Pelita Brunei - Rabu 6 Mei 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“DI BIDANG pendidikan, kerajaan beta sangatlah prihatin terhadap semua sektor pendidikan bagi memenuhi keperluan sosioekonomi dan kesejahteraan di negara ini.” - Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-68 Tahun pada 14 Ogos 2014.

“SESUNGGUHNYA di dalam syurga terdapat sebuah sungai yang dipanggil Rejab, (airnya) lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Rejab nescaya Allah akan memberi minum air sungai itu.” - (Hadis riwayat Al-Baihaqi dalam Kitab Asy-Syu'ab).

TAHUN 60 / BILANGAN 54

6 FEBRUARI 6 MEI 2015 2015 // 1436

17

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Penjagaan kesihatan warga emas ditingkatkan Oleh : Haniza Abdul Latif BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 Mei. - Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan terus berusaha untuk meningkat dan memperkembangluaskan perkhidmatan penjagaan kesihatan golongan warga emas dengan memperkenalkan perkhidmatan geriatrik, pendekatan pelbagai disiplin kepakaran, rawatan dan pemulihan. Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof semasa Majlis Perasmian Pusat Amal Cerah Sejahtera (PACS), bertempat di pusat tersebut, Kampung Subok, di sini. Terdahulu, Yang Berhormat berkata, mengikut hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah penduduk warga emas dan kes penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCDs) secara global adalah semakin meningkat dan mengakibatkan bebanan dan cabaran kepada sistem sesebuah negara dan itu memerlukan tatacara rawatan dan penjagaan kesihatan yang lebih holistik dalam menangani dan mengawal senario penyakit-penyakit kompleks tersebut. Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, PACS adalah salah satu projek Kementerian Kesihatan yang melibatkan perkhidmatan pelbagai peringkat kepakaran perubatan yang terdiri daripada doktor, jururawat dan pegawai-pegawai kesihatan bersekutu, bekerjasama menumpukan sepenuh perhatian mengenai dengan rawatan dan penjagaan khas untuk pesakit-pesakit yang berkonsepkan Patient Centered Care. Model perkhidmatan perubatan ini, tambahnya, adalah sangat penting sebab pesakit-pesakit yang menghidapi NCDs dan kompleks bukan hanya memerlukan perkhidmatan perubatan yang komprehensif melalui pendekatan integrasi dan holistik. Ini, jelasnya, termasuklah memerlukan kerjasama, sokongan yang padu dan penglibatan ahli-ahli keluarga pesakit dan juga pihak swasta serta masyarakat pada umumnya untuk mencapai penjagaan kesihatan ke arah yang optima kepada pesakit. “Sehubungan dengan ini, saya sangat-sangat menghargai dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas inisiatif yang sangat signifikan dalam memperkenalkan pembaharuan perkhidmatan yang disediakan di pusat ini di mana ianya adalah atas berkat usaha kerjasama rapat secara partnership melalui strategi menyeluruh yang merangkumi pelbagai disiplin bersepadu antara Pakar Perubatan Genetrik, Paliatif, Neurologi, Rehabilitasi dan Penjagaan Kesihatan Asasi dengan Perkhidmatan Kejururawatan dan Pegawai-Pegawai Kesihatan Bersekutu seperti Fisioterapi dan Pemulihan Cara Kerja,” ujarnya lagi. Pendekatan pelbagai kepakaran seperti ini, menurut Yang Berhormat, akan menghasilkan tahap rawatan dan penjagaan kesihatan yang lebih berkesan kepada pesakit-pesakit berkondisi kompleks, di samping dapat membantu dalam kalangan warga emas dalam peningkatan usia untuk menjalani kehidupan secara aktif dengan mengikuti program yang diaturkan di pusat ini yang akan turut menjamin peningkatan kualiti kehidupan sepanjang hayat. Ke muka 24

Muka 3

Muka 8

PELAJAR cemerlang terima anugerah

AHLI-AHLI MASEAN Ke-16 kongsi pelbagai cabaran

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof beramah mesra bersama warga emas pada Majlis Perasmian Pusat Amal Cerah Sejahtera Kementerian Kesihatan di Kampung Subok. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah.

MIB penawar masalah sosial Oleh : Dk. SIti Redzaimi Pg. Haji Ahmad BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 Mei. - Menurut perangkaan dalam masa tiga tahun kebelakangan mencatatkan sebanyak 36 peratus kadar pengulangan semula bekas penghuni penjara di negara ini. Perangkaan tersebut agak membimbangkan seperti yang dinyatakan dalam satu kajian tempatan pada tahun 2010. Kajian tersebut juga menyatakan bekas penghuni penjara didapati mengulangi kesalahan mereka kerana mengalami masalah kewangan, tiada pekerjaan dan kurang sokongan dan bantuan keluarga serta masyarakat. Sehubungan itu, sokongan keluarga dan masyarakat adalah penting bagi para bekas penghuni penjara dan merupakan sumber kekuatan kepada mereka. Melayu Islam Beraja (MIB) juga perlu diserapkan agar masyarakat berganding bahu dan bersatu padu dalam pemedulian bekas penghuni penjara. Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh, selaku Ahli Majlis Tertinggi MIB berucap pada Majlis Perasmian Seminar Pemulihan dan Seliaan MIB Asas Integrasi Sempena

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara Ke-61. Majlis berlangsung di Goldstone Ballroom, Centrepoint Hotel di Gadong. Yang Berhormat penuh yakin kefahaman mengenai peri pentingnya perkhidmatan pemulihan dan penyeliaan ini akan dapat mengurangkan stigma sosial dan persepsi masyarakat masa kini terhadap bekas penghuni. “Di kesempatan ini, saya juga suka mencadangkan jika Jabatan Penjara dapat menimbangkan kaedah yang bersesuaian dalam menangani penghuni wanita terutama yang mempunyai anak damit yang masih memerlukan penyusuan ibu,” jelasnya. Beliau difahamkan terdapat negara tertentu yang mempunyai amalan yang baik bagi penghuni sedemikian telah berjaya memberikan semangat kepada penghuni itu untuk berubah dan tidak mengulangi lagi kesalahan mereka demi menjaga kesejahteraan anak damit. Yang Berhormat juga mengambil maklum bahawa Jabatan Penjara telah merancang untuk memberikan satu kurikulum yang baru kepada bekas penghuni semasa proses pemulihan mereka. Antara yang hadir ialah Pemangku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


2

HALUAN

HARI RABU 6 MEI 2015

Praktikkan amalan hijau dan penjimatan sumber tenaga 6 MEI 201 5 BERSAMAAN 1436

Bismillahir Rahmannir Rahim Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh AYA bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat hadir di majlis pagi ini. Terlebih dahulu saya sukacita merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Penganjur atas ingatan baik menjemput saya hadir dan memberikan penghormatan kepada saya untuk melancarkan buku panduan Guidebook for Initiating Green-Schools in Brunei Darussalam dan menyampaikan insentif inisiatif Sekolah-Hijau serta Penyampaian Hadiah Pertandingan Penjimatan Tenaga Elektrik. Saya difahamkan bahawa majlis ini dianjurkan sebagai acara kemuncak bagi tiga aktiviti yang diungkayahkan oleh Pusat Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP), Kementerian Pendidikan bersama dengan rakan-rakan kongsi, di bawah inisiatif Hijau Pusat STEP. Aktiviti pertama ialah pelancaran buku panduan yang berjudul 'Guide book for initiating Green-School in Brunei Darussalam'; aktiviti kedua ialah pemberian insentif kepada sekolah atau maktab yang berpotensi untuk diiktiraf sebagai Sekolah-Hijau, yang juga dikenali sebagai Green-School atau Eco-School di negara luar; dan aktiviti ketiga ialah keputusan Pertandingan Penjimatan Tenaga Elektik, yang telah dimulakan pada tahun 2014. Ke arah ini, saya sukacita merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh warga STEP dan ahli-ahli jawatankuasa kerja atas kejayaan menganjurkan tiga projek yang semuanya menjurus kepada usaha-usaha penjagaan alam sekitar melalui pengendalian aktiviti-aktiviti yang dibuat secara berterusan dan menampakkan impak yang berkesan. Akhir-akhir ini, kita sering mendengar berita tentang bencana alam yang terjadi di merata tempat di dunia ini seperti banjir teruk, kebakaran hutan dan taufan yang menyebabkan kerosakan harta benda dan juga kehilangan nyawa. Menurut ilmu manusia, bencana ini dipercayai berpunca daripada perubahan iklim atau pemanasan bumi; yang mana kejadian ini adalah dikaitkan dengan perbuatan manusia seperti penebangan pokok-pokok yang berleluasa dan pencemaran atmosfera hasil dari pada penggunaan sumber tenaga minyak dan gas yang berlebihan. Manakala dari segi ugama, ia adalah merupakan ujian dan peringatan dari pada Allah Subhanahu Wata'ala kepada sekalian manusia sama ada yang beriman dan yang tidak beriman kepadaNya. Allah telah menciptakan alam ini dengan baik dan sempurna yang harus dijaga dan dipelihara seperti menjaga diri sendiri tetapi manusia dengan tanpa rasa sedar

S

PEMANGKU Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail semasa berucap pada Majlis Pelancaran Guidebook for Initiating Green-Schools in Brunei Darussalam, Penyampaian Insentif Inisiatif Sekolah-Hijau dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Penjimatan Tenaga Elektrik 2013-2014 pada hari Sabtu, 28 Jamadilakhir 1435 Hijrah / 18 April 2015 Masihi di Dewan Serbaguna, Pusat Tingkatan Enam Meragang, Brunei Darussalam.

atau dengan senghajanya telah melakukan kerosakan-kerosakan disebabkan hasil perbuatan tangan mereka sendiri sebagaimana maksud dari ayat 41 dalam Surah ar-Rum: "Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar." Dalam hubungan ini, PertubuhanPertubuhan Antarabangsa seperti United Nation Education, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) telah menjadikan Pendidikan Ke Arah Pembangunan Mampan atau Education for Sustainable Development (ESD) sebagai salah satu agenda utama pertubuhan tersebut, dalam usaha menangani isu-isu alam sekitar yang semakin banyak terjadi dan dialami. Ke arah ini, sektor pendidikan lazimnya dilihat sabagai agen kepada perubahan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan, khususnya melalui institusi-institusi pendidikan diberbagai peringkat, sering dilihat sebagai tempat yang paling sesuai dan berkesan bagi menanamkan kesedaran dan sikap positif yang boleh menyumbang ke arah pembangunan dan kehidupan mampan. Di kesempatan ini, saya bagi pihak Kementerian Pendidikan ingin menyeru kepada seluruh warga sekolah dan institusi pendidikan, sama ada di peringkat rendah mahupun di peringkat pengajian tinggi di negara ini, supaya akan terus mengungkayahkan dan menjadikan amalan terbaik berpanjangan apa jua inisiatif hijau

di sekolah dan institusi masing-masing. Saya percaya, dengan terbitnya buku panduan bertajuk 'Guidebook for Initiating Green-Schools in Brunei Darussalam', insyaaAllah akan dapat memberi hala tuju dan garis pandu kepada guru-guru serta para pelajar di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi mengenai aspek-aspek dan isu-isu pelaksanaan aktiviti-aktiviti dan programprogram yang berunsurkan Pendidikan Pembangunan Mampan ataupun ESD. Selain itu, buku panduan ini juga dapat memberi inspirasi kepada komuniti sekolah dan institusi pengajian untuk lebih giat lagi dalam melaksanakan dan mempraktikkan amalan hijau dan penjimatan penggunaan sumber-sumber alam sekitar dalam kehidupan seharian. Kita mendapat maklum bahawa usaha melaksana dan mempraktikkan amalan hijau dan penjimatan sumber tenaga ini juga dilakukan oleh institusi-institusi pendidikan dan berbagai pertubuhan di luar negara dengan lebih terutama inisiatif yang berkaitan dengan isu-isu global. Maka kita juga perlu menunjukkan komitmen padu kita pada sama-sama menyokong dan mendukung usaha ini, dengan membawa mesej bahawa Negara Brunei Darussalam, walaupun sebuah negara yang kecil, tetapi kita juga komited dan bersedia untuk menyumbang kepada dasar dunia dalam menjaga dan memelihara alam sekitar dan penggunaan sumber-sumbernya. Menyentuh tentang penglibatan institusi pendidikan di Negara Brunei Darussalam dalam arena serantau dan antarabangsa, saya amat berbangga mengetahui kejayaan serta pengiktirafan yang diperolehi melalui inisiatif hijau yang telah dilaksanakan oleh beberapa buah sekolah di negara ini. Misalnya, Sekolah Menengah Sayyidina Hasan telah muncul sebagai pemenang pertama dalam pertandingan peringkat serantau dalam Pertandingan 2013 SEAMEO-Japan ESD Award. Saya dimaklumkan bahawa pertandingan ini akan diadakan setiap tahun, maka saya amat berharap supaya akan lebih banyak sekolah akan terlibat dalam melaksanakan inisiatif hijau dan usaha penjimatan tenaga dari sumber-sumber asli mengambil peluang bagi mendapatkan kejayaan dan pengiktirafan dan seterusnya akan dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Saya juga gembira apabila diberitahu bahawa sebuah sekolah rendah di Kuala Belait iaitu Sekolah Rendah Merangking dan dua buah sekolah menengah, salah satunya Sekolah Menengah Sayyidina Hasan telah menerima pengiktirafan dan Anugerah ASEAN Eco-School sempena Hari Alam Sekitar ASEAN pada tahun 2012 yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Ke muka 22

17

PELUANG TERBUKA LUAS UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR LOGISTIK

K

ERAJAAN Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengamalkan dasar pembangunan negara yang merangkumi semua aspek yang patut dilaksana oleh sesebuah kerajaan. Dari pengukuhan syiar agama Islam dan pelaburan yang berhubung kait dengannya (seperti pembinaan dan penyelenggaraan masjid-masjid dan balai-balai ibadat) ke pendidikan, dari penyebaran kebudayaan ke pendidikan sehinggalah ke aspek pembinaan prasarana perhubungan, perhatian pihak kerajaan terhadap penyediaan semua itu adalah menyeluruh. Ini bererti apabila merujuk pada Kementerian Perhubungan misalnya, jabatan-jabatan di bawah kementerian tersebut akan menyerlahkan beberapa perkara yang menarik perhatian disebabkan kesan positif pada ekonomi negara dalam tempoh jangka masa panjang nanti. Kita tumpukan perhatian seketika pada usaha kerajaan untuk memajukan sektor logistik melalui Jabatan Pelabuhan yang pada masa ini sedang mengendali projek-projek dalam bentuk dua proses tender. Tender pertama adalah bagi pembinaan tambahan Projek Terminal Kontena Muara sepanjang 150-200 meter yang dijadualkan siap sebelum akhir 2016. Tambahan ini akan meningkatkan keupayaan terminal tersebut dari 220,000 TEU (sukatan saiz bagi perihal kontena) ke 330,000 TEU. Tender kedua pula adalah Kontrak Operasi Terminal Kontena Muara yang diharap akan menarik pertubuhan pengendali antarabangsa untuk mempromosi dan memasarkan Pelabuhan Muara sebagai hub pindah kapal di rantau BIMP-EAGA. Tidak ketinggalan ialah perkembangan yang sedang dibuat pada Pulau Muara Besar di mana terusan Muara yang berlokasi di depan pulau tersebut akan dikorek sedalam 14m dari 12m yang ada sekarang. Perkembangan tersebut akan melengkapi kedua-dua projek yang dilaksanakan pada Terminal Kontena Muara apabila siap nanti, kapal-kapal lebih besar akan boleh berlabuh di Pelabuhan Muara. Manakala Kementerian Perhubungan pula sedang melaksanakan kerja tambah nilai institusional bagi segelintir jabatan di bawahnya. Ini adalah merujuk pada kementerian tersebut memproses pengkorporatan Jabatan Pelabuhan. Ini akan menjadikan Jabatan Pelabuhan lebih cekap, produktif, dinamik, berdaya saing dan mampu bertindak balas pada pasaran yang cepat berubah. Kerja tambah nilai institusional kedua kementerian ialah penubuhan Lembaga Maritim dan Pelabuhan Brunei yang akan mengkorporatkan Jabatan Laut, di mana jabatan tersebut akan menjadi badan berkanun bebas yang dapat mengurus dan mengawal selia industri logistik dengan lebih baik. Melabur pada perkembangan sektor logistik akan membantu negara untuk merealisasikan Wawasan 2035 nanti. Ini kerana sektor logistik adalah penyumbang pada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) disebabkan peranannya sebagai sistem rangkaian pengangkutan. Adalah menjadi harapan negara agar para usahawan tempatan akan memanfaatkan usaha kerajaan seumpama ini dengan merebut peluangpeluang komersial yang terdapat dari perkembangan prasarana pengangkutan dan logistik nanti. - Ketua Penyuntingan (Mm).

Pemberitaan/Rencana

Ketua Bahagian Pelita Brunei

Penyuntingan

Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor, Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli, Norliah Md. Zain, Hezlinawati Haji Abdul Karim, Ak. Jefferi Pg. Durahman, Haniza Abdul Latif, Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Rohani Haji Abdul Hamid, Nooratini Haji Abas, Khartini Hamir, Saerah Haji Abdul Ghani, Aimi Sani, Noraisah Muhammed, Haji Mahhmud Hafidzie Haji Ali Mashod, Dk. Nur Effa Ryina Pg. Haji Hamdani, Muhammad Hidayatullah bin Zahari

Sastra Sarini Haji Julaini

Samle Haji Jait, Nurhamizah Hassim, Nor Hanizah Haji Abd. Halim Siti Muslihat Haji Salleh, Bolhassan Haji Abu Bakar, Abdullah Asgar

AMBULANS 991

POLIS 993

Ketua Penyuntingan Musa Mohidin, Hajah Zabaidah Haji Salat, Dk. Nasibahanim Pg. Haji Bakar, Samle Haji Jait

Penyemakan

Penterjemahan

Abdul Hadi Haji Suhaili, Haji Besar Haji Mamit, Hajah Norliha Haji Salleh, Ramlah Md. Nor, Nurul Hazwani Abu Omar, Siti Faizahanisah Awang Mahani, Dk. Nur Ridzwana Pg. Abd. Aziz

Hajah Musmariani Haji Mohammad

Pereka Letak Khairul Shaharim Haji Abdul Ghafor, Haji Ahmad Haji Salim, Mohammad Ike Iqrami Haji Suhaimi, Muhammad Hamdanajib Haji Domeng, Mohammad bin Kahar, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Hajah Raini Haji Bidin, Dk. Sahraini Pg. Haji Ismail

Juruteknik Foto Hatral Hazmi Abdul Hamid, Jurainah Haji Jait, Nornasyirah Nordin

BOMBA 995

PENYELAMAT 998

(Talian Darussalam) JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK, JABATAN PENGANGKUTAN DARAT, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN e-darussalam

123

NDMC 2380214


NASIONAL

HARI RABU 6 MEI 2015

Pelajar cemerlang terima anugerah BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 2 Mei. - Seramai 473 pelajar menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Institusi-Institusi Pendidikan Rendah dan Menengah Kerajaan Senegara dan Anugerah 'Cambridge Outstanding Achiever' Tahun 2014. Daripada jumlah tersebut, 72 pelajar menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Cambridge, 100 pelajar menerima Anugerah Pelajar Cemerlang BC GCE Peringkat ‘A’ dan 75 pelajar menerima Anugerah Pelajar Cemerlang BC GCE Peringkat ‘O’. Manakala seramai empat pelajar menerima Anugerah Pelajar Cemerlang BTEC Level 2 Extended Certificate, 220 pelajar menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Penilaian Sekolah Rendah (PSR), dua pelajar menerima Anugerah Khas. Sementara itu, 72 pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Cambridge terdiri daripada lima pelajar yang memperolehi pencapaian Tertinggi Di Dunia (Top in the World), 30 pelajar memperolehi pencapaian Sepuluh Tertinggi Di Dunia (Top Ten in the World) manakala 58 pelajar memperolehi pencapaian Tertinggi Di Brunei Darussalam (Top in Brunei Darussalam). Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya menyampaikan anugerah-anugerah berkenaan kepada para pelajar yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa di sini ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. Anugerah tahun ini merupakan gabungan kerjasama untuk kali pertama antara Jabatan SekolahSekolah dan Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan dan juga dengan kerjasama University of Cambridge International Examinations (CIE). Acara ini bertujuan memperakui dan

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

Pembangunan kapasiti guru dititikberatkan Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang kepada seorang penerima.

mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PSR Tahun 2014 dan pencapaian terunggul dalam peperiksaan BC GCE Peringkat '0', 'AS' dan 'A' Tahun 2014 dalam pelbagai mata pelajaran dengan anugerah; Tertinggi Di Dunia, Sepuluh Tertinggi Di Dunia, Tertinggi Di Negara Brunei Darussalam, Pencapaian Tertinggi (High Achievement) dan ‘Best Across’. Dengan adanya majlis seumpama ini diharap akan dapat menyuntik semangat pelajar-pelajar yang lain yang akan menduduki peperiksaan PSR, '0', ‘AS’ dan ‘A’ Level akan datang dengan lebih banyak lagi pelajar-pelajar akan memperolehi

pencapaian cemerlang yang dapat memberikan kebanggaan kepada ibu bapa, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara. Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan; Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, pengarah-pengarah, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pemimpin-pemimpin sekolah serta para ibu bapa dan penjaga pelajarpelajar.

BIIBBF promosikan negara

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah semasa memotong kek sempena perasmian majlis tersebut.

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali JERUDONG, Jumaat, 1 Mei. Negara Brunei Darussalam untuk kali yang kelima menjadi tuan rumah kepada Festival Antarabangsa Motosikal Berkuasa Tinggi Kepulauan Borneo (BIIBBF) Kali Ke-16. Majlis perasmian festival diadakan malam tersebut di Star Lodge Hotel, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah

3

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah. Yang Di-Pertua Persatuan Motorsikal Darussalam (PEMODA), Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad dalam ucapan alu-aluannya antara lain menyatakan, festival bertujuan untuk

mempromosikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah destinasi pelancongan yang sangat unik dan menarik untuk diterokai, di samping mengenalkan 'Calak Kitani' orang-orang Brunei yang hidup aman makmur di dalam sebuah negara yang berkonsepkan 'Melayu Islam Beraja'. "Ianya juga akan memberikan peluang kepada persatuan ini untuk menyumbangkan bakti kepada negara yang tercinta melalui ideologi yang berbeza," katanya. Menurutnya, cetusan ideologi untuk menyatupadukan penggemarpenggemar motosikal di seluruh

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 2 Mei. - Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong berkata, Kementerian Pendidikan sentiasa memandang berat terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Jelas Yang Berhormat, keputusan-keputusan peperiksaan awam dalam 10 tahun kebelakangan memperlihatkan kenaikan dan penurunan di mana kenaikan peratusnya pula adalah kecil dan memberikan gambaran pencapaian keseluruhan adalah mendatar. Yang Berhormat berucap demikian pada Anugerah Pelajar Cemerlang Institusi-Institusi Pendidikan Rendah dan Menengah Kerajaan Senegara dan Anugerah Cambridge Outstanding Achiever Tahun 2014, berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini. Menurut Yang Berhormat, di peringkat Penilaian Sekolah Rendah (PSR) umpamanya, pencapaian pelajar di sekolahsekolah kerajaan pada tahun 2014 bagi Gred A-C menunjukkan peningkatan tipis berbanding tahun 2013 iaitu sebanyak 0.24 peratus. Di peringkat GCE ‘O’ pula, jelas Yang Berhormat, jumlah pelajar di sekolah-sekolah kerajaan yang memperolehi 8 ‘O’ Level menunjukkan kemajuan sebanyak 2.00 peratus berbanding tahun 2013, manakala pencapaian bagi 2 ‘A’ Level di sekolah-sekolah adalah menurun sebanyak 0.97 peratus. Dalam usaha Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan kualiti pendidikan, tambah Yang Berhormat, beberapa pendekatan yang diyakini lebih berkesan dan strategik sedang giat dilaksanakan. Menurut Yang Berhormat lagi, di antara yang menjadi fokus Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Unit Penggerak, Jabatan Perdana Menteri adalah untuk menggerakkan rancangan menuju strategi pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Awal Tahun Baru Masihi 2015 iaitu

kepulauan Borneo telah pun menghasilkan sebuah sejarah yang akan menjadi ristaan sepanjang zaman. Festival diadakan selama tiga hari bermula dari 1 hingga 3 Mei 2015 dan kira-kira seramai 650 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Singapura menyertai festival tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sepanjang festival ialah pameran daripada Majlis Keselamatan Jalanraya, Pameran Produk Mukim dan Kampung, 'Green Heart Of Borneo Ride', 16th BIIBBF 'Charity Golf Tournment', 'Road Safety Awareness Programme' dan booth-booth jualan daripada penaja-penaja festival. Di samping itu, peserta juga akan

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Institusi-Institusi Pendidikan Rendah dan Menengah Kerajaan Senegara dan Anugerah Cambridge Outstanding Achiever Tahun 2014.

menetapkan sasaran sekurangkurangnya 90 peratus daripada pelajar akan mendapat Gred A-C dalam PSR pada tahun 2017. “Sejajar dengan fokus ini, Kementerian Pendidikan juga menitikberatkan pembangunan kapasiti guru dan pemimpin sekolah. Ini kerana guru dan pemimpin sekolah merupakan kunci utama dan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan memacu kejayaan pendidikan,” ujar Yang Berhormat. Bagi pembangunan kapasiti guru, jelas Yang Berhormat lagi, Kementerian Pendidikan telah menyediakan satu rangka standard guru yang dikenali sebagai Brunei Teachers’ Standard dan ianya akan menanda aras kompetensi dan kecekapan pengajaran guru-guru di bilik-bilik darjah. Dalam pada itu, tambah Yang Berhormat, menyedari akan pentingnya peranan pemimpin sekolah sebagai catalyst perubahan, beberapa program kepimpinan telah pun dilaksanakan oleh kementerian.

mengunjungi tempat-tempat menarik dan bersejarah di negara ini, antaranya ialah Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan dan Galeri Kampong Ayer. Festival yang berprestij itu bukan sahaja mampu mempromosikan Negara Brunei Darussalam malahan Kepulauan Borneo ke peringkat antarabangsa. Acara adalah anjuran bersama Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam dan PEMODA. Bagi memberkati majlis, Doa Kesyukuran dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Kapok, Awang Haji Hanafiah bin Haji Mahmud.


4

NASIONAL

HARI RABU 6 MEI 2015

Menteri Pendidikan tinjau SR Rimba 1 BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 April. - Bagi meninjau secara dekat inisiatif dan usaha pihak sekolah memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran dalam usaha meningkatkan pencapaian Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan rombongan mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Rendah Rimba 1. Lawatan kerja ini juga disertai oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail. Ketibaan Yang Berhormat dan rombongan di Sekolah Rendah Rimba 1, Kluster 4 dialu-alukan oleh Guru Besar sekolah berkenaan, Dayang Aji binti Haji Ahmad. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Rimba 1, Kluster 4. Sesi taklimat menyentuh mengenai profil sekolah dan analisis keputusan checkpoint 1 dan 2, Tahun 6, 2015, sasaran peratus lulus PSR Tahun 2015. Turut disentuh adalah mengenai aktiviti peningkatan PSR Tahun 2015 yang di antaranya Program Intervensi Pagi (Morning Intervention), Pengajaran Berkumpulan (Team Teaching) dan kelas tambahan setiap

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong berinteraksi bersama murid-murid Sekolah Rendah Rimba 1 semasa lawatan kerja ke sekolah berkenaan.

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Rendah Rimba 1 bagi meninjau secara dekat inisiatif dan usaha pihak sekolah memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran dalam usaha meningkatkan pencapaian Penilaian Sekolah Rendah.

hari Jumaat. Sekolah Rendah Rimba 1 merupakan salah sebuah sekolah yang menerima pelajar-pelajar Tahun 6 yang ditempatkan di Asrama Maktab Duli. Sehubungan ini, Yang Berhormat mengalu-alukan usaha serta sumbangan pihak sekolah dalam meningkatkan lagi prestasi pencapaian

berbanding ujian sebelumnya. Sekolah Rendah Rimba 1, Kluster 4 mempunyai seramai 27 tenaga dan 461 pelajar. Daripada jumlah itu, seramai 85 murid adalah pelajar Tahun 6 yang akan menduduki PSR 2015. Turut sama dalam lawatan kerja hari ini ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dr.

pembelajaran pelajar-pelajar berkenaan. Yang Berhormat juga menghargai usaha pihak pemimpin sekolah dalam meningkatkan komunikasi dalam kalangan guru-guru yang telah memberi impak positif kepada pencapaian para pelajar seperti yang dikesan dalam ujian checkpoint kedua

Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; Pengarah Perkembangan Kurikulum, Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi; Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah, Awang Zaman bin Haji Gapar; pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.

Tujuh pelajar terima alat bantuan pendengaran Oleh : Nur Faizzah Nawang Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi

KETUA Pegawai Eksekutif DST, Awang Suhaimi Hussain menyampaikan sumbangan alat bantuan pendengaran kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 April. - Data Stream Technologies (DST), menyerahkan tujuh set alat bantuan pendengaran kepada tujuh pelajar dari sekolah-sekolah di negara ini yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas (UPK), Kementerian Pendidikan, bertempat di Bilik Persidangan, Maktab Sains, Jalan Muara. Hadir selaku tetamu kehormat menyerahkan alat bantuan pendengaran tajaan kepada penerima masing-masing ialah Ketua Pegawai Eksekutif DST, Awang Suhaimi Hussain yang kemudiannya menyerahkan alat bantuan pendengaran tajaan kepada penerima masing-masing. Sementara itu, Pemangku Ketua UPK, Kementerian Pendidikan, Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Ahmad dalam ucapannya melahirkan setinggi penghargaan kepada DST, Ericsson Telecommunications, Alcatel Lucent dan Huawei Technologies atas sokongan berterusan dan sumbangan

mereka dalam menyediakan lebih banyak peluang bagi masyarakat cacat pendengaran. Beliau menegaskan, alat bantuan pendengaran ini telah diperolehi melalui usaha kolektif antara empat badan-badan korporat yang diterajui oleh DST. Majlis penyerahan ini, jelasnya, merupakan acara susulan dari amal bazar 'Better Hearing Better Living' yang baru-baru ini diadakan dari 1 hingga 5 April 2015 di Hotel Antarabangsa Rizqun anjuran sebuah syarikat tempatan yang dikenali sebagai 'Hear Better Services' (HBS) dengan matlamat untuk mengumpul dana bagi membantu mendapatkan alat bantuan pendengaran untuk tujuh pelajar yang mengalami masalah pendengaran oleh Perkhidmatan Sokongan dan Program untuk kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran di bawah UPK. Alat bantu dengar atau hearing aids ini, jelasnya perlu digunakan setiap hari agar keberkesanan

penggunaannya dapat dinikmati dengan sebaiknya bagi membolehkan para pelajar mendengar bunyi-bunyian sekeliling dan yang paling penting bunyi pertuturan atau percakapan ketika berinteraksi bersama mereka. Dengan penggunaan alat tersebut secara berterusan setiap hari, boleh meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk berkomunikasi dan bergaul dengan rakan sebaya tanpa rasa rendah diri di dalam bilik darjah inklusif. Jelasnya, dari pergaulan dan komunikasi yang berkesan boleh menanamkan semangat daya saing yang positif kerana telah terbukti apabila salah seorang penerima sumbangan alat bantu dengar mengalami tahap masalah mendalam atau 'Profoundly Sensorineural Hearing Loss' telah berjaya memperoleh 5 'O' Level, 2 'A' Level dan telah tamat mengikuti kursus Advanced Diploma IT dan Computing dari Politeknik Brunei. "Saya sedar bahawa kemampuan anak saya untuk belajar dan berkomunikasi bertambah baik secara mendadak di rumah dan di sekolah sejak dia mula memakai alat bantuan pendengaran. Sebagai ibu bapa, saya amat berterima kasih kepada semua empat syarikat untuk sumbangan

murah hati mereka dan UPK dalam usaha berterusan mereka untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kami dengan keperluan khas," jelas salah seorang ibu bapa yang hadir. Turut hadir ialah Pegawai Eksekutif daripada DST menyumbangkan dua set bersama-sama dengan wakil-wakil daripada rakan niaga seperti Ericsson Telecommunications, menyumbang dua set, Alcatel Lucent menyumbang satu set dan Huawei Technologies menyumbang dua set. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku

Ketua UPK, Pengiran Sarimah dan disusuli dengan penyampaian sumbangan. Perkhidmatan Sokongan dan Program untuk kanak-kanak yang mempunyai daya pendengaran yang terjejas merupakan salah satu bahagian di bawah bidang kuasa UPK yang antaranya berperanan memantau dan menyediakan perkhidmatan sokongan serta program-program untuk pelajar yang mempunyai masalah pendengaran di sekolah biasa. Setakat ini, terdapat lebih daripada 136 pelajar yang mengalami masalah pendengaran telah dirujuk kepada UPK.

Pelaut dinasihatkan berhati-hati BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 April. - Jabatan Laut memperingatkan pelaut-pelaut bahawa Kerja-kerja Kaji Selidik Geoteknikal sedang dijalankan di kawasan Perairan Champion dilaksanakan oleh Syarikat Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad (BSP), Negara Brunei Darussalam dengan menggunakan bot Teknik Wira (Call Sign : 9MLJ2) bermula 26 April sehingga 12 Mei 2015. Sehubungan itu, pelaut-pelaut adalah dikehendaki untuk menjauhi diri dari zon aktiviti dan dinasihatkan untuk lebih berhati-hati apabila berlayar di kawasan tersebut. Pihak BSP akan sentiasa memantau perjalanan operasi tersebut. Peta yang terlibat ialah : BA 2109.

Kerja penggerudian kawasan pelantar

PEMANGKU Ketua Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Ahmad semasa berucap pada majlis tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 April. - Jabatan Laut memperingatkan kepada pelaut-pelaut bahawa kerja-kerja penggerudian di pelantar yang sama dari lokasi BLWJ01 ke AMDP25 akan dilaksanakan oleh Syarikat Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad (BSP). Kerja selama 12 hari itu bermula 1 hingga 12 Mei 2015 dengan menggunakan kapal Lewek Snipe (Call Sign : A8YAT), Trine K (Call Sign : 9VCM5) dan Sanko Energy (Call Sign : V7RV6). Aktiviti akan melibatkan kerja-kerja operasi penggerudian dan pemindahan pelantar dari BLWJ01 ke AMDP25. Kawasan berbahaya ialah di saluran paip yang sedia ada dan struktur-struktur di lokasi baru. Pihak BSP akan sentiasa memantau perjalanan operasi tersebut. Sehubungan itu, pelaut-pelaut dikehendaki untuk menjauhi diri daripada zon aktiviti dan dinasihatkan untuk lebih berhati-hati apabila belayar di kawasan tersebut. Peta yang terlibat ialah BA 2019.


NASIONAL

HARI RABU 6 MEI 2015

5

Penggunaan telefon bimbit meningkat Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Hamzah Mohiddin

MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar bersama Pengerusi Progresif Cellular Sdn. Bhd. (PCSB) mendengar taklimat daripada Pegawai Pemasaran PCSB, Mr. Bob Cill.

TANJUNG BUNUT, Jumaat, 1 Mei. - Brunei mencatatkan penggunaan telefon bimbit sekitar 32 peratus pada tahun 2001 dan telah meningkat hingga 121 peratus pada tahun 2014. Demikian dijelaskan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar pada Majlis Pembukaan Rasmi Cawangan Progresif Cellular Sdn. Bhd. (PCSB) berlangsung di Block 'A', An-Nuha Tanjung Bunut.

Yang Berhormat menyatakan, pertumbuhan ini adalah hasil daripada pelaburan besar dalam infrastruktur dan persaingan sihat. Perkembangan ini membantu mengembangkan ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan membangunkan semangat keusahawanan dalam perniagaan kecil. “Saya difahamkan bahawa sejak penubuhan PCSB dengan pelancaran produk dan perkhidmatan inovatif, serta perubahan kadar bayaran, pelanggan Progresif telah meningkat lebih daripada 30 peratus. Ini adalah

pencapaian yang memberangsangkan dan saya berharap untuk melihat pembangunan Progresif pada masa akan datang,� jelas Yang Berhormat. Yang Berhormat seterusnya berkata, dalam pertemuan bersama ahli APEC yang terdiri daripada Menteri-Menteri yang bertanggungjawab dalam bidang Telekomunikasi dan IT dengan rakanrakan dialog, Yang Berhormat menekankan tiga teras utama bagi masa depan APEC yang berkaitan dengan pelaburan ICT. Teras tersebut adalah persekitaran ICT yang selamat dan dipercayai,

perkembangan ekonomi yang berdaya tahan dan meningkatkan kesejahteraan sosial. Walau bagaimanapun, masih ada bidang yang memerlukan perhatian dalam mencapai ekonomi digital seperti penambahbaikkan dan peningkatan rangkaian komunikasi dan meningkatkan keselamatan siber untuk memastikan kebolehpercayaan dan keteguhan rangkaian; peningkatan perhubungan dalam semua aspek fizikal, institusi, hubungan antara manusia dan atas talian; dan infrastruktur terancang dan boleh diakses dengan program dan inisiatif untuk program luar jangkauan, penglibatan ekonomi, perlindungan pengguna dan mengurangkan halangan kemasukan seperti pelesenan dan keperluan teknikal,� ujar Yang Berhormat. Pada majlis itu, Yang Berhormat menyempurnakan perasmian identiti jenama Progresif. Logo Progresif baru merupakan ekpresi visual tujuan Progresif yang mempercayai, meliputi dan menyokong. Dari perkhidmatan pemasaran, Progresif kini berkembang menjadi pusat perkhidmatan pelanggan ke arah membantu orang ramai menerokai, mempelajari dan memperolehi dengan lebih.

Dari B-Mobile beralih kepada Progresif, yang dirasmikan pada Julai 2014, Progresif telah berkembang dengan cepat untuk meningkatkan tahap pencapaian kepada pemegang penting dan pengguna. Dengan keazaman dan kerja keras, semua kakitangan terutama jurutera bersifat optimistik dalam mewujudkan rangkaian dan sistem yang lebih baik untuk pelanggan. Dengan perasmian jenama konsep, logo dan kempen baru, Progresif telah mencapai hampir dua kali ganda pelanggannya dalam jangka masa enam minggu sejak pelancaran Kempen Percuma SIM, iaitu daripada 40,000 kepada lebih 75,000 pelanggan individu. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Aset Darussalam, Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohammad Amin Liew bin Abdullah dan Ahli-ahli Lembaga; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan selaku Pengerusi PCSB, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Ketua Pegawai Eksekutif Pemasaran PCSB, Paul Hyde.

12 MPK sertai penghakiman Anugerah Kampung Cemerlang kebersihan. Berita dan Foto : Noraisah Muhammed KUALA BELAIT, Rabu, 29 April. Majlis Anugerah Kampung Cemerlang (AKC) Ke-4 akan diadakan pada tahun depan. Sehubungan itu, sebanyak 12 buah Majlis Perundingan Kampung (MPK) Dearah Belait ikut serta dalam penghakiman tersebut. Kampung-kampung tersebut pada masa ini sedang giat berusaha untuk mempertingkatkan lagi usaha mereka untuk memenangi anugerah tersebut. Penghakiman tersebut melalui dua proses, iaitu pembentangan di mana setiap MPK akan membentangkan kertas kerja mereka untuk dinilai di

hadapan jawatankuasa jemaah hakim pada 28 April yang lalu. Proses kedua ialah mengadakan ke lapangan bagi memastikan semua yang dibentangkan menepati kriteria yang dihakimkan. Terdapat enam kriteria penilaian diambil kira dalam penghakiman kali ini, kriteria tersebut termasuk, pengurus dan pentadbiran, keselamatan, perekonomian (Satu Kampung Satu Produk), pendidikan, keugamaan, kebajikan serta kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan, keceriaan, keindahan dan

Hasil daripada penghakiman tersebut akan dibawa ke peringkat separuh akhir di mana sebanyak 30 buah MPK seluruh negara akan dihakimkan lagi bagi mencari 10 buah MPK yang akan layak ke peringkat akhir AKC. Hadir untuk mengetahui penghakiman ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar, Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman, pegawai-pegawai KHEDN dan juga hakim-hakim yang telah dilantik.

PENGHAKIMAN dijalankan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar bersama Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman.

Program Sua Muka sebar luaskan pemedulian kerajaan Berita dan Foto : Noraisah Muhammed TUTONG, Khamis, 30 April. Program Sua Muka dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala di antara pihak kerajaan dan rakyat dan sebaliknya rakyat dan kerajaan yang diharap akan dapat membina minda kesedaran sivik masyarakat yang menjurus ke arah cintakan agama, bangsa, raja dan negara, selaras dengan aspirasi kerajaan dan rakyat. Selain itu, program juga diharap dapat menyebarluaskan sikap pemedulian pihak kerajaan terhadap masyarakat, membarigakan maklumat dan program serta perkembangan dan kemajuan mukim serta kampung selaras dengan pencapaian dan perkembangan semasa yang dijalankan atau diusahakan oleh Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) dalam sama-sama menjayakan projek atau program yang dirancangkan.

Jabatan Penerangan, Cawangan Tutong meneruskan lagi Program Sua Muka dengan berkunjung ke kediaman Penghulu Mukim Tanjong Maya, Tutong, Awang Haji Abdul Wahab bin Apong. Kunjungan tersebut merupakan salah satu aktiviti berterusan Jabatan Penerangan yang dikendalikan oleh Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan melalui Jabatan Penerangan, Cawangan Tutong dalam usaha untuk terus menjalinkan kolaborasi yang lebih erat dalam hal ehwal kemasyarakatan. Rombongan pegawai dan kakitangan di Jabatan Penerangan, Cawangan Tutong diketuai oleh Penolong Pegawai Penerangan, Pengiran Haji Zahari bin Pengiran Adi. Dengan adanya program sebegini ia

akan dapat memupuk semangat kekitaan dan bertanggungjawab terhadap negara serta menyemai hubungan yang erat di antara kerajaan dengan rakyat dan rakyat dengan kerajaan. Kefahaman mengenai pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat juga adalah sangat penting untuk mengangkat kredibiliti kerajaan di mata masyarakat. Program Sua Muka masih relevan dalam zaman yang canggih kerana ia lebih bersifat personal dan interaksi akan lebih berkesan serta dapat memberikan jalinan muhibah yang baik dan memberi kesan yang positif. Dengan adanya sifat integriti di antara pemimpin akar umbi dan masyarakat setempat adalah penting untuk menunjukkan bahawa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Penerangan sangat

SUASANA kunjungan ke rumah kediaman Penghulu Mukim Tanjong Maya, Tutong, Awang Haji Abdul Wahab bin Apong.

prihatin terhadap apa jua perkembangan, kemajuan serta masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat. Sehubungan itu, untuk menyahut fungsi Jabatan Penerangan, selaku mata, telinga dan lidah kerajaan,

menerusi program tersebut, maklumatmaklumat seperti isu-isu semasa dan dasar kerajaan dikongsikan bersama, di samping menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan.


6

AGAMA

HARI RABU 6 MEI 2015

KUPU SB perlu kembangkan pendidikan Islam atas talian BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 2 Mei. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan diseru untuk meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang mempunyai skop dakwah yang sama seperti Jabatan Mufti Kerajaan, Pusat Da'wah Islamiah, institusi-institusi pengajian tinggi dan lain-lain rakan strategik bagi dapat mengembangmajukan perkhidmatan pendidikan Islam di atas talian. Menurut Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, ia adalah sebagai salah satu usaha untuk menolak di'ayah-di'ayah palsu dari musuh-musuh Islam dan menolak apa jua kontroversi yang tidak sehaluan dengan cara hidup berugama di negara ini menurut aliran Ahli Sunnah Waljamaah. Yang Berhormat berkata, menerusi

impak perkhidmatan tersebut secara langsung akan menyerlahkan lagi imej kolej universiti tersebut sebagai sumber rujukan pendidikan Islam dalam negara ini yang merupakan hasil kreativiti dan inovasi anak tempatan sendiri. Yang Berhormat menekankan perkara itu pada Anugerah Inovasi Multimedia Pendidikan Islam (AIN@KUPU SB) di Dewan Tarbiyyah, kolej universiti berkenaan. Yang Berhormat berpendapat, anugerah itu tidak hanya terhad kepada pelajar-pelajar sekolah ugama dan para guru ugama sahaja malah ia boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa dalam perkhidmatan pendidikan Islam agar dapat membantu bagi menjawab dan menghuraikan permasalahan atau isu-isu semasa dan terkini yang dihadapi oleh oramg ramai. Dalam pada itu, Yang Berhormat turut menyentuh titah Kebawah Duli

Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk serta Penuntut Negara Brunei Darussalam yang berada di Republik Arab Mesir pada 5 Februari 2013 yang antara lain dalam nasihat baginda mengingatkan supaya kita jangan terlalu asyik dengan internet. Tegas Yang Berhormat, dalam titah tersebut Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga menyeru khususnya para belia untuk menggunakan daya kreativiti dan berinovasi melalui

kaedah ICT. Maka Anugerah Inovasi KUPU SB yang julung-julung kalinya diadakan di negara ini menurutnya, adalah inisiatif dan inovatif kolej berkenaan dalam sama-sama mengurangkan keraguan masyarakat terhadap maklumat tidak betul yang dimuat naik ke internet. Katanya, ia adalah satu usaha yang dapat dibanggakan ke arah mewujudkan tapak siber bagi kegunaan umat Islam di mana-mana umumnya dan pelajar-pelajar pendidikan Islam di negara ini khususnya. Justeru itu, Yang Berhormat berharap anugerah tersebut akan berkembang dengan baik dan menjadi

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman semasa memberi ucapan.

pemangkin maklumat khasnya bagi ilmu pendidikan Islam yang mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan tepat serta dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna khususnya Muslimin dan Muslimat di negara ini yang dahagakan ilmu pengetahuan Islam yang benar.

Diraikan pada Majlis Khatam Al-Qur'an Sentiasa menutupi kekurangan pasangan Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

TUTONG, Sabtu, 2 Mei. - Seramai 134 penuntut Tahun 10 Mujtahid dan Tahun 11, Ma'had Islam Brunei yang akan menamatkan pengajian, diraikan pada Majlis Khatam Al-Qur'an. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Besar, Ma'had Islam Brunei, di sini ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas, Jabatan Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Dayang Siti Joriahati binti Johari yang juga selaku wakil peribadi Pegawai Daerah Tutong. Majlis didahului dengan bacaan

Surah Al Faatihah dikepalai oleh tetamu kehormat disusuli dengan bacaan surah-surah oleh para makhtumin. Bacaan takhtim dibacakan oleh penuntut-penuntut Tahun 9 dan 10 dan kemudiannya bacaan doa khatam dibacakan oleh Awang Abdul Hafiz bin Haji Abdul Kadiroshman. Majlis diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban dan penyampaian sijil serta menabur Bunga Rampai yang dimulakan oleh tetamu kehormat diikuti oleh para jemputan Khas dan ibu bapa serta penjaga penuntut

berkenaan. Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Awang Muhammad Faiq Izzuddin bin Sabtu. Semua penuntut berkenaan telah dapat menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Qur'an bermula daripada bulan Januari 2015. Setiap penuntut ditasmie' bacaan mereka oleh beberapa orang guru yang telah dilantik dan juga bagi memastikan semua penuntut yang terlibat telah tamat bacaan 30 juzuk. Di samping itu, ia juga bagi meraikan kejayaan penuntut-penuntut yang menamatkan pengajian mereka di Ma'had Islam Brunei selama kira-kira tujuh tahun.

PEGAWAI Daerah Temburong, Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad ketika hadir mendengarkan Kuliah Subuh sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 1436H / 2015M bagi Daerah Temburong.

Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim

PENUNTUT-PENUNTUT Tahun 10 Mujtahid dan Tahun 11 Ma'had Islam Brunei yang akan menamatkan pengajian diraikan pada Majlis Khatam Al-Qur'an.

PDI serahkan bantuan enjin generator Oleh : Aimi Sani Foto : Hamzah Mohiddin

PEMANGKU Pengarah Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Dayang Hajah Siti Azizah binti Haji Musa menyampaikan bantuan enjin generator kepada Awang Mohd. Harris bin Abdullah @ Bangkong anak Maran dari Kampung Sinarubai Jalan Bengkurong.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 April. - Kebajikan saudara-saudara baru di negara ini terus diberikan perhatian oleh pelbagai pihak yang berkepentingan terutama Pusat Da'wah Islamiah (PDI).

Dalam usahanya untuk terus memikul tanggungjawab memberikan perhatian kepada saudara-saudara baru di negara ini, PDI menyerahkan bantuan berupa enjin generator kepada saudara baru yang tinggal di Kampung

Sinarubai, iaitu Awang Mohd. Harris bin Abdullah @ Bangkong anak Maran. Majlis Penyerahan Bantuan berkenaan berlangsung di Dewan Utama PDI, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat menyempurnakan penyampaian mesin-mesin tersebut ialah Pemangku Pengarah PDI, Dayang Hajah Siti Azizah binti Haji Musa. Bagi Daerah Brunei dan Muara (DBM), sebanyak 56 keluarga telah diberikan bantuan barang-barang keperluan harian selama setahun bermula April 2015 hingga Mac 2016. Sementara itu, sebanyak 313 keluarga telah diberikan bantuan barang-barang keperluan harian di seluruh negara tahun ini, iaitu Tutong, 142 keluarga; Temburong, 42 keluarga; Daerah Belait, 73 keluarga dan DBM sebanyak 56 keluarga.

TEMBURONG, Ahad, 3 Mei. - Dalam setiap hubungan suami-isteri hendaklah saling menutupi kekurangan pasangannya dan bersinergi untuk mempersembahkan yang terbaik. Demikian antara yang terkandung di dalam Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Pegawai Keugamaan dan Kerohanian, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Brunei Darussalam, Awang Haji Firdaus bin Orang Kaya-Kaya Haji Nordin, berlangsung di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, di sini. Dalam Kuliah Subuh bertajuk 'Membentuk Keluarga Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah', Awang Haji Firdaus juga menyatakan bahawa setiap seorang isteri atau seorang suami merupakan pakaian bagi pasangan masing-masing di mana pakaian adalah lambang dari kehormatan dan kemuliaan kerana salah satu fungsi pakaian adalah untuk menutup aurat. Aurat itu sendiri, katanya, adalah sesuatu yang memalukan dan oleh itu haruslah ditutup, demikian jugalah seharusnya hubungan suami isteri yang harus menutupi kekurangan pasangannya. Menyentuh mengenai 'sakinah' pula, beliau antara lain menjelaskan bahawa 'sakinah' adalah merasa cenderung kepada pasangan di mana kecenderungan ini adalah satu hal yang wajar dan apabila kecenderungan itu disalurkan sesuai dengan aturan Islam, maka akan tercapailah ketenteraman dan ketenangan. ''Ketenteraman dan ketenangan itu adalah menjadi salah satu tujuan pernikahan kerana pernikahan adalah sarana efektif untuk menjaga kesucian hati dan terhindar dari perzinaan,'' jelasnya. Ketika menerangkan akan maksud 'mawaddah', Awang Haji Firdaus memetik pengertian 'mawaddah' oleh Imam Ibnu Katsir iaitu bererti 'al-mahabbah' (rasa cinta), manakala 'ar rahmah' adalah 'ar-ra'fah' (kasih sayang) dan hasil / akibat dari 'mawaddah wa rahmah' itu adalah sikap saling menjaga, melindungi, saling membantu, memahami hak dan kewajipan masing-masing. Antara yang hadir mendengarkan kuliah, Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad. Kuliah Subuh diadakan sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) bagi tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi yang disambut setiap setiap hari Ahad minggu pertama setiap bulan Mei sebagai pengiktirafan terhadap kepentingan peranan institusi keluarga yang kukuh dan harmoni dalam pembentukan sebuah masyarakat yang berdaya tahan dan berdaya maju.


MINDA PEMBACA

HARI RABU 6 MEI 2015

Meter prabayar bantu elak pembaziran

E

LEKTRIK merupakan antara sumber tenaga yang paling penting dalam kehidupan manusia. Lebih-lebih lagi pada masa ini, hampir kesemua benda terutama peralatan kediaman memerlukan tenaga elektrik seperti lampu, kipas, alat pendingin hawa, peralatan memasak, peralatan dapur dan bermacam-macam lagi. Di mana-mana memerlukan tenaga elektrik, di jalan raya, di rumah, di tempat kerja dan juga disekolah. Tidak dinafikan kita memang terlalu bergantung harap terhadap penggunaan tenaga elektrik. Namun demikian, ia bukanlah menjadi satu alasan untuk kita membazirkan sewenang-wenangnya. Sebelum tarif baru dan penggunaan meter prabayar diperkenalkan mulai 1 Januari 2012, didapati bahawa agensi-agensi kerajaan sahaja menggunakan kuasa elektrik sehingga mencapai BND68 juta setahun. Kita perlu mengambil iktibar melalui titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan baginda yang Ke-63 tahun. Antara intipati titah baginda adalah andai penjimatan sebanyak 10 peratus dapat dielakkan, maka kita boleh menjimatkan sehingga BND6.8 juta setahun. Dengan adanya sistem meter prabayar, rakyat Negara Brunei Darussalam peka mengenai keperluan untuk menjimatkan tenaga elektrik. Tarif baru yang diperkenalkan adalah satu sen bagi pemakaian 1-600 KWh, 10 sen bagi pemakaian antara 2001- 4000 KWh dan 12 sen bagi penggunaan lebih daripada 4000 KWh. Negara melalui jabatan tenaga juga telah memperkenalkan beberapa projek antaranya projek 'Waste to Energy’ (WtE) dan projek ‘Solar System' sebagai nilai tambah usaha menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara yang mengamalkan penjimatan elektrik pada tahap yang amat efisien. Nama : Siti Nornadhirah binti Haji Ahmad No. K/P : 01-057860 (K) Alamat : No. 1, Simpang 27, Jalan 24, Perumahan Kampung Rimba, Gadong, BE3319, Negara Brunei Darussalam.

Jimat tenaga elektrik dengan bijak

7

Budayakan amalan jimat penggunaan elektrik

ERJIMAT cermat dalam kehidupan merupakan sesuatu amalan yang amat terpuji apatah lagi ia melibatkan aspek penjimatan penggunaan tenaga elektrik, yang menjadi keperluan seharian bagi menjalani kehidupan seharian. Di Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perkhidmatan Elektrik berperanan bagi menyediakan perkhidmatan elektrik untuk penduduk di negara ini sepertimana visinya, Menjana Kehidupan Berkualiti. Untuk mencapai visi tersebut, penduduk di negara ini hendaklah bersatu padu bagi menyahut keperluan untuk berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik. Usaha awal yang perlu diterapkan adalah kesedaran. Perkara ini berkait rapat dengan didikan awal kanak-kanak yang bermula dari rumah di mana ibu bapa memainkan peranan sebagai model peranan yang perlu melatih dan membimbang anak-anak mereka tentang kepentingan berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik. Hal ini secara tidak langsung akan membantu mengawal perbelanjaan keluarga serta mengamalkan kehidupan secara bersederhana dan mengikut kemampuan. Usaha kedua adalah membina dan menerapkan kurikulum berkaitan penjagaan alam sekitar khususnya berkenaan pengawalan tenaga elektrik pada pendidikan di sekolah-sekolah dan juga institusi pengajian tinggi secara berterusan misalnya, membarigakan aktiviti penjimatan penggunaan elektrik dengan memaklumkan pelajar-pelajar tentang kebaikan dan manfaat yang diperolehi hasil penjimatan tersebut pada jangka pendek seperti mengawal perbelanjaan dan mendukung harapan kerajaan terhadap pengurangan penggunaan elektrik sebanyak 63 peratus. Manakala jangka panjang, melatih diri untuk bersikap jimat cermat, pakai atau guna jika perlu dan berfikir sebelum bertindak. Tambahan lagi, aktiviti-aktiviti jerayawara, forum, syarahan, ceramah dan kempen-kempen penjimatan penggunaan elektrik perlulah aktif, konsisten dan bervariasi dari semasa ke semasa dengan menerapkan nilai-nilai murni di dalamnya. Usaha ketiga adalah perlunya sokongan padu menerusi penglibatan dan penyertaan jabatan-jabatan kerajaan dan swasta di Negara Brunei Darussalam. Sebagai contoh, 'Earth Hour' pada Mac 28, setiap tahun disambut dengan mengadakan aktiviti menghentikan penggunaan elektrik selama satu jam perlulah dikaitkan dengan aktiviti keagamaan di seluruh daerah seperti mengadakan aktiviti ceramah semasa 'Earth Hour'. Melalui pelaksanaan aktiviti yang mengaitkan perihal keagamaan, masyarakat Brunei bukan sahaja memperoleh faedah penjimatan elektrik, atau mengawal bencana alam, malah berupaya menerima ilmu bermanfaat serta pengalaman baru yang tidak lari daripada penyebaran ajaran Islam dan unik berbanding pengamalan negara luar. Ketiga-tiga usaha positif ini adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat agar berganding bahu sebagai masyarakat prihatin dan bertanggungjawab dalam amalan berjimat cermat yang segelintirnya memandang sebagai usaha kecil, bahkan hasil darinya akan mencorakkan pengamalan hidup bersederhana dan secara langsung membuahkan hasil nilai-nilai murni.

B

D

Nama ; Mohammad Mirza bin Jaludin No. K/P : 01-089334 (K) Alamat : No.6, Simpang 233, Kampung Sungai Taring Lumut, KC 3135, Belait, Negara Brunei Darussalam.

Nama : Abdul Malik bin Ramlli No. K/P : 01-074785 (K) Alamat : No. 6, Simpang 194-8 Kampung Penanjong Tutong, TA 2741, Negara Brunei Darussalam.

ALAM meniti arus kemodenan, penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan dan tidak terkawal semakin berleluasa dan membimbangkan di seluruh dunia, tidak terkecuali di Negara Brunei Darussalam. Sekiranya perkara ini terus berlaku, ia akan menyebabkan pembaziran dan kebantutan pembangunan negara. Sehubungan itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menangani perkara ini dari berterusan. Walau bagaimanapun, masalah penggunaan tenaga elektrik yang tidak terkawal belum dapat diatasi disebabkan kurangnya kerjasama daripada sesetengah pihak. Oleh itu, masalah penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan boleh diatasi melalui beberapa langkah. Setiap individu di negara ini boleh mengatasi pembaziran tenaga dengan usaha-usaha yang berpatutan. Usaha-usaha itu hendaklah sentiasa diamalkan di dalam kehidupan seharian. Contohnya, menutup suis-suis elektrik sekiranya tidak digunakan, mengurangkan suhu pendingin hawa atau mengunakan barangan elektrik yang bertenaga efisien dan sebagainya. Dengan langkah-langkah tersebut setiap masyarakat di negara ini akan membudayakan amalan penjimatan tenaga elektrik yang berkesan. Selain masyarakat, pihak kerajaan di negara ini tidak kurang pentingnya bagi membudayakan penjimatan tenaga elektrik. Pihak kerajaan telah memberi kesan yang besar terhadap kadar penggunaan tenaga elektrik di negara ini. Contohnya, pihak kerajaan telah memperkenalkan sistem prabayar bagi setiap unit elektrik untuk penggunaan domestik. Pihak kerajaan juga giat memberi kesedaran mengenai kepentingan penjimatan tenaga elektrik melalui media cetak dan elektronik. Dengan usaha-usaha pihak kerajaan ini, impaknya sangat besar serta berkesan bagi membudayakan penjimatan tenaga elektrik di negara ini. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai langkah yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah penggunaan tenaga elektrik yang tidak terkawal. Jesteru itu, kerjasama di antara masyarakat serta pihak kerajaan yang utuh akan dapat mengatasi masalah penggunaan tenaga elektrik yang tidak terkawal. Sekiranya langkah-langkah penjimatan tenaga elektrik tidak diamalkan, ia boleh menjejaskan masa depan serta pembangunan negara. Oleh itu, diharap setiap pihak di negara ini peka akan pentingnya penjimatan tenaga elektrik.

TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA : 1. 'Melestarikan Adat Budaya Brunei'. Tarikh Tutup : 6 Mei 2015. 2. 'Mantapkan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan'. Tarikh Tutup : 13 Mei 2015. 3. 'Keluarga Bahagia Penjana Generasi Berwawasan'. Tarikh Tutup : 20 Mei 2015. Terma dan Syarat : 1. Penyertaan dibuka kepada remaja yang berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kecuali warga Jabatan Penerangan. 2. Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. 3. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon hendaklah disertakan dan dihantar kepada : Sidang Pengarang, Minda Pembaca Unit PELITA BRUNEI, Jabatan Penerangan Lapangan Terbang Lama, Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam. atau melalui E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn 4. Sebanyak tiga penyertaan terbaik akan disiarkan dalam Akhbar Rasmi Kerajaan PELITA BRUNEI dan setiap seorang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND75.00.


8

NASIONAL

HARI RABU 6 MEI 2015

Ahli-ahli MASEAN Ke-16 kongsi pelbagai cabaran

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Makan Malam bagi meraikan para perwakilan yang menghadiri Mesyuarat Medical Associations of ASEAN (MASEAN) Ke-16.

Alat GPS bantu nelayan menangkap ikan dengan efisien

TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Dayang Hajah Hasnah binti Ibrahim menyerahkan sijil dan alat GPS kepada nelayan kecil-kecilan sepenuh masa yang mengikuti kursus tersebut.

ANTARA tetamu yang hadir pada Majlis Penyampaian Sijil dan Penyerahan GPS kepada nelayan kecil-kecilan sepenuh masa di Dewan Nur Huda, Kompleks Perikanan Muara.

Oleh: Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Masri Osman SERASA, Isnin, 4 Mei. - Seramai 33 peserta terdiri daripada para nelayan kecil-kecilan sepenuh masa dan berlesen di bawah Jabatan Perikanan menerima sijil masing-masing dan alat Sistem Posisi Global (GPS) setelah menamatkan kursus penggunaan alat sistem tersebut. Majlis Penyampaian Sijil dan Penyerahan GPS kepada para peserta kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Dayang Hajah Hasnah binti Ibrahim pada majlis berlangsung di Dewan Nur Huda, Kompleks Perikanan Muara. Penyerahan GPS ini merupakan salah satu skim bantuan perikanan yang bertujuan untuk meningkatkan dan memantapkan lagi kaedah menangkap ikan kepada nelayan-nelayan tempatan. Alat sistem tersebut adalah satu peralatan navigasi yang mempunyai teknologi terkini dan amat berguna kepada nelayan bagi membantu navigasi semasa berada di laut demi keselamatan nelayan sendiri serta untuk mengetahui lokasi lawa-lawa atau bubu yang dilabuh dengan lebih efisien dan menjimatkan minyak. Alat GPS ini juga membolehkan nelayan-nelayan untuk mengetahui kedudukan kawasan larangan menangkap ikan seperti lokasi kawasan perlindungan marin di pelantar-pelantar minyak, perairan negara ini. Majlis didahulukan dengan taklimat mengenai dengan penggunaan GPS dan taklimat Perintah Perikanan 2009. Dengan ada skim bantuan ini diharap akan dapat memberikan manfaat dan faedah kepada nelayan bagi mendapatkan hasil tangkapan secara sistematik dan efisien.

JERUDONG, Sabtu, 2 Mei. - Para perwakilan dari persatuan perubatan negara-negara ASEAN yang menghadiri Mesyuarat Medical Associations of ASEAN (MASEAN) Ke-16 diraikan pada Majlis Makan Malam, berlangsung di Dewan Berkshire, Jerudong Polo and Riding Club, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof. Pengerusi Persatuan Perubatan Asia Tenggara dan Presiden Persatuan Perubatan Singapura, Dr. Wong Tien Hua semasa berucap pada majlis tersebut berkata, ahli-ahli MASEAN telah berkongsi cabaran-cabaran latihan yang dihadapi oleh tenaga kerja perubatan kesihatan di negara masing-masing, semasa berlangsungnya simposium. "Kami melihat banyak cabarancabaran biasa yang dihadapi, seperti menggunakan dengan sebaiknya sumber tenaga manusia yang terhad, memanfaatkan teknologi baru dalam pengajaran dan mengurus kepentingan yang bersaing dan pelbagai, seperti penyelidikan klinikal," jelasnya. Selain itu, tambahnya, ahli MASEAN juga berkongsi matlamat yang sama, umpamanya memastikan piawaian minima adalah dikekalkan dan kualiti pendidikan perubatan di tahap yang tinggi. Daripada perkongsian itu, jelasnya, ahli-ahli MASEAN juga telah banyak

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Hernie Suliana Haji Othman

YANG Berhormat Menteri Kesihatan menyampaikan cenderahati kepada seorang perwakilan persatuan perubatan negara-negara ASEAN.

mempelajari satu sama lain dan membawa pulang idea-idea baru, konsep dan penyelesaian baru yang dapat membantu memahami bagaimana sistem kita dapat disesuaikan dalam rangka kerja pendidikan perubatan yang lebih besar di rantau ini. Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut menyampaikan cenderahati kepada para perwakilan persatuan perubatan negara-negara ASEAN. Negara Brunei Darussalam buat julung kalinya melalui Persatuan Perubatan Brunei menjadi tuan rumah

kepada mesyuarat berkenaan di Hotel Badi’ah, bermula 2 hingga 3 Mei 2015. Mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh lebih 40 perwakilan Persatuan Perubatan ASEAN membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan bidang perubatan di negara-negara ASEAN dengan tema ‘Challenges in Training Future Healthcare Workforce’. Persatuan Perubatan Brunei merupakan sebuah persatuan yang mewakili doktor-doktor dan profesion perubatan di Negara Brunei Darussalam dan menganggotai MASEAN pada tahun 2012.

Program Awasi Anak Kitani membanteras gejala tidak sihat LAMBAK KANAN, Sabtu, 25 April.Gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita semakin membimbangkan dan perlu ditangani dengan serius. Oleh itu, pelbagai usaha giat dilaksanakan bagi membanteras aktiviti yang boleh melemahkan negara apatah lagi jika yang melakukannya para belia yang seharusnya menjadi aset negara. Sehubungan itu, sebagai salah sebuah agensi kerajaan yang turut bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak bangsa bergerak sihat dan cergas untuk membangun negara, Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Jabatan Penerangan dengan Kerjasama Biro Kawalan Narkotik (BKN) meneruskan Program Awasi Anak Kitani di Dewan Kemasyarakatan II, Jalan 77, RPN Lambak Kanan. Hadir menyampaikan sesi taklimat mengenai bahayanya penyalahgunaan dadah ialah Penolong Pegawai Narkotik, Awang Haji Halime bin

TAKLIMAT mengenai bahaya penyalahgunaan dadah disampaikan Penolong Pegawai Narkotik, Awang Haji Halime bin Haji Mustafa pada Program Awasi Anak Kitani.

Oleh : Nur Faizzah Nawang Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman Haji Mustafa. Program tersebut dihasratkan dapat mewujudkan kesedaran ibu bapa tentang pencegahan dan mengawal anak masing-masing daripada penyalahgunaan dadah, serta untuk memberi maklumat tentang keburukan dadah sekali gus mengajar ibu bapa bagaimana menghadapi anak-anak yang telah terjerumus dalam aktiviti tidak sihat ini. Ibu bapa juga akan dapat sama-sama bertindak dan mengawasi anak masing-masing tentang bahaya penggunaan dadah tanpa mengharapkan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan. Dengan kesedaran jitu dan pengetahuan, adalah penting untuk mengelakkan belia daripada mudah terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah. Walaupun BKN diberikan mandat bagi pembanterasan apa-apa jua aktiviti berkaitan dadah seperti pengedaran, penjualan dan memakan dadah tetapi atas dasar tanggungjawab bersama ini telah memberikan inspirasi kepada Unit Hubungan Masyarakat untuk sama-sama turun padang bagi membantu kerajaan membanteras gejala yang tidak sihat. Masyarakat selalu terlambat menyedari anak-anak mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah, sementara itu, ibu bapa juga harus tahu tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Ibu bapa perlu menyedari jika perbuatan anak mencurigakan kerana terlibat dengan dadah dan perlu sentiasa berbincang dengan anak-anak tentang kesan-kesan buruk penyalahgunaan dadah. Menambah pengetahuan ibu bapa bagaimana untuk menghadapi anak-anak yang

terlibat dengan dadah dan bagaimana untuk menjauhkan mereka daripada dadah. Ibu bapa harus bijak menerangkan secara terperinci bahaya penyalahgunaan dadah. Usaha bersepadu pihak kerajaan menangani isu berkaitan dadah dengan kerjasama agensi kerajaan lain dan juga penglibatan secara langsung masyarakat perlu bagi memastikan keberkesanan mencapai matlamat negara sifar dadah. Perkara utama dapat membantu pihak kerajaan dalam membanteras gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia bermula dari rumah dengan kasih sayang dan perhatian ibu bapa juga menjadi tanggungjawab mereka, memastikan segala aktiviti dan apa jua kegiatan belia di luar rumah adalah aktiviti sihat dan bermanfaat. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dan doa diikuti dengan penerangan ringkas mengenai program oleh Pegawai Penerangan, Awang Ali Termizzi bin Haji Ramlli / Haji Ramli, selaku Ketua Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan dan juga Pengerusi taklimat. Seterusnya acara disusuli dengan sesi taklimat oleh Penolong Pegawai BKN dan sesi soal jawab dan menyaksikan Pameran Jabatan Penerangan dan BKN. Hadir di taklimat tersebut ialah para ibu bapa atau penjaga, Ahli MPMK, Ahli Takmir Masjid dan Ahli-Ahli Muslimah Masjid, penghulu dan ketua kampung di bawah tadahan Mukim Berakas ‘B’ serta para pegawai dan kakitangan di Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri.


AGAMA

HARI RABU 6 MEI 2015

9

Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2015 Daerah Brunei / Muara Oleh : Muhammad Hidayatullah Zahari Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 2 Mei. - Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) Ke-4 Tahun 2015 disambut secara serentak di keempat-empat daerah dan seperti lazimnya untuk memberkati sambutan tersebut Majlis Kesyukuran telah diadakan di masjid-masjid, surausurau dan balai ibadat seluruh negara. Tahun ini tumpuan utama ialah di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit Kampung Manggis / Madang. Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang

Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah. Majlis yang dikelolakan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ini dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib

Daerah Belait

Berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Awang Haji Jofri bin Haji Abidin, manakala Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Nuzli bin Haji Jumat. Sejurus itu, majlis diteruskan dengan membaca Surah Yaa Siin beramai-ramai yang dipimpin

Berita dan Foto : Noraisah Muhammed KUALA BELAIT, Sabtu, 2 Mei. Bagi menyemarakkan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) 2015 dan memohon keberkatan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala, seluruh masjid di negara ini serentak mengadakan majlis keagamaan. Di Daerah Belait, Majlis Solat Fardu Maghrib, Solat Sunat Hajat, Membaca Surah Yaa Siin, Membaca Doa Khas dan Solat Fardu Isyak Berjemaah diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam Kuala Belait yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Alias bin Bakar. Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman hadir pada majlis berkenaan. Juga hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Yussof bin Haji Dulamin, yang juga Ketua Kampung Mumong; ketua-ketua kampung, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan kerajaan dan swasta serta penduduk kampung. Di Masjid Zainab Lumut, majlis serupa telah dihadiri oleh Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah antara yang hadir pada Majlis Kesyukuran sempena Hari Keluarga Kebangsaan Ke-4 di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis / Madang.

oleh Awang Haji Jofri bin Haji Abidin diselajurkan bacaan doa khas dan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah yang dipimpin oleh Awang Haji Nuzli bin Haji Jumat. Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan HKK Ke-4 Tahun 2015 diadakan bagi mendapatkan keberkatan dan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala, di samping menyemarakkan dan memeriahkan lagi sambutan tersebut.

Daerah Tutong

PEGAWAI Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman hadir pada Majlis Solat Fardu Maghrib, Solat Sunat Hajat, Membaca Surah Yaa Siin, Membaca Doa Khas dan Solat Fardu Isyak Berjemaah bagi menyemarakkan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2015.

Hasmiron bin Haji Mohd. Taib; Ketua Kampung Lumut 2, Awang Haji Abdul Rahman bin Hashim berserta penduduk kampung. HKK merupakan satu pengiktirafan negara kepada penduduk Negara Brunei Darussalam seperti yang pernah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mencerminkan keprihatinan baginda

terhadap kekukuhan rakyat baginda yang bermastautin di negara ini. Sambutan HKK wajar disambut baik dan dimanfaatkan oleh seluruh rakyat dengan memfokuskan cara hidup kekeluargaan yang harmoni dengan mempunyai ilmu pendidikan mantap sebagai bekalan hidup ilmu keugamaan dan pegangan hidup di dunia dan di akhirat, kebudayaan sebagai cara hidup harian dan kesukanan sebagai cara hidup sihat.

Daerah Temburong Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim

Pekan Bangar dengan mengadakan Sembahyang Fardu Maghrib, Membaca Surah Yaa Siin, Doa Kesyukuran dan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali PEKAN TUTONG, Sabtu, 2 Mei. - Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) 2015 diadakan serentak di seluruh daerah pada 3 Mei 2015 bagi mewujudkan kesedaran dan mengiktiraf keluarga sebagai unit asas yang penting dalam membina masyarakat penyayang. Seperti lazimnya, sambutan didahului dengan Majlis Kesyukuran di semua masjid, surau dan balai ibadah di negara ini dengan tumpuan utama bagi Sembahyang Fardu Maghrib, Membaca Surah Yaa Siin, Doa Kesyukuran dan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah sempena sambutan berkenaan berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, di sini. Pada majlis keagamaan itu, Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diimamkan oleh Ketua Imam Masjid berkenaan, Awang Sahibol Omar bin Haji Yusof yang juga mengimamkan Sembahyang Sunat Hajat dan seterusnya mengetuai bacaan Surah Al Faatihah serta mengepalai bacaan Surah Yaa Siin. Antara yang menyertai jemaah lain pada majlis keagamaan itu ialah Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara dan pegawai-pegawai kanan kerajaan serta orang perseorangan. Sambutan HKK 2015 membawa tema 'Keluarga Berwawasan' yang dihasrat akan dapat mengukuhkan dan meningkatkan kesejahteraan keluarga melalui program usahasama yang cekap dan berkesan ke arah melahirkan masyarakat yang berkualiti.

Pada majlis penuh berkebajikan itu, Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Shafrillah bin Haji Ahmad yang juga mengimamkan Sembahyang Sunat Hajat dan seterusnya mengepalai bacaan Surah Al Faatihah serta memimpin bacaan Surah Yaa Siin.

SEMBAHYANG Fardu Maghrib, Membaca Surah Yaa Siin, Doa Kesyukuran dan Sembahyang Isyak Berjemaah sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2015 yang diadakan di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

TEMBURONG, Sabtu, 2 Mei. Seluruh negara meraikan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) bagi mewujudkan kesedaran dan mengiktiraf keluarga sebagai unit asas yang penting dalam membina masyarakat penyayang.

Seperti lazimnya, sambutan didahului dengan majlis kesyukuran di semua masjid, surau dan balai ibadah di negara ini. Di daerah ini tumpuan utama majlis kesyukuran tersebut diadakan di Masjid Utama Mohammad Salleh,

Antara yang hadir menyertai jemaah lain ialah Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah serta Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad. Sambutan HKK 2015 bertemakan 'Keluarga Berwawasan' dihasrat akan dapat mengukuhkan dan meningkatkan kesejahteraan keluarga melalui program usaha sama yang cekap dan berkesan ke arah melahirkan masyarakat yang berkualiti.

MAJLIS Kesyukuran di Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara dan pegawai-pegawai kanan kerajaan serta orang perseorangan.


10

AGAMA

HARI RABU 6 MEI 2015

Hadits Dha'if dan Maudhu' mengenai kelebihan bulan Rejab Sambungan minggu lepas Puasa Di Bulan Rejab Di antara bulan yang disunatkan berpuasa ialah bulan-bulan haram iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Oleh itu, Rejab termasuk di antara bulan yang disunatkan berpuasa di dalamnya. Dalil yang menunjukkan sunat berpuasa pada bulan Rejab itu, diriwayatkan daripada Mujibah al-Bahiliyyah daripada ayahnya atau bapa saudaranya berkata: Maksudnya: “Sesungguhnya dia pernah mengadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Kemudian setelah dia pergi selepas setahun, dia mengadap pula Baginda, sedang perihal dan bentuk (badannya) sudah berubah. Lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah! Tidakkah Tuan mengenaliku?” Baginda bersabda: “Siapa awak?” Dia berkata: “Saya adalah Al Bahili yang datang mengadap Tuan pada tahun lalu.” Baginda bersabda: “Apa yang telah membuatmu berubah padahal engkau dahulu mempunyai bentuk (badan) yang bagus?” Dia berkata: “Saya tidak makan makanan kecuali di malam hari sejak berpisah dengan Tuan.” Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Kenapa engkau menyiksa dirimu?” Selanjutnya Baginda bersabda: “Berpuasalah pada bulan Sabar (Ramadhan) dan sehari setiap bulan.” Dia berkata: “Tambahkan lagi untukku, sesungguhnya saya masih kuat.” Baginda bersabda: “Berpuasalah dua hari (setiap bulan)” Dia berkata: “Tambahkan lagi untukku.” Baginda bersabda: “Berpuasalah tiga hari (setiap bulan)” Dia berkata: “Tambahkan lagi untukku.” Baginda bersabda: “Berpuasalah pada bulanbulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) dan tinggalkanlah! Berpuasalah pada bulan-bulan haram dan tinggalkanlah! Berpuasalah pada bulan-bulan haram dan tinggalkanlah!” Sambil Baginda bersabda itu Baginda memberi isyarat dengan tiga jari, digenggamnya keras kemudian dilepaskannya.” (Hadits riwayat Abu Daud) Imam Nawawi berkata: “Sesungguhnya Rasulullah memerintahkan meninggalkan (setelah tiga hari) kerana menjadi kesusahan ke atasnya memperbanyakkan puasa sebagaimana tersebut di awal hadits. Adapun bagi sesiapa yang tidak menjadi kesusahan ke atasnya, maka berpuasa seluruhnya (di bulan-bulan haram) adalah satu fadhilat.” Hadits-Hadits Dha'if Mengenai Kelebihan Berpuasa Di Bulan Rejab Dalam memperkatakan kelebihan berpuasa di bulan Rejab, Imam Ibnu Hajr al-Haitami

Rahimahullahu Ta'ala, salah seorang ulama besar dalam mazhab Syafi'e, menjelaskan bahawa memang banyak hadits-hadits maudhu‘ (palsu) yang diriwayatkan bagi menerangkan kelebihan berpuasa di bulan Rejab. Para ulama di kalangan kita dan selain mereka tidak meletakkan sandaran kepada hadits-hadits tersebut dalam berhujjah untuk menyatakan sunat berpuasa dalam bulan Rejab, mereka menjauhkan diri daripada berdalil dengan hadits-hadits tersebut. Bahkan mereka hanya meletakkan sandaran kepada hadits yang diriwayatkan daripada Mujibah al-Bahiliyyah yang disebutkan terdahulu dan hadits-hadits lainnya, seperti hadits: Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah sungai yang dipanggil Rejab, (airnya) lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Rejab nescaya Allah akan memberi minum air sungai itu.” (Hadits riwayat Al-Baihaqi dalam kitab Asy-Syu'ab) Dalam riwayat yang lain, daripada Abdullah bin Sa‘id daripada bapanya, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab, ia umpama berpuasa setahun. Barangsiapa berpuasa tujuh hari (dari bulan Rejab), maka ditutup baginya tujuh pintu neraka jahannam. Barangsiapa berpuasa lapan hari (dari bulan Rejab), maka dibukakan baginya lapan pintu syurga. Barangsiapa berpuasa sepuluh hari (dari bulan Rejab), maka dia tidak meminta sesuatu kepada Allah melainkan Allah mengurniakannya. Barangsiapa berpuasa lima belas hari (dari bulan Rejab), maka penyeru dari langit akan berseru: “Sesungguhnya telah diampunkan bagimu apa yang telah lalu, maka mulakanlah amalanmu, kejahatankejahatanmu telah digantikan dengan kebajikan-kebajikan. Dan barangsiapa yang (berpuasa) lebih nescaya Allah akan melebihkan (pahalanya).” (Hadits riwayat al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu‘ab) Imam Ibnu Hajr al-Haitami pernah ditanya mengenai status kedua-dua hadits di atas adakah dikategorikan dalam hadits maudhu' (palsu) ataupun tidak? Beliau menjelaskan bahawa kedua-dua hadits tersebut tidak dikategorikan dalam hadits maudhu' (palsu), bahkan hanya dihukumkan sebagai hadits dha'if (lemah). Oleh itu harus meriwayatkannya dan beramal dengannya dalam perkara menerangkan kelebihankelebihan sesuatu amalan (fadha'il al-a'mal). Perkara yang sama juga pernah ditanya kepada Imam as-Sayuthi Rahimahullahu Ta'ala,

dan beliau memberi jawapan yang serupa. Beramal Dengan Hadits Dha‘if Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta‘ala menjelaskan, para ulama dari kalangan ahli hadits, fuqaha (ahli fiqh) dan selain mereka mengatakan: “Harus dan sunat beramal dengan hadits dha'if yang menerangkan kelebihan-kelebihan sesuatu amalan (fadha'il al-a'mal), hadits yang menggalakkan beramal (at-targhib) dan hadits yang memberi peringatan (at-tarhib) selama mana hadits tersebut tidak sampai kepada peringkat maudhu' (palsu).” Akan tetapi dalam perkara hukum seperti perkara halal, haram, jual beli, nikah, talaq dan sebagainya tidak boleh beramal melainkan jika berdasarkan kepada hadits shahih atau hadits hasan. Kecuali dalam isu-isu untuk mengambil jalan berhati-hati, umpamanya apabila terdapat hadits dha'if yang menerangkan hukum makruh tentang setengah kegiatan jual beli atau pernikahan, maka sunat menghindari perkara tersebut akan tetapi tidak wajib menghindarinya. Selain hadits maudhu', termasuk juga hadits yang tidak boleh dijadikan sebagai sandaran itu ialah hadits yang terlalu dha'if (sangat lemah). Oleh itu, untuk beramal dengan hadits dha'if hendaklah memenuhi dua syarat: 1) Terdapat prinsip syara' yang menyokong hadits tersebut, umpamanya hadits tersebut termasuk di dalam kaedah umum syara' (qa'idah kulliyah). 2) Ketika beramal dengan hadits tersebut jangan beri‘tikad ianya adalah sabit, tetapi beramal setakat sebagai mengambil jalan berhati-hati.

Selain itu, Imam Ibnu Hajr al-Haitami juga menjelaskan, telah menjadi ketetapan secara ijma' bahawa hadits dha'if, mursal, munqathi', mu'dhal, mauquf boleh beramal dengannya dalam perkara fadha'il al-a'mal. Tidak diragukan lagi bahawa puasa di bulan Rejab itu merupakan daripada perkara fadha’il al-a‘mal. Maka dalam hal ini adalah memadai bersandar kepada hadits-hadits dha'if atau seumpamanya. Yang demikian itu tidak diingkari melainkan orang yang jahil yang tidak berpengetahuan. Kesimpulan Sebagai kesimpulan, memang terdapat banyak riwayat hadits yang memperkatakan kemuliaan bulan Rejab serta kelebihan beramal di dalam bulan tersebut, di mana sebahagiannya dikategorikan sebagai dha'if dan sebahagiannya lagi dikategorikan sebagai maudhu' dan sebagainya. Hadits-hadits dha'if masih boleh diamalkan kecuali yang maudhu' (palsu) dan yang terlalu dha‘if (terlalu lemah) sebagaimana menurut pandangan ulama yang telah disebutkan terdahulu. Hadits-hadits yang dikategorikan sebagai hadits maudhu' (palsu) itu ialah antaranya: 1) Hadits: “Rejab adalah bulan Allah, Sya‘ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Barangsiapa berpuasa bulan Rejab dengan iman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka dia berhak mendapat keredhaan Allah yang Maha Agung dan Dia menempatkannya di dalam syurga al-Firdaus yang tertinggi…………” 2) Hadits: “Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Barangsiapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab, maka baginya pahala dua kali ganda dan timbangan tiap-tiap pahala itu seperti bukit-bukit dunia……………” 3) Hadits: “Tidak ada seorang pun yang berpuasa pada hari Khamis iaitu Khamis yang pertama pada bulan Rejab, kemudian dia mendirikan sembahyang di antara waktu ‘Isya’ dengan waktu sepertiga awal malam - yakni pada malam Jumaat- sebanyak dua belas rakaat, pada tiap-tiap rakaat dia membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Qadr tiga kali dan surah al-Ikhlas dua belas kali, dia pisahkan tiap-tiap dua rakaat dengan satu salam, ………………… Kemudian dia meminta kepada Allah akan hajatnya, maka Allah akan memperkenankan hajatnya itu…………” Oleh itu, dalam hal ini adalah elok mengambil sikap berhati-hati dalam memilih dan beramal dengan hadits-hadits yang diriwayatkan supaya tidak terjebak kepada hadits-hadits yang dikatakan maudhu' (palsu) itu, di samping jangan ikut sedap menolak mentah-mentah, apatah lagi sampai mencerca hadits-hadits dha'if.

Lapan qari, qariah berjaya ke peringkat akhir Oleh : Dk Nur Effa Ryina Pg Haji Hamdani Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 3 Mei. - Seramai lapan orang terdiri daripada empat qari dan empat qariah

berjaya ke Peringkat Akhir Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan. Empat qari layak ke pertandingan

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin hadir pada Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan peringkat separuh akhir.

akhir ialah Awang Muhd. Sa'dun bin Suhaili, Awang Abdul Wafiy bin Haji Ibrahim, Awangku Adi Nazri bin Pengiran Haji Jofri dan Awang Afiq Haririe bin Haji Md. Daud. Manakala empat qariah ialah Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marjuki, Dayangku Amal Zahirah binti Pengiran Haji Jofri, Dayangku Nur Aqilah binti Pengiran Haji Ayub dan Dayang Fatin Nurhanani binti Haji Mohdar. Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Juga hadir ialah pegawai-pegawai kanan kerajaan. Seramai 20 qari dan sembilan qariah telah bertanding di peringkat separuh akhir, terpilih dari peringkat saringan. Belia-belia negara yang mengikuti pertandingan itu adalah belia yang berumur di antara 15 hingga 25 tahun.

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta pada Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan.

Antara tujuan adalah bagi persediaan bagi pemilihan wakil negara ke Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara anjuran KKBS. Pertandingan adalah acara tahunan yang diungkayahkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, KKBS sejak dari

tahun 1980-an. Penyampaian hadiah dan cenderamata telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap KKBS. Peringkat Akhir Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan akan diadakan pada 28 Mei ini.


RENCANA

HARI RABU 6 MEI 2015

11

Peranan AMBD sebagai bank pusat Negara Brunei Darussalam Oleh : Autoriti Monetari Brunei Darussalam Foto : Jabatan Penerangan

S

ISTEM kewangan yang berfungsi dengan baik akan membolehkan pemindahan wang yang cekap diantara penyimpan dan peminjam. Kepentingannya sering diambil mudah, tetapi cubalah bayangkan bagaimanakah kehidupan kita tanpa sistem kewangan yang kukuh, orang ramai perlu menyimpan pendapatan tambahan mereka di bawah katil; syarikatsyarikat dan perniagaan akan bersusah-payah mencari pelabur yang bersedia untuk memberi pinjaman kepada mereka; pembeli yang hendak membeli sebuah kereta pula perlu memohon pinjaman dari orang lain. Dari itu, Autoriti Monetari Brunei Darussalam, atau AMBD, wujud untuk memastikan sistem kewangan terus berfungsi dengan baik. Siapakah (Atau Apakah) Dia AMBD? AMBD telah ditubuhkan pada 1 Januari 2011 dan berperanan sebagai bank pusat Negara Brunei Darussalam. Dalam peranannya sebagai bank pusat, AMBD menjalankan beberapa fungsi penting termasuk mengawal dan menyelia institusi kewangan, merumus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan, dan menguruskan mata wang Brunei dan rizab antarabangsa yang membolehkan pertukaran mata wang Brunei ke mata wang asing. Sebelum ini, peranan-peranan yang tersebut di atas telah dilaksanakan oleh pelbagai jabatan dan bahagian di bawah Kementerian Kewangan iaitu Bahagian Institusi Kewangan; Lembaga Matawang dan Monetari Brunei; Pusat Kewangan Antarabangsa Brunei; dan sebahagian daripada Bahagian Penyelidikan dan Antarabangsa. Apakah Objektif-Objektif AMBD? AMBD melaksanakan fungsinya dengan tujuan untuk mencapai empat objektif: 1. Untuk mencapai dan mengekalkan kestabilan harga dalam negeri; 2. Untuk memastikan kestabilan sistem kewangan, khususnya dengan merangka peraturan-peraturan kewangan dan piawaian yang berhemat; 3. Untuk membantu dalam penubuhan dan perfungsian sistem pembayaran yang cekap dan untuk mengawasinya; dan 4. Untuk menggalakkan dan

mengembangkan sektor perkhidmatan kewangan yang kukuh dan progresif. Peranan AMBD : Pelindung Kestabilan Kewangan Mengawal dan menyelia institusi-institusi kewangan merupakan salah satu fungsi utama AMBD. Jenis-jenis institusi kewangan di bawah pengawalseliaan AMBD adalah termasuk bank-bank dan syarikat kewangan; bank-bank luar persisir; syarikat insurans dan takaful; pengantara pasaran modal; syarikat tukaran wang; perniagaan kiriman wang; dan pengendali pajak gadai. AMBD akan sentiasa berusaha untuk memastikan peraturan dan proses penyeliaannya selaras dengan piawaian tertinggi yang ditetapkan oleh organisasi-organisasi antarabangsa termasuk Basel Committee, the International Associations of Insurance Supervisors (IAIS) dan the International Organization of Securities Commissions (IOSCO). Dari segi rangka kerja regulatori, AMBD bukan sahaja mentadbir dan menguatkuasakan beberapa perundangan, tetapi juga mengeluarkan notis dan garis panduan supaya memastikan peraturan-peraturan sentiasa relevan dan terkini mengikut perubahan dan keperluan semasa. Di samping itu, AMBD sentiasa mengumpul beberapa penunjuk kekukuhan kewangan mikro mengenai sistem kewangan sebagai sebahagian daripada rangka kerja pengawasannya. AMBD juga mempunyai rangka kerja penyeliaan bagi memastikan semua institusi kewangan mematuhi peraturan-peraturannya. Rangka kerja ini termasuk dan tidak terhad kepada pemantauan berterusan secara off-site; pemeriksaan secara onsite; mengadakan sesi muzakarah dengan ketua-ketua pegawai eksekutif institusi kewangan; dan berinteraksi rapat antara institusi kewangan dan AMBD melalui dialog dan perbincangan berterusan. AMBD juga menyediakan beberapa jaringan keselamatan kewangan yang penting untuk mengekalkan kestabilan sistem kewangan. Satu jaringan keselamatan itu ialah kemudahan lender of last resort. Sebagai lender of last resort, AMBD boleh menawarkan pinjaman kecemasan kepada bank atau kumpulan bank-bank yang mengalami masalah kewangan dan

GAMBAR HIASAN ... Kegiatan institusi kewangan di negara ini termasuk bank-bank adalah dikawal selia oleh Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD).

AMBD juga menyediakan beberapa jaringan keselamatan kewangan yang penting untuk mengekalkan kestabilan sistem kewangan. Satu jaringan keselamatan itu ialah kemudahan lender of last resort. Sebagai lender of last resort, AMBD boleh menawarkan pinjaman kecemasan kepada bank atau kumpulan bank-bank yang mengalami masalah kewangan dan dengan itu melindungi kestabilan institusi dan sektor kewangan keseluruhan. dengan itu melindungi kestabilan institusi dan sektor kewangan keseluruhan. Satu lagi tambahan kepada jaringan keselamatan kewangan yang sedia ada pada masa ini adalah skim perlindungan deposit yang dilaksanakan oleh Perbadanan Perlindungan Deposit Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Deposit Protection Corporation). Skim tersebut akan memberi perlindungan kepada penyimpanpenyimpan deposit bagi deposit masing-masing sehingga maksimum BND50,000 yang disimpan dengan ahli-ahli institusi (semua bank-bank dan syarikat-syarikat kewangan yang berlesen di negara ini) sekiranya mereka tidak berupaya memenuhi liabiliti-liabiliti deposit mereka. Skim tersebut selaras dengan amalan terbaik antarabangsa dan sudah pun diperkenalkan di beberapa bidang kuasa. Satu lagi peranan AMBD yang penting dalam menjaga sistem kewangan adalah mencegah dan menangani jenayah kewangan. Jenayah kewangan termasuk dan tidak terhad kepada pengambilan deposit tanpa lesen, skim cepat kaya atau skim Ponzi, pembersihan wang haram dan pembiayaan keganasan. Program kesedaran awam sentiasa

AMBD merupakan badan yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan duit-duit syiling kenang-kenangan emas, perak dan kupronikel.

dijalankan oleh AMBD untuk mendidik orang awam dan institusi kewangan daripada terjeremus perangkap aktiviti tersebut. Peranan AMBD : Pelindung Kestabilan Monetari Sebagai pelindung kestabilan monetari, AMBD menguruskan Currency Board Arrangement dan Currency Interchange Ability Agreement iaitu dasar monetari yang berasaskan kepada kadar pertukaran di mana nilai dolar Brunei ditetapkan 1-ke-1 dengan dolar Singapura. Dasar monetari ini telah dilaksanakan sejak tahun 1967 dan telah membantu mengekalkan kestabilan nilai mata wang Negara Brunei Darussalam dan juga harga barangan dan perkhidmatan yang diimport. Currency Board Arrangement adalah penting kerana Negara Brunei Darussalam adalah pengimport besar jentera, barangan perkilangan, dan makanan, dan juga kerana Singapura merupakan salah satu sumber utama bagi aktiviti import Negara Brunei Darussalam. Antara tahun 1983 dan 2014, purata kadar inflasi tahunan Negara Brunei Darussalam adalah sebanyak 1.3 peratus (sumber : JPKE). Peranan AMBD: Pembekal Infrastruktur Kewangan AMBD juga aktif memainkan peranan sebagai pembekal infrastruktur kewangan. Pada bulan September 2012, AMBD telah memperkenalkan perkhidmatan Biro Kredit kepada semua bank-bank berlesen, syarikat kewangan dan Tabung Amanah Islam Brunei Darussalam (TAIB). Perkhidmatan ini termasuk mengumpul dan menyatukan maklumat peminjam (credit or borrower’s information) daripada ahli-ahli biro tersebut dan menyampaikan semula kepada mereka dalam bentuk laporan kredit. Pada bulan September 2014, Biro Kredit melanjutkan perkhidmatannya

kepada orang ramai dengan memperkenalkan Self-Inquiry & Dispute Resolution (SIDR). Perkhidmatan ini membolehkan orang ramai mendapat akses kepada laporan kredit mereka dan mengesahkan maklumat kredit yang ada di dalam laporan mereka. Di samping itu, AMBD juga telah melancarkan Sistem Real Time Gross Settlement (RTGS) pada November 2014 sebagai sebahagian daripada proses memodenkan sistem pembayaran dan penyelesaian di Negara Brunei Darussalam. AMBD juga mengambil alih cheque clearing house dari Persatuan Bank-Bank Brunei (BAB) pada Disember 2014 yang mana akan digantikan dengan Automated Clearing House (ACH) pada pertengahan tahun 2015. Secara Ringkas Dengan adanya semua peruntukan yang tersebut, AMBD percaya bahawa sinergi akan wujud, di mana sistem kewangan dan monetari akan sentiasa mantap dan stabil serta kondusif kepada inovasi dalam menyokong pertumbuhan dan kepelbagaian ekonomi. Kemanfaatannya akan dapat diperolehi oleh semua; daripada individu-individu kepada institusiinstitusi kewangan dan keseluruhan ekonomi Negara Brunei Darussalam. Walau bagaimanapun, AMBD juga memahami bahawa dengan perubahan masa, sistem kewangan dan monetari negara ini akan sentiasa berkembang dan menjadi semakin kompleks. Oleh itu, AMBD akan terus memainkan peranannya dengan lebih proaktif untuk memastikan bahawa objektifobjektif utamanya akan sentiasa dipenuhi. Sebarang pertanyaan atau apa-apa isu yang berkaitan dengan AMBD, orang ramai bolehlah menghubungi AMBD melalui e-mel info@ambd.gov.bn.


12

NASIONAL

HARI RABU 6 MEI 2015

Sambutan HKK 2015 Zon 1 Kuala Belait meriah Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Mohamad Azmi Awang Damit

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa merasmikan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) Daerah Belait Zon 1 di Kelab Rekreasi Liang Lumut.

KUALA BELAIT, Ahad, 3 Mei. Pelbagai lapisan dan peringkat masyarakat serta puak melibatkan diri dalam Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) 2015 Daerah Belait, Zon 1 yang disambut meriah di Kelab Rekreasi Liang Lumut, di sini. Ini tergambar dengan kehadiran serta penyertaan pelbagai puak dalam membuat persembahan dan melakukan aktiviti yang secara langsung menggambarkan kehidupan bermasyarakat dan berkeluarga tetap kukuh di daerah tersebut. HKK tahun ini disambut secara serentak di seluruh negara dengan pelbagai aktiviti dan acara berbentuk kekeluargaan sesuai dengan tema sambutan 'Keluargaku Berwawasan Menjana Kecemerlangan'. Hadir merasmikan Sambutan HKK Daerah Belait Zon 1 ini ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Datin. Sambutan HKK 2015 tersebut dimulai dengan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah di Masjid Zainab, Lumut dan diteruskan dengan Kuliah Subuh dan Doa Selamat Hari

Keluarga. Kuliah Subuh disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pengiran Haji Hafizuddin bin Pengiran Haji Abu Bakar yang antara lain menyentuh pentingnya membentuk sebuah keluarga yang bahagia yang berawal dari mencari jodoh. Dalam mencari jodoh ini terangnya asas agama merupakan tonggak utama dalam pembentukan sebuah keluarga yang harmoni. Majlis perasmian sambutan didahului dengan menyanyikan lagu kebangsaan beramai-ramai dan diikuti dengan penyampaian hadiah kepada keluarga cemerlang dan disusuli dengan persembahan berkeluarga dari berbagai lapisan masyarakat dan sekolah-sekolah dari mukim-mukim Zon 1. Sempena HKK ini pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pameran dari pelbagai institusi kerajaan dan swasta selain pertandingan futsal HKK yang dilancarkan oleh Menteri Pendidikan serta aktiviti-aktiviti kekeluargaan dan kebudayaan yang menarik ramai penyertaan yang antaranya seperti telematch dan sukan keluarga.

Juga diadakan di majlis sambutan itu ialah gerai-gerai jualan selain bazar makanan termasuk jualan produkproduk Satu Kampung Satu Produk. Menteri Pendidikan pada majlis tersebut berkata, tema sambutan hari keluarga tahun ini sangat relevan bagi masyarakat dan rakyat di negara ini. Ini jelasnya, kerana setiap kita yang menjadi rakyat dan penduduk di negara ini perlu mempunyai wawasan sendiri. ''Bagi Negara Brunei Darussalam Wawasan 2035 yang berasaskan kepada nilai Melayu Islam Beraja (MIB) seperti keluarga yang adalah keluarga yang akan dapat memenuhi atau mencapai objektif Wawasan 2035, iaitu rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran serta mempunyai kualiti dengan tujuan kita akan dapat menjadi 10 negara teratas dalam dunia dan yang mempunyai pegangan yang teguh kepada agama Islam, iaitu dengan mempunyai nilai-nilai kebruneian, nilai nilai yang terkandung dalam MIB,'' ujarnya. Jelas Yang Berhormat, jika sekiranya semua rakyat dan penduduk menyedari akan wawasan negara setentunya mereka akan dapat bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap keluarga akan menuju ke wawasan berkenaan. HKK 2015 dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Hari Keluarga Kebangsaan ini telah bermula sejak tahun 2012 dan ia diadakan setiap hari Ahad pertama dalam bulan Mei.

KULIAH Subuh sempena HKK 2015 yang diadakan di Masjid Zainab Lumut turut dihadiri oleh Ketua Kampung Lumut 1, Yang Berhormat Haji Mohd. Shafiee bin Ahmad yang juga selaku Pengerusi Majlis Sambutan HKK Zon 1 Kuala Belait.

PARA masyarakat dan penduduk Daerah Belait, Zon 1 melakukan senaman sebelum memulakan walkaton sempena Sambutan HKK 2015.

HKK kukuhkan institusi kekeluargaan Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman TUTONG, Ahad, 3 Mei. - Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) 2015 Negara Brunei Darussalam Bagi Daerah Tutong 'Keluarga Berwawasan' bagi Zon I, Mukim Pekan Tutong disambut dengan penuh kekeluargaan yang disertai oleh beberapa buah keluarga terdiri daripada penduduk daerah ini dalam acara sambutan yang diadakan seawal pagi di Tatangan Persiaran Sungai Tutong, Pekan Tutong, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat melancarkan sambutan berkenaan ialah Menteri Perindustrian dan

Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar. Juga hadir ialah Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara di daerah ini, Timbalan Setiausaha Tetap, Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran, Awang Shahminan bin Haji Tengah; pegawai-pegawai kanan kerajaan, penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung dan orang awam. Sambutan HKK 2015 Negara

MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya dalam acara Walkaton Berjalan Santai dari Masjid Hassanal Bolkiah hingga ke Tatangan Persiaran Sungai Tutong selepas Kuliah Subuh.

Brunei Darussalam bagi daerah ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jabatan Daerah Tutong dan Jabatan Bandaran Tutong dan disokong oleh Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Tutong, Persatuan Sukarelawan Daerah Tutong, Festival Cuti-cuti Tutong dan Festival Tutong. Sementara itu, Kuliah Subuh dan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah serta Walkaton Berjalan Santai sempena Majlis Sambutan HKK 2015 Negara Brunei Darussalam Bagi Daerah Tutong Zon I, Mukim Pekan Tutong telah diadakan awal Subuh lagi bertempat di Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong, di sini yang juga dihadiri oleh Yang Berhormat Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama. Terdahulu Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah yang diimamkan oleh Ketua Imam masjid berkenaan, Awang Sahibol Omar bin Haji Yusof. Kuliah Subuh kali ini dikendalikan oleh pegawai dari Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Anwari bin Haji Rawee yang antara lain menyentuh mengenai mukjizat terbesar, iaitu Al-Qur'an yang tidak ada tolak bandingannya. Jelasnya, Allah Subhanahu Wata'ala menurunkan kitab suci Al-Qur’an sebagai panduan bagi umat Islam untuk beriman kepada-Nya. Sejurus selepas kuliah tersebut, Yang Berhormat Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan para hadirin menyertai Walkaton Berjalan Santai menuju ke Tatangan Persiaran Sungai Tutong, Pekan Tutong, sejauh dua kilometer. Kuliah Subuh yang disempenakan

MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar melancarkan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) Bagi Zon 1 Daerah Tutong yang diadakan di Tatangan Persiaran Sungai Tutong.

SAMBUTAN HKK dimulakan dengan Solat Subuh Berjemaah yang dipimpin oleh Ketua Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Tutong, Awang Sahibol Omar bin Haji Yusof.

dengan Sambutan HKK yang disambut setiap hari Ahad minggu pertama bulan Mei adalah sebagai pengiktirafan terhadap kepentingan

peranan institusi keluarga yang kukuh dan harmoni dalam pembentukan sebuah masyarakat yang berdaya tahan dan berdaya saing.


NASIONAL

HARI RABU 6 MEI 2015

13

Pelbagai aktiviti meriahkan HKK di Zon II Tutong

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan Datin menyaksikan salah satu aktiviti yang disusun sempena Sambutan HKK 2015 bagi Peringkat Zon II di Taman Rekreasi Perumahan Negara Bukit Beruang.

Oleh : Aimi Sani Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali TUTONG, Ahad, 3 Mei. - Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) 2015 disambut secara serentak di seluruh negara dengan pelbagai aktiviti dan acara berbentuk kekeluargaan. Seperti di daerah-daerah lain, Daerah Tutong juga tidak ketinggalan untuk menyambut HKK tahun ini. Acara tersebut diadakan secara serentak di dua kawasan mengikut pembahagian zon, iaitu Zon I bertempat di Tatangan Persiaran Sungai Tutong, Pekan Tutong dan Zon II pula di Taman Rekreasi Perumahan Negara Bukit Beruang. Hadir selaku tetamu kehormat bagi

juga Penghulu Mukim Telisai, selaku Pengerusi Bersama Majlis; Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Lutfi bin Abdullah serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pembangunan, penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung Zon II Daerah Tutong. Dalam pada itu, bagi menyahut seruan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sambutan HKK juga melibatkan acara keagamaan, di samping acara kemasyarakatan, riadah, sukan, kebajikan dan seumpamanya. Justeru itu, sebelum acara sambutan bermula, Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah diadakan di Masjid RPN Kampung Bukit Beruang bagi Zon II yang diimamkan oleh Ketua Imam masjid tersebut, Awang Moksin bin

YANG Berhormat Menteri Pembangunan semasa melancarkan Sambutan HKK 2015 bagi Peringkat Zon II di Taman Rekreasi Perumahan Negara Bukit Beruang.

Haji Moktar bersama pendudukpenduduk mukim berserta keluarga. Ia kemudian diikuti dengan Kuliah Subuh yang disampaikan Pegawai Hal

Sambutan HKK 2015 bagi Peringkat Zon II Daerah Tutong ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman. Sambutan bagi zon ini dimeriahkan dengan beberapa acara menarik antaranya ialah cabaran keluarga berwawasan, futsal keluarga, tarik kalat keluarga, peraduan resipi istimewa keluarga dan sesi foto di Taman Hari Keluarga Daerah Tutong. Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit yang

Ehwal Masjid Daerah Tutong, Awang Haji Masri bin Haji Mohamad yang antara lain menyentuh mengenai faktor keluarga yang sakinah, mawaddah warahmah menurut perspektif Islam. Menurut Awang Haji Masri, di dalam meniti kehidupan di dunia ini, manusia dan segala ciptaan alam dijadikan berpasangan bagi memenuhi fitrah semula jadi yang telah diatur oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

PEGAWAI Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Awang Haji Masri bin Haji Mohamad dalam Kuliah Subuhnya antara lain menyentuh mengenai faktor keluarga yang sakinah, mawaddah warahmah menurut perspektif Islam.

Bina keluarga bahagia, harmoni Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah bersama berbagai-bagai lapisan masyarakat melakukan senaman pemanas badan sebelum menyertai walkaton yang bermula dan berakhir di kawasan Taman Mini Perayaan Kampung Parit (atas dan bawah).

MUKIM PENGKALAN BATU, Ahad, 3 Mei. - Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) 2015 adalah bagi menggalakkan lapisan masyarakat khususnya di negara ini membina keluarga bahagia dan harmoni, kukuh dan berdaya tahan, di samping melahirkan generasi-generasi muda yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara dengan berpandukan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB), membantu mencegah serta mengurangkan permasalahan kekeluargaan dan menyemai sikap pemedulian serta tidak camah mata sesama ahli dalam sesebuah keluarga. Sehubungan itu, Sambutan HKK Peringkat Daerah Brunei dan Muara bagi Zon 4 yang melibatkan Mukim Lumapas; Mukim Pengkalan Batu; Mukim Kilanas dan Mukim Sengkurong dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara serta Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) diadakan di Taman Mini Perayaan Kampung Parit, di sini. Hadir memeriahkan dan menyertai sambutan tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah dan Datin. Turut hadir dan menyertai ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman; Setiausaha Tetap KKBS, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin

YANG Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa hadir pada Kuliah Subuh di Masjid Kampung Pengkalan Batu sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan Peringkat Daerah Brunei dan Muara bagi Zon 4.

Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan isteri dan Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Mohd. Noor Jusmin bin Haji Abd. Samad dan isteri. Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' beramai-ramai dan diikuti aktiviti senamrobik dan walkaton yang bermula dan berakhir di Kawasan Taman Mini Perayaan Kampung Parit berkenaan. Aktiviti sambutan turut diserikan dengan jual-jualan makanan dan minuman, barang-barang pakaian, produk-produk yang dihasilkan oleh Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) di Zon 4 selain pameran serta kuiz yang dikelolakan oleh jabatan-jabatan di bawah KKBS dan beberapa agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan. Antara aktiviti-aktiviti di zon termasuk Pertandingan Golf Berkeluarga, Pertandingan Memasukkan Bola Hoki ke Sasaran Terbuka, Pertandingan Menumpah dan Makan Ambuyat, Peraduan Masakan Sihat Berkeluarga, Permainan Puspawangi, Pertandingan Memotong

Kayu Menggunakan Parang dan Gergaji Berkeluarga, Peraduan Memasukkan Gelang Rotan, Peraduan Menggubah Buah Kepayas dan Sikoi dan sebagainya. Terdahulu, Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah di Masjid Kampung Pengkalan Batu diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pengiran Saiful Hakimin bin Pengiran Liudin dan diikuti dengan Kuliah Subuh bertajuk 'Keluarga Berwawasan' disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Bahagian Penyebaran Dakwah, Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Awang Isham bin Ismail. Dengan adanya sambutan itu akan dapat membantu dalam mengukuh dan meningkatkan lagi kesejahteraan keluarga melalui program usaha sama yang cekap dan berkesan ke arah melahirkan masyarakat berkualiti, meningkatkan pemahaman mengenai kepentingan agama dalam kehidupan berkeluarga dan secara individu selain memupuk kefahaman kepada masyarakat betapa pentingnya institusi keluarga dalam pembangunan masyarakat di negara ini.


14

IKLAN

HARI RABU 6 MEI 2015


IKLAN

HARI RABU 6 MEI 2015

15

YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

PERMOHONAN adalah dipelawa daripada atau lain-lain bidang yang bersesuaian akan Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri mempunyai kelebihan. Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi memenuhi jawatan kosong di dalam C. KERANI - (1) BAHAGIAN KEWANGAN perkhidmatan di YAYASAN SULTAN HAJI (2) BAHAGIAN PERKEMBANGAN TENAGA HASSANAL BOLKIAH. MANUSIA Syarat-Syarat : A. PEGAWAI YAYASAN i. Mempunyai kelulusan akademik sekurangSyarat-Syarat : kurangnya kepujian 4 'O' Level. Bagi jawatan C1, i. Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya kepujian 'O' level termasuk matapelajaran Akaun. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang bersesuaian. ii. Mempunyai pengalaman kerja yang bersesuaian. Pemohon yang mempunyai kelulusan yang lebih Bagi jawatan C1, pemohon yang mempunyai tinggi atau mempunyai kelulusan dalam bidang pengalaman dan bidang kerja perakaunan akan kebajikan dan pembangunan sosial akan mempunyai mempunyai kelebihan. Bagi jawatan C2, pemohon kelebihan. yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang ii. Mempunyai tiga (3) tahun pengalaman kerja Pentadbiran, Pengurusan, ''Human Resources'' atau dalam bidang yang bersesuaian. Pemohon yang kerja-kerja dalam menguruskan pas kerja pekerja mempunyai pengalaman dalam pengurusan asing akan mempunyai kelebihan. kerja-kerja kebajikan dan pembangunan sosial akan Bagi jawatan A & B, pemohon-pemohon hendaklah mempunyai kelebihan. mengemukan surat permohonan secara bertulis. Bagi jawatan C1 & C2, borang permohonan boleh dimuat B. PENOLONG PENGURUS HARTANAH turun dalam laman web Yayasan Sultan Haji Hassanal (TEKNIKAL) Bolkiah di www.yshhb.org.bn. Borang juga boleh Syarat-Syarat : didapati di Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal i. Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Bolkiah. Permohonan-permohonan hendaklah Ijazah Sarjana Muda. Pemohon yang mempunyai ditujukan ke alamat di bawah dengan menyertakan kelulusan yang lebih tinggi atau mempunyai salinan kad pengenalan, sijil-sijil kelulusan serta kelulusan dalam bidang Kejuruteraan, Pengurusan dokumen-dokumen yang berkenaan :Hartanah atau lain-lain kelulusan dalam bidang yang Unit Pengambilan bersesuaian akan mempunyai kelebihan. Bahagian Perkembangan Tenaga Manusia ii. Mempunyai tiga (3) tahun pengalaman kerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang berkaitan. Pemohon yang mempunyai Jalan Kumbang Pasang pengalaman kerja dalam pengurusan projek dan Gadong BA 1511 pengurusan kerja-kerja teknikal akan mempunyai Negara Brunei Darussalam kelebihan. ATAU ATAU Mempunyai kelulusan HND atau yang kelulusan e-melkan kepada : yang setanding serta mempunyai lima (5) tahun recruitment@yshhb.org.bn pengalaman kerja yang berkaitan. Pemohon yang mempunyai kelulusan dan pengalaman kerja dalam Tarikh tutup adalah pada hari Jumaat, bidang seperti Kejuruteraan, Pengurusan Hartanah 15 Mei 2015.

JABATAN PELABUHAN KEMENTERIAN PERHUBUNGAN BAHAGIAN 1 DOKUMEN TAWARAN JP/T4/2015-2016 PEMELIHARAAN LANSKAP KAWASAN BANGUNAN-BANGUNAN DAN TANAH-TANAH JABATAN PELABUHAN @ KONTRAK PENGGAL 2 TAHUN 2015-2017

JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI PEMBERITAHUAN TAWARAN 1. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dihantar kepada Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Jalan Mckerron Kuala Belait tidak lewat jam 9.00 Pagi pada hari Isnin, 18 Mei 2015. Tawaran yang lewat diterima daripada tarikh dan waktu tersebut tidak akan dilayan. 2. Keterangan lanjut mengenai dengan kenderaan ini, bolehlah diperolehi dari Penguasa Bengkel, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, Jalan Lorong Setia Di Raja Kuala Belait di nombor talian 3332383 atau 3347011 pada waktu bekerja. 3. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang bertutup dan berlak (sealed) dan ditulis dengan bilangan tawaran dan keterangan yang berkenan tanpa menyatakan identiti penawar dan dihantar seperti alamat di para (1) di atas. 4. Borang tawaran bolehlah diperolehi di Bahagian Projek, Aras 2, Bangunan Utama Jabatan Bandaran Kuala Belait, Jalan Mckerron Kuala Belait. 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat bagi menerima tawaran yang murah atau tawaran yang difikirkan tidak munasabah. Bil. Tawaran : 95/BBS/7/270/J.4 Keterangan : Jualan Secara Terbuka Bagi Lapan (8) Buah Trak Sampah Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria. Bayaran Tawaran : BND10.00

1. TAWARAN dibukakan kepada syarikat-syarikat yang bersesuaian yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam. (JADUAL HAD KEWANGAN KERJA KELAS II & III SAHAJA & MEMPUNYAI JADUAL KATEGORI KERJA YANG BERKAITAN) 2. Dokumen tawaran boleh diperolehi di :UNIT TAWARAN & SEBUT HARGA TINGKAT 2 BANGUNAN IBU PEJABAT JABATAN PELABUHAN-PELABUHAN MUARA BT 1728 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. PADA HARI ISNIN HINGGA KHAMIS - 8.00 Pagi HINGGA 11.00 Pagi & 1.30 Petang HINGGA 2.30 Petang DAN HARI SABTU - 8.00 Pagi HINGGA 10.00 Pagi. Dokumen tawaran dijual dengan harga Ringgit Brunei Sepuluh (BND10.00) tunai tidak dikembalikan & dokumen hanya dapat diperolehi / dikeluarkan sehingga HARI SELASA, 19 MEI 2015. SYARAT-SYARAT, MASA & TEMPAT MENGHANTAR DOKUMEN TAWARAN

3. Dokumen tawaran mestilah disimpan dalam sampul surat yang tertutup rapi, tanpa membubuh atau menulis nama syarikat dan juga logo syarikat :a) “JP/T4/2015-2016 - PEMELIHARAAN LANSKAP KAWASAN BANGUNANBANGUNAN DAN TANAH-TANAH JABATAN PELABUHAN @ KONTRAK PENGGAL 2 TAHUN 2015-2017� tajuk tawaran perlulah tercatit jelas di sebelah depan sampul bahagian atas. b) Sampul tertutup tidak perlu mempunyai nama syarikat atau pun logo. c) Sampul perlu ditujukan kepada alamat berikut : PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL (LTK) TINGKAT 4 KEMENTERIAN PERHUBUNGAN BANDAR SERI BEGAWAN BB3910 JALAN MENTERI BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 4. Satu SESI TAKLIMAT & LAWATAN bagi penender yang berminat akan diadakan pada HARI RABU, 20 MEI 2015, JAM 9.00 PAGI BERTEMPAT DI IBU PEJABAT, JABATAN PELABUHAN. Kehadiran penender adalah dimestikan dan merupakan kriteria yang mandatori di dalam penilaian tawaran. 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran sama ada yang paling rendah atau lain-lain tawaran. TARIKH TUTUP MENGHANTAR TAWARAN SELASA, 26 MEI 2015, 2.00 PETANG


16

IKLAN

HARI RABU 6 MEI 2015

KEMENTERIAN KESIHATAN

JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA PEMBERITAHUAN TAWARAN JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA 1. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil dan masukkan ke dalam Peti Lembaga Tawaran Kecil KPSU, Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Jalan Menteri Besar BB3910, Negara Brunei Darussalam. Tidak lewat dari jam 2.00 Petang, pada hari Selasa, 26 Mei 2015. JPt/TAW/19(A)/2014-2015 : BIO INNOVATION CORRIDOR ZONE A (AGROTECHNOLOGY PARK) LANDSCAPE MAINTENANCE (Yuran Tawaran BND50.00) JPt/TAW/01/2015-2016 : KERJA-KERJA PEMBERSIHAN KAWASAN STESEN PENYELIDIKAN PERTANIAN BIRAU, TUTONG (Yuran Tawaran BND30.00) JPt/TAW/02/2015-2016 : MEMBEKAL RACUN RUMPAI 41% GLYPHOSATE ISOPROPYLAMINE SEBANYAK 32,000 LITER UNTUK KEGUNAAN PENGUSAHA-PENGUSAHA TANAMAN PADI (Yuran Tawaran BND30.00) 2. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang dietapkan tidak akan dilayan. 3. Tawaran-tawaran hendaklah dalam sampul surat yang bertutup dan pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis dengan bahagian / tajuk tawaran dan tarikh tutup sahaja tanpa menunjukkan identiti pembekal.

WAKTU-WAKTU PENERIMAAN WANG BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN ISNIN HINGGA KHAMIS : 8.00 PAGI HINGGA 11.45 PAGI 1.45 PETANG HINGGA 3.00 PETANG SABTU : 8.00 PAGI HINGGA 10.00 PAGI SYARAT-SYARAT IKLAN TAWARAN 1. TAWARAN adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam. Bagi bilangan Tawaran MOE/LTK/34/2015/2016 [JPPE-MEI-2015] dibukakan untuk syarikat-syarikat / pemborong-pemborong yang berdaftar dari Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam. 2. Bayaran Yuran Tawaran bagi setiap tawaran adalah dikehendaki dalam bentuk Wang Tunai. Penender adalah dikehendaki membayar semua Yuran Tawaran seperti yang diiklankan. Yuran Tawaran tidak akan dikembalikan kepada setiap penender sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bone-fide tender). 3. Kadar Yuran Tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam Iklan Tawaran. 4. Sebelum mengambil borang, setiap Penender hendaklah membayar Yuran Tawaran, di Tingkat 1, Blok 'B', Kaunter 1, Unit Tunai dan Hasil, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'B', Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam Sila pastikan Resit Pembayaran Yuran Tawaran yang diterima adalah betul. HARI DAN WAKTU PEMBAYARAN ISNIN HINGGA KHAMIS 8.00 PAGI HINGGA 11.45 PAGI 1.45 PETANG HINGGA 3.00 PETANG SABTU 8.00 PAGI HINGGA 10.00 PAGI 5. Borang-borang Tawaran boleh diperolehi di Tingkat 1, Blok 'A', Kaunter 6, Unit Tawaran dan Sebut Harga, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'A', Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian

Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan resit pembayaran. 6. Setiap Borang Tawaran yang telah diisi dengan lengkap hendaklah menyertakan Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan dan Salinan Resit Bayaran Yuran Tawaran. 7. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan ditutup rapi. Pada bahagian atas kiri sampul surat hendaklah ditulis Bilangan Tawaran, Tajuk Tawaran dan Tarikh Tutup Tawaran tanpa menunjukkan indentiti Penender dan ditujukan kepada :PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL KEMENTERIAN PENDIDIKAN BLOK 'A' TINGKAT 1 BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEWANGAN 'A' LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS BANDAR SERI BEGAWAN, BA 3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 8. TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Blok 'A', Tingkat 1, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'A', Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. 9. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai Tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan. 10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima Tawaran yang paling rendah atau sebarang Tawaran yang tidak munasabah. 11. Setiap Tawaran yang diisi dan ditulis dengan tidak betul, tidak jelas dan tidak lengkap adalah dikira rosak dan ditolak. 12. Penender yang menolak atau membatalkan Tawaran atau kontrak setelah kebenaran Tawaran diperolehi atau setelah tutup Tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.

4. Dokumen-dokumen dan borang-borang tawaran serta penerangan lanjut bolehlah dilihat dan diperolehi dari Ibu Pejabat Pertanian dan

Agrimakanan Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas, Bandar Seri Begawan. 5. Yuran Tawaran adalah dikehendaki bagi setiap tajuk dan tidak akan dikembalikan kepada setiap penender. 6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran. 7. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan hendaklah disertakan bersama. 8. The Contractor / Company should be registered with Department of Agriculture and Agrifood and the Ministry of Development, Negara Brunei Darussalam holding a registration certificate for Class IV category KPB12. (JPt/TAW/19(A)/2014-2015) 9. Tawaran ini dibukakan kepada Syarikat Swasta dan Pemborong yang berdaftar dengan Bahagian Pendaftaran Syarikat dan Bahagian Pendaftaran Nama Perniagaan, Kementerian Kewangan, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan Jabatan Kerja Raya, Negara Brunei Darussalam dalam kelas III dan Kategori 4(c) dan 5(f). (Sila sertakan salinan Sijil-Sijil berkenaan. (JPt/TAW/01/2015-2016). 10. Semua Penender dan / atau wakilnya hendaklah dimestikan hadir untuk mendengar sesi taklimat dan penerangan mengenai tawaran di atas pada 20 Mei 2015 (hari Rabu) jam 2.00 Petang (Bilik Suria) di Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan Lapangan Terbang Lama Berakas, Bandar Seri Begawan. Penjualan borang dokumen tawaran berakhir di atas seperti berikut :11. Penjualan borang dokumen tawaran berakhir pada 20 Mei 2015 (hari Rabu) jam 2.00 Petang. 12. Tawaran-tawaran yang diiklankan di atas boleh dilayari melalui laman web Jabatan Pertanian seperti berikut :http//www.agriculture.gov.bn

BIRO KAWALAN NARKOTIK JABATAN PERDANA MENTERI Bilangan Tawaran : (14) BKN(A)/PENT/69 PT.3 TAWARAN BAGI : “REPAIR AND REPAINTING TO 6 UNITS FLAT F2 AT PUSAT AL-ISLAH KUPANG NARCOTICS CONTROL BUREAU BRUNEI DARUSSALAM.” TAWARAN adalah dipelawa daripada pemborong-pemborong berdaftar dengan Kementerian Pembangunan kelas II & III untuk melaksanakan kerja kerja “REPAIR AND REPAINTING TO 6 UNIT FLAT F2 AT PUSAT AL-ISLAH KUPANG, NARCOTICS CONTROL BUREAU, BRUNEI DARUSSALAM.” Syarat-Syarat Tawaran : 1. Tawaran tersebut di atas hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Lembaga Tawaran Kecil, Jabatan Perdana Menteri tidak lewat jam 2.00 Petang pada hari Selasa, 20 Mei 2015. 2. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh tersebut di atas tidak akan dilayan. 3. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya akan menerima tawaran yang paling rendah. 4. Dokumen-dokumen terperinci tawaran bolehlah diperolehi setelah bayaran harga Dokumen Tawaran berjumlah BND30.00 (tidak dikembalikan) dibuat di Bahagian Pentadbiran, Tingkat 1, Biro Kawalan Narkotik, Jalan Tungku Gadong BE2110, Negara Brunei Darussalam pada setiap hari bekerja, iaitu hari Isnin hingga hari Khamis dari jam 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi dan 1.30 Petang hingga 3.00 Petang sahaja dan Sabtu dari jam 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi sahaja. 5. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan hendaklah disertakan bersama. 6. Tawaran hendaklah dihantar ke alamat tersebut di bawah dalam sampul surat yang tertutup ditulis bilangan dan nama tawaran berkenaan, tanpa menunjukkan identiti pemborong kepada : PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL JABATAN PERDANA MENTERI LEVEL 1, BANGUNAN JABATAN PERDANA MENTERI JALAN MENTERI BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.


IKLAN

HARI RABU 6 MEI 2015

JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI

PUSAT INOVASI INDUSTRI HALAL KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

PEMBERITAHUAN TAWARAN PUSAT INOVASI INDUSTRI HALAL KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil dan masukkan ke dalam Peti Lembaga Tawaran Kecil KPSU, Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Jalan Menteri Besar BB3910, Negara Brunei Darussalam tidak lewat dari jam 2.00 Petang, pada hari Selasa, 5 Mei 2015. KPSU/HIIC/TAW 0001/2015-2016 : PROPOSAL FOR NANNING ANALYSIS FOR ECONOMIC AND PLANNING KPSU/HIIC/TAW 0002/2015-2016 : PROPOSAL FOR A CONCEPTUAL MASTER PLAN IN NANNING 2. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 3. Tawaran-tawaran hendaklah dalam sampul surat yang bertutup dan pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis dengan bahagian / tajuk tawaran dan tarikh tutup sahaja tanpa menunjukkan identiti pembekal. 4. Satu contoh dokumen tawaran akan

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

BILANGAN TAWARAN : MOFAT/001/PENT/SKM/2015 Syarat-Syarat Tawaran :1. TAWARAN adalah dipelawa untuk “MEMBEKALKAN BAHAN BACAAN DAN SURAT KHABAR TEMPATAN DAN LUAR NEGERI UNTUK KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN” 2. Tawaran adalah untuk tempoh SATU (1) TAHUN mulai dari tarikh perjanjian pembekalan ditandatangani. 3. Salinan Sijil Pendaftaran Akta Nama-

Nama Perniagaan Bab 16 & 17 hendaklah disertakan. 4. Borang tawaran yang lengkap mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang tertutup rapi (sealed) dengan membubuh keterangan berikutnya :BILANGAN TAWARAN : MOFAT/001/PENT/SKM/2015 KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN “MEMBEKAL BAHAN BACAAN DAN SURAT KHABAR TEMPATAN DAN LUAR NEGERI”

JABATAN TENAGA JABATAN PERDANA MENTERI INVITATION FOR EXPRESSION OF INTEREST (EOI) FOR BRUNEI DARUSSALAM ENERGY INDUSTRY COMPETENCY FRAMEWORK (EICF) PHASE 2 TRAINING PROGRAMS THE Energy Industry Competency Framework (EICF) is developed by the Energy Department at the Prime Minister’s Office (EDPMO) through a collaboration with Institute Brunei Technical Education (IBTE), Land Transport Department (JPD) Ministry of Communications and the Oil and Gas Industry. The EICF aim to produce quality and competent local workforce to the Oil and Gas Industry, therefore it provides a direct link between the knowledge, skills and attributes required in the workplace and the content that is used to provide the formal qualifications that underpin occupations and workplace roles. The EICF through this EOI intend to invite proposal from registered organization or companies

17

dan tanpa menunjukkan sebarang nama atau tanda pengenalan syarikat dan ditujukan kepada :PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN JALAN SUBOK BANDAR SERI BEGAWAN BD2710 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 5. Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran (Tender Box) yang disediakan di Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Jalan Subok, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam tidak lewat hari Selasa, 19 Mei 2015 jam 2.00 Petang. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari

diperlihatkan dan pembayaran yuran boleh dibuat di Tingkat 4, Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Bangunan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Jalan Menteri Besar BB3910 Negara Brunei Darussalam. 5. Yuran Tawaran sebanyak BND30.00 wang tunai bagi satu tajuk tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap penender. 6. Dokumen dan borang Tawaran boleh diperolehi di Ibu Pejabat, Pusat Inovasi Industri Halal, Kampung Tungku dengan membawa dan melihatkan resit pembayaran yang telah pun di buat di Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama. 7. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan| Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk meneima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran. 8. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan hendaklah disertakan bersama. 9. Semua Penender dan / atau wakilnya hendaklah dimestikan hadir untuk mendengar sesi taklimat dan penerangan mengenai tawaran di atas pada 29 April 2015 (hari Rabu) jam 2.00 Petang Bilik Mesyuarat, Pusat Inovasi Industri Halal, Kampung Tungku, Gadong BE 2119. 10. Penjualan borang dokumen tawaran berakhir pada 5 Mei 2015 (hari Selasa) jam 2.00 Petang.

tarikh dan waktu yang ditetapkan, tidak akan dilayan. 6. Bayaran menyertai tawaran ini adalah sebanyak $10.00 dan tidak akan dikembalikan. 7. Borang tawaran dan keterangan lanjut mengenai tawaran ini bolehlah diperolehi di Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Jalan Subok, Negara Brunei Darussalam. 8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran. 9. Iklan-iklan dan syarat-syarat tawaran bolehlah dilayari melalui laman web : http://www.mofat.gov.bn

to provide for the EICF Phase 2 training programs below : 1. Industrial Blaster and Painter 2. Rig Crew 3. Professional Driver The application forms and further details can be obtained from our website at www.energy.gov.bn. Any enquires, we can be contacted at 2384488 ext. 1412. The expression of interest should reach us not later than 9 AM on Saturday, 9th May 2015 via email or hard copy to : eicf@energy.gov.bn, or EICF Secretariat Energy Department Prime Minister's Office Jalan Perdana Menteri Bandar Seri Begawan BB3913 Negara Brunei Darussalam (ATTN : Expression of Interest EICF Phase 2)


18

IKLAN

HARI RABU 6 MEI 2015

JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DIBUKAKAN PEMBORONGPEMBORONG YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DI DALAM KELAS III, IV & V DI BAWAH KATEGORI M01 SAHAJA TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN : 19 MEI 2015 (SELASA) TARIKH TUTUP PADA : HARI SELASA PADA : 2 JUN 2015 (SELASA), HINGGA JAM 2.00 PETANG BIL : JKR/DME/15/BPB/2015 TERM CONTRACT FOR AIR-CONDITIONING MAINTENANCE WORKS DOR GOVERNMENT BUILDING IN KUMPULAN 11B AT TUTONG DISTRICT FOR A PERIOD OF TWO (2) YEARS NO PROJEK : AM 013/15 JUMLAH YURAN TAWARAN : BND50.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) DIBUKAKAN PEMBORONGPEMBORONG YANG BERDAFTAR DI DALAM KELAS IV & V DI BAWAH KATEGORI : KA01 SAHAJA TARIKH MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN : 6 MEI 2015 TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN : TIDAK LEWAT DARI JAM 3.30 PETANG, HARI SELASA, 19 MEI 2015 TARIKH TUTUP TAWARAN : TIDAK LEWAT DARI JAM 2.00 PETANG, HARI SELASA, 26 MEI 2015 BIL : JKR/DOR/SRC 10/2015 NAMA PROJEK: PEMBINAAN JALAN PENGHUBUNG JERUDONG -TUNGKU FASA II -KERJA-KERJA PENSTABILAN CERUN DI KAWASAN JALAN PENGIRAN MUDA AL-MUHTADEE BILLAH JUMLAH YURAN TAWARAN :

$50.00( LIMA PULUH RINGGIT SAHAJA & TIDAK DIKEMBALIKAN) E-DOKUMEN : TIDAK ADA DIBUKAKAN PEMBORONGPEMBORONG YANG BERDAFTAR DI DALAM KELAS II & III DI BAWAH KATEGORI : KA01 SAHAJA TARIKH MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN :6 MEI 2015 TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN : TIDAK LEWAT DARI JAM 3.30 PETANG, HARI SELASA, 19 MEI 2015 TARIKH TUTUP TAWARAN : TIDAK LEWAT DARI JAM 2.00 PETANG, HARI SELASA, 26 MEI 2015 BIL : JKR/DOR/SRC 11/2015 NAMA PROJEK : PEMBINAAN JALAN PENGHUBUNG JERUDONG TUNGKU FASA II - PEMASANGAN PAVEMENT REFLECTIVE MAKER DAN KERJA-KERJA MISCELLANEOUS JUMLAH YURAN TAWARAN : $10.00( SEPULUH RINGGIT SAHAJA & TIDAK DIKEMBALIKAN) E-DOKUMEN : TIDAK ADA DIBUKAKAN PEMBORONGPEMBORONG YANG BERDAFTAR DI DALAM KELAS III & IV DI BAWAH KATEGORI : KA01 SAHAJA TARIKH MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN : 6 MEI 2015 TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN : TIDAK LEWAT DARI JAM 3.30 PETANG, HARI SELASA, 26 MEI 2015 TARIKH TUTUP TAWARAN :TIDAK LEWAT DARI JAM 2.00 PETANG, HARI SELASA, 2 JUN 2015 BIL : JKR/DOR/SRC 12/2015 NAMA PROJEK: MENAIKTARAF JALAN KELUAR MASUK BAGI SEKOLAH RENDAH SERASA

JABATAN AUDIT JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN AUDIT JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN TAWARAN : AUD/PKB/Q&T/2015/03 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa dari pemborong-pemborong yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan dalam Kelas II atau III, Kategori 2 dan / atau 4 (a) untuk : KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN TINGKAT 2 DAN TINGKAT 4, BLOK 'A' BANGUNAN BAHIRAH 2. Tawaran-tawaran hendaklah sampai kepada : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Jabatan Perdana Menteri Bandar Seri Begawan BA1311 Negara Brunei Darussalam. (Peti Tawaran Lembaga Tawaran Kecil Jabatan Perdana Menteri). tidak lewat dari hari Selasa, 19 Mei 2015, jam 2.00 Petang.

JUMLAH YURAN TAWARAN : $50.00 (LIMA PULUH RINGGIT SAHAJA & TIDAK DIKEMBALIKAN) E-DOKUMEN : TIDAK ADA DIBUKAKAN PEMBORONGPEMBORONG YANG BERDAFTAR DI DALAM KELAS IV & V DI BAWAH KATEGORI : KA01 SAHAJA TARIKH MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN : 6 MEI 2015 TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN : TIDAK LEWAT DARI JAM 3.30 PETANG, HARI SELASA, 26 MEI 2015 TARIKH TUTUP TAWARAN : TIDAK LEWAT DARI JAM 2.00 PETANG, HARI SELASA, 2 JUN 2015 BIL : JKR/DOR/SRC 13/2015 NAMA PROJEK: PEMBINAAN JALAN PENGHUBUNG DARIPADA JALAN PG MUDA AL-MUHTADEE BILLAH KE TG BUNUT / KATOK JUMLAH YURAN TAWARAN : $500.00 (LIMA RATUS RINGGIT SAHAJA & TIDAK DIKEMBALIKAN) E-DOKUMEN : TIDAK ADA DIBUKAKAN PEMBORONGPEMBORONG YANG BERDAFTAR DI DALAM KELAS III, IV & V DI BAWAH KATEGORI KA01 SAHAJA TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : 19 MEI 2015 (SELASA) TARIKH TUTUP PADA : HARI SELASA PADA : 2 JUN 2015 (SELASA), HINGGA JAM 2.00 PETANG BIL : JKR/DTS/11/BKT/2015-T/IV MENANGANI TANAH RUNTUH DEKAT JALAN PENGHUBUNG DIANTARA RADAR 'MSSR' DAN TRANSMITTER KM 19.5 JALAN LEBUH RAYA MUARA / TUTONG NO PROJEK : JKR/BKT/KB/BM1281 JUMLAH YURAN TAWARAN DAN

YURAN e-DOKUMEN : $50.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) Syarat-Syarat Tawaran : TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Tingkat Bawah, Kementerian Pembangunan, Berakas BB3510, Negara Brunei Darussalam (kecuali) lain daripada alamat yang dinyatakan dalam iklan atau dokumen tawaran. Tawaran-tawaran yang diterima lewat daripada tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan tajuk projek yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantar kepada alamat yang dinyatakan dalam dokumen tawaran. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah dilihat dan diperolehi dari Unit Pembahagian Dokumen, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Dokumen tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait (bilangan tawaran yang dimulai dengan huruf (“JKR/DBSKB ...”) bolehlah dilihat dan diperolehi dari Unit Kontrak, Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam. Yuran tawaran tidak akan dikembalikan kepada mana juga kontraktor sama ada berjaya atau tidak kecuali kerja-kerja yang ditawarkan dibatalkan. Sebelum dokumen-dokumen tawaran dikeluarkan, setiap pemborong dikehendaki membawa sijil pendaftaran kontraktor dan pembekal yang menunjukkan bahawa pemborong adalah yang berdaftar di Kementerian Pembangunan dalam kelas yang ditetapkan dan dikehendaki membayar yuran tawaran. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawarantawaran yang terendah atau lain-lain tawaran.

3. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan diterima dan dilayan. 4. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang bertutup rapi (sealed) dengan menyatakan tajuk dan bilangan tawaran yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantar kepada alamat di perenggan / paragraf 2 dengan menurut arahan yang dinyatakan dalam dokumen tawaran. 5. Dokumen tawaran serta keterangan lanjut boleh diperolehi dari Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Fasiliti Bangunan (PKB), Jabatan Audit di Tingkat 6, Blok B, Bangunan Bahirah, Jalan Menteri Besar, Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam pada waktu pejabat dibuka sehingga hari Isnin, 18 Mei 2015. 6. Yuran tawaran (tender fee) sebanyak BND50.00 tunai adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan. Pembayarannya hendaklah dibuat di Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Fasiliti Bangunan (PKB), Jabatan Audit di Tingkat 6, Blok B, Bangunan Bahirah dengan menghadapkan Sijil Pendaftaran Syarikat / Perniagaan dan Sijil (asal) Pendaftaran Pemborong yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan. 7. Dokumen tawaran akan diberikan hanya setelah pemborong mengemukakan resit bayaran yuran tawaran, Sijil Pendaftaran Syarikat, Sijil (asal) Pendaftaran di Kementerian Pembangunan dalam kelas dan kategori yang ditetapkan dan salinan sijil-sijil pendaftaran tersebut kepada Unit Kontrak Pembinaan, Jabatan Audit. 8. Tawaran yang dihadapkan mesti sah bagi tempoh sekurang-kurangnya 120 hari selepas tarikh tutup tawaran. 9. Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang mempunyai pengecualian tidak akan dilayan. 10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang terendah atau lain-lain tawaran.


IKLAN

HARI RABU 6 MEI 2015

19

JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dibuat dalam dua salinan dan dihantar dalam sampul surat tertutup. Pada bahagian atas sampul surat hendaklah ditulis Bilangan Tawaran serta tarikh tutup tawaran, iaitu tanpa menunjukkan identiti Pengirim. 3. Tawaran-tawaran hendaklah juga menyertakan salinan Pendaftaran Syarikat, Salinan Sijil Perniagaan (Business names of Enactment Section 16 & 17 atau List of Directors dan salinan Kad Pengenalan. 4. Surat tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN bertempat di Tingkat 3, Bangunan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana Menteri, Bandar Seri Begawan dan dialamatkan kepada :Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Tawaran dan Sebut Harga Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam. TAJUK : PERMOHONAN CADANGAN (REQUEST FOR PROPOSAL) TAWARAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN GERAI RIA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-69 TAHUN BAGI 2015 BILANGAN TAWARAN : JBBSB/SH/2015-2016/13/KBPH TARIKH TUTUP TAWARAN : KHAMIS, 21 MEI 2015 JAM 2.00 PETANG 5. Borang tawaran bolehlah didapati di Tingkat 1, Unit Pengurusan Aset, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana Menteri, Bandar Seri Begawan. 6. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh tutup tawaran yang disebutkan tidak akan dilayan. 7. Pihak Kerajaan Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk menerima tawaran yang lebih murah atau seumpamanya.

JABATAN PENERBANGAN AWAM KEMENTERIAN PERHUBUNGAN 1. TAWARAN adalah dibukakan kepada kontraktor yang berdaftar dalam Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam (Kelas I, II, III, IV, V & VI , Sijil Pendaftaran Section 16 & 17 atau Kategori Elektrikal (E01, M03, KP04, KA01). 2. Tawaran-tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup tanpa menunjukkan identiti atau logo perkhidmatan / pembekal / pemborong (sealed), ditulis dengan menyatakan tajuk projek yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantar kepada alamat yang dinyatakan dalam dokumen tawaran. Tajuk Tawaran 1 : “Supply and Deliver Road Line Paint� Bilangan Tawaran : AME/2014-2015/SH-18/S Tajuk Tawaran 2 : Pembinaan Pos Kawalan Bagi Stesen-Stesen Luar (Receiver dan Transmitter) Bilangan Tawaran : AME/2015-2016/SH-41/S Tajuk Tawaran 3 : Pembaikan Laluan Lobi di Operesen Blok

Bilangan Tawaran : AME/2015-2016/SH-42/S Tajuk Tawaran 4 : Kerja-kerja Pembaikan di Bahagian Pentadbiran di Tingkat 4, Operesen Blok Bilangan Tawaran : AME/2015-2016/SH-43/S Tajuk Tawaran 5 : General Services dan Pembaikan Kenderaan Bomba BG9078 (RIV.1) Bilangan Tawaran : AME/2015-2016/SH-15 Tajuk Tawaran 6 : Repairing Brake System and Electrical System for Fire Truck BG9071 (F.6) Bilangan Tawaran : AME/2015-2016/SH-16 Tajuk Tawaran 7 : Kontrek Bermusim bagi Kerja-Kerja Pembersihan Bangunan (Cleaning Services) bagi Bangunan Pentadbiran DCA bagi Tempoh 2 Tahun (24 Bulan) Jabatan Penerbangan Awam Bilangan Tawaran : AME/2015-2016/SH-18 Tajuk Tawaran 8 : Kerja-kerja Membekal dan Membuat

Pakaian Seragam bagi Kakitangan Bahagian Pengurusan dan Kejuruteraan Pemeliharaan Aset (AME) Bilangan Tawaran : AME/2015-2016/SH-19 Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran : Tidak lewat pukul 2.00 Petang, 19 Mei 2015 hari Selasa. Tarikh tutup tawaran pada : Hingga jam 2.00 Petang, 20 Mei 2015, hari Rabu. Kepada: Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga d/a Tingkat Bawah Bahagian Kewangan Ibu Pejabat Penerbangan Awam Jabatan Penerbangan Awam Kementerian Perhubungan Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-tawaran hendaklah sampai kepada Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga, Jabatan Penerbangan Awam, tidak lewat jam 2.00 Petang, pada hari Rabu, 20 Mei 2015. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Tawaran (retender), syarikat yang pernah membeli dokumen projek hendaklah membawa bersama pembayaran yuran tawaran telah dibuat dengan menunjukkan resit pembayaran yuran semasa waktu-waktu bekerja biasa. 5. Iklan tawaran bolehlah dilihat melalui lama web http:/www.civil-aviation.gov.bn

6. Kontraktor yang berminat untuk membuat tawaran dikehendaki memperolehi dokumendokumen dari Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Jabatan Penerbangan Awam, dengan membayar Yuran Dokumen sebanyak BND10.00 (Hardcopy) - tidak dikembalikan bagi setiap tawaran dan pembayaran tawaran diterima pada waktu berkerja seperti berikut : Hari Isnin hingga Khamis 8.30 Pagi - 12.00 Tengah Hari 1.45 Petang - 3.30 Petang Hari Sabtu Hari Sabtu : 8.30 Pagi - 12.00 Tengah Hari 1.45 Petang - 3.30 Petang 7. Yuran tawaran tidak akan dikembalikan kepada mana juga kontraktor sama ada berjaya atau tidak kecuali kerja-kerja yang ditawarkan dibatalkan. 8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran. 9. Sesi taklimat tawaran (briefing) atau / dan lawatan tapak (site visit) bagi tawaran akan diadakan seperti berikut : Pada : 13 dan 14 Mei 2015 (hari Rabu dan Khamis) Jam : 8.30 Pagi hingg 12.00 Tengah Hari dan 1.45 Petang hingga 3.30 Petang Tempat Berkumpul : Dewan Serbaguna, Bangunan Kejuruteraan dan Pemeliharaan Aset (AME), Jabatan Penerbangan Awam, Negara Brunei Darussalam.


20

IKLAN

HARI RABU 6 MEI 2015

JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN NOTIS JUALAN LELONG SECARA TERTUTUP PETI TAWARAN TERTUTUP TINGKAT 1, BLOK PENTADBIRAN BAHAGIAN MEKANIKAL & ELEKTRIKAL KAMPUNG SINARUBAI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TARIKH BERMULA : 18 MEI 2015 ISNIN 8.30 PAGI TARIKH TUTUP : 26 MEI 2015 SELASA 9.00 PAGI BERTEMPAT : BAHAGIAN MEKANIKAL SINARUBAI JABATAN KERJA RAYA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

JABATAN PENERBANGAN AWAM KEMENTERIAN PERHUBUNGAN Syarat-Syarat Tawaran : 1. TAWARAN adalah dipelawa untuk “The Supply, Delivery, Installation, Cabling, Testing and Commisioning of CCTV System at fault Control Room, ATSC Building, Department of Civil Aviation.” 2. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang bertutup tanpa menunjukkan identiti atau logo pembekal / pemborong, dengan ditulis dengan : “THE SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION, CABLING, TESTING AND COMMISIONING OF CCTV SYSTEM AT FAULT CONTROL ROOM, ATSC BUILDING, DEPARTMENT OF CIVIL AVIATION” Bilangan Sebut Harga : ATELS/2014/SH-04 Tarikh Tutup : 20 Mei 2015 (Hari Rabu) Kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga d/a Bangunan Terminal, Tingkat 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Jabatan Penerbangan Awam Kementerian Perhubungan Bandar Seri Begawan BB2513 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-tawaran hendaklah sampai kepada Jawatankuasa Sebut Harga tidak lewat jam 2.00 Petang hari Rabu, 20 Mei 2015. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Dokumen-dokumen bolehlah diperolehi dari Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Penerbangan Awam, Negara Brunei Darussalam iaitu semasa hari-hari bekerja (Isnin-Khamis dan Sabtu) dengan bayaran sebanyak BND5.00 (tidak dikembalikan). 5. Penerangan-penerangan yang lanjut bolehlah diperolehi dari Bahagian Perkhidmatan Telekom Penerbangan, Jabatan Penerbangan Awam, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Negara Brunei Darussalam. Telefon : 2330142 sambungan 1221 Faksimile : 2333666 6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran. 7. Iklan-iklan tawaran bolehlah dilihat melalui laman web http://www.civil-aviation.gov.bn

(Peti Tawaran Jawatankuasa Sebut Harga, Jabatan Audit) JABATAN AUDIT JABATAN PERDANA MENTERI SEBUT HARGA PERKHIDMATAN KANTIN BANGUNAN BAHIRAH JABATAN AUDIT JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN TAWARAN : AUD/UFB/Q&T/2015/05 KETERANGAN : GRASS CUTTING AND LANDSCAPE MAINTENANCE AT THE COMPOUND OF BANGUNAN BAHIRAH AND THE ADJACENT VACANT BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUTHARGA : BND5.00 TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 19 MEI 2015 (Tidak lewat jam 2.00 Petang) SYARAT-SYARAT IKLAN SEBUT HARGA 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa dari Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan dalam Kelas S atau Kelas I atau II dalam Kategori KPB12 atau S03 dan berkelayakan. 2. Tawaran-tawaran hendaklah sampai kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA SEBUT HARGA JABATAN AUDIT BANGUNAN BAHIRAH TINGKAT 6 JABATAN PERDANA MENTERI JALAN MENTERI BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

tidak lewat dari hari Selasa, 19 Mei 2015, jam 2.00 Petang. 3. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan diterima dan dilayan. 4. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang bertutup rapi (sealed) dengan menyatakan tajuk dan bilangan tawaran yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantar kepada alamat di perenggan / paragraf 2 dengan menurut arahan yang dinyatakan dalam dokumen tawaran. 5. Dokumen tawaran serta keterangan lanjut boleh diperolehi dari Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Fasiliti Bangunan (PKB), Jabatan Audit di Tingkat 6, Blok B, Bangunan Bahirah, Jalan Menteri Besar, Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam pada waktu pejabat. 6. Yuran tawaran (tender fee) sebanyak BND5.00 tunai adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan. Pembayarannya hendaklah dibuat di Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Fasiliti Bangunan (PKB), Jabatan Audit di Tingkat 6, Blok B, Bangunan Bahirah dengan menghadapkan salinan Sijil Pendaftaran Syarikat / Perniagaan, Sijil Pendaftaran Kementerian Pembangunan dan membawa chop syarikat rasmi. HARI DAN WAKTU PEMBAYARAN ISNIN HINGGA KHAMIS 8.30 PAGI HINGGA 11.30 PAGI 2.00 PETANG HINGGA 3.00 PETANG 7. Tawaran yang dihadapkan mestilah sah bagi tempoh sekurang-kurangnya 120 hari selepas tarikh tutup tawaran. 8. Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang mempunyai pengecualian tidak akan dilayan. 9. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang terendah atau lain-lain tawaran. 10. Setiap dokumen sebut harga yang diisi dan ditulis dengan tidak betul, tidak jelas dan tidak lengkap adalah dikira rosak dan ditolak.


NASIONAL

HARI RABU 6 MEI 2015

21

Terapkan aspek keislaman dalam ahli keluarga Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof semasa melancarkan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan Ke-4 bagi Zon 2 Daerah Brunei dan Muara.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 3 Mei. - Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof menyarankan agar kita sama-sama menerapkan aspek keagamaan ke arah keluarga yang harmoni. Semua ahli keluarga menyemai cara hidup yang berbentuk keislaman dan lebih menjurus kepada mempertingkatkan lagi kekukuhan dan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan mengerjakan segala kebajikan serta suruhan-Nya. Menyentuh mengenai permasalahan keluarga, Yang Berhormat seterusnya

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof ketika sama-sama melakukan aktiviti memanaskan badan selama 15 minit sebelum melancarkan Hari Keluarga Kebangsaan Ke-4 bagi Zon 2 Daerah Brunei dan Muara bertempat di Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan.

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof bersama para jemaah masjid menunaikan Sembahyang Subuh di Masjid Omar 'Ali Saifuddien Bandar Seri Begawan.

berkata "Masalah yang perlu kita tangani ialah untuk kita mengenal pasti apa masalah itu sebenarnya dan cara kita membawa ahli keluarga atau masyarakat itu ke jalan yang baik dan diredai oleh Allah." Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) 2015 bagi Zon 2 Daerah Brunei dan Muara diadakan di Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan, dengan dimulai dengan senamrobik yang turut disertai oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan isteri. Terdahulu sebelum itu, Yang Berhormat turut mengerjakan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah di Masjid Omar 'Ali Saifuddien yang diimamkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kuncang. Kemudian diikuti dengan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Penceramah Tetap Pusat Da'wah Islamiah, Awang Haji Badaruddin bin Haji Besar antara lain menjelaskan ciri-ciri ke arah membentuk keluarga bahagia

Dalam ceramahnya, Awang Haji Badaruddin antara lain menjelaskan tentang kita selaku umat Islam seharusnya mengamalkan cara hidup yang dianjurkan oleh agama Islam seperti sembahyang berjemaah, makan secara berjemaah serta membudayakan membaca Al-Qur'an dan ilmu-ilmu agama serta tazkirah antara satu dengan yang lain. Sambutan HKK 2015 pada tanggal 3 Mei ini bertemakan 'Keluarga Berwawasan' berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan daripada para pengunjung dan sekali gus dapat meluangkan masa bersama keluarga di hujung minggu secara tidak langsung mempereratkan lagi tali kekeluargaan dalam kalangan ahli. Pada HKK kali keempat ini, sembilan buah mukim menyertai petak jualan, di samping mengetengahkan Satu Kampung Satu Produk mereka, selain daripada penyertaan persendirian dan syarikat lain. Acara juga dimeriahkan dengan permainan-permainan, sukan pesta ria dan pelbagai aktiviti lain.

Acara keagamaan, kemasyarakatan, kesukanan, pendidikan meriahkan HKK

MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar ketika melancarkan sambutan Hari Keluarga Kebangsaan bagi Daerah Temburong.

Bangar yang juga disertai oleh isteri Yang Berhormat Menteri Perhubungan. Juga hadir dan seterusnya menyertai acara-acara semasa sambutan tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos;

Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad. Antara acara yang disusun pada sambutan tersebut termasuklah sukan keluarga dan acara berunsurkan kekeluargaan yang dikendalikan oleh beberapa agensi kerajaan serta Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di

daerah ini yang dibahagikan kepada empat kategori, iaitu acara Keagamaan, Kemasyarakatan, Kesukanan dan Pendidikan. Pameran dan jualan juga diadakan semasa sambutan ini yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta yang berkepentingan seperti Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pusat Sejarah serta BIBD.

Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim TEMBURONG, Ahad, 3 Mei. Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) 2015 di daerah ini disambut meriah dengan penyertaan setiap ahli keluarga dalam pelbagai acara yang disusun semasa sambutan diadakan. Bagi daerah ini, pelancaran sambutan HKK disempurnakan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, berlangsung di kawasan Dermaga, Pekan Bangar, di sini.

Kehadiran Yang Berhormat dimulai dengan acara berbasikal dari jeti Jabatan Daerah Temburong menuju ke kawasan Dermaga Pekan Bangar. Sejurus selepas majlis pelancaran, acara diteruskan dengan sesi senamrobik beramai-ramai sebelum acara basikalton bagi lelaki sejauh 1.7 kilometer bermula dari kawasan Dermaga menuju ke Kampung Sungai Tanit dan kembali semula ke kawasan Dermaga. Manakala bagi perempuan pula menyertai walkaton berjalan kaki (walkaton) mengelilingi Pekan

SESI senamrobik sebelum memulakan acara basikalton (bagi lelaki) dan walkaton (bagi perempuan).


22

NASIONAL

HARI RABU 6 MEI 2015

Bengkel Tarannum Al-Qur'an teliti bacaan secara terperinci Oleh : Khartini Hamir Foto : Mohd Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 April. - Bengkel Tarannum Al-Qur'an anjuran Bahagian Kemajuan Syiar Islam adalah platform bagi para qari dan qariah negara untuk berlatih secara one to one agar setiap peserta dapat meneliti bacaan mereka secara terperinci. Sehubungan itu, Majlis Ramah Mesra Bengkel Tarannum Al-Qur'an dan Multaqa Hakim sempena Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1436H / 2015M yang telah diadakan selama 11 hari bermula 13-24 April yang lalu, berlangsung di Hotel Centrepoint, Gadong. Majlis dihadiri oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yussof selaku tetamu

kehormat. Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Awang Haji Idris bin Haji Aji, selaku Ketua Urusetia Bengkel Tahsin Al-Qur'an dan Multaqa Hakim dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan bahawa bengkel tersebut telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu satu sesi pembentangan kertas kerja yang dihadiri oleh seramai 70 orang individu yang terlibat dalam bidang Al-Qur'an dan sesi yang lain adalah simposium yang disertai oleh seramai 25 individu di dalam bidang penghakiman. Manakala kertas kerja yang dibentangkan adalah untuk berkongsi pengalaman mengenai format pengendalian musabaqah di negara-negara di Asia, Asia Barat, dan Timur Tengah, di samping memberikan panduan tentang penjagaan suara dan menerangkan

etika pembacaan Al-Qur'an. Adapun sesi simposium pula tambahnya, dihasratkan untuk menghalusi dan memantapkan lagi sudut-sudut penghakiman dengan mengambil kira amalan penghakiman di negara-negara yang menganjurkan musabaqah. Majlis diselajurkan dengan majlis penyampaian sijil kepada seramai 12 peserta yang akan memperdengarkan bacaan Al-Qur'an di Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan nanti. Bengkel Tarannum Al-Qur'an telah dibimbing oleh dua pakar dari luar negara, iaitu Ustaz Che Yahaya bin Che Daud dari Malaysia bersama Ustaz Dasrizal Marah Nainan dari Republik Indonesia, sementara pembentangan kertas kerja di dalam Multaqa Hakim telah disampaikan oleh Dr. Sameh Ahmad Athamneh dari negara Jordan. Adalah diharapkan usaha seumpama ini akan dapat menjadi benteng

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yussof menyampaikan sijil kepada pembentang kertas kerja di dalam Multaqa Hakim, Dr. Sameh Ahmad Athamneh dari Jordan.

kekuatan iman dan akidah Islam dalam usaha memperkasa, memperteguh dan menyatukan generasi bangsa agar benar-benar memahami ajaran

Al-Qur'an dan menghayatinya selaras dengan tema musabaqah pada tahun ini, iaitu 'Membina Generasi Al-Qur'an'.

Tingkatkan kesedaran tangani kejadian bencana Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali JERUDONG, Rabu, 22 April. Program Pengurusan Risiko Bencana di peringkat masyarakat merupakan salah satu usaha berterusan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi mempertingkatkan kesedaran, pengetahuan, kemahiran dalam mengurus dan menangani kejadian bencana dan mengenal pasti risiko dan tempat-tempat yang mempunyai potensi bagi terjadinya bencana. Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abd. Karim berkata demikian pada majlis perasmian Program Pengurusan Risiko Bencana bagi pendudukpenduduk Mukim Sengkurong di

HALUAN Dari muka 2 Untuk semua kejayaan ini, saya sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada sekolah-sekolah yang berkenaan dan berharap akan berterusan dengan inisiatif dan amalan yang terbaik ini. Kejayaan juga ini diharap akan menjadi inspirasi dan pendorong kepada lain-lain sekolah dan institusi pengajian untuk bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti penjagaan alam sekitar dan penjimatan sumber tenaga. Sekolah-sekolah dan institusi pengajian mesti berusaha bagi mendapatkan pengiktirafan kerana menyertai aktiviti ini bukan sekadar untuk mendapatkan kemenangan, tetapi yang penting ialah pengajaran yang diperolehi dari penyertaan ini. Oleh kerana itu, sesebuah sekolah dan institusi pengajian memerlukan pelaksanaan perancangan dan program dan aktiviti yang berterusan, serta perlu membuat sukat-sukat bagi menunjukkan kesan positif terhadap sikap masyarakat sekolah khususnya kepada pelajar. Di kesempatan ini, saya berseru supaya pemimpin-pemimpin sekolah

Dewan Kemasyarakatan, Mukim Sengkurong, Jalan Jerudong, di sini. Katanya, perlu diingat program yang diungkayahkan ini bukanlah bertujuan bagi penduduk-penduduk mukim melaksanakan kerja-kerja pengurusan bencana secara langsung, tetapi adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan terutama selaku mata dan telinga dalam memberikan kerjasama kepada petugas-petugas khas atau agensi-agensi yang berkaitan dengan pengurusan bencana dalam sama-sama menangani apa jua kejadian bencana di peringkat mukim dan kampung dengan berkesan. Jelasnya, pengurusan semasa atau tindakan awal serta kesedaran penduduk sudah setentunya akan

PEMANGKU Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abd. Karim (dua dari kanan) ketika hadir pada pembukaan Program Pengurusan Risiko Bencana (atas), sementara gambar bawah, sebahagian peserta yang hadir pada majlis tersebut.

dapat mencegah bencana daripada berlaku selain menjadikan pengurusan berkesan dan lancar semasa kejadian bencana. Dalam hubungan itu, beliau berharap para peserta yang mengikuti program tersebut agar menumpukan sepenuh perhatian dan mengambil kesempatan dalam memberi buah fikiran di dalam perbincangan yang membina agar beroleh kemanfaatan. Program selama dua hari yang melibatkan lebih 200 orang penduduk ini merupakan salah satu daripada usaha-usaha berterusan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) ke arah mewujudkan kesedaran dan meningkatkan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Selain mendengarkan taklimat, para peserta turut didedahkan dan diajar secara teori dan praktikal tentang modul-modul keselamatan dan pertolongan cemas. Program yang dikendalikan bersama NDMC dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara ini turut melibatkan Jabatan Bomba dan

Penyelamat dan Pusat Resusitasi Kebangsaan (NRC). Program yang telah berjalan di keempat-empat daerah ini akan diteruskan lagi ke mukim-mukim yang lain dengan mengambil kira kawasan-kawasan yang terdedah kepada risiko bencana.

Praktikkan amalan hijau dan penjimatan sumber tenaga bersama seluruh warga sekolah untuk lebih tabah dan kreatif dalam melaksanakan apa jua aktiviti inisiatif hijau, bukannya sekadar untuk bertanding, tetapi menjadikannya sebahagian daripada amalan terbaik (best practices) seharian dalam kehidupan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Ia amatlah dituntut dalam Islam supaya kita sentiasa bersikap memelihara alam sekitar. Sebagaimana maksud ayat 55 dari Surah al-A'raaf : ''Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah diciptakan dengan baik." Dengan demikian, saya menyeru supaya lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan menyertai program-program yang berunsurkan pendidikan pembangunan mampan sama ada di peringkat nasional ataupun antarabangsa demi untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran untuk memelihara dan melindungi alam sekitar. Penyertaan para pelajar dalam aktiviti seumpama ini juga akan membawa perubahan sikap warga sekolah yang memberikan impak yang baik kepada keluarga masing-masing dan seterusnya membawa kebaikan kepada

negara. Bagi pihak Kementerian Pendidikan saya sukacita merakamkan ucapan terima kasih semua pihak yang menjadi rakan kongsi kepada Pusat STEP dengan memberikan tajaan berupa kewangan kepada projek-projek inisiatif hijau terutama kepada Syarikat Brunei Methanol Sdn. Bhd., yang mana sebahagian dari sumbangan kewangan tajaan ini akan diagih-agihkan kepada sekolah-sekolah yang berpotensi untuk melaksanakan Program Green-School. Ini merupakan satu insentif kepada sekolah berkenaan supaya lebih giat menjalankan program atau aktiviti berkaitan dan insyaaAllah pemberian insentif seumpama ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada sekolah-sekolah dan pelajar-pelajar menyertai program tersebut. Kepada sekolah-sekolah yang akan menerima hadiah kerana berjaya dalam pertandingan penjimatan penggunaan tenaga letrik diucapkan setinggi tahniah. Kita juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Syarikat CIC Environmental Services Sdn. Bhd.

kerana memberikan tajaan dan bekerjasama kepada Pusat STEP menganjurkan Pertandingan Menjimatkan Penggunaan Tenaga Elektrik. Ini adalah bertepatan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Sidang Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 23 September 2014, di New York dalam mana Negara Brunei Darussalam telah menyasarkan pengurangan 63 peratus dalam penggunaan jumlah tenaga pada tahun 2035. Sementara itu, dalam titah baginda sempena Tahun Baru 2012, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menegaskan bahawa penjimatan tenaga elektrik akan secara langsung mengurangkan penggunaan minyak dan gas tempatan, ini akan memberikan impak yang baik bagi membolehkan negara mengeksport lebih banyak minyak dan gas dan industri hiliran bagi tenaga dapat meningkatkan lagi pendapatan negara dan juga peluang pekerjaan.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin berseru supaya agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan komuniti perlu berganding bahu dalam sama-sama mendukung dan menangani isu-isu alam sekitar dan usaha-usaha penjimatan tenaga elektrik melalui penggunaan sumber-sumber asli demi untuk mengukuhkan masa depan negara yang mampan untuk keselesaan generasi yang akan datang. Akhirnya, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Pusat STEP dan seluruh ahli jawatankuasa di atas kerjasama dan inisiatif mereka untuk menjayakan Projek The Green-School Initiative in Brunei Darussalam dan Projek Pertandingan Penjimatan Tenaga Elektrik. Adalah diharapkan agar penganjuran projek-projek seumpama ini akan dipertingkatkan dan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi sama-sama melestarikan pendidikan pembangunan mampan di Negara Brunei Darussalam. Sekian terima kasih. Wabillahit Taufeq Walhidayah Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarkatu.


NASIONAL

HARI RABU 6 MEI 2015

23

Permintaan kualiti penjagaan kesihatan meningkat Oleh : Nur Faizzah Nawang Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 April. - Ahli-ahli profesional penjagaan kesihatan secara berterusan mengalami pelbagai cabaran yang semakin meningkat di mana permintaan untuk kualiti semakin jelas seiring dengan harapan orang ramai tentang perkhidmatan penjagaan kesihatan yang disediakan. Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil berkata, kualiti penjagaan di bidang kesihatan termasuk ciri-ciri seperti kecekapan, keberkesanan, ekuiti, akses, komprehensif, penerimaan, ketepatan masa, kesesuaian, kesinambungan, privasi dan kerahsiaan serta sifat-sifat lain, iaitu penyediaan pendidikan kepada pesakit dan keluarga, termasuk mereka dalam membuat keputusan, memastikan keselamatan dan sokongan dalam persekitaran penjagaan, mengurangkan mortaliti dan morbiditi, meningkatkan kualiti hidup dan taraf kerja pesakit. ''Adalah diharapkan dengan adanya

Bengkel Kualiti Penjagaan Kesihatan ini, kita sebagai penyedia penjagaan kesihatan dapat menyampaikan kualiti secara berterusan sebagai sebahagian daripada amalan penjagaan seharian,'' jelasnya semasa berucap selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Sijil bagi Bengkel Kualiti Penjagaan Kesihatan 2015 yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, di sini. Datin Paduka Dr. Hajah Norlila menambah, satu lagi aspek asas kualiti adalah keselamatan pesakit yang mana ia merupakan prinsip teras penjagaan kesihatan kerana setiap titik dalam proses penjagaan pemberian mengandungi tahap tertentu. ''Adalah diharapkan semua pengetahuan, konsep yang diajar dan pengalaman di bengkel ini dikongsi bersama oleh semua peserta termasuk dari sektor kesihatan yang lain di Negara Brunei Darussalam supaya ia boleh digunakan dan dilaksanakan dengan sewajarnya dalam persekitaran penjagaan kesihatan kita,'' tambahnya. Antara objektif bengkel selama dua

Pegawai penyelaras dukung perkembangan latihan Oleh : Aimi Sani Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi

PENGARAH Institut Perkhidmatan Awam (IPA), Dayang Hajah Norezan binti Haji Hambali semasa berucap pada pembukaan Sesi Teh Tarik.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 April. - Seramai 176 orang Penyelaras Latihan (Training Coordinators - TC) daripada pelbagai kementerian dan jabatanjabatan kerajaan menghadiri Sesi Teh Tarik (World CafĂŠ) anjuran Institut Perkhidmatan Awam (IPA), bertempat di Hotel Orchid Garden, Anggerek Desa, di sini. Sesi pembukaan disampaikan oleh Pengarah IPA, Dayang Hajah Norezan binti Haji Hambali bersama para pegawai kanan IPA.

Antara perkara yang difokuskan semasa sesi berkenaan adalah kepentingan peranan pegawai penyelaras sebagai 'HR Ambassador' di dalam memperkenalkan dan menyelaras keperluan latihan untuk organisasi mereka. Turut ditekankan pada sesi berkenaan ialah mengenai kepentingan penglibatan penyelaras latihan dalam mendukung keperluan perkembangan latihan rakan sekerja mereka. Semasa sesi berkenaan dijalankan, para peserta juga akan turut terlibat di dalam aktivitiaktiviti pembelajaran dan juga sesi interaksi di antara peserta dengan pegawai-pegawai latihan IPA bagi mendapatkan maklum balas untuk tujuan memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan latihan IPA. Sesi tersebut berakhir dengan penyerahan simbolik Direktori Latihan kepada penyelaraspenyelaras latihan.

PARA penyelaras latihan dari pelbagai kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan semasa menghadiri Sesi Teh Tarik anjuran IPA.

hari yang bermula 29 hingga 30 April itu ialah untuk berkongsi proses yang terlibat dalam peningkatan kualiti dan keselamatan pesakit serta memupuk budaya peningkatan kualiti dalam memberikan penjagaan kesihatan. Selain itu, bengkel tersebut juga dihasratkan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan penjagaan pesakit, di samping menggalakkan perkongsian pengetahuan dan kerjasama antara ahli profesional penjagaan kesihatan serta menyumbang kepada rancangan masa depan bagi aktiviti peningkatan kualiti. Bengkel dikendalikan oleh tiga orang konsultan undangan dari Republik Singapura terdiri dari Pengarah Kawalan Jangkitan, Hospital Besar Singapura, Dr. Ling Moi Lin, selaku Presiden Persatuan Kualiti Kesihatan Singapura dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Perubatan (Urus Tadbir Klinikal) Jabatan dan Pakar Kanan, Kualiti dan Akreditasi, Hospital Universiti Nasional, Singapura, Dr. Sandhya Mujumdar. Turut dijemput ialah Pakar

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil semasa hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

Perunding, Jabatan Neonatologi, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Pediatrik, Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, Universiti Kebangsaan Singapura dan Sekolah Perubatan DUKE-NUS siswazah, Singapura iaitu Dr. Alvin Chang. Bengkel dihadiri oleh 40 peserta terdiri daripada profesional kesihatan termasuk para doktor dan jururawat, profesional kesihatan bersekutu, pentadbir kesihatan daripada Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Jabatan

Perkhidmatan Alam Sekitar, Perkhidmatan Saintifik, Jabatan Perkhidmatan Perubatan, Jabatan Dasar dan Perancangan, hospital dan klinik swasta, pegawai perubatan dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan juga dari Pusat Kesihatan Penaga. Melalui bengkel berkenaan, para peserta bengkel dapat meningkatkan kualiti dan keselamatan pesakit bagi memberikan perkhidmatan dan penjagaan kesihatan yang berkualiti.

Pengurusan HSE penting untuk pekerja TUNGKU, Isnin 27 April. - Seramai 100 orang peserta terdiri daripada Syarikat Minyak dan Gas, Penggerudi, Pembekal Perkhidmatan, Kontraktor Utama, Syarikat Latihan dan Perundingan, kementeriankementerian dan institusi pengajian tinggi menghadiri Forum Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Antarabangsa (HSE) Kali Pertama yang dianjurkan oleh Institut Teknologi Brunei (ITB) dengan kerjasama Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di ITB di sini ialah Setiausaha Tetap (Hiliran dan Tenaga) di JPM, Dato Paduka Awang Haji Jamain bin Haji Julaihi, selaku wakil kepada Menteri Tenaga di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar. Terdahulu, Naib Canselor ITB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah bin Haji Sulaiman dalam ucapannya berkata, isu pengurusan HSE dan tempat kerja adalah penting untuk pekerja, pertubuhan-pertubuhan dan alam sekitar itu sendiri. Menurutnya, majikan terutama dalam industri minyak dan gas dapat mengenal pasti, menilai dan menyampaikan maklumat tentang tempat kerja dan keadaan persekitaran yang mungkin mempunyai kesan buruk ke atas kesihatan manusia. ''Sebagai Universiti Kejuruteraan dan Teknologi, nilai keselamatan adalah sentiasa penting kepada kami. Kita faham bahawa mereka memerlukan orang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk merancang dan melaksanakan strategi untuk mengawal dan menguruskan masalah yang mungkin berlaku dan mendorong perubahan tingkah laku proaktif,'' jelasnya. Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah percaya, tema forum iaitu 'Penglibatan, Komunikasi dan Menyampaikan' adalah satu kenyataan yang sesuai dan hala tuju bagi mencapai matlamat forum. Kepentingan pemain utama pada HSE dalam berkomunikasi antara satu sama lain mengenai topik-topik mengenainya memberi kesan kepada industri, mengenal pasti jurang, berkongsi pengalaman dan membuat kesimpulan dengan menyerahkan

SETIAUSAHA Tetap (Hiliran dan Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato Paduka Awang Haji Jamain bin Haji Julaihi, selaku wakil kepada Menteri Tenaga di JPM hadir selaku tetamu kehormat pada forum berkenaan.

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali cadangan penyelesaian berpotensi dan pelan tindakan untuk penambahbaikan di Negara Brunei Darussalam. Majlis diteruskan dengan ucapan ucaptama daripada tiga ahli panel undangan. Ucaptama pertama bertajuk 'Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar' disampaikan oleh Ketua Kesihatan, Keselamatan Alam Sekitar, Jabatan Tenaga di Pejabat Perdana Menteri, Tuan Steve England. Dalam ucapan pengenalannya Tuan Steve menyentuh mengenai latar belakang pelan hala tuju Keselamatan dan Kesihatan Perundangan untuk Brunei yang bermula dengan penubuhan 'Keselamatan Tempat Kerja dan Kesihatan 2009' yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2013 diikuti dengan pengenalan 'Peraturan-Peraturan Kawalan Kemalangan Bahaya Utama' dan enam sokongan peraturan pada 2014. Beliau juga berkongsi statistik terkini mengenai insiden yang dilaporkan, kes-kes keselamatan, pemeriksaan dan tindakan rasmi yang telah direkodkan dari tahun 2013 2015 bagi industri minyak dan gas di Negara Brunei Darussalam. Pembentangan ucaptama kedua disampaikan oleh Pengarah Dasar, Maklumat dan Perkhidmatan Korporat di Kementerian Tenaga Manusia, Republik Singapura, Encik

Mohammad Ismadi. Pengarah Program Pasca Siswazah dalam Pekerjaan Kesihatan dan Pengurusan Keselamatan, Loughborough University, United Kingdom, Dr. David Wenham dalam ucaptama, bertajuk 'Membangunkan Keupayaan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar' dalam minyak dan Industri Gas di Negara Brunei Darussalam beliau menerangkan mengenai inisiatif semasa dalam pembangunan rangka kerja kecekapan, peluang kerjasama dengan Loughborough dan ciri-ciri Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar organisasi berprestasi tinggi. Forum HSE pertama ini memberi tumpuan kepada 'Membangunkan keupayaan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar dalam industri Minyak dan Gas di Brunei'. Objektif forum adalah untuk mengenal pasti cabaran semasa, isu-isu dan halangan dalam membangunkan dan meningkatkan kecekapan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar di Brunei Darussalam, mendapatkan idea tentang bagaimana untuk membangunkan strategi ke arah menjadikan Brunei Darussalam sebagai pusat kecemerlangan dalam Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar, di samping membangunkan rangkaian bagi kakitangan HSE dalam dan luar negara.


24

HARI RABU 6 MEI 2015

PSKK 2015 tawar 239 pingat Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 2 Mei. - Pesta Sukan Kementerian-Kementerian (PSKK) 2015 menyingkap tirainya dengan mempertandingkan lima acara terdiri

MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar hadir merasmikan PSKK 2015 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

MIB penawar masalah sosial Dari muka 1 Dalam pembentangan kertas kerja perdana bertajuk ‘Nilai MIB Asas Integrasi Dalam Menangani Persoalan Narapidana dan Rehabilitasi’ oleh Ahli Urusetia Majlis Tertinggi MIB, Profesor Madya Dr. Awang Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid antara lain menekankan pentingnya masyarakat juga memeduli kesejahteraan bekas-bekas penghuni yang kembali ke pangkuan masyarakat berasaskan konsep MIB kerana peranan konsep berkenaan adalah sebagai penawar kepada kemaslahatan masyarakat atau masalah sosial. Seminar dua hari itu disasarkan kepada agensi-agensi dalam kerajaan, masyarakat, sektor swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkenan dan berkepentingan dengan berasaskan konsep MIB mengenai tanggungjawab agensi-agensi yang memberikan pemulihan dan seliaan khususnya dalam konteks kepenjaraan yang berperanan dan bertanggungjawab dalam menyediakan program-program pemulihan dan seliaan yang boleh menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat umum secara amnya. Seminar tersebut dianjurkan oleh Majlis Tertinggi MIB dan kelolaan Jabatan Penjara.

YANG Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah semasa merasmikan Pesta Sukan Kementerian-Kementerian (PSKK) 2015.

daripada bola jaring, futsal, olahraga, petanque dan tarik kalat. Sebanyak 239 pingat keseluruhan dipertaruhkan pada temasya lapan hari itu dengan merebut 74 pingat emas, 74 perak dan 91 gangsa. Kira-kira 1,520 pegawai dan kakitangan kerajaan sebagai atlet, jurulatih dan pegawai teknikal menyertai temasya tersebut. Perasmian PSKK 2015 disempurnakan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini. Juga hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah dan Timbalannya, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman, Setiausaha-Setiausaha Tetap,

ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan Yang Dipertua Persatuan-Persatuan Sukan. Majlis pembukaan dimulai dengan perbarisan lalu oleh kesemua kontinjen yang terdiri daripada 12 buah kementerian yang didahului oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM). Menteri Perhubungan kemudiannya diperkenalkan kepada ketua-ketua kontinjen dan disusuli dengan ikrar sukan yang diketuai oleh WPC 5905 Dayang Siti Fatimah binti Yussof, atlet kontinjen JPM. Perlawanan futsal membuka tirai kejohanan dengan menyaksikan kemenangan pasukan Kementerian Kesihatan ke atas pasukan Kementerian Perhubungan dengan jaringan 3 - 0. PSKK merupakan anjuran JBS, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama PersatuanPersatuan Sukan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. PSKK dihasrat untuk membentuk kesedaran diri para pegawai dan kakitangan kerajaan supaya sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan cergas serta dapat menjalin semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan.

Tokoh Brunei diundang bentang kertas kerja

MUFTI Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned bersama Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman; Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin dan rombongan berlepas ke Negeri Johor, Malaysia bagi menyampaikan Kertas Perdana pada Majlis Perasmian Seminar Bicara Tokoh Antarabangsa Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Ismail bin Haji Omar Abdul Aziz. PEGUAM Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Pembukaan Rasmi Seminar Pemulihan dan Seliaan anjuran Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dan kelolaan Jabatan Penjara. Hadir sama ialah Pemangku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yusof. - Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor.

Penjagaan kesihatan warga emas ditingkatkan Dari muka 1 Penjagaan pesakit-pesakit yang kompleks, tambahnya, boleh ditakrifkan sebagai keupayaan untuk hidup dan berfungsi secara berkesan dalam masyarakat secara berdikari pada tahap maksima yang mampu dilaksanakan, tetapi tidak semestinya bebas dari sebarang penyakit. Yang Berhormat percaya pihak PACS berupaya menggalakkan kesihatan yang baik bagi pesakit-pesakit dan menjadi tindakan yang strategik dalam menangani penumpuan semata-mata menggunakan rawatan perubatan di hospital dan sekali gus mengurangkan tempoh menjalani rawatan sebagai in-patient di hospital di mana pesakit-pesakit boleh meneruskan rawatan dan rehabilitasi di rumah ataupun di pusat ini. Yang Berhormat juga menyarankan agar pihak PACS akan terus melipatgandakan usaha dalam memberikan taklimat, bimbingan program latihan khusus untuk penjaga atau ahli keluarga pesakit, termasuklah khidmat rawatan dan penjagaan pesakit yang berkeadaan kompleks di rumah dan juga bagi mereka yang menerima rawatan di pusat ini.

Oleh : Aimi Sani Foto : Hamzah Mohiddin BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 Mei. - Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, berlepas ke Negeri Johor, Malaysia bagi menyampaikan Kertas Perdana pada Majlis Perasmian Seminar Bicara Tokoh Antarabangsa Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Ismail bin Haji Omar Abdul Aziz. Seminar tersebut akan diadakan selama dua hari bermula 17 Rejab 1436 Hijrah bersamaan 6 Mei 2015 Masihi, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (PERSADA), Johor Bahru, Malaysia. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman; Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin; Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr. Norarfan bin Haji Zainal dan Ketua Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Kerajaan (JMK), Dr. Haji Japar bin Haji Maidin juga antara yang akan membentangkan kertas kerja pada seminar itu. Di samping seminar tersebut, Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersama Yayasan Warisan Johor, Pameran Tokoh Ulama Nusantara Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Ismail bin Haji Omar Abdul Aziz juga akan mengadakan pameran bagi memberi peluang kepada rakyat Negeri Johor khasnya dan orang ramai amnya

untuk mengenali lebih dekat tokoh berkenaan. Pameran akan berlangsung selama lima hari bermula 6 Mei 2015 bertempat di PERSADA, Johor Bahru, Malaysia dan kemudian akan berpindah ke Muzium Tokoh Johor selama empat bulan. Seminar dan pameran berkenaan merupakan anjuran bersama Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim sempena Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim dan akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim sendiri. Seminar dihasratkan untuk meningkatkan hubungan rapat antara dua kesultanan dan negeri yang sudah terjalin sejak sekian lama di dalam sejarah, selain untuk menyelusuri jiwa keilmuan dan sumbangan/khidmat ummah tokoh berkenaan kepada negara, bangsa dan Islam untuk diabadikan sebagai inspirasi kepada generasi akan datang. Di samping itu, ianya juga dihasratkan untuk melahirkan aspirasi perlunya ada usaha serius mengumpul, mengembang (menyelidik) dan menyebarkan ilmu serta maklumat mengenai tokoh ulama Nusantara kontemporari terutama di dua kesultanan yang berjasa besar kepada perkembangan Islam dan kemajuan umatnya. Yang Berhormat juga disertai oleh dua orang pegawai dari JMK iaitu Ketua Teknik Penerbitan dan Penerangan, Awang Osman bin Abu Bakar dan Ulama Tarbiah Fatwa, Awang Haji Jakaria bin Haji Itam.

KELUARGA BERWAWASAN WUJUDKAN MASYARAKAT BERKUALITI


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.