Pelita Brunei - Sabtu 06 Mei 2017

Page 1

''TIAP-TIAP yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran, ayat 185).

''DALAM zaman penuh penceroba ini, keimanan terhadap Allah adalah sangat mustahak. Kerana jika tidak, hidup akan jadi liar dan terumbang-ambing.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi.

4.37

TAHUN 62 / BILANGAN 54

4.47

6.08

6 MEI 2017 / 1438

6.31

12.18

9

3.37

6.26

7.39

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Berkenan menerima kunjungan muhibah Raja Bahrain

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam, Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B.) kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain semasa Majlis Mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman. Foto : Pg. Amirulnizam Pg Haji Md. Ali. (Lihat muka 5, 6, dan 7).

Projek Julangan Titah Masjid Baharu Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri

Dijangka siap kurang daripada 60 hari BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 5 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengamanahkan pejabat baginda untuk bekerjasama

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama supaya membuat penelitian dan penilaian terhadap Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri yang telah terlibat dalam kebakaran pada 5 April 2017. Berikutan dengannya, satu Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan di bawah Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

keahliannya terdiri daripada wakilwakil pejabat itu sendiri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan, Jabatan Peguam Negara, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Tanah, Divisyen Autoriti Kawalan Bangunan dan Indusri Pembinaan (ABCi), Jabatan Elektrik, Jabatan Kerja dan pihak konsultan.

Faksimile: 2381004

Hasil daripada pemikiran dan cadangan yang disembahkan oleh jawatankuasa tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah supaya Masjid Baharu di tapak yang sama dengan mengambil kira akan keperluan kampung tersebut dan kawasan persekitarannya. Ke muka 10

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


2

HALUAN

HARI SABTU 6 MEI 2017

Al-Quran sebagai teras pengajian wajib Bismillahir Rahmannir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

A

LHAMDULILLAH, segala puji bagi Allah Subahanahu Wata'ala dan selawat serta salam kerana dengan nikmat dan 'inayah-Nya jua, kita semua diberikan kesempatan untuk sama-sama berkumpul di majlis ilmu yang penuh dengan keberkatan ini. Saya juga merakamkan rasa syukur dan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur Pusat Ilmu Teras, kerana diberi penghormatan menjadi Tetamu Kehormat di Seminar Nusantara Pendidikan Al-Quran Dan Kitab Turath Sempena 10 Tahun Penubuhan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Pusat Ilmu Teras, KUPU SB selaku penganjur Seminar. Saya telah difahamkan bahawa Pusat Ilmu Teras telah ditubuhkan sejak tahun 2007 dan telah melaksanakan pelbagai bentuk kegiatan, bukan sahaja melibatkan warga KUPU SB, bahkan juga masyarakat luar. Atas usaha ini dan juga program-program akademik yang telah dilaksanakan oleh KUPU SB ini, mudah-mudahan akan dapat mencapai sasaran yang dihasratkan, selain dapat melonjakkan lagi nama KUPU SB di arena Institusi Pengajian Tinggi Serantau dan Antarabangsa, sesuai dengan visi penubuhannya, iaitu menjadi institusi ilmu perguruan ugama yang terbilang di Alam Melayu bertaraf antarabangsa. Melihat kepada peranan, cabaran dan kompleksiti tugas KUPU SB sebagai sebuah institusi dalam bidang perguruan Islam, pada pendapat saya, memanglah tepat dan kena pada masanya segala usaha-usaha yang telah dilaksanakan, iaitu khususnya melalui Pusat Ilmu Teras. Dengan usaha yang padu dan kerjasama yang erat ke arah memartabatkan perguruan ugama dengan menjadikan Al-Quran sebagai sumber yang utama dan juga sebagai teras pengajian yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar, serta wajib pula mahir membacanya dengan fasih dan lancar disertai tajwid yang betul, InsyaaAllah... saya percaya dan yakin usaha ini akan membuahkan hasil yang cemerlang dan gemilang. Begitu juga halnya dengan pengajian kitab Turath, pengintegrasian ilmu antara keilmuan terkini

TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud semasa berucap pada Seminar Nusantara Pendidikan Al-Quran dan Kitab Taurath sempena 10 Tahun Penubuhan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) yang berlangsung pada Selasa, 28 Rejab 1438 Hijrah bersamaan 25 April 2017 Masihi bertempat di KUPU SB.

dan tradisi wajar dan perlu dipelajari oleh semua peringkat pelajar agar dapat melahirkan manusia pendidik yang berilmu dan beramal menurut acuan Ahli Sunnah Wajamaah yang pertama dan utama. Saya juga turut difahamkan, bahawa usaha-usaha KUPU SB melalui Pusat Ilmu Teras, dalam memperkasa pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dan Kitab Turath bukan sahaja di kalangan mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB. Bahkan turut dilaratkan di kalangan kakitangan akademik dan non akademik KUPU SB, khususnya bagi mereka yang dikenal pasti memerlukan bimbingan lanjutan. Ini adalah suatu usaha dan inisiatif yang sangat tepat dan mulia kerana usaha ini memperlihatkan bahawa pihak KUPU SB benar-benar mengambil berat serta prihatin akan keperluan dan kesejahteraan warga KUPU SB dan dalam hal ini termasuklah kepentingan pendidikan Al-Quran di kalangan mereka. Manakala melihat kepada tujuan program dilaksanakan, ianya dilihat sebagai satu usaha

''DENGAN usaha yang padu dan kerjasama yang erat ke arah memartabatkan perguruan ugama dengan menjadikan Al-Quran sebagai sumber yang utama dan juga sebagai teras pengajian yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar, serta wajib pula mahir membacanya dengan fasih dan lancar disertai tajwid yang betul, InsyaaAllah... saya percaya dan yakin usaha ini akan membuahkan hasil yang cemerlang dan gemilang.''

MEI

6 7 8 9 10 11 12

6 MEI 2017 BERSAMAAN 1438

ke arah memperbaiki dan memantapkan lagi pembacaan Al-Quran individu dan melazimkan partisipasi warga KUPU SB dalam memartabatkan amalan bacaan Al-Quran dalam kehidupan harian, dan ini selaras dengan hasrat raja yang kita sayangi yang begitu mengambil perhatian yang tinggi mengenai pembelajaran Al-Quran. Perkara ini dapat kita lihat daripada titah-titah baginda, antaranya yang dapat saya kongsikan... Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran 1437H / 2016 mengenai kepentingan pendidikan Al-Quran yang antara lain titah baginda : ''Kerajaan beta pula melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama, telah tidak kendur-kendur berusaha untuk mendekatkan masyarakat Islam di negara ini dengan Al-Quran, iaitu dengan memasukkan subjek Al-Quran itu di setiap sekolah rendah kerajaan dan swasta sehingga sampai ke peringkat tertinggi dan juga membuka kelas-kelas belajar Al-Quran di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat serta kelas-kelas dewasa. Perkara ini dilaksanakan supaya masyarakat Islam di negara ini sentiasa berpegang dengan Al-Quran sebagai panduan.'' Selain itu, kokurikulum Kemahiran Al-Quran di bawah Program Kokurikulum Kemahiran Teras Perguruan Ugama dan kokurikulum Pengajian Kitab Turath di bawah Program Kokurikulum Perkembangan Intelek juga turut dilaksanakan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi tahun 1 (satu) serta mahasiswa-mahasiswi yang tinggal di Kolej Kediaman KUPU SB. Segala usaha-usaha yang dilaksanakan ini diharapkan akan mampu menjadikan pelajar-pelajar memiliki pembacaan al-Quran yang baik serta dapat memahami ayat-ayat suci tersebut. Di samping itu, juga diharapkan menerusi Program Kokurikulum Perkembangan Intelek yang dilaksanakan, pelajar-pelajar akan mempunyai kemahiran membaca kitab-kitab Turath, memahami isi kandungannya, dan seterusnya dapat menghuraikan apa yang dimaksudkan di dalamnya dengan baik. Di samping perkara yang saya nyatakan tadi, saya juga dimaklumkan, bahawa pengajian Kitab Turath ini juga turut dibukakan kepada orang awam, iaitu di samping pengajian Kitab Turath yang diadakan di beberapa buah masjid. Apa yang diharapkan, semoga hasrat murni khidmat Pusat Ilmu Teras, KUPU SB akan dapat dijadikan sebagai satu wasilah dalam mempertahankan Kitab Turath dan termasuklah keutamaan tulisan jawi di Negara Brunei Darussalam. Perkara yang demikian pernah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Konvokesyen Ketiga Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan 2013M mengenai kepentingan tulisan Jawi dan Kitab Turath. Baginda bertitah : Ke muka 21

9

KASIH SAYANG BINA KELUARGA BAHAGIA, HARMONI

I

NSTITUSI keluarga mestilah dibentuk berlandaskan ajaran Al-Quran dan As Sunnah. Institusi keluarga juga dibina atas dasar takwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Oleh itu, Ibu bapa bertanggungjawab memastikan akidah (kepercayaan) dan akhlak ahli keluarga tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bagi memastikan akidah anak-anak akan tetap teguh dan betul, maka ibu bapa hendaklah memberi bimbingan dan nasihat berlandaskan ajaran Islam serta perhatian kepada mereka sejak dari kecil lagi. Agama Islam mementingkan hubungan kasih sayang. Kasih sayang adalah fitrah semula jadi yang Allah Subhanahu Wata'ala jadikan dalam naluri setiap insan. Sifat kasih sayang amat penting dalam pembinaan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Keutuhan dan kekuatan hubungan sesebuah keluarga bergantung pada ikatan kasih sayang di antara ibu bapa, anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Binalah kasih sayang sesama keluarga supaya keharmonian akan terjamin sepanjang masa. Tugas dan tanggungjawab dalam membimbing keluarga perlu berterusan sehingga ke akhir hayat. Ia bukan sahaja melibatkan tugas dan tanggungjawab ibu bapa, bahkan juga anak-anak sebagai sebahagian daripada ahli dalam institusi keluarga tersebut. Kejayaan ibu bapa membentuk keluarga yang bahagia dan harmoni bercirikan ajaran Islam akan menjadi cermin kepada anak-anak apabila mereka membina keluarga kelak. Suami berperanan sebagai pemimpin, pelindung dan menjadi tempat bergantung bagi isteri dan anak-anak. Suami hendaklah memimpin dan memberikan tunjuk ajar kepada isteri dan anak-anak agar menjadi hamba yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Isteri pula bertanggungjawab mentaati suami, menjaga rumah tangga dengan membantu dan bekerjasama dalam usaha mewujudkan rumah tangga yang bahagia dan harmoni. Dalam rumah tangga, perlu ada sikap saling bantu-membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri. Suami digalakkan menolong dan membantu isteri bagi meringankan tugas isteri. Setiap anak pula diwajibkan taat, menghormati dan memuliakan ibu bapa. Di samping itu, anak-anak juga wajib mematuhi segala perintah dan nasihat mereka. Apabila berbicara, anak-anak hendaklah menggunakan kata-kata yang lemah lembut serta beradab, tidak menyinggung perasaan dan menyakiti hati kedua ibu bapa. Anak-anak hendaklah sentiasa mengambil peduli dan bertanya khabar kedua ibu bapa walaupun anak-anak tersebut sudah berkeluarga dan tinggal di rumah yang berasingan. Anak-anak juga perlu mengambil berat dan bertanggungjawab memeduli ibu bapa lebih-lebih lagi pada ibu bapa yang sudah lanjut usia dan memerlukan penjagaan. Adalah menjadi kewajipan kepada anak-anak meluangkan masa memenuhi keperluan ibu bapa dari segi makan minum, pakaian, perubatan, tempat tinggal dan kasih sayang sebagaimana mereka berikan kepada anak-anak sewaktu kecil dahulu. Berikut adalah antara intipati Khutbah Jumaat, 5 Mei 2017 yang dapat diambil dan dijadikan sebagai pedoman kehidupan kita bersama. Bentuk keluarga berlandaskan Al-Quran dan As Sunnah. Ibu bapa bertanggungjawab beri didikan kepada anak-anak. Kasih sayang penting dalam pembinaan sebuah usrah. Setiap ahli keluarga bertanggungjawab dalam mewujudkan kebahagiaan dan keharmonian dalam berdang sanak. Beri pemedulian kepada ibu bapa kita, kerana mereka kita berada di dunia, kerana mereka kita berjaya, kerana mereka kita mengenali kehidupan dunia sementara. Hormati ibu bapa selagi mereka ada, sayangi mereka selagi kita bisa, kasihi mereka selagi mereka bernyawa, peduli mereka sepertimana mereka mengasuh kita, dari damit hingga dewasa, dari tidak mengetahui apa hingga berjaya, meniti kehidupan yang penuh dengan pelbagai peristiwa, dari yang bahagia hingga ke duka, semuanya ditempuhi jua, dengan iringan doa daripada mereka yang bergelar ibu dan bapa. Tanpa mereka hidup kosong terasa, menumpang kasih kepada yang ada, iaitu sanak saudara juga ahli keluarga, namun kasih sayang juga iringan doa ibu bapa kepada kita, tidak dapat diganti atau diperoleh lagi dengan wang ringgit mahupun harta yang ada, kasihi dan hormati mereka selagi ada, doakan mereka sentiasa, semoga mereka tetap diberikan kesihatan tubuh badan jua, atau diberikan rahmat bagi ibu bapa yang sudah tiada. - Ketua Penyuntingan (Nb).

SYAABAN

9 10 11 12 13 14 15

4 . 37 4 . 36 4 . 36 4 . 36 4 . 36 4 . 35 4 . 35

4 . 47 4 . 46 4 . 46 4 . 46 4 . 46 4 . 45 4 . 45

6 . 08 6 . 07 6 . 07 6 . 07 6 . 07 6 . 07 6 . 07

6 . 31 6 . 31 6 . 30 6 . 30 6 . 30 6 . 30 6 . 30

12 . 18 12 . 18 12 . 18 12 . 18 12 . 18 12 . 18 12 . 18

3 . 37 3 . 37 3 . 37 3 . 38 3 . 38 3 . 38 3 . 38

6 . 26 6 . 26 6 . 26 6 . 26 6 . 26 6 . 26 6 . 27

7 . 39 7 . 39 7 . 39 7 . 39 7 . 39 7 . 39 7 . 40


HARI SABTU 6 MEI 2017

3

Majlis Persantapan Diraja rai Lawatan Negara Raja Bahrain Oleh : Nooratini Haji Abas, Marlinawaty Hussin Foto : Hamzah Mohidin, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam malam ini berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja bagi meraikan Lawatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain, serta rombongan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat mengalu-alukan ketibaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa di Istana Nurul Iman.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berbual mesra bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain pada Majlis Persantapan Diraja bagi meraikan Lawatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa diiringi oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Kerabat Pengiring Diraja. Ke muka 4 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berbual mesra bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain (kiri).

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia bergambar bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bahrain (bawah), sementara gambar bawah kiri, baginda berdua bersama paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada sesi bergambar ramai.


4

HARI SABTU 6 MEI 2017

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat pada Majlis Persantapan Diraja bagi meraikan Lawatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain serta rombongan. Berangkat sama, ke Majlis Persantapan Diraja tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Kerabat Pengiring Diraja dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

Dari muka 3 Berangkat sama ke Majlis Persantapan Diraja tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia

Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Yang Teramat Mulia Paduka

Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta kerabat diraja yang lain. Sebelum Majlis Persantapan Diraja dimulakan, lagu kebangsaan kedua-dua buah negara dimainkan diikuti dengan

bacaan doa oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Rombongan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa termasuk ahli-ahli kerabat diraja Bahrain,

menteri-menteri kabinet dan pegawai-pegawai kanan bertaraf Menteri sama-sama hadir pada Majlis Persantapan Diraja. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa berada di negara ini dalam rangka Lawatan Negara selama dua hari.

JUGA berangkat ke Majlis Persantapan Diraja tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta kerabat diraja yang lain (kiri dan kanan).

ANTARA jemputan khas yang hadir pada Majlis Persantapan Diraja (kiri), sementara gambar kanan, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.


5

HARI SABTU 6 MEI 2017

Berkenan menerima kunjungan muhibah Raja Bahrain Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Aimi Sani Foto : Masri Osman, Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman, Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Mei. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima kunjungan muhibah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain di Istana Nurul Iman, di sini. Semasa keberangkatan tiba di Istana Nurul Iman, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah DYMM Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa naik ke Pentas Diraja untuk menerima Tabik Hormat Diraja diikuti dengan lagu kebangsaan kedua-dua buah negara dan 21 das tembakan meriam dilepaskan.

Kedua-dua pemimpin seterusnya beredar memeriksa Barisan Kehormatan Diraja yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Kebawah DYMM Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa kemudiannya disembahkenalkan kepada ahli-ahli kerabat diraja; pembesar-pembesar negara; Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara; Menteri-Menteri Kabinet; Timbalan-Timbalan Menteri; Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Ketua-Ketua Perwakilan Asing di Negara Brunei Darussalam; Ahli-Ahli Mesyuarat Negara dan Setiausaha-Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Ke muka 6

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima kunjungan muhibah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain di Istana Nurul Iman (atas sekali). Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain beredar memeriksa Barisan Kehormatan Diraja yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (kiri), sementara gambar kanan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bahrain naik ke Pentas Diraja untuk menerima Tabik Hormat Diraja diikuti dengan lagu kebangsaan kedua-dua buah negara.

KEGEMBIRAAN dan keriangan penuntut-penuntut yang sama-sama menunggu keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain serta rombongan di sepanjang jalan berhampiran Istana Nurul Iman dengan kibaran bendera kedua-dua buah negara.


6

HARI SABTU 6 MEI 2017

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berbual mesra bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain semasa berada di Cheradi Laila Kenchana bagi Majlis Mengadap.

Dari muka 5 Terdahulu, sebelum baginda berdua berangkat ke Cheradi Laila Kenchana bagi Majlis Mengadap, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam disembahkenalkan kepada rombongan Kebawah DYMM Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa yang terdiri daripada

ahli-ahli kerabat diraja Bahrain, menterimenteri kabinet dan pegawai-pegawai kanan bertaraf menteri. Berangkat ke Majlis Mengadap tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul

Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah

Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta kerabat diraja yang lain. Majlis Mengadap turut dihadiri oleh ahli-ahli kerabat diraja Bahrain, menteri-menteri kabinet dan pegawai-pegawai kanan bertaraf menteri. Ke muka 7

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri disembahkenalkan kepada rombongan Kebawah DYMM Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa yang terdiri daripada Ahli-ahli Kerabat Diraja Bahrain, menteri-menteri kabinet dan pegawai-pegawai kanan bertaraf menteri (kiri), sementara gambar kanan, Kebawah DYMM Raja Bahrain berkenan beramah mesra bersama Ketua-Ketua Perwakilan Asing di Negara Brunei Darussalam.

KECERIAAN penuntut sekolah mengibarkan bendera kedua-dua buah negara.


HARI SABTU 6 MEI 2017

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain semasa berada di Cheradi Laila Kenchana bagi Majlis Mengadap. Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; paduka-paduka adinda dan anakanda serta kerabat diraja kedua-dua buah negara yang lain serta rombongan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bahrain.

Dari muka 6 Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam, Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B.) kepada Kebawah DYMM Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa. Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu

Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Selesai Majlis Mengadap, Kebawah DYMM Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa berangkat ke The Empire Hotel & Country Club diiringi oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Kerabat Pengiring Diraja.

ROMBONGAN Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain.

KIBARAN bendera daripada penuntut sekolah bagi sama-sama meraikan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain berserta rombongan ke negara ini.

7


8

HARI SABTU 6 MEI 2017

Kebawah DYMM berangkat mengalu-alukan ketibaan Raja Bahrain Oleh : Khartini Hamir Foto : Hamzah Mohidin, Azmah Haji Ahad

BERAKAS, Rabu, 3 Mei. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengalu-alukan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain, yang membuat Lawatan Negara ke negara ini selama dua hari. Pesawat khas yang membawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa dan rombongan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB). Sebaik sahaja turun dari pesawat khas, Kebawah DYMM Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa dialu-alukan oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Berangkat sama di LTAB bagi mengalu-alukan keberangkatan tiba Kebawah DYMM Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa dan rombongan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Kerabat Pengiring Diraja. Turut hadir ialah Menteri Hal

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengalu-alukan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain ke negara ini.

Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Menteri Pengiring; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji

Ibrahim; Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar; dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Yang Mulia Dato paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma

Jaya Haji Mohd. Yusof. Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah DYMM Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa melintasi Kawalan Statik terdiri dari Anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Seterusnya Kebawah DYMM

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah DYMM Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa berangkat ke Istana Nurul Iman untuk Majlis Sambutan Rasmi Ketibaan dan Barisan Kawalan Kehormatan Diraja bagi Kebawah DYMM Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berbual mesra dan mengalu-alukan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa dan rombongan. Berangkat sama, paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Kerabat Pengiring Diraja.


HARI SABTU 6 MEI 2017

9

Berkenan menerima mengadap Oleh : Aimi Sani Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Mei. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Gabenor Guangxi Zhuang Autonomous Region, Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Chen Wu. Majlis tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman. Menyertai bersama TYT Chen Wu pada Majlis Mengadap itu ialah Timbalan Setiausaha Agung Kerajaan Rakyat Guangxi Zhuang Autonomous Region dan Ketua Pengarah Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Kerajaan Rakyat Guangxi Zhuang Autonomous Region, Huang Zhou dan pegawai-pegawai kanan daripada Guangxi Zhuang Autonomous Region. Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China, Puan Yang Terutama Yang Jian. Juga hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri Tenaga (Energy) dan Industri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar dan Pemangku Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan menerima mengadap Gabenor Guangxi Zhuang Autonomous Region, Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Chen Wu. Majlis berlangsung di Istana Nurul Iman.

Kebawah DYMM Raja Bahrin berangkat meninggalkan NBD

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Wakil Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan berangkat bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain, di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (atas dan bawah kanan).

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Masri Osman, Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 4 Mei. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Wakil Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan berangkat bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain, di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Kebawah DYMM Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa berada di negara ini bagi Lawatan Negara selama dua hari. Kebawah DYMM Raja Hamad bin Isa

Al-Khalifa dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah seterusnya berkenan melintasi Kawalan Statik terdiri dari Anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir bagi menyembahkan selamat berangkat ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Menteri Pengiring; Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar; dan Pemangku Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Dato Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof. Juga hadir ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Wakil Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berbual mesra bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Bahrain.


10

NASIONAL

HARI SABTU 6 MEI 2017

Yang Di-Pertua MMN menerima kunjungan hormat

YANG Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ouk Chandara (kiri) dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Suat Akgun (kanan).

Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Mei. - Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib

menerima kunjungan hormat dari dua orang Ketua Perwakilan Asing secara berasingan. Berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, Yang Berhormat mula-

mula menerima kunjungan hormat Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ouk Chandara diikuti oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Suat Akgun. Turut hadir dalam kedua-dua kunjungan muhibah tersebut ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat

Perkongsian strategik pembangunan zon ekonomi khas

Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar dan Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail, serta beberapa orang Pegawai Kanan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat. Kedua-dua kunjungan tersebut

menandakan hubungan erat dan kerjasama yang baik antara kedua-dua buah belah pihak. Semasa kunjungan berkenaan, kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pandangan dan membincangkan mengenai langkah-langkah kerjasama yang boleh diwujudkan di antara Majlis Mesyuarat Negara dan negara-negara tersebut.

Projek Julangan Titah Masjid Baharu Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri

Dijangka siap kurang daripada 60 hari Dari muka 1

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Syarikat Pelaburan CFLD Sdn. Bhd. dari Singapura dan Darussalam Assets Sdn. Bhd. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri-Menteri Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri yang lain.

Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin Foto : Ihsan Darussalam Assets Sdn. Bhd. JERUDONG, Rabu, 3 Mei. Kerajaan Negara Brunei Darussalam menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Syarikat Pelaburan CFLD Sdn. Bhd. dari Singapura dan Darussalam Assets Sdn. Bhd. bagi mempersetujui perkongsian yang strategik untuk pembangunan zon ekonomi khas di Negara Brunei Darussalam, bertempat di The Empire Hotel & Country Club, Jerudong, di sini. Di bawah MoU tersebut, ketiga-tiga pihak akan sama-sama melabur dan membangunkan zon ekonomi khas seluas kira-kira 40 kilometer persegi di pantai Jerudong dan kawasan Tungku yang akan dibangunkan mengikut model bandar industri CFLD. Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua),

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim semasa hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut menjelaskan dengan termeterainya MoU tersebut ia akan merangsangkan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai hab ekonomi bertaraf dunia dengan masih mengekalkan budaya dan sosial yang berintegriti, memupuk nilai-nilai persahabatan dan keharmonian. Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah selaku Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Darussalam Assets Sdn. Bhd. dalam ucapannya menerangkan, MoU tersebut merupakan permulaan bagi kerjasama

yang lebih erat antara Syarikat Antarabangsa CFLD dan Negara Brunei Darussalam. "Penglibatan Kerajaan Brunei dan Aset Darussalam dengan kerjasama strategik ini menunjukkan keyakinan pihak kami terhadap kebolehan CFLD untuk memanfaatkan perkongsian awam-swasta dalam membangunkan berjaya industri bandar baharu yang menjurus ke arah pembangunan sosio-ekonomi negara," jelasnya lagi. Juga hadir pada majlis penandatanganan tersebut ialah Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar; Menteri SumberSumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong; serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CFLD, Zhao Hongjing.

Masjid Baharu itu boleh menampung seramai lebih kurang 3,000 jemaah. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi Dewan Kemasyarakatan Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri untuk dijadikan dewan ibadah secara sementara supaya keperluan untuk beribadat di kampung tersebut dan kawasan berdekatan dengannya tidak terputus dan dapat berjalan seperti biasa. Alhamdulilah, dengan kerjasama para jemaah masjid dan penduduk-penduduk berdekatan, inisiatif Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menggunakan Dewan Kemasyarakatan Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri sebagai dewan ibadah sementara khususnya bagi tujuan sembahyang lima waktu dan Sembahyang Fardu Jumaat telah terlaksana dengan baik. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Peruan Negara Brunei Darussalam telah berangkat bagi menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat di Dewan Kemasyarakatan tersebut pada 14 April 2017 sambil meninjau secara dekat

kemudahan-kemudahan yang disediakan di tempat tersebut. Berikutan itu, kerja-kerja membina masjid baharu bagi menggantikan Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri yang mengalami kebakaran telah secara rasminya bermula dengan satu Majlis Peletakan Batu Asas yang diadakan pada Jumaat, 5 Mei 2017. Kerja-kerja pembersihan tapak telah dimulakan lebih awal, iaitu pada 14 April 2017. Projek Julangan Titah Masjid Baharu Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri itu dijangka akan siap dalam tempoh kurang daripada 60 hari. Jawatankuasa Khas dengan kerjasama daripada pihak kontraktor dan pelbagai pihak lainnya kini sedang berusaha secara bersepadu untuk melaksanakan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam supaya Masjid Baharu itu akan dapat digunakan bagi Sembahyang Sunat Aidil Fitri 1438 Hijrah. Kerja-kerja pembinaan sedang berjalan dengan lancar dan pada ketika tertentu pihak pemborong akan bekerja selama 24 jam sehari. Dari itu, orang ramai adalah diminta supaya memahami keadaan tersebut dan dinasihatkan untuk bersabar dengan sebarang ketidakselesaan di sepanjang tempoh projek serta memberikan kerjasama dan berhati-hati ketika berdekatan kawasan projek.


NASIONAL

HARI SABTU 6 MEI 2017

11

NBD bakal menjadi pengeluar terbesar Udang Biru Rostris TELISAI, Khamis, 4 Mei. - Jabatan Perikanan, Kementerian SumberSumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) terus berusaha untuk meningkatkan lagi ekonomi negara khususnya melalui bidang ternakan melalui pelbagai projek kerjasama bersama pihak yang berkenaan dari dalam dan luar negara. Sehubungan itu, Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman Sewa dan Operasi di Tapak Ternakan Udang antara Jabatan Perikanan KSSUP bersama Golden Corporation Sdn. Bhd. diadakan di Sungai Penyantang Tutong, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyaksikan Majlis Penandatanganan tersebut ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong. Menandatangani memorandum bagi pihak Jabatan Perikanan ialah Pengarah Perikanan, Awang Haji Halidi bin bin Haji Mohd. Salleh dan disaksikan oleh Pemangku Penolong Pengarah Perikanan Dayang Mariani binti Haji Sabtu sementara Golden Coperation Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pengarah syarikat berkenaan, Richard Chuang His Shan dan disaksikan oleh Desmond Lim. Juga menandatangani perjanjian ialah UNIMA Distribution France yang diwakili oleh Pengerusi syarikat berkenaan, Tuan Amyne Hassan Ismail dan Ketua pegawai Eksekutif

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong (tengah) menyaksikan Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman Sewa dan Operasi di Tapak Ternakan Udang di antara Jabatan Perikanan KSSUP bersama Golden Corporation Sdn. Bhd.

(CEO) India Ocean Region, Tuan Rao Manavendra, manakala Aqua Star Australia diwakili oleh Pengarah Aqua Star, Tuan Allen Wu dan disaksikan oleh Tuan Zhang Ling Gan. Golden Corporation akan melabur jumlah anggaran BND30 juta untuk membangunkan ladang seluas 200 hektar untuk menyokong Pelan Strategik 5 Tahun Kementerian Sumber-Sumber Utama dan

Pelancongan dalam meningkatkan pengeluaran akuakultur untuk pasaran eksport. Projek ini akan menyaksikan pengeluaran tambahan sekurangkurangnya 2,500 tan Udang Biru, yang akan menjadikan Negara Brunei Darussalam pengeluar terbesar Udang Biru Rostris di dunia. Ini merupakan satu lagi peristiwa penting bagi syarikat tersebut yang akan meningkatkan komitmen ke Brunei

Bertukar pandangan bagi keuntungan bersama

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman Darussalam dan menyediakan udang sebagai bahan mentah untuk loji pemprosesan yang kemudiannya akan dieksport ke luar negara. Syarikat itu juga akan melabur ke dalam Penyelidikan Pembangunan Rostris Broodstock yang akan

membuat Brunei Darussalam Pusat Kecemerlangan bagi spesis udang. Kajian ini akan dijalankan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Teknologi Pertanian Taiwan, Universiti Nasional Laut Taiwan dan universiti tempatan.

Hargai nilai GAP, pastikan produk berkualiti Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Perbadanan Labuan, Yang Berhormat Datuk Rozman bin Datuk Haji Isli.

Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Mei 2017. - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menerima kunjungan hormat dari Pengerusi Perbadanan Labuan, Yang Berhormat Datuk Rozman bin Datuk Haji Isli dan rombongan di Pejabat Menteri, Tingkat 8, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Berakas. Kedudukan geografi Negara Brunei Darussalam dan Wilayah Persekutuan Labuan mendorong kepada perbincangan dua hala di antara Yang

Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Berhormat Datuk Rozman di bawah kerangka bahawa Teluk Brunei pemangkin hubungan erat Negara Brunei Darussalam dengan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak. Kedua-dua pihak produktif dalam bertukar-tukar pandangan untuk memajukan bidang kebudayaan, kebeliaan, kesukanan dan kemasyarakatan dan pertaliannya dengan pelancongan yang akan menguntungkan kedua-dua pihak. Perjumpaan juga membincangkan cadangan program dan aktiviti yang

dapat merapatkan hubungan yang sedia terutama di peringkat akar-umbi antaranya melalui inisiatif inter-family dan program pertukaran generasi muda serta sukan untuk perpaduan dan keamanan. Yang Berhormat Pehin menawarkan Wilayah Persekutuan Labuan untuk meninjau lebih dekat dan kerap kemudahan-kemudahan yang banyak di Negara Brunei Darussalam untuk dimanfaatkan oleh rakyat Wilayah Persekutuan Labuan. Turut hadir, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abd. Samad serta Pegawai-Pegawai Kanan KKBS.

TELISAI, Khamis, 4 Mei. - Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong berkata bahawa meningkatkan output adalah salah satu daripada empat fokus utama Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelan Strategik Pelancongan, yang telah dilancarkan pada Januari tahun ini. Menurut Yang Berhormat, perikanan, terutama akuakultur adalah usaha perniagaan yang sangat menguntungkan dan merupakan sektor ekonomi yang dapat menyumbang kepada KDNK negara dan juga boleh memberikan peluang pekerjaan yang bermakna kepada penduduk tempatan. ''Saya difahamkan bahawa pengeluaran yang dijangka dari ladang ini adalah 3,000 tan metrik setahun. Peningkatan pengeluaran ini akan menyumbang dengan ketara ke arah pencapaian BND400 juta sasaran pengeluaran Jabatan Perikanan bagi industri akuakultur pada tahun 2020,'' jelas Yang Berhormat semasa berucap pada Majlis Penandatanganan Perjanjian Sewa dan Operasi di Tapak Udang di Sungai Penyatang di antara Jabatan Perikanan dan Golden

Coperation Sdn. Bhd. yang berlangsung di Sungai Penyatang Tutong. Menyentuh mengenai bidang pertanian di mana kebanyakan petani kini menghargai nilai GAP [Amalan Aguaculture Terbaik], Yang Berhormat mengambil kesempatan memberikan penekanan mengenai kepentingan memastikan Garis Panduan digunakan dengan bersungguh-sungguh dalam operasi sehari-hari mereka di ladangladang. ''Penggunaan ketat Garis Panduan Amalan Akuakultur Terbaik bagi semua pekerja ladang akan memastikan pengeluaran produk berkualiti tinggi dan selamat. Sama penting, ladang dengan piawaian pengeluaran tertinggi akan berada dalam kedudukan yang terbaik untuk membantu mengelakkan risiko wabak penyakit yang menimbulkan ancaman kepada ladang mereka sendiri. Jika semua petani akan mengamalkan garis panduan dengan ketat, maka risiko penyakit wabak di Brunei Darussalam boleh dihapuskan dan justeru, ini akan memastikan produktiviti negara dan agenda pertumbuhan ekonomi bagi sektor sumber utama berjalan di landasan yang betul,'' ujar Yang Berhormat.


HARI SABTU 7 JANUARI 2017

12

NASIONAL

HARI SABTU 6 MEI 2017

Kementerian Kesihatan adakan Sambutan Israk Mikraj Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Hamzah Mohidin BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 4 Mei. Dalam menyemarakkan suasana Sambutan Israk dan Mikraj pada tahun ini, Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Ceramah Khas Sambutan Israk Mikraj Tahun 1438 Hijrah bertempat di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi. Pada majlis tersebut, Penceramah Undangan dari Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dr. Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah telah menyampaikan ceramah bertajuk

'Hikmah dan Iktibar di sebalik Peristiwa Israk Mikraj Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam', yang antara lain menceritakan mengenai peristiwa agung tersebut, di mana bermulanya perintah untuk mengerjakan sembahyang lima waktu daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Majlis ceramah khas tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Kesihatan dan tahun ini ia dikelolakan oleh Pejabat Pentadbiran bersama Pejabat Kewangan dan Perolehan. Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, ketua-ketua fungsi serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi (tiga, kanan) semasa hadir pada Majlis Ceramah Khas Sambutan Israk Mikraj Tahun 1438 Hijrah bertempat di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan.

Sekolah Saint John johan Pertandingan Koir Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Awang Haji Sabtu (berdiri depan, tujuh dari kanan) hadir selaku tetamu kehormat ketika bergambar ramai bersama johan pertandingan 'Big' 6 kepada Sekolah Saint John dan peserta yang lain.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 4 Mei. - Kumpulan Koir Sekolah Saint John dengan membawakan Lagu 'Oh Padian'

muncul johan Peringkat Akhir Pertandingan Koir Sekolah-Sekolah Rendah sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei

Pemilik perniagaan, restoran disaran tawarkan pakej keluarga Siaran Akhbar : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 4 Mei. - Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (#hkknbd2017) tahun ini yang akan diadakan pada hari Ahad, 7 Mei 2017 memberikan penekanan terhadap kepentingan keluarga yang penyayang untuk memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan serta menjamin masa depan yang lebih baik untuk semua. Sebuah keluarga penyayang adalah keluarga yang meluangkan masa bersama-sama, sentiasa berkomunikasi, saling sokongmenyokong, dan memelihara keperluan masing-masing. Sehubungan itu, bersempena dengan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan tahun ini, Urusetia menjemput semua pemilik restoran dan perniagaan untuk sama-sama menyampaikan mesej ini, dengan menawarkan pakej keluarga atau tawaran bagi menggalakkan keluarga untuk

membeli-belah atau menjamu selera bersama-sama secara berkeluarga. Urusetia Hari Keluarga Kebangsaan telah mendapat kebenaran dan sokongan daripada Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) bagi para peniaga dan restoran menawarkan pakej atau tawaran sempena Hari Keluarga Kebangsaan rujukan nombor : JPKE / HEP / KH / GEN / PT.4 tertakluk pada Garis Panduan Penyertaan Acara Harga Jualan Murah bagi Barangan atau Perkhidmatan Selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Harga (Harga Jualan Murah), 2012 yang boleh diperoleh di laman sesawang http://www.depd.gov.bn. Jikalau ada pihak-pihak yang berminat untuk menyertai sambutan istimewa ini atau mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi Urusetia melalui talian +673 2380704 pada waktu bekerja.

Darussalam Ke-33, Tahun 2017 yang berlangsung di Dewan Raya, Radio Televisyen Brunei, di sini. Naib johan disandang oleh

Kumpulan Koir Sekolah Seri Mulia Sarjana dengan Lagu 'Cabuk-Cabuk' sementara Kumpulan Koir Sekolah Saint George dengan Lagu 'Manja-Manja Piabong' menduduki tempat ketiga. Manakala johan bagi Peringkat Akhir Pertandingan Koir Menjejak Juara Big '6' juga sempena sambutan berkenaan pula diraih oleh Kumpulan Koir Sekolah Saint John dengan lagu 'Tekad Kemerdekaan', diikuti oleh Kumpulan Koir Sekolah Seri Mulia Sarjana sebagai naib johan dengan Lagu 'Berkibarlah Bendera' dan Kumpulan Koir Sekolah Menengah Berakas dengan Lagu 'Sedia Berbakti' meraih tempat ketiga. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian piala dan hadiah kepada pemenang ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri

Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Awang Haji Sabtu. Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Azis bin Haji Nayan selaku Pengerusi majlis dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan, gabungan kedua pertandingan tersebut dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Unit Akli. Jelasnya, Pertandingan Koir Sekolah Rendah mengetengahkan Lagu Rakyat atau Kanak-Kanak Brunei yang dipersembahkan dalam bentuk koir. Di samping itu katanya, Pertandingan Menjejak Juara 'Big' 6 bagi Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab pula mendendangkan Lagu-Lagu Patriotik Brunei Secara Akapella.

Peniaga dijemput sertai Jualan Aneka Brunei 2017 Siaran Akhbar : Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 4 Mei. - Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan acara Jualan Aneka Brunei 2017 bermula dari 22 Mei 2017 hingga 2 Julai 2017 dan menjemput para peniaga di negara ini untuk menyertai serta menyokong acara jualan tersebut. Acara yang akan berlangsung selama 42 hari ini dihasratkan untuk menyumbang ke arah matlamat bagi meningkatkan kegiatan ekonomi negara menerusi harga jualan murah yang menarik, di samping menggalakkan orang ramai untuk membeli-belah di negara ini khususnya bersempena musim perayaan Hari Raya yang akan tiba. Semua peserta acara Jualan Aneka Brunei 2017 akan menawarkan potongan harga tidak kurang dari 20 peratus ke atas sekurang-kurangnya bagi 60 peratus stok barangan yang dipamerkan di premis. Bagi kedai runcit serta kedai elektrik dan elektronik, sekurang-kurangnya 15 jenis barangan hendaklah menawarkan potongan harga. Bagi selebih 40 peratus barangan yang dipamerkan di premis, peserta

perlulah menawarkan potongan harga di antara 10 peratus ke-20 peratus. Di samping itu, tawaran tersebut hendaklah diberikan promosi tambahan seperti belian-atas-belian (BAB), hadiah, boucer, kupon dan sebagainya yang bersesuaian dan berfaedah. Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 9(1) di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Harga (Harga Jualan Murah), 2012, setiap barangan jualan dikehendaki mempamerkan tanda harga yang jelas dan nyata. Bagi acara Jualan Aneka Brunei 2017, setiap barangan yang ditawarkan dikehendaki mempunyai tanda harga asal, harga selepas potongan dan / atau peratus potongan. Setiap peserta akan menerima notis penyertaan dari JPKE yang perlu dipamerkan di kawasan perniagaan masing-masing agar mudah dilihat oleh para pengunjung. Syarikat perniagaan tidak dibenarkan untuk mengadakan mana-mana acara harga jualan murah 14 hari sebelum bermulanya acara Jualan Aneka Brunei 2017. Hari terakhir bagi mengadakan acara

harga jualan murah adalah pada 7 Mei 2017. Para peniaga boleh mengisi borang makluman acara Jualan Aneka Brunei 2017 bermula 4 Mei 2017 hingga 18 Mei 2017 sementara borang makluman dan garis pandu penyertaan boleh diperolehi daripada laman sesawang JPKE, iaitu www.depd.gov.bn, Bilik 3.04, Tingkat 3, West Wing, Bangunan JPKE, Blok 2A, Jalan Ong Sum Ping. Borang makluman dan senarai harga boleh dihadapkan melalui e-mel di sales@jpke.gov.bn. Sebarang pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pengguna, JPKE melalui talian +673 2230223 semasa waktu pejabat atau melalui Facebook www.facebook.com/ AduanPenggunaJPKE atau e-mel aduanpengguna@jpke.gov.bn. Adalah diharapkan orang ramai akan memberi sokongan pada acara Jualan Aneka Brunei 2017. Pada masa yang sama, orang ramai juga dinasihatkan agar berhati-hati dan mengamalkan konsep 'Pengguna Bijak' semasa berbelanja dengan membuat perbandingan harga barangan bagi mendapatkan harga yang berbaloi dan memuaskan.


NASIONAL

HARI SABTU 6 MEI 2017

13

Lebih 300 warga Kementerian Pertahanan hadiri Ceramah Khas Israk Mikraj Bekas pekerja BSP didapati bersalah Siaran Akhbar : Biro Mencegah Rasuah (BMR) BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 4 Mei. - Mahkamah Tinggi, Bandar Seri Begawan telah menjatuhkan hukuman ke atas Dayang Hajah Latifah binti Haji Junaidi, seorang warganegara tempatan, bekas pekerja Syarikat Brunei Shell Petroleum (BSP) Sdn. Bhd. yang berjawatan Stock Analyst Buyer di Jabatan Supply Chain Management (SCM). Menurut Siaran Akhbar Biro Mencegah Rasuah (BMR), pada 2 Mei lalu, tertuduh telah mengaku bersalah di hadapan Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Gareth Lugar-Mawson bagi 35 pertuduhan di bawah Bab 6(a) dibaca bersama Seksyen 7(1) Akta Pencegahan Rasuah (penggal 131). Tertuduh juga bersetuju bagi 67 pertuduhan lain, di bawah Bab yang sama bagi Akta Pencegahan Rasuah untuk diambil kira bagi penjatuhan hukuman. Tertuduh memutuskan untuk tidak meneruskan perbicaraan yang pada mulanya telah ditetapkan pada 1 Mei 2017 di Mahkamah Tinggi dan telah mengaku bersalah terhadap kesemua tuduhan tersebut. Hasil siasatan BMR mendapati bahawa di antara Oktober 2005 sehingga Januari 2009, Dayang Hajah Latifah binti Haji Junaidi telah secara tidak jujur menerima wang rasuah berjumlah BND51,408.00 daripada Steve Liew, iaitu seorang jurujual dari Musfada Enterprise, sebagai ganjaran untuk membuat pesanan purchase order bagi pembelian peralatan keselamatan kecemasan untuk syraikat BSP, di mana pembelian itu berhubungan dengan kontrak syarikat itu bersama BSP. Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Gareth Lugar-Mawson telah menjatuhkan hukuman tiga tahun dan lapan bulan penjara bagi setiap pertuduhan. Mahkamah memerintahkan agar hukuman dijalankan secara serentak, di mana hukuman berkuat kuasa dari tarikh 2 Mei 2017, di samping itu, mahkamah mengarahkan tertuduh untuk membayar denda sebanyak BND36,073.00 dalam tempoh enam bulan dan jika gagal, tertuduh dikenakan hukuman penjara tambahan selama enam bulan. Mahkamah juga mengarahkan tertuduh untuk membayar kos pendakwaan sebanyak BND75,000.00 dalam tempoh tiga bulan dan jika gagal, tertuduh dikenakan hukuman penjara tambahan selama tiga bulan. Pihak pendakwaan telah diketuai oleh Dato Seri Setia Davindher Singh bersama-sama dengan pegawai-pegawai dari firma guaman Drew & Napier, LLC, Singapore dan pegawai-pegawai dari Pejabat Peguam Negara.

TIMBALAN Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit (tiga, kiri) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj anjuran Kementerian Pertahanan.

Berita dan Foto : Haji Ariffin bin Mohamad Noor / Morshidi BERAKAS, Jumaat, 5 Mei. - Sempena memperingati Israk dan Mikraj junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Kementerian Pertahanan hari ini telah mengadakan majlis seumpamanya yang diadakan di Surau Ad-Difa, Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, di sini. Majlis yang dimulakan dengan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah yang dihadiri sama oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit selaku tetamu kehormat. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata

Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Abd. Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar; Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi) serta Pengarah-Pengarah Tentera dan Awam, pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Israk bermula dari Ayat 13 hingga 19 yang dibacakan oleh imam surau berkenaan Awang Zulfadhli bin Haji Awang.

Seterusnya diikuti dengan sesi Kuliah Subuh yang bertemakan 'Iman Kukuh, Akidah Kukuh' yang disampaikan oleh penceramah undangan Da'ie Majlis Ugama Islam Brunei, Awang Hilman bin Haji Salim. Antara inti pati yang disampaikan menerusi kuliah tersebut ialah pengajaran-pengajaran semasa peristiwa agung Israk dan Mikraj Baginda Rasullullah yang mana telah diperlihatkan beberapa keadaan sebagai iktibar dan pengajaran kepada seluruh umat Islam serta tanda kebesaran Allah Subhanahu Wata'ala. Lebih 300 orang hadir pada majlis tersebut yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan, pegawaipegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Pameran bruneihalalfoods tarik pelancong Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Dk. Nurhafilah Pg. Osman JERUDONG, Jumaat, 5 Mei. Sekumpulan pelancong daripada Korea Selatan berpeluang mencuba pelbagai produk 'bruneihalalfoods' terbaharu pada pameran produk berkenaan yang berlangsung di The Empire Hotel & Country Club. Pameran anjuran Ghanim International Corporation Sendirian Berhad dengan kerjasama Sinar Tour Co. Ltd. itu memperkenalkan pelbagai daging halal dari produk tersebut termasuk Peri Peri Chicken Wings, Tikka Marinated Chicken Thighs, Southern Fried Chicken Goujons dan Coconut & Lime Chicken Goujons. Hadir selaku tetamu kehormat pada

pameran berkenaan ialah Timbalan Menteri Kewangan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Ghanim International Corporation, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah. Tetamu kehormat dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa gembira menyaksikan pelancongpelancong antarabangsa menikmati produk tempatan. Beliau menambah, pameran berkenaan dapat menjadi platform untuk mendapatkan pandangan yang signifikan berhubung dengan penerimaan produk dan berharap ia akan mempercepatkan kemasukan

produk bruneihalalfoods ke pasaran Korea Selatan. 'Bruneihalalfoods' pada masa ini telah mempunyai lebih 30 produk yang dijual di pasaran negara ini termasuk pilihan makanan ayam beku yang dihasilkan di kilang makanan Ghanim International yang terletak di United Kingdom. Produk 'bruneihalafoods' juga boleh didapati di Bilik Pameran Jualan, Ibu Pejabat Ghanim International Corporation yang terletak di Kompleks Mata-Mata. Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk 'bruneihalalfoods' bolehlah menghubungi ibu pejabat Ghanin International melalui talian +673 2450279.

TIMBALAN Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah (kanan) selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Ghanim International Corporation menyampaikan hadiah kepada pelancong yang bertuah.

Pemahaman mengenai Hak Milik Strata meningkat

PEGAWAI Tanah, Dayang Bilkis Sa'ar binti Haji Kabri menyampaikan 'Pengenalan Akta Hak Milik Strata'.

TEMBURONG, Khamis, 4 Mei. - Siri Jerayawara Pembarigaan Pelaksanaan Hak Milik Strata di bawah Akta Kanun Tanah (Strata) diteruskan lagi ke

Daerah Temburong yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Bumiputera Pekan Bangar, di sini. Beberapa Sesi Taklimat bagi menerangkan dengan lebih terperinci mengenai kelebihan hak milik strata dan juga prosedur-prosedur yang berkaitan mengenai 'Pengenalan Akta Hak Milik Strata' yang disampaikan oleh Pegawai Tanah, Dayang Bilkis Sa'ar binti Haji Kabri, manakala taklimat bertajuk 'Proses Pecah Bahagi Bangunan Strata' disampaikan oleh Juru Ukur dari Jabatan Ukur, Awang Mohammad Hifney bin Haji Abdul Rahman. Hadir pada majlis ini Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohammad Amir Hairil bin Haji Mahmud; Pesuruhjaya Tanah, Datin Hajah Zainon binti Abang Haji Omarzuki; Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Pembangunan, Ketua-Ketua Cawangan JabatanJabatan Kerajaan Daerah Temburong,

Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta para pengusaha di daerah ini. Objektif utama pelaksanaan jerayawara ini adalah bagi memberikan pemahaman mengenai hak milik strata dan menyebar luaskan Akta Hak Milik Strata yang merupakan Akta Kanun Tanah (Strata) Penggal 189 yang telah dikuatkuasakan pada 1 Julai 2009. Semasa ditemui, Pegawai Tanah dari Jabatan Tanah, Dayang Bilkis Sa'ar binti Haji Kabri menjelaskan setelah mengadakan dua jerayawara sebelum ini di Daerah Brunei Muara bagi agensi-agensi kerajaan dan badanbadan profesional, dan kali ketiga di Daerah Temburong, pihaknya mendapati terdapat peningkatan pemahaman orang ramai terhadap permohonan pecah bahagi bangunan hak milik strata dan seterusnya pihaknya akan meneruskan lagi sesi jerayawara yang sama ke daerah lain.

Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain

TURUT hadir, Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohammad Amir Hairil bin Haji Mahmud (tiga, kanan) dan Pesuruhjaya Tanah, Datin Hajah Zainon binti Abang Haji Omarzuki (kanan).


14

JAWATAN KOSONG

HARI SABTU 6 MEI 2017

TARIKH IKLAN : 6 MEI 2017. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 MEI 2017. BILANGAN IKLAN : 38 / 05 / 2017 (SPA / BIKL).

PERATURAN 7 (a) GAJI HARI Syarat-Syarat Am : a) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. b) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian ugama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam. c) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di negara ini. d) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

PEMBERITAHUAN : 1. Penggunaan Borang SPA / 1 a. Semua permohonan hendaklah dengan mengisikan borang SPA / 1.

KELAYAKAN MINIMUM : 1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perundangan. 2. Mempunyai kelulusan profesional seperti Barrister-at-law atau Solicitor atau Certificate in Legal Practice atau sebanding yang diiktiraf sebagai Qualified Person, sepertimana yang terkandung di dalam Akta Ikhtisas Peguam Penggal 132 dan mana-mana Peraturan di bawahnya. 3. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 4. Berkebolehan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENASIHAT UNDANG-UNDANG : 1. Penasihat kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai perkara undang-undang domestik dan antarabangsa. 2. Menjalankan pendakwaan bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 3. Mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mana-mana tindakan sivil. 4. Mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mesyuarat-mesyuarat perbincangan perjanjian-perjanjian antarabangsa. 5. Menggubal dan menyelidik undang-undang. 6. Menjalankan tugas sebagai Pendaftar di bawah undang-undang yang ditadbir oleh Pejabat Peguam Negara. 7. Bertanggungjawab ke atas kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa. NOTA : Pemohon hendaklah melengkapkan borang SPA 1 dan menyertakan salinan-salinan surat beranak, kad pintar, surat-surat akuan, sijil-sijil yang berkenaan, dua keping gambar berukuran pasport dan dihantar ke alamat berikut :

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH1 : BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN PEJABAT PEGUAM NEGARA TINGKAT 2, BANGUNAN UNDANG-UNDANG DAN MAHKAMAH-MAHKAMAH JALAN RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA BANDAR SERI BEGAWAN, BA1910 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH 1 ADALAH PADA 20 MEI 2017.

1. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang

dikendalikan

oleh

yang

dihadapkan

bersama

badan-badan borang

profesional permohonan

b. Semua pemohon dikehendaki mengisikan satu (1) Borang

hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha

SPA / 1 khusus untuk satu (1) jawatan sahaja - kecuali jawatan

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan

adalah dari jabatan yang sama.

Negara Brunei Darussalam (selepas ini dipanggil kerajaan).

c. Permohon yang memohon lebih dari satu (1) jawatan dikehendaki untuk mengisikan borang SPA / 1 mengikut jumlah jawatan yang dipohonkan - kecuali jawatan adalah dari jabatan yang sama. d. Borang SPA / 1 boleh didapati dilaman sesawang Pejabat

GH1. PENASIHAT UNDANG-UNDANG PEJABAT PEGUAM NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI B.2 EB.3 [BAHAGIAN II] KEKOSONGAN = 5

g. Bagi iklan jawatan bilangan GH 1 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA / 1.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (www.spa.gov.bn) Klik 'Muat Turun', kemudian pilih Borang SPA / 1 dan

2. Empat (4) kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran

Brunei

hendaklah

diperoleh

-

Cambridge dalam

tempoh

Peringkat

Biasa

dua

tahun

(2)

berturut-turut. 3. Permohonan yang lewat tidak akan dilayan. 4.

Maklumat

mengenai

yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil,

di pejabat-pejabat kerajaan dan pusat awam seperti berikut :

menghadapkan permohonan borang SPA / 1 untuk pengesahan. f. Pemohon hendaklah menyertakan dua keping gambar terkini berukuran pasport.

juga

boleh

kosong

serta

e. Sijil-sijil Akademik asal (asli) hendaklah dibawa semasa

permohonan

jawatan

dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.

borang-borang

iklan-iklan

diperoleh

• Pejabat Daerah Belait; • Pejabat Daerah Temburong; • Pejabat Daerah Tutong; •

Jabatan

Buruh,

Bahagian

Perkhidmatan

Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.

Pekerjaan


JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK JABATAN PERDANA MENTERI

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MUBILANGAN TAWARAN : JPE / LTK / PDP / 007 / 2017 TAJUK TAWARAN : SUPPLY AND DELIVERY OF 35 FEET TUBULAR GALVANISED STEEL POLES C/WA ACCESSORIES BILANGAN TAWARAN : JPE / LTK / PDP / 008 / 2017 TAJUK TAWARAN : SUPPLY AND DELIVERY OF 11KV 300MCM/3C AERIAL SELF-SUPPORTING CABLE BILANGAN TAWARAN : JPE / LTK / PDP / 011 / 2017 TAJUK TAWARAN : SUPPLY AND DELIVERY OF 185MM2/4C+25MM2 CABLE Tarikh tutup : 16 Mei 2017, SELASA (JAM 2.00 PETANG) Yuran tawaran : BND30.00

(tidak dikembalikan) Tempat tutup : 'TENDER BOX' LEMBAGA TAWARAN KECIL JABATAN PERDANA MENTERI JALAN MENTERI BESAR BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

Pembangunan semasa mengambil dokumen di Kaunter Unit Pendaftaran, Bahagian Perdagangan, Tingkat 1, Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

Kelayakan : PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN Kategori : P01 ATAU P05 Kelas : I, II, III, VI ATAU V DOKUMEN-DOKUMEN tawaran dan penerangan-penerangan yang lanjut boleh diperoleh di Kaunter Unit Pendaftaran, Bahagian Perdagangan, Tingkat Satu, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri.

JP / SH22 / 2017 - 2018 REPLACEMENT OF DEFECTIVE SPLIT TYPE AIR CONDITIONING UNITS AT HEADQUARTERS, GATE HOUSE AND SERASA FERRY TERMINAL, PORTS DEPARTMENT 1. TENDERERS are invited from supplier company who registered with Ministry of Development, Negara Brunei Darussalam under Work Category MO1 (5j) and Class I and II. 2. Tender document can be obtained from : Tender and Quotation Unit 2nd Floor, Head Quarters Building Ports Department, Muara, BT1728 Negara Brunei Darussalam. Monday until Thursday 8.00 Am until 11.00 Am 1.30 Pm until 2.30 Pm Saturday, 8.00 Am until 10.00 Am TIME AND PLACE FOR SUBMISSION OF TENDERS : 3. The tender(s) must be sent in a sealed, plain envelope with the following requirements : a) JP / SH22 / 2017 - 2018 - REPLACEMENT OF DEFECTIVE SPLIT TYPE AIR CONDITIONING UNITS AT HEADQUARTERS, GATE HOUSE AND SERASA FERRY TERMINAL, PORTS DEPARTMENT must be clearly written on the front side of the envelope. b) The envelope used must NOT bare the name or logo of any company of supplier. c) The envelope must be put inside "PETI SEBUT HARGA" addressed to : The Chairman Quotation Committee 2nd Floor, Head Quarters Building Ports Department, Muara, BT1728 Negara Brunei Darussalam. d) The tenders will be received only until WEDNESDAY, 10 MAY 2017 at 2.00 Pm. INSTRUCTION TO TENDERERS JP / T3 / 2017-2018

'TENDER BOX' LEMBAGA TAWARAN KECIL JABATAN PERDANA MENTERI JALAN MENTERI BESAR BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

BILANGAN TAWARAN : JPE / LTK / PDP / 009 / 2017 TAJUK TAWARAN : SUPPLY AND DELIVERY OF 11KV 185MM2/3C XLPE/LS UNDERGROUND CABLE

Kelayakan : PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN Kategori : P05 Kelas : I, II, III, VI, ATAU V

BILANGAN TAWARAN : JPE / LTK / PDP / 0010 / 2017 TAJUK TAWARAN : SUPPLY AND DELIVERY OF 11KV 300MM2/3C XLPE/LS UNDERGROUND CABLE

DOKUMEN-DOKUMEN tawaran dan penerangan-penerangan yang lanjut boleh diperoleh di Kaunter Unit Pendaftaran, Bahagian Perdagangan, Tingkat Satu, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri.

Tarikh tutup : 16 Mei 2017, SELASA (JAM 2.00 PETANG)

PERHATIAN : * Sila bawa salinan sijil pendaftran di Kementerian Pembangunan semasa mengambil dokumen di Kaunter Unit Pendaftaran, Bahagian Perdagangan, Tingkat 1, Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

Yuran tawaran : BND100.00 (tidak dikembalikan)

PERHATIAN : * Sila bawa salinan sijil pendaftran di Kementerian

Tempat tutup :

MAHKAMAH PEGAWAI WARIS TUTONG DAN TEMBURONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

JABATAN PELABUHAN KEMENTERIAN PERHUBUNGAN INSTRUCTION TO TENDERERS

15

IKLAN

HARI SABTU 6 MEI 2017

SAMBUTAN PERARAKAN JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENAIKI TAKHTA - Kelengkapan dan Kemudahan Penuntut termasuk Tandas Awam

DI DALAM MAHKAMAH

NO. TEMB / LA / 06 / 2017

PEGAWAI WARIS TUTONG KENYATAAN SURAT KUASA PUSAKA

BAHAWA permohonan kepada mahkamah

NO. T / LA / 013 / 2017

ini telah diperbuat oleh HAZIMAH BIN HAJI AYOP / ROSLI kerana minta

1. Tenderers are invited from Supplier Company who registered with Ministry of Development, Negara Brunei and Certificate 16 and 17, FORM X for Private Limited Company 2. Tender document can be obtained from : Tender and Quotation Unit 2nd Floor, Head Quarters Building Ports Department, Muara, BT1728 Negara Brunei Darussalam. Monday until Thursday 8.00 Am until 11.00 Am 1.30 Pm until 2.30 Pm Saturday, 8.00 Am until 10.00 Am

KENYATAAN

Surat Kuasa kepada harta pusaka yang

BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh NORMALA BINTI HAJI KAMALUDIN kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka

dipunyai

oleh

HAJAH

DAYANG

KILONG BINTI HAJI KARIM @ HAJAH

NORMAH yang

/

HAJAH

telah

meninggal

yang dipunyai oleh KEFLI BIN TUAH

KHALISAH

yang telah meninggal dunia di dalam

dunia di dalam NEGARA BRUNEI

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si

dengan sebab, iaitu si pemohon ialah

pemohon ialah ANAK kepada si mati.

BALU kepada si mati.

Oleh

Oleh

itu,

kenyataan

diberi

bahawa

itu,

kenyataan

permohonan

ini

diberi

akan

bahawa

didengarkan

Approved tenderer is to pay a tender document fee of BND10.00 in cash. The tender document fee is government charge and non-refundable.

permohonan ini akan didengarkan di dalam

di

MAHKAMAH

TEMBURONG pada 20 MEI 2017,

TIME AND PLACE FOR SUBMISSION OF TENDERS : 3. The tender(s) must be sent in a sealed, plain envelope with the following requirements : a) JP / T3 / 2017 - 2018 - SAMBUTAN PERARAKAN JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENAIKI TAKHTA Kelengkapan dan kemudahan penuntut termasuk Tandas Awam must be clearly written on the front side of the envelope. b) The envelope used must NOT bare the name or logo of any company of supplier. c) The envelope must be put inside "PETI SEBUT HARGA" addressed to :

Orang-orang yang berhak di dalam harta

The Chairman Quotation Committee 2nd Floor, Head Quarters Building Ports Department, Muara, BT1728 Negara Brunei Darussalam. d) The tenders will be received only until TUESDAY, 9 MAY 2017 at 2.00 Pm.

DAERAH

TUTONG

pada 13 MEI 2017, jam 9.00 Pagi. pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas.

dalam

MAHKAMAH

DAERAH

jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu

Sesiapa yang berhajat hendak membantah

dan tempat yang tersebut di atas.

permohonan itu bolehlah menghantar surat

Sesiapa yang berhajat hendak membantah

bantahan ke MAHKAMAH PEGAWAI

permohonan itu bolehlah menghantar surat

WARIS, TUTONG sebelum tarikh yang

bantahan ke MAHKAMAH PEGAWAI

tersebut di atas. Tarikh : 2 Mei 2017.

WARIS,

DK. NORAFIDAH BINTI PG. HAJI BUNGSU B/P. TIMBALAN PEGAWAI WARIS, TUTUNG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS TEMBURONG

DAERAH

TEMBURONG

sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 26 April 2017.

MOHAMAD JAZMI BIN HAJI MOHAMAD KAMEL PENDAFTAR MAHKAMAH RENDAH B/P. TIMBALAN PEGAWAI WARIS, TEMBURONG

SURAT KUASA PUSAKA

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.


16

IKLAN

HARI SABTU 6 MEI 2017


HARI SABTU 6 MEI 2017

IKLAN

17


18

IKLAN

HARI SABTU 6 MEI 2017


RENCANA

HARI SABTU 6 MEI 2017

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja yang lain berkenan berangkat menyertai acara berbasikal ketika melintasi Masjid Omar 'Ali Saifuddien.

Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Hj. Md. Noor Foto : Jabatan Penerangan AMAN Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien akan melakar satu lagi sejarah yang indah dan gemilang apabila raja yang dikasihi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta ahli-ahli kerabat diraja akan berkenan berangkat bercemar duli menyertai Acara Riadah dan Kayuhan Keluarga Harmoni yang akan diadakan esok, 7 Mei dan merupakan kemuncak Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2017 (HKK2017). Fokus sambutan Hari Keluarga pada tahun ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pentingnya rasa kasih sayang di antara ahli keluarga untuk menjana kebahagiaan dan keharmonian keluarga dan rumah tangga dan menggalakkan setiap lapisan masyarakat untuk mengukuhkan lagi

T

jalinan kasih sayang dan hubungan silaturahim di antara semua ahli keluarga sama ada yang dekat mahupun yang jauh membawa makna kepentingan mempunyai keluarga penyayang, bersatu padu, memeduli di antara satu sama lain, saling hormat-menghormati, berkomunikasi dengan baik serta memikul tanggungjawab bersama demi menjamin masa depan keluarga, masyarakat dan negara Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia setentunya akan menggembirakan dan menambahkan wajah-wajah ceria pada setiap mereka yang menyertai acara bersejarah itu nanti. Inilah dia seorang raja berhati dan berjiwa rakyat. Perkara seperti ini mungkin tidak pernah terjadi di mana-mana pun di dunia ini. Keberangkatan baginda menyertai acara penuh bermakna ini nanti, adalah penyertaan kali keempat. Baginda telahpun menyertai kayuhan basikal pada 14 Ogos 2016 sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda

19

Kayuhan Keluarga Harmoni erat kasih raja dan rakyat yang Ke-70 Tahun, kemudian baginda menyertai pada 30 Oktober 2016, sempena Sambutan Memperingati Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei menjadi Bandar Seri Begawan Ke-46 dan Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-11 juga Acara Kayuhan Semangat Hari Kebangsaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 pada 26 Februari 2017. Beberapa rakyat yang ditemui berkongsi pandangan bahawa kecerdasan dan kecergasan baginda turut menjadi inspirasi kepada semua golongan masyarakat untuk terus aktif serta proaktif demi memajukan bangsa dan negara dalam mengajak kita sama-sama mempraktikan ke arah kehidupan bergerak aktif serta gaya hidup sihat dan

kita sangat beruntung mempunyai raja serta pemimpin yang mengutamakan kesejahteraan dan kesihatan. MENJAYAKAN Menyentuh mengenai sambutan pada tahun ini membawa tema 'Keluargaku Penyayang Negara Gemilang' yang membawa makna kepentingan mempunyai keluarga penyayang, bersatu padu, memeduli di antara satu sama lain, saling hormat menghormati, berkomunikasi dengan baik serta memikul tanggungjawab bersama demi menjamin masa depan keluarga, masyarakat dan negara. Menurut pihak penganjur, Riadah dan Kayuhan Keluarga Harmoni itu nanti akan menggunakan beberapa batang jalan raya di Bandar Seri Begawan melintasi beberapa

bangunan bangunan ikonik dan bersejarah seperti Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bangunan Lapau, Bangunan Jabatan Perdana Menteri dan Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja. yang juga merupakan tempat-tempat kegemaran bagi kunjungan para pelancong. Sambutan HKK2017 akan diselenggarakan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, badan-badan korporat dan organisasi bukan kerajaan termasuk di peringkat akar umbi. Sama-samalah kita memeriahkan Acara Riadah dan Kayuhan Keluarga Harmoni sempena Sambutan HKK2017.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja yang lain berkenan menyertai acara berbasikal bersama rakyat dan penduduk di negara ini.


20

RENCANA

HARI SABTU 6 MEI 2017

'Keluargaku Penyayang, Negara Gemilang' Oleh : Ak. Jefferi Pg. Durahman Foto : Jabatan Penerangan

M

ENGINGINKAN sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni adalah impian semua manusia. Sesebuah keluarga tidak mungkin bahagia jika dibina tanpa asas akidah Islam. Begitu juga di dalam menjaga hubungan kekeluargaan dan bantu-membantu di antara satu sama lain sebagai ahli keluarga sendiri. Ini merupakan konsep kehidupan yang perlu dilaksanakan oleh seluruh masyarakat Islam terutama sekali kepada ketua keluarga. Pembinaan keluarga bahagia mestilah menerapkan cara hidup yang positif berlandaskan ilmu dan nilai-nilai yang baik. Dalam kehidupan, setiap insan mempunyai cara hidup tersendiri untuk menentukan kebahagiaan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memperingati umat Islam dengan sabdanya yang bermaksud : ''Aku berpesan kepada umatku baik yang hadir mahupun yang tidak hadir, mahupun yang kini mereka masih berada dalam tulang sulbi ayah atau rahim ibu mereka hingga hari kiamat, hendaklah mereka menjalin silaturahim dengan sanak-saudara dan kerabat mereka, kerana silaturahim merupakan sebahagian dari agama.'' Pembentukan keluarga bahagia mestilah berlandaskan ajaran Islam. Lantaran itu, Islam mengajar bahawa keluarga yang bahagia dan sejahtera tidak dapat dibentuk dengan memusatkan kehidupan pada prinsip buatan manusia. Isu sosial semasa di mana-mana jua di dunia ini yang merangkumi permasalahan individu, keluarga, masyarakat dan negara perlu diatasi dengan bijaksana dan cara yang terbaik. Permasalahan kekeluargaan seperti perceraian dalam keluarga membabitkan suami isteri juga semakin meningkat. Kehidupan yang terlalu mengutamakan harta benda, kerja dan keseronokan hawa nafsu juga penyumbang pada masalah dalam keluarga. Selain itu, kehidupan yang mementingkan hiburan dan kebebasan sosial dikatakan faktor sampingan yang membawa pada masalah dalam rumah tangga. Sebagai seorang ketua keluarga mereka perlulah mempamerkan contoh atau teladan yang baik dalam keluarga untuk dikuti dan dicontohi oleh anak-anak dan isteri serta menjiwai dan mengamalkan sifat-sifat mulia dan murni tersebut.Namun, pada hari ini, kita sering melihat gejala sosial dan keruntuhan akhlak dalam kalangan anak-anak kian

meruncing akibat daripada masyarakat yang kurang menjiwai dan menjaga akhlak sepertimana yang dianjurkan oleh Junjungan Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Oleh itu, dalam mendepani situasi sedemikian tanggungjawab ketua keluarga tidak boleh dipandang ringan dan sangat besar dalam menjadi contoh yang baik bagi menjamin kebahagiaan dalam institusi keluarga. Seperti mana tema Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2017 tahun ini, yang akan diraikan pada 7 Mei, membawa tema 'Keluargaku Penyayang, Negara Gemilang' tema berkenaan membawa makna mengenai kepentingan mempunyai keluarga penyayang, bersatu padu, memeduli di antara satu sama lain, saling menghormati, berkomunikasi dengan baik serta memikul tanggungjawab bersama demi menjamin masa depan keluarga, masyarakat dan negara. Seterusnya, sebagai ketua keluarga, seseorang bapa atau suami tersebut mestilah berusaha sedaya upaya mencari rezeki yang halal untuk anak-anak dan isteri. Setiap makanan dan minuman yang diberikan kepada anak-anak dan isteri akan menjadi darah daging. Jika makanan itu diperoleh daripada sumber yang tidak halal sama ada makanan tersebut sendiri yang tidak halal atau dibeli dengan cara yang tidak halal, maka ia akan merosakkan jiwa kita, anak-anak dan isteri. Ia juga akan memberi kesan pada pembentukan akhlak anak-anak. Sehubungan itu, adalah amat penting bagi ketua keluarga menjaga punca rezeki serta makanan mereka supaya cahaya keimanan mudah masuk ke dalam hati sanubari dan terpelihara daripada azab neraka. Anak-anak diibaratkan seperti kain putih, terpulang kepada ibu bapa untuk mencorakkan anak-anak mereka. Ini bermakna ibu bapa harus bertindak sebagai teraju utama dalam membentuk sahsiah anak-anak yang merupakan asas dalam pembinaan masyarakat penyayang. Ketua keluarga juga harus memperuntukkan masa untuk bersama ahli keluarga kerana ia adalah amat penting dalam institusi rumah tangga. Masa dianggap sebagai penting untuk kita mengambil berat tentang anak-anak agar mereka tidak merasa kesunyian ketika mereka mengahadapi masalah dalam perlajaran, persekitaran dan sebagainya. Suami juga mesti meluangkan masa yang sebaiknya untuk isteri dengan

GAMBAR HIASAN... Meluangkan masa sesama keluarga dengan melakukan aktiviti menyeronokkan mampu mengukuhkan kasih sayang sesama mereka.

GAMBAR HIASAN... KETUA keluarga memainkan peranan penting dalam membina kasih sayang dalam diri anak-anak.

berbincang masalah yang timbul dalam rumah tangga agar masalah berkenaan mampu diselesaikan dengan baik. Kasih sayang akan memberi semangat dan pendorong dalam menghadapi kerenah dan perangai anak-anak. Bayangkan jika seorang ayah tiada rasa cinta pada anak, mereka akan melihat anak tersebut umpama kayu dan batu. Bahkan mereka mungkin akan menyifatkan anak sebagai beban yang menyusahkan. Dalam hal ini, sebagai ketua keluarga, cubalah berkongsi pengalaman dan membina kasih sayang dengan memahami dan membimbing kemahuan mereka. Bantulah mereka dengan mencari keyakinan diri dan sentiasa menggalak serta mengasah potensi diri mereka. Marilah kita menanamkan azam dan menguatkan tekad untuk menjadi ketua keluarga yang cemerlang yang sentiasa melaksanakan kewajipan terhadap perintah Allah Subhanahu Wata'ala. Kemuncak kebahagiaan dalam berkeluarga ialah apabila setiap anggotanya membudayakan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian. Bukan mudah untuk mencapainya, namun yang dituntut itu adalah usaha kita. Ambil masa dan marilah kita renung sejenak firman Allah Subhanahu Wata'ala yang bermaksud : ''Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga), dan kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka, tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya''. (Surah At- Tur, ayat 21). Keluarga sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia merupakan asas dalam

pembinaan masyarakat dan negara yang sejahtera. Pembangunan keluarga perlu difahami sebagai prinsip asas ke arah membina keluarga bahagia. Pembinaan akhlak yang baik juga menjadi penyumbang pada pembentukan keluarga yang bahagia dan sejahtera. Pembentukan iman, akhlak dan amal yang baik akan menjurus pada kehidupan yang bahagia. Di negara kita Brunei Darussalam fokus sambutan Hari Keluarga pada tahun ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pentingnya rasa kasih sayang di antara ahli keluarga untuk menjana kebahagiaan dan keharmonian keluarga dan rumah tangga. kesedaran mengenai Sambutan HKK 2017 harus dipertingkatkan bagi menggalakkan setiap lapisan masyarakat untuk mengukuhkan lagi jalinan kasih sayang dan hubungan silaturahim di antara semua ahli keluarga sama ada yang dekat mahupun yang jauh. Justeru, banyak perkara perlu diperhalusi termasuk membentuk sikap dan nilai murni yang menjadi tonggak ke arah memantapkan integriti masyarakat. Tumpuan pembentukan nilai murni seharusnya bermula dari peringkat awal dan ibu bapa adalah pembimbing yang terbaik bagi menentukan hala tuju sesebuah keluarga apatah lagi kini cabaran membina keluarga sudah jauh berubah sejajar dengan pemodenan negara, dan persoalannya sekarang berjaya atau gagal di dalam membina sesebuah keluarga yang penyayang membawa pada negara cemerlang terletak kepada peneraju / ketua di dalam sesebuah rumah tangga.


NASIONAL

HARI SABTU 6 MEI 2017

Beri laluan kepada penunggang basikal dan pelari

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad selaku Pengerusi MKKJR dan Pengarah Pengangkutan Darat, Dr. Haji Supry bin Haji Awang Ladi selaku Timbalan Pengerusi II MKKJR ketika meninjau lokasi kemalangan yang melibatkan seorang penunggang basikal di kawasan jalan susur dari Lapangan Terbang Antarabangsa menuju ke pembahagian jalan ke Lambak dan jambatan ke Manggis kompleks.

Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

BERAKAS, Khamis, 4 Mei. - Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) mengadakan lawatan ke lokasi kemalangan yang melibatkan seorang penunggang basikal di kawasan jalan susur dari Lapangan Terbang Antarabangsa menuju ke pembahagian jalan ke Lambak dan jambatan ke Manggis kompleks pada

1 Mei lalu. Hadir mengetuai lawatan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad selaku Pengerusi MKKJR. Turut hadir ialah Pengarah Pengangkutan Darat, Dr. Haji Supry bin Haji Awang Ladi selaku Timbalan

Pengerusi II MKKJR serta Ahli-ahli 'Core Group' MKKJR. Lawatan ke tempat kemalangan tersebut adalah lawatan-lawatan yang lazimnya dilakukan dengan tujuan untuk mengenal pasti langkah pembaikan yang perlu dibuat oleh MKKJR melalui agensi-agensi yang berkenaan. Sepanjang tahun 2017, sebanyak 1,023 kemalangan melibatkan lima penunggang basikal dan dua pejalan kaki, daripada jumlah tersebut, 10 orang terkorban, yang melibatkan

21

Mesyuarat Agung BDAIDSCouncil 7 Mei Siaran Akhbar : Majlis AIDS Brunei Darussalam BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 4 Mei.- Majlis AIDS Brunei Darussalam kini dikenali dengan singkatan BDAIDSCouncil, bukan lagi BDAC. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dengan Pusat Timbangtara Brunei Darussalam. Sehubungan itu, BDAIDSCouncil akan menganjurkan Mesyuarat Agung Ke-8 pada Ahad, 7 Mei, di Pusat Promosi Kesihatan, Berakas. BDAIDSCouncil menjemput semua ahli dan sukarelawan untuk menghadiri mesyuarat agung untuk memilih Ahli Jawatankuasa Eksekutif Baharu bagi Penggal 2017 - 2019. Menurut BDAIDSCouncil, mesyuarat tersebut akan bermula pada jam 2.00 petang, walau bagaimanapun ahli-ahli dan mereka yang berminat untuk menyertai majlis tersebut bolehlah hadir di Pusat Promosi Kesihatan dari jam 12.30 tengah hari dan seterusnya mendaftar serta memperbaharui keahlian mereka. Presiden Majlis AIDS Brunei Darussalam, Yang Berhormat Awang

Iswandy bin Ahmad dijangka akan mempengerusikan mesyuarat tersebut sebelum Majlis Pembubaran Ahli Jawatankuasa Eksekutif 2015 - 2017. Acara tersebut juga akan menyaksikan Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi Tahun 2015 - 2017, Jawatankuasa Kelab Penyinar, Ahli-ahli korporat juga Wakil-wakil Media. Majlis juga akan menyaksikan Pelantikan BDAIDSCouncil dan Menganjurkan HIV Media sosial untuk Tahun 2017. Wakil-wakil dari pihak berkepentingan dijangka akan menghadiri majlis tersebut terdiri dari sektor kerajaan dan swasta, iaitu Pusat Promosi Kesihatan (HPC) di bawah Kementerian Kesihatan; Kementerian Pelajaran; Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Standard Chartered Bank dan Pusat Perubatan Taman Jerudong (JPMC).

seorang pejalan kaki. Ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar menasihatkan para penunggang basikal, pelari dan pejalan kaki untuk sentiasa berwaspada dan lebih berhati-hati serta sentiasa peka bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. "Pemandu-pemandu kenderaan dinasihatkan untuk bertimbang rasa serta berwaspada ketika berada di persimpangan jalan serta beri jarak minimum 1.5 meter kepada penunggang basikal, pejalan kaki dan pelari apabila melintasi pengguna-pengguna jalan raya ini," jelasnya lagi. Dalam hal tersebut, satu advisory leaflet akan dikeluarkan oleh MKKJR, yang mana leaflet berkenaan

mengandungi nasihat-nasihat yang jelas mengenai tanggungjawab sebagai pemandu kenderaan, sebagai penunggang basikal dan pelari di tepi jalan raya serta tatacara yang betul apabila berada di jalan raya, tambah beliau. Bagi menangani isu-isu keselamatan yang berbangkit MKKJR telah bersidang dan merangka satu pendekatan bagi mengenal pasti zon-zon yang dibenarkan serta zon-zon yang tidak dibenarkan untuk orang ramai berbasikal juga pelari, jelas Setiausaha Tetap lagi. Namun jelas beliau lagi, ia adalah terkecuali bagi program-program atau acara riadah berbasikal, larian atau maraton dan walkaton yang sudah mendapat kebenaran awal daripada pihak-pihak yang berkenaan.

HALUAN

Lelaki warganegara Malaysia didakwa Siaran Akhbar : Biro Mencegah Rasuah BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 4 Mei. - Seorang lelaki warganegara Malaysia, Pengarah Urusan Syarikat Voon Hua Hardware Sdn. Bhd. Chieu Vun Thian mengaku tidak bersalah atas dua (2) pertuduhan di bawah Bab 420 dibaca bersama Bab 109 Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22) semasa dihadapkan di Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan. Siasatan yang dijalankan oleh Biro Mencegah Rasuah (BMR) mendedahkan bahawa pada sekitar bulan September 2008, Chieu Vun Thian telah bersubahat dengan Mohd. Azam Zaki bin Haji Mohd. Zain, yang pada masa itu bekerja di Syarikat Brunei Shell Petroleum (BSP) Sdn. Bhd. berjawatan 'Scheduler' di East Operation Department (EOP) untuk menipu BSP. Pihak BSP telah ditipu untuk membeli 22 set Master Toolset Proto 99663 termasuk kabinet sehingga pihak BSP mengeluarkan 22 Purchase Order kepada Syarikat Voon Hua Hardware Sdn. Bhd. untuk membekalkan set-set yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Ekoran daripada penipuan tersebut, pihak BSP telah meluluskan dua kali pembayaran yang masing-masing berjumlah BND133,000.00 (Seratus Tiga Puluh Tiga Ribu Ringgit Brunei) dan juga BND21,000.00 (Dua Puluh Satu Ribu Ringgit Brunei) kepada Syarikat Voon Hua Hardware Sdn. Bhd. Majistret Kanan, Haji Nabil Daraina bin Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin menetapkan tarikh 18 Mei 2017 bagi sebutan lanjut kes dan memerintahkan supaya tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin berjumlah BND10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit Brunei) atau dua orang penjamin tempatan dan pasport tertuduh. Pihak pendakwaan telah diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Suriana binti Haji Radin dari Jabatan Peguam Negara.

Al-Quran sebagai teras pengajian wajib Dari muka 2 ''Beta berpendapat tulisan Jawi dan Pengajian Kitab Turath ini adalah perlu dipertahankan bahkan mustahak diperkasakan, kerana Jawi adalah merupakan identitii bangsa, sementara pengajian Kitab Turath pula adalah merupakan warisan ilmu Islam yang sangat berharga. Ke arah itu, sesuai dengan keunikan KUPU SB sebagai peneraju pendidikan Islam, maka beta melihat KUPU SB adalah institusi yang paling sesuai untuk menawarkan atau mengendalikan program-program akademik di bidang tulisan Jawi dan Kitab Turath sebagai sifatnya tunggak kecemerlangan Islam di negara ini.'' Di kesempatan ini juga, turut saya menysarankan agar pihak KUPU SB, iaitu melalui Pusat Ilmu Teras akan dapat menghidupkan dan mengangkat kembali aktiviti-aktiviti pembudayaan bagi menyemarakan lagi persada pengajian membaca Al-Quran secara bertarannum di kalangan pelajarpelajar KUPU SB, sebagaimana suatu ketika dulu tertubuhnya Majlis Al-Qurra di Maktab Perguruan

Ugama Seri Begawan yang telah melahirkan qari dan qariah yang berpotensi besar dan berjaya mengharumkan negara di persada antarabangsa. Pada hemat saya, usaha sedemikian boleh dilaksanakan dengan wujudnya kerjasama dan kolaborasi tenaga, kemahiran dan kepakaran dari para qari dan qariah tempatan kita dalam hasrat untuk melahirkan generasi pelapis ummah khususnya dalam bidang tilawah Al-Quran secara bertarannum. Saya yakin, para qari dan qariah kita sudah setentunya mampu untuk memikul tanggungjawab ini kerana saya percaya mereka mempunyai pengalaman yang luas, apatah lagi sebahagian mereka terbukti telah berjaya memenangi dan menempah nama di kejohanan dalam dan luar negara. Hal ini sudah setentunya selaras dengan hasrat serta komitmen pihak kepimpinan tertinggi dalam menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah Negara Zikir, di mana melalui usaha-usaha Pusat Ilmu Teras khasnya, telah memberikan

laluan mudah kepada KUPU SB untuk menjalankan peranannya dalam merealisasikan hasrat menjadikan Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dengan memperkasa pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dan Kitab Turath. Sebelum mengakhiri ucapan saya, besarlah harapan saya agar seminar ini akan dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan percambahan minda, serta dapat dijadikan panduan dalam meningkatkan lagi usaha-usaha yang dilaksanakan oleh KUPU SB. Ke arah itu, saya kira sudah tiba masanya KUPU SB memperkenalkan program-program baru yang menjurus ke arah bidang seni Al-Quran dan Kitab Turath, seperti : Diploma Pengajian Seni Al-Quran (DPQS) dan Diploma Pengajian Kitab Turath (DPKT). Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat khususnya Pusat Ilmu Teras sebagai penganjur yang telah bertungkus-lumus menjayakan kolokium ini, dan warga KUPU SB amnya.


22

AGAMA

HARI SABTU 6 MEI 2017

Keluarga penyayang negara gemilang

M

ARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Islam agama kita adalah agama yang mementingkan hubungan kasih sayang. Kasih sayang adalah fitrah semula jadi yang Allah Subhanahu Wata'ala jadikan dalam naluri setiap insan. Sifat kasih sayang amat penting dalam pembinaan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Keutuhan dan kekuatan hubungan sebuah keluarga bergantung kepada ikatan kasih sayang di antara ibu bapa, anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Oleh itu, binalah kasih sayang sesama keluarga supaya keharmonian akan terjamin sepanjang masa. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Maksudnya : ''Daripada Jabir bin Abdullah katanya : Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah Azza Wajalla tidak akan menyayangi.'' (Riwayat Al Imam Muslim) Sesungguhnya sesebuah institusi keluarga mestilah dibentuk berlandaskan ajaran Al-Quran dan As Sunnah dan dibina atas dasar takwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Ibu bapa bertanggungjawab memastikan akidah (kepercayaan) dan akhlak ahli keluarga tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Oleh itu, ibu bapa hendaklah memberi bimbingan dan nasihat berlandaskan ajaran

Islam serta perhatian kepada anak-anak sejak dari kecil lagi supaya akidah mereka akan tetap teguh dan betul. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Luqman, ayat 13 : Tafsirnya : ''Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, Semasa dia memberi pengajaran kepadanya : ''Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.'' Tugas dan tanggungjawab dalam membimbing keluarga bukanlah untuk sehari dua sahaja, bahkan ia perlu berterusan sehingga ke akhir hayat. Oleh itu, kejayaan ibu bapa dalam membentuk keluarga yang bahagia dan harmoni bercirikan ajaran Islam akan menjadi cermin kepada anak-anak apabila mereka membina keluarga kelak sehingga boleh membentuk masyarakat, bangsa dan negara yang cemerlang lagi gemilang. Untuk melahirkan sebuah keluarga yang penyayang dan negara yang gemilang, beberapa perkara yang perlu diamalkan bagi setiap keluarga antaranya : Pertama : Sentiasa berdoa kepada Allah Subhanahu Wata'ala supaya dikurniakan keluarga yang bahagia, hidup rukun damai, dikurniakan darjat yang soleh dan cemerlang. Antara doanya sebagaimana dalam Surah Al Furqaan, ayat 74 : Tafsirnya : ''Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat-zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.'' Kedua : Menerapkan akidah Islam yang kukuh dan mantap dalam diri setiap anggota keluarga kerana ia adalah asas utama dalam pembentukan keluarga bahagia yang mampu menjamin keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Ketiga : Ketua keluarga hendaklah memberi penekanan terhadap tuntutan syariat khususnya dari sudut ibadat seperti memastikan ahli keluarga istiqamah mendirikan sembahayang fardu lima waktu, puasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan sebagainya. Keempat : Sentiasa menyayangi ahli keluarga dan menjadikan diri sebagai role model dengan akhlak yang terpuji dengan menunjukkan contoh teladan yang baik, di samping memupuk rasa kasih

sayang dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga. Tugas dan tanggungjawab pasangan suami isteri memainkan peranan penting dalam melahirkan keluarga yang harmoni dan penyayang. Suami berperanan sebagai pemimpin, pelindung dan menjadi tempat bergantung kepada isteri dan anak-anak. Suami hendaklah memimpin dan memberikan tunjuk ajar isteri dan anak-anak agar menjadi hamba yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Isteri pula bertanggungjawab mentaati suami, menjaga rumah tangga dengan membantu dan bekerjasama dalam usaha mewujudkan rumah tangga yang bahagia dan harmoni. Dalam rumah tangga, perlu ada sikap saling bantu-membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri. Suami digalakkan menolong dan membantu isteri bagi meringankan tugas isteri. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah contoh terbaik seorang suami yang bertanggungjawab kerana Baginda sendiri menolong dan membantu isteri bagi meringankan tugas isteri di rumah. Sebagaimana dalam satu hadis riwayat Al-Imam Al-Bukhari : Daripada Saiyiditina A'isyah Radiallahuanha : Sesungguh aku pernah ditanya mengenai apa yang diperbuat oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di rumah, A'isyah Radiallahuanha menjawab : Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam membantu kerja-kerja rumah. Maka apabila masuk waktu sembahyang Baginda pun keluar sembahyang ke masjid.'' Selain itu, anak-anak juga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Setiap anak diwajibkan taat, menghormati dan memuliakan ibu bapa. Di samping itu, anak-anak juga wajib mematuhi segala perintah dan nasihat mereka dan apabila berbicara, anak-anak hendaklah menggunakan kata-kata yang lemah lembut serta beradab, tidak menyinggung perasaan dan menyakiti hati kedua ibu bapa. Tunjukkanlah rasa terima kasih terhadap jasa kedua orang tua yang telah mendidik dan membesarkan kita. Perlu diingat, anak-anak hendaklah sentiasa mengambil peduli dan bertanya khabar kedua ibu bapa walaupun anak-anak tersebut sudah berkeluarga dan tinggal di rumah yang berasingan dengan mereka, anak-anak juga perlu mengambil berat dan bertanggungjawab memeduli ibu bapa lebih-lebih lagi pada ibu bapa yang sudah lanjut usia dan memerlukan penjagaan. Adalah menjadi kewajipan

kepada anak-anak agar meluangkan masa untuk memenuhi keperluan ibu bapa dari segi makan minum, pakaian, perubatan, tempat tinggal dan kasih sayang sebagaimana mereka berikan kepada anak-anak sewaktu kecil dahulu. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa tidak mampu dibalas oleh anak-anak walau dengan harta dan wang ringgit yang banyak sekalipun. Oleh itu, janganlah kita lalai dan leka dengan kehidupan dan tugas-tugas seharian sehingga kita lupa akan tanggungjawab kita sebagai seorang anak. Sebagai anak soleh, maka kita hendaklah selalu mendoakan kedua ibu bapa sebagaimana firman Allah Subahanhu Wata'ala dalam Surah Al Israa,' ayat 24 : Tafsirnya : ''Dan hendaklah engkau merendah diri dengan penuh kasih sayang dan berdoalah untuk keduanya : Ya Tuhan! kurniakanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil lagi.'' Sesungguhnya sifat kasih sayang amat penting khususnya dalam pembinaan sebuah keluarga bahagia, penyayang dan negara yang gemilang. Tanamkanlah semangat untuk menyayangi dan menghargai keluarga denga mengeratkan hubungan kekeluargaan asalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Dengan wujudnya keluarga yang harmoni dan sayang menyayangi, maka akan bahgialah kehidupan dalam sesebuah rumah tangga dan masyarakat. Sama-samalah kita berdoa semoga keluarga kita akan terus mendapat hidayah dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala dan dijauhkan daripada bencana dan musibah. Amin Yaa Rabbal Alamin. Surah An nisaa', ayat 36 : Tafsirnya : ''Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang-orang musafir yang terlantar dalam perjalanannya (yang terputus perbelanjaannya) dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.''

Pelajar sertai aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan Oleh : Aimi Sani Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas MUKIM KILANAS, Khamis, 4 Mei. - Bagi mendekatkan hati dan jiwa pelajar dengan masjid, Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) mengadakan Program Minal Madrasah Ilal Masjid bertempat di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Bebatik Kilanas. Program yang disertai oleh 100 pelajar lelaki SMALHB itu antara lain bertujuan untuk melahirkan pelajar cintakan Allah dan Rasul-Nya, di samping melibatkan pelajar dengan masyarakat di dalam aktiviti keagamaan serta memupuk budaya kerja berkumpulan kepada pelajar sebelum mereka menceburkan diri di dalam pekerjaan. Selain sebagai salah satu aktiviti pengukuhan amali ibadah yang dipelajari di sekolah dan memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dengan masyarakat dalam aktiviti keugamaan, program yang bermula

jam 5.45 petang itu juga merupakan aktiviti tahunan yang dikendalikan oleh Bahagian Kokurikulum Sekolah melalui Bahagian Unit Rohani. Para peserta terdiri daripada Majlis Pelajar 2016 - 2017, bakal-bakal Majlis Pelajar lelaki 2017 - 2018 dan pelajar Pra U1 dan Pra U2. Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diikuti dengan membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil dan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah. Acara diteruskan dengan membaca 30 Juz Al-Quran dan Khatam Al-Quran, diikuti dengan Sembahyang Tahajjud dan Taubat, Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah dan bacaan Surah Al-Kahfi. Acara disambung keesokan harinya bermula jam 6.45 pagi dengan Sembahyang Sunat Duha diikuti dengan senaman ringan, membersihkan luar dan dalam masjid.

SEKOLAH Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) mengadakan Program Minal Madrasah Ilal Masjid bertempat di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Bebatik Kilanas sebagai satu aktiviti pengukuhan amali ibadah.


NASIONAL

HARI SABTU 6 MEI 2017

23

36 buah keluarga terima sumbangan barangan asasi Berita dan Foto : Noraisah Muhammed

KETUA Kampung Lumut II, Haji Abdul Rahman bin Hashim menyerahkan sumbangan kepada salah seorang warga emas, Dayang Hajah Basiah binti Lasim.

LUMUT, 3 Mei, Rabu. - Seramai 36 buah keluarga telah menerima barangan asasi dan barangan makanan lainnya mengikut keperluan sesebuah keluarga dan mereka merupakan

penduduk dari Kampung Lumut I dan Kampung Lumut II, hasil daripada pemilihan kriteria dan perundingan AJK Kerja Majlis dengan bantuan Ketua Kampung Lumut I dan II.

Majlis tersebut diungkayahkan bagi menyampaikan barang asasi dan barang makanan kepada keluarga yang memerlukan dan program tersebut bermula pada bulan Mac lalu dengan mengalu-alukan orang ramai untuk menyumbang serba sedikit barangan berupa makanan untuk didermakan kepada keluarga yang dikenal pasti amat memerlukannya dalam menjalani kehidupan seharian. Dalam kata-kata aluan Iman Masjid Zainab, Haji Aminordin bin Haji Mohd. Yussof berkata pihak masjid telah menerima sumbangan hampir setiap hari walaupun tarikh untuk menerima sumbangan sudah ditutup dan sambutan daripada orang ramai adalah sangat mengalakkan selama tempoh program dijalankan. Pelita Brunei menemu bual Imam Masjid Zainab dan beliau berkata, ''selain mengimarahkan masjid, tujuan pengagihan adalah untuk membantu keluarga daif dalam mendapatkan barang-barang asasi dan membuka peluang kepada orang ramai untuk bersedekah dan menginfakkan harta

mereka ke jalan Allah.'' ''Program pengagihan ini akan dijadikan sebagai projek tahunan takmir dan selepas program ini, pihak masjid akan membukakan kutipan atau sumbangan untuk membantu anak-anak sekolah dalam mendapatkan barang-barang persekolahan,'' tambah beliau. Beliau juga menyentuh mengenai fadilat sedekah yang mempunyai ganjaran amat besar kerana orang yang bersedekah telah dijanjikan akan mendapat pulangan yang bertambah dan menjadikan mereka orang-orang yang bersyukur selain mengukuhkan ikatan ukhwah antara orang kaya dan miskin agar terjalin erat serta mendapat pahala yang berlipat ganda. Ceramah bertajuk 'Bersabar Dalam Menghadapi Ujian dan Bersyukur Dengan Apa Yang Telah Dikurniakan' telah disampaikan oleh Penceramah Undangan dari Pusat Da'wah Islamiah, Awang Mohd. Yusri bin Abdul Malik, antara lain menyentuh mengenai bersyukur dan reda dengan ujian

Allah. Salah seorang warga emas yang menerima sumbangan tersebut, Dayang Hajah Basiah binti Lasim, melahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur dan penderma yang bermurah hari sambil berkata ''berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.'' Program tersebut akan diadakan pada masa-masa akan datang dan akan dijadikan projek takmir pada setiap tahun dan ianya juga dihasratkan agar setiap keluarga yang memerlukan akan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik selain memberi peluang kepada orang ramai untuk bersedekah. Seterusnya menjadikan masjid bukan sahaja menjadi tempat ibadah semata-mata, bahkan juga sebagai pusat pembangunan masyarakat dalam menjalin hubungan kemasyarakatan yang bertambah erat dan akan menjadikan Kampung Lumut menjadi sebuah kampung yang diberkati dan dirahmati Allah. Hadir sama pada program tersebut Ketua Kampung Lumut II, Haji Abdul Rahman bin Hashim yang juga menyampaikan sumbangan kepada 36 orang penerima.

DARe adakan taklimat mengenai perubahan kadar cukai dan eksais Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

PENGARAH Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif DARe, Javed Ahmed semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya pada majlis tersebut.

BERAKAS, Rabu, 3 Mei. - Dalam usaha untuk memberikan penjelasan lanjut mengenai perubahan kadarkadar cukai import dan eksais yang telah berkuatkuasa pada 1 April yang lalu kepada komuniti perniagaan, Darussalam Enterprise (DARe) telah mengadakan taklimat mengenai perubahan tersebut yang berlangsung di Dewan Auditorium, Bangunan D&T, Berakas, di sini. Seramai lebih 50 peserta daripada komuniti perniagaan telah menyertai taklimat tersebut. Atur cara diisikan taklimat-taklimat yang sampaikan oleh pegawai dari Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan; pegawai dari Jabatan Pengangkutan Darat,

Kementerian Perhubungan; Ketua Perkhidmatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan; pegawai dari Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Menteri Pembangunan; dan pegawai dari Jabatan Perancangan Kemajuan dan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Taklimat antara lain diadakan untuk memberi peluang kepada para komuniti perniagaan bagi bertanya soalan dan berkongsi pandangan serta cadangan mereka mengenai perubahan kadar cukai dan eksais tersebut. ANTARA yang hadir pada taklimat perubahan kadar-kadar cukai import dan eksais yang berlangsung di Dewan Auditorium, Bangunan D&T, Berakas (kanan).

Kemuncak Hari Keluarga Kebangsaan, 7 Mei BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 4 Mei. - Menjelang Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2017 yang akan diadakan pada Ahad, 7 Mei 2017 ini, kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan bekerjasama secara bersepadu dan telah bersiap sedia bagi menjayakan sambutan berkenaan. Acara kemuncak pada hari tersebut ialah Riadah dan Kayuhan Keluarga Harmoni dimulai dengan Program Masjidku Makmur Negaraku Berkat dengan bersembahyang Fardu Subuh Berjemaah dan mendengarkan tazkirah. Bagi acara kemuncak, aktiviti berbasikal keluarga, iaitu Kayuhan Keluarga Harmoni akan mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh 12 kilometer dan akan melintasi jalan-jalan utama antaranya Jalan Pretty; Jalan Elizabeth Dua; Jalan Masjid Omar 'Ali Saifuddien; Jalan Kianggeh; Jalan Sekolah; Jalan Kumbang Pasang; Jalan Lapangan Terbang Lama; Jalan Muhibbah; Jalan Landasan Lama; Jalan Menteri Besar; Jalan Perdana Menteri dan Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Kayuhan bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Acara-acara seterusnya ialah aktiviti Riadah Keluarga di sekitar kawasan Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali

Saifuddien, di mana berbagai acara bertemakan keluarga seperti acara kesukanan, karnival keluarga, pertunjukan-pertunjukan seperti pertunjukan burung helang dan kakak tua serta pertandingan suara burung, keusahawanan, kemasyarakatan, keagamaan,

kewangan dan kesukarelaan akan mengambil tempat. Orang ramai adalah dialu-alukan hadir beramai-ramai berserta keluarga untuk menjayakan inisiatif kerajaan yang memfokuskan kasih sayang sebagai kebahagiaan keluarga.


24

SUKAN

HARI SABTU 6 MEI 2017

Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong juara futsal KHEU Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BERAKAS, Jumaat, 5 Mei. - Pasukan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong muncul juara setelah mengalahkan pasukan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) menerusi tendangan penalti 2 - 1 pada Kejohanan Futsal Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Jabatan-Jabatan di Bawahnya bagi Tahun 2017 Masihi. Hadir menyaksikan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah perlawanan akhir kejohanan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan, Berakas, di sini ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud. Sementara itu, pasukan Pusat Da'wah Islamiah dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) pula masingmasing mendapat tempat ketiga dan keempat.

Juara menerima hadiah wang tunai sebanyak BND600.00, trofi serta plak penyertaan, manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima hadiah wang tunai BND400.00 dan BND300.00, trofi serta plak penyertaan. Turut menyaksikan ialah Pemangku Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid, TimbalanTimbalan Setiausaha Tetap, ketuaketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan KHEU dan jabatan-jabatan di bawahnya. Kejohanan yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pentadbiran, Jabatan Hal Ehwal Masjid dan ITQSHHB itu disertai oleh 20 pasukan yang dibahagikan pada empat kumpulan dan telah berentap di peringkat saringan bagi merebut peluang untuk mara ke peringkat suku akhir dan seterusnya ke peringkat separuh akhir juga perlawanan akhir.

TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud semasa menyempurnakan penyampaian hadiah wang tunai sebanyak BND600.00, trofi serta plak penyertaan kepada Juara Kejohanan Futsal Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Jabatan-Jabatan di Bawahnya bagi Tahun 2017M yang dimenangi oleh Pasukan Pejabat Ugama Daerah Temburong.

Pasukan futsal kebangsaan sertai kejohanan AFC bawah 20 Berita dan Foto : Marlinawaty Hussin BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 4 Mei. - Pasukan Futsal Kebangsaan Brunei Darussalam Bawah 20 Tahun menyertai Kejohanan Futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 20 Tahun 2017 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 16 hingga 26 Mei ini. Ketua Jurulatih skuad pasukan kebangsaan, Qusmaini Noor bin Haji Rusli berkata, persiapan untuk kejohanan ini telah pun dibuat bermula awal bulan Januari yang lalu dengan

mengadakan pemilihan bagi pemain futsal di setiap daerah. Jelasnya, seramai lebih 200 pemain di bawah umur 20 tahun telah menyertai pemilihan berkenaan, yang mana ia merupakan satu petanda yang positif bagi persekitaran futsal di Brunei. "Dari sana, saya mengenal pasti 25 pemain untuk menjalani latihan intensif, di mana mereka memulakan program conditioning selama 21 hari dan sebelum mereka menjalani latihan fundamental dan taktikal," katanya

kepada media pada sesi latihan pasukan futsal kebangsaan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini. Beliau menambah, para pemain juga telah melakukan aktiviti team building pada bulan April yang lalu bagi memberi cabaran pada mental mereka, di mana antara aktiviti yang perlu mereka lakukan adalah berkayak dari Jeti Serasa hingga ke Pulau Pelumpong sejauh lebih kurang 15 kilometer bagi melatih kekuatan mental mereka. "Saya cuba untuk terapkan cara permainan yang baharu kepada pemain futsal generasi baharu di negara ini

dengan mengutamakan kekuatan daya pemikiran untuk mereka membuat keputusan yang lebih baik bagi melahirkan para pemain yang pintar," katanya. Dalam pada itu, jelasnya, pada kejohanan ini pasukan kebangsaan

akan mencuba untuk memenangi perlawanan sebanyak yang boleh dan memberikan cabaran yang terbaik. "Kalau tiada apa-apa halangan, saya berharap pasukan ini mampu memenangi dua atau tiga perlawanan," katanya.

PERINTAH Establismen Kecantikan dan Kesihatan, 2016 mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2016. Perkhidmatan dan Kemudahan Establismen Kecantikan dan Kesihatan (EKK) terdiri daripada : Aerobik, Aromaterapi, Tukang gunting rambut, Melangsingkan badan, Kosmetik, Rawatan muka dan badan, Gimnasium, Salun rambut, Merias kuku tangan dan kaki, Urut, Refleksologi dan Spa, termasuk kolam air panas atau sejuk. SUMBER : Laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (www.moha.gov.bn).

PASUKAN Futsal Kebangsaan Negara Brunei Darussalam siap sedia beraksi di Thailand bagi Kejohanan Futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 20, Tahun 2017.

BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn

'KELUARGAKU PENYAYANG, NEGARA GEMILANG'


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.