Pelita Brunei - Rabu 9 Nov 2016

Page 1

''TEMA sambutan : 'Belia Berwawasan Pemangkin Transformasi' adalah membawa seribu harapan. Para belia patut menyambutnya sebagai cabaran. Kerana transformasi di sini bermaksud satu cetusan perubahan yang dinanti-nantikan. Ia tidak menunggu lama-lama melainkan terbuka untuk semua, terutama bagi para belia selaku agen kepada perubahan itu.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-11 Tahun 2016.

''DAN janglah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semuanya akan dipertanggungjawabkan mengenainya.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Israa', ayat 36).

4.36

TAHUN 61 / BILANGAN 135

4.46

6.07

9 NOVEMBER 2016 / 1438

6.30

12.05

9

3.26

6.02

7.13

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Ceburi bidang keusahawanan Oleh : Aimi Sani BERAKAS, Isnin, 7 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB) bertitah menyeru supaya UTB akan sentiasa melipatgandakan lagi usaha memperkenalkan program-program lain yang relevan dan yang dapat memacu perkembangan ekonomi negara. ''Alhamdulillah, setakat ini beta ada mendengar bahawa para graduan yang dilahirkan oleh UTB adalah mampu untuk memenuhi kehendak pasaran pekerjaan dengan baik. Namun di dalam masa yang sama, penglibatan mereka di bidang keusahawanan masih lagi di tahap yang rendah.'' Memandangkan adanya kekurangan pencapaian ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika bertitah di Majlis Konvokesyen UTB Tahun 2016, di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini, menyeru UTB mengkaji dan menggubal semula kurikulumnya bagi memastikan semangat, kecenderungan dan peluang dalam bidang keusahawanan itu dapat dibentuk seawal-awalnya lagi. Terdahulu sebelum itu, Kebawah DYMM juga bertitah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para graduan di atas kejayaan mereka menamatkan pengajian masing-masing. Semoga kejayaan ini, titah baginda, menjadi pemangkin kepada kecemerlangan di masa akan datang. Baginda juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada para ibu bapa dan penjaga serta tenaga pengajar yang sentiasa berusaha memastikan para graduan sentiasa berada di landasan yang betul di sepanjang tempoh pengajian mereka sehingga dapat meraih kejayaan yang sungguh bermakna. Dalam pada itu, baginda juga mengucapkan tahniah di atas pertukaran nama Institut Teknologi Brunei kepada Universiti Teknologi Brunei (UTB) setelah mencapai usia 30 tahun penubuhannya. ''Beta berharap dengan nama baru ini, semua usaha akan ditingkatkan lagi bagi memenuhi objektif, misi dan visi universiti. Walau bagaimanapun, beta ingin mengingatkan, supaya apa jua yang dirancang dan dilaksanakan, hendaklah sentiasa berlandaskan Melayu Islam Beraja,'' jelas baginda. Majlis konvokesyen pada kali ini, menurut baginda, akan menyaksikan penganugerahan sulung bagi 12 program ijazah Sarjana Muda yang mula diperkenalkan pada tahun 2012, yang mana ini adalah pencapaian yang membanggakan kerana UTB mampu meluaskan lagi bidang pengajian yang ditawarkan dan seterusnya telah membuka lebih banyak peluang kepada lebih ramai pelajar untuk meneruskan pengajian mereka di UTB. KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB) berkenan mengurniakan titah pada Majlis Konvokesyen UTB Tahun 2016. - Foto : Hernie Suliana Haji Othman (Lihat muka 3, 12 dan 13).

Persahabatan, kerjasama Brunei - Kemboja dihargai BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 9 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Norodom Sihamoni, Raja Kemboja dan Perdana Menteri Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen, kerajaan dan rakyat Kemboja bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Kemboja Yang Ke-63 tahun. Dalam titah perutusan baginda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Norodom Sihamoni, Raja Kemboja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan kegembiraan terhadap hubungan persahabatan yang mesra dan muhibah yang telah lama dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing dan seterusnya berharap akan berpeluang untuk mengembangkan lagi kerjasama berkenaan di tahun-tahun mendatang. Ke muka 4

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Norodom Sihamoni, Raja Kemboja dan Perdana Menteri Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen serta kerajaan dan rakyat Kemboja sempena dengan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Kemboja Ke-63.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


2

HALUAN

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

Di bawah Perintah Pelancongan baharu, 2016

Empat bidang utama telah diperkenankan Bismillahir Rahmannir Rahim Salam Sejahtera dan Selamat Pagi.

P

ADA tahun 2015, Negara Brunei Darussalam mencatakan lebih 218,000 ketibaan pelancong melalui udara, iaitu peningkatan sebanyak 8.6% dari tahun 2014. Kami berhasrat untuk menggandakan ketibaan pelancong ke 450,000 pada tahun 2020. Ini adalah persamaan dengan purata peningkatan 15.6% setiap tahun melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Negara Brunei Darussalam. Bagi merealisasikan matlamat ini, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan telah memulakan penambahbaikan produk pelancongannya. Pada bulan September 2016, kami telah melancarkan Pakej Percutian Temburong. Kami juga dalam proses melancarkan pakej Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer pada bulan Januari 2017 tahun depan. Pada tahun 2017, kementerian juga merancang untuk mengembangkan pakej pelancongan baharu di Daerah Tutong dan Belait, iaitu Sungai Basong dan Pekan Tutong dan Luagan Lalak dan Bukit Teraja. Untuk melengkapkan menaik taraf pakej pelancongan, kami bekerja rapat dengan pihak berkepentingan dalam industri pelancongan terutama dalam bidang jurupandu pelancong. Dengan ini, kementerian telah memulakan latihan jurupandu pelancong dalam memastikan kualiti Jurupandu pelancong yang lebih baik dan memuaskan. Kementerian telah melantik Laksamana College of Business (LCB) untuk menjalankan kursus latihan untuk jurupandu pelancong bagi pihak kami. Dari latihan ini, jurupandu pelancong akan dapat meningkatkan kemahiran jurupandu pelancong mereka dan memberikan maklumat yang betul dan boleh dipercayai mengenai tempat-tempat menarik. Setelah tamat latihan ini, mereka juga layak untuk memohon Lesen Jurupandu Pelancong di bawah undang-undang baharu. Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bertekad untuk memajukan secara berterusan ke arah pembangunan ekosistem

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Pemandu Pelancong pada hari Rabu, 2 November 2016, bertempat di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Terjemahan dari teks asal dalam bahasa Inggeris oleh Hajah Musmariani Haji Mohammad

pelancongan, termasuk penambahbaikan dalam penyambungan, perkhidmatan yang disediakan oleh agensi pelancongan, penginapan, makanan dan minuman, serta rangka kerja undang-undang dan peraturan. Ini bukan sahaja akan meningkatkan ketibaan pelancong dan memanjangkan tempoh menetap

''KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan mengenai Perintah Pelancongan, 2016 yang baharu bertarikh 26 Oktober 2016. Perintah Pelancongan 2016 meliputi empat bidang utama, iaitu Lembaga Pelancongan Brunei, Lesen untuk Ejen-ejen Penerbangan, Pendaftaran bagi Premis-Premis Penginapan Pelancong dan Lesen bagi Jurupandu Pelancong.''

NOVEMBER

9 10 11 12 13 14 15

di Negara Brunei Darussalam, tetapi juga memastikan keselamatan dan standard industri pelancongan di Negara Brunei Darussalam. Dalam kesempatan ini, saya ingin memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan mengenai Perintah Pelancongan, 2016 yang baharu bertarikh 26 Oktober 2016. Perintah Pelancongan, 2016 meliputi empat bidang utama, iaitu Lembaga Pelancongan Brunei, Lesen untuk Ejen-ejen Penerbangan, Pendaftaran bagi Premis-Premis Penginapan Pelancong dan Lesen bagi Jurupandu Pelancong. Melalui Lembaga Pelancongan Brunei, KSSUP akan bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan pelancongan utama seperti ejen pelancongan, syarikat penerbangan, persatuan hotel, pertubuhan makanan dan minuman, agensi-agensi kerajaan, dan orang ramai secara umum. Ini juga berfungsi sebagai platform bagi dialog dalam menubuhkan perintah dasar untuk industri pelancongan. Ia adalah menjadi harapan kami dengan pengenalan Perintah Pelancongan, 2016 baharu akan menggalakkan tadbir urus yang lebih baik dalam industri pelancongan. Ia juga akan berfungsi sebagai rangka kerja baharu dalam mengukuhkan industri serta memudahkan merealisasikan matlamat kita. Hari ini, saya diberi penghormatan dan berkesempatan untuk menyampaikan sijil kepada jurupandu pelancong yang berjaya menghadiri Kursus Jangka Pendek Jurupandu Pelancong dari pelbagai agensi pelancongan. Kami berharap menjelang hujung bulan ini bagi sesi pertama Kursus Latihan Asas Jurupandu Pelancong tamat dengan jayanya. Individu yang berminat untuk menghadiri Kursus Asas Jurupandu Pelancong adalah dialu-alukan untuk menghadiri, dan pendaftaran kini dibuka di LCB untuk sesi kedua dan ketiga. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jurupandu Pelancong yang berjaya pada hari ini dan saya berharap awda akan menyampaikan dan memberikan contoh kualiti serta perkhidmatan baik yang boleh menggambarkan imej positif, nilai, budaya dan khazanah tersembunyi di Negara Brunei Darussalam. Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada LCB atas kerjasama dan sokongan berterusan mereka dalam menganjurkan dan mempermudahkan latihan. Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

9 NOVEMBER 2016 BERSAMAAN 1438

9

PACU PERKEMBANGAN EKONOMI NEGARA

A

LHAMDULILLAH, seramai 599 graduan Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah menerima ijazah dan sijil diploma tertinggi kebangsaan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan pengkomputeraan pada Majlis Konvokesyen Ke-4, Graduan Ijazah dan Majlis Konvokesyen bagi Graduan Diploma Tertinggi Kebangsaan Ke-25, UTB baru-baru ini. Pada Majlis Konvokesyen UTB tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor UTB bertitah menyeru supaya UTB akan sentiasa melipatgandakan lagi usaha memperkenalkan program-program lain yang relevan dan yang dapat memacu perkembangan ekonomi negara. "Alhamdulillah, setakat ini beta ada mendengar bahawa para graduan yang dilahirkan oleh UTB adalah mampu untuk memenuhi kehendak pasaran pekerjaan dengan baik. Namun di dalam masa yang sama, penglibatan mereka di bidang keusahawanan masih lagi di tahap yang rendah. Baginda turut bertitah menyeru agar UTB mengkaji dan menggubal semula kurikulum bagi memastikan semangat, kecenderungan dan peluang dalam bidang keusahawanan dapat dibentuk pada peringkat awal lagi. Menyentuh mengenai sumber tenaga kerja dari industri yang bukan berasaskan minyak dan gas, baginda mengambil maklum mengenai penubuhan Sekolah Sains Gunaan dan Matematik (School of Applied Sciences and Mathematics) yang menawarkan program ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dan Teknologi. Program itu, antara lain dihasratkan untuk mendukung pertumbuhan ekonomi dari industri permakanan di negara ini, selaras dengan usaha kerajaan dalam mempelbagaikan sumber ekonomi melalui pelaburan langsung asing. Baginda juga berharap dengan penubuhan Sekolah Sains Gunaan dan Matematik akan mampu untuk mengangkat UTB sebagai penyumbang kepada peningkatan industri permakanan yang berkualiti tinggi, yang mampu bersaing di arena antarabangsa. Sementara itu, mengenai pengiktirafan bagi program-program profesional pula, usaha tersebut adalah suatu yang sangat perlu bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan. Baginda juga turut gembira apabila mengetahui bahawa Sekolah Pengkomputeran dan Informatik UTB telah diiktiraf oleh British Computer Society, sebuah badan profesional antarabangsa. ''Dalam iklim ekonomi global yang masih tidak menentu, inisiatif ke arah pengiktirafan program boleh menjimatkan kos latihan bagi majikan,'' jelas baginda. Baginda seterusnya bertitah menyarankan dalam mendepani krisis ekonomi dunia ini, UTB dan Institusiinstitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hendaklah mengamalkan sikap berjimat cermat dan tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. IPTA titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, boleh menjana pendapatan berdaya tahan melalui perkhidmatan kepakaran dan penyelidikan berinovasi, sesuai dengan statusnya sebagai separa autonomi. Pendekatan ini menurut baginda, mampu untuk menjamin kelangsungan inisiatif-inisiatif agenda pertumbuhan organisasi masing-masing. Oleh yang demikian, setiap organisasi di negara ini hendaklah mendukung titah Kebawah DYMM tersebut bagi sama-sama menyumbang dalam pembangunan negara khususnya dalam dunia pendidikan melalui perkhidmatan kepakaran dan penyelidikan. Di samping itu, tidak lupa diucapkan tahniah kepada semua graduan UTB atas kejayaan mereka dan diharap segala ilmu dan kepakaran yang telah diperoleh itu akan dapat dicurahkan kepada negara. - Ketua Penyuntingan (Rd).

SAFAR

9 10 11 12 13 14 15

4 . 36 4 . 36 4 . 36 4 . 37 4 . 37 4 . 37 4 . 37

4 . 46 4 . 46 4 . 46 4 . 47 4 . 47 4 . 47 4 . 47

6 . 07 6 . 07 6 . 07 6 . 07 6 . 07 6 . 08 6 . 08

6 . 30 6 . 30 6 . 30 6 . 31 6 . 31 6 . 31 6 . 31

12 . 05 12 . 05 12 . 05 12 . 05 12 . 06 12 . 06 12 . 06

3 . 26 3 . 26 3 . 27 3 . 27 3 . 27 3 . 27 3 . 27

6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02

7 . 13 7 . 14 7 . 14 7 . 14 7 . 14 7 . 14 7 . 14


3

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

Hakis sikap bergantung kepada kerajaan

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB) semasa berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen UTB Tahun 2016. Berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro Canselor UTB (kanan), sementara gambar kiri, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah dan beramah mesra bersama jemputan khas.

Oleh : Aimi Sani Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Hamzah Mohidin, Hernie Suliana Haji Othman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad BERAKAS, Isnin, 7 November. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB) bertitah menyarankan dalam mendepani krisis ekonomi dunia ini, UTB dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hendaklah mengamalkan sikap berjimat cermat

dan tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. IPTA, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, boleh menjana pendapatan berdaya tahan melalui perkhidmatan kepakaran dan penyelidikan berinovasi, sesuai dengan statusnya sebagai separa autonomi. Pendekatan ini menurut baginda, mampu untuk menjamin kelangsungan inisiatif-inisiatif agenda pertumbuhan organisasi masing-masing. Kebawah DYMM bertitah

demikian pada Majlis Konvokesyen UTB Tahun 2016, di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini. Menyentuh mengenai sumber tenaga kerja dari industri yang bukan berasaskan minyak dan gas, baginda mengambil maklum mengenai penubuhan Sekolah Sains Gunaan dan Matematik (School of Applied Sciences and Mathematics) yang menawarkan program ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dan Teknologi. Program itu, antara lain dihasratkan untuk mendukung pertumbuhan ekonomi dari industri permakanan di negara ini, selaras dengan usaha kerajaan dalam mempelbagaikan sumber ekonomi melalui pelaburan langsung asing. ''Beta berharap penubuhan Sekolah Sains Gunaan dan

Matematik itu akan mampu untuk mengangkat UTB sebagai penyumbang kepada peningkatan industri permakanan yang berkualiti tinggi, yang mampu bersaing di arena antarabangsa,'' titah baginda. Mengenai dengan pengiktirafan bagi program-program profesional pula, usaha tersebut adalah suatu yang sangat perlu bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan. Pada mengetahui perkembangan tersebut, Kebawah DYMM gembira apabila mengetahui bahawa Sekolah Pengkomputeran dan Informatik UTB telah diiktiraf oleh British Computer Society, sebuah badan profesional antarabangsa. Baginda berpendapat, pengiktirafan tersebut amat

penting di dalam iklim ekonomi global yang masih tidak menentu, di mana inisiatif ke arah pengiktirafan program-program itu boleh menjimatkan kos latihan bagi majikan. Di akhir titah baginda turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga UTB yang merangkumi Ahli-Ahli Majlis, Ahli-Ahli Senat, Naib Canselor, Pegawai-Pegawai Utama, Ahli-Ahli Akademik, pegawai dan kakitangan atas segala sumbangan dan perkhidmatan mereka. Baginda berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala jua akan memberkati segala usaha dan titik peluh mereka dengan mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

KEBAWAH DYMM dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan bergambar ramai bersama Ahli Jawatankuasa Majlis Konvokesyen UTB Tahun 2016.


4

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

Berkenan menerima mengadap

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap Persuruhjaya Tinggi Australia yang baharu, Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum (kiri) dan berkenan menerima mengadap Puan Saffana Tariq isteri Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam yang baharu (kanan).

Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha

Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap secara berasingan Persuruhjaya Tinggi Australia dan isteri Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke

Persahabatan, kerjasama Brunei - Kemboja dihargai Dari muka 1 Sementara itu, dalam titah perutusan yang sama kepada Perdana Menteri Kemboja, TYT Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen, baginda amat menghargai persahabatan dan kerjasama yang sekian lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dengan Kemboja dan berharap akan dapat bekerja bersama dengan TYT bagi mengukuhkan lagi hubungan yang berharga dan penting pada tahun-tahun akan datang. Pada mengakhiri titah-titah perutusan tersebut Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyampaikan salam muhibah dan kesejahteraan serta kesihatan yang berterusan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Norodom Sihamoni dan kemakmuran yang berterusan bagi rakyat dan negara Kemboja, begitu juga kepada TYT Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen, baginda merakamkan salam muhibah kepada TYT dan semoga bergembira sempena meraikan Hari Kemerdekaan tersebut. KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Rabu, 8 November. - Pembangunan sosial yang inklusif dan, lebih penting lagi, pertumbuhan ekonomi yang saksama bergantung kepada pelaburan dalam modal kognitif generasi masa depan, iaitu kanak-kanak. Ini adalah merupakan tema utama Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kerjasama Selatan-Selatan Mengenai Hak Kanak-Kanak di Asia dan Pasifik kali ketiga yang dirasmikan kelmarin 7 November, 2016 di Kuala Lumpur, Malaysia. Mesyuarat tersebut menekankan betapa pentingnya pelaburan dalam 1,000 hari pertama kehidupan, bagi menghasilkan modal kognitif yang optimum, kearah pengukuhan ekonomi dan kemakmuran negara. Hasil penyelidikan telah membuktikan bahawa pulangan pelaburan ini mempunyai potensi yang tinggi. Modal kognitif (cognitive capital) adalah kemahiran-kemahiran yang membolehkan seseorang itu menjadi kreatif, resilien, produktif dan boleh menyumbang kepada pembangunan negara dan ianya adalah hasil daripada perkembangan otak yang optima. Ke arah mendukung tema ini, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terus komited untuk

menyediakan perlindungan sosial yang universal, inklusif dan mampan, terutamanya untuk kanak-kanak yang merupakan prinsip utama Strategi Jaminan Sosial Negara Brunei Darussalam. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof telah menekankan perkara ini semasa menjadi salah seorang ahli panel dalam Forum Perlindungan Sosial Untuk KanakKanak, Wanita dan Keluarga. Yang Berhormat seterusnya menerangkan bahawa penyediaan perlindungan sosial adalah wadah Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memastikan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam termasuk kanak-kanak dapat menjalani kehidupan yang berkualiti dengan mempunyai akses kepada keperluan asas dan diberikan perlindungan sepanjang hayat, mengikut prinsip-prinsip agama Islam. Yang Berhormat Pehin selaku Peneraju Bersama Strategi Jaminan Sosial di bawah Wawasan Brunei 2035 dan Pengerusi Majlis Kebangsaan Isu Sosial, meyakinkan mesyuarat

Negara Brunei Darussalam. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri mula-mula berkenan menerima mengadap Persuruhjaya Tinggi Australia yang baharu, Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum. Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri seterusnya berkenan menerima mengadap Puan Saffana Tariq isteri Pesuruhjaya

Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam yang baharu, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan. Persuruhjaya Tinggi Australia, PYT Nicola Rosenblum dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan, TYT Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan ke Negara Brunei Darussalam telah menyembahkan Surat Tauliah

Pelantikan masing-masing ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 25 Oktober 2016. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Negara komited sediakan perlindungan sosial bahawa Brunei Darussalam akan mengembeling sumber-sumber yang bersesuaian dan mensejajarkan semua program dan inisiatif perlindungan sosial yang memfokuskan kanakkanak dalam Pelan Tindakan Kebangsaan Kanak-Kanak dengan menggunakan kaedah Whole of Government dan Whole of Society. Forum berkenaan juga mengongsikan amalan-amalan terbaik berkaitan dengan dasar dan pelaksanaan perlindungan sosial serta membincangkan tindakan-tindakan yang diperlukan bagi mempercepatkan pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) di kalangan negara-negara yang hadir. Forum ini juga menekankan bahawa perlindungan sosial yang sesuai boleh membantu para penjaga memupuk modal kognitif kanak-kanak dalam persekitaran yang lebih kondusif. Selain forum ini, dua forum lain turut diadakan semasa Mesyuarat Peringkat Tinggi itu bagi mendapatkan komitmen semua negara untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai agar kanak-kanak dapat berkembang secara optima. Forum kedua mengenai Pencegahan Keganasan Terhadap Kanak-Kanak telah menekankan bahawa setiap negara perlu memperkukuhkan lagi komitmen mereka dalam mencegah keganasan terhadap kanak-kanak. Ini adalah kerana kajian membuktikan bahawa keganasan yang berlaku semasa usia muda dan di zaman kanak-kanak mempunyai kesan jangkamasa panjang, bukan sahaja terhadap kesejahteraan individu, malahan boleh menjejaskan modal kognitif dan perkembangan otak kanak-kanak tersebut. Forum ketiga mengenai Liputan Penjagaan Kesihatan Menyeluruh

Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (Universal Health Coverage) pula telah menekankan pentingnya bagi setiap negara menyediakan penjagaan kesihatan yang saksama kepada semua demi perkembangan kanak-kanak yang terbaik. Mesyuarat itu juga telah mendengar pembentangan mengenai 'Innovation Challenge Finalists and Judging' serta meninjau 'Market Booths for South-South Experience Sharing of Good Applicable Practices' yang berkaitan dengan tema mesyuarat ini. Mesyuarat yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Malaysia dan United Nations Fund for Children (UNICEF) ini telah dirasmikan oleh Menteri Wanita,

Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Rohani Abdul Karim. Hadir mengiringi Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ke mesyuarat tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha ; Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil serta para pegawai kanan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam.

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (tengah) ketika menghadiri Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kerjasama Selatan-Selatan Mengenai Hak Kanak-Kanak di Asia dan Pasifik Ke-3 di Kuala Lumpur, Malaysia.


NASIONAL

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

5

38 graduan UTB terima Anugerah Pelajar Cemerlang

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (kiri), selaku Pengerusi Majlis Universiti Teknologi Brunei (UTB) menyampaikan Anugerah Naib Canselor 2016 kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Elektrikal dan Komunikasi, Awang Naasiruddeen bin Abdul Wahab.

Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Ampaun Haji Mahmud bin Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 November. - Seramai 38 graduan Universiti Teknologi Brunei (UTB) menerima anugerah pelajar cemerlang

semasa berlangsungnya Majlis Meraikan Graduan sempena Majlis Konvokesyen UTB Tahun 2016, yang diadakan di Dewan Persidangan

Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas di sini. Penyampaian anugerah pelajar cemerlang pelbagai kategori sumbangan penaja industri dan sektor swasta itu disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin

Haji Osman yang juga Pengerusi Majlis UTB. Naib Canselor UTB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman dalam ucapan alu-aluannya berkata, penganugerahan tersebut merupakan tanda pengiktirafan dan penghargaan UTB atas pencapaian dan kecemerlangan graduan dalam bidang masing-masing. Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah berharap pencapaian tersebut akan dapat mendorong dan menjadi penyuntik semangat kepada semua penerima juga pelajar lain untuk terus meningkatkan usaha bagi mencapai kejayaan yang lebih tinggi lagi. Beliau juga menyarankan agar para pelajar terbabit akan terus menjadi individu yang cemerlang, berkualiti, berkemahiran, kreatif dan inovatif, berjaya dan berwawasan, yang akan sentiasa memberi sokongan berterusan terhadap UTB. Pada majlis itu, Yang Berhormat Menteri Pendidikan menyampaikan Anugerah Naib Canselor 2016 kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Elektrikal dan Komunikasi, Awang Naasiruddeen bin Abdul Wahab. Anugerah tertinggi ini diberikan kepada graduan yang telah mempamerkan kecemerlangan dalam semua sudut termasuk pencapaian akademik sepanjang empat tahun pengajian, ciri-ciri kepimpinan, sumbangan terhadap kemajuan universiti, pelajarnya dan masyarakat sekeliling. Yang Berhormat juga menyampaikan Anugerah Cemerlang Universiti, Anugerah Kecemerlangan dalam Bidang Program, Anugerah Projek Terbaik, Anugerah Pelajar Terbaik dalam Bidang Khusus,

Petrokon Utama Engineering Award dan Institution of Engineering and Technology (IET) Local Network Prize, IMechE-Brunei Award dan PUJA Prestige 2016 Student Award kepada penerima-penerima lain. Majlis bagi mengiktiraf graduan-graduan yang telah mencapai kecemerlangan dalam pengajian akademik itu juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

NAIB Canselor UTB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman semasa memberi ucapan alu-aluan pada Majlis Meraikan Graduan UTB 2016.

Terus komited capai kecemerlangan BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 November. - Penerima Anugerah Naib Canselor 2016, Awang Naasiruddeen bin Abdul Wahab menyarankan agar generasi muda di negara ini tidak begitu selesa berada di comfort zone masing-masing, malahan sebaliknya hendaklah menggesa diri mereka agar menuju ke arah learning zone. Beliau menyuarakan saranan tersebut ketika ditemu bual pada Majlis Meraikan Graduan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Brunei (UTB) Tahun 2016,

berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Golongan belia juga tegasnya, perlu bersifat lebih flexible, iaitu tidak hanya bergantung pada pelajaran yang diikuti semasa pengajian sahaja tapi berani mencuba bidang-bidang lain. Ketika ditanya mengenai tip-tip untuk mencapai kecemerlangan, beliau menjelaskan seorang pelajar mestilah mempunyai sifat yang komited jika ingin berjaya. ''Kalau ada sifat komited ia boleh menjayakan seseorang, bukan

saja dalam mata pelajaran malahan juga dalam kokurikulum,'' ujarnya. Semasa di UTB tambahnya, beliau memikul empat tanggungjawab, iaitu sebagai pelajar, sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar, sebagai anak dan yang paling penting sebagai hamba Allah, yang mana dengan melaksanakan tanggungjawabtanggungjawab tersebut dengan baik, ia akan memudahkan lagi seseorang pelajar itu menjadi pelajar yang lebih baik. Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam Kejuruteraan

PARA ibu bapa dan keluarga berkongsi kegembiraan bersama para graduan yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang UTB pada Majlis Meraikan Graduan sempena Majlis Konvokesyen UTB, Tahun 2016.

AWANG Naasiruddeen bin Abdul Wahab, penerima Anugerah Naib Canselor UTB 2016.

DAYANG Nurnazurah binti Haji Suhamin, penerima Anugerah Cemerlang Universiti.

Elektrikal dan Komunikasi yang kini bertugas di BLNG sebagai Jurutera Elektrikal melalui Program NEGAS (National Energy Graduate Apprenticeship Scheme) yang mana skim berkenaan memberi peluang kepada pelajar yang baru menamatkan pengajian untuk mendapatkan pekerjaan. Sementara itu, penerima Anugerah Cemerlang Universiti, Dayang Nurnazurah binti Haji Suhamin pula menjelaskan untuk mencapai kecemerlangan seseorang pelajar itu

hendaklah bijak mengurus masa, di samping belajar secara berkumpulan dengan berkongsi pengetahuan sesama mereka. Dari hanya bergantung pada minyak dan gas, graduan Sarjana Muda Perdagangan (kepujian) dalam Ekonomi Gunaan dan Kewangan menyarankan agar generasi muda mencari cara untuk mempelbagaikan ekonomi negara agar negara terus berkembang maju misalnya dengan menceburi bidang perniagaan dan sebagainya.


6

NASIONAL

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

Bidang penyelidikan, inovasi terus dipromosi

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong (tiga, kanan) bergambar ramai sejurus sebelum Persidangan Kepimpinan 2016 berlangsung.

Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Masri Osman JERUDONG, Isnin, 7 November. Penggalakan keusahawanan dan inovasi adalah menjadi keutamaan

dalam agenda pembangunan negara bagi mencapai Wawasan Brunei 2035.

Pembukaan semula Lebuhraya Lama 'Seria By-Pass' Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Kerja Raya BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 November. - Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai pembukaan semula sebahagian Lebuhraya Lama 'Seria By-Pass' yang menghala ke Bandar Seri Begawan. Sebahagian jalan Lebuhraya Lama 'Seria By-Pass' yang telah siap dinaik taraf bermula dari KM 12 Kuala Belait berdekatan Menara DST sehingga Persimpangan Seria akan dibuka semula kepada pengguna-pengguna jalan raya pada Khamis, 10 November 2016, jam 9.00 pagi. Pihak JKR juga ingin memaklumkan bahawa lampu isyarat sementara di persimpangan Seria masih lagi beroperasi seperti biasa. JKR juga ingin menasihatkan kepada pengguna-pengguna jalan raya yang akan menggunakan jalan tersebut supaya sentiasa memandu dengan lebih berhati-hati dan mematuhi papan-papan tanda arahan serta had laju yang disediakan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak JKR melalui Talian Darussalam: 123, Facebook : Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel : pro@pwd.gov.bn.

Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong berkata, atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam maka Majlis Penyelidikan Brunei ditubuhkan untuk mempromosi serta menggalakkan penyelidikan dan inovasi dalam bidang sains, teknologi juga kejuruteraan, sains sosial serta

kesenian dan kebudayaan. Seterusnya, Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dalam ucaptamanya menyatakan globalisasi dan kemajuan teknologi telah membuatkan dunia yang semakin kecil dan lebih canggih juga persaingan untuk mencari bakat jelas lebih ketara. Justeru itu, perkhidmatan kewangan jelasnya merupakan salah satu kluster ekonomi yang akan terus dimajukan

Belia negara sertai Program Latihan Kepimpinan Belia Islam MABIMS

Penjara tiga tahun kerana pecah amanah Siaran Akhbar : Biro Mencegah Rasuah BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 November. - Ketua Majistret Muhammad Faisal PDJLD DSP Haji Kefli telah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun berkuatkuasa pada hari ini terhadap seorang penjawat awam, Pendaftar Sekolah Menengah di Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Shahrul Rizam bin Haji Ramlee. Mahkamah perantaraan Bandar Seri Begawan pada 3 November 2016 telah mendapati tertuduh bersalah melakukan Pecah Amanah berhubung wang Zakat Fitrah yang diamanahkan kepadanya berjumlah BND 86,344.77 (Ringgit Brunei Lapan Puluh Enam Ribu Tiga Ratus Empat Puluh Empat dan Tujuh Puluh Tujuh Sen), iaitu satu kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22). Pendakwaan kes ini diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yvonne Lim.

lagi di negara ini. Dengan mendalami serta menaik taraf pengetahuan dan kemahiran dalam industri tersebut di Brunei adalah penting, supaya ia kekal kukuh juga berdaya saing. Pada masa yang sama, Yang Berhomat juga teruja untuk belajar dalam Rangka Kerja Pembangunan Profesional (CDP) bersama Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) dan Pusat Perbankan, Kewangan dan Pengurusan Islam (CIMBF). ''CDP akan membantu membangunkan dan meningkatkan lagi kemahiran dan kepakaran individu dalam industri perkhidmatan kewangan termasuk kepimpinan,'' tambah Yang Berhormat ketika berucap selaku tetamu kehormat pada Persidangan Kepimpinan 2016 di Indera Samudra Grand Hall, The Empire & Country Club. Yang Berhomat menambah, peningkatan tahap profesional dan kewibawaan dalam kalangan para peserta pasaran di negara ini akan menambah lagi keyakinan orang ramai terhadap institusi kewangan. Oleh yang demikian, Yang Berhormat yakin dengan rangka kerja itu akan memberi manfaat dan ia relevan untuk pembangunan industri sejajar dengan Wawasan Negara 2035. Terdahulu, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali turut mencontohi akan kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kebijaksanaan dan wawasan baginda yang mana penduduk dan rakyat di negara ini diberkati dengan kualiti kehidupan juga persekitaran yang aman.

TIGA peserta mewakili Negara Brunei Darussalam bagi Program Latihan Kepimpinan Belia Islam MABIMS yang berlangsung mulai 7 hingga 11 November 2016 di Subang, Jawa Barat, Republik Indonesia.

Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Hal Ehwal Ugama BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 November. - Seramai tiga peserta negara hari ini berlepas bagi menyertai Program Latihan Kepimpinan Belia Islam MABIMS yang akan berlangsung mulai

7 hingga 11 November 2016 di Subang, Jawa Barat, Republik Indonesia. Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Awangku Muhammad Fuad bin Pengiran Haji Sulaiman

dari Pusat Da'wah Islamiah, Mohammad Hajib Sarhan bin Awang Mohamad Harkani dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Awang Muhammad Najmuddin bin Haji Md. Said, Kaunselor Bimbingan di Syarikat Minyak Shell Petroleum Brunei (BSP). Program di bawah bidang kerjasama Membangun Potensi Belia ini diterajui oleh Republik Indonesia sebagai negara penyelaras merupakan program berkumpulan yang disertai oleh belia-belia dari empat negara anggota Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura. Program kali ini mensasarkan kepada aspek mengembangkan potensi dan kemampuan para peserta dalam bidang pengucapan umum terutama teknik penulisan, teknik pengucapan termasuk menguasai teknik vokal, verbal dan visual. Menerusi program seumpama ini, diharapkan dapat melahirkan golongan belia Islam yang intelek, mampu berhujah di hadapan umum dengan penyampaian yang lebih berkesan dan mempengaruhi minda demi mempertahankan kemurnian Islam dan kedaulatan negara.


NASIONAL

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

7

LeadCon2016 bincang isu, cabaran global semasa Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Masri Osman Pusat Pengetahuan yang terkemuka di rantau ini. Perasmian Persidangan telah disempurnakan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Indera Samudra Grand Hall, The Empire & Country Club, di sini. Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud. Persidangan yang dianjurkan oleh

CIBFM dengan sokongan Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) itu juga mengetengahkan beberapa perbincangan mengenai inovasi di dalam sesebuah organisasi. Beberapa orang penceramah jemputan dijemput bagi menyampaikan taklimat-taklimat bertajuk 'Leading in Times of Uncertainty - Experiences from the Reserve Bank of India' yang disampaikan oleh Gabenor Reserve Bank of India Ke-22, Dr. Duvvuri Subbarao; 'Values Based Leadership' oleh Pro Canselor Kolej Universiti Sains Kesihatan Cyberjaya dan

Pengerusi SMRT Holdings Berhad, Tan Sri Dato' Dr. R. Palan dan 'Leadership from Islamic Perspective' oleh Pengerusi Profesor dan Pengarah Pusat Pengajian Islam Sultan Omar 'Ali Saifuddien (SOASCIS), Universiti Brunei Darussalam, Profesor Datuk Dr. Osman bin Bakar. CIBFM merupakan sebuah pusat latihan di bawah AMBD. CIBFM juga diiktiraf oleh Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan Negara Brunei Darussalm (MKPK) sebagai institusi latihan dalam bidang perbankan, kewangan dan pengurusan serta semua program latihan yang dikendalikan oleh CIBFM diiktiraf Sebagai kelayakan Nilai Tambah.

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong semasa berucap pada majlis tersebut.

JERUDONG, Isnin, 7 November. Persidangan Kepimpinan 2016 (LeadCon2016) anjuran Pusat Perbankan, Kewangan dan Pengurusan Islam (CIBFM) antara lain memfokuskan dan membincangkan isu semasa serta cabaran-cabaran global yang ada pada masa ini. Dengan bertemakan 'Kepimpinan dan Inovasi dalam Persekitaran yang Sentiasa Berubah', persidangan telah mengumpulkan lebih 131 peserta dari dalam dan luar negara termasuk pegawai-pegawai kerajaan, eksekutif-eksekutif serta penguruspengurus kanan dari institusi-institusi

kerajaan dan swasta. LeadCon2016 merupakan satu persidangan signature yang menyediakan platform bagi para pemimpin tempatan dan global serta para peserta yang hadir untuk berkongsi pengalaman juga memberikan perspektif baharu dari sudut kepimpinan dan inovasi. Ia juga menawarkan peluang bagi membina dan memperkuatkan lagi rangkaian perniagaan atau business networking dalam kalangan yang hadir, di samping juga untuk menaikkan nama negara ini sebagai sebuah Knowledge Hub atau

SEBAHAGIAN daripada penceramah jemputan serta peserta-peserta yang hadir.

Hasilkan pengamal penjagaan kesihatan oral berkemahiran BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 November. - Program Latihan Juruhigin dan Juruterapi Pergigian serta Pembantu Pembedahan Pergigian telah menghasilkan pengamal penjagaan kesihatan oral yang berkemahiran bagi Perkhidmatan Pergigian. Pengarah Program Higin dan Terapi, Kementerian Kesihatan, Dr. Kok El Chuen berkata, sejak penubuhan program-program latihan tersebut, Perkhidmatan Pergigian telah melahirkan seramai 133 profesional penjagaan gigi ''Saya percaya kedua-kedua program tersebut telah mempersiapkan para graduan dengan pengetahuan teori dan kemahiran-kemahiran praktikal yang

PENGARAH Program Higin dan Terapi, Kementerian Kesihatan, Dr. Kok El Chuen ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

diperlukan bagi membangunkan profesional penjagaan gigi yang cekap dan berkeyakinan yang dapat memberikan penjagaan gigi yang berkualiti tinggi kepada rakyat di negara ini,'' katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Konvokesyen Perkhidmatan Pergigian 2016 yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Bangunan Kementerian Kesihatan, di sini. Menurutnya, dengan amalan pergigian yang sentiasa berubah dan berkembang, profesional penjagaa n gigi memainkan peranan yang sangat penting sebagai ahli pasukan penjagaan kesihatan oral kerana pelbagai disiplin terlibat dalam pengurusan kesihatan oral, sebagai sebahagian dari kesihatan umum para pesakit. Beliau menjelaskan, terdapat juga cadangan-cadangan dan persiapan untuk bakal Juruhigin dan Juruterapi Pergigian dan Pembantu Pembedahan Pergigian untuk dilatih di bawah Politeknik Brunei dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE). Tambahnya, cadangan bersama Kementerian Pendidikan itu akan menghasilkan latihan Program Juruhigin dan Terapi Pergigian serta Pembantu Pembedahan Pergigian yang mapan. Beliau memberitahu, ia bukan sahaja menyiapkan para pelajar bagi program-program berstruktur, tetapi juga mendedahkan mereka dengan pelbagai pengetahuan dalam penjagaan kesihatan. ''Kami berharap, ia akan membantu

mempersiapkan profesional pejagaan pergigian kita dengan perkembangan kerjaya yang lebih baik dan melengkapkan mereka dengan perkhidmatan-perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih mencabar di masa hadapan,'' ujarnya. Majlis Konvokesyen anjuran Kementerian Kesihatan itu meraikan seramai 49 graduan yang terdiri daripada Jururawat Pergigian yang mengikuti Kursus Peningkatan Kali yang Kedua, Juruhigin dan Juruterapi Pergigian Pelatih Kohort Keempat serta Pembantu Pergigian Pelatih Kohort Keempat, Kelima dan Keenam. Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin hadir selaku tetamu kehormat menyampaikan diploma dan sijil kepada para graduan yang berjaya. Juga hadir Pensyarah dari King's College London (KCG), United Kingdom, Professor Sara Hughes, tenaga pengajar dari Perkhidmatan Pergigian, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan serta ahli keluarga graduan. Pada konvokesyen tersebut, Dayang Siti Noor Hamimah binti Awang Harith telah menerima Anugerah Khas Pelajar Cemerlang Juruhigin dan Juruterapi Pergigian Kohort Keempat. Sementara itu, Awang Abdul Quddus bin Haji Daud dan Awang Haji Jaafar bin Haji Hassan masing-masing menerima Anugerah Pelajar

Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Hernie Suliana Haji Othman

SETIAUSAHA Tetap di Kementerian Kesihatan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang bagi Kohort Keempat kepada Dayang Siti Noor Hamimah binti Awang Harith pada Majlis Konvokesyen Perkhidmatan Pergigian 2016.

Cemerlang dan Anugerah Pelajar Contoh. Seramai tiga jururawat pergigian yang mengikuti kursus 'Dental Hygienist and Therapist Conversion Course' dan 11 Juruhigin dan Juruterapi Pergigian Pelatih Kohort Keempat telah berjaya menamatkan kursus 'Diploma in Dental Therapy and Hygience', di mana mereka akan menerima diploma mereka dari KCG. Sementara itu, seramai 35 Pembantu Pergigian Pelatih Kohort Keempat,

Kelima dan Keenam berjaya menamatkan Kursus sijil Pembantu Pembedahan Pergigian selama dua tahun. Kursus secara tempatan in house training itu diadakan sejak tahun 2000 dan diungkayahkan oleh Perkhidmatan Pergigian dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, di mana tenaga pengajar yang mengendalikan kursus tersebut adalah terdiri daripada Pegawai Pergigian, Perkhidmatan Pergigian.


8

NASIONAL

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

Peserta Program Satu Minggu Satu Juzu' Khatam Al-Quran diraikan Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud (tiga, kiri) dan isteri, Datin Hajah Zalina binti Haji Omar (empat, kiri) ketika hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Quran Peserta Program Satu Minggu Satu Juzu' Murid Darjah Ugama Kawasan Brunei I.

BERAKAS, Selasa, 8 November. Seramai 247 peserta Program Satu Minggu Satu Juzu' diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran, berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini. Para peserta program tersebut terdiri dari murid-murid Darjah Pra hingga Darjah V bagi kawasan Brunei I dan telah berjaya menghabiskan pembacaan 30 Juzu' Al-Quran semenjak program mula diperkenalkan pada bulan Februari tahun ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Isteri, Datin Hajah Zalina binti Haji Omar. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dipimpin oleh tetamu kehormat dan diikuti dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad oleh para peserta khatam. Setelah itu takhtim dibacakan oleh Guru-Guru Ugama Perempuan Kawasan Brunei I, manakala Doa Khatam Al-Quran pula dibacakan oleh Murid Darjah VI Sekolah Ugama Pusar Ulak, Awang Mohd. Bazli bin Haji Abdul Ghani. Majlis diserikan dengan persembahan dikir oleh Guru-Guru Ugama Lelaki kawasan Brunei I. Pada majlis itu, Yang Mulia Dato dan Datin berkesudian mencalit minyak wangi kepada para peserta khatam yang diikuti oleh para

jemputan dan ibu bapa serta penjaga para peserta khatam. Program Satu Minggu Satu Juzu' diadakan bagi mendukung dan menjunjung tinggi hasrat Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Hari Guru Ke-10, yang mana pendidikan ugama khususnya Al-Quran peringkat asas perlu dititik beratkan agar ia kukuh dan mantap. Sepanjang program dijalankan, murid-murid persekolahan ugama yang mengikuti program dibimbing secara bertalaqqi oleh Guru Kelas dan Guru Al-Quran sekolah ugama masing-masing dengan menyasarkan penglibatan pembacaan Al-Quran oleh murid-murid secara konsisten dan berterusan setiap hari selepas waktu persekolahan.

PARA peserta Khatam Al-Quran Program Satu Minggu Satu Juzu' terdiri daripada murid-murid Darjah Pra hingga Darjah V bagi Kawasan Brunei I (kiri dan kanan).

Program Pembangunan Kepimpinan Ke-8 kongsi pengetahuan Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 November. - Seramai 25 peserta Program Pembangunan Kepimpinan Ke-8 Brunei-Malaysia-Singapura telah mengadakan lawatan ke Stadium Negara Hassanal Bolkiah di Berakas, di sini. Semasa lawatan para peserta mendengarkan taklimat ringkas di Dewan Kuliah stadium tersebut. Program adalah anjuran bersama Institut Perkhidmatan Awam Brunei (IPA), Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN) dan Civil Service College Singapore (CSC) yang dijalankan setiap tahun. Program berlangsung selama 12 hari bermula 7 hingga 18 November 2016 yang pada pusingan kedua para peserta akan meneruskan program di Singapura pada 11 hingga 14 Disember ini dan akan berakhir di INTAN, Malaysia pada 18 Disember nanti. Program bertujuan untuk memberi peluang bagi rangkaian yang lebih baik dalam kalangan pegawai-pegawai ketiga-tiga buah negara. Tema program kali ini, 'Gen A : Changing The Narrative' yang membawa maksud berkongsi dan memberi pemahaman inisiatif dalam memupuk generasi terkini (Gen A) untuk menjadi pemimpin masa depan,

PARA peserta Program Pembangunan Kepimpinan Ke-8 Brunei-Malaysia-Singapura anjuran Institut Perkhidmatan Awam Brunei (IPA), Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN) dan Civil Service College Singapore (CSC) ketika mengadakan lawatan ke Stadium Negara Hassanal Bolkiah di Berakas.

khususnya, menghadapi cabarancabaran sosial, ekonomi, teknologi dan global. Ia juga adalah untuk mempamerkan peranan agensi-agensi dalam Mentor PKS tempatan dan usahawan muda dengan pengetahuan asas tentang

bagaimana untuk memulakan, menjalankan serta mengembangkan perniagaan bagi generasi akan datang agar mereka lebih dikenali juga mempunyai akses pada maklumat, manusia dan sumber-sumber awal dalam kehidupan.

Program itu berharap dapat memberikan peluang bagi peserta untuk berinteraksi dalam suasana tidak formal untuk merangsang perbincangan menjadi mekanisme pengendalian dasar awam dan berkata, menggunakan cara-cara yang kreatif

untuk mengatasi halangan yang boleh ditambah ke dalam pengalaman mereka menangani isu semasa pada masa yang sama, menyediakan peserta untuk menjadi pemimpin masa depan yang boleh memenuhi cabarancabaran luar dugaan dan jangkaan.


NASIONAL

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

PPB kenalkan tiga kursus baru BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 November. - Dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai golongan belia yang berkemahiran menjelang tahun 2035, Pusat Pembangunan Belia (PPB) tidak ketinggalan dalam sama-sama mengenal pasti beberapa kursus baharu yang dapat dilaksanakan selaras pada keperluan dalam pasaran pekerjaan di negara ini. Oleh demikian ke arah itu, PPB telah melaksanakan tiga kursus seperti Kursus Scaffolding, Fiber To The

PEMANGKU Penolong Pengarah PPB, Awang Haswandi bin Haji Osman menyampaikan ucapan alu-aluannya pada majlis tersebut.

Home (FTTH) dan Cable Jointer. Pemangku Penolong Pengarah PPB, Awang Haswandi bin Haji Osman dalam ucapan alu-aluannya pada Majlis Penyampaian Sijil Kursus Singkat Scaffolding, FTTH dan Cable Jointer antara lain berkata, ketiga-tiga kursus itu dilihat mempunyai potensi dan peluang yang sangat tinggi dalam menyumbang pada peluang-peluang pekerjaan dan perusahaan memandangkan ia masih banyak diperlukan dalam pasaran pekerjaan masa kini. Majlis berlangsung di Stadium Restaurant, Berakas, di sini. Jelasnya, perlaksanaan ketiga-tiga kursus singkat itu dilaksanakan secara usaha sama dengan syarikat-syarikat konsultan yang dapat memberikan nilai tambah yang begitu penting memandangkan konsultan-konsultan yang dilantik itu sememangnya mempunyai kepakaran kemahiran dan pengalaman dalam bidang masingmasing. Selain itu, usaha sama di antara ketiga-tiga pihak, iaitu PPB selaku pelaksana, syarikat-syarikat konsultan selaku penyampai dan belia-belia selaku penerima telah memperlihatkan kesepaduan dalam sama-sama menjayakan perlaksanaan kursuskursus berkenaan.

Dalam pada itu, kerjasama dari pelbagai rakan strategik terutama yang telah terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung telah memperlihatkan kerjasama dan komitmen yang utuh di antara sektor kerajaan serta swasta dalam samasama bekerjasama membangun juga memberikan latihan kemahiran kepada golongan belia di negara ini khususnya dalam ketiga-tiga bidang berkenaan. Seramai 74 peserta kursus terdiri daripada 40 pelatih Kursus Scaffolding, 16 pelatih Kursus FTTH dan 18 pelatih Kursus Cable Jointer menerima sijil mereka yang telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, selaku tetamu kehormat majlis. Pada majlis itu juga menyaksikan seramai tiga orang lepasan pelatih dari ketiga-tiga kursus singkat berkenaan terpilih sebagai Pelatih Terbaik Kursus Scaffolding, Kursus FTTH dan Kursus Cable Jointer. Pemilihan pelatih terbaik tersebut dibuat berdasarkan beberapa kategori seperti disiplin, komitmen dan kesungguhan mereka dalam masa menjalani kursus-kursus juga penempatan kerja di syarikat-syarikat

9

Oleh : Khartini Hamir Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin (kiri), menyampaikan hadiah kepada salah seorang Pelatih Terbaik bagi Kursus Singkat Scaffolding, FTTH dan Cable Jointer.

terpilih. Dari itu adalah diharapkan kepada para pelatih yang telah berjaya menamatkan kursus mereka akan terus

berusaha untuk terus maju meraih kejayaan dalam kehidupan dan menyumbang pada pembangunan masyarakat, ekonomi dan negara.

262 pelajar ugama terima sijil program khatam Oleh : Haji Arrifin Haji Mohd. Noor, Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin. Foto : Haji Arrifin Haji Mohd. Noor TUTONG, Selasa, 8 November. Dalam usaha untuk mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menitikberatkan pendidikan agama khususnya Al-Quran peringkat asas agar tetap kukuh dan mantap, Program Satu Minggu Satu Juzu' telah berlangsung di Dewan Seri kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, di sini. Seramai 105 lelaki dan 157 perempuan terdiri daripada muridmurid Darjah Pra hingga Darjah V bagi kawasan Tutong I diraikan setelah berjaya menghabiskan pembacaan 30 Juz Al-Quran (Khatam Al-Quran) semenjak program itu mula

diperkenalkan pada bulan Februari tahun ini. Sepanjang ia berjalan, murid-murid persekolahan ugama yang mengikuti program dibimbing secara bertalaqqi oleh guru kelas dan guru Al-Quran sekolah ugama dengan menyasarkan penglibatan pembacaan Al-Quran oleh murid-murid secara konsisten dan berterusan pada setiap hari selepas waktu persekolahan. Hadir selaku tetamu kehormat Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Harun bin Haji Junid dan isteri. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh tetamu kehormat, kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad daripada peserta khatam. Doa Takhtim dibacakan oleh

Guru-guru Besar Perempuan Daerah Tutong, manakala Doa Khatam pula dibacakan oleh Pelajar Darjah V, Sekolah Ugama Pengiran Muda Mahkota Kuala Tutong, Awang Ahmad Wazif bin Abdul Wahab dan persembahan Dikir disampaikan oleh Guru-guru Ugama Lelaki Daerah Tutong. Persekolahan ugama merupakan satu platform pendidikan agama secara formal di negara ini. Majlis antara lain diadakan bagi memantapkan lagi mutu bacaan Al-Quran murid-murid di sekolah ugama menerusi amalan membaca Al-Quran secara bertalaqqi dan sekali gus menyuntik serta mendidik murid-murid agar sentiasa membaca Al-Quran sebagai amalan harian mereka. TIMBALAN Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Harun bin Haji Junid (dua, kanan) menyampaikan sijil dan merinjis minyak wangi kepada peserta khatam (kanan).

Pelajar NTEC meterai MoU, ATA

PEMANGKU Pesuruhjaya Buruh, Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Haji Rani bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusof (tengah) menyaksikan penyerahan perjanjian di antara Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (IBTE), Dr. Chin Wei Keh (kiri) dan Yi Yuan Ting Restaurant (kanan).

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 November. - Seramai 40 pelajar Program 'NTEC in Apprenticeship in Professional Cookery and Services' akan diserapkan dalam Skim Latihan Perantisan bersama enam buah syarikat di negara ini. Syarikat-syarikat tersebut terdiri dari The Empire Hotel & Country Club, Royal Brunei Polo and Riding Club (RBRC), Rizqun International Hotel, Yi Yuan Ting Fine Dining Restaurant, Royal Brunei Catering (RBC) dan Millennium Restaurant. Sehubungan itu, Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Latihan Perantisan (ATA) bagi Program 'NTEC in Apprenticeship in Professional Cookery and Services' diadakan di Serambi Bahtil Hall, Ground Floor, Tarindak D'Seni Restaurant and Catering, Jalan Subok, di sini. MoU didahului dengan penandatanganan MoU di antara Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Yi Yuan Ting Restaurant

Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Azmah Haji Ahad

dikuti dengan penandatanganan ATA. Hadir selaku tetamu kehormat dan menyaksikan penandatanganan ialah Pemangku Pesuruhjaya Buruh, Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Haji Rani bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusof. IBTE telah menandatangani bersama 63 rakan industri bagi Program Latihan Perantisan yang terdiri dari 'Hospitality and Tourism', 'Automotive', 'Refrigeration and Air-Conditioning', 'Telecommunication' dan 'Brunei Maritime Academy'. Memperluaskan program perantisan merupakan salah satu inisiatif strategik yang dilaksanakan oleh IBTE dalam transformasinya untuk kekal relevan dan melahirkan tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi. Dengan perantis yang diserapkan dalam persekitaran kerja sebenar adalah salah satu cara untuk memastikan kesahihan program latihan dan penjajaran yang betul kursus dengan keperluan industri.

Pada program tersebut para pelajar akan menjalani latihan perantisan dalam jangka masa dua tahun juga akan menjalani sesi pelajaran di 'IBTE School of Hospitality and Tourism' dan latihan industri di tempat-tempat yang telah pun ditetapkan. Terdahulu, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (IBTE), Dr. Chin Wei Keh dalam ucapannya menyatakan para pelajar yang berdaftar di bawah Program 'NTEC in Apprenticeship in Professional Cookery and Services' akan menjalani latihan selama enam bulan di IBTE dalam bidang hospitaliti dan pelancongan, manakala enam bulan lagi mereka akan menjalani latihan industri di syarikat masing-masing. Menurut beliau, kaji selidik Pekerjaan IBTE bagi tahun 2016, mendapati Program Apprenticeship mempunyai kadar pekerjaan sebanyak 75.8 peratus, iaitu lebih sedikit daripada kadar pekerjaan purata semua program IBTE, iaitu 74.5 peratus.


10

NASIONAL

Ilmu, usaha bantu ke arah kejayaan

DAYANG Nora Shafitri binti Abd. Wahid, Kepujian Kelas Kedua Atas dalam Kejuruteraan Mekanikal bersama kedua ibu bapa.

Oleh : Khartini Hamir Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 November. - Rakyat dan penduduk di negara ini diseru agar sentiasa berusaha ke arah kemajuan dan pembangunan negara, dengan perlu mempersiapkan dan memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan, keyakinan diri, usaha, motivasi yang tinggi serta semangat cita-cita tidak mustahil akan dapat membantu mengorak langkah ke arah kejayaan yang cemerlang di hari yang mendatang. Demikian dijelaskan oleh salah seorang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Universiti sumbangan BAG Network Sdn. Bhd. dalam jurusan Sarjana Muda Perdagangan (Kepujian) dalam Teknologi Pengurusan, Awang Helmy bin Markineh semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei pada Majlis Konvokesyen UTB 2016 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Jelasnya, di tambah dengan doa, sokongan dan dorongan daripada ibu bapa boleh menjadikan sesuatu yang mustahil pada tidak mustahil, di samping boleh menjadikan kita lebih berfikiran luas, lebih kreatif, berdikari dan berdaya saing dalam mengharungi dunia yang serba mencabar ini. Beliau berkata, segala pengalaman pembelajaran yang diperoleh di sepanjang pengajian di Universiti Teknologi Brunei (UTB) terutama dalam bidang pengurusan teknologi perdagangan akan digunakan sepenuhnya sama ada dalam kehidupan seharian mahupun dalam menceburi bidang perniagaan atau yang sebanding dengannya tanpa hanya perlu berharap pada pekerjaan di sektor kerajaan semata-mata. Sementara itu, bagi sekumpulan graduan yang berjaya mendapat Kepujian Kelas Kedua Atas dalam jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam Kejuruteraan Mekanikal, Awang Bazli Ghanimi bin Abd. Gani, Dayang Nora Shafitri binti Abd. Wahid, Dayang Norfatriah binti Abdullah dan Dayang Nur Bazilah Rasyiqah binti Abu Bakar masingmasing melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala di atas kejayaan yang mereka perolehi ini

dari hasil usaha perit lelah yang akhirnya membawa kejayaan dan kegembiraan yang besar dalam kehidupan mereka. Menjelaskan mengenai ciri-ciri yang perlu ada pada diri setiap pelajar, tidak kira sama ada di peringkat pengajian sekolah rendah, menengah, mahupun di peringkat pengajian tinggi, mereka menerangkan bahawa antara ciri-ciri yang perlu ada, untuk menjadikan mereka seorang pelajar yang cemerlang ialah perlu sentiasa rajin berusaha, kerjasama yang padu dalam kerja berkumpulan, motivasi diri yang tinggi, amanah, bertanggungjawab dalam sebarang tugas pembelajaran mereka, mempunyai semangat diri yang kental dan jangan mudah berputus asa. Walau bagaimanapun, menurut Awang Bazli Ghanimi, timemanagement juga penting dan perlu dititikberatkan dalam diri setiap pelajar terutama dalam pembahagian masa untuk kerja-kerja sekolah, kuliah, ulang kaji dan sebagainya dengan aktiviti-aktiviti yang diceburi seperti aktiviti kurikulum, persatuan dan sebagainya agar ia seimbang dan teratur dan yang penting tidak menjejaskan kualiti pembelajaran. Di samping itu tambahnya, setiap pelajar juga harus berani mencuba new-things-in-life yang menjurus ke arah kebaikan, pendidikan dan sosial yang sihat. Para graduan ini juga masingmasing terlibat aktif dengan pelbagai persatuan atau kelab yang diceburi, antaranya dalam persatuan Kadet Tentera, Bulan Sabit Merah, Majlis Perwakilan Pelajar, dan kelab-kelab yang mewakili universiti, yang mana mereka perlu sentiasa bijak dalam menguruskan masa terutama untuk bergiat aktif dalam persatuan masing-masing dan dalam masa yang sama perlu fokus pada bidang pembelajaran dan kursus yang diceburi terutama dalam jurusan kejuruteraan yang sudah sememangnya diketahui antara salah satu jurusan yang sangat mencabar akal fikiran, jiwa rohani dan fizikal diri untuk sentiasa perlu sihat kuat dan tidak mudah depleted. Harapan mereka dengan segala usaha, jerih lelah, dan ilmu-ilmu yang diberikan dan dipelajari di sepanjang

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

Pengiktirafan Badan Profesional jadi petanda kualiti Program UTB Oleh : Khartini Hamir Foto : Hamzah Mohiddin BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 November. - Proses pengakreditasian program-program oleh badan profesional sedang berjalan mengikut sasaran yang telah ditetapkan oleh Fakulti dan Sekolah Universiti Teknologi Brunei (UTB), yang mana pengiktirafan dari badan profesional itu nanti akan menjadi petanda aras pada kualiti program-program yang ditawarkan oleh UTB. Pengakreditasian programprogram UTB bakal menjadi tarikan kepada pelajar dalam dan luar negara dan kepada mereka yang sudah bekerja, di mana mereka boleh mengikuti program-program separuh masa yang ditawarkan oleh UTB. Naib Canselor UTB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman dalam sembah alualuannya pada Majlis Konvokesyen UTB 2016 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas menjelaskan buat masa ini, Program Ijazah Separuh Masa yang ditawarkan adalah Bachelor of Business in Business Information Technology dan Bachelor of Science in Internet Computing. Sembah beliau lagi, proses pengakreditasian program adalah cabaran besar yang memerlukan UTB untuk menyediakan pengajaran, pembelajaran dan prasarana yang memenuhi piawaian antarabangsa. Pengantarabangsaan UTB melalui pengakreditasian program adalah sesuatu yang perlu, dan pada tahun ini Panel Penasihat Antarabangsa GRADUAN yang berjaya mendapat Kepujian Kelas Kedua Atas dalam Kejuruteraan Mekanikal, dari kiri Awang Bazli Ghanimi bin Abd. Gani, Dayang Nora Shafitri binti Abd. Wahid, Dayang Norfatriah binti Abdullah dan Dayang Nur Bazilah Rasyiqah binti Abu Bakar.

pengajian mereka di UTB ini nanti, suatu masa akan membuahkan hasil seperti yang mereka harapkan dan memperolehi pekerjaan yang bersesuaian dengan jurusan mereka, memperolehi pengalaman bekerja yang mencabar namun menarik, berusaha untuk terus lebih komited serta sentiasa berusaha untuk mencari, menggali dan menceburi sebarang peluang yang bermanfaat juga akan sentiasa mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan dan pengalamanpengalaman baharu dan menarik. Mereka juga dengan rasa terharu, mendedikasi kejayaan yang mereka peroleh dan kecapi ini kepada ibu bapa dan ahli keluarga mereka yang sudah banyak berkorban demi pembelajaran dan kejayaan mereka, yang mana tanpa sokongan dan dorongan serta doa dari mereka, segala hasil usaha kejayaan yang mereka kecapi ini tidak mungkin akan berhasil dan usaha tangga kejayaan, adalah antara motivasi diri yang selalu mereka ingat, kerana tanpa usaha mereka tidak mampu akan memegang segulung Ijazah, yang pasti akan dapat membantu mereka untuk merubah masa depan mereka dan keluarga kepada yang lebih baik juga terjamin. AWANG Helmy bin Markineh (dua, kanan), penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Universiti dalam jurusan Sarjana Muda Perdagangan (Kepujian) dalam Teknologi Pengurusan berkongsi kegembiraan bersama keluarga.

yang berkaliber tinggi telah dilantik untuk memberi perspektif luaran kepada wawasan universiti, program, hala tuju strategik dan objektifnya secara keseluruhan. ''Walau bagaimanapun, hala tuju UTB dalam meraih kecemerlangan, insyaaAllah akan sentiasa berlandaskan pada ajaran MIB,'' sembah beliau lagi. Terdahulu, Naib Canselor, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah dalam sembahnya, menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda ke Majlis Konvokesyen UTB berkenaan dan seterusnya mengurniakan penganugerahan Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Tertinggi Kebangsaan kepada para graduan yang berjaya menamatkan pengajian di UTB. Keberangkatan Kebawah DYMM ke majlis tersebut sembahnya, menunjukkan keprihatinan baginda dan sokongan padu Kebawah DYMM terhadap UTB yang memberikan makna yang amat mendalam kepada para graduan. Beliau juga turut menyembahkan konvokesyen kali ini telah mencipta sejarah kerana buat pertama kalinya, graduan akan menerima sijil dengan menggunakan nama 'Universiti Teknologi Brunei' dan di kesempatan ini juga beliau mewakili seluruh warga UTB menjunjung kasih ke hadapan Majlis Kebawah

NAIB Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB), Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman ketika ucapan alu-aluannya pada Majlis Konvokesyen UTB 2016.

DYMM di atas titah perkenan pertukaran nama dari Institut Teknologi Brunei menjadi UTB. Nama ini sembahnya, telah memberikan identiti baharu pada UTB dan telah menarik minat rakan-rakan berkepentingan terutama dari universiti dan industri, yang mana pada bulan Ogos yang lalu UTB telah dijemput untuk menjadi ahli pengasas pada Rangkaian Universiti Teknologi Asia atau Asia Technological University Network dengan rakan-rakan universiti yang berprestij dari luar negara.


RENCANA

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

11

K

E arah usaha mengangkat martabat produk-produk tempatan khususnya produk di bawah Program Satu Kampung Satu Produk (1K1P), Majlis-majlis Perundingan Kampung (MPK) keempat daerah di negara ini menyertai jualan Produk-produk Tempatan sempena Program Bandarku Ceria yang diadakan di ibu negara. 1K1P dihasratkan dapat memberikan peluang untuk mengetengahkan dan mempromosikan produk-produk dihasilkan kepada orang ramai, sekali gus membuka tempahan untuk orang ramai. Beberapa orang pengeluar produk tempatan berpuas hati dengan produk-produk mereka itu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan menghargai usaha agensi-agensi kerajaan kerana memberi peluang kepada mereka mempromosikan produk terbaharu. Selain itu, produk-produk makanan seperti tumpi, kelupis, nasi dalam upih yang berintikan udang galah, wajid jawa, burger udang galah, makanan kering seperti kuih sapit, dan baulu turut dijual produk dari daun bidara, herba dan as-sifa termasuk shampo langir daun bidara, minyak angin, krim propolis, minyak daun serai wangi yang dihasilkan oleh Perusahaan Imanputera, Penanjong Tutong. Pengusaha produk berkenaan, Awang Haji Sulaiman bin Haji Sahat memperkenalkan pembungkusan baharu bagi produknya yang dihasilkan dari bahan-bahan yang diperoleh dari negara ini seperti daun bidara, bunga usul uduk, serai wangi dan minyak zaiton. Di samping itu, beliau juga menghasilkan produk berasaskan kelulut (madu, propolis dan bee pollen) untuk kesihatan luaran. Pengusaha berkenaan memulakan perniagaannya pada bulan Ogos 2015 dan memperkenalkan produk baharunya Shampoo langir daun bidara Semasa meninjau ke petak-petak jualan, produk 1K1P yang juga menampilkan produk makanan, pembuatan dan kraf tangan, anyaman, ubat-ubatan herba tradisional seperti Raja Kayu serta produk baharu yang terus mendapat perhatian dan permintaan orang ramai.

Buka peluang perniagaan Rencana & Foto : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor

Bandarku Ceria Hari Tanpa Kereta' yang diharap dapat menghidupkan lagi Bandar Seri Begawan dan memberi peluang kepada rakyat dan penduduk untuk beriadah sambil menikmati suasana pagi serta senang memperoleh produk-produk tempatan yang dijual. Program seumpama ini merupakan satu platform yang sangat baik untuk mereka mempromosikan produk-produk hasil dari bahanbahan yang terdapat di negara

ini untuk dijadikan makanan dan ubat-ubat tradisional. Pendekatan ini adalah selaras dengan Wawasan Brunei 2035, di mana Negara Brunei Darussalam akan mencapai kualiti kehidupan yang tinggi. Ia adalah sangat baik bagi ahli keluarga untuk meluangkan masa untuk beriadah bersama, di samping memberi satu peluang yang bagus untuk peniaga kecil-kecilan untuk memajukan lagi perniagaan.

PROGRAM seumpama ini adalah sangat baik bagi ahli keluarga untuk meluangkan masa untuk beriadah bersama, di samping memberi satu peluang yang bagus untuk peniaga kecil-kecilan untuk memajukan lagi perniagaan.


12

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

Seramai 599 graduan UTB dikurniakan ijazah, diploma Oleh : Khartini Hamir Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Hamzah Mohidin, Hernie Suliana Haji Othman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB) berkenan mengurniakan Ijazah Sarjana Muda kepada seorang graduan UTB.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 November. - Universiti Teknologi Brunei (UTB) terus melakar sejarah apabila berjaya melahirkan 599 graduan yang menerima Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Tertinggi Kebangsaan pada Majlis Konvokesyen UTB 2016 di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor UTB berkenan berangkat ke majlis konvokesyen dan menyempurnakan pengurniaan Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Tertinggi Kebangsaan kepada para graduan yang nama mereka disenaraikan di dalam buku

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan Ijazah Sarjana Muda kepada seorang graduan lelaki (kiri) dan Diploma Tertinggi Kebangsaan Tahap 5 kepada graduan wanita (kanan) pada Majlis Konvokesyen UTB Tahun 2016, sementara gambar bawah kiri, tengah dan kanan, ratusan para graduan Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang dan graduan Diploma Tertinggi Kebangsaan gembira dengan ijazah bersama diploma masing-masing setelah bertungkus lumus menjalani pengajian di UTB.

konvokesyen. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di pusat berkenaan dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman yang juga selaku Pengerusi Majlis UTB; Naib Canselor UTB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman dan Pendaftar dan Setiausaha UTB, Dayang Jannifer Hiew-Lim. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro Canselor UTB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Disusuli kemudiannya dengan keberangkatan Perarakan Canselor memasuki Dewan Plenari dengan didahului Bentara menjunjung Mushaf Al-Quran di hadapan perarakan tersebut dan selesai sahaja Perarakan Canselor, Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dimainkan. Bagi memulakan majlis, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Surah Al-Mukminum, ayat 51 hingga 62 dibacakan oleh Awangku Muhammad Hafizul 'Ilmi bin Pengiran Haji Marjuki, pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, manakala inti sari ayat pula disampaikan oleh Awang Mohamad Syukri bin Jamil, graduan Program Diploma Tertinggi Kebangsaan

dalam Kejuruteraan Rangkaian. Pada majlis tersebut, Kebawah DYMM berkenan mengurniakan titah dan kemudian disusuli dengan melafazkan Titah Kuasa Canselor UTB bagi menyempurnakan pengurniaan Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Tertinggi Kebangsaan. Sejurus itu diikuti dengan laungan kalimah 'Allahuakbar, Walillahil Hamd' daripada para graduan dan hadirin sebagai tanda syukur. Baginda kemudiannya berkenan mengurniakan Ijazah Sarjana Muda kepada seramai 309 graduan pengambilan ke-4; Diploma Tertinggi Kebangsaan Tahap 5 kepada 119 graduan pengambilan kedua dan Diploma Tertinggi Kebangsaan BDTVEC (Brunei Darussalam Technical and Vocational Education Council) kepada seramai 170 graduan pengambilan ke-29, manakala seorang graduan Master of Science (by research) tidak dapat hadir kerana sudah kembali ke negara asal beliau. Bagi memberkati majlis, bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz. Sebelum berangkat meninggalkan Pusat Persidangan berkenaan, Kebawah DYMM dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada para graduan dan ahli-ahli keluarga mereka. Majlis Konvokesyen UTB 2016 ini merupakan hari yang bersejarah dan bermakna kepada para graduan setelah berjaya menamatkan pengajian di universiti berkenaan. UTB mempunyai visi untuk menjadi salah sebuah di antara sepuluh universiti kejuruteraan dan teknologi yang terbaik di rantau Asia Tenggara menjelang tahun 2018. Untuk mencapai visi tersebut, UTB bertekad untuk memenuhi empat cita-cita strategik, iaitu melahirkan pelajar 360 darjah yang serba berkebolehan, bertanggungjawab terhadap masyarakat dan kemajuan ekonomi negara dan mempunyai nilai-nilai Melayu Islam Beraja yang mantap; Cemerlang dalam semua bidang, iaitu pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan keterlibatan dalam komuniti; Penubuhan kerjasama-kerjasama strategik dengan pihak-pihak berkepentingan dan Penyediaan persekitaran pembelajaran yang pelbagai dan merangsang intelek. UTB ditubuhkan pada tahun 1986 sebagai Institut Teknologi Brunei (ITB) dengan mula-mula sekali menawarkan program-program BTEC (Business and Technology Education Council, UK) Diploma Tertinggi Kebangsaan dalam bidang-bidang Perdagangan, Pengkomputeran dan Kejuruteraan Elektrikal dan Komunikasi. Setelah itu, universiti berkenaan mula menawarkan Programprogram Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2009 setelah ia dinaik taraf

menjadi sebuah universiti pada 18 Oktober 2008 dan namanya ditukar menjadi Universiti Teknologi Brunei dan pada tahun ini juga merupakan Ulang Tahun Ke-30 penubuhan universiti berkenaan. Pada masa ini, UTB menawarkan 20 program Ijazah Sarjana Muda, di samping program-program Ijazah Sarjana secara Penyelidikan dan Kursus, dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang-bidang Kejuruteraan, Perdagangan dan Pengkomputeran dan Infomatik. Setakat ini, UTB telah melahirkan empat graduan Ijazah Sarjana; 556 graduan Ijazah Sarjana Muda; 162 graduan Diploma Tertinggi Kebangsaan Tahap 5; dan 4,883 graduan Diploma Tertinggi Kebangsaan BDTVEC.

KEBAWAH DYMM dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen UTB Tahun 2016 (kanan).

KEBAWAH DYMM dan DYTM berkongsi kegembiraan bersama para graduan yang menamatkan pengajian di UTB dengan berkenan mengabdikan gambar kenangan (atas dan kanan), sementara gambar bawah kiri, bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz. Manakala gambar bawah kanan, para jemputan yang terdiri daripada keluarga para graduan hadir pada majlis itu bagi sama-sama berkongsi kegembiraan.

13


14

JAWATAN KOSONG / IKLAN

KEMENTERIAN KESIHATAN JUALAN SECARA TAWARAN AWAM KEPADA ORANG RAMAI BAGI 1 LOT FILM X-RAY YANG TELAH ROSAK KEPUNYAAN HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA

2. Borang tawaran yang lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dan memasukkan ke dalam peti tawaran yang telah disediakan dengan membubuh tajuk.

UNTUK makluman borang-borang tawaran, boleh diperolehi di Unit Penghapusan Dari Kira-Kira, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 1, Blok Pesakit Luar, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Negara Brunei Darussalam.

SEBUT HARGA SECARA TAWARAN AWAM KEPADA ORANG RAMAI BAGI 1 LOT FILM X-RAY KEPUNYAAN JABATAN RADIOLOGI, HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA (a) BIL. : KKW/ADM/KEM/10, BERTARIKH 30 JUN 2016

Syarat yang terkandung dalam borang berikut adalah : 1. Peralatan yang ditawarkan adalah berasaskan sebagaimana keadaan semasa ditawarkan.

3. Membayar secara tunai sahaja dalam masa tiga (3) hari (tidak termasuk hari kelepasan awam) apabila pembeli / pengusaha / syarikat dimaklumkan berjaya bagi tawaran lelong secara tertutup ini. Pembeli

KEMENTERIAN KESIHATAN

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

/ pengusaha / syarikat dikehendaki membuat pembayaran ke Unit Kutipan Hasil, Bahagian Kewangan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dengan serta membawa surat makluman berjaya bagi tawaran lelong secara tertutup. 4. Pembeli / pengusaha / syarikat yang membuat tawaran harga yang paling tertinggi akan dikira berjaya. 5. Pembeli / pengusaha / syarikat yang berjaya mestilah menyediakan kelengkapan pengangkutan pekerja-pekerja dari mengelakkan jangkitan kuman atau bahaya dan sebagainya. 6. Pembeli / pengusaha / syarikat yang gagal untuk membuat pembayaran secara tunai dalam tempoh yang ditetapkan, pihak Hospital RIPAS seperti lazimnya akan memberi peluang kepada pihak kedua dan akan dikira berjaya dalam tender tersebut atau tertakluk pada peraturan dari pihak Kementerian Kewangan. 7. Pembeli / pengusaha / syarikat yang

2.00 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi

berjaya hendaklah memunggah barang- barang tersebut dalam tempoh satu (1) minggu setelah pembeli / pengusaha / syarikat dimaklumkan berjaya. 8. Pihak Hospital RIPAS akan mengambil tindakan yang bersesuaian mengikut peraturan yang berjalan pada masa ini kepada pembeli / pengusaha / syarikat yang berjaya, tetapi gagal membuat pembayaran dan pemunggahan barang-barang dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan (black listed). 9. Sebarang tuntutan atau aduan kehilangan dan kerosakan dalam masa tempoh yang ditetapkan bagi pemunggahan barang-barang tersebut pihak hospital tidak akan bertanggungjawab. 10. Sebarang makluman berjaya atautidak berjaya akan dimaklumkan melalui maklum balas selepas sahaja penilaian dibuat dan keputusan penilaian adalah muktamad. 11. Tarikh tutup tawaran ialah pada Rabu, 23 November 2016 bersamaan 23 Safar 1438, jam 4.00 Petang.

peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. TAWARAN

PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehi dari Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja mulai Rabu, 26 Oktober 2016. Sila layari laman sesawang Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan bilangan tajuk tawaran serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Peti Tawaran, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan Commonwealth Drive Bandar Seri Begawan, BB3910 Negara Brunei Darussalam.

3. Tawaran-tawaran hendaklah disediakan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah ditetapkan dan disediakan dalam dua (2) salinan termasuk salinan asal atau sepertimana yang dinyatakan. Dokumendokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Selasa pada 15 November 2016. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Yuran tawaran (tender fee) bagi tiap-tiap tawaran adalah seperti dinyatakan dan dikehendaki pembayaran dengan WANG TUNAI sahaja (dan yuran tawaran tidak akan dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat di Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan semasa waktu-waktu bekerja. Waktu Menerima Bayaran Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi

5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling rendah atau lain-lain tawaran. 6. Tawaran adalah dibukakan kepada semua pemborong-pemborong dan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut : • Sijil pendaftaran perniagaan yang masih sahlaku dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. • Manakala bagi pemborong / pembekal yang menyertai tawaran ubat-ubatan (drug and medicine) mestilah mempunyai Lesen Racun yang sah Poison Act' (Cap. 114). • Manakala bagi pemborong / pembekal yang menyertai tawaran bagi kerja-kerja pembangunan dan pendawaian elektrik mestilah mempunyai Lesen Pendaftaran yang masih sah dari Kementerian Pembangunan. 7. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan

BIL TAWARAN : KK/116/2016 (LAB)(TC) KETERANGAN : TO SUPPLY AND DELIVER INTERNAL QUALITY CONTROL, TESTING IN CLINICAL CHEMISTRY LABORATORY SECTION FOR ALL FOUR DISTRICTHOSPITALS LABORATORY, CLINICAL, CHEMISTRY LABORATORY SERVICES, MINISTRY OF HEALTH FOR A PERIOD OF THREE (3) YEARS YURAN TAWARAN : BND100.00 TARIKH TUTUP : Tidak lewat Jam 2.00 Petang, 15 November 2016 IKLAN WEBSITE PADA 26 OCTOBER 2016


IKLAN

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

KEMENTERIAN PERTAHANAN TAWARAN : MINDEF/DFA/2016/TA/3010 KHIDMAT PERMAKANAN HARIAN UNTUK ANGGOTA BUJANG REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI (ROYAL GUARDS REGIMENT) MULAI 1 DISEMBER 2016 SEHINGGA 31 MAC 2017 BAYARAN TAWARAN : BND30.00 (tidak dikembalikan) SYARAT-SYARAT TAWARAN a. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Baharu, Kementerian Pertahanan, Blok 'C', Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Bolkiah

Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 15 NOVEMBER 2016. Dokumen- dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Unit Tawaran (Blok 'D'), Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan pada hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula pada 2 NOVEMBER 2016. b. Bayaran yuran tawaran (tender fee) hendaklah dibayar di Unit Kaunter, Bahagian Kewangan, Blok 'C', Tingkat 1, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Blok 'D', Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam. Waktu bagi menerima bayaran : Isnin hingga Khamis

JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN

8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 2.00 Petang hingga 3.00 Petang Jumaat 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi 2.30 Petang hingga 3.00 Petang c. Pembekal adalah dikehendaki membayar semua yuran dokumen dan bayaran tawaran seperti yang diiklankan. Yuran tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bona-fide-tender). Kadar yuran tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran. d. Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah. e. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai

TARIKH TUTUP TAWARAN : KHAMIS, 1 DISEMBER 2016, JAM 2.00 PETANG

TAJUK TAWARAN : 'DESIGNING, CONSTRUCTION, FURNISHING AND DISMANTLING OF BRUNEI DARUSSALAM PAVILION AT THE ASEAN TOURISM FORUM (ATF) TRAVEX, 18 - 20 JANUARY 2017, SINGAPORE'

TAJUK TAWARAN : 'EXPORT SHIPMENT BY AIR CARGO (EX BRUNEI TO SINGAPORE AND RETURN SHIPMENT TO BRUNEI DOOR TO DOOR DELIVERY) ASEAN TOURISM FORUM (ATF) TRAVEX, 18 - 20 JANUARY 2017, SINGAPORE'

Syarat-Syarat Tawaran : 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang bersesuaian dengan tajuk tawaran serta berpengalaman dalam design dan pembuatan papan tanda. Tawaran-tawaran hendaklah dialamatkan kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Jabatan Kemajuan Pelancongan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Jalan Menteri Besar Bandar Seri Begawan, BB3910 Negara Brunei Darussalam.

DOKUMEN TAWARAN : BND5.00 (tidak dikembalikan)

DOKUMEN TAWARAN : BND5.00 (tidak dikembalikan)

dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang terletak di Tingkat Tiga, Jabatan

JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BILANGAN TAWARAN : JKP/SH/2016-2017/3

TARIKH TUTUP TAWARAN : KHAMIS, 1 DISEMBER 2016, JAM 2.00 PETANG BILANGAN TAWARAN : JKP/SH/2016-2017/4

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA KEMENTERIAN KEWANGAN TAWARAN KASTAM 17/2016 BAGI PEMELIHARAAN (PEMBERSIHAN) BANGUNAN DAN KAWASAN PEJABAT MUARA CONTAINER TERMINAL (MCT) DAN PEJABAT PENCEGAH MUARA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SYARAT-SYARAT TAWARAN : 1. TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang mempunyai lesen Perkhidmatan Pembersihan Bangunan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam yang masih sah. 2. Tempoh bagi tawaran perkhidmatan ini adalah selama DUA BELAS (12) BULAN atau DUA PULUH EMPAT (24) BULAN sahaja. 3. Sijil Pendaftaran Perniagaan Business Names Act Section 16 and 17 atau List of Members - to accompany annual return (List of person holding shares) hendaklah disertakan. 4. Hendaklah menyertakan profil syarikat dan pengalaman dalam pengurusan Perkhidmatan Pembersihan Bangunan. 5. Hendaklah menyatakan tempoh sah laku tawaran yang dihadapkan. 6. Hendaklah menyatakan CHEMICAL dan EQUIPMENT yang digunakan bagi kerjakerja pembersihan tersebut. 7. Hendaklah menyatakan jumlah pekerja yang dimiliki oleh syarikat. 8. Hendaklah menyenaraikan jumlah pekerja yang hendak ditempatkan bagi melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan ini termasuklah juga pengawas (supervisor). 9. Borang-borang dan penerangan lanjut mengenai dengan tawaran ini bolehlah diperoleh dari Bahagian Pengurusan Projek-Projek, Tingkat 3, Ibu Pejabat Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalaam. 10. Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga Kastam yang terletak di bahagian dalam Bangunan Jabatan

Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam tidak lewat Selasa, 29 November 2016, jam 2.00 Petang. Tawaran hendaklah di tulis seperti berikut : SULIT - BILANGAN TAWARAN : KASTAM 17 / 2016 TAWARAN PEMELIHARAAN (PEMBERSIHAN) BANGUNAN DAN KAWASAN PEJABAT MUARA CONTAINER TERMINAL(MCT) DAN PEJABAT PENCEGAH MUARA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 11. Tarikh bagi membuat pemeriksaan tempat (SITE INSPECTION) bagi tujuan penilaian dan tafsiran adalah pada 19 Novemeber 2016, Sabtu, jam 9.00 Pagi sahaja. 12. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan waktu yang ditetapkan di atas tidak akan dilayan. TAWARAN KASTAM 18 / 2016 MEMBEKAL 'CUT RESISTANT GLOVE' DAN 'BATON' (WITH PUSH BUTTON RETRACTION) KEPADA JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. SYARAT-SYARAT TAWARAN : 1. Tawaran adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang mempunyai lesen Perkhidmatan Pembekalan dan Pemasangan Sistem Pengera Keselamatan (Fire Alarm System) yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam yang masih sah. 2. Sijil Pendaftaran Perniagaan Business Names Act Section 16 and 17 atau List of Members - to accompany annual return (List of person holding shares) hendaklah disertakan. 3. Hendaklah menyertakan profil syarikat dan pengalaman membekalkan peralatan ini

kepada jabatan- jabatan kerajaan atau syarikat swasta sebelumnya.. 4. Hendaklah menyatakan tempoh sah laku tawaran yang dihadapkan. 5. Hendaklah menyertakan contoh atau catalog (gambar) 'GLOVE' dan 'BATON' yang hendak di bekalkan. 6. Pembekalan hendaklah dilbuat dalam tempoh SATU bulan sahaja. 7. Hendaklah memberikan jaminan (warranty) ke atas peralatan yang telah dibekalkan selama TIGA (3) BULAN dari tarikh pembekalan dan diterima oleh jabatan. 8. Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga Kastam yang terletak di bahagian dalam Bangunan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam tidak lewat Selasa, 29 November 2016, jam 2.00 Petang. Tawaran hendaklah di tulis seperti berikut : SULIT - BILANGAN TAWARAN : KASTAM 18 / 2016 MEMBEKAL 'CUT RESISTANT GLOVE' DAN 'BATON' (WITH PUSH BUTTON RETRACTION) KEPADA JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 9. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan waktu yang ditetapkan di atas tidak akan dilayan. TAWARAN KASTAM 19 / 2016 BAIK PULIH SISTEM PENGGERA KESELAMATAN (FIRE ALARM SYSTEM) BANGUNAN JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA, JALAN MENTERI BESAR, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SYARAT-SYARAT TAWARAN : 1. Tawaran adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang mempunyai lesen Perkhidmatan Pembekalan dan Pemasangan Sistem Pengera Keselamatan (Fire Alarm System) yang berdaftar di Negara Brunei

15

tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan. f. Salinan sijil pendaftaran perniagaan hendaklah disertakan bersama dengan menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemilik. g. Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. h. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan hendaklah ditutup rapi. Pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat, hendaklah dinyatakan rujukan dan tajuk tawaran serta catatan tarikh tutup tawaran ini. i. Iklan-iklan tawaran bolehlah dilihat melalui laman sesawang : http://www.mindef.gov.bn.

Kemajuan Pelancongan, Bangunan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan, BB3910, Negara Brunei Darussalam tidak lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan di dalam tawaran tersebut. 2. Dokumen-dokumen tawaran dan borang-borang tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehi dari Jabatan Kemajuan Pelancongan, Tingkat 3, Kementerian SumberSumber Utama dan Pelancongan, Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan, BB3910, Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang tawaran asal yang telah disediakan. 4. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran.

Darussalam yang masih sah. 2. Sijil Pendaftaran Perniagaan Business Names Act Section 16 and 17 atau List of Members - to accompany annual return (List of person holding shares) hendaklah disertakan. 3. Hendaklah menyertakan profil syarikat dan pengalaman dalam pembekalan dan pemasangan serta kerja-kerja baik pulih sistem pengera keselamatan (Fire Alarm System). 4. Hendaklah menyatakan tempoh sah laku tawaran yang dihadapkan. 5. Hendaklah menyatakan peralatan yang hendak dibekalkan dan diguna pakai bagi pengantian peralatan telah rosak. 6. Hendaklah memberikan jaminan (warranty) ke atas peralatan yang telah di bekalkan selama DUA BELAS (12) BULAN dari tarikh pembekalan dan diterima oleh jabatan. 7. Borang-borang dan penerangan lanjut mengenai dengan tawaran ini bolehlah diperoleh dari Bahagian Pengurusan Projek-Projek, Tingkat 3, Ibu Pejabat Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalaam. 8. Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga Kastam yang terletak di bahagian dalam Bangunan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam tidak lewat Selasa, 29 November 2016, jam 2.00 Petang. Tawaran hendaklah ditulis seperti berikut : SULIT - BILANGAN TAWARAN : KASTAM 19 / 2016 BAIK PULIH SISTEM PENGGERA KESELAMATAN (FIRE ALARM SYSTEM) BANGUNAN JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA, JALAN MENTERI BESAR, NEGARA BRUENU DARUSSALAM 9. Tarikh bagi membuat pemeriksaan tempat (SITE INSPECTION) bagi tujuan penilaian dan tafsiran adalah pada 21 November 2016, Isnin, jam 9.00 Pagi sahaja. 10. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan waktu yang ditetapkan di atas tidak akan dilayan.


16

IKLAN

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

SYARAT-SYARAT IKLAN SEBUT HARGA

KETERANGAN lebih lanjut dan syarat-syarat sebut harga serta borang-borang sebut harga boleh diperoleh di Tingkat 1, Blok 'A', Kaunter 6, Unit Tawaran dan Sebut Harga, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'A', Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan resit pembayaran dokumen.


IKLAN

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

17

JABATAN PENERBANGAN AWAM KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

MAHKAMAH PEGAWAI WARIS TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, TUTONG SURAT KUASA PUSAKA : T/LA/46/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAJAH ASMAHWATI BINTI HAJI ABDUL KARIM kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh HAJAH ASIAH BINTI HAJI AKOP yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH TUTONG pada 26 OKTOBER 2016, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, TUTONG sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 7 NOVEMBER 2016. (DK. NORAFIDAH BINTI PG. HAJI BUNGSU) B/p. Timbalan Pegawai Waris Tutong Negara Brunei Darussalam.


18

IKLAN

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SYARAT-SYARAT IKLAN SEBUT HARGA Keterangan lebih lanjut dan syarat-syarat sebutharga serta borang-borang sebut harga boleh diperoleh di Tingkat 1, Blok 'A', Kaunter 6, Unit Tawaran dan Sebut Harga, Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'A', Jabatan Pentadbiran dan PerkhidmatanPerkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan resit pembayaran dokumen.


IKLAN

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

19

POLITEKNIK BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN POLITEKNIK BRUNEI BLOK 2, KONDOMINIUM JALAN ONG SUM PING BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. TAWARAN BILANGAN SEBUT HARGA : PB/AJKKONVO3/Q/2016-2017/003

TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 29 NOVEMBER 2016 (Tidak lewat jam 2.00 Petang)

KETERANGAN : SUPPLY BOOKS FOR SCHOOL OF SCIENCE AND ENGINEERING

MAHKAMAH PEGAWAI WARIS BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh ABD. RAHMAN BIN HAJI OMAR kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh DAYANG HAJAH JIJAH BINTI HAJI OMAR yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ADIK-BERADIK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 8 November 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 27 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA/327/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh RAFIDAH BINTI HAJI METUSSIN kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh HAJAH ROKIAH BINTI JALIL yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 8 November 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas.

TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 29 NOVEMBER 2016 (Tidak lewat jam 2.00 Petang) (HARI BIASA) WAKTU-WAKTU PENERIMAAN WANG BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.45 Pagi 1.45 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi

TAWARAN BILANGAN SEBUT HARGA : PB/LLD/Q/2016-2017/006

BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN : NIL

SURAT KUASA PUSAKA : LA/323/2016

BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN : NIL

POLITEKNIK BRUNEI BLOK 2E, KONDOMINIUM JALAN ONG SUM PING BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

KETERANGAN : MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KATERING BAGI MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA KONVOKESYEN POLITEKNIK BRUNEI KALI KETIGA 2017M / 1438H

DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS BANDAR SERI BEGAWAN

POLITEKNIK BRUNEI

(HARI BIASA) WAKTU-WAKTU PENERIMAAN WANG BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.45 Pagi 1.45 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi

Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 27 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA/328/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh MUHAMAD NOORISHAK BIN MUHAMAD ISA @ HARRY KEILLER kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh NOORSANIZZAH BINTI ABDULLAH @ NIZZAH KEILLER yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ADIK-BERADIK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 8 November 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 27 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA/334/2016

*Syarat-syarat tawaran dan keterangan lebih lanjut boleh merujuk seperti alamat di atas.

permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 8 November 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 20 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA/340/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh PG. ANAK D.S.L.J. HJ. PUTEH ALAM dan PG. ANAK HAJI JAAFAR ALAM kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh PENGIRAN BABU RAJA PENGIRAN ANAK HAJAH BESAR BINTI PENGIRAN ANAK HAJI METASSAN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 8 November 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 3 November 2016.

KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh LO SOO KEN kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh YEO HAR LIAN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah SUAMI kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa

SURAT KUASA PUSAKA : LA/337/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh MUHAMMAD HADY BIN BUKHARI @ KUMA kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh BUKHARI BIN ABDULLAH

@ KUMA BIN LEDU yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 8 November 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 3 November 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA/331/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAJAH UMI YUSNITA BINTI MOKTI kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh HAJAH SURIAHAYATI BINTI MOKTI yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ADIK-BERADIK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 15 November 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 29 Oktober 2016.

(MUHAMMAD AMIN LIM CHING) Penolong Pegawai Waris Negara Brunei Darussalam.


20

MINDA PEMBACA

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

Industri kreatif mampu jana pertumbuhan ekonomi

I

NDUSTRI kreatif bermaksud satu aktiviti yang terkait dengan penciptaan dan penggunaan pengetahuan dan informasi seseorang individu tersebut, contohnya seperti dalam bidang perniagaan, periklanan, film, muzik, penerbitan, permainan video dan sebagainya. Industri kreatif mempunyai satu potensi untuk menjadi sebagai salah satu sumber ekonomi negara dan menjana

pekerjaan bagi para belia yang meminati bidang kreatif. Sebagaimana dalam (6th Asia-Europe Culture Ministers Meetings - ASEM CMM) yang berlangsung di luar negara telah memgetengahkan kepentingan pembangunan industri kreatif sebagai salah satu sektor untuk menjana ekonomi negara dan sektor pembangunan bidang lain. Sudah jelas kini di negara kita Industri

kreatif sudah semakin luas dan semakin menggalakkan seseorang individu untuk menghasilkan kreativiti masing-masing di dalam setiap bidang yang diminati, contohnya dalam bidang muzik dan film sudah semakin mendapat sambutan dan sokongan daripada semua pihak. Tambah lagi dengan adanya kemajuan teknologi yang tinggi, peralatan-peralatan yang bermutu tinggi dan serba canggih membantu dan mempengaruhi khususnya dari golongan belia yang kreatif untuk menceburi bidang tersebut dengan lebih terperinci. Oleh sedemikian itu, seseorang pelaku industri kreatif harus memiliki idea dan kreativiti yang tinggi dan

bernas. Kebanyakan dari anak muda yang berpotensi dan berinovasi sudah menceburi industri kreatif ini dan menghasilkan hasil yang mampu menjana ekonomi sesebuah keluarga mahupun sesebuah negara. Justeru itu, sumber hasil dari ekonomi kreatif lahirnya daripada seorang individu yang kreatif dan progressif. Nama : Nurjuliaha binti Abdullah No. K/P : 01-060766 (K) Alamat : No. 19, Simpang 14, Jalan 99, RPN Kampung Rimba Gadong, BE3319, Negara Brunei Darussalam.

TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA: 1. 'Kebaikan Kitar Semula Kepada Masyarakat dan Negara'. Tarikh Tutup : 9 November 2016. 2. 'Kukuhkan Institusi Kekeluargaan Dengan Pendidikan'. Tarikh Tutup : 16 November 2016. 3. 'Kepentingan Pelaburan Asing Kepada Negara'. Tarikh Tutup : 23 November 2016. Terma dan Syarat : 1. Penyertaan dibuka kepada remaja yang berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun, yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kecuali warga Jabatan Penerangan. 2. Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. 3. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon hendaklah disertakan dan dihantar kepada : Sidang Pengarang, Minda Pembaca Bahagian PELITA BRUNEI, Jabatan Penerangan Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam. atau melalui E-mel : pelita.brunei@information.gov.bn 4. Penyertaan terbaik akan disiarkan dalam Akhbar Rasmi Kerajaan PELITA BRUNEI dan pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND75.00.

Reda ditimpa penyakit D

ALAM menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak dapat lari dari diuji oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tabah dan kuat kerana dari ujian tersebut akan mengajar seseorang untuk jadi lebih tabah dalam menggalas setiap bebanan kehidupan. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Anbiyaa ayat 35, tafsirnya : ''Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan dikembalikan (untuk dihisab dan menerima balasan)''. Setiap ujian terselindung nikmat serta menyedarkan manusia akan kelemahan diri sendiri. Seseorang yang ditimpa penyakit pastinya menyebabkan dia merasa tidak selesa, lemah dan hilang selera makan. Dan sudah setentunya ada yang mengeluh mengenangkan nasib yang menimpa diri mereka. Dan tidak pula mereka memandang penyakit yang menimpa ini sebagai satu nikmat serta anugerah Allah kepada hamba-Nya. Sebagai mukmin sejati, seseorang itu tidak hanya merasa gembira dan bersyukur kepada Allah ketika dikurniakan kesenangan dan kesihatan dalam hidupnya, dia juga seharusnya reda serta bersabar saat ditimpa musibah termasuk penyakit. Sifat redha dan sabar ketika ditimpa penyakit adalah antara ciri golongan orang yang beriman dan kesabaran itu akan mendatangkan kebaikan berupa ganjaran baik daripada Allah Subhanahu Wata'ala, antaranya mendapat penghapusan dosa yang pernah dilakukan pada masa lalu. Ujian ditimpa penyakit sering menyedarkan manusia terhadap kelalaian mereka, selain menjadi bukti lemahnya diri kerana tidak mampu mengelak penyakit yang dikurniakan-Nya. Ada

ketikanya, sakit mengingatkan kita akan dosa yang dilakukan kerana ujian Allah juga disebabkan kesilapan dilakukan. Ketika sakit, tubuh badan menjadi lemah dan ada kalanya menyebabkan terhalang dari melakukan amal ibadat. Namun, antara keistimewaan diberikan Allah kepada mereka yang sedang sakit, mereka tetap menerima ganjaran pahala bagi amalan biasa dilakukan ketika sihat. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala telah mengurniakan nikmat yang tidak terkira banyaknya kepada umat manusia yang kita wajib syukuri dan memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya. Antara nikmat anugerah Allah Subhanahu Wata'ala itu ialah nikmat sihat. Nikmat sihat sangat berharga, tetapi nikmat itulah juga yang sering dilupakan dan diabaikan oleh manusia. Apabila ditimpa sakit, barulah mereka akan kembali sedar dan ingat akan nikmat sihat tersebut. Hakikatnya tiada seorang pun di dunia ini yang tidak pernah sakit. Ada yang menghidap penyakit ringan dan ada pula penyakit yang serius. Proses kesembuhan pula berbeza, ada yang cepat sembuh dan sebaliknya. Namun ketahuilah bahawa Allah Subhanahu Wata'ala tidak menentapkan sesuatu itu melainkan di dalamnya terkandung kebaikan dan rahmat bagi hamba-Nya, begitulah juga dengan ujian sakit. Terdapat banyak hikmah di sebalik ujian sakit itu, antaranya ialah mendapat pengampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala di atas kesalahan-kesalahan yang telah dilakukannya. Penyakit yang menimpa seseorang merupakan ujian daripada Allah Subhanahu Wata'ala agar dapat mengukuhkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada-Nya. Selain itu, sakit juga menyebabkan seseorang itu sedar betapa tingginya nilai nikmat sihat dan kerananya juga akan menjadikan seseorang itu

untuk lebih menghargai akan nikmat tersebut. Mengetahui banyaknya hikmah dan ganjaran di sebalik ujian sakit, kita hendaklah bersabar dan menerimanya dengan reda tanpa sebarang keluhan serta rintihan. Pandanglah ujian tersebut dari sudut positif, di mana jika kita sakit, kita akan dapat pengampunan dari Allah Subhanahu Wata'ala, dapat mendidik kita menjadi orang yang sabar dan dapat menyedarkan kita dari kelalaian dan sebagainya. Di samping itu, berusaha dengan membuat perubatan demi mengharapkan kesembuhan adalah dituntut hukum syarak bahkan ia boleh menjadi ibadah jika dilakukan dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk melaksanakan tuntutan syarak dan bagi memulihkan kesihatan tubuh badan agar dapat beribadat dengan lebih sempurna. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Anbiyaa, ayat 83 - 84 : Tafsirnya : ''Dan (ingatlah kisah) Nabi Ayub ketika dia berdoa kepada Tuhannya. (Ya Tuhanku)! Sesungguhnya aku ditimpa penyakit dan Engkau adalah Maha Pengasih daripada sekalian yang pengasih. Maka Kami memperkenankan doanya lalu Kami menghapuskan penyakit yang menimpanya serta Kami mengurniakan kembali kepadanya sejumlah keluarganya seperti sebelumnya dan (bahkan) Kami melipatgandakan bilangan mereka sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan peringatan bagi orang-orang yang sentiasa beribadat kepada Kami''. Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah ditempuhi dengan sabar, reda dan bertawakal kepada-Nya. Berusaha mencari penawar tanpa jemu dan bermohon kepada Allah agar dikurniakan petunjuk dan rahmat agar penyakit yang dihadapi akan lebih baik dari sebelumnya. Di samping memperbanyakkan amal ibadah, kita juga perlu mendekatkan diri

dengan Al-Quran kerana di situ ada penawar kesembuhan dari segala macam penyakit dengan izin Allah. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Isra', ayat 82, tafsirnya : ''Dan Kami menurunkan daripada Al-Quran suatu penawar (bagi penyakit rohani dan jasmani) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim (orang-orang yang kafir) selain kerugian''. Dapat kita ketahui bahawa ujian yang ditimpakan pada setiap hamba adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan. Ujian yang ditimpakan ini adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini jelas terbukti berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 214, tafsirnya : ''Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepada kamu (ujian) seperti yang dialami oleh orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kesengsaraan dan kemudaratan serta digoncangkan (dengan ancaman musuh dan berbagai-bagai cubaan) sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya berkata : ''Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?'' Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh pada agama Allah).''


AGAMA

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

21

Buku terbitan UNISSA, KUIS dilancarkan PELANCARAN Buku 'Wacana Peradaban dan Pemikiran Islam : Interaksi dan Sumbangan Nusa Bangsa' hasil penerbitan berkolaborasi di antara Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Siaran Akhbar dan Foto: Universiti Islam Sultan Sharif Ali PERTH, AUSTRALIA, Isnin, 7 November. - Buku 'Wacana Peradaban dan Pemikiran Islam : Interaksi dan Sumbangan Nusa Bangsa' hasil penerbitan berkolaborasi di antara Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dilancarkan oleh Rektor KUIS, Yang Berbahagia Profesor Dato' Dr. Ab. Halim Tamuri pada 6 November 2016 bersempena Seminar Serantau Peradaban dan Pemikiran Islam (ReCIT 2016) di Masjid Ibrahim,

di sini. Penerbitan buku ini juga adalah manifestasi keberkesanan jalinan strategik dari penandatanganan Memorandum Persefahaman di antara UNISSA dan KUIS yang dimeterai pada Februari lalu. Buku ini mengandungi kertas-kertas kerja terpilih dari ReCIT 2015 dan

beberapa kertas lain yang dikompilasi menjadi sebuah buku. Sementara itu, buku ini mengetengahkan tema-tema pengajian Islam, Sejarah dan Tamadun, Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi serta Ekonomi dan Teknologi. Buku ini dilihat sangat signifikan dalam menjadi wadah mendepani cabaran aliran pemikiran radikal dan bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah serta menyumbang pada perkembangan tamadun dan peradaban Islam. Dalam pada itu, dalam usaha memartabatkan keilmuan dan penyelidikan serta pembentangan, seramai lapan orang ahli akademik

UNISSA menyertai Seminar ReCIT 2016 ini yang bertemakan 'Melayu Diaspora : Perkembangan dan Cabaran'. Seminar kali ini juga adalah anjuran bersama di antara UNISSA dan KUIS yang membentangkan sebanyak 40 buah kertas kerja oleh ahli-ahli akademik dari pelbagai institusi di Malaysia seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UHTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Abdul Hafiz, Nur Awadah johan Peraduan Al-Quran

KETUA Bahagian Sekolah Arab, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Datin Hajah Mas Relawati @ Khadijah binti Pengiran Mohd. Said menyampaikan hadiah kepada Johan bagi Kategori Lelaki, Abd Hafiz bin Haji Abd. Kadiroshman dari Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB).

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 November. - Awang Abdul Hafiz bin Haji Abdul Kadiroshman dan Dayang Nur Awadah Aqilah

binti Amir masing-masing muncul johan Peraduan Al-Quran (Kategori Alif) bagi Sekolah-sekolah Arab yang berlangsung di Dewan Sekolah

Oleh : Haji Ariffin Mohd. Noor, Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor TUNGKU, Isnin, 7 November. Dalam usaha menyebarkan dan meningkatkan pengetahuan agama khususnya perkara-perkara yang berhubungkait dengan bersuci, Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Unit Kursus, Bahagian Penyebaran Da'wah meneruskan lagi kursus bergerak bagi para pegawai dan kakitangan Syarikat Datastream Teknology Sendirian Berhad (DST) yang diadakan di Ibu Pejabat DST, Tungku Link Gadong. Kursus bertajuk Fiqh At Thaharah (Bersuci) yang disertai lebih 30 orang peserta dilaksanakan oleh empat orang tenaga pelatih, iaitu Awang Haji Anwari bin Haji Rawee, Awang Haji Imaharan bin Haji Metali, Dayang Hajah Noraini binti Haji Saman dan Dayang Amal Hayati binti Haji Amit. Menurut Dayang Hajah Noraini dalam ucapannya, kursus seumpana ini merupakan julung-julung kali diadakan yang melibatkan syarikat swasta dan berharap akan dapat memberikan kefahaman serta dapat

diamalkan dalam kehidupan. Taklimat yang disampaikan oleh Awang Haji Anwari antara lain menyentuh pengertian Thaharah, bahagian air dan hukumnya, najis dan cara-cara menyucikan, Bersiwak, Istinja, Qadha Hajat, Hadas, Wudhu', Mandi dan Tayyamum. Jelasnya, Thaharah dari segi bahasa bermaksud membersihkan diri dari kekotoran, manakala dari segi syarak ialah menghilangkan segala halangan yang disebabkan oleh hadas dan najis atau melakukan sesuatu perbuatan yang membolehkan seseorang itu mendirikan sembahyang. Dalam taklimatnya juga menyentuh mengenai darjat bersuci, iaitu membersihkan zahir dari kotoran dan najis; membersihkan anggota tubuh dari segala dosa, umpamanya dengan menahan tangan dari membuat aniaya, mata dan telinga dari melihat dan mendengar yang haram, tiga kaki dari berjalan ke tempat-tempat yang haram dan sebagainya; membersihkan hati nurani dari sifat-sifat yang tercela seperti

Persediaan Arab, di sini. Awang Abdul Hafiz merupakan wakil dari Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), manakala Dayang Nur Awadah Aqilah pula mewakili Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD). Bagi Kategori Lelaki, naib johan disandang oleh Awang Mohamad Fadil bin Bujang dari Ma'had Islam Brunei (MIB) sementara Dayang Nurmahirah binti Masli dari SMALHB memenangi naib johan bagi Kategori Perempuan. Tempat ketiga pula masing-masing dimenangi oleh Awang Muhd. Adhwa Firdaus bin Mohamad Yusra dari Sekolah Arab Sungai Akar dan Dayang Nurindahwati binti Haji Tawar dari SUAMPRIPAD. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Ketua Bahagian Sekolah Arab, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Datin

Hajah Mas Relawati @ Khadijah binti Pengiran Mohd. Said, selaku tetamu kehormat majlis. Johan peraduan bagi Kategori Lelaki, Awang Abdul Hafiz ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala di atas kejayaan yang diperoleh pada peraduan itu. "Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa dan keluarga serta doa mereka menjadikan saya lebih bersemangat dan berkeyakinan sehingga saya mampu meraih apa yang ada pada hari ini. Didikan dan nasihat daripada tenaga-tenaga pengajar juga sangat dihargai yang tidak jemu-jemu untuk memberi petunjuk kepada saya," ujarnya dengan rasa gembira. Awang Abdul Hafiz sebelum ini pernah menyertai beberapa peraduan membaca Al-Quran juga pernah memenangi tempat pertama. Sementara Dayang Nur Awadah Aqilah pula, baru pertama kali

memenangi tempat pertama, yang mana sebelum ini pernah menyertai beberapa peraduan, tetapi hanya meraih tempat kedua dan ketiga. "Alhamdulillah saya bersyukur kerana beroleh johan pada peraduan kali ini dan saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa serta keluarga dan guru-guru yang terus memberi kepercayaan kepada saya untuk membuktikan kemampuan saya pada hari ini," jelasnya. Seramai sepuluh orang peserta bertanding di peringkat akhir terdiri dari lima peserta lelaki dan lima peserta perempuan dari Tahun 10, Tahun 11 dan Pra U (qari dan qariah). Peraduan adalah kegiatan tahunan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal bagi tujuan mendidik, mengasuh dan mencungkil bakat pelajar-pelajar dalam bidang Al-Quran, di samping dapat melahirkan pelapis qari dan qariah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Ke arah kesempurnaan beribadah

PARA pegawai dan kakitangan Datastream Technology Sendirian Berhad (DST) ketika menghadiri Kursus Fiqh At Taharah yang dikendalikan oleh Awang Haji Anwari bin Haji Rawee (kanan).

membesarkan diri, iri hati, riya' dan lain-lain serta membersihkan hati dari yang lain daripada Tuhan, itulah penyucian nabi-nabi dan rasul-rasul. Kursus Fiqh At Thaharah yang dijalankan selama empat hari itu berakhir pada 10 November ini,

yang mana kursus ini merupakan Rancangan Tahunan Unit Kursus Bahagian Penyebaran Da'wah bertujuan untuk menghalusi tatacara dalam Wudhu', Tayammum dan Mandi. PDI berharap dengan kursus yang telah diadakan ini akan dapat

memberi kefahaman, mengulang kaji pengetahuan yang ada dan meningkatkan lagi kefahaman yang sedia ada untuk ia dapat diamalkan dalam kehidupan dan menghayati ajaran Islam dengan penuh keyakinan serta ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala.


22

AGAMA

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

Pengurusan anggota manusia yang terpisah dari tuannya (Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) EMELIHARAAN Islam terhadap manusia tidak hanya terbatas pada waktu hayatnya sahaja. Hatta setelah seseorang itu meninggal dunia, Islam tetap memelihara dan menjaga kehormatannya, umpamanya dengan menggariskan tata-cara tertentu untuk mengurus jenazahnya dan seumpamanya. Bahkan lebih daripada itu, Islam turut memuliakan dan menghormati setiap anggota atau bahagian tubuh manusia sehinggakan syari'at Islam telah menggariskan panduan tertentu dalam mengurus anggota manusia yang terpisah daripada tuannya.

P

Anggota Yang Terpisah Daripada Tuannya Ketika Hidup Anggota manusia yang terpisah daripada tuannya ketika dia hidup dihukumkan suci. Sekiranya anggota tersebut hendak dibuang, maka sunat anggota tersebut dibungkus dan kemudian ditanam serta tidak harus bahkan tidak sah anggota tersebut disembahyangkan. Demikian juga, kaedah pengurusannya adalah sama sekiranya tidak diketahui adakah anggota tersebut terpisah daripada tuannya semasa dia masih hidup ataupun setelah dia mati. Hukum ini terpakai sekiranya anggota tersebut bukan dari anggota yang haram dilihat oleh bukan mahramnya. Sekiranya anggota yang terpisah itu adalah dari bahagian aurat, seperti rambut perempuan atau mana-mana bahagian dari anggota tubuh sama ada lelaki atau perempuan yang haram dilihat oleh bukan mahramnya ketika ia masih bersambung dengan badannya, maka wajib ia ditanam. Anggota Yang Terpisah Daripada Tuannya Ketika Mati (1) Anggota Orang Islam Sekiranya ditemui satu anggota mayat seorang Islam, dan anggota tersebut diyakini telah terpisah daripada tuannya selepas dia meninggal dunia, ataupun dia terus meninggal dunia sejurus anggota tersebut terpisah daripada tuannya, maka wajib diuruskan anggota tersebut sepertimana diuruskan jenazah seorang Islam, iaitu dimandikan, dibungkus dengan kain, disembahyangkan dan kemudian ditanam. Mengenai niat ketika menyembahyangkan sebahagian anggota mayat yang ditemui itu pula adalah seperti berikut : (i) Wajib diniatkan ke atas keseluruhan mayat, bukan setakat anggota itu sahaja sekiranya anggota-anggotanya yang lain sudah dimandikan, tetapi belum disembahyangkan. Sekiranya anggota-anggota lain sudah disembahyangkan, maka sunat sahaja meniatkannya ke atas keseluruhan mayat. (ii) Sekiranya anggota-anggota lain belum dimandikan, maka wajib hukumnya meniatkan sembahyang itu ke atas anggota yang terpisah sahaja. Tidak sah meniatkannya ke atas

keseluruhan mayat. (iii) Sekiranya dia syak adakah anggotaanggota yang lain sudah dimandikan ataupun belum, maka tidak sah niat kecuali dengan ta'liq (bersyarat) sepertimana yang disebutkan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah. Ini umpamanya dia berniat : ''Sahaja aku sembahyang atas bahagian ini, serta atas bahagian-bahagian yang lain sekiranya ia (bahagian-bahagian yang lain itu) sudah dimandikan.'' Sekiranya anggota yang dijumpai itu pula diyakini adalah anggota orang Islam, akan tetapi tidak diketahui adakah orang tersebut sudah mati ataupun belum pada ketika anggota tersebut ditemukan, maka tidak boleh dan tidak sah anggota tersebut disembahyangkan. (2) Anggota Orang Kafir Zimmi Sekiranya anggota mayat tersebut adalah anggota seorang kafir zimmi yang terpisah daripada tuannya selepas dia mati, maka menurut ulama, wajib anggota tersebut dibungkus dan ditanam. (3) Anggota Orang Yang Tidak Diketahui Sama Ada Islam Atau Bukan Dalam hal sekiranya tidak diketahui adakah anggota mayat yang terpisah itu dimiliki oleh seorang yang beragama Islam atau bukan, sedangkan ia dijumpai dalam negeri Islam, maka hendaklah disempurnakan sepertimana jenazah seorang Islam, iaitu dimandikan, dibungkus, disembahyangkan dan ditanam. Ini dengan syarat hendaklah diyakini tanpa syak, bahawa anggota itu terpisah semasa atau setelah dia mati. Memandangkan dalam hal ini tidak diketahui adakah anggota mayat yang terpisah itu dimiliki oleh seorang yang beragama Islam ataupun bukan, maka sembahyang itu hendaklah diniatkan secara ta'liq (bersyarat), iaitu dengan berniat untuk mengerjakan sembahyang tersebut atas dasar dia mungkin adalah seorang Islam, umpamanya : ''Sahaja aku sembahyang ke atas mayat ini sekiranya dia adalah seorang Islam‌'' Adapun sekiranya anggota tersebut dijumpai di negeri bukan Islam pula, maka menurut Imam asy-Syabramallisi Rahimahullah, hukum anggota tersebut adalah seperti hukum kanakkanak laqith (pungut), iaitu : i) Jika terdapat orang Islam di dalam negeri bukan Islam itu, maka dia dihukumkan sebagai beragama Islam. ii) Sebaliknya jika tiada orang Islam di dalam negeri bukan Islam itu, maka dia dihukumkan kafir. Menurut Syeikh Ahmad Al-Maghribi Rahimahullah, sekiranya dalam negeri bukan Islam itu ada orang Islam, maka

disembahyangkan anggota tersebut. Beliau berkata : Ertinya : ''Maka hukum mayat yang tidak dikenali (atau anggotanya), adalah sama dengan hukum laqith, dan permasalahannya ialah : ''Apabila ia dijumpai dalam negeri bukan Islam dan di situ ada orang Islam, sesungguhnya ia disembahyangkan.'' Apabila disyari'atkan untuk disembahyangkan anggota tersebut, maka dengan sendirinya sebelum disembahyangkan ia juga wajib dimandikan dan dibungkus. Kemudian selepas disembahyangkan, ia wajib tanam. Uri Atau Tembuni Mengikut Kamus Dewan, tembuni atau uri ialah sampul tian atau uri yang bersambung dengan tali pusat yang keluar sesudah bayi dilahirkan. Ia juga disebut tebuni oleh sebilangan masyarakat tempatan. Adapun tian pula diertikan sebagai bahagian perut tempat anak damit berada semasa dalam kandungan. Tembuni kecil pula diertikan sebagai uri yang bersambung dengan tali pusat (tali uri). Dalam permasalahan ini, terdapat dua istilah yang perlu diambil perhatian, iaitu istilah 'tembuni' sebagai uri yang membungkus anak damit ketika dalam kandungan, yang disebutkan dalam bahasa Arab sebagai al-masyimah, serta 'tembuni kecil' sebagai uri yang bersambung dengan tali pusat anak damit, yang dalam bahasa Arab disebut sebagai al-khalash. Menurut Imam Qalyubi Rahimahullah, tembuni kecil yakni al-khalash adalah dikira sebagai sebahagian anggota anak damit kerana ia dipotong daripada anak tersebut. Adapun tembuni pula, yakni al-masyimah, adalah tersendiri, iaitu tidak dikira sebahagian daripada anggota ibu yang mengandung dan tidak juga sebahagian daripada anak damit. Imam Qalyubi Rahimahullah berkata : Ertinya : ''Tembuni yang dinamakan sebagai al-khalas (tembuni kecil) adalah seperti anggota (anak) kerana ia diputus dari anak berkenaan. Maka ia adalah sebahagian darinya. Adapun tembuni yang di dalamnya anak (pembungkus anak), maka ia bukan sebahagian daripada ibu dan bukan juga daripada anak.'' Pada kelazimannya, tembuni ini akan diserahkan kepada pihak keluarga perempuan yang telah bersalin. Berbagai cara pengendalian tembuni yang dilakukan oleh masyarakat kita. Apa yang menjadi persoalan di sini, bagaimanakah kaedah pengurusan tembuni yang betul menurut syarak? Menurut Imam asy-Syarbini Rahimahullah dalam kitab Mughni al-Muhtaj : Ertinya : ''Maka bahagian yang terpisah daripada manusia atau ikan atau belalang adalah suci, manakala daripada selainnya adalah najis. Dan sama juga dengan tembuni,

''MAKA berdasarkan pendapat yang dinukil daripada ulama-ulama asy-Syafi'i ini, dapatlah difahami bahawa tembuni dan tembuni kecil yang dipisahkan daripada anak itu adalah suci, bukan najis. Sebagai penghormatan kepada anggota manusia, maka tembuni dan tembuni kecil tersebut sunat dibungkus dengan kain atau lainnya dan ditanam jika ia dipisahkan ketika anak berkenaan hidup.''

iaitu pembungkus anak, tembuni manusia dan lainnya. Adapun anggota yang terpisah daripadanya (manusia atau selain manusia) setelah matinya maka hukumnya adalah mengikut hukum mayat manusia atau bangkai binatang itu tanpa ada keraguan.'' Beliau berkata lagi : Ertinya : ''Adapun sesuatu yang terpisah dari sesuatu yang hidup atau kita ragu tentang kematiannya seperti (potongan) tangan pencuri, kuku, rambut, darah beku ('alaqah), darah bekaman dan seumpamanya, maka sunat ditanam kerana memuliakan tuannya. Sunat juga membungkus tangan tersebut dan seumpamanya itu dengan kain sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Mutawalli.'' Manakala dalam Kitab Nihayah al-Muhtaj disebutkan : Ertinya : ''Dan termasuk dalam bahagian yang terpisah dari sesuatu yang hidup itu juga ialah tembuni yang di dalamnya anak (pembungkus anak), hukumnya adalah suci (sekiranya ia) daripada manusia, najis sekiranya ia bukan daripada manusia.'' Maka berdasarkan pendapat yang dinukil daripada ulama-ulama asy-Syafi'i ini, dapatlah difahami bahawa tembuni dan tembuni kecil yang dipisahkan daripada anak itu adalah suci, bukan najis. Sebagai penghormatan kepada anggota manusia, maka tembuni dan tembuni kecil tersebut sunat dibungkus dengan kain atau lainnya dan ditanam jika ia dipisahkan ketika anak berkenaan hidup. Jika ia dipisahkan setelah anak berkenaan meninggal dunia, maka penyempurnaannya adalah mengikut penyempurnaan jenazah anak berkenaan. Begitu juga haram dan dilarang menggunakan uri, darah dan anggota manusia itu pada bahan-bahan alat solek dan berhias sebagai penghormatan kepada anggota tubuh manusia. Demikian beberapa penjelasan tentang kaedah pengurusan anggota manusia yang terpisah dari tuannya. Apa yang perlu diambil perhatian, setiap anggota manusia yang terpisah daripada tuannya, sama ada ketika dia hidup ataupun mati tidak boleh diurus secara sesuka hati. Islam telah menetapkan kaedah-kaedah pengurusan yang tertentu yang perlu dipenuhi agar anggota-anggota tersebut terpelihara kehormatannya sepertimana yang dituntut oleh syarak.

Majlis Khatam raikan murid sekolah ugama Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain TEMBURONG, Isnin, 7 November. Seramai 47 murid terdiri dari 20 orang lelaki dan 27 perempuan dari Darjah 1 hingga 5 Sekolah Ugama Pengiran Muda Mohamed Bolkiah (SU PMMB), Daerah Temburong diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Dewan Sekolah Persediaan Arab Temburong, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohd. Amir Hairil bin Haji Mahmud yang juga mendahului bacaan Surah Al Fatihah beramai-ramai. Turut hadir pegawai-pegawai kanan Jabatan Pengajian Islam Daerah Temburong serta para ibu bapa murid.

Acara diteruskan dengan bacaan Surah Adh Dhuhaa hingga Surah An Naas oleh para peserta khatam diikuti dengan bacaan takhtim oleh murid-murid perempuan dan guruguru perempuan sekolah ugama ini dan disusuli kemudian dengan bacaan Doa Khatam oleh salah seorang peserta khatam. Pada majlis berkenaan, tetamu kehormat kemudian merenjis minyak wangi dan seterusnya menyampaikan sijil kepada para peserta khatam dengan diiringi persembahan Marhaban. Majlis Khatam Al-Quran bagi SU PMMB ini merupakan salah satu kegiatan sekolah berkenaan dan merupakan kali ketiga diadakan

sejak tahun 2014. Selain membiasakan murid-murid agar sentiasa mengamalkan pembacaan Al-Quran dengan betul dan lancar, objektif utama penganjurannya adalah bagi menggalakkan lebih ramai murid sekolah berkenaan khatam Al-Quran dalam usia yang masih muda, iaitu sebelum memasuki darjah 6. Kegiatan ini juga diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada murid-murid yang telah khatam Al-Quran, di samping supaya mereka menjadikan Al-Quran sebagai sumber motivasi bagi meningkatkan diri secara berterusan untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat selain dapat mengeratkan kerjasama dan perpaduan di antara ibu-bapa, guru-guru dan murid-murid dalam sama-sama mengendalikan majlis keugamaan di sekolah.

PEMANGKU Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohd. Amir Hairil bin Haji Mahmud (kanan) menyampaikan sijil kepada peserta khatam lelaki Sekolah Ugama Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Daerah Temburong.


NASIONAL

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

23

10 belia negara bertolak ke Jepun sertai JENESYS Program tersebut bertujuan bagi mewujudkan persahabatan dan jaringan para belia dari segi perkongsian maklumat berhubung dengan budaya kehidupan sosial, kemasyarakatan, ekonomi dan perkembangan semasa khususnya antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun. Dalam temu bual bersama Dayang Siti Rahmah binti Haji Abdul Mutatif, selaku ketua rombongan berkata, program ini tertumpu kepada bidang ekonomi. Menerusi program berkenaan jelasnya, akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman bagi setiap para belia yang menyertainya.

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin (tujuh, kanan) hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada sepuluh peserta belia negara yang menyertai Program JENESYS di Jepun.

Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 November. - JENESYS merupakan sebuah program pertukaran belia yang dianjurkan dan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Jepun sejak tahun 2007 untuk menjalinkan hubungan dua hala dan persahabatan, di samping mempromosi nilai-nilai budaya, adat resam dan memahami

cara hidup masyarakat Jepun. Sehubungan itu, seramai sepuluh orang delegasi belia bertolak ke Tokyo, Jepun untuk menyertai 'Jenesys 2016 Peace Building Exchange Program' yang diadakan mulai 8 hingga 15 November 2016. Wakil-wakil belia terdiri daripada penuntut-penuntut Cosmopolitan College of Commerce and Technology, Laksamana College of Business, International Graduates Studies College (IGS), Politeknik Brunei dan Institut Kemuda.

Guru Kerjaya dilengkapi ilmu kerjaya terkini Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 November. - Kursus Lanjutan Pendidikan Kerjaya 2016 adalah bagi menyuntik pengetahuan tentang kesedaran mengenai diri, ekonomi, pendidikan, kerjaya dan pengambilan keputusan yang tepat. Justeru itu, lebih 20 peserta terdiri daripada guru-guru kerjaya sekolah menengah, maktab kerajaan, Pusat Tingkatan Enam (PTE), serta Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengikuti kursus berkenaan di Kondominium Ong Sium Ping, bermula hari ini. Semasa kursus, para peserta berkesempatan mendengar taklimat kursus yang disampaikan oleh Pegawai Pelajaran, Unit Kaunseling dan Kerjaya (UKK), Jabatan Sekolah-Sekolah (JSS), Dayang Haniza binti Abdullah. Beliau menjelaskan mengenai tujuan kursus ini diadakan adalah bagi melengkapkan guru-guru kerjaya

dengan ilmu dan kemahiran serta maklumat kerjaya yang terkini, di samping membolehkan guru-guru kerjaya di bawah JSS, Kementerian Pendidikan yang telah tamat kursus ditauliahkan lantikan sebagai guru kerjaya sekolah. Antara pengisian kursus selama empat hari yang dikendalikan oleh Unit Pendidikan Kerjaya, JSS itu termasuk cara membuat CV atau resume, Pelan Tindakan Kerjaya dan Aktiviti, Sistem Fail dan Buku Log dan lain-lain lagi. Dalam pada itu, Pegawai Pelajaran, UKK, JSS, Kementerian Pendidikan, Dayang Siti Hajar binti Haji Khamis semasa diwawancara menyatakan pihak pendidikan kerjaya sangat berharap guru-guru yang diberikan kursus berkenan akan dapat membantu pelajar-pelajar dalam mengenali jenis personaliti mengikut kesesuaian kerjaya yang diminati.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) bagi mengucapkan selamat belayar ialah, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Sepanjang lapan hari program itu, para peserta belia akan berpeluang untuk mengikuti beberapa aktiviti seperti orientasi, mendengarkan

taklimat mengenai Jepun, mengadakan kunjungan hormat kepada kerajaan tempatan di Jepun selain melawat ke Hiroshima dan Nagasaki Prefecture, homestay bersama keluarga angkat dan sebagainya.

DAYANG Siti Rahmah binti Haji Abdul Mutatif selaku Ketua Rombongan Belia Negara yang menyertai Program JENESYS di Tokyo, Jepun.

LeadCon 2016 bentang ciri-ciri usahawan berjaya Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

UCAPTAMA oleh Ketua Eksekutif Darussalam Mr. Loo Yau Soon.

Pegawai (DARE),

PEGAWAI Pelajaran, Unit Kaunseling dan Kerjaya (UKK), Jabatan Sekolah-Sekolah (JSS), Dayang Haniza binti Abdullah menyampaikan taklimatnya pada peserta Kursus Lanjutan Pendidikan Kerjaya 2016.

JERUDONG, Isnin, 7 November. Persidangan Kepimpinan 2016 yang berlangsung di Indera Samudera Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club, di sini telah diisi dengan taklimat bertajuk 'The Making of an Entrepreneur' oleh Ketua Pegawai Eksekutif Darussalam Enterprise (DARE), Soon Loo yang antara lain membentangkan mengenai ciri-ciri usahawan yang berjaya. Taklimat juga disampaikan oleh Pengasas Bersama Funding Societies, Kelvin Teo bertajuk 'Think Different Entrepreneurship in a Digital World'. Beliau dalam taklimatnya antara lain menceritakan secara ringkas mengenai pengalaman beliau menubuhkan Funding Societies iaitu pasaran pinjaman bagi perusahaan kecil dan sederhana untuk mendapatkan pinjaman bagi mengembangkan perniagaan mereka serta memberi peluang kepada para pelabur untuk mendapatkan pulangan yang baik di Singapura. Salah satu perkara yang juga beliau tekankan pada taklimat berkenaan adalah keperluan dalam membuat perancangan sandaran bagi menangani perkara buruk yang berkemungkinan berlaku di dalam perniagaan serta sentiasa belajar mengenai kemahiran baharu, menjadi pemimpin dan kepimpinan diri. Beliau juga memberitahu mengenai contoh perniagaan dari luar negara yang sangat berjaya dengan menjadikan perniagaan yang telah

sedia ada sebagai model untuk perniagaan mereka seperti Uber dan GrabCar serta Amazon juga Ebay. Provost's Chair dari National University of Singapore, Profesor Dr. Michael Frese kemudian membentangkan taklimat bertajuk 'Leadership for Innovation and Entrepreneurship : How to Develop Personal Initiatives of Employees'. Michael Frese antara lain menggariskan empat inisiatif-inisiatif peribadi tersebut, iaitu memulakan sendiri, menjadi proaktif, mengatasi halangan dan mengubah persekitaran. Pada persidangan itu juga, sesi perbincangan panel diadakan dengan tajuk 'Developing and Nurturing Future Leaders and Innovators' yang mengetengahkan panel-panel dari universiti-universiti di dalam dan luar negeri. LeadCon 2016 yang diadakan selama sehari merupakan satu platform bagi para pemimpin tempatan dan global serta peserta-peserta yang hadir untuk berkongsi pengalaman dan memberikan perspektif baharu dari sudut kepimpinan dan inovasi. Persidangan anjuran Pusat Perbankan, Kewangan dan Pengurusan Islam (CIBFM) dengan sokongan Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) yang dihadiri seramai 131 peserta dari dalam dan luar negara terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan serta eksekutif-eksekutif dan pengurus-pengurus kanan dari institusi-institusi kerajaan dan swasta.


24

NASIONAL

HARI RABU 9 NOVEMBER 2016

Pelbagai pakej percutian ditawarkan di Daerah Temburong perkhemahan yang menyeronokkan sambil menikmati pemandangan dan bunyi-bunyi di hutan hujan tropika yang asli dengan aktiviti-aktiviti lasak seperti menaiki menara atau kanopi di Taman Negara Ulu Temburong, water tubing dan bermacam-macam lagi. Gabungan di antara kedua-dua penyedia perkhidmatan tersebut setentunya akan membuatkan para pengunjung merasa teruja bagi mereka yang mencintai alam semula jadi. Ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei, Awang Abdul Azim bin Abdullah, yang merupakan Ketua Pemandu Pelancong dari Freme Rainforest Lodge berkata keselamatan pengunjung yang mengikuti aktiviti-aktiviti lasak tersebut adalah keutamaan mereka di Freme. Menurutnya lagi, semua pemandu pelancong di Freme mengikuti Kursus

Pemandu Pelancong setiap bulan untuk menaik taraf diri mereka sebagai Pemandu Pelancong dan mendapatkan lebih informasi. Pengurus Operasi di AZ Back to Nature, Awang Haddy Sham pula menjelaskan percutian ke Daerah Temburong mampu memberikan

keseronokan bagi mereka yang mencintai ketenangan dan alam semula jadi. Tambahnya lagi, para pelancong dari luar negara mahupun penduduk tempatan di negara ini adalah sangat dialu-alukan untuk beramai-ramai berkunjung ke Daerah Temburong.

Layari Epaper Pelita Brunei

BAGI mereka yang mencintai alam semula jadi pelbagai pakej percutian ditawarkan di Daerah Temburong.

Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin TEMBURONG, Isnin, 7 November. Alam semula jadi dan ekosistem Temburong yang menjadi titik jualan utama destinasi pelancongan menjadikan Temburong destinasi percutian yang menenangkan. Pelbagai pakej percutian di Daerah Temburong telah ditawarkan untuk memenuhi keperluan para pengunjung dari dalam mahupun luar negara. Pengalaman Tapak Perkhemahan (Camp Site Experience) merupakan salah satu daripada lapan pakej tiga hari dua malam yang ditawarkan untuk bercuti dan menginap di sepanjang tebing Sungai Temburong, iaitu usaha

sama gabungan daripada penyedia perkhidmatan di Temburong, iaitu Freme Rainforest Lodge dan AZ Back to Nature. Freme Rainforest Lodge menawarkan penginapan yang selesa dengan hidangan makanan salaian / barbeku atau masakan tempatan, di samping berpeluang untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang menarik dan mencabar di Taman Pengembaraan (Adventure Park) seperti berjalan malam (nightwalk), abseiling, rock climbing, flying fox dan lain-lain. Manakala AZ Back to Nature pula, menawarkan pengalaman

PENGURUS Operasi di AZ Back to Nature, Awang Haddy Sham menjelaskan percutian ke Daerah Temburong mampu memberikan ketenangan.

Borang penyertaan Sambutan Maulud Nabi dibukakan Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Ugama BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 November. - Acara kemuncak Perhimpunan dan Perarakan bagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1438 Hijrah akan diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada Isnin, 12 Rabiulawal 1438H bersamaan 12 Disember 2016M bermula jam 7.00 pagi. Sehubungan itu, Urusetia Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1438 Hijrah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) sedang membuat persiapan bagi mengadakan sambutan tersebut di keempat-empat daerah. Bagi Daerah Brunei dan Muara, penyertaan adalah dibukakan kepada Pasukan-pasukan Berunifom,

Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan, Sekolah-sekolah Menengah dan Institusi Pangajian Tinggi, Persatuan-persatuan dan Sektor Swasta dan Kampung-kampung, Majlis Perundingan Kampung dan Takmir Masjid. Borang-borang penyertaan bagi Daerah Brunei dan Muara telah pun dibuka yang boleh diperoleh dan dikembalikan ke Urusetia Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1438H, Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Tingkat 2, KHEU, Jalan Dewan Majlis, BB3910, Negara Brunei Darussalam. Borang penyertaan bagi Daerah Brunei dan Muara yang telah lengkap

juga boleh dihantar melalui faksimile +6732382354 atau e-mel syiar.islam@mora.gov.bn. Sementara itu, borang-borang penyertaan bagi Daerah Belait, Tutong dan Temburong bolehlah diperolehi di Pejabat Hal Ehwal Ugama daerah masing-masing dan dikembalikan ke pejabat yang sama. Tarikh tutup pendaftaran bagi Daerah Brunei dan Muara, Daerah Belait dan Daerah Tutong ialah pada Sabtu, 26 November 2016M, jam 4.00 petang, manakala tarikh tutup pendaftaran bagi Daerah Temburong ialah pada Khamis, 24 November 2016M, jam 4.00 petang. Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1438H sukacita memperlawa penyertaan pasukanpasukan dan orang ramai bagi sama-sama ikut serta dalam Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1438H.

Siaran Akhbar dan Carta : Jabatan Penerangan BANDAR SERI BEGAWAN. - Epaper Pelita Brunei merupakan surat khabar Pelita Brunei dalam versi digital dan mula beroperasi pada 18 Jun 2016. Ia boleh dilayari melalui www.pelitabrunei.gov.bn/epelita. Dikemaskinikan setiap tiga kali seminggu, iaitu hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Terdapat 24 halaman muka surat dimuatkan ke dalam Epaper tersebut yang boleh dilayari melalui internet sama ada menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar dan sebagainya. Antara ciri-ciri Epaper Pelita Brunei ialah PDF boleh dimuat-turun (dijadikan simpanan arkib, rujukan dan sebagainya dalam telefon pintar atau komputer). Epaper ini juga boleh disaksikan secara 'Thumbnails' (boleh dilihat secara keseluruhan atau paparan kecil kesemua muka surat Pelita Brunei dengan nombor muka suratnya). Epaper ini juga boleh diikuti atau dikongsikan secara aplikasi Facebook, Twitter, Linked In, Tumblr, Google Plus, E-Mail dan VK. Di dalam Epaper ini juga terdapat ruang carian search mengenai Epaper Pelita Brunei dengan menggunakan teks tidak kurang dari tiga huruf. Tujuan Epaper ini adalah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang tidak memperolehi Pelita Brunei secara bercetak. Oleh kerana itu, Epaper dibuat bagi memudahkan mendapatkan berita terkini dengan menggunakan kemudahan internet secara lebih cepat serta mengurangkan penggunaan kertas.

BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn AMALKAN SIKAP BERJIMAT CERMAT, TIDAK BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA KERAJAAN


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.