''KATAKANLAH (wahai Nabi Muhammad) : Inilah jalan-Ku, Aku dan orang-orang yang mengikuti-Ku menyeru (kamu) kepada (agama) Allah atas (dasar) hujah yang nyata (dan meyakinkan).'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Yusuf, ayat 108).
''PENGISIAN Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, eloklah lebih menekankan kepada pembentukan sifat-sifat dalaman yang sihat, seperti jujur, amanah dan setia. Tanpa semua sifat-sifat ini, jentera kehidupan atau jentera pentadbiran tidak akan dapat berjalan baik, bahkan sebaliknya boleh bermasalah dan lemah.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 2017.
5.04
TAHUN 62 / BILANGAN 27
5.14
6.31
4 MAC 2017 / 1438
6.53
12.33
5
3.48
6.33
7.42
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Berkenan berangkat menyaksikan perlawanan Liga Singapura Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Masri Osman, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Mac. - Pasukan Brunei DPMM FC membuka tirai kempen Liga Singapura (Liga S) menentang pasukan Home United FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah malam tadi dengan keputusan perlawanan memihak kepada pasukan pelawat selepas berjaya mengutip mata penuh dengan kemenangan 3-1. Ke muka 3
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat menyaksikan perlawanan Liga Singapura di antara pasukan Brunei DPMM FC menentang pasukan Home United FC. Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik. - Foto : Masri Osman.
Bimbing banduan pelajari asas pengetahuan ugama Islam Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman
Kebawah DYMM perkenankan pelantikan CEO LKEB Siaran Akhbar : Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Mac. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sukacita memaklumkan bahawa baginda telah memperkenankan bagi lantikan Pengarah Urusan Darussalam Enterprise (DARe), Loo Yau Soon (Soon Loo) untuk dilantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB). Lantikan itu berkuat kuasa mulai hari Khamis, 2 Mac 2017.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
TUTONG, Jumaat, 3 Mac. Penyediaan rancangan-rancangan berbentuk kerohanian bukan sahaja dapat membimbing para banduan mempelajari asas pengetahuan ugama Islam untuk memantapkan diri mereka sebagai seorang Muslim tetapi juga berjaya melahirkan para lepasan banduan yang sudah mampu menjadi marbut dan bilal di beberapa buah masjid. Justeru itu, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong sangat menghargai akan pendekatan yang sedang digunakan oleh Jabatan Penjara, iaitu pendekatan kerohanian, kemahiran dan kemasyarakatan. Menekankan perkara tersebut semasa berucap pada Upacara Perbarisan Sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara Ke-63 Tahun 2017 yang berlangsung di Padang Kawad, Pusat Latihan, Jabatan Penjara, Yang Berhormat seterusnya berkata, pendedahan para banduan kepada kemahiran-kemahiran tertentu dengan bantuan agensi-agensi swasta
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
dan kerajaan telah meningkatkan lagi keyakinan diri para banduan dalam memulakan penghidupan baharu yang lebih cerah dalam masyarakat. ''Oleh itu, sokongan dan kerjasama daripada kaum keluarga, rakan taulan dan semua pihak dalam masyarakat adalah sangat mustahak dalam membantu para banduan menempuhi penghidupan baharu apabila melangkah keluar dari tembok penjara ini,'' ujarnya. Yang Berhormat seterusnya
menambah, tidak dinafikan kewujudan Jabatan Penjara sebagai satu organisasi keselamatan dan pemulihan, khususnya sebagai salah satu rakan kongsi (partner) dalam Sistem Keadilan Jenayah adalah amat penting dan kritikal, apatah lagi dalam berdepanan dengan cabaran jenayah masa kini yang bersifat global dan lebih kompleks dengan berbagai-bagai corak jenayah berisiko. Ke muka 8
Muka 5
Muka 6
PENERIMA Pingat Kehormatan lahirkan rasa syukur
AHLI-AHLI Majlis Mesyuarat Negara angkat sumpah
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn
2
HASRAT NEGARA
HARI SABTU 4 MAC 2017
Penglibatan rakyat dan penduduk jayakan Sambutan Jubli Emas Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem
4 MAC 2017 BERSAMAAN 1438
PENDIDIKAN BERMULA DARI RUMAH
Alhamdulillahi Rabbil 'Alameen, Wassalaatu' Wassalaamu 'Alaa Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du
P
A
LHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua dapatlah kita hadir di Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas Paduka Ayahanda Menaiki Takhta pada pagi ini. Sambutan yang julung-julung kali diadakan ini setentunya dinanti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini. Inilah peluangnya bagi semua lapisan rakyat dan penduduk Brunei Darussalam untuk sama-sama menyambut detik gilang-gemilang pemerintahan paduka ayahanda sebagai raja yang bijaksana dan sentiasa prihatin terhadap perpaduan dan kesejahteraan rakyat dan negara ini. Justeru, amatlah wajar hari tersebut disambut dengan penuh makna sejarah terutamanya bagi menghargai setinggitingginya kepimpinan paduka ayahanda dan sumbangan besar dalam menerajui hala tuju negara di sepanjang tempoh 50 tahun pemerintahan. Barang setentunya penglibatan mantap dan bersungguh-sungguh keseluruhan rakyat dan penduduk dalam menjayakan acara-acara besar seumpama ini adalah utama, lebih-lebih lagi di kalangan para belia. lni adalah selaras dengan hasrat untuk menggalakkan volunteerism serta sifat gemar menyumbang kepada perkara-perkara yang berkepentingan nasional dengan semangat cintakan tanah air dan menjulang tinggi kepimpinan raja. Ini adalah penting dalam era globalisasi dunia masa kini yang telah mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan arus pasca permodenan. Apatah lagi, perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat juga mampu merubah bentuk pemikiran, ideologi dan budaya sesebuah masyarakat khususnya para belia jika tidak ditangani dengan betul. Di sinilah di mana jawatankuasa ini dapat berperanan dalam sama-sama menyumbang kepada usaha membendung kesan negatif tersebut. Di samping itu, jawatankuasa ini seharusnya mengambil peluang dari sambutan ini ke arah memperkukuhkan lagi konsep Melayu Islam Beraja sebagai amalan berterusan dalam membangun masyarakat yang berbekal keislaman yang murni, yang mengutamakan perpaduan sebagai calak kehidupan kita orang Brunei. Namun kejayaan dalam merealisasikan hasrat ini bergantung sepenuhnya kepada sejauhmana kita berupaya menarik minat
5
SABDA Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri semasa Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta pada hari Isnin, 30 Jamadilawal 1438 Hijrah bersamaan 27 Februari 2017 Masihi bertempat di Bilik Mesyuarat, West Wing, Tingkat 1, Jabatan Perdana Menteri.
dan menggalakkan penyertaan golongangolongan yang disasarkan. Justeru, strategi komunikasi yang berkesan adalah diperlukan dan ianya mestilah dirancang sedari awal lagi yang berupaya menarik penglibatan mereka dalam acara-acara sambutan. Pendekatan-pendekatan melalui penggunaan teknologi semasa dan media eletronik misalnya aplikasi muat turun seharusnya menjadi pilihan utama dalam strategi pembarigaan nanti. Dalam hal ini, saya gembira mengetahui bahawa setiap Jawatankuasa Sektoral sedang giat mengadakan perbincangan bagi persiapan dan persediaan tertentu untuk memastikan pelaksanaan acara-acara yang disusun dengan penuh teratur, rapi dan sempurna. Komitmen, ketekunan, serta permuafakatan sedemikian ini juga menggambarkan perpaduan erat yang dibina dan dipupuk sejak sekian lama di kalangan rakyat dan penduduk dengan berpaksikan ketaatan dan kesetiaan pada raja dan negara. Namun, dalam kita menimbangkan cadangan-cadangan acara sambutan, hendaklah kita sentiasa terpandu oleh titah paduka ayahanda yang menekankan sifat sambutan sebagai 'petanda' bagi
MAC
4 5 6 7 8 9 10
sejarah dan seterusnya mengamalkan kesederhanaan. Apa yang paling mustahak sekarang ialah supaya setiap yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tidak tersasar dari sasaran masa dan peruntukan yang telah ditetapkan. Ke arah itu, dalam mesyuarat-mesyuarat seterusnya, saya mengharapkan perbincangan kita akan lebih tertumpu kepada kemajuan pelaksanaan perancangan setiap sektoral. Ini termasuklah kemungkinan adanya perkara-perkara bersangkut paut yang boleh menjadi kewahaman dan cabaran kepada mana-mana jawatankuasa sektoral yang memerlukan penyelesaian di peringkat jawatankuasa ini. Akhirnya, selaku Penaung Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas ini, saya penuh yakin Ahli-Ahli Jawatankuasa di permesyuaratan pada pagi ini akan sama-sama memberikan pandangan dan pendapat yang bernas lagi berguna ke arah memastikan kesempurnaan acara-acara Sambutan Jubli Emas Paduka Ayahanda Menaiki Takhta yang akan menjelang nanti. Sekian. Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
AKAR sosiologi ada menyatakan bahawa pendidikan asas bermula dari rumah. Tahun-tahun awal pembesaran anak-anak merupakan yang sangat penting dalam kehidupan mereka kerana mereka umpama kertas putih yang bersih dan suci serta akan menerima apa sahaja maklumat yang diberikan. Lebih-lebih lagi tahun-tahun awal sebelum mereka memasuki alam persekolahan yang akan memberikan pendidikan formal. Justeru, adalah penting untuk menanam sifat-sifat yang betul ke dalam hati dan sanubari anak-anak kerana ia akan menjadi bekal mereka untuk menghadapi masa hadapan yang belum jelas. Ini termasuklah menanam sifat-sifat positif seperti mempunyai rasa hormat kepada orang lain, mempunyai disiplin yang tinggi, taat kepada orang tua dan banyak lagi. Maka peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam memberikan pendidikan yang betul kepada anak-anak yang bermula dari hari pertama mereka dilahirkan ke dunia ini. Apa yang penting pendidikan yang diberikan adalah untuk kejayaan anak-anak di dunia dan akhirat. Pada Khutbah Jumaat kelmarin ada menyatakan ibu bapa bertanggungjawab menjaga amanah Allah Subhanahu Wata'ala, iaitu anak-anak yang dikurniakan kepada mereka dengan sebaik-baiknya dengan memberikan makanan, pakaian, tempat tinggal dan yang paling penting ialah memberikan pendidikan yang sempurna, lebih-lebih lagi pendidikan agama agar mereka menjadi insan yang berakhlak mulia. Dalam khutbah tersebut juga menyatakan, adalah menjadi kewajipan ibu bapa untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak seperti menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk menjadikan mereka anak-anak yang berguna dan berjaya di dunia dan di akhirat. Agama Islam sangat menganjurkan umatnya supaya menerapkan ilmu agama kepada anak-anak sejak kecil lagi. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al Imam ibn Majah : Maksudnya : ''Daripada Anas bin Malik ia berkata : bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, menuntut ilmu adalah satu kefarduan ke atas setiap Muslim.'' Pendidikan yang sempurna amat mustahak diberikan kepada anak-anak dan ini termasuklah memberikan pendidikan yang seimbang, iaitu duniawi dan ukhrawi untuk membentuk jati diri yang mantap dan Muslim yang sejati dan besar. Dengan adanya ilmu yang sempurna, InsyaaAllah anak-anak akan dapat membezakan di antara yang benar dan salah. Sesungguhnya jika jiwa anak-anak itu telah dididik dan disemai dengan ajaran agama Islam yang kuat, InsyaaAllah mereka akan menjadi orang yang beriman, cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, menjadi anak yang soleh, berbakti kepada agama, raja dan negara serta mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Kehadiran anak adalah sebagai penyeri di dalam kehidupan berkeluarga khususnya kepada pasangan suami isteri. Mereka merupakan satu amanah Allah Subhanahu Wata'ala. Maka janganlah dicuaikan amanah yang diberikan dan sebagai ibu bapa pastikan anak-anak diberikan perhatian dengan penuh kasih sayang. Semoga dengan pendidikan yang sempurna, maka akan lahirlah generasi yang akan menjayakan Wawasan Negara 2035. - Ketua Penyuntingan (Ss).
JAMADILAKHIR
5 6 7 8 9 10 11
5 . 04 5 . 03 5 . 03 5 . 03 5 . 02 5 . 02 5 . 02
5 . 14 5 . 13 5 . 13 5 . 13 5 . 12 5 . 12 5 . 12
6 . 31 6 . 31 6 . 30 6 . 30 6 . 29 6 . 29 6 . 29
6 . 53 6 . 53 6 . 52 6 . 52 6 . 52 6 . 51 6 . 51
12 . 33 12 . 33 12 . 33 12 . 32 12 . 32 12 . 32 12 . 32
3 . 48 3 . 47 3 . 47 3 . 46 3 . 46 3 . 45 3 . 44
6 . 33 6 . 33 6 . 33 6 . 33 6 . 33 6 . 33 6 . 33
7 . 42 7 . 42 7 . 42 7 . 42 7 . 42 7 . 42 7 . 42
3
HARI SABTU 4 MAC 2017
Berkenan berangkat menyaksikan perlawanan Liga Singapura
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersama paduka anakanda Duli Yang Teramat Mulia, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim berkenan menerima junjung ziarah sejurus keberangkatan tiba di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Dari muka 1 Berangkat menyaksikan perlawanan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji
BERANGKAT sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman bersama anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.
PENYERANG Brunei DPMM FC, Billy Mehmet dikawal ketat oleh pemain Home United FC (bawah, kiri). Sementara gambar bawah kanan, Azwan Ali Rahman melarikan bola daripada dua pemain Home United FC.
Salleh Ab. Rahaman. Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran
Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Pada awal perlawanan, juara dua kali Liga S itu mula mendahului permainan seawal minit ke-9 menerusi sepakan penalti oleh pemain import mereka, Stipe Plazibat. Plazibat yang beraksi sebagai pemain penyerang Home United FC sekali lagi berjaya menyumbat satu gol mudah pada minit ke-37 berikutan pertahanan tuan rumah yang agak longgar sekaligus mendahului 2 - 0 sehingga tamat separuh masa pertama perlawanan. Pada babak separuh masa kedua, Brunei DPMM FC cuba bangkit untuk memberikan tentangan dan akhirnya berjaya membolos gawang Home United FC melalui tandukan berbisa Rafael Ramazotti pada minit ke-54. Momentum pertahanan tuan rumah tidak begitu kukuh sekali gus memberi peluang bagi Home United FC menyumbat gol ketiga mereka hasil tendangan Faris Ramli pada minit ke-76. Apa yang diharapkan, skuad bola sepak didikan Steve Kean akan mampu menebus kekalahan apabila bertemu juara liga musim lalu, Albirex Niigata FC pada 9 Mac nanti.
4
HARI SABTU 4 MAC 2017
383 menerima Pingat Kehormatan
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkenan berangkat mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara, selaku Wakil Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Berangkat sama, ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Oleh : Aimi Sani Foto : Masri Osman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
ANTARA jemputan yang hadir pada Istiadat Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-70 Tahun tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria dan Pengiran-Pengiran Peranakan (atas).
YANG Berhormat Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Yang Mulia Timbalan-Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan antara yang hadir semasa Istiadat Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara sempena Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-70 Tahun (kiri).
ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada 383 penerima yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-70 Tahun. Berangkat mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara, selaku Wakil Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Istiadat Pengurniaan Pingat tersebut berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman, di sini. Pengurniaan pingat-pingat dimulakan dengan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) kepada 29 penerima iaitu 24 lelaki dan 5 perempuan yang didahului oleh Awang Mohammad Ariffin bin Haji Matusin dari Kementerian Pendidikan.
Para penerima mewakili dari Kementerian Pendidikan; Kementerian Pembangunan; Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan 20 dari swasta / atlet. Sementara Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B) pula dikurniakan kepada 354 penerima iaitu 144 lelaki dan 210 perempuan terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan serta swasta / atlet yang didahului oleh Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Hakeem ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah. Penerima P.I.K.B. terdiri daripada 125 orang daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan; 68 dari Kementerian Hal Ehwal Ugama; 44 dari Kementerian Pembangunan; 11 dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; 75 dari Kementerian Kesihatan dan 31 orang dari swasta / atlet. Bagi memberkati Istiadat Pengurniaan Pingat tersebut, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Juga hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Manteri, ManteriManteri Pendalaman, PesuruhjayaPesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Setiausaha-Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan kerajaan, penghulu-penghulu mukim serta ketua-ketua kampung.
5
HARI SABTU 4 MAC 2017
Penerima Pingat Kehormatan lahirkan rasa syukur
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan mengurniakan Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B) kepada Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Hakeem ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah. DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkenan berangkat mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara, selaku Wakil Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Berangkat sama, ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Oleh : Aimi Sani Foto : Masri Osman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Mac. - Penerima Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B), Pegawai Pelajaran di Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Dr. Dayang Hajah Norbayah binti Haji Shahminan menyifatkan penganugerahan Pingat Kehormatan tersebut amat bermakna baginya dan keluarga.
''Ia satu penghargaan yang tidak dapat dinilai, perasaan terima kasih yang sukar digambarkan dan hanya dapat membalas jasa kerajaan baginda melalui perkhidmatan berterusan ke arah kecemerlangan selain menghayati atau menanai Wawasan Negara 2035,'' ujarnya. Manakala bagi seorang guru
ugama di salah sebuah sekolah agama di negara ini, Dayang Rosiah binti Haji Metussin menyatakan rasa syukur kerana anugerah tersebut merupakan kali pertama beliau terima di atas jasa dan tanggungjawab yang dinilai dan diambil kira selama bertugas sejak tahun 1986. Jelasnya, walau bagaimanapun, pingat tersebut merupakan hasil yang baik bagi dirinya dan merasakan tanggungjawab selama ini dihargai. Penghormatan tersebut tambah beliau, mencerminkan komitmen yang tinggi dan bertanggungjawab
untuk masa hadapan. Sementara bagi Ketua Pembantu Teknik, Kementerian Pendidikan, Awang Shahrum bin Haji Durahim turut melahirkan perasaan yang sama. Beliau menyarankan kepada semua warga Perkhidmatan Awam untuk sentiasa tekun bekerja, taat
menurut perintah ketua dan melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin tanpa mengeluh. Semua pegawai dan kakitangan kerajaan ujarnya, mestilah mampu membangun semangat tanggungjawab untuk menyumbang kepada kejayaan negara.
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan mengurniakan P.I.K.B kepada beberapa pegawai wanita (atas).
DYTM berkenan mengurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) kepada beberapa pegawai kerajaan dari pelbagai kementerian, pihak swasta dan atlet.
PARA penerima P.I.K.B, iaitu Pegawai Pelajaran di Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Dr. Dayang Hajah Norbayah binti Haji Shahminan (atas kiri); Ketua Pembantu Teknik, Kementerian Pendidikan, Awang Shahrum bin Haji Durahim (atas) dan (kiri) Dayang Rosiah binti Haji Metussin, seorang guru ugama semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei.
6
MAJLIS MESYUARAT NEGARA 2017
HARI SABTU 4 MAC 2017
Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara angkat sumpah yang mengangkat sumpah terdiri daripada Yang Behormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Awang Haji Sabtu dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim. Seterusnya diikuti dengan Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan Menurut Ceraian 1(a)(iv) Dari Jadual Kedua Perkara 24(1) yang mengangkat sumpah terdiri daripada Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad, Yang
Berhormat Awang Ong Tiong Oh, Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman, Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari dan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad. Ke muka 7
YANG Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Seri Setia Haji Mohamed Taib.
Oleh : Nooratini Haji Abas, Marlinawaty Hussin Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Sahrizal Haji Said
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 Mac. Majlis Mengangkat Sumpah bagi Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) terdiri daripada Ahli-Ahli Rasmi Kerana Jawatan, Orang-Orang Bergelar, Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan dan Wakil-Wakil Yang Dilantik Dari Daerah-Daerah yang baru dilantik pada 13 Januari 2017, berlangsung di hadapan Yang Di-Pertua MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Seri Setia Haji Mohamed Taib di Dewan Persidangan MMN, di sini. Ahli-Ahli Rasmi Kerana Jawatan yang mengangkat sumpah terdiri daripada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri di JPM dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng; Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong; Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat;
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi. Sementara itu, Orang-Orang Bergelar Menurut Ceraian 1(a)(ii) Dari Jadual Kedua Perkara 24(1)
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.
MENTERI di JPM dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.
MENTERI Tenaga (Energy) dan Perindustrian di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.
MENTERI Pembangunan, Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bin Abdullah.
MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong.
MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat.
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.
Yang Awang
HARI SABTU 4 MAC 2017
MAJLIS MESYUARAT NEGARA 2017
7
Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara angkat sumpah Dari muka 6
YANG Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.
YANG Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung.
YANG Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman.
YANG Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.
YANG Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin.
YANG Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Awang Haji Sabtu.
YANG Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad.
YANG Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii.
YANG Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis.
YANG Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput.
YANG Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.
YANG Berhormat Awang Ong Tiong Oh.
YANG Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari.
YANG Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin.
YANG Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong.
Majlis Mengangkat Sumpah kemudiannya diteruskan oleh Wakil Yang Dilantik Dari Daerah-Daerah Menurut Ceraian 5(1) Dari Jadual Kedua Perkara 24(1) yang terdiri daripada Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon dari Zon 1-Daerah Brunei dan Muara (DBM), Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis dari Zon 3-DBM, Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin dari Zon 4-DBM, Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari dari Zon 5-DBM, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman dari Zon 2-DBM, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin dari Zon 1-Daerah Belait, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput dari Zon-2-Daerah Belait, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong dari Zon-1 Daerah Tutong, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit dari Zon 2-Daerah Tutong dan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu dari Daerah Temburong. Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin
YANG Berhormat bin Ahmad.
Awang
Iswandy
Haji Kuncang. Yang Di-Pertua MMN dalam ucapannya penuh percaya Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru dilantik itu supaya akan dapat melaksanakan tugas mereka masing-masing yang diamanahkan dengan dedikasi yang mana dengan seluruh komitmen mereka bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut bagi kepentingan negara, rakyat dan penduduk di negara ini. Menurut Perkara 49 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang memperuntukkan bagi tiap-tiap Ahli MMN hendaklah sebelum memulakan kewajipankewajipan jawatannya dan menduduki kerusinya, dikehendaki mengangkat atau membuat pengakuan seperti yang dikelilingkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di atas meja. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Timbalan Jurutulis MMN, Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail serta jemputan-jemputan khas terdiri daripada Timbalan-Timbalan Menteri dan Setiausaha-Setiausaha Tetap dari kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan.
YANG Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.
YANG Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.
YANG Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.
YANG Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu.
8
NASIONAL
HARI SABTU 4 MAC 2017
Bimbing banduan pelajari asas pengetahuan ugama Islam
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyampaikan ucapan pada Upacara Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Jabatan Penjara Ke-63 Tahun.
Dari muka 1 Pada masa kini jelasnya, Jabatan Penjara mempunyai banduan dari pelbagai kategori dan perjenisan yang memerlukan kepelbagaian pendekatan pemulihan, terutamanya melibatkan tahanan-tahanan yang berprofil tinggi, seperti kesalahan white collar crimes dan seumpamanya.
Bagi menjayakan usaha tersebut, Yang Berhormat menyeru kepada seluruh warga kerja Jabatan Penjara agar sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dan bersiap sedia dalam menerokai pengalaman baharu, berinovatif dan berdaya tahan mempelajari amalan-amalan terbaik serta melipat gandakan komitmen
ke arah meningkatkan keupayaan, kewibawaan dan kredibiliti masing-masing. Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, dalam masa yang sama, mereka perlu mengamalkan kecemerlangan dan memelihara tahap disiplin yang tinggi, iaitu suatu kemestian yang perlu disemaikan dalam pembinaan jati diri seseorang anggota beruniform. Apa jua tindakan yang dibuat katanya, hendaklah bersandarkan kepada peraturan-peraturan perkhidmatan yang berkuatkuasa pada masa ini, khususnya Akta dan Aturan-aturan Penjara. Di samping itu Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, sebagai pemimpin mereka perlu sentiasa memberikan contoh tauladan yang baik dan bukan sebaliknya yang boleh menjejaskan kredibiliti dan imej jabatan. Setiap risiko, halangan serta masalah yang wujud dan dihadapi katanya, perlu ditangani dengan penuh ketabahan, kebijaksanaan dan kesabaran serta menjadikan sebagai cabaran yang boleh mendorong usaha ke arah mencapai kualiti kerja yang lebih baik dan tinggi. ''Sesungguhnya kejayaan yang dikecapi tidak akan kekal bertahan lama sekiranya Awang-awang / Dayang-dayang tidak terus berusaha untuk mempertahankan dan memperbaiki pencapaiannya. Sematkan di dada bahawa tugas yang Awang-awang / Dayang-dayang lakukan adalah satu ibadah yang perlu ditanai dengan jujur dan amanah,''
Oleh : Dk Vivy Malessa Pg Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman ujar Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Yang Berhormat seterusnya menambah, berkat usaha dan kegigihan mereka sedemikian secara berterusan, seluruh warga kerja Jabatan Penjara akan berjaya dan menerima manfaat serta faedah dalam berbagai-bagai bentuk, baik untuk diri sendiri, mahupun keluarga dan organisasi. Dalam pada itu, Yang Berhormat menjelaskan, bagi menghargai bakti dan jasa yang dicurahkan, pihak pengurusan penjara haruslah sentiasa peka dan membuat penambahbaikan, seperti dari aspek perkembangan, kapasiti, perkembangan kerjaya, perancangan, penggantian, penyediaan latihan, kemudahan dan insentif serta hal ehwal kebajikan kesejahteraan warga jabatan ini. Terdahulu Yang Berhormat berkata, sepanjang tempoh 63 tahun kita telah menyaksikan Jabatan Penjara melalui beberapa perkembangan dan kemajuan dari segi sistem kepenjaraan yang berbeza dari awal penubuhannya. Fungsi penjara yang pada peringkat awalnya lebih berbentuk pemenjaraan dan penghukuman katanya, telah mulai berubah kepada konsep pemulihan atau correctional dengan penambahbaikan peraturan-peraturan Penjara. Hari ini jelasnya, masyarakat ingin melihat proses pemulihan dijalankan juga di luar tembok penjara dengan
penglibatan bersama yang lebih aktif daripada kalangan komuniti melalui pendekatan program-program perkhidmatan seliaan (aftercare) yang lebih efektif. Sehubungan itu jelas Yang Berhormat, Jabatan Penjara harus berusaha membuat perancangan yang lebih profesional dalam semua aspek pengurusan organisasinya, terutama dalam hal ehwal pemulihan para banduan dengan memastikan penurunan kadar residivis, yakni kadar kemasukan banduan berulang kali ke penjara pada setiap tahun tercapai sebagaimana yang disasarkan bagi menentukan dan membuktikan kejayaan pemulihan bekas banduan benar-benar tercapai. ''Kita sedar bahawa masyarakat luar menaruh harapan dan peka kepada peranan pemulihan yang dimainkan oleh Jabatan Penjara agar dapat melahirkan bekas banduan yang terlatih serta lebih mantap sahsiahnya,'' ujar Yang Berhormat. Terdahulu dalam ucapannya, Yang Berhormat menyeru pihak Penjara supaya sentiasa memikul amanah dengan memastikan tanggungjawab memulihkan banduan melalui program pemulihan yang efektif terlaksana mengikut pelan strategik jabatan dan sasaran Key Performance Indicators (KPI's) yang ditetapkan selaras dengan wawasan kerajaan dan harapan atau ekspektasi masyarakat, terutama keluarga para banduan.
Jabatan Penjara berperanan menjamin keharmonian negara
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong memeriksa perbarisan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Sempena Penubuhan Jabatan Penjara Ke-63 Tahun.
Lantikan dan pertukaran pegawai kanan kerajaan Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Mac. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Jabatan Perdana Menteri (JPM), memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan dan pertukaran pegawai-pegawai kanan kerajaan, iaitu Timbalan Setiausaha Tetap (Tenaga dan Perindustrian) di JPM, Awang Haji Mohammad Azmi bin Haji Mohd. Hanifah dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Perindustrian) di JPM, sementara Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab ditukar ke JPM menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (IT, E-Kerajaan dan Perindustrian), di JPM. Tarikh pelantikan dan pertukaran pegawai-pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai hari Khamis, 3 Jamadilakhir 1438 Hijrah bersamaan 2 Mac 2017 Masihi.
TUTONG, Jumaat, 3 Mac. - Dalam mencapai usia genap 63 tahun penubuhan, Jabatan Penjara terus memainkan peranan dan tanggungjawab bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan negara. Sehubungan itu, Upacara Perbarisan Sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara Ke-63 Tahun 2017 telah berlangsung di Padang Kawad, Pusat Latihan, Jabatan Penjara, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat pada upacara tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. Acara didahului dengan memeriksa barisan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan kemudiannya Pegawai Pemerintah Perbarisan meminta kebenaran untuk menjalankan tugas-tugas seterusnya. Upacara Perbarisan tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Pegawai Penjara,
Awang Sabtu bin Haji Abdul Ghani. Seterusnya para jemputan beredar ke Dewan Silaturahim, Pusat Latihan jabatan berkenaan bagi Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Penjara Tahun 2016. Pada majlis ini, Yang Berhormat menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah kepada 16 penerima anugerah berkenaan. Penganugerahan tersebut diberikan kepada seorang pegawai atau kakitangan sebagai penghargaan dan pengiktirafan jabatan terhadap jasa dan perkhidmatan yang cemerlang. Penolong Penguasa Penjara, Awang Haji Saini bin Haji Maidin selaku Komandan Pusat Latihan, Jabatan Penjara, telah pun berkhidmat dengan Jabatan Penjara selama 23 tahun. ''Alhamdulilah, saya bersyukur kerana terpilih bagi menerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Penjara Tahun 2016. Apa yang saya terima ini adalah sebagai sokongan dan motivasi kepada diri saya dan juga rakan saya dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang diamanahkan,'' jelasnya semasa ditemui oleh Pelita Brunei. Manakala seorang lagi penerima, Sarjan Wadar 292, Dayang Nur Hashimah binti Abdullah pula telah mula berkhidmat pada tahun 1991, iaitu selama 25 tahun dan kini ditugaskan di Penjara Wanita, Bahagian Pentadbiran. Menyentuh mengenai cabaran ketika menjalankan tugas sepanjang perkhidmatannya, beliau menjelaskan, memang terdapat banyak cabaran yang dilalui akan tetapi ia tidak mematahkan semangat beliau. Tambahnya, apa yang penting adalah berkhidmat dengan jujur dan ikhlas. Di samping itu beliau juga memberikan sedikit kata nasihat kepada anggota Jabatan Penjara yang baharu berkhidmat, supaya akan mengikut arahan dan bertugas dengan ikhlas dengan tidak mengira masa. Antara yang hadir, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; Setiausaha Tetap; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; pegawai-pegawai kanan KHEDN.
PENOLONG Penguasa Penjara, Awang Haji Saini bin Haji Maidin, penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Penjara semasa ditemu bual.
SARJAN Wadar 292, Dayang Nur Hashimah binti Abdullah, penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Penjara semasa ditemu bual.
NASIONAL
HARI SABTU 4 MAC 2017
9
Dua mahasiswa terima biasiswa Sesame World Technology
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (tengah) semasa bergambar ramai bersama dua pelajar pascasiswazah yang dianugerahkan biasiswa penuh oleh Sesame World Technology (Brunei) Sendirian Berhad.
Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said TUNGKU LINK, Khamis, 2 Mac. Seramai dua mahasiswa pascasiswazah telah dianugerahkan biasiswa penuh oleh Sesame World Technology (Brunei) Sendirian Berhad dalam satu majlis yang diadakan di The Pearl, Universiti Teknologi Brunei (UTB), di sini. Penyerahan sijil penganugerahan kepada para mahasiswa tersebut disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman selaku tetamu kehormat. Kedua-dua mahasiswa berkenaan ialah Dayang Nurulhidayati binti Haji Mohd. Sani yang merupakan mahasiwa Doktor Falsafah (Ph.D) di School of Computing and Informatics dan Awang Muhammad Khairuddin bin Othman, mahasiswa Sarjana Sains secara Penyelidikan di Fakulti Kejuruteraan. Menteri Pendidikan dalam ucapannya memetik titah Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Konvokesyen UTB pada tahun 2014 yang mana baginda menekankan betapa pentingnya UTB untuk mewujudkan pakatan strategik perhubungan tiga segi atau triple helix antara akademia, industri dan kerajaan, bagi menarik syarikat-syarikat multinasional untuk bekerja secara rapat dengan kampus universiti. Yang Berhormat menjelaskan, posisi UTB - Sesame World Technology Science, Technology and Innovation Lab di kampus adalah satu contoh kerjasama triple helix antara akademia, industri dan kerajaan. Tambah Yang Berhormat, hubungan simbiotik antara akademia dan industri di kampus akan memenuhi misi UTB, iaitu untuk menyediakan pengalaman pembelajaran, meningkatkan penyelidikan dan menggalakkan perkongsian.
Yang Berhormat menerangkan bahawa kerjasama triple helix itu akan membantu untuk mengenal pasti tenaga kerja yang berkaitan dengan industri-industri di Negara Brunei Darussalam, mempelbagaikan ekonomi melalui generasi produkproduk baharu, memastikan pemindahan pengetahuan melalui penganugerahan biasiswa dan mewujudkan kekayaan melalui harta intelek. ''UTB juga mesti berazam untuk memperkembangkan satu perusahaan dengan bekerja bersama Sesama World Technology atau syarikatsyarikat lain untuk membuat produk-produk teknologi tempatan dengan tag 'Buatan Brunei','' ujar Yang Berhormat. Terdahulu, Menteri Pendidikan merasmikan pembukaan UTB Sesame World Technology Science, Technology and Innovation Lab dan seterusnya membuat lawatan ke fasiliti berkenaan serta melihat beberapa produk di bawah pembangunan makmal tersebut secara lebih dekat. Penubuhan makmal dalam kampus universiti itu adalah salah satu daripada serahan (deliverables) dalam
UTB terima sumbangan BND300 ribu
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa menyerahkan cek sumbangan kepada Naib Canselor UTB, Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.
Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said TUNGKU LINK, Khamis, 2 Mac. Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Brunei (UTB) menerima derma korporat sebanyak BND300,000 daripada Daelim-Swee JV sebagai tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan bagi meningkatkan makmal-makmal dan sumber-sumber fakulti berkenaan dalam satu majlis yang diadakan
di The Pearl, Universiti Teknologi Brunei (UTB), di sini. Cek berkenaan disampaikan oleh Pengurus Projek Daelim Co. Ltd, Ahn Byoung Wook dan Naib Pengerusi SWEE Sdn. Bhd., Chua Min Chu kepada Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman selaku
tetamu kehormat. Tetamu kehormat kemudian menyerahkan cek tersebut kepada Naib Canselor UTB, Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman. Fakulti Kejuruteraan adalah fakulti terbesar di UTB dengan seramai 840 pelajar dan 77 kakitangan akademik. Fakulti tersebut pada masa ini menawarkan tujuh program sarjana muda pra-siswazah serta program sarjana dan Doktor Falsafah dalam disiplin kejuruteraan Elektrik dan Electronik, Mekanikal, Awam serta Petroleum dan Kimia. Sementara itu, Daelim-Swee JV adalah sebuah usaha sama antara Daelim Industrial Co. Ltd dari Korea dan syarikat tempatan, Swee Sdn. Bhd. Syarikat usaha sama tersebut telah menerima anugerah dua daripada enam pakej kontrak Jambatan Temburong, iaitu Pakej CC2 (Marine Viaducts) dan CC3 (Navigational Bridges). Usaha sama tesebut juga bertanggungjawab dalam mereka bentuk dan pembinaan Jambatan Sungai Kebun. Turut hadir, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dr. Awang Haji Azman bin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan dan UTB.
YANG Berhormat Menteri Pendidikan semasa meninjau bilik dan peralatan yang telah dirasmikannya.
kolaborasi strategik antara UTB dan Sesame World Technology, yang juga didukung oleh Kerajaan Negara Brunei Darussalam melalui Bahagian Teknologi Inovatif dan Industri Kreatif, Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri. Makmal berkenaan menempatkan penyelidikan dan pembangunan fasiliti dalam domain bunyi yang diarahkan, media digital dan kepintaran buatan
(artificial intelligence). Turut hadir, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh; Naib Canselor UTB, Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Sesame World Technology, Yang Jian Feng.
TAIB sumbangkan bantuan kepada pesakit Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani, Nurafizah Samat Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Mac. - Dalam usaha ke arah meningkatkan kesejahteraan pesakit-pesakit di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) telah menyampaikan sumbangan berupa beberapa peralatan perubatan berlangsung di Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, hospital berkenaan. Pada majlis tersebut, tetamu kehormat, Setiausaha Tetap (Prestasi) Kementerian Kewangan, Awang Ahmaddin bin Haji Abdul Rahim yang juga selaku Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB menyerahkan sumbangan kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin. Tetamu kehormat juga menyerahkan sumbangan cek berjumlah BND6,000 daripada
Insurans Islam TAIB dan Darussalam Holdings Sendirian Berhad. Bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Ketua Guru Ugama, Hospital RIPAS, Awang Haji Idris bin Haji Abd. Rashid. Majlis merupakan program lanjutan bagi projek Barakah Bainal Anam yang merupakan sebahagian daripada inisiatif sempena Sambutan Jubli Perak TAIB. Objektif utama sumbangan tersebut adalah untuk meringankan beban pesakit dengan menyediakan peralatan perubatan untuk digunakan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan pesakit sama ada di hospital berkenaan atau semasa pesakit berada di rumah. Antara peralatan perubatan yang disumbangkan termasuklah feeding pump, suction machine, oxygen concentrator and hoist ripple mattress dan reclining wheel chair.
SETIAUSAHA Tetap (Prestasi) Kementerian Kewangan, Awang Ahmaddin bin Haji Abdul Rahim, selaku Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin (kanan).
10
AGAMA
HARI SABTU 4 MAC 2017
15 asnaf fakir miskin terima rumah bantuan
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman bergambar ramai bersama sebuah keluarga yang menerima sijil rumah bantuan di Kampung Tagap Kawasan II.
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Hernie Suliana Haji Othman JERUDONG, Khamis, 2 Mac. Majlis Ugama Islam melalui Kumpulan Wang Zakat, Majlis Ugama Islam membiayai kos berjumlah BND958,156.00 untuk projek pembinaan bantuan rumah bagi 15 penerima yang terdiri daripada golongan daif, fakir dan miskin. Projek bantuan berkenaan dihulurkan kepada 12 penerima di Kampung Tagap Kawasan II dan selebihnya di Kampung Parit, Junjungan dan Lumapas. Sehubungan itu, Majlis Penyerahan Sijil-Sijil Rumah Bantuan Golongan Daif, Fakir dan Miskin disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib
Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman yang juga selaku Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) di kawasan lapang Kampung Tagap Kawasan II, di sini. Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud yang juga selaku Naib Yang Dipertua Majlis Ugama Islam, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Mohimin bin Haji Johari @Jahari dan Ahli-ahli Jawatankuasa Mengeluarkan Zakat serta pegawai-pegawai kanan kerajaan. Pemangku Setiausaha MUIB,
Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Akop ketika ditemui berkata MUIB memang ada perancangan akan membina rumah-rumah bantuan bagi golongan yang memerlukan, asnaf fakir miskin. Menurut Awang Haji Abdul Aziz, pihaknya mencatatkan jumlah asnaf fakir miskin setakat tahun 2016 berjumlah 9,586 termasuk ketua keluarga dan juga tanggungannya. Tambahnya, lazimnya mereka juga diberikan agihan zakat setiap bulan berbentuk kewangan bulanan, keperluan asasi dan perbelanjaan sekolah anak-anak termasuk sebahagian mereka juga menerima bantuan bayaran sewa rumah. Sejurus penyampaian sijil, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan rombongan juga melawat ke beberapa rumah bantuan penerima
di Kampung Tagap dan selebihnya. Dari 15 buah rumah yang diserahkan, 8 buah adalah jenis bertiang empat bilik manakala 7 lagi jenis bertiang tiga bilik. Salah seorang penerima, Awang Omardani bin Haji Abdul Rahman dari Kampung Junjungan dan keluarga sangat terharu dan gembira atas nikmat keprihatinan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam usahanya bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Beliau juga sempat menceritakan kesempitan yang mereka alami di tempat tinggal yang usang di salah sebuah kebun tidak jauh dari kediaman baru sekarang. ''Alhamdulillah, kami sekeluarga mengucapkan terima kasih dan semoga jasa baik dan bantuan pihak-pihak yang sudi menolong kami ini akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah,'' ujar isterinya, Dayang
Aisah binti Hidup. Mereka sekeluarga selain bergantung kepada Elaun EOG yang diterima, mereka juga berusaha bercucuk tanam seperti sayur secara kecil-kecilan untuk dijual demi mengharapkan suatu rezeki demi meneruskan kehidupan bersama seorang anak lelaki mereka. Projek bantuan membina rumah bagi golongan Daif, Fakir dan Miskin ini adalah projek yang diusahakan oleh beberapa buah agensi-agensi kerajaan termasuk Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Bantuan perumahan ini adalah manifestasi keprihatinan Kerajaan Kebawah DYMM dalam memeduli kesejahteraan dan kebajikan golongan daif, fakir dan miskin yang memerlukan bantuan bagi memberikan mereka kehidupan yang lebih selesa dan sempurna.
RUMAH Bantuan Golongan Daif Fakir dan Miskin di Kampung Tagap Kawasan II.
Lengkapkan pelajar ilmu duniawi dan ukhrawi
HAKIM Mahkamah Tinggi Syariah, Yang Arif Pengiran Haji Tashim bin Pengiran Haji Hassan semasa menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar cemerlang.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Mac. Pelajarpelajar hendaklah bersiap sedia melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan luas dari pelbagai ilmu duniawi dan ukhrawi yang seimbang kerana mereka merupakan generasi yang akan menjayakan Wawasan Negara 2035. Di samping mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang, mereka adalah generasi
berpengetahuan yang akan dapat menjamin dan memimpin negara di masa hadapan dengan mengekalkan identiti negara Melayu Islam Beraja. Pelajar-pelajar hendaklah mempunyai identiti atau akhlak yang terpuji yang dipupuk oleh ilmu pengetahuan yang tinggi. Pengetua Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMRIPAD), Pengiran Hajah Radiah binti Haji Md.
Tahir menyatakan demikian semasa berucap di Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang 1437H / 2017M berlangsung di Dewan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), di sini. Pengiran Hajah Radiah menegaskan, guru memainkan peranan penting dalam melaksanakan program-program pendidikan masa kini yang terus menuju kepada pendidikan yang berkualiti agar pelajar-pelajar memiliki pengetahuan luas serta kemahiran tinggi yang bakal menerajui kemajuan negara sekali gus menjayakan wawasan negara. Menurutnya, tidak dinafikan kejayaan seorang pelajar itu adalah juga hasil daripada usaha keras dan gigih serta komitmen tinggi para guru bagi memastikan kejayaan pelajarnya. ''Oleh yang demikian guru haruslah peka dengan perkembangan pendidikan masa kini dari segi pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, guru merupakan sebahagian daripada penyumbang kejayaan pelajar, ibu bapa juga adalah memainkan peranan memberikan sokongan dan dorongan kejayaan anak-anak mereka,'' tegasnya. Pengetua SUAMRIPAD itu seterusnya menyeru ibu bapa agar sentiasa memberi perhatian yang berterusan kepada anak-anak dan memantau aktiviti mereka terutama di luar sekolah agar tidak lalai
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Muhammad Nazih Haji Zaini Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said dengan perkara-perkara yang kurang berfaedah seperti penggunaan media sosial yang melalaikan. Di samping itu juga tambahnya, ibu bapa hendaklah sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak-anak dalam pelajaran serta sentiasa reda dan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana keredaan ibu bapa itu merupakan kunci kejayaan anak-anak. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Yang Arif Pengiran Haji Tashim bin Pengiran Haji Hassan yang seterusnya menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang SUAMRIPAD. Sekolah Arab Sungai Akar mencapai 100 peratus lulus dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR), peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dan GCE 'O' Level pada tahun lalu termasuk 11 pelajar di Tahun 10 yang lepas (fast track) mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPUB dan GCE 'O' Level. Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar terbaik dan cemerlang dalam setiap peringkat bermula dari
Tahun 5 hingga 10 serta hadiah penghargaan kepada guru-guru sekolah berkenaan. Dalam temu bual bersama pelajar cemerlang, Awang Abdul Ahnaf bin Haji Abdul Taif dan Awang Abdul Ahnaf Nafie bin Haji Morni merasa bersyukur ke hadrat Allah dan gembira atas hadiah kejayaan yang mereka usahakan demi memperolehi keputusan yang cemerlang. Kejayaan yang mereka capai itu merupakan atas sokongan dan dorongan keluarga mereka masing-masing serta pihak sekolah terutama tenaga pengajar yang sangat memberikan semangat dan motivasi. Mereka akan mempertingkatkan lagi usaha dalam pembelajaran mereka dan menasihatkan kepada rakan seperjuangan yang lain untuk sentiasa fokus dalam belajar demi kejayaan yang cerah di masa hadapan. Antara objektif majlis tersebut ialah untuk memberikan galakan dan penghargaan serta motivasi pencetus semangat kepada para pelajar untuk lebih meningkatkan usaha dan terus berjuang ke arah kejayaan di samping menanamkan sifat berani menghadapi cabaran dan berdaya saing.
AGAMA
HARI SABTU 4 MAC 2017
11
Mewujudkan Pelatih PKBN syumul dan cemerlang
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (depan, tujuh dari kiri) dan isteri, Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili (depan, enam dari kiri) semasa begambar ramai bersama para Pelatih PKBN Pengambilan Keenam yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran.
Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain TEMBURONG, Jumaat, 3 Mac. Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) bukan sahaja menjadikan para pelatih kuat dari segi jasmani, malah yang lebih utama dapat mengukuhkan dan memantapkan lagi jiwa dan mental mereka dari segi aspek kerohanian sebagai benteng daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang agama. Kejayaan menamatkan pengajian membaca Al-Quran dihasratkan dapat menjadi landasan bagi para Pelatih PKBN untuk memantapkan pelbagai amal ibadah dan mengukuhkan ciri-ciri kerohanian, keimanan dan ketaqwaan di dalam diri mereka yang ditanamkan sepanjang jangka waktu mereka mengikuti latihan PKBN. Demikian pendapat salah seorang Pelatih PKBN Pengambilan Keenam, Dayang Marzila binti Mat Jais ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei pada Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Dewan Kuliah, Kem Latihan PKBN Batu Apoi, di sini. Dayang Marzila juga melahirkan rasa syukur kerana program-program keagamaan yang diikuti sepanjang
mengikuti latihan PKBN selama hampir tiga bulan telah banyak memberikan impak yang sangat positif terhadap dirinya serta rakan-rakan pelatih yang lain kerana menjadikan mereka insan yang lebih taat beragama termasuklah dengan bersembahyang lima waktu setiap hari, membaca Al-Quran, mempelajari dikir dan sebagainya. Majlis Khatam Al-Quran bagi seramai 345 Pelatih PKBN Pengambilan Keenam dihadiri oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan isteri, Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili. Majlis yang julung-julung kalinya diadakan di Kem Latihan PKBN baharu di Batu Apoi ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran beramai oleh para pelatih. Majlis diteruskan dengan bacaan Tahtim Al-Quran yang dibacakan
oleh Pelatih 11350 Awang Mohammad Hazwan Hanif bin Haji Junaidi, manakala bacaan Khatam Al-Quran dibacakan oleh Pelatih 11138 Awang Ali Haziq Irsyaduddin bin Ali Rahim. Doa Khatam Al-Quran pula dibacakan oleh Pelatih 11315 Awang Muhamaad Nor Faiz Fikri bin Noor Asmali. Majlis diteruskan dengan bacaan Tahlil dan diserikan dengan persembahan Dikir Marhaban yang diketuai oleh Pegawai Ugama PKBN, Awang Abdul Qaiyum bin Haji Metussin sementara bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dibacakan oleh Pelatih 11147, Haji Awang Mohammad Husny Bahry bin Haji Awang Yussof. Pada majlis tersebut, Yang Berhormat juga menyampaikan sijil-sijil kepada para pelatih lelaki, manakala sijil-sijil kepada pelatih perempuan disampaikan oleh Datin Hajah Kalshom. Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Penghulu Mukim Bokok; Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Awang Haji
Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad; Pengarah Bahagian Khidmat Bakti Negara, Kolonel (B) Pengiran Haji Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail; pegawai-pegawai kanan KKBS, para penghulu mukim serta para ibu bapa dan penjaga para Pelatih PKBN Pengambilan Keenam. Sementara itu, seorang lagi Pelatih PKBN yang ditemui, Haji Awang Mohammad Husny Bahry bin Haji Awang Yussof melahirkan kesyukuran dan berasa ketenangan tatkala berjaya Khatam Al-Quran dengan sempurna bersama 357 rakan pelatih lainnya hari ini. Beliau turut berterima kasih kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kerana memberikan peluang untuk para belia dari seluruh negara mengikuti program latihan PKBN selama 3 bulan di Kem Latihan PKBN Batu Apoi yang sangat selesa. Tambahnya, beliau juga bersyukur kerana melalui komponen keagamaan program ini, para pelatih didedahkan dengan pelbagai program keagamaan
yang sangat bermanfaat buat dirinya serta rakan pelatih lainnya termasuklah program ceramah ugama dan tazkirah mingguan daripada penceramah undangan. Beliau juga berharap lebih banyak program keagamaan akan dapat diterapkan ke dalam komponen keagamaan PKBN akan datang untuk membimbing para pelatih ke arah melahirkan insan yang lebih cemerlang dalam beragama. Majlis tersebut dihasratkan untuk mewujudkan para Pelatih PKBN dan belia yang syumul dan cemerlang ke arah mendukung konsep Melayu Islam Beraja dan Negara Zikir. Sepanjang mengikuti latihan, para pelatih telah didedahkan kepada empat komponen utama program iaitu Komponen Jati Diri, Kenegaraan dan Keagamaan, Komponen Latihan Disiplin dan Fizikal, Komponen Keusahawanan dan Komponen Khidmat Komuniti. PKBN Pengambilan Keenam memulakan latihan mereka di Kem Latihan PKBN, Batu Apoi pada 4 Disember 2016 yang lalu dan akan menamatkan latihan pada 13 Mac 2017.
Jadikan masjid sebagai tempat mengembangkan ilmu Berita dan Foto : Noraisah Muhammed KUALA BELAIT, Jumaat, 3 Mac. Masjid merupakan tempat ibadah bagi umat Islam dan berbagai-bagai macam ibadah yang boleh dilakukan di dalamnya seperti solat, berzikir, iktikaf dan sebagainya, di samping dijadikan tempat untuk mengembangkan ilmu bagi umat Islam selain berperanan dalam mengembangkan ilmu melalui pembelajaran dan pengajaran seperti Kelas Al-Quran dan Muqaddam. Sehubungan itu, rombongan dari Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM), Kementerian Hal Ehwal Ugama telah membuat lawatan bagi tinjauan dan pemantauan Kelas Al-Quran dan Muqaddam di Masjid Kampung Sungai Teraban, Daerah Belait. Tinjauan dan pemantauan yang
diungkayahkan secara berteruskan itu bertujuan bagi mengetahui perkembangan dan perjalanan Kelas Al-Quran dan Muqaddam di negara ini berjalan dengan baik dan teratur sebagaimana yang dikehendaki oleh JHEM. Pelita Brunei menemu bual Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri berkata, alhamdulillah semua murid-murid Kelas Al-Quran dan Muqaddam yang diatur di masjid ini telah dapat mengikut pembelajaran dengan baik kerana apabila ditasmik mereka mengenal huruf-huruf Hijaiyyah dapat membaca dengan baik. ''Keseluruhannya mereka dapat
mengikuti Kelas Al-Quran dan Muqaddam yang diungkayahkan ini dengan baik dan satu perkembangan yang menggalakkan apabila salah seorang guru telah membuat satu inisiatif dengan membuat satu Skim Menghafaz Al-Quran seramai 10 orang dan dua orang daripada mereka telah berjaya menghafaz dan berjaya pula dalam penilaian memasuki Institut Tahfiz Al-Quran,'' tambahnya. Awang Haji Amir Hisham juga menyeru kepada ibu bapa supaya akan dapat menghantar anak-anak ke masjid-masjid berhampiran tempat tinggal dengn memanfaatkan apa yang telah diusahakan dengan sebaikbaiknya. Usaha tersebut merupakan salah satu langkah JHEM untuk membantu sekolah-sekolah ugama meneruskan
PEMANGKU Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri mentasmik bacaan dari murid-murid yang menghadiri Kelas Al-Quran dan Muqaddam.
pembacaan Al-Quran dan Muqaddam dengan lebih lancar dan teratur. Sementara itu, Imam Masjid Kampung Sungai Teraban, Awang Haji Omar Ali bin Haji Mohd. Husain yang bertugas sejak 1994 berkata, kelas mengaji tersebut telah ditubuhkan sejak dari masjid tersebut dibina dan bergiat sejak dari surau lama dan aktiviti itu diteruskan
SEBAHAGIAN daripada murid-murid yang terdiri daripada anak-anak penduduk kampung berdekatan yang hadir semasa Kelas Al-Quran dan Muqaddam.
sehingga sekarang. Tenaga pengajar yang bertauliah dari JHEM bertugas mengajar seramai lebih daripada 30 murid-murid yang terdiri daripada anak-anak penduduk berdekatan. Hadir selaku ketua rombongan ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bersama pegawai-pegawai dan kakitangan JHEM. Rombongan lawatan tersebut akan diteruskan ke masjid-masjid, surau dan balai ibadat yang terpilih mengikut jadual yang akan ditentukan dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
12
AGAMA
HARI SABTU 4 MAC 2017
Majlis Khatam Al-Quran 33 Kali Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan
Daerah Brunei dan Muara Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman KAMPUNG MADANG, Khamis, 2 Mac. - Majlis Khatam Al-Quran 33 Kali sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun diadakan secara serentak di keempat-empat daerah. Majlis tersebut merupakan salah satu inisiatif Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Kebangsaan yang dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) sempena sambutan berkenaan. Bagi Daerah Brunei dan Muara (DBM), ia berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Madang / Manggis, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin
Haji Mohd. Yussof. Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Mohd. Noor Jusmin Haji Abdul Samad. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis dan diikuti dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Massad yang dikepalai oleh penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Awangku Muhammad Fahmi Aiman bin Pengiran Haji Abdul Fikeh. Bacaan Tahtim Al-Quran dipimpin oleh mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Ashizal bin
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (tengah) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Quran 33 Kali sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Madang / Manggis.
Zainal Abidin. Doa Khatam kemudian dibacakan oleh penuntut ITQSHHB, Awang Abdussyakur bin Haji Jahari. Majlis diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban oleh pelatih-pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN).
Daerah Tutong Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin TUTONG, Khamis, 2 Mac. - Majlis Khatam Al-Quran 33 Kali sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun diadakan secara serentak di keempat-empat daerah. Majlis tersebut merupakan salah satu inisiatif Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Kebangsaan yang dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun. Di Daerah Tutong seramai 123 peserta lelaki dan perempuan yang terdiri daripada penuntut-penuntut sekolah menengah, penuntut-penuntut pusat tingakatan enam dan Ma'had Islam Brunei serta Ahli-Ahli Persatuan Belia telah menyertai majlis seumpamanya yang berlangsung di Masjid Kampung Penanjong Tutong, di sini.
Bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Selamatkan Negara Brunei Darussalam oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Nuzli bin Haji Jumat. Seramai 972 peserta lelaki dan perempuan terdiri daripada pelatihpelatih PKBN, Pusat Pembangunan Belia, penuntut-penuntut ITQSHHB, mahasiswa-mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi, Institusi Pendidikan Teknikal Brunei, sekolah menengah, sekolah ugama, Ahli-Ahli Persatuan Belia, peserta Program Belia Cinta Tanah Air, Belia-Belia Majlis Perundingan Kampung, qari dan qariah Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan dan Alumni Program Pertukaran Belia Antarabangsa menyertai majlis berkenaan. Objektif majlis kali keempat itu adalah untuk menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan dengan pengisian-
pengisian yang bermanfaat terutama dengan pembacaan Al-Quran selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir, di samping untuk mempertingkatkan dan mengukuhkan persefahaman dan kerjasama di antara agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan dan tarbiah para belia dan masyarakat serta menggalakkan penglibatan para belia dan masyarakat dalam aktiviti keagamaan. Dengan penganjuran majlis seumpama tersebut diharap akan dapat meningkatkan lagi penglibatan para belia dan masyarakat dalam aktiviti keagamaan yang sudah setentunya berupaya menjadi benteng buat generasi belia dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang juga sebagai pelapis dan penyambung kepimpinan pada masa hadapan.
Daerah Temburong TIMBALAN Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar (tengah) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Quran 33 Kali sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun di Masjid Kampung Penanjong Tutong.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat, diikuti dengan
bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Massad yang diketuai oleh penuntut Sekolah Ma’had Islam Brunei yang seterusnya mengetuai bacaan Tahtim Al-Quran, Doa Khatam dan Dikir Marhaban, manakala Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan
Daerah Belait KUALA BELAIT, Khamis, 2 Mac Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran 33 Kali Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun. Majlis yang diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Pandan, Kuala Belait itu telah dihadiri oleh Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin selaku tetamu kehormat. Pelita Brunei menemu bual Ketua Guru Ugama Maktab Anthony Abel, Seria, Dayang Hiriani binti Awang Tahir, berkata, ''Sebagai guru, kami berasa bersyukur dan bergembira kerana diberi peluang untuk menyertai Majlis Khatam, pelajar kami jua berasa gembira apabila terpilih untuk menyertai majlis ini.'' Beliau menambah, selaku ibu bapa juga kami sangat menggalakkan anak-anak kami untuk menyertai majlis berilmu dan menjurus kepada mengagungkan Al-Quran sebagai panduan dan pegangan hidup selaku orang Islam khasnya. Dalam kesempatan itu, beliau melahirkan harapan agar majlis seumpama itu akan sentiasa diadakan dan diteruskan selain menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin (tengah) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Quran 33 Kali Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun 2017 di Masjid Utama Mohammad Salleh Pekan Bangar.
Oleh : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain Foto : Ihsan Jabatan Belia dan Sukan, Temburong
PEMANGKU Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin (tiga, kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Quran 33 Kali Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun di Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait.
Berita dan Foto : Noraisah Muhammed dalam menjadikan negara ini sebagai sebuah Negara Zikir dan berpandukan kepada ajaran Ahli Sunnah Waljamaah serta menjunjung Al-Quran sebagai panduan hidup di dunia mahupun di akhirat. Sementara itu, Pembantu Pegawai Luar Penerangan, Dayang Khairunneeza binti Abdullah pula berkata, beliau berasa berbesar hati dan bersyukur kerana dapat samasama menyertai Khatam Al-Quran 33 Kali tahun ini selain beribadah ia juga dapat meningkatkan semangat
patriotisme dan nasionalisme dalam diri. Seramai 200 peserta yang terdiri daripada penuntut-penuntut Sekolah Menengah Kerajaan Daerah Belait, Sekolah Ugama, Sekolah Persediaan Arab, guru-guru, Ahli-ahli Persatuan Belia dan Sukarelawan Daerah Belait, jabatan-jabatan kerajaan dan Ahli-ahli Takmir Masjid telah menyertai Khatam Al-Quran tersebut dan turut hadir, Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman.
TEMBURONG, Khamis, 2 Mac. Majlis Khatam Al-Quran 33 Kali Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun 2017 berlangsung di Daerah Temburong di Masjid Utama Mohammad Salleh Pekan Bangar, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Juga hadir Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu; Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohammad Amir Hairil bin Haji Mahmud, pegawai-pegawai kanan kerajaan, para penghulu mukim serta ketuaketua kampung di daerah ini. Majlis Khatam Al-Quran disertai oleh seramai 295 peserta lelaki dan perempuan terdiri daripada para Pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), para pelajar dari Sekolah Arab Temburong dan Sekolah
Ugama Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Badan Kebajikan GuruGuru Ugama dan Muslimah Masjid Pengiran Haji Abu Bakar Kampung Bokok. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Imam Masjid Utama Mohammad Salleh Pekan Bangar, Awang Haji Mohammad Yussof bin Haji Ahad dan diteruskan dengan bacaan khatam Al-Quran oleh peserta khatam. Bacaan Takhtim Al-Quran dibacakan oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid. Sementara Doa Khatam dibacakan oleh Pelatih PKBN, Awang Muhammad Nor Faiz Fikri bin Noor Asmali. Majlis diserikan dengan Dikir Marhaban oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Utama Mohammad Salleh Pekan Bangar. Manakala Doa Allah Peliharakan Sultan dan Selamatkan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Imam Masjid Utama Mohammad Salleh, Awang Haji Mohammad Yussof bin Haji Ahad.
NASIONAL
HARI SABTU 4 MAC 2017
13
Pendidikan dan latihan penting atasi pengangguran Oleh : Nooratini Abas Marlinawaty Hussin Foto : Ampuan Mahmud Ampuan Haji Tengah, Mohd. Sahrizal Haji Said, Hernie Suliana Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 Mac. - Generasi muda perlu terus diterapkan dengan pendidikan dan latihan yang sesuai sebagai salah satu inisiatif untuk menangani masalah pengangguran di negara ini. Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman berkata, dorongan dan ruang yang diberi kepada golongan itu dapat membantu memberi kesedaran kepada mereka agar tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa mahupun kerajaan serta mempunyai semangat dan kemahuan yang tinggi untuk berubah bagi mencapai kejayaan. ''Peranan dan jalinan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk pihak kementerian dan sektor swasta amat penting untuk mengatasi masalah tersebut,'' kata Yang Berhormat
semasa ditemu bual Pelita Brunei selepas Majlis Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli MMN di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, di sini. ''Mereka yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, masih dapat mengikuti kursus-kursus dan latihan-latihan yang disediakan seperti di Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; namun kita perlu memastikan agar latihan-latihan yang ditawarkan mencukupi dengan pasaran kerja di luar sana,'' ujar Yang Berhormat. Yang Berhormat memberi contoh mengenai kerjaya sebagai pelayan restoran, di mana ia tidak memerlukan kelulusan yang tinggi. ''Dengan memberikan latihan intensif yang bersesuaian dalam bidang tersebut, ia dapat meningkatkan peluang pekerjaan
bagi anak-anak tempatan,'' tambah Yang Berhormat. Yang Berhormat turut berkata bahawa para penerima asnaf fakir miskin juga perlu diberi perhatian agar mereka dapat berdikari dengan diberikan latihan dan tunjuk ajar yang bersesuaian. Dalam pada itu, Yang Berhormat menekankan mengenai betapa pentingnya memperkenalkan pendidikan dan latihan dalam bidang keusahawanan dengan mewujudkan kurikulum keusahawanan seawal di bangku sekolah lagi. ''Pendidikan dan latihan berkenaan bukan sahaja membantu pelajarpelajar untuk berdikari tetapi juga meningkatkan keyakinan diri mereka dan membimbing mereka untuk bercakap di khalayak ramai,'' ujar Yang Berhormat. Sementara itu, Ahli MMN yang juga selaku Penghulu Mukim Kota Batu, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis bercadang untuk mengetengahkan tiga isu utama pada MMN yang akan diadakan nanti bagi memajukan taraf hidup penduduk-
AHLI MMN, Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman.
AHLI MMN, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, selaku Penghulu Mukim Kota Batu.
penduduk kampung di bawah mukim berkenaan, iaitu pembinaan dewan-dewan kemasyarakatan di kampung-kampung yang belum mempunyainya, meningkatkan perhubungan seperti pembinaan jalan raya dan kawasan pendalaman dan menaiktarafkan rumah-rumah para penduduk kampung termasuk yang
berada di kawasan perairan. ''Perkara ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk kampung tetapi juga sebagai salah satu usaha untuk mengekalkan warisan kebudayaan masyarakat kampung di sana bagi menarik pelancongpelancong asing ke mukim tersebut,'' jelas Yang Berhormat.
BIM kaedah cekap, tepat bagi industri pembinaan AMBD perkenalkan pemindahan bayaran 'Direct Credit' Siaran Akhbar : Autoriti Monetari Brunei Darussalam BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Mac. - Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), dengan kerjasama pihak Persatuan Bank-Bank Brunei (BAB) telah memperkenalkan Direct Credit ke dalam sistem Automated Clearing House System (ACH). Ini adalah selaras dengan pelaksanaan sistem Brunei Real-Time Gross Settlement System (RTGS), iaitu sistem pemindahan elektronik dana yang bernilai tinggi di antara bank-bank pada tahun 2014 dan proses penjelasan cek automatik sistem melalui ACH pada tahun lepas. Direct Credit adalah pemindahan bayaran-bayaran yang bernilai rendah secara elektronik melalui sistem ACH, yang mana pihak bank akan membuat pembayaran terus ke dalam akaun penerima di bank lain sekurang-kurangnya satu hari lebih cepat daripada menggunakan cek. Proses Direct Credit adalah cepat, mudah dan murah untuk membuat pemindahan dana ke dalam akaun pelanggan di bank lain, seperti
ANTARA yang hadir pada taklimat tersebut.
untuk pembayaran gaji, pembayaran pencen, pembayaran pembekal, pembayaran dividen dan lain-lain. Proses ini adalah amalan terbaik dunia, yang juga telah terbukti sebagai salah satu sistem yang kos-efektif dan kaedah yang amat berkesan dalam penghantaran ke dalam akaun pelanggan. Penggunaan cek dan wang tunai adalah lebih mahal dan kurang selamat, jika dibandingkan dengan Direct Credit. Penggunaan Direct Credit juga boleh meningkatkan keberkesanan dalam memproses pengendalian maklumat kewangan peribadi dan seterusnya menghindari risiko aktiviti penipuan yang berkaitan dengan penggunaan cek fizikal. Antara objektif Brunei Darussalam Financial Sector Blueprint 2016 - 2025 (FSBP) adalah untuk mengurangkan penggunaan cek sekurang-kurangnya sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2020, selaras dengan negaranegara jiran di rantau ini dan untuk memastikan semua cek di antara bank-bank yang bernilai
tinggi, digantikan kepada bayaran RTGS untuk penyelesaian yang cepat dan tidak berisiko. AMBD dan bank-bank di Negara Brunei Darussalam akan terus bekerjasama dalam menyediakan dasar-dasar bagi menggalakkan pelanggan untuk menggunakan kaedah elektronik yang lebih dipercayai, cekap dan selamat. Fasa inovatif AMBD seterusnya adalah untuk merancang dan menyediakan dasar bagi interoperable market infrastructure for retail payments. Ini adalah termasuk kad pembayaran, perbankan internet, bayaran telefon mudah alih dan instrumen pembayaran teknologi baru yang lain. Ia juga adalah selaras dengan inisiatif AMBD untuk menggalakkan ekonomi e-Pembayaran. Pada masa yang sama, AMBD juga akan melaksanakan Central Securities Depository (CSD), iaitu operasi perkhidmata sekuriti dan depositori secara automatik bagi Sukuk Kerajaan dan sekuriti-sekuriti lain yang diterbitkan di Negara Brunei Darussalam.
TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar (kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Taklimat 'Building Information Modeling' (BIM).
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Mac. - Dalam memberi pendedahan serta pembelajaran mengenai 'Building Information Modeling' (BIM), lebih 160 peserta terdiri dari jabatan-jabatan kerajaan, swasta serta para pelajar berpeluang menghadiri taklimat yang berlangsung di Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat pada taklimat tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar. Taklimat BIM disampaikan oleh Silas Loh dari salah sebuah industri pembinaan Republik Singapura yang antara lain mengongsikan mengenai penggunaan BIM di Singapura dan pelaksanaan firmanya dalam membina maklumat pemodelan bagi pelbagai projek. Dalam taklimatnya juga menyentuh mengenai kuantiti model BIM (5D BIM) yang merupakan satu kaedah yang cekap dan tepat
semata-mata dalam meningkatkan kuantiti tugas Juruukur dan memberi faedah kepada pemaju, di samping membincangkan perubahan yang diperlukan dalam syarat-syarat kontrak bagi menerima permohonan BIM dalam sesebuah projek. Taklimat diadakan bersempena Ulang Tahun Ke-25 Tahun Hanafi Konsultan yang dianjurkan bersama Pertubuhan Ukur Jurutera dan Arkitek (PUJA) (B) dan PUJA Academy. Tujuan utama taklimat ialah untuk memberi pendedahan mengenai BIM dari industri pembinaan dari Singapura dan menyediakan pelbagai maklumat yang mana ianya berbeza dari taklimat yang dikendalikan sebelum ini. Industri pembinaan di seluruh dunia dan di rantau ini mengguna pakai BIM sebagai alat evolusi di beberapa tahun kebelakangan ini untuk meningkatkan kualiti yang lebih baik selaras reka bentuk bangunan dan beberapa jabatan-jabatan kerajaan dan pihak berkuasa mengiktiraf akan potensi BIM dan menggalakkan industri mereka untuk menerima pakai BIM.
JAWATAN KOSONG / IKLAN
14
HARI SABTU 4 MAC 2017
JABATAN PERKHIDMATAN POS KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
JABATAN LAUT KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
MAKLUMAN
'SENARAI PEMILIK BUNGKUSAN YANG BELUM DITUNTUT' JABATAN PERKHIDMATAN POS, Kementerian Perhubungan memaklumkan kepada orang ramai mengenai ''SENARAI PEMILIK BUNGKUSAN YANG BELUM DITUNTUT'' DI PEJABAT POS PUSAT MEMPROSES MEL (MPC). Keterangan lebih lanjut mengenai senarai tersebut boleh datang ke Pejabat Pos Pusat Memproses Mel (MPC), Lapangan Terbang Terbang Lama, Berakas semasa waktu bekerja. Menurut pihak Jabatan Perkhidmatan Pos, barangan yang tidak dituntut selepas 31 Mac 2017, pihak jabatan akan membuat tindakan mengikut prosidur yang telah ditetapkan.
PEMBERITAHUAN : JL/01/2017 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa bagi “Request For Proposal (RFP) For The Rental, Operation and Management Of Existing Marine Department Workshop Facilities At Serasa, Muara, Negara Brunei Darussalam”. 2. Dokumen tawaran bolehlah diperolehi pada waktu bekerja iaitu hari Isnin hingga hari Khamis dari jam 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi dan 1.30 Petang hingga 3.00 Petang dan hari Sabtu dari jam 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi di PEJABAT LAUT (BAHAGIAN KEWANGAN) JABATAN LAUT, KEMENTERIAN PERHUBUNGAN, JALAN SERASA, MUARA, BT1728, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
3. Yuran dokumen berjumlah BND100.00 (Tidak dikembalikan).
JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
BIL 1. RUJUKAN TAWARAN: KHEU / JPI / BBP3 / K / 52/ 17 NAMA SEKOLAH UGAMA: SEKOLAH UGAMA (ARAB) MENENGAH PEREMPUAN RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK HAJAH SALEHA PEMBERITAHUAN TAWARAN SYARAT-SYARAT, PANDUAN DAN MAKLUMAT : 1) SEBUT HARGA adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha
PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL TINGKAT BAWAH KEMENTERIAN PERHUBUNGAN JALAN MENTERI BESAR BANDAR SERI BEGAWAN, BB3910 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
Dokumen berkenaan bolehlah diambil pada 4 Mac 2017 hingga 28 Mac 2017.
4. Dokumen yang lengkap hendaklah dihadapkan
IKLAN TAWARAN PERKHIDMATAN KANTIN BAGI SEKOLAH ARAB JABATAN PENGAJIAN ISLAM, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI TEMPOH TIGA (03) TAHUN DAERAH BRUNEI DAN MUARA
di dalam sampul surat yang tertutup rapi (sealed) tanpa menyatakan nama penender yang ikut serta kecuali tajuk tender ''Request For Proposal (RFP) For The Rental, Operation and Management Of Existing Marine Department Workshop Facilities At Serasa, Muara, Negara Brunei Darussalam JL/01/2017'' di bahagian atas sebelah kiri dan dihantar kepada alamat berikut :
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2) Pemohon-pemohon yang berkhidmat dengan kerajaan atau syarikat-syarikat swasta yang berhubungkait dengan kerajaan seperti Brunei Shell Petroleum (BSP), Cold Gas (LNG), Royal Brunei Airlines (RBA) dan seumpamanya tidak akan diterima. 3) Pemohon hendaklah membawa bersama SALINAN SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 tersebut dan COP SYARIKAT SEMASA MENGAMBIL BORANG TAWARAN SEBUT HARGA. 4) Setiap pemohon hendaklah mengambil 1 (satu) borang sahaja. (Tidak boleh berwakil). 5) Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. 6) Setiap borang sebut harga hendaklah diisi dengan lengkap dan di cop syarikat dengan menggunakan dakwat berwarna BIRU sahaja.
5. Semua dokumen hendaklah sampai ke alamat yang dinyatakan tidak lewat pada hari Selasa, 28 Mac 2017, jam 2.00 petang.
7) Pemohon-pemohon hendaklah terdiri daripada penduduk yang tinggal di Daerah tempat sekolah tersebut. 8) Borang sebut harga serta SALINAN KAD PINTAR DAN SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat biasa yang tertutup (sealed envelope menulis dengan jelas TAJUK & BILANGAN TAWARAN DAN TARIKH TUTUP tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti syarikat / pemborong. 9) Setiap pemohon hendaklah menyertakan SALINAN KAD PINTAR PEKERJA TEMPATAN (LOCAL CONTENT) DAN PEKERJA ASING (FOREIGNER CONTENT). 10) Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA yang ditujukan kepada :Tarikh Tutup Mengambil borang : 15 Jamadilakhir 1438H / 14 Mac 2017M (Hari Selasa). Dan hendaklah dimasukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA yang ditujukan kepada :PETI SEBUT HARGA BAHAGIAN KEWANGAN, TINGKAT 1 KEMENTERIAN HAL EHWAL
UGAMA, JALAN MENTERI BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Tarikh Akhir Menghantar : 16 Jamadilakhir 1438H / 15 Mac 2017M (Hari Rabu) Tidak lewat jam 2.00 Petang 11) Setiap satu borang tawaran sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat. 12) Borang tawaran sebut harga yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN. 13) Berikut adalah masa-masa bagi mengambil borang-borang tawaran sebut harga: ISNIN hingga KHAMIS : 8.30 Pagi hingga 11.00 Pagi 2.00 Petang hingga 3.00 Petang SABTU: 8.30 Pagi hingga 11.00 Pagi 14) Borang-borang tawaran sebut harga boleh diperolehi di Bahagian Kewangan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Blok 2 I, Tingkat 4, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan BA1311, Negara Brunei Darussalam.
IKLAN
HARI SABTU 4 MAC 2017
TABUNG AMANAH PEKERJA KEMENTERIAN KEWANGAN
JABATAN PERBENDAHARAAN KEMENTERIAN KEWANGAN
TENDER NO : TAP/FIN/04.8/RFQ/16-17:002
PEMBERITAHUAN SEBUT HARGA
REQUEST FOR TENDER
BILANGAN SEBUT HARGA : JPKK/A/479.Q8/2016 TAJUK SEBUT HARGA : PEMBEKALKAN, PENGHANTARAN, PEMASANGAN DAN UJI CUBA PERALATAN GUNA-HABIS BAGI FACILITY INFRASTRUCTURE SERVICE (FIS), PUSAT DATA KEMENTERIAN KEWANGAN
RENEWAL OF INSURANCE FOR SURVIVORSHIP BENEFIT OF SUPPLEMENTAL CONTRIBUTION PENSION (SCP) 1. TABUNG Amanah Pekerja (TAP) invites tender submissions from reputable local companies to undertake the renewal of insurance for survivorship benefit of Supplement Contribution Pension (SCP).. 2. The Tender Document and details can be obtained from : Procurement Unit Tabung Amanah Pekerja, Tingkat 14 Bangunan Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) Jalan Kianggeh, Bandar Seri Begawan, BSB8111 Brunei Darussalam Collection time : Monday to Thursday, Saturday (8.00 - 11.30 AM and 2.00 - 3.30 PM) 3. Local companies with at least 3 years experience in implementing the above mentioned service locally is a pre-requisite. 4. The Tender Document fee is BND2,000.00 and shall be payable to TAP upon collection of Tender Document. The Tender Document fee shall be pad to TAP and is non-refundable. 5. Deadline for payment of non-refundable Tender Document fee and issuance of Tender Document is no later than 3.00PM on Wednesday, 15 March 2017. 6. All submission must be submitted into TAP Tender Box to the address below no later than 2.30PM on Wednesday, 22 March 2017. 7. The Completed Tender Document must be submitted in a sealed envelope and clearly marked: Jawatankuasa Tender dan Sebut Harga Tabung Amanah Pekerja, Tingkat Bawah Bangunan Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) Jalan Kianggeh, Bandar Seri Begawan, BSB8111 NegaraBrunei Darussalam. 8. For further inquiries, please contact Procurement Unit at +673 2382929 ext. 708 or email to tender@tap.com.bn.
KEMENTERIAN KESIHATAN PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehi daripada Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja, mulai hari Sabtu, 11 Februari 2017. Sila layari website Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan bilangan tajuk tawaran serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada :Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Peti Tawaran, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan Commonwealth Drive Bandar Seri Begawan, BB 3910 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-tawaran hendaklah disediakan
dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah ditetapkan dan disediakan dalam dua (2) salinan termasuk salinan asal atau sepertimana yang dinyatakan. Dokumen dokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, hari Selasa pada 14 Mac 2017. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Yuran tawaran (tender fee) bagi tiap-tiap tawaran adalah seperti dinyatakan dan dikehendaki pembayaran dengan WANG TUNAI sahaja (dan yuran tawaran tidak akan dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat di Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan semasa waktu-waktu bekerja. Waktu Menerima Bayaran ISNIN hingga KHAMIS 8.00 PAGI hingga 11.00 PAGI 2.00 PETANG hingga 3.00 PETANG SABTU 8.00 PAGI hingga 10.00 PAGI
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) FOR INVESTMENT PROPOSALS TO DESIGN, BUILD, OPERATE, MAINTAIN AND TRANSFER BUMIPUTERA COMPLEX, PEKAN BANGAR, TEMBURONG MINISTRY of Home Affairs (MoHA) is seeking a suitable and reputable investor, hereinafter referred to as ''Prospective Investor'' to Design, Build, Operation, Maintain and Transfer (DBOMT) of Bumiputera Complex, Pekan Bangar, Temburong.
The MoHA intends to work with Prospective Investor on the basis of a (DBOMT) model as details below : 1) MoHA will provide land on lease for the redevelopment of Pasarneka Seria. The cost of premium including land annual tax will be borne by the Prospective Investor. 2) The Prospective Investor will redevelop the said area which includes public and community facilities. 3) The Prospective Investor will collect revenues from operating and leasing the area including public and community facilities as returns for their investment into the building.
15
Tarikh Tutup / Jam : 13 Mac 2017 (Isnin), 9.00 Pagi Tempat Mengambil Borang Sebut Harga: Peti Sebut Harga (Quotation Box) Jabatan Perbendaharaan Level 2, Tower Block Bangunan Kementerian Kewangan Commonwealth Drive, BB3910 Negara Brunei Darussalam. Syarat-Syarat Penyertaan 1. PEMOHON adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Negara Brunei Darussalam. 3. Borang tawaran hendaklah disertakan
5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling rendah atau lain-lain tawaran. 6. Tawaran adalah dibukakan kepada semua pemborong-pemborong dan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :• Sijil Pendaftaran Perniagaan yang masih sahlaku dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. • Manakala bagi pemborong/pembekal yang menyertai tawaran ubat-ubatan (Drug and Medicine) mestilah mempunyai Lesen Racun yang sah Poison Act’ (Cap. 114). • Manakala bagi pemborong/pembekal yang menyertai tawaran bagi kerja-kerja pembangunan dan pendawaian elektrik mestilah mempunyai Lesen Pendaftaran yang masih sah daripada Kementerian Pembangunan. 7. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.
salinan SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 dan 17 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat biasa yang tertutup (sealed envelop) menulis dengan jelas dengan menyatakan TAJUK dan BILANGAN TAWARAN serta TARIKH TUTUP tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti syarikat / pemborong. 4. Setiap borang tawaran hendaklah diisi dengan lengkap dan dicap syarikat dengan menggunakan dakwat BIRU sahaja. 5. Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN SEBUT HARGA JABATAN PERBENDAHARAAN yang ditujukan kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA SEBUT HARGA JABATAN PERBENDAHARAAN TINGKAT 2, TOWER BLOCK BANGUNAN KEMENTERIAN KEWANGAN COMMONWEALTH DRIVE, BB3910 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 6. Tarikh akhir menghantar : 13 Mac 2017 (Isnin) sebelum jam 9.00 Pagi. 7. Setiap satu borang tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat. 8. Borang tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN.
TAWARAN BIL TAWARAN : KK/16/2017 (HTD)(TC) KETERANGAN : THE PROVISION OF MAINTENANCE SERVICES FOR SIEMENS EQUIPMENT FOR A PERIOD OF THREE (3) YEARS YURAN TAWARAN : BND1,000.00 TAWARAN TARIKH TUTUP : Tidak lewat jam 2.00 Petang, 14 Mac 2017 BIL TAWARAN : KK/17/2017 (ESTETMOH)(TC) KETERANGAN : FIVE(5) YEARS TERM CONTRACT FOR COMPREHENSIVE MAINTENANCE OF STERILIZING EQUIPMENT UNDER MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN: BND30.00 TAWARAN TARIKH TUTUP Tidak lewat jam 2.00 Petang, 14 Mac 2017 IKLAN WEBSITE PADA 11 FEBRUARI 2017
In return, the Prospective Investor is required to build and handover shop units and other development in that area by the end of the concession period including necessary infrastructure according to authorise requirement. 4) The Prospective Investor shall Invest, Design, Build, Operate, Maintain and Transfer the shop units for a maximum concession period of twenty (20) years. At the end of the concession period, the complex will be transferred to the MoHA in good conditions.
TEMBURONG and attaching company profile. More detailed information and guideline for submitting proposals will be provided in the Request for Proposal (RFP) document which can be obtained from Ministry of Home Affairs or through e-mail rfp.khedn@moha.gov.bn.
To register for the RFP, interested parties should send an e-mail to rfp.khedn@ moha.gov.bn with the subject heading, DESIGN, BUILD, OPERATE, MAINTAIN AND TRANSFER BUMIPUTERA COMPLEX, PEKAN BANGAR,
MINI TENDER BOARD GROUND FLOOR MINISTRY OF HOME AFFAIRS JALAN JAMES PEARCE BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
Completed proposal shall be sealed and delivered by hand or registered mail no later than Tuesday, 18th April 2017, 2.00 Pm Brunei Darussalam time to :
16
RENCANA
HARI SABTU 4 MAC 2017
Menyusur ke Mukim Sukang Oleh : Noriah Haji Abdul Hamid
SEBUAH sekolah rendah yang dinamakan Sekolah Rendah Datu Maharaja Setia Dian Sukang.
B
ILA menyebut Mukim Sukang setentunya pembaca membayangkan ia sebuah tempat yang jauh di pendalaman, terpencil dan diliputi oleh hutan belantara yang setentunya sukar untuk dikunjungi. Mukim Sukang ditadbir oleh Awang Haji Mohd Noh bin Datu Maharaja Setia Dian, selaku Pemangku Penghulu Mukim sementara kampung-kampung di bawah tadahannya ialah Kampung Sukang, Kampung Biadong Ulu, Kampung Buau, Kampung Bang Taong @Apak-Apak, Kampung Biadong Tengah, Kampung Kukub dan Kampung Dungun. Keluasan Mukim Sukang ialah 821.245 kilometer persegi dan mempunyai seramai 586 penduduk. Kampung Sukang mempunyai 88 penduduk, Rumah Panjang Biadong Ulu 54 orang, Rumah Panjang Buau 160 orang, Rumah Panjang Bang Taong atau dulu dikenali sebagai Kampung Apak-Apak dihuni oleh 129 orang, sementara Rumah Panjang Punan didiami oleh 86 penghuni, Kampung Biadong Tengah hanya ada dua penduduk manakala di Kampung Kukub mempunyai 40 orang dan Kampung Dungun mempunyai 27 penduduk kampung. Walaupun berbilang kaum dan menganut agama yang berlainan, mereka hidup dalam suasana yang aman damai dan harmoni serta sentiasa mengamalkan hidup bersatu padu. Kampung Sukang merupakan kampung yang terletak dihujung sekali di antara kampung-kampung di bawah tadahan Mukim Sukang. Untuk sampai ke sana memakan masa 1 jam 40 minit dari Sungai Liang tertakluk kepada keadaan jalan raya dan cuaca dengan menggunakan Kereta Pacuan Empat Roda. Jika menggunakan bot dari Sungai Mau akan mengambil masa 2 jam. Ada beberapa buah rumah panjang di Mukim Sukang antaranya Rumah Panjang Biadong
Ulu, Rumah Panjang Buau, Rumah Panjang Punan dan Rumah Panjang Bang Taong @Apak-Apak. Rumah Panjang Bang Taong adalah sebuah rumah panjang moden yang dibina daripada konkrit dan mempunyai hiasan dalaman yang menarik perhatian pengunjung. PRASARANA DAN KEMUDAHAN Meskipun jauh di pendalaman negara, namun tidak bermakna Mukim Sukang terpinggir berbanding dengan kampungkampung lain di Daerah Belait. Penyediaan kemudahan asas yang terbaik untuk masyarakat merupakan agenda utama kerajaan dan tidak pernah diabaikan. Pihak kerajaan menyediakan kemudahankemudahan asas seperti jalan raya di mana jalan di Kampung Buau hingga membawa ke Kampung Baidong telah pun dinaik taraf sementara selebihnya masih dalam proses penaiktarafan. Tangki air Bukit Bang Taong yang telah siap dibina akan membekalkan air bersih untuk kegunaan penduduk-penduduk yang sebelum ini menggunakan air sungai yang dimasak sebagai air minum dan untuk memasak. Bagi mereka yang hendak berkunjung ke Mukim Sukang tidaklah perlu berasa bimbang untuk mencari rumah penginapan kerana terdapat Dewan Serbaguna dan Rumah Persinggahan kerajaan yang terletak di Kampung Sukang yang sering digunakan oleh para pengunjung yang bermalam di kampung ini yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti air dan elektrik yang dijana melalui generator. Dengan keramahan penduduknya, sudah pasti kita tidak merasa asing untuk datang bertamu atau bermalam di sana. Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui jabatan-jabatan di bawahnya tidak kendur-kendur untuk memeduli kebajikan dan kemaslahatan penduduk di pendalaman termasuk mereka yang bermastautin
TANGKI air Bukit Bang Taong yang telah siap dibina akan membekalkan air bersih untuk kegunaan penduduk-penduduk yang sebelum ini menggunakan air sungai yang dimasak sebagai air minum dan untuk memasak.
DI ANTARA kraf tangan yang dihasilkan oleh penduduk Mukim Sukang (atas dan bawah).
di Mukim Sukang. Terdapat sebuah Balai Ibadat di Kampung Sukang yang dilengkapi dengan tandas, tempat berwuduk, generator dan bilik imam. Saudara-saudara baharu juga diberikan bimbingan agama Islam dan bantuan seperti generator, keperluan asasi melalui MUIB dan Pusat Da'wah Islamiah. Di kampung ini juga disediakan Tanah Perkuburan Islam khusus bagi penduduk yang berugama Islam di Mukim Sukang dan Mukim Melilas. Kawasan Mukim Sukang sentiasa dipantau oleh pihak-pihak yang berkenaan termasuk pihak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pasukan Polis Diraja Brunei memandangkan lokasinya terletak jauh di kawasan pendalaman Kuala Belait bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sama ada dari luar ataupun dalam sempadan seperti pencuri kayu gaharu dan sebagainya. Pihak berkuasa sentiasa membuat rondaan di kawasan-kawasan berkenaan dan terdapat juga sebuah Pos Polis bagi menjaga keselamatan mukim tersebut. Di kampung ini juga mempunyai sebuah sekolah rendah yang dinamakan Sekolah Rendah Datu Maharaja Setia Dian Sukang dan tiga buah rumah guru-guru berdekatan dengan sekolah berkenaan. Terdapat sebuah Klinik Kesihatan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada pendudukpenduduk di mukim ini untuk menerima pemeriksaan kesihatan. PRODUK Kebanyakan penghuni rumah panjang ini mengamalkan jenis ekonomi sara diri seperti bercucuk tanam, mengusahakan sawah padi,
buah-buahan dan menghasilkan kraf tangan. Penduduk-penduduk di mukim ini sangat kreatif dalam menghasilkan kraf tangan seperti anyaman bakul daripada rotan, buluh dan kayu seperti pembuatan tekiding, ulu pemarang, gegawi, candas, tindulang (tudung saji), nyiru dan lain-lain lagi sebagai produk mukim. Produk-produk tersebut bukan sahaja dipamerkan di rumah penghulu mukim dan juga di rumah-rumah panjang malahan juga turut serta di ekspo atau pameran yang diadakan di Daerah Belait. Ke arah menggerakkan Program Satu Kampung Satu Produk ini, Mukim Sukang telah menubuhkan Majlis Perundingan Mukimnya sendiri yang memainkan peranan sebagai badan penggerak dan menjadi pemangkin kepada kepimpinan peringkat akar umbi yang mantap. PENUTUP Keindahan Mukim Sukang yang masih diliputi dengan kehijauan hutan, flora dan fauna sudah setentunya akan menggamit hati kita untuk berkunjung ke sana tambahan lagi dengan keramahan dan senyuman penduduk-penduduknya yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan tetamu mereka. Sesiapa yang belum pernah sampai ke sana perlulah mencuba menerokai dan merasai perjalanan yang menjanjikan pengalaman indah ini sekurang-kurangnya untuk lari buat seketika daripada hiruk-pikuk kenderaan di bandar, menghirup udara segar hulu pendalaman yang masih belum tercemar dan suara cengkerik dan ungas rimba menjadi halwa telinga pada waktu malam.
AGAMA
HARI SABTU 4 MAC 2017
M
ARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sentiasa melimpahkan nikmat yang tidak terkira dan terhitung banyaknya kepada hambahamba-Nya. Selaku hamba Allah Subhanahu Wata'ala, kita wajiblah mensyukuri nikmat tersebut kerana tanpa nikmat tersebut kita tidak mungkin dapat hidup bahagia dan sejahtera di dunia ini. Antara nikmat dan anugerah Allah yang telah diamanahkan kepada kita ialah rezeki seperti harta benda, wang ringgit, tempat tinggal, anak dan seumpamanya. Kehadiran anak adalah sebagai penyeri di dalam kehidupan berkeluarga khususnya kepada pasangan suami isteri, ibu bapa bertanggungjawab menjaga amanah Allah Subhanahu Wata'ala ini dengan sebaik-baiknya dengan memberikan makanan, pakaian, tempat tinggal dan yang paling penting ialah memberi pendidikan yang sempurna kepada mereka, lebih-lebih lagi pendidikan agama agar mereka menjadi insan yang berakhlak mulia. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Az-Zumar, ayat 9 : Tafsirnya : ''Katakanlah : adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pengajaran hanyalah orang-orang yang mempunyai akal yang dapat memikirkan dan memahaminya.'' Sesungguhnya adalah menjadi kewajipan ibu bapa untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak seperti menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk menjadikan mereka anak-anak yang berguna dan berjaya di dunia dan di akhirat. Agama Islam sangat menganjurkan umatnya supaya menerapkan ilmu agama kepada anak-anak sejak kecil lagi. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al Imam ibn Majah : Maksudnya : ''Daripada Anas bin Malik ia berkata : bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, menuntut ilmu adalah satu kefarduan ke atas setiap Muslim.'' Agama Islam adalah agama yang cukup lengkap dan sempurna di mana penerapan pendidikan agama anak-anak bermula sejak dalam kandungan lagi. Ibu-ibu yang
17
Pendidikan anak-anak tanggungjawab ibu bapa
mengandung adalah digalakkan untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebagai didikan rohani kepada anak-anak dalam kandungan mereka. Setelah anak dilahirkan, sunat diazankan pada telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri anak-anak tersebut dan sunat juga dibacakan Surah Al Ikhlas pada telinga anak tersebut supaya kalimah yang mula-mula di dengar oleh mereka setelah lahir ke dunia ini adalah kalimah tauhid. Di samping itu, akhlak yang mulia juga hendaklah disemai ke jiwa anak-anak sedari mereka masih kecil lagi bak kata pepatah ''meluntur buluh biarlah dari rebungnya''. Ketahuilah jika jiwa anak-anak itu telah dididik dan disemai dengan ajaran agama Islam yang
kuat, InsyaaAllah mereka akan menjadi orang yang beriman, cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, menjadi anak yang soleh, berbakti kepada agama, raja dan negara serta mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Inilah hasrat dan harapan setiap ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Pendidikan ilmu pengetahuan bukan sahaja untuk menanamkan asas dalam membaca, mengira dan bertutur, malahan dapat membantu anak-anak menyesuaikan diri dengan kehidupan harian mereka. Ibu bapa sanggup berbelanja dan mengeluarkan biaya wang ringgit yang banyak demi masa depan anak mereka. Malahan ada yang menghantar anak-anak ke sekolahsekolah dan institusi pengajian tinggi yang berbayar dan ada yang terpaksa menghadkan perbelanjaan untuk perkara-perkara lain asalkan anak mereka mendapat pendidikan yang tinggi dan sempurna. Alhamdulillah, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussaalm telah membayarkan kemudahan elaun pelajaran kepada pengguna dan kakitangan kerajaan yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi swasta sama ada di dalam mahupun di luar negara. Perkara ini patutlah disyukuri dan manfaatkanlah elaun tersebut dengan sebaik-baiknya. Akan tetapi apa yang mengecewakan terdapat sebilangan ibu bapa telah menyalahgunakan elaun pelajaran tersebut dan menggunakan untuk keperluan lain tanpa menghiraukan pembayaran yuran sekolah sehingga menyebabkan pembayaran yuran sekolah anak-anak mereka tertonggak. Hutang yuran sekolah yang tertonggak menjadi beban kepada institusi pendidikan swasta yang setentunya memerlukan sumber kewangan bagi membayar gaji guru, sewa sekolah, prasarana sekolah dan sebagainya. Perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku kerana bantuan yang diberikan itu merupakan suatu amanah yang wajib disampaikan atau ditunaikan, dengannya juga mudah-mudahan anak akan mendapat keberkatan dan kejayaan dalam pembelajaran mereka. Ketahuilah bahawa
menjaga amanah itu adalah salah satu sifat yang terpuji di sisi Allah Subhanahu Wata'ala dan antara ciri-ciri orang-orang yang beriman dan ganjaran yang dijanjikan bagi orang yang menunaikan amanah itu adalah syurga. Manakala orang yang tidak menjaga amanah-amanah adalah orang-orang yang khianat. Islam melarang umatnya berlaku khianat. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al Anfaal, ayat 27 : Tafsirnya : ''Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah (yang diamanahkan kepada) kamu, sedang kamu mengetahui.'' Pendidikan yang sempurna amat mustahak diberikan kepada anak-anak kerana tanpa adanya ilmu pengetahuan kita tidak dapat membezakan di antara benar dan yang salah. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dan perlu memastikan anak-anak mereka belajar dengan sempurna mengikut cara pendidikan yang dianjurkan oleh Islam. Anak-anak mesti dididik dengan sempurna dan seimbang, iaitu duniawi dan ukhrawi bagi membentuk jati diri yang mantap dan Muslim yang sejati dan besar. Inilah asas pendidikan Islam yang harus disuburkan oleh ibu bapa supaya anak-anak boleh berbakti kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Marilah kita sama-sama berdoa semoga kita semua akan mendapat keberkatan dalam mencari ilmu pengetahuan, mudah-mudahan dengan demikian kita akan hidup bahagia dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin Yaa Rabbal Alamin. Surah Al 'Alaq, ayat 1 - 5 : Tafsirnya : ''Bacalah wahai Nabi Muhammad dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah beku, bacalah dan Tuhanmu Maha Pemurah, yang mengajar (manusia menulis) dengan kalam (pena), dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui.''
Peraduan Dikir menyatupadukan masyarakat kampung Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain
AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, selaku Penghulu Mukim Bokok (kanan) menyampaikan hadiah kepada johan Kategori Lelaki, iaitu Pasukan Dikir Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Rataie.
TEMBURONG, Rabu, 1 Mac. Pasukan Dikir Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Rataie dengan meraih markah 93
peratus muncul johan bagi Kategori Lelaki dalam Peraduan Dikir Syarafil Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam anjuran Majlis Perundingan Mukim (MPM) Bokok bagi tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi, yang berlangsung di Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampung Bokok. Naib johan dimenangi oleh pasukan Dikir Majlis Perundingan Kampung (MPK) Bokok dengan memperoleh markah 91.5 peratus manakala wakil Masjid Kampung Belais menduduki tempat ketiga dengan markah 88 peratus. Sementara itu, pasukan Dikir Muslimah Masjid Kampung Rataie 'B' muncul johan bagi Kategori Perempuan dengan mendapat markah 91 peratus diikuti oleh wakil Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampung Bokok di tempat kedua dengan markah 88 peratus dan wakil Masjid Kampung Belais meraih tempat ketiga dengan markah 87 peratus. Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, selaku Penghulu Mukim Bokok. Peraduan yang merupakan kali ke-5 diadakan itu adalah salah satu aktiviti tahunan yang
disusun oleh MPM Bokok, dengan penyertaannya dibukakan kepada MPK, masjid-masjid dan balai-balai ibadat di bawah tadahan Mukim Bokok. Matlamat utama penganjurannya adalah bagi menyemarakkan bulan Rabiulawal iaitu bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, di
samping bagi menggalakkan para penduduk khususnya peminat-peminat Dikir Syarafil Anam untuk sentiasa berselawat ke atas Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai tanda ketaatan dan kecintaan kepada Baginda, selain bagi menyatupadukan masyarakat kampung untuk menyertai majlis-majlis keugamaan dan berkebajikan seumpama ini.
PASUKAN Masjid RPN Kampung Rataie semasa menyertai Peraduan Dikir Syarafil Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
18
NASIONAL
HARI SABTU 4 MAC 2017
Pusat Kesihatan Pengkalan Batu diiktiraf JCI Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman PENGKALAN BATU, Jumaat, 3 Mac. - Pusat Kesihatan Pengkalan Batu (PKPB) baru-baru ini telah menerima pengiktirafan sebagai sebuah pusat kesihatan yang diakreditasi oleh Jawatankuasa Bersama Antarabangsa (JCI). Pusat kesihatan berkenaan adalah fasiliti kesihatan kerajaan yang pertama diiktiraf oleh JCI, iaitu sebuah organisasi yang dikenali dan diiktiraf di peringkat global sebagai peneraju dalam akreditasi yang berperanan untuk memantapkan keselamatan dan kualiti penjagaan kesihatan di peringkat komuniti antarabangsa serta membantu memperbaiki prestasi penyampaian penjagaan kesihatan. Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar) di Kementerian Kesihatan, Dr. Awang Hazri bin Haji Kifle pada Sidang Media yang berlangsung di PKPB, di sini. Menurut beliau, keselamatan pesakit adalah sangat penting dan menjadi keutamaan dalam penyampaian perkhidmatan di semua pusat kesihatan dan hospital di negara ini. Beliau menambah, ia selaras dengan salah satu keutamaan strategik Kementerian Kesihatan, iaitu untuk sentiasa memberikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti. Oleh itu, ujar beliau, kementerian berkenaan akan dapat lebih
memperkukuhkan dan memantapkan lagi keselamatan dan kualiti penjagaan pesakit di negara ini dengan adanya akreditasi JCI tersebut. Sementara itu, Ketua Kualiti dan Akreditasi, Kementerian Kesihatan, Dr. Dayang Hajah Lailawati binti Haji Jumat berkata, JCI merupakan sebuah organisasi yang dikenali dan diiktiraf di peringkat global dalam akreditasi penjagaan kesihatan, di mana set piawaian yang ditetapkan telah diluluskan oleh Persatuan Antarabangsa bagi Kualiti Kesihatan (ISQuA). Beliau menjelaskan bahawa akreditasi JCI adalah Gold Standard bagi fasiliti-fasiliti kesihatan yang mengutamakan pemberian penjagaan dan keselamatan pesakit di tahap yang tertinggi. Penilaian Akreditasi JCI di PKPB telah diadakan selama lima hari pada bulan Februari yang lalu, mengikut piawaian daripada JCI Accreditation Standards khusus bagi Pusat Penjagaan Asasi dengan menggunakan piawaian global yang perlu dipatuhi oleh setiap organisasi kesihatan di setiap negara. Lima piawaian yang digunakan bagi penilaian adalah integrasi dan penglibatan komuniti dalam penjagaan kesihatan, perkhidmatan berpusat kepada pesakit, organisasi dan penyampaian perkhidmatan,
TIMBALAN Setiausaha Tetap (Dasar) di Kementerian Kesihatan, Dr. Awang Hazri bin Haji Kifle (dua, kanan) semasa sidang media. Juga hadir pada sidang media tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari (dua kiri), selaku Ketua Kampung Limau Manis serta pegawai-pegawai kanan di Kementerian Kesihatan.
peningkatan kualiti dan kesihatan termasuk kod etika, penilaian dan pengurusan pesakit, rujukan dan juga pengangkutan ke hospital, jika perlu dan matlamat keselamatan pesakit antarabangsa yang perlu dicapai 100 peratus. Dalam pada itu, PKPB juga telah melaksanakan pelan, dasar dan prosedur bagi memastikan penambahbaikan dan peningkatan kualiti yang berterusan, sistematik dan merangkumi semua perkhidmatan di pusat kesihatan berkenaan. Atara penambahbaikan tersebut adalah pemantauan dan pengumpulan data bagi proses-proses berisiko tinggi, penyediaan persekitaran yang selamat bagi pesakit dan penglibatan aktif bersama masyarakat
setempat dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan. Pihak JCI serta Pejabat Kualiti dan Akreditasi akan terus membuat pemantauan sepanjang tiga tahun kitaran akreditasi tersebut bagi mengekalkan akreditasi di PKPB. Dengan adanya akreditasi ini, adalah dihasratkan PKPB akan menjadi penanda aras bagi pusat-pusat kesihatan dan hospital lain di negara ini dalam mencapai piawaian antarabangsa dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan. Akreditasi tersebut turut mendukung aspirasi Kementerian Kesihatan sepenuhnya dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan penduduk Negara
Brunei Darussalam melalui penyampaian sistem penjagaan kesihatan yang komprehensif. Turut hadir pada Sidang Media tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari, selaku Ketua Kampung Limau Manis serta pegawai-pegawai kanan di Kementerian Kesihatan. Maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Kualiti dan Akreditasi melalui talian +673 2381640 pada waktu pejabat atau menghantar e-mel ke quality.accreditation@moh.gov.bn. Orang ramai juga boleh menghubungi Talian Darussalam 123 bagi sebarang pertanyaan yang berkaitan.
'Fixed Wireless' satu kemajuan penduduk Kampong Ayer orang awam. Seperti yang sedia maklum ujarnya, dua tahun kebelakangan ini merupakan satu cabaran bagi penduduk Kampong Ayer di mana 60 peratus penduduk Kampong Ayer tidak mempunyai perkhidmatan talian telefon dan internet. Tindakan-tindakan tersebut telah menjejaskan sekolah, agensi penguatkuasaan, keluarga dan juga perniagaan daripada menikmati perkhidmatan sambungan Internet
yang berterusan. ''Kami di TelBru percaya bahawa masyarakat harus dilengkapi dengan alat-alat yang diperlukan untuk memajukan masyarakat tersebut. Dalam abad ke-21, alat-alat ini termasuk kemudahan-kemudahan ICT yang dilengkapi dengan harga yang berpatutan,� tambahnya. Beliau seterusnya menjelaskan, sejak perkhidmatan tersebut ditawarkan pada awal minggu ini, TelBru menerima sokongan yang
tinggi daripada penduduk Kampong Ayer yang berkeinginan untuk melanggan perkhidmatan telefon dan jalur lebar ini. Pihak TelBru berharap perkhidmatan yang terbaru ini akan digunakan dengan bijaksana dan ia adalah menjadi harapan bagi penduduk-penduduk Kampong Ayer untuk menyumbang kepada inisiatif Smart Nation TelBru yang akan terus mencari cara-cara untuk menangani cabaran globalisasi.
Tiga kenderaan dihempap pokok tumbang MAJLIS pelancaran perkhidmatan 'Fixed Wireless' bagi Mukim Kampung Peramu, Kampung Saba, Kampung Sungai Kebun dan Kampung Pandai Besi.
Oleh : Rohani Haji Abd. Hamid Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
BANDAR SERI BEGAWAN, Jummat, 3 Mac. - Telekom Brunei Berhad (TelBru), hari ini melakar satu lagi sejarah baru dengan pelancaran perkhidmatan 'Fixed Wireless' bagi Mukim Kampung Peramu, Kampung Saba, Kampung Sungai Kebun dan Kampung Pandai Besi. Pada majlis yang berlangsung di Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer itu, pelancarannya disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TelBru, David Kay. Dalam ucapannya, David Kay antara lain berkata, pihak mereka percaya masyarakat di sini akan menjadi penerima utama teknologi Fixed Wireless yang pertama kali diadakan di Negara Brunei Darussalam. ''Perhimpunan hari ini merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah TelBru dan juga dalam sejarah pembangunan Negara Brunei
Darussalam ke arah menjayakan Wawasan Negaran 2035. TelBru akan terus memberi sokongan melalui peningkatan kualiti hidup rakyat Brunei melalui teknologi yang terkini,'' jelasnya. Sebagai pembekal telekomunikasi utama di negara ini, TelBru tambahnya, berusaha untuk menjadi inovatif dalam penyelesaian masalah dan memenuhi permintaan orang ramai terutamanya permintaan data dan perhubungan. Katanya, kemasukkan 'Fixed Wireless' ke Negara Brunei Darussalam adalah satu kemajuan bagi penduduk Kampong Ayer dan ia membuka peluang untuk memberi sambungan komunikasi kepada penduduk yang lain, terutamanya penduduk yang menetap di luar bandar, di mana akses terganggu oleh jarak, kos yang tinggi dan gangguan fisikal daripada
POKOK tumbang menutupi keseluruhan Jalan Batu Satu baik yang menghala ke Tutong atau yang menghala ke ibu kota menyebabkan deretan kenderaan panjang.
Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Bomba dan Penyelamat BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Mac. - Kejadian pokok tumbang di kawasan Batu Satu Jalan
Tutong tidak mencederakan orang ramai tetapi merosakan tiga buah kenderaan terhempap pokok.
Menurut Siaran Akhbar Jabatan Bomba dan Penyelamat, panggilan mengenai kejadian tersebut diterima pada pukul 6.19 petang dengan menghantar dua buah jentera bomba ke tempat kejadian masing-masing dari Bandar Seri Begawan dan Beribi. Mereka diketuai oleh ASO Haji Osman bersama lapan anggota bomba dengan memotong pokok yang tumbang menggunakan chainsaw sebelum berjaya mengeluarkan tiga buah kenderaan yang terhempap pokok. Selain menghempap kenderaan pokok tumbang tersebut juga menutupi keseluruhan Jalan Batu Satu baik yang menghala ke Tutong atau yang menghala ke ibu kota dan menyebabkan deretan kenderaan panjang. Kenderaan hanya dapat menggunakan jalan raya tersebut sebaik saja pokok tumbang dialihkan ke tepi jalan dan jalan raya dibersihkan dari serpihan pokok tumbang.
NASIONAL
HARI SABTU 4 MAC 2017
19
Dasar baharu garis pandu pengimportan simen Oleh : Rohani Haji Abd. Hamid Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BERAKAS, Jumaat, 3 Mac. - Dasar baharu bagi Pendaftaran Pengimportan Simen akan memberi impak yang positif kepada ekonomi dan rakyat
kerana kos bangunan yang akan turun berbanding dari sebelum ini. Sementara itu, sistem pasaran yang dibukakan akan lebih adil bagi
SEBAHAGIAN daripada para pengusaha yang menghadiri taklimat tersebut.
pengusaha manakala rakyat dan pengguna akan lebih banyak pilihan dari segi jenama dan harga. Bukan setakat itu, dasar baharu ini juga akan memberi saingan yang sihat dan meningkatkan efisyen industri pembinaan di negara ini secara menyeluruh. Demikian dijelaskan oleh wakil dari Jabatan Tenaga dan Industri di Jabatan Perdana Menteri, Dayang Hajah Norsarizah binti Haji Sarbini semasa menyampaikan taklimat pada sesi dialog Pendaftaran Pengimportan Simen anjuran Jabatan Tenaga dan Industri di Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama DARe (Darussalam Enterprise) yang berlangsung di Auditorium D&T building, Kampong Anggrek Desa. Dalam taklimatnya, Dayang Hajah Norsarizah binti Haji Sarbini juga menerangkan mengenai syarat-syarat, yuran permohonan dan pendaftaran Pengimportan Simen selain aliran proses dan perkara yang menyebabkan penarikan balik. Menurut beliau, garis pandu ini disediakan setelah dasar baru mengenai perlupusan sistem import kuota yang diumumkan pada 21
Februari baru-baru ini. Beliau juga menegaskan mengenai penarikan balik sijil dan sijil tidak diperbaharui bagi syarikat yang didapati membawa masuk simen yang tidak menepati import deklarasi syarikat. “Syarikat yang dikenalpasti terbabit dalam cartel atau anti competitive behaviour bagi mengawal harga simen, tidak melapor prestasi syarikat di Online Business Reporting Portal,” tambahnya. Sesi dialog tersebut juga mendengarkan taklimat mengenai Proses Kemasukan dan Deklarasi : 'Brunei Darussalam National Single Window' yang disampaikan oleh Awang Emran Tali dari Jabatan Kastam dan Eksais Diraja sementara Awang Norazmi bin Othman dari Jabatan Kerja Raya menerangkan mengenai Pemantauan Standard dan Kualiti Simen. Sementara taklimat mengenai Perintah Persaingan 2015 telah disampaikan oleh Dayah Farah binti Heidi dari Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE). Antara lain objektif dialog ini adalah untuk menerangkan dasar baru bagi
DAYANG Hajah Norsarizah binti Haji Sarbini wakil dari Jabatan Tenaga dan Industri di Jabatan Perdana Menteri semasa menyampaikan taklimat mengenai Permohonan Pendaftaran Pengimportan Simen.
garis pandu pengimportan simen untuk pendaftaran syarikat sebagai pengimport simen kepada syarikat yang berminat dan berpotensi.
Maktab SOAS adakan Sambutan Hari Kebangsaan Berita dan Foto : Ihsan Siti Radhiah Haji Kamis BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Mac. - Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS) telah mengadakan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33. Sambutan yang bertujuan memupuk semangat cintakan negara dan mengukuhkan rasa jati diri rakyat Brunei tersebut berjaya diadakan dengan penuh semangat oleh pelajar-pelajar, guru-guru dan seluruh warga Maktab SOAS pada 1 Mac lalu. Acara yang diungkayahkan oleh Jabatan IRK dimulakan dengan perbarisan lalu dari Pasukan Kadet Tentera, Kadet Polis dan Pasukan Pancaragam Maktab SOAS diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan oleh para pelajar dan guru-guru. Seterusnya bacaan Doa Hari
Kebangsaan oleh wakil pelajar, Awang Mohd. Hadziq bin Hidzam. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengetua Maktab SOAS, Awang Zamain bin Abdul, kemudian disusuli dengan ucapan dari wakil pelajar, Awang Abdul Hakeem Afiq bin Abdullah. Suasana penuh patriotik menambahkan lagi rasa ketaatan kepada raja, hormat kepada negara, di samping menanamkan rasa tanggungjawab untuk sama-sama mendukung tema Hari Kebangsaan tahun ini, iaitu 'Menjayakan Wawasan Negara'. Acara diserikan lagi dengan bacaan ikrar taat setia yang diketuai oleh Awang Md. Adam Aiman bin Haji Md. Firman pelajar dari Tahun 9A1 dan diakhiri dengan laungan takbir 'Allahuakbar' sebanyak tiga kali.
SUASANA Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 anjuran Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien.
Acara kemuncak ialah pembentukan angka 33 dalam tulisan Jawi oleh 120 pelajar diiringi dengan nyanyian beramai-ramai lagu 'Bendera
Negaraku' dan 'Berkibarlah Bendera' sambil mengibarkan bendera masing-masing bersama guru-guru yang mana melahirkan rasa bangga
dan bertuah hidup sebagai anak watan Brunei yang hidup aman dan harmoni di bawah pimpinan raja yang adil lagi bijaksana.
Pelajar cemerlang Program ALAF BIBD kunjungi Pesta Buku Brunei BERAKAS, Jumaat, 3 Mac. - Dalam usaha untuk menggalakkan dan memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah membawa bersama 13 pelajar cemerlang Program ALAF BIBD ke Pesta Buku Brunei 2017 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.
Pelajar-pelajar berkenaan baru-baru ini diiktiraf atas kecemerlangan pendidikan mereka pada Majlis Penyampaian Anugerah ALAF BIBD Ke-4. Pada pesta buku tersebut, pelajar Program ALAF BIBD telah disediakan dengan peruntukan untuk membeli bahan terpilih, dan pada masa yang sama, membolehkan
Gunakan Kad Kredit BIBD menangi cabutan
mereka untuk menguruskan perbelanjaan mereka untuk memberi tumpuan kepada bahan-bahan pendidikan yang penting. Mengiringi pelajar ke Pesta Buku tersebut ialah ahli-ahli Pasukan Petugas ALAF bersama-sama dengan pegawai-pegawai BIBD, yang juga memberikan panduan kepada pelajar mengenai buku-buku yang mereka pilih. Program ALAF dibangunkan dengan kerjasama rapat Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian
Siaran Akhbar : Bank Islam Brunei Darussalam Pendidikan, dan pada tahun 2015, satu Memorandum Persefahaman telah ditandatangani dengan Jabatan Pengajian Islam dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, yang akan membawa kepada usaha berterusan dan kerjasama erat di antara semua pihak, untuk memastikan kejayaan pelaksanaan dan penyediaan bantuan kepada program ALAF itu. Setakat ini, Program ALAF
Siaran Akhbar : Bank Islam Brunei Darussalam SERIA, Jumaat, 3 Mac. - Para pemegang kad Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) yang membeli tiket penerbangan di Pesta Pelancongan RB Belait (RB Belait Travel Fair) akan layak untuk memasuki cabutan bagi memenangi 33,000 Royal Skies Miles dari Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB). Menurut Siaran Akhbar BIBD, ia boleh digunakan untuk membeli satu tiket kelas ekonomi pergi balik ke Singapura. Juga semasa pesta tersebut, 30 permohonan Kad Kredit BIBD yang pertama diluluskan akan layak untuk 20,000 Royal Skies Miles dan pengecualian tiga tahun ke atas yuran tahunannya. Pemprosesan yuran juga dikecualikan bagi permohonan Skim Pembiayaan Penyatuan BIBD dan 50 peratus untuk Pembiayaan Peribadi. BIBD juga akan hadir untuk memperkenalkan pelbagai kemudahan perbankan dan kemudahan seperti BIBD dalam talian dan aplikasi BIBD Mobile serta promosi yang lain. Pesta tersebut akan diadakan sehingga 5 Mac di Pusat Insani, Seria. PARA pelajar ALAF BIBD bergambar ramai semasa lawatan ke Pesta Buku Brunei 2017.
mempunyai 141 pelajar dan tahun ini, ianya akan menyokong Biasiswa ALAF pertama dalam pendidikan tinggi di sebuah universiti terkemuka antarabangsa. Orang ramai yang ingin menyumbang ke dalam kumpulan wang BIBD ALAF boleh berbuat demikian dengan sumbangan minima BND1.01 ke dalam akaun BIBD ALAF, 1018181811.
20
NASIONAL
HARI SABTU 4 MAC 2017
27 penulis tandatangani perjanjian bersama DBP Oleh : Aimi Sani, Nurafizah @ Nurul Shadah Samat Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 Mac. - Seramai 27 penulis telah menandatangani Perjanjian Penerbit Penulis bagi karya masing-masing bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya menyaksikan majlis penandatanganan tersebut ialah Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak. Dayang Hajah Sariani dalam ucapannya berkata, buku-buku tersebut meliputi buku ilmiah, buku umum, buku sastera dan buku kanak-kanak yang berjumlah sebanyak 31 buah buku kesemuanya. Jelasnya, ini bermakna bahawa seorang penulis telah berjaya menghasilkan lebih daripada sebuah karya, yang sekali gus memberikan gambaran kebakarihan penulisnya menekuni bidang penulisan. ''Majlis Penandatanganan Perjanjian Penerbit - Penulis ini merupakan satu pengiktirafan dan sokongan berterusan DBP kepada para penulis di negara ini yang telah menyumbangkan sesuatu yang berharga, iaitu perkongsian ilmu yang bermanfaat dan menguntungkan terutama bagi generasi yang akan datang,'' terangnya. Dayang Hajah Sariani turut
melahirkan kepercayaan bahawa dengan perkongsian ilmu ini, bakal melahirkan generasi baharu yang berjaya dan mencintai ilmu serta dapat mewujudkan anak bangsa Brunei yang berkualiti dan cemerlang agar kita dapat membangunkan sebuah masyarakat yang mempunyai nilai modal insan dalam menuju Wawasan Brunei 2035. Menurutnya, dasar penerbitan DBP tidak hanya memberikan tumpuan dalam bidang bahasa, sastera dan budaya sahaja, malah DBP juga bersedia menerima dan menerbitkan buku-buku dari pelbagai multi disiplin ilmu yang lain. ''Misalnya, penulisan yang berupa penemuan baharu seperti yang berbentuk penyelidikan dan kajian, penemuan sejarah, sains, kejuruteraan, perbankan Islam, seni bina dan reka bentuk, isu-isu yang bersifat sejagat atau penulisan tentang tokoh yang berwibawa (biografi penulis),'' ujar beliau. Malah DBP katanya, sangat mengalu-alukan karya-karya yang mengandungi minda kelas pertama iaitu karya-karya yang menganjurkan ciri-ciri modal insan yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral yang tinggi.
''Kita sangat-sangat memerlukan pemikir-pemikir besar ataupun tokoh-tokoh besar seperti Buya Hamka, Hamzah Fansuri, Syamsuddin Sumatrani dan ramai lagi tokoh yang telah melahirkan karya-karya intelektual yang kreatif. Kalau pun kita tidak dapat menjadi tokoh-tokoh seperti mereka, sekurang-kurangnya kita mempunyai jiwa yang besar yang akhirnya akan melahirkan karya-karya yang juga besar dengan minda kelas pertama sebagaimana yang saya katakan tadi. Justeru, para penulis hendaklah sentiasa bekarih dan berfikir di luar kotak untuk mencari idea-idea baharu yang lebih inovatif dan kreatif sesuai dengan kehendak keperluan semasa, di samping mampu bertahan bila bertemu arus perubahan yang mencabar, menyentuh tentang pemasaran buku-buku yang diterbitkan oleh DBP, kita berdepan dengan cabaran besar dalam industri ini. Buku-buku sudah banyak yang diterbitkan dalam bentuk digital dan dipasarkan juga secara dalam talian yang begitu mudah untuk diakses, mudah dibawa ke mana saja dan mudah dibaca di mana-mana saja kita berada. Senario ini juga secara tidak langsung telah menghambat penjualan buku-buku seluruh dunia termasuk
terbitan DBP,'' tambahnya. Dalam perkara ini jelas Dayang Hajah Sariani, DBP sangat-sangat mengharapkan agar perjanjian penandatanganan ini tidak akan bernoktah di sini di mana para penulis juga hendaklah memainkan peranan dalam sama-sama mempromosikan dan memasarkan buku-buku sendiri, agar konsep berat sama dipikul dan ringan sama dijunjung dan laba sama dibagi, rugi sama diterjuni itu dapat difahami dengan sebenar-benarnya. Selain itu ujarnya, DBP juga membuka ruang kepada penulispenulis yang ingin menerbitkan buku atas biaya sendiri dan bekerjasama dengan DBP dalam proses penyelenggaraannya agar penerbitan buku di negara ini bergerak aktif seiring dengan perkembanga ilmu dunia masa kini. Dengan cara ini menurutnya, penulis akan dapat manfaatnya apabila proses penyelenggaraan penerbitan akan berjalan lancar dan mudah. Sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam dunia penerbitan jua, DBP tambahnya akan sentiasa memperluas khalayaknya melalui proses terjemahan agar karya kita tidak hanya terbatas dalam kelompok lokal sahaja, tetapi juga jauh menerjah melimpasi sempadan geografi, sekurang-kurangnya
PARA penulis tanah air (kiri) ketika menandatangani Perjanjian Penerbit-Penulis bersama DBP yang ditandatangani sendiri oleh Pemangku Pengarah DBP, Dayang Hajah Sariani (dua, kanan).
PEMANGKU Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak semasa berucap pada majlis tersebut.
khalayak di luar sana, mengetahui Brunei dan warisan budayanya. Awang Haji Ibrahim Haji Muhammad, salah seorang penulis yang lebih dikenali dengan nama pena Rahim Ms ketika ditemui berkata, beliau sudah menulis sejak 1961, iaitu lebih lima dekad. Menurut beliau, secara persendirian, sebanyak sembilan buah buku sudah beliau hasilkan, manakala secara beramai / koleksi adalah lebih 38 buah. Ketika ditanyakan mengenai dengan pemilihan tajuk buku beliau yang kesembilan iaitu Kurnia Hayat II, beliau menjelaskan bahawa Kurnia Hayat II merupakan kesinambungan dari buku Kurnia Hayat I. ''Maksudnya kita atas kurnia hayat harus bersyukur dan kita sebagai hamba-Nya harus patuh dengan yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan juga perintah kekasih-Nya, rasul yang tercinta. Kita sebagai hamba Allah harus mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan adanya kurnia hayat ini semoga kita mendapat pengakhiran yang baik,'' tambahnya. Beliau yang berusia 74 tahun memegang jawatan terakhir sebagai Penolong Penerbit di Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.
Memorandum Perjanjian INELI ASEAN dimeterai Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
PEMANGKU Pengarah DBP, Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak (lima, kanan); Presiden Persatuan Perpustakaan Brunei, Dayang Nelli binti Dato Paduka Haji Sunny (lima, kiri) dan Ketua Bahagian Perpustakaan Awam Negara Filipina, Puan Blesila P. Velaso (empat, kanan) ketika bergambar ramai pada majlis tersebut.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Mac. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengadakan Majlis Penandatanganan Memorandum Perjanjian (MoA) Rangkaian Antarabangsa Baharu Perpustakaan Innovator (International Network of Emerging Library
Innovators - INELI) ASEAN yang berlangsung di DBP, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Lapangan Terbang Lama, Berakas, di sini. MoA tersebut dipersetujui daripada tiga pihak iaitu Pemangku Pengarah DBP, Dayang Hajah Sariani binti
Haji Ishak; Presiden Persatuan Perpustakaan Brunei, Dayang Nelli binti Dato Paduka Haji Sunny dan Timbalan Pengarah Perpustakaan Negara Republik Filipina, Yolanda E.Jacinto. Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin
oleh Awang Muhammad Yadey Hazabillah bin Haji Mohd. Zain diikuti dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis, Pemangku Pengarah DBP dan diteruskan dengan penandatanganan MoA. Perjanjian berkenaan ditandatangani oleh Pemangku Pengarah DBP, Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak; Presiden Persatuan Perpustakaan Brunei, Dayang Nelli binti Dato Paduka Haji Sunny dan Ketua Bahagian Perpustakaan Awam Negara Filipina, Puan Blesila P. Velaso bagi pihak Timbalan Pengarah Perpustakaan Negara Filipina. INELI-ASEAN adalah satu projek yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara Filipina dengan kerjasama Yayasan Bill dan Melinda Gates. Projek itu bertujuan untuk menubuhkan hubungan rangkaian Perpustakaan Awam Maklumat ASEAN yang merangkumi rangkaian, hub maklumat platform yang sama dan praktikal di mana perpustakaan awam
di Asia Tenggara boleh berhubung di antara satu dengan yang lain. Projek tersebut telah diperkenalkan pada bulan Jun 2015 semasa Persidangan CONSAL di Bangkok, Thailand dan ianya dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun. Peserta projek INELI-ASEAN adalah inovator, penaja, mentor, fasilitator dan rakan-rakan institusi, yang mana pemilihan peserta telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Projek INELI-ASEAN untuk mengikuti projek ini selaku inovator. Sementara itu, Ketua Bahagian Perpustakaan Awam Negara Filipina, Puan Blesila P. Velaso semasa ditemui Pelita Brunei berkata, matlamat perjanjian tersebut dapat mewujudkan rangkaian yang berkualiti dalam mengembangkan perpustakaan awam. Di samping itu katanya, ia juga dapat mengukuhkan kerjasama serta keupayaan beberapa pihak yang berkepentingan dalam kalangan negara ASEAN.
NASIONAL
HARI SABTU 4 MAC 2017
21
Lahirkan hakim musabaqah tempatan berkelayakan dan berkualiti Oleh : Khartini Hamir Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
PEMBIMBING bengkel diketuai oleh Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh, selaku Pengerusi Jemaah Hakim Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1438H / 2017M (tiga, kanan).
Ceramah Kerjaya Pustakawan 'Get Yourself Connected' Siaran Akhbar dan Poster : Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Mac. - Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Library Association BLA) dengan kerjasama Unit Sumber Sekolah, Jabatan SekolahSekolah, Kementerian Pendidikan mengadakan sesi Ceramah Kerjaya
Seorang Pustakawan 'Get Yourself Connected' di Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien (SOAS) di Daerah Brunei dan Muara. Sesi ceramah berkenaan telah diadakan di keempat-empat daerah bermula 4 Februari lalu dan akan berakhir pada 4 Mac 2017. Ceramah kerjaya tersebut diharap
dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara pustakawan-pustakawan di Negara Brunei Darussalam serta meningkatkan pengetahuan mengenai tugas dan tanggungjawab sebagai pustakawan diiringi dengan kefahaman dalam tugas di alam dunia yang serba moden. Selain itu ceramah berkenaan juga adalah bagi memaklumkan kepada pustakawan-pustakawan di negara ini bahawa persatuan BLA juga bertanggungjawab dalam membarigakan peranan perpustakaan di dalam dan luar negara seperti mengikuti kursus, mesyuarat, persidangan, lawatan dan lain-lain. Sesi-sesi ceramah kerjaya ini telah diadakan di Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong pada 4 Februari 2017, di Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah, Lumut, Belait pada 11 Februari 2017 dan akan diadakan di Sekolah Menengah Sultan Hassan, Temburong pada 4 Mac 2017. Pihak persatuan mengalu-alukan kehadiran para pustakawan, kakitangan perpustakaan, guru pustakawan untuk hadir bagi samasama berkongsi sama pengalaman yang diberikan oleh ahli persatuan.
Belia pemangkin hala tuju negara
PENUNTUT-PENUNTUT dari Sekolah Menengah Katok semasa menyanyikan lagu kebangsaan pada Jerayawara Kenali ASEAN.
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman KATOK, Khamis, 2 Mac. Jerayawara Kenali ASEAN bertujuan untuk memberikan pendedahan dan menyalurkan maklumat dengan lebih meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada penuntut-penuntut sekolah di negara ini. Sehubungan itu, jerayawara anjuran Jabatan Penerangan melalui Unit Hal Ehwal Antarabangsa selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan ASEAN-COCI dilaratkan ke Sekolah Menengah
Katok yang dihadiri oleh seramai 100 penuntut sekolah berkenaan. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pengetua Sekolah Menengah berkenaan, Dayang Penrose Saleha binti Haji Mohammad Salleh. Taklimat Mengenali ASEAN disampaikan oleh Pegawai dari Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan yang antaranya mengetengahkan maklumat mengenai Wawasan 2035 selaras dengan statistik perbandingan
Negara Brunei Darussalam di arena serantau yang mana pengetahuan ini wajar diketahui oleh para penuntut bagi meningkatkan kesedaran tentang perkembangan negara agar menjadi pencetus semangat bagi mereka untuk memajukan tanah air dengan lebih gigih supaya Wawasan 2035 dapat direalisasikan. Jerayawara tersebut disasarkan kepada para penuntut sekolah khususnya pelajar kerana mereka adalah golongan belia yang berperanan penting dalam memangkin hala tuju negara ini dalam mewarnai corak peradaban bangsa untuk membentuk generasi pelapis.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 Mac. - Bengkel Pemantapan Hakim Musabaqah Negara Brunei Darussalam dihasrat bagi melahirkan hakim tempatan yang berkelayakan dan berkualiti; meningkatkan pengetahuan yang berkaitan penghakiman di dalam berbagai-bagai sudut; memberi pendedahan tentang format penghakiman secara profesional dan menjaga kredibiliti hakim. Bengkel selama tiga hari yang bermula dari 27 Februari yang lalu dan berakhir hari ini, dianjurkan oleh Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) selaku Urusetia Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan buat julung kalinya. Seramai 16 peserta terdiri dari warga tempatan yang mempunyai latar belakang dalam bidang bacaan dan penghakiman Al-Quran menyertai bengkel tersebut.
Seramai enam tenaga pembengkel ditugaskan untuk membimbing para peserta di sepanjang bengkel tersebut diadakan yang terdiri daripada warga tempatan yang berpengalaman di dalam bidang penghakiman pertandingan di pelbagai peringkat iaitu dari peringkat dewasa kebangsaan, peringkat belia kebangsaan dan peringkat antarabangsa. Pembimbing bengkel tersebut diketuai oleh Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh, selaku Pengerusi Jemaah Hakim Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1438H / 2017M. Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1438H / 2017M akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 7 hingga 9 Mac 2017 akan datang.
Dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah Siaran Akhbar : Biro Mencegah Rasuah BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 Mac. Seorang warganegara tempatan Awang Norizam bin Awang Hidup, berjawatan Pegawai Warder, Jabatan Penjara Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan seorang warganegara Sri Lanka Pathmanathan Jegan @ Muhammad Saifullah bin Abdullah telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan atas satu (1) pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) dan satu (1) pertuduhan kesalahan pegawai kerajaan menerima benda yang berharga dengan tiada balasan daripada orang yang ada hubungan dengan kerja-kerja rasmi di bawah Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22). Bagi pertuduhan Bab 6(a) Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131), hasil siasatan yang dijalankan oleh Biro Mencegah Rasuah mendapati bahawa pada 21 Ogos 2015, Awang Norizam dengan secara tidak jujur telah menerima wang berjumlah BND295.62 (Dua Ratus Sembilan Puluh Lima Ringgit Enam Puluh Dua Sen) sebagai dorongan atau ganjaran membenarkan Pathmanathan Jegan seorang banduan untuk menggunakan telefon bimbit HTC kepunyaan Awang Norizam untuk menghubungi seseorang di luar penjara tanpa kebenaran Pegawai Penguasa Jabatan Penjara. Manakala Pathmanathan Jegan dihadapkan di mahkamah di atas pertuduhan Bab 6(b) Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) kerana dengan secara tidak jujur memberikan wang berjumlah BND295.62 (Dua Ratus Sembilan Ia juga dihasrat untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan penuntut-penuntut sekolah menengah mengenai ASEAN selain bagi mengenal pasti sejauh mana mereka mengetahui ASEAN dengan menanamkan kesedaran dan rasa memiliki dalam kalangan mereka sebagai satu masyarakat ASEAN, selaras dengan moto ASEAN, iaitu Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti. Kuiz Kenali ASEAN turut diadakan sejurus selepas penyampaian taklimat diikuti dengan penyampaian
Puluh Lima Ringgit Enam Puluh Dua Sen) tersebut kepada Awang Norizam. Awang Norizam juga dihadapkan di bawah satu (1) pertuduhan di bawah Bab 165 Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22) kesalahan pegawai kerajaan menerima benda yang berharga berjumlah BND295.62 (Dua Ratus Sembilan Puluh Lima Ringgit Enam Puluh Dua Sen) dengan tiada balasan atau suatu balasan daripada orang yang ada perhubungan dengan kerja-kerja rasmi sebagai warder. Manakala Pathmanathan Jegan telah dihadapkan di bawah Bab 109 dibaca bersama Bab 165 Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22) kerana telah bersubahat dengan Awang Norizam untuk melakukan kesalahan di bawah Bab 165 Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22). Awang Norizam juga dihadapkan tiga (3) pertuduhan di bawah Bab 59 Akta Penjara (Penggal 51) kerana membawa masuk barangan tegahan ke dalam penjara, iaitu telefon bimbit kemudian memberikan dan membenarkan Pathmanathan Jegan menggunakan telefon bimbit tersebut. Semasa dihadapkan ke mahkamah, tiada pengakuan diambil daripada kedua-dua tertuduh. Majistret Dayang Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 Mac 2017 jam 2.00 petang. Pendakwa Raya telah diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dayang Hajah Anifa Rafiza binti Haji Abd Ghani dari Jabatan Peguam Negara. hadiah kepada 10 penuntut yang berjaya menjawab kuiz tersebut. Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan dalam kalangan penuntut dalam sama-sama menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan. Di samping itu, ia juga bagi mengukuhkan hubungan jabatan berkenaan dengan masyarakat khususnya para penuntut di negara ini.
22
NASIONAL / SUKAN
HARI SABTU 4 MAC 2017
Bantu promosi perniagaan melalui dalam talian Siaran Akhbar dan Foto : Kotej dan Program Inisiatif Belia iCentre BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Mac. - Kotej dan Program Inisiatif Belia iCentre (Cottage and Youth Initiative Program iCentre CYiP iCentre) adalah inisiatif sektor swasta, melalui Dewan Perniagaan dan Industri Brunei Darussalam (NCCIBD). NCCIBD dalam kapasitinya akan memainkan peranan penting untuk mempromosikan perniagaan kecil Brunei kepada pembangunan ekonomi tempatan dan perdagangan antarabangsa ke arah Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), ASEAN +3 dan wilayah BIMP-EAGA sejajar dengan rancangan kerajaan yang strategik. Menurut Siaran Akhbar CYiP, melalui Sidang Media yang diadakan hari ini yang dipengerusikan oleh Penasihat Dewan NCCIBD, Kapten (B) Zailan bin Pehin Dato Mohd. Don juga sebagai Pengetua Mentor CYiP iCentre antara lain menjelaskan, Brunei akan menuju ke arah ekonomi mampan pada sektor bukan minyak dan gas pada tahun 2035, untuk menangani cabaran dan isu-isu semasa, selain dari menggalakkan pengaruh keusahawanan untuk
mencipta pekerjaan sendiri untuk mengurangkan struktur dan geseran pengangguran, pelan utama semasa CYiP akan memberi tumpuan untuk mempromosikan perniagaan melalui platform runcit dalam talian ke atas produk premium, produk halal, produk nilai tambah, jumlah dagangan kecil, menyediakan perkhidmatan untuk perniagaan nano dan mikro dan menyediakan perkhidmatan untuk Perusahaan kecil dan Sederhana (PKS). CYiP iCentre adalah program sukarelawan, memudahkan agensi kerajaan yang berkaitan akan memberi tumpuan untuk menangani cabaran semasa kepada perniagaan nano dan mikro serta PKS seperti kawalan kualiti produk, jumlah pengeluaran, pembungkusan yang berkualiti, perbelanjaan operasi yang tinggi, akses kepada pasaran dan dan lain-lain. Program semasa CYiP, The Business Leadership Program Kumpulan 001 bermula November 2016 terdiri daripada lima jenis perniagaan, satu platform e-Dagang, pengeluaran kosmetik, pakaian kelompok
SUASANA Sidang Media yang dipengerusikan oleh Penasihat Dewan NCCIBD, Kapten (B) Zailan bin Pehin Dato Mohd. Don juga sebagai Pengetua Mentor CYiP iCentre.
wanita, kluster kelompok lelaki dan kluster produk makanan dan minuman. Bagi Perniagaan Kepimpinan Program Kumpulan 001, tujuannya adalah untuk mewujudkan akses pasaran bagi produk Brunei yang
berkualiti untuk menembusi pasaran global dan dengan lima objektif. NCCIBD akan mengiktiraf mana-mana pemasaran rangkaian dan syarikat antarabangsa jualan langsung seperti Longrich sebagai perniagaan arus perdana di Brunei
memperuntukkan bahawa entiti itu akan mewujudkan pekerjaan sendiri, pekerjaan, peluang perniagaan untuk ekonomi tempatan dan terutamanya peluang perdagangan dua hala untuk produk tempatan untuk dieksport melalui rangkaian mereka.
Night Ride Hari Kebangsaan disertai lebih 450 peminat
PENGURUS Pemasaran dan Acara KB Sentral, Awang Ahmad Anwar bin Haji Rosly.
PRESIDEN Kelab Basikal Belait, Awang Mohd. Sufrizal bin Hamdan.
Berita dan Foto : Noraisah Muhammed
KUALA BELAIT, Jumaat, 3 Mac. Penglibatan dalam aktiviti sukan berbasikal menunjukkan reaksi positif apabila semakin banyak program berbentuk kesukanan dianjurkan oleh pelbagai pihak dan ia secara tidak langsung menunjukkan rakyat Brunei mementingkan gaya hidup sihat dan menjadikannya sebagai amalan harian. Sehubungan dengan itu, seramai lebih daripada 450 peminat berbasikal telah mengambil bahagian menyertai Night Ride anjuran Kelab Basikal Belait dengan KB Sentral sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Usaha seumpama itu juga salah satu usaha menyahut seruan kerajaan supaya dapat melahirkan lebih banyak generasi sihat dalam menerajui Wawasan 2035. Pengurus Pemasaran dan Acara KB Sentral, Awang Ahmad Anwar bin Haji Rosly semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei berkata, penglibatan peserta dalam jumlah yang diluar jangkaan itu sangat-sangat menggalakkan. Tidak ada syarat jenis basikal dikenakan dalam kayuhan itu, semua basikal
termasuk basikal lumba, gunung, lipat, dan basikal tua boleh digunakan untuk mewujudkan suasana santai dan ceria. Program tersebut merupakan buat kali pertama dianjurkan dengan kerjasama antara Kelab Basikal Belait dengan KB Sentral yang bermatlamat untuk mengumpul seramai mungkin peminat sukan berbasikal, selain memberi mereka peluang untuk menikmati keindahan berbasikal pada waktu malam. Kayuhan sejauh 20 kilometer itu turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah selain menjadi tarikan penyertaan dari negara jiran Miri dan Bintulu sekali gus mempromosi bidang pelancongan sukan. Tidak ketinggalan menyertai kayuhan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-33, peserta legend negara Awang Haji Abu Bakar bin Abdullah yang mahu dicontohi oleh generasi pewaris terutama bagi yang menggemari sukan berbasikal. Semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei Awang Haji Abu Bakar berkata, ''Saya mahu melihat sendiri penyertaan serta sambutan orang ramai di Daerah Belait dengan satu tekad
mahu menyaksikan anak bangsa maju serta dapat ditauladani dan dilihat pula oleh negara luar.'' Beliau menambah, pelbagai program kesukanan telah dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu bukan sahaja dapat meningkatkan penglibatan golongan muda dalam aktiviti sukan, tetapi juga membangunkan sektor itu dalam mewujudkan negara sihat. ''Acara seperti itu sangat bagus untuk melahirkan lebih ramai bakat baharu yang boleh digilap biarpun dalam suasana santai, tetapi cukup bagus untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Brunei terlibat dalam aktiviti sukan,'' tambahnya. Lebih 450 peserta telah dikawal oleh seramai 40 marsyal yang berlepas tepat pukul 8.00 malam bermula dari KB Sentral menuju Highway Seria Mumong, melintasi Perumahan 2,000, menuju Jalan Maulana, menyusuri Jalan Mackeron, melintasi Jalan
Sungai dan balik semula ke KB Sentral menjadi satu cabaran tetapi memberi jaminan keselamatan dengan mengawal lalu lintas dan program itu dihasratkan akan dapat diperkasakan pada masa akan datang, sekali gus memberi pilihan kepada rakyat untuk terlibat dalam lebih banyak program sukan yang menarik. Objektif untuk acara ini adalah untuk menyokong dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan, menggalakkan minat berbasikal, memupuk kesedaran mengenai berbasikal dengan keselamatan supaya mendidik penunggang basikal daripada kepentingan memakai topi keledar, gear dan baju serta untuk memberi penerangan mengenai bahaya berbasikal secara melulu tanpa memikirkan keselamatan dan tentang bagaimana untuk berbasikal dengan keselamatan dalam manfaat kesihatan. Sementara itu, Presiden Kelab
Basikal Belait, Awang Mohd. Sufrizal bin Hamdan berkata, riadah berbasikal 20 kilometer pertama kali kerjasama dengan KB Sentral bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Kebangsaan Ke-33 dan beliau menyeru kepada pengemar sukan berbasikal supaya akan sentiasa mengambil kira dan mengutamakan hal-hal keselamatan selain memanfaatkan sukan tersebut untuk kesihatan tubuh badan. ''Perkara ini sangat penting kerana ia boleh melibatkan nyawa atau kecacatan sepanjang hayat,'' jelas beliau. Hadiah-hadiah ditaja oleh Geo dan BCC antaranya MTB tube, Road Bike Tube, Polo T-shirt, Cycling Cap, Glove, 2 Glove dan Waterproof Phone Holder dan Helmet, sementara hadiah tajaan KB Sentral, 2 Movie Ticket, Meal Voucher SugarBun, Drink Voucher Beesket dan One Night Stay at Garden Sentral Hotel.
PESERTA Awang Haji Abu Bakar dan Awang Hamli bin Julaihi bersama Pengurus Pemasaran dan Acara KB Sentral, Awang Ahmad Anwar bin Haji Rosly dan Presiden Kelab Basikal Belait, Awang Mohd Sufrizal bin Hamdan semasa bergamabr ramai pada acara Night Ride sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
SUKAN
HARI SABTU 4 MAC 2017
23
Pendaki negara berjaya tawan Everest Base Camp Oleh : Saerah Haji Abd Ghani Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Mac. - Tiga pendaki Negara Brunei Darussalam yang melakukan pendakian ke Everest Base Camp (EBC) selamat kembali ke tanah air. Mereka terdiri daripada Pengiran Nor Ikhsan binti Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Puteh, Pengiran Khasiem bin Pengiran Hassan dan Awang Jasmein bin
PENGIRAN Nor Ikhsan binti Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Puteh menceritakan pengalaman berharga beliau mendaki EBC bersama dua orang rakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-33.
Haji Mohd. Said. Sejurus ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Doa Selamat dibacakan oleh Guru Ugama Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Awang Haji Md. Emmarul bin Haji Azamain. Pengiran Nor Ikhsan ketika ditemui oleh Pelita Brunei mengongsikan pelbagai kenangan pahit dan manis serta cabaran yang dilalui sepanjang perjalanan mereka menuju ke EBC. Beliau yang berusia awal 50 tahun itu menjelaskan, perjalanan mereka bermula di Lukla yang mengambil masa enam ke tujuh jam secara berterusan di mana mereka tiba di Lukla pada 16 Februari dan untuk sampai ke EBC memakan masa lapan hari. Jelasnya, antara cabaran yang sangat sukar dilalui adalah keadaan cuaca di sana, di mana ketika mula mendaki cuaca masih musim sajuk sehingga sampai di EBC dengan catatan -17 darjah celsius. ''Anginnya sangat sejuk dan bermacam-macam yang telah dipelajari dan antaranya adalah kerjasama satu kumpulan serta yang paling utama adalah sentiasa berselawat dan mengingati Allah Subhanahu Wata'ala di sepanjang perjalanan serta sentiasa mengingatkan ahli keluarga untuk mendoakan kejayaannya,'' ujarnya. Beliau menambah, walaupun dua ahli kumpulannya ditimpa sakit ringan
TIGA pendaki Negara Brunei Darussalam yang melakukan pendakian ke Everest Base Camp (EBC) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
dan tidak dapat meneruskan perjalanan mereka hingga ke atas dan menjadikan beliau sahaja yang harus meneruskan perjalanannya, namun atas motivasi daripada dua ahli kumpulannya itu, meningkatkan lagi semangatnya untuk meneruskan sehingga beliau menjejakkan kaki di EBC setinggi 5,363 meter. Katanya lagi, ia merupakan kenangan yang menyedihkan tapi dalam masa yang sama juga membanggakan dan terharu sehingga membuatkan beliau menangis setelah mengakui bahawa beliau merupakan salah seorang wanita Negara Brunei Darussalam yang berjaya menjejakkan kaki di EBC. ''Ini sebagai bukti bahawa wanita Negara Brunei Darussalam itu boleh
dan saya berasa bangga menjadi rakyat Negara Brunei Darussalam yang berjaya menjejakkan kaki ke EBC pada 23 Februari, iaitu Hari Ulang Tahun Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33,'' ujarnya lagi. Beliau berasa bangga kerana pencapaian ini merupakan satu hadiah buat Negara Brunei Darussalam dengan membuktikan kepada yang lain tanpa mengira jantina serta umur dan ianya memerlukan mental yang kuat. Antara latihan yang dilakukan sebelum ini, beliau telah mendaki empat gunung selama tiga hari dua malam di Indonesia, di mana latihannya bermula pada bulan April 2015 dan sehingga ke hari ini, beliau sudah mendaki sebanyak 18 gunung.
Pengiran Nor Ikhsan juga mengongsikan rancangan akan datang di mana mereka bertiga bersama pasukan antarabangsa yang lain berhasrat untuk pergi ke Patagonia, Argentina, Peru pada tahun hadapan yang mungkin memakan masa lebih kurang dalam 12 hari. Beliau seterusnya menasihatkan kepada para pelari, pendaki dan yang lain-lain untuk tidak mengambil mudah akan kesihatan mereka pada masa ini dan sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan yang penuh sebelum melakukan sesuatu aktiviti yang berat agar dapat menjamin kesihatan dan kemampuan kita dan InsyaaAllah dengan latihan yang betul juga, semuanya akan berjalan dengan lancar.
Tutong Hotspurs FT juara Liga TDAFA
KETUA Kampung Keriam merangkap Pemangku Ketua Kampung Bukit Panggal, Awang Haji Morsidi bin Haji Mahadi (kiri) hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan Piala Pusingan kepada Ketua Pasukan Tutong Hotspurs FT yang menjuarai Liga Persatuan Bola Sepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA).
Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
TUTONG, Rabu, 1 Mac. - Pasukan Tutong Hotspurs FT menjuarai Liga Persatuan Bola Sepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA) setelah menewaskan pasukan MPK Bukit Panggal pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Tutong, di sini.
Dua gol yang membawa kemenangan buat Pasukan Tutong Hotspurs FT telah dijaringkan oleh Awang Mohd. Yusri Suhaili dan Awang Muhd. Syarafuddin Hamdi bin Haji Talip manakala jaringan tunggal Pasukan MPK Bukit Panggal
PARA pemain Pasukan Tutong Hotspurs FT meraikan kejuaraan mereka.
dijaringkan oleh Awang Muhd. Amirul Azamry bin Karim. Perlawanan bermula dengan rancak
ANTARA aksi pada perlawanan di antara Pasukan Tutong Hotspurs FT dengan Pasukan MPK Bukit Panggal.
apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan, namun pasukan Tutong Hotspurs FT terlebih dahulu mendahului perlawanan apabila berjaya menjaringkan penalti menerusi Awang Mohd. Yusri pada minit ke-25 setelah penyerang pasukan berkenaan dijatuhkan oleh penjaga gawang pasukan MPK Bukit Panggal, Awang Sabtu bin Sawal. Gol tersebut menyaksikan pasukan Tutong Hotspurs FT dengan mudah mengawal permainan dalam keadaan selesa sehingga keputusan berakhir 1 - 0 hingga babak kedua. Pada babak kedua, pasukan Tutong Hotspurs FT terus mengawal permainan, namun serangan balas yang pantas daripada pasukan MPK Bukit Panggal ternyata membuahkan hasil setelah penyerang pasukan
tersebut, Awang Muhd. Amirul berjaya menjaringkan gol pada minit ke-60. Selang 6 minit kemudian, pasukan Tutong Hotspurs FT seterusnya berjaya menjaringkan gol melalui sepakan kencang jarak dekat oleh Awang Muhd. Syarafuddin Hamdi. Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah Liga TDAFA tersebut ialah Ketua Kampung Keriam merangkap Pemangku Ketua Kampung Bukit Panggal, Awang Haji Morsidi bin Haji Mahadi selaku tetamu kehormat. Sementara itu, pemain dari pasukan MPK Bukit Panggal, Awang Muhd. Faiz Farhan bin Haji Kamat dipilih sebagai Pemain Terbaik perlawanan tersebut.
24
SUKAN
HARI SABTU 4 MAC 2017
Karnival Majalah Matchday meriah Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
PERSEMBAHAN silat Awang Budiman pada Karnival Majalah Matchday Brunei DPMM 2017.
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Mac. - Orang ramai dan para peminat dialu-alukan untuk memeriahkan lagi Karnival Majalah Matchday Brunei DPMM 2017 yang diadakan selama tiga hari sehingga 5 Mac ini bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Kawasan Letak Kereta Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Majlis Pembukaan Rasmi Karnival tersebut disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang
Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof di
Kawasan Letak Kereta stadium berkenaan, di sini. Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud. Lebih 40 petak yang memuatkan jualan makanan dan minuman, barang-barang serta pameran menyertai karnival tersebut. Sepanjang karnival itu diisikan dengan pelbagai program dan aktiviti antaranya Demonstrasi Sukan dan Kecergasan, Forum Sukan dan Ceramah Motivasi, Klinik Bola Sepak (Junior), Pertandingan Mewarna, Face Painting, Kuiz Sukan, Human Foosball, Foot Pool, Street Soccer, Foot Darts, Foot Golf, bergambar bersama mascot 'Awang Budiman'. Terdahulu, Ketua Eksekutif A.K.K
Design, Awang Sazali bin Mohd. Ariff menjelaskan, karnival merupakan kerjasama di antara Pengurusan Kelab Bola Sepak DPMM, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dengan sokongan A.K.K Design dan Living Moments Brunei. Sementara itu, Pengurus Besar Living Moments Brunei, Dayang Noor Rohaya binti Arun berkata, akan memastikan keselamatan dan langkah berjaga-jaga dalam acara karnival tersebut yang mana ia dilindungi oleh pihak Takaful Brunei Am (TBA). Dalam pada itu, kempen Liga Singapura 2017 yang akan berlangsung malam ini menentang Home United FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, melawat petak-petak di karnival.
Larian Baton 'Bangkit Bersama' 5 Mac ini Siaran Akhbar : Jabatan Belia dan Sukan BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Mac. - Larian Baton ‘Bangkit Bersama’ (The Rising Together Baton Run) Sempena Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9, Kuala Lumpur 2017 yang bakal merentasi kesemua negara Asia Tenggara dan Timor-Leste akan bermula di negara ini pada hari Ahad ini, 5 Mac bermula di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara. Menurut Siaran Akhbar Jabatan Belia dan Sukan, Larian Baton tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia bagi julung-julung kalinya mengadakan Larian Baton yang akan bermula pada bulan Mac 2017 hingga Mei 2017. Ia diberi nama khas 'The Rising Together - Baton Run in conjunction with the 29th SEA Games and 9th ASEAN Para Games', Kuala Lumpur 2017. Sukan SEA Ke-29 akan berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos ini, sementara Sukan Para ASEAN Ke-9 pada 17 hingga 23 September. Negara Brunei Darussalam
dinamakan sebagai negara pertama memulakan Larian Baton tersebut. Objektif ia diadakan adalah untuk mempromosikan Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 dalam kalangan rakyat Asia Tenggara dan mewujudkan kesedaran tentang kedatangan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN dalam kalangan negara Asia Tenggara. Di samping itu, ia dapat mencetuskan semangat, kegembiraan dan sambutan menuju Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017 dan menggalakkan gaya hidup dan budaya sukan ke arah kecergasan serta mencerminkan semangat kekitaan dan perpaduan di kalangan negara-negara Asia Tenggara melalui sukan. Larian sejauh hampir 7.5 kilometer akan melintasi jalan-jalan Bandarku Ceria bermula di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas dan berakhir di Cendera Lambang Kenangan, Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Baton akan bertukar tangan di tujuh checkpoint yang merupakan tempat-tempat ikonik dan terkenal di Bandar Seri Begawan, iaitu Tugu
Sukan SEA 1999, Jabatan Perdana Menteri, Perkampungan Sukan SEA 19, 1999, Taman Jubli Perak, Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja, Masjid Omar 'Ali Saifuddien dan Mercu Dirgahayu 60. Pembawa baton terdiri daripada atlet-atlet yang telah mencapai kecemerlangan di kejohanan sukan serantau, iaitu atlet daripada Sukan Wushu, Lumba Basikal, Pencak Silat, Sukan Taekwando, Sepak Takraw, Boling Padang dan Olahraga. Selain Larian Baton, petak-petak jualan ASEAN Food Festival dan Pameran ASEAN Go juga akan diadakan dengan kerjasama semua kedutaan besar dan suruhanjaya tinggi negara ASEAN di Negara Brunei Darussalam bagi memeriahkan lagi acara Larian Baton di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Di samping itu juga, seramai lebih 700 sukarelawan termasuk mereka yang berkeperluan khas akan membantu menjayakan acara Larian Baton ini yang terlibat sebagai cheer groups dan membuat persembahan-persembahan kebudayaan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien dan di ketujuh-tujuh checkpoint yang telah ditetapkan. Orang ramai adalah dialu-alukan untuk memberi sorakan di sepanjang jalan larian. Dari Bandar Seri Begawan, baton akan menjelajahi Manila, Vientiane, Yangon, Bangkok, Hanoi, Dili, Phnom Penh, Jakarta dan akhirnya tiba di Singapura sebelum dibawa ke Malaysia merentasi Tambak Johor pada awal bulan Mei. Ia adalah kali pertama dalam sejarah Sukan SEA, baton dibawa menjelajah ke semua negara yang bertanding pada temasya dwi tahunan itu.
MAJLIS Mesyuarat Negara (MMN) ditubuhkan menurut Bab 23 dari Perlembagaan Negara Brunei 1959 dan Ahli-Ahlinya dilantik menurut Bab 24. MMN telah dibubarkan pada tahun 1984 dan pada 25 September 2004, majlis ini telah mula bersidang semula. Penubuhan persidangan ini adalah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-58 Tahun pada 15 Julai 2004. SUMBER : Rencana 'MMN platform membincangkan isu-isu kepentingan rakyat', akhbar Pelita Brunei, edisi Rabu, 1 Mac 2017.
BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn
IBU BAPA BERTANGGUNGJAWAB DIDIK ANAK-ANAK