PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“BERCAKAP mengenai keamanan juga, beta ingin menekankan di sini, bahawa ianya adalah tanggungjawab semua pihak, bukan diserahkan kepada pihak-pihak keselamatan dan agensi- agensi penguatkuasaan sahaja. Malah orang ramai juga adalah perlu memberikan kerjasama yang erat dan padu.” - Titah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 pada 4 Jamadilawal 1436 Hijrah bersamaan 22 Februari 2015 Masihi.
“BACALAH wahai Nabi Muhammad dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Maha Pemurah. Yang mengajar manusia menulis dengan qalam (pena). Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al 'Alaq, ayat 1-5).
TAHUN 60 / BILANGAN 27
4 FEBRUARI 4 MAC 2015 2015/ 1436 /
Mesyuarat Pertama Musim Permesyuaratan Ke-11 MMN
Bermula 5 Mac Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 3 Mac. - Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesebelas Majlis Mesyuarat Negara (MMN) akan berlangsung pada hari Khamis, 14 Jamadilawal 1436 Hijrah bersamaan 5 Mac 2015 Masihi dan akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Menurut Siaran Akhbar, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara, sebelum Istiadat Pembukaan Rasmi diadakan, MMN akan bersidang bagi mengesahkan atau meluluskan Minit Persidangan MMN, Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesepuluh yang telah bersidang selama 13 hari mulai 6 hingga 22 Mac 2014, bertempat di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan. MMN akan dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib dengan dibantu oleh Jurutulis I (Pertama), Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar dan Timbalan Jurutulis, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail. Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesebelas tahun ini akan membincangkan sembilan buah perkara utama iaitu Rang
Undang-Undang Perbekalan bagi Tahun Kewangan 2015/2016 bagi Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negara Brunei Darussalam; Ketetapan menurut Fasal 83 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam; Ketetapan Di Bawah Bab 4(2) Dari Akta Kumpulan Wang Kemajuan (Penggal 136); dan MMN pada tahun ini juga akan membincangkan sebuah usul yang telah diberi Notis. Ini akan diikuti mengenai dengan Perkara Soalan-Soalan Yang Diberi Notis. Persidangan MMN pada tahun ini akan membincangkan sebanyak 39 buah soalan-Soalan yang telah diberi notis berkisar mengenai dengan KementerianKementerian dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Persidangan MMN pada tahun ini akan memasuki usia 11 tahun bersidang sejak ianya diwujudkan semula. Di dalam tempoh tahun- tahun yang sudah, majlis ini telah banyak membincangkan/ membahaskan isu dan persoalan untuk kesejahteraan penduduk dan rakyat di negara ini. MMN telah ditubuhkan menurut Bab 23 dari Perlembagaan Negara Brunei, 1959 dan ahli-ahlinya dilantik menurut Bab 24. Majlis Mesyuarat Negara telah dibubarkan pada tahun 1984 dan pada 25 September 2004, MMN telah mula bersidang semula. Penubuhan semula persidangan itu telah dititahkan sendiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-58 tahun pada 15 Julai 2004. Persidangan MMN amat bermakna bagi Negara Brunei Darussalam dalam usaha kerajaan memberikan kebebasan rakyat bersuara secara sihat dan muafakat dan menjadi forum atau wadah tempat menyalurkan pendapat dan pandangan dalam menentukan nasib bangsa, di samping memaju dan membangunkan negara ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang.
13
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Berangkat hadiri Mesyuarat Penilaian, Pemilihan Atlet Oleh : Aimi Sani Foto : Hamzah Mohiddin BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 3 Mac. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Tertinggi Penilaian dan Pemilihan Atlet Kebangsaan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini. Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah. Ke muka 24
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Tertinggi Penilaian dan Pemilihan Atlet Kebangsaan.
Jurutera muda disaran tingkatkan kemahiran teknikal Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Masri Osman JERUDONG, Selasa, 3 Mac. Jurutera muda diingatkan akan kepentingan meningkatkan kemahiran teknikal agar boleh mengurus dan mengawas sesuatu projek pembinaan dengan cekap serta berupaya menghasilkan kerja yang bermutu
tinggi, tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman berkata, kementeriannya dan jabatan-jabatan di
Muka 3
Muka 4
Kerajaan hulur bantuan kepada mangsa banjir kilat
Balai, Perumahan Bomba memantapkan tahap keupayaan operasi
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
bawahnya amat mengalu-alukan setiap peningkatan dalam kemahiran pegawai dan kakitangannya, bukan sahaja dapat menambah nilai dan sumbangan seseorang pegawai dan kakitangan berkenaan kepada organisasinya, tetapi juga mencerminkan usaha mereka untuk melengkapi diri dengan ilmu yang relevan dengan kerjaya dan tugas masing-masing. “Ini terutamanya adalah dalam bidang pembinaan kerana industri pembinaan adalah industri yang sangat kompleks, bukan sahaja disebabkan peranan sains dan teknologi yang sangat besar dalam industri ini, tetapi juga adalah industri yang mengutamakan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar (HSE),” jelas Yang Berhormat pada Majlis Penyampaian Sijil Postgraduate Diploma serta Tamat Kursus Further Learning Programme (FLP) Pengambilan Pertama Bagi Para Graduan Kejuruteraan Awam Kementerian Pembangunan di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Hotel and Country Club. Ke muka 24
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn
2
HALUAN
HARI RABU 4 MAC 2015
Urus tadbir Islam alami proses dinamik Bismillahir Rahmannir Rahim Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh EGALA puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Majlis ini yang mengundang saya untuk hadir selaku tetamu kehormat pada pagi ini. Saya percaya majlis seumpama ini mempunyai impak yang baik dalam meningkatkan motivasi pegawai-pegawai dan kakitangan di kementerian ini. Dalam keadaan dunia yang terus dipengaruhi oleh arus globalisasi, teknologi canggih serta segala macam perkembangan yang tiada hentinya berlaku di persekitaran telah menuntut urus tadbir yang efisien dan tindakan yang tepat dan cepat dari semua agensi atau organisasi dalam negara. Tidak terkecuali Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) sebagai organisasi yang bertanggungjawab mengurus hal ehwal ugama Islam di negara ini turut sama menerima cabaran-cabaran yang terbit dari perkembangan itu. Permintaan pelanggan-pelanggan terhadap perkhidmatan yang efisien serta cabaran bagi memperkasakan penghayatan ajaran Islam telah menuntut kementerian ini untuk sentiasa meneliti urus tadbirnya supaya berkeupayaan menyampaikan perkhidmatannya pada setiap masa Perkara ini adalah selaras dengan misi kementerian ini, iaitu; “Mendukung dan memelihara ugama Islam dan kerasmiannya serta memperkembangkannya melalui dasar-dasar dan pentadbiran yang berkesan dan dinamik bagi pembangunan dan kesejahteraan negara berdasarkan hukum syara', perlembagaan, undang-undang dan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB).” Penyataan misi ini menjelaskan bahawa dasar-dasar serta urus tadbir yang berkesan dan dinamik adalah tindakan yang perlu diambil perhatian supaya matlamat visi kementerian berjaya dicapai, iaitu; “Memperkasa kerasmian dan amalan ugama Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna bagi mencapai Negara Zikir dan Baladatun Thayyibatun Warabbun Ghafur.” Micheal H. Hart dalam bukunya 'The 100, A Ranking of The Most Influential Persons In History', terbitan Golden Book Centre, pada tahun 2003, telah menghasilkan kajian bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah individu nombor satu paling berpengaruh dari kalangan seratus individu terkemuka dalam sejarah dunia sama ada sebelum atau selepas tahun Masihi. Menurutnya, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah satu-satunya individu yang paling berjaya dalam pentadbiran dan kepimpinannya. Dan sehingga ke hari ini, setelah lebih dari 1,400 tahun kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pengaruh Baginda itu masih lagi berada di tahap yang tertinggi. Kejayaan Baginda ini tiada lain adalah disebabkan dasar-dasar yang Baginda perkenalkan melalui Sunnah adalah sentiasa relevan sesuai dengan fitrah manusia. Dan banyak lagi contoh-contoh urus tadbir yang baik dan berjaya dari zaman silam sama ada sebelum kemunculan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mahupun selepasnya yang dapat dijadikan contoh teladan umpamanya urus tadbir Nabi Yusuf Alaihissalam semasa menghadapi bencana kemarau yang diceritakan dalam kitab
S
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-21 bagi Tahun 2014 Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) pada hari Khamis, 7 Jamadilawal 1436 Hijrah bersamaan 26 Februari 2015 Masihi di Bangunan Tambahan KHEU.
suci Al-Qur'an Al-Karim, Surah Yusuf. Keistimewaan Nabi Yusuf Alaihissalam ialah kebolehannya mentakwilkan (mentafsirkan) mimpi. Kebolehannya yang luar biasa itu telah mendekatkannya kepada raja dan pembesar-pembesar Mesir pada masa itu. Setelah dilantik menjadi pembesar Mesir, Nabi Yusuf telah diserahkan tugas untuk mengurus dan mentadbir ekonomi negaranya, sehingga berjaya menyelamatkan negeri Mesir daripada musim kemarau dan kebuluran. Selepas kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kita lihat pula urus tadbir di zaman pemerintahan Amirul-Mu'minin Sayidina Umar ibni Al-Khattab atau zaman pemerintahan Sayidina Umar bin Abdul Aziz yang mana umat Islam di bawah pimpinan mereka telah mencapai kesejahteraan dan hidup makmur. Mengapa? Kerana mereka mengamalkan urus tadbir Rabbani dan etika Islam yang luhur, jujur, ikhlas dan amanah serta sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, sesuai dengan janji Allah Ta'ala: Tafsirnya: “Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.” (Surah al-A'raaf: 96). Alhamdulillah, urus tadbir hal ehwal ugama Islam di Negara Brunei Darussalam telah menyaksikan proses sejarahnya yang dinamik. Ini dapat kita perhatikan melalui kronologi perkembangannya yang bermula dengan kaedah urus tadbir tradisional oleh Pembesar-pembesar Negara dan Manteri-manteri Agama di Abad Ke-16 Masihi sehingga sebelum kedatangan Residen British ke negara ini. Walaupun tidak dinafikan negara ini pernah menempuh zaman suram kerana adanya campur tangan dari luar, namun tidak menghalang perkembangan Islam dan hal ehwal orang-orang lslam dapat diurus dengan baik, apatah lagi selepas negara kita menikmati kemerdekaan dan Pejabat Hal Ehwal Ugama diangkat menjadi
sebuah kementerian, urus tadbir hal ehwal Islam semakin banyak dan mencabar yang mana memerlukan para pegawai dan kakitangan bergerak cepat, lebih aktif malah proaktif. Dalam tempoh masa perkembangannya itu, Alhamdulillah kerasmian dan kesucian agama Islam menurut akidah Ahli Sunnah Waljamaah sentiasa terjaga dengan baik dan tidak pernah terjejas oleh apapun situasi politik. Hasilnya beberapa kejayaan dan pencapaian telah dapat diperolehi dari semasa ke semasa. Sebagai bukti keberkesanan urus tadbir itu ialah kita tetap tegak sebagai sebuah Kesultanan Melayu Islam yang berdaulat, beragama sejahtera serta dirahmati dan dilimpahi Allah Ta'ala dengan rezeki-Nya yang Maha Luas. Apa yang saya lihat, tenaga manusia di KHEU ini selain berkelulusan atau berijazah juga tidak kurang mempunyai kebolehan masing-masing, yang mana kebolehan itu jika diasuh, dibimbing dan dipertajam dari semasa ke semasa menerusi pengalaman dan latihan yang berterusan di dalam dan luar negara, mempunyai kreativiti dan gigih bekerja dengan ikhlas kerana Allah, insyaaAllah kecemerlangan akan dapat dipertahankan. Untuk itu, saya ingin menarik perhatian dan menasihatkan warga KHEU kepada beberapa perkara: Pertama, bersihkan diri dan hati dengan sentiasa bertaubat memohon ampun segala dosa kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Setelah itu memohon pertolongan dan bantuan Allah Subhanahu Wata'ala dalam menanai segala kerja berat mengenai ugama. Kedua, wujudkan perpaduan sesama warga, sentiasa tegur-menegur dan sayang-menyayangi di antara satu sama lain dengan mengikut arahan, peraturan dan etika kerja Islam yang menekankan sifat jujur, amanah, taat setia dan bijaksana. Ketiga, sentiasa aktif, malah proaktif dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan atau dalam melaksanakan sesuatu objektif, jangan bertangguh-tangguh supaya tidak menjadi bebanan yang menggunung. Keempat, jadilah pegawai atau pekerja yang pemikir, jangan jadi pegawai atau pekerja yang hanya tahu bekerja seperti mesin kerana pegawai atau pekerja yang pemikir akan melihat dengan kritis masa depan kemajuan organisasinya, bangsanya, ugamanya dan negaranya. Kelima, sebagai sebuah negara MIB yang turut didukung oleh warga KHEU, maka saya sukacita supaya warga kementerian ini sedikit sebanyak berkemahiran dalam soal ugama, soal adat istiadat, fasih dengan Bahasa Dalam, terasul, arif gelaran para pembesar dan sebagainya. Keenam, kita baru sahaja melalui Fasa Lima (5) Tahun Rancangan Strategik KHEU 2010-2014, sebahagian besar objektif rancangan strategik tersebut Alhamdulillah telah dapat kita capai. Walau bagaimanapun, mana-mana objektif yang belum sempat dicapai hendaklah terus diusahakan hingga terlaksana. Dan insyaaAllah kita akan memulakan lagi fasa baru Rancangan Strategik Kementerian bagi tempoh 2015-2019. Oleh itu, semua pihak dalam kementerian ini, harus terus-menerus menambah baik urus tadbir masing-masing khasnya TPOR supaya objektif-objektif yang ditetapkan dapat dicapai dengan jayanya serta perkhidmatan kementerian ini sentiasa relevan dan dapat disampaikan dengan berkesan. Jika enam nasihat ini dapat didengar, difahami, dihayati dan diamalkan, insyaaAllah visi dan misi kementerian ini akan dapat dicapai dengan jayanya yang akan turut membantu bagi mencapai Wawasan Negara 2035.
Pemberitaan/Rencana Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor, Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli, Norliah Md. Zain, Hezlinawati Haji Abdul Karim, Haji Aliddin Haji Moktal, Ak. Jefferi Pg. Durahman, Haniza Abdul Latif, Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Rohani Haji Abdul Hamid, Nooratini Haji Abas, Khartini Hamir, Saerah Haji Abdul Ghani, Aimi Sani, Noraisah Muhammed, Mohammad Arif Matali Hajah Sujimawati Mejari
AMBULANS 991
POLIS 993
MMN WADAH PERPADUAN BANGSA
A
LHAMDULILLAH, esok hari Khamis, 14 Jamadilawal 1436 Hijrah bersamaan 5 Mac 2015 Masihi akan mencatatkan lagi satu sejarah bermakna bagi negara kita di mana akan berlangsungnya Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-11 Majlis Mesyuarat Negara (MMN). Istiadat pembukaan rasmi berkenaan akan diadakan di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis di Jalan Dewan Majlis. Istiadat pembukaan rasmi berkenaan akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, manakala MMN akan dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Seri Setia Haji Mohamed Taib dan akan dibantu oleh Jurutulis I (Pertama), Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar. Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-11 tahun ini akan membincangkan sembilan buah perkara utama, iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan bagi Tahun Kewangan 2015 / 2016 bagi KementerianKementeriandan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negara Brunei Darussalam; Ketetapan menurut Fasal 83 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam; dan Ketetapan di bawah Bab 4(2) dari Akta Kumpulan Wang Kemajuan (Penggal 136). Persidangan MMN tahun ini juga akan membincangkan sebuah usul yang telah diberi notis. Di samping itu, Perkara Soalan-Soalan yang Diberi Notis Persidangan MMN yang meliputi sebanyak 39 buah soalan berkisar mengenai Kementerian-Kementerian dan Jabatan- Jabatan di bawahnya juga akan dibincangkan pada Persidangan MMN kali ini. Sehubungan itu, orang awam, penuntut-penuntut institusi pendidikan kerajaan dan swasta, pegawai- pegawai yang berminat untuk mendengarkan perbincangan dan perbahasan di dalam Dewan Persidangan MMN adalah dialu-alukan untuk datang bersama dengan memastikan segala peraturan kod-kod berpakaian dipatuhi sepanjang berada di dalam dewan persidangan tersebut. Inilah masa dan peluang bagi setiap rakyat dan penduduk negara ini mengetahui dan sama-sama mendengarkan isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan dan mengekalkan kesejahteraan negara serta rakyat dan penduduk negara ini diperbincangkan dan seterusnya dibahaskan secara terbuka. Di samping itu, kita secara tidak langsung akan dapat mengetahui peranan-peranan yang dimainkan oleh setiap agensi kerajaan di negara ini melalui isu-isu yang dibincangkan kelak. Perkongsian secara terbuka ini diharap dapat menjalinkan hubungan yang erat lagi kukuh di antara agensi-agensi kerajaan dengan rakyat dan rakyat bersama pihak kerajaan dalam sama-sama menuju dan merealisasikan Wawasan Negara 2035. Perbincangan dan perbahasan yang terbuka bukan sahaja mengongsikan pelbagai isu demi kesejahteraan dan kemakmuran negara bahkan bagi memastikan bahawa usaha-usaha kerjaan dalam memberikan yang terbaik kepada rakyat dan penduduk di negara ini adalah berterusan dan sentiasa akan ditambah, baik dari semasa ke semasa demi kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat jua. Dalam pada masa yang sama, generasi-generasi penerus, iaitu dalam kalangan remaja-belia kita juga berpeluang untuk berpartisipasi dalam sama-sama mendengarkan perbincangan dan perbahasan yang bakal berlangsung sejajar dengan hasrat kita untuk menjadikan generasi negara kita sebagai generasi berwawasan yang bakal menjadi pemimpin negara di masa akan datang. Ia juga dihasratkan dapat memberikan pendedahan kepada penuntut-penuntut atau mahasiswa-mahasiswi dengan tatacara bagi membincang dan membentangkan sesebuah rang undang-undang di negara ini. Generasi berwawasan harapan negara, dalam samasama merealisasikan wawasan negara, Persidangan MMN bakal bergema, di mana kita berpeluang untuk mendengarkan perbincangan dan perbahasan yang terbuka, dalam sama-sama membangun negara yang tercinta demi memastikan kesejahteraan, kemakmuran dan keamanan negara sentiasa terjana oleh anak bangsa. - Ketua Penyuntingan (Nb).
Ketua Bahagian Pelita Brunei
Penyuntingan
Sastra Sarini Haji Julaini
Samle Haji Jait, Siti Muslihat Haji Salleh, Bolhassan Haji Abu Bakar, Abdullah Asgar, Abu Bakar Haji Abdul Rahman
Ketua Penyuntingan Musa Mohidin, Hajah Zabaidah Haji Salat, Mohammad Rainie Haji Durani, Dk. Nasibahanim Pg. Haji Bakar
Penyemakan
Penterjemahan
Abdul Hadi Haji Suhaili, Haji Besar Haji Mamit, Hajah Norliha Haji Salleh, Ramlah Md. Nor, Nurul Hazwani Abu Omar, Siti Faizahanisah Awang Mahani, Dk. Nur Ridzwana Pg. Abd. Aziz
Hajah Musmariani Haji Mohammad
Pereka Letak Khairul Shaharim Haji Abdul Ghafor, Haji Ahmad Haji Salim, Mohammad Ike Iqrami Haji Suhaimi, Muhammad Hamdanajib Haji Domeng, Mohammad bin Kahar, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Hajah Raini Haji Bidin, Dk. Sahraini Pg. Haji Ismail
Juruteknik Foto Hatral Hazmi Abdul Hamid, Jurainah Haji Jait, Nornasyirah Nordin
BOMBA 995
13
4 MAC 2015 BERSAMAAN 1436
PENYELAMAT 998
(Talian Darussalam) JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK, JABATAN PENGANGKUTAN DARAT, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN e-darussalam
123
NDMC 2380214
NASIONAL
HARI RABU 4 MAC 2015
3
Kerajaan hulur bantuan kepada mangsa banjir kilat Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim TEMBURONG, Isnin, 2 Mac. Sejumlah BND36,500 (tiga puluh enam ribu lima ratus ringgit) telah disumbangkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada keluarga-keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir kilat di daerah ini. Majlis penyampaian sumbangan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada 73 ketua keluarga terbabit telah diadakan di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, di sini. Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah ketika menyerahkan derma bantuan kewangan kerajaan kepada keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir kilat pada 24 Januari lalu.
Haji Hazair bin Haji Abdullah. Sumbangan bertujuan untuk membantu meringankan beban mereka yang terjejas dalam kejadian banjir kilat yang berlaku pada 24 Januari lalu. Mereka yang terlibat dalam kejadian itu ialah dari Mukim Bangar yang membabitkan Kampung Sungai
Tanam, Kampung Sungai Tanit dan Kampung Ujung Jalan, sementara dari Mukim Bokok pula ialah dari Kampung Belais, Kampung Bokok, Kampung Paya Bagangan, Kampung Rataie, Kampung Kenua, Kampung Temada, Kampung Buda-Buda, Kampung Semabat, Kampung Lepong Lama, Kampung Bekarut dan
Kampung Meniup. Antara yang hadir pada majlis penyampaian sumbangan tersebut, Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad.
JAPEM telah menyediakan makanan tersedia (packed meal) kepada mereka yang terjejas oleh kejadian banjir kilat tersebut sejurus berlakunya musibah, di samping menyumbangkan bantuan berupa catuan makanan untuk tempoh seminggu, bantal, kain dan selimut.
Mufti Kerajaan terima kunjungan hormat BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 Mac. - Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned pagi tadi menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Palestin ke Negara Brunei Darussalam yang tidak menetap, Tuan Yang Terutama Dr. Anwar H. Al-Agha, di Pejabat Yang Berhormat di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan, di sini. Ketibaan TYT dialu-alukan oleh Pemangku Penolong Pengarah Pentadbiran, Jabatan Mufti Kerajaan, Awang Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman serta para pegawai kanan jabatan berkenaan.
Berita dan Foto : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Pertemuan antara TYT dan Yang Berhormat merupakan salah satu antara program lawatan TYT sepanjang berada di negara ini sejak 25 Februari lalu dan ia merupakan jalinan hubungan yang baik serta saling hormat-menghormati. TYT Dr. Anwar H. Al-Agha menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul
Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Bunei Darussalam pada 26 Februari lalu di Istana Nurul Iman. MUFTI Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned ketika menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Palestin ke Negara Brunei Darussalam , Tuan Yang Terutama Dr. Anwar H. Al-Agha, di Pejabat Yang Berhormat di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan.
Sistem PSC Recruitment kemudahan menghadapkan permohonan RIMBA, Isnin, 2 Mac. - Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memperkenalkan Sistem Public Service Commission (PSC) Recruitment bagi kemudahan menghadapkan permohonan dan mempercepatkan proses pengambilan serta pengisian jawatan kosong yang dikendalikan. Penolong Setiausaha, SPA, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji menjelaskan perkara itu pada sesi Taklimat Mengenai Sistem PSC Recruitment kepada Pegawai-pegawai Perhubungan Kementerian dan Jabatan yang berlangsung di Dewan Penghayatan, Institut Perkhidmatan Awam, di sini. Jelasnya, sistem ini adalah bagi
Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor menanai Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-21 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas pada 27 November 2014 yang mana baginda antara lain telah memperkenankan penggunaan kaedah ‘online recruitment’ bagi orang ramai boleh membuat urusan-urusan secara ‘online’ dalam masa yang singkat. Sistem tersebut tambahnya, adalah menggunakan aplikasi internet yang
boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja dan mulai 28 Februari yang lalu, semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui Portal PSC Recruitment. “Oleh yang demikian, orang ramai boleh memasukkan dan mengemaskinikan sendiri maklumat peribadi dalam ruang 'My Profile' masing-masing dalam sistem, menghadapkan permohonan jawatan kosong dan mengetahui status permohonan mereka, semuanya boleh dilakukan dalam talian atau secara ‘online’ menggunakan sistem berkenaan,” ujarnya lagi. Seramai 120 peserta menghadiri taklimat tersebut yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang mempunyai
PEGAWAI-PEGAWAI yang mempunyai bidang tugas dan tanggung jawab dalam hal ehwal pentadbiran ataupengurusan sumber tenaga manusia di kementerian dan jabatan masing-masing ketika menghadiri Taklimat Mengenai Sistem PSC Recruitment.
PENOLONG Setiausaha, SPA, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji pegawai-pegawai dari SPA ketika hadir pada sesi Taklimat Mengenai Sistem PSC Recruitment yang berlangsung di Dewan Penghayatan, Institut Perkhidmatan Awam.
bidang tugas dan tanggung jawab dalam hal ehwal pentadbiran atau pengurusan sumber tenaga manusia di kementerian dan jabatan masingmasing telah dilantik selaku 'Point of Contact'(POC) Sistem PSC Recruitment. Sebagai POC, pegawai berkenaan berperanan untuk mengurus, memproses, membuat dan seterusnya menghadapkan sokongan tertentu bagi pihak Ketua Jabatan, secara ‘online’ melalui sistem bagi setiap permohonan yang dibuat oleh pegawai dan kakitangan di kementerian atau jabatan masing-masing. Turut hadir pada sesi taklimat tersebut ialah Setiausaha SPA, Awang Salminan bin Haji Burut. Antara lain tujuan taklimat diadakan
ialah untuk memberi penerangan mengenai sistem PSC Recruitment, latar belakang dan faedah pelaksanaannya, pendekatan lanjut mengenai tatacara menghadapkan sokongan kementerian dan jabatan melalui Sistem PSC Recruitment serta peranan dan tanggungjawab POC. Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Kerja di Bahagian Pengambilan, Pejabat SPA, Dayang Norefna binti Abdullah dan CAMP Intern dari Brunei Solutions Development Centre (BSDC), Dayang Nurazmina binti Haji Sidek, dihasratkan dapat meningkatkan persediaan kementerian dan jabatan sebelum iklan jawatan-jawatan kosong yang pertama dikeluarkan dalam Sistem PSC Recruitment bermula hari Rabu, 4 Mac 2015.
4
NASIONAL
HARI RABU 4 MAC 2015
Balai, Perumahan Bomba memantapkan tahap keupayaan operasi Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim TUTONG, Isnin, 2 Mac. - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) terus berkembang dengan mempertingkatkan usaha dalam merealisasikan perancangan-perancangan jabatan di antaranya pembinaan Balai dan Perumahan Bomba bagi memantapkan tahap tindakan keupayaan khusus dalam bidang operasi selaras dengan perkembangan persekitaran sosial dan ekonomi Negara Brunei Darussalam. Perkara itu juga adalah selaras dengan rancangan kemajuan perumahan bagi menampung jumlah peningkatan penduduk, keperluan perkhidmatan perlindungan kecemasan di dalam kawasan dan persekitaran dari segi pengawalan serta tindakan yang lebih efisien. Sehubungan dengan itu, JBP mengadakan Majlis Penyerahan Kunci Balai Bomba dan Perumahan Kampung Bukit Beruang yang disempurnakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Mohammad ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam selaku tetamu kehormat. Juga hadir Pengarah Bomba dan Penyelamat, Awang Yahya bin Haji Abdul Rahman, penolong-penolong pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan jabatan berkenaan serta Ketua Kampung Bukit Beruang, Awang Ahmad bin Duraman. Pada majlis tersebut, tetamu kehormat menyerahkan kunci Balai Bomba dan Perumahan Bukit Beruang kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat yang seterusnya menyerahkan kunci tersebut kepada Pegawai Pemerintah Operasi ‘E’, Penguasa Kanan Bomba, Awang Tahir bin Haji Muktal. Bagi memberkati majlis tersebut,
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 Mac. - Anugerah Teknologi InfoKomunikasi Brunei (BICTA) 2015 akan memberi tumpuan kepada penghasilan penyelidikan dan pembangunan inovasi dalam bidang Teknologi Info-Komunikasi (ICT) yang berkaitan selaras dengan visi Kementerian Perhubungan ‘Ke arah masyarakat pintar pada 2017’. Pemangku Ketua Eksekutif AITI, Awang Haji Jailani bin Haji Buntar, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja BICTA 2015 menjelaskan demikian pada Majlis Pelancaran BICTA 2015 di Dewan Seri Kerna, Pihak Berkuasa Teknologi Industri Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI), di sini. Terdahulu katanya, tahun ini menandakan 12 tahun BICTA dianjurkan melalui kerjasama antara Kementerian Perhubungan, AITI dan Persekutuan Infocom Brunei (IFB)
bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Ketua Guru Agama JBP, Awang Haji Adanan bin Haji Ahmad. Balai Bomba dan Perumahan Kampung Bukit Beruang adalah di bawah Rancangan Kemajuan Negara yang dibina di atas tapak tanah yang mempunyai keluasan 2.088 hektar (6.494 ekar) di kawasan Rancangan Perumahan Negara Kampung Bukit Beruang yang mempunyai lebih 2,000 buah rumah berserta penduduk melebihi 7,000 orang. Projek pembinaan Balai Bomba dan Perumahan berkenaan berharga BND5.8 juta termasuk sebuah Balai Bomba berserta tempat letak jentera bomba, sebuah dewan serbaguna,
surau, rumah kembar (dua unit) dan sebuah flat (6 unit). Peletakan batu asas bagi balai berkenaan telah diadakan pada 31 Ogos 2013 yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Balai Bomba dan Perumahan tersebut telah siap pembinaannya pada 29 November 2014, yang mana projek pembinaan bangunan itu dikendalikan oleh Kontraktor Selapon Sendirian Berhad, manakala Konsultan Utama ialah PDO Chartered Architects. Balai Bomba ini merupakan Balai Bomba yang Ke-25 bagi JBP dan penubuhannya akan memantapkan lagi tahap perkhidmatan jabatan tersebut dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan awam khususnya ke atas penduduk setempat.
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Awang Haji Mohammad ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam semasa sesi bergambar ramai bersama Pengarah Bomba dan Penyelamat, Awang Yahya bin Haji Abdul Rahman, penolong-penolong pengarah, pegawai-pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Bomba.
BICTA 2015 dilancarkan
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof yang juga selaku Pengerusi AITI dan Pengerusi Jawatankuasa Pandu BICTA semasa melancarkan BICTA 2015 di Pejabat Pihak Berkuasa Teknologi Industri Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI).
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Azmah Haji Ahad
PEMANGKU Ketua Eksekutif AITI, Awang Haji Jailani bin Haji Buntar, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja BICTA 2015 berucap pada Majlis Pelancaran BICTA 2015 di Dewan Seri Kerna, Pejabat AITI.
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Mohammad ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam menyerahkan kunci kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat, Awang Yahya bin Haji Abdul Rahman.
dengan tema ‘Inovasi untuk Menjana sebuah Negara Pintar’. Jelasnya, BICTA 2015 memberi tumpuan kepada inovasi dalam aspek ke arah bandar, pendidikan, kesihatan, pengangkutan yang sempurna dan sebuah negara pintar. Selain itu tambahnya, sebuah negara dengan masyarakat yang dinamik, kreatif, bijak dan yang paling penting
inovatif dengan menggunakan teknologi dan infrastruktur yang terkini dan sedia ada untuk meningkatkan daya saing serta pertumbuhan ekonomi yang juga akan berusaha untuk mencapai Wawasan Negara 2035. “Inovasi tidak hanya terhad kepada reka cipta baru. Ia termasuk bagaimana reka cipta akan dapat menyelesaikan
masalah, atau meningkatkan penyelesaian yang berbeza, dan bagaimana reka cipta dan idea-idea yang inovatif boleh menghasilkan wang untuk menjana kekayaan, terutamanya dalam bidang ICT,” ujarnya. Beliau menjelaskan, sejak penubuhannya, BlCTA telah berkhidmat sebagai platform untuk individu, pelajar dan perusahaan tempatan untuk mempamerkan bakat ICT mereka di mana setiap tahun, anugerah itu mengenal pasti inovasi ICT tempatan yang cemerlang, memberikan mereka pengiktirafan untuk mendapatkan kejayaan seterusnya dalam arena global melalui penyertaan dalam pertandingan ICT antarabangsa yang dikenali sebagai Asia Pacific ICT Alliance Awards (APlCTA). Beliau menambah, penyertaan Brunei Darussalam dalam APICTA sejak tahun 2008 telah berjaya memenangi dua anugerah dan 14 anugerah merit dan dijangka dengan adanya peningkatan dalam bilangan penyertaan BICTA tahun ini akan memenangi lebih banyak produk untuk bersaing dalam APlCTA yang akan diadakan pada 17 hingga 22 November di Sri Lanka. Menurutnya, pertandingan BICTA tahun ini dibukakan kepada tiga kategori iaitu Projek Sekolah yang dibukakan kepada individu atau kumpulan projek ICT kedua-dua pelajar sekolah rendah dan menengah, Projek Pengajian Tinggi yang terbuka kepada individu atau kumpulan projek
ICT penuntut pengajian tinggi dan industri ICT yang terbuka kepada individu atau kumpulan atau pengusaha ICT yang berdaftar dalam negara. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan BICTA 2015 ialah Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof yang juga selaku Pengerusi AITI dan Pengerusi Jawatankuasa Pandu BICTA. Majlis turut diisikan dengan sesi perkongsian pengalaman oleh dua pemenang anugerah merit APICTA 2014 iaitu Chung Hwa Middle School, BSB dan Institut Teknologi Brunei sebelum diakhiri dengan Majlis Penyampaian Hadiah Penghargaan kepada lima bekas Ahli Jawatankuasa Kerja BICTA yang telah membuat sumbangan besar kepada pembangunan BlCTA. Antara aktiviti BICTA 2015 termasuk pameran dan bengkel yang diadakan bermula bulan Mac ini. Semua sekolah termasuk peringkat sekolah rendah, menengah, pengajian tinggi, orang perseorangan tempatan dan syarikat ICT yang mempunyai produk ICT dan perkhidmatannya sendiri digalakkan untuk mengambil bahagian. Maklumat lanjut bagi penyertaan dan borang permohonan boleh didapati di laman sesawang BICTA www.bicta.gov.bn dan tarikh akhir untuk penyerahan penyertaan adalah pada 1 Mei 2015.
NASIONAL
HARI RABU 4 MAC 2015
5
Tinjau perkembangan dua buah sekolah rendah Berita dan Foto : Ihsan Kementerian Pendidikan
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong berinteraksi bersama pelajar-pelajar Sekolah Rendah Pantai Berakas.
MUKIM BERAKAS, Khamis, 26 Februari. - Dua buah sekolah rendah di kawasan Berakas mendapat perhatian khusus daripada pucuk pimpinan Kementerian Pendidikan dalam usaha meningkatkan prestasi pencapaian para pelajar di sekolah-sekolah rendah khasnya dalam pencapaian Penilaian Sekolah Rendah (PSR). Ke arah itu, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong telah meneruskan siri lawatan kerja ke Sekolah Rendah Dato Othman (SRDO), Lambak Kiri dan Sekolah Rendah Pantai Berakas (SRPB). Seperti fokus pada lawatan kerja pada minggu sebelumnya iaitu 18 Februari 2015, lawatan ini bertujuan melihat kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran serta programprogram intervensi dan sokongan yang dijalankan di sekolah-sekolah berkenaan. Rombongan Yang Berhormat disertai oleh Timbalan Menteri
Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail. Lawatan Menteri Pendidikan bermula di SRDO, Lambak Kiri dengan dialu-alukan oleh Guru Besar sekolah berkenan, Dayang Hajah Hafizah binti Haji Salat dan juga Ketua Kluster 3, Dr. Zurina binti Haji Harun. Di sini, Yang Berhormat dan rombongan mendengar taklimat mengenai profil sekolah dan program-program pengukuhan dan sokongan di sekolah itu disampaikan oleh guru besar sekolah tersebut yang seterusnya menyentuh mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah. Selain menjelaskan mengenai program-program pengukuhan pembelajaran dan intervensi bagi para pelajar Tahun 6 khasnya dan juga pelajar-pelajar Tahun 1 hingga 5 di sekolah ini, Dayang Hajah Hafizah juga menerangkan bahawa program intervensi tersebut berdasarkan
diagnosis terhadap keperluan pembelajaran telah dibuat sejak awal Februari 2015. Diagnosis ini, katanya, dibuat berdasarkan pengenalpastian kelebihan dan kelemahan pelajar yang dikesan semasa Peperiksaan PSR 'First Checkpoint Test' yang diadakan pada 9 hingga 11 Februari lepas. Semasa sesi perbincangan, Yang Berhormat Menteri Pendidikan serta ahli-ahli rombongan juga mendengar mengenai program-program intervensi yang dijalankan di sekolah seperti ‘Rest with Teachers’, ‘Creativity in Academic’, ‘Double Lunch’ dan Kelas Tambahan pada hari bukan persekolahan. Pihak sekolah telah mengesan sambutan dan kecenderungan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar dalam program-program yang dijalankan. Berhubung dengan perjalanan pemantauan kehadiran pelajar melalui iNEIS, pihak sekolah telah mendapati tahap kehadiran murid berada di tahap 94.05 peratus yang hampir memenuhi sasaran kehadiran negara iaitu 95 peratus sehingga 25 Februari 2015. Berpandukan pada profil sekolah serta status sekolah yang tersendiri, Yang Berhormat Menteri Pendidikan turut membuat beberapa cadangan dan komitmen sokongan bagi membantu pihak sekolah meningkatkan lagi prestasi sekolah berkenaan. Sesi perbincangan semasa lawatan kerja ini turut memberi perhatian kepada pelajar-pelajar yang menerima bantuan pendidikan melalui Skim Miftah An-Najaah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui Kementerian Pendidikan sejak tahun 2013. Terdapat 47 orang pelajar SRDO, Lambak Kiri menerima bantuan pendidikan melalui skim tersebut pada ketika ini. Sempena lawatan ini, Menteri Pendidikan juga meluangkan masa
melawat bilik-bilik darjah Tahun 6 pendidikan rendah bawah. Semasa meninjau prasarana sekolah, Yang Berhormat turut meluangkan masa berinteraksi dengan para murid untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi proses dan pengalaman dan pembelajaran serta aspirasi mereka. Dari SRDO, Lambak Kiri, Yang Berhormat dan rombongan terus beredar ke Sekolah Rendah Pantai Pasir Berakas. Ketibaan Yang Berhormat dan rombongan dialu-alukan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Pantai Berakas, Dayang Sharinah binti Haji Shabudin bersama Ketua Kluster 3, Dr. Zurina binti Haji Harun. Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat mengenai profil sekolah dan program-program yang dijalankan di sekolah berkenaan. Dalam sesi taklimatnya Dayang Sharinah menjelaskan mengenai program-program sokongan ke arah pencapaian PSR khususnya program intervensi dan literasi, selain program khusus bagi semua mata pelajaran PSR dan perkongsian amalan terbaik bagi pelajar-pelajar seperti ‘I Love Multiplication - ILMU. Di sini, Yang Berhormat turut meninjau suasana pengajaran dan pembelajaran murid-murid yang berjalan di kelas Tahun 6 hinggalah ke peringkat pra. Melalui interaksi bersama tenaga pengajar dan para murid, Yang Berhormat dapat mengetahui lebih lanjut mengenai pelaksanaan program-program sokongan yang dibuat oleh pihak sekolah. Lawatan ke bilik-bilik darjah dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut turut memberikan gambaran jelas mengenai keadaan di sekolah tersebut. Dalam menghadapi cabaran yang pelbagai dan mengenal pasti kedudukan tersendiri setiap sekolah,
lawatan kerja di kedua-dua sekolah rendah tersebut turut membincangkan ruang pembaikan yang boleh dipraktikkan oleh pihak sekolah serta mengenal pasti ruang-ruang khusus yang menjadi keperluan sekolah untuk meningkatkan pencapaian yang disokong oleh pihak Kementerian Pendidikan. Tumpuan kepada pengukuhan pembelajaran peringkat rendah merupakan satu fokus utama dalam pendidikan. Dengan PSR 2015 yang akan ditempuh dalam jangka masa 133 hari bersekolah lagi, Kementerian Pendidikan pada ketika ini aktif memberi sokongan kepada para pemimpin sekolah melalui pemberian autonomi dalam aspek kurikulum, penilaian dan sumber pengajaran dan pembelajaran demi kepentingan meningkatkan impak pembelajaran untuk para pelajar. Pihak sekolah juga digalakkan untuk bekerjasama serta mengongsi sumber bagi memanfaatkan sepenuhnya kapasiti yang ada di antara sekolah-sekolah untuk mengoptimakan sumber yang ada. Dalam usaha merealisasikan sasaran sekurang-kurangnya 90 peratus pelajar mencapai gred A-C dalam PSR 2017 yang dititahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa Sambutan Tahun Baru Masihi 2015, Kementerian Pendidikan telah meletakkan sasaran progresif yang mana tahun ini telah menyasarkan pencapaian pada tahap sekurang-kurangnya 74 peratus pelajar mencapai gred A-C dalam PSR 2015. Juga menyertai rombongan Menteri Pendidikan ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh; Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Awang Haji Abdul Rahim bin Derus; Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah, Awang Zaman bin Haji Gapar dan ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan dari kementerian berkenaan.
Pesara KHEU diraikan Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Februari. - Seramai 35 pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) yang telah bersara pada 1 Oktober 2014 lalu diraikan pada Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam KHEU Kali Ke-21, di Bangunan Tambahan
kementerian berkenaan, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman yang juga menyempurnakan penyampaian cenderamata dan sijil penghargaan MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman bergambar ramai pada Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam KHEU Kali Ke-21, di Bangunan Tambahan kementerian berkenaan.
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad semasa menyempurnakan penyampaian cenderamata dan sijil penghargaan kepada pegawai yang diraikan.
kepada pegawai-pegawai yang bersara yang diraikan dan penerima-penerima Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) KHEU sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-21, Tahun 2014 dalam Bahagian II hingga V. Para penerima APC terdiri daripada Pegawai Pelajaran, Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, Dayang Hajah Rusma binti Haji Kepli; Guru Ugama Terlatih (Tetap), Jabatan Pentadbiran, Awang Haji Mohammad Azmi bin Dullah; Juruteknik Projektor, Pusat Da'wah Islamiah, Pengiran Ibrahim bin Pengiran Haji Mohammad dan Pembantu Kerani (Open Vote), Jabatan Hal Ehwal Masjid, Dayang Bibi Lisa binti Bujang.
Majlis itu diteruskan dengan pelancaran laman web KHEU yang baharu, iaitu www.kheu.gov.bn dilancarkan oleh tetamu kehormat majlis. Terdahulu Pengarah Pentadbiran, Awang Haji Zulkifli bin Panglima Asgar Dato Paduka Haji Abdullah, selaku Pengerusi Bersama Majlis sambutan itu berkata, sambutan itu adalah bagi membangkitkan semangat para pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam terhadap kedudukan mereka sebagai Jentera Pembangunan Negara. Beliau berharap para pegawai dan kakitangan kerajaan atau penjawat-penjawat awam perlu memiliki keupayaan berfikir secara
strategik dan keupayaan merangka bentuk perkhidmatan terbaik untuk masa depan. Sambutan bertema 'Urustadbir Dinamik Ke Arah Kesejahteraan Negara' itu dihasrat dapat mengerat dan mengekalkan lagi hubungan silaturahim dan kekeluargaan di antara para pegawai dan kakitangan yang masih berkhidmat dan yang telah bersara di kementerian tersebut. Selain itu, ia juga bagi menghargai dan mengenang jasa bakti para pegawai dan kakitangan KHEU yang pernah bertugas dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
6
NASIONAL
HARI RABU 4 MAC 2015
Peluang orang ramai mengetahui peranan KHEU Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Februari. - Hari Pelanggan Kali Ke-7 Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memberikan peluang kepada orang ramai mengetahui peranan dan operasi kementerian berkenaan. Majlis Pelancaran Hari Pelanggan Kali Ke-7, KHEU telah dilancarkan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman semasa memotong reben bagi Pelancaran Pameran Perkhidmatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).
Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di Bangunan Tambahan KHEU. Pameran Perkhidmatan KHEU dan beberapa persembahan pentas serta pertunjukan antaranya Pertunjukan Tatacara Penyembelihan Binatang Halal, Pertunjukan Tatacara Pengurusan Jenazah, Perkhidmatan Pencucian Kereta oleh ahli Program Pengupayaan Asnaf Zakat (PROPAZ) dan juga persembahan pentas daripada penuntut-penuntut dan mahasiswa antara aktiviti yang diadakan sepanjang ia dibukakan kepada orang ramai.
Selain itu, PROPAZ juga menyediakan hasil jualan kraf tangan dan makanan, di samping gerai jualan daripada syarikat-syarikat yang telah diiktiraf Halal oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) seperti Hana Soy, Mr. Softy, Excapade Sushi, Wira Bina, Seri Pekatan, Chop Jing Chew, Silla Korean Restaurant, Semaun Marine Resources, Casbah London Kebab, Auntie Anne’s Pretzel, BMC, Ghanim International, PDS dan KTM. Juga hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yussof dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid serta warga KHEU.
KHEU perlu perbaiki TPOR
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad menyaksikan sebahagian daripada Pameran Perkhidmatan KHEU.
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-21 bagi Tahun 2014 Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).
Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Februari. - Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman menyeru agar semua pihak dalam Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) untuk terus menambah baik urus tadbir masing-masing khasnya Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR). Yang Berhormat menjelaskan, penambahbaikan itu supaya objektif-objektif yang ditetapkan dapat dicapai dengan jayanya serta perkhidmatan tersebut sentiasa relevan dan dapat disampaikan dengan berkesan. Perkara itu antara enam nasihat yang digariskan oleh Yang Berhormat pada Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-21 bagi Tahun 2014 KHEU di Dewan Bangunan Tambahan, kementerian berkenaan, di sini. Menurutnya, kementerian itu juga akan memulakan fasa baharu Rancangan Strategik Kementerian bagi tempoh 2015 - 2019 yang mana visi dan misi kementerian itu akan dapat dicapai dengan jayanya sejajar dengan Wawasan Negara 2035. “Alhamdulillah, urus tadbir hal ehwal ugama Islam di Negara Brunei Darussalam telah menyaksikan proses sejarahnya yang dinamik. Ini kita dapat perhatikan melalui kronologi perkembangannya yang bermula dengan kaedah urus tadbir tradisional oleh Pembesar-pembesar Negara dan Manteri-manteri Agama di Abad
Ke-16 sehingga sebelum kedatangan Residen British ke negara ini,” katanya. Oleh itu, Yang Berhormat menekankan agar warga kementerian itu mewujudkan perpaduan sesama mereka, sentiasa tegur-menegur dan sayang-menyayangi di antara satu sama lain dengan mengikut arahan, peraturan dan etika kerja Islam yang menekankan sifat jujur, amanah, taat setia dan bijaksana. “Jadilah pegawai atau pekerja yang pemikir kerana pegawai atau pekerja
yang pemikir akan melihat dengan kritis masa depan kemajuan organisasinya, bangsanya, ugamanya dan negaranya,” ujarnya. KHEU sebagai organisasi yang bertanggungjawab mengurus hal ehwal ugama Islam di negara ini yang turut sama menerima cabaran-cabaran yang terbit dari perkembangan itu, jelasnya, akan sentiasa meneliti urus tadbirnya supaya keupayaan menyampaikan perkhidmatannya pada setiap masa. Justeru itu, Yang Berhormat percaya majlis seumpama itu mempunyai impak yang baik dalam meningkatkan motivasi pegawai-pegawai dan kakitangan di kementerian tersebut.
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad semasa Majlis Pelancaran Hari Pelanggan Kali Ke-7 di KHEU.
Kursus GPS memudahkan nelayan menangkap ikan Berita dan Foto : Ihsan Jabatan Perikanan TEMBURONG, Khamis, 26 Februari. - Jabatan Perikanan telah mengadakan Kursus Penggunaan Sistem Kedudukan Sejagat (Global Positioning System - GPS) bagi nelayan kecil-kecilan di Daerah Temburong berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Utama Bumiputera, Pekan Bangar, Temburong. Kursus yang disertai oleh 30 orang nelayan kecil-kecilan yang berlesen dan berdaftar di Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama itu bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan nelayan-nelayan tempatan memantapkan lagi kaedah menangkap ikan dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini seperti GPS ini. Alat sistem GPS ini merupakan peralatan navigasi yang mempunyai teknologi terkini dan amat berguna kepada nelayan bagi membantu navigasi nelayan semasa berada di laut dan mengenal pasti lokasi lawa-lawa atau bubu yang dilabuh. Ianya juga akan memudahkan para nelayan menangkap ikan dengan lebih efisien sekali gus menjimatkan masa dan minyak. Sepanjang kursus selama sehari itu, para peserta telah didedahkan mengenai penggunaan dan tatacara GPS seperti mencari kedudukan dan kedalaman air dan juga memplot peta di laut. Pada akhir kursus, para peserta melahirkan rasa puas hati atas bimbingan dan tunjuk ajar daripada pegawai-pegawai Jabatan Perikanan dan dapat menggunakan GPS dengan cara yang betul dan selamat.
PARA nelayan yang menghadiri Kursus Penggunaan Sistem Kedudukan Sejagat (Global Positioning System-GPS) mendengar penerangan mengenai penggunaan dan tatacara GPS seperti mencari kedudukan dan ke dalaman air dan juga memplot peta di laut.
MINDA PEMBACA
HARI RABU 4 MAC 2015
Generasi berwawasan, peneraju masa depan negara
T
EMA ‘Generasi Berwawasan’ memang sudah tidak asing lagi didengar dan disebut-sebut oleh masyarakat di negara ini. Perkataan generasi itu sendiri membawa maksud keturunan atau pewaris bangsa. Manakala, berwawasan pula boleh diertikan sebagai seseorang yang mempunyai disiplin diri dan berpendidikan. Justeru itu, akan lahirlah sifat kepimpinan di dalam diri seseorang demi kemajuan negara itu sendiri. Oleh yang demikian, selaku rakyat dan penduduk negara ini, kita seharusnya berani menyahut cabaran demi masa depan negara. Hasrat negara untuk melahirkan generasi yang berwawasan tidak sepatutnya dipandang remeh oleh masyarakat. Tujuannya antara lain ialah untuk menjamin agar negara kita ‘tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas’ dengan arus kemodenan masa dalam pelbagai aspek termasuklah dalam aspek pendidikan. Pelbagai langkah dan inisiatif harus dilakukan bagi merealisasikan Wawasan 2035 negara. Antara langkah-langkah yang wajar dilakukan ialah dengan membekalkan pendidikan agama yang lengkap dan mencukupi agar menjadi benteng daripada pengaruh asing bertapak di hati anak bangsa. Sifat kasih kepada negara haruslah disemai dalam diri seseorang dari peringkat awal lagi. Bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pelajar-pelajar terutamanya golongan belia hendaklah berusaha secara intensif dalam meningkatkan kualiti diri. Sementara itu, ibu bapa pula perlu memainkan peranan sebagai pendorong utama dalam menggalakkan anak-anak untuk menuntut ilmu pengetahuan dan dalam membentuk sahsiah mereka. Pihak media massa juga haruslah bersama-sama menggembleng tenaga sama ada melalui penyiaran iklan-iklan yang mampu memberi kesedaran dalam diri belia tentang kepentingan wujudnya sifat disiplin dalam diri. Hal ini demikian kerana golongan belia mudah dipengaruhi oleh persekitaran dan media massa. Dengan ini, mereka yakin bahawa mereka berpotensi untuk menjadi pemimpin atau ketua suatu hari nanti. Kesimpulannya, golongan belia haruslah dipersiapkan dari segi pendidikan, kemahiran, keyakinan, disiplin diri dan nilai-nilai murni sebelum menjelangnya tahun 2035 iaitu lebih kurang dua dekad dari sekarang. Janganlah kita biarkan harapan negara ini seperti ‘hangat-hangat tahi ayam’ saja. Nama : Nor Mohammad Hizwandi bin Saidi No. K/P : 01-090281 Alamat : No. 8, Simpang 52-22-18, Jalan Sadaman Barat, STKRJ Tanah Jambu, Negara Brunei Darussalam.
Lahirkan golongan muda berwawasan
G
ENERASI adalah golongan pewaris yang bakal memimpin negara suatu ketika nanti. Manakala wawasan pula bermaksud matlamat untuk mencapai cita-cita negara. Maka frasa ‘Generasi Berwawasan’ membawa maksud golongan muda yang bakal memimpin negara pada masa depan dengan ciri-ciri kepimpinan dan mempunyai kesungguhan untuk mencapai misi dan visi negara. Kerajaan Negara Brunei Darussalam berusaha untuk menjadikan golongan muda masa kini agar menjadi individu-individu yang berwawasan agar dapat memajukan negara dengan menstabilkan politik dan memantapkan ekonomi negara. Masyarakat digesa agar berlumba-lumba untuk menuntut ilmu sesuai dengan Wawasan 2035 untuk menjadikan rakyat dan penduduk berilmu, berkemahiran dan bertamadun. Rakyat yang berilmu, terutamanya golongan pelapis adalah salah satu daripada kunci kemajuan Negara Brunei Darussalam. Tindakan kerajaan mewujudkan Perintah Pendidikan Wajib pada tahun 2007 adalah sangat wajar bagi memastikan seluruh rakyat berpendidikan dan agar tidak ada yang terkecuali tambahan lagi sistem pembelajaran teknikal dan vokasional membantu rakyat mengasah kemahiran dalam bidang masing-masing. Selain melahirkan generasi berilmu, kerajaan juga memastikan rakyat mendapat pendidikan awal mengenai negara kita dan sekaligus menerapkan sikap patriotisme pada diri setiap pelajar sedari kecil. Penerapan ini mampu mewujudkan generasi yang cintakan negara yang sanggup melakukan apa saja demi kemajuan, keamanan dan kemakmuran negara. Penglibatan para belia dan pelajar-pelajar dalam menjayakan sambutan Hari Kebangsaan dengan menyertai acara padang mempamerkan sikap kenegaraan dan sayang akan negara tercinta ini. Sebagai peneraju masa depan, sudah semestinya negara memerlukan mereka yang mempunyai wawasan agar negara terus maju dan generasi ini dapat membangun negara dengan lebih kreatif, inovatif dan optimis. Seterusnya, Wawasan 2035 akan dapat dicapai sepenuhnya dengan usaha yang gigih. Maju Negara! Nama : Siti Adilah binti Rafaheh No. K/P : 01-093726 Alamat : No. 132G, Kampung Tarap Bau, BJ2124, Negara Brunei Darussalam.
7
Generasi berwawasan dukung kemajuan negara
G
ENERASI berwawasan adalah generasi yang mempunyai keazaman dan tekad dalam kehidupan merangkumi pelbagai aspek iaitu semangat patriotik, pendidikan dan keagamaan. Kita sebenarnya adalah generasi untuk masa depan negara dan yang bakal menjadi peneraju pembangunan negara dari pelbagai aspek. Dari aspek pendidikan, sistem pendidikan negara telah dipertingkatkan untuk membina generasi yang celik ilmu. Para graduan-graduan yang berjaya, bakal mengharumkan nama negara dengan mencurahkan ilmu yang mereka ada untuk pembangunan negara. Tanpa pendidikan, negara tidak akan maju dan membangun serta tidak berwawasan. Dari aspek keagamaan, kita sebagai generasi negara yang berwawasan hendaklah mempertahankan agama kita iaitu agama yang dibawa oleh nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, iaitu agama Islam. Negara Brunei Darussalam adalah negara Melayu Islam Beraja yang mengetengahkan bangsa Melayu beragama Islam di dalam pemerintahan beraja. Dari aspek semangat patriotik, sebagai rakyat Negara Brunei Darussalam yang berwawasan mendukung kemajuan negara. Demi mencapai kemajuan negara yang maksima, kita sebagai generasi yang berwawasan hendaklah mempertahankan bangsa dan menaikkan lagi semangat patriotisme terhadap negara. Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Negara Brunei Darussalam adalah generasi untuk masa depan negara. Generasi yang berwawasan bertanggungjawab terhadap kemajuan dan pembangunan negara. Kita seharusnya mempunyai tekad untuk memajukan negara kita dan mengharumkan negara sehingga ke persada dunia. Mudah-mudahan Negara Brunei Darussalam menjadi negara yang mempunyai rakyat yang berwawasan dan mempunyai masa depan yang cerah di samping mencetuskan kesejahteraan negara. Nama : Mohammad Kamarudin bin Kamal No. K/P : 01-050342 Alamat : No.85, Spg.78, Jalan Sungai Tampoi, Kampung Sengkurong, BG1921, Negara Brunei Darussalam.
TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA: 1. 'Kepentingan Amalan Berjiran Kepada Masyarakat'. Tarikh Tutup : 4 Mac 2015. 2. 'Perkembangan Teknologi dan Impaknya Terhadap Kehidupan Generasi Muda'. Tarikh Tutup : 11 Mac 2015. 3. 'Menabung Perlu Dijadikan Budaya Sejak Kecil Lagi'. Tarikh Tutup : 18 Mac 2015. Terma dan Syarat: 1. Penyertaan dibuka kepada remaja yang berusia lingkungan 15 tahun hingga 25 tahun, yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kecuali warga Jabatan Penerangan. 2. Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. 3. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon hendaklah disertakan dan dihantar kepada: Sidang Pengarang, Minda Pembaca, Unit PELITA BRUNEI, Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama, Berakas, Bandar Seri Begawan, BB3510, Negara Brunei Darussalam atau melalui E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn 4. Sebanyak tiga penyertaan terbaik akan disiarkan dalam Akhbar Rasmi Kerajaan PELITA BRUNEI dan setiap seorang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak $75.00.
8
NASIONAL
HARI RABU 4 MAC 2015
Majlis Resepsi raikan peserta Regata Brunei Darussalam 2015 Oleh : Mohammad Arif Matali Foto : Dk. Nur Hafilah Pg.Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Februari. - Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama telah mengadakan satu Majlis Resepsi untuk mengalu-alukan ketua-ketua pasukan dan pesertapeserta yang menyertai Regata Brunei Darussalam (RBD) 2015 yang berlangsung di Dermaga Diraja, di ibu negara. Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Perindustrian dan SumberSumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang
Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah, selaku Penasihat Bersama RBD 2015. Turut hadir ialah Pengerusi Bersama RBD 2015, iaitu Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman; Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Hanafiah bin Haji Mahmud. Acara diteruskan dengan majlis ramah mesra bersama ketua-ketua pasukan, pegawai dan peserta-peserta perlumbaan. Menteri Perindustrian dan SumberSumber Utama turut menyampaikan cenderahati kepada ketua-ketua pasukan lumba perahu jemputan khas (dari dalam dan luar negeri), jet ski dan bot laju. Kira-kira 1,200 peserta menyertai pelbagai kategori seperti Lumba Jet Ski, Lumba Perahu Tambang, Bot Laju dan Lumba Perahu. Acara tersebut turut disertai oleh wakilwakil kementerian-kementerian, kampung-kampung di dalam negara
MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah, selaku Penasihat Bersama Regata Brunei Darussalam 2015 ketika bergambar bersama salah satu pasukan yang mengikuti perlumbaan tersebut.
dan dua penyertaan dari negara luar, iaitu Sarawak dan Nanjing, China. Acara RBD pada tahun ini adalah
merupakan acara kali Ke-4 diadakan dan diharap ia jua akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia ada.
Wujudkan hubungan mesra antara pegawai, kakitangan Berita dan Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pegawai dan kakitangan Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.
KUALA BELAIT, Sabtu, 28 Februari. - Hospital Suri Seri Begawan
mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2015 yang diadakan di
Dewan Serbaguna Hospital berkenaan. Majlis anjuran bersama pegawai dan kakitangan berbangsa Tiong Hua hospital tersebut adalah bagi mewujudkan hubungan yang lebih mesra antara pegawai dan kakitangan pihak hospital dan Kementerian Kesihatan. Hadir selaku tetamu kehormat, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil sekali gus bagi sama-sama memeriahkan majlis berkenaan dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pegawai serta kakitangan hospital tersebut. Majlis diserikan dengan persembahan pentas oleh pegawai dan kakitangan yang berbilang bangsa yang diketuai oleh Penguasa Perubatan Hospital, William Chong Chee Fui dan tarian daripada pelajar Sekolah Chung Hwa.
Gleneagles JPMC hargai pelanggan Berita dan Foto : Abu Bakar Haji Abdul Rahman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Februari. - Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (JPMC) mengadakan perayaan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina dalam usaha mereka mengeratkan hubungan bersama para pelanggan. Majlis yang berlangsung di Emperor’s Court, Hua Ho Manggis Mall tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles JPMC, Dr. Peter Tay. Menurut Pengurus Perhubungan Awam Gleneagles JPMC, Pengiran Nor Ikhsan bin Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Putih berkata, majlis yang mereka anjurkan tersebut merupakan acara tahunan dan merupakan salah satu acara bagi mereka untuk berkumpul dan menghargai selain bersuai kenal dengan pelanggan mereka serta para pembekal, profesional kesihatan terutama dengan pegawai dan kakitangan Kementeran Kesihatan yang sering bekerjasama dengan mereka.
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan.
Koperasi BKSS buka cawangan baru Oleh : Syirain Afifi binti Md. Fadzil Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Februari. - Koperasi Berkat Kerjakaras Semua Sanang (BKSS), Kementerian Kesihatan Berhad melebarkan perniagaannya dengan membuka sebuah lagi cawangan baru, iaitu Restoran dan Katering bertempat di Unit 21, Blok D, Aras Bawah, Bangunan Kompleks Madang. Perasmian kedai baru tersebut disempurnakan oleh Pemangku Penolong Pesuruhjaya Kemajuan Koperasi, Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA), Awang Mohd. Serudin bin Haji Tuah dan Pengerusi Koperasi BKSS, Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Mohiddin. Terdahulu Awang Haji Mohd Salleh menjelaskan cawangan baru tersebut adalah di khususkan untuk membuat perniagaan katering dan kedai restoran selain untuk memberigakan Koperasi BKSS mempunyai cawangan lain selain daripada cawangan yang ada di hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS). Koperasi BKSS mula ditubuhkan pada 16 Jun 1996 dan telah berdaftar di bawah BINA pada 16 Disember.
KETUA Pegawai Eksekutif Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (JPMC), Dr. Peter Tay bersama tetamunya menikmati juadah rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina (atas), semetara gambar bawah, Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles JPMC semasa bergambar bersama pegawai dan kakitangan serta tetamu sempena rumah terbuka, Sambutan Tahun Baru Cina.
PEMANGKU Penolong Pesuruhjaya Kemajuan Koperasi, Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA), Awang Mohd. Serudin bin Haji Tuah dan Pengerusi Koperasi BKSS, Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Mohiddin semasa merasmikan sebuah lagi cawangan perniagaan barunya, iaitu bangunan Restoran dan Katering.
RENCANA
HARI RABU 4 MAC 2015
Oleh : Musa Mohidin Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
U
SAHA kerajaan membangunkan struktur ekonomi yang berupaya untuk dipelbagaikan kini menunjukkan tanda-tanda perkembangan yang lebih ketara dari dekad-dekad sebelum ini. Negara Brunei Darussalam dijangka menyaksikan kemunculan 11 projek bernilai hampir BND7 bilion berikutan dari pelaburan langsung luar negeri (FDI). Pada masa ini, empat projek FDI bernilai BND1 bilion telah dilaksanakan di mana Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB) memainkan peranan utama selaku pemudahcara. Simpor Pharma Sendirian Berhad adalah salah sebuah dari empat projek berkenaan. Terletak di tengah-tengah Taman Perindustrian Salambigar ialah sebuah syarikat farmaseutikal tunggal di negara ini yang bernama Simpor Pharma Sendirian Berhad. Ditubuhkan pada September 2013, Simpor Pharma adalah syarikat usaha sama dalam kalangan Viva Pharmaceutical Inc (Kanada), Aureos (Brunei) Sendirian Berhad (sebuah dana ekuiti swasta Negara Brunei Darussalam) dan Kukoh Bersama Sendirian Berhad. Simpor Pharma yang ditubuhkan dengan modal pelaburan BND34 juta adalah majikan bagi 32 kakitangan tempatan dan 12 kakitangan asing. Jumlah tenaga kerjanya dijangka bertambah dari semasa ke semasa. Apabila ditanya apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan untuk melabur di sini dengan menubuhkan Simpor Pharma, Pengarah Urusannya, Tuan Edward Ko berkata: “Kita mahu memanfaatkan reputasi kukuh pensijilan Halal negara ini bagi pengeluaran farmaseutikal Halal yang dapat menampung 1.6 bilion pengguna Muslim di seluruh dunia.” Di samping itu, kita juga mensasarkan para pengguna yang bukan Muslim kerana perihal Halal adalah untuk semua orang. Jenama Halal mempunyai reputasi baik yang dikenali sebagai selamat untuk dimakan.” Menurut Tuan Edward Ko, Simpor Pharma telah memulakan pengeksportan produk-produk ke Kanada sejak Mei 2014.
9
BANGUNAN Simpor Pharma Sendirian Berhad yang terletak di Taman Perindustrian Salambigar adalah merupakan syarikat usaha sama dalam kalangan Viva Pharmaceutical Inc (Kanada), Aureos (Brunei) Sendirian Berhad (sebuah dana ekuiti swasta Negara Brunei Darussalam) dan Kukoh Bersama Sendirian Berhad.
Menurut Pengarah Urusan, dari segi bakal pasaran, pihak beliau telah menerima pertanyaan dari Kanada, Myanmar, Filipina, Malaysia, Taiwan dan Viet Nam. “Kita akan menyasarkan pasaran di Timur Tengah, Australia dan Amerika Syarikat,” kata beliau. Apabila ditanya apakah jenis-jenis kelulusan akademik (atau kemahiran) yang diperlukan untuk menjadi kakitangan Simpor Pharma, pihak syarikat tersebut menyenaraikan dalam rajah berikut.
Cabaran-Cabaran Memulakan sebarang perusahaan atau perniagaan sering menghadapi pelbagai cabaran, lebih-lebih lagi apabila perusahaan itu adalah yang tunggal. Pengalaman Simpor Pharma Sendirian Berhad menunjukkan bahawa syarikat tersebut adalah tidak terkecuali daripada cabaran-cabaran berkenaan. Dari segi pengambilan tenaga kerja tempatan, Tuan Edward Ko berkata: “Terdapat kesukaran mencari dalam negara bagi orang-orang yang mempunyai kelayakan dan kepakaran yang berkaitan.” Menepati keperluan pihak pengawal selia bagi para tenaga kerja khusus adalah cabaran kedua, menurut beliau. “Kebanyakan warga tempatan yang memiliki kelulusan yang berkaitan adalah biasanya terdiri dari penerima biasiswa dan justeru terikat untuk berkhidmat dengan kerajaan,” kata Pengarah Urusan. Itu dari segi pengambilan tenaga kerja. Apabila ditanya apakah cabaran-cabaran yang dialami oleh Simpor Pharma di dalam mengeksport produk-produk farmaseutikal, Tuan Edward Ko berkata: “Pertama, kos perkapalan adalah tinggi jika dibanding dengan kos perkapalan di negara-negara jiran.” Kedua ialah masa penghantaran menggunakan perkapalan adalah lama. Di samping itu, masa transit juga terlalu lama dan oleh sebab itu kita akan kehilangan banyak tawaran perniagaan yang berpotensi. Dan ketiga ialah sumber-sumber tempatan yang terhad. Justeru, sebahagian besar sumber-sumber yang diperlukan adalah didatangkan dari negara-negara lain.” Manakala cabaran-cabaran dari segi mendapatkan bahan-bahan mentah untuk pembuatan produk farmaseutikal adalah berupa berikut. Pertama ialah kos perkapalan yang tinggi jika dibandingkan dengan kos perkapalan di negara-negara jiran. Ke muka 10
“Simpor Pharma Sendirian Berhad menghasilkan farmaseutikal, makanan tambahan kesihatan dan kosmetik. Kita juga melakukan pengilangan kontrak dan oleh itu kita berupaya untuk menghasilkan menurut spesifikasi-spesifikasi pelanggan.” Dan syarikat kita juga mempunyai jenama Simpor Pharma kita sendiri,” kata beliau ketika merujuk pada jenis-jenis produk yang dihasilkan oleh syarikat tersebut. Kategori-kategori produk yang dihasilkan oleh Simpor Pharma Sendirian Berhad - Farmaseutikal - Makanan tambahan kesihatan - Kosmetik - Paracetamol - Omega 3 - Sanitiser tangan - Ibuprofen - Vitamin C - Losyen tangan - Amlodipine - Multivitamins - Krim muka - Metformin - CoEnzyme Q10 - Folic acid - Vitamin E
PENGARAH Urusan Simpor Pharma Sendirian Berhad, Tuan Edward Ko, ketika ditemubual di pejabat beliau.
10
RENCANA
HARI RABU 4 MAC 2015
dalam negara, maka perihal latihan dan pemindahan pengetahuan adalah di antara perkara yang sering dikaitkan dengan sesebuah firma yang ditubuhkan seumpama ini. “Pihak Simpor Pharma membuat pelaburan besar dalam latihan berkualiti dan pemindahan pengetahuan untuk memastikan agar rakyat Brunei menikmati pekerjaan yang berjangka masa panjang,” kata Tuan Edward Ko. Menurut beliau, latihan dan pemindahan pengetahuan berkenaan adalah diberikan kepada para pengurus kawalan kualiti, juruteknik kawalan kualiti dan juruteknik Pembangunan dan Penyelidikan (R&D). “Kita datangkan para pakar dari luar negara untuk melatih para pengurus tempatan. Dan syarikat kita juga menghantar para kakitangan untuk menjalani latihan di ibu pejabat Viva Pharmaceutical Inc di Kanada,” kata Pengarah Urusan. Berasaskan kadar operasi perniagaan yang sedia ada, Pengarah Urusan Simpor Pharma berkata bahawa, syarikat tersebut akan mengambil masa lima tahun untuk mula mengeluarkan kapasiti yang optimum. Dalam kalangan negara-negara maju, sektor farmaseutikal merupakan industri yang terdiri dari syarikat-syarikat gergasi yang mempunyai puluhan ribu kakitangan yang berkhidmat di negara asal dan juga luar negara. Manakala dalam kalangan syarikat-syarikat farmaseutikal yang terbesar di dunia pula, setiap sebuah mempunyai permodalan pasaran (market capitalisation) yang bernilai ratusan bilion Dollar Amerika.
SALAH sebuah makmal yang terdapat di Simpor Pharma Sendirian Berhad.
Dari muka 9 Kedua ialah masa penghantaran menggunakan perkapalan adalah lama. “Bahan-bahan mentah adalah mempunyai jangka hayat tertentu. Apabila masa penghantaran menggunakan perkapalan adalah lama, kita terpaksa menggunakan bahan-bahan mentah itu dengan segera,” kata Pengarah Urusan. Ketiga ialah ketiadaan kepelbagaian pengangkutan. Menurut Tuan Edward Ko, perkhidmatan kargo udara yang membawa barang-barang berbahaya (Dangerous Goods) tidak beroperasi ke Brunei. Satu-satunya pilihan ialah pengangkutan laut dan ini adalah sangat perlahan. Menyentuh pasal kargo udara, beliau berkata, ketiadaan kargo udara yang ditetapkan di sini (designated air cargo) bererti Simpor Pharma terpaksa mencari penerbangan sewa khas walaupun pihak beliau hanya menghantar kuantiti barangan yang kecil. Dari segi pengangkutan laut pula, jadual bagi penghantaran keluar masuk adalah tidak teratur, menurut beliau. Bantuan dari agensi-agensi kerajaan Mujurlah cabaran-cabaran yang dialami adalah tidak merangkumi semua aspek. “Semua agensi kerajaan di Negara Brunei Darussalam telah sangat membantu, terutama sekali Jabatan Kemajuan dan Perancangan Ekonomi (JPKE) dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam membantu kita bagi mendapatkan sumber tenaga kerja dan geran untuk melatih kakitangan tempatan. “Kementerian Kewangan dan LKEB adalah sangat membantu sebagai pihak-pihak perantara apabila kita berurusan dengan pihak kerajaan, serta menyediakan bantuan dalam mencari tapak kilang yang bersesuaian,” kata Tuan Edward Ko. “Terdapat sedikit kelewatan dalam penubuhan disebabkan mencari tenaga kerja tempatan yang bersesuaian,” kata beliau. Pelan jangka masa sederhana Menurut Pengarah Urusan, pelan jangka masa sederhana bagi Simpor Pharma adalah merangkumi berikut: - Menghasilkan farmaseutikal, makanan tambahan kesihatan dan kosmetik Halal “Buatan Brunei Darussalam” (Made in Brunei).
Pada saat ini Simpor Pharma Sendirian Berhad mempunyai kelebihan di pasaran Negara Brunei Darussalam disebabkan syarikat tersebut adalah firma farmaseutikal tunggal di sini.
Di antara kelengkapan yang digunakan di dalam analisa kromatografi
- Meningkatkan dan mempelbagaikan ekonomi Negara Brunei Darussalam bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan membantu untuk menyumbang peningkatan hasil Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara. - Menyediakan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam dan masyarakat sejagat dengan sumber farmaseutikal makanan tambahan kesihatan dan kosmetik yang dijamin Halal. - Mematuhi Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice) yang diguna pakai pada masa ini. - Menjadi pusat latihan bagi rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam dalam farmaseutikal / bioteknologi / kimia atau mana-mana bidang yang berkaitan. - Meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan penduduk Negara Brunei Darussalam dan antarabangsa. Pelan jangka masa panjang Edward Ko berkata, pelan jangka masa panjang bagi Simpor Pharma adalah merangkumi berikut: - Menjadikan jenama Simpor Pharma “Buatan Brunei Darussalam” dikenali
di seluruh dunia. - Menjadikan Simpor Pharma Sendirian Berhad sebagai majikan pilihan di Negara Brunei Darussalam. Latihan dan pemindahan pengetahuan Memandangkan Simpor Pharma adalah syarikat usaha sama di antara pihak luar dan
Sebelum firma-firma farmaseutikal gergasi yang lain berpengkalan di sini, Simpor Pharma masih mempunyai peluang luas untuk menerokai hutan topika Negara Brunei Darussalam untuk mencari tumbuh-tumbuhan tempatan yang mempunyai ciri-ciri perubatan. Rang undang-undang kontrak, insentif pelaburan, harta intelek, paten, hak cipta dan sebagainya adalah disediakan bagi membolehkan pertumbuhan syarikat-syarikat di dalam ekonomi alaf Ke-21 yang menitik beratkan pengetahuan (knowledge-based economy). Manakala pendidikan teknikal dan vokasional juga kini sedang menjalani proses naik taraf agar pengetahuan dan kemahiran yang diajar akan dapat dimanfaatkan oleh para lulusannya apabila bekerja nanti. Di samping menyediakan rang undangundang dan menaik taraf pendidikan teknikal dan vokasional, pihak kerajaan juga sentiasa berusaha untuk mendapatkan kerjasama negara-negara lain agar produkproduk eksport Negara Brunei Darussalam diringankan beban daripada mengalami kesukaran seperti cukai import yang tinggi dan halangan bukan tarif (non-tariff barriers).
KETERANGAN ringkas mengenai operasi dan produk Simpor Pharma Sendirian Berhad bagi tatapan para pelawat.
AGAMA
HARI RABU 4 MAC 2015
11
Isu-isu mengerjakan sembahyang ketika khatib duduk di atas mimbar pada hari Jumaat Sambungan minggu lepas EADAAN ini adalah bagi makmum yang dituntut atasnya mengerjakan sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid. Adapun bagi yang tidak dituntut atasnya untuk mengerjakan sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid, umpamanya jika sembahyang fardhu Jumaat itu dikerjakan bukan di masjid, sebagai contoh di sebuah kawasan lapang, balai ibadat, surau dan sebagainya, maka dalam keadaan ini tidak disyariatkan ke atasnya untuk mendirikan sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid. Dalam hal ini, dia boleh terus duduk tidak kira sama ada pada ketika dia datang ke tempat didirikan sembahyang fardhu Jumaat itu khutbah sudah mula dibacakan ataupun belum. Maksud Takhfif Dalam Mengerjakan Sembahyang Sunat Tahiyyat al-Masjid Ketika Khatib Sudah Naik Dan Duduk Di Atas Mimbar Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini bahawa sebaik sahaja khatib naik dan duduk di atas mimbar, segala sembahyang yang sedang dikerjakan pada ketika itu, begitu juga sembahyang yang dikerjakan oleh jemaah yang baru masuk masjid pada waktu tersebut mahupun sepanjang khutbah dibacakan, wajib dikerjakan secara takhfif. Takhfif pada dasarnya bermaksud ringkas ataupun ringan. Menurut satu pendapat yang dinukilkan daripada Imam Az-Zarkasyi Rahimahullah, takhfif dalam sembahyang ini bukanlah bermaksud mempercepatkan sembahyang, akan tetapi ia bermaksud membataskan dalam menunaikan sembahyang itu kepada perkara-perkara yang wajib sahaja. Manakala menurut pendapat yang paling awjah pula, sepertimana yang disebutkan dalam kitab Nihayah al-Muhtaj, maksud takhfif ialah tidak memanjangkan sembahyang. Oleh itu,
K
berdasarkan pendapat ini, Imam sy-Syibramalisi Rahimahullah berpendapat bahawa bolehlah dibaca sebarang surah pendek selepas membaca surah al-Fatihah. Pensyariatan takhfif ini adalah berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah Radhiallahu ‘anhu: Maksudnya: “Telah datang Sulaik al-Ghathafaani pada suatu hari Jumaat dan pada ketika itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sedang berkhutbah, lalu dia (terus) duduk. Maka Baginda pun bersabda kepadanya: “Wahai Sulaik! Bangunlah dan dirikanlah sembahyang dua rakaat dan kerjakanlah ia secara ringan (ringkas)”. Kemudian Baginda bersabda lagi: “Apabila seorang daripada kamu hadir untuk (sembahyang) Jumaat padahal imam sedang berkhutbah, maka kerjakanlah sembahyang dua rakaat dan hendaklah ia mengerjakannya secara ringan (ringkas).” (Hadits riwayat Imam Muslim) Sembahyang Apa Yang Boleh Dikerjakan Ketika Masuk Masjid Sewaktu Khatib Sudah Naik Dan Duduk Di Atas Mimbar? Menurut ulama, selain daripada sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid, jemaah yang baru masuk masjid ketika khatib sudah naik dan duduk di atas mimbar boleh mengerjakan sembahyang sunat Qabliyyah Jumaat jika ia belum dikerjakan. Maka dalam hal ini, adalah lebih utama sembahyang sunat Qabliyyah Jumaat itu disatukan niatnya bersama sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid dalam satu sembahyang dan dikerjakan sebanyak dua rakaat. Jika orang itu hendak mengerjakannya dengan satu niat sahaja maka adalah lebih awla diniatkannya sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid sahaja. Ini kerana sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid akan luput jika tidak dikerjakan sebelum duduk. Adapun
sembahyang sunat Qabliyyah Jumaat pula, ia masih boleh dikerjakan sekalipun selepas sembahyang fardhu Jumaat, bahkan boleh juga diqadha jika dikerjakan di luar waktu. Selain itu, jika seseorang itu mempunyai sembahyang untuk diqadha, boleh juga dikerjakan sembahyang qadha yang jumlahnya dua rakaat seperti sembahyang qadha Subuh. Apa yang harus diingat dalam hal ini, segala sembahyang yang dikerjakan oleh jemaah yang baru masuk masjid ketika khatib sudah naik dan duduk di atas mimbar hendaklah dikerjakan sebanyak dua rakaat sahaja. Jika dikerjakan lebih daripada itu maka ia tidak sah. Bagaimanapun, dikecualikan dalam hal ini sekiranya orang itu ragu-ragu sama ada dia baru mengerjakan satu rakaat atau sudah dua rakaat. Dalam hal ini, sunat dia menambah satu rakaat lagi sebagai rakaat kedua kerana menurut hukum asal, dia dikira baru mengerjakan satu rakaat kerana keraguannya itu. Demikian beberapa penjelasan mengenai orang yang datang ke masjid ketika khatib sudahpun naik dan duduk di atas mimbar. Apa yang perlu diingatkan di sini, bagi mereka yang tidak ada apa-apa kesusahan ataupun halangan untuk datang awal ke masjid bagi menghadiri perhimpunan sembahyang fardhu Jumaat, seeloknya berusaha semampu yang boleh untuk hadir sekurang-kurangnya sebelum khatib naik dan duduk di atas mimbar. Segala ganjaran yang dijanjikan sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sudah lebih daripada cukup sebagai penggalak supaya lebih awal datang ke masjid semasa perhimpunan sembahyang fardhu Jumaat. Jemaah yang datang lewat ke masjid semasa perhimpunan sembahyang fardhu Jumaat sehingga melewati waktu tersebut adalah orang-orang yang sangat rugi. Ini kerana para Malaikat yang khusus bertugas mencatat
Hikmah sembahyang ENGERTIAN sembahyang dari segi bahasa ialah doa. Pada istilah syara’ ialah menghadapkan jiwa raga kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana taqwa kepadaNya serta mengagungkan kebesaranNya dengan khusyuk dan ikhlas dalam bentuk kalimah dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam mengikut syarat-syarat dan rukun-rukun yang ditetapkan. Sembahyang dalam Islam merupakan tiang atau tunggak agama kerana amalan atau ibadat yang lain tidak dapat tegak kecuali dengannya. Sembahyang telah diwajibkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada hambaNya bermula semasa baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan Isra’ dan Mi’raj pada 27 Rejab iaitu satu setengah tahun sebelum baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah. Pada malam Isra’ dan Mi’raj itulah beliau menerima perintah sembahyang untuknya dan umatnya. Apabila seseorang mengerjakan sembahyang menurut aturan yang betul, mengingat kebesaran dan kemuliaan Allah, maka dengan sendirinya hilanglah sifat kekejaman dan kemungkaran dari jiwanya, berganti dengan sifat-sifat mulia, sopan-santun terhadap sesama manusia. Firman Allah Subhanahu Wata’ala Surah Thaahaa ayat 14, tafsirnya: “Dirikanlah sembahyang untuk mengingatiKu.” Bagi umat yang sentiasa mengingati Allah
P
dengan taat mengerjakan sembahyang fardhu, maka akan terhindarlah dia dari segala sifat kekejian dan kejahatan sebab sembahyang itu mencegah atau menghalang manusia daripada melakukan pekerjaan yang keji. Di antara hikmah-hikmah sembahyang itu adalah seperti berikut:• Menjadikan hati tenang, sabar dan tabah dalam menghadapi sesuatu masalah. Tidak mengalami kegelisahan dan ketakutan. • Memberikan ketetapan hati bahawa manusia itu tidak berputus asa atas rahmat Allah. • Menjauhkan seseorang dari sifat haloba, kikir, bakhil, sifatriya, angkuh dan sombong apabila sembahyangnya itu benar-benar telah dapat mencegahnya dari berbuat keji dan mungkar. Dengan demikian dia telah termasuk penilaian Allah sebagai orang mu’min dan tergolong orang yang salih. • Menjadi perantaraan antara hamba dengan Allah. Mendirikan sembahyang bererti mendekatkan diri dengan Allah. Tidak mendirikan sembahyang bererti menjauhkan diri dari Allah. • Hidup bahagia di dunia dan di akhirat serta dimasukkan ke dalam syurga Firdaus. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah Al Mu'minuun ayat 9-11 yang tafsirnya: “Dan orang-orang yang tetap memelihara sembahyang mereka. Mereka itulah pewarispewaris. Yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.” • Tanpa disedari perbuatan sembahyang itu secara tidak langsung melakukan senaman dan olah raga dengan pergerakan dan perbuatan yang teratur lagi tertib. • Membentuk manusia berakhlak dan bermoral
dan memelihara martabat hidupnya. • Membentuk jiwa jadi berani dan jujur serta bertanggungjawab terhadap manusia dan terhadap Allah Subhanahu Wata’ala. Sebab itulah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan bahawa sembahyang itutiang agama sebagaimana sabdanya yang bermaksud : “Sembahyang itu ialah tiang agama, sesiapa yang mendirikannya, sesungguhnya ia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya, seseungguhnya dia telah meruntuhkan agama.” (Riwayat Imam Al-Baihaqi) Sembahyang yang dapat mencegah seseorang muslim dari berbuat keji dan mungkar itu ialah jika dia mendirikan sembahyang dengan memelihara segala syarat, rukun serta tertibnya,
kelebihan datang awal ke masjid pada hari Jumaat itu menghentikan catatannya sebaik sahaja khatib naik dan duduk di atas mimbar kerana para Malaikat hendak sama-sama mendengar khutbah sepertimana yang ada disebutkan dalam hadits yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu yang telah dinyatakan sebelum ini. Mereka yang datang lewat ini hanya akan tercatat dalam senarai orang-orang yang hadir mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat semata-mata, tetapi tidak tersenarai dalam orang-orang yang mendapat kelebihan seolah-olah berkorban seekor unta atau sapi atau kambing atau lainnya sepertimana yang dinyatakan dalam hadits yang disebutkan sebelum ini. Selain terlepas segala fadhilat datang awal ke masjid, orang-orang yang datang lewat ke masjid semasa perhimpunan sembahyang fardhu Jumaat juga adalah orang-orang yang sangat rugi kerana mereka juga terlepas daripada mendengar dan menghayati khutbah yang penuh dengan ilmu, nasihat, teguran, peringatan serta pengajaran yang penting dan berguna.
bersuci hingga memelihara kekhusyukkannya. Dia mengetahui bahawa sembahyang itu bukan hanya sekadar berdiri, ruku’, iktidal dan sujud sahaja tetapi hendaklah betul-betul mengingat dan menyembah kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Sekiranya seseorang itu mendirikan sembahyang tetapi sembahyangnya tidak dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar maka sudah pastilah sembahyangnya itu tidak sempurna. Dengan sifat sedemikian sudah nyatalah sembahyang itu tidak akan dapat mencegahnya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Jika demikian, maka sembahyang itu bukan mendekatkan dirinya dengan Allah malah akan semakin jauh dariNya. Oleh itu, kita patut menyedari bahawa melakukan sembahyang itu biarlah kita benarbenar tahu segala syarat, rukun, cara, bacaan, perbuatan dan khusyuknya agar sembahyang kita lebih sempurna lagi dan diterima oleh Allah Subhanahu Wata’ala.
SEKIRANYA seseorang itu mendirikan sembahyang tetapi sembahyangnya tidak dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar maka sudah pastilah sembahyangnya itu tidak sempurna. Dengan sifat sedemikian sudah nyatalah sembahyang itu tidak akan dapat mencegahnya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Jika demikian, maka sembahyang itu bukan mendekatkan dirinya dengan Allah malah akan semakin jauh dariNya.
12
NASIONAL
HARI RABU 4 MAC 2015
Teknologi beri manfaat dalam kehidupan Oleh : Hajah Noor Dina Haji Abd. Rahman Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali
DEKAN Sekolah Perdagangan ITB (ITB School of Business) yang juga selaku Ketua Jawatankuasa Seminar, Dr. Hajah Noor Maya binti Haji Md. Salleh semasa berucap pada seminar sempena Pertandingan Anugerah CIPTA Pengiran Muda Mahkota 2015.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 Mac. - Dalam usaha untuk memberi kesedaran tentang bagaimana teknologi dan ciptaan dapat memberi manfaat terhadap kehidupan seharian, satu seminar telah diadakan sempena dengan Pertandingan Anugerah
CIPTA Pengiran Muda Mahkota 2015. Naib Canselor Institut Teknologi Brunei (ITB), Professor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman hadir selaku tetamu kehormat pada seminar yang berlangsung di ITB, di sini. Menurut Dekan Sekolah Perdagangan ITB (ITB School of Business) yang juga selaku Ketua Jawatankuasa Seminar, Dr. Hajah Noor Maya binti Haji Md. Salleh berkata, seminar pada tahun ini bertajuk ‘Smart Invention’, yang mana ‘ciptaan’ ini seperti yang dimaklumi adalah penghasilan produk atau pengenalan sesuatu proses buat kali pertamanya. “Adalah menjadi lumrah manusia untuk menaiktarafkan kehidupan ke arah yang lebih baik dan ia merupakan sebahagian daripada perkembangan evolusi. Kita boleh mengatakan bahawa ciptaan adalah sebagai satu hobi, tetapi perkara yang paling penting adalah untuk menjaga agar idea ciptaan tersebut tidak diambil
atau dicuri orang,” ujarnya. Tambahnya, perkara yang paling menarik tentang ciptaan tersebut adalah mereka menggabungkan pelbagai produk biasa yang digunakan setiap hari kepada sesuatu kombinasi mudah yang baru dan seterusnya dapat menjadikan produk tersebut produk yang lebih baik kegunaannya kepada manusia. Sebanyak tiga pembentangan disampaikan pada seminar tersebut yang masing-masing bertajuk, ‘H.M King Bhumibol of Thailand: A Paragon of Ingenious Innovation’ oleh Associate Professor Dr. Adith Cheosakul dari Universiti Chulalongkorn, Thailand; ‘Forecasting in Technology Trend & Stock Price using Patent Information’ oleh Dr. Charlie Che, dari Tek Glory (Beijing) Technologies Ltd., Beijing China dan ‘Designerly Thinking’ oleh Penolong Ketua, Sekolah Sains dan Kejuruteraan dan Ketua Program bagi Reka Dalaman Politeknik Brunei, Awang Haji Mohammad Reizal bin Mohammad Ali.
Golongan berkeperluan khas sentiasa mendapat perhatian
PENGARAH Pendidikan Kokurikulum, Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Bakar semasa menyampaikan sumbangan derma kepada Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Dato Paduka Awang Mohd Alimin bin Haji Abdul Wahab.
Oleh : Syirain Afifi Md. Fadzil Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 Mac. – Golongan orang-orang yang berkeperluan khas di Negara Brunei Darussalam sentiasa mendapat perhatian masyarakat dalam menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada mereka. Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah
Maryam Bengkurong menerima lawatan daripada pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan. Rombongan Jabatan Pendidikan Kokurikulum itu diketuai oleh Pengarahnya, Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Bakar.
Antara yang menyertai rombongan ialah Penolong Pengarah Kokurikulum dan pegawai-pegawai Kanan. Pada lawatan tersebut, Pengarah Pendidikan Kokurikulum, turut menyampaikan sumbangan derma yang berupa wang tunai, digital piano dan peralatan sukan yang diterima oleh Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Dato Paduka Mohd Alimin bin Haji Abdul Wahab. Dengan sumbangan itu, ianya amat berguna untuk kegunaan penuntutpenuntut berkeperluan khas di pusat tersebut. Sumbangan derma tersebut adalah merupakan hasil kutipan daripada acara The Century Run sempena Sambutan Hari Guru Ke-24 dan 100 Tahun Pendidikan Formal. Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam adalah sebuah badan amal bukan kerajaan dan tidak berasaskan keuntungan, menyediakan pembelajaran khas, latihan, pemedulian dan perkhidmatan pemulihan anggota badan kepada insan-insan istimewa (kurang upaya atau berkeperluan khas) di Negara Brunei Darussalam. Pada masa ini seramai 150 penuntut istimewa berdaftar di Pusat Ehsan Bengkurong dan 53 orang lagi di Cawangan Pusat Ehsan Kuala Belait.
PENGARAH Pendidikan Kokurikulum, Pengiran Suhaimi bergambar ramai bersama penuntut-penuntut berkeperluan khas di pusat tersebut.
Pertandingan yang diadakan dua tahun sekali ini merupakan pertandingan kali keenam anjuran ITB dengan kerjasama Brunei LNG Sendirian Berhad (BLNG) dengan tema ‘Ke Arah Negara Yang Pintar’ (Towards a Smart Nation). Sebanyak tiga kategori dipertandingkan, iaitu Kategori 1 Mencipta Produk, Proses atau Teknologi terbaru; Kategori 2 Pengubahsuaian Produk, Proses dan Teknologi yang sedia ada dan Kategori
3 - Mencipta atau mengubah suai produk, proses atau teknologi sedia ada oleh pencipta muda. Manakala ‘Smart Junior Competition’ yang baru adalah dibukakan bagi pelajar Sekolah Menengah Bawah Tahun 7 hingga 9, sementara kategori ASEAN disertai oleh orang perseorangan atau kumpulan dari negara ASEAN yang mana dibahagikan dalam dua kategori, iaitu kategori ciptaan dan inovasi baru dan kategori pencipta muda.
NAIB Canselor Institut Teknologi Brunei (ITB), Professor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman hadir selaku tetamu kehormat pada seminar yang berlangsung di ITB.
SMSA terima pendaftaran pelajar-pelajar Pra U1
WAJAH BAHAGIA ... Salah seorang pelajar ditemani ibunya sedang menunggu giliran bagi pendaftaran dan kemasukan pelajar-pelajar Pra U1 sesi akademik 2015 / 2016.
Berita dan Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli KUALA BELAIT, Isnin, 2 Mac. - Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA) menawarkan subjek-subjek yang relevan bagi pendidikan yang lebih tinggi termasuk peringkat ijazah. Pengetua Sekolah, Dayang Hajah Murni binti Abdullah menyatakan, pada tahun ini sekolah berkenaan menawarkan 20 subjek termasuk satu subjek baru, Applied ICT bagi menggantikan subjek komputer yang akan dihentikan tahun hadapan. Dayang Hajah Murni menjelaskan demikian pada majlis pendaftaran dan kemasukan pelajar-pelajar Pra U1 Sesi Akademik 2015 / 2016 sekolah itu yang diadakan di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan, di sini. Seramai 237 pelajar yang lulus peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ tahun lepas telah berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah berkenaan. Dari jumlah tersebut, 138 terdiri daripada pelajar perempuan dan 99 pelajar lelaki manakala lebih separuh daripada jumlah pelajar-pelajar berkenaan mengambil subjek sains. Sementara itu, seramai 52 tutor bagi Pra U pada masa ini mengajar pelbagai subjek. Menurut pengetuanya, sekolah tersebut merupakan gabungan sekolah menengah dan Pusat Tingkatan Enam (PTE), oleh yang demikian, ia mempunyai ruang atau bilik-bilik yang terhad. Namun demikian tambahnya, sekolah tersebut telah berjaya menghasilkan keputusan GCE Peringkat ‘A’ yang setanding dengan PTE yang lain di negara ini. Dayang Hajah Murni menyeru, semua ibu bapa dan penjaga supaya sama-sama berganding bahu dan mengambil peranan memata-matai pelajaran dan disiplin anak-anak mereka. “Pemantauan pencapaian akademik yang berterusan dari guru-guru dan ibu bapa adalah penting dalam kejayaan anak-anak biskita,” ungkap beliau. Dayang Hajah Murni menambah, ibu bapa dan penjaga pelajar dialu-alukan untuk berjumpa pihak pentadbiran sekolah seandainya ada perkara-perkara yang perlu dibincangkan bersama terutama sekali dalam hal pencapaian akademik pelajar. Seperti kelaziman, pelajar-pelajar baru Pra U1 akan mengikuti minggu orientasi dan pada tahun ini, minggu orientasi diadakan selama tiga hari yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sekolah dengan pengisian program termasuk sesi ‘ice breaking’ bagi memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar tentang enam nilai sekolah dan taklimat daripada guru-guru dari berbagai jabatan dari Jabatan Akademik hingga Jabatan Disiplin.
NASIONAL
HARI RABU 4 MAC 2015
13
Kontrak Perjanjian Perkhidmatan pelaksanaan MDG dimeterai Oleh : Aimi Sani Foto : Hamzah Mohiddin BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 Mac. - Negara Brunei Darussalam hari ini memeterai Kontrak Perjanjian Perkhidmatan bagi menandakan permulaan penyediaan Laporan Ketiga mengenai pelaksanaan Matlamat Pembangunan Milenium (MDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menandatangani bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Awang Haji Abdul Amin bin Haji Hashim. Sementara itu, perunding yang
dilantik oleh PBB pula diwakili oleh PT Asia Strategik, Indonesia, Dr. Satish Mishra. Hadir menyaksikan Majlis Penandatangan Kontrak Perjanjian yang berlangsung di Hotel Badi’ah ialah Pemangku Ketua Pengarah JPKE, Pengiran Hajah Rosnah binti Pengiran Haji Damit. Acara kemudiannya diteruskan dengan seminar yang dikendalikan oleh Dr. Satish Mishra. Seminar antara lain bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai proses-proses yang diperlukan dalam penyediaan laporan tersebut selain menjadi satu forum bagi membincangkan dengan lebih lanjut
bagi perkara-perkara berkaitan perkembangan dan isu-isu yang dihadapi oleh MDGs Focal Points dalam pengumpulan data dan maklumat MDGs yang berkaitan dengan agensi kementerian masingmasing. Negara Brunei Darussalam telah mencapai hampir kesemua sasaran dan Laporan Negara Ketiga ini adalah sebagai susulan kepada LaporanLaporan MDGs Pertama dan Kedua yang masing-masing telah diterbitkan pada tahun 2006 dan 2010. Laporan Ketiga ini adalah merupakan terakhir bagi menilai pencapaian dan pengalaman negara dalam MDGs yang akan menjadi satu tanda aras sebagai persediaan negara menghadpi Agenda Pembangunan PBB Pasca-2015. Laporan MDGs tersebut akan merangkumi pelbagai petunjuk
Pelancongan galakkan kerjasama ASEAN Oleh : Oleh : Nur Faizzah Nawang Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi
PROFESOR Victor T King dari Universiti Leeds semasa menyampaikan kuliahnya mengenai pelancongan ASEAN pertama yang dikendalikan bersama oleh Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Institut Kajian Asia (IAS) di Auditorium, Bangunan ILIA, UBD.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 Mac. - Pembangunan pelancongan dalam Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) telah diandaikan semakin penting dalam Rancangan Pembangunan Negara sejak tahun 1990-an dan ia telah digabungkan ke dalam rancangan kemajuan ASEAN. Pelancongan juga merupakan salah satu bentuk budi bicara bagi perjalanan untuk lebih mudah digunakan sebagai satu cara untuk menggalakkan kerjasama antara negara. Sehubungan itu, pagi tadi diadakan kuliah mengenai pembangunan pelancongan ASEAN pertama yang di kendalikan bersama oleh Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Institut Kajian Asia (IAS), bertempat di
Auditorium, Bangunan ILIA, UBD, di sini. Kuliah tersebut dihadiri oleh hampir 40 pegawai dari pelbagai kedutaan besar dan suruhanjaya asing ke negara ini termasuk agen-agen pelancongan, pensyarah-pensyarah dan para pelajar UBD. Pembentangan kuliah disampaikan oleh Profesor Victor T King dari Universiti Leeds yang menyentuh mengenai ASEAN dan Pelancongan: Perspektif kedaerahan dan Pertemuan selain cara menangani cabarancabaran mendatang. IAS telah ditubuhkan pada tahun 2012, dan sejak itu menjadi terkenal kerana pendekatan tegas untuk kajian Asia dan hubungannya dengan hab lain yang lebih penting bagi pengajian di rantau ini.
Bantu guru-guru tangani masalah tulisan Jawi Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim
PEMUDAHCARA Bengkel Kaedah Pengajaran Tulisan Jawi bagi guru-guru tulisan Jawi darjah rendah bawah Sekolah Ugama Daerah Temburong, Pegawai Pelajaran Ugama / Pegawai Lawatan Unit Kenaziran Daerah Temburong, Dayang Hajah Barizah binti Haji Ibrahim.
TEMBURONG, Isnin, 2 Mac. Kesilapan yang berlaku sejak pendidikan awal kanak-kanak dalam bidang tulisan Jawi akan membawa kepada kerosakan pada salah satu komponen mata pelajaran utama
dalam pendidikan ugama itu di peringkat seterusnya. Oleh itu, guru-guru perlu diterapkan kemahiran dalam pengajaran tulisan Jawi dengan mendedahkan beberapa pendekatan dan kaedah yang betul agar objektif pengajaran yang hendak dicapai akan berhasil mencapai matlamatnya. Menyedari hal tersebut, Pejabat Pengajian Islam Daerah Temburong telah mengendalikan Bengkel Kaedah Pengajaran Tulisan Jawi, berlangsung di Sekolah Ugama Pengiran Muda Mohammad Bolkiah, Pekan Bangar, di sini. Bengkel disertai oleh guru-guru yang mengajar tulisan Jawi bagi Darjah Pra hingga Darjah III di sekolah-sekolah ugama di daerah ini dengan mendatangkan pemudahcara bengkel, Pegawai Pelajaran Ugama / Pegawai Lawatan Unit Kenaziran Daerah Temburong, Dayang Hajah Barizah binti Haji Ibrahim. Selama dua hari diadakan bengkel antara lain bertujuan untuk memberi kefahaman kepada guru tentang
pengajaran tulisan Jawi dengan kaedah yang betul dan sempurna serta untuk membantu guru-guru dalam menangani masalah tulisan Jawi murid di peringkat rendah bawah sekolahsekolah ugama di daerah ini. Bengkel untuk mengenal pasti kelemahan dan kesalahan yang berlaku dalam pembelajaran tulisan Jawi kanak-kanak di peringkat rendah bawah itu juga menekankan sukatan pelajaran darjah rendah bawah dan kaedah pengajaran dengan mengenal pasti konsep huruf hijaiyyah tunggal dengan kaedah menulis yang betul. Semasa bengkel itu, para peserta berpeluang mengenal huruf hijaiyyah bersambung di tiga tempat (awal, tengah dan di hujung) dengan kaedah demonstrasi di papan tulis. Dengan adanya bengkel sedemikian diharap akan dapat menyahut hasrat negara yang ingin memartabatkan tulisan Jawi dalam aspek kehidupan serta akan dapat membantu pengajaran guru, di samping memberikan kesan positif kepada individu murid dan pihak sekolah.
MENANDATANGANI bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Awang Haji Abdul Amin bin Haji Hashim, sementara perunding yang dilantik oleh PBB pula diwakili oleh PT Asia Strategik, Indonesia, Dr. Satish Mishra.
pembangunan dan akan digunakan semasa Sidang Kemuncak Ketua-
Ketua Negara, PBB pada bulan September 2015 nanti.
Larangan penggunaan produk kesihatan, kosmetik dicemari racun BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 Mac. - Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan dua jenis produk kesihatan dan empat jenis produk kosmetik, yang mana telah didapati dicemari dengan bahan racun berjadual dan ubat-ubatan barat yang tidak diisytiharkan. Sampel produk-produk berkenaan telah diperolehi daripada aktiviti pemantauan dalam pasaran di kedai-kedai runcit yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi. Produk-produk kesihatan berkenaan seperti Slimfast Diet Kapsul dan My Slimming Herbal Kapsul dicemari dengan Sibutramine. Manakala empat jenis produk kosmetik berkenaan seperti Night Creamy Pati Ibu Putih – Face n Body White, Janna Body Bling, Lot 18, lks Keda, Kawasan Perindustrian, Keda Napoh, 06000 Jitra, Kedah Malaysia, Etude House Like 20 twenty, All day cream pact. Ceramide + Murumuru Oil Etude Corporation, 100, pengilang/pengedar dari Cheonggyecheon-Ro Jung-Gul, Seoul, Korea, Rose-White & Natural Cream Moisturizer dan Dr King of Whitening Cream dicemari dengan merkuri. Bahan-bahan pencemar dalam produk-produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan. Sibutramine adalah agen pelangsing badan yang tidak lagi disarankan penggunaannya dalam rawatan obesiti kerana kesannya yang boleh memudaratkan jantung dan hati. Pengambilan sibutramine juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti tekanan darah tinggi; denyutan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur; dan dalam kes-kes yang paling teruk, ia boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan hati. Merkuri adalah bahan yang dilarang dalam produk kosmetik seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik) 2007. Penggunaan merkuri di dalam produk kosmetik adalah dilarang kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Tahap merkuri yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh menyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Anak damit dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan daripada pengguna, yang boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan. Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan / atau mengeluarkan Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik bagi penjualan produk-produk tersebut. Berikutan dapatan ini, produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam. Orang ramai yang telah membeli atau memakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilannya dengan serta-merta. Jika mereka mengalami kesan sampingan dan merasa tidak sihat selepas memakan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera. Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ia adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Racun 1956 untuk menjual mana-mana produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan dan boleh dikenakan denda sebanyak BND8,000 atau penjara enam bulan, jika didapati bersalah. Tambahan pula, jika seseorang melakukan sesuatu di atas kecuaiannya sendiri yang membahayakan atau mungkin membahayakan nyawa manusia, jika didapati bersalah, akan didenda sebanyak BND6,000 dan 12 bulan penjara. Orang ramai juga diingatkan bahawa ia adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 untuk mengimport dan memasarkan produk kosmetik di pasaran tempatan tanpa Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di Kementerian Kesihatan, dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi BND5,000 penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama daripada orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini. Untuk maklumat lanjut dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi melalui talian telefon 2393298 sambungan 208, menghantar e-mel kepada pharmacy.enforcement@moh.gov.bn atau berjumpa terus Pegawai Penguatkuasaan Farmasi di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kampung Madaras.
14
RENCANA
HARI RABU 4 MAC 2015
Oleh : Norliah Md. Zain dengan kerjasama Cawangan Pendidikan Pencegahan Dadah Biro Kawalan Narkotik SAHA-usaha anti dadah di negara ini terus dipergiat demi menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara bukan pengeluar dadah. Pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Biro Kawalan Narkotik dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan tidak akan kendur-kendur melipatgandakan usaha ke arah matlamat ini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-31 baru-baru ini menegaskan pentingnya usaha memerangi penyalahgunaan dadah. “Salah satu anasir yang boleh menggugat keamanan dan keselamatan, ialah penyalahgunaan dadah. Dalam konteks ini, agensi-agensi kerajaan, orang ramai, ibu-bapa, pihak sekolah, organisasi bukan kerajaan dan pemimpin akar-umbi hendaklah bersatu tujuan memupuk kesedaran dan menggandakan lagi usaha memerangi penyalahgunaan dadah itu.� GALERI Dalam memberikan penyampaian mesej anti dadah secara berkesan, antara usaha pihak BKN adalah dengan membuka Galeri Info Dadah. Galeri yang dibukakan untuk
U
PARA penagih dadah adalah berpotensi untuk keluar masuk lokap sama ada sekali mahupun berkali-kali.
BAGASI yang diubah suai untuk menyembunyikan dadah oleh sindiket dadah antarabangsa.
RUANGAN yang mempamerkan dadah dan inhalan dari pelbagai jenis.
kunjungan orang ramai ini telah rasmikan pada Khamis, 16 Disember 2010 oleh Pengarah BKN ketika itu, Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman. Galeri mini ini yang terletak di Tingkat 1, Bangunan D Cawangan Pendidikan Penyelidikan Dadah, BKN itu mengandungi empat bahagian, iaitu Zon Merah, Kuning, Biru dan Hijau. Zon Merah mempamerkan maklumat dadah termasuk penyebab penyalahgunaan dadah, kesan jangka pendek dan panjang dan sindiket dadah antarabangsa. Zon Kuning pula mempamerkan empat individu yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah berdasarkan kepada pengalaman sebenar mereka. Zon Biru memberikan maklumat tentang kesan-kesan penyalahgunaan dadah kepada masyarakat, negara dan dunia dan zon hijau pula merupakan langkah-langkah pencegahan yang boleh dipraktikkan kepada orang ramai. MESEJ Galeri Info Dadah ini menceritakan kehidupan penagih dadah yang mempunyai kehidupan yang tidak bahagia dan akhirnya membawa ke tali gantung. Galeri ini menempatkan pelbagai tips dan info berguna kepada para pengunjung mengenai kesan dan
RASA pening melihat ruangan berwarna ini memberi gambaran kepada pengunjung kesan penggunaan dadah dan bahan inhalan.
ANTARA bahan dadah yang dipamerkan.
akibat penyalahgunaan dadah. Galeri yang penuh info dan interaktif ini dimulakan dengan satu ruang yang diumpamakan seperti sebuah lorong yang gelap, di mana aktiviti penyalahgunaan dadah lazimnya berlaku. Terdapat juga satu keadaan bilik tidur para penggiat penyalahgunaan dadah. Bahan sebenar yang dipamerkan juga dapat memberikan gambaran kepada para pengunjung betapa jijiknya keadaan seorang pengguna dadah itu sehingga ia boleh merosak diri, keluarga, masyarakat dan negara. Menariknya, galeri mini ini dapat memberikan pembelajaran kepada para pengunjung terutama pelajar dengan mengambil bahagian pada aktiviti yang disediakan seperti menjawab soalan dari buku aktiviti Galeri Info Dadah, persembahan video, paparan sampel dadah dan lain-lain. Dengan adanya galeri ini diharap ia dapat berkembang sebagai pusat maklumat dadah pertama di negara ini bagi menggalakkan kesedaran masyarakat tentang bahayanya penyalahgunaan dadah dengan cara yang lebih berkesan. Tujuan utama galeri ini adalah untuk memberikan maklumat asas kepada orang ramai mengenai dadah, iaitu rupanya, pembungkusannya dan cara ia dijual. Galeri ini merupakan galeri kekal yang pertama dan bertujuan untuk memberi maklumat terperinci secara lebih interaktif untuk menarik perhatian orang ramai. Dengan penyampaian mesej anti dadah, orang ramai lebih mengetahui tatacara mengendalikan situasi yang melibatkan dadah serta mengurangkan kecenderungan untuk menjadi mangsanya. Pihak BKN amat mengalu-alukan maklum balas dari para pengunjung galeri mini ini agar pihaknya dapat memperbaiki kandungan dan cadangan untuk kaedah berkesan yang terkini bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai. Galeri ini dibukakan untuk kunjungan orang ramai pada waktu pejabat kecuali petang Sabtu. Orang ramai yang berhasrat mengunjungi galeri berkenaan hendaklah terlebih dahulu membuat temujanji dengan pihak Cawangan Pendidikan Pencegahan Dadah, BKN bagi mendapatkan kebenaran lawatan.
BUKU aktiviti Galeri Info Dadah.
SABIT kesalahan boleh membawa mati di tali gantung.
BAHAN pameran ini menggambarkan para penagih berpotensi untuk menemui ajal disebabkan dadah. Dadah boleh membawa penyakit, menyebabkan kemalangan mahupun mati akibat menjalani hukuman gantung.
INILAH lazimnya keadaan bilik tidur para penggiat dadah yang tidak terurus.
REPLIKA keadaan ruang para penggiat penyalahgunaan dadah yang berselerak dengan bahan-bahan terlarang. Bahan yang dipamerkan adalah barang rampasan dibantu dengan paparan televisyen untuk memberikan maklumat yang lebih interaktif.
PENDIDIKAN
HARI RABU 4 MAC 2015
15
14 pelajar UBD terpilih ikuti biasiswa Hengyi Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Azmah Haji Ahad JERUDONG, Sabtu, 28 Februari.Seramai 14 terdiri daripada tiga mahasiswa dan 11 mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) menerima penganugerahan biasiswa dari Hengyi Industry Sendirian Berhad bagi melanjutkan pengajian selama 18 bulan di Universiti Zhejiang, China. Sehubungan itu, Majlis Penandatanganan Perjanjian Biasiswa di antara Hengyi Industry Sendirian Berhad bersama mahasiswa dan mahasiswi berkenaan diadakan di Member’s Grill, The Empire Hotel & Country Club, hari ini. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyaksikan penandatanganan tersebut ialah Setiausaha Tetap (Hiliran dan Tenaga) di Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato Paduka Awang Haji Jamain bin Haji Julaihi, selaku wakil Menteri Tenaga di JPM. Turut menyaksikan penandatanganan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi Industry Sendirian Berhad, Mr. Chen Lian Cai. Hengyi Industry Sendirian Berhad mengadakan biasiswa Program Kejuruteraan Kimia bersama UBD dan Universiti Zhejiang adalah untuk
SETIAUSAHA Tetap (Hiliran dan Tenaga) di Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato Paduka Awang Haji Jamain bin Haji Julaihi dan Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi Industry Sendirian Berhad, Mr. Chen Lian Cai bergambar ramai bersama 14 mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam yang di anugerahkan biasiswa dari Hengyi Industry Sendirian Berhad bagi melanjutkan pengajian selama 18 bulan di Universiti Zhejiang, China.
memberikan peluang para mahasiswa dan mahasiswi dalam menjalankan kajian dan latihan industri. Terdahulu, Dato Paduka Awang Haji Jamain dalam ucapannya menyarankan agar para mahasiswa dan mahasiswi yang dianugerahkan biasiswa itu supaya melengkapka
n peluang yang diberikan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Beliau seterusnya juga mengingatkan para mahasiswa dan mahasiswi untuk membawa gaya hidup dan budaya Melayu Islam Beraja pada setiap masa.
Brunei sertai SEMA 2015 di Manila
PASUKAN GenNext Pejuang bersama kenderaan mereka 'Nakhoda' gembira satelah berjaya menamatkan pusingan trek mereka.
Berita dan Foto : Ihsan UBD MANILA, REPUBLIK FILIPINA, Ahad, 1 Mac. - Kesemua empat pasukan dari Negara Brunei Darussalam berlepas menyertai Perlumbaan Akhir Shell Eco Marathon Asia (SEMA) 2015 pada perlumbaan yang berlangsung di Luneta Park, Manila. Pengurus Pasukan GenNext Harapan, Awang Muhammad Izzat bin Haji Yunos berkata, walaupun tidak berjaya memecahkan rekod mereka tahun lepas namun mereka mempelajari banyak perkara baru seperti kerja berpasukan, pemikiran kritis dan belajar daripada peserta lain. Jelasnya, masa perlumbaan trak pasukannya melebihi had masa 29 minit dalam satu daripada larian penuh perlumbaan dan berharap pasukan Brunei akan kembali lebih kukuh dan mencapai satu rekod baru SEMA
tahun depan. Pemandu wanita GenNext Pejuang, Dide Nurulaswani binti Haji Mohd. Saidi, 21 tahun, Pelajar Sarjana Muda Sains dalam bidang Biologi menyatakan percubaan perlumbaan ketiga mereka pada waktu pagi telah berjaya menyiapkan 10 pusingan penuh dalam masa 27 minit dan kemudian menamatkan percubaan perlumbaan keempat dalam masa 28 minit. “Kami mempunyai semangat berpasukan yang baik tahun ini. Walaupun cabaran-cabaran berterusan, kami cuba mengekalkan sikap positif sepanjang masa setiap hari,” ujarnya. Dalam hubungan itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan dan rakannya serta kakitangan sokongan, di samping para sukarelawan dan Duta Pasukan mereka
yang telah banyak memberikan dorongan. Selepas SEMA ini, beliau berasa lebih dewasa dan menjadi lebih bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Sementara itu, Pengurus Pasukan PLM Alpha, Awang Zulfadli bin Haji Mat Zahari pula berkata, walaupun pasukannya tidak berjaya menamatkan 10 pusingan namun mereka tidak menganggap mereka gagal dan menyifatkan halanganhalangan tersebut sebagai pengajaran di masa hadapan. “Kami banyak belajar melalui SEMA. Kami belajar untuk bekerjasama dalam satu pasukan, mempelajari kemahiran baru dari cabaran yang kami hadapi dan juga mendapat banyak kawan termasuk dari Republik Indonesia dan Republik Filipina dan seterusnya berkongsi pengalaman. InsyaaAllah jika mempunyai sumber, kami akan menyertai SEMA lagi dan lakukan yang terbaik di masa hadapan,” ujarnya. Semua pasukan Brunei kini mengemas kenderaan dan peralatan untuk dikirim kembali ke Brunei. SEMA memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan sains, kejuruteraan dan pelajar-pelajar teknologi seluruh dunia untuk mereka bentuk, membina dan memandu kenderaankenderaan yang menjimatkan minyak, di samping usaha untuk membina kenderaan pada masa hadapan. Tahun ini, pasukan pelajar boleh membina satu daripada dua jenis kereta, iaitu pertama, kereta Prototaip yang futuristik dan amat aerodinamik dan kedua, berkonsepkan Bandar, iaitu kenderaan-kenderaan yang sangat ekonomi dan inovatif yang menyerupai kereta hari ini. Selain itu kereta yang direka juga mesti lulus satu set ujian teknikal untuk dibenarkan berjalan di atas trek dan melihat sejauh mana ianya kurang menggunakan minyak. Pemenang tahun lepas berjaya menggunakan 1 liter minyak untuk sejauh 1,796 kilometer.
Sekolah PGGMB sokong tema 'Generasi Berwawasan' Berita dan Foto : Ihsan Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Februari. - Dalam sama-sama menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 Tahun, Sekolah Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) tidak ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan sambutan tersebut pada Majlis Memperingati Ulang Tahun Hari Kebangsaan dengan tema 'Generasi Berwawasan'. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Ketua Sekolah-Sekolah Formal Swasta Zon 4, Bahagian Sekolah-Sekolah Swasta, Kementerian Pendidikan, Dayang Hajah Nooradinawati binti Haji Zakaria. Pemangku Pengetua Sekolah Menengah PGGMB Sungai Akar, Awang Haji Zulkipli bin Haji Ladis semasa berucap pada majlis yang berlangsung di Dewan Besar Sekolah Menengah PGGMB Sungai Akar berkata, Generasi Berwawasan sesuai dihayati untuk merangka strategi masa depan sekolah yang menjurus terus kepada Wawasan Negara 2035. Dalam konteks Sekolah PGGMB, jelasnya, 'generasi' ialah para pelajar dan 'wawasan' ialah matlamat atau hala tuju yang ingin dicapai. Oleh itu, pihak sekolah dan guru-guru, tambahnya, akan mendidik pelajar dengan tersusun dan mengikut sistem pembelajaran yang ditentukan. “Pelajar mestilah jelas untuk apa mereka ke sekolah, apa mesti dicapai dan ke mana selepas menamatkan pengajian dari sekolah ini. Untuk memastikan para pelajar mencapai wawasan ini, pihak sekolah harus memastikan pelajar boleh membaca dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu setelah menamatkan kelas Tahun 2, pelajar hendaklah mencapai 80 peratus atau ke atas dalam semua tugasan atau peperiksaan yang mereka
duduki dan mendapat pangkat ‘A’ dalam semua mata pelajaran dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR),” ujarnya. Pihak sekolah, katanya, berasa yakin dengan mempunyai tiga wawasan yang dinyatakan itu, guru-guru akan dapat membuat strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dan berkesan bagi memastikan pelajarpelajar masa kini akan maju sebanding dengan pelajar-pelajar di negara-negara serantau yang lain. “Pihak sekolah berharap agar warga Sekolah PGGMB akan dapat menghayati tema Sambutan Hari Kebangsaan Ke-31 tahun ini, dalam sama-sama menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajarpelajar dan menanamkan sikap proaktif warga sekolah untuk berusaha mengisi kemerdekaan Negara Brunei Darussalam,” tambahnya. Sambutan Hari Kebangsaan sekolah ini diserikan dengan peraduan mewarna bendera serta kuiz dan pelbagai persembahan pentas yang membawakan lagulagu patriotik.
KETUA Sekolah-Sekolah Formal Swasta Zon 4, Bahagian SekolahSekolah Swasta, Kementerian Pendidikan, Dayang Hajah Nooradinawati binti Haji Zakaria menyampaikan hadiah kepada salah seorang murid yang memenangi kategori Mewarna Bendera.
16
NASIONAL
HARI RABU 4 MAC 2015
Wujudkan kesedaran terhadap penyakit diabetis Berita dan Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli
KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Serikandi Sendirian Berhad, Shaikh Haji Khalid bin Shaikh Haji Ahmad merasmikan Program Kesedaran Kesihatan Diabetis ‘Teraja 6’.
KUALA BELAIT, Sabtu, 28 Februari. - Jumlah pesakit yang mempunyai kawalan paras darah gula yang tidak terkawal semakin
SALAH seorang peserta program, Awang Jerry bin Junaidi mengongsikan pengalaman sebagai pesakit diabetis.
meningkat dan amat membimbangkan. Bagi mengetahui sebab-sebab atau masalah yang dihadapi oleh pesakit dalam pengawalan darah gula mereka, sebanyak 100 keping borang kaji selidik telah pun diedarkan dan hasil daripada kajian tersebut, 80 peratus daripada pesakit diabetis didapati kurang pengetahuan mengenai dengan pengurusan penyakit diabetis serta kepentingan menjaga kesihatan. Pegawai Jururawat Bahagian Pentadbiran Kejururawatan, Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait (Hospital SSB), Dayang Sadiah binti Haji Mohadi menambah, bagi membantu pesakit-pesakit dalam pengurusan diabetis, jururawat pendidik diabetis daripada Klinik Pakar Perubatan telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas bimbingan. Oleh yang demikian, pada bulan Mac 2009, Program Kesedaran Kesihatan Diabetis ‘Teraja’ telah pun mengadakan kolaborasi di antara jururawat pendidik diabetis dan unit
IHP Januari 2015 menurun berbanding Disember 2014 BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Februari. - Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan Januari 2015 menurun 1.6 peratus berbanding Disember 2014. Penurunan sebanyak 6.1 peratus telah dicatatkan bagi Pengangkutan disebabkan oleh kos yang rendah bagi pembelian kenderaan, penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan serta perkhidmatan pengangkutan melalui udara. Pakaian dan Kasut juga menurun 7.4 peratus berikutan penurunan harga bagi fabrik kain, kebanyakan pakaian dan bau terpilih, lain-lain keperluan untuk pakaian serta kasut. Perhiasan, Peralatan Isi Rumah dan Penyelenggaraan Rutin Isi Rumah menurun sebanyak 1.7 peratus disebabkan oleh harga yang rendah bagi kebanyakan perabot dan perhiasan, tekstil isi rumah, peralatan isi rumah, barangan kaca, pinggan-mangkuk dan kelengkapan isi rumah serta produk penyelenggaraan dan kebersihan. Sementara itu, peningkatan sebanyak 2.3 peratus telah dicatatkan bagi Perumahan, Air elektrik, Gas dan Bahan Bakar lain disebabkan oleh kos yang tinggi bagi sewa kediaman serta barangan untuk penyelenggaraan dan pembaikan kediaman. Makanan Minuman Ringan juga meningkat sebanyak 0.3 peratus disebabkan oleh peningkatan harga pada daging (0.4 peratus), ikan dan makanan laut (1.1 peratus), susu, produk tenusu dan telur (0.1 peratus, buah-buahan (0.6 peratus), sayur-sayuran (11.3 peratus) serta produk makanan lain (0.4 peratus). Restoran dan Hotel juga meningkat sebanyak 0.5 peratus berikutan harga yang tinggi bagi beberapa hidangan terpilih di restoran dan kafe serta perkhidmatan penginapan. IHP bagi Januari 2015 meningkat 0.5 peratus berbanding Januari 2014 yang mana sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan indeks Pengangkutan Restoran dan Hotel; dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Bakar lain. IHP merupakan petunjuk bagi mengukur perubahan harga barangan dan perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna dalam satu tempoh masa tertentu. Senarai barangan dan perkhidmatan dalam IHP adalah berasaskan maklumat perbelanjaan purata sebuah keluarga yang diperolehi melalui Kajian Perbelanjaan Keluarga. Laporan penuh IHP bagi bulan Januari 2015 boleh didapati melalui laman sesawang JPKE: www.depd.gov.bn.
dietitik dengan sokongan dan bantuan pihak pentadbiran Hospital SSB yang berjalan selama 10 bulan dan diadakan setiap bulan. “Seperti yang kita ketahui, penyakit diabetis merupakan salah satu penyakit kronik yang tidak berjangkit dan terus meningkat dari setahun ke setahun bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga antarabangsa,” jelas Dayang Sadiah pada Majlis Perasmian Program Kesedaran Kesihatan Diabetis ‘Teraja 6’. Hadir selaku tetamu kehormat, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Serikandi Sendirian Berhad, Shaikh Haji Khalid bin Shaikh Haji Ahmad di Pusat Pembelajaran dan Perkembangan Kesihatan Hospital tersebut, di sini. Dayang Sadiah, selaku Ketua Penyelaras Program berkenaan menambah, diabetis merupakan punca ketiga kematian di Negara Brunei Darussalam selepas penyakit barah dan penyakit kardiovaskular semenjak tahun 2008. Pada tahun 2012 katanya, sebanyak 123 kematian berpunca daripada penyakit diabetis telah pun direkodkan atau pun 10.1 peratus daripada jumlah kematian di seluruh negara. Perkara tersebut tambahnya, menunjukkan peningkatan yang ketara dibandingkan dengan 116 kematian pada tahun 2011. “Pada masa ini dianggarkan 15 peratus penduduk Negara Brunei Darussalam adalah penghidap diabetis dan 50 peratus pula tidak menyedari yang mereka menghidap penyakit tersebut,” ungkap beliau. Terangnya, pendidikan diabetis telah diiktiraf sebagai kunci yang memberi kuasa kepada penghidap diabetis bagi mengecap kejayaan dalam menguruskan kehidupan mereka. “Dalam jangka masa yang panjang, dengan memahami diabetis, kesan mengubah suai diet,
pengambilan ubat-ubatan secara teratur, mengamalkan kegiatan fizikal dan peranan memantau gula dalam darah pastinya akan dapat membantu pesakit diabetis mencapai matlamat yang diingini,” jelas Dayang Sadiah. Tambahnya, ia boleh dicapai jika wujud kerjasama di antara para ahli kesihatan profesional, kumpulan sokongan diabetis, para peserta serta keluarga mereka. Salah seorang peserta program, Awang Jerry bin Junaidi yang menghidap penyakit diabetis menyatakan bahawa, sepanjang beliau menghidap penyakit tersebut, kawalan darah gulanya di tahap yang tidak terkawal. Awang Jerry yang disahkan menghidap diabetis pada tahun 1977, mengakui bahawa dia memang mengambil ubat tetapi tidak menjaga pemakanan kerana kurang pengetahuan tentang penyakit tersebut. Setelah menyertai program ‘Teraja’ barulah beliau menyedari bahawa sebagai penghidap penyakit diabetis, tidak rumit untuk mengawalnya akan tetapi memerlukan perubahan gaya hidup yang positif dan perlu ada kekuatan serta kemahuan untuk berubah dari sikap negatif ke positif. “Sepanjang mengikuti program tersebut, saya telah banyak mempelajari dan mendalami mengenai penyakit diabetis serta pengurusannya. Ia telah mewujudkan kesedaran dan meningkatkan pengetahuan saya yang mana diperolehi daripada ceramah-ceramah dan demontrasi,” ujar Awang Jerry. “Alhamdulillah, sepanjang mengikuti program ‘Teraja 1’, paras darah gula saya telah menunjukkan penurunan dan akhirnya saya dapat mencapai sasaran iaitu HbA1c di bawah 7 peratus,” terang beliau. Melalui program Teraja 1 ditubuhkan Kumpulan Sokongan Diabetis ‘Teraja’ yang antara lain
berfungsi bagi membantu pihak hospital dalam aktiviti-aktiviti program kesedaran kesihatan. Tahun ini merupakan kali keenam Program Kesedaran Kesihatan Diabetis diadakan dengan 43 penyertaan terdiri daripada kakitangan pejabat-pejabat kerajaan, swasta, kakitangan Kementerian Kesihatan dan orang awam. Matlamat program antara lain bagi mengurangkan komplikasi-komplikasi diabetis dalam kalangan pesakitpesakit diabetis dengan mewujudkan kesedaran melalui pendidikan yang berterusan, manakala objektif program antaranya bagi mewujudkan kesedaran terhadap penyakit diabetis dan meningkatkan pengetahuan setiap peserta melalui ceramah, ceramah motivasi dan demonstrasi. Penyampai ceramah di program kali ini terdiri daripada jururawatjururawat pendidik diabetis, pegawai penjaga zat makanan, pegawai farmasi, pegawai podiatri dan penceramah motivasi. Sepanjang program dijalankan, penganjur program, Hospital SSB akan membuat pemantauan terhadap paras darah gula para peserta dan akan memberikan bimbingan yang berterusan dalam mengawal dan menurunkan paras gula ke tahap yang dikehendaki. Pengisian program pada majlis perasmian tersebut seperti penyampaian pek pendidikan dan buku pemeriksaan kesihatan kepada 43 peserta program; penyampaian sijil penghargaan kepada penceramahpenceramah dan pemudahcara bagi Program Kesedaran Kesihatan Diabetis ‘Teraja’; penyampaian sijil penghargaan kepada dua kakitangan yang aktif dan komited semenjak Teraja 1 hingga Teraja 5 dan perkongsian pengalaman dua peserta Program Kesedaran Diabetis ‘Teraja’. Manakala pada sebelah petang diadakan pemeriksaan kesihatan; aktiviti berkumpulan; ceramah ‘Memahami Penyakit Diabetis’ dan sesi senaman.
Rumpai Miang Mexico boleh menjejaskan kesihatan RIMBA, Sabtu, 28 Februari. - Salah satu inisiatif kerajaan bagi menangani isu-isu yang mungkin berbangkit mengenai Rumpai Miang Mexico (Parthenium Hysterophorus), Jabatan Pertanian dan Agrimakanan serta bahagian-bahagian yang berkaitan di bawah Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU), telah mengadakan Taklimat Kesedaran Awam mengenai Rumpai Miang Mexico (Parthenium Weed), di Dewan Simpur, Pusat Urusniaga Hortikultur Rimba, Gadong. Taklimat disampaikan oleh dua orang pakar daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia, iaitu Encik Palasuberniam Kaliannan dan Encik Mokhtaruddin bin Husain. Rumpai Miang Mexico yang dimaksudkan merupakan sejenis rumpai yang berbahaya dan boleh menyebabkan alahan pada kulit, bengkak mata serta boleh mengganggu sistem pernafasan seperti asthma dan selesema jika tersentuh. Tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh rumpai ini boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa manusia terutama pada mereka yang mempunyai masalah reaksi alahan (allergic reaction) terhadap tumbuhan dan juga kepada ternakan dan haiwan. Antara tujuan taklimat tersebut ialah untuk memberi kefahaman dan kesedaran awam mengenai rumpai berbahaya yang dimaksudkan dan
SALAH seorang pakar daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia menyampaikan taklimatnya mengenai Rumpai Miang Mexico.
Oleh : Nur Faizzah Nawang Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman diharap akan dapat menambah pengetahuan melalui penerangan terperinci dari para pakar berkenaan kepada orang ramai serta pegawaipegawai dan kakitangan kerajaan yang terbabit mengenai kaedahkaedah pengenalan, pemeriksaan, pengawalan, pemusnahan serta pencegahan rumpai tersebut. Taklimat selama sehari itu dihadiri oleh lebih 500 orang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan KPSSU, pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan, penghulu-penghulu
dan ketua-ketua kampung, peladang-peladang, penternakpenternak tempatan, pengimport produk pertanian dan wakil-wakil daripada persatuan-persatuan kebangsaan serta orang ramai. Dengan adanya taklimat ini diharap akan dapat memberikan bantuan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan informasi yang betul dan terkini kepada orang ramai agar tidak cemas atau panik apabila menghadapi masalah mengenai dengan rumpai berbahaya dan kesannya jika berlaku di negara ini.
NASIONAL
HARI RABU 4 MAC 2015
6 qari dan 6 qariah bertanding ke peringkat akhir
17
Terima kunjungan hormat ketua perwakilan Palestin
YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menerima cenderamata daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Palestin, TYT Dr. Anwar H. Al-Agha.
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.
Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Februari. - Seramai 12 peserta akan bertanding di Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi yang akan diadakan kemudian. Daripada jumlah tersebut, seramai lima qari dan lima qariah merupakan antara 51 orang peserta yang telah layak melalui proses pemilihan saringan Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1436H / 2015M yang telah diadakan pada 25 dan 26 Februari 2015. Sementara seorang qari, Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki dan seorang qariah, Dayang Siti Huzzaimah Yadey binti Haji Rosli merupakan johan menunggu musabaqah tahun lepas yang secara automatik layak ke peringkat akhir tahun ini. Perkara tersebut diumumkan oleh Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh, selaku Pengerusi Jemaah Hakim Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1436H / 2015M di Majis Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Cenderamata Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1436H / 2015M yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabansga, Berakas, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. Juga hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail dan Timbaan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. Lima qari yang berjaya mara ke peringkat akhir ialah Haji Awang Muhammad Fahmie bin Haji Awang Metussin, Awang Haji Mahrof bin Haji Chuchu, Haji Awang Muhammad Fikri bin Haji Awang Metussin, Awangku Muhd. Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki dan Awang Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya. Sementara qariah yang berjaya ke peringkat akhir ialah Pengiran Hajah Salbiah binti Pengiran Haji Mohd. Salleh, Dayang Norezah binti Haji Md.Deli, Dayang Hajah Rokiah binti Haji Ibrahim, Dayang Hajah Nurul Akmalina binti Haji Yahya dan Dayang Hajah Siti Noor Dzuhairah binti Haji Awang Damit. Majlis turut diserikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Awang Haji Hambali bin Haji Jaili dan seterusnya persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an oleh salah seorang peserta qari dan qariah yang terpilih ke peringkat akhir.
PERSEMBAHAN Bacaan Al-Quran dari salah seorang peserta Qari dan Qariah yang terpilih ke peringkat akhir kebangsaan tahun 1436H / 2015M.
Pada majlis tersebut, Menteri Pendidikan telah menyempurnakan penyampaian cenderamata dan sijil kepada para peserta dan hakim. Pertandingan Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1436H / 2015M merupakan projek tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) yang antara lain bertujuan memilih qari dan qariah bagi melayakkan diri memasuki ke peringkat akhir kebangsaan. Ia juga diharap dapat memberikan pendedahan dan akan dapat meningkatkan mutu pembacaan qari dan qariah, di samping membuka minda dan minat kepada masyarakat dalam mempelajari teknik bacaan yang betul dan bersistematik. Pertandingan musabaqah dikendalikan oleh Bahagian Kemajuan Syiar Islam, KHEU.
TEMBURONG, Sabtu, 28 Februari. Lebih 40 belia mewakili masjid -masjid, surau-surau dan balai-balai ibadah di daerah ini menyertai Bengkel Fardu Kifayah bagi beliabelia masjid, surau dan balai-balai ibadah, berlangsung di Masjid Kampung Puni, Pekan Bangar, di sini. Bengkel dimudah cara oleh Imam Masjid Kampung Puni, Awang Azry bin Haji Mohd. Yusoff, yang antara lain memberikan penerangan tentang tatacara
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Februari. - Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Palestin, Tuan Yang Terutama Dr. Anwar H. Al-Agha, yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam yang tidak menetap. Kunjungan hormat yang diadakan di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) di sini turut dihadiri oleh
Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid. Tuan Yang Terutama Dr. Anwar H. Al-Agha telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 26 Februari 2015.
Belia dibekalkan ilmu fardu kifayah Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali menyempurnakan jenazah termasuklah cara-cara memandikan jenazah, mengkafankan, menyembahyangkan dan menanamkan. Buat julung kalinya diadakan, bengkel tersebut merupakan salah satu aktiviti masjid dalam menyumbang ilmu pengetahuan yang berguna kepada masyarakat dengan tujuan bagi membolehkan belia-belia masjid meningkatkan dan mendalami pengetahuan khususnya ilmu fardu kifayah. Bengkel seumpama ini juga bertujuan untuk mencari pelapispelapis yang berpotensi dalam bidang fardu kifayah, bukan saja sebagai pembantu malah sebagai penyelaras khususnya jika diperlukan dalam pengurusan fardu kifayah agar
BENGKEL Fardu Kifayah bagi belia-belia masjid, surau dan balai-balai ibadah Daerah Temburong yang diadakan di Masjid Kampung Puni, Pekan Bangar.
belia-belia masjid berani tampil ke hadapan apabila tenaga mereka diperlukan sekiranya ada kematian di kawasan masing-masing. Selain disertai oleh belia-belia masjid, surau dan balai-balai ibadah di daerah ini bengkel anjuran Masjid Kampung Puni dan Pejabat Hal Ehwal Masjid Temburong dengan dikelolakan oleh Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Puni itu juga melibatkan penyertaan daripada penuntut-penuntut Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar dan Sekolah Persediaan Arab Temburong. Ketika ditemu bual, Awang Azry menjelaskan, bengkel diadakan sebagai kesinambungan daripada tema Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 Tahun iaitu ‘Generasi Berwawasan’. “Kitani hendak membina generasi yang berwawasan untuk memimpin Negara Brunei Darussalam, terutamanya dalam ilmu keagamaan khususnya fardu kifayah,” ujarnya. Beliau menyatakan demikian kerana belia adalah bakal pemimpin dan menerajui Negara Brunei Darussalam di masa yang akan datang yang perlu dibentuk daripada awal agar mereka menjadi sebagai satu ejen yang amat berguna dan berfaedah kepada negara terutamanya dalam pendidikan agama. Dengan adanya kursus ini diharap akan dapat memberikan ruang kepada para belia masjid untuk mengeratkan silaturahim, sambil bertukar-tukar fikiran dan menambahkan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang fardu kifayah.
18
NASIONAL
HARI RABU 4 MAC 2015
Pasukan Pengakap Maktab SOAS capai penubuhan ke-43 Oleh : Hajah Sujimawati Mejari Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Februari. - Pasukan Pengakap 1024 Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS) kini telah menjangkau usia penubuhannya Ke-43 Tahun. Sempena memperingati Ulang Tahun Penubuhannya Ke-43 sejak ditubuhkan pada 22 Februari 1972, satu Majlis Kesyukuran telah diadakan di surau dan dewan maktab berkenaan. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. Acara bermula dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat, membaca Surah Yaa Siin dan tahlil. Majlis diselajurkan dengan mengimarahkan bacaan doa arwah kepada pemimpin dan ahli yang telah
kembali ke rahmatullah yang banyak memberi sumbangan berbentuk ilmu, tenaga dan buah fikiran kepada para pengakap lainnya dan juga masyarakat umum. Sejak lebih empat dekat penubuhannya, Pasukan Pengakap 1024 terus bergerak maju ke hadapan dengan pelbagai kegiatan dan program yang berkaitan dengan pergerakan pengakap yang berunsurkan kebudayaan, keagamaan dan kenegaraan. Sepanjang 43 tahun penubuhannya, pelbagai kejayaan telah dicapai pada peringkat daerah, negara serantau dan antarabangsa termasuk kegiatan dalam negeri dan luar negara. Majlis dihadiri oleh para jemputan khas, pegawai-pegawai pelajaran, guru-guru Maktab SOAS, bekas dan pemimpin Pasukan Pengakap 1024 dan ahli lainnya.
TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar semasa hadir pada Majlis Kesyukuran sempena Ulang Tahun Penubuhan Pasukan Pengakap Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS) Ke-43 Tahun.
Generasi muda perlu diberi perhatian serius
TIMBALAN Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman menyampaikan plak penghargaan kepada penerima.
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Februari. - Generasi muda penting dan wajar diberikan perhatian dan penghargaan yang serius serta memberangsangkan kerana mereka adalah aset penting negara dan penyelamat bangsa serta warisannya pada masa akan datang. Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Abdul Malik bin Haji Mohammad, selaku Pengerusi Program Belia Cinta Tanah Air (PBCTA) berkata, mereka mempunyai potensi untuk sama-sama mendukung dan menggemblengkan semangat ke arah menghargai dan mengamalkan sikap pemedulian dan memberikan khidmat bakti kepada orang lain dalam kehidupan bermasyarakat dengan mengungkayahkan kegiatan-kegiatan bersifat patriotik. Semasa berucap pada Malam Penghargaan PBCTA Ke-10 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31, Tahun 2015 yang berlangsung di Dewan Riadah, Pusat Belia, di sini, beliau menambah PBCTA telah membuat sedikit perubahan dengan menggunakan format yang baru dan ianya telah dijalankan dalam tiga fasa iaitu Kem Kenegaraan, Pelaksanaan Projek dan menyertai Perbarisan Lalu Sambutan Hari Kebangsaan Ke-31, di samping acara sampingan Majlis Khatam
31 Kali sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-31 dan Malam Penghargaan PBCTA Ke-10. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman.
Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan beramai-ramai, diikuti dengan bacaan Surah Al Faatihah dan doa selamat dibacakan oleh peserta PBCTA dari Daerah Tutong, Awang Mohammad Omar Afiq Hasyir bin Haji Ismail. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta PBCTA serta penghargaan kepada peserta contoh dan terbaik dalam setiap fasa, disampaikan oleh tetamu kehormat majlis. Peserta Lelaki Contoh dan peserta
Perempuan Contoh dalam Fasa 1, Kem Kenegaraan diberikan kepada Awang Haji Abdul Mu'iz bin Haji Saidin, peserta Daerah Brunei dan Muara (DBM) dan Dayang Corina anak Graman, peserta Daerah Belait. Sementara itu bagi Fasa 2, projek DBM iaitu 'Projek Membersihkan dan Memperbisaikan Sekolah Rendah Masin' dipilih sebagai Projek Contoh, manakala dalam Fasa 3 pula, peserta perbarisan Lelaki Terbaik diberikan kepada Awangku Abd. Safwan Al Muqaddim bin Pengiran Sufri, peserta
Daerah Belait, sementara Dayang Halimatul Syahirah binti Muhd. Halim, peserta dari Daerah Temburong terpilih sebagai peserta Perbarisan Perempuan Terbaik. Acara diserikan dengan tayangan video PBCTA Ke-10 dan persembahan nyanyian lagu patriotik oleh peserta PBCTA Ke-10. PBCTA Ke-10 disertai oleh seramai 31 belia lelaki dan perempuan dari setiap daerah yang membawa jumlah kepada 124 belia kesemuanya dan telah dijalankan mulai 29 Januari yang lalu dalam tiga fasa. Antara tujuan PBCTA adalah untuk meningkatkan lagi semangat kenegaraan dan kekitaan dalam kalangan belia dan masyarakat serta meningkatkan nilai-nilai hidup bermasyarakat, beragama, bernegara serta berpersatuan. Di samping itu, ia juga sebagai satu mekanisme bagi merealisasikan cita-cita para belia dalam melaksanakan kegiatan-kegiatan yang bersifat kenegaraan (patriotik) dan memberi peluang kepada para belia mengungkayahkan kegiatan patriotik dengan suka rela dengan cara mereka tersendiri, selain menyemarakkan semangat setia kawan, bergotongroyong dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain.
Eksport barangan Disember 2014 meningkat
PENGARAH Belia dan Sukan, Awang Haji Abdul Malik bin Haji Mohammad semasa berucap selaku Pengerusi Program Belia Cinta Tanah Air (PBCTA).
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 Mac.- Bagi bulan Disember 2014, jumlah Perdagangan bernilai BND1,302.5 juta yang terdiri daripada eksport (BND951.0 juta) dan import (BND351.5 juta). Imbangan perdagangan telah meningkat bulan-ke-bulan sebanyak 0.4 peratus kepada BND599.5 juta, yang mana pada masa yang sama, jumlah Perdagangan menurun sebanyak 0.1 peratus. Eksport barangan bagi bulan Disember 2014 meningkat daripada BND950.6 juta kepada BND951.0 juta yang disebabkan peningkatan dalam eksport utama negara iaitu LNG sebanyak 11.1 peratus.Peningkatan eksport LNG adalah berikutan peningkatan dagangan isi padu LNG dari 909,539 MMBtu sehari (November 2014) kepada 991,911 MMBtu sehari pada bulan Disember 2014. Manakala penurunan eksport Minyak Mentah sebanyak 11.4 peratus adalah dlsebabkan penurunan harga Minyak Mentah kepada USD64.78 setong pada butan Disember 2014 daripada USD83.01 setong pada bulan November 2014. Pasaran eksport terbesar dengan 60.0 peratus daripada jumlah eksport adalah negara Jepun, diikuti oleh Australia (14.6 peratus) dan Taiwan (8.4 peratus). Import barangan menurun sebanyak 0.6 peratus daripada BND353.7 juta (November 2014) kepada BND351.5 juta pada bulan Disember 2014. Komoditi yangmencatatkan penurunan dalam import ialah Bahan-Bahan Kimia (26.5 peratus), Pelbagai Barang Keluaran Kilang (9.5 peratus) dan Makanan (6.9 peratus). Import terbesar adalah daripada negara Malaysia sebanyak 23.6 peratus diikuti oleh Singapura (18.9 peratus) dan Chlna (12.1 peratus). Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa (lnternational Merchandise Trade Statistics - IMTS) bagi Negara Brunei Darussalam menggunakan ‘General System’ bagi merekodkan perangkaan perdagangan yang meliputi import, eksport domestik dan eksport semula. Laporan penuh IMTS bagi Disember 2014 boleh didapati melalui laman sesawang JPKE di www.depd.gov.bn.
AGAMA
HARI RABU 4 MAC 2015
19
Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab Oleh : Khartini Hamir Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Februari. - Matlamat yang ingin dicapai oleh Islam dalam pendidikan ialah ingin melahirkan al-insan al-saleh melalui pendidikan yang seimbang dan sempurna dengan memberikan penekanan kepada kedua-dua aspek, iaitu kurikulum dan gerak kerja kurikulum yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan rohani. Sehubungan itu, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengadakan Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab 1436H / 2015M bagi bulan Februari yang diselenggarakan di keempat-empat daerah yang akan bermula pada pukul 8.00 pagi bagi sekolah-sekolah ugama sesi pagi dan sekolah-sekolah Arab, dan pada pukul 2.00 petang bagi semua sekolahsekolah ugama seluruh daerah. Dalam pada itu, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit telah menyelenggarakan program berkenaan yang dimulai dengan sesi tazkirah mengenai Fadilat Wuduk yang disampaikan oleh Dayang Nuriwani Hidayah yang antara lain
mengetengahkan mengenai hukum mengambil wuduk, fadilat wuduk, penjimatan air ketika berwuduk dan tujuan fadilat wuduk. Program diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 yang dipimpin oleh Awang Abdul Mukmin, dan acara kemudiannya| disudahi dengan bacaan doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh Dayangku Nurul Farhanah. Hadir selaku tetamu kehormat dalam acara tersebut ialah Pegawai Bahagian Kokurikulum SekolahSekolah Arab, JPI, Awang Haidi Sewardi bin Haji Awang Mohidi. Melalui program seumpama ini bukan sahaja dapat mengasah minda para pelajar bahkan berperanan untuk membentuk sahsiah diri para pelajar, di samping penglibatan mereka secara menyeluruh dan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dijalankan membolehkan pelajar menimba pengalaman dan sekali gus mendorong mereka menghadapi dunia sebenar apabila bergaul dengan masyarakat. Antara tujuan utama program ini
diadakan ialah untuk merealisasikan Rancangan Strategik JPI 2010 - 2014, iaitu meningkatkan peratus pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah Arab dan ugama, di samping melahirkan akidah yang kukuh dan akhlak yang mulia melalui program pendidikan kokurikulum dengan penglibatan para pelajar di sekolah-sekolah Arab dan ugama. Ia diharap dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai pengalaman hidup dalam keluarga dan masyarakat serta memberikan keyakinan terhadap berugama bagi menyokong pengisian hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah Negara Zikir. Program Keagamaan Senegara ini juga merupakan kegiatan bulanan sepanjang tahun, yang mana sesi program sebegini akan diteruskan lagi bagi bulan Mac dan di antara sekolah-sekolah ugama dan Arab yang terlibat ialah Ma'had Islam Brunei, Sekolah Ugama Pusar Ulak, Sekolah Ugama Lambak Kanan, Sekolah Ugama Delima Satu, Sekolah Ugama Beribi, Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Malik, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Sekolah Ugama Sayyidina Ali dan Sekolah Ugama Puni.
PENUNTUT Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit menghadiri Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab 1436H / 2015M (atas dan bawah).
Wuduk mengangkat darjat manusia Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Ah Chua TEMBURONG, Selasa, 24 Februari. Wuduk mempunyai fadilat dan hikmahnya tersendiri, iaitu dapat mengangkat darjat manusia dan dapat memberi cahaya di akhirat serta dapat membuka ikatan syaitan. Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab bagi bulan ini telah memfokuskan Fadilat Wuduk dengan tumpuan utama berlangsung di Sekolah Ugama Pengiran Muda Mohammad Bolkiah Temburong (SUPMMBT), Pekan Bangar, di sini. Dimulai dengan bacaan tazkirah mengenai fadilat wuduk, program disertai oleh seramai lebih 150 murid dan tenaga pengajar di sekolah ugama berkenaan. Dengan memberikan tumpuan pada fadilat wuduk ini, program yang dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama ini antara lain mempunyai matlamat bagi memupuk minat murid-murid untuk mempraktikkan wuduk dengan betul mengikut rukun dan syarat-syaratnya. Selain itu, program juga adalah untuk memberi keyakinan kepada
murid-murid supaya setiap hendak solat, memegang mushaf Al-Qur’an, dan ibadat lainnya (ibadat yang memerlukan wuduk) hendaklah sentiasa mengambil wuduk (dalam keadaan bersih dari hadas). Program merupakan usaha ke arah mencapai matlamat persekolahan ugama bagi memastikan murid-murid pandai mengambil wuduk dengan betul dan sempurna. Dengan penumpuan pada fadilat wuduk pada program ini diharap akan dapat memberi kefahaman kepada murid-murid maksud kepentingan fadilat wuduk dan hubungannya dalam pembentukan peribadi yang mulia serta kesihatan yang berpanjangan. Majlis juga diselajurkan dengan bacaan Surah Yaa Siin sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 dipimpin oleh tenaga pengajar SUPMMBT, Awang Haji Mohd. Asri bin Haji Timbang yang jua memimpin bacaan doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
PROGRAM Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab bagi bulan Februari di SUPMMBT.
PARA pegawai dari Jabatan Pengajian Islam, tenaga-tenaga pengajar Sekolah Ugama Pengiran Muda Mohammad Bolkiah Temburong (SUPMMBT) serta sebahagian daripada murid-murid SUPMMBT semasa menyertai Program Keagamaan Senegara yang menumpukan pada fadilat wuduk.
Wuduk bentuk peribadi mulia
PARA tenaga pengajar Sekolah Ugama Sengkarai semasa hadir pada Program Keagamaan Senegara di sekolah tersebut.
TUTONG, Selasa, 24 Februari. Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama mengadakan Program Keagamaan Senegara pada bulan Februari bagi sekolah-sekolah ugama dan Arab di keempat-empat daerah. Bagi Daerah Tutong, tumpuan program tersebut diadakan di Sekolah Ugama Sengkarai, di sini. Antara pengisian program berkenaan ialah mendengarkan tazkirah mengenai ‘Fadilat Wuduk’ dan seterusnya bacaan Surah Yaa Siin sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam oleh murid-murid sekolah berkenaan yang kemudiannya diikuti dengan bacaan doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Dengan memberikan tumpuan kepada fadilat wuduk, program tersebut diharap dapat memberi kefahaman kepada murid-murid mengenai maksud kepentingan fadilat wuduk dan hubungannya dalam pembentukan peribadi yang mulia serta kesihatan yang
SEBAHAGIAN pelajar Sekolah Ugama Sengkarai semasa menghadiri Program Keagamaan Senegara di sekolah tersebut.
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman berpanjangan. Antara fadilat wuduk dan hikmahnya ialah dapat mengangkat darjat manusia, di samping memberi cahaya di akhirat selain dapat melepaskan ikatan syaitan.
Program tersebut merupakan salah satu usaha ke arah mencapai matlamat persekolahan ugama bagi memastikan murid-murid pandai mengambil wuduk dengan betul dan sempurna.
20
NASIONAL
HARI RABU 4 MAC 2015
Panel hakim CIPTA 2015 menerima penghargaan
NAIB Canselor Institut Teknologi Brunei (ITB), Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman semasa menyampaikan sijil dan cenderahati kepada panel hakim CIPTA 2015.
Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali JERUDONG, Jumaat, 27 Februari. Institut Teknologi Brunei (ITB) telah mengadakan Majlis Penghargaan Bagi Panel Hakim CIPTA 2015 yang diadakan bertempat di Dewan Jupiter, Hotel Starlodge, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat, Naib Canselor ITB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman
yang juga menyampaikan sijil dan cenderamata kepada 15 panel hakim terdiri daripada pakar dalam dan luar negara. Majlis adalah sebagai tanda penghargaan kepada para hakim yang telah dijemput untuk menghakimi projek-projek yang ikut bertanding di dalam Pertandingan Anugerah CIPTA
Pengiran Muda Mahkota 2015 yang berlangsung pada 24 hingga 28 Februari 2015. Anugerah CIPTA Pengiran Muda Mahkota merupakan pertandingan yang dianjurkan oleh ITB dengan kerjasama Brunei LNG Sendirian Berhad sebagai rakan kongsi dan penaja. Antara objektif utama anugerah ini adalah bagi merangsang dan menggalakkan daya kreativiti dan
Pasukan M3 AQSA juarai Murattal Al-Qur’an
PEMANGKU Pengarah Dasar Pertahanan, Awang Haji Adi Irham bin Dato Paduka Haji Mahmud bergambar ramai bersama murid-murid yang bertanding peringkat akhir pada Peraduan Murattal Al-Qur'an bagi Murid-Murid Mengaji Al-Qur'an Surau-Surau Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Oleh : Mohammad Arif Matali Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BERAKAS, Jumaat, 27 Februari. Pasukan lelaki dan perempuan M3 AQSA Surau Perkhemahan Tutong Kem masing-masing memenangi tempat pertama dengan memperolehi markah sebanyak 89 dan 91.5 peratus. Tempat kedua (Lelaki) dimenangi oleh Pasukan M3 AQSA Surau Berakas Garison dengan memperolehi 82 peratus dan tempat ketiga ialah Pasukan M3 AQSA Surau Perkhemahan Muara dengan 77 peratus. Manakala tempat kedua (Perempuan) telah dimenangi oleh Pasukan M3 AQSA Surau Tentera Laut Muara dengan 87.5 peratus dan Pasukan M3 AQSA Surau Kementerian Pertahanan Bolkiah
ditempat ketiga dengan memperolehi 83.5 peratus. Sebanyak enam kumpulan, iaitu tiga kumpulan lelaki dan tiga kumpulan perempuan telah berjaya di peringkat saringan mempersembahkan bacaan masing-masing. Peraduan berkenaan dikendalikan oleh pejabat Bahagian Ugama Jabatan Arah Pentadbiran dan Tenaga Manusia, Kementerian Pertahanan yang dibukakan kepada Murid-murid Mengaji Al-Qur’an Surau Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (M3 AQSA) berlangsung di Dewan Konsert, Pasukan Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Bolkiah Garison, di sini. Pemangku Pengarah Dasar Pertahanan, Awang Haji Adi Irham
bin Dato Paduka Haji Mahmud hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah-hadiah dan sijil kepada pemenang. Antara objektif petandingan ini diadakan adalah bagi menyahut seruan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk menjadikan negara ini sebuah Negara Zikir dengan penerapan budaya membaca Al-Qur’an kepada semua lapisan rakyat bermula dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa dan juga untuk melahirkan generasi muda yang celik Al-Qur’an serta memupuk minat mereka untuk memahami dan mengamalkan isi kandungan Al-Qur’an. Kelas M3 AQSA adalah kelas belajar mengaji bagi anak-anak warga awam dan tentera Kementerian Pertahanan dan ketika ini jumlah murid-murid yang mengikuti kelas M3 AQSA di seluruh perkhemahan telah mencecah seramai 1,500 orang.
inovasi bagi pembangunan Brunei Darussalam serta mengenal pasti dan mengiktiraf bakat-bakat kreatif dan
inovatif di negara ini, di samping untuk mengembangkan penyelidikan dan perkembangannya seterusnya membudayakan atau menerapkan budaya sains, kejuruteraan dan teknologi dalam kalangan para belia. Tema CIPTA pada tahun ini adalah 'Towards a Smart Nation', yang mana tema ini menekankan kepentingan dalam menyokong wawasan negara untuk memupuk masyarakat inovatif yang akan menghasilkan pelbagai ekonomi mampan berdasarkan pengetahuan budaya dan inovasi. Pihak penganjur juga akan mengadakan Seminar CIPTA bertema 'Smart Invention' yang akan diadakan pada 2 Mac 2015 ini bertempat di ITB di mana ia akan memuatkan tiga pembentangan kertas kerja oleh para penceramah undangan.
Peluang akses jalur lebar bertaraf dunia Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 27 Februari. - Telekom Brunei Berhad (TelBru) akan mula memperkenalkan pelan harga baru bagi perkhidmatan jalur lebar yang bermula 1 Mac 2015. Perkara tersebut telah dijelaskan oleh Ketua Pegawai Pemasaran TelBru, Lim Ming Soon pada Sidang Media yang berlangsung di bangunan Ibu Pejabat TelBru. Katanya, ini adalah selaras dengan aspirasi dasar Jalur Lebar Negara Brunei Darussalam untuk menggalakkan akses dan kadar kemampuan pelanggan. “Inisiatif ini adalah untuk membolehkan semua rakyat Brunei untuk akses dalam teknologi jalur lebar bertaraf dunia pada kadar yang lebih murah, yang merupakan langkah penting ke arah merealisasikan wawasan sebuah masyarakat yang bijak dan meningkatkan daya saing antarabangsa di negara ini,” ujarnya. Menurutnya, ia akan meningkatkan kadar kemasukan dan penggunaan Teknologi Info-Komunikasi (ICT) di kediaman rumah di negara ini dan juga untuk mengurangkan kos serta meningkatkan kesedaran penggunaan dalam kalangan pengguna internet. Beliau menambah, pelan-pelan harga baru akan diturunkan hampir 40 peratus daripada pelan jalur lebar semasa yang ada ketika ini. Beliau menambah berbeza dengan pelan harga semasa, TelBru juga akan memperkenalkan penggunaan jalur lebar isi padu berasaskan di mana pelanggan layak bagi sejumlah kuota data untuk pelan yang dipilih. Tambahnya, adanya had kuota penggunaan data bagi pelanggan, kelajuan sambungan internet akan lebih pelahan apabila kuota kelayakan berkenaan telah habis digunakan dan ini bermakna bahawa sambungan internet pelanggan tidak akan terputus, tetapi kelajuan internet menjadi lebih perlahan. Selaras dengan dasar baru ini, TelBru telah memperkenalkan pelan top-up untuk pelanggan yang memerlukan data tambahan. Apabila pelanggan membeli pelan top-up melalui eBill online atau aplikasi telefon bimbit eBill, status sambungan internet yang perlahan akan pulih kembali kepada kelajuan yang dilanggan. Pengumuman awal daripada pelan harga baru hari ini adalah bertujuan bagi membolehkan pelanggan untuk memilih pelan yang sesuai berdasarkan penggunaan data bulanan sebelum tarikh berkuat kuasa. Antara pelan top-up yang boleh diperolehi ialah pemakaian 10gb dengan harga BND8 dalam tempoh seminggu, 20gb dengan harga BND15 dalam tempoh 14 hari dan 40gb dengan harga BND25 dalam tempoh 21 hari.
PIHAK media tekun mendengar penjelasan daripada Ketua Pegawai Pemasaran TelBru, Lim Ming Soon pada Sidang Media yang berlangsung di bangunan Ibu Pejabat TelBru.
NASIONAL
HARI RABU 4 MAC 2015
21
Lestarikan penggunaan tulisan Jawi
PENGARAH Dewan Bahasa dan Pustaka, Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin menyampaikan hadiah kepada johan Pertandingan Akhir Membaca Jawi Kategori Perempuan yang disandang oleh Dayang Norfakhrania Basirah binti Bahrin dari Sekolah Rendah Rimba II.
Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad, Hajah Noor Dina Haji Abd. Rahman Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Februari. - Tulisan Jawi telah wujud berabad lamanya dan sebati dalam masyarakat Melayu di negara ini malahan sebelumnya bukan hanya digunakan dalam urusan agama, tetapi dijadikan sebagai tulisan rasmi dalam urusan pentadbiran kerajaan dan perhubungan antarabangsa khususnya dalam urusan perdagangan dan perjanjian Kerajaan Brunei. Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin selaku tetamu kehormat berucap demikian pada Pertandingan Akhir Membaca Jawi dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kaligrafi dan Menulis Jawi serta Merekacipta Kain Rentang Kaligrafi
Jawi dan Rumi 2014, bertempat di Dewan Kuliah II, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI). Menurutnya, pertandingan seumpama ini merupakan satu inisiatif dan langkah yang baik dalam usaha untuk melestarikan penggunaan dan pemakaian tulisan Jawi secara berterusan dalam kalangan pelajar di negara ini. “Anak-anak kita perlu dari semasa ke semasa diberi pendedahan tulisan Jawi kerana pemahaman kepada tulisan tersebut akan memudahkan mereka untuk membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an kerana tulisan tersebut ada kaitan dengan Al-Qur’an yang
bertulisan arab yang menjadi asal kepada tulisan Jawi,” katanya. Di samping itu, ia bertujuan untuk menanamkan kesedaran tentang kepentingan bacaan dan tulisan Jawi serta mengetengahkan kemahiran dan bakat membaca tulisan Jawi dalam kalangan pelajar. Majlis yang diungkayahkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Unit Akli tersebut menyaksikan penyertaan seramai 236 peserta lelaki dan 118 peserta perempuan dari sekolahsekolah rendah bagi penyertaan Pertandingan Membaca Jawi bagi sekolah-sekolah rendah yang mana hanya sembilan peserta lelaki dan perempuan berjaya mara ke peringkat akhir. Manakala bagi Pertandingan Menulis Jawi menerima sebanyak 27 penyertaan dari 14 buah sekolah menengah dan maktab-maktab, 13 penyertaan bagi Pertandingan Kaligrafi Jawi bagi Pelajar-pelajar Tingkatan Enam dan Teknikal serta sebanyak 15 buah sekolah menyertai Pertandingan Merekacipta Kain Rentang Kaligrafi Jawi dan Rumi bagi Sekolah-sekolah Menengah, Maktab-maktab, Pusat Tingkatan Enam dan Teknikal. Johan bagi Pertandingan Akhir Membaca Jawi Kategori Lelaki dimenangi oleh Awang Md. Zainul Ariffudin bin Mazlam dari Sekolah Rendah Putat dengan markah 72.3 peratus, naib johan disandang oleh Awang Md. Khairul Ikhwan bin Rosmali dari Sekolah Rendah Muhammad Alam dengan markah 71.3 peratus dan tempat ketiga diberikan kepada Wan Hafiz bin Wan Habib dari Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan markah 70.2 peratus. Bagi Kategori Perempuan pula, johan diraih oleh Dayang Norfakhrania Basirah binti Bahrin dari
Pembukaan cawangan Elektrik Sungai Liang, Belait
KETUA Kampung Lumut I, Yang Berhormat Awang Haji Shafiee bin Ahmad dan Pemangku Pengarah Perkhidmatan Elektrik, Awang Musa bin Metali semasa merasmikan Cawangan Jabatan Perkhidmatan Elektrik yang ketiga di Daerah Belait.
Berita dan Foto : Noraisah Muhammed SUNGAI LIANG, Sabtu, 28 Februari. - Pembukaan Cawangan Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) di Sungai Liang di Unit 4, Blok C, Lot 985, Jalan Kecil Sungai Liang, Kampung Gana bertujuan untuk memudahkan orang ramai khususnya penduduk Mukim Sungai Liang, Bukit Sawat, Labi dan juga Mukim Telisai membeli token prabayar atau membayar bil elektrik. Cawangan JPE yang ketiga di Daerah Belait dirasmikan bersama oleh Ketua Kampung Lumut I, Yang Berhormat Awang Haji Shafiee bin Ahmad dan Pemangku Pengarah Perkhidmatan Elektrik, Awang
Musa bin Metali. Dengan adanya kemudahan yang baru ini, penduduk di kawasan berkenaan tidak lagi perlu membuat perjalanan ke Seria atau Kuala Belait untuk urusan pembelian token prabayar atau membayar bil elektrik. Objektif kedua adalah bagi menempatkan kakitangan JPE yang bertugas secara stand-by di cawangan tersebut supaya dapat memberi tindak balas yang lebih cepat ke atas segala aduan pelanggan seperti bekalan elektrik terputus atau masalah berkaitan dengan meter elektrik. Orang ramai yang tinggal di luar
mukim-mukim ini termasuk mereka yang melintasi Sungai Liang bolehlah singgah untuk membeli token pre-paid atau membuat pembayaran bil elektrik di kaunter tersebut semasa waktu bekerja. Menurut Pegawai Kewangan JPE, Awang Haji Sabtu bin Haji Shahminan, cawangan terbaru tersebut dibuka di kawasan Sungai Liang merupakan sempadan antara Sungai Liang dan Tutong dan ia bertujuan untuk memberi kesenangan orang ramai yang tinggal berdekatan terutama penduduk di kawasan Perumahan Lumut Belait dan juga penduduk dari Perumahan di Bukit Beruang. JPE juga bercadang untuk menambah perkhidmatan di cawangan baru ini untuk masa yang akan datang untuk kemudahan orang ramai. Antara kemudahan tersebut ialah memproses permohonan baru bagi permohonan penyambungan baru, pengurusan akaun, pendaftaran e-Darussalam dan juga 'Cash Deposit Machine' (CDM) yang akan beroperasi secara 24/7 untuk pembelian token prabayar. Awang Haji Mohd Wasli bin Bakhtiar antara orang ramai yang tinggal di kawasan Sungai Liang yang hadir di pembukaan kaunter tersebut dan berkesempatan membeli kad prabayar elektrik menyatakan, amat gembira dengan kemudahan yang telah diungkayahkan pihak JPE yang memudahkan beliau berurusan selain menjimatkan masa.
Sekolah Rendah Rimba II dengan markah 76.1 peratus, naib johan dimenangi oleh Dayang Nurul Khairina binti Kamal dari Sekolah Rendah Sengkurong dengan markah 75.9 peratus dan Dayang Ramliyana Erika binti Haji A. Ramly dari Sekolah Rendah Datu Ahmad dengan markah 75.4 peratus berada tempat ketiga. Manakala bagi Pertandingan Kaligrafi dan Menulis Jawi Kategori Lelaki bagi Pra-Universiti, Maktab Teknik dan Sekolah Vokasional 2014, Awang Haji Muhammad Aminuddin bin Haji Puteh dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) muncul johan, naib johan diraih oleh Awang Muhd. Izzat bin Haji Harris dari Pusat Latihan Mekanik (PLM) dan tempat ketiga diberikan kepada Awang Muhammad Nur Hamizan bin Haji Yakub dari Sekolah Menengah Arab Lelaki Hassanal Bolkiah (SMALHB). Johan bagi Pertandingan Kaligrafi dan Menulis Jawi Kategori Perempuan bagi Pra-Universiti, Maktab Teknik dan Sekolah Vokasional 2014 disandang oleh Dayang Farihah Amal binti Junaidi dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MSPSBS), Dayang Siska Syafawati binti Sabali dari Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah (MKJB) muncul naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Dayangku Ummul Hasanah binti Pengiran Haji Kamaluddin dari ITQSHHB. Awangku Aminor Ridhwan bin Pengiran Amir Hamzah dari Sekolah Menengah Lambak Kiri tampil johan bagi Pertandingan Kaligrafi dan Menulis Jawi Kategori Lelaki bagi Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab 2014. Manakala naib johan pula diraih oleh Awangku Mohd Nur Amirul Hisam bin Pengiran Ismail dari Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khatab (SMSUA) dan tempat ketiga dimenangi oleh Awang
Muhammad Haziq bin Hanafiah dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar (SMSAB). Pertandingan Kaligrafi dan Menulis Jawi Kategori Perempuan bagi Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab 2014 disandang oleh Dayang Fara Wahida binti Jumat dari Sekolah Menengah Awang Semaun, Dayangku Siti Amaliah binti Pengiran Othman dari Sekolah Menengah Rimba muncul naib johan dan Dayang Amirah Batrisyia binti Zalani dari MSPSBS berada di tempat ketiga. Johan bagi Pertandingan Merekacipta Kain Rentang Kaligrafi Jawi dan Rumi 2014 diraih oleh Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD), ITQSHHB pula muncul sebagai naib johan dan Sekolah Menengah Menglait tempat ketiga. Kesemua penyampaian hadiahhadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh tetamu kehormat.
JOHAN Pertandingan Akhir Membaca Jawi Kategori Lelaki, Awang Md. Zainul Arifuddin bin Mazlam dari Sekolah Rendah Putat semasa membaca teks dalam tulisan Jawi pada majlis tersebut.
Tanam semangat patriotik dalam kalangan pelajar Berita dan Foto : Noraisah Muhammed SUNGAI TALI, Sabtu, 28 Februari. - Sekolah Rendah Sungai Tali, Lumut mengadakan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 dalam usahanya sama-sama menyemarakkan dan memberi pendedahan semangat patriotik kepada para pelajar. Majlis yang dianjurkan bersama oleh Bahagian Kokurikulum Sekolah Rendah Daerah Belait dihasrat akan dapat menanam sikap kenegaraan dan cintakan negara dalam kalangan murid, di samping mengenalkan Bendera Negara Brunei Darussalam melalui aktiviti-aktiviti mewarna dan kuiz-kuiz hari merdeka. Acara ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat murid dalam pembelajaran dan etos cintakan negara, agama dan taatkan raja secara berterusan dengan aktiviti yang diadakan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Guru Besar Sekolah Rendah Sungai Tali, Dayang Hajah Nurizzati binti Haji Muhd. Halim berserta guru-guru sekolah berkenaan. Majlis turut diserikan dengan majlis pengibaran bendera negara dan disusuli persembahan pentas dengan menyanyikan beberapa buah lagu patriotik oleh penuntut-penuntut sekolah.
KECERIAAN guru dan murid-murid Sekolah Rendah Sungai Tali, Lumut pada Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-31.
22
NASIONAL
HARI RABU 4 MAC 2015
Pertukaran maklumat tingkat profesionalisme Oleh : Hajah Noor Dina Haji Abd Rahman Foto : Hamzah Mohiddin JERUDONG, Rabu, 25 Februari. Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) menerima lawatan seramai 44 orang delegasi dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Islam NegeriNegeri (JAIN) dari seluruh Malaysia. Lawatan yang berbentuk perbincangan isu penguatkuasaan dan pendakwaan undang-undang syariah di Negara Brunei Darussalam tersebut diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamad
Nordin bin Ibrahim di Indera Samudera Hall, The Empire Hotel & Country Club, di sini. Lawatan tersebut telah diisikan dengan taklimat yang dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid yang menyentuh tentang isu dan cabaran bahagian Penguatkuasaan Agama dan Bahagian Pendakwaan Syari’e KHEU. Semasa perjumpaan tersebut, sebanyak dua kertas taklimat telah dibentangkan iaitu ‘Isu dan Cabaran
SEBAHAGIAN daripada pegawai-pegawai dari rombongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia semasa mendengarkan perbincangan isu penguatkuasaan dan pendakwaan undang-undang syariah di Negara Brunei Darussalam.
Bahagian Penguatkuasaan Agama, Jabatan Hal Ehwal Syariah’ yang disampaikan oleh Pegawai di Bahagian Penguatkuasaan Agama, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Awang Haji Azman bin Haji Musa dan ‘Isu dan Cabaran Bahagian Pendakwaan Syari'e, Unit Perundangan Islam’ disampaikan oleh Pemangku Ketua Pendakwa Syari'e, Unit Perundang Islam, KHEU, Dayang Hajah Hadiyati binti Haji Abdul Hadi. Turut hadir semasa perjumpaan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Haznah binti Md. Hashim; Pengarah Unit Perundangan Islam, Dato Seri Setia Awang Haji Tasim bin Haji Akim; Pemangku Pengarah Hal Ehwal Syariah, Dayang Hajah Zakiah binti Haji Taib; pegawai-pegawai kanan Jabatan Hal
Ehwal Syariah dan Unit Perundangan Islam, KHEU. Lawatan antara lain bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan yang tepat berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan serta kaedah-kaedah hukuman syariah dan berbincang dengan institusi-institusi berkenaan mengenai strategi meningkatkan profesionalisme pegawai melalui pertukaran maklumat, pandangan dan saranan bagi mengatasi permasalahan berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan syariah dengan pihak pentadbiran, penguatkuasaan, pendakwaan dan Mahkamah Negara Brunei Darussalam. Lawatan seumpama ini diharap akan dapat memperkukuhkan lagi kerjasama dan perkongsian dalam perundangan syariah di antara Negara
TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Harun bin Haji Junid semasa menyampaikan taklimat isu dan cabaran Bahagian Penguatkuasaan Agama dan Bahagian Pendakwaan Syari’e KHEU ketika menerima kunjungan delegasi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Islam Negeri-Negeri (JAIN) dari seluruh Malaysia.
Brunei Darussalam dan Malaysia, di samping dapat mengeratkan lagi silaturahim yang sedia terjalin antara KHEU dan JAKIM.
TIMBALAN Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim semasa hadir dalam program diskusi isu penguatkuasaan dan pendakwaan undang-undang syariah di Negara Brunei Darussalam.
Kumpulan Rumah Hulubalang muncul johan Oleh : Syirain Afifi Md. Fadzil Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Februari. - Kumpulan Rumah Hulubalang muncul johan Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Patriotik Antara Rumah-Rumah
sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31, Jabatan Bahasa Melayu dan Melayu Islam Beraja dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar
Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MSPSBS) yang berlangsung di Auditorium MSPSBS, di sini. Naib johan disandang oleh Rumah Panglima dan diikuti ketiga oleh Rumah Laksmana, sementara Rumah Pahlawan menduduki tempat keempat. Penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang disempurnakan oleh Timbalan Pengetua Akademik, Dayang Hajah Adinawati binti Haji Sawardi. Pertandingan tersebut merupakan aktiviti tahunan maktab berkenaan dan merupakan acara kemuncak kepada Program Pembangunan Sikap (Character Building Programme), iaitu sikap semangat patriotik. Turut diadakan pada pertandingan terseut ialah acara kemuncak Hari Kebangsaan, iaitu perbarisan daripada pasukan beruniform maktab, ikrar Hari Kebangsaan dan nyanyian beramai-ramai lagu patriotik.
PELAJAR Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MSPSBS) semasa nyanyian beramai-ramai lagu patriotik.
Juga diadakan ialah aktiviti sampingan seperti mewarna bendera kecil negara (Tahun 7), menghasilkan penanda buku (Tahun 8), mencipta slogan (Tahun 9)
PELAJAR MSPSBS semasa melafazkan ikrar Hari Kebangsaan pada Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Patriotik Antara Rumah-Rumah sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31.
dan membuat poster (Tahun 10), yang mana semua hasil kerja-kerja tersebut akan dipamerkan di Student’s Learning Hub untuk tatapan warga maktab. Antara objektif pertandingan adalah untuk menimbulkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam diri pelajar, di samping mencungkil bakat-bakat baru khususnya dalam mendeklamasikan sajak serta meningkatkan kreativiti
mereka dalam persembahan yang berkumpulan.
menghasilkan baik secara
Dengan adanya acara seperti ini dihasratkan akan dapat meningkatkan lagi semangat waja terhadap kecintaan tanah air, bangsa, agama dan raja secara berterusan, khususnya dalam sama-sama memajukan pembangunan negara bagi masa depan yang terjamin dan sejahtera.
NASIONAL
HARI RABU 4 MAC 2015
23
Lebih BND150 ribu barangan curi dirampas Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Hamzah Mohiddin
ANTARA barang-barang curi yang berjaya dirampas dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Balai Polis Berakas.
BERAKAS, Khamis, 26 Februari. Operasi Bongkar yang melibatkan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dengan kerjasama Biro Kawalan Narkotik berjaya merampas hasil barangan curi yang bernilai lebih BND150 ribu. Nilai operasi terbesar itu merupakan hasil rampasan daripada 18 buah
rumah semasa operasi dijalankan dari 4 hingga 20 Februari yang lalu berikutan maklumat dan risikan agensi yang berkenaan dengan sumber yang dipercayai terdapatnya penyimpanan barangan curi di kediaman-kediaman tersebut. Pemangku Pegawai Pemerintah Polis Daerah Brunei Muara, Penguasa
Polis Haji Husaini bin Matzin menjelaskan maklumat tersebut semasa Sidang Media, yang berlangsung di Balai Polis Berakas, di sini. Menurutnya, operasi secara kolaborasi itu menyasarkan serbuan bagi rumah-rumah di ketiga-tiga buah daerah iaitu Daerah Brunei dan Muara
(DBM), Tutong dan Belait. Di DBM sahaja, sasaran serbuan dijalankan termasuk di Perumahan Kampung Tanah Jambu, Perumahan Kampung Meragang, Kampung Selayun, Perumahan Rimba, Kampung Salambigar dan Kampung Mulaut, manakala dua buah rumah diserbu di Daerah Tutong iaitu di kawasan Jalan Maraburong dan Jalan Lamunin. Sementara lima buah rumah diserbu di Daerah Belait iaitu di kawasan Pandan 7, Kampung Perumahan Penaga Seria, Lumut dan di Mukim Sungai Liang. Sebanyak 1,477 barang berjaya dirampas termasuk alat-alat elektronik seperti televisyen, komputer riba, telefon bimbit dan juga peralatan muzik seperti gitar dan piano semasa serbuan tersebut. Operasi juga berjaya menemukan tujuh buah kereta termasuk kereta milik kedutaan diplomatik, dua buah bot (perahu nelayan) serta enam buah motosikal yang dipercayai juga barangan curi. Selain itu, beberapa buah jam tangan, alat pembesar suara (speaker) dan amplifier kereta, rim tayar serta tong gas dirampas dan turut dipercayai bahawa barang-barang tersebut dijual serta terlibat dalam kes barang curi. Penguasa Polis Haji Husaini seterusnya menjelaskan, setakat ini
seramai lapan orang telah ditahan bagi membantu siasatan mengenai barang-barang tersebut dan beberapa barang yang lain yang disyaki terlibat dalam kes-kes curi. Sehubungan itu, tegasnya, pihak polis mengalu-alukan mangsa-mangsa kes curi untuk hadir ke Dewan Serbaguna Balai Polis Berakas bagi mengenal pasti barang-barang yang dilaporkan telah dicuri dengan membawa bersama keteranganketerangan yang berkaitan bagi menuntut harta benda mereka jika ada. Tuntutan barangan mereka dibukakan bermula hari Sabtu ini, 28 Februari 2015 dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan pukul 2.00 hingga 5.00 petang setiap hari termasuk hari Jumaat dan Ahad dengan membawa resit ataupun gambar serta bukti-bukti yang sahih. Sebarang maklumat yang lebih lanjut, boleh menghubungi talian Hotline Balai Polis Berakas 2330410. Operasi Bongkar ini merupakan satu inisiatif dan strategi PDB yang berterusan bagi menurunkan kadar jenayah di Negara Brunei Darussalam, di samping menjalin perhubungan yang lebih rapat di antara kedua-dua buah agensi penguat kuasa dari segi perkongsian maklumat dan tenaga kerja dalam menangani aktiviti-aktiviti jenayah.
Kampung Sungai Liang jadi bahan penyelidikan UBD Berita dan Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli SUNGAI LIANG, Khamis, 26 Februari. - Kampung Sungai Liang dipilih menjadi bahan penyelidikan pelajar-pelajar Akademi Pengajian Brunei (APB), Universiti Brunei Darussalam (UBD). Kampung Sungai Liang dipilih untuk tapak projek penyelidikan kerana kampung berkenaan merupakan salah sebuah tapak perkampungan yang terawal di Daerah Belait dan ia merupakan sebuah kampung pada masa ini. Sebelum ini kampung tersebut terdiri daripada enam buah kampung yang terawal dan kampung-kampung terawal itulah yang akan disasar dijadikan penyelidikan dalam program penyelidikan sejarah dan warisan Mukim Liang sehingga ia dijadikan sebagai sebuah kampung dipanggil Sungai Liang. Pegawai Sejarah Bahagian Pendidikan dan Dokumentasi, Pusat Sejarah Brunei (PSB), Awang Mohammad Faisal bin Mat Salleh menyatakan demikian semasa ditemui di Program Penyelidikan Sejarah dan Warisan Mukim Liang khususnya Mukim Liang 2015 anjuran PSB, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama APB, UBD, bertempat di Balai Raya, di sini. Program melibatkan 62 pelajar daripada Masyarakat dan Budaya Brunei (MBB), Modul PB 1301, UBD diketuai oleh Pensyarah Fakulti APB, UBD, Dayang Noralipah binti Haji Mohammed. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan pertama membuat kaji selidik di enam buah rumah dan kumpulan kedua di tujuh
buah rumah di lima buah kampung Mukim Liang antaranya Kampung Perumpong, Tunggulian, Keluyoh, Padang dan Gana. Awang Mohammad Faisal, selaku Ketua Penyelidikan menerangkan bahawa kerjasama tersebut julung kali dilakukan secara formal bersama UBD juga turut melibatkan pegawaipegawai dan kakitangan Pusat Sejarah dan pensyarah. Mereka melakukan penyelidikan selama tiga hari bermula 26 dan 28 Februari serta 2 Mac 2015 dan projek berjalan daripada pagi hingga selesai. Semua dapatan maklumat yang terkumpul akan diserahkan kepada Pusat Sejarah yang bekerjasama dalam program berkenaan untuk dibuku dan dijadikan Mini Tesis. Dalam program ini melibatkan seramai 24 pelajar berkenaan yang akan memfokuskan penyelidikan di kawasan Kampung Tunggulian dan Perumpong. Dalam penyelidikan tersebut secara menyeluruh mengenai latar belakang kampung, sosioekonomi, sosiobudaya, infrastruktur, institusi pertumbuhan, tokoh-tokoh, sekolah-sekolah serta pembangunan dan pengangkutan perbandingan pada masa dahulu dan sekarang. Kaji selidik merupakan salah satu kerja kursus bagi pelajar MBB, UBD. Sebelum ini program pernah dilakukan di Daerah Brunei dan Muara serta Daerah Belait mengikut mukim yang ditetapkan oleh Jabatan PSB. Awang Mohammad Faisal menyatakan, selain melakukan wawancara dengan pengisah, pelajar-pelajar juga akan dibawa ke tempat bersejarah untuk mengambil
SESI bergambar ramai bagi Program Penyelidikan Sejarah dan Warisan Mukim Liang.
penggambaran sama ada bangunan masih wujud atau tinggal tapak sahaja. Menurut Awang Mohammad Faisal, para penyelidik mengambil masa dua bulan bagi memilih pengisah-pengisah sebelum projek dijalankan atas kerjasama MPK Sungai Liang dan beberapa perundingan telah dibuat. “Pengisah-pengisah yang dilantik khusus untuk penduduk yang pernah dan yang masih tinggal di Kampung Sungai Liang untuk menceritakan mengenai sosioekonomi; sejarah; latar belakang; sosiobudaya; perubahan dan perkembangan di kampung berkenaan,� ujarnya. Beliau menyatakan, pemilihan pengisah dilakukan melalui daripada beberapa butiran soal selidik atas mereka. Beliau menambah, dengan adanya soal selidik tersebut
dihasratkan akan menjadikan satu penulisan yang padat dan berkualiti. Penyelidik seumpama itu kali terakhir dibuat pada tahun 2013 yang tertumpu di Mukim Gadong khusus kepada Kampung Perpindahan Mata-Mata, Gadong. Salah seorang pengisah mengenai institusi, infrastruktur, perhubungan pengangkutan, Awang Mohd. Jasni bin Mohammad Azman menyatakan bahawa pada awal tahun 60-an, sistem pengangkutan darat tidak banyak dan jalan raya yang dibina pada waktu itu kecil. Selain itu, kemudahan seperti elektrik sudah ada, tetapi tidak banyak, hanya dipasang di tempat-tempat tertentu seperti masjid, kedai-kedai dan rumah-rumah persendirian yang berkemampuan sahaja. Awang Mohd. Jasni merupakan anak jati kampung tersebut yang
lahir pada tahun 60-an seterusnya menceritakan bahawa air sungai pada masa itu sangat bersih dan para penduduk mendapatkan bekalan air minum daripada telaga dan air sungai, namun air sungai mengalami pencemaran pada tahun 90-an. Beliau mula memasuki alam persekolahan tahun 1968 menyatakan bahawa perkembangan pada waktu itu tidak seperti sekarang ini, pada masa ini perkembangan sangat selesa. “Penduduk pada masa dulu tidak ramai dan jarak antara rumah juga jauh tetapi pada masa ini jarak rumah sangat dekat antara satu sama lain,� ungkapnya. Dalam program ini telah dimulakan dengan penyampaian taklimat daripada Pegawai Sejarah Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, PSB.
24
HARI RABU 4 MAC 2015
Jurutera muda disaran tingkatkan kemahiran teknikal Dari muka 1 Sebagaimana yang diketahui dan dialami, pihak kementerian, katanya, sering berdepan dengan masalah kelambatan menyiapkan projek, masalah projek yang terhenti, kos berlebihan yang melibatkan perubahan pesanan (variation order). “Saya percaya masalah seperti ini adalah kerana kita hilang kawalan ke atas projek tersebut atau kurang mengawas sesuatu projek itu, dari inception hingga siap. Atau kita tidak cukup pengetahuan atau pengalaman mengenai projek yang kita supervise, maka banyak perkara yang sepatutnya tidak berlaku semasa projek itu dilaksanakan dan kita terlepas pandang,” tambah Yang Berhormat.
Walaupun pihak pemborong dan konsultan bertanggungjawab ke atas sesuatu projek itu, kita sebagai jurutera yang diaturkan, bertanggungjawab memastikan projek dilaksanakan mengikut specs yang sudah dipersetujui,tegas Yang Berhormat, “Sering juga kita menghadapi projek yang over specs, atau yang tidak mencukupi, dan ini, apabila siap nanti akan menyebabkan sama ada pembaziran, atau berkurangnya kapasiti atau daya tahan projek tersebut,” jelas Yang Berhormat. Menyentuh mengenai beberapa masalah yang dihadapi dari semasa ke semasa seperti masalah kemalangan di tapak projek, kejadian banjir dan tanah susur, Yang Berhormat menyifatkan fenomena ini adalah merupakan satu cabaran yang perlu diambil perhatian
JCMS dijangka beroperasi 23 Mac 2015 BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 3 Mac. - Dalam usaha berterusan untuk meningkatkan perkhidmatan-perkhidmatan mahkamah, Mahkamah Sivil, dengan bantuan Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri ketika ini sedang dalam peringkat akhir untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kes Badan Kehakiman atau 'Judiciary Case Management System' (JCMS) yang dijangka akan beroperasi pada 23 Mac 2015. JCMS terdiri daripada Sistem 'e-Filing' (e-Filing System); Sistem Pengurusan Kes (Case Management System - CMS) dan Sistem Pengurusan Giliran (Queue Management System - QMS). e-Filing adalah portal atas talian (online) yang direka untuk pengguna awam dan pengamal undang-undang bagi dokumen mahkamah difailkan secara elektronik yang juga menyediakan satu sistem bagi Mahkamah dan penggunanya untuk mencari, menyimpan dan mendapatkan semula dokumen-dokumen atas talian (online). Sistem tersebut juga dapat menyediakan para pengguna dengan jadual kes mereka dan mengingatkan mereka mengenai status kes dan juga waktu perbicaraan, selain membuka laluan kepada mahkamah tanpa kertas dan akan menggantikan proses manual yang digunakan pada ketika ini. Sementara itu, CMS pula merupakan satu sistem berpusat di mana mahkamah boleh mengurus kes dan mengikuti serta memantau setiap kes secara proaktif melalui jangka hayatnya, selain membolehkan pengagihan kes dan pengurusan jadual perbicaraan untuk para Hakim dan Pegawai Kehakiman. Sistem ini juga menyediakan perkhidmatan arkib, perkhidmatan penyimpanan rekod dan perkhidmatan untuk mendapatkan semula dokumen kes dan kemampuan carian untuk mendapatkan maklumat mengenai kes-kes mahkamah. Hakim dan Pegawai Kehakiman juga boleh menyimpan nota-nota prosiding mereka dan keputusan kehakiman dalam sistem ini. Manakala QMS membolehkan orang awam dan juga pengamal undang-undang mendapatkan senarai perbicaraan, status kes dan jadual mahkamah lain yang terkini melalui kiosk yang terletak di bangunan-bangunan mahkamah yang terpilih. ‘Kiosk’ interaktif ini menyediakan sistem giliran yang teratur, terutamanya bagi perbicaraan di hadapan Pendaftar Mahkamah Besar. JCMS juga dihasratkan akan meliputi semua litigasi sivil dan jenayah, kebankrapan, waris dan proses perkahwinan di Negara Brunei Darussalam dalam kedua-dua Mahkamah Besar dan Mahkamah Rendah dengan mewujudkan satu rangkaian elektronik yang menghubungkan kesemua mahkamah sivil di seluruh negara. Penyediaan perkhidmatan elektronik mahkamah akan menyediakan cara yang lebih berkesan dan bersistematik dalam menguruskan sumber-sumber mahkamah dan meningkatkan akses kepada mahkamah untuk orang awam, institusi kerajaan dan pengamal undang-undang. JCMS dijangka akan meningkatkan kecekapan dan produktiviti mahkamah kerana sistem itu menyediakan Hakim dan Pegawai Kehakiman mengakses kepada fail-fail kes dari mana-mana lokasi dan ia juga membolehkan akses serentak kepada mana-mana fail kes oleh lebih daripada seorang pada masa yang sama. Adalah dijangkakan bahawa JCMS akan memendekkan jangka masa proses kes dan akan menghasilkan suatu keputusan yang lebih cepat bagi pemfailan dan mendapatkan semula dokumen. Sistem berkenaan akan mengurangkan, untuk sebahagian besarnya, penggunaan kertas di dalam mahkamah, di samping menjimatkan ruang fizikal bagi penyimpanan kertas dan tenaga fizikal dalam pemindahan fail secara fizikal di dalam mahkamah. Dengan adanya JCMS itu, ia akan meningkatkan kecekapan melalui pengurangan aliran kertas sepanjang proses litigasi kerana semua dokumen akan difailkan dan disimpan secara elektronik dalam sistem berkenaan. Dalam penyimpanan, pengumpulan data elektronik hanya akan mengambil sebahagian kecil daripada ruang yang diperlukan oleh fail kertas. Mahkamah Sivil telah melaksanakan beberapa sesi memperkenalkan sistem tersebut kepada pihak berkenaan yang ada hubung kait dengan mahkamah. Sesi latihan yang komprehensif dijadualkan akan dijalankan sebelum sistem tersebut digunakan sepenuhnya. Maklumat lanjut mengenainya bolehlah melayari laman sesawang Kehakiman www.judiciary.gov.bn atau e-mel courts@judicial.gov.bn.
dalam memperbaiki reka bentuk (design) atau mendapat teknologi dan bahan binaan yang tidak mungkin terjejas oleh bencana alam dan perubahan iklim. Dalam usaha mencapai Wawasan Negara 2035, ujar Yang Berhormat, salah satu strategi utama yang telah dikenal pasti ialah pembangunan infrastruktur. “Ini bermakna kita akan terus merancang pembinaan infrastruktur yang teratur sebagai pemangkin ke arah pembangunan yang menyeluruh. Untuk itu, kita memerlukan pegawai-pegawai dan jurutera yang mampu meningkatkan kemahiran mereka, pegawai dan jurutera yang ready to work in a new and challenging environment, pegawai dan jurutera yang bersedia menerima perubahan (ready for change), bukan yang dikongkong atau constrained dengan tatacara atau pemikiran lama, yang sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa,” jelas Yang Berhormat. “Sebab itu sering kita menyatakan, kualiti pegawai dan kakitangan yang dicari ialah pegawai dan kakitangan yang kreatif, inovatif dan proaktif,” tegas Yang Berhormat. Lebih-lebih lagi dengan adanya dua projek besar dan yang pertama kali dilaksanakan, ujar Yang Berhormat,
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa menyampaikan sijil kepada seorang graduan lelaki Further Learning Programme (FLP) Pengambilan Pertama.
iaitu Jambatan Sungai Kebun dan jambatan ke Temburong yang diselenggarakan oleh Kementerian Pembangunan, akan menduga sejauh mana kemampuan pihak kementerian mengaut pengalaman dalam melaksanakan dan memantau projek. “Bagaimana pula kita akan memastikan bahawa jambatan ini akan terus berfungsi pada bila-bila masa, melalui pemeliharaan yang sistematik. Kesemua ini memerlukan kita
merancang perkembangan dan keperluan tenaga manusia di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya agar kita dapat meneruskan perkhidmatan kita ke arah infrastruktur yang mampan tanpa gangguan (interruptions),” jelasnya. Maka usaha para graduan yang diraikan itu, ujar Yang Berhormat, adalah tepat dengan keperluan untuk sentiasa one or two steps ahead.
Berangkat hadiri Mesyuarat Penilaian, Pemilihan Atlet
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair semasa menyembahkan ucapan alu-aluan pada Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Tertinggi Penilaian dan Pemilihan Atlet Kebangsaan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman.
Dari muka 1 Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam sembah alu-aluannya berkata, sebagai usaha yang berterusan dalam mengenal pasti atlet-atlet yang berpotensi dan diberikan latihan berterusan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) telah mengenal pasti dan mengadakan data atlet di seluruh negara yang mana ketika ini terdapat seramai 23 atlet elit, 421 atlet kebangsaan dan 1,569 atlet pelapis di dalam 28 jenis sukan. Bagi tujuan untuk mengasuh dan memberikan program latihan yang berterusan kepada atlet-atlet, JBS, jelas Yang Berhormat, telah menyusun semua struktur program latihan yang berjalan pada masa ini dengan perancangan mengadakan Akademi Sukan yang mana Kompleks Sukan Sungai Kebun telah dikenal pasti sebagai salah satu pusat latihan dan penempatan. Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, mesyuarat ini akan membincangkan dan menentukan kelayakan atlet-atlet yang masih di dalam pertimbangan dari mesyuarat yang lepas iaitu bagi Kejohanan Sukan SEA Ke-28 2015 yang akan
diadakan pada 5 hingga 16 Jun 2015. Pada kesempatan ini, Yang Berhormat juga menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas sabda nasihat DYTM mengenai cadangan kriteria tambahan kepada lima kriteria yang telah ditetapkan awal iaitu para atlet mesti bebas daripada penggunaan bahan-bahan terlarang dalam sukan (doping) dan seterusnya mengadakan ujian doping secara rambang sebelum pertandingan dijalankan atau diadakan. “Hamba Duli Tuanku percaya, dengan tambahan kriteria tersebut, para atlet yang mewakili negara akan lebih peka dan berhati-hati
dengan akibat pengambilan bahan-bahan terlarang dan suplemen yang tidak dimaklumkan kepada pihak berkenaan sebelum kejohanan diadakan,” jelas Yang Berhormat. Yang Berhormat berkata, dengan lulusnya para atlet negara, dengan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan termasuklah mempunyai ujian kecergasan di atas tahap 85 peratus dan bebas dari bahan-bahan terlarang, ia akan memberikan keyakinan kepada semua ahli jawatankuasa bahawa atlet-atlet yang disokong akan dapat bersaing dan menunjukkan prestasi mereka di tahap yang paling tinggi demi mencapai kecemerlangan dan mengharumkan nama negara di arena sukan serantau nanti. Pemilihan acara-acara sukan yang akan disertai oleh negara itu nanti adalah tertakluk kepada prestasi para atlet yang telah dicalonkan oleh persatuan-persatuan sukan kebangsaan dan ketetapan mengenainya akan dimaklumkan kemudian. Mesyuarat turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman dan dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Hamid bin Haji Mohd. Jaafar.
MESYUARAT dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Hamid bin Haji Mohd. Jaafar.
MMN WADAH MENYALURKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN