah dan ikrar pengislamannya di hadapan para pegawai dari Unit Pengislaman dan Bimbingan Saudara Baru, Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) pada majlis yang berlangsung di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara. Setelah memeluk Islam, beliau kini dikenali sebagai Dayang Nurul Rabiatul Adawiyah binti Abdullah Bala. Majlis turut diserikan dengan Dikir Marhaban oleh pendikir-pendikir masjid berkenaan. Menurut catatan PDI, dari bulan Januari hingga Ogos tahun ini, seramai 314 orang telah memeluk Islam di seluruh negara dan
DAYANG Rohana anak Bala, 19 tahun melafazkan ikrar pengislamannya di hadapan para pegawai dari Unit Pengislaman dan Bimbingan Saudara Baru, Pusat Dakwah Islamiah (PDI).
daripada jumlah tersebut 160 daripadanya adalah di Daerah Brunei dan Muara.
Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Azmah Haji Ahad sakit. Pada pra-persidangan simposium itu, diteruskan dengan pembentangan bertajuk 'Peranan X-ray Dada di dalam Jabatan Kecemasan' (Role of Chest X-ray in the A and E Department) yang disampaikan oleh Pakar Konsultan Radiologi Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Dr. Sankarakumar. Dalam pembentangannya, beliau menekankan bagaimana pengimejan modaliti yang mudah boleh digunakan bagi mengenal pasti keadaan jantung yang boleh mengancam nyawa selain turut memberi tip bagaimana untuk
mentafsir X-ray dada dengan tepat melalui beberapa contoh. Selain itu, beberapa pembentangan mengenai pengurusan penyakit jantung terutamanya 'Cardiac CT dan Cardiac MRI' turut disampaikan oleh pakar-pakar konsultan di negara ini. Perasmian mesyuarat berkenaan anjuran Persatuan Jantung Brunei Darussalam (Cardiac Society Brunei Darussalam) dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.
Brunei-Singapura kongsi pembelajaran, klinikal kejururawatan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 September. - Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan sekali lagi menganjurkan Program Pertukaran Pelajar Jururawat Luar Negara selama dua minggu dari 13 hingga 25 September 2015. Seramai 10 pelajar Jururawat Berdaftar dari Institute of Technical Education (ITE) College East di Singapura, yang kini berada di tahun kedua, mengikuti klinikal dua minggu ini. Mereka ditempatkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan Pusat Kesihatan dalam Perkhidmatan Kesihatan Komuniti dan ditemani oleh salah seorang Pensyarah ITE Kejururawatan, Puan Sanjyogita Shri Rammani. Pelajar Singapura ini juga dibawa melawat ke sekitar kawasan Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait dan juga lawatan ke tempat-tempat menarik di negara ini, iaitu Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) dan juga Taman Permainan Jerudong. Tahun sebelumnya, Program Penempatan Klinikal diadakan di Bahagian Perubatan dan
Pembedahan serta Perkhidmatan Kesihatan Masyarakat. Walau bagaimanapun, klinikal tahun ini telah diperluas ke Klinik Pediatrik serta Klinik Obstetrik dan Ginekologi, Perkhidmatan Wanita dan Pusat Kanak-Kanak, Hospital RIPAS. Penempatan ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dalam melakukan pemerhatian dan melaksanakan aktiviti amali asas kehidupan harian di bawah pengawasan dan bimbingan daripada jururawat kanan. Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Sijil kepada pelajar Jururawat Berdaftar ialah Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan, Dr. Hajah Lailawati binti Haji Jumat. Tujuan utama Program Pertukaran Pelajar Jururawat Luar Negara adalah untuk meningkatkan hubungan kerjasama di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura pada aspek pembelajaran dan klinikal kejururawatan untuk meningkatkan program dan aktiviti latihan pendidikan dan juga untuk memahami perbezaan sosial dan budaya masing-masing.
10
AGAMA
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
Memuliakan Al-Qur'an : Jaga Adab-Adab Mengajarkannya (Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) ERIMAN dan percaya kepada kitab Al-Qur'an merupakan salah satu daripada rukun Iman yang enam. Begitu juga mengagungkan dan memuliakannya adalah perkara yang amat dituntut oleh syara'. Membacanya pula dijanjikan ganjaran pahala, selain ia sebagai zikir yang boleh mengubat rohani dan minda. Mempelajari Al-Qur'an hukumnya fardhu 'ain ke atas setiap orang Islam. Manakala mempelajarinya dan mengajarkannya kepada orang lain adalah sebaik-baik perkara sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada 'Utsman bin 'Affan Radhiallahu 'anhu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : Maksudnya : ''Sebaik-baik kamu adalah sesiapa yang belajar Al-Qur'an dan mengajarkannya.'' (Hadis riwayat al-Bukhari) Hukum Mengajar Al-Qur'an Hukum mengajarkan Al-Qur'an itu fardhu kifayah, iaitu kewajipan yang dituntut oleh syara' kepada semua orang Islam yang mukallaf. - Jika salah seorang telah mengerjakan perbuatan tersebut, maka gugurlah kewajiban bagi yang lain - Jika tidak ada seorang pun yang mengerjakan, maka berdosalah keseluruhan umat Islam. Oleh yang demikian, adalah wajib mengadakan orang yang mengajar Al-Qur'an di sesebuah tempat atau negeri itu. Jika hanya terdapat seorang sahaja yang boleh mengajar Al-Qur'an, maka wajib (fardhu 'ain) ke atas orang tersebut mengajarkan Al-Qur'an itu. Sementara jika terdapat sekumpulan orang yang boleh mengajar Al-Qur'an dan mereka mengajarkannya, maka gugurlah kewajipan itu pada sebahagian yang lain. Sedangkan jika mereka enggan mengajarkannya, maka kesemua mereka menanggung dosa. Berlainan halnya jika diminta salah seorang daripada kumpulan mereka yang boleh membaca dan mengajar Al-Qur'an untuk mengajarkannya kepada orang lain, tetapi dia enggan atau menolak, maka tidaklah dia berdosa, akan tetapi hukumnya makruh jika dia menolak tanpa ada keuzuran. Adab-adab bagi Orang Mengajar Al-Qur'an Mengajar Al-Qur'an merupakan salah satu daripada perkara penting dan semulia-mulia pekerjaan dalam Islam. Ini kerana mengajar merupakan asas yang membimbing seseorang itu untuk memperdalami ilmu agamanya dan hal ehwal yang berkaitan dengannya termasuklah membimbing orang lain dalam pembacaan Al-Qur'an. Oleh kerana itu, terdapat adab-adab yang mesti dijaga oleh mereka yang mengajar Al-Qur'an agar apa yang diajarkan mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata'ala dan dapat difahami oleh para pelajar,
B
antaranya sebagaimana yang disebut oleh Imam An-Nawawi Rahimahullah Ta'ala dalam Kitab At-Tibyan fi Adab Hamlat Al-Qur'an : 1. Mengajar dengan tujuan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala, bukan untuk tujuan keduniaan seperti bertujuan untuk mendapat kekayaan, kedudukan, kemasyhuran atau mengharap pujian daripada orang ramai atau yang seumpamanya. Begitu juga dengan belajar Al-Qur'an, tujuannya tidak lain adalah untuk mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman : Tafsirnya : ''Sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat, Kami tambah baginya keuntungan itu dan siapa yang menghendaki keuntungan di dunia, Kami berikan kepadanya sebahagian daripadanya dan tidaklah ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.'' (Surah asy-Syura : 20) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : Maksudnya : ''Sesiapa mempelajari ilmu yang sepatutnya dipelajari untuk mendapat keredhaan Allah Ta'ala lalu dia mempelajarinya untuk mendapat kesenangan dunia, maka dia tidak mendapatkan (bau harum) syurga pada hari kiamat.'' (Hadis riwayat Abu Daud) 2. Berakhlak dengan akhlak yang baik, sebagaimana yang dianjurkan oleh syara' seperti murah hati, bermanis muka, lemah lembut, sabar, bersih daripada pendapatan yang hina, wara', khusyu', sentiasa tenang hati, sopan, tawadhu' dan merendah diri. Hendaklah menjauhkan diri daripada ketawa yang berlebihan dan banyak bergurau, bersifat hasad, riya', sombong, menghina orang lain dan seumpamanya. 3. Sentiasa melakukan perkara-perkara yang disyariatkan seperti membersihkan diri daripada kekotoran, memotong rambut atau bulu sebagaimana yang dituntut oleh syara' supaya dibuang, memotong kuku, membisaikan janggut, menghilangkan bau-bau yang tidak disukai dan tidak memakai pakaian yang tidak disuka oleh syara'. 4. Sentiasa menasihati para pelajar dalam pelbagai perkara sebagaimana yang diriwayatkan daripada Tamim ad-Dariyyi Radhiallahu 'Anhu : Maksudnya : ''Bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : ''Agama itu nasihat.'' Kami berkata : ''Bagi siapa?'' Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab : Bagi Allah, bagi kitab-Nya, bagi rasul-rasul-Nya, bagi umat Islam dan seluruh umat manusia''.'' (Hadis riwayat Muslim) Antara nasihat yang disampaikan pula adalah berupa panduan dan bimbingan untuk kebaikan para pelajar. Menolong keperluan para pelajar Al-Qur'an jika mampu, menjinakkan hati mereka (agar melakukan kebaikan), bersikap toleransi, sentiasa menanam sifat lemah lembut
dengan para pelajar serta memberikan semangat kepada mereka untuk belajar juga termasuk dalam ertikata memberi nasihat. Hendaklah juga dijelaskan kepada mereka tentang fadhilat menuntut ilmu dan fadhilat belajar Al-Qur'an serta ilmu-ilmu syari'ah sebagai perangsang dan pendorong supaya mereka berminat mempelajarinya. 5. Hendaklah sentiasa menyayangi mereka serta menjaga maslahat mereka sebagaimana guru menjaga maslahat dirinya dan anak-anak, serta berperanan sebagaimana peranan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, bahawasanya guru segala guru, iaitu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda : Maksudnya : ''Sesungguhnya aku umpama seorang bapa kepada kamu, aku mengajar kamu.'' (Hadis riwayat Abu Daud) 6. Tidak meninggikan diri terhadap para pelajar dan sentiasa berlemah lembut kepada mereka dan merendah diri. Firman Allah Subhanahu Wata'ala : Tafsirnya : ''Serta berlemah-lembutlah engkau terhadap orang-orang beriman.'' (Surah al-Hijr : 88) Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : Maksudnya : ''Tidaklah berkurangan harta dengan sedekah dan tidaklah Allah akan menambah bagi seorang hamba yang memberi maaf (kepada saudaranya) melainkan dengan kemuliaan dan tidaklah seseorang itu merendah diri semata-mata kerana Allah kecuali Allah akan mengangkat martabatnya.'' (Hadis riwayat Muslim) 7. Hendaklah mendidik para pelajar secara berperingkat-peringkat agar mereka mempunyai akhlak yang tinggi lagi mulia, serta berperangai dengan perangai yang disenangi, memberi mereka semangat sama ada dengan percakapan atau perbuatan supaya mereka sentiasa ikhlas, jujur dan berniat baik serta ingat bahawa pengawasan Allah Subhanahu Wata'ala terhadap mereka adalah pada segenap waktu. Perlu juga ditanamkan kepada para pelajar bahawa dengan mempelajari Al-Qur'an itu, akan terbukalah pintu-pintu pengetahuan, teranglah hati dan Allah Subhanahu Wata'ala memberkati pembelajaran dan kehidupan orang yang belajar Al-Qur'an itu dan ia bersesuaian dengan perbuatan dan percakapannya (perbuatan dan percakapan mencerminkan akhlak yang diajar di dalam Al-Qur'an). 8. Memberi komitmen yang tinggi ketika mengajar dan melapangkan hatinya daripada kesibukan ketika duduk mengajar mereka, serta memberi komitmen tinggi dalam memahamkan pelajaran kepada mereka. Di samping itu, hendaklah dia sentiasa menjaga dan mengawasi tahap kemampuan para pelajar serta pemahamannya. Pengajar tidak boleh membataskan pembelajaran para pelajar tanpa sebab sedangkan mereka masih mampu dan bersedia menerima ilmu yang lebih
daripada itu. Hendaklah dia menyuruh para pelajar untuk sentiasa mengulang pembacaan yang telah diajarkannya dan hafalan dan menyoal mereka tentang perkara-perkara penting yang telah diajarkan berkaitan Al-Qur'an seperti hukum tajwid dan sebagainya. 9. Hendaklah dia mendahulukan pelajar yang datang lebih awal apabila ramai yang datang belajar. Jika pelajar yang datang awal redha atau bersetuju untuk mendahulukan pelajar yang lain, maka boleh didahulukan yang lain. 10. Hendaklah menunjukkan kegembiraan dan bermanis muka dengan para pelajar, menyelidik hal ehwal atau keadaan mereka serta bertanyakan para pelajar yang tidak hadir bagi mengetahui perkhabaran mereka. Begitulah antara adab-adab yang perlu dijaga dan diambil perhatian oleh mereka yang mengajar Al-Qur'an kerana Al-Qur'an adalah ilmu yang paling mulia. Lebih utama lagi jika majlis pembelajaran Al-Qur'an dibuka seluas-luasnya untuk membolehkan lebih ramai lagi belajar di dalamnya. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : Maksudnya : ''Sebaik-baik majlis adalah yang seluas-luasnya (yang ramai orang menghadirinya).'' (Hadis riwayat Abu Daud) Inilah antara bukti keimanan dan kecintaan umat Islam terhadap Al-Qur'an sebagai kitab Allah Subhanahu Wata'ala. Selain dari mempelajarinya serta memahami isinya, menjaga adab-adab mengajarkannya juga adalah sebahagian dari etika mengagung dan memuliakan Al-Qur'an. Sesungguhnya mengajarkan Al-Qur'an adalah amalan dan pekerjaan mulia yang menjanjikan pahala yang berterusan. Bertitik tolak dari amalan dan pekerjaan mulia pengajar Al-Qur'an inilah yang akan melahirkan generasi muda yang cintakan Al-Qur'an dan berakhlak dengan Al-Qur'an dalam seluruh kehidupan mereka.
Pentingnya 'Aqidah kepada umat Islam
I
MAN adalah harta yang sangat bernilai. Ia bukan sesuatu yang boleh diwarisi atau dijual beli. Ia adalah anugerah Allah yang patut disyukuri dan dipelihara. Kerana itulah, Nabi Ya'qub 'Alaihissalam sekalipun bernasabkan para Nabi dan memiliki keturunan juga di kalangan para Nabi, cukup bimbang akan keselamatan 'aqidah anak cucu baginda. Ini diceritakan di dalam Al-Qur'an dalam Surah Al-Baqarah ayat 133 yang tafsirnya : ''Adakah kamu menyaksikan ketika Nabi Ya'qub didatangi tanda-tanda kematian ketika dia berkata kepada anak-anaknya : 'Apakah yang akan kamu sembah sesudah aku mati?' Mereka berkata : 'Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapa (dan datuk nenek)mu Ibrahim, Ismail dan Ishaq, iaitu Tuhan yang Maha Esa dan kepada-Nyalah sahaja kami berserah diri (tunduk patuh).'' Kerana 'aqidah juga, para Nabi dan Rasul sanggup menerima apa jua rintangan dan bebanan demi memperjuangkannya. Dari Nabi Adam 'Alaihissalam hinggalah kepada Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam semuanya telah berusaha memelihara 'aqidah umat mereka agar tidak terpesong ke jalan sesat. Penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah umpamanya bertujuan untuk membentuk umat Islam yang baru berpegang kepada ajaran agama Islam.
Kepentingan 'aqidah dan perjuangan mempertahankannya ada disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu yang bermaksud : ''Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam ditanya : Apakah amal yang paling utama? Rasulullah menjawab : Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Baginda ditanya lagi, kemudian apa? Baginda menjawab : Jihad fi sabilillah.'' 'Aqidah merupakan simpulan iman yang akan menyuntikkan semangat perjuangan, menyuburkan daya saing dan memupuk perpaduan di kalangan umat Islam. Ini kerana, iman yang tersimpul erat di dalam hati mendorong seseorang untuk berusaha, bekerja keras, melakukan kebajikan, membantu orang, membina kemajuan, menunaikan tanggungjawab, sanggup berkorban dan sebagainya demi mengaut seberapa banyak pahala kebajikan. Umat Islam yang tidak mempunyai 'aqidah yang kukuh akan mudah terpesong dan menyeleweng dari ajaran agamanya yang sebenar. Bukan itu saja, ia akan menjadi anggota masyarakat yang tamak kerana cintakan dunia, pengecut kerana takutkan manusia, liar kerana tiada pegangan, tidak jujur kerana tidak mengenal dosa dan membawa pelbagai lagi masalah dan kerosakan yang merugikan pelbagai pihak. Begitu juga segala pembangunan dan kemajuan
yang dibina oleh umat Islam. Jika tidak didasari oleh kekukuhan 'aqidah, ia hanya akan membawa kepada pelbagai kekalutan di tengah-tengah masyarakat. Ini kerana, 'aqidah adalah asas kepada kesejahteraan dan petunjuk dari Allah. Ini dijelaskan dalam Surah Al-An'aam ayat 82 yang tafsirnya : ''Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan (daripada bencana) dan mereka mendapat hidayat.'' 'Aqidah juga adalah tunjang segala amalan dan benteng pertahanan yang kukuh daripada segala perkara yang merosakkan. Jika 'aqidah seseorang itu tidak betul, maka segala amalan yang dilakukannya menjadi sia-sia belaka, manakala di akhirat pula akan dimasukkan ke dalam api neraka. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Anbiyaa' ayat 94 yang tafsirnya : ''Maka sesiapa yang mengerjakan amalan-amalan salih sedang dia beriman maka tidaklah disia-siakan usahanya itu dan sesungguhnya Kamilah yang mencatat amalannya itu (untuk membalasnya).'' Namun kepentingan 'aqidah kurang diambil perhatian oleh sebilangan umat Islam masa kini. Mereka lebih bimbangkan nasib anak bangsa dan anak cucu mereka akan menjadi miskin harta dan tanah setelah mereka tiada nanti. Tetapi adakah ramai dari kalangan umat Islam yang bimbangkan nasib anak cucu mereka di akhir zaman ini,
sepatutnya lebih-lebih lagi bimbang akan keutuhan 'aqidah anak-anak kita. Kita patut insaf betapa pentingnya 'aqidah dalam menentukan nasib dan maruah bangsa. Sebagai umat Islam yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia dan keselamatan di akhirat, kita hendaklah menjadi masyarakat Islam yang memelihara dan menegakkan 'aqidah dan syari'at Islam. Bagi memelihara dan memperkukuhkan 'aqidah pula ia hendaklah dibina atas dasar iman yang kukuh, dibajai dengan ilmu dan amal serta dipelihara dari dicemari oleh sebarang serangan anasir dan gejala penyelewengan dan kesesatan. Berdoalah di samping segala usaha yang lain dalam mempertahankan keutuhan 'aqidah Islam. Al-Imam al-Hakim telah meriwayatkan dalam sebuah hadits daripada 'Ali Radhiallahu 'Anhu bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud : ''Doa adalah senjata orang mukmin, tiang kepada agama dan cahaya kepada langit dan bumi.''
RENCANA
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
11
Lahirkan generasi
berwawasan
MURID berkeperluan khas sedang membaca Al-Qur'an Braille.
Oleh: Nurul Nadzirah binti Haji Mahadin, Mariani binti Haji Abd. Ghani dan Hajah Norizan binti Mahal
S
AMBUTAN Hari Guru Ke-25 pada tahun ini telah membawa tema 'Guru Pemangkin Insan Berwawasan' bertepatan dengan pameran yang dikelolakan oleh Jabatan Perkembangan Kokurikulum dan Jabatan Pengajian Tinggi bagi mengetengahkan usaha perkembangan pendidikan terkini di Negara Brunei Darussalam. Sebanyak sembilan jenis pameran yang disertai oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap, Jabatan Pengajian Islam, Sekolah Ma'had Islam Brunei, Unit Pendidikan Khas, Jabatan Sekolah-Sekolah, Sekolah Tahfiz dan wakil-wakil dari Pengajian Tinggi. Manakala kawasan empat pula mengenai pameran potret bekas guru-guru dan antara pelajarpelajar mereka yang telah mencapai kejayaan. Pameran yang dibukakan kepada orang ramai bermula pada 26 hingga 29 September lepas berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas membawa tema 'Kepimpinan Raja Pemangkin Pendidikan Negara' yang mana secara menyeluruh disatukan bagi pendidikan dari awal kanak-kanak hingga ke peringkat tertinggi. Di samping itu, pameran yang diungkayahkan ini berpandukan kepada titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan sabda Duli Yang Teramat Mulia
DAYANG Salbiah binti Mohammad.
Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dengan memberikan penekanan bukan sahaja tertumpu kepada pendidikan, tetapi juga terhadap kemahiran hidup dalam mendukung peningkatan pendidikan di Negara Brunei Darussalam. Beberapa pameran terbuka turut mempamerkan beberapa aspek perkembangan pendidikan terkini, iaitu : AL-QUR'AN BRAILLE Berdasarkan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah sempena Sambutan Hari Keputeraan Ke-47 pada 25 Muharram 1414H / 15 Julai 1993M : ''…Maka untuk tujuan pengusahaan sains dan teknologi itu, usaha yang gigih, terutamanya di bidang pendidikan adalah sangat diperlukan. InsyaaAllah rancangan kerajaan ke arah ini, akan terus menghala kepada melahirkan generasi yang mahir dalam bidang-bidang berkenaan.'' Diharapkan Pengajian Hafazan Al-Qur'an secara sepenuh masa dapat melahirkan para Hafiz Al-Qur'an dari golongan istimewa yang hilang upaya penglihatan. Selain menghafaz Al-Qur'an, pelajar juga akan diajarkan mata pelajaran lain seperti tulisan Rumi dan Jawi Braille serta Pengetahuan Ugama Islam. Kategori ini dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Bahagia, Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Kebudayaan, Belia
DAYANG Salina binti Md. Razali.
dan Sukan. Kini, enam pelajar golongan istimewa iaitu, dua pelajar lelaki dan empat pelajar perempuan sedang menuntut di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan tiga pengajar Al-Qur'an Braille. Pada tahun 2013 pula, tenaga pengajar ini telah mengikuti kursus pengajaran Al-Qur'an Braille seperti menghafal kod selama sebulan oleh seorang pelajar dari Mesir. KAEDAH KIU Sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena Majlis Sambutan Hari Guru Kali Ke-6 pada 9 Jamadilawal 1417H / 23 September 1996M : ''…Guru-guru itu perlulah sentiasa berada di hadapan dalam bidang ilmu, kemahiran-kemahiran dan akhlak yang mulia, dalam makna, guru-guru yang berjaya ialah mereka yang sentiasa mempertingkat kualiti kemahiran dengan menjadikan pendidikan itu sebagai amalan sepanjang hayat.'' Antara pameran yang diketengahkan oleh Pengajian Islam yang bertepatan dengan titah tersebut adalah melalui kaedah pertuturan KIU bagi murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan. Menyedari kebaikan kaedah KIU ini, Institusi Pengajian, Jabatan Pengajian Islam khasnya telah menggunakan kaedah ini sejak awal tahun ini. Ia diaplikasikan kepada murid yang mempunyai masalah pendengaran khususnya di sekolah-sekolah ugama. Antara lain juga ditunjukkan cara bacaan Al-Qur'an daripada murid yang mempunyai masalah pertuturan dan pendengaran dengan menggunakan kaedah bertutur KIU yang berpandukan kepada lapan posisi bentuk tangan seperti posisi sisi, sisi hadapan, dagu, leher mengikut bunyi vokal itu. Di samping itu, Jabatan Pengajian Islam turut mempamerkan Pengajaran Al-Qur'an; Skim Galakan Khatam Al-Qur'an khususnya di bawah kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun dan juga mengadakan Skim Tilawah Remaja. PENDIDIKAN RENDAH Bagi menyahut titah Kebawah DYMM juga, pameran mengenai pendidikan awal turut dipamerkan khususnya di pendidikan rendah. Dalam pameran ini juga turut mengongsikan kejayaan seorang murid perempuan yang bernama
DAYANG Siti Ifwah Fauzani binti Awang Haji Chuchu.
PAMERAN antaranya mengandungi titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai pendidikan berserta warna-warni guru.
Dayang Nabilah Syafiqah binti Mohd. Bahrin berjaya mengharumkan nama negara. Pameran tersebut diwakili oleh Dayang Hajah Nor Susilawati binti Haji Mohd. Tahir yang pernah mengajar Nabilah. Dari sesi temu ramah yang diadakan, Dayang Nabilah Syafiqah bersekolah di Sekolah Rendah Lubok Pulau dan pada masa ini berada di Tahun 3. Sejak Darjah Pra, Dayang Nabilah Syafiqah telah menjadi pemenang dalam mewarna dan melukis. Lagi pula, dia mula meminati seni tersebut kerana hasil daripada ajaran Dayang Hajah Nor Susilawati, iaitu cikgunya semasa Darjah Pra. Selain sering memenangi hadiah nombor satu dalam mewarna, dia juga sering memenangi pertandingan seni melukis. Ketika ini Dayang Nabilah Syafiqah masih dalam Darjah Pra, dia mempunyai pengalaman bertanding dengan 24 buah negara dan telah menjadi pemenang wakil bagi Negara Brunei Darussalam. Dalam pertandingan tersebut, setiap negara ada seorang pemenang dan bagi negara kita, Nabilah telah menjadi juara wakil sekolah rendah senegara, termasuk swasta dan kerajaan. Oleh kerana pencapaiannya yang memberangsangkan, Dayang Nabilah berasa sangat bersyukur dan gembira kerana pada tahun 2013, dia diberi peluang ke Jepun untuk mengikuti sesi melukis dan mewarna serta pelbagai aktiviti yang dilakukan contohnya, melawat bersama ibunya. Namun di sana, Nabilah hanya melukis sahaja untuk kenangkenangan para pemenang dan tujuannya adalah bagi mengabadikan lukisan mereka. Di Jepun, Nabilah telah menjuarai 'Anugerah Mitsubishi Asian Chidlrens’s Enikka Festa' yang telah
DAYANG Hajah Siti Raudhah Hazimah binti Haji Abdul Wahab.
diadakan kerana kebolehannya dalam menghasilkan lima peristiwa penting dalam kehidupan sehariannya melalui lakaran lukisan iaitu, pengalaman pertama bersekolah, sambutan hari jadi, kaca mata hitam, mainan kegemaran dan bermain di pantai. Dengan itu, dia telah memenangi medal yang diukir dengan namanya. Hakikatnya, ia adalah bukan perkara yang senang bahawa anak Darjah Pra mempunyai kebolehan dalam melukis dan menulis. Ini menunjukkan Nabilah adalah seorang murid yang luar biasa kerana anak diusianya sudah memiliki bakat tersebut. Dalam usia enam tahun, Nabilah bukan sahaja dapat mengeskpresikan kreativitinya melalui lukisan malah dapat menceritakannya dalam bentuk karangan pendek. UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM (UBD) Bagi mencapai pendidikan yang semakin berkembang yang bertepatan dengan hasrat Kebawah DYMM sempena Majlis Kemuncak Sambutan Penubuhan UBD Ke-25 Tahun, baginda bertitah : ''…Beta juga gembira mengetahui yang UBD sedang mengasaskan pembelajaran sepanjang hayat atau Life-Long Learning, dengan menawarkan pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat, kepada masyarakat umum, melalui Continuing Education Centre di UBD. Ini bertujuan untuk memupuk budaya gemarkan ilmu di kalangan masyarakat kita.'' UBD telah menyahut hasrat tersebut dengan mengungkayahkan pameran mengenai Human Library Project (HLP) yang merupakan salah satu projek di UBD yang terdapat di bawah Community Outreach Program (COP). Ia merupakan sebahagian daripada aktiviti Discovery Year bagi mahasiswa-mahasiswi Tahun 3. Pameran-pameran pendidikan yang diungkayahkan sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan telah berjaya menyahut dan menepati titah Kebawah DYMM. Dengan adanya pameran terbuka yang berlangsung selama tiga hari ini juga akan dapat melahirkan dan memangkin para belia atau generasi yang berwawasan serta bertepatan dengan hasrat negara bagi mencapai Wawasan 2035.
12
NASIONAL
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
Jemaah haji Brunei Laungan takbir puji kebesaran Ilahi selamat dari rempuhan di Mina BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 September. - Kejadian rempuhan manusia yang mengakibatkan kematian dalam kalangan jemaah haji di Mina, Arab Saudi telah menjadi perhatian masyarakat umum termasuk di negara ini. Berikutan dengan berita-berita tersebut yang disiarkan melalui pelbagai media termasuk media sosial itu, Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Pejabat Urusan Haji Negara Brunei Darussalam yang bertugas ketika ini di Arab Saudi memaklumkan bahawa dengan rahmat dan perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala jua, kesemua jemaah haji Negara Brunei Darussalam adalah dalam keadaan selamat dan tidak terlibat dalam kejadian berkenaan. Semasa kejadian rempuhan berlaku, para jemaah haji Negara Brunei Darussalam sedang berada di Mekkah untuk melaksanakan Tahallul selepas beredar dari Padang Arafah. Sehubungan itu, orang ramai terutama keluarga jemaah haji di negara ini disaran supaya tidak merasa bimbang dan cemas dengan berita yang diterima tentang kejadian tersebut. Umat Islam di negara ini diminta untuk sama-sama memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar jemaah haji Negara Brunei Darussalam khasnya dan jemaah haji lain amnya akan berada dalam keadaan selamat sejahtera dan sentiasa dalam perlindungan-Nya, khususnya daripada perkara-perkara yang tidak diingini serta selamat sempurna menunaikan segala ibadat mereka dan beroleh haji yang mabrur.
Perjumpaan, taklimat bersama ketua kampung Berita dan Foto : Ihsan PDB MUKIM BERAKAS, Selasa, 22 September. - Balai Polis Berakas (BPB) telah menganjurkan satu perjumpaan dan taklimat bersama ketua-ketua kampung berlangsung di BPB. Perjumpaan tersebut dihadiri oleh 14 ketua kampung di bawah jagaan BPB, iaitu Mukim Berakas 'A' dan Mukim Berakas 'B' termasuk Kampung Manggis, Kampung Sungai Tilong, Kampung Sungai Akar, RPN Lambak Kanan Kawasan 1, 2, 3, 4 dan 5, Kampung Lambak 'A', Kampung Lambak 'B', Perumahan STKRJ Kampung Lambak Kiri dan sekitarnya, Kampung Pancha Delima / Anggerek Desa, Kampung Delima Satu dan Kampung Jaya Setia / Kampung Jaya Bakti. Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan peranan kampung untuk meningkatkan isu-isu keselamatan di kampung masing-masing dengan penubuhan Pengawasan Kejiranan serta mengeratkan perhubungan dalam kalangan Pegawai Penguasa Balai bersama ketua-ketua kampung di bawah jagaan BPB. Taklimat disampaikan oleh Pegawai Penguasa BPB, Penolong Penguasa Polis Norkhatijah binti Haji Zainal yang antaranya menekankan tentang kepentingan dan peranan ahli Pengawasan Kejiranan. Juga dibincangkan ialah statistik jenayah curi yang telah pun dilaporkan di BPB bagi dua tahun kebelakangan. Ketua-ketua kampung Mukim Berakas 'A' dan Mukim Berakas 'B' juga berpeluang membincangkan mengenai beberapa perkara yang berbangkit dalam kalangan ketua-ketua kampung termasuk permasalahanpermasalahan anak-anak buah kampung serta isu-isu berkenaan Pengawasan Kejiranan.
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman menyertai melaungkan takbir sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1436 Hijrah.
Oleh : Haji Mahmud Hafidzie Haji Ali Mashod Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 September. Negara Brunei Darussalam akan meraikan Hari Raya Aidiladha pada 24 September di seluruh masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara. Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong dan Masjid Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara lazimnya menjadi tumpuan bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha. Dalam mengimarahkan masjid dengan laungan takbir yang memuji kebesaran Allah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong mengadakan takbir beramai-ramai sejurus menunaikan Solat Fardu Isyak Berjemaah. Hadir pada majlis berlangsung di Jame' 'Asr Hassanil
Bolkiah, Kampung Kiarong di sini ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman dan seterusnya memimpin bacaan Surah Al Faatihah. Juga hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yussof; Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid; Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja'ah; pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan dari KHEU serta penduduk sekitarnya. Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mat Jaya bin Haji Ibrahim. Laungan takbir itu juga diadakan serentak di semua masjid, surau dan balai ibadat di keempat-empat daerah.
Kontinjen UNIFIL selamat kembali ke tanah air BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 September. - Seramai 30 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di bawah Batalion Malaysia 850-2 (MALBATT 850-2) yang menyertai misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) selamat kembali ke tanah air. Kepulangan rombongan UNIFIL tersebut di Dewan Gymnasium Bolkiah Garison dialu-alukan oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah. Juga hadir Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, komandan-komandan, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai di Kementerian Pertahanan dan ABDB serta ahli keluarga para anggota. Kontinjen UNIFIL yang diketuai oleh Mejar Pengiran Malik Yusri bin Pengiran Haji Zaidi itu telah bertolak meninggalkan negara pada 25 Ogos 2014 lepas. Negara Brunei Darussalam yang menghantar misi pengaman ke Lubnan
Oleh : Aimi Sani Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi
PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah menanggalkan lencana UNIFIL daripada salah seorang anggota yang terlibat.
sejak tahun 2008 itu adalah sejajar dengan mandat PBB, selain memberi peluang kepada ABDB untuk
KETUA-KETUA Kampung Mukim Berakas 'A' dan Mukim Berakas 'B' mendengarkan taklimat daripada Pegawai Penguasa Balai Polis Berakas, Penolong Penguasa Polis Norkhatijah binti Haji Zainal yang antaranya menekankan mengenai kepentingan dan peranan Ahli Pengawasan Kejiranan. PEMERINTAH ABDB bergambar ramai bersama anggota UNIFIL.
menunjukkan keterlibatan Negara Brunei Darussalam dalam pasukan pengaman PBB.
AGAMA
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
13
Kepulangan jemaah haji pertama
KEPULANGAN jemaah haji negara penerbangan pertama disambut dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Mudim Awang Haji Tamin bin Haji Puting.
SALAH seorang jemaah haji negara disambut dengan penuh kegembiraan oleh kaum keluarga dan sanak saudara setelah selamat kembali ke tanah air.
Dari muka 1 Juga mengalu-alukan ketibaan jemaah haji negara ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid; Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan, KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja'ah; wakil Pesuruhjaya Polis, Awang Azahari bin Awang Besar dan wakil Duta Besar Arab Saudi ke negara ini serta para pegawai kanan dari KHEU. Kepulangan jemaah haji juga
disertai oleh enam bi'thah perubatan haji dari Kementerian Kesihatan. Para jemaah haji ini telah mengikuti Pakej Darussalam Holdings dan Strait Central Agencies (Brunei) Sendirian Berhad. Bagi memberkati kepulangan jemaah haji, Majlis Doa Selamat dibacakan oleh Mudim Awang Haji Tamin bin Haji Puting. Seorang jemaah haji negara yang mengikuti penerbangan pertama di bawah Pakej Darussalam Holdings, Awang Haji Bahrin bin Haji Metussin dari Kampung Beribi ketika ditemui mengongsikan pengalaman beliau semasa menunaikan fardu haji tahun ini.
Tiada penutupan akibat jerebu BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 28 September. - Berikutan tersebarnya teks pesanan ringkas yang mendakwa makluman dari Pentadbiran Politeknik Brunei ke atas operasi pembelajaran di Politeknik Brunei akibat jerebu. Politeknik Brunei memaklumkan bahawa tiada sebarang makluman dibuat mengenai penutupan pengajian di institusi berkenaan akibat jerebu buat masa ini dan Politeknik Brunei adalah beroperasi seperti biasa. Pihak Politeknik Brunei akan sentiasa bekerja rapat dengan pihak-pihak berkenaan terutamanya dengan pihak Kementerian Pendidikan dan pihak Kementerian Pembangunan bagi mendapatkan nasihat yang bersesuaian berkenaan dengan keadaan jerebu atau mana-mana perkara berkaitan. Sebarang pemakluman hanya akan dibuat secara kenyataan rasmi melalui saluran-saluran rasmi. Politeknik Brunei sentiasa memantau kesejahteraan pelajar-pelajar, tenaga pengajar serta kakitangannya bagi memastikan keselesaan mengajar dan belajar di institusi berkenaan. Oleh itu, politeknik berkenaan memohon kerjasama orang ramai untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih dan palsu serta boleh mengelirukan orang awam. Penyebaran berita ataupun makluman yang palsu boleh diambil tindakan dan didakwa di bawah undang-undang Negara Brunei Darussalam.
Menurutnya, ini merupakan haji kedua bagi beliau dan pertama kali ialah pada tahun 2000 yang mana banyak perubahan dan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Kementerian Haji Arab Saudi demi keselesaan semua jemaah haji seluruh dunia. Antara pembaikan yang telah dibuat tersebut, tambahnya, termasuklah dari segi tempat tinggal iaitu di khemah-khemah Arafah dan Mina, manakala Masjidil Haram di Mekah juga ketika ini sedang dalam proses penaiktarafan yang dijangka akan siap dalam dua hingga tiga tahun lagi. Menceritakan mengenai musibah angin kencang dan ribut yang berlaku di Mekah sehingga menyebabkan sebuah kren tumbang di Masjidil Haram dan mengorbankan lebih 100 orang jemaah haji dan rempuhan jemaah yang berlaku di Mina dan mengorbankan lebih 800 jemaah, Awang Haji Bahrin melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana semua jemaah haji Negara Brunei Darussalam selamat daripada kejadian tersebut.
Apa yang berlaku itu bagi beliau semuanya adalah sebagai peringatan Allah Subhanahu Wata'ala kepada umatnya dan semua yang terjadi adalah atas kehendak Allah jua. ''Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala
kerana dapat menunaikan dan melaksanakan haji bagi kali kedua dan dapat mengerjakan semua ibadah haji dengan sempurna tanpa ada sebarang masalah,'' ujarnya yang menunaikan haji tahun ini bersama isteri beliau.
KEGEMBIRAAN jelas terpancar dari raut wajah para jemaah haji negara apabila bertemu kembali dengan kaum keluarga setelah berjauh selama hampir sebulan.
Fan Lai Fong terima hidayah Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 25 September. - Negara Brunei Darussalam telah diisytihar sebagai sebuah Negara Zikir yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya dengan berpegang kepada Ahli Sunnah Waljamaah. Dengan kedatangan seorang lagi saudara baru yang memeluk agama Islam akan menambah jumlah umat Islam di negara ini yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai akhlak mulia dan meninggikan syiar Islam. Pada majlis yang berlangsung di kediaman Awang Hilmi bin Haji Suhaili di Kampung Menglait, Jalan Gadong, seorang wanita berbangsa Cina telah melafazkan ikrar pengislamannya di hadapan Pegawai Unit Pengislaman Pusat Da'wah Islamiah, Daerah Brunei dan Muara (DBM). Fan Lai Fong, 32, kini dikenali sebagai Dayang Nursyazwana Virasyaqilah binti Abdullah Fan. Menurut Dayang Nursyazwana
Virasyaqilah, hasrat untuk memeluk agama Islam ini lahir daripada hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala. Majlis Pengislaman diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban dan
menabur bunga rampai kepada saudara baru yang diraikan. Mengikut catatan keramaian masuk Islam seluruh negara dari bulan Januari hingga Ogos 2015 mencatatkan seramai 314 orang, manakala menurut catatan keramaian masuk Islam bagi DBM dari bulan Januari hingga Ogos 2015 mencatatkan seramai 160 orang.
FAN Lai Fong kini dikenali sebagai Dayang Nursyazwana Virasyaqilah binti Abdullah Fan melafazkan ikrar pengislamannya di hadapan Pegawai Unit Pengislaman Pusat Da'wah Islamiah.
14
JAWATAN KOSONG
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
IKLAN
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
KENYATAAN TAWARAN BILANGAN TAWARAN : 07/JULAI/2015/PKBN/1.41/15(R) TAJUK TAWARAN : PENYEDIAAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DARAT BAGI PENGAMBILAN KELIMA PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA (PKBN), KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1. TAWARAN dibukakan kepada syarikatsyarikat tempatan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Dokumen tawaran boleh diperolehi dari Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam semasa hari / waktu bekerja.
3. Yuran tawaran adalah BND50.00 sahaja bagi setiap tawaran dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah (bone-fide-tender). 4. Penerangan lanjut boleh dirujuk kepada Bahagian Khidmat Bakti Negara semasa waktu bekerja melalui talian 2340033 / 2340045 yang bertempat di Ibu Pejabat Bahagian Khidmat Bakti Negara, Blok 18, Simpang 32-15, Flat Kerajaan Anggrek Desa, Jalan Berakas, BB3713, Negara Brunei Darussalam. 5. Tawaran hendaklah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan bilangan dan tajuk tawaran serta tarikh tutup tawaran tanpa menyatakan nama penender / syarikat dengan dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan,
KEMENTERIAN PERTAHANAN
JPPK/LTN/19/2015 Tajuk Tawaran : PROPOSED REPLACEMENT 2 NOS OF AIR COOL CHILLER AND OTHER ASSCONDITIONING SYSTEM SERVING UTILITY COMPLEX AT MUARA NAVAL BASE Bayaran Tawaran : BND100.00 (tidak dikembalikan) Kelas : III DAN KE ATAS Kategori : M01, E01 & E02 Tempoh Penyiapan : ENAM (6) BULAN TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Kementerian Pertahanan, Blok 'C', Tingkat Bawah, Jabatanarah
Kewangan dan Perolehan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam tidak lewat jam 2.00 Petang, hari Selasa, 20 Oktober 2015. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja, di Blok 'D', Tingkat 1, Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, BS3510, Negara Brunei Darussalam semasa hari-hari bekerja (Isnin - Jumaat). Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran pada 16 Oktober 2015, hari Jumaat, jam 3.30 Petang. Bayaran tawaran (tender fee) hendaklah dibayar di Bahagian Kewangan Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Blok 'C', Tingkat 1, Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison,
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI
NOTIS JUALAN LELONG BILANGAN : (2015) JPA/1.4/1858/88 Pt.2 TARIKH TUTUP : HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015 1. DIMAKLUMKAN bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan satu jualan lelong bagi harta benda kerajaan, iaitu 81 unit perabot / perkakas pejabat; 4 drawer filing cabinet without lock bar dan cabinet with sliding door. 2. Jualan lelong ini adalah terbuka kepada orang ramai sama ada persendirian atau syarikat. 3. Pelelongan ini adalah secara keseluruhan (lump sum) bagi kesemua jenis barang di mana orang ramai atau syarikat yang berminat hendaklah membuat satu tawaran harga bagi
kesemua barang yang dilelong. 4. Dengan itu, orang ramai atau syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai pelelongan ini bolehlah memeriksa peralatan dan perabot pejabat berkenaan pada waktu dan tempat yang ditetapkan seperti berikut : Tarikh : Hari-hari bekerja, iaitu 19 hingga 26 September 2015 Waktu : 9.00 Pagi - 11.30 Pagi Tempat : No. 2, Block C12 Flat Kawasan Perumahan Kampung Anggerek Desa, Berakas Negara Brunei Darussalam. 5. Setiap tawaran hendaklah menggunakan borang tawaran yang disediakan yang mana boleh diperolehi di alamat berikut : Bahagian Pembangunan dan Pengurusan
Tidak lewat 13 Oktober 2015, Jam 2.00 Petang, hari Selasa. 7. Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran adalah pada hari Sabtu, 10 Oktober 2015, jam 11.00 Pagi. 8. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. 9. Sebelum dokumen tawaran dikeluarkan, setiap syarikat dikehendaki membawa dan menghadapkan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (Business Enactment Section 16 & 17) dan dikehendaki membayar yuran tawaran dengan kadar yang telah ditetapkan.
10. Tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang mempunyai pengecualian tidak akan dilayan. 11. Setiap borang tawaran yang telah diisikan dengan lengkap hendaklah menyertakan salinan sijil pendaftaran (seperti kenyataan para 5) dan salinan resit pembayaran yuran tawaran (seperti kenyataan para 3). 12. Syarikat-syarikat yang dimiliki oleh pegawai / kakitangan kerajaan dan seumpamanya tidak akan dilayan dan tidak sah untuk dinilai. 13. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawarantawaran yang rendah atau lain-lain tawaran. 14. Syarikat yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi akan dikenakan denda selaras mengikut peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara, rujukan LTN/4(39/1997).
BS3510, Negara Brunei Darussalam. Waktu bagi menerima bayaran : Isnin - Khamis 8.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari 2.00 Petang - 3.00 Petang Jumaat 8.00 Pagi - 11.00 Pagi 2.30 Petang - 3.30 Petang c. Pembekal adalah dikehendaki membayar semua yuran dokumen dan bayaran tawaran seperti yang diiklankan. Yuran tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bone-fidetender). Kadar yuran tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran. d. Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah. e. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang diterima
lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender). Kadar yuran tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran. f. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan hendaklah disertakan bersama dengan menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemilik. g. Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. h. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan hendaklah ditutup rapi. Pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat, hendaklah dinyatakan rujukan dan catatan tarikh tutup tawaran ini sepertimana yang diiklankan.
Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Perdana Menteri Tingkat 4, Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam. 6. Tawaran hendaklah dihantar di dalam sampul surat tertutup rapi yang bertulis tajuk tawaran : ''JUALAN LELONG'', (2015) JPA/1.4/1858/88 Pt.2 dan tarikh tutup tawaran tanpa menunjukkan identiti pembekal / syarikat dan dimasukkan ke dalam peti tawaran tidak lewat pada hari Rabu, 30 September 2015, jam 2.30 Petang dialamat : PETI SEBUT HARGA Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Perdana Menteri Tingkat 4, Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam.
7. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan waktu ditetapkan tidak akan dilayan. 8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang rendah atau tawaran yang tidak munasabah. 9. Mereka yang berjaya hendaklah membuat pembayaran secara tunai dan dikehendaki memindahkan kesemua barang yang telah dibeli dari tapak jualan lelong tersebut dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja dari tarikh pemberitahuan. 10. Peserta / syarikat yang berjaya akan disenaraikan hitamkan bagi satu tempoh masa yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Jualan Lelong, Penghapusan dan Sebut Harga Jabatan Perkhidmatan Awam jika menarik diri setelah dimaklumkan berjaya dalam jualan lelong tersebut. 11. Untuk keterangan lanjut sila hubungi di Unit Kewangan Jabatan Perkhidmatan Awam di talian 2382469 sambungan 420.
BS8110, Negara Brunei Darussalam. 6. Tawaran yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang disediakan di : Tingkat 1, Ruang Masuk / Penyambut Tetamu (depan kaunter sekuriti) Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan BS8110, Negara Brunei Darussalam. PETI TAWARAN (BERWARNA BIRU)
29 SEPTEMBER 2015 JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
JAM 2.00 PETANG (DILANJUTKAN) BIL : JKR/DAF/HSE/TENDER/01/2015-T/03
DIBUKAKAN SYARIKAT-SYARIKAT YANG BERDAFTAR DI KEMENTERIAN KEWANGAN DI BAWAH KATEGORI HSE AUDITOR / HSE CONSULTANT SAHAJA
PENGURUSAN BAGI TEMPORARY WORK ZONES UNTUK DAERAH BRUNEI DARUSSALAM (MUKIM BERAKAS 'A' / BERAKAS 'B' / GADONG).
TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN HARI SELASA 8 SEPTEMBER 2015 TARIKH TUTUP : HARI SELASA
15
NO.PROJEK : JKR/DAF/HSE/ TENDER/01/2015 JUMLAH YURAN TAWARAN dan YURAN e-DOKUMEN : BND50.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN)
16
IKLAN
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
KEMENTERIAN KESIHATAN PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehi dari Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja, mulai hari Sabtu, 12 September 2015. Sila layari website Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan bilangan tajuk tawaran serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada :Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Peti Tawaran, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan Commonwealth Drive Bandar Seri Begawan, BB 3910 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-tawaran hendaklah disediakan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah ditetapkan dan disediakan dalam dua (2) salinan termasuk salinan asal atau sepertimana yang dinyatakan. Dokumendokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, hari Selasa pada 13 Oktober 2015. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Yuran tawaran (tender fee) bagi tiap-tiap tawaran adalah seperti dinyatakan dan dikehendaki pembayaran dengan WANG TUNAI sahaja (dan yuran tawaran tidak akan dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat di Bahagian Akaun,
Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan semasa waktu-waktu bekerja. Waktu menerima bayaran : ISNIN - KHAMIS 8.00 PAGI - 11.00 PAGI 2.00 PETANG - 3.00 PETANG SABTU 8.00 PAGI - 10.00 PAGI 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling rendah atau lain-lain tawaran. 6. Tawaran adalah dibukakan kepada semua pemborong-pemborong dan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :• Sijil Pendaftaran Perniagaan yang masih sahlaku dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. • Manakala bagi pemborong / pembekal yang menyertai tawaran ubat-ubatan (Drug and Medicine) mestilah mempunyai Lesen Racun yang sah Poison Act (Cap. 114). • Manakala bagi pemborong / pembekal yang menyertai tawaran bagi kerja-kerja pembangunan dan pendawaian elektrik mestilah mempunyai Lesen Pendaftaran yang masih sah daripada Kementerian Pembangunan. 7. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.
JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
TAWARAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM BAGI PEGAWAI IMIGRESEN LELAKI DAN PEREMPUAN BERBAGAI PERINGKATDI JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN BILANGAN TAWARAN : 04/IMMB/09/2015 Syarat-Syarat Tawaran 1. TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di alamat yang tersebut di bawah tidak lewat pada 13 Oktober 2015, hari Selasa, Jam 2.00 Petang.
PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL BANGUNAN KEMENTERIAN HAL EHWALDALAM NEGERI TINGKAT 1, JALAN JAMES PEARCE BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 2. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan di atas tidak akan dilayan. 3. Tawaran hendaklah dihantar dalam dua (2) salinan berserta dengan Borang Pengakuan Salinan Pendaftaran Perniagaan (Business Registration) dan juga katalog (gambar)
JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN SYARAT-SYARAT IKLAN TAWARAN 1. TAWARAN adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Bayaran yuran tawaran bagi setiap tawaran adalah dikehendaki dalam bentuk Wang Tunai. Penender adalah dikehendaki membayar semua yuran tawaran seperti yang diiklankan. Yuran tawaran tidak akan dikembalikan kepada setiap penender sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bone-fide tender). 3. Kadar yuran tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran. 4. Sebelum mengambil borang, setiap penender hendaklah membayar yuran tawaran, di Tingkat 1, Blok 'B', Kaunter 1, Unit Tunai dan Hasil, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'B', Jabatan Pentadbiran dan PerkhidmatanPerkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. Sila pastikan resit pembayaran yuran tawaran yang diterima adalah betul. HARI DAN WAKTU PENERIMAAN WANG BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN ISNIN HINGGA KHAMIS 8.00 PAGI HINGGA 11.45 PAGI 1.45 PETANG HINGGA 3.00 PETANG SABTU 8.00 PAGI HINGGA 10.00 PAGI 5. Borang-borang tawaran boleh diperolehi di Tingkat 1, Blok 'A', Kaunter '6', Unit Tawaran dan Sebut Harga, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'A', Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan resit pembayaran. 6. Setiap borang tawaran yang telah diisi dengan lengkap hendaklah menyertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
yang berkaitan dengan tawaran. 4. Tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang bertutup rapi (sealed) tanpa menunjukkan identiti penender dengan menulis di luar sampul surat berkenaan seperti berikut :BILANGAN TAWARAN : 04/IMMB/09/2015 TAWARAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM BAGI PEGAWAI IMIGRESEN LELAKI DAN PEREMPUAN BERBAGAI PERINGKATDI JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN TARIKH TUTUP : 13 OKTOBER 2015 5. Syarikat atau perusahaan yang berhajat untuk ikut serta bagi tawaran yang tersebut di atas hendaklah membayar Yuran Tawaran sebanyak BND10.00 (tidak akan
dan salinan Resit Bayaran Yuran Tawaran. 7. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan ditutup rapi. Pada bahagian atas kiri sampul surat hendaklah ditulis Bilangan Tawaran, Tajuk Tawaran dan Tarikh Tutup Tawaran tanpa menunjukkan indentiti penender dan ditujukan kepada :PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL KEMENTERIAN PENDIDIKAN BLOK 'A', TINGKAT 1 BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEWANGAN 'A' LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BANDAR SERI BEGAWAN, BA 3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 8. TAWARAN hendaklah dimasukan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Blok 'A', Tingkat 1, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'A', Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. 9. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai tawaran tidak jujur (non-bone-fidetender) dan tidak akan dilayan. 10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran yang tidak munasabah. 11. Setiap tawaran yang diisi dan ditulis dengan tidak betul, tidak jelas dan tidak lengkap adalah dikira rosak dan ditolak. 12. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.
dikembalikan). Dokumen dan pembayaran wang cagaran boleh didapati dan dibuat di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 3, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar pada bila-bila waktu pejabat dibuka. 6. Syarikat atau perusahan yang berhajat untuk ikut serta hendaklah menyertakan contoh kain dan warna serta menyatakan jenis kain tersebut. 7.Tawaran ini adalah bagi tempoh dua (2) tahun bermula dari tarikh kontrak perjanjian dipersetujui dan ditandatangani. 8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran.
IKLAN
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
TAWARAN NO. 1 MINDEF/DFA/RC/71(3) MAINTENANCE SERVICE, REPAIR (MINOR & MAJOR WORK) AND SUPPLY OF SPARE PARTS OF IVECO BRAND VEHICLE WITH THE MINISTRY OF DEFENCE AND ROYAL BRUNEI ARMED FORCES FIVE (5) YEARS CONTRACT Bayaran Tawaran : BND500.00 (tidak dikembalikan) Syarat-Syarat Tawaran : a. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Baru Kementerian Pertahanan, Blok 'C', Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat jam 2.00 Petang, hari Selasa, 20 Oktober 2015. Jabatanarah Kewangan dan Perolehan Kementerian Pertahanan semasa hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula pada 19 September 2015.
JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PEMBERITAHUAN SEBUT HARGA SYARAT-SYARAT, PANDUAN DAN MAKLUMAT : 1. SEBUT HARGA adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat / pemborong-pemborong yang berdaftar dan terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Pemohon-pemohon yang berkhidmat dengan kerajaan atau syarikat-syarikat swasta yang berhubungkait dengan kerajaan seperti Brunei Shell Petroleum (BSP), Cold Gas (LNG), Royal Brunei Airlines (RBA) dan seumpamanya tidak akan diterima. 3. Pemohon-pemohon mestilah membawa bersama salinan SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 serta CAP SYARIKAT semasa mengambil borang sebut harga. 4. Borang sebut harga bolehlah diperolehi di :Bahagian Kewangan Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Tingkat 4, Blok 2 I Jalan Ong Sum Ping Bandar Seri Begawan, BA1311 Negara Brunei Darussalam. 5. Pemohon hendaklah menggunakan BORANG ASAL yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. 6. Bagi syarikat-syarikat / pemborongpemborong yang berminat untuk mengikuti sebut
harga ini hendaklah menyerta dan menghadapkan SALINAN SIJIL PENDAFTARAN 16 & 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. 7. Setiap borang sebut harga hendaklah diisi dengan lengkap dan dicap syarikat dengan menggunakan dakwat berwarna BIRU sahaja. 8. Borang sebut harga serta salinan dan SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat biasa yang tertutup (sealed envelope) dengan menulis, TAJUK & BILANGAN SEBUT HARGA DAN TARIKH TUTUP tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti syarikat / pemborong. 9. Dan hendaklah dikembali dan dimasukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA yang ditujukan kepada :PENGERUSI Jawatankuasa Sebut harga Tingkat 1, Bahagian Kewangan Kementerian Hal Ehwal Ugama Jalan Menteri Besar, BB3910 Negara Brunei Darussalam. 10. Setiap satu borang sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat. 11. Borang sebut harga yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN. 12. Berikut adalah masa-masa bagi mengambil Borang-borang Sebut Harga :ISNIN hingga KHAMIS; dan SABTU 8.00 Pagi - 11.30 Pagi 2.00 Petang - 4.00 Petang
TAWARAN NO. 1 MINDEF/DFA/2015/TA/3008 PEMBELIAN LENCANA GOLD PLATES BADGES BAGI PEMBAHARUAN UNIT-UNIT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI (TDDB) Bayaran Tawaran : BND50.00 (tidak dikembalikan) Syarat-Syarat Tawaran : a. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Baru Kementerian Pertahanan, Blok 'C', Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat jam 2.00 Petang, hari Selasa, 12 Oktober 2015. Jabatanarah Kewangan dan Perolehan Kementerian Pertahanan semasa hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula pada 21 September 2015. TAWARAN NO. 1 MINDEF/DFA/RC/193 (3) SUPPLY OF RBAF PIXELATED CAMOUFLAGE COMBAT UNIFORM FOR THE RBAF FIVE (5) YEARS CONTRACT Bayaran Tawaran : BND500.00 (tidak dikembalikan) Syarat-Syarat Tawaran : a. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Baru Kementerian Pertahanan, Blok 'C', Jabatanarah Kewangan dan Perolehan,
PUSAT PROMOSI DAN PEMASARAN KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA Bilangan Tawaran : KPSU/MPC/Q/2015 - 2016 [04] Tajuk Tawaran : ''EXPORT SHIPMENT BY AIR CARGO (EX BRUNEI TO KUALA LUMPUR, MALAYSIA AND RETURN SHIPMENT TO BRUNEI DOOR TO DOOR DELIVERY) - WORLD ISLAMIC TOURISM CONFERENCE & EXPO 2015, 27th - 30th OCTOBER 2015 Yuran Tawaran : BND5.00 (tidak dikembalikan) Tarikh Tutup Tawaran : KHAMIS, 1 OKTOBER 2015 JAM : 2.00 PETANG Syarat-Syarat Tawaran :
17
1. TAWARAN dalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar dengan sebagai Freight Forwarding Agency. Tawaran-tawaran hendaklah dialamatkan kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama Jalan Menteri Besar Bandar Seri Begawan, BB3910 Negara Brunei Darussalam. dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang terletak di Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Jalan Menteri Besar,
Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat jam 2.00 Petang, hari Selasa, 20 Oktober 2015. Jabatanarah Kewangan dan Perolehan Kementerian Pertahanan semasa hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula pada 19 September 2015. b. Bayaran tawaran (tender fee) hendaklah dibayar di Unit Kaunter Bahagian Kewangan Blok 'C', Tingkat 1, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Blok 'D', Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam. Waktu bagi menerima bayaran :Isnin - Khamis : 8.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari 2.00 Petang - 3.00 Petang Jumaat : 8.00 Pagi - 11.30 Pagi 2.30 Petang - 3.00 Petang c. Pembekal adalah dikehendaki membayar semua yuran dokumen dan bayaran tawaran seperti yang diiklankan. Yuran tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bonefide-tender). Kadar yuran tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran. d. Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah. e. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai tawaran tidak jujur (non-bone-fide-tender) dan tidak akan dilayan. f. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan hendaklah disertakan bersama dengan menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemilik. g. Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. h. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan hendaklah ditutup rapi. Pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat, hendaklah dinyatakan rujukan dan tajuk tawaran dan catatan tarikh tutup tawaran ini. i. Iklan-iklan tawaran bolehlah dilihat melalui laman web : http://www.mindef.gov.bn.
Bandar Seri Begawan, BB 3910, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat daripada tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan di dalam setiap tawaran tersebut. 2. Dokumen-dokumen tawaran dan borang-borang tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehi dari Pusat Promosi dan Pemasaran, Tingkat 3, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan, BB3910, Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang tawaran asal yang telah disediakan. 4. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran.
18
IKLAN
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DIBUKAKAN PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DI KELAS II & III DI BAWAH KATEGORI : B01 SAHAJA TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : 13 OKTOBER 2015 (Selasa) TARIKH TUTUP PADA : 27 OKTOBER 2015 (Selasa) hingga jam 2.00 Petang BIL. : JKR/DTS/019/STE//2015-T/III BANTUAN PERUMAHAN GOLONGAN DAIF, FAKIR DAN MISKIN BAGI AWANG HAJI YAHYA BIN SULAIMAN, LOT 50719, KG. PUTAT, MUKIM LUMAPAS (RUMAH JENIS A1), DAERAH BRUNEI DAN MUARA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM NO. PROJEK :
DTS/STE/KPP3.DF-26-BM JUMLAH YURAN TAWARAN dan YURAN e-DOKUMEN : BND10.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) DIBUKAKAN PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DALAM KELAS II & III DI BAWAH KATEGORI : KA01 TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA HARI SELASA 13 OKTOBER 2015 TARIKH TUTUP PADA : HARI SELASA 27 OKTOBER 2015 jam 2.00 Petang BIL. : JKR/DBSKB 014 /2015 KERJA-KERJA MENAIKTARAF JALAN RAYA SEBAHAGIAN TAPAK PERINDUSTRIAN SUNGAI BERA.
JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK JABATAN PERDANA MENTERI
JEMPUTAN UNTUK MEMBERI TAWARAN JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK JABATAN PERDANA MENTERI Bilangan Tawaran : JPE / LTK / BP/ 032 / 2015 Tajuk Kerja : SUPPLY AND DELIVERY OF 800AMPS LV DISTRIBUTION FEEDER PILLAR Tarikh Tutup : 2O OKTOBER 2015 (HARI SELASA), jam 2.00 Petang Yuran Tawaran : BND10.00 (tidak dikembalikan) Tempat Tutup : ''PETI TAWARAN'' LEMBAGA TAWARAN KECIL Jabatan Perdana Menteri Jalan Menteri Besar Negara Brunei Darussalam. Kelayakan : PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KATEGORI : P01 ATAU P05 KELAS : II DAN KE ATAS DOKUMEN-DOKUMEN tawaran dan penerangan lanjut bolehlah diperolehi dari Kaunter Unit Pendaftaran, Bahagian Perdagangan, Tingkat Satu (1), Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Perhatian : Sila bawa salinan Sijil Pendaftaran di Kementerian Pembangunan semasa mengambil dokumen di Kaunter Unit Pendaftaran Bahagian Perdagangan, Tingkat Satu (1), Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Bilangan Tawaran : JPE / LTK / BP/ 033 / 2015 Tajuk Kerja : SUPPLY AND DELIVERY OF 11KV NON-EXTENSIBLE OUTDOOR 2R1T RING-MAIN UNIT Tarikh Tutup : 20 OKTOBER 2015 (HARI SELASA), jam 2.00 Petang Yuran Tawaran : BND30.00 (tidak dikembalikan) Tempat Tutup : ''PETI TAWARAN'' LEMBAGA TAWARAN KECIL Jabatan Perdana Menteri Jalan Menteri Besar Negara Brunei Darussalam. Kelayakan : PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KATEGORI : P01 ATAU P05 KELAS : II DAN KE ATAS Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan lanjut bolehlah diperolehi dari Kaunter Unit Pendaftaran, Bahagian Perdagangan, Tingkat Satu (1), Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Perhatian : Sila bawa salinan Sijil Pendaftaran di Kementerian Pembangunan semasa mengambil dokumen di Kaunter Unit Pendaftaran Bahagian Perdagangan, Tingkat Satu (1), Jabatan Perkhidmatan Elektrik.
NO. PROJEK: YURAN TAWARAN : BND30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) Syarat-Syarat Tawaran : TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Tingkat Bawah, Kementerian Pembangunan, Berakas, BB3510, Negara Brunei Darussalam (kecuali) lain dari alamat yang dinyatakan dalam iklan atau dokumen tawaran. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan tajuk projek yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantar ke alamat yang dinyatakan dalam dokumen tawaran. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah dilihat dan diperolehi dari Unit Pembahagian Dokumen, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan,
Negara Brunei Darussalam. Dokumen tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait (bilangan tawaran yang dimulai dengan huruf (''JKR/DBSKB ...'') bolehlah dilihat dan diperolehi dari Unit Kontrak, Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam. Yuran tawaran tidak akan dikembalikan kepada mana juga kontraktor sama ada berjaya atau tidak kecuali kerja-kerja yang ditawarkan dibatalkan. Sebelum dokumen-dokumen tawaran dikeluarkan, setiap pemborong dikehendaki membawa sijil pendaftaran kontraktor dan pembekal yang menunjukkan bahawa pemborong adalah yang berdaftar di Kementerian Pembangunan dalam kelas yang ditetapkan dan dikehendaki membayar yuran tawaran. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang terendah atau lain-lain tawaran.
JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
UBD/E8/010/2015 TO SUPPLY, DELIVER, INSTALL AND COMMISSION ONE (1) UNIT OF ATOMIC ABSORPTION SPECTROHOTOMETER AND ACCESSORIES TO CHEMISTRY, FACULTY OF SCIENCE, UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM BAYARAN DOKUMEN & PENTADBIRAN : BND10.00 (Tidak dikembalikan) UBD/E8/011/2015 TO SUPPLY, DELIVER, INSTALL OF ONE (1) UNIT OF SURFACE PLASMON RESONANCE (SPR) AND ACCESSORIES TO FACULTY OF SCIENCE (BRC/10), UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM BAYARAN DOKUMEN & PENTADBIRAN : BND30.00 (Tidak dikembalikan) UBD/E8/012/2015 TO SUPPLY, DELIVER, INSTALL, COMMISSIONING AND TEST OF SIX (6) UNITS OF TRANSMITTED AND REFLECTED LIGHT OBSERVATION POLARISING MICROSCOPES FOR FACULTY OF SCIENCES (GEOSCIENCE), UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM BAYARAN DOKUMEN & PENTADBIRAN : BND10.00 (Tidak dikembalikan) Syarat-Syarat Tawaran TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang terletak di Unit Tawaran & Sebut Harga, Bahagian Perkhidmatan Kewangan (A), Blok 'A', Tingkat 1, Bangunan Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Bandar Seri Begawan, BB3510, Negara Brunei Darussalam. Tidak lewat jam 2.00 Petang pada hari Selasa, 13 Oktober 2015. (2) Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan jam yang ditetapkan tidak akan diterima dan dilayan.
(3) Tiap-tiap tawaran hendaklah dinyatakan tempoh pembekalannya. (4) Segala kehendak dalam borang ini mestilah ditulis dengan betul dan terang jika tidak permohonan tawaran ini akan ditolak. (5) Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang bertutup. Pada bahagian atas sampul surat hendaklah ditulis tajuk atau bilangan tawaran sepertimana yang diiklankan serta tarikh tutup tawaran ini, tanpa menunjukkan identiti pembekal / pemborong dan ditujukan kepada : PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (A) BLOK 'A', TINGKAT 1 BANGUNAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BANDAR SERI BEGAWAN, BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. (6) Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan-penerangan yang lanjut boleh diperolehi dari Universiti Brunei Darussalam. (7) Bayaran Dokumen & Pentadbiran (tidak dikembalikan) dan hendaklah dibayar dengan WANG TUNAI. Waktu menerima cagaran tawaran adalah seperti berikut :ISNIN - KHAMIS 8.00 Pagi - 11.00 Pagi 1.30 Petang - 3.30 Petang SABTU 8.00 Pagi - 11.00 Pagi 1.45 Petang - 3.30 Petang (8) Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang mempunyai pengecualian tidak akan dilayan. (9) Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan hendaklah disertakan bersama. (10) Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran. (11) Lain-lain perkhidmatan boleh didapati dari http : www.ubd.edu.bn.
JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA IKLAN JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA TAWARAN UNTUK MEMAJUKAN TAPAK-TAPAK BAGI PERUSAHAAN PERTANIAN KOMERSIL DI KAWASAN KEMAJUAN PERTANIAN (KKP) BILANGAN : 07/2015 TAWARAN bagi mempelawa pengusaha-pengusaha untuk menghadapkan permohonan bagi menyewa di Tapak-tapak Pertanian seperti berikut :TAPAK PERTANIAN :1) Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Stesen Pertanian Lumapas, Kampung Lumapas, Mukim Lumapas, Daerah Brunei dan Muara. (Bagi menjalankan kegiatan pertanian/ perusahaan pertanian / penyelidikan menggunakan teknologi rumah terlindung dan teknologi cooling system bagi pengeluaran / penghasilan tanaman temperat dan tropika). Borang-borang permohonan boleh didapati dari Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Lapangan Terbang Lama Berakas, BB3510 mulai 28 SEPTEMBER 2015 hingga 12 OKTOBER 2015 dan tarikh akhir penghantaran borang-borang
permohonan selewat-lewatnya OKTOBER 2015 sebelum 3.00 Petang.
20
Waktu Mendapatkan Borang Permohonan Tapak ISNIN - KHAMIS: 8.00 Pagi - 11.30 Pagi 1.45 Petang - 3.00 Petang SABTU 8.00 Pagi - 10.00 Pagi Borang-borang permohonan yang lengkap dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dikembalikan dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan tajuk dan bilangan iklan serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemohon kepada :UNIT KAWASAN KEMAJUAN PERTANIAN IBU PEJABAT JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS, BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Pegawai Projek : Awang Hirman bin Haji Abu Telefon : +673 8886519 Awang Sari bin Haji Nasir Telefon : +673 8785836 Dayang Normah binti Tuah Telefon : +673 2201031
19
IKLAN
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
KENYATAAN TAWARAN
KENYATAAN TAWARAN
1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dibuat dalam dua (2) salinan dan dihantar dalam sampul surat tertutup. Pada bahagian atas sampul surat hendaklah ditulis bilangan tawaran serta tarikh tutup tawaran itu tanpa menunjukkan identiti pengirim. 3. Tawaran-tawaran hendaklah juga menyertakan salinan Pendaftaran Syarikat, salinan Sijil Perniagaan (Business Names of Enactment Section 16 & 17) atau List of Directors dan salinan kad pengenalan. 4. Bayaran menyertai tawaran ini ialah BND100.00 (Seratus Ringgit Brunei) bagi setiap satu tawaran dan bayaran ini tidak akan dikembalikan kepada penender-penender. Bayaran boleh dibayar di :Kaunter Bahagian Kewangan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Tingkat 3 Bangunan Bandaran Jalan Kumbang pasang Bandar Seri Begawan, BA1512 Negara Brunei Darussalam. 5. Dokumen sebut harga boleh didapati dari Bahagian Pengurusan Aset, Tingkat 1, Bangunan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana Menteri semasa waktu pejabat dibuka. 6. Surat tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang terdapat di Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Bandar Seri Begawan dan dialamatkan kepada :-
1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat dan
Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Tingkat 1 Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Jalan Pearce, Bandar Seri Begawan BS8610, Negara Brunei Darussalam.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Nama Tawaran : TAWARAN PENSWASTAAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN KAWASAN DAN BANGUNAN SERTA PENYEDIAAN KAWASAN DAN PEMELIHARAAN LANSKAP DI KAWASAN PERSEKITARAN PASAR GADONG BILANGAN TAWARAN : JBBSB/LTK/2015-2016/07//UPA
pembekal-pembekal yang di Negara Brunei Darussalam.
berdaftar
2. Tawaran-tawaran hendaklah dibuat dalam dua salinan dan dihantar dalam sampul surat tertutup. Pada bahagian atas sampul surat hendaklah ditulis bilangan tawaran serta tarikh tutup tawaran itu tanpa menunjukkan identiti pengirim. 3. Tawaran-tawaran hendaklah juga menyertakan salinan Pendaftaran Syarikat, salinan Sijil Perniagaan (Business Names of Enactment Section 16 & 17) atau List of Directors dan salinan kad pengenalan. 4. Bayaran menyertai tawaran ini ialah BND100.00 (Seratus Ringgit Brunei) bagi setiap satu tawaran dan bayaran ini tidak akan dikembalikan kepada penender-penender. Bayaran boleh dijelaskan di Tingkat 3, Bahagian Kewangan, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana Menteri semasa waktu pejabat. 5. Kenyataan sebut harga boleh diperolehi di Tingkat 2, Unit Perlesenan, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana Menteri semasa waktu pejabat 6. Borang bolehlah diambil di Kaunter Unit Perlesen, Tingkat 2, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan. Surat tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN bertempat di Tingkat 1, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jalan James Pearce dan dialamatkan kepada :Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Tingkat 1 Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Jalan Pearce, Bandar Seri Begawan BS8610, Negara Brunei Darussalam. TAJUK 1. Request for Proposal for Management and Operating of Advertisement Digital Billboard at Jangsak / Gadong Junction BILANGAN TAWARAN : JBBSB/LTK/2015-2016/05//BSBA Tarikh Tawaran : 21 September 2015
Tarikh Tutup Tawaran : KHAMIS 22 OKTOBER 2015, JAM 2.00 PETANG
Tarikh Tutup Tawaran : 20 OKTOBER 2015, jam 2.00 Petang
7. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarik tutup tawaran yang disebutkan tidak akan dilayan. 8. Pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran yang lebih murah atau seumpamanya
7. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarik tutup tawaran yang disebutkan tidak akan dilayan. 8. Pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran yang lebih murah atau seumpamanya.
20
IKLAN
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI JABATAN PERDANA MENTERI
JABATAN UKUR KEMENTERIAN PEMBANGUNAN BILANGAN TAWARAN : JUA 04/2015 TOPOGRAPHICAL AND CORRIDOR SURVEY FOR : MENINGKATKAN TARAF LOJI-LOJI RAWATAN AIR - PEMBINAAN LOJI RAWATAN AIR BUKIT BARUN PERINGKAT 8 1. TAWARAN adalah dipelawa dari syarikatsyarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Kerja-kerja pengukuran hendaklah dilaksanakan oleh Juruukur Tanah Berlesen yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 3. Setiap penender hendaklah menyatakan seperti berikut : i. Sah Laku Tawaran hendaklah 12 bulan. ii. Tempoh masa untuk menyiapkan projek. iii. Ringkasan tatacara untuk membuat pengukuran projek ini. 4. Borang Tender's Declaration hendaklah disertakan setelah diisi dengan lengkap dan ditandatangani. 5. Dokumen dan borang tawaran serta keterangan lanjut boleh diperolehi di Aras Bawah, Bahagian Kemajuan Tanah, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama Berakas, BB3510, Negara Brunei Darussalam dengan bayaran yuran tawaran. Pembayaran boleh dibuat semasa waktu-waktu bekerja. Hari Isnin - Khamis dan Sabtu : 8.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari 1.30 Petang - 3.00 Petang
6. Yuran tawaran sebanyak BND10.00 bagi satu dokumen tawaran tidak akan dikembalikan. 7. Harga tawaran adalah mengikut harga yang dianggarkan oleh Jabatan Ukur. 8. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan tidak menunjukkan sebarang tanda syarikat dan pada bahagian atas sampul surat hendaklah ditulis tajuk-tajuk tawaran seperti di atas. 9. Tawaran hendaklah dihadapkan pada atau tidak lewat pada hari Selasa, 13 Oktober 2015 / 29 Zulhijjah 1436, jam 2.00 Petang kepada alamat berikut : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Kementerian Pembangunan Lapangan Terbang Lama Berakas Negara Brunei Darussalam. 10. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditentukan adalah tidak akan dilayan. 11. Salinan dokumen-dokumen berikut hendaklah disertakan : a. Sijil Pendaftaran Perniagaan b. Lesen tahunan untuk praktis sebagai Juruukur Tanah Berlesen. c. Kad Pengenalan / No Pasport d. Daftar Pemilik Syarikat 12. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran.
ADALAH dengan ini diberi notis, iaitu Jualan Lelong secara Sebut Harga bagi dua (2) Lot Perabot Pejabat milik Radio Televisyen Brunei akan diadakan 26 September 2015 hingga 10 Oktober 2015. 1) Syarikat-syarikat swasta dan orang ramai yang berminat untuk membeli bolehlah mendapatkan borang tawaran awam secara sebut harga di Kaunter Penyambut Tetamu, BANGUNAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI, BANDAR SERI BEGAWAN, atau hubungi talian 224111 sambungan 311 / 186.
Tarikh tutup tawaran 10 Oktober 2015, jam 3.30 Petang. Peralatan yang ditawarkan untuk dilelong adalah : • 1 lot Perabot Pejabat (a) - Kerusi pejabat • 1 lot Perabot Pejabat (b) - Kerusi, Meja & Kabinet
2) Borang yang lengkap diisikan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Kaunter Penyambut Tetamu, Bangunan Radio Televisyen Brunei, Bandar Seri Begawan tidak lewat dari 10 Oktober 2015, jam: 3.30 Petang dengan menggunakan sampul surat surat tertutup rapat (sealed) dan ditulis dengan terang ''TAWARAN LELONG SECARA SEBUT HARGA BAGI 2 LOT PERABOT PEJABAT, SEKSYEN STOR DAN PERBEKALAN'' tanpa menunjukkan nama pembeli. 3) Setiap borang tawaran hendaklah disertakan salinan kad pintar pembeli dan salinan lesen 16 / 17 bagi syarikat. 4) Pembeli / pengusaha / syarikat yang berminat bolehlah menghubungi terus ke talian 2243111 sambungan 311 / 186 untuk membuat penaksiran harga serta mengenal pasti barang-barang tersebut yang terletak di dalam Stor Penghapusn RTB, Madang. 5) Pembeli / pengusaha / syarikat yang berjaya hendaklah membuat pembayaran secara tunai dalam masa lima (5) hari dari tarikh surat pemberitahuaan dikeluarkan dan memunggah barang-barang tersebut dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh pembayaran. 6) Syarat-syarat tawaran ada terkandung di sebelah belakang muka surat borang-borang tawaran yang telah disediakan.
KEMENTERIAN KEWANGAN
21
IKLAN
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
JABATAN HAL EHWAL SYARIAH KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA JUALAN LELONG HARTA BENDA KERAJAAN SECARA SEBUT HARGA ADALAH dengan ini diberi notis bahawa jualan lelong bagi 76 unit perabot / perkakas pejabat, almari, meja, kabinet 4 drawer, kerusi akan dibuat dengan dijual secara tawaran awam atau lelong kepada orang ramai di Unit Penghapusan Dari Kira-Kira, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Sesiapa yang berminat untuk menghantar sebut harga bolehlah mendapatkan borang dan dihantar ke Tingkat 1, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama seperti : PETI SEBUT HARGA LELONG UNIT PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA JALAN MENTERI BESAR, BB3810 TARIKH TUTUP : 6 OKTOBER 2015, JAM 9.00 PAGI
KETERANGAN PERALATAN / PERKAKAS PEJABAT :i. Almari ii. Meja iii. Kabinet 4 drawer iv. Kerusi Jumlah : 76 unit TEMPAT UNTUK MELIHAT PERALATAN / PERKAKAS PEJABAT : Lantai Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama (Lama) Syarat-Syarat bagi Jualan Lelong Secara Sebut Harga ini adalah seperti berikut : 1. Dibukakan kepada secara tawaran tertutup kepada orang ramai. 2. Borang sebut harga, syarat-syarat dan keterangan lanjut mengenainya bolehlah diperolehi dengan menghubungi talian
2382525 sambungan waktu pejabat.
723
semasa
3. Hanya pembeli berjaya dalam Sebut Harga Lelong Unit Penghapusan Dari Kira-Kira untuk tindakan selanjutnya. 4. Lelongan berjaya dinilaikan berdasarkan harga tertinggi. e. Kesemua sebut harga hendaklah diisi dengan menggunakan borang yang diberikan secara lengkap dan hendaklah dimasukkan ke Peti Sebut harga di Tingkat 1, Bahagian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Menteri Besar, BB3910 tidak lewat pada hari Selasa, 6 Oktober 2015, Jam 9.00 Pagi dengan menggunakan sampul surat tertutup rapat (sealed) dan tertulis dengan terang ''JUALAN LELONG HARTA BENDA KERAJAAN SECARA SEBUT HARGA.'' 6. Bahagian depan sampul surat sebut harga hendaklah dan tertulis perkara berikut : a) Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Lelong : Unit Penghapusan Dari Kira-Kira Kementerian Hal Ehwal Ugama. b) Bilangan Sebut Harga. c) Tajuk Sebut Harga. d) Tarikh Tutup Sebut Harga. 7. Pembeli yang berjaya dikehendaki membayar secara wang tunai dan memindahkan barang dibeli tidak lewat tujuh (7) hari dari tarikh pembayaran. i) Barang-barang yang telah dibeli, tetapi tidak dipindahkan dalam masa tempoh tujuh (7) hari dari tarikh jualan akan dirampas dan dilelong semula. ii) Pembeli yang berjaya hendaklah membayar wang pendahuluan (deposit) sebanyak 10% dari harga lelong. Wang pendahuluan (deposit) tidak akan dikembalikan jika membatalkan sebut harga lelong tersebut.
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN JABATAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ANTARABANGSA KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN
JAWATAN KOSONG DI PEJABAT ''ORGANISATION FOR THE PROHIBITION OF CHEMICAL WEAPONS (OPCW)''
No. 1 Rujukan : E-OSP/SPO/P-4 Jawatan : Senior Policy Officer (P-4) Tarikh tutup : 10 Oktober 2015 No. 1 Rujukan : E-ADM/ISB/SD/F0120//P-3 Jawatan : Share Point Developer (P-3) Tarikh tutup : 8 November 2015 PEMOHON-PEMOHON yang berkelayakan dan berhasrat untuk mengisikan jawatan berkenaan supaya akan dapat menghadapkan permohonan tersebut terus kepada pihak OPCW melalui lama web www.opcw.org tidak lewat dari tarikh tutup yang disebutkan di atas.
22
NASIONAL
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
Peserta Mesyuarat Tahunan Saintifik Ke-2 diraikan
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 September. - Persatuan Jantung Brunei Darussalam (Cardiac Society
Brunei Darussalam) dan para peserta yang menghadiri Mesyuarat Tahunan Saintifik Ke-2 diraikan pada Majlis Makan Malam yang diadakan di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong. Hadir selaku tetamu kehormat ialah
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kesihatan bergambar kenangan bersama para peserta yang menghadiri Mesyuarat Tahunan Saintifik Ke-2.
Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil. Mesyuarat selama tiga hari itu telah membentangkan sebanyak 11 buah kertas kerja termasuk
Penyampaian Ucaptama Konsultan Kardiologi Pusat Jantung Universiti Kebangsaan Singapura, Dr. Pipin Kojodjojo. Majlis dimulakan dengan menyaksikan pameran mengenai produk-produk berkaitan kardiologi
yang diadakan pada 26 dan 27 September termasuk pameran poster kesihatan saintifik. Turut hadir ialah Presiden Persatuan Jantung Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Dr. Haji Mohd. Isham bin Haji Jaafar.
Mahasiswa UBD kendalikan MUIB hulur projek 'Mencari Redha Allah' bantuan kepada TUTONG, Sabtu, 26 September. Seramai 30 mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) mengadakan Projek Khidmat Masyarakat 'Mencari Redha Allah', di daerah ini. Projek berkenaan melibatkan Penyampaian Sumbangan dan Kerja-kerja Amal kepada kedua-dua buah keluarga yang memerlukan dari Kampung Layong, Mukim Lamunin, iaitu Dayang Masmah binti Haji Mohd. Talib dan Dayang Asnah binti Karim. Majlis Penyampaian Sumbangan berupa makanan dan keperluan asasi kepada kedua-dua keluarga berkenaan telah diadakan di Pusat Kemasyarakatan Kampung Lamunin yang disempurnakan oleh tetamu kehormat, Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali. Juga hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam dan Penghulu Mukim Lamunin, Awang Haji Tujoh bin Talip. Para mahasiswa dan mahasiswi UBD bersama Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Layong kemudian beredar bagi memulakan kerja-kerja amal membersihkan kawasan halaman rumah kedua-dua keluarga berkenaan. Projek ini bertujuan untuk memberi
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman bantuan kepada orang yang memerlukan di Daerah Tutong bagi meringankan beban mereka. Selain itu, ia juga diharap dapat memupuk nilai-nilai murni Melayu Islam Beraja (MIB), meningkatkan kesedaran mengenai keadaan hidup
masyarakat di perkampungan, di samping memupuk sikap berterima kasih dan bersyukur dalam diri belia serta mewujudkan sikap tanggungjawab dan bersatu padu agar belia dan masyarakat lebih aktif mengikuti acara-acara berkebajikan.
mangsa kebakaran Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 September. - Mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Pancha Delima, Jalan Muara dan Kampung Jaya Setia, Perpindahan Berakas baru-baru ini terus mendapat perhatian daripada pihak kerajaan di negara ini. Sehubungan itu, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menerusi Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) menghulurkan bantuan kewangan berjumlah BND400 dan BND3,400 berserta peralatan sekolah kepada para mangsa berkenaan. Pemangku Setiausaha MUIB, Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Akop hadir menyempurnakan Penyerahan Bantuan tersebut di Bilik Melor, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU). Mangsa di Kampung Pancha Delima, Jalan Muara, Dayang Halizah binti Abdullah dan seorang anaknya menerima bantuan sebanyak BND400 sementara sebanyak BND3,400 berserta peralatan sekolah masing-masing diserahkan kepada lima buah keluarga mangsa kebakaran di Kampung Jaya Setia, Perpindahan Berakas. Kesemua bantuan kewangan dan perbelanjaan peralatan sekolah diambil dari Peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin. Dengan adanya bantuan tersebut diharap dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh para mangsa dan supaya mereka lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dalam menjaga keselamatan ahli keluarga masing-masing.
PEGAWAI Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali hadir selaku tetamu kehormat menyampaikan barang-barang keperluan asasi kepada penerima, Dayang Asnah binti Karim.
PEMANGKU Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Akop menyempurnakan penyerahan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pancha Delima, Dayang Halizah binti Abdullah. PEGAWAI Daerah Tutong, Awang Wardi bergambar ramai bersama para penerima bantuan dan mahasiswa serta mahasiswi Universiti Brunei Darussalam semasa Projek Khidmat Masyarakat 'Mencari Redha Allah' di Kampung Lamunin.
AGAMA
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
23
28 murid SU Sungai Liang khatam Al-Qur'an Berita dan Foto : Noraisah Muhammed SUNGAI LIANG, Sabtu, 19 September. - Seramai 28 murid terdiri daripada 18 murid lelaki dan 10 murid perempuan bagi Darjah VI Sekolah Ugama (SU) Sungai Liang telah menyertai Majlis Khatam Al-Qur'an yang diadakan di Dewan Iltizam Sekolah Rendah Sungai Liang. Majlis berkenaan merupakan projek tahunan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan menjadi salah satu program rancangan SU Sungai Liang. Majlis Khatam Al-Qur'an tersebut telah disertai oleh murid-murid yang telah menamatkan Pembacaan Al-Qur'an sehingga 30 Juz dan juga sebagai galakan kepada mereka agar sentiasa mengamalkan Pembacaan Al-Qur'an sebagai ibadah harian. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penghulu Mukim Liang, Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Momin dan isteri.
GAMBAR ramai pelajar khatam bersama tetamu kehormat, iaitu Penghulu Mukim Liang, Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Momin dan Guru Besar Sekolah Ugama Sungai Liang.
Sekolah Ugama Rimba I anjur Majlis Khatam Al-Qur'an Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Azmah Haji Ahad
GURU Besar Sekolah Rendah Rimba I, Dayang Aji binti Haji Ahmad hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Qur'an Sekolah Ugama Rimba I.
RIMBA, Selasa, 22 September. Seramai 47 murid terdiri daripada 20 lelaki dan 27 perempuan yang dipilih menyertai Majlis Khatam Al-Qur'an bagi Sekolah Ugama Rimba I Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi bertempat di Dewan Perpaduan, Sekolah Rendah Rimba I. Guru Besar Sekolah Rendah Rimba I, Dayang Aji binti Haji Ahmad hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya mengepalai bacaan Surah Al Faatihah beramai-ramai. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah-Surah Lazim oleh para peserta
Pastikan murid-murid Darjah VI khatam Al-Qur'an TEMBURONG, Selasa, 22 September. - Seramai 120 murid Darjah VI sekolah-sekolah ugama Daerah Temburong diraikan dalam Majlis Khatam Al-Qur'an di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Temburong, Awang Haji Adam bin Haji Tengah, yang juga mendahului menabur bunga rampai dan seterusnya menyampaikan sijil kepada para peserta khatam. Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah beramairamai diketuai oleh tetamu kehormat dan diteruskan dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad oleh para peserta khatam. Setelah itu bacaan takhtim dibacakan oleh guru-guru perempuan sekolah-sekolah ugama di daerah ini dan diikuti dengan bacaan Doa
Berita dan foto : Hezlinawati Haji Abd Karim
PEGAWAI Hal Ehwal Masjid Daerah Temburong, Awang Haji Adam bin Haji Tengah (tiga dari kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Qur'an Murid-Murid Darjah VI Sekolah-Sekolah Ugama Daerah Temburong.
Khatam oleh Awang Mohammad Zahierul Haziq bin Hamdan, salah seorang peserta khatam dari Sekolah
ANTARA murid-murid Darjah VI sekolah-sekolah ugama Daerah Temburong yang menyertai Majlis Khatam Al-Qur'an di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar.
Ugama Negalang. Majlis Khatam Al-Qur'an Murid-Murid Darjah VI SekolahSekolah Ugama Daerah Temburong merupakan sebahagian dari projek tahunan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama bertujuan bagi menggalakkan murid-murid sentiasa mengamalkan pembacaan Al-Qur'an dengan bacaan yang betul dan lancar. Majlis seumpamanya juga adalah bagi memastikan murid-murid Darjah VI telah dapat mengkhatamkan bacaan Al-Qur'an sebelum mereka meninggalkan / menamatkan Darjah VI sekolah ugama, di samping mengeratkan kerjasama dan perpaduan di antara ibu bapa, guru-guru dan murid-murid dalam sama-sama mengendalikan majlis keagamaan di sekolah-sekolah.
khatam dan diikuti dengan bacaan Takhtim oleh murid-murid sekolah ugama berkenaan.
Sementara itu, bacaan Doa Khatam pula dipimpin oleh peserta khatam, Awang Ameer Azhar bin Awang Aliuddin. Pada majlis tersebut juga diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada para peserta khatam yang diraikan.
SEBAHAGIAN peserta yang menyertai Majlis Khatam Al-Qur'an bagi Sekolah Ugama Rimba I Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi.
Jumlah perdagangan bulan Julai menurun BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 September. - Jumlah perdagangan bagi Julai tahun ini menurun sebanyak 14.9 peratus kepada BND994.0 juta yang terdiri daripada eksport (BND647.4 juta) dan import (BND346.6 juta). Imbangan perdagangan juga menurun bulan ke bulan sebanyak 4.2 peratus kepada BND300.8 juta. Menurut Siaran Akhbar Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), eksport barangan bulan Julai 2015 menurun daripada BND740.8 juta kepada BND647.4 juta disebabkan penurunan dalam eksport utama negara minyak mentah dan LNG. Eksport minyak mentah mencatatkan penurunan sebanyak 27.9 peratus berikutan penurunan dagangan isi padu minyak mentah dari 129.17 kbbl sehari (Jun 2015) kepada 97.6 kbbl sehari pada Julai 2015, yang mana, purata harga eksport minyak mentah juga menurun dari USD64.41/bbl (Jun 2015) kepada USD58.91/bbl pada Julai tahun. Manakala itu, nilai eksport LNG menurun sebanyak 2.6 peratus, ini adalah disebabkan penurunan dagangan isi padu LNG daripada 1,011,251 MMBtu sehari (Jun 2015) kepada 887,420 MMBtu sehari (Julai 2015). Pasaran eksport terbesar adalah negara Jepun dengan 28.3 peratus dari jumlah eksport, diikuti oleh Republik Korea (23.5 peratus), India (15.2 peratus) dan Indonesia (7.7 peratus). Import barangan menurun sebanyak 18.8 peratus daripada BND426.7 juta (Jun 2015) kepada BND346.6 juta pada bulan Julai 2015. Ini disebabkan oleh penurunan dalam import bahan api galian (57.7 peratus), minuman dan tembakau (31.3 peratus) dan makanan (24.4 peratus). Import terbesar adalah dari Malaysia sebanyak 22.6 peratus dari jumlah import, diikuti oleh Singapura (16.3 peratus), China (14.2 peratus) dan Jepun (11.4 peratus). Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa (International Merchandise Trade Statistics - IMTS) bagi Negara Brunei Darussalam menggunakan General System untuk merekodkan perangkaan perdagangan yang meliputi import, eksport domestik dan eksport semula. Laporan penuh IMTS bagi Julai 2015 boleh diperolehi melalui laman sesawang JPKE di www.depd.gov.bn.
24
HARI RABU 30 SEPTEMBER 2015
Kem. Kesihatan pergiat 11 kematian dalam amalan cara hidup sihat tempoh sebulan akibat kemalangan jalan raya Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof semasa merasmikan Hari Terbuka Sempena Hari Jantung Sedunia 2015 (kiri), sementara gambar kanan, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menerima sumbangan berupa barang-barang keperluan bagi kegunaan pesakit.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 29 September. - Menurut dapatan Kementerian Kesihatan bahawa penyakit kardiovaskular adalah penyebab utama yang kedua kematian di negara ini selepas penyakit kanser pada lima tahun kebelakangan, dan pada tahun 2014 sahaja seramai 227 orang, iaitu 15.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian seramai 1,470 orang di negara ini disebabkan oleh penyakit tersebut. Menyedari akan hakikat itu Kementerian Kesihatan tidak akan jemu-jemu terus berusaha meningkatkan kefahaman dan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat di negara ini tentang betapa pentingnya bersama-sama bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan individu dengan sebaikbaiknya dengan mengutamakan mengambil langkah-langkah pencegahan dan pengawalan penyakitpenyakit kronik tidak berjangkit dengan membudayakan serta mengamalkan cara hidup sihat. Berikutan itu, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan Pelan Tindakan Multi-Sektor Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi Pencegahan dan Pengawalan Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit 2013 - 2018 (Bru-MAP NCD 2013 - 2018), yang mana telah mengungkayahkan pelbagai inisiatif yang bertujuan untuk membariga dan meningkatkan kesedaran serta komitmen secara menyeluruh dalam kalangan pelbagai agensi termasuk sektor kerajaan, swasta, pertubuhanpertubuhan bukan kerajaan, institusiinstitusi pendidikan dan masyarakat di negara ini bagi sama-sama menangani, mencegah, mengawal dan mengurangkan bebanan penyakit-penyakit tidak berjangkit daripada terus menular dan berleluasa di negara ini. Berucap semasa merasmikan Hari Terbuka sempena Hari Jantung Sedunia 2015, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof seterusnya berkata, Kementerian Kesihatan sangat mengalu-alukan
Oleh : Khartini Hamir, Mariani Haji Abd Ghani Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman dan menggalakkan kerjasama secara multi-sectoral untuk bersama-sama mempergiatkan usaha bagi membudayakan amalan cara hidup sihat dalam kalangan semua lapisan masyarakat dan pendekatan ini seperti ini adalah sangat penting dan paling berkesan dan kos efektif dalam sama-sama mencegah dan mengawal penyakit-penyakit kronik. Salah satu lagi strategi penting yang telah diperkenalkan oleh kementerian ini, ujar Yang Berhormat lagi, ialah melalui program saringan khusus di pusat-pusat kesihatan di negara ini khususnya menyasarkan kepada rakyat dan penduduk di negara ini yang berumur 40 tahun ke atas. Ini adalah dihasratkan untuk mengesan seawal-awalnya faktorfaktor risiko bagi penyakit-penyakit tidak berjangkit termasuk penyakit kardiovaskular sebelum penyakit ini menjadi kronik dan kompleks. Yang Berhormat juga menyarankan kepada orang ramai khususnya mereka yang berisiko tinggi supaya menjalani pemeriksaan kesihatan (health screening) yang telah disediakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, melalui Kementerian Kesihatan dan memanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk mengetahui akan tahap kesihatan masing-masing secara menyeluruh. Terdahulu dari itu, Yang Berhormat dalam ucapannya menjelaskan, menurut dapatan daripada Persekutuan Jantung Sedunia (WHF), penyakit jantung dan strok telah mengakibatkan 17.3 juta kematian setiap tahun dan ia merupakan penyebab utama kematian di peringkat global dan trend penghidap penyakit ini semakin bertambah dari semasa ke semasa. Yang Berhormat berkata, 80 peratus daripada kematian pramatang sebenarnya boleh dihindari jika keempat-empat faktor risiko yang telah dikenal pasti dapat dikawal, apatah lagi dihindari, iaitu penggunaan
tembakau, pemakanan yang tidak sihat dan seimbang, kurang aktiviti fizikal dan pengambilan arak yang membahayakan. Hari Terbuka sempena Hari Jantung Sedunia 2015 yang berlangsung di Pusat Jantung, Bangunan Pakar 2 Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dianjurkan Jabatan Kardiologi, Hospital RIPAS merupakan acara tahunan yang disambut pada setiap 29 September, yang mana tahun ini bertemakan 'Healthy Heart Choices For Everyone, Everywhere' (Pilihlah Jantung Sihat Untuk Setiap Orang dan Di Mana Saja Berada), yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penyakit kardiovaskular. Pada majlis tersebut juga turut diselajurkan dengan penyampaian sumbangan barang-barang keperluan bagi kegunaan pesakit yang telah disampaikan oleh Pengarah Fiziq Enterprise Brunei, Pengiran Haji Talip bin Pengiran Haji Lampoh kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Bersempena Hari Jantung Sedunia 2015, Pusat Jantung Hospital RPIAS akan menganjurkan sebuah klinik terbuka di mana orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung dan menjalani pemeriksaan saringan kesihatan di mana pemeriksaan tekanan darah, gula dan kolesterol akan dijalankan. Sempena hari terbuka itu, orang ramai akan dapat berinteraksi dengan para pakar, jururawat-jururawat, juruteknik-juruteknik jantung, pegawai pemakanan dan ahli-ahli Profesional Bersekutu Kesihatan (AHP) yang lain, di samping orang ramai juga berpeluang untuk menghadiri ceramah-ceramah kesihatan serta menyaksikan pameran poster dan peralatan-peralatan perubatan diagnosis jantung yang digunakan seperti echocardiogram, stress-test, holter, pacemaker dan sebagainya.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 September. - Dalam tempoh sebulan telah melibatkan 11 kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini. Sehubungan itu, Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar menyeru pengguna-pengguna jalan raya supaya sama-sama mengambil langkah berwaspada dan beringat-ingat di jalan raya semasa ditemu bual bersama media-media di Bangunan Kementerian Perhubungan, di sini. Jelasnya, Kementerian Perhubungan mencatatkan punca-punca kematian akibat kemalangan tersebut adalah disebabkan memandu dalam keadaan laju, memandu dalam keadaan tayar botak, melencong dalam keadaan bukan tempat melencong, berbasikal pada waktu malam dan juga mengantuk ketika memandu. ''Kitani dukacita dan sama-sama bersedih atas kejadian kepada mangsa berkenaan dan keluarga mereka. Saya menyeru kepada semua kitani untuk berwaspada dan mengambil langkah-langkah yang mustahak supaya kejadian
MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar semasa ditemu bual bersama media di Bangunan Kementerian Perhubungan.
seperti ini dapat kita hindarkan,'' tegasnya. Yang Berhormat seterusnya menambah, kejadian baru-baru ini yang melibatkan kemalangan dua buah kereta yang bertembung pada waktu tengah malam semalam di Kampung Belimbing Subok kini masih dalam penyiasatan pihak Pasukan Polis Diraja Brunei.
Akta baru pencegahan rasuah Dari muka 1 Bab 12B memperuntukkan kesalahan bagi seorang pegawai kerajaan yang mempunyai kewajipan awam yang diamanahkan kepadanya dengan sengaja, cuai menjalankan kewajipan tersebut atau dengan sengaja menyalahgunakannya untuk niat yang tidak berpatutan. Hukuman bagi kesalahan di bawah Bab 12A dan Bab 12B ialah denda sebanyak BND30,000 (Tiga Puluh Ribu Ringgit) dan penjara tujuh tahun. Kesalahan bagi kedua-dua peruntukan tersebut bolehlah didakwa tanpa melibatkan bukti rasuah atau apa-apa keuntungan kewangan. Seorang pegawai kerajaan boleh didapati bersalah sekiranya siasatan yang dijalankan mendapati ia terlibat dalam penyalahgunaan kuasa atau budi bicara, penyalahgunaan jawatan rasmi atau kegagalan mengisytiharkan konflik di dalam kepentingan. Senarai Badan Awam yang terdapat di dalam Jadual Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) dan Tafsiran 'Badan Awam' di dalam Bab 2 Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) juga dipinda untuk memasukkan Syarikat yang Berkaitan dengan Kerajaan (Government Linked Companies) dan badan berkanun. Tujuan utama pindaan ini adalah untuk menangani kebimbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui titah baginda semasa lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei, Gadong pada 10 Jamadilakhir 1436H bersamaan dengan 31 Mac 2015M berkenaan dengan rasuah dalam bentuk penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi. Pindaan ini memastikan bahawa Negara Brunei Darussalam mematuhi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Rasuah (United Nations Convention Against Corruption - UNCAC) di mana Negara Brunei Darussalam telah meratifikasikan konvensyen tersebut pada 2 Disember 2008 dan juga bertujuan untuk mempromosikan integriti dan kejujuran dalam kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan.
PRINSIP AMANAH PENTING DALAM PERKHIDMATAN AWAM